Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Bagi kedua-dua kaedah PdP dalam pembinaan ayat memang wujud perbezaan yang
amat ketara. Kaedah konvensional walaupun membuatkan murid menulis ayat, namun pada
hakikatnya pembinaan ayat tanpa susunan yang betul dengan subjek dan predikat ,
melambangkan kaedah ini tidak harus dilaksanakan dalam kalangan murid tahun 4 di sekolah
Tamil. Bagi murid sekolah Tamil yang mengamalkan pembelajaran Bahasa Melayu sebagai
bahasa kedua, kaedah ansur maju dari senang ke susah merupakan kaedah yang amat
sesuai. Kaedah Jadual Ansur Maju (JAM) mampu memandu murid ke arah pembentukan ayat
dengan idea yang betul sehingga membantu murid memperoleh Tahap Penguasaan yang
tinggi dalam aspek penulisan.
CADANGAN
Kemahiran membina ayat merupakan komponen yang paling penting dalam pembelajaran
Bahasa melayu . Bagi pelajar di SJKT St.Philomena Convent, Ipoh masalah ini dapat diatasi
sekiranya guru menitikberatkan pembentukan ayat dari segi struktur tatabahasa, penggunaan
ejaan, huruf kecil, huruf besar dan sebagainya dengan menenkankan kaedah pengajaran
yang selaras dengan kehendak dan tahap penguasaan murid . Sehubungan itu, sebagai
pendidik , guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang sesuai untuk menambah
pengetahuan dan kemahiran, membina ayat dalam kalangan murid sekolah Tamil. Pendek
kata, pengajaran guru seharusnya menerapkan pelbagai strategi yang kompeten bagi
memastikan kualiti pendidikan yang diterima oleh kanak-kanak sejajar dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Anida Sarudin, Dahlia Janan,, Zulkifli Osman, Ahmad
Khair Mohd Noor, 2016).
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian, Samsudin Othman dan Humaizah Hashim. (2012). Persepsi guru
terhadap penggunaan kartun dalam tranformasi pengajaran penulisan karangan
bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan bahasa Melayu; Malay Language Education
(MyLEJ), 2(1)-pp129-140. ISSN 2180-4842.
Aliza Ali, and Zamri Mahamod. (2016). Pembangunan dan kebolehgunaan modul
berasaskan bermain bagi pembelajaran kemahiran Bahasa Melayu kanak-kanak
prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu; Malay Language Education (MyLEJ).
6(1).pp. 16-29 ISSN: 2180-4842
Anida Sarudin; Dahlia Janan;Zulkifli Osman;Ahmad Khair Mohd Noor.(2016). Penguasaan
Bahasa Melayu Kanak-Kanak Prasekolah Berdasarkan Inventori Penilaian Kemahiran
terancang. International Journal Of Language Education And Applied Lingustics. ISSN
:2289-7208/ e-ISSN:2289-9294
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 330
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Arulnathan A/L Visurasam (2013). Analisis Kesilapan dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
Sebagai Bahasa Kedua oleh Pelajar India: Strategi Pemelajaran dan Pemindahan
Bahasa. Tesis Ijazah Dr. Falsafah. Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Aswati Mohd Shariff & Muliana Mohammad. (2016, Mac 15). Penggunaan LABA Dalam
Pembinaan Dan Peluasan Ayat. Kertas Kerja Seminar Bahasa Melayu 2016 (ms 383-
392). Pusat Bahasa Melayu Singapura dan Unit Bahasa Melayu, Kementerian
Pendidikan Singapura.
Dazriiansyah. 2015. Analisis Kesalahan Struktur Kalimat pada Karangan arasi Siswa Kelas
XI Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 3 Tanjung Pinang. Fakultas Keguruan dan Ilmu
Pendidikan UMRAH. Dimuat turunkan pada 10 Januari 2019 daripada
http://jurnal.umrah.ac.id/?p=3787
He,X.Y.(2016). An Action research On Improving Non-English Major’s English Writing By
Basic Sentence Pattern Translation Drills. English Language Teaching ,9 (1),142- 147.
Ibrahim Mohamed Alfaki.(2015). University Students’ English Writing Problems: Diagnosis
And Remedy.International Journal Of English Language Teaching,3 (3), 40-52
Loh Pei Wen, Zanaton Hj Iksan, Ph.D. (2019). Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis
Ayat Mudah dengan Pakej Peranti SBK. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains
Sosial dan kemanusiaan. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. elSBN: 978-
967-2122-71-5
Mahendran Maniam, En.Kartheges Ponniah .(2014). Pengaruh Bahasa Ibunda (Bahasa
Tamil) Dalam Proses Pembelajaran Bahasa Melayu. Edusentis, Jurnal Ilmu Pendidikan
dan pengajaran, Vol. 1. No1, Maret 2014. Fakulti bahasa dan Komunikasi Universiti
Pendidikan Sultan Idris
Noor Zila Md. Yusuf. (2015). Bahasa Antara dalam Pembelajaran Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kedua. Tesis Dr. Falsafah Universiti Putra Malaysia, Serdang.
A.Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amir Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof,
Sharifah Nor Puteh & Jamaludin Badusah. (2012). Membina ayat berdasarkan grafik
dengan Teknik ‘SALAK’. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Pedagogy of Malay,
Indonesian and other Language (PMIOL) 2012. Anjuran Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu Malaysia dan Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung, 14-
15.
Suppiah Nachiappan (2014). Gaya bahasa dalam penulisan karangan gaya bahasa dan
proses kognisi : Kaedah pedagogi hermeneutik dan interprestasi. Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan idris
Zahratulnadirah Ibrahim. (2012, September 27-28). Kesan Rumus “WAT” Dalam Membantu
Murid Tahun Lima Membina Ayat Gambar Tunggal Bahasa Melayu. Kertas Kerja
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012 (ms56-68). Kuching, Sarawak.
Zamri Mohamod. (2012). Inovasi p&p dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zamri Mahamod. (2016). Sosiolingustik dan Pengajaran Bahasa, Bangi: Penerbitan Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zaliza Mohamad Nasir. (2017). Kesalahan Tatabahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan
Pelajar. LSP International Journal, 4 (1), 23-35. Akademi Bahasa, Universiti Teknologi
Malaysia
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 331
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN TATABAHASA BAHASA
MELAYU TAHUN TIGA
Saifullizan Sallehuddin¹, Azizah Arsad², Norhayati Yusoff³, Siti Faridah Affandi⁴,
Norulhuda Mahmood ⁵
SK Kalumpang¹,
Universiti Pendidikan Sultan Idris²³,
SK Proton City⁴⁵
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi melihat perbezaan kaedah pencapaian murid dalam pembelajaran
tatabahasa menggunakan bahan multimedia dengan pengajaran secara tradisional. Reka
bentuk kajian ini menggunakan kuantitatif iaitu dengan menggunakan kaedah ekspirimental.
Objektif kajian dilaksanakan adalah bagi memastikan murid mengenal dan memahami
perbezaan empat jenis golongan kata dan dapat membina empat jenis ayat tunggal
menggunakan golongan kata yang berbeza dengan betul dan melihat sejauh mana
penggunaan multimedia membantu pemahaman murid dalam pembelajaran tatabahasa.
Sampel kajian adalah terdiri daripada 60 orang murid tahun tiga yang dibahagikan kepada
dua kumpulan iaitu kumpulan ekspirimen dan kumpulan kawalan. Dua kumpulan murid ini
akan menjalani pembelajaran tatabahasa menggunakan pendekatan pengajaran yang
berbeza dalam tempoh empat minggu. Ujian Pra dan ujian pasca dijalankan secara atas talian
untuk mengukur tahap pencapaian murid sebelum dan selepas kajian dijalankan. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian ujian pra dan
pasca murid kumpulan A yang mengikuti pembelajaran menggunakan multimedia dan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian ujian pra dan pasca murid Kumpulan
B terhadap pembelajaran golongan kata menggunakan kaedah tradisional. Kajian ini
menunjukkan bahawa multimedia memainkan peranan yang penting dalam membantu murid
meningkatkan kemahiran tatabahasa. Pelaksanaan akan lebih berkesan sekiranya guru
memaksimakan penggunaan bahan daripada multimedia dalam pengajaran. Oleh yang
demikian, kemahiran guru menggunakan kaedah teknologi dalam pembelajaran perlu
dipertingkat bagi seriring dengan perkembangan pendidikan dalam Revolusi Industri 4.0.
Kata kunci: multimedia, tatabahasa, sekolah rendah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 332
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENDAHULUAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi sumber perpaduan rakyat
berbilang kaum. Penekanan terhadap pengajaran Bahasa Melayu merupakan satu alternatif
bagi membantu murid menguasai kemahiran asas berbahasa serta mendalami Bahasa itu
sendiri. Proses pembelajaran Bahasa Melayu juga mengalami perubahan kerana Proses
pengajaran dan Pembelajaran (PdP) merupakan proses hidup yang memerlukan tranformasi
dan bergerak seiring dengan peredaran zaman (Hairun Najuwah Jamali & Siti Nurhajariah Md
Isa, 2014). Oleh itu, guru Bahasa Melayu perlu memainkan peranan untuk memperkasa
Pendidikan Bahasa Melayu selari dengan pembelajaran abad ke-21 (Mahamod, 2011).
Sebagai panduan kepada guru, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah
mengeluarkan panduan pengajaran kepada guru. Panduan pengajaran guru tersebut ialah
melalui Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang mengandungi Standard
Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang digubal selaras dengan
standard antarabangsa bagi memenuhi dasar baharu dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Antara organisasi
kandungan DSKP tersebut ialah pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca, kemahiran menulis, aspek seni Bahasa dan tatabahasa.
Aspek tatabahasa merupakan komponen dalam pengajaran tatabahasa yang sukar
dikuasai oleh murid kerana kemahiran ini akan membantu mereka dalam penulisan. Sistem
tatabahasa perlu dipelajari kerana ianya merupakan asas penting dalam pembelajaran
kemahiran sesuatu bahasa serta membolehkan seseorang mengetahui kesilapan
penggunaan ayat dan membantu pengguna membuat ajaran dengan tepat (Hishamudin Isam
et al., 2017). Walaupun beberapa panduan pengajaran disediakan kepada guru, namun
panduan pengajaran masih tidak mencukupi untuk memastikan murid mencapai penguasaan
kemahiran tatabahasa di peringkat sekolah rendah. Ini adalah kerana pembelajaran
tatabahasa dianggap membosankan kerana memerlukan murid menghafal rumus yang
abstrak (Hishamudin Isam et al., 2017).
Dalam PdP Bahasa Melayu, murid sering kali menghadapi kesukaran membezakan
golongan kata. Pemahaman yang rendah tentang golongan kata menyebabkan murid
bermasalah untuk menguasai kemahiran sintaksis yang lebih luas seperti membina ayat
terbitan atau ayat majmuk. Tatabahasa adalah terdiri daripada dua bahagian iaitu morfologi
dan sintaksis. Struktur, bentuk dan golongan kata merupakan dua komponen morfologi yang
mengkaji tentang struktur, bentuk dan golongan kata sementara sintaksis pula merupakan
bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2018). Pengkaji akan memfokuskan kajian kepada golongan kata dalam Bahasa
Melayu yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas serta
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 333
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pembinaan ayat tunggal. Bagi aspek kata tugas, pengkaji hanya memfokuskan kata sendi
nama sahaja kerana fungsinya dalam pembentukan ayat tunggal. Walaupun ayat tunggal
dianggap mudah namun struktur tatabahasa dalam ayat tunggal masih mengelirukan murid
kerana mereka masih tidak dapat membezakan golongan kata dalam sistem Bahasa Melayu
Oleh itu, pengkaji mendapati aspek tatabahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu merupakan
salah satu bahagian yang masih sukar dikuasai oleh murid sekolah rendah.
Antara alternatif yang boleh digunakan oleh pengkaji adalah menjalankan aktiviti
pengajaran kemahiran tatabahasa ialah menggunakan multimedia. Kaedah ini sangat sesuai
seiring dengan perkembangan pendidikan dalam Revolusi Industi ke-4 kerana penggunaan
multimedia dapat menarik perhatian murid dan sesuai digunakan dalam proses pembelajaran
(Mohamad Subaidi Abdul Samat & Azlina Abdul Aziz, 2020). Kaedah pembelajaran
menggunakan multimedia juga membantu memperdalam pemahaman bacaan kerana
menggabungkan pelbagai elemen media. Antara sumber multimedia yang paling berkesan
dalam membantu murid memahami maklumat ialah menggunakan audio.
Justeru, pengkaji melihat peranan yang besar dimainkan oleh multimedia dalam
membantu pemahaman murid. Kaedah ini juga bersesuaian dengan tahap umur murid
sekolah rendah yang sukakan pembelajaran sambil berhibur. Ini adalah kerana murid akan
belajar dalam suasana yang selesa dan tidak bosan sekiranya pembelajaran dilaksanakan
dalam situasi yang menyeronokkan (Abdul Rasid, 2013).
SOROTAN LITERATUR
Pengkaji menggunakan multimedia sebagai bahan bantu mengajar kerana
penggunaan multimedia sangat menarik dan membantu peserta kajian memvisualkan
maklumat dengan mudah (Pathan, 2021). Penggunaan multimedia akan menjadikan situasi
pembelajaran lebih menyeronokkan (Abdul Rasid, 2013). Guru perlu mengubah kaedah
mengajar kerana kajian yang dijalankan oleh Abdul Rasid (2013) menunjukkan bahawa guru
menggunakan kaedah mengajar berdasarkan bakat semulajadi mereka walaupun mempunyai
sikap positif dan berkeyakinan tinggi terhadap penggunaan bahan bantu mengajar. Oleh yang
demikian, guru perlu mempelbagaikan bahan dan aktiviti pengajaran di dalam bilik darjah
untuk memantapkan proses pembelajaran tatabahasa kerana aspek tatabahasa merupakan
komponen pembelajaran Bahasa yang sangat penting (Abdul Rasid Jamian, Shamsudin
Othman & Nur Athiran Khuzaini, 2005).
Multimedia merupakan gabungan perkataan ‘multi’ dan ‘media’ yang bermaksud
penggunaan banyak alat untuk menyampaikan maklumat. Multimedia mempunyai lima ciri
iaitu teks, gambar, audio, animasi dan video yang menggabungkan penggunaan indera
penglihatan dan pendengaran. Multimedia interaktif pula bermaksud aplikasi yang mempunyai
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 334
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
elemen multimedia yang bertindakbalas secara positif dan berkesan terhadap pengguna.
