Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rajah 1: Antara muka jurnal pembelajaran melalui Aplikasi Seesaw
Demografi Responden- Bahagian A
Dalam bahagian A kajian ini seramai 40 orang responden telah terlibat yang terdiri daripada
pelajar PISMP ambilan Jun tahun 2020 dan sedang mengikuti kursus EDUP3053 Teknologi
untuk pengajaran dan pembelajaran di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail Terengganu.
Responden terdiri daripada 7 lelaki dan 33 perempuan dan mengikuti kursus major yang
sama. Secara keseluruhannya, semua responden mempunyai kemahiran teknologi maklumat
yang baik.
Analisa Kajian Berdasarkan Model Penerimaan Teknologi-Bahagian B
Bahagian ini mengandungi 20 item mengenai empat aspek dalam Model Penerimaan
Teknologi (TAM) iaitu keseronokan terhadap penggunaan jurnal pembelajaran, kebergunaan
jurnal pembelajaran secara aplikasi mudah alih, kemudahgunaan jurnal pembelajaran dan
sikap pelajar terhadap penggunaan jurnal pembelajaran. Laporan bahagian ini ditunjukkan
dalam Jadual 1 hingga 4 dan digunakan bagi menjawab pernyataan masalah kajian.
Aspek Keseronokan Terhadap Penggunaan Jurnal Pembelajaran
Merujuk kepada soal selidik bahagian B iaitu terdapat 5 item yang berkaitan dengan aspek
keseronokan responden terhadap penggunaan jurnal pembelajaran seperti yang ditunjukkan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 630
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dalam Jadual 1. Dapatan analisis menunjukkan bahawa semua item berada pada tahap tinggi
iaitu item 1 ‘gaya persembahan’ (min =4.60), diikuti item 2 ‘susun atur aktiviti’ (min=4.73), item
3 ‘pelbagai bahan’ (min=4.68), item 4 ‘tertarik untuk menggunakan aplikasi’ (min=4.80) dan
item 5 ‘berkolaboratif dengan rakan-rakan’ (min=4.60). Nilai min tertinggi ialah item 4 dengan
4.80 dan nilai min terendah iaitu 4.60 adalah pada item 1 dan item 5. Rumusannya, min
keseluruhan ialah 4.70 dan nilai sisihan piawai adalah sangat kecil dan tidak melebihi 0.60
menunjukkan tahap persetujuan pelajar terhadap aspek keseronokan terhadap penggunaan
jurnal pembelajaran adalah berada pada tahap tinggi.
Jadual 1: Aspek Keseronokan Terhadap Penggunaan Jurnal Pembelajaran
Bil Item Skor Min SP
1 Saya tertarik dengan gaya persembahan aplikasi jurnal 4.60 0.41
pembelajaran yang menarik
2 Saya tertarik dengan susun atur aktiviti dalam aplikasi 4.73 0.45
jurnal pembelajaran
3 Saya tertarik dengan pelbagai bahan dan aktiviti yang 4.68 0.47
diterapkan dalam aplikasi jurnal pembelajaran
4 Saya tertarik untuk menggunakan aplikasi jurnal 4.80 0.59
pembelajaran
5 Saya suka menggunakan aplikasi jurnal pembelajaran 4.60 0.59
kerana dapat berkolaboratif dengan rakan-rakan lain
Keseluruhan 4.70
Manakala dapatan berdasarkan temu bual yang telah dilaksanakan menunjukkan bahawa
tahap penerimaan terhadap penggunaan jurnal pembelajaran secara aplikasi mudah alih
dikalangan responden amat baik. Kesemua responden menyatakan bahawa mereka sangat
seronok menggunakan jurnal pembelajaran kerana meraka mudah berkolaboratif bersama
rakan-rakan lain. Menurut responden R1 dan R2:
“Saya berasa sangat seronok menggunakan jurnal pembelajaran pelbagai aktiviti PdP dapat
direkodkan dengan mudah dan saya boleh merujuknya semula.”
“Saya dapati jurnal pembelajaran memberi alternatif kepada saya untuk lebih kreatif dalam
menguruskan PdP saya.”
Kesimpulannya, pandangan responden menunjukkan bahawa mereka sangat seronok
menggunakan jurnal pembelajaran kerana mereka mampu menyimpan hasil kerja dan aktiviti
pembelajaran mereka dengan mudah dan senang dicapai. Dapatan temubual ini juga
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 631
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
disokong oleh Siti Azura et.al (2021) yang menyatakan bahawa keseronakan dalam
pembelajaran boleh belaku sekiranya pembelajaran itu dapat diuruskan dengan baik dan
berkesan.
Aspek Kebergunaan Jurnal Pembelajaran Secara Aplikasi Mudah Alih
Merujuk kepada soal selidik bahagian B iaitu terdapat 5 item yang berkaitan dengan aspek
kebergunaan jurnal pembelajaran secara aplikasi mudah alih seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 2. Dapatan analisis menunjukkan bahawa semua item berada pada tahap tinggi iaitu
item 1 ‘relevan dengan keperluan’ (min =4.74), diikuti item 2 ‘mengaitkan pengetahuan sedia
ada’ (min=4.70), item 3 ‘membantu’ (min=4.73), item 4 ‘strategi pembelajaran-relevan’
(min=4.60) dan item 5 ‘memudahkan saya menyiapkan tugasan’ (min=4.50). Nilai min tertinggi
ialah item 1 dengan 4.74dan nilai min terendah pada item 5 iaitu 4.60.
Jadual 2: Aspek Kebergunaan Jurnal Pembelajaran Secara Aplikasi Mudah Alih
Bil Item Skor Min SP
1 Aplikasi jurnal pembelajaran relevan dengan keperluan 0.33
4.74
saya sebagai pelajar
2 Saya dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada 0.41
4.70
dengan kandungan pembelajaran dalam aplikasi ini
3 Hasil pembelajaran dalam aplikasi jurnal pembelajaran 0.45
membantu saya dalam memperolehi pengetahuan 4.73
dengan baik
4 Strategi pembelajaran dalam aplikasi jurnal 0.56
4.60
pembelajaran relevan dengan pembelajaran.
5 Penggunaaan jurnal pembelajaran dapat memudahkan 0.59
4.50
saya menyiapkan tugasan kerja kursus
Keseluruhan 4.65
Rumusannya, min keseluruhan adalah 4.65 dan nilai sisihan piawai adalah sangat kecil dan
tidak melebihi 0.59 menunjukkan tahap persetujuan pelajar terhadap aspek kebergunaan
jurnal pembelajaran secara apliaksi mudah alih adalah berada pada tahap tinggi.
Aspek Kemudahgunaan Jurnal Pembelajaran
Merujuk kepada Jadual 3 terdapat lima item digunakan bagi melihat tahap persetujuan
pelajar terhadap aspek kemudahgunaan jurnal pembelajaran. Dapatan analisis Jadual 3
menunjukkan bahawa semua item berada pada tahap tinggi iaitu item 1 ‘mudah dan pantas
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 632
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
(min =4.90) mempunyai nilai skor min yang paling tinggi, diikuti item 2 ‘tidak memerlukan
kemahiran teknologi yang tinggi’ (min=4.80), item 3 ‘sangat mudah digunakan’ (min=4.75),
item 4 ‘keupayaan pengguna’ (min=4.76) dan item 5 ‘menambah keyakinan’ (min=4.56).
Kesimpulannya min keseluruhan ialah 4.75 dan nilai sisihan piawai adalah sangat kecil dan
tidak melebihi 0.55 menunjukkan tahap persetujuan pelajar terhadap kemudahgunaan
aplikasi jurnal dalam membantu pelaksanaan PdP berada pada tahap tinggi.
Jadual 3 : Aspek Kemudahgunaan Jurnal Pembelajaran
Bil Item Skor Min SP
1 Reka bentuk skrin utama aplikasi jurnal pembelajaran
membantu saya memilih kandungan pembelajaran dengan 4.90 0.30
mudah dan pantas
2 Saya tidak memerlukan kemahiran teknologi yang tinggi
untuk menggunakan jurnal pembelajaran secara aplikasi 4.80 0.41
mudah alih ini
3 Jurnal pembelajaran ini sangat mudah digunakan pada bila-
4.75 0.49
bila masa dan dimana-mana
4 Filtur dalam jurnal pembelajaran disusun dengan baik dan
4.76 0.53
mengambil kira keupayaan pengguna
5 Aktiviti dalam aplikasi jurnal pembelajaran menambahkan
4.56 0.45
keyakinan saya dalam mempelajari topik berkenaan
Keseluruhan 4.75
Justeru daripada kajian ini pelajar menunjukkan keyakinan yang tinggi dalam menghasilkan
jurnal pembelajaran yang baik, mudah, cepat dan pantas. Menurut responden R3 dan R4:
“Jurnal pembelajaran sangat mudah digunakan tanpa memerlukan kemahiran, teknologi yang
tinggi, Cuma perlu muat turun aplikasi melalui telefon bimbit .”
“Jurnal pembelajaran ini mempunyai reka bentuk skrin dan tools yang menarik, mudah dan
cepat dicapai.”
Kesimpulannya, semua responden sangat berpuashati semasa menggunakan jurnal
pembelajaran kerana mempunyai beberapa filtur yang sangat berguna bagi membantu
melengkapan jurnal pembelajaran.
Aspek Sikap Pelajar Terhadap Penggunaan Jurnal Pembelajaran:
Merujuk kepada soal selidik bahagian B iaitu terdapat 5 item yang berkaitan dengan aspek
sikap pelajar terhadap jurnal pembelajaran secara aplikasi mudah alih seperti yang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 633
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
ditunjukkan dalam Jadual 4. Dapatan analisis menunjukkan bahawa semua item berada pada
tahap tinggi iaitu item 1 meneroka pengetahuan’ (min =4.90), diikuti item 2 meningkatkan
kemahiran’ (min=4.85), item 3 ‘maklum balas segera’ (min=4.70), item 4 ‘‘memberi kepuasan’
(min=4.80) dan item 5 ‘memenuhi e-pembelajaran’ (min=4.75). Nilai min tertinggi ialah item 1
dengan 4.90 dan nilai min terendah pada item 3 iaitu 4.70.
Dapatan kajian juga menunjukkan min keseluruhan ialah 4.80 dan nilai sisihan piawai adalah
sangat kecil dan tidak melebihi 0.60 menunjukkan tahap persetujuan pelajar berdasarkan
aspek sikap pelajar terhadap penggunaan jurnal pembelajaran adalah berada pada tahap
tinggi.
Jadual 4: Aspek Sikap Pelajar Terhadap Penggunaan Jurnal Pembelajaran
Bil Item Skor Min SP
1 Apikasi jurnal pembelajaran memberi saya peluang untuk 0.30
meneroka pengetahuan melalui kemudahan dan keupayaan 4.90
teknologi maklumat dan komunikasi
2 Saya percaya hasil aktiviti setiap filtur dalam jurnal 0.40
pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran dalam 4.85
pembelajaran saya
3 Saya percaya aplikasi jurnal pembelajaran membolehkan 0.51
saya memberi maklum balas segera terhadap aktiviti 4.70
pembelajaran
4 Saya amat yakin aktiviti dalam aplikasi jurnal pembelajaran 0.45
4.80
dapat memberi kepuasan kepada saya dalam pembelajaran
5 Saya yakin aplikasi jurnal pembelajaran dapat memenuhi e- 0.59
4.75
pembelajaran sebagai satu medium yang berkesan
Keseluruhan 4.80
Manakala dapatan berdasarkan temu bual yang telah dilaksanakan menunjukkan bahawa
sikap pelajar terhadap penggunaan jurnal pembelajaran amat baik. Kesemua responden
menyatakan bahawa mereka bersedia untuk menggunakan jurnal pembelajaran akan datang.
Menurut responden R5 dan R6:
“Saya sangat berpuas hati kerana aplikasi ini mampu memberi maklum balas segera kepada
saya sekiranya saya ada sebarang masalah dalam menyelesaikan tugasan.”
“Saya juga berminat untuk menggunakan jurnal pembelajaran bagi memenuhi e-
pembelajaran dan mudah saya berbincang bersama rakan lain.”
Kesimpulannya, didapati sikap pelajar terhadap penggunaan jurnal pembelajaran amat
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 634
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
positif dan pelajar juga mempunyai kepuasan yang tinggi dalam menggunakan aplikasi jurnal
pembelajaran
KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN
Penggunaan jurnal pembelajaran di Institut Pendidikan Guru adalah masih lagi di peringkat
permulaan dan dilihat mempunyai potensi untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran pada masa akan datang. Terdapat pelbagai faktor perlu diambil kira dalam
menggunakan aplikasi jurnal pembelajaran secara aplikasi mudah alih ini supaya ianya dapat
menepati hasil pembelajaran dan jumlah jam interaksi yang telah ditetapkan dalam ringkasan
maklumat kursus terutamanya aspek jam pembelajaran bagi interaksi bukan bersemuka.
Penggunaan aplikasi jurnal pembelajaran ini akan memberi satu alternatif kepada pelajar
untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bagi memenuhi jam pembelajaran bagi interaksi bukan
bersemuka dengan penghasilan jurnal pembelajaran melalui peranti mudah alih terutamanya
melalui aplikasi dalam telefon pintar mereka (Ahmad Sabri & Muhammad Nidzam, 2015).
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelajar amat bermotivasi dalam menghasilkan
jurnal pembelajaran melalui aplikasi jurnal pembelajaran yang boleh dimuat turun oleh mereka
melalui telefon pintar . Diharapkan penggunaan aplikasi jurnal pembelajaran ini menjadi
wadah dalam menjayakan pembelajaran abad ke-21 dan selaras dengan generasi pelajar
yang mengikuti latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru pada masa kini.
RUJUKAN
Ahmad Sobri dan Muhammad Nidzam. (2015). Perception and Readiness of Pre-service
Tearchers on Mobile Learning, The International Journal on Open and Distance e-
Learning (IJODeL) Vol 1:41:53.
