The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasaidi.hassan, 2021-09-19 00:57:19

e Prosiding Serai 2021 final

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dan menggunakan kaedah pengajaran oleh guru prasekolah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, termasuk penggunaan kaedah bermain dramatik.
Dari dapatan-dapatan dalam kajian ini, guru prasekolah boleh mewujudkan

kemajuan inovatif untuk menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai serta membentuk
sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran. Selain itu, semua pihak berkepentingan yang

terlibat dalam sistem pendidikan prasekolah di Semenanjung Malaysia perlu untuk
menyokong peranan penting guru prasekolah sebagai tapak asas pendidikan awal selepas
pendidikan dalam keluarga.


RUJUKAN

Atiya Inayatullah & Palwasha Jehangir. (2012). Teacher’s Job Performance: The Role of
Motivation. Abasyn Journal of Social Sciences,5, 2:78-99.

Bellm, Dan. (2008). Early Childhood Educator Competencies. A Literature Review of
Current Best Practices, And a Public Input Process on Next Steps for California.
Research Report. California: Center for the Study of Child Care Employment.
Bellm, Dan. (2005). Establishing Teacher Competencies in Early Care and Education: A
Review of Current Models and Options for California. Institute of Industrial Relations,
University of California at Berkeley.
Deci, E. L. & Ryan, R. M. (2000). The “What” and Why” of Goal Pursuits: Human Needs
and the Self-Determination of Behavior. Psychology Inquiry. Vol. 11, No.4, 227-268.
Eisner, E. (1992). Curriculum Ideologies. In P. Jackson (Ed.), Handbook of research on
curriculum (pp. 302-326). New York: Macmillan.
Gokce, Feyyat. (2010). Assessment of teacher motivation, School Leadership &
Management: Formerly School Organisation, 30:5, 487-499.

Halimah Harun (2006). Minat, Motivasi Dan Kemahiran Mengajar Guru Pelatih. Jurnal
Pendidikan, 31: 83-96.

Izumi-Taylor, S. I., Samuelsson, I. P. & Rogers, C. S (2010). Perspectives on play in the
three nations: A comparative study in Japan, the United States and Sweden.
http://ecrp.uiuc.edu/v12n1/izumi.html. [15 Ogos 2011].

Knowles (1970). The Modern Practice of Adult Education, From Pedagogy to Andragogy.
Cambrigde Adult Education. Prentice Hall Regents, Englewood Cliffs.

Mustafa, M.N. & Othman, N. (2010). The effect of work motivation on teacher’s work
performance in Pekan Baru senior high schools, Riau Province, Indonesia.
Sosiohumanika, 3(2) 259-272
Nelson, R. F. (2000). Personal and environmental factors that influence early childhood
teachers' practices. Journal of Instructional Psychology, 17(2).

Pratt, D. D. (1992). Conceptions of teaching. Adult Education Quarterly, 42(4), 203-220.
Piaget, Jean (1967). The Child’s Conception of Space. New York: W. W. Norton & Co.

Rokeach, M. (1973). The nature of human values. New York, NY: Free Press.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 280

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rosmah Abd Ghani dan Mariani Md Nor. (2013). Pelaksanaan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan oleh Guru Prasekolah : Data Preliminary. Kertas kerja ini
dibentangkan di Seminar Besut.

Smilansky, Sara. (1990). The Effects of Sociodramatic Play on Disadvantaged Preschool
Children.

Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali. (2012). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Kurikulum
Berasaskan Bermain Bagi Aspek Pekembangan Bahasa Dan Literasi Murid
Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa, 2, 1: 141-159.

Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard
Educational Review, 57, 1-22.

Tileston, & Walker, D. (2004). What Every Teacher Should Know About Student Motivation.
California: Corwin Press.

Van Driel, J., Verloop, N., & De Vos, W (1999). Developing science teachers' pedagogical
content knowledge, Journal of Research in Science Technology, 35(6),673-695.

Wagner, Brigid Daly and French, Lucia. (2010). Motivation, Work Satisfaction, and Teacher
Change Among Early Childhood Teachers. Journal of Research in Childhood
Education, 24: 152–171.

Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd. Kosnin, Yeo Kee Jiar (2011). Keperluan Aktiviti
Bermain Dan Kepentingannya Terhadap Motivasi Kanak-Kanak Prasekolah.
Dibentangkan di Konferens Pendidikan Awal Kanak-Kanak UPSI.


















































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 281

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID ORANG ASLI:
PELUANG DAN CABARAN

1
Norizan Mamat , Zakaria Mat Nawi 2

1 Institut Pendidikan Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu
2 Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam, Kemaman, Terengganu



ABSTRAK


Pendidikan komuniti Orang Asli merupakan antara agenda yang diberi perhatian dalam plan

pendidikan negara. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai
transformasi dalam usaha meningkatkan pencapaian pendidikan komuniti Orang Asli. Melalui

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), pedagogi guru terhadap murid
Orang Asli turut diberi keutamaan khususnya dalam aspek pemerolehan bahasa. Hal
demikian kerana pihak kerajaan menyedari bahawa pendekatan pengajaran yang

dilaksanakan oleh guru memberi impak yang besar khususnya dalam aspek kemenjadian
murid. Namun begitu, sehingga ke hari ini isu keciciran murid Orang Asli dalam pendidikan
masih lagi berlaku. Berhubung dengan isu berkenaan, satu kajian telah dilaksanakan di

Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam untuk memahami cabaran yang dihadapi oleh guru
Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan
murid Orang Asli. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang menggunakan reka bentuk

kajian kes. Data kajian dikumpul melalui kerja lapangan melibatkan empat orang guru Bahasa
Melayu, murid-murid Orang Asli, pentadbir sekolah, wakil JAKOA dan penduduk setempat.

Teknik pengumpulan data menggunakan teknik pemerhatian ikut serta, analisis dokumen, dan
temu bual melalui teknik pensampelan bertujuan. Data kajian dianalisis menggunakan
perisian Nvivo Plus. Hasil kajian menemukan bahawa guru-guru Bahasa Melayu berhadapan

dengan cabaran yang berkait dengan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan
mengira (Kemahiran 3M), masalah literasi Bahasa Melayu, pengaruh bahasa ibunda, masalah
penggunaan KAP, pengaruh persekitaran dan ketidaksefahaman pemimpin setempat. Hasil

kajian menunjukkan bahawa pedagogi pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru
Bahasa Melayu perlu diperkasa melalui amalan pengajaran yang lebih efektif bagi
memastikan murid Orang Asli menguasai Bahasa Melayu dengan baik.


Kata kunci: Pendidikan Orang Asli, Cabaran dalam Pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu, Murid Orang Asli, Sungai Pergam.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 282

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGENALAN

Bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perkara 152 Perlembagaan Malaysia

mendukung peranan sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa
perpaduan yang menyatukan semua kaum di negara ini. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai

Bahasa Kebangsaan bukanlah menafikan kedudukan dan hak bahasa kaum lain. Semua
kaum di Malaysia bebas mempelajari dan mengembangkan setiap bahasa. Namun,
keunggulan Bahasa Melayu tetap utuh sebagai bahasa utama yang perlu dikuasai oleh semua

kaum. Selaras dengan perkembangan era globalisasi juga kedudukan Bahasa Melayu tetap
diberi keutamaan. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyasarkan penguasaan Bahasa Melayu

yang mantap dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Sasaran ini bertepatan dengan hasrat
pihak kerajaan untuk mewujudkan integrasi dalam melahirkan bangsa Malaysia menjelang
tahun 2020. Hasrat tersebut akan tercapai jika semua etnik di Malaysia mengusai Bahasa

Melayu dengan baik sama ada bangsa Melayu sendiri dan juga bangsa-bangsa lain (KPM
2013). Sebagai usaha merealisasikan hasrat ini, guru diberi peranan utama merancang dan

melaksanakan pedagogi yang bersesuaian dan berkesan kepada murid-murid di sekolah
pada abad ini (Noriati et al., 2010). Melalui PPPM (2013-2025) guru disarankan agar
menggunakan sumber pengajaran yang efektif dalam mengatasi setiap cabaran yang wujud

dalam pendekatan pemerolehan Bahasa Melayu dalam kalangan murid baik sekolah di
bandar mahupun di luar bandar (KPM, 2012; KPM, 2013;).


PENYATAAN MASALAH

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyasarkan perubahan yang

besar dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kualiti pengajaran merupakan wahana paling
diutamakan untuk mentransformasikan pendidikan rendah dan menengah, dan selanjutnya

meningkatkan keberhasilan murid. Kementerian beriltizam untuk meningkatkan kualiti
pengajaran di sekolah dengan memperkukuh amalan terbaik sedia ada dan memberikan
ganjaran kepada guru berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka.

Laluan ini mestilah menyokong pembangunan kerjaya guru yang melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah (KPM, 2012). Dalam aspek pedagogi, strategi
pengajaran dan pembelajaran hari ini telah melalui proses perubahan daripada strategi

pengajaran berpusatkan guru kepada strategi pengajaran berpusatkan murid di samping
penyerapan dan penggabungjalinan antara kaedah, teknik serta gaya pengajaran yang
berkesan kepada murid-murid. Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah bergantung pada

ilmu pedagogi yang dikuasai oleh seseorang guru, (Rahil Muhyiddin & Habibah Elias, 2009;
Abd.Aziz, 2007).



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 283

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021


Melalui PPPM (2013-2015) kualiti pendidikan di sekolah luar bandar turut diberi perhatian.

Semua murid diberi hak untuk mendapatkan kualiti pembelajaran yang berkesan tanpa
mengira etnik termasuk murid Orang Asli (KPM, 2012). Selaras dengan hasrat ini, pada tahun
2007 KPM telah memperkenalkan Kurikulum Asli Penan (KAP) di sekolah-sekolah Orang Asli

untuk meningkatkan pencapaian murid Orang Asli bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,
Matematik dan Bahasa Inggeris. Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM

2013-2025) Anjakan 2, pemerkasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli
menjadi fokus utama KPM untuk meningkatkan tahap pendidikan murid Orang Asli pada abad
ini. Pedagogi guru-guru Bahasa Melayu yang terlibat dengan proses pengajaran di sekolah

Orang Asli turut diberi penekanan oleh pihak KPM kerana Bahasa Melayu merupakan medium
utama dalam proses penyampaian ilmu di sekolah. Agenda ini merupakan usaha untuk

membantu anak-anak Orang Asli mengusai semua mata pelajaran yang diajar oleh guru di
sekolah (KPM, 2013). Kegagalan murid-murid Orang Asli menguasai Bahasa Melayu dengan
baik menyebabkan anak-anak Orang Asli turut ketinggalan dalam mata pelajaran lain yang

diajar oleh guru di sekolah (Noraida & Noor ‘Ashikin, 2010).
Namun begitu, impak perubahan dalam sistem pendidikan abad ini masih kurang
berlaku dalam komuniti masyarakat Orang Asli. Kajian daripada pengkaji tempatan

menunjukkan peningkatan pencapaian akademik dalam kalangan murid Orang Asli masih lagi
berada pada tahap yang membimbangkan. Kajian Ramle et al., (2014) terhadap murid Orang
Asli di Kelantan menunjukkan bahawa pencapaian murid Orang Asli masih pada tahap tidak

memberangsangkan. 67% murid Orang Asli masih tidak dapat menguasai dengan baik. Kajian
Ramle et al., (2014) di sekolah Orang Asli di Terengganu pula, sekali lagi menemukan bahawa

75% daripada 115 orang murid di Sekolah Kebangsaan Sungai Berua menghadapi masalah
pertuturan dalam Bahasa Melayu dan terlibat dengan masalah literasi Bahasa Melayu yang
hebat. Kajian Mohd Hasani Dali (2012) dan Abdul Sukor (2011) menemukan hasil dapatan

yang sama iaitu hampir 8 hingga 10 orang murid dalam setiap kelas tidak dapat membaca
dan menulis dengan baik. Kedudukan Bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kedua kerana

pengaruh bahasa ibunda yang kuat dalam kalangan murid Orang Asli. Walaupun pihak
kerajaan telah berjaya menaik taraf kehidupan dan infrastruktur masyarakat Orang Asli
namun, keciciran dalam kalangan anak-anak Orang Asli masih lagi belum selesai dan guru-
guru yang mengajar anak-anak Orang Asli masih lagi berhadapan dengan pelbagai cabaran

yang melingkari kehidupan anak-anak orang Asli (Ramle et al., 2014; Suhaimi, 2012). Pada
tahun 2016 jumlah murid Orang Asli di sekolah menengah adalah 27,603 dan jumlah murid

Orang Asli yang menyambung pelajaran ke peringkat ijazah seramai 173 orang (JAKOA,
2017). Jumlah tersebut menunjukkan bahawa tahap pendidikan Orang Asli masih perlu
dibangunkan kerana jumlah anak Orang Asli yang menyambung pelajaran masih kecil


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 284

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

berbanding dengan jumlah sebenar murid Orang Asli di bangku persekolahan. Isu keciciran
dalam kalangan anak-anak Orang Asli masih lagi berlaku dan guru-guru yang mengajar anak-

anak Orang Asli masih lagi berhadapan dengan pelbagai cabaran yang melingkari kehidupan
anak-anak Orang Asli, (Nicholas. C,. 2007; Suhaimi, 2012, Singh, N. K., & Reyhner, J. 2013;
Ramle et al., 2014; Castagno et al., (2015), Norizan, 2019).

Kajian-kajian yang dijalankan berkaitan dengan komuniti Orang Asli banyak memberi
tumpuan kepada aspek kesihatan, undang-undang, ekonomi dan pembangunan.

Sungguhpun sudah ada kajian sebelum ini yang membincangkan tentang masalah
pembelajaran kanak-kanak Orang Asli, namun kajian tersebut dibahaskan secara umum.
Maka, kajian ini telah dilaksanakan secara mendalam untuk memahami cabaran yang

dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu secara lebih dekat. Rentetan daripada permasalahan
yang telah dikenal pasti telah mendorong pengkaji untuk melihat sendiri dan mengumpul data

berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu di sekolah Orang Asli.
Kajian ini berasaskan Model Pembangunan Pendidikan GPILSEO yang berfokus kepada
goals, pedagogy, institution, leadership, spread, evidence (Russell Bishop et al., 2010).


OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan berdasarkan kepada dua objektif berikut:

1. Memahami cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu di sekolah Orang
Asli.

2. Mencadangkan pendekatan efektif untuk memperkasakan Bahasa Melayu dalam
kalangan murid Orang Asli.

PERSOALAN KAJIAN


Bagi memenuhi objektif yang ditetapkan, kajian kes yang dijalankan ini bertujuan untuk
mendapatkan jawapan bagi persoalan kajian berikut:

1. Apakah cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu di sekolah Orang Asli?
2. Apakah pendekatan efektif yang perlu dilaksanakan untuk memperkasakan Bahasa

Melayu dalam kalangan murid Orang Asli?.

KAJIAN LITERATUR


Kajian literatur berkisar tentang pendidikan dan pedagogi guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bersama anak-anak Orang Asli di sekolah. Berkait dengan impak perubahan
dalam sistem pendidikan komuniti masyarakat Orang Asli kajian daripada pengkaji-pengkaji

tempatan menunjukkan peningkatan pencapaian akademik dalam kalangan murid Orang Asli



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 285

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

masih lagi berada pada tahap yang membimbangkan. Kajian Ramle et al., (2014) terhadap
murid Orang Asli di Kelantan dan di Terengganu mendapati bahawa murid Orang Asli masih

berhadapan dengan masalah Kemahiran 3M dan literasi Bahasa Melayu yang lemah.
Dapatan kajian ini selari dengan kajian Mohd Hasani Dali & Abdul Sukor (2012) iaitu hampir
lapan hingga 10 orang murid dalam setiap kelas tidak dapat membaca dan menulis dengan

baik. Kajian Norizan (2019) di sekolah Orang Asli di Terengganu pula menemukan bahawa
kedudukan Bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kedua kerana pengaruh bahasa ibunda

yang kuat dalam kalangan murid Orang Asli. Namun begitu, Noraida & Noor ‘Ashikin, 2010
mendedahkan bahawa penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak Orang Asli
adalah penting supaya anak-anak Orang Asli memahami mata pelajaran lain yang diajar oleh

guru di sekolah. Dalam aspek kecerdasan kanak-kanak Orang Asli pula, Nazri et al., (2019)
dalam kajiannya menemukan bahawa dalam usaha mengembangkan intelektual Orang Asli

bahasa ibunda mereka perlu dilestarikan dan dikekalkan untuk membentuk jati diri Orang Asli.
Proses pembelajaran kanak-kanak Orang Asli tidak hanya terhad kepada pencapaian
akademik sebaliknya merentasi intelektual Orang Asli melalui bahasa dan budaya yang

diserap dalam proses pembelajaran kanak-kanak Orang Asli.

