The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasaidi.hassan, 2021-09-19 00:57:19

e Prosiding Serai 2021 final

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Abdul Rahman Aziz (2012) tentang hubungan pengajaran guru yang menyeronokkan akan
mendatangkan rasa minat dalam diri pelajar.


SYOR KAJIAN


Usaha memperkenalkan bahasa Melayu harus dipergiatkan oleh kerajaan Malaysia. Antara
usaha yang boleh dijalankan ialah:
1. Memperbanyakkan program pertukaran pelajar dalam bidang Bahasa Melayu.

Kebanyakan program pertukaran pelajar lebih melibatkan kursus-kursus kejuruteraan
dan teknikal. Justeru, sudah amat sesuai menjemput pelajar negara luar ke negara kita
atau menghantar pelajar tempatan ke luar negara untuk mempelajari bahasa Melayu.

2. Program Latihan Mengajar juga dikembangkan ke luar negara. Pelajar-pelajar dalam
bidang pengajian Melayu dihantar membuat latihan ilmiah dan latihan mengajar di negara
luar. Ini memberi peluang mereka mengembangkan bahasa Melayu di universiti tersebut.

3. Kolaborasi akademik antara institusi pengajian tinggi tempatan dipertingkatkan. Jaringan
kolaborasi ini boleh dalam bentuk seminar, pembentangan kertas kerja, forum dan

penyelidikan yang memberi tumpuan kepada bidang bahasa Melayu. Tambahan pula
dalam dunia pendidikan era pandemik, pelaksanaan kolaborasi boleh sahaja
dilaksanakan secara dalam talian yang ternyata lebih menjimatkan masa dan kos.


RUMUSAN

Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian telah menjadi bukti kepada keberkesanan

penggunaan pendekatan didik hibur dalam sesi pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur
asing. Pendekatan didik hibur juga telah berjaya menyelesaikan kekangan dan cabaran yang

dihadapi oleh tenaga pengajar sewaktu mengajar pelajar-pelajar Thailand. Elemen-elemen
yang melatari pendekatan ini turut membuka satu dimensi baharu terhadap pengembangan
bahasa Melayu di Thailand kerana penutur jati bahasa Thailand telah menampakkan minat

untuk terus mempelajari bahasa Melayu. Situasi tersebut memberikan satu petanda positif
kepada pemartabatan bahasa Melayu di peringkat serantau bukan sahaja dalam ruang

lingkup pendidikan tetapi ekonomi dan sebagainya.

RUJUKAN


Abdul Rahman Abd Aziz. (2012). Humor (kecindan) dalam pengajaran. Pulau Pinang:
BERU Publication.

Alim, Alice. (2015). Bahasa Melayu sebagai bahasa asing: Kajian kes pelajar China di
Universiti Malaysia Sabah. ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, 5(2), 157-168.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1079

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Cho, M. S., & Puteri Roslina Abdul Wahid. (2013). Pembelajaran Bahasa melayu sebagai
bahasa asing : Strategi komunikasi dalam kalangan pelajar Korea Di Hufs (Hankuk
University Of Foreign Studies). Jurnal Pengajian Melayu, 24(1).

Ellis, R. (2000). Task-based research and language pedagogy. Language teaching research
4.3, 193-220.

Faridah Bavi. (2018). The effect of using fun activities on learning vocabulary at the
elementary level. Journal of Language Teaching and Research, 9(3), 629-639.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Modul kursus peningkatan profesional guru
Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mansor Fahim & Mastaneh Haghani. (2012). Sociocultural perspectives on foreign
language learning. Journal of Language Teaching and Research, 3(4), 693-699.
Mohd Rosmadi Mohd Salleh & Hafizhah Zulkifli. (2020). Penggunaan didik hibur dalam
Pendidikan Islam sekolah kebangsaan. Attarbawiy: Malaysian Online Journal of
Education, 4(2), 1-16.
Nurmasturah Jamil, Noor Asliza Abdul Rahim & Shuhairimi Abdullah. (2020). Penguasaan
kosa kata dalam komunikasi bahasa asing. Journal of Human Development and
Communication, 9, 99-108.

Nurul Akmar Said. (2020). Pentaksiran alternatif: Pentaksiran prestasi, autentik, portfolio
dan kaedah pelaksanaan pentaksiran prestasi. Sains Humanika, 12(2-2).

Paitoon M. Chaiyanara. (2001). Hambatan struktur bahasa ibunda dalam pengajaran
Bahasa Melayu bagi penutur Thai. Dalam Atilah Hj. Mohd Salleh dan Ramlah
Muhamad (penyelenggara). Pengajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Phosan Jehwa. (2014). Dilema bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pembelajaran di
pondok pesantren Patani, Thailand Selatan. TA’DIB, XIX(2).

Vygotsky, L. S. (1978). Mind in Society: The Development of Higher Psychological
Processes. M. Cole, V. John-Steiner, S. Scribner, & E. Souberman (Eds.).
Cambridge, MA: Harvard University Press.
Yang, L. R., & Wilson, K.. (2006). Second language classroom reading: A Social
constructivist approach. The Reading Matrix, 6(3).




























e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1080

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021




























Subtema



Bahasa Melayu Teguh Menghadapi Cabaran




























e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1081

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

CABARAN, KELEBIHAN DAN TAHAP KEPUASAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
DALAM KALANGAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’
RAZALI ISMAIL

2
1
Muhammad Afif Mazlan dan Fathen Suriati Jusoh

1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]
[email protected]


ABSTRAK



Pembelajaran dalam talian merupakan alternatif pendidikan apabila seluruh dunia termasuk
Malaysia dilanda wabak Covid-19. Kajian kuantitatif dan kualitatif dalam kalangan guru pelatih
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail adalah sangat penting bagi

mengenalpasti cabaran dan kelebihan yang diperolehi melalui pembelajaran dalam talian
serta tahap kepuasan guru pelatih terhadap pencapaian akademik mereka sepanjang tempoh
pandemik. Responden kajian ini terdiri daripada 91 guru pelatih Kursus Bahasa Melayu

Ambilan Jun 2020 Kampus Dato’ Razali Ismail yang dipilih berdasarkan Jadual Pensampelan
Krecjie dan Morgan (1970). Data dianalisis secara statistik deskriptif disokong perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26 dan teknik pengekodan bertema.

Dapatan kajian mendapati guru pelatih menghadapi cabaran sepanjang menjalani
pembelajaran dalam talian dengan dapatan kesediaan mental dan persekitaran (min 3.60),

capaian internet (min 3.40), bebanan tugas (min 2.67), keberkesanan komunikasi rakan (min
3.45), keberkesanan komunikasi bersama pensyarah (min 3.07) dan fleksibiliti kuliah (min
3.41). Namun, sebilangan besar berpuas hati dengan pencapaian akademik mereka (min

3.78). Kesimpulannya, pandemik memberi kesan cabaran yang berbeza terhadap
pembelajaran setiap individu dan tindakan intervensi perlu dilakukan agar pembelajaran dan

kesihatan mental guru pelatih tidak terjejas.

Kata kunci: Pembelajaran dalam talian, Institut Pendidikan Guru, guru pelatih, Covid-19




PENGENALAN

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah mengubah teknik dan landskap pendidikan
daripada pengajaran bersemuka kepada teknik pembelajaran dalam talian. Sejak Malaysia

diumumkan lockdown (perintah berkurung) pada 18 Mac 2020, semua pelajar, guru dan
pensyarah perlu melaksanakan pembelajaran secara dalam talian bagi memastikan semua
pelajar dapat meneruskan sesi persekolahan dan pembelajaran seperti dijadualkan dalam




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1082

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

perancangan takwim dan sekaligus mengekang penularan wabak Covid-19. Menurut Qureshi
Khan, Gillani dan Raza (2020), wabak pandemik Covid-19 tidak memberi pilihan lain kepada

para pelajar untuk meneruskan pengajian dan pendidikan mereka melainkan dengan
mengadaptasi diri dengan kecanggihan teknologi dan menggunakan pelantar dalam talian
untuk berhubung dengan guru, pensyarah atau pengajar sebagai satu langkah untuk

membendung penularan wabak dan secara tidak langsung tidak ketinggalan dalam
pendidikan mereka. Satu tinjauan yang dibuat oleh Redden (2021) kepada 21 buah negara

telah mendapati 66.7% pelajar memilih untuk meneruskan pembelajaran dalam talian selepas
pascapandemik kerana ia menjimatkan kos dan ini menunjukkan pembelajaran dalam talian
menyumbang satu kelebihan kepada sektor pendidikan. Sebaliknya, tinjauan itu juga

merekodkan hanya 29% pelajar dari Malaysia bersetuju untuk meneruskan pembelajaran
dalam talian selepas pascapandemik dan ini menandakan pembelajaran dalam talian tidak

begitu berkesan dan memungkinkan pelajar menghadapi kesulitan dan cabaran semasa
menjalani sesi pembelajaran dalam talian (Redden, 2021).
Dapatan ini secara tidak langsung menunjukkan pembelajaran dalam talian memberi

cabaran dan kebaikan kepada pelajar-pelajar di semua peringkat dan ia terlalu subjektif untuk
setiap individu. Situasi ini tidak terkecuali kepada guru pelatih di Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail. Kajian ini berhasrat mengkaji cabaran yang dihadapi oleh guru

pelatih IPG Kampus Dato’ Razali Ismail khususnya pelajar kursus Bahasa Melayu Sem 3 dan
kelebihan yang diperolehi sepanjang menjalani pembelajaran dalam talian serta tahap
kepuasan terhadap pencapaian akademik mereka sepanjang pandemik.


SOROTAN LITERATUR


Kajian literatur oleh Sharin (2021) telah mendapati masalah kewangan mengehadkan pelajar
untuk memiliki peranti dan data internet bagi menyertai pembelajaran dalam talian. Masalah
capaian internet ini akan menjejaskan penyampaian kuliah dan mempengaruhi pencapaian

pelajar (Sharin, 2021). Masalah capaian internet dan ketidakmampuan memiliki peranti ini
juga menjejaskan interaksi antara guru dan pelajar dan Sharin (2021) mengatakan pelajar
yang mengalami situasi ini tidak sepatutnya diabaikan agar pembelajaran mereka tidak

terjejas. Sharin (2021) turut melaporkan pelajar yang menghadapi masalah persekitaran yang
tidak selesa untuk pembelajaran dan mempunyai komitmen kerja rumah tangga juga

mengalami kesan secara psikologi dan memberi cabaran hebat untuk mereka meneruskan
pembelajaran dalam talian.
Selvanathan, Hussin, dan Azazi (2020) dalam kajian mereka terhadap 328 pelajar

universiti di Malaysia mendapati pelajar mengalami masalah komunikasi dengan pensyarah
ketika menjalani pembelajaran dalam talian. Pelajar dalam kajian berkenaan yang tinggal di



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1083

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kawasan pedalaman turut mengalami masalah capaian internet dan menjejaskan lagi
pembelajaran mereka berbanding pelajar yang tinggal di kawasan bandar. Selvanathan,

Hussin, dan Azazi (2020) turut melaporkan pelajar tidak berpuas hati dengan kerja kumpulan
yang perlu dilakukan secara dalam talian dan meragui keberkesanan perolehan ilmu melalui
proses pembelajaran dalam talian. Pelajar dalam kajian ini juga menyatakan tahap

ketidakpuasan dalam pencapaian akademik mereka sepanjang tempoh pandemik.
Al-Kumaim dan lain lain (2021), kajian mereka terhadap 486 pelajar tempatan dan

asing di beberapa universiti tempatan di Malaysia mendapati pembelajaran dalam talian
memberi kemudahan teknologi kepada pensyarah dan pelajar untuk meneruskan
pembelajaran kerana ia lebih fleksibel, namun pelajar menyatakan mereka terbeban dengan

tugasan yang berlebihan semasa pembelajaran dalam talian. Responden kajian berkenaan
juga menyatakan ketidakmampuan untuk memiliki capaian dan data internet dan sebahagian

mengalami tekanan mental ketika menjalani pembelajaran dalam talian (Al Kumain dll, 2021).
Kajian oleh Chung, Subramaniam dan Dass (2020) terhadap 399 pelajar universiti di Malaysia
mendapati pelajar bersedia secara tahap sederhana untuk menjalani pembelajaran dalam

talian. Namun demikian, kajian berkenaan mendapati pelajar wanita lebih bersedia
menghadapi pembelajaran dalam talian berbanding pelajar lelaki. Chung, Subramaniam dan
Dass (2020) juga melaporkan pelajar ijazah muda lebih bersedia dan mereka lebih berpuas

hati dengan pembelajaran dalam talian berbanding pelajar diploma. Namun begitu, dapatan
kajian mendapati sekiranya diberi peluang, sebilangan besar pelajar tidak mahu meneruskan
pembelajaran secara dalam talian selepas pandemik. Cabaran yang dihadapi oleh pelajar

ijazah muda dalam pembelajaran dalam talian adalah masalah capaian internet manakala
pelajar diploma mengalami masalah untuk memahami kandungan pelajaran (Chung,

Subramaniam dan Dass, 2020).

METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini menggunakan teknik kuantitatif dan kualitatif bagi mendapatkan dapatan kajian.
Kajian ini telah melakukan Teknik tinjauan yang mempunyai tiga bahagian iaitu Bahagian 1
mengumpul data demografi responden dan Bahagian 2 mempunyai 24 pernyataan yang

menggunakan 5 skala Likert untuk mengetahui min cabaran, kelebihan pembelajaran dalam
talian serta tahap kepuasan pencapaian akademik pelajar. Manakala, Bahagian 3 mempunyai

1 soalan subjektif bagi mengumpul data kualitatif untuk mengukuhkan dapatan kuantitatif.
Tinjauan ini telah diedarkan kepada populasi melalui Google Form. Pemilihan sampel adalah
berdasarkan Jadual Pensampelan Krecjie dan Morgan (1970) yang mencadangkan kajian ini

mempunyai 82 sampel bagi jumlah populasi (N = 102).




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1084

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Dapatan data bagi Bahagian 1 iaitu data demografi dan data Bahagian 2 iaitu Cabaran,
Kelebihan dan Tahap Kepuasan Akademik dianalisis secara statistik deskriptif dibantu

perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26 dengan mendapatkan nilai
frekuensi dan min. Manakala dapatan Bahagian 3 dianalisis menggunakan teknik pengekodan
bertema untuk menyokong dapatan Bahagian 2.

Interpretasi data kuantitatif adalah berdasarkan Jadual Interpretasi berikut.


Jadual 1
Jadual Interpretasi

Interpretasi Nilai Min
Rendah 0.00 – 1.66
Sederhana 1.67 – 3.33
Tinggi 3.34 – 5.00


DAPATAN KAJIAN


Dapatan demografi respondan adalah seperti dalam Jadual 2 di bawah.

Jadual 2
Data Demografi Responden
JANTINA


Frekuensi Peratus
Valid LELAKI 39 47.6


PEREMPUAN 43 52.4
Jumlah 82 100.0



Statistik demografi menunjukkan 82 siswa guru Kursus Bahasa Melayu Semester 3 ambilan
Jun 2020 telah menjadi responden dalam kajian ini, iaitu 39 (47.6%) merupakan guru pelatih

lelaki dan 43 (52.4%) merupakan guru pelatih wanita. Jumlah responden ini adalah baik
kerana ia menepati jumlah saranan yang dicadangkan dalam Jadual Pensampelan Krejcie

dan Morgan (1970) untuk mewakili seluruh populasi.