Aliff Nawi, Ahmad Fkhrudin Mohamed Yusoff, Hafit Hidayah Ajmain dan Mohamad Raffe
Ghalil Abbas. (2014). Engaging student through ICT: strategies and challenges for using
website in teaching and learning. International Letters of Social and Humanistic
Sciences, 16(1): 49-56. http://www.ilshs.pl/wp-content/uploads/2013/10/ILSHS-161-
2014-49-56.pdf
Aubussona, P., Schucka, S & Burdenb, K. (2009). Mobile learning for teacher professional
learning: Benefits, Obstacles and Issues. Research in Learning
Technology.https://www.researchinlearningtechnology.net/index.php/rlt/article/view/10
879
Caudill, J. G. (2007). The growth of m-learning and the growth of mobile computing: Parallel
developments. International Review of Research in Open and Distance Learning, 8(2).
http://www.irrodl.org/index.php/irrodl/article/view/348/873
Chua, Y.P. (2011). Kaedah dan statistik penyelidikan: kaedah penyelidikan. Mcgraw-Hill
Education. Kuala Lumpur
Cheung, S, Yeeun K & Tsang E. (2011), A Study on the readiness of mobile learning in open
education, The International Symposium on IT in Medicine and Education
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 635
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Graham Brown Martin (2018). Education and the Fourth Industrial Revolution,
https://medium.com/learning-re-imagined/education-and-thefourth-industrial revolution-
cd6bcd7256a3
Jamalludin, H. & Zaidatun, T. (2001). Pembangunan Perisian Multimedia: Satu Pendekatan
Sistematik, Kuala Lumpur, Venton Publishing
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Laporan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2013-2025 bagi Tahun 2016.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) Versi 2.
Melvina Chung (2021). Tahap Penerimaan Google Jamboard Sebagai Alat Digital Dalam e-
Pembelajaran: Satu Kajian, Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik, Universiti
Malaysia.
Mohamed Amin Embi (2016). Pemikiran dan Reka Bentuk Semula Pengajaran dan
Pembelajaran Abad Ke-21, UKM Bangi Selangor. Retrieved from
http://www.youblisher.com/p/1530964-Pemikiran-dan-Reka-Bentuk-Semula-
Pengajaran-dan-Pembelajaran-Abad-ke-21/
Mohd Nazri Md Saad (2017), Perkembangan Media, Multimedia dan Teknologi Maklumat
Masa Kini, The International Conference on Development of Education, Environment,
Tourism, Economics, Politics, Arts and Heritage (ICDETAH2017), Universiti Pendidikan
Sultan Idris
Neyema, A., Ochoa, S. F., Pino, J. A. & Franco, R. D. (2012). A reusable structural design for
mobile collaborative applications. The Journal of Systems and Software, 85: 511–524.
Retrieved from http://www.captura.uchile.cl/bitstream/handle/2250/16429/
Norhapizah Mohd Burhan (2016). Pembangunan dan Penilaian Modul Kursus Tamadun Islam
dan Tamadun Asia (e-CITAC) Berasaskan Strategi Blended Learning. Tesis Dr. Fal,
Fakulti Pendidikan UKM
Pavlik, J. V. (2015). Fueling a Third Paradigm of Education: The Pedagogical Implications of
Digital, Social and Mobile Media. Contemporary Educational Technology, 6(2), 113–
125.
Rodrigues, André, Montague, Kyle, Nicolau, Hugo, & Guerreiro, Tiago. (2015). Getting
smartphones to talkback: understanding the smartphone adoption process of blind
users. Proceedings of ASSETS'15.
Siti Azura, Suzana dan Zulkurnain (2021). Keberkesanan Pembelajaran dan Pengajaran
Dalam Talian (e-Pembelajaran) Terhadap Pembelajaran Pelajar di Kolej Komuniti Hulu
Langat, International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC),
Universiti Malaysia Pahang.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 636
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
CERITA DALAM SAJAK MELALUI ANALISIS PRAGMATIK
1
Muhammad bin Che Majid
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
22200 Besut, Terengganu.
ABSTRAK
Makalah ini membincangkan peranan Teori Relevans yang dikemukakan oleh Sperber dan
Kajian ini membincangkan tugas Teori Relevans yang dipelopor oleh Sperber dan Wilson
1986 (dalam Nor Hashimah, 2003) yang digunakan dalam mentafsir makna bahasa figuratif.
Bahasa figuratif itu seperti metafora, ironi, hiperbola dan sebagainya. Bahasa figuratif banyak
digunakan oleh penyair dalam penulisan sajak dan bahasa ini sukar ditaksir maksudnya.
Teori Relevans dengan konteks dan kesan konteks memainkan peranan dalam memberi
makna kepada pendengar atau pembaca itu untuk mengurangkan usaha memproses
penafsiran makna itu.. Dengan menggunakan konteks dan kesan konteks, usaha memproses
atau memahami makna daripada bait-bait sajak menjadi lebih mudah difahami. Hal ini selaras
dengan tujuan Teori Relevans itu sendiri memudahkan pembaca memahaminya. Seterusnya,
setiap bait atau ujaran mestilah jelas dan bermanifestasi. Kajian ini merupakan usaha untuk
menerapkan Teori Relevans dalam Bahasa Figuratif daripada genre sajak. Sajak Cerita
Dalam Sajak karya Nawawee Mohammad dipilih untuk dianalisis. Ternyata, apabila
menggunakan Teori Relevans dalam analisis maka sajak ini mudah difahami maknanya.
Kata kunci: Teori Relevans, bahasa figuratif, makna tersirat, jelas dan bermanifesrasi, dan
konteks dan kesan konteks
PENGENALAN
Sajak ialah penglahiran perasaan individu dalam bentuk seni kreatif. Penglahiran seni melalui
susunan kata yang indah dinamakan Sajak. Keindahan susunan kata dalam bait itu
dinamakan gaya bahasa. Gaya bahasa dalam Sajak mencakupi metafora, simile,
personafikasi (perorangan), peribahasa, ironi, hiperbola dan seumpamanya. Gaya bahasa ini
dinamakan bahasa figuratif (BF). Menurut Mary Fatimah (2012:116), BF sukar difahami
makna kerana keimplisitannya, di samping BF itu sendiri tidak mematuhi prinsip kerjasama
Grice dalam implikatur. Implikatur pula ialah ujaran yang bermanisfestasi. Kajian berkaitan
dengan kesusasteraan ini telah banyak dijalankan oleh pengkaji tempatan dan luar negara.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menambah kerancakan kajian BF di Malaysia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 637
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
LIMITASI KAJIAN
Sajak yang menjadi pilihan dalam kajian ini berjudul “Cerita Dalam Sajak” karyaNawawee
Mohammad yangtelah memenangi Hadiah Utama Sastera: Utusan – Public Bank, 1989 dan
disiarkan dalam Mastika Disember 1989. Selain daripada itu, sajak ini juga pernah mendapat
ulasan daripada pembaca yang mengulas berkaitan dengan permainan tradisional hanya
tinggal kenangan. Sajak ini pernah memenangi hadiah utama, dan ulasan pembaca tentang
cerita yang terdapat dalam sajak ini, penulis berpendapat juga bahawa penyair ini adalah guru
dan pernah mendidik di institusi yang sama dengan pengkaji dan beliau telah bersara).
Keadaan ini sedikit sebanyak menarik minat pengkaji untuk memberi pandangan dan ulasan
yang tuntas. Gaya kehidupan juga sama antara penulis dan pengkaji, iaitu berada di desa
yang aman, tenang dan damai. Dan, keadaan ini digambarkan dalam sajak ini.
Banyak juga cerita yang terdapat dalam sajak ini yang ingin dikongsi oleh penyair ini
kepada khalayak pembaca. Selain daripada cara kehidupan, aspek permainan tradisional,
kehidupan masyarakat dahulu, hiburan juga didedahkan oleh penyair ini. aspek-aspek inilah
yang digali dengan menggunakan TR itu.
KAJIAN LEPAS
Di Malaysia, sudah acap kali kajian tentang Teori Relevans (TR) dijalankan oleh pengkaji,
termasuklah Nor Asmah Haji Omar (1995). Mereka yang lain ialah Darus Ahmad (1974), Nor
Hashimah Jalaluddin (1991, 1992, 1995), Tan Mek Leng (1994) dan Jamaliah Mohd Ali
(1995). Mereka menjalankan kajian berkaitan perbualan dan penulisan. Bagi pengkaji yang
menjalankan kajian yang berkaitan dengan kajian sastera seperti Salmah Jabbar (1999),
Maslida Yusof (1999), Muhammad Fauzi Jumingan (2003) dan Hasmidar Hassan (2006).
Kajian mereka terarah pada novel, cerpen, majalah humor, tatabahasa dan istilah. Mary
Fatimah (2012 & 2015) pula menjalankan kajian TR dalam genre sastera sajak. Dalam kajian
Mary Fatimah yang bertajuk Teori Relevans Dalam Personafikasi (2012) membincangkan
secara tuntas sajak-sajak Usman Awang. Selain itu, Mary Fatimah juga menjalankan kajian
personafikasi, ironi dan hiperbola dalam sajak Pelacur Tua (2015). Kajian kajian lepas yang
dijalankan oleh Mary Fatimah (2012 dan 2015) mengambil data personafikasi (2012), ironi
dan hiperbola (2015). Mary Fatimah dengan berjayanya mencungkilkan BF dengan
menggunakan TR itu. Berbangkit dari sini, penulis cuba melihat BF yang lain, iaitu
perlambangan dan perbandingan pula, di samping satu data dalam personafikasi seperti
dalam rajah di atas dalam penghuraian menggunakan TR ini.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 638
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan metodologi kajian kualitatif yang mementingkan huraian atau
interpretasi makna yang menggunakan TR. TR dipilih ini diasaskan oleh Sperber dan Wilson
(1986). Dalam kajian ini, terdapat tiga (3) data yang diambil untuk dianalisis. Data berkenaan
adalah seperti di bawah:
Jadual 1: Data Analisis Kajian
Bil Data Data/BF Jenis BF
1 Meniti batas pengalaman masa kanak Perlambangan
2 Sesekali peristiwa berpakat kumpulkan Personafikasi
lebih daripada kokurikulum sepadu hidup
3 Perbandingan
berkampung
Dalam kajian ini, pengkaji memberi tafsiran data selaras dengan bentuk kajian kualitatif. Kajian
kualitatif mempunyai ciri interpretif atau pentafsiran. Penyelidikan jenis interpretif ini memberi
tumpuan kepada penerokaan makna dalam setiap peristiwa yang dialami, lalu penyelidik akan
memberi penafsiran terhadap makna tentang peristiwa-peristiwa tersebut (Abdul Malek
Selamat, 2003).
Teori Relevans Sepintas Lalu :
Mary Fatimah (2015) menyatakan bahawa BF jelas sekali melanggar maksim kerjasama
Grice (1975) itu dalam implikatur. BF seperti metafora, ironi dan hiperbola sangat sinonim
dalam penghasilan Sajak. Menggunakan implikatur merupakan satu bahasa halus, dan
bahasa ini menjadi seni yang baik dan halus dalam perbualan. Kehalusan seni ini terletak
pada ketersiratan makna (makna tersembunyi) dan ia tidak menyinggung perasaan orang
yang mendengarnya. Keadaan ini selaras dengan pendapat Sperber dan Wilson (1986 dalam
Nor Hashimah Jalaluddin, 2003) menyatakan bahawa BF ini sesuai dengan seni percakapan
orang Melayu yang menggunakan bahasa kiasan dalam bertutur. Kata orang “bercakap siang
pandang-pandang bercakap malam dengar-dengar” yang memberi implikasi bahawa sesuatu
percakapan dan perbualan itu harus berhati-hati dan tidak menyinggung perasaan sesiapa.
BF digunakan dalam percakapan orang Melayu. Selain itu, orang Melayu juga menggunakan
pantun dan peribahasa dalam meluahkan perasaannya. Luahan ini bertepatan dengan sifat
malu orang Melayu dalam bercakap secara terus terang. Masyarakat Melayu menggunakan
bahasa kiasan seperti peribahasa dan pantun. Kajian menunjukkan walaupun cuma berkias
ibarat, maksud yang hendak disampaikan oleh penutur dapat difahami oleh pendengar.
Bersandarkan pandangan Sperber dan Wilson (1986) ini, dan beberapa kajian berkaitan yang
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 639
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dilakukan di Malaysia, kajian ini berpendapat bahawa bahasa figuratif juga banyak digunakan
dalam sajak (Mary Fatimah, 2015).
Dalam TR, hajat untuk mencapai matlamat atau makna yang diingini, konsep kod,
proses inferen diambil kira untuk memahami ujaran dan andaian sangat perlu dalam usaha
untuk menjelaskan bukti dalam makna tersirat ini dan juga untuk mendapatkan isi sajak itu.
Oleh yang demikian, setiap unsur BF itu dikaji untuk mendapatkan andaian. Sebelum
mendapat andaian, wacana atau mana-mana kata dari BF itu diklasifikasikan mengikut kod.
Kod dan inferens digabungkan bersama-sama untuk membolehkan komunikasi yang baik.
Ujaran itu mestilah mempunyai sifat-sifat yang jelas dan manifestasi. Hal ini kerana TR ini
menjelaskan ciri-ciri proses mental yang terlibat dalam penginterpretasian ujaran
bermaklumat (Blackmore, 1992:27).
Konsep kod, inferens dan andaian memainkan peranan penting dalam memproses
penerbitan makna implisit daripada ujaran atau bait Sajak. Kod ialah suatu konsep yang
konkrit atau abstarak yang dapat membantu dalam penafsiran ujaran implisit itu. Menurut
Mary Fatimah (2015), penentuan kod dapat kita memahami konteks pemula dan membuat
inferens selepas dari pemberian kod itu. Inferens diproses dalam minda seseorang. Yang
dimaksudkan dengan inferens ialah kesimpulan yang dibuat oleh pendengar berasaskan fakta
tertentu dan proses membuat inferens ini diperlukan untuk membuat andaian pula. Andaian
boleh terdiri sama ada satu atau lebih dalam set andaian itu.
Proses inferens membolehkan satu rumusan terhadap andaian dilaksanakan dengan
kemungkinan memperoleh pelbagai andaian. Membuat andaian itu sebenarnya didahului
dengan proses membuat inferens. Proses membuat inferens pantas berlaku di dalam minda
seseoarang. Tujuan utama proses ini adalah untuk mencari kerelevanan optimum sesuatu set
andaian yang dibuat di dalam minda itu. Daripada set andaian itu, dipilih satu andaian yang
sangat kuat dan kukuh. Dengan demikian, dalam andaian ini, terdapat andaian yang kuat dan
ada andaian yang lemah. Dalam gagasan TR, andaian yang kuat diterima dalam
penginterpreatsian makna sebenar, dan andaian yang lemah digugurkan. Kemudian, andaian
yang benar-benar relevan diterima. Selain itu, set maklumat juga perlu dalam memahami
andaian. Maklumat itu bermaksud konteks, ensiklopedia atau memori jangka panjang dan
pendek manusia. Jadi, terdapat pula dua gagasan dalam TR ini, iaitu konteks, dan kesan
konteks. Sementara, usaha memproses pula adalah tahap mudah sukarnya penafsiran
makna oleh pendengar.
