The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasaidi.hassan, 2021-09-19 00:57:19

e Prosiding Serai 2021 final

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021






























Rajah 9: Project-based Learning – Waste to Wealth Through Composite Material


Home-based Learning
Rajah 10 menunjukan aktiviti home-based learning yang telah dijalankan oleh murid-murid di

rumah masing-masing untuk membandingkan keberkesanan sabun dan detergen sebagai
bahan pencuci dalam medium tertentu. Walaupun mereka tidak diberi sebarang bahan kimia
dan radas makmal, mereka masih boleh mengawal pemboleh ubah dan merekodkan

pemerhatian dan mendapat keputusan yang betul.






























Rajah 10: Home-based Learning – Mengkaji Keberkesanan Sabun Dan Detergen Sebagai
Bahan Pencuci





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 830

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Kehadiran Selepas OwnDigFun
Rajah 11 dan Rajah 12 masing-masing menunjukkan peratus kehadiran murid 4SA dan 4SG

mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Peratus kehadiran kedua-dua kelas meningkat
bagi setiap aktiviti tersebut. Selepas intervensi OwnDigFun, kehadiran 4SA telah meningkat
dari 76.92% hingga 96.15% manakala 4SG telah meningkat dari 66.67% kepada 92.59%.

Rajah 13 menunjukkan perbandingan min kehadiran keseluruhan selepas dan sebelum
intervensi OwnDig Fun. Min kehadiran telah meningkat daripada 77.35 kepada 94.37.

Keputusan menunjukkan min tidak hadir telah dikurangkan sebanyak 17.02.



KEHADIRAN KELAS ONLINE 4SA OwnDigFun


REAL LIFE ACTIVITIES 3.85% 96.15%
SBU YOUNG CHEMIST… 3.85% 96.15%
KAD UCAPAN 11.54% 88.46%
SEBELUM 23.08% 76.92%
TIDAK HADIR
0.00% 20.00% 40.00% 60.00% 80.00% 100.00%
HADIR
SBU YOUNG
SEBELUM KAD UCAPAN CHEMIST REAL LIFE
CHANEL ACTIVITIES
TIDAK HADIR 23.08% 11.54% 3.85% 3.85%
HADIR 76.92% 88.46% 96.15% 96.15%

Rajah 11: Kehadiran Murid 4SA Semasa OwnDigFun


Kehadiran Kelas Online 4SG OwnDigFun



REAL LIFE ACTIVITIES 7.41%
92.59%
SBU YOUNG CHEMIST CHANEL 14.81%
85.19%

KAD UCAPAN 25.93%
74.07%
SEBELUM 33.33% 66.67%

0.00% 10.00% 20.00% 30.00% 40.00% 50.00% 60.00% 70.00% 80.00% 90.00%100.00%
SBU YOUNG CHEMIST
SEBELUM KAD UCAPAN REAL LIFE ACTIVITIES
CHANEL
TIDAK HADIR 33.33% 25.93% 14.81% 7.41%
HADIR 66.67% 74.07% 85.19% 92.59%

TIDAK HADIR HADIR

Rajah 12: Kehadiran Murid 4SG Semasa OwnDigFun



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 831

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021


Perbandingan Min Kehadiran Keseluruhan
Selepas dan Sebelum OwnDigFun

100.00
90.00
80.00
70.00
60.00
50.00
40.00
30.00
20.00
10.00
0.00
HADIR TIDAK HADIR
Sebelum OwnDigFun 77.35 22.65
Selepas OwnDigFun 94.37 5.63
Sebelum OwnDigFun Selepas OwnDigFun

Rajah 13: Perbandingan Min Kehadiran Keseluruhan Selepas dan Sebelum OwnDigFun

PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Rajah 14 menunjukkan implikasi Model OwnDigFun terhadap PdP online bagi Kelas 4SA dan
4SG. Murid-murid kelas 4SA dan 4SG telah memberi makluam balas yang positif tentang

intervensi OwnDigFun. Keputusan menunjukkan intervensi OwnDigFun telah berjaya
meningkatkan kehadiran murid pada setiap sesi PdP online. Sebanyak 98.11% murid sangat
suka aktiviti home-based learning dan 94.35% sangat suka problem-based learning. Model

ini juga membawa implikasi kepada penglibatan murid melalui intergrasi digital tools dalm PdP
online di mana 90.57% murid sangat suka cikgu menggunakan interaktif tools. Kajian Yahya
dan Dayang Raini (2011) mendapati penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik akan

mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan.
Sebanyak 86.79% murid sangat suka mengikuti projek-based learning dan lebih kreatif

manakala 84.91% murid sangat setuju mereka lebih mudah berkomunikasi dengan rakan
selepas intervensi OwnDigFun. Kami amat gembira kerana dapat memupuk kemahiran 4K
murid dan mengadakan PdP online yang menyeronok supaya “Leaving no one behind!”.

Walapun intergrasi digital tools adalah penting, namun murid akan cepat bosan jika
digital tools yang sama digunakan dalam setiap PdP online. Guru akan membuat peningkati

diri dengan mengikuti bengkel atau pembelajaran kendiri tentang applikasi digital tools yang
lain bagi persediaan PdP pada masa akan datang.











e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 832

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021


Maklum Balas Murid 4SA Dan 4SG
Tentang Intervesi OwnDigFun


Saya lebih kreatif selepas aktiviti-aktiviti…
Saya lebih mudah berkomunikasi dengan orang
Saya suka aktiviti project-based learning
Saya suka aktiviti home-based learning
Saya suka aktiviti problem-based learning
Saya suka cikgu guna interaktif tools dalam kelas
0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100%
Saya suka cikgu Saya suka Saya suka Saya suka Saya lebih Saya lebih
guna interaktif aktiviti problem- aktiviti home- aktiviti project- mudah kreatif selepas
tools dalam based learning based learning based learning berkomunikasi aktiviti-aktiviti
kelas dengan orang OwnDigFun
Tidak setuju 0% 0% 0% 0% 0% 0%
Setuju 9.43% 5.66% 1.89% 13.21% 15.09% 13.21%
Sangat setuju 90.57% 94.34% 98.11% 86.79% 84.91% 86.79%


Tidak setuju Setuju Sangat setuju

Rajah 14: Maklum balas Murid 4SA dan 4SG Selepas OwnDigFun


RUMUSAN


Impak OwnDigFun yang lebih ketara ialah pada aktiviti home-based learning, problem-based
learning dan interaktif tools sehingga murid-murid mampu menunjukkan hasil kerja yang
sangat cemerlang. Amalan mengadakan pembelajaran menyeronokkan diteruskan maka

murid-murid akan lebih bermotivasi mengikuti pengajaran online mahupun secara fizikal.
Perancangan PdP online yang menggunakan pelbagai kaedah pedagogi yang berpusatkan

muird perlu ditingkatkan. Perancangan problem-based learning dan project-based learning
akan diteruskan bagi menghasil soalan pandaun yang dapat menguji kefahaman dan
kemahiran murid menguasai objektif pembelajaran yang digariskan.


RUJUKAN

Ana Irhandayaningsih (2019). Pengukuran Literasi Digital Pada Peserta Pembelajaran Daring
di Masa Pandemi COVID-19. Jurnal Kajian Budaya, Perpustakaan, Dan Informasi, 4(2),
231-240
Bensalem, E. (2018). The Impact of Whatsapp on EFL Students' Vocabulary Learning . Arab
World English Journal (AWEJ).
Faridah Binti Che In1*, Afham Zulhusmi (2019). Kajian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif
Berasaskan Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus Principles of
Marketing. Online Journal For Tvet Practitioners, 4(1), 1-10





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 833

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

David T. Conley (2013). Student Ownership of Learning as a Key Component of College
Readiness dari laman web
https://www.researchgate.net/publication/275490135_Student_Ownership_of_Learnin
g_as_a_Key_Component_of_College_Readiness
Drucker, P (2017). Human Prosperity in a Changing World. Peter Drucker challenge 2017.
The future economic man. PDC 2017
Harlina binti Ishak, Zubaidah Mat Nor & Ainee Ahmad (2017). Pembelajaran Interaktif
Berasaskan Aplikasi Kahoot dalam Pengajaran Abad Ke-21. Buku Panduan
Pelaksanaan Pendidikan Abad ke21. Institut Pendidikan Aminuddin Baki, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Jemaah Nazir Sekolah. (2004). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Pernyataan Standard
SKPM 1 - Edisi Disember 2004. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.
Lee, E., & Hannafin, M. J. (2016). A design framework for enhancing engagement in
studentcentered learning: Own it, learn it, and share it. Educational Technology
Research and Development, 64(4), 707-734

Mohd Hafiz (2019). Penggunaan Aplikasi Dalam Talian Norma Baharu. Universiti Islam Sains
Malaysia dari laman web https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/penggunaan-
aplikasi-dalam-talian-norma-baharu/

Nur Aisyah Mohamad Noor, Zamri Mohamod, Afendi Hamat & Mohamed Amin Embi. (2012).
Persepsi murid terhadap aplikasi perisian multimedia dalam pembelajaran Komsas
Bahasa Melayu tingkatan 1. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (1), 1-16.

Rafiza Abdul Razak (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian Dalam
Analisis Novel Bahasa Melayu. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik,4(3), 34-35

Yahya Othman & Dayang Raini Pakar. (2011). Kesan perisian cerita interaktif semasa
mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan murid tahun 4 di
Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 27-49.





















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 834

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN SISWA PENDIDIK IPG KAMPUS DATO’ RAZALI
ISMAIL DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK CEMERLANG

Muhammad Zaim Hakim L, Muhammad Nur Fitri M, Nur Aliya S, Dr Fouziah M dan Nur
Farrah Anis F.

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]




ABSTRAK


Di peringkat pengajian tinggi, mahasiswa-mahasiswa membentuk gaya pembelajaran

tersendiri serta berinteraksi dengan maklumat dan bantuan pensyarah yang juga mempunyai
gaya pengajaran tersendiri. Felderman dan Silverman dalam teorinya, menyatakan bahawa
gaya pembelajaran pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Kajian ini bertujuan untuk

mengenalpasti gaya pembelajaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik
cemerlang dalam kalangan siswa pendidik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan tahun

empat, IPGK Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu. Seramai 91 orang siswa pendidik
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan tahun empat telah memberi respon kepada soal
selidik. Kajian ini telah menggunakan soal selidik Index of Learning Styles yang telah direka

oleh Felder dan Solomon. Data yang dikumpulkan telah diproses secara kolektif dengan
menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS versi 26) untuk mendapatkan
kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan korelasi bagi menjawab persoalan kajian. Dari

segi demografi, responden lelaki dan responden perempuan kedua-duanya cenderung
kepada gaya pembelajaran aktif (skor min 4.28 dan sisihan piawai 0.51) dan sensing (skor
min 4.76 dan sisihan piawai 0.56). Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya

pembelajaran tersebut dengan pencapaian akademik siswa pendidik. Secara keseluruhan
didapati gaya pembelajaran sensing lebih popular berbanding gaya pembelajaran aktif. Soal

selidik jelas menunjukkan bahawa secara keseluruhannya siswa pendidik memaparkan gaya
pembelajaran yang berbeza. Kesimpulan kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan dan
rujukan kepada pihak IPG dan siswa pendidik dalam meningkatkan mutu pelajaran serta

prestasi akademik IPGK Dato’ Razali Ismail khasnya.



Kata kunci: Gaya pembelajaran, pencapaian akademik, jantina.









e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 835

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGENALAN

Siswa Pendidik merupakan individu yang unik dan berbeza di antara satu sama lain walaupun

mereka berada dalam tahap pembelajaran yang sama. Perbezaan individu ini merangkumi
dari aspek pemikiran, tindakbalas, minat, kecenderungan, pencapaian dan pemahaman.

Justeru, Siswa-siswa Pendidik ini mempunyai gaya yang tersendiri untuk menerima dan
bertindakbalas serta menggunakan rangsangan dalam proses pembelajaran. Pendekatan
yang diambil oleh setiap Siswa Pendidik adalah dengan menurut tanggapan subjektif mereka

terhadap kehendak pensyarah atau konteks pembelajarannya. Pada pandangan para
penyelidik, pensyarah atau pendidik merupakan penggerak utama kepada pembelajaran para
Siswa Pendidik.


Menurut (Pasi Sahlberg:2019) dari Finland, “Kami mempersiapkan anak-anak untuk
belajar bagaimana belajar, bukan bagaimana mengikuti ujian”. Gaya pembelajaran di negara

Finland menunjukkan gaya pembelajaran yang bebas mengikut pilihan pelajar kerana dasar
mereka yang meletakkan kebebasan dalam memilih gaya pelajaran dan pengajaran.
Felderman dan Silverman (1998) dalam teorinya, menyatakan bahawa gaya pembelajaran

pelajar adalah berbeza antara satu sama lain. Jika pensyarah atau pengajar tidak
menyesuaikan pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar akan menimbulkan implikasi
ketidakselesaan dan kurangnya perhatian oleh pelajar semasa mengikuti sesi pengajaran dan

pembelajaran dan boleh menyebabkan pelajar tertinggal dalam pelajaran. Sariza Said (2020)
menyatakan latihan mengajar dikategorikan sebagai “Amalan profesional” dalam kurikulum
perguruan adalah landasan untuk pelajar mempraktikkan ilmu, kemahiran dan teori dalam

pengajaran dan pembelajaran(PdP) serta menghasilkan teori PdP yang tersendiri. Latihan
mengajar yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru memberi

peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan
secara reflektif dalam situasi sebenar di bilik dalam darjah dan sekolah.