Cabaran dan Kelebihan Pembelajaran Atas Talian
Jadual 3 di bawah menunjukkan rumusan min bagi dapatan data kuantitatif kajian ini.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1085

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 3
Rumusan Nilai Min Cabaran, Kelebihan dan Tahap Kepuasan Pelajar Menjalani
Pembelajaran Dalam Talian.
Std. Deviation
N Mean

Kesediaan Mental Dan Persekitaran Belajar 82 3.60 .80369

Keupayaan Capaian Internet 82 3.40 .93108

Bebanan Tugasan / Tutorial 82 2.67 .88656

Keberkesanan Komunikasi Bersama Rakan 82 3.45 .79264

Keberkesanan Komunikasi Bersama Pensyarah 82 3.08 .93449

Fleksibiliti Kuliah 82 3.41 .76135


Tahap Kepuasan Terhadap Pencapaian Akademik 82 3.78 .76868

Valid N (listwise) 82




Kesediaan Mental dan Persekitaran
Data menunjukkan bahawa responden mencapai min tinggi iaitu 3.60 dari sudut kesediaan
mental dan persekitaran yang baik untuk menjalani pembelajaran dalam talian. Dengan erti

kata lain responden bersedia dari segi mental dan mempunyai persekitaran yang baik untuk
menghadapi pembelajaran dalam talian. Namun, data kualitatif menunjukkan ada sebilangan
responden yang mengalami gangguan di rumah dengan tugasan rumah tangga yang perlu

dilakukan seperti menjaga adik beradik yang lebih kecil, suasana rumah yang bising dan tidak
efisien untuk sesi pembelajaran. Gangguan ini menyebabkan responden hilang fokus ketika
sesi pembelajaran dalam talian dan mengakibatkan banyak tugasan diberikan tergendala.

Terdapat 3 (3.66%) responden melaporkan mengalami tekanan mental akibat kelas dalam
talian.


Keupayaan Capaian Internet
Data kuantitatif menunjukkan bahawa responden mencatat min yang tinggi dalam keupayaan

mendapat capaian internet dengan nilai min 3.40 dan ini bermakna capaian internet
responden adalah baik. Namun, data kualitatif menunjukkan terdapat 16 (19.51%) responden

menyatakan mengalami masalah capaian internet kerana tinggal di kawasan pedalaman atau
akibat faktor cuaca. Keadaan ini mengakibatkan mereka mengalami capaian internet yang
terhad, menjejaskan kehadiran semasa kuliah, mengakibatkan masalah komunikasi bersama






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1086

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

rakan-rakan dan terpaksa menanggung kos data internet yang tinggi untuk mendapat capaian
internet yang lebih baik.


Bebanan Tugas / Tutorial
Data kuantitatif menunjukkan bahawa responden memberi tanggapan sederhana terhadap

bebanan tugasan yang diterima sepanjang pembelajaran dalam talian dengan nilai min 2.67.
Data kualitatif menunjukkan bahawa 14 (17.07%) responden menyatakan mereka

berpendapat bebanan tugas diberikan semasa pembelajaran dalam talian adalah terlalu
banyak berbanding kelas secara bersemuka. Mereka juga menyatakan tidak mampu
menyiapkan tugasan tutorial yang diberikan dalam Google Classroom kerana pertindihan

tarikh dengan tugasan kerja kursus yang turut perlu diselesaikan. Responden juga
menyatakan terdapat juga tugasan diberikan secara tidak menentu dan mereka tidak

menyedari waktu tugasan itu diberikan dan berharap bebanan tugasan tutorial dapat
dikurangkan agar pembelajaran menjadi lebih efisien dan pelajar mampu menyiapkan segala
tugasan diberikan dengan lebih berkualiti.


Keberkesanan Komunikasi Bersama Rakan
Responden mencatat min tinggi bagi keberkesanan komunikasi bersama rakan dengan nilai

min 3.45 Data kualitatif menunjukkan responden mengalami masalah komunikasi bersama
rakan kerana masalah capaian internet yang terhad, dan terdapat sebahagian rakan yang
tidak memberi kerjasama yang baik dan sukar dihubungi semasa pembelajaran dalam talian

lalu menjejaskan kerja kumpulan yang perlu dilaksanakan.


Keberkesanan Komunikasi Bersama Pensyarah
Data kuantitatif juga menunjukkan responden mencatat min sederhana terhadap
keberkesanan komunikasi bersama pensyarah dengan nilai min 3.08. Data kualitatif

menunjukkan terdapat responden yang mengalami masalah capaian internet dan sukar untuk
berhubung dengan pensyarah. Namun, responden turut menyatakan sikap keterbukaan dan

kesediaan pensyarah untuk menjawab pertanyaan memudahkan mereka menjalani
pembelajaran dalam talian dengan baik.

Fleksibiliti Kuliah

Data kuantitatif menunjukkan responden mencapai min yang tinggi dalam tahap kepuasan
fleksibiliti kuliah dengan nilai min 3.41. Data kuantitatif ini seiring dengan data kualitatif dimana

responden menyatakan mereka mempunyai lebih banyak ruang waktu untuk menelaah
sendiri dan boleh menentukan waktu kuliah dilaksanakan. Responden juga menyatakan
pembelajaran dalam talian adalah lebih santai dan menyeronokkan dan tidak memberi


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1087

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

tekanan kerana waktu belajar yang lebih fleksibel. Selain itu, responden juga menyatakan
pembelajaran dalam talian membolehkan mereka mengakses bahan kuliah di mana-mana

dan pada bila-bila masa sahaja.

Tahap Kepuasan Terhadap Pencapaian Akademik

Data kuantitatif menunjukkan responden mencapai tahap kepuasan yang tinggi dengan nilai
min 3.78 dan menunjukkan mereka berpuas hati dengan pencapaian akademik sepanjang

sesi pembelajaran dalam talian. Dapatan kualitatif menunjukkan sebilangan besar
menyatakan peningkatan dalam prestasi akademik mereka dan mencapai pointer yang lebih
tinggi berbanding kelas bersemuka kerana mereka mampu membuat rujukan semasa

menjalani Peperiksaan Buka Buku (OBT). Namun, terdapat juga segelintir mereka
menyatakan kemerosotan dalam prestasi akademik semenjak menjalani pembelajaran dalam

talian dan tidak kurang juga yang kurang berpuas hati kerana tidak memahami topik yang
diajar melalui dalam talian kerana faktor keadaan tidak dapat bersemuka dengan pensyarah
dan melihat bahan mengajar secara realiti berbanding kelas bersemuka.


Pemantapan Penggunaan Teknologi
Dapatan kualitatif juga mencatatkan melalui pembelajaran dalam talian membolehkan

responden meneroka bahan-bahan dan perisian teknologi terkini dan menggunakan teknologi
dengan lebih berkesan. Responden juga berharap ilmu teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) yang dipraktikkan sepanjang pembelajaran dalam talian dapat membantu mereka

ketika menjadi guru kelak dan beranggapan ia sejajar dengan kehendak pembelajaran abad
ke 21(PAK-21). Mereka juga berpendapat pembelajaran dalam talian membolehkan mereka

mendapatkan maklumat yang luas daripada Internet dan tidak kurang juga yang menyatakan
pembelajaran dalam talian mengaplikasikan teknologi yang menyeronokkan.


KESIMPULAN KAJIAN

Dapatan kajian ini memberi sumbangan literatur kepada bidang yang dikaji kerana kajian -
kajian sebelum ini kebanyakannya merekodkan cabaran yang dihadapi oleh pelajar ketika

menjalani pembelajaran dalam talian. Namun, kajian ini mendapati di sebalik cabaran yang
dihadapi guru pelatih ketika kekalutan pandemik melanda, mereka menyatakan tahap

kepuasan dalam pencapaian akademik mereka dan beranggapan pembelajaran dalam talian
memberi peluang kepada mereka untuk lebih mendalami ilmu teknologi maklumat agar boleh
dipraktikkan apabila berkhidmat sebagai guru kelak. Selain itu, dapatan kajian juga

menunjukkan guru pelatih berasa seronok dengan pembelajaran dalam talian kerana ia
bersifat fleksibel. Namun, tidak dinafikan guru pelatih dalam kajian ini turut menghadapi



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1088

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

masalah dan cabaran seperti dilaporkan dalam kajian lepas seperti masalah capaian internet,
tekanan mental, bebanan tugas yang banyak dan masalah komunikasi.


SYOR CADANGAN KAJIAN


Kajian masa depan boleh dibuat dengan mengkaji populasi guru pelatih daripada kursus –
kursus lain atau dilakukan di peringkat IPGM agar memperolehi maklumat cabaran dan
kelebihan pembelajaran dalam talian yang lebih luas. Dapatan yang diperolehi juga mampu

menjadi titik tolak intervensi yang boleh dilaksanakan bagi memastikan guru pelatih mampu
mendapat pendidikan dan mengekalkan kesihatan mental yang baik sepanjang tempoh
pandemik. Namun, keadaan dan pengalaman yang diterima oleh guru pelatih ketika menjalani

pembelajaran dalam talian secara langsung mempersiapkan mereka menghadapi cabaran
pendidikan dan melahirkan pendidik yang sentiasa positif mendokong perubahan landskap
pendidikan demi masa depan negara. Selain itu, infrastruktur dan kemudahan pencapaian

internet juga perlulah dinaik taraf dalam sistem pendidikan negara memandangkan teknologi
dan internet kini menjadi bahan dan alat bantu mengajar yang penting dan sejajar dengan

hasrat pendidikan untuk melahirkan warga yang celik teknologi.

RUJUKAN


Al-Kumaim, N. H., Mohammed, F., Gazem, N. A., Fazea, Y., Alhazmi, A. K., & Dakkak, O.
(2021). Exploring the Impact of Transformation to Fully Online Learning During COVID-
19 on Malaysian University Students' Academic Life and Performance. International
Journal of Interactive Mobile Technologies, 15(5).

Chung, E., Subramaniam, G., & Dass, L. C. (2020). Online Learning Readiness among
University Students in Malaysia amidst COVID-19. Asian Journal of University
Education, 16(2), 46-58.

Krejcie, R. V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research education and
psychological measurement. Education.

Qureshi, M. I., Khan, N., Hassan Gillani, S. M. A., & Raza, H. (2020). A Systematic Review of
Past Decade of Mobile Learning: What we Learned and Where to Go. International
Journal of Interactive Mobile Technologies, 14(6).

Redden, E. (2021, March 01). Www.chegg.com. From
https://www.chegg.com/about/wp- content/uploads/2021/02/Chegg.org-global-
student-surv ey-2021.pdf


Sharin, A. N. (2021). E-learning During Covid-19 A Review of Literature. Jurnal Pengajian
Media Malaysia, 23(1)
Selvanathan, M., Hussin, N. A. M., & Azazi, N. A. N. (2020). Students learning experiences
during COVID-19: Work from home period in Malaysian Higher Learning Institutions.
Teaching Public Administration, 0144739420977900




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1089

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KAJIAN TERHADAP GAYA DIDIKAN IBU BAPA DALAM MELAKSANAKAN
PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) SECARA DALAM TALIAN
SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Rafidah Aziz¹, Nik Azleena Nik Ismail², Ramzul Nasri Alias@Othman³,
Mariha Mohd Amin 4


¹PPD Kuala Nerus
²IPGK Dato’ Razali Ismail
3,4 SK Atas Tol, Kuala Terengganu
[email protected]




ABSTRAK


Pandemik Covid-19 menyebabkan pelbagai fenomena yang tidak pernah dijangka berlaku
dalam sistem kehidupan manusia termasuklah dalam sistem pengajaran dan pembelajaran

(PdPc). Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti masalah yang dialami dalam proses
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara dalam talian semasa Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid 19. Selain itu kajian ini juga dilakukan untuk

melihat gaya didikan ibu bapa bagi menyesuaikan diri dengan kaedah baharu proses PdPc.
Seramai 115 orang ibu bapa kepada murid-murid tahap dua SK Atas Tol, Terengganu telah

dijadikan sampel kajian. Set soal selidik dibina secara dalam talian yang mengandungi 15
item. Data kajian dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai peratusan. Dapatan
kajian menjelaskan bahawa terdapat beberapa isu yang dihadapi oleh ibu bapa iaitu masalah

liputan internet serta kemudahan peralatan yang terhad. Selain itu dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa sebahagian besar ibu bapa menggunakan pendekatan gaya didikan

autoritatif iaitu memberi dorongan dan motivasi kepada anak-anak mereka. Terdapat juga ibu
bapa yang menggunakan gaya didikan autoritarian seperti paksaan dan hukuman. Kajian juga
mendapati ibu bapa tidak setuju dengan pendekatan gaya didikan permisif. Kesimpulannya,

ibu bapa mempunyai sikap terbuka dalam usaha membantu anak-anak mendepani cabaran
menghadapi PdPc mengikut norma baharu.



Kata Kunci: Gaya didikan, PdPc dalam talian, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), normal
baharu









e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1090

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGENALAN

Pandemik Covid-19 menyebabkan pelbagai fenomena yang tidak pernah terfikir dan

tergambar berlaku di seluruh dunia. Implikasi wabak menyebabkan majoriti pejabat,
perniagaan, universiti bahkan sekolah di seluruh dunia ditutup demi memutuskan rangkaian

jangkitan.
Di Malaysia, lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penutupan sekolah
sedikit sebanyak menimbulkan keresahan. Komunikasi berterusan dengan guru dan sekolah

serta sikap saling menghormati amat penting kerana ketika ini guru benar-benar terpaksa
bergantung kepada bantuan dan kerjasama ibu bapa untuk memastikan anak mengikuti
semua pembelajaran, tugasan dan penilaian dalam talian yang disediakan.Tanpa kerjasama

ibu bapa, akan berlaku keadaan murid tidak mengikuti pembelajaran disediakan tanpa guru
dapat berbuat apa-apa, sekali gus merugikan murid itu sendiri. Seeloknya ibu bapa membantu
memotivasikan anak dengan menjelaskan latihan diberi antara aktiviti pembelajaran untuk

membantu agar lebih memahami pelajaran.
Secara umum, PKP ialah cabaran amat besar buat semua, termasuk guru. Pada masa

inilah segala kemahiran pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara dalam talian teruji.
Guru perlu membuat banyak persediaan bahan, merakam video bagi murid yang menghadapi
masalah untuk mengikuti pembelajaran dalam talian bersama guru serta menghabiskan masa

berjam-jam di hadapan komputer setiap hari untuk mengajar, menyemak latihan dan tugasan
serta memberikan maklum balas. Sekiranya ramai murid ‘ponteng,’ ia menyebabkan tekanan

kepada guru. Yang jelas pandemik COVID 19 ini benar-benar menguji tahap kesabaran dan
kemahiran adaptasi semua pihak.

PERNYATAAN MASALAH


Penolong Kanan Pentadbiran dalam Mesyuarat PIBG kali ke 2 tahun 2020 pada 27
April 2020 melaporkan penyertaan murid-murid tahap dua di sekolah SK Atas Tol dalam

proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara dalam talian semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) ini, bahawa terdapat perbezaan yang ketara di antara murid-

murid yang berada pada kelas Susila, Amanah dan Tekun semasa PKP fasa 2 berlangsung.
Penyertaan murid-murid Kelas Susila adalah sebanyak 54.8% , Kelas Amanah 32.2% dan
Kelas Tekun pula sebanyak 13.0%. Data ini diperoleh melalui jadual latihan Google Form bagi

empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Perbezaan kadar penglibatan murid-murid dalam melaksanakan tugasan yang telah diberikan
oleh guru mengikut kelas ini perlu dikaji bagi mengenalpasti beberapa kriteria yang dapat

memberi justifikasi kepada permasalahan ini secara saintifik.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1091

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Justeru, pengkaji ingin melihat kepada dua kriteria berikut yang mana boleh
diharapkan dapat membantu pihak sekolah bagi mengenalpasti punca yang menjadi halangan

dalam permasalahan ini iaitu melalui gaya bimbingan ibu bapa dalam mendidik anak-anak
mereka serta cabaran yang dihadapi oleh mereka semasa proses PdPc ini dijalankan.