Konteks ialah seberkas andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi oleh
pendengar. Konteks melibatkan maklumat tentang persekitaran fizikal yang paling dekat,
ujaran terdahulu yang paling hampir, masa depan, hipotesis saintifik, atau kepercayaan
keagamaan, kenangan lucu, andaian am tentang budaya dan kepercayaan terhadap
pemikiran penutur. Kesemuanya berperanan penting dalam ujaran (Sperber dan Wilson,
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 640
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
196:15-16). Konteks pula boleh dikembangkan dengan tiga cara, iaitu ujaran terdahulu
(dalam wacana yang menghasilkan ujaran). Kedua, iaitu dengan merujuk apa-apa sahaja
yang berlaku di sekitar manusai, dan yang ketiga dengan melalui catatan ensiklopedia yang
terdapat dalam memori seseorang dengan merujuk proposisi.
Kesan konteks ialah andaian awal yang ada pada pendengar tentang maklumat yang
relevan dengan diri pendengar, dan kesemuanya tersimpan sebagai catatan ensiklopedia.
Apabila pendengar mendapat maklumat yang dibekalkan oleh penutur dalam ujarannya,
kemudian, dengan adanya andaian awal yang sedia ada pendengar, ia boleh menghasilkan
kesan konteks, dan kesan konteks ini dapat diproses dengan tiga cara, iaitu penggabungan,
penguatan dan pengguguran maklumat. Menurut Mary Fatimah (2015), pendengar
dibenarkan membuat andaian secara ad-hoc dan ad-hoc ini terbahagi kepada dua, iaitu
peluasan dan penyempitan. Dalam TR, terdapat juga usaha memproses. Kos memproses
bermaksud banyak atau sedikitnya usaha memproses yang diperlukan oleh pendengar untuk
memproses maklumat daripada ujaran penutur untuk mendapatkan interpretasi yang tepat
bagi sesuatu ujaran. Sesuatu ujaran itu dianggap tepat apabila ujaran yang kos memproses
rendah tetapi melahirkan kesan konteks yang tinggi. Dalam hal ini, Mary Fatimah (2015)
menunjukkan kedudukan usaha memproses dan kerelvanan seperti histogram di bawah.
Menurut Mary Fatimah lagi, semakin tinggi usaha memproses maka semakin tinggilah usaha
mentafsir sangat sukar dan kesahan dan kesahihan maklumat itu semakin rendah.
Y
10
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 X
Rajah 1: Histogram Usaha Memproses dan Kerelevanan Ujaran
(Teori Relevans)
ANALISIS DAN PERBINCANGAN
Dalam menjalankan kerja analisis atau pemberian makna implisit kepada sajak ini, maka
langkah kerja buat analisis dipatuhi. Sebelum data dianalisis dijalankan, dijelaskan langkah-
langkah yang perlu diambil oleh pengkaji untuk menjalankan kerja analisis itu. Apabila tersilap
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 641
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
langkah yang diambil, maka kerja menginterpreatsi makna implisit ini menjadi sia-sia sahaja.
Langkah yang diambil adalah seperti di bawah:
Langkah 1 – pengkaji meneliti sajak difikirkan sesuai untuk dianalisis. Sajak penyair
Nawawee Mohammad dipilih dan judulnya “Cerita Dalam Sajak”
Langkah 2 – setelah sajak yang dipilih itu dipersetujui (sendiri), maka dicarikan pula
BF yang sesuai bagi bait-bait sajak itu.
Dalam kajian ini, pengkaji memilih tiga BF untuk dikaji makna
implisitnya, iaitu perlambangan, personafikasi dan perbandingan (lihat
data)
Langkah 3 - dalam langkah ini dicarikan pula maksud dari BF itu maksud eksplisit
diteruskan pula memberi makna implisit dengan menggunakan Analisis
Teori Relevans – dalam langkah ini juga diberikan kod, inferens dan
andaian.
Langkah 4 –pilihlah pula konteks dan kesan konteks yang sesuai dengan 3 cara yang
berkenaan itu.
Apabila sudah mendapat konteks dan kesan konteks yang diingin,
maka dilihat pula usaha memproses. Hanya dua usaha memproses
diperoleh, iaitu tinggi dan rendah sahaja. barulah kesan emosi diperoleh
Metafora, hiperbola dan ironi jelas melanggar maksim kerjasama Grice (Sperber dan Wilson,
1986), tetapi tidak dijelaskan sejauhmanakah parahnya pelanggaran maksim itu (dalam Mary
Fatimah 2015). Sungguhpun berlaku perlanggaran maksim kerjasama, namun usaha BF ini
untuk menyampaikan mesej kepada pembaca/pendengar sangat berkesan dan bermakna.
Walaupun terdapat perlanggaran maksim kerjasama Grice, ujaran yang menggunakan
maksim ini tidak menyentuh perasaan orang lain atau membuatkan orang lain berasa hati.
Inilah yang dikatakan seni dalam berbahasa. Maslida (1999) menyatakan yang BF ini adalah
seni orang Melayu bercakap. Seni merupakan sesuatu yang indah. Maslida menyatakan
“bercakap secara terselindung merupakan seni ornag Melayu dan sesuatu idea atau mesej
adakalanya disampaikan secara metafora (1999:6). Beliau juga menggunakan istilah
“keserupaan interpretif” apabila membicarakan metafora (konkrit dan abstrak digabungkan)
dan hiperbola (yang dibesar-besarkan). Kebanyakan orang suka menggunakan bahasa yang
melampau dan menurut beliau “kebanyakkan orang apabila bertutur, gemar menyampaikan
makna yang melampaui makna ayat yang dituturkan. Gambaran ini berlaku pada bahasa
bukan lateral (Maslida, 1999:4).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 642
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Untuk analisis ini, pengkaji memilih Sajak Nawawee Mohammad yang berjudul “Cerita Dalam
Sajak” dari antologi beliau “Dalam Sajak”. Sebanyak tiga (3) bait dari Sajak itu untuk dianalisis.
bait-bait berkenaan seperti dalam jadual 1 di atas.
Selain daripada tiga (3) bait berkenaan terdapat beberapa bait dan kata lain yang
dipilih untuk dianalisis bagi memenuhi hajat penutur/pendengar dan memudahkan
pemahaman pendengar dalam memberikan usaha memprosesnya (penafsiran) menjadi lebih
mudah dan ringan.
Jadual 2: Data 1
Bil Data Data/BF Jenis BF
1 Meniti batas pengalaman masa kanak Perlambangan
Bait pertama “Meniti batas pengalaman masa kanak” ialah bait yang menggambarkan BF
jenis perlambangan. Perlambangan secara lateralnya bermaksud perihal (perbuatan dan
sebagainya) menggunakan sesuatu sebagai lambang (Kamus Dewan, 2010:876). Perihal
pula menunjukkan sesuatu yang berbentuk cerita. Jadi, perlambangan memberi definisi
sebagai sesuatu perbuatan dengan bentuk naratif.
Lambang yang dipetik dalam data ini ialah pengalaman yang menjadi cerita dan
diberikan padanan konsep dengan kanak. Dalam TR, makna linguistik sesuatu perlu dicarikan
padanannya, tetapi boleh sewang-wenangnya kita menyimpulkan makna itu sebagai makna
sebenar yang dihasratkan oleh penutur. Selepas mendapat makna lateral, dicarikan pula
makna berlapis disebalik makna lateral itu dan Carol (2008) menyatakan bahawa makna
latreal tetapi dikira makna lain, serta perlu diberikan fokus. Apabila bait “Meniti batas
pengalaman masa kanak” makna linguistik dapat diperoleh seperti di bawah :
Makna linguistik:
Meniti = berjalan di titi, Berjalan di lorong (di jalan sempit yang
berlampikkan kayu (batu dsb), Menjalani, mengharungi
(perlahan-lahan), menjalar, merebak
Batas = garis pinggir sesuatu bidang (daerah dll), permatang, had atau
paras sesuatu yang paling tinggi, hingga, sampai
Pengalaman = apa yang dialami (dirasai, ditempuh)
Masa = waktu, ketika, jangka watu tertentu,
Kanak = budak (laki/perempuan) yang masih kecil
Di atas itu adalah makna lateral yang diperoleh dari bait “Meniti batas pengalaman masa
kanak”. Secara lateral, “Meniti batas pengalaman masa kanak” ialah “mengharungi sesuatu
hingga dari (masa) kecil”. Dalam bahasa yang mudah, bait berkenaan membawa maksud
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 643
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pengarang sudah merasai atau melalui perkara berkenaan itu. Sesuai pula dengan TR yang
membenarkan kita mnentukan kod, inferen dan andaian untuk mendapatkan makna sebenar
itu. Situasi ini sesuai dengan pendapat Carol (2008) yang menyatakkan bahawa BF dalam TR
perlukan penelitian berkenaan. Oleh yang demikian bait data (1) ini dianalisis kata
pengalaman
Kod = pengalaman
Inferens = kaya, berpengetahuan,
Andaian = sudah tua
Banyak ilmu
Berada di luar kawasan/kampungnya
Peranan kognitif diambil kira dalam menganalisis data. Pendengar memproses “Meniti batas
pengalaman masa kanak” itu sebagai “seseorang yang kaya dengan pengetahuan”. Apabila
kita mengambil kira aspek pengalaman dan pengetahuan sedia ada pendengar, ia terus
mengaitkan dengan kampung, bandar atau bandar raya dan berlaku penghijrahan. Orang
yang berpengalaman selalunya diungkap orang sudah lama makan asam garam dan tegal
merempuh semua masalah. Setiap masalah yang menimpa orang yang berpengalaman mesti
mempunyai solusi dan boleh diselesaikan. Bagaimana pula pengalaman ini masa kanak-
kanaknya. Masa kanak-kanak merupakan suatu masa yang indah. Persahabatan, kejiranan,
kasih sayang menjadi intisari. Hal ini dijelaskan oleh Mohd Hanif Mat Nor (2000) dengan kata-
kata;
“Justeru lahirlah perasaan saling memahami hati dan budi rakan, saling
memberi dan menerima pendapat, kongsi masalah, pandai berkawan,
berkongsi peralatan dan mengisi masa senggang dengan bermakna”
(Berita Harian, 17 Nov 2000)
dan dari satu sudut lain, sekali lagi Mohd Hanif Mat Nor (2000) menjelaskan;
“dari sudut kreatif, kanak-kanak dulu terdedah kepada unsur mencipta.
Mengapa mereka perlu mencipta sendiri bahan permainan? Pertamanya
mungkin kerana ibu bapa masa itu tidak berwang atau mereka terdedah
kepada suasana mencabar, memaksa mereka berusaha mendapatkan
sendiri peralatan permainan. Contohnya, kayu hoki diperbuat daripada
pelepah nibung, tarik upih menggunakan upih sebagai bahannya, biji getah,
buah pinang, buluh, tempurung, batu-batu, buah kelapa dan sebagainya
senang didapati dan diubah suai.”
(Berita Harian, 17 Nov 2000)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 644
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Zaman kanak-kanak di bandar dan di desa juga berbeza. Kehidupan zaman kanak di desa
lebih memberi kepuasan berbanding dengan kanak-kanak di bandar. Keperluan kepuasan
kanak-kanak terlalu banyak, selain aman di desa, tenang dan boleh bermain bendang.
Keadaan ini boleh didapati melalui pengalaman sedia ada kanak-kanak itu, sama ada melalui
menonton televisyen, menonton drama, melayari internet, malahan dibawa oleh keluarga
sesekali pulang bercuti. Di samping itu, jenis permainan tradisional juga mengheret kanak-
kanak berfikir dan menggunakan psikomotor yang kuat.
Dengan analisis TR, penentuan kod, inferens dan andaian dibina untuk menentukan
andaian paling relevans. Pendengar juga diberi kemudahan untuk membina dan kemudian
memproses andaian sebagai wacana awalan. Dalam sajak ini, konteks pemulanya sangat
jelas, iaitu tentang pengalaman hidup di desa yang dihiasi dengan pelbagai permainan tradisi
dan imbasan kembali tentang kehidupan di desa yang aman dan tenang yang dipenuhi
dengan suara agama dan tok guru (mengaji quran). Kajian untuk sajak ini mendapati
konteksnya diketahui oleh pendengar dan dari pengetahuan tentang konteks itu yang sudah
wujud di dalam minda pendengar. Jadi, usaha memproses pendengar tidak tinggi. Maka,
penafsiran tentang sajak ini sangat mudah.
Dalam keadaan ini, proses menguatkan konteks terjadi. Maklumat tambahan
dibekalkan pula. Maklumat tambahan itu ialah:
i. mengelek papan selit
ii. mengukur peta sawah
iii. sudah berbau selut
Dengan kata “mengelek papan selit”, “mengukur peta sawah”, dan lain-lainnya itu memberi
konteks yang baik kepada pendengar. Pengesahan dan kesahihah maklumat awal itu betul
dan sahih maka berlakulah pembentukan kesan konteks yang baik dan sangat membantu
pendengar dalam membantunya untuk menginterpretasi makna ujaran sebenar. Dengannya
adanya penguatan maklumat (proses andaian awal pendengar berlaku) dan terdapat pula
pengayaan. Penggayaan diperoleh dengan mengulang semula kod, inferens dan andaian.
Oleh itu, bait “mengelek papan selit” dan “berkaki ayam” diberikan makna linguistik.
ramai-ramai berulang alik mengelek papan selit
Mengelek = mengangkat (membawa) di bawah ketiak
Papan = kepingan kayu yang nipis atau lebar
Selit = di celah
Oleh itu, “mengelek papan selit” membawa maksud membawa papan secara diselitkan di
bawah ketiak untuk digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 645
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pada waktu itu. Dengan membawa papan begini memberitahu kepada kita bahawa pada
masa itu, sistem pendidikan amat daif disebabkan kemiskinan, susah mendapatkan wang,
tahap pemikiran penjaga tentang pentingnya pendidikan rendah. Mereka lebih
mengutamakan kerja-kerja di bendang daripada mendapatkan ilmu pendidikan. Namun,
segelintir penjaga/ibu bapa tetap menghantar anak-anaknya ke sekolah untuk mendapatkan
ilmu.
pagi petang berkaki ayam mengukur peta sawah
mengukur = mencari luas, menilai dengan membandingkan dengan
yang lain
petak = ruang yang disekat-sekat/bersekat-sekat, sebidang
sawah
yang disempadani dengan batas
sawah = bendang, tanah yang bencah digenangi air, sesuatu
perkara itu ada batasnya
Bait “mengukur peta sawah” pula, Nawawee Mohammad memberitahu kepada kita
perbandingan nilai atau ukuran yang diberikan oleh keluarga. Perbandingan nilai yang
dimaksudkan ialah setiap kanak-kanak itu diberikan peluang kerja membantu keluarga
dengan membanting tulang. Kerja yang dilakukan oleh penyair ialah menanam padi bersama-
sama dengan keluarga. Dalam hal menanam padi ini, ukuran bagi benih padi itu ialah segi
empat sama atau segi empat tepat, sebagai asasnya. Jadi, penyair juga mengalami keadaan
ini dengan membantu keluarga dalam menanam padi itu.
