Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
RUJUKAN
Aida Ibrahim. (2016). Meningkatkan Kemahiran Murid Mencongak Fakta Asas Darab melalui
Pendekatan Permainan Domino. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006, 1-13.
Bahagian Pendidikan Guru. (2002). Garis Panduan Kursus Penyelidikan Tindakan
Untuk Maktab/Institut Perguruan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Janting Anak Ringkai. (2005). Mempelbagaikan pendekatan untuk membantu murid-murid
Tahun 5 menguasai sifir darab 1 hingga 10. Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan
MPBL & PPD Serian tahun 2005, 89-97. Diperoleh pada 1 Ogos 2021 dari
http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/JurnalAction Research/2005/10%
20janting.pdf
Kartini, Ahamd, Rosli dan Badrul. (2012). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian
kualitatif: Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
matematik tahun 5. Pusat Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
matematik tahun 4. Pusat Perkembangan Kurikulum: Kuala Lumpur.
Mohd Nazri. (2020). Perbaiki pelaksanaan PDPR 2.0 atasi isu keciciran murid. Berita Harian,
20 Januari 2021.
Noor Afida dan Marina. (2020). Keberkesanan kaedah KIJO membantu murid tahun 3 hisyam
di sekolah rendah agama bersepadu kluang mengatasi masalah penguasaan konsep
darab: Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM
Norazizah Sahat. (2015). Penyelidikan tindakan untuk PISMP. Ipoh: IPH Kampus Ipoh.
Nur Aniza dan Roslinda. (2016). Penggunaan kaedah titik meningkatkan penguasaan murid
dalam operasi darab.: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rosnee, Mohamad Zaid dan Salina. (2020). Keberkesanan penggunaan petak sifir dalam
penguasaan fakta asas darab dalam matematik tahun 2: Fakulti Pendidikan Teknikal
dan Vokasional, UTHM.
Siagian, R.E.E. (2015). Pengaruh minat dan kebiasaan belajar siswa terhadap prestasi belajar
matematik: Jurnal Formatif 2(2):122-131.
Siti Hajar & Md Yusoff. (2017). Penggunaan kaedah petak bijak dalam mengatasi masalah
mencari hasil darab dan bahagi: Satu Kajian Tindakan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Stacey. B. (2010). Developing fourth grades’ proficiency in basic multiplication fact through
strategy instruction: B.S University of Central Florida.
Tan W.G. (2011). Penggunaan kit manipulatif dalam pemahaman konsep pendaraban murid
tahun dua: Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Sarawak.
Yahaya, A.H & Savarimuthu. (2008). Kepentingan konsep dalam matematik. Universiti
Teknologi Malaysia: 22-23.
Zawawi, T., Mustapha,R. Habib, A.R. (2009). Pengetahuan pedagogi isi kandungan guru
matematik bagi tajuk pecahan: Kajian Kes di Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan
Malaysia 34(1):131-153.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 530
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Subtema
Bahasa Melayu Sebagai Wahana Komunikasi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 531
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PEMBANGUNAN DAN PENGUJIAN INSTRUMEN KEMAHIRAN MENDENGAR DALAM
KALANGAN MURID TAHUN LIMA DI KAWASAN PULAU DI TERENGGANU
3
1
Mas Norbany Abu Samah, Phd , Rodhiana Rosli , Badruddin Hassan, Phd dan Ahmad
2
4
Hafizuddin Mohamed Rushdi
1,2,3,4 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran mendengar dalam kalangan masyarakat banyak dipengaruhi oleh dialek yang
digunakan oleh sesebuah komuniti berdasarkan kedudukan geografi sesuatu tempat. Kajian
ini bertujuan membangun dan menguji Instrumen Kemahiran Mendengar dalam kalangan
murid tahun lima sekolah rendah di kawasan pulau di Terengganu. Kajian kemahiran
mendengar bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah di kawasan pulau belum
ditemui namun terdapat banyak kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik terdahulu
terhadap masalah berkaitan kemahiran mendengar terutamanya dalam kalangan murid
sekolah rendah. Pengkaji juga mendapati kegagalan responden untuk menguasai kemahiran
mendengar bahasa Melayu dengan baik adalah disebabkan oleh penggunaan bahasa ibunda
yang lebih meluas dalam pergaulan seharian terutamanya ketika berada di rumah yang
menyebabkan mereka kurang menguasai kemahiran mendengar dalam konteks
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah. Instrumen Kemahiran Mendengar Bahasa Melayu
yang telah dibangunkan oleh pengkaji diuji dengan menggunakan pendekatan penyelidikan
kualitatif. Populasi kajian melibatkan 51 orang murid tahun lima dan empat orang guru bahasa
Melayu sekolah rendah di dua buah pulau di Terengganu. Peserta kajian dipilih menggunakan
pensampelan bertujuan yang melibatkan dua orang guru mata pelajaran bahasa Melayu dan
12 orang murid tahun lima di lokasi kajian. Selain daripada temu bual bersama guru dan murid,
semakan dokumen RPH dan analisis peperiksaan murid juga dilakukan untuk mengumpul
data. Dapatan kajian menunjukkan, instrumen yang dibangunkan berdasarkan DSKP Bahasa
Melayu Tahun Lima ini sesuai diaplikasikan dalam kalangan murid sekolah rendah di kawasan
pulau. Pengaruh persekitaran dan proses sosialisasi memberi impak yang tinggi terhadap
kemahiran mendengar murid. Usaha untuk memartabatkan penggunaan bahasa Melayu
wajar dilaksanakan bagi memastikan masyarakat di pulau menguasai kemahiran mendengar
dalam bahasa Melayu terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah.
Kata kunci : kemahiran mendengar, instrumen kemahiran mendengar.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 532
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Kemahiran mendengar adalah salah satu daripada komponen pembelajaran bahasa Melayu
selain daripada kemahiran bertutur, membaca dan menulis. Dalam konteks pengajaran,
kemahiran mendengar diberi penekanan yang setara dengan kemahiran yang lain. Ini penting
kerana daya komunikasi bahasa Melayu dalam kalangan murid memerlukan penguasaan
kemahiran mendengar. Untuk berkomunikasi dengan berkesan, seseorang murid
memerlukan kemahiran berbahasa yang tinggi. Tanpa dorongan dan motivasi guru, murid
akan mengambil sikap berdiam diri dan tidak berkomunikasi. Sikap ini tidak akan membantu
murid meningkatkan kemahiran berkomunikasi sekaligus menjejaskan penguasaan dalam
bahasa Melayu.
Sesebuah komuniti menggunakan beberapa variasi bahasa yang berbeza-beza dan
penggunaan pula menurut sistem tertentu (Abdul Rashid & Amat Johari, 2012). Kramsch
(2003) menyatakan bahawa, apabila kita menggunakan bahasa dalam konteks komunikasi,
kita sebenarnya telah terikat dengan bahasa yang pelbagai dan bersifat kompleks. Kecekapan
dalam menyesuaikan penggunaan bahasa dalam pelbagai konteks budaya inilah menjadi
fokus. Ini kerana, peranan besar pendidikan bahasa Melayu adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berketerampilan dalam berbahasa dan mempunyai kecekapan dalam
komunikasi harian. Peranan ini dapat diteliti melalui dokumen pendidikan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013) yang secara jelas menetapkan kefasihan berbahasa dan
kecekapan berkomunikasi sebagai matlamat pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Salah satu kajian berkaitan dialek yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah dialek
Terengganu (Asmah, 1991). Dialek ini dipertuturkan sebagai satu alat komunikasi dalam
pergaulan seharian untuk mewujudkan sebuah hubungan yang harmoni. Menurut Abdul
Hamid (1990), dialek Terengganu agak unik dan berbeza daripada aspek bahasa Malaysia
baku, baik dalam bidang fonologi, morfologi, sintaksis dan leksikal. Penggunaan dialek yang
meluas menyukarkan penggunaan bahasa Melayu standard terutama dalam kalangan
penduduk di kawasan pulau. Menurut Zulkifley (2014), program pendidikan bahasa Melayu
yang cemerlang perlu menyeluruh iaitu melibatkan komponen-komponen pengetahuan
bahasa, tatabahasa, kecekapan menggunakan bahasa (Juriah, 2010), kecekapan linguistik
dan kecekapan pragmatik (Chomsky dalam Botha, 1989), serta kecekapan nahu dan
kecekapan komunikatif (Hymes, 1972 dalam Mohd Asri, Zulkifley & Kartini, 2016). Kecekapan
ini dijelaskan oleh Widdowson (1984) sebagai kecekapan dalam penggunaan dan guna
bahasa dalam kehidupan seharian. Artikel 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
menjelaskan, “Bahasa kebangsaan negara ini ialah bahasa Melayu …”. Bahasa Melayu juga
dikenali sebagai bahasa Malaysia dan dijadikan bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran,
bahasa perhubungan umum dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 533
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
institusi-institusi pengajian tinggi (Nik Safiah et. al., 1996). Mengikut Sukatan Bahasa Melayu
Sekolah Rendah (KPM, 2003), bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi,
bahasa pengantar utama dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di
peringkat sekolah rendah. Dalam kajian ini, bahasa Melayu merujuk kepada bahasa
pengantar di sekolah-sekolah kebangsaan dan juga mata pelajaran bahasa Melayu yang
dipelajari di peringkat sekolah rendah.
PENYATAAN MASALAH
Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap
individu. Kemahiran mendengar juga merupakan komponen kemahiran berbahasa yang
pertama dikuasai oleh kanak-kanak dan menjadi asas kepada perkembangan kognitif kanak-
kanak dalam konteks pendidikan (Hyslop & Tone, 1988). Kemahiran ini berlaku di peringkat
penerimaan dan perlu bermula daripada peringkat awal pengajaran bahasa (Kamarudin,
1999). Justeru, pendedahan penguasaan kemahiran mendengar perlu dititikberatkan seawal
usia kanak-kanak terutamanya dalam pengajaran bahasa Melayu. Dalam usaha memastikan
kemahiran mendengar dapat dikuasai lebih awal, guru berperanan sebagai agen perubahan
dalam membantu melahirkan generasi yang kompeten dalam aspek kemahiran bahasa. Bagi
memastikan murid dapat bertutur dengan bahasa yang fasih, guru terlebih dahulu perlu
menguasai teknik pengajaran kemahiran mendengar. Ini bertujuan untuk memastikan murid
dapat mendengar pertuturan orang lain dengan baik sekaligus memahami maksud serta boleh
mentafsir apa yang didengar dan memungkinkan murid fasih menggunakan bahasa yang
dipelajari (Kamarudin, 1999).
Terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan kemahiran mendengar dalam
bahasa lain seperti bahasa Arab. Antaranya kajian oleh Nik Mohd Rahimi & Kamarulzaman
(2006) dan Nik Mohd Rahimi, Zamri & Kamarulzaman (2008). Namun, kajian mendengar
bahasa Melayu khususnya dalam kalangan penduduk pulau adalah kurang. Kesukaran untuk
memperihalkan dialek yang digunakan dan kemampuan murid di kawasan pulau dalam
penggunaan bahasa Melayu standard juga belum ditemui. Berdasarkan senario ini, kajian ini
wajar dilaksanakan untuk membangunkan Instrumen Kemahiran Mendengar dan kajian ini
juga bertujuan untuk menguji instrumen yang telah dibangunkan untuk memastikan instrumen
tersebut sesuai diaplikasikan dalam kalangan murid sekolah rendah di kawasan pulau.
OBJEKTIF KAJIAN
Membangun dan menguji Instrumen Kemahiran Mendengar dalam kalangan murid tahun lima
sekolah rendah di kawasan pulau.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 534
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
SOROTAN LITERATUR
Kemahiran mendengar bertujuan untuk memahami bahasa pertuturan. Kemahiran
mendengar adalah kemahiran yang penting, wujud dalam kebanyakan aktiviti kehidupan kita
(Junio, 2012). Antara sumber mendengar kita mungkin datangnya daripada pengumuman
oleh petugas di perhentian bas, pengumuman mengenai keadaan cuaca di televisyen,
pengumuman pertukaran jadual penerbangan di lapangan terbang dan muzik yang dimainkan
melalui radio atau pita rakaman (Lindsay & Knight, 2006 dalam Junio 2012; Mustafa &
Yahaya, 2013). Mendengar juga dikatakan sebagai satu proses yang kompleks kerana
mempunyai hubungan semulajadi antara pskologikal dan sosial. Bueno, Madrid dan McLaren
(2006, dalam Junio 2012) menjelaskan bahawa, mendengar adalah suatu fenomena psikologi
yang berlaku pada tahap kognitif dalam minda kita. Mendengar juga bertindak sebagai suatu
fenomena sosial yang berkembang secara saling bertindak antara individu dengan
persekitaran mereka. Mendengar boleh dianggap sebagai satu proses yang kompleks yang
perlu difahami oleh diri sendiri dan seterusnya membuat penilaian sebelum mengintegrasikan
maklumat tersebut dengan aspek-aspek fonologi kemahiran bertutur.
Kebelakangan ini semakin ramai ahli akademik membincangkan isu berkaitan
kemahiran mendengar (Jafre, Abidin, Ong, & Kim, 2011; & Sejdiu, 2017). Ahli akademik juga
berterusan meneroka kepentingan mendengar khususnya dalam pemerolehan bahasa dan
interaksi sosial dalam kalangan murid sekolah. Mereka merumuskan bahawa kemahiran
mendengar merupakan satu kemahiran yang tidak boleh diketepikan sama sekali dalam
komuniti manusia daripada zaman dahulu hinggalah ke era moden ini (Soureshjani, 2012).
Apabila seseorang berkomunikasi dengan orang lain, mereka akan berbual dan mendengar,
menulis dan membaca. Jika seseorang itu mengalami masalah dalam menguasai empat
kemahiran ini atau salah satu daripadanya, mereka akan menghadapi masalah berkaitan
kemahiran dalam konteks pembelajaran bahasa. Kemahiran mendengar juga merupakan
salah satu daripada komponen pembelajaran bahasa bersama dengan kemahiran-kemahiran
yang lain seperti kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis (Nik Mohd
Rahimi, Zamri, & Kamarulzaman, 2008).
Namun demikian, kemahiran mendengar tidak begitu diberi penekanan dalam aktiviti
pembelajaran sehingga murid tidak menyedari kepentingan kemahiran tersebut kepada
mereka. Seterusnya murid yang mampu mendengar dengan teliti dan dapat memberi tindak
balas dalam pelbagai situasi yang melibatkan aktiviti pengucapan seperti cerita, arahan,
perbualan, soal jawab, laporan berita, dan perbincangan dikategorikan sebagai mempunyai
kemahiran mendengar yang baik (Siti Nur Fahdziha, 2017). Berdasarkan dokumen Sukatan
pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu (KPM, 2011), kemahiran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 535
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mendengar ialah keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi serta dapat memberi maklum balas.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Penggunaan pendekatan ini dilakukan bagi
membolehkan penggunaan kaedah triangulasi data dan bertujuan untuk memastikan
maklumat yang diperoleh adalah lebih mendalam (Creswell, 2003). Pengkaji menggunakan
instrumen utama yang akan memberikan kesan kepada peserta kajian melalui kaedah temu
bual dan pemerhatian (Noraini, 2010). Persoalan kajian merupakan elemen yang penting
namun ini bergantung kepada kaedah pengumpulan data dan analisis yang dilakukan.
