Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
METODOLOGI KAJIAN
Data dikumpul menggunakan google form. Google form ini mengandungi 18 item. Item-item
merangkumi soalan bersifat demografi seperti maklumat kelas dan jantina dan juga soalan
yang mengukur pengalaman mereka menggunakan video tersuai dalam proses pembelajaran
kursus TSLB3043 English Phonetics and Phonology. Para responden terdiri dari pelajar TESL
IPGKDRI PISMP Semester 2 seramai 70 orang dari empat kelas. 21.4% adalah pelajar lelaki
manakala selebihnya adalah pelajar perempuan. Responden diminta memberi maklumbalas
terhadap item-item menerusi skala likert lima poin di mana skala 1 menunjukkan amat tidak
setuju dan 5 amat setuju.
Item-item menggumpul maklumat berkaitan video tersuai yang dihasilkan dari segi
kesesuaian tempoh, jeda penyampaian, kandungan, silibus, penggunaan bahasa,
pengulangan konsep dan kualiti interaksi. Terdapat juga item yang mengukur kemanfaatan
video tersuai dan Microsoft Whiteboard. Tinjauan ini telah dilaksanakan pada bulan April 2021
setelah semua topik yang menggunapakai video tersuai selesai sesi pengkuliahan dan
tutorial.
Video tersuai dihasilkanmenggunakan aplikasi digital iaitu screencast o’matic dan
microsoft whiteboard. Sebanyak tujuh video tersuai telah dihasilkan yang berdurasi antara
6:00 hingga 12:00 minit yang dibuat khusus untuk beberapa topik dalam kursus TSLB3043
English Phonetics and Phonology. Kesemua video tersuai ini dimuatnaik ke platform Google
Classroom kelas masing-masing (Rajah 1).
Rajah 1: Inovasi: Video tersuai menggunakan aplikasi screencast o’matic dan Microsoft
Whiteboard
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 580
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
DAPATAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan membuat satu tinjauan terhadap (1) pengalaman pelajar belajar
menggunakan video tersuai dan (2) persepsi mereka terhadap kemanfaatan screencast
o’matic dan Microsoft Whiteboard dan proses pengajaran dan pembelajaran kursus
TSLB3043 English Phonetics and Phonology. Data dianalisa secara deskriptif untuk
menjawab dua persoalan kajian ini.
Jadual 1 menunjukkan 95.7% dari responden telah menunjukkan respon yang positif
terhadap penggunaan video tersuai. Mereka lebih gemar menggunakan video tersuai
berbanding lain-lain bahan yang boleh dimuaturun dari YouTube. Majoriti dari responden
bersetuju bahawa durasi video tersuai dan tempo penyampaian adalah amat bersesuaian.
Kandungan video tersuai juga berfokus dan dilaporkan selari dengan kehendak kursus.
Bukan itu sahaja, pengulangan konsep juga berlaku sepanjang video tersuai. Pengulangan
konsep ini membantu responden untuk menyebut fonem dengan lebih baik (88.6%).
Responden juga bersetuju bahasa yang digunakan dalam video tersuai tersebut mudah
difahami di samping jeda yang bersesuaian dan interaksi berbentuk soalan. 94.3% and 95.7%
dari responden percaya video tersuai bagus untuk pembelajaran kadar kendiri dan akses
kendiri di mana mereka boleh menonton video tersuai tersebut bila-bila masa sahaja.
Data yang diperolehi juga menunjukkan para responden menunjukkan respon yang
positif terhadap kemanfaatan screencast o’matic dan Microsoft Whiteboard dan proses
pengajaran dan pembelajaran kursus TSLB3043 English Phonetics and Phonology. Microsoft
Whiteboard didapati membantu para responden untuk memvisualisasikan konsep secara
lebih jelas (94.3%) dan seterusnya membantu meningkatkan kefahaman mereka (94.3 %).
Penggunaanya juga membantu responden untuk membezakan fonem dengan lebih baik
(94.3). 87.1% dari responden berpendapat pengalaman belajar menggunakan video tersuai
yang mengintegrasikan screencast o’matic and microsoft whiteboard bagaikan sesi
pembelajaran secara bersemuka.
Jadual 1: Respon responden terhadap item soal selidik
No Item Peratus setuju
dan sangat
setuju
1 Video tersuai membantu pemahaman konsep 95.7
2 Durasi video tersuai adalah sesuai 90
3 Tempo penyampaian video tersuai adalah sesuai 90
4 Kandungan video tersuai adalah berfokus 90
5 Kandungan video tersuai selari dengan RMK 97.1
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 581
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
6 Video tersuai menerangkan aspek spesifik dalam silibus 87.2
7 Pengulangan konsep dalam video tersuai membantu pemahaman 75.7
8 Video tersuai membantu memperbaiki sebutan fonem 88.6
9 Penggunaan bahasa dalam video tersuai senang difahami 82.4
10 Jeda bersesuaian dalam video tersuai 82.9
11 Soalan dalam video tersuai membantu pelajar 91.4
12 Video tersuai boleh menonton berulangkali 95.7
13 Video tersuai pembelajaran tahap kendiri 94.3
14 Video tersuai pembelajaran akses kendiri 95.7
15 Microsoft whiteboard bantu visualisasi konsep dengan lebih baik 94.3
16 Microsoft whiteboard bantu meningkatkan pemahaman 94.3
17 Microsoft whiteboard bantu membezakan fonem dengan lebih baik 94.3
18 Microsoft whiteboard membuatkan saya rasa seperti belajar 87.1
bersemuka
Analisis seterusnya mendapati empat item mendasari kekuatan video tersuai iaitu item 5
(Kandungan video tersuai selari dengan RMK) 97.1%, item 1 (Video tersuai membantu
pemahaman konsep) 95.7%, item 12 (Video tersuai boleh menonton berulangkali) 95.7 % dan
item 14 (Video tersuai pembelajaran akses kendiri) 95.7%.
KESIMPULAN
Proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian memerlukan para pendidik keluar dari
corak pemikiran biasa. Mereka perlu mencari atau membina bahan pengajaran untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam talian. Kajian ini meninjau (1) pengalaman pelajar
belajar menggunakan video tersuai dan (2) persepsi mereka terhadap kemanfaatan
screencast o’matic dan Microsoft Whiteboard dan proses pengajaran dan pembelajaran
kursus TSLB3043 English Phonetics and Phonology. Dapatan kajian menunjukkan penyelidik
yang amatur dalam penghasilan video tersuai telah berjaya menghasilkan video tersuai yang
menepati kehendak pelajar. Para pendidik seharusnya sentiasa membuat refleksi ke atas
amalan pengajaran masing-masing agar mereka dapat menjadikan sesuatu sesi
pembelajaran efektif dan bermakna. Mereka juga seharusnya berubah selari dengan
kehendak semasa di mana teknologi merupakan pemudahcara dalam pendidikan.
SYOR CADANGAN KAJIAN
Data dari kajian ini menunjukkan para pelajar mengemari penggunaan video tersuai yang
mengintegrasikan aplikasi screencast o’matic dan microsoft whiteboard ini. Penghasilan video
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 582
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
tersuai menggunakan screencast o’matic dan microsoft whiteboard ini tidak memerlukan kos
yang tinggi. Masa yang diambil untuk menghasilkan satu rakaman berdurasi 6-12 minit pula
adalah lebih kurang satu jam setengah pada peringkat permulaan. Namun ianya berkurangan
setelah pensyarah menjadi lebih mahir menggunakan aplikasi tersebut. Namun begitu masa
yang diperlukan untuk untuk menghasilkan video tersuai adalah kecil berbanding dengan
manfaatnya. Video tersuai ini boleh digunakan selagi mana silibus kursus tidak berubah.
Seandainya silibus berubah, inovasi ini masih tetap boleh disesuaikan dengan silibus baru
kerana setiap video tersuai adalah berfokus kepada sesuatu aspek yang spesifik.
Oleh yang demikian video tersuai amat berguna kepada pensyarah dan juga pelajar.
Pensyarah boleh menggunakannya untuk menggantikan kuliah secara segerak. Pada situasi
sebelum pandemik COVID19, para pensyarah biasanya terpaksa menggantikan kuliah yang
tidak dapat dijalankan ke masa lain sebagai contoh penyarah terpaksa menjalankan
penyeliaan praktikum. Ini secara tidak langsung menambah bebanan tugas para pensyarah.
Penggunaan video tersuai ini amat membantu. Para pensyarah boleh terus berkarya
menghasilkan video tersuai untuk topik-topik lain dan ianya boleh dikongsikan dengan mana-
mana pensyarah lain untuk manfaat semua. Satu repositori video tersuai boleh diwujudkan
untuk kegunaan para pensyarah IPG. Selain dari itu ianya boleh digarapkan dalam objek
pembelajaran digital pensyarah (DLO).
RUJUKAN
Allavena, R. E., Schaffer-White, A. B., Long, H. & Alawneh, J. I. (2017). Technical Skills
Training for Veterinary Students: A Comparison of Simulators and Video for Teaching
Standardized Cardiac Dissection. Journal of Veterinary Medical Education, 44(4), 620–
631.
Clossen, A. S. (2018). (2018). Trope or Trap? Roleplaying Narratives and Length in
Instructional Video. Information Technology & Libraries, 37(1), 27–38.
Dhawan, S. (2020). Online Learning: A Panacea in the Time of COVID-19 Crisis. Journal of
Educational Technology Systems, 49(1), 5–22.
https://doi.org/10.1177/0047239520934018
Dunne, K., Ronan, B., Vivienne, D., & Deirdre, T. C. (2020). Practical recommendations on
the production of video teaching resources. All Ireland Journal of Higher Education,
12(1), 1–35.
Farrelly, T., Raftery, D.& Harding, N. (2018). Exploring lecturer engagement with the VLE:
findings from a multi-college staff survey. Irish Journal of Technology Enhanced
Learning, 3(2), 11–23.
McAvinia, C., Ryan, D. & Moloney, D. (2018). I don’t have the time! Analysing talk of time in
lecturers’ use of the VLE. Irish Journal of Technology Enhanced Learning, 3(2), 35–46.
Norman, M. K. (2017). Twelve tips for reducing production time and increasing long-term
usability of instructional video. Medical Teacher, 39(8), 808–812.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 583
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Rodrigues, H., Almeida, F., Figueiredo, V., & Lopes, S. L. (2019). Tracking e-learning through
published papers: A systematic review. Computers and Education, 136, 87–98.
https://doi.org/10.1016/j.compedu.2019.03.007
Roshier, A. L., Foster, N.& Jones, M. A. (2011). Veterinary students’ usage and perception of
video teaching resources. BMC Medical Education, 11(1),1–13.
Terry, V. R., Terry, P. C., Moloney, C.& Bowtell, L. (2018). Face-to-face instruction combined
with online resources improves retention of clinical skills among undergraduate nursing
students. Nurse Education Today, 61, 15–19.
Valverde-Berrocoso, J., del Carmen Garrido-Arroyo, M., Burgos-Videla, C., & Morales-
Cevallos, M. B. (2020). Trends in educational research about e-Learning: A systematic
literature review (2009-2018). Sustainability (Switzerland), 12(12).
https://doi.org/10.3390/su12125153
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 584
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
ANALISIS KESIHATAN MENTAL DAN TINGKAH LAKU PEMIMPIN PERSATUAN
PANDU PUTERI MALAYSIA CAW.ANGAN IPG KPM KETIKA PKP COVID-19
FASA SATU
2
3
Sholehah Ismail, PhD¹, Noor Habibah Kaderan, PhD , Norsita Ali, PhD , Siti Rosni
4
Mohamad Yusoff, PhD , Aimi Afiqah Nor Azmy .
5
¹IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, ²IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi,
³Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya, Selangor, ⁴IPG Kampus Antarabangsa
⁵Yayasan Chow Kit Malaysia
¹[email protected],²[email protected],³[email protected],
[email protected], ⁵[email protected]
ABSTRAK
Wabak COVID-19 telah memberi kesan yang sangat besar kepada seluruh dunia
termasuk di Malaysia terutama dari segi politik, ekonomi, kesihatan, dan pendidikan. Bahkan
impaknya juga turut melibatkan aspek kesihatan mental dan sokongan sosial. Ekoran
daripada wabak ini, kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020. Pelaksanaan PKP bertujuan untuk
memutuskan rantaian wabak sekaligus telah mengubah corak dan norma kehidupan rakyat.
Walau bagaimanapun, ia boleh menjejaskan sokongan sosial dan kesihatan mental individu
terlibat sama ada yang menjalani tempoh PKP secara berseorangan ataupun
berkeluarga susulan dari tekanan psikologi atau tekanan sosial. Kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mengetahui situasi kesihatan mental dan sokongan sosial dalam kalangan
pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM), Caw.angan (Caw.) Institut Pendidikan
Guru (IPG) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika pandemik COVID-19 fasa satu
(mulai 18 hingga 31 Mac 2020). Kaedah kajian adalah menggunakan soal selidik yang diedar
secara dalam talian kepada semua Pemimpin PPPM di 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di
seluruh Malaysia. Seramai 48 orang Pemimpin PPPM Caw. IPG KPM telah terlibat dalam
kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa seramai 48 (100%) orang pemimpin PPPM
Caw. IPG KPM yang menjawab soal selidik ini bersetuju bahawa mereka masih waras dan
dapat melakukan tugasan institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) di rumah masing-masing
dengan baik. Mereka juga menerima sokongan sosial dari keluarga, jiran, rakan sekerja serta
Pengurusan IPGK dan boleh melakukan aktiviti seharian dengan mudah dan gembira.
Dapatan kajian bagi Domain Kesihatan Mental ialah (min=2.81, sp=0.47) manakala bagi
domain Sokongan Sosial ialah (min=2.63, sp=0.59). Kesimpulannya, kajian ini dapat
memberikan panduan kepada pemimpin unit beruniform yang lain dan warga pendidik
bagaimana cara dan kaedah yang terbaik yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 585
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
mental dan sokongan sosial yang ada dan boleh membantu menghadapai suasana
pandemik yang semakin bercelaru.
Kata kunci: kesihatan mental, sokongan sosial, pemimpin pandu puteri
PENGENALAN
Penularan pandemik COVID-19 bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi Malaysia,
malahan kepada seluruh ekonomi dunia. Semua sektor utama ekonomi telah terjejas akibat
penularan wabak ini. Namun begitu proses penutupan atau penyekatan (lockdown) akibat
penularan COVID-19 yang masih berlangsung di Malaysia, menunjukkan bahawa hal ini
bukan sahaja memberi kesan yang buruk terhadap sektor ekonomi malah sektor pendidikan
juga turut terkesan. Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 ini bukan sahaja
menyebabkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara konvensional tertangguh, bahkan
menjadikan tugasan para pelajar semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri
dengan norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses PdP dilaksanakan
secara dalam talian (Abdul Rashid et .al, 2020).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menghasilkan Manual Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang bertujuan untuk membantu guru melaksanakan
PdPR sebagai alternatif pembelajaran norma baharu yang dilaksanakan dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). PdPR ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang telah menetapkan bahawa setiap murid mendapat
akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa
hadapan. Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka
tidak dapat hadir ke sekolah (KPM, 2021). Prinsip asas dalam pelaksanaan PdPR ini adalah
dengan memberikan ruang dan peluang kepada pihak sekolah mengatur strategi untuk
memastikan proses PdP berlaku secara optimum. Setiap sekolah unik dan mempunyai
keperluan serta cabaran tersendiri. Terdapat tiga prinsip asas yang perlu dipertimbangkan
semasa melaksanakan PdPR iaitu tiada murid tercicir dalam pembelajaran di mana pihak
sekolah perlu memastikan semua murid dapat mengikuti PdPR berdasarkan keperluan dan
kesediaan mereka. Guru pula perlu mengenal pasti kaedah PdPR yang sesuai supaya murid
dapat menguasai kandungan mata pelajaran yang ditetapkan. Guru hendaklah meneroka
cara yang berbeza dan bersesuaian untuk kelangsungan dan peningkatan pelibatan murid
dalam PdPR. Prinsip yang kedua ialah asas pembelajaran dipenuhi di mana guru perlu
memastikan standard kandungan dan standard pembelajaran yang disampaikan melalui
kaedah yang pelbagai dan bersesuaian serta mengambil kira kecenderungan, minat, gaya
pembelajaran dan keupayaan murid. Guru hendaklah melaksanakan pentaksiran yang adil
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 586
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dan menyeluruh bagi memastikan murid mencapai tahap penguasaan yang ditetapkan.
