The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasaidi.hassan, 2021-09-19 00:57:19

e Prosiding Serai 2021 final

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Aktiviti 3 : Pasca Penilaian
Bagi aktiviti 3, pasca penilaian, terdapat tiga kaedah penilaian yang telah dijalankan iaitu ujian

pos, soal selidik dan temubual.

Ujian Pos

Pelajar diberikan ujian pos yang mengandungi satu soalan yang sama dengan ujian pra. Masa
yang diperuntukkan adalah 20 minit. Seterusnya pensyarah akan menyemak jawapan ujian

pos pelajar dan markah direkodkan.

Soal Selidik

Penyelidik mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar yang telah didedahkan dengan
penggunaan kaedah FlipPot. Tujuannya adalah untuk mendapatkan respon pelajar terhadap

penggunaan kaedah FlipPot.

Temubual

Sesi temubual dibuat selepas Ujian Pos dijalankan. Temubual yang dipilih adalah temubual
berstruktur dan dilakukan ke atas tiga orang pelajar yang dipilih secara rawak. Soalan yang
disediakan adalah Sebanyak 7 soalan berbentuk setuju atau tidak bersetuju. Setiap temubual

akan direkod dan dianalisis.

DAPATAN KAJIAN


Analisis Ujian Pra dan Pos
Daripada analisis ujian pra dan pos, terdapat dua kategori markah yang diperolehi pelajar iaitu

gagal dan lulus. Berdasarkan standard pencapaian Bahagian Matrikulasi iaitu sekiranya
pelajar mendapat markah kurang daripada 50%, maka pelajar ini dikategorikan sebagai gagal.
Manakala markah lulus, pelajar perlu mendapat markah 50% dan ke atas. Bagi pelajar yang

mendapat markah 80% dan ke atas adalah dikategorikan sebagai pelajar cemerlang.

JADUAL 1 : Perbandingan peratus pencapaian gagal dan lulus pelajar
S13P1/ S13P7 dalam Ujian Pra dan Ujian Pos

Julat Kategori Peratus Ujian Pra Peratus Ujian Peratus
Markah (%) Pos (%) Perubahan (%)

0-4 Gagal 47 5 -42
5-7 Lulus 42 16 -26
8-10 Lulus 11 79 +68





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 430

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 1 menunjukkan peratus pencapaian gagal dan lulus pelajar dalam ujian pra dan pos.
Dalam ujian pra didapati 47% daripada pelajar adalah gagal dan 53% pelajar lulus. Manakala

peratus pelajar gagal dalam ujian pos pula adalah 5%. Ini menunjukkan selepas kaedah
FlipPot diperkenalkan kepada pelajar, peratus pelajar gagal telah berkurang sebanyak 42%.
Peratus pelajar lulus dalam ujian pos pula adalah sebanyak 95%. Ini menunjukkan berlaku

peningkatan sebanyak 42% daripada ujian pra. Manakala peratus pelajar cemerlang iaitu julat
markah 8-10 dalam ujian pos adalah sebanyak 79% iaitu berlaku peningkatan sebanyak 68%

daripada ujian pra.
























Rajah 1: Graf perbandingan markah min Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan Rajah 1 di atas, min bagi ujian pra adalah sebanyak 4.22 manakala min bagi
ujian pos sebanyak 8.88. Peningkatan min berlaku sebanyak 4.66.

Analisis Borang Soal Selidik
Berikut adalah hasil analisis borang soal selidik terhadap 19 orang pelajar S13P1/S13P7
untuk 8 item dan purata min bagi setiap item tersebut.


Jadual 2 : Skor min Soal Selidik Kajian Tindakan Kaedah FlipPot
Bil. Subjek / perkara Skor min

1. Kaedah FlipPot dapat membantu saya menyelesaikan soalan 4.26
berkaitan potentiometer dengan cepat.
2. Penggunaan kaedah FlipPot dapat menarik minat saya dalam 4.05
menyelesaikan masalah berkaitan dengan potentiometer.
3. Kaedah penggunaan FlipPot amat mudah. 4.21
4. Saya lebih bersemangat menjawab soalan potentiometer dengan 3.89
menggunakan kaedah FlipPot.
5. Penggunaan kaedah FlipPot dapat meningkatkan prestasi saya dalam 4.05
menjawab soalan ujian.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 431

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

6. Kaedah FlipPot dapat mengurangkan kesilapan saya dalam 4.26
menyelesaikan masalah berkaitan potentiometer.
7. Penggunaan kaedah FlipPot membantu saya menjawab soalan 3.84
dengan betul.
8. Penyelesaian masalah berkaitan potentiometer yang sukar menjadi 3.74
mudah dengan menggunakan kaedah FlipPot.

Jadual 2 menunjukkan skor min untuk setiap item. Skor min item yang paling tinggi iaitu 4.26
adalah item 1 kaedah FlipPot dapat membantu saya menyelesaikan soalan berkaitan

potentiometer dengan cepat dan item 6 kaedah FlipPot dapat mengurangkan kesilapan saya
dalam menyelesaikan masalah berkaitan potentiometer.


Analisis Temubual
Temubual berstruktur telah dilakukan ke atas tiga orang pelajar bagi mendapat maklumbalas
tentang keberkesanan FlipPot. Pemilihan pelajar untuk sesi temubual ini dibuat secara rawak

dan dilakukan selama 10 minit bagi seorang pelajar. Hasil analisis temubual berstruktur yang
dibuat ke atas tiga orang pelajar ini didapati 100% telah bersetuju dengan FlipPot dari segi

penggunaannya iaitu hanya dengan satu perisian tapi dapat menyelesaikan masalah
berkaitan potentiometer dengan mudah tanpa perlu bertanya pensyarah. Ini menunjukkan
pelajar dapat memahami dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan potentiometer hanya

dengan menggunakan telefon pintar.


KESIMPULAN DAN CADANGAN

Hasil dapatan kajian yang telah dibincangkan, semasa ujian pra, jelas menunjukkan
kelemahan pelajar dalam menggunakan rumus potentiometer dalam menentukan

Electromotive force (e.m.f) dan panjang keseimbangan dalam pengiraan. Dari aspek
kekuatan, kaedah FlipPot dapat mempertingkatkan prestasi pelajar iaitu dapat dilihat selepas
ujian pos dilaksanakan. Kaedah FlipPot juga dapat memberi keyakinan kepada pelajar untuk

belajar secara kendiri, di mana pelajar dapat menentukan sendiri sebarang kesilapan yang
dibuat dengan menyemak sendiri jawapan yang dibuat. Pelajar dilihat dapat mengamalkan

dua elemen STEM iaitu elemen kemahiran dan nilai di mana pelajar mampu meneroka,
membina penyelesaian masalah dan berani mencuba untuk menjawab soalan (Nur Amelia &
Lilia, 2019). Hasil keputusan soal selidik mendapati lebih daripada 70% pelajar bersetuju
dengan penggunaan kaedah FlipPot ini. Walaupun masih terdapat peratusan kecil pelajar

yang gagal, namun dapatan kajian ini telah berjaya meningkatkan peratusan pelajar lulus
sekurang-kurangnya 40% dan meningkatkan peratus pelajar cemerlang sebanyak 30% dalam

menyelesaikan masalah berkaitan dengan e.m.f. dan panjang keseimbangan dengan
menggunakan kaedah FlipPot telah tercapai. Dengan itu kaedah FlipPot akan digunakan


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 432

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

dalam pembelajaran Fizik. Bagi cadangan penambahbaikan, kesemua capaian kaedah
FlipPot ini disatukan dalam satu platform seperti menggunakan bot telegram agar mudah

dicapai. Penggunaan bot telegram memudahkan aktiviti penyebarluasan dengan hanya
mengedarkan link ke kumpulan telegram pelajar dan pensyarah.



RUJUKAN


Chan, J. W., & Pow, J. W. (2020). The role of social annotation in facilitating collaborative
inquiry-based learning. Computers & Education, 147, 103787.

Emparan, A., Rozita Radhiah Said, Azhar Md. Sabil & Nurzatulsima Kamarudin. (2020).
Flipped Classroom: Penggunaan Dan Pelaksanaan Di Malaysia Dari Tahun 2014-2019
(Analisis Meta)[Flipped Classroom: Use And Implementation In Malaysia From 2014-
2019 (Meta Analysis)]. AL-QIYAM International Social Science and Humanities Journal,
3(4), 38-60.

Kaviza, M. (2020). Kesediaan Murid Terhadap Penggunaan Aplikasi Google Classroom
Sebagai Pelantar Pembelajaran Sejarah. Malaysian Journal of Social Sciences and
Humanities (MJSSH), 5(4), 108 - 115.
Laporan Awal. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Noorazman Abd Samad, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Hairuddin Harun, Siti Noor Fazelah
Mohd. Noor, Affero Ismail, Mohd Wafi Abd. Rahman & Justin, R. (2018). The Readiness
Level of Using e-Learning Among Teacher Graduate Programme (TGP). In MATEC
Web of Conferences (Vol. 150, p. 05004). EDP Sciences.

Noradilah Abdul Wahab, Najmi Muhammad & Mohd. Sani Ismail. (2020). Analisis
Keberkesanan Penggunaan Ict Dalam Mendepani Gelombang Revolusi Industri 4.0
Dalam Kalangan Pelajar Di Negeri Terengganu, Malaysia. Asian People Journal
(APJ), 3(1), 101-109.

Nur Amelia Adam & Lilia Halim (2019). Cabaran pengintegrasian pendidikan STEM dalam
kurikulum Malaysia.
Sodiq Anshori. (2018). Pemanfaatan Teknologi Informasi Dan Komunikasi Sebagai Media
Pembelajaran. Civic-Culture: Jurnal Ilmu Pendidikan PKn dan Sosial Budaya, 2(1).





















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 433

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGGUNAAN TEKNIK ‘CRAC’ BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR MEKA
DALAM MENYELESAIKAN MASALAH PENDARABAN DUA MATRIKS

Nor Afiza binti Aziz , Sheralin binti Endion , Norazliana binti Mohmad Kamal ,
1
2
3
4
Dalina binti Daud

1,2,3,4 Kolej Matrikulasi Melaka
[email protected]



ABSTRAK


Kajian ini dijalankan untuk membantu pelajar dalam menguasai kemahiran mendarab dua
matriks. Seramai 10 orang pelajar MEKA Sistem Empat Semester, Kolej Matrikulasi Melaka

terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dibuat melalui pemerhatian menunjukkan
terdapat beberapa pelajar bermasalah dalam mendarab dua matriks. Kemahiran ini amat
penting dalam soalan penyelesaian masalah dalam tajuk ini. Ujian pra dijalankan bagi

mendapatkan gambaran awal penerimaan dan pemahaman pelajar berdasarkan pengajaran
di tutorial, tanpa menekankan mana-mana teknik. ‘CRAC’ adalah singkatan bagi “Copy Row

and Column”. Teknik ini hanya memerlukan pelajar tahu menyalin baris(row) dan lajur(column)
di tempat yang betul seterusnya menjumlahkan nilai bagi setiap unsur(element). Teknik
‘CRAC’ didedahkan kepada pelajar dalam tempoh 15 minit, seterusnya ujian pos dijalankan

bagi menguji keberkesanan teknik ‘CRAC’ dalam meningkatkan kemahiran pelajar.
Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi pelajar.


Kata kunci: Matematik, matrikulasi,Pendaraban Dua Matrik, pedagogi

PENGENALAN


Pendidikan adalah salah satu cara untuk mengembangkan potensi manusia agar mereka
bebas daripada kemunduran, berubah menjadi insan yang yang mempunyai keperibadian

yang mengikuti nilai-nilai yang berlaku di persekitaran mereka. Matlamat pendidikan adalah
menjadikan pelajar mempunyai potensi yang unggul dan boleh berguna untuk diri mereka dan
orang lain. Pendidikan adalah salah satu aspek terpenting dalam proses kehidupan manusia

yang akan membawa kesan positif dalam membina sumber manusia yang berkualiti. Oleh itu,
setiap manusia mesti berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikannya bagi
merealisasikan kehidupan yang lebih baik.

Proses pembelajaran semasa, terutamanya dalam matematik masih menggunakan
model pembelajaran konvensional dan berbentuk sehala, di mana guru menguasai proses

pembelajaran dan pelajar sendiri hanya menerima maklumat yang disampaikan oleh guru.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 434

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Hasilnya, pelajar dalam proses pembelajaran cenderung pasif, akan berasa bosan,
mengantuk, perhatian berkurang dan akhirnya kurang bermotivasi.

Dewasa ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan perlu interaksi
aktif antara pelajar dan guru. Untuk memikat pelajar untuk terlibat secara aktif dalam
pengajaran dan aktiviti pembelajaran, guru dituntut untuk lebih kreatif dalam mengatur aktiviti

pembelajaran. Penerapan variasi aktiviti dalam pengajaran, mewujudkan proses
pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan. Oleh itu, guru mesti mempunyai input dan

rujukan yang boleh digunakan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang
menarik minat pelajar.


SOROTAN LITERATUR

Penguasaan subjek Matematik khususnya adalah merupakan salah satu prasyarat bagi
sesebuah negara dalam mencapai kemajuan (Kaffenberger & Pritchett, 2020). Ini selari

dengan sistem pendidikan Malaysia yang menekankan pembangunan kandungan
pengetahuan yang kukuh menerusi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa. Matematik

merupakan matapelajaran yang wajib diambil oleh setiap pelajar dari peringkat rendah
sehinggalah peringkat tertinggi. Namun demikian, subjek matematik dianggap sebagai
matapelajaran yang tidak menarik, sukar dan membosankan (Kunwar & Sharma, 2020). Oleh

yang demikian, guru perlu mengambil inisiatif untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran subjek matematik lebih menarik dan berkesan.

