The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-PORTFOLIO LATIHAN MENGAJAR_(MUHAMAD HUSAINI - DB180163)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdhusaini007, 2022-07-08 10:10:21

E-PORTFOLIO LATIHAN MENGAJAR_(MUHAMAD HUSAINI - DB180163)

E-PORTFOLIO LATIHAN MENGAJAR_(MUHAMAD HUSAINI - DB180163)

Tarikh Key In 20-06-2022 RANCANGAN PENGAJAR

Tarikh Kemaskini 00-00-0

TARIKH 22-06-2022

TEMPAT Microsoft Teams

MASA 3.15 pm - 5.15 pm

OBJEKTIF MINGGU ULANGKAJI PEPERI
PEMBELAJARAN BERLANGSU

PENGETAHUAN SEDIA ADA -

ALAT/BAHAN BANTU -
MENGAJAR (ABBM)

PENGURUSAN -
KELAS/LANGKAH
KESELAMATAN

PENERAPAN NILAI-NILAI -
MURNI

TUGASAN/KERJA RUMAH -

64

RAN HARIAN MINGGU 14

0000 Tarikh Kemaskini Refleksi 27-06-2022

TINGKATAN/KELAS DKA 1A

BIL PELAJAR 20 Orang

IKSAAN BERMULA BAGI SEMUA PELAJAR. TIADA SESI
UNG KERANA KESEMUA SILIBUS SUBJEK TELAH SELESAI.

46

REFLEKSI SESI PENGAJARAN MINGGU ULANGKAJI PEPERI

PELATIH PEMBELAJARAN BERLANGSU

64

IKSAAN BERMULA BAGI SEMUA PELAJAR. TIADA SESI
UNG KERANA KESEMUA SILIBUS SUBJEK TELAH SELESAI.

47

Tarikh Key In 27-06-2022 RANCANGAN PENGAJAR

Tarikh Kemaskini 00-00-0

TARIKH 29-06-2022

TEMPAT Microsoft Teams

MASA 3.15 pm - 5.15 pm

OBJEKTIF MINGGU PEPERIKSAAN
PENGAJARAN DAN PEMB

PENGETAHUAN SEDIA ADA -

ALAT/BAHAN BANTU MENGAJAR -
(ABBM)

PENGURUSAN KELAS/LANGKAH -
KESELAMATAN

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI -

TUGASAN/KERJA RUMAH -

64

RAN HARIAN MINGGU 15

0000 Tarikh Kemaskini Refleksi 03-07-2022

TINGKATAN/KELAS DKA 1A

BIL PELAJAR 20 Orang

BAGI SEMUA PELAJAR POLITEKNIK BERMULA. TIADA SESI
BELAJARAN DIJALANKAN.

48

REFLEKSI SESI PENGAJARAN MINGGU PEPERIKSAAN
PELATIH PENGAJARAN DAN PEMB

64

BAGI SEMUA PELAJAR POLITEKNIK BERMULA. TIADA SESI
BELAJARAN DIJALANKAN.

49

JURNAL
REFLEKSI

650

Lampiran H

TARIKH: JURNAL REFLEKSI

REFLECTION JOURNAL

21/3/2022 - 25/3/2022

TAJUK: REFLEKSI MINGGU PERTAMA

PERISTIWA: • Melapor diri di Politeknik Sultan Idris Shah.
• Berjumpa dengan Encik Khairul selaku pegawai di Unit
REFLEKSI:
1. Bisikan hati Perhubungan Latihan Industri (UPLI).
2. Menganalisis / • Berjumpa dengan Puan Saedah Johnny Noakes selaku Ketua Jabatan
Menilai
3. Kesedaran baru Kejuruteraan Awam.
4. Cadangan / • Berjumpa dengan Puan Siti Farah Wahida selaku Ketua Program
Tindakan
Diploma Kejuruteraan Awam.
• Dibawa berjumpa dengan semua pensyarah lain di jabatan untuk sesi

memperkenalkan diri.
• Mendapat jadual waktu pengajaran daripada Encik Norhadi.
• Berjumpa dan berbincang bersama semua pensyarah-pensyarah

subjek yang diberi tugas untuk diajar oleh pelatih mengenai perkara
yang akan diajar sepanjang tempoh Latihan Mengajar.
1. Bisikan hati.

Pada tarikh 21/3/2022 yang lalu pelatih telah hadir ke Politeknik Sultan Idris
Shah untuk melaporkan diri bagi menjalani kursus latihan mengajar. Syukur
ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya pelatih dapat melaporkan diri di
Politeknik tersebut tanpa sebarang masalah dan kehadiran turut disambut
baik oleh seluruh warga PSIS. Pelatih disambut oleh Encik Khairul iaitu
pegawai dari Unit Perhubungan Latihan Industri (UPLI) untuk diberi
taklimat berhubung perkara yang berkaitan dengan latihan mengajar.
Seterusnya Encik Khairul telah membawa pelatih untuk berjumpa dengan
Puan Saedah Johnny Noakes, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam untuk sesi
taklimat dan penyerahan pelatih kepada pihak Jabatan Kejuruteraan Awam.
Kemudian pelatih juga telah berjumpa dengan Puan Siti Farah Wahida

651

selaku Ketua Program Diploma Kejuruteraan Awam untuk sedikit taklimat
daripada beliau. Pelatih juga telah diberikan jadual waktu mengajar oleh
Encik Norhadi dan seterusnya berjumpa dengan setiap pensyarah bagi subjek
yang berkaitan untuk sesi perbincangan mengenai topik yang bakal diajar
oleh pelatih. Pelatih berasa khuatir jika masih belum bersedia untuk
menjalani latihan mengajar kerana ini merupakan pengalaman pertama
pelatih untuk mengajar.

2. Menganalisis / Menilai
Berdasarkan penilaian yang telah pelatih buat sepanjang minggu pertama,
pelatih dapati bahawa terdapat pelbagai kaedah dan cara yang digunakan
oleh pensyarah-pensyarah dalam sesi pengajaran mereka lebih-lebih lagi
apabila setiap kelas adalah secara atas talian. Pensyarah-pensyarah di PSIS
juga sangat ramah dan sedia menjawab persoalan yang diajukan kepada
mereka tidak kisah berkenaan pengajaran mahupun bukan. Sewaktu pelatih
memulakan kelas pertama pelatih, pelatih dapati terdapat beberapa pelajar di
sana mempunyai kekangan dari segi talian internet dan kawasan yang
kondusif. Walaubagaimanapun mereka masih lagi berusaha untuk memasuki
kelas yang dijalankan. Interaksi antara para pelajar dengan pelatih pun
semakin hari semakin baik. Terdapat juga pelajar yang kerap mengantuk
semasa di dalam kelas. Pelatih sentiasa cuba berinteraksi bersama pelajar
untuk mengelakkan mereka mengantuk.

3. Kesedaran baru
Antara yang pelatih peroleh sepanjang minggu pertama, pelatih mendapati
bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran telah berubah dimana ia tidak
sama seperti pembelajaran fizikal sebelum ini yang kini pengajaran dan
pembelajaran dilakukan secara atas talian. Selain itu juga, para pensyarah
perlu mencari dan mencuba kaedah yang berbeza untuk menarik perhatian

652

pelajar untuk tidak berasa bosan ketika PdPr dijalankan secara atas talian.
Pelbagai medium atas talian yang mampu menarik minat para pelajar sebagai
contoh bermain sesi soal jawab kuiz menggunakan aplikasi Kahoot atau
Quizizz.

