Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
LAMPIRAN 2
JADUAL DAN GRAF BAR ANALISIS PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAHASA MELAYU TAHUN 2020
1. SK Sungai Samak 3. SK Khir Johari
Pentaksiran Pertengahan Tahun (PPT) Pentaksiran Pertengahan Tahun (PPT)
Bil Tahun Bil Tahun
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum
1 (5%) 8 (40%) 10 (50%) 1 (5%) 20 1 (5.9%) 6 (35.3%) 5 (29.4%) 5 (29.4%) 17
Pentaksiran Akhir Tahun (PAT) 6 Pentaksiran Akhir Tahun (PAT)
1 6 IS 1
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum Dinamik TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum
8 (40%) 11 (55%) 1 (5%) 20 4 (23.5%) 7 (41.2%) 6 (35.3%) 17
Analisis Pelaporan PBD Bahasa Melayu PPT dan PAT 6IS Analisis Pelaporan PBD Bahasa Melayu PPT dan PAT
SK Sungai Samak Tahun 2020 6 Dinamik SK Khir Johari Tahun 2020
8 10 8 11 6 55 4 7 6
20 001 1 000 1 10 0 1 0 00 0
0 0
PPT / 6IS PAT / 6IS PPT/6 DINAMIK PAT/6 DINAMIK
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6
2. SJK Yeong Seng 4. SJKT Ladang Teluk Buloh
Pentaksiran Pertengahan Tahun (PPT) Pentaksiran Pertengahan Tahun (PPT)
Bil Tahun Bil Tahun
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum
8 (32%) 6 (24%) 5 (20%) 6 (24%) 25 1 5 10 5 5 26
Pentaksiran Akhir Tahun (PAT) (3.8%) (19.3%) (38.5%) (19.2%) (19.2%)
1 6A
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum 1 6 US Pentaksiran Akhir Tahun (PAT)
4 (16%) 8 (32%) 7 (28%) 6 (24%) 25 TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum
6 8 7 5 26
Analisis Pelaporan PBD Bahasa Melayu PPT dan PAT 6A (23.1%) (30.8%) (26.9%) (26.9%)
SJKC Yeong Seng Tahun 2020
5. SMK Khir Johari
8 8 Bil Tahun Pentaksiran Pertengahan Tahun (PPT)
10 6 5 6 7 6 TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum
5 4 0 26 (26%) 26
0 0 0 0 1 Pentaksiran Akhir Tahun (PAT)
0 1 Jauhari TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum
PPT / 6A PAT / 6A 2 (7.7%) 15 6 3 26
(57.7%) (23.1%) (11.5%)
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6
Sumber : Pelaporan PBD Jun dan November Tahun 2020
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 182
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
LAMPIRAN 2
JADUAL DAN GRAF BAR ANALISIS PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) BAHASA MELAYU TAHUN 2020
1. SK Sungai Samak 3. SK Khir Johari
Pentaksiran Pertengahan Tahun (PPT) Pentaksiran Pertengahan Tahun (PPT)
Bil Tahun Bil Tahun
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum
1 (5%) 8 (40%) 10 (50%) 1 (5%) 20 1 (5.9%) 6 (35.3%) 5 (29.4%) 5 (29.4%) 17
Pentaksiran Akhir Tahun (PAT) 6 Pentaksiran Akhir Tahun (PAT)
1 6 IS 1
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum Dinamik TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum
8 (40%) 11 (55%) 1 (5%) 20 4 (23.5%) 7 (41.2%) 6 (35.3%) 17
Analisis Pelaporan PBD Bahasa Melayu PPT dan PAT 6IS Analisis Pelaporan PBD Bahasa Melayu PPT dan PAT
SK Sungai Samak Tahun 2020 6 Dinamik SK Khir Johari Tahun 2020
8 10 8 11 6 55 4 7 6
20 001 1 000 1 10 0 1 0 00 0
0 0
PPT / 6IS PAT / 6IS PPT/6 DINAMIK PAT/6 DINAMIK
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6
2. SJK Yeong Seng 4. SJKT Ladang Teluk Buloh
Pentaksiran Pertengahan Tahun (PPT) Pentaksiran Pertengahan Tahun (PPT)
Bil Tahun Bil Tahun
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum
8 (32%) 6 (24%) 5 (20%) 6 (24%) 25 1 5 10 5 5 26
Pentaksiran Akhir Tahun (PAT) (3.8%) (19.3%) (38.5%) (19.2%) (19.2%)
1 6A
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum 1 6 US Pentaksiran Akhir Tahun (PAT)
4 (16%) 8 (32%) 7 (28%) 6 (24%) 25 TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum
6 8 7 5 26
Analisis Pelaporan PBD Bahasa Melayu PPT dan PAT 6A (23.1%) (30.8%) (26.9%) (26.9%)
SJKC Yeong Seng Tahun 2020
5. SMK Khir Johari
8 8 Bil Tahun Pentaksiran Pertengahan Tahun (PPT)
10 6 5 6 7 6 TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum
5 4 0 26 (26%) 26
0 0 0 0 1 Pentaksiran Akhir Tahun (PAT)
0 1 Jauhari TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6 Jum
PPT / 6A PAT / 6A 2 (7.7%) 15 6 3 26
(57.7%) (23.1%) (11.5%)
TP1 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6
Sumber : Pelaporan PBD Jun dan November Tahun 2020
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 182
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
LAMPIRAN 3
SEBELUM SELEPAS
RAJAH : SAMPEL PENULISAN RPH SEBELUM DAN SELEPAS TEKNIK ‘KeOPTC’ DIPERKENALKAN
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 183
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
LAMPIRAN 3
SEBELUM SELEPAS
RAJAH : SAMPEL PENULISAN RPH SEBELUM DAN SELEPAS TEKNIK ‘KeOPTC’ DIPERKENALKAN
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 183
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KAEDAH PEMEROLEHAN ILMU DAN PENGETAHUAN KANDUNGAN GURU PELATIH
PENDIDIKAN ISLAM IPG ZON TIMUR
W Marni Aufa binti W Kamarudin, Ahmad Mubarak bin Ab Razak,
Dr. Mohd Rusdi bin Ab Majid
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail
[email protected]
ABSTRAK
Guru mempunyai peranan penting dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Lebih-lebih lagi
guru pendidikan Islam yang berperanan mendidik dan memberi kefahaman berkaitan agama
Islam kepada murid. Pengetahuan kandungan merupakan elemen penting yang perlu
dikuasai oleh setiap guru khususnya guru pendidikan Islam. Hal ini kerana pengetahuan
kandungan ini mempengaruhi tahap kefahaman murid terhadap sesuatu perkara seterusnya
memberi impak terhadap keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian
ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan isi kandungan dalam kalangan guru
pelatih Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Timur seterusnya melihat
hubungkait antara kaedah pemerolehan ilmu dan tahap pengetahuan isi kandungan guru
pelatih Pendidikan Islam. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang berbentuk kuantitatif
dengan menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat ukur utama dalam kajian ini.
Pemilihan responden adalah dengan menggunakan persampelan rawak mudah, iaitu
melibatkan seramai 52 orang responden yang terdiri daripada guru pelatih pendidikan islam
semester 8, IPG zon timur. Data akan dianalisis dan digeneralisasikan kepada populasi
dengan tepat menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi
manfaat kepada guru pelatih pendidikan Islam dalam mengenal pasti tahap penguasaan ilmu
masing-masing khususnya ilmu berkaitan pendidikan Islam. Secara tidak langsung, ia
diharapkan dapat memberi kesedaran kepada guru pelatih Pendidikan Islam agar sentiasa
berusaha untuk menuntut ilmu serta meningkatkan kualiti diri dari semasa ke semasa.
Kata kunci : Ilmu, Pengetahuan Kandungan
PENGENALAN
Guru memainkan peranan penting dalam pengajaran pendidikan Islam. Mereka bukan sahaja
berperanan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar malah bertanggungjawab
untuk meningkatkan penguasaan dan penghayatan ilmu pelajar. Penyediaan guru yang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 184
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
berkualiti khususnya dalam aspek pengetahuan kandungan amat penting bagi menjayakan
matlamat pendidikan Islam ini.
Pengetahuan kandungan merupakan elemen penting yang perlu dikuasai oleh setiap
guru. Hal ini kerana pengetahuan kandungan ini mempengaruhi tahap kefahaman murid
terhadap sesuatu perkara seterusnya ia memberi impak terhadap keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Grossman & Schoenfeld (2005) untuk membantu
murid memahami idea penting dalam sesuatu mata pelajaran, guru mestilah mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang idea tersebut. Maksud pengetahuan isi kandungan
yang dijelaskan oleh Shulman (1986) ialah merangkumi pengetahuan tentang topik,
peraturan, struktur dan teori tertentu serta merangkumi pengetahuan tentang perubahan
terkini sesuatu subjek.
Hal ini juga berkait rapat dengan peranan guru Pendidikan Islam. Malah guru
Pendidikan Islam seharusnya lebih lagi menguasai pengetahuan isi kandungan bagi setiap
bidang dan cabang dalam agama Islam bagi memastikan setiap ilmu yang disampaikan
adalah tepat dan sahih. Hal ini kerana pendidikan Islam adalah berkait rapat dengan
kepercayaan, pegangan dan amalan ibadah seseorang individu. Penyebaran ilmu dan didikan
agama yang tidak sahih akan memberi impak dan kesan terhadap amalan agama murid
seterusnya mendorong kepada kesesatan dan penyelewengan terhadap pegangan dan
amalan ibadah. Justeru itu, kaedah dan medium pemerolehan ilmu agama dalam kalangan
guru khususnya guru pelatih Pendidikan Islam juga perlu dititikberatkan agar kesahihan dan
ketepatan ilmu dapat dipastikan.
PERNYATAAN MASALAH
Guru Pendidikan Islam merupakan salah satu profesion yang mulia dan dihormati. Hal ini
kerana guru Pendidikan Islam bertanggungjawab untuk memberi kefahaman dan didikan
agama kepada murid-murid khususnya dan kepada masyarakat secara umumnya. Bahkan,
guru pendidikan Islam juga dijadikan sebagai rujukan jika berlaku permasalahan berkaitan
agama Islam.
Namun begitu, Guru Pendidikan Islam kini khususnya guru-guru pelatih dilihat kurang
menguasai ilmu atau pengetahuan kandungan secara mendalam berkaitan permasalahan
dalam agama Islam tidak kira dalam bidang aqidah, ibadah mahupun akhlak. Hal ini
dinyatakan dalam kajian oleh Mutsalim et.al (2020) yang menyatakan terdapat sebahagian
guru agama mempunyai kurang ilmu pengetahuan dalam bidang agama secara mendalam.
Sebagai contoh, guru pendidikan Islam hanya mengetahui perkara-perkara asas dalam
agama dan tidak mampu menerangkan atau membahaskan sesuatu perkara dengan
terperinci khususnya dalam bidang aqidah. Selain itu, terdapat juga sebahagian daripada guru
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 185
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pendidikan Islam yang tidak mampu menjawab segala permasalahan khususnya berkaitan
permasalahan dalam ibadah.
Di samping itu, guru pendidikan Islam juga dikatakan tidak menguasai ilmu atau
pengetahuan kandungan kerana menurut NurSafra Mohd Zhaffat et. al (2016), menyatakan
bahawa guru pendidikan Islam tidak dapat membuat perkaitan idea merentasi bidang berbeza
mahupun perkaitan dengan kehidupan harian murid. Hal ini kerana guru-guru khususnya guru
pelatih yang menjalani praktikum dilihat hanya menyampaikan maklumat berdasarkan buku
teks (Azhar Mohamad et.al, 2007). Maklumat yang terhad di dalam sesebuah buku teks ini
secara tidak langsung membantutkan kreativiti dan idea guru pelatih untuk
menginterprestasikan pengajaran yang lebih menarik dan kreatif.
Seterusnya, menurut Kalaselvi (2017), kelemahan seseorang guru dalam menguasai
pengetahuan kandungan ini akan memberi impak terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Grossman et al
(1999), tanpa asas pengetahuan yang mencukupi dalam sesuatu bidang mata pelajaran, guru
tidak dapat mengajar dengan berkesan. Secara tidak langsung ia juga memberi impak
terhadap tahap kefahaman dan penghayatan murid dalam pendidikan Islam.
Berdasarkan penyataan masalah tersebut, pengkaji berpendapat bahawa tahap
pengetahuan kandungan dalam kalangan guru pelatih ini mungkin juga dipengaruhi oleh cara
mereka memperoleh sesuatu ilmu atau maklumat. Hal ini kerana cara atau kaedah seseorang
dalam memperoleh ilmu akan menentukan tahap penguasaan dan kefahaman serta
memastikan kesahihan dan ketepatan maklumat. Sebagai contoh, kaedah pembelajaran
secara tradisional atau talaqqi dikatakan sebagai kaedah yang paling diyakini kerana ia
membentuk kefahaman yang jelas tentang sesuatu ilmu (Ahmad Zubir Rosdi et. al, 2018).
Justeru itu, wajar kajian ini dijalankan agar dapat mengenal pasti cara pemerolehan ilmu
dalam kalangan guru pelatih sama ada menekankan kaedah tradisional atau kaedah moden
seterusnya melihat tahap pengetahuan kandungan dalam diri guru-guru pelatih pendidikan
Islam.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan isi kandungan dalam
kalangan guru pelatih Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Zon Timur. Di
samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungkait antara cara pemerolehan ilmu
dan tahap pengetahuan isi kandungan guru pelatih Pendidikan Islam.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 186
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan isi kandungan dalam kalangan guru pelatih
Pendidikan Islam IPG
2. Meninjau kaedah atau medium yang digunakan oleh guru pelatih IPG dalam
mendapatkan ilmu berkaitan agama Islam
3. Melihat hubungan antara cara pemerolehan ilmu dan tahap pengetahuan isi
kandungan guru pelatih Pendidikan Islam.
SOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap pengetahuan isi kandungan dalam kalangan guru pelatih Pendidikan
Islam IPG
2. Apakah kaedah atau medium yang digunakan oleh guru pelatih IPG dalam
mendapatkan ilmu berkaitan agama Islam
3. Apakah hubungan antara cara pemerolehan ilmu dan tahap pengetahuan isi
kandungan guru pelatih Pendidikan Islam.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat tentang tahap pengetahuan
isi kandungan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan guru pelatih. Kajian ini
diharapkan dapat memberi manfaat kepada guru pelatih pendidikan Islam dalam mengenal
pasti tahap penguasaan ilmu masing-masing khususnya ilmu berkaitan pendidikan Islam.
Secara tidak langsung, ia diharapkan dapat memberi kesedaran kepada guru pelatih
Pendidikan Islam agar sentiasa berusaha untuk menuntut ilmu dan meningkatkan
pengetahuan secara lebih mendalam dari semasa ke semasa. Hal ini kerana ilmu Allah adalah
sangat luas sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Kahfi,
ۡ
ۡ
ۡ
ۡ
َّ
َ
٩٠١ اٗ دَد َ م ۦِهِلثِمب انئ ِ ج ۡ وَلو يِ ب َ ر ُت َٰ مِلَك َدَفنَت نأ َلۡبَق ُ ر ۡ حَبلٱ َدِفَنَل يِ ب َ ر ِت َٰ مِلَكِل ا ٗ داَدِم ُ ر ۡ حَبلٱ َناَك ۡ ول لُق
َ ِ
َ
َ
َ
901. Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk
menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis
Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding
dengannya, sebagai bantuan.
Di samping itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu dan memberi panduan
kepada guru pelatih pendidikan Islam tentang kaedah yang perlu diamalkan dalam
mendapatkan sesuatu ilmu khususnya ilmu berkaitan agama Islam. Secara tidak langsung, ia
juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya guru pelatih
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 187
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
supaya lebih berhati-hati dalam mendapatkan sesuatu ilmu dan memastikan kesahihannya
sebelum menyebarkan kepada orang lain.
TEORI/MODEL KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji telah merujuk kepada model Technological
Pedagogical Content Knowledge (TPACK). TPACK merupakan satu kerangka yang
memperkenalkan hubungan yang kompleks antara ketiga-tiga pengetahuan iaitu teknologi,
pedagogi dan isi kandungan (Mishra & Koehler,2006). Namun begitu, dalam kajian ini pengkaji
hanya menfokuskan kepada komponen Pengetahuan Kandungan atau Content Knowledge.
Menurut Shulman (1987), Pengetahuan Kandungan merupakan salah satu komponen
daripada 7 asas pengetahuan yang perlu dimiliki oleh seseorang guru, iaitu Pengetahuan
Kandungan (Content Knowledge), Pengetahuan Pedagogi (Pedagogical Knowledge),
Pengetahuan Kurikulum (Curriculum Knowledge), Pengetahuan Pedagogi Kandungan
(Pedagogical Content Knowledge), Pengetahuan tentang pelajar dan perincian mereka
(Knowledge of learner and their characteristic), Pengetahuan tentang konteks pendidikan
(Knowledge of educational contexts), Pengetahuan tentang tujuan pendidikan, matlamat dan
nilai, latar belakang falsafah dan sejarah (Knowledge of educational ends, purposes and
values and their philosophical and historical ground).
Selain itu, pengkaji juga menggunakan teori atau dalil daripada al-Quran yang
menjelaskan berkaitan peranan ilmu pengetahuan kepada sesorang individu. Hal ini
dijelaskan melalui wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah SAW, iaitu melalui
firman Allah dalam surah al-Alaq ayat 1-5,
ۡ ۡ
ۡ َ ۡ
ۡ ۡ
ۡ
َّ
٣ ُ م َ ركلۡٱ َكُْب َ رو أ َ رقٱ ٢ ٍ قَلَع ۡ نِم َن َٰ سن ِ لۡٱ َقَلَخ ٩ َقَلَخ يِذلٱ َكِ ب َ ر ِ مۡسٱِب أ َ رقٱ
َ
َ
ۡ
َّ
َّ
ۡ َّ
٥ ۡ مَلۡعَي ۡ مَل ا َ م َن َٰ سن ِ لۡٱ ملع ٤ َ ِ مَلَقلٱِب ملَع يِذلٱ
َ
َ
َ
Maksudnya : Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? Bacalah
(wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia
menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.
Ayat ini memberi isyarat dan perintah kepada umat manusia supaya sentiasa belajar,
mengkaji dan mencari ilmu. Jika diteliti secara lebih mendalam, ayat ini mendidik dan
mengajak orang beriman supaya menjadi orang yang berilmu (Mohd Yusuf, 2002).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 188
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
METODOLOGI KAJIAN
Pengkaji telah memilih kajian berbentuk kuantitatif mengikut reka bentuk kajian tinjauan.
Dalam kajian ini, penyelidik ingin mendapatkan maklumat mengenai cara pemerolehan ilmu
dalam kalangan guru pelatih dan tahap pengetahuan kandungan mereka terhadap pendidikan
Islam.
Populasi dan Sampel Kajian
Dalam kajian ini pengkaji telah memilih untuk menggunakan jenis sampel rawak mudah.
Manakala saiz sampel kajian ini pula telah ditentukan berdasarkan kepada jadual Krejcie &
Morgan (1970). Berdasarkan kepada jadual tersebut, bilangan sampel yang diperlukan untuk
kajian ini ialah seramai 52 orang daripada jumlah populasi seramai 62 orang.
Instrumen Kajian
Memandangkan kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif, instrumen soal selidik
telah dipilih menjadi alat ukur utama sebagai pengujian dalam kajian ini. Borang soal selidik
yang berbentuk google survey akan diedarkan kepada responden untuk mendapatkan
maklum balas. Pembinaan instrumen kajian ini pula akan melalui Pilot Study atau kajian rintis
terlebih dahulu bagi mendapatkan pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang
sepatutnya. Hasil kajian akan dianalisis mengikut keperluan soalan kajian. Pengkaji tjuga elah
memilih untuk menggunakan instrumen soal selidik 5 mata skala likert bagi meninjau tahap
pengetahuan kandungan guru pelatih terhadap ilmu pendidikan Islam. Hal ini kerana, ia akan
menghasilkan data yang mudah direkod, tidak menimbulkan kesangsian serta data yang
mudah ditafsir dan dianalisis. Data juga akan dianalisis menggunakan teknik analisis
deskriptif, iaitu dengan menyimpulkan data bagi mendapatkan min, median, mod dan sisihan
piawai.
KESIMPULAN
Secara ringkasnya, kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan instrumen soal selidik
terhadap guru pelatih Pendidikan Islam di IPG kampus zon timur serta sampel yang digunakan
pula adalah jenis sampel rawak mudah. Suatu kajian rintis akan dijalankan terlebih dahulu
bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Seterusnya, data yang diperoleh
akan dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Hasil kajian ini dijangkakan dapat memberi
manfaat kepada guru pelatih pendidikan Islam dalam mengenal pasti tahap penguasaan ilmu
masing-masing khususnya ilmu berkaitan pendidikan Islam. Secara tidak langsung, ia
diharapkan dapat memberi kesedaran kepada guru pelatih Pendidikan Islam agar sentiasa
berusaha untuk menuntut ilmu serta meningkatkan kualiti diri dari semasa ke semasa.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 189
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
RUJUKAN
Ab. Halim Tamuri, Muhamad Faiz Ismail & Kamarul Azmi Jasmi (2012). Komponen Asas
Untuk Latihan Guru Pendidikan Islam Basic Components for Islamic Education Teacher
Training in GJAT. 53-63
Abdul Said Ambotang et. Al, (2012). Pengaruh Pengetahuan Pedagogi dan Kandungan
Terhadap Efikasi Guru dalam Pengajaran Ekonomi. Malaysian Education Dean’s
Council Journal.
Ahmad Yunus Kasim, & Ab. Halim Tamuri (2010). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan
(PPK) Pengajaran Akidah : Kajian Kes Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Journal of
Islamic and Arabic Education 2(2), 13-30.
Ahmad Zubir Rosdi, Syed Najihuddin Syed Hassan, & Nurul Asiah Fasehah Muhamad.
(2018). Pengajian Hadis Tradisional dan Moden : Tinjauan Awal Literatur. Al-Qanatir
International Journal of Islamic Studies, 40-53.
Azhar Muhammad et. al, (2007). Tahap Profesionalisme Guru Pelatih Pendidikan Islam Dalam
Latihan Praktikum
Chee J. et.al, (2018). Isu Pengetahuan Kandungan, Pedagogi dan Teknologi dalam Kalangan
Guru Pra Sekolah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 7-21.
Ingersoll, R. (2012) Beginning Teacher Induction: What the Data Tell Us. Phi Delta Kappan,
93(8), 47-51. http://www.kappanmagazine.org/content/ 93/8/47
Mohamad Redha Mohamad, Farhah Zaidar Ramli, & Norazman Alias. (2020). Relevansi
Pewarisan Sanad Talaqqi al-Quran. Jurnal al-Turath Vol. 5, 32-38
Mohd Musnizam Jaafar @ Mustapha, Ab. Halim Tamuri, & Rohizan Ya. (2012). Konsep
Berilmu di Kalangan Guru Pendidikan Islam Satu Keperluan Dalam Membangunkan
Modal Insan. Seminar Antarabangsa Perguruan dan Pendidikan Islam, (pp. 289-303).
Johor.
Mutsalim et. al (2020). Tahap Profesionalisme Guru Agama dan Keberkesanannya di Maahad
Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. International Journal of
Islamic Thought, 78-89.
Naquiah Nahar, & Jimaain Safar. (2017). Penguasaan Pengetahuan Kandungan (Content
Knowledge) : Pemangkin Keterampilan Pedagogi Jawi Berkesan Abad Ke-21. Jurnal
Teknikal dan Sains Sosial, 45-59.
Nor Jannah Hassan & Safani Bari. (2013). Pengetahuan Pedagogikal Kandungan (PPK) Guru
Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan. International Conference on Education and
Counselling (pp. 161-165). Johor: Perkama Consultans Sdn. Bhd.
NurSafra Mohd Zhaffar et. al (2016). Ke Arah Pendidikan Islam Sebagai Pemikir Kritis. Jurnal
Sains Humanika, 9-15.
Roslina Mohd Nor, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Hamdzun Haron. (2019). Pengetahuan
Pedagogi Ilmu Kandungan dalam Kalangan Guru Seni Visual Sekolah Menengah di
Hulu Langat. Jurnal Pendidikan Malaysia 44(1), 137-150.
Siti Maisarah Bahrun. (2008). Persediaan Guru Pelatih Pendidikan Islam Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) Bagi Memenuhi Keperluan Modal Insan.
Siti Rokiah Abd Rahman, & Fadzli Adam. (2015). Kredibiliti Youtube Sebagai Medium
Pembelajaran Agama dalam Peradaban Islam Kontemporari. International Conference
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 190
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
st
on Empowering Islamic Civilization in the 21 Century (pp. 593-599). Terengganu:
Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.
Tengku Zawawi Tengku Zainal, Ramlee Mustapha, & Abdul Razak Habib. (2019).
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Guru Matematik bagi Tajuk Pecahan : Kajian
Kes di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1), 131-153.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 191
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PESISIR PANTAI ( 4P ) DALAM
MENINGKATKAN TAHAP MOTIVASI PENSYARAH DI KELANTAN
Norizan Ismail PhD, Nor Laini Che Mat, Mohd Zamri Abdullah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,
Kota Bharu, Kelantan.
[email protected],[email protected],
[email protected],
ABSTRAK
Kajian ini penting dilakukan bagi melihat sejauh mana program pendidikan pesisir pantai yang
telah dilaksanakanoleh IPG Kampus Kota Bharu disekolah-sekolah pesisir pantai di Kota
Bharu,Kelantan dapat meningkatkan motivasi kerja pensyarah. Kajianini akan melihat
dalamaspekpenilaian Bajet Berasaskan Outcome atau Outcome Based budgeting (OBB) iaitu
keberkesanan, kesesuaian dan kecekapan pelaksanaan program ini.Namun begitu, kajian ini
hanya memberi fokus kepada penilaian aspek keberkesanan program pendidikan pesisir
pantai sahaja danmemandangkan program ini baru 2 tahundilaksanakan di Kelantan, maka
kajian ini hanya akan dilihat dari aspek perlaksanaan program sahaja.Kajian telah dilakukan
melalui pengedaranborang soal selidik yang telah diubahsuai dalam bentuk google form bagi
memudahkan sampel kajian yang terlibat untuk mengisi borang tersebut dalam talian
disamping dapat menjimatkan kos. link borang tersebut telah diedarkan kepada
semuapensyarah yang terlibat dalam pelaksanaan program ini sebagai sampel kajianiaitu
secara bertujuan (purposive sampling). Analisis deskriptif dilakukan bagi melihat pelaksanaan
program ini dalam meningkatkan motivasi kerja pensyarah. Dapatan kajian telah
menunjukkan bahawa motivasi kerja pensyarah adalah berada pada tahap tinggi (4.39 - 4.81).
Oleh yang demikian,pelaksanaan program ini amatlah sesuai untuk dilaksanakan lagi pada
masa akan datang memandangkan strategi ini amat berkesan dalam meningkatkan motivasi
kerja pensyarah yang terlibat dalam pelaksanaan program pendidikan di sekolah pesisir
pantai khasnya dan IPGKKB amnya.
Kata Kunci : Penilaian Program, Pendidikan, Pesisir, OBB, Motivasi
PENGENALAN
Dalam usaha membantu meningkatkan kualiti pendidikan kanak-kanak yang tinggal di
pesisiran pantai, di Kota Bharu PG Kampus Kota telah mengambil beberapa langkah proaktif
bagi membantu mempersiapkan murid persisiran pantai untuk mendepani cabaran era digital,
Revolusi Industri 4.0 (IR4.0). Justeru itu, IPG Kampus Kota telah melaksanakan program
pendidikan pesisir pantai bagi membantu ibu bapa, murid dan guru untuk berani berubah,
membuat anjakan paradigma dalam usaha mempersiapkan minda dalam menghadapi
cabaran pendidikan global menerusi hasil penyelidikan yang dijalankan. Penyelidikan ini telah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 192
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mendapat kerjasama yang baik daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar,
Kementerian Pendidikan Malaysia dari segi kewangan. Justeru itu memandangkan program
ini amat penting dan melibatkan peruntukkan kewangan, maka sewajarnya program ini dibuat
penilaian agar benar-benar memberi manfaat kepada semua lapisan terutama kepada
pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu ( IPGKKB ) ke arah meningkatkan
motivasi mereka dalam melaksanakan tugasan harian.