Manakala prinsip yang ketiga ialah kesejahteraan sosio emosi murid diutamakan di mana
pentadbir sekolah dan guru perlu sentiasa peka kepada keperluan murid untuk mengikuti
PdPR. Sosio emosi merujuk pelbagai aspek seperti motivasi untuk belajar, hubungan dengan
guru dan rakan, dan mempunyai matlamat dalam kehidupan.
Oleh itu, guru hendaklah mengambil kira aspek sosio emosi murid dalam
merancang PdPR supaya murid berasa seronok dan selesa untuk belajar. Guru bimbingan
kaunseling berperanan dalam membantu murid yang memerlukan sokongan supaya mereka
bersedia mengikuti PdPR. Situasi yang berlaku di sekolah ini tururt dirasai oleh pelajar yang
menuntut di IPG yang tidak terkecuali daripada menghadapi proses PdPR di rumah. Secara
tidak langsung para Pemimpin PPPM Caw. IPG KPM yang merupakan Pemimpin PPPM Caw.
IPG KPM IPG juga terlibat dengan PdPR.Pada 18hb. Mac 2020, kerajaan Malaysia telah
mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Kumpulan pelajar di
semua IPG seluruh Malaysia telah melalui proses lockdown selama 6 bulan di rumah. Pada
1hb September 2020 pelajar-pelajar ini telah mendaftar sebagai pelajar baharu secara fizikal
dan telah melalui proses kuarantin dengan mematuhi segala Prosedur Operasi Standard atau
Standard Operational Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Dalam tempoh kuarantin
tersebut PdP dijalankan secara dalam talian dan sebaik sahaja tamat tempoh kuarantin
kaedah PdP telah dijalankan secara bersemuka di kelas. Namun begitu apabila kes penularan
COVID-19 semakin meningkat kumpulan pelajar ini telah kembali semula ke rumah masing-
masing dan kaedah PdP telah dijalankan secara dalam talian.
Pada bulan Disember 2020 sehingga awal bulan Januari 2021 pentaksiran alternatif
iaitu peperiksaan Secara Take Home Exam (THE) telah dijalankan. Seterusnya setelah tamat
cuti semester pertama sebahagian daripada kumpulan pelajar ini telah kembali semula ke
kampus pada 18 Januari 2021 bagi menyambung pengajian di Semester 2. Walaupun
sebahagian besar pelajar telah berada di kampus tetapi kaedah PdP masih dijalankan secara
dalam talian kerana terdapat juga sebahagian pelajar lagi yang berada di rumah. Pada
penghujung bulan April 2021 kesemua pelajar telah kembali semula ke rumah masing-masing
dan kini mereka semua bakal menduduki peperiksaan akhir semester pada bulan Mei 2021
secara ujian terbuka atau Open Book Test (OBT). Pemimpin PPPM Caw. IPG KPM turut
berdepan dengan situasi Pandemik COVID-19 yang bergolak dan tidak menentu ini dalam
menghadapi tugas harian dan aktiviti Pandu Puteri di IPG masing-masing. PKP dan PdPR
yang berlaku berkemungkinan memberi tamparan kepada situasi kesihatan mental dan
sokongan sosial mereka.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 587
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
TINJAUAN LITERATUR
Mutakhir ini, masyarakat Malaysia semakin kerap menghadapi ketidakseimbangan emosi,
psikologi, dan kognitif sehingga menimbulkan masalah kecelaruan jiwa yang pada dasarnya
berhubungan dengan konflik peribadi dan polemik semasa yang dihadapi termasuklah
wabak COVID-19 yang sedang melanda. Hal ini kerana, pada penghujung tahun 2019
telah muncul wabak jangkitan paru-paru (pneumonia) yang tidak diketahui puncanya di
Wuhan, Wilayah Hubei, China (Li et al., 2020). Namun, jangkitan paru-paru ini kemudiannya
telah terbukti disebabkan oleh virus baru yang diberi nama 2019-novel Coronavirus disease
(COVID-19). Rentetan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization,WHO)
telah mengumumkan pandemik COVID-19 sebagai masalah kesihatan awam dunia.
Sehingga 8 November 2020, wabak COVID-19 telah mencatat lebih 50 juta kes
dengan angka kematian sebanyak 1.25 juta orang melibatkan keseluruhan 219 buah negara
yang terjejas di seluruh dunia (Data WHO, 2020). Manakala berdasarkan statistik
Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga 8 November 2020 pula mencatatkan jumlah kes
sebanyak 40,209 dan 290 kematian. Penularan wabak COVID-19 ini telah memberi impak
kepada semua aspek kehidupan. Malah transisi kehidupan norma baharu juga turut memberi
kesan psikologi kepada manusia sehingga ramai orang berasa cemas, tertekan, bimbang
dan takut dijangkiti wabak ini. Dalam wawasan kemakmuran bersama 2030, kerajaan ingin
membina indikasi modal sosial dan perkembangannya antara lain menggariskan indeks
kesejahteraan rakyat sebagai salah satu matlamat pelan teras strategik ini. Hal ini bagi
melahirkan individu yang seimbang dari aspek jasmani, emosi dan rohani. Pembelajaran
jarak jauh secara dalam talian adalah sesuatu yang tidak asing lagi pada masa kini. Hampir
semua peringkat pembelajaran dari sekolah rendah hingga peringkat pengajian tinggi mulai
memanfaatkan pembelajaran dalam talian sebagai salah satu norma baru yang harus
dipraktikkan. Sebenarnya, ini adalah transformasi untuk meletakkan sistem pendidikan di
Malaysia sebagai salah satu pusat pendidikan di peringkat dunia (OUM, 2020). Proses
pembelajaran dalam talian telah diteruskan melalui beberapa pengubahsuaian untuk
mengoptimumkan kesan dan impaknya kepada pelajar yang melibatkan bentuk komunikasi
segerak dan tak segerak (Mohamed Nazul, 2020).
Kaedah pembelajaran yang dilaksanakan secara dalam talian memerlukan kerjasama
dan komitmen daripada semua pihak dari segi penggunaan, penyediaan platform
pembelajaran, penyediaan bahan, pengetahuan dan kemahiran penggunaan teknologi
kerana ia akan menggunakan peranti digital selain akses internet. Sejajar dengan saranan
yang telah dilaksanakan oleh KPM, seluruh warga pendidik termasuk pihak sekolah yang
bertanggungjawab ke atas kandungan pendidikan KPM mulai mengambil inisiatif dan strategi
agar sesi PdPR berjalan dengan lancar. Pelbagai kajian awal telah dilakukan untuk melihat
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 588
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kesediaan dan cabaran yang dialami oleh pelajar ketika menghadapi sesi pembelajaran
dalam talian. Tidak dinafikan, murid sekolah dan pelajar institusi pendidikan adalah antara
yang paling terjejas kerana mereka memerlukan masa untuk menggunakan kaedah
pembelajaran bersemuka di dalam kelas hingga kaedah pembelajaran jarak jauh dalam talian
agar proses pembelajaran yang ada tidak terganggu, terutamanya ketika negara berdepan
dengan penularan wabak COVID-19 (Chung, Mohamed Noor & Mathew, 2020). Sebenarnya,
perubahan ini tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi juga di negara-negara lain seperti United
Kingdom. Sebagai contoh, University of Cambridge telah mengambil bahagian dalam sesi
pembelajaran dalam talian untuk sesi akademik 2020/2021 untuk mengekang penyebaran
wabak dalam kalangan pelajar dan perubahan ini sedikit sebanyak mempengaruhi proses
pembelajaran sedia ada (BBC News, 2020). Akibat dari penularan pandemik COVID-19,
dianggarkan lebih daripada 421 juta pelajar telah terjejas proses pembelajaran mereka untuk
sesi pengajian semasa institusi pendidikan harus segera ditutup bagi memastikan
keselamatan kakitangan dan pelajar yang berisiko terlibat dengan jangkitan. Menurut kajian
yang dilakukan oleh Mohamed Nazul (2020), terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh
pelajar dalam menjalani pembelajaran dalam talian yang melibatkan kemampuan untuk
menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi kerana ia melibatkan pembelajaran digital
dan juga perubahan sikap untuk menerima amalan pembelajaran dalam norma baharu yang
dilaksanakan secara dalam talian.
MATLAMAT KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti kesihatan mental dan sokongan sosial dalam kalangan pemimpin
PPPM Caw. IPG KPM ketika pandemik COVID-19 fasa satu.
2. Mengenal pasti tahap persetujuan kesihatan mental dan sokongan sosial dalam
kalangan pemimpin PPPM Caw. IPG KPM ketika pandemik COVID-19 fasa satu.
PERSOALAN KAJIAN
Terdapat tiga persoalan kajian berdasarkan objektif kajian yang telah dikenal pasti iaitu:
1. Apakah situasi kesihatan mental dan sokongan sosial dalam kalangan pemimpin
PPPM Caw. IPG KPM ketika pandemik COVID-19 fasa satu?
2. Apakah tahap persetujuan kesihatan mental dan sokongan sosial dalam kalangan
pemimpin PPPM Caw. IPG KPM ketika pandemik COVID-19 fasa satu?
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 589
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
METODOLOGI KAJIAN
Kaedah Kajian
Kajian ini dijalankan secara kuantitatif. Instrumen yang dibangunkan telah mendapat penilaian
kesahan dan kebolehpercayaan yang dirujuk dengan nilai Cronbach’s Alpha 0.822. Soal
selidik terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A
mempunyai 10 item soalan untuk Domain Kesihatan Mental. Manakala bahagian B
mempunyai 10 item soalan untuk Domain Sokongan Sosial.
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini dijalankan secara tinjauan bagi mengenal pasti situasi kesihatan mental dan
sokongan sosial dalam kalangan pemimpin PPPM Caw. IPG KPM ketika pandemik COVID-
19 fasa satu. Soal selidik telah diedar secara Google Form dan seramai 48 orang pemimpin
PPPM Caw. IPG KPM telah menjawab soal selidik ini. Kesemua data telah diproses
menggunakan perisian SPSS Statistical dan analisis deskriptif (min, sisihan piawai (sp) dan
peratus) digunakan untuk mempersembahkan data kajian.
DAPATAN KAJIAN
Persoalan Kajian Pertama:
Apakah situasi kesihatan mental dan sokongan sosial dalam kalangan pemimpin PPPM Caw.
IPG KPM ketika pandemik COVID19 fasa satu?
Jadual 1: Pemilihan Situasi Kesihatan Mental dan Sokongan Sosial Pemimpin PPPM
Caw. IPG KPM
Item Tidak
Setuju Tidak Pasti
Setuju
Bil. % Bil. % Bil %
Dalam tempoh PKP, saya dapat 48 100
melakukan tugasan IPGK di rumah
dengan baik
Dalam tempoh PKP, saya menerima 48 100
sokongan sosial daripada keluarga, jiran,
rakan sekerja dan Pengurusan IPGK
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 590
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Dapatan kajian dalam Jadual 1 menunjukkan bahawa seramai 48 orang pemimpin (100%)
PPPM Caw. IPG KPM yang menjawab soal selidik ini bersetuju bahawa mereka masih waras
dan dapat melakukan tugasan IPGK di rumah masing-masing dengan baik. Mereka juga
menerima sokongan sosial daripada keluarga, jiran, rakan sekerja serta Pengurusan IPGK
dan boleh melakukan aktiviti seharian dengan mudah dan gembira.
Persoalan Kajian Kedua:
Apakah tahap persetujuan Domain Kesihatan Mental dan Domain Sokongan Sosial dalam
kalangan Pemimpin PPPM Caw. IPG KPM ketika pandemik COVID-19 fasa satu?
Jadual 2: Bilangan Dan Peratus Persetujuan Bagi Domain Kesihatan Mental Pemimpin
PPPM Caw. IPG KPM
Item Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti
Bil
(Domain Kesihatan Mental) Bil. % Bil. % Bil %
Dalam tempoh PKP Saya dapat
1 melakukan tugasan IPGK di rumah 48 100
dengan baik
Dalam tempoh PKP saya bimbang
2 45 93.75 3 6.25
terhadap penyebaran Covid-19
Dalam tempoh PKP saya tiada masalah
3 44 91.67 4 8.33
untuk bertenang
Dalam tempoh PKP saya risau sesuatu
4 yang buruk akan berlaku dalam hidup 12 25 36 75
saya
Dalam tempoh PKP saya tidak
5 mengalami perasaan sedih yang 48 100
berpanjangan
6 Dalam tempoh PKP jiwa saya tenteram 45 95.83 3 6.25
Dalam tempoh PKP saya bertenaga
7 dan bersemangat meneruskan 48 100
kehidupan
Dalam tempoh PKP saya tidak cepat
8 48 100
berputus asa
Dalam tempoh PKP saya boleh fokus
9 43 89.58 5 10.42
kepada sesuatu kerja
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 591
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Dalam tempoh PKP saya risau
10 memikirkan jangkitan Covid-19 ke atas 23 47.9 22 45.83 3 6.25
ahli keluarga
Dapatan kajian bagi Domain Kesihatan Mental ialah (min=2.81, sp=0.47). Terdapat 10 item
dalam domain ini seperti dalam Jadual 2 dan item yang menunjukkan persetujuan paling
ramai dengan bilangan seramai 48 orang (100%) Pemimpin PPPM Caw. IPG KPM ialah item
berkaitan “Dalam tempoh PKP Saya dapat melakukan tugasan IPGK di rumah dengan baik,
Dalam tempoh PKP saya tidak mengalami perasaan sedih yang berpanjangan, Dalam
tempoh PKP saya bertenaga dan bersemangat meneruskan kehidupan dan Dalam tempoh
PKP saya tidak cepat berputus asa”. Manakala item yang menunjukkan persetujuan paling
rendah ialah bagi item berkaitan dengan “Dalam tempoh PKP saya risau sesuatu yang buruk
akan berlaku dalam hidup saya” dengan bilangan setuju seramai 12 orang (25%) Pemimpin
PPPM Caw. IPG KPM sahaja.
Jadual 3: Bilangan dan peratus persetujuan bagi Domain Sokongan Sosial Pemimpin
PPPM Caw. IPG KPM
Bil Item Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti
(Domain Sokongan Sosial) Bil. % Bil. % Bil %
1 Dalam tempoh PKP, Saya menerima
sokongan sosial daripada keluarga,
48 100
jiran, rakan sekerja dan Pengurusan
IPGK
2 Dalam tempoh PKP saya tingkatkan
45 93.75 3 6.25
aktiviti ibadah dan penyucian jiwa
3 Dalam tempoh PKP saya berpeluang
mengeratkan hubungan sesama ahli 48 100
PPPM Caw. IPG KPM
4 Dalam tempoh PKP keselamatan
48 100
saya dan keluarga terjaga
5 Dalam tempoh PKP saya menambah
ilmu memahami NORMA BAHARU 48 100
untuk aktiviti Pandu Puteri
6 Dalam tempoh PKP aktiviti pandu
puteri masih diteruskan di kampus 8 16.67 37 77.08 3 6.25
masing-masing
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 592
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
7 Dalam tempoh PKP saya menjaga
4 8.33 44 91.67
waktu tidur dengan baik
8 Dalam tempoh PKP, saya dapat
14 29.17 34 70.83
berehat secukupnya
9 Dalam tempoh PKP saya lakukan
39 81.25 9 18.75
senaman/terapi yang digemari
10 Dalam tempoh PKP saya masih
dapat melakukan pelbagai aktiviti 16 33.33 23 47.9 9 18.75
sukarelawan
Dapatan kajian bagi Domain Sokongan Sosial ialah (min=2.63, sp=0.59). Terdapat 10 item
dalam domain Sokongan Sosial seperti dalam Jadual 3 dan item yang menunjukkan
persetujuan paling tinggi dengan bilangan seramai 48 orang (100%) Pemimpin PPPM Caw.
