Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Berdasarkan Jadual 2, kita dapat melihat dengan jelas bahawa majoriti responden
memerlukan satu bentuk panduan dan sokongan profesional bagi membantu mereka
menyediakan pusat pembelajaran dan mengaplikasikan pembelajaran dengan penerapan
kemahiran abad ke-21 di pusat pembelajaran. Hal ini selari dengan apa yang dinyatakan oleh
Noor Azman, Mazlina & Hamidah (2020) di mana guru prasekolah tidak menggunakan
panduan dalam mengendalikan persekitaran fizikal bilik darjah di prasekolah.
KESIMPULAN KAJIAN
Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa ramai guru masih kurang
berkemahiran dalam menyediakan pusat pembelajaran dan mengendalikan aktiviti
berteraskan elemen STREAM dan kemahiran abad ke-21 di pusat pembelajaran prasekolah.
Selain daripada itu, guru-guru perlu dibantu dengan satu panduan bagi mengatasi masalah
yang sedang mereka hadapi. Kajian ini yang merupakan analisis keperluan telah
menampakkan ada keperluan bagi membangunkan satu panduan pengendalian pusat
pembelajaran prasekolah yang berteraskan elemen STREAM dan kemahiran abad ke-21.
Impak kepada murid-murid prasekolah juga tidak boleh diabaikan kerana kita harus
membimbing murid kecil ini supaya subur dan tidak ketinggalan dalam arus kemajuan dan
globalisasi pendidikan yang bergerak laju dan amat maju dalam abad ke-21 ini.
CADANGAN KAJIAN
Berdasarkan dapatan kajian, kajian ini mencadangkan agar banyak lagi kajian seumpama ini
diduplikasi bagi melihat secara akar umbi masalah yang berlaku dalam kalangan guru kerana
seorang guru prasekolah akan membawa impak kepada 25 orang murid pada satu tahun
persekolahan. Selain itu kajian mencadangkan agar pembangunan panduan pengendalian
pusat pembelajaran diteruskan untuk membantu guru-guru prasekolah menyahut hasrat
kerajaan dalam memberikan pendidikan terbaik bermula peringkat awal di prasekolah supaya
kanak-kanak yang terhasil melalui prasekolah kompeten dan memenuhi aspirasi dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
RUJUKAN
Chiam, H.K. (2014). Pembelajaran awal: Apa pendidik awak kanak – kanak perlu tahu.
Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Awal Kanak - kanak,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
Erikson, E. (1950). Childhood and society. New York: Norton
Fullan, M., & Scott, G. Education PLUS. Washington: Collaborative Impact SPC.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 930
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Gardner, H. (1983). Frames of mind: The Theory of Multiple Intelligences. New
York: Basic Books.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Garis Panduan Pengurusan Prasekolah.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia . (2017). Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan Semakan 2017. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan . Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd. Nazri Abdul Rahman, & Wan Nurul Baizura Mohamad Noor. (2018).
Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Semakan 2017:
Retrospeksi guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5 (3), 59-71.
http://mojes.um.edu.my/index.php/JUPIDI/article/view/12325/8008
Noor Azman Hanif , Mazlina Che Mustafa, & Hamidah Yusof. (2020). Kajian
empat dimensi pengurusan bilik darjah ke arah pembentukan model pengurusan
bilik darjah prasekolah. MJSSH Online, 4(2), 119 – 136. e-ISSN: 2590-3691.
https://www.mjsshonline.com/index.php/journal/article/download/145/110
Noor Miza Abdul Rahman (2015). Pembinaan modul berteraskan projek untuk
kemahiran komunikasi kanak - kanak tadika ( Tesis doktor falsafah yang tidak
diterbitkan ), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Nor Asniza Ishak. (2015). Pedagogi guru prauniversiti dalam meningkatkan kualiti
intelektual pelajar ( Tesis PhD yang tidak diterbitkan ). Universiti Sains
Malaysia.
Rosmah Abd. Ghani, & Mariani Md. Nor. (2020). Faktor yang mempengaruhi peranan guru
dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) di Malaysia.
Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 8(4), 35-49.
http://jice.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/26841/12299
Vygotsky, L. S. (1986). Thought and Language (Kozulin, A., Ed.). Revised edition. Cambridge:
MIT Press.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 931
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENULISAN ESEI MURID
Aishah Hj Othman
Pusat Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Kebangsaan Keladi
[email protected]
ABSTRAK
Menganalisis kesalahan dan mengenalpasti kelemahan murid dalam menulis esei adalah
amat penting. Ini kerana ianya akan membantu guru menjalankan PdPc dengan lebih
bermakna dan efektif. Bagi murid pula mereka dapat menulis dengan lebih baik apabila guru
dapat mengenalpasti dan mengatasi masalah kesalahan tatabahasa atau penggunaan
bahasa dalam penulisan esei. Kekerapan kesalahan bahasa juga dapat disenaraikan dan
dikenalpasti bagi membantu meningkatkan keupayaan murid dalam menulis esei yang lebih
berkualiti. Kajian ini dilakukan untuk menyenaraikan kesalahan tatabahasa dan penggunaan
bahasa serta mengetahui jumlah kekerapan kesalahan yang tertinggi atau terendah dalam
penulisan esei perbincangan. Kiraan kekerapan dilakukan untuk mengenalpasti dan
menyenaraikan jumlah kesalahan tatabahasa dan penggunaan bahasa dalam penulisan esei
semasa proses PdPc Bahasa Inggeris (MUET). Responden kajian ini adalah 57 orang murid
tingkatan enam dalam menulis esei perbincangan semasa latihan diberikan di dalam kelas.
Data dianalisis melalui dokumen analisis ke atas soalan latihan yang dilakukan dalam PdPc.
Temuduga secara atas talian dilaksanakan untuk mengetahui masalah utama murid ketika
menulis karangan dan topik tatabahasa yang ingin dipelajari semula oleh murid. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat 222 kesalahan yang dilakukan oleh murid. Kesalahan tertinggi
adalah dalam penggunaan ‘singular’ dan ‘plural’ sebanyak 38 kekerapan (17%) dan yang
terendah adalah ‘tenses’ sebanyak 13 kekerapan (6%). Topik tatabahasa yang ingin dipelajari
oleh murid semula adalah ‘tenses’ iaitu 31 orang daripada 57 murid (75%). Kesimpulannya,
dengan mengenalpasti kesalahan tatabahasa dan penggunaan bahasa, guru mengetahui
kelemahan murid dalam menulis esei. Guru dapat merancang intervensi yang boleh
membantu murid mempelajari semula topik tatabahasa yang tidak dikuasai oleh murid.
Kata kunci: analisis kesalahan, kesalahan tatabahasa, penulisan esei, pengajaran bahasa
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 932
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Latarbelakang Kajian
Menulis esei atau karangan adalah sesuatu yang mencabar kepada murid kerana ianya
memerlukan pemikiran yang kritikal dan kritis. Untuk menulis dalam bahasa asing atau bahasa
kedua (L2) adalah lebih menyukarkan bukan sahaja kepada murid tetapi juga guru.
Walaubagaimanapun; dengan mengenalpasti kesalahan penggunaan bahasa yang dilakukan
oleh murid, ia akan membantu murid mempelajari bahasa kedua dengan lebih baik. Dalam
konteks kajian ini bahasa kedua adalah Bahasa Inggeris. Pendidik perlu mengetahui jenis
kesalahan dan sumber kesalahan penggunaan bahasa yang dilakukan oleh murid. Ini adalah
kerana melalui pengesanan kesalahan penggunaan bahasa, murid dapat mempelajari bahasa
dengan lebih efektif (Torrado, 2017).
Selinker (1972; 1992) menyatakan bahawa untuk mengenalpasti kesalahan
penggunaan bahasa murid, perlu dikaji terlebih dahulu ‘interlanguage’ atau pembelajaran
serta strategi berkomunikasi dalam bahasa kedua atau Bahasa Inggeris (L2). Terdapat
pelbagai jenis kesalahan penggunaan bahasa yang dilakukan oleh murid yang terdiri daripada
kesalahan dari segi pembentukan ayat, kesalahan tatabahasa atau pengaruh L1 (Sermsook,
Liamnimitr dan Pochakorn 2017).
Penyataan Masalah
Sebagai seorang guru Bahasa Inggeris yang mengajar Bahasa Inggeris untuk Malaysian
University Entrance Test (MUET), pengkaji sering menghadapi cabaran dalam menyemak
esei yang ditulis oleh murid. Terdapat pelbagai jenis kesalahan penggunaan tatabahasa atau
pengaruh L1 dalam penulisan esei murid dalam L2 atau Bahasa Inggeris. Pengkaji menyedari
dengan mengenalpasti kesalahan bahasa murid, guru dapat membantu murid membetulkan
kesalahan yang dilakukan. Murid juga dapat dibantu untuk menulis esei dengan lebih baik.
Bukan sahaja murid dapat mengurangkan kesalahan penggunaan bahasa yang tetapi juga
dapat menghapuskan kesalahan tersebut sama sekali. Guru juga boleh mendorong murid
untuk tidak melakukan kesalahan yang sama berulangkali. Bagaimanakah perkara ini dapat
dilakukan? Jawapannya adalah dengan mengenalpasti kesalahan dan jenis kesalahan
penggunaan bahasa murid ketika menulis esei. (Heydari & Bagheri 2012 dan
Watchrapunyawong & Usaha, 2013) menyatakan bahawa dengan mengetahui kesalahan
penggunaan bahasa yang dilakukan oleh murid, ia adalah cara yang berkesan untuk
mengurangkan kesalahan tersebut.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 933
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
SOROTAN LITERATUR
Analisis Kesalahan Penggunaan Bahasa
Nordin et al. (2014) menyatakan bahawa aspek kesalahan bahasa terus mendapat perhatian.
Terdapat pelbagai analisis kesalahan penggunaan bahasa yang dilakukan ke atas buku-buku,
majalah atau jurnal bahasa (Bahrom, 2001 dan Ismail, 2007). Tiarina (2017) menegaskan
bahawa dapatan daripada kajian analisis kesalahan penggunaan bahasa dapat dijadikan
sebagai panduan dan ujian sumatif kepada pelajar. Analisis kesalahan penggunaan bahasa
adalah salah satu cara dalam memahami masalah murid dalam membentuk ayat yang betul
dalam L2 (Al-Khasawneh, 2014). Pengkaji ini juga membuktikan bahawa analisis kesalahan
ini adalah salah satu kaedah terbaik linguistik untuk mengkaji kesalahan penggunaan bahasa
murid. Sundari et al. (2021) menerangkan analisis kesalahan linguistik memberikan kebaikan
kepada murid dan pengkaji. Ia dapat membantu murid memahami jenis kesalahan dan
memperbaiki mutu penulisan mereka. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa analisis kesalahan
bahasa akan membantu guru dan murid dalam mengajar atau belajar L2.
Jenis Kesalahan dan Sumber Kesalahan Penggunaan Bahasa
Kajian yang dilakukan oleh Al-Sobhi (2019) menyenaraikan tiga jenis analisis kesalahan
penggunaan bahasa dalam L2 iaitu “Contrastive Analysis’, ‘Error Analysis’ dan
‘Interlanguage’. Ia adalah kajian yang membincangkan bagaimana kesalahan penggunaan
bahasa boleh dikenalpasti melalui tiga kaedah ini. Selain itu, kajian kes ke atas dua orang
pelajar telah disempurnakan oleh Puspita (2019) yang mengkaji tentang ‘Interlanguage’ dan
‘Intralanguage’.
Sebagai kesimpulan, dapat dinyatakan bahawa sorotan literatur dan kajian lepas
mengupas analisis kesalahan penggunaan bahasa oleh murid kerana ia adalah unsur yang
penting dalam pembelajaran L2.
METODOLOGI KAJIAN
Soalan Kajian
1. Kajian ini adalah untuk menjawab soalan-soalan berikut:
2. Apakah jenis kesalahan penggunaan bahasa yang kerap dilakukan oleh murid?
3. Apakah sumber kesalahan penggunana bahasa yang dilakukan oleh murid?
Responden
Sasaran kajian adalah 57 orang murid Tingkatan Enam Atas, Semester 2 Kohort 2019/2020
di Pusat Tingkatan Enam, Sekolah Menengah kebangsaan Keladi, Kulim, Kedah Darulaman.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 934
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Seramai 22 orang murid lelaki dan 35 orang murid perempuan yang berumur 19 tahun.
Mereka adalah murid Tingkatan Enam yang akan mengambil peperiksaan MUET pada bulan
Oktober 2021.Jadual 1 menunjukkan profil responden dalam kajian ini.
Jadual 1
Profil Responden
Kelas Bilangan Murid Lelaki Perempuan
6A1 30 13 17
6A2 27 9 18
Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang dijalankan untuk mengenalpasti kekerapan dan jenis kesalahan
penggunaan bahasa adalah penggunaan analisis dokumen, temubual atas talian dan soal
selidik soalan terbuka kepada semua responden yang terlibat. Analisis dokumen adalah esei
penulisan murid yang dijalankan ketika proses pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) di
dalam kelas MUET. Manakala proses temubual dan soal selidik soalan terbuka dilaksanakan
selepas pdpc di dalam kelas dalam menulis esei perbincangan secara atas talian.
Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data dibahagikan kepada tiga tahap:
Tahap 1: 57 hasil penulisan esei perbincangan yang dilakukan di dalam kelas MUET disemak
dan diperiksa oleh pengkaji. Setiap ayat dan perkataan dianalisis dengan terperinci. Setiap
kesalahan penggunaan bahasa yang dilakukan oleh responden direkod, dikategorikan dan
dikira jumlah kekerapannya menggunakan borang ‘Google’ yang direka khas.
Tahap 2: Semua responden akan memberikan sumber kesalahan penggunaan bahasa yang
dirasakan dilakukan oleh mereka di dalam borang soal selidik ‘Google’ yang dijawab oleh
mereka. Responden juga memberikan tajuk atau bahagian tatabahasa yang ingin dipelajari
semula oleh mereka ketika proses pdpc di masa hadapan.
Tahap 3: Temubual secara atas talian dijalankan untuk memperolehi data yang terperinci
tentang jenis-jenis dan kekerapan kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh responden.
Analisis Data
Kaedah analisis data terbahagi kepada dua tahap berpandukan kepada objektif kajian:
Tahap 1: Semua kesalahan penggunaan bahasa yang dilakukan oleh responden dianalisis
dan dilabel berpandukan kepada jenis kesalahan. Ini adalah untuk mendapatkan jumlah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 935
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kekerapan dan peratus yang dicatatkan. Seterusnya, setiap kesalahan bahasa dikategorikan
kepada dua jenis kesalahan bahasa iaitu peringkat ayat dan perkataan.
Tahap 2: bagi mendapatkan sumber kesalahan utama, informasi dari data analisis tahap satu
dikaji dan diintrepretasi. Di samping itu, kajian lepas juga digunakan juga sebagai sumber
rujukan dan perbandingan dalam kajian ini.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian adalah berasaskan kepada dua soalan kajian yang dinyatakan iaitu apakah
jenis kesalahan yang dilakukan oleh responden dan apakah sumber kesalahan penggunaan
bahasa yang dilakukan oleh murid?
Keputusan dan Perbincangan
Apakah jenis kesalahan penggunaan bahasa yang kerap dilakukan oleh murid?
Selepas analisis dokumen dilakukan, terdapat lapan jenis kesalahan penggunaan bahasa
dilakukan oleh responden. Kesalahan penggunaan bahasa tersebut adalah kesalahan di
peringkat ayat iaitu ‘Tenses’, dan ‘Subject-verb-agreement’. Manakala kesalahan di peringkat
perkataan ialah ‘Prepositions’,’Singular and plural forms’, ‘Spelling’, ‘Usage of root words’,
‘Article’ dan ‘Literal translation of L1’. Jadual 2 di bawah menunjukkan jenis, jumlah kekerapan,
peratus dan kedudukan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh responden.
