Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KEBERKESANAN PENGGUNAAN APLIKASI MATTERPRO BAGI MENINGKATKAN
PENGUASAAN MURID TAHUN 5 DALAM TOPIK SIFAT JIRIM
Muhammad Nur Fitri M, Nur Aliya s, Nur Farrah Anis F , Dr Fouziah M dan Muhammad
Zaim Hakim L
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]
ABSTRAK
Topik Sifat Jirim merupakan salah satu topik yang perlu dipelajari oleh murid Tahun 5 dalam
matapelajaran Sains. Topik ini terkandung dalam Kurikulum Standard Tahun 5 yang
mensasarkan objektif di akhir pembelajaran murid mampu mencirikan sifat pepejal, cecair dan
gas serta mampu mengelaskan contoh bahan atau objek berdasarkan keadaan jirim. Namun
terdapat sebahagian murid yang lemah dalam mengenalpasti sifat jirim dan gagal menguasai
topik tersebut. Oleh itu aplikasi MatterPro dicipta oleh penyelidik bagi membantu
meningkatkan minat dan penguasaan murid dalam topik Sifat Jirim. Secara langsung juga
aplikasi ini dapat meningkatkan pencapaian murid dalam topik ini. Aplikasi MatterPro
merupakan pakej gabungan penggunaan nota grafik, video dan kuiz. Kajian ini dijalankan di
Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Kuala Nerus, Terengganu. Seramai lima orang murid
Tahun 6 dipilih sebagai peserta kajian berdasarkan markah ujian dianogstik mereka.
Pengumpulan data kajian dilakukan melalui penggunaan instrumen soal selidik, temubual
serta ujian 1 dan ujian 2 bagi mengumpul data. Keputusan analisis data menunjukkan kesan
positif terhadap peserta kajian di mana terdapat peningkatan penguasaan 100% peserta
kajian dalam topik yang dikaji. Dapatan juga turut menunjukkan perubahan positif terhadap
minat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, aplikasi MatterPro ini
berperanan meningkatkan kualiti amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Kata kunci : aplikasi MatterPro, Sifat Jirim, instrumen
PENGENALAN
Kurikulum Sains Sekolah Rendah bertujuan untuk menyemai minat murid terhadap sains dan
teknologi dan memberi asas pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi. Ianya akan
dicapai sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan mencapai tahap
pengajaran berkesan. Dalam bahasa yang mudah, murid akan berasa seronok, bertambah
minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkatkan kemahiran dalam aspek kognitif
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 880
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dan manipulasi serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pembelajaran
yang dijalani.
Bagi maksud sains yang diambil dari perkataan Inggeris, iaitu ‘Science’ dan menurut
maksud sains yang ditarifkan dalam Kamus Oxford English (1998), sains merupakan sebuah
cabang dimana ilmu tersebut dikaji dan selidik oleh sekumpulan penyataan yang dibukti atau
disokong dengan fakta yang ditinjau dan disusun secara berperingkat dan dihimpunkan dalam
bentuk hukum umum. Sains merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh
murid tahun 5 sekolah rendah. Murid perlu tahu bahawa mempelajari sains bertujuan
memahami diri dan persekitaran. Sains mengajar murid berfikir secara sistematik, berfokus,
merekod dengan tepat dan juga berfikir dengan rasional. Murid juga diterapkan dengan nilai-
nilai murni seperti mensyukuri nikmat Tuhan serta menyedari kepentingan sains dan teknologi
(Kepentingan Pendidikan Malaysia, 2012).
Sains adalah sesuatu yang empirikal kerana ia berdasarkan pengkajian tentang bukti
yang nampak. Namun begitu, sepanjang proses mempelajari sains, murid tidak dapat
dipisahkan dengan fakta-fakta dan teori-teori di dalamnya. Terlalu banyak fakta dan teori yang
yang perlu difahami serta memerlukan kaedah menghafal supaya murid lebih memahami dan
mengekalkan ingatan jangka panjang. Terdapat sebahagian murid menghadapi masalah
dalam memahami serta menghafal fakta sains yang diperolehi. Perkara ini dipandang serius
kerana sedikit sebanyak ianya mengganggu proses pembelajaran sains yang berlaku.
Mendepani cabaran abad ke-21, agenda melahirkan modal insan minda kelas pertama
berdasarkan apa yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-
2010 (Kementerian Pelajaran, 2006), berkualiti tinggi sebagaimana gagasan Pelan
Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2025 (Kementerian Pelajaran,2013). Murid
seharusnya disediakan dengan kemahiran dan kompetensi kurikulum yang bakal melahirkan
murid yang seimbang, berdaya tahan, bersemangat ingin tahu, berprinsip, mempunyai
kemahiran berfikir dan berkomunikasi dengan berkesan.
FOKUS KAJIAN
Berdasarkan kepada refleksi awal pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah mengesan
beberapa masalah yang dihadapi oleh murid. Pemilihan fokus kajian adalah berdasarkan
catatan refleksi PdP selepas mengajar tajuk Standard Kandungan (9.1) Keadaan Jirim dalam
mencapai SP (9.1.3) Mencirikan sifat pepejal, cecair dan gas dengan menjalankan aktiviti dari
segi jisim, memenuhi ruang, isipadu dan bentuk. Namun pengkaji hanya memfokuskan
kepada topik Sifat Jirim. Pengkaji memfokuskan kepada penguasaan murid dalam
mengenalpasti Sifat Jirim.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 881
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Selain itu, sesetengah murid jelas menunjukkan kekeliruan antara sifat pepejal, cecair
dan gas. Sebilangan besar berupaya menjawab soalan guru secara lisan sementara
selebihnya masih tidak dapat menjawab dengan yakin dan betul. Walaupun pengkaji telah
menggunakan pelbagai kaedah dan aktiviti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, namun
kaedah-kaedah tersebut tidak memberikan impak positif dalam jangka masa yang panjang.
Disebabkan atas dasar keperihatinan, pengkaji perlu mengambil inisiatif bagi
memikirkan kaedah penyelesaian terhadap masalah tersebut. Kaedah yang dipilih pengkaji
menepati Standard Kandungan subjek Sains. Dalam usaha ini diharap masalah murid ini
dapat diatasi dan mereka berpeluang menikmati pembelajaran seperti rakan-rakan sebaya
mereka.
OBJEKTIF DAN SOALAN
Jadual 1 : Objektif Dan Persoalan Kajian
Objektif Kajian Persoalan Kajian
Menambah minat murid dalam Sains Adakah dengan menggunakan aplikasi
dengan menggunakan aplikasi MatterPro dapat menambah minat
MatterPro murid dalam Sains?
Meningkatkan kefahaman murid Adakah dengan menggunakan aplikasi
dalam topik Sifat Jirim dengan MatterPro dapat meningkatkan
menggunakan aplikasi MatterPro kefahaman murid dalam topik Sifat
Jirim?
Meningkatkan pencapaian murid Adakah dengan menggunakan aplikasi
dalam topik Sifat Jirim dengan MatterPro dapat meningkatkan
menggunakan aplikasi MatterPro pencapaian murid dalam topik Sifat
Jirim?
PESERTA KAJIAN
Pelaksanaan kajian ini akan melibatkan 5 orang peserta kajian yang terdiri daripada murid
tahun 6 Firdaus dari kelas yang sama di sekolah praktikum pada fasa dua iaitu di SK Bukit
Tok Beng, Kuala Nerus, Terengganu. Peserta kajian yang dipilih menghadapi masalah
menguasai konsep dan fakta dalam topik Sifat Jirim. 5 orang murid dipilih sebagai peserta
kajian bardasarkan markah ujian dianogstik yang diberikan oleh pengkaji.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 882
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 2 : Kumpulan Sasaran Yang Terlibat Dalam Kajian
Billangan Peserta Kajian 5 orang murid dalam kelas 6 Firdaus
Prestasi Akademik - Mendapat skor yang rendah (<45%) dalam
ujian diagnostik yang telah dilakukan oleh
pengkaji
- Menghadapi masalah mengingati fakta dan
memahami konsep Sains
- Tahap penguasaan yang minimum dalam
topik Sifat Jirim
PELAKSANAAN KAJIAN
Pengkaji telah mengikut rangka serta perancangan yang telah ditetapkan untuk
melaksanakan kajian tindakan ini. Pengkaji telah merujuk kepada Model Reka Bentuk Kajian
yang dihasilkan oleh Stephen Kemmis dan McTaggart iaitu gelung model Penyelidikan
Kemmis dan McTaggart (1998) dalam melaksanakan kajian tindakan yang telah dirangka.
Dalam kajian ini, pengkaji telah merancang beberapa set instrumen yang melibatkan
soal selidik, temubual serta ujian 1 dan ujian 2 bagi kaedah pengumpulan data. Melalui set
instrumen ini, pengkaji akan mengumpul data serta menganalisis data tersebut bagi
menjawab persoalan yang dinyatakan dalam kajian. Semasa sesi intervensi berlangsung,
peserta kajian dikehendaki menggunakan aplikasi MatterPro semasa pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan. Pada peringkat ini, pengkaji akan menjalankan aplikasi
MatterPro dimana terdapat nota grafik, video dan kuiz.
Sebelum pelaksanaan intervensi dilaksanakan, penyelidik telah menjalankan ujian 1.
Ujian 1 ini diadakan bertujuan untuk melihat pencapaian markah peserta kajian pada peringkat
sebelum intervensi dan mengesan kelemahan berkaitan tajuk yang telah dipelajari.
Setelah sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengunakan intervensi yang
dipilih, penyelidik mengedar ujian 2 untuk dijawab oleh peserta kajian. Soalan ujian 2 adalah
setara dengan ujian 1. Ini bertujuan untuk melihat kemampuan peserta kajian untuk
mengingati fakta dan memahami konsep Sifat Jirim. Sudah tentunya tahap kefahaman ini
dapat ditentukan melalui peningkatan yang ditunjukkan dalam skor ujian 2 yang telah
dilakukan oleh kesemua peserta kajian.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 883
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Selain itu, penyelidik juga menjalankan soal selidik dan temubual bagi mendapat input-
input yang berkenaan tentang penggunaan aplikasi MatterPro terhadap tajuk yang digunakan
semasa sesi intervensi berlangsung.
DAPATAN KAJIAN
Kesemua data berkenaan akan dihuraikan dengan lebih terperinci bagi menilai penguasaan
dan minat peserta kajian selaras dengan objektif dan soalan kajian yang telah ditetapkan pada
awal penyelidikan.
1. Menambah minat murid dalam Sains dengan menggunakan aplikasi MatterPro
Pengumpulan data melalui soal selidik yang dijalankan bagi memberikan ruang
kepada peserta kajian memberikan maklum balas yang jujur tanpa perlu menyatakannya
secara terus kepada pengkaji dan memikirkan reaksi pengkaji. Berikut merupakan rumusan
bagi soal selidik peserta kajian sebelum dan selepas intervensi.
Jadual 4 Rumusan Soal Selidik Peserta Kajian Selepas Intervensi
Bil Item Sebelum Selepas
(%) (%)
1 Sains ialah subjek yang saya minati di sekolah 20% 100%
2 Saya ada melibatkan diri semasa menjalankan 20% 100%
aktiviti hari ini
3 Saya suka cara cikgu mengajar pada hari ini 20% 80%
4 Saya faham tentang apa yang dipelajari hari ini 0% 100%
5 Saya ingin terlibat secara aktif dalam aktivtiti 20% 60%
ketika pembelajaran Sains berlangsung
6 Saya lebih mudah ingat konsep yang telah 0% 80%
dipelajari dalam Sains
7 Saya suka aktiviti yang dijalankan oleh guru 20% 100%
Dari segi pola perubahan yang dianalisis oleh pengkaji terhadap item yang dipilih ke
atas peserta, penggunaan aplikasi MatterPro dilihat telah memberi sumbangan dalam
perubahan minat kelima-lima peserta kajian. Oleh yang demikian, hal ini menunjukkan
bahawa aplikasi MatterPro telah memberikan implikasi yang positif dalam kajian ini.
Interpretasi keseluruhan data dan dapatan daripada soal selidik menggambarkan bahawa
peserta kajian berjaya mencatat perubahan positif dari segi minat terhadap pembelajaran
dalam subjek Sains menerusi aplikasi MatterPro yang diperkenalkan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 884
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
2. Meningkatkan kefahaman murid dalam topik Sifat Jirim dengan menggunakan aplikasi
MatterPro
Jadual : Analisis Ujian 1 Peserta Kajian
Peserta Kajian
Item
PK1 PK2 PK3 PK4 PK5
Boleh menyatakan maksud jirim 2/2 2/2 2/2 2/2 2/2
Boleh menyatakan sifat bagi pepejal 1/3 1/3 2/3 1/3 2/3
Boleh menyatakan sifat bagi cecair 2/4 1/4 2/4 3/4 2/4
Boleh menyatakan sifat bagi gas 2/3 3/3 2/3 3/3 3/3
Berdasarkan jadual di atas, pengkaji telah menggariskan beberapa elemen yang diberikan
tumpuan bagi menilai tahap kefahaman peserta kajian bagi topik Sifat Jirim. Merujuk kepada
analisis tinjauan masalah yang terdahulu, pengkaji mendapati tahap kefahaman murid untuk
menjawab latihan berkenaan Sifat Jirim amat rendah dan mempunyai beberapa masalah
seperti mengenalpasti maksud jirim. Murid juga lemah dalam menyatakan sifat bagi pepejal,
cecair dan gas. Oleh itu pengkaji telah menetapkan empat item bagi menilai tahap kefahaman
peserta kajian. Item pertama adalah boleh menyatakan maksud jirim, manakala item kedua
ialah boleh menyatakan sifat bagi pepejal, seterusnya item yang ketiga adalah boleh
menyatakan sifat bagi cecair dan item yang keempat pula ialah boleh menyatakan sifat bagi
gas.
Pengkaji mendapati setiap peserta kajian dapat menjawab sebahagian sahaja bagi
setiap item yang difokuskan. PK1 dapat menyatakan 1/3 sifat bagi pepejal. la dapat
mengaitkan 2/4 sifat bagi cecair dan hanya 2/3 sifat bagi gas. Bagi PK2 pula ianya hampir
sama dengan PK1 tetapi bagi item tiga kurang dari PK1 tetapi bagi item empat ianya lebih
baik dari PK1. PK3, PK4 dan PK5 juga menunjukkan keupayaan yang hampir sama.
Jadual : Analisis Ujian 2 Peserta Kajian
Peserta Kajian
Item
PK1 PK2 PK3 PK4 PK5
Boleh menyatakan maksud jirim 2/2 2/2 2/2 2/2 2/2
Boleh menyatakan sifat bagi pepejal 3/3 3/3 3/3 2/3 2/3
Boleh menyatakan sifat bagi cecair 4/4 4/4 3/4 4/4 3/4
Boleh menyatakan sifat bagi gas 3/3 3/3 2/3 2/3 3/3
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 885
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Analisis dapatan di atas menunjukkan PK1 dan PK2 telah menguasai kesemua item
yang difokuskan dalam soalan Ujian 2 yang diberikan. PK3 telah menguasai 10/12 daripada
soalan ujian yang diberikan. Walaubagaimanapun pengkaji melihat secara keseluruhan bagi
mengesan kefahaman peserta kajian. Didapati secara keseluruhannya peserta kajian dapat
meningkatkan kefahaman dalam topik ini. Intervensi yang dijalankan telah menunjukkan
analisis kedua-dua dokumen murid menunjukkan kefahaman peserta terhadap topik
meningkat.