Pada amnya amalan penilaian program di negara kita merupakan suatu perkara
baharu dan kurang dilaksanakan sebelum ini sedangkan program-program telah dilaksanakan
dan melibatkan peruntukkan perbelanjaan yang besar ( Norizan, 2016). Namun begitu,
program-program tersebut tidak dibuat penilaian dan hasilnya juga tidak diketahui bagaimana.
Ini menyebabkan berlakunya pembaziran terhadap implikasi kewangan kerajaan. Begitu juga
pada tahun berikutnya, program tersebut terus dilaksanakan sekali lagi juga dengan
peruntukkan kewangan yang besar dan hasilnya juga tidak diketahui. Pembaziran ini akan
terus berlaku sehinggalah keluar arahan kerajaan, yang mewajibkan kita membuat penilaian
terhadap program tersebut untuk mengetahui sejauhmana program pendidikan pesisir pantai
berjaya mencapai objektif pelaksanaannya agar hasil yang diperoleh adalah setimpal dan
berbaloi dengan kewangan yang telah dibelanjakan dan seterusnya memberi impak yang
positif kepada kewangan kerajaan.
Justeru, memandangkan kepentingan melaksanakan penilaian terhadap program
yang dilaksanakan, kerajaan mula memandang serius masalah ini dengan mengeluarkan
arahan baharu yang mewajibkan penilaian program dilakukan iaitu menerusi pekeliling
kerajaan yang dikeluarkan pada Januari 2012. Menurut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2
Tahun 2012 yang bertajuk “Bajet Berasaskan Outcome” atau Outcome Based Budgeting
(OBB), setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan perlu dibuat penilaian iaitu penilaian
formatif dan sumatif (Malaysia, 2012). Oleh yang demikian, berdasarkan arahan
perbendaharaan tersebut, maka penilaian bagi setiap program hendaklah dibuat.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pelaksanaan program pendidikan pesisir
pantai yang telah dilaksanakan oleh IPGKKB dapat meningkatkan motivasi kerja pensyarah
disamping dapat melakukan penambahbaikan terhadap program tersebutagar lebih bernilai
dan bermanfaat kepada pensyarah pada masa yang sama dapat mengelak dari berlakunya
pembaziran sama ada dari segi kos, masa, tenaga dan sebaginya terutama bagi program
yang melibatkan pebelanjaan kewangan yang besar.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 193
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
TINJAUAN LITERATUR
Pendekatan Bajet Berasaskan Outcome (OBB)
Pendekatan Bajet Berasaskan Outcome atau Outcome Based Budgeting (OBB) merupakan
asas yang digunakan dalam menilai pelaksanaan program pendidikan pesisir pantai yang
telah dilaksanakan di Kota Bharu, Kelantan. Pendekatan Bajet Berasaskan Outcome (OBB)
ini merupakan pekeliling perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2012 (Malaysia, 2012) yang
dikeluarkan oleh kerajaan untuk mengawal setiap perbelanjaan yang dikeluarkan oleh
kerajaan agar lebih efisien dan bernilai (value for money). Kaedah ini merupakan langkah
yang efektif dalam mengawal perbelanjaan sektor awam melalui pendekatan “Let’s Manager
Manage”,Top-Down dan Prinsip “SMART". Ini adalah selaras dengan program transformasi
kerajaan yang diperkenalkan, dengan misi “Pencapaian Diutamakan”. Manakala kaedah
penilaian tersebut adalah berdasarkan keberkesanan, kesesuaian, kecekapan dan
keekonomian.
Penilaian Program
Pengenalan
Penilaian Program adalah kajian formal melibatkan analisis yang sistematik terhadap
sesuatu program/aktiviti dengan tujuan untuk mendapat gambaran sebenar mengenai
keberkesanan, kesesuaian, kecekapan dan keekonomian (3K1E) bagi sesuatu program
yang dilaksanakan (Bahagian Pendidikan Guru, 2008). Oleh itu, hasil dari penilaian program
yang telah dilakukan ini akan dapat menentukan sama ada program tersebut boleh
diteruskan jika program ini berjaya mencapai objektif program yang digariskan atau
diteruskan dengan penambahbaikan dibuat sekiranya program ingin diteruskan atau
dihentikan jika program ini gagal mencapai matlamat yang digariskan (Malaysia, 2012).
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa penilaian program merupakan satu ciri utama
OBB yang amat berguna sebagai alat bagi pihak pengurusan dalam membuat keputusan
sama ada untuk meneruskan atau menamatkan sesebuah program. Penilaian program yang
dimaksudkan di bawah OBB meliputi isu-isu berikut :
1. Keberkesanan – iaitu sejauh mana objektif aktiviti tercapai.
2. Kesesuaian – iaitu sejauh mana objektif aktiviti memenuhi keperluan
pelanggan.
3. Kecekapan – iaitu sejauh mana sumber-sumber aktiviti digunakan secara
optimum dalam menghasilkan outcome.
4. Keekonomian – iaitu setakat mana kos input dapat diminimumkan tanpa
pembaziran.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 194
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Justeru itu, semua peringkat tersebut akan diberi perhatian iaitu bermula dari peringkat input,
proses dan produk yang mana akhirnya impak dari segi aspek penilaian OBB keberkesanan,
kesesuaian dan kecekapan program ini akan difokuskan berdasarkan input tersebut.
Menurut Mason et al (2003) dan Guenther (2005) penilaian di peringkat input dan proses
amat penting dalam memperoleh maklumat dan gambaran mengenai program tersebut serta
mempengaruhi dalam menghasilkan sesuatu program atau produk.
Motivasi
Motivasi merupakan satu dorongan yang menggerakkan tingkah laku seseorang individu
untuk mencapai sesuatu matlamat. Menurut Zainudin Zakaria & Goh Yin soon (2006) tahap
motivasi berkait rapat dengan nilai dan kepercayaan mereka pada pekerjaan yang dilakukan
dan sumbangan yang diharapkan daripada mereka.Samada yang datang dari dalam diri
individu secara rela atau paksa untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu yang
akhirnya membangkitkan organisma untuk menuju kepada matlamat.Motivasi dapat
membentuk individu untuk sanggup memberikankomitmen dan kesungguhan walaupun ketika
terpaksa berhadapan dengan dugaan dan ujiandalam pekerjaan. Motivasi terbahagi kepada
2, iaitu motivasi dalaman (intrinsik) dan motivasi luaran (ekstrinsik).
Motivasi intrinsik ini dikaitkan dengan faktor dalaman diri seperti keperluan minat, rasa
ingin tahu, dan rasa kepuasan diri.Ia juga merupakan ciri semulajadi manusia, atau tabiat
manusia, untuk cuba mengatasi segala cabaran dalam proses mendapatkan sesuatu yang
diinginkan. Apabila seseorang itu mempunyai keinginan, dia tidak memerlukan apa-apa
insentif atau hukuman untuk melakukannya kerana aktiviti itu sendiri sudah dapat memenuhi
kepuasan dan keperluan dalaman individu itu. Menurut Rohaty Mohd Maizub (2002), motivasi
intrinsik dikenali sebagai motivasi dalaman iaitu dorongan yang timbul kerana memenuhi
keperluan fisiologi dan psikologi. berbeza pula dengan motivasi ekstrinsik di mana aktiviti yang
dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan ganjaran, atau untuk dipuji, atau untuk mengelak
daripada hukuman, atau untuk mendapatkan perhatian seseorang yang disayangi, atau apa
sahaja sebab selain daripada untuk kemahuan kendiri. manakala Ainon Mohd & Abdullah
Hassan (2011) pula menjelaskan motivasi ekstrensik atau dorongan luaran adalah
kesanggupan pekerja melakukan sesuatu tugas disebabkan adanya ganjaran luaran.
keadaan ini jelas menunjukkan ada sesetengah individu tidak berminat langsung terhadap
apa yang dilakukan.
Model Penilaian Program Norizan 2016
Model penilaian bagi program ini adalah diadaptasi dari Model penilaian program oleh Norizan
Ismail ( 2016 ) dari kajian tesis doktor falsafah yang bertajuk “Penilaian Program
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 195
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI ) Di Sekolah Rendah Bandar Dan Luar Bandar di
Kelantan”. Model penilaian adalah sebagaimana berikut :
Model Penilaian Norizan (2016)
INPUT PROSES Produk
* Akademik * Perancangan Tugas
* PAK 21 * Pelaksanaan Pensyarah
* Bukan * Pemantauan
Akademik
* Penyelidikan &
inovasi
IMPAK PENILAIAN OUTCOME
OBB
Motivasi
Keberkesanan Pensyarah
3.1 Metodologi Kajian PENAMBAHBAIKAN
3.1Metodologi Kajian
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik. Kaedah ini
adalah lebih praktikal dan data yang diperolehi hampir serentak dan cepat (Marican, 2006).
Menurut Creswell (2008a) kaedah ini penting bagi penyelidik yang menjalankan kajian secara
kuantitatif untuk mentadbir soal selidik secara terus dengan sampel kajian.
Manakala dari segi persampelan,semua pensyarah yang terlibat dengan program
pendidikan pesisir pantai telah diambil sebagai sampel bagi kajian iniiaitu seramai 50 orang (
persampelan bertujuan ). Seterusnya instrumen kajian adalah diadaptasi daripada kajian
Norizan Ismail (2016) dan terdiri daripada dua bahagian soalan iaitu bahagian A soalan
berkaitan demografi responden. Manakala Bahagian B pula adalah instrumen berkaitan
penilaian input yang terdiri daripada empat konstruk berkaitan dengan pelaksanaan program
pendidikan pesisir pantai, tiga konstruk penilaian proses dan satu konstruk berkaitan motivasi
pensyarah. Proses temubual dilakukan bagi menyokong, melengkapkan dan menguatkan lagi
hasil dapatan sebagai triangulasi bagi kajian ini.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 196
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Analisis Data pula, data-data tersebut ditapis sebelum diproses dan dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS Version 20) yang
mana data-data tersebut adalah terdiri daripada data deskriptif. Analisis deskriptif digunakan
untuk menentukan tahap pelaksanaan input dan proses program yang memberikan gambaran
ringkas tetapi menyeluruh tentang set data yang dimasukkan seperti min, peratus, sisihan
piawai dan sebagainya. Interpretasi skor min bagi kajian ini adalah menggunakan skala
Norizan (2016) dan Jamil Ahmad (2002) iaitu pemeringkatan skala skor min seperti dalam
jadual 1.1 di bawah:
Jadual 1.1 Skala Skor Min dan Interpretasi
Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 - 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
DAPATAN KAJIAN
Analisis Deskriptif
Dapatan dari analisis deskriptif yang telah dilakukan ditunjukkan sebagaimana rajah 1.1.
Rajah 1.1 Analisis Deskriptif
KONSTRUK MIN SISIHAN PIAWAI
INPUT
1.1 ( Akademik ) 4.54 .71
1.2 4.57 .66
1.3 4.36 .82
2.1 ( PAK 21) 4.51 .66
2.2 4.48 .66
2.3 4.51 .61
3.1 ( Bukan Akademik ) 4.54 .56
3.2 4.72 .45
3.3 4.51 .56
4.1 (Penyelidikan 4.81 .91
Inovasi )
4.2. 4.84 .36
4.3 4.84 .36
OUTCOME
5.1 Motivasi Pensyarah 4.39 .60
5.2 4.54 .50
5.3 4.78 .41
Berdasarkan rajah 1.1,daripada analisis deskriptif yang telah dilakukan mendapati min bagi
kontruk akademik tertinggi adalah M = 4.57 (SP = .66) dan paling rendah adalah M = 4.36 (SP
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 197
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
= .82). Manakala konstruk PAK 21 pula, min tertinggi adalah M = 4.51 ( SP = .61 ) dan paling
rendah adalah M = 4.48 (SP =.66 ). Konstruk tertinggi bagi bukan akademik pula adalah M =
4.72 (SP = .45 ) dan paling rendah M = 4.51 ( SP = .56 ). Manakala bagi konstruk penyelidikan
inovasi paling tinggi adalah M = 4.84 (SP = .36 ) dan paling rendah 4.81 (SP = .91 ).
Seterusnya bagi outcome pula iaitu motivasi pensyarah min paling tinggi bagi kontruk tersebut
pula adalah M = 4.78 (SP = .41) dan paling rendah M= 4.39 (SP = ..60). Walau
bagaimanapun,didapati ke semua min konstruk-kontruk tersebut adalah berada pada skala
tinggi.
Secara keseluruhannya hasil dapatan jelas menunjukkan bahawa program pesisir dapat
memberi motivasi yang tinggi terhadap pensyarah dalam menjalan tugas dalam membantu
program pesisir ini berjalan lancar. Hasil dari program pesisir yang dijalankan disekolah telah
memberi motivasi kepada pensyarah untuk menjalankan lebih banyak kajian penyelidikan dan
inovasi.
Pensyarah juga membuat sumbangan dari segi konsultasi kepada sekolah-sekolah
yang memerlukan sumbangan dari segi pengajaran dan pembelajaran bilik darjah dan
sebagainya.
KESIMPULAN
Konklusinya, dapatan kajian ini menunjukkan tahap motivasi kerja pensyarah yang terlibat
dalam pelaksanaan program pendidikan pesisir pantai (4P) adalah berada pada tahap tinggi.