4. Cadangan / Tindakan
Daripada refleksi ini terdapat banyak perkara yang perlu pelatih baiki dari
segi ilmu dan komunikasi antara pensyarah dan pelajar. Seterusnya pelatih
perlu lebih bersedia sebelum memasuki kelas dan lebihkan bertanya kepada
pensyarah-pensyarah asal mengenai topik pembelajaran yang akan diajar.
Pelatih perlu memastikan kefahaman yang jelas dalam topik yang bakal
diajarkan supaya sesi pengajaran lebih mudah difahami pelajar. Akhir sekali,
pelatih perlu memahami dengan lebih dalam lagi kaedah dan pendekatan
yang boleh digunakan dalam PdPr. Hal ini adalah untuk memudahkan pelatih
lebih selesa di sana sepanjang latihan mengajar.

653

TARIKH: JURNAL REFLEKSI
TAJUK:
PERISTIWA: REFLECTION JOURNAL

28/3/2022 - 1/4/2022

REFLEKSI MINGGU KEDUA

• Melaksanakan PdPr bagi subjek Contract and Estimating (DCC
20073)

• Melaksanakan PdPr bagi subjek Brickwork and Concrete Work
Laboratory (DCC 10022)

• Melaksanakan Pdpr bagi subjek Civil Engineering Materials (DCC
10032)

• Melaksanakan PdPr bagi subjek sukan Scrabbles (MPU 24011)
• Menjadi wakil untuk membaca doa bagi majlis Hi-tea dan perpisahan

Puan Zawani binti Abu Rais yang akan berpindah ke unit lain

REFLEKSI: 1. Bisikan Hati

1. Bisikan hati Pada hari Jumaat (1/4/2022) yang lepas, pelatih telah diberi tugas dan
2. Menganalisis / peluang untuk menjadi wakil bagi membacakan doa pembuka majlis bagi
majlis Hi-tea dan perpisahan Puan Zawani binti Abu Rais serta majlis
Menilai makan-makan sebelum menjelang Ramadhan. Pelatih berasa sedikit
3. Kesedaran baru gementar kerana pertama kali diberi peluang untuk menjadi salah seorang
4. Cadangan / petugas bagi program di Politeknik Sultan Idris Shah. Walaupon sekadar
pembaca doa pelatih berasa gementar kerana program tersebut melibatkan
Tindakan semua pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Awam.

Dalam sesi pengajaran pelatih pada minggu ini pula, pelatih berasa agak
teruja untuk mengajar setiap subjek yang telah diberikan tugas untuk
mengajar. Namun begitu, dapat dilihat bahawa penyertaan pelajar kurang
dalam komunikasi dua hala. Lebih-lebih lagi apabila kelas bermula seawal
8.00 pagi, pelajar cenderung untuk kurang memberi respon apabila guru
memanggil mungkin disebabkan oleh pelajar mengantuk. Pelajar juga kerap

654

kali hadir lambat ke kelas yang bermula seawal pukul 8.00 pagi kerana
terlewat bangun. Biarpun begitu, pelajar tetap hadir ke kelas walaupon telah
terlewat dan mereka juga memberi respon kepada pertanyaan guru setelah
dipanggil beberapa kali.

2. Menganalisis / Menilai
Berdasarkan penilaian yang telah pelatih buat sepanjang minggu kedua,
pelatih mendapati bahawa walaupon pelajar hadir lambat ke kelas, mereka
akan memberitahu kepada guru kerana khawatir kehadiran mereka tidak
diambil. Selain itu juga, pelajar didapati lebih cenderung untuk menjawab
soalan apabila nama mereka dipanggil berbanding guru bertanya secara
rawak kerana pelajar lebih gemar mendiamkan diri. Seterusnya, pelatih
dapati pelajar juga lebih aktif sewaktu kelas apabila diselitkan beberapa
aktiviti semasa kelas berlangsung. Melalui aktiviti tersebut secara tidak
langsung membantu pelatih untuk mengesan pelajar yang kurang faham
berkenaan dengan isi pelajaran yang disampaikan oleh pelatih.

3. Kesedaran Baru
Antara perkara yang pelatih perolehi sepanjang minggu kedua ini adalah
pelatih perlu membuat lebih banyak bacaan daripada pelbagai rujukan lain
dan tidak hanya bergantung harap pada nota yang diberikan oleh pensyarah
lain sebelum pelatih memulakan proses pengajarannya. Pelatih perlu
melakukan pembacaan daripada internet mahupun sumber-sumber lain bagi
mendalami sendiri sesuatu ilmu tersebut supaya pelatih benar-benar faham
berkenaan dengan sesuatu topik tersebut. Pelatih juga menyedari bahawa
intonasi suara haruslah sesuai semasa kelas atas talian agar mampu untuk
menarik perhatian pelajar dan membantu pelajar untuk mengekalkan fokus
mereka. Selain itu juga, pelatih juga perlu untuk mempelbagaikan aktiviti
semasa mengajar dan lebih memfokuskan kepada pendekatan berpusatkan

655

pelajar. Sebagai contoh, memberi tugasan kepada pelajar untuk membuat
infografik, membuat kuiz ringkas menggunakan Quizziz dan sebagainya.
4. Cadangan / Tindakan
Daripada refleksi ini terdapat banyak perkara yang perlu pelatih baiki dari
segi penambahan ilmu dari sumber lain sebelum memulakan kelas untuk
mudah memberi contoh kepada pelajar supaya mereka lebih faham. Selain
itu, pelatih juga perlu memperbanyakkan latihan bagi mengawal intonasi
suara. Akhir sekali, pelatih perlu menyesuaikan diri dalam keadaan PdPr
pada masa kini kerana banyak masalah teknikal yang kerap berlaku apabila
melibatkan pembelajaran atas talian.

656

TARIKH: JURNAL REFLEKSI
TAJUK:
PERISTIWA: REFLECTION JOURNAL

4/4/2022 - 8/4/2022

REFLEKSI MINGGU KETIGA

• Melaksanakan PdPr bagi subjek Contract and Estimating (DCC
20073)

• Melaksanakan PdPr bagi subjek Brickwork and Concrete Work
Laboratory (DCC 10022)

• Melaksanakan Pdpr bagi subjek Civil Engineering Materials (DCC
10032)

• Melaksanakan PdPr bagi subjek sukan Scrabbles (MPU 24011)
• Membuat perbincangan bagi program-program yang akan

dilaksanakan di Politeknik Sultan Idris Shah

REFLEKSI: 1. Bisikan Hati

1. Bisikan hati Pada minggu ketiga pelatih berasa amat teruja apabila telah dilibatkan dan
2. Menganalisis / dilantik untuk menjadi salah seorang ahli jawatankuasa majlis perasmian
bagi program 'Green and Healthy Lifestyle' yang akan dijalankan pada bulan
Menilai Mei 2022. Walaupon pelatih berasa sedikit gementar kerana tidak pernah
3. Kesedaran baru melibatkan diri dengan tetamu VIP untuk majlis perasmian, tetapi pelatih
4. Cadangan / bersedia untuk mencuba pengalaman yang baru. Seterusnya, pelatih telah
membuat perbincangan bersama saudari Nabilah selaku pelatih di PSIS juga
Tindakan berkenaan dengan perancangan program yang akan dilaksanakan di PSIS.
Pelatih juga turut memaklumkan kepada Puan Suzielahyati selaku
pemimbing di institusi berkenaan dengan perancangan program tersebut.