Jadual 2
Jenis, Kekerapan, Peratus dan Kedudukan Kesalahan Bahasa Yang Dilakukan oleh
Responden
Jenis Kesalahan Bahasa Kekerapan Peratus Kedudukan
Kesalahan di peringkat ayat
‘Tenses’ 13 6 8
‘Subject-verb agreement’ 29 13 5
Kesalahan di peringkat perkataan
‘Prepositions’ 14 6 7
‘Singular and plural forms’ 38 17 1
‘Spelling’ 29 13 5
‘Usage of root words’ 37 16 2
‘Articles’ 30 14 4
‘Literal translation of L1 32 15 3
Jumlah 222 100 -
Berdasarkan jadual 2 di atas, ianya menunjukkan bahawa ‘Singular and plural forms’
mempunyai kekerapan tertinggi iaitu 38 kali (17%). Kekerapan terendah adalah ‘Tenses’
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 936
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
sebanyak 13 kali (6%). Bagi ‘Subject-verb-agreement’ dan ‘Spelling’ ianya mempunyai jumlah
kekerapan yang sama iaitu 29 kali (13%).
Contoh kesalahan responden adalah:
Kesalahan peringkat ayat:
Bil Jenis kesalahan Kesalahan Bahasa yang disarankan
penggunaan bahasa penggunaan bahasa
1. ‘Subject-verb- ‘This show how much ‘This shows how fashion
agreement’ fashion defines a defines a person’s
person’s character’ character’
2. ‘Subject-verb- ‘This colour make ‘This colour makes people
agreement’ people to look hotest look hot and elegant’
and elegant’
3. ‘Tenses’ ‘Not everyone got a ‘Not everyone gets the
same taste of different’ same test, it always
different’
Kesalahan peringkat perkataan:
Bil Jenis kesalahan Kesalahan penggunaan Bahasa yang
penggunaan bahasa bahasa disarankan
1. ‘Singular and Plural ‘Fashion designer have to do ‘Fashion designers
forms’ their commitment’ have to carry out their
commitments’
2. ‘Usage of root words’ ‘Your fashion taste will ‘Your fashion sense
enhances your confidence will enhance your
level’ confidence’s level’
3. ‘Literal translation of L1’ ‘In this world globalisation’ ‘In the globalisation
world’
Apakah sumber kesalahan penggunaan bahasa yang dilakukan oleh murid?
Berdasarkan analisis dokumen, temubual dan soal selidik soalan terbuka, terdapat empat
jenis sumber kesalahan penggunaan bahasa yang dilakukan oleh responden.
‘Interlingual interference’ adalah sumber kesalahan yang dikenalpasti oleh pengkaji sebagai
salah satu sumber kesalahan penggunaan bahasa oleh responden. Penggunaan strategi
pembelajaran atau komunikasi untuk mempelajari L2 memainkan peranan dalam
menyumbangkan sumber kesalahan penggunaan bahasa oleh murid.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 937
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
‘Intralingual inference’ merupakan sumber kesalahan penggunaan bahasa responden apabila
pengaruh L1 terdapat dalam penggunaan L2. Ini menyebabkan penggunaan bahasa adalah
tidak tepat.
Kecuaian ialah salah satu faktor yang menjadi sumber kesalahan bagi responden. Mereka
menulis dengan kekangan masa dan tekanan untuk menyiapkan tugasan dengan baik.
Pengetahuan terhad tentang peraturan tatabahasa dan kosakata L2 juga adalah sumber
kesalahan penggunaan bahasa oleh responden. Walaupun telah mempelajari L2 sejak di
tahun satu, masih terdapat peraturan tatabahasa yang tidak dikuasai oleh responden.
Responden juga menyatakan bahawa mereka ingin mempelajari semula tajuk ‘Tenses’ iaitu
31 daripada 57 orang responden (75%). Ini adalah kerana mereka masih keliru dan belum
menguasai kemahiran tatabahasa tersebut.
KESIMPULAN KAJIAN DAN SYOR CADANGAN
Implikasi Pengajaran dan Pemudahcaraan
Secara kesimpulannya, daripada kajian ini ia telah membuktikan terdapat pelbagai jenis
kesalahan penggunaan bahasa yang dilakukan oleh murid. Kesalahan ini bukanlah sesuatu
yang negatif jika para pendidik mengambil peluang menggunakan maklumat ini untuk
membantu murid yang lemah dalam penulisan esei. Dengan menngetahui jenis kesalahan
penggunaan bahasa oleh murid, guru dapat menyediakan intervensi yang sesuai untuk
membantu murid mempelajari L2. Apabila jenis dan sumber kesalahan penggunaan bahasa
murid diketahui oleh guru, pembelajaran bermakna dapat dijalankan.
Syor cadangan bagi kajian yang akan datang adalah, analisis kesalahan penggunaan
bahasa ini dilakukan di institusi pendidikan yang lain melalui kaedah yang sama. Pengkaji lain
juga dapat menjalankan kaedah kajian ini untuk matapelajaran seperti Bahasa Jepun atau
Mandarin bagi mengetahui dapatan kajian yang baharu. Ini akan dapat merealisasikan budaya
penyelidikan di kalangan guru ketika pdpc dijalankan.
RUJUKAN
Al-Khasawneh M.S. (2014). error Analysis of Written English paragraphs by Jordanian
undergraduate Students: A Case Study, International Journal of English Language,
Literature and Humanities, 2 (8):85-200. http:www.ijellh.com
Al-Sobhi B.M. (2019). The Nitty-gritty of Language Learners’ Errors-Contrastive Analysis,
Error Analysis and Interlanguage, International Journal of Education & Literacy studies,
7(3): 49-60 www.ijels.aiac.org.au
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 938
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Baharom, N. (2001). Kesalahan Bahasa, Jurnal Dewan Bahasa, Mac.
Heydari, P. & Bagheri, M. S. (2012). Error analysis: Sources of L2 learners’ errors. Theory and
Practice in Language Studies, 2(8), 1583-1589.
https://www.researchgate.net/publication/267839978
Ismail, Z. (2007). Bahasa Jiwa Bangsa, Sejauh Manakah Penghayatannya, Jurnal Pelita
Bahasa, September.
Nordin, M.Z., Ariffin M.T., Bahari, K.A. dan Md. Zukhi, S.M. (2014). Analisis Kesalahan
Penggunaan Bahasa Papan tanda Perniagaan, Procedia Social and Behaviuoral
Sciences,134: 330-349. doi:10.1016/j.sbspro.2014.04.256
Puspita, D. (2019). Error Analysis on Learners’ Interlanguage and Intralanguage: A Case
Study of Two Adolescent Students, TEKNOSTATIK 17(2): 12-18.
Sundari, D., Hidayah, J., Edy. S. and Esmianti, F. (2021). Error Analysis ofEnglish Sentence
Structure in Students’ Written Paragraphs, ENGLISHFRANCA: Academic Journal of
English Language and educcation,5(1)37-60.doi:
http://dx.doi.org/10.29240/ef.v5i1.2173
Selinker, L. (1972). Interlanguage, Interlanguage Review of Applied Lingusitic 10:3 209-231.
https://kupdf.net/download/interlanguage-by-selinker-
Selinker, L. (1992). Rediscovering Interlanguage. Longman.
Sermsook,K., Liamnimitr, J. and Pochakorn, R. (2017). An Analysis of Errors in Written
English Sentences: A Case Study of Thai EFL Students, English Language Teaching,
10 (3) :101-110. https://www.researchgate.net/publication/313460902
Tiarina. Y. (2017). An Interlanguage Error Analysis: A Formative Evaluation For Freshmen,
Lingua Didaktika: Jurnal Bahasa dan Pembelajaran Bahasa, 11(1):77-83
http://ejoournal.unp.ac.id/index.php/linguadidaktika/index
Torrado, M. (2017). Error Analysis and Interlanguage in the Use of the term ‘ICT’ in an Online
Learner Corpus, Complutense Journal Of English Studies 25:105-123.
https://www.researchgate.net/publication/321782672
Watcharapunyawong, S. & Usaha, S. (2013). Thai EFL students’ writing errors in different
text types: The interference of the first language. English Language Teaching, 6(1), 67-
78. https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1076889.pdf
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 939
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI
SEBUAH SEKOLAH ORANG ASLI
Wan Azlan bin Wan Ismail PhD, Zul Aizam bin Yassin PhD, Ros’haimi bin Mohd Yusof,
Rosli bin Abdullah, Ahmad Jalani bin Halus & Rosmadi bin Dollah
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui cabaran dan halangan pelaksanaan pengajaran
Pendidikan Jasmani di sebuah sekolah Orang Asli. Kajian ini dijalankan di Sekolah
Kebangsaan Sungai Berua, Hulu Terengganu dengan menggunakan kaedah temu bual
bersemuka. Manakala instrumen yang digunakan bagi mengumpul data ialah melalui protokol
temu bual semi berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan pelajar orang asli sedar tentang
kepentingan Pendidikan Jasmani tetapi pengaruh budaya setempat telah mempengaruhi
sikap dan pemikiran mereka, manakala halangan berkaitan dengan faktor budaya setempat,
sikap murid, perasaan malu, kemahiran diri dan kekurangan kemudahan fasiliti sukan di
sekolah menjadi faktor penghalang penglibatan pelajar orang asli dalam aktiviti Pendidikan
Jasmani. Selain itu, hasil kajian juga menemukan faktor yang dapat menarik minat mereka
untuk melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan Jasmani ialah aktiviti sukan berpasukan,
komitmen guru dan peralatan sukan yang baru. Berdasarkan dapatan kajian ini beberapa
cadangan telah dikemukakan kepada pihak guru PJ dan pentadbir sekolah untuk diambil
tindakan bagi memperkasakan lagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Kata kunci: Pendidikan Jasmani, kepentingan, halangan, sekolah rendah orang asli
PENGENALAN
Kerajaan sentiasa memastikan pendidikan menjadi agenda utama di negara ini. Dengan
pelaburan yang besar, negara kita telah mencapai akses kepada pendidikan yang hampir
menyeluruh. Pelaburan yang besar telah dibuat dalam bentuk latihan guru, emolumen dan
pembinaan infrastruktur serta kemudahan asas pendidikan telah berjaya meningkatkan
penglibatan murid pada peringkat menengah dan rendah, termasuk di kawasan bandar serta
pendalaman. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), merupakan dasar Kementerian
Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi
sekolah, tahap sosioekonomi, dan tahap keupayaan murid. Matlamat Kementerian
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 940
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang
dan keupayaan yang sama untuk cemerlang termasuklah sekolah di bandar dan juga sekolah
di luar bandar. Pendidikan yang berkualiti merupakan satu jaminan yang terbaik untuk berjaya
di masa hadapan khasnya bagi para murid. Untuk mencapai matlamat tersebut, jurang
pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti, dan kualiti dapat ditingkatkan di antara
jurang sekolah bandar dan sekolah luar bandar, seterusnya jurang digital, jurang
sosioekonomi, jurang antara tahap pencapaian murid, jurang antara murid bandar dan murid
di pedalaman seperti murid orang asli.
Orang Asli yang hidup di dalam masyarakat yang terasing dan kurang mendapat
perkhidmatan sempurna terutama pendidikan, kemudahan awam dan kesihatan. Kedudukan
geografi kediaman mereka yang terletak jauh di pedalaman telah mengukuhkan cara hidup
dan pemikiran di kebanyakan masyarakat orang asli bahawa tiada faedah untuk menghantar
anak-anak mereka ke sekolah (Mohammad Johdi & Abdul Razaq 2009). Mengikut
perangkaan, terdapat lebih kurang 80 peratus kanak-kanak Orang Asli yang tidak pernah
menamatkan persekolahan di peringkat sekolah menengah (Utusan Malaysia, Mei 2007).
Secara umum, ibu dan bapa masyarakat orang-orang asli masih tidak berminat dengan
pendidikan. Mereka hanya menjadikan sekolah sebagai suatu tempat untuk menghantar
anak-anak mereka untuk bermain, juga makan dan mendapatkan wang. Tetapi apabila
mereka melihat masyarakat luar menunjukkan minat terhadap pendidikan anak-anak orang
asli, mereka menjadi lebih sedar tentang perlunya pendidikan. Menurut Mohammad Johdi dan
Abdul Razaq (2009) masih sukar untuk mengubah persepsi mereka disebabkan oleh
kurangnya kefahaman dan keperluan pendidikan untuk anak-anak mereka. Kebanyakan ibu
bapa orang asli masih mahu mengekalkan cara hidup tradisi nenek moyang dan anak-anak
ini juga mewarisi kehidupan seperti mereka juga. Sesuai dengan matlamat dan usaha
kerajaan bagi menyelesaikan masalah persekitaran sosial dan keluarga untuk membantu
mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi murid khususnya untuk murid orang
asli.
PERNYATAAN MASALAH
Menurut ahli antropologi, orang asli di Malaysia terbahagi kepada tiga kumpulan suku bangsa
yang dikenali sebagai Senoi, Negerito dan Melayu Proto (Mohd Kamal & Ab. Rahman 2009).
Di dalam kumpulan suku bangsa Senoi ini terdapat pula etnik Temiar, Semai, Semaq Beri,
Chewong, Jah Hut dan Mah Beri. Masyarakat orang asli terus terpinggir dan kurang peluang
dalam masyarakat aliran perdana walaupun peruntukan sudah disediakan untuk
pembangunan pendidikan mereka. Pencapaian mereka dalam pendidikan masih rendah
Ahamad et al. (2012). Masyarakat orang asli masih merupakan masyarakat yang termiskin
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 941
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dan termundur. Di antara punca kemunduran di kalangan orang asli kerana kegagalan mereka
menerima secara positif dan efektif sistem pendidikan negara yang boleh mengangkat
martabat dan maruah mereka (Ahamad et al. 2012). Mereka bukan sahaja ketinggalan dalam
mata pelajaran akademik bahkan juga bagi mata pelajaran pendidikan jasmani (PJ).
Tambahan pula kajian oleh Khor dan Zalilah (2008) mendapati tahap kesihatan masyarakat
orang asli di Semenanjung Malaysia masih ketinggalan di belakang populasi umum. Kadar
nutrisi yang rendah di kalangan pelajar-pelajar orang asli disebabkan beberapa faktor seperti
kualiti diet pemakanan, pengetahuan nutrisi, penjagaan kebersihan diri yang kurang
dititikberatkan dan kepercayaan budaya yang tidak sesuai (Zahiruddin 2014).
Sehubungan itu, sekolah seharusnya menjadi institusi terpenting dalam melahirkan
murid yang berkualiti dan mempunyai kesantunan sahsiah, kecemerlangan, ilmu, kejituan
patriotisme dan kesejagatan kepimpinan (Abang Ismail 2014). Mereka juga perlu diberi
peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada
arus pembelajaran nasional. Melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan
di sekolah secara terancang dan tersusun ia berupaya memberi ruang persekitaran yang baik
bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan fizikal dan penjagaan kesihatan.
Sesuai dengan matlamat mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang digubal untuk memenuhi
keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang
cergas, sejahtera dan produktif (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Justeru itu, pengkaji
cuba mendapat pandangan guru PJ sejauh mana kesedaran pelajar orang asli terhadap
kepentingan aktiviti Pendidikan jasmani. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat
halangan pelaksanaan pengajaran PJ di sekolah orang asli.
TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan berdasarkan tujuan-tujuan berikut:
1. Mengenal pasti kesedaran kepentingan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam
kalangan murid orang asli di SK Sungai Berua
2. Mengenal pasti halangan guru PJ dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani sekolah murid orang asli di SK Sungai Berua
METODOLOGI
Sekolah yang terlibat dengan kajian ini ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, Hulu
Terengganu. Sekolah ini telah memenangi tempat ke tiga bagi kategori kecemerlangan ko-
kurikulum di peringkat kebangsaan pada tahun 2014 bagi sekolah rendah luar bandar. Murid
di sekolah ini keseluruhannya dari etnik Semoq-Beri. Bilangan keseluruhan pelajar sekolah ini
seramai 117 orang, purata kedatangan sekitar 70 orang. George Kelly (1995) menyatakan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 942
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
jika kita dapat memahami sesuatu masalah itu, maka kaedah yang paling baik ialah dengan
bertanya kepada mereka yang terlibat dalam masalah tersebut. Kajian ini merupakan kajian
kes. Meriam (1998) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu
bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Dalam kajian ini, penyelidik
menggunakan temu bual berstruktur. Teknik temu bual dalam kajian ini melibatkan guru-guru
sekolah Orang Asli di SK Sungai Berua sahaja dan akan dianalisis untuk mengetahui
kepentingan dan halangan yang dihadapi dalam pengajaran PJ.
PROSEDUR DAN LANGKAH-LANGKAH PENGUMPULAN DATA
Teknik pensampelan yang digunakan dalam kajian ialah teknik pensampelan bertujuan.
Sample kajian terdiri daripada tiga orang guru PJ. Pemilihan sample pula dibuat berdasarkan
kriteria-kriteria yang telah ditetapkan iaitu: (i) Mengajar PJ di sekolah orang asli sekurang-
kurang dua tahun pengalaman (ii) berkebolehan berbahasa Semoq-Beri dengan baik.
Manakala, kaedah tematik analisis digunakan dalam menyusun data dengan cara
mengekot, mengetagorikan, mengorganisasikan serta meletakkan data mengikut elemen
yang dikenal pasti. Sebelum temu bual sebenar dijalankan, kajian rintis telah dilakukan bagi
mendapat pandangan dan maklumat berkaitan protokol temu bual dalam menambah baik
soalan yang ingin ditanya dalam kajian. Kajian rintis membantu penyelidik dalam
menganggarkan jumlah masa yang akan diambil ketika temu bual, mengenal pasti kesesuaian
dan kejelasan soalan temu bual. Semua temu bual dilaksanakan selama 30 hingga 35 minit.
Data-data temu bual di susun dalam bentuk transkrip. Transkrip tersebut di kembali kepada
setiap responden kajian untuk membuat penelitian pengesahan, atau kritikan sebelum temu
bual dalam kajian sebenar yang dilaksanakan.
Bagi setiap sesi temu bual, penyelidik akan membuat analisis awal sebagai rangka
kerja untuk soalan berikutnya. Semua sesi temu bual berlangsung selama 30 hingga 35 minit
bergantung keadaan responden. Susulan temu bual telah dijalankan secara peribadi melalui
telefon dan kurang daripada 20 minit setiap kali berurusan. Proses menganalisis data kajian
ini melibatkan protokol temu bual dan rakaman, penulisan transkrip rakaman, pengesahan
transkrip kajian dengan subjek kajian, segmentasi (pemecahan data lisan kepada segmen
bahagian-bahagian kecil), kategorikan transkrip selaras dengan literatur, pengekodan, dan
menggunakan ‘second coder’ dalam menentukan kesahan pengekodan tersebut. Maklumat
daripada analisis dokumen digunakan untuk menyokong dan menjelaskan data kajian ini.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 943
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
DAPATAN KAJIAN
Kesedaran kepentingan mata pelajaran Pendidikan Jasmani
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru PJ mempunyai sikap positif
terhadap peranan mereka dalam meningkatkan kesedaran aktiviti fizikal dalam kalangan
murid orang asli. Guru-guru PJ menjelaskan usaha memupuk kesedaran aktiviti fizikal dalam
kalangan murid orang asli ialah dengan mewujudkan program sukan, melaksanakan aktiviti
PJ dan memupuk murid bersikap positif terhadap aktiviti bercorak fizikal. Ini menunjukkan
guru-guru di SK Sungai Berua ini mempunyai komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas
mereka. Dapatan ini berdasarkan kenyataan Guru PJ 1 dan Guru PJ 2 iaitu
“…di SK Sungai Berua murid-murid sentiasa digalakkan menyertai aktiviti sukan
sekolah, aktiviti PJ dan mereka ini tahu perlu senaman untuk sihat..”(PG-GPJ1, 2015:
6) dan “…murid di sini suka aktiviti bermain seperti pendidikan jasmani. Melalui
penjelasan guru, mereka sedar kepentingan PJ cuma…dalam kelas PJ mereka kurang
tumpuan…” (PG-GPJ2, 2015: 12)
Temu bual dengan guru PJ secara umumnya lebih berfokus kepada aspek pengajaran yang
ditekankan semasa kelas PJ di sekolah. Antara perkara yang disebutkan seperti kemahiran
baru perlu diulang banyak kali, pendekatan secara demonstrasi, kaedah kumpulan dan
keperluan guru menghadiri kursus PJ. Sebagai contoh Guru PJ 2 menjelaskan pandangnya
seperti kenyataan ini…
“ada masanya,..guru perlu ulang banyak kali kemahiran baru yang diajar, kaedah
demonstrasi banyak digunakan dalam kelas PJ….kaedah kumpulan juga di praktik di
sini. Guru-guru masih perlu kursus berkaitan PJ supaya dapat di curahkan ilmu pula
kepada murid orang asli….”(PG-GPJ2, 2015: 20)
Halangan dalam pelaksanaan pengajaran subjek Pendidikan Jasmani
Dapatan kajian seterusnya memperlihatkan guru-guru PJ menghadapi masalah dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini. Halangan yang ditemui dalam
kajian ini seperti berikut : 1) halangan budaya setempat 2) halangan sikap murid 3) halangan
perasaan malu 4) kemahiran diri dan 5) kekurangan peralatan sukan. Guru PJ di sini sangat
positif terhadap tugas mereka. Namun begitu, guru menghadapi halangan intrapersonal murid
orang asli yang cepat bosan dengan aktiviti PJ yang dijalankan. Pelajar orang asli ini tidak
boleh lama memberi tumpuan bagi mengikuti sesuatu aktiviti kelas PJ dan mereka akhirnya
akan buat ikut kemahuan mereka. Halangan interpersonal yang kuat datang daripada rakan-
rakan sebaya dan sikap negatif dalaman. Sebahagian murid yang ponteng kelas, akan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 944
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mengganggu dan mempengaruhi murid di dalam kelas lain dan menyebabkan kelas PJ
terganggu. Dapatan kajian ini merujuk kepada kenyataan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
dengan kata-katanya:
“sifat pelajar-pelajar orang asli sensitif, pemalu, cepat bosan…..selalu minta keluar
kelas…tidak tahan lama memberi tumpuan dalam kelas….ada sebahagian ponteng
kelas pergi ganggu kelas pelajar lain sedang belajar”…. (HG-GPKHEM, 2015: 28)
“…sifat pelajar orang asli sangat aktif di dalam kelas, mengganggu pengajaran
guru…mereka datang ke sekolah…. lebih kepada untuk main dan makan..”… “selain
daripada itu, guru PJ perlu menguasai bahasa mereka…untuk tarik perhatian mereka..”
(HG-GPKHEM, 2015: 37)
Dapatan seterusnya menunjukkan halangan berkaitan kemudahan gelanggang dan peralatan
sukan yang terhad di sekolah orang. Dengan bilangan murid seramai 117 orang tentulah
peruntukan gran tahunan (PCG) yang sedikit bagi panitia PJ di sekolah ini. Sekolah ini hanya
mempunyai satu padang bola sahaja dan satu stor sukan. Peralatan sukan di sekolah ini juga
terhad dan kemudahan gelanggang sukan yang tidak mencukupi. Sikap pelajar orang asli
juga menyebabkan peralatan PJ hilang. Jika tidak dikawal mereka akan bawa pulang untuk
digunakan pada waktu petang. Dapatan ini berdasarkan pernyataan Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid seperti berikut:
“…pelajar-pelajar orang asli ini datang sekolah lewat …ikut suka hati...sehingga
mengganggu kelas PJ masa pertama…kadang-kandang pukul 8.00 pagi masih kurang
pelajar di sekolah. Pelajar orang asli …tidak boleh marah…kena pujuk mereka.
Keadaan ini menyebabkan…mereka agak mengada-ngada…..semasa PJ.. peralatan
perlu dikawal…jika tidak dibawa balik ke rumah…peralatan pun PJ tidak mencukupi,
bagi pelajar perempuan yang dah besar, mereka agak malu untuk melakukan senaman
dalam aktiviti PJ...tambahan dengan ketiadaan dewan.. ” (HG-GPKHEM, 2015: 41)
Pelajar orang asli ini mereka agak istimewa, jadi masa pengajaran dan pembelajaran mereka
di sekolah juga jadi terhad. Pencapaian band 6 sekolah ini menjadi sekolah yang berprestasi
terendah di Hulu Terengganu. Segelintir pelajar orang asli datang lewat dan mereka balik
awal. Selepas jam 10.35 pagi mereka akan pulang ke rumah mereka yang terletak di sebelah
pagar sekolah. Kenyataan ini dijelaskan oleh Guru Penolong Kanan HEM yang menyatakan
pandangannya :
“pelajar orang asli di sini agak ketinggalan pelajaran berbanding dengan sekolah lain.
Kedudukan band di sekolah ini ialah band 6..pelajar di sekolah ini balik selepas jam
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 945
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
10.35 pagi selepas makan….situasi ini menyebabkan pelajar di sini semakin
ketinggalan…” (HG-GPK-HEM, 2015: 59)
Keadaan ini memburukkan lagi pencapaian sekolah ini dalam pelajaran akademik
termasuklah mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pelaksanaan mata pelajaran PJ juga
terganggu dengan situasi pelajar di sini. Mereka hanya belajar sekitar 2 jam 30 minit dalam
sehari. Begitu juga penguatkuasaan baju PJ sukar dijalankan, kerana pelajar orang asli akan
pakai pakaian yang beraneka jika disuruh pakai baju PJ, tambahan pula tiada peruntukan
khas untuk membeli baju PJ buat mereka.
PERBINCANGAN KAJIAN
Faktor Budaya Setempat
Kehidupan masyarakat orang asli yang “lasiez faire” sikap sensitif, mudah terasa, suka bebas
dan tidak terikat dengan peraturan yang menyebabkan kesan negatif ini kepada anak-anak
mereka (Aslian Pios 2012). Kajian mendapati pelajar orang asli sukakan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani yang melibatkan permainan seperti bola sepak, sepak takraw dan aktiviti
senaman. Namun begitu, kehadiran pelajar asli ke sekolah sangat tidak memuaskan
membantut pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Hal ini mungkin ada
kaitan dengan hasil dapatan Siti Hayati Yusoff (2010) yang telah menyenaraikan beberapa
faktor berkaitan budaya, cara hidup dan pemikiran Orang Asli itu sendiri telah menyumbang
kepada ketidakhadiran murid Orang Asli ke sekolah. Tambahan pula kurang motivasi
daripada ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka pergi ke sekolah dan ini
menyebabkan ramai murid asli tercicir. Sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak dan
mengikut kata anak-anak secara berlebihan, memberi kesan negatif kepada pembelajaran
anak mereka. Begitu juga pelajar orang asli terdedah dengan tingkah laku menyimpang yang
wujud dalam masyarakat mereka seperti minum arak, merokok dan berjudi serta
kemungkinan terdedah dengan bahaya dadah.
Faktor Sikap Murid
Maklum balas daripada responden kajian mendapati faktor sikap murid orang asli antara faktor
utama menjadi penghalang dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Alasan malas membawa
pakaian sukan ke sekolah, datang lewat ke kelas dan cepat bosan sering menjadi halangan
penglibatan murid orang asli. Dapatan ini selari dengan kajian oleh Johari dan Nik Selma
(2010) dalam kajian beliau berkaitan faktor-faktor masalah ponteng di kalangan pelajar. Faktor
sikap ini menjadi faktor utama pelajar poteng sekolah. Begitu juga kajian Zainal Sarib (2003)
menyatakan sikap pelajar yang tidak serius dalam belajar menyumbang kepada ponteng
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 946
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
sekolah. Menurut Mohammad Johdi & Abdul Razaq (2009) mendapati sikap semula jadi
pelajar orang asli yang suka bergerak dan tidak boleh duduk diam di dalam waktu yang lama
termasuk kelas pendidikan jasmani. Disebabkan sifat mereka ini menyebabkan mereka tidak
boleh memberi tumpuan pada guru semasa sesi pengajaran PJ terutama di dalam kelas.
Faktor Perasaan Malu
Pelajar orang asli juga mempunyai konsep kendiri yang rendah di mana mereka amat pemalu
apabila berhadapan dengan orang luar. Mereka susah untuk didekati disebabkan oleh
perasaan malu. Perasaan ini juga merupakan faktor yang membawa kepada keciciran
pelajaran di mana ia terbawa-bawa ke dalam kelas PJ iaitu malu hendak bertanya apabila
tidak faham sesuatu pengajaran akhirnya merugikan diri mereka sendiri. Mereka juga
mempunyai sikap yang sensitif, mudah tersinggung dan guru tidak boleh marah pada mereka.
Ini selari dengan kajian Siti Hayati Mohd. Yusof (2010) yang menyenaraikan faktor budaya
fikiran orang asli seperti sikap sensitif, mudah tersinggung, tidak gemar dikongkong dan tidak
suka terikat dengan peraturan. Keadaan ini boleh membawa kepada kesan negatif kepada
pencapaian murid-murid orang asli.
Faktor Kemahiran Diri
Dalam kajian Aslian Pios (2012) mendapati pelajar orang asli suka permainan berkumpulan
seperti bola sepak, sepak takraw dan bola jaring. Namun begitu, pelajar orang asli ini tidak
mempunyai kemahiran yang baik dan tahap kecergasan mereka juga sederhana (Zahiruddin
2014). Menurut Ramlee Mustafa et al. (2009) kepercayaan negatif dalam diri murid orang asli
yang menyangka dirinya tidak mempunyai kuasa atau kebolehan untuk melakukan apa yang
hendak dilakukan. Faktor sekatan peribadi dan kepercayaan negatif yang wujud dalam diri
pelajar orang asli, lalu menjadi penghalang kepada kemajuan diri di dalam pelajaran. Keadaan
juga berlaku semasa pendidikan jasmani di mana pelajar orang asli sukar melakukan aktiviti
permainan mengikut kemahiran yang ditetapkan, disebabkan mereka hanya suka bermain
tanpa belajar kemahiran di dalam PJ. Jadi dengan kekurangan kemahiran ini menyebabkan
tidak ramai murid asli mewakili daerah di dalam acara sukan walaupun mempunyai badan
yang tegap.
Faktor Kekurangan Kemudahan Sukan
Dalam kajian Hamidah Yusof et al. (2011) mendapati faktor infrastruktur termasuk murid tiada
peralatan lengkap dan bahan bantu mengajar (BBM) yang kurang menjadi faktor penghalang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 947
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
penglibatan pelajar di dalam kelas PJ. Seterunya peruntukan Per-capita gran (PCG) yang
mereka terima amat sedikit menyukar pihak sekolah membeli peralatan PJ yang baru dan
banyak bagi menampung jumlah murid (Abang Ismail 2014). Tambahan pula kedudukan
sekolah orang asli yang jauh di pendalaman turut memberi kesan terhadap kekurangan
kemudahan awam seperti pengangkutan awam, perpustakaan, kemudahan wifi dan
kelengkapan gelenggang permainan (Mohammad Johdi & Abdul Razaq 2009). Disebabkan
kekurangan kemudahan yang diterima, ditambah pula dengan mentaliti mereka yang sempit
menyebabkan mereka malas berusaha dan akhirnya menyumbang kepada keciciran dalam
pelajaran pendidikan jasmani. Tambahan pula kekurangan wang dan kemiskinan keluarga
mereka juga menjadi penghalang kepada murid orang asli untuk belajar kerana mereka tidak
mampu membiayai dan membeli kelengkapan sekolah (Basir Zahrom 2009).
