Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
IMPLIKASI
Implikasi kajian yang utama ialah kepada pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Walaupun kajian ini hanya menfokuskan kepada pelajar Pendidikan Islam di Institut
Pendidikan Guru Malaysia namun pelajar opsyen lain seperti Sains, TESL, Bahasa Melayu
dan sebagainya turut dapat mengambil manfaat daripada hasil dapatan kajian ini. Dengan ini,
pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia dapat mengetahui komponen-komponen yang
diperlukan untuk menjadikan pengajaran dan pengurusan bilik darjah lebih kreatif seperti
pemikiran, personaliti dan motivasi.
Selain itu, kajian ini juga memberi implikasi kepada pensyarah dan pihak Institusi
Pendidikan Guru Malaysia seperti membantu pensyarah untuk mencungkil kreativiti pelajar di
IPGM yang merupakan bakal guru dengan memberi pendedahan mengenai pedagogi
pengajaran yang kreatif. Manakala, pihak IPGM pula dapat meningkatkan kreativiti dengan
mengadakan program-program yang menjana idea kreatif seperti pertandingan inovasi.
RUJUKAN
Ainon Mohd & Abdullah Hassan. (1997). Memahami pemikiran lateral. Kuala Lumpur. Utusan
Publication dan Distributors Sdn Bhd.
Amabile T.M. (1983). The Social Psychology of Creativity: A Componential Conceptualization.
Journal of Personality and Social Psychology 45 , 357-377.
Bond, T. G., & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch model: Fundamental measurement in
the human sciences (2nd ed). Lawrence Erlbaum Associates Publishers.
Creswell, J. W. (2012). Educational research: Planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research (4th ed.). Boston: Pearson.
Faizah Ja'apar. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
(P&P) Di Sekolahmenengahkebangsaan (Smk) Daerah Pontian. Johorr: Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussen Onn Malaysia.
Kamarul Shukri Mat Teh. (2015, July 19). Pensampelan Dr Kamarul. Retrieved from Mexico
Documents: https://vdocuments.mx/pensampelan-dr-kamarul.html
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006-2010 . Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities.
Educational and Psychological Measurement, 607-610.
Mohamad Mohsin Mohamad Said, & Nasruddin Yunos. (2008). Peranan guru dalam
memupuk kreativiti pelajar . Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 9, 57-71.
Mohd Yusoff Dagang. (2016). Amalan Kreativiti Pengajaran Guru Pendidikan Islam di
Sekolah-sekolah Negeri Johor. Johor: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran kreatif untuk pembelajaran aktif. Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 780
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rinkevich, J. L. (2011). Creative Teaching : Why it Matters and Where To Begin. Journal of
Educational Strategies, Issues and Ideas, 219-223.
Taat . (2011). Faktor gaya pertautan dan motivasi pelajar, serta proses pengajaran dan
bimbingan guru pendidikan Islam terhadap pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajar.
Sabah: Universiti Malaysia Sabah.
Torrance, E. P. (1972). Torrance Tests of Creative Thinking. United States: Scholastic Testing
Service.
Uma , S. (2003). Research method for business: A skill building approach, 4th edition. New
York: John Wiley & Sons. Retrieved from https://www.amazon.com/Research-Methods-
Business-Building-Approach/dp/0471203661
Yong, L. M. (1993). Kreativiti. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 781
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENILAIAN PELAKSANAAN PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU
MENGINTEGRASIKAN KBAT BERASASKAN KURIKULUM STANDARD
SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Mohd Syaubari bin Othman Ph.D
Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan pengajaran guru Bahasa Melayu sekolah
rendah menerusi pengintergrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berasaskan KSSR.
Kajian ini melibatkan guru-guru Bahasa Melayu di Negeri Perak. Komponen berfikir aras tinggi
seperti kemahiran banding beza, kemahiran menyusun urutan, kemahiran membuat ramalan,
kemahiran membuat definasi dan kemahiran mencipta anologi yang di lihat dalam tiga
komponen utama refleksi objektif iaitu refleksi kendiri, refleksi penetapan matlamat dan
penilaian keberkesanan refleksi dipilih sebagai kerangka konseptual kajian. Kajian ini
menggunakan analisis deskriptif (melalui instrumen soal selidik). Kesemua instrumen
pengutipan data ini dibina oleh pengkaji dengan pengubahsuaian daripada instrument KBAT
Kementerian Pendidikan Malaysia dan pakar yang terlibat serta kandungannya disahkan oleh
panel rujukan pakar. Tahap nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach yang diperoleh adalah
tinggi iaitu antara (0.82173). Seramai 402 orang guru bahasa melayu dipilih secara rawak
mudah untuk menjawab instrumen soal selidik. Data kajian di analisis secara deskriptif
menggunakan frenkuasi dan peratusan min. Secara keseluruhannya, hasil kajian penilaian
pengajaran di dalam mengintergrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah berada
pada tahap tinggi menerusi min bagi keseluruhan (4.43) dan berdasarkan komponen penilaian
pengajaran yang terdiri daripada perancangan penilaian yang mencatatkan min (4.45),
kandungan bahan penilaian yang mencatatkan min (4.44) dan proses penilaian yang
mencatatkan min (4.40). Implikasi dan cadangan yang dikemukakan dapat memberi
gambaran yang bermanfaat kepada kementerian, sekolah, guru dan masyarakat di dalam
meningkatkan tahap pengajaran guru bahasa melayu berdasarkan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) seperti yang dihasratkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Kata kunci : Penilaian pengajaran, Guru Bahasa Melayu, KBAT
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 782
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Kemahiran berfikir aras tinggi (kbat) adalah kemahiran yang memerlukan mengorganisasikan
pemikiran berdasarkan keupayaan untuk menghuraikan, menterjemahkan, mencipta,
merefleksikan dan menghubungkaitkan dengan situasi semasa. Penekanan KBAT ini dalam
sistem pendidikan negara adalah lanjutan daripada pelaksanaan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif (KBKK) yang telah dilaksanakan bermula 1993. Proses pelaksanaan KBAT
di Malaysia adalah bersumberkan taksonomi bloom dan diubahsuai oleh Lorin Anderson
menerusi empat heiraki teratas iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Transformasi kurikulum pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 memberi penekanan utama terhadap konsep kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) yang berupaya melahirkan generasi mempunyai keupayaan dalam pemikiran
kritis dan kreatif. Pendekatan ini diperkenalkan untuk mencapai matlamat utama pendidikan
iaitu menghasilkan lebih banyak pelajar yang mempunyai keupayaan kognitif aras tinggi
melalui pedagogi secara pembelajaran aktif di dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun,
matlamat masih belum tercapai sepenuhnya maka pelbagai pendekatan telah diperkenalkan
untuk menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran
abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Menurut (Amabile et al, 2010).
“Jika inginkan pelajar yang berpotensi untuk berfikir dan mampu menyelesaikan
masalah kita perlu mula menyediakan tugasan tugasan yang kompleks yang
berkognitif tinggi ”.
Maka proses tranformasi pengajaran Bahasa Melayu telah dirangka berdasarkan
pelaksanaan pengajaran guru di sekolah melalui pengubahsuaian melibatkan komponen
keupayaan kurikulum, pembentukan budaya sekolah, penambahbaikan pengetahuan guru
dan tahap kemampuan pelajar mengaplikasi setiap isi kandungan pembelajaran yang
diperolehi agar matlamat pengenalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berorentasikan
KBAT dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seterusnya membentuk kefahaman yang
mantap di kalangan pelajar.(Noor Hisham, 2011; Zuraidah, 2013).
KAJIAN KEPUSTAKAAN
Berdasarkan kajian (Amabile, Hennessey, 2010) terdapat tujuh panduan sebelum guru
melaksanakan penilaian pengajaran iaitu (i) penilaian mestilah sesuai dengan objektif dan
matlamat mata pelajaran yang di ajar (ii) penilaian hendaklah bersesuian dengan tabiat/asas
pelajaran yang diajar (iii) penilaian mestilah sesuai dan setara dengan umur pelajar (iv)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 783
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
penilaian mestilah mampu dilaksanakan oleh guru (iv) masa yang mencukupi untuk
mengaplikasi di dalam penilaian berkenaan dan (vii) penilaian yang dipilih mestilah
bersesuaian dengan kemudahan yang ada. (Kamarul Azmi et al, 2013) manakala (Mohd
Aderi, 2008, 2012) mencadangkan agar guru memilih penilaian yang boleh memberi
penghayatan yang mendalam, bukan sahaja kepada kefahaman pelajar, malah memberi
kesan kepada jiwa pelajar. Penilaian ini mampu membantu pelajar memberi tumpuan,
mengingat, mengekalkan ingatan dan mengaplikasikan dalam amalan seharian.
Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
(2013), strategi perancangan pengajaran menerusi penilaian ini adalah untuk membina dan
mengukuhkan minat pelajar-pelajar terhadap pembelajaran serta membimbing mereka
supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya dan berupaya pula meneruskannya sendiri
Penilaian pengajaran adalah lebih penting sekiranya guru mengajar pelajar-pelajar
yang mempunyai kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang pelbagai. Guru
seharusnya merancang pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-
kumpulan yang pelbagai itu (Kamarul Azmi, 2010). Contohnya, dalam bilik darjah KSSR yang
biasanya terdiri daripada kumpulan pelajar-pelajar yang lemah, sederhana serta yang
cemerlang. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai
kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan.
Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang
tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, sikap serta latar belakang
sekolah dan pelajar. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai pelbagai
bentuk penilaian mengajar tetapi yang lebih penting adalah bagaimana mengintegrasikan
serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk penilaian pengajaran yang paling
berkesan dalam pengajarannya (Ab Halim et al, 2007, 2010). Maka penilain yang berkesan
mampu menghasilkan pengajaran yang berkesan. Penilaian untuk pengajaran perku bermula
sebelum pengajaran dilakukan dengan mengambil kira semua aspek seperti sukatan
pengajaran, kesediaan pelajar, tahap pengetahuan pelajar, suasana bilik darjah dan bahan
bantu mengajar (BBM). Kesemua ini dapat diklasifikasikan kepada 3 bahagian utama iaitu
perancangan penilaian, kandungan bahan penilaian dan proses penilaian..
PERNYATAAN MASALAH
Masyarakat dunia mempercayai bahawa pengetahuan dan kemahiran sangat diperlukan oleh
pelajar dalam menghadapi cabaran di abad ke-21. Walaupun terdapat perbezaan dari segi
maksud terminalogi kemahiran abad ke-21 (21st century skills) di antara negara-negara di
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 784
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dunia, namun kesemuanya memberi penekanan terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai
(Saavedra & Opfer, 2012). Selain itu, Laporan yang dikeluarkan oleh Perunding Kestrel
Education daripada England dan 21st Century School daripada Amerika Syarikat pada 2011
menyatakan bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan pelajar di Malaysia masih
rendah. Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, guru yang melaksanakan pengajaran yang
mengandungi pedagogi berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) berupaya untuk
meningkatkan kefahaman dan perubahan di dalam amalan perlakuan pelajarnya (Boaler,
2008; Siti Marlina, 2013; KPM, 2014).
Dapatan ini seiring dengan pemantauan laporan kebangsaan (Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti, 2011) melibatkan 103 sekolah rendah dengan 228 pencerapan PdP
mendapati 41.92% pelajar tidak dilibatkan di dalam aktiviti berkumpulan, 43.73% pelajar tidak
menguasai objektif seperti yang ditetapkan dan 49.47% pelajar gagal mematuhi prosedur di
dalam standard melaksanakan latihan. Bagi kualiti pengajaran guru, perancangan PdP ditulis
secara umum dan kurang menjurus kepada pernyataan bentuk perlakuan yang boleh diukur,
34.01% gagal menyampaikan isi kandungan pengajaran dengan baik, 47.58% menggunakan
sumber pendidikan namun hanya bersifat tradisional seperti manila kad dan lembaran kerja,
kurang menggunakan peralatan berorentasikan teknologi maklumat dan 55.82% soalan yang
dikemukakan oleh guru dapat meningkatkan pengetahuan baru, namun hasil penilaian
penyoalan kurang dimanfaatkan untuk tindakan susulan sama ada dalam bentuk pemulihan
dan pengayaan. Keseluruhannya menerusi laporan di paparkan kelemahan perancangan
penilaian guru yang menghasilkan kualiti pengajaran guru masih berada di tahap sederhana
dan ini memerlukan pelaksanaan beberapa penambaikan bagi mencapai tahap baik dan
cemerlang.
Selain itu, berdasarkan kajian yang dilakukan oleh (Ab Halim et al, 2012) dalam kajian
terhadap 89 daripada 91 orang pelajar yang ditemubual dan melakukan pemerhatian di negeri
Selangor, Perak dan Terengganu mendapati bahawa kaedah pengajaran guru yang tiada
perancangan menyebabkan kaedah kuliah dan penerangan telah digunakan sebagai medium
utama di dalam pengajaran. Ini bererti kepentingan perancangan di dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa melayu perlu difahami seterusnya diaplikasikan bagi memastikan
pengajaran berorentasikan pelajar yang boleh menjejaskan tahap kefahaman pelajar. Kajian
ini juga mendapati asas perancangan pengajaran antara elemen penting dalam menentukan
adakah terdapat pengajaran yang berkesan atau tidak berkesan.. Kajian ini disokong
berdasarkan kajian (Wan Hassan et al, 2013) mendapati guru-guru tidak meletakkan tahap
penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) di dalam perancangan pengajaran disebabkan
tumpuan pengajaran kepada kaedah penerangan sahaja. Ini bertentangan dengan amalan
pengajaran KBAT yang mengkehendaki BBM digunakan secara optimum khususnya di tahap
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 785
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
perancangan pengajaran bagi menjelaskan sesuatu permasalahan terutama yang sepatutnya
menggunakan tayangan video, internet interaktif dan jaringan maya.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti perancangan penilaian guru berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran bahasa melayu
2. Mengenalpasti kandungan bahan penilaian berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran bahasa melayu
3. Mengenalpasti proses penilaian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam mata
pelajaran bahasa melayu.
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini merupakan kaedah tinjauan yang bersifat kuantitatif. Hasil dapatan
kajian ini dilihat melalui bentuk perkiraan yang merangkumi nombor dan formula tertentu.
Menurut (Creswell, 2009) kaedah tinjauan merupakan satu cara yang spesifik bagi
mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan besar populasi. Kaedah tinjauan ini
menggunakan kaedah soal selidik bertujuan untuk melakukan penilaian yang melibatkan 3
kompenen utama
a) Perancangan penilaian
b) Kandungan penilaian
c) Proses penilaian.