IPG KPM ialah item berkaitan dengan “Dalam tempoh PKP, saya menerima sokongan sosial
daripada keluarga, jiran, rakan sekerja dan Pengurusan IPGK, dalam tempoh PKP saya
berpeluang mengeratkan hubungan sesama ahli PPPM Caw. IPG KPM, dalam tempoh PKP
keselamatan saya dan keluarga terjaga dan Dalam tempoh PKP saya menambah ilmu
memahami Norma Baharu untuk aktiviti Pandu Puteri”. Manakala item yang menunjukkan
persetujuan paling rendah ialah bagi item berkaitan “Dalam tempoh PKP saya menjaga waktu
tidur dengan baik” dengan bilangan setuju seramai 4 orang (8.33%) Pemimpin PPPM Caw.
IPG KPM sahaja.
PERBINCANGAN
Daripada dapatan kajian jelas menunjukkan bahawa Pemimpin PPPM Caw. IPG KPM masih
dapat menjalankan tugas dan tanggjungjawab sebagai Pemimpin PPPM Caw. IPG KPM di
IPGK tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap PPPM. Bagi Domain Kesihatan Mental
jelas menunjukkan bahawa para Pemimpin PPPM boleh menguruskan mental mereka
dengan baik dan kekal positif. Manakala bagi Domain Sokongan Sosial juga menunjukkan
situasi yang sama iaitu pemimpin PPPM masih memperoleh sokongan sosial yang baik dan
positif dari persekitaran hidup mereka.
KESIMPULAN
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, para Pemimpin PPPM Caw. IPG KPM masih
bersemangat dan kekal positif dalam meneruskan tugas PdP dan aktiviti Pandu Puteri dalam
apa jua keadaan sekali pun. Ini kerana pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia
terpaksa dihadapi dan diharungi oleh seluruh masyarakat Malaysia dengan penuh kesabaran
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 593
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dan ketenangan. Meskipun laporan Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia (IKPM) pada
pertengahan tahun 2020 mencatat angka sederhana iaitu julat 7.1 pada tahun ini
(Laporan IKPM, 2020), namun kajian tinjauan yang dilakukan oleh KKM mendapati
bahawa pola kenaikan sebanyak dua kali ganda berlaku yang melibatkan isu kesihatan
mental di Malaysia. Kajian yang bersesuaian perlu dilaksanakan agar kesejahteraan
manusia dapat ditingkatkan dan dipulihkan dalam menghadapi tekanan semasa norma
baharu wabak COVID-19. Pemimpin PPPM Caw. IPG KPM, perlu menyesuaikan diri dengan
norma baharu. Dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat membantu para Pemimpin
PPPM Caw. IPG KPM agar dapat membuat perancangan tugasan hakiki dengan aktiviti
kesukarelawan Pandu Puteri dengan lebih berstruktur dan profesional. Kenal pasti keupayaan
dan potensi dalam berusaha untuk melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan
keikhlasan hati. Semangat kesukarelawan dalam Persatuan Pandu Puteri wajib terus
disuburkan agar siswi pendidik di IPG mendapat ilmu dalam bidang Kokurikulum bagi
memacu kecemerlangan modal insan.
RUJUKAN
Abdul Rashid Abdul Aziz, Amin Al Haadi Shafie, Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee, Raja Nur
Syafiqah Raja Ashaari. (2020). Strategi pembangunan aspek kesejahteraan kendiri bagi
mendepani tekanan akademik semasa wabak COVID-19. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH). Volume 5, Issue 12, December 2020. e-ISSN :
2504-856. www.msocialsciences.com. Dicapai pada 7 Mei 2021 daripada
https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/594.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Manual Pengajaran dan Pembelajaran Versi_2.
Dicapai pada 5 Mei 2021 daripada https://www.moe.gov.my/pekeliling/4081-manual-
pengajaran-dan-pembelajaran-versi-2-2-feb-2021-1/file
Majlis Keselamatan Negara (MKN). (2021). Laporan Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dicapai pada 8 Mei 2021 di www. mkn.gov.my
Tam, G. & El-Azhar, D. (2020). 3 ways the coronavirus pandemic could reshape education.
The World Economic Forum COVID Action Platform. Dicapai pada 7 Mei 2021 daripada
https://www.weforum.org/agenda/2020/03/3-ways-coronavirus-is-reshaping-education-
and-what- changes-might-be-here-to-stay/.
Worldometer. (2021). Covid-19 Coronavirus Pandemic, Dicapai pada 8 Mei 2021 daripada
https://www.worldometers.info/coronavirus/).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 594
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
IMPLIKASI PENGGUNAAN LOGHAT NEGERI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Muhamad Na’im Muhamad Nazori
1
1 Universiti Sultan Zainal Abidin
[email protected]
ABSTRAK
Penggunaan Loghat Negeri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sudah menjadi sinonim
dalam bidang pendidikan zaman sekarang. Guru dan pelajar lebih suka menggunakan loghat
negeri berbanding menggunakan Bahasa Melayu Baku sebagai pengantar utama dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk
mempastikan penggunaan Bahasa Melayu Baku secara meluas dalam sesi PdP, tetapi masih
terdapat pihak yang tidak menggunakan Bahasa Melayu Baku sepenuhnya termasuklah guru.
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji implikasi dan faktor penggunaan loghat negeri dalam
PdP. Kajian yang menggunakan reka bentuk tinjauan ini telah menggunakan soal selidik dan
temu bual sebagai instrument kajian. Responden terdiri daripada 30 orang kakitangan
sekolah. Temu bual berstruktur melibatkan sepuluh orang informan yang terdiri daripada tiga
kategori iaitu, pengurusan dan professional serta pelaksana. Analisis data dilakukan secara
deskriptif dipaparkan dalam bentuk frekuensi dan peratus. Temu bual berstruktur dianalisis
menggunakan kaedah verbatim. Hasil kajian mendapati 80% responden menyokong
penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam PdP. Manakala 85% responden bersetuju
penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam program sekolah. Daripada aspek penggunaan
Bahasa Melayu Baku dalam urusan rasmi di sekolah, kajian mendapati 95% penggunaan
Bahasa Melayu Baku adalah urusan surat menyurat. Manakala 70% tidak menggunakan
Bahasa Melayu Baku adalah dalam komunikasi lisan dengan pelajar sewaktu PdP. Hasil temu
bual juga mendapati warga sekolah menyokong penuh cadangan penyediaan Garis Panduan
Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam PdP di Sekolah. Implikasi hasil kajian mendapati
garis panduan penggunaan bahasa melayu baku dalam PdP di sekolah adalah satu keperluan
sebagai satu mekanisme untuk memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu Baku.
Kata kunci: penggunaan loghat, Bahasa Melayu baku, PdP, implikasi.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 595
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Bahasa kebangsaan ini digunakan
secara lisan mahupun bertulis secara meluas di negara kita samada dalam konteks formal
atau tidak formal. Bahasa ini juga diaplikasikan oleh semua lapisan kaum dan masyarakat
tidak kira tua atau muda. Setiap bahasa mempunyai loghatnya yang tersendiri. Dalam bahasa
Melayu, pelbagai dialek yang digunakan mengikut kawasan, seperti loghat Kelantan,
Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan sebagainya. Menurut Abdul Hamid Mahmood
(2006), loghat yang digunakan ditentukan oleh faktor geografi dan faktor sosial. Dipanggil
dialek daerah atau lebih dikenali sebagai loghat daerah adalah kerana terdapat perbezaan
dari segi bahasa pengguna berdasarkan daerah atau disebabkan faktor geografi. Loghat
daerah merupakan kelainan dan keunikan daripada sesuatu bahasa itu sendiri. Perbezaan
atau kelainan itu dapat dilihat berdasarkan kawasan menetap seseorang yang mempunyai
pelbagai kumpulan penutur yang berbeza. Hal ini disebabkan oleh budaya yang dibawa oleh
mereka dari tempat asal mereka.
Masyarakat Melayu sering kali bercakap menggunakan loghat masing-masing tidak
kira dalam situasi rasmi mahupun tidak rasmi seperti dalam percakapan harian ataupun
percakapan dalam keluarga. Malahan penggunaan loghat turut berlaku di sekolah sama ada
dalam kalangan pelajar mahupun golongan pendidik. Loghat haruslah digunakan dalam
urusan yang sesuai sahaja bukan digunakan secara meluas dalam kehidupan harian. Hal ini
demikian kerana tidak semua pendengar dapat memahami loghat yang diutarakan oleh
penutur.
Kesimpulannya, kepentingan bahasa Melayu haruslah dijaga dan dimartabatkan.
Kajian ini dijalankan kerana penggunaan loghat negeri masih lagi digunakan secara meluas
oleh pelajar dan guru terutamanya guru sekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Penggunaan loghat negeri ini secara tidak langsung akan memberi impak yang
besar kepada mutu dan kualiti bahasa Melayu itu sendiri. Ini kerana penggunaan loghat negeri
sering kali berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira masa, situasi, persekitaran dan orang
yang sedang berbicara mahupun pendengar dalam kelompok masyarakat sekarang.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah implikasi penggunaan loghat negeri dalam pengajaran dan pembelajaran?
SOROTAN LITERATUR
Pada asasnya, terdapat beberapa kajian lepas yang mengkaji tentang penggunaan dialek
terutamanya kalangan pelajar. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1977) dialek ialah pelbagai
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 596
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
jenis bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat
bahasa. Dialek adalah satu jenis bahasa yang dapat dikenal pasti berdasarkan ciri
sebutan,intonasi,kelancaran,kosa kata dan nahu.
Terdapat kepada dua kesan yang boleh dikategorikan iaitu kesan positif dan kesan
negatif, kesan dari penggunaan dialek dalam pengajaran dan pembelajaran. Semasa
berkomunikasi, mereka dapat mewujudkan kemesraan sesama mereka. Ini adalah
disebabkan kesan positif daripada penggunaan dialek iaitu bahasa tersebut memudahkan
untuk berkomunikasi antara penduduk sesetempat. Hubungan antara mereka menjadi lebih
erat, berasa tenang dan berhibur apabila mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Situasi
ini sama seperti ketika berada di dalam kelas. Murid akan lebih mudah memahami sesuatu
tajuk sekiranya guru memberi penjelasan menggunakan dialek yang difahami oleh murid. Di
samping itu, penggunaan dialek semasa pengajaran dan pembelajaran juga membantu
mewujudkan hubungan yang mesra antara guru dan murid.
Walau bagaimanapun, penggunaan dialek dalam pengajaran dan pembelajaran di
kelas juga banyak memberikan kesan yang negatif terhadap bahasa Melayu. Penggunaan
dialek yang berterusan oleh pelajar akan menyebabkan pencapaian bahasa Melayu merosot.
Hal ini kerana murid perlu menggunakan bahasa Melayu standard dalam ujian lisan dan ujian
bertulis. Suez Zulkifly (2016) dalam kajiannya menyatakan bahawa sebutan baku merupakan
aspek penting dalam aktiviti lisan. Makna atau maksud akan terjejas dan pendengar pula
sukar memahami apa yang dimaksudkannya hasil dari implikasi bagi sebutan yang jelas, betul
dan tepat oleh penutur. Sekiranya penyebutan tidak jelas, betul dan tepat, meyebabkan
pendengar tidak faham dan maksud yang sebenarnya akan disalahtafsirkan oleh pendengar.
Zaleha Embong (2020) dalam kajiannya memetik kata-kata Nurul Salmi Mohd Dazali
& Mohd Isha Awang (2014) menyatakan institusi sosial di sekolah merupakan tempat yang
paling banyak berlakunya proses komunikasi atau interaksi khususnya di dalam kelas dan
interaksi antara guru dengan pelajar semasa proses pembelajaran dijalankan. Menurut Abdul
Aziz Yusuf (2003), aktiviti komunikasi boleh berlaku secara verbal atau nonverbal di institusi
pengajian yang bertujuan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan, membentuk modal insan
berkualiti, dan mendapatkan maklum balas daripada penerima. Sejak kebelakangan ini, telah
timbul beberapa masalah yang berpunca dari penggunaan dialek yang dikaitkan dengan
struktur geografi tempat tinggal pelajar sehingga mereka gagal berkomunikasi dalam bahasa
Melayu dengan baik.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian rintis yang dijalankan adalah kajian tinjauan yang melibatkan kaedah kuantitatif yang
menggunakan soal selidik dan dipersembahkan menggunakan pendekatan Model
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 597
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pengukuran Rasch. Data Kuantitatif dikumpulkan melalui soal selidik. Penyelidik
mengedarkan set soal selidik kepada 30 orang responden yang merupakan golongan
pendidik dan pentadbiran yang terlibat dengan pembelajaran dan pengajaran. Menurut
Johanson dan Brooks (2010) jumlah responden minimun seramai 30 orang sudah mencukupi
untuk dianalisa kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian awal.
Borang soal selidik yang akan disediakan terbahagi kepada tiga (3) bahagian, iaitu
Bahagian A (demografi), bahagian B (Implikasi Penggunaan loghat negeri dalam PdP) dan
bahagian C (Penggunaan bahasa Melayu Baku dalam urusan harian). Pecahan bahagian
borang soalan selidik dapat dilihat seperti Jadual 1.
Bahagian Konstruk No item Jumlah
Bahagian A demografi 1-3 3
Bahagian B Implikasi Penggunaan loghat negeri dalam PdP 4-11 8
Bahagian C Penggunaan bahasa Melayu Baku dalam urusan 12-17 6
harian
JUMLAH 17
SAMPEL KAJIAN
Sampel dalam penyelidikan ialah kumpulan yang menjadi sumber informasi yang diperlukan.
Dalam memilh sampel kajian bagi penyelidikan ini, penyelidik telah memilih tiga kumpulan
yang terdiri dari kumpulan pentadbiran, pengurusan dan profesional dan pelaksana sebagai
sampel kajian. Ini bagi memastikan sampel kajian yang dipilih oleh penyelidik dapat
memberikan maklumat-maklumat yang penting serta berguna sebagai dapatan kajian bagi
penyelidikan ini.
INSTRUMEN KAJIAN
Menurut Noraini Idris (2010), semua penyelidikan melibatkan pungutan data. Data merujuk
kepada maklumat yang diperolehi penyelidik tentang subjek penyelidikan atau kajian. Contoh
data ialah maklumat demografi seperti umur, jantina dan kumpulan pengurusan dan
pentadbiran di sekolah; skor bagi ujian yang dibina oleh penyelidik; respon kepada soalan
penyelidik, sama ada melalui temu bual atau jawapan bertulis dalam boring soal selidik. Alat
seperti borang soal selidik atau skala perkadaran yang digunakan untuk mengumpul data pula
dinamakan sebagai instrument.
Dalam melaksana dan menjalankan kajian menggunakan instrument ini, penyelidik
menggunakan beberapa kaedah sebagai instrument kajian. Antaranya ialah;
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 598
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
a) Temu bual
Instrumen kajian yang menggunakan kaedah temu bual merupakan satu kaedah yang
boleh dikatakan penting dan mempunyai kesahan yang tinggi. Ini kerana, penyelidik
dapat memperolehi informasi dan maklumat terus daripada responden kajian.
Hal ini bagi memastikan soalan-soalan yang diajukan dapat dijawab oleh responden
kajian semasa sesi temu bual ini. Selain daripada itu, maklumat-maklumat yang
diinginkan oleh penyelidik dapat diperolehi melalui soalan-soalan yang disediakan
oleh penyelidik dalam sesi temu bual ini. Seterusnya, maklumat-maklumat ini dijadikan
data untuk dimasukkan ke dalam kajian ini oleh penyelidik.
b) Soal selidik
Dalam mendapatkan data kajian, selain daripada kaedah temu bual, penyelidik juga
menggunakan kaedah soal selidik bagi tujuan ini. Dalam kaedah ini, penyelidik
menyediakan beberapa soalan yang diajukan kepada warga pendidik dan pentadbiran
sekolah untuk dijawab oleh mereka. Borang soal selidik yang diagihkan terdiri
daripada tiga bahagian iaitu;
Bahagian A : Maklumat responden
Bahagian B : Implikasi penggunaan loghat negeri dalam PdP
Bahagian C : Penggunaan Bahasa Melayu baku dalam urusan harian
Kesemua soalan-soalan ini dibina dalam bentuk skala likert. Untuk jawapan soalan
berbentuk skala ini, penyelidik telah menyediakan soalan-soalan yang berkaitan
dengan kajian ini, yang mana jawapan yang diberikan oleh responden, hendaklah diisi
dalam bentuk skala. Skala ini terdiri daripada angka 1 sehingga 5 yang mana angka 1
adalah sangat tidak setuju dan angka 5 sangat setuju.