Pendaraban dua matrik adalah konsep asas dalam pengenalan linear algebra.
Tambahan pula, hasil dari sistem persamaan linear diformulasi dari proses pendaraban dua
matrik ini. Walaupun prosedur pendaraban dua matrik adalah ringkas, Pemahaman pelajar

haruslah merangkumi ‘mengapa’, bukan hanya ‘bagaimana’ Murphy et. Al., 2018).
Proses pendaraban dua matrik mempamerkan masalah pemahaman konsep bagi
segelintir pelajar. Sebagai contoh, pendaraban dua matriks adalah berbeza dengan

pendaraban dua integer memandangkan ia tidak semudah mendarab biasa dan hasil
pendaraban dua matrik juga tidak komutatif. Pendaraban dua matriks adalah pedaraban
secara abstrak dalam algebra, di mana ia menggunakan proses mendarab dan menambah

secara abstrak. Ini adalah idea yang jarang dilihat oleh pelajar yang tiada pendedahan tentang
algebra secara abstrak sebegini (Cook, 2018).


PERMASALAHAN KAJIAN

Topik matriks merupakan topik yang kelima bagi kursus DM015 Semester Satu peringkat

matrikulasi bagi Jurusan Sains. Topik ini terbahagi kepada empat subtopik dan salah satunya
adalah pendaraban dua matriks. Pelajar telah didedahkan dengan konsep matriks dan


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 435

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kemahiran dalam operasi matriks pada peringkat menengah. Namun demikian, terdapat
segelintir pelajar yang masih belum mampu menguasai sepenuhnya kemahiran operasi darab

bagi dua matriks.
Matriks merupakan susunan set nombor, simbol atau ekpresi yang disusun dalam
baris dan lajur untuk membentuk satu tatasusunan segiempat tepat atau segiempat sama.

a  11 a 12 a 13 . . a  1n
 a a a . . a 
lajur
 21 22 23 2n 
a  a a . . a 
 31 32 33 3n 
 a m 1 a m 2 a m 3 . . a mn 

baris


Satu m n (baca : m kali n) matriks A adalah satu susunan unsur yang disusun dalam m
baris dan n lajur. Matriks AB hanya tertakrif apabila bilangan lajur dalam matrik A sama
dengan bilangan baris bagi matriks B. Sebagai contoh,

a b  p q   ap br aq bs  
       


 c d   r s   cp dr cq ds 


A 2 2  B 2 2 
Berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, didapati terdapat pelajar yang tidak tahu untuk

melakukan proses pendaraban dua matriks. Pelajar mampu menjangkakan dimensi hasil
pendaraban dua matriks tetapi tidak tahu untuk melakukan proses pendaraban tersebut.
Pelajar keliru dengan pemilihan baris(row) dan lajur(column) yang betul. Kaedah pengajaran

pensyarah secara tradisional bagi topik ini adalah tidak sesuai kepada segelintir pelajar
kerana melibatkan jalan pengiraan yang banyak. Contohnya bagi hasil darab dua matriks yang
berdimensi 3x3. Masalah ini perlu dibendung kerana kebanyakan soalan memerlukan pelajar

mahir mendarab dua matriks. Jika tidak, pelajar tidak akan dapat menyelesaikan soalan
berkaitan matriks dengan betul dan ini akan menjejaskan markah dalam peperiksaan akhir.
Di dalam kajian ini, penyelidik memfokuskan kepada proses pendaraban antara dua

matriks yang lebih mudah dan tidak mengelirukan terutamanya dalam pemilihan lajur dan
baris bagi setiap hasil akhir unsur di dalam matriks. Objektif utama kajian ini adalah untuk

meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan pendaraban dua matriks
menggunakan teknik ‘CRAC’.


Contoh kesilapan pelajar:
Bagi mendapatkan jawapan bagi element 11, pelajar mendarab lajur (column) 1 dari matriks
A dan baris (row )1 dari matrik B





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 436

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

2 0 1 8
= [ ] , = [ ]
5 1 3 −1
2 0 1 8 2(1) + 5(8)
= [ ] [ ]=[ ]
5 1 3 −1
Ini adalah terbalik daripada konsep pendaraban dua matriks, dimana pelajar sepatutnya perlu

memilih baris(row) pertama dalam matriks A dan lajur(column) pertama dalam matriks B.


METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah kajian tindakan yang melibatkan pemerhatian, ujian pra dan ujian pos. Data
yang diperoleh akan dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan. Kajian tindakan

dalam pendidikan merupakan satu sistem inkuiri yang boleh digunakan oleh guru untuk
merubah dan menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran, persekitaran sekolah dan
komuniti. Kajian tindakan berfokus kepada sampel yang spesifik, maka generalisasi tidak

dapat dibuat.
Kajian ini akan melibatkan seramai 10 pelajar SES, KMM yang dikenalpasti lemah

dalam subjek Matriks. Pemilihan ini adalah berdasarkan hasil kerja tutorial ujian Pra yang
telah dijalankan pendaraban dua matriks yang dilakukan oleh pelajar selepas mempelajarinya
di kelas tutorial dan ujian Pra yang telah dijalankan.


Pelaksanaan Kaedah ‘CRAC’
Intervensi yang digunakan untuk mempelajarai pendaraban dua matrik ini adalah teknik

‘CRAC’. Teknik ini dibentuk sesuai untuk pelajar yang lemah dan tidak boleh menggambarkan
sistem pendaraban matrik dengan jelas. ‘CRAC’ adalah singkatan bagi “Copy Row and
Column”. Teknik ini hanya memerlukan pelajar tahu menyalin baris (row) dan lajur (column)

di tempat yang betul seterusnya menjumlahkan nilai bagi setiap unsur (element). Teknik
‘CRAC’ didedahkan kepada pelajar dalam tempoh 15 minit, seterusnya ujian pos dijalankan

bagi menguji keberkesanan teknik ‘CRAC’ dalam meningkatkan kemahiran pelajar.
Jika diberi soalan seperti berikut:
1 7 3 5 −7 −1
Diberi dua matriks = [0 5 2] dan = [ 6 −8 −2]
3 0 1 −15 21 5
Bagi mencari hasil darab AB, langkah kerja adalah seperti berikut:
1 7 3 5 −7 −1
= [0 5 2] [ 6 −8 −2]
3 0 1 −15 21 5
i. Tentukan samada AB wujud atau tidak dengan cara merujuk kepada dimensi matriks

A dan B.
 Jika bilangan lajur di dalam matriks A = bilangan baris matriks B, maka hasil
darab matriks AB wujud.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 437

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Matriks A B AB


Dimensi (3 x 3) (3 x 3) 3 x 3



 Berdasarkan jadual di atas, matriks AB wujud dan dimensi bagi matrik AB
adalah 3x3


ii. Salin baris satu matriks A ke tiga tempat unsur di dalam baris pertama matriks AB.
Salin baris dua matriks A ke tiga tempat unsur di dalam baris kedua matriks AB.

Salin baris tiga matriks A ke tiga tempat unsur di dalam baris ketiga matriks AB.
1( ) + 7( ) + 3( ) 1( ) + 7( ) + 3( ) 1( ) + 7( ) + 3( )
= [0( ) + 5( ) + 2( ) 0( ) + 5( ) + 2( ) 0( ) + 5( ) + 2( )]
3( ) + 0( ) + 1( ) 3( ) + 0( ) + 1( ) 3( ) + 0( ) + 1( )
iii. Isikan ruang kosong pada lajur pertama AB dengan unsur pada lajur pertama matriks

B.
Isikan ruang kosong pada lajur kedua AB dengan unsur pada lajur kedua matriks B.
Isikan ruang kosong pada lajur ketiga AB dengan unsur pada lajur ketiga matriks B.

*Rujuk tulisan bold.
1( ) + 7( ) + 3(− ) 1(− ) + 7(− ) + 3( ) 1(− ) + 7(− ) + 3( )
= [0( ) + 5( ) + 2(− ) 0(− ) + 5(− ) + 2( ) 0(− ) + 5(− ) + 2( )]
3( ) + 0( ) + 1(− ) 3(− ) + 0(− ) + 1( ) 3(− ) + 0(− ) + 1( )
iv. Jumlahkan hasil tambah bagi setiap unsur.

v. Maka, hasil darab AB diperoleh.
2 0 0
= [0 2 0]
0 0 2

DAPATAN KAJIAN


Terdapat dua ujian yang telah dijalankan untuk menguji pengetahuan pelajar iaitu Ujian Pra
dan Ujian Pos. Dapatan kajian adalah seperti jadual 1.















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 438

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Pelajar Peratus Markah Ujian Peratus Markah Ujian Peratus

Pra Pos Peningkatan

1 50 100 50


2 0 100 100

3 100 100 0


4 50 50 0


5 100 100 0

6 100 100 0


7 100 100 0

8 100 100 0


9 100 100 0


10 100 100 0

Jadual 1 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Pos


Berdasarkan pemerhatian di dalam kelas, ujian pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar
penguasaan pelajar dalam mendarab dua matriks sebelum diperkenalkan teknik ‘CRAC’.

Pelajar yang dipilih dikumpulkan di satu kelas dan dikehendaki menjawab dua soalan
pendaraban dua matriks dalam masa 20 minit. Dapatan ujian Pra, daripada 10 orang pelajar,

didapati tiga orang pelajar yang bermasalah menjawab soalan pendaraban dua matriks.
Pelajar 1 dan 4 masing-masing memperoleh 50 peratus markah. Manakala pelajar 2
mendapat kosong markah.

Selapas intervensi dijalankan, ujian Pos yang setara dengan ujian Pra telah diberikan
kepada semua pelajar walaupun 7 orang pelajar yang lain telah mendapat menjawab

pendaraban dua matrik dengan baik. Daripada ujian Pos didapati seorang orang pelajar telah
mencapai peningkatan 100% selepas menggunakan teknik ‘CRAC’. Namun, masih terdapat
seorang pelajar yang tidak menunjukkan peningkatan iaitu Pelajar 4. Temubual telah

dijalankan untuk mendapatkan maklum balas berkenaan intervensi ‘CRAC’. Kesemua pelajar
bersetuju kaedah ini telah membantu mereka lebih teratur dan tersusun sebelum membuat
pengiraan pendaraban matrik. Namun begitu, pelajar 4 mempunyai masalah semasa proses

pendaraban di mana pelajar masih tidak dapat membezakan antara lajur dan baris.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 439

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Berdasarkan analisis data yang telah dilakukan, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan

teknik ‘CRAC’ dapat membantu meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan
masalah pendaraban dua matriks dalam kalangan pelajar yang lemah. Namun begitu,

penambahbaikan perlu dilakukan terutama untuk kes pelajar C. Antara cadangan yang boleh
digunakan adalah menggunakan warna yang berbeza untuk lajur dan baris. Istilah dan kosa
kata yang mudah bagi kognitif pelajar normal mungkin tidak dikenali oleh pelajar yang

mengalami masalah pembelajaran (Root & Browder, 2019). Raja Noor Farah Azura dan Chin
(2017) juga bersetuju penggunaan warna dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam topik
algebera berbanding menggunakn kaedah konvensional.


Selain daripada penggunaan warna, kaedah ‘CRAC’ ini juga boleh ditambahbaik
dengan transformasi kepada bentuk penggunaan digital. Penggunaan audio dan sentuhan

dalam e-pembelajaran interaktif terbukti boleh menjadi sumber untuk meningkatkan
kemahiran matematik dalam kalangan pelajar yang lemah (Klingenberg & Holkesvik, 2020).
Penekanan kepada pelajar yang lemah dalam Matematik perlu di ambil tindakan awal bagi

mengelakkan keciciran yang berpanjangan. Usaha guru perlu selari dengan kebolehan
pelajar, memerlukan kepekaan guru, malah generalisasi tidak boleh digunakan dalam

persekitaran yang sama.



RUJUKAN

Cook, J. P. (2018). Monster-barring as a catalyst for bridging secondary algebra to abstract
algebra. In Connecting abstract algebra to secondary mathematics, for secondary
mathematics teachers (pp. 47-70). Springer, Cham.

Kaffenberger, M., & Pritchett, L. (2020). Failing to Plan? Estimating the Impact of Achieving
Schooling Goals on Cohort Learning. RISE Working Paper Series. 20/038.

Klingenberg, O. G., Holkesvik, A. H., & Augestad, L. B. (2020). Digital learning in mathematics
for students with severe visual impairment: a systematic review. British Journal of Visual
Impairment, 38(1), 38-57.

Kunwar, R., & Sharma, L. (2020). Exploring Teachers' Knowledge and Students' Status about
Dyscalculia at Basic Level Students in Nepal. Eurasia Journal of Mathematics, Science
and Technology Education, 16(12).
Larson, R. (2016). Elementary linear algebra. Cengage Learning.

Murphy, P. K., Greene, J. A., Allen, E., Baszczewski, S., Swearingen, A., Wei, L., & Butler, A.
M. (2018). Fostering high school students’ conceptual understanding and argumentation
performance in science through Quality Talk discussions. Science Education, 102(6),
1239-1264.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 440

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Raja Noor Farah Azura Raja Maamor Shah., & Chin Y.K (2017). The Effectiveness Of Colour
Triciare Model In The Topic Addition And Subtraction Of Algebra. International Journal
of Education and Research, 5(7), 367-378.