Pengajaran menggunakan multimedia dapat membantu murid menambah pemahaman
terhadap bahan yang dipelajari (Danaei et al., 2020; Mohamad Subaidi Abdul Samat & Azlina
Abdul Aziz, 2020). Ini adalah kerana penggunaan multimedia seriring dengan perkembangan
pembelajaran dalam revolusi pendidikan. Penggunaan multimedia dalam pembelajaran
tatabahasa memberikan kesan yang baik terhadap permerolehan kosa kata sampingan
murid-murid (Huang, 2018). Selain itu penggunaan multimedia seperti televisyen yang
menggabungkan kaedah membaca dan mendengar memberikan pendedahan yang besar
serta sumbangan kepada pembelajaran bahasa murid (Lindgren & Muñoz, 2013).
Penggunaan bahan visual juga dapat membantu pembelajaran interaktif dan meningkatkan
keyakinan murid untuk melibatkan diri dalam pembelajaran tanpa segan (Halwani, 2017).
Penyelidikan ini akan menggunakan model Pemprosesan Maklumat Mayer dan
Moreno (2003) dalam pengajaran morfologi dalam pembinaan ayat tunggal Bahasa Melayu
Tahun Lima. Kajian ini dijalankan bagi memastikan murid mengenal jenis golongan kata yang
terdiri daripada kata nama, kata kerja, kada adjektif dan kata sendi yang akan digunakan oleh
mereka semasa membentuk ayat tunggal. Model pemprosesan maklumat ini akan
menggunakan deria pandang dan dengar dalam memproses maklumat untuk membentuk
pengetahuan baharu dan kekal. Kaedah visualisasi merupakan alternatif yang boleh
digunakan secara berkesan kerana meningkatkan keyakinan murid untuk menjalankan
kegiatan pembelajaran secara maksima (Dedo & Harwati Hashim, 2019).
Oleh kerana trend penggunaan teknologi dalam pembelajaran berkembang pesat
terutama ketika pendemik melanda dunia, maka generasi baharu dilihat bergantung kepada
sumber teknologi, perisian dan penggunaan media sosial dalam pembelajaran (Melor Md
Yunus et al., 2020; Wan Izzati W Ahmad & Hamidah Yamat, 2020). Ini adalah disebabkan
peranan bahan yang menarik dan tidak membosankan (Adwan Mohammad Hasan Bani-
Hamad & Abdul Hakim Abdullah, 2019). Oleh yang demikian, penggunaan bahan bercirikan
multimedia dalam pengajaran tatabahasa boleh diinovasikan lagi agar bersesuaian dengan
peredaran zaman serta menarik perhatian murid. Hal ini akan membantu guru mencapai
target pengajaran mereka.
HIPOTESIS KAJIAN
1. Terdapat perbezaan pencapaian murid kumpulan A yang mengikuti pembelajaran
menggunakan multimedia.
2. Tidak terdapat perbezaan pencapaian murid Kumpulan B terhadap pembelajaran
golongan kata menggunakan kaedah tradisional.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 335
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk:
1. Memastikan murid mengenal dan memahami perbezaan empat jenis golongan kata
dan dapat membina empat jenis ayat tunggal menggunakan golongan kata yang
berbeza dengan betul.
2. Melihat sejauh mana penggunaan multimedia membantu pemahaman murid dalam
pembelajaran tatabahasa.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah murid dapat membezakan golongan kata dalam pembelajaran tatabahasa
Bahasa Melayu?
2. Apakah penggunaan multimedia membantu murid memahami golongan kata dan
membina ayat tunggal?
BATASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan terhadap 60 orang murid tahun tiga di sebuah sekolah kebangsaan di
Hulu Selangor. Dua kelas yang terlibat mempunyai latar belakang pencapaian yang hampir
sama kerana tidak berlaku pengasingan kelas mengikut pencapaian murid.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kuantitatif. Analisis data menggunakan kaedah
deskriptif kerana melibatkan sampel yang sedikit. Kaedah eksperimen akan digunakan untuk
kajian ini. Responden yang dipilih adalah dalam kalangan murid tahun tiga yang dipilih secara
rawak. Seramai 60 orang murid dari dua kelas dijadikan sampel kajian. 30 orang murid kelas
A diletakkan dalam kumpulan ekspirimen dan 30 orang murid dari kelas B dalam kumpulan
kawalan. Kedua-dua kumpulan murid mempunyai latar belakang yang sama dari segi
pencapaian dalam pelajaran kerana tidak berlaku saringan kelas dalam pembelajaran bilik
darjah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Lokasi kajian ialah di sekolah
kebangsaan di daerah Hulu Selangor. Tempoh kajian dijalankan adalah dalam tempoh 4
minggu. Lokasi kajian dipilih untuk memudahkan pengkaji menjalankan kajian disamping
bantuan guru mata pelajaran tahun lima di sekolah berkenaan. Hal ini memudahkan pengkaji
menjalankan pra ujian dan pasca ujian terhadap peserta kajian. Instrumen kajian ialah soalan
berbentuk objektif dan subjektif.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 336
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PROSES PENGUMPULAN DATA
Ujian Pra
Pembelajaran tatabahasa Pembelajaran tatabahasa
menggunakan multimedia menggunakan kaedah
tradisional
Ujian Pasca
Rajah 1: Proses
Pengumpulan Data
Murid kelas A dan kelas B akan diberikan ujian pra sebelum proses pengajaran tatabahasa
menggunakan multimedia dan kaedah tradisional dijalankan. Ujian akan dijalankan dalam
tempoh 30 minit. Soalan ujian adalah dalam bentuk objektif dalam bentuk google form. Set
soalan yang berbeza akan diberikan kepada murid namun menggunakan format yang sama
untuk membuat perbandingan antara dua kumpulan berkenaan dalam ujian pasca. Kutipan
data dilakukan secara atas talian memandangkan murid melaksanakan pembelajaran di
rumah.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 337
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian adalah seperti berikut dalam Jadual 1:
Jadual 1:
Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca
Pencapaian melebihi 70%
% Ujian % Perbezaan %
Kumpulan Ujian Pra Pasca Pencapaian
(n) (n)
Kumpulan A 2 6.6 10 33.3 29.7
Kumpulan B 2 6.6 3 10 3.4
Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian murid kumpulan A yang
mengikuti pembelajaran menggunakan multimedia. Perbezaan jumlah murid yang mendapat
skor lebih daripada 70% dalam ujian pra bagi Kumpulan A meningkat kepada 10 orang murid
selepas ujian pasca dijalankan. Peratus pencapaian sebanyak 33.3% iaitu peningkatan
sebanyak lapan orang murid dalam ujian pasca yang dijalankan selepas pengajaran
tatabahasa menggunakan multimedia dijalankan dalam tempoh 4 minggu. Peserta kajian
Kumpulan B pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan pencapaian murid Kumpulan B
terhadap pembelajaran golongan kata menggunakan kaedah tradisional ini. Pertambahan
seorang murid selepas ujian pasca bagi kumpulan B yang menunjukkan perbezaan sebanyak
3.4% sahaja. Peningkatan seorang murid yang mendapat skor 70% menunjukkan kaedah
pembelajaran secara tradisional kurang berkesan terhadap pemahaman murid sekolah
rendah. Secara keseluruhan, peratus murid Kumpulan A meningkat sebanyak 29.7% selepas
bahan pengajaran menggunakan multimedia diaplikasikan menunjukkan bahawa
penggunaan multimedia mempengaruhi pembelajaran murid. Jumlah ini dijangka lebih besar
jika kaedah ini dijalankan secara berterusan. Dapatan ini juga menunjukkan minat murid yang
dalam terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran tatabahasa tahun lima.
PERBINCANGAN
Hipotesis 1:
Terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian murid kumpulan A yang mengikuti
pembelajaran menggunakan multimedia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 338
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Dapatan kajian menunjukkan peranan multimedia sangat penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu di sekolah rendah. Kenyataan ini disokong
dengan keputusan ujian pasca yang menunjukkan peningkatan pencapaian murid yang
memperoleh skor lebih 70%. Dapatan kajian ini menyamai kajian-kajian terdahulu yang
membuktikan penggunaan multimedia dapat meningkatkan pencapain murid dalam pelbagai
bidang. Pemilihan tajuk kajian yang lebih berfokus kepada aspek golongan kata dalam
pembinaan ayat tunggal juga menunjukkan hasil yang serupa.
Hipotesis 2:
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pencapaian murid Kumpulan B terhadap
pembelajaran golongan kata menggunakan kaedah tradisional.
Dapatan kajian untuk hipotesis kedua yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan bagi pencapaian murid yang mengikuti pembelajaran tatabahasa menggunakan
kaedah tradisional. Ini menunjukkan kaedah mengajar menggunakan ‘chalk and talk’ perlu
diubah kepada pembelajaran menggunakan multimedia. Kaedah mengajar secara tradisional
dilihat membosankan kerana murid sudah terdedah kepada penggunaan multimedia dalam
kehidupan seharian. Murid lebih tertaraik dengan bahan pembelajaran yang merangsang
minat mereka melalui pandangan dan pendengaran.
KESIMPULAN
Penggunaan multimedia dalam pembelajaran tatabahasa dalam kajian ini sangat berkesan
kerana penggunaan multimedia menggabungkan pelbagai media dilihat mampu
meningkatkan proses pemahaman murid dan berfungsi menambah pemahaman terhadap
pembelajaran (Mohamad Subaidi Abdul Samat & Azlina Abdul Aziz, 2020). Situasi pengajaran
dalam talian ketika pendemik Covid19 juga membantu murid meningkatkan kecekapan
penggunakan alat teknologi. Penggunaan teknologi sudah dianggap sebati dengan generasi
baharu kerana situasi semasa menyebabkan kebergantungan kepada sumber teknologi,
perisian dan penggunaan media sosial dalam pembelajaran (Melor Md Yunus et al., 2020;
Wan Izzati W Ahmad & Hamidah Yamat, 2020). Faktor bahan yang menarik dan tidak
membosankan (Adwan Mohammad Hasan Bani-Hamad & Abdul Hakim Abdullah, 2019).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 339
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
CADANGAN
Pembelajaran tatabahasa perlu dilaksanakan dalam situasi yang menyeronokkan. Persepsi
kebosanan Ketika mempelajari tatabahasa perlu diubah oleh guru. Ini adalah kerana
penggunaan multimedia dilihat merupakan salah satu elemen yang boleh digunakan untuk
menimbulkan keseronokan dan minat belajar dalam kalangan murid. Pembelajaran
menggunakan bahan multimedia membantu penguasaan tatabahasa yang baik dalam
kemahiran berbahasa serta membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran secara
maksima (Hishamudin Isam et al., 2017). Oleh yang demikian, guru digalakkan menggunakan
teknologi dalam pengajaran tatabahasa untuk meningkatkan pengetahuan dan pencapaian
murid. Asas pemahaman murid terhadap aspek tatabahasa sangat berguna sebagai langkah
meneruskan pembelajaran seterusnya di peringkat menengah.
Selain inisiatif guru untuk membuat perubahan, pihak kementerian Pendidikan (KPM)
juga perlu membuat perancangan khusus untuk menyediakan guru dengan kemahiran
mengguna dan membina bahan daripada sumber multimedia. Latihan dan bengkel ini dapat
membantu guru menjana idea dengan berkesan. Kementerian Pendidikan Malaysia juga perlu
menyediakan kursus-kursus yang bersesuaian secara berkala dan berterusan. Pengisian
bahan dalam Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) di sekolah perlu memasukkan kemahiran
teknologi dan pembelajaran menggunakan multimedia bagi meningkatkan kecekapan guru
melaksanakan pembelajaran berbantukan teknologi. Pertandingan-pertandingan peringkat
daerah juga perlu diwujudkan untuk memotivasikan guru menyediakan bahan pengajaran
yang berkesan.
RUJUKAN
Abdul Rasid, J. H. I. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3, 49–63.
Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman, & Nur Athiran Khuzaini. (2005). Strategi
Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa Bahasa Melayu. 15, 12.
Adwan Mohammad Hasan Bani-Hamad, & Abdul Hakim Abdullah. (2019). The Effect of
Project-Based Learning to Improve the 21st Century Skills among Emirati Secondary
Students. Researchgate.Net, January. https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v9-i12/6749
Danaei, D., Jamali, H. R., Mansourian, Y., & Rastegarpour, H. (2020). Comparing reading
comprehension between children reading augmented reality and print storybooks.
Computers and Education, 153(October 2019), 103900.
https://doi.org/10.1016/j.compedu.2020.103900
Dedo, F. S., & Harwati Hashim. (2019). Interactive ICT Language Games in Encouraging
Active Learning among the Suburban ESL Learners. Internation Journal of Academic
Research in Business & Social Science, 9(12), 674–684.
https://doi.org/10.6007/IJARBSS/v9-i12/6764
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 340
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Hairun Najuwah Jamali, & Siti Nurhajariah Md Isa. (2014). Aplikasi Teknik Pembelajaran
Pantas dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. January 2014.
Halwani, N. (2017). Visual Aids and Multimedia in Second Language Acquisition. English
Language Teaching, 10(6), 53. https://doi.org/10.5539/elt.v10n6p53
Hishamudin Isam, Mashetoh Abd.Mutalib, & Faizah Ahmad. (2017). Korpus Ke Bilik Darjah:
Tatacara Pengendalian Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Tatabahasa Berbantu
Komputer. Proceedings of the ICECRS, 1(1), 619–630.
https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.533
Huang, H. (2018). Computer multimedia aided word annotation for incidental vocabulary
acquisition in english reading. Kuram ve Uygulamada Egitim Bilimleri, 18(6), 3417–3427.
https://doi.org/10.12738/estp.2018.6.248
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Bahasa Melayu Tahun 5. In Book. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Lindgren, E., & Muñoz, C. (2013). The influence of exposure, parents, and linguistic distance
on young European learners’ foreign language comprehension. International Journal of
Multilingualism, 10(1), 105–129. https://doi.org/10.1080/14790718.2012.679275
Mahamod, Z. (2011). Memperkasa guru, mempercekap pelajar: pengajaran dan
pembelajaran bahasa melayu dalam abad ke-21. Seminar Bahasa Melayu, 1–30.
Melor Md Yunus, Nurulhusna Yaacob, & Ashairi Suliman. (2020). The use of electronic frog
VLE in assisting reading comprehension activities. Universal Journal of Educational
Research, 8(3), 879–887. https://doi.org/10.13189/ujer.2020.080319
Mohamad Subaidi Abdul Samat, & Azlina Abdul Aziz. (2020). The Effectiveness of Multimedia
Learning in Enhancing Reading Comprehension Among Indigenous Pupils.
Angewandte Chemie International Edition, 6(11), 951–952., 11(June), 290–302.
