The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasaidi.hassan, 2021-09-19 00:57:19

e Prosiding Serai 2021 final

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

hands-on untuk membina ayat majmuk keterangan berdasarkan gambar rangsangan yang
diberikan. Seterusnya, pengkaji bercadang untuk menambahkan bilangan peserta kajian

dalam kajian yang akan datang demi melihat tahap keberkesanan teknik WATAK dalam
meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk keterangan.



RUJUKAN

Arina Johari & Mohd Zuber Ismail. (2013). Analisis kesalahan umum struktur ayat majmuk oleh
pelajar asing. Proceeding of ILCC 2013, pp 371-394.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Draf Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan
Tahun 4. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Maizan Muhammad. (2017). Teknik Mnemonik Sebagai Strategi Kognitif dalam
Meningkatkan Keupayaan Ingatan Pelajar Peringkat Pengajian Pra-U: Sorotan Kajian
Lepas.Diaksesdaripada
http://conference.kuis.edu.my/npreus/2017/document/35Maizan%20binti%20Mat@Muh
ammad.pdf
Maridah Alias, Faiziah Shamsudin & Khairuddin Mohamad. (2013). Bahasa Melayu
Pemulihan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Zurakintan Abdul Razak. (2014). Penguasaan Ayat Majmuk Bahasa Melayu dalam Kalangan
Pelajar Prauniversiti. Selangor: Universiti Putra Malaysia.






























e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 33

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID CINA DI
SEKOLAH KURANG MURID

Shamsul Aizuwani bin Nawi PhD dan Jackson Tan Jie Sheng


Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur
[email protected], [email protected]



ABSTRAK



Kajian ini meninjau penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid
Cina di SJKC Kurang Murid berdasarkan kemahiran bahasa dan sikap. Reka bentuk kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dalam reka bentuk kajian tinjauan. Soal selidik telah

digunakan dalam menjalankan kajian ini. Sampel kajian ini terdiri daripada 50 orang murid
yang bersekolah di salah sebuah SJKC di negeri Perak dan sekolah ini dikategorikan sebagai
sekolah kurang murid (SKM). Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa tahap penggunaan

strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina di SJKC berdasarkan
kemahiran bahasa dan sikap secara keseluruhannya adalah berada pada tahap sederhana.
Strategi kemahiran mendengar (μ = 3.54) merupakan strategi yang kerap digunakan oleh

murid Cina di SJKC yang diikuti dengan strategi kemahiran membaca (μ = 3.20), strategi
kemahiran menulis (μ = 3.11), dan strategi kemahiran bertutur(μ = 3.06). Dapatan kajian juga

memaparkan tahap sikap murid Cina di SJKC terhadap pembelajaran bahasa Melau adalah
berada pada tahap sederhana (μ = 3.12). Kajian ini dilaksanakan berdasarkan Model Strategi
Pembelajaran Bahasa Zamri (2004). Kajian ini memberi implikasi kepada guru bagi

meningkatkan penguasaan bahasa Melayu sebagai baahsa kedua dalam kalangan murid Cina
di luar bandar.



Kata Kunci: strategi pembelajaran, bahasa Melayu, murid Cina, sekolah kurang murid (SKM),
kemahiran bahasa



PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merancangkan transformasi dalam

meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara melalui pelan jangka masa panjang yang
dinamakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi tahun 2013-2025 (KPM,
2013). Salah satu anjakan transformasi dalam PPPM 2013-2025 adalah untuk memastikan

setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Dengan ini, pembelajaran


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 34

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

bahasa Melayu adalah sangat penting serta diwajibkan oleh semua murid yang merupakan
bakal pemimpin negara kita. Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

(SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) merupakan tiga jenis aliran yang
termaktub dalam sistem pendidikan sekolah rendah di Malaysia. Bahasa pengantar yang
digunakan di SK ialah bahasa Melayu manakala bahasa ibunda bagi SJKC iaitu bahasa Cina

dan SJKT iaitu bahasa Tamil dijadikan bahasa pengantar di sekolah masing-masing. Namun
begitu, seperti yang dinyatakan dalam Penyata Razak 1956, bahasa Melayu merupakan

bahasa wajib di semua sekolah tidak kira SJKC atau SJKT yang menjadikan bahasa ibunda
sebagai bahasa pengantar. Dari segi penguasaan bahasa, bahasa kedua pula diperoleh
dalam bentuk pembelajaran bahasa baharu yang dirancang dengan proses yang sengaja

sifatnya (Tay dan Wong, 2016). Oleh itu, strategi pembelajaran bahasa ialah tindakan yang
dapat digunakan oleh murid untuk memudahkan pemerolehan, penyimpanan, pengingatan

semula dan penggunaan maklumat sehingga menjadikan pembelajaran lebih mudah, lebih
cepat, lebih menyeronokkan, lebih kendiri, lebih efektif serta lebih senang dipindahkan ke
suasana yang baharu (Zamri, 2015). Sharala, Zamri, Jamaludin, Nik Mohd Rahimi dan

Mohamed Amin (2014) turut menyatakan bahawa kebanyakan pengkaji pembelajaran bahasa
kedua berpendapat bahawa strategi menjadi elemen yang penting dalam pembelajaran
bahasa ialah strategi yang melibatkan prosedur mental dan komunikatif untuk mempelajari

dan menggunakan bahasa dalam kerangka mempertingkatkan pencapaian dan penguasaan
bahasa sasaran. Strategi pembelajaran bahasa bukan sahaja dapat membantu murid untuk
meningkatkan penguasaan dalam bahasa sasaran, malah dapat membentuk murid yang

berdikari untuk mempelajari bahasa tanpa bantuan daripada guru. Oleh itu, satu kajian tentang
strategi pembelajaran bahasa yang digunakan oleh murid Cina dijalankan oleh pengkaji di

SJKC untuk memperoleh maklumat supaya memberikan manfaat kepada murid bukan Melayu
khususnya murid Cina dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.



PERNYATAAN MASALAH

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyeragamkan pelaksanaan pendidikan bahasa

Melayu sebagai bahasa penghantar rasmi dalam sistem persekolahan Malaysia mulai tahun
1982, pembelajaran bahasa Melayu menjadi penting kepada semua murid yang belajar di SK,
SJKC ataupun SJKT. Dengan ini, murid diwajibkan mempelajari bahasa Melayu dan bahasa

Melayu dijadikan subjek yang wajib diambil semasa murid menduduki peperiksaan. Secara
teorinya, semua murid harus menguasai bahasa Melayu dengan baik (Zamri dan Mohamed
Amin, 2008). Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia,

dapat dilihatkan pencapaian murid bukan Melayu dalam subjek bahasa Melayu adalah lemah
berbanding dengan murid Melayu. Selain itu, Roasharimah (2017) juga mengatakan bahawa


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 35

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

keputusan UPSR bagi penutur bahasa kedua kurang memuaskan. Hal ini selari dengan kajian
(Hung Siew Siew dan Zamri Mahamod, 2021) yang memaparkan kemerosotan pencapaian

murid Cina dan Iban dalam subjek bahasa Melayu Penulisan bagi Ujian Penilaian Sekolah
rendah (UPSR) tahun 2018 dan 2019 aliran SKC di daerah Subis. Oleh itu, kajian ini meninjau
strategi pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan murid SJKC di sebuah sekolah yang

dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM).



OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan untuk:

1. Mengenal pasti strategi kemahiran mendengar dalam pembelajaran bahasa Melayu

yang digunakan oleh murid Cina di SKM.
2. Mengenal pasti strategi kemahiran bertutur dalam pembelajaran bahasa Melayu yang
digunakan oleh murid Cina di SKM.

3. Mengenal pasti strategi kemahiran membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu
yang digunakan oleh murid Cina di SKM.

4. Mengenal pasti strategi kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa Melayu yang
digunakan oleh murid Cina di SKM.
5. Mengenal pasti sikap murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan

murid di SKM.


METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini berbentuk penyelidikan deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 50
orang murid Cina yang bersekolah di salah sebuah SJKC kategori Kurang Murid di negeri

Perak telah dijadikan sampel kajian. Pengkaji telah mengubah suai dan mengadaptasikan soal
selidik daripada inventori kajian yang disediakan oleh Zamri, Kamiliah dan Wan Muna (2016)
sebagai instrumen kajian ini. Kesahan instrumen kajian telah disahkan oleh pakar bidang dan

pakar bahasa di IPG Kampus Bahasa Melayu. Soal selidik ini adalah dalam bentuk Google
Form dan mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bagi
mengenalpastikan kebolehpercayaan instrumen, iaitu soal selidik, pengkaji telah menjalankan

analisis kebolehpercayaan Cronbach Alpha 0.98 dalam kajian rintis yang melibatkan 20 orang
responden yang hampir sifatnya dengan responden kajian. Data kajian telah dianalisis dengan

menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26.0. Tahap
penggunaan stratetgi kemahiran mendengar dalam pembelajaran bahasa Melayu
dikategorikan kepada tiga tahap berdasarkan interpretasi skor min yang dicadangkan oleh

Jamil (2002).

e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 36

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Soal selidik telah dijawabkan oleh 50 orang murid Cina yang bersekolah di SJKC Kwang Hua

Sungai Kecil Ilir dan data yang dikumpulkan telah dianalisiskan dengan penggunaan SPSS
versi 26.0 untuk mencari nilai min dan sisihan piawai. Hal ini adalah untuk menentukan tahap

penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan kemahiran bahasa dan sikap.


Strategi Kemahiran Mendengar dalam Pembelajaran Bahasa Melayu


Jadual 1 menunjukkan dapatan kajian tentang skor min dan sisihan piawai strategi kemahiran
mendengar dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh murid Cina di Sekolah Kurang Murid.