Lampiran 1 : Item soalan ujian Pra dan Pos





























































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 441

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA KV + KVK MURID TAHUN 3
MENGGUNAKAN APLIKASI ANDROID ‘ABC SUKA’

1 2
Amira Imannina binti Azhar Apendi dan Che Mansor bin Che Tom

1,2
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]


ABSTRAK



Satu kajian telah dilaksanakan untuk membantu murid dalam meningkatkan kemahiran
membaca mereka bagi perkataan yang berpolakan suku kata KV+KVK dalam bahasa Melayu
. Kumpulan sasarnya ialah murid tahun tiga yang didapati kurang berkemahiran dalam

penguasaan membaca tersebut. Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk
meningkatkan kemahiran membaca murid tersebut dalam aspek penguasaan suku kata

KV+KVK dengan membangunkan aplikasi “Android ABC SuKa” untuk diaplikasikannya di
dalam bilik darjah . Selain itu, pengkaji juga ingin menghuraikan keistimewaan yang dimiliki
oleh aplikasi Android ABC SuKa itu sendiri di samping memperihalkan prosedur

penggunannya. Natijahnya, penghasilan aplikasi ini adalah salah satu usaha yang murni bagi
pengkaji sebagai pendidik dalam membantu murid yang mengalami masalah membaca suku
kata yang berpolakan KV+KVK. Analisis ujian pra menunjukkan bahawa peserta kajian masih

lemah dalam menguasai kemahiran membaca perkataan suku kata terbuka dan tertutup
(KV+KVK). Setelah aplikasi Android ABC SuKa dilaksanakan kepada mereka, perubahan
yang positif telah berlaku. Implikasinya, melalui penggunaan aplikasi Android ABC SuKa ini

didapati purata markah bagi ketiga-tiga peserta kajian adalah sebanyak 60% dalam ujian pra
dan ujian pasca. Hal ini terbukti bahawa melalui penggunaan aplikasi ABC SuKa ini telah

berjaya mencapai matlamat yang disasarkan. Peserta kajian juga telah menunjukkan sikap
yang positif iaitu sangat seronok dan berminat dalam melakukan aktiviti PdPc dengan
menggunakan aplikasi ini. Kesimpulannya, aplikasi ini adalah satu inovasi yang berteknologi

terkini yang boleh membantu murid mempelajari kemahiran membaca tanpa bantuan guru
secara dalam talian mahupun tanpa jaringan internet. Dapatan hasil ujian pasca menunjukkan
alat ini berjaya membantu murid dalam meningkatkan kemahiran membaca perkataan

KV+KVK terhadap peserta kajian ini. Cirinya yang sangat istimewa iaitu menjimatkan dan
menggunakan teknologi terkini serta mesra pengguna amat memudahkan peserta kajian
untuk memperoleh maklumat dan menggunakannya pada bila-bila masa walaupun tanpa

jaringan internet di rumah.


Kata kunci: kemahiran membaca, suku kata, aplikasi android



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 442

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGENALAN

Umum diketahui bahawa kemahiran membaca bermula pada tahap yang paling rendah iaitu

mengenal, mengecam dan menyebut huruf. Kemudian diteruskan dengan tahap yang lebih
tinggi iaitu membunyikan suku kata, membatangkan suku kata seterusnya membaca

perkataan dan ayat. Kemahiran membaca bukan sekadar membantu murid-murid berjaya
membaca tetapi juga membantu meningkatkan proses perkembangan mental, psikologikal
dan sosial murid dengan lebih baik.


Sehubungan dengan itu, kajian tindakan yang dilakukan ini bertujuan untuk
memperbaiki amalan pembelajaran murid yang berfokuskan kepada kemahiran membaca

dari aspek membunyikan huruf dan suku kata. Untuk itu, dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan pendekatan belajar melalui kaedah bunyi huruf dengan menggunakan aplikasi
Android ABC SuKa yang merupakan suatu inisiatif penyelesaian masalah membaca. Reka

bentuk aplikasi ini menerapkan elemen audio, grafik, video dan permainan dan diharapkan ia
dapat menarik minat murid untuk menjalani proses kajian dalam usaha meningkatkan
kemahiran membaca suku kata KV + KVK.


Kesimpulannya, kajian tindakan yang dilakukan oleh pengkaji ini adalah salah satu
usaha murni sebagai seorang pendidik dalam membantu murid yang mengalami masalah

membaca suku kata KV + KVK. Kajian ini sangat penting agar murid tersebut mendapat asas
kemahiran membaca yang kukuh kerana apabila seseorang murid sudah pandai membaca,

dia pasti dapat mempelajari bidang ilmu atau kemahiran-kemahiran yang lebih kompleks dan
mencabar.



SOROTAN LITERATUR

Pada sesi pengajaran Standard Pembelajaran 2.2.1 iaitu membaca, memahami, dan

mengecam idea utama dan idea sampingan di kelas 3 Dinamik, pengkaji menyedari bahawa
terdapat beberapa orang murid mengalami kesukaran membaca. Semasa sesi PdPc,
pengkaji telah menggunakan kaedah pembacaan mekanis untuk mengajar kemahiran ini.

DSKP Bahasa Melayu semakan 2017 menyatakan bahawa bacaan mekanis ini didefinisikan
sebagai bacaan kuat yang mementingkan sebutan huruf dan bunyi dengan betul, membaca

mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul. Oleh itu, bahan bacaan yang digunakan
dalam bacaan mekanis terdiri daripada perkara yang mudah difahami dan tidak
membebankan fikiran.


Semasa aktiviti PdPc berlaku di dalam kelas, murid yang dipilih secara rawak diminta
untuk membaca petikan dalam buku teks secara mekanis. Hal ini bertujuan untuk mengenal


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 443

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

pasti murid membaca bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul mengikut kemahiran membaca yang terdapat dalam Standard Pembelajaran. Pengkaji

mendapati kualiti bacaan setiap murid agak berbeza. Ramai dalam kalangan mereka dapat
membaca dengan baik dan lancar tetapi terdapat segelintir murid yang mengalami masalah
bacaan. Ini dapat diperhatikan pada suara mereka yang agak kurang jelas dan tidak begitu

kuat semasa membaca.

Berdasarkan pemerhatian ini juga, mereka tidak tahu untuk membunyikan atau

menyebut suku kata dan perkataan tersebut. Mereka terpaksa mengeja dan membatangkan
perkataan terlebih dahulu berbanding dengan murid lain yang telah mahir dan cekap

menguasai kemahiran membaca. Mereka juga didapati hanya mampu membunyikan
beberapa suku kata terbuka sahaja. Apabila ditanya kepada rakan-rakan mereka, mereka
merupakan murid Program Kelas Pemulihan Bahasa Melayu.


Pengkaji telah membincangkan masalah ini bersama-sama guru Bahasa Melayu
Tahun 3. Menurut temu bual tersebut, beliau menyatakan bahawa prestasi beberapa orang

murid di dalam kelas tersebut masih lemah dan mereka merupakan murid-murid permulihan.
Berdasarkan senario yang berlaku di dalam kelas 3 Dinamik ini, pengkaji berharap kajian yang

bakal dilaksanakan dapat membantu murid menyelesaikan masalah kemahiran ini dengan
cara meningkatkan amalan PdPc guru di dalam kelas.



METODOLOGI KAJIAN

Pengkaji menggunakan tiga jenis instrumen untuk mengumpul data iaitu melalui pemerhatian,

temu bual dan ujian.


Intrumen
Kajian




Pemerhatian Temu Bual Kaedah Ujian


Rajah 1. Instrumen Kajian




Pemerhatian

Instrumen utama yang digunakan bagi mendapatkan data secara kualitatif adalah

pemerhatian. Menurut Yavaneshvari (2017), pemerhatian adalah satu kaedah memerhati,
mencatat serta merekod peristiwa dan tingkah laku dalam bidang yang dikaji. Terdapat dua


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 444

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian, iaitu pemerhatian berstruktur dan
tidak berstruktur. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian secara berstruktur untuk

mencatat tingkah laku murid semasa sesi PdPc dilaksanakan. Pemerhatian berstruktur adalah
menggunakan senarai semak manakala pemerhatian tidak berstruktur menggunakan nota
lapangan (Rosinah Edinin, 2012).


Kaedah Ujian


Menurut Cronbach (2011), ujian merupakan satu prosedur yang sistematik untuk memerhati
perlakuan atau tingkah laku seorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala
bernombor atau sistem yang berfungsi. Ujian digunakan untuk mengukur pengetahuan atau

kemahiran individu dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran. Ujian Pra dijalankan untuk
mengenal pasti PK yang layak. Item yang terdapat pada Ujian Pra menguji kemahiran

membaca bunyi huruf vokal, suku kata terbuka, suku kata tertutup dan suku kata KV + KVK.
Item soalan ini terdiri daripada 36 soalan. Seterusnya, selepas menjalankan sesi rawatan,
pengkaji telah menjalankan Ujian Pasca iaitu menggunakan soalan yang sama digunakan

untuk Ujian Pra. Ujian pasca bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan aplikasi
Android ABC SuKa yang telah dijalankan kepada PK oleh pengkaji. Ujian pra dijalankan untuk

menilai tahap pencapaian PK sebelum tindakan dijalankan. Manakala ujian pasca dijalankan
adalah untuk menilai perbezaan pencapaian PK selepas tindakan diberikan.


Temu Bual

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan temu bual berstruktur. Temu bual telah

dijalankan terhadap PK untuk mengetahui perasaan mereka apabila menggunakan aplikasi
ABC SuKa. Hal ini dapat membantu pengkaji mengumpul maklumat tentang maklum balas
terhadap teknik dan kaedah yang digunakan. Pengkaji juga telah menemu bual PK selepas

pelaksanaan tindakan. Antara soalan yang diajukan kepada PK ialah, "Apakah perasaan
kamu selepas melakukan aktiviti menggunakan aplikasi ABC SuKa tadi?". Tindak balas PK
terhadap soalan ini dapat memberi dapatan kepada pengkaji adakah aplikasi ABC SuKa ini

berjaya menarik perhatian PK. Soalan lain yang diajukan ialah "Adakah kamu boleh membaca
suku kata terbuka dan tertutup dengan tepat dan betul?". Berdasarkan jawapan yang
diberikan oleh PK, pengkaji dapat menentukan bahawa pelaksanaan aplikasi ABC SuKa ini

mampu atau tidak mencapai objektif yang sudah digariskan.

Cara Menganalisis Data


Kaedah penganalisisan data yang digunakan ialah analisis bertema dan analisis skor markah.
Penjelasan lanjut mengenainya adalah seperti berikut.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 445

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Analisis Bertema

Analisis bertema digunakan untuk menjawab soalan kajian kedua dan ketiga daripada data

temu bual dan pemerhatian. Analisis ini bertujuan untuk mendapatkan tema yang boleh
dikaitkan dengan ciri-ciri istimewa yang terdapat pada ABC SuKa dan bagaimana pengkaji

menggunakan aplikasi ini sehingga boleh membantu murid meningkatkan kemahiran
membaca dalam aspek suku kata KV + KVK. Analisis ini digunakan untuk mengenal pasti
tema atau kategori seperti idea, konsep dan kata kunci yang boleh diperoleh melalui

pemerhatian dan transkrip jawapan. Tujuan mengenal pasti tema atau kategori ini adalah
untuk memilih perkataan atau frasa yang releven untuk menjawab soalan kajian. Analisis ini
dilaksanakan sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan terhadap PK.


Analisis Skor Markah


Analisis skor markah pula digunakan untuk menjawab soalan pertama iaitu apakah
penggunaan aplikasi Android ABC SuKa dapat membantu meningkatkan kemahiran
membaca murid dalam aspek suku kata KV + KVK? Analisis ini telah dilaksanakan selepas

melaksanakan tindakan terhadap PK. Hal ini bertujuan untuk melihat pencapaian yang
diperoleh PK sama ada terdapat perubahan atau masih memerlukan sesi pengukuhan
lanjutan. Melalui analisis skor markah ini juga, pengkaji dapat mengenal pasti sekiranya ABC

SuKa mampu meningkatkan kemahiran membaca PK dalam aspek suku kata KV + KVK.

Cara Menyemak Data


Bagi memastikan data yang diperoleh mempunyai kesahan kebolehpercayaan yang tinggi,
kesemua data yang diperoleh disemak. Pengkaji menggunakan kaedah triangulasi data yang

menggunakan gabungan kaedah pengumpulan data. Triangulasi bermaksud sesuatu
pendekatan menjalankan satu penyelidikan dengan menggunakan gabungan lebih daripada

satu alat kajian dan ia adalah untuk mengesahkan hasil dapatan dan keputusan penyelidikan
yang dijalankan secara kualitatif.


Triangulasi Kaedah

Triangulasi kaedah dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk mengumpul

data. Pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan ujian sebelum dan selepas
tindakan bagi memastikan persoalan kajian dapat dijawab dengan baik iaitu membuktikan
bahawa ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi Android ABC SuKa mampu meningkatkan

kemahiran membaca PK dalam aspek suku kata KV + KVK. Tujuan menggunakan dapatan
dan keputusan kajian yang dijalankan ini benar-benar mempunyai dari satu kaedah adalah
untuk mengesahkan hasil kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 446

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Triangulasi Peserta Kajian

Triangulasi peserta kajian dibuat bagi mengesahkan tema yang diperoleh daripada data temu

bual bersama PK. Sekiranya lebih daripada seorang PK menyatakan perkara yang sama bagi
menjawab soalan temu bual yang dikemukakan, bermakna tema yang diinterpretasikan oleh

pengkaji mempunyai kesahan. Antara contoh jawapan temu bual yang dikemukakan oleh PK1
dan PK2 ialah mereka mahukan pembelajaran yang mempunyai unsur permainan semasa
sesi PdPc. Melalui kaedah pembelajaran melalui bermain akan menyebabkan mereka berasa

seronok dan lebih mudah untuk mengingat isi pembelajaran yang ingin disampaikan oleh
pengkaji.



DAPATAN KAJIAN

Soalan Kajian 1: Apakah penggunaan aplikasi Android ‘ABC SuKa’ dapat membantu

meningkatkan kemahiran membaca murid dalam aspek suku kata KV + KVK?