Pathan, H. (2021). Impacts of multimedia gloss on Learning Reading Comprehension in ESL
context. İlköğretim Online, 20(3). https://doi.org/10.17051/ilkonline.2021.03.22
Ujunwa, C. J., Vero, M., & Chukwuemeka, O. A. (2019). Appraisal of Competency
Improvement Needs of English Language Educators in Teaching Reading and Writing
Skills with Multimedia Aids. Research on Humanities and Social Sciences, 0806836765,
1–13. https://doi.org/10.7176/rhss/9-18-05
Wan Izzati W Ahmad, & Hamidah Yamat. (2020). Students’ Perception on Learning English
Language through Conventional and Digital Storytelling. International Journal of
Academic Research in Business and Social Sciences, 10(2), 484–504.
https://doi.org/10.6007/ijarbss/v10-i2/6945
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 341
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KESEDIAAN GURU PELATIH OPSYEN BAHASA MELAYU MENGAJAR KHAT JAWI:
TINJAUAN DARI SEGI TAHAP PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN KESIAPSIAGAAN.
¹Nuur Shafika binti Shamsuddin, ²Mohd Asri bin Harun
¹SJK(T) Ladang Benta
²Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]
ABSTRAK
Pengenalan tulisan khat jawi telah dirancang melalui semakan semula Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2014. Susulan daripada perancangan tersebut,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memasukkan khat jawi dalam pengajaran Bahasa
Melayu tahun empat di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Polimik
tentang pelaksanaan khat jawi ini bukan sahaja melibatkan aspek kandungan tetapi
melibatkan aspek kesediaan guru Bahasa Melayu mengajar khat jawi ini juga. Justeru, kajian
deskriptif ini dibuat untuk mengenal pasti kesediaan 37 orang guru pelatih opsyen Bahasa
Melayu semester akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur untuk mengajarkan khat
jawi di sekolah-sekolah nanti. Reka bentuk kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal
selidik secara dalam talian berdasarkan tiga konstruk kesediaan mengajar khat jawi iaitu
pengetahuan, kemahiran, dan kesiapsiagaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konstruk
pengetahuan guru-guru pelatih berada pada tahap yang tinggi (Min=3.71), konstruk
kemahiran guru pelatih dalam khat jawi pula berada pada tahap sederhana (Min=2.70) dan
konstruk terakhir iaitu kesiapsiagaan guru pelatih mengajarkan seni khat jawi juga berada
pada tahap sederhana (Min=3.34). Hasil dapatan kajian ini boleh dijadikan petunjuk kepada
semua pihak, khususnya Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Kementerian Pendidikan
Malaysia amnya untuk memperkasakan pendidikan di Malaysia.
Kata kunci: seni khat jawi, kesediaan guru pelatih, Kurikulum Standard Sekolah Rendah, dan
Institut Pendidikan Guru Malaysia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 342
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Guru merupakan tunjang kepada sistem pendidikan dan golongan pelaksana segala dasar
serta matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Sehubungan dengan itu, guru mestilah dibekalkan dengan program
pendidikan yang sempurna bagi meningkatkan kesiapsiagaan mereka dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPc). Tanpa kesediaan ini, matlamat kurikulum yang dirancang sukar
untuk dicapai. Menurut Mohd Izham dan Noraini (2007), kesediaan guru merupakan salah
satu elemen penting serta dapat memainkan peranan untuk membantu pelajar menyesuaikan
diri. Sekiranya guru tidak bersiap sedia, maka segala program yang sedang dan akan
dilaksanakan oleh pihak KPM tidak akan mencapai objektifnya. Hal ini menjadi cabaran
terbesar bagi guru. Mereka perlu mempersiapsiagakan diri dengan pengetahuan, kemahiran
dan penampilan yang boleh diiktiraf agar kesinambungan hasrat negara dapat diteruskan
mengikut seperti yang dirancang.
PENYATAAN MASALAH
Perubahan dalam sistem pendidikan dilaksanakan bagi memastikan perkembangan
pendidikan di Malaysia sentiasa dinamik dalam arus globalisasi. Pada tahun 2017, Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menerima penambahbaikan dan dijenamakan
semula sebagai KSSR Semakan 2017 yang dilakukan secara berperingkat. Sehubungan
dengan itu, bagi Tahun 4 pelaksanaan KSSR Semakan 2017 adalah bermula pada tahun
2020. Dalam semakan ini, pihak KPM telah bersetuju untuk memasukkan seni khat jawi dalam
pengajaran Bahasa Melayu sebagai pengisian tambahan bagi aspek seni bahasa di semua
sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
Berikutan pelaksanaan ini, timbul beberapa isu dalam kalangan masyarakat yang
bertujuan untuk menolak pembelajaran tulisan khat jawi di dalam bahasa Melayu kerana
menyifatkannya bukan dalam konteks kepelbagaian. Isu yang turut dibangkitkan oleh pihak
tersebut melibatkan persoalan tentang kesiapsiagaan guru-guru Bahasa Melayu dalam
mengajar seni khat jawi kerana dianggap akan membebankan guru. Berdasarkan isu yang
dibangkitkan maka satu kajian wajarlah dijalankan untuk meninjau kesiapsiagaan guru-guru
pelatih khususnya di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur dalam melaksanakan PdPc
seni tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 343
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:
1. Mengenal pasti kesediaan pengetahuan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru
(IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 dalam seni khat jawi.
2. Mengenal pasti tahap kemahiran menulis khat jawi dalam kalangan guru-guru pelatih
di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun
2016.
3. Mengenal pasti kesiapsiagaan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon
Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 mengajar seni tulisan khat jawi
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dalam kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikemukakan untuk dijawab iaitu:
1. Apakah kesediaan pengetahuan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 dalam seni khat jawi?
2. Apakah tahap kemahiran menulis khat jawi dalam kalangan guru-guru pelatih di Institut
Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016?
3. Apakah kesiapsiagaan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur
Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 mengajar seni tulisan khat jawi dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu?
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Metodologi yang digunakan dalam kajian akan mempengaruhi ketepatan maklumat mahupun
data yang diperoleh. Dalam kajian ini, reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian
kuantitatif dan berdasarkan kaedah tinjauan.
Populasi dan Sampel Kajian
Mohd Majid (2000), mengingatkan bahawa pengenalpastian populasi yang tepat dan teliti
akan menentukan parameter populasi yang dikaji. Populasi dalam kajian ini terdiri daripada
guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan
Jun 2016 iaitu IPG Kampus Dato’ Razali Ismail di Kuala Terengganu dan IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan di Pahang iaitu seramai 37 orang. Saiz sampel yang diperlukan dalam kajian
ini ialah seramai 34 orang berdasarkan rumus Krejcie dan Morgan (1970).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 344
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini menggunakan soal selidik jawapan terpilih yang
juga dikenali dengan soal selidik berstruktur atau soal selidik tertutup (Mohd Majid, 2005).
Responden dikehendaki memilih jawapan berdasarkan skala Likert lima aras persetujuan iaitu
sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju, dan sangat tidak setuju. Menurut Sugiyono
(2013), skala Likert digunakan untuk mengukur sikap, pendapat dan persepsi seseorang atau
sekelompok orang tentang fenomena sosial. Selain itu, borang soal selidik yang digunakan
mengandungi empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D seperti Jadual 1 berikut.
Jadual 1. Bahagian soal selidik
Bahagian Konstruk
A Maklumat Demografi
B Pengetahuan Tentang Tulisan Khat
C Kemahiran Menulis Khat
D Kesediaan Mengajar Khat dalam Mata Pelajaran Bahasa
Melayu
Kesahan dan Kebolehpercayaan
Bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian, satu kajian rintis telah dijalankan
di IPG Kampus Bahasa Melayu di Kuala Lumpur dan IPG Kampus Pendidikan Islam di
Selangor. Menurut Cooper dan Schindler (2011), bilangan responden yang sesuai dalam
kajian rintis adalah antara 25 hingga 100 orang. Oleh itu, 30 orang guru pelatih opsyen Bahasa
Melayu Ambilan Jun 2016 telah diambil dalam kajian rintis ini. Perisian Statistical Package for
the Sosial Science (SPSS) versi 22.0 telah digunakan bagi mendapatkan nilai Alpha
Cronbach. Hasil kajian rintis dijalankan, didapati nilai kebolehpercayaan item adalah 0.92 iaitu
amat baik (Lim, 2007).
Prosedur Pengumpulan Data
Setelah mendapatkan kesahan instrumen, borang soal selidik diedar secara atas talian
kepada responden-responden yang terlibat iaitu guru-guru pelatih opsyen Bahasa Melayu
Ambilan Jun 2016 dengan menggunakan Google Forms. Menurut Noraini (2010), kaedah ini
dipilih kerana peluang untuk mendapatkan semula soal selidik yang lengkap diisi adalah
tinggi. Masa yang diperuntukkan untuk memperoleh kembali maklum balas daripada soal
selidik pula adalah selama dua minggu.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 345
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Prosedur Penganalisisan Data
Data-data soal selidik yang diperoleh akan diproses dan dianalisis dengan menggunakan
perisian SPSS versi 22.0. Bentuk analisis data ialah analisis secara deskriptif. Seterusnya,
tahap interpretasi diambil kira dengan nilai lima mata iaitu nilai tertinggi 5.00 dibahagikan
kepada 3 tahap iaitu tahap rendah (min=1.00-2.33), tahap sederhana (min=2.34-3.67) dan
tahap tinggi (min=3.68-5.00) seperti yang digunakan dalam kajian Sumarni dan Zamri (2018).
Jadual 2 berikut menunjukkan interpretasi min yang digunakan dalam kajian.
Jadual 2. Interpretasi min
Julat Min Interpretasi
1.00-2.33 Rendah
2.34-3.67 Sederhana
3.68-5.00 Tinggi
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Kesediaan Pengetahuan Guru-guru Pelatih di IPG Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu
dalam Seni Khat Jawi
Jadual 3 menunjukkan skor min bagi kesediaan pengetahuan guru-guru pelatih opsyen
Bahasa Melayu tentang seni tulisan khat jawi. Berdasarkan dapatan kajian, nilai min bagi
keseluruhan item tahap pengetahuan guru pelatih tentang tulisan khat jawi adalah sebanyak
3.71 iaitu pada tahap tinggi. Item B2 merupakan item yang memperoleh nilai min tertinggi dan
berada pada tahap tinggi iaitu 4.44, manakala item B1 merupakan item yang mendapat nilai
min terendah iaitu 2.58 dan berada pada tahap sederhana. Rumusannya, kesediaan
pengetahuan guru-guru pelatih tentang khat jawi dalam Bahasa Melayu adalah tinggi. Hal ini
selari dengan dapatan dalam kajian Mohd Fauzi (2004) yang menyatakan bahawa sebagai
seorang guru, penguasaan mata pelajaran begitu penting untuk mengajar di sekolah.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 346
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 3. Skor min kesediaan pengetahuan guru pelatih tentang seni khat jawi
Sisihan Piawai
Bil. Item Min Interpretasi
(SP)
B1 Saya pernah belajar tulisan khat di
sekolah 2.56 1.60 Sederhana
B2 Saya tahu tulisan khat merupakan
seni tulisan bahasa Melayu 4.44 1.02 Tinggi
B3 Saya tahu tulisan khat mempunyai 3.77 1.33 Tinggi
pelbagai jenis
B4 Saya tahu cara menulis tulisan khat 3.24 1.10 Sederhana
B5 Saya tahu tatacara menulis tulisan 3.85 1.02 Tinggi
khat semasa di IPG
B6 Saya tahu kepentingan seni tulisan
khat dalam bahasa Melayu 4.27 1.00 Tinggi
B7 Saya tahu seni tulisan khat ada
dalam sukatan mata pelajaran 3.85 1.23 Tinggi
Bahasa Melayu sekolah rendah
Min Keseluruhan 3.71 Tinggi
Apakah tahap kemahiran menulis khat jawi dalam kalangan guru-guru pelatih di Institut
Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016?
Jadual 4 menunjukkan skor min bagi tahap kemahiran menulis khat jawi dalam kalangan guru-
guru pelatih opsyen Bahasa Melayu. Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, skor min
bagi keseluruhan item bagi tahap kemahiran guru pelatih menulis khat jawi adalah tahap
sederhana (min= 2.70). Item C1 merupakan item yang memperoleh nilai min tertinggi dan
berada pada tahap sederhana (min=3.09) manakala item C4 merupakan item yang mendapat
nilai min terendah dan interpretasi tahap rendah (min= 2.29). Rumusannya, tahap
pengetahuan guru-guru pelatih di IPG Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu dalam menulis khat
jawi masih berada pada tahap sederhana. Menurut Ahamad (2005), perkembangan dan
kemajuan dalam pendidikan tanah air mendesak guru menguasai kemahiran dalam
pengajaran. Justeru, menguasai kemahiran dalam menulis khat jawi merupakan satu
keperluan yang perlu ditekankan buat guru-guru pelatih bagi memastikan mereka bersedia
untuk melaksanakan PdPc Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 347
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 4. Skor min kemahiran menulis khat jawi dalam kalangan guru-guru pelatih
Sisihan
Bil. Item Min Piawai Interpretasi
(SP)
C1 Saya mahir menulis huruf dalam 3.09 1.06 Sederhana
tulisan khat
C2 Saya mahir menulis perkataan
dalam tulisan khat 2.94 1.15 Sederhana
C3 Saya mahir menulis ayat dalam 2.68 1.27 Sederhana
tulisan khat
C4 Saya mahir menulis lebih daripada 2.29 1.14 Rendah
dua jenis khat
C5 Saya mahir menghasilkan tulisan
khat yang betul 2.65 1.13 Sederhana
C6 Saya pernah diberi pengiktirafan 2.53 1.35 Sederhana
dalam penghasilan tulisan khat
Min Keseluruhan 2.70 Sederhana
Apakah kesiapsiagaan guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Zon Timur
Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 mengajar seni tulisan khat jawi dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu?