Kajian ini merupakan satu tinjauan awal yang hanya menggunakan soal selidik dan
kaedah pengukuran berdasarkan ujian analisis deskriptif iaitu min bagi menentukan ciri-ciri
pembolehubah tanpa melakukan generalisasi. Kajian ini menggunakan instrumen bagaimana
keberkesanan pengajaran guru berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang telah
dilaksanakan dalam pengajaran bahasa melayu.
Populasi dan Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan guru-guru bahasa melayu bagi Perak yang berjumlah 402 orang dengan
pembahagian taburan kajian menggunakan 3 zon iaitu melibatkan Zon Utara, Zon Tengah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 786
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dan Zon Selatan. Jumlah keseluruhan guru Bahasa Melayu di Perak adalah 3,502 orang
berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak, namun berdasarkan
jadual (Krajie & Morgan, 1970, Mohd Majid, 2005; Cohen, 2007) menerusi penentuan sampel
daripada populasi jumlah yang bersesuian ditetapkan 382 orang, namun di dalam kajian ini
menggunakan 402 orang guru sebagai syarat ujian untuk dilaksanakan ujian ANOVA (Cohen,
2011). Guru-guru yang terpilih adalah di antara guru-guru yang mengajar berdasarkan jantina,
kelayakan akademik, umur dan pengalaman mengajar.
Pengumpulan dan Analisis Data
Dapatan data yang diperolehi ini dilaksanakan menerusi instrumen yang dibentuk
bersumberkan instrumen seperti berikut Amalan pengajaran guru oleh Aderi Che Noh, Asas
taksonomi yang dibangunkan oleh Bloom dan Anderson, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (elemen pedagogi) dan dasar pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) melalui instrumen pengajaran guru KBAT. Kesemua item ini akan dianalisis
dan diubahsuai oleh penyelidik bagi menjawab objektif dan persoalan kajian Daripada data
yang diperolehi adalah diharapkan agar penyelidik dapat mengenalpasti pelaksanaan
penilaian pengajaran guru bahasa melayu Islam berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT)
Kebolehpercayaan untuk soal selidik ini berada pada tahap tinggi iaitu nilai Alpha
Cronbach mencatatkan (0.90132). SPSS 20.0 digunakan untuk mencari nilai kekerapan,
peratus dan min. (Mohd Majid, 2005; Pallant, 2010). Jadual 2 menunjukkan bagi nilai
kebolehpercayaan melibatkan komponen perancangan pendokumentasian yang
mencatatkan (0.8927), komponen perancangan aktiviti (0.9075) dan komponen perancangan
pelaksanaan yang mencatatkan (0.9027).
Jadual 2 : Nilai Pekali Kebolehpercayaan Instrumen Soal Selidik
_____________________________________________________________
Pembolehubah Nilai Alpha Cronbach
_____________________________________________________________
Perancangan Penilaian 0.7727
Kandungan Penilaian 0.8905
Proses Penilaian 0.8020
_____________________________________________________________
Skala Likert lima mata digunakan dalam kajian ini. Kaedah skor yang digunakan ialah
Sangat Tidak Setuju (STS) dengan skor 1 mata, Tidak Setuju (TS) dengan skor 2 mata,
Kurang Pasti (KP) dengan skor 3 mata, Setuju (S) dengan skor 4 mata dan Sangat Setuju
(SS) dengan skor 5 mata. Data yang diperolehi ini di analisis mengunakan statistik deskriptif
yang melibatkan kekerapan, peratusan dan min
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 787
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Analisis Kajian
Data telah di ringkaskan dan di analisis berdasarkan jadual 3 berdasarkan analisis frekuensi
dan peratus untuk jantina, umur, taraf pendidikan, pengalaman mengajar berdasarkan guru
Bahasa Melayu dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
Jadual 3 : Analisis frekuensi dan peratus untuk jantina, taraf pendidikan,
pengalaman mengajar berdasarkan guru bahasa melayu
_________________________________________________________________________
Pemboleh Ubah Frekuensi Peratus
_________________________________________________________________________
Jantina
1)Lelaki 146 36.31
2) Perempuan 256 63.69
Taraf Pendidikan
2) Diploma 155 38.55
3) Sarjana Muda 193 48.00
4) Sarjana 54 13.45
Pengalaman Mengajar
1) Kurang 3 tahun 113 28.10
2) 4- 10 tahun 142 35.32
3) 10 tahun ke atas 147 36.58
_________________________________________________________________________
Berdasarkan jadual ini, taburan jantina bagi guru yang terlibat dalam kajian ini adalah
terdiri daripada 146 lelaki dan 256 perempuan. Ini menunjukkan kebanyakan guru yang
terlibat adalah guru perempuan yang sememangnya mendominasi perjawatan di dalam
bidang perguruan ini. Guru-guru ini adalah berkemampuan dan bersifat produktif di dalam
menyumbang kepada perancangan penilaian yang berkesan dan berteraskan KBAT. Bagi
kategori taraf pendidikan, di dapati ramai guru yang berada pada tahun diploma dan sedang
melanjutkan pengajian bagi peringkat ijazah, ini membuktikan guru mempunyai komitmen
meningkatkan pengetahuan berkaitan pendekatan pengajaran yang berkesan dan ini
merupakan salah satu daripada elemen di dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) iaitu guru berpengetahuan. Bagi kategori taraf pendidikan ini, di dapati guru yang
mempunyai diploma adalah seramai 155 orang, di ikuti Ijazah sarjana muda seramai 193
orang dan peringkat sarjana seramai 54 orang.
Untuk kategori pengalaman mengajar di dapati guru yang terlibat dalam kajian ini
adalah terdiri daripada guru yang mempunyai pengalaman mengajar melebihi 10 tahun iaitu
seramai 147 orang dan ini mengambarkan tidak akan wujud permasalahan dalam
pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ini disebabkan mempunyai asas
pengajaran yang mampu dalam mempelbagaikan kaedah yang dapat menarik perhatian
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 788
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pelajar. Bagi kategori pengalaman mengajar ini, guru yang kurang daripada 3 tahun adalah
seramai 113 orang dan 4 hingga 10 tahun seramai 142 orang.
DAPATAN KAJIAN
Huraian berdasarkan analisis deskriptif iaitu min serta gambaran setiap item kajian.
Jadual 4 : Dapatan Keseluruhan Kajian
_________________________________________________________________________
Pernyataan Purata Min Tahap
_________________________________________________________________________
1. Pengaplikasian KBAT pada perancangan 3.93 Sederhana
Penilaian Tinggi
2. Pengaplikasian KBAT pada kandungan 3.95 Sederhana
penilaian Tinggi
3. Pengaplikasian KBAT pada proses 3.65 Sederhana
penilaian Tinggi
Purata 3.84 Tinggi
_________________________________________________________________________
PERBINCANGAN
Perbincangan berkaitan hasil dapatan kajian adalah berdasarkan komponen penilaian
pengajaran yang terdiri daripada perancangan penilaian, kandungan penilaian dan proses
penilaian.
Dapatan kajian perancangan penilaian
Pengkaji mendapati pengaplikasian KBAT dalam mata pelajaran bahasa melayu di kalangan
guru-guru di pada perancangan penilaian berada pada tahap sederhana tinggi dengan purata
min (3.93). Berdasarkan dapatan kajian bagi item yang mencatatkan peratusan min yang
tertinggi adalah guru sentiasa menetapkan menulis perancangan di dalam rancangan
pengajaran harian (RPH) berdasarkan analisis yang dilakukan terhadap tajuk yang telah di
ajarkan sebelum. Ini membuktikan guru sentiasa mengambil berat elemen perancangan yang
akan ditetapkan seharusnya berdasarkan tahap keupayaan pelajar yang di dapati daripada
pencapaian pembelajaran sebelumnya. Walau bagaimana pun, item berkaitan konsisten
amalan pendokumentasian dilaksanakan secara mingguan telah mencatatkan nilai min yang
rendah. Ini disebabkan kekangan masa di kalangan guru yang terlibat dengan pelbagai aktiviti
terutamanya pada awal tahun. Kebiasaan guru mendokumentasi segala perkara berkaitan
PdP adalah berdasarkan keadaan dan kesesuian masa. Untuk itu, penambahbaikan yang
perlu dijalankan adalah berkaitan guru berinteraksi dengan pelajar berkaitan
mendokumentasikan pendekatan PdP yang digunakan dalam pengajaran. Keadaan ini
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 789
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
disumbangkan peruntukan masa yang terhad, maka harus dipastikan segala aktiviti yang
perlu dilaksanakan adalah mampu dilaksanakan. Dari segi keseluruhannya, kajian ini
mendapati wujud pengamalan yang sederhana tinggi di dalam amalan perancangan penilaian
di kalangan guru bahasa melayu.
Dapatan Kandungan Penilaian
Guru-guru mengaplikasikan KBAT pada peringkat kandungan penilaian berada pada tahap
yang sederhana tinggi dengan purata min (3.95). Berdasarkan dapatan kajian bagaimana
menghasilkan aktiviti yang mencatatkan peratusan min yang tertinggi adalah guru merancang
kandungan aktiviti menerusi kefahaman pelajar dengan tertakluk kepada sukatan yang telah
ditetapkan. Ini membuktikan guru menggunakan objektif yang jelas untuk melaksanakan
kandungan untuk meningkatkan keupayaan pelajar melalui aktiviti seperti kerja kumpulan,
kajian mata pelajaran dan kemahiran menganalisis sesuatu topik yang di ajar. Kajian ini
menghasilkan dapatan yang mengesahkan kandungan aktiviti yang teliti dan jelas
berkeupayaan untuk di aplikasikan elemen (KBAT) oleh guru bahasa melayu di dalam PdP.
Namun penambahbaikan yang perlu dijalankan adalah berkaitan guru memberi masa kepada
pelajar untuk memahami falsafah disebalik aktiviti yang ditetapkan, ini pendekatan yang sukar
dilaksanakan kerana tahap kemampuan memahami konsep sesuatu aktiviti berada pada
tahap rendah dan memerlukan bimbingan yang berterusan oleh guru di dalam memastikan
pelajar memahami apa tujuan sesuatu tajuk itu di sampaikan.
Dapatan Proses Penilaian
Guru-guru mengaplikasikan KBAT pada peringkat proses penilaian berada pada tahap yang
sederhana dengan purata min (3.65). Berdasarkan dapatan kajian bagi proses penilaian ini
mencatatkan peratusan min yang tertinggi adalah guru melakukan pelaksanaan berkaitan apa
yang telah dirancang menerusi kefahaman yang jelas perkaitan dengan tajuk yang akan di ajar.
Ini membuktikan guru memberi kebebasan kepada pelajar untuk melakukan pengaplikasian
dan pelaksanaan berdasarkan tahap kefahaman, keupayaan dan kemampuan pelajar. Namun
sebahagian proses proses pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi yang berpusatkan
pelajar, sewajarnya pelajar didedahkan dengan gambaran keseluruhan bagaimana proses PdP
KBAT dapat dilaksanakan. Untuk itu, kefahaman guru bahasa melayu di dalam melaksanakan
proses penilaian PdP (KBAT)perlu dijadikan sebagai suatu amalan yang konsisten.
Namun menerusi kajian ini mendapati, masih terdapat guru pelaksanaan proses
penilaian hanya bertujuan untuk peperiksaan sahaja bukannya untuk penguasaan ilmu kerana
guru terikat dengan sukatan yang ditetapkan. Selain itu perancangan pelaksanaan adalah
berdasarkan keupayaan pelajar yang memerlukan pertimbangan yang menyeluruh dari aspek
pengetahuan, matlamat dan kaedah melaksanakannya. Untuk keseluruhannya menerusi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 790
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
tinjauan awal ini mendapati pengamalan yang dikategorikan sederhana di dalam proses
penilaian (KBAT) dikalangan guru bahasa
Dapatan Keseluruhan
Dapatan keseluruhan menunjukkan penerapan perancangan KBAT sememangnya berlaku di
dalam pelaksanaan pengajaran guru bahasa melayu namun beberapa penambahbaikan perlu
dilakukan seperti keperluan menetapkan proses interaksi pelajar sesama pelajar bagi
mendapatkan input apa perancangan yang diperlukan. Selain itu, keperluan mengadakan sesi
perbincangan di kalangan pelajar dan guru dengan bersumberkan ketetapan objektif seperti
yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Bagi analisis keseluruhan bagi hasil
dapatan kajian menujukkan beberapa penambahbaikan di peringkat perancangan penilaian,
aktiviti dan pelaksanaan hendaklah menekankan kepada aspek-aspek yang berikut iaitu asas
penilaian perlu menitikberatkan penghasilan daripada proses PdP KBAT secara berterusan
dan ianya harus meliputi keseluruhan pengajaran.
Kajian ini juga merumuskan kepelbagaian penilaian berteraskan aktiviti-aktiviti yang
dijalankan hendaklah berteraskan objektif pengajaran dan elemen penyoalan. Pendekatan ini
memerlukan peningkatan serta dipelbagaikan agar proses pelaksanaan KBAT dapat
diterapkan secara sepenuhnya. Semua persolan yang dilaksanakan semasa penilaian
pengajaran ini merupakan asas permulaan kepada kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
seiring dengan dapatan yang diperolehi.
Untuk rumusan keseluruhan daripada dapatan kajian ini dapat mengukuhkan dan
memantapkan isi kandungan pengajaran guru di dalam pelaksanaan penilaian pengajaran
KBAT dalam mata pelajaran bahasa melayu dan menfokuskan kepada terma-terma penting
di dalam elemen pemikiran aras tinggi (KBAT) serta beberapa persoalan-persoalan baru
dalam memantapkan kefahaman pelajar tentang kepentingan memahami, menganalisis dan
menghayati amalan di dalam kehidupan seharian.
RUJUKAN
Amabile , Hennessey, B. A, and, T. M. (2010). Creativity. Annual Review of Psychology ; 61,
569-598.
Boaler, J. (2008). Promoting ‘Relational Equity’ and High Mathematics Achievement Through
an Innovative Mixed Ability Approach. British Educational Research Journal. 34 (2), 167-
194
Brookhart, S. (2010), How to Assess Higher Order Thinking Skills in Your Classroom, ASCD
Caroline@Lorena David dan Abdul Said Ambotang (2014). Profesionalisme guru novis dalam
pengurusan pengetahuan, kesediaan mengajar dan kemahiran berfikir aras tinggi
terhadap pelaksanaan pengajaran di sekolah. Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 791
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Cohen, J. Lawrence Manion and Keith Marrison (2007). Research Method in Educatio. London
; Routledge, Francais and Taylor Group
Creswell, J. W. (2009). Educational research: Planning, conducting, and evaluating
quanitative and qualitative research. Upper Saddle River, New Jersey: Pearson
Education, Inc.