Setelah melaksanakan proses tindakan terhadap PK, ternyata penggunaan aplikasi Android
ABC SuKa dapat meningkatkan kemahiran membaca murid dalam aspek suku kata KV +

KVK. Instrumen yang digunakan dalam mendapatkan data bagi menjawab soalan kajian yang
pertama ini ialah analisis data jawapan yang dikemukakan PK dalam Ujian Pasca. Sebelum

PK menjalani sesi tindakan, Ujian Pra telah dijalankan keatas mereka dan ketiga-tiga PK
mendapat markah yang rendah. Oleh itu, selepas pelaksanaan tindakan ABC SuKa, pengkaji
melaksanakan satu lagi ujian kepada PK yang terdiri daripada 36 item soalan. Pengkaji telah

merekod setiap bacaan yang telah dibuat. Jadual 1 menunjukkan markah PK dalam Ujian Pra
dan Ujian Pasca.


Jadual 1
Markah PK dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca

Bil Peserta Kajian Skor Markah Skor Markah

Sebelum Tindakan Selepas Tindakan

(Ujian Pra) (Ujian Pasca)
1. PK1 9/30 34/36

2. PK2 11/30 36/36

3. PK3 6/30 15/36







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 447

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Berikut merupakan jawapan PK dalam Ujian Pra. Berdasarkan Jadual 8 dibawah, ketiga-tiga
PK masih keliru dengan dengan cara membunyikan suku kata terbuka dan tertutup. Oleh itu,

pelaksanaan Ujian Pasca telah dijalankan kepada PK selepas tindakan dilakukan.

Jadual 2

Jawapan PK dalam Ujian Pra

Bil Soalan PK1 PK2 PK3 Bil Soalan PK1 PK2 PK3


1 [ɑ] / / / 19 [ɗup] X X X


2 [i] / / / 20 [ɓom] X X X

3 [u] / / / 21 [mɑʔ] X X X


4 [ə] / / X 22 [ʈeɦ] X X X


5 [e] X X X 23 [keʔ] X X X

6 [o] / / / 24 [ʈuʔ] X X X


7 [ɓɑ] / / / 25 [kim] X X X

8 [ɗu] X / / 26 [sos] X X X


9 [ɭo] X / X 27 [ʈɑnɑm] X X X


10 [ʈə] X / X 28 [koɭɑm] X X X

11 [ɾi] X / X 29 [ɗuɗuʔ] X X X


12 [či] X X X 30 [səmuʈ] X X X


13 [kə] / X X 31 [ʈiʔaɾ] X X X

14 [ɦɑ] / X X 32 [ɾosɑʔ] X X X


15 [ɠu] X X X 33 [poʔoʔ] X X X


16 [so] X / X 34 [ɦuĵɑn] X X X

17 [kɑn] / X X 35 [ʈiɗuɾ] X X X


18 [ʈin] X X X 36 [pɑnɑs] X X X

JUMLAH 9/36 11/36 6/36




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 448

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Berikut merupakan analisis markah Ujian Pasca PK yang dipersembahkan dalam bentuk graf.
Rajah 2 jelas menunjukkan bahawa PK1 dan PK2 berjaya menguasai kemahiran ini dengan

baik manakala PK3 masih di tahap lemah kerana tidak berjaya menjawab beberapa item
soalan dengan betul.



KEPUTUSAN UJIAN PASCA PK
36
36 34

30

24
MARKAH 18 15


12

6

0
PK1 PK2 PK3
PESERTA KAJIAN


Rajah 2. Keputusan Ujian Pasca PK.

Analisis Ujian PK3


Setelah melaksanakan ABC SuKa terhadap PK3, PK3 telah menjawab Ujian Pasca bagi
menentukan pencapaiannya dalam kemahiran ini selepas menjalani sesi rawatan bersama

pengkaji. Walau bagaimanapun, markah Ujian Pasca PK3 masih tidak memberangsangkan
kerana dia hanya berjaya memperoleh markah 15/36 sahaja. Oleh itu, perkara ini telah

mendapat perhatian pengkaji kerana PK3 merupakan salah seorang murid yang lemah dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu dan ABC SuKa hanya dapat membantunya pada tahap yang
minima. Oleh itu, perancangan untuk melaksanakan gelung kedua segera dilaksanakan untuk

membantu PK3 meningkatkan penguasaannya terhadap kemahiran ini. Seterusnya, Ujian
Pasca dilaksanakan sekali lagi terhadap PK3 selepas pelaksanaan gelung kedua. Sebanyak
36 item soalan yang telah dijawab oleh PK3 bagi menilai keberkesanan pelaksanaan sesi

tindakan gelung kedua ini terhadap PK3. Jadual 3 merupakan keputusan Ujian Pasca selepas
melakukan gelung kedua.











e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 449

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 3


Keputusan Ujian Pra, Ujian Pasca dan Ujian Pasca (gelung kedua) PK3

Bil Peserta Markah Ujian Pra Markah Ujian Markah Ujian Pasca

Kajian Pasca
(gelung kedua)


1 PK3 6/36 15/36 29/36




Disebabkan markah pencapaian yang masih lagi tidak mencapai 50%, pengkaji bertindak
dengan melaksanakan gelung kedua terhadap PK3 dengan menggunakan kad imbasan huruf

yang memberi penekanan kepada kaedah bunyi huruf agar PK3 mudah menyebut suku kata
dengan lancar. Selepas tindakan gelung pertama, PK3 telah menunjukkan perubahan positif
tentang beberapa bacaan suku kata terbuka. Walau bagaimanapun pengkaji yakin bahawa

jika PK3 diberi peluang, dia akan dapat menjawab soalan Ujian Pasca dengan baik apabila
berlaku penambah baikan terhadap item dalam alat ABC SuKa. Setelah itu, markah Ujian

Pasca (selepas melaksanakan gelung kedua) PK3 memperlihatkan peningkatan markah yang
memberangsangkan iaitu PK3 berjaya mendapat markah 81%. Setelah melalui dua sesi ujian,
PK3 dilihat mampu membaca dan menguasai kemahiran membaca suku kata terbuka dan

tertutup dengan baik. Perkara ini dibuktikan dalam Jadual 3 yang menunjukkan jawapan yang
diberikan oleh PK3 dalam Ujian Pasca (gelung kedua).


KESIMPULAN KAJIAN

Pengkaji telah melaksanakan penyelidikan tindakan ini kepada tiga orang PK iaitu PK1, PK2

dan PK3. Kajian ini telah membuahkan kejayaan berdasarkan analisis pemerhatian, markah
ujian dan analisis temu bual yang telah dijalankan terhadap PK selepas pelaksanaan aplikasi
ABC SuKa kepada mereka. Analisis data selepas pelaksanaan tindakan menunjukkan hasil

yang memberangsangkan. Kesemua PK berjaya meningkatkan penguasaan mereka dalam
kemahiran membaca ini.


Di samping itu, tindakan yang dilakukan ini merupakan nilai tambah daripada tindakan yang
sedia ada. Apabila berlakunya nilai tambah, maka sudah pasti ia adalah lebih baik kerana
terdapat elemen inovasi terhadapnya. Menurut Suhaimin (2017) menyatakan peranan TMK

adalah supaya proses PdP menjadi menarik, efektif dan bermakna. Ini adalah kerana elemen
TMK terdiri daripada pelbagai media misalnya gambar, audio, video, fail dokumen dan
sebagainya. Tambahan pula, proses PdP akan menjadi lebih kondusif kerana murid mengikuti




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 450

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

sesi pembelajaran dengan penuh perhatian. Kesimpulannya, pelaksanaan aplikasi ABC SuKa
telah membantu meningkatkan kemahiran membaca murid dalam aspek suku kata terbuka

dan suku kata tertutup KV + KVK. Namun demikian, tindakan ini masih boleh diperbaiki bagi
meningkatkan kualiti agar dapat memberi kesan yang lebih baik dalam PdPc akan datang.



SYOR CADANGAN KAJIAN


Antara cadangan penambah baikan yang boleh dilaksanakan terhadap Aplikasi ABC SuKa
adalah untuk memastikan bahawa aplikasi ini boleh juga diakses oleh sistem operasi lain
seperti iOS. Hal ini kerana, Aplikasi ABC SuKa hanya tersedia untuk pengguna telefon pintar

dibawah sistem Android sahaja. Cadangan seterusnya ialah dalam aspek pentaksiran,
pengkaji mencadangkan agar item soalan dalam modul permainan di tambah jumlahnya dan
tidak terhad kepada 3 bentuk soalan sahaja. Malahan, pengkaji juga mencadangkan agar item

soalan juga menggunakan medium Quizizz atau Kahoot untuk menguji murid. Hal ini kerana
melalui medium ini terdapat banyak bentuk soalan yang boleh digunakan dalam membina
soalan ujian. Sehubungan dengan itu, penyelidikan lanjutan boleh dilaksanakan dengan

mengaplikasikan ABC SuKa ini dalam mana-mana kemahiran yang berkaitan dan dirasakan
bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh PK masing-masing.



RUJUKAN


Cronbach (2011). Pedagogi Untuk Pengajaran & Pembelajaran. (Nota Initisari limu
Pendidikan). Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan: Kaedah & penulisan. Bangi: Pelangi
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Vespanathan (2015). Tesis Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam
kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Rendah
Luar Bandar Negeri Johor.

















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 451

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR D11T1/T9 MENJAWAB SOALAN
TERMODINAMIK DENGAN E-KAD IMBASAN

3
1
2
Madihah binti Abdul Manan , Aznahlizawati bin Semail , Nur Atiqah binti Jaafar ,
Dalina binti Daud 4

1,2,3,4 Kolej Matrikulasi Melaka
[email protected]



ABSTRAK


Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menjawab
soalan termodinamik bagi kursus Physics 1, DP 014. Kajian ini melibatkan 6 orang pelajar

Kolej Matrikulasi Melaka, Program Empat Semester, kelas tutoran D11T1/T9 yang dipilih
berdasarkan Ujian Pra. Hasil refleksi yang dilakukan mendapati pelajar menghadapi masalah
menggunakan persamaan Hukum Termodinamik Pertama dan juga soalan melibatkan graf

pV. Oleh itu, fokus kajian terarah kepada cara untuk mengatasi masalah dihadapi pelajar bagi
meningkatkan pencapaian mereka menjawab soalan termodinamik. e-Kad

imbasan digunakan sebagai pendekatan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar
dalam penyelesaian masalah topik yang terlibat. Analisis data dilakukan melalui Ujian Pra,
Ujian Pos ,temubual dan juga Soalan Soal Selidik keberkesanan penggunaan e-kad imbasan.

Pada akhir kajian, didapati terdapat peningkatan pencapaian markah pada semua pelajar.


Kata kunci: Kad Imbasan, pV Graf, Termodinamik, Fizik, matrikulasi



PENGENALAN

Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik telah diintegrasikan sebagai
Pendidikan STEM. Di Malaysia, pendidikan STEM ini merupakan salah satu agenda yang

ditekankan dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025. Pengukuhan Pendidikan STEM telah menjadi satu usaha penting Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM) terutama untuk meningkatkan sumber tenaga yang mahir serta
pakar dalam bidang penyelidikan dan industri.


Inovasi dewasa ini dianggap sebagai kemahiran yang paling diperlukan. Oleh itu, guru
perlu mentransformasi diri mereka sebagai guru inovatif, sesuai dengan peranan baru
dalam dunia kerjaya pada masa depan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah

mengorak langkah untuk menggalakkan guru berinovasi. Terdapat empat jenis ilmu atau
kompetensi yang perlu diketahui oleh guru untuk berinovasi, iaitu; 1) pembangunan



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 452

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kompetensi spesifik, 2) kepakaran penyelesaian masalah, 3) kemahiran mengenal dan
menganalisis peluang, dan 4) ilmu pengetahuan pedagogi kandungan (Thurlings et al., 2015).



SOROTAN LITERATUR


Subjek fizik merupakan antara mata pelajaran yang termasuk dalam pengiraan kredit bagi
pelajar Modul 1 dan Modul 2 Program Matrikulasi Sains Bahagian Matrikulasi Kementerian

Pendidikan Malaysia. Fizik merupakan satu cabang sains yang melibatkan teori, konsep dan
aspek pengiraan berdasarkan fenomena-fenomena yang berlaku di sekeliling kita. Selain
daripada itu, kemahiran proses sains juga terlibat semasa proses pengajaran dan

pembelajaran subjek fizik. Kemahiran proses sains seperti kemahiran mentafsir data
merupakan aspek penting yang perlu dikuasai dan dipertingkatkan. Data atau maklumat yang
diperolehi boleh dipersembahkan melalui pelbagai bentuk seperti dalam bentuk graf, jadual

mahu pun dalam bentuk piktograf. Pelbagai maklumat boleh diperolehi melalui tafsiran data
seperti membuat hubungan antara kuantiti yang terlibat, mengenalpasti corak atau pola,
membuat ekstrapolasi serta membuat kesimpulan berdasarkan data yang diberi.


Apa itu e-kad imbasan atau e-flashcard? e-kad imbasan menyerupai kad imbasan
sedia ada tetapi yang berbeza adalah ia menggunakan platform digital dengan ciri yang

ditambahbaik. Kad imbasan merupakan kad yang padanya tertera maklumat ringkas yang
berupa gambar, nombor ataupun perkataan. Kad imbasan telah lama digunakan semenjak

dahulu lagi bermula daripada peringkat bayi dengan tujuan untuk merangsang penggunaan
otak kanan. Ini kerana antara fungsi otak bahagian kanan adalah untuk berfikir secara kreatif,
imaginasi, ilham dan juga emosi. Selain daripada itu, daya ingatan otak kanan juga adalah

bersifat jangka panjang (long term memory) berbanding dengan otak kiri. Oleh itu, kajian
penggunaan kad imbasan ini diharap dapat membantu pelajar memahami dan mengingati

pelajaran yang dipelajari.


