Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
RUJUKAN
Bartek, K., & Nocar, D. (2016) Mathematic Education Support By Digital Learnings Objects.
EDULEARN16 Proceeding 1(July), 3249-3253.
https://doi.org/10.21125/edulearn.2016.1707
Bohlmann, C. A., Prince, R. N., & Deacon, A. (2017). Mathematical errors made by high
performing candidates writing the National Benchmark Tests.
Chua, B. L. (2017). Empowering learning in an algebra class: The case of expansion and
factorisation. In Empowering Mathematics Learners: Yearbook 2017 Association of
Mathematics Educators (pp. 9-29).
Kanapathy, G. A. (2016). Kemahiran visualisasi dalam mata pelajaran matematik dalam
kalangan murid tahun 5 di sebuah SJKT daerah Kuala Muda Yan, Kedah. International
Seminar on Generating Knowledge Through Research. UUM-UMSIDA, 1 Oktober.
Maslinah Lasiun & Effandi Zakaria. (2017). Kaedah Visualisasi Meningkatkan Tahap
Pencapaian Pelajar Dalam Menyelesaikan Masalah Matematik Berayat. 1st Melaka
International Conference On Social Sciences 2017. Melaka, 29-30 Julai.
Septian, A., Sugiarni, R., & Monariska, E. (2020). The Application of Android-based GeoGebra
on Quadratic Equations Material toward Mathematical Creative Thinking ability. Al-
Jabar: Jurnal Pendidikan Matematika, 11(2), 261-272.
Tambunan, H. (2019). The Effectiveness of the Problem Solving Strategy and the Scientific
Approach to Students' Mathematical Capabilities in High Order Thinking
Skills. International Electronic Journal of Mathematics Education, 14(2), 293-302.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 480
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
MINAT, MOTIVASI DAN KEFAHAMAN STATISTIK PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN
INTERAKTIF MENGGUNAKAN STAT-FUN JAMBOARD
Roshidah binti Mat , Shariha Jusoh , Zakiah Salleh dan Azman Omar, PhD.
1
1
1
1
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
[email protected]
ABSTRAK
Penggunaan aplikasi digital jamboard dalam situasi pengajaran dan pembelajaran (PdP) era
pandemik ini dilihat sebagai satu strategi yang berkesan untuk meningkat minat dan motivasi
pelajar agar penerimaan ilmu dapat diterima oleh pelajar secara optimum dan mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Kajian menggunakan strategi pembelajaran
interaktif Stat-Fun Jamboard ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan minat, motivasi dan
kefahaman pelajar dalam pdp Statistik Asas terhadap 40 orang pelajar PPISMP dari IPGKSM.
Dapatan kajian menunjukkan tahap minat, motivasi dan kefahaman statistik berada pada
tahap tinggi (min minat=4.520, SP=0.428, min motivasi = 4.360, SP=0.517 dan min
kefahaman= 4.43, SP=0.511). Hasil analisis juga menunjukkan terdapat hubungan positif
yang amat tinggi antara minat dan kefahaman, rm (40) = 0.799 dan juga sederhana tinggi
antara motivasi dan kefahaman, rv(40) = 0.433 dalam menggunakan Stat-Fun Jamboard.
Kesimpulannya, penggunaan Stat-Fun Jamboard dapat membantu pendidik mempelbagaikan
kaedah penyampaian dan meningkatkan kualiti pengajaran bagi meningkatkan minat,
motivasi dan kefahaman murid dalam pembelajaran Statistik Asas. Ini jelas menunjukkan
bahawa integrasi teknologi melalui STAT-FUN JAMBOARD dalam pendidikan adalah salah
satu contoh mekanisme yang berupaya merangsang proses PdP yang baik dan berkesan di
dalam pendidikan dan secara tidak langsung dapat membantu melonjakkan lagi prestasi
pelajar dalam kursus yang diajar.
Kata kunci: aplikasi jamboard, pembelajaran interaktif, pengajaran dan pembelajaran (pdp),
statistik
PENGENALAN
Penularan wabak COVID-19 di Malaysia telah memberi kesan dan transformasi dalam
pendidikan khususnya berkaitan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Oleh
itu, institusi pendidikan di negara kita turut menerima kesan daripada transformasi pendidikan
pada peringkat global, sama ada di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau di Institut Pendidikan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 481
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Guru (IPG). Alternatif yang sesuai telah dirancang bagi memastikan sesi perkuliahan tetap
berjalan lancar dengan mengadakan pembelajaran secara dalam talian dengan
mengintegrasikan penggunaan teknologi (Salleh, 2020; Siong & Osman, 2018). Pembelajaran
secara dalam talian dapat membantu pembelajaran secara kendiri, meningkatkan
keberkesanan pembelajaran dan mengoptimakan penggunaan sumber yang terhad (Rashid
et al., 2020). Hasil ledakan alat digital dalam bidang pendidikan, maka terdapat pelbagai jenis
alat digital yang boleh digunakan dan dapat disesuaikan dengan penggunaan Google
Classroom. Antaranya, GoogleDocs, Google Slides, Google Drawing yang terdapat dalam
Google. Selain itu, terdapat juga alat digital lain yang sesuai digunakan untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran iaitu Google Jamboard, Wakelet, Wordwall dan sebagainya.
Namun, pemilihan aplikasi digital PdP yang sesuai dan kondusif adalah sangat penting
terutamanya dalam subjek yang memerlukan pembelajaran interaktif seperti Matematik bagi
menarik minat pelajar di dalam memahami sesuatu konsep.
Pernyataan Masalah
Kefahaman konsep Matematik yang mantap sangat penting dalam PdP Statistik Asas, namun
jika tersilap menggunakan media PdP yang kurang sesuai akan mempengaruhi minat,
motivasi dan seterusnya pencapaian pelajar itu sendiri (Hamat & Mahlan, 2020). Pelaksanaan
kuliah Matematik menerusi Google Classroom tanpa menggunakan alat-alat digital sudah
pastinya menjadikan sesi PdP kurang menarik dan suram kerana sukar menarik perhatian
pelajar. Oleh itu, salah satu alat digital yang boleh digunakan dalam media pembelajaran
interaktif PdP Matematik seperti Statistik Asas ialah aplikasi digital jamboard. Ia yang
merupakan salah satu strategi yang berkesan untuk meningkat minat dan motivasi pelajar
dalam Matematik dalam situasi PdP era pandemik. Hasil analisis tinjauan awal Analisis
Keperluan Stat-Fun Jamboard, didapati 32 % pencapaian Matematik pelajar Persediaan
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan (IPGKSM) masih dalam tahap yang lemah. Salah satu faktor kelemahan pelajar
yang telah dikenalpasti adalah penggunaan teknologi atau medium serta strategi PdP
pensyarah yang kurang sesuai, kurang menarik dan memberi motivasi kepada pelajar. Dalam
tinjauan awal yang telah dibuat itu juga didapati, sebanyak 96% pelajar PPISMP di IPGKSM
berasa mudah memahami Statistik asas jika pensyarah mempelbagaikan penggunaan visual
seperti jamboard. Justeru itu, satu kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti minat,
kefahaman dan motivasi pelajar PPISMP terhadap Penggunaan STAT-FUN Jamboard dalam
PdP Statistik Asas memandangkan kajian ini kurang dilaporkan oleh penyelidik sebelum ini.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 482
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti minat, motivasi dan kefahaman
pelajar PPISMP di IPGKSM terhadap Penggunaan STAT-FUN Jamboard dalam PdP Statistik.
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:
Persoalan Kajian
Persoalan-persoalan kajian adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap minat, motivasi dan kefahaman pelajar PPISMP terhadap
Penggunaan STAT-FUN Jamboard dalam PdP Statistik Asas?
2. Apakah hubungan minat dan kefahaman pelajar PPISMP terhadap
Penggunaan STAT-FUN Jamboard dalam PdP Statistik Asas?
3. Apakah hubungan motivasi dan kefahaman pelajar PPISMP terhadap
Penggunaan STAT-FUN Jamboard dalam PdP Statistik Asas?
Hipotesis Kajian
H1 : Terdapat hubungan positif antara minat dengan kefahaman terhadap
Penggunaan STAT-FUN Jamboard dalam PdP Statistik Asas
H2: Terdapat hubungan positif antara motivasi dengan kefahaman terhadap
Penggunaan STAT-FUN Jamboard dalam PdP Statistik Asas
SOROTAN LITERATUR
Kajian lepas menunjukkan minat merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam kursus matematik dan statistik. Pelajar yang mempunyai minat
yang mendalam akan lebih cenderung dan bersemangat untuk menyelidik dan menyelesaikan
soalan matematik dan statistik kerana mereka merasakan perkara tersebut amat
menyeronokkan dan mencabar (Abd Latib, Edrusi, & Muhamad, 2021). Dengan
menggunakan teknik pengajaran yang menyeronokkan dan tidak membebankan pelajar,
perkara ini dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran dengan lebih berkesan
sekali gus meningkatkan minat pelajar terhadap subjek matematik dan statistik. Faktor
seterusnya adalah pemikiran kritis dan motivasi diri (Fairuz Adlidna Badrol Hissam, Mohd
Hasrul Kamarulzaman, Nurul Suzaina Joli, & Noriah Mohd Ishak, 2017) yang juga boleh
mempengaruhi pencapaian kursus matematik dan statistik pelajar. Ini kerana seseorang
pelajar yang berupaya untuk membuat analisis serta berfikir secara kritis dapat menilai soalan
matematik dan statistik dari pelbagai perpesktif untuk mencari jalan penyelesaian yang tepat
dan terbaik. Di samping itu juga, dengan motivasi diri yang tinggi, pelajar akan sentiasa
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 483
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
berusaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah walaupun menghadapi kesukaran serta
sering kali melakukan kesalahan tanpa mengenal erti putus asa.
Kajian berkaitan dengan penggunaan alat digital pula banyak dijalankan oleh pengkaji-
pengkaji dalam negara mahupun luar negara. Antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh
Hillmayr et al. (2020) berkenaan potensi penggunaan alat digital untuk meningkatkan
pembelajaran matematik dan sains di sekolah menengah. Dapatan kajian menunjukkan
penggunaan alat digital memberi kesan yang positif terhadap hasil pembelajaran pelajar.
Pinto dan Leite (2020) mendapati kesan daripada penggunaan teknologi dalam proses
pembelajaran pelajar dan hasil menunjukkan positif, digunakan untuk menarik perhatian
pelajar dalam penglibatan dan penyertaan aktif mereka dalam proses pembelajaran di dalam
dan di luar bilik darjah. Seterusnya, Virto dan López (2020) yang mengkaji penggunaan
Google Jamboard sebagai papan pintar interaktif menunjukkan bahawa (i) suka bermain
adalah pendorong kepada penggunaan; (2) kepentingan kesan daya tarikan terhadap
tanggapan kandungan permainan yang dirasai, dan (3) kesan mengenai tanggapan mudah
guna terhadap suka bermain.
Aplikasi Google Jamboard merupakan satu alat digital yang berguna dan sesuai
dengan pembelajaran abad ke-21 kerana dapat mentransformasikan kaedah pdp bagi
membina kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritikal, kreativiti dan kemahiran berkolaboratif
dalam kalangan pelajar. Menurut Chung dan Sara Beden (2020), Jamboard ialah alat interaktif
papan putih daripada Google yang merupakan edisi terbaharu yang ada pada G Suite untuk
Google Classroom. Pada asasnya, apa-apa yang ditulis pada papan tersebut akan kelihatan
seolah-olah waktu sebenar ‘real-time’ oleh para pelajar, walaupun guru sedang mengajar para
pelajar melalui Google Meet atau Zoom. Menurut Edwards (2020) pula, Google Jamboard
ialah satu alat inovatif yang membolehkan para guru berinteraksi dengan pelajar dengan
menggunakan ‘gaya papan’ putih. Penggunaan aplikasi jamboard ini merupakan satu
pembelajaran interaktif yang menekankan pedagogi dengan melibatkan hubungan antara
pemikiran aktif pelajar dengan kandungan pelajaran yang menekan perhatian, pengekalan
dan tujuan pelajar belajar. Melalui kaedah ini, nilai pembelajaran kendiri dapat diterapkan
kerana di kalangan pelajar untuk belajar dan berdisplin ke atas pembelajaran diri pelajar
tersebut (Rafiza, 2013).
STAT-FUN Jamboard pula adalah satu amalan terbaik PdP Statistik Asas yang dibina
menggunakan Jamboard dalam aplikasi GOOGLE untuk bagi pelajar PPISMP IPGKSM.