SOROTAN LITERATUR

Berdasarkan kajian lepas di Institut Pengajian Tinggi (IPT) terdapat pelbagai isu yang dihadapi

oleh pelajar di antaranya adalah berkaitan dengan gaya pembelajaran (Che Ghani et al.
2017). Sarena (2013) menyatakan sistem pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan
aspek teknik belajar secara formal. Menurutnya lagi, kebanyakan pelajar mempelajari Teknik
atau kemahiran belajar secara kebetulan, tidak langsung atau terikut-ikut dengan rakan

sebaya. Situasi ini wujud disebabkan pelajar tidak mempunyai panduan yang khusus
untuk menghadapi pembelajaran mereka. Sangat sedikit pelajar didedahkan dengan model

gaya pembelajaran dan kemahiran belajar pada peringkat awal persekolahan.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 836

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Menurut Kamarudin (2018), kejayaan dan kegagalan pelajar dalam akademik bukanlah
bergantung semata-mata kepada faktor pengajaran di dalam bilik kuliah sahaja tetapi

berkaitan juga dengan proses pembelajaran itu sendiri. Pelbagai faktor telah dikaji oleh pakar-
pakar dalam bidang yang terbaik dalam akademik terhadap pelajar-pelajar IPT. Pencapaian
awal, minat, sikap, motivasi, dan kemahiran menyelesaikan masalah merupakan antara

faktor-faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku. Menurut Ridzuan Ismail (2018) pula,
faktor-faktor lain juga didapati menyumbang kepada punca kemerosotan pelajar dalam

pencapaian akademik seperti ketidakselarasan strategi dan pendekatan pengajaran
pensyarah dengan keperluan dan kaedah pembelajaran pelajar di mana pelajar itu sendiri
tidak tahu teknik dan cara pembelajaran yang berkesan dan efektif. Faktor-faktor tersebut

adalah antara faktor yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena kemerosotan pencapaian
dalam pencapaian akademik di institusi-institusi pengajian tinggi. Justeru itu, perkara ini telah

menarik minat pengkaji untuk mengkaji hubungan antara faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik siswa pendidik IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Dalam kajian ini
penyelidik ingin mengkaji faktor gaya pembelajaran dalam mempengaruhi pencapaian

akademik cemerlang siswa pendidik IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.



Kerangka Konseptual Kajian
Teori pembelajaran merupakan dapatan kajian ahli-ahli psikologi pendidikan Tentang konsep

pembelajaran, faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran serta proses dan sebab
berlakunya pembelajaran. Teori pembelajaran ini memberikan penghuraian tentang unsur,
faktor dan mekanisme yang terlibat dalam proses pembelajaran. Kebanyakan teori

pembelajaran adalah dihasilkan daripada kaji selidik atau pemerhatian. Terdapat pula,
sesetengahnya dibentuk melalui pemikiran logik berasaskan falsafah (Mok Soon Sang, 2003).

Teori-teori pembelajaran dalam kajian ini menggunakan model Felder & Silverman.

















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 837

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021




Proses (Aktif-Reflektif)



Persepsi (Sensing-Intuitif)


Gaya Pembelajaran
Input (Visual-Verbal)



Pemahaman (Berurutan-

Global)
Rajah 2.2 : Kerangka konseptual



METODOLOGI KAJIAN


Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Pemilihan yang
dicadangkan adalah berdasarkan populasi kajian yang terdiri Siswa-siswa Pendidik Semester
8 daripada pelbagai bidang pengkhususan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali

Ismail (IPGKDRI), Kuala Nerus, Terengganu. Jumlah populasi Siswa-siswa Pendidik
Semester 8 ialah seramai kira-kira 116 orang. Saiz sampel kajian yang ditetapkan

berdasarkan jadual penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970) menyenaraikan
saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian. Oleh itu, seramai 91 orang Siswa
Pendidik dipilih secara bertujuan daripada 116 orang Siswa Pendidik Semester 8 di IPGKDRI.


Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Soal
selidik ini adalah daripada penyelidikan yang terdahulu iaitu instrumen borang soal selidik
kajian Mohamed Zakaria & Zubaidah Begam (2018) yang diubah suai daripada kajian oleh

Livesay (2002) melalui soal selidik Index of Learning Styles yang dibangunkan oleh Felder &
Solomon (2001) yang mengkaji gaya pembelajaran. Namun begitu, instrumen borang soal

selidik ini sedikit sebanyak diubah daripada instrumen soal selidik asal. Borang soal selidik ini
menggunakan skala lima Likert. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 30 orang guru dari IPG
Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor. Kajian rintis dijalankan bermula dari 3 Februari
2021 hingga 5 Februari 2021.







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 838

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

DAPATAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, kajian ini telah mencapai objektif yang dinyatakan dan mengikut skop

kajian yang telah ditentukan.

Demografi Responden

Jadual 4.1: Demografi Responden

Demografi Faktor Kekerapan Peratus (%)
Lelaki 38 41.8
Perempuan 53 58.2
Jantina
Jumlah 91 100.0

CGPA 3.50 - 3.79 68 74.7
3.80 - 3.84 18 19.8
3.85 - 3.89 3 3.3
3.90 - 3.94 0 0
3.95 - 4.00 2 2.2
Jumlah 91 100.0

Anugerah 2 Kali 48 52.7
Pengarah 3 Kali 25 27.5
4 Kali 6 6.6
5 Kali 2 2.2
6 Kali 4 4.4
7 Kali 2 2.2
8 Kali 1 1.1
9 Kali 3 3.3
Jumlah 91 100.0


Gaya Pembelajaran Keseluruhan
Jadual 4.2: Nilai min dan sisihan piawai bagi setiap gaya pembelajaran.

Bilangan Kategori
Responden Min Sisihan Piawai
Pemprosesan 91 4.28 0.51 Aktif

Persepsi 91 4.75 0.56 Sensing

Input 91 4.41 0.58 Visual

Pemahaman 91 4.18 0.54 Berurutan



Dapatan ini menunjukkan bahawa Siswa-siswi Pendidik mempunyai gaya

pembelajaran pemprosesan kategori Aktif, gaya pembelajaran persepsi kategori Sensing,
gaya pembelajaran input kategori Visual dan gaya pembelajaran pemahaman kategori


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 839

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Berurutan. Dapatan kajian ini sama seperti dengan kajian Van Zwanenberg, N. (2010) yang
menyatakan lelaki dan perempuan cenderung kepada gaya pembelajaran Aktif, gaya

pembelajaran Sensing, gaya pembelajaran Berurutan dan gaya pembelajaran Visual.

Gaya Pembelajaran Mengikut Faktor Jantina


Jadual 4.3: Nilai min dan sisihan piawai bagi setiap gaya pembelajaran mengikut jantina.
Gaya Demografi N Min SP T DK Sig
Pembelajaran

Pemprosesan Lelaki 38 4.23 0.56 -0.75 89 0.46

Perempuan 53 4.31 0.48

Persepsi Lelaki 38 4.82 0.48 0.93 89 0.36

Perempuan 53 4.71 0.60

Input Lelaki 38 4.32 0.55 -1.17 89 0.24

Perempuan 53 4.46 0.60

Pemahaman Lelaki 38 4.19 0.50 0.16 89 0.86

Perempuan 53 4.18 0.56



Lelaki dan perempuan mempunyai gaya pembelajaran pemprosesan (Aktif
Sederhana) dengan nilai min perempuan (min=4.31) dan lelaki (min=4.23). Seterusnya, lelaki

dan perempuan mempunyai gaya pembelajaran persepsi (Sensing Sederhana) dengan nilai
min lelaki (min=4.82) dan perempuan (min=4.71). Selain itu, lelaki dan perempuan

mempunyai gaya pembelajaran input (Visual Sederhana) dengan nilai min perempuan
(min=4.46) dan lelaki (min=4.32). Akhir sekali, lelaki dan perempuan mempunyai gaya
pembelajaran pemahaman (Berurutan Sederhana) dengan nilai min lelaki (min=4.19) dan
perempuan (min=4.18).














e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 840

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Gaya Pembelajaran Mengikut Hubungan Pencapaian Akademik Cemerlang

Jadual 4.4 Jadual analisis hubungan antara gaya pembelajaran dengan Purata Nilai Gred
Kumulatif (CGPA)
Pemboleh ubah Gaya Pembelajaran
Pemprosesan Persepsi Input Pemahaman (Global
(Reflektif & (Intuitif (Verbal & & Berurutan)
Aktif) & Visual)
Sensing)
Purata R 0.09 0.12 0.09 0.09
Nilai
Gred Sig (2 0.41 0.26 0.38 0.39
Kumulatif tailed)
(CGPA)
N 91 91 91 91



Berdasarkan jadual berikut, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya
pembelajaran Pemprosesan (Reflektif & Aktif), Persepsi (Intuitif & Sensing), Input (Verbal &
Visual), Pemahaman (Global & Berurutan) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA)

kerana masing-masing mempunyai hubungan lemah dan hubungan ini boleh diabaikan.
Keseluruhan perhubungan tiada perbezaan yang signifikan pada aras 0.05 dan 0.01. Oleh
yang demikian hipotesis kajian diterima.



KESIMPULAN KAJIAN

Dapatan kajian mendapati bahawa gaya pembelajaran siswa pendidik menunjukkan bahawa

terdapat 57 orang (62.64%) memiliki gaya pembelajaran Aktif Sederhana, orang (25.37%)
pula memiliki gaya pembelajaran Reflektif & Aktif Seimbang dan 11 orang (12.09%) pula

memiliki gaya pembelajaran Aktif Tinggi. Ini menunjukkan bahawa siswa pendidik Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan tahun empat lebih cenderung menjadi Active Learners. Dari
segi jantina, siswa pendidik dari kalangan lelaki dan perempuan kedua-duanya cenderung

yang sama kepada gaya pembelajaran Aktif (84.6%) lelaki dan (86.2%) perempuan.
Hubungan korelasi gaya pembelajaran dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA)

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan.

SYOR CADANGAN KAJIAN


Terdapat beberapa syor cadangan yang dikemukakan oleh penyelidik selepas membuat
kajian ini iaitu:






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 841

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Siswa Pendidik
Siswa pendidik perlu mengenalpasti gaya pembelajaran tersendiri supaya lebih mengenali
kekuatan dan kelemahan diri dalam sesuatu proses pembelajaran. Siswa pendidik juga perlu

menggunakan perkhidmatan kaunseling bagi mengenalpasti gaya pembelajaran yang sesuai
dengan diri mereka.

Pensyarah

Membantu siswa pendidik yang mempunyai gaya-gaya tertentu dalam pembelajaran untuk
memperbaiki atau memaksimakan potensi pembelajaran mereka. Beberapa faktor perlu
diambil berat oleh seorang pensyarah untuk memilih gaya pengajarannya seperti keperluan

siswa pendidik, latar belakang siswa pendidik, kebiasaan dengan sesuatu cara pengajaran,
gaya pembelajaran siswa pendidik, struktur sokongan (terutama dari pihak IPG), kemudahan-
kemudahan (seperti penggunaan alat-alat pengajaran dan sebagainya) dan topik-topik yang

selaras dalam peperiksaan.

Pentadbiran IPG

Pihak pentadbiran boleh menganjurkan program-program yang mendedahkan kepada para
pensyarah dan siswa pendidik tentang model-model gaya pembelajaran dan kepentingan
penerapan gaya pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Gaya pengajaran

pensyarah dan gaya pembelajaran siswa pendidik perlu dikenalpasti keserasiannya agar
proses pengajaran dan pembelajaran mencapai tahap optimum. Pensyarah juga perlu
dicadangkan oleh pihak pentadbiran supaya memperbanyakkan penggunaan bahan-bahan

seperti gambar, graf, diagram, sesi perbincangan dan sebagainya untuk menarik minat
perhatian siswa pendidik.



RUJUKAN

Bazitah Bt Abu Bakar (2016). Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik:
Tinjauan Di Tiga Buah Madrasah Sepenuh Masa Di Singapura. Tesis Sarjana. UTM,
Johor.

Hii Siong Ting (2006). Gaya Pembelajaran Sains Tahun 5 Fakulti Pendidikan, UTM. Tesis
Sarjana Muda. UTM, Johor.
Kamus Dewan (2005). Edisi keempat. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maizatul Wahidar, Mohd Roslan (2011). The Influence of Students' Learning Styles on
Academic Achievements. Tesis Master. Universiti Utara Malaysia.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai.
Universiti Teknologi Malaysia.
Shahabuddin Hashim, Mahani Razali dan Ramlah Jantan (2003). Psikologi Pendidikan.
Pahang, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 842

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Zubaidah Begam Binti Mohamed Zakaria (2018). Hubungan Gaya Pembelajaran Di Kalangan
Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Pendidikan Tahun Pertama. Tesis Master. Utm, Skudai,
Johor.



















































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 843

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM AMALAN PEDAGOGI SISWA
PENDIDIK IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


Mohamad Sarihi M.D, Mohd Hasif Aiman S, Muhammad Zaim Hakim L, Dr Fouziah M
dan Nur Afiqah Hazirah D.