Bagi sesi pengajaran pula, pelatih dapat melaksanakan dengan jayanya bagi
setiap subjek. Pelajar memberikan komitmen yang amat baik sepanjang kelas
berlangsung. Komunikasi dua hala berlaku apabila pelajar dapat merespon
dengan baik setiap pertanyaaan yang pelatih ajukan.

657

2. Menganalisis / Menilai
Berdasarkan penilaian yang telah pelatih lakukan sepanjang minggu ketiga
ini, pelatih dapat melihat bahawa terdapat beberpa orang pelajar yang kerap
hadir lewat ke kelas jika kelas bermula seawal 8 pagi. Selain itu, pelatih juga
perlu memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan pelajar di dalam kelas
supaya pelajar tidak berasa bosan dan mengantuk lebih-lebih lagi dalam
bulan Ramadhan ini.

3. Kesedaran Baru
Antara yang pelatih peroleh sepanjang minggu ketiga ialah pelatih
menyedari bahawa pelatih perlu menarik perhatian mereka dengan cara
melakukan aktiviti yang menyeronokkan serta menarik supaya pelajar tetap
aktif walaupun dalam keadaan yang agak letih. Hal ini sekaligus dapat
menarik minat pelajar untuk mengikuti sesi pembelajaran bersama pelatih.

4. Cadangan / Tindakan
Daripada refleksi ini terdapat banyak perkara yang perlu pelatih lakukan
untuk mencari idea bagi menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran pada
minggu hadapan lebih menarik dan menyeronokkan dengan melakukan
pelbagai aktivti supaya pelajar lebih bersemangat dan berasa seronok. Selain
itu juga, pelatih perlu bertanya kepada pensyarah kursus berkenaan dengan
penyampaian sesi pengajaran pelatih supaya pelatih dapat mengenalpasti
kekurangan dengan lebih terperinci.

658

TARIKH: JURNAL REFLEKSI
TAJUK:
PERISTIWA: REFLECTION JOURNAL

11/4/2022 - 15/4/2022

REFLEKSI MINGGU KEEMPAT

• Melaksanakan gerak kerja bagi program Sembang Santai Bersama
Alumni: Kejuruteraan dalam Ketenteraan.

• Melaksanakan kertas kerja Jom Borak Bersama UTHM: Antara
Universiti vs Kerjaya. Kemanakah Kita?

• Melaksanakan PdPr bagi subjek Contract and Estimating (DCC
20073)

• Melaksanakan PdPr bagi subjek Brickwork and Concrete Work
Laboratory (DCC 10022)

• Melaksanakan Pdpr bagi subjek Civil Engineering Materials (DCC
10032)

• Melaksanakan PdPr bagi subjek sukan Scrabbles (MPU 24011)

REFLEKSI: 1. Bisikan Hati
Pada minggu keempat, pelatih telah melaksanakan gerak kerja bagi program
1. Bisikan hati Sembang Santai Bersama Alumni: Kejuruteraan Dalam Ketenteraan. Pelatih
2. Menganalisis / telah diberikan tugas untuk membuat E-Banner atau poster elektronik bagi
program tersebut untuk tujuan hebahan memo program. Seterusnya, pelatih
Menilai telah melaksanakan kerja-kerja pembangunan kertas kerja program Jom
3. Kesedaran baru Borak Bersama UTHM: Antara Universiti vs Kerjaya. Kemanakah Kita?
4. Cadangan / Pelatih telah memohon kelulusan program dengan mendapatkan tandatangan
Puan Saedah selaku Ketua Jabatan JKA, pihak kewangan PSIS, dan Ts.
Tindakan Nizam bin Mohd Nasir selaku Timbalan Pengarah Akademik PSIS.

Selain itu juga, dalam aspek sesi pengajaran PdPr, pelatih amat bersyukur
kerana banyak peningkatan dalam cara mengajar pelatih berbanding sebelum
ini. Pelatih juga telah selesai penilaian pertama daripada pembimbing pada

659

minggu ini dan pembimbing telah memberikan maklum balas yang amat
positif. Namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu
diperbaiki oleh pelatih hasil daripada maklum balas oleh pembimbing.

2. Menganalisis / Kesedaran Baru
Berdasarkan penilaian yang telah pelatih buat sepanjang minggu keempat
ini, pelatih mendapati pelajar tertarik untuk memberi respon yang sangat baik
sewaktu kuliah melalui sesi pengajaran secara aktiviti. Walaubagaimanapun,
pelajar kembali pasif dan kehilangan fokus sewaktu pelatih menyampaikan
fakta-fakta teori. Akan tetapi keadaan tersebut berubah apabila pelatih
melaksanakan aktiviti berkumpulan. Justeru itu, hasil kerja berkumpulan
pelajar telah mengubah persepsi pelatih terhadap mereka kerana memberikan
hasil yang baik. Selain itu juga, pelajar juga dilihat gemar untuk bertanya
dengan lebih lanjut apabila tidak memahami sesuatu topik pembelajaran.

3. Kesedaran Baru
Antara yang pelatih peroleh sepanjang minggu kedua ialah pelatih menyedari
bahawa pelatih perlu mempelbagaikan lagi aktiviti berkumpulan supaya
pelajar dapat melibatkan diri dengan baik sewaktu kuliah berlangsung.
Aktiviti perbincangan secara kumpulan atau perbincangan bersama guru
seperti membuat soalan tutorial dapat menggalakkan para pelajar untuk aktif
dalam kelas. Seterusnya, pelatih juga menyedari bahawa pelatih harus
memperbanyakkan maklumat tambahan dalam sesuatu topik supaya
memudahkan pelatih untuk menjawab soalan yang pelajar ajukan. Maka,
dengan kesedaran ini sedikit sebanyak dapat membantu pelatih untuk
mengetahui kelemahan dan kekurangan sesi pengajaran pelatih untuk
penambahbaikan pada masa akan datang.

660

4. Cadangan / Tindakan
Daripada refleksi ini terdapat banyak perkara yang perlu pelatih melakukan
persediaan untuk sesi pengajaran dengan lebih awal. Hal ini kerana, pelatih
dapat bersedia untuk merancang aktiviti yang boleh dilaksanakan secara
berkumpulan dalam kelas atau aktiviti yang boleh membantu pelajar aktif
dalam kelas. Selain itu juga, pelatih juga perlu mempersiapkan maklumat
tambahan yang lebih banyak bagi sesuatu topik pengajaran. Akhir sekali,
pelatih perlu mendekati dan memahami sikap pelajar dalam usaha untuk
mengenal potensi dan merapatkan hubungan silaturahim supaya pelajar
berasa selesa untuk melaksanakan PdPr dengan pelatih.