Rajah 1 menunjukkan beberapa contoh antara muka yang ada dalam aplikasi digital STAT-
FUN Jamboard.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 484
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rajah 1: Penggunaan STAT-FUN Jamboard dalam PdP Statisik Asas
METODOLOGI KAJIAN
Pendekatan kaedah tinjauan yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kuantitatif dan
borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian skala kecil ini hanya
melibatkan 40 responden pelajar PPISMP yang sedang belajar di IPGKSM. Responden dipilih
menggunakan pensampelan bertujuan yang menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif
jamboard mewakili pelajar-pelajar PPISMP yang mempelajari subjek Statistik Asas di
IPGKSM bagi mengenal pasti minat, motivasi dan kefahaman terhadap penggunaan aplikasi
STAT- FUN JAMBOARD.
Kerangka Konsep Kajian
Kerangka konsep kajian ditunjukkan dalam Rajah 2.
Rajah 2; Kerangka Konsep kajian
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 485
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Soal Selidik
Instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji terdiri daripada satu set borang soal selidik
yang mengandungi 4 bahagian; Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D yang
telah diadaptasi dari soal selidik kajian-kajian lepas dengan α = 0.85 bagi aspek minat dan
kefahaman (Hassan, Johari and Ab Aziz, Norsuriani, 2011) dan α =0.82 bagi aspek motivasi
(Norlia Abd. Aziz, Meerah, T. Subahan, Lilia Halim, Kamisah Osman, 2006). Soalan-soalan
yang dipilih daripada kajian lepas adalah berdasarkan objektif kajian yang juga menjawab
persoalan kajian diolah mengikut kesesuaian bahan dalam kajian, iaitu aplikasi pembelajaran
interaktif STAT_FUN JAMBOARD dan sampel kajian ialah pelajar PPISMP IPGKSM. Untuk
menentukan indeks kebolehpercayaan instrumen kajian ini, maka satu kajian rintis telah
dilaksanakan ke atas 30 pelajar PPISMP dan hasil analisis kajian rintis telah menunjukkan
nilai Cronbach’s Alpha yang tinggi, iaitu 0.916. Instrumen soal selidik ini mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang tinggi mengikut klasifikasi Babbie (1992) kerana pekali (α) melebihi
0.6. Sehubungan ini, kesemua 21 item dikekalkan dan sangat konsisten digunakan untuk
proses memungut data. Dari segi kesahan kandungan dan bahasa pula, instrumen kajian ini
telah disemak oleh pakar-pakar bidang masing-masing.
Kaedah Analisis Kajian
Kaedah analisis kajian adalah dengan mencari tahap interpretasi min, sisihan piawaian dan
ralat piawai untuk melihat kebolehpercayaan data. Data yang diperoleh dianalisis melalui
statistik deskriptif dengan menggunakan ringkasan dari keseluruhan data. Ia juga berupaya
memberi maklumat secara langsung dan mudah (Pallant, 2007). Skala Interpretasi Skor Min
adalah seperti berikut:
Jadual 2. Skala Interpretasi Min
Nilai Min Tahap Interpretasi Min
0.00 – 1.66 Rendah
1.67 – 3.33 Sederhana
3.34 – 5.00 Tinggi
DAPATAN KAJIAN
Analisis Demografik
Rajah 3a menunjukkan taburan sampel mengikut jantina dan Rajah 3b menunjukkan latar
belakang pencapaian Matematik SPM 2019. Responden adalah 16 (40 %) pelajar lelaki dan
24 (60%) pelajar perempuan. Sebanyak 29 pelajar (72.5%) adalah cemerlang dalam Fizik
SPM 2019, 10 (25%) pelajar yang pencapaian sederhana dalam Matematik dan 1 (2.5%)
pelajar adalah lemah Matematik.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 486
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rajah 3a: Taburan sampel mengikut Rajah 3b : Taburan sampel mengikut
jantina jantina
Analisis Tahap Minat, Motivasi dan Kefahaman Pelajar Tentang Penggunaan STAT-FUN
Jamboard dalam PdP Statistik Asas
Jadual 3 menujukkan nilai min dan sisihan piawai bagi tahap minat, motivasi dan kefahaman
pelajar tentang penggunaan STAT-FUN Jamboard dalam PdP Statistik Asas. Hasil dapatan
menunjukkan tahap minat, motivasi dan kefahaman pelajar PPISMP terhadap STAT-FUN
JAMBOARD skor min masing-masing berada pada skala yang tinggi (min minat=4.52,
SP=0.428, min motivasi = 4.36, SP=0. 517dan min kefahaman= 4.43, SP=0.511)
Jadual 3. Tahap Minat, Motivasi dan Kefahaman Pelajar Tentang Penggunaan STAT-FUN
Jamboard dalam PdP Statistik Asas
ASPEK N Min Sisihan Piawai
MINAT 40 4.520 .428
MOTIVASI 40 4.356 .517
KEFAHAMAN 40 4.525 .511
Hubungan antara Minat dan Kefahaman murid dan Motivasi dan Kefahaman murid
terhadap pdp Statistik Asas
Interpretasi kekuatan korelasi dalam kajian ini dilakukan berdasarkan adaptasi interpretasi
daripada kajian Davies,(1971) pada Jadual 4. Jadual 5 menunjukkan hasil analisis korelasi di
antara pembolehubah yang dikaji dengan kefahaman pelajar dalam kursus Statistik Asas.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 487
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 4: Interpretasi Kekuatan Korelasi
Skor Min Tahap
0.70-1.00 Amat tinggi
0.50-0.69 Tinggi
0.30-0.49 Sederhana Tinggi
0.10-0.29 Rendah
0.0- -.09 Diabaikan
Sumber: Adaptasi daripada Davies, (1971)
Jadual 5: Hubungan Minat, Motivasi dan Kefahaman Pelajar Tentang Penggunaan STAT-
FUN Jamboard dalam PdP Statistik Asas
HUBUNGAN KORELASI (r) KEKUATAN HUBUNGAN
Minat dengan kefahaman 0.799 Sangat tinggi
Motivasi dengan kefahaman 0.433 Sederhana tinggi
*signifikan pada aras signifikan p=0.01
Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang tinggi (positif) antara minat pelajar
dengan kefahaman kursus Statistik Asas iaitu dengan nilai 0.799 dan hubungan
sederhana(positif) antara motivasi pelajar dengan kefahaman kursus Statistik Asas iaitu
dengan nilai 0.433. Dapatan ini selaras dengan kajian (Abykanova et al. 2016; Benton et al.
2018) yang mendapati kefahaman murid turut meningkat sekiranya minat dalam
pembelajaran Matematik meningkat.
KESIMPULAN
Dapatan kajian menunjukkan tahap minat, motivasi dan kefahaman statistik berada pada
tahap tinggi (min minat=4.520, SP=0.428, min motivasi = 4.360, SP=0.517dan min
kefahaman= 4.43, SP=0.511). Hasil analisis juga menunjukkan terdapat hubungan positif
yang kuat antara minat dan kefahaman, rm (40) = 0.799 dan juga sederhana antara motivasi
dan kefahaman, rv(40) = 0.433 dalam menggunakan Stat-Fun Jamboard. Kesimpulannya,
penggunaan Stat-Fun Jamboard dapat membantu pendidik mempelbagaikan kaedah
penyampaian dan meningkatkan kualiti pengajaran bagi meningkatkan minat, motivasi dan
kefahaman murid dalam pembelajaran Statistik Asas. Ini jelas menunjukkan bahawa integrasi
teknologi melalui STAT-FUN JAMBOARD dalam pendidikan adalah salah satu contoh
mekanisme yang berupaya merangsang proses PdP yang baik dan berkesan di dalam
pendidikan dan secara tidak langsung dapat membantu melonjakkan lagi prestasi pelajar
dalam kursus yang diajar.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 488
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KAJIAN LANJUTAN
Kajian ini amat membantu dalam usaha untuk mempertingkatkan kefahaman pelajar di
IPGKSM dalam kursus Statistik Asas. Pemantauan dalam mengenal pasti teknik dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang diminati para pelajar perlu dilakukan secara berterusan
kerana setiap pelajar mempunyai minat yang berbeza. Demikian, cadangan kajian yang akan
datang perlu dilakukan secara lebih teliti dan mendalam. Sebagai contoh, kajian akan datang
boleh dilakukan menjurus kepada pelajar daripada program-program yang berbeza,
mengenal pasti teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan untuk
setiap program atau mengenal pasti susunan setiap silibus kursus matematik dan statistik
yang bersesuaian dan bersistematik bagi memastikan pelajar dapat mengikuti aliran
pembelajaran yang betul dalam menguasai sesuatu ilmu pengetahuan yang lebih tinggi dan
mendalam.
RUJUKAN
Chung, M.H.C. & Sara Beden. (2020). Google Jamboard Sebagai Alat Digital dalam e-
Pembelajaran Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Akibat Pandemik
COVID-19. e-Proceedings of 7th International Conference on Islamic Education 2020
(ICIEd 2020), 360-370
Davies, J. A. (1971). Elementary Survey Analysis. New Jersey: Prentice Hall
Edwards, L. (Jun 24, 2020). How to use Google Jamboard, for teachers. Tech & Learning:
Tools & ideas to transform education. Retrieved from
https://www.techlearning.com/features/how-to-use-google-jamboard-for-teachers [1
Mac 2021]
Hamat, M., & Mahlan, S. B. (2020). Adaptasi Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Maya
Dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik Covid-19, (September), 23–30.
Hassan , Johari and Ab Aziz, Norsuriani (2011) Faktor-faktor yang mempengaruhi minat
terhadap matematik di kalangan pelajar sekolah menengah. Journal of Science &
Mathematics Education . pp. 1-7
Hillmayr, D., Ziernwald, L., Reinhold, F., Hofer, S.I. & Reiss, K.M. (2020). The potential of
digital tools to enhance mathematics and science learning in secondary schools: A
context-specific meta-analysis. Journal of Computers & Education, 153 (8), pp.1 -25
J. Pallant, SPSS Survival Manual, 3rd Edition, Crows West, New South Wales, 2007
Norlia Abd. Aziz, Meerah, T. Subahan M, Lilia Halim, Kamisah Osman. Jurnal Pendidikan
Malaysia (Malaysian Journal of Education) (Volume 31, No. 1, 2006, Pages 123 to 141)
Pinto, M. & Leite, C. (2020). Digital technologies in support of students learning in higher
education: literature review.Digital Education Review, Number 37 June 2020, 343-360.
Rashid, A., Aziz, A., Al, A., Shafie, H., Hamidaton, U., Soffian, M., & Nur, R. (2020). Strategi
Pembangunan Aspek Kesejahteraan Kendiri bagi Mendepani Tekanan Akademik
Semasa Wabak COVID-19 Abstrak Development Strategy of Self Well-Being to
Overcome Academic Stress During COVID-19 Abstract Pengenalan, 5(12), 16–30.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 489
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Salleh, N. F. binti M. (2020). Pandemik coronavirus (covid-19): pembelajaran dan pengajaran
secara atas talian suatu keperluan di malaysia, (July).
Siong, W. W., & Osman, K. (2018). Pembelajaran Berasaskan Permainan dalam Pendidikan
Stem dan Penguasaan Kemahiran Abad Ke-21. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of
Social Sciences and Humanities, 3, 128–2875.
Virto, N.R. & López, M.F.B. 2020. Google Jamboard interactive smart board: Are innovative
approaches useful inpersonal branding assignments? 2nd World Conference on Future
of Education, 11 -13 September 2020.Retrieved from https://www.dpublication.com/wp-
content/uploads/2019/09/4027-WCF.pdf [14 Mac 2021]
.
.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 490
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN
1
Arfah binti Ahamad, Phd. dan Azman bin Jusoh, Phd. 2
2
1 IPG Kampus Sultan Abdul Halim , IPG Kampus Pulau Pinang
[email protected]
ABSTRAK
Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau perkembangan kemahiran berfikir dalam sistem
pendidikan di Malaysia sejak tahun 1994 sehinggalah pada abad ke-21. Tinjauan kajian ini
memfokuskan aspek kemahiran berfikir dan bagaimana ia berkembang dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Kemahiran berfikir di Malaysia bukanlah suatu pendekatan pedagogi
yang baharu dalam sistem pendidikan. Bermula dengan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
(KBKK) dan kemudian, dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010
memberi penekanan untuk membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi
memenuhi keperluan negara pada abad ke-21. Senario ini menunjukkan bahawa, selain
daripada KBKK yang diperkenalkan pada tahun 1994, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) juga telah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam KBKK yang sedia ada. Bagi
menghadapi cabaran pada abad ke-21, KPM telah melancarkan satu transformasi pendidikan,
iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 agar pelajar dapat
bersaing dalam dunia globalisasi. Dalam PPPM 2013-2025 KPM menekankan enam ciri
utama yang diperlukan oleh setiap pelajar supaya mereka mampu bersaing pada peringkat
global, dan salah satu ciri tersebut ialah kemahiran berfikir. Justeru, berdasarkan pelbagai
perubahan dan transformasi tersebut, kajian ini meninjau perkembangan kemahiran berfikir
yang berlaku dalam sistem pendidikan di Malaysia sehingga kini.