Selain daripada itu, kehadiran bait “Disuburi budaya kampung dihibur mainan tradisi”
dalam jenis perlambangan. Perlambangan yang hadir di sini ialah budaya kampung dan
mainan tradisi. Penyair juga meletakkan permainan tradisional dan budaya kampung seperti
“gelek para buah pinang”, “main galah panjang” , “tuju lubang butir getah”, “gerat buah gurah”
dan “lumba lari kaki tempurung”
Jadual 3: Data Maklumat Tambahan
Jenis BF Contoh
1. gelek para buah pinang
2. main galah panjang
Perlambangan 3. tuju lubang butir getah
4. gerat buah gurah
5. lumba lari kaki tempurung
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 646
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Soalnya adakah pemodenan mengubah segalanya atau kita yang lupa
pada hak dan warisan sehingga mudah dan rapuh menerima tanpa
tentangan segala peralatan moden yang mendidik generasi muda ke arah
keganasan dan kebinasaan. ... ini memerlukan renungan untuk menoleh
ke belakang dan menilai diri. Adakah segala permainan dicipta untuk kita
kini sesuai dengan perkembangan jiwa mereka? Ataukah kita sendiri
bersalah kerana mengejar kebendaan sehingga lupa seni dan budaya
sendiri.
(Berita Harian, 17 Nov 2000)
Kekuatan nostalgia ini ditokok pula oleh Mohd Hanif Mat Nor dengan kenyataannya seperti di
bawah:
Jika ditanya segala jenis permainan yang disenaraikan oleh
Nawawee Mohamad melalui sajaknya, kemungkinan anak kita
terlopong untuk menjawab atau menghuraikan. Ini menunjukkan
betapa jauhnya dunia mereka dengan dunia kita. ... jika diterangkan,
mereka mungkin menganggap kita terlalu kuno atau moden dapat
menentukan pembentukan jiw amereka tetapi jenis permainann itu
mempengaruhi sikap dan pembentukan peribadi mereka. ...
mengambil contoh permainan tradisional Teng-teng atau dekcok
(istilah di Kelantan) boleh memainkan kanak-kanak dengan bilangan
empat pemain, cukup berhasil memupuk persefahaman, membina
nilai bersama selain memupuk otak yang cergas.
(Berita Harian, 17 Nov 2000)
Dalam hal ini, proses penguatan berlaku kerana adanya maklumat tambahan yang dibekalkan
dalam cerita kedua ini, iait bait “Disuburi budaya kampung dihibur mainan tradisi”. Bait ini juga
menguatkan cerita pengalaman yang menjadi analisis yang pertama itu. Dengan kehadiran
bait pengalaman yang kedua ini, ia menguatkan lagi hujah pertama. Maksud di sini ialah
dalam cerita berkenaan pengalama, Nawawee Mohammad menyelitkan dua pengalaman
yang berharga itu. Cerita pengalaman masa kanaknya yang pertamanya ialah alam
persekolahan dan cerita pengalaman yang keduanya ialah budaya dan permainan tradisional.
Data yang kedua ialah "Sesekali peristiwa berpakat kumpulkan” seperti di bawah:
Jadual 4: Data 2
Bil Data Data/BF Jenis BF
2 Sesekali peristiwa berpakat kumpulkan Personafikasi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 647
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Bait “Sesekali peristiwa berpakat kumpulkan” ialah BF jenis personafikasi. Personafikasi
bermaksud pemberian sifat manusia kepada objek atau konsep atau juga dikenali dengan
perorangan. Dalam data dua (2) ini, konsep perorangan diberikan kepada peristiwa iaitu
berpakat. Data dua (2) ini diberikan makna linguistik seperti yang berikut:-
Data 2
Jenis BF = personafikasi
Sesekali = kadang-kadang, ada kalanya
Peristiwa = kejadian, sesuatu yang berlaku (menarik perhatian, dll)
Berpakat = muafakat
Kumpulkan = mengambil (mengutip benda yang berselerak)
Selepas makna linguistik diberikan kepada data (2), maka analisis TR dipaparkan pula dengan
mengambil kata “peristiwa” dan analisis seperti di sebelah.
Analisis TR
Data (2): Sesekali peristiwa berpakat kumpulkan
Kod = peristiwa
Inferens = kejadian
Andaian = 1. Berlaku sesuatu dahalu
2. Menarik perhatian
3. Memberi inspirasi
4. Masa depan
5. Menjadi kenangan
Daripada analisis data (2) TR, “Sesekali peristiwa berpakat kumpulkan” dapat dijelaskan
bahawa andaian awal ini telah memberikan kesan konteks awal yang diperlukan. Sungguh
pun begitu, makna implisit atau makna kepada bait itu belum dapat diberikan sepenuhnya
andaian itu belum menerbitkan makna tersirat sepenuhnya. Oleh yang demikian, maklumat
baharu diperlukan bagi menyempurnakan pencarian makna itu. Peranan proses penguatan
dalam kesan konteks diperlukan. Hal ini sejajar dengan pendapat Nor Hashimah (2003:51),
penguatan maklumat ialah proses apabila andaian awal pendengar dapat dikuatkan dengan
maklumat baharu yang diberikan oleh penutur. Malah maklumat awal itu dapat disahkan dan
ternyata betul untuk membentuk kesan konteks yang baik dan berguna kepada pendengar
untuk membantunya menginterpretasi makna ujaran sebenar. Oleh yang demikian, data dua
(2) “Sesekali peristiwa berpakat kumpulkan” ini dapat diinterpretasikan sebagai ada waktunya
setiap kejadian atau perlakuan itu menjadi kenangan atau ingatan yang berpanjang dan
nostalgia.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 648
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Berbalik kepada kemungkinan andaian, terdapat lebih daripada satu andaian yang boleh
diterima pakai. Peristiwa melambangkan sesuatu kejadian telah yang berlaku, menarik
perhatian dan menjadi kenangan. Hal ini ditambahkan pula dengan ujaran seterusnya yang
menjadikan konteks itu bertambah kuat. Ujaran berkenaan seperti di bawah.
kelontong nyiur ditebuk tupai
esok malam minta ayah buatkan keretuk
nanti sekolah cuti
ajak kampung seberang lawan bertewas
Malam kami terus hidup dalam merdu al-Quran
sesekali peristiwa ceritera Wak Long Pak Dogol
membaharui buah bunga kuntau kenduri
Dengan hadirnya ujaran seterusnya ini, ini menambahkan lagi kesan konteks pendengar itu.
Ujaran kelontong nyiur, keretuk, sekolah cuti dan bertewas sangat membantu pendengar
dalam membina kesan konteks. kelontong nyiur, keretuk dapat menguatkan kesan konteks
dari kata peristiwa itu tadi. Selalunya, proses membuat keretuk dijalankan pada musim cuti
sekolah. Dengan demikian, makin ramai generasi muda belajar membuat keretuk. Kemudian,
maklumat baharu bagi menguatkan kesan konteks ini ialah bertewas. Kata tewas bermaksud
kalah (Kamus Dewan, 2010:1678). Dalam situasi ini, bertewas bukan maksud kekalahan,
tetapi bertewas ialah menyertai pertandingan dalam bahasa Kelantan. Dan, kata ini sesuai
dengan hadirnya cuti sekolah dan keretuk itu.
Bait “ajak kampung seberang lawan bertewas” menunjukkan bahawa berlaku
peristiwa dalam hidup penyair ini, iaitu menjemput penduduk kampung sebelah bertanding
atau berlawan keretuk menjadi mercu maklumat tambahan kepada pendengar. Antara
“peristiwa” dan “bertewas” terdapat hubungan yang jelas untuk penambahan maklumat
baharu yang diperlukan oleh pendengar dalam memproses menginterpretasikan makna
implisit ini. Dari segi makna linguistik sekali pun, jelas pemahaman pendengar lebih mudah
memahami makna peristiwa atau kejadian dengan hadirnya kata bertewas itu.
Bagi data tiga (3), iaitu “lebih daripada kokurikulum sepadu hidup berkampung” jenis
perbandingan.
Jadual 5: Data 3
Bil Data Data/BF Jenis BF
lebih daripada kokurikulum sepadu hidup
3 Perbandingan
berkampung
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 649
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Seperti dua data yang lain, pengkaji dikehendaki mencari makna libuistik terlebih dahulu
sebagaimana kemahuan TR ini. setelah itu, barulah dicarikan kod, inferen dan andaian dan
seterusnya konteks dan kesan konteks. Keadaan adalah kehendak atau prosedur TR. Dalam
data ini, kata “lebih” merupakan perbandingan yang menunjukjkan terdapat isu atau perkara
yang menjadi perbandingan.
Data 3
Jenis BF = perbandingan
lebih = melampui had yang sepatutnya
daripada = mengaitkan / menghubungkan
kokurikulum = kegiatan atau aktiviti yang diajarkan dalam bilik darjah
sepadu = sebati, berjalin
hidup = bernyawa, bernafas
ber = imbuhan beR
kampung = tempat tinggal, kolot
Daripada makna linguistik di atas, dapatlah disimpulkan yang bait ini membawa maksud cerita
yang dibawa itu melampaui had kesan kegiatan kokurikulum di sekolah dan menjadi sebati
dengan kehidupan masyarakat kampung. Dengan demikian, keseluruhan penduduk kampung
menggunakan pengalaman sebagai guru. Benarlah, kata orang kampung bahawa alam itu
guru. Alam itu meliputi seluruh pelusuk dunia, sama ada pepohon atau gunung ganang yang
menjadi guru bukan di dalam bilik darjah dan dari makna linguistik ini diberikan pula kod,
inferens dan andaian.
Analisis TR
Analisis Data 3:
Kod = kokurikulum
Inferens = aktiviti diajarkan di luar bilik darjah
Andaian =
1. aktiviti yang dipelajari di luar bilik darjah
2. kerjasama
3. pengalaman
4. diajarkan waktu lapang/petang
Daripada pengertian kokurikulum dalam makna linguistik di atas, dirumuskan bahawa
kokurikulum itu melambang perbuatan atau aktiviti yang dijalankan di luar kurikulum. Dengan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 650
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
penyampaian makna linguistik sahaja, ia tidak memadai untuk mendapatkan makna implisit.
Ujaran seterusnya pula menyusul, iaitu “pahit pengalaman tetapi memanis hari ini”. dengan
adanya ujaran ini memberi makna yang lebih jauh. Pahit itu adalah rasa dan diberikan pula
padanan dengan pengalaman telah mengimplimentasikan kepahitan itu pada pengalaman.
Kajian ini mendapati bahawa maklumat yang diberikan penyair ini dijelaskan dengan
ujaran baharu, iaitu “pahit pengalaman tetapi memanis hari ini” yang membentuk inferens dan
andaian seperti di atas. Dalam hal ini, berlakulah penggabungan maklumat yang dibuat secara
pembetulan. Secara pembetulan pula dijelaskan oleh Hasmidar (2010). Oleh yang demikian,
apabila berlakunya penggabungan boleh menghasilkan kesan konteks dan dengan itu
kerelevanan ungkapan itu sangat kuat.
Maksud implisit yang disampaikan oleh penyair Nawawee Mohamad dengan baitnya
“pahit pengalaman tetapi memanis hari ini” sebenarnya bukan pahit pengalaman itu. Maksud
sebenar yang ingin disampaikan penyair ini bahawa pengalaman itu sangat manis untuk masa
seterusnya, dan pahit pada masa sebelumnya. Hal ini dijelaskan oleh Hasmidar (2010:167)
bahawa ia menghubungkan dua klausa. Pada klausa pertama, penyair ini membuat
pernyataan yang pangalaman yang dilaluinya pahit, kemudian beliau sekali lagi membetulkan
yang pengalaman itu adalah manis. Dengan pembetulan yang dijelaskan oleh penyair tadi,
iaitu “pahit pengalaman tetapi memanis hari ini” sebab kata orang, pengalaman itu guru yang
hebat. Oleh itu, penyair Nawawee Mohammad menguatkan kata itu. Dengan demikian, ujaran
itu memberi kos memproses yang mudah kepada pendengar.
KESIMPULAN
Keseluruhannya, pengaplikasian TR dalam BF telah memudahkan pemahaman makna
implisit dalam bait-bait sajak. Penggunaan TR dapat menghuraikan BF seperti perlambangan,
personafikasi, dan perbandingan dengan baik, menyeluruh dan deskriptif. Oleh yang
demikian, tiga pengalaman yang diceritakan oleh penyair Nawawee Mohammad dalam
Sajaknya Cerita Dalam Sajak ini mudah difahami oleh pendengar. Keadaan demikian juga
selaras dengan kajian Mary Fatimah (2012 dan 2015) dengan sajak-sajak Usman Awang itu.
Yang dirasai oleh penyair Nawawee Mohammad itu benar, iaitu tentang 3 pengalamannya.
Pengalaman-pengalamannya ialah meniti batas pengalaman masa kanak, sesekali peristiwa
berpakat kumpulkan, dan lebih daripada kokurikulum sepadu hidup berkampung dapat
dihuraikan dengan jelas makna implisit dengan menggunakan TR. Kemudian, ditambahkan
pula dengan maklumat-maklumat baharu, ujaran seterusnya dapat membangkit kesan dan
kesan konteks. Hasil kod, inferens dan andaian digunakan sepenuhnya untuk melunaskan
rasa emosi atau emotif pendengar.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 651
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
RUJUKAN
Abdul Malek Selamat. (2003). Pembelajaran untuk kefahaman: kajian keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menggunakan teori konstruktivisme.
Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan Tanjong Malim, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Blackmore, D.. (1992). Understanding Utterances. Oxford: Blackwell
Caroll, D.W. (2008). Psychology of Language. Canada: Thomson Wadsworth.
Dewan Bahasa dan Pustaka (1998). Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Hasmidar Hassan. (2010). Kata hubung dan dan tetapi: dari sudut pragmatik. Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka
Mary Fatimah Subet. (2012). Teori Relevans dalam Personafikasi. Jurnal Dewan Bahasa, hal.
116 – 128.
Mary Fatimah Subet. (2015). Sajak “Pelacur Tua: Analisis Teori Relevans”. Jurnal Dewan
Bahasa, hal. 113 – 141.