J. Pallant. (2010). SPSS Survival Manual A Step by Step Guide to Data Analysis using SPSS
rd
for Windows ,4 Edition, Crows West , New South Wales.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014), Buku dasar elemen kemahiran berfikir aras tinggi
(Kurikulum). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014), Buku dasar elemen kemahiran berfikir aras tinggi
(Pedagogi). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014), Buku dasar elemen kemahiran berfikir aras tinggi
(Pentaksiran). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Khairiah Binti Razali, (2013). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pendidikan Islam. Batu
Pahat. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Khalid, T. (2010). An Integrated Inquiry Activity in an Elementary Teaching Methods
Classroom. Science Activities: Classroom Projects and Curriculum Ideas.
Krejcic, R.V & Morgan, D.W. (1970). Determining sample saiz for research activities,
education and psychogical measurement, 30 : 608-619.
Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Partnership for 21st Century Skills. (2010). Beyond the Three Rs: Voter Attitudes Toward 21st
Century Skills. Tucson, AZ.
Rajendran, Nagappan. (2001). Teaching higher-order thinking skills in language classrooms:
The need for transformation of teaching practice. Paper presented at the 9thInternational
Conference on Thinking, Auckland, New Zealand.
Rosnani Hashim. (2012). Rethinking Islamic Education in Facing the Challenges of the
Twenty-first Century. American Journal of Islamic Social Sciences, 22(4): 133-147.
Saavedra, A. & Opfer, V. (2012). Learning 21st-century skills requires 21st-century teaching.
Phi Delta Kappan, 94(2), 8-13.
Sidek Baba. (2010). Kehidupan Sejahtera Terbina Atas Pendidikan Bersepadu. Pendidik
Bilangan 73.
Siti Marlina Binti Sabran. (2013). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar tingkatan lima
dalam penyelesaian matematik. Johor Bharu : Universiti Teknologi Malaysia.
Shaharom Bin Noordin & Nur Laili Binti Lockman. (2008). Tahap Penguasaan Kemahiran
Meramal Dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah Dalam Kalangan Pelajar
Pendidikan Kimia. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Sukiman Saad, Noor Shah Saad, Mohd Uzi Dollah. (2013) : Pengajaran kemahiran berfikir :
persepsi dan amalan guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah : Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, Tanjung Malim ; Universiti
Pendidikan Sultan Idris..
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 792
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Zainudin Hassan, Hamdan Said, Jamilah Omar, Haslita Hassan. (2005). Pengaplikasian
kemahiran berfikir dalam pengajaran kemahiran hidup bersepadu di sekolah menengah
daerah kota bahru, Kelantan. Johor Bharu : Universiti Teknologi Malaysia.
Zuraidah Binti Ramdzan@Ramban. (2013). Kesediaan, amalan dan strategi pengajaran
pendidikan Islam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun Satu (KSSR). Johor
Bharu. Universiti Teknologi Malaysia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 793
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH BERCERITA
SECARA DIGITAL SEMASA PDPR
Faridah Mohd Sopah, Yee Bee Choo, Salbihana Samsudin,
Halif Md Salleh dan Vijayan A/L Pariasamy
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat
[email protected]
ABSTRAK
Bercerita merupakan satu bentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dapat
menimbulkan minat belajar dalam kalangan murid. Kajian ini akan meninjau sejauhmana
guru-guru dapat menggunakan pelbagai kaedah bercerita secara digital untuk melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Kajian ini merupakan kajian tinjauan
bertujuan untuk melihat aspek pengetahuan, kemahiran, persepsi, dan kekangan pendekatan
bercerita secara digital yang digunakan oleh guru dalam menyampaikan maklumat dan fakta
kepada murid dalam mata pelajaran yang diajar. Sampel kajian melibatkan 30 orang guru
dari dua buah sekolah rendah di daerah Batu Pahat yang terlibat dengan kajian rintis.
Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang diedarkan melalui Google Form. Data
dianalisis secara statistik deskriptif berbantukan perisian Statistical Package for Social
Sciences (SPSS) Versi 26. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru dari aspek
kekerapan penggunaan kaedah bercerita secara digital adalah rendah (m=2.20) dan tahap
kemahiran guru adalah sederhana tinggi (m=3.12). Oleh itu, guru sebagai perancang dan
pelaksana PdP merupakan individu yang perlu dipastikan mempunyai kesediaan dalam
pelaksanaan sesuatu kaedah pengajaran. Kesediaan guru merupakan salah satu elemen
penting serta dapat memainkan peranan untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dalam
suasana dan kaedah pembelajaran yang baharu semasa PdPR.
Kata kunci : bercerita, digital, PdPR, pengetahuan, persepsi, kemahiran, kekangan
PENGENALAN
Sistem pendidikan merupakan salah satu sektor yang menerima kesan yang besar apabila
dunia berhadapan dengan situasi norma baharu akibat pendamik Covid-19. Sebagaimana
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah terpaksa ditutup
namun proses pengajaran dan pembelajaran perlu terus dilaksanakan. Justeru satu platform
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 794
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
yang dapat memberi peluang murid terus menjalani proses pembelajaran adalah melalui
pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). PdPR boleh dilaksanakan
dalam talian dan/atau luar talian secara berstruktur dan terancang (KPM, 2021).
Walaupun guru dan murid tidak dapat bersemuka dan PdP dilaksanakan atas talian,
guru perlu memastikan pelaksanaannya dapat membantu murid menguasai pengetahuan dan
kemahiran yang telah ditetapkan di dalam DSKP. Berdasarkan surat siaran KPM Bil 14 Tahun
2018, pelaksanaan PBD melalui aktiviti pembelajaran boleh dilaksanakan dengan pelbagai
kaedah yang berasaskan kepada tiga aspek iaitu i) pembelajaran yang menyeronokkan,
ii) pembentukan karektor murid dan iii) bersesuaian dengan perkembangan dan usia
murid perkembangan dan usia murid. Antara kaedah yang dicadangkan adalah kaedah
bercerita, projek mudah, kuiz, permainan dan main peranan (BPK, KPM 2019).
Di dalam pendidikan, kaedah bercerita merupakan salah satu kaedah pengajaran
dan pembelajaran secara aktif yang melibatkan penyertaan murid dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran tersebut (Abdul Jamir et al., 2012). Disokong dengan cerita yang
disampaikan guru dan penggunaan alat bantu mengajar seperti LCD, interaktif Power Point
dan audio video membantu para murid untuk mengingati fakta-fakta yang diberi.
SOROTAN KAJIAN
Pengajaran dan pembelajaran yang lebih berbentuk tradisional seperti kuliah, ceramah
dan syarahan turut menyumbang kepada penurunan motivasi dan minat murid terhadap
sesuatu mata pelajaran (Abdul Jamir et al., 2012). Justeru kaedah bercerita seperti yang
disarankan oleh Keller (2010) dicadangkan dalam pelaksanaan PdP kerana ia dapat
menaikkan naluri ingin tahu murid, meningkatkan perhatian (attention) selanjutnya
mendorong motivasi mereka untuk terus bersama-sama dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut sehingga tamat.
Terdapat model teknik bercerita oleh Freytag (1900) iaitu model Piramid Freytag yang
banyak digunakan di dalam konteks barat. Seterusnya, Mishra dan Koehler’s (2006)
mengutarakan model Teknologi, Pedagogi dan Pengetahuan Kandungan (TPACK) yang
digunakan untuk pelaksanaan kaedah bercerita secara digital. Model ini sesuai untuk pelajar
dalam PdP biasa di mana di melibatkan proses pelaksanaan PdP dalam bilik darjah. Menurut
McLellan (2006), teknik bercerita secara digital pula merupakan satu kesenian dan karya
tentang penerokaan pelbagai aplikasi media dan perisian menggunakan media digital untuk
menyampaikan cerita dalam bentuk baharu dengan cara yang berkesan.
Setelah kemunculan dunia teknologi, kaedah bercerita kini boleh disampaikan dalam
pelbagai medium. Cerita yang disampaikan guru disokong dengan penggunaan alat bantu
mengajar seperti LCD, interaktif Power Point dan audio video membantu para murid untuk
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 795
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mengingati fakta-fakta yang diberi. Sohaimi (2005) mendapati dalam kajiannya bahawa
bahan-bahan bantu mengajar yang menggunakan digital interaktif dapat meningkatkan
peratus penguasaan kemahiran-kemahiran yang hendak dinilai terhadap murid-murid
prasekolah.
Oleh kerana kajian ini melibatkan suatu amalan baharu iaitu kaedah bercerita secara
digital dalam tempoh PdPR, kesediaan di pihak guru perlu diberi perhatian dalam usaha
mengenalpasti tindakan yang dapat mengoptimumkan pelaksanaan kaedah pengajaran yang
disarankan. Tambahan pula, senario sedia ada mendapati guru kurang berkeyakinan untuk
menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah (Siti
Marzhiah 2013). Mereka mungkin mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
menggunakan teknologi tetapi menghadapi kesukaran untuk menerapkannya dalam amalan
pedagogi. Sebagai usaha mendepani isu yang timbul kesan daripada pengajaran tidak
bersemuka dalam era pandemik, maka kajian ini berfokus kepada kesediaan guru
melaksanakan PdP dengan pendekatan bercerita secara digital dalam PdPR.
TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesediaan guru melaksanakan PdP dengan
pendekatan bercerita secara digital dalam pelaksanaan PdPR.
Objektif kajian ini dapat dinyatakan seperti berikut :
3.1 Mengenal pasti tahap kekerapan, kemahiran, persepsi dan kekangan penggunaan
kaedah bercerita secara digital dalam pelaksanaan PdPR dalam kalangan guru.
3.2 Mengenal pasti kaedah bercerita secara digital yang kerap digunakan oleh guru
dalam melaksanakan PdPR.
METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang melibatkan 30 orang guru daripada dua buah
sekolah rendah di daerah Batu Pahat, Johor. Kajian ini mengkaji faktor kesediaan daripada
aspek pengetahuan, kemahiran, persepsi dan kekangan guru-guru dalam pelaksanaan PdP
dengan pendekatan bercerita secara digital dalam PdPR. Instrumen kajian merupakan soal
selidik dengan 3 bahagian iaitu Bahagian A (demografi), Bahagian B (kekerapan penggunaan
kaedah bercerita) dan Bahagaian C (kesediaan). Bahagian C melibatkan soal selidik dengan
4 dan 5 skala Likert yang melibatkan komponen pengetahuan, kemahiran, persepsi dan
kekangan merujuk kepada pelaksanaan PdP dengan kaedah bercerita secara digital dalam
PdPR. Daripada ujian rintis yang dijalankan didapati alpha Cronbach’s bagi soal selidik ini
ialah 9.17 hingga 9.84. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 26.0.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 796
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
DAPATAN KAJIAN
Analisis min, bagi penentuan tahap kekerapan penggunaan kaedah bercerita, pengkelasan
tiga skala telah dilakukan iaitu tinggi, sederhana dan rendah (Zainudin Abu Bakar, Meor
Ibrahim Kamaruddin, Megat Aman Zahiri Megat Zakaria dan Mohd Ali Ibrahim, 2007).
Penentuan ini dapat dilihat dalam Jadual 1. Seterusnya bagi tahap kemahiran, persepsi dan
kekangan penggunaan kaedah bercerita menggunakan interpretasi skor min Nunnally dan
Bernstein 1994).
JADUAL 1
Tahap Skor Min Kekerapan Penggunaan Kaedah Bercerita
Skor min Tahap Interpretasi
1.00 – 2.00 rendah / negatif
2.01 – 3.00 sederhana
3.01 – 4.00 tinggi/positif
JADUAL 2
Tahap Skor Min Kemahiran, Persepsi dan Kekangan Penggunaan Kaedah Bercerita
Skor min Tahap Interpretasi
1.00 – 2.00 rendah / negatif
2.01 – 3.00 sederhana rendah
3.01 – 4.00 sederhana tinggi
4.01 - 5.00 tinggi/positif
(Nunnally dan Bernstein 1994)
Tahap kekerapan, kemahiran, persepsi dan kekangan penggunaan kaedah
bercerita
JADUAL 3
Tahap Kemahiran, Persepsi dan Kekangan Penggunaan Kaedah Bercerita
Pemboleh ubah Min Tahap
Kekerapan 2.20 Sederhana
Kemahiran 3.12 sederhana tinggi
Persepsi 3.75 sederhana tinggi
Kekangan 3.61 sederhana tinggi
Jadual 3, menunjukkan tahap kekerapan penggunaan kaedah bercerita secara digital dalam
kalangan guru menunjukkan pada tahap sederhana (min=2.20), tahap kemahiran guru pada
tahap sederhana tinggi (min=3.12), tahap persepsi sederhana tinggi (min=3.75) dan tahap
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 797
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kekangan sederhana tinggi (min=3.61). Ini menunjukkan tahap penggunaan kaedah bercerita
secara digital dalam kalangan guru adalah pada tahap yang sederhana tinggi, manakala dari
aspek penggunaan kaedah bercerita adalah rendah.
Mengenal pasti kaedah bercerita secara digital yang kerap digunakan oleh guru dalam
melaksanakan PdPR.
JADUAL 4
Kaedah Bercerita Secara Digital Yang Kerap Digunakan oleh Guru
ITEM 1 % 2 % 3 % 4 %
(tidak (jarang) (kadang- (Selalu)
pernah) kala)
Bercerita secara 6 18.2 6 18.2 18 54.5 3 9.1
langsung (verbal)
melalui Google
Meet
Bercerita dengan 11 33.3 11 33.3 10 30.3 1 3.0
membaca buku
cerita melalui
Google Meet
Bercerita dengan 11 33.3 9 27.3 12 3.4 1 3.0
menggunakan
PowerPoint melalui
Google Meet
Melalui pautan 19 57.6 4 12.1 6 18.2 4 12.1
YouTube (ciptaan
sendiri)
Melalui pautan 5 15.2 5 15.2 16 48.5 7 21.2
YouTube (sedia
ada / dikongsi oleh
guru lain)
Melalui video (MP4 23 69.7 3 9.1 5 15.2 2 6.1
– ciptaan sendiri)
Melalui video (MP4 10 30.3 9 27.3 10 30.3 4 12.1
– sedia ada
/ dikongsi oleh guru
lain)
Melalui rakaman 11 33.3 6 18.2 11 33.3 5 15.2
suara (audio -
ciptaan sendiri)
Melalui rakaman 9 27.3 10 30.3 11 33.3 3 9.1
suara (audio -
sedia ada /
dikongsi oleh guru
lain
Melalui PowerPoint 9 27.3 8 24.2 11 33.3 5 15.2
(sedia ada /
dikongsi oleh guru
lain)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 798
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 4, menunjukkan jenis kaedah bercerita yang digunakan oleh guru dalam PdP, antara
respon yang tertinggi iaitu pada tahap kadang-kala iaitu bercerita secara langung dalam
Google Meet (GC) (n=18, 54.5%) dan menggunakan Melalui pautan YouTube (sedia
ada/dikongsi oleh guru lain (n=16, 48.5%). Bagi aspek yang selalu digunakan oleh guru ialah
melalui pautan YouTube (sedia ada/dikongsi oleh guru lain (n=7, 21.2%), melalui rakaman
suara (audio - ciptaan sendiri) (n=5, 15.2%) dan melalui PowerPoint (sedia ada / dikongsi oleh
guru lain) (n=5, 15.2%). Oleh itu, dapatan kajian menunjukkan masih ramai dalam kalangan
guru yang tidak menggunakan kaedah bercerita sebagai satu kaedah dalam PdP mereka
semasa PdPR.