PERMASALAHAN KAJIAN


Subjek Physics 1, DP 014 dibahagikan kepada lapan topik utama. Dua topik merupakan soalan
tugasan yang tidak akan disoal semasa Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM)

Semester 1, manakala enam topik yang lain merupakan soalan wajib jawab. Topik ke lapan
bertajuk Heat, Ideal Gas and Thermodynamics mempunyai peruntukan wajaran markah yang
besar. Soalan termodinamik (thermodynamics) ini merupakan sebahagian daripada wajaran

tersebut. Namun begitu, para pelajar menghadapi masalah untuk mengeluarkan maklumat





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 453

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

yang boleh diperolehi daripada p-V graf tersebut. Ia akan memberikan masalah semasa
menjawab soalan menggunakan persamaan Hukum Termodinamik Pertama.


Berdasarkan Curriculum Specification (CS) DP 014 Sesi 2020/2021 Program Sistem
Empat Semester (SES), termodinamik (thermodynamic) merupakan subtopik yang diajar

dalam topik kelapan silibus fizik semester 1. Antara objektif pembelajarannya adalah para
pelajar membuat interpretasi proses termodinamik berdasarkan p-V (pressure-Volume) graf.
Pemerhatian pensyarah mendapati, para pelajar menghadapi masalah untuk menjawab

soalan latihan subtopik termodinamik yang berkaitan dengan p-V graf. Berdasarkan format
soalan yang selalu ditanya semasa peperiksaan, pada kebiasaannya soalan p-V graf ini akan

berkait dengan soalan berkenaan Hukum Termodinamik Pertama. Oleh itu, dengan
penggunaan e-kad imbasan akan dapat membantu pelajar memahami dan mengingati
petunjuk diperolehi daripada p-V graf. Adalah penting bagi para pelajar untuk mengenali,

mengingati serta mentafsir p-V graf tersebut.

Justeru itu, penggunakan e-kad imbasan merupakan satu pendekatan untuk

membantu pelajar mengingati dan mentafsir data atau petunjuk yang terdapat dalam soalan
yang diberi agar para pelajar dapat meminimakan kesalahan dalam menjawab soalan yang

berkaitan. Hal ini dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh Hui et al. (2019) yang
mendapati penggunaan e-kad imbasan berkesan kerana dapat membantu pelajar dalam
mengenal pasti teknik yang betul dalam fungsi pengamiran yang dipelajari. e-Kad imbasan

merupakan alternatif kad imbasan sedia ada di mana ia boleh digunakan secara digital
berbanding secara fizikal menggunakan telefon pintar, tablet, laptop atau pun komputer. Ia
juga boleh dikongsikan melalui pautan, qr code, twitter, google classroom dan juga Microsoft

Excel. Ia adalah salah satu pendekatan pensyarah untuk mengaplikasikan kaedah
pembelajaran secara gamifikasi agar para pelajar kekal fokus dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.


Penggunaan kad imbasan berjaya meningkatkan hasil pembelajaran pelajar
berkenaan konsep mutasi (Mulyani, 2017). Hal ini juga dibuktikan dengan kajian yang

dilakukan oleh Hui et al. (2019) yang mendapati bahawa penggunaan e-kad imbasan adalah
berkesan dan dapat membantu pelajar dalam mengenal pasti teknik yang betul dalam fungsi

pengamiran. Oleh itu, kajian ini adalah untuk melihat adakah dengan penggunaan e-kad imbasan
dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam menjawab soalan termodinamik?










e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 454

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan berdasarkan Model Kemmis & Mc Taggart (1988) yang terdapat empat

peringkat untuk satu kitaran (gelung) kajian seperti Rajah 1 di bawah. Terdapat empat
peringkat untuk satu kitaran iaitu tinjauan awal, merancang tindakan, melaksanakan tindakan

dan memerhati, dan akhir sekali mereflek. Secara umumnya kajian tindakan ini merujuk
kepada penyelidikan ke atas amalan oleh guru, baik secara individu mahupun berkumpulan
untuk mengubah dan menambah baik amalan yang sedia ada. Kajian tindakan merupakan

satu jenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri yang melibatkan guru kelas sendiri
dalam mengkaji amalan yang biasa diamalkan.



























Rajah 1: Model Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1988)




Kumpulan Sasaran


Seramai 6 orang pelajar daripada kelas D11T1/T9 yang dipilih berdasarkan soalan ujian pra
yang diberikan. Para pelajar ini terdiri daripada mereka yang gagal menjawab ujian pra

tersebut.

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan


Kajian yang berfokus kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
dikenali sebagai kajian tindakan. Ia bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar terhadap isi

pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Terdapat 6 aktiviti telah dijalankan dalam
kajian tindakan ini. Berikut adalah langkah-langkah aktiviti yang telah dilaksanakan.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 455

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Aktiviti 1: Pra-Penilaian


Dalam kajian yang dilakukan ini, tinjauan masalah dibuat melalui kuiz untuk subtopik
termodinamik yang dijadikan sebagai ujian pra. Ujian pra dijalankan menggunakan soalan
berbentuk struktur yang mempunyai 10 markah. Pelajar diberi peruntukan masa sebanyak 15

minit untuk menyelesaikan soalan tersebut secara individu tanpa merujuk pada mana-mana
sumber.


Aktiviti 2: Kuasai Termodinamik

Aktiviti bertujuan untuk mengingati terma dan penggunaan simbol positif atau negatif. Selain

daripada itu, aktiviti ini juga membantu pelajar mengingati maklumat daripada graf pV. Aplikasi
Flippity digunakan untuk menyediakan e-Kad Imbasan. Pensyarah menerangkan cara
penggunaan e-Kad Imbasan yang akan digunakan. Selepas itu, pelajar diberikan masa

selama 30 minit untuk menerokai dan mengingati maklumat yang ada menggunakan e-Kad
Imbasan tersebut.


Aktiviti 3: Masihkah Kau Ingat?

Aktiviti yang kedua pula lebih kepada fokus untuk mengetahui maklumat yang pelajar berjaya

ingati selepas menggunakan e-Kad Imbasan. Pelajar boleh ulang mengunakan kandungan e-
Kad Imbasan sebagai ulangkaji. Paparan markah juga boleh dilihat pada skrin. Pelajar yang

mendapat markah lebih atau sama dengan 9 telah menguasai maklumat yang terkandung
dalam e-Kad Imbasan sebelum ke aktiviti 4.


Aktiviti 4: Yakinkah Anda?

Satu set soalan diberikan kepada pelajar untuk dijawab selama 20 minit.


Aktiviti 5: Ujian Pos

Soalan ujian Pos diberikan kepada pelajar untuk dijawab. Soalan ujian Pos yang digunakan

adalah setara dengan soalan ujian Pra yang telah diberikan sebelum ini.

Aktiviti 6: Soal Selidik


Para pelajar diberikan soal selidik bagi menilai keberkesanan penggunaan e-Kad Imbasan.











e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 456

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

DAPATAN KAJIAN

Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos


Hasil daripada ujian pra yang dijalankan, didapati 6 orang pelajar mendapat markah kurang
separuh daripada markah penuh seperti Jadual 1. Mereka didapati tidak dapat menjawab

dengan tepat disebabkan melakukan kesilapan dalam proses gantian nilai.




Jadual 1: Markah Ujian Pra


Nama Markah (/10) Markah (100%)

Pelajar 1 4 40%


Pelajar 2 4 40%


Pelajar 3 3 30%

Pelajar 4 3 30%


Pelajar 5 4 40%


Pelajar 6 3 30%




Rajah 2 menunjukkan perbandingan markah dia antara ujian Pra dan ujian Pos bagi enam
orang pelajar yang terlibat. Terdapat peningkatan markah selepas intervensi dijalankan.

Kesemua pelajar berjaya mendapat markah melebihi 60%. Skor ujian post yang tertinggi
adalah 94% dan skor minima adalah 70%.




























e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 457

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021




Perbandingan Markah
100

90
80

70
60

50
40

30
20 Pelajar 1 Pelajar 2 Pelajar 3 Pelajar 4 Pelajar 5 Pelajar 6

Ujian Pra Ujian Post
Rajah 2: Perbandingan Markah




Analisis Soal selidik


Satu soal selidik yang mengandungi 9 soalan berkenaan keberkesanan penggunaan e-Kad
Imbasan telah dijalankan. Dapatan analisis seperti Rajah 3. Secara keseluruhannya para
pelajar bersetuju bahawa e-kad imbasan berkesan dalam membantu meningkatkan

pencapaian markah mereka. Ia membantu mereka mengulangkaji, mengingat dan
menjadikan mereka lebih yakin semasa menjawab soalan. Dapatan ini disokong oleh kajian

Mulyani, S. (2017) yang berjaya meningkatkan hasil belajar konsep mutasi dengan
penggunaan e-kad imbasan.
































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 458

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021



Keberkesanan e-Kad Imbasan



Saya yakin menjawab soalan selepas…

e-Kad imbasan membantu saya mendapat…
e-Kad imbasan ini menarik

e-Kad imbasan membantu saya mengulangkaji

e-Kad imbasan sesuai digunakan untuk…
e-Kad imbasan membantu tingkatkan…
Saya dapat mengingat lebih lama…

0 1 2 3 4 5 6 7

STS TS S SS
Rajah 3: Analisis Keberkesanan e-Kad Imbasan




KESIMPULAN DAN CADANGAN


Pendekatan penggunaan e-kad imbasan telah memberikan satu dimensi baharu kepada para
pelajar yang menghadapi masalah dalam mengingati sesuatu maklumat seperti definisi,
penggunaan persamaan, mentafsir maklumat daripada graf, dan juga boleh dijadikan sebagai

platform untuk ulangkaji secara kendiri. Pelaksanaan kajian ini memberikan alternatif kaedah
pengajaran kepada pensyarah. Bagi pihak pelajar pula, ia juga merupakan kaedah yang boleh

digunakan bagi tujuan mempertingkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu topik yang
dipelajari.


Penggunaan e-kad imbasan ini tidak hanya tertumpu kepada topik termodinamik
sahaja. Ianya boleh digunakan untuk subjek dan topik pembelajaran yang lain. Selain itu, para
pelajar juga boleh menghasilkan e-kad imbasan mereka sendiri dengan sedikit tunjuk ajar

daripada pensyarah. e-Kad Imbasan ini mempunyai audio dan juga boleh disertakan video
daripada YouTube untuk menambahkan kefahaman pelajar. Ia juga boleh diubahsuai menjadi
bentuk permainan yang lain menggunakan maklumat atau nota asal. Namun begitu,

penambahbaikan pada aktiviti yang dijalankan perlu dilakukan kerana aktiviti sedia ada hanya
tertumpu bagi aktiviti secara individu. Pensyarah perlu merancang aktiviti secara berkumpulan
supaya pelajar boleh berinteraksi antara satu sama lain. Kesemua objektif kajian berjaya

dicapai menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Oleh yang demikian, penggunaan e-kad





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 459

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

imbasan dalam kajian yang dilakukan ini berjaya meningkatkan peratusan pelajar menjawab
soalan termodinamik.



BIBLIOGRAFI


Hui, L. A., binti Awi, A., bin Md Rejab, M. R., Nizam, M., & bin Hilmi, A. H. (2021). Identifying
Methods Of Integration By Assistance Of E-Flashcard Approach. Jurnal Penyelidikan
Dedikasi, 16, 75-87.
Laporan Awal. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Mulyani, S. (2017). Penggunaan Media Kartu (flash card) dalam Meningkatkan Hasil Belajar
Konsep Mutasi Bagi Peserta Didik kelas XII. Jurnal Profesi Keguruan, 3(2), 143-148.

Thurlings, M., Evers, A. T., & Vermeulen, M. (2015). Toward a model of explaining teachers’
innovative behavior: A literature review. Review of educational research, 85(3), 430-471.







































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 460

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGGUNAAN VIDEO ANALOGI UNTUK MEMBANTU PELAJAR S23T5 DAN S23T11
MENGUASAI KEMAHIRAN MENENTUKAN REAKTAN PENGEHAD

2
1
Hazmira Suzlin binti Ab Hamid @ Fauzi , Safizan binti Zainal Khairi , Nurul Syafiqah
5
3
binti Zakariya , Sharifah Nurliyana binti Syed Nasir dan Leila Hani binti Zainal
4

1,2,3,4,5 Kolej Matrikulasi Melaka
[email protected]


ABSTRAK


Konsep reaktan pengehad merupakan konsep yang amat penting dikuasai oleh pelajar dalam

topik 1.0 Jirim di peringkat Matrikulasi. Konsep reaktan pengehad ini sangat berkait rapat
dengan penggunaan stoikiometri dalam menentukan jumlah hasil dan reaktan berlebihan
pada tindak balas kimia. Berdasarkan pengalaman pengajaran pensyarah dan semakan

latihan pelajar, pelajar tidak dapat memahami konsep reaktan pengehad dan seterusnya
menyebabkan pelajar tidak dapat menggunakan stoikiometri yang tepat dalam menentukan
jumlah hasil dan reaktan berlebihan pada tindak balas kimia yang diberi. Seramai 10 orang

pelajar S23T5 dan S23T11 telah terlibat dalam kajian ini. Video analogi digunakan untuk
membantu meningkatkan kemahiran pelajar menguasai kemahiran menentukan reaktan

pengehad. Hasil ujian pos mendapati 100% pelajar menunjukkan peningkatan dalam
menjawab soalan stoikiometri yang melibatkan reaktan pengehad, jumlah hasil dan reaktan
berlebihan bagi tindak balas kimia yang diberi. Selain itu, berdasarkan pemerhatian juga

didapati pelajar telah menunjukkan minat dalam topik stoikiometri ini setelah menguasai
konsep reaktan pengehad.


Kata kunci: Reaktan pengehad, stoikiometri, video analogi, Kimia.