Kata kunci: kemahiran berfikir, sistem pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia
PENDAHULUAN
Kemahiran berfikir merupakan suatu kemahiran yang perlu dipelajari bagi membolehkan
murid-murid membina ilmu baharu berasaskan pengetahuan sedia ada. Ia merupakan suatu
aktiviti mental yang mempunyai tujuan, tersusun, melibatkan individu meneroka pemikiran
sendiri dan pemikiran orang lain (Chaffee, 1988). Pemikiran dikaitkan dengan proses
menggunakan otak (Phillips, 1999) atau minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah. Dengan kata lain, kemahiran berfikir merupakan suatu proses intelektual yang
melibatkan pembentukan konsep, aplikasi, analisis, sintaksis, atau menilai informasi yang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 491
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
terkumpul melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi (Siti
Rahayah, et al., 2008). Selain itu, kemahiran berfikir juga berupaya mengesan maklumat
sahih, mencari punca masalah, dan membuat keputusan serta menyelesaikan masalah.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia kemahiran berfikir telah lama wujud, iaitu sejak
tahun 1994 lagi melalui program kemahiran berfikir kreatif dan kritis (KBKK). Sehingga kini
kemahiran berfikir menjadi fokus utama dalam sistem pendidikan. Oleh itu, menjelang abad
ke-21, transformasi kurikulum pendidikan telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013), iaitu antaranya memfokuskan kemahiran berfikir
aras tinggi. Transformasi kurikulum pendidikan adalah bertujuan untuk membentuk
kecemerlangan minda murid agar mereka mampu bersaing dengan negara-negara maju
dalam menghadapi gelombang cabaran pada abad ke-21.
KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR
Mayer (1977) mengatakan bahawa kemahiran berfikir sebagai satu proses yang melibatkan
pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang
yang bertujuan menyelesaikan masalah. Mayer (1983) juga menjelaskan bahawa pemikiran
merupakan aktiviti kognitif yang berlaku dalam minda dan ia boleh dikesan berdasarkan
tingkah laku yang ditunjukkan oleh setiap individu. Aktiviti ini melibatkan pengetahuan,
pengamatan dan menghasilkan sesuatu. Pernyataan ini turut disokong oleh Beyer (1991)
yang menyatakan bahawa kemahiran berfikir merupakan suatu kebolehan manusia untuk
membentuk konsep, menyatakan sebab, atau membuat keputusan. Hal ini bermakna proses
berfikir merupakan suatu kebolehan yang dimiliki oleh seseorang untuk membolehkan mereka
hidup berdikari.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2002; 2001) pula mentakrifkan kemahiran berfikir
sebagai satu kemahiran atau proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, melahirkan ciptaan atau idea yang bernas, membuat
pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah. Penerapan
kemahiran berfikir ini penting diaplikasikan kepada murid bagi menghadapi arus globalisasi
agar mereka dapat bertindak secara rasional, boleh menyelesaikan masalah dan dapat
membuat keputusan yang tepat. Kemahiran berfikir dibahagikan kepada Kemahiran Kritis dan
Kemahiran Kreatif. Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi. Manakala
penaakulan membantu dalam membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan
saksama semasa menggunakan kemahiran kreatif dan kritis (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2012).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 492
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kemunculan abad ke-21 telah membawa dimensi baharu dalam sistem pendidikan
di Malaysia apabila kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) telah diperkenalkan melalui
transformasi kurikulum dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Menurut Lewis dan Smith (1993), KBAT berlaku ketika seseorang menerima maklumat baharu
dan memproses maklumat tersebut, kemudian membuat penilaian, seterusnya membuat
keputusan, serta menyelesaikan masalah yang bukan lazim. Hal ini bermakna apabila
menghadapi sebarang masalah, murid perlu lebih kreatif dengan mempunyai lebih dari satu
cara penyelesaian.
Onosko dan Newmann (1994) pula menjelaskan KBAT sebagai penggunaan potensi
minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru. Dalam hal ini murid perlu
memahami, menterjemah, menganalisis, dan memanipulasikan maklumat untuk menjawab
setiap persoalan atau menyelesaikan masalah yang tidak boleh diselesaikan. Berdasarkan
takrifan Kementerian Pendidikan Malaysia (2013a), KBAT ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu.
Oleh itu, proses KBAT berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baharu,
menyimpan dalam memori dan menyusun, kemudian mengaitkannya dengan pengetahuan
sedia ada, serta memanjangkan maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau
menyelesaikan sesuatu situasi yang rumit. Melalui KBAT murid dapat membuat keputusan,
melahirkan idea baru, membuat ramalan dan menyelesaikan masalah. Dengan kata lain,
KBAT berupaya untuk melahirkan murid yang aktif berfikir dan diharapkan murid tidak lagi
menghafal maklumat tetapi berupaya menyelesaikan masalah.
MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR DI MALAYSIA
Pelbagai model kemahiran berfikir telah dihasilkan oleh para penyelidik untuk memantapkan
proses kemahiran berfikir dalam kalangan masyarakat. Hal ini tidak terkecuali peranan yang
dimainkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dalam menghasilkan model kemahiran berfikir untuk diketengah dan diaplikasikan
kepada murid-murid di Malaysia. Perhubungan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran
berfikir kreatif, kemahiran berfikir menaakul dan strategi berfikir adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1;
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 493
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
(Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002)
Rajah 1. Model Kemahiran Berfikir (a)
Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2002), model kemahiran berfikir dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan individu untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea
dan bersifat evaluatif. Manakala kemahiran berfikir kreatif merupakan suatu kebolehan
individu untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Melalui ilham atau
gabungan idea-idea yang ada ini akan menghasilkan idea-idea yang baru.
Pada peringkat awal berdasarkan model Kemahiran Berfikir oleh PPK (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2002), peringkat tertinggi dalam proses berfikir ialah strategi berfikir
yang mengandungi langkah-langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan
kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
bermatlamat pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, menyelesaikan masalah atau
membuat keputusan. Dalam model ini juga kemahiran berfikir menaakul merupakan pelincir
dalam membantu individu membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua
kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
Setelah KPM memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 –
2010 yang menekankan elemen kreativiti dan inovasi, maka PPK memperkenalkan model
Kemahiran Berfikir yang menerapkan elemen tersebut. Rajah 2 menunjukkan perhubungan
antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran berfikir menaakul dan
strategi berfikir serta penerapan elemen kreativiti dan inovasi (Kementerian Pelajaran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 494
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Malaysia, 2012b);
(Sumber:Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012a)
Rajah 2. Model Kemahiran Berfikir (b)
Walau bagaimanapun, selepas KPM memperkenalkan elemen KBAT dalam sistem
pendidikan menerusi PPPM 2013 – 2025, maka program i-THINK menjadi agenda utama
dalam usaha untuk meningkatkan tahap berfikir aras tinggi murid-murid di Malaysia. Rajah 3
di bawah menunjukkan kronologi kemahiran berfikir yang diterapkan dalam sistem pendidikan
di Malaysia sehingga kini.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 495
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
1994
Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK)
Kemahiran Berfikir Kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda
untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan
bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. (KPM, 1994)
Kemahiran Berfikir Kritis ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda
untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan,
kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar
dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. (KPM, 1994)
2010
Elemen kreativiti dan inovasi dalam
Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK)
Inovasi ditakrifkan sebagai pengaplikasian kreativiti. Inovasi adalah
mempraktikkan idea yang dihasilkan. Kreativiti merupakan proses berfikir
manakala inovasi pula adalah proses produktif. Inovasi menambah nilai kepada
idea yang dihasilkan, dan sekiranya idea yang dihasilkan tidak melalui proses
invasi, maka ianya adalah idea semata-mata. Sekiranya idea yang dilahirkan
adalah biji benih, inovasi pula adalah tumbuhan atau pokok yang lahir hasil
daripada tanaman dan pemeliharaan benih (Yayasan Inovasi Malaysia, 2010)
2013
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan program i-THINK
KBAT ialah satu keupayaan berfikir untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran, dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta berupaya untuk
mencipta sesuatu. (KPM, 2013)
Program i-THINK adalah program yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan
murid berinovatif (AIM, 2013)
(Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015)
Rajah 3. Kronologi Kemahiran Berfikir di Malaysia.
KPM telah memperkenalkan KBKK dalam Kurikulum Kebangsaan sejak tahun 1994
lagi melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah
(KBSM). Kemudian, pada tahun 2010, KPM melalui PIPP telah menerapkan elemen kreativiti
dan inovasi dalam KBKK. Manakala pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) pula diperkenalkan dengan kemahiran asas 4M, iaitu Membaca, Menulis, Mengira
dan Menaakul. Semua ini merupakan satu inisiatif KPM untuk memperkukuh dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 496
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
memperkasakan kemahiran berfikir dengan memberi penekanan kepada kemahiran
menaakul sebagai tambahan kepada 3M dalam KBSR sebelum ini (Tarmizi, 2015), dan yang
terkini ialah penerapan KBAT dan program i-THINK dalam kemahiran berfikir sedia ada
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014a; Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Rajah
4 di bawah menunjukkan model kemahiran berfikir yang terkini (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2014a);
Menyelesaikan Masalah,
Membuat Keputusan,
Berinovasi,
Berupaya Mencipta
STRATEGI BERFIKIR, MENAAKUL
PEMIKIRAN KREATIF, PEMIKIRAN KRITIS
KEMAHIRAN BERFIKIR
(Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014a)
Rajah 4. Model Kemahiran Berfikir (c)
Oleh itu, adalah diharapkan pengaplikasian model kemahiran berfikir yang terkini
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014a) dalam PdP akan membantu proses kemahiran
berfikir murid-murid ke arah yang lebih baik dan berdaya saing. Hal ini kerana model
kemahiran berfikir yang terkini bukan sahaja menekankan aspek kreatif dan kritis, strategi
berfikir tetapi juga mementingkan kebolehan murid-murid menaakul, boleh menyelesaikan
masalah, berani membuat keputusan, mempunyai daya inovasi, dan keupayaan mereka
mencipta sesuatu yang baharu dalam dunia yang serba maju dan canggih.
PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM SISTEM PENDIDIKAN
MALAYSIA
Kemahiran berfikir di Malaysia bukanlah suatu pendekatan pedagogi yang baru dalam sistem
pendidikan. Malah, sejak 1994 lagi KPM telah memperkenalkan Kemahiran Berfikir Kritis dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 497
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kreatif (KBKK) di sekolah-sekolah yang menggalakkan murid berfikir. Oleh itu, guru-guru
diberi pendedahan tentang kaedah pelaksanaan kemahiran berfikir dalam proses PdP
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).
Kemudian, dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) 2006 – 2010, KPM telah
memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010 (Jabatan
Penerangan Malaysia, 2013). Penekanan dalam PIPP adalah untuk membangunkan modal
insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan negara pada abad ke-21. Oleh itu,
pelaksanaan elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan akan menjadi pemangkin kepada
agenda transformasi negara (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012a).
Senario ini menunjukkan bahawa, selain daripada KBKK yang diperkenalkan pada
tahun 1994, KPM juga telah menerapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam KBKK yang
sedia ada. Matlamat pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid adalah
bertujuan untuk melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif, mampu menghasilkan idea
serta budaya cipta yang berkualiti agar menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan mereka
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012a).
Bagi menghadapi cabaran pada abad ke-21, setiap murid perlu berupaya untuk
bersaing pada peringkat global. Oleh itu, KPM telah melancarkan satu transformasi
pendidikan agar murid dapat bersaing dalam dunia globalisasi pada abad ke-21 yang dikenali
sebagai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Dalam PPPM 2013
– 2025, KPM menekankan enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid supaya mereka
mampu bersaing pada peringkat global. Enam ciri tersebut iaitu melibatkan pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan
identiti nasional perlu ada pada setiap murid sejajar dengan FPK (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013).
Jadual 1 di bawah menunjukkan perubahan dan perbezaan kemahiran berfikir yang
telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam sistem pendidikan negara bagi
mencorak dan melahirkan generasi murid yang berupaya berfikir pada aras tinggi. Kemahiran
berfikir aras tinggi ini amat diperlukan agar generasi hari ini mampu untuk bersaing bagi
menangani cabaran pada abad ke-21.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 498
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 1
Perbezaan Kemahiran Berfikir dalam sistem pendidikan di Malaysia
Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBKK) 1994 (KBAT) 2013
Memberi fokus kepada kemahiran
berfikir kritis dan kreatif ke arah Memberi fokus kepada kemahiran
berfikir aras tinggi iaitu mengaplikasi,
penyelesaian masalah dan membuat menganalisis, menilai dan mencipta
keputusan
Penekanan dalam kurikulum,
Penekanan dalam kurikulum dan pedagogi, pentaksiran, kokurikulum,
pedagogi sokongan komuniti dan swasta, bina
upaya guru serta sumber
(Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013b)
Dalam aspek kemahiran berfikir, PPPM 2013 – 2025 menekankan bahawa setiap
murid akan belajar bagaimana memperoleh ilmu pengetahuan dengan cara menerapkan
perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Cara ini
membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu.