Maslida Yusof. 1999). “Sajak “Makna bukan lateral: kes metafora dan hiperbola”. Jurnal
Dewan Bahasa, 4 – 9 , Januari 1999.
Mohd Hanid Mat Nor. (2000). Permainan tradisi hanya tinggal kenangan. Berita Harian. 17
November 2000.
Nawawee Mohammad. (2003). Dalam Sajak. Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn. Bhd.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2003). Bahasa dalam perniagaan: satu analisis Semantik dan
pragmatik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lampiran
Cerita Dalam Sajak
(Mastika: Disember 1989)
Nawawee Mohammad
Meniti batas pengalaman masa kanak
Terkilau lakaran sejarah sekolah kampung
ramai-ramai berulang alik mengelek papan selit
pagi petang berkaki ayam mengukur peta sawah
sebelum matahari kembali lembut
seluar baju sekolah sekian sudah berbau selut
Di rumah lewat senja emak ayah baru balik
Sementara beduk maghrib, itu waktu kami
Disuburi budaya kampung dihibur mainan tradisi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 652
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
gelek para buah pinang
atau main galah panjang
main tuju lubang butir getah
atau kecek gerat buah gurah
lumba lari kaki tempurung
atau lawan bola katak tujuh sebelah
main guli batu lubang satu
atau taji tajak biji nangka
Sesekali peristiwa berpakat kumpulkan
kelontong nyiur ditebuk tupai
esok malam minta ayah buatkan keretuk
nanti sekolah cuti
ajak kampung seberang lawan bertewas
Malam kami terus hidup dalam merdu al-Quran
berselang jerkah Pak Guru atau suara berzanji
sesekali peristiwa ceritera Wak Long Pak Dogol
membaharui buah bunga kuntau kenduri
jika bulan hadapan si anu bakal sambut menantu
Demikian segala-gala bukan sekadar hiburan
lebih daripada kokurikulum sepadu hidup berkampung
dibesar pahit pengalaman tetapi memanis hari ini
tidak pernah fikirkan tentang pengangguran
hanya menerima takdir dalam iman
sambil menolaknya dengan doa seorang Muslim
*memenangi hadiah utama sastera Utusan Public Bank 1989
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 653
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
NEGERI CANTIK, BUDAYA MENARIK: PEMERHATIAN FRASA ENDOSENTRIK DAN
FRASA EKSOSENTRIK DALAM WACANA BLOG KEBUDAYAAN TERENGGANU.
1
Hjh. Suriany binti Mat Noor, (Edd)
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini adalah satu analisis frasa dalam wacana dengan mengaplikasi teknik kajian secara
bacaan mendalam (close reading) terhadap produk pelancongan di negeri Terengganu Darul
Iman. Pengkaji ingin memperkenalkan negeri Terengganu dalam aspek kebudayaan dan
pelancongan sebagai tema bahan pembelajaran aspek sintaksis bahasa Melayu iaitu jenis-
jenis frasa dengan menggunakan bahan-bahan dalam talian sesuai dengan mod
pembelajaran masa kini. Kajian ini adalah penelitian deskriptif kualitatif dengan fokus kajian
terhadap frasa endosentrik dan frasa eksosentrik dalam wacana blog sampel kajian dengan
menggunakan teknik analisis deskriptif kualitatif. Pengkaji telah meneliti frasa endosentrik
berdasarkan fakta yang ada dalam blog tersebut, seterusnya mendeskripsi dan menganalisis
data secara kualitatif. Blog ini digunakan sebagai pangkalan data untuk menganalisis
kewujudan frasa kajian dalam tempoh sebulan. Oleh kerana liputan wacana amat luas, maka
dalam penulisan ini pengkaji hanya berkongsi analisis aspek frasa endosentrik dalam frasa
nama sahaja. Analisis frasa endosentrik dihasilkan berdasarkan kategori frasa endosentrik
apositif, frasa endosentrik atributif dan frasa endosentrik koordinatif (Abdul Chaer, 2015).
Analisis data kajian mendapati wujud pelbagai bentuk frasa endosentrik dan frasa eksosentrik
dalam teks yang digunakan. Contoh frasa endosentrik yang dikenal pasti adalah penamaan
tempat pelancongan, makanan tradisional, permainan tradisional dan busana tradisional
negeri Terengganu. Kesimpulannya pembelajaran frasa endosentrik dalam produk
pelancongan negeri Terengganu dapat menerangkan dengan jelas penggunaan frasa
endosentrik dalam pelbagai aspek kelahiran frasa.
Kata kunci: frasa endosentrik, frasa eksosentrik, kebudayaan, negeri Terengganu
PENGENALAN
Frasa “Negeri Cantik Budaya Menarik” merupakan gambaran kepada sebuah negeri yang
terletak di pantai timur Malaysia iaitu negeri Terengganu Darul Iman yang mempunyai daya
tarikan ekopelancongan kepada pelancong dalam atau luar negara. Antara pantai dan pulau
yang popular seperti Pulau Bidong, Pulau Duyung, Pantai Batu Burok, Pantai Teluk
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 654
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Ketapang , manakala Taman Tamadun Islam, Kampung Cina (Kuala Terengganu
Chinatown), Pasar Payang, Istana Maziah, Muzium Negeri Terengganu, Pantai Batu Buruk,
Pulau Duyung, Masjid Kristal, Bazaar Warisan, Payang Walk, Bukit Puteri, Kuala Terengganu
Waterfront, Pulau Warisan, Terengganu Drawbridge dan Kompleks Kraf Noor Arfa pula pusat
komersial dan pusat warisan negeri. Bandar Kuala Terengganu sendiri juga telah membuka
mata dunia apabila pelbagai kejohanan sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa telah
dilangsungkan. seperti Piala Monsun Terengganu, Sultan’s Cup Endurance Ride, Kenyir Lake
Challenges, dan FEI World Endurance Championship.
Kemegahan dan keindahan negeri Terengganu sebagai negeri pesisir air tidak akan
mampu membuka mata dunia tanpa komunikasi yang tepat dan jelas. Kerajaan negeri
Terengganu telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mempromosikan Terengganu
sebagai pusat pelancongan, antaranya menerusi komunikasi bertulis dalam bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan di alam maya, selaras dengan fungsi bahasa yang digunakan
oleh manusia di dunia untuk berinteraksi dan berkomunikasi. Kamus Dewan Edisi ketiga
(1996) mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia. Manakala Abdullah Hasan (1984)
mendefinisikan bahasa dengan merujuk kepada ciri-cirinya, kegunaan dan sifatnya sebagai
alat perhubungan. Asbab ini, setiap negara memiliki bahasa yang berbeza dengan kefungsian
yang berbeza, sebagai contoh Bahasa Melayu, Bahasa Thai, Bahasa Mandarin dan Bahasa
Inggeris yang menjadi identiti bangsa sesebuah negara.
Sesungguhnya Bahasa Melayu Kuno telah dikesan sejak abad ke-4 masihi lagi
berdasarkan penemuan Batu Bersurat Champa (Abdullah, 2021). Malahan Bahasa Melayu
telah menjadi lingua franca semenjak zaman Empayar Srivijaya dan digunakan oleh lebih 200
juta penduduk rantau ini sebagai bahasa perantaraan dalam perniagaan, perundingan dan
perjanjian oleh pedagang-pedagang Arab, Cina dan India yang datang berdagang di
Kepulauan Melayu sekitar abad ke-13 (Mohd Farid, 2019).
SOROTAN LITERATUR
Frasa ialah unit atau korpus bahasa yang terletak di tingkat yang lebih tinggi daripada
perkataan tetapi di bawah klausa dalam tingkat atau susunan tatabahasa (Nik Safiah et.al.,
2015). Frasa mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan. Walaupun begitu, frasa boleh
juga terdiri daripada satu perkataan yang berpotensi diperluas menjadi unit yang
mengandungi dua perkataan atau lebih. Contoh frasa yang diperluas seperti berikut:
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 655
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kata inti - pokok
pokok durian
anak pokok durian
anak pokok durian kampung
Jenis-jenis frasa dalam bahasa Melayu terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif,
dan frasa sendi nama (Nik Safiah et.al., 2015). Secara umumnya frasa-frasa ini mengisi
konstituen subjek dan predikat dalam pembentukan ayat. Kata inti dalam sesuatu frasa dapat
diperluas sebelum atau selepas kata inti. Suatu frasa tidak mengandungi subjek dan predikat
seperti ayat kerana binaannya terdiri daripada unsur inti dan penerang sahaja. Frasa juga
boleh disisipkan unsur lain di antaranya seperti kata hubung dan kata sendi nama dan tidak
akan mengubah makna asal frasa. Contoh:
pelajar kampung dan pelajar dari kampung
majalah fesyen dan majalah tentang fesyen
Akhir sekali, kesatuan sesuatu frasa tidak boleh dipisahkan. Sekiranya frasa hendak
dipindahkan kedudukannya, seluruh frasa itu harus dipindahkan bersama-sama sebagai satu
kesatuan. Contoh:
Ayat : Adik Intan sedang tidur di dalam buaian itu.
Frasa asal – adik Intan/sedang tidur/di dalam buaian itu
Konstituen frasa (a) sedang tidur / adik Intan/ di dalam buaian itu
Konstituen frasa (b) di dalam buaian itu / adik Intan / sedang tidur
Konstituen frasa (c) di dalam buaian itu / sedang tidur / adik Intan
Konstituen frasa (d) sedang Intan / anak buaian / di dalam tidur itu
#(tidak gramatis)
Binaan frasa boleh dijeniskan kepada frasa endosentrik dan frasa eksosentrik berdasarkan
penyebarannya dalam ayat (Abdul Chaer, 2015). Frasa endosentrik ialah frasa yang
mengandungi unsur inti yang menjadi unsur yang paling penting, diberikan penumpuan
makna, dan boleh mewakili keseluruhan frasa itu. Frasa ini terdiri daripada frasa nama, frasa
kerja, dan frasa adjektif (Nik Safiah et.al., 2015). Inti frasa nama terdiri daripada kata nama,
inti frasa kerja merupakan kata kerja, dan inti frasa adjektif ialah kata adjektif. Inti sesuatu
frasa tidak boleh digugurkan. Berikut adalah contoh-contoh inti bagi suatu frasa:
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 656
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 1: Inti Frasa
Jenis Frasa Contoh Frasa Unsur Inti
anak kambing kambing
Frasa nama
penduduk bandar penduduk
bermain congkak bermain
Frasa kerja
memandu dengan laju memandu
sangat wangi wangi
Frasa adjektif
merah muda merah
Frasa eksosentrik ialah frasa yang tidak mempunyai unsur inti, dan tidak mempunyai
keterangan. Frasa sendi nama tergolong dalam frasa eksosentrik. Frasa ini mengandungi dua
unsur yang tidak boleh dipisahkan atau dikecilkan. Contoh frasa sendi nama seperti berikut:
Jadual 2. Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Kata Nama / Frasa Nama
daripada ibu
di ruang tamu
oleh guru
pada hari itu
Frasa endosentrik boleh dikategorikan kepada tiga, iaitu frasa endosentrik koordinatif, frasa
endosentrik atributif, dan frasa endosentrik apositif (Abdul Khaer, 2015). Manakala frasa
eksosentrik digolongkan kepada dua merujuk kepada komponen-komponennya yang tidak
memiliki perilaku tata bahasa sintaksis secara keseluruhan iaitu frasa eksosentrik direktif dan
frasa eksosentrik non-direktif. Dalam laporan ini penulis hanya memberi fokus kepada frasa
endosentrik sahaja.
Contohnya, Seri Melani, Supadi dan Suryadi (2017) menganalisis penggunaan frasa dalam
penulisan rencana di akhbar harian rakyat Bengkulu dan mendapati penggunaan frasa
endosentrik dalam wacana dalam surat khabar tersebut adalah frasa endosentrik koordinatif
(15 struktur) dengan merangkumi frasa endosentrik atributif, endosentrik apositif dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 657
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
endosentrik koordinatif serta frasa eksosentrik (7 struktur). Kesemua frasa dalam wacana
yang diteliti dan dikelaskan sebagai frasa endosentrik dan eksosetrik dengan binaan struktur
yang khusus bagi setiap golongan frasa. Penyebaran kata dalam frasa bersesuaian dengan
format rencana dalam akhbar.
Begitu juga kajian oleh Latifah Ayu Widyaningsih (2021), mendapati frasa endosentrik
dan frasa eksosentrik serta strukturnya pada rencana ‘Pemerdayaan Organisasi Masyarakat
Sipil’ dalam surat khabar Solopos, mendapati 3 frasa atributif, 3 frasa koordinatif dan 2 frasa
apositif daripada 8 frasa endosentrik dengan struktur frasa yang sama ditemui dalam rencana
yang dikaji oleh pengkaji sebelum ini.
Kajian tentang struktur frasa, struktur klausa dan struktur ayat dalam peribahasa
bahasa Sumbawa juga telah dilakukan untuk penjelasan tentang frasa endosentrik. Analisis
data kajian dalam aspek frasa menunjukkan kehadiran frasa endosentrik atributif dan frasa
endosentrik koordinatif, tetapi tidak hadir frasa endosentrik apositif dalam peribahasa bahasa
Sumbawa yang dikaji (Candra Samtawijaya, 2018). Dapatan kajian menunjukkan
penggunaan frasa dengan struktur yang juga selaras dengan pengkaji terdahulu.
Norhayati (2019) pula telah membuat kajian tentang kehadiran frasa endosentrik
dalam penulisan cerpen Persembahan Tahun Baharu oleh Luxun (2017) dalam aspek
penterjemahan teks daripada bahasa sumber (Bahasa Mandarin) ke dalam bahasa sasaran
(Bahasa Indonesia). Analisis data menunjukkan kewujudan struktur nominal dalam frasa
endosentrik koordinatif dan frasa endosentrik atributif dipertimbangkan dengan ketat
peraturan setiap jenis frasa yang diterjermah.
Pada tahun 2016, I Gusti Putu Sutarma telah membuat kajian tentang bentuk linguistik
terapan bangsa Indonesia dalam media sosial WhatsApp dalam aspek kata, frasa dan ayat.
Analisis data WhatsApp dalam aspek frasa menunjukkan hadir frasa endosentrik koordinatif
dan frasa endosentrik atributif sahaja digunakan secara meluas dalam penulisan teks
perbualan harian. Jelas frasa endosentrik apositif tidak digunakan sebab teks WhatsApp
biasa diringkaskan dan berkomunikasi secara langsung.