661

TARIKH: JURNAL REFLEKSI
TAJUK:
PERISTIWA: REFLECTION JOURNAL

18/4/2022 - 22/4/2022

REFLEKSI MINGGU KELIMA

• Melaksanakan program Sembang Santai Bersama Alumni:
Kejuruteraan Dalam Ketenteraan

• Melaksanakan PdPr bagi subjek Contract and Estimating (DCC
20073)

• Melaksanakan PdPr bagi subjek Brickwork and Concrete Work
Laboratory (DCC 10022)

• Melaksanakan Pdpr bagi subjek Civil Engineering Materials (DCC
10032)

• Melaksanakan PdPr bagi subjek sukan Scrabbles (MPU 24011)

REFLEKSI: 1. Bisikan Hati

1. Bisikan hati Sepangjang minggu kelima ini, perlaksanaan sesi pengajaran dam
2. Menganalisis / pembelajaran telah dijalankan seperti biasa. Pelatih berasa gembira kerana
sesi pengajaran berjalan dengan baik sepanjang minggu. Para pelajar telah
Menilai memberikan respon yang baik setiap kali pelatih bertanya soalan kepada
3. Kesedaran baru mereka. Selain itu, pelatih juga berasa teruja kerana telah berjaya
4. Cadangan / melaksanakan program Sembang Santai Bersama Alumni: Kejuruteraan
Dalam Ketenteraan pada hari Khamis (21/4/2022) bersama-sama dengan
Tindakan pihak JKA PSIS.

2. Menganalisis / Meniilai
Berdasarkan penilaian yang telah pelatih buat sepanjang minggu kedua,
pelatih mendapati bahawa pelajar dan pelatih mempunyai komunikasi yang
baik. Namun, ada segelintir pelajar yang tidak memberikan respon apabila
dipanggil dan sewaktu pelatih memanggil mereka semula, pelajar

662

memberitahu mempunyai masalah internet. Selain itu sesi soal jawab yang
dijalankan bersama pelajar dilihat dapat mengekalkan fokus pelajar
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

3. Kesedaran Baru
Antara yang pelatih peroleh sepanjang minggu kelima ini ialah pelatih
menyedari bahawa pelatih perlu sentiasa berkomunikasi dengan pelajar
untuk mengelakkan mereka hilang fokus mahupun tertidur. Hal ini dapat
dilaksanakan dengan sentiasa membuat sesi soal jawab bersama pelajar atau
mengadakan kuiz ringkas diantara sesi pengajaran.

4. Cadangan / Tindakan
Daripada refleksi ini terdapat banyak perkara yang perlu pelatih perbaiki.
Antaranya adalah mencari idea untuk menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran pada minggu seterusnya lebih seronok dengan penyertaan
pelajar yang lebih aktif dalam kelas. Selain itu juga, pelatih juga perlu kerap
bertanya kepada pelajar tentang kefahaman mereka bagi mengelakkan
mereka tercicir dan tidak memahami topik yang diajar.

663

TARIKH: JURNAL REFLEKSI
TAJUK:
PERISTIWA: REFLECTION JOURNAL

25/4/2022 - 29/4/2022

REFLEKSI MINGGU KEENAM

• Perlaksaan proses PdPr yang mengujakan bagi semua subjek
• Dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi program DAS Skill

Competition (DASCOM 1.0) 2022

REFLEKSI: 1. Bisikan Hati

1. Bisikan hati Pada minggu keenam ini, pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran
2. Menganalisis / (PdP) berjalan secara atas talian seperti biasa bagi setiap subjek. Para pelajar
telah menunjukkan respon yang baik dalam sesi PdPr yang berlangsung
Menilai dengan memberi kerjasama dalam setiap sesi perbincangan. Selain itu juga,
3. Kesedaran baru pelatih telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi program DAS Skill
4. Cadangan / Competition (DASCOM 1.0) 2022. Pelatih telah diberi peluang untuk
menyertai mesyuarat jawatankuasa program tersebut dan diberikan
Tindakan pencerahan mengenai skop tugas oleh pengarah program iaitu En Anuar. Ini
memberikan saya keyakinan dan semangat untuk menyertai lebih banyak
program di bawah Jabatan Kejuruteraan Awam.

2. Menganalisis / Menilai

Berdasarkan penilaian yang telah pelatih lakukan sepanjang minggu keenam
ini, pelatih mendapati bahawa para pelajar semakin mudah berkomunikasi
bersama pelatih. Selain itu juga, para pelajar juga dilihat kurang bersemangat
di dalam kelas kerana cuti bersempena Hari Raya Aidilfitri semakin hampir.

3. Kesedaran Baru

664

Antara kesedaran baru yang diperoleh oleh pelatih adalah pelatih menyedari
bahawa komunikasi yang baik adalah penting supaya para pelajar seronok
untuk lebih banyak bertanya dan berkomunikasi bersama pelatih. Di samping
itu, pelatih juga berasa seronok apabila kerap dilibatkan bersama dalam
program-program di peringkat Jabatan Kejuruteraan Awam.
4. Cadangan / Tindakan
Daripada refleksi yang telah dilakukan oleh pelatih bagi minggu ini, pelatih
harus kerap bertanya kepada para pelajar supaya lebih banyak komunikasi
berlaku antara pelatih dan pelajar. Seterusnya, pelatih juga berharap pelatih
dapat melibatkan diri dengan lebih banyak program di peringkat Politeknik.
Hal ini adalah amat penting supaya pelatih dapat menimba lebih banyak
pengalaman dan ilmu sepanjang kursus Latihan Mengajar ini.

665

TARIKH: JURNAL REFLEKSI
TAJUK:
PERISTIWA: REFLECTION JOURNAL

2/5/2022 - 6/5/2022

REFLEKSI MINGGU KETUJUH

• Cuti bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri dan cuti Hari Pekerja
• Para pelajar juga bercuti bersempena dengan cuti pertengahan

semester

REFLEKSI:

1. Bisikan hati Minggu ketujuh ini adalah merupakan minggu cuti bagi para pelajar dan juga
2. Menganalisis / pelatih. Para pelajar dan pelatih cuti bersempena dengan cuti Hari Raya
Aidilfitri dan cuti Hari Pekerja. Selain itu juga, para pelajar juga sedang
Menilai bercuti bersempena dengan cuti pertengahan semester sepanjang minggu
3. Kesedaran baru ketujuh ini.
4. Cadangan /

Tindakan

666

TARIKH: JURNAL REFLEKSI
TAJUK:
PERISTIWA: REFLECTION JOURNAL

9/5/2022 - 13/5/2022

REFLEKSI MINGGU KELAPAN

• Perlaksaan proses PdPr yang mengujakan bagi semua subjek
• Membuat persediaan bagi program Green Campus PSIS 2022

REFLEKSI: 1. Bisikan hati

1. Bisikan hati Pada minggu ini pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
2. Menganalisis / berjalan seperti biasa. Setelah beberapa minggu sesi PdP berlangsung,
pelatih dapat merasa bahawa keyakinan pelatih untuk mengajar mempunyai
Menilai peningkatan. Hal ini kerana, pelatih tidak berasa segan dan gentar seperti
3. Kesedaran baru sebelum ini apabila ingin memulakan sesi PdP. Seterusnya, pada minggu ini
4. Cadangan / juga pelatih telah membuat beberapa persediaan bagi program Green
Campus PSIS 2022. Program tersebut akan dilaksanakan pada minggu
Tindakan hadapan iaitu pada 19 Mei 2022. Pelatih telah dilantik sebagai salah seorang
Ahli Jawatankuasa Unit Sambutan dan Protokol. Pelatih berasa amat teruja
kerana telah diberi peluang untuk menyertai program yang dianjurkan oleh
pihak PSIS.