3. Meningkatkan pencapaian murid dalam topik Sifat Jirim dengan menggunakan aplikasi
MatterPro
Ujian secara formatif ini dijalan sebanyak dua kali iaitu ujian 1 untuk sebelum manakala ujian
2 untuk selepas intervensi dijalankan. Analisis daripada kedua-dua ujian terbabit menunjukkan
peratus markah kelima-lima peserta kajian selepas intervensi mengatasi markah sebelum
intervensi dilaksanakan. Pengkaji juga turut mencatat perubahan pola gred pencapaian yang
dicapai oleh peserta kajian dalam kedua-dua ujian tersebut.
Jadual : Analisis Perbandingan Peratusan Markah Ujian 1 dan Ujian 2
Peserta Kajian Ujian 1 Ujian 2 Perbezaan Prestasi
PK1 58.3% 100.0% +41.7 Meningkat
PK2 58.3% 100.0% +41.7 Meningkat
PK3 66.7% 83.3% +16.6 Meningkat
PK4 75.0% 83.3% +8.3 Meningkat
PK5 75.0% 83.3% +8.3 Meningkat
Analisis yang ditunjukkan oleh pengkaji dalam jadual di atas jelas menunjukkan
peningkatan yang ketara bagi setiap peserta kajian. Jika dibandingkan prestasi markah
peserta sebelum aplikasi MatterPro, secara puratanya peserta kajian mempunyai prestasi
yang rendah. PK1 Dan PK2 mencatat pencapaian paling rendah dalam ujian pra iaitu 58.3%
diikuti oleh PK3 66.7% dan seterusnya PK4 dan PK5 iaitu 75.0%. Pengkaji telah
memperkenalkan aplikasi MatterPro dan sekali lagi analisis dibuat melalui ujian 2.
Pada peringkat ini, pengkaji telah menunjukkan terdapat perubahan dalam peratusan
pencapaian markah bagi setiap peserta kajian. Secara keseluruhannya pencapaian kelima-
lima mereka telah meningkat. Peningkatan bagi setiap peserta adalah tidak sama. Bagi PK1
dan PK2, ia menunjukkan peningkatan paling banyak iaitu meningkat sebanyak 41.7%
daripada pencapaian asal. PK1 dan PK2 menunjukkan perubahan peratus pencapaian
markah sama iaitu daripada 58.3% kepada 100%. Ini diikuti oleh PK3 yang meningkat
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 886
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
sebanyak 16.6% daripada peratus markah ujian pra pada awalnya hanya 66.7%. Peningkatan
juga didapati bagi peratus markah PK4 dan PK5 iaitu masing masing dengan peningkatan
sebanyak 8.3%.
Peningkatan terhadap peratusan markah kesemua peserta kajian yang terlibat
menunjukkan bahawa 100% peserta menunjukkan perubahan peningkatan dalam capaian
ujian 1 dan ujian 2. Daripada analisis data yang diperolehi pengkaji telah berjaya menunjukkan
bahawa aplikasi MatterPro yang diperkenalkan membantu dalam meningkatkan tahap
pencapaian murid dalam topik Sifat Jirim.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji ingin mencadangkan beberapa perkara
untuk kajian seterusnya. Kajian ini hanya memfokuskan kepada lima orang peserta kajian
terpilih sahaja yang diambil dari kelas 6 Firdaus. Sehubungan dengan itu bagi menguji kajian
yang dijalankan dengan lebih efektif, bilangan calon kajian yang terlibat bolehlah ditingkatkan
antara sepuluh hingga lima belas orang. Hal ini disebabkan jumlah peserta kajian yang lebih
besar akan memberikan kesahan dan kebolehpercayaan dapatan kajian yang lebih tinggi.
Dengan itu, kejituan data yang dianalisis akan dapat dipertingkatkan.
Selain itu, pengkaji juga mencadangkan agar kajian ini diperluaskan lagi untuk topik-
topik lain dalam subjek Sains selain boleh digunakan dalam subjek lain bagi melihat
keberkesanan aplikasi MatterPro ini.
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengaplikasikan instrumen kajian iaitu Ujian 1 dan
Ujian 2, soal selidik dan temu bual. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar kajian seterusnya
menggunakan pelbagai instrumen lain seperti analisis dokumen bagi melihat keberkesanan
pendekatan yang diaplikasikan. Penggunaan instrumen yang pelbagai amat perlu kerana
pengkaji boleh menilai dengan lebih terperinci setiap hasil analisis yang dilakukan.
Kajian yang dilaksanakan ini hanya dijalankan kepada murid yang memiliki tahap
prestasi lemah sahaja. Cadangan pelaksanaan kajian yang akan datang adalah penggunaan
peserta kajian yang mempunyai pelbagai tahap pencapaian. Rasionalnya adalah kerana hasil
dapatan yang diperoleh akan dapat dibuat bandingbeza dan keputusan kajian tersebut boleh
dijadikan rujukan terhadap kajian dari pelbagai tahap prestasi akademik peserta.
Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Kuala Nerus,
Terengganu. Sebagai penambahbaikan akan datang, kajian lanjutan juga boleh dilakukan di
sekolah yang berlainan ketika melaksanakan intervensi tetapi mempunyai kedudukan geografi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 887
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
yang sama iaitu luar bandar dan latar belakang yang sama. Perkara ini boleh dilaksanakan
melalui kolaborasi dua hala dari pengkaji untuk melaksanakan kajian mereka.
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian, Norhashimah Hashim, Shamsudin Othrnan (2012). Multimedia Interaktif
Meningkatkan Pembelajaran Kemahiran Membaca Murid-Murid Probim : Universiti
Putra Malaysia
Chow, F. M. & Jaizah Mahamud. (2012). Kajian Tindakan : Konsep dan Amalan dalam
Pengajaran Pendidikan. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum Bersepadu Sains
Tahun 5. Bahagian Pembangunan Kurikulum : KPM.
Kemmis, S., & Mc Taggart, R. (1988). The action research reade. (3rd ed.). Australia: Deakin
University Press.
Oja, S. N., & Pine, G. J. (1989). Collaborative action research: Teachers’ stages.development
and school contexts. Peabody Journal of Education, 64(2), 96-115.
Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan Teori dan Amalan.Selangor:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Robson, C. (2002). Real world research: A research for social sciencetists and practitioner-
researchers (2nd ed.). Oxford: Blackwell.
Silverman, D. (2001). Doing Qualitative Research: A Practical Handbook. London:Sage
Publications.
Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd. Ali Samsudin. (2005). Kaedah Mengajar
Sains. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing. Bhd
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 888
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
MENINGKATKAN KEMAHIRAN 2M DALAM KALANGAN MURID TAHUN 2
MENGGUNAKAN HALAMAN PEMBELAJARAN TERADUN CEKAL WARNA@2.
1
Muhammad Sabiq bin Mohd Noor , Nur Hayani binti Yaakub , Mohd Asnorhisham bin
1
3
2
Adam , Nadiahtun Azreen binti Othman , Irni binti Ismail 4
1
Sekolah Kebangsaan Senibong, Pasir Gudang, Johor , Pejabat Pendidikan Daerah Pasir
2
3
Gudang, Johor , Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 4, Pasir Gudang Johor , Sekolah
4
Kebangsaan Taman Molek, Pasir Gudang, Johor
[email protected]
ABSTRAK
Kemahiran literasi melibatkan dua kemahiran asas dalam penerokaan ilmu iaitu kemahiran
membaca dan menulis (Kemahiran 2M). Kemahiran membaca merupakan proses mengecam
perkataan yang dilihat dan mengaitkannya dengan bunyi yang bermakna manakala
kemahiran menulis ialah proses menterjemahkan bunyi ke dalam tulisan yang bermakna.
Kegagalan murid menguasai kemahiran ini berpunca daripada masalah proses penyah kod
melibatkan proses menghubungkan huruf-huruf dan suku kata kepada bahasa lisan atau
bentuk tulisan khususnya kepada murid tahap 1. Oleh yang demikian, sebuah halaman e-
pembelajaran berasaskan pembelajaran teradun dengan mengintegrasikan aplikasi
pendidikan dalam kemahiran 2M iaitu CEKAL WARNA@2 telah dibangunkan. Kajian ini
bertujuan untuk meningkatkan kemahiran 2M kumpulan sasaran, iaitu murid darjah dua
menggunakan kaedah kutipan data seperti ujian sebelum dan selepas menggunakan
instrumen literasi Bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan
penguasaan murid dalam kemahiran 2M selepas intervensi dilaksanakan. Kesimpulannya,
intervensi ini menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) dalam anjakan
kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta mewujudkan
sebuah persekitaran pembelajaran yang interaktif dan interaktiviti bagi mencapai
pembelajaran bermakna.
Kata kunci : Kemahiran membaca, Kemahiran menulis, Pembelajaran Teradun
PENGENALAN
Kemahiran membaca dan menulis (2M) merupakan kemahiran asas yang harus dikuasai oleh
murid-murid sekolah rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran membaca
adalah aktiviti kognitif yang memerlukan keupayaan individu menyahkod dan memahami
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 889
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
maksud simbol dan teks manakala kemahiran menulis ditakrifkan sebagai proses
menyatakan kefahaman individu dalam bentuk simbol (Rana& Sangwan, 2019). Perkara ini
merupakan agenda nasional oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi
mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan murid sekolah rendah. Sehubungan dengan
itu, pihak KPM meletakkan perkara ini dalam anjakan kedua Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan
(KPM,2013).
Walau bagaimanapun dalam tempoh pendamik Covid-19, sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka kerana institusi pendidikan
ditutup dan sesi pembelajaran dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran dirumah
(PdPR). Perkara ini dilaksanakan bagi mematuhi arahan pihak Majlis Keselamatan Negara
(MKN) dalam mengekang penularan virus Covid-19 khususnya dalam kalangan guru dan
murid-murid. Merujuk kepada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) (2020), data bilangan penutupan sesi persekolahan pada
tahun 2020 menunjukkan bahawa institusi pendidikan di Malaysia ditutup sebanyak 35
minggu. Perkara ini memberi impak kepada penguasaan murid dalam kemahiran 2M
khususnya murid tahap 1 dimana murid masih tidak menguasai kemahiran asas yang harus
dikuasai ketika di tahun 1. Bagi mengatasi masalah ini, pelaksanaan PdPR dilaksanakan
secara mod atas talian (online), luar talian (Offline) atau di luar kawasan (off-site) seperti yang
dinyatakan dalam modul PdPR.
Penggunaan peranti digital sebagai inisiatif membantu guru dalam pelaksanaan PdPR
dalam mengatasi masalah komunikasi antara guru, murid dan bahan pembelajaran.
Implementasi aplikasi pendidikan dalam mata pelajaran ajar perlu diteliti fungsinya dan sejajar
dengan strategi dan aktiviti pembelajaran murid. Guru perlu mengenal pasti dan menentukan
serta mempelbagaikan bahan pengajaran yang menjadi faktor kepada peningkatan
pencapaian murid (Achola, Gudo & Odongo, 2016). Dalam tempoh ini, pembelajaran teradun
dilaksanakan dengan mengintegrasikan penggunaan aplikasi pendidikan dan model-model
dalam pembelajaran teradun bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran maya yang
bermakna. Penggunaan sistem pengurusan bahan atau content management system (CMS)
merupakan halaman pengurusan bahan berasaskan perkomputeran awan (Cloud Computing)
memberi ruang kepada guru menyusun aktiviti dan bahan pembelajaran serta mengubah suai
mengikut kepada tahap penguasaan murid menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu bagi
menyokong pelaksanaan PdPR (Utami & Hidayati,2021).
Pembelajaran teradun merupakan pedekatan pembelajaran yang menyediakan ruang
komunikasi antara guru dengan murid melalui peranti digital. Ia merupakan integrasi aktiviti
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 890
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pembelajaran secara atas talian dan secara bersemuka serta mengoptimumkan pengunaan
sumber dalam meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran yang dipelajari
(Garrison & Kanuka,2004). Pendekatan ini memerlukan kerangka pedagogi yang sistematik
dalam mata pelajaran ajar bagi menyokong sesi PdP guru dan murid yang efektif (Kaur,2013).
Melalui pendekatan ini, prestasi murid, motivasi belajar dan sikap murid terhadap mata
pelajaran yang dipelajari memberi kesan positif kepada murid-murid sekolah rendah (Noor &
Zakaria, 2018). Oleh yang demikian, pelaksanaan intervensi melalui pengintegrasian aplikasi
pendidikan melalui pendekatan pembelajaran teradun perlu berasaskan kepada model
kurikulum iaitu model penjajaran konstruktif.
Bagi memastikan kelancaran sesi pembelajaran maya, aktiviti pembelajaran perlu
selari dengan objektif pembelajaran mengikut kepada model penjajaran konstruktif.
Implementasi model ini bertujuan memastikan sesi PdP berlangsung secara sistematik
dimana murid perlu mengetahui perkara yang dipelajari sebelum sesi pengajaran
dilaksanakan. Aktiviti pembelajaran yang dirancang perlu menjurus keupayaan murid
mencapai objektif pembelajaran. Bagi mengukur pencapai tersebut, murid melaksanakan sesi
pentaksiran bagi mengukur sejauh mana penguasaan mereka terhadap satu-satu topik
pembelajaran (Kandlbinder, 2014). Pelaksanaan sesi pembelajaran yang tersusun
membolehkan guru melaksanakan sesi PdPr selari dengan pelaksanaan pembelajaran
teradun yang berupaya membantu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran 2M.
PELAKSANAAN KAJIAN
Fasa Pemerhatian Sesi Pembelajaran
Pada tahun 2021, pengkaji ditugaskan untuk mengajar murid tahap satu iaitu kelas darjah dua
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Terdapat dua jenis mod pengajaran yang dilaksanakan
iaitu mod PdPR bermula pada 21 Januari 2021 dan mod bersemuka bermula pada 1 Mac
2021. Ketika sesi PdPR, pengkaji menggunakan kaedah manual dan pembelajaran
berasaskan video di mana penjaga mengambil lembaran kerja dan membantu murid
menyelesaikan tugasan berdasarkan video penerangan yang disediakan. Sesi ini memberi
fokus kepada aktiviti mengenal huruf kecil dan huruf besar sebagai asas kepada kemahiran
bahasa dan memerlukan penekanan terhadap kemahiran ini.