Dapatan kajian ini juga menemukan faktor yang dapat menarik minat murid asli untuk
penglibatan dalam kelas Pendidikan Jasmani iaitu aktiviti sukan berpasukan, guru yang mesra
dan peralatan yang baru. Jadi sistem pendidikan di sekolah perlu disesuaikan dengan
keperluan dan sifat murid orang asli semoq-beri. Lambert (2003) menerangkan guru perlu
mempelbagaikan teknik pengajaran sesuai dengan sifat mereka yang pemalu, memahami
budaya dan boleh berbahasa semoq-beri. Kemudahan sukan seperti gelanggang serba guna,
dewan terbuka dan peralatan atau kemudahan yang mencukupi (Zainun 1995, Ridgers et al.
2007, Rozita 2009) mampu menarik penglibatan pelajar orang asli secara total dalam aktiviti
PJ.
KESIMPULAN
Mata pelajaran PJ dibentuk bagi memberi peluang kepada para murid melakukan
aktiviti fizikal yang terancang dan membentuk keperibadian yang baik. Perkara ini dijelaskan
oleh Abang Ismail (2014), aktiviti sukan dapat memperbaiki keadaan fizikal atau kesihatan
para peserta. Tubuh yang sihat, berfungsi paling baik dengan otak yang aktif. Melalui latihan
pelaziman, peserta-peserta berpeluang mencapai satu tingkat pencapaian yang lebih baik
dari segi mental dan juga fizikal. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa kegiatan
bersukan sangat penting dalam menjaga kesihatan diri para murid. Malah kualiti kesihatan
dan kecergasan para murid akan terserlah dan meningkat melalui aktiviti Pendidikan Jasmani.
Disebabkan mempunyai tubuh badan yang sihat maka para murid dapat memberi penumpuan
dan fokus dalam mata pelajaran serta mampu memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
mata pelajaran. Jadi halangan budaya setempat, sikap pelajar, perasaan malu, kemahiran diri
dan kekurangan kemudahan sukan perlu diatasi bagi mencapai objektif dan matlamat mata
pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah orang asli tercapai. Masalah murid orang asli telah
lama dan berpanjangan, oleh itu perlu pelan tindakan khusus dan segera bagi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 948
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mentransformasikan kehidupan mereka semula. Semua kejayaan akan tercapai sekiranya
komitmen dan usaha gigih para guru, anggota masyarakat orang asli dan kerajaan bergabung
untuk meningkatkan pencapaian murid orang Asli secara bersungguh-sungguh dan
berterusan.
RUJUKAN
Abang Ismail b Awang Hj Julhi. (2014). Kajian Tentang Pelaksanaan Pendidikan Jasmani
Sekolah-Sekolah Peribumi Penan Di Malaysia. Tesis Dr Fal. Fakulti Pendidikan. Bangi.
Abd. Rahman Mahmud. (2007). Gaya pembelajaran pelajar-pelajar sekolah orang asli yang
mengikuti program KIA2M daripada persepsi guru. Kertas kerja yang dibentangkan
dalam seminar penyelidikan pendidikan, Institut Perguruan Zon Timur 2007 di Hotel
Grand Continental, Kuantan pada 23-25 Julai 2007.
Abdul Razaq Ahmad, Pang Shiau Wai, Ahmad Ali Seman & Nor Aniza Ahmad. (2009).
Kesedaran pendidikan dalam masyarakat orang asli. Dalam Abdul Razak Ahmad @
zalizan mohd Jelas, Masyarakat Orang Asli: Perspektif Pendidikan dan Sosiobudaya.
Bangi: Penerbit UKM.
Aslian bin Pios. (2012). Masalah ketidakhadiran murid orang asli ke kegiatan kokurikulum di
sebuah sekolah orang asli di Petaling Jaya: Faktor dan cadangan penyelesaian. Jurnal
Pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Institut Aminuddin Baki. Jilid 24 Bil. 2.
Azamri Ab Rahman. (2002). Perbandingan tahap kepantasan sntara pelajar lelaki Melayu
dengan lelaki orang asli di sekolah kebangsaan Toh Tan Dewa Sakti, Tapah , Perak.
Tesis sarjana muda, Universiti Perguruan Sultan Idris.
Hamidah Abdul Karim. (1999). Penglibatan murid Islam dalam kegiatan kokurikulum dan
sumbangannya ke arah pencapaian akademik : Satu tinjauan di Sekolah Menengah
Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tesis yang tidak diterbitkan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Haslinah Abdullah. (2009). Faktor isi rumah, status pemakanan dan kesihatan yang
keupayaan kognitif am kanak-kanak orang asli. Tesis sekolah pensiswazahan, Universiti
Putera Malaysia.
Ibrahim Ngah dan Khairul Hisyam. (2007). Pembangunan mapan komuniti orang Asli, Skudai:
Penerbit UTM.
Mohammad Johdi Salleh & Abdul Razaq Ahmad. (2009). Kesedaran pendidikan dalam
masyarakat orang asli. Dalam Abdul Razak Ahmad @ Zalizan mohd Jelas, Masyarakat
Orang Asli: Perspektif Pendidikan dan Sosiobudaya. Bangi: Penerbit UKM.
Nicola D. Ridgers', Delia M, A. Fazey and Stuart J. Fairclough .(2007). Perceptions of athletic
competence and fear of negative evaluation during Physical Education. British Journal
of Educational Psychology, 77, 339-349.
Ramlee Mustafa, Mustafa Omar, Ruhizan Mohd Yassin, Noraini Mohd Salleh & Syed
Najmuddin Syed Hassan. (2009). Pembangunan kerjaya belia orang asli. Dalam Abdul
Razak Ahmad @ zalizan mohd Jelas, Masyarakat Orang Asli: Perspektif Pendidikan
dan Sosiobudaya. Bangi: Penerbit UKM.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 949
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rozita Abdul Latif. 2009. Pengaruh sokongan interpersonal, ibu bapa, rakan sebaya, sekolah
dan persekitaran fizikal terhadap penglibatan remaja dalam aktiviti fizikal. Tesis Dr. Fal,
Pengurusan Sukan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
San Son Cheng. (1994). Masalah keciciran pelajar orang asli: Satu kajian di Kampung Orang
Asli Serigala Hulu, Ulu Selangor. Latihan Ilmiah: Jabatan Antropologi dan Sosiologi.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shahril @ Charil bin Hj Marzuki. (2005). Amalan Pengajaran guru yang berkesan: Kajian di
beberapa sekolah menengah di Malaysia. Dimuat turun pada 1 November 2011
daripada www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2005.
Siti Hajar Ismail. (2000). Satu kajian mengenai hubungan pengurusan dengan pencapaian
dalam bidang kokurikulum. Tesis yang tidak diterbitkan. Sintok: Universiti Utara
Malaysia, Sintok.
Suruhanjaya Hak Aasasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). (2010). Laporan status hak
pendidikan kanak-kanak orang Asli. Kuala Lumpur : SUHAKAM.
Zahiruddin b Amiruddin .(2014). Gaya hidup dan tahap kecergasan fizikal: Satu perbandingan
di antara atlet murid orang asli dan atlet murid bukan orang asli. Tesis yang tidak
diterbitkan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 950
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN GURU GEOGRAFI DALAM
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM).
Nor Azira binti Nordin
Pusat Pembelajaran Universiti Terbuka Malaysia
Universiti Terbuka Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) guru geografi
yang berkesan dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) di Sekolah Berasrama
Penuh (SBP) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Pahang. Kajian ini
dijalankan terhadap dua orang guru perempuan yang bukan opsyen mata pelajaran geografi
tetapi dikehendaki mengajar mata pelajaran tersebut. Dapatan kajian adalah berdasarkan
tinjauan guru di dalam kelas dengan menggunakan borang Standard Pengajaran dan
Pemudahcaraan Guru, temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kedua-dua guru telah berjaya menjalankan PdP dengan berkesan. Guru A mendapat taraf
cemerlang manakala guru B mendapat taraf baik. Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam PdP memberi impak yang positif kepada pelajar. Walau
bagaimanapun, guru B menghadapi masalah kemudahan TMK di sekolah. Strategi
pembelajaran berkumpulan yang terdapat dalam sukatan baharu KSSM membantu murid
menyelesaikan pelbagai masalah pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan pembelajaran
berkumpulan dan pembentangan secara Gallery Walk adalah lebih efektif dan memberi impak
positif kepada murid terutamanya dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap mata
pelajaran Geografi. Pengkaji mencadangkan agar guru sentiasa menambah baik penggunaan
TMK dalam PdP serta memberikan penghargaan terhadap segala usaha murid.
Kesimpulannya, guru sebagai fasilitator bertanggungjawab membimbing murid untuk berfikir
secara kreatif dan kritis bagi menghadapi cabaran di peringkat global dan bersedia
menghadapi perubahan dalam KSSM.
Kata Kunci: Pengajaran dan Pembelajaran, Kurikulum Standard Sekolah Menengah,
Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 951
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Perubahan kurikulum berlaku seiring dengan peredaran zaman dan teknologi. Perubahan ini
adalah bertujuan melahirkan murid yang berpengetahuan, berkemahiran dan sanggup
menghadapi cabaran di peringkat global. Perubahan yang berlaku dalam sukatan pelajaran
menengah rendah bermula apabila kemenjadian murid menjadi salah satu benchmark
kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan. Pada tahun 2017, Kurikulum Baru Sekolah
Menengah (KBSM) digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang
melibatkan semua murid tingkatan 1 di seluruh Malaysia. Perubahan ini adalah sejajar dengan
pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Kurikulum baharu ini melibatkan semua aspek pembelajaran, ilmu dan kemahiran
murid. KSSM terdiri daripada Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard
Prestasi yang dikenali sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Oleh
itu, pada tahun 2019, semua murid tingkatan 3 menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
secara bertulis dengan menggunakan format baharu. Sejajar dengan itu, pihak yang terlibat
dalam pelaksanaan kurikulum, misalnya seorang guru, perlu memahami ciri-ciri kurikulum
baharu serta perubahan yang berlaku (Sarason, 1990). Menurut Hoyle & Panter (1995),
perubahan kurikulum merangkumi konsep inovasi, pembangunan, pembaharuan dan
peningkatan kurikulum.
Perubahan kurikulum ditentukan oleh perubahan dalam aspek ekonomi, sosial dan
teknologi. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, pihak bertanggungjawab perlu memberi
perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh pihak pelaksana iaitu guru di sekolah
terhadap perubahan kurikulum ini. Suatu masa dahulu, sistem pendidikan di Malaysia adalah
berorientasikan peperiksaan. KSSM yang baharu dilaksanakan ini memerlukan masa yang
lama untuk pentadbir, guru, murid, dan ibu bapa untuk menerima perubahan ini secara
menyeluruh. Menurut Mior Khairul Azrin, (2011), perubahan dalam pendidikan memastikan
warga Malaysia dapat memenuhi tenaga kerja berkualiti dalam sektor awam atau swasta.
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pedagogi
pengajaran guru geografi dan pembelajaran murid yang merangkumi sukatan baharu KSSM.
Kajian ini dijalankan adalah untuk:
1. Mengenal pasti pedagogi PdP guru mata pelajaran Geografi dalam melaksanakan
KSSM di bilik darjah.
2. Menilai keberkesanan PdP guru mata pelajaran geografi di sekolah.
Kajian ini menggunakan Model Pembelajaran Aktif. Model ini berkaitan dengan bagaimana
murid dapat menyelesaikan masalah berdasarkan pengajaran yang diterima (Luo, 2005).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 952
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Selain itu, model ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan langkah
menyelesaikan masalah. PdP berasaskan masalah membolehkan murid menguasai
penyelesaian, amalan, penyelidikan, pertanyaan, realistik, keaslian dan integrasi. Tujuan
model pembelajaran ini adalah untuk perolehan maklumat berdasarkan fakta dengan
memikirkan penyelesaian terbaik.
SOROTAN LITERATUR
Pedagogi guru dalam PdP adalah sangat penting. Bimbingan guru kepada murid adalah
dalam pelbagai segi seperti kualiti PdP, sikap guru, motivasi kaedah pengajaran dan
pengetahuan guru. Guru yang berkualiti adalah guru yang berusaha meningkatkan komitmen
murid dalam aktiviti di kelas dan semasa mengajar (Rohani et al. 2010). Selain itu, guru mata
pelajaran Geografi yang berkualiti dalam pengajaran sukatan baharu merupakan guru yang
kreatif dalam memilih pedagogi pengajarannya (Mutua, 2012). PdP yang berkesan
menjadikan murid berminat untuk belajar. Selain itu, penggunaan TMK dalam PdP KSSM
adalah salah satu penentu PdP objektif tercapai. Di dalam sukatan dan perubahan kurikulum
baharu ini, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai sangat dititikberatkan.
Dalam KBSM, PdP adalah lebih kepada kaedah tradisional, tetapi kini PdP guru
terarah kepada penggunaan TMK. Aplikasi TMK dalam PdP dapat meningkatkan motivasi
murid untuk belajar. Sebagai contoh penggunaan Google Earth atau Google Map dalam tajuk
peta Dunia dapat memudahkan pencarian kedudukan sesebuah negara. Pernyataan ini
disokong oleh kajian Mastura (2014) di sekolah menengah yang mendapati penggunaan
Google Earth dalam pembelajaran geografi dapat menarik minat murid dan dapat
meningkatkan pencapaian akademik mereka. Selain itu, Normah (2012) dalam kajiannya
menjelaskan tentang keberkesanan penggunaan video dan buku teks terhadap pencapaian,
minat dan motivasi murid untuk belajar geografi.
Penggunaan video dan Slaid Power Point, Powtoon atau animasi dalam pengajaran
dapat meningkatkan minat berbanding penggunaan buku teks. Hal ini disokong Abdul Said et
al. (2011) yang menunjukkan penggunaan bbm yang menarik seperti model bentuk muka
bumi, sungai dan proses kejadian gunung berapi dalam mata pelajaran geografi dapat
meningkatkan kefahaman dan prestasi murid. Selain itu, pembelajaran berpusatkan murid
memberi kesan positif terhadap pencapaian dan sikap murid. Selain itu, guru memainkan
peranan dalam menyampaikan isi kandungan pelajaran.
METODOLOGI
Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif kerana kajian melibatkan dua orang guru
perempuan di dua buah sekolah menengah di negeri Pahang. Kedua-dua guru ini
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 953
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
berpengalaman mengajar melebihi 5 tahun. Mereka mengajar mata pelajaran geografi
walaupun bukan opsyen. Pengkaji memilih bentuk kajian tinjauan deskriptif dengan
menggunakan borang SKPMG Standard 4 iaitu untuk PdP. Selain itu, kaedah pemerhatian
turut dilakukan terhadap murid di dalam kelas iaitu aspek 4.6 iaitu menilai murid dalam
penglibatan proses pembelajaran dalam bilik darjah. Semua tingkah laku dan pemerhatian
direkodkan dalam borang ini. Bagi mengukuhkan persoalan kajian, kaedah temu bual turut
dijalankan. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti penguasaan pedagogi dan pengetahuan
guru untuk melaksanakan pengajaran mata pelajaran geografi berdasarkan KSSM.
Menurut Idris (2005), penguasaan pengetahuan guru diutamakan kerana murid lebih
memahami isi kandungan mata pelajaran yang diajar oleh guru yang berpengetahuan dan
berpengalaman. Selain itu, penguasaan pedagogi guru sangat penting untuk menjana strategi
pengajaran yang menekankan penglibatan murid semasa proses pengajaran dilaksanakan
(Ahmad 2006). Guru yang berpengalaman dapat mengaplikasikan pengajaran abad ke-21
dengan baik. Walau bagaimanapun, tidak semua guru yang berpengalaman melaksanakan
pengajaran yang berkesan kepada murid. Oleh itu, kerangka teori kajian ini merupakan
rujukan, nilai tambah pengajaran, pelaksanaan pengajaran abad ke-21 dan pedagogi
pengajaran berkesan yang dapat meningkatkan kecemerlangan akademik murid pada masa
hadapan.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan pemerhatian tentang perancangan guru dalam PdP merangkumi penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian yang mengandungi objektif pembelajaran dan aktiviti yang
sesuai, didapati bahawa guru A mendapat skor yang lebih tinggi iaitu 93.81%. Aspek ini
termasuklah bagaimana guru menentukan kaedah pentaksiran dalam PdP serta penyediaan
bbm. Penggunaan TMK sebagai medium pengajaran, aplikasi telegram dan persembahan
slaid telah mewujudkan pembelajaran berkesan.