TUJUAN KAJIAN

1. Mengenalpasti gaya didikan ibu bapa dalam mendidik anak-anak yang berada di

tahap dua SK Atas Tol, Kuala Terengganu.
2. Mengenalpasti masalah ibu bapa terhadap proses pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) secara dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


SOALAN KAJIAN

1. Apakah gaya didikan ibu bapa dalam mendidik anak-anak yang berada di tahap dua

SK Atas Tol, Kuala Terengganu?
2. Apakah masalah ibu bapa terhadap proses pembelajaran dan pemudahcaraan

(PdPc) secara dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

TINJAUAN LITERATUR


Gaya didikan ibubapa memainkan peranan penting dalam menentukan kemenjadian anak-
anak (Johan dan Nazeri, 2010). Kajian yang dilaksanakan juga memperlihatkan kepentingan
hubungan antara ibubapa dan anak-anak bagi meningkatkan keperibadian yang meliputi

sikap dan sahsiah serta pencapaian akademik anak-anak (Ismail et.al, 2016).
Dalam mengesyorkan gaya keibubapaan terbaik, Baumrind (1966) telah

memperkenalkan model gaya keibubapaan yang telah dibahagikan kepada tiga jenis gaya
iaitu autoritatif, autoritarian dan permisif. Sementara Maccoby & Martin (1983) telah
memperkenalkan empat gaya keibubapaan iaitu gaya authoritatif (demokratik), gaya

authoritarian (kawalan), gaya permissive-indulgent (lebih kawalan-ada kebebasan), dan gaya
permissive-neglectful (kurang kawalan-lebih kebebasan). Manakala Hamsari et.al (2012),

juga mengelaskan empat gaya keibubapaan iaitu autoritatif, autoritarian, permisif-responsif
dan permisif-mengabaikan

Gaya didikan ibu bapa yang lebih autoritarian dikatakan boleh memberi kesan negatif

kepada pencapaian anak-anak. Sikap ibu bapa yang terlalu keras dan mendesak boleh
menyebabkan pencapaian anak-anak semakin merosot. Sikap mendominasi dan berkuasa
ibu bapa, mengkehendakkan anak-anak untuk mematuhi peraturan dan menerima keputusan

ibu bapa. Anak-anak akan lebih bergantung kepada keputusan ibu bapa, kurang keyakinan

e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1092

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

dan penghargaan kendiri. Walau bagaimanapun, menurut Tengku Asmadi (2008), ramai ibu
bapa mendidik anak-anak menggunakan kaedah didikan autoritarian bagi meningkatkan

kecemerlangan fizikal dan mental anak-anak mereka, sedangkan kaedah ini memerlukan
pengetahuan keibubapaan yang mendalam. Anak-anak perlu dibiasakan dengan mengikut
peraturan dan mempunyai disiplin yang tinggi serta kemahuan dan kehendak dalam mencapai

sesuatu matlamat.

Gaya didikan yang bersifat permisif pula dikatakan boleh menyebabkan pencapaian

anak-anak dalam pelajaran sangat tidak memberangsangkan (Arora, 2014). Gaya didikan
permisif dicirikan sebagai ibu bapa yang mempunyai responsif yang tinggi terhadap keperluan
emosi anak-anak tetapi mereka tidak mengehadkan atau tidak bertegas dalam sesuatu

perkara. Mereka agak kurang dalam mengawal dan membimbing tingkahlaku anak-anak.
Banyak kajian menunjukkan anak-anak dari gaya didikan permisif boleh mengakibatkan
pencapaian akademik yang lemah, lebih impulsif dan agresif, lebih terarah kepada unsur

jenayah dan salah guna dadah, lemah dalam pengurusan diri dan kemahiran sosial yang
rendah. (Rauf dan Ahmed, 2017).



KAEDAH/METODOLOGI

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah bersifat kuantitatif menggunakan soal selidik

melalui google form yang di sebar melalui media WhatsApp antara guru kelas dengan ibu
bapa pelajar mengikut kelas bagi tujuan pengumpulan data. Kajian ini melibatkan 115 orang

daripada 235 orang ibu bapa di SK Atas Tol dengan menggunakan persampelan rawak.
Jumlah sampel yang diambil adalah merujuk kepada jadual penentuan saiz sampel oleh R.V.
Krejcie dan D.W. Morgan (1970). Data dianalisis secara deskriptif.


DAPATAN KAJIAN

Apakah gaya didikan ibu bapa dalam mendidik anak-anak yang berada di tahap dua SK Atas
Tol, Kuala Terengganu?
















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1093

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 1 : Gaya Didikan Autoritarian

Maklumbalas Ibu Bapa
Bil Soalan
Setuju Tidak Setuju
1. Saya kenakan denda jika anak saya tidak 79.1 20.9
melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru.
2. Saya marah apabila mengetahui anak saya meniru 95.7 4.3
jawapan yang disediakan
3. Saya mengugut anak saya jikalau dia tidak membuat 52.2 47.8
tugasan yang diberikan oleh guru
4. Saya akan membebel kepada anak saya sekiranya
di gagal menjawab dengan betul latihan yang diberi 57.4 42.6
oleh guru
5. Walau apa cara sekali pun saya akan pastikan
bahawa anak saya akan menghantar tugasan yang 93.9 6.1
diberi

Hasil kajian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 menunjukkan peratus responden yang

mengikut gaya didikan autoritarian. Gaya didikan autoritarian ibu bapa di sini terhadap item 2
“Saya marah apabila mengetahui anak saya meniru jawapan yang disediakan” mencatat skor

setuju terbanyak iaitu 95.7%. Diikuti item 5 “Walau apa cara sekali pun saya akan pastikan
bahawa anak saya akan menghantar tugasan yang diberi” mencatat bacaan setuju sebanyak
93.9%. Skor sebanyak 79.1% diperoleh dalam item 1 iaitu “Saya kenakan denda jika anak

saya tidak melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru”. Manakala item 4 “Saya akan
membebel kepada anak saya sekiranya dia gagal menjawab dengan betul latihan yang diberi
oleh guru” dan item 3 “Saya mengugut anak saya jikalau dia tidak membuat tugasan yang

diberikan oleh guru” memberikan skor sebanyak 57.4% dan 52.2%.
Keputusan responden menunjukkan setuju paling tinggi bagi item 2 dan item 5 kerana
dirasakan pendekatan seperti memarahi dan memastikan anak-anak mereka menghantar

tugasan yang diberi oleh guru adalah kaedah didikan yang baik kepada anak-anak mereka.
Namun begitu bukan itu sahaja ibu bapa murid tahap dua di sini juga mencatat rekod melepasi

50% dengan mengenakan denda, membebel serta mengugut anak-anak mereka sebagai
medium agar anak-anak mereka belajar.
Jadual 2 : Gaya Didikan Permisif

Maklumbalas Ibu Bapa
Bil Soalan
Setuju Tidak Setuju
6. Saya tidak kisah sama ada anak saya menghantar 1.7 98.3
tugasnya atau tidak
7. Saya memberi kebebasan untuk anak saya
bertindak 28.7 71.3
8. Saya membiarkan anak saya menonton televisyen
dan bermain dengan gajetnya 9.6 90.4
9. Saya tidak marah anak saya jika dia tidak 6.0 94.0
melaksanakan tugasan yang diberi
10. Anak saya tidak mendengar arahan saya 7.0 93.0


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1094

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 2 mendapati peratus responden yang mengikut gaya didikan permisif. Gaya didikan
permisif ibu bapa tahap dua di sekolah ini menunjukkan skor setuju tidak melepasi 30% untuk

lima item yang dinilai dalam kategori ini. Item 7 “Saya memberi kebebasan untuk anak saya
bertindak” mencatat skor sebanyak 28.7%. Manakala item 8 “Saya membiarkan anak saya
menonton televisyen dan bermain dengan gajetnya” menunjukan bacaan sebanyak 9.6% dan

item 10 “Anak saya tidak mendengar arahan saya” menunjukkan bacaaan 7.0%. Seterusnya
item 9 “Saya tidak marah anak saya jika dia tidak melaksanakan tugasan yang diberi” dan

item 6 “Saya tidak kisah sama ada anak saya menghantar tugasnya atau tidak” skor dapatan
adalah sebanyak 6.0% dan 1.7% sahaja.
Rumusan yang boleh dibuat adalah ibu bapa di sini percaya gaya didikan permisif tidak

akan berjaya melahirkan anak-anak yang berminat terhadap perkembangan akademik.
Jadual 3 : Gaya Didikan Autoritatif

Maklumbalas Ibu Bapa
Bil Soalan
Setuju Tidak Setuju
11. Sebelum melaksanakan tugasan , saya akan
mengajar terlebih dahulu anak saya tentang tugasan 91.3 8.7
yang diberi oleh guru.
12. Saya mengajar mana-mana bahagian yang tidak
difahami tentang tugasan yang diberikan 98.3 1.7
13. Menasihati supaya anak saya melaksanakan 99.1 0.9
tugasan yang diberi oleh guru sebaik mungkin
14. Menerapkan nilai-nilai yang baik daripada
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang 100 0
dilaksanakan
15. Selalu memotivasikan anak supaya tidak cepat
putus asa dalam menyelesaikan tugasan yang diberi 100 0

Jadual 3 mendapati peratus responden yang mengikut gaya didikan autoritatif. Semua item

dalam kategori autoritatif menunjukan skor yang tinggi antara 91.3% hingga 100%. Jelas
menggambarkan dalam kajian ini, ibu bapa murid tahap dua di sini mengamalkan gaya didikan

autoritatif.

Apakah masalah ibu bapa terhadap proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara

dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Walaupun dapatan menunjukkan kebanyakan ibu bapa lebih memilih untuk mengamalkan

gaya didikan autoritatif, tetapi usaha ibu bapa ini dikekang dengan beberapa masalah untuk
melaksanakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara dalam talian
semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari. Melalui carta pai di bawah

masalah-masalah yang dialami oleh ibu bapa di sini dapat dikategorikan kepada 7 jenis
masalah.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1095

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021























Carta 1: Masalah-Masalah Proses Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PdPc) Secara
Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)


Seramai 24.3% ibu bapa berpendapat mereka tidak menghadapi sebarang masalah dalam

melaksanakan proses pembelajaran kepada anak-anak mereka sepanjang tempoh itu.
Namun, sebanyak 23.4% ibu bapa menyatakan bahawa mereka mengalami masalah dari
sudut data internet yang terhad memandangkan guru-guru menggunakan aplikasi laman

sesawang sebagai medium penyampaian pengajaran dan pembelajaran sepanjang PKP ini.
Manakala 24.3% ibu bapa menyatakan bahawa mereka tidak cukup peralatan seperti telefon

pintar dan komputer untuk digunakan oleh anak-anak mereka di rumah bagi melaksanakan
tugasan yang diberikan oleh guru. Kebanyakan telefon pintar yang digunakan adalah
kepunyaan ibu bapa dan pada masa yang sama ibu bapa juga terpaksa menggunakannya

untuk bekerja. Masalah kawalan anak-anak merupakan skor masalah ke empat tertinggi
(9.0%) iaitu ibu bapa sukar untuk memantau anak-anak mereka atas faktor bekerja mahupun
anak-anak mereka mengambil peluang untuk bermain melalui aplikasi pada laman sesawang

apabila diminta untuk menyelesaikan tugasan oleh guru. Selain itu, masalah jadual bertindih
menyumbang sebanyak 7.2%, ibu bapa tidak kuasai ilmu juga menunjukkan skor 7.2% dan
lain-lain masalah adalah sebanyak 4.5%.


PERBINCANGAN


Berdasarkan analisis deskriptif yang dilaksanakan, ibu bapa menunjukkan kecenderungan
untuk mengamalkan gaya didikan autoritatif (jadual 3) apabila mereka memberi maklum balas
melebihi 90% bagi setiap item yang dikemukakan (91%-100%) . Bagi item-item yang

menunjukkan ciri-ciri didikan autoritarian (jadual 1) pula, hanya item 2 dan item 5 sahaja
mendapat maklum balas melebihi 90% daripada ibu bapa. Kecenderungan ibu bapa terhadap
gaya didikan ini mengikut pilihan item ialah antara 94% - 57.4%. Manakala peratus maklum




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1096

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

balas bagi setiap item yang menunjukkan kecenderungan mengamalkan gaya didikan
permisif adalah sangat rendah iaitu antara 28.7%-1.7% (jadual 2). Gaya didikan autoritatif

telah menjadi pilihan ibu bapa masa kini. Kecenderungan ibu bapa dalam mengamalkan gaya
didikan autoritatif boleh membantu anak-anak cemerlang dalam pembelajaran mereka. Anak-
anak akan lebih menguasai pembelajaran, mempunyai keyakinan dan konsep kendiri yang

tinggi serta lebih bermotivasi. Kajian-kajian yang telah dijalankan juga mendapati bahawa ibu
bapa yang bersungguh-sungguh dalam mendidik anak-anak dengan menyediakan

persekitaran pembelajaran yang positif di rumah boleh memberi pengaruh kepada
kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak serta penghargaan kendiri mereka (Johan
dan Nazeri, 2010; Ismail et.al, 2016; Loganathan dan Gopal, 2015; Inam et,al. 2016).