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]


ABSTRAK


Program i-THINK yang dilaksanakan mulai tahun 2013, bertujuan mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid

berinovatif. Kajian bertujuan meninjau tahap penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam
amalan pedagogi dalam kalangan Siswa Pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’

Razali Ismail (IPGKDRI), Kuala Nerus, Terengganu. Kajian tinjauan ini menggunakan
instrumen soal selidik Skala Likert lima mata yang berfokus kepada 2 aspek iaitu tahap
pengetahuan dan keberkesanan penggunaan. Responden kajian adalah seramai 112 orang

Siswa Pendidik Semester 8 daripada pelbagai bidang pengkhususan dan telah menjalani
latihan mengajar. Data yang diperolehi kemudiannya diproses menggunakan perisian

komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26 untuk mendapatkan
kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan
kajian mendapati bahawa tahap penggunaan peta pemikiran i-THINK Siswa Pendidik secara

keseluruhan adalah tinggi. Malah, dapatan juga menunjukkan skor min bagi kedua-dua aspek
yang dikaji berada pada tahap tinggi iaitu aspek pengetahuan (min = 4.57, SP = 0.37) dan
aspek keberkesanan penggunaan (min = 4.47, SP = 0.50). Kesimpulannya, penyelidik

menyimpulkan bahawa tahap penggunaan peta pemikiran i-THINK adalah pada tahap yang
tinggi di mana penyelidik juga dapat membuat kesimpulan bahawa kesemua responden yang
di soal selidik mempunyai pengetahuan dalam penggunaan peta pemikiran i-THINK di

samping mengakui keberkesanannya dalam amalan pedagogi Siswa Pendidik terhadap diri
dan murid yang diajar.


Kata kunci: Amalan pedagogi, penggunaan, pengetahuan, keberkesanan penggunaan
















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 844

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGENALAN

Kurikulum pada hari ini telah diubahsuai secara terancang berdasarkan perkembangan

semasa kurikulum yang memerlukan perubahan kaedah pendidikan terkini dan sesuai.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menambah kemahiran yang wajib dikuasai

oleh murid di sekolah menjadi 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 pula menekankan enam ciri utama
yang perlu ada pada setiap murid bagi memantapkan sistem pendidikan antaranya

meningkatkan kemahiran berfikir. Penguasaan kemahiran berfikir menjadi suatu elemen
penting dalam merealisasikan falsafah pendidikan negara.

Bermula pada tahun 2013, Malaysia mula melaksanakan program i-THINK yang

bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid
ke arah menghasilkan murid berinovatif. Abjad ‘i’ membawa maksud inovatif manakala

‘THINK’ bermaksud pemikiran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Terdapat lapan peta
pemikiran berbentuk visual yang dipelopori oleh Hyerle (2004). Peta pemikiran merupakan
lapan asas kemahiran berfikir yang ditakrifkan menjadi peta dan diperkenalkan dalam bentuk

visual sebagai alat berfikir (Hyerle, 2004). Penggunaan peta pemikiran i-THINK dalam bentuk
visual dapat menggalakkan peningkatan peratusan daya ingatan murid dalam pembelajaran.


Justeru, para pendidik khususnya Siswa Pendidik pada masa akan datang seharusnya
memainkan peranan penting dalam melaksanakan dan memahirkan diri khususnya dalam
penggunaan peta pemikiran i-THINK disamping membudayakan kemahiran berfikir dalam

kalangan murid. Bermula pada tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
menerapkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kurikulum, termasuk
meningkatkan peratus soalan yang berunsurkan KBAT dalam UPSR dan SPM kepada 20%

berbanding 10% pada tahun 2013. Semua guru akan terus dilatih untuk mengaplikasikan
KBAT serta menggunakan peta pemikiran i-THINK dalam Pengajaran dan Pemudah Cara

(PdPC).



SOROTAN LITERATUR

Daripada tinjauan literasi yang dikaji serta difahami, setiap guru perlu mengemaskini
pengetahuan mengikut kehendak perubahan dunia pendidikan semasa dan perlu mempunyai

pengetahuan luas terhadap subjek yang diajar (Khairuddin, 2008). Salah satu unsur atau
indikator tersebut ialah meningkatkan kemahiran berfikir. Jadi, setiap murid perlu mempunyai
semangat ingin tahu dan belajar cara untuk mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat

(KPM, 2013). Dalam kajian Abi El- Mona (2008) pula mendapati peta pemikiran adalah alat





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 845

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

yang berguna untuk membantu pelajar dengan lebih mudah dalam proses membina
kefahaman konsep dan kandungan serta menggalakan pencapaian.


Selaras dengan hasil dapatan kajian Savich (2009) membuktikan peningkatan
kemahiran berfikir secara kritikal dengan memberi tumpuan kepada “pemikiran kritis dan

kreatif” dilaksanakan dengan berkesan oleh guru-guru dengan memaksimumkan penglibatan
pelajar dalam kelas melalui peta pemikiran i-THINK. Kajian ini menilai tahap penggunaan peta
pemikiran i-THINK Siswa Pendidik terhadap amalan pedagogi melalui dua aspek iaitu

pengetahuan serta keberkesanan penggunaan. Kedua-dua aspek ini merujuk kepada situasi
atau pengalaman Siswa-siswa Pendidik Insitut Pendidikan Guru (IPG) yang telah menjalani

latihan mengajar sewaktu praktikum fasa satu dan fasa dua di sekolah.

Teori Taksonomi Anderson


Pada tahun 1994, Lorin Anderson telah menambah baik teori Taksonomi Bloom agar sesuai
dengan kemajuan zaman. Taksonomi Bloom mempunyai enam peringkat atau aras iaitu
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi Bloom ini telah

disemak semula dan ditambah baik oleh Anderson, et al. (2001) dengan menukar tahap
kelima dan keenam yang terdapat dalam Taksonomi Bloom sebelum ini kepada penilaian dan
mencipta. Teori Anderson membantu Siswa Pendidik terutamanya dari segi kemahiran

pengaplikasian, mengintegrasi, menaakul dan menilai input dan pengajaran yang mereka
sampaikan.


Teori ini juga berupaya memantapkan lagi domain kognitif Siswa Pendidik terutama
dalam pengguna peta pemikiran i-THINK supaya segala isi PdPC dapat disampaikan
seoptimum mungkin. Siswa Pendidik perlu melibatkan diri dengan program-program

berkaitan i-THINK serta mempelbagaikan kaedah pengajaran menggunakan peta pemikiran
i-THINK. Sekiranya peta pemikiran i-THINK sering digunakan secara tidak langsung akan
membantu membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid (Khalidah, Saodah,

Haslina & Aminah, 2015). Penggunaan peta pemikiran i-THINK memberi impak berguna
kepada murid dalam kemahiran berfikir terutamanya berkaitan teknik belajar dan daya

mengingat berbeza dengan teknik tradisional sebelum ini.

Model Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Model Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah kemahiran yang memerlukan

pengorganisasian pemikiran berdasarkan keupayaan untuk menghurai, menterjemah,
mencipta, merefleksi dan menghubungkaitkan sesuatu dengan situasi semasa. Penekanan
KBAT ini dalam sistem pendidikan negara adalah lanjutan daripada pelaksanaan

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) yang telah dilaksanakan semenjak





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 846

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

1993. Proses pelaksanaan KBAT di Malaysia adalah bersumberkan Taksonomi
Bloom dan diubahsuai oleh Lorin Anderson menerusi empat heirarki teratas iaitu

mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta (Khairiah, 2013; KPM, 2014).

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, guru yang melaksanakan pengajaran yang

mengandungi pedagogi berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berupaya untuk
meningkatkan kefahaman dan perubahan di dalam amalan perlakuan pelajarnya (Siti Marlina,
2013; KPM, 2014). Kajian ini bersesuaian dengan penerapan KBAT kerana tahap

penggunaan peta pemikiran i-THINK adalah kesinambungan ke arah pengintegrasian
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis Siswa Pendidik mahupun murid yang diajar.



2.2 Kerangka Konseptual Kajian

























Rajah 2.2: Kerangka Konseptual Kajian


Kerangka konseptual dalam kajian ini menunjukkan secara keseluruhan berkenaan
input, proses dan output. Tahap penggunaan peta pemikiran i-THINK Siswa Pendidik dilihat

melalui aspek pengetahuan serta keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-THINK. Aspek
pengetahuan peta pemikiran i-THINK Siswa Pendidik dilihat melalui Teori Konstruktivis,

Taksonomi Anderson, KBAT, dan Pembelajaran Abad ke-21. Aspek ini menjelaskan tentang
pengetahuan berkaitan peta pemikiran i-THINK oleh Siswa Pendidik. Akhir sekali adalah
aspek keberkesanan penggunaan yang dapat dilihat melalui pencapaian murid, peningkatan

kolaboratif, pembelajaran sistematik, perkembangan minda murid dan pengajaran konseptual.











e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 847

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

METODOLOGI KAJIAN


Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen
kajian. Teknik persampelan ialah persampelan rawak mudah. Soal selidik diagihkan kepada

populasi kajian yang terdiri daripada 116 orang Siswa Pendidik Semester 8 dari IPGKDRI
melibatkan bidang pengkhususan Sains, Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua
(TESL), Pendidikan Agama Islam (PAI) dan Pengajian Melayu sebagai bidang pengkhususan

dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).


Instrumen soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian serta mempunyai 57 item
soalan menggunakan Skala Likert 5 mata. Bahagian tersebut iaitu Bahagian A (Demografi
Responden), Bahagian B (Aspek Pengetahuan) dan Bahagian C (Aspek Keberkesanan

Penggunaan).


Kajian rintis telah dijalankan ke atas Siswa Pendidik Semester 8 dimana seramai 36
orang responden diperolehi mewakili Siswa Pendidik dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Pulau Pinang (IPGKPP) di negeri Pulau Pinang. Nilai pekali Alpha Cronbach menunjukkan

instrumen kajian mempunyai indeks kebolehpercayaan yang baik dan boleh diterima pakai
untuk kajian sebenar. Data yang diperolehi daripada soal selidik seterusnya dianalisis secara

kuantitatif menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.

DAPATAN KAJIAN

Jadual 4.1 Profil responden

Demografi Faktor Bilangan Peratus
Lelaki 42 37.5

Jantina Perempuan 70 62.5
Jumlah 112 100.0
Sains 39 34.8

Pengajian Melayu 15 13.4
Bidang
TESL 39 34.8
pengkhususan
PAI 19 17.0
Jumlah 112 100.0

Pendidikan
27 24.1
Jasmani
Bidang elektif teras
Pendidikan
15 13.4
Kesihatan
Language Art 39 34.8






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 848

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Pengajian Arab 20 17.9

Pendidikan Muzik 11 9.8
Jumlah 112 100.0
Jadual 4.2 Nilai min dan sisihan piawai bagi setiap konstruk


Aspek konstruk Min Sisihan Piawai (SP)
Pengetahuan peta pemikiran i-THINK 4.57 0.37

Keberkesanan peta pemikiran i-THINK 4.47 0.50

Daripada hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa Siswa Pendidik

mengetahui kedua-dua konsep peta pemikiran i-THINK iaitu dari segi penyoalan reflektif dan
pembangunan kecenderungan peribadi. Dapatan kajian ini juga menunjukkan secara

keseluruhannya Siswa Pendidik Semester 8 mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi
berkaitan peta pemikiran i-THINK dengan nilai min 4.57 dan sisihan piawainya 0.37. Hal ini
menjelaskan bahawa pengetahuan berkenaan peta pemikiran i-THINK membantu Siswa

Pendidik terutama dalam amalan pedagogi yang dilaksanakan.


Berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh secara keseluruhan, tahap keberkesanan
penggunaan peta pemikiran i-THINK oleh Siswa Pendidik terhadap diri dan murid yang diajar
adalah tinggi dimana nilai min adalah 4.47 dan sisihan piawainya adalah 0.50. Hal ini

bermakna keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-THINK oleh Siswa Pendidik terhadap
diri dan murid yang diajar adalah sangat berkesan.Merujuk kedua-dua pemboleh ubah nilai
skor min secara keseluruhannya masing-masing (min = 4.57) dan (min = 4.47) adalah berada

pada tahap tinggi.


Jadual 4.3 Hubungan signifikan setiap konstruk dengan jantina

Sig.

Demografi Konstruk Faktor N Min SP t DK Sig. (2-

tailed)


Lelaki 42 4.47 0.37 - 110 .479 .031
Jantina Pengetahuan 2.187

Perempuan 70 4.63 0.37 .031

4.30 0.50 - 110 .006
Keberkesanan Lelaki 42 .719
Jantina 2.810
penggunaan
Perempuan 70 4.57 0.47 .007






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 849

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Analisis inferens menggunakan Ujian-t dilaksanakan bagi menjawab persoalan kajian
berkenaan perbezaan jantina dalam tahap penggunaan peta pemikiran i-THINK Siswa

Pendidik lelaki dan perempuan. Berpandukan ujian-t bebas yang dilaksanakan, dapatan
menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (t=-2.187, sig=0.479) bagi tahap pengetahuan
berpandukan faktor jantina iaitu lelaki dan perempuan. Secara inferensinya, aspek

pengetahuan menjelaskan bahawa terdapat perbezaan signifikan dari aspek pengetahuan
antara lelaki dan perempuan. Malah, nilai bacaan min bagi kedua-dua jantina menunjukkan

perempuan lebih berpengetahuan iaitu nilai min bagi perempuan adalah 4.63 dibandingkan
nilai min bagi lelaki iaitu 4.47.

Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan signifikan (t=-2.810, sig=0.719) bagi

keberkesanan penggunaan berpandukan faktor jantina iaitu lelaki dan perempuan. Secara
inferensinya dapat dijelaskan bahawa terdapat perbezaan signifikan aspek keberkesanan
penggunaan antara lelaki dan perempuan. Malah, nilai bacaan min bagi kedua-dua jantina

menunjukkan nilai min bagi jantina perempuan adalah lebih tinggi (min=4.57) dibandingkan
dengan nilai min bagi lelaki (min=4.30).