Aspek Min SP Tahap

Strategi Kemahiran Mendengar dalam 3.54 0.77 Sederhana
Pembelajaran Bahasa Melayu



Hasil kajian mendapati tahap strategi kemahiran mendengar murid Cina di SKM ialah
min 3.54 dan berada pada tahap sederhana. Berdasarkan pecahan setiap item, didapati item

Menumpu sepenuh perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas memperoleh nilai min
tertinggi sebanyak 4.02. Sementara itu Mendengar rakan berbangsa Melayu bertutur
memperoleh turut memperoleh nilai min yang tinggi dengan catatan min 3.62. Malah murid

juga bertindak positif dengan Meminta penjelasan guru jika tidak memahami pada kali pertama
saya mendengarnya dengan nilai min 3.66. Bagi item Mendengar radio dalam bahasa Melayu

memperoleh nilai min terendah dengan 2.68. Oleh itu, berdasarkan Jadual 1, dapatan kajian
ini menunjukkan bahawa penggunaan kemahiran mendengar dalam pembelajaran bahasa
Melayu sebagai strategi pembelajaran dalam kalangan murid di SJKC secara keseluruhannya

adalah pada tahap sederhana dengan min 3.54.

Strategi Kemahiran Bertutur dalam Pembelajaran Bahasa Melayu


Jadual 2 menunjukkan dapatan kajian tentang skor min dan sisihan piawai strategi kemahiran
bertutur dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh murid Cina di Sekolah Kurang Murid.

Aspek Min SP Tahap

Strategi Kemahiran Bertutur dalam 3.06 0.93 Sederhana
Pembelajaran Bahasa Melayu



Bagi strategi kemahiran bertutur, nilai min yang diperoleh ialah 3.06 yang juga pada tahap
sederhana. Min tertinggi diperoleh melalui item Meminta bantuan daripada rakan sekelas jika


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 37

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

menghadapai masalah berkaitan penuturan dalam bahasa Melayu dengan nilai min 3.62
namun masih dalam tahap sederhana. Selain itu, Bertutur dengan rakan berbangsa Melayu

juga mencatatkan nilai min yang sederhana iaitu min 3.28. Kebanyakan item dalam kemahiran
bertutur berada pada tahap sederhana dan rendah iaitu Bertutur dengan guru dalam bahasa
Melayu di sekolah 2.84, Bertanyakan soalan sebagai satu cara untuk melibatkan diri dalam

perbualan bahasa Melayu 2.90, Bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu yang formal
2.78, Memulakan perbualan dalam bahasa Melayu sekerap mungkin 2.80, dan Berlatih

bertutur bahasa Melayu dengan menggunakan perkataan baharu untuk membina keyakinan
diri 2.88. Berdasarkan Jadual 2, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kemahiran
bertutur dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai strategi pembelajaran dalam kalangan

murid di SKM secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana dengan min 3.06. Hal ini
membuktikan kebanyakkan murid akan meminta bantuan daripada rakan sekelas sekiranya

menghadapai masalah berkaitan penuturan dalam bahasa Melayu, namun jumlah murid
Melayu di sekolah tersebut juga amat terhad.



Strategi Kemahiran Membaca dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Jadual 3 menunjukkan dapatan kajian tentang skor min dan sisihan piawai strategi kemahiran
membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh murid Cina di Sekolah Kurang Murid.


Aspek Min SP Tahap
Strategi Kemahiran Membaca dalam 3.20 0.89 Sederhana

Pembelajaran Bahasa Melayu

Berdasarkan Jadual 3, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kemahiran

membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai strategi pembelajaran dalam kalangan
murid di SJKC secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana dengan min 3.20.

Berdasarkan data yang dikumpulkan, dapat dirumuskan bahawa item Mencari bahan bacaan
bahasa Melayu yang mudah difahami mempunyai min yang tertinggi iaitu 3.54 manakala item
Membaca sebanyak mungkin bahan bacaan dalam bahasa Melayu mempunyai min yang

terendah iaitu 2.92 dalam bahagian kemahiran membaca. Hal ini membuktikan kebanyakkan
murid menjadikan bahan bacaan bahasa Melayu yang mudah difahami sebagai pilihan mereka
dalam bahagian penggunaan strategi kemahiran membaca. Sebaliknya, murid dalam bilangan

yang kecil mengamalkan cara membaca sebanyak mungkin bahan bacaan dalam bahasa
Melayu.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 38

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Strategi Kemahiran Menulis dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Jadual 5 menunjukkan dapatan kajian tentang skor min dan sisihan piawai strategi kemahiran

menulis dalam pembelajaran bahasa Melayu oleh murid Cina di Sekolah Kurang Murid.

Aspek Min SP Tahap

Strategi Kemahiran Menulis dalam 3.11 0.91 Sederhana
Pembelajaran Bahasa Melayu



Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan kemahiran menulis dalam pembelajaran
bahasa Melayu sebagai strategi pembelajaran dalam kalangan murid di SKM secara

keseluruhannya adalah pada tahap sederhana dengan min 3.11. Berdasarkan data yang
dikumpulkan, dapat dirumuskan bahawa item Mencari dan menulis perkataan bahasa Melayu
dengan merujuk kamus mempunyai min yang tertinggi iaitu 3.64 manakala item Menunjukkan

hasil tulisan kepada rakan berbangsa Melayu mempunyai min yang terendah iaitu 2.62 dalam
bahagian kemahiran menulis. Hal ini membuktikan kebanyakkan murid akan mencari dan
menulis perkataan bahasa Melayu dengan merujuk kamus. Sebaliknya, murid dalam bilangan

yang kecil sahaja akan menunjukkan hasil tulisan kepada rakan berbangsa Melayu.
Berdasarkan kajian ini dapat disimpulkan bahawa murid masih tidak yakin tentang tulisan
mereka diri sendiri tetapi mereka akan merujukan kamus bagi tujuan mencari dan menulis

perkataan bahasa Melayu.



Sikap murid Cina di SKM terhadap pembelajaran bahasa Melayu.

Jadual 6 menunjukkan dapatan kajian tentang skor min dan sisihan piawai tentang sikap murid
Cina di SKM dalam pembelajaran bahasa Melayu.


Aspek Min SP Tahap
Sikap Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa 3.12 0.79 Sederhana

Melayu


Berdasarkan Jadual 6 min sikap murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu ialah 3.12.

Berdasarkan jadual interpretasi skor min, sikap murid terhadap pembelajaran bahasa melayu
berada pada tahap sederhana. Selain itu, nilai sisihan piawai ialah 0.79.



Analisis keseluruhan item dalam konstruk sikap murid terhadap pembelajaran bahasa
Melayu ditunjukkan seperti berikut:



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 39

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Bil. Item Min SP

SM1. Saya suka belajar bahasa Melayu 3.34 0.94
SM2. Saya berasa mata pelajaran Bahasa Melayu 2.92 1.03
senang untuk dipelajari

SM3. Saya tiada masalah dalam pembelajaran 2.60 1.09
bahasa Melayu

SM4. Saya belajar bahasa Melayu kerana bahasa 3.40 1.11
Melayu merupakan mata pelajaran yang
diwajibkan

SM5. Saya belajar bahasa Melayu kerana ingin lulus 3.32 1.15
peperiksaan



Hasil kajian mendapati Min dan SP bagi SM1. Saya suka belajar bahasa Melayu 3.34 0.94
SM2. Saya berasa mata pelajaran Bahasa Melayu senang untuk dipelajari 2.92 1.03 SM3.

Saya tiada masalah dalam pembelajaran bahasa Melayu 2.60 1.09 SM4. Saya belajar bahasa
Melayu kerana bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang diwajibkan 3.40 1.11 SM5.
Saya belajar bahasa Melayu kerana ingin lulus peperiksaan 3.32 1.15 Berdasarkan Jadual 6,

dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sikap murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu
dalam kalangan murid Cina di SKM secara keseluruhannya adalah pada tahap sederhana

dengan min 3.12. Berdasarkan data yang dikumpulkan, dapat dirumuskan bahawa item SM4
mempunyai min yang tertinggi iaitu 3.40 manakala item SM3 mempunyai min yang terendah
iaitu 2.60 dalam bahagian sikap murid. Hal ini membuktikan kebanyakan murid berpendapat

bahawa mereka belajar bahasa Melayu disebabkan bahasa Melayu merupakan mata
pelajaran yang wajib dipelajari dalam pendidikan arus perdana.



KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dapatan kajian pertama memaparkan penggunaan strategi kemahiran mendengar dalam
pembelajaran bahasa Melayu murid Cina di SKM berada pada tahap sederhana dengan min

3.54. Kemahiran mendengar merupakan strategi yang paling banyak digunakan dalam
kalangan murid Cina di SKM berbanding kemahiran lain. Selain itu, strategi kemahiran

mendengar yang banyak digunakan oleh murid dalam penguasaan bahasa Melayu
termasuklah menumpu sepenuh perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas,
memberikan perhatian khasnya kepada aspek bahasa tertentu seperti cara guru menyebut

bunyi tentang sesuatu perkataan dan mendengar secara teliti semasa guru sedang mengajar
di dalam kelas.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 40

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Dapatan kajian mengenai strategi kemahiran bertutur dalam pembelajaran bahasa
Melayu murid Cina di SKM berada pada tahap sederhana dengan min 3.06. Berbandingkan

dengan kemahiran lain, kemahiran bertutur merupakan strategi yang paling kurang digunakan
dalam kalangan murid Cina di SKM. Strategi yang jarang digunakan dalam kalangan murid
termasuklah bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu yang formal, memulakan

perbualan dalam bahasa Melayu sekerap mungkin dan bertutur dengan guru dalam bahasa
Melayu di sekolah. Selari dengan kajian Chew dan Lee (2009) yang mendapati bahawa murid

Cina di SJKC gagal untuk menguasai sebutan bahasa Melayu dengan baik, kajian ini juga
mendapati murid Cina menghadapi masalah penuturan dalam bahasa Melayu.