METODOLOGI


Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang bersifat kajian kes. Lokasi kajian di Sekolah
Kebangsaan Sungai Pergam (SKSP), dalam daerah Kemaman, Terengganu. Sampel kajian

terdiri daripada empat orang guru Bahasa Melayu, lima orang murid Orang Asli, dua orang
pentadbir sekolah, wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), ibu bapa murid Orang Asli
dan dua orang pemimpin setempat. Kaedah pengumpulan data dilaksanakan melalui teknik

temu bual secara berkumpulan, pemerhatian ikut serta dan analisis dokumen. Data kajian
dianalisis menggunakan perisian Nvivo Plus. Kajian ini berasaskan Model Pembangunan
Pendidikan GPILSEO (goals, pedagogy, institution, leadership, spread, evidence) yang

dibangunkan oleh Russell Bishop et.al (2010). Walau bagaimanapun, kajian ini memberi fokus
terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu di sekolah Orang
Asli yang kuat mempengaruhi pencapaian murid Orang Asli pada abad ini (Ramle et.al, 2014;

KPM, 2013). Lokasi kajian ini ditunjukkan dalam rajah 1 seperti berikut;
















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 286

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021



































Sumber: Ramle (2014)


Rajah 1: Lokasi SKBP dan Perkampungan Orang Asli Sungai Pergam

Merujuk kepada maklumat dalam rajah 1, SKSP terletak di tepi lebuh raya Jerangau Jabor

dalam daerah Kemaman, Terengganu. Jarak sekolah ini kira-kira 45 kilometer dari bandar
Kuantan dan 55 kilometer dari bandar Chukai, Kemaman. Perjalanan melalui lebuh raya akan
mengambil masa selama 60 minit untuk sampai ke PPD Kemaman. Sekolah ini terletak

berhampiran dengan perkampungan Orang Asli Pergam iaitu di tepi lebuh raya Jerangau
Jabor dengan jajaran Lebuh Raya Pantai Timur yang telah siap sepenuhnya sekarang.

Sekolah ini juga terletak di tengah-tengah antara Felda Neram dan bandar Cheneh Baharu.
Bangunan sekolah yang berada dalam jarak 40 meter dengan jalan raya memudahkan
pengunjung untuk sampai ke SKSP. SKSB pula mula dibina pada tahun 1974 oleh Jabatan

Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Terkini jumlah guru di SKSP adalah seramai 11 orang dan
mempunyai seramai 61 orang murid Orang Asli.


DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian ini berfokus kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam

pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli. Penjelasan
tentang cabaran-cabaran yang ditemukan melalui kajian ini adalah seperti berikut:





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 287

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Masalah Penguasaan Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (3M)
Hasil temu bual, pemerhatian ikut serta analisis dokumen yang telah dibuat kajian mendapati

sebahagian daripada murid di sekolah ini buta huruf dan terlibat dengan kelas pemulihan.
Secara tidak langsung, murid terlibat dengan masalah literasi Bahasa Melayu. Hal ini
menyebabkan murid Orang Asli tidak dapat menguasai isi pembelajaran dengan baik. Kesan

daripada masalah buta huruf tersebut, pelaksanaan pengajaran guru lebih kepada kemahiran
membaca dan menulis bagi murid dari tahun 1 hingga murid tahun 6. Kelemahan murid dalam

aspek kemahiran 3M ditunjukkan dalam jadual 1 seperti berikut:



Jadual 1: Penguasaan Kemahiran 3M di SK. Sungai Pergam

Tahap Bil Murid Jumlah Murid yang Belum
Menguasai Kemahiran 3M

Tahun 09 7
1
Tahun 08 5
2
Tahun 12 2
3
Tahun 07 0
4
Tahun 14 3
5
Tahun 11 2
6
Jumlah 61 19

Sumber: SK.Sungai Pergam (2021)


Merujuk kepada data penguasaan kemahiran 3M dalam jadual 1, masalah penguasaan
kemahiran 3M dalam kalangan murid di SKSP masih wujud. Hampir setiap kelas terdapat
murid yang mengalami masalah buta huruf. Berdasarkan data yang diperoleh 31.14% murid

yang belum menguasai kemahiran 3M. Kegagalan murid menguasai kemahiran 3M sudah
pasti memberi kesan kepada penguasaan Bahasa Melayu dan mata pelajaran lain kerana

Bahasa Melayu merupakan medium interaksi yang utama digunakan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (Sharifah Nor Puteh & Aliza Ali, 2012).


Masalah Literasi Bahasa Melayu
Hasil kerja lapangan di lokasi kajian turut menemukan bahawa guru-guru Bahasa Melayu di
SKSP berhadapan dengan masalah literasi dalam kalangan murid Orang Asli. Kemampuan

murid untuk berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu agak terbatas. Masalah literasi


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 288

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

adalah impak daripada kelemahan murid dalam penguasaan kemahiran 3M. Hasil temu bual
bersama guru-guru dan pihak pentadbir dapat ditunjukkan dalam jadual 2 seperti berikut:


Jadual 2: Tahap Literasi Murid Orang Asli

Tahap Bil Literas Kemampua Kemampua Kemampuan Kemampua
Muri i n Bertutur n Menulis Berkomunikas n
d Bacaa dengan Bahasa i Dua Hala Menyatakan
n Bahasa Melayu Maksud dan
Melayu dengan Penggunaa
Baik n Perkataan
Bahasa
Melayu
Tahun 09 2 8 2 9 1
1
Tahun 08 3 8 3 8 2
2
Tahun 12 10 12 8 12 5
3
Tahun 07 7 7 5 7 4
4
Tahun 14 11 14 9 14 6
5
Tahun 11 9 11 7 11 5
6
Jumla 61 42 60 34 61 23
h


Sumber: Kajian Lapangan (2021)

Merujuk kepada jadual 2, sebanyak 60 orang murid mampu bertutur dengan Bahasa Melayu
dan sebanyak 61 orang murid dapat berkomunikasi secara dua hala. Namun begitu, seramai
42 orang (68.8%) daripada 61 jumlah murid masih lemah dalam literasi bacaan dalam Bahasa

Melayu. Seramai 34 orang (55.7%) mampu menulis dengan baik dan hanya 23 orang murid
(37.7%) mampu menyatakan maksud dan perkataan dalam Bahasa Melayu. Dapatan
menunjukkan sebahagian besar daripada jumlah murid di SKSP berhadapan dengan masalah

tidak dapat menterjemahkan kosa kata Bahasa Melayu mengikut konteks penggunaan
semasa berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu. Pemahaman dalam konteks

penggunaan bagi setiap kosa kata dalam sesuatu bahasa amat penting dalam memastikan
proses interaksi berlangsung dengan sempurna dan mesej yang disampaikan difahami dan
dapat diterjemahkan dengan betul (Abdullah Hassan & Ainon Mohd, 2005). Penemuan kajian

ini selari dengan dapatan pengkaji-pengkaji sebelum ini (Ramle, 2014; Muhammad Juhdi,
2009; Mohd Hasani, 2012) bahawa murid Orang Asli berhadapan dengan masalah literasi

dalam Bahasa Melayu iaitu seramai 42 orang (68.9%) murid di SKSP berdepan dengan
masalah literasi Bahasa Melayu. Berdasarkan pemerhatian ikut serta bersama guru di dalam


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 289

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kelas juga didapati kemampuan murid bertutur dalam Bahasa Melayu semua tahap murid dari
tahun 1 hingga tahun 6 masih lemah. Masalah literasi ini memberi cabaran yang hebat kepada

guru-guru Bahasa Melayu khususnya dalam aspek penulisan karangan (Mahzan, 2003).
Ketidakupayaan murid memahami konsep perkataan dalam Bahasa Melayu menyebabkan
murid tidak dapat mengimplikasi Bahasa Melayu dalam penulisan karangan dengan baik.

Cabaran ini telah pun didedahkan oleh pengkaji lain seperti Mohd Hasani (2012), Johari &
Nazri, (2007), Ramle (2014), Johari Talib & Nazri Muslim (2007) bahawa kemampuan anak-

anak Orang Asli bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu terhad kepada beberapa
perkataan yang mudah sahaja.


Pengaruh Bahasa Ibunda
Murid-murid Orang Asli yang terlibat dengan kajian ini kebanyakannya berkomunikasi dengan

bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Semaq Beri. Bahasa Melayu hanya digunakan semasa
berinteraksi dengan guru di dalam kelas. Hasil kajian lapangan selama di lokasi kajian
mendapati bahawa Bahasa Semaq Beri merupakan bahasa pertama yang digunakan oleh

semua murid di SKSP dari tahun 1 hingga tahun 6. Bahasa ibunda ini turut digunakan semasa
perbincangan bersama rakan walaupun semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu berlangsung di dalam kelas. Hasil temu bual dan pemerhatian mendapati

bahawa Bahasa Melayu hanya digunakan oleh murid semasa berkomunikasi bersama guru.
Dapatan kajian ini selari dengan pengkaji-pengkaji tempatan lain seperti Ramle et al., (2014),
Mohamad Johdi (2009), Suhaimi (2012), Norizan (2018) bahawa penggunaan bahasa ibunda

dalam kalangan murid Orang Asli di sekolah adalah impak daripada pengaruh penggunaan
bahasa ibunda di rumah.


Masalah Penggunaan Modul Kurikulum Asli Penan (KAP)
Guru-guru di lokasi kajian juga berhadapan dengan cabaran penggunaan modul KAP dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Meskipun KAP telah melalui beberapa siri
penambahbaikan namun, hasil kajian lapangan mendapati bahawa penggunaan KAP

khususnya dalam kalangan guru Bahasa Melayu di SKSP adalah terhad kerana masih
terdapat murid yang lemah dalam kemahiran 3M. Berikut adalah transkripsi temu bual
bersama peserta kajian.

“Saya dan guru-guru Bahasa Melayu di sini jarang menggunakan KAP
sebab tahap KAP bagi sekolah sini aras tinggi sebab budak-budak kita
ada yang tidak boleh kuasai 3M. Kalau guna KAP cikgu kena ubahsuai
juga dengan tahap murid (R: 1)

“Saya 3 kali hadir taklimat KAP tapi apabila balik ke sekolah, macam
sedia ada juga, guru-guru kena guna cara sendiri ajar mereka. Kalau


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 290

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

di sekolah Orang Asli yang lain mungkin KAP boleh guna tetapi, di
SKSP penggunaan KAP terhad, seingat saya sudah dua tahun saya
tidak menggunakan KAP” (R: 2)

“Bagi saya elemen dalam KAP tidak sepenuhnya membantu guru
dalam proses PdP, elemen yang terkandung dalam KAP bersifat
kemahiran asas. Sedangkan kami di sisni berhadapan dengan murid-
murid yang lemah kemahiran 3M, elemen dalam KAP tidak
sepenuhnya membantu kami menerapkan kemahiran 3M kepada
murid” (R:3)

Sumber: Kajian Lapangan (2021)

Hasil kajian ini bukanlah menidakkan kejayaan modul KAP dalam meningkatkan pencapaian
pendidikan anak-anak Orang Asli, namun berdasarkan transkripsi temu bual menunjukkan
bahawa modul KAP masih tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya di sekolah Orang Asli di

Terengganu. Kesediaan guru-guru Bahasa Melayu untuk mengubahsuai KAP dengan aktiviti
pengajaran di dalam kelas merupakan suatu desakkan yang menyukarkan guru kerana pada

masa yang sama pengajaran guru juga harus memenuhi kurikulum yang telah ditetapkan
dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Masalah penggunaan KAP di sekolah
Orang Asli yang lain juga turut disentuh oleh Ramlah (2008), Sharifah et al., (2012) bahawa
guru-guru terpaksa mengubahsuai elemen yang terkandung dalam KAP dengan keperluan

murid di sekolah. Hasil temu bual juga mendapati bahawa elemen budaya Orang Asli kurang
diberi penekanan dalam KAP. Guru-guru mengambil usaha mengubahsuai beberapa elemen

dalam KAP supaya selari dengan budaya Orang Asli dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.


Pengaruh Persekitaran
Guru-guru Bahasa Melayu juga berhadapan dengan cabaran yang melingkari kehidupan

murid Orang Asli yang menyebabkan usaha guru-guru dan pihak sekolah dalam
memperkasakan pendidikan dalam kalangan murid Orang Asli terhalang. Ketiadaan
sokongan daripada keluarga menyebabkan menyukarkan proses pengajaran dalam kalangan

guru. Ketiadaan sokongan keluarga menyebabkan masih terdapat murid Orang Asli yang
tidak bersekolah dan ahli keluarga juga tidak memberikan contoh atau model kejayaan kepada
anak-anak Orang Asli. Terdapat juga murid yang berjaya ke sekolah menengah tetapi tidak

hadir ke sekolah dan tidak dapat dikesan dan tidak hadir ke sekolah selama beberapa bulan
(Norizan, 2019; Mohd Asri, 2012). Walaupun peratus kehadiran murid ke sekolah telah
meningkat dari 40-50% ke 86% antara tahun 2015 hingga 2020 namun, peningkatan tersebut

hasil daripada usaha pihak sekolah menjemput murid yang tidak hadir ke sekolah. Hasil temu
bual bersama guru-guru di SKSP, pihak pentadbir dan guru-guru menjemput murid di rumah

pada setiap pagi telah menjadi amalan. Hasil temu bual juga mendapati bahawa terdapat


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 291

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

sokongan daripada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) Kemaman melalui program makanan percuma kepada murid-

murid. Usaha ini dilaksanakan untuk menarik minat murid ke sekolah. Begitu juga dengan
usaha guru-guru yang telah memberi hadiah terhadap murid yang memberi komitmen yang
baik dalam pelajaran. Namun, masalah dalam pembelajaran dalam kalangan murid masih

berlaku. Pemberian hadiah adalah usaha untuk menarik minat murid untuk mereka hadir ke
sekolah. Data kajian ini selari dengan Teori Pavlov bahawa bahan rangsangan dapat

mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan murid (Amir Awang, 1986).
Hasil pemerhatian di perkampungan Orang Asli Sungai Pergam juga mendapati
bahawa pembelajaran murid tidak berlaku di rumah sebaliknya anak-anak Orang Asli hanya

belajar di sekolah bersama guru sahaja. Temu bual bersama ibu bapa juga menunjukkan
bahawa mereka menyerahkan urusan pembelajaran anak-anak mereka kepada guru

sepenuhnya. Hasil pemerhatian juga mendapati bahawa situasi kediaman Orang Asli tidak
menarik minat murid untuk belajar kerana ketiadaan kemudahan untuk aktiviti pembelajaran
seperti kerusi dan meja. Selain daripada ketiadaan kemudahan untuk belajar, murid Orang

Asli juga dihimpit masalah ruang tempat tinggal yang sempit dan tidak kondusif. Hasil
pemerhatian dan temu bual bersama pemimpin setempat, kebanyakan penduduk berkongsi
antara dua hingga tiga buah keluarga dalam sebuah rumah. Situasi ini memang tidak memberi

ruang kepada murid Orang Asli untuk belajar dan masa dihabiskan di luar rumah dengan
bermain dan mengikut keluarga ke hutan.