Apabila sekolah beroperasi, pengkaji melaksanakan sesi PdPc mengikut rancangan
pengajaran tahunan yang dirancang. Sepanjang sesi PdPc, pengkaji melaksanakan aktiviti
kemahiran bahasa iaitu aktiviti membaca, menulis dan dengar tutur dengan mulakan sesi
pengajaran dengan aktiviti bercerita dalam kalangan murid secara kumpulan kecil untuk
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 891
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
berbual-bual. Aktiviti ini dilaksanakan setiap hari bagi menggalakan komunikasi antara guru
dan murid-murid disamping menilai penggunaan Bahasa dalam aktiviti ini. Pengkaji mendapati
murid-murid berminat dengan aktiviti ini di mana terdapat murid yang teruja untuk bercerita
berdasarkan kepada pengalaman sedia ada murid. Walau bagaimanapun, terdapat juga murid
mengambil masa mengujarkan cerita kerana proses mengingat secara kendiri.
Untuk aktiviti membaca, pengkaji memperkenalkan dengan paparan huruf dan suku
kata di sudut Bahasa Melayu sekolah bagi menilai pengalaman sedia ada murid ketikan PdPR.
Pengkaji mendapati bahawa murid-murid ini mengenal semua huruf dan suku kata KV yang
dipaparkan. Perkara ini penting untuk pengkaji menilai tahap penguasaaan murid dalam
kemahiran ini. Seterusnya, pengkaji melaksanakan aktiviti bacaan petikan pendek di mana
murid mengikut sebutan guru. Ketika aktiviti ini dijalankan, murid perlu menunjukan perkataan
yang disebut dalam petikan. Melalui aktiviti ini, pengkaji mendapati terdapat murid hanya
menyebut perkataan tetapi tidak dapat menunjukan perkataan dalam petikan. Terdapat juga
murid yang menunjukan perkataan yang berbeza daripada perkataan yang disebut.
Berdasarkan perkara ini menunjukkan murid kurang fokus terhadap sebutan perkataan oleh
guru.
Seterusnya, murid dikehendaki membaca petikan pendek dalam buku teks Bahasa
Melayu Tahun 2 secara kendiri dalam jangka masa 1 jam. Pengkaji berfungsi sebagai
fasilitator dalam mendengar bacaan murid secara bergilir-gilir dan membantu membaiki
sebutan murid yang kurang tepat. Pengkaji mendapati bahawa murid-murid ini kurang lancar
menyebut perkataan yang dipaparkan. Terdapat murid yang mengeja huruf tetapi kurang tepat
ketika menyebut perkataan serta murid yang tidak mengecam suku kata dengan tepat
khususnya suku kata KVKK di mana murid ini akan memisahkan KVK dan K. Perkara ini
menyebabkan murid-murid berasa bosan untuk meneruskan aktiviti ini.
Dalam aktiviti menulis, pengkaji meminta murid untuk menulis merangkumi huruf dan
suku kata yang disebut. Pengkaji mendapati murid-murid ini mengambil masa untuk menulis
perkara yang disebut oleh guru. Pengkaji membantu murid menggunakan kaedah membatang
dan kaedah fonik dalam menyebut perkataan. Murid-murid ini boleh menulis tetapi masih
terkeliru dengan beberapa huruf apabila menggunakan kaedah fonik seperti huruf ‘i’, murid
akan menulis huruf ‘e’. Perkara ini menimbulkan kegusaran kepada pengkaji memandangkan
Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi dan merupakan salah satu petunjuk prestasi
utama KPM dalam memastikan tiada lagi murid yang buta huruf apabila mereka berada pada
tahap 2.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 892
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Fasa Refleksi Sesi Pengajaran
Dalam kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti beberapa masalah yang berlaku
menggunakan empat kaedah tinjauan masalah iaitu pemerhatian, temu bual bersama guru,
penilaian instrumen saringan literasi Bahasa Melayu dan ujian jangka masa sebutan.
Keempat-empat kaedah ini membantu mengukuhkan fokus kajian di samping memberikan
gambaran masalah yang berlaku. Pemerhatian dalam bilik darjah dilaksanakan kepada
kumpulan sasaran untuk menilai kemahiran membaca murid dan tingkah laku mereka ketika
sesi PdPC untuk kemahiran ini. Seterusnya, pelaksanaan sesi temu bual bersama rakan guru
yang mengajar kelas ini untuk mendapatkan maklumat kemahiran bacaan mereka ketika
berada dalam mata pelajaran yang lain. Seterusnya, pengkaji melaksanakan penilaian
instrumen saringan literasi bagi kemahiran membaca dan menulis yang bertujuan untuk
menilai kemahiran murid mengikut konstruk-konstruk dalam instrumen literasi Bahasa Melayu.
Yang terakhir adalah ujian jangkaan masa menyebut untuk menilai perbezaan kepantasan
murid menyebut perkataan satu warna dan perkataan berwarna.
Berdasarkan kepada pemerhatian dalam bilik darjah, pengkaji mendapati murid-murid
mengenal huruf tetapi lambat untuk menyebut perkataan. Terdapat murid kurang yakin untuk
menyebut perkataan di mana suara mereka semakin menurun apabila membuat semakan
bacaan. Terdapat murid tidak mengecam suku kata KVKK di mana murid ini akan membuat
pisahan terhadap suku kata tersebut. Di samping itu, terdapat murid kurang memberi tumpuan
untuk membaca secara kendiri di mana mereka bermain-main dengan alat tulis.
Pengkaji turut melaksanakan sesi temu bual bersama rakan guru yang mengajar kelas
ini. Hasil daripada temu bual yang dijalankan, guru-guru menyatakan rasa kecewa kerana
murid-murid tidak dapat membaca arahan yang disediakan. Perkara ini menyebabkan guru
tidak dapat meneruskan penyampaian isi kandungan pelajaran sebaliknya membantu murid
dalam membaca arahan tugasan yang disediakan. Menurut guru-guru, murid-murid ini
memerlukan bimbingan membaca lebih terancang bagi membolehkan guru mengajar
kemahiran mata pelajaran masing-masing.
Seterusnya adalah pelaksanaan penilaian terhadap murid menggunakan instrumen
literasi Bahasa Melayu bagi kemahiran membaca dan menulis. Instrumen ini mengandungi
11 konstruk yang berkaitan dengan kedua-dua kemahiran. Instrumen ini dipilih kerana
instrumen ini telah digunakan sejak program LINUS dilaksanakan serta telah mendapat
kesahan daripada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Penilaian yang dibuat ini
untuk menilai tahap penguasaan murid terhadap kedua-dua kemahiran tersebut. Dapatan
mendapati sebahagian besar murid belum menguasai konstruk-konstruk tertentu bagi
kemahiran membaca dan menulis.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 893
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 1: Konstruk-Konstruk dalam Instrumen Literasi Bahasa Melayu
Bil Konstruk Keterangan
1. Konstruk 1 Keupayaan menyembunyikan dan menulis huruf vokal dan konsonan.
2. Konstruk 2 Keupayaan menyembunyikan dan menulis suku kata terbuka
3. Konstruk 3 Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
4. Konstruk 4 Keupayaan menyembunyikan dan menulis suku kata tertutup
5. Konstruk 5 Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
6. Konstruk 6 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata
tertutup ‘ng’.
7. Konstruk 7 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata
vokal tunggal.
8. Konstruk 8 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong dan
vokal bergandingan.
9. Konstruk 9 Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan
konsonan bergandingan.
10. Konstruk 10 Keupayaan membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran.
11. Konstruk 11 Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
12. Konstruk 12 Keupayaan membaca dan memahami bahan rangsangan secara lisan atau
penulisan
Jadual 2 : Penilaian Instrumen Kemahiran Menulis
Konstruk / Murid Murid A Murid B Murid C
K1 14/15 15/15 15/15
K2 5/5 5/5 4/5
K3 10/10 10/10 10/10
K4 5/5 5/5 3/5
K5 9/10 10/10 9/10
K6 10/10 5/10 10/10
K7 10/10 10/10 10/10
K8 10/10 5/10 2/10
K9 10/10 0/10 8/10
JUMLAH 83/85 65/85 71/85
PERATUS 98% 76% 84%
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 894
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 3 : Penilaian Instrumen Kemahiran Membaca
Konstruk/ murid Murid A Murid B Murid C
K1 15/15 15/15 15/15
K2 5/5 5/5 5/5
K3 5/5 5/5 5/5
K4 5/5 5/5 4/5
K5 4/5 4/5 5/5
K6 4/5 0/5 5/5
K7 5/5 0/5 5/5
K8 2/5 0/5 5/5
K9 4/5 0/5 0/5
K10 4/5 0/5 0/5
K11 1/3 0/3 0/3
K12 29/31 0/31 0/31
JUMLAH 83/94 34/94 49/94
PERATUS 88% 36% 52%
Pengkaji melaksanakan ujian jangkaan masa menyebut menggunakan petikan perkataan
mono warna dan perkataan berwarna. Pada sesi pertama, pengkaji memberikan petikan
pendek mono warna kepada murid dan mendapati Murid A mengambil masa 8 minit, Murid B
mengambil masa 10 minit dan Murid C mengambil masa 7 minit untuk menghabiskan petikan
tersebut. Pengkaji mendapati setiap murid mengambil masa yang begitu lama kerana mereka
keliru untuk menentukan suku kata yang tepat pada setiap perkataan disamping murid juga
didapati sangat lambat untuk membatang suku kata. Dalam sesi kedua, pengkaji memberikan
petikan pendek yang berwarna. Murid A mengambil masa 6 minit, Murid B mengambil masa
9 minit dan Murid C mengambil masa 4 minit untuk menghabiskan petikan pendek tersebut.
Pengkaji mendapati murid dapat membatang dengan pantas dan tepat mengikut warna pada
perkataan. Di samping itu, murid juga mudah untuk membatangkan suku kata mengikut kiraan
warna suku kata pada setiap perkataan. Walau bagaimanapun, masih terdapat murid yang
keliru untuk membunyikan huruf vokal yang menyebabkan murid mengambil masa untuk
membatang suku kata dengan betul.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 895
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
FASA MERANCANG
Objektif Kajian
1. Meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid tahun 2 menggunakan
halaman pembelajaran teradun cekal warna@2.
2. Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid tahun 2 menggunakan
halaman pembelajaran teradun cekal warna@2.
Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran seramai tiga orang murid dari kelas tahun 2 yang terdiri daripada dua orang
murid lelaki dan satu orang murid perempuan. Murid-murid ini merupakan kumpulan murid
yang terkesan akibat penutupan sekolah sepanjang tempoh pendamik Covid-19.
Tindakan Intervensi Yang Akan Dijalankan
Berdasarkan kepada analisis masalah yang telah dilaksanakan, pengkaji membangunkan
sebuah halaman bahan bacaan digital menggunakan aplikasi pendidikan dengan
menginterasikan kaedah membatang suku kata dengan penggunaan pembelajaran secara
audio-visual yang memberi fokus kepada aktiviti membaca sebagai aktiviti utama diikuti
dengan aktiviti menulis sebagai aktiviti pengukuhan.
Setiap suku kata diwarnakan mengikut kod-kod warna berdasarkan kepada bilangan huruf
dalam suku kata. Untuk perkataan suku kata tunggal, pengkaji menggunakan warna hitam,
untuk suku kata KV (warna biru), untuk suku kata KVK (warna hijau) manakala suku kata
KVKK (warna merah). Perkara ini bagi membolehkan murid mengeja perkataan berdasarkan
ketetapan warna tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan yang tidak diwarnakan
kerana murid-murid mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai suku kata khususnya suku
kata KV.
Rajah 1 : Contoh Suku Kata Kod Berwarna
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 896
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 4 : Suku Kata Kod Warna Berdasarkan Bilangan
Bil Kod warna Bilangan perkataan
1. Hitam Satu
2. Biru Dua (KV)
3. Hijau Tiga (KVK)
4. Merah Empat (KVKK)
Bahan-bahan yang digunakan untuk membangunkan halaman ini merujuk kepada
petikan yang terdapat dalam Buku Linus Bahasa Melayu bagi aktiviti membaca dan buku
aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2 bagi aktiviti menulis. Pengkaji merujuk kepada kedua-dua
bahan ini kerana dokumen LINUS telah digunakan sejak program tersebut bermula pada
tahun 2010 serta merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Penilaian (DSKP). Teks-
teks yang dipilih pula disaring mengikut tahap berdasarkan kepada bilangan perenggan.
Bahan-bahan ini dimasukan ke halaman Wakelet yang berfungsi sebagai halaman
pengurusan bahan pembelajaran mengandungi aktiviti-aktiviti membaca mengikut model
penjajaran konstruktif. Antara muka halaman ini dimulakan dengan memperkenalkan hasil
pembelajaran, video induksi, bahan bacaan berwarna, bacaan aplikasi immersive reader,
permainan dan penilaian. Pengkaji memilih menggunakan Wakelet kerana halaman ini
mempunyai aplikasi immersive reader yang membantu murid menyemak sebutan perkataan.
Jadual 5 : Senarai Aktiviti Pembelajaran
bil Aktiviti pembelajaran Keterangan aktiviti
1. Video Video induksi bertujuan menarik minat murid untuk belajar
topik pembelajaran. Murid memberi respon terhadap video
yang ditonton.
2. Bahan Bacaan Bahan bacaan berwarna mengikut suku kata dan kod
Berwarna warna yang ditetapkan. Murid meyebut perkataan mengikut
suku kata berwarna.
3. Immersive reader Aplikasi suara berdasarkan teks yang disediakan. Murid
mendengar sebutan berdasarkan teks yang telah dibaca.
4. Permainan ‘Kahoot!’ Aplikasi pembelajaran berasaskan permainan. Murid
bermain permainan aneka pilihan berdasarkan petikan
yang dibaca.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 897
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rajah 2 : Kerangka Konsep CEKAL WARNA@2
Kutipan Data
Pengumpulan data meliputi empat kaedah berdasarkan kepada objektif kajian yang
ditetapkan.
Jadual 6 : Kaedah Kutipan Data Kajian
Bil Objektif Kutipan data Tujuan
1. Meningkatkan kemahiran membaca petikan ujian sebelum dan untuk melihat perubahan
pendek dalam kalangan murid tahun 2 selepas markah sebelum dan
menggunakan halaman bacaan digital. menggunakan selepas intervensi
instrumen literasi dilaksanakan.
Bahasa Melayu
FASA BERTINDAK
Cara Pelaksanaan Intervensi
Intervensi bagi kajian ini dilaksanakan sebanyak enam kali sesi PdPc yang melibatkan semua
subjek kajian. Sesi PdPc pula melibatkan aktiviti kemahiran membaca dan menulis di mana
pemberatan diberikan kepada aktiviti membaca manakala aktiviti menulis sebagai
pengukuhan kepada subjek. Aktiviti membaca dilaksanakan melalui penggunaan halaman
CEKAL WARNA@2 dan aktiviti menulis dilaksanakan dalam buku aktiviti murid tahun 2.
Kutipan data juga dilaksanakan dalam sesi PdPc yang dijalankan bagi tujuan keperluan
objektif kajian.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 898
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
FASA PEMERHATIAN
Penilaian Penguasaan Kemahiran Membaca Murid
Pengkaji telah menjalankan ujian sebelum dan ujian selepas menggunakan instrumen
saringan literasi Bahasa Melayu Menulis Saringan 2 Tahun 2 2018. Bagi menilai penguasaan
aktiviti bacaan, pengkaji mendapati murid mula tidak menguasai bermula pada konstruk 5
hingga konstruk 12. Walau bagaimanapun, selepas pelaksanaan intervensi, berlaku
perubahan dari aspek penguasaan kemahiran ini di mana hampir semua murid menguasai
konstruk-konstruk dalam kemahiran membaca.