Pengkaji turun ke lapangan dengan minda yang terbuka dan melihat apa yang perlu diterokai
dan disiasat (Maxwell, 2005). Data-data yang diperolehi ini dikumpul daripada gabungan
kaedah temu bual sebagai data utama, manakala pemerhatian dan penganalisisan dokumen
peserta kajian dilakukan bagi menyokong data temubual (Miller, Dingwall & Murphy, 2006).
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Pembangunan instrumen merupakan antara objektif utama kajian ini. Kajian ini menggunakan
Model Mohd Sidek, Model Sharifah Alwiah dan Model Russell sebagai panduan kerana
gabungan model ini menghasilkan model integrasi yang lebih komprehensif seperti Rajah 1.
Terdapat sepuluh langkah pembangunan proses yang dikemukakan oleh Model Russell
(1974) bermula dengan mengenal pasti kebolehan pelajar, pemilihan dan senarai, mereka
bentuk modul baru, menentukan objektif, membina item pengukuran, menganalisis dan
menentukan pencapaian pelajar, urutan pencapaian dan pemilihan media, mencuba ke atas
pelajar serta kajian lapangan. Model Sharifah Alwiah (1981) juga mempunyai sepuluh langkah
iaitu penentuan golongan pelajar, pemilihan konsep prinsip atau kemahiran, penentuan
objektif, penyediaan ujian, pemilihan isi kandungan, pemilihan strategi pembelajaran,
pemilihan media, penyatuan, ujian lapangan dan draf akhir. Model Mohd Sidek (2001) pula
mempunyai tiga belas langkah dan dua peringkat iaitu bermula dengan mengenal pasti teori,
rasional, falsafah, konsep, sasaran dan tempoh masa sebagai langkah pertama, diikuti
dengan kajian keperluan, menetapkan objektif, pemilihan isi kandungan, pemilihan strategi,
pemilihan logistik, pemilihan media, menyatukan draf, kajian rintis menguji kesahan dan
kebolehpercayaan, penilaian keberkesanan dan draf akhir.
Hasil gabungan ketiga-tiga modul ini menghasilkan instrumen yang merangkumi tujuh langkah
melibatkan dua peringkat iaitu peringkat pertama yang mempunyai empat langkah dan
peringkat kedua mempunyai tiga langkah. Empat langkah dalam peringkat pertama
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 536
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
melibatkan mengenal pasti konsep, sasaran dan tempoh masa. Langkah kedua ialah kajian
keperluan bagi memastikan skop dan topik yang dipilih adalah relevan dan langkah ketiga
ialah menetapkan objektif instrumen. Langkah keempat pula ialah menentukan standard
pembelajaran, kandungan dan resos. Peringkat dua pula merangkumi tiga langkah iaitu
penilaian instrumen, menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen serta penilaian
terhadap instrumen yang dibangunkan.
Mengenal pasti Konsep, Sasaran dan
Tempoh Masa
Peringkat Pertama : Penyediaan
draf instrumen
Kajian Keperluan
Menetapkan objektif
Menentukan Standard Pembelajaran, strategi
& resos
Perlu pengubahsuaian
Draf Lengkap Instrumen Dihasilkan
Penilaian Instrumen Kemahiran Mendengar Peringkat Kedua : Pemantapan
Instrumen Kemahiran Mendengar
Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan
Instrumen Kemahiran Mendengar
Instrumen Kemahiran Mendengar lengkap
Rajah 1: Proses Pembangunan Instrumen Kemahiran Mendengar berasaskan Model Sharifah
Alwiah, Model Mohd Sidek dan Model Russell.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 537
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Setelah semua tahap dan aras dibina, pengkaji menilai tahap persetujuan pakar selaku
interater (penilai luar) untuk menguji ketekalan pembinaan tahap dan aras yang dilakukan
oleh pengkaji. Sehubungan itu, pengkaji mendapatkan bantuan daripada kumpulan pakar
kualitatif bagi pengesahan dalaman. Analisis Indeks Persetujuan Koefisien Cohen Kappa
merupakan kaedah bagi menentukan kebolehpercayaan data temu bual (Suria, 2007; &
Zamri, 2004). Ini digunakan untuk mendapatkan darjah persetujuan dengan tahap dan aras
yang dominan dalam data kualitatif (Zamri, 2004). Penelitian dan pemeriksaan oleh penilai
adalah berdasarkan Rust dan Cooil (1994) sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1: Skala Nilai Kebolehpercayaan Cohen Kappa
Kappa (K) Interpretasi
K<0.00 Sangat lemah
0.00<K<0.20 Lemah
0.21<K<0.40 Sederhana lemah
0.41<K<0.60 Sederhana
0.61<K<0.80 Baik
K>0.81 Sangat Baik
Jadual 2: Senarai panel pakar analisis persetujuan pembangunan tahap dan aras data
kualitatif
Bil Nama Institusi Jawatan Nilai
1 Pakar A IPGKDRI Dr, 0.80
Pensyarah
Penyelidikan dan Pembangunan
Profesionalisme Keguruan
2 Pakar B Guru Guru Cemerlang 0.90
Sekolah
3 Pakar C Guru Guru Cemerlang 0.75
Sekolah
Hasil penilaian pakar yang dilantik menunjukkan kesemua pakar telah bersetuju dengan
pembangunan tahap dan aras data temu bual dengan tahap persetujuan baik iaitu melebihi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 538
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
0.61. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan berdasarkan pandangan pakar. Instrumen
Kemahiran Mendengar merupakan alat kajian utama dalam kajian ini. Instrumen ini digunakan
untuk mengukur tahap kebolehan murid. Pengkaji memfokuskan kajian untuk menguji murid
pada keupayaan tahap 2, 3 dan 4. Instrumen Kemahiran Mendengar yang digunakan ini dibina
khas untuk kegunaan pengkaji bagi kajian di sekolah rendah di dua buah pulau di Terengganu.
Instrumen ini terbahagi kepada tiga tahap iaitu Tahap 2 : Terbatas, Tahap 3 : Memadai, Tahap
4 : Memuaskan. Instrumen ini meliputi penggunaan resos seperti penggunaan audio, video
dan pembacaan teks oleh pengkaji untuk didengari oleh peserta kajian. Peserta kajian (PK)
terdiri daripada 12 orang murid tahun lima melibatkan enam orang murid lelaki dan enam
orang murid perempuan. PK 1 hingga PK 6 merupakan murid tahun lima dari Sekolah
Kebangsaan Pulau A dan PK 7 hingga PK 12 merupakan murid tahun tahun lima dari Sekolah
Kebangsaan Pulau B. Pemilihan PK dibuat berdasarkan markah peperiksaan mata pelajaran
bahasa Melayu bagi peperiksaan pertengahan tahun. Empat orang PK merupakan murid
dalam kategori lemah dengan purata markah antara 40% hingga 60%. Empat orang PK
merupakan murid kategori sederhana dengan purata markah antara 61% hingga 80% dan
empat orang PK lagi merupakan murid kategori cemerlang dengan purata markah antara 81%
hingga 100%. Pelaksanaan pengujian Instrumen Kemahiran Mendengar dilaksanakan secara
temu bual bersama peserta kajian dan juga pemerhatian terhadap tingkah laku peserta kajian
ketika proses temu bual. Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati peserta kajian lebih
menumpukan perhatian kepada maklumat yang lebih relevan dengan diri dan persekitaran
mereka. Ini menyebabkan pentafsiran tahap kesukaran soalan tidak sama bagi setiap peserta
kajian. Terdapat peserta kajian yang dapat menguasai soalan pada aras tinggi dengan lebih
baik berbanding soalan pada aras yang lebih rendah disebabkan oleh maklumat yang
didengar merupakan perkara yang lazim didengar dan dilalui oleh mereka. Justeru, pengkaji
bersetuju dengan teori relevans yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986, dalam
Zaitul Azma, 2007).
Jadual 3: Dapatan Data Tahap 2 : Terbatas
Aras Dapatan Tahap 2
Aras 1 : Memilih maklumat T2S3 = 8 (67%) orang PK tidak menguasai
- PK keliru dengan maklumat yang didengar
dan gagal memilih maklumat tepat.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 539
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
- Contoh: PK12 menyatakan “Melaka”
sebagai jawapan sedangkan jawapan
yang sebenar adalah “Amerika”.
Aras 2 : Memahami cerita T2S8 = 9 (75%) orang PK menguasai
- Jawapan yang dikemukakan oleh PK
hampir sama
- Contoh jawapan: “berhati-hati”,
“membawa barang berharga”, dan
“berjalan secara berkumpulan”.
Aras 3 : Meramalkan kesudahan T2S12 = 10 (83%) orang PK menguasai
cerita
- Jawapan yang dinyatakan juga hampir
sama
- Contoh: “berjaya”, “boleh berjaya”, “akan
berjaya”, dan “dia berjaya”.
Aras 4 : memilih maklumat dalam T2S16 = 9 (75%) orang PK menguasai
perbualan
- Jawapan yang hampir sama
- Contoh: “mencurahkan cuka” dan “dia
letak cuka”
Aras 5 : Merumuskan maklumat T2S19 = 7 (58%) 12 orang PK menguasai
- Contoh jawapan: “pergi mandi kolam, pergi
taman”, “bercuti”, “pergi mandi kolam,
pergi taman”, “pergi Taman Laut”, “jalan-
jalan”
Aras 6 : Membanding maklumat T2S23 = 12 (100%) orang PK menguasai
- PK membuat hubungkait antara cerita
dengan diri PK
- Contoh jawapan: “mesti mentaati ibu
bapa”, “mesti minta izin ibu bapa sebelum
pergi berkhemah”, “sebelum pergi
berkhemah, minta izin mak dan ayah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 540
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dulu”, dan “…Kena selalu ikut cakap ibu
bapa”.
Jadual 4: Dapatan Data Tahap 3 : Memadai
Aras Dapatan Tahap 3
Aras 1 : Keupayaan bertindak T3S5 = 12 (100%) orang PK tidak menguasai
berdasarkan maklumat - PK gagal mengingat maklumat yang telah
didengar.
Aras 2 : Keupayaan merumus T3S8 = 9 (75%) orang PK menguasai
maklumat penting - Jawapan yang dikemukakan oleh PK
hampir sama
- Contoh jawapan: “suruh mak buat
makanan tu”, “bawak duit lebih”.
Aras 3 : Keupayaan T3S11 = 6 (50%) orang PK menguasai
menghubungkait maklumat - Jawapan yang dinyatakan juga hampir sama
- Contoh: “sihat”, “badan menjadi sihat”
Aras 4 : Keupayaan mengenal T3S13 = 4 (33%) orang PK menguasai
pasti idea utama - Jawapan hampir sama
- Contoh: “rakan Cop baik”, rakan Cop banyak
membantu”
Aras 5 : Keupayaan mengatur T3S15 = 12 (100%) orang PK tidak menguasai
semula idea utama - PK tidak berjaya menyusun semula idea yang
telah didengar
Aras 6 : Keupayaan menilai T3S19 = 2 (17%) orang PK menguasai
perbincangan - Contoh jawapan : “ulang dan amalkan”
Jadual 5: Dapatan Data Tahap 4 : Memuaskan
Aras Dapatan Tahap 4
Aras 1 : Mengenal pasti idea T4S4 = 11 (92%) orang PK menguasai
utama dan sampingan - Contoh jawapan : “sampah itu berselerak”,
“alam sekitar akan tercemar”
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 541
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Aras 2 : Merumuskan T4S7 = 3 (25%) orang PK menguasai
perbincangan - Jawapan yang dikemukakan oleh PK hampir
sama
- Contoh jawapan : “guna setiap hari”.
Aras 3 : menghubungkait T4S10 = 12 (100%) orang PK tidak menguasai
pertuturan yang kompleks - Gagal menyatakan kebaikan pementasan
menggunakan pelbagai laras wayang kulit.
bahasa
Aras 4 : membandingkan isu T4S13 = 7 (58%) orang PK menguasai
- Contoh : “hidupan laut lebih cantik seperti coral,
ikan”,
Aras 5 : mengorganisasi semula T4S16 = 3 (25%) orang menguasai
idea - Ulasan sajak
- Contoh : “menghormati guru”
Aras 6 : membuat penilaian T4S19 = 12 (100%) orang PK tidak menguasai
terhadap bahan prosa yang - PK gagal menyatakan jawapan
didengar
Teori Relevans yang diperkenalkan oleh Sperber dan Wilson (1986), dan diperkemaskan
pada tahun 1995 menekankan kerelevanan sesuatu ujaran adalah bergantung pada konteks
dan kesan konteks ataupun kognisi dan usaha pemprosesan maklumat antara penutur dan
pendengar. Teori Relevans menekankan kognisi manusia berorientasikan relevan.
Pendengar selalunya akan menumpukan perhatian kepada maklumat yang relevan dengan
dirinya. Ini mendatangkan kesan terhadap usaha memproses ujaran kerana usaha tersebut
adalah tidak sama bagi setiap pendengar, ada yang mudah dan ada yang susah. Oleh itu,
penutur akan mencipta segala pengharapan yang relevan kepada pendengar untuk
menginterpretasi maklumat. Pengkaji bersetuju dengan Jafre et. al., (2011) supaya guru perlu
mengasah kemahiran mendengar murid. Pembangunan Instrumen Kemahiran Mendengar
merupakan satu usaha untuk membantu guru meningkatkan kebolehan mendengar murid.
Tambahan pula, penguasaan kemahiran mendengar dapat membantu murid
mempertingkatkan penguasaan kemahiran bertutur sebagaimana yang dinyatakan oleh Tavil
(2010). Justeru, para guru seharusnya memberi perhatian yang sama penting terhadap aktiviti
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kemahiran mendengar sama seperti penekanan
yang diberikan terhadap aktiviti PdPc kemahiran membaca, bertutur dan menulis.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 542
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KESIMPULAN
Kemahiran mendengar murid pulau dipengaruhi oleh budaya yang dibawa oleh pelancong
asing hingga menyebabkan wujudnya sisipan perkataan bahasa Inggeris seperti “game” dan
“result” dalam pertuturan peserta kajian ketika mengemukakan jawapan walaupun bahan
yang diperdengarkan kepada mereka adalah dalam bahasa Melayu. Selain itu, peserta kajian
juga menyisipkan perkataan bahasa Inggeris ketika menjawab persoalan berkaitan pekerjaan
ibu bapa mereka seperti “ayah saya bekerja sebagai boatman dan mak saya membuat
housekeeping di resort”. Ini bertepatan dengan apa yang diutarakan oleh Goddard (2006)
mengenai etnopragmatik. Etnopragmatik merupakan pendekatan bahasa yang digunakan
yang menjadikan budaya memainkan peranan utama sekaligus membuka jalan untuk
menghubungkan antara bahasa dan fenomena budaya yang berlainan. Ini juga disebabkan
oleh sebaran bahasa secara geolinguistik oleh pelancong kepada peserta kajian. Pengaruh
sosialisasi bahasa juga memberi impak terhadap kemahiran mendengar murid. Murid
menunjukkan kompetensi dalam kemahiran ini menerusi perantaraan kemahiran berbahasa
yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan keluarga. Penguasaan dan perkembangan bahasa ini
tidak dapat dielakkan oleh murid dan berlaku secara tidak formal dan berlaku setiap hari.