Jadual 5 menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi item-item kesiapsiagaan guru-guru
pelatih IPG Zon Timur Opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2016 mengajar seni tulisan khat
jawi. Dapatan kajian menunjukkan kesiapsiagaan guru-guru pelatih mengajar seni tulisan khat
adalah berada pada tahap sederhana dengan skor min secara keseluruhannya adalah
sebanyak 3.34. Item D7 merupakan item yang memperoleh skor min tertinggi iaitu sebanyak
3.91 dengan interpretasi tinggi. Item D5 pula merupakan item yang memperoleh skor min
terendah dengan interpretasi sederhana iaitu 2.82. Dapatan yang diperoleh ini secara
keseluruhannya menjelaskan bahawa kesiapsiagaan guru-guru pelatih mengajar seni tulisan
khat jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap sederhana. Hal ini selari
dengan dapatan kajian Rohaida (2017) yang menunjukkan, walaupun tahap pengetahuan dan
pemahaman guru adalah tinggi, namun masih terdapat sebilangan guru yang tidak bersedia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 348
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 5. Skor min kesiapsiagaan guru-guru pelatih mengajar seni tulisan khat jawi dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu
Sisihan
Bil. Item Min Piawai Interpretasi
(SP)
D1 Saya yakin untuk mengajar tulisan 3.06 1.07 Sederhana
khat
D2 Saya memahami sukatan pelajaran
tulisan khat dalam mata pelajaran 3.27 1.29 Sederhana
Bahasa Melayu
D3 Saya mahir menyediakan
rancangan pengajaran harian (RPH) 3.06 1.18 Sederhana
bagi seni tulisan khat
r
am
l
da
i
a
ay
m
ah
S
san
ak
el
kan
a
D4
m
PdPc tulisan khat 2.91 1.14 Sederhana
D5 Saya mahir melaksanakan penilaian 2.82 1.27 Sederhana
seni tulisan khat
D6 Saya bersedia mengikuti
kursus/bengkel/ latihan peningkatan 3.88 1.17 Tinggi
pedagogi tulisan khat
D7 Saya bersedia meneroka aspek seni
tulisan khat bagi meningkatkan 3.91 1.19 Tinggi
keyakinan mengajar
D8 Saya akan meningkatkan
penguasaan murid dalam seni 3.82 1.14 Tinggi
tulisan khat
Min Keseluruhan 3.34 Sederhana
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Merujuk kajian yang telah dijalankan dapat disimpulkan bahawa kesemua persoalan kajian
yang dikemukakan telah terjawab. Kesediaan pengetahuan tentang seni khat jawi guru-guru
pelatih opsyen Bahasa Melayu Semester 8 di IPG Zon timur adalah tinggi namun kesediaan
kemahiran menulis dan kesiapsiagaan untuk mengajar khat jawi masih berada pada tahap
sederhana. Justeru, diharapkan dengan terhasilnya kajian ini dapat memberikan manfaat
yang berguna kepada pihak pengurusan seperti KPM, IPGM, pensyarah dan guru-guru pelatih
untuk menambah baik pengetahuan, kemahiran dan kesiapsiagaan mereka melalui bengkel
atau kursus khas bagi meningkatkan lagi kemahiran dan kesediaan guru-guru pelatih.
RUJUKAN
Ahamad S. (2005). Perutusan Hari Guru, Online:
http://www.moe.edu.my/hariguru/perutusanKPPM.htm.
Cooper, D. R., & Schindler, P. S. (2011). Business research methods (11th ed. ed.). NewYork:
McGraw-Hill/Irwin.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 349
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement. 30, 608.
Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan pendidikan: Pendekatan kuantiatif dan kualitatif.
Selangor: McGraw- Hill (Malaysia).
Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Attan. (2007). Tahap Kesediaan Guru Sains dalam
Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran. Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Majid Konting. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mohd Fauzi Hamat. (2004). Pemikiran Islam dan Cabaran Semasa: Jabatan Akidah dan
Pemikiran Islam, APIUM (ISBN 983-99273-7-X).
Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
& Pustaka.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: Mcgraw-Hill Sdn. Bhd.
Rohaida Mazlan. (2017). Tahap Pengetahuan, Pemahaman dan Kesediaam Guru Bahasa
Melayu dalam Melaksanakan Kajian Pengajaran. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
7(2, 30-40.
Sugiyono. (2013). Metode Penelitian Pendidikan Pendekatan Kuantitatif, Kualitatif dan R&D.
Bandung: Alfabeta
Sumani Lapammu & Zamri Mahamod. (2018). Tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan
pelajar tingkatan 4 terhadap penggunaan Pembelajaran Persekitaran Maya VLE Frog
dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 53-62.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 350
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
TINJAUAN PEMILIHAN JENIS E-PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN SECARA
DALAM TALIAN OLEH GURU PELATIH IPG ZON TIMUR DAN ZON TENGAH
Nadia Natasha Mhd Roslaile dan Tengku Nor Faizul Tengku Embong 2
1
1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]
ABSTRAK
Pandemik Covid-19 telah menyebabkan berlaku perubahan terhadap sistem pendidikan
secara mendadak yang pastinya memberikan cabaran kepada pendidik dalam melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Rentetan itu, penggunaan medium e-
pembelajaran telah mula diperkenalkan dan digunakan dalam mencapai objektif yang
disasarkan dalam bilik darjah. Namun, sejauh mana pemilihan jenis e-pembelajaran dalam
pengajaran secara dalam talian oleh guru pelatih IPG memberi kesan masih menjadi tanda
tanya. Tuntasnya, kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti pemilihan jenis e-pembelajaran
guru pelatih terhadap PdPR berpandukan model CIPP oleh Stufflebeam (1967) iaitu konteks,
input, proses dan produk. Kajian ini menggunakan set borang soal selidik sebagai instrumen
kepada guru pelatih bahasa Melayu Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) Ambilan Jun 2017
seramai 97 orang yang terdapat di empat buah IPG iaitu IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, IPG
Kampus Tengku Ampuan Afzan, IPG Kampus Bahasa Melayu, dan IPG Kampus Pendidikan
Islam. Skop kajian ini terbatas kepada IPG Zon Timur dan IPG Zon Tengah yang hanya
menawarkan PISMP Bahasa Melayu SK. Data dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package For Science (SPSS) versi 26.0 bagi mendapatkan peratusan, min dan
sisihan piawai. Kajian mendapati guru-guru pelatih bahasa Melayu lebih memilih jenis e-
pembelajaran WhatsApp bagi PdPR (Min=1.837 SP=0.406). Dapatan kajian juga
menunjukkan majoriti guru pelatih mendapati pemilihan jenis e-pembelajaran memberikan
kesan terhadap proses PdPR sepanjang menjalani praktikum (Min=3.974 SP=0.709).
Kesimpulannya, melihat kepada hasil dapatan penyelidikan tinjauan ini, guru-guru pelatih
khususnya perlu lebih meneroka dalam dunia e-pembelajaran dengan lebih mendalam bagi
memastikan sesi PdPR akan datang mencapai objektif yang disasarkan dengan lebih baik
sekiranya sesi PdPR diteruskan kelak.
Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), guru pelatih bahasa Melayu, e-
pembelajaran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 351
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Pandemik Covid-19 telah menyebabkan berlaku perubahan terhadap sistem pendidikan
secara mendadak yang pastinya memberikan cabaran kepada pendidik dalam melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Rentetan itu, penggunaan medium e-
pembelajaran telah mula diperkenalkan dan digunakan dalam mencapai objektif yang
disasarkan dalam bilik darjah. Namun, sejauh mana pemilihan jenis e-pembelajaran dalam
pengajaran secara dalam talian oleh guru pelatih IPG memberi kesan masih menjadi tanda
tanya. Transformasi pendidikan rendah dan menengah telahpun dilaksanakan melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 oleh KPM yang menjadikan
kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa serta
memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia.
Pada awal tahun 2020, operasi aktiviti Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
dijalankan secara bersemuka namun terpaksa dihentikan dan dijalankan sepenuhnya secara
dalam talian dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), (Ehwan Ngadi,
2020). Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menambah baik kurikulum PdPc secara
dalam talian sebagai salah satu usaha bagi memastikan proses pendidikan dapat berjalan
dengan lancar dan berkesan dengan memperkenalkan konsep pembelajaran baru. Konsep
pembelajaran ini juga dikenali sebagai e-pembelajaran adalah pengaruh dalam proses
transformasi pendidikan konvensional ke dalam bentuk digital, baik kandungan dan sistem
(Santoso, 2014).
PERNYATAAN MASALAH
Seperti sedia maklum, negara kita telah dilanda wabak Covid-19 bermula pada bulan
disember 2019. Wabak ini telah menular dan mengakibatkan arahan yang dikeluarkan oleh
Menteri Keselamatan Negara (MKN) supaya semua sekolah ditutup susulan PKP yang mula
berkuatkuasa pada 18 Mac bagi membendung penularan Covid-19 (Syahirah Hani Roslan,
2020). Rentetan daripada peristiwa itu, sistem pendidikan terpaksa berubah dan dilaksanakan
secara dalam talian sepenuhnya. Selaras dengan Kamarul Azmi Jasmi (2011), guru
hendaklah bergerak sejajar dengan perubahan semasa yang semakin mencabar dari semasa
ke semasa selaras dengan aspirasi negara dalam Rancangan Malaysia ke Sepuluh iaitu
menjadikan profesion perguruan lebih menarik agar dapat memantapkan mutu pendidikan di
Malaysia. E-pembelajaran sudah lama wujud namun penggunaannya sangat minimum,
namun disebabkan pandemik para pendidik perlu mengoptimumkan platform digital yang ada
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 352
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
bagi memastikan objektif PdPc tercapai. Dalam konteks pendidikan, sehingga Mac 2020
aktiviti pembelajaran secara formal yang melibatkan hampir 600 juta pelajar di seluruh dunia
terjejas akibat arahan penutupan institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah mahu
pun institusi pengajian tinggi (Goyal, S, 2020). Terdapat pelbagai jenis medium pembelajaran
yang belum diterokai keberkesanannya dalam meningkatkan mutu dalam melaksanakan
proses PdPR secara menyeluruh
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Secara khususnya kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:
Jadual 1 menunjukkan Objektif Dan Soalan Kajian.
Objektif Kajian Soalan Kajian
Mengenal pasti jenis medium e- Apakah jenis medium e-pembelajaran yang
pembelajaran guru pelatih bahasa Melayu digunakan oleh guru pelatih bahasa Melayu
terhadap penggunaan e-pembelajaran terhadap penggunaan e-pembelajaran
pengajaran dan pembelajaran di rumah pengajaran dan pembelajaran di rumah
(PdPR) semasa menjalani praktikum. PdPR semasa menjalani praktikum?
Mengenal pasti keberkesanan pemilihan Apakah pemilihan jenis medium e-
medium e-pembelajaran guru pelatih pembelajaran oleh guru pelatih memberi
bahasa Melayu dalam pengajaran dan kesan terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) semasa pembelajaran di rumah (PdPR) bahasa
menjalani praktikum. Melayu?
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Metodologi yang digunakan dalam kajian akan mempengaruhi ketepatan maklumat mahupun
data yang diperoleh. Dalam kajian ini, reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian
kuantitatif dan berdasarkan kajian tinjauan.
Populasi dan Sampel Kajian
Dalam kajian ini, populasi kajian ini difokuskan kepada guru-guru pelatih bahasa Melayu yang
mengajar di sekolah rendah di IPG Zon Timur dan IPG Zon Tengah. Pengkaji memilih seramai
97 daripada 130 orang guru pelatih sebagai sampel kajian berdasarkan penentuan saiz
sampel Krejcie dan Morgan (1970) yang telah menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan
dengan saiz populasi kajian.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 353
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Instrumen Kajian
Bagi menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan instrumen kajian iaitu soal selidik untuk
mendapatkan data kajian. Menurut buku Panduan Amali untuk Penyelidikan Pendidikan,
kaedah soal selidik adalah teknik yang paling sesuai untuk mengumpulkan data berbentuk
pola. Pemilihan instrumen ini bertepatan dengan pandangan Chua Yan Piaw (2012) yang
mengatakan bahawa borang soal selidik merupakan instrumen kajian yang sering digunakan
oleh penyelidik dalam kajian deskriptif. Manakala Zikmund (2013) menyatakan bahawa soal
selidik merupakan pengganti diri pengkaji serta penghubung antara pengkaji dan responden
menjadikan penganalisian data mudah dilakukan apabila menggunakan soal selidik. Soal
selidik dalam kajian ini telah diubahsuai daripada kajian terdahulu.
Kesahan dan Kebolehpercayaan
Bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan kajian, satu kajian rintis telah dijalankan
di IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras di Kuala Lumpur. Jumlah populasi untuk kajian rintis
dicadangkan antara 30 hingga 50 orang adalah bilangan yang munasabah (Isaac & Michael,
1995; Sekaran: 2000, Conelly; 2008, Treece & Treece; 2005, Fah et al., 2016),
mencadangkan saiz sampel untuk kajian rintis adalah 10 hingga 30 orang responden.
Berdasarkan pernyataan ini, pengkaji memutuskan untuk melibatkan seramai 20
orang guru pelatih opsyen Bahasa Melayu Ambilan Jun 2017 telah diambil bagi kajian rintis
ini. Kesemua data yang telah dikumpulkan akan dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences Version 26.0 (SPSS). Dapatan
analisis kajian rintis mendapati, nilai kebolehpercayaan keseluruhan item yang merujuk
kepada nilai Alpha Cronbach ialah 0.941 menunjukkan instrumen berada dalam keadaan
sangat baik dan efektif dan tahap konsisten yang tinggi sekali gus boleh digunakan dalam
penyelidikan sebenar (Bond & Fox, 2015).
Prosedur Pengumpulan Data
Setelah mendapatkan kesahan instrumen, borang soal selidik diedar secara dalam talian
kepada responden-responden yang terlibat iaitu guru-guru pelatih opsyen Bahasa Melayu
Ambilan Jun 2017 dengan menggunakan aplikasi Google Forms. Menurut Noraini (2010),
kaedah ini dipilih kerana peluang untuk mendapatkan semula soal selidik yang lengkap diisi
adalah tinggi. Masa yang diperuntukkan untuk memperoleh kembali maklum balas daripada
soal selidik pula adalah selama dua minggu.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 354
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Prosedur Penganalisian Data
Kesemua data yang telah dikumpulkan akan dianalisis secara deskriptif dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences Version 26.0 (SPSS). Statistik
deskriptif digunakan untuk menganalisis profil responden dan analisis soal selidik
penggunaan bahan dalam pengajaran bahasa Melayu. Selain itu, statistik deskriptif juga
digunakan untuk memperoleh kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian. Nilai min yang
diperoleh digunakan untuk merumuskan tindak balas responden terhadap semua kenyataan
yang diberi dalam borang soal selidik. Manakala interprestasi skor min bagi kajian ini
berasaskan pentaksiran Nunnaly dan Bernstein (1994) seperti dalam Jadual 2 di bawah.
Jadual 2 menunjukkan Penentuan Min.
BIL NILAI MIN ARAS
1 4.01 – 5.00 Tinggi
2 3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi
3 2.01 – 3.00 Sederhana Rendah
4 1.00 - 2.00 Rendah
Sumber: Nunnally, J.C. dan Bernstein, I.H. (1994). The Assesment of Reliability.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
1. Apakah jenis medium e-pembelajaran yang digunakan oleh guru pelatih bahasa Melayu
terhadap penggunaan e-pembelajaran pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
semasa menjalani praktikum?