Ketidaksefahaman Pemimpin Setempat
Ketidaksefahaman antara pemimpin setempat juga memberi cabaran kepada guru-guru di

sekolah Orang Asli. Masalah dalam kepimpinan berkait dengan pengagihan bantuan yang
menimbulkan rasa tidak puas hati antara pemimpin dan para penyokong. Perselisihan ini
menyebabkan ada dalam kalangan pemimpin dan penyokong berpecah dua iaitu satu

kumpulan yang kekal di penempatan dan satu kumpulan lagi lari dan membina penempatan
baharu di dalam hutan. Perpindahan ahli keluarga ini secara tidak langsung mengheret anak-

anak Orang Asli ke hutan dan meninggalkan alam persekolahan selama beberapa bulan.
Situasi ini merupakan cabaran yang besar kepada guru-guru dan pengurusan sekolah dalam
memastikan keberadaan murid ke sekolah bagi mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran. Usaha memulihkan murid-murid Orang Asli dalam aspek kemahiran 3M,

literasi dan intervensi terhadap masalah pembelajaran kanak-kanak Orang Asli dalam konteks
bahasa juga tertangguh akibat ketidakhadiran murid ke sekolah.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 292

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu

di sekolah Orang Asli berfokus kepada dua aspek iaitu cabaran secara dalaman dan cabaran
secara luaran. Cabaran peringkat dalaman adalah masalah penguasaan kemahiran

membaca, menulis dan mengira (3M), literasi Bahasa Melayu yang rendah dalam kalangan
murid Orang Asli, masalah penguasaan bahasa ibunda dan masalah penggunaan Modul
KAP. Cabaran peringkat luaran pula terdiri daripada pengaruh persekitaran, pengaruh bahasa

ibunda dan perselisihan antara pemimpin setempat. Namun, di sebalik cabaran-cabaran ini
guru-guru Bahasa Melayu dan komuniti Orang Asli masih lagi mempunyai peluang dalam
memperkasakan Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli. Pendekatan yang efektif

adalah pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu berasaskan budaya komuniti Orang Asli.
Pengajaran berasaskan budaya boleh dijelmakan dalam konteks penggunaan bahasa Semaq
Beri dan budaya masyarakat setempat dalam kalangan Orang Asli di Terengganu.

Pengajaran berasakan budaya dilaksanakan oleh Mohd Kamal & Ab. Rahman (2009) dan
berjaya meningkatkan pengetahuan murid Orang Asli dalam aspek membaca dan menulis

dengan menerapkan bahasa Semaq Beri dalam proses pengajaran guru. Hasil kajian terbukti
berjaya menarik minat murid Orang Asli mengikuti pengajaran Bahasa Melayu dan murid-
murid seronok dalam aktiviti membuat padanan kosa kata bahasa Melayu dengan kosa kata

Semaq Beri. Pendekatan pengajaran dalam kajian ini juga telah berjaya meningkatkan literasi
Bahasa Melayu dalam kalangan murid Orang Asli. Dapatan kajian Mohd Kamal &

Ab,Rahman (2009) juga selari dengan pandangan Norizan (2018), Mohd Nazri at al., (2019),
Ramle (1993) bahawa intelektual dan kecerdasan kanak-kanak Orang Asli berkait rapat
dengan budaya dan bahasa ibunda mereka.

Berasaskan Model Pembangunan Pendidikan GPILSEO (goals, pedagogy, institution,
leadership, spread, evidence) yang dibangunkan oleh Russell Bishop et al., (2010). Model
GPILSEO telah dibangunkan di 33 buah sekolah yang terdapat kaum Maori di New Zealand

pada tahun 2004-2008. Model GPILSEO menekankan kurikulum berasaskan budaya telah
mengubah landskap pendidikan kaum Maori. Model GPILSEO telah berjaya mengubah kaum
Maori lebih aktif dan cemerlang dalam pendidikan. Kejayaan Model GPILSEO terhadap kaum

Maori di New Zealand boleh diadaptasi sebagai model pembangunan pendidikan Orang Asli
di Malaysia khususnya bagi sekolah-sekolah Orang Asli di Terengganu.


RUMUSAN

Secara umumnya dapat dirumuskan bahawa pendekatan pengajaran yang lebih efektif perlu

diaplikasikan bagi mengatasi setiap cabaran yang wujud di sekolah Orang Asli. Guru adalah
golongan pelaksana yang dapat melonjakkan komuniti Orang Asli dalam arus pendidikan.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 293

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Warga pendidik perlu dinamik dalam mengatasi setiap cabaran dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran bersama murid. Pendekatan pengajaran yang berkesan dapat

menarik minat murid jika pelaksanaannya selari dengan keperluan budaya dan kehidupan
murid Orang Asli. Hasil kajian lepas memberi input bahawa anak-anak Orang Asli sukar
menerima situasi pembelajaran yang bertentangan dengan cara hidup mereka. Anak-anak

Orang Asli dibesarkan di dalam hutan dan sebati dengan alam semula jadi. Konsep
pembelajaran di luar cara hidup mereka menyebabkan murid-murid Orang Asli sukar

memahami apa yang diajar oleh guru. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa kurikulum dan
pedagogi guru-guru di sekolah Orang Asli perlu ditambah baik agar sesuai dengan keperluan
masyarakat Orang Asli selaras dengan usaha memperkasakan pendidikan Orang Asli di

Malaysia melalui pemerolehan Bahasa Melayu yang mantap dan betul. Berhubung dengan
hal ini, cabaran yang berkait dengan penguasaan kemahiran 3M dan masalah literasi dalam

Bahasa Melayu perlu diatasi dalam usaha pihak kerajaan menaikkan taraf pendidikan murid
Orang Asli. Melalui penguasaan Bahasa Melayu yang baik dalam kalangan murid Orang Asli
bakal melahirkan masyarakat Orang Asli yang dapat bersama dengan kaum-kaum yang lain

dalam mempertahankan keunggulan Bahasa Melayu di Malaysia.

RUJUKAN


Abd. Aziz Talib (2007). Pedagogi bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. Edisi 4). Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, Ainon Mohd (Edisi Kemas Kini). (2005). Teknik & Ucapan Berpengaruh.
Pulau Pinang: PTS Professional Publishing.

Amir Awang. (1986). Teori-Teori Pembelajaran. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Asri, M., & Noor, M. (2012). Advancing the Orang Asli through Malaysia’s Cluster of
Excellence Policy. Journal of International and Comparative Education, 1(2), 90–103.

Castagno, A. E., Brayboy, B. M. J., Chadwick, D., & Cook, L. (2015). “Learning to Teach” in
and for Indian Country: The Promise and Paradox of Preparing Culturally Cesponsive
Teachers for Schools Serving Indigenous Students. Honoring Our Elders: Culturally
Appropriate Approaches for Teaching Indigenous Students, 61–73.

Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2017). Pelan Strategik Kemajuan Orang Asli. Kuala Lumpur:
Jabatan Kemajuan Orang Asli.
Johari Talib, Nazri Muslim. (2007). Bagaimana Kanak-Kanak Orang Asli Gagal di Sekolah.
Jurnal Pengajian Umum Bil 8. 51-76. http://doi.org/ISSN 1511-8393.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2015. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia:

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Kreativiti dan Inovasi: Elemen Merentas Kurikulum
dalam KSSR. Kementerian Pendidikan Malaysia: Putrajaya.

Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu Pendekatan Bersepadu.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 294

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Md Nor, S., Roslan, S., Mohamed, A., Abu Hassan, K., Mat Ali, M. A., & Abdul Manaf, J.
(2011). Dropout Prevention Initiatives for Malaysian Indigenous Orang Asli Children.
International Journal on. 42–56. Retrieved from http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal.

Mohamad Johdi, S., Norul Khairiah, I., Nur Awanis, A. A., Nurul Huda, Y., & Siti Aisyah, H.
(2009). Kajian Terhadap Kesedaran Pendidikan dalam Kalangan Masyarakat Orang
Asli. “Persidangan Kebangsaan Pendidikan Luar Bandar 2009”, 3 – 5 Februari 2009,
Hotel Baverly, Kota Kinabalu, Sabah. Anjuran: Sekolah Pembangunan dan Pendidikan
Sosial, UMS Sabah. 3–5.

Mohd Hasani, D., Abdul Shukor, S., Mohd Izam, G., & Nuraini, Y. (2012). Instilling Literacy
Through Developmental Module Approach (DMA) Towards Orang Asli Pupils in
Malaysia. Joint AARE APERA International Conference, 1–13.
Mohd Kamal, Ab. Rahman. (2009). Penggunaan Pengetahuan Setempat bagi Meningkatkan
Penguasaan Kemahiran Membaca dan Menulis di Sekolah Orang Asli, Dlm Abdul
Razaq dan Zalizan. (2009). Masyarakat Orang Asli: Perspektif dan Sosiobudaya. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Nazri Abdul Rahman, Nor Asiah Muhamad, Muhamad Ayraf Mansor. (2019).
Kecerdasan Kanak-Kanak Orang Asli: Pendekatan Fuzzy Delphi. Jurnal Kurikulum dan
Pengajaran Asia Pasifik. Januari 2019, Bil.7, Isu 1.
Nicholas. C. (2007). Orang Asli After 50 Years of Independence. [Online] Available.
http://www.coac.org.

Noraida Harun Noor Ashikin Hamid. (2010). Akta Orang Asli 1954 (Akta 134): Sejauh Mana
Melindungi Hak Orang Asli : Satu Kajian Perbandingan. 1st International Conference on
Public Policy & Social Science (Icops2010).
Noriati A.Rashid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor:Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Norizan Mamat, Aizuddin Md Rami, ,Ramle Abdullah, Hafis Simin. (2019). Malay Language
Teaching and Learning Strategies among Orang Asli Students in Terengganu.
International Journal of Recent Technology and Engineering (IJRTE). Volume -8.
http://ijrte.org/dowload/volume-8-issue-1c2/ Issue-1C2.ISNN:2277-3878.
Norizan, M., Aizuddin M.R., & Ramle A. (2018). The Educational Drop Out of Orang Asli in
Terengganu. National Academy of Managerial Staff of Culture and Arts Herald. 4(1).
http://jrhnamsca.icu/index.php/hnamsca/article/view/373.
Norizan Mamat. (2018). Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam
Kalangan Murid Orang Asli di Terengganu (Thesis PhD). Terengganu: Universiti Sultan
Zainal Abidin.

Rahil Muhyidin, Habibah Elias, Kamariah Abu Bakar. (2009). Amalan Pengajaran Berkesan.
Shah Alam: Karisma Publications Sdn.Bhd.

Ramle Abdullah. (2013).
Ramle. (2012). Pendidikan Orang Asli Langkah ke Depan, Dlm Ramle Abdullah, Mohamad
Hafis Simin, Azlina Abdullah dan Zurina Mamsor.(2014). Pendidikan Orang Asli dalam
Arus Perdana.Terengganu : Universiti Sultan Zainal Abidin.
Ramle Abdullah. (2014). Orang Asli Pembangunan dan Transformasi. Terengganu: Universiti
Sultan Zainal Abidin.
Ramle Abdullah. (1993). Semaq Beri: Komuniti Orang Asli di Terengganu. Kuala Terengganu:
Kolej Agama Sultan Zainal Abidin.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 295

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Rahman, H. R. Binti A. (2008). Projek Rintis Kurikulum Bersepadu Sekolah Murid Orang Asli
dan Penan (Kap). Penyelaras KAP, IPGMKTAA, 1–9.
Russell Bishop, et al. (2010). Scaling up Education Reform: Addressing the Politics of
Disparity. Wellington: Nzcer Press.
Safari, S. (2012). The Role of Special Education Department in the Orang Asli Educational
Development. In Abdullah et al. (Eds.), Pendidikan and Orang Asli dalam Arus Perdana.
Kuala Terengganu: Universiti Sultan Zainal Abidin.

Sharifah Nor Puteh, & Aliza Ali. (2012). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Kurikulum
Berasaskan Bermain bagi Aspek Perkembangan Bahasa dan Literasi Murid Prasekolah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(1), 141–159.

Shukor, S. A. (2011). Kanak-Kanak Minoriti Orang Asli di Malaysia: Menggapai Literasi
Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2), 59–70.
http://doi.org/ISSN:2180-4842.

Singh, N. K., & Reyhner, J. (2013). Indigenous Knowledge and Pedagogy for Indigenous
Children. Honoring Our Children: Culturally Appropriate Approaches for Teaching
Indigenous Students, 37–52.
SUHAKAM. (2010). Laporan Status Hak Pendidikan Kanak-kanak Orang Asli. Suruhanjaya
Hak Asasi Manusia Malaysia, 5600, 110. http://doi.org/ISBN 978-963-2523-61-1.


































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 296

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN OLEH GURU
SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH TEMERLOH SEMASA PENULARAN PANDEMIK
COVID-19

1
1
Nurul Syuhada Mohd Bakri , Nor Azira Nordin dan Nurul Izati Hanifah 1

1 Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Damar, Lanchang,

[email protected],[email protected],[email protected]


ABSTRAK


Perubahan drastik sistem pendidikan daripada kaedah pembelajaran bersemuka secara
konvensional kepada pembelajaran dalam talian apabila wabak COVID-19 yang melanda

dunia pada akhir tahun 2019 menyebabkan semua institusi pendidikan daripada pendidikan
awal kanak-kanak sehingga ke institusi pengajian tinggi menjalani proses pembelajaran di
rumah secara mengejut. Dalam mendepani situasi ini, Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) telah menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) menerusi
alat-alat digital untuk meneruskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
secara maya. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kaedah pengajaran

dan pembelajaran dalam talian yang diaplikasikan oleh guru semasa penularan pandemik
COVID-19. Analisis kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif, melibatkan tiga orang guru

sekolah menengah di daerah Temerloh yang telah ditemu bual secara maya. Kajian tindakan
ini menggunakan instrumen temu bual yang telah diubahsuai dan analisis dokumen. Maklum
balas daripada kesemua responden telah di terjemah dan dianalisis secara bertema dan

seterusnya ditriangulasikan dengan analisis dokumen bagi mendapatkan keputusan kajian.
Dapatan kajian mendapati bahawa Kaedah Menggunakan Modul, Kaedah Berasaskan

Projek, Kaedah Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dan Kaedah Pembelajaran Berasaskan
Masalah merupakan kaedah PdP dalam talian yang banyak digunakan oleh responden kajian.
Kajian ini lebih menekankan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang

digunakan oleh guru bagi memastikan keberkesanannya terhadap prestasi akademik dan
maklum balas daripada pelajar sekolah. Sebagai kesimpulan, hasil dapatan kajian ini adalah
penting kepada KPM, para penyelidik dan guru-guru untuk meningkatkan lagi tahap

pendidikan pelajar sekolah menengah di Malaysia khususnya serta berjaya memperkasakan
PdP atas talian seiring dengan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025.



Kata kunci: kaedah; pengajaran dan pembelajaran dalam talian; pandemik COVID-19.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 297

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGENALAN

#KitaJagaKita adalah hashtag atau slogan yang menjadi tren di Malaysia sejak awal tahun

2020 di mana novel coronavirus 2019 (COVID-19) tersebar bukan sahaja di Malaysia tetapi
juga di seluruh dunia yang merebak secara aktif bermula Disember 2019 di daerah Wuhan,

China. World Health Organization (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan secara global
pada awal Januari 2020 kerana kes yang disahkan COVID-19 telah meningkat secara
mendadak di seluruh dunia (McAleer et al. 2020). Hal ini menyebabkan perubahan secara

drastik kepada institusi pendidikan di mana sebelum ini adalah pembelajaran secara
bersemuka dan kini pembelajaran secara virtual. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah mengubah corak Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada Pengajaran dan

Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan penyediaan manual PdPR yang lengkap sebagai
rujukan untuk para pendidik. Tambahan pula, usaha KPM ini adalah bertujuan untuk
menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) menerusi alat-alat

digital untuk meneruskan sesi PdPR secara maya. Oleh yang demikian, guru-guru sekolah
memerlukan masa untuk menentukan kaedah-kaedah pengajaran dan medium penggunaan

yang sesuai untuk digunakan dalam PdPR serta perlu mengambil kira masalah kebajikan
pelajar seperti penggunaan wang untuk membeli data internet, keadaan rumah yang kurang
kondusif, perkongsian peranti digital dan sebagainya. Menurut Caesar D. & Maya K.D. (2020),

mereka menyatakan bahawa ramai guru dan murid tidak bersedia sepenuhnya untuk mod
pembelajaran secara maya ini.