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Dapatan kajian dibincangkan berdasarkan objektif kajian pertama iaitu melihat kepada tahap
pengetahuan dari aspek kekerapan dan kemahiran penggunaaan kaedah bercerita secara
digital, melihat dari aspek persepsi guru dan kekangan yang dihadapi dalam perlaksanaan
kaedah bercerita. Melalui kajian lepas menunjukkan pendekatan bercerita dapat memberikan
kesan yang positif dalam proses PdP kepada murid-murid. Terdapat banyak kajian yang
menunjukkan tentang keberkesanan kaedah bercerita dalam meningkatkan motivasi, minat
dan pencapaian murid di sekolah. Antaranya, kajian Su (2009) mendapati penggunaan
kaedah bercerita dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dalam ujian Pendidikan Moral.
Ini kerana kaedah bercerita dapat membina suasana pembelajaran yang riang, gembira dan
kondusif. Kajian oleh Perger (2011) yang juga menggunakan kaedah bercerita dalam
mata pelajaran Matematik khususnya dalam kemahiran berfikir menyelesaikan
permasalahan dalam Matematik. Kajian oleh Loi (2012) mendapati bahawa kaedah bercerita
dalam pembelajaran Sains dapat meningkatkan kefahaman murid tentang Sains tahun 5.
Guru sebagai perancang dan pelaksana PdP merupakan individu yang perlu
dipastikan mempunyai kesediaan dalam pelaksanaan sesuatu kaedah pengajaran semasa
PdPR. Rungutan daripada pelbagai pihak menunding jari ke arah guru yang dikatakan tahap
kesediaan guru melaksanakan PdPR tidak memuaskan. Dapatan kajian lepas menunjukkan
kurangnya kemahiran menggunakan TMK dalam kalangan guru. Masalah yang dihadapi ialah
guru kurang bekemahiran menggunakan elemen grafik seperti gambar, video, memasukkan
teks dan menghasilkan persembahan slaid dalam perisian TMK bagi tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Masalah sebegini adalah kerana disebabkan guru kurang berkemahiran
menggunakan perisian TMK dan kesannya mereka tidak mampu untuk menghasilkan bahan
bantu belajar berasaskan TMK (Johari et al., 2014)
Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan
kemahiran masih pada tahap sederhana. Guru merupakan tulang belakang dalam usaha
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 799
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
melahirkan modal insan yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, kreatif, inovatif dan
berdaya saing. Untuk menjadi seorang guru yang proaktif, guru perlu bersedia dari segi mental
dan fizikal untuk menempuh sebarang kebarangkalian perubahan. Guru juga perlu
menyesuaikan diri mereka dengan pendekatan serta kaedah penyampaian ilmu yang
berkesan serta mesra pelajar, sesuai dengan kaedah semasa ( Hasliza Hashim et al 2016).
Tidak dapat dinafikan perubahan cara pembelajaran di rumah merupakan satu
perubahan yang sangat besar dalam dunia pendidikan kerana semua pihak perlu
menyesuaikan diri dalam suasana dan kaedah pembelajaran yang baharu. Justeru itu, pihak
KPM haruslah menyediakan latihan dan kepakaran dalam penyediaan bahan bantu
pengajaran yang lebih interaktif bagi meningkatkan kecekapan guru menguruskan aktiviti
PdPR untuk mencapai hasil pembelajaran yang optimum. Dapatan kajian daripada respon
terbuka guru menyatakan keperluan untuk “disebarluaskan penggunaan bercerita digital pada
umum dengan penggunaan yang user-friendly multi link” dan “menyediakan latihan dan
kursus khas kepada guru-guru”.
Selain itu, kaedah becerita merupakan salah satu kaedah yang berada dalam
tugasan pembelajaran yang boleh memberi kesan kepada persediaan afektif pelajar
dan hasil afektif pembelajaran pelajar dan minat terhadap pengajaran dan
pembelajaran guru. Menurut Green (2004), cerita mempunyai beberapa peranan di
dalam bilik darjah, termasuk menaikkan minat murid, membantu perjalanan kuliah
(pengajaran), menjadikan bahan bermakna, mengatasi halangan dan rasa cemas pelajar,
dan juga membina hubungan yang baik antara guru dengan pelajar dan pelajar sesama
pelajar.
Menurut McLellan (2006), teknik bercerita secara digital pula merupakan satu
kesenian dan karya tentang penerokaan pelbagai aplikasi media dan perisian menggunakan
media digital untuk menyampaikan cerita dalam bentuk baharu dengan cara yang berkesan.
Dari aspek kekerapan penggunaan kaedah bercerita secara digital menunjukkan masih pada
tahap yang rendah iaitu kebanyakan guru kurang atau jarang menggunakannya dalam PdPR.
Antara alasan yang dikemukakan oleh guru melalui respon terbuka ialah capaian internet yang
rendah melemahkan semangat pendidik untuk berkarya, peranti yang bermasalah,
penyertaan murid dan data internet yang tidak mencukupi. Keadaan ini berkait dengan
kekangan masa dalam penyediaan bahan menyebabkan mereka lebih gemar berkongsi
bahan PdP yang telah sedia sama ada dalam bentuk PowerPoint atau YouTube. Selain itu,
faktor kekakangan masa, kurangnya sumber bahan bercerita secara digital, masalah internet,
dan kemahiran dalam penghasilan bahan menyebabkan guru kurang menggunakan kaedah
bercerita sebagai medium utama dalam perlaksanaan PdPR.
Kesimpulannya, peredaran perubahan kurikulum ke arah era Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dalam perlaksanaan PdPR memberi gambaran tentang cabaran yang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 800
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dihadapi oleh guru semasa pendemik Covid-19. Berkait dengan pelaksanaan kaedah
bercerita secara digital boleh dibuat penambahbaikan dalam proses PdP sebagai satu
peningkatan profesion guru dalam mempelbagaikan kaedah PdP yang menyeronokkan dan
bermakna. Oleh itu, kreativiti guru perlu dilihat secara menyeluruh agar dapat memberikan
kesan aktiviti pembelajaran yang terbaik dalam kalangan murid.
RUJUKAN
Abdul Jamir Md Saad, Ab. Halim Tamuri, & A'dawiyah Ismail. (2012). Pembelajaran aktif
dalam pengajaran dan pembelajaran berkesan Pendidikan Islam. Pembentangan
dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012 di Seremban, Malaysia.
Freytag G. (1900). Freytag’s technique of the drama: an exposition of dramatic composition
and art 3rd ed. Chicago (IL). Scott, Foresman and Company
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan:
Amalan dan Analisis Kajian. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Green, M. C. (2004). Transportation into narrative worlds: The role of prior knowledge and
perceived realism. Discourse processes, 38(2), 247-266.
Hasliza Hashim, Siti Munira Mohd Nasri & Zarina Mustafa. (2016). Cabaran Yang Dihadapi
Oleh Guru Dalam Pelaksanaan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog Di Bilik Darjah.
Asia Pacific Journal of Educators and Education, 31 ( 115–129).
Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim & Rohaya Abu Hassan. (2014). Tahap Amalan dan
Pengintegrasian ICT dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Sains. Sains
Humanika 2(4) : 13-18.
Keller, J. M. (2010). Motivational design for learning and performance: The ARCS model
approach. New York, NY: Springer.
Kementerian Pendidian Malaysia. (2021). Manual Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah
Versi 2. Purajaya.
Mishra, P., & Koehler, M. J. (2006). Technological Pedagogical Content Knowledge: A new
framework for teacher knowledge. Teachers College Record 108 (6), 1017-1054.
McLellan, H. (2006). Digital storytelling in higher education. Journal of Computing in Higher
Education, 19(1), 65-79. [17] Meadow, D. (2003). Digital storytelling: Research-based
Siti Mardziah Aziz (2013). Kesediaan Guru Sekolah Menengah Agama Terhadap
Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. Johor.
Su, C. H. (2009). Perbandingan Penggunaan Kaedah Bercerita Dan Kaedah Konvensional
Terhadap Minat, Motivasi Dan Pencapaian Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan
Cina Dalam Pendidikan Moral. (Tesis yang tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang).
Sohaimi Abdul Azizi (2005). Kaedah Bercerita Dan Perbincangan Buku Dalam Pengajaran
Dan Pembelajaran Kemahiran Kecerdasan Emosi.(Tesis yang tidak diterbitkan.
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 801
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Zainudin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Megat Aman Zahiri Megat Zakaria dan Mohd
Ali Ibrahim (2007). Kemahiran ICT guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia. Prosiding
Seminar Kebangsaan JPPG.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 802
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN AUGMENTED REALITY: SENI DALAM
PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF TEORI BEBAN KOGNITIF.
Nur Juliana Abdul Majid¹. Ph.D, Anisah Harun², Hasnul Hadi Tengah³,
Marini Mohamed Salihin⁴
IPGK Dato Razali Ismail , Terengganu
[email protected], [email protected], [email protected],
[email protected],
ABSTRAK
Seni Dalam Pendidikan adalah subjek yang menggabungkan tiga mata pelajaran
iaitu Pendidikan Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Kajian gabungan ini
dilaksanakan bagi mempertingkatkan kreativiti dan motivasi dalam mata pelajaran
Sejarah yang mengaplikasikan mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dari
perspektif Teori Beban Kognitif. Pendekatan pembelajaran berasaskan Augmented
Reality dan diperkembangkan berdasarkan prinsip contiguity diaplikasikan dalam
kajian ini. Responden terdiri dari dua orang murid sekolah rendah yang dipilih secara
persampelan rawak. Data dianalisis secara statistik deskriptif, pemerhatian,
temubual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang
belajar dengan pendekatan ini didapati memperoleh hasil kreativiti yang tinggi dan
dapat meningkatkan motivasi dalam kalangan murid terhadap pembelajaran yang
berasaskan Augmented Reality. Pengaplikasian berdasarkan prinsip contiguity
dapat membantu murid meningkatkan pengekalan (retention) pengetahuan dan
penglibatan murid secara aktif semasa aktiviti dijalankan. Kajian ini juga berjaya
membangunkan satu Model AR MotKre. Dapatan kajian juga menunjukkan dengan
pendekatan yang berasaskan teknologi Augmented Reality dapat meningkatkan
keyakinan, fokus, sifat positif, minat yang mendalam dan seronok pada
matapelajaran sejarah. Model yang dibangunkan ini memberi penekanan bahawa
pendekatan berasaskan Augemented Reality mampu meningkatkan motivasi dan
kreativiti dalam kalangan murid sekolah rendah.
Kata Kunci: Augmented Reality, Seni dalam Pendidikan, prinsip contiguity,
TeoriBeban Kognitif
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 803
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Seni Dalam Pendidikan adalah subjek yang menggabungkan tiga mata pelajaran iaitu
Pendidikan Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Seni Dalam Pendidikan juga
mengandungi unsur-unsur yang boleh membantu meningkatkan minat murid-murid dalam
pembelajaran di sekolah di samping memainkan peranan yang penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Zulkifli dan Mohd Jamil (2010), terdapat tiga bidang
utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan.
Pengaplikasian elemen-elemen dalam mata pelajaran ini dapat membantu dalan pengajaran
dan pembelajaran iaitu (i) elemen pergerakan dapat meningkatkan pergerakan aktif pelajar
berfikir dan merasai sesuatu secara langsung, (ii) elemen muzik dapat menzahirkan suasana
yang menyeronokkan dan (iii) elemen seni dapat memperkembangkan sifat kreativiti,
ekspresif dan sifat aktif melalui visual, imaginasi dan daya pemikiran (Zulkifli dan Mohd Jamil,
2010).
Permasalah kajian ini adalah dari aspek pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran
Sejarah di mana didapati murid kurang berminat, sukar dan bosan (Nur Syazwani et al, 2019
dan Yiyi et al, 2020). Oleh hal demikian, perkara ini adalah satu cabaran yang besar kepada
guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah dan ia juga matapelajaran wajib di sekolah. Guru
perlu mengajar secara kreatif dan inovatif dalam mewujudkan peluang interaksi secara antara
guru dan murid, minat murid dan keseronokan dalam matapelajaran ini.
Pengaplikasian Pendekatan Augmented Reality (AR) sebagai medium pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah akan mewujudkan proses pembelajaran yang interaktif,
berpusatkan murid, bersifat terancang dan bersistematik yang dilaksanakan secara real-
time terhadap digital content yang dibuat oleh komputer dengan dunia nyata. Augmented
Reality memperbolehkan pengguna melihat objek secara maya iaitu dua dimensi atau tiga
dimensi yang dipaparkan dalam dunia nyata. Penggunaan AR juga dapat meningkatkan
motivasi belajar murid (Khan, Johnston & Ophoff, 2019). Pendekatan AR menyediakan
pelbagai faedah dalam pendidikan seperti memudahkan kefahaman dalam setiap mata
pelajaran, mengurangkan beban kognitif, meningkatkan motivasi dan minat terhadap mata
pelajaran tersebut, meningkat peluang untuk mengemukakan soalan, peningkatan interaksi
antara murid, peluang baru untuk pembelajaran secara individu, mengkonsepkan abstrak dan
pencapaian yang tinggi (Elmqaddem,2019).