Guru B juga melaksanakan pembentangan kumpulan tetapi di dalam kertas sebak.
Hasil pemerhatian menunjukkan kedua-dua guru telah berjaya mewujudkan pembelajaran
aktif tetapi dari segi keberkesanan objektif dan isi kandungan, skor guru A adalah lebih tinggi.
Selain itu, murid juga memainkan peranan mereka dalam kerja berkumpulan. Aspek kedua
dalam standard ini adalah mengenal pasti bagaimana guru mengawal pembelajaran yang
telah dirancang. Selain itu, guru juga menguruskan masa dengan aktiviti yang sesuai. Kedua-
dua guru mempunyai kriteria skor yang serupa dalam melaksanakan aspek ini. Walau
bagaimanapun, dalam memberi peluang kepada penyertaan aktif murid, skor guru A adalah
lebih tinggi berbanding guru B.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 954
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Berdasarkan pemerhatian, guru A sangat menggalakkan murid untuk bekerja secara
berkumpulan dan memberi peluang kepada murid untuk berbincang. Hal ini disokong oleh
kajian Panitz (1996) yang menjelaskan bahawa apabila pelajar diberi tanggungjawab untuk
memastikan kejayaan kumpulan, mereka lebih berminat untuk melibatkan diri dalam proses
pembelajaran dan berakhir dengan memikul lebih banyak tanggungjawab. Selain itu,
penggunaan TMK menggalakkan murid untuk bekerjasama dalam kumpulan. Sedangkan
penggunaan kertas sebak mengehadkan penglibatan murid dan kurang menarik. Dalam
aspek pengawasan suasana pembelajaran, hasil kajian menunjukkan bahawa guru A
mendapat skor lebih tinggi berbanding guru B.
Guru A dapat memantau dan mengawasi komunikasi murid dalam PdP. Bahasa dan
perlakuan murid adalah lebih berkhemah kerana murid bergerak dalam kumpulan.
Pembentangan secara Gallery Walk ini menunjukkan guru telah mencapai objektif PdP
berkesan dan murid juga bergerak aktif. Hasil pemerhatian pengkaji, susunan kelas abad ke-
21 mewujudkan pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan. Hal ini disokong oleh
Supramaniyam (2015) yang menjelaskan keadaan yang positif dan kondusif mendorong guru
dan pihak pentadbir untuk meningkatkan keberkesanan PdP sesuatu mata pelajaran.
Susunan kelas ini memudahkan pergerakan murid dan guru, memberikan keselesaan emosi
dan memudahkan pemantauan guru. Kedua-dua guru dapat mengawal kelas dan aktiviti
murid dengan baik.
Kedua-dua responden telah memberikan tunjuk ajar yang terbaik kepada murid.
Tunjuk ajar ini melibatkan panduan penguasaan isi pelajaran, fakta, kemahiran dan aktiviti
pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan responden mendapat skor yang tinggi dalam aspek
ini iaitu 92.50%. Selaras dengan perubahan kurikulum mata pelajaran geografi, yang
memerlukan murid berfikir secara kreatif dan kritis, kedua-dua responden telah berjaya
membantu murid menyelesaikan masalah berkaitan pelajaran. Walaupun penggunaan TMK
di sekolah B adalah terhad tetapi guru masih boleh menggabungkan isi pelajaran dengan
tema mata pelajaran.
Walau bagaimanapun kekurangan kemudahan TMK mengehadkan pencarian dan
penerimaan sumber murid. Selain daripada membimbing murid, tugas utama guru adalah
mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Guru A melaksanakan
PdP yang berkesan apabila merangsang murid untuk berfikir. Teknik penyoalan guru juga
menyebabkan murid dapat memberi jawapan yang baik. Murid berfikir dan berbincang dalam
kumpulan untuk mendapatkan jawapan. Pujian kepada murid yang berjaya menjawab soalan
menyebabkan murid berasa seronok untuk terus belajar. Pengkaji dapat melihat dengan jelas
kegembiraan murid apabila hasil pembentangan mereka dipuji oleh guru.
Sementara itu, Guru B juga mendapat skor yang baik seperti Guru A iaitu 92.50% yang
mana guru sentiasa menggalakkan murid untuk terus berfikir secara kreatif dan kritis. Kata-
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 955
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kata positif seperti ‘baik’, ‘bagus’, ‘terima kasih’ dan ‘anda hebat’ menyebabkan murid sentiasa
bersemangat untuk belajar, bertanyakan soalan dan berbincang. Kedua-dua guru telah
mendorong murid untuk memahami isi kandungan mata pelajaran Geografi. Murid berusaha
untuk mendapatkan tahap 6 dalam pembentangan kumpulan mereka. Semasa PdP guru,
pengkaji dapat melihat kesungguhan guru menjaga emosi murid dengan memberikan
penghargaan dan pujian. Hasil kajian menunjukkan guru B telah menggunakan pelbagai
kaedah pentaksiran kepada murid seperti soal-jawab, kuiz dan latihan bertulis bagi
mengukuhkan PdP.
Selain itu, guru A telah membuat refleksi selepas tamat PdP dan membuat ulasan
tentang isi kandungan pelajaran selepas pembentangan. Daripada pemerhatian buku kerja
murid, pengkaji dapati bahawa guru A telah membuat semakan berkala latihan murid dan
memberikan latihan pemulihan kepada murid yang tidak mencapai objektif. Guru B mendapat
skor yang sedikit rendah iaitu 73.75% sahaja kerana tidak mempelbagaikan kaedah
pentaksiran seperti guru A. Guru B sekadar menjalankan pembentangan kumpulan dan soal
jawab sahaja. Tiada latihan pemulihan dan pengayaan yang diberikan kepada murid.
Kekurangan tugasan dan latihan kepada murid menyebabkan murid tidak mengingat isi
pelajaran yang mereka pelajari. Keberkesanan pedagogi guru menyebabkan murid boleh
melibatkan diri dalam proses pembelajaran dengan baik.
KESIMPULAN KAJIAN
Berdasarkan hasil pemerhatian, dapatlah dirumuskan bahawa kedua-dua guru telah berjaya
melaksanakan PdP dengan berkesan. Walau bagaimanapun, skor dalam aspek Standard
PdP mendapati bahawa Guru A mendapat skor 93.81% yang lebih tinggi berbanding Guru B
iaitu 75.06%. Begitu juga dalam aspek guru yang mengawal proses pembelajaran mendapati
guru A mendapat skor 93.81% dan guru B adalah 87.44. Selain itu, dalam aspek guru
mengawal suasana pembelajaran didapati bahawa guru B hanya mendapat 84.94%
berbanding guru A iaitu 95.31%. Secara keseluruhan skor guru A adalah lebih tinggi
berbanding guru B. Taraf skor guru A adalah cemerlang iaitu 92.94% manakala skor guru B
adalah baik iaitu 83.78%.
Selain itu, Guru B mendapat skor yang rendah kerana beliau kurang mendorong minda
murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran seperti menarik minat murid untuk mencari
bahan dalam internet. Kekurangan kemudahan internet di sekolah menyukarkan murid
mendapatkan bahan isi kandungan pelajaran. Pengkaji mencadangkan agar guru membeli
kemudahan internet dengan menggunakan duit Panitia Geografi. Seterusnya perbezaan
ketara dalam skor guru melaksanakan penilaian dalam memperkasakan aktiviti pembelajaran
dalam aspek 4.4.1. Guru B kurang melaksanakan aktiviti pengukuhan dan latihan susulan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 956
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
selepas pengajaran. Hal ini disebabkan kekangan masa kerana murid di sekolah ini perlu
mengulang kaji dan menghafal Al-Quran
Seterusnya, murid di kedua-dua sekolah mendapat skor yang baik. Pembelajaran
abad ke-21 menggalakkan guru menjadi fasilitator dan murid yang memainkan peranan
penting dalam pembelajaran. Dalam aspek pembelajaran abad ke-21, murid perlu
melaksanakan pembelajaran kolaboratif untuk mencapai objektif pembelajaran. Penulis
bersetuju dengan PdP kedua-dua guru ini kerana mereka telah berjaya menggalakkan murid
memberi jawapan yang menjurus ke arah pemikiran kreatif dan kritis. Murid lebih selesa
bertanyakan soalan dan mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan kehidupan harian
mereka. Hal ini jelas menunjukkan bahawa murid telah berfikir di luar kotak. Selain itu,
daripada pemerhatian pengkaji mendapati strategi PdP guru adalah sangat berkesan kerana
pengkaji dapat melihat murid bebas memberikan pendapat dan pandangan mereka tanpa
rasa takut dan malu.
Kesimpulannya, kedua-dua guru telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
yang cemerlang. Penggunaan teknologi telah menjadi keperluan dalam kehidupan manusia
dan memudahkan manusia dalam pembelajaran, komunikasi serta menjadi medium untuk
mencari maklumat (Alifa & Zakiah, 2018). Seterusnya, penggunaan teknologi maklumat ini
menarik dan membantu murid bergerak aktif dalam proses PdP serta menarik minat mereka
untuk menguasai ilmu pengetahuan (Mohd Noorhadi & Zurinah, 2017). Walau bagaimanapun,
kekangan TMK dan kemudahan internet di sekolah sedikit sebanyak menyukarkan guru
menjalankan strategi pembelajaran abad ke-21. Pengkaji berharap agar pihak sekolah
berusaha menyediakan kemudahan TMK dalam mencapai keberkesanan PdP guru.
CADANGAN KAJIAN
Dapatan kajian daripada responden adalah sangat berguna bagi menilai kesesuaian strategi
PdP yang dilaksanakan. Menurut Siti Fatimah, Melor & Harwati, (2019), sistem pendidikan di
Malaysia telah mengalami perubahan bagi membolehkan pendidikan di negara ini mengikut
keperluan dan cabaran Pendidikan Abad ke-21. Dapatan kajian ini juga menunjukkan murid
lebih cenderung untuk berbincang dalam kumpulan sekiranya mereka menghadapi masalah.
Hal ini kerana, pembelajaran kolaboratif atau berkumpulan ini memudahkan murid untuk
memahami sesuatu isi kandungan mata pelajaran geografi. Selain itu, aktiviti berkumpulan
meningkatkan daya ingatan dan interaksi murid dengan rakan yang meningkatkan
pencapaian dan jati diri murid. Di dalam kajian ini, pengkaji telah membincangkan tentang
Model Pembelajaran Aktif. Kedua-dua teori dan model ini telah dipraktikkan oleh guru A dan
guru B tetapi hasilnya adalah berbeza. Pengalaman dan opsyen guru yang mengajar turut
mempengaruhi keberkesanan PdP. Berdasarkan hasil kajian, opsyen guru tidak
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 957
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mempengaruhi keberkesanan PdP selagi guru sanggup menimba ilmu, mencabar diri dan
bersedia untuk berubah. Manakala pengalaman mengajar sesuatu mata pelajaran adalah
penting dalam mempengaruhi PdP yang berkesan kerana guru lebih menguasai isi
kandungan dan berpengetahuan.
RUJUKAN
Ahmad, S. (2006). Kemahiran Belajar Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publication and
Distributor.
Alifa, A. N., & Zakiah, M. A. (2018). Sikap terhadap gajet teknologi dan kesannya kepada
sosio emosi pelajar: Kajian meta-analisis. Sains Humanika, 10(3–2), 89–94.
https://doi.org/10.11113/sh.v10n3-2.1492
Azizi, Yahya, Asmah, Suboh, Zurihanmi, Zakariya, dan Fawziyah, Aplikasi Kognitif dalam
Pendidikan. Pahang: PTS Professional Publishing.
Bahagian Pendidikan Kurikulum (2012). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Booth, T., & Booth, W. (1993). Parenting with Learning Difficulties: Lessons for Practitioners.
British Journal of Social Work, 23, 459-480.
Chua Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-
Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan
Pustaka Kuala Lumpur.
Ee Ah Meng. (2005). Penilaian Tahap Kecekapan Kompetensi Khusus (Fungsi) Pengurusan
P&P (Kertas 701/02). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
https://makalahpendidikanislamlengkap.blogspot.com/2016/06/teori-kognitif-albert-
bandura.html
Idris, N. (2005). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education.
Ismail Ahmad (2011). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Johari Surif, Nor Hidayah Abd Ghafar, Nor Hasniza Ibrahim, Abdul Halim Abdullah. (2014),
Penyelesaian Masalah Rutin Dan Bukan Rutin Dalam Pendidikan Matematik.
Johnson, D.W., & Johnson, F. (2009). Joining Together: Group Theory and Group Skills. 10
th
Edition. Boston: Allyn & Bacon.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025.(Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah). Putrajaya. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
KPM. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah
hingga Lepasan Menengah. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000).
Transformasi Pentaksiran. Modul Penataran Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Kementerian Pelajaran Malaysia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 958
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Mior Khairul Azrin, Mior Jamaluddin. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran,
dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan
Kemanusiaan, 4(1), 33-48.
Mohd Noorhadi, M. Y., & Zurinah, T. (2017). Kepentingan penggunaan media sosial teknologi
maklumat dalam pendidikan IPTA. Journal of Social Sciences and Humanities, 12(3),
1–10.
Mohd. Sharani, Ahmad. (2004). Mengurus Kanak-kanak yang Susah Belajar. Kuala Lumpur:
PTS Publications & Distributorsw
Mohamad Zaid, Mohamad Zin, Ahmad Asmadi, Sakat, Rusli, Muhamad, dan Azri, Bahri.
(2012). Penggunaan Media Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Paper Presented at the Seminar Antarabangsa Perguruan dan
Pendidikan Islam Le Grandeur Palm Resort, Senai, Johor.
Panitz, (1996). 67 Benefits of Cooperative Learning.
http:/home.capercod.net/tpanitz/tedarticles /cooperative. Htm (27/02/02).
Rohani, Abraa, Hazri, Jamil, dan Nordin, Abd Razak (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan
Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan
Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 61-
69.
Siti Fatimah, A. R., Melor, M. Y., & Harwati, H. (2019). A Technology Acceptance model (TAM
): Malaysian ESL lecturers’ attitude in adapting flipped learning. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 44(1), 43–54.
Sulaiman Shamsuri. (2018). Metodologi Penyelidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan. DSS
Publishing Enterprise.
Vespanathan Supramaniyam. (2015). Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dalam Kalangan Guru.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 959
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
APLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH (PBM) TERHADAP SIKAP
DALAM PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENULIS BAHASA MELAYU
Dr. Raman bin Nusi
Pegawai Sisc+ Pejabat Pendidikan Daerah, Larut Matang Dan Selama,Perak.
[email protected]
ABSTRAK
Masalah pengajaran dan pembelajaran (pdp) guru yang kurang berkualiti dan menyeronokkan
menyebabkan sikap murid menurun serta memberi kesan kepada perubahan sikap, murid
dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu. Kajian yang dijalankan bertujuan
untuk menganalisis dan menghuraikan persepsi sikap murid terhadap aplikasi Pembelajaran
Berasaskan Masalah (PBM) dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu. Kaedah
pembelajaran berasaskan masalah merupakan kaedah pembelajaran aktif berpusatkan murid
yang penting dan sangat diperlukan oleh murid untuk berdaya saing pada abad ke-21. Kaedah
pembelajaran berasaskan masalah merupakan suatu proses pembelajaran yang dimulai
dengan dengan mengenal pasti masalah dari pengetahuan sedia ada seterusnya
menyelesaikan masalah tersebut menggunakan rujukan dari pelbagai sumber. Kajian ini
merupakan kajian berbentuk kuantitatif menggunakkan soal selidik sebagai insturmen kajian.