Menurut Duranti et al. (2011, dalam Kwai, 2015), murid akan membuat peniruan
tingkah laku dan bahasa sebagaimana yang ditunjukkan oleh ibu bapa atau keluarga terdekat
sepertimana rutin dalam kehidupan seharian mereka. Ini dibuktikan oleh cara peserta kajian
berkomunikasi dan memberi maklum balas terhadap apa yang didengar semasa proses temu
bual. Sebagai contoh, murid tidak dapat menerangkan semula cara untuk memasak nasi
goreng sepertimana maklumat yang didengar dan ditonton kerana budaya mereka yang kerap
makan di kedai. Hasil proses sosialisasi bersama masyarakat setempat dan pengunjung luar
terutamanya pelancong asing juga menyebabkan pemikiran murid lebih dewasa daripada usia
sebenar. Didapati murid membantu ibu bapa bekerja selepas habis waktu persekolahan.
Murid perempuan didapati terlibat secara langsung dalam membantu ibu bapa di kedai makan
manakala murid lelaki pula cenderung untuk membantu bapa mereka yang bekerja sebagai
pemandu bot. Murid menyatakan bahawa tiada istilah cuti bagi mereka termasuklah ketika
musim perayaan. Sebagai contoh, “kita [saya] sekejap je raye [raya], lepas tu, tolong ayoh
[ayah] bawa bot”.
Dalam pelaksanaan ujian kemahiran mendengar, guru dan murid memainkan peranan
utama dalam memastikan ujian yang dilaksanakan berkesan dan mencapai objektif yang
ditetapkan. Guru berperanan sebagai motivator, pemudahcara, membuat pemerhatian ke
atas tingkah laku murid, dan memberi maklum balas. Secara keseluruhan, guru perlu
membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012) termasuklah mengenal pasti pola kemahiran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 543
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mendengar murid bagi membolehkan guru menerapkan kemahiran mendengar yang baik
kepada murid. Sasaran kegunaan Instrumen Kemahiran Mendengar adalah kepada guru
bahasa Melayu tahun lima. Cabaran utama guru bahasa Melayu pada masa kini adalah
penyediaan instrumen sebagai eviden dalam PdPc berkaitan kemahiran mendengar bahasa
Melayu. Justeru, instrumen ini mampu menyediakan panduan kepada guru bahasa Melayu
dalam penyediaan pengujian kemahiran mendengar.
RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood. (1990). Dialek Terengganu: Satu tinjauan ringkas. Jurnal Dewan
Bahasa. Mac, 217-225.
Abdul Rashid Daing Melebek, Amat Johari Moain. (2012). Sosiolinguistik dan bahasa Melayu.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asmah Omar. (1991). Language and society in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Botha, R. (1989). Challenging Chomsky: The generative garden game. Basil Blackwell:
Cambridge.
Creswell, J., W. (2012). Educational research: Planning, conducting and evaluating
quantitative and qualitative research (4th ed.). United States: Pearson.
Goddard, Cliff & Zhengdao Ye. (2015). Ethnopragmatics. The Routledge Handbook of
Language and Culture. New York. Routledge.
Hyslop, N. B.,& Tone, B. (1988). Listening: Are we teaching it, and if so, how? Eric Digest ,3.
Diperoleh daripada http://www.ericdigests.org/pre-928/listening.htm.
Jafre, M., Abidin, Z., Ong, N., & Kim, L. (2011). Improving listening comprehension among
Malay preschool children using digital stories. International Journal of Humanities and
Social Science, 1(14), 159–164.
Junio, C. De. (2012). The importance of teaching listening and speaking skills. Facultad de
Educación. https://doi.org/10.1106/70V2-62VX-7LCK-YDPN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kramsch, C. (2003). Language acquisition and language socialization: Ecological
perspectives: Bloomsburry Publishing.
Kwai Tam Yeow. (2015). Pengaruh Persekitaran terhadap perkembangan guru ke arah
kecemerlangan. Tesis Dr. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.
Maxwell, J. A. (2005). Qualitative research design: An interactive approach (2nd ed.). United
Kingdom: Sage Publications.
Mohd Asri Harun, Zulkifley Hamid, & Kartini Abd Wahab. (2016). Melahirkan Warga Yang
Berketerampilan Bahasa: Kajian Hubungan Antara Pengetahuan Dengan Amalan
Komunikatif Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu. Malaysian Journal of Society and
Space 12, 9(9), 32–45.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 544
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Miller, G., Dingwall, R. & Murphy, E. (2006). Using qualitative data and analysis: Reflection on
organizational research. In D. Silverman (Ed.), In qualitative research: Therory, method
and practice (pp. 325-341). London: Sage Publications.
Mohd Sidek Noah. (2009). Reka bentuk penyelidikan falsafah, teori dan praktis. Selangor:
Universiti Putera Malaysia.
Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Zamri Mahamood & Kamarulzaman Abd. Ghani. (2008). Motivasi
Pembelajaran Kemahiran Mendengar Bahasa Arab dan Hubungannya dengan
Pencapaian Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 33, 3–18.
Nik Safiah Karim, Farid M Onn, & Abdul Hamid Mahmood. (1996). Tatabahasa dewan. Edisi
Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education.
Russell, J.D.(1974). Modular instruction: A guide to the design, selection, utilization and
evaluation of modular materials. United States Publishing Company.
Rust, R., & Cooil, B.(1994). Reliability measures for qualitative data: theory and implications.
Journal of Marketing Research. 31(1): 1-14.
Sejdiu, S. (2017). Are Listening Skills Best Enhanced Through The Use Of Multimedia
Technology. Digital Education Review, (32), 60–72.
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1981). Pengenalan Pengajaran Individu dengan tumpuan khas
kepada Modul Pengajaran dan Modul Pembelajaran. Jurnal Pendidik dan Pendidikan.
3(1): 54-62. Pulau Pinang: USM.
Siti Nur Fahdziha, K. (2017). Kerangka Bagi Mereka Bentuk Pakej Pembelajaran Mobile Untuk
Pembelajaran Bahasa Inggeris (Kemahiran Mendengar dan Bertutur). Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.
Soureshjani, KH. (2012). Demotivating factors on English speaking skill: A study of EFL
language learners and teachers; attitudes. World Applied Sciences Journal 17(3), 327-
339
Suria Baba.(2007). Strategi pdp bestari dalam aktiviti prapenulisan. Thesis doktor falsafah :
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tavil, Z. M. (2010). Integrating listening and speaking skills to facilitate English language
learner’s communicative competence. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 9,
765–770. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.12.231
Taylor, S. J., & Bogdan, R. (1998). Introduction to qualitative research methods: A guide book
and resources (3rd ed.). New York: John Wiley and Sons.
Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2007). Tidak Memahami Konteks dan Situasi - Satu Fenomena
Konflik Bahasa dan Budaya. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik dan
Pembudayaan Bahasa Melayu ke-3 2007. 346 - 356. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zamri Mahamood. (2004). Strategi Pembelajaran BM di kalangan pelajar Melayu sekolah
menengah. Thesis Doktor Falsafah: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zulkifley Hamid (2014). Faktor persekitaran sekolah dan etnik dalam perancangan dan
pelaksanaan program pendidikan bahasa melayu di Malaysia. Geografia – Malaysian
Journal of Society and Space. 10(5),85-95.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 545
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGGUNAAN KATA NAMA DALAM KOMUNIKASI : KESANNYA KEPADA EMOSI
DAN PERSEPSI
Mazura binti Sulaiman
1
1 Jabatan Pedagogi Bahasa Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Melayu, Kuala Lumpur
[email protected]
ABSTRAK
Bahasa merupakan wahana asas yang digunakan dalam komunikasi lisan antara penutur dan
pendengar. Dalam sesebuah masyarakat terdapat peraturan-peraturan tertentu yang
menjelaskan aspek hubungan dalam komunikasi. Peraturan dan hubungan komunikasi ini
tergambar dalam penggunaan bahasa. Salah satu aspek penggunaan bahasa yang
memperlihatkan hubungan ini ialah penggunaan kata nama. Kertas kerja ini akan
membincangkan kesan penggunaan kata nama dalam komunikasi terhadap emosi individu
dan persepsi yang terlibat dalam komunikasi tersebut. Penggunaan kata nama yang menjadi
fokus kajian ini ialah penggunaan kata nama khas, dan kata ganti nama diri iaitu kata ganti
nama diri pertama, kata ganti nama diri kedua dan kata ganti nama diri ketiga. Dalam bidang
pendidikan isu penggunaan kata nama khususnya kata ganti nama juga berlaku. Untuk
mengukuhkan lagi pernyataan ini, soal selidik juga telah ditadbir kepada 42 orang responden
daripada kalangan siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 4
tahun 2021. Analisis data soal selidik membuktikan penggunaan kata ganti nama yang salah
dalam komunikasi amat mempengaruhi emosi dan persepsi pendengar.
Kata kunci : komunikasi lisan, kata nama, kata nama khas, kata ganti nama.
PENGENALAN
Komunikasi adalah proses manusia menghantar dan menerima mesej. Bahasa merupakan
satu entiti yang terdiri daripada dua komponen pengetahuan, iaitu tatabahasa dan
penguasaan berbahasa. Penguasaan bahasa pula merujuk kepada pemahaman para
pengguna bahasa tentang pelbagai kekangan sosial yang wujud dalam pelbagai wacana atau
situasi berbahasa. Dengan perkataan lain, penguasaan berbahasa merupakan kebolehan
para pengguna bahasa memilih dan menggunakan unsur-unsur bahasa dengan betul
dan bersesuaian dengan keadaan bagi memungkinkan pelbagai tujuan komunikasi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 546
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mendapat kesan yang diharapkan. Pemilihan kata-kata dalam sesuatu komunikasi berupaya
menimbulkan emosi dan persepsi yang mendalam dan menggerakkan tindakan manusia.
PERNYATAAN MASALAH
Menurut Kamus Dewan (2015), menyatakan bahawa emosi bermaksud perasaan pada jiwa
yang kuat seperti sedih, marah dan lain-lain manakala Muhammad Uthman Najati (1993)
menyatakan emosi sebagai bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas
seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi
takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang. Persepsi pula menurut Kamus Dewan
(2015) bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu,
pandangan atau tanggapan.
Dalam komunikasi lisan, wujud pola-pola perhubungan antara penutur dengan
pendengar. Robinson (1972) telah menyatakan dalam sesebuah masyarakat terdapat
beberapa peraturan tertentu dalam perhubungan antara ahli-ahlinya. Peraturan dan bentuk
perhubungan ini tergambar dalam penggunaan bahasa. Percakapan yang menggunakan
bahasa yang baik dan teratur akan memberi makna mendalam dan juga mampu memberi
kesan kepada emosi dan persepsi kepada seseorang.
Dalam konteks bahasa Melayu (BM), ungkapan Bahasa Menunjukkan Bangsa amat
sinonim dengan kita. Penggunaan kata nama seringkali dikaitkan dengan penggunaan sistem
panggilan serta amat ditekankan kepentingannya dalam kesantunan masyarakat Melayu. Kini
sistem panggilan dalam bahasa Melayu berhadapan dengan fenomena yang
membimbangkan Nilai- nilai kesantunan dalam panggilan semakin terhakis dengan
kemunculan pelbagai gejala penggunaan bahasa yang tidak sopan. Contoh yang pertama
ialah penggunaan kata gantinama diri yang sering digunakan oleh para remaja masa kini
ketika berinteraksi sesama mereka ialah seperti ‘lu’,’gua’,’bro’ dan lain-lain lagi. Kata
gantinama diri ini dianggap tidak sopan apabila di dengar oleh golongan yang lebih berumur.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Menunjukkan kesan penggunaan kata nama khas manusia terhadap emosi dan
persepsi.
2. Mengenal pasti kesan penggunaan kata ganti nama diri terhadap emosi dan persepsi.
KEPENTINGAN KAJIAN
1. Menegaskan kepentingan menggunakan kata nama khas manusia dan kata ganti
nama diri yang betul dalam komunikasi.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 547
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KAJIAN LITERATUR
Marlyna Maros dan Mohd. Baharim Mayidin (2011) dalam kajian mereka bertajuk Jenis dan
fungsi sapaan serta persepsi kesantunan dalam interaksi di kaunter pertanyaan
membentangkan hasil kajian tentang jenis kata sapaan iaitu kata ganti nama, fungsinya, dan
persepsi responden terhadap aspek kesantunan dalam memberikan sapaan sewaktu
berinteraksi di kaunter pertanyaan. Dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa lakuan
sapaan kurang diamalkan dalam urusan di kaunter pertanyaan di pusat beli-belah bukan
kerana penutur tidak cekap dalam berkomunikasi atau kurang ilmu dalam kesantunan
berbahasa dalam budaya Melayu, tetapi kerana pengaruh tempat berlakunya interaksi itu.
Seterusnya kajian tentang penggunaan kata ganti nama ini turut dijalankan oleh
Zulkifley Hamid dan Naidatul Zamrizam Abu (2013) bertajuk Memupuk perpaduan di Malaysia
- Santun bahasa dalam kalangan murid pelbagai etnik dari aspek penggunaan kata ganti
nama diri. Kajian ini dijalankan untuk meneroka aspek penggunaan kata ganti nama diri dalam
kalangan murid pelbagai etnik di sekolah kebangsaan. Walaupun kata ganti nama telah diajar
secara formal di sekolah, namun masih terdapat masalah dalam penggunaan kata ganti nama
dari perspektif kesantunan berbahasa. Seramai 72 orang murid telah dipilih secara rawak
sebagai responden. Hasil kajian mendapati bahawa murid-murid Melayu menggunakan
pelbagai kata ganti nama dalam perbualan. Kata ganti nama ‘aku – kau’ dan ‘saya – awak’
paling kerap diguna oleh murid Melayu berbanding murid bukan Melayu yang lebih selesa
menggunakan ‘saya – kamu’. Masalah penggunaan kata ganti nama wujud dalam kalangan
murid Melayu dan bukan Melayu dalam situasi berbeza. Murid Melayu kerap menggunakan
kata ganti nama ‘dia orang’, ‘kita orang’ dan ‘kau orang’ dalam perbualan yang menjejaskan
kualiti dalam penulisan sedangkan murid bukan Melayu menggunakan kata ganti nama yang
betul iaitu ‘mereka’, ‘kami’ dan ‘kamu semua’. Bagi murid bukan Melayu pula, masih ada lagi
yang meng‘kamu’kan atau meng‘awak’kan guru mereka sewaktu berinteraksi walaupun telah
mendapat pendidikan dalam aspek kata ganti nama di sekolah, walhal penggunaan kata
gelaran ‘cikgu’ paling santun berbanding memanggil ‘kamu’ kepada guru. Menurut mereka
implikasi daripada kegagalan menggunakan kata ganti nama yang tepat boleh menggugat
keharmonian dalam hubungan antara etnik. Justeru, pembelajaran kata ganti nama tidak
harus dilihat sebagai penguasaan dalam aspek nahu sahaja, tetapi penegasan juga perlu
diberikan dalam fungsi kata ganti nama sebagai ujaran beradab dalam kesantunan
berbahasa.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 548
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
METODOLOGI KAJIAN
Rekabentuk Kajian:
Dalam melaksanakan kajian ini pengkaji telah memilih untuk menggunakan kaedah tinjauan
yang menggabungkan antara penyelidikan kualitatif (ulasan kajian sebelumnya) dan
kuantitatif (data daripada soal selidik) yang kukuh untuk memahami fenomena kajian dengan
sepenuhnya.