2.Menganalisis / Menilai

Berdasarkan penilaian yang telah pelatih buat sepanjang minggu kelapan,
pelatih mendapati bahawa semasa sesi PdP pada minggu ini terutamanya dari
segi penerapan latihan pengukuhan dapat dijawab dengan baik. Hal ini
kerana, pelajar berjaya menyiapkan latihan mengikut waktu yang ditetapkan
dan jawapan yang diberikan berdasarkan kefahaman pelajar sendiri. Selain
itu juga, melalui penyertaan dalam program anjuran PSIS, pelatih dapat

667

merasai pengalaman bagaimana perlaksanaan program di Politeknik
dianjurkan.

3.Kesedaran baru
Antara yang pelatih peroleh sepanjang minggu kelapan ialah pelatih
menyedari bahawa para pelajar lebih teruja untuk menjawab soalan apabila
pelatih memuji usaha pelajar yang bersungguh-sungguh. Seterusnya pelatih
juga menyedari bahawa pelatih perlu menyiapkan diri dalam pelbagai situasi.
Hal ini kerana, sebagai pelajar Latihan Mengajar di sini, pelatih tidak hanya
mengajar namun perlu melibatkan diri dengan program-program lain dan
bergaul bersama pensyarah yang lain.

4. Cadangan / Tindakan
Daripada refleksi ini terdapat banyak perkara yang perlu pelatih baiki
sebagai contoh memperbanyakkan lagi aktiviti latihan pengukuhan yang
berasaskan penggunaan ayat pelajar sendiri kerana pelajar lebih memahami
akan topik tersebut. Pelatih juga perlu untuk meminta pendapat daripada
pensyarah kursus berkenaan dengan aktiviti lain yang mampu menarik minat
pelajar untuk kekal aktif dalam kelas. Pelatih juga berpendapat bahawa
seorang pelajar praktikal harus aktif dalam menyertai program yang
dianjurkan di institusi supaya lebih banyak pengalaman dapat dirasai.

668

TARIKH: JURNAL REFLEKSI
TAJUK:
PERISTIWA: REFLECTION JOURNAL

16/5/2022 - 20/5/2022

REFLEKSI MINGGU KESEMBILAN

• Perlaksaan proses PdPr yang mengujakan bagi semua subjek
• Majlis penutup bagi program Green Campus PSIS 2022 berlangsung

di Dewan Seri Lang
• Perhimpunan Bulanan Staf dan juga majlis Rumah Terbuka Hari

Raya Aidilfitri 2022 di Dewan Sri Lang

REFLEKSI: 1. Bisikan hati

1. Bisikan hati Pada minggu kelapan, pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
2. Menganalisis / berjalan secara atas talian seperti biasa bagi setiap subjek. Para pelajar telah
menunjukkan respon yang baik dalam sesi PdPr yang berlangsung dengan
Menilai memberi kerjasama dalam setiap sesi perbincangan. Pelatih merasa sudah
3. Kesedaran baru tidak kekok semasa sesi PdP kerana pelatih sudah memahami tentang cara
4. Cadangan / pengajaran yang perlu dilaksanakan. Pelatih dapat merasa bahawa keyakinan
pelatih untuk mengajar telah semakin meningkat. Seterusnya, majlis penutup
Tindakan bagi program Green Campus PSIS 2022 telah berlangsung dengan jayanya.
Pelatih juga telah berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan
baik. Pada minggu ini juga telah berlangsungnya Perhimpunan Bulanan Staf
dan juga majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2022. Pelatih berasa
gembira kerana dapat bergaul bersama semua warga PSIS.

2.Menganalisis / Menilai
Berdasarkan penilaian yang telah pelatih buat sepanjang minggu kesembilan,
pelatih menyedari bahawa tugasan yang diberikan oleh pelatih kepada
pelajar semasa PdP berlangsung sangat membantu untuk memastikan para
pelajar memahami topik pembelajaran dengan baik. Pelatih juga merasakan

669

perlu mempelbagaikan lagi aktiviti dalam kelas supaya pelajar tidak bosan
dan kekal aktif. Selain itu juga, penyertaan pelatih dalam program-program
anjuran PSIS dapat membantu pelatih merasai pengalaman bagaimana
perlaksanaan program di Politeknik dianjurkan.

3.Kesedaran Baru
Antara yang pelatih peroleh sepanjang minggu kesembilan ialah pelatih
menyedari bahawa pelatih perlu mempelbagaikan aktiviti dalam kelas atau
aktiviti yang melibatkan ABBM. Hal ini kerana pembelajaran secara atas
talian yang melibatkan aktiviti dapat membantu dalam menarik minat
sekaligus mengelakkan pelajar berasa bosan. Seterusnya, pelatih sedar
bahawa penting untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan
baik. Pelatih harus banyak bertanya kepada pensyarah lain jika terdapat
sebarang keraguan atau perkara yang tidak difahami dalam melaksanakan
tugasan.

4. Cadangan / Tindakan
Daripada refleksi ini terdapat banyak perkara yang perlu pelatih perbaiki dari
segi bahan pengajaran iaitu pelatih digalakkan membuat pembacaan
berkenaan bahan ABBM yang menarik untuk digunakan semasa sesi
pengajaran. Melalui aktiviti dan latihan pengukuhan, pelatih berharap pelajar
akan terus sentiasa memberikan respon yang aktif di dalam kelas kerana ia
turut memberi semangat kepada pelatih untuk mengajar. Selain itu, pelatih
juga berpendapat bahawa seorang pelajar praktikal harus aktif dalam
menyertai program yang dianjurkan di institusi supaya dapat menimba lebih
banyak pengalaman.

670

TARIKH: JURNAL REFLEKSI
TAJUK:
PERISTIWA: REFLECTION JOURNAL

23/5/2022 - 27/5/2022

REFLEKSI MINGGU KESEPULUH

• Perlaksaan proses PdPr yang mengujakan bagi semua subjek
• Proses penyeliaan Latihan Mengajar oleh penyelia dari fakulti FPTV

iaitu Dr. Yusmarwati binti Yusof
• Menjalankan kelas amali untuk proses merekod video bagi tujuan

penilaian kelas secara amali oleh pembimbing dan penyelia

REFLEKSI: 1. Bisikan Hati

1. Bisikan hati Memasuki minggu kesepuluh, pelatih merasa sudah tidak kekok semasa sesi
2. Menganalisis / PdPr kerana pelatih sudah memahami rentak dan cara untuk menguruskan
kelas dengan baik. Pelatih dapat merasa bahawa keyakinan pelatih untuk
Menilai mengajar telah semakin meningkat. Seterusnya, pada minggu ini penyelia
3. Kesedaran baru daripada fakulti iaitu Dr. Yusmarwati binti Yusof telah hadir ke PSIS untuk
4. Cadangan / proses penyeliaan pelatih. Pelatih berasa agak gementar kerana ini pertama
kali proses penyeliaan daripada penyelia fakulti. Pada minggu ini juga
Tindakan pelatih telah melaksanakan kerja-kerja merakam video bagi kelas secara
amali untuk tujuan penilaian oleh pembimbing institusi dan juga penyelia
fakulti. Pelatih telah bekerjasama dengan seorang lagi pelajar praktikal iaitu
saudari Nabilah untuk merakam video tersebut.