Sri Rahayu (2019) pula membuat penilitian penggunaan frasa endosentrik apositif
dalam karangan siswa SMP Negeri Mare, Indonesia. Pengkaji mendapati bahawa
penggunaan frasa endosentrik apositif dikesan pada posisi subjek, predikat dan objek. Contoh
frasa endosentrik apositif subjek dalam ayat seperti nama orang yang menerangkan jabatan
atau kedudukannya. Apositif predikat dan objek dalam ayat menerangkan tempat dan isi dari
peraturan yang berlaku. Frasa endosentrik apositif juga mempunyai rujukan yang sama dan
saling menggantikan.
Sebagai rumusan didapati frasa endosentrik yang digunakan dalam penulisan formal
berformat, peribahasa dan penulisan tidak formal (WhassApp) menunjukkan penyebaran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 658
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
frasa endosentrik yang luas dan struktur frasa yang selaras dalam kalangan pengkaji yang
diteliti.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini adalah satu kajian kualitatif deskriptif. Pengkaji telah memilih tiga carian data (frasa
endosentrik) dengan menggunakan carian di Google Search. Tiga frasa kata kunci telah dipilih
iaitu frasa pulau menarik di Terengganu, frasa makanan tradisional Terengganu dan frasa
busana tradisional Terengganu sebagai carian sampel daripada populasi besar di laman
maya. Setelah carian di Google Search dibuat, hanya topik-topik daripada carian tersebut
dipilih untuk dianalisis dan dipaparkan secara deskriptif dengan fokus penelitian hanya
kepada aspek frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Walau bagaimanapun penulisan ini
hanya membincangkan frasa endosentrik. Pemilihan tajuk carian dibuat berdasarkan tema
pengajaran semasa pengkaji. Teknik ini selaras dengan Mahsun (2011) yang menggunakan
teknik semak, garis dan catat pada penggunaan bahasa secara bertulis beberapa bentuk
frasa yang relevan bagi tujuan penelitian dari penggunaan bahasa secara bertulis. Rahayu
(2019) juga menyatakan bahawa teknik delesi dapat diterapkan dalam penyebaran elemen-
elemen frasa endosentrik dan frasa eksosentrik terhadap kedudukan sesuatu ayat yang akan
membentuk suatu wacana. Teknik penggantian juga akan digunakan untuk meneliti elemen
unsur frasa dalam ayat yang memiliki konstituen yang sama.
Pengkaji menggunakan gabungan teknik-teknik ini dengan pengubahsuaian dalam
pelaksana kajian, selaras dengan kehendak kurikulum bahasa di Malaysia.
DAPATAN KAJIAN
Frasa ialah binaan yang dari sudut nahu, boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat ( Nik Safiah, Farid,
Hashim dan Abdul Hamid, 2015). Frasa sebagai unit yang terkecil dalam sintaksis dapat
menggambarkan jenis-jenis konstituen sintaksis (Abdullah Hassan, 1982). Dalam
pemerhatian ini, pengkaji memberi fokus kepada struktur konstituen dalam ayat pada tahap
frasa untuk mengenal pasti frasa endosentrik atau frasa eksosentrik.
Penelitian kali ini menggunakan populasi tiga frasa carian daripada Google Search,
menggunakan tiga frasa kata kunci yang telah dipilih iaitu frasa pulau menarik di Terengganu,
frasa makanan tradisional Terengganu dan frasa busana tradisional Terengganu. Tema ini
telah dipilih secara persampelan bertujuan sebagai sampel dalam penganalisisan frasa dan
seterusnya pengkaji hanya memilih topik-topik dalam blog tersebut sebagai sampel analisis
frasa. Dengan menggunakan batasan kajian ini, pengkaji telah merekodkan 11 frasa topik
dalam carian pulau menarik Terengganu, 20 frasa topik dalam carian makanan tradisional
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 659
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Terengganu dan 21 frasa topik dalam carian busana tradisional Terengganu. Jumlah
keseluruhan frasa topik yang dianalisis adalah 52 buah frasa topik. Analisis frasa sampel
mendapati 4 topik ditulis mengunakan frasa endosentrik apositif, 33 topik ditulis menggunakan
frasa endosentrik atributif dan 7 topik ditulis menggunakan frasa endosentrik koordinatif serta
6 topik ditulis dalam bahasa Inggeris dan 2 topik lagi ditulis sebagai kata nama khas.
a. Frasa Endosentrik Apositif
Frasa endosentrik apositif merupakan frasa yang bersifat nominal, boleh saling berganti (Seri
Melani, Supadi & Suryadi, 2019), dan boleh berlaku sebagai peluasan pada subjek, objek dan
penerang. Contoh frasa endosentrik apositif yang yang dikenal pasti dalam penulisan topik
di blog yang dikaji adalah seperti berikut:
Jadual 3 : Analisis Frasa Endosentrik Apositif
Bil Frasa Huraian frasa
1 Kota Lama Duyong F1- Kota lama
F2- Kota Duyong
2 Muzium Negeri Terengganu F1- Muzium Negeri
F2 - Muzium Terengganu
3 Air Buah Gelas Besar F1- Air Buah Gelas Besar Terengganu
Terengganu “Air Buah Pak San” F2 - Air Buah Pak San
4 Kedai Makan Murah F1 - Kedai Makan
F2 - Kedai Murah
b. Frasa endosentrik atributif terdiri daripada unsur inti dan unsur penjelasan atau atribut
(I Gusti Putu Sutarma, 2016). Contoh frasa endosentrik atributif yang yang dikenal pasti dalam
penulisan topik di Blogyang dikaji adalah seperti berikut:
Jadual 4: Analisis Frasa Endosentrik Atributif
Bil Frasa Huraian frasa
1 Pulau Warisan inti -pulau; penerang – warisan
2 Taman Tamadun Islam inti – taman; penerang - iTamadun Islam
3 Kedai Kuih Gong Kapas inti – kedai; penerang – kuih; keterangan
tempat – Gong Kapas
4 Kedai Makan Selera Anak inti – kedai makan ; penerang – selera anak
Terengganu Terengganu
5 Anjung Busana inti – busana; penerang – anjung
6 Desa Murni Batu Enam inti – desa murni; penerang – batu enam
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 660
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
c. Frasa endosentrik koordinatif merupakan frasa yang terbina daripada unsur yang
setara dan saling tidak berkait dan boleh diuji dengan menambah kata hubung dan atau atau
(Seri Melani, Supadi & Suryadi, 2019).
Jadual 5 : Analisis Frasa Endosentrik Koordinatif
Bil Frasa Huraian frasa
1 Kedai az-Zahra: Akok F1 - Kedai az-Zahra – frasa endosentrik atributif (inti +
Beke Nyor penerang)
F2 - Kedai az-Zahra : Akok Nyor
F3 - Kedai az-Zahra: Beke Nyor
2 Kuih Akok Tradisional F1 - Kuih Akok Tradisional
Resepi Mok Kite F2v- Kuih Akok Resepi Mok Kite
3 Biscake House: Biskut F1 - Biscake House – frasa endosentrik atributif
Raya Kuih-muih F2 - Biscake House: Biskut Raya
Tradisional F3 - Biscake House: Kuih-muih Tradisional
4 Fadzizan Zaha Batik & F1 - Fadzizan Zaha Batik - frasa endosentrik atributif
Songket F2 - Fadzizan Zaha Songket
KESIMPULAN DAN SYOR KAJIAN
Hasil penelitian dan pembahasan mengenai analisis frasa senarai topik dalam tiga blog
pelancongan negeri Terengganu, dapat disimpulkan bahawa:
Golongan frasa endosentrik daripada 52 frasa topik dalam tiga Blog Pelancongan
Negeri Terengganu mendapati wujud frasa endosentrik, yang digolongkan sebagai frasa
endosentrik atributif, frasa endosentrik apositif dan frasa endosentrik koordinatif dengan
penggunaan selaras dengan definisi oleh Abdul Chaer (2015). Frasa endosentrik atributif
paling kerap wujud dalam penulisan frasa topik, dikutif frasa endosentrik apositif dan paling
kurang frasa endosentrik koordinatif kerana frasa topik untuk penamaan maka inti frasa perlu
tepat, ringkas dan inti frasa dijelaskan.
Berdasarkan kesimpulan ini, maka pengkaji mencadangkan perkara berikut:
1. Laporan penelitian ini masih terbatas pada mengkaji golongan frasa endosentrik serta
struktur frasa endosentrik tiga blog terpilih dalam aspek penulisan topik sahaja.
Golongan frasa endosentrik menduduki fungsi tertentu dalam sebuah kalimat dan unsur-
unsurnya dapat membentuk hubungan makna dalam penyebaran unsurnya. Maka untuk
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 661
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
peneliti selanjutnya, dicadangkan analasis frasa berdasarkan hubungan makna antara
unsur yang membentuk frasa dan juga fungsi frasa pada kalimat untuk menghasilkan
penelitian yang lengkap dan lebih mendalam terhadap aspek sintaksis.
2. Penelitian mengenai analisis frasa topik di blogi ini menggunakan teori struktural, maka
untuk kajian selanjutnya, dicadangkan penelitian frasa berdasarkan teori transformasi
sebagai penegasan kepada penyebaran makna dalam frasa dan hubungannya dengan
ayat transformasi (Teori Transformasi Ganeratif).
RUJUKAN
Abdul Chaer. (2015). Linguistik Umum, Jakarta: Rineka Cipta.
Abdullah Hasan. (1984). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling Jaya: Fajar
Bakti.
Abdullah Sidek. (2021). Hari ini dalam sejarah peristiwa orang Melayu, Kuala Lumpur: HR
Publisher.
Candra Samtawijaya. (2018). Analisis Peribahasa Sumbawa Besar: Kajian Sintaksis,
Universiti Mataram, Indonesia.
Dewan Bahasa Dan Pustaka. (1996). Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: DBP.
I Gusti Putu Sutarma. (2016). Analisis wujud bentuk linguistik dalam penggunaan bahasa
Indonesia di media sosial whatsApp, Soshum Jurnal Sosial dan Humaniora, 6(3), 227-
238.
Latifah Ayu Widyaningsih. (2021). Analisis Frasa Berdasarkan Kesetaraan Distrubusi Pada
Tajuk Rencana Solopos “ Konsolidasi dan Pembedayaan Organisasi Masyarakat Sipil.
SEMIOTIKA, 22(1), 49-55.
Luxun. (2017). 狂人日记 (A Madman’s Diary. Hainan : Hainan Publishing House.
Nik Safiah, Farid, Hashim dan Abdul Hamid. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Norhayati. (2019). Strategi penterjemahan frasa nominal pada cerpen persembahan tahun
baru dalam buku catatan harian orang gila karya Luxun. Jurnal Sekretari, 6(1), 15-130.
Seri Melani, Supadi dan Suryadi. (2017). Analisa Frasa Pada Surat Khabar Harian Rakyat
Bengkulu. Jurnal Ilmiah Korpus, 3(2), 210-220.
Sri Rahayu. (2019). Penggunaan frasa endosentrik apositif dalam karangan.
AlghazaliInternational Journal of Education Research, 1(2), 181-185.
https://www.themalayapost.my/negeri-cantik-budaya-menarik-jom-kenal-terengganu/
https://medium.com/@sayharosli/10-pulau-menarik-di-malaysia-5d513ec0d6a2
https://www.google.co/search?q=pulau+menarik+di+malaysia&sxsrf
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 662
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGHASILAN PROJEK DAN MEMANTAPKAN KEMAHIRAN PERMAINAN DUET
REKODER SOPRANO LAGU RASA SAYANG MENGGUNAKAN KAEDAH TEKNIK
‘SCREKO’ SECARA LUAR TALIAN
1
Joshua Raj Pitchemuthu
1 Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat, Hulu Kelang
[email protected]
ABSTRAK
Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk penutupan sekolah semula dan melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPDR) berkuatkuasa 1 Mei 2021. Semua guru
wajib dilaksanakan di rumah dengan boleh dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian
dan/ atau off-site dengan berstruktur dan terancang. Pelbagai pendekatan boleh diaplikasikan
secara latihan, luar talian atau off-site. Lantaran itu, kajian ini bertujuan penghasilan projek
dan pemantapan kemahiran permainan duet rekoder Soprano dan menjelaskan cara guru
menggunakan kaedah teknik ‘SCREKO’ secara luar talian. Kajian ini berbentuk kajian
tindakan dan data dikumpulkan melalui pemerhatian video, rekod anekdot, dan senarai semak
dan telah dikukuhkan melalui triangulasi. Kajian tindakan ini melibatkan murid-murid tahun 4.
Hasil dapatan kajian menunjukkan teknik ‘SCREKO’ secara luar talian dapat membantu
murid-murid untuk menghasilkan projek dan memantapkan kemahiran permainan duet
rekoder bagi lagu Rasa Sayang dengan baik. Hasil teknik ‘SCREKO’ secara luar talian juga
dapat mempengaruhi ibu bapa untuk membantu murid-murid menghasilkan projek duet
rekoder bagi lagu Rasa Sayang secara ensembel. Keseluruhannya, dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa teknik ‘SCREKO’ secara luar talian dalam penghasilan projek dapat
memberi kesan yang positif.
Kata kunci: Kajian tindakan, penghasilan projek, permainan duet rekoder soprano, teknik
‘SCREKO’
PENGENALAN
Teknologi maklumat muncul pada sekitar tahun 1970-an dan telah mengalami perkembangan
apabila komputer komersial diperkenalkan pada tahun 1980- an. Sejak itu, perkembangan
teknologi maklumat semakin bertambah pesat dan dikenali sebagai Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) pada alaf baharu abad ke-21. TMK muncul sebagai salah satu medium
penting untuk menyampaikan pelbagai jenis maklumat khususnya dalam bidang pendidikan
kerana peranan dan kebaikan yang dapat diperoleh hasil daripada penggunaan teknologi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 663
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
tersebut. TMK yang dapat meningkatkan kualiti pendidikan setiap negara secara umum dan
memudahkan aktiviti PdPc serta menjana pemikiran kritis, kreatif, inovatif, komunikatif dan
mampu bekerja secara kolaboratif. Generasi baharu abad ke-21 yang bakal menjadi sumber
tenaga kerja pada masa akan datang, tidak terlepas dengan penggunaan TMK yang semakin
mengalami perubahan dari segi kemajuan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, inisiatif
bagi melahirkan guru berkualiti telah banyak dilakukan. Melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM), anjakan ke-7 transformasi sistem pendidikan negara adalah
untuk memanfaatkan TMK dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013).