Oleh itu, pengaplikasian pendekatan berasaskan Augmented Reality dalam mata
pelajaran Sejarah diadaptasikan untuk mempertingkatkan kreativiti, motivasi, keyakinan,
fokus, sifat positif, minat yang mendalam dan seronok dalam kalangan murid-murid terhadap
mata pelajaran Sejarah. Mata pelajaran Sejarah akan mengaplikasikan matapelajaran Seni
Dalam Pendidikan dari perspektif Teori Beban Kognitif.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 804
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kajian ini adalah memfokuskan terhadap peningkatan kreativiti dan motivasi dalam
matapelajaran Sejarah yang mengaplikasikan matapelajaran Seni Dalam Pendidikan dari
perspektif Teori Beban Kognitif dengan pendekatan pembelajaran berasaskan Augmented
Reality.
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pendekatan Augmented Reality dengan
mengaplikasikan mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dalam mata pelajaran sejarah dari
perspektif Teori Beban Kognitif
SOROTAN LITERATUR
Teknologi Augmented Reality
Khan, Johnston & Ophoff (2019) menyatakan bahawa penyelidikan mengenai aplikasi AR
dalam pendidikan masih di tahap awal, dan masih wujud kekurangan penelitian mengenai
kesan dan implikasi AR dalam bidang pendidikan. AR berfungsi melalui peranti yang
memfilemkan dunia nyata dan membalikkan objek virtual dalam dunia sebenar, animasi, teks,
data atau suara yang dipaparkan pada skrin komputer, telefon pintar, tablet, alat dengar atau
sistem paparan lain di skrin (Elmqaddem,2019). Sejak augmented reality (AR) semakin
banyak diterapkan dalam pendidikan baru-baru ini, penyiasatan pengalaman pembelajaran
pelajar dengan AR dapat membantu pendidik untuk melaksanakan pembelajaran AR
(Cheng,2017) . Oleh itu, pengaplikasian teknologi Augmented Reality dalam bidang
pendidikan perlu diperluaskan selari dengan era masa kini yang menjurus terhadap
perkembangan pendidikan abad ke 21 yang mementingkan pendidikan berteraskan
kemahiran teknologi.
Prinsip contiguity
Mayer (2009) menyatakan bahawa prinsip contiguity merujuk kepada kedekatan susunan teks
dan imej di skrin di mana ia diletakkan berdekatan antara satu sama lain di tempat atau masa
yang sama. Pembangunan media e-pembalajaran dengan menerapkan prinsip conguity ini
dapat mempercepatkan murid menerima bahan pembelajaran dengan pantas dan mudah.
Murid tidak perlu menggunakan memori (kognitif) apabila teks dan gambar diletakkan
berdekatan dan tidak memerlukan banyak memori untuk mencari maklumat secara visual.
Murid akan lebih mudah menyimpan maklumat secara serentak.
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa prinsip contiguity menekankan pada kedekatan
teks dan gambar sama ada kedekatan ruang atau jarak.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 805
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Teori Beban Kognitif
Teori beban kognitif adalah satu teori yang konvensional dan dikaitkan dengan pembelajaran
secara individu (Sweller,2021). Kirschner et al.2019, menyatakan bahawa teori ini adalah
berhubungkait dengan psikologi pendidikan evolusi dan pengetahuan tentang kognisi
manusia, terutama hubungan antara memori kerja dan memori jangka panjang dan telah
diaplikasikan ntuk menghasilkan pelbagai kesan pengajaran. Oleh itu, teori beban kognitif
adalah sebuah teori rekabentuk intruksi yang berdasarkan pengetahuan kognisi manusia. Ia
adalah sebagai satu panduan atau tatacara dalam teknologi pendidikan yang efektif dan
berkesan terutamanya dalam dunia pendidikan masa kini.
METODOLOGI KAJIAN
Rekabentuk kajian ini adalah kajian gabungan dan dijalankan dengan kaedah kajian kes. Data
dianalisis melalui statistik deskriptif, pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Peserta
kajian terdiri dari dua orang murid sekolah rendah yang dipilih secara persampelan rawak.
Instrumen yang digunakan adalah rubrik seni (Nur Juliana, 2019), senarai semak teori beban
kognitif (Sweller, 1988) dan soalan temubual berstruktur berdasarkan Model ARCS
(Keller,1983) dan Pemikiran Kreatif Torrance-TTCT (Torrance,1969).
Pengumpulan data dijalankan dalam jangka masa 10 hari mengikut proses pada
Model Beban Kognitif (Sweller,1988) dengan mengaplikasikan teknologi Augemented Reality
yang melibatkan prinsip contiguity. Terdapat empat fasa dalam prosedur pelaksanaan kajian
ini iaitu fasa 1 adalah pengumpulan maklumat, fasa 2 iaitu membangunkan teknologi
Augemented Reality, fasa 3 adalah mengaplikasikan teknologi AR dan penghasilan projek
seni dalam pendidikan berdasarkan tajuk dalam mata pelajaran sejarah (dokumentasi) dan
fasa 4 adalah temubual.
DAPATAN KAJIAN
Analisis data deskriptif
Apakah tahap kreativiti peserta kajian (Tinggi, sederhana, rendah) hasil daripada
pendekatan berasaskan Augmented Reality ?
Pengukuran tahap kreativiti peserta kajian adalah berdasarkan tahap tinggi (skor 3),
sederhana (skor 2) dan rendah (skor 1). Jadual 4.1 menunjukkan keputusan kreativiti yang
diukur mengikut rubrik seni (Nur Juliana, 2019). Hasil kajian mendapati peserta satu (PK1)
dan peserta dua (PK2) mencapai tahap kreativiti yang tinggi dengan skor PK1: T (200) dan
PK2: T(150),
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 806
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 4.1
Keputusan tahap kreativiti peserta kajian selepas mengaplikasikan pendekatan
berasaskan Augmented Reality.
PESERTA TAHAP KREATIVITI KESELURUHAN
KAJIAN TINGGI SEDERHANA RENDAH (TAHAP)
PK1 200 0 0 Tinggi
PK2 150 0 0 Tinggi
Pemerhatian
Kajian ini mendapati dua orang peserta telah (i) mencipta sebuah lirik berkaitan dengan
makanan tradisi dan (ii) menyanyikan lirik tersebut sambil membuat persembahan pergerakan
mengikut kreativiti sendiri dan (iii) menghasilkan lukisan mengikut lirik yang dicipta.
Temubual
Bagaimana pendekatan berasaskan Augmented Reality membentuk motivasi dan
meningkatkan kreativiti?
Dapatan hasil temubual berdasarkan rubrik Model ARCS (Keller,1983) dan rubrik
Kreativiti (Torrance,1969) dengan dua peserta kajian mendapati (i) protokol satu: perhatian;
wujudnya minat dan motivasi dalam mempelajari mata pelajaran sejarah, (ii) protokol
dua: relevan; peserta kajian bermotivasi berdasarkan pengalaman apabila paparan imej dapat
dilihat secara real-time, (iii) protokol tiga: keyakinan; keperluan belajar yang terkini iaitu
teknologi AR yang mewujudkan keyakinan dalam diri untuk mencetus idea dan keseronokan
dalam bilik darjah dan (iv) protokol empat: kepuasan; didapati peserta kajian berpuashati
apabila teknologi AR berjaya menarik minat dalam belajar mata pelajaran sejarah,
meningkatkan kreativiti dan motivasi dan lebih fokus sepanjang pengajaran dan
pembelajaran.
Peningkatan kreativiti berlaku pada fasa terakhir dalam proses jangkamasa panjang.
Rajah 4.1 menunjukkan Model AR Mot Kre yang telah dibangunkan oleh penyelidik dengan
menggunakan perisian Blippar dalam komputer peribadi atau desktop (trigger image:
makanan tradisi) dan video (adat perkahwinan) dipaparkan dengan menggunakan telefon
pintar. Maklumat yang dipaparkan pada trigger image adalah makanan tradisi kaum Melayu,
Cina, India, Iban dan Kadazan Dusun yang ditindan dengan video-video adat perkahwinan
kaum-kaum tersebut. Maklumat akan diterima (penerimaan maklumat) iaitu guru akan
menerangkan mengenai tajuk rakyat Malaysia dalam kandungan buku teks. Maklumat yang
diterima akan memasuki dalam ingatan bekerja (memori bekerja) dan kewujudan kreativiti
telah berlaku pada fasa ini. Dapatan kajian menunjukkan kewujudan kreativiti pada tiga aktiviti
iaitu (i) aktiviti 1: penciptaan lirik yang baru dan kreatif (keaslian) berkaitan dengan makanan
tradisi, (ii) aktiviti 2: nyanyian lirik dengan intonasi yang pelbagai (kefasihan) tersebut dan (iii)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 807
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
aktiviti 3: membuat persembahan pergerakan yang unik dan menarik (penjelasan dan
rintangan penamatan pra-matang) dan penghasilan lukisan yang kreatif mengikut lirik yang
dicipta (keabstrakan tajuk).
Ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman murid meningkat apabila berjaya
memahami kandungan isi pembelajaran dengan jelas dalam pendekatan AR dan berlakunya
perubahan pada pencapaian prestasi yang melibatkan sifat-sifat kognitif iaitu keyakinan,
bermotivasi, kreatif dan keseronokan dalam mempelajari mata pelajaran sejarah yang
menerapkan mata pelajaran seni dalam pendidikan pada subjek tersebut.
Sepanjang proses penerimaan maklumat, memori bekerja dan memori jangka masa
panjang, proses contiguty (i) melibatkan gambar dan penjelasannya diletakkan secara rapat
(tindanan trigger image dan video) dan dapatan kajian menunjukkan murid menerima
maklumat baru dengan jelas dan mudah, (ii) bebanan memori yang digunakan dapat
dikurangkan apabila minat dan keseronokan belajar mata pelajaran sejarah meningkat dan
(iii) penggunaan memori dapat dipertingkatkan untuk prinsip belajar melalui penciptaan lirik
baru, nyanyian dan persembahan dengan menpalikasikan pergerakan secara kreatif.
Rajah 4.1: Model AR MotKre yang dibangunkan oleh penyelidik
Berdasarkan dapatan kajian, ini menunjukkan bahawa murid yang belajar dengan
pendekatan ini didapati (i) memperoleh hasil kreativiti yang tinggi, (ii) dapat meningkatkan
motivasi dalam kalangan murid terhadap pembelajaran yang berasaskan Augmented Reality,
(iii) pengaplikasian berdasarkan prinsip contiguity dapat membantu murid meningkatkan
pengekalan (retention) pengetahuan dan penglibatan murid secara aktif semasa aktiviti
dijalankan, (iv) berjaya membangunkan satu Model AR MotKre dan (v) dapat meningkatkan
keyakinan, fokus, sifat positif, minat yang mendalam dan seronok pada matapelajaran
sejarah. Model yang dibangunkan ini memberi penekanan bahawa pendekatan berasaskan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 808
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Augemented Reality mampu meningkatkan motivasi dan kreativiti dalam kalangan murid
sekolah rendah.
KESIMPULAN KAJIAN
Ini dapat disimpukan bahawa pengaplikasian seni dalam pendidikan dari perspektif teori
beban kognitif dalam mata pelajaran sejarah dengan menggunakan pendekatan
pembelajaran berasaskan Augemented Reality amat berkesan dalam meningkatkan motivasi
dan kreativiti murid di sekolah rendah.
CADANGAN KAJIAN
Secara umumnya, pendekatan yang melibatkan teknologi khususnya teknologi Augemented
Reality akan meningkatkan motivasi dan kreativiti murid sekolah rendah dalam mata pelajaran
sejarah yang mengaplikasikan seni dalam pendidikan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran.
Oleh itu beberapa cadangan kajian dicadangkan:
1. Kajian di mana model ini (Model AR MotKre) diaplikasikan dalam mata pelajaran
matematik, sains dan bahasa.
2. Kajian berbentuk eksperimen bagi melihat kesan penggunaan teknologi Augemented
Reality, di mana satu kumpulan mengaplikasikan teknologi AR dan kumpulan dua
yang tidak mengaplikasikan teknologi AR.
RUJUKAN
Almodovar, M. (2018), integrating music, drama, and the visual arts in the early childhood
curriculum: a study of early childhood. Dicapai dari
https://scholarworks.umass.edu/open_access_dissertations/195
Dunleavy, M., & Dede, C. (2014). Augmented reality teaching and learning. Handbook of
research on educational communications and technology, 735-745.
Elmqaddem, N. (2019). Augmented reality and virtual reality in education. Myth or
reality?. International journal of emerging technologies in learning, 14(3).
Jenson, K. (2018). Early childhood: Learning through visual art. He Kupu, 5 (3), 75-82.
Keller, J. M. (1983). Motivational design of instruction. In C. M. Reigeluth (Ed.), Instructional
design theories and models: An overview of their current status. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Khan, T., Johnston, K., & Ophoff, J. (2019). The impact of an augmented reality application
on learning motivation of students. Advances in Human-Computer Interaction. 2019.
https://doi.org/10.1155/2019/7208494
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 809
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kirschner, P. A., Sweller, J., Kirschner, F., & Zambrano, J. (2018). From cognitive load theory
to collaborative cognitive load theory. International Journal of Computer-Supported
Collaborative Learning, 13(2), 213-233.
Lau, Y.Y., Abdul Razaq A., Mohd Mahzan A., & Norasmah O., (2020) Kandungan buku teks
Sejarah dan hubungannya dengan pengetahuan pelajar. Jurnal Personalia Pelajar, 23
(2), 59-67.
Mayer, R.E., (2009). Multimedia Learning (2nd). New York: Cambridge University Press
Nur Juliana, A. M., (2019). The effects of incubation on creative thinking cycle in digital arts
among students with different creativity levels (Unpublished Ph.D thesis). Universiti
Sains Malaysia.
Nur Syazwani, A. T., Mohd Mahzan, A. , Kamarulzaman, A. G., & Nur Azuki, Y., (2019).