2.Menganalisis / Menilai
Berdasarkan penilaian yang telah pelatih buat sepanjang minggu kesepuluh,
pelatih mendapati bahawa semasa sesi PdP lebih menarik kerana pelajar
memberikan respon yang baik dan agak aktif di dalam kelas. Ini kerana
pelatih serta para pelajar sudah semakin selesa semasa sesi PdP berlangsung.
Proses penyeliaan daripada penyelia fakulti juga selesai dengan jayanya.

671

Penyelia juga telah berjumpa dengan Ketua Program DKA untuk berbincang
mengenai prestasi pelatih. Seterusnya kelas secara amali berjaya
dilaksanakan dengan baik dan proses merekod juga telah selesai. Sepanjang
kelas amali berlangsung, para pelajar menunjukkan kerjasama yang amat
baik. Pelajar memberikan perhatian dan tumpuan sepanjang proses
penerangan oleh pelatih. Mereka segera bertanya apabila terdapat perkara
yang tidak difahami.

3.Kesedaran Baru
Antara yang pelatih peroleh sepanjang minggu kesepuluh ialah pelatih
menyedari bahawa pelatih perlu mempelbagaikan aktiviti dalam kelas dan
memfokuskan kepada pelajar yang kurang aktif di dalam kelas. Kelas secara
amali yang melibatkan aktiviti berkumpulan perlu dipantau sentiasa untuk
mengelakkan terdapatnya ahli kumpulan yang tidak memberi kerjasama.
Seterusnya bagi aktiviti-aktiviti pengujian konkrit, pelatih perlu memantau
dan memerhati setiap kumpulan supaya tiada kesilapan yang dilakukan oleh
mereka.

4. Cadangan / Tindakan
Daripada refleksi ini terdapat banyak perkara yang perlu pelatih baiki dari
segi aktiviti iaitu pelatih digalakkan menyelidik aktiviti dan teknik berkesan
untuk pelajar yang pasif supaya lebih aktif semasa sesi PdP. Pelatih
mendapati kelas secara amali atau fizikal adalah lebih mudah untuk diajar.
Pelatih berharap sesi PdP selepas ini dapat dilaksanakan secara fizikal
sepenuhnya kerana pelbagai aktiviti yang menarik dapat dilaksanakan.
Pelajar yang pasif di dalam kelas juga dapat diatasi kerana pelatih dapat
memfokuskan kepada pelajar tersebut semasa proses PdP.

672

TARIKH: JURNAL REFLEKSI
TAJUK:
PERISTIWA: REFLECTION JOURNAL

30/5/2022 - 3/6/2022

REFLEKSI MINGGU KESEBELAS

• Perlaksaan proses PdPr yang mengujakan bagi semua subjek
• Perlaksanaan Pertandingan DAS Skill Competition (DASCOM) 1.0

2022 di Bengkel Makmal Bata

REFLEKSI: 1.Bisikan Hati

1. Bisikan hati Sepanjang minggu kesebelas, sesi PdP pula masih dilaksanakan secara atas
2. Menganalisis / talian. Para pelajar menunjukkan kerjasama yang amat baik sepanjang sesi
PdP berlangsung. Walaupon telah minggu kesebelas, masih ada pelajar yang
Menilai hadir lewat ke kelas atas faktor terlewat bangun apabila kelas pada waktu
3. Kesedaran baru pagi. Pada 30 Mei 2022 yang lalu telah berlangsungnya Pertandingan DAS
4. Cadangan / Skill Competition (DASCOM) 1.0 2022. Pelatih telah dilantik sebagai Ahli
Jawatankuasa Multimedia yang ditugaskan untuk mengambil video dan
Tindakan gambar sepanjang pertandingan berlangsung. Pelatih berasa sangat
bersyukur kerana telah diberikan tugas tersebut sekaligus dapat memperoleh
pengalaman yang baru.

2.Menganalisis / Menilai
Berdasarkan penilaian yang telah pelatih buat sepanjang minggu kesebelas,
pelatih mendapati sesi PdP dapat dilaksanakan dengan baik. Pelajar dapat
melaksanakan tugasan dalam waktu yang diberikan dan sesi PdP berjalan
dengan lancar dengan kerjasama pelajar. Program DASCOM 1.0 2022 juga
telah selesai dengan jayanya melibatkan 20 orang peserta dari program
Diploma Alam Sekitar. 5 orang pemenang telah dipilih dalam pertandingan
ini dan membawa pulang piala manakala peserta yang lain membawa pulang
saguhati. Peserta telah diminta untuk membina tembok ikatan bata. Hasil

673

tembok yang dibina para peserta adalah sangat baik menyebabkan kesukaran
para penilai untuk memberi markah dan memilih pemenang.

3.Kesedaran Baru
Antara yang pelatih peroleh sepanjang minggu kesebelas ialah pelatih
menyedari bahawa kerjasama daripada pelajar sepanjang sesi PdP adalah
amat penting supaya sesi PdP dapat disampaikan dengan sempurna. Pelatih
dapat mengetahui sebarang kelemahan dalam sesi pengajarannya
berdasarkan maklum balas daripada pelajar. Selain itu, pelatih berasa
gembira kerana dapat melaksanakan tugas sebagai salah seorang ahli
jawatankuasa program DASCOM 1.0 2022 dengan baik hasil bimbingan
daripada beberapa pensyarah lain yang berpengalaman.

4.Cadangan/Tindakan
Daripada refleksi ini terdapat banyak perkara yang perlu pelatih perbaiki dari
segi kemahiran pelatih semasa mengajar dan antaranya dalam komunikasi
dengan pelajar. Hal ini kerana komunikasi yang baik adalah penting supaya
pelajar berasa selesa dan tidak malu untuk bertanya soalan kepada guru.
Seterusnya, pelatih haruslah ringan mulut dan kerap bertanya kepada
pensyarah lain jika terdapat sebarang perkara yang tidak difahami. Lebih-
lebih apabila pelatih terlibat dengan program-program anjuran pihak institusi
dah kurang memahami berkenaan dengan skop tugas sebagai jawatankuasa
program.

674

TARIKH: JURNAL REFLEKSI
TAJUK:
PERISTIWA: REFLECTION JOURNAL

6/6/2022 - 10/6/2022

REFLEKSI MINGGU KEDUA BELAS

• Perlaksaan proses PdPr yang mengujakan bagi semua subjek
• Perlaksanaan Majlis Anugerah Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam

2022 secara dalam talian
• Perlaksanaan Majlis penutup bagi program "Dissertation,

Presentation & Exhibition" (DPEX) yang ke-28
• Perlaksanaan mesyuarat Bilangan 1 bagi program "Jom Borak

Bersama UTHM. Antara Universiti vs Kerjaya. Kemanakah Kita?"

REFLEKSI: 1. Bisikan Hati

1. Bisikan hati Pada minggu kedua belas ini, pelatih telah menjalankan kelas secara atas
2. Menganalisis / talian seperti biasa. Para pelajar telah menunjukkan kerjasama yang amat
baik sepanjang sesi PdP berlangsung. Selain itu, pelatih juga telah terlibat
Menilai dalam perlaksanaan Majlis Anugerah Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam
3. Kesedaran baru 2022 yang diadakan secara dalam talian. Untuk majlis ini pelatih telah
4. Cadangan / ditugaskan sebagai ahli jawatankuasa multimedia dan gerak kerja pelatih
dalam membantu perjalanan majlis telah dilaksanakan sebelum majlis
Tindakan bermula. Seterusnya, pelatih juga telah dilantik sebagai pengacara majlis
bagi majlis penutup program "Dissertation, Presentation & Exhibition"
(DPEX) yang ke-28 secara atas talian. Tambahan lagi, pelatih juga telah
menjalankan gerak kerja bagi program "Jom Borak Bersama UTHM. Antara
Universiti vs Kerjaya. Kemanakah Kita?". Pelatih telah dilantik sebagai
Setiausaha untuk program ini. Pelatih telah menyiapkan memo pelantikan
jawatankuasa, memo panggilan mesyuarat dan surat jemputan panel. Pelatih
berasa amat teruja kerana program ini dilaksanakan oleh pelajar UTHM yang
sedang menjalani Latihan Mengajar di PSIS.