Penggunaan strategi kemahiran membaca dalam pembelajaran bahasa Melayu murid

Cina di SKM juga berada pada tahap sederhana dengan min 3.20. Berdasarkan dapatan
kajian ini, strategi membaca yang kerap digunakan ialah mencari bahan bacaan bahasa
Melayu yang mudah difahami, meneka maksud teks bahasa Melayu tanpa mencari maksud

dalam kamus dan membaca semula teks bahasa Melayu untuk meningkatkan pemahaman.
Dapatan kajian selari dengan dapatan kajian oleh kajian Zamri, Kamiliah dan Wan Muna

(2016) yang menunjukkan bahawa murid Cina tidak memahami bahan bacaan yang sukar lalu
tidak berminat untuk meneruskan pembacaan. Oleh itu, teknik-teknik membaca secara
berkesan serta bahan bacaan yang menarik serta bersesuaian dengan tahap murid harus

diperkenalkan oleh guru bagi usaha meningkatkan penggunaan strategi kemahiran membaca
dalam kalangan murid Cina di SKM.

Dapatan kajian mengenai penggunaan strategi kemahiran menulis dalam

pembelajaran bahasa Melayu murid Cina di SKM berada pada tahap sederhana dengan min
3.11. Berdasarkan dapatan kajian, strategi menulis yang banyak digunakan ialah mencari dan

menulis perkataan bahasa Melayu dengan merujuk kamus, menulis makna perkataan baharu
yang dipelajari dalam bahasa Melayu dan menuliskan perkataan yang mudah difahami dalam
bahasa Melayu. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa murid jarang

menggunakan bahasa Melayu dalam menghasilkan nota dan mesej serta menunjukkan hasil
tulisan kepada rakan berbangsa Melayu.

Dari segi sikap, murid Cina di SKM berada pada tahap sederhana dengan min 3.12.

Berdasarkan dapatan kajian, kebanyakan murid belajar bahasa Melayu kerana bahasa Melayu
merupakan mata pelajaran yang diwajibkan. Mereka juga berpendapat bahawa mata pelajaran

Bahasa Melayu adalah susah bagi mereka serta menghadapi masalah dalam pembelajaran
bahasa Melayu. Selain itu murid belajar bahasa Melayu adalah untuk meluluskan mata
pelajaran bahasa Melayu yang merupakan mata pelajara yang diwajibkan dalam peperiksaan

awam.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 41

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Kesimpulannya, seperti yang dinyatakan dalam dapatan kajian didapati bahawa
penggunaan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina di SKM adalah

berada tahap sederhana. Oleh itu, guru haruslah berusaha untuk mengalakkan penggunaan
strategi kemahiran bahasa dalam kalangan murid supaya membantu murid dalam
penguasaan bahasa Melayu. Pembelajaran bahasa Melayu bagi murid yang bukan penutur

jati juga harus dimotivasikan oleh guru dengan menyediakan aktiviti yang menarik dan
bersesuaian dengan tahap mereka serta memperkenalkan kemahiran bahasa yang

bermanfaatkan dalam pembelajaran bahasa Melayu. Dengan ini, penguasaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kedua murid akan dipertingkatkan serta memupuk minat murid dalam
pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu.



RUJUKAN


Ang Lay Hoon dan Che Radiah Mezah. (2012). Masalah Penggunaan Bahasa Melayu dalam
Kalangan Pelajar Etnik Cina di Malaysia. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan
Kemanusiaan, (2), 215-226.
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yousof Boon dan Abdul Rahim Hamdan.
(2007). Teras Pendidikan Bahasa Melayu: Asas Pegangan Guru. PTS Publications and
Distributors.

Chew Fong Peng. (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Cina
Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 10-22.
David Lim. (2010). Kaedah Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Open University
Malaysia.
Exzayrani Awang Sulaiman . (2015). Sikap Bahasa Generasi Muda terhadap BM: Kajian Kes
Sekolah Menengah Chung Hwa. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1-23.

Faizahani Ab. Rahman. (2002). Strategies employed by good and weak English learners and
factors affecting the choice of strategies. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Fauzi, Jamal dan Mohd Saifoul Zamzuri. (2014). Kaedah penyelidikan & analisis data SPSS.
Sintok: UUM Press.
Gahungu, O. N. (2007). The relationships among strategy use, self-efficacy and language
ability in foreign language learners. (Unpublished doctoral dissertation). Northern
Arizona University, United States.

Holt, K. (2005). English proficiency of Chinese students and strategies of language learning.
(Unpublished doctoral dissertation). University of Kansas, United States.
Hung Siew Siew dan Zamri Mahamod. (2021). Kekerapan Penggunaan Strategi Kemahiran
Menulis Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Cemerlang Cina dan Iban. Jurnal Dunia
Pendidikan, (3), 122-133.

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: Satu
penilaian. (Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 42

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jerie Peter Langan & Zamri Mahamod. (2011). Sikap dan motivasi murid Iban dalam
mempelajari Bahasa Melayu sebagai Bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
1(1), 13-25.

Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif.
Selangor: Universiti Teknologi Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya:

Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen
standard kurikulum dan pentaksiran Bahasa Malaysia tahun lima kurikulum standard
sekolah rendah (KSSR). Putrajaya: Bahagian Pembagunan Kurikulum.

Mohamad Yazib Mohamad. (2017). Kekerapan penggunaan strategi pembelajaran bahasa
Melayu dalam kalangan murid cemerlang etnik Cina. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
7(1), 85-92.

Mohd Helmi bin Pangat. (2017). trategi komunikasi dalam kalangan pelajar Cina di SRJK(C):
Kajian kes di daerah Hulu Langat, Selangor. Tesis doktor falsafah yang tidak diterbitkan).
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Noraini Idris. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor: McGraw-Hill Malaysia Sdn.
Bhd.
Sharala Subramaniam, Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah, Nik Mohd Rahimi & Mohamed
Amin. (2014). Penggunaan dan kekerapan strategi pembelajaran bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar warganegara asing. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 4(2), 25-35.
Supian Mohd Noor. (2003). Strategi pemerolehan ayat satu dasar. (Tesis doktor falsafah yang
tidak diterbitkan). Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Tay, M. G. & Wong, S. H. (2016). Minat pelajar bukan penutur natif terhadap pembelajaran
bahasa Melayu: Satu kajian kes. Jurnal Penyelidikan IPGK BL, 13, 53-63.

Wharton, G. (2000). Language learning strategy use of bilingual foreign language learners in
Singapura. Language Learning, 50, 203-243.

Zaliza Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2014). Sikap dan Motivasi Pelajar
Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia Social and Behavioral Sciences 134,
408-415.
Zamri Mahamod. (2005). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa untuk Menguasai
Kemahiran Membaca. Jurnal Teknologi, 42(E), 1-18. Zamri Mahamod. (2015). Strategi
Pembelajaran Inventori Cara Belajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka


















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 43

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

TAHAP PENGETAHUAN DAN PENGAPLIKASIAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
(PAK-21) SISWA GURU PENDIDIKAN ISLAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

2
Salwa binti Rosdin , Ahmad Mubarak bin Ab. Razak dan
1
Mohammad Rusdi bin Ab. Majid 3

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
1
2
[email protected] , [email protected] , [email protected] 3


ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan pengaplikasian
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK-21) dari aspek kreativiti, pemikirian kritis, kolaborasi dan

komunikasi dalam kalangan siswa guru Pendidikan Islam di beberapa buah Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM). Kaedah kajian kuantitatif secara tinjauan digunakan dan pensampelan

secara rawak mudah dijalankan bagi pengumpulan data. Bilangan responden adalah seramai
156 orang siswa guru Pendidikan Islam Ambilan Jun 2017 yang telah menjalani praktikum fasa
1 dan fasa 2. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dalam bentuk kekerapan,

peratusan, min dan sisihan piawai dan Ujian Korelasi menggunakan perisian Statistical
Package for the Sosial Science (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa menunjukkan
tahap pengetahuan dan pengaplikasian PAK-21 dalam kalangan siswa guru Pendidikan Islam

berada pada tahap yang tinggi (Min = 4.43, SP = 0.44). Ini menjelaskan bahawa hubungan
antara tahap pengetahuan dan tahap pengaplikasian PAK-21 dalam kalangan siswa guru
Pendidikan Islam mempunyai perkaitan yang rapat antara satu sama lain. Kesimpulannya,

berdasarkan kepada dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa siswa guru Pendidikan islam
mengetahui dan mengaplikasikan PAK-21 dalam PdPC sepanjang menjalani fasa praktikum

yang lalu.



Kata kunci: pengetahuan, pengaplikasian, pembelajaran abad ke-21 (PAK-21).



PENGENALAN

Perubahan drastik dari peradaban global telah mempengaruhi sistem pendidikan di Malaysia
pada hari ini. Menurut Azalya (2003), bagi menghadapi cabaran globalisasi, rakyat Malaysia

perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran asas dalam bidang pendidikan serta latihan yang
kukuh dan mempunyai pelbagai kemahiran umum termasuk kebolehan dalam berkomunikasi,
menguasai pelbagai bahasa, berfikiran kritis dan berinovatif.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 44

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Justeru itu, para siswa guru atau bakal guru permulaan yang telah dilatih dan dibimbing
di Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan kemahiran abad ke-21 meliputi pembelajaran dan

kemahiran inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, kemahiran hidup dan kerjaya
yang terkandung dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mampu mewujudkan
PdP yang berkesan di dalam bilik darjah (Ibrahim, 2011).


Hal ini turut disokong oleh (Aziz Omar, 2011) yang berpendapat bahawa peluang
mengikuti latihan mengajar ini menjadi medan bagi setiap siswa guru untuk mempraktikkan

teori-teori yang mereka pelajari dalam kuliah dan membina suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di dalam bilik darjah. Persediaan siswa guru dalam

mengaplikasikan konsep pembelajaran abad ke-21 (PAK21) ini bakal melahirkan seorang guru
yang kompeten dan memenuhi cabaran pendidikan semasa pada masa akan datang.