ANALISIS DATA
Soal selidik akan dianalisis secara statistic menggunakan Statistical Package for the Social
Science (SPSS) versi 18.0. dengan menggunakkan prosedur statistic frekuensi dan
peratusan, kerana menurut Chua (2010) bagi menganalisis perbezaan antara kumpulan
responden, boleh menggunakan ujian bukan parameter seperti analisis deskriptif boleh
menggunakan frekuensi dan peratusan kerana nilai skala likert adalah skala ordinal.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 599
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
DAPATAN KAJIAN
Terdapat tiga kumpulan respondan yang terdiri daripada kumpulan pentadbiran, pengurusan
dan profesional, dan pelaksana. Sampel yang digunakan ialah seramai 30 orang warga
pendidik. Pada bahagian ini, penyelidik mengutip maklumat penting berkenaan latar belakang
sampel iaitu jantina, umur dan kumpulan.
Dapatan dari soal selidik Bahagian B :
Skop yang diukur pada bahagian ini ialah berkenaan dengan Implikasi penggunaan loghat
negeri dalam PdP. Penyelidik mengemukakan lapan item soalan bagi mendapat respon
tentang implikasi terhadap penggunaan loghat dalam PdP seperti dalam jadual di bawah.
Responden menjawab item soalan berbentuk skala likert dengan memilih respon yang sesuai
daripada lima skala pilihan jawapan iaitu dari skal 1 untuk sangat tidak setuju dan seterusnya
tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju pada skala 5. Berikut adalah dapatan data
yang diperolehi daripada reponden menerusi instrumen yang dijalankan.
Jadual 2: Analisis Frekuensi dan peratus tentang Implikasi penggunaan loghat negeri dalam
PdP
Frekuensi Skala Likert
Item Soalan
1 2 3 4 5
Anda menggunakan bahasa melayu Baku
1 1 0 8 11 10
dalam situasi rasmi
Adakah penggunaan loghat mempengaruhi
2 8 9 2 4 7
penulisan anda dalam bahasa Melayu
Adakah sukar bagi anda untuk menggunakan
3 6 7 11 5 1
bahasa Melayu baku dalam situasi formal
Apakah kadar kekerapan anda belajar dengan
4 orang yang menggunakan loghat negeri 2 2 12 6 8
sendiri
Jika anda berbual dengan kawan, apakah
5 kadar kekerapan penggunaan loghat negeri 1 0 9 6 14
dalam perbualan tersebut
Apakah kadar kefahaman anda apabila
6 seseorang mengajar menggunakan loghat 2 1 11 12 4
negeri masing-masing
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 600
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Apakah kadar kekerapan anda menggunakan
7 4 6 12 7 1
loghat negeri ketika mengajar seseorang
Pada pendapat anda, adakah penggunaan
loghat yang berleluasa pada masa kini akan
8 4 3 9 7 7
menyebabkan penggunaan bahasa Melayu
Baku terhakis
11.6 11.6 30.8 24.1 21.6
Peratus Skala Likert (%)
6 6 4 7 7
Merujuk kepada data yang diperolehi dari Jadual 2 di atas berkenaan dengan Implikasi
penggunaan loghat negeri dalam PdP, maka dapat dirumuskan bahawa kebanyakan
responden bersetuju bahawa mereka akan memberi kesan kepada penggunaan Bahasa
Melayu Baku apabila menggunakan loghat negeri dalam pembelajaran dan pengajaran.
Namun, majoriti responden “tidak pasti” tentang implikasi penggunaan loghat negeri dalam
PdP. Ini menunjukkan bahawa sebahagian besar pendidik masih lagi dapat mengekalkan
penggunaan bahasa Melayu Baku dalam PdP.
Dapatan dari soal selidik Bahagian C :
Pada bahagian ini dari item pentaksiran soal selidik, penyelidik menggunakan enam item
soalan untuk mengukur penggunaan Bahasa Melayu baku dalam urusan harian. Ia menjurus
kepada keupayaan seseorang membezakan penggunakan bahasa Melayu Baku dalam
urusan rasmi dan tidak rasmi.
Jadual 3 : Penggunaan Bahasa Melayu baku dalam urusan harian
Frekuensi Skala Likert
Item Soalan
1 2 3 4 5
Adakah anda menggunakan loghat
1 2 2 7 6 13
negeri anda dalam situasi tidak formal
Apabila bersama kawan, adakah anda
2 menggunakan bahasa Melayu Baku 7 7 10 3 3
dalam perbualan
Apabila bersama keluarga, adakah anda
3 menggunakan bahasa Melayu Baku 11 8 6 1 4
dalam perbualan
Daripada data yang dipapar dalam jadual di atas, dapat dirumuskan bahawa penggunaan
Bahasa Melayu baku dalam urusan harian adalah di peringkat tertinggi. Kebanyakan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 601
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Ketika sesi PdP, adakah anda
4 menggunakan bahasa Melayu Baku 0 2 4 17 7
dalam perbualan
Ketika urusan rasmi, adakah anda
5 menggunakan bahasa Melayu Baku 0 1 4 10 15
dalam perbualan
Ketika urusan pejabat, adakah anda
6 menggunakan bahasa Melayu Baku 0 1 7 12 10
dalam perbualan
Peratus Skala Likert (%) 11.11 11.67 21.11 27.22 28.89
responden menggunakan bahasa Melayu baku dalam perbualan harian mahupun ketika sesi
PdP dijalankan. Kebanyakan daripada responden hanya menggunakan loghat negeri ketika
bersama keluarga, bersama kawan dan ketika situasi tidak rasmi sahaja.
KESIMPULAN
Penggunaan Bahasa Melayu Baku dalam kalangan warga pendidik masih lagi berterusan,
walaupun masih lagi terdapat sebilangan kecil yang menggunakan loghat negeri masing-
masing dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini kerana warga pendidik dapat
membezakan terdapatnya kepelbagaian pelajar di dalam kelas. Jika semasa proses PdP
berjalan, guru menggunakan loghat negeri tersendiri, maka terdapat setengah pelajar tidak
dapat memahami konten yang dipelajari pada masa PdP hari berkenaan. Selain itu, guru juga
mengajar pelajar supaya menyesuaikan diri dengan menggunakan bahasa Melayu Baku agar
pelajar dapat membezakan penggunaan bahasa Melayu dan loghat negeri berdasarkan
situasi yang dihadapi. Dengan mengekalkan penggunaan bahasa Melayu Baku ketika proses
PdP, maka para penggunaan loghat negeri masing-masing tidak mendatangkan
permasalahan ketika dalam penulisan rasmi. Hal ini kerana, banyak anak muda pada masa
kini menggunakan loghat negeri dalam penulisan karangan mahupun surat rasmi. Perkara
sebegini perlu diambil berat agar penggunaan Bahasa Melayu Baku dapat digunakan pada
situasi tertentu dan sekaligus memartabatkan Bahasa Melayu dalam jati diri masing-masing.
SYOR CADANGAN KAJIAN
Berdasarkan implikasi penggunaan loghat negeri dalam pengajaran dan pembelajaran,
pengkaji berhasrat untuk memperkembangkan lagi kajian pada peringkat yang lebih luas.
Antara cadangan susulan yang boleh dibuat oleh pengkaji ialah pengkaji boleh membuat
kajian mengenai sebab-sebab penggunaan loghat negeri bagi mengetahui punca
penggunaan bahasa Melayu baku kian pupus. Apabila mengetahui punca maka tindakan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 602
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
yang sewajarnya dapat diambil dengan kadar segera bagi membendung daripada terhakisnya
bahasa Melayu dari ditelan zaman.
Akhir sekali, penyelidik berhasrat kajian ini dapat diteruskan oleh pengkaji lain untuk
mengetahui sejauh mana penggunaan bahasa Melayu dalam amalan seharian guru-guru di
Malaysia sekaligus dapat memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dipersada dunia.
RUJUKAN
Shahidi A.H, Rahim Aman. (2010). Pengaruh Dialek dalam Pertuturan Bahasa Melayu
Standard: Pencerakinan Bunyi Berasaskan Spektrogram. Universiti Kebangsaan
Malaysia: Pusat Pengajian Bahasam Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan.
Kartini Wado, Zulkifley Hamid, Pareeda Hayeeteh, Suhaila Binsama-ae. (2015). Pengajaran
Bahasa Melayu Baku dalam kalangan Komuniti Perbatasan: Satu Kajian Pengaruh
Dialek Patani di Selatan Thailand. GEOGRAFIA Online : Malaysian Journal of Society
TM
and Space Issue 11. Hal. 36-44.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Jilid 18.
Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Jilid 20. Putrajaya:
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Institut Pendidikan Guru Malaysia (2019). Jurnal Penyelidikan Akademik IPGM. Jilid 4/2019.
Selangor Darul Ehsan: Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut
Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak (2020). Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Jilid 15.
Miri: Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak.
Nuradlin Syafini Nawi, Zaleha Embong. (2020). Pengaruh Dialek dalam Komunikasi terhadap
Tahap Keyakinan Diri Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan.
INSANIAH: Online Jurnal of Language, Communication, and Humanities Volume 3 (1).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 603
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
DIAGNOSIS KESILAPAN BAHASA PIT CORDER (1967) UNTUK MENGESAN JENIS
JENIS DAN PUNCA-PUNCA KELEMAHAN BAHASA MENGGUNAKAN
INSTRUMEN UDSBMR
1
2
Mohd Zaharuddin Omar , Zamri bin Mahamod
1 IPG Kampus Dato Razali Ismail
2 Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Ujian diagnostik digunakan untuk tujuan menempatkan pelajar pada peringkat pelajaran yang
sesuai sebelum bermulanya sesuatu pelajaran dan mengenalpasti punca kelemahan dalam
pembelajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis dan punca-punca
kesilapan bahasa yang telah dilakukan oleh enam orang pelajar Tingkatan Satu. Instrumen
Ujian Diagnostik Sistem Bahasa Melayu Menengah Rendah (UDSBMR) telah digunakan.
Instrumen ini mengandungi 289 item dalam enam konstruk sistem bahasa. Instrumen ini telah
disahkan oleh tujuh orang pakar. Teori analisis kesilapan bahasa Pits Corder (1967)
digunakan mengesan jenis dan punca kesilapan bahasa. Teori ini telah ditransformasikan
secara berjadual untuk disesuaikan dengan alat ujian bentuk objektif. Dapatan kajian
menunjukkan 238 kesilapan bahasa telah dilakukan dalam semua konstruk sistem bahasa.
Jenis kesilapan sistematik paling banyak dilakukan iaitu 136 kesilapan (57.14%) , diikuti post
sistematik sebanyak 72 kesilapan (30.25%) dan pre sistematik 30 kesilapan (12.60%). Punca
kesilapan bahasa paling ketara adalah disebabkan oleh tidak mengetahui batas rumus
bahasa iaitu 135 kesilapan (56.7%), diikuti generalisasi dan aplikasi melampau iaitu 63
kesilapan (26.4%), menghipotesiskan konsep yang palsu iaitu 22 kesilapan (9.2%), dan
pengaruh bahasa ibunda atau bahasa pertama iaitu 18 kesilapan (7.5%). Kesimpulannya,
instrumen UDSBMR telah Berjaya mengesan jenis dan punca kesilapan bahasa dalam
kalangan pelajar Tingkatan Satu menerusi stransformasi berjadual.
Kata kunci : ujian diagnostik, kesilapan sistematik, post sistematik, pre sistematik.
PENGENALAN
Kajian ini dilaksanakan untuk mendiagnosis kesilapan sistem bahasa yang dilakukan oleh
pelajar Tingkatan Satu. Diagnosis dari segi bahasa bermaksud perbuatan untuk mengenal
pasti sesuatu penyakit berdasarkan tanda dan gejalanya (Kamus Dewan 2010). Nik Aziz
(1989) menyenaraikan tiga konsep yang berkaitan dengan diagnosis dalam bidang perubatan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 604
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
iaitu etiologi, penyakit dan gejala. Bejar (1984), Nik Aziz (1989), Alderson (2005), Siti Rahayah
(2008) telah membuat analogi yang mengaitkan rawatan dan penyakit dalam bidang
perubatan dengan kaedah pemulihan dalam pendidikan.
Jadual 1: Analogi Bidang Perubatan dan Pendidikan (Nik Aziz 1989)
Perubatan Pendidikan Keterangan
Etiologi Etiologi Punca-punca berlakunya masalah pembelajaran
Penyakit Skim tindakan Aktiviti mental dan operasi yang lemah
Gejala Kesilapan yang Perlakuan kelemahan pelajar dalam pelajaran
diperhatikan
Berdasarkan analogi ini, kajian ini dilaksankan untuk mengenalpasti jenis-jenis dan punca-
punca kesilapan bahasa yang masih membelengu pelajar, walaupun mereka telah melalui
proses pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Pengkaji memilih teori
analisis kesilapan bahasa S. Pits Corder (1967) untuk mengesan kesilapan bahasa yang
dilakukan semasa menjawab soalan ujian menggunakan instrumen Ujian Diagnostik Sistem
Bahasa Menengah Rendah (UDSBMR). S.Pit Corder (1967 dan 1981) telah mengemukakan
tiga langkah untuk menganalisis kesilapan bahasa. Pertama, pengesanan iaitu mengenalpasti
kesilapan bahasa yang wujud. Guru boleh membuat interpretasi yang munasabah (plausible)
untuk mendapat jawapan yang betul. Guru perlu mengkategorikan kesilapan kepada
mistakes, lapses atau errors iaitu kesilapan pra-sistematik (Pre-systematic errors), kesilapan
post-sistematik (Post-systematic errors) dan kesilapan sistematik (Systematic errors). Kedua,
pemerian iaitu perincian ke atas kesilapan-kesilapan bahasa yang dikenalpasti. Guru-guru
perlu melihat secara mendalam apa yang dimaksudkan oleh pelajar. Jika bahasa sasaran itu
bukan bahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian, maka hendaklah
membandingkannya dengan B1 iaitu bahasa ibunda atau dialek pelajar. Ketiga, huraian
kesilapan secara linguistik dan psikolinguistik. Penjelasan secara linguistik ialah guru perlu
mengesan punca-punca kesilapan berdasarkan gangguan bahasa, latihan, dan strategi
pembelajaran. Manakala, penjelasan secara psikolinguistik ialah mengesan punca-punca
kesilapan yang dilakukan berdasarkan interlingual dan intralingual. Interlingual ialah B1 iaitu
bahasa ibunda atau dialek. Manakala intralingual ialah bahasa sasaran yang dipelajari
Teori Analisis Kesalahan bahasa ini dipilih kerana teori ini mencadangkan penelitian
ke atas kesalahan yang dilakukan dan menitikberatkan proses pemulihan yang melibatkan
perancangan dan tindakan yang menyeluruh. Analisis kesalahan dapat memberi maklumat
tentang daerah-daerah dan punca-punca kesukaran belajar dan mencadangkan langkah-
langkah pemulihan untuk penambahbaikan.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 605
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kajian ini memberi manfaat kepada pelajar menengah rendah dan guru-guru yang
mengajar mereka. Pihak yang memerlukan keputusan ujian ini ialah pelajar, para pendidik,
dan ibu bapa. Instrumen ini memberi maklumat tentang aspek sistem bahasa yang belum
dikuasai. Pelajar dapat memberi tumpuan dan memperbaiki kelemahan bahasa mereka
dengan strategi pembelajaran yang sesuai dengan bantuan guru, ibu bapa dan rakan-rakan.