Jadual 7 : Penilaian penguasaan kemahiran membaca
Konstruk/ Murid A Murid B Murid C
murid Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas
K1 15/15 15/5 15/15 15/15 15/15 15/15
K2 5/5 5/5 5/5 5/5 5/5 5/5
K3 5/5 5/5 5/5 5/5 5/5 5/5
K4 5/5 5/5 5/5 5/5 4/5 5/5
K5 4/5 5/5 4/5 5/5 5/5 5/5
K6 4/5 5/5 0/5 5/5 5/5 5/5
K7 5/5 5/5 0/5 3/5 5/5 3/5
K8 2/5 4/5 0/5 3/5 5/5 5/5
K9 4/5 5/5 0/5 4/5 0/5 5/5
K10 4/5 5/5 0/5 4/5 0/5 4/5
K11 1/3 3/3 0/3 1/3 0/3 3/3
K12 29/31 31/31 0/31 12/31 0/31 31/31
JUMLAH 83/ 94 93/94 34/94 67/94 49/94 91/94
+10 +33 +47
PERATUS 88.30% 98.94% 36.17% 71.28% 52.13% 96.81%
+10.64% +35.11% +44.68%
Penilaian Penguasaan Kemahiran Menulis Murid
Seterusnya, pengkaji menjalankan penilaian bagi kemahiran menulis. Sebelum
menggunakan intervensi, pengkaji dapati masih ada murid yang tidak menguasai
keseluruhan konstruk 1 hingga konstruk 9. Walau bagaimanapun, selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran menggunakan halaman tersebut, pengkaji dapati
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 899
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
hampir keseluruhan murid-murid ini menguasai konstruk 1 hingga konstruk 9. .
Jadual 8 : Penilaian penguasaan kemahiran menulis
Konstruk/ Murid A Murid B Murid C
murid Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas
K1 14/15 15/15 15/15 15/15 15/15 15/15
K2 5/5 5/5 5/5 5/5 4/5 5/5
K3 10/10 10/10 10/10 10/10 10/10 10/10
K4 5/5 5/5 5/5 5/5 3/5 5/5
K5 9/10 10/10 10/10 10/10 9/10 10/10
K6 10/10 10/10 5/10 10/10 10/10 10/10
K7 10/10 10/10 10/10 10/10 10/10 10/10
K8 10/10 10/10 5/10 8/10 2/10 10/10
K9 10/10 10/10 0/10 10/10 8/10 10/10
JUMLAH 79/85 85/85 65/85 83/85 71/85 85/ 85
+6 +18 +14
PERATUSAN 92.94% 100.00% 76.47% 97.65% 83.53% 100.00%
+7.06% +21.18 +16.47
FASA REFLEKSI PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA
KESELURUHAN
Pengkaji dapati bahawa intervensi yang dijalankan memberikan banyak perubahan dalam
sesi PdPc khususnya dalam aktiviti membaca dan menulis di mana murid-murid dapat
menguasai kemahiran membaca dan menulis selepas belajar melalui halaman CEKAL
WARNA@2. Perkara ini dilihat berdasarkan kepada hasil ujian sebelum dan selepas
penggunaan intervensi yang dijalankan di mana berlaku perubahan markah murid bagi setiap
konstruk instrumen membaca dan menulis. Perkara ini berlaku kerana murid-murid ini tertarik
dengan penggunaan komputer dalam sesi PdPc dan kepelbagaian aktiviti yang disediakan
menjurus kapada kemahiran ini menggunakan aplikasi-aplikasi pendidikan seperti immersive
reader, video dan permainan dilihat memberi kesan kepada motivasi murid dan menarik minat
murid untuk membaca.
Keberkesanan halaman CEKAL WARNA@2 sebagai platform pembelajaran interaktif
audio visual menerima respon yang positif daripada murid. Pengkaji mendapati halaman e-
pembelajaran perlu disertakan dengan video untuk merangsang minat belajar seterusnya
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 900
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mewujudkan komunikasi antara guru, murid dan bahan. Murid juga lebih mudah untuk
mengeja dan menyebut perkataan secara mekanis atau mentalis dengan penggunaan suku
kata berwarna. Penggunaan immersive reader dilihat memudahkan murid untuk mendengar
audio dan mengikut sebutan yang didengari. Dalam aktiviti permainan pula, pengkaji
mendapati murid boleh membaca soalan dan jawapan serta memilih pilihan berdasarkan
warna.
Penggunaan halaman ini secara tidak langsung membolehkan pengkaji
mengimplementasi pendekatan pembelajaran teradun di mana wujudnya komunikasi dua hala
antara guru dan murid serta murid lebih aktif dalam bilik darjah. Di samping itu, terdapat
perubahan dari aspek kemahiran membaca di mana mereka mampu mengenal dan mudah
mengecam suku kata dengan mudah dan menyebut dengan lebih cepat. Dari aspek tingkah
laku, murid lebih seronok, teruja untuk belajar dan lebih bersemangat melalui aplikasi dan
aktiviti yang disediakan dalam halaman ini.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Intervensi yang dijalankan iaitu halaman CEKAL WARNA@2 memberi kesan positif kepada
murid dan guru serta memberi sumbangan baharu dalam dunia pendidikan khususnya dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Perkara
ini secara tidak langsung menyokong kepada keperluan dalam anjakan kedua dan ketujuh
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 itu memastikan setiap
murid profesien dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta memanfaatkan
penggunaan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Melalui penggunaan
halaman e-pembelajaran ini, murid bukan sahaja boleh belajar dalam situasi bersemuka
malahan boleh belajar dari mana-mana lokasi dengan peranti digital. Perkara ini secara
langsung memastikan sesi pembelajaran khususnya dalam tempoh pendamik Covid-19 ini
dilaksanakan ketika di rumah. Oleh yang demikian, intervensi ini wajar perlu ditambah baik
dengan mempelbagaikan bahan bacaan mengikut tahap murid serta memberi penekanan
kepada aktiviti berasaskan pembelajaran abad ke-21.
RUJUKAN
Achola, O. R., Gudo, C. O., & Odongo, B. (2016). Implications Of Instructional Materials On
Oral Skills Among Early Childhood Learners In Central Zone, Kisumu County,
Kenya. International J. Educ. Pol., Res. Rev, 3(2), 20-28.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 901
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Garrison, D. R., & Kanuka, H. (2004). Blended Learning: Uncovering Its Transformative
Potential In Higher Education. The Internet And Higher Education, 7(2), 95-105.
Kandlbinder, P. (2014). Constructive Alignment In University Teaching. Herdsa News, 36(3),
5.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019), Linus2.0 Literasi Bahasa Melayu: Modul Murid
Asas 2, KPM.
Mat Ariffin Bin Ismail & Nurfarah Lo Binti Andullah (2017), Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah
Kebangsaan Buku Aktiviti, Dewan Bahasa & Pustaka.
Malaysia, K. P. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Noor, M. S. M., & Zakaria, M. A. Z. M. (2018). Tinjauan Motivasi, Sikap Dan Peningkatan
Prestasi Murid Sekolah Rendah Melalui Penggunaan Halaman Celik Akal (Vle). Sains
Humanika, 10(3-2).
Rana, S., & Sangwan, S. (2019). Impact Of Intervention On Reading Writing Skills Of Children
In Government Schools.
Unesco (2021), Total Duration Of School Closure. Retrieve From
Https://En.Unesco.Org/Covid19/Educationresponse#Durationschoolclosures
Utami, P., & Hidayati, D. (2021). Pengembangan Modul Pemrograman Website Content
Management System Untuk Meningkatkan Kemampuan Guru Dalam Pengelolaan
Website Sekolah Sma Negeri 1 Cepogo Boyolali. Academy Of Education Journal, 12(1),
135-148.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 902
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
MOTIVASI, SOKONGAN IBU BAPA DAN KEINGINAN MENGIKUTI SESI PDPR DALAM
KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH
5
2
Chun C.C , Aziah A , Radziah M , Chow S.C dan S’aleh O
1
3
4
1,2,3,4,5 SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur
[email protected]
ABSTRAK
Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ekoran daripada penutupan
sekolah akibat pandemik Covid-19 menjadi isu yang hangat diperkatakan pada masa ini.
Kajian kuantitatif ini dijalankan untuk mengkaji persepsi murid-murid mengenai masalah
kemudahan peranti dan talian Internet serta cabaran yang dihadapi semasa mengikuti sesi
PdPR. Selain itu, kajian bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara faktor motivasi,
sokongan ibu bapa dengan keinginan murid mengikuti sesi PdPR. Sebanyak 476 orang murid
dipilih secara pensampelan rawak mudah bagi menjawab soal selidik. Data dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 26. Data analisis
menggunakan analisis deskriptif dan korelasi Pearson Product-Moment. Dapatan kajian
mendapati cabaran yang dihadapi oleh murid-murid ialah masalah penyambungan Internet
(40.3%) dan kesukaran untuk memahami isi kandungan mata pelajaran (21.6%). Hasil analisis
menunjukkan 53.6% murid mempunyai keinginan untuk mengikuti sesi PdPR pada tahap
tinggi. Dapatan kajian menunjukkan faktor motivasi (r=.48, p<.05) dan sokongan ibu bapa
(r=.40, p< .05) mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan murid mengikuti sesi
PdPR. Faktor motivasi, sokongan ibu bapa, kemudahan peranti, talian Internet dan kesukaran
untuk memahami isi kandungan mata pelajaran perlu diberikan perhatian dalam usaha
meningkatkan keberkesanan sesi PdPR. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan
keberkesanan pelaksanaan sesi PdPR melalui cadangan agar murid-murid mempunyai
keinginan untuk mengikuti sesi PdPR.
Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), motivasi, sokongan ibu bapa,
keinginan
PENGENALAN
Penyebaran penyakit Covid-19 yang bermula di Wuhan, China pada akhir Disember 2019
telah mengakibatkan berlakunya pandemik di seluruh dunia. Di Malaysia, Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 menyebabkan institusi pendidikan
telah diarahkan ditutup untuk mengelakkan penularan penyakit Covid 19. Kementerian
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 903
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) melalui tiga kaedah iaitu secara dalam talian, secara luar talian dan off-site (KPM,
2021). Pelbagai platform pembelajaran boleh diaplikasikan oleh guru-guru dengan
menggunakan google meet, google classromm, Zoom, WhatsApp dan telegram untuk
menjalankan sesi PdPR. Sepanjang tempoh pandemik Covid-19, pembelajaran di seluruh
dunia telah dijalankan secara dalam talian (Goldschmidt, 2020).
KPM melaporkan bahawa pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian
dan belajar dari rumah kurang berkesan, berbanding dengan pembelajaran secara bersemuka
(Rohaniza, Mohd, & Zanariah, 2021). Menurut Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi
Bin Jidin menyatakan bahawa terdapat kelemahan dalam pelaksanaan pembelajaran secara
dalam talian. Memandangkan kurang kajian tentang pembelajaran dalam talian maka kajian
ini bertujuan mengkaji persepsi murid-murid tentang masalah kemudahan peranti Internet dan
cabaran yang dihadapi ketika mengikuti sesi PdPR serta hubungan antara faktor motivasi
dan sokongan ibu bapa dengan keinginan mengikuti sesi PdPR. Dalam kajian ini, terdapat 2
objektif utama iaitu :
1. Mengenal pasti masalah kemudahan peranti/ talian internet dan cabaran yang
dihadapi oleh murid-murid SMK Seri Bintang Selatan semasa mengikuti sesi PdPR.
2. Mengkaji hubungan antara faktor motivasi dan sokongan ibu bapa dengan keinginan
murid mengikuti sesi PdPR dalam kalangan murid-murid SMK Seri Bintang Selatan.
SOROTAN LITERATUR
Perubahan dalam sistem pembelajaran memaksa sekolah melaksanakan pembelajaran
dalam talian (Alliyah et al. 2020). Dalam pelaksanaan pembelajaran dalam talian, isu
sambungan talian Internet merupakan salah satu halangan utama dalam pengajaran dan
pembelajaran (Zulkifli, Hamzah & Razak, 2020). Perhatian peribadi juga merupakan masalah
besar yang dihadapi oleh murid semasa pembelajaran dalam talian (Dhawan, 2020). Menurut
Dhawan (2020), sesi pengajaran dalam talian menggunakan peruntukkan masa yang terlalu
banyak dan kadang-kala pelaksanaan sesi yang terlalu fleksibel mengakibatkan murid tidak
bersedia untuk mengikutinya dan tidak mampu untuk memberikan perhatian terhadap sesi
pengajaran dalam tempoh masa yang lama. Berdasarkan saranan The American of Pediatrics
(AAP), tempoh layar maksimum mengikur umur bagi murid sekolah menengah ialah tiga
hingga empat jam sehari (Manual PdPR KPM, 2021).
Motivasi dalam pembelajaran terdiri daripada motivasi intrinsik dan motivasi ektrinsik.
Motivasi intrinsik merujuk kepada perkembangan mental, sosial dan fizikal seseorang yang
mempengaruhi minat seseorang dalam membuat sesuatu pilihan dalam kehidupan.
Manakala, motivasi ektrinsik di sebaliknya merujuk kepada pencapaian matlamat berdasarkan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 904
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kepada penghargaan luaran (Deci & Ryan, 2000). Keinginan mengikuti sesi PdPR merujuk
kepada tanggapan dan persepsi yang ditumpukan oleh murid-murid untuk terlibat dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini akan menunjukkan sejauh manakah seseorang itu ingin
berusaha untuk mencuba dan apakah tahap usaha yang dirancang oleh mereka untuk
melaksanakan tingkah laku tersebut (Deci & Ryan, 1985).
Selain itu, sokongan ibu bapa dan rakan sebaya ialah pengaruh utama dalam
kehidupan kanak-kanak. Stevens dan Borup (2015) menyatakan bahawa peranan ibu bapa
dapat meningkatkan penglibatan anak dalam pembelajaran dalam talian. Novianti dan Garzia
(2020) menyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam aktiviti
pembelajaran dalam talian anak-anak walaupun menghadapi kekangan dalam pembahagian
masa. Berdasarkan kajian-kajian lampau, kerangka konseptual kajian bagi penyelidikan ini
dapat diterangkan dalam Rajah 1.
Rajah 1 : Kerangka Konseptual Kajian
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik melalui link google form
sebagai instrumen untuk mengumpul data. Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian
iaitu Bahagian A, maklumat demografi dan kemudahan peranti dan talian Internet. Bahagian
B berkaitan dengan item motivasi, sokongan ibu bapa dan keinginan mengikuti sesi PdPR.