Namun, terdapat juga ibu bapa yang agak tegas dan mendesak terhadap
pembelajaran anak-anak seperti memarahi anak apabila mendapati dia meniru atau memaksa

anak untuk menghantar tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan tanpa mengetahui
keupayaan dan kebolehan anak-anak (item 2 dan 5 daripada jadual 1). Gaya didikan sebegini
tergolong dalam gaya autoritarian, tetapi, ia menjadi salah satu gaya yang turut diamalkan

oleh sebilangan besar ibu bapa. Perbuatan meniru jawapan atau tidak mematuhi masa yang
telah ditetapkan menjadi tingkah laku tidak berdisiplin bagi ibu bapa. Dalam hal ini, ibu bapa
sebaiknya cuba untuk mendekati anak-anak mereka dan mengenal pasti permasalahan yang

dihadapi oleh mereka terlebih dahulu sebelum terus bersikap kasar dan mendesak.
Penyelesaian masalah perlu dibincang bersama anak-anak supaya mereka turut berasa
bertanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakukan. Anak-anak juga akan belajar untuk

membuat refleksi bukan sahaja kepada aspek pembelajaran malah terhadap tingkah laku
mereka juga. Menurut Nufa (2020), ahli psikologi ada membincangkan tentang gaya didikan

autoritatif dolphin yang merujuk kepada badan ikan lumba-lumba iaitu asuhan ibu bapa yang
agak tegas tetapi fleksibel. Gaya asuhan ini menurut beliau masih wujud peraturan dan
hukuman yang tertentu ditetapkan untuk anak-anak, tetapi dalam masa yang sama anak-anak

mempunyai ruang untuk memberi pandangan mengenai perkara tertentu. Walau
bagaimanapun, tidak semua pandangan anak-anak akan diterima oleh ibu bapa, namun anak-

anak akan belajar melalui pemahaman seperti dari perbincangan dan role modelling.
Seterusnya, hasil kajian ini juga menunjukkan hanya segelintir sahaja ibu bapa yang
mengamalkan gaya didikan permisif (jadual 2) iaitu sikap ibu bapa yang lebih santai terhadap
pembelajaran anak-anak dan hanya akan bertindak sekiranya ada masalah serius yang

berlaku. Gaya permisif ini dikatakan sebagai lebih bersikap terbuka dan bebas kepada anak-
anak. Jarang berlaku konflik antara ibu bapa dengan anak-anak dalam gaya didikan permisif

ini kerana ibu bapa lebih menjaga emosi anak-anak. Hal ini akan membentuk tingkah laku
yang tidak konsisten dan keliru kepada anak-anak. Ibu bapa permisif tidak memupuk sikap
bertanggungjawab dalam diri anak-anak, malah anak-anak akan berasa terlalu bebas untuk


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1097

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

mengikut kehendak diri mereka. Kajian juga ada menyatakan kesan daripada gaya didikan
permisif ialah anak-anak akan lebih bersikap impulsif, tidak bertanggungjawab, manja, tidak

mempunyai matlamat, kurang matang bertindak dan lemah dalam pengurusan sosial (Rauf
dan Ahmad, 2017). Oleh itu, ibu bapa harus berhati-hati dalam memilih gaya didikan terhadap
anak-anak mereka dengan melihat juga kepada kesan jangka panjang yang mungkin akan

berlaku kepada pembentukan sikap anak-anak.
Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan hanya 24.3% daripada ibu bapa tidak

menghadapi sebarang permasalahan semasa pihak sekolah terpaksa melaksanakan proses
pembelajaran dan pemudahcaraan secara dalam talian. Oleh itu, sebanyak 75.7% ibu bapa
secara umumnya menghadapi pelbagai masalah yang meliputi masalah kemudahan

peralatan atau peranti, internet, kawalan anak-anak, jadual waktu pembelajaran, penguasaan
ilmu dan kemahiran ibu bapa berkaitan mata pelajaran serta teknologi dan lain-lain lagi. Di

peringkat sekolah, hampir 80% pelajar sekolah menengah mempunyai telefon pintar diikuti
sekitar hampir 36% murid sekolah rendah. Walau bagaimanapun, bagi peranti lain seperti
tablet, komputer dan komputer riba, jumlah milikan adalah amat rendah iaitu sekitar 5 hingga

14% sahaja (Hayati, 2020).
Prof Madya Dr Mahizer Hamzah (2020) menjelaskan pandemik ini juga telah membuka
mata banyak pihak mengenai faktor-faktor yang perlu diberi pertimbangan sekiranya

pembelajaran secara maya perlu dilaksanakan sepenuhnya jika penularan wabak penyakit ini
berpanjangan. UNICEF melaporkan lebih 1 billion kanak-kanak telah mengalami keciciran
dalam sistem pendidikan akibat daripada penutupan sekolah dalam tempoh penularan Covid-

19 ini. Data-data yang diperoleh juga menunjukkan kekangan yang sama apabila 31% (463
juta) kanak-kanak seluruh dunia tidak boleh mengikuti pembelajaran secara maya ekoran

daripada ketiadaan kemudahan liputan internet dan peranti elektronik. Usaha-usaha ke arah
mengatasi cabaran dan kekangan dalam pendidikan masa kini sebenarnya mendapat
tumpuan pakar-pakar pendidikan yang tidak berdiam diri mencari jalan penyelesaian dan

alternatif-alternatif demi kelangsungan pembinaan modal insan yang berterusan.

RUMUSAN


Rumusan yang boleh dibuat melalui kajian ini adalah dalam memberi penekanan dalam
proses mendidik anak-anak, ibu bapa perlu memantapkan kemahiran keibubapaan mereka

supaya anak-anak mendapat bimbingan yang betul. Justeru, ibu bapa perlu mengenalpasti
potensi anak-anak mereka dalam pelbagai bidang dan disesuaikan dengan pendekatan
didikan yang relevan. Kemampuan anak-anak dalam bidang fizikal, emosi dan tahap

kecerdasan otak dapat disesuaikan dengan kaedah menerapkan didikan yang bakal dilalui.
Berdasarkan kajian di atas, kaedah didikan autoritatif dilihat lebih sesuai dan berkesan



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1098

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

berbanding kaedah permisif dan autoritarian. Sebaiknya anak-anak diberi bimbingan dan
tunjuk ajar terlebih dahulu sebelum dikenakan hukuman kerana melanggar peraturan yang

dipersetujui bersama. Ibu bapa adalah contoh terbaik dalam mendidik anak membentuk
akhlak mulia. Namun, kemudahan dari segi peralatan dan internet menjadi satu kekangan
proses pembelajaran dalam talian.



RUJUKAN


Arora, M. J. (2014). The impact of authoritative & neglectful parenting style on educational
performance of learners at high school level. International Journal for Research in
Education, 3, 44-57.
Chan, T. W., & Koo, A. (2011). Parenting style and youth outcomes in the UK. European
sociological review, 27(3), 385-399.

Ehwan Ngadi (2020) COVID19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian.
Retrieved 6 Nov 2020 from https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-
implikasi-pengajaran-dan-pembelajaran-atas-talian/
Hamsari, N. A., & Yahaya, A. (2012). Peranan motivasi pembelajaran, gaya keibubapaan dan
sikap dengan pencapaian akademik. Journal of Educational Psychology &
Counseling, 5, 30-57.

Hayati Ismail (2020).Covid 19 Pemangkin Perubahan dalam pendidikan. Retrieved 7 Nov
2020 from https://www.usim.edu.my/files/e-Risalah/April2020/9/#zoom=z
Inam, A., Nomaan, S., & Abiodullah, M. (2016). Parents' Parenting Styles and Academic
Achievement of Underachievers and High Achievers at Middle School Level. Bulletin of
Education and Research, 38(1), 57-74. Retrieved 6 Nov 2020 from
https://files.eric.ed.gov/fulltext/EJ1210328.pdf
Johan, O. B. M., & Nazeri, N. B. M. (2010). Profil Gaya Didikan Ibu Bapa Pelajar Cemerlang
Berbanding Pelajar Lemah. Retrieved 6 Nov 2020 from
http://eprints.utm.my/id/eprint/10489/1/PROFIL_GAYA_DIDIKAN_IBU_BAPA_PELAJA
R_CEMERLANG.pdf

Loganathan, A., & Gopal, L. (2015). Hubungan Antara Gaya Asuhan Ibu Bapa Dan
Penghargaan. Retrieved 7 Nov 2020 from https://core.ac.uk/display/153833678

Mahizer,H (2020). Pembelajaran secara dalam talian. Sejauh mana kita bersedia? Ikuti apa
kata pakar. Retrieved 7 Nov 2020 from https://www.gpsbestari.com/tip/sinar-di-
sekolah/pembelajaran-secara-dalam-talian-sejauh-mana-kita-bersedia-ikuti-apa-kata-
pakar-1.935788
Md. Johan, Othman dan Md. Nazeri, Normalina (2010) Profil Gaya Didikan Ibu Bapa Pelajar
Cemerlang Berbanding Pelajar Lemah . pp. 1-9.

Nufa (2020). Ada 4 Gaya Keibubapaan Yang Diamalkan Di Malaysia. Yang Mana Satu Gaya
Anda?.Retrieved 6 Nov 2020 from https://www.majalahpama.my/ada-4-gaya-
keibubapaan-yang-diamalkan-di-malaysia-mana-satu-gaya-anda/
Rauf, K., & Ahmed, J. (2017). The relationship of authoritarian parenting style and academic
performance in school students. Pakistan Journal of Psychology, 48(2), 61-71.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1099

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

UNICEF Data (2020). Education and Covid 19. Retrieved 7 Nov 2020 from
https://data.unicef.org/topic/education/covid-19/
























































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1100

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA PENCETUS PERUBAHAN
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SISWA GURU BAHASA MELAYU KE
ARAH RI4.0 : SATU KAJIAN KES

Nor Rul Azlifah binti Zulkafali

IPG Kampus Bahasa Melayu
[email protected]



ABSTRAK



Kajian ini dijalankan di salah sebuah kampus IPGK iaitu IPG Kampus Bahasa Melayu .
Perubahan dalam sistem pendidikan pada masa kini perlu dilakukan seiring dengan

perubahan dunia semasa pelbagai aspek. Hal ini kerana pendidikan adalah tunjang utama
dalam mendepani cabaran kehidupan masa kini termasuklah dalam pendidikan guru bahasa
Melayu. Justeru, kajian dilakukan untuk mendapatkan informasi penilaian pelaksanaan

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang dilaksanakan di IPG Kampus
Bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan perubahan ke arah pelaksanaan PdP dengan
elemen KPPB telah memberikan ruang penyebaran ilmu yang lebih luas kepada para

pensyarah dan pelajar. Hasil kajian ini juga jelas membuktikan pelaksanaan KPPB mampu
membawa perubahan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran untuk seimbang dan
selari dengan perkembangan RI4.0. Seterusnya hasil pelaksanaan KPPB pensyarah dan

pelajar telah memberikan respon yang memberangsangkan dan menyatakan banyak
perkongsian ilmu yang diperoleh melalui pelbagai medium pembelajaran digital dan media

interaktif masa kini.

Kata kunci: Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB), Revolusi Industri 4.0
(RI4.0).


PENGENALAN


Amalan pedagogi adalah berasaskan teori-teori serta memberi tumpuan kepada proses yang
berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan dipengaruhi perkembangan dan

kemajuan teknologi, pedagogi turut berkembang sejajar dengan pembangunan pendidikan
global (Olga,Vasile, Catalano, 2016). Pengenalan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
(KPPB) yang berfokus kepada komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis kreativiti, sahsiah

dan kenegaraan merupakan satu pendekatan yang perlu diperluaskan. KPPB menekankan
asas kepada amalan pedagogi terkini, pemanfaatan digital, rakan pembelajaran dan
persekitaran pembelajaran. Matlamat pedagogi adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1101

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

dapat memperoleh dan mengembangkan pengetahuan dan pengalaman kepada masyarakat
dengan cara yang aktif, bertanggungjawab dan membinaJusteru adalah menjadi satu

kemestian institusi pendidikan termasuk IPG mengamalkan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran
Bermakna (KPPB) bagi meningkatkan kualiti pelajar.
Perkembangan sistem pendidikan perlu selari dengan perubahan semasa yang

berlaku terutama dalam era Revolusi Industri 4.0 (RI4.0). Dalam Dasar RI4.0 negara yang
telah dilancarkan pada tahun 2021, mensasarkan pada tahun 2030 semua guru dilatih untuk

menerima guna teknologi RI4.0 dalam pengajaran dan pembelajaran (Jabatan Perdana
Menteri, 2021). Pelaksanaan KPPB merupakan salah satu daripada usaha untuk mencapai
sasaran tersebut kerana elemen yang mendasari KPPB menuju ke arah mencapai matlamat

Dasar RI4.0 Negara. Justeru pemilihan pendekatan yang sesuai untuk membolehkan
berlakunya pembelajaran bermakna supaya dapat menyokong hasrat RI4.0 sangatlah perlu

dititikberatkan.

Tujuan

Kajian ini bertujuan kajian dilakukan sebagai maklumbalas pelaksanaan Kapasiti Pedagogi
Pembelajaran Bermakna (KPPB) yang dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru.


Objektif Kajian
1. Mengenalpasti pelaksanaan KPPB yang dilaksanakan dalam Pengajaran dan
pembelajaran.

2. Mengesan perbezaan pelaksanaan PdP sebelum dan selepas pelaksanaan KPPB
pensyarah dan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Bahasa Melayu

terhadap pelaksanaan KPPB.

Soalan kajian

1. Sejauhmanakah pelaksanaan KPPB berjaya dilaksanakan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran?

2. Adakah terdapat perbezaan pelaksanaan PdP sebelum dan selepas pelaksanaan
KPPB terhadap amalan pensyarah dan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan KPPB?.


Kepentingan Kajian
Amalan KPPB ini tidak boleh diketepikan kerana bakal guru yang akan memberikan ilmu

kepada murid-murid yang akan berdepan dengan cabaran RI4.0. Kepentingan kajian ini
sudah tentu sebagai syor untuk Kementerian Pendidikan Malaysia mengenal pasti keperluan
siswa guru IPG dan pensyarah berkaitan amalan pedagogi masa kini serta merangka pelan


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1102

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

strategik bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar IPG dan pensyarah dalam
melaksanakan KPPB. Hasil kajian juga dapat menyediakan program pengajian yang

bermakna untuk guru pelatih semasa tempoh latihan di IPG dan selanjutnya apabila
ditempatkan di sekolah-sekolah sebagai guru permulaan.
Bagi Institut Pendidikan Guru (IPG) yang berfungsi melatih siswa guru, dapatan kajian

ini dapat menjadi satu panduan untuk merancang proses PdP yang lebih bermakna dan
relevan untuk membekalkan tenaga guru dalam era RI4.0. Kajian ini juga boleh membantu

IPG membina amalan latihan yang bersesuaian untuk siswa guru dengan amalan KPPB yang
bersifat interdisiplin. Selain itu, pihak IPG juga boleh meningkatkan kualiti guru yang
dikeluarkan berasaskan pembelajaran yang lebih bermakna dan menyedia guru yang lebih

profesional bersifat multidisiplin sesuaii dengan era RI4.0.


Skop dan batas kajian
Kajian ini hanya dilaksanakan di IPG Kampus Bahasa Melayu yang merintis KPPB pada tahun
2019 dan melaksanakan sepenuhnya pada tahun 2020 hingga kini. Fokus kajian hanya

tertumpu kepada perbezaan amalan sebelum dan selepas iiperkenalkan KPPB.

TINJAUAN LITERATUR


Pembelajaran Bermakna
Mengikut Ausubel pembelajaran bermakna tidak menekankan proses menghafal tetapi

pembelajaran bermakna menjadikan pelajar meneroka ilmu baharu dan mengaplikasikan ilmu
yang diperoleh (Nur Rahmah, 2013). Peranan tenaga pengajar ialah mengembangkan potensi
pelajar untuk membolehkan belajar secara bermakna dengan ilmu yang relevan. Selain itu

pembelajaran bermakna akan kekal lebih lama dalam ingatan. Pembelajaran bermakna ini
adalah lebih penting untuk diamalkan dalam institusi latihan perguruan.


Kapasiti Pedagogi pembelajaran Bermakna (KPPB)
Pendidikan abad ke-21 ditekankan dalam Pelan pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu
hasrat utama ialah untuk melonjakkan pencapaian murid melalui pendekatan baharu.

Penekanan terhadap pembangunan pendidikan abad ke-21 ialah berfikiran kritis dan kreatif
dan perkembangan sahsiah yang holistik (KPM, 2013). Justeru, bagi memenuhi keperluan

tersebut terlebih dahulu inisiatif melahirkan guru yang bersifat kreatif dan kritis perlulah
menjadi salah satu keutamaan.
Fullan, M. & Langworthy, M. (2013), pedagogi baharu untuk pembelajaran bermakna

merupakan salah satu usaha perkongsian global bertujuan memperbaharui matlamat untuk
pendidikan dan pembelajaran, termasuk kemahiran yang menyediakan pelajar untuk menjadi



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1103

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kreatif sepanjang hayat dan menyelesaikan masalah secara kolaboratif dan menjadi individu
yang sihat, bahagia dan mampu menyumbang kepada kebaikan bersama dalam dunia saling

bergantung sekarang ini.
Proses pengajaran dan pembelajaran di IPG juga perlu berupaya melatih siswa guru
ke arah pemikiran yang kreatif dan kritis dengan amalan KPPB. Mohamad Mohsin Mohamad

Said Jamsari Alias (2013) dalam kajian mereka mengatakan bahawa salah satu implikasi
penting bagi guru ialah mereka perlu membangunkan gaya pengajaran sendiri yang

membantu memupuk kreativiti. KPPB sangat menekankan aspek ini sebagai satu usaha
melahirkan guru-guru yang berkualiti dan tidak bergantung kepada ilmu teras tetapi berupaya
menggunakan pelbagai ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Usaha mengubah pendekatan tradisional kepada pendekatan pengajaran dan
pembelajaran ke arah amalan KPPB merupakan satu strategi yang baik. Dalam kajian oleh

Halimah Harun (2006) guru pelatih yang bersikap positif berminat dalam kerjaya perguruan
serta bermotivasi tinggi untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya. Mereka juga menunjukkan
prestasi yang lebih baik semasa latihan mengajar berbanding mereka yang tidak berminat

dan rendah motivasinya. Bagi mengaitkan situasi ini, proses PdP yang dilaksanakan oleh
pensyarah untuk siswa guru perlu membantu melahirkan pengajaran yang bermakna untuk
meningkatkan motivasi para pelajar.