Di samping itu, mereka perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan
dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Oleh itu,
kemahiran berfikir amat penting diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran selaras
dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sekaligus untuk memenuhi keperluan
negara ke arah K-ekonomi. Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula,
kemahiran berfikir adalah antara unsur utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan
secara tersurat (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Begitu juga dalam kurikulum KSSR
dan KSSM yang menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut menekankan elemen KBAT dalam usaha
melahirkan murid yang boleh menguasai kemahiran berfikir dalam setiap disiplin ilmu
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013a). Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berfikir
untuk membantu mereka menghadapi cabaran pada abad ke-21, iaitu era teknologi maklumat
(Poh, 2000; Phillips, 1999) yang menuntut mereka berfikir dan bertindak dengan pantas,
cekap dan cekal.
Berdasarkan Laporan Tahunan PPPM 2014 (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2014a) pelbagai langkah dan inisiatif yang telah dijalankan oleh KPM untuk merealisasikan
harapan agar generasi Malaysia berjaya dalam persaingan ekonomi global. Jadual 2
menunjukkan langkah-langkah yang telah diambil oleh KPM dalam usaha menganjak
pembelajaran murid daripada pembelajaran yang hanya berbentuk hafalan kepada
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 499
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pembelajaran yang lebih menekankan pemikiran kritis dan kreatif dan penaakulan dalam
menyelesaikan masalah
Jadual 2
Langkah-langkah penerapan KBAT oleh KPM
Laporan Tahunan KBAT 2014
Kementerian telah menghasilkan 62 modul yang mengandungi
panduan mengajar, slaid pembentangan, lembaran aktiviti murid
dan item ujian bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam
kalangan murid Tingkatan 2 dan 3.
1. Modul ini memberikan tumpuan kepada kemahiran inkuiri saintifik
dan kemahiran penyelesaian masalah yang terkandung dalam
kurikulum Sains dan Matematik peringkat sekolah rendah dan
menengah.
Bagi memastikan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran
berlaku di dalam bilik darjah, sebanyak 15,768 orang guru mata
pelajaran Sains, 16,123 orang guru mata pelajaran Matematik dan
2. 50,957 orang guru bagi mata-mata pelajaran lain telah selesai
menjalani latihan berkaitan kaedah pengajaran dan penilaian
KBAT sehingga Disember 2014.
Pada tahun 2014, murid yang menduduki peperiksaan awam perlu
menjawab soalan-soalan yang mempunyai elemen KBAT. Bagi
3. semua kertas peperiksaan, 20% daripada soalan telah menguji
kemahiran analitikal, aplikasi dan penaakulan murid.
(Sumber: Laporan Tahunan PPPM, 2014)
Berdasarkan Laporan Tahunan ini juga KPM telah mula melihat perubahan positif
berlaku di dalam bilik darjah apabila guru menerapkan KBAT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini penting kerana fokus pendidikan bukan hanya untuk memahami dan
mengingati ilmu pengetahuan sahaja tetapi juga perlu dilengkapi dengan keupayaan
menggunakan pelbagai kemahiran kognitif atau kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Oleh
itu, penekanan pengaplikasian kemahiran berfikir dalam PdP dapat membantu murid-murid
untuk mengubah gaya pembelajaran yang selama ini lebih berfokus kepada hafalan kepada
pembelajaran yang lebih menekankan pemikiran aras tinggi dan penaakulan dalam
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, melakukan inovasi dan proses penciptaan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 500
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KESIMPULAN
Pendidikan merupakan satu platform berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk membolehkan murid membina ilmu baharu
berasaskan pengetahuan sedia ada dan sumbernya tidak terhad daripada maklumat guru di
dalam kelas sahaja. Lebih-lebih lagi dalam dunia tanpa sempadan dan segala maklumat
berada di hujung jari menyebabkan murid hari ini perlu berfikir lebih kritis, kreatif dan matang
dalam membuat penilaian. Oleh itu, pada abad ke-21 dan dalam kehidupan yang serba
pantas, generasi kini perlu memiliki kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) untuk bersaing
dengan cabaran teknologi dan kecanggihan ilmu.
RUJUKAN
Arfah Ahamad, Fadzilah Amzah dan Rohizani Yaakub. (2019). Kesan Penggunaan MAi-T
Terhadap Keupayaan Murid Menghasilkan Puisi. Kertas kerja yang dibentangkan di
Persidangan Kebangsaan Amalan Terbaik Pembelajaran & Pemudahcaraan Dan
Pertandingan Inovasi (Ncbpi) 2019. Anjuran IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan, pada
14 – 15 April 2019.
Beyer, B.K. (1991). Teaching thinking skills: A handbook for elementary school teachers.
Boston: Allyn and Bacon.
Chaffee, J. (1988). Thinking critically. Boston: Houghton Mifflin Co.
Jabatan Penerangan Malaysia. (2013). Kesinambungan Kepimpinan Jayakan Wawasan
20120. Putrajaya: Jabatan Penerangan Malaysia, Kementerian Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Membudayakan Kemahiran Berfikir. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012a). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013a). (PPT). Program kemahiran berfikir aras tinggi:
konsep KBAT. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013b). KBAT: Inisiatif Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di
sekolah. Putrajaya: Bahagian Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). PISA 2006 Released Items – Science. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014a). Laporan Tahunan 2014: Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 501
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Panduan Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
berdasarkan Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5. Putrajaya: Bahagian Buku Teks.
Lewis, A. & Smith, D. (1993). Defining Higher Order Thinking Theory Into Practice. 32(3), 131-
137.
Mayer R.E. (1977). Thinking and problem solving: an introduction to human cognition and
learning. Scott: Foresman.
Mayer, R. (1983). Thinking, problem solving, cognition. New York: W. H. Freeman and
Company.
Onosko, J. J, & Newmann, F. M. (1994). “Creating More Thoughtful Learning Environment.”
in J. Mangieri & C. C. Blocks (Eds.). “Creating Powerful Thinking In Teachers And
Students Diverse Perspectives.” Forth Worth: Harcourt Brace College Publishers.
Phillips. J. A. (1999). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori dan Amalan. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Poh Swee Hiang. (2000) KBKK: Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Siti Rahayah Ariffin, Zolkepeli Haron, Rodiah Idris, Nur’Ashiqin Najmuddin, Shahrir Samsuri,
Basri Hassan dan Nor Azaheen Abdul Hamid (2008). Tahap Penguasaan Kemahiran
Pemikiran Kritikal Dan Penyelesaian Masalah Pelajar-pelajar Sains Dan Hubungannya
Dengan Pencapaian Pelajar. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak Diterbitkan.
Tarmizi Abdul Rahim. (2015). Merangsang fikir luar kotak. Mingguan Malaysia, 5.3.2015.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 502
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
TEKA-TEKI MELAYU MENELITI NILAI DISIPLIN KANAK-KANAK
Fadzilah binti Abdul Rahim
Dr Muammar Ghaddafi bin Hanafiah
Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
UKM, Bangi.
[email protected], [email protected]
ABSTRAK
Teka-teki Melayu khazanah puisi tradisional. Puisi rakyat ini berperanan sebagai permainan
menduga akal dalam kalangan masyarakat Melayu yang membezakan dengan tradisi puisi
lisan yang lain. Dalam teka-teki Melayu terkandung soalan untuk diteka. Permasalahan kajian
meneliti teka-teki Melayu sebagai kaedah belajar bagi kanak-kanak bermain dalam bentuk
persembahan melalui pertandingan teka-teki yang sekaligus boleh meningkatkan disiplin
kanak-kanak. Bentuk persembahan berlaku apabila kanak-kanak berekspresi perasaan,
fikiran dan imaginasi semasa menyampaikan dan menjawab teka-teki Melayu. Penelitian
kajian adalah bersifat deskriptif kualitatif yang melibatkan 4 orang guru dan 24 orang kanak-
kanak dari Sekolah Kebangsaan Bandar Putera, Ipoh. Data yang diperoleh melibatkan kanak-
kanak dari pra sekolah sehingga tahun 3 menyertai pertandingan teka-teki Melayu di dalam
kelas mata pelajaran bahasa Melayu selama 60 minit. Penelitian kajian adalah menggunakan
teknik simulasi hasil rakaman persembahan melalui pertandingan teka-teki Melayu. Hasil
kajian menunjukkan bahawa pertandingan teka-teki Melayu sebagai penggabungjalinan
pengajaran sastera dan penyerapan yang boleh meningkatkan disiplin kanak-kanak.
Kata kunci: Bahasa Melayu, menduga akal, persembahan pertandingan teka-teki Melayu
kanak-kanak, disiplin.
PENGENALAN
Teka-teki puisi tradisi. Puisi rakyat ini berperanan sebagai permainan yang menduga akal
dalam kalangan masyarakat Melayu. Teka-teki permainan kata berbeza daripada tradisi puisi
lisan yang lain sama ada pantun, mantera, peribahasa, seloka, teromba, mahupun talibun.
Dalam teka-teki terkandung soalan untuk diteka yang menuntut jawapan. Cirinya yang
sedemikian mampu menjadikan teka-teki berfungsi sebagai bentuk hiburan untuk mengisi
masa senggang sambil menuntut khalayaknya berfikir, menduga akal bagi mendapatkan
jawapan dalam suasana yang ceria dan berjenaka. Kandungan teka-teki Melayu, berkaitan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 503
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dengan benda-benda konkrit dan bukan abstrak kerana peneka soalan atau teka-teki itu dapat
menggambarkan pembayang yang disogokkan kepadanya (Inon Shaharuddin 1988:ii).
Penciptaan teka-teki Melayu sebagai satu genre puisi yang tersendiri dari segi isi dan fungsi.
Kewujudan bentuk dan struktur teka-teki mempunyai bentuk utama iaitu prosa dan puisi.
Bentuk teka-teki Melayu dalam puisi ialah syair dan pantun atau dalam bentuk prosa (Hikayat
Musang Berjanggut dan Hikayat Nujum Pak Belalang) (Harun Mat Piah 1989:343). Setiap
penciptaan teka-teki Melayu itu ada yang terdiri daripada pembayang yang pendek, ringkas
dan kalimat prosa yang lebih panjang mengandungi soalan untuk diteka yang menuntut
jawapan. Permainan teka-teki pastinya memerlukan sekurang-kurang dua orang untuk
mengambil bahagian dalam suatu interkasi yang dua hala iaitu seorang peneka dan penjawab
soalan. Keunikan teka-teki berbanding puisi lisan yang lain ialah peristiwa teka-teki berlaku
itu secara spontan, santai sambil bermain bersama-sama keluarga dan rakan-rakan. Setiap
teka-teki itu menggambarkan suasana menyeronokkan, terancang, saling ingin menjawab,
fokus ketika mendengar soalan dan menjawab teka-teki akan wujud nilai disiplin antara
pemain. Ini jelas bahawa khazanah teka-teki Melayu memperlihatkan adunan resepi yang
sangat kreatif daripada penciptanya melalui penyampaian interaksi antara dua pihak.
Permainan yang teratur adalah melalui pertandingan. Pertandingan berteka-teki
Melayu, sesuai dijadikan sebagai aktiviti untuk menyampaikan adab dan belajar (Harun Mat
Piah 1989:361) yang formal sebagai alat komunikasi khususnya dalam kalangan kanak-kanak
di sekolah. Kanak-kanak mula terhibur semasa bersoal jawab. Suasana bertanding bermula
apabila rakan-rakan mereka mengemukakan soalan-soalan yang menuntut jawapan itu dapat
membentuk disiplin kanak-kanak. Apabila bermain teka-teki sebagai contoh kanak-kanak
mengambil peranan, mengarahkan rakan-rakan menjawab, memberi maklum balas
menjawab teka-teki itu dan berterusan mencabar sehingga suasana berteka-teki menjadi
seimbang atau memihak kepada kumpulan yang bermain. Suasana bermain teka-teki
bersama-sama rakan-rakan di kelas melentur keperibadian diri kanak-kanak menampakkan
nilai disiplin. Nilai disiplin menggalakkan cara bermain teka-teki itu mengatur strategi untuk
menang ketika menyoal, menjawab yang melihat kelincahan dan merangsang fikiran kanak-
kanak. Soalan-soalan teka-teki selalu sahaja mendorong diri kanak-kanak mencari dan
menemukan jawapan. Tiap-tiap soalan membantu kanak-kanak memecahkan idea,
memikirkan, membangun dan menemukan jawapan-jawapan baru. Penyoal teka-teki
mengemukakan soalan-soalan unik di samping penjawab menggunakan pelbagai kaedah
mencari jawapan yang betul. Kanak-kanak sebagai pemain teka-teki bertanggungjawab untuk
menentukan soalan dan memungkinkan segala jawapan untuk menang dengan pihak lawan.