SOROTAN LITERATUR


Mengikut Eee Ah Ming (1997), pengajaran tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah
dalam bentuk penyampaian maklumat dan penerangan idea atau prinsip secara lisan dan
abstrak oleh guru kepada pelajar melalui komunikasi satu hala dan peranan pelajar sebagai

penerima adalah pasif. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar merasa bosan untuk belajar
subjek Pendidikan Islam dan akhirnya menyebabkan pencapaian akademik pelajar merosot.


Kajian Kamarul Azmi et al. (2012) juga mendapati guru pendidikan Islam
menyampaikan pengajaran menggunakan 80% kaedah kuliah dan syarahan dalam sesuatu
masa yang diperuntukkan. Hal ini disokong oleh Rohaida dan Zamri (2015), kebanyakan guru

lebih selesa dengan kaedah sedia ada dan sukar untuk menerima perubahan dan mempelajari
kemahiran penyampaian kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran pengetahuan dalam

bentuk baharu.

Menurut Raja Abdullah dan Daud Ismail (2018), penerimaan PAK21 dalam kalangan

guru pelatih masih pada tahap sederhana. Oleh hal yang demikian, guru Pendidikan Islam
perlu mempelbagaikan aktiviti PAK 21 dengan memfokuskan kepada elemen-elemen
kemahiran pemikiran kritikal, kemahiran kolaborasi, kemahiran komunikasi dan kreativiti

kerana kemahiran abad ke-21 diperlukan dalam pasaran kerja global masa kini.










e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 45

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk


Pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif dalam kajian ini di mana sampel yang besar dapat
dikaji dan hasil dapatan kajian digeneralisasikan kepada populasi kajian. Pemilihan reka

bentuk kajian ini adalah mengikut reka bentuk tinjauan yang digunakan untuk mengumpul
maklumat dan data bagi menghubungkaitkan antara dua pemboleh ubah. Pembolehubah

bebas adalah pengetahuan PAK-21 manakala pembolehubah bersandar pula adalah
pengaplikasian PAK-21. Di samping itu, data kuantitatif bagi kajian ini dikumpul dengan
menggunakan soal selidik atas talian melalui platform google form.


Persampelan


Populasi yang terlibat dalam kajian ini merupakan siswa guru Pendidikan Islam Ambilan Jun
2017 di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) iaitu seramai 198 orang. Kajian ini
menggunakan sampel rawak mudah di mana setiap responden dalam populasi mempunyai

peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel. Sampel yang akan dipilih adalah
berdasarkan jadual pengiraan Krejcie dan Morgan (1970) iaitu seramai 132 orang siswa guru
Pendidikan Islam dari empat buah kampus IPG di Malaysia iaitu IPGK Dato’ Razali Ismail,

IPGK Pendidikan Islam, IPGK Darul Aman dan IPGK Batu Lintang.

Instrumen


Satu soal selidik berskala likert lima digunakan untuk mendapatkan pandangan responden
berkaitan tahap pengetahuan dan pengaplikasian PAK-21 dalam PdPC dalam kalangan siswa

guru Pendidikan Islam di Malaysia. Instrumen ini terbahagi kepada lima bahagian yang
merangkumi demografi responden, pengetahuan PAK-21 dari aspek kreativiti, pemikiran kritis,
kolaboratif, komunikasi dan pengaplikasian PAK-21 dalam PdPC. Borang soal selidik yang

digunakan adalah daripada kajian yang dijalankan oleh Raja Abdullah, Daud Ismail (2018) dan
Badrul Hisham, Mohd Nasruddin (2016).


Kesahan dan Kebolehpercayaan

Seramai empat orang pakar dipilih untuk membetulkan kesalahan-kesalahan dalam soal

selidik yang dibina berdasarkan bidang kepakaran. Setelah melepasi proses kesahan, soal
selidik disebarkan kepada sampel kajian melalui kajian rintis.Nilai Alpha Cronbach untuk

kesemua pemboleh ubah dalam kajian ini adalah sebanyak 0.97 yang telah melepasi tahap
kebolehpercayaan yang tinggi dan instrumen kajian yang dibina sangat efektif untuk
digunakan dalam penyelidikan yang sebenar.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 46

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Kaedah Pengumpulan Data


Prosuder pengumpulan data menggunakan instrumen soal selidik secara atas talian yang
diedarkan melalui kemudahan aplikasi Whatsapp. Di samping itu, pilihan jawapan disediakan
dalam soal selidik dalam bentuk skala likert agar dapat memudahkan responden untuk

menjawabnya. Setelah itu, hasil kutipan data rintis akan direkod dalam Goggle Form dan
dimuat turun dalam Microsoft Excel untuk tujuan proses analisis dan interpretasi data.


Kaedah Penganalisisan Data

Data-data soal selidik yang diperoleh untuk kajian ini akan diproses dengan menggunakan

‘Statistical Package for the Sosial Science’ versi 22 (SPSS). Pengkaji melaksanakan prosuder
menganalisis data kajian melalui statistik secara deskriptif dan inferensi. Pengkaji telah
memutuskan untuk menganalisis kajian secara deskriptif dalam bentuk kekerapan, purata,

min, sisihan piawai dan interpretasi min bagi kajian ini. Tambahan lagi, pengkaji juga
menganalisis kajian secara inferensi melalui ujian kolerasi bagi menganalisis perhubungan

antara pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini.



DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Hasil dapatan kajian yang diperoleh akan menghuraikan jawapan secara lebih terperinci
kepada persoalan dan objektif kajian yang telah ditetapkan oleh pengkaji.


Apakah Tahap Pengetahuan PAK-21 Dalam Kalangan Siswa Guru Pendidikan Islam Dari
Aspek Kreativiti, Pemikirian Kritis, Kolaborasi Dan Komunikasi?

Jadual 1: Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Pengetahuan PAK-
21 Aspek Kreativiti Siswa Guru Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Malaysia
Penyataan Kekerapan Min S.P Tahap
STB TB TP B SB
Saya mengetahui 0 0 10 52 94
penerapan unsur 0% 0% 6.4% 33.3% 60.3% 4.54 0.62 T
kreatif dalam aktiviti
PdPC PAK-21.
Saya mengetahui 0 1 10 66 79
pembinaan bbm yang 0% 0.6% 6.4% 42.3% 50.6% 4.43 0.64 T
kreatif dalam PdPC
PAK-21.

Saya mengetahui cara 0 1 14 76 65
mengamalkan 0% 0.6% 9.0% 48.7% 41.7% 4.31 0.66 T
penyoalan yang kreatif
dalam PdPC PAK-21.
Saya mengetahui cara 1 1 13 60 81
menjana idea murid 0.6% 0.6% 8.3% 38.5% 51.9% 4.40 0.73 T


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 47

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

yang kreatif melalui
penyoalan.
Saya mengetahui cara 1 2 11 62 80
menggalakkan murid 0.6% 1.3% 7.1% 39.7% 51.3% 4.40 0.73 T
mengeluarkan
pendapat yang kreatif.
Keseluruhan 4.42 0.57 T


Jadual 2: Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Pengetahuan PAK-

21 Aspek Pemikiran Kritis Siswa Guru Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Malaysia
Penyataan Kekerapan Min S.P Tahap
STB TB TP B SB
Saya mengetahui cara 0 1 11 65 79
menggalakan murid 0% 0.6% 7.1% 41.7% 50.6% 4.42 0.65 T
mencirikan isi
pelajaran dalam
PdPC.
Saya mengetahui cara 0 3 13 71 69
menggalakan murid 0% 1.9% 8.3% 45.5% 44.2% 4.32 0.71 T
mengumpul isi
pelajaran dalam
PdPC.
Saya mengetahui cara 0 1 10 71 74
menggalakan murid 0% 0.6% 6.4% 45.5% 47.4% 4.40 0.64 T
mengelaskan isi
pelajaran dalam
PdPC.
Saya mengetahui cara 0 1 25 58 72
menjalankan aktiviti 0% 0.6% 16.0% 37.2% 46.2% 4.29 0.75 T
PdPC bercorak
menganalisis.
Saya mengetahui cara 0 3 10 68 75
menggalakan murid 0% 1.9% 6.4% 43.6% 48.1% 4.38 0.69 T
membuat kesimpulan
pada akhir PdPC.

Keseluruhan 4.36 0.54 T


Jadual 3: Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Pengetahuan PAK-
21 Aspek Kolaboratif Siswa Guru Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Malaysia

Penyataan Kekerapan Min S.P Tahap
STB TB TP B SB
Saya mengetahui cara 0 0 4 52 100
menggalakkan PdPC 0% 0% 2.6% 33.3% 64.1% 4.62 0.54 T
secara berkumpulan.
Saya mengetahui 0 0 4 56 96
bahawa murid dapat 0% 0% 2.6% 35.9% 61.5% 4.59 0.54 T
berkongsi bahan dan
sumber maklumat




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 48

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

melalui aktiviti
berkumpulan.




Saya mengetahui cara 0 0 7 59 90
mengarahkan murid 0% 0% 4.5% 37.8% 57.7% 4.53 0.58 T
berada dalam
kumpulan kecil ketika
PdPC berlangsung.
Saya mengetahui cara 0 2 19 54 81
menggalakkan aktiviti 0% 1.3% 12.2% 34.6% 51.9% 4.37 0.75 T
lakonan dan simulasi
secara berkumpulan.
Saya mengetahui cara 0 1 11 72 72
menggalakkan PdPC 0% 0.6% 7.1% 46.2% 46.2% 4.38 0.65 T
bercorak penyelesaian
masalah secara
berkumpulan.