Responden Kajian:
Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 42 orang guru Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 4 pengkhususan BM di IPG Kampus Bahasa
Melayu, Kuala Lumpur.
Instrumen Kajian:
Untuk kajian ini instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang akan mengesan emosi (8
item) dan persepsi (8 item) terhadap penggunaan kata ganti nama diri semasa komunikasi
antara guru dengan murid.
Analisis Data:
Data yang dikumpulkan melalui soal selidik dianalisis secara manual menggunakan
kekerapan dan peratusan. Manakala bagi item persepsi, hasil dapatan kemudian dirumuskan.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Objektif 1:
Dalam filem komedi arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul, Ahmad Albab ketukan
pada pintu oleh si datuk menjadi pencetus kepada nama cucunya. Bayangkan jika nama
seperti betul-betul wujud pada masa sekarang. Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Hadis,
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman (2010)
menyatakan lazimnya anak-anak apabila bersama-sama rakan sebaya akan membandingkan
namanya dengan nama rakan-rakan dan sering bertanya apakah maksud di sebaliknya.
Kemungkinan besar yang empunya nama Ahmad Albab tersebut akan diejek kerana nama itu
bermaksud “pintu”. Senario seperti ini pastinya akan mempengaruhi emosi si empunya nama.
Sementara itu Ketua Unit Kaunseling, Bahagian Pembangunan Keluarga, Lembaga
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dr. Khamsiah Ismail (2010) turut mengakui bahawa nama
juga memberi kesan psikologi kepada pemiliknya. Nama yang agak kerap dan popular
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 549
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
penggunaannya, membuatkan anak-anak berasa seperti orang-orang biasa, berkongsi nama
dengan ramai serta kerap pula disebut atau dipanggil. Nama-nama yang sebaliknya, jarang
didengar, berbunyi pelik dan ganjil mungkin membuatkan yang empunya diri berasa agak
terasing. Kemungkinan juga nama pelik itu tidak begitu disenangi, apatah lagi jika ejaannya
juga rumit, susah dibunyikan dan akhirnya dipanggil dengan sebutan yang tidak betul.
Menurut beliau lagi, kesan daripadanya, nama ini mungkin menjadi bahan ejekan atau
membangkitkan rasa malu kepada mereka yang akhirnya menyebabkan rasa marah,
membangkitkan pergaduhan, malah juga boleh membina perasaan rendah diri.
Sebaliknya nama-nama yang indah dan membawa maksud yang baik-baik akan
meningkatkan keyakinan diri serta rasa diri dihormati. Misalnya orang Melayu sangat sensitif
dengan gelaran, pangkat dan darjat. Setiap gelaran yang ada pada nama lazimnya
menceritakan keturunan dan asal usul. Nama yang pangkalnya syed, sharifah, tengku, tunku,
tun, ungku, engku, megat, puteri, nik, wan dan raja adalah antara gelaran feudal yang diwarisi
sejak ratusan lalu. Jika diteliti mengikut kerangka sosial pemikiran orang Melayu, gelaran
sedemikian mencerminkan status dan kedudukan seseorang. Psikologi orang Melayu
memperlihatkan mereka sering ‘terkagum’ dengan gelaran dan pangkat ini. Bagi penerima
atau yang memakai gelaran, mereka rasa dihargai, mungkin mendapat tumpuan dan suka
atau tidak layanan yang diterima memang berbeza berbanding orang kebanyakan.
Seringkali gelaran kurang manis atau label negatif seperti `Hitam’ (kerana kulitnya
gelap) atau `Cik Mok’ (disebabkan badannya montel), “Pendek” (ketinggian rendah) dan lain-
lain gelaran memberi kesan kepada emosi (yang digelar) dan persepsi (pihak ketiga yang
mendengar). Panggilan seperti ini akan mengikis keyakinan diri mereka dan perkara ini boleh
berlanjutan sehingga dewasa. Mereka akan membesar sebagai individu yang kurang yakin
dan mempunyai tanggapan negatif pada diri sendiri. Panggilan negatif yang diulang berkali-
kali lama-kelamaan akan meresap dalam fikiran anak dan dia percaya dirinya memang
mempunyai sifat seperti nama gelaran itu.
Label negatif pada nama lain yang selalu kita dengar ialah seperti ‘Si Bodoh’, ‘Budak
Comot’, dan ‘Minah Kilang’. Ia lebih ketara bagi mereka yang bernama Ahmad atau
Muhammad dengan label yang bermula dengan perkataan ‘Mat’. Bermacam-macam gelaran
‘Mat’ diberikan. Antaranya ialah ‘Mat Gila’, ‘Mat Tiga Suku’, ‘Mat Kerbau’ atau ‘Mat Lori’,
sehinggakan apabila seorang ‘Mat’ itu tidak mempunyai apa-apa gelaran, maka dilabelnya
pula sebagai ‘Mat Saja’.
Objektif 2:
Dari segi penggunaan kata ganti nama diri, ternyata ada ketikanya kesalahan penggunaan
kata ganti nama diri mampu memberi kesan kepada emosi dan persepsi. Abdullah Hassan
(2007) dalam kertas kerja bertajuk Unsur Budaya dalam Komunikasi yang dibentangkan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 550
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dalam Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Alaf Baru banyak memberikan contoh kepada
isu kesalahan penggunanaan kata ganti nama diri ini kepada emosi dan persepsi.
Dikemukakan contoh-contoh berikut:
Situasi 1:
Seorang penyambut tetamu berbangsa India yang berkomunikasi dengan seorang pelanggan
(seorang pensyarah) dengan menggunakan kata ganti nama diri kedua “kamu”.
Penyambut tetamu : Ini kunci bilik kamu.
Belum habis penyambut tetamu bercakap pensyarah itu mencelah. Dia merasa sangat
tersinggung.
Pensyarah : Jangan panggil saya “kamu”. Saya bukan “kamu.”
Kamu boleh panggil kawan kamu, “kamu.” “Kamu”
adalah panggilan yang biadab apabila digunakan
kepada tetamu yang lebih mulia daripada kamu.
Kesan emosi : tersinggung
Kesan persepsi : penyambut tetamu tidak tahu adab kesopanan
Situasi 2
Seorang pelayan mengambil pesanan makanan daripada pelanggan di meja nombor 1,
menggunakan kata ganti nama “encik” dan “makcik”
Pelayan : Encik nak makan apa?
Lelaki 1 : Nasi beriyani dengan ayam.
Pelayan : Minum?
Lelaki 1 : Air suam.
Pelayan beredar kepada lelaki kedua dan mendapat pesanan yang sama (menggunakan kata
ganti nama “encik “ juga. Dia terus pergi kepada wanita pula.
Pelayan : Mak Cik nak makan apa?
Wanita : Siapa Mak Cik?
Pelayan : Oh! Kakak!
Wanita : Saya bukan kakak kamu ... Saya bukan Mak Cik
kamu,saya bukan nenek kamu. Saya pelanggan.
Hormatlah pada pelanggan kamu....”
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 551
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kesan emosi : tersinggung
Kesan persepsi : penyambut tetamu tidak dapat membezakan
hubungan antara pelanggan dengan kekeluargaan
Komunikasi antara guru dengan murid juga menjadi isu dalam konteks penggunaan kata ganti
nama mempengaruhi emosi dan persepsi. Justeru pengkaji telah menjalankan kajian bagi
membuktikan hal ini.
Profil Responden Kajian
Jadual 1 : Bilangan Responden Mengikut Jantina dan Umur
Jantina Umur
Lelaki Perempuan 18-20 21-23 24-26
tahun tahun tahun
Bilangan 15 27 36 6 0
Peratusan 35.7 62.3 85.7 14.3 0
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
35
30 aku
25 saya
20
kami
15
10 kita
5 nama sendiri
0
sangat selesa nuetral tidak selesa sangat tidak
selesa
Rajah 1 : Kesan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Pertama Terhadap Emosi
Analisis menunjukkan kebanyakan responden sangat selesa sekiranya murid membahasakan
atau menggunakan kata ganti diri “saya” semasa murid berkomunikasi dengan mereka (30
orang). Ini diikuti dengan menggunakan kata ganti nama mereka “kami” (20 orang). Analisis
juga menunjukkan untuk emosi neutral, kebanyakan responden memilih penggunaan kata
ganti nama “kami” (15 orang), nama murid sendiri (15 orang). Analisis juga menunjukkan
kebanyakan responden memang berasa sangat tidak selesa (32 orang) apabila murid
menggunakan kata ganti nama diri “aku” semasa berkomunikasi dengan mereka.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 552
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
50
cikgu
40
30 kamu
20
10 puan/encik
0
sangat selesa nuetral tidak selesa sangat tidak selesa
Rajah 2 : Kesan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Kedua Kamu,
Puan/Encik dan Cikgu terhadap Emosi
Analisis menunjukkan kebanyakan responden sangat selesa jika murid menggunakan
kata ganti nama “cikgu” (40 orang) kepada mereka semasa murid berkomunikasi dengannya.
Analisis juga menunjukkan responden sangat tidak selesa dan tidak selesa (32 orang) dengan
panggilan “kamu”.
Analisis persepsi responden terhadap isu penggunaan kata ganti nama dapat
dirumuskan seperti berikut:
Jadual 2 : Persepsi Responden terhadap Penggunaan Kata Ganti Nama
Bil Penggunaan kata ganti nama Rumusan Persepsi responden
1 Murid menggunakan kata ganti nama Murid itu kurang ajar, tidak menghormati
aku guru, tidak tahu adab dan sopan
2 Murid menggunakan kata ganti nama Murid anggap guru dan dia sama taraf
kita
3 Murid menggunakan kata ganti nama Murid bijak dalam komunikasi
saya
4 Murid menggunakan kata ganti nama Murid tidak yakin
kami
5 Murid menggunakan namanya Murid anak yang manja
6 Murid memanggil anda cikgu Murid menghormatinya sebagai guru
7 Murid memanggil anda kamu Murid itu kurang ajar, tidak menghormati
guru, tidak tahu adab dan sopan
8 Murid memanggil anda puan/encik Murid rasa takut dengan guru, rasa
dirinya ada jurang dengan murid tersebut
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 553
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Ternyata penggunaan kata nama khas (nama individu yang pelik dan mempunyai makna
kurang baik) serta nama-nama gelaran negatif amat memberi kesan kepada emosi dan
persepsi. Kemungkinan besar fenomena ini menyebabkan pemilik nama tersebut rasa tidak
yakin dengan diri, rendah diri, malu dan sebagainya. Penggunaan kata nama khas, nama
gelaran serta ganti nama juga mampu memberi kesan kepada persepsi seseorang. Misalnya
penggunaan “Tengku” pada pangkal nama memberi persepsi bahawa pemilik nama itu
seorang yang dihormati, perlu dihormati. Penggunaan nama gelaran, misalnya “Pak Hitam”,
memberi persepsi bahawa pemiliknya berkulit hitam. Begitu juga penggunaan kata ganti nama
diri yang tidak sesuai oleh seseorang boleh menimbulkan pelbagai persepsi seperti orang
yang menuturkannya itu seorang yang kurang ajar, tidak tahu adab dan sopan ataupun
dianggap bukan dalam masyarakat penutur bahasa yang sama.
Penggunaan kata ganti nama diri yang tidak sesuai juga mampu memberi kesan
kepada emosi dan persepsi. Kajian ini membuktikan dalam interaksi antara guru dengan
murid perkara ini memang wujud. Meskipun kajian ini hanya memberi fokus kepada emosi
dan persepsi pada pihak guru sahaja namun pastinya emosi dan persepsi kepada pihak murid
juga akan terkesan jika gurunya menggunakan kata ganti nama yang tidak sesuai dalam
komunikasi antara mereka.
Kajian tentang bahasa dikaitkan dengan psikologi merupakan antara cabang ilmu
psikolinguistik. Namun kajian-kajian yang berkaitan penggunaan bahasa serta kesannya
terhadap emosi, sikap, persepsi, motivasi dan beberapa aspek psikologi masih kurang
dijalankan. Ahli psikolinguistik mahu tahu apakah proses yang berlaku dalam minda atau otak
manusia apabila dia mengeluarkan atau mengucapkan bahasa dan memahami bahasa.
Dalam konteks kajian ini, pengkaji mendapati penggunaan kata nama dalam komunikasi lisan
memberi kesan kepada emosi dan persepsi. Justeru pengkaji mencadangkan agar kajian
sebegini dapat dilaksanakan terutama yang memberi fokus kepada BM.
RUJUKAN
Abdullah Hassan. (2007). Unsur budaya dalam komunikasi. Kertas kerja dibentangkan dalam
Seminar Antarabangsa Bahasa Melayu Alaf Baru Awang Sariyan (2007) Santun
Berbahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Geoffrey Leech. (1993). Prinsip pragmatik. Terjemahan Azhar M. Simin. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamaruddin Hj. Husin. (1995). Laras bahasa. Kuala Lumpur. Utusan Publications
Distributors Sdn. Bhd.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 554
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Maros, Marlyna dan Mohd. Baharim Mayidin. (2011). Jenis dan fungsi sapaan serta persepsi
kesantunan dalam interaksi di kaunter pertanyaan. Jurnal Bahasa (Volume 11, No. 2,
2011, Pages 219 to 234).
Roselan Baki. (2003). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam. Karisma Publications.
Zulkifley Hamid. (1991). Pentafsiran makna: Pragmatik sebagai kaedah yang lebih lengkap.
Jurnal Dewan Bahasa, Julai hlm. 570-575, Kuala Lumpur.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 555
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
MENINGKATKAN PENGUASAAN SEBUTAN PERKATAAN E PEPET DAN E’ TALING
DENGAN BETUL MENGGUNAKAN ALAT MIBM 4 DALAM 1
1
Nur Afiqah binti Ezani , Nurhijrah binti Zakaria
2
1 Sekolah Kebangsaan Jalan Semenyih ‘2’ (Integrasi), Kajang
2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu
[email protected]
ABSTRAK
Sebutan Bahasa Melayu yang betul merupakan aspek yang penting untuk dipelajari kerana
sebutan yang jelas, betul dan tepat oleh penutur, akan menjelaskan makna atau maksud dan
pendengar pula memahami apa yang dimaksudkannya. Kajian ini dijalankan untuk
meningkatkan penguasaan sebutan perkataan e pepet dan é taling dengan betul
menggunakan alat Media Interaktif Bahasa Melayu 4 dalam 1 (MIBM 4 dalam 1) dalam
kalangan murid tahun 2 Anggun. Sampel diambil daripada murid-murid di kelas yang
menjalani program “Dual Language Programme” (DLP) iaitu kelas 2 Anggun. Tiga orang
peserta kajian telah dipilih berdasarkan skor markah paling rendah yang diperoleh dalam ujian
lisan yang diberikan melalui kaedah pensampelan bertujuan. MIBM 4 dalam 1 ini dibina
menggabungkan empat jenis media interaktif iaitu teks, imej, video dan audio dalam satu slaid
interaktif yang menarik. Selain itu, alat ini juga menggabungkan unsur seni dalam pendidikan
iaitu simbol warna, bunyi, gambar serta pergerakan bagi menarik perhatian Peserta Kajian
dalam meneroka maklumat dan aktiviti yang disediakan di dalam MIBM 4 dalam 1. MIBM ini
juga dicipta berdasarkan Model Taksonomi Bloom dan Kaedah Masteri bagi membantu murid
meningkatkan penguasaan sebutan perkataan e pepet dan é taling dengan betul.