Jadual 3 menunjukkan skor min bagi jenis medium e-pembelajaran yang digunakan oleh
guru pelatih bahasa Melayu semasa menjalani praktikum secara pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR). Berdasarkan dapatan kajian, guru pelatih opsyen Bahasa
Melayu Ambilan Jun 2017 lebih banyak menggunakan medium e-pembelajaran WhatsApp
dengan perolehan sebanyak 39 kekerapan dan peratusan 40.2 iaitu nilai yang paling
banyak berbanding dengan jenis medium Google Meet yang hanya sebanyak 30 nilai
kekerapannya dengan peratusan 30.9. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa purata
nilai min dan sisihan piawai terhadap dimensi ini berada pada tahap sederhana iaitu N=
97, Min (2.32), SP (1.036). Rumusannya, pemilihan jenis medium e-pembelajaran guru
pelatih bahasa Melayu majoritinya menggunakan jenis medium WhatsApp. Hal ini selari
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 355
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dengan dapatan kajian Syed Lamsah (2020), WhatsApp dan Telegram sebagai pencetus
pembelajaran untuk meningkatkan penglibatan pelajar di portal e-pembelajaran.
Jadual 3 menunjukkan nilai kekerapan dan peratusan pemilihan medium e-pembelajaran
guru pelatih bahasa Melayu.
Dimensi / Penilaian %
Google Meet 30 30.9
Google Classroom 17 17.5
WhatsApp 39 40.2
Telegram 11 11.3
Jumlah 97 100.0
2. Apakah pemilihan jenis medium e-pembelajaran oleh guru pelatih memberi kesan
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bahasa Melayu?
Jadual 4 menunjukkan skor min bagi kesan pemilihan jenis medium e-pembelajaran
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi guru pelatih opsyen
bahasa Melayu. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa bagi kesan purata nilai min
dan sisihan piawai terhadap keseluruhan item kesan pemilihan medium e-pembelajaran
berada pada tahap sederhana tinggi iaitu N= 97, Min (3.97), SP (.709). Item D1 merupakan
item yang memperoleh nilai min tertinggi dan berada pada tahap tinggi iaitu min (4.35) dan
SP (0.722) manakala item D7 merupakan item yang mendapat nilai terendah dan
interpretasi tahap sederhana tinggi dengan memperoleh nilai min (3.71) dan SP (1.172).
Rumusannya, keberkesanan pemilihan jenis medium e-pembelajaran oleh guru
pelatih bahasa Melayu terhadap proses PdPR masih berada pada tahap sederhana tinggi.
Menurut Munirah Salleh (2021), pembelajaran bersemuka lebih mudah diterima oleh murid
berbanding pembelajaran secara dalam talian. Walaupun kesan pembelajaran secara
dalam talian dilihat memuaskan, kebanyakan responden memilih terhadap tindak balas
murid yang kurang memuaskan semasa proses PdPR yang lepas. Hal ini disokong oleh
Aviv & Golan (1998) yang menyatakan semasa pembelajaran dalam talian terutama dalam
perbincangan, kebanyakan murid hanya terlibat secara pasif dan hanya sedikit sahaja yang
mengemukakan soalan. Namun demikian, pembelajaran dalam talian diterima dengan baik
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 356
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
jika kemudahan perlatan seperti komputer peribadi dan aliran internet tanpa had sedia
berada di rumah.
Jadual 4 menunjukkan skor min bagi kesan pemilihan jenis medium e-pembelajaran bagi
PdPR.
Dimensi / Penilaian N
D1. Saya mendapati murid-murid seronok bagi 97 4.35 .722
sesi PdPR yang dijalankan semasa praktikum
D2. Saya mendapati murid terlibat secara aktif
semasa PdPR dijalankan semasa praktikum 97 4.01 .974
D3. Saya menjalankan ujian sumatif pada hujung
PdPR semasa menjalani praktikum 97 3.97 .918
D4. Saya mendapati pembelajaran secara dalam
talian berupaya menarik minat murid untuk 97 3.80 .996
bertanya dan terlibat dengan aktif semasa
pembelajaran berlangsung
D5. Saya mendapati murid memberi maklum
balas yang segera terhadap soalan yang 97 3.86 .968
dikemukakan
D6. Saya mendapati perbincangan antara guru
dan murid secara dalam talian berjalan secara 97 3.76 .987
konsisten sepanjang praktikum
D7. Saya mendapati murid lebih bermotivasi
untuk menyertai perbincangan secara dalam 97 3.71 1.172
talian semasa pembelajaran dalam talian
D8. Saya mendapati medium e-pembelajaran
sangat membantu murid dalam mencari 97 4.15 .939
maklumat yang lebih banyak
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
Kesimpulannya, melihat kepada hasil dapatan kajian tinjauan ini bahawa kesemua persoalan
kajian yang dikemukakan telah terjawab. Majoriti guru pelatih bahasa Melayu menggunakan
medium WhatsApp sebagai perantaraan bagi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Sebahagian murid mendapati bahawa penggunaan medium yang dipilih guru pelatih mampu
memberi kesan yang positif serta menarik minat murid untuk belajar bahasa Melayu ekoran
daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh Menteri Keselamatan
Negara (MKN).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 357
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Namun begitu terdapat segelintir murid ketinggalan akibat beberapa faktor seperti
kekurangan gajet, masalah talian dan juga latar belakang keluarga yang susah. Oleh hal
demikian, KPM, IPGM dan guru-guru pelatih khususnya perlu lebih meneroka dalam dunia e-
pembelajaran dengan lebih mendalam bagi memastikan sesi PdPR akan datang mencapai
objektif yang disasarkan dengan lebih baik sekiranya sesi PdPR diteruskan kelak.
RUJUKAN
Aviv & Golan. (1998). Pedagogical Communication Patterns in Collaborative Telelearning.
Journal of Education Technology Systems. http://www.cjlt.ca/content/vol29/cjlt29-
3_art6.html
Bond T. G. & Fox C.M. 2015. Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in
the Human Sciences. Ed. ke-3. Mahwah, NJ: L. Erlbaum.
Chua Yan Piaw. (2012). Asas Statistik Penyelidikan Analisis Data Skala Likert Edisi
Kedua. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn Bhd.
Goyal, S. (2020). Impact of Coronavirus on Education in India.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: Mcgraw-Hill Sdn. Bhd.
Nunnally, J.C. dan Bernstein, I.H. (1994). The Assesment of Reliability. Psyhometric Theory,
3, 248-292.
Kamarul Azmi Jasmi. (2011). Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Krejcie, R. V, & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities.
Education and Psichologycal Measurement. 30, 607-610.
Munirah Salleh, Mohd Faisal Jamaludin, Noor Syaheda Mohd Safie dan Julia Mohd
Yusof. (2021). Tinjauan Keberkesanan Pembelajaran Secara Dalam Talian
Ketika Pandemik Covid-19: Perspektif Pelajar Sains Kejuruteraan Politeknik Ibrahim
Sultan. 1, 374-384.
Santoso, H., & Wyn, W.E. (2014). Primary School e-Learning Development as a Social Study
Learning Model in the 5 th Grade Primary School.
Stufflebeam, D. L. (1967). The Use An Abuse of Evaluation in Tittle III. Theory Into Practice 6.
126-133.
Syahirah Hani Roslan. (2020). COVID-19: Semua Sekolah Diarahkan Tutup, Kebajikan
Pelajar Mesti Diambil Kira. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/covid19-semua-sekolah- diarahkan-tutup-kebajikan-pelajar-mesti-
diambil-kira-234342
Syed Lamsah Syed Chear dan Muhammad Yusoff Mohd Nor. (2020). Intervensi Pembelajaran
di Portal E-pembelajaran Melaui Aplikasi WhatsApp dan Telegram Berdasarkan Model
Lima Fasa Needham. Universiti Pendidikan Sultan Ismail.
Zikmund, W. G. (2013). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Pearson Malaysia Sdn Bhd.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 358
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PERLAKSANAAN LITERASI DIGITAL KE ATAS MURID SEKOLAH RENDAH MELALUI
PROJECT BASE-DIGITAL LEARNING (PJBDL)
1 Siti Hawa binti Husin, Kamarudin bin Abu Hassan, Zuraidah binti Baharin
3
2
Sekolah Rendah Arab Jaim Merlimau Pasir, Melaka,
Institut Perguruan Guru Kampus Raja Melawar, Negeri Sembilan,
Institut Perguruan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka
[email protected]
ABSTRAK
Perkembangan teknologi dalam pendidikan meningkatkan keterampilan, kemampuan dan
kemahiran individu dalam proses pembelajaran. Perubahan revolusi industri 4.0 telah
merubah lanskap sistem pendidikan ke arah sektor ekonomi digital. Kajian kuantitatif ini
dilaksanakan bagi memperluaskan kemahiran murid dalam perlaksanaan literasi digital murid
sekolah rendah melalui Project Base-Digital Learning (PjBDL). Kajian kepada 30 orang murid
yang dipilih secara persampelan rawak. Data dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik
inferensi dengan menggunakan penerimaan Model TAM berbantukan SPSS versi 22 melalui
Reka Bentuk Berpusatkan Pembelajaran Digital (RBBPD). Soal selidik lima likert dalam 10
penyataan diedarkan kepada peserta. Dapatan kajian menunjukkan perlaksanaan literasi
digital murid sekolah rendah melalui Project Base-Digital Learning (PjBDL) memberi
perkembangan pengetahuan dan kemahiran murid dengan perbezaan yang singifikan <0.01
dimana terdapat perbezaan antara ujian pra (M=12.4, SD=1.82) dan ujian pasca (M=13.3,
SD=1.49). Hasil kajian menunjukkan bahawa perbezaan yang singifikan antara kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan dijalankan dalam kajian eksperimen ini berdasarkan PjBDL
dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP).
Kata kunci: Literasi digital, project base-digital learning, kemahiran digital
PENGENALAN
Teknologi dalam Pendidikan berterusan ke arah memperkembangkan potensi, keterampilan,
kemampuan dan kemahiran individu secara menyeluruh dalam memahami proses PDP dalam
mendepani perubahan dunia pendigitalan kini. Dasar Pendidikan digital menerusi pelan dan
langkahnya bagi mewujudkan generasi yang fasih teknologi dan bijak guna teknologi
diperkasakan dan dipertinggatkan dalam PDPC yang disampaikan oleh Perdana Menteri
Malaysia, Tan Sri Mahyuddin bin Yassin menerusi You Tube. Megikuti gelombang ferikuansi
teknologi digital tanpa sempadan seharusnya murid telah diajar untuk memperkembangkan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 359
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dan membangunkan pengetahuan dan yang dimiliki untuk diguna pakai dalam penyelesaian
masalah pembelajaran dengan wajar berbantukan kemahiran aplikasi media digital secara
efisen dalam penerapan kehidupan sebenar.
Kemajuan dalam literasi digital ini diharapkan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
baru murid dalam menyelesaikan masalah pembelajaran dan cara mengakses, mengelola,
menyunting, menapisan dan mengimbas maklumat yang berkaitan menerusi PjBDL. Dimana,
literasi digital adalah ilmu yang diperluaskan dalam menghubungkan pengetahuan ICT dan
internet untuk mencapai hasil dalam setiap tugasan dan kegiatan pembelajaran. Penggunaan
literasi digital murid dapat berkolaborasi bersama rakan kumpulan dan masyarakat maya
menerusi pertukaran pendapat, pandangan dan perkongsian ilmu terkini dalam informasi
pendidikan menurut pandangan Assidiqi et al (2020).
Justeru, kerancakan capaian internet tanpa had menyebabkan penggunaan teknologi
digital dalam pelbagai bidang dan sektor mudah dilaksanakan pada bila-bila masa bagi
menggalakkan lagi murid membuat pelayaran dunia digital tanpa sempadan. Sehubungan itu,
murid dapat mengidentifikasikan dan mendefinisikan sumber dan konten PDP ke dalam
bentuk digital dengan olahan yang lebih ringkas, padat dan berfokus semasa mengeksplorasi
media digital baru seperti tik tok, cup cap dan instgram dengan lebih yakin pendapat penulisan
Garini et al, (2020).
Berdasarkan permasalahan yang telah dibincangkan oleh kajian literatur
menggambarkan bahawa perlaksanaan literasi digital ke atas murid sekolah rendah melalui
PjBDL perlu dimpelementasikan. Matlamat Kajian ini dijalankan untuk perlaksanaan literasi
digital ke atas murid sekolah rendah melalui PjBDL. Kajian seumpama ini telah banyak
disajikan dan dibincangkan secara meluas mutakhir ini. Demikian itu, penulisan kajian ini
adalah sebagai panduan kepada guru-guru untuk melatih dan menerapkan PDPC berasaskan
projek boleh dilaksanankan menggunakan kemahiran media literasi digital dalam amalan
pengajaran bagi meningkatkan perkembangan diri murid serta mempraktikan kemahiran abad
ke-21 dalam kajian (Gerhana et al, 2020) bagi proses pembelajaran sepanjang hayat.
Objektif Kajian
Objektif kajian adalah terdiri daripada dua faktor seperti berikut:
1. Mengenalpasti pengetahuan literasi digital murid terhadap perlaksanaan literasi digital
ke atas murid sekolah rendah melalui PjBDL.
2. Mengenalpasti kemahiran literasi digital murid terhadap perlaksanaan literasi digital ke
atas murid sekolah rendah melalui PjBDL.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 360
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Persoalan Kajian
1. Apakah pengetahuan literasi digital murid terhadap perlaksanaan literasi digital ke atas
murid sekolah rendah melalui PjBDL?
2. Apakah kemahiran literasi digital murid terhadap perlaksanaan literasi digital ke atas
murid sekolah rendah melalui PjBDL?
SOROTAN LITERATUR
Pembelajaran PjBDL dapat menjadikan pelajar fasih teknologi, bijak teknologi, celik teknologi
dan cilik menggunakan kepastasan teknologi dalam pembelajaran serta tahu etika
penggunaan teknologi yang lebih efektif menurut pendapat penulisan Karim, M. (2020).
Pembacaan menerusi penulisan Aying et al, (2019) menekankan 7 elemen literasi digital
bergantung pada konteks yang disarankan iaitu: literasi media, literasi maklumat, individu
digital, keterampilan pembelajaran, komunikasi, kolaborasi, indentifikasi penajemen dan juga
dapat meningkatkan kemahiran literasi ICT melalui Fussell et al, (2021). Tumpuan penulisan
kajian Septiana, I., & Rifai, A. (2020) menyatakan literasi digital terdiri dari 3 dimensi utama
iaitu, Teknik kemahiran ICT, kognitif dalam mengolah, menyunting dan fahaman etika dan
sosial-emosi dalam kompetensi digital, penggunaan digital dan transformasi digital.
Di era pendidikan digital, seorang pendidik harus menggunakan kaedah pedagogi
baru mengikut rentak pendidikan masa kini untuk seiring sejalan dengan keperluan dan
kehendak minat serta kecenderungan pelajar (Oktavian et al, (2020). Perkembangan
teknologi dalam proses pembelajaran menggunakan penerimaan Model TAM dalam RBBPD
kepada murid untuk terlibat dalam menyelesaikan masalah pembelajaran secara tidak
langsung pandangan Fussell, S. G., & Truong, D. (2021).