PENDAHULUAN

Pada kebiasaannya, pensyarah akan menggunakan segala pengetahuan yang telah dipelajari
dan dilaluinya semasa latihan di Institut Pendidikan Guru atau Universiti apabila

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas masing-masing. Maka
pendekatan serta teknik-teknik pengajarannya adalah amalan biasa sebagaimana yang

dilakukan oleh pensyarah-pensyarah lain dan seterusnya, dengan kata lain amalan
“duplicating of experience” akan berlaku. Jika amalan ini berterusan maka kreativiti dan
inovasi dalam pendidikan tidak akan berlaku dengan mudah.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 461

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Sehubungan dengan itu, bagi menambahbaik amalan sedia ada dan menguji
keberkesanan amalan, kajian tindakan adalah satu penyelidikan yang sesuai untuk dijalankan

di kolej. Secara amnya, kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh
pengamal, baik secara individu mahupun bersama pengamal lain untuk mengubah dan
menambah baik amalan sedia ada. Dalam bidang pendidikan, pengamal boleh terdiri daripada

seorang guru, pentadbir atau seseorang kaunselor sekolah, atau individu lain yang terlibat
dalam proses P&P.

Walau bagaimanapun, lazimnya kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang
dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam P&P. Misalnya, guru boleh menyelidik
kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi

keberkesanan pengajarannya. Model tradisional yang selalu diaplikasikan dalam menjalankan
kajian tindakan adalah berdasarkan model Action Research Cycle yang mempunyai asal usul

daripada Kemmis, McTaggart dan Nixon (1988). Menurut Kemmis dan McTaggart, model ini
mempunyai 4 elemen iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.
Guru kemudianya menyediakan pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang

dihadapinya. Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses
pelaksanaan guru memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan. Keseluruhan pelaksanaan
adalah disifatkan sebagai Gelungan Pertama dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka

guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua sehinggalah masalah itu
diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap
pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada

mutakhirnya. Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah
pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum

yang hendak disampaikan.

SOROTAN LITERATUR


Analogi membantu pelajar memahami konsep reaktan pengehad dengan menghubung
pengalaman yang mereka lalui dan permasalahan pembelajaran. Analogi yang dinyatakan
dengan baik memberi manfaat kepada pemahaman pelajar tentang konsep reaktan pengehad

dengan menjadikan konsep itu lebih konkrit. Analogi yang dibuat adalah berkesan apabila
konsep reaktan pengehad sudah biasa dan difahami oleh pelajar (Giacaman, Sinnen, &

Adams, 2021).
Penggunaan teknologi dalam pendidikan memungkinkan proses pembelajaran untuk
lebih aktif, menarik, memotivasi, mensimulasikan, dan bermakna bagi pelajar. Contohnya,

persembahan PowerPoint, video animasi digunakan secara meluas dalam bilik darjah di
seluruh dunia. Teknologi Maklumat ini mesti bertujuan untuk penyertaan yang lebih baik dari



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 462

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

pelajar.(Nechypurenko et al., 2018) Video animasi sebagai teknologi canggih yang
membolehkan pengguna berinteraksi dengan dunia maya dan dunia nyata dalam aplikasi

masa nyata dapat membawa pengalaman yang lebih semula jadi, menarik perhatian dan
motivasi pelajar dengan potensi tinggi untuk meningkatkan pengalaman belajar. Video
animasi juga dapat meningkatkan keberkesanan dan daya tarikan pengajaran dan

pembelajaran untuk pelajar dalam kehidupan sebenar. Ini memberi peluang untuk pengkaji
menjalankan aplikasi kolaboratif.( Bello-Bravo et al., 2019)

Kajian yang dijalankan ini berfokuskan kepada kaedah memahami konsep reaktan
pengehad dengan menggunakan kaedah video analogi.( Brouillette, 2019) Kajian ini adalah
penting bagi pelajar sains matrikulasi dalam penyelasaian masalah stoichiometri. Kaedah

video analogi ini dicipta supaya pelajar dapat membuat perbandingan reaktan yang terlibat
dengan lebih mudah. Pada masa yang sama, pelajar dapat membuat perbandingan bilangan

reaktan pengehad dan bilangan produk yang terhasil dengan lebih mudah juga.
Menurut Glynn (2004) dan Glynn, Duit dan Thiele (1995) yang telah menggunakan
Teaching-With-Analogies Model. Model ini telah dapat membantu pelajar menghubungkaitkan

idea baru dengan pengetahuan asas yang berkaitan. Model ini telah terbukti berkesan di
dalam bilik darjah dan eksperimen yang formal dimana penggunaan analogi dapat
meningkatkan pemahaman pelajar dan menarik minat pelajar. (Körhasan, Hıdır, 2019).

Secara tidak sedar selama ini, ramai guru-guru telah menggunakan kaedah analogi di dalam
bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru telah pun mencipta
analogi-analogi yang berkaitan terutamanya yang menggunakan analogi yang mudah

dibayangkan atau mudah dilihat oleh pelajar. Selalunya juga boleh dilihat penggunaan analogi
ini telah digunakan sekian lama oleh para pendidik sama ada di peringkat pra-sekolah,

sekolah rendah, sekolah menengah dan tidak terkecuali peringkat kolej dan universiti.
Analogi berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) ialah kias atau
perbandingan, yang memperlihatkan ciri-ciri persamaan. Kaedah analogi ini kerap dikaitkan

dengan bidang pendidikan dan kesusasteraan. Menurut Else et al. (2008), penggunaan model
dan analogi di dalam pendidikan sains pedagogi boleh memberi ruang kepada pelajar untuk

mendapat pemahaman ciri-ciri sains. Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah memilih kaedah
jadual analogi dalam menentukan reaktan pengehad dan penyelesaian masalah stoichiometri
yang melibatkan reaktan pengehad. Pengkaji telah membina dua jadual untuk mengaitkan
antara reaktan dan produk. Jadual pertama menggunakan item-item dalam kehidupan

seharian (contoh: bahan-bahan untuk membuat sandwich) dan jadual kedua yang
menggunakan tindak balas kimia.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 463

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Pelajar dapat menentukan reaktan pengehad dengan menggunakan kaedah video analogi.


Objektif Khusus
1. Pelajar dapat membuat hubungan pekali stokiometri antara reaktan dan reaktan
dengan betul.

2. Pelajar dapat membuat perbandingan diantara bilangan mol yang dikira dengan
bilangan mol yang diberi.
3. Pelajar dapat mengira jumlah produk dan reaktan berlebihan dengan betul.


METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini adalah kajian tindakan berdasarkan pemerhatian dan semakan hasil kerja pelajar
menujukan permasalahan utama pelajar adalah tidak dapat membuat hubungan antara
bilangan mol yang diberi dengan pekali stokiometri, dan tidak dapat menentukan reaktan

pengehad. Pelajar juga tidak dapat mengaitkan reaktan pengehad dengan reaktan yang lain
dan produk yang terhasil. Kami selaku penyelidik membuat keputusan untuk menjalankan
kajian tindakan bagi membaiki kelemahan kami dalam pengajaran dan pembelajaran

sekaligus dapat membantu pelajar menguasai konsep reaktan pengehad. Kami telah
memulakan kajian kami dengan tinjauan permasalah pelajar, semakan latihan, semakan ujian
dan temu bual. Kemudian kami telah merancang untuk mengatasi masalah ini dengan

menggunakan jadual analogi pada gelung pertama dan video analogi pada gelung kedua.


Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang pelajar S23T5 dan S23T11. Pelajar ini dipilih
berdasarkan keputusan kuiz reaktan pengehad yang dilaksanakan selepas pengajaran

pembelajaran secara tradisional di dalam kelas. Kesemua 10 orang pelajar ini tidak berjaya
menentukan reaktan pengehad dan membuat pengiraan stoikiometri dalam menentukan

jumlah hasil dan reaktan berlebihan.

Tinjauan Masalah

Pada sesi pembelajaran lepas, penyelidik telah menggunakan kaedah penyampaian
pembelajaran tradisi seperti penerangan menggunakan papan putih di kelas, menerangkan
konsep reaktan pengehad dan stoikiometri menggunakan tindak balas kimia. Pada

pandangan penyelidik dan pensyarah yang lain, cara penyampaian ini kurang berkesan
kerana pelajar tidak dapat membayangkan konsep reaktan pengehad melalui tindak balas


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 464

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kimia. Selain itu, terdapat juga pelajar yang memahami penerangan pensyarah di dalam kelas
tetapi tidak mampu menyelesaikan soalan latihan yang diberikan. Ini menunjukkan pelajar

tersebut tidak memahami konsep dengan jelas.
Semakan latihan pelajar yang lepas, kebanyakkannya tidak memahami konsep
reaktan pengehad. Seterusnya pelajar tidak dapat menyelesaikan konsep stoikiometri yang

berkaitan dengan reaktan pengehad dalam menentukan jumlah hasil dan reaktan yang
berlebihan berdasarkan tindak balas kimia yang diberi. Segelintir pelajar juga sering memilih

untuk meninggalkan soalan reaktan pengehad atau hanya memilih sahaja mana-mana
reaktan dalam tindak balas yang diberi sebagai reaktan pengehad. Faktor pemilihan reaktan
pengehad pelajar ialah berdasarkan nama kompaun produk. Ini menujukkan pelajar masih

tidak memahami konsep sebenar reaktan pengehad.
Berdasarkan temubual, pelajar sukar untuk memahami konsep reaktan pengehad

kerana tidak dapat mengambarkan tindak balas yang diberi dalam menentukan reaktan
pengehad. Pelajar juga kurang memahami kepentingan mengenalpasti reaktan pengehad
terutamanya jika soalan meminta mencari jumlah hasil yang bagi mana-mana produk tanpa

menyatakan mengenalpasti reaktan pengehad. Oleh itu, penyelidik merancang untuk
mengaitkan aktiviti kehidupan seharian pelajar dalam memahami konsep reaktan pengehad
dengan mengunakan kaedah jadual analogi dan seterusnya kaedah video analogi dalam

membantu pelajar memahami konsep reaktan pengehad.

Tindakan Yang Dijalankan

Kumpulan sasaran untuk kajian telah dipilih dari ujian pra yang dilaksanakan kepada tujuh
belas orang pelajar S23T5 dan S23T11 selepas pengajaran dan pembelajaran secara tradisi.

Sepuluh dari tujuh belas pelajar telah mendapat markah kurang dari 50% iaitu gred D ke
bawah semasa ujian tersebut (Rujuk Lampiran 1). Sepuluh pelajar yang dipilih untuk
mengikuti kajian adalah dari kalangan yang tidak dapat menentukan reaktan pengehad yang

seterusnya menyebabkan mereka tidak dapat mengira jumlah hasil dan reaktan berlebihan
dengan tepat bagi tindak balas yang diberi.


Aktiviti Gelung 1: Jadual Analogi
Langkah 1:
Pelajar diberi jadual analogi untuk menganggarkan bilangan produk (s’more) mengikut situasi

yang diberi. Terdapat tiga nisbah bahan yang berbeza bagi (Graham Crackers, Hershey Bar,
Marshmallows) yang digunakan semasa menentukan bilangan s’more. Pelajar seterusnya

diminta menentukan reaktan pengehad, bahan berlebihan dan jumlah bahan yang telah
digunakan. Pelajar mengaplikasikan gabungan kemahiran dan pengetahuan dalam
menyediakan makanan.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 465

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Langkah 2:
Pelajar seterusnya diminta menyelesaikan masalah dengan nisbah yang berbeza dan

menjawab soalan yang melibatkan tindak balas kalium dan aluminium sulfat untuk
menghasikan kalium sulfat dan aluminium. Melalui pengetahuan penentuan s’more, pelajar
diharapkan dapat mengaitkan aktiviti kehidupan harian mereka dengan pengetahuan reaktan

pengehad dalam tindak balas kimia.


Aktiviti Gelung 2: Video Analogi
Langkah 1:
Pelajar menyediakan video analogi berkaitan dengan konsep reaktan pengehad bertemakan

‘reaktan pengehad mangkin dalam mencapai kehidupan yang seimbang dan harmoni’. Pelajar
menyediakan video secara berkumpulan dan menerapkan kemahiran kerja berpasukan

(Jalinus, et al., 2020). Mereka membina hubungan yang baik sesama ahli kumpulan,
berinteraksi secara efisien untuk mencapai matlamat dan memahami konsep reaktan
pengehad. Selain itu, pelajar juga belajar cara mengenal pasti masalah, membuat analisa,

penilaian terhadap sesuatu isu yang timbul dengan memberi justifikasi secara rasional dan
menggunakan setiap kemahiran yang ada secara analitik, kritis dan kreatif.
Langkah 2:

Video yang disediakan seterusnya dikongsi dengan pelajar lain melalui media sosial seperti
YouTube dan Telegram untuk mendapatkan makumbalas, berkongsi idea dan membuat
pembelajaran kendiri.

Langkah 3:
Pelajar diberi kuiz berkaitan dengan penyediaan sandwiches dengan tiga nisbah bahan yang

berbeza dan menjawab soalan yang melibatkan tindak balas aluminium dan asid sulfurik untuk
menghasikan aluminium sulfat dan membebaskan gas hidrogen. Kuiz ini mengandungi soalan
yang meminta pelajar untuk menentukan reaktan pengehad, bahan berlebihan dan jumlah

bahan yang telah digunakan. Pelajar diharapkan dapat mengunakan kemahiran berfikir dan
menyelesaikan masalah dengan baik di samping mengaplikasikan gabungan kemahiran dan

pengetahuan dalam menyediakan makanan. Melalui penyediaan video, analogi penyediaan
sandwiches dan analogi tindak balas kimia, diharapkan pelajar dapat memahami kepentingan
pembelajaran kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat bagi melestarikan aktiviti kehidupan
harian mereka. Kebolehan pelajar menentukan reaktan pengehad, reaktan berlebihan dan

jumlah bahan yang telah digunakan dianalisa.








e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 466

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

DAPATAN KAJIAN

Pelajar dapat menentukan reaktan pengehad dengan menggunakan kaedah video

analogi.
Hasil dapatan kajian menunjukkan 100% pelajar telah dapat menentukan reaktan pengehad

selepas menggunakan kaedah video analogi.
Pelajar dapat membuat hubungan pekali stokiometri antara reaktan dan reaktan dengan
betul

Hanya 30% dari pelajar telah dapat membuat hubungan pekali stokiometri dengan baik,
manakala yang lain hanya mendapat 80% betul sahaja semasa aktiviti pada gelung pertama.
Pada aktiviti gelung kedua, selepas pelajar membuat dan membentangkan video analogi,

pengkaji mendapati 100% pelajar telah dapat membuat hubungan pekali stoikiometri dengan
betul. Pembelajaran melalui pengalaman membantu pembelajaran pelajar belajar melalui
komunikasi dan perkongsian maklumat.