Penggunaan Multimedia Dalam Mata Pelajaran Sejarah. International Online Journal of
Language, Communication, and Humanities, 2(2), 86-98. Retrieved from
http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/article/view/57
Sweller, J. (2020). Cognitive load theory and educational technology. Educational Technology
Research and Development, 68, 1–16. https://doi.org/10.1007/s11423-019-09701-3
Zulkifli, Y., Mohd Jamil, I., (2010). Seni dalam pendidikan. Meteor.Doc. Sdn. Bhd
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 810
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KEBERKESANAN PENGGUNAAN TERMINOLOGI KEJURULATIHAN SUKAN DALAM
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS LISAN (BI-L)
MURID
¹Mat bin Berahim, PhD dan ²Zul Aizam bin Yassin, PhD
¹²Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, 21030 Kuala Nerus, Terengganu
[email protected]
ABSTRAK
Bahasa merupakan kaedah untuk berkongsi maklumat dari segi aplikasi terminologi dalam
sukan dan ianya dapat digunakan untuk meningkatkan pemahaman, perlaksanaan dan
kepekaan pemain (Beilock, Sian L., et al., 2008 & Rashidah Rahmat, 2013)). Kajian ini
bertujuan mengenalpasti tahap keberkesanan pengunaan terminologi sukan dan PdPc
Pendidikan Jasmani (PJ) dalam meningkatkan tahap penggunaan kemahiran Bahasa
Inggeris–Lisan (BI-L) dalam kalangan murid tingkatan satu dan dua SMK. Dato’ Mahmud
Paduka Raja 2 (SMKDMPR2), Tanah Merah Kelantan. Kajian berbentuk quasi eksperimen
yang menjadikan program intensif PdPc BI-L selama lapan minggu berdasarkan analisis pre
test dan post test. Analisis ujian-t dan kolerasi digunakan bagi mengenalpasti perbezaan dan
hubungan keberkesanan program yang dijalankan dalam kajian. Hasil kajian mendapati
program intensif BI-L yang dijalankan menunjukkan seramai N=223 sampel (84.5%)
mencatatkan peningkatan peratus lulus dalam ujian lisan Bahasa Inggeris pada ujian post test
berbanding 105 sampel (39.8%) lulus dalam ujian lisan Bahasa Inggeris pada ujian pre test.
Ini menunjukkan peningkatan peratus lulus sebanyak 44.7% dalam kedua-dua ujian yang
dijalankan. Analisis kolerasi menunjukkan nilai (N=264: r = 0.632, sig = .003). Nilai kolerasi
adalah rendah tetapi kajian ini mendapati nilai signifikan adalah sederhana = .003. Manakala
analisis ujian-t menunjukkan nilai (N=264: t = -14.251, sig. = .001). Kajian menunjukkan
berlaku perbezaan yang signifikan dalam penggunaan BI-L di kalangan murid tingkatan satu
dan dua dalam PdPc PJ. Ini menunjukkan dengan penerapan BI-L dalam mata pelajaran PJ
dapat membantu meningkatkan kemahiran lisan Bahasa Inggeis dalam kalangan murid
tingkatan satu dan dua. Beberapa implikasi dan cadangan kajian dikemukakan bagi
meningkatkan penguasaan lisan Bahasa Inggeris melalui penggunaan terminologi sukan
dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Kata Kunci : pendidikan jasmani, bahasa inggeris lisan, terminologi, keberkesanan,
pengajaran dan pembelajaran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 811
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Kajian ini bertujuan melihat implikasi perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang didapati kurang mendatangkan kesan
kepada penguasaan Bahasa Inggeris kepada murid-murid di Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik
diperkenalkan pada tahun 2003 dan berakhir pada tahun 2012 (KPM). Tujuan utama KPM
memperkenalkan PPSMI adalah untuk membudayakan dan memartabatkan Bahasa Inggeris
(BI) dalam kalangan masyarakat Malaysia tetapi gagal. Salah satu faktor kegagalan PPSMI
adalah kerana murid perlu menguasai BI bagi mata pelajaran sains dan matematik (Lim, K.S,
2009).
Kajian ini mempunyai juga mempunyai matlamat yang hampir sama dengan PPSMI
tetapi memilih mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) dalam usaha untuk membudayakan
murid menggunakan BI. Pemilihan PJ sebagai perantaraan dalam usaha membudayakan BI
di kalangan murid adalah kerana PdPc PJ terdapat terminologi-terminologi BI yang
digunapakai dalam PJ dan aktiviti-aktiviti fizikal seperti service, passing, tackle, cross, start,
striker, defend, player dan sebagainya.
Terminologi ini bukan sahaja diketahui dan difahami oleh murid murid bandar tetapi
hampir semua murid tahu termasuk murid murid asli pun tahu tentang terminologi tersebut.
Pengetahuan tentang terminologi ini diperolehi kerana murid dan murid tersebut terlibat
secara formal atau tidak formal (Fauziah, 2009). Oleh yang demikian, kajian ini mengenalpasti
keberkesanan PdPc PJ dengan menggunakan terminologi sukan dapat membantu
meningkatkan penggunaan kemahiran BI-L di kalangan murid tingkatan satu dan dua SMK.
Dato’ Mahmud Paduka Raja 2 (SMKDMPR2).
Penggunaan BI merupakan salah satu keperluan kepada masyarakat Malaysia dalam
hampir semua sektor samada ekonomi, pendidikan, perkerjaan terutama melibatkan pihak
swasta (Rashidah Rahmat, 2013). Oleh itu tahap kefasihan BI seseorang akan memberi
kelebihan untuk memperolehi sesuatu impian yang ingin dicapai oleh seseorang individu.
Sekolah merupakan institusi yang mampu mengajar, mendidik dan membudayakan
seseorang murid menguasai BI (Ringe, Donald R. and Taylor, Ann, 2014). Hasil kajian ini
akan menghasilkan sedikit petunjuk yang menunjukkan bahawa mata pelajaran PJ mampu
membudayakan penggunaan BI-L pada murid-murid di Malaysia.
LATAR BELAKANG KAJIAN
Sebelum era penjajah wujud pendidikan jasmani tidak formal iaitu aktiviti seni
mempertahankan diri seperti silat. Penjajah dan pedagang memperkenalkan permainan
badminton, bola sepak & ragbi. 1890 - murid perempuan mula diajar bermain olahraga
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 812
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
manakala murid lelaki diberi latihan latih tubi. Tahun 1913 - maktab perguruan Matang Perak
untuk melatih kawad kepada bakal guru dan mengalakkan mereka menjadi sukarelawan
(Ruhana Zainuddin, 2002).
Pada tahun 1920, pengetua PJ telah dilantik di Negeri-Negeri Selat dengan
memperkenalkan aktiviti senaman, latihan kawad dan permainan. 1930an - rancangan PJ
untuk sekolah diperkenalkan dengan sukatan berasaskan latihan fizikal dan kursus
perkhidmatan serta rancangan latihan guru PJ dilancarkan ke seluruh negara. 1940an - sukan
PJ dikaji semula bagi mengimbangi perkembangan pendidikan negara (Nor Hashimah
Jalaluddin, 2005). Era penjajah Jepun latihan jasmani dilakukan untuk membentuk individu
patuh kepada arahan, taat kepada pemerintah dan berdisiplin.
Dalam aktiviti sukan biasanya guru kerap menggunakan terminologi kejurulatihan
sukan semasa sesi PdPc terutama PdPc yang melibatkan bahagian tunjang permainan (Mohd
Sidek Noah & Jamaluddin Ahmad, 2005). Terminologi yang digunakan sebahagiannya
besarnya adalah di dalam BI. Walaupun guru PJ menggunakan BI, murid tahu menyebut dan
memahami terminologi BI yang digunakan oleh guru PJ seperti streaching, warm up, warm
down, stress, stik, game, reset, net dan sebagainya.
Tahap pengetahuan sedia ada murid atau murid terhadap sesuatu terminologi mampu
memudahkan murid menguasai kemahiran bahasai (Noradzleena Wahab, 2021). Oleh yang
demikian peranan guru PJ adalah amat penting untuk membudayakan penggunaan BI-L di
kalangan murid. Penggunaan terminologi ini bukan dihadkan semasa sesi PdPc PJ tetapi
perlu diteruskan oleh guru mata pelajaran lain terutama guru yang mengajar BI. Sikap
kerjasama antara guru PJ dengan guru BI serta dibantu oleh guru-guru mata pelajaran lain
mampu merealisasikan matlamat membudayakan BI-L di kalangan murid (David Crystal,
2013)
TUJUAN KAJIAN
Penyelidikan dilakukan bagi mengenalpasti persoalan atau permasalahan kepada sesuatu
perkara bagi mengatasi atau meningkatkan sesuatu produktiviti yang dihasilkan (Othman
Talib, 2013). Oleh yang demikian kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji dan mengenalpasti
tahap keberkesanan penggunaan BI-L dalam PdPc mata pelajaran PJ terhadap murid
tingkatan satu dan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja 2 di
Kelantan setelah mengikuti program kajian yang dijalankan.
Kajian ini hanya memfokuskan pada aspek kemahiran BI-L iaitu kemahiran
berkomunikasi menyebut menggunakan BI. Murid hanya perlu bercakap BI-L dengan cara
yang paling mudah dan ringkas iaitu dengan hanya menyebut terminologi BI atau bercakap
dengan ayat yang paling mudah dan ringkas. Murid juga dibenarkan menggunakan BI dengan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 813
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mencampurkan dengan Bahasa Malaysia (BM) atau bahasa loghat masing-masing. Walau
bagaimanapun guru PJ perlu menjadi pemudahcara dan membetulkan kesilapan murid serta
sering memberi ganjaran (pujian) kepada murid yang menggunakan BI-L semasa sesi PdPc
PJ berlangsung. Murid yang mendapat pujian akan lebih seronok untuk belajar (Aliza Ali,
2012). Kajian BI-L hanya memberi penekanan kepada kemahiran lisan tidak melibatkan
kemahiran menulis atau membaca BI.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini menggariskan beberapa objektif yang ingin dicapai iaitu:
1. Mengenalpasti tahap penguasaan Bahasa Inggeris Lisan dalam kalangan murid
sekolah.
2. Mengenalpasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani
dalam meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris Lisan murid sekolah.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah tahap penguasaan Bahasa Inggeris Lisan dalam kalangan murid di sekolah
SMKDMPR 2?
2. Adakah terdapat hubungan tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani dengan penguasaan Bahasa Inggeris Lisan murid?
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan ujian eksperimental dengan membentuk satu program ujian terhadap
guru dan semua murid tingkatan satu dan dua bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Penerangan program ujian dilakukan terhadap guru dan murid sebelum program kajian
sebenar dilaksanakan. Ini adalah bertujuan bagi membantu menghasilkan kajian yang lebih
signifikan. Pemahaman sampel terhadap objektif sesuatu kajian mampu meningkatkan
standard sesuatu penyelidikan (Sanjaya & Wina, 2013).
Pengkaji melakukan pemerhatian dan pemantauan terhadap guru dan murid berkaitan
program kajian yang dilaksanakan. Pemerhatian berdasarkan objektif utama kajian iaitu
penerapan penggunaan BI-L dalam sesi PdP PJ. Program kajian dijalankan selama lapan
minggu dan sepanjang tempoh program pengkaji melakukan penambahbaikan kepada guru-
guru PJ bagi memenuhi prosedur dan objektif yang dimatlamatkan dalam kajian.
Mengenalpasti perlaksanaan prosedur kajian yang dijalankan mampu mengemukakan data
kajian yang tepat (Aliza., et al., 2014).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 814
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Populasi dan Sampel Kajian
Kajian ini melibatkan 264 (78.1%) dari 338 keseluruhan murid tingkatan satu dan dua
SMKDMPR2. Sampel kajian terdiri dari murid lelaki (107 murid) dan murid perempuan (117
murid) dan beragama Islam. Latar belakang penjaga sampel adalah dari pelbagai sosial
budaya seperti penjawat awam, pekerja swasta, berkerja sendiri dan penoreh getah.
Kebanyakkan sampel kajian terlibat dalam aktiviti sukan sama ada secara formal atau tidak
formal dan sampel kajian mempunyai tahap penguasaan BI yang minimum terutama sampel-
sampel dari kelas terbelakang. Tahap penguasaan BI murid-murid sekolah di Kelantan adalah
rendah (Rashidah, 2013). Justeru itu pemilihan sampel daripada murid yang bersekolah di
Tanah Merah Kelantan adalah bertepatan dengan objektif kajian berkaitan penguasaan BI
yang dijalankan.
Jadual 2 : Jumlah responden kajian mengikut jantina
Lelaki Perempuan Jumlah
107 (40.5%) 117 (59.5%) 264
Instrumen Kajian
Instrumen kajian ini menggunakan soalan-soalan yang dikemukakan oleh Aliza dan Zamri
(2014). Walau bagaimanapun instrumen tersebut telah diubahsuai dan melalui kaedah back
translation. Pengubahsuaian juga diubahkan kepada terminologi yang kerap digunakan dalam
dunia kejurulatihan sukan. Instrumen yang digunakan adalah berbentuk soalan ujian lisan.
Terdapat 30 soalan ujian yang perlu dijawab oleh sampel.
Responden hanya perlu mendengar soalan yang dibaca oleh guru Pendidikan
Jasmani dan menjawab dalam Bahasa Melayu. Penilaian adalah berdasarkan jawapan yang
dikemukakan pada soalan ujian. Pengkaji hanya menetapkan dua skala dalam penilaian ujian
iaitu LULUS dan GAGAL. Kajian ini menggunakan instrumen ujian yang sama dalam ujian pre
test dan ujian post test. Data dikumpulkan berdasarkan keputusan ujian LULUS dan GAGAL
sampel. Terdapat tiga langkah ujian yang digunakan dalam kajian ini iaitu:
Jadual 3 : Tahap ujian instrumen kajian
Tahap Ujian Responden
Ujian 1 Ujian rintis 30 responden
Ujian 2 Ujian Pra 264 responden
Ujian 3 Ujian Post 264 responden
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 815
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Analisis Data
Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat tahap keberkesanan program kajian yang dijalankan.
Oleh yang demikian data yang diperlukan adalah dengan mengenalpasti perbezaan
terhadap sampel kajian. Pada peringkat permulaan analisis, pengkaji menggunakan item
peratus (%) dan kolerasi (r) bagi melihat keberkesanan program yang dijalankan. Analisis
kolerasi digunakan bagi mengenalpasti nilai hubungan sampel dengan program kajian. Walau
bagaimanapun bagi mengenalpasti perbezaan keberkesanan yang lebih signifikan terhadap
program yang dilaksanakan, pengkaji menggunakan analisis statistik ujian-t dengan
menggunakan program SPSS Version 21.
Menurut Ball, K., Parrington, L. & Hall, B. (2015), untuk mengenalpasti tahap
perbezaan keberkesanan antara dua sampel dalam sesuatu program kajian analisis statistik
ujian-t adalah item analisis statistik yang relevan. Skala yang digunakan dalam analisis data
hanya melibatkan dua elemen nilai iaitu nilai 1 = GAGAL dan nilai 2 = LULUS. Terdapat 264
data sampel dianalisis untuk mengenalpasti perbezaan keberkesanan ujian program kajian
yang dijalankan.
Jadual 4 : Analisis Ujian Pre Test Dan Post Test Sampel Kajian Mengikut Peratus
N Ujian SG % G SL % L % D
BLG
264 Pre Test 159 60.2 105 39.8 20.4 G
264 Post Test 41 15.3 223 84.5 69.2 L
Hasil dapatan analisis statistik deskriptif ujian soalan kajian sampel pre test mendapati
terdapat 159 sampel gagal dalam ujian dengan nilai peratus = 60.2%. Manakala bilangan
sampel lulus dalam ujian pre test adalah 105 sampel dengan nilai peratus lulus = 39.8%.