Pengumpulan data dilakukan menggunakan tiga kaedah iaitu pemerhatian sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran dengan melihat tingkah laku dan reaksi yang ditunjukkan murid
semasa menggunakan MIBM 4 dalam 1 dan Ujian Lisan II digunakan selepas sesi pengajaran
dan pembelajaran. Analisis kandungan terhadap ujian lisan dan latihan bacaan yang
diselesaikan murid juga dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan guru dapat membantu
murid membezakan sebutan perkataan e pepet dan é taling dengan betul menggunakan alat
Media Interaktif Bahasa Melayu 4 dalam 1 (MIBM 4 dalam 1). Kajian ini boleh menjadi
alternatif kepada guru dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu KSSR serta memberi nilai tambah dalam aspek amalan terbaik pedagogi.
Kata Kunci: dual language programme (dlp), model taksonomi bloom, kaedah masteri dan
bahasa melayu KSSR.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 556
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi tunggal negara Malaysia.
Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 juga ada menyentuh mengenai
enam aspirasi murid dan salah satunya ialah kemahiran dwibahasa. Raminah Hj. Sabran
(1989) dalam tulisannya mengatakan bahawa kepentingan terhadap penguasaan bahasa
lebih ketara lagi dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Semakin tinggi kecekapan seseorang murid itu dalam
menggunakan bahasa terutamanya bahasa pengantar pendidikan, semakin besar
kemungkinan ia dapat menguasai kurikulum pendidikan yang diikutinya. Justeru itu, amat
penting untuk setiap murid menguasai kemahiran berbahasa Melayu dengan betul.
Penguasaan dalam menyebut perkataan-perkataan Bahasa Melayu dengan betul juga
antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Berdasarkan pengalaman,
pemerhatian dan ujian yang dilakukan selama 7 bulan pengkaji mengajar di kelas 2 Anggun,
didapati bahawa terdapat sebilangan besar murid yang masih gagal menyebut beberapa
perkataan dalam Bahasa Melayu dengan betul terutamanya perkataan yang melibatkan
sebutan e pepet dan é taling. Ini berpunca daripada kegagalan murid membezakan bunyi
sebutan untuk perkataan yang mempunyai e pepet dan é taling, walaupun pelbagai aktiviti
telah dilakukan untuk meningkatkan kemahiran membaca seperti bacaan nyaring, belajar
sambil bermain, kuiz dan sebagainya. Masalah ini wujud dalam kalangan murid yang kurang
bertutur dalam Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian. Hal ini dibuktikan dengan
pernyataan Siti Muslihah(2018) yang memetik pernyataan Abdullah Hassan (1987) masalah
besar yang menghalang ketepatan sebutan Bahasa melayu di kalangan murid bukan melayu
adalah kerana jarang terjumpa orang bukan Melayu yang betul-betul mahir, fasih dan lancar
menggunakan BM melainkan mereka yang datang dari daerah yang BM itu lebih dominan.
Pengkaji telah mengambil inisiatif untuk membantu murid-murid mengatasi masalah di
atas dengan cara mengubah kebiasaan ketika mengajar dan kaedah pengajaran
menggunakan multimedia menarik minat pengkaji. Beberapa hasil penelitian menyatakan
bahawa pembelajaran ini dapat meningkatkan motivasi belajar, media pembelajaran yang
efektif, tidak adanya batas ruang dan waktu belajar. Manfaat penggunaan multimedia
interaktif menurut Ariani & Haryono (2010) adalah proses pembelajaran jelas, lebih menarik,
lebih interaktif, jumlah waktu mengajar dapat dikurangi, kualitas belajar murid dapat lebih
termotivasi dan pembelajaran dapat dilakukan di mana-mana dan bila-bila sahaja (sangat
fleksibel), serta sikap dan perhatian belajar murid dapat ditingkatkan dan dipusatkan.
Pengkaji bercadang membina satu alat yang dinamakan “Media Interaktif Bahasa
Melayu 4 dalam 1”. 4 dalam 1 yang dimaksudkan ialah penggabungan 4 jenis media interaktif
iaitu teks, imej, video dan audio dalam satu slaid interaktif yang menarik. Selain itu, 4 dalam
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 557
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
1 juga membawa maksud penggabungan unsur seni dalam pendidikan iaitu simbol warna,
bunyi, gambar serta pergerakan. Pengkaji akan menggabungjalinkan kemahiran membaca
dan bertutur yang betul dalam Bahasa Melayu. Dalam alat ini, pengkaji akan membina satu
slaid interaktif di mana murid dapat melihat sendiri gambar, perkataan, maksud dalam Bahasa
Inggeris, bunyi sebutan yang betul dan pergerakan untuk e pepet dan é taling.
SOROTAN LITERATUR
Pengkaji mendapati tidak banyak kajian-kajian yang dibuat berhubung terus dengan
penguasaan e pepet dan é taling dalam kalangan murid sekolah rendah terutamanya tahap 1
namun terdapat beberapa kajian mengenai cara meningkatkan kemahiran membaca dan
sebutan Bahasa Melayu dengan betul.
Musa Ahmad (1988) dalam kajiannya memetik pandangan Teuku Iskandar (1970)
yang menyatakan bahawa sebutan baku merupakan aspek penting dalam aktiviti lisan.
Implikasi bagi sebutan yang jelas, betul dan tepat oleh penutur, akan menjelaskan makna atau
maksud dan pendengar pula memahami apa yang dimaksudkannya. Menurut Awang Seriyan,
bunyi é dan e sering menimbulkan masalah kepada pelajar, khususnya yang mempelajari
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Hal ini disebabkan oleh penggunaan huruf yang
sama, iaitu e. Jadi, timbullah kekeliruan sebutan untuk kata sémak (seperti dalam ayat: Guru
menyemak buku pelajar.) dan semak (seperti dalam ayat: Kawasan di belakang rumah itu
semak).
Siti Muslihah (2018) pernah membuat kajian tentang kesukaran dan kesalahan
sebutan bunyi vokal dan konsonan BM dalam kalangan pelajar antarabangsa di Universiti
Putra Malaysia mendapati bahawa mereka yang datang dari beberapa buah negara yang
berlainan tidak dapat menyebut perkataan-perkataan yang berabjad ‘e’ kerana menganggap
bahawa bunyi abjad Melayu adalah sama dengan bunyi abjad Latin bahasa lain, terutama
sekali jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris. Selain itu, dapatan kajian Nora’Azian Nahar
(2020) menunjukkan sebanyak 39.6% tidak lancar membaca dalam bahasa Melayu dalam
kalangan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Thamarai Valli (2018) dalam kajiannya,
Membantu Meningkatkan Kemahiran Membaca dan Sebutan Bahasa Melayu yang betul
melalui Permainan Bahasa dalam kalangan Murid tahun 4 Mawar, menunjukkan aktiviti
permainan bahasa ini berjaya mempertingkatkan kefahaman murid untuk menyebut Bahasa
Melayu yang betul.
Selain itu, Lee Bee Lee (2017) merupakan kajian untuk melihat sejauh manakah
penggunaan kaedah hubungkait dapat membantu murid pemulihan yang bermasalah dalam
menguasai kemahiran membaca dengan bunyi sebutan yang betul khususnya kemahiran
huruf vokal awalan iaitu “a, e,i,o,u” di samping meningkatkan ingatan murid terhadap bunyi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 558
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
huruf vokal dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian mendapati teknik hubungkait
yang digunakan dapat meningkatkan kemahiran membaca dengan bunyi sebutan yang betul.
Akhir sekali, kajian daripada Nor Hafidah Ibrahim (2017) mengenai Multimedia Interaktif yang
dapat mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran kursus Bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia telah menarik minat pengkaji untuk menerapkan
elemen multimedia dalam kalangan murid sekolah rendah pula. Hal ini kerana menurut Ariani
& Haryono (2010), manfaat penggunaan multimedia interaktif adalah proses pembelajaran
jelas, lebih menarik, lebih interaktif, jumlah waktu mengajar dapat dikurangi, kualitas belajar
murid dapat lebih termotivasi dan pembelajaran dapat dilakukan di mana-mana dan bila-bila
sahaja (sangat fleksibel), serta sikap dan perhatian belajar murid dapat ditingkatkan dan
dipusatkan.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan. Sampel diambil daripada murid-murid di
kelas yang menjalani program “Dual Language Programme” (DLP) iaitu kelas 2 Anggun. Tiga
orang peserta kajian telah dipilih berdasarkan skor markah paling rendah yang diperoleh
dalam ujian lisan yang diberikan melalui kaedah pensampelan bertujuan. Kajian ini
merupakan kajian tindakan yang menggunakan ujian lisan dan kaedah pemerhatian sebagai
kaedah yang digunakan untuk meninjau masalah. Kajian ini dilakukan berpandukan model
Stephen Kemmis dan McTaggart (1988) seperti yang ditunjukkan di bawah :
Rajah 1 : Model Stephen Kemmis dan McTaggart (1988)
Langkah pertama dalam model ini ialah mereflek iaitu pengkaji perlu menyediakan refleksi
terhadap masalah yang berlaku dalam sesi PdPc. Sebelum langkah-langkah yang seterusnya
diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk
memahami dengan lebih mendalam tentang masalah tersebut.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 559
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti berikut:
a.Ujian lisan/bacaan l
Pengetahuan murid dalam penguasaan menyebut perkataan-perkataan yang melibatkan
perkataan e pepet dan é taling diuji untuk mengetahui masalah konsep yang dihadapi
walaupun ia telah diajar dalam tahun yang sama. Analisis tinjauan awal mendapati bahawa
pengetahuan murid dalam penguasaan menyebut perkataan-perkataan Bahasa Melayu
terutama perkataan-perkataan e pepet dan é taling’ ini masih lagi lemah. Keputusan ujian I
membuktikan wujudnya masalah ini. Berdasarkan keputusan ujian ini, pengkaji telah
mengambil keputusan untuk mengambil 3 orang murid dari kelas 2 Anggun sebagai peserta
kajian Pengkaji. Markah untuk peserta kajian Pengkaji masing-masing mendapat 14, 11 dan
12 markah yang betul daripada 20 perkataan yang diberi.
b.Pemerhatian
Semakan video-video bacaan murid yang dihantar sebelum ini dilihat bagi mendapatkan
gambaran tahap penguasaan murid menyebut perkataan-perkataan Bahasa Melayu dengan
betul terutamanya yang melibatkan perkataan-perkataan e pepet dan é taling’. Selain itu,
tingkah laku murid sebelum dan selepas rawatan diberikan juga diperhatikan.
Langkah kedua pula ialah merancang iaitu pengkaji perlu membuat pelan tindakan bagi
mengatasi masalah yang dihadapi. Setelah mengutip data dan mengambil kira markah ujian
lisan dan pemerhatian, Pengkaji melaksanakan program intervensi untuk membantu murid
menguasai sebutan e pepet dan é taling dengan betul. Pengkaji membimbing mereka dengan
membina satu alat yang dinamakan “Media Interaktif Bahasa Melayu 4 dalam 1”. 4 dalam 1
yang dimaksudkan ialah penggabungan 4 jenis media interaktif iaitu teks, imej, video dan
audio dalam satu slaid interaktif yang menarik. Selain itu, 4 dalam 1 juga membawa maksud
penggabungan unsur seni dalam pendidikan iaitu simbol warna, bunyi, gambar dan
pergerakan. Dalam alat ini, pengkaji akan membina satu slaid interaktif di mana murid dapat
melihat sendiri gambar, perkataan, maksud dalam Bahasa Inggeris, bunyi sebutan yang betul
dan pergerakan untuk e pepet dan é taling. Langkah cadangan pelaksanaan dalam PDPR
guru adalah seperti berikut :
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 560
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 1 :Langkah cadangan pelaksanaan dalam PDPR guru (tajuk di atas jadual)
Langkah Aktiviti
pelaksanaan
Langkah 1 Murid-murid dikehendaki untuk menonton video pengenalan tentang cara
sebutan e pepet dan é taling”.
Langkah 2 Di slaid menu, murid boleh memilih :
a) ‘E-Pepet’
b) ‘E-Taling’
c) Gabungan e pepet dan é taling’
d) Ejaan sama tetapi sebutan berbeza
Langkah 3 Dalam slaid submenu, terdapat ;
a) gambar
b) perkataan mengikut simbol warna
c) makna perkataan dalam Bahasa Inggeris
d) sebutan yang betul untuk perkataan
e) pergerakan untuk “E-Pepet” dan “E-Taling”.
Langkah 4 Murid dikehendaki menjawab kuiz pengukuhan yang disediakan di akhir
slaid. Guru akan membuat sesi Google Meet/Panggilan Video/lain-lain
yang bersesuaian bersama murid untuk mendengar sendiri sebutan dan
pergerakan murid. Murid juga boleh menghantar video di ruangan Padlet
yang disediakan guru.
Langkah 5 Guru membuat rumusan pengajaran bersama murid dan menyanyi lagu
e pepet dan é taling bersama-sama.
Langkah 6 Guru akan menilai balik sebutan murid sebelum menggunakan alat
intervensi dan selepas menggunakan alat intervensi.
Seterusnya, langkah ketiga ialah tindakan iaitu pengkaji melaksanakan perancangan yang
telah dibuat. Akhir sekali, memerhati iaitu pengkaji perlu memerhati keberkesanan dan
kemajuan tindakan di atas kajian yang telah dibuat. Untuk menguji keberkesanan intervensi,
ujian lisan II akan dijalankan oleh guru.
DAPATAN KAJIAN
Soalan Kajian 1: Apakah penggunaan Media Interaktif Bahasa Melayu 4 dalam 1 dapat
membantu meningkatkan meningkatkan penguasaan sebutan perkataan e pepet dan é taling
dengan betul?
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 561
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Setelah melaksanakan proses tindakan terhadap PK, ternyata penggunaan Media Interaktif
Bahasa Melayu 4 dalam 1 dapat membantu meningkatkan meningkatkan penguasaan
sebutan perkataan e pepet dan é taling dengan betul. Instrumen yang digunakan dalam
mendapatkan data bagi menjawab soalan kajian yang pertama ini ialah analisis data jawapan
yang dikemukakan PK dalam Ujian Lisan II.
Sebelum PK menjalani sesi tindakan, Ujian Lisan I telah dijalankan keatas mereka dan
ketiga-tiga PK mendapat markah yang rendah. Pengkaji melihat cara sebutan /e/ iaitu e pepet
yang dihasilkan oleh murid. Kebanyakan mereka membunyikan e pepet /ǝ/ sebagai e taling
/e/ dan membunyikan e taling sebagai e pepet. Contohnya, perkataan /enak/, murid membuat
kesalahan dengan menyebut e taling /e/ sebagai e pepet /ǝ/ iaitu /ǝnak/ serta /inak/. Selain
itu, mereka juga membuat kesalahan apabila mempunyai perkataan yang menggabungkan e
pepet dan e’ taling seperti kerepek dan perkataan yang mempunyai ejaan sama tetapi sebutan
berbeza seperti rendang dan pedang walaupun telah disediakan gambar.