KESIMPULAN KAJIAN

Siswa Pendidik perlu melibatkan diri dengan program-program berkaitan pemantapan i-

THINK serta mempelbagaikan kaedah pengajaran menggunakan peta pemikiran i-THINK
terutama dalam amalan pedagogi masing-masing. Pentingnya penggunaan peta pemikiran i-

THINK ini kerana buat masa kini tiada lagi alat berfikir yang dapat memenuhi keperluan guru
dan murid selain program i-THINK (Nurhafizah, Roslinda & Mohamed Yusoff, 2017).
Penggunaan peta pemikiran i-THINK juga memberi impak berguna kepada murid yang diajar

terutama dalam kemahiran berfikir berkaitan teknik belajar dan daya mengingat yang berbeza
dengan teknik tradisional sebelum ini. Selain itu, peta pemikiran i-THINK juga sering
digunakan secara tidak langsung akan membantu membudayakan kemahiran berfikir dalam

kalangan murid (Khalidah, Saodah, Haslina & Aminah, 2015).


SYOR CADANGAN KAJIAN


Siswa Pendidik
Penyelidik mencadangkan Siswa Pendidik menghasilkan inovasi terhadap peta pemikiran i-

THINK sedia ada supaya dapat meningkatkan lagi keberkesanan amalan pedagogi di dalam
kelas. Penyelidik mencadangkan Siswa-siswi Pendidik untuk mengadakan perbincangan
bersama bagi mempelbagaikan lagi kaedah penggunaan peta pemikiran i-THINK di dalam

amalan pedagogi. Malah, penyelidik menggalakkan Siswa-siswi Pendidik menggunakan peta



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 850

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

pemikiran i-THINK berpandukan bahan media elektronik bagi mempelbagaikan kaedah
pengajaran.



Pensyarah IPG

Penyelidik juga mencadangkan pensyarah untuk menggalakkan Siswa Pendidik
menggunakan satu contoh peta pemikiran i-THINK seperti mewajibkan penggunaannya pada
setiap satu slot sesi Pengajaran dan Pemudah Cara (PdPC) bagi mengasah amalan pedagogi

yang kreatif dan inovatif. Kajian Rosnidar Mansor et. al (2015) menyatakan Peta pemikiran i-
THINK boleh digunakan merentasi pelbagai mata pelajaran dan pelbagai tahap, proses
pemikiran akan menjadi satu cara lazim untuk pelajar, guru dan ibu bapa menyelesaikan

masalah dan membiasakan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif.



CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Antara cadangan kajian lanjutan yang disyorkan oleh penyelidik termasuklah mengkaji
hubungan antara aspek pengetahuan dengan keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-

THINK oleh Siswa Pendidik dan murid. Malah, penyelidik juga menyarankan untuk
menambahkan satu konstruk yang berkait rapat dengan keberkesanan penggunaan iaitu
konstruk kekerapan penggunaan peta pemikiran i-THINK oleh Siswa Pendidik. Malah,

penyelidik mencadangkan untuk meluaskan skop responden ke seluruh IPG dan Institut
Pengajian seluruh Malaysia.



RUJUKAN

Abi El-Mona. (2008). The influence of Mind Mapping on Eight Graders’ Science
Achievement.
Anderson, L.W & Krathwohl, D.R. (2001). A Taxonomy for Learning, Teaching & Assessing.
Pearson. Boston: US
Hyerle, D. (2004). Thinking Maps: Visual Tools for Activating Habits of Mind. US: Thinking
Maps Inc.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Draf Buku i-THINK. Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum KPM.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Buku dasar elemen kemahiran berfikir
aras tinggi (Pentaksiran). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Khairiah Razali, (2013). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pendidikan Islam. KPM. Batu
Pahat: Kementerian Pendidikan Malaysia.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 851

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Khairuddin, M. (2008). Amalan Penyerapan Kemahiran Berfikir Kritis dalam
Pengajaran Cerpen KOMSAS Bahasa Melayu. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Khalidah, O., Saodah Ismail, H. J. & Aminah, S. (2015). Kajian Tinjaun: Aplikasi Peta
Pemikiran i-THINK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Literasi Nombor. Diakses
pada 2 Februari 2021 daripada
http://ipgkik.com/v2/wpcontent/uploads/2015/05/Artikel15_2014.pdf
Savich, Carl. (2009). Improving Critical Thinking Skills in History. Networks Online Journal, 11,
1-12.
Siti Marlina Sabran. (2013). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar tingkatan lima
dalam penyelesaian matematik. Johor Bharu: Universiti Teknologi Malaysia.















































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 852

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

TAHAP KESEDIAAN DALAM MELAKSANAKAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)
DALAM KALANGAN GURU DAERAH KUALA NERUS

Nur Afiqah Hazirah D, Nur Aliya S, Mohammad Sarihi M.D, Dr. Fouziah M dan Mohd
Hasif Aiman S

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]



ABSTRAK



Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang dimulakan di Malaysia pada tahun 2017
telah memberi suatu pembaharuan besar di sekolah rendah khasnya dalam bidang
pentaksiran. Secara umum, PBD merupakan suatu pentaksiran untuk menilai pencapaian

sebenar murid secara holistik dan auntentik. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
meninjau tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan, dan kemahiran guru dalam
melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam Daerah Kuala Nerus. Seramai 291 orang

guru sekolah rendah yang terdiri daripada pelbagai mata pelajaran dalam Daerah Kuala Nerus
dijadikan responden kajian. Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian tinjauan berbentuk
deskriptif iaitu menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Instrumen kajian

yang digunakan adalah borang soal selidik skala likert yang dianalisis dengan menggunakan
Statistical Packages for Social Science Version 26.0 (SSPS Version 26.0). Dapatan kajian

mendapati bahawa guru-guru sekolah rendah bersedia untuk melaksanakan PBD di mana
skor min setiap aspek yang dikaji adalah tinggi iaitu pengetahuan guru (min = 4.57, sp = 0.43),
dan kemahiran guru (min = 4.38, sp = 0.46). Konklusinya, penyelidik dapat memberi

kesimpulan bahawa guru-guru sekolah rendah dalam Daerah Kuala Nerus bersedia dari
aspek pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan PBD.


Kata kunci : Pengetahuan, kemahiran, guru-guru, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).



PENGENALAN

Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke
arah yang lebih baik. Sistem Pendidikan Malaysia telah mencapai usia melebihi 50 tahun pada

hari ini dengan melalui pelbagai pindaan dan perubahan mengikut peredaran zaman sejak
tahun 1963. Menurut Roselizam Daud, Roslan Ab Rahman, & Noradilah Abdul Wahab (2019)
menyatakan, “Penekanan kepada peperiksaan telah menyebabkan guru kurang memberi

perhatian kepada kemahiran berfikir murid sebaliknya menumpukan kepada usaha untuk





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 853

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

menghabiskan sukatan pelajaran dan juga penguasaan teknik menjawab soalan
peperiksaan.” (p.27). Berdasarkan permasalahan ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan

sistem pentaksiran alternatif bagi menggantikan pentaksiran berasaskan peperiksaan.
Sistem pentaksiran alternatif merupakan sistem pentaksiran yang dilakukan secara
menyeluruh semasa proses PdPc. Pentaksiran alternatif ini termasuklah Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Menurut Mohd Haidzir Yusof
@ Jusoh & Norasmah Othman (2019) menyatakan, “Pentaksiran alternatif dilaksanakan

secara berterusan, adil, telus, mengikut standard untuk menilai kemampuan dan pencapaian
sebenar murid. Pentaksiran alternatif dilakukan oleh guru ke atas murid semasa proses PdPc
secara berterusan di dalam kelas.” (p.337). Hal ini bermakna pentaksiran alternatif seperti

PBS dan PBD ialah pentaksiran untuk menilai pencapaian sebenar murid secara holistik dan
auntentik. PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdPc, iaitu sepanjang

tahun untuk menilai perkembangan murid.
Menurut Lee Soo Ying & Zanaton Iksan (2019), keprihatinan guru terhadap sesuatu
perkara mempengaruhi tingkah laku dan amalan di dalam bilik darjah. Hal ini bermakna

keprihatian guru tentang pelaksanaan PBD membantu dalam menentukan strategi pengajaran
terbaik agar dapat diintegrasikan secara berkesan di dalam bilik darjah. Menurut Hall dan Hord
(2011) dalam Lee Soo Ying & Zanaton Iksan (2019) mendefinisikan keprihatinan sebagai

perasaan, fikiran serta reaksi individu terhadap sesuatu perubahan yang mempengaruhi
kehidupan mereka. Justeru, keprihatinan juga melibatkan kesediaan guru dalam menghadapi
perubahan pendidikan terutamanya PBD. Oleh itu, kajian yang bakal dilaksanakan ialah tahap

kesediaan dalam melaksanakan PBD dalam kalangan guru Daerah Kuala Nerus.


SOROTAN LITERATUR

Dapatan Kajian Lalu

Kajian lepas yang dijalankan oleh Siti Hauzimah Wan Omar (2018) mendapati bahawa tahap

pengetahuan, kemahiran, sikap dan masalah yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu di
sekolah-sekolah pedalaman Daerah Betong, Sarawak berada di tahap tinggi. Hal ini,

menggambarkan bahawa guru Bahasa Melayu sudah bersedia melaksanakan PBD di
sekolah. Namun begitu, pelbagai masalah yang perlu diselesaikan oleh pelbagai pihak kerana
terdapat bentuk-bentuk masalah yang dihadapi dalam melaksanakan PBD. Kajian ini

melibatkan 95 orang guru Bahasa Melayu di sekolah-sekolah pedalaman Daerah Betong,
Sarawak. Kajian untuk PBD hanya dilakukan oleh Siti Hauzimah Wan Omar (2018) di
Sarawak.

Selain itu, menurut Mohd Haidzir Yusof @ Jusoh & Norasmah Othman (2019), terdapat
6 kekangan pentaksiran alternatif iaitu kesediaan guru, sikap guru, pengetahuan pentaksiran,




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 854

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran, bebanan guru dan sokongan pihak
berautoriti. Dari aspek kesediaan guru, Mohd Haidzir Yusof @ Jusoh & Norasmah Othman

(2019) mendapati, “Kebanyakan guru tidak bersedia dengan tugasan pentaksiran alternatif
seperti PBS yang hanya menambahkan tugas guru. Walaupun guru telah diberi latihan dan
kursus, sebilangan guru masih lagi tidak yakin dalam melaksanakan pentaksiran alternatif.”

(p.343).
Berdasarkan kajian-kajian lepas tersebut, jelaslah bahawa guru-guru bersedia untuk

melaksanakan PBD dan PBS berdasarkan aspek-aspek tahap kesediaan iaitu pengetahuan,
dan kemahiran. Hal ini demikian kerana kedua-dua aspek ini sangat penting dalam
mempersiapkan guru untuk melaksanakan PBD di sekolah. Namun begitu, kajian ini hanya

terhad kepada sasaran dan kawasan tertentu sahaja. Oleh itu, kajian ini dilakukan khusus
kepada guru sekolah rendah dalam Daerah Kuala Nerus.



TEORI / MODEL KAJIAN

Teori Reflektif Wallace

Kajian ini merujuk kerangka Teori Reflektif Wallace (1991) dalam Nor Azlina Ahmad (2015)
yang berpendapat bahawa seseorang guru biasanya mempunyai pengetahuan dan
pengalaman sedia ada yang berkaitan dengan bidang tugasnya. Seseorang guru akan

mengaitkan pengetahuan yang diterima (received knowledge) dengan pengetahuan melalui
pengalaman (experiental knowledge) yang merupakan dua sumber yang penting dalam
latihan profesional.















Rajah 1 : Kerangka Teori Model Reflektif Wallace (1991).


Kerangka Konseptual
Kerangka konseptual ini digubal dengan merujuk kepada Kerangka Teori Model Reflektif
Wallace (1991) yang telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian. Berdasarkan kajian ini,

pemboleh ubah bagi tahap kesediaan ialah pengetahuan dan kemahiran. Pemboleh ubah
bersandar ialah pemboleh ubah yang menerima kesan satu atau lebih pemboleh ubah tidak
bersandar (pemboleh ubah hasil). Pemboleh ubah bersandar ialah tahap kesediaan guru





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 855

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

dalam melaksanakan PBD manakala pemboleh ubah tidak bersandar ialah pengetahuan, dan
kemahiran. Hal ini bermakna tahap kesediaan guru dalam melaksanakan PBD di sekolah

rendah dipengaruhi oleh aspek pengetahuan dan kemahiran.





Pengetahuan Tahap Kesediaan Guru
dalam Melaksanakan


Kemahiran Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD)



Rajah 2 : Hubungan antara pengetahuan, kemahiran, dan kesediaan guru dalam
melaksanakan PBD.


METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Pemilihan yang

dicadangkan adalah berdasarkan populasi kajian yang terdiri guru-guru sekolah rendah
daripada pelbagai mata pelajaran dalam Daerah Kuala Nerus. Menurut laman web
Kementerian Pendidikan Malaysia (2021), jumlah populasi guru-guru sekolah kebangsaan di

Daerah Kuala Nerus ialah seramai kira-kira 1214 orang guru. Saiz sampel kajian yang
ditetapkan berdasarkan jadual penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970)

menyenaraikan saiz sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian. Oleh itu, seramai
291 orang guru dipilih secara rawak mudah daripada 1214 orang guru di sekolah rendah
dalam Daerah Kuala Nerus.


Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Soal
selidik ini adalah daripada penyelidikan yang terdahulu iaitu instrumen borang soal selidik
kajian Siti Hauzimah Wan Omar (2019) yang diubah suai daripada kajian Tuan Azlyna (2013)

dan Aniza (2014) yang mengkaji Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Borang soal selidik
ini menggunakan skala lima Likert yang diedarkan melalui ‘Google Form’ di sekolah rendah

dalam Daerah Kuala Nerus. Soal selidik dalam kajian sebenar dianalisis secara deskriptif, iaitu
mencari nilai kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai dengan menggunakan SPSS versi
26.0. Soal selidik dianalisis secara deskriptif sahaja. Kajian sebenar ini telah dilaksanakan dari
29 Januari 2021 hingga 20 Februari 2021.

Kajian rintis pula telah dijalankan ke atas 30 orang guru dari 10 buah sekolah rendah
di negeri Kelantan bermula dari 17 Januari 2021 hingga 23 Januari 2021. Data diperoleh telah





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 856

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS)
Versi 26. SPSS ini digunakan untuk mengetahui nilai pekalian kepercayaan iaitu pekali Alfa

Cronbach. Menurut Mohd Salleh Abu dan Zadatun Tasir (2001), nilai pekali Alfa yang melebihi
0.6 menunjukkan instrumen kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh
digunakan untuk kajian sebenar. Nilai-nilai pekali Alfa bagi setiap pemboleh ubah yang

diperoleh daripada kajian rintis dipaparkan dalam Jadual 1 berikut.


Jadual 1 Kebolehpercayaan item
Pemboleh ubah Alfa, α Interpretasi Data
Pengetahuan 0.944 Tinggi

Kemahiran 0.927 Tinggi



DAPATAN KAJIAN

Demografi Responden

Jadual 2 Demografi responden


Demografi Faktor Bilangan Peratus
Lelaki 74 25.4
Jantina Perempuan 217 74.6
Jumlah 291 100.0
Diploma 31 10.7
Kelayakan Ijazah Sarjana Muda 247 84.9
akademik Ijazah Sarjana (Master) 12 4.1
Doktor Falsafah (PhD) 1 0.3
Jumlah 291 100.0
Melayu 290 99.7
Bangsa Cina 1 0.3
Jumlah 291 100.0
Kurang daripada 3 tahun 3 1.0
3 – 10 tahun 12 4.1
Pengalaman 11 – 20 tahun 80 27.5
mengajar 21 – 30 tahun 162 55.7
Lebih daripada 30 tahun 34 11.7
Jumlah 291 100.0
Sains 30 10.3
Bahasa Melayu 77 26.5
Bahasa Inggeris 41 14.1
Matematik 57 19.6
Mata pelajaran Pendidikan Islam 62 21.3
diajar Bahasa Arab 15 5.2
Bahasa Cina 1 0.3
Pendidikan Jasmani dan 1 0.3
Kesihatan
Pendidikan Muzik 2 0.7





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 857

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Pendidikan Seni Visual 2 0.7
Sejarah 3 1.0
Jumlah 291 100.0
Bandar 123 42.3
Lokasi Luar Bandar 168 57.7
Jumlah 291 100.0
Pentadbir sekolah 34 11.7
Guru Sekolah 254 87.3
Jawatan
Guru Ganti 3 1.0
Jumlah 291 100.0


Dapatan bagi setiap konstruk.

Jadual 3 Nilai min dan sisihan piawai bagi setiap konstruk.


Bil Konstruk Min Sisihan piawai Interpretasi data
melalui nilai min
1. Pengetahuan 4.57 0.43 Tinggi
2. Kemahiran 4.38 0.46 Tinggi



Dapatan ini menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tahap kesediaan yang tinggi
terhadap PBD dalam aspek pengetahuan, dan kemahiran. Penyelidik berpendapat bahawa
guru mengetahui dasar, konsep, bentuk dan cara melaksanakan PBD di sekolah. Guru juga

mengetahui cara untuk merujuk pelaksanaan PBD dan mengetahui bahawa terdapat
jawatankuasa khas PBD di sekolah. Selain itu, penyelidik berpendapat bahawa guru

mempunyai kemahiran dalam menetapkan objektif pentaksiran, mempelbagaikan instrumen
dan kaedah pentaksiran, menentukan pentaksiran sendiri dan tahap penguasaan murid.


Tambahan pula, guru didapati mahir dalam merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) dan menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Sekolah. Sementara
itu, kemahiran guru meningkat setelah menjalankan beberapa pentaksiran kepada murid. Hal

ini menunjukkan guru berusaha untuk memahami dan memahirkan diri dalam PBD supaya
proses pentaksiran ini berjalan mengikut kehendak KPM. Hasil kajian ini menyokong hasil
kajian yang dilakukan oleh Siti Hauzimah Wan Omar (2018) menyatakan bahawa guru

mempunyai pengetahuan, dan kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan PBD.


KESIMPULAN KAJIAN


Dalam menghadapi revolusi pendidikan yang semakin mencabar, kesediaan guru memainkan
peranan yang penting dalam menentukan kejayaan sesuatu program yang dirancang oleh

KPM di sekolah. Oleh itu, pengetahuan dan kemahiran mengenai PBD oleh guru-guru





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 858

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

merupakan salah satu cara untuk menilai kesediaan guru dalam melaksanakan PBD. Dapatan
kajian menunjukkan tahap kesediaan guru-guru sekolah rendah dalam melaksanakan PBD

iaitu dalam aspek pengetahuan, dan kemahiran berada pada tahap yang tinggi berdasarkan
nilai min yang diperoleh iaitu 4.57, dan 4.38. Hal ini bermakna, guru-guru sekolah rendah
dalam Daerah Kuala Nerus bersedia melaksanakan PBD di sekolah.



SYOR CADANGAN KAJIAN


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Pihak KPM perlu menyediakan peluang kepada semua guru untuk menghadiri kursus dan
latihan berkaitan dengan PBD. Walaupun kesediaan guru dalam melaksanakan PBD adalah

pada tahap tinggi, namun begitu, ia masih perlu dipertingkatkan supaya keberkesanan
pelaksanaan PBD dapat dicapai. Perlu ditekankan di sini bahawa latihan dan kursus

hendaklah diberikan kepada setiap guru dan bukannya memilih guru tertentu untuk menjalani
kursus pentaksiran. Namun begitu, kursus dan latihan ini perlu dilaksanakan secara dalam
tempoh yang minimun dan di luar waktu mengajar bagi mengelakkan gangguan guru dalam

mengajar dan mentaksir murid.


Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan

pentadbir sekolah
Pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir

sekolah seharusnya memantau proses pentaksiran sepanjang ia berlaku dan bukan
memantau guru-guru dari segi lisan dan bertulis. Hal ini adalah kerana laporan bertulis
mungkin boleh direka dan tidak menunjukkan keadaan yang sebenar. Maka, sebaiknya

pemantauan perlu dilihat sendiri oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi menilai sejauh
mana pelaksanaannya. Dengan itu, penambahbaikan boleh segera dibuat bagi mengatasi
segala permasalahan yang ditanggung oleh guru.


Guru
Guru-guru perlu sentiasa memperbaiki kualiti diri khususnya dari aspek pengetahuan,

kemahiran dan pengalaman dalam PBD. Hal ini dapat dilakukan dengan guru-guru sentiasa
menyokong dan menyertai kursus PBD yang dianjurkan oleh pihak KPM dan pihak sekolah.

Selain itu, guru-guru perlu sentiasa berfikir secara terbuka dengan perubahan yang seringkali
berlaku dalam dunia pendidikan. Berfikir secara terbuka dapat memudahkan seseorang guru
menerima sebarang perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan sama ada secara

jangka masa panjang atau jangka masa pendek





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 859

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021


RUJUKAN


A. Rashid, Boon Pong Ying, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2018). Murid Dan Alam
Belajar. Selangor: Oxford Fajar

Roselizam Daud, Roslan Ab Rahman, & Noradilah Abdul Wahab. (2019). Sikap dan tingkah
laku guru terhadap penggunaan peta pemikiran I-Think dalam proses pengajaran
Pendidikan Islam di sekolah. Asian People Journal, 3(2), 24-35.
http://dx.doi.org/10.37231 /apj.2020.3.2.157.
Mohd Haidzir Yusof @ Jusoh & Norasmah Othman. (2019). Isu dan permasalahan
pentaksiran alternatif dalam sistem penilaian di Malaysia. E-Prosiding Persidangan
Antarabangsa Sains Sosial, 337-349. http://conference.kuis.edu.my/
pasak4/images/kk/059-KK_Mohd_ Haidzir_UKM.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik
Darjah. Putrajaya: Perpustakaan Negara Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Soalan Lazim Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
https://www.moe.gov.my/en/soalan-lazim-menu/kurikulum/kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia (2021). Bilangan guru mengikut sekolah dan PPD di
Terengganu. https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/bilangan-guruterengganu
Lee Soo Ying & Zanaton Iksan. (2019). Kajian tentang tahap keprihatinan guru terhadap
inovasi Pembelajaran Abad Ke-21 berdasarkan Model Cbam. e-Prosiding
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan. 93-106.
http://conference.kuis.edu.my/pasak4/images/Fullpaper/162-KK__Lee_Soo_
Ying_ETAL.pdf

Nor Azlina Ahmad. (2015). Kesediaan Guru dalam Pendidikan Integrasi Science, Engineering,
Technology, and Mathematics (STEM).
https://www.academia.edu/24580231/KAJIAN_ILMIAH_KESEDIAAN_GURU_DALAM_
PENDIDIKAN_INTEGRASI_SCIENCE
Siti Hauzimah Wan Omar. (2018). Pengetahuan, kemahiran, penglibatan dan masalah guru
dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah Bahasa Melayu di Sekolah Rendah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM. Malay Language Education Journal –
MyLEJ. 9(1).56-67. http://journalarticle.ukm.my/14524/1/195-374-1-SM
























e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 860

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

TAHAP KESEDIAAN PEMBELAJARAN TERADUN (BLENDED LEARNING) DALAM
KALANGAN GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


Nur Aliya S, Nur Farrah Anis F, Nur Afiqah Hazirah D, Dr Fouziah M dan
Muhammad Nur Fitri M.

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]



ABSTRAK


Dalam dunia pendidikan konsep pembelajaran teradun ini merupakan pola atau teknik belajar.
Melalui pembelajaran teradun, maklum balas pembelajaran adalah lebih mudah, cepat dan

fleksibel berbanding kaedah tradisional dan konvensional. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji
tahap pembelajaran teradun (blended learning) dalam kalangan siswa guru IPG KDRI dan

memberi tumpuan kepada 2 aspek iaitu tahap kesediaan dan tahap pengetahuan
pembelajaran teradun (blended learning). Seramai 134 orang siswa guru Semester Empat di
IPG KDRI dijadikan responden kajian. Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian tinjauan

berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai.
Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik skala likert yang dianalisis
dengan menggunakan Statistical Packages for Social Science Version 26.0 (SSPS Version

26.0). Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengamalan Pembelajaran Teradun (Blended
Learning) siswa guru IPG KDRI adalah tinggi. Hal ini kerana skor min setiap aspek yang dikaji
adalah tinggi iaitu tahap kesediaan (min = 4.54, sisihan piawai = 0.44) dan tahap pengetahuan

(min = 4.38, sisihan piawai = 0.48). Kesimpulannya, kajian ini mendapati guru pelatih
mempunyai tahap kesediaan dan pengetahuan yang tinggi dalam Pembelajaran Teradun

(PT). Kajian ini juga untuk memberi kesedaran kepada bakal guru dalam meningkatkan
pemahaman mereka terhadap Dasar TMK yang telah dibawa oleh IPG bagi
mengimplementasikan e-Pembelajaran sebagaimana Pembelajaran Teradun.


Kata kunci: Kesediaan, pengetahuan, Pembelajaran Teradun (PT), Blended Learning (BL)


PENGENALAN

Sistem pendidikan yang mengalami pembaharuan memberi kesan positif kepada

keberhasilan pelajar dalam menghadapi cabaran globalisasi abad ke 21 ini. Kolaborasi jitu
dari semua pihak amat diharapkan agar dapat memberi impak positif tersebut. Interaksi semua
pihak perlu seimbang dan adil peranannya dalam membentuk gabungan efektif dalam




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 861

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

menjayakan sesuatu sistem atau perubahan (Wang, Han, & Yang, 2015). Menurut Kong et
al., (2014), Perkembangan teknologi kini yang begitu dinamik dan bersifat futuristik

seharusnya menjadi pemangkin kepada perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Para guru perlu menguasai teknologi dengan lebih pantas melalui talian yang dinamakan
pembelajaran teradun dalam meniti arus kemodenan ini.