Dalam ujian post test seramai 41 sampel gagal ujian dengan nilai peratus gagal = 15.3%.
Manakala jumlah sampel lulus pada ujian post test adalah 223 sampel dengan nilai peratus =
84.5%. Pada ujian pre test ujian kajian menunjukkan nilai peratus sampel gagal mendominasi
keputusan ujian dengan nilai BLG = 20.4%. Tetapi selepas ujian post test dilaksanakan
berlaku peningkatan yang ketara dari segi peratus lulus sampel dengan nilai BLG = 69.2%.
Ujian post test juga menunjukkan sampel lulus mendominasi keputusan ujian kajian.
Jadual 5 : Analisis Kolerasi Sampel Dalam Ujian Pre Test Dan Post Test.
N Ujian r Sig.
264 Pre Test + Post Test 0.632 .003
*Nilai r maksimum = 1& signifikan pada aras p<.005.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 816
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Dalam kajian ini analisis kolerasi dilakukan bagi mengenalpasti nilai perhubungan
terhadap program kajian yang dijalankan. Jadual 3 menunjukkan analisis kolerasi dengan nilai
[N (264): r = 0.632, sig = .003]. Kajian kolerasi menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan (sig.=.003) dalam kajian yang dijalankan. Walau bagaimanapun nilai r = 0.632
adalah nilai yang rendah. Nilai ini berlaku akibat dari dua skala mudah iaitu skala GAGAL dan
skala LULUS. Semakin sedikit skala yang digunakan dalam kajian semakin kurang tepat nilai
menghasilkan dapatan analisis sesuatu kajian (Othman Talib, 2013).
Jadual 6 : Analisis Ujian-t Sampel Kajian
Ujian N M SD SEM t df Sig.
Pre test + Post 264 -.44 0.51 0.03 - 263 .001
Test 14.251
*Signifikan pada aras p <.005.
Keputusan statistik ujian T menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam
semua program kajian BI-L yang dijalankan. Analisis ujian pre test + post test dengan sampel
N=264 menunjukkan nilai t = [ t (263)) = -14.251, p<.005]. Keputusan ujian-t bagi ujian kajian
terhadap sampel pre test dan post test adalah signifikan p<.001. Ini menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan pada program BI-L yang dilaksanakan selama lapan minggu
terhadap murid tingkatan satu dalam kemahiran BI-L. Peningkatan BI-L ini mampu
meningkatkan prestasi dalam PdPc mata pelajaran BI kepada murid. Hasil analisis kajian ini
bersamaan dengan kajian yang dilakukan oleh Aliza & Zamri (2013) terhadap murid-murid
prasekolah.
PERBINCANGAN KAJIAN
Sebelum program pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dalam Bahasa Inggeris
dijalankan selama lapan minggu hasil kajian mendapati pelajar tingkatan satu dan dua
SMKDMPR2 mempunyai tahap penggunaan BI-L yang rendah dengan jumlah gagal N=159
pelajar (60.28%) dan jumlah lulus N=105 pelajar (39.8%) dalam ujian kajian (pre test) yang
dilakukan. Walau bagaimanapun setelah pelajar mengikut PdPc PJ dalam BI terdapat
penurunan pelajar gagal 41 (15.3%) dan peningkatan lulus yang tinggi 223 (84.5%). Ini
menunjukkan program PJ dalam BI-Lisan telah berjaya meningkatkan prestasi kemahiran
lisan dalam kalangan responden kajian.
Hasil dapatan kajian mendapati ujian pre test + post test responden seramai N=264
menunjukkan nilai t = [ t (263)) = -14.251, p<.005]. Keputusan ujian-t bagi ujian kajian terhadap
sampel pre test dan post test adalah signifikan p<.001. Ini menunjukkan bahawa modul PdPc
PJ dapat membantu meningkatkan prestasi kemahiran BI-L murid tingkatan satu dan dua.
Oleh yang demikian program PJ dalam BI-Lisan amat sesuai untuk digunapakai dalam PdPc
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 817
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PJ bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris terutama dalam kemahiran
lisan. Ini membuktikan bahawa penerapan terminologi sukan yang terdapat dalam mata
pelajaran PJ mampu membantu meningkatkan kemahiran BI pelajar.
Hasil dapatan kajian keseluruhan yang dikenalpasti menunjukkan terdapat
keberkesanan dalam program kajian PdPc PJBI-lisan terhadap pelajar. Melihat kepada
kejayaan program tersebut pengkaji membentuk satu modul PdPc Pendidikan Jasmani
Bahasa Inggeris-Lisan (PJBI-L). Modul ini akan menjadi panduan dan rujukan khasnya
kepada guru-guru PJ dan BI. Modul PJBI-L juga boleh digunapakai oleh guru-guru tadika, pra
sekolah, sekolah rendah, sekolah pendidikan khas dan di pusat pengajian tinggi. Ini kerana
program ini adalah bertujuan untuk memartabatkan mata pelajaran PJ dan membudayakan
penggunaan BI di kalangan pelajar di seluruh negara.
Setelah selesai kajian dan membentuk Modul PJ dalam BI Lisan terdapat beberapa
cadangan yang perlu ditambahbaik dalam mata pelajaran PJ dan meningkatkan pencapaian
kemahiran BI. Antara cadangan seperti memperluaskan penggunaan Modul PJBI-Lisan di
peringkat tadika, sekolah dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Walau bagaimanapun
perlaksanaan Modul PJBI-Lisan ini perlu bermula di peringkat akar umbi. Program yang
mencapai objektif akan bermula di peringkat akar umbi dan memerlukan jangka masa yang
signifikan (Berahim, 2014).
Di peringkat pendidikan awal kanak-kanak guru hendaklah menggunakan terminologi-
terminologi BI yang sering digunakan oleh kanak-kanak seperti servis, play, game, start, good,
happy, bye, thank you, you, I, dan sebagainya. Proses pendidikan awal kanak-kanak lebih
mengutamakan aspek permainan. Oleh yang demikian guru-guru Tadika perlu menerapkan
Modul PJBI-Lisan dalam sesi PdPc mereka selaras dengan kajian Ahmad Hashim (2015)
yang mendapati bahawa lakuan tindakan latih tubi akan dapat membentuk lakuan perlaziman
seseorang.
Kesinambungan kajian Modul PJBI-Lisan boleh dilakukan pada kemahiran lain dalam
BI seperti kemahiran menulis dan membaca terminologi BI-Lisan dengan betul dan tepat. Jika
seseorang murid mempunyai kemahiran lisan yang betul murid tersebut juga tidak mempunyai
masalah untuk belajar kemahiran menulis dan membaca BI dengan betul dan tepat
(Noradzleena, 2021). Murid yang dapat menguasai kemahiran lisan, menulis dan membaca
BI dengan baik, mampu meningkatkan prestasi mata pelajaran BI (Sanjaya & Wina, 2013).
Kajian berkaitan Modul PJBI-Lisan juga mampu dikembangkan kepada mata pelajaran
Pendidikan Kesihatan (PK). Ini kerana dalam PK juga terdapat banyak terminologi BI yang
sering digunapakai dan diketahui murid seperti stress, vitamin, conflict, camp, protein,
carbohydrate, tention, sex dan sebagainya. Keadaan ini mampu meningkatkan kepentingan
mata pelajaran PJPK sebagai pelengkap dalam akademik. Perkara ini dilihat perlu bagi
sesetengah sekolah yang sering menjadikan mata pelajaran PJPK sebagai mata pelajaran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 818
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
tangkap muat untuk memenuhi jadual waktu PdPc sekolah (Syed Kamaruzaman Syed Ali &
Julismah Ali, 2014) dan diajar oleh guru-guru yang bermasalah di sekolah.
RUMUSAN
Hasil ujian kajian yang dijalankan mendapati terdapat peningkatan dalam BI-Lisan setelah
murid mengikuti program kajian. Walaubagaimanapun kajian ini hanya mengenalpasti
keberkesanan program terhadap murid sahaja. Tiada data analisis dikumpulkan terhadap
guru PJ yang melaksanakan PdPc kajian. Implikasi hasil kajian mendorong pengkaji
mengemukakan satu modul PdPc kepada guru PJ. Pembentukkan Modul PJ dalam BI-Lisan
merupakan salah satu bahan rujukan atau panduan dalam melaksanakan PdPc PJ
menggunakan kemahiran BI-Lisan di sekolah.
Objektif kajian dan modul PJ dalam BI-Lisan dibentuk berfokuskan kepada tiga aspek
iaitu ingin memartabatkan mata pelajaran PJPK, membudayakan penggunaan BI-Lisan dan
meningkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran BI di sekolah rendah dan menengah. Ini
kerana penggunaan BI merupakan satu keperluan bagi menempuh kehidupan dunia yang
lebih sempurna. Di samping itu juga Modul PJ dalam BI-Lisan diwujudkan bagi mendedahkan
kepada murid tentang terminologi-terminologi yang digunapakai dalam arena kejurulatihan
sukan.
Harapan pengkaji dengan terlaksana Modul PJ dalam BI-Lisan mampu menjadi satu
sumbangan kecil dalam dunia pendidikan negara. Kajian ini juga dibentuk bagi menyahut
seruan Pengarah KPM Dr. Habibah, (2021) kepada dunia pendidikan yang berhasrat
memperkasakan penggunaan BI dalam kalangan murid, guru dan masyarakat amnya. Walau
bagaimanapun tanpa kerjasama dari pihak-pihak yang terlibat sudah pasti Modul PJ dalam
BI-Lisan tidak akan mencapai matlamatnya. Justeru itu, marilah kita bersama-sama
menjadikan Modul PJBI-lisan ini sebagai langkah permulaan bagi mencapai hasrat murni
pihak KPM memperkasakan BI dan sekali gus memartabatkan PdPc PJ dalam dunia
pendidikan di Malaysia.
RUJUKAN
Ahmad Hashim (2015), Pengujian Pengukuran Dan Penilaian Pendidikan Jasmani: Selangor:
Dobook Press Sdn Bhd:
Aliza Ali.(2012). Pemahaman dan persepsi guru tentang penggunaan kurikulum berasaskan
main bagi perkembangan bahasa murid prasekolah. Tesis sarjana pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aliza Ali, & Zamri Mahmod. (2014). Pembangunan modul pendekatan berasaskan bermain
bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa kanak-kanak prasekolah.
Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 819
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Bahasa Melayu Kali Ke-3, 253-266. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, Fakulti
Pendidikan.
Berahim. M. & Kassim, M. (2014). Football Training Development Program Under-15 State
Level: Centre for Coaching Science, National Defense University of Malaysia, Malaysia:
ISSN 1991-8178
Othman Talib. (2013). Asas Penulisan Tesisi Penyelidikan & Statistik. Universiti Putra
Malaysia, UPM Press. Serdang Malaysia.
David Crystal (2013). The Story of English in 100 Words. Picador. ISBN 978-1250024206.
David Crystal (2015). Wordsmiths and Warriors: The English-Language Tourist's Guide to
Britain. OxfordUniversity Press. ISBN 978-0198729136.
Fauziah Mohd. Jaafar. (2009). Kepentingan Aktiviti Bermain di dalam Pendidikan
Prasekolah.Dimuat turun daripada http://www.fp.utm.my/medc/journals/vol3/30.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 1–56.
Retrieved from www.moe.gov.my (Diakses pada 21 Mei 2018).
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Elemen KBAT dalam Pedagogi. Bahagian
Pembangunan Kurikulum. https://doi.org/10.1007/s13398-014-0173-7.2 (Diakses pada
4 April 2018).
Lim, K.S. 2009. Cabinet decision on EteMS (PPSMI): A raw deal. Petaling Jaya: Graphic Tech
(M) Sdn. Bhd.
Mallory, J. P (2005). In Search of the Indo-Europeans. Thames & Hudson. ISBN 0-500-27616-
1
Maslow, A. (1954). Motivation and personality. New York: Harper.
Mohd Sidek Noah & Jamaluddin Ahmad, (2005). Constructing Module. Ways in development
an acadwmic and practical module. Serdang University Putra Malaysia.
Newsletter PRIORITASkuen. (2014). Media komunikasi untuk mendorong pembaharuan,
menciptakan peluang kemajuan, dan membuka akses pendidikan dasar yang
berkualitas. 2014. Jawa Barat: USAID PRIORITAS. No. Edisi 8, Bulan Juli-September,
Hal. 8.
Noradzleena Wahab. 2021. Keberkesanan Kaedah Gabung Bunyi Kata (KGBK) Terhadap
Pencapaian Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Pemulihan
Khas. Tesis Sarjana Pendidikan Pemulihan Khas. Fakulti Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nor Hashimah Jalaluddin. 2005. Penerimaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris: konflik antara dua darjat. Dlm Suara pejuang bangsa. Editor Abdul Rahim
Bakar & Awang Sarian. Hulu Kelang: Persatuan Linguistik Malaysia
Piaget, J. (1951). Play, dreams and imitation in childhood. London, UK: Routledge and Kegan
Paul.
Rashidah Rahmat. (2013). Pembangunan dan penilaian pakej pembelajaran mudah alih
Komsas dalam bahasa Inggeris Tingkatan Empat. Tesis PhD, Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Riduan Abu Shah, (2016). TEKNIK AWALAN BOLA SEPAK. Penerbitan DNA Marketing
Enterprise. Selangor. ISBN 978-967-12938-0-5
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 820
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Ringe, Donald R. and Taylor, Ann (2014). The Development of Old English - A Linguistic
History of English, vol. II, 632p. ISBN 978-0199207848. Oxford.
Ruhana Zainuddin. 2002. Penggunaan bahasa Inggeris dalam P&P Matematik dan Sains:
apakah persepsi guru-guru?. Makalah Persidangan Kebangsaan Pendidikan Matematik
2002. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Oktober.
Sanjaya, Wina. 2013. Strategi Pembelajaran: Berorientasi Standar Proses Pendidikan.
Jakarta: Kencana Prenadamedia Group.