Ujian II ini berbentuk lisan terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian A yang
terdiri daripada lima perkataan-perkataan e pepet, bahagian B terdiri daripada lima perkataan-
perkataan etaling, bahagian C terdiri daripada empat perkataan-perkataan gabungan e pepet
dan é taling dan bahagian D terdiri daripada enam perkataan-perkataan yang ejaan sama
namun sebutan berbeza yang perlu dibaca. Pengkaji telah membezakan dengan warna untuk
memudahkan PK membaca dengan lebih betul. Jadual 2 menunjukkan markah PK dalam
Ujian Lisan I dan Ujian Lisan II.
Jadual 2 : Markah PK dalam Ujian Lisan I dan Ujian Lisan II
Bil Peserta Kajian Skor Markah Skor Markah
Sebelum Tindakan Selepas Tindakan
(Ujian Lisan I) (Ujian Lisan II)
1. PK1 14/20 20/20
2. PK2 11/20 18/20
3. PK3 12/20 20/20
Soalan Kajian 2 : Apakah langkah-langkah yang dilalui oleh murid menggunakan MIBM 4
dalam1 dalam membezakan sebutan perkataan yang sebutannya e-pepet dan e-taling ?
a. Video Pengenalan E pepet dan é taling
Pengkaji menayangkan satu video pengenalan mengenai maksud e pepet dan é taling dan
sebutannya. Semua peserta kajian didapati menumpukan sepenuh perhatian kepada video
penerangan yang diberikan serta tidak bermain-main seperti kebiasaan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Pengkaji menguji pengetahuan sedia ada ketiga-tiga
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 562
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
peserta kajian berkenaan. PK1 dan PK2 berjaya menyebut dengan betul contoh e pepet dan
é taling yang diberikan namun PK3 memberikan jawapan yang salah. Pengkaji juga
menjelaskan cara pergerakan e pepet dan é taling kepada peserta kajian dan kesemua
mereka mengikut cara pergerakan guru dengan baik.
b. Slaid Menu
Pengkaji menerangkan secara ringkas subtopik yang akan belajar pada hari tersebut iaitu
bahagian pertama ialah perkataan-perkataan epepet, bahagian kedua ialah perkataan-
perkataan e-taling, bahagian ketiga ialah gabungan e pepet dan é taling dan bahagian
terakhir ialah perkataan-perkataan yang ejaan sama namun cara sebutan dan maknanya
berbeza. Ketiga-tiga peserta memberikan tumpuan penuh semasa pengkaji memberikan
penerangan.
c. Slaid Submenu (Toturial)
Dalam submenu, terdapat contoh-contoh perkataan mengikut bahagiannya. Setiap contoh
perkataan mempunyai perkataan tersebut dalam Bahasa melayu yang telah diwarnakan huruf
‘e’ dengan warna merah untuk e pepet dan warna kuning untuk e taling, maksud perkataan
dalam Bahasa Inggeris, gambar, bunyi sebutan serta cara pergerakannya. Ketiga-tiga peserta
kajian dapat menyebut dengan baik dan dapat buat pergerakan yang pengkaji tetapkan.
Terdapat empat bahagian di mana peserta kajian tidak akan ke bahagian seterusnya selagi
tidak dapat menyebutnya dengan baik. Dalam langkah ini, pengkaji menggunakan kaedah
Masteri. Pembelajaran Masteri (Hunter 1991) merupakan suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.
d. Kuiz/Ujian Lisan II
PK dikehendaki untuk menjawab ujian lisan II dengan menghantar rakaman sebutan serta
pergerakan yang ditetapkan. Kesemua PK dapat menyebut dan membuat pergerakan dengan
baik kecuali PK2 yang hanya menghantar sebutan sahaja tanpa membuat pergerakan seperti
yang diajar.
e. Penutup
Sebelum menamatkan sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji membuat rumusan dan
menyanyikan lagu sebutan e pepet dan é taling bersama-sama peserta kajian. Kesemua PK
berjaya membezakan epepet dan ‘etaling dengan bantuan alat ini dan kelihatan gembira untuk
menyanyikan lagu ini.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 563
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, jelaslah bahawa Media Interaktif Bahasa Melayu 4 dalam 1 dapat
membantu murid bagi mengatasi masalah mereka dalam penguasaan sebutan perkataan e
pepet dan é taling dengan betul. Penggunaan media seperti gambar, simbol, suara,
pergerakan dan nyanyian dalam satu slaid sangat membantu murid dalam menguasai
sebutan e pepet dan é taling dengan betul. Kajian Doyle (2007) dan Azizi (2009) iaitu
pembelajaran menggunakan multimedia lebih berkesan dan sesuai diaplikasikan dalam
mana-mana matapelajaran malah amat mudah digunakan untuk menerangkan sesuatu
pembelajaran. Justeru itu, kita perlu memanfaatkan teknologi yang ada dalam membantu
murid menguasai Bahasa Melayu dan menghargai Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi
negara.
CADANGAN KAJIAN
Media Interaktif Bahasa Melayu 4 dalam 1 sudah dibuktikan berjaya membantu PK bagi
mengatasi masalah mereka dalam penguasaan sebutan perkataan e pepet dan é taling
dengan betul. Walau bagaimanapun, pengkaji merasa terdapat beberapa cadangan yang
boleh diteliti untuk meningkatkan keberhasilan kajian tindakan ini sekaligus dapat
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Perkara yang dinyatakan oleh pengkaji
hanyalah untuk cadangan penambah baikan dan untuk memudahkan pengkaji meneruskan
penyelidikan pada masa akan datang.
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap MIBM 4 dalam
1 adalah untuk menjadikan alat ini sebagai sebuah aplikasi yang memudahkan orang lain
untuk mengaksesnya. Hal ini kerana, MIBM 4dalam1 hanya tersedia dalam bentuk
persembahan slaid Microsoft powerpoint sahaja. Ini merupakan satu kelemahan yang perlu
diatasi untuk membantu guru-guru lain mengakses bahan interaktif ini.
Cadangan seterusnya ialah dalam aspek pentaksiran, pengkaji mencadangkan agar
item soalan di tambah jumlahnya dan tidak terhad kepada bentuk sebutan perkataan sahaja.
Contohnya, boleh bina soalan untuk murid menyebut dalam bentuk frasa dan ayat pula
dengan menggunakan e pepet dan é taling. Selain itu, tahap soalan juga perlu ditingkatkan
kerana soalan dalam aplikasi ini adalah tahap mudah. Dengan ini murid akan lebih berusaha
untuk belajar sehingga mahir agar dapat mendapat markah ujian yang tinggi.
RUJUKAN
Ariani, Haryona. (2010). Pembelajaran multi media di sekolah : Pedoman pembelajaran
inspiratif, konstruktif, dan prospektif / Niken Ariani, Dany Haryanto. Jakarta.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 564
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya dan Abd Munaem. (2009). Gaya kepimpinan guru besar dan
hubungannya dengan faktor kepimpinan di sekolah penerima anugerah cemerlang di
Melaka. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru. Jilid 5 ms 37-62 .ISSN 1823-5891.
http://klikweb.dbp.my/?p=5269 Oleh DR. AWANG SARIYAN Sebutan Baku: Elakkan Kelainan
Bunyi
Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria,
Australia: Deakin University Press.
Lee Bee Lee. (2017). Kajian tindakan ke atas permasalahan kemahiran membunyi huruf vokal
oleh murid pemulihan.
Nora’Azian Nahar. (2020). Penguasaan kemahiran membaca dan menulis bahasa melayu
dalam kalangan murid. Issues in Language Studies (Vol 9 No 1, 2020), 107-123.
Nor Hafidah Ibrahim, Melor Fauzita, Norzaliza. (2017). Multimedia Interaktif
Mempertingkatkan Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Bahasa Melayu Pengurusan
(Sblm 1053) Dalam Kalangan Pelajar Universiti Utara Malaysia. 583-586.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013). Kementerian Pengajian Tinggi.
Putrajaya: KPT.
Sabran, R. H. (1989). Kecekapan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia untuk pelatih
maktab perguruan. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Siti Muslihah Isnain, Nur Aimie Nabila Fauzi dan Siti Amhar Abu. (2017). Kesukaran dan
kesalahan sebutan bunyi vokal dan konsonan BAHASA MELAYU dalam kalangan
pelajar antarabangsa di Universiti Putra Malaysia. Universiti Putra Malaysia: 1-240.
Vali, T. (2018). Kajian tindakan Bahasa Melayu (Masalah Membaca):1-10.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 565
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KEBERKESANAN PROGRAM PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH TERHADAP
PENGUASAAN BAHASA MELAYU DAN PELIBATAN AKTIF MURID BERMASALAH
PEMBELAJARAN DALAM KURSUS DANDANAN RAMBUT
Hemarani A/P Munisamy 1
1 SMPK Vokasional Indahpura
[email protected]
ABSTRAK
Bidang Dandanan Rambut merupakan satu industri perkhidmatan yang semakin berkembang
di Malaysia yang berasaskan proses kerja sebenar yang meliputi kompetensi, teknikal,
pengetahuan, komunikasi dan sosial. Tahap penguasaan Bahasa Melayu dan pelibatan aktif
secara awal dalam bidang ini sangat diperlukan oleh majikan salun terhadap pekerja terutama
pekerja dari kalangan murid bermasalah pembelajaran. Bahasa Melayu digunakan sebagai
wahana komunikasi sebagai penayang pandangan sarwa (worldview) masyarakat serta
sebagai alat kreativiti modal insan dalam pelbagai bidang kemahiran. Kekurangan
pendedahan kosa kata terhadap industri sebenar menyukarkan MBP untuk mengaitkan
perkhidmatan yang ditawarkan serta penguasaan berkomunikasi yang rendah dalam Bahasa
Melayu menyebabkan MBP tidak berjaya kekal lama dengan pihak salun. Kajian ini dijalankan
untuk melihat keberkesanan pembelajaran luar bilik darjah terhadap penguasaan Bahasa
Melayu dan pelibatan aktif MBP dalam Kursus Dandanan Rambut. Sampel kajian ini terdiri
daripada sembilan orang MBP dari Kursus Dandanan Rambut di salah sebuah Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional di Negeri Johor. Kajian ini menggunakan rekabentuk
kuasi eksperimental ujian pra dan ujian pasca satu kumpulan yang menjadikan sesi
pembelajaran luar bilik darjah sebagai intervensi setelah sesi pembelajaran secara tradisional
dijalankan. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang
pemerhatian. Data borang pemerhatian penguasaan Bahasa Melayu dan pelibatan aktif
dianalisis secara deskriptif. Min bagi pemerhatian penguasaan Bahasa Melayu menunjukkan
peningkatan daripada 1.97 kepada 3.28 dan pelibatanaktif MBP daripada 1.89 kepada 3.69.
Kesimpulannya, kaedah pembelajaran luar bilik darjah boleh menjadi alternatif kaedah
pembelajaran yang berkesan kepada MBP untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa komunikasi yang baik dalam Kursus Dandanan Rambut.
Kata kunci: pembelajaran luar bilik darjah, murid bermasalah pembelajaran, pelibatan aktif.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 566
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Pengkaji mengajar kemahiran vokasional dalam bidang Dandanan Rambut Tahap 2 Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) lebih 7 tahun yang terdiriri daripada Unit Kompetensi Hair Care
Consultation, Hair Shamppoing, Hair Styling, Hair and Scalp Treatment, Hair Salon
Maintenance dan Hair Product Retailing bagi murid bermasalah pembelajaran (MBP)
daripada pelbagai tahap. Berdasarkan pemerhatian dan temu bual, pengkaji mendapati sukar
untuk memberikan pengalaman industri sebenar dan mengaitkan perkhidmatan yang
ditawarkan di dalam salun kepada MBP melalui kaedah tradisional dalam kelas. Hasil
daripada proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) ini, pengkaji mendapati MBP
menghadapi masalah penguasaan Bahasa Melayu yang lemah dan pelibatan aktif MBP
dalam Kursus Dandanan Rambut sepanjang tempoh pengajaran pengkaji menjadi cabaran
kepada pengkaji. Kedua-dua aspek ini merupakan asas penting bagi menguasai Unit
Kompetensi dalam Kursus Dandanan Rambut kerana ia merupakan elemen utama dalam
verifikasi peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Justeru, MBP juga tidak dapat
mengaitkan pembelajaran dengan kemahiran yang dibelajar dan tidak dapat melibatkan diri
dalam proses PdPc mengikut spesifikasi kemahiran. Malah MBP juga tidak fokus dan lambat
memberi respon jika soalan secara lisan yang berkaitan kemahiran diajukan kepada mereka.
Kesannya MBP tidak menunjukkan penguasaan Bahasa Melayu dan pelibatan aktif dalam
bidang Kursus Dandanan Rambut secara keseluruhan. Malah Pembelajaran Abad ke-21
(PAK21) turut menggariskan penguasaan bahasa dan pelibatan aktif sebagai salah satu
standard yang perlu dicapai oleh murid (KPM, 2013). Justeru itu, pengkaji mengambil inisiatif
untuk menukarkan kaedah PdPc pengkaji kepada kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah
(PLBD) yang terancang dan berstruktur dari tahun 2018 sehingga 2020. Ia juga merangkumi
persekitaran pembelajaran yang progresif dan pembelajaran berkonsepkan kontekstual.
SOROTAN LITERATUR
Selaras dengan saranan UNESCO untuk mengamalkan Four Pillars of Education iaitu
learning to know, learning to do, learning to live dan learning to be, telah diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih
bermakna dan lebih berbentuk kontekstual (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2006).
Pengalaman kontekstual mengukuhkan kefahaman terhadap konsep yang dipelajari dalam
bilik darjah, mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses, dan menganalisis data
serta maklumat. Menurut Kolb (1984), pembelajaran kontekstual merupakan situasi
pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial,
budaya, fizikal dan psikologi. Objektif yang ditekankan dalam PLBD ini ialah (i) mengukuhkan
kefahaman pelajar terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas, (ii) memberi pengalaman
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 567
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan, (iii)
mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan, (iv) meningkatkan minat murid
untuk belajar, dan (v) mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu dalam satu masa (Torkos,
2019). Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2004 Pelaksanaan PLBD, pihak
kementerian menggalakkan sekolah menganjurkan program lawatan sambil belajar dan kerja
lapangan sebagai sebahagian dari aktivti PLBD (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004).
Menurut Waite dan Rea (2007), terdapat beberapa bentuk pembelajaran yang dapat
dijalankan melalui PLBD iaitu menghubungkait atau Relate dimana murid akan belajar dalam
konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman sedia ada. Kedua, murid
akan mengalami atau Experiencing dimana murid belajar dalam konteks penerokaan,
penemuan dan rekacipta. Ketiga, murid akan mengaplikasikan atau Applying apa yang telah
dibelajari oleh murid dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan
dalam situasi lain. Keempat, proses bekerjasama atau Cooperating dimana murid akan
belajar dalam konteks kerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi. Akhirnya, murid
akan memindahkan atau Transfering apa yang murid belajar dalam konteks sedia ada dan
menggunakan atau membina daripada apa yang diketahui.