Model dan pendekatan pembelajaran sangat penting bagi menentukan peningkatan
maksimum hasil pembelajaran dan dapat dijejaki dan diikuti sepanjang masa oleh murid.
Supaya hasil yang diharapkan bagi kemenjadian murid ternyata oleh kerana guru bijak
memilih model pembelajaran yang sesuai dengan menanamkan master learning dalam
linkungan pelajarnya bercaturkan rangkaan penulisan Meliani sihaloho et al, (2019). Justeru,
secara tidak disedari melalui model pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat
meningkatkan enagetik murid dalam memperkembangan kemahiran diri dalam literasi digital.
Berdasarkan beberapa literatur yang telah dibincangkan, cara yang digunakan untuk
mengaplikasikan kemahiran literasi digital murid perlu dipertingkatkan. Oleh itu, Model
pembelajaran RBBPD berasaskan PjBDL adalah pembelajaran alternatif yang dapat
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 361
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
meningkatkan penglibatan murid dari pelbagai kebolehan dan keupayaan untuk menurut serta
dalam meneruskan pembelajaran terutama semasa pandemik covid-19 ini menurut Masriah
et al, (2021). Dengan perlaksanaan literasi digital ke atas murid sekolah rendah melalui PjBDL
ini memberi pengalaman dan motivasi kepada pelajar untuk menhasilkan projek yang
berkualiti, bermutu dan unik dalam kebolehpetenan mengikut perkembangan penggunaan,
pengetahuan, pemilihan aplikasi digital. Oleh itu, dengan penghasilan produk ini murid blebih
bersemangat dan boleh bekerja secara kooperatif, berkolaboratif dan inovatif dan berfikir kritis
dalam persekitaran global.
Tujuan perlaksanaan literasi digital ke atas murid sekolah rendah melalui PjBLD
adalah untuk memberi motivasi dan membudayakan murid dalam penggunaan teknologi serta
mewujudkan generasi yang celik digital seawall usia untuk tanggungjawab bangsa, agama
dan negara. Melalui perlaksanaan literasi digital ke atas murid sekolah rendah melalui PjBDL
juga beberapa permasalahan di atas dikaji, mengenai perlaksananan literasi digital
berasaskan PjBDL murid sekolah rendah. Ia boleh dirumuskan dalam penjelasan seperti
objektif kajian yang telah dinyatakan sebelum ini iaitu mengenai pengetahuan literasi digital
dan kemahiran guna literasi digital melalui RBBPD dengan Model TAM.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan perlaksanan literasi digital ke atas
murid sekolah rendah melalui PjBDL. Eksperimen dengan kumpulan murid rawatan dan
kumpulan kawalan diberikan melalui satu ujian pra dan ujian pasca. Instrument soal selidik
berpandukan hasil analisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi dengan reka bentuk
pembelajaran berasaskan teknologi digital bagi penerimaam Model TAM berbantukan
perisian SPSS versi 22. Kajian tinjauan bertujuan ini dibuat kepada murid dalam
melaksanakan dan memperkasakan Pendidikan digital di sekolah rendah dalam lokasi yang
hanya terbatas di SRAMP Daerah Jasin, di Negeri Melaka. Justeru, kajian menggunakan
teknik pensampelan rawak dengan 30 orang peserta kajian. Kajian ini dipilih untuk menilai
bagaimana tahap pengetahuan literasi digitan dan kemahiran literasi digital murid dalam
proses pembelajaran.
DAPATAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini bertujuan memberi perkembangan pengalaman dan motivasi
pembelajaran literasi digital murid dalam proses pembelajaran. Berikut adalah pelebalan bagi
kajian ini seperti jadual 1 dibawah:
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 362
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 1: Pelabelan Kajian Eksperimen
Ujian Pra Kumpulan Ujian Pasca
Variabel Rawatan Variable
P1 Y P2
Setelah itu, kajian diteruskan dengan proses validasi dan reabiliti menggunakan rumus
Cronbach’s Alpha >0.7 bagi instrument reabiliti dengan statistik deskriptif perlaksanaan literasi
digital ke atas murid sekolah rendah melalui PjBDL dengan scale reasonable internal
consistency reliability seperti jadual dibawah:
Jadual 2: item-total statistic
Cronbach’s Cronbach’s Alpha
Alpha Base on
Standardized
Item N of Item
-.645 -.722 2
Analisis Secara Deskriptif
Sebelum murid dijalankan pendedahan kepada kelas rawatan bagi eksperimen dengan
perlaksanaan literasi digital ke atas murid sekolah rendah melalui PjBDL, murid terlebih
dahulu diberi ujian pra tentang pengetahuan awal literasi digital mereka. Jadual dibawah
menunjukkan sampel pada ujian par dan ujian pasca kepada 30 orang murid.
Perlaksanaan Literasi Digital Ke Atas Murid Sekolah
Rendah Melalui PjBL
20
10
0
Pre_Test Post_Test
Rajah 1: Skor Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 363
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Berdasarkan rajah 1 diatas bagi keputusan score diatas, program latihan dijalankan kepada
murid dalam literasi digital. Data dikumpulkan dari sampel yang dipilih sebelum dan selepas
program latihan literasi digital. Rajah 1 juga boleh diterjemahkan bahawa hasil data murid
sebelum rawatan dan selepas rawatan setelah menjawab soal selidik yang dijalankan seperti
berikut:
Perlaksanaan Literasi Digital Ke Atas Murid Sekolah
Rendah Melalui PjBDL
4.62
5 2.79
0
MinPLD MinKLD
MinPLD MinKLD
Rajah 2: Hasil Analisis Deskriptif bagi Min Ujian Pra dan Ujian Pasca
Justeru, rajah 1 dan rajah 2 boleh dirumuskan secara keseluruhan bahawa pengetahuan
teknologi literasi digital telah pun dipelajari oleh murid dalam penggunaan sebagi alat
komunikasi dalam kehidupan seharian untuk melayari internet dan membuat tugasan tetapi
apabila ingin diaplikasikan dalam sistem pembelajaran murid perlu diberi bimbingan dan cara
yang betul yang akan diajar semasa dikelas rawatan iaitu PDL min=4.62, SD=.885 dan KDL
min=2.79, SD=2.833. Ini juga membuktikan bahawa perlaksanaan literasi digital murid
sekolah rendah melalui PjBDL secara digital dapat diterima baik oleh semua peserta dalam
hasil semua 10 penyataan yang telah dikira boleh ditunjukkan dengan pengiraan skor seperti
dibawah:
Skor minimum=1
Skor maksimum=5
Lebar skala= 5-1= 0.8
5
Analisis Ujian Hipotesis
Kajian ini telah membuat proses pengujian hipotesis yang dilakukan menggunakan ujian
Paired Samples Test. Teknik ini digunakan untuk menganalisis perlaksanan literasi digital ke
atas murid sekolah rendah melalui PjBL. Pengujian hipotesis telah dibuat terlebih dahulu
berdasarkan ujian normaliti bagi min bagi dua faktor kajian iaitu pengetahuan literasi digital
(PDL) dan kemahiran literasi digital (KDL) murid dengan menggunakan bantuan SPSS versi
22.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 364
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 5: Hasil Ujian Normaliti
Kolmogorov-Smirnor test
Min Statistik df Sig
PLD .378 30 .000
KLD .224 30 .001
Berdasarkan jadual 5 menunjukkan bahawa data perlaksanaan literasi digital ke atas murid
sekolah rendah melalui PjBDL berasaskan penerimaan teknologi digital dengan
menggunakan Modal TAM adalah hasil perkembangan kajian adalah normal, kerana
perolehan menunjukakan nilai signifikan yang dipaparkan pada variable ialah .000, jadi data
ini memenuhi syarat untuk dianalisis.
Analisis Secara Inferensi
Seterusnya, setelah proses pengujian hipotesis dilakukan dengan menggunakan Paired
Samples-Test, Berikut adalah hasil Paired Samples-Test data dijana bagi perlaksanaan
literasi digital ke atas murud sekolah rendah melalui PjBDL kepada peserta boleh dilihat
berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan sebelum ini dan hasil melalui Paired Samples-
Test seperti berikut:
Jadual 6: Paired Samples t-test
Score Min N SD t df P
Ujian_pasca 13.333 30 1.49328 -3.652 29 .001
Ujian_pra 12.3667 30 1.82857
Merujuk jadual 6 ujian t sampel bagi skor ujian pra dan ujian pasca dilakukan untuk
membandingkan pengetahuan dan kemahiran mengenai literasi digital dalam keadaan skor
ujian pasca dan skor ujian pra. Melalui Paired Samples t-test ini terdapat perbezaan yang
signifikan dalam skor untuk ujian pasca (M = 13.3, SD = 1.49) dan (M = 12.4, SD = 1.82) iaitu
dengan keadaan, t (29) = - 3.652 P = 0.001 <0.01. oleh itu, hasil ini menunjukkan bahawa
program latihan adalah berkesan untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai literasi
digital pada tahap signifikan .01.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 365
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KESIMPULAN KAJIAN
Matlamat kajian yang dijalankan adalah untuk perlaksanaan literasi digital ke atas murud
sekolah rendah melalui PjBDL. Kajian ini telah mengkaji jurang penyelidikan. Setelah itu,
perlaksanaan literasi digital ke atas murud sekolah rendah melalui PjBDL bagi peserta dan
penerimaan Model TAM dalam RBBPD. Justeru, penelitian ke atas pengetahuan dan
kemahiran literasi digital dianalisis secara deskriptif dan secara analisis inferensi
menggunakan SPSS versi 22.
Solusi kajian ini dapat dirumuskan bahawa kajian ini mempunyai dua persoalan kajian
yang dikemukakan. Kesemua persoalan kajian telah dapat dijawab melalui analisis deskriptif
dan analisis inferensi ke atas peserta kajian dengan penerimaan Model TAM dapatan kajian
yang terhasil berfokus kepada objektif yang dinyatakan. Kajian rintis ini diharapkan dapat
memberi sumbangan kepada dunia penyelidikan di Malaysia dan rujukan para graduan
dengan terhasilnya penyelidikan ke arah pembudayaan amalan dalam proses PDP. Justeru,
kajian ini dijangka boleh digunakan juga dalam mata pelajaran teras dan elektif murid sekolah
rendah bagi meningkatkan prestasi dan mempelbagaikan penilaian tahap pentaksiran bilik
darja (PBD) mereka. Kajian ini amat signifikan sebagai panduan guru untuk memulakan projek
berasaskan literasi digital bagi menghasilkan pengetahuan literasi digital dan pedagogi digital
guru dan murid sebagai memperkayakan bahan media digital dalam e-pembelajaran dan
boleh dikaji dalam perspektif pengkhususan guru.
CADANGAN KAJIAN
Cadangan lanjutan seterusnya agar dibangunkan satu model latihan berkaitan dengan PjBDL
berasaskan literasi digital diperluaskan bagi disesuaikan dengan kompetansi guru dan
kemahiran murid yang sesuai dalam konteks kajian. Cadangan lanjutan terakhir pula adalah
dengan menjalankan kajian keberkesanan terhadap kurikulum latihan PjBDL terutama dalam
mata pelajaran reka bentuk dan teknologi (RBT). Oleh itu, ia boleh diimplementasikan dengan
membina modul ringkas yang menjurus kepada beberapa penyataan dan nilai yang
terkandung dan disenaraikan di dalamnya. Ujian keberkesanan model boleh dilaksanakan
dengan mendedahkan intervensi modul ringkas yang dibina berdasarkan kajian PJBL kepada
murid dalam satu tempoh masa. Kesimpulan PjBL berasaskan literasi digital merupakan satu
kaedah alternatif yang harus digunakan oleh guru masa kini dalam suasana pandamik Covid-
19 agar PjBL boleh dilaksanakan secara terancang dan teratur akan membawa kepada
peningkatan tahap literasi digital dikalangan murid sekolah rendah di Malaysia serta
menyumbang kepada peningkatan kualiti kemahiran ICT dan teknologi digital di negara ini.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 366
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pada masa hadapan agar murid sekolah rendah harus didedahkan dengan pelbagai
penghasilan projek menggunakan media literasi digital dalam mereka cipta bahan dan produk
yang bermutu. Malahan berkemampuan menghasilkan reka ciptaan baharu bersifat inventif
dan inovatif dengan navigasi system digital mengikut kemahiran abad ke-21 dan mampu
bersaing di peringkat antarabangsa.
RUJUKAN
Alfadda, H. A., & Mahdi, H. S. (2021). Measuring Students’ Use of Zoom Application in
Language Course Based on the Technology Acceptance Model (TAM). Journal of
Psycholinguistic Research. https://doi.org/10.1007/s10936-020-09752-1
Assidiqi, M. H., & Sumarni, W. (2020). Pemanfaatan Platform Digital di Masa Pandemi Covid-
19. Prosiding Seminar Nasional
Aying, C., Mahzan Awang, M., & Razaq Ahmad, A. (2019). The Use of Digital Technology as
a Medium of Teaching and Learning History Education.
https://doi.org/10.32698/gcs.0188
Buwono, S., & Dewantara, J. A. (2020). Hubungan Media Internet, Membaca, Dan Menulis
Dalam Literasi Digital Mahasiswa. Jurnal Basicedu.
https://doi.org/10.31004/basicedu.v4i4.526
Dakir, Zubaidi, A., & Hasanah, N. S. (2020). Membangun Inklusifitas Beragama Melalui
Literasi Digital Di Ma ’ Had Aly. Jurnal Islam Nusantara.
Fussell, S. G., & Truong, D. (2021). Using virtual reality for dynamic learning: an extended
technology acceptance model. Virtual Reality. https://doi.org/10.1007/s10055-021-
00554-x
Garini, A. W., Respati, R., & Mulyadiprana, A. (2020). PEDADIDAKTIKA : JURNAL ILMIAH
PENDIDIKAN GURU SEKOLAH DASAR Penggunaan Media berupa Digital pada Masa
Pandemi di Sekolah Dasar. Ilmiah Pendidikan Guru Sekolah Dasar.
Gerhana, Y. A., Kurahman, O. T., Lukman, N., & Atmadja, A. R. (2020). Personalized
Learning: Tantangan Pengembangan LMS di Era Pendidikan 4.0. Karya Tulis Ilmiah
(KTI) Masa Work From Home (WFH) Covid-19 UIN Sunan Gunung Djati Bandung
Tahun 2020.
Indrayana, B., & Sadikin, A. (2020). Penerapan E-Learning Di Era Revolusi Industri 4.0 Untuk
Menekan Penyebaran COVID-19:(The Application of E-Learning in the Era of the
Industrial Revolution 4.0 to …. Indonesian Journal of Sport ….