Item bahagian ini menggunakan skala likert iaitu 1 (Sangat Tidak Setuju), 2 (Tidak Setuju), 3
(Tidak Pasti), 4 (Setuju) dan 5 (Sangat Setuju). Bahagian C ialah item cabaran-cabaran yang
dihadapi murid semasa mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Kaedah persampelan rawak mudah digunakan untuk mengelakkan daripada berlaku
pengumpulan data yang bias dalam kajian. Seramai 476 orang murid telah menjawab soal
selidik mengunakan google form dalam kajian ini. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 90
orang murid. Setelah ujian rintis dijalankan dan dianalisis keputusannya maka
penambahbaikan terhadap item yang rendah nilai alpha cronbach telah dilaksanakan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 905
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pallant (2010) menyatakan bahawa nilai alpha .70 adalah nilai yang boleh diterima
manakala nilai alpha .80 ke atas ialah nilai yang lebih baik bagi menunjukkan kesahan
dalaman yang baik bagi alat pengukuran kajian. Jadual 1 menunjukkan keputusan pekali
alpha yang baik bagi keseluruhan alat kajian soal selidik iaitu 0.83. Bagi soal selidik motivasi
dan sokongan ibu bapa masing-masing mempunyai nilai pekali alpha 0.70 dan .086 bagi
keinginan mengikuti PdPR. Maka dapat disimpulkan soal selidik yang digunakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi.
Jadual 1 : Pekali Alpha Soal Selidik
Pemboleh Ubah Cronbach's Alpha Bilangan Item
Motivasi 0.70 3
Sokongan Ibu Bapa 0.70 3
Keinginan Mengikuti PdPR 0.86 3
Jumlah 0.83 9
Data dianalisis menggunakan program "Statistical Package For The Social Sciences"
(SPSS) Versi 26. Analisis deskritif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan paiwai
digunakan untuk menerangkan maklumat demografi, kemudahan peranti dan talian internet
dan cabaran yang dihadapi semasa sesi PdPR. Bagi menentukan tahap persepsi yang
ditunjukkan oleh responden maka skor min terendah dan tertinggi ditentukan daripada soal
selidik. Skor min terendah ialah 1 dan skor min tertinggi ialah 5. Nilai julat diperoleh melalui
kaedah menolak min tertinggi dengan min terendah dan dibahagi dengan tiga (Pallant, 2010).
Oleh itu, nilai julat tahap keinginan mengikuti sesi PdPR adalah seperti berikut: (i) Rendah
(1.00 - 1.66), (ii) Sederhana (1.67 - 3.33) dan (iii) Tinggi (3.34 - 5.00). Ujian korelasi Pearson
r digunakan untuk menentukan hubungan antara faktor motivasi dan sokongan ibu bapa
dengan keinginan murid mengikuti sesi PdPR.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan Jadual 2, ciri-ciri demografi subjek kajian yang merangkumi taburan responden
mengikut tingkatan dan kaum bagi murid-murid SMK SBS (n = 476). Majoriti responden adalah
murid Tingkatan 1 iaitu 111 orang (23.3%) dan murid tingkatan 2 adalah seramai 113 orang
(23.7%). Bagi taburan responden mengikut kaum pula, majoriti responden adalah dari kaum
Melayu (n =285, 59.9%), diikuti oleh kaum Cina (n = 138, 29.0%) dan kaum India (n = 42,
8.8%), manakala kaum Lain-lain (n = 11, 2.3%) adalah bilangan kaum yang terendah.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 906
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 2 : Analisis Deskriptif Demografi Responden Kajian
Pemboleh ubah Frekuensi Peratus (%)
Tingkatan
Tingkatan 1 111 23.3
Tingkatan 2 113 23.7
Tingkatan 3 69 14.5
Tingkatan 4 93 19.5
Tingkatan 5 90 18.9
Kaum
Melayu 285 59.9
Cina 138 29.0
India 42 8.8
Lain-lain 11 2.3
Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan 88.5% murid memiliki kemudahan telefon, 9.2 %
murid berkongsi telefon dengan ahli keluarga manakala 2.3% murid tidak memiliki telefon
bimbit. Dapatan kajian menunjukkan 40.6% murid mempunyai kemudahan
komputer/tablet/tab, 44.7% murid pula berkongsi kemudahan komputer/tablet/tab dengan ahli
keluaraga dan 14.7 % murid pula tidak mempunyai kemudahan komputer/tablet/tab.
Bagi kemudahan talian Internet, dapatan kajian menunjukkan 49.6% murid mempunyai
kemudahan talian Internet kabel di rumah, 23.5% murid mempunyai kemudahan talian
Internet jalur lebar (Broadband), 23.9% pula memiliki kemudahan talian Internet data telefon
pintar dan 1.9% tiada kemudahan talian Internet.
Jadual 3 : Kemudahan Peranti dan Talian Internet yang dimiliki oleh Murid (n=476)
Item Frekuensi Peratusan
1. Saya mempunyai kemudahan telefon bimbit
Sendiri 421 88.5
Dikongsi dengan ahli keluarga 44 9.2
Tiada 11 2.3
2. Saya mempunyai kemudahan komputer/tablet/tab
Sendiri 193 40.6
Dikongsi dengan ahli keluarga 213 44.7
Tiada 70 14.7
3. Di rumah saya mempunyai kemudahan talian internet
Talian Internet kabel 236 49.6
Talian Internet jalur lebar (Broadband) 112 23.5
Talian Internet data telefon pintar 114 23.9
Tiada 9 1.9
Jadual 4 menunjukkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh murid semasa mengikuti
sesi PdPR. Dapatan kajian menunjukkan 40.3% murid mempunyai masalah sambungan talian
internet, 21.6% (susah untuk memahami isi kandungan mata pelajaran), 14.3% (terlalu
banyak kaedah pembelajaran dalam talian yang digunakan oleh guru), 10.9% (kurang
semangat akibat tidak dapat bersemuka dengan kawan dan guru), 7.1% (masalah data
internet yang tidak mencukupi), 4.6% (masalah terhadap komputer dan peranti peribadi) dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 907
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
1.1 % (kurang kemahiran teknikal menggunakan pembelajaran dalam talian). Cabaran utama
yang dihadapi oleh murid semasa mengikuti PdPR ialah masalah sambungan talian Internet
dan susah untuk memahami isi kandungan mata pelajaran.
Jadual 4 : Cabaran-cabaran Sesi PdPR Yang Dihadapi oleh Murid (n=476)
Item Frekuensi Peratusan
1. Sambungan talian internet 192 40.3
2. Susah untuk memahami isi kandungan mata pelajaran 103 21.6
3. Terlalu banyak kaedah pembelajaran dalam talian yang
digunakan oleh guru 68 14.3
4. Kurang semangat akibat tidak dapat bersemuka
dengan kawan dan guru 52 10.9
5. Data internet yang tidak mencukupi 34 7.1
6. Masalah terhadap komputer dan peranti peribadi 22 4.6
7. Kurang kemahiran teknikal menggunakan 5 1.1
pembelajaran dalam talian
Keinginan mengikuti sesi PdPR diukur berdasarkan tiga item iaitu : (i) Saya ingin
mengikuti sesi pembelajaran dalam talian pada masa hadapan, (ii) Saya bercadang untuk
mengikuti sesi pembelajaran dalam talian pada masa hadapan dan (iii) Saya akan cuba untuk
mengikuti sesi pembelajaran dalam talian pada masa hadapan.
Jadual 5 menunjukkan skor min bagi keinginan mengikuti sesi PdPR ialah 2.52
(SP=.53). Dapatan kajian menunjukkan 53.6% responden mempunyai tahap keinginan
mengikuti sesi PdPR yang tinggi, 44.7% pada tahap sederhana dan 1.7% adalah pada tahap
rendah. Hal ini bermaksud, separuh daripada jumlah murid SMK SBS mempunyai keinginan
yang tinggi untuk mengikuti sesi PdPR.
Jadual 5 : Keinginan Mengikuti Sesi PdPR dalam kalangan Murid-murid SMK SBS
(n=476)
Pemboleh Ubah/Tahap Frekuensi Peratusan M SP
Keinginan mengikuti PdPR 2.52 0.53
Rendah (1.00 – 1.66) 8 1.7
Sederhana (1.67 – 3.33) 213 44.7
Tinggi (3.34 – 5.00) 255 53.6
Jumlah 476 100
Ujian Korelasi Pearson Product-Moment digunakan dalam menentukan hubungan
antara faktor motivasi dan sokongan ibu bapa dengan keinginan mengikuti sesi PdPR dalam
kalangan murid.
Berdasarkan Jadual 6, dapatan menunjukkan faktor motivasi mempunyai hubungan
yang signifikan dengan keinginan mengikuti sesi PdPR dalam kalangan murid SMK Seri
Bintang Selatan dan hubungan tersebut adalah hubungan yang sederhana (r = .49, p < .005).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 908
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Maka, perkaitan positif menunjukkan semakin tinggi faktor motivasi maka tahap keinginan
mengikuti sesi PdPR juga adalah tinggi.
Selain itu, sokongan ibu bapa mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan
mengikuti sesi PdPR dalam kalangan murid SMK Seri Bintang Selatan dan hubungan tersebut
adalah hubungan yang sederhana (r = .40, p < .005). Perkaitan yang positif menunjukkan
sokongan ibu bapa dapat mempengaruhi keinginan mengikuti sesi PdPR dalam kalangan
murid.
Jadual 6 : Hubungan antara factor motivasi dan sokongan Ibu Bapa dengan Keinginan
mengikuti sesi PdPR dalam kalangan murid.
Keinginan Mengikuti Sesi PdPR
Pemboleh bebas r p
Faktor Motivasi .487 .001*
Sokongan Ibu Bapa .403 .001*
korelasi signifikan pada paras .05
PERBINCANGAN
Dapatan kajian menunjukkan majoriti murid SMK Seri Bintang mempunyai kemudahan peranti
seperti telefon bimbit, komputer dan tablet untuk mengikuti sesi PdPR. Memandangkan
kebanyakan ibu bapa murid-murid SMK Seri Bintang Selatan adalah berkemampuan untuk
menyediakan kemudahan peranti kepada anak-anak bagi mengikuti sesi PdPR maka murid-
murid tidak menghadapi masalah kemudahan peranti. Dapatan ini adalah selari dengan
Suhana (2012) yang menyatakan ibu bapa seharusnya lebih berfikiran terbuka dengan
menyediakan kemudahan peranti yang diperlukan oleh anak. Selain itu, ibu bapa juga ingin
memastikan anak-anak dapat mengikuti sesi pembelajaran dan tidak ketinggalan dalam
pelajaran.
Cabaran yang dihadapi oleh murid iaitu masalah sambungan talian Internet semasa
mengikuti sesi PdPR kerana mereka mempunyai data telefon bimbit yang agak terhad untuk
mengikuti sesi PdPR. Chung, Subramanian dan Dass (2020) melaporkan bahawa pelajar
mempunyai masalah sambungan Internet dan data jalur lebar yang terhad. Memandangkan
data talian telefon bimbit adalah tidak mencukupi menyebabkan murid-murid tidak dapat
mengikuti kelas dalam talian semasa. Walapun semasa PKP 2.0, kerajaan mengumumkan
bahawa pihak syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Digi, Celcom, Umobile dan syarikat
telekomunikasi yang lain telah menyediakan 1 Gigabyte (GB) data percuma dari 8.00 pagi
hingga 6.00 petang namun data percuma 1 GB masih tidak mencukupi bagi muri-murid
mengikuti kelas dalam talian (Nas, N. N, 2021). Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 909
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mempertingkatkan kemudahan infrastruktur bagi pelaburan jangka masa panjang dengan
menyediakan capaian internet yang lebih baik (Chung, Subramanian & Dass, 2020).
Selain itu, murid-murid menghadapi masalah susah untuk memahami isi kandungan
mata pelajaran. Maka, murid-murid tidak dapat menguasai atau memahami isi pembelajaran
yang disampaikan oleh guru dengan baik. Dapatan kajian adalah selari dengan kajian Anuar
dan Zakaria (2015) dan Mailis, Hanim dan Hassan (2020) menunjukkan murid-murid belum
bersedia sepenuhnya untuk menerima e-pembelajaran. Memandangkan sesi pembelajaran
dan pengajaran dalam talian ialah kaedah pengajaran baharu maka murid-murid sedang
melalui proses transisi untuk menyesuaikan diri berbanding dengan pembelajaran secara
bersemuka. Transisi perubahan kaedah pengajaran ini jika diterokai dengan baik akan
menjadi peluang kepada kejayaan pembelajaran dalam talian (Adedoyin & Soykan, 2020).
Selain itu, guru-guru perlu merancang sesi pembelajaran dalam talian yang lebih menarik
dengan memberikan fokus kepada penyampaian isi kandungan agar murid-murid lebih mudah
untuk memahami isi kandungan yang disampaikan. Demi meningkatkan keberkesanan
penyampaian pengajaran guru dalam talian, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melalui
Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) perlu menyediakan sesi latihan dan kursus
pembelajaran dalam talian agar guru-guru dapat dibekalkan dengan teknik dan kaedah
pengajaran dalam talian yang dapat menarik minat murid-murid untuk mengikuti sesi PdPR.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor motivasi
dengan keinginan mengikuti sesi PdPR dalam kalangan murid. Murid-murid dapat menguasai
kemahiran-kemahiran ICT untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam
talian. Dalam erti kata lain, murid yang mempunyai tanggapan bahawa mereka adalah
kompeten iaitu dapat mempraktikkan kemahiran yang diperlukan dan berasa yakin dengan
kebolehan diri sendiri semasa mengikuti sesi PdPR. Dapatan ini menyatakan murid-murid
bermotivasi dan ingin mengikuti sesi pembelajaran dalam talian. Menurut Deci (1975),
motivasi merujuk kepada melakukan sesuatu aktiviti yang disukai dan diminati serta
keseronokan dan kepuasan yang diperoleh daripada melakukan aktiviti tersebut. Hal ini
adalah disebabkan oleh murid-murid suka dan berminat untuk mengikuti sesi PdPR. Apabila
seseorang murid bermotivasi maka murid akan secara sukarela melakukan sesuatu tingkah
laku (Deci & Ryan, 1985).
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, kajian ini dapat memberikan gambaran yang jelas kepada pihak
pentadbir dan pengurusan sekolah serta para guru berkaitan isu-isu sesi pengajaran PdPR
agar langkah-langkah yang lebih sesuai dapat dilaksanakan untuk meningkatkan lagi
keberkesanan sesi PdPR. Selain itu, kajian ini dapat menambahkan lagi kajian dalam bidang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 910
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pembelajaran dalam talian dalam konteks sekolah agar dapat dijadikan rujukan kepada kajian
lanjutan oleh pengkaji-pengkaji yang lain. Kajian lanjutan boleh dilaksana menggunakan
pendekatan kaedah penyelidikan mod campuran yang melibatkan sesi temu bual dengan
responden.
RUJUKAN
Adedoyin, O. B., & Soykan, E. (2020). Covid-19 pandemic and online learning: the challenges
and opportunities. Interactive Learning Environments, 1-13.
Aliyyah, R. R., Rachmadtullah, R., Samsudin, A., Syaodih, E., Nurtanto, M., & Tambunan, A.
R. S. (2020). The perceptions of primary school teachers of online learning during the
COVID-19 pandemic period: A case study in Indonesia. Journal of Ethnic and Cultural
Studies, 7(2), 90-109.