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pendidikan Muzik
boleh bertindak sebagai alat yang berkesan untuk pembelajaran yang berkesan kepada
kanak-kanak (Zhi Hui Cai, Xitao Fan & Jianxia Du, 2016). Muzik dapat memberi kesan yang
bernilai terhadap perkembangan psikologi dan perkembangan kognitif kanak-kanak (Kwan
Shwu Shyan, 2015). Muzik juga membantu mencungkil dan mengembangkan bakat serta
potensi seseorang murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Salah satu
modul yang diajar untuk murid-murid sekolah rendah adalah Pengalaman Muzikal. Murid-
murid diberi pendedahan dalam permainan rekoder supaya mereka berpeluang melibatkan
diri dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menggembirakan serta memberi pengetahuan
dan pengalaman.
Pendidikan Abad ke-21, guru haruslah menitikberatkan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
Pendidikan Muzik untuk membantu murid meningkatkan perkembangan kognitif serta
penerokaan dalam semua kemahiran dan teknik dalam mata pelajaran ini (Kwan, 2015). Oleh
yang demikian, kajian ini berfokus kepada satu tindakan penggunaan perisian komputer iaitu
Scratch dalam permainan duet rekoder Soprano bagi lagu “Rasa Sayang” digunakan dalam
kalangan murid tahun empat secara luar talian.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Bermula dengan penutupan semua sekolah di China pada Mac 2019, tempat bermula wabak
virus pandemic Covid19 diikuti dengan penutupan semua sekolah di kebanyakan negara
termasuk Malaysia. Kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan PKP yang bermula dari 18
Mac hingga 31 Mac 2020 bagi PKP Fasa 1, PKP Fasa 2 bermula dari 1 hingga 14 April 2020,
dilanjutkan ke PKP Fasa 3 bermula dari 15 hingga 28 April dan seterusnya PKP Fasa 4
bermula dari 29 April hingga 12 Mei. Oleh disebabkan catatan peningkatan kadar
kebolehjangkitan semakin merisaukan Kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 664
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
penutupan sekolah semula dan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPDR) berkuatkuasa 1 Mei 2021 (Sinaran Harian, 16 Jun 2021).
Sehubungan dengan PdPDR, semua guru wajib dilaksanakan di rumah dengan boleh
dilaksanakan dalam talian dan/ atau luar talian dan/ atau off-site dengan berstruktur dan
terancang. Selain itu PdPDR membantu membolehkan murid mengikuti secara optimum.
Pelbagai pendekatan boleh diaplikasikan seperti Digital Educational Learning Initiative
Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWeb TV, aplikasi media sosial, Google Meet, Micrisoft
Teams, ePermainan, video klip audio, eBuku, rakaman arau tugasan dalam talian (KPM,
2020).
Lantaran itu, saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah;
kemahiran permainan rekoder secara ensemble Standard Kandungan 2.4.1 memainkan
rekoder mengikut tempo dengan ton yang baik Pendidikan Muzik Tahun Empat di sebuah
sekolah rendah di daerah Gombak secara luar talian dengan penghasilan projek bermain duet
rekoder Soprano bagi lagu Rasa Sayang. Didapati bahawa murid-murid tidak menghantar
tugasan projek walaupun diberi tempoh selama empat minggu. Oleh itu, satu kajian telah
dijalankan untuk membantu murid-murid tahun empat dalam penghasilan projek dan
memantapkan kemahiran permainan duet rekoder Soprano bagi lagu Rasa Sayang
menggunakan teknik ‘SCREKO’ secara luar talian.
FOKUS KAJIAN
Permainan rekoder Soprano di sekolah rendah merupakan salah satu alat muzik yang perlu
dipelajari oleh setiap murid. Berdasarkan rekod penghantaran hasil projek dalam talian
telegram dan Google Classroom adalah tiada rekod penghantaran. Hal ini kerana murid-murid
menghadapi masalah dalam penyampaian guru. Oleh itu, saya telah menggunakan satu
perisian komputer ‘Scratch’ dengan teknik ‘SCREKO’ untuk membantu murid-murid belajar
kemahiran permainan duet rekoder Soprano secara luar talian.
Perisian ‘Scratch’ merupakan salah satu perisian komputer dalam Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK). Pembangunan perisian ‘Scratch’ adalah hasil kajian kumpulan
Lifelong Kindergarten di Makmal Media Massachusetts Institute of Technology (MIT) pada
tahun 2005 (MIT Media Lab. 2012 dalam Samsul Hamdan, 2015). Perisian ‘Scratch’ ini direka
untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun di United Kingdom. Perisian ini menjadi
elemen teras dalam pembelajaran dan pemudahcaraan terutama dalam literasi digital di
sekolah (Stamati, 2009).
Saya mengadaptasikan perisian komputer ‘Scratch’ dengan teknik ‘SCREKO’ dalam
permainan ensembel bagi mengatasi masalah permainan duet rekoder Soprano sebagai
menambah baik pendekatan penyampaian PdPDR seterusnya membantu murid-murid tahun
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 665
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
empat dalam penghasilan projek dan pemantapan kemahiran permainan duet rekoder
Soprano bagi lagu Rasa Sayang menggunakan teknik ‘SCREKO’ secara luar talian.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian:
1. Menjelaskan penghasilan projek dan pemantapan kemahiran permainan duet rekoder
Soprano bagi lagu Rasa Sayang menggunakan teknik ‘SCREKO’ secara luar talian
dalam kalangan murid tahun empat.
2. Menjelaskan cara guru menambah baik pendekatan PdPDR menggunakan teknik
‘SCREKO’ secara luar talian bagi penghasilan projek dan pemantapan kemahiran
permainan duet rekoder Soprano bagi lagu Rasa dalam kalangan murid tahun empat.
Soalan Kajian
Secara khususnya, persoalan kajian adalah seperti berikut:
1. Sejauh manakah penghasilan projek dan pemantapan kemahiran permainan duet
rekoder Soprano bagi lagu Rasa Sayang menggunakan teknik ‘SCREKO’ secara luar
talian dalam kalangan murid tahun empat?
2. Bagaimanakah guru menambah baik amalan pedagogi PdPDR menggunakan teknik
‘SCREKO’ secara luar talian bagi penghasilan projek dan pemantapan kemahiran
permainan duet rekoder Soprano bagi lagu Rasa Sayang dalam kalangan murid tahun
empat?
Peserta Kajian
Dalam penghasilan projek dan pemantapan kemahiran permainan duet rekoder Soprano bagi
lagu Rasa Sayang melibatkan murid-murid tahun empat di sebuah sekolah rendah di daerah
Gombak.
SOROTAN LITERATUR
Nagavalli, Rozniza dan Voon (2019), menyatakan bahawa penggunaan multimedia interaktif
3D animasi ‘Scratch’ dalam mata pelajaran Sains dapat memberi kesan yang positif dari segi
penggunaannya. Penggunaan multimedia interaktif 3D animasi ‘Scratch’ yang sesuai dengan
tahap pembelajaran murid-murid menjadikan pengajaran mata pelajaran Sains mencapai
objektif yang ditetapkan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 666
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Muhamad, Sabariah dan Muralindran (2018), pula menyatakan bahawa proses pembelajaran
permainan menunjukkan peningkatan signifikan dalam tiga tempoh masa. Mereka
menjalankan penyelidikan untuk membantu pelajar matrikulasi yang mengambil subjek Biologi
bagi tajuk respirasi sel dengan penggunaan perisian ‘Scratch’.
Darsenee (2020), juga telah menjalankan satu inovasi digital dengan perisian
‘Scratch’. Hasil inovasi menunjukkan bahawa penggunaan perisian ‘Scratch’ banyak
membantu murid-murid tahun lima untuk meningkatkan penguasaan imbuhan dengan betul
dan telah menarik minat mereka dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut A.M dan J.L (2016) menegaskan bahawa perisian ‘Scratch’ adalah wajib
digunakan dalam proses pengajaran di peringkat sekolah menengah. Afrin, Ming, Cody, Caleb
(2017), menyarankan bahawa perisian ‘Scratch’ menjadikan satu pendekatan dalam
pengajaran bilik darjah K-12. Lian Duan (2020) dalam blog menyatakan bahawa perisian
‘Scratch’ merupakan salah satu perisian dalam talian untuk pengajaran dan pembelajaran.
Pelbagai kajian yang telah dilakukan di dalam dan luar negara berkaitan dengan
perisian komputer ‘Scratch’ di peringkat rendah hingga di peringkat universiti. Maka secara
tidak langsung saya telah menggunakan perisian komputer ‘Scratch’ dalam penyampaian
PdPDR bagi penghasilan projek dan pemantapan kemahiran permainan duet rekoder
Soprano bagi lagu Rasa Sayang dalam kalangan murid tahun empat.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan yang memberi tumpuan terhadap
pengajaran dan pembelajaran di rumah secara luar talian. Saya menggunakan kajian tindakan
ini dapat membantu penghasilan projek dan pemantapan kemahiran permainan duet rekoder
Soprano bagi lagu Rasa Sayang dalam kalangan murid tahun empat. Kajian tindakan ini
dilakukan secara kuantitatif dan kualitatif kerana tajuk yang dipilih lebih memerlukan analisis
pemerhatian, senarai semak dan rekod anekdot.
Model Kajian Tindakan Yang Digunakan
Kajian tindakan ini dilaksanakan mengikut model Kemmis dan Taggart (1988). Dalam model
ini terdapat empat langkah seperti merancang (Plan), bertindak (Action), memerhati (Observe)
dan mereflek (Reflect) dan dilaksanakan dalam satu kitaran sahaja seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 667
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
MERANCANG
Satu intervensi ‘SCREKO’
telah digunakan untuk
diguna pakai bagi
pengajaran rekoder
BERTINDAK
MEREFLEK Menggunakan ‘SCREKO’
Data dikumpulkan, refleksi dalam pengajaran
dibuat terhadap dapatan permainan duet rekoder
kajian Soprano bagi lagu Rasa
Sayang
MEMERHATI
Data dikumpulkan dengan
rakaman video, senarai
semak dan rekod anekdot.
Rajah 1: Proses Penyelidikan Tindakan (Adaptasi daripada Kemmis & McTaggart,1988)
Kajian ini, telah dilaksanakan sebanyak satu kitaran menggunakan tindakan ‘SCREKO’. Ini
disebabkan kerana model ini mudah difahami, dikendalikan dan mudah untuk mengenal pasti
kelemahan amalan PdPDR untuk mengatasi isu kelemahan dengan mudah (Norazizah,2015).
‘SCREKO’ merupakan akronim bagi istilah Scratch Rekoder. Saya telah menggunakan
perisian ‘Scratch’ ini sebagai menambah baik amalan pedagogi PdPDR menggunakan teknik
‘SCREKO’ secara luar talian bagi penghasilan projek dan pemantapan kemahiran permainan
duet rekoder Soprano bagi lagu Rasa Sayang dalam kalangan murid tahun empat.
Pembacaan skor animasi ‘SCREKO’ adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.
Imej Imej
penjarian penjarian
bagi bagi
melodi melodi
satu dua
Rajah 2: Imej penjarian rekoder Soprano bagi melodi satu dan melodi dua dalam
Pembacaan Skor Animasi ‘SCREKO’
Cara Mengumpul Data:
Dalam kajian tindakan ini tiga kaedah telah digunakan untuk mengumpul data dan maklumat,
iaitu pemerhatian hasil projek, senarai semak dan rekod anekdot untuk menjawab persoalan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 668
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kajian yang pertama dan kedua iaitu untuk melihat tahap peningkatan kemahiran permainan
duet rekoder Soprano dan cara guru menambah baik amalan pembelajaran dan pengajaran
di rumah dalam membantu talian bagi penghasilan projek dan pemantapan kemahiran
permainan duet rekoder Soprano bagi lagu Rasa Sayang dalam kalangan murid tahun empat.
Cara Menganalisis Data:
Pemerhatian hasil rakaman projek telah dilaksanakan sebelum dan selepas rakaman luar
talian dengan teknik ‘SCREKO’ berdasarkan rekod penghantaran projek, senarai semak dan
dianalisis dengan kaedah kuantitatif iaitu peratus (%). Kedua, rekod anekdot dan dianalisis
dengan kaedah kualitatif.
Cara Menyemak Data:
Terdapat tiga kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian rakaman projek, senarai semak
dan rekod anekdot. Ketiga-tiga kaedah ini digunakan bagi mengaplikasikan kaedah
Triangulasi iaitu untuk tujuan meningkatkan kesahan instrumen kuantitatif dan kualitatif
(Mheen, Coumas, Baredregt & Poel, 2006 dalam Kartini, Ahamd, Rosli dan Badrul, 2012).
Tindakan Yang Dijalankan:
Perancangan dan tindakan bagi kajian ini dilakukan mengikut beberapa langkah seperti
berikut:
(i) Langkah Pertama (7 Julai 2021)
Saya menggunakan paparan gambar skor dan penjarian bagi kemahiran permainan duet
rekoder Soprano bagi lagu “Rasa Sayang”. Kemahiran permainan duet rekoder adalah seperti
penjarian, melodi, frasa, dan literasi bacaan seperti nama dan nilai not. Setelah itu, murid-
murid diminta untuk menghantar rakaman video lagu “Rasa Sayang” dalam Google
Classroom atau telegram. Dengan panduan senarai semak telah menandai ( ) bagi tiada rekod
penghantaran projek dan kemahiran-kemahiran yang tidak dikuasai dan tanda () bagi rekod
penghantaran projek dan kemahiran-kemahiran yang telah kuasai serta memberi gred bagi
tahap pencapaian.
Rekod anekdot juga digunakan untuk memantau tindakan yang menarik dalam penghasilan
projek. Paparan gambar menunjukkan skor duet rekoder lagu Rasa Sayang seperti
ditunjukkan dalam Rajah 3.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 669
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rajah 3: Skor lagu duet rekoder lagu Rasa Sayang
(ii) Langkah Kedua (15 Julai 2021)
Murid-murid dihantar rakaman video dengan kaedah demonstrasi kemahiran penjarian
berdasarkan nama-nama notasi di samping membimbing tempo berdasarkan nilai-nilai not
seperti dalam Rajah 4. Selain itu, saya juga memperkenalkan nama-nama notasi dengan
notasi warna dengan pembacaan skor animasi ‘SCREKO’. Selepas itu, saya meminta untuk
melatih penjarian serta menghantar hasil projek.
Rajah 4: Saya membimbing murid-murid kemahiran penjarian mengikut nama not
(iii) Langkah Ketiga (22 Julai 2020)
Saya merakamkan video untuk membimbing murid-murid dengan kemahiran permainan duet
rekoder seperti penjarian, melodi, frasa dan tempo serta literasi bacaan seperti nama dan nilai
not dengan ‘SCREKO’ bagi melodi rekoder 1 (R1) dan melodi rekoder 2 (R2) (Rajah 5).