Teka-teki Melayu dalam kajian ini mengangkat teka-teki Melayu yang dapat menduga akal
kanak-kanak seiring memperlihatkan kemeriahan, kesungguhan dan keazaman kanak-kanak
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 504
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
semasa menjawab teka-teki. Teka-teki Melayu sebagai gelanggang puisi warisan yang dapat
membentuk disiplin kanak-kanak semasa bermain.
SOROTAN LITERATUR
Penelitian kajian tentang teka-teki tidak banyak dilakukan. Kebanyakannya hanya mengumpul
teka-teki. Ketiadaaan huraian mungkin disebabkan oleh minat penerbit yang tertumpu hanya
kepada teks teka-teki dan tidak pada konteksnya dalam masyarakat, ataupun kerana
sememangnya tidak ada fungsi lain teka-teki itu dalam masyarakat Melayu selain daripada
hiburan pada masa-masa lapang, kecuali masyarakat Sabah dan Sarawak yang
menggunakan teka-teki itu dalam berbagai-bagai upacara sosial/ritual termasuk juga upacara
kematian. Penciptaan dan pengumpulan teka-teki Melayu yang terawal ialah Munsyi Sulaiman
Muhammad Nur (1906), dan O.T Dussek (1918). Himpunan teka-teki turut dilakukan oleh
Abdul Karim (1963) dan Zaaba (1964) yang hanya mengumpulkan teka-teki pilihan dari
sastera puisi Melayu cara lama. Walau bagaimanapun, tradisi teka-teki terakam oleh Winstedt
(1949), Ismail Hamid (1987), Harun Mat Piah pada (1989:359), Zalila Sharif dan Jamilah Haji
Ahmad (1993), Shaiful Bahri (2005) dan Abdul Halim Ali (2006), sekadar menghuraikan teka-
teki Melayu yang bergantung pada penyelesaiannya pada bait puisi dan pengulangan
asonansi teka-teki untuk menguji kecerdasan.
Teka-teki Melayu kanak-kanak pernah diperkatakan oleh Matlob (1964) dalam
bukunya menjelaskan tentang amalan berteka-teki amat rapat hubungannya dengan berfikir.
Kajian seterusnya, dilakukan oleh Inon Shaharuddin (1988) yang menghimpunkan 356 buah
teka-teki Melayu yang dikutip daripada teka-teki lisan. Penulisan kajian teka-teki yang dikenali
sebagai Sundait dilakukan oleh Low Kok On dan Janathan Kandok 2016 yang merupakan
hasil kerja lapangan mengumpul dan mendokumentasikan teka-teki etnik Kadazandusun di
Sabah. Kajian yang dilakukan oleh Siti Zubaidah (2015) yang mengimbau ke zaman
penjajahan British di Tanah Melayu meneliti isian koleksi teka-teki Kitab Gemala Hikmat
(1906) yang mengandungi 153 gubahan teka-teki yang memperlihatkan ketokohan dan
pemikiran Munsyi Sulaiman dalam membela bangsa Melayu menerusi mata pena. Entelah
atau teka-teki masyarakat Iban di Sarawak dikaji oleh Patricia Ganing, Asmiaty Amat dan
Lokman Abdu Samat (2020).
TEKA-TEKI MEMBENTUK DISIPLIN KANAK-KANAK
Aktiviti bermain meningkatkan disiplin diri. Menanti giliran, patuh aturan permainan, antara
rakan sepermainan semasa bermain melentur disiplin yang tinggi. Setiap permainan kanak-
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 505
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kanak belajar berkongsi dan berbincang dengan rakan sebaya. Teka-teki sebagai puisi lisan
memperlihatkan konteks situasi dan interaksi permainan yang teratur dan sistematik melalui
1
pertandingan. Pertandingan berteka-teki merupakan permainan formal yang melibatkan
peraturan. Secara umumnya, penglibatan para peserta pertandingan hendaklah mematuhi
peraturan. Oleh demikian, nilai disiplin semasa berteka-teki amat penting mengimbangi setiap
cabaran yang perlu dikawal oleh guru. Tambahan pula, setiap soalan dipilih secara rawak.
Ada soalan yang susah dan ada soalan yang sukar. Sebelum pertandingan guru telah
menetapkan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh para peserta dan penonton
berdasarkan Rajah 1.1:
Membentuk Dua
Kumpulan Guru memberikan 3 Soalan tidak
soalan teka-teki
3 orang lelaki dan 3 kepada setiap peserta dibenarkan berkongsi
antara ahli kumpulan
orang perempuan
Penonton diberi tempoh 10 saat Kumpulan lawan boleh
sahaja untuk menjawab. Masa untuk menjawab
Penonton akan memperoleh berbincang dalam tempoh 30 ialah satu minit sahaja.
hadiah individu dan tiada saat untuk memilih jawapan. Gagal menjawab dibuka
Gagal menjawab terbuka
markah diberikan kepada kepada penonton kepada pasukan lawan
kumpulan bertanding
Kumpulan memperoleh
markah tertinggi dikira
sebagai pemenang
Rajah 1.1 : Proses Pelaksanaan Pertandingan Teka-teki
Proses pelaksanaan pertandingan teka-teki merancang permainan yang lebih teratur
dan sistematik. Persembahan teka-teki berlangsung mengikut urutan dari peringkat
permulaan hingga ke akhir pertandingan. Kanak-kanak yang terlibat dalam pertandingan
melatih kecekapan pada pengetahuan kata-kata dan memberi peluang kanak-kanak untuk
mengetahui lebih banyak teka-teki Melayu. Hasil dapatan kajian para peserta dariada setiap
1 Annikki Kaivola-Bregenhøj (2001:105) memperkatakan tentang konteks dan fungsi teka-teki dalam
bentuk pertandingan teka-teki masyarakat Sphinx. Setiap pertandingan akan dimenangi oleh peserta yang
menjawab soalan teka-teki yang paling sukar.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 506
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pasukan diajak bersaing secara sihat kerana adat pertandingan ada prinsipnya berjuang ke
arah kemenangan dan akur dengan kekalahan.
Berteka-teki aktiviti menyeronokkan. Pertandingan teka-teki dianggap sebagai
2
permulaan awal ‘games and rules’ yang menuntut kanak-kanak pra sekolah memupuk
amalan berdisiplin mengikut peraturan ketika bermain teka-teki. Prinsip pembukaan bermula
dengan peserta yang menyampaikan soalan. Peserta yang memberikan soalan haruslah
bertanggungjawab terutama kelancaran berbahasa agar peneka dapat mendengar
pembayang lebih jelas untuk menjawab teka-teki situasi pertama:
Peserta Persembahan
A (Perempuan) Membaca teka-teki:
Pergi ke hutan mencari paku pakis
buat hiasan di halaman rumah
bila masak rasanya manis,
berambut lebat dan warnanya merah.
Jawapan: Rambutan
Pembukaan:
Penyoal membaca lancar. Suara sangat perlahan sehingga para peserta
dan pihak lawan tidak dapat dengar. Pihak lawan riuh rendah kerana
sukar untuk meneka.
Skala sesi: Meriah
B (Lelaki) Peserta berjaya menjawab rambutan.
Penutup:
Guru dan murid mengulang semula teka-teki untuk mengenal pasti
jawapan. Peserta dah boleh meneka jawapan berdasarkan pembayang.
Suasana:
Peneka gembira dapat menjawab. Penonton bertepuk tangan.
2 Tingkah laku kanak-kanak bertanding mengikut peraturan ditetapkan. Setiap peraturan yang dibentuk
dalam permainan tersebut perlu diikuti dan kegagalan mematuhi peratutan boleh dikenakan denda (Piaget
1965, Suppiah Nachiappan 2014:138).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 507
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Ciri penting aspek pertandingan bermula dengan frasa pembukaan peserta sebagai
jalinan persembahan. Penyoal MVI:6324 (1) teka-teki bangun membaca teka-teki dengan
lancar namun, suara pula sangat perlahan semasa menyampaikan soalan. Kelancaran
berbahasa penting semasa menyampaikan teka-teki agar peneka lebih mudah faham
3
pembayang teka-teki dan boleh menjawab teka-teki. Suasana pertandingan riuh apabila
peserta kumpulan 2 tidak boleh mendengar teka-teki yang dibaca oleh peserta kumpulan 1.
Pihak lawan riuh rendah kerana sukar untuk meneka jawapan kerana suara yang sangat
perlahan. Guru membantu peserta supaya kumpulan 2 dapat menjawab teka-teki dengan
mengulang semula teka-teki bersama-sama para peserta dan penonton. Keadaan ini secara
langsung mewujudkan suasana yang teratur dan tenteram apabila guru campur tangan
4
bersama-sama membantu para peserta ketika bertanding. Pembayang ‘berambut lebat dan
warnanya merah’ yang telah dibaca beramai-ramai dengan menguatkan nada suara,
menyebabkan dari awal lagi peneka mengangkat tangan dan peneka MVI:6324 (2) dengan
mudah boleh meneka jawapan ‘rambutan’.
Peneka MVI:6324 (2): Berambut lebat dan warnanya merah...
ha...rambutan! rambutan!
Komunikasi dua hala dengan guru campur tangan mengulang bacaan teka-teki.
Peserta patuh dan meneruskan pembacaan teka-teki bersama-sama. Walaupun terganggu
kerana ingin menjawab lebih awal. Guru meminta peserta bersabar dan perlu mendengar
kumpulan 1 selesai membacakan soalan teka-teki. Percubaan menjawab teka-teki dengan
betul menggembirakan peserta bersama-sama ahli kumpulannya. Mereka bertepuk tangan
kerana berjaya menjawab. Suasana meriah, riuh dan gembira Secara impaknya,
persembahan kanak-kanak ketika berteka-teki mendorong nilai disiplin yang mewujudkan
suasana yang teratur sepanjang pertandingan (Hasnan Kasan, Najib Abd Kadir & Mohamad
Akil 2005:11).
Suasana naratif berlaku dalam pertandingan teka-teki Melayu. Peserta dan peneka
saling bersaing antara satu sama lain:
Peneka MVI:6313 (2): Tak dengarlah cikgu!
Penonton Tahun 1A: Ya, cikgu tak dengar!
Riuh rendah apabila penyoal membaca soalan sangat perlahan. Keterujaan kanak-kanak
hendak meneka teka-teki. Sepanjang pertandingan peserta bersedia mendengar soalan-
soalan teka-teki tetapi setiap kali ada peserta yang memperlahankan suara sudah tentu
3 Aspek bahasa sangat penting untuk memperdengarkan kepada pembaca tentang sebuah naratif atau epik
disampaikan oleh penuturnya (Richard Bauman 1977:11).
4 Persembahan dalam sebuah penyampaian lisan, ramai orang campur tangan dengan bebas, dengan soalan
dan ucapan (Sweeney 2020:19).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 508
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kumpulan lawan berasa marah kerana sukar menjawab. Situasi di atas guru memainkan
peranan, campur tangan guru dapat mengawal suasana pertandingan teka-teki memerlukan
interaksi bersama-sama rakan dan guru sehingga boleh menimbulkan keseronokan dan
keberkesanan pembelajaran di samping dapat menyuburkan disiplin kanak-kanak. Keadaan
yang terkawal ini akan menarik penonton yang tidak mengambil bahagian lebih aktif bersedia
mendengar dan berinteraksi untuk bermain teka-teki. Peringkat awal kanak-kanak belajar
berteka-teki dengan bentuk pertandingan mempersembahkan suasana persaingan sihat.
Aktiviti berteka-teki sebagai pengalaman baru kepada kanak-kanak yang berusia 7 tahun:
Peserta Persembahan
A (Perempuan) Membaca teka-teki:
Bentuknya besar dan panjang,
ia bersayap dan berekor,
diigunakan orang di merata dunia,
terbang tinggi dan sangat pantas.
Jawapan:Kapal terbang
Pembukaan:
Membaca tidak lancar. Suara sangat perlahan sehingga para peserta dan
pihak lawan tidak dapat dengar.
Skala sesi:
Kurang meriah. Riuh apabila pemyoal membaca nada perlahan.
B (Lelaki) Peserta berjaya menjawab kapal terbang.
Penutup
Guru membantu peneka untuk membaca semula teka-teki.