Keseluruhan 4.50 0.45 T

Jadual 4: Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Pengetahuan PAK-
21 Aspek Komunikasi Siswa Guru Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Malaysia

Penyataan Kekerapan Min S.P Tahap
STB TB TP B SB
Saya mengetahui cara 0 0 6 50 100
menggalakkan kaedah 0% 0% 3.8% 32.1% 64.1% 4.60 0.56 T
perbincangan dalam
kumpulan.
Saya mengetahui cara 0 0 13 62 81
menggalakkan murid 0% 0% 8.3% 39.7% 51.9% 4.44 0.64 T
menggunakan
pelbagai bahan untuk
pembentangan.
Saya mengetahui cara 0 2 14 59 81
menggalakkan 0% 1.3% 9.0% 37.8% 51.9% 4.40 0.71 T
perkongsian
pengetahuan dalam
pembentangan.
Saya mengetahui cara 0 0 7 69 80
menggalakkan murid 0% 0% 4.5% 44.2% 51.3% 4.47 0.58 T
memberikan idea
dalam aktiviti
berkumpulan.
Saya mengetahui cara 0 0 9 65 82
membimbing 0% 0% 5.8% 41.7% 52.6% 4.47 0.61 T
kemahiran komunikasi
murid.

Keseluruhan 4.48 0.50 T





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 49

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Berdasarkan jadual-jadual tersebut, hasil dapatan kajian menunjukkan nilai min bagi aspek
kolaboratif berada pada tahap yang paling tinggi (Min = 4.50, SP = 0.45) berbanding aspek-

aspek yang lain. Nilai min bagi setiap item soalan dalam aspek kolaboratif adalah hampir
sekata antara nilai 4.37 hingga 4.62. Seterusnya, hasil dapatan kajian itu juga menunjukkan
nilai min bagi aspek komunikasi keseluruhannya adalah sebanyak 4.48 (SP = 0.50) dan nilai

min bagi setiap item juga hampir sekata iaitu antara nilai 4.40 hingga 4.60.

Justeru itu, hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa nilai min keseluruhan semua

bahagian bagi setiap aspek pengetahuan PAK-21 berada pada tahap intepretasi min yang
tinggi iaitu 4.44 dengan sisihan piawai 0.44. terutamanya bagi aspek kolaboratif dan

komunikasi. Namun begitu, dapatan kajian melalui item soalan bagi aspek kreativiti dan
pemikiran kritis pula menunjukkan tahap pengetahuan PAK-21 yang rendah.


Apakah Tahap Pengaplikasian PAK-21 Dalam Kalangan Siswa Guru Pendidikan Islam
Di Malaysia Semasa Praktikum?
Jadual 5: Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Pengaplikasian PAK-

21 Siswa Guru Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Malaysia
Penyataan Kekerapan Min S.P Tahap
STB TB TP B SB
Saya menerapkan 0 0 12 57 87
elemen kreativiti 0% 0% 7.7% 36.5% 55.8% 4.48 0.64 T
dalam PdPC PAK-21.



Saya 0 1 16 63 76
mengaplikasikan 0% 0.6% 10.3% 40.4% 48.7% 4.37 0.69 T
elemen banding beza
dalam PdPC PAK-21.

Saya menggunakan 0 0 6 70 80
pendekatan 0% 0% 3.8% 44.9% 51.3% 4.47 0.57 T
kolaboratif dalam
PdPC PAK-21.
Saya memberi 0 6 18 63 69
tugasan dalam 0% 3.8% 11.5% 40.4% 44.2% 4.25 0.81 T
kumpulan berasaskan
projek kepada murid.
Saya menggalakkan 2 3 13 57 81
murid 1.3% 1.9% 8.3% 36.5% 51.9% 4.36 0.82 T
membentangkan hasil
dapatan projek yang
dihasilkan.
Keseluruhan 4.39 0.53 T







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 50

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Berdasarkan jadual tersebut, hasil dapatan kajian menunjukkan kesemua item soalan bagi
pengaplikasian PAK-21 merangkumi aspek kreativiti, pemikiran kritis, kolaboratif dan

komunikasi berada pada tahap min yang tinggi iaitu 4.39 (SP = 0.53). Secara keseluruhannya,
nilai min bagi pengaplikasian PAK-21 dari aspek kreativiti (Min = 4.48, SP = 0.64) dan
kolaboratif (Min = 4.47, SP = 0.57) berada pada intepretasi min yang tinggi berbanding aspek

pemikiran kritis dan komunikasi. Oleh hal yang demikian, hasil dapatan kajian ini mendapati
bahawa siswa guru Pendidikan Islam di Malaysia mempunyai kemahiran untuk

mengaplikasikan kemahiran PAK-21 dalam PdPC.



KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Penyelidik berpandangan bahawa siswa guru Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) sudah menguasai tahap pengetahuan dan pengaplikasian Pembelajaran

Abad ke-21 (PAK-21) semasa menjalani praktikum di sekolah selama tiga bulan. Namun
masih banyak lagi yang perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan mutu
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Pendidikan Islam akan bertambah

baik. Hal ini sangat penting bagi memastikan modal insan yang dibina hari ini dapat menjadi
seseorang yang berpotensi dan bersahsiah serta mempunyai kemahiran yang pelbagai.


Di samping itu, tahap pengaplikasian siswa-siswi guru Pendidikan Islam di seluruh
Malaysia dalam penggunaan PAK-21 masih lagi boleh dipertingkatkan. Hal ini bagi

memastikan mutu pendidikan di Malaysia ini mampu bersaing dengan negara-negara maju
yang lain dalam sektor pendidikan. Oleh itu, penyelidik berharap agar kajian ini dapat dijadikan
sebagai suatu panduan dan landasan dalam menjadikan siswa guru sebagai seorang yang

profesional dan bertanggungjawab terhadap pembentukan modal insan seiring dengan
perubahan dunia terutamanya dalam bidang pendidikan.



RUJUKAN

Azalya Ayob. (2013). Kepentingan kemahiran generik di kalangan pekerja di industri elektrik
dan elektronik di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi
Malaysia.
Aziz Omar. (2011). Kualiti Pelajar Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Dato‟ Razali
Ismail. Jurnal Penyelidikan Muaddib, Jilid VII, 72-86.
Badrul Hisham Alang Osman & Mohd Nasruddin Basar. (2016). Penilaian Kendiri Amalan
Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke-21 Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Ipoh. Conference Paper Keningau, 1-35.
Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi II : Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 51

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Ibrahim Taib. (2011). Kualiti Guru Permulaan: Pendekatan Persamaan Model Struktural.
Jurnal Penyelidikan Muaddib, Jilid VII, 45-59.
Kamarul Azmi Jasmi et. al. (2012). Analisis Data Dalam Penyelidikan Kualitatif. Jurnal Kursus
Penyelidikan Kualitatif Siri 3, 1-11.
Rohaida Yusop & Zamri Mahmod. (2015). Keberkesanan peta pemikiran (i-think) dalam
meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid Tahun 6. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 31-37.

M Raja Abdullah Raja Ismail, Daud Ismail. (2018). Asian People Journal (APJ). Aplikasi
‘Konsep 4c’ Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, 45-65.















































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 52

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGGUNAAN ILUSTRASI BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR
DALAM KOMPETENSI KOMPONEN SASTERA / KOMSAS
(CERPEN / DRAMA / NOVEL / PROSA KLASIK)
KOLEJ VOKASIONAL

Abdul Muhen bin Abdul Mohssin

Kolej Vokasional Alor Setar, Kedah Darul Aman
[email protected]



ABSTRAK


Penyelidikan secara deskriptif telah dijalankan dalam usaha untuk meningkatkan penguasaan

dan pemahaman pelajar dalam kompetensi KOMSAS berbentuk cerita iaitu novel, prosa
klasik, cerpen dan drama. Aspek-aspek yang diselidik ialah pemahaman pelajar terhadap plot,

kaedah penggunaan dan kesan Kaedah Ilustrasi terhadap pembelajaran pelajar. Responden
terdiri daripada keseluruhan populasi iaitu seramai 29 orang pelajar Tahun 2 Program
Teknologi Pemesinan Industri (Sijil Vokasional Malaysia) Kolej Vokasional Alor Setar, Kedah.

Penyelidikan ini merupakan suatu inspirasi bahawa setiap sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) seharusnya mempunyai pelbagai kaedah yang boleh diaplikasikan terutamanya dengan
menggunakan bahan autentik seperti majalah, risalah, surat khabar, tiket bas dan sebagainya.

Bahan-bahan autentik ini berupaya untuk menarik perhatian pelajar kerana berkait rapat dengan
kehidupan seharian kita. Para pelajar lebih gemar mendapatkan ilmu pengetahuan daripada informasi
yang terdapat pada bahan autentik berbanding dengan hanya bergantung kepada buku teks

sahaja. Sehubungan dengan itu, guru-guru digalakkan menggunakan bahan autentik sebagai salah satu
bahan bantu mengajar dalam sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Instrumen kajian

yang digunakan terdiri daripada set soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu
bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A melibatkan biodata responden, manakala Bahagian
B melibatkan maklum balas terhadap persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

Kaedah Ilustrasi memudahkan pelajar memahami, mengingati dan menguasai plot novel,
prosa klasik, cerpen dan drama. Kaedah yang dibangunkan ini dapat mencetuskan idea kepada

para guru dalam merancang strategi pengajaran yang bersesuaian demi manfaatnya kepada pelajar
semasa sesi sesi PdPc di dalam kelas.