Karim, M. (2020). Keterampilan abad 21 dan desain pembelajarannya. Proceeding
International Conference on Islamic Education “Innovative Learning Designs to
Empower Students in Digital Works” Faculty of Tarbiyah and Teaching Training
Universitas Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)3 Gelombang Pendidikan PPPM (2013-2025)
https://www.sistemguruonline.my/2018/01/3-gelombang-pendidikan-pppm-2013-
2025.html
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). LaporanTahunan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur Kementerian Pendidikan Malaysia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 367
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Masriah, I., Sumantri, W., … S. S.-J. P., & 2021, undefined. (2021). Implementasi Penggunaan
Teknologi Informasi Dan Komunikasi Dalam Sistem Manajemen Pembelajaran Pada
Masa Pandemi Covid-19 Di Yayasan Pendidikan. Openjournal.Unpam.Ac.Id.
meliani sihaloho, yuni evi, Rosidin, U., & Suyatna, A. (2019). CBT HOTS Assessment
Instrument Model: Teacher Perception Analysis of a Role of Illustration as Well as Quiz
and Question Setting According to HOTS. Jurnal Pembelajaran Fisika.
https://doi.org/10.23960/jpf.v8.n1.202002
Muhdi, Nurkolis, & Yuliejantiningsih, Y. (2020). The Implementation of Online Learning in Early
Childhood Education During the Covid-19 Pandemic. JPUD - Jurnal Pendidikan Usia
Dini. https://doi.org/10.21009/jpud.142.04
Ngafifi, M. (2014). KEMAJUAN TEKNOLOGI DAN POLA HIDUP MANUSIA DALAM
PERSPEKTIF SOSIAL BUDAYA. Jurnal Pembangunan Pendidikan: Fondasi Dan
Aplikasi. https://doi.org/10.21831/jppfa.v2i1.2616
Oktavian, R., & Aldya, R. F. (2020). Efektivitas Pembelajaran Daring Terintegrasi di Era
Pendidikan 4.0. Didaktis: Jurnal Pendidikan Dan Ilmu Pengetahuan.
https://doi.org/10.30651/didaktis.v20i2.4763
Radyuli, P., Sefriani, R., & Nurul, Q. (2019). Pembelajaran Inquiry Menggunakan Google Form
Terhadap Hasil Belajar Simulasi dan Komunikasi Digital (Case Study of Class X of SMK
Negeri 9 Padang). Jurnal Ilmu Pendidikan.
Septiana, I., & Rifai, A. (2020). OPTIMALISASI KUALITAS BELAJAR PESERTA DIDIK
DENGAN PEMANFAATAN MEDIA DIGITAL. Seminar Nasional Hasil Penelitian
Sugiyarti, L., Arif, A., & Mursalin, M. (2018). Pembelajaran Abad 21 di Sekolah Dasar.
Prosiding Seminar Dan Diskusi Nasional Pendidikan Dasar.
Tefbana, A. (2021). Peran Orangtua Sebagai Pendidik Spiritual Anak Berdasarkan Ulangan
6:4-9 Di Era Revolusi Industri 4.0 (Tinjauan Teologis dan Pedagogis dalam Pendidikan
Agama Kristen). JURNAL LUXNOS. https://doi.org/10.47304/jl.v7i1.138
Triono, J., Studi, P., Akuntansi, P., Ekonomi, J. P., Ekonomi, F., Program, S., & Akuntansi, S.
P. (2014). PENGEMBANGAN BAHAN AJAR AKUNTANSI BERBENTUK KOMIK
DIGITAL PADA MATERI SIKLUS AKUNTANSI PERUSAHAAN DAGANG. In Jurnal
Pendidikan Akuntansi (JPAK).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 368
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN UNTUK PENSYARAH
IPG : SATU ANALISIS REFLEKSI KENDIRI TERHADAP KEPERLUAN DALAM LATIHAN
ERA PANDEMIC COVID-19
1
Mastura Mohd Yusoff , Nurhijrah Zakaria 2
3
Omar Ismail , Ahamad Lutfi Mohd Rashid 4
1,2 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu
[email protected]
ABSTRAK
Pembangunan Profesionalisme Berterusan merupakan satu usaha bersepadu bagi
memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melengkapkan diri atau dilengkapkan
dengan pengetahuan profesional, kemahiran profesional dan nilai serta amalan profesional
keguruan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang terancang berteraskan
pembangunan kompetensi, pembelajaran berterusan dan laluan kerjaya. Kajian ini bertujuan
mengenalpasti kompetensi dan keperluan latihan yang diperlukan oleh pensyarah IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen
daripada matriks Kajian Keperluan Latihan yang disediakan dalam portal SPLKPM. Data
dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan SPSS. Nilai Alpha Cronbach
instrumen yang digunakan ialah 0.83. Dapatan kajian menunjukkan refleksi kendiri terhadap
tahap kompentensi profesionalisme pensyarah adalah tinggi tetapi masih lagi memerlukan
latihan dalam Domain Network(Manfaat Hubungan), Act(Kematangan Emosi; Memacu
Kecemerlangan), Lead(Penyesuaian Perubahan). Kajian ini memberi implikasi kepada
perancangan dan pelaksanaan program pembangunan profesionalisme pensyarah dan kajian
keberkesanan program yang dilaksanakan. Analisis Kajian Keperluan Latihan merupakan
satu yang penting agar Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan yang
dilaksanakan dapat memenuhi keperluan pensyarah bagi meningkatkan kompetensi
profesional pensyarah dalam perkhidmatan.
Kata kunci: Pembangunan Profesionalisme Berterusan, refleksi kendiri, Analisis Keperluan
Latihan, Pensyarah IPG.
PENGENALAN
Organization for Economic Co-operation and Development (OECD) mendefinisikan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) sebagai penglibatan seseorang individu
untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan, kepakaran mereka sebagai seorang guru
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 369
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
(TALIS 2009). Dalam konteks keperluan pendidikan negara kita, PPB ditakrifkan sebagai
pengalaman pembelajaran guru dan pemimpin sekolah melalui penglibatan secara formal dan
tidak formal dalam pelbagai aktiviti PPB sepanjang kerjaya untuk peningkatan pengetahuan,
kemahiran, kepakaran dan amalan nilai serta ciri-ciri profesional yang berkaitan bagi
meningkatkan kualiti pendidikan untuk memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21. (Pelan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan KPM 2014).
KPM telah membangunkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan
(PIPPK) iaitu dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan
pembangunan profesionalisme berterusan (KPM 2014). Prestasi PPP diukur melalui Penilaian
Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) setiap tahun. Aktiviti PPB boleh
dilaksanakan atas inisiatif kendiri, institusi dan Kementerian. Inisiatif berasaskan kendiri akan
dititikberatkan dan diutamakan menjelang Gelombang 3 pelaksanaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Kepentingan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan KPM (2014) menggariskan beberapa
kepentingan PPB diantaranya iaitu i) Meningkatkan i) Membangunkan kompetensi, potensi,
bakat dan kualiti diri setaraf guru di negara berpencapaian tinggi dalam bidang pendidikan; ii)
Meningkatkan kapasiti pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat supaya dapat
memberikan sumbangan secara berterusan dan berkesan dan iii) Memenuhi kepuasan kendiri
melalui peningkatan imej profesional dan kemajuan kerjaya.
Menurut Nurkolis & Yovita (2019), PPB dapat mempersiapkan pendidik guru dengan
mengikuti perkembangan terkini secara berterusan. Dalam keperluan sekarang, PPB dapat
membantu pendidik guru dengan kemahiran dan kecekapan digital yang semakin meningkat
untuk menguruskan persekitaran pengetahuan yang saling berkaitan untuk mempersiapkan
guru masa depan dengan baik untuk Abad ke-21, dunia di mana satu-satunya pemalar yang
mereka tahu adalah perubahan.
Program Pembangunan Profesionalsime Berterusan untuk Pensyarah IPG.
Berdasarkan Kerangka Prestasi Institut Pendidikan Guru (2012), perkembangan
profesionalisme pensyarah IPG perlu dibangunkan berdasarkan dimensi Pengajaran dan
Pembelajaran, Penyelidikan dan Pembangunan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Perkhidmatan dan Penglibatan serta yang paling utama ialah Kualiti Peribadi. Perancangan
aktiviti untuk PPB pensyarah IPG sepatutnya mengambilkira keterlibatan pensyarah mengikut
domain ini. Inisiatif dalam Transformasi IPGM (2016-2025) juga ada memberi fokus kepada
Pemantapan PPB Keguruan secara berterusan. Matlamat transformasi ini bertujuan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 370
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
meningkatkan standard pendidikan di Malaysia melalui latihan dan pembangunan pendidikan
guru yang sudah tentunya memerlukan pensyarah yang kompeten dalam pelbagai bidang.
Model Profesionalisme Pembangunan Berterusan
Model PPB yang digunakan berdasarkan model keperluan latihan seperti yang terdapat
dalam SPLKPM adalah seperti berikut :
Think
Lead
Model PPB
Act
Network
Rajah 1 : Model Profesionalisme Pembangunan Berterusan
Model Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang digunakan untuk menilai
kompetensi pensyarah IPG mempunyai empat domain iaitu Think, Lead, Act dan Network.
Domain Think merangkumi elemen berkaitan dengan Penjajaran Dasar Pendidikan Negara,
Memacu Inovasi dan Kreativiti serta Pemikiran Konseptual. Domain Lead terdiri daripada
Penyesuaian Perubahan dan Coaching & Mentoring. Domain Act pula memberi fokus kepada
Memacu Kecemerlangan, Kematangan Emosi dan Keyakinan Diri. Domain Network pula
terdiri daripada Kesedaran Organisasi dan Memanfaatkan Hubungan.
PENYATAAN MASALAH
Dalam Pelan Transformasi IPGM(2016-2025), kecemerlangan dalam perkhidmatan
pembelajaran sepanjang hayat merupakan salah satu hala tuju yang diberi penekanan yang
serius. Institut Pendidikan Guru (IPG) memainkan peranan penting untuk menjayakan
wawasan pendidikan negara melalui latihan perguruan yang berkualiti. Hasrat ini dapat
dicapai melalui tiga fokus utama iaitu pembangunan kompetensi pensyarah, penyediaan
program latihan dan konsultasi yang mantap dan Pembangunan Profesionalisme Berterusan.
Bagi memastikan kompetensi pensyarah dapat ditingkatkan, Keperluan Latihan untuk
Pembangunan Profesionalisme Berterusan dinilai setiap tahun berdasarkan domain Think,
Lead, Act dan Resources. Program-program Latihan Pembangunan Profesionalisme tetap
dijalankan biarpun Pandemik Covid19 sedang berlaku. Namun begitu, program-program ini
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 371
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
perlu disesuaikan dengan normal baharu dan kadangkala apa yang dirancang terpaksa
diubahsuai berdasarkan situasi semasa.
Berdasarkan analisis Keperluan Latihan setiap tahun, min skor pensyarah adalah
tinggi bagi setiap IPG, tetapi dalam era pandemik, pensyarah masih perlukan latihan bagi
menyesuaikan tugas dan tanggungjawab dengan normal baharu. Dalam situasi Kemeruapan
(Volatility), Ketidakpastian (Uncertainty), Kerumitan (Complexity) dan Kekaburan (VUCA)
ketika era pandemik Covid19 ini, keperluan latihan kepada pensyarah perlu diteliti dan
diperincikan kerana pensyarah yang sedia ada terdiri daripada pelbagai latar belakang
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam pelbagai bidang. Oleh kerana ketika
pandemik banyak keperluan di luar jangka diperlukan sedangkan kajian keperluan pensyarah
khusus dalam era Pandemik Covid-19 masih kurang, kajian mengenai keperluan latihan untuk
pensyarah IPG wajar dilakukan.
OBJEKTIF
1. Mengenalpasti tahap kemahiran profesionalisme pensyarah daripada Domain Think,
Act, Lead dan Network
2. Mengenalpasti latihan yang diperlukan oleh pensyarah untuk meningkatkan tahap
profesionalisme ketika era Pandemik Covid-19
3. Meneroka kekuatan, kelemahan, halangan dan peluang dalam Pembangunan
Profesionalisme Berterusan berdasarkan refleksi kendiri pensyarah.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian secara campuran yang menggunakan rekabentuk
embedded iaitu kajian kuantitatif dan kajian kualitatif dijalankan serentak. Kajian kuantitatif
dibuat untuk mengenalpasti tahap kompetensi pensyarah berdasarkan domain Think, Lead,
Act dan Network. Kajian tinjauan untuk mengenalpasti tahap kemahiran profesional
pensyarah dibuat ke atas seluruh populasi yang berjumlah 103 orang. Keperluan latihan
individu pensyarah dikenalpasti berdasarkan skor min di bawah 3.0. Temu bual dijalankan ke
atas enam orang individu bagi mendapatkan refleksi kendiri mereka yang berada di Sangat
Mahir, Mahir dan Tidak Mahir. Kajian tinjauan untuk menjawab soalan kajian 1 dan soalan
kajian 2 menggunakan instrumen soal selidik Kajian Keperluan Latihan (KKL) yang dijawab
secara online menerusi portal SPLKPM https://splkpm.moe.gov.my/ manakala instrumen
untuk kajian kualitatif menggunakan protokol temu bual separa berstruktur yang
menggunakan Google Form. Data kajian kuantitatif dianalisis secara deskriptif manakala data
kualitatif dianalsis menggunakan pendekatan bertema menggunakan analisis SWOT .
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 372
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kebolehpercayaan item soal selidik menggunakan analisis Alpha Cronbach dengan nilai 0.93.
Kebolehpercayaan dan kesahan data temu bual dibuat melalui proses triangulasi.
ANALISIS DATA
1. Tahap kemahiran profesionalisme pensyarah daripada Domain Think, Lead, Act dan
Network.