Menurut Nursyazwani, 2018 di dalam Sharma & Barrett, 2007, pembelajaran teradun
berasal daripada latihan korporat yang dilaksanakan dalam dunia perniagaan. Pembelajaran

teradun telah berkembang dan digunapakai dalam bidang pendidikan. Dalam dunia
pendidikan konsep pembelajaran teradun ini merupakan pola atau teknik belajar. Kementerian
Pendidikan Malaysia di bawah jawatankuasa e-learning mendefinisikan pembelajaran teradun

sebagai kursus yang mempunyai campuran pendekatan pembelajaran mod dalam talian
(online) dan mod pembelajaran bersemuka (onsite) dengan 30%-80% kandungan dan aktiviti

kursus dikendalikan secara online sama ada menyokong atau menggantikan pembelajaran
bersemuka, (Dr Norlela, et al., 2018).
Menurut Gunasekaran (2013), dengan menggunakan sidang video, teknik animasi

yang menarik dan makmal saintifik maya menunjukkan bahawa kewujudan teknologi jalur
lebar dapat meningkatkan pembelajaran online (Faizatul Hafilah & Nor Syahilia, 2017).
Pembelajaran teradun secara umumnya dikenali sebagai pembelajaran yang berpusatkan

pelajar dan disokong oleh penggunaan teknologi ICT dan multimedia. Melalui pembelajaran
teradun, maklum balas pembelajaran adalah lebih mudah, cepat dan fleksibel berbanding
kaedah tradisonal dan konvensoinal. Maka, para pendidik khususnya guru pelatih pada masa

akan datang seharusnya memainkan peranan penting dalam melaksanakan Pembelajaran
Teradun disamping membudayakan kemahiran menggunakan teknologi dalam kalangan

murid.

SOROTAN LITERATUR


Dalam pelaksanaan Pembelajaran Teradun, antara yang signifikan kepadanya ialah
e-Pembelajaran. Hal ini bagi menyokong pelaksanaan kurikulum program di IPG KPM.
Menurut dasa TMK IPG, e-Pembelajaran di IPG KPM merupakan suatu inisiatif menyediakan

suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel dengan berpusatkan kepada
pelajar dan menggunakan aplikasi secara dalam talian. Inisiatif ini menyediakan sumber dan

aktiviti yang memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan suasana pembelajaran yang lebih
menarik. Akses kepada e-Pembelajaran di IPG KPM boleh dilakukan pada bila-bila masa dan

dari mana-mana jua.







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 862

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Berdasarkan statistik yang diperoleh oleh pengkaji, pelaksanaan e-pembelajaran
dalam pembelajaran teradun berada pada tahap yang sederhana. Menurut Abdul Aziz Ishak

et.al (2020) menyatakan bahawa faktor kesediaan dan motivasi pelajar Politeknik sebagai
salah satu Institut Pendidikan Tinggi di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang
sederhana. Manakala, kajian di Kolej Vokasional menunjukkan bahawa kadar penggunaan e-

pembelajaran adalah kurang memuaskan dan kurang nilai penggunaan. Kenyataan daripada
Eliza Annis Thangaiah et.al (2020), hasil kajiannya melalui temubual mendapati tahap

penggunaan e-pembelajaran di Kolej Vokasional (KV) adalah kurang. Pelajar masih
bergantung kepada pengajar sahaja dalam menggunakan e-pembelajaran dan keperluan
kolaborasi antara pengajar dan pelajar perlu wujud supaya pembelajaran dua hala berlaku

bagi meningkatkan proses pembelajaran dan pemudahcaraaan (PdPc).
Seterusnya didapati bahawa pelajar di Universiti Swasta kurang didedahkan dengan

pembelajaran teradun menggunakan aplikasi dalam talian. Menurut Syed Lamsah Syed
Chear (2017) para pelajar didapati kurang didedahkan dengan m-pembelajaran melalui
aplikasi Whatsapp dan Telegram sebagai pembelajaran teradun. Ini jelas terbukti apabila

kebanyakkan Institut Pengajian di Malaysia masih kerap menggunakan kaedah pembelajaran
bersemuka daripada atas talian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.


Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptant Model: TAM)
Kaedah pembelajaran teradun (blended learning) sememangnya bertunjangkan penggunaan
teknologi (Azli, Kung Teck Wong & Noraini, 2016). Bagi mengenal pasti pelaksanaan

pembelajaran teradun (blended learning), pengkaji merujuk kepada model-model penerimaan
yang telah konkrit oleh penulis terdahulu.

Secara umumnya, melalui kajian yang mendalam berkaitan persepsi, kepercayaan,
sikap individu dan pengaruh luaran, maklum balas yang mendorong tingkah laku individu
untuk menerima dan menggunakan teknologi dalam menyempurnakan sesuatu

tanggungjawab akan menatijahkan pembentukan model penerimaan teknologi. Menurut Davis
(1989), kunci penentu utama penerimaan utama sesuatu teknologi adalah dengan mengenal

pasti sifat ‘mudah menggunakan’ dan ‘penggunaan berkesan’.

Kerangka Konseptual
Kerangka Konseptual kajian ini secara keseluruhan memberi tumpuan kepada tiga aspek iaitu

tahap kesediaan dan tahap pengetahuan pembelajaran teradun (blended learning) dalam
kalangan guru pelatih.








e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 863

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021




Tahap kesediaan

Pembelajaran

Teradun


Tahap pengetahun



Rajah 1 : Kerangkan Konseptual Kajian Pembelajaran Teradun Dalam Kalangan
Guru Pelatih IPG KDRI

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kajian kuantitatif yang dibuat secara kajian
tinjauan deskriptif. Data kuantitatif diperoleh melalui borang soal selidik bagi mengumpul

maklumat berkaitan Pembelajaran Teradun (Blended Learning) Dalam Kalangan Guru Pelatih
IPG KDRI. Persampelan yang digunakan untuk kajian ini adalah persampelan rawak mudah

dan penentuan saiz sample ini merujuk kepada pengiraan jadual Krejcie dan Morgan (1970).
Dengan merujuk kepada jadual tersebut, seramai 134 responden telah dipilih secara rawak
mudah dan diperlukan bagi bilangan sampel kajian ini yang mana jumlah populasinya seramai

182 orang guru pelatih daripada semester empat di IPG KDRI. Borang soal selidik ini
menggunakan skala lima Likert. Set soal selidik kajian ini mengandungi tiga bahagian iaitu:


1. Bahagian A tentang profil responden.
2. Bahagian B tentang Tahap Kesediaan PT atau BL Dalam Kalangan Guru
Pelatih IPG KDRI.

3. Bahagian C tentang Tahap Pengetahuan PT atau BL Dalam Kalangan Guru
Pelatih IPG KDRI.

Kajian rintis telah dilaksanakan kepada guru-guru pelatih di IPG semester dua seramai 30
orang dipilih secara rawak. Kajian ini telah mendapat kesahan pakar dan kebolehpercayaan
nilai Alpha Chronbach yang tinggi bagi kajian rintis yang telah dijalankan iaitu 0.94.












e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 864

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini menunjukkan secara keseluruhannya talah mencapai objektif yang telah

dinyatakan dengan mengikut skop kajian yang telah ditentukan.


Demografi Responden

Jadual 1 : Demografi responden



Demografi Faktor Bilangan Peratus (%)

Lelaki 37 27.6
Jantina
Perempuan 97 72.4

20-21 111 82.8
Umur
22-23 23 17.2
Bahasa Melayu 22 16.4

Opsyen Tesl 19 14.2
Pendidikan Islam 93 69.4

Jumlah 134 100.0

Dapatan bagi setiap konstruk.


Jadual 2 : Nilai min dan sisihan piawai bagi setiap konstruk.

Bil Konstruk Min Sisihan piawai Interpretasi data
melalui nilai min
1. Kesediaan 4.54 0.44 Tinggi

2. Pengetahuan 4.38 0.48 Tinggi


Dapatan bagi setiap soalan soal selidik
Jadual 3 : Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Tahap
Kesediaan PT

Item Min Sisihan Intrepreta
Piawai si

B1 Saya bersedia untuk membuka pelbagai akaun 4.57 0.59 Tinggi
aplikasi e-pembelajaran seperti schoology, google
classroom, google meet, padlet, powtoon dan

sebagainya





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 865

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

B2 Saya bersedia untuk mempelajari pelbagai 4.60 0.53 Tinggi

aplikasi e-pembelajaran seperti schoology, google
classroom, google meet, padlet, powtoon dan
sebagainya

B3 Saya bersedia untuk menggunakan pelbagai 4.61 0.50 Tinggi
aplikasi e-pembelajaran semasa proses
pembelajaran.

B4 Saya memiliki pelbagai alatan elektronik seperti 4.56 0.61 Tinggi
telefon pintar dan komputer riba, semasa proses

pembelajaran.
B5 Saya bersedia untuk menggunakan pelbagai 4.58 0.55 Tinggi
aplikasi e-pembelajaran semasa proses

pembelajaran.
B6 Saya bersedia untuk mempelajari kaedah 4.40 0.66 Tinggi
pembelajaran teradun.

B7 Saya bersedia untuk berkongsi bahan-bahan 4.54 0.54 Tinggi
pembelajaran melalui aplikasi e-pembelajaran.

B8 Saya bersedia untuk berkongsi idea dengan guru 4.50 0.59 Tinggi
pelatih lain mengenai pembelajaran teradun
melalui platform dan aplikasi e-pembelajaran




Jadual 4 : Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Tahap
Pengetahuan PT


Item Min Sisihan Intrepretas
Piawai i

C1 Pembelajaran teradun (blended learning) ialah 4.38 0.63 Tinggi
amalan yang menggabungkan pengajaran
bersemuka secara tradisional dengan mod

teknologi atas talian berkaitan dengan PdPc.
C2 Pembelajaran teradun (blended learning) ialah 4.42 0.61 Tinggi

pendekatan gabungan yang melibatkan interaksi
dalam bilik darjah dan juga penggunaan teknologi
untuk PdPC








e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 866

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

C3 Pembelajaran teradun (blended learning) 4.46 0.54 Tinggi

memerlukan aplikasi e-pembelajaran seperti
kahoot, schoology, google classroom, google
meet, padlet, powtoon dan sebagainya

C4 Flipped Classroom adalah salah satu 4.40 0.62 Tinggi
Pembelajaran teradun (blended learning) kerana
menggunakan pendekatan kuliah dijalankan atas

talian dan masa di dalam kelas digunakan untuk
perbincangan tugasan.

C5 Saya tahu cara menggunakan aplikasi e- 4.36 0.68 Tinggi
pembelajaran seperti kahoot, schoology, google
classroom, google meet, padlet, powtoon dan

sebagainya
C6 Saya tahu setiap fungsi yang digunakan dalam 4.32 0.60 Tinggi
aplikasi e-pembelajaran seperti kahoot,

schoology, google classroom, google meet,
padlet, powtoon dan sebagainya.

C7 Saya tahu dan boleh menggunakan setiap 4.32 0.64 Tinggi
aplikasi e-pembelajaran seperti kahoot,
schoology, google classroom, google meet,

padlet, powtoon dan sebagainya.


Data-data dari bahagian B dan C iaitu tahap kesediaan dan pengetahuan pembelajaran
teradun (blended learning) dalam kalangan guru pelatih IPG KDRI dianalisis melalui kaedah
statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa min, sishan piawai dan

interpretasi min bagi setiap item dan setiap bahagian adalah tinggi. Dapatan kajian
menunjukkan min keseluruhan bagi setiap konstruk kajian ini juga pada tahap yang tinggi.

Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai tahap kesediaan dan
pengetahuan yang tinggi dalam Pembelajaran Teradun (Blended Learning).

KESIMPULAN KAJIAN


Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengamalan Pembelajaran Teradun (Blended
Learning) siswa guru IPG KDRI adalah tinggi. Hal ini kerana skor min setiap aspek yang dikaji

adalah tinggi iaitu tahap kesediaan (min = 4.54, sisihan piawai = 0.44), tahap pengetahuan
(min = 4.38, sisihan piawai = 0.48). Bagi soalan kajian yang pertama iaitu tahap kesediaan
guru pelatih terhadap pembelajaran teradun, hasil dapatan ini menjelaskan bahawa guru





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 867

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

pelatih IPG KDRI sangat bersedia untuk melaksanakan perkara-perkara yang berkaitan
dengan pembelajaran teradun di samping untuk berkongsi tentang kaedah pembelajaran

teradun serta menggunakan pelbagai aplikasi e-pembelajaran.
Manakala untuk hasil dapatan bagi soalan kajian yang kedua pula menunjukkan tahap
pengetahuan pembelajaran teradun bagi guru pelatih IPG KDRI ini juga berada pada tahap

yang tinggi. Hal ini merupakan satu langkah awal yang sangat baik untuk pihak IPG KDRI
untuk menggunakan kaedah pembelajaran teradun dalam sesi pembelajaran sejajar dengan

kehendak Amalan Pembelajaran Teradun IPGM (2019) yang mementingkan pemebalajaran
dalam talian.