Seramai 340 orang murid tahun enam dari 111 buah sekolah rendah di Daerah Larut Matang
dan Selama dipilih sebagai sampel kajian. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah
menggunakan jadual persampelan Krejcie dan Morgan, (1970). Data kajian dianalisis dengan
menggunakan Perisian Statistical Pakage For Sosial Science (SPSS) versi 16. Data dianalisis
menggunakan analisis deskritif iaitu min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus.Dapatan
kajian menunjukkan bahawa aplikasi PBM banyak memberi kesan positif kepada sikap murid
dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu iaitu, peratus sikap murid terhadap
aplikasi PBM dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu adalah tinggi begitu
juga dengan nilai min keseluruhan iaitu 3.85 berada pada tahap tinggi. Implikasi atau
kesimpulan kajian ini ialah PBM memberi kesan positif dan baik kepada sikap murid dalam
pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu.
Kata Kunci: Sikap, Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM), Kemahiran Menulis
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 960
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENDAHULUAN
Pembelajaran berpusatkan murid adalah antara kaedah pembelajaran yang disarankan dalam
pembelajaran abad ke-21. Pembelajaran berpusatkan murid juga merupakan antara tuntutan
yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi
merangsang pemikiran aras tinggi dalam kalangan murid. Terdapat banyak kaedah
pembelajaran yang mendokong pembelajaran berpusatkan murid, antaranya adalah kaedah
pembelajaran berasaskan masalah. Walaupun kaedah pembelajaran berasaskan masalah
bukan satu kaedah yang baharu dalam dunia pendidikan , namun kaedah ini masih belum
dilaksana secara meluas dalam pengajaran di sekolah.Kementerian Pendidikan Malaysia
telah menetapkan Dasar Pendidikan Kebangsaan (KPM,2012) yang bermatlamat untuk
melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga
yang terlatih bagi membangunkan negara.Dasar ini telah diperkukuhkan lagi dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (KPM,2001) yang memberi penekanan terhadap usaha melahirkan
insan yang berilmu, berakhlak serta boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi
sumbangan kepada negara. Sehubungan dengan itu, tujuan utama pendidikan di Malaysia
adalah untuk melahirkan insan yang mempunyai kebolehan dan kemahiran sebagai
masyarakat yang produktif dan inovatif. Dalam kajian ini pengkaji menganalisis aplikasi PBM
terhadap sikap, nilai dan motivasi dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu.
Menerusi kaedah pembelajaran ini, guru dan murid bersama-sama membina kefahaman dan
kemahiran yang terkandung dalam sesuatu topik pelajaran.
SOROTAN LITERATUR
Sikap Murid Terhadap Aplikasi PBM
Menurut Abdelkarim, (2015) melalui kajiannya mendapati sikap dan persepsi murid perubatan
berbanding fakluti pergigian terhadap PBM. Murid perubatan menunjukkan sokongan lebih
tinggi terhadap PBM berbanding dengan murid daripada fakulti pergigian. Namun begitu
kedua-dua mereka bersetuju bahawa PBM boleh digunakan sebagai tambahan kepada
pengajaran konvensional dan mengakui kelebihannya.Manakala kajian Mohd Asnorhisham
Adam & Abdul Rahim Hamdan, (2018) yang bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan
menulis literasi Bahasa Melayu murid menerusi pendekatan pengajaran kolaboratif
(PPK).Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini menerusi ujian pra dan
pasca, pemerhatian dan analisis dokumen dari tiga puluh lima orang murid tahun dua. Hasil
kajian mendapati berlaku peningkatan penguasaan menulis literasi Bahasa Melayu murid
menerusi PPK. Selain itu, Winarti, (2019) telah menjalankan kajian kesan PBM terhadap
prestasi penilaian keupayaan murid menyelesaikan masalah matematik. Responden kajian
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 961
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
terdiri daripada 30 orang murid. Reka bentuk kumpulan kawalan pra-ujian telah digunakan.
Pra ujian dan pasca ujian yang digunakan untuk mengukur kebolehan menyelesaikan
masalah berdasarkan tahap kognitif Bloom dan soal selidik digunakan untuk mengukur sikap
murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan masalah
menggunakan penilaian prestasi memberi kesan positif terhadap meningkatkan keupayaan
menyelesaikan masalah dalam matematik. Lantaran daripada itu, Abdul Rasid at el., (2013)
berpendapat bahawa guru Bahasa Melayu seharusnya mengambil inisiatif sendiri untuk
mempelajari sesuatu pengetahuan atau mengemas kini pengetahuan tentang pendekatan
pembelajaran agar dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik
dan menyeronokkan. Dapatan-dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan
pendekatan PBM dapat mengubah sikap murid kepada bersikap lebih positif terhadap sesuatu
konsep atau amalan dalam kehidupan. Justeru kajian-kajian terdahulu dapat dikaitkan dan
menyokong bahawa PBM berkesan dalam perubahan sikap yang lebih positif dalam
kemahiran menulis Bahasa Melayu.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian yang digunakan adalah pendekatan kuantitatif dengan menggunakan
kaedah tinjauan melalui soal selidik (McMillan, 2012). Populasi kajian ialah murid-murid tahun
enam sekolah rendah di Daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Menurut Chua, (2013)
persampelan bertujuan adalah pemilihan responden dengan tujuan untuk mendapatkan data
dan maklumat yang dikehendaki dalam menjawab persoalan kajian. Pemilihan sampel dalam
kajian ini adalah berdasarkan persampelan rawak berstrata (stratified random sampling).
Teknik persampelan ini didapati sesuai untuk memperoleh sampel dari jumlah populasi yang
besar dan luas (Babbie, 2013). Daripada 340 borang soal selidik diedarkan, sebanyak 340,
(100%) soal selidik lengkap digunakan sebagai data kajian untuk dijalankan analisis. Kadar
pemulangan soal selidik ini menepati cadangan oleh Chua, (2014) dengan kadar pemulangan
soal selidik yang mencukupi untuk dianalisis adalah sebanyak 60%.Tuckman, (2012)
menyatakan bahawa saiz sampel bergantung kepada tiga faktor iaitu darjah alfa, kuasa ujian
dan kesan saiz. Seterusnya beliau mencadangkan agar penyelidikan yang menggunakan nilai
alfa sebanayak .05, kuasa ujian sebanyak .8 kesan saiz dianatara .5 hungga .8 dan
menggunakan sampel sekurang-kurangnya 1000 orang bagi memperoleh keputusan yang
tepat. Dalam kajian ini bilangan sampel yang lebih digunakan iaitu 340 responden yang
bertujuan untuk memeproleh keputusan yang lebih tepat. Sehubugan dengan itu Chua, (2014)
menyatakan bahawa dalam kajian kuantitatif, saiz sampel yang tepat boleh ditentukan dengan
menggunakan prosedur-prosedur pengiraan tertentu. Pengiraan dilakukan berdasarkan ralat
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 962
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
persampelan dan aras kebolehpercayaan. Dalam kebanyakan kajian, ralat persampelan yang
paling besar dibenarkan ialah 5% iaitu pada aras kebolehpercayaan 95.0% atau < .05.
DAPATAN KAJIAN
Apakah Persepsi Sikap Murid Terhadap Aplikasi PBM Dalam Pembelajaran Kemahiran
Menulis Bahasa Melayu.
Persepsi sikap murid terhadap aplikasi PBM dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa
Melayu melalui kajian ini diterjemahkan berdasarkan interpretasi skor min, sisihan piawai,
kekerapan dan peratus yang telah dibina. Persepsi sikap murid terhadap aplikasi PBM bagi
setiap konstruk merupakan maklum balas ataupun darjah persetujuan murid terhadap setiap
item yang mewakili dalam setiap konstruk. Jadual di bawah menunjukkan persepsi sikap
murid terhadap aplikasi PBM dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu sekolah
rendah tahun enam. Dalam demensi sikap terdapat lima konstruk iaitu:
i. Pencapaian kemahiran menulis Bahasa Melayu dan hak asasi murid (item-item: 7,
10, dan 12).
ii. Etika tentang kemahiran menulis Bahasa Melayu (item 6)
iii. Keperhatinan terhadap masalah kemahiran menulis Bahasa Melayu (item-item;
1,3,11, dan 13)
iv. Keyakinan terhadap masa depan kemahiran menulis Bahasa Melayu (item-item; 4, 5,
9, dan 14)
v. Kebimbangan terhadap masalah kemahiran menulis Bahasa Melayu (item-item; 2,
dan 8).
Jadual 1.0 : Taburan Skor Min, Sisihan Piawai, Kekerapan Dan Peratus Persepsi Sikap Murid
Terhadap Aplikasi PBM Dalam Kemahiran Menulis Bahasa Melayu.
Item Pernyataan STS TS S SS Min Sp
(%) (%) (%) (%)
S1 Kesukaran menguasai 5 17 16 302 3.81 0.6
kemahiran menulis (1.47) (5.00) (4.71) (88.82)
Bahasa Melayu tiada
kena mengena dengan
saya.
S2 Jika pencapaian 1 1 31 307 3.89 0.3
kemahiran menulis (0.29) (0.29) (9.12) (90.29)
Bahasa Melayu lemah
masa depan saya
menjadi susah.
S3 Masalah kemerosotan 3 10 19 308 3.86 0.5
pencapaian kemahiran (0.88) (2.94) (5.59) (90.59)
menulis Bahasa Melayu
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 963
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
telah di hebahkan
kepada masyarakat
oleh pihak media.
S4 Kaedah pembelajaran 7 7 5 321 3.88 0.5
yang menyeronokkan (2.06) (2.06) (1.47) (94.41)
dan berkesan boleh
menyelasaikan semua
masalah kemahiran
menulis Bahasa Melayu
S5 Saya lebih suka 1 11 8 320 3.90 0.4
masalah kemahiran (0.29) (3.24) (2.35) (94.12)
menulis Bahasa Melayu
diselesaikan segera
walaupun terpaksa
mengambil banyak
masa mata pelajaran
lain.
S6 Saya boleh 7 14 9 310 3.83 0.6
mempengaruhi rakan (2.06) (4.12) (2.65) (91.18)
dalam membantu
memperbaiki kemahiran
menulis Bahasa Melayu
S7 Saya boleh mencari 3 6 4 327 3.93 0.4
jalan penyelesaian (0.88) (1.76) (1.18) (96.18)
terbaik bagi menangani
isu-isu pencapaian
kemahiran menulis
Bahasa Melayu
S8 Ibu bapa saya terlalu 5 1 11 323 3.92 0.4
bimbang tentang (1.47) (0.29) (3.24) (95.00)
masalah kemerosotan
pencapaian kemahiran
menulis Bahasa
Melayu.
S9 Masyarakat patut 7 10 21 302 3.82 0.6
memberi lebih (2.06) (2.94) (6.18) (88.82)
perhatian terhadap
masalah pencapaian
kemahiran menulis
Bahasa Melayu
S10 Kementerian 10 5 4 321 3.87 0.6
Pendidikan Malaysia (2.94) (1.47) (1.18) (94.41)
hendaklah memberi
fokus dalam
menyelesaikan masalah
pencapaian kemahiran
menulis Bahasa Melayu
S11 Saya berpendapat 16 18 5 301 3.74 0.8
setiap orang boleh (4.71) (5.94) (1.47) (88.53)
memberi sumbangan
yang bermakna kepada
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 964
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pencapaian kemahiran
menulis Bahasa Melayu
S12 Saya berasa yakin 9 14 0 317 3.84 0.6
terhadap masa depan (2.65) (4.12) (0.00) (93.24)
kemahiran menulis
Bahasa Melayu dapat
diselesaikan
S13 Setiap murid sepatutnya 3 11 19 307 3.85 0.5
mempunyai hak-hak (0.88) (3.24) (5.59) (90.29)
belajar yang sama
dengan orang lain.
S14 Saya perlu 6 18 14 302 3.80 0.5
menggunakan beberapa (1.76) (5.29) (4.12) (88.82)
kaedah dalam
pembelajaran jika ingin
meningkatkan
pencapaian Bahasa
Melayu.
JUMLAH MIN SIKAP KESELURUHAN: 3.85
Kajian analisis mendapati skor min paling tinggi ialah item 7 (M=3.93, SP=0.4)”. Manakala
item 11 (M=3.74, SP=0.8) menunjukkan skor min paling rendah. Analisi peratus dan
kekerapan paling tinggi ialah item 7, (N=327, 96.18%). Manakala item 2 (N=1, 0.29%) sangat
tidak setuju sangat rendah. Item 5 (N=1, 0.29%) juga responden menjawab sangat tidak
setuju amat kurang. Kesemua empat belas item yang dikemukakan bagi peratus setuju dan
sangat setuju kepada murid mendapat peratus yang tinggi melebihi 90%. Manakala peratus
bagi kesemua empat belas item yang dikemukan kepada responden yang menjawab sangat
tidak setuju dan tidak setuju hanya 10%. Secara keseluruhannya, peratus sikap murid
terhadap aplikasi PBM dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu adalah tinggi
begitu juga dengan nilai min keseluruhan iaitu 3.85 berada pada tahap tinggi. Keadaan ini
jelas menunjukkan sikap murid sangat positif terhadap aplikasi PBM dalam kemahiran
menulis Bahasa Melayu.
Skor min. sisihan piawai, kekerapan dan peratus bagi konstruk pencapaian dan hak
asasi murid, iaitu item-item 7, 10 dan 12, masing-masing skor min ialah (M=3.93, M=3.87 dan
M=3.84, SP=0.4, SP=0.6, SP=0.6) berada pada penanda tahap bagi min ialah tinggi. Item 7
(M=3.93, SP= 0.4) adalah skor min paling tinggi. Item yang menunjukkan skor min yang
rendah (penanda tahap bagi min ialah tinggi) ialah item 12 (M=3.84, SP=0.6). Secara
keseluruhannya sebanyak 3 item yang dikemukakan responden menjawab sangat setuju iaitu
peratus melebihi 90%. Manakala kesemua 3 item responden menjawab sangat tidak setuju
iaitu peratus kurang 3%.Analisis peratus dan kekerapan bagi item-item 7, 10, dan 12 bagi
pernyataan sangat setuju masing-masing ialah (N=327, 96.18%, N=321, 94.41%, N=317,
9324%). Peratus dan kekerapan bagi item 7 (N=327, 96.18%) adalah sangat tinggi bagi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 965
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
responden yang menjawab sangat setuju tetapi hanya (N=3, 0.88%) responden yang
menjawab soal selidik amat kurang bagi jawapan sangat tidak setuju bagi item 7.
Manakala analisis skor min, sishan piawai, kekerapan dan peratus bagi konstruk etika
iaitu item 6 skor min ialah (M=3.83, SP=0.6) penanda tahap bagi min ialah tinggi. Peratus
serta kekerapan bagi responden yang menjawab sangat setuju ialah (N=310, 91.18%).
Manakala peratus dan kekerapan yang menjawab sangat tidak setuju alah (N=7, 2.06%) amat
kurang.