Pelajar dapat membuat perbandingan diantara bilangan mol yang dikira dengan

bilangan mol yang diberi
Pada gelung pertama, seramai 20% pelajar berjaya membuat semua perbandingan bilangan
mol yang disediakan dan bilangan yang diperlukan. 80% pelajar lagi berjaya membuat

perbandingan melebihi 50%. Manakala pada gelung kedua, selepas membuat aktiviti
kolaborasi menyediakan dan menambahbaik video analogi, 100% pelajar terlibat telah berjaya

menbuat semua perbandingan. Video analogi mampu membantu pelajar memahami konsep
asas mol dan membuat hubungan pekali stokiometri dan seterusnya membuat perbandingan
mol yang dikira dengan mol yang diberi.


Pelajar dapat mengira jumlah produk dan reaktan berlebihan dengan betul.
Pencapaian pelajar menjawab soalan analogi bagi mengira jumlah produk yang terhasil

selepas menyediakan video telah meningkat dari 40% kepada 100% betul. Melalui analisis
ini, 80% pelajar dapat menyelesaikan masalah menggunakan soalan analogi, 20% lagi
membuat kesilapan dalam pengiraan reaktan berlebihan. Pelajar yang membuat kesilapan

dalam pengiraan reaktan berlebihan adalah kerana cuai dalam membuat perbandingan.
Pencapaian pelajar menjawab soalan stoikiometri pula, menunjukkan 100% pelajar dapat

menentukan reaktan pengehad dengan tepat selepas menggunakan kaedah video analogi.
80% Pelajar dapat menentukan jumlah hasil dan reaktan yang berlebihan dengan tepat
menggunakan video analogi manakala 20% lagi membuat kesilapan kecil dalam pengiraan.

Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menarik minat pelajar mempelajari reaktan pengehad
tetapi dapat melatih pelajar mengabungkan kemahiran menyediakan video dalam memahami



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 467

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

konsep reaktan pengehad. Melalui temubual pelajar tentang aktiviti yang dijalankan, pelajar
menyatakan mereka lebih senang memahami sesuatu konsep untuk menentukan reaktan

pengehad apabila dikaitkan dengan aktiviti kehidupan harian mereka. Menurut Casta & Kallick
(2000) dan Marziah (2018), proses berfikir yang berlaku adalah menghubung kait
pengetahuan dan pengalaman lepas dalam situasi baharu. Pelajar juga berpendapat konsep

reaktan pengehad perlu dijadikan amalan harian bagi mencipta kehidupan yang harmoni dan
seimbang.


KESIMPULAN & SYOR CADANGAN KAJIAN

Kesemua pelajar yang terlibat dengan kajian ini telah menunjukkan penglibatan secara aktif

sama ada dalam penyediaan video analogi dan juga dalam menjawab soalan kuiz dalam
menenukan reaktan pengehad, jumlah hasil dan reaktan berlebihan. Mereka juga dapat
memperbaiki kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan dengan jelas, berkesan

dan yakin serta menghormati pendapat orang lain semasa menyediakan video. Pelajar perlu
memiliki pemikiran yang kritis dalam menyelesaikan setiap masalah sama ada masalah

kehidupan mahupun pembelajaran. Aktiviti merentas disiplin yang dijalankan semasa kajian
ini membuktikan bahawa 100% pelajar berjaya mencapai objektif dan berjaya menarik minat
pelajar mempelajari tajuk reaktan pengehad.

Penyediaan video dalam membuat analogi adalah penting bagi mencapai objektif
pengajaran, tetapi aktiviti pengukuhan yang dijalankan juga harus menarik dan selari dengan

perkembangan dunia semasa. Kajian ini dapat membantu pelajar menggunakan video analogi
yang dekat dengan kehidupan pelajar dan menambah kreativiti. Menurut Marie (n.d), jika
pensyarah mengajar dan mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap pelajar tanpa mengira

latar pendidikan pelajar, semua pelajar mampu maju dan berkembang ke tahap yang lebih
tinggi.
Selain itu, kaedah ini memudahkan pensyarah untuk menyampaikan konsep reaktan

pengehad dalam sesi pengajaran. Seterusnya, kaedah ini mampu membantu meningkatkan
pencapaian pelajar dalam kursus kimia 1 SK015. Kajian perlu lebih lagi memperkasakan
dunia digital di samping menerapkan kemahiran insaniah dalam pengajaran.


RUJUKAN


Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Curriculum Specifications SK015 &
SK025, pp 6-7.

Bello-Bravo, J., Zakari, O. A., Baoua, I., & Pittendrigh, B. R. (2019). Facilitated discussions
increase learning gains from dialectically localized animated educational videos in Niger.
Information Technology for Development, 25(3), 579-603.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 468

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Brouillette, Y. (2019). Comic Book Chemistry: Teaching Science Using Super Heroes. CIRCE
MAGAZINE: STEAM EDITION, 47.
Giacaman, N., Sinnen, O., & Adams, J. (2021). Visual analogy videos for understanding
fundamental parallel scheduling policies. Journal of Parallel and Distributed Computing,
153, 64-74.

Jalinus, N., Syahril, S., Nabawi, R. A., & Arbi, Y. (2020). How Project-Based Learning and
Direct Teaching Models Affect Teamwork and Welding Skills Among Students.
International Journal of Innovation, Creativity and Change., 11(11), 85-111.

Nechypurenko, P., Starova, T., Selivanova, T., Tomilina, A., & Uchitel, A. (2018, October).
Use of augmented reality in chemistry education. In Memoires of 1st International
Workshop on Augmented Reality in Education. Kryvyi Rih, Ucrania. Kryvyi Rih State
Pedagogical University.

Körhasan, N. D., & Hıdır, M. (2019). How should textbook analogies be used in teaching
physics?. Physical Review Physics Education Research, 15(1), 010109.
Marziah, M. (2018). Peta pemikiran dan analisis bahagian keseluruhan (PPABK) dalam
membantu pelajar memahami dan mengaplikasi konsep mol. Jurnal Penyelidikan
Pendidikan, 19, 112–122.

Keempat, K.D.E., 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Marie. A. (n.d). What does it mean to have high expectations for your students?
TheHighlyEffectiveTeacher.com. https://thehighlyeffectiveteacher.com/what-does-it-
mean-to-have-high-expectations-for-your-students/. Accessed on 22 June 2020.






























e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 469

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Lampiran 1: Carta Alir Pelaksanaan Kajian

MULA
Gelung 1
Carta Alir Pengiraan
Reaktan Pengehad



Membincangkan cara untuk menentukan
reaktan pengehad






Analisa Ujian Pra

Soalan Ujian Pra Ujian Pra
Lulus

Gagal


Membuat latihan menggunakan jadual
analogi









Kuiz

Kuiz Jadual Analogi Analisa Kuiz Jadual Analogi







Pelajar merakam video analogi reaktan

Video Analogi 1 pengehad berasaskan aktiviti harian Video Analogi 2









Kuiz
Analisa Kuiz Video Analogi
Kuiz Video Analogi




TAMAT



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 470

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Lampiran 2: Pautan Video Analogi

BIL TAJUK PAUTAN

1 The limiting reactant when prepared a burger https://youtu.be/zR99dtJAgW8


2 Coffee or Hot Water is a Limiting Reactant https://youtu.be/thCDy0jw5jM

3 Phone need a Phone Case https://youtu.be/aj2-eCiiORw


4 Brick or Cement is a Limiting Reactant https://youtu.be/2ru5H7ox8gY


5 Tyre or Frame is a Limiting Reactant https://youtu.be/NkB002ylkL4


Vinegar or Soda Bicarbonate is a Limiting
6 https://youtu.be/0K_KRFuyefw
Reactant


7 Phone or Power Bank is a Limiting Reactant https://youtu.be/NCNk2zDuaaI

8 Bread or Jam is Excess? https://youtu.be/qSQSkx3QrCM


9 Water or cups limit the process https://youtu.be/g9l2VH0SC7Q


10 Knowing our limits: Student life https://youtu.be/Co0mUhd-Eqw






























e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 471

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

SI BULAT-BULAT: TEKNIK PENGEMBANGAN UNGKAPAN KUASA DUA DALAM
KALANGAN PELAJAR MEKA

Normah binti Yusoff , Ramnah binti Abu Samah , Noor Hasryzal bin Hasnoh , Sanjay
2
3
1
4
A/l Pradeep Kumar

1,2,3,4 Kolej Matrikulasi Melaka
[email protected]


ABSTRAK


Penguasaan konsep asas algebra merupakan suatu elemen yang perlu ada pada setiap

pelajar apabila mempelajari Matematik. Walaubagaimanapun, kefahaman terhadap topik
algebra ini masih berada di tahap yang rendah. Kajian tindakan ini bertujuan untuk

meningkatkan kefahaman pelajar dalam pengembangan ungkapan kuasa dua yang melibat
topik yang sukar seperti eksponen dan surd. Perlaksanaan kajian ini adalah berdasarkan
Model Kemmis dan McTaggart. Kajian ini melibatkan 10 orang responden yang

berpencapaian rendah dan menghadapi masalah dalam mengembangkan ungkapan kuasa
dua yang melibatkan eksponen dan surd. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah
melalui ujian pra dan ujian pos. Aplikasi geogebra digunakan untuk menyemak jawapan yang

diperolehi oleh pelajar dengan menggunakan teknik bulat-bulat. Dapatan kajian menunjukkan
penggunaan Teknik Si bulat-bulat dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam
mengembangkan ungkapan kuasa dua dengan tepat dan pantas tanpa melalui banyak

prosedur. Pelajar merasa seronok menggunakan aplikasi geogebra dan ia dapat meransang
potensi pelajar dalam mengembangkan ungkapan kuasa dua. Secara kesimpulannya, teknik

ini mampu membawa perubahan kepada pengajaran Matematik yang lebih inovatif dan kreatif
berbanding pengajaran secara tradisional. Pelajar mendapat pengalaman baru dalam
pembelajaran Matematik.



Kata kunci: Matematik, pedagogi, Algebra, matrikulasi


PENGENALAN

Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan

perubahan. Matematik adalah ilmu penting dalam pelbagai bidang, termasuklah sains semula
jadi, kejuruteraan, perubatan dan sains sosial yang digunakan di seluruh dunia. Matematik

gunaan merupakan salah satu cabang matematik yang mengkaji aplikasi ilmu matematik ke
dalam bidang lain, memberi inspirasi dan memanfaatkan penemuan matematik yang baru
seperti statistik dan teori permainan. Matematik telah dikenal pasti sebagai satu mata


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 472

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

pelajaran yang penting dan oleh kerana itu, ia diajar di semua peringkat pendidikan dan
merentasi kurikulum.

Matematik dilihat sebagai mata pelajaran yang tidak mempunyai korelasi secara
langsung dengan kehidupan seharian. Malah dari satu sudut matematik dianggap sebagai
mata pelajaran yang sukar dan membosankan. Ini kerana arus pendidikan tidak memberi

penekanan kepada nilai-nilai yang tersirat dalam matematik seperti kaedah berfikir secara
kognitif. Ini boleh menyebabkan matlamat pendidikan matematik di sekolah semakin sukar

dicapai jika tidak dibendung.
Namun begitu, dalam arus mempertingkatkan kemahiran kognitif pelajar dalam
pembelajaran Matematik, gelombang teknologi baru dalam konteks dunia pendidikan mula

berkembang dengan pesat. Cabaran global yang hebat berikutan wabak Covid-19 yang
melanda di kebanyakan negara termasuk Malaysia. Oleh yang demikian, kebanyakan institusi

pendidikan telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian sebagai
alternatif bagi menggantikan pembelajaran secara konvensional. Cabaran antara
mengimbangkan kemahiran Matematik di arus digital perlu dilihat agar kedua-duanya

seimbang. Di dalam konteks ini, pendidik perlulah lebih kreatif dan berinovatif bagi
memastikan tiada pelajar yang keciciran di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.



SOROTAN LITERATUR

Algebra adalah satu kaedah matematik dalam memanipulasi satu-satu persamaan atau fungsi
matematik yang mengandungi pembolehubah dan pemalar. Melalui penguasaan algebra,

para pelajar akan dapat menyelesaikan kebanyakan masalah matematik dengan lebih tepat
dan mudah. Kaedah algebra ini digunakan dan diaplikasi dalam mana-mana topik matematik

tidak kira dalam bidang operasi arithmetik mahupun kalkulus. Antara kesalahan yang
dilakukan oleh pelajar dalam operasi matematik adalah disebabkan oleh kerana lemahnya
penguasaan pelajar dalam memanipulasi formula algebra.