Selepas itu, memainkan permainan duet rekoder secara serentak. Murid-murid diminta untuk
menghantar rakaman video penghasilan projek dalam Google Classroom dan telegram.
Setelah menonton hasil projek, dengan panduan senarai semak telah menandai () bagi
rekod penghantaran projek dan kemahiran-kemahiran yang telah kuasai serta memberi gred
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 670
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
bagi tahap pencapaian. Rekod anekdot juga digunakan untuk memantau tindakan yang
menarik dalam penghasilan projek. Paparan gambar menunjukkan skor duet rekoder lagu
Rasa Sayang.
Rajah 5: Penjarian 1 dan 2
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan rekod penghantaran projek pemerhatian hasil rakaman projek selepas rakaman
teknik ‘SCREKO’ di luar talian didapati bahawa 60% murid-murid dapat menghantar hasil
projek mereka dalam Google Classroom dan telegram. Analisis terhadap borang senarai
semak, didapati murid-murid 60% menguasai dan dapat bermain rekoder bagi lagu Rasa
Sayang dengan baik. Murid-murid dapat memainkan lagu dengan kemahiran-kemahiran
seperti penjarian, melodi frasa literasi muzik seperti bacaan nama-nama dan nilai-nilai not
dengan betul ditanda () dalam Jadual 1.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 671
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 1 :Analisis Borang Senarai Semak Pemerhatian Hasil Rakaman Teknik ‘SCREKO’
Permainan Duet Rekoder
Murid Tahun Empat
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2
1 2 3 4 5 6 7 8 9
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
Rekod Penghantaran
2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
Kemahiran Aspek Kemahiran Murid Tahun Empat
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2
1 2 3 4 5 6 7 8 9
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
(a) Penjarian tangan kiri
dengan betul 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
Penjarian
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2
1 2 3 4 5 6 7 8 9
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
(b) Penjarian tangan kanan
dengan betul 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2
1 2 3 4 5 6 7 8 9
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
Penghasilan
(a) Nilai not dengan betul
Ton 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2
1 2 3 4 5 6 7 8 9
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
(a) Dapat bermain melodi
dengan betul 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4
Melodi
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
(b) Dapat bermain frasa 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2
1 2 3 4 5 6 7 8 9
dengan betul 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 672
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2
1 2 3 4 5 6 7 8 9
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
(c) Bermain berdasarkan skor
lagu 2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2
1 2 3 4 5 6 7 8 9
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
(a) Not E
2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2
1 2 3 4 5 6 7 8 9
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
(b) Not F
2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2
Notasi 1 2 3 4 5 6 7 8 9
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
(c) Not G
2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2
1 2 3 4 5 6 7 8 9
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
(d) Not A
2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2
(e) Not B 1 2 3 4 5 6 7 8 9
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 673
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2
1 2 3 4 5 6 7 8 9
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
(f) Not C’
2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2
1 2 3 4 5 6 7 8 9
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
(g) Not D’
2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2
1 2 3 4 5 6 7 8 9
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
Tahap Pencapaian Kemahiran
2 2 2 2 2 2 2 2 2 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3 4
1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0
1 1 1 1 1 1 1 1 1
0 0 0 0 0 0 0 0 0
0 0 0 0 0 0 0 0 0
Analisis senarai semak rekod penghantaran penghasilan projek dan didapati bahawa 60%
murid-murid dapat berjaya menghantar penghasilan projek dan pemantapan kemahiran
permainan duet rekoder Soprano bagi lagu Rasa Sayang. Murid-murid juga dapat memainkan
lagu dengan kemahiran-kemahiran seperti penjarian, melodi, frasa dan literasi muzik dengan
betul.
Berdasarkan dapatan rekod anekdot rakaman hasil projek didapati bahawa terdapat
juga ahli keluarga yang dapat bersama-sama anak memainkan rekoder melodi 2. Hasil
pemerhatian rakaman didapati bahawa ada ibu bapa memainkan rekoder bagi melodi 2 agar
hasil projek dapat dimainkan secara ensembel. Secara tidak langsung ibu bapa juga belajar
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 674
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
cara memainkan rekoder dengan menguasai kemahiran permainan rekoder seperti penjarian,
melodi frasa literasi muzik dengan betul hingga menghasilkan duet rekoder lagu Rasa Sayang
dengan baik.
REFLEKSI
Kajian tindakan ini menunjukkan bahawa teknik ‘SCREKO’ secara luar talian bagi penghasilan
projek dan pemantapan kemahiran permainan duet rekoder Soprano bagi lagu Rasa Sayang
membantu dan berjaya dalam kalangan murid tahun empat. Murid-murid juga dapat
menghantar penghasilan projek dengan permainan duet rekoder Soprano seperti postur,
penjarian, melodi, frasa, dan literasi bacaan berdasarkan skor lagu dengan betul. Pada masa
yang sama ibu bapa juga terlibat dalam permainan duet rekoder yang memainkan melodi tidak
terkeliru dengan melodi 2 yang dimainkan oleh murid dan sebaliknya semasa dimainkan
secara serentak.
Justeru itu, teknik ‘SCREKO’ secara luar talian dalam amalan proses pembelajaran
dan pengajaran di rumah menunjukkan bahawa berjaya dalam membantu murid-murid dalam
untuk penghasilan projek dan memantapkan kemahiran permainan duet rekoder Soprano
serta mencapai objektif. Secara rumusannya, teknik ‘SCREKO’ secara luar talian adalah salah
satu pendekatan yang boleh membantu murid-murid tajun empat dalam penghasilan projek
dan memantapkan kemahiran permainan duet rekoder Soprano lagu Rasa Sayang dengan
baik.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Berdasarkan dapatan kajian tindakan ini, beberapa cadangan dikemukakan. Pertama
dicadangkan untuk menjadikan ‘minus one’ dan ‘intro’ supaya memudahkan murid-murid
mengesan tempat permulaan lagunya. Selain itu, dicadangkan memasukkan petanda bar
supaya bar-bar yang dimainkan dapat dikesan dengan mudah. Teknik ‘SCREKO’ ini juga
dicadangkan untuk digunakan dalam kalangan murid tahun yang berlainan untuk mempelajari
kemahiran permainan rekoder dan lagu seperti “Nenek Si Bongkok Tiga”. Cadangan
seterusnya ialah menggunakan kaedah soal selidik untuk mengumpul data bagi
mengukuhkan lagi kesahan kajian. ‘SCREKO’ merupakan satu perisian Scratch dan ini
merupakan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) boleh diaplikasikan oleh guru-guru Muzik
dalam mengajar kemahiran alat muzik melodeon dan mata-mata pelajaran yang lain.
RUJUKAN
A.M dan J.L. (2016). Teaching with scratch in compulsory secondary education: University of
Jaen, Spain.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 675
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Afrin, Ming, Cody, dan Caleb. (2017). Applying scratch programming to facilitate teaching in
k-12 classrooms: American Society for Engineering Education.
Darsenee. (2020). ‘Kuasai imbuhan’ berasaskan alat bantu mengajar interaktif (scratch)
dalam kalangan murid-murid (SJKT): Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kuala Kerai.
Kartini, Ahamd, Rosli dan Badrul. (2012). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian
kualitatif: Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah.
Kwan, S.S. (2015). Pedagogi 3 penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran. Petaling Jaya: Longman Malaysia.
Lian Duan. (2020). Online tools for teaching learning:
https://blogs.umass.edu/onlinetools/learner-centered-tools/scratch/ Dilayari pada 10
Ogos 2021.
Muhamad, Sabariah dan Muralindran. (2018). Keberkesanan proses pembelajaran robot
permainan kepada motivasi pelajar bagi topik respirasi sel: Universiti Malaysia Sabah.
Nagavalli, Rozniza dan Voon. (2019). Penggunaan bahan multimedia interaktif 3D animasi
(scratch’0 dalam kaedah pembelajaran teradun terhadap minat dan pencapaian murid
tahun 5 bagi mata pelajaran Sains: Universiti Sains Malaysia.
Norazizah Sahat. (2015). Penyelidikan tindakan untuk PISMP. Ipoh: IPH Kampus Ipoh.
Samsul Hamdan.(2015). Pengaturcaraan Scratch.
http://gondolapendidi.blogspot.my/2015/05/perisian-pengaturcaraan-scatch-
kssrtmk.html?m=1. Dilayari pada 1 Ogos 2021.
Sinaran Harian (16 Jun 2021). Cabaran pendidikan semasa pandemik covid-19.
Stamati, C. (2009). Embedding Scratch in the classroom. International Journal of Learning
and Media. https://blogs.umass.edu/onlinetools/learner-centered-tools/scratch/
Zhi, H.C., Xitao, F., Jianxia, D. (2016). Computer and education an international researches
corresponding. China: Faculty of Education University.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 676
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Subtema
Bahasa Melayu Wahana Perpaduan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 677
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
REKA BENTUK AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURIKULUM
KEPELBAGAIAN BUDAYA BERASASKAN CERITA RAKYAT MALAYSIA UNTUK
PENINGKATAN LITERASI AWAL BAHASA MELAYU
2
3
1
Aishah Abdul Malek , Mohd Nazri Abdul Rahman, PhD & Muhammad Asyraf Mansor
1,2 Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
3 Pusat Kelestarian dan Komuniti Universiti Malaya (UMCares)
[email protected]
ABSTRAK
Cerita Rakyat Digital pula merupakan salah satu bentuk menyampaikan mesej pengajaran
tentang sesuatu idea, konsep atau sejarah bagi membantu kefahaman kanak-kanak terhadap
sesuatu fakta menerusi platform digital dan teknologi. Malaysia mempunyai kepelbagaian
bahasa dan budaya yang menjadikan cabaran besar kepada guru untuk menyampaikan
maklumat serta fakta kepada kanak-kanak pelbagai bangsa khususnya yang baru memasuki
alam persekolahan dan tidak menguasai bahasa pengantara yang digunakan di dalam kelas.
Kajian ini adalah bertujuan untuk mereka bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
kurikulum kepelbagaian budaya berasaskan cerita Rakyat Malaysia intuk meningkatkan
literasi awal Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak berumur 2 sehingga 3 tahun dan 4
sehingga 6 tahun. Kutipan data dijalankan melalui kaedah NGT dan Fuzzy Delphi Metod.
Seramai 20 orang pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak terlibat dalam
pembangunan dan penilaian reka bentuk ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa reka
bentuk ini sesuai digunakan sebagai satu bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi
literasi awal Bahasa Melayu di peringkat prasekolah. Cadangan penambahbaikan kepada
aktiviti dalam kurikulum kepelbagaian budaya berasaskan cerita rakyat adalah dengan
memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk mengekspresi diri melalui aktiviti
bercerita dan berlakon bagi meningkatkan kosa kata kanak-kanak. Selain itu, meneliti
kepelbagaian cerita rakyat Malaysia yangi diadaptasi sesuai dibangunkan sebagai salah satu
bentuk aktiviti literasi awal Bahasa Melayu.
Kata Kunci: literasi bahasa melayu, pendidikan awal kanak-kanak, kurikulum kepelbagaian
budaya.
PENGENALAN
Kepelbagaian kaum di Malaysia menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang
kaum yang kaya dengan kepelbagaian budaya, adat resam, cara hidup, bahasa di antara satu
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 678
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
sama lain. Elemen kepelbagaian budaya menjadi unsur utama bagi membentuk dan
menyuburkan kesedaran perbezaan kepebagaian dalam kalangan kanak-kanak tadika.
Menurut Trumbull (2005) mentakrifkan budaya merupakan suatu sistem nilai, kepercayaan
dan cara hidup dalam memacu komuniti bermasyarakat dalam kehidupan seharian mereka.
Usaha pemupukan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan kanak-kanak tadika perlu
dijalankan secara berterusan. Sekolah merupakan institusi terbaik bagi memberi pendedahan
tentang kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar.
Guru merupakan agen sosialisasi kepada murid dalam memnyuburkan semanagat
kekitaan, mengenali dan saling menhormati perbezaan budaya dalam setiap murid.
Perbezaan kaum dalam kalangan kanak-kanak memberikan cabaran utama dalam
pengajaran bahasa khusunya pengajaran Bahasa Melayu. Pendedahan tentang
kepelbagaian budaya dalam kalangan kanak-kanak dapat memberikan ruang untuk
mengenali perbezaan budaya di persekitaran pembelajaran. Ini seterusnya membantu
mempertingkatkan kemahiran berbahasa di samping mempelajari pelbagai aktiviti
kebudayaan dan kemasyarakatan serta cara hidup pelbagai budaya. Aktiviti berbahasa
menerusi cerita rakyat dalam pengajaran bahasa Melayu dapat meningkatkan elemen nilai-
nilai moral, kecindan dan peluasan kosa kata baharu. Gay (2002) menyatakan pendekatan
pengajaran menerusi responsif budaya merentasi ciri-ciri budaya, pengalaman, perspektif
kepelbagian etnik murid dalam proses pengajaran yang lebih santai, bermakna dan mudah
difahami.
Bercerita merupakan aktiviti turun-temurun sebagai kaedah menyampaikan maklumat
atau hiburan dari satu generasi ke generasi yang lain. Aktiviti bercerita meberikan
keseronokan kepada pendengar, malah maeningkatkan kemahiran berimaginasi, memupuk
kemahiran bahasa dengan meningkatkan penggunaan bahasa yang bersesuain berdasarkan
aktiviti bercerita yang dijalankan. Menurut Rebecca Isbell, Joseph Sobol, Liane Lindaeur &
April Lowrance (2004) aktiviti bercerita di dalam kelas merupakan ruang yang baik dalam
menanamkan unsur naratif, identiti dan penulisan di dalam kelas. Aktiviti bercerita membantu
kanak-kanak meningkatkan daya tumpuan, berfokus, dan bermakna,
Kurikululum kepelbagaian budaya adalah satu platform yang terbaik di dalam
merapatkan jurang yang ada terhadap perbezaan kanak-kanak ini. Karanbenick, S. &
Clemens Noda .P (2004) dan Karabenick, S. & Clemens Noda, P. (2004) menyatakan
kepelbagaian budaya adalah proses untuk menerima dan menghargai perbezaan yang
terdapat dalam setiap diri manusia dan budayanya. Peranan komuniti setempat juga
memainkan peranan yang penting di dalam mempengaruhi pengukuhan nilai-nilai di alam
persekolahan (Zeicher & Payne, 2013). Guru perlu mempelajari nilai-nilai diversiti dalam
kehidupan setempat supaya proses dan pengalaman aktiviti pembelajaran terhadap kanak-
kanak dapat disampaikan secara efektif. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 679