SYOR CADANGAN KAJIAN

Berikut dicadangkan beberapa aspek yang boleh diterokai oleh pengkaji yang ingin
melakukan kajian lanjutan berkaitan dengan pembelajaran teradun. Antaranya, kajian yang

sama dengan menggunakan tajuk Pembelajaran Teradun (PT) atau Blended Learning (BL),
dengan membesarkan bilangan populasi kajian dengan menjadikan guru pelatih di seluruh

IPGM sebagai populasi kajian. Sebagai contoh IPG kawasan Pantai Timur sahaja atau IPG di
Pantai Barat sahaja. Kajian kualitatif juga boleh dijalankan untuk meneroka Pembelajaran
Teradun (PT) dalam kalangan guru sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah atau

sekolah menengah. Selain itu, kajian yang sama dengan menggunakan tajuk Pembelajaran
Teradun (PT) atau Blended Learning (BL), pengkaji boleh menganalisis data dengan kaedah

selain statistik deskriptif iaitu kaedah inferensi seperti ujian t, korelasi antara dua pemboleh
ubah, ANOVA dan sebagainya. Hal ini bagi mencari hubungan antara jantina, opsyen dan
sebagainya mahupun hubungan anatara kesediaan dan motivasi dalam menjayakan tajuk

Pembelajaran Teradun (PT) atau Blended Learning (BL). Dengan menggunakan tajuk yang
sama iaitu Pembelajaran Teradun (PT) atau Blended Learning (BL), pengkaji juga boleh
mempelbagaikan dan mencari tempat lokasi kajian yang lain untuk kajian lanjutan seperti

lokasi kajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS),
Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT) dan sebagainya


Institusi Pendidikan

Kajian ini dapat membantu pihak pengurusan IPG KDRI untuk mengenal pasti bentuk e-
Pembelajaran yang sesuai untuk siswa guru bagi mendepani cabaran semasa dan selepas
situasi Pandemik Covid-19. Manakala kesannya kepada IPGM pula ialah pihak-pihak atasan

boleh menyediakan peruntukan kewangan bagi menjayakan program-program yang ingin
dilaksanakan oleh pihak IPG seperti seminar, kursus, bengkel yang selari dengan anjakan





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 868

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

paradigma pendidikan revolusi industri 4.0 yang menekankan penggunaan ICT dalam PdPc.
Kepentingan bagi pihak sekolah pula ialah dapat menjalankan PdPC dengan fleksibel

menggunakan kaedah Pembelajaran Teradun (PT). Hal ini bersesuaian dengan situasi PdPc
semasa iaitu dalam menghadapi Pandemik Covid-19.


Siswa Guru
Kajian ini juga penting untuk siswa guru dalam meningkatkan pemahaman mereka terhadap

Dasar TMK yang telah dibawa oleh IPG yang ingin mengimplementasikan e-Pembelajaran
sebagaimana Pembelajaran Teradun. Implikasinya, guru pelatih dapat menjadi fasilitator
pembelajaran yang efektif. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan suasana yang menggalakkan

pelajar lebih berinovatif dan memiliki pemikiran yang kritis dalam pembelajaran di samping
dapat menghasilkan graduan yang berilmu, cerdik IT, berdikari dan berani dalam menghadapi

sebarang cabaran di dunia era informasi dan globalisasi. Selain itu, pembeljaran teradun ini
juga dapat menjadi salah satu platform untuk generasi siswa dan siswi guru muda
menghasilkan inovasi dan teknologi serta galakan untuk mereka berfikiran kritikal dan

berupaya mencipta sesuatu perkara yang baharu.

Pensyarah

Kajian ini turut memberi kesan kepada pensyarah di IPT bagi menjayakan Pembelajaran
Teradun (PT) atau Blended Learning (BL). Para pensyarah di IPT khususnya IPG dapat
menyeseuaikan kaedah Pengajaran menggunakan Pembelajaran Teradun (PT) sesuai

dengan situasi Pandemik Covid-19. Hal ini juga bagi memenuhi kehendak dan dasar yang
telah dikeluarkan oleh IPG KPM (2019) iaitu menggunakan Mod Pembelajaran Teradun dalam

Pengajaran dan Pembelajaran.

RUJUKAN


Abdul Aziz Ishak et.al (2020). Pembelajaran Atas Talian: Tinjauan Terhadap Kesediaan Dan
Motivasi Dalam Kalangan Pelajar Diploma Logistik Dan Pengurusan Rantaian Bekalan,
Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang.

Eliza Annis Thangaiah et.al (2020). Penerokaan Penggunaan E-Pembelajaran dalam
Kalangan Pelajar dan Pengajar TVET - Satu Kajian Awal.

Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dasar TMK Institut
Pendidikan Guru. Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.

Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Mod Amalan
Pembelajaran Teradun. Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2011). Dasar e-Pembelajaran Negara: Institusi
Pengajian Tinggi. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 869

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Said, H. (2015). Tahap Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran secara Blended Learning di Politeknik Merlimau Melaka. Politeknik
Merlimau Melaka.

Syarif, Z. (2013). Pengaruh Model Blended Learning Terhadap Motivasi dan Prestasi Belajar
Siswa SMK. SMKN 1 Paringan, Balangan, Jakarta.

Syed Lamsah Syed Chear. (2017). Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Aplikasi Whatsapp
dan Telegram di Universiti Swasta (Teaching and Learning Through WhatsApp and
Telegram Application at a Private University)

Yeop, Mohd Azli & Wong, Kung-Teck & Noh, Noraini. (2016). Pembelajaran Teradun: Satu
tinjauan literatur terhadap faktor- faktor penerimaan guru melalui model-model
penerimaan**. The Journal of Research, Policy & Practice of Teachers and Teacher
Education (JRPPTTE). 6. 67-85.













































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 870

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGGUNAAN SMARTTHINK BAGI MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN
4 SEKOLAH KEBANGSAAN TOK JEMBAL DALAM TAJUK MESIN RINGKAS

Mohd Hasif Aiman S, Mohammad Sarihi M.D, Muhammad Zaim Hakim L, Dr Fouziah M
dan Muhammad Nur Fitri M

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]



ABSTRAK



Peta minda adalah satu alat yang berfungsi seperti pemikiran visual yang dapat membantu
murid mengorganisasi maklumat dengan berstruktur, memahami, mensintesis dan membantu
otak untuk bekerja dengan lebih cepat. Oleh itu, kajian tindakan ini adalah satu bentuk kajian

penyelidikan pendidikan yang mengkaji keberkesanan penggunaan Smartthink bagi
meningkatkan penguasaan murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Tok Jembal dalam tajuk
Mesin Ringkas. Seramai tiga orang murid tahun 4 Ibnu Hajar dari Sekolah Kebangsaan Tok

Jembal telah dipilih sebagai responden kajian ini. Pengumpulan data dibuat melalui
pemerhatian, soal selidik, temu bual, ujian diagnostik dan juga ujian. Dapatan kajian
menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian purata min (skor) iaitu meningkat daripada

44% kepada 80%. Secara keseluruhannya, kaedah Smartthink berjaya dalam meningkatkan
prestasi dan menunjukkan pemahaman murid yang mendalam bagi tajuk ini dan juga dapat

menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sains.

Kata kunci: Kaedah peta minda, pencapaian, kefahaman, minat


PENGENALAN


Minat dan rangsangan kepada murid untuk belajar adalah hasil daripada kreativiti seorang
guru. Dalam usaha menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran subjek Sains, kaedah Smartthink merupakan salah satu kaedah yang mampu
memberi kesan. Kaedah ini membantu mencungkil daya kreativiti guru dalam menyampaikan
pengajaran di samping memupuk pemikiran yang kreatif dalam kalangan murid. Strategi yang

diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan kaedah peta minda.
Menurut Tony Buzan (2006), manusia akan mudah mengingati sesuatu yang menarik untuk

dipandang dan tulisan atau gambar ringkas yang mengandungi maklumat yang boleh
disimpan di dalam minda manusia. Ini menunjukkan selain pemahaman terhadap apa yang
diulangkaji, proses untuk mengingat juga penting untuk murid memanggil kembali data yang

telah disimpan tadi. Oleh itu, dalam memudahkan pemahaman serta dapat menarik minat dan



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 871

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

memanipulasi kedua-dua otak, kaedah pembelajaran secara peta minda yang diperkenalkan
oleh Tony Buzan adalah satu kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan.




SOROTAN LITERATUR


Penggunaan peta minda dalam proses PdP dapat membantu pelajar untuk meningkatkan
kefahaman mengenai isi pelajaran yang diajar (Awaatif & Norizan 2011). Peta minda lazimnya
memberikan rangsangan visual dan meningkatkan motivasi pelajar untuk melaksanakan

ulang kaji secara kendiri (Mohd Mahzan, Abdul Razak & Mohd Muhaimi, 2014). Selain itu,
penggunaan peta minda merangsang pelajar untuk bersikap positif terhadap sesebuah subjek
yang dipelajari. Keinginan pelajar untuk belajar semakin meningkat, perasaan seronok

semakin bercambah bahkan secara tidak langsung dapat merangsang keinginan pelajar untuk
melakukan latihan pengukuhan dalam sesebuah subjek yang dipelajari (Awaatif & Norizan
2011).


Kebanyakan guru tidak menekankan kemahiran berfikir kepada murid-murid dalam
pengajarannya (Haron et al., 2016). Hasil kajian Tengku Fairus & Zamri (2014). membuktikan

bahawa proses PdPc pada masa ini masih tidak membantu murid dalam penghasilan
pemikiran yang kritis sekali gus kemahiran berfikir tidak dapat disebarkan dalam diri murid.
Justeru, pendekatan dan kaedah PdPc yang pelbagai, lebih efektif, releven dalam iklim

Pendidikan 4.0 yang berteraskan ledakan maklumat digital perlu diperkenalkan. Hal ini
demikian kerana pembelajaran masa kini menuntut setiap guru supaya bertindak lebih kreatif
dan inovatif untuk mewujudkan PdP berkesan di dalam bilik darjah (Norhailmi, 2017)


Terdapat kajian yang dijalankan berkaitan penggunaan peta minda ini, antaranya;
Rajapriya dan Kumar (2017) mendapati bahawa pelajar cenderung dalam penggunaan peta

minda. Hal ini kerana pelajar mampu untuk menunjukkan beberapa cara yang boleh
mengembangkan proses pembelajaran mereka dalam sains. Selain itu, kajian tersebut
merumuskan bahawa peta minda dapat menyediakan kepada pelajar kaedah pembelajaran

yang berkesan jika ia dizahirkan dalam bentuk bertulis. Menurut mereka lagi, peta minda
mendorong pelajar pada tahap pemprosesan yang mendalam bagi membentuk ingatan yang
baik. Berdasarkan artikel tersebut, kajian ini pula dijalankan bagi melihat signifikasi

penggunaan peta minda dalam pengajaran topik Mesin Ringkas. Hal ini untuk menganalisis
tahap keberkesanan penggunaan peta minda Smartthink dalam pengajaran dibandingkan

dengan sebelum intervensi.

Muniroh et.al. (2017) membincangkan peta minda dalam artikel yang berjudul Tinjauan
literatur penggunaan peta minda dalam pengajaran matematik. Mereka berpendapat bahawa





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 872

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

faktor kelemahan dalam memahami konsep matematik menyebabkan pelajar tidak dapat
memahami dan mengingati konsep matematik dengan mudah. Oleh itu, mereka mendapati

bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan peta minda
digunakan untuk membantu pelajar memahami sesuatu konsep matematik. Selain itu, kajian
mereka turut mendapati bahawa penggunaan peta minda dapat membantu pembelajaran

kerana peta minda mengandungi gambar, warna dan hubungkait antara satu sama lain yang
menjadikan konsep matematik mudah untuk diingati. Oleh itu, dalam kajian yang dijalankan

dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan Tok Jembal bertujuan untuk menganalisis
perbezaan tahap penguasaan murid dalam matapelajaran Sains yang diajar dengan sebelum
intervensi dengan pengajaran yang menggunakan peta minda Smartthink.


Rosnidar et.al. (2015) pula menjalankan kajian tentang keberkesanan konsep peta
minda dengan penggunan i-Think. Kajian tersebut dijalankan untuk mengenalpasti
keberkesanan penggunaan i-Think terhadap pencapaian dan minat murid dalam tajuk sifat

bahan, Sains tahun 4. Kajian tersebut mendapati bahawa min pencapaian ujian pos kumpulan
rawatan lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Selain itu, kajian menunjukkan min minat

terhadap peta minda i-Think adalah tinggi berbanding penggunaan slaid berbentuk “bullet
point”. Oleh itu, kajian lanjutan dijalankan untuk menganalisis keberkesanan peta minda
Smartthink kepada murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Tok Jembal dalam mata pelajaran

Sains.


TINDAKAN YANG DIJALANKAN


Langkah tindakan yang pengkaji lakukan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan Model
Kemmis dan Mac Taggart (1998). Keterangan Langkah-langkah yang telah diambil adalah:

Langkah 1 (Mereflek): Pemerhatian, Analisis Ujian Diagnostik, Soal selidik dijalankan
bagi mengenalpasti masalah.



Langkah 2 (Merancang): Merancang berdasarkan analisis data awal dan membuat

kajian literatur


Langkah 3 (Bertindak): Bertindak dengan mengadakan intervensi penggunaan

Smartthink



Langkah 4(Menilai): Memerhati keberkesanan intervensi melalui triangulasi tiga

kaedah iaitu analisis ujian, soal selidik dan juga temu bual.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 873

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Persoalan kajian pertama yang dibangkitkan dalam persoalan kajian untuk membuktikan

peningkatan skor murid-murid setelah belajar menggunakan Smartthink di dalam kelas dapat
dilihat melalui jadual keputusan ujian di bawah ini dan graf perbandingan markah yang telah

dibuat.

Jadual 2

Perbandingan Keputusan Ujian Diagnostik Dan Ujian Bagi Tiga Orang Responden


RESPONDEN SKOR (%)


UJIAN UJIAN
DIAGNOSTIK

A 40 73

B 46 86

C 46 80


Jadual 3 menunjukkan perbandingan keputusan ujian diagnostik dan ujian bagi tiga

orang responden. Bagi responden A telah mendapat 40% markah di dalam Ujian Diagnostik
dan mendapat 73% markah di dalam Ujian. Seterusnya bagi responden C pula mendapat 46%

markah di dalam ujian diagnostik dan mendapat 86% markah di dalam ujian. Pencapaian
murid kurang memberangsangkan adalah kerana pengajaran dan pembelajaran guru yang
kurang menarik dan berkesan. Di samping itu, tajuk Mesin Ringkas juga adalah susah

difahami oleh responden.