Pelajar yang dapat menguasai topik algebra dengan baik akan dapat membantu
pelajar mengatasi kesilapan dalam matematik asas, memberikan penyelesaian dengan jalan

kerja yang betul dan dapat mengukuhkan konsep asas. Menurut Chua (2017) pula mendapati
bahawa jenis kesalahan yang paling tinggi yang dilakukan oleh pelajar dalam menyelesaikan
masalah matematik adalah masalah penguasaan konsep. Konsep asas ialah permulaan

kepada pemahaman sesuatu konsep Matematik. Bohlmann (2017) juga mendapati kesalahan
asas matematik yang kerap dilakukan oleh pelajar ialah kesalahan jawapan pada sebutan
yang tidak dikuasakan, tidak meletakkan tanda kurungan dan juga kesalahan bagi sebutan

bernombor negatif.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 473

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab semua pihak dalam mengambil langkah
yang positif dalam memberi pengetahuan kepada pelajar khasnya dalam matapelajaran

matematik agar peningkatan kemajuan pelajar dapat dilihat setiap tahun. Ini termasuk
memperkenalkan pendekatan dan kaedah baru dalam memberi pengetahuan dan kefahaman
kepada pelajar dalam menyelesaikan soalan matematik. Menurut Tambunan (2019),

keberkesanan pendekatan-pendekatan baru itu juga bergantung kepada sejauh mana
seorang pelajar itu dapat menguasai konsep asas.


PERMASALAHAN KAJIAN

Dalam Program Matrikulasi Sistem Empat Semester (SES), tajuk algebra telah mula

didedahkan pada peringkat sekolah lagi. Topik algebra bukanlah sesuatu yang asing kepada
pelajar kerana mereka telah pun mempelajarinya ketika berada di peringkat sekolah
menengah. Antara teknik penyelesaian yang sering dilakukan oleh pelajar ialah menggunakan

teknik yang agak panjang untuk meyelesaikan soalan, menggunakan teknik yang salah dan
menggunakan konsep asas yang salah.

Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada bagaimana
pelajar dapat mengembangkan ungkapan kuasa dua dengan betul, tepat dan pantas. Kajian
ini penting kerana pengembangan ungkapan kuasa dua bukan sahaja penting dalam bidang

algebra tetapi ia banyak digunakan dan diaplikasi dalam topik- topik yang lain. Oleh yang
demikian, teknik Si Bulat-Bulat digunakan dalam tajuk pengembangan kuasa dua. Teknik Si

Bulat –bulat ini bertujuan untuk meringkaskan dan memudahkan kefahaman pelajar dalam
mengembangkan kuasa dua dalam bentuk yang sukar seperti  x  1  , e  2 dan
2


2
x
 x  2 x  dengan lebih pantas dan tepat.
2




OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya objektif bagi kajian ini ialah pelajar dapat mengembangkan ungkapan kuasa
dua dalam topik algebra. Secara khususnya objektif bagi kajian ini ialah

1. pelajar dapat menulis pengembangan ungkapan kuasa dua dengan
menggunakan kaedah si bulat-bulat.
2. pelajar dapat memanipulasi ungkapan pengembangan kuasa dua dengan

menggunakan kaedah si bulat-bulat.
3. pelajar dapat menyemak jawapan dalam pengembangan ungkapan kuasa dua

dengan menggunakan applikasi Geogebra.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 474

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian tindakan yang membawa maksud kajian terhadap sesuatu

masalah dan membuat tindakan terus ke atas masalah yang khusus dan diselesaikan dalam
suatu tempoh masa yang singkat (Zarina & Zanaton, 2014). Dalam kajian ini menggunakan

Model Kemmis dan McTaggart (1988) sebagai asas untuk melaksanakan kajian. Model
tersebut menyarankan empat langkah kajian tindakan berdasarkan lingkaran iaitu membuat
refleksi, merancang, bertindak dan memerhati.


Kumpulan Sasaran
Peserta kajian adalah seramai 10 orang pelajar MEKA dari Program Empat Semester (SES)

yang terdiri daripada 3 lelaki dan 7 perempuan sesi 2020/2021. Mereka terdiri daripada pelajar
kelas D31T4 dan D31T8 yang berpencapaian rendah. Kesemua peserta kajian memperolehi
gred D ke bawah bagi subjek Matematik Tambahan di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM).


Tindakan Yang Dijalankan
Teknik Si Bulat-bulat dengan memberikan beberapa langkah yang mudah yang perlu diikuti
oleh pelajar.

Jadual 1: Langkah Penggunaan Teknik Si Bulat-Bulat
Kitaran 1
  2
Contoh Soalan 1: x  1


Langkah 1: Pelajar perlu membuat rangka bulatan


2
2
( ) = + 2 + 2
Langkah 2: Mengenalpasti apakah 2 bulatan yang perlu dilukis

x dan 1
Langkah 3: Masukkan nilai mengikut rangka bulatan yang disediakan.

 x  1  x + 2 x 1 + 1
2
2
2


 x  2 x 
1
Setelah penerangan dibuat, ujian pos 1 diberikan kepada pelajar untuk menguji kefahaman
pelajar terhadap teknik yang diperkenalkan. Soalan yang diberikan adalah setara dengan
soalan pra. Keputusan yang diperoleh dari ujian pos 1 boleh dirujuk pada jadual 2.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 475

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Data Kitaran 1
Setelah meneliti ujian Pos 1, masih terdapat pelajar yang salah dan lemah dalam

mengembangkan ungkapan kuasa dua terutamanya dalam simbol negatif dan positif pada
jawapan. Pelajar keliru dengan simbol tersebut.


Kitaran 2
Contoh soalan 2:
1.  x  2 x  2  x + 2 x 2 x + 2 x



2
2

 x  2 x 2 x  
2 x

  2 x 2 x
2 2x 

2 x 2 x 2
e  2  = e + 2 e  2 +  2
x
2.
 e 2x  4e 
x
4
Manila kad digunakan dengan menggunting dan membuat bulatan dengan menggunakan dua
warna yang berlainan. Pendekatan yang lebih praktikal atau bersifat hands-on digunakan
kerana kaedah ini merupakan bahan bantu mengajar (BBM) berbentuk kad bulatan bagi
membolehkan pelajar meneroka konsep dan menyelesaikan masalah. Kaedah ini merupakan
suatu proses kognitif atau dalam erti kata lain ialah tindakan seseorang yang menghubungkan
konstruk dalaman dengan situasi di sekelilingnya (Kanapathy, 2016). Perkara ini boleh

ditakrifkan sebagai suatu proses memahami soalan secara spontan dengan membuat
gambaran atau perwakilan mental (Maslinah & Effandi, 2017).
Contohnya

 e 2x  2    2   2e 2x    2
2

2x
e
 2

Penerangan langkah-langkah dibuat dan diterangkan kepada pelajar semula sebelum ujian

pos 2. Soalan yang diberikan adalah setara dengan ujian pos 1.

Instrumen kajian

Kajian ini menggunakan semakan ujian pra dan ujian pos. Instrumen soalan ujian pra dan pos
dalam kajian ini telah dirujuk kepada pakar iaitu pensyarah pakar mata pelajaran Matematik

(subject-matter expert, SME) di Kolej Matrikulasi Melaka. Aplikasi Geogebra dalam
menyemak kembangan ungkapan kuasa dua. Septian (2020) menyatakan Geogebra adalah
aplikasi pembelajaran Matematik yang boleh dimanfaatkan dalam beberapa topik yang

berkaitan seperti ilmu geometri, algebra dan kalkulus. Aplikasi Geogebra ini dapat digunakan



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 476

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

secara atas talian dalam pembelajaran dan mendokong pembelajaran kelas secara digital.
Aplikasi ini terdapat dalam versi android dalam telefon mudah alih dan boleh diperolehi

daripada Playstore atau Appstore.

DAPATAN KAJIAN


Data-data skor ujian Pra, ujian Pos 1 dan ujian Pos 2 secara deskriptif. Data-data diproses
untuk melihat peningkatan atau penurunan peratusan pencapaian pelajar dalam

mengembangkan ungkapan kuasa dua. Soalan ujian Pra, ujian Pos 1 dan ujian Pos 2 adalah
setara. Objektif 1:Menulis ungkapan


Jadual 2: Perbandingan ujian Pra dan Pos 1 dalam menulis ungkapan
Ujian
Bil.
Ujian Pra Ujian Pos 1
Pelajar
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
S1 √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
S2 √ x x x √ √ √ √ x x √ √ √ x √ x √ √ √ X
S3 x x x x x x x x x x √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
S4 x x x x x x x x x x x √ √ √ √ x √ √ √ X
S5 x x x x x x x x x x x x √ √ x √ x x √ X

Keputusan ujian pra mendapati terdapat pelajar yang tidak dapat mengembangkan ungkapan
kuasa dua dengan baik. Konsep asas mereka amat lemah. Semua pelajar dapat menulis

ungkapan bagi soalan yang mudah dan berbentuk rutin seperti soalan  x   2 2 . Apabila

melibatkan surd dan eksponen hampir semua gagal menulis ungkapan dengan betul. Analisis

ujian Pos 1 telah menunjukkan keupayaan untuk pelajar mengembangkan ungkapan kuasa
dua telah meningkat walaupun tidak semua yang betul. Masih terdapat pelajar yang keliru
dengan penggunaan simbol (+) dan (-).


Jadual 3: Ujian Pos 2 dalam menulis ungkapan

Ujian Pos 2
Bil. pelajar
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


S1 √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
S2 √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
S3 √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
S4 √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
S5 √ √ √ √ √ √ √ √ √ √




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 477

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Dalam ujian pos 2 kesemua pelajar dapat menulis ungkapan kuasa dua dengan baik, cepat
dan tepat. Apabila ditanya kepada pelajar selepas ujian pos 2, mereka mengatakan tidak perlu

lagi membuat bulat-bulat semasa mengembangkan ungkapan kuasa dua kerana pelajar ini
telah dapat menggambarkan bulatan di dalam minda mereka dan boleh terus congak. Teknik
penggunaan alat bantu mengajar (BBM) sangat membantu pelajar.


Jadual 4 Perbandingan ujian Pra dan Pos 1 dalam memanipulasi ungkapan

Ujian
Bil.
Ujian Pra Ujian Pos 1
Pelajar
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
S1 √ √ √ √ √ √ √ x √ √ √ √ √ √ x √ √ √ √ √
S2 √ x x x x √ √ √ x x √ x √ x √ √ √ √ √ X
S3 x x x x x x x x x x √ √ √ √ √ x √ √ √ √
S4 x x x x x x x x x x √ √ √ √ x √ √ √ √ X
S5 x x x x x x x x x x √ √ x √ √ √ √ √ √ X

Berdasarkan jadual 4 di atas didapati semasa ujian pra semua pelajar dapat memanipulasi

ungkapan bagi soalan yang mudah dan berbentuk rutin  x   2 2 . Hanya empat orang pelajar



2
dapat memanipulasi ungkapan bagi soalan berbentuk e  2 . Apabila melibatkan surd
x
hampir semua gagal memanipulasi ungkapan dengan betul. Analisis ujian Pos 1
menunjukkan keupayaan untuk pelajar memanipulasi ungkapan kuasa dua telah meningkat

walaupun tidak semua yang betul.

Jadual 5: Ujian Pos 2 dalam memanipulasi ungkapan

Ujian Pos 2
Bil. pelajar
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

S1 √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
S2 √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
S3 √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
S4 √ √ √ √ √ √ √ √ √ √
S5 √ √ √ √ √ √ √ √ √ √

Dalam ujian pos 2, kesemua pelajar dapat memanipulasi ungkapan kuasa dua dengan baik.

Apabila pelajar dapat menulis ungkapan dengan betul, pelajar tidak mempunyai masalah
untuk memanipulasi ungkapan kembangan kuasa dua.
Bagi menyemak jawapan kembangan ungkapan kuasa dua, aplikasi Geogebra dalam

pengembangan ungkapan kuasa dua telah digunakan. Pelajar merasa seronok menggunakan



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 478

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

aplikasi ini kerana mereka boleh mengadakan perbincangan dalam kumpulan bagi menyemak
jawapan yang diperolehi dengan menggunakan telefon mudah alih. Penggunaan applikasi

Geogebra juga merupakan aktiviti berpusatkan pelajar di mana pelajar menyemak sendiri
jawapan yang mereka perolehi. Melalui penggunaan aplikasi Geogebra, kaedah ini didapati
telah meransang potensi pelajar dalam mengembangkan ungkapan kuasa dua. Walaupun

terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan, aplikasi Geogebra ini mempunyai aura
yang tersendiri yang dapat membantu pelajar.


KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kejayaan kajian ini membawa perubahan kepada pengajaran

Matematik yang lebih inovatif dan kreatif berbanding pengajaran secara tradisional. Bahan
pengajaran berasaskan digital dapat membantu guru dalam proses pembelajaran di dalam
bilik darjah. Dalam dunia digital hari ini, penggunaan teknologi merupakan suatu keperluan

dalam membantu pelajar untuk membina kemahiran-kemahiran dalam pembelajaran(Bartek
& Nocar, 2016). Pelajar mendapat pengalaman baru dalam pembelajaran Matematik. Pelajar

juga dapat menjawab soalan yang melibatkan pengembangan ungkapan kuasa dua dengan
betul, mampu menaikkan prestasi dan gred purata kolej. Kajian ini diharapkan dapat
memberikan kepentingan kepada pelbagai pihak seperti pelajar, pensyarah dan kolej

matrikulasi yang lain


CADANGAN KAJIAN

Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat implikasi yang positif kepada pendidik khususnya
pensyarah matrikulasi bagi menarik minat pelajar untuk memahami topik ini. Kajian ini bukan

sahaja boleh digunakan untuk pelajar matrikulasi malah boleh disebarluaskan
penggunaannya di sekolah. Penggunaan teknik Si Bulat-Bulat ini dapat menyelesaikan
kembangan ungkapan kuasa dua dengan cepat, tepat dan pantas. Apabila pelajar telah mahir,

pelajar tidak perlu lagi melukis bulat-bulat, malah pelajar boleh mencongak dan merakam
kaedah ini di dalam minda.

Justeru untuk kajian yang akan datang, guru-guru sekolah boleh juga membuat kajian fungsi-
2
fungsi yang senang seperti  x   1 di sekolah bagi melihat keberkesanan Teknik Si Bulat-
Bulat bagi mengembangkan ungkapan kuasa dua dalam algebra.










e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 479


Click to View FlipBook Version