Guru juga boleh menggunakan instrumen ujian ini sebelum memulakan pengajaran di awal
sesi pembelajaran atau ketika proses PDPC dijalankan. Guru boleh memutuskan program
pemulihan untuk dilaksanakan ke atas pelajar. Pemilihan Standard Kurikulum yang sesuai
dengan prestasi pelajar dapat dilakukan dengan tepat. Secara tidak langsung instrumen
UDBMMR dapat membantu pelaksanaan KSSM. Pihak sekolah, Persatuan Ibu bapa dan
Guru (PIBG), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) boleh
menggunakan hasil maklumat daripada penggunaan instrumen ini untuk merancang program
kepada semua sekolah bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu. KPM (2018)
menyarankan pihak sekolah bekerjasama pihak ibu bapa untuk meningkatkan prestasi pelajar
dalam program sarana ibu bapa.
Kesimpulannya, kajian ini penting dan berguna kepada bidang pendidikan khususnya
mata pelajaran Bahasa Melayu. Penguasaan yang baik dalam Bahasa Melayu akan
meningkatkan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan pembangunan negara.
Hasrat KPM menerusi FPK untuk membentuk individu yang mampu menyumbang kepada
keharmonian dan kemakmuran negara dapat direalisasikan.
TINJAUAN LITERATUR
Terdapat banyak kajian tentang kesalahan bahasa, namun tiada kajian yang mengkaji
kesalahan bahasa menggunakan instrumen ujian diagnostik Bahasa Melayu. Zaitul Azma
Zainon Hamzah (2010) telah melaksanakan kajian berkenaan pemantapan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah menengah. Kajian ini dilakukan ke atas 300 pelajar
menggunakan kaedah tinjauan. Kajian ini menggunakan kaedah ujian bertulis dan soal selidik.
Instrumen ujian mengandungi 80 item tatabahasa, 20 item peribahasa, 1 soalan penulisan
karangan, 1 soalan penulisan berpandu dan 1 soalan merumus karangan perlu dijawab. Item
tatabahasa dan peribahasa menggunakan format pelbagai pilihan dengan empat pilihan
jawapan. Instrumen soal selidik mengandungi 12 item berkenaan faktor-faktor kesukaran
mempelajari Bahasa Melayu di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan pelajar melakukan
kesalahan tatabahasa terutama dalam aspek kata hubung, kata sendi nama, antonim, kata
ganti nama, dan kata adjektif. Aspek peribahasa menunjukkan 20 item yang paling kerap
berlaku kesalahan. Aspek pemahaman pula mendapati pelajar lemah dalam memahami
petikan prosa tradisional iaitu 25.0%, diikuti novel (16.4%), petikan umum (14.7%), puisi
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 606
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
tradisional (14.3%), drama (12%), puisi (11.3%) dan cerpen (6.3%). Aspek penulisan pula
didapati penulisan berformat seperti pidato, syarahan, ceramah, ucapan dan perbahasan
adalah yang paling lemah iaitu 23.7% gagal, manakala penulisan tidak berformat didapati
penulisan karangan jenis fakta adalah yang paling lemah iaitu 27.6% gagal. Dapatan kajian
juga mendapati punca-punca kelemahan adalah disebabkan oleh faktor guru dan kaedah
pengajaran menjadi faktor utama yang mempengaruhi penguasaan BM pelajar.
Nor Hashimah Jalaluddin (2010) telah melaksanakan kajian ke 300 pelajar sekolah
menegah yang terdiri dari pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-
lain. Kajian dilakukan untuk melihat penguasaan BM remaja Malaysia. Empat konstruk utama
yang menjadi fokus kajian iaitu; 1) sikap terhadap pembelajaran BM, 2) persepsi remaja
terhadap BM, 3) persekitaran dan penguasaan BM, 4) penguasaan tatabahasa. Dapatan
kajian menunjukkan keseluruhan remaja (90%) menyatakan rasa suka belajar BM. Namun
hanya 55.2% sahaja remaja etnik Cina yang suka belajar BM. Secara keseluruhannya 81.1%
remaja menyatakan kepentingan Bahasa Melayu dan tidak bosan untuk belajar BM. Namun
remaja Cina didapati 72.1% menyatakan BM tidak penting dan bosan belajar BM.
Keseluruhannya 65% remaja menyatakan mereka menggunakan BM di sekolah. Ini kerana
remaja menggunakan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris dalam pertuturan mereka. Aspek
penguasaan tatabahasa pragmatik adalah sangat membimbangkan kerana hasil kajian yang
dijalankan menunjukkan skor purata mengikut kaum ialah yang tertinggi ialah kaum Kadazan
(30%), diikuti lain-lain kaum (24.2%), remaja Melayu, Cina, India dan Iban semuanya
mendapat skor purata bawah 20%. Keadaan ini menunjukkan bahawa terdapat kelemahan
ketara dari aspek penguasaan tatabahasa dan minat remaja terhadap penggunaan BM.
Zulkifley Hamid, Karim Harun dan Saadiah Ma’alip (2000) dalam kajiannya yang
dijalankan di tiga jenis sekolah iaitu SRK, SRJK Cina dan SRJK Tamil di Negeri Sembilan
untuk melihat persamaan dan perbezaan yang wujud dalam penggunaan Bahasa Melayu
mendapati pelajar Cina dan Tamil melakukan kesalahan disebabkan oleh gangguan bahasa
ibunda masing-masing. Pelajar didapati masih terpengaruh dengan sistem nahu, morfologi
dan fonologi bahasa ibunda iaitu bahasa mandarin dan bahasa Tamil. Pelajar India juga
didapati melakukan pertukaran kod secara sedar dan tidak sedar daripada Bahasa Melayu
kepada Bahasa Tamil dalam konteks kehidupan seharian sehingga mempengaruhi kemahiran
berbahasa, membaca dan menulis. Pernyataan ini selaras dengan dapatan kajian oleh Farid
dan Ajid (1981) mendapati dominasi penggunaan bahasa ibunda iaitu bahasa Tamil oleh
pelajar-pelajar India semasa pelajaran bahasa Melayu sedang dijalankan oleh guru. Pelajar-
pelajar ini telah mantap dalam bahasa ibunda mereka hingga mempengaruhi unsur-unsur
linguistik dalam bahasa kedua.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 607
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kesimpulannya, faktor utama pelajar Cina, India dan Pribumi melakukan kesalahan
bahasa disebabkan oleh terpengaruh bahasa ibunda. Manakala factor utama kesalahan
pelajar Melayu disebabkan oleh faktor guru dan kaedah pengajaran. Kesalahan tatabahasa
adalah paling banyak dilakukan.
METODOLOGI
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis dan punca-punca kesilapan bahasa yang
dilakukan oleh enam orang pelajar Tingkatan Satu. Objektif kajian ini ialah menentukan jenis-
jenis dan punca-punca kesilapan bahasa. Soalan kajian pula ialah “Apakah jenis-jenis dan
punca-punca kesilapan bahasa yang dapat dikesan?
Pengkaji telah memilih enam orang pelajar di Pahang yang mempunyai rekod
pencapaian yang sederhana dalam peperiksaan UPSR dalam mata pelajaran Penulisan dan
Pemahaman Bahasa Melayu. Mereka menggunakan pelbagai bahasa ibunda seperti bahasa
Melayu, bahasa Cina, bahasa Tamil, dan bahasa peribumi serta tiga dialek utama seperti
dialek Pahang, dialek Terengganu dan dialek Kelantan. Pelajar-pelajar ini menjawab semua
soalan yang diberikan menggunakan instrumen UDSBMR mengikut jadual. Jawapan pelajar
disemak berdasarkan skema jawapan yang disediakan. Selepas itu, jawapan pelajar
dianalisis dan dikategorikan berdasarkan teori analisis kesilapan bahasa Pits Corder (1967 &
1981).
Instrumen UDBMMR digunakan dalam kajian ini. UDBMMR mengandungi enam set
ujian berdasarkan enam konstruk utama yang terdiri daripada 289 item. Kontruk tersebut ialah
morfologi (111 item), pembentukan kata (50 item), sistaksis (50), kosa kata (15), peribahasa
(28), dan ejaan (35).
DAPATAN KAJIAN
Jadual 3 Analisis Pengesanan Kesilapan Bahasa (S.Pit Corder 1967)
2)Pemerian 3)Penjelasan Resp 1)Kenal pasti Kesilapan (6 Konstruk SB)
a-ibunda(i) onde a)Pre b)Sistema c)Post Juml
b-sasaran(s) n Sistematik tik Sistematik ah
(yakin) (Belajar) (Terlupa/tersila
p)
R1: C - - - -
Psikologi (Interlingual) R2: I - - - -
R3: 1 1 - 2
Pr - 3 - 3
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 608
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
B1: Dialek/ R4: - 1 - 1
Bahasa Pg - 1 - 1
Ibunda/ R5:
Kl
R6:T
g
R1: C - 2 2 4
(Intralingual) R2: I 2 3 1 6
Sistem R3: - 2 - 2
Bahasa Pr - - - -
bahasa R4: - - - -
sasaran Pg - - - -
R5:
Kl
R6:T
g
R1: C - - - -
Linguistik (Ibunda) R2: I - - - -
Pemindahan/ R3: 1 - 2 3
gangguan Pr - - 4 4
R4: - 1 1 2
Pg - 1 1 2
R5:
Kl
R6:T
g
R1: C - 11 4 15
(Sasaran) R2: I - 15 5 20
Analogi/ R3: - 11 6 17
Latihan Pr - 8 5 13
R4: - 7 5 12
Pg - 7 3 10
R5:
Kl
R6:T
g
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 609
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
R1: C 5 14 3 22
(Sasaran) R2: I 7 17 5 29
Strategi P&P R3: 4 15 7 26
Pr 3 5 5 15
R4: 4 7 7 22
Pg 3 4 6 16
R5:
Kl
R6:T
g
30 136 72 238
Pengesanan jenis-jenis kesilapan dilakukan ke atas kertas jawapan pelajar. Item yang salah
diteliti untuk menentukan jenis kesilapan sama ada kesalahan pre sistematik (yakin),
kesalahan sistematik (kerana proses belajar) atau kesalahan post sistematik (tidak
disengajakan). Kesalahan pre sistematik dilakukan secara berulang kepada item-item lain
kumpulan subkonstruk yang sama. Begitu juga kesalahan yang ketara iaitu tidak
menunjukkan berlaku kekeliruan terutama pada item bentuk terbuka. Kesalahan sistematik
pula dikesan apabila murid dapat menjawab dengan betul sebahagian item-item dalam
konstruk yang sama, namun terdapat kesalahan pada sebahagian item lain dalam konstruk
yang sama.
Terdapat juga kesalahan yang berlaku menunjukkan murid cuba untuk menjawab
soalan dengan betul namun kurang tepat disebabkan oleh kekeliruan atau pengaruh bahasa
asing, bahasa pertama, bahasa ibunda atau dialek. Kesilapan post sistematik pula dilakukan
secara tidak sengaja atau terlupa. Kesilapan jenis ini dapat diramal oleh guru apabila sampel
hanya melakukan sedikit sahaja kesilapan kesalahan dalam konstruk atau satu subkonstruk.
Terdapat juga kesalahan yang dilakukan bukan kerana tidak mengetahui jawapan tetapi
kerana kesilapan dalam ejaan. Kesilapan yang dilakukan disedari oleh murid sebaik
menghantar jawapan.
Tiga kategori kesilapan ini telah dibuat pemerian iaitu penjelasan ke atas kesalahan
yang dilakukan. Penjelasan dibahagikan kepada dua kategori iaitu psikologi dan linguistik.
Kesilapan kerana psikologi disebabkan oleh gangguan dan pengaruh bahasa pertama atau
dialek. Kesilapan juga berlaku disebabkan oleh cubaan untuk belajar bahasa sasaran atau
Bahasa Melayu. Kesilapan kerana linguistik pula ialah kesilapan kerana gangguan bahasa,
latihan, dan strategi pembelajaran. Analisis kesilapan bahasa ke atas enam sampel jawapan
ditunjukkan dalam Jadual 3.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 610
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pengkaji telah memilih enam skrip jawapan daripada murid mengikut kaum Melayu (3),
Pribumi (1), Cina (1) dan India (1) untuk disemak dan dianalisis. Pengesanan kesilapan dibuat
ke atas enam skrip jawapan menggunakan kaedah analisis kesilapan bahasa Pit Corder
(1967). Hasil analisis mendapati 238 kesilapan bahasa telah dilakukan dalam semua konstruk
sistem bahasa. Kesilapan sistematik paling banyak dilakukan iaitu 136 kesilapan, diikuti post
sistematik sebanyak 72 kesilapan dan pre sistematik 30 kesilapan. Pemerian ke atas
kesilapan dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek psikologi dan linguistik untuk membuat
penjelasan punca dan dikategori kesilapan. Penjelasan ke atas kesilapan bahasa dilihat
dalam dua aspek utama seperti disarankan oleh Pit Corder (1967) iaitu kesilapan disebabkan
oleh pengaruh bahasa pertama dan bahasa sasaran iaitu proses pembelajaran bahasa.
Kesilapan kerana bahasa sasaran atau proses pembelajaran bahasa didapati lebih banyak
berbanding kesilapan yang disebabkan oleh bahasa pertama atau bahasa ibunda. Pengguna
bahasa Melayu sebagai bahasa kedua didapati melakukan 146 kesalahan
UDSBMR dapat mengesan jenis-jenis dan punca-punca kesilapan bahasa dalam
Bahasa Melayu. Jenis kesilapan bahasa paling tinggi ialah aspek linguistik (219 kesilapan)
berbanding psikologi (19 kesilapan). Jenis kesilapan psikologi adalah seimbang antara
interlingual dengan intralingual. Hal ini menunjukkan pelajar kurang melakukan kesilapan
dalam ujian bertulis yang disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda atau dialek dan bahasa
sasaran berbanding kesilapan jenis lingustik. Kesilapan linguistik kategori analogi, latihan (87
kesilapan) dan strategi pengajaran dan pembelajaran (130 kesilapan) lebih banyak dilakukan
pelajar.
Jadual 4: Rumusan Punca-punca Kesilapan Bahasa (UDSBMR)
Bil Punca-punca Kesilapan Bahasa Kekerapan/ %
(Keseluruhan
Konstruk)
1 Generalisasi dan aplikasi melampau (pemilihan B1: 24 (10.0%)
bahasa/perkataan tidak tepat) B2: 39 (16.4%)
2 Tidak mengetahui batas rumus (tidak memahami B1: 56 (23.5%)
peraturan bahasa) B2: 79 (33.2%)
3 Menghipotesiskan konsep yang palsu (membuat B1: 7 (2.9%)
jangkaan/ andaian yang salah konsep bahasa-hampir B2: 15 (6.3%)
sama tetapi tidak betul.
4 Pengaruh luaran iaitu pengaruh bahasa ibunda atau B1: 5 (2.1%)
bahasa pertama (termasuk dialek dan bahasa pasar) B2: 13 (5.4%)
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 611
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Punca-punca kesilapan bahasa paling ketara adalah disebabkan oleh tidak mengetahui batas
rumus bahasa iaitu tidak memahami peraturan bahasa ketika menjawab soalan. 135 (56.7%)
kesilapan bahasa telah dikesan. Punca kesilapan bahasa kedua tertinggi ialah generalisasi
dan aplikasi melampau. Pelajar didapati telah melakukan pemilihan bahasa yang salah
apabila penggunakan perkataan yang tidak tepat dalam konteks ayat atau soalan yang
dikemukakan. 63 kesilapan (26.4%) bahasa telah dikesan. Jenis kesilapan bahasa yang
kedua ialah menghipotesiskan konsep yang palsu iaitu 22 kesilapan (9.2%).