Merujuk kepada manual PdPR, ianya melibatkan tiga pendekatan iaitu: Pendekatan
PdPR secara dalam talian, pendekatan PdPR di luar talian dengan rujukan buku teks dan

pendekatan PdPR secara off–site. Setiap guru perlu membuat pelaporan PdPR menerusi
Sistem Pelaporan PdPR (SPdPR) mengikut standard negeri masing-masing. SPdPR
merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang

diperkenalkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR. Dalam SPdPR bagi negeri
Pahang yang telah disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) juga
termasuklah kaedah-kaedah pengajaran yang diguna pakai oleh guru ketika sesi PdPR

berlangsung.

Dengan perubahan sistem pendidikan menerusi dalam talian ini memberi titik tolak

tekanan kepada guru untuk menentukan kaedah PdP yang berkesan untuk diaplikasikan. Md.
Yusoff et. al. (2006) menyatakan kebanyakan guru masih lagi mengamalkan kaedah
pengajaran secara tradisional iaitu teacher-centred learning walaupun TMK telah

diperkenalkan. Tambahan pula, pentaksiran murid perlu dilaksanakan secara atas talian dan





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 298

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

ini menyukarkan lagi guru untuk mengenal pasti kaedah PdP yang seharusnya digunakan
supaya tiada murid ketinggalan dalam pendidikan.


Objektif Kajian


1. Mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian yang
diaplikasikan oleh guru sekolah menengah di daerah Temerloh semasa penularan
pandemik COVID-19.

2. Mengenal pasti tahap keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP)
dalam talian yang diaplikasikan oleh guru sekolah menengah di daerah Temerloh
semasa penularan pandemik COVID-19.

Persoalan Kajian
1. Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian yang diaplikasikan

oleh guru sekolah menengah di daerah Temerloh semasa penularan pandemik
COVID-19?
2. Bagaimanakah tahap keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP)

dalam talian yang diaplikasikan oleh guru sekolah menengah di daerah Temerloh
semasa penularan pandemik COVID-19?


SOROTAN LITERATUR

Teori Kaedah Pembelajaran


John Piaget (1976) dan Lev Vygotsky (1978) telah memperkenalkan teori
konstruktivisme di mana konsepnya merupakan sebuah pendekatan PdP yang menekankan
penyusunan pengetahuan dalam minda manusia. Tambahan pula, zon perkembangan

proksimal (ZPD) telah diperkenalkan selaras dengan teknologi pengajaran dan bertepatan
dengan PAK-21. Abdul Jalil dan Bahtiar (2005) juga menjelaskan bahawa murid membina

makna melalui pengalaman baharu terhadap apa yang telah dipelajari mereka. Pendekatan
konstruktivis dalam pendidikan merupakan satu inovasi tentang gaya PdP masa kini serta
penekanan konsep student-centred learning. Bagi kerangka konseptual dalam Rajah 1 dapat

dihubungkan melalui Connectivism Theory di mana ia menekankan kepada teori
pembelajaran untuk era digital yang telah diperkenalkan oleh Siemens (2004). Pembelajaran

moden harus menjadi aktiviti berterusan dengan menghubungkan sumber maklumat luaran
seperti penyediaan modul dan blended learning.

Kaedah-Kaedah PdP Dalam Talian


Berpandukan kepada Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau suatu aturan (melakukan
sesuatu), hukum atau prinsip. Makanya, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu tindakan



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 299

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

bersiri yang sistematik dan tersusun bertujuan untuk mencapai sesuatu matlamat yang
dikehendaki. Kaedah penggunaan modul dalam sesi PdP bertujuan untuk memandu dan

memimpin murid secara terancang. Merujuk kepada Ke (2003), modul merupakan satu
panduan yang direka untuk membentuk tingkah laku seseorang pelajar dalam mempelajari
sesuatu mata pelajaran dan ia biasanya disediakan untuk murid belajar secara bebas dan

mampu belajar sendiri. Penggunaan modul adalah penting supaya guru dapat merancang
pengajaran dengan lebih teratur dan berkesan.


Kaedah berasaskan projek kebiasaannya dijalankan oleh murid setelah selesai
menguasai sesuatu kemahiran tertentu. Melalui kaedah ini, murid dapat mengembangkan

minat terhadap projek serta mereka lebih menghargai hasil yang telah disiapkan oleh mereka.
Menurut Bishop dan Verleger (2013), flipped classroom adalah penstrukturan semula
persekitaran bilik darjah dan pembelajaran di rumah. Terdapat beberapa pendekatan

pedagogi yang telah digunakan di kelas selama abad ke-21 ini yang merupakan model
"flipped classroom", model hibrid dan model pembelajaran Team-Based Learning (TBL).

Kaedah ini bertentangan dengan pendidikan tradisional, guru membuat persekitaran baru di
mana pelajar dapat meningkatkan kemahiran praktikal serta kebolehan untuk memindahkan
pengetahuan baru.


Kaedah inkuiri adalah secara induktif di mana guru bertindak sebagai fasilitator kepada
murid sepanjang pembelajaran bersama murid. Kaedah ini menggalakkan penglibatan murid

dalam proses menemukan sesuatu jawapan atau rumusan melalui pengumpulan data dan
maklumat. Kaedah ini berdasarkan oleh kaedah John Dewey iaitu Inquiry-Based Learning
(IBL). Bloom (1968) merumuskan kaedah pembelajaran masteri merupakan suatu

pendekatan dan pembelajaran yang memfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara
yang dipelajari. Tambahan pula, kaedah ini berasaskan falsafah bahawa kebanyakan murid
mampu menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran apabila mereka menumpukan

sepenuh perhatian.

Kaedah pembelajaran secara kontekstual adalah pembelajaran berdasarkan

‘pengalaman sendiri’ dan bukannya sekadar mengetahui isi pengajaran yang dipelajari murid.
Kaedah kontekstual ini boleh meningkatkan penglibatan murid secara aktif dalam sesi PdP.

Menurut Zamri (2014), pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran yang mengaplikasikan
kegiatan aktiviti praktikal mengikut situasi sebenar yang boleh membawa murid kepada
objektif pembelajaran. Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah atau dikenali sebagai

Problem-Based Learning (PBL) merujuk kepada kaedah penyelesaian sesuatu topik secara
berkumpulan. Kebiasaannya bertujuan meningkatkan mutu akademik murid dan secara tidak
langsung dapat mengembangkan idea dan meningkatkan tahap sosial murid.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 300

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021


 Kaedah Berasaskan Modul
 Kaedah Berasaskan Projek
 Flipped Classroom
 Pembelajaran Berasaskan
Kaedah Pengajaran dan Inkuiri
Pembelajaran (PdP) Dalam Talian  Kaedah Pembelajaran Masteri
 Kaedah Pembelajaran
Kontekstual
 Kaedah Pembelajaran
Berasaskan Masalah




Rajah 1: Kerangka konsep kajian





METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian


Analisis data kajian ini adalah menggunakan reka bentuk kualitatif, iaitu secara penyelidikan
fenomenologi. Kajian tindakan ini menggunakan instrumen temu bual yang telah diubahsuai
dan analisis dokumen. Tujuan kaedah ini digunakan adalah untuk memperoleh maklumat

dengan lebih jelas, mendalam dan dapat meningkatkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi.
Maklum balas daripada kesemua responden telah di terjemah dan dianalisis secara bertema
dan seterusnya ditriangulasikan dengan analisis dokumen bagi mendapatkan keputusan

kajian.

Instrumen Kajian


Instrumen kajian merupakan satu komponen yang amat penting dalam merancang kaedah
kajian melalui pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan kajian. Tujuannya adalah untuk

memastikan data yang dikumpul boleh dan sah digunakan. Kajian ini menggunakan beberapa
instrumen. Antaranya adalah seperti berikut:


Temu Bual

Temu bual merupakan kaedah utama yang diguna pakai dalam kajian penyelidikan ini bagi

mendapatkan maklumat yang diperlukan. “Temu bual adalah soal selidik atau cara yang
digunakan bertujuan untuk memperoleh maklumat secara lisan dari seseorang responden

melalui cara percakapan secara berhadapan muka dengan seseorang”, Best dan Kahn (2003)
dan Ahmad Sunawari (2009).


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 301

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Analisis Dokumen


Pendekatan ini digunakan untuk mencari data-data yang berasaskan kepada penulisan dan
dokumentasi bertulis. Data-data yang digunakan adalah terdiri daripada sumber primer dan
sekunder yang diperoleh dari bahan-bahan bertulis seperti buku, artikel, jurnal dan tesis.





Pensampelan

Sampel kajian ini adalah seramai 3 orang guru KPM (2 orang guru wanita dan seorang guru

lelaki) dari sekolah menengah di daerah Temerloh yang mempunyai pengalaman mengajar
melebihi 5 tahun. Pengkaji mesti menjelaskan tujuan sesi temu ramah tersebut dan meminta
persetujuan untuk ditemu ramah. Sampel kajian telah dilabelkan sebagai G1, G2 dan G3.


METODE ANALISIS DATA

Instrumen yang digunakan untuk penyelidikan ini adalah melalui temu bual. Proses

menganalisis data dilakukan dengan mentranskripsikan suara dan video yang dirakam secara
manual. Data dianalisis berdasarkan objektif kajian yang dijalankan ini. Thematic analisis

digunakan dalam kajian ini bagi menentukan corak hasil daripada jawapan yang telah
diberikan oleh responden. Braun & Clarke (2006) menyatakan bahawa Thematic analysis
adalah salah satu cara untuk menganalisis data dengan tujuan untuk mendapatkan tema

melalui data yang telah dikumpulkan oleh penyelidik.

DAPATAN KAJIAN


Bab ini merangkumi tafsiran dua objektif kajian dan menemui dapatan daripada persoalan
kajian. Analisis data kualitatif membawa kepada pengembangan beberapa tema. Tema kajian
adalah seperti berikut:


1. Pemilihan kaedah PdP dalam talian
2. Keberkesanan kaedah PdP dalam talian

3. Kurang penglibatan murid dalam PdPR


Pemilihan kaedah PdP dalam talian

Berdasarkan temu bual, kaedah menggunakan modul, kaedah berasaskan projek,

kaedah pembelajaran berasaskan inkuiri dan kaedah pembelajaran berasaskan masalah
merupakan kaedah PdP dalam talian yang banyak digunakan oleh responden kajian. Menurut
Hashim (1997), penggunaan modul menjadikan pelajar lebih efektif dalam masa yang singkat.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 302

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

“Kaedah menggunakan modul dirancang lebih berstruktur, memenuhi keperluan
sesuatu mata pelajaran serta dihasilkan berdasarkan DSKP dan aktivitinya sangat relevan

dengan menggalakkan murid belajar melalui pengalaman sendiri.”

“Kaedah pembelajaran berasaskan masalah sangat menitikberatkan soal kolaboratif

dan berpusatkan murid yang mana sejajar dengan PAK-21.”

(Sumber G1)


“Saya menggunakan kaedah berasaskan inkuiri sebagai set induksi di mana saya
dapat menilai tahap murid berfikir dan kepekaan mereka sebelum sesi PdP dimulakan.”


(Sumber G2)


“Saya menggunakan kaedah berasaskan projek dengan buku teks sebagai bahan
rujukan utama. Kaedah ini dapat meningkatkan tahap kreativiti murid serta memberi
pengalaman yang bermakna kepada mereka.”

(Sumber G3)

Keberkesanan kaedah PdP dalam talian


Dapatan kajian mendapati kaedah PdP dalam talian yang digunakan oleh responden adalah
berkesan serta mencapai objektif pembelajaran.


“…kaedah modul mampu mencapai objektif pembelajaran kerana ini boleh dilakukan
dalam talian atau luar talian. Modul lebih ringkas dan tertumpu kepada tajuk, tema, objektif

dan tempoh.”

“…kaedah-kaedah ini mampu memberikan hasil diskusi yang memberangsangkan

serta meningkatkan daya berfikir murid dengan relevan.”

(Sumber G2)


D.Surani & Hamidah (2020) dalam kajiannya mendapati 80% responden bersedia untuk
mengikuti pembelajaran dalam talian dengan modul yang terancang, 62% responden

menyatakan pembelajaran dalam talian memberi manfaat dan 32% menyatakan kesukaran
untuk memahami kandungan pembelajaran.











e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 303

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Kurang penglibatan murid dalam PdPR


Berdasarkan hasil temu bual, ketiga-tiga responden menyatakan penglibatan murid semasa
PdPR adalah kurang memberangsangkan. Antara faktor-faktor yang dinyatakan oleh
responden ialah sikap murid, ketiadaan jaringan internet, kehabisan data dan kekurangan

peranti.

“…murid tidak mengikuti kelas PdPR walaupun saya sudah beritahu dalam Group

WhatsApp. Jika Google Meet diadakan, murid tidak membuka kamera dan tidak memberikan
response jika soalan diajukan.”


“Peranti tidak mencukupi dalam sesebuah keluarga kerana perlu berkongsi serta
kehabisan data untuk mengikuti kelas PdPR.”


(Sumber G3)

Menurut Faris D. R (2020), peratus ketidakhadiran yang tinggi ini telah mendatangkan

kebimbangan kepada pihak KPM kerana berkemungkinan murid-murid akan
menghadapi masalah keciciran dalam pelajaran atau dipanggil ‘Lost Generation’.


Selain itu, dengan kebergantungan penuh kepada keampuhan jaringan internet dalam norma
baharu PdP menjadi faktor kegagalan PdPR. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan
Antarabangsa), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Ts. Dr.Mohd Rosli Hainin

mengakui bahawa masalah gangguan capaian internet telah berlaku di kebanyakan kawasan
terutamanya di kawasan pedalaman.



KESIMPULAN KAJIAN DAN SYOR CADANGAN KAJIAN


Melalui kajian ini, kepelbagaian kaedah PdPR secara atas talian sedikit sebanyak dapat
membantu pendidik untuk menyampaikan isi pembelajaran dengan lebih berkesan tanpa
perlu bersemuka dengan murid-murid. Menurut So & Bonk (2010) bagi memastikan

keberkesanan PdP, pendidik harus melihat reka bentuk atau pedagogi pembelajaran, kaedah
belajar seseorang individu, kepelbagaian teknologi dan media serta kebolehan pendidik
melibatkan pelajar terlibat dalam proses pembelajaran. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh

murid untuk mengikuti PdPR dapat diteliti dengan lebih telus oleh guru, pentadbir sekolah,
PPD, JPN serta KPM bagi membantu murid supaya dapat mengikuti PdPR. Di samping itu,

kajian ini juga dapat membantu pihak berkaitan untuk mengadakan bengkel atas talian bagi
memantapkan pengetahuan teknologi maklumat oleh guru yang kurang mahir. Kebanyakan
guru masih belum ‘terbiasa’ dan kurang cekap menggunakan teknologi dan amat memerlukan

sokongan serta motivasi untuk terus mendidik murid. Oleh yang demikian, melalui kajian yang

e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 304

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

dijalankan ini sedikit sebanyak membantu guru untuk melaksanakan PdPR dengan kaedah
yang berkesan serta dapat berhubung dengan murid bagi memastikan tiada murid yang

ketinggalan selaras dengan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025.