Syed Kamaruzaman Syed Ali & Julismah Ali. (2014). Efikasi Kendiri Guru Pendidikan Jasmani
Terhadap Perlaksanaan Pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani: Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, University of Malaya: Vol. 2, No. 3.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 821
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
MODEL OWNDIGFUN - OWNERSHIP DAN DIGITAL LEARNING BAGI MENGHASILKAN
FUN LEARNING
Lee Saw Im
SMK Seri Bintang Utara, WP Kuala Lumpur, Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Pandemik koronavirus (Covid-19) telah melanda seluruh dunia dan memberi kesan kepada
pelbagai bidang termasuklah pendidikan. Kejadian ini telah menyebabkan sekolah ditutup
serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan secara maya. Bagi memastikan kualiti
PdP tidak terjejas, saya telah mempelajari kaedah dan pedagogi PdP normal baharu untuk
menambahbaik penyediaan PdP. Namun, kehadiran dan penglibatan murid dalam PdP online
masih boleh mencapai seratus peratus. Refeksi PdP telah menunjukkan kehadiran murid,
interaksi guru dan murid serta keseronokan pembelajaran merupakan masalah utama dalam
melaksanakan PdP secara maya bagi subjek kimia. Kumpulan sasaran terdiri daripada 26
orang murid kelas 4SA dan 26 orang murid 4SG. Bagi mengatasi masalah tersebut,saya telah
menghasilkan Model OwnDigFun iaitu Ownership and Digital Learning to create Fun Learning.
OwnDigFun telah membantu saya mengadakan PdP yang mengambil kira cadangan murid,
memberi ownership kepada murid, PdP yang lebih berpusatkan murid (SCL) dan
mengintergrasi teknologi digital. Data peratus kehadiran kelas dan penglibatan murid dalam
kelas dianalisa untuk penambahbaikan PdP seterusnya. Peratus tidak kehadiran kumpulan
sasaran bagi Kelas 4SA adalah 23.08% manakala Kelas 4SG adalah sebanyak 33.33%.
Perlaksanaan Model OwnDigFun telah berjaya menurunkan min tidak hadir keseluruhan
daripada 22.65 kepada 5.63 iaitu sebanyak 17.02. Murid berjaya menghasilkan kad ucapan
hari raya digital yang menggunakan simbol unsur kimia, membuat jeruk makanan di rumah
dan aktivti ahli kimia muda dalam aktiviti PdP online. Model yang dibangunkan memberi
menyediakan alternatif kepada guru dan kretaiviti guru untuk menjalankan PdPR secara digital
dan meningkatak kehadiran murid.
Kata kunci: Pendidikan digital, PdP atas talian, Pemeblajaran masteri, Pembelajarn inkuiri,
Fun learning
PENDAHULUAN
Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 akibat Covid-19 telah
menguatkuasakan PKP dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020 bagi PKP Fasa 1, PKP Fasa 2 dari
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 822
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
1 hingga 14 April 2020, dilanjutkan ke PKP Fasa 3 dari 15 hingga 28 April dan seterusnya
PKP Fasa 4 dari 29 April hingga 12 Mei. Akibat PKP instusi tinggi dan sekolah telah ditutup.
Tambahan pula dengan perubahana keadaan yang tidak menentu telah menimbulkan kesan
yang besar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid tidak dapat
mengadakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara fizikal, sebaliknya ianya telah
digantikan dengan ke PdP online. Perubahan yang mendadak memerlukan para pendidikan
menghadapi normal baharu dan menangani perubahan yang berlaku secara berkesan dalam
memastikan matlamat dan agenda pendidikan dapat dilestarikan dalam tempoh PKP. Apabila
perubahan VUCA, pemimpin perlu cekap dalam mengadaptasi perubahan yang mendadak,
menambahbaik, kreatif dan berkolaboratif (Drucker, 2017). Para guru juga perlu
mempersiapkan diri daripada segala aspek agar dapat mengadaptasi apa juga keadaan
dalam dunia yang sentiasa berubah. Perkara penting yang perlu dititikberatkan adalah
pelaksanaan tugas rasmi untuk melaksanakan pengajaran secara maya samaada atas talian
atau di luar talian.
“Penularan wabak COVID-19 telah banyak mengubah amalan pendidikan di negara kita.
Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, pengajaran dan
pembelajaran tidak lagi dijalankan secara bersemuka. Sebaliknya, guru menggunakan
pelbagai kaedah lain untuk berhubung dengan murid.” YAB Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin. (Perutusan Hari Guru Tahun 2020)
SOROTAN LITERATUR
Keberkesanan pengajaran bukan sahaja dapat meningkatkan minat murid tetapi juga dapat
meningkatkan prestasi mereka (Othman Talib, 1999). Proses pembelajaran murid harus
berorientasikan harapan dan tanggungjawab murid itu sendiri. Murid menentukan tujuan
pembelajaran mereka sendiri melalui penerokaan, memilih, dan mengenal pasti sumber
pembelajaran melalui strategi mereka sendiri. (Charles Muling Libau, Ying-Leh Ling, 2020).
Kabolla (1988) pula mendapati kaedah pengajaran sains yang tidak berkesan telah
menyebabkan murid beranggapan bahawa mata pelajaran sains adalah mata pelajaran yang
menjemukan dan sukar, terlalu banyak fakta yang perlu diingat, dan tidak berkaitan dengan
kehidupan seharian. Menurut Lee dan Hannafin (2016) pembelajaran berpusatkan murid
(SCL) melalui autonomi murid dalam pembelajaran melibatkan instrumen teknologi secara
maksimum. Fleksibel dalam pembelajaran dapat menyediakan murid yang boleh bertindak
secara dinamik dan kritis, menyelesaikan masalah dan bekerjasama untuk menangani
masalah yang tidak dijangka mengikut keutamaan. (Charles Muling Libau dan Ying-Leh Ling,
2020).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 823
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah meletakkan keperluan teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pendidikan sebagai Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
“Proses pendigitalan dengan menggunakan platform dalam talian atau pembelajaran maya
akan terus diperkasa. Saya percaya pembelajaran maya adalah masa depan dalam
pendidikan. Jadi, saya menyeru kepada guru-guru supaya mendalami kemahiran
pengajaran secara atas talian dan home-based learning yang merupakan kebiasaan
baharu dalam bidang perguruan.” YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
(Perutusan Hari Guru Tahun 2020)
Dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia, (SKPM) elemen 9.13, pembelajaran dan
pengajaran yang menyentuh disposisi guru telah menyatakan kepentingan amalan
pembelajaran menyeronokkan dalam kalangan guru sekolah. E-pembelajaran adalah
merupakan kaedah terbaru menggunakan teknologi yang terkini bagi meningkatkan
tahap pembelajaran. Persekitaran pembelajaran ini menggunakan perkakasan fizikal
seperti komputer peribadi, modem dan juga talian telefon. Ilias, Ismail, dan Jasmi (2013)
telah mendapati penggunaan bahan bantu mengajar mampu mewujudkan tumpuan pelajar
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran serta berupaya meningkatkan pembelajaran
yang cekap.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran atas talian bersama murid-murid Kelas
4SA dan 4SG, saya mendapati mereka adalah kurang berminat untuk mengikuti aktiviti
pembelajaran dan pengajaran. Kehadiran mereka pun tidak memuaskan. Mereka juga tidak
aktif mengambil bahagaian dalam aktiviti kelas atas talian. Kehadiran dan penglibatan murid
adalah penting untuk memastikan mereka dapat menguasai hasil pembelajaran daripada pdp
atas talian yang telah dilaksanakan. Kmai memandang perkara ini adalah serius dan perlu
diambil tindakan untuk mengatasinya. Sehubungan itu, kami telah menjalankan kajian
tindakan ini.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kehadiran dan penglibatan murid dalam
pengajaran dan pembelajaran (pdp) secara maya.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 824
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Objektif khusus
Di akhir kajian ini,
1. kehadiran murid meningkat pada setiap sesi PdP online
2. applikasi digital tools dapat menggalakkan penglibatan murid
3. kemahiran 4K murid meningkat
4. murid seronok mengikut PdP online
METODOLOGI
Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 26 orang murid dari kelas 4SA dan 27 orang murid dari kelas 4SG.
Jadual 1 dan Rajah 3 menunjukkan peratus kehadiran murid kelas 4SA dan 4SG masing-
masing ialah 23.08% dan 22.22% dan min keseluruhan sebanyak 22.65. Kami amat bimbang
dengan dapatan ini dan perlu mengambil tindakan untuk meningkatan peratusaan kehadiran
murid.
Jadual 1: Kehadiran 4SA dan 4SG Sebelum OwnDigFun
KELAS HADIR TIDAK HADIR
4SA 76.92% 23.08%
4SG 77.78% 22.22%
MIN 77.35 22.65
KESELURUHAN
Kehadiran 4SA dan 4SG Sebelum OwnDigFun
90.00%
76.92% 77.78%
80.00%
70.00%
60.00%
50.00%
40.00%
30.00% 23.08% 22.22%
20.00%
10.00%
0.00%
4SA 4SG
Hadir Tidak hadir
Rajah 1: Kehadiran Murid 4SA dan 4SG Sebelum OwnDigFun
Instrumen Kajian
Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik untuk murid. Soal selidik yang pertama ialah
mengumpul maklumat dalam kumpulan Telegram 4SA dan 4SG tentang pencapaian Internet.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 825
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam kajian pendidikan. Soal selidik
digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan kehendak murid tentang situasi kelas,
kehadiran setiap kelas dan maklum balas tentang penggunaan Model OwnDigFun.
Prosedur Kajian
Kajian ini menggunakan Model OwnDigFun seperti dalam Rajah 3. PdP model ini memberikan
Ownership kepada murid untuk membuat pilihan medium untuk menyiapkan tugasan di
samping mengintegrasikan teknologi digital dalam pembelajaran bagi menghasilkan
keseronokan dalam sesi pembelajaran.
Rajah 3: Model Own DigFun
Rajah 4 menunjukkan keadah-kaedah PdP Model OwnDigFun yang melibatkan intergrasi
digital tools, problem-based learning, project-based learning dan home-based learning
disamping memperkasakan PdP yang menggunakan harian dalam tempoh PKP.
Rajah 4: Keadah-kaedah PdP Model OwnDigFun
Analisis Data Dan Statistik
Data yang diperoleh kelak akan dianalisis menggunakan aplikasi perisian Excell yang
melibatkan peratusan kehadiran setiap kelas, maklum balas situasi kelas sebelum dan
selepas intervensi Model OwnDigFun. Data yang diperoleh dapat membantu kami untuk
membuat tindakan susulan dan membuat penambahbaikan perancangan pengajaran kelak.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 826
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
DAPATAN KAJIAN
Tinjauan awal
Melalui tinjauan Telegram, kami dapati semua murid tiada masalah Internet untuk menghadiri
kelas online. Kemudian satu soal selidik telah dijalankan ke atas semua murid dengan
menggunakan Google Form untuk mendapat kehendak murid semasa PdP online. Jadual 2
dan Rajah 2 menunjukkan analisa maklum balas murid 4SA dan 4SG tentang PdP online.
90.57% murid memohon tiada peperiksaan, 79.25% murid mahu kelas yang seronok, 75.47%
murid minta kelas yang interkstif, 66.04% murid mohon adakan kuiz dan 43.40% murid ingin
menulis jawapan pada soalan yang ditanya dalam kelas online. Transformasi kaedah PdP
online perlu dijalankan untuk meningkatkan kehadiran murid.
Jadual 2: Analisa Maklum Balas Murid 4SA dan 4SG Tentang PdP Online
Item Peratus
Item 1 : Kelas yang interaktif 75.47%
Item 2: Adakan kuiz 66.04%
Item 3: Kerja kumpulan 73.58%
Item 4: Tugasan hardcopy 56.60%
40
43
.
Item 5: Saya dapat menulis jawapan %
Item 6: Have fun 79.25%
Item 7: No exam 90.57%
Maklumbalas Murid 4SA dan 4SG Tentang PdP Online
75.47%
90.57%
66.04%
79.25%
73.58%
43.40%
56.60%
Item 1 : Kelas yang interaktif Item 2: Adakan kuiz
Item 3: Kerja kumpulan Item 4: Tugasan hardcopy
Item 5: Saya dapat menulis jawapan Item 6: Have fun
Item 7: No exam
Rajah 2: Maklumbalas Murid 4SA dan 4SG Tentang PdP Online
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 827
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Interactive Tools
Intergrasi PdP dengan digital interactive tools seperti Google Slide, Peardeck, Power Point,
Microsoft White Board, Jamboard, Padlet, OneNote, Filpgrid dan Wakelet, Google Drawing,
Sway, Canva, YouTube, Kahhot!, Quizizz, Avatar dan lain-lain. Initiatif ini adalah untuk
menyediakan pelbagai ruang bagi penglibatan murid secara maksima dan menyeronokkan.
Menurut NurAisyah et al. (2012), Penggunaan komputer adalah elemen yang penting untuk
mewujudkan pembelajaran menyeronokkan dengan lebih efektif di dalam bilik darjah seiring
dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Rajah 5 menunjukkan
penghasilan kad hari raya digital oleh murid dengan menggunakan simbol unsur kimia. Rajah
6 menunjukan penggunaan pelbagai digital tools untuk menghasilkan Young Chemist Cannel
yang interaktif bagi tajuk Jadual Berkala Unsur. Hasil ini dikongsikan kepada semua murid
untuk meningkatkan penguasaan topik ni. Rajah 7 menunjukan murid-murid dapat
menerangkan aplikasi konsep kadar tindak balas dalam aktiviti harian secara digital dengan
menggunakan Padlet.
Rajah 5: Kad Ucapan Hari Raya
Rajah 6: Young Chmist Channel)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 828
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rajah 7: Keadah-kaedah PdP Model OwnDigFun(3)
Problem-based Learning
Rajah 8 menunjukan problem-based learning untuk menyelesaikan masalah pembuangan
sisa plastik yang telah diberikan kepada murid. Murid-murid diberi autonomi untuk membentuk
kumpulan bagi menjalankan aktiviti ini. Perbincangan dalam kumpulan untuk mendapatkan
penyelesaian dan kemudian menghasilkan prototaip secara digital. Mereka diberi kebebasan
untuk memilih tools digital yang sesuai mengikut kemahiran dan kemampuan masing-masing.
Setiap kumpulan berkongsi idea dan inovasi masing-masing melalui perbentangan. Murid
diberi peluang untuk menilai produk rakan sebaya dan perbincangan untuk menambahbaik
produk rakan mereka. Kemahiran 4K dan nilai mencintai alam sekitar dapat dipupuk melalui
aktiviti dan semua murid gembira.
Rajah 8: Problem-based Learning – “Save Our Shores from Plastic Pollution”
Project-based Learning
Rajah 9 menunjukkan project-based learning yang bertajuk Waste to Wealth Through
Composite Material yang telah dijalankan oleh murid-murid. Konsep pengurusan PdP yang
serupa dengan problem-based learning dilaksanakan kecuali kali ini murid dikehendaki
menghasilkan produk bahan komposit secara individu. Murid-murid memberi respond yang
baik tentang projek ini.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 829