675

2. Menganalisis / Menilai
Berdasarkan penilaian yang telah dibuat oleh pelatih sepanjang minggu ini
adalah pelatih dapat merasai pengalaman menjadi salah seorang ahli
jawatankuasa bagi program terbesar jabatan iaitu Majlis Anugerah Ketua
Jabatan Kejuruteraan Awam. Seterusnya, pelatih juga berasa teruja diberi
peluang untuk bergiat aktif dengan program di PSIS apabila diberi peluang
menjadi pengacara majlis bagi majlis penutup program "Dissertation,
Presentation & Exhibition" (DPEX) yang ke-28. Pelatih dapat menyerlahkan
sedikit sebanyak bakat dalam pengacaraan program. Para pelatih dari UTHM
juga telah dapat merasai pengalaman bekerjasama dengan pensyarah di PSIS
dalam menganjurkan aktiviti melalui perlaksanaan program Jom Borak
Bersama UTHM. Perlaksanaan program dilihat berjalan lancar dan semua
ahli jawatankuasa juga memberikan kerjasama yang baik kepada pelatih
walaupun pelatih merupakan pensyarah praktikal sahaja.

3. Kesedaran Baru
Antara perkara yang pelatih perolehi sepanjang minggu kedua belas ini
adalah pelatih dapat mempelajari perkara baharu contohnya seperti
memimpin suatu program jabatan dari awal sehingga akhir. Pelatih telah
berpeluang untuk bekerjasama dengan orang yang lebih berpengalaman iaitu
para pensyarah di PSIS. Berbekalkan pengetahuan sedia ada dalam diri
pelatih melalui perlaksanaan program di UTHM, sedikit sebanyak mampu
membantu pelatih melibatkan diri dengan program-rogram di bawah Jabatan
Kejuruteraan Awam. Hal ini sekaligus dapat menambah pengalaman yang
berharga dan juga ilmu pengetahuan yang berguna dalam diri pelatih untuk
digunakan pada masa akan datang.

4. Cadangan / Tindakan

676

Daripada hasil penulisan refleksi pelatih pada minggu ini, pelbagai perkara
yang boleh diperbaiki oleh pelatih antaranya seperti pelatih perlu lebih
memberanikan diri dalam memberi arahan dan memimpin ahli jawatankuasa
yang lebih berumur dan lebih berpengalaman dalam menganjurkan program
di Politeknik. Perkara ini perlu dibiasakan kerana kelak di alam pekerjaan
pelatih akan berjumpa dengan situasi seperti ini malahan lebih besar. Selain
itu, pelatih juga perlu banyak bertanya kepada mereka yang berpengalaman
dalam mengendalikan program di jabatan ini kerana prosedur daripada segi
kewangan dan sebagainya perlu mengikut spesifikasi yang betul.

677

TARIKH: JURNAL REFLEKSI
TAJUK:
PERISTIWA: REFLECTION JOURNAL

13/6/2022 - 17/6/2022

REFLEKSI MINGGU KETIGA BELAS

• Perlaksaan proses PdPr yang mengujakan bagi semua subjek
• Majlis Perasmian Penutup Program Innovation Invention Student

Through Exhibition Programme (IISCEP) 2022
• Perlaksanaan program Jom Borak Bersama UTHM: Antara

Universiti vs Kerjaya. Kemanakah Kita? secara atas talian
• Membantu pensyarah tetap menyemak tugasan dan kuiz bagi subjek

Civil Engineering Materials dan subjek Contract and Estimating

REFLEKSI: 1. Bisikan Hati

1. Bisikan hati Pada minggu ketiga belas ini, adalah berupakan minggu sesi pengajaran dan
2. Menganalisis / pembelajaran (PdP) yang terakhir bagi semua pelajar PSIS. pelatih telah
menjalankan kelas secara atas talian seperti biasa. Para pelajar telah
Menilai menunjukkan kerjasama yang amat baik sepanjang sesi PdP berlangsung.
3. Kesedaran baru Selain itu, minggu ini juga merupakan minggu pelatih melaksanakan
4. Cadangan / program anjuran pelajar latihan mengajar iaitu Jom Borak Bersama UTHM:
Antara Universiti VS Kerjaya. Kemanakah Kita? dengan menjemput dua
Tindakan panel jemputan yang hebat iaitu Saudara Ammar Adnan dan Saudara Arfan
Azmi yang merupakan alumni UTHM. Sambutan yang amat menggalakkan
daripada para pelajar dengan penyertaan seramai 90 orang peserta.
Seterusnya, pelatih telah ditugaskan untuk menanda pemarkahan kuiz dan
juga ujian untuk subjek Civil Engineering Materials dan subjek Contract and
Estimating. Pelatih berasa teruja kerana dapat merasai pengalaman sebagai
pensyarah sebenar untuk menanda jawapan pelajar.

2. Menganalisis / Menilai

678

Berdasarkan penilaian yang telah dibuat oleh pelatih sepanjang minggu ini,
pelatih telah berjaya menyesuaikan diri dengan baik dalam persekitaran di
PSIS dengan menyertai pelbagai program yang dianjurkan. Pelatih telah
dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa bagi majlis Perasmian
Penutup Program Innovation Invention Student Through Exhibition
Programme (IISCEP) 2022. Selain itu juga, pelatih telah berjaya
mengendalikan program Jom Borak Bersama UTHM dengan baik. Namun
begitu, terdapat sedikit masalah teknikal yang berlaku sebelum dan semasa
program berlangsung namun hasil kerjasama daripada semua ahli
jawatankuasa, masalah tersebut dapat diatasi tanpa mengganggu perjalanan
program. Seterusnya, pelatih juga dapat merasai pengalaman seperti
pensyarah sebenar dengan menanda markah kuiz dan ujian pelajar.

3. Kesedaran Baru
Antara perkara yang pelatih perolehi sepanjang minggu ketiga belas ini
adalah pelatih dapat mempelajari bagaimana untuk bekerjasama dengan
pensyarah yang lebih berumur serta memberi arahan yang baik dan berkesan
kepada ahli jawatankuasa yang lain. Selain itu, pelatih juga dapat melihat
ahli jawatankuasa yang lain memberi kerjasama yang baik dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ahli jawatankuasa yang lain
ketika program berlangsung.

4. Cadangan / Tindakan
Daripada hasil penulisan refleksi pelatih pada minggu ini, pelbagai perkara
yang boleh pelatih tambah baik antaranya adalah pelatih perlu sentiasa
berkomunikasi dengan pensyarah lain supaya sifat bekerjasama dapat
diterapkan melalui komunikasi yang berkesan antara pasukan. Seterusnya,
pelatih dapat merasai pengalaman menganjurkan program di luar zon selesa

679

pelatih iaitu di UTHM dan merasai pengalaman menganjurkan program di
Politeknik serta bekerjasama dengan pensyarah-pensyarah tetap.