Anuar, R., & Zakaria, W. Z. W. (2015). TPACK dalam Pendidikan Seni Visual: Satu Kajian
Mengenai Kesediaan Pelajar Menggunakan E-Pembelajaran dalam Pembelajaran
Pendidikan Seni Visual. KUPAS SENI: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 3.
Chung, E., Subramaniam, G., & Dass, L. C. (2020). Online Learning Readiness among
University Students in Malaysia amidst COVID-19. Asian Journal of University
Education, 16(2), 46-58.
Deci, E. L. (1975). Intrinsic motivation. New York : Plenum.
Deci, E. L., & Ryan, R. M. (1985). Intrinsic motivation and self-determination in human
behavior. New York: Plenum.
Deci, E. L., & Ryan, R. M. (2000). The" what" and" why" of goal pursuits: Human needs and
the self-determination of behavior. Psychological inquiry, 11(4), 227-268.
Dhawan, S. (2020). Online learning: A panacea in the time of COVID-19 crisis. Journal of
Educational Technology Systems, 49(1), 5-22.
Goldschmidt, K. (2020). The COVID-19 pandemic: Technology use to support the wellbeing
of children. Journal of Pediatric Nursing.
Kemeterian Pelajaran Malaysia. (2021). Manual Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah.
Mailis, M. I., Hanim, Z. H., & Hassan, N. H. (2020). Persepsi Pelajar Kolej Universiti Islam
Melaka Terhadap Pelaksanaan Pembelajaran Secara Atas Talian Dalam Era Pandemik
COVID-19. Jurnal Kesidang, 5(1), 88-99.
Nas, N. N. (2021, April 29). Tawaran internet 1GB percuma dilanjutkan. Berita Harian Online:
Malaysia
Novianti, R., & Garzia, M. (2020). Parental Engagement in Children's Online Learning During
COVID-19 Pandemic. Journal of Teaching and Learning in Elementary Education
(Jtlee), 3(2), 117-131.
Pallant, J. (2010). SPSS Survival Manual: A step by step guide to data analysis using SPSS
th
for Windows (4 Edition). Berkshire. England.
Rohaniza, I, Mohd, I. I & Zanariah, A. M. (2021, Julai 01). PdP dalam talian kurang berkesan.
Berita Harian Online: Malaysia
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 911
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Stevens, M., & Borup, J. (2015). Parental engagement in online learning environments: A
review of the literature. Exploring Pedagogies for Diverse Learners Online.
Suhana, M. (2017, December). Influence of Gadget Usage on Children's Social-Emotional
Development. In International Conference of Early Childhood Education (ICECE 2017).
Atlantis Press.
Zulkifli, N., Hamzah, M. I., & Razak, K. A. (2020). Isu dan cabaran penggunaan MOOC dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Journal of Research, Policy & Practice of
Teachers and Teacher Education, 10(1), 77-94.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 912
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
EKSPLORASI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
Nor Laila binti Md Zain, Md Nasir bin Ibrahim, PhD
Jabatan Sains Sosial/unit Pendidikan Seni Visual, Institut Pendidikan Guru Kampus
Dato’Razali Ismail
Kuala Nerus, Terengganu
Jabatan Seni dan Reka Bentuk
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjong Malim, Perak.
[email protected], [email protected]
ABSTRAK
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan elemen penting dalam pengajaran dan
pemudahcaraan (PdPC) pendidikan alaf ke-21. Keperluan menerapkan KBAT ini menjadi
dasar utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membentuk murid-murid yang
mempunyai daya pemikiran yang kritis dan kreatif. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk
meneroka kesediaan guru-guru Pendidikan Seni Visual (PSV) mengaplikasikan KBAT dalam
PdPc mereka dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran dan aplikasi teknologi.
Melalui kajian ini, kaedah-kaedah pengajaran guru melalui penggunaan ICT dalam
menerapkan KBAT dikenal pasti. Kajian ini juga meneroka pemahaman guru-guru PSV
terhadap pengetahuan kandungan pedagogi mereka. Kajian ini berbentuk kualitatif kajian kes
dan data dikumpul melalui temu bual semi struktur, analisis dokumen dan pemerhatian
terhadap empat orang guru PSV di sekolah menengah. Dapatan kajian menunjukkan guru-
guru mengetahui kaedah pelaksanaan KBAT yang diperoleh daripada pelbagai sumber
khususnya daripada pihak sekolah. Selain itu, guru-guru menggunakan pelbagai kaedah
mengikut kesesuaian situasi dan kebolehan murid yang dijalankan sama ada di dalam kelas
atau di bilik Seni. Penggunaan pelbagai alat bantu mengajar berbantukan teknologi lebih
memudahkan pengajaran guru dalam usaha menerapkan KBAT. Implikasinya, murid-murid
lebih positif untuk bekerjasama, berupaya menarik minat dan lebih bersikap terbuka. Hal ini
menjadikan pengajaran menjadi lebih lancar. Kesimpulannya, guru-guru perlu menyesuaikan
teknologi mengikut kesesuaian topik, kebolehan murid-murid dan situasi pembelajaran agar
aktiviti PdPc menjadi lebih menyeronokkan dan membuka minda murid-murid.
Kata kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pendidikan Seni Visual, kaedah
pengajaran, aplikasi teknologi.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 913
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) didefinisikan sebagai keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
sesuatu yang baru (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014).
Perkembangan teknologi menjadikan bidang pendidikan semakin bergerak maju
dengan penekanan terhadap kemahiran berfikir secara matang untuk meningkatkan kualiti
kehidupan. Pendidikan yang berteraskan KBAT telah diamalkan di dalam bilik darjah di luar
negara seperti Amerika Syarikat dan England sejak tahun 1970-an lagi untuk membentuk
kurikulum bagi mencapai pemikiran global dan kemenjadian murid menuju abad ke-21 (Nik
Nor Ahmarizam, 2015). Dalam hal ini Ping dan Hua (2017) menyarankan kualiti pendidikan
perlu ditingkatkan agar setanding dengan negara maju khususnya dalam memperkasakan
KBAT.
Kemahiran berfikir amat dititikberatkan oleh semua pihak dalam merealisasikan PAK21
selari dengan perkembangan era digital teknologi maklumat. Keadaan ini untuk meningkatkan
daya intelek para murid. Hal ini seiring dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
untuk melahirkan generasi yang intelek, inovatif, kreatif dan berketerampilan (Tajularipin &
Aminuddin, 2018). Justeru, kita dapati Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
mengambil pelbagai initiatif untuk mengembangkan pemikiran murid-murid dalam memenuhi
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Pelaksanaan KBAT dalam sistem pendidikan negara ini
menjurus ke arah murid-murid yang mampu berdaya saing di peringkat global.
Abdul Shukor Hashim (1997) menjelaskan pelaksanaan KBAT dalam PSV merupakan
satu kesinambungan disiplin ilmu yang merentasi kurikulum dalam proses kognitif dan kreatif.
Olahan idea dalam menghasilkan karya seni dapat mempertajamkan pemikiran. Md Nasir
Ibrahim et al. (2020) pula menyatakan guru PSV membimbing murid-murid untuk membuat
penerokaan hubungan seni dan kehidupan yang membabitkan proses menghasilkan sesuatu
untuk dipamerkan dan dapat berkomunikasi dengan persekitaran. Oleh itu, guru-guru perlu
berpengetahuan luas untuk mengekplorasi KBAT dalam PdPc PSV melalui aplikasi teknologi
terkini.
SOROTAN LITERATUR
Penerapan KBAT dalam pendidikan pada masa ini lebih bersifat komprehensif melibatkan
tujuh elemen iaitu kurikulum, pentaksiran dan pedagogi dan empat elemen sokong adalah
kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya. Kesemuanya untuk
membudayakan KBAT dalam kalangan guru dan murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 914
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KPM, 2014). Guru berperanan sangat signifikan dalam mengembangkan KBAT untuk
menggarap budaya intelektual para murid bagi memenuhi cabaran pada masa depan
(Rajendran, 2017).
Pelaksanaan KBAT bertujuan untuk membentuk minda generasi yang boleh berfikir
dan menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif. Newmann (1991) menjelaskan
pemikiran aras tinggi berupaya mencabar minda murid untuk menginterprestasi, menganalisis
dan memanipulasi maklumat yang sedia ada. Berfikir melibatkan proses kognitif. KBAT
merangkumi kritikal, logik, refleksi, metakognitif dan kreatif (Mainali, 2012) dan kemahiran
kognitif yang membolehkan murid berfungsi pada analisis, sintesis, dan tahap penilaian
Taksonomi Bloom (Hopson, Simms & Knezek, 2001). Pemikir yang paling kreatif juga fleksibel
dalam penciptaan mereka. Mereka sanggup dan dapat memanipulasi pemikiran mereka untuk
memperbaiki apa yang mereka buat. (Thomas & Thorne, 2018) dan dapat meluahkan kata-
kata melalui kemampuan kita untuk berfikir secara kritis dan kreatif (Fisher, 2013).
Model Taksonomi Bloom semakan semula Anderson memperlihatkan empat tahap
domain kognitif iaitu 1) Mengaplikasi: menjalankan atau menggunakan prosedur melalui
pelaksanaan; 2) Menganalisis: memecah bahan atau konsep ke dalam bahagian,
menentukan bagaimana bahagian berkaitan atau saling berkaitan satu sama lain atau struktur
atau tujuan keseluruhan; 3) Menilai: membuat pertimbangan berdasarkan kriteria dan
standard melalui pemeriksaan dan kritikan; dan 4) Mencipta: meletakkan elemen bersama
untuk membentuk keseluruhan yang koheren atau berfungsi; menyusun semula elemen
menjadi corak atau struktur baru melalui penjanaan, perancangan, atau menghasilkan
(Anderson et al., 2001).
Guru perlu beralih daripada PdPc konvensional seperti “chalk and talk”, kepada
berbantukan komputer dan “smart board”, bahan bantu mengajar bersumberkan Internet,
laman sosial dan aktiviti berkumpulan agar memberi peluang murid untuk berkolaboratif (Nik
Nor Ahmarizam, 2015).
Selain itu, Sharulnizam Ramli, Syed Alwi Syed Abu Bakar dan Sabzali Musa Khan
(2015) pula menyokong penggunaan ICT dalam PdPc PSV agar menarik minat murid-murid.
Selain mengaplikasikan peralatan ICT seperti projektor LCD, komputer dan persembahan
perisian PowerPoint. ICT menyediakan peluang kepada guru-guru PSV untuk mempelajari
maklumat dan kaedah baharu. PSV harus seiringan dengan ICT supaya tidak ketinggalan
dalam industri kreatif bagi melahirkan murid yang kreatif dan penghayat/seniman visual
sebagai katalis untuk perkembangan industri kreatif di Malaysia.
Kerja seni juga memberi peluang kepada murid untuk menyatakan diri mereka dalam
pengalaman studio untuk mempromosikan pemikiran dan kreativiti (Bates, 2000: 13). Mittler
(2006: 52) berpendapat Pendidikan Seni membantu membina pelbagai kemahiran berfikir
yang penting untuk digunakan dalam situasi dunia sebenar. Situasi ini memberikan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 915
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pengalaman penting dalam mengikuti setiap langkah dalam proses penyelesaian masalah.
TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini untuk meneroka PdPc guru-guru PSV dalam penerapan KBAT dari segi
pemahaman dan kaedah pengajaran mereka mengaplikasikan sumber-sumber teknologi.
Kajian ini untuk memenuhi objektif kajian seperti berikut:
1. Menilai pandangan guru-guru PSV terhadap penerapan KBAT
2. Menghuraikan kaedah-kaedah PdPc guru-guru PSV untuk mengaplikasikan KBAT
dengan menggunakan teknologi.
METODOLOGI KAJIAN
Penyelidikan kualitatif berbentuk kajian kes melalui pelbagai kes (multicase studies) iaitu
pelbagai tempat lapangan (Merriam & Tisdell, 2016) digunakan dalam kajian ini. Menurut Yin
(2014) kajian kes adalah suatu kajian yang empiris untuk menyiasat fenomena kontemporari
(kes) secara mendalam dan dalam konteks dunia sebenar, terutamanya apabila batasan
antara fenomena dan konteks mungkin tidak jelas buktinya. Proses pengumpulan data
dilakukan dengan menjalankan kaedah temu bual semi struktur, pemerhatian tidak turut serta
dan analisis dokumen (Merriam & Tisdell, 2016).
Kajian ini telah dijalankan di tiga buah sekolah menengah di negeri Pulau Pinang di
bawah KPM. Persampelan bertujuan (purposive sampling) digunakan untuk membuat
pemilihan sampel kajian. Partisipan kajian seramai 4 orang guru PSV yang berumur antara 40
hingga 58 tahun, iaitu 3 orang guru lelaki dan seorang guru perempuan berfokuskan
pengalaman mengajar melebihi 10 tahun sebagai indikator utama dalam memastikan
pandangan dan pemahaman mereka terhadap pelaksanaan KBAT.
Analisis data adalah berbentuk deskriptif. Data yang diperoleh dianalisis secara
manual untuk mendapatkan konteks kajian yang lebih jelas. Seterusnya, perisian ATLAS.ti
8.0 digunakan untuk proses pengekodan. Dapatan kajian ini menjurus kepada objektif kajian.
Profil partisipan kajian adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1: Profil partisipan kajian
Partisipan kajian Pengalaman
mengajar
GPSV2 21
GPSV3 24
GPSV4 16
GPSV5 20
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 916
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
DAPATAN KAJIAN
Pandangan guru-guru Pendidikan Seni Visual terhadap penerapan KBAT?
Keseluruhannya, guru-guru dapat memahami dengan baik tentang konsep KBAT iaitu KBAT
membolehkan murid-murid meneroka pemikiran lebih tinggi secara meluas di samping proses
penyelesaian masalah. Guru-guru juga berpendapat bahawa KBAT perlu diajarkan dalam
PSV kerana untuk perkembangan pada masa depan, mencungkil bakat keberanian murid-
murid dari segi mengemukakan idea-idea yang bernas, kebolehan murid untuk mencipta dan
menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif, inovatif dan kebolehan berkomunikasi.
Guru-guru juga berpandangan positif dan baik untuk melaksanakan PdPc berasaskan
KBAT. Hal ini kerana mereka berpendapat KBAT menjadi satu keperluan untuk membentuk
murid yang dapat berfikiran aras tinggi, meluas, di luar kebiasaan dan kreatif. Kebolehan
berfikir dengan berkesan sangat penting dalam menghadapi cabaran-cabaran kehidupan
seharian yang kian kompleks dan canggih pada masa akan datang. Selain itu, pelaksanaan
KBAT dapat membolehkan guru-guru menilai dan mengukur tahap kebolehan para murid
dalam sesi PdPc yang dijalankan. Di samping itu, nilai-nilai murni dapat diterapkan dan
dipupuk agar para murid mampu bersaing untuk membina jati diri dan menyeimbangkan
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Kaedah-kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru Pendidikan Seni
Visual untuk mengaplikasikan KBAT dengan menggunakan aplikasi teknologi.