Justeru itu, bagi mengatasi masalah pembelajaran yang berlaku, pengkaji berhasrat
untuk menjalankan kajian ini bagi meningkatkan tahap pengguasaan Bahasa Melayu dan
pelibatan aktif MBP dengan menggunakan kaedah PLBD dalam proses PdPc. Ini adalah
disebabkan oleh penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran dan pembelajaran
di sekolah mahupun di tempat kerja (Laporan Tahunan PPPM 2013-2025, 2017). Selain itu,
banyak kajian membuktikan bahawa PLBD juga dapat mengukuhkan kefahaman murid
terhadap konsep yang dipelajari di dalam kelas dan luar kelas, memberikan pengalaman
pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan serta
meningkatkan pelibatan murid dalam proses pembelajaran (Terence dan Kerry (2018); Waite
(2007) dan Benefield (2004).
METODOLOGI KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan PLBD terhadap penguasaan Bahasa
Melayu dan pelibatan aktif MBP dalam Kursus Dandanan Rambut. Selain itu, kajian ini juga
berharap dapat membantu MBP membuat perkaitan antara pengalaman yang dilalui dengan
maklumat dalam soalan yang dikemukakan. Kajian ini dijalankan terhadap sembilan orang
MBP daripada Kursus Dandanan Rambut di salah sebuah Sekolah Menengah Pendidikan
Khas Vokasional di Negeri Johor sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk
kuasi eksperimental ujian pra dan ujian pasca satu kumpulan yang menjadikan sesi PLBD
sebagai intervensi setelah sesi pembelajaran secara tradisional dijalankan. Justeru itu,
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 568
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pengkaji menggunakan pendekatan konkrit kepada abstrak iaitu melawat ke salun sebelum
menguasai kemahiran. Justeru itu, PLBD telah dijalankan sebanyak enam kali dan melihat
murid melalui pengalaman bentuk pembelajaran kontekstual berikut iaitu menghubungkait,
mengalami, mengaplikasikan, bekerjasama dan memindahkan dalam pelibatan MBP.
Kesemua PLBD telah mengikuti Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000 Bertarikh 28 Julai 2000:
Lawatan Pendidikan Murid di Hari Persekolahan, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2002
Bertarikh 1 Ogos 2002: Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan dan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 11/2004 Bertarikh 31 Disember 2004: Pelaksanaan Pembelajaran Luar Bilik
Darjah (PLBD). Ujian pasca dijalankan setelah PLBD dijalankan bagi menilai tahap
penguasaan murid. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen
borang pemerhatian. Data borang pemerhatian penguasaan Bahasa Melayu dan pelibatan
aktif dianalisis secara deskriptif.
DAPATAN KAJIAN
Analisis Tinjauan Masalah
Hasil daripada pemerhatian sebelum dan selepas PLBD, pengkaji mendapati:
Jadual 1: Analisis Deskriptif Penguasaan Bahasa Melayu Sebelum dan Selepas PLBD
Sebelum Selepas
Bil Item Min Min
(SP) (SP)
(Tahap) (Tahap)
1 Tatabahasa dan kosa kata. 1.90 3.10
Tatabahasa dan kosa kata (0.78) (0.42)
Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa (Rendah) (Tinggi)
kata tepat dan betul mengikut konteks.
Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa kata
tepat dan betul mengikut konteks dalam Kursus
Dandanan Rambut
Bahasa gramatis, penggunaan perkataan dan kosa
kata tepat dan betul mengikut konteks.
2 Sebutan, Intonasi dan nada 2.00 3.43
Sebutan betul, jelas dan tepat. Kebanyakkan intonasi (0.00) (0.41)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 569
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dan nada betul mengikut konteks dalam Kursus (Sederhana) (Tinggi)
Dandanan Rambut
3 Fasih dan bermakna 1.80 3.10
Keseluruhan pengucapan fasih, lancar dan bermakna (0.78) (0.40)
mengikut konteks dalam Kursus Dandanan Rambut (Rendah) (Tinggi)
4 Bertatasusila 2.10 3.60
Berkomunikasi secara adab dan sesuai dengan sirtuasi (0.42) (0.53)
mengikut konteks dalam Kursus Dandanan Rambut (Sederhana) (Tinggi)
5 Hubungan dan Interaksi Kumpulan 1.40 3.20
Sentiasa membina hubungan yang baik, berinteraksi (0.38) (0.72)
dengan orang lain serta bekerja secara efektif sesama (Rendah) (Tinggi)
ahli kumpulan dengan menggunakan BM dalam Kursus
Dandanan Rambut
Min Keseluruhan 1.97 3.28
(Rendah) (Tinggi)
Bagi melihat perbezaan markah bagi penguasaan sebelum dan selepas PLBD perbandingan
peratusan peningkatan penguasaan secara keseluruhan ditunjukkan dalam Jadual 1. Analisis
min juga dilaksanakan bagi melihat perbezaan markah penguasaan murid sebelum dan
selepas PLBD. Jadual 1, dapat dilihat bahawa terdapat peningkatan min iaitu daripada 1.97
kepada 3.28. Secara spesifiknya, kesemua item menunjukkan peningkatan min bagi skor
penguasaan selepas PLBD. Item yang menunjukkan peningkatan min yang tertinggi adalah
item lima dengan peningkatan min daripada 1.40 (tahap rendah) kepada 3.20 (tahap tinggi).
Hal ini disebabkan penguasaan BM MBP berada di tahap yang tinggi melalui perhubungan
dan interaksi kumpulan yang mendapat sokongan daripada rakan sekelas mereka. Hal ini
diikuti dengan item empat iaitu bertatasusila daripada 2.10 (tahap rendah) kepada 3.60 (tahap
tinggi) berkaitan dengan berkomunikasi secara adab dan sesuai dengan sirtuasi mengikut
konteks dalam Kursus Dandanan Rambut. Seterusnya item kedua menunjukkan peningkatan
daripada 2.00 (tahap sederhana) kepada 3.43 (tahap tinggi). Hal ini dibebabkan oleh
penggunaan sebutan, Intonasi dan nada yang telah didedahkan melalui proses PLBD. Justeru
item tiga menunjukkan peningkatan daripada 1.80 kepada 3.10 setelah proses PLBD
dijalankan. Akhir sekali item pertama menunjukkan peningkatan terendah daripada 1.90
kepada 3.10. Murid yang bertahap tinggi ini dapat menggunakan BM sepenuhnya sepanjang
proses PLBD dijalankan. Hal ini membuktikan bahawa selepas proses PLBD dapat
meningkatkan penguasaan BM dalam kalangan MBP. Pengkaji boleh merumuskan bahawa
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 570
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
proses PLBD dapat meningkatkan penguasaan BM bagi MBP secara efektif.
Jadual 2: Analisis Deskriptif Pelibatan Aktif MBP Sebelum dan Selepas PLBD
Sebelum Selepas
Bil Item Min Min
(SP) (SP)
(Tahap) (Tahap)
1 Terlibat secara aktif dalam aktiviti interaksi bersama 1.90 3.70
guru sebelum dan selepas proses PLBD (0.79) (0.48)
dilaksanakan (Sederhana) (Tinggi)
2 Terlibat sepenuhnya dalam aktiviti yang dijalankan 1.10 3.90
(tidak melakukan aktiviti lain selain aktiviti (0.88) (0.32)
pembelajaran) sebelum dan selepas proses PLBD (Sederhana) (Tinggi)
dilaksanakan
3 Memerhatikan guru semasa guru memberikan 1.90 3.20
penerangan (bercakap) sebelum dan selepas proses (0.88) (0.42)
PLBD dilaksanakan (Rendah) (Tinggi)
4 Melengkapkan lembaran kerja dalam masa yang 2.10 3.80
ditetapkan sebelum dan selepas proses PLBD (0.67) (0.42)
dilaksanakan (Sederhana) (Tinggi)
5 Memberikan respon dalam sesi soal jawab sebelum 1.70 3.87
dan selepas proses PLBD dilaksanakan (0.00) (0.32)
(Rendah) (Tinggi)
Min Keseluruhan 1.89 3.69
(Rendah) (Tinggi)
Jadual 2 menunjukkan peningkatan min secara drastik setelah mendedahkan MBP kepada
PLBD dari tahun 2018 sehingga 2020 secara keseluruhan. Analisis min juga dilaksanakan
bagi melihat perbezaan markah pelibatan murid sebelum dan selepas proses PLBD. Hasil
dapatan daripada pemerhatian ini mendapati peningkatan dalam pelibatan MBP dalam
Kursus Dandanan Rambut sangat menberangsangkan. Jadual 2, dapat dilihat bahawa
terdapat peningkatan min iaitu daripada 1.89 kepada 3.36. Kajian ini membuktikan bahawa,
pendedahkan MBP kepada PLBD dapat mengwujudkan pembelajaran aktif serta dapat
menyelesaikan masalah yang diberikan dalam tempoh masa tertentu. Secara spesifiknya,
kesemua item menunjukkan peningkatan min bagi skor pelibatan selepas proses PLBD. Item
yang menunjukkan peningkatan min yang tertinggi adalah item dua dengan peningkatan min
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 571
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
daripada 1.10 (tahap rendah) kepada 3.90 (tahap tinggi). Ini disebabkan oleh, konsep
pembelajaran “learning by doing” melalui PLBD lebih diminati oleh MBP kerana dapat
bergerak aktif, beraktiviti dan terdedah dengan pelbagai aktiviti. Seterusnya item lima dengan
peningkatan min daripada 1.70 (tahap rendah) kepada 3.87 (tahap tinggi). Hal ini disebabkan,
MBP terdedah dengan komunikasi tidak hanya dengan rakan mereka, malah dengan pihak
luar dan menjadikan pengalaman pembelajaran yang lebih menarik. Hal ini diikuti dengan item
pertama daripada 1.90 (tahap rendah) kepada 3.70 (tahap tinggi) berkaitan dengan
menunjukkan pelibatan secara aktif dalam aktiviti interaksi bersama guru. Justeru item empat
menunjukkan peningkatan daripada 2.10 (tahap rendah) kepada 3.80 (tahap tinggi) setelah
proses PLBD dijalankan. Akhir sekali item tiga menunjukkan peningkatan terendah daripada
1.90 (tahap rendah) kepada 3.20 (tahap tinggi). Hal ini disebabkan oleh, MBP juga menerokai
persekitaran dan pengalaman pembelajaran mereka sendiri serta dapat melibatkan diri dalam
aktiviti sosial dan kolaboratif antara rakan kumpulan akan berlaku sepanjang tugasan.
Jadual 3: Analisis Peratus Penguasaan Bahasa Melayu dan Pelibatan Aktif MBP
Sebelum dan Selepas PLBD
PENGUASAAN PELIBATAN AKTIF
PLBD BAHASA
UJIAN UJIA +/- UJIAN UJIA +/-
PASCA N PASCA N
POS POS
PLBD 1 (2018)
Hair Salon Maintenance 41.2% 53.4% 12.2% 49.5% 63.9% 14.4%
Wong Salon, Aeon, Indahpura
PLBD 2 (2018)
Hair Care Consultation 45.8% 66.9% 21.1% 58.7% 73.8% 15.1%
Vintage Academy Salon, Sutera
Mall
PLBD 3 (2019)
Hair Shamppoing 55.8% 76.2% 20.4% 61.9% 77.9% 16.0%
Salon Ridzokumura
PLBD 4 (2019)
Hair Styling 59.8% 77.2% 17.4% 62.4% 79.3% 16.9%
KolejKomunitiPasir Gudang
PLBD 5 (2019)
Hair Product Retailing 68.5% 86.4% 17.9% 70.3% 89.6% 19.3%
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 572
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Unice Marketing SdnBhd, Sutera
Mall
PLBD 6 (2020)
Hair and Scalp Treatment 70.8% 92.6% 21.8% 73.7% 96.9% 23.2%
HAIR.SCALP, Angsana Mall
Jadual 3 menunjukkan peningkatan peratus secara drastik setelah mendedahkan MBP
kepada PLBD dari tahun 2018 sehingga 2020 secara terperinci. Setiap PLBD menunjukkan
peningkatan kadar peratus yang tinggi dan dapat melihat perubahan sikap dalam kalangan
MBP. Hasil dapatan daripada pemerhatian ini mendapati peningkatan penguasaan Bahasa
Melayu dan pelibatan aktif MBP dalam Kursus Dandanan Rambut sangat
memberangsangkan. Dapatan ini juga mengukuhkan lagi bahawa kaedah pengajaran melalui
PLBD ini dapat membantu mengukukhkan lagi pemahaman kontekstual MBP berbanding
dengan berbentuk kuliah dan penyelesaian masalah berstruktur (tradisional) iaitu
penyampaian pengetahuan kandungan. Pelibatan murid dalam PLBD bertambah secara
signifikan apabila MBP tahu sebab mereka didedahkan dengan konsep-konsep tertentu dan
bagaimana konsep tersebut dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kajian ini
membuktikan bahawa, pendedahan MBP kepada PLBD dapat mengwujudkan pembelajaran
aktif serta dapat menyelesaikan masalah yang diberikan dalam tempoh masa tertentu. Selain
itu, konsep pembelajaran “learning by doing” melalui PLBD lebih diminati oleh MBP kerana
dapat bergerak aktif dan terdedah dengan pelbagai aktiviti. MBP juga menerokai persekitaran
dan pengalaman pembelajaran mereka sendiri serta dapat melibatkan diri dalam aktiviti sosial
dan kolaboratif antara rakan kumpulan akan berlaku sepanjang tugasan bersama tenaga
pakar dalam bidang mereka. MBP juga terdedah dengan komunikasi tidak hanya dengan
rakan mereka, malah dengan pihak luar dan menjadikan pengalaman pembelajaran yang
lebih menarik. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PLBD memberikan pengetahuan baru
terhadap isi pembelajaran dan dapat meningkatkan kemahiran generik (softskill) atau insaniah
dalam kalangan MBP seperti konsep berkumpulan, berdikari, berkomunikasi, menepati masa
dan pelbagai lagi. Akhir sekali, PLBD dapat mengembangkan kemahiran mengumpul,
memproses, dan menganalisis data serta maklumat dalam kalangan MBP secara
berterusan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannnya, pengkaji amat bersyukur kerana kajian tindakan yang pengkaji
dijalankan ini telah berjaya membantu murid-murid kelas pengkaji kerana ia berkaitan dengan
aplikasi dunia sebenar dalam penguasaan Bahasa Melayu serta pelibatan aktif MBP dalam
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 573
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kursus Dandanan Rambut serta dapat menguasai pelbagai kemahiran insaniah dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan membekalkan informasi yang
lebih realistik, merangsang pelbagai deria dalam satu masa, meningkatkan keberkesanan
perjalanan proses PdPc, memudahkan mengawal emosi dan sikap murid, membekalkan dan
membentuk pelbagai kemahiran dengan lebih cepat, menjimatkan masa, tenaga dan kos
perbelanjaan dalam proses PdPc serta pengurusan pembelajaran yang lebih sistematik dan
tersusun. Pelbagai aktiviti dalam PLBD juga mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep
yang diajar dalam kelas (situasi sebenar), membina kefahaman berdasarkan persekitaran dan
pengalaman, mengembangkan kemahiran sosial, menjadi lebih bermanfaat dan lebih
berbentuk kontekstual kepada MBP dan kerja berpasukan serta menerapkan 6C iaitu
Colaboratif (Kolaboratif), Communication (Komunikasi), Creativity (Kreativiti), Critikal Thinking
(Pemikiran Kritis), Character (Sahsiah) dan Citizenship (Kewarganegaraan).