680

TARIKH: JURNAL REFLEKSI
TAJUK:
PERISTIWA: REFLECTION JOURNAL

20/6/2022 - 24/6/2022

REFLEKSI MINGGU KEEMPAT BELAS

• Membantu pensyarah tetap menyemak tugasan dan kuiz bagi subjek
Civil Engineering Materials dan subjek Contract and Estimating

• Menyiapkan dokumen-dokumen seperti kertas kerja, laporan aktiviti
dan perbelanjaan bagi program Jom Borak Bersama UTHM

• Menyiapkan laporan E-portfolio dan laporan akhir bagi kursus
Latihan Mengajar

REFLEKSI: 1. Bisikan Hati

1. Bisikan hati Sepanjang minggu ke-14 ini, sesi PdP telah selesai. Pelatih telah membantu
2. Menganalisis / pensyarah subjek untuk menyemak dan memberi markah bagi kuiz dan ujian.
Selain itu, pelatih juga telah menyiapkan laporan aktiviti dan pelbagai
Menilai dokumen yang terlibat seperti hadiah pemenang cabutan bertuah yang perlu
3. Kesedaran baru dihantar ke Unit Kewangan selepas program selesai dijalankan. Pelatih amat
4. Cadangan / bertuah kerana Ahli Jawatankuasa amat memberikan kerjasama dan tunjuk
ajar yang baik untuk membantu pelatih menyelesaikan dokumen ini.
Tindakan Seterusnya, minggu ini pelatih telah memulakan mengemaskini E-Portfolio
Latihan Mengajar dengan memasukkan Rancangan Pengajaran Mingguan
(RPM) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang terkini seterusnya
dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

2. Menganalisis / Menilai
Berdasarkan penilaian yang telah dibuat oleh pelatih sepanjang minggu ini
adalah terdapat beberapa cabaran dalam melaksanakan penghantaran laporan
aktiviti bagi program dijalankan pelatih. Pelatih selaku Setiausaha program
telah ditegur oleh Ketua Jabatan kerana menggunakan format laporan aktiviti

681

PSIS yang lama. Pelatih juga menghadapi sedikit kesukaran semasa
menanda pemarkahan ujian subjek Contract and Estimating kerana terdapat
sedikit kesalahan dalam skema markah menyebabkan pelatih perlu merujuk
nota serta pensyarah asal untuk jawapan yang sebenar.

3. Kesedaran Baru
Antara perkara yang pelatih perolehi sepanjang minggu keempat belas ini
adalah pelatih menyedari bahawa pelatih perlu membuat rujukan mengenai
format-format yang digunakan jabatan dengan bertanyakan kepada beberapa
pensyarah terlebih dahulu bagi mengelakkan kesalahan dalam menyediakan
laporan. Pelatih juga sedar bahawa adalah amat penting untuk pelatih
membaca skema terlebih dahulu untuk memastikan tiada kesalahan semasa
menanda ujian dan kuiz.

4. Cadangan / Tindakan
Daripada hasil penulisan refleksi pelatih pada minggu ini, pelbagai perkara
yang boleh pelatih tambah baik adalah pelatih perlu sentiasa berkomunikasi
dengan pensyarah lain supaya pelatih mendapat maklumat tambahan dan
tidak membuat kesilapan yang sama pada masa akan datang. Perbincangan
bersama pensyarah juga harus dibuat terlebih dahulu untuk memastikan
skema jawapan adalah jawapan yang sebenar bagi ujian dan kuiz subjek
tersebut.

682

TARIKH: JURNAL REFLEKSI
TAJUK:
PERISTIWA: REFLECTION JOURNAL

27/6/2022 - 1/7/2022

REFLEKSI MINGGU KELIMA BELAS

• Menyiapkan E-Portfolio Latihan Mengajar dan juga Laporan Akhir
Latihan Mengajar

• Jamuan perpisahan pelajar latihan mengajar Jabatan Kejuruteraan
Awam (JKA), PSIS

REFLEKSI: 1. Bisikan Hati

1. Bisikan hati Pada minggu kelima belas ini adalah merupakan minggu terakhir pelatih
2. Menganalisis / menjalani latihan mengajar di Jabatan Kejuruteraan Awam, PSIS. Sepanjang
minggu terakhir ini pelatih hanya memfokuskan untuk mengemaskini dan
Menilai menyiapkan E-Portfolio Latihan Mengajar dan Laporan Akhir Latihan
3. Kesedaran baru Mengajar. Pelatih merasa gembira kerana telah berjaya menghabiskan
4. Cadangan / kursus Latihan Mengajar. Namun begitu, pelatih juga berasa agak sedih
kerana banyak kenangan dan pengalaman yang pelatih perolehi sepanjang 15
Tindakan minggu ini. Seterusnya, di hari terakhir kursus Latihan Mengajar, pihak
Jabatan Kejuruteraan Awam telah mengadakan jamuan perpisahan pada
sebelah petang untuk meraikan pelatih latihan mengajar.

2. Menganalisis / Menilai

Berdasarkan analisis yang dilakukan adalah pelatih amat gembira sepanajang
minggu di JKA, PSIS. Para pensyarah di sini sangat peramah dan sentiasa
memberikan tunjuk ajar dan tidak jemu menjawab segala pertanyaan pelatih.
Persekitaran kerja yang sangat selesa memberikan pengalaman yang akan
pelatih kenang sampai bila-bila. Dengan budaya yang diterapkan oleh warga

683

JKA di sini sedikit sebanyak telah diterapkan kepada pelatih untuk
digunakan pada masa akan datang.

3. Kesedaran Baru
Antara kesedaran yang diperoleh adalah semangat kerjasama yang
ditunjukkan oleh semua pensyarah JKA ini boleh dicontohi oleh pelatih
untuk diterapkan dalam diri pelatih. Para pensyarah di sini juga banyak
memberikan bantuan dan tunjuk ajar tanpa merasa jemu biarpun semasa para
pensyarah sibuk dengan kerja mereka.

4. Cadangan / Tindakan
Pelatih telah berjaya menamatkan kursus Latihan Mengajar selama 15
minggu dengan jayanya di Jabatan Kejuruteran Awam, Politeknik Sultan
Idris Shah dengan jayanya. Sepanjang minggu ke-15 pelatih telah
menumpukan kepada penulisan laporan akhir dan juga E-Portfolio Latihan
Mengajar. Seterusnya, pelatih ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak Jabatan Kejuruteraan Awam di atas segala yang telah
disumbangkan kepada pelatih. Segala kenangan dan tunjuk ajar yang
diberikan akan digunakan dengan baik oleh pelatih di masa hadapan.

684

LAMPIRAN

685

BAHAN
PENGAJARAN

&
ABBM

686

Lampiran I

BAHAN PENGAJARAN KELAS TEORI

1. Slaid Pembentangan Subjek DCC 20073 – CONTRACT AND ESTIMATING
a) Topic 3 - Contract Procedure

687

688

b) Topic 4 - Standard Form Of Conract

689

2. Slaid Pembentangan Subjek DCC 10032 – CIVIL ENGINEERING MATERIALS
a) Topic 1 - Concrete Materials and Mixture

690

b) Topic 7 - Steel and Non Steel

691


Click to View FlipBook Version