Pelajar didapati keliru atau salah membuat jangkaan atau andaian andaian terhadap
konsep bahasa yang hampir sama. Jenis kesilapan bahasa yang ketiga ialah
menghipotesiskan konsep yang palsu. Pelajar didapati membuat jangkaan atau andaian yang
salah terhadap konsep bahasa yang hampir sama tetapi tidak betul. Punca kesilapan bahasa
yang keempat ialah pengaruh luaran iaitu pengaruh bahasa ibunda atau bahasa pertama,
termasuk dialek dan bahasa pasar. Sebanyak 18 (7.5%) kesilapan telah dikesan berbanding
pengguna bahasa Melayu sebagai bahasa pertama dengan 92 kesilapan. Dapatan kajian ini
selaras dengan dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Zulkifley Hamid, Karim Harun dan
Saadiah Ma’alip (2000), Farid dan Ajid (1981) dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2010) yang
mengatakan pengaruh bahasa ibunda menjadi punca utama kesalahan bahasa selain tidak
menguasai rumus bahasa.
Pelajar kaum Cina, India dan Pribumi dicadangkan agar diberi penekanan dalam
aspek penulisan. Hal ini kerana pelajar-pelajar ini kerap melakukan kesilapan jangkaan
terhadap sesuatu maksud bahasa kerana terpengaruh dengan bahasa ibunda.
KESIMPULAN
Rumusannya, instrumen ujian diagnostik ini dapat mengenalpasti jenis-jenis dan punca-punca
kesilapan pelajar. Jenis-jenis kesilapan bahasa yang dilakukan oleh pelajar ialah dalam aspek
psikologi dan linguistik. Kesilapan psikologi terdiri daripada dialek, bahasa ibunda dan bahasa
yang dipelajari. Manakala kesilapan bahasa linguistik terdiri daripada pemindahan dan
gangguan bahasa ibunda, analogi dan latihan, dan strategi pengajaran dan pemelajaran.
Punca-punca kesilapan bahasa yang dilakukan oleh pelajar pula terdiri daripada tidak
memahami peraturan bahasa, melakukan pemilihan bahasa yang salah, menghipotesiskan
konsep yang palsu, keliru atau salah membuat jangkaan atau andaian terhadap konsep
bahasa yang hampir sama yang difahami, dan pengaruh luaran iaitu pengaruh bahasa ibunda,
dialek dan bahasa pasar.
Hasil analisis ke atas enam skrip jawapan mengikut kaum iaitu Melayu (3), Peribumi
(1) Cina (1) dan India (1) mendapati kesilapan sistematik paling banyak dilakukan, diikuti post
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 612
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
sistematik dan pre sistematik. Jenis-jenis kesilapan linguistik ketara lebih banyak dilakukan
berbanding kesilapan jenis psikologi.
RUJUKAN
Alderson, J. C. (2005). Diagnosing foreign language proficiency: The interface between
learning and assessment. London: Continuum.
Bejar, I. I. (1984). Educational diagnostic assessment. Journal of Educational Measurement,
21(2), 175-189.
Corder, S.P. (1967). The significance of learner’ error. Dlm. International Review of Applied
Linguistics. Vol. V/4. Hlm 161-170. Dicetak semula dalam Jack C.Richards (ed).1984. Error
Analysis: Perspectives on Second Language Acquisitation. Hlm. 19-27.
Corder,S.P. (1981). Error Analysis and Interlanguage. London: Oxford University Press.
Davies, A., Brown, A., Elder, C., Hill, K., Lumley,T., dan McNamara,T. (1999). Dictionary of
Language Testing (Studies in Language Testing, Vol.7, edited M.Milanovic). Cambridge:
University of Cambridge Local Examination Syndicate and Cambridge University Press.
Farid M.Onn & Ajid Che Kob. (1981). Pengaruh Bahasa Ibunda Dalam Proses Pembelajaran
Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Melayu. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2017). Laporan Tahunan 2016 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2018). Laporan Tahunan 2017 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Muchun Yin. (2011). Informing Pedagogy with Diagnostic Language Test Results:
A Language Assessment Action Research Study. The International Journal of Educational
and Psychological Assessment January 2011, Vol. 6(2). Tunghai University, Taiwan. Ms
3-20
Nik Aziz Nik Pa. (2008). Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur : Universiti
Malaya Siti Rahayah, 2008, Siti Rahayah Ariffin, 2008. “Inovasi Dalam Pengukuran dan
Penilaian Pendidikan”, Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin & Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2010). Penguasaan Bahasa
Melayu Remaja Malaysia. Prosiding Seminar Sehari Persatuan Linguistik Malaysia
(PLM) 2010, Dewan bahasa & Pustaka dan UKM-GUP-TKS-08-07-294. Bertempat di
DPP, Anjuran PLM-DBP-UKM. 19 Mac 2010.
Zaharani Ahmad dan Fazal Mohd Sultan (2010). Sosiokognitif pelajar remaja terhadap
Bahasa Melayu. GEMA Online® Journal of Language Studies, 10(3).
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 613
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
TANGGAPAN, SIKAP DAN AMALAN ETNIK DI KAWASAN LUAR BANDAR
DI PANTAI TIMUR TERHADAP BAHASA MELAYU
Mohd Asri Harun¹, Karim Harun² dan Kartini Abd. Wahab³
¹IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
²,³Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Tanggapan, sikap dan amalan terhadap sesuatu bahasa mempengaruhi penguasaan bahasa
tersebut. Kajian ini akan membincangkan tanggapan, sikap, dan amalan etnik Melayu, Cina
dan Orang Asli di kawasan luar bandar di pantai timur terhadap bahasa Melayu. Selain itu,
pengkaji juga akan menjelaskan faktor pendorong etnik-etnik tersebut mempelajari bahasa
Melayu. Untuk tujuan tersebut, pendekatan statistik deskriptif kuantitatif telah digunakan.
Data-data perbincangan diperoleh daripada 429 responden yang berumur 11 tahun di negeri
Terengganu dan Kelantan melalui instrumen soal-selidik yang ditadbir secara bersama
dengan guru-guru sekolah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti (93%) etnik di
kawasan luar bandar di pantai timur memberikan tanggapan yang positif terhadap bahasa
Melayu sebagai bahasa yang penting. Peratusan yang sama juga menunjukkan etnik tersebut
suka mempelajari bahasa Melayu. Pengkaji mendapati bahawa guru-guru dan sekolah
menjadi pendorong utama motivasi belajar bahasa Melayu lebih daripada ibu bapa dan ahli
keluarga etnik tersebut. Bahasa Melayu bukan menjadi bahasa pertuturan di rumah dan di
sekolah bagi etnik Cina dan Orang Asli. Secara keseluruhan, dapatan kajian tentang
tanggapan dan sikap etnik di kawasan luar bandar di pantai timur terhadap bahasa Melayu
ini memperlihatkan peluang yang cerah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Melayu
dalam kalangan etnit tersebut.
Kata kunci: tanggapan, sikap, amalan dan etnik.
PENGENALAN
Tinjauan terhadap bahasa tidak dapat lari daripada masyarakat yang menjadi penuturnya.
Bahasa Melayu yang menjadi objek utama dalam kajian ini dituturkan bukan sahaja oleh
penutur natif bahasa tersebut tetapi juga oleh penutur bukan natif. Pengalaman yang jelas
berbeza dari segi cara memperoleh dan masa mula menguasai bahasa Melayu antara kedua-
dua kumpulan penutur tersebut sudah tentu memberikan implikasi terhadap tanggapan, sikap
dan amalan penggunaan bahasa tersebut. Justeru, kajian tentang tanggapan, sikap dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 614
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
amalan terhadap penggunaan bahasa Melayu sangat penting untuk dikaji. Dapatan kajian ini
secara tidak langsung menggambarkan kedudukan bahasa Melayu pada perspektif etnik-
etnik di kawasan luar bandar di pantai timur yang terdiri daripada penutur natif dan penutur
bukan natif bahasa Melayu.
Kajian ini akan meninjau tanggapan, sikap dan amalan etnik Melayu, Cina dan Orang
Asli di kawasan luar bandar di pantai timur terhadap bahasa Melayu. Etnik Melayu merupakan
penutur natif bahasa Melayu manakala etnik Cina dan Orang Asli merupakan penutur bukan
natif bahasa Melayu. Dalam konteks ini, bahasa Melayu ialah bahasa pertama bagi etnik
Melayu manakala bagi etnik Cina dan Orang Asli, bahasa Melayu ialah bahasa kedua mereka.
Sarjana-sarjana dalam bidang psikolinguistik secara jelas menyatakan bahawa penutur
bahasa pertama (penutur natif) dan penutur bahasa kedua (penutur bukan natif) ini
merupakan dua golongan penutur yang berbeza (Ambridge & Lieven 2011).
SOROTAN LITERATUR
Kajian tentang tanggapan, sikap dan amalan penggunaan bahasa Melayu di negara ini secara
tidak langsung menyahut saranan Hoenigswald (1966) yang dianggap sebagai perintis kajian
sikap bahasa di dunia barat. Beliau telah menyarankan agar penutur bahasa tidak hanya
tertarik terhadap apa yang terjadi pada bahasa tetapi bagaimana orang memberi tanggapan
terhadap apa yang terjadi dan apa pendapat orang tentang apa yang terjadi (Aminah Awang
Besar 2015).
Mohd Asri, Zulkifley dan Kartini (2017) telah mengkaji tanggapan dan sikap murid
Melayu di kawasan bandar dan di luar bandar di pantai timur Semenanjung Malaysia terhadap
bahasa Melayu. Kajian yang menggunakan instrumen soal selidik terhadap 421 orang
responden ini bertujuan untuk mengenal pasti tanggapan murid-murid Melayu di bandar dan
di luar bandar terhadap kepentingan bahasa Melayu. Dapatan kajian tersebut menunjukkan
bahawa pola tentang kepentingan bahasa Melayu bagi murid Melayu di bandar dan di luar
bandar adalah sama. Tahap tanggapan yang positif adalah lebih tinggi bagi kedua-dua
kumpulan murid apabila data menunjukkan 95.2% murid Melayu bandar dan 95.7% murid
Melayu luar bandar menyatakan bahasa Melayu penting kepada mereka. Hanya 4.8% murid
Melayu bandar dan 4.2% murid Melayu luar bandar menyatakan tanggapan yang negatif
terhadap kepentingan bahasa Melayu.
Perbezaan peratusan yang tinggi terhadap tanggapan kepentingan bahasa Melayu
antara positif dengan negatif menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan murid ini
mempunyai sikap positif terhadap kepentingan bahasa Melayu. Dari segi tanggapan positif,
peratusan murid Melayu di bandar yang menyatakan bahasa Melayu sangat penting (68.6%)
lebih tinggi daripada yang menyatakan bahasa Melayu penting (26.6%). Pola yang sama
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 615
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
wujud pada murid Melayu di luar bandar, iaitu 77.7% menyatakan bahasa Melayu sangat
penting manakala 18% menyatakan bahasa Melayu penting. Dapatan ini menunjukkan
bahawa murid Melayu di luar bandar yang mempunyai tanggapan bahawa bahasa Melayu
sebagai sangat penting, adalah lebih tinggi daripada murid Melayu di bandar (11.1%).
Dapatan kajian tentang tanggapan kepentingan bahasa Melayu di atas mempunyai
persamaan dengan kajian Zulkifley, Rahim dan Karim (2010). Kajian pengkaji tersebut
terhadap sikap dan penerimaan serta sikap dan pandangan orang di bandar dengan di luar
bandar tentang keupayaan bahasa Melayu menunjukkan pola yang serupa. Berdasarkan
dapatan tersebut, pengkaji merumuskan bahawa orang di luar bandar belum mendapat
pengaruh yang merubah sikap mereka terhadap bahasa Melayu. Orang di bandar pula
berkemungkinan lebih dipengaruhi oleh modenisasi dan globalisasi. Selain itu, dapat
dikatakan juga bahawa bagi orang di luar bandar, mereka masih memegang budaya dengan
kukuh terutama simbolisasi berbahasa sebagai cerminan budaya (Zulkifley, Rahim dan Karim
2010).
Masalah sikap pula telah lama menjadi bahan kajian dalam pelbagai bidang ilmu. Ahli-
ahli linguistik banyak yang mengkaji sikap berkaitan dengan pelakuan bahasa. Ammar Asyraf
dan Sa’adiah (2020) mengkaji sikap pelajar Melayu Singapura terhadap bahasa Melayu.
Dapatan kajian berdasarkan soal selidik tersebut menunjukkan nilai sikap pelajar Melayu
Singapura terhadap bahasa Melayu adalah sangat memberangsangkan. Kajian ini mendapati
banyak responden bersikap positif terhadap bahasa Melayu. Antara faktor kecenderungan
sikap tersebut adalah kerana keunikan dan keindahan bahasa Melayu. Pengkaji juga
mendapati pemilihan dan penggunaan bahasa Melayu dilakukan secara sukarela.
Mohd Asri, Zulkefley dan Kartini (2017) pula mengkaji perbandingan sikap dan
kecekapan komunikatif bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid Melayu bandar dengan
luar bandar. Dapatan kajian menunjukkan kecenderungan minat yang positif adalah lebih
tinggi bagi kedua-dua kumpulan murid Melayu berdasarkan lokasi tersebut apabila data
menunjukkan 97.7% murid Melayu bandar dan 98.4% murid Melayu luar bandar
menyatakan minat yang positif terhadap bahasa Melayu. Hanya 1.6% murid Melayu bandar
dan luar bandar yang menyatakan minat yang negatif terhadap bahasa Melayu. Perbezaan
peratusan yang tinggi antara kecenderungan minat positif dengan negatif terhadap bahasa
Melayu menunjukkan sikap positif kedua-dua kumpulan murid ini terhadap bahasa Melayu
adalah sangat tinggi.
Nor Hashimah, Junaini dan Zaharani (2010) pula mengkaji sikap dan sosiokognitif,
iaitu yang merujuk pada sikap dan persepsi yang berkaitan dengan kognisi pelajar terhadap
bahasa Melayu. Kajian mereka menggunakan soal selidik dan wawancara. Seramai 1523
orang pelajar tingkatan empat dari 15 buah sekolah di Malaysia dipilih mengikut zon tertentu,
iaitu Zon Tengah (Negeri Sembilan), Zon Timur (Kelantan), Zon Utara (Kedah), Sabah dan
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 616
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Sarawak. Wawacara pula melibatkan 50 orang pelajar bagi melihat kemahiran pelajar
berkomunikasi secara spontan berdasarkan topik-topik tertentu. Hasil kajian ini mendapati
hampir 80.0% (1,208) pelajar bersikap positif terhadap bahasa Melayu. Daripada jumlah
tersebut, pelajar perempuan (81.2%) menunjukkan sikap yang lebih positif berbanding pelajar
lelaki (76.8%).
Dapatan kajian Nor Hashimah, Junaini dan Zaharani (2010) berdasarkan etnik pula
menunjukkan 80% pelajar Melayu, Iban dan kaum-kaum lain mempunyai sikap yang positif
terhadap bahasa Melayu, berbanding hanya 31.8% pelajar Cina, 68.5% pelajar India dan 70%
pelajar Kadazan. Kajian juga mendapati 44.8% pelajar Cina, 16.7% pelajar India dan 23.3%
pelajar Kadazan tidak suka untuk mempelajari bahasa Melayu. Antara faktor yang mendorong
sikap negatif ini adalah kerana aktiviti dalam kelas mata pelajaran Bahasa Melayu yang tidak
menarik. Sikap ini juga dipengaruhi oleh kurikulum Bahasa Melayu yang terlalu luas dan
perubahan remeh-temeh yang selalu berlaku dalam tatabahasa bahasa Melayu sehingga
menyukarkan dan mengelirukan pelajar.
Dapatan kajian Ammar Asyraf dan Sa’adiah (2020); Mohd Asri, Zulkefley dan Kartini
(2017); dan Nor Hashimah, Junaini dan Zaharani (2010) menunjukkan pola yang sama, iaitu
penutur bahasa Melayu yang dikaji dari segi etnik dan lokasi menunjukkan kecenderungan
sikap positif terhadap bahasa Melayu. Sikap pelajar terhadap bahasa bergantung juga kepada
sejauh mana bahasa itu berfungsi secara praktikal dalam konteks sosial kehidupan pelajar.
Sikap terhadap bahasa ini dapat diamati melalui perilaku atau amalan berbahasa. Dengan
kata lain, sikap terhadap bahasa ini akan ditunjukkan dengan cara kesediaan penutur bahasa
tersebut menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi seharian.