Manakala kekurangan yang didapati daripada kajian ini adalah memerlukan perancangan rapi
dari segi faktor cuaca, tempat, mengenalpasti sumber pengajaran yang terhad disebabkan
oleh pengajaran berlaku di luar bilik darjah dan melibatkan kos yang tinggi. Secara tidak
langsung aktiviti-aktiviti tersebut dapat menimbulkan minat murid-murid serta dapat
mengaplikasikan tahap pembelajaran aras tinggi terhadap Kursus Dandanan Rambut dan
memberikan keyakinan kepada mereka dalam merealisasikan tag line sekolah Skills for living:
Towards excellent future.
SYOR CADANGAN KAJIAN
Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan tahap
penguasaan Bahasa Melayu dan pelibatan aktif MBP dalam kursus Dandanan Rambut, maka
pengkaji bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan ini kepada kumpulan sasaran
yang lain di sekolah pengkaji untuk membantu meningkatkan kemahiran vokasional. Selain
itu, pengkaji juga menyarankan penggunaan soalan-soalan yang berpotensi untuk membantu
murid untuk mencapai keupayaan kognitif optimum yang dapat mendedahkan murid
menggunakan pengetahuan sedia ada dan membandingkan maklumat yang diperoleh dan
kemudian menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. Semua aktiviti yang bakal akan
dijalankan boleh mengikut kesesuaian dan kemampuanmurid-murid mengikut kursus yang
diambil mengikut tempoh masa yang difikirkansesuai. Selain itu, pendekatan yang sama juga
akan pengkaji akan menggunakan kepada peningkatan motivasi dan penerapan nilai
keusahawanan dalam kalangan MBP dalam kajian seterusnya.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 574
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
RUJUKAN
Benefield. (2004). A review of research on outdoor learning. Shrewsbury, UK: Fields Study
Council.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Garis panduan pembelajaran luar bilik darjah
(PLBD). Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 -
2025.
Kolb D. A. (1984). Experiental learning: Experience as the source of learning and
development. New Jersey: Prentice-Hall.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2004). Kertas Konsep Pembelajaran Luar Bilik Darjah,
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil. 3/2004. Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Rea, T. 2008. Alternative visions of learning: Children’s learning experiences in the outdoors.
Educational futures: e-journal of the British Education Studies Association 2.
Terence, L., & Kerry, D. (2018). Testing and Measuring the Impact of Character Education on
the Learning Environment and its outcomes. Journal of Character Education, 14 (2), 1–
22.
Torkos, H. (2019). Positive attitude buildout at second grades through outdoor education
activities. Journal Plus Education, XXIII, 11–18.
Waite, S. 2007. ‘Memories are made of this’: Some reflections on outdoor learning and
recall.Education 3–13 35, no. 4: 333–47.
Waite, S., and T. Rea. 2007. The joy of teaching and learning outside the classroom, chapter.
In Joyful teaching and learning in the primary school, ed. D. Hayes, 52–62. Exeter, UK:
Learning Matters.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 575
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
APLIKASI SCREENCAST O’MATIC DAN MICROSOFT WHITEBOARD DALAM VIDEO
TERSUAI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: SATU TINJAUAN
Sakhiyyah A Rahim, Ph.D
1
1 IPGK Dato’ Razali Ismail
21030 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Dewasa ini e-pembelajaran merupakan kemestian lantaran pandemik COVID19. Ia
sememangnya agak mencabar bagi guru dan pelajar. Para guru perlu menggunakan
peralatan atau aplikasi yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran secara
dalam talian. Tambahan pula kebanyakan video atau bahan pengajaran yang boleh didapati
secara percuma di internet tidak memenuhi kehendak pelajar kerana beberapa faktor. Namun,
timbul masalah di mana para pendidik kurang berkemahiran dalam menggunakan aplikasi-
aplikasi digital dan kurang berkemampuan menghasilkan bahan pengajaran yang berkesan
disebabkan perkara tersebut. Tanpa penggunaan aplikasi yang sesuai, pelajar
berkemungkinan akan melabelkan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu sebagai
membosankan dan tidak berkesan. Kajian ini bertujuan memdapatkan maklumbalas pelajar
terhadap penggunaan video tersuai dan pengintegrasian dua aplikasi digital dalam video
tersuai tersebut. Dalam kajian tinjauan ini, penyelidik telah menggunakan dua aplikasi digital
iaitu screencast o’matic dan microsoft whiteboard untuk menghasilkan lapan video tersuai
yang dibuat khusus untuk kursus TSLB3043 English Phonetics and Phonology. Data
berkaitan maklumbalas pelajar ke atas penggunaan video tersuai dan juga kedua-dua aplikasi
digital telah dikumpulkan menerusi aplikasi google form. Hasil kajian menunjukkan para
pelajar bersetuju bahawa mereka lebih suka penggunaan video tersuai yang dihasilkan
khusus untuk kursus mereka berbanding video yang dimuatturun dari internet. Mereka juga
memberi respon yang positive terhadap penggunaan kedua-dua aplikasi digital dalam video
tersebut. Dapatan ini menunjukkan bahawa penyelidik berjaya menyesuaikan teknik
pengajaran dengan situasi terkini.
Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran dalam talian, video tersuai, screencast o’matic,
Mikrosoft Whiteboard.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 576
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) di semua institusi pengajian di seluruh dunia
berubah wajah daripada pengajaran konservatif berbentuk kuliah kepada pembelajaran maya
lantaran pandemik COVID19 yang telah melanda dunia semenjak Mac 18, 2019 hingga kini.
Mulai dari itu, kerajaan Malaysia telah melaksanakan beberapa Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang membawa kepada perlaksanaan sebahagian besar Proses PdP dalam bentuk
tidak bersemuka demi mengekang penyebaran virus. Proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) telah bertukar kepada Proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Warga
pendidik dan pelajar terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan semasa Sama ada secara
teradun atau menggunakan Web 2.0. Perubahan yang drastik ini menyebabkan warga
pendidik terpaksa membuat perubahan paradigma amalan dan ianya sememangnya
mencabar kerana mereka terpaksa beralih ke arah pengajaran maya sepenuhnya.
Dalam konteks IPG, para pensyarah secara asasnya meneruskan sesi kuliah dan
tutorial menerusi aplikasi Google Classroom. Namun penggunaan lain-lain aplikasi seperti
Whatsapp, Telegram and Padlet turut digunakan untuk menyokong penggunaan Google
Classroom. Google Classroom, Whatsapp, Telegram and Padlet walaubagaimanapun
hanyalah alat yang membantu pensyarah dan pelajar berkomunikasi, berkolaborasi,
menyusun dan mengurus maklumat. Kandungan Google Classroom iaitu bahan pengajaran
dan pembelajaran kuliah dan tutorial perlulah disediakan oleh para pensyarah sendiri. Namun
ini mungkin tidak mencukupi. Para pensyarah berkemungkinan perlu membuat sesi
penerangan dan perbincangan secara maya menerusi aplikasi Google Meet.
Pihak IPGM telah membuat garis panduan yang jelas berkaitan dengan sesi
pengajaran di era pandemik ini di mana sesi pengajaran dan penbelajaran berbentuk segerak
mestilah tidak melangkaui 40% dari total jam interaksi pelajar. Dasar ini dibuat agar sesi
pengkuliahan secara maya tidak membebankan para pelajar. Dasar ini juga mendorong para
pensyarah untuk mencari alternatif lain yang cekap dan berkesan untuk melaksanakan sesi
pengkuliahan selain dari secara bermuka.
Umumnya, terdapat banyak pilihan sumber pembelajaran dan aplikasi pengajaran dan
pembelajaran secara maya. Setiap satu dari darinya tentunya mempunyai kelebihan dan
kekurangan tersendiri dan dapat dimanfaatkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar hanya perlu mengetik kekunci komputer untuk mencari maklumat. Namun majoriti
sumber yang diperolehi adalah dalam Bahasa Inggeris. Terdapat rungutan dari para pelajar
di mana sumber yang didapati tidak menepati kehendak mereka. Mereka menyatakan kualiti
audio dan gambar yang kurang baik, penyampaian yang laju, sebutan sukar difahami,
kandungan yang panjang dan pelbagai lagi (Dhawan, 2020). Oleh yang demikian, para pelajar
berpendapat pengajaran dan pembelajaran secara maya membosankan dan tidak menarik.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 577
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kesimpulannya, sumber yang diperolehi secara dalam talian gagal menepati kehendak
pelajar. Situasi mendorong para pensyarah bertindak proaktif dengan menghasilkan bahan
audio dan video mereka sendiri. Namun mereka berkemungkinan tidak mempunyai
kepakaran untuk menghasilkan dan menyunting video tersuai sendiri (Dhawan, 2020).
Keadaan ini mendorong pengkaji untuk menghasilkan bahan pengajaran dan
pembelajaran sendiri untuk memenuhi keperluan pelajar. Dua aplikasi digital yang digunakan
adalah Screencast O’matic dan Microsoft Whiteboard. Kedua-dua aplikasi ini adalah percuma.
Screencast O’matic merupakan satu aplikasi merakam skrin yang membolehkan seseorang
itu merakam menggunakan peranti video webcam, merakam skrin computer atau merakam
suara dengan mudah. Rakaman video Screencast O’matic boleh dimuatnaik ke Youtube atau
disimpan dan bentuk fail MP4.
Microsoft Whiteboard pula merupakan satu aplikasi yang menarik yang membolehkan
pengguna Microsoft berkongsi idea dengan orang lain secara terus. Berbanding aplikasi
Google Document, pengguna aplikasi Mikrosoft Whiteboard boleh menulis dan melakar
secara bebas seperti mana mereka menulis di papan putih. Penggunaan aplikasi hebat ini
mampu membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian terasa seperti
belajar secara bersemuka di mana para pensyarah menulis dan membuat lakaran untuk
menjelaskan konsep dan sebagainya dengan mudah. Microsoft Whiteboard ini boleh
digunakan pada mana-mana komputer yang mempunyai ciri skrin sentuh. Oleh kerana
kekangan komputer riba pengkaji, pengkaji menggunakan peranti tablet melukis yang
disambung kepada komputer riba untuk menggunakan aplikasi ini. Kajian ini bertujuan
meneroka persepsi dan pengalaman para pelajar belajar secara dalam talian secara tidak
segerak bagi kursus TSLB3043 English Phonetics and Phonology dengan menggunakan
video tersuai yang dihasilkan menggunakan dua aplikasi tersebut.
SOROTAN LITERATUR
Fenomena ledakan informasi melalui kemudahan internet telah mengubah lanskap dalam
bidang pendidikan. Perkembangan teknologi ini telah memberi impak terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti di IPGM menerusi e
learning. E learning adalah satu bentuk sistem inovasi berasaskan web yang didasari
teknologi digital. Ia bertujuan menyediakan pelajar dengan satu sistem pembelajaran yang
bersifat personal, berpaksikan pelajar,terbuka, menyeronokkan dan interaktif (Rodrigues et.
al., 2019). Walaupun Pengkuliahan dan tutorial dijalankan secara bersemuka sepenuhnya
namun Interaksi maya antara pensyarah dan pelajar boleh dilaksanakan secara maya
mengikut keperluan. Namun, penularan wabak COVID19 bermula dari penghujung 2019
hingga kini telah menyebabkan ledakan keperluan e learning yang berganda. Proses
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 578
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pengajaran dan pembelajaran secara maya kini merupakan satu kemestian lantaran
penutupan institusi pengajian di seluruh dunia demi mengekang penularan wabak tersebut
(Valverde-Berrocoso, del Carmen Garrido-Arroyo, Burgos-Videla, & Morales-Cevallos, 2020).
Walau bagaimanapun, dalam keghairahan para pendidik merangka sesi pengajaran
dan pembelajaran secara maya, mereka perlu cakna kepada kekangan yang dihadapi para
pelajar. Pelajar berkemungkinan tidak mempunyai peranti yang bersesuai dan mungkin
terpaksa berkongsi peranti. Keluarga mereka juga mungkin juga kurang berkemampuan untuk
menyediakan data untuk melayari internet untuk tujuan pembelajaran. Capaian internet yang
kurang stabil juga mampu merencatkan proses pembelajaran.
Kekangan-kekangan ini memerlukan para pendidik memikirkan alternatif terbaik untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Penggunaan video merupakan
salah satu alternatif terbaik untuk permasalahan ini. Video dikatakan amat membantu ,
menarik, efektif dan fleksibel untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai bidang
(Allavena, Schaffer-White, Long & Alawneh, 2017; Terry, Terry, Moloney & Bowtell, 2018).
Namun para pendidik seringkali menghadapi masalah mendapatkan video yang menepati
keperluan pelajar. Video yang didapati di dalam talian seperti di YouTube or Vimeo
berkemungkinan mengandungi terminologi yang asing dan tidak bersesuaian (Duncan,
Yarwood-Ross & Haigh, 2013; May, Wedgeworth & Bigham, 2013). Penghasilan video tersuai
merupakan satu penyelesaian. Namun ia mungkin kurang popular dalam kalangan pendidik
kerana proses penyediaan video tersuai agak memakan masa, memerlukan peralatan
pengajaran digital, memerlukan pengetahuan teknikal dan latihan dan kekurangan sokongan
(Farrelly, Raftery & Harding, 2018; McAvinia, Ryan & Moloney, 2018).
Tambahan pula, sekiranya sesebuah video telah dihasilkan, ianya mungkin sukar
untuk dibuat suntingan. Kesilapan sebutan, tatabahasa atau kemunculan elemen-elemen
yang mengganggu seperti bunyi latar dan sebagainya mungkin memerlukan sebahagian dari
rakaman dirakam semula dan ini amat mengecewakan (Norman, 2017). Terdahulu
penghasilan video selalunya memerlukan pelbagai peralatan namun seringkali para pendidik
tidak mempunyai peralatan yang sewajarnya untuk menghasilkan resos tersebut. Kewujudan
kamera digital dan telefon pintar walaubagaimanapun telah memungkinkan mereka bukan
sahaja membuat rakaman video bahkan juga menyebarluaskan video hasilan mereka (
Dunne, Ronan, Vivienne, & Deirdre, 2020).
Penghasilan video yang berkesan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bermula
dengan perancangan dan persediaan yang yang rapi dan teratur. Norman (2017)
menyarankan video yang dihasilkan sebaiknya berdurasi lima hingga duapuluh minit sahaja.
Kajian juga menunjukkan pelajar universiti lebih cenderung kepada penggunaan video
pengajaran pendek. Masa durasi video yang tertera di permulaan video merupakan penentu
samada ianya akan ditonton atau tidak (Roshier, Foster & Jones, 2011).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 579