Sehubungan itu, adalah diharapkan program ini terus dilaksanakan pada masa akan datang
sebagaimana komen bertulis yang telah dinyatakan oleh responden kajian ini yang
sebahagaian besarnya mahu agar program ini terus dilaksanakan pada masa akan datang
kerana dengan cara ini juga motivasi kerja pensyarah dapat ditingkatkan dan sekali gus dapat
membantu kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan murid-murid,
guru di sekolah pesisir pantai melalui dapatan penyelidikan yang diperoleh. Melalui cara ini
juga banyak masalah murid dapat diselesaikan dan secara tidak langsung dapat
mengurangkan peratusan murid yang bermasalah melalui pendekatan dan bimbingan yang
sesuai tanpa meminggirkan mana-mana murid dalam usaha memberi pendidikan yang holistik
kepada semua murid sebagaimana matlamat pendidikan yang telah digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dalam usaha merapatkan jurang pendidikan
tanpa mengira lokaliti sekolah tersebut.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 198
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENUTUP
Program pendidikan pesisir pantai ini amat baik untuk terus dilaksanakan pada masa akan
datang memandangkan banyak manfaat yang diperoleh oleh semua pihak. Justeru itu adalah
dicadangkan agar program ini diperluaskan lagi ke sekolah-sekolah lain yang berhampiran
pantai memandangkan program ini telah berjaya dilaksanakan disekolah yang sedia ada iaitu
sebanyak 16 buah sekolah pesisir pantai yang terlibat dalam program ini. Disamping itu,
penilaian program hendaklah dilaksanakan bagi ini untuk memastikan program yang
dilaksanakan tidak sia-sia dan mengelak dari berlakunya pembaziran sama ada dari segi
wang, masa dan tenaga kerja yang terlibat. Ini kerana melalui penilaian program juga dapat
memastikan program yang dilaksanakan berada pada landasan yang betul dan tidak lari dari
matlamat asal tujuan program tersebut dilaksanakan dengan ini dapatan penilaian kita nanti
amat penting dan menjadi rujukan bagi pihak berkepentingan (stakeholders) dalam membuat
keputusan dalam melaksanakan sesuatu program.
Secara kesimpulan program ini dapat membantu pihak-pihak yang terlibat untuk
melihat kekurang serta kebaikan yang diperolehi untuk dijadikan panduan dalam menjalankan
sesebuah program. ini kerana motivasi setiap individu merupakan elemen penting yang perlu
dimiliki untuk mendorong diri dalam menjalankan tugas dengan bersungguh-sugguh,
bersemangat, fokus, efisien dan efektif.
Program pendidikan pesisir pantai juga dapat memberi motivasi kepada pihak sekolah
yang terlibat kerana mereka merasakan diambil berat oleh IPGKKB dengan berbagai program
yang dijalankan melibatkan guru,murid ,ibubapa dan pentadbir sekolah. Peruntukkan
kewangan daripada unit EPRD jabatan perdana menteri menjadi pemangkin kepada
pelaksanaan program pesisir pantai termasuk kajian penyelidikan untuk sekolah berkenaan.
Penglibatan daripada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah, MARA,
Suruhanjaya Koperasi dan NGO membantu memperkasakan lagi sekolah pesisir pantai.
Maklumbalas daripada pihak sekolah begitu positif dan memberangsangkan sehinggakan
mereka memberi komitmen yang tinggi terhadap program yang dijalankan oleh pihak
IPGKKB. Antara program yang berjaya dijalankan seperti tajaan biasiswa daripada pihak
MARA, Kelas Teknik Menjawab untuk UPSR, Lawatan Ke Parlimen dan sekita Kuala Lumpur
dengan menaiki kapal terbang, Program Koperasi Sekolah Pesisir ,Program Khidmat
masyarakat dan komuniti Sekolah Pesisir. Kerjasama semua pihak telah membantu untuk
memperkasa dan memartabatkan sekolah pesisir pantai setanding dengan sekolah berada
di kawasan bandar.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 199
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
RUJUKAN
Ainon, M. M. &Abdullah, H. (2011) 11 Prinsip motivasi di tempat kerja. PTS Publication
Distribution Sdn Bhd
Bahagian Pendidikan Guru, ( 2008). Konsep dan modul penilaian program. Putrajaya.
nd
Bramley, P. (1997). Evaluating training effectiveness. 2 ed. UK: Mc Graw Hill.
Creswell, J W (2008a) “Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Methods
Approaches” Third Editions, Sage Publications
Gunn, L.(1995). Higher level skills training in south glamorgan: an evaluation. Disertasi Master
occupational psychology, university of wales, Cardiff.
House, P, & Caracelli, V. (1982 ). Current and developing conceptions of use: Evaluation use
TIG survey results. American Journal of Evaluation, 18,
Kartini Abdul Mutalib, Ahmad Shabudin Yahya, Rosli Sahat & Badrul Hisham Alang Osman
(2012). Menguasai penyelidikan tindakan: Untuk PISMP dan DPLI, Perak: Percetakan
Lee Sdn. Bhd.
Jamil Ahmad (2002) Pemupukan budaya penyelidikan dikalangan guru sekolah: satu
penilaian. Tesis PHD, UKM. (tidak diterbitkan)
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria,
Australia: Deakin University Press.
Lomax,P.(1995). Action research for professional practice , British Journal of In- Service
Education, 21:1,49-57
Mariam Mohamed Nor & Abd.Halim Bin Ibrahim. (2004). HBET 2303 Writing in an esl context.
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Malaysia, (2012) http:/www.treasury.gov.my/ Penilaian Program Tarikh dicapai Ogos 1,2012.
Malaysia (2012)Bajet berasaskan outcome, Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2.
Mason, C.A., Chapman, D.A., Chang, S., and Simons, J. (2003). Impacting re-offense rates
among youth sentenced in adult court: An epidemiological examination of th Juvenile
Sentencing Alternatives Project. Journal of Clinical Child and Adolescent
Psychology, 32, 205-214.
Marican, S. (2006). Penyelidikan sains sosial: pendekatan pragmatik. Batu Caves: Edusystem
Sdn. Bhd.
McNiff, J. (1988). Action research: Principles and practice. London: Routledge
Mohd Hasani, D., Salleh, A.R., dan Mohammed Sani, I. (2006). Konsep Profesionalisma
Keguruan. Dalam Kesediaan Profesionalisme Guru Novis. Institut Pengajian Tinggi
Awam, Bahagian Pendidikan Guru, Jawatan kuasa Penyelerasan Pendidikan Guru.
Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, UKM.
Norizan Ismail (2016) Penilaian program memperkukuh bahasa inggeris sekolah rendah
bandar dan luar bandar di kelantan. Tesis PhD. Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Perak. (tidak diterbitkan)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006 – 2010. (2006). Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 200
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia , 2013-2025. (2013). Kementerian Pengajian
Tinggi. Putrajaya: KPT.
Piaw,C.Y. (2006). Kaedah dan Stitistik Penyelidikan. Buku 1. Asas Statistik Penyelidikan. Mc
Graw Hill. KualaLumpur.
Rossi, P. H., Freeman, H. E., & Lipsey, M. W. (1999). Evaluation: a systematic approach (6th
ed.). Thousand Oaks: CA. Sage.
Rohaty Mohd. Majzub. (1992). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Wan Rafaie Abdul Rahman. (1991). Motivasi dan Psikologi: Anda Boleh Menjadi Pelajar
Cemerlang. Kertas Kerja yang dibentangkan dalam Seminar Motivasi Diri dan
Pembelajaran Berkesan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Pada 23-24 hb.
Februari 1991.
Zainuddin, Z. & Goh Y. S. (2006). Memotivasikan pekerja. Batu caves, selangor : PTS
Profrsional Publishing Sdn Bhd.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 201
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KESEDIAAN PENSYARAH IPG TERHADAP PENGGUNAAN GOOGLE APPS DALAM
PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC)
KURSUS KESUSASTERAAN MELAYU
Farizah Hashim , Baseni Jantra. Nurfarah Lo Abdullah. 3
2
1
5
4
Noriah Che Leh , dan Hamimah Alwi.
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
[email protected]
ABSTRAK
Struktur pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berasaskan teknologi mengalami
perubahan pesat kesan pendemik yang melanda dunia. Kemajuan aplikasi teknologi seperti
Google Apps telah membantu para pendidik dalam pengajaran yang menjadi medium
penyampaian ilmu. Kajian kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes digunakan untuk
meneroka kesediaan pensyarah IPG terhadap penggunaan Google Apps dalam PdPc kursus
Kesusasteraan Melayu. Empat orang peserta kajian telah dipilih yang terdiri daripada
pensyarah Jabatan Pengajian Melayu yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data
dikumpul melalui kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis
secara triangulasi di mana data temu bual akan disokong oleh data pemerhatian dan analisis
dokumen. Analisis data kualitatif dirumuskan bahawa terdapat lima tema utama yang ditemui
yang mempengaruhi kesediaan pensyarah IPG terhadap penggunaan Google Apps dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Kesusasteraan Melayu iaitu kurang penguasaan
yang menyeluruh kepada semua perisisan yang terdapat dalam Google Apps, masa
penyediaan bahan yang mengambil masa yang lama, talian internet yang kurang stabil,
menentukan kaedah penilaian dan pentaksiran yang sesuai dan fleksibeliti kandungan yang
ingin disampaikan. Kesimpulannya, menguasai elemen yang terkandung dalam Google Apss
akan dapat mengatasi masalah kesediaan pensyarah IPG dalam penyampaian pengajaran
dari segi masa, fleksibeliti bahan dan pentaksiran yang sesuai dijalankan.
Kata kunci: kesediaan pensyarah, Google Apps, PdPc Kesusasteraan Melayu
PENGENALAN
Perkembangan dan kepesatan ICT pada zaman globalisasi kini menuntut institusi-institusi
pendidikan membuat perubahan agar terus relevan dari aspek penyediaan dan pembangunan
modal insan kepada negara untuk mencapai status negara maju (Christina Andin @Nur
Qistina dan Hazman 2009; Marlina et al. 2016). Kajian ini akan memfokuskan kepada
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 202
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kesediaan pensyarah institut pendidikan guru terhadap penggunaan Google Apps dalam
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Kursus Kesusasteraan Melayu. Fokus kajian
termasuk pengetahuan pensyarah, kemahiran pensyarah serta cabaran yang dihadapi dalam
melaksanakan proses PdPc mengguna platform Google Apps.
Kemajuan dalam bidang aplikasi seperti Google Apps telah banyak memberi impak
positif dalam bidang pengajaran yang dijadikan medium dalam menyampaikan maklumat dan
berkongsi pendapat antara pensyarah dan pelajar. Google adalah koperator multinasional
yang mengkhususkan perkhidmatan internet dan beberapa produk atas talian yang meliputi
teknologi pengiklanan, pencarian, pengkomputeran dan perisian. Google Apps mempunyai
ciri-ciri keselamatan yang tinggi agar maklumat yang disimpan oleh pengguna pada aplikasi
penyimpanan ini tidak mudah diceroboh (Gunawan & Agustina, 2013). Selain itu, untuk
menggunakan Google Apps, pengajar perlu memainkan peranan penting bagi memastikan
penggunaan teknologi memberi kesan yang baik dalam proses PdPc.
SOROTAN LITERATUR
Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana berhubung kesediaan
pensyarah terhadap perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Menurut penulisan
jurnal yang dihasilkan oleh Ahmad Al-Munzir Ridzuan (2020) yang bertajuk Tahap Kesediaan
Pensyarah Terhadap Penggunaan M-Pembelajaran dalam Sistem Pendidikan dan Latihan
Teknik dan Vokasional (TVET), dapatan kajian mendapati bahawa tahap kesediaan
pensyarah terhadap penggunaan m-pembelajaran dalam sistem TVET di KKLD dari aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap adalah sederhana rendah. Implikasi daripada kajian ini
ialah para pensyarah perlu diberi lebih banyak pendedahan tentang penggunaan m-
pembelajaran dalam sistem TVET melalui inisiatif kendiri, institusi atau jabatan sama ada
dengan penganjuran seminar, bengkel atau latihan yang bersesuaian. Faktor kesediaan
pensyarah terhadap perubahan sesuatu sistem pendidikan merupakan salah satu indikator
kepada kejayaan sesuatu perubahan dalam sistem pendidikan.
Menurut Izham dan Attan (2007), salah satu elemen penting dalam menjayakan PdPc
secara atas talian ialah dari aspek kesediaan pensyarah dalam menggunapakainya. Menurut
Hennessy, Harrison dan Wamakote (2010), antara cabaran yang dihadapi dalam
mengaplikasikannya ialah keterbatasan pensyarah dari aspek pengetahuan dan kemahiran
untuk menggunapakai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses PdP. Menurut
Othman dan Awang (2018), pendekatan pelaksanaan PdP melalui platform atas talian seperti
Google Classroom merupakan kaedah yang terkini dan mesra pengguna samada untuk
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 203
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pensyarah mahupun pelajar. Justeru, penulis mendapati bahawa satu kajian perlu
dijalankan untuk mengkaji kesediaan pensyarah IPG terhadap penggunaan Google Apps
dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (pdpc) kursus Kesusasteraan Melayu.
METODOLOGI KAJIAN
Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Reka bentuk kajian yang dipilih ialah kajian
kes. Kajian kes sesuai digunakan dalam unit yang kecil seperti sekolah, institusi atau unit
sosial yang kompleks secara keseluruhan dan mendalam (Merriam,1998). Data kajian
dikumpulkan menggunakan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kaedah temu bual
sebagai data utama, manakala kaedah pemerhatian terhadap sampel kajian dan kaedah
analisis dokumen dijalankan bagi menyokong data temu bual. Selain itu, melalui temu bual
berkenaan, pengkaji juga dapat mengetahui kaedah yang digunakan dalam pengajaran
kursus berkenaan. Pemerhatian yang dilakukan melalui aplikasi Google Classroom semasa
proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) berlangsung secara atas talian dapat
memberi lebih kefahaman tentang aktiviti yang dilaksanakan, interaksi pensyarah dengan
pelajar serta pencapaian pelajar dan pensyarah pada keadaan sebenar (Johnson &
Christensen 2004).