RUJUKAN

Bishop J. L., & Verleger, M. A. (2013). The flipped classroom: A survey of the research.
Paper presented at 120th ASEE Annual Conference & Exposition (pp. 23-26).
Atlanta: American Society for Engineering Education.

Bloom B. S (1968), Learning for Mastery: Evaluation Comment (UCLA – CSIEP).

Braun V. & Clarke V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research
in Psychology, 3(2), p.77-101. Retrieved from
http://eprints.uwe.ac.uk/11735/2/thematic_analysis_revised_- _final.pdf.
Felder R. M. & Solomon, B. A. (1970). Index of Learning Styles. (atas talian)
http://www2.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/ILSdir/styles.html.
Ke C. H. (2003). Penghasilan Modul E-Pembelajaran Berasaskan Web: Reka Bentuk
Turapan Jalan Raya. UTHM: Tesis Sarjana.

Md Yusoff Daud, Mazalah Ahmad, dan Maimun Aqsha Lubis (2006). Pengunaan Internet
Dalam Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Ab. Halim et. al.
(1998). Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban Ummah.
Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Piaget J. (1976). To understand is to invent: The future of education. New York: Penguin
Books.
Siemens G. (2004). Connectivism: A learning theory for the digital age. International
Journal of Instructional Technology and Distance Learning. Retrieved on November
12 2006. Retrieved from http://www.itdl.org/Journal/Jan_05/article01.htm

Vygotsky L. S. (1978). Mind in society. Cambridge, MA.: Harvard University Press.
WHO (2020). Report of the WHO-China Joint Mission on Coronavirus Disease 2019
(COVID-19). The WHO-China Joint Mission on Coronavirus Disease 2019,
February, 16-24. Retrieved from https://www.who.int/docs/default-
source/coronaviruse/who-china-joint-mission-on-COVID-19-finalreport.pdf.

Zamri Mahamod (2012). Inovasi P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung
Malim. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.Tg Malim.

Hashim Y. (1997). Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
So H. J. & Bonk C. J. (2010). Examining the Roles of Blended Learning Approaches in
Computer-Supported Collaborative Learning (CSCL) Environments: A Delphi Study.
Educational Technology & Society, 13 (3), 189–200.

Faris D. R. (2020). “Tidak hadir sekolah, kementerian bimbang ramai pelajar keciciran
selepas COVID-19 - Dr Radzi Jidin”. Astro Awani. 17 Oktober.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 305

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KEPIMPINAN KENDIRI DALAM KALANGAN SISWA GURU INSTITUT PENDIDIKAN
GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

Nur Nasuha binti Abdullah, Rofishah Bt. Rashid

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail (IPGKDRI), Kuala Nerus Terengganu.
[email protected]



ABSTRAK


Pemimpin adalah penyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Dapatan kajian

lepas menunjukkan bahawa pemimpin yang kompeten dapat mengurus organisasinya
dengan efektif dan berkesan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji profil kepimpinan siswa

guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail dari aspek pengurusan kendiri
dan hubungan kemasyarakatan. Seramai 150 siswa guru dipilih daripada pelbagai peringkat
kepimpinan dan pengalaman. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang berbentuk

kuantitatif di mana data akan dikutip melalui instrument soal selidik yang diberikan. Kajian ini
mengenal pasti dua aspek kepemimpinan kendiri yang dinilai iaitu berkenaan pengurusan
kendiri dan hubungan kemasyarakatan bersama ahli-ahli di bawah kepemimpinan. Data akan

dianalisis dan digeneralisasikan kepada populasi dengan tepat menggunakan statistik
deskriptif. Semoga hasil kajian ini dapat mengubah corak kepemimpinan siswa guru di Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail ke arah yang lebih baik. Dapatan kajian ini juga

diharapkan dapat digunakan sebagai asas kepada peningkatan kualiti kepemimpinan siswa
guru pada masa akan datang.


Kata kunci: Kepemimpinan; Kendiri: Siswa guru


PENGENALAN


Kepimpinan merupakan tunggak dalam sesebuah organisasi. Kepimpinan dapat
dikaitkan dengan cara seseorang pemimpin memerintah organisasinya ke arah satu matlamat

yang hendak dicapai. Sebagai orang penting, pemimpin mencerminkan organisasi yang
dipimpinnya. Setiap tampuk kepimpinan mempunyai corak pemerintahan yang berbeza-beza
mengikut gaya pemikiran pemimpin itu sendiri.


Menurut Tang Chee Yee (1989) konsep kendiri merupakan salah satu elemen penting
dalam personaliti individu yang perlu difahami oleh awam dan juga pengamal pendidikan,

kerana konsep kendiri ini menyumbang kepada pembentukan sikap, tabiat, perilaku dan
kepercayaan individu. Bandura (1977) melalui teori pembelajaran sosialnya menyebut
bahawa sistem seperti konsep kendiri (self-concept) dan estim diri (self-esteem) ada dalam


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 306

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

jiwa tiap-tiap manusia. Sistem ini mempengaruhi sikap, tabiat dan perilaku individu. Rogers
(1978) sebagai pelopor utama konsep ini menjelaskan bahawa konsep kendiri adalah

tingkahlaku individu untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan.

Ciri-ciri kepimpinan perlu ada dalam diri seseorang individu dalam mentadbir

sesebuah organisasi. Kepimpinan dapat dinilai melalui beberapa sudut seperti perwatakan,
penampilan, cara berkomunikasi, pemakaian dan lain-lain lagi. Oleh itu, penulisan kajian ini
adalah bertujuan mengkaji profil kepimpinan yang perlu ada pada diri guru pelatih dalam

menerajui tampuk sesebuah organisasi kampus.



PERNYATAAN MASALAH

Kualiti kepemimpinan sering dikaitkan dengan sifat peribadi guru pelatih itu sendiri. Mustafa

(2012), mengatakan profil atau ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin adalah
ikhlas dan jujur, bersungguh-sungguh, bertanggungjawab, mempunyai sifat kasih sayang dan
memohon pertolongan daripada Allah. Terdapat segelintir guru pelatih tidak dapat

melaksanakan tugas sebagai pemimpin dengan baik atas beberapa faktor. Antaranya ialah
kurang pengalaman dan ilmu pengetahuan. Justeru, kajian terhadap profil guru perlu dianalisa
bagi melihat sejauh mana guru pelatih memimpin sesebuah organisasi.


Terdapat banyak kajian yang menyelidik mengenai ciri-ciri kepemimpinan yang boleh
diambil sebagai rujukan masa kini. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ilawati (2012),

tidak dapat dinafikan gaya dapat menentukan corak kepimpinan seseorang pemimpin. Begitu
juga kajian yang dijalankan oleh Suhaila (2013) dalam konteks pendidikan, kepimpinan

memainkan peranan penting membimbing pelajar ke arah matlamat menjadikan insan
seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.


Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Rorlinda (2014), kecekapan pemikiran merupakan kualiti
utama dalam diri seseorang pemimpin. Kajian daripada Hailan Salamun (2012) pula
mendapati bahawa kepimpinan guru bukan sekadar memiliki komunikasi yang baik, tetapi

guru-guru boleh membuktikan melalui pengurusan pentadbiran yang baik. Seseorang yang
dilantik atas sesuatu jawatan sifatnya mesti orang yang berkelayakan. Akibat buruk pasti

menimpa jikalau bukan ahlinya yang memegang tampuk jawatan itu (Muhammad Syafiq,
2018).


Kemahiran memimpin merupakan suatu perkara yang memerlukan paradigm dari masa ke
masa untuk meningkatkan kualiti kepimpinan (Sidek et.al, 2018). Oleh itu, guru pelatih perlu
membentuk diri sebagai seorang pendidik dengan sifat-sifat kepimpinan yang berkualiti.
Permasalahan yang dikaji oleh Timothy Nyanggau (2014), hubungan erat sememangnya


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 307

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

dilakukan dengan pihak pentadbir tetapi hubungan itu hanyalah hubungan kerjasama dalam
menjayakan sesuatu perkara. Menyedari hakikat kepentingan kepimpinan yang berjiwa mesra

dengan pihak pentadbir, kajian berkaitan profil kepimpinan perlulah dijalankan secara
berterusan bagi membantu pemimpin agar sentiasa bersedia dalam menghadapi pelbagai
cabaran dan kemungkinan perubahan dalam institusi masing-masing. (Norazizah,2018).


Kualiti kepemimpinan sering dikaitkan dengan sifat peribadi guru pelatih itu sendiri.
Mustafa (2012), mengatakan profil atau ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin

adalah ikhlas dan jujur, bersungguh-sungguh, bertanggungjawab, mempunyai sifat kasih
sayang dan memohon pertolongan daripada Allah. Terdapat segelintir guru pelatih tidak dapat

melaksanakan tugas sebagai pemimpin dengan baik atas beberapa faktor. Antaranya ialah
kurang pengalaman dan ilmu pengetahuan. Justeru, kajian terhadap profil guru perlu dianalisa
bagi melihat sejauh mana guru pelatih memimpin sesebuah organisasi.


Terdapat banyak kajian yang menyelidik mengenai ciri-ciri kepemimpinan yang boleh
diambil sebagai rujukan masa kini. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ilawati (2012),

tidak dapat dinafikan gaya dapat menentukan corak kepimpinan seseorang pemimpin. Begitu
juga kajian yang dijalankan oleh Suhaila (2013) dalam konteks pendidikan, kepimpinan

memainkan peranan penting membimbing pelajar ke arah matlamat menjadikan insan
seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.


Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Rorlinda (2014), kecekapan pemikiran
merupakan kualiti utama dalam diri seseorang pemimpin. Kajian daripada Hailan Salamun
(2012) pula mendapati bahawa kepimpinan guru bukan sekadar memiliki komunikasi yang

baik, tetapi guru-guru boleh membuktikan melalui pengurusan pentadbiran yang baik.
Seseorang yang dilantik atas sesuatu jawatan sifatnya mesti orang yang berkelayakan. Akibat
buruk pasti menimpa jikalau bukan ahlinya yang memegang tampuk jawatan itu (Muhammad

Syafiq, 2018).

Kemahiran memimpin merupakan suatu perkara yang memerlukan paradigma dari

masa ke masa untuk meningkatkan kualiti kepimpinan (Sidek et.al, 2018). Oleh itu, guru
pelatih perlu membentuk diri sebagai seorang pendidik dengan sifat-sifat kepimpinan yang
berkualiti. Permasalahan yang dikaji oleh Timothy Nyanggau (2014), hubungan erat

sememangnya dilakukan dengan pihak pentadbir tetapi hubungan itu hanyalah hubungan
kerjasama dalam menjayakan sesuatu perkara. Menyedari hakikat kepentingan kepimpinan

yang berjiwa mesra dengan pihak pentadbir, kajian berkaitan profil kepimpinan perlulah
dijalankan secara berterusan bagi membantu pemimpin agar sentiasa bersedia dalam
menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan perubahan dalam institusi masing-masing.

(Norazizah,2018).

e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 308

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengkaji profil kepimpinan siswa guru Institut Pendidikan

Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Aspek kepimpinan ini akan dinilai berdasarkan beberapa
skop iaitu pengurusan kendiri dan hubungan kemasyarakatan. Di samping itu, kajian ini

dilakukan bagi mengenalpasti corak kepimpinan siswa guru di Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali. Oleh itu, bagi menilai profil kepimpinan dalam kalangan guru pelatih,
satu korelasi akan dibuat bagi melihat analisis dalam statistik diantara kedua pembolehubah

tersebut.



OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti profil kepimpinan Siswa Guru Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato’ Razali Ismail.

2. Mengenalpasti hubungan antara konsep kendiri dan kepimpinan dalam kalangan
Siswa Guru Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail.

3. Menganalisis ciri dominan yang diamalkan oleh Siswa Guru Institut Pendidikan
Guru Kampus Dato’ Razali Ismail



KAJIAN LITERATUR

Hailan Salamun (2012), mengatakan bahawa tanggungjawab pemimpin adalah membimbing

dan membantu orang yang dipimpinnya mempertingkatkan nilai-nilai yang baik bagi
memperkukuhkan kedudukan organisasi. Ini jelas menunjukkan tanggungjawab sebagai
seorang pemimpin sangatlah berat kerana memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Ciulla

(2004) menganggap kepemimpinan berkaitan dengan seseorang atau bagaimana seseorang
menggerakkan orang lain melakukan sesuatu tindakan sama ada memotivasikan pengikut,

mempunyai hubungan yang baik dengan pengikut, mengaitkan matlamat organisasi seperti
keupayaan menyempurnakan visi dan misi.


Kepimpinan seharusnya diberi penekanan dalam mengurus sesebuah organisasi.
Menerusi kajian yang dijalankan oleh Norazizah (2018), satu kajian antarabangsa yang
dijalankan oleh Bethke-Langgenegger (2010) membuktikan bahawa amalan kepimpinan

memberikan kesan secara langsung terhadap kejayaan organisasi yang telah dipersetujui
oleh 83% oleh pengurus dari Negara Jerman serta 95% pengurus dari Negara Netherland.


Hasil dapatan Pace (2010) 74% berpendapat kejayaan amalan kepimpinan oleh
kakitangan yang cemerlang menunjukkan peratusan sebanyak 52% telah menghasilkan



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 309

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kepimpinan berkesan, manakala sebanyak 48% dan kepuasan dalam pengurusan sebanyak
41%. Kajian terdahulu yang dibuat oleh Baile dan Collinwood (2008) pula mendapati

kepimpinan yang paling berkesan memberi impak yang besar kepada keberkesanan dan
kejayaan dalam peningkatan kepada organisasi terutamanya universiti dan sekolah.


Hal ini menunjukkan bahawa profil kepimpinan amat memberi kesan terhadap
pengurusan sesebuah organisasi. Guru pelatih perlu mengetahui susur galur kepimpinan
yang sebenar menerusi saluran yang betul. Sebagai contoh, bertanyakan pendapat orang

yang sudah berpengalaman seperti para pensyarah, generasi alumni mahupun orang yang
telah memegang jawatan tersebut sebelum ini.


Memang tidak dinafikan bahawa menerusi pernyataan serta sokongan daripada
pengkaji-pengkaji terdahulu, kajian mengenai kepimpinan amat sesuai dijalankan

memandangkan natijah dan hasilnya akan mewujudkan pemimpin yang berkesan dan institusi
pendidikan yang cemerlang (Norazizah, 2018). Tinjauan literatur yang dijalankan mendapati
tidak banyak kajian mengenai kepimpinan di pusat pengajian tinggi terutama di Institut

Pendidikan Guru. Walaubagaimanapun, terdapat kajian yang dilakukan oleh (Norazizah,
2018) mengenai model kepimpinan yang bertajuk Reka Bentuk Model Kepimpinan Berkesan

Institusi Pengajian Tinggi Majlis Amanah Rakyat.



TEORI MODEL KAJIAN BERKAITAN KEPIMPINAN

Terdapat pelbagai teori kepimpinan yang telah dikemukakan oleh para cendiakawan.
Antaranya Teori Big Bang, Teori sifat, Teori Great Man, Teori Sifat (Karakteristik) Kepribadian,

Teori Perilaku dan banyak lagi. Teori kepimpinan yang akan dikaji oleh pengkaji ialah teori
sifat (karakteristik) keperibadian. Menurut Chester, teori sifat keperibadian ini merangkumi
sifat-sifat peribadi yang merupakan watak yang lebih subjektif, iaitu keunggulan seorang

pemimpin dari segi keyakinan, ketekunan, daya tahan, keberanian dan lain-lain.

Tambahan lagi, teori ini melibatkan sifat-sifat peribadi seseorang individu yang meliputi

kecekapan (skill), pengetahuan (knowledge), daya ingat (memory) dan imajinasi
(imagination). Selain itu, karakteristik keperibadian (Davis) ada menyatakan 4 sifat umum

yang efektif bagi seseorang individu iaitu kecerdasan, kedewasaan dan keluasan pandangan
sosial, motivasi diri dan dorongan dan sikap-sikap hubungan sosial. Ciri-ciri ini perlu dititik
beratkan oleh seorang pemimpin dimana setiap pemikiran, percakapan dan perbuatannya
akan dilihat serta dinilai oleh anak buah.