Kata kunci: kesan Kaedah Ilustrasi, bahan autentik, sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc), mengingati dan menguasai plot






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 53

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

OBJEKTIF PENYELIDIKAN

Tujuan Dan Diskripsi

Proses mendidik pelajar-pelajar bertambah kompleks dalam arus moden ini. Kaedah
pengajaran Seperti kaedah chalk and talk sudah tidak relevan lagi buat masa kini, Mahasan

Mahmood (2003). Sehubungan dengan itu, guru perlu memberanikan diri mengaplikasikan
proses pembelajaran dan pemudahcaraan yang lebih kreatif dan inovatif seiring dengan arus
globalisasi terutamanya dalam mendepani Revolusi Industri 4.0 yang melanda dunia ketika

ini. Oleh hal yang demikian, penyelidikan ini menepati “selera” para pelajar agar tidak berasa
tertekan ketika mempelajari KOMSAS yang berbentuk cerita. Penyelidikan ini dihasilkan
berasaskan masalah yang dihadapi oleh pelajar ketika mempelajari KOMSAS yang berbentuk

cerita. Kajian telah dibuat setelah analisis dan Post-Moterm dijalankan atas pencapaian
pelajar dalam Penilaian Akhir Semester 2. Tinjauan menunjukkan seramai 10 orang mendapat
markah yang amat rendah dalam bahagian ini. Untuk mengatasi masalah ini, penyelidikan

telah dilakukan untuk membantu pelajar menguasai KOMSAS yang berbentuk cerita iaitu
novel, cerpen, drama dan prosa tradisional. Penyelidikan ini mendapat inspirasi daripada teori

pembelajaran seperti Teori Pemprosesan Maklumat, Teori Behaviorism, Teori Kontruktivisme
dan Teori Humanism.


KUMPULAN SASARAN

Penyelidikan ini melibatkan 10 orang pelajar Tahun 2 Semester 3 Program Pemesinan Industri
(SVM).


Demografi Data Kumpulan Sasaran


Penyelidikan ini melibatkan 10 orang pelajar program Program Pemesinan Industri (SVM)
yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal
– sila rujuk Jadual 1 pada Lampiran 1



LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN

Penyelidikan ini dilaksanakan melalui perancangan tindakan dan cara pelaksanaan yang

terancang, teratur dan sistematik. Jadual 2 menunjukkan prosedur penyelidikan – sila rujuk Jadual
2 pada Lampiran 2








e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 54

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Perancangan Mengumpul Data Dan Instrumen Penyelidikan
Dalam penyelidikan ini, instrumen pengumpulan data berunsurkan kuantitatif dan kualititif.

Proses pengumpulan data kuantitatif melibatkan pelaksanaan instrumen (ujian pra dan
pasca) demi mendapat pemboleh ubah (pencapaian pelajar) yang dapat diukur. Kedua-dua ujian
pra dan ujian pasca bertujuan untuk mengkaji perbezaan pencapaian pelajar sebelum dan selepas

intervensi dilaksanakan.


Jadual 3: Instrumen Pengumpulan Data Penyelidikan
No. Instrumen Indeks Soalan Bilangan Pemberatan
Pengumpulan Data Item (%)

1 Ujian pra Soalan Subjektif 10 100
2 Ujian Pasca Soalan Subjektif 10 100


ISU / MASALAH YANG DITANGANI


Tinjauan Masalah
Saya mengenal pasti kelemahan pelajar Tahun 2 Semester 2 Program Pemesinan Industri
(SVM) dalam Penilaian Akhir Semester 2 ketika menjawab soalan berkaitan KOMSAS, dan

langkah yang diambil adalah seperti berikut:

1. Tinjauan Awal Masalah
2. Analisis Tinjauan Masalah

3. Analisis pemerhatian
4. Analisis Soal Selidik

5. Analisis Peratusan Markah Dan Gred Ujian
6. Analisis Soal Selidik - sila rujuk Lampiran 3



REPLICABILITY

Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS yang dijalankan mendapati telah berlaku
perubahan positif dari segi amalan guru dan pembelajaran pelajar. Mereka lebih beminat

dengan kaedah pengajaran yang baharu berbanding kaedah yang lama. Oleh itu, Kaedah
Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS boleh diaplikasikan dalam proses Pembelajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas bagi tajuk atau topik yang berbentuk cerita atau

carta alir agar pelajar memahami subjek atau topik tersebut.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 55

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Impak (Outcome)
Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS berjaya menangani masalah

pembelajaran KOMSAS secara menyeluruh.

Jimat Kos

Kaedah ini melibatkan kos yang sangat rendah kerana melibatkan bahan yang sedia
ada pada pelajar. Bahan seperti kertas warna boleh difikirkan untuk menambah nilai

kaedah ini. Kos bahan wajib bagi menghasilkan kaedah adalah seperti berikut:

i) Kertas A4 / Buku latihan – RM 2.00

ii) Pen – RM 1.00


iii) Highlighter (Sekurang-kurangnya 2 warna)- RM 2.00

Anggaran Kos untuk melaksanakan inovasi ini hanya sekitar RM 5.00.


Mudah digunakan (User-friendly)
Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS mudah digunakan ketika sesi atau

proses pembelajaran sama ada secara bersemuka mahupun maya - sila rujuk
Lampiran 4




Tingkatkan produktiviti
Penggunaan Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS menunjukkan pelajar
dapat menjawab semua soalan KOMSAS dengan betul.


Signifikan

Penggunaan Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS membolehkan pelajar
menjawab kompetensi KOMSAS dengan baik setiap kali ujian / penilaian akhir
malahan mereka berminat membaca KOMSAS berbentuk cerita. Keberkesanan

Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS - sila rujuk Jadual 3 dan 4 pada
Lampiran 5




Komitmen
Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS telah diterima dengan baik oleh
pelajar dan rakan sejawat dari Kolej Vokasional seluruh Malaysia. Saya telah dijemput






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 56

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

mengendalikan kelas KOMSAS di peringkat negeri mahupun peringkat nasional
sebagai penceramah atau moderator. - sila rujuk Lampiran 6




CADANGAN PENYELIDIKAN SETERUSNYA


Cadangan penyelidikan lanjutan bertujuan untuk memberi peluang kepada pengkaji seterusnya
meneruskan penggunaan penyelidikan agar dapat membantu meningkatkan mutu sesi PdPc selain
merangsang pemikiran pelajar dalam pembelajaran secara konstruktivisme. Antara cadangan

penyelidikan lanjutan yang boleh dilaksanakan adalah seperti mengkaji keberkesanan Kaedah
Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS terhadap penguasaan pelajar dalam topik yang berbeza
bagi mata pelajaran teori Sijil Vokasional Malaysia. Kaedah ini boleh dihasilkan berdasarkan

kesesuaian tajuk dan tahap sampel kajian. Seterusnya, sampel saiz kajian yang dipilih
dicadangkan dibahagikan kepada dua kumpulan sampel kajian yang berbeza iaitu kumpulan
kawalan dan kumpulan eksperimen. Hal ini bertujuan untuk mengesan kebolehpercayaan strategi

pembelajaran yang digunakan dalam mempengaruhi keputusan yang diperoleh seperti kajian yang
dilaksanakan oleh Sengul, S. & Dereli, M. (2010) dan Akamca, G. O. et al., (2010). Selain itu, saya

ingin mencadangkan pengkaji seterusnya mengkaji keberkesanan strategi ini dengan mata pelajaran
yang berlainan misalnya Matematik, Sejarah, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Inisiatif ini
bertujuan untuk mengkaji keberkesanan ilustrasi jika diaplikasikan dalam mata pelajaran yang berlainan.

Di samping itu, beberapa cadangan pengubahsuaian kaedah adalah seperti menghasilkan atau mereka
dialog yang lebih merangsangkan minda pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif, melukis

kartun yang lebih menarik supaya cerita dalam Kaedah ini tidak terlalu jemu dibaca dan ringkas.

Kesimpulannya, saya amat berharap agar penyelidikan yang bakal dijalankan seterusnya pada masa

hadapan dapat membuka lembaran baru kepada Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS
diaplikasikan secara meluas di dalam bilik darjah secara umum dan dalam dunia pendidikan secara
khususnya. Diharapkan juga penyelidikan seterusnya dapat menyambung perjuangan penyelidikan ini

untuk membuktikan bahawa Kaedah ini dapat membentuk suasana pembelajaran yang
menyeronokkan, selesa dan berkesan.


KESIMPULAN / RUMUSAN

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS bagi
meningkatkan pencapaian dan minat pelajar dalam topik KOMSAS. Penyelidikan ini melibatkan

pendekatan kaedah kuantitatif. Secara keseluruhan, hasil penyelidikan ini menunjukkan
pencapaian yang positif. Hasil dapatan telah menunjukkan pelajar telah menguasai kaedah ini

dengan sebaiknya. Penyelidikan ini memberikan suatu inspirasi bahawa setiap sesi Pengajaran dan


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 57

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Pemudahcaraan (PdPc) perlu mempunyai pelbagai kaedah yang diaplikasikan terutamanya dengan
menggunakan bahan autentik seperti majalah, risalah, surat khabar, tiket bas dan sebagainya.

Bahan-bahan autentik ini berupaya untuk menarik perhatian pelajar dan maklumat informasi
kerana bahan-bahan seperti ini berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Sehubungan dengan itu,
guru-guru digalakkan menggunakan bahan autentik sebagai salah satu bahan bantu mengajar dalam sesi

Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Akhir kata, amat berharap agar peninjauan hasil dapatan
daripada penyelidikan yang menggunakan Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS ini

dapat mencetuskan idea kepada para guru dalam merancang strategi pengajaran yang bersesuaian demi
manfaatnya kepada pelajar semasa sesi sesi Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di dalam
kelas. Bagi nilai tambah kepada hasil penyelidikan ini, saya telah mendaftarkannya dengan

pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIpo) untuk mendapatkan hak cipta, selain
mendapatkan nombor International Standard Book Number (ISBN) daripada pihak

Perpustakaan Malaysia untuk tujuan penerbitan secara komersial. - sila rujuk Lampiran 7


RUJUKAN


Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008.). Keupayaan Kemahiran Membaca Dan
Menulis Bahasa Melayu Murid Sekolah Rendah Kebangsaan Luar Bandar Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Abdul Rasid Jamian.( 2011). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa
Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar .Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1-12 Abdul Wahab Mat. 1995.
American Psychological Association. (2007).APA Dictionary of Psychology Washington, DC:
Author .
Anuar Abdullah.( 1990).Perkaitan Di Antara Latar Belakang Dan Konsep Kendiri Pelajar
Dengan Pencapaian Akademik . Projek sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang:
Universiti Putra Malaysia