Di samping temu bual dan pemerhatian, kaedah analisis dokumen digunakan bagi
menyokong dapatan temu bual. Nota atau catatan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu
adalah salah satu dokumen peribadi yang yang dapat menggambarkan tindakan, pengalaman
dan kepercayaan mereka. Jenis dokumen yang diteliti dan dianalisis semasa termasuklah
rancangan pengajaran dan pembelajaran mingguan, rekod kemajuan pelajar, rekod kehadiran
pelajar, bahan pembelajaran dan pemudahcaraan dan hasil kerja pelajar. Peserta kajian
terdiri daripada empat orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu salah sebuah IPG di Kuala
Lumpur. Peserta kajian ini dipilih dengan menggunakan pensampelan bertujuan.
DAPATAN KAJIAN
Empat orang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu (PJPM) dipilih sebagai peserta kajian.
Mereka dilabel dengan kod Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu 1(PJPM1), Pensyarah
Jabatan Pengajian Melayu 2 (PJPM2), Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu 3(PJPM3) dan
Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu 4(PJPM4).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 204
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Meneroka Kesediaan Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu Terhadap Penggunaan
Google Apps dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
Analisis data kualitatif dirumuskan bahawa terdapat lima tema utama yang ditemui yang
mempengaruhi kesediaan pensyarah Jabatan Pengajian Melayu terhadap penggunaan
Google Apps dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Kesusasteraan Melayu iaitu
(a) kurang penguasaan yang menyeluruh kepada semua perisisan yang terdapat dalam
Google Apps, (b) masa penyediaan bahan yang mengambil masa yang lama, (c) talian
internet yang kurang stabil, (d) menentukan kaedah penilaian dan pentaksiran yang sesuai
dan (e) fleksibiliti kandungan yang ingin disampaikan.
Kurang penguasaan yang menyeluruh kepada semua perisian yang terdapat dalam
Google Apps
Hasil temu bual yang dilakukan, menunjukkan tiga daripada empat peserta kajian menyatakan
bahawa mereka kurang menguasai keseluruhan perisian yang terdapat dalam Google Apps.
Berikut adalah contoh trankripsi temu bual yang telah dijalankan.
“ Pengaplikasian ICT dalam PdP memang sangat membantu dari segi proses
penyampaian ilmu kepada pelajar. Namun demikian, ada juga beberapa perisian lain
yang terdapat dalam Google Apps yang belum dapat saya kuasai dengan baik.
Contohnya penggunaan Google Sites yang sebenarnya jika dikuasai mampu menjadi
satu medium untuk pengumpulan bahan pengajaran dan pembelajaran secara lebih
terancang.” ( Temu bual PJPM 1: 25-32)
“Pengajaran terpaksa dijalankan secara atas talian. Apa yang saya alami, norma
baharu yang kita lalui sekarang memerlukan saya belajar menguasai Google Apps
kerana di dalamnya, terdapat pelbagai aplikasi yang sangat membantu pdp kita. Saya
sendiri sebenarnya masih dalam proses belajar kerana ada aplikasi tertentu yang
baharu bagi saya.” ( Temu bual PJPM 2 : 43-49 )
“ Tak semua yang akak mahir. Contohnya penggunaan Googles Slide. Nampak mudah
tapi jika kita tidak biasa, terkial-kial juga. Akak melihat trend pendidikan sekarang,
semua aplikasi yang terkandung dalam Google Apps tu sangat memudahkan
pengajaran kerana sifatnya yang mudah akses dan mesra pengguna memudahkan
pelajar dan juga pensyarah untuk menyampaikan maklumat dan menghantar
tugasan.”
( Temu bual PJPM 4: 32-37)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 205
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Masa penyediaan bahan yang mengambil masa yang lama
Berikut merupakan dapatan temu bual yang merujuk kepada tema kedua yang muncul iaitu
berkaitan masa penyediaan bahan pembelajaran yang mengambil masa yang lama.
“Kekangan yang saya selalu hadapi ialah dari segi masa untuk menyediakan bahan
yang lebih interaktif. Saya masih belajar berusaha menguasai kemahiran membina
Google Slides. Adakalanya proses ini mengambil masa yang agak lama kerana kita
juga mempunyai banyak tugasan lain yang perlu diselesaikan. (Temu bual PJPM 1:
43-47)
“Masa jadi lama tu sebab kita nak sesuaikan bahan dengan objektif pengajaran yang
ditetapkan ditambah pula tahap penguasaan kepada aplikasi yang digunakan masih
belum mahir sepenuhnya.” ( Temu bual PJPM 2: 51-53)
Talian Internet yang kurang stabil
Tema seterusnya yang dapat dikenal pasti yang mempengaruhi kesediaan pensyarah IPG
terhadap penggunaan Google Apss ialah berkaitan talian Internet yang kurang stabil.
“Masalah talian Internet ni antara faktor penyebab yang sering mengganggu
kelancaran proses PdPc yang saya jalankan. Kadang tu kita dah prepair beria tapi
ketika kelas berlangsung, talian tiba-tiba kurang stabil. Pada pendapat saya, ini antara
faktor yang menyebabkan apa sahaja Apps atau aplikasi lain yang terdapat dalam
Google tu menjadi terganggu untuk diaplikasikan dalam PdPc. (Temu bual PJPM 1:
68-73)
“Macam saya, anak yang bersekolah seramai 4 orang. Saya juga menjalankan kelas
secara online. Masalah talian Internet ni memang menjadi isu pokok yang
menyebabkan PdPc tidak berjaln lancar. (Temu bual PJPM 2: 56-60)
“ Masalah talian Internet ni kita tidak dapat jangka dan berdasarkan pengalaman saya,
talian yang sering terganggu menyebabkan kerja seharian kita seperti kelas dan
penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran menjadi lambat untuk disiapkan.
(Temu bual PJPM 3: 53-56 )
“Talian Internet ni ialah faktor utama yang menyebabkan kerja kita jadi tergendala. Kita
nak muat naik bahan pengajaran seperti slides pembentangan atau ketika kelas
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 206
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
berlangsung, sudah pasti menyebabkan semuanya menjadi tidak lancar dan
mengambil masa yang lama. (Temu bual PJPM 4: 61-64)
Menentukan kaedah penilaian dan pentaksiran yang sesuai
Tema keempat yang dikenal pasti hasil temu bual yang dijalankan ialah berkaitan
menentukan kaedah penilaian dan pentaksiran yang sesuai menggunakan Google Apss.
“Saya juga tidak berapa arif sangat untuk menggunakan Google Apss ini dalam bab
untuk membina soalan penilaian dan latihan. Mungkin tak susah kalau kita dah biasa.
(Temu bual PJPM 1: 67-69)
“Banyak lagi yang akk perlu belajar terutamanya cara menggunakan Google Apss ini
untuk membuat penilaian pelajar. (Temu bual PJPM 3:65-66)
“Bagi saya, jika kita mahir menguasai aplikasi dalam Google Apss, kita tidak
menghadapi masalah dalam PdPc… Masalahnya kita tak begitu mahir…Itu yang jadi
masalah.( Temu bual PJPM 4 : 68-70)
Fleksibiliti kandungan yang ingin disampaikan
“ Kesesuaian atau fleksibiliti kandungan aplikasi dan objektif pengajaran yang ingin
disampaikan ada masanya tidak dapat diselaraskan. Pokok pangkalnya adalah
disebabkan penguasaan yang tidak menyeluruh terutamanya pensyarah baharu
seperti saya. (Temu bual PJPM 2: 76-79)
“Dalam Google Apss ini memang banyak aplikasi yang boleh dipilih tapi kita kena bijak
memilih yang mana sesuai untuk digunakan dalam PdPc kita. Kursus Kesusasteraan Melayu
ini ada topik tertentu yang kita perlu mengajar pantun, seloka dan sebagainya. Jadi, lebih
berkesan jika kita menggunakan video dan audio untuk memberi kefahaman yang jelas
kepada pelajar. (Temu bual PJPM 4: 74-78)
Hasil dapatan temu bual turut disokong dengan pemerhatian ke atas semua aktiviti
pembelajaran dan pemudahcaraan yang dijalankan oleh PJPM melalui Google Meet. Aktiviti
berjalan lancar dengan adanya interaksi antara pensyarah dengan pelajar dan pelajar dengan
pelajar. Paparan slide pembelajaran yang mengandungi video atau pautan yang lain,
adakalanya tidak dapat dipaparkan dengan lancar. Ini menyokong data temu bual iaitu
berkaitan tema talian Internet yang kurang stabil merupakan perkara yang mengganggu
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 207
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kepada proses kesediaan pensyarah dalam mengaplikasikan Google Apps dalam PdPc.
Melalui pemerhatian yang dijalankan juga didapati ada juga dalam kalangan peserta kajian
yang menghadapi masalah untuk memaparkan bahan yang dibina ketika PdPc sedang
berjalan. Ini menunjukkan penguasaan kepada aplikasi Google Apps ini masih ada
kekurangan .
Berdasarkan analisis dokumen yang dilakukan, terdapat catatan dalam bahagian
refleksi rancangan pengajaran mingguan yang dicatatkan oleh peserta kajian yang
menyatakan bahawa PdPc dapat dilaksanakan namun ada gangguan seperti talian Internet
yang tidak stabil menjejaskan kelancaran pengajaran peserta kajian. Dalam catatan minit
mesyuarat jabatan juga ada dibincangkan berkaitan fleksibiliti kandungan yang perlu
disesuaikan dengan aplikasi tertentu dalam pengajaran supaya memberi impak kepada
kefahaman pelajar.
KESIMPULAN KAJIAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa semua PJPM mempunyai usaha yang berterusan
dalam meningkatkan kemahiran ICT mereka khususnya dalam mengaplikasikan kemudahan
terkini seperti yang terdapat dalam Google Apss. PJPM berkemahiran menyampaikan ilmu
kepada pelajar berbekalkan pengalaman mengajar dalam kursus ini. Kursus Kesusateraan
Melayu ini merupakan kursus yang sememangnya perlu disampaikan dengan
mengaplikasikan teknologi terkini agar dapat memberi gambaran yang jelas dan berlaku
penyampaian kemahiran secara lebih terancang, berkesan dan mampu menarik minat pelajar.
Dapatan kajian ini sejajar dengan kajian Misnan (2008) mendapati untuk menjadi
seorang guru yang berkesan, sama ada dari segi menyampaikan ilmu pengetahuan atau
sesuatu kemahiran, maka seseorang guru itu hendaklah memahami konsep pendekatan,
kaedah, teknik dan strategi yang bersesuaian dalam masa yang sama dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang harmonis, menyenorokkan dan tidak membosankan. Menurut
Magdeline dan Zamri (2016) guru yang mengkhusus dalam bidangnya sudah tentu
mempunyai pengetahuan pedagogi kandungan yang lebih baik berbanding guru yang bukan
bidang, tetapi mengajar mata pelajaran yang sama. Penambahbaikan yang dapat dilihat
berlaku dalam kalangan PJPM ialah usaha mereka mengaplikasikan dan sentiasa berusaha
meningkatkan kemahiran dalam bidang ICT bagi memastikan PdPc yang dijalankan berkesan
dan mampu memberi motivasi kepada pelajar.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 208
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
SYOR CADANGAN KAJIAN
Kajian ini dijangka menyumbang kepada persediaan dan perancangan kepada program yang
boleh menyumbang kepada peningkatan kepakaran dalam bidang ICT khususnya kepada
pensyarah IPG. Kemahiran ini penting bagi memastikan kelancaran PdPc yang dijalankan
serta penghasilan bahan pengajaran yang menarik dan secara tidak langsung dapat menarik
minat pelajar. Kemahiran ICT merupakan kemahiran yang berkembang pada kadar yang
sangat pantas. Jika kita tidak menguasai kemahiran berkenaan selari dengan peredaran
masa, ini akan menimbulkan banyak kesukaran kepada pensyarah.
Perubahan dalam sistem pendidikan menjadi ujian kepada keberkesanan teori
connectivism yang dikatakan sebagai teori pembelajaran era digital, keupayaan pendidik dan
pelajar dalam pelaksanaan PdPc melalui amalan sibergogi. Secara keseluruhannya kajian
yang dijalankan telah berjaya menjawab segala persoalan yang timbul. Pengkaji
mengharapkan agar kajian ini juga akan dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan untuk
meningkatkan usaha bagi tujuan penambahbaikan Pengkaji juga berharap kajian-kajian
seperti ini akan dapat diteruskan untuk memastikan profesionalisme pensyarah IPG sentiasa
diberi perhatian. Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati bahawa kesediaan pensyarah
IPG terhadap penggunaan Google Apps dalam pengajaran adalah disebabkan oleh pelbagai
faktor. Walaupun dapatan kajian menunjukkan pensyarah mempunyai pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang tinggi terhadap penggunaan Google Apps namun tahap
penguasaan dan penggunaan masih boleh dipertingkatkan lagi.
RUJUKAN
Abdul Manaf, S. A. B.; Roy, P.; Sharma, K. V.; Ngaini, Z.; Malgras, V.; Aldalbahi, A.; Alshehri,
S. M.; Yamauchi, Y.; Hegde, Gurumurthy Catalyst-free synthesis of carbon nanospheres
for potential biomedical applications: waste to wealth approach. RSC Adv. 2015, 5,
24528−24533.
Agustina, Silvia. 2013. Pengaruh Profitabilitas dan Pengungkapan Corporate Social
Responsibility Terhadap Nilai Perusahaan (Studi Empiris pada Perusahaan Manufaktur yang
Terdaftar di Bursa Efek Indonesia). Skripsi. Padang: Universitas Negeri Padang.
Ahmad Al- Munzir Ridzuan. (2020). Tahap Kesediaan Pensyarah Terhadap
Penggunaan MPembelajaran dalam Sistem Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional
(TVET): Kolej Komuniti Lahad Datu
Bogdan, R.C. & Biklen, S.K. 2007. Qualitative research for education: An introduction to theory
and methods. Boston: Pearson.
Christina Andin @ Nur Qistina Binti Abdullah& Hazman Bin Ali. (2009). Penggunaan Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan.
T.tp
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 209
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Creswell, J. W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating
quantitative research (2nd ed.). New Jersey: Pearson.