Kumpulan 2 meminta mengulang semula teka-teki kerana tidak dengar dan
tidak faham akan pembayang yang disampaikan.
Penonton bersama-sama bercerita tentang keseronokan menaiki kapal
terbang.
Suasana:
Kumpulan peneka gembira, soalan diulang dan berjaya menjawab.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 509
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Penyoal MVI:6314 (1) nada suara yang dilontarkan sangat perlahan. Peserta
5
kumpulan 2 tidak dengar soalan. Suasana riuh, ‘tak dengar, tak dengar.’ Guru menenangkan
keadaan pertandingan. Situasi ini memperlihatkan kesungguhan kanak-kanak bersaing
bertanding teka-teki untuk menampakkan kehebatan diri secara individu. Guru telah
mengawal dan mengendalikan kanak-kanak dengan memupuk disiplin seperti mengingatkan
peraturan pertandingan dan berlaku adil kepada kedua-dua pasukan. Caranya, guru dan para
penonton pertandingan membaca soalan bersama-sama. Sebelum mengulang semula teka-
teki, guru mengingatkan penggiliran para peserta pertandingan. Pada masa ini, giliran
kumpulan 2 sahaja yang menjawab. Giliran kumpulan 1 hanya memberi soalan. Jika gagal
patuh mengikut giliran sudah tentu markah percuma akan diberikan kepada pihak lawan.
Penyoal dibenarkan mengulang semula teka-teki. Peneka berasa gembira kerana
soalan diulang. Selesai sahaja peneka kumpulan 2 menjawab, penonton teruja dengan
jawapan kapal terbang.
Penonton A :Saya tak pernah naik kapal terbang.
Penonton B :Cikgu, hari-hari saya naik kapal terbang.
Guru :Hari-hari?
Penonton B :Bercuti cikgu.
Penutup teka-teki berakhir dengan pengllibatan penonton yang teruja dengan jawapan kapal
terbang. Objek-objek konkrit yang umum dalam kebanyakan teka-teki mempengaruhi kanak-
kanak untuk belajar (Harun Mat Piah 1989:354) dan berteka-teki memperlihatkan kemampuan
berbahasa kanak-kanak secara santai bercerita pengalaman penonton bercuti bersama-sama
keluarga dengan menaiki kapal terbang Teka-teki Melayu menggalakkan kanak-kanak
bercerita, berkongsi dan memberi pendapat tentang objek jawapan teka-teki.
Pertandingan teka-teki Melayu membolehkan minat kanak-kanak mematuhi peraturan
dan arahan secara tidak sedar kanak-kanak mengikut tertib untuk menguasai setiap sesi
berteka-teki agar dapat memperoleh kemenangan. Yang dahulu hendaklah didahulukan yang
kemudian dikemudiankan. Setiap pusingan sesi pertandinga kedua-dua kumpulan sentiasa
berhati-hati semasa membuat keputusan serta fokus mendengar soalan teka-teki untuk
meneka teka-teki:
Peserta Persembahan
A (Lelaki) Membaca teka-teki:
Ia diikat, ia ditendang,
5 Nada suara sangat penting untuk diperdengarkan oleh penyoal teka-teki kepada peneka. Richard Bauman
(1977:11) mementingkan aspek bahasa untuk diperdengarkan kepada pembaca tentang sebuah naratif atau
epik disampaikan penuturnya.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 510
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
di dalamnya angin di luarnya kulit,
ia dibawa bermain di padang,
kadang-kadang ditendang jauh ke parit.
Jawapan:Bola
Pembukaan:
Penyoal membaca perlahan. Afif bermain-main semasa membaca dan
tidak fokus mengemukakan soalan.
Skala sesi:
Meriah
B (Perempuan) Penutup:
Peneka berjaya menjawab bola.
Penyoal terkejut dengan jawapan yang diberikan peneka.
Suasana:
Peneka kumpulan 1 tidak dengar dan tidak faham soalan. Meminta
peserta kumpulan 2 ulang semula.
Penyoal MVI:6305 (3) tidak fokus mengemukakan soalan. Seakan sebagai muslihat sengaja
6
memperlahankan soalan . Peserta kumpulan 1 meminta mengulang semula. Sekali lagi Afif
masih membaca cara yang sama. Guru menasihati Afif agar fokus dalam pertandingan. Afif
membaca lebih semangat dan jelas. Pantas peserta terus menjawab bola. Tiba-tiba Afif
menjerit:
Afif :Wooiii betullah! Bola.
Afif terkejut kerana rakannya pantas menjawab. Suasana berteka-teki ini
menghiburkan hati dengan permainan. Suasana sudah tentu lebih tenang dan lebih fokus.
Walaupun, Afif sangat teruja bermain dan mengatur strategi untuk menang tetapi perlu
bersaing secara sihat. Kanak-kanak secara langsung memperkaya percakapan dalam
6 Kisah Pak Belalang sebagai ahli nujum yang berjaya menyelesaikan teka-teki dengan memecahkan
masalah dengan tipu muslihat, di samping daya usaha sendiri dan nasib menyebelahinya (Mohd Taib Osman
2007::xxxvi).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 511
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
keadaan formal dan tidak formal (Abd. Aziz Abd Talib 2000:100). Keadaan ini sudah tentu
membina pengalaman dan pendedahan bermain teka-teki Melayu yang sewajarnya melatih
kanak-kanak mendisiplinkan diri.
Ketepatan masa dalam konteks pertandingan teka-teki, kewujudan peraturan dalam
pertandingan para peserta mendisiplinkan diri menepati masa dan menunggu giliran. Para
peserta berhati-hati menjawab soalan supaya dapat menjawab dengan tepat dan tidak
memikirkan jawapan terlalu lama hingga masa tamat walaupun mengambil kira risiko jika
menjawab jawapan teka-teki yang salah:
Peserta Situasi
A (Perempuan) Membaca teka-teki:
Petang hari duduk bersembang
duduk bersembang memakai ketayap
sungguh tinggi ia terbang
tetapi ia tidak bersayap
Jawapan:Layang-layang
Pembukaan:
Penyoal menyampaikan soalan dengan tegas dan jelas. Soalan aras
sukar. Penyoal tersenyum sinis. Tahu pihak lawan tidak boleh
menjawab.
Skala sesi:
Ceria
B (Lelaki) Penutup:
Peneka gagal meneka layang-layang.
Peserta kumpulan 2 gagal menjawab.
Suasana:
Soalan teka-teki yang terakhir memerlukan markah penting untuk
menang.
Pembayang teka-teki mengelirukan peneka. Sepanjang tempoh 1 minit peserta
meneka pelbagai jawapan. Walaupun telah diingatkan hanya sekali sahaja boleh menjawab.
Peneka cuba menjawab dengan pelbagai jawapan:
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 512
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Peneka MVI:6344 (6): Labah-labah? Kapal terbang? Aaa.. helikopter? Ha!
Daun.
Pada saat-saat akhir jawapan yang diberikan tetap salah lalu peneka menggeleng-gelengkan
kepala kerana kecewa. Riuh rakan kumpulan 2 apabila rakan sepasukan tidak menjawab. Ini
sudah tentu memberi peluang peserta kumpulan 1 menjawab. Akhirnya, kumpulan 1 (bukan
penyoal) menang walaupun gagal menjawab teka-teki layang-layang. Peluang untuk
penonton menambah hadiah kemenangan turut gagal menjawab hingga masa tamat. Pada
awal pertandingan kumpulan 2 lebih bermain-main dan banyak melepaskan peluang
menjawab soalan teka-teki yang mudah. Peraturan mengelakkan berlaku pergaduhan.
Peserta mempamerkan kepatuhan dengan mendisiplinkan diri. Disiplin yang tinggi dalam diri
7
peserta akan memberikan hasil yang baik kepada para peserta untuk mencapai kemenangan,
PENUTUP
Teka-teki Melayu dipersembahkan dalam bentuk merupakan antara bahan yang menarik
terutama dalam pengajaran bahasa. Teka-teki merupakan satu pendekatan pengajaran yang
dapat mendidik disiplin kanak-kanak. Sewajarnya, pada era milenium berteka-teki boleh
dijadikan sebagai pertandingan yang menduga akal. Kementerian Pendidikan harus
mengembalikan tradisi teka-teki Melayu sebagai satu persembahan yang membimbing kanak-
kanak mengenali puisi lisan Melayu. Terbitan-terbitan buku teka-teki Melayu sangat banyak.
Ambil sahaja petikan-petikan dari buku itu sesuaikan sahaja di dalam pengajaran. Bentuk
teka-teki Melayu dalam rangkap pantun lebih mudah diperkenalkan dari awal dan tidak
tertumpu dengan hanya mengadili pertandingan berbalas pantun. Alangkah ruginya sekiranya
teka-teki tidak dihargai sebagai puisi tradisi yang hilang dalam arus peredaran masa.
Kebolehan ini memungkinkan kanak-kanak menyelesaikan jawapan teka-teki melalui
kombinasi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.
RUJUKAN
Bauman, Richard. 1977. Verbal Arts as Performance. Austin: University of Texas Press
Harun Mat Piah. 1989. Puisi Melayu tradisional. Satu pembinaan genre dan fungsi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Inon Shaharuddin Abdul Rahman. 1988. Teka-teki warisan. Kuala Lumpur: Teks Publishing
Sdn. Bhd.
7 Disiplin dipengaruhi oleh budaya, nilai dan norma masyarakat setempat. Kepatuhan kepada nilai-nilai,
tatasusila, adab masyarakat, bangsa dan negara merangkumi kehidupan yang berdisiplin ( Haliza Hamzah &
Joy Nesamalar Samuel 2009:115).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 513
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kaivola-Bregenhoj, A. 2001. Riddles. Perspectives on the use, function and change in a
folklore genre, https://oa.finlit.fi/site/books/10.21435/sff.10/ [27 November 2018].
Low Kok On & Jananthan Kandok. 2016. Sundait warisan Kadazandusun. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Matlob. 1964. Buku sastera alam kanak-kanak. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka
Antara.
Mohd. Taib Osman. 1975. Warisan puisi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Mohd. Taib Osman. 2007. Cerita jenaka Melayu. Kuala Lumpur:Yayasan Karyawan.
Omar Mamat. 1999. Teka-teki dalam pengajaran bahasa. Pelita Bahasa Mei: 12-14.
Rosnah Din. 2015a. Bijak teka-teki 2. Puchong: Penerbitan Maju.
Shaiful Bahri Md. Radzi. 2001. The performance of Malay humourous tale-telling.
Journal of Southeast Asean Literature (Tenggara) 43: 45-80.
Suppiah Nachiappan. 2018. Panduan pendidikan awal kanak-kanak. Teori, model, kaedah
dan aktiviti ke arah perkembangan kognisi. Tanjong Malim: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Siti Zubaidah Raja Mohamaed. 2015. Ketokohan dan pemikiran Munsyi Sulaiman
berdasarkan Kitab Gemala Hikmat. UKM.
Zaaba. 2008. Kalong bunga. Petikan dari rangkap-rangkap puisi Melayu cara lama. Buku 1.
Nyanyian kanak-kanak, pantun dan gurindam seloka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 514
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
‘KJ’ DALAM MEMBANTU MURID TAHUN EMPAT DAN LIMA MENINGKATKAN
PENGUASAAN DALAM OPERASI DARAB
1 Joshua Raj Pitchemuthu
1 Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat, Hulu Kelang
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid tahun empat dan lima dalam
meningkatkan penguasaan operasi darab dan menjelaskan cara guru membantu murid-murid
tahun empat dan lima dengan Kaedah Joshua (‘KJ’). Kajian tindakan ini dijalankan terhadap
murid-murid tahun empat dan lima di sebuah sekolah rendah daerah Gombak. Data kajian
telah dikumpulkan melalui pemerhatian tidak berstruktur, analisis dokumen serta temu bual
tidak berstruktur. Data kajian juga telah dikukuhkan melalui triangulasi. Hasil dapatan kajian
purata min bilangan menjawab sebelum berbanding selepas telah meningkat sebanyak 42.6%
bagi tahun empat dan 48.5% bagi tahun lima. Peningkatan yang sangat memberangsangkan
ini menunjukkan bahawa murid-murid telah mendapat menjawab soalan-soalan pendaraban
dengan betul dan dapat menguasai fakta asas sifir dengan baik. Pengaplikasian ‘KJ’ berjaya
menyumbang kepada peningkatan terhadap prestasi dan dipengaruhi ‘KJ’ untuk membantu
meningkatkan penguasaan asas dalam operasi darab.