Kajian Ammar Asyraf dan Sa’adiah (2020) menunjukkan sikap pelajar Melayu di
Singapura yang positif terhadap bahasa Melayu telah memberi kesan positif terhadap amalan
penggunaan bahasa Melayu. Pelajar Melayu di Singapura memilih untuk berkomunikasi
menggunakan bahasa Melayu. Min kegemaran berbahasa pelajar tersebut menunjukkan
pelajar tersebut lebih gemar berbahasa Melayu di rumah bersama ahli keluarga adalah tinggi
(min= 4.34). Mereka juga menyatakan suka untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Dapatan
kajian ini sekali gus membuktikan bahawa pemilihan dan penggunaan bahasa Melayu telah
dilakukan dengan secara sukarela.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Chew dan Lee (2009), didapati murid-murid Cina
di sekolah jenis kebangsaan gagal untuk menguasai sebutan dan penulisan bahasa Melayu.
Antara faktor yang menyebabkan kelemahan penguasaan Bahasa Melayu ini adalah kerana
sikap murid-murid Cina itu sendiri yang menganggap bahasa Melayu tidak penting. Dapatan
kajian ini disokong oleh kajian Chew Fong Peng (2016). Beliau mendapati murid-murid Cina
kurang memberi perhatian terhadap Bahasa Melayu kerana dianggap tidak penting dan
sekadar bahasa perhubungan yang digunakan secara santai. Amalan pertuturan di rumah
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 617
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
menunjukkan penggunaan tertinggi ialah bahasa Cina (bahasa ibunda), iaitu 65% manakala
bahasa Inggeris mencatatkan peratusan 32.5% sebagai bahasa pertuturan di rumah. Bahasa
Melayu hanya mencatatkan peratusan 2.5% yang menjadi bahasa pertuturan di rumah.
Norizah Ardi (2005) menjalankan kajian untuk melihat sikap dan penggunaan bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar universiti di selatan Thailand yang mengikuti kursus bahasa
Melayu sebagai bahasa asing. Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik dan
pemerhatian ikut serta. Dapatan kajian menunjukkan pelajar tersebut bersikap amat positif
terhadap bahasa Melayu serta bermotivasi untuk mempelajari bahasa Melayu. Sikap positif
ini telah merangsang pembelajaran bahasa Melayu dan secara tidak langsung menggalakkan
penggunaan bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kajian mendapati penggunaannya amat
terhad kerana bahasa Melayu hanyalah bahasa yang diamalkan oleh kumpulan minoriti
sahaja di Thailand yang berperanan dan digunakan dalam urusan hubungan kekeluargaan
dan keagamaan sahaja.
Secara keseluruhannya, sorotan literatur ini menggambarkan penutur bahasa Melayu
memberi tanggapan baik terhadap bahasa Melayu dan menunjukkan sikap positif terhadap
terhadap bahasa tersebut. Walau bagaimanapun, amalan penggunaan bahasa tersebut
dikekang oleh bahasa ibunda etnik masing-masing dan keperluan globalisasi.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk mengetahui sikap penutur tanggapan, sikap dan
amalan penutur bahasa Melayu (penutur natif dan penutur bukan natif) di kawasan luar bandar
di pantai timur terhadap bahasa Melayu. Secara khusus, kajian ini bertujuan:
1. menjelaskan tanggapan etnik Melayu, Cina dan Orang Asli di kawasan luar bandar di
pantai timur terhadap bahasa Melayu.
2. menjelaskan sikap etnik Melayu, Cina dan Orang Asli di kawasan luar bandar di pantai
timur terhadap bahasa Melayu.
3. menjelaskan amalan penggunaan bahasa Melayu etnik Melayu, Cina dan Orang Asli
di kawasan luar bandar di pantai timur.
4. menjelaskan pendorong etnik Melayu, Cina dan Orang Asli untuk mempelajari bahasa
Melayu.
METODOLOGI KAJIAN
Bahagian metodologi kajian ini akan membincangkan tentang reka bentuk kajian, instrumen
kajian, dan responden yang terlibat dalam membekalkan maklumat kuantitatif. Bahagian ini
juga akan menjelaskan tatacara pengumpulan data dan penganalisisan data bagi menjawab
objektif kajian ini.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 618
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
REKA BENTUK KAJIAN
Pengkaji menyedari akan kepentingan reka bentuk kajian dalam penyelidikan ini kerana
menurut Mohammad Najib (1999) reka bentuk kajian merupakan keputusan pertama yang
diambil dalam menentukan metodologi kajian. Walau bagaimanapun, hakikatnya tiada reka
bentuk kajian yang sempurna tanpa ada kelemahan dan ketidakpastian atau kecacatan.
Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dengan teknik tinjauan. Menurut Lim Chong
Hin (2007), data kuantitatif terdiri daripada angka yang terhasil apabila pemboleh ubah
diminati pada setiap responden diukur menggunakan skala pengukuran yang bersesuaian
melalui instrumen memungut data.
INSTRUMEN KAJIAN
Mohammad Najib (2003) dalam memperincikan teknik pengutipan data tinjauan menyatakan
enam teknik yang boleh digunakan iaitu pemerhatian, temu bual, soal selidik, pengujian,
analisis dokemen, dan teknik tidak reaktif. Dalam kes ini, soal selidik digunakan terhadap tiga
kumpulan etnik iaitu etnik Melayu, Cina dan Orang Asli di kawasan luar bandar. Soal selidik
digunakan untuk menjawab kesemua soalan kajian. Instrumen ini ditabdir dengan dua cara,
iaitu (1) pengkaji terlibat secara langsung di lapangan untuk mentadbir soal selidik dan (2)
pengkaji mentadbir soal selidik dengan kerjasama guru sekolah yang terlibat.
RESPONDEN KAJIAN
Pemilihan teknik ini selaras dengan Creswell (2012) yang menyatakan bahawa teknik
pensampelan rawak berstrata berkadar digunakan kerana populasi yang tidak menunjukkan
keseimbangan ciri-ciri bagi sesuatu sampel. Untuk memastikan bilangan ahli bagi setiap
kumpulan etnik luar bandar ini mencukupi untuk dipilih sebagai sampel kajian, pengkaji
membuat pemilihan berdasarkan teknik rawak berstrata secara kuota. Berdasarkan
penyataan tersebut, pengkaji memilih 57% peratus sampel daripada etnik Melayu (246 orang),
20 peratus sampel daripada etnik Cina (86 orang), dan 23 peratus sampel daripada etnik
Orang Asli (97 orang).
Kajian ini melibatkan 429 orang responden. Kesemua responden adalah sebaya iaitu
murid tahun lima atau berumur 11 tahun. Kewajaran pemilihan ini adalah kerana pelajar-
pelajar ini sudah berada tempoh matang pada peringkat sekolah rendah berdasarkan tempoh
pembelajaran bahasanya di sekolah rendah sudah melebihi lima tahun. Kajian ini melibatkan
responden dari negeri Terengganu dan Kelantan. Pemilihan kawasan ini berdasarkan
persamaan budaya dan sosial bagi kedua-dua buah negeri ini.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 619
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Bentuk peratusan ini digunakan
untuk mendapatkan taburan data yang seragam. Chua Yan Piaw (2012) menyatakan
penghuraian ciri-ciri pemboleh ubah akan lebih bermakna dengan menggunakan peratusan.
Dapatan kajian ini akan dibincangkan berdasarkan objektif kajian yang ditetapkan.
Tanggapan Terhadap Bahasa Melayu
Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 197 (80.1%) responden etnik Melayu menyatakan
bahasa Melayu sangat penting dan 39 (15.8%) responden menyatakan bahasa Melayu
penting. Hanya 2 (0.8%) etnik Melayu menyatakan bahasa Melayu kurang penting. Walau
bagaimanapun, jumlah yang menyatakan bahasa Melayu tidak penting lebih banyak, iaitu 8
(3.3%) responden. Bagi etnik Cina pula, sebanyak 37 (43%) responden etnik Cina
menyatakan bahasa Melayu sangat penting dan 38 (44.2%) responden menyatakan bahasa
Melayu penting. 8 (9.3%) etnik Cina menyatakan bahasa Melayu kurang penting. Walau
bagaimanapun, jumlah yang menyatakan bahasa Melayu tidak penting adalah paling kurang,
iaitu 3 (3.5%) responden.
Bagi etnik Orang Asli pula, sebanyak 54 (55.7%) responden etnik Orang Asli
menyatakan bahasa Melayu sangat penting dan 34 (35%) responden menyatakan bahasa
Melayu penting. Tidak ada (0%) etnik Orang Asli yang menyatakan bahasa Melayu kurang
penting. Walau bagaimanapun, jumlah yang menyatakan bahasa Melayu tidak penting lebih
ramai daripada yang menyatakan kurang penting iaitu sebanyak 9 (9.3%) responden.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa hampir keseluruhan etnik Melayu, Cina, dan Orang
Asli iaitu 399 (93%) responden memberikan tanggapan yang positif terhadap bahasa Melayu.
Sikap Terhadap Bahasa Melayu
Dapatan kajian menunjukkan hampir keseluruhan iaitu 240 (97.6%) responden etnik Melayu
menyatakan suka akan bahasa Melayu kerana senang untuk dipelajari, 3 (1.2%) suka akan
bahasa Melayu kerana susah untuk dipelajari, 1 (0.4%) pula menyatakan tidak suka akan
bahasa Melayu kerana susah untuk dipelajari, dan bakinya, 2 (0.8%) menyatakan tidak suka
akan bahasa Melayu kerana senang untuk dipelajari. Bagi etnik Cina pula, 50 (58.1%)
menyatakan suka akan bahasa Melayu kerana senang untuk dipelajari, 13 (15.1%)
menyatakan suka akan bahasa Melayu kerana susah untuk dipelajari, 23 (26.7%) pula
menyatakan tidak suka akan bahasa Melayu kerana susah untuk dipelajari, dan tiada (0%)
menyatakan tidak suka akan bahasa Melayu kerana senang untuk dipelajari.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 620
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Dapatan kajian bagi etnik Orang Asli pula menunjukkan hampir keseluruhan iaitu 93 (95.9%)
menyatakan suka akan bahasa Melayu kerana senang untuk dipelajari, tiada (0%)
menyatakan suka akan bahasa Melayu kerana susah untuk dipelajari, 4 (4.1%) pula
menyatakan tidak suka akan bahasa Melayu kerana susah untuk dipelajari, dan tiada (0%)
menyatakan tidak suka akan bahasa Melayu kerana senang untuk dipelajari.
Amalan Penggunaan Bahasa Melayu
Analisis data yang dijalankan menunjukkan semua responden etnik Melayu iaitu sebanyak
246 orang (100%) menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa komunikasi dengan ahli
keluarga di rumah. Kecenderungan yang hampir sama ditunjukkan oleh etnik Cina dan Orang
Asli yang mana hanya seorang responden sahaja daripada etnik Cina (1.2%) menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di rumah dan bakinya, 85 orang (98.8%)
menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa komunikasi di rumah. Bagi etnik Orang Asli
pula, hanya seorang responden (1%) yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi di rumah bersama ahli keluarga dan bakinya 96 orang (99%) menggunakan
bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa komunikasi dengan ahli keluarga di rumah.
Bahasa komunikasi dengan kawan-kawan di sekolah juga menunjukkan pola yang
hampir sama dengan bahasa komunikasi di rumah bagi kebanyakan etnik, khususnya etnik
Melayu. Semua responden etnik Melayu (100%) menggunakan bahasa Melayu semasa
berkomunikasi dengan kawan-kawannya. Bagi etnik Cina pula, 82 orang (95.3%)
menggunakan bahasa Cina manakala bakinya empat orang (4.7%) menggunakan bahasa
Melayu. Pengaruh bahasa Melayu lebih ketara bagi etnik Orang Asli, bahasa komunikasi
dengan kawan-kawan di sekolah responden etnik ini menunjukkan 19 orang (19.6%)
menggunakan bahasa Melayu manakala bakinya 78 orang (80.4%) menggunakan bahasa
Orang Asli.
Pendorong Belajar Bahasa Melayu
80 (32.4%) responden etnik Melayu menyatakan pendorong motivasi belajar bahasa Melayu
datangnya daripada ibu bapa dan ahli keluarga, 156 (63%) menyatakannya daripada guru-
guru dan komuniti sekolah, 7 (2.8%) menyatakannya daripada kawan-kawan dan ahli
masyarakat, dan bakinya, 3 (1.2%) menyatakannya daripada sumber-sumber yang lain. Bagi
etnik Cina pula, 20 (23.3%) menyatakannya daripada ibu bapa dan ahli keluarga, 50 (58.1%)
menyatakannya daripada guru-guru dan komuniti sekolah, 12 (14%) menyatakannya daripada
rakan-rakan dan ahli masyarakat, dan bakinya, 4 (4.6%) daripada sumber-sumber yang
lain.Dapatan kajian bagi etnik Orang Asli pula, 6 (6.2%) menyatakannya daripada ibu bapa
dan ahli keluarga, 81 (83.5%) menyatakannya daripada guru-guru dan komuniti sekolah, 9
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 621
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
(9.3%) menyatakannya daripada rakan-rakan dan ahli masyarakat, dan bakinya, 1 (1%)
daripada sumber-sumber yang lain.
KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan ketiga-tiga objektif kajian di atas, pengkaji mendapati tanggapan, sikap
dan amalan terhadap bahasa Melayu bagi ketiga-tiga etnik yang dikaji menunjukkan pola yang
hampir sama, iaitu kecenderangan positif. Sebagai penutur natif, etnik Melayu menunjukkan
kecenderungan yang lebih positif berbanding etnik-etnik lain yang merupakan penutur bukan
natif bahasa Melayu. Secara keseluruhan, dapatan ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu
berpotensi untuk dikembangkan dalam kalangan etnik Melayu, Cina dan Orang Asli di
kawasan luar bandar di pantai timur. Institusi sekolah dan guru-guru memainkan peranan
yang penting untuk membangunkan perkembangan bahasa Melayu ini.
RUJUKAN
Ambridge, B. & Lieven, V.M. (2001). Child Language Acquication: Constrasting Theoretical
Approaches. Cambridge: Cambridge University Press.
Ammar Asyraf Mansor & Sa’adiah Ma’alip. (2020). Sikap bahasa terhadap bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar Melayu di Singapura. Jurnal Sarjana Wacana. Volume 4(2), Mac
2020: 1-17.
Chew Fong Peng. (2016). Masalah pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan murid Cina
sekolah rendah. Jurnal Pendidik Bahasa Melayu: 10-22.
Chew Fong Peng & Lee Tan Luck. (2009). Masalah pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan
pelajar Cina dan Melayu di Kuala Terengganu. 2 nd International Conference Issues in
Language Teaching and Learning amongst Non-Native Speaker: Language
Competence and Performance. 2-3 Disember, UiTM, Shah Alam.
Creswell, J. W. (2012). Education Research-Planning, Conducting and Evaluating
Quantitative and Qualitative Reseach. (2nd ed). London: Pearson Education
International.
Kridalaksana, H. (2001). Kamus Linguistik. Jakarta: PT. Gramedia Pustaka Utama.
Lim Chong Hin. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif.
Kuala Lumpur: McGraw Hill.
Mohammad Najib Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit UTM.
Mohd Asri Harun, Zulkifley Hamid & Kartini Abd. Wahab. (2017). Kajian perbandingan
sikap dan kecekapan komunikatif bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid Melayu
bandar dan luar bandar. Jurnal Melayu, Isu Khas: 289-303.
Mohd. Najib Abdul Ghafar. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai:
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 622
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Nor Hashimah Jalaluddin, Junaini Kasdan & Zaharani Ahmad. (2010). Sosiokognitif Pelajar
Remaja Terhadap Bahasa Melayu. GEMA Online Journal of Language Studies, Vol. 10,
No.3, 67-87.
Norizah Ardi. (2005). Sikap terhadap bahasa Melayu dan penggunaannya di kalangan pelajar
universiti di Selatan Thailand. Tesis Doktor Falsafah Universiti Malaya.