Jadual 1 :
Tahap kemahiran profesionalisme pensyarah berasaskan Kajian Keperluan Latihan (KKL)
Domain Sub domain SM % M % TM % STM % Min S.P Tahap
Kemahiran
Think A1 99 96. 0 0.0 4 3. 0 0.0 3.4 0.574 Sangat Mahir
Penjajaran
Dasar 1 9 8
Pendidikan
Negara
A2 Memacu 103 100 0 0.0 0 0. 0 0.0 3.5 0.501 Sangat Mahir
Inovasi Dan 0 4
Kreativiti
A3 Pemikiran 97 94. 4 3.9 2 1. 0 0.0 3.5 0.462 Sangat Mahir
Konseptual 2 9 6
Lead B1 Penyesuaian 97 94. 4 3.9 2 1. 0 0.0 3.5 0.462 Sangat Mahir
Perubahan 2 9 6
B2 Coaching & 99 96. 0 0.0 4 3. 0 0.0 3.5 0.575 Sangat Mahir
Mentoring 1 9 2
Act C1 Memacu 101 98. 9 0.0 2 1. 0 0.0 3.4 0.539 Sangat Mahir
Kecemerlanga 1 9 7
n
C2 Kematangan 89 86. 0 0.0 14 13 0 0.0 3.2 0.696 Sangat Mahir
Emosi 4 .6 5
C3 102 99. 0 0.0 1 1. 0 0.0 3.6 0.493 Sangat Mahir
Keyakinan Diri 0 0 7
Network D1 Kesedaran 101 98. 0 0.0 2 1. 0 0.0 3.5 0.537 Sangat Mahir
Organisasi 1 9 5
D2 Memanfaatkan 91 88. 1 11. 0 0. 0 0.0 3.5 0.408 Sangat Mahir
Hubungan 3 2 7 0 0
Catatan
Sangat Mahir : 3.0 – 4.0
Mahir : 2.6 – 2.9
Tidak Mahir : 2.0 – 2.5
Sangat Tidak mahir : 0.0 – 1.9
Berdasarkan Jadual 1, didapati nilai min bagi setiap subdomain ialah 3.25 hingga 3.67 iaitu
melebihi nilai min 3.0. Ini menunjukkan semua pensyarah berada pada tahap Sangat Mahir
(SM) dalam kemahiran profesionalisme. Walau bagaimana jika diperincikan tahap kemahiran
profesinalisme bagi setiap tahap kemahiran, didapati ada nilai min yang menunjukkan
terdapat juga responden yang berada pada tahap Mahir dan Tidak Mahir. Hanya Subdomain
A2(Memacu Inovasi dan Kreativiti) sahaja mencapai 100% responden memberikan jawaban
Sangat Mahir manakala Subdomain yang lain berada pada 88% hingga 99%. Terdapat
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 373
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
11.7%(12 orang) pensyarah berada pada tahap Mahir bagi subdomain D2(Memanfaatkan
Hubungan). dengan skor min antara 2.6 hingga 2.9. Bagi Tahap Tidak Mahir, terdapat 13.6%
bagi subdomain C2(Kematangan Emosi) dengan nilai min berada antara 2.0 hingga 2.5. Hasil
analisis menunjukkan walaupun secara keseluruhannya menunjukkan kemahiran
profesionalisme pensyarah berada pada tahap Sangat Mahir, tetapi terdapat juga subdomain
yang menunjukkan pensyarah berada pada tahap mahir dan tidak mahir.
2. Latihan yang diperlukan oleh pensyarah untuk meningkatkan tahap profesionalisme
ketika era Pandemik Covid-19
Jadual 2 : Keperluan latihan mengikut domain
BILANGAN PENSYARAH
KOD
DOMAIN SUBDOMAIN YANG MEMERLUKAN
ELEMEN
KURSUS
Penjajaran Dasar Pendidikan
A1 4
THINK Negara
A2 Memacu Inovasi Dan Kreativiti 0
A3 Pemikiran Konseptual 6
B1 Penyesuaian Perubahan 6
LEAD
B2 Coaching & Mentoring 4
C1 Memacu Kecemerlangan 11
ACT C2 Kematangan Emosi 14
C3 Keyakinan Diri 1
D1 Kesedaran Organisasi 2
NETWORK
D2 Memanfaatkan Hubungan 12
Berdasarkan Jadual 2 Analisis terhadap keperluan latihan yang dikehendaki oleh pensyarah
ialah berdasarkan permintaan kursus yang melebihi 10 orang ialah di bawah Domain Act
(Kematangan Emosi; Memacu Kecemerlangan), Domain Network (Memanfaat Hubungan).
Namun begitu pensyarah juga masih memerlukan kursus berkaitan Domain LEAD
(Penyesuaian perubahan) dan Domain Think (Pemikiran Konseptual).
3. Kekuatan, Kelemahan, Halangan dan Peluang dalam Pembangunan Profesionalisme
Berterusan berdasarkan refleksi kendiri pensyarah.
Kekuatan
Peluang mengikuti latihan pembangunan profesionalisme berterusan sepanjang tahun.
Semua PK menyatakan bahawa mereka mengikuti pelbagai kursus sepanjang tahun dan
jumlah hari berkursus sudah melebihi 5 hari serta arahan daripada pihak atasan juga
menjadikan pensyarah akur untuk mengikuti latihan yang disediakan sama ada di kampus
ataupun di luar.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 374
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Akses yang mudah untuk mengikuti latihan
PK4, PK5 dan PK6 menyatakan, normal baharu menjadikan banyak kursus/bengkel/latihan
dibuat secara atas talian dan membolehkan mereka mengikuti rakaman semula sekiranya
mereka ingin mendapatkan ilmu daripada kursus-kursus yang diadakan.
Penawaran pelbagai kursus PPB dalam talian yang banyak.
Semua PK bersetuju, banyak kursus-kursus dijalankan dan ditawarkan secara dalam talian
sama ada di sediakan oleh IPG sendiri ataupun daripada pihak luar.
Peningkatan ilmu pengetahuan, kesedaran dan kemahiran
Semua PK bersependapat bahawa, kursus-kursus yang diikuti dapat meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu perkara terutama mengenai PdP.
Penjimatan kos
Semua peserta kajian bersependapat bahawa Program Pembangunan Profesionalisme
semasa pandemik menggunakan kos yang lebih rendah berbanding sebelum ini.
Kelemahan
Terlalu banyak program yang perlu dihadiri
Penawaran kursus latihan yang berkaitan dengan pembangunan profesionalisme berterusan
pensyarah yang banyak dan berlaku pertindanan arahan untuk hadir.
Hilang fokus
Program yang banyak dan bertindan kadangkala menyebabkan pensyarah hilang fokus
kepada matlamat sebenar program pembangunan berterusan yang disertainya.
Peluang
Semua peserta kajian bersetuju, ketika era pandemik Covid-19 dengan amalan normal
baharu, peluang untuk mengikuti latihan secara dalam talian sangat mudah dan boleh memilih
untuk mengikutinya mengikut kesesuaian.
Ancaman
Semua peserta kajian memberi pandangan bahawa, aktiviti yang dirancang menghadapi
risiko pembatalan ataupun kekangan masa lantaran tugasan yang banyak dan bertindan
disamping mengendalikan PdP secara dalam talian.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 375
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PERBINCANGAN
Tahap kemahiran profesionalisme yang tinggi menunjukkan bahawa pensyarah IPGKDRI
kompeten dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Namun, pensyarah masih
lagi memerlukan latihan mendepani cabaran dalam pengurusan emosi. Ini kerana bebanan
dan tuntutan kerja yang semakin bertambah dalam keadaan VUCA situasi pandemik sedikit
sebanyak memberi tekanan emosi kepada pensyarah. Laporan WHO (2020) menunjukkan
pandemik Covid-19 memberi kesan kepada sosio emosi kerana tekanan kerja dalam situasi
normal baharu. Kajian oleh TSIS(2020) mendapati Pandemik Covid-19 mengganggu
kesejahteraan mental dan emosi, maka sokongan psikososial perlu sentiasa tersedia untuk
diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Pensyarah IPG juga masih memerlukan latihan yang membolehkan mereka
melibatkan diri dalam program yang berkait dengan penglibatan dan pekhidmatan seperti
membina jaringan kepakaran dengan pihak di luar organisasi, membuat perkongsian dan
menjadi pakar rujuk kepada pihak lain. Berdasarkan nilai TOV dalam Buku Perancangan
Straregik IPGKDRI (2021-2025), penglibatan pensyarah hanya 30 peratus sahaja. Kajian ini
memberi implikasi kepada perancangan dan pelaksanaan program Pembangunan
Profesionalisme Berterusan untuk tahun-tahun akan datang bukan sahaja berdasarkan aktiviti
berdasarkan domain PPB malah program dalam membina jaringan profesional yang lebih
luas.
RUMUSAN
Walaupun tahap kemahiran profesionalisme pensyarah IPGKDRI adalah dalam kategori
berada pada tahap Sangat Tinggi, pensyarah masih lagi perlukan latihan untuk meningkatkan
dan menyegarkan kembali pengetahuan dan kemahiran. Keperluan pembangunan
profesionalisme berterusan ini merupakan satu bentuk pembelajaran sepanjang hayat yang
wajar diamalkan oleh warga pendidik kerana dunia pada hari sangat cepat berubah dan
kadangkala berada dalam keadaan ketidaktentuan. Program pembangunan berterusan ini
boleh dijadikan satu platform kepada pensyarah-pensyarah di IPG untuk meningkatkan ilmu
dan kecekapan bekerja bagi memenuhi tuntutan semasa.
RUJUKAN
Buku Perancangan Stratgeik (2021-2025) IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus,
Terengganu
Buku Perancangan Tahunan 2021 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu
Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan, (2016) Bahagian
Pendidikan Guru
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 376
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Institut Pendidikan Guru (2012). Spesifikasi Tugas Pensyarah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2014a). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(2013-
2025)
Kementerian Pendidikan Malaysia(2014b). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
Nurkolis, Y, Yovita (2019). The Effectiveness of Continuous Professional Development for
Teachers to Improve the Quality of Education. Advances in Social Science, Education
and Humanities Research, volume 417. 2nd International Conference on Education and
Social Science Research (ICESRE 2019) 109-114
TALIS (2009) The OECD Teaching and Learning International Survey World Health
Organization. Coronavirus Disease (COVID-19) Pandemic. Available online: https://www.
who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019 (accessed on 18 May 2020
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 377
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM PENGGUNAAN
APLIKASI JAMBOARD SEMASA PDPR
Azrizan binti Abu Bakar , Nik Rosli bin Ibrahim , Ruziman bin Omar ,
1
1
1
1
Fuadi bin Abd Razak , Nik Amani Nasrin bt Nik Rosli 2
2
1 IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu, Universiti Malaysia Sarawak
[email protected]
ABSTRAK
Pengaplikasian sesi pengajaran dalam talian merupakan norma baharu yang perlu dilalui oleh
pendidik dan pelajar bagi semua institusi Pendidikan. Pengajaran dalam talian menuntut
kreativiti dan kemahiran menggunakan aplikasi terkini bagi membolehkan situasi
pembelajaran seolah-olah seperti bersemuka tanpa menghadkan penyertaan aktif pelajar
selaras dengan hasrat dalam Pembelajaran abad ke-21. Perbincangan secara koperatif yang
meliputi elemen menghormati, hak milik, kebergantungan positif, penyertaan sama rata dan
juga student- centred ini membolehkan pelajar untuk berhubung secara aktif semasa sesi
pengajaran. Hasrat ini tetap perlu dilunaskan walaupun aktiviti pengajaran perlu dijalankan
atas talian akibat pendemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia. Golongan pendidik perlu
mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran atas talian bagi mencapai hasrat tersebut.
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek pembelajaran koperatif dalam penggunaan
aplikasi Jamboard dalam mewujudkan situasi interaktif di dalam kelas maya bagi siswa guru
di IPG Kampus Sultan Mizan. Kajian ini melibatkan seramai 112 orang responden yang terdiri
daripada 46 orang lelaki dan 66 orang pelajar perempuan Program Sarjana Muda Perguruan
dan Diploma Perguruan, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Kajian ini berbentuk
deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala lima mata bagi mengukur
aspek kesediaan belajar. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah 0.88.
Keseluruhannya tahap kemahiran siswa guru Major Bahasa Melayu Program Persediaan
Ijazah Sarjana Muda IPG Kampus Sultan Mizan berada pada tahap sederhana. Skor min bagi
aspek aplikasi iaitu Kemahiran penggunaan Jamboard ialah 3.09 (SP=0.58), Aspek menarik
minat dengan minnya 2.94 (SP=0.66) dan aspek pembelajaran koperatif dengan nilai min 3.06
(SP= 0.57). Dapatan kajian menunjukkan konsep pengajaran abad ke-21 dalam strategi
pengajaran dengan mengaplikasikan penggunaan Jamboard dengan penerapan nilai
koperatif dalam era pendemik Covid 19 mampu memberi kesan yang baik kepada pelajar
terutama dari segi kolaborasi antara pelajar dengan pelajar dan juga pelajar dengan
pensyarah.
Kata kunci: Jamboard, Pembelajaran koperatif, PdPR, kesediaan dan interaktif.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 378
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Pengajaran dalam talian semasa era pendemik Covid-19 di negara kita telah menuntut
kreativiti dan kemahiran menggunakan aplikasi terkini bagi membolehkan situasi
pembelajaran seolah-olah seperti bersemuka tanpa menghadkan penyertaan aktif pelajar
selaras dengan hasrat dalam pembelajaran abad ke-21. Justeru itu golongan pendidik perlu
mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran atas talian bagi mencapai hasrat
tersebut.Teknologi merupakan salah satu elemen penting yang perlu diintegrasikan dalam
sistem pendidikan di negara ini. Ia bertujuan untuk menyediakan murid agar lebih bersedia
untuk menghadapi cabaran dunia luar selari dengan arus digital yang kian pesat berkembang
saban hari. Kemahiran pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran boleh
membantu guru melaksanakan tugasnya dengan lebih efektif dan profesional untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (Noriati et
al., 2012).
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-
21 ke seluruh negara mulai tahun 2015. Di samping inisiatif yang telah dijalankan,
penggunaan teknologi untuk membangunkan kualiti pendidikan di negara kita seharusnya
tidak boleh diabaikan demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan peralatan canggih yang sesuai dengan pembelajaran abad ke-21
dan minat murid perlu diberi keutamaan. Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah
membekalkan pelbagai jenis teknologi kepada sekolah-sekolah dengan tujuan untuk
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara teknologi utama
yang dibekalkan kepada sekolah ialah komputer dan perantinya, Digital Multimedia Systems,
rancangan TV Pendidikan, dan perisian pendidikan (courseware). Dalam usaha untuk
memastikan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, Kementerian Pendidikan juga telah memberi latihan kepada
guru-guru melalui latihan pra perkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan tentang
bagaimana kaedah mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Latihan juga diberikan bertujuan untuk mendedahkan guru-guru dengan pengetahuan dan
kemahiran yang mencukupi agar guru-guru berupaya memilih dan menggunakan teknologi
yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran di samping membantu guru-guru
mengaplikasikan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi.
Penggunaan teknologi dalam sesi pengajaran bukan sahaja mampu menjadikan sesi
pengajaran lebih menarik dan aktif malah mampu menyuburkan aspek pembelajaran koperatif
melalui aktiviti yang dilaksanakan. Effandi Zakaria seperti yang dinyatakan dalam kajian
Yahaya & Bahuri (2010) menyatakan pembelajaran koperatif merupakan satu strategi
pengajaran di mana para pelajar saling membantu di antara satu sama lain dalam satu
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 379