Esah Sulaiman. (2003). Asas pedagogi. Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Hennessy S, Harrison D, Wamakote L (2010). Teacher Factors Influencing Classroom
Use of ICT in Sub-Saharan Africa. Itupale Online J. Afr. Stud., 2 (2010) 39- 54
Downloadedon7/7/2011fromhttp://www.cambridgetoafrica.org/resources/Hennessy%2
0etal_FINA L.pdf
Johari Hassan & Fazliana Rashida. (2011). Penggunaan ICT Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Di Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Journal of Technical, Vocational & Engineering
Education, 4(December), 22–37.
Johnson, B. & Christensen, L. (2004). Educational research: Quantitative and qualitative
approaches. Boston: Allyn & Bacon.
McMillan, J.H. (2004). Educational research: Fundamentals for the consumer. Boston:
Pearson
Merriam, S. B. (1998). Qualitative research and case study applications in education. San
Francisco, CA: JosseyBass.
Misnan Jemali. (2008). Amalan pengajaran guru dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah
Al-Quran sekolah-sekolah menengah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Rosnaini, M. and H.I. Mohd Arif, 2010. Impact of training and experience in using ICT on in-
service teachers’ basic ICT literacy. Malaysian Journal of Education Technology, 10(2):
1-8.
Syuhada Md Samsudin & Mohd Aderi Che Noh. (2016). Pembudayaan Penggunaan
Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Prosiding wacana
Pendidikan Islam Siri Ke 11(WPI11), Hlm 191-201.
Wiersma W. (199)1. Research methods in education. 5th Edition. Boston: Allyn dan Bacon.
Zainudin Hassan & Muhamad Azam J aafar. (2008). Penggunaan komputer dan
Internet dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru sekolah menengah
di daerah Pasir Mas, Kelantan. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Diakses pada 13 April 2012.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 210
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KAEDAH ‘MAMA PAPA’ DALAM MENINGKATKAN KELANCARAN MENGEJA DAN
MEMBACA PERKATAAN KV+KV MURID BERKEPERLUAN KHAS
Hjh. Junaidah binti Hj. Abd Malek , Hj. Bukhari bin Shafie , Azman bin Aris
2
1
3
1 Sekolah Kebangsaan Padang Pekan, Jitra, Kedah
2,3 Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Darulaman
[email protected]
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan kaedah ‘mama papa’ dalam
membantu kelancaran mengeja dan membaca perkataan KV+KV murid berkeperluan khas.
Kaedah ‘mama papa’ menggunakan gabungan huruf yang sama dalam suku kata pertama
dan kedua. Fokus utama adalah kepada menggabung huruf vokal ‘a’ dan ‘o’ dengan huruf
konsonan m, k, t, b, d, l dan c. Kajian ini akan melibatkan tiga orang peserta kajian, iaitu murid
dari Kelas Pendidikan Khas Pembelajaran di sebuah sekolah dalam Daerah Kubang Pasu,
Jitra, Kedah. Berdasarkan tinjauan awal yang dibuat, peserta kajian belum menguasai ejaan
dan bacaan perkataan suku kata terbuka. Selain itu peserta kajian sangat lemah dalam
membunyikan ejaan suku kata KVKV. Data kajian ini diperoleh melalui kaedah pemerhatian
dan latih tubi ejaan. Hasil analisis data mendapati bahawa ketiga-tiga peserta kajian telah
menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dalam kelancaraan mengeja dan
membaca perkataan KVKV. Dapatan tersebut memperlihatkan bahawa kaedah ‘mama papa’
dapat meningkatkan kelancaran mengeja dan membaca perkataan KV+KV.
Kata kunci: kaedah mama papa, menggabungkan huruf, membunyikan ejaan suku kata,
penyelidikan tindakan
PENGENALAN
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran Bahasa Melayu pengkaji
mendapati tiga orang murid dari kelas Pendidikan Khas 4, sukar mengeja dan membatang
perkataan KVKV. Murid-murid ini telah mengenal hampir semua huruf namun masih belum
menguasai sepenuhnya ejaan suku kata terbuka KV. Mereka juga didapati sukar mengeja
dan membatang perkataan KVKV. Murid-murid ini dinamakan sebagai peserta kajian (PK1,
PK2 dan PK3). PK1 telah mengenal semua huruf namun tidak dapat mengeja perkataan
KVKV. Dia juga tidak dapat mengeja suku kata KV, tidak boleh mengeja dan membatang
perkataan KVKV.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 211
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PK2 pula dapat mengenal separuh daripada huruf-huruf konsonan. Dia agak keliru
dengan ejaan suku kata KV. Dia tidak dapat mengeja dan membatang suku kata KVKV dan
selalu menukar bunyi ejaan suku kata KV, contohnya huruf “m” “o” sepatutnya dibunyikan
“mo” tetapi telah disebut “do”. PK2 juga kurang fokus dan kurang yakin diri semasa mengeja,
menyebabkan dia selalu terlupa bunyi suku kata pertama dan akibatnya salah menyebut
perkataan KVKV yang dieja.
Manakala PK3 pula telah mengenal semua huruf namun belum boleh mengeja dan
membatang perkataan KVKV. Dia tidak tahu membunyikan suku kata KV dan tidak tahu
hendak mengeja suku kata KV.
SOROTAN LITERATUR
Masalah mengeja dan membaca perkataan KVKV ini memerlukan tindakan segera
memandangkan jika perkara ini dibiarkan berlanjutan maka murid-murid akan lambat
menguasai kemahiran membaca. Berdasarkan beberapa tinjauan literatur yang telah
dilakukan masalah ini dapat diselesaikan melalui beberapa pendekataan mengajar bacaan.
Ini menunjukkan masalah ini dapat diatasi sekiranya teknik dan kaedah yang bersesuaian
dengan murid-murid berkeperluan khas diaplikasikan kepada mereka dengan bersungguh-
sungguh dan dengan kesabaran yang tinggi. Kamarudin Hj. Husin (1998) menyatakan
bahawa terdapat tiga pendekatan pengajaran membaca, iaitu pendekatan membina,
cerakinan dan eklektif. Pendekatan membina bermakna menyusun huruf-huruf menjadi suku
kata, perkataan, rangkai kata dan seterusnya membina ayat. Pendekatan cerakin pula
memisahkan ayat kepada rangkai kata, perkataan, suku kata sehingga huruf. Manakala
pendekatan eklektif adalah gabungan daripada pendekatan membina dan cerakinan.
Namun untuk memperkenalkan bacaan kepada murid-murid berkeperluan khas,
kesediaan mereka untuk menerima PdP dari segi mental emosi dan fizikal harus
dititikberatkan. Pelbagai aktiviti perlu dijalankan sebelum semua peringkat bacaan dimulakan.
Dalam hal ini, Khairuddin Mohamad (2011) menjelaskan bahawa kesediaan fizikal kanak-
kanak lebih kepada keupayaan alat-alat sebutan atau artikulasi menghasilkan bunyi-bunyi
yang akan diajarkan, keupayaan mata mengecam bentuk dan keupayaan pendengaran
mengecam pelbagai bunyi. Kesediaan emosi dilihat dari aspek minat terhadap bahan bacaan
dan kesediaan mental pula dilihat dari sudut mengingat dan menyebut kembali maklumat yang
diperoleh.
Walau bagaimanapun kesediaan-kesediaan yang dibincangkan itu berbeza bagi
setiap murid berkeperluan khas. Oleh hal demikian, kajian ini berfokuskan kepada tiga orang
murid (PK1, PK2 dan PK3) yang mempunyai kesediaan dari aspek fizikal, emosi dan mental.
Mereka juga sudah agak bersedia dan berminat untuk meneroka peringkat asas kemahiran
membaca.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 212
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
METODOLOGI KAJIAN
Menguasai kemahiran awal membaca bagi murid-murid berkeperluan khas merupakan
objektif dasar kajian ini dilaksanakan. Demi mencapai objektif itulah fokus kajian ditumpukan
kepada murid yang berada di peringkat awal mengenal sistem bacaan. Pada peringkat ini
terdapat beberapa susunan tugas yang perlu dilakukan iaitu mengecam atau mengenal
lambang atau perkataan yang dilihat. Seterusnya mengaitkan lambang itu dengan bunyi atau
makna (Kamarudin Hj Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1996). Berdasarkan pemerhatian
perkembangan pembelajaran, pengkaji mendapati mereka sukar mengeja dan membatang
perkataan suku kata terbuka. Mereka juga selalu menukar bunyi ejaan suku kata dan sukar
mencantum suku kata KV+KV. Selalunya mereka akan lupa bunyi suku kata pertama dan
tidak dapat mencantumkan suku kata pertama dan kedua dengan betul. Ini bermakna, mereka
belum dapat menterjemah bunyi suku kata pertama dengan menghubungkaitkan dengan
bunyi yang diingat dan mencantumkan dengan suku kata kedua untuk membentuk perkataan
yang bermakna.
Sehubungan itu, pengkaji telah merangka satu kaedah bagi membantu peserta kajian
ini. Kaedah yang diberi nama “mama papa” digunakan dalam latih tubi ejaan dan membatang
perkataan KVKV. Kaedah ini dapat melatih kelancaran peserta kajian menyebut dan
mengingat suku kata pertama dan seterusnya dapat mencantumkan dengan suku kata kedua
untuk disebut sebagai satu perkataan yang bermakna pada akhirnya. Kaedah ini juga dapat
melancarkan lidah murid-murid pada permulaan asas ejaan dan bacaan. Penggunaan suku
kata yang pertama dan kedua yang sama membantu pengkaji memupuk minat peserta kajian
kepada kemahiran membaca.
Kaedah ini dibahagikan kepada tiga langkah.
Rajah 1 : Kad suku kata Kaedah “mama papa”
Langkah pertama, murid dibimbing membaca kad bacaan.
i. Murid mengeja kad perkataan melibatkan gabungan huruf konsonan vokal a.
ii. Murid mengeja kad perkataan melibatkan gabungan huruf konsonan vokal o.
iii. Murid mengeja kad perkataan melibatkan gabungan huruf konsonan vokal a dan o.
iv. Murid mengeja dan membaca perkataan.
v. Murid menyebut perkataan tanpa mengeja.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 213
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Langkah kedua, murid bermain dan mencantumkan huruf menjadi perkataan yang mereka
telah baca.
Rajah 2 : Kad huruf
Langkah ketiga, murid mengeja dan membatang perkataan KVKV berpandukan gambar.
Rajah 3 : Kad gambar dan kad perkataan
Pelaksanaan
Guru melaksanakan kaedah ‘mama papa’ kepada murid-murid ini dengan bertumpu kepada :
i. Murid fokus kepada latih tubi ejaan selama 10 minit dengan bimbingan guru.
ii. Murid fokus kepada latih tubi ejaan selama 5 minit tanpa bimbingan guru.
iii. Murid mengeja semula dihadapan guru.
iv. Murid mengeja dan membatang perkataan suku kata terbuka.
Melaksanakan kaedah ini mengikut langkah demi langkah seperti yang telah dinyatakan
dalam langkah pertama.
Rajah 4 : Peserta Kajian- PK1, PK2 dan PK3
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 214
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
DAPATAN KAJIAN
Dapatan Kajian Langkah Pertama
Jadual 1 : Dapatan kajian langkah pertama bagi peserta kajian pertama.
SUKU PESERTA KAJIAN 1 SUKU PESERTA KAJIAN 1
KATA KATA
sesi 1 sesi 2 sesi 3 sesi 4 sesi 1 sesi 2 sesi 3 sesi 4
Mama x x √ √ Momo x √ √ √
Kaka x √ √ √ Koko √ √ √ √
Tata √ √ √ √ Toto √ √ √ √
Baba √ √ √ √ Bobo √ √ √ √
Dada x √ √ √ Dodo x √ √ √
Lala x x x √ Lolo x x √ √
Caca √ √ √ √ Coco √ √ √ √
Jadual 2 : Dapatan kajian langkah pertama bagi peserta kajian kedua.
SUKU PESERTA KAJIAN 2 SUKU PESERTA KAJIAN 2
KATA KATA
sesi 1 sesi 2 sesi 3 sesi 4 sesi 1 sesi 2 sesi 3 sesi 4
Mama X √ √ √ momo x x √ √
Kaka X √ √ √ koko x √ √ √
Tata √ √ √ √ toto x x x √
Baba X x x √ bobo x x √ √
Dada X x √ √ dodo x x √ √
Lala X √ √ √ lolo x √ √ √
Caca X √ √ √ coco x x x √
Jadual 3 : Dapatan kajian langkah pertama bagi peserta kajian ketiga.
SUKU PESERTA KAJIAN 3 SUKU PESERTA KAJIAN 3
KATA KATA
sesi 1 sesi 2 sesi 3 sesi 4 sesi 1 sesi 2 sesi 3 sesi 4
mama √ √ √ √ momo x √ √ √
kaka X √ √ √ koko √ √ √ √
Tata √ √ √ √ toto √ √ √ √
baba X x x √ bobo x x x √
dada X x x √ dodo x x x √
Lala √ √ √ √ lolo √ √ √ √
caca √ √ √ √ coco √ √ √ √
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 215
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 4 : Laporan kajian langkah pertama bagi peserta kajian 1, 2 dan 3.