Zulkifley Hamid, Rahim Aman & Karim Harun. (2010). Sikap terhadap Bahasa Melayu: Satu
Kajian Kes di Pantai Timur Semenanjung. Jurnal Melayu, 5, 163-176.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 623
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
TAHAP PENERIMAAN JURNAL PEMBELAJARAN SECARA APLIKASI MUDAH ALIH
SEBAGAI PLATFORM UNTUK MEREKOD HASIL PEMBELAJARAN PELAJAR
Pajuzi Awang, PhD
1
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]
ABSTRAK
Pendidikan abad ke 21 memerlukan pensyarah dan pelajar memiliki pelbagai kemahiran untuk
menyesuaikan diri bagi mendepani masalah dan cabaran dalam era globalisasi termasuk
kemahiran ICT. Kemajuan pesat teknologi aplikasi mudah alih dan aplikasi web pada hari ini
telah memberi peluang kepada pendidik untuk menambah baik kaedah pengajaran selaras
dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Penggunaan jurnal
pembelajaran secara aplikasi mudah alih masih baharu dalam sistem pendidikan di Malaysia.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penerimaan pelajar PISMP terhadap
penggunaan jurnal pembelajaran sebagai platform untuk merekod hasil pembelajaran pelajar.
Model yang digunakan dalam kajian ini ialah Model Penerimaan Teknologi (Technology
Acceptance Model). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui penggunaan soal
selidik dan kualitatif melalui temubual secara semi berstruktur. Responden terdiri daripada 40
orang pelajar PISMP Ambilan Jun 2020 yang terlibat dalam menjawab soal selidik dan 6 orang
pelajar dipilih untuk temubual secara semi berstruktur. Data dianalisis secara statistik
deskriptif dan statistik inferensi berbantukan perisian Statistical Package for Social Sciences
(SPSS) Versi 26. Dapatan kajain dikategorikan kepada 4 aspek berdasarkan Model
Penerimaan Teknologi iaitu keseronokan, kebergunaan, kemudahgunaan dan sikap. Bagi
aspek keseronakan nilai min yang diperolehi ialah 4.70, kebergunaan ialah 4.65,
kemudahgunaan 4.75 dan sikap ialah 4.80. Dapatan bagi temubual berstruktur menunjukkan
bahawa pelajar amat tertarik dan berpuas hati dengan penggunaan jurnal pembelajaran
secara aplikasi mudah alih dan menyokong dapatan kajian secara kuantitatif.
Keseluruhannya, keputusan telah menunjukkan bahawa jurnal pembelajaran menggunakan
platform seesaw adalah berkesan untuk menggalakkan pembelajaran aktif pelajar. Pengkaji
mencadangkan supaya jurnal pembelajaran digunakan sebagai alternatif dalam
mempelbagaikan strategi PdP dan sebagai aktiviti dalam interaksi bukan bersemuka di
Institut Pendidikan Guru.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 624
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kata kunci: jurnal pembelajaran, model penerimaan teknologi, aplikasi mudah alih, platform
seesaw.
PENDAHULUAN
Perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Information and Communication
Technology (ICT) pada masa kini telah banyak membawa perubahan dalam sistem
pendidikan di seluruh dunia selaras dengan pembelajaran abad ke-21 dan Revolusi Industri
4.0. Menurut Mohd Nazri (2017) terdapat beberapa penemuan dan pembangunan teknologi
yang melibatkan multimedia dan komunikasi pada tahun 2016 secara langsung
mempengaruhi aktiviti harian masyarakat hari ini. Sembilan tonggak Revolusi Industri 4.0
adalah simulasi dan relaiti maya, integrasi sistem menegak dan melintang, industri internet-
of-thing (IoT), keselamatan siber, pengkomputeran awan, pembuatan bahan tambahan,
rantaian bekalan, analisis data raya dan robot automasi (Graham, 2018). Kesemua teknologi
ini juga mempengaruhi corak dan gaya pembelajaran pelajar pada hari ini. Setiap hari
pelbagai aplikasi baharu dihasilkan oleh pembangun perisian di seluruh dunia yang
melibatkan kegunaan peribadi, pengurusan, pentadbiran dan pendidikan. Bagi memastikan
generasi Y dan generasi Z yang sangat peka terhadap perubahan teknologi dan komunikasi,
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
dalam menyediakan pelajar untuk lanskap baharu pendidikan tinggi dan peluang masa
hadapan (Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2016). Kementerian
Pendidikan Malaysia amat prihatin tentang keperluan ICT dalam pendidikan masa kini.
Hakikatnya pelajar kita lebih ke hadapan dalam penggunaan ICT ini dimana beberapa bahan
sokongan pembelajaran telah di muat naik dalam Persekitaran Pembelajaran Maya atau
Virtual Leraning Environment (VLE) untuk kegunaan pelajar.
SOROTAN LITERATUR
Pengisytiharan situasi pandemik akibat penularan sejenis virus Covid-19 oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), telah memberi kesan langsung terhadap semua sektor
termasuklah sektor pendidikan di negara kita. Justeru itu semua sekolah, institusi pendidikan
tinggi termasuk IPTA/IPTS dan IPG tidak dapat beroperasi secara biasa. Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat akses kepada
pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan. Oleh itu,
murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat hadir
ke sekolah. Malaysia mengambil langkah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dimana rakyat dinasihatkan untuk terus kekal di rumah atau bekerja dari rumah (Work From
Home). Situasi ini telah banyak mengubah lanskap kehidupan setiap individu di dunia pada
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 625
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
hari ini. Justeru itu Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan Manual
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Versi 2 (2021) untuk membantu guru
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai alternatif
pembelajaran norma baharu. Manual ini juga sebagai rujukan untuk pentadbir sekolah,
pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta
Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pelbagai alat pembelajaran digital
digunakan oleh guru dan pensyarah bagi memboleh PdPR dilaksanakan dengan baik dan
berkesan. Pembelajaran berasaskan internet dikenali dalam pelbagai nama seperti Open and
Distance Learning (ODL), Massive Open Online Course (MOOC) dan e-learning telah menjadi
popular dalam kalangan warga pendidik (Mohamad Amin, 2016). Namun perkembangan
teknologi mudah alih berasaskan telefon pintar (smartphone) telah merubah lanskap
penggunaan e-pembelajaran berasaskan internet kepada pembelajaran berasaskan mobile
atau lebih dikenali sebagai m-pembelajaran (m-learning). Menurut Cheung et. al. (2011), m-
pembelajaran bermaksud pembelajaran yang dipertingkatkan dengan penggunaan alat
mudah alih dan komunikasi mudah alih yang boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila
masa sahaja serta semua kandungan pembelajaran dan bahan-bahan sokongan
pembelajaran boleh diwujudkan melalui penggunaan alat mudah alih berkenaan.
Perkembangan teknologi 4G dan 5G juga mencetuskan pembangunan inovasi kepada
bidang pendidikan dimana teknologi ini boleh dimanfaatkan untuk pembelajaraan secara jarak
jauh berasaskan web dan aplikasi mudah alih. Penggunaan istilah pembelajaran mudah alih
atau m-pembelajaran telah muncul dalam sistem pendidikan di negara kita. Menurut Hayes,
Joyce dan Pathak (2004), m-pembelajaran merujuk kepada penggunaan peranti mudah alih
dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala ramai beranggapan bahawa m-pembelajaran
adalah lanjutan kepada e-pembelajaran dan merupakan satu pendekatan baharu dalam e-
pembelajaran (Caudill, 2007). Melalui penggunaan m-pembelajaran dalam dunia pendidikan
hari ini, sesiapa sahaja dapat mengakses maklumat dari mana-mana dan pada bila-bila masa.
Kajian awal telah menunjukkan bahawa m-pembelajaran mempunyai potensi untuk
meningkatkan interaksi pelajar dalam pembelajaran (Neyema et al, 2012), menawarkan lebih
banyak fleksibiliti dan akses yang lebih luas kepada bahan pembelajaran dan menggalakkan
pembelajaran aktif pelajar (Aubusson et al., 2009). Kemajuan teknologi telefon pintar yang
berteraskan pelantar Android dan iOS telah menjadikan alat komunikasi ini satu keperluan
kepada pelajar di pusat pengajian tinggi (Rodrigues et al, 2015). Pembangunan aplikasi
mudah alih dilihat semakin bertambah dari semasa ke semasa dan mempunyai potensi untuk
diaplikasikan dalam bidang pendidikan terutamanya dalam pendidikan guru pada masa kini.
Penggunaan aplikasi jurnal pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran oleh pelajar
di Institut Pendidikan Guru merupakan perkara baharu yang perlu diterokai oleh semua tenaga
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 626
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pengajar dalam meningkatkan kualiti PdP dan sebagai satu cara untuk kekal dan berdaya
saing dalam dunia global ada masa akan datang (Pavlik, 2015).
PERNYATAAN MASALAH
Ramai tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru melaksanakan beberapa aktiviti dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka di dalam bilik kuliah tetapi aktiviti yang
dilaksanakan tidak direkodkan atau didokumentasikan supaya ianya boleh menjadi rujukan
semula kepada pelajar selepas pengajaran dan pembelajaran berkenaan. Dalam
Pembelajaran Abad ke-21, semua aktiviti pelajar dalam kelas perlu direkodkan supaya boleh
menjadi rujukan kepada pelajar dan tenaga pengajar pada masa akan datang. Justeru itu bagi
memastikan semua aktiviti PdP direkodkan, satu alternatif kepada tenaga pengajar dan
pelajar untuk menyimpan semua aktiviti PdP mereka perlu diwujudkan. Alternatif yang
sepatutnya diwujudkan dalam membantu pelajar merekodkan aktiviti mereka ialah melalui
aplikasi jurnal pembelajaran. Jurnal pembelajaran ini bukan sahaja membantu pelajar dalam
menyimpan hasil kerja mereka tetapi juga boleh digunakan untuk berkomunikasi antara
pelajar dengan tenaga pengajar dan sebagai tempat perkongsian sumber pembelajaran.
OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan pernyataan masalah yang telah dikenalpasti di atas, maka objektif kajian yang
ditimbulkan adalah untuk mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap aplikasi jurnal
pembelajaran secara aplikasi mudah alih berdasarkan 4 aspek dalam Model Penerimaan
Teknologi iaitu keseronokan, kebergunaan, kemudahgunaan dan sikap.
METODOLOGI KAJIAN
Dalam metodologi kajian ini beberapa perkara yang dibincangkan ialah termasuk populasi
dan sampel kajian, instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan dan analisis data.
Terdapat pelbagai model yang boleh diguna pakai dalam sesuatu kajian. Antaranya ialah
Model ASSURE, Model Orientasi Produk, Model Reka Bentuk Pengajaran Dick dan Carrey
dan Model ADDIE adalah di antara contoh model yang boleh diaplikasikan dalam
pembangunan sesuatu aplikasi. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih dan
mengadaptasikan model reka bentuk ADDIE sebagai panduan bagi memastikan proses
pembangunan berjalan secara sistematik dan terarah. Model ADDIE dipilih kerana ia adalah
antara model reka bentuk instruksional yang menjadi asas kepada model-model reka bentuk
instruksi yang lain (Jamaluddin & Zaidatun, 2003). ADDIE adalah singkatan daripada Analysis
(analisis), Design (reka bentuk), Development (pembangunan), Implementation
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 627
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
(perlaksanaan) dan Evaluation (penilaian). Setiap fasa yang terlibat dalam model ADDIE
mempunyai langkah dan prosedur tertentu. Analisis pada peringkat pertama melibatkan
analisis keperluan, analisis konteks dan kandungan dan analisis strategi pembelajaran. Hasil
output bagi fasa analisis dijadikan input dalam fasa reka bentuk m-kandungan yang
dibangunkan (Aliff Nawi et al, 2014).
Kajian ini menggunakan Model Penerimaan Tekologi (TAM) sebagai model asas. Ini
sejajar dengan pendapat Lu et al. (2003) bahawa model penerimaan teknologi (TAM) sering
digunakan bagi menjelaskan mengenai penerimaan teknologi dan sistem maklumat. Malah,
Davis (1989) telah mengemukakan idea mengenai TAM untuk menerangkan penerimaan
pengguna terhadap teknologi komputer yang berdasarkan justifikasi teori yang jelas. Davis
(1989) turut menjelaskan lagi bahawa model TAM secara asasnya terdiri daripada dua
konstruk yang utama, iaitu tanggapan kebergunaan dan tanggapan mudah guna. Tanggapan
kebergunaan ini merujuk kepada pengguna percaya bahawa dengan menggunakan teknologi
atau sistem tersebut akan dapat meningkatkan prestasi kerja. Sementara tanggapan mudah
guna merujuk kepada pengguna percaya bahawa teknologi atau sistem tersebut mudah
digunakan dan bebas daripada masalah.
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi dan sampel kajian ini adalah terdiri daripada 40 orang pelajar yang sedang
mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail. Seramai 40 orang pelajar adalalah terdiri daripada 7 orang
pelajar lelaki dan 33 orang pelajar perempuan telah dipilih mengikut prosedur persampelan
bertujuan. Sebelum pelajar ini dipilih mereka telah diberi penerangan dan mendaftar sebagai
pengguna jurnal pembelajaran secara aplikasi mudah alih melalui telefon pintar masing-
masing. Data kajian yang diperoleh daripada temu bual terhadap enam orang responden
dilabelkan sebagai R1, R2, R3, R4, R5 dan R6.
Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan soal selidik yang direka bentuk bagi
memenuhi objektif utama kajian. Soal selidik dalam kajian ini adalah adaptasi dan
pengubahsuaian soal selidik dalam kajian oleh Melvina (2021). Dalam kajian ini, soal selidik
terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A mengandungi maklumat demografi responden
manakala bahagian B mengandungi 20 item mengenai empat aspek dalam Model
Penerimaan Teknologi (TAM) iaitu keseronakan terhadap penggunaan jurnal pembelajaran,
kebergunaan jurnal pembelajaran secara aplikasi mudah alih, kemudahgunaan jurnal
pembelajaran dan sikap pelajar terhadap penggunaan jurnal pembelajaran. Dalam kajian ini,
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 628
Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pengkaji telah membuat analisis ke atas skor min berdasarkan petunjuk interpretasi skor min
yang dicadangkan oleh Nunnally (1994). Terdapat empat tahap persetujuan pelajar dalam
penilaian ini berdasarkan nilai skor min iaitu tahap rendah (1.00-1.99), sederhana rendah
(2.00-2.99), sederhana tinggi (3.00-3.99) dan tinggi (4.00-5.00).
Kesahan dan Kebolehpercayaan
Dalam kajian ini, pengkaji menjalankan kajian rintis yang bertujuan untuk mendapatkan
maklumat awal berhubung kesahan dan keboleh percayaan instrumen yang dibina. Item-item
ini dalam soal selidik telah diuji bagi memastikan sama ada terdapat kekeliruan, kesukaran
menjawab, ketidakjelasan, salah faham, dan lain-lain interpretasi yang tidak jelas. Analisis
kebolehpercayaan instrumen kajian ini menunjukkan nilai Cronbach Alpha 0.84. Nilai di atas
0.80 mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi (Chua, 2011). Untuk memastikan kesahan
dan kebolehpercayaan item soal selidik dibina, pensyarah pakar dan berpengalaman telah
dirujuk untuk memberi maklum balas kepada kandungan soal selidik.
Analisis Data
Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan statistik deskriptif bagi menjawab soalan-
soalan kajian. Data daripada borang soal selidik akan dianalisis menggunakan program
SPSS for windows version 26 untuk mendapatkan skor min dan sisihan piawai bagi setiap
item kajian. Data kajian diwakilkan dalam bentuk jadual serta dibuat tafsiran umum tentang
dapatan kajian.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Jurnal Pembelajaran Secara Aplikasi Mudah Alih Melalui Platform Seesaw
Terdapat enam filtur yang boleh digunakan oleh pelajar dalam merekodkan aktiviti PdP
melalui penggunaan jurnal pembelajaran ini seperti photo, video, note, drawing, upload dan
link. Gambaran antara muka dan aktiviti jurnal pembelajaran secara aplikasi mudah alih dalam
bentuk grafik menggunakan platform Seesaw melalui telefon pintar adalah seperti ditunjukkan
melalui Rajah 1 di bawah.
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 629