Di samping itu, Collons dalam A Dale Tempe (1993), mengatakan sifat yang harus
dimiliki oleh pemimpin agar dapat mengefektifkan organisasi adalah kelancaran berbicara,


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 310

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kemampuan menyelesaikan masalah, lontaran pandangan terhadap masalah kelompok
(organisasi), kecerdasan minda, kesediaan menerima tanggungjawab, keterampilan sosial

dan kesedaran terhadap diri sendiri serta lingkungannya. Pandangan ini disokong oleh Yulk
dalam Hersey dan Blanchard (1998), yang mana karakteristik pemimpin yang berjaya adalah
terdiri daripada individu yang cerdas, tampil secara konseptual, kreatif, diplomatik, lancar

dalam berbicara dan memiliki pengetahuan tentang tugas kelompok (organisasi).

Pendapat daripada Bennis dalam Hersy dan Blancard (1998), karakteristik

keperibadian merujuk kepada individu yang berupaya menarik perhatian ahlinya dengan cara
berkomunikasi (Management of Attention), berkemampuan dalam mencipta dan memberitahu

tujuan yang jelas (Management of Meaning), boleh dipercayai dan konsisten (Management of
Trust) dan yang terakhir kemampuan mengendalikan diri dalam batas kekuatan dan
kelemahan (Management of Self).


Menurut Rofishah, et. al., (2015), kepimpinan berperanan penting dalam membina
persefahaman, kepercayaan dan kerjasama yang erat sesama insan. Sehubungan itu Hailan

(2010) berpandangan hubungan sesama insan lahir setelah tahap kepemimpinan seseorang
berkembang, iaitu apabila hubungan dengan orang yang dipimpin dieratkan. Oleh yang

demikian, teori sifat (karakteristik) keperibadian ini perlu diambil sebagai indikator kepada
para guru pelatih dalam membina sifat kepemimpinan dalam diri mereka.



KESIMPULAN

Tuntasnya, kajian ini menyimpulkan berkenaan tentang dua aspek kepemimpinan kendiri

yang dinilai iaitu berkenaan pengurusan kendiri dan hubungan kemasyarakatan bersama ahli-
ahli di bawah kepemimpinan. Oleh itu, kualiti kepemimpinan adalah berkait rapat dengan profil
kepemimpinan guru pelatih itu sendiri. Sifat-sifat peribadi seseorang juga mempengaruhi gaya

kepimpinannya dalam memimpin sesebuah organisasi. Kajian ini dilihat amat signifikan untuk
membantu para pimpinan dalam kalangan guru pelatih untuk menghadapi sebarang cabaran

dan tribulasi sepanjang memegang tampuk kepimpinan dalam kampus. Kajian ini diharapkan
memberi manfaat kepada kehidupan guru pelatih secara keseluruhannya untuk kegunaan
sebagai bakal pendidik yang efisien dan berkualiti.



RUJUKAN

Al Quranul Karim.

Alwi Hasan, dkk. (2005). Kamus Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Departemen Pendidikan
Nasional Balai Pustaka.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 311

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Ciulla, J. B. (2004). Ethics and leadership effectiveness. Dalam J. Antonakis, A. T. Cianciolo,
& R. J. Sternberg, The nature of leadership. Thousand Oaks, CA: Sage.
Jamali Basri. (2002). Sejauhmanakah pengurusan sekolah dan sukatan pendidikan Islam
KBSM dapat dikaitkan dengan konflik akhlak pelajar Islam di sekolah-sekolah
menengah kebangsaan daerah Sabak Bernam. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan,
Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia.
Ismail, I. B. (2012). Gaya dan Ciri Kepimpinan Pengurus Pertengahan Sekolah Menengah
di Zon Bandar, Daerah Segamat. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Mamat, H. (2007). Pemimpin Era Globalisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mokhtar, M. (2008). Kepimpinan: Konsep Dalam Memimpin Organisasi. In S. A.
Romle,Pentadbiran, Undang-Undang dan Pembangunan Negara (pp. 27-42).
Selangor:Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Muhammad Syaari Abdul Rahman (2014). Berfikir Gaya Al-Fateh. Batu Caves: PTS Millennia
Sdn. Bhd.
Mustafa Masyhur. (2012). Jalan Dakwah Antara Qiyadah dan Jundiyyah. Puchong
Jaya: Dewan Pustaka Fajar.
Norazizah binti Che Mat (2018). Reka Bentuk Model Kepimpinan Berkesan Institut
Pendidikan Tinggi Majlis Amanah Rakyat. Kuala Lumpur: Fakulti Pendidikan
Universiti Malaya.

Odumeru, J. A., & Ifeanyi, G. O. (2013).Transformational vs transactional leadership
theories: evidence in literature.International Review of Management and Business
Research, 2(2), 355–361.

Rofishah Bt Rashid, Berhanuddin Abdullah & Hailan Salamun. (2015). Kepimpinan
Sepanjang Hayat di Masjid. International Conference on Empowering Islamic
Civilization in The 21 st Century (pp. 463-470). Kuala Terengganu: Universiti
Sultan Zainal Abidin.
Rorlinda Yusof. (2014). Ciri-Ciri Kepimpinan Pelajar Pintar dan Berbakat: Implikasi Ke atas
Kepimpinan Remaja Islam. International Journal of Islamic Thought.
Sri Mulyani. (1983). Psikologi Pendidikan. Jakarta: IKIP Jakarta Press.

Yusof, M. S. (2018). 200 Tip Memimpin Gaya Rasulullah. Batu Caves: PT Publishing Sdn
Bhd.



















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 312

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGURUSAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PPSH) DI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

Idrul Hisham Ismail, Mohd. Hasaidi Hassan, Rofishah Rashid, Rashidah Elias dan
Zuhaida A.W

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato`Razali Ismail
Universiti Malaysia Terengganu
[email protected]


ABSTRAK



Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan satu proses ke arah
meningkatkan pengetahuan, kemahiran, perubahan tingkahlaku dan usaha untuk
membangunkan komuniti. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan tentang konsep

Pengurusan Pembelajaran Sepanjang Hayat di Institut Pendidikan Guru Dato’ Razali Ismail
(IPGKDRI). Ia melibatkan kumpulan pensyarah dan kumpulan pengurus IPGKDRI. Kajian ini
berbentuk kualitatif dan kuantitatif. Sampel kajian terdiri daripada para pensyarah dan pihak

pengurusan IPGKDRI. Data dikutip dengan menggunakan soal selidik (Google Form) dan
soalan temubual. Semua data yang diperoleh akan diproses menggunakan perisian SPSS
Versi 27. Kepentingan kajian ini ialah ia merupakan usaha ke arah memperkasakan IPGKDRI

sebagai salah satu Institusi Pendidikan yang utama. Ia melibatkan pembelajaran formal yang
dilaksanakan secara berterusan. Gabungan Model PSH yang bersumberkan empat tunjang

iaitu pengetahuan, kemahiran, pembangunan insan dan juga kemasyarakatan menjadi fokus
utama untuk diaplikasikan dalam kajian ini. Empat tunjang tersebut adalah hasil gabungan
beberapa teori pembelajaran dari tokoh-tokoh Islam dan barat. Semoga kajian ini dapat

memperkasakan IPGKDRI di dalam proses Pengurusan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Kata Kunci: Pembelajaran Sepanjang Hayat; Pengetahuan; Kemahiran; Pembangunan Insan;
Kemasyarakatan


PENGENALAN

Di Malaysia, pendidikan tidak formal telah lama berlangsung sebagai usaha dalam

meneruskan kehidupan yang melibatkan proses pembelajaran seumur hidup. Rentetan
perkembangan era globalisasi, tuntutan terhadap ekonomi berpaksikan ilmu pengetahuan

membawa kepada misi Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai agenda kerajaan untuk
mencorak modal insan mengikut acuan semasa. Banyak institusi Pendidikan yang telah
mengenengahkan kursus Pengurusan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH) namun tidak

ada perubahan yang ketara untuk mengubah realiti masyarakat hari ini. Justifikasi seterusnya



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 313

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

adalah model Pembelajaran Sepanjang Hayat di Institut Pendidikan Guru diperlukan bagi
membudayakan ilmu di dalam komuniti setempat dan memulihkan tahap pendidikan di

Malaysia yang dikatakan masih lemah. Justeru, kertas cadangan kajian ini dirangka bagi
membangunkan model PPSH di Institut Pendidikan Guru (IPG). Pengiktirafan IPG sebagai
Pusat Pendidikan guru dan masyarakat membolehkan IPG sebagai platform PPSH yang

berimpak ke arah kesejahteraan dan mobiliti komuniti.


LATAR BELAKANG

Dalam era ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan, negara amat memerlukan modal insan
yang berilmu pengetahuan. Malaysia masih baru untuk menjadikan PPSH sebagai agenda

pembangunan negara jika dibandingkan dengan negara maju seperti Amerika Syarikat,
German dan Australia. Oleh yang demikian Perdana Menteri menekankan dalam konteks
dunia global sekarang, modal insan yang benar-benar berkualiti sangat diperlukan jika negara

ingin melangkah ke era ekonomi global yang berpaksikan pengetahuan (Berita Harian, 14 Mei
2015). Sehubungan itu, rakyat sebagai modal insan di negara ini perlu sentiasa menguasai

ilmu.
PPSH tidak terhad kepada golongan yang bekerja sahaja malah ia perlu melewati semua
golongan termasuk suri rumah, pesara, golongan kurang upaya dan warga emas. PSH

bermatlamat untuk meningkatkan kualiti kehidupan individu dan masyarakat (Rusmin, 30
Januari 2017). Tujuannya ialah untuk memberi latihan dan pendidikan kepada semua orang

dengan salah satu matlamat untuk membangunkan modal insan. Di alam pendidikan,
pembangunan modal insan difokuskan untuk memberi tumpuan kepada sistem nilai, disiplin,
sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar bagi melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang

sains dan teknologi, inovatif, kreatif serta boleh dipasarkan. Di kalangan orang-orang dewasa
proses pembelajaran tidak terhenti selepas alam pengajian tinggi malah mesti ada
kesinambungan untuk terus belajar hinggá ke liang lahad.

Kini, IPG dilihat amat penting fungsinya dalam misi pembangunan modal insan. Malah,
IPG turut diiktiraf dalam memberikan perkhidmatan yang paling rapat dan berpanjangan
kepada hampir semua golongan masyarakat dalam komuniti setempat (Berita Harian, 14 Mei

2015). Sebagai institusi pendidikan yang tertua dan pusat sosialisi dalam komuniti, IPG
perlulah lebih banyak menyumbang ke arah memantapkan pendidikan sepanjang hayat

masyarakat setempat. Di samping itu, IPG lebih hampir dengan masyarakat berbanding
institusi pendidikan yang lain yang bersifat nasional kerana ia bersifat setempat. Kedudukan
ini meletakkan IPG sebagai sebahagian daripada komuniti dan kerana itu pelaksanaan PSH

dalam komuniti setempat oleh IPG amat penting.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 314

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk:

1. Mengenalpasti tahap Pengurusan Pembelajaran Sepanjang Hayat di IPGKDRI.
2. Menganalisis pola kepemimpinan Pengurusan Pembelajaran Sepanjang Hayat di

IPGKDRI.
3. Mengenalpasti tahap komitmen Pembelajaran Sepanjang Hayat di IPGKDRI.


PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dihasilkan bagi menjawab persoalan kajian berikut :
1. Apakah tahap Pengurusan Pembelajaran Sepanjang Hayat di IPGKDRI.

2. Apakah pola kepemimpinan Pengurusan Pembelajaran Sepanjang Hayat di IPGKDRI.
3. Sejauh manakah tahap komitmen pengurusan PSH di IPGKDRI.


KONSEP PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Pada awalnya, kemunculan idea PSH telah menggabungkan asas pengetahuan; kerjasama

dalam pendidikan; dan latihan kemahiran. Justeru, dalam era tahun 90-an, masyarakat ketika
itu mulai sedar tentang peri pentingnya wujud satu sistem yang dapat menggabungkan
pendidikan dengan latihan dengan menggunakan konsep PSH (Rusitoru, Kallioniemi, &

Taysum, 2020). Rușitoru (2017) mendefinisikan PSH (PSH) sebagai:
“ proses antara generasi iaitu pemerolehan pengetahuan, kemahiran, sikap, tingkah

laku dan pencapaian dikembangkan pada semua peringkat umur dan semua dimensi
kehidupan. Usaha ini membolehkan berlakunya pembangunan peribadi dan
profesional setiap individu secara harmoni bagi memenuhi keperluan sosial semasa

dan masa depan. Malah, PSH membolehkan mereka menguasai nilai asas
kemanusiaan dari segi intellektual, moral, profesional, sosial dan spiritual” (p. 230).
Para pembuat dasar dan penyelidik percaya bahawa konsep PSH dapat menangani isu

ekonomi sesebuah negara yang mengalami masalah pengangguran yang teruk (Hager, 2011;
Kim, JuSeuk, 2016). Tett, Lyn (2014) pula menjelaskan konsep PSH ada kaitan dengan
perubahan dan juga perkembangan kehidupan masyarakat dunia bagi meningkatkan

penyertaan sosial dan meningkatkan daya saing ekonomi global. PSH juga dianggap sebagai
satu pelaburan bagi membantu golongan penganggur mendapat ilmu dan kemahiran

bersesuaian dengan model ekonomi berpendapatan tinggi. Justeru itu, PSH merupakan satu
proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan,
kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan

pengalaman dan latihan (Kementerian pengajian Tinggi, 2015).



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 315

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021


Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (2015) dalam portal rasminya ada menyediakan

platform pendidikan berkonsepkan PSH untuk diketengahkan kepada masyarakat melalui
pembelajaran berbentuk formal, tidak formal, dan juga informal. Pembelajaran formal
merangkumi kursus formal separa masa dan juga kursus formal sepenuh masa bagi orang

dewasa yang tidak mempunyai kelayakan formal tetapi berpengalaman luas untuk mengikuti
program yang menjurus kepada kelayakan ikhtisas di peringkat Diploma, Sarjana Muda,

Sarjana ataupun Kedoktoran. Bentuk pembelajaran Tidak Formal pula merangkumi kursus
kemahiran serta pendidikan teknikal dan vokasional yang tidak melebihi tempoh enam bulan
secara sepenuh masa. Manakala kursus kemahiran informal atau hands-on yang singkat (2

hari - 2 minggu) berdasarkan bidang atau kerjaya, ditawarkan kepada orang awam yang ingin
belajar secara praktikal. Dengan mengambilkira pendekatan tersebut, PSH dilihat sebagai

satu konsep pembelajaran yang bersesuaian dengan peranan IPG sebagai pusat hentian
yang lengkap bagi memenuhi tuntutan kehidupan komuniti bertunjangkan ilmu pengetahuan,
kemasyarakatan, peribadatan dan juga kemahiran.


Berikutnya, Fitri Rossenari. (2016) telah menyenaraikan beberapa ciri-ciri utama PSH,
antaranya; i. PSH seharusnya bersifat universal; terbuka untuk semua golongan; merangkumi

keseluruhan sistem pendidikan dan berlangsung sepanjang hayat atau seumur hidup;
bertujuan untuk meningkatkan mutu kehidupan; terbuka untuk penambahbaikan bagi
kelompok individu yang mempunyai ruang masa, bermotivasi dan ingin merubah sikap melalui

pembelajaran. ii. Belajar untuk mendalami perkara umum atau profesionalisme, dan
merupakan kaedah alternatif kepada golongan yang tidak berpeluang untuk meneruskan

pembelajaran secara formal. Pendekatan pembelajaran dinamik disesuaikan dengan bahan
pembelajaran dan media mengikut perkembangan semasa. Kaedah belajar yang fleksibel dari
aspek penyediaan bahan, alat, teknik serta masa belajar. Proses pembelajaran tidak terikat

dengan masa, tempat dan juga kedudukan kerana kepentingan tertentu. Yufiza Mohd Yusof,
Rafidah Mohd Basir, Saleha Abd Azis dan Zamaruzaman Mohamad (2016) menyatakan

individu yang terlibat dengan PSH akan berusaha menyesuaikan diri dalam persekitarannya
dengan cara menambah pengetahuan, ketrampilan dan sikap yang diperlukan atau
melakukan perbahan dalam persekitarannya.