Kesemua guru mengaplikasikan kaedah yang hampir sama kerana pengajaran mereka
tertumpu kepada kelas berpotensi (Kelas belakang). Mereka mengakui kaedah yang mereka
gunakan adalah untuk memudahkan kefahaman para murid dalam proses menerapkan KBAT
iaitu pendekatan dari mudah kepada kompleks (susah) dan pendekatan masteri (mastery
learning).
Penerapan KBAT yang dilaksanakan oleh guru-guru bermula dengan peringkat asas
iaitu memberi pengetahuan kepada para murid iaitu memberi asas-asas pengetahuan kepada
para murid sebelum memberi tugasan kepada mereka untuk menghasilkan sesuatu karya.
Aras pengetahuan adalah KBAR yang perlu diberikan untuk kefahaman para murid terlebih
dahulu tentang sesuatu topik sebelum meneruskan kepada KBAT iaitu tahap menganalisis,
menilai dan mencipta dalam aktiviti seterusnya. Apabila mereka telah dapat memahami
dan mengikuti kemahiran itu, kemudian mereka dapat menghasilkan atau mencipta sesuatu
tugasan dengan baik dan seterusnya dapat diberikan tugasan lanjutan atau pengukuhan
kepada mereka.
Perkara ini menjadi penting jika melibatkan proses penggunaan alat dan bahan-bahan
yang belum pernah diikuti oleh para murid. PSV memerlukan para murid mengetahui
penggunaan alat dan bahan sebelum sesuatu tugasan diberikan. GPSV2 menjelaskan,
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 917
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
“Kalau...maksudnya kalau mengajar macam depa daripada mudah ke susahlah. Kalau kita
nak buat apa-apapun, yang pertama kita kena tunjuk cara dululah, tunjuk cara dekat budak,
kita tengoklah kelas mana kita mengajar, kalau kelas belakang tu kita kena beware. Hati-hati
jika melibatkan barang elektrik...dan melibatkan gunting. Bagi saya, kalau melibatkan benda-
benda tajampun kita kena hati-hati...kita kena bagi penerangan dulu macamana cara nak
gunakan alat ni...kemudian saya rasa kita kena bagi penerangan”.
(In.2/TB1/300118/(SMK2):554-561).
Seterusnya, GPSV3 pula menekankan pendekatan pembelajaran masteri (mastery
learning) untuk memberi kefahaman kepada para murid. Namun begitu, beliau
mengaplikasikan pendekatan tersebut bergantung kepada tahap murid dan situasi kelas yang
diajar. Beliau menyatakan, “Aaa...pendekatan masteri digunakan di peringkat awal
memang...sebab budak saya ni...murid saya ni...tak tahu...kita bagi satu...Kalau tanpa kita tak
jadi...Kita kena bagi...bagi terbuka minda dulu. Tengok juga situasi kelas”
(In.3/TB1/160617/(SMK3):661).
Selain itu, GPSV4 juga menyokong kefahaman para murid perlu ditumpukan sebelum
menjalankan tugasan untuk menghasilkan karya, “...sebab bila kita memikirkan cara...murid
dapat memahami sesuatu teknik tu dahulu...memahami cara untuk faham menghasilkan
sesuatu hasil karya itu...” (In.4/TB1/180918/544-545).
Kaedah PdPc yang dilaksanakan di dalam kelas merangkumi kaedah penerangan,
perbincangan, penyelesaian masalah dan sumbangsaran. Kaedah penerangan sangat
diperlukan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman mendalam kepada para murid. Hal
ini disokong oleh GPSV2, “...Yang pertama kita kena bagi penerangan dulu.”
(In.2/TB1/300118/(SMK2):554). GPSV3 pula menyatakan ilmu perlu diterangkan kepada para
murid kerana ilmu juga berdasarkan pengalaman.”…ilmu tu tak ada dalam buku...dan ilmu itu
berdasarkan pengalaman kita...kita kena bagi pengalaman tu pada murid. Bila dia faham satu
lagi akan datang tak ada masalah”. (In.3/TB1/160617/(SMK3):692-695). GPSV5 menjelaskan
beliau banyak menekankan kaedah penerangan dalam PdPc yang dijalankan, “Saya banyak
memberi penerangan kepada para murid.” (In.5/TB2/310717/(SMK2)/906).
Selain itu, GPSV3 juga menggunakan kaedah perbincangan dan pembentangan
dalam penerapan KBAT kepada para murid. Kaedah ini digunakan untuk membantu murid
saling bekerjasama di dalam kumpulan dan mendidik para murid agar berani mengeluarkan
pendapat mereka terhadap sesuatu topik yang dipelajari. GPSV3 yang menjelaskan, “PdP
abad ke-21 banyak saya terapkan kepada mereka. Mereka boleh berbincang spontan boleh
bercakap...” (In.3/TB1/160617/(SMK3):661-674).. Kaedah yang dijalankan ini dengan
mengaplikasikan penggunaan komputer riba untuk mencari bahan-bahan pembentangan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 918
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rajah 1. Kaedah perbincangan dan pembentangan secara berkumpulan
bagi GPSV3 menggunakan aplikasi teknologi
(In.3/P1/111017/(SMK3).
GPSV4 juga mengamalkan kaedah perbincangan dalam PdPc dengan memberikan projek
dan para murid perlu berbincang untuk menyiapkan tugasan mereka.”…saya akan bagi projek
kepada mereka...kemudian mereka akan mengadakan perbincangan” (In.4/TB1/180918/534-
538).
Selain itu, diaplikasikan kaedah penyelesaian masalah. GPSV4 menyatakan
“…murid diberi tugasan, mereka boleh menyelesaikan dalam kumpulan ataupun
secara individu.”(In.4/TB1/180918/576-579).
Semasa sesi pemerhatian, GPSV4 memberi tugasan secara individu menggunakan
perisian powerpoint. Para murid diberi tugasan menghasilkan kad ucapan hari guru sempena
Hari Guru kepada guru kesukaan mereka.
Rajah 2. Kaedah penyelesaian masalah secara individu dan kaedah pembentangan para
murid untuk menghasilkan karya rekaan mereka, iaitu kad ucapan menggunakan perisian
powerpoint (In.4/P1/040718/(SMK4).
Rajah 3. Hasil karya murid iatu kad ucapan Hari Guru menggunakan aplikasi teknologi
(powerpoint)(In.4/P1/040718/(SMK4).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 919
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kaedah sumbangsaran juga diaplikasikan semasa pengajaran. GPSV4 menjelaskan
“murid juga boleh melaksanakan...aaaaa..memberi idea sumbang saran
(In.4/TB1/180918/576-579). Tambah beliau, “Sebagai pemudahcara... untuk...aaa..memberi
pengetahuan kepada para murid. Jadi, di situlah murid dibimbing dan di situlah murid dapat
memberi sumbang saran mereka sendiri” (In.4/TB1/180918/(SMK4):853-855).
KESIMPULAN KAJIAN
Kajian ini menjelaskan mata pelajaran PSV bukan sahaja mendedahkan murid-murid untuk
menganalisis, memanipulasi bahan, menilai dan mencipta sesuatu yang baru berdasarkan
idea-idea yang mereka fikirkan. Ekplorasi KBAT oleh guru PSV sangat signifikan untuk
membolehkan mereka berfikir lebih jauh untuk menyelesaikan masalah pembelajaran
sehingga kehidupan mereka. Melalui aplikasi teknologi lebih mendedahkan murid agar
menjadi lebih kreatif dan memudahkan pengajaran guru. Lansing dan Richards (1981)
menyatakan kemahiran dalam seni adalah keupayaan untuk memanipulasi alat dan bahan
secara efisien dan kemampuan untuk menilai seni secara efektif. Sekiranya kemahiran tidak
berkembang bersama-sama dengan pengetahuan mengenai kehidupan, komposisi, prosedur
artistik, dan sejarah seni, kanak-kanak itu tidak akan menjadi lebih istimewa sebagai artis dan
ahli bukan profesional. Oleh itu, ekplorasi KBAT dan elemen teknologi merupakan kemahiran
yang relevan pada masa ini.
SYOR CADANGAN KAJIAN
Oleh itu, pengkaji menyarankan agar boleh diadakan kajian lanjut berkaitan kursus dan
perbengkelan KBAT dalam PdPc PSV untuk mengetahui pemantapan kefahaman guru-guru
PSV terhadap pelaksanaan KBAT. Selain itu, boleh diadakan kajian untuk pembinaan modul
bagi pelaksanaan KBAT di peringkat sekolah agar guru-guru mempunyai garis panduan.
Pembinaan modul ini boleh menjadi sumber rujukan di peringkat setiap negeri dan daerah-
daerah bagi memberi sokongan dalam usaha meningkatkan penerapan KBAT ini secara
efektif dan komprehensif.
RUJUKAN
Abdul Shukor Hashim.(1997). Perkembangan kurikulum Pendidikan Seni di sekolah suatu
penilaian dalam Wan Abdul Kadir & Yap Beng Liang.(1997)(ed). Seni dan
Pendidikan insan madani. Kuala Lumpur: Penerbit Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 920
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Anderson, Lorin W., Krathwohl, David R., Airasian, Peter W., Cruikshank, Kathleen A.,
Mayer, Richard E.,Pintrich, Paul R., Raths, James., Wittrock, Merlin C.(Ed.).(2001). A
taxonomy for learning, teaching and
assessing A revision of Bloom’s taxonomy of educational objectives. New York:
Addison Wasley Longman,Inc.
Bates, Jane K.(2000). Becoming An Art Teacher. Wadsworth OH: Wadsworth.
Fisher, Robert. (2013). Teaching thinking Philosophical Enquiry in the classroom. UK:
Bloomsbury Academic.
Hopson, Michael. H., Simms, Richard, L., & Knezek, Gerald, A., (2001) Using a Technology-
Enriched Environment to Improve Higher-Order Thinking Skills, Journal of
Research on Technology in Education, 34(2), 109-119.
Kementerian Pendidikan Malaysia.(2014). Elemen KBAT dalam pedagogi. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lansing, Kenneth M. & Richards, Arlene E. (1981). The Elementary Teacher’s Art
Handbook. New York N. Y. : CBS College Publishing.
Mainali, B. P. (2012). Higher Order Thinking In Education. Academic Voices A
Multidisciplinary Journal Volume 2, N0.1, 2012.
Merriam, S.B & Tisdell, E.J.( 2016). Qualitative Research A guide to design and
th
implementation 4 ed. San Franscisco, CA : Jossey-Bass A Wiley Brand.
Md Nasir Ibrahim, Mohd Zahuri bin Khairani, Mohd Azam bin Sulong, Ong Eng Tek & Che
Aleha binti Ladin (2020). Integration of 21st Century Skills Among Arts Education
Instructors at the Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur. Journal of Critical Review,
7(14), 522-527.
Mittler, Gene A. (2006). Art in Focus. Woodland Hills CA: McGraw-Hill.
Newmann, F. M. (1991). Promoting Higher Order Thinking in Social Studies: Overview
of a Study of Sixteen High School Departments. Theory & Research in Social
Education, 19(4), 324–340.
Nik Nor Ahmarizam.(2015). Pendidikan kelas abad ke-21. 12 Mac
2015.http://www.sinarharian.com.my/mobile/karya/pendapat/pendidikan- kelas-
abad-ke-21-1.367783#.Vzu71843fBo.mailto.
https://doi.org/10.1080/00933104.1980.10506070
Ping, Owi Wei & Hua, Ang Kean.(2017). Education in Malaysia: A Review.
International Journal of Research. Vol.4(2) February 2017.
https://edupediapublications,org/journals.
Rajendran Nagappan (2017) Pengajaran & Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Teori dan Amalan. Terj. Mohd Mustamam Abd Karim. Tanjong Malim, Perak :
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Sharulnizam Ramli, Syed Alwi Syed Abu Bakar & Sabzali Musa Khan. (2015).
Cabaran yang dihadapi Pendidikan Seni Visual dengan kemunculan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Malaysia. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 26, 2015.
Tajularipin Sulaiman & Aminuddin Hassan (Penyt.). (2018). Peranan minda dalam
kemahiran berfikir. Serdang: Penerbitan Universiti Putra Malaysia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 921
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Thomas, A & Thorne, G. (2018). Higher Order Thinking. Retrieved Oct, 30, 2018, from
http://www.readingrockets. org/article/higher-order-thinking.
th
Yin, Robert K.(2014). Case Study Research Design and methods (5 ed.) Thousand Oaks
CA: Sage Publication Inc.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 922
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KEPERLUAN PEMBINAAN PANDUAN PELAKSANAAN AKTIVITI DI PUSAT
PEMBELAJARAN PRASEKOLAH
1
Rashidah, E. , Noor Miza, A.R. dan Norsita, A. 3
2
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail
2 Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun
3 Institut Pendidikan Guru Malaysia
1 [email protected] , [email protected] , [email protected]
3
2
ABSTRAK
Pelaksanaan pusat pembelajaran di prasekolah telah diaplikasikan sejak tahun 2017, namun
masih ramai guru prasekolah belum menguasai sepenuhnya pelaksanaan strategi
pembelajaran menggunakan pusat pembelajaran. Kajian ini bertujuan mengenal pasti
kesediaan guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan penggunaan strategi dalam
melaksanakan aktiviti di pusat pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga merupakan satu
analisis keperluan untuk membangunkan panduan guru bagi mengaplikasi strategi
pembelajaran menggunakan pusat pembelajaran. Kajian dijalankan dengan rekabentuk
kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan dan disokong oleh dapatan kualitatif. Responden
kajian terdiri daripada 945 orang guru prasekolah. Data diperoleh menggunakan soal selidik
dan ditadbir secara dalam talian menggunakan Google Form. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa 32.6% responden kurang berkemahiran melaksanakan aktiviti di pusat pembelajaran
dan 69.5% bersetuju pusat pembelajaran dapat membantu murid berdikari dalam
menyelesaikan masalah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa 81.7% responden
memerlukan sokongan profesional dan 83.5% memerlukan panduan pelaksanaan dalam
mengaplikasi strategi pusat pembelajaran. Dapatan kajian kualitatif secara temu bual juga
menunjukkan bahawa terdapat keperluan bagi membangunkan satu panduan pelaksanaan
strategi pusat pembelajaran dan responden bersetuju bahawa Bahasa Melayu boleh
digunakan merentas kurikulum secara bermakna melalui aktiviti di pusat pembelajaran. Kajian
ini menunjukkan bahawa panduan guru yang sistematik dan lengkap dalam Bahasa Melayu
perlu bagi pelaksanaan pedagogi berasaskan aktiviti di pusat pembelajaran prasekolah.
Kata kunci: pusat pembelajaran prasekolah, analisis keperluan, panduan guru, merentas
kurikulum
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 923
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Istilah pusat pembelajaran bukan merupakan satu perkara saing dalam kalangan guru-guru
prasekolah, tanpa mengira sama ada anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN)
atau penganjur Yayasan Kemajuan Negeri dan juga tadika swasta. Hal ini kerana semenjak
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003) diperkenalkan
sehingga pembangunan KSPK mula dilaksanakan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010),
sudut-sudut pembelajaran sudah dilaksanakan di prasekolah. Namun demikian, cara
pelaksanaannya amat berbeza berbanding pusat pembelajaran.