Selain mampu meningkatkan motivasi, antara sebab utama pembelajaran bermakna
adalah penting kerana pelajar yang menggunakan pendekatan seperti itu cenderung untuk
mendapatkan gred yang lebih tinggi, dan mengekalkan, mengintegrasikan dan memindahkan

maklumat pada kadar yang lebih tinggi (Entwistle & Ramsden, 1983; Ramsden, 2003). Selain
itu, pembelajaran bermakna dikaitkan dengan keseronokan pengalaman pembelajaran

manakala pendekatan bersemuka cenderung kurang memuaskan (Tagg, 2003). Justeru,
pensyarah perlu lebih kreatif dalam mereka bentuk proses pengajaran dan pentaksiran di
dalam bilik kuliah agar boleh mewujudkan suasana yang kondusif dalam kalangan pelajar.

Freddy Widya Ariesta (2018), mengatakan terdapat tiga manfaat penting dalam
menerapkan pembelajaran bermakna bagi pelajar iaitu pertama, informasi yang dipelajari

secara bermakna lebih lama dapat diingat; kedua, informasi-informasi baru yang dibangunkan
pelajar akan memudahkan proses belajar berikutnya untuk proses belajar berterusan dan,
ketiga, informasi yang dilupakan setelah menerima struktur pengetahuan baharu akan
mempermudah proses belajar hal-hal yang sama walaupun telah dilupakan.


Pemanfaatan Digital

Amalan KPPB amat menekankan TMK melalui penggunaan pelbagai Objek Pembelajaran
Digital (Digital Learning Object, DLO) iaitu salah satu daripada elemen pemanfaatan digital.
Pemanfaatan digital melalui penggunaan pelbagai sumber serta TMK dalam PdP dapat


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1104

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

meningkatkan kemahiran murid untuk membuat penaakulan serta mengamalkan pemikiran
aras tinggi (Mc Clain & Cobb, 2001; Kirkwood, 2000). Ini menunjukkan bahawa pemanfaatan

digital amat penting dalam mendidik generasi masa kini untuk melahirkan suasana
pembelajaran yang bermakna. TMK dapat membawa pengalaman sebenar ke dalam kelas
tanpa menyuruh pelajar keluar dari kelas, jadi pengalaman sebenar selain mewujudkan

pembelajaran yang bermakna juga akan mengembangkan kemahiran sosial (Faslah, R.,
2017).

KPPB ialah pedagogi yang menekankan perkongsian pembelajaran baharu dalam
kalangan pelajar dan tenaga pengajar yang bertujuan untuk mencapai matlamat
pembelajaran yang mendalam melalui akses digital (Fullan & Langworthy, 2014). Selari

dengan perkembangan teknologi pada abad ke-21, perkongsian pembelajaran wujud dalam
kalangan pelajar dan tenaga pengajar adalah menggunakan alat dan sumber digital.

Sehubungan itu, pemanfaatan digital dalam KPPB menggalakkan pelajar mencipta
pengetahuan baharu dan menghubungkannya ke dunia dengan menggunakan alatan digital
bagi mencapai pembelajaran bermakna.


METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dilakukan secara kajian kes iaitu kaedah pengumpulan data dengan pengkaji sendiri

turun padang dan melihat sendiri suasana sebenar melalui pemerhatian dan temu bual serta
data-data dokumentasi berdasarkan keperluan kajian. Data-data yang diperoleh dikumpul dan

dibentuk menjadi satu pernyataan sebagai hasil kajian.

Sampel Kajian dan Pengumpulan Data

Sampel kajian melibatkan pensyarah dan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(PISMP) yang menjalani pengajian di sebuah Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) di
Kuala Lumpur. Sebuah kampus yang dipilih menjadi rintis pelaksanaan KPPB pada tahun

2019 dan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2020 seterusnya 2021. Maklumat yang
didapati melalui kajian kes ini adalah bersifat semasa dan sesuai untuk digunakan bagi
menghuraikan bagi tempoh kajian dilakukan.


DAPATAN KAJIAN


Objektif 1: Mengenalpasti pelaksanaan KPPB dilaksanakan dalam Pengajaran dan
pembelajaran.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1105

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Graf 1 : Menunjukkan jumlah peratus kursus yang terlibat melaksanakan KPPB dalam PdP
bagi PPISMP Bahasa Melayu dan PISMP Bahasa Melayu.



Peratus


90 81.1
80
70 58.8
60
50
50
40 28.5 28.5 32 35.7
30 21.05
20 13.3 13.3
10 0 0
0
Januari -Mei 2020 Ogos - Disember 2020 Januari - Mei 2021


PPISMP Jun 2020 PISMP Jun 2020 PISMP Jun 2019

PISMP Jun 2018 PISMP Jun 2017 PISMP Jun 2016

Berdasar graf 1 di atas, menunjukkan jumlah peratus penglibatan kursus-kursus yang
berjaya melaksanakan amalan KPPB dalam tempoh tiga semester iaitu Januari – Mei 2020,
September – Disember 2020 dan Januari – Mei 2021. Data ini berdasarkan ambilan PISMP

dari Ambilan Jun 2016 hingga Jun 2020 dan terdapat data dari kursus-kursus PPISMP
Ambilan semester Jun 2020. Data menunjukkan peratus yang turun naik disebabkan

beberapa faktor dan salah satunya kerana suasana pandemik COVID-19 yang melanda
sepanjang tahun 2020 dan bersambungan sehingga 2021. Hal ini kerana pensyarah dan
pelajar masih dalam penyesuaian dengan amalan PdP secara Dalam Talian. Justeru, berlaku

kesukaran dalam proses merancang KPPB dalam tempoh tersebut. Namun, dalam tempoh
Januari hingga Mei 2021 dapatan yang agak memberangsangkan terutamanya bagi kursus-

kursus PPISMP Ambilan Jun 2020 iaitu menunjukkan 81.1 peratus daripada jumlah kursus
yang ditawarkan semester tersebut. Berdasarkan dapatan ini, menunjukkan pensyarah dan
pelajar telah memulakan langkah perubahan ke arah amalan KPPB.













e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1106

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Objektif 2 – Apakah perbezaan amalan tradisional kepada amalan KPPB.


Jadual 1 : Menunjukkan perbezaan daripada amalan tradisional kepada amalan KPPB.
BIL ASPEK TRADISIONAL KPPB

1. Amalan  Pensyarah dan pelajar  Memastikan kejelasan
Pedagogi mengetahui kandungan pensyarah dan pelajar terhadap
kursus dan melaksanakan kursus
PdP  Boleh merungkai dan
 Pensyarah dan pelajar merangkai kursus secara
melaksanakan PdP secara interdisiplin
bersendiri  Mengesan keperluan 6C dalam
 Pensyarah dan pelajar PdP
tidak mengambil berat  Pensyarah dan pelajar
terhadap 6C mencapai tahap inovatif dalam
PdP
2. Pemanfaatan  Pensyarah dan pelajar  Penggunaan digital tools yang
Digital memanfaatkan digital lebih meluas
sebagai bahan bantu  Memanfaatkan digital sebagai
dalam proses PdP. perantara untuk perkongsian
ilmu
 Menggunakan digital untuk
mencapai tahap 6C
3. Rakan  Rakan pembelajaran  Membina rangkaian
Pembelajaran hanya terhad kepada pembelajaran yang lebih luas
rakan sekelas atau melepasi sempadan kampus
sekampus dan negara.
4. Persekitaran  Persekitaran pembelajaran  Persekitaran pembelajaran
Pembelajaran aktif. yang interaktif dan aktif
 Persekitaran pembelajaran  Persekitaran pembelajaran
di dalam bilik kuliah dan dapat dibina sehingga luar
luar bilik kuliah. sempadan kampus
Lapangan Mac 2019 - Mei 2021

KPPB berteras kepada empat elemen iaitu Amalan pedagogi, pemanfaatan digital,
rakan pembelajaran dan persekitaran pembelajaran. Justeru, hasil kajian mendapati empat
elemen ini sebagai kunci untuk melihat perbezaan antara amalan tradisional dan amalan

KPPB dalam PdP.
Bagi elemen amalan pedagogi, amalan tradisional pensyarah dan pelajar mengetahui

apakah kandungan kursus yang akan dipelajari untuk satu semester dan seterusnya
merancang proses PdP. Kuasa merancang terletak kepada pensyarah sepenuhnya
berdasarkan hasil pembelajaran setiap kursus. Pensyarah dan pelajar akan melaksanakan

proses PdP secara bersendiri dengan elemen gabungjalin dengan multidisiplin ilmu. Namun,
apabila diperkenalkan KPPB, perkara awal yang dilakukan terlebih dahulu ialah memahami
secara mendalam kandungan kursus dengan menentukan hasrat kejayaan dan kriteria

kejayaan yang hendak dicapai. Kejelasan kepada kandungan kursus juga telah meningkatkan
kemahiran para pensyarah melakukan proses merungkai dan merangkai kursus secara


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1107

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

interdisiplin dengan kursus-kursus lain yang diambil oleh pelajar dalam semester yang sama.
Perbezaan seterusnya, apabila mekasanakan KPPB pelaksanaan PdP mencapai tahap

inovatif sehingga sebahagian pelajar da pensyarah boleh menghasilkan inovasi baharu
melalui pelaksanaan KPPB berkaitan kursus yang dipelajari.
Eleman kedua ialah pemanfaatan digital yang telah diperluaskan dalam amalan KPPB.

Dalam amalan tradisional pemanfaatan digital lebih bertumpu hanya sebagai bahan bantu
dalam proses PdP. Setelah amalan KPPB diperkenalkan pensyarah dan pelajar sudah mula

memaksimumkan pemanfaatan digital bukan semata-mata sebagai bahan bantu.
Pemanfaatan digital telah digunakan sebagai bahan perantara kepada perkongsian ilmu yang
diperoleh dalam PdP sehingga luar sempadan kampus. Penggunaan teknologi digital dalam

pembelajaran dapat meningkatkan minat dan motivasi siswa dalam belajar, kualiti proses
pembelajaran, dan hasil pembelajaran, tetapi perlu memperhatikan berbagai aspek

kemampuan sumber daya manusia, keamanan, dan kesihatan guru dan pelajar (Nandang
Hidayat, Husnul Khotimah, 2019).
Bagi elemen ketiga iaitu rakan pembelajaran berjaya disebarkan hingga ke luar

sempadan negara. Amalan KPPB memberi ruang kepada pelajar-pelajar meneroka ilmu
melalui rangkaian rakan pembelajaran yang lebih luas dan berkongsi ilmu bersama-sama
dengan pakar dalam bidang kursus yang dipelajari. Berbanding dalam amalan tradisional,

rakan pembelajaran berkisar di dalam bilik kuliah ataupun dalam kampus sahaja.
Amalan KPPB juga mengubah persekitaran pembelajaran daripada hanya bersifat
aktif menjadi bersifat lebih aktif, lebih interaktif dan wujudnya usaha bercirikan inovatif dalam

mengembangkan ilmu melalui kursus yang dipelajari. Sifat inovatif ini selari dengan Dasar
Perindustrian Keempat (IR4.0) Negara dalam Teras 01 Inisiatif kelima iaitu meningkatkan

pendedahan kepada teknologi RI4.0 dalam kalangan generasi muda dan menggalakkan
inovasi dengan menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai My Digital Maker Champion
Schools (JPM, 2021). Justeru, pendidikan siswa guru juga haruslah menjurus ke arah inisiatif

tersebut. Selain itu, melalui pelaksanaan KPPB pembelajaran di bilik kuliah dan luar bilik
kuliah diperluaskan lagi kepada persekitaran luar kampus sehingga ada yang mencapai tahap

antarabangsa merentas benua.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN LANJUT


Peralihan kepada amalan KPPB merupakan tindakan selari ke arah yang lebih baik adalah
untuk menghasilkan siswa menjadi guru Bahasa Melayu yang lebih berkualiti dan mampu
mengamalkan apa yang diperoleh sepanjang pengajian dengan pelbagai kursus yang

ditawarkan. Berdasarkan dapatan kajian, membuktikan bahawa amalan KPPB akan
membantu menjayakan RI4.0 kerana keperluan tenaga manusia yang berdaya saing dapat



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1108

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

dihasilkan melalui amalan KPPB dalam sistem pendidikan. Berdasarkan kajian ini, beberapa
kajian lanjut boleh dilaksanakan antaranya:

a) Kajian boleh dilaksanakan sejauh mana keupayaan pensyarah dan pelajar teras
Bahasa Melayu merungkai dan merangkai kandungan kursus dalam KPPB secara
interdisiplin.

b) Kajian terhadap sejauhmana kemahiran pemanfaatan digital dalam amalan KPPB
memberikan ruang pembelajaran sepanjang hayat kepada pelajar.


RUJUKAN


Christopher, G. & Ray, D. (2010). Developing deep learning approaches and personal
teaching efficacy within a preservice teacher education context in British Journal
Education Psycology Charles Sturt University, NSW, Australia
https://doi.org/10.1348/00070990260377488

Faslah, R. (2017). Pemanfaatan internet dalam pengembangan konsep IPS dan implikasinya
terhadap pembelajaran bermakna. Econosains Jurnal Online Ekonomi Dan Pendidikan,
9(2), 167-170. https://doi.org/10.21009/econosains.0092.07

Entwistle, N.J, & Ramsden, P. (1983). Understanding student learning. Croom Helm.
Fullan, M., & Langworthy, A. (2014). Rich seam: How new pedagogies find deep learning.
Pearson.

Fullan, M. & Langworthy, M. (2013). Towards a New End: New Pedagogies for Deep Learning.
Washington, USA : Collaborative Impact Seattle.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025: Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Jabatan Perdana Menteri, (2020). Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (RI4.0) Negara. Unit
Perancang Ekonomi, JPM.