Bagi Ujian diagnostik, responden A telah mendapat markah yang terendah iaitu 40%
markah berbanding responden yang lain. Ini adalah kerana responden ini seorang yang

kurang memberi perhatian iaitu melihat sahaja guru mengajar tanpa memberi respon. Selepas
pengkaji menggunakan kaedah pengajaran Smartthink bagi pembelajaran Sains topik Mesin

Ringkas, peningkatan skor dalam markah ujian telah berlaku. Responden B telah mendapat
markah tertinggi iaitu 86% markah dan diikuti dengan responden A dan C iaitu 80% markah
dan juga 73%. Ini adalah kerana responden B adalah seorang murid yang rajin dan aktif

semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Objektif kajian untuk meningkatkan minat murid-murid dalam tajuk Mesin Ringkas ini
pula dijawab berdasarkan instrumen soal selidik dan temu bual. Bagi soal selidik, pengkaji

telah menganalisis data bagi item-item yang berkaitan dengan minat murid terhadap mata





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 874

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

pelajaran Sains dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua kaedah
pengajaran. Sebanyak lima item yang telah disoal dan data ini dianalisis dan dibentangkan

dalam bentuk jadual supaya mudah dijelaskan. Jadual 4 menunjukkan item-item yang
dikemukakan dalam borang soal selidik serta bilangan dan peratusan responden menjawab
'YA' atau 'TIDAK' bagi kedua-dua kaedah pengajaran.


Jadual 3: Analisis Data Soal Selidik Sebelum Intervensi dan Selepas Intervensi (Minat)


ITEM SEBELUM SELEPAS

INTERVENSI INTERVENSI
YA TIDAK YA TIDAK

MINAT
1 Saya berminat dalam mata pelajaran Sains 1 2 3 0
(33%) (67%) (100%) (0%)

2 Saya berasa bosan semasa pembelajaran 3 0 0 3
Sains (100%) (0%) (0%) (100%)

3 Saya lebih suka mata pelajaran lain 3 0 1 2
berbanding Sains (100%) (0%) (33%) (67%)
4 Saya berasa seronok dengan 0 3 3 0

pembelajaran pada hari ini (0%) (100%) (100%) (0%)
5 Saya suka membaca buku-buku berkaitan 0 3 2 1

dengan Sains apabila ada waktu lapang (0%) (100%) (67%) (33%)
6 Saya selalu tidak fokus semasa sesi 2 1 0 3
pembelajaran (67%) (33%) (100%) (0%)



Bagi item pertama, hanya seorang responden (33%) yang berminat dengan mata
pelajaran Sains manakala dua orang responden (67%) menjawab sebaliknya. Namun

bilangan ini telah meningkat kepada tiga orang responden (100%) yang menjawab ‘Ya” iaitu
berminat dengan mata pelajaran Sains apabila kaedah Smartthink digunakan. Seramai tiga

orang responden (100%) menjawab ‘Ya’ iaitu berasa bosan semasa pengajaran Sains
menggunakan kaedah nota guru (sebelum intervensi) dan apabila kaedah Smartthink
digunakan (selepas intervensi), seramai tiga orang responden (100%) tersebut menjawab

‘Tidak’ iaitu menafikan berasa bosan dengan pembelajaran Sains tersebut. Seterusnya,
seramai tiga orang responden (100%) yang bersetuju bahawa mereka lebih sukakan mata

pelajaran lain berbanding mata pelajaran Sains bagi kaedah nota guru. Perkara ini berubah
apabila pengkaji menggunakan kaedah Smarthink iaitu dua orang responden (67%)
menjawab ‘Tidak’ bagi item ini manakala seorang responden (33%) menjawab ‘Ya’.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 875

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Bagi item keempat, ketiga-tiga orang responden (100%) menjawab ‘Tidak’ bagi
pernyataan berasa seronok dengan pembelajaran apabila kaedah nota guru digunakan.

Setelah kaedah Smartthink digunakan, situasi ini berubah iaitu ketiga-tiga orang responden
tersebut (100%) menjawab ‘Ya”. Seterusnya ketiga-tiga orang responden (100%) menjawab
‘Tidak’ bagi pernyataan suka membaca buku berkaitan dengan Sains apabila ada waktu

lapang. Namun, situasi ini berubah apabila kaedah Smartthink digunakan iaitu seramai dua
orang (67%) yang menjawab ‘Ya’ dengan pernyataan tersebut manakala seorang responden

(33%) menyatakan sebaliknya. Seterusnya seramai dua orang responden (67%) yang
menjawab ‘Ya” bagi item selalu tidak fokus semasa sesi pembelajaran manakala seorang
responden (33%) menjawab ‘Tidak”. Keadaan ini berubah apabila ketiga-tiga orang

responden tersebut (100%) menjawab ‘Tidak’ apabila kaedah ‘Smartthink’ digunakan.


Persoalan kajian yang ketiga untuk membuktikan peningkatan kefahaman murid-murid
pula dapat dilihat melalui soal selidik. Jadual 6 berikut menunjukkan item-item yang
dikemukakan dalam borang soal selidik serta bilangan dan peratusan responden yang

menjawab ‘Ya’ atau ‘Tidak’ bagi kedua-dua kaedah pengajaran.


Jadual 4: Analisis Data Soal Selidik Sebelum Intervensi dan Selepas Intervensi (Kefahaman)

ITEM SEBELUM SELEPAS

INTERVENSI INTERVENSI
YA TIDAK YA TIDAK


KEFAHAMAN
1 Saya sukar untuk memahami topik yang 3 0 1 2

dipelajari. (100%) (0%) (33%) (67%)

2 Saya keliru dengan topik yang dipelajari. 2 1 0 3

(67%) (33%) (0%) (100%)

3 Saya dapat memahami topik yang 0 3 3 0
dipelajari dengan baik.
(0%) (100%) (100%) (0%)

4 Kaedah ini berkesan untuk meningkatkan 1 2 3 0
kefahaman saya dalam topik Mesin
(33%) (67%) (100%) (0%)
Ringkas.

5 Melalui kaedah ini, saya dapat memahami 0 3 3 0
topik yang dipelajari dengan cepat. (0%) (100%) (100%) (0%)



Terdapat lima item yang dinyatakan dalam borang soal selidik ini. Bagi item yang



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 876

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

pertama, tiga orang responden (100%) yang menjawab ‘Ya’ bagi pernyataan sukar untuk
memahami topik yang dipelajari selepas kaedah nota guru digunakan manakala selepas

menggunakan kaedah Smartthink, hanya seorang responden (33%) menjawab ‘Ya’.
Seterusnya, item kedua sebanyak dua orang responden (67%) yang menjawab ‘Ya’ iaitu
berasa keliru apa yang diajar oleh guru. Apabila pengkaji menggunakan kaedah Smartthink,

ketiga-tiga responden (100%) menjawab ‘Tidak’ bagi item tersebut. Bagi item ketiga pula, tiga
orang responden (100%) menjawab ‘Tidak’ bagi pernyataan dapat memahami pelajaran

dengan baik apabila kaedah pengajaran nota guru digunakan. Situasi ini berubah apabila
pengkaji menggunakan kaedah Smartthink iaitu ketiga-tiga orang responden (100%)
menjawab ‘Ya’.

Bagi item keempat pula, seorang responden (33%) menjawab ‘Ya’ bagi pernyataan
kaedah yang digunakan berkesan untuk meningkatkan kefahaman dalam topik Mesin Ringkas

manakala dua orang responden (67%) menjawab sebaliknya. Namun situasi ini berubah
apabila pengkaji menggunakan kaedah Smartthink, tiga orang responden (100%) ‘Ya’ bagi
item yang dinyatakan. Seterusnya, tiga orang responden (100%) menjawab ‘Tidak’ bagi item

terakhir iaitu menafikan bahawa responden dapat memahami topik yang dipelajari dengan
cepat apabila kaedah nota guru digunakan. Namun keadaan ini berubah apabila pengkaji
menggunakan kaedah Smartthink iaitu tiga orang responden (100%) menjawab ‘Ya” bagi item

ini.



PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN DAPATAN

Dapatan kajian dan analisis data yang diperolehi daripada instrument pemerhatian, soal
selidik, temu bual, ujian diagnostik dan ujian telah berhasil menjawab persoalan-persoalan

dan objektif-objektif kajian tindakan ini. Perbincangan dalam dapatan kajian yang bertumpu
kepada pencapaian (skor) telah berjaya membuktikan bahawa terdapat peningkatan selepas
responden menggunakan kaedah Smartthink dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk

Mesin Ringkas. Dapatan kajian ini ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh (Tee, 2016)
bahawa hubungan positif sederhana antara penggunaan peta minda dengan pencapaian

akademik menunjukkan pelajar yang dapat menghasilkan peta minda yang berkualiti
berupaya memperoleh gred pencapaian yang baik. Perkara ini menyimpulkan bahawa peta
minda membantu murid menguasai pelajaran dan meningkatkan pencapaian akademik suatu

mata pelajaran yang dipelajari.
Dapatan kajian hasil analisis soal selidik dan temu bual pula berjaya menunjukkan

peningkatan dari segi minat sebelum pelaksanaan dan selepas pelaksanaan kaedah
Smartthink. Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian (Idris & Noor, 2019) yang
mendapati bahawa secara holistik data kajiannya menggambarkan majoriti responden




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 877

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

berminat dengan pembelajaran penulisan karangan Bahasa Melayu selepas menggunakan
peta minda sebagai rawatan kajian.


Setelah pengkaji melaksanakan kaedah Smartthink kepada responden juga, didapati
peningkatan yang ketara dari aspek kefahaman murid. Hal ini dibuktikan melalui analisis soal

selidik iaitu terdapat peningkatan positif peratusan kekerapan responden menjawab ‘Ya’ atau
‘Tidak’ bagi setiap item yang disoalkan. Dapatan kajian ini menyokong kajian yang telah
dijalankan oleh (Jahidih Saili et al., 2019) iaitu kajian kuasi-eksperimen yang dijalankan

menunjukkan bahawa peta minda mempunyai pengaruh signifikan terhadap penguasaan dan
kefahaman pelajar mengenai isi pelajaran yang dipelajari.



CADANGAN KAJIAN YANG SETERUSNYA


Penyelidik menyarankan kajian lanjutan yang hendak dilakukan hendaklah menggunakan
kumpulan sasaran yang lebih besar seperti keseluruhan murid tahun 4. Rasionalnya, lebih
banyak data akan dapat dikumpul dan lebih banyak dapatan yang boleh diperolehi daripada

sampel kajian yang lebih banyak. Penyelidik juga mencadangkan sampel kajian lanjutan boleh
dilakukan di kawasan sekolah rendah atau sekolah menengah yang lain.



RUJUKAN


Awaatif Ahmad & Norizan Esa. (2011). Kesan Penggunaan Perisian Kursus (Courseware)
dengan Peta Konsep Terhadap Pencapaian Pelajar. Asia Pacific Journal of Educators
and Education, 26, 51-70.

Buzan, T., & Buzan, B. (2006). The mind map book: Full colour illustrated edition. London:
BBC Active.

Haron, A. R., Badusah, J., & Mahamod, Z. (2016). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Dalam Salak Didik Dengan Elemen Nyanyian Dan Elemen Pantun (Higher Order
Thinking Skills (HOTS) In Salak Didik Singing and Pantun Elements). Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 5(1), 53-60. Johnson

Idris, N., & Noor, N. (2019). Kesan Penggunaan Peta Minda Digital Terhadap Pencapaian Dan
Minat Murid Dalam Penulisan Karangan Bahasa Melayu The Effect of Using Digital Mind
Map on Student ’ s Achievement and Interests in Malay Language Writing. 2(2), 89–96.

Jahidih Saili, Azmil Hashim, & Nurul Hamimi Awang Japilan. (2019). The Use of Smart Mind
Map in Teaching and Learning of Moral Education Penggunaan Smart Mind Map dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Sains Humanika, 1(Januari), 81–89.
http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/6255/Template 4.pdf
Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Mohd Muhaimi Abdul Rahman. (2014).
Penggunaan Peta Minda oleh Pelajar Pintar Cerdas dalam Pembelajaran Sejarah (The
Use of Mind Maps by Gifted Students in Learning History). Jurnal Pendidikan Malaysia
39(2), 95-100.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 878

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Muniroh, H., Hasfazilah, A., Ch’ng, P.E. & Siti Nurleena, A.M. (2017). Tinjauan literature
penggunaan peta minda dalam pengajaran matematik. International Academic
Research Journal of Social Science, 3(1), 208-213.

Norhailmi bin Abdul Mutalib. (2017). Pembelajaran Abad 21 Bukan Sekadar Susun Kerusi dan
Meja. Perlis: Percetakan Perlis Sdn. Bhd.

Rajapriya, M & Kumar, C.N. (2017). Effectiveness of mind mapping in higher education.
International Journal of Civil Engineering and Technology, 8(4): 975-981.

Rosnidar, M., Haeidatul Nashrah, H., Norazilawati, A. & Nik Azmah, N.Y. (2015).
Keberkesanan penggunaan i-Think terhadap pencapaian dan minat murid dalam tajuk
sifat bahan, sins tahun 4. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 5(2): 98-116.

Tee, T. (2016). Modul Peta Minda Buzan dan pencapaian pelajar pendidikan asas vokasional
di Malaysia: satu kajian keberkesanan. Geografia : Malaysian Journal of Society and
Space, 12(3), 139–144.











































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 879


Click to View FlipBook Version