Bacaan Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2 Peserta Kajian 3
Suku kata
mama Murid menguasai MK 2 selalu tersasul Murid menguasai
momo dengan bimbingan pada perkataan momo dengan bimbingan
guru pada awalnya dieja dengan mo tetapi guru pada suku kata
dan kemudian dapat dibatang bunyi do. momo.
mengeja serta
membatang dengan
baik.
kaka Murid menguasai Murid menguasai Murid menguasai
koko dengan sedikit dengan bimbingan guru. dengan baik. Hanya
bimbingan guru. dengan sedikit
bimbingan pada suku
kata kaka.
tata Murid menguasai Murid boleh mengeja Menguasai dengan
toto dengan baik. dengan baik suku kata baik ejaan tata toto
tata tetapi bagi suku tanpa bimbingan.
kata to tertukar bunyi
menjadi do. Dalam latih
tubi juga MK2 menukar
menukar huruf t kepada
huruf p.
baba Murid dapat Murid dapat menguasai Murid perlu
bobo menguasai ejaan setelah mendapat bimbingan dengan
dengan baik. bimbingan berulang kali menyebut berulang
terutama semasa kali kerana keliru
mengeja suku kata dengan huruf d. Perlu
baba. bimbingan berterusan
oleh guru.
dada Bertukar ke huruf b Murid memerlukan Perlu bimbingan
dodo pada awalnya. Namun bimbingan. Semasa berterusan kerana
selepas sedikit mengeja suku kata keliru dengan huruf b.
bimbingan boleh dada murid menyebut
mengeja dengan baik. tata dan dodo bertukar
menjadi toto.
lala Suku kata la disebut Murid ini tidak mengenal Murid dapat
lolo ha. Suku kata lo huruf l dan bila mengeja menyebut dan
disebut ro dan no. suku kata murid dapat membatang suku
Kekeliruan dapat mengeja dengan kemas kata dengan betul.
dibetulkan selepas suku kata lala dan lolo.
bimbingan dan latih
tubi
caca Menguasai dengan Suku kata pertama co Murid dapat
coco baik. pada mulanya disebut menguasai dengan
so dan suku kata co baik.
mulanya tidak boleh
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 216
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
disebut. Namun selepas
bimbingan dan latih tubi
murid berjaya menyebut
perkataan caca dan
coco.
Dapatan kajian langkah kedua.
Langkah kedua ialah murid bermain dan mencantumkan huruf-huruf menjadi perkataan yang
mereka telah eja dan baca. Ketiga-tiga peserta kajian boleh menyusun kad huruf menjadi suku
kata yang dibaca. Langkah ini merupakan satu ruang rehat, belajar sambal bermain. Aktiviti
mencantumkan huruf-huruf ini merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh peserta kajian.
Unsur pertandingan juga diterapkan pada langkah ini untuk menimbulkan minat yang lebih
mendalam dan menaikkan semangat mereka untuk ke peringkat ejaan perkataan seterusnya.
Pengkaji mendapati selang rehat yang dijalankan dalam langkah kedua ini sangat membantu
meredakan ketegangan tumpuan peserta kajian terhadap sistem ejaan. Kerehatan minda itu
juga berjaya menambah kesediaan mental dan emosi peserta kajian.
Dapatan kajian langkah ketiga.
Jadual 5 : Dapatan kajian langkah ketiga peserta kajian 1, 2 dan 3.
Membaca PESERTA KAJIAN 1 PESERTA KAJIAN 2 PESERTA KAJIAN 3
Perkataan sesi sesi sesi
Berpandukan 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Gambar
mata x √ √ √ x √ √ √ x √ √ √
bola √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
lada x √ √ √ x x √ √ x √ √ √
baca x √ √ √ x √ √ √ x √ √ √
kala x √ √ √ x x √ √ x √ √ √
Jadual 6: Laporan kajian langkah ketiga bagi peserta kajian 1, 2 dan 3.
Membaca Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2 Peserta Kajian 3
Perkataan
Berpandukan
Gambar
mata Dapat mengeja Dapat mengeja Dapat mengeja
selepas sedikit selepas dibimbing selepas sedikit
bimbingan. beberapa kali pada bimbingan.
sesi pertama.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 217
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
bola Boleh membaca Boleh membaca Boleh membaca
dengan mudah tanpa dengan mudah tanpa dengan mudah
bimbingan guru. bimbingan guru. tanpa bimbingan
guru.
lada Dapat mengeja Murid agak keliru pada Dapat mengeja
selepas dibimbing sebutan suku kata da, selepas sedikit
beberapa kali pada namun boleh bimbingan.
sesi pertama. Agak menguasai selepas
keliru pada suka kata latih tubi ejaan.
da pada permulaan
mengeja.
baca Dapat mengeja tetapi Boleh mengeja suku Boleh mengeja suku
apabila mahu kata tetapi lupa bunyi kata tetapi lupa
menyebut perkataan, suku kata pertama. bunyi suku kata
suku kata awal tidak Berjaya menyebut pertama. Berjaya
dapat disebut. Berjaya selepas latih tubi. menyebut selepas
menyebut selepas sedikit bimbingan.
bimbingan.
kala Boleh mengeja suku Boleh mengeja suku Boleh mengeja suku
kata tetapi lupa bunyi kata tetapi lupa bunyi kata tetapi lupa
suku kata pertama. suku kata pertama. bunyi suku kata
Berjaya menyebut Berjaya menyebut pertama. Berjaya
selepas sedikit selepas latih tubi. menyebut selepas
bimbingan. sedikit bimbingan.
KESIMPULAN KAJIAN
Kesimpulannya ketiga-tiga peserta kajian dapat mengikuti setiap langkah yang dijalankan
dalam kaedah ‘mama papa’ ini. Setiap langkah dijalankan dengan bimbingan guru. Mereka
dapat menguasai ejaan dan bacaan suku kata dan perkataan yang difokuskan. Peserta kajian
ini memerlukan sesi ejaan dan bacaan yang lebih kerap lagi bagi menambah kelancaran dan
penguasaan mereka kepada perkataan-perkataan yang dipelajari.
Kekangan masa dan masalah kehadiran peserta kajian pertama juga merupakan satu
faktor penting mempengaruhi objektif kajian tidak dapat dicapai sepenuhnya. Perancangan
tempoh kajian ini adalah selama empat bulan bermula bulan Februari hingga Mei, namun
hanya dapat dijalankan selama dua bulan sahaja berikutan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) kerana masalah Covid-19 yang melanda negara dan dunia. Pengkaji perlu melanjutkan
tempoh masa kajian ini untuk mencapai objektif sepenuhnya.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 218
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
CADANGAN KAJIAN
Masih banyak usaha yang perlu dilakukan dalam membantu murid-murid berkeperluan khas
terutama dalam penguasaan dan perkembangan kebolehan berbahasa mereka. Ramai lagi
belum pandai mengeja dan membaca. Kajian ini akan diteruskan dengan memperkenalkan
murid-murid kepada suku kata gabungan konsonan dengan vokal i, u dan e pula.
Permulaannya dengan membaca suku kata KV dan seterusnya KV KV. Perkataan-perkataan
yang akan diajar kepada murid-murid seperti perkataan susu, cili, gigi, kuku, kiwi, labu, keju
dan sebagainya. Bagi lebih menarik minat murid-murid kepada sesi belajar ejaan dan bacaan,
guru akan memperkenalkan ejaan dalam intonasi berlagu. Mengeja secara berlagu boleh
menambah kekuatan ingatan murid-murid kepada ejaan yang dipelajari kerana kebanyakan
murid memang suka menyanyi. Selain itu penerapan permainan ejaan secara interaktif dan
menggunakan pelbagai medium pembelajaran yang terdapat dalam internet seperti aktiviti
quizezz, mentimeter, pear deck, wordwall, kahoot dan lain-lain juga boleh dilaksanakan.
RUJUKAN
Chow Fook Meng, Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam
Pengajaran, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Melayu Pendidikan Khas Tahun 2,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Hasnah Awang, Habibah Mohd Samin.(2010). Literasi Bahasa Melayu, Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin. (1998). Pedagogi Bahasa Pengkaedahan, Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1996). Penguasaan Kemahiran Membaca
Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Shahabuddin Hashim et.al.(2003). Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar yang berkesan.
Bentong: Penerbit PTS Publications & Distributors.
Sofiah Hamid. (1983). Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Melayu Di Peringkat Sekolah
Rendah, Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Tuan Jah Tuan Yusof. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Puchong: Penerbitan
Multimedia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 219
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PEMBELAJARAN IRAMA DENGAN SISTEM SILABIK IRAMA TAKATEKE
DI KALANGAN SISWA YANG TIADA ASAS MUZIK
Khor Aik Keong, Ph.D
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
[email protected]
ABSTRAK
Pembelajaran teori muzik biasanya bermula di peringkat muda. Maka kebanyakan pertubuhan
ensembel muzik di peringkat universiti dan institut pendidikan guru hanya menerima pelajar
yang mempunyai asas muzik. Siswa tiada asas muzik jarang berpeluang untuk menyertai
ensembel muzik di peringkat tertiari. Masalah ketidakseragaman corak irama dan masalah
konsisten tenpo sering terhasil akibat tiada pengetahuan asas terhadap nilai notasi muzik dan
elemen detik muzik. Sistem Silabik Irama Takateke merupakan suatu penyelesaian bagi siswa
yang tiada asas muzik untuk menyertai ensembel muzik di peringkat tertiari, iaitu tidak perlu
melalui pembelajaran asas teori muzik. Sistem Silabik Irama Takateke membolehkan pelajar
mengetahui corak irama melalui pembacaan silabik berpandukan bentuk simbol (notasi
muzik) yang dilihat. Penghasilan bunyi corak irama adalah diutamakan berbanding dengan
pengenalian nilai simbol secara teori. Kajian ini menerokai keupayaan sistem silabik Irama
Takateke yang mengintegrasikan pembelajaran ketepatan irama dan kestabilan detik secara
bersepadu. Keberkesanan gabungan pemahaman elemen di bawah satu sistem
pembelajaran menjadikan waktu pembelajaran dijimatkan. Enam puluh responden (N=60)
diagihkan secara rawak kepada dua kumpulan. Intervensi lima minggu yang menggunakan
pendekatan yang berbeza terhadap sukatan pelajaran yang sama. Pendekatan Konvensional
yang memokuskan pengenalian nilai notasi muzik dijadikan kumpulan kawalan, manakala
pendekatan Sistem Silabik Irama Takateke sebagai kumpulan rawatan. Analisis kajian
menunjukkan terdapat perbezaan signifikan ketepatan irama dan kestabilan detik antara
kedua-dua kumpulan eksperimen selepas intervensi. Kumpulan Sistem Silabik Irama
Takateke mencatat peningkatan yang lebih tinggi bagi penguasaan kedua-dua kemahiran
tersebut. Analisis data ujian-t terhadap skor min ketepatan irama menunjukkan perbezaan
peningkatan skor min secara signifikan bagi kumpulan kawalan (M=21.2, SP=4.604) dan
kumpulan rawatan (M=49.25, SP=3.859). Begitu juga perbezaan skor min peningkatan
kestabilan detik secara signifikan bagi kumpulan kawalan (M=4.35, SP=4.604) dan kumpulan
rawatan (M=5.42, SP=1.872). Kajian ini telah menunjukkan keberkesanan Sistem Silabik
Irama Takateke dalam pembelajaran muzik secara praktikal. Ia menjimatkan masa dan
senang dipelajari, malah pembelajaran lebih menyeluruh bermakna.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 220
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kata kunci: Sistem silabik irama, ketepatan irama, kestabilan detik, pembelajaran
bersepadu
PENGENALAN
Sesi pengambilan ahli baharu ensembel muzik di institusi pendidikan tertiari lazimnya hanya
terbuka kepada pelajar yang berpengalaman muzik. Setengah-tengah ensembel muzik pula
melakasanakan temuduga pemilihan, disebabkan pelajar berpengalaman muzik lebih
mengenali elemen-elemen muzik. Ini bermakna siswa yang tidak berpengalaman muzik
dengan tahap tertentu, langsung tidak berpeluang untuk menyertai ensembel muzik tersebut.
Pelajaran muzik cara formal memerlukan pemahaman terhadap notasi muzik. Ketepatan
irama dan kestabillan detik merupakan elemen-elemen muzik yang penting dalam setiap jenis
ensembel muzik. Selain daripada ensembel muzik tradisional seperti gamelan dan orkes cina
yang menggunakan sistem notasi nombor, ensembel muzik seperti orkestra simfoni, wind
orkestra dan pasukan pancaragam semua menggunakan sistem notasi muzik. Maka
keupayaan mengenali notasi muzik adalah penting.
PERNYATAAN MASALAH
Bentuk notasi muzik yang mewakili nilai bunyi ataupun kepanjangan hasilan bunyi tersebut,
boleh diibaratkan bahasa asing bagi pelajar baharu dalam bidang muzik. Nilai hasilan bunyi
yang berpandukan bentuk notasi muzik menjadi cabaran bagi kebanyakan pelajar untuk
mendapatkan ketepatan irama, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang mempelajari alat muzik di
peringkat permulaan, dan pelajar yang kurang berpengalaman dalam muzik.
Pembelajaran amali permainan alat muzik di peringkat tertiari biasa dilaksanakan bagi
pembelajaran instrumen muzik kedua. Maka siswa yang tidak pernah mempelajari instrumen
sebenarnya masih boleh diterima dan sempat untuk bermain instrumen muzik bersama dalam
ensembel. Apa yang penting ialah pemahaman terhadap bahasa asing tersebut. Kaedah
konvensional pembelajaran notasi muzik melalui teori muzik yang mengaitkan bentuk kepada
3
1
1
1
nilai bunyi seperti nilai , , 1 dan sebagainya, serupa menjurus kepada kognitif matematik,
2 4 4 2
mengambil masa kepada pelajar yang kurang berkognitif matematik. Ia pasti akan
melambatkan program ensembel muzik di institusi pendidikan tertiari sekiranya diadakan
pelajaran berasingan bagi siswa yang tidak mengenali notasi muzik.
Sungguhpun corak irama dapat dihasilkan, kestabilan detik tidak semestinya dapat
dikecapi dengan baik. Ia merupakan kemahiran yang memerlukan pendengaran terhadap
tekanan muzik. Sudah tentu latihan ensembel muzik akan mengambil masa panjang
sekiranya kemahiran memahami elemen muzik tersebut dilatih secara berasingan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 221
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini untuk memeriksa sama ada Sistem Silabik Irama Takateke dapat
1
digunakan untuk membantu siswa dalam penghasilan corak irama notasi muzik. Kajian ini
dilaksanakan terhadap siswa yang tiada asas muzik.
Eksperimen dilaksanakan untuk melihat:
1. Keberkesanan Sistem Silabik Irama Takateke terhadap penguasaan ketepatan irama,
2. Keberkesanan Sistem Silabik Irama Takateke terhadap penguasaan kestabilan detik.
SKOP DAN BATASAN KAJIAN
Skop kajian ini tertumpu pada pembelajaran aspek ketepatan irama dan kestabilan detik.