Kata Kunci: Kaedah Joshua (KJ), kajian tindakan, murid tahun empat dan lima, operasi darab
PENGENALAN
Matematik adalah satu mata pelajaran yang sukar dan lebih susah untuk dikuasai berbanding
dengan mata pelajaran yang lain. Bagi pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, murid
hanya diasak dengan empat operasi asas dalam Matematik iaitu tambah, tolak, darab dan
bahagi dari darjah 1 sehinggalah darjah 6. Namun, selama enam tahun tempoh pembelajaran
tersebut, masih juga terdapat murid yang tidak menguasai konsep asas operasi tersebut lebih-
lebih lagi jika melibatkan operasi darab dan bahagi. Kemahiran asas matematik yang sering
menjadi masalah kepada murid sekolah rendah adalah masalah pendaraban. Kenyataan ini
disokong oleh Patrick (2008) dalam Nur dan Roslinda (2016), yang menyatakan bahawa
konsep darab dan bahagi adalah sangat susah untuk murid jika dibandingkan dengan
kemahiran penambahan dan penolakan nombor.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 515
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Murid-murid memerlukan bimbingan dan bantuan bagi mengukuhkan konsep asas
dalam Matematik. Maka terhasillah pelbagai kaedah pembelajaran bagi membantu masalah
ini.
Kaedah pengajaran merupakan satu kemahiran dan cara perlaksanaan pengajaran itu
disampaikan yang mengandungi beberapa langkah. Ia akan berjaya jika dibantu dengan
teknik pengajaran yang berkesan agar pembinaan konsep murid dapat dipermudahkan. Oleh
itu, di dalam kajian ini akan dinyatakan kaedah dan teknik yang diguna pakai yang dinamakan
kaedah KJ di sebuah sekolah rendah di daerah Gombak bagi murid-murid tahun empat dan
lima bagi membina pemahaman konsep darab.
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Bermula wabak virus pandemic Covid19 diikuti dengan penutupan semua sekolah di
Malaysia. Sehubungan dengan penutupan sekolah, semua murid perlu mengikuti pengajaran
dan pembelajaran di rumah (PdPDR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Namun ramai murid tercicir untuk mengikuti PdPDR disebabkan pelbagai kekangan yang
dihadapi olehnya (Mohd Nazri, 2020). Bermula 20 Januari 2021, semua sekolah di Malaysia
telah mula beroperasi.
Murid-murid tahun empat dan lima diajar Standard Kandungan 4.1 pendaraban dua
nombor (KPM, 2016), bermula minggu yang ke-6. Seperti biasa murid-murid diuji
pengetahuan sedia ada sifir dan diberi lembaran kerja yang mengandungi sebanyak 60 soalan
mudah untuk menjawab dalam 2 minit. Murid-murid didapati menghadapi masalah untuk
menyelesaikan soalan tersebut. Hal ini disebabkan murid-murid sukar dan tidak mahu
menghafal sifir. Kegagalan dalam menghafal sifir membuatkan sebilangan murid tidak
menjawab dan sebilangan murid memberikan jawapan yang salah.
Oleh yang demikian, satu kajian dijalankan dengan tujuan untuk membantu yang
sewajarnya dan penuh keprihatinan kepada murid-murid tahun empat dan lima yang
menghadapi masalah dalam pendaraban fakta asas dengan memperkenalkan Kaedah
Joshua (KJ). Saya melihat bahawa kaedah pendaraban menggunakan ‘KJ’ adalah satu
alternatif yang baik bagi meningkatkan kemahiran dan penambah baik amalan pedagogi
pengajaran dan pembelajaran mendarab sebarang nombor bagi murid yang lemah dan murid
yang sukar menghafal sifir.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 516
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Fokus Kajian
Seperti mana yang kita ketahui, untuk menguasai operasi darab di peringkat yang lebih tinggi
murid perlu mempunyai pengetahuan asas sebelumnya. Antara masalah yang dihadapi oleh
murid ialah tidak menghafal sifir dan tidak memahami konsep asas pendaraban serta tidak
tahu bagaimana mulakan proses pendaraban hingga membuatkan murid-murid tidak
menjawab soalan latihan, tersalah meletakan nombor dalam situasi pendaraban separa, tidak
mengingat sifir hingga meletakkan jawapan sifar (Aida Ibrahim, 2016). Hal ini kerana,
kebanyakan murid tidak memahami bagaimana proses pendaraban berlaku dan yang paling
penting ialah tidak menghafal sifir. Masalah ini juga turut dinyatakan dalam kajian Nur Aniza
(2016). Kesemua masalah ini sangat membimbangkan dan akan memberi kesan terhadap
prestasi dan keputusan kelak.
Contoh lembaran kerja murid tahun empat dan lima
Rajah 1: Contoh latihan pengesanan awal tahun empat dan lima
Daripada Rajah 1, saya mendapati bahawa ramai murid tidak lengkapkan latihan diberinya.
Untuk menyelesaikan masalah ini, saya memberi fokus dan menambah baik pendekatan
pengajaran dengan kaedah ‘KJ’. Kaedah ‘KJ’ ini memberikan fokus kepada masalah berkaitan
operasi darab iaitu masalah tidak mengingati fakta asas darab ataupun tidak menguasai sifir.
Kajian ini dijalankan bagi melihat bagi melihat sejauh mana kaedah ‘KJ’ membantu dalam
meningkatkan penguasaan murid dalam melakukan operasi pendaraban sebarang nombor.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 517
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan penguasaan murid dalam menyelesaikan operasi pendaraban dengan
betul menggunakan ‘KJ’ dalam kalangan murid tahun empat dan lima.
2. Menjelaskan cara guru menggunakan ‘KJ’ secara tunjuk ajar dan penerangan untuk
meningkatkan pencapaian mencapai tahap minimum dalam operasi pendaraban
dalam kalangan murid tahun empat dan lima.
Persoalan Kajian
Secara khususnya, persoalan kajian adalah seperti berikut:
1. Sejauh manakah ‘KJ’ dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam
operasi pendaraban dengan betul dalam kalangan murid tahun empat dan lima?
2. Bagaimanakah guru menambah baik amalan pedagogi dengan ‘KJ’ bagi
meningkatkan pencapaian mencapai tahap minimum dalam operasi pendaraban
dalam kalangan murid tahun empat dan lima?
SOROTAN LITERATUR
Tan W.G. (2011), telah menjalankan satu kajian untuk meningkatkan pemahaman empat
orang murid tahun dua terhadap konsep pendaraban melalui penggunaan kit manipulatif.
Hasil analisis kajian mendapati kesemua peserta kajian telah menunjukkan perkembangan
yang memberangsangkan dari segi pemahaman konsep pendaraban melalui kit manipulatif.
Penggunaan kit manipulatif turut menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran
beliau.
Menurut Noor Afida dan Marina (2020), pula menyatakan bahawa pelbagai kaedah
menjadikan amalan dalam menguasai konsep darab perlu diaplikasikan. Beliau telah
menjalankan satu kajian tindakan keberkesanan kaedah KIJO membantu murid tahun 3 untuk
mengatasi masalah penguasaan konsep darab.
Siti Hajar dan Md Yusoff (2017), dan Rosnee, Mohamad Zaid dan Salina (2020) juga
menyarankan bahawa murid-murid perlu menguasai kemahiran asas. Kegagalan menguasai
kemahiran asas darab akan membuatkan murid-murid menjadi bantut pada peringkat yang
lebih tinggi. Atas kesedaran itu, mereka telah menjalankan satu kajian untuk mengenal pasti
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 518
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
perbezaan antara kaedah pengajaran fakta asas darab secara tradisional berbanding dengan
Kaedah Petak Bijak. Hasil dapatan kajian mereka menunjukkan Kaedah Petak Bijak
meningkat sebanyak 70% dan disyorkan untuk digunakan sebagai bahan bantu belajar
berbanding kaedah tradisional dalam meningkatkan penguasaan murid bagi operasi darab
dan bahagi.
Mengikut Nur Aniza dan Roslinda (2016), konsep pendaraban merupakan antara
konsep asas paling penting dalam mata pelajaran Matematik dan perlu dikuasai oleh semua
murid sejak di sekolah rendah. Oleh disebabkan murid-murid sukar untuk menghafal sifir,
mereka telah menggunakan Kaedah Titik bagi meningkatkan penguasaan murid dalam
operasi darab dan didapati bahawa kaedah ini memberi kesan positif dan membantu
meningkatkan penguasaan mereka dalam operasi darab sebarang nombor dalam lingkungan
100 000.
Stacey (2010), pula menyatakan bahawa pelbagai pendekatan perlu diaplikasikan
bagi membantu murid-murid gred 4 dalam operasi darab. Pelbagai strategi perlu
diperkenalkan supaya mudah untuk memahami sesuatu konsep diajar oleh guru.
Pelbagai kajian yang telah dilakukan di dalam dan luar negara berkaitan dengan
operasi pendaraban. Maka secara tidak langsung saya telah menggunakan Kaedah Joshua
(KJ) membantu meningkatkan penguasaan murid dalam operasi pendaraban dengan betul
dalam kalangan murid tahun empat dan lima serta menambah baik amalan pedagogi
pengajaran.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang memberi tumpuan terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Saya menjalankan kajian tindakan ini untuk membantu dan
menambah baik amalan pedagogi dalam penguasaan murid dalam operasi pendaraban
dengan betul dalam kalangan murid tahun empat dan lima. Kajian tindakan ini dilakukan
secara kualitatif dan kuantitatif kerana tajuk yang dipilih lebih memerlukan pemerhatian,
analisis dokumen dan temu bual tidak berstruktur.
Model Kajian Tindakan Yang Digunakan
Kajian tindakan ini dilaksanakan mengikut model Kemmis dan Taggart (1988). Dalam model
ini terdapat empat langkah seperti merancang (Plan), bertindak (Action), memerhati (Observe)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 519
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dan mereflek (Reflect) dan dilaksanakan dalam satu kitaran sahaja seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2.
MERANCANG
Satu kaedah digunakan 'KJ'
bagi membantu murid untuk
menguasai operasi darab
MEREFLEK BERTINDAK
Data dikumpulkan, refleksi Menggunakan kaedah 'KJ'
dibuat terhadap dapatan bagi membantu murid untuk
kajian menguasai operasi darab
MEMERHATI
Data dikumpulkan dengan
pemerhatian, lembaran
kerja dan temu bual tidak
berstruktur.
Rajah 2: Proses Penyelidikan Tindakan (Adaptasi daripada Kemmis & McTaggart,1988)
Kajian ini telah dilaksanakan sebanyak satu kitaran menggunakan ‘KJ’. Ini disebabkan kerana
model ini mudah difahami, dikendalikan dan mudah untuk mengenal pasti kelemahan amalan
pedagogi untuk mengatasi isu kelemahan dengan mudah (Norazizah, 2015). Saya telah
menggunakan mengaplikasikan ‘KJ’ ini sebagai menambah baik amalan pedagogi dan
membantu meningkatkan penguasaan murid dalam operasi pendaraban dengan betul dalam
kalangan murid tahun empat dan lima.
Peserta Kajian
Dalam kajian tindakan ini, seramai 13 orang murid daripada tahun empat dan 10 orang murid
daripada tahun lima. Murid-murid ini dipilih berdasarkan jumlah bilangan dijawab kurang
daripada 20 daripada 60 soalan.
Cara Mengumpul Data
Dalam kajian tindakan ini tiga kaedah telah digunakan untuk mengumpul data dan maklumat,
iaitu pemerhatian, lembaran kerja dan temu bual tidak berstruktur untuk menjawab persoalan
kajian yang pertama dan kedua iaitu untuk melihat tahap peningkatan dalam penguasaan
operasi darab dan cara guru menambah baik amalan pembelajaran dan pengajaran dalam
kalangan murid tahun empat dan lima.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 520
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Cara Menganalisis Data
Lembaran kerja disemak sebagai analisis dokumen dengan kaedah kuantitatif iaitu peratus
(%) bagi menjawab persoalan kajian 1. Rakaman video dijalankan beberapa orang murid
selepas ‘KJ’ dengan telefon bimbit bagi pemerhatian. Hasil pemerhatian, saya telah membuat
catatan sebagai rekod anekdot dan temu buat tidak berstruktur dan dianalisis dengan kaedah
kualitatif bagi menjawab persoalan kajian 2.
Cara Menyemak Data
Terdapat tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual
tidak berstruktur. Ketiga-tiga kaedah ini digunakan bagi mengaplikasikan kaedah Triangulasi
untuk bertujuan meningkatkan kesahan instrumen kuantitatif dan kualitatif (Mheen, Coumas,
Baredregt & Poel, 2006 dalam Kartini, Ahamd, Rosli dan Badrul, 2012).