Seterusnya bagi skor min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus bagi konstruk
keperihatinan iaitu item-item 1, 3, 11, dan 13 masing-masing skor min ialah (M=3.81, M=3.96,
M=3.74 dan M=3.85, SP=0.6, SP=0.5, SP=0.8, SP=0.5) berada pada tahap tinggi kecuali item
11 iaitu penanda tahap bagi min ialah sederhana. Item 11 mempunyai skor min (M= 3.74,
SP=0.5). Item 3 menunjukkan skor min yang paling tinggi iaitu (M=3.86, SP=0.5). Analisis
peratus dan kekerapan bagi item-item 1,3,11 dan 13 masing-masing ialah (N=302, 88.82%,
N=308, 90.59%, N=301, 88.53% dan N=307, 90.29%) bagi responden yang menjawab sangat
setuju. Manakala peratus dan kekerapan bagi item-item 1,3,11 dan 13 masing-masing ialah
(N=5, 1.47%, N=3, 0.88%, N=16, 4.71%, N=3, 0.88%) bagi responden yang menjawab sangat
tidak setuju. Item 3 (N=308, 90.59%) menunjukkan peratus yang tinggi bagi jawapan paling
banyak menjadi pilihan responden menjawab sangat setuju. Bagi item 13 (N=3, 0.88%),
responden paling kurang memberikan jawapan sangat tidak setuju sama juga dengan item 3
(N=3, 0.88%).Secara keseluruhannya 4 item yang dikemukan iaitu kesemua item responden
menjawab sangat setuju menunjukkan peratus melebihi 80%. Manakala sebanyak 4 item juga
peratus kurang 5% responden menjawab sangat tidak setuju.
Selain itu bagi skor min, sisihan piawai, kekerapan dan bagi konstruk keyakinan iaitu
item-item 4, 5, 9, dan 14, skor min ialah (M=3.88, M=3.90, M=3.82 dan M=3.80, SP=0.5,
SP=0.4, SP=0.6, dan SP=0.5) berada pada tahap penanda skor min yang tinggi. Item 4 skor
min (M=3.88, SP=0.5) merupakan skor min tertinggi bagi pernyataan. Manakala item 14 skor
min (M=3.80, SP=0.5) merupakan skor min yang rendah tetapi masih berada pada penanda
tahap skor min ialah tinggi. Analisis peratus dan kekerapan bagi item-item 4, 5, 9, dan 11
masing-masing ialah (N=321, 94.41%, N=320, 94.12, N=302, 88.82. N=302, 88.82) bagi
responden yang menjawab sangat setuju. Manakan peratus dan kekerapan bagi item-item 4,
5, 9, dan 11 masing-masing ialah (N=7, 2.06%, N=1, 0.29%, N=7, 2.06%, N=6, 1.76%) bagi
responden yang menjawab sangat tidak setuju. Peratus dan kekerapan bagi item 4 (N=321,
94.41%) menunjukkkan peratus paling tinggi. Manakala item 5 (N=1, 0.29%) paling kurang
responden yang menjawab sangat tidak setuju. Secara keseluruhannya 4 item yang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 966
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dikemukakan responden menjawab sangat setuju melebihi peratus 80%. Manakala kesemua
4 item responden menjawab sangat tidak setuju menunjukkan peratus kurang 3%.
Disamping itu bagi skor min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus bagi konstruk
kebimbangan iaitu item-item 2 dan 8 .Skor min yang diperoleh ialah (M=3.89 dan M=3.92,
SP=0.3SP=0.4) berada pada tahap tinggi dan peratus serta kekerapan ialah (N=307, 90.28%
dan N=32, 95.00%). Item 8 (M=3.92, SP=0.4) merupakan skor min tertinggi. Analisis peratus
dan kekerapan bagi item-item 2 dan 8 masing-masing ialah (N=1, 0.29, N=5, 1.47%) bagi
responden yang menjawab sangat tidak setuju. Analisis kekerapan dan peratus pula
menunjukkan item 8 (N=323, 95.00%) menunjukkan peratus paling tinggi bagi jawapan sangat
setuju. Manakala item 2 (N=1, 0.29%) menunjukkan peratus paling rendah bagi responden
menjawab jawapan sangat tidak setuju. Secara keseluruhannya kedua-dua item responden
menjawab sangat setuju menunjukkan peratus melebihi 90%. Manakala kedua-dua item
responden menjawab sangat tidak setuju menunjukkan peratus kurang 2%.
PERBINCANGAN
Persepsi Sikap Murid Terhadap Aplikasi PBM Dalam Pembelajan Kemahiran Menulis Bahasa
Melayu.
Analisis dalam jadual 4.2 menunjukkan tahap skor min yang tinggi. Ini dibuktikan
dengan jumlah purata min (M=3.85) menjelaskan bahawa persepsi sikap murid terhadap
aplikasi PBM dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu amat tinggi dan
maklum balas yang amat positif oleh responden kajian. Kebanyakan item yang dikemukan
bagi peratus setuju kepada murid mendapat peratus yang tinggi melebihi 90% iaitu sepuluh
item. Manakala empat item sahaja yang mendapat kurang 90%. Keadaan ini jelas
menunjukkan responden mempunyai sikap yang positif terhadap PBM dalam pembelajaran
kemahiran menulis Bahasa Melayu melalui kesemua empat belas item yang telah
dikemukakan. Dapatan ini disokong dengan kajian Jerie dan Zamri, (2012). Dapatan kajian
menunjukkan bahawa sampel kajian mempunyai sikap yang positif dalam mempelajari mata
pelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Dapatan ini turut disokong Abdullah, (2004). Kajian
beliau mendapati sampel kajian mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran Bahasa
Melayu. Kajian yang dijalankan oleh beliau terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu sikap murid
terhadap penutur Bahasa Melayu, minat terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dan sikap
integratif menunjukkan tahap yang positif. Dapatan kajian daripada Nor Hashimah, Junaini
dan Zaharani, (2010) selari dengan dapatan kajian di atas iaitu sampel kajian mempunyai
sikap yang positif terhadap Bahasa Melayu. Begitu juga dapatan yang Kamiliah, (2015) yang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 967
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mana murid Cina dalam sampel kajian mereka juga menunjukkan sikap yang positif terhadap
pembelajaran Bahasa Melayu.
Hasil kajian ini selari dengan pandangan beberapa pengkaji seperti kajian yang
dijalankan oleh Zaliza & Hamzah, (2014) yang menyatakan bahawa murid menunjukkan sikap
yang amat positif terhadap Bahasa Melayu apabila pembelajaran itu menyeronokkan.
Kenyataan ini turut disokong oleh hasil dapatan Khairul, (2017) yang menunjukkan bahawa
sikap murid Bajau dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua adalah sangat
positif dan memberangsangkan. Dapatan ini juga turut disokong lagi oleh kajian yang
dijalankan oleh Jerie dan Zamri, (2011) yang turut memperoleh keputusan positif yang tinggi
bagi murid Iban dalam mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Begitu juga dapatan kajian lain menunjukkan murid bersikap amat positif terhadap
Bahasa Melayu. Menurut kajian Abdul Rashid, (2010) terhadap murid berbangsa Cina juga
menunjukkan keputusan yang positif terhadap sikap untuk mempelajari Bahasa Melayu
sebagai bahasa pendidikan. Hal ini juga turut digambarkan oleh kajian Jumiya, (2014), dalam
kajian terhadap murid berbangsa Kensiu turut menunjukkan sikap yang positif terhadap
pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini jelas menyokong kajian Jerie, (2010) yang turut
mendapati murid Iban dan murid Dusun memaparkan sikap yang positif terhadap
pembelajaran Bahasa Melayu.
Sebagai rumusannya, kajian persepsi sikap murid terhadap aplikasi PBM terhadap
dalam pembelajaran Bahasa Melayu yang diterapkan pembelajaran berasaskan masalah
(PBM) adalah sangat tinggi. Hal ini bermakna aplikasi PBM memberi kesan yang positif
terhadap pembelajaran kemahiran menulis murid. Murid berasa seronok dengan
pembelajaran yang menggunakan PBM dalam pembelajaran kemahiran menulis Bahasa
Melayu di dalam bilik darjah.
KESIMPULAN
Pada keseluruhannya sikap murid terhadap pembelajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu
di peringkat sekolah rendah adalah memberangsangkan iaitu aplikasi PBM merupakan wadah
untuk melahirkan murid yang berkeupayaan belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Namun
begitu, pihak panitia dan guru mata pelajaran Bahasa Melayu perlu memikirkan corak
pengajaran kemahiran menulis Bahasa Melayu yang dapat meningkatkan
pencapian,etika,keperihatinan,keyakinan dan keseronokan dalam pembelajaran kemahiran
menulis Bahasa Melayu. Antara aspek yang perlu diberi penekanan ialah berkaitan pedagogi
pendidikan Bahasa Melayu yang berkesan yang diguna dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di samping dengan aspek-aspek kurikulum Bahasa Melayu, program dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 968
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
intervensi. Intergrasi aspek-aspek tersebut secara tidak langsung dapat membantu
meningkatkan dimensi sikap yang positif terhadap pembelajaran kemahiran menulis. Dimensi
sikap penting untuk murid terus mempunyai minat dan motivasi dalam pembelajaran
kemahiran menulis Bahasa Melayu.PBM adalah pendekatan bersifat konstruktif dan holistic
RUJUKAN
Abdelkarim, A. (2015). Attitudes and perceptions of medical versus dental faculty towards
problem-based learning (Order No. 3702842). Available from Pro Quest Dissertations &
Theses Global. (1686128292). Retrieved from
https://search.proquest.com/docview/1686128292?accountid=48462
Abdul Rasid Jamian. (2010). Permasalahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
dalam kalangan murid Cina. Jurnal Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan,
Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman dan Sufiza Ishak. (2013). Interaksi lisan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Vol.3, Bil 1:42-51.
Abdullah Musa. (2004). Sikap dan motivasi pelajar Dusun terhadap pembelajaran Bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.Kertas Projek Sarjana Pendidikan.
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Chua Yan Piaw. (2013). Asas Statistik Penyelidikan .Mc Graw Hill Education.
Chua, Y. P. (2014). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Buku 1: Kaedah Penyelidikan. Edisi
Ketiga. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.
Jerie Anak Peter Langan. (2010). Sikap dan motivasi murid Iban dalam mempelajari Bahasa
Melayu sebagai bahasa kedua. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jerie Anak Peter Langan & ZamriMahamod. (2011). Sikap dan motivasi murid Iban dalam
mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
1 (1), 13-25.
Jumiya Ahmad. (2014). Masalah pembelajaran dan penguasaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua dalam kalangan murid Kensiu: Satu kajian kes. Tesis Doktor Falsafah,
Universiti Utara Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perkembanagan Kurikuum (2001).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan kebangsaan.PutraJaya:
Bahagian Penyelidikan Dasar pendidikan.
Kamiliah Ayu Ab. Ghani. (2015). Strategi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid
bukan Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Bahasa Melayu, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Khairul Nizam Mohamed Zuki, and Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2017). Sikap Dan
Motivasi Murid Bajau Dalam Mempelajari Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kedua
(Attitude And Motivation Students Bajau In Studying Malay Language As A Second
Language). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 24-33.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 969
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
McMillan, J. H. (2012). Educational Research: Fundamentals for the Consumer (Sixth Edition).
Virginia Commonwealth University. Pearson.
Mohd Asnorhisham Adam, & Abdul Rahim Hamdan. (2018). Impak Pendekatan Pengajaran
Kolaboratif Terhadap Penguasaan Standard Asas Menulis Literasi Bahasa Melayu
Tahap Satu.
Tuckman, B.W. (2012). Conducting Educational Research (6th Ed). Rowman & Littlefield
Publishers
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 970
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
APLIKASI MULTIMEDIA DALAM MODUL NILAM 4.0
Azizah Arsad¹, Dahlia Janan ᴾͪᴰ², Mohd Hafiz Mohamad Tarmizi³, Nor Akmar Mat Nawi⁴,
Revathi Raja Gopal⁵
¹²³⁴⁵Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak
[email protected]
ABTRAK
Kajian ini merupakan kajian pembangunan kerangka Modul NILAM 4.0 menggunakan
multimedia. Tujuan pembinaan modul adalah untuk menggalakkan murid melaksanakan
kegiatan membaca melalui penggunaan multimedia. Ini adalah kerana murid lebih berminat
untuk membaca buku fiksyen berbanding bahan bacaan bukan buku dan bahan digital.
Objektif kajian ini ialah untuk memastikan murid membaca bahan bukan buku menggunakan
multimedia daripada pelbagai sumber dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran murid
berdasarkan bahan yang dibaca menggunakan sumber multimedia. Kajian ini menggunakan
pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan atau Design and Development Research (DDR).
Pengkaji akan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen dalam pembangunan
di fasa satu. Sampel kajian merupakan guru yang terlibat dengan Program NILAM sementara
rekod nilam murid merupakan dokumen yang dianalisis melalui laporan di sebuah sekolah
kebangsaan di daerah Batang Padang. Instrumen kajian adalah temu bual separa struktur
dan dokumen yang digunakan oleh murid ketika melaksanakan Program MILAM. Analisis
temu bual menggunakan Atlasti-9 sementera analisis dokumen secara deskriptif.
Kesimpulannya dapatan kajian menunjukkan terdapat keperluan untuk membina Modul
NILAM 4.0 menggunakan elemen multimedia kerana dapat membantu peningkatan
pembelajaran membaca serta memberikan pelbagai faedah kepada murid.
Kata kunci: multimedia, membaca, Reka Bentuk dan Pembangunan, NILAM
PENGENALAN
Penggunaan multimedia dalam kegiatan membaca bergerak seiring dengan perkembangan
sistem pendidikan di Malaysia bagi memastikan kemajuan pelaksanaan Pelan Pembangunan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Multimedia dalam kegiatan membaca bermaksud pembelajaran
yang menggunakan maklumat lisan dan bukan lisan (Mayer & Estrella, 2014) seperti
penggunaan buku teks bergambar, persembahan tayangan slaid, animasi dalam talian dan
permainan komputer pendidikan (Mayer, 2011). Tranformasi yang berlaku bergerak dengan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 971
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pantas dan perlu berada pada landasan yang betul (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016).
Ini adalah kerana kegiatan membaca memberi sumbangan dalam peningkatan pencapaian
skor dalam domain literasi, saitifik, matematik dan bacaan dalam Programme for International
Student Assessment (PISA) pada tahun 2015. Inovasi dalam kegiatan membaca perlu
dilakukan secara berterusan bagi membolehkan murid menguasai kemahiran asas dalam
literasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sekali gus memperbaiki
pencapaian akademik mereka ketika melalui pendidikan secara formal.
Membaca merupakan proses pembelajaran manusia memperoleh pengetahuan yang
difahami oleh pembaca (Renandya & Day, 2020) dan dilakukan mendapatkan kemahiran
pengetahuan (Gerbier et al., 2018), kemahiran (Aliyah Baharuddin Marji et al., 2015), dan
membolehkan manusia menyampaikan idea, perasaan dan meluahkan perasaan dan
keinginan manusia melalui kemahiran berbahasa yang diperoleh secara tidak sengaja atau
tersirat (Pavia et al., 2019; Chomsky & Krashen 2020). Kemahiran membaca juga merupakan
proses multifaktorial yang dipengaruhi oleh psikologi, fisiologi, persekitaran, sosiologi dan
linguistic (Christian et al., 2018). Kemahiran membaca perlu dikuasai kerana asas
pengetahuan baharu boleh dijana hasil daripada perbuatan membaca (Anis Farhana Mohd
Kassim, 2019). Kemahiran membaca sangat penting kerana pembangunan ekonomi individu
dan negara bergantung kepada kemahiran yang dikuasi oleh seseorang individu (United
Nations Educational Science and Cultural Organization, 2019). Oleh yang demikian, proses
membaca perlu dilakukan secara berterusan sama ada dilaksanakan secara senyap,
berkumpulan atau berpasangan.