Penguasaan corak irama terhad kepada meter masa lazim, dan corak irama skor lagu pada
gred 1. Kajian ini terhad kepada tempo spesifik yang konsisten. Responden kajian terbatas di
kalangan siswa yang tiada asas muzik.
SOROTAN LITERATUR
Prinsip ‘bunyi sebelum simbol’ yang diasaskan Pestalozzi menegaskan bahawa pembelajaran
berkesan dapat tercapai dengan baik melalui melihat, mendengar dan menyentuh (Abeles,
1995: 10-13). Pembelajaran bahasa yang dimulakan dengan sebutan sebelum mengenali
tulisan, menegaskan lagi prinsip ‘bunyi sebelum simbol’. Ini bermakna irama dapat dipelajari
dengan berkesan melalui sebutan terhadap simbol yang dilihat sebelum pembelajaran
penulisan notasi muzik.
Pelbagai sistem silabik irama dihasilkan lantaran prinsip ‘bunyi sebelum simbol’ yang
mengaitkan sebutan dengan notasi muzik yang dilihat. Dalby (2005) menyatakan bahawa
kaedah ini dapat memberi hubugan antara domain visual dan aural, yang dapat membantu
dalam proses pembelajaran corak irama melalui ingatan.
Kestabilan detik merupakan kemahiran asas yang penting sebelum pembelajaran
permainan muzik dilanjutkan ke peringkat seterusnya (Warner, 1991). Kemahiran
pengesanan detik dapat dipelajari melalui gerakan berirama seperti tepukan tangan dan
hentakan kaki (Nolan, 2007; McCabe, 2004; Weikart, 2003; Rohwer, 1998). Pelajaran gerakan
berirama seumpama itu memerlukan slot pelaksanaan berasingan, dan ia pasti memakan
masa dalam usaha pembangunan ensembel muzik. Walau bagaimanapun, pengajaran
bersepadu menggabungkan dan momokuskan beberapa aspek pada sesuatu tema dapat
diaplikassikan untuk menyelesaikan kekangan masa sedemikian (Bennett 2010: 13). Ia dapat
mendekatkan hubungan kemahiran-kemahiran dan mewujudkan suatu pembelajaran
bermakna (Goodlad dan Su, 1992: 330).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 222
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Prinsip ‘bunyi sebelum simbol’ juga ditegaskan oleh seorang tokoh pendidik muzik
Gordon. Beliau menggariskan proses pembelajaran muzik harus dimulakan dengan imitasi
bunyi irama, sebelum melabelkan irama yang didengar dengan sebutan berkaitan (Gordon,
2003). Proses yang diamalkan mementingkan pendengaran dan pemahaman secara
dalaman terhadap muzik, iaitu proses bermula dengan bunyi dan bukan dengan nilai-nilai
notasi muzik secara teori. Seorang tokoh pendidik muzik Kodaly juga menegaskan terhadap
pendengaran dalaman. Beliau percaya ia dapat menghubungkait simbol notasi muzik dengan
bunyi melalui visual dan audio (Choksy, 1999).
Setelah mengambilkira falsafah tokoh-tokoh muzik yang meneguhkan prinsip ‘bunyi
sebelum simbol’, pendengaran dalaman, imitasi bunyi dan hubungan bunyi dengan simbol,
konsep verbalisasi simbol dapat disimpulkan. Demi menghasilkan sistem silabik irama yang
holistik, silabik ditentukan khas agar ia bukan sahaja membantu dalam pembelajaran irama,
malah berkebolehan dalam konteks pemahaman detik. Maka dengan itu kerangka teori
berikut dihasilkan (Rajah 1).
Rajah 1.
Kerangka Teori
_____________
1 Sistem Silabik Irama Takateke telah difailkan hakcipta di bawah Akta Hakcipta 1987
dengan nombor 201604150901.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 223
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk
Reka bentuk eksperimen digunakan dalam penyelidikan ini. Ujian pra, 5 minggu intervensi
dan ujian pasca dilaksanakan untuk melihat peningkatan penguasaan ketepatan irama dan
kestabilan detik. 60 respondan siswa guru yang tiada asas muzik dibahagikan secara rawak
kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan (Rajah 2).
Kumpulan Ujian Pra Intervensi Ujian Pasca
(R) Kawalan O1 C O2
(R) Rawatan O1 X O2
Rajah 2.
Reka bentuk kajian eksperimen
Sukatan Pelajaran Intervensi
Kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan mengikuti sukatan pelajaran yang sama (Rajah 3).
Namun demikian pendekatan yang berlainan digunakan oleh kedua-dua kumpulan.
Minggu Kandungan Hasil Pembelajaran
menghasilkan irama berikut dengan betul :
1
menghasilkan irama berikut dengan betul :
2
menghasilkan irama berikut dengan betul :
3
menghasilkan irama berikut dengan betul :
4
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 224
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
menghasilkan irama berikut dengan betul :
5
Rajah 3.
Sukatan Pelajaran
Sistem Silabik Irama Takateke
Kumpulan kawalan diajar melalui penjelasan terperinci terhadap nilai-nilai notasi muzik, iaitu
seumpama kelas teori muzik yang lazim dilaksanakan, termasuk bacaan irama dengan
menggunakan silabik bebas. Kumpulan rawatan pula tidak diajar terhadap nilai-nilai notasi
muzik, malah terus didedahkan dengan bacaan irama bersilabik jenis Takateke (Rajah 4).
Instrumen pengukuran penguasaan
Penguasaan ketepatan irama diukur melalui ujian membunyikan irama yang ditunjukkan
(Rajah 5). Penilaian membunyikan irama dilaksanakan dengan menggunakan pukulan drum,
semasa ujian pra dan ujian pasca untuk melihat peningkatan penguasaan ketepatan irama.
Penilaian ketepatan irama dilakukan oleh 3 orang juri yang berpengalaman dalam bidang
muzik.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 225
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rajah 5.
Penilaian Ketepatan Irama
Penguasaan kestabilan detik pula diukur dengan menekan detik sinkronisasi pada tiga buah
lagu yang berlainan tempo (90 bpm, 118 bpm dan 66 bpm). Tekanan jari dominan pada space
bar komputer yang ada perisian pengesan detik per minit. Ketepatan detik dikira melalui
perisian tersebut (https://playback.fm/tap-bpm-tempo).
Keseragaman sampel
Ujian pra yang dilaksanakan menunjukkan keseragaman antara kumpulan kawalan dan
kumpulan rawatan. Tidak ada perbezaan signifikan antara kedua-dua kumpulan tersebut
melalui analisis data ujian pra terhadap penguasaan ketepatan irama dan kestabilan detik,
F(4, 125)= .634, p= .506; Wilks’ Lambda=.925; nilai statistik eta berganda partial=.021.
Kebolehpercayaan juri
Seramai 3 orang juri ujian pra dan ujian pasca dilantik di kalangan pendidik muzik yang
berpengalaman sekurang-kurangnya 20 tahun. Kebolehpercayaan juri-juri tersebut telah diuji
semasa ujian rintis melalui pekali korelasi intraclass. Nilai yang diperolehi ialah .858 bagi
penilaian ketepatan irama dan .998 bagi penilaian kestabilan detik, iaitu kebolehpercayaan
juri adalah tinggi.
DAPATAN KAJIAN
Ketepatan Irama
Kumpulan kawalan mencapai skor min peningkatan sebanyak 21.2 (36.25%) manakala
kumpulan rawatan mencatat min peningkatan sebanyak 49.25 (82.34%)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 226
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pemeriksaan post-hoc melalui ujian Turkey HSD menunjukkan skor min peningkatan antara
kedua-dua kumpulan adalah berbeza secara signifikan. Keputusan menunjukkan kumpulan
rawatan mencatat peningkatan yang lebih tinggi (M=49.25, SP=3.859), berbanding dengan
kumpulan kawalan (M=21.2, SP=4.604).
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan rawatan merupakan peningkatan
ketepatan irama yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan.
Kestabilan Detik
Kumpulan kawalan mencapai skor min peningkatan sebanyak 4.35 (43.6%) manakala
kumpulan rawatan mencatat min peningkatan sebanyak 5.42 (55.6%).
Pemeriksaan post-hoc melalui ujian Turkey HSD menunjukkan skor min peningkatan
antara kedua-dua kumpulan adalah berbeza secara signifikan. Keputusan menunjukkan
kumpulan rawatan mencatat peningkatan yang lebih tinggi (M=5.42, SP=1.872), berbanding
dengan kumpulan kawalan (M=4.35, SP=4.604).
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan rawatan merupakan peningkatan
kestabilan detik yang lebih tinggi secara signifikan berbanding dengan kumpulan kawalan.
Perbincangan
Kedua-dua kumpulan telah menunjukkan kemajuan secara signifikan dari ujian pra ke ujian
pasca. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua pendekatan menghasilkan kesan dalam konteks
penguasaan ketepatan irama mahupun kestabilan detik.
Penggunaan Sistem Silabik Irama Takateke meningkatkan penguasaan ketepatan
irama dan penguasaan kestabilan detik dengan lebih baik. Ia membawa kemajuan yang besar
walaupun dalam masa intervensi yang singkat. Penggunaan konsep ‘verbalisasi simbol’
menjadikan Sistem Silabik Irama Takateke suatu rujukan pendengaran yang membantu
pembelajaran corak irama, dan menghubungjalinkan notasi muzik dengan sebutan. Sebutan
silabik irama membolehkan corak irama didengari secara dalaman, dan membantu ingatan
corak irama yang dilihat pada notasi muzik kemudian. Peranan bunyi ‘s’ dalam sebutan ‘tas-
te’ bagi notasi memberi suatu gambaran jelas terhadap bunyi lanjutan kuaver bertitik.
Sistem Silabik Irama Takateke mengamalkan penekanan detik dengan sebutan ‘ta’
yang konsisten pada setiap macrobeat. Pembahagian detik pula dibahagikan kepada separuh
bawah dengan sebutan /a:/, dan separuh atas /e/. Maka ia memberi suatu gambaran jelas
terhadap detik. Nilai pecahan yang dipelajari secara konvesional dapat dilihat secara dalaman
1
lantaran perbezaan sebutan vowel /a:/ dan /e/. Misalnya sebutan ‘takateke’ bagi , iaitu
4
1
1
1
pertama dan kedua pada kiraan separuh detik ke bawah, manakala ketiga dan keempat
4 4 4
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 227
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pada kiraan separuh detik ke atas, memberi imaginasi visual yang jelas terhadap nilai sekecil
tersebut.
KESIMPULAN KAJIAN DAN SYOR CADANGAN KAJIAN
Pemahaman terhadap nilai notasi muzik tidak menjamin corak irama dapat dihasilkan dengan
tepat. Penghasilan bunyi yang tepat sepatutnya difokuskan sebagai keberhasilan yang ditujui.
Apa gunanya sekiranya teori muzik difahami tanpa amali muzik yang tepat. Sistem Silabik
Irama Takateke menggabungkan penguasaan irama dan penguasaan detik dalam satu
pelajaran dapat memperlihatkan hubungan antara elemen-elemen, maka sistem ini
menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan praktikal.
Sistem Silabik Irama Takateke memperlihatkan keupayaan dalam penguasaan
ketepatan irama, dan kestabilan detik dengan pantas dan berkesan. Silabik yang digunakan
membezakan macrobeat dan microbeat dengan vowel yang berlainan, membolehkan ia
memberi tekanan pada detik dan seterusnya memokuskan pada kestabilan detik.
Prinsip ‘bunyi sebelum simbol’ yang membawakan konsep verbalisasi simbol,
menghubungkan sebutan dengan simbol, meningkatkan pendengaran dalaman melalui
ingatan sebutan, telah memyenangkan pembelajaran irama di samping membawa
pemahaman terhadap kestabilan detik secara bersepadu. Sistem Silabik Irama Takateke
menjadikan pengenalian notasi muzik menjadi lebih menarik dan berkesan, tanpa mewajibkan
pengenalian pada nilai-nilai pecahan notasi muzik.
Inovasi dalam bidang pembelajaran muzik ini, boleh diperkembangkan lagi kepada
pembelajaran instrumental yang menggunakan sistem notasi nombor. Dengan adanya
kebolehan membaca notasi muzik, skor lagu tidak lagi memerlukan terjemahan dari notasi
muzik ke notasi nombor yang biasanya dilaksanakan bagi instrumental tradisional.
Melalui penyelidikan ini, terbukti bahawa siswa yang tiada asas muzik masih berupaya
belajar muzik. Tidak mustahil keadaan seumpama ini juga boleh berlaku di kalangan warga
emas yang tiada asas muzik. Maka kajian yang akan datang boleh memberi fokus kepada
persampelan kumpulan sedemikian.
RUJUKAN
Abeles, H., Hoffer, C. & Klotman, R. (1995). Foundations of Music Education. New York:
Schirmer Books.
Bennett, H.M. (2010). Integrating Curriculum: A teacher inquiry approach to creating an
integrated secular Judaic unit. Dissertation of Doctor of Education. University of
Califonia.
Choksy, L. (1999). The Kodaly Method I: Comprehensive Music Education. Upper Saddle
River, New Jersey: Prentice-Hall.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 228
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Dalby, B. (2005). Toward an effective pedagogy for teaching rhythm: Gordon and beyond.
Music Educators Journal, 92(1), 54-60.
Goodlad, J.I., & Su, Z. (1992). The organization of the curriculum. In P.W. Jackson (Ed.),
Handbook of research on curriculum (pp.327-344). New York: Macmillan.
Gordon, E. (2009). Taking a reasonable and honest look tonal solfege and rhythm solfege.
Chicago, Illinois: GIA Publications, Inc.
McCabe, M. (2004). The effect of movement-based instruction on the beginning
instrumentalists’ ability to sight-read rhythm patterns. Master thesis, University of
Missouri.
Nolan, K. (2007). The comparative effectiveness of teaching beat detection and competency
through movement and singing among kindergarten students. Master thesis. The
University of Arizona.
Rohwer, D.A. (1998). Effect of movement instruction on steady beat perception,
synchronization, and performance. Journal of Research in Music Education, 46(3), 414-
424.
Weikart, P.S. (2003). Movement in steady beat (2nd edition). Ypsilanti, Michigan: High/Scope
Press.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 229