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Perancangan Tindakan
Dalam kajian Noor Afida dan Marina (2020) yang bertajuk ‘Keberkesanan Kaedah KIJO
Membantu Murid tahun 3 Hisyam di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang Mengatasi
Masalah Penguasaan Konsep Darab’. Beliau menggunakan kaedah Kumpulan Isi Jumlah
Objek (KIJO) untuk membantu murid-murid dalam penguasaan sifir. Dalam kajian Janting
Anak Ringkai (2005) yang bertajuk ‘Mempelbagaikan Pendekatan untuk Membantu Murid-
murid Tahun Lima Menguasai Sifir Darab 1 hingga 10’, beliau menggunakan kaedah jari untuk
membantu murid-murid penguasaan sifir. Ini mencetuskan idea kepada saya untuk mencuba
kaedah lain iaitu kaedah saya sendiri iaitu ‘KJ’ bagi operasi darab.
Pelaksanaan Tindakan
Saya menggunakan ‘KJ’ untuk menunjukkan konsep penambahan semula bagi operasi darab.
Dengan bantuan lukisan, murid dapat memahami sesuatu dengan lebih senang kerana murid
dapat melihat secara visual dan akan memudahkan pemahaman mereka untuk menguasai
atau memahami sesuatu konsep dengan mudah. Berikut merupakan langkah-langkah
pelaksanaan tindakan saya untuk kajian ini. Sebagai contoh hasil darab 1564 x 2 =
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 521
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
I. Langkah Pertama
Murid-murid diminta melukiskan sebelas garisan secara menegak.
II. Langkah Kedua
Murid-murid diminta untuk menulis 0 hingga 9 di tengah pada garis menegak.
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
III. Langkah Ketiga
Murid-murid diminta untuk melukis jumlah garis secara melintang mengikut kehendak
sifir. Garis melintang perlu bermula di ruang 1. Sebagai contoh (2 garis menegak).
Pada ruang 0 murid-murid diminta tidak melukis garis melintang.
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
IV. Langkah Keempat
Murid-murid diminta untuk mengira setiap garis melintang yang ada pada garis
menegak. Selepas mengira jumlah garis melintang dan menulis kiraan tersebut di
bawah ruang tengah pada garis meneg
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
0 2 4 6 8 10 12 14 16 18
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 522
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
V. Langkah Kelima
Murid-murid diminta untuk melihat angka yang terdapat pada soalan. Kemudian,
mereka juga diminta melihat angka yang sama pada angka berwarna ungu. Selepas
itu, mereka perlu mengira setiap garis melintang dan menulis jumlah garis melintang
di tengah bawah ruang menegak diikuti dengan di ruang jawapan.
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
1 5 6 4
X C 2 0 2 4 6 8
V
8
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
+1
1 5 6 4
X C 2 0 2 4 6 8 10 12
V
2 8
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
10 + 1 = 11
+1 +1
1 5 6 4
X C 2 0 2 4 6 8 10
V
1 2 8
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 523
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
2 + 1 = 3
+1
1 5 6 4
X C 2 0 2
V
3 1 2 8
DAPATAN KAJIAN
Persoalan Kajian 1:
Sejauh manakah ‘KJ’ dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam operasi
pendaraban dengan betul dalam kalangan murid tahun empat dan lima?
Menjurus kepada permasalahan murid yang telah dikenalpasti, saya telah membantu murid
untuk mengukuhkan semua penguasaan konsep mereka terhadap kemahiran untuk
mendarab. Kemudian, saya telah menggunakan lembaran kerja yang sama serta latihan
tambahan sebagai latihan pengukuhan. Berdasarkan lembaran kerja yang telah diperoleh,
murid dibimbing dengan ‘KJ’ bagi meningkatkan kemahiran mendarab tanpa perlu menghafal
sifir. Dapatan kajian yang diperoleh adalah seperti Jadual 1 bagi tahun 4 dan Jadual 2 bagi
tahun 5 seperti berikut.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 524
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 1: Bilangan soalan yang telah dijawab oleh murid tahun empat dengan betul.
Soalan
Dapat Peratus Perbezaan
Dapat Jawab Peratus Jawab Bilangan
Murid (%)
Sebelum KJ (%) Selepas Soalan
dijawab
KT
Tahun 4
1 0/60 0% 21/60 35% 21
2 10/60 16.7% 39/60 65% 29
3 19/60 31.6% 29/60 48.3% 10
4 0/60 0% 24/60 40% 24
5 3/60 5% 20/60 33.3% 17
6 12/60 12 42/60 70% 30
7 7/60 11.6% 34/60 56.6% 27
8 0/60 0% 21/60 35% 21
9 22/60 36.6% 60/60 100% 38
10 5/60 8.3% 28/60 46.6% 23
11 16/60 26.6% 60/60 100% 44
12 1/60 1.6% 20/60 33.3% 19
13 9/60 15% 38/60 63.3% 29
Jumlah
Soalan 104 13.3% 436 55.9% 332
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 525
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 2: Bilangan soalan yang telah dijawab oleh murid tahun lima dengan betul.
Soalan
Dapat Peratus Perbezaan
Dapat Jawab Peratus Jawab Bilangan
Murid (%)
Sebelum KJ (%) Selepas Soalan
dijawab
KT
Tahun 5
1 12/60 20% 39/60 65% 27
2 10/60 16.7% 29/60 48.3% 19
3 8/60 13.3% 40/60 66.6% 32
4 12/60 12% 42/60 70% 20
5 18/60 30% 34/60 56.6% 16
6 12/60 20% 43/60 71.6% 31
7 20/60 33.3% 60/60 100% 40
8 10/60 16.7% 38/60 63.3% 25
9 17/60 28.3% 60/60 100% 43
10 13/60 21.6% 38/60 63.3% 25
Jumlah
Soalan 132 22% 423 70.5% 291
Berdasarkan Jadual 1, murid-murid berjaya dibimbing dalam operasi darab. Jumlah bilangan
soalan dijawab dengan betul adalah melebihi 20 soalan iaitu 55.9%. Manakala dapatan kajian
Jadual 2, pula didapati bahawa murid-murid dapat menjawab melebih 38.5% bilangan soalan
iaitu sebanyak 70.5%. Setelah ‘KJ’ diperkenalkan dan dibimbing kepada murid-murid dan
pada masa yang sama konsep pendaraban diperkukuhkan, purata min bagi murid-murid
sebelum berbanding selepas telah meningkat sebanyak 42.6% bagi tahun empat dan 48.5%
bagi tahun lima. Peningkatan yang sangat memberangsangkan ini menunjukkan bahawa
murid-murid telah mendapat menjawab soalan-soalan pendaraban dengan betul dan dapat
menguasai fakta asas sifir dengan baik.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 526
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Persoalan Kajian 2:
Bagaimanakah guru menambah baik amalan pedagogi dengan ‘KJ’ bagi meningkatkan
pencapaian mencapai tahap minimum dalam operasi pendaraban dalam kalangan
murid tahun empat dan lima?
Selepas menjalankan pengajaran dan pembelajaran ‘KJ’, saya telah membuat pemerhatian
terhadap beberapa orang murid secara rawak. Hasil pemerhatian didapati bahawa murid-
murid juga mengaplikasikan ‘KJ’ dalam menyiapkan latihan pengukuhan diberi. Berikut
merupakan beberapa contoh hasil latihan pengukuhan adalah seperti Rajah 3
Rajah 3: Beberapa lembaran kerja latihan pengukuhan dari tahun empat dan lima
Setelah melihat hasil pemerhatian, saya telah membuat catatan rekod anekdot terhadap cara
menjawab latihan pengukuhan. Hasil rekod anekdot didapati bahawa ramai murid dapat
menyiapkan sebanyak 15 soalan latihan pengukuhan dengan muka senyuman. Suasana
pengajaran dan pembelajaran kedua-dua kelas berjalan dengan menyeronokkan. Didapati
murid-murid menyelesaikan latihan pengukuhan dengan bersungguh-sungguh.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 527
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Bagi memastikan ‘KJ’ saya telah mendapatkan data temu bual secara tidak berstruktur.
Daripada hasil temu buat dengan dua orang murid tahun empat (Atika dan Zul nama samaran)
dan dua orang murid tahun lima (Mikail dan Alya nama samaran)
Tarikh: 23.03.2021 Tempat: Tahun 4
Tarikh: 26.03.2021 Tempat: Tahun 5
Saya : Boleh ke kamu menjawab soalan darab ini?
Atika : Boleh cikgu!
Zul : erm!
Mikail : Boleh cikgu, sebab kaedah cikgu ajar senang.
Alya : Boleh…boleh cikgu.
Saya : Adakah kaedah cikgu membantu kamu dalam menjawab soalan?
Atika : Ye Cikgu!
Zul : Sangat…sangat cikgu.
Mikail : (Angguk kepala sambil pandang muka saya). Ye, sekarang lebih senang cikgu.
Alya : erm… lebih senang… cikgu.
Daripada hasil temu bual dengan Atika, Zul, Mikail dan Alya menyatakan bahawa mereka
lebih menyukai ‘KJ’ kerana pendekatan sangat senang untuk menyelesaikan lembaran kerja
serta latihan pengukuhan. ‘KJ’ juga membantu murid-murid penguasaan sifir.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Hasil kajian tindakan menunjukkan terdapat perubahan yang ketara terhadap prestasi darab
murid-murid sebelum dan selepas penggunaan ‘KJ’ ini dijalankan. Berdasarkan kepada hasil
pemerhatian, analisis dokumen dan rekod anekdot membuktikan bahawa komunikasi yang
berkesan melalui penerangan dan tunjuk cara kaedah memberikan gambaran jelas kepada
murid dalam usaha mereka untuk membina asas dalam tajuk darab.
Selain itu, kajian ini mendapati bahawa prestasi dipengaruhi juga oleh pilihan kaedah
untuk menguasai asas darab dalam matematik. Dapatan saya juga menyokong kajian yang
dijalankan oleh Yahaya & Savarimuthu (2008), bahawa bagi mengatasi kelemahan dalam
penguasaan konsep dalam matematik, satu alternatif kepada kaedah pengajaran matematik
iaitu pengajaran dan pembelajaran yang berpaksikan kefahaman konsep digunakan sebagai
penggerak atau mekanisme penyampaian. Ini dapat dilihat apabila prestasi murid meningkat
setelah mereka mencuba secara berulangan ‘KJ’ yang diperkenalkan. ‘KJ’ dilihat dapat
membantu murid meningkatkan kefahaman mereka terhadap pembelajaran konsep asas
darab dengan merujuk kepada prestasi murid yang meningkat dari segi peratusan murid yang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 528
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
menjawab lebih daripada 20 soalan. Aplikasi fakta asas kira darab amat penting dalam
menyelesaikan masalah lain dalam matematik. ‘KJ’ ini berkesan terhadap pembinaan asas
darab murid dan soalan-soalan kajian telah dijawab. Maka, dapatan dikatakan bahawa ‘KJ’
memberikan hasil impak positif.
Prestasi juga dilihat bergantung pada amalan pedagogi guru iaitu bagaimana guru
memilih bahan dan strategi yang sesuai dengan tahap kefahaman murid. Menurut Zawawi et.
al. (2009), jika melalui pendekatan pengajaran secara konseptual, para guru akan menghurai
dan menjelaskan sesuatu konsep dengan melibatkan pelbagai interpretasi yang berkaitan.
Selari dengan kaedah yang disampaikan oleh saya, pengulangan diperlukan untuk
memahirkan murid menggunakan ‘KJ’ dalam tajuk darab. Maka, apa sahaja teknik dan kaedah
yang diajukan perlu kepada pengulangan bagi menerapkan elemen amalan dan penyebatian
yang berterusan. Selain itu, salah satu usaha yang menjadikan seseorang berprestasi adalah
melakukan kegiatan yang berlanjutan atau berulangan (Siagian, 2015).
RUMUSAN
Dapatan kajian ini dapat menunjukkan data analisis dengan jelas bahawa terdapatnya
perubahan positif terhadap pembelajaran dalam operasi darab membantu murid-murid tahun
empat dan lima untuk mengatasi masalah penguasaan konsep asas darab mereka.
Pengaplikasian ‘KJ’ berjaya menyumbang kepada peningkatan terhadap prestasi menjawab
bilangan soalan murid dalam tajuk darab sekali gus memberi motivasi kepada mereka untuk
mempelajari operasi darab di masa akan datang. Secara kesimpulannya, kajian ini dapat
menjelaskan keberkesanan penggunaan ‘KJ’ dalam membantu murid meningkatkan
penguasaan dan pencapaian mereka dalam mencari hasil darab dengan mudah dan ‘KJ’
dapat menghasilkan sebuah kajian yang meyakinkan.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Berdasarkan dapatan kajian tindakan ini, beberapa cadangan dikemukakan. Pertama
dicadangkan untuk menjadikan kit bahan bantu mengajar supaya murid-murid membuat
secara konkrit. Selain itu, dicadangkan menjadikan bahan inovasi ke peringkat tinggi.
Cadangan seterusnya ialah mengaplikasikan kaedah ‘KJ’ dalam kemahiran operasi bahagi.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 529