Nik Khairun Nisa Abu Bakar. (2004). Kelas Inklusif : Kesediaan, kesesuaian dan keberkesanan
program bagi murid PKBK SK Taman Sri Mawar.
Prosiding Seminar Kajian Tindakan Guru-guru Negeri Sembilan Darul Khusus kali kedua . m.s
83-86.
Supiah Saad (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings.
PhDthesis. University of Warwick
Yahya, (2011). "Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal
Di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru." Inovasi Pengajaran Dan
Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-Guru. N.p., n.d. Web. 26 Nov. 2013.









e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 58

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

LAMPIRAN
Lampiran 1:

Jadual 1: Demografi data kumpulan sasaran atau peserta

PESERTA JANTINA MASALAH


Peserta 1 Lelaki -Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran

guru
-Leka dan malas
-Ingatan jangka panjang yang lemah

Peserta 2 Lelaki -Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan
bertindak
-cepat lupa

-sukar memahami cerita
-lemah pengamatan.
-Ketidaksesuaian bahan pengajaran guru

-Leka
Peserta 3 Lelaki -Cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran

-Ketidaksesuaian kaedah pengajaran guru
Peserta 4 Lelaki -Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan
bertindak

- Cepat lupa, sukar memahami dan lemah
pengamatan

-Tiada keyakinan diri
-Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran
guru

Peserta 5 Lelaki -Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan
bertindak

-Cepat lupa, sukar memahami dan lemah
pengamatan
-Leka dan lambat

-Suka bercakap dan sering bergerak di dalam
kelas
-kurang tumpuan

-Ketidaksesuaian bahan dan kaedah pengajaran
guru






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 59

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Peserta 6 Lelaki -Ketidaksesuaian bahan pengajaran guru

-Leka dan malas
-Ingatan jangka panjang yang lemah
Peserta 7 Lelaki -Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan

bertindak
-cepat lupa
-sukar memahami cerita

-lemah pengamatan.
-Ketidaksesuaian bahan pengajaran guru
-Leka

Peserta 8 Lelaki -Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran
guru

-Leka dan malas
-Ingatan jangka panjang yang lemah
Peserta 9 Lelaki -Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan

bertindak
-Cepat lupa, sukar memahami dan lemah

pengamatan
-Suka bercakap dan sering bergerak di dalam
kelas

-kurang tumpuan
-Ketidaksesuaian bahan dan kaedah pengajaran

guru
Peserta 10 Lelaki -Ketidaksesuaian bahan pengajaran guru
-Leka dan malas

-Ingatan jangka panjang yang lemah

















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 60

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Lampiran 2:
Jadual 2: Pelaksanaan / Prosedur Penyelidikan

Langkah Cara Pelaksanaan Instrumen Yang Digunakan
1 Pemilihan kumpulan sasaran seramai 10 Penilaian Akhir Semester 2020

orang
2 Mengagihkan borang soal selidik kepada Borang Soal Selidik (rujuk

kumpulan sasaran lampiran 1)
3 Mengajar topik KOMSAS dengan Tindakan konvensional
(Konvensional) menggunakan kaedah pemusatan guru

dengan “chalk and talk”
Mengagihkan ujian pra - Membuat Ujian Pra (rujuk jadual)
rakaman video sepanjang proses

tindakan konvensional
4 Menjalankan sesi Pengajaran dan Tindakan intervensi

Pemudahcaraan (PdPc) di dalam
kelas menggunakan ilustrasi
5 Mengagihkan ujian pasca - Membuat Ujian Pasca

rakaman video sepanjang proses
tindakan konvensional

Mengumpulkan data dan membuat Membuat analisis dan rumusan.
analisis tentang perbandingan tindakan Tindakan susulan
konvesional dengan tindakan intervensi / penambahbaikan























e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 61

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Lampiran 3:

Skala Likert: 1 - Sangat tidak setuju

2 - Tidak setuju
3 - Kurang setuju
4 – Setuju
5 - Sangat setuju

SKALA 1 2 3 4 5
ITEM (BILANGAN PELAJAR)


1. KOMSAS merupakan kompetensi yang mudah
dalam modul Bahasa Melayu.
2. Plot dan Peringkat Plot merupakan komponen
yang penting dalam kopetensi KOMSAS.

3. Plot adalah selari dengan ilustrasi berbentuk
komik.

4. Plot novel, prosa klasik, cerpen dan
drama.lebih mudah diingati jika dikaitkan dengan
komik / gambar.


5. Saya lebih suka menggunakan teknik saya
sendiri daripada Kaedah Penggunaan Ilustrasi
Dalam KOMSAS
6. Saya mudah memahami plot novel, prosa
klasik, cerpen dan drama selepas guru
memperkenalkan Kaedah Penggunaan
Ilustrasi Dalam KOMSAS
7. Saya rasa lebih seronok belajar plot dengan
menggunakan Kaedah Penggunaan Ilustrasi
Dalam KOMSAS
8. Saya akan menggunakan Kaedah
Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS
bagi memudahkan saya memahami plot novel,
prosa klasik, cerpen dan drama.
9. Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam
KOMSAS membantu saya untuk meningkatkan
daya kreativiti dan keyakinan diri
10. Plot novel, prosa klasik, cerpen dan drama
adalah sama seperti membaca ilustrasi / komik
kegemaran saya.








e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 62

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Lampiran 4:


CONTOH 1 - Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS

ILUSTRASI CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL (Zainal Rashid Ahmad)


BIL GAMBAR PERISTIWA






G1


















G2
















G3



















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 63

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021






G4
















CINTA AHMAD MUTAWAKKIL (Zainal Rashid Ahmad)


Ahmad Mutawakkil yang muncul secara tiba-tiba di pintu surau kampungnya berada dalam
keadaan cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat manakala pakaiannnya pula dipenuhi
dengan darah dan lumpur. Pada pertengahan tahun 30-an, Tuan Booth sekeluarga telah

datang ke kampung penulis untuk meneroka belukar dengan mengupah beratus-ratus orang
buruh bagi menenam pokok getah. Seterusnya, kisah riwayat hidup Ahmad Mutawakkil yang

menjadi yatim piatu selepas kematian bapanya, Wak Sadir dan terpaksa menumpang hidup
dengan Tuan Booth selama tiga tahun turut dikisahkan.

Ahmad Mutawakkil yang menjadi yatim piatu selepas kematian bapanya, Wak Sadir telah

menumpang hidup dengan Tuan Booth selama tiga tahun. Pendaratan askar Jepun pada
tahun 1941 telah mengubah suasana damai di kampung penulis. Ketiadaan Tuan Booth
sekeluarga telah menyebabkan Ahmad Mutawakkil hidup terbiar. Atas dasar prihatin dan

tanggungjawab, Imam Ngah Deraman menjadikan Ahmad Mutawakkil sebagai anak
angkatnya.


Tuan Booth kembali semula ke banglo di estetnya selepas Jepun menyerah kalah. Pada suatu
hari, Lima orang pengganas telah menyerbu banglo Tuan Booth dan mendesak Tuan Booth
supaya menasihati Ahmad Mutawakkil agar tidak menghasut rakyat membenci ideologi

komunis. Ahmad Mutawakkil hilang setelah didatangi oleh seorang budak lelaki di surau pada
malam Jumaat selepas dia selesai menyampaikan ceramahnya. Oleh itu, gerakan mencari
Ahmad Mutawakkil di segenap pelosok kampung telah dijalankan oleh tiga kumpulan pencari

termasuklah Tuan Booth namun pencarian itu menemukan kegagalan.

Pada malam 31 Ogos 1957, penduduk kampung telah mengadakan majlis doa kesyukuran

sebagai tanda meraikan kemerdekaan tanah air dan majlis bacaan tahlil sebagai tanda



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 64

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

mengenag jasa arwah Ahmad Mutawakkil yang telah terkorban. Setahun kemudian, Sandra
kembali ke banglo peninggalan bapanya lantaran kenangannya yang tidak pernah lenyap

terhadap Ahmad Mutawakkil. Dia telah mengajar anak-anak penduduk kampung membaca
dan menulis.



CONTOH 2 - Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS


PROSA TRADISIONAL - Burung Terbang Dipipiskan Lada

BIL GAMBAR PERISTIWA


G 1




























































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 65

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

G 2
































G 3

















































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 66

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

G 4
































G 5












































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 67

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

LATIHAN BAHASA MELAYU STANDARD PROSA TRADISIONAL BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA


Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya


Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang

banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara
Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba
sekalian bahawa ia ini anak hamba?” Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya semua

tahu juga."Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh
Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara

Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melaka pun berbelah, setengah pada
Paduka Raja,setengah pada Seri Nara Diraja.


Lampiran 5:

Jadual 3: Keputusan Ujian Pra (sebelum menjalankan aktiviti penyelidikan) dan Ujian
Pasca (selepas menjalankan aktiviti penyelidikan)
Keberkesanan Kaedah Penyelidikan - Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam
KOMSAS kepada 10 orang pelajar Program Teknologi Pembinaan Bangunan,
Kolej Vokasional Alor Setar, Kedah
PELAJAR JANTINA Pra Ujian Pasca Ujian Peningkatan
Pelajar 1 Perempuan 20 60 +40

Pelajar 2 Lelaki 16 58 +42
Pelajar 3 Lelaki 32 68 +36

Pelajar 4 Lelaki 20 62 +42
Pelajar 5 Lelaki 16 52 +36

Pelajar 6 Lelaki 22 65 +43
Pelajar 7 Lelaki 30 75 +45
Pelajar 8 Perempuan 28 62 +34

Pelajar 9 Lelaki 26 68 +42
Pelajar 10 Lelaki 20 58 +38











e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 68

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 4: Keputusan Ujian Pra (sebelum menjalankan aktiviti penyelidikan) dan Ujian
Pasca (selepas menjalankan aktiviti penyelidikan)


Keberkesanan Kaedah Penyelidikan - Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam

KOMSAS Kepada Pelajar di Beberapa Buah Sekolah Aliran Perdanan Daerah
Kota Setar, Kedah
PELAJAR SEKOLAH Pra Ujian Pasca Ujian Peningkatan

Pelajar 1 SMKJ K.Hwa 65 82 +17
Pelajar 2 SMKJ K.Hwa 2 46 64 +18

Pelajar 3 SMK Convent 42 72 +30
Pelajar 4 SMK St. Michael 34 64 +30

Pelajar 5 SMK S.Asma 66 82 +16
Pelajar 6 SMK Darulaman 32 64 +32
Pelajar 7 KOLEJ SAH 60 76 +16

Pelajar 8 SMT A.Setar 58 72 +14
Pelajar 9 MAKTAB Mahmud 46 68 +22

Pelajar 10 SMK S.Bahiyah 55 78 +23

Daripada kedua-dua jadual tersebut jelas menunjukkan bahawa penggunaan Kaedah

Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS ketika mengajar kompetensi KOMSAS dapat
meningkatkan prestasi pelajar.
























e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 69

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Lampiran 6:
IMPAK KAEDAH KEPADA PENGKAJI


















































Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS ini seolah- olah membawa sinar
dalam kerjaya saya apabila saya mendapat beberapa pengiktirafan daripada pelbagai pihak.