Seterusnya, Delors (2013) meletakkan empat ciri pendidikan dalam PSH, iaitu;
i. Belajar untuk tahu - menguasai alat pembelajaran dan bukannya pemerolehan

pengetahuan berstruktur.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 316

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

ii. Belajar apa yang perlu - melengkapkan orang untuk jenis kerja yang diperlukan
sekarang dan pada masa akan datang termasuk inovasi dan penyesuaian

pembelajaran dengan persekitaran kerja masa depan.
iii. Belajar untuk hidup bersama-sama- secara aman menyelesaikan konflik, menemui
orang lain dan budaya mereka, memupuk keupayaan komuniti, kecekapan individu

dan keupayaan, daya tahan ekonomi, dan isu sosial
iv. Belajar untuk menjadi insan- Pendidikan menyumbang kepada pembangunan

lengkap seseorang: minda dan badan, kecerdasan, kepekaan, penghargaan estetik
dan kerohanian


KERANGKA KAJIAN






























Rajah 1
Kerangka Kajian Berdasarkan Empat Tunjang PPSH


METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif dan disokong dengan kajian kualitatif. Populasi

dan sampel kajian terdiri daripada pihak pengurusan dan pensyarah di IPGKDRI. Dari segi
pengumpulan data, kajian ni menggunakan soal selidik (Google Form) dan temubual. Semua
data yang diperoleh dan dikumpulkan akan diproses menggunakan perisian SPSS versi 27.


Tunjang Asas Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)

PSH dilihat sebagai faktor penting dalam pengisian program dan aktiviti PSH di IPG. Delors
(2013) menjelaskan PSH ditentukan dengan memberi perhatian kepada makna
pembelajaran, iaitu; belajar untuk mengetahui (Learning to know), belajar untuk melakukan


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 317

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

(Learning to do), belajar untuk menjadi sesuatu (learning to be) dan belajar untuk hidup
bersama-sama (Learning to live together). Untuk pembentukan model yang lengkap, konsep

pembelajaran yang diketengahkan oleh Delors akan digabungkan dengan konsep
pembelajaran Ibn Khaldun (2006), dan juga Imam al-Ghazali (2006).


Tunjang Pengetahuan Umum
Belajar untuk mengetahui (Learning to know) diertikan sebagai belajar untuk memperoleh

pengetahuan umum, iaitu proses pembelajaran dengan menggabungkan pengetahuan am
yang cukup luas melalui disiplin ilmu tertentu. Ibnu Khaldun (2006) mengaitkan proses
pembelajaran sebagai proses mengembangkan potensi berfikir mengikut kemampuan.

Manusia biasanya akan mencari individu yang mampu memberi khidmat nasihat yang
berkaitan dengan keperluan kehidupan, seperti ekonomi, sosial, pendidikan, politik dan

seterusnya perhubungan dengan alam sekitar serta Tuhan maha pencipta. Imam al-Ghazali
(2006) turut menjelaskan, selain ilmu agama, dalam proses pembelajaran, manusia akan
belajar menjaga kesihatan, kekuatan, estetika dan usia yang panjang demi untuk beribadat

kepada Allah S.W.T. Malah, manusia juga perlu menjaga dan mengawal persekitaran meliputi
aspek harta, kehormatan diri, kedudukan dan keturunan yang baik.


Tunjang Kemahiran
Belajar untuk melakukan (Learning to do) dikaitkan dengan belajar untuk memperoleh
kemahiran tertentu. Syahrul Riza (2008) mengulas pandangan Ibn Khaldun berkaitan dengan

pengembangan kemahiran manusia adalah berdasarkan kepada potensi akal dan potensi lain
yang dianugerahkan Allah S.W.T. untuk diusahakan menjadi amalan yang sesuai dengan

tuntutan wataknya. Berikutnya, Imam al-Ghazali (2006) menganjurkan agar pendidikan
manusia hendaklah bertujuan mencapai tahap kesempurnaan dan kesejahteraan hidup dunia
dan akhirat. Ibn Khaldun (2006) menambah setiap manusia akan berfikir dan berusaha untuk

memenuhi keperluan dirinya hingga membolehkannya menemui kebenaran, pengetahuan
dan memahami peristiwa yang berlaku.


Tunjang Pembangunan Insan
Belajar untuk menjadi sesuatu (learning to be) dikaitkan dengan pengertian pembangunan
Insan. Imam al-Ghazali (2006) dalam bukunya Ihya Ulumuddin menjelaskan tujuan

pendidikan adalah untuk menghilangkan akhlak yang buruk dan menanamkan akhlak yang
baik (H.M. Zainuddin, H. Nur Ali dan Mujtahid, 2009). Pendidikan yang baik merupakan jalan

untuk mendekatkan diri kepada Allah dan untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia
dan akhirat. Pendidikan yang dicari bukan untuk mencari kedudukan, kemegahan dan
kesenangan hidup. Tujuan pendidikan yang paling utama ialah beribadah dan taqarrub


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 318

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kepada Allah SWT dengan berusaha membentuk akhlak yang mulia (al-fadhilah); persiapan
kehidupan di dunia dan akhirat.

Bagi memenuhi tujuan tersebut, setiap manusia hendaklah melalui proses pembelajaran
dengan membangunkan jiwa, badan, persekitaran dan taufiq untuk menuju alam akhirat yang
kekal abadi. Proses membangunkan jiwa hendaklah melalui ilmu-ilmu tertentu yang dapat

menggugah kemampuan berfikir hingga mengenal Tuhan yang maha pencipta. Seterusnya
proses pembelajaran untuk memperoleh tawfiq berkaitan dengan mendapatkan hidayah dari

Allah yang berbentuk kebaikan hidup di dunia ini.

Tunjang Kemasyarakatan

Belajar untuk hidup bersama-sama (Learning to live together) dikaitkan dengan belajar untuk
hidup bermasyarakat. Menurut Nu′tih Kamalia (2015) Imam al-Ghazali digambarkan sebagai

seseorang yang sentiasa berusaha membangunkan diri dengan kepribadian akhlak mulia
yang membolehkannya berinteraksi dengan orang lain dengan baik hingga mampu
memfungsikan pengetahuan intelek, emosi, rohani secara bersepadu dan komprehensif.

Tujuan pendidikan di dalam Islam hendaklah difokuskan kepada usaha mengembangkan
seluruh potensi yang dimiliki seseorang ke arah perkembangan yang sempurna, iaitu
perkembangan tubuh badan yang sihat, pengembangan intelek, emosi dan rohani bagi

mempersiapkan diri boleh hidup di dalam masyarakat.
Bagi pandangan Ibn Khaldun (2006) manusia dicipta oleh Allah secara prinsipnya
membawa ciri-ciri sebagai makhluk politik yang mempunyai matlamat untuk membina sebuah

organisasi sosial yang bercirikan madani atau kota. Setiap individu tidak mampu hidup
keseorangan, akan tetapi sentiasa mempunyai kecenderungan untuk hidup menyatu dengan

masyarakat. Apabila seseorang individu telah menjadi anggota kepada sesebuah
masyarakat, seseorang itu. Kehidupan dibina melalui hubungan yang saling sayang
menyayang atau sebaliknya akan melalui perselisihan hingga membawa kepada kesatuan

atau perpecahan. Persefahaman yang diikat melalui pengiktirafan peranan setiap individu
dalam sesebuah masyarakat untuk menerima peranan kepimpinan dan pengikutan.

Kehidupan mereka akan diatur dan diurus melalui kegiatan politik yang dibimbing oleh akal
fikiran untuk mengambil kebaikan bersama setelah setiap individu memainkan peranan
masing-masing.
Sehubungan dengan itu, Ibn Khaldun (2006) melihat pendidikan bertujuan

mengoptimamkan pertumbuhan dan perkembangan setiap potensi individu sebagai kerangka
kepada pertumbuhan dan perkembangan tamadun (al-‘Umran). Pendidikan merupakan

bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari tamadun yang merupakan isi dan matlamat
pendidikan yang akhirnya akan membentuk kebudayaan (al-thaqafat). Dengan kata lain,
kebudayaan terbentuk sebagai hasil kecenderungan semula jadi manusia untuk bekerja sama


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 319

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

hingga dapat meningkatkan keperluan kehidupan sesuai dengan persekitarannya. Pendidikan
dapat menyumbang dan memfokuskan halatuju pencapaian tingkatan hidup masyarakat

manusia menjadi lebih baik dengan tahap kebudayaan dan tamadun yang lebih maju (Idam
Mustofa, 2016).
Justeru, Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat di IPG adalah dengan menggerakkan

aktiviti pembelajaran berasaskan empat tunjang utama PSH. Seorang pemimpin akan
berusaha mengongsikan idea menggerakkan aktiviti IPG dengan melaksanakan

pembelajaran berasaskan pengetahuan umum, kemahiran, pembangunan insan, dan juga
kemasyarakatan. Seorang pemimpin akan berusaha menggerakkan semua jentera IPG untuk
memberi impak kebaikan dalam semua aspek pembangunan masyarakat setempat

berasaskan ilmu pengetahuan.


KESIMPULAN

Secara umumnya Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan satu konsep pembelajaran
yang bersesuaian dengan peranan IPG sebagai pusat hentian yang lengkap bagi memenuhi

tuntutan kehidupan komuniti bertunjangkan ilmu pengetahuan, kemasyarakatan, peribadatan
dan juga kemahiran. IPG dilihat amat penting fungsinya dalam misi pembangunan modal
insan. Malah, IPG turut diiktiraf dalam memberikan perkhidmatan yang paling rapat dan

berpanjangan kepada hampir semua golongan masyarakat dalam komuniti setempat.
Sebagai institusi pendidikan yang tertua dan pusat sosialisi dalam komuniti, IPG perlulah lebih

banyak menyumbang ke arah memantapkan pendidikan sepanjang hayat masyarakat
setempat. Di samping itu, IPG lebih hampir dengan masyarakat berbanding institusi
pendidikan yang lain yang bersifat nasional kerana ia bersifat setempat. Kedudukan ini

meletakkan IPG sebagai sebahagian daripada komuniti dan kerana itu pelaksanaan PSH
dalam komuniti setempat oleh IPG amat penting. Semoga IPG dapat diperkasakan melalui
Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat.


RUJUKAN


Berita Harian online. (14 Mei 2015). Ruangan Pendidikan bertajuk: Guru Rebut Peluang
Meningkatkan Ilmu Menerusi PSH.

Buang, Z., & Mohamad, M. M. (2019). Kolaborasi dan Komunikasi dalam Kelestarian
PSH. Online Journal for TVET Practitioners, 4(2), 105-113.

Delors, J. (2013). The treasure within: Learning to know, learning to do, learning to live
together and learning to be. What is the value of that treasure 15 years after its
publication? International review of education, 59(3), 319-330.

Hasami, H., & Buang, N. A. (2018). Keberkesanan Program PSH (PSH) terhadap
Pengetahuan dan Tahap Kemahiran Pelajar Kolej Komuniti (The Effectiveness of the
Lifelong Learning Programme (PSH) Towards Knowledge and Skill Levels of Students

e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 320

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Community College). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education),
43(1SI), 89-106.
Kementerian PendidikanTinggi. (2015). Portal Rasmi PSH (PSH).

Rusitoru, M. V., Kallioniemi, A., & Taysum, A. (2020). Lifelong learning governance and
International Organisations. Swiss Journal of Educational Research, 42(2), 461-481.

Rusmin, R. (30 Januari 2017). Impak globalisasi. Harian Metro.

















































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 321

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KEBERKESANAN KAEDAH JADUAL ANSUR MAJU(JAM) DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MEMBINA AYAT BAHASA MELAYU MURID TAHUN 4 SEKOLAH TAMIL

3
Revathi Raja Gopal , Dahlia Janan PhD ., Akma Mat Nawi , Mohd Hafiz Mohamad
1
2
4
Tarmizi dan Azizah Arsad 5

1,2,3,4,5 Universiti Pendidikan Sultan Idris
[email protected]


ABSTRAK


Penyelidikan ini berfokus kepada subtema Bahasa Melayu Wahana Penyampaian Ilmu dalam

Pendidikan Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah Jadual Ansur Maju
(JAM) bagi meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat Bahasa
Melayu. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif menggunakan kaedah kuasi

eksperimental. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar tahun empat di sebuah sekolah
Tamil di Ipoh. Dua kumpulan pelajar telah menerima kaedah pengajaran yang berbeza iaitu

kaedah Jadual Ansur Maju (JAM) bagi kumpulan rawatan dan kaedah konvensional bagi
kumpulan kawalan. Ujian pra dan ujian pasca telah dijalankan supaya dapat mengukur
pencapian pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan
antara markah ujian pra dan pasca bagi kedua-dua kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan

terdapat perbezaan yang signifikan bagi pengajaran menggunakan kaedah Jadual Ansur
Maju (JAM) dalam membina ayat yang lengkap dan gramatis berbanding dengan kaedah

konvensional. Kajian ini mencadangkan guru-guru supaya mempelbagaikan kaedah
pengajaran serta meningkatkan pengetahuan guru ke arah mempelbagaikan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran kemahiran membina ayat dengan kreatif dan berkualti agar

prestasi kemahiran menulis murid dapat ditingkatkan pada masa akan datang.


Kata kunci: Kaedah Jadual Ansur Maju(JAM) , kemahiran membina ayat , murid sekolah
Tamil, kaedah konvensional


PENGENALAN

Di bawah dasar KSSR ini, semua mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu telah mengalami
perubahaan yang drastik. Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum

Bahasa Melayu dan pendekatan modular. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran seperti
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Dalam kajian ini, kemahiran menulis iaitu kemahiran membina ayat ditekankan.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 322

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Boleh dikatakan bahawa, kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang
unggul yang membawa kepada kecemerlangan seseorang murid dalam akademik.

Kemahiran ini harus diberi penekanan dan dititik beratkan sehingga murid mampu membina
ayat dengan susunan yang betul serta berkebolehan untuk melahirkan idea, pandangan dan
pendapat mereka dalam bentuk penulisan sama ada dalam bentuk karangan, sajak mahupun

cerita. Sekiranya murid tidak menguasai kemahiran menulis, sebagai akibatnya sesuatu yang
diungkapkan secara lisan mahu pun bacaan tidak dapat dipindahkan dalam bentuk penulisan.

(Noor Habsah dan Yahya, 2018). Oleh itu, guru Bahasa Melayu perlu memperkenalkan pelajar
bahasa kedua ini dengan pelbagai strategi pembelajaran (Zamri, 2020). Dengan ini, matlamat
pembelajaran abad-21 akan dapat direalisasikan seterusnya dapat melahirkan pelajar yang

menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Menurut Loh Pei Wen dan Zanaton (2019),
pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis merupakan satu cabaran yang besar

kepada kedua-dua pihak sama ada guru mahupun murid.