Adenan Ayob (2017) mengatakan bahawa isu utama yang sering menjadi
perbincangan ialah masalah membaca dalam kalangan murid. Maka, langkah meningkatkan
mutu pembacaan boleh dilakukan menggunakan Modul NILAM 4.0. Modul NILAM 4.0
dijadikan panduan untuk mempelbagai bahan bacaan selain daripada buku fiksyen. Ini adalah
kerana murid sekolah rendah masih lagi tertumpu kepada buku cerita berbentuk fiksyen
sedangkan perkembangan membaca menuntut murid membaca pelbagai bahan daripada
sumber bukan buku dan digital. Pemilihan bahan bacaan yang terhad menyebabkan tahap
pembacaan yang rendah dalam kalangan rakyat Malaysia melalui Kajian Interim Tabiat
Membaca 2014 yang mencatatkan jumlah purata bacaan iaitu 15 buah buku setahun
(Perpustakaan Negara Malaysia, 2014). Dapatan ini menunjukkan terdapat kelompongan
dalam pelaksanaan Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) dan Program Galakan
Membaca. Dapatan kajian interim tersebut juga menyamai kajian Perlaksanaan Program
Nilam Terhadap Tabiat Membaca Menurut Pandangan Murid dan Guru (Wan Zah Wan Ali et
al., 2005) yang menunjukkan pelaksanaan program membaca di sekolah seluruh Malaysia
melalui Program NILAM masih lagi pada tahap yang sederhana.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 972
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan tahap pembacaan dengan menyediakan
bahan bacaan yang bersesuaian. Pemilihan bahan yang tepat perlu diberi perhatian kerana
memberikan kesan terhadap aktiviti membaca secara ekstensif (Cho & Krashen, 1994)
melalui bahan yang disukai dah dipilih oleh murid (R. R. Day, 2018) serta tidak menimbulkan
tekanan dari mana-mana pihak ketika menjana ilmu pengetahuan (Stephen Krashen, 2017).
Penggunaan bahan bacaan multimedia boleh membantu dalam meningkatkan tahap
pembacaan murid. Selain itu, guru juga berperanan penting sebagai pemudah cara, ‘role
model’ kepada murid (Bamford Julian, 1998) dan perlu memainkan peranan penting di
samping sokongan daripada pentadbir sekolah dalam melaksanakan program literasi (Zuridah
Hanim Md. Akhir et al., 2017). Oleh yang demikian, guru perlu memainkan peranan mereka
secara berkesan dengan menguasai penggunaan multimedia bagi melaksanakan program
membaca.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah untuk memastikan murid berupaya:
1. menggunakan multimedia dan membaca bahan bukan buku dan bahan digital
daripada pelbagai sumber.
2. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid berdasarkan bahan yang dibaca
menggunakan sumber multimedia.
SOROTAN LITERATUR
Banyak kajian lepas yang membuktikan peranan multimedia yang sangan proaktif dalam
pembelajaran membaca. Antaranya ialah melalui Teori Pembelajaran Multimedia. Teori ini
menjelaskan tentang pandangan yang mengatakan bahawa terdapat saluran yang
menghalang memori kerja untuk memproses perkataan dan gambar dalam proses
pembelajaran (Mayer et al., 2009). Mayer (2009) mengatakan bahawa manusia
menggunakan dua saluran untuk memproses maklumat yang dipelajari termasuklah ketika
membaca. Oleh itu, penggunaan multimedia dalam pembangunan modul NILAM 4.0
membolehkan murid memproses maklumat melalui apa yang dilihat dan didengar ketika
aktiviti membaca dijalankan.
Aspek positif yang diperoleh melalui penggunaan multimedia dalam kegiatan
membaca ialah menarik perhatian (Pathan, 2021) murid. Hasil kajian yang dijalankan oleh
(Pathan, 2021) membuktikan bahawa peserta kajian boleh memvisualkan maklumat dengan
mudah dengan menggunakan teknik membaca dengan multimedia. Kajian ini membuktikan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 973
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
bahawa penggunaan visual membolehkan murid berkeyakinan diri untuk meneruskan
pembelajaran (Dedo & Harwati Hashim, 2019). Penggunaan multimedia Ketika membaca juga
boleh membantu peningkatan pebendaharaan kata (Feng & Webb, 2020; Pavia et al., 2019),
kosa kata (Huang, 2018; Krahnke & Krashen, 2004; Mermelstein, 2014; Park, 2017),
meningkatkan literasi (Stephan Krashen, 2004), meningkatkan prestasi lisan (Krahnke &
Krashen, 2004; Muslem & Abbas, 2017), meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur
(Guan et al., 2018), meningkatkan motivasi (Mansooji et al., 2020; H. Zhou et al., 2019),
meningkatkan pemahaman membaca (Orencia, 2018), meningkatkan kemampuan membaca
murid (Liu et al., 2020), kemahiran menulis (Krahnke & Krashen, 2004; Lee & Mallinder, 2007;
Nation, 2015; Suk, 2017), menyampaikan idea, perasaan, meluahkan perasan dan keinginan
(Peters & Webb, 2018), mempelajari komponen leksikal seperti bentuk kata dan makna
(Pellicer-Sánchez, 2017), memperoleh pengetahuan tentang makna perkataan (Pavia et al.,
2019), menyeronokkan (Guan et al., 2018), dan tidak membosankan (Adwan Mohammad
Hasan Bani-Hamad & Abdul Hakim Abdullah, 2019).
Antara media yang paling digemari oleh murid ialah televisyen. Televisyen merupakan
salah satu alat pembelajaran bahasa yang boleh digunakan kerana sering digunakan oleh
murid kerika menghabiskan masa senggang. Kajian Lindgren dan Muñoz (2013)
menunjukkan bahawa jumlah murid yang menonton televisyen adalah tiga kali ganda
berbanding membaca buku. Saluran maklumat tanpa sempadan menyebabkan murid lebih
terpengaruh dengan televisyen dan internet (Abdul Rasid, 2013). Aktiviti membaca juga boleh
dijalankan menggunakan media interaktif seperti membaca cerita menggunakan multimediaN.
Zhou & Yadav (2017). Kemahiran berfikir aras tinggi akan Berjaya dipertingkat (Ahmad Basri
et al., 2021)
Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa penggunaan multimedia dalam
pembelajaran kemahiran membaca terbukti berkesan. Oleh yang demikian, modul NILAM 4.0
akan akan menerapkan elemen multimedia dan membuka peluang ke arah penerokaan yang
lebih luas terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan. Justeru itu, murid akan dibekalkan
dengan kemahiran membaca sesuai dengan perkembangan revolusi Industri (RI 4.0) dalam
pendidikan.
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian yang digunakan untuk membangunkan Modul NILAM 4.0 ialah Reka
Bentuk dan Pembangunan atau Design and Development Research (DDR). Kajian ini
melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan dan
fasa penilaian. Penggunaan DDR merupakan alternatif bagi penyelesaian masalah secra
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 974
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
ilmiah dan mempunyai sokongan empirikal yang kuat (Rita C. Richey, 2014). Bagi
melaksanakan fasa pertama kajian, pengkaji akan menggunakan kaedah temu bual dan
analisis dokumen dalam pembangunan Modul NILAM 4.0. Sampel kajian merupakan murid
sekolah kebangsaan di daerah Batang Padang. Analisa pembacaan akan diambil
berdasarkan rekod yang telah dicatat oleh murid sepanjang mengikuti program NILAM di
sekolah.
PROSES PENGUMPULAN DATA
Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kuasi ekspirimen. Pengkaji menggunakan rekod
bacaan murid untuk menilai bahan bacaan yang digunakan oleh murid sebelum
pembangunan Modul NILAM 4.0. Prosedur pengumpulan data ditunjukkan dalam Rajah 1.
Kaedah temu bual dan analisis dokumen akan ditringualsikan untuk mendapatkan keputusan
yang mantap terhadap keperluan pembangunan Modul NILAM 4.0. Temu bual separa struktur
akan dijalankan terhadap tujuh orang pakar yang terlibat dalam program NILAM. Data temu
bual ditranskrip dan disahkan oleh informan sebelum dianalisis menggunakan Atlas-ti 9.
Proses analisis dokumen pula akan menggunakan buku rekod NILAM untuk melihat jenis dan
jumlah bahan yang dibaca oleh murid semasa program NILAM. Analisis secara deskriptif akan
digunakan iaitu semasa menganalisis buku rekod bacaan murid.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 975
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rajah 1:
Proses Pengumpulan Data Sebelum Pembangunan Modul NILAM 4.0.
Fasa 1
Sebelum Pembangunan Modul NILAM 4.0
Temu bual dan Analisis Dokumen
Atlasti 9 dan Analisis Deskriptif
Fasa 2
Fasa 3
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian sebelum pembangunan Modul NILAM 4.0 adalah melalui temu bual dan
analisis dokumen seperti berikut:
Temu bual
Kajian ini menggunakan kaedah temu bual separa struktur ke atas tujuh orang pakar
pelaksana yang terlibat dengan Program NILAM. Hasil temu bual menunjukkan terdapat
keperluan untuk membangunkan Modul NILAM 4.0 bagi membantu pelaksanaan program
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 976
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
bacaan ekstensif di sekolah. Kesemua informan bersependapat bahawa murid-murid sekolah
rendah memerlukan bahan bantuan belajar dalam proses membaca semasa perlaksanaan
program NILAM dengan menerapkan elemen multimedia.
Analisis Dokumen
Rajah 2 menunjukkan analisis dokumen kualiti bacaan tahunan murid dalam sebuah sekolah.
Rajah 2:
Kualiti Bacaan Tahunan Peringkat Sekolah
Dapatan menunjukkan kualiti bacaan murid masih lemah. Seramai 652 daripada 680 orang
murid mempunyai kualiti bacaan yang lemah. Jumlah ini bersamaan dengan 96% daripada
keseluruhan murid sekolah berkenaan. Hanya empat orang murid mempunyai kemahiran
asas sementara dua orang murid mempunyai kemahiran peringkat sederhana dan tinggi.
Sejumlah 20 orang murid yang memperoleh kualiti bacaan peringkat tertinggi dan murid
berkenaan merupakan murid tahun enam. Hasil dapatan juga menunjukkan semua murid
tahap satu menghadapi masalah kualiti bacaan yang lemah dan jumlah ini sangat
membimbangkan. Justeru itu, dengan mengambil kira dapatan daripada temu bual dan
dokumen dalam fasa analisis keperluan, usaha yang perlu dilakukan untuk mempertingkat
kualiti bacan murid peringkat sekolah rendah kerana murid sekolah rendah memerlukan
bimbingan yang lebih dan berterusan untuk meningkatkan kemahiran membaca.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 977
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KESIMPULAN
Murid sekolah rendah merupakan golongan yang perlu dibimbing dalam proses membaca
dengan menyediakan bahan yang sesuai supaya mereka boleh mengaplikasikan pengalaman
membaca dalam kehidupan seharian. Sebagai usaha menggalakkan aktiviti membaca, murid
perlu didedahkan dengan kemahiran membaca yang sesuai dengan perkembangan semasa.
Penggunaan multimedia dalam pembelajaran membaca merupakan satu usaha untuk
memberi galakan kepada murid mengembangkan kemahiran membaca dah tidak hanya
terikat dengan buku fiksyen sahaja. Galakan dan panduan yang diberikan oleh guru boleh
membantu pembelajaran kendiri murid. Guru boleh menggunakan 10 prinsip pembacaan
yang dikemukan oleh (R. Day, 2015) iaitu pemilihan bahan bacaan yang mudah, pelbagai,
bahan bacaan yang disukai oleh murid, pembacaan dalam kuantiti yang banyak, dilakukan
untuk tujuan keseronokan, maklumat dan pengetahuan am, memperoleh ganjaran,
meningkatkan kelajuan membaca, membaca secara senyap dan bersendirian, guru sebagai
pembimbing dan role model. Semua pihak juga perlu bekerjasama dalam melaksanakan
program membaca untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dalam pelbagai
bidang.
CADANGAN
Penggunaan multimedia dalam pembelajaran membaca dapat membantu murid
menggunakan sumber bacaan secara berkesan. Oleh yang demikian, bahan bukan buku
perlu disediakan dengan lebih banyak untuk membantu proses pembacaan murid. Murid juga
perlu digalakkan mengumpulkan bahan bukan buku yang terdapat dipersekitaran mereka dan
menggunakannya ketika pembelajaran bahasa. Antara bahan yang boleh didapati secara
percuma ialah plastik atau pembungkus makanan bacaan, katalog barangan, pamplet serta
risalah-risalah yang boleh diperoleh dengan mudah. Melalui bahan yang dikumpul, murid
boleh mengaplikasi kemahiran membaca dalam bentuk penulisan iaitu ringkasan dalam buku
rekod NILAM. Murid juga boleh menggunakan kemahiran berbahasa tersebut dalam
penulisan karangan. Inovasi terhadap bahan bacaan menggunakan multimedia boleh
dilakukan oleh guru untuk memastikan kaedah membaca yang dijalankan seiring dengan
perkembangan teknologi dan tuntutan pembelajaran masa kini.
RUJUKAN
Chomsky, N., & Krashen, S.D. (2020). Explicit vs implicit knowledge: An interview with
Chomsky and Krashen. Retrieved from
https://www.youtube.com/watch?v=cInJzpXwPTE.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 978
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Abdul Rasid, J. H. I. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3, 49–63.
Adenan Ayob. (2017). Interaktif Berasaskan Laman Web Terhadap Kefahaman Membaca
Kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 2017, 1–17.
Adwan Mohammad Hasan Bani-Hamad, & Abdul Hakim Abdullah. (2019). The Effect of
Project-Based Learning to Improve the 21st Century Skills among Emirati Secondary
Students. Researchgate.Net, January. https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v9-i12/6749
Ahmad Basri, N., Ismail, O., & Mahmud, M. M. (2021). Elements in Multimedia Interactive
Package (MIP) Production to Facilitate Critical Thinking Acquisition in ESL Reading.
International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 11(1).
https://doi.org/10.6007/ijarbss/v11-i1/8470
Aliyah Baharuddin Marji, Rafik-Galea, S., & Mei Yuit, C. (2015). Evaluating the Effects of
Extensive Reading Circles on Esl Learners’ Oral Communicative Competence.
Malaysian Journal of Languages and Linguistics (MJLL), 4(1), 75.
https://doi.org/10.24200/mjll.vol4iss1pp75-92
Anis Farhana Mohd Kassim. (2019). Motivasi Membaca , Persekitaran Membaca di Rumah
dan Sikap Membaca dalam kalangan Pelajar di Universiti Putra Malaysia ( UPM )
Abstrak Reading Motivations , Home Reading Environment and Reading Attitude among
Univesiti Putra Malaysia ( UPM ) Students Abst. 4(6), 92–100.
Bamford Julian, R. R. D. (1998). Extensive Reading In The Second Language Classroom
Richard. RELC Journal, 29(2), 187–191.
Cho, K. S., & Krashen, S. (1994). Acquisition of vocabulary from the Sweet Valley Kids series:
Adult ESL acquisition. Journal of Reading, 37(May), 662–667.
Christian, L. W., Nandakumar, K., Hrynchak, P. K., & Irving, E. L. (2018). Visual and binocular
status in elementary school children with a reading problem. Journal of Optometry,
11(3), 160–166. https://doi.org/10.1016/j.optom.2017.09.003
Day, R. (2015). Extending Extensive Reading. Reading in a Foreign Language, 27(2), 294–
301.
Day, R. R. (2018). Extensive Reading. The TESOL Encyclopedia of English Language
Teaching, 1–7. https://doi.org/10.1002/9781118784235.eelt0472
Dedo, F. S., & Harwati Hashim. (2019). Interactive ICT Language Games in Encouraging
Active Learning among the Suburban ESL Learners. Internation Journal of Academic
Research in Business & Social Science, 9(12), 674–684.
https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v9-i12/6764
Feng, Y., & Webb, S. (2020). Learning Vocabulary Through Reading, Listening dan Viewing.
Studies in Second Language Acquisition, 42(3), 499–523.
https://doi.org/10.1017/S0272263119000494
Gerbier, E., Bailly, G., & Bosse, M. L. (2018). Audio–visual synchronization in reading while
listening to texts: Effects on visual behavior and verbal learning. Computer Speech and
Language, 47, 74–92. https://doi.org/10.1016/j.csl.2017.07.003
Guan, N., Song, J., & Li, D. (2018). On the advantages of computer multimedia-aided English
teaching. Procedia Computer Science, 131, 727–732.
https://doi.org/10.1016/j.procs.2018.04.317
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 979