Maizura Yasin & Nur Surayyah Madhubala Abdullah. (2018). Sudut pandangan guru pelatih
pendidikan moral terhadap cabaran pelaksanaan pdpc abad ke-21 di sekolah.
Malaysian Online Journal of Education, 2(2), 36-45.
McClain, K., & Cobb, P. (2001). Supporting students' ability to reason about data. Educational
Studies in Mathematics, 45, 103–129

Mohamad Mohsin Mohamad Said Jamsari Alias. (2013). Kreativiti pengajaran guru sekolah
rendah di Malaysia . Jurnal Psikologi Malaysia 27 (2013): 71-97

Nandang Hidayat & Husnul Khotimah, (2019). Pemanfaatan teknologi digital dalam kegiatan
pembelajaran. Jurnal Pendidikan dan Pengajaran Sekolah Guru Dasar. Vol. 2 No. 1.
Halaman 10-15. e-ISSN: 2623-0232 ; p-ISSN: 2623-0941
https://doi.org/10.33751/jppguseda.v2i1.988

Olga, C., Vasile, C. & Catalano. C., (2016). Contemporary Pedagogy, Alternative Options
for protection and Resilience Original Research Article. Conference: ERD 2016 -
Education, Reflection, Development, Fourth Edition. DOI: 10.15405/epsbs.2016.12.23
(pp. 167-172)



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1109

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Ramsden, P. (2003). Learning to teach in higher education. RoutledgeFalmer

Tagg, J. (2003). The learning paradigm college. MA: Anker. DOI:10.1111/j.1467-
9647.2006.00283_7.x























































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1110

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

CABARAN SISWA GURU PENDIDIKAN JASMANI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL DALAM MENYERTAI KELAS PENDIDIKAN JASMANI
SECARA DALAM TALIAN KETIKA PANDEMIK

1
Muhammad Afif Mazlan ,Ahmad Iqbal Hamdi bin Mohd Zulkurnin, Muhammad Adam
Firdaus bin Nor Amali, Fathen Suriati Jusoh , Ahmad Jalani bin Halus
4
5

1,2,3,4,5 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected], [email protected]
[email protected], [email protected]
[email protected]


ABSTRAK


Pembelajaran secara dalam talian memainkan peranan penting dan menerajui bidang
pendidikan ketika pandemik melanda pada hari ini. Pendidikan Jasmani merupakan satu

matapelajaran yang memerlukan pelajar melakukan aktiviti fizikal dan menggunakan
peralatan tertentu dalam sesi pembelajaran. Namun, pandemik yang melanda menghalang
segala aktiviti bagi matapelajaran berkenaan dilakukan secara fizikal. Siswa guru Pendidikan

Jasmani tidak terkecuali dalam menghadapi suasana baharu ini. Oleh itu, satu tinjauan
dilakukan untuk mengkaji cabaran siswa guru Pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail dan cara mengatasi cabaran ketika menyertai kelas secara dalam

talian. Responden kajian ini dipilih berdasarkan Jadual Pensampelan Krecjie dan Morgan
(1970) mengikut cadangan pensampelan (n=57). Data dianalisis secara deskriptif disokong

perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26 dan pengekodan bertema.
Dapatan menunjukkan min keseluruhan cabaran dihadapi siswa guru Pendidikan Jasmani
mencapai min sederhana (min 3.02). Manakala, dapatan min keseluruhan cara mengatasi

cabaran mencapai min tinggi (min 3.82). Dapatan juga mendapati 78.9% tidak bersetuju
meneruskan pembelajaran secara dalam talian untuk subjek Pendidikan Jasmani selepas

pandemik berakhir. Kesimpulannya, pandemik bukanlah penghalang siswa guru untuk
melaksanakan kelas Pendidikan Jasmani meskipun terdapat pelbagai kesukaran yang
dihadapi. Siswa guru menunjukkan respon positif dalam memastikan proses pembelajaran
dapat diteruskan.



Kata kunci: Pembelajaran dalam talian, Pendidikan Jasmani, siswa guru, pandemik.











e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1111

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGENALAN

Cabaran pandemik COVID-19 telah meruntuhkan pelbagai sektor terutamanya sektor

pendidikan. Siswa guru Pendidikan Jasmani tidak terkecuali terkesan dalam menjalani
pembelajaran secara dalam talian bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Terdahulu, kelas

diadakan secara fizikal dan dijalankan secara langsung antara pensyarah dan siswa guru.
Sebarang bentuk kesalahan yang dilakukan oleh siswa guru akan ditegur ketika kelas
berlangsung oleh pensyarah dan membuatkan sesi pembelajaran menjadi amat bermakna.

Selain itu, kemudahan untuk mendapatkan peralatan sukan dan tempat untuk melakukan
aktiviti sukan amatlah fleksibel untuk diadakan. Para siswa guru Pendidikan Jasmani bebas
untuk melakukan aktiviti sukan bersama rakan-rakan mereka dan bergerak di mana-mana

sahaja dengan adanya bimbingan dan pantauan oleh pensyarah. Menurut Rancangan
Maklumat Kursus (RMK) iaitu di dalam kursus Permainan Bola Sepak, Bola Jaring dan Bola
Baling (PJMS3033), pelajar akan dapat melakukan kemahiran asas bola sepak, melakukan

kemahiran asas bola jaring, melakukan kemahiran asas bola baling dengan teknik yang betul
dan melaksanakan permainan kecil dalam permainan bola sepak, bola jaring dan bola baling

secara beretika dan profesional (IPGM, 2017). Hal ini menunjukkan bahawa adanya
keperluan siswa guru untuk melakukan aktiviti fizikal tersebut dan memerlukan ruang khusus
untuk melaksanakan aktiviti berbanding situasi sekarang iaitu siswa guru perlu melaksanakan

aktiviti yang hanya bersesuaian dalam keadaan persekitaran mereka dan perlu mendapatkan
pertimbangan daripada pensyarah mereka. Situasi pembelajaran seakan mula berubah

apabila pandemik mula melanda negara dan menyebabkan para siswa guru memerlukan
bimbingan secara khusus walau dalam talian. Perkara yang dilihat begitu signifikan dengan
mereka adalah, mereka perlu merakam video pembelajaran mereka dan memuat naik video

tersebut ke dalam pautan yang telah disediakan oleh pensyarah. Ini sedikit sebanyak
menyebabkan mereka perlu adanya kemahiran dalam teknologi maklumat untuk
melangsungkan hidup dalam sesi pembelajaran. Menurut Nur Syarafina, Zainal Fitri dan Ying

(2020), kajian terhadap 99 orang responden mendapati pembelajaran digital dapat dicapai
dengan berkesan, dan ia boleh menyediakan satu alternatif kepada pembelajaran. Untuk
melakukan perubahan kepada pengajaran secara tradisional adalah sukar, namun boleh

dicapai sekiranya kemudahan teknologi disediakan dengan sempurna dan pelajar mempunyai
motivasi dalam membentuk kesedaran terhadap pembelajaran digital. Oleh itu, kesedaran

kepentingan pembelajaran secara digital akan dapat diterima sepenuhnya, lebih-lebih lagi
dengan kemajuan teknologi maklumat dan teknologi dalam PdP.
Hasil dapatan kajian ini secara tidak langsung menggambarkan cabaran untuk

meneruskan pembelajaran dalam talian yang dihadapi oleh semua siswazah di negara kita.
Keadaan atau persekitaran pembelajaran secara dalam talian ini juga tidak terkecuali dihadapi



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1112

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

oleh siswa-siswa guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Bertitik tolak
daripada itu, kajian ini berhasrat dan mengkaji cabaran yang dihadapi oleh para guru siswazah

Pendidikan Jasmani di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, cara menghadapi
cabaran yang dinyatakan dan kesanggupan untuk meneruskan kelas Pendidikan Jasmani
dalam talian selepas pasca pandemik.


SOROTAN LITERATUR


Cabaran Pembelajaran Subjek Pendidikan Jasmani Secara Dalam Talian
Terdapat banyak cabaran yang dihadapi dalam menyertai kelas Pendidikan Jasmani secara
dalam talian telah dicatatkan dalam kajian-kajian lepas. Menurut Lu (2020) yang melakukan

kajian terhadap 60 orang pelajar di sebuah sekolah di China melaporkan pembelajaran dalam
talian sesuai dijadikan sebagai medium pembelajaran Pendidikan Jasmani namun
memerlukan penambahbaikan kerana pelajar belum bersedia dengan sistem operasi

pembelajaran dalam talian ini. Oleh hal ini demikian, ini menunjukkan pembelajaran secara
dalam talian masih memerlukan penambahbaikan yang perlu diteliti dari masa ke masa

perlulah disesuaikan dengan sebaik mungkin agar para pelajar mampu mengikuti kelas
walaupun secara dalam talian.
Mercier, Centeio, Erwin dan lain-lain (2021) menyatakan 20% daripada 4362 guru

Pendidikan Jasmani dalam kajian mereka di Amerika Syarikat menyatakan pembelajaran
dalam talian kurang berkesan kerana mereka merupakan golongan yang berada di luar

bandar dan mengalami masalah untuk mengakses pembelajaran yang menggunakan
teknologi. Ini dikukuhkan lagi dalam kajian O’Brien, Adamakis, Onofre, Costa dan lain-lain
(2020) yang melaporkan setiap negara mempunyai masalah tersendiri diantaranya capaian

internet yang kurang stabil dan halangan terhadap pelaksanaan amali Pendidikan Jasmani.
Pembelajaran Pendidikan Jasmani secara dalam talian juga memberi kesan terhadap
motivasi guru dan pelajar. Williyanto (2020) dalam kajiannya iaitu mengkaji hasil pembelajaran

Pendidikan Jasmani yang diterapkan secara dalam talian sepanjang pandemik yang merujuk
kepada sejumlah besar guru, pelajar dan ibu bapa di sekolah-sekolah di Indonesia mendapati
pembelajaran dalam talian matapelajaran ini sukar dijalankan kerana kekurangan fasiliti dan

menyebabkan pelajar tidak bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran. Ini ditambah lagi
dengan keadaan persekitaran yang memaksa pelajar Pendidikan Jasmani memerlukan ruang

yang khusus untuk melaksanakan sesi pembelajaran yang dijalankan dalam talian. Akalin dan
Gumus (2020) juga melaporkan pelajar di Turki berpendapat mata pelajaran Pendidikan
Jasmani merupakan mata pelajaran yang paling sukar diikuti kerana pandemik ini telah

memberi kesan terhadap motivasi diri mereka untuk mengikuti pembelajaran Pendidikan
Jasmani secara dalam talian. Dalam kajian terhadap 37 orang guru Pendidikan Jasmani di



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1113

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

bandar Mexicali sekitar Mexico oleh Hall-López (2020) juga menyatakan penurunan kepada
kekerapan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh guru Pendidikan Jasmani dan perkara ini sangat

mengecewakan kerana guru-guru ini amat terkenal dengan profesionalisme mereka dalam
membantu penjagaan kesihatan orang awam sebelum pandemik menyerang.
Herguner, Yaman, Donmez dan lain-lain (2021) mendapati 599 orang pelajar

Pendidikan Jasmani di 7 buah universiti di Turki mendapati majoriti pelajar kurang bersedia
untuk menghadapi pembelajaran dalam talian. Siswa guru Pendidikan Jasmani dalam satu

kajian di Sepanyol didapati kurang bersedia terhadap perubahan gaya pengajaran yang ingin
diterapkan iaitu pembelajaran dalam talian, dan perkara ini telah memberi kesan terhadap
keyakinan mereka sebagai seorang siswa guru untuk melakukan pengajaran secara dalam

talian semasa latihan perguruan mereka (Varea, Gonzalez-Calvo & Garcia-Monge 2020).
Kajian oleh Yu dan Jee (2021) terhadap 75 orang pelajar dari 15 buah universiti di

Korea melaporkan warga pendidik dan pelajar Pendidikan Jasmani kurang bersetuju terhadap
pembelajaran berasaskan web ini kerana mereka merasakan kaedah ini amat rumit dan
menyukarkan. Siswa guru Pendidikan Jasmani dalam kajian Varea dan González-Calvo

(2020) menyatakan mereka kurang gembira dengan sesi pengajaran Pendidikan Jasmani
secara dalam talian kerana perkara ini menyebabkan mereka kurang pengalaman dalam
aktiviti pengajaran secara bersemuka dan siswa guru Pendidikan Jasmani kajian berkenaan

juga menyatakan bahawa mereka merindukan suasana pembelajaran secara bersemuka
bersama murid-murid mereka.


Kemahiran Teknologi Membolehkan Pembelajaran Dalam Talian
Dalam tinjauan literatur, hanya kajian Batez (2021) yang melaporkan ketiadaan masalah yang

dihadapi oleh responden ketika menyertai pembelajaran Pendidikan Jasmani secara dalam
talian. Batez (2021) mendapati, pelajar Fakulti Sukan dan Pendidikan Jasmani di Serbia
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan teknologi dan melebihi keperluan untuk

menyertai pembelajaran secara dalam talian. Oleh hal demikian, pelajar tidak mengalami
masalah untuk menyertai kelas Pendidikan Jasmani secara dalam talian semasa pandemik

kerana kemahiran teknologi yang dimiliki.

METODOLOGI KAJIAN


Dapatan kajian diperoleh dengan menggunakan teknik kuantitatif dan kualitatif. Kajian ini telah
menggunakan teknik tinjauan yang meliputi tiga bahagian iaitu Bahagian 1 yang melibatkan
pengumpulan data demografi responden, Bahagian 2 yang mempunyai 24 pernyataan yang

mengaplikasikan 5 skala Likert untuk mengetahui min cabaran yang dihadapi oleh siswa guru
PJ, kelebihan pembelajaran dalam talian serta tahap kepuasan pencapaian akademik siswa



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1114

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

guru dan Bahagian 3 yang mempunyai 2 soalan subjektif yang berbentuk kualitatif berfungsi
untuk mengukuhkan data kuantitatif. Platform Google Form telah digunakan sebagai medium

edaran untuk meninjau populasi. Kajian ini telah mencapai sasaran sampel iaitu sebanyak 57
sampel bagi jumlah populasi (N = 66). Pemilihan sampel-sampel tersebut merujuk kepada
Jadual Pensampelan Krecjie dan Morgan (1970).


Data yang diperoleh pada Bahagian 1 iaitu data demografi dan data Bahagian 2 yang meliputi

Cabaran, Kelebihan dan Tahap Kepuasan Pencapaian Akademik Pelajar PJ dianalisis secara
statistik deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science
(SPSS) versi 26 untuk mendapatkan nilai frekuensi dan min. Dapatan data pada Bahagian 3

pula dianalisis menggunakan teknik pengekodan bertema untuk menyokong dapatan
Bahagian 2.


Interpretasi data kuantitatif adalah berdasarkan Jadual Interpretasi berikut diadaptasi
daripada kajian Fathen Suriati (2017).


Jadual 1:
Jadual Interpretasi

Interpretasi Nilai Min
Rendah 0.00 – 1.66
Sederhana 1.67 – 3.33
Tinggi 3.34 – 5.00


DAPATAN KAJIAN
Dapatan demografi responden adalah seperti dalam Jadual 2 di bawah.

Jadual 2:
Data Demografi Responden

JANTINA
Valid Kekerapan Peratus
L 34 59.6
P 23 40.4
Jumlah 50 100.0


Statistik demografi menunjukkan 57 siswa guru Pendidikan Jasmani telah menjadi responden

dalam kajian ini, iaitu 34 (59.6%) merupakan siswa guru lelaki dan 23 (40.4%) merupakan
siswa guru wanita Kursus Pendidikan Jasmani. Jumlah responden ini adalah baik kerana ia

mengikut jumlah saranan yang dicadangkan dalam Jadual Persampelan Krejcie dan Morgan
(1970) untuk mewakili seluruh populasi.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1115

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Cabaran Dihadapi Siswa Guru Pendidikan Jasmani
Jadual 3 di bawah menunjukkan rumusan min bagi dapatan data kuantitatif kajian ini.