Di sekolah Tamil ,kemahiran menulis khasnya membina ayat Bahasa Melayu

merupakan salah satu komponen yang penting dalam pembelajaran. Malangnya, komponen
ini tidak dapat dicapai dengan sepenuhnya disebabkan beberapa masalah. Antara masalah
yang dihadapi oleh murid-murid sekolah Tamil kebanyakannya adalah murid-murid mampu

menulis ayat - ayat tetapi mereka tidak tahu untuk mengembangkan ayat serta
memanipulasikan perkataan agar menjadi ayat yang gramatis. Dalam pada itu, murid-murid
ini kekurangan kosa kata dan tidak tahu membina ayat dengan teknik yang betul untuk

memperoleh markah yang tinggi dalam aspek membina ayat. Pandangan ini adalah
berpadanan dengan Zahratulnadirah Ibrahim (2012), murid lemah dalam menulis ayat
disebabkan penguasaan kosa kata yang terhad. Selain itu, gaya persembahan mereka lebih

menjurus kepada penggunaaan bahasa pasar dan ayat tergantung. Mengikut Zaliza
Mohamad Nasir (2017), kekurangan pengetahuan dan kekeliruan murid dalam penggunaan

sistem bahasa menyebabkan murid lemah dalam penulisan. Situasi ini menyebabkan murid-
murid yang berada dalam kategori galus terutamanya tidak dapat mencapai tahap
penguasaan tinggi semasa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dijalankan selepas tamatnya

sesuatu Standard Pembelajaran.

Antara permasalahan yang ketara dihadapi oleh guru dan murid adalah pengaruh

bahasa pertama terhadap bahasa kedua. Ini dapat dijelaskan di mana murid sekolah Tamil
berpegang kepada bahasa ibunda iaitu Bahasa Tamil. Manakala Bahasa Melayu pula
berperanan sebagai bahasa kedua. Ini menyebabkan penggunaan bahasa pertama

berperanan sebagai bahasa komunikasi serta digunakan sebagai item pemerolehan ilmu
pengetahuan. Sehubungan itu, bahasa pertama sering dijadikan sebagai bahasa ilmu dalam
proses pembelajaran di sekolah. Menurut Zamri (2016), pengaruh bahasa pertama semasa


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 323

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

mempelajari Bahasa Melayu dalam kalangan segelintir murid Melayu dan bukan Melayu telah
mewujudkan pelbagai masalah dalam sistem bahasa.


Secara keseluruhannya, murid SJKT kebanyakannya masih lemah dalam menyusun
jalin struktur ayat secara sistematik. Kelemahan ini berpunca daripada ketidakfahaman murid

tentang penggunaan sistem bahasa yang wujud dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Mengikut Zaliza Mohamad Nasir (2017), kekurangan dan kekeliruan dalam penggunaan
sistem bahasa menyebabkan murid lemah dalam penulisan. Hujah ini disokong oleh

A.Rahman Haron et.al., (2012), dengan mengatakan bahawa tatabahasa yang digunakan
oleh murid dalam menulis ayat tidak sesuai dan tidak gramatis. Permasalahan seterusnya

wujud dari aspek penguasaan kosa kata dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
Memandangkan terlalu banyak kosa kata yang perlu dihafal dalam Bahasa Melayu, murid
sekolah Tamil menghadapi kesukaran untuk mengimbas kembali, mencari dan

menyenaraikan kosa kata yang bersesuaian berdasarkan bahan grafik yang diedarkan
semasa PdP dalam bilik darjah. Kegagalan mengingat kembali kosa kata tersebut

menyukarkan murid untuk menjawab soalan peperiksaan. Ini menyebabkan mereka hanya
menggubal ayat - ayat yang tidak standard, tidak tepat mengikut kehendak soalan.


Menurut Ibrahim Alfaki (2015), kelemahan dalam struktur ayat merupakan salah satu
masalah yang dihadapi dalam penulisan. Dalam pada itu, didapati pelajar menghadapi
masalah dalam pembinaan ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau rangkai kata

tidak disertakan. Murid-murid di sekolah Tamil tidak mahir menggunakan Bahasa Melayu dan
ini menyukarkan mereka untuk menguasai Bahasa Melayu dengan betul dan tepat. (Abdul
Rasid Jamian & Arbaie Sujud, 2001).



HIPOTESIS


1. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pra dan pasca bagi
kumpulan yang mengikuti kaedah Jadual Ansur Maju (JAM).


2. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pra dan pasca bagi
kumpulan kawalan yang mengikuti kaedah belajar konvensional .



SOROTAN LITERATUR

Umumnya, pelbagi kajian lepas telah dilaksanakan untuk mengkaji kemahiran menulis ayat

dalam kalangan murid di sekolah rendah. Pelbagai kaedah dan rumus telah dibincangkan
dalam setiap kajian bagi meningkatkan prestasi kemahiran menulis di sekolah rendah. Boleh



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 324

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

dikatakan, penguasaan Bahasa Melayu mungkin tidak menimbulkan masalah yang besar
dalam kalangan murid sekiranya Bahasa Melayu merupakan B1 ataupun bahasa ibunda

kepada murid tersebut. Sebaliknya, ia menjadi satu cabaran kepada murid bukan Melayu,
khususnya murid India yang mempelajari BM sebagai B2. Oleh kerana B1 diperoleh melalui
pemerolehan bahasa manakala B2 diperoleh melalui pembelajaran bahasa, maka murid

dapat menggunakan B1 dengan betul tanpa melalui pendidikan formal malah menguasainya
secara semula jadi.

Apabila menyentuh tentang tahap penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat
Bahasa Melayu , murid sekolah Tamil di tahun 4, memang lemah dalam aspek tatabahasa,
dan kurang mahir semasa membina ayat dengan subjek dan predikat yang betul. He (2016),

mendapati bahawa murid menghadapi masalah semasa proses mengorganisasikan dan
menyusun atur kandungan penulisan dengan baik disebabkan penulisan mereka tersepit

antara bahasa ibunda dengan bahasa kedua. Ibrahim Mohamed Alfaki (2015), turut
menyatakan bahawa pembinaan struktur ayat merupakan salah satu masalah yang dihadapi
dalam penulisan.


Daripada kajian yang dijalankan oleh Mahendran Maniam dan Kartheges Ponniah
(2014), yang bertajuk “Pengaruh bahasa ibunda ( Bahasa Tamil) dalam proses pembelajaran

Bahasa Melayu, mereka mengakui bahawa memang wujud pengaruh bahasa ibunda dalam
kalangan pelajar sekolah Tamil, terutamanya dalam domain sintaksis dan perbendahaaaan
kata. Kenyataan ini dipersetujui oleh Rozanah Jaafar dan Zamri Mahamod (2020), dengan

penyataan bahawa kesan kekurangan perbendaharaan kata menyebabkan pelajar cenderung
menggunakan bahasa ibunda. Kenyataan ini juga selari dengan pendapat Noor Habsah dan
Yahya (2018), masalah kosa kata yang terhad menyebabkan pelajar tidak dapat

menghuraikan idea dengan baik malahan menggunakan perkataan daripada bahasa ibunda
untuk melahirkan idea dalam penulisan. Melalui kajian Arulnathan (2013), didapati orang India

telah menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan mempelajarinya
secara formal atau tidak formal. Namun, penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
India masih kurang memberangsangkan.


Kemahiran membina ayat tidak dapat diasingkan daripada aspek sintaksis. Menurut
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) tahun 4 (semakan 2017), yang

digubal oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum,aspek sintaksis merupakan kajian tentang
hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Dazriiansyah (2015), dalam

kajiannya terhadap pelajar telah mendapati bahawa pelajar menghadapi masalah dalam
menggunakan struktur perkataan yang melibatkan fungsi subjek, predikat, objek, dan unsur
keterangan dalam karangan pelajar. Oleh itu, menyebabkan kesukaran kepada pelajar untuk


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 325

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

memahami makna ayat kerana lemahnya pemahaman terhadap struktur ayat yang betul.
Penelitian terhadap aspek tatabahasa dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu

banyak dilakukan oleh sarjana bahasa antaranya Zaharani Ahmad dan Nor Hashimah
Jalaluddin (2010), Zaharani Ahmad et. al (2011), Nor Eliza dan Mohd Sharizal Nasir (2014),
Norsimah Awal, Nadzrah Abu Bakar dan Nor Hashimah Jalaluddin (2012), Ramli Salleh

(2006) dan Zulkifley Hamid (2006) yang secara purata membincangkan aspek pembetulan
kata dan tatabahasa Bahasa Melayu, namun mereka tidak meneliti aspek kesalahan bahasa

yang dilakukan oleh pelajar.

Walau bagaimanapun, dengan pelaksanaan beberapa langkah dan pengubahsuaian

dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu perlu dilaksanakan agar
pengajaran Bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan sempurna.




METODOLOGI KAJIAN


Penyelidikan ini dijalankan secara kaedah eksperimen kuasi. Responden dipilih
menggunakan persampelan rawak, lalu dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan. Sampel kajian yang dipilih terdiri daripada pelajar tahun

empat di SJKT St.Philomena Convent, Ipoh, Perak. Pengkaji memilih pelajar tahun empat ini
kerana mereka sudah mempunyai pendedahan terhadap pembentukan ayat mudah. Seramai
30 orang pelajar telah dipilih secara rawak yang terdiri daripada dua kumpulan setiap

kumpulan seramai 15 sampel ditetapkan, iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Lokasi kajian ini
dijalankan di sekolah Tamil, di Ipoh. Tempoh eksperimen yang dijalankan adalah selama tiga

minggu. Lokasi kajian ini dipilih kerana penyelidik juga berasal dari Ipoh, maka hal ini akan
memudahkan pengkaji untuk menguji kemahiran membina ayat dalam pra ujian dan pasca
ujian. Instrumen kajian ini ialah sebuah gambar tunggal dengan kata kerja yang dilebal untuk

mengukur kebolehan pelajar membina ayat yang lengkap tanpa kesalahan tatabahasa.



PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Kajian ini bercorak eksperimen dijalankan di sebuah sekolah Tamil di Ipoh melibatkan 30
sampel seramai 15 orang diletakkan dalam kumpulan bina ayat menggunakan kaedah Jadual

Ansur Maju (JAM) dan 15 orang diletakkan dalam kumpulan bina ayat yang menggunakan
kaedah konvensional. Prosedur kajian dalam kajian ini dapat dilihat dalam Rajah 1 yang

menunjukkan cara kajian ini dijalankan.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 326

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021





UJIAN PRA







Kaedah Jadual Ansur
Maju(JAM) Kaedah Konvensional





Interaksi membina ayat Interaksi membina ayat
menggunakan tanpa jadual
Jadual Ansur Maju(JAM)




UJIAN
PASCA




Rajah 1 : Prosedur Kajian


Kumpulan membina ayat Jadual Ansur Maju(JAM) dan kumpulan membina ayat konvensional
diberi ujian pra sebelum intervensi. Kedua-dua kumpulan ini membuat ujian membina ayat
selama 20 minit. Selepas tamat tempoh intervensi tersebut, ujian pasca telah dijalankan

kepada dua kumpulan tersebut dengan menggunakan set soalan membina ayat yang sama
semasa ujian pra dilakukan untuk melihat keberkesanan intervensi cara membina ayat

dengan menggunakan kaedah Jadual Ansur Maju (JAM) dengan kaedah konvensional dan
hasil pembinaan ayat ujian pra dan ujian pasca dibuat perbandingan.



DAPATAN KAJIAN

Set soalan yang dibina oleh pelajar dikumpul dan diberi markah bagi memudahkan

kemasukan data ke dalam perisian komputer. Data-data yang diperoleh menerusi ujian pra
dan ujian pasca kajian ini dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 21.0.







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 327

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Hipotisis 1:


Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pra dan pasca bagi kumpulan yang
mengikuti kaedah Jadual Ansur Maju(JAM).



Jadual 1: Skor min ujian pra dan pasca kaedah JAM

Min Sisihan Piawai Ujian T
Kaedah JAM Ujian pra 44.06 3.15 0.000


Ujian pasca 54.46 2.81



Berdasarkan jadual di atas analisis skor min ujian pra bagi kaedah Jadual Ansur Maju(JAM)
ialah 44.06 (SP=3.15). Untuk skor min ujian pasca bagi kaedah Jadual Ansur Maju (JAM)

pula ialah 54.46 (SP=2.81). Berdasarkan UjianT untuk kaedah Jadual ialah P=0.000 (P≤0.05)
maka hipotesis kajian ini ditolak. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara
markah pra an pasca bagi kumpulan yang mengikuti kaedah belajar membina ayat

menggunakan Jadual Ansur Maju (JAM).

Berdasarkan dapatan, teknik penggunaan kaedah Jadual Ansur Maju (JAM)

merupakan salah satu unsur kreatif dalam pengajaran kemahiran membina ayat di mana
peringkat pemeringkatan ayat membimbing murid mengisi setiap ruangan dalam jadual untuk

menghasilkan ayat yang lengkap dan gramatis. Dalam kajian ini, kaedah JAM merujuk kepada
pembinaan jadual untuk memenuhi keperluan murid mengikut kategori Galus, Lulus, Potensi
lulus , Cemerlang dan masalah pembelajaran. Penggunaan kaedah JAM secara tidak

langsung membantu murid untuk menyusun dan menulis ayat menggunakan tatabahasa yang
betul. Menerusi kaedah JAM, murid melabelkan kata kerja atau aktiviti yang terdapat dalam
gambar yang sedia ada dalam setiap latihan.


Berdasarkan dapatan, murid sekolah Tamil dengan mengapliksaikan kaedah Jadual
Ansur Maju (JAM) mampu menulis ayat mengikut arahan yang disediakan di samping itu

membuat penambahbaikan dalam pembentukan ayat dari segi penggunaan tatabahasa,
ejaan, kosa kata, huruf kecil ,huruf besar dan seumpamanya. Boleh dikatakan, strategi dan
kaedah pengajaran secara tidak langsung mempengaruhi penguasaan murid dalam

kemahiran menulis ayat. Yahya Othman dan Suzanawaty Osman (2014), mendapati bahawa
guru yang kurang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran boleh membawa impikasi

buruk sehingga murid kurang mahir dalam kemahiran menulis ayat.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 328

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Hipotisis 2 :

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pra dan pasca bagi

kumpulan kawalan yang mengikuti kaedah belajar konvensional.


Jadual 2: Skor min ujian pra dan pasca kaedah konvensional

Min Sisihan Piawai Ujian T

Kaedah konvensional Ujian pra 48.93 6.23 0.022
Ujian pasca 52.80 3.50




Berdasarkan jadual di atas analisis skor min ujian pra bagi kaedah konvensional ialah 48.93

(SP=6.23). Untuk skor min ujian pasca bagi kaedah konvensional pula ialah 52.80 (SP=3.50).
Berdasarkan Ujian T untuk kaedah konvensional ialah P=0.022 (P≤0.05) maka hipotesis
kajian ini ditolak. Ini menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pra dan

pasca bagi kumpulan yang mengikuti kaedah konvensional.

Dapatan membuktikan bahawa, pendekatan pengajaran berbantukan chalk and talk

sangat sebati walaupun pendidikan berubah wajah ke arah teknologi dan maklumat. Menurut
Suppiah Nachiappan (2014), kebanyakkan guru sekolah menganggap kaedah tradisonal
merupakan cara yang terbaik dan pelajar tetap memahami kaedah ini dengan mudah semasa

guru menyampaikan PdP dalam bilik darjah.

Dengan yang demikian, di sekolah rendah kebanyakan guru masih menggunakan

kaedah tradisional, iaitu kaedah terus membina ayat tanpa menitikberatkan pemeringkatan
ayat untuk menghasilkan ayat yang lengkap dengan tatabahasa yang betul. Dengan kaedah
konvensional murid tidak mempunyai hala tuju yang betul untuk mengembangkan idea ke

dalam bentuk ayat yang lengkap. Kelemahan ini akhirnya menyebabkan murid tidak dapat
menghasilkan karangan yang berdasarkan idea mereka sendiri.



KESIMPULAN


Penggunaan bahan PdP yang berkesan dapat membantu murid mempelajari Bahasa Melayu
sebagai B2. Penggunaan kaedah Jadual Ansur Maju (JAM) wajar dillaksanakan di sekolah
rendah memandangkan kaedah ini memudahkan murid memahami pengembangan ayat

dengan subjek dan predikat yang betul. Pembinaan ayat dengan elemen tatabahasa yang
betul, adalah asas bagi penulisan karangan yang baik .




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 329


Click to View FlipBook Version