Sebagai contoh, saya memenangi Anugerah MyHero Peringkat Kebangsaan (Pengiktirafan
oleh Jabatan Perdana Menteri), Duta Perpaduan (Pengiktirafan oleh Jabatan Perdana

Menteri), dan kisah ini dimasukkan dalam Buku Teks Tahun 5 Kementerian Pendidikan
Malaysia mulai sesi pembelajaran 2021. Malahan saya turut dijemput sebagai pembentang
Kertas Kerja berkaitan Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS peringkat

Kebangsaan mahupun antarabangsa. Kaedah Penggunaan Ilustrasi Dalam KOMSAS turut
mendapat liputan akhbar arus perdana dan Bertia Perdana RTM. Sila rujuk gambar-gambar

berikut:





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 70

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

ANUGERAH MyHero OLEH JABATAN PERDANA MENTERI










































































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 71

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

MENGENDALIKAN KELAS SECARA MAYA / SEMUKA - PDPR
BERASASKAN MODUL









































































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 72

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PEMBENTANG KETAS KERJA
PERINGKAT ANTARABANGSA & KEBANGSAAN

















































































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 73

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021





































































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 74

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

MENDAPAT LIPUTAN AKHBAR ARUS PERDANA















































































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 75

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

MENDAPAT LIPUTAN BERITA PERDANA RTM



































https://www.youtube.com/watch?v=fBY3kMUMZUM&authuser=0

























\


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 76

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KISAH DIABADIKAN KE DALAM BUKU TEKS KPM MULAI SESI 2021




























Team Inovasi PdPc KVAS - Pantas KOMSAS


PARA PELAJAR BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT TAMBAHAN ATAU LATIHAN

PENGUKUHAN MELALUI BLOG : muinmohsein.blogspot.com





muinmohsein.blogspot.com






































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 77

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

MENGHASILKAN MODUL PdPc


































Lampiran 7:











































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 78

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021













































































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 79

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KAJIAN TINDAKAN KOMPETENSI PENULISAN KARANGAN

Abdul Muhen bin Abdul Mohssin

Kolej Vokasional Alor Setar, Kedah Darul Aman
[email protected]



ABSTRAK


Penyelidikan ini bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam menguasai kemahiran

menulis karangan terutamanya karangan respons terbuka yang merupakan satu komponen
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 Sijil Nokasional Malaysia (SVM). Sampel kajian

melibatkan seramai 27 orang pelajar program Teknologi Kimpalan Tahun 2 (SVM). Saya
memfokuskan kepada penulisan karangan respons terbuka. Tinjauan awal yang dilakukan
melalui ujian pra iaitu Keputusan Penilaian Akhir 2020 subjek Bahasa Melayu SVM (1104)

dengan ketara menunjukkan bahawa pelajar lemah dalam penulisan karangan terutamanya
karangan berbentuk respons terbuka. Oleh itu, melalui tinjauan awal didapati pelajar
menghadapi masalah pembelajaran pasif terhadap pengajaran dan pembelajaran formal di

dalam kelas. Sehubungan dengan itu, Kaedah Penulisan Karangan Mengikut Rumus
Mudah Matematik diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu kaedah atau pendekatan untuk
mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi mereka terutama dalam penulisan karangan

respons terbuka. Penyelidikan juga telah menjalankan pelan tindakan berdasarkan
pendekatan berfokus iaitu teknik penulisan karangan mengikut rumus mudah matematik yang

diperkenalkan, dan didapati bahawa penguasaan kemahiran pelajar dalam penulisan
karangan semakin memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Para pelajar tersebut
lebih menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran aktif untuk menguasai

kemahiran menulis karangan dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Melayu di peringkat

SVM (1104). Tambahan pula, Mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran teras
pada peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM), dan pelajar perlu mendapat sekurang-
kurangnya kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (1104) untuk membolehkan pelajar Kolej

Vokasional peringkat sijil meneruskan pengajian pada peringkat diploma.


Kata kunci: karangan respons terbuka, masalah pembelajaran pasif, pelan tindakan

berdasarkan pendekatan berfokus, mata pelajaran teras





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 80

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

OBJEKTIF PENYELIDIKAN

Era globalisasi telah banyak membawa perubahan terhadap ekologi pembelajaran pelajar

(Arifin, 2003). Dalam hal ini, mutu pendidikan berkualiti amat dituntut dalam menghadapi
cabaran alaf baru, cabaran dunia siber dan Pendidikan Alaf Ke-21 (PAK) yang semuanya

dapat dirangkumkan sebagai cabaran menghadapi dunia yang tidak menentu
perkembangannya kesan ledakan maklumat merentasi sempadan negara. Lantaran itu, iklim
pembelajaran pelajar yang berkesan dan harmonis perlu difikirkan bagi mencapai

kecemerlangan pendidikan. Namun demikian, perkara yang membimbangkan ialah aspek
kemerosotan kualiti pembelajaran pelajar dalam proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) atau Pembelajaran di Rumah (PdPR) pelajar berdasarkan pencapaian pelajar dalam

penulisan karangan sehingga menjejaskan pencapaian mereka dalam subjek Bahasa Melayu
peringkat SVM. Sehubungan dengan itu, Kaedah Penulisan Karangan Mengikut Rumus
Mudah Matematik diperkenalkan kepada pelajar sebagai satu kaedah atau pendekatan untuk

mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi mereka terutama dalam penulisan karangan
respons terbuka.



KUMPULAN SASARAN


Penyelidikan ini melibatkan 27 orang pelajar program Teknologi Kimpalan Semester 3 (Sijil
Vokasional Malaysia) Kolej Vokasional Alor Setar. Keseluruhan kebolehan pelajar daripada
program ini adalah pada tahap lemah, sederhana dan baik. Lazimnya, dalam program

berkenaan, terdapat beberapa orang pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran
khususnya masih tidak menguasai kemahiran menulis karangan respons terbuka dengan baik.
Oleh itu, kajian tindakan dilaksanakan untuk menangani masalah tersebut agar memudahkan

saya untuk menghasilkan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kumpulan
sasaran saya.



LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN


Kajian oleh penyelidik daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1993 mendapati 12.6
peratus daripada 20 000 orang pelajar di sekolah biasa menghadapi masalah pembelajaran
(Amin Salleh, Mahiran Abu Amin & Faridah Abu Hassan,2002). Menurut Rozita Sahimin

(2000), selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan
peperiksaan yang kurang memuaskan. Selain itu, terdapat pelajar yang memperlihatkan ciri-
ciri kesukaran berbahasa, membaca, menulis dan tahap tumpuan yang terhad di samping

rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa. Kajian oleh



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 81

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Abdul Rasid Jamian (2011) telah mendedahkan pengaruh faktor-faktor yang tertentu
mewujudkan masalah dalam menguasai kemahiran pelajar. Kelemahan menguasai

kemahiran tertentu menjadikan pelajar berasa rendah diri, tidak suka belajar dan masalah
disiplin diri merosot. Para pelajar ini beranggapan bahawa perlakuan yang melanggar norma
amalan di sekolah bertujuan menarik perhatian guru dan rakan-rakan.


METODOLOGI PENYELIDIKAN


Metodologi inovasi yang digunakan adalah seperti berikut:

1. Pemerhatian


2. Ujian Pra


3. Tindak Balas Dalam Aktiviti Pembelajaran

4. Semakan Latihan Bertulis


5. Ujian Pasca




TEORI PENYELIDIKAN

Penyelidikan ini menggunakan ‘Teori Pembelajaran Kognitif’ berpandukan ‘Pendekatan

Berfokus’ yang ditekankan dalam penulisan karangan. Penggunaan bahan rangsangan
yang berbentuk soalan berpandu dan contoh jawapan dalam penulisan karangan
berdasarkan Teori Kognitif Behaviorisme dan Teori Gestalt. Berdasarkan Teori Kognitif

Behaviorisme, manusia menyedari bahawa rangsangan akan menyebabkan gerak balas. Oleh
hal yang demikian, manusia sentiasa melihat rangsangan sebagai sesuatu yang perlu diberi

tindakan menurut perspektif yang sesuai berdasarkan persepsi, pengalaman, persekitaran
atau apa-apa sahaja yang berkaitan. Hal ini bermakna, tingkah laku manusia berasaskan
pengetahuan atau pemikiran mereka tentang sesuatu situasi (rangsangan) yang

menyebabkan sesuatu perubahan tingkah laku akan berlaku. Oleh itu, dalam situasi
penyelidikan ini rangsangan berlaku pelajar bertindak balas berdasarkan bahan dalam modul

pendekatan berfokus sehingga mewujudan gerak balas kognitif. – sila rujuk Rajah 1 pada
Lampiran 1









e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 82


Click to View FlipBook Version