Jadual 3:
Rumusan Nilai Min Cabaran Menyertai Pembelajaran Dalam Talian.
MIN CABARAN MENYERTAI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
N Min Sisihan piawai
Kemampuan Capaian Internet 57 3.0 1.368
5
Kemampuan Memahami Kandungan 57 3.2 1.191
1
Kemampuan Melakukan Aktiviti Fizikal 57 3.5 1.10037
0
COVID-19 Adalah Penghalang 57 3.0 1.353
9
Sokongan Pensyarah 57 2.6 1.12411
3
Sokongan Rakan 57 2.9 1.395
8
Kemampuan Mengekalkan Kesihatan 57 2.7 1.16544
Mental Dan Persekitaran 5
Valid N (listwise) 57


Berikut merupakan rumusan terhadap komponen-komponen yang mempengaruhi kesediaan
siswa guru Pendidikan Jasmani untuk menghadapi pembelajaran dalam talian. Dapatan ini

adalah meliputi data kuantitatif daripada 57 orang responden dan disokong dapatan kualitatif.

Kemampuan Capaian Internet

Data kuantitatif menunjukkan bahawa responden mencatat min yang sederhana dalam
keupayaan mendapat capaian internet dengan nilai min 3.05 dan ini bermakna capaian

internet responden adalah memuaskan sepanjang pembelajaran dalam talian. Namun
demikian, data kualitatif menunjukkan terdapat responden menyatakan capaian internet yang
perlahan menyukarkan responden untuk melakukan sebarang perbincangan dan melibatkan

penghantaran video amali. Hal ini menyebabkan, responden tidak dapat menghantar tugasan
dengan sempurna dan akan menjejaskan sesi pembelajaran responden.


Kemampuan Memahami Kandungan
Data menunjukkan bahawa responden mencapai min yang sederhana iaitu 3.21 dari sudut
kefahaman untuk memahami kandungan yang diajar dalam subjek Pendidikan Jasmani

secara dalam talian. Merujuk kepada dapatan kualitatif yang direkodkan, terdapat responden
yang menyatakan mengalami kesukaran untuk memahami isi kandungan dan

mengaplikasikan teori yang diajar. Hal ini demikian kerana, responden tiada pengalaman
untuk melakukan aktiviti sukan yang belum pernah dilakukan dan memerlukan perhatian
yang khusus oleh pensyarah untuk melakukan aktiviti fizikal tersebut. Responden juga


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1116

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

menyatakan kualiti pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani sukar untuk dicapai dan
memberi cabaran buat responden untuk memahami teknik yang diajar dengan betul.


Kemampuan Melakukan Aktiviti Fizikal


Dapatan menunjukkan bahawa responden mencapai min sederhana iaitu 3.50 dalam
kemampuan melakukan aktiviti fizikal. Hal ini menunjukkan responden masih mampu
melakukan aktiviti meskipun dibebani situasi pembelajaran kini. Menurut data kualitatif yang

direkodkan, responden menyatakan aktiviti fizikal perlu dilaksanakan secara berseorangan
seperti berjoging dan mengalami kesukaran untuk melakukan sesetengah aktiviti seperti
lompat jauh yang perlu direkodkan untuk dihantar kepada pensyarah. Responden juga

menyatakan bahawa peralatan yang terhad dan ruang yang tidak mencukupi membuatkan
mereka menghadapi kesukaran untuk melakukan aktiviti fizikal yang diarahkan oleh
pensyarah.


Sokongan Pensyarah


Data kuantitatif menunjukkan responden mencatatkan min sederhana terhadap sokongan
pensyarah dengan nilai min 2.63. Dapatan data ini secara jelasnya telah membuktikan
bahawa pensyarah memberi sokongan yang memuaskan terhadap siswa guru. Terdapat di

kalangan mereka menyatakan bahawa pembelajaran dalam talian ini telah membataskan
peluang mereka untuk berkomunikasi secara terus dengan pensyarah. Atas faktor ini,
responden kurang mendapat pendedahan daripada pensyarah. Ini membuktikan bahawa

motivasi yang diberikan pensyarah lebih berkesan sekiranya diberikan secara bersemuka
berbanding sesi pembelajaran kini.


Sokongan Rakan

Responden mencatatkan min sederhana bagi sokongan rakan dengan nilai min 2.98. Ini

menunjukkan bahawa majoriti responden mendapat sokongan daripada rakan-rakan mereka
pada tahap sederhana. Terdapat juga responden yang menyatakan bahawa mereka
mendapat kurang sokongan daripada rakan-rakan disebabkan kekangan untuk

berkomunikasi secara terus sepanjang menjalankan pembelajaran dalam talian. Mereka juga
berpendapat bahawa sokongan yang diberikan rakan-rakan berkurang kerana masing-masing

mempunyai komitmen dan pengurusan masa yang berbeza-beza sepanjang pembelajaran
dalam talian menjadikan mereka kurang berkomunikasi antara satu sama lain.
Kemampuan Mengekalkan Kesihatan Mental dan Persekitaran






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1117

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Data menunjukkan bahawa responden mencapai min sederhana iaitu 2.75 dalam
mengekalkan kesihatan mental dan persekitaran. Hal ini menunjukkan bahawa responden

walaupun berada dalam pembelajaran dalam talian, mereka tetap menjaga kesihatan mental
dan persekitaran mereka tidak membebankan walaupun dihujani oleh tugasan kerja rumah
apabila belajar di kediaman masing-masing. Namun demikian, merujuk kepada data kualitatif

yang diselidiki melalui responden, suasana yang bising di rumah membuatkan responden
sukar fokus dalam keadaan tersebut. Responden juga menyatakan kurang bermotivasi untuk

mengikuti sesi pembelajaran disebabkan tidak dapat melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani
secara langsung bersama pensyarah dan rakan sekelas. Ini menyebabkan sesi pembelajaran
menjadi kurang seronok kerana lazimnya aktiviti fizikal terutamanya subjek Pendidikan

Jasmani memerlukan praktikal atau amali untuk memahami aktiviti fizikal dengan lebih baik.


Cara Mengatasi Cabaran

Jadual 4 di bawah menunjukkan dapatan min bagi cara mengatasi cabaran.
Jadual 4:
Rumusan Nilai Min Cara Mengatasi Cabaran Menjalani Pembelajaran Dalam Talian.
MIN CARA MENGATASI CABARAN MENJALANI PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
N Min Sisihan
Piawai
Usaha Mendapat Capaian Internet 57 3.96 1.117
Usaha Memahami Kandungan 57 3.92 .80495
Sokongan Pensyarah 57 4.40 .728
Sokongan Rakan 57 4.51 .539
Usaha Melakukan Aktiviti Fizikal 57 3.56 .84156
Usaha Mengekalkan Kesihatan Mental Dan 57 4.28 .77929
Persekitaran
Pandangan Pembelajaran Dalam Talian Wajar 57 2.14 1.302
diteruskan
Valid N (listwise) 57

Usaha Mendapat Capaian Internet Yang Baik

Dapatan menunjukkan responden mencapai min tinggi iaitu 3.96 dalam usaha untuk

mencapai internet yang baik. Ini menunjukkan komitmen responden walaupun belajar dalam
keadaan norma baharu iaitu secara dalam talian, responden tetap berusaha untuk
mendapatkan capaian internet yang baik. Dapatan ini disokong oleh data kualitatif yang

menunjukkan responden akan menggunakan pelbagai cara demi mendapat capaian internet
yang baik. Antaranya, responden akan berada di kawasan yang mempunyai liputan atau

rangkain internet yang laju dan memasang peranti wi-fi untuk mendapatkan akses internet
yang lebih laju. Responden juga menyatakan menggunakan platform yang pelbagai dan
sesuai seperti Whatsapp atau Telegram amat bertepatan apabila ingin membuat




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1118

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

perbincangan walaupun terdapat gangguan internet yang menjejaskan sesi perbincangan
responden bersama rakan-rakan atau pensyarah.


Usaha Mengekalkan Kesihatan Mental dan Persekitaran


Dapatan menunjukkan responden mencapai min tinggi iaitu 4.28 dalam usaha untuk
mengekalkan kesihatan mental dan persekitaran. Ini menunjukkan usaha responden untuk
menjaga kesihatan mental walaupun mereka sedang menghadapi pendemik dalam norma

baharu, responden tetap berusaha untuk menyesuaikan diri dengan pembelajaran dalam
talian. Dapatan ini disokong oleh data kualitatif yang menunjukkan responden akan sentiasa
mencari langkah seperti mencari tempat sunyi seperti di luar rumah.


Usaha Memahami Kandungan


Dapatan menunjukkan responden mencapai min tinggi iaitu 3.92 dalam usaha untuk
memahami kandungan. Oleh hal demikian, responden menggunakan pelbagai usaha untuk
memahami kandungan pembelajaran walaupun belajar secara dalam talian. Data ini juga

disokong oleh dapatan kualitatif yang direkodkan iaitu kebanyakkan responden akan
membuat dan mengamalkan pembelajaran kendiri dengan melayari internet atau
menggunakan aplikasi Youtube untuk melihat contoh dan teknik yang betul bagi subjek

Pendidikan Jasmani. Namun demikian, responden juga turut menyatakan kekesalan untuk
memahami kandungan pembelajaran apabila perlu berusaha dengan lebih giat untuk
memahami topik yang akan dipelajari sebelum kelas bermula dan terus melakukan ulangkaji

untuk memahami sesuatu topik pembelajaran.


Sokongan Pensyarah

Data kuantitatif menunjukkan bahawa responden mencatatkan min tinggi iaitu 4.40 bagi
mendapatkan sokongan pensyarah. Bacaan data yang tinggi ni membuktikan bahawa siswa

guru berusaha menghubungi pensyarah dan pensyarah pula berusaha memberikan
sokongan kepada siswa-siswa guru sepanjang sesi pembelajaran dalam talian ini.
Berdasarkan data kualitatif pula, responden telah menyatakan pensyarah telah mengambil

langkah dengan menggunakan aplikasi Whatsapp untuk sentiasa berhubung dan
mengetahui keadaan semasa siswa guru.


Sokongan Rakan

Dapatan menunjukkan bahawa responden mencatatkan min 4.51 dalam mendapatkan

sokongan rakan. Bacaan min ini adalah tinggi dan membuktikan bahawa siswa guru saling


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1119

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

memberi sokongan antara satu sama lain. Data kualitatif juga telah menyokong perkara ini
iaitu responden menyatakan bahawa mereka kerap bertukar pendapat antara satu sama lain

sepanjang pembelajaran dalam talian.

Usaha Melakukan Aktiviti Fizikal


Data kuantitatif menunjukkan bahawa responden mencatatkan min tinggi iaitu 3.56 dalam
usaha melakukan aktiviti fizikal. Data ini menunjukkan responden cuba sedaya upaya untuk

melakukan aktiviti fizikal dalam pembelajaran dalam talian. Berdasarkan data kualitatif pula,
responden akan melakukan aktiviti di kawasan lapang seorang diri, manakala bagi alatan
fizikal, kebanyakan responden akan meminjam alatan daripada rakan-rakan dan terdapat

responden membeli alatan secara dalam talian dan terdapat juga yang menggunakan alatan
yang sedia ada seperti tayar lori dan tali.


Kesanggupan Meneruskan Pembelajaran Dalam Talian Selepas Pandemik.

Data menunjukkan bahawa responden mencapai 78.9% peratus tidak sanggup meneruskan

pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani secara dalam talian selepas pandemik berakhir.
Dengan erti kata lain, responden merasakan bebanan apabila pembelajaran dalam talian ini
berterusan walaupun selepas pandemik. Berdasarkan data kualitatif, begitu banyak cabaran

yang dihadapi oleh responden seperti capaian internet yang lemah, kesukaran memahami
kandungan subjek, kesukaran melakukan aktiviti fizikal dan ketahanan kesihatan mental dan
persekitaran yang kurang stabil menjadi punca pembelajaran secara fizikal lebih dipilih oleh

siswa guru Pendidikan Jasmani. Jadual 5 menunjukkan peratus kesanggupan meneruskan
pembelajaran secara dalam talian oleh siswa guru Pendidikan Jasmani selepas pandemik

berakhir.

Jadual 5:
Kesanggupan Meneruskan Pembelajaran Subjek Pendidikan Jasmani Secara Dalam Talian
Selepas Pandemik Berakhir


KESANGGUPAN MENERUSKAN PEMBELAJARAN SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI
SECARA
DALAM TALIAN SELEPAS PANDEMIK BERAKHIR
Valid Kekerapan Peratus
YA 12 21.1
TIDAK 45 78.9
Jumlah 57 100.0

KESIMPULAN KAJIAN





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1120

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Kajian ini mendapati responden mencatat sederhana hampir setiap cabaran yang dihadapi
dan dapatan juga mendapati responden mencatat min tinggi untuk mengatasi setiap cabaran.

Kemampuan dan usaha tinggi responden bagi menghadapi pembelajaran dalam talian subjek
Pendidikan Jasmani berjalan dengan lancar dan ini membuktikan setakat mana tahap
kesediaan responden untuk menjalani pembelajaran dalam talian. Sesetengah mereka juga

pernah mengalami pembelajaran dalam talian selama tiga semester juga memainkan peranan
dalam membantu mereka untuk mengatasi sebarang cabaran yang mungkin dihadapi.


Dapatan kajian ini memberi sumbangan literatur kepada bidang yang dikaji kerana kajian-
kajian sebelum ini kebanyakannya merekodkan cabaran yang dihadapi oleh pelajar

Pendidikan Jasmani ketika menjalani pembelajaran dalam talian. Namun, kajian ini mendapati
di sebalik cabaran yang dihadapi siswa guru ketika kekalutan pandemik melanda, mereka

menyatakan tahap kesediaan dalam pembelajaran dalam talian berada dalam tahap
memuaskan atau sederhana. Walaupun dalam keadaan berjauhan dengan rakan-rakan dan
pensyarah, para siswa guru Pendidikan Jasmani mampu dan berusaha mengadaptasikan diri

mereka dengan keadaan sekeliling bagi memastikan pembelajaran dalam talian berlangsung
dengan baik


Hal ini kerana ini merupakan semester yang ketiga mereka menghadapi pembelajaran dalam
talian dan ini telah membuatkan mereka sudah terbiasa dengan situasi demikian. Mereka
beranggapan pembelajaran dalam talian memberi peluang kepada mereka untuk lebih

mendalami ilmu teknologi maklumat agar boleh dipraktikkan apabila berkhidmat sebagai guru
kelak.


Pengalaman yang dialami oleh siswa guru dalam pembelajaran dalam talian mampu
mempersiapkan mereka dalam menghadapi cabaran pendidikan dan melahirkan pendidik

yang sentiasa bersedia dalam segala perubahan sistem pendidikan.

SYOR CADANGAN KAJIAN


Kajian akan datang boleh dibuat dengan mengkaji populasi siswa guru Pendidikan Jasmani
yang lebih besar di peringkat IPGM. Kajian juga boleh dilaksanakan dengan mengambil

pensyarah Pendidikan Jasmani sebagai responden dalam mengenal pasti cabaran yang
dihadapi sepanjang menjalankan pembelajaran dalam talian. Memandangkan subjek
Pendidikan Jasmani memerlukan pelajar untuk melakukan aktiviti fizikal dan sekiranya

pandemik ini berterusan, adalah wajar sekiranya satu modul dan video diwujudkan sebagai
pemudah cara pembelajaran. Selain itu, infrastruktur dan kemudahan pencapaian internet



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1121

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

juga perlulah dinaik taraf dalam sistem pendidikan negara memandangkan teknologi dan
internet kini menjadi bahan dan alat bantu mengajar yang penting terutama sekali dalam

pandemik dan sejajar dengan hasrat pendidikan untuk melahirkan warga yang celik teknologi.

RUJUKAN


Akalin, T. C., & Gumus, M. (2020). Investigation of Secondary School Students' Participation
in Physical Education Lessons with Distance Education in the Pandemic Process.
African Educational Research Journal, 8, 266-272.

Batez, M. (2021). ICT skills of university students from the faculty of sport and physical
education during the COVID-19 pandemic. Sustainability, 13(4),1711.