Pusat pembelajaran di prasekolah merupakan ruang pembelajaran yang diwujudkan
untuk membolehkan murid prasekolah meneroka pembelajaran secara kendiri. Pusat
pembelajaran perlu dilengkapi dengan bahan dan peralatan yang sesuai untuk murid
melakukan aktiviti secara berstruktur atau bebas (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018).
Terdapat perbezaan di antara pusat pembelajaran dengan ruang pembelajaran biasa di mana
dalam pusat pembelajaran sepatutnya memberi kanak-kanak lebih autonomi untuk
mengendalikan aktiviti mereka secara kendiri (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017).
Kanak-kanak juga dibenarkan membuat pilihan terhadap pusat pembelajaran yang mereka
gemari bagi menjalankan aktiviti tertentu.
Penggunaan pusat pembelajaran diaktifkan bermula tahun 2017 apabila Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) disemak semula (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Semakan 2017
KSPK dan Garis Panduan Pengurusan Prasekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018)
dengan jelas mencatatkan keperluan mewujudkan pusat pembelajaran di prasekolah untuk
menggalakkan pembelajaran dan penerokaan kendiri murid prasekolah.
Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (BPK, KPM)
telah menyebarluas strategi pembelajaran menggunakan pusat pembelajaran semenjak
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan disemak semula (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2017). Latihan telah diberikan melalui jurulatih utama negeri (JU) kepada semua
lapisan guru prasekolah termasuk prasekolah KPM, prasekolah organisasi dan prasekolah
swasta.
Walaupun penggunaan pusat pembelajaran di prasekolah sudah digiatkan
penggunaannya sejak tahun 2017 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017), masih ramai
guru prasekolah yang tidak menguasai sepenuhnya pelaksanaan strategi pembelajaran
menggunakan pusat pembelajaran di prasekolah. Malahan hal ini masih berlaku dalam
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 924
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kalangan guru berpengalaman yang telah mengajar lebih 10 tahun di prasekolah (Mohd Nazri
& Wan Nurul Baizura. 2018).
Berkait dengan permasalahan yang dinyatakan di atas, isu pengetahuan dan
kemahiran guru juga dilihat menjadi satu perkara yang perlu diberi tumpuan dalam
pelaksanaan aktiviti berdasarkan strategi pusat pembelajaran. Seperti mana dapatan kajian
Rosmah dan Mariani (2020), tahap pemahaman guru merupakan salah satu faktor yang
mempengaruhi guru dalam membuat adaptasi bagi memenuhi matlamat dan objektif KSPK
Semakan 2017. Kajian oleh Noor Azman, Mazlina & Hamidah (2020) pula mendapati guru
prasekolah tidak menggunakan sebarang dokumen sebagai panduan untuk membantu
mengurus persekitaran fizikal bilik darjah prasekolah supaya lebih berkesan terhadap
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak, walaupun dalam kalangan mereka yang telah
mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun mengajar.
Bertitik tolak daripada isu ini kajian yang dijalankan berfokus kepada mengenal pasti
pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan aktiviti berdasarkan strategi pusat
pembelajaran, Selain daripada itu kajian ini juga ingin menentukan sama ada guru-guru
memerlukan satu dokumen berbentuk modul atau panduan bagi melaksanakan aktiviti
menggunakan strategi pusat pembelajaran di prasekolah.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif berikut:
1. Mengenal pasti pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan aktiviti
berdasarkan strategi pusat pembelajaran.
2. Menentukan sama ada guru-guru prasekolah memerlukan panduan guru atau modul
bagi melaksanakan aktiviti berdasarkan strategi pusat pembelajaran.
SOALAN KAJIAN
Soalan kajian yang akan dijawab dalam kajian ini adalah:
1. Adakah guru-guru prasekolah mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
melaksanakan aktiviti berdasarkan strategi pusat pembelajaran?
2. Adakah guru-guru prasekolah memerlukan panduan guru atau modul bagi
melaksanakan aktiviti berdasarkan strategi pusat pembelajaran?
SOROTAN LITERATUR
Kanak-kanak mempunyai hak untuk belajar dan meneroka. Seperti yang dinyatakan oleh
Chiam (2014), mendapat pendidikan yang baik bukan satu keistimewaan tetapi hak yang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 925
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mesti diberikan kepada kanak-kanak. Salah satu peluang pembelajaran dan penerokaan
kendiri ini diberikan kepada kanak-kanak prasekolah melalui pelaksanaan strategi pusat
pembelajaran di prasekolah, sesuai dengan arahan pelaksanaannya melalui Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK) Semakan 2017 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017) dan Garis Panduan
Pengurusan Prasekolah yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018).
Guru hendaklah mewujudkan pusat pembelajaran di prasekolah. Pusat pembelajaran
merupakan ruang yang dilengkapi dengan bahan dan peralatan pembelajaran untuk
murid melaksanakan aktiviti sama ada secara berstruktur atau bebas. Pusat
pembelajaran memberi peluang kepada murid membina pengetahuan dan kemahiran
secara kendiri. Oleh itu, guru perlu mengoptimumkan penggunaan pusat
pembelajaran.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018)
Kanak-kanak perlu banyak berinteraksi dengan rakan sebaya mereka dalam
persekitaran pembelajaran yang kondusif tetapi santai dan tidak memberi tekanan kepada
mereka. Perkara ini akan menyuburkan perkembangan sosioemosi mereka seperti yang
dinyatakan oleh Erikson (1950) di mana pada tahap umur kanak-kanak tiga hingga enam
tahun mereka berada pada peringkat ketiga iaitu inisiatif lawan rasa seba salah. Kanak-kanak
akan terus ingin mencuba jika mendapat galakan. Selain itu, Vygotsky (1986) juga
menyatakan bahawa kanak-kanak perlu diberi rangsangan untuk berinteraksi dengan rakan
sebaya dan orang dewasa. Suasana ini boleh diperoleh kanak-kanak semasa membuat
aktiviti di pusat pembelajaran di mana kanak-kanak meneroka pembelajaran mereka secara
kendiri bersama rakan-rakan dan guru hanya memberi bimbingan yang minima.
Kanak-kanak mampu menyelesaikan masalah mereka sendiri. Walaupun peranan
orang dewasa perlu untuk melonjakkan kemampuan kanak-kanak seperti yang dinyatakan
oleh Noor Miza (2015) dan selari dengan konsep rancahan (scaffolding) bagi merapatkan
jurang zon perkembangan proksimal (Zone of Proximal development, ZPD) melalui Teori
Sosiobudaya oleh Vygotsky (1986), sebenarnya kanak-kanak lain juga boleh mengambil
peranan dalam membantu seseorang kanak-kanak melepas ZPD. Ketika menjalankan aktiviti
di pusat pembelajaran, kanak-kanak berinteraksi sesama mereka dan saling membantu untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh, dalam aktiviti mencari sukatan air bagi
memenuhkan bekas yang besar, kanak-kanak akan berinteraksi dalam mencari penyelesaian
dan pada ketika tersebut kanak-kanak yang lebih berpengalaman akan membantu rakan-
rakan mereka yang lain. Situasi ini memenuhi konsep rancahan yang telah disebutkan oleh
Vygotsky (1986) walaupun hanya melibatkan kanak-kanak.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 926
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Dalam konteks pelaksanaan strategi pusat pembelajaran, kanak-kanak diberi
kebebasan memilih ruang yang mereka ingin sertai bagi meneroka aktiviti yang disediakan
secara berstruktur atau bebas oleh guru. Pelaksanaan aktiviti dalam pusat pembelajaran
membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran berkomunikasi, kemahiran membaca
dan menulis serta membina keyakinan diri. Dengan kata lain kanak-kanak boleh berkembang
secara holistik seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2001) dan objektif KSPK (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017),
Selain itu, kebebasan meneroka di pusat pembelajaran juga selari dengan aspek kompetensi
pembelajaran abad ke-21 yang meliputi kemahiran 6C (critical thinking, creative thinking,
collaboration, character, communication dan citizenship) seperti yang disebutkan oleh Fullan
dan Scott (2014) serta mampu meningkatkan kecerdasan pelbagai (Gardner, 1983) kanak-
kanak.
Secara ironinya, di sebalik kesemua kepentingan dan kebaikan pusat pembelajaran
yang telah dihujahkan, seperti yang telah disebutkan sebelum ini, kajian lepas yang telah
dijalankan juga mendapati amalan pedagogi guru kurang menggalakkan pelajar terlibat
dengan pemikiran aras tinggi (Nor Asniza, 2015). Malahan dapatan kajian oleh Mohd Nazri
dan Wan Nurul Baizura (2018) dan Noor Azman, Mazlina dan Hamidah, (2020) bukanlah satu
perkara yang boleh dipandang ringan. Apatah lagi jika berkaitan dengan masalah
pengetahuan dan kemahiran guru seperti yang dinyatakan oleh Rosmah dan Mariani (2020)
di mana masalah pengetahuan dan kemahiran tersebut telah menyebabkan guru sukar
membuat adaptasi bagi memenuhi matlamat dan objektif KSPK Semakan 2017. Inilah
signifikan yang menjadikan kajian ini dijalankan.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian dijalankan menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif iaitu kajian tinjauan. Data dikutip
menggunakan instrumen soal selidik yang dibina sendiri oleh kumpulan pengkaji dan telah
melalui pengesahan pakar untuk kesahan kandungan dan melalui analisis Cronbach Alfa
dengan nila Alfa 0.91 untuk ujian kebolehpercayaan. Soal selidik diedarkan kepada 945 orang
guru prasekolah zon Timur dan Utara sebagai responden dan ditadbirkan menggunakan
google form untuk mendapatkan data memandangkan pertemuan secara fizikal adalah
mustahil pada waktu pandemik yang masih berlangsung hingga sekarang. Soal selidik
dianalisis menggunakan statistik deskriptif menggunakan frekuensi dan peratusan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 927
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual frekuensi dan peratusan bagi menjawab
soalan kajian. Dapatan dihuraikan selepas ini berdasarkan subtopik yang merujuk kepada
objektif dan soalan kajian.
Pengetahuan dan Kemahiran Guru Prasekolah Dalam Pelaksanaan Aktiviti
Menggunakan Strategi Pusat Pembelajaran.
Jadual 1 di bawah menunjukkan dapatan berkaitan pengetahuan dan kemahiran responden
dalam melaksanakan aktiviti di prasekolah menggunakan strategi pusat pembelajaran.
Jadual 1
Pengetahuan dan Kemahiran Responden Dalam Melaksanakan Aktiviti di Pusat
Pembelajaran
Bil Item Frekuensi (ƒ) Peratus (%)
1 Berkemahiran dalam melaksanakan aktiviti di pusat 637 67.4
pembelajaran
2 Kurang kemahiran dalam melaksanakan aktiviti di 308 32.6
pusat pembelajaran
3 Kefahaman tinggi dalam menyediakan pusat 505 53.4
pembelajaran
4 Kurang kefahaman dalam menyediakan pusat 440 46.6
pembelajaran
5 Yakin untuk menggabungjalin elemen STREAM bagi 400 42.3
aktiviti di pusat pembelajaran
6 Kurang yakin untuk menggabungjalin elemen 545 57.7
STREAM bagi aktiviti di pusat pembelajaran
7 Berkebolehan mengendalikan kemahiran abad ke-21 350 37.0
untuk aktiviti di pusat pembelajaran
Kurang mampu mengendalikan kemahiran abad ke- 595 63.0
21 untuk aktiviti di pusat pembelajaran
N=945
Berdasarkan Jadual 1, lebih ramai responden iaitu 637 orang (67.4%) mempunyai
kemahiran melaksanakan aktiviti di pusat pembelajaran, berbanding 308 orang (32.6%)
kurang mahir. Walaupun demikian, angka ini membawa kepada jumlah yang agak besar
kerana kita melihat impak 308 orang guru kepada 7,700 orang murid prasekolah yang mereka
kendalikan. Lebih membimbangkan apabila kita melihat kepada kemampuan responden
dalam menyediakan pusat pembelajaran. Walaupun dapatan menunjukkan angka responden
yang kurang faham dalam menyediakan pusat pembelajaran kurang iaitu seramai 440 orang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 928
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
(46.6%), nilai ini hampir menyamai mereka yang faham iaitu hampir separuh daripada jumlah
responden.
Apabila kita meneliti dapatan berkaitan aplikasi elemen STREAM dan kemahiran
pembelajaran abad ke-21, seramai 545 responden (57.7%) responden masih kurang yakin
untuk mengaplikasi elemen STREAM dan seramai 595 responden (63.0%) kurang mampu
mengendalikan aktiviti yang menggunakan kemahiran abad ke-21. Jumlah ini melebihi
daripada responden yang merasakan mereka mahir. Seperti yang disebutkan di atas, jika
dilihat kepada impak hal ini ke atas murid, maka kita mendapati seramai 13,625 orang murid
tidak menikmati aktiviti berteraskan elemen STREAM dan seramai 14,875 orang murid tidak
menikmati impak kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran mereka.
Dapatan kajian menunjukkan walaupun bilangan responden yang kurang mahir
mengendalikan aktiviti murid di pusat pembelajaran dan bilangan responden yang kurang
faham menyediakan pusat pembelajaran kurang daripada mereka yang mahir, impak kepada
murid menunjukkan seramai 7,700 hingga 11,000 murid prasekolah terkesan dengan keadaan
ini. Apatah lagi apabila kita bercakap tentang aplikasi pembelajaran menggunakan eleme
STREAM dan kemahiran abad ke-21, di mana sekitar 13, 625 hingga 14,875 orang murid
akan mengalami impak yang tidak menyuburkan dalam pembelajaran mereka. Impak tersebut
didasarkan kepada nisbah seorang guru kepada 25 orang murid prasekolah yang
dikendalikan pada satu hingga dua tahun pendidikan dan pembelajaran di prasekolah. Hal ini
amat membimbangkan jika berlaku saban tahun silih berganti, selari dengan dapatan kajian
oleh Nor Asniza (2015), Mohd Nazri dan Wan Nurul Baizura (2018), Noor Azman, Mazlina
dan Hamidah (2020) serta Rosmah dan Mariani (2020).
Keperluan Terhadap Panduan Dalam Penyediaan dan Pelaksanaan Aktiviti Berdasarkan
Strategi Pusat Pembelajaran
Jadual 2 menunjukkan keperluan terhadap satu panduan dalam menyediakan pusat
pembelajaran dan aktiviti di pusat pembelajaran.
Jadual 2
Keperluan Panduan Terhadap Penyediaan dan Pelaksanaan Aktiviti di Pusat Pembelajaran
Bil Item Frekuensi (ƒ) Peratus (%)
1 Keperluan terhadap panduan penyediaan pusat 789 83.5
pembelajaran
2 Keperluan terhadap panduan aktiviti berteraskan 781 82.7
PAK Abad ke-21
3 Keperluan terhadap sokongan profesional untuk 772 81.7
pengaplikasian pusat pembelajaran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 929