Fathen Suriati Jusoh (2017). English Teaching Assistants’ (ETA) Adaptation to Malaysian 4.
Culture In Terengganu: A Case Study. Master Dissertation, University of Malaya, Kuala
Lumpur.

Hall-López, J. A. (2020). Physical activity levels in physical education teachersbefore and
during school suspension brought by the covid-19 quarantine.Facta Universitatis,
Series: Physical Education and Sport, 475-481.
Hergüner, G., Yaman, Ç., Çaglak Sari, S., Yaman, M. S., & Dönmez, A. (2021). The Effect of
Online Learning Attitudes of Sports Sciences Students on Their Learning Readiness to
Learn Online in the Era of the New Coronavirus Pandemic (COVID-19). Turkish Online
Journal of Educational Technology-TOJET, 20(1), 68-77.

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). (2017). Ringkasan maklumat kursus Permainan
Bola Sepak, Bola Jaring dan Bola Baling PJMS3033. Cyberjaya:Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Lu, S. (2020). School+ family community learning model of PE course under COVID-19
epidemic situation. International Journal of Emerging Technologies in Learning (iJET),
15(18), 218-233.
Mercier, K., Centeio, E., Garn, A., Erwin, H., Marttinen, R., & Foley, J. (2021). Physical
education teachers’ experiences with remote instruction during the initial phase of the
COVID-19 pandemic. Journal of Teaching in Physical Education, 40(2), 337-342.

Nur Syarafina Binti Abdul Rahman, Zainal Fitri Bin Mohd Zolkifli & Ying Leh Ling. (2020).
Kepentingan Kemudahan Teknologi dan Motivasi Membentuk Kesedaran Pelajar dalam
Pembelajaran Digital. Proceedings of the National Research Innovation Conference.

O’Brien, W., Adamakis, M., O’Brien, N., Onofre, M., Martins, J., Dania, A., & Costa,J. (2020).
Implications for european physical education teacher education during the COVID-19
pandemic: a cross-institutional SWOT analysis European Journal of Teacher Education,
43(4), 503-522.

Varea, V., González-Calvo, G., & García-Monge, A. (2020). Exploring the changes of
physical education in the age of Covid-19. Physical Education and Sport Pedagogy, 1-
11.

Varea, V., & González-Calvo, G. (2020). Touchless classes and absent bodies:teaching
physical education in times of Covid-19. Sport, Education and Society, 1-15.







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1122

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Williyanto, S. (2020). The Achievement of Physical Education Learning Objectivesduring
COVID-19 Pandemic. Proceedings of the 5th International Seminar of Public Health and
Education, 473 -480

Yu, J., & Jee, Y. (2021). Analysis of Online Classes in Physical Education during the COVID-
19 Pandemic. Education Sciences, 11(1), 3.




















































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1123

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KEBERKESANAN DAN TAHAP KEPUASAN PELAJAR TESL IPGKDRI DALAM
MELAKSANAKAN KERJA KURSUS PEMENTASAN DRAMA BAGI KURSUS DRAMA
DALAM BAHASA INGGERIS (TSL1064) SECARA DALAM TALIAN

1
2
Ahmad Faiz bin Abdul Aziz , Ahmad Amirul Haziq bin Ahmad Fhudzi ,
3
4
Muhammad Aiman Hakim bin Zakaria , Fathen Suriati binti Jusoh & Faizah binti
Jaafar
5

1,2,3,4,5 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected], [email protected],
[email protected], [email protected] &
[email protected]



ABSTRAK


Pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh negara telah menimbulkan pelbagai
masalah dalam pelbagai bidang termasuk dunia pendidikan. Pembelajaran secara dalam

talian yang dijalankan memainkan peranan penting dan menerajui bidang Pendidikan bagi
membasmi pandemik. Kursus Drama dalam Bahasa Inggeris (TSL1064) merupakan satu
kursus wajib bagi siswa guru persediaan kursus Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa

Kedua (TESL). Salah satu tugasan kerja kursus memerlukan siswa guru melakukan aktiviti
pementasan drama yang kebiasaannya dilakukan secara fizikal namun terpaksa diubah

kepada dalam talian disebabkan kekangan pandemik. Oleh itu, satu tinjauan telah dibuat bagi
mengkaji keberkesanan pementasan drama secara dalam talian dan tahap kepuasan siswa
guru PPISMP TESL ambilan Jun 2020 dalam melaksanakan pementasan kerja kursus drama

TSL1064 secara dalam talian. Responden kajian ini dipilih berdasarkan Jadual Pensampelan
Krecjie dan Morgan (1970) sebagai cadangan pensampelan (n=50). Data dianalisis secara
deskriptif disokong perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26 dan

pengekodan bertema. Dapatan menunjukkan min keseluruhan keberkesanan pelaksanaan
pementasan drama dalam talian mencapai min tinggi (min 4.66) dan min keseluruhan tahap
kepuasan pelaksanaan drama secara dalam talian juga mencapai min tinggi (4.49). Dapatan

juga mendapati 30 (60%) responden bersedia meneruskan pementasan drama secara dalam
talian bagi semester akan datang. Kesimpulannya, pandemik bukanlah penghalang siswa

guru untuk melaksanakan pementasan drama, namun, sifat positif telah ditunjukkan oleh
siswa guru bagi memastikan tugasan kerja kursus pementasan drama yang diberikan dapat
dilaksanakan dengan baik.


Kata kunci: pementasan drama, pembelajaran dalam talian, Covid-19, siswa guru TESL





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1124

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGENALAN

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada seluruh dunia. Bidang pendidikan tidak

terkecuali telah terjejas dan pandemik telah mengubah lanskap pengajaran dan pembelajaran
daripada teknik fizikal kepada teknik maya atau dalam talian. Kursus Drama dalam Bahasa

Inggeris (Drama in English TSL1064) adalah salah satu kursus yang ditawarkan dan
diwajibkan kepada semua siswa guru Program Persediaan Pengajaran Bahasa Inggeris
Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Objektif Kursus

TSL1064 ini ditawarkan adalah untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan kerjasama
kumpulan siswa guru.
Salah satu kerja kursus bagi subjek TSL1064 memerlukan siswa guru melaksanakan

pementasan drama seperti yang dicatatkan dalam Ringkasan Maklumat Kursus (IPGM,
2016). Namun, pandemik yang melanda telah mengubah cara pelaksanaan kerja kursus
tersebut kepada dalam talian di mana siswa guru perlu berlakon dan merakam lakonan

mereka walaupun mereka tidak berada di satu tempat fizikal atau pentas yang sama. Menurut
Mohammed Jasim (2015), penonton dan pentas merupakan salah satu elemen drama. Pentas

merupakan tempat di mana watak melakonkan drama dan penonton akan menerima kesan
daripada hasil pementasan yang dilakonkan oleh watak dalam drama berkenaan semasa
menonton pementasan. Namun, elemen pentas dan penonton ini tidak dapat diterapkan

dalam kerja kursus ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Oleh itu, kajian ini
berhasrat untuk mengkaji keberkesanan pementasan drama secara dalam talian, tahap

kepuasan Siswa Guru PPISMP TESL ambilan Jun 2020 dalam melaksanakan pementasan
salah satu kerja kursus drama TSL1064 secara dalam talian dan kesediaan meneruskan
pementasan drama secara dalam talian untuk kursus akan datang.


SOROTAN LITERATUR

Kebaikan Pementasan Drama Secara Umum


Penyelidikan yang lepas telah membuktikan bahawa drama memberikan kebaikan kepada

pelajar. Antaranya adalah drama dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar. Menurut Ashton-
Hay (2005), melalui aktiviti drama pelajar dapat meningkatkan keyakinan diri dalam perbualan
dengan menggunakan ritma bahasa, ekspresi, intonasi, dan sebutan yang betul. Fuentes

(2010) pula menyatakan bahawa drama dalam bilik darjah menyumbang meningkatkan tahap
keyakinan pelajar untuk bercakap. Drama dapat menolong pelajar yang pemalu dan mereka
bersembunyi disebalik karektor yang dibawa semasa mereka membuat persembahan.

Aktiviti drama juga dapat menggalakkan pelajar untuk bekerja bersama. Lin (2015)
menyatakan bahawa selain daripada mendapat pengalaman bermakna melalui karektor,



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1125

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

drama juga dapat meningkatkan kerjasama pelajar melalui kerja berpasukan. Ini juga dapat
meningkatkan minat pelajar untuk belajar terutamanya Bahasa Inggeris.


Athiemoolam (2004) menyatakan bahawa ketika pelajar belajar melalui drama dan

bekerja secara berpasangan atau berkumpulan melalui aktiviti perbualan, mereka berpeluang
untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari atau dibincangkan di dalam kelas. Mereka
akan tolong-menolong dan belajar dari ahli kumpulan. Ini akan mendorong minat mereka

untuk memastikan penyertaan maksimum di antara mereka melalui aktiviti drama.


Drama juga dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar. Davis dan Behn (1978)
menyatakan bahawa apabila ketua kumpulan memberi panduan kepada ahli kumpulan untuk
meneroka, membina, menyatakan konsep dan ekspresi perasaan melalui drama, setiap ahli

kumpulan yang lain akan dapat memikirkan tentang aksi dan dialog yang sesuai dengan
menggunakan unsur-unsur drama. Mereka akan berimaginasi dalam menyelesaikan masalah
dan sekaligus meningkatkan daya kreativiti mereka.


Cabaran Kelas Drama / Teater Sepanjang Pandemik

Kajian lepas mendapati terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh pelajar bagi
melaksanakan kelas dan latihan drama secara dalam talian. Simamora (2020) dalam

kajiannya mendapati pembelajaran dalam talian untuk subjek drama agak mengelirukan
pelajar kerana ia bukanlah pembelajaran teori semata-mata dan memerlukan latihan.
Terdapat responden yang mengatakan bahawa walaupun pensyarah telah memberi contoh

video untuk melaksanakan tarian atau lakonan, namun tidak semua pelajar mampu
melakukannya kerana mereka memerlukan demonstrasi secara bersemuka. Manakala, Moyo
dan Sibanda (2020) dalam kajian mereka terhadap pensyarah dan pelajar kursus teater dan

seni melaporkan kebanyakan pelajar mengalami masalah dalam melakukan raptai dan
persiapan persembahan dan pelajar tidak dapat berhubung dengan baik secara dalam
kumpulan terutamanya dalam memberikan arahan dan mengendalikan raptai. Seterusnya,

Muhammad Azri (2020) menyatakan bahawa sebilangan pelajar sukar mengikuti dan
memahami kelas teater dalam talian. Dalam hal ini, pensyarah perlu memainkan peranan

dalam memastikan pelajar dapat memahami kandungan pembelajaran dengan memberikan
penjelasan yang diperlukan. Sebilangan pelajar juga berasa kecewa dengan pelaksanaan
pembelajaran dalam talian kerana tinggal di kawasan luar bandar, di mana kebanyakan

mereka mengalami masalah internet yang teruk dan mengganggu pembelajaran mereka.
Namun pada masa pandemik ini, kajian Trujillo (2021) mendapati latihan dan

persembahan drama semasa pandemik membina keyakinan diri pelajar. Menurut Trujilo,
pelajar telah diberikan dua pilihan untuk melakukan latihan drama sama ada secara fizikal
dengan memakai pelitup muka atau melakukan latihan secara dalam talian di kediaman


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1126

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

masing-masing. Namun, ketika persembahan berlangsung, mereka perlu memakai pelitup
muka dan memastikan sebutan mereka jelas dan mengekalkan penjarakan sosial bagi

mengekang wabak COVID-19. Dengan memakai pelitup muka, pelajar menyatakan mereka
tidak perlu risau tentang ekspresi muka yang mereka lakukan ketika berlakon. Mereka juga
dapat menghilangkan rasa gemuruh ketika berada di hadapan khalayak ramai dan ini secara

tidak langsung meningkatkan keyakinan diri mereka.
Kesimpulannya, kajian lepas mendapati terdapat cabaran dan kebaikan dalam

melaksanakan kelas dan pementasan drama secara dalam talian. Namun, impak pementasan
drama sama ada secara dalam talian atau fizikal tidak dapat dinafikan memberi kesan yang
positif dalam diri pelajar.


METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan teknik kuantitatif dan kualitatif bagi mendapatkan dapatan kajian.

Satu tinjauan telah dibuat melalui Google Form telah dilaksanakan bagi mengumpul dapatan
kajian. Tinjauan itu mengandungi empat bahagian iaitu Bahagian A mengumpul data

demografi responden, Bahagian B mempunyai 17 pernyataan yang mengaplikasikan 5 skala
Likert untuk mengetahui min keberkesanan pelaksanaan pementasan drama secara dalam
talian dan tahap kepuasan responden dalam melaksanakan pementasan drama Kursus

TSL1064 secara dalam talian. Manakala Bahagian C mengumpul dapatan kesanggupan
responden untuk meneruskan pementasan drama secara dalam talian bagi semester akan

datang dan Bahagian D mengandungi satu soalan subjektif yang mengumpul dapatan
kualitatif untuk menyokong dapatan kuantitatif kajian ini. Pemilihan sampel bagi kajian ini
adalah berdasarkan Jadual Persampelan Krecjie dan Morgan (1970) yang mencadangkan

kajian ini mempunyai 50 orang sampel bagi jumlah populasi (N = 57). Sampel kajian
merupakan siswa guru Persediaan Kursus Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa
Kedua (TESL) yang menuntut di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail ambilan Jun 2020.

Dapatan data bagi Bahagian A iaitu data demografi dan data Bahagian C iaitu
kesanggupan responden untuk meneruskan pementasan drama secara dalam talian untuk
semester akan datang dianalisis secara statistik deskriptif dibantu perisian Statistical Package

for Social Science (SPSS) versi 26 dengan mendapatkan nilai frekuensi dan peratusan. Data
Bahagian B yang mengumpul dapatan keberkesanan pelaksanaan pementasan drama

Kursus TSL1064 secara dalam talian dan tahap kepuasan responden dalam melaksanakan
pementasan drama Kursus TSL1064 secara dalam talian juga dianalisis secara statistik
dibantu perisian yang sama bagi mendapat nilai min. Manakala, data Bahagian D dianalisis

menggunakan teknik pengekodan bertema untuk menyokong dapatan B.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1127

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Interpretasi data kuantitatif adalah berdasarkan Jadual Interpretasi berikut yang diadaptasi
daripada kajian Fathen Suriati (2017).

Jadual 1:
Jadual Interpretasi

Interpretasi Nilai Min
Rendah 0.00 – 1.66

Sederhana 1.67 – 3.33

Tinggi 3.34 – 5.00



DAPATAN KAJIAN

Dapatan demografi bagi kajian ini adalah seperti dalam Jadual 2 di bawah.

Jadual 2:
Data Demografi Responden

JANTINA
Valid Kekerapan Peratus

L 8 16.0

P 42 84.0

Jumlah 50 100.0


Statistik demografi menunjukkan 50 orang siswa guru telah menjadi responden dalam kajian

ini, iaitu 8 (16.0%) merupakan guru pelatih lelaki dan 42 (84.0%) merupakan guru pelatih
wanita Kursus Persediaan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL)

ambilan Jun 2020. Jumlah responden ini adalah baik kerana memenuhi jumlah saranan yang
dicadangkan dalam Jadual Pensampelan Krejcie dan Morgan (1970) untuk mewakili seluruh
populasi.


Keberkesanan Pementasan Drama Secara Dalam Talian

Jadual 3 di bawah menunjukkan dapatan min keberkesanan pementasan drama secara
dalam talian.












e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 1128


Click to View FlipBook Version