The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasaidi.hassan, 2021-09-19 00:57:19

e Prosiding Serai 2021 final

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KESIMPULAN

Kesimpulannya, semua pihak bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi

menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi yang lebih berkualiti dan insan pada masa
hadapan juga langkah drastik daripada semua pihak patut laksanakan. Tindakan daripada

satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama berganding bahu untuk
menangani masalah ini.


BIBLIOGRAFI

Bandura, A. (1977). Social learning theory. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall

Eastman, G., Cooney, S. M., O’Connor, C., & Small, S. A. (2007). Finding effective solutions
to truancy. Research To Practice Series, 5, 1–15.

Gabb, S. (1994). Truancy: Its measurement and causation: A brief review of the literature. The
report of the North London truancy unit (reproduced with permission from the Crown).
London: Her Majesty’s Stationery Office.

Hunt, M. K., & Hopko, D. R. (2009). Predicting high school truancy among students in the
Appalachian South. Journal of Primary Prevention, 30(5), 549–567.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (1994). Panduan bagi mengatasi masalah ponteng
di sekolah. Kuala Lumpur: Unit Disiplin, Bahagian Sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2004). Laporan jawatankuasa menangani isu
budaya negatif di kalangan murid sekolah. Kuala Lumpur: Author.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) (2005). Rancangan Malaysia Ke-9: Pelan induk
pembangunan pendidikan 2006–2010. Kuala Lumpur: Author. Arsaythamby Veloo and
Ng Chooi Kim.

Lloyd, N. N. (2006). Pupil disaffection in areas of socio-economic disadvantage: Implications
for effective school leadership. Management in Education, 20(5), 23– 31.
Malcolm, H., Wilson, V., & Davidson, J. (2002). Out-of-school care. Glasgow: Scottish
Research in Education Centre, University of Glasgow.
Ng, K. G. (2005). Hubungan antara punca-punca ponteng dengan tahap ponteng sekolah di
kalangan pelajar tingkatan 4 Bahagian Pendalaman Sabah. Unpublished master’s
thesis, Universiti Malaysia Sabah.

Wan Norasiah Wan Ismail. (2003). Akhlak Remaja di Felda Ulu Belitong. Unpublished
master’s thesis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Zhang, M. (2007). School absenteeism and the implimentation of truancy-related penalty
notices. Pastoral Care in Education: An International Journal for Pastoral Care &
Personal-Social Education, 25(4), 25–34.












e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 730

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGAPLIKASIAN QIRAAT HAFS AN ‘ASIM: KAJIAN TERHADAP SISWA GURU
PENDIDIKAN ISLAM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL

Mohammad Shauqee bin Abd Aziz, Mohd Asri bin Che Ibrahim, Phd

Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian Islam dan Moral
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]


ABSTRAK


Bidang al-Quran merupakan sebahagian daripada mata pelajaran Pendidikan Islam yang
wajib dipelajari sama ada di sekolah Rendah atau Menengah di seluruh Malaysia. Untuk

mengajar bidang al-Quran supaya lebih berkesan seseorang guru mestilah menguasai ilmu
tajwid dan ilmu qira’at. Di Malaysia, qira’at yang diamalkan ialah qira’at Hafs an ‘Asim. Kajian
ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah penguasaan dan pengaplikasian qira’at Hafs an

‘Asim dalam kalangan siswa guru Pendidikan Islam IPGKDRI. Untuk itu, pengkaji telah
menjadikan siswa guru Pendidikan Islam semester 8 sebagai responden kajian kerana

mereka telah mengikuti kursus Pengajian Tarannum dan Qiraat (PIM1044) dan kursus elektif
Tilawah dan Tahsin al-Quran (TTQK3013). Kajian ini berbentuk kualitatif dengan
menggunakan instrumen temubual, pemerhatian dan analiisis dokumen. Temubual dilakukan

secara struktur dan separa struktur. Hasil kajian mendapati penguasaan siswa guru tentang
ilmu qira’at Hafs an ‘Asim berada pada tahap baik kerana responden dapat menjawab soalan

tetapi tidak secara mendalam. Dapatan kajian bagi pengaplikasian pula berada pada tahap
amat baik kerana responden dapat membaca setiap ayat yang diberikan dengan tepat dan
menghuraikan bagaimana cara bacaannya. Implikasi kajian ini dapat memberi maklumat

kepada pihak berwajib dalam menambahbaik Amalan profesionalisme Perguruan di Institut
Pendidikan Guru di seluruh Malaysia.



Kata kunci: Penguasaan, Aplikasi, Qiraat, Hafs an ‘Asim, Siswa guru


PENGENALAN


Menurut (Daud, 2013) Al-Quran diturunkan kepada nabi Muhammad SAW melalui dua
peringkat. Peringkat pertama, Al-Quran yang tercatat pada al-Luh al-Mahfuz itu diturunkan
kepada Bayt al ‘izzah di langit pertama pada malam lailatul qadar dengan sekaligus. Peringkat

kedua pula Al-Quran yang disimpan pada Bayt al ‘izzah itu pula disampaikan kepada
Rasulullah SAW secara beransur-ansur melalui malaikat Jibril a.s sempena peristiwa dan

keadaan yang berlaku. Proses penurunan Al-Quran di peringkat ini mengambil masa lebih


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 731

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kurang 23 tahun iaitu 13 tahun di Mekah dan sepuluh tahun di Madinah. Hal demikian adalah
untuk memudahkan hafalan dan amalan selain menunjukkan bahawa Al-Quran itu bukanlah

ciptaan dari buatan manusia.

Disebabkan Islam tersebar dengan luasnya sehingga menjangkau ke kawasan yang

lain maka terjadi beberapa keadaan di mana terdapat sebahagian ayat Al-Quran yang dibaca
dengan gaya yang berbeza disebabkan perbezaan lahjah. Perkara ini juga sudah terjadi pada
zaman Rasulullah di mana Umar al Khattab dan Hisyam bin Hakim mempersembahkan

bacaan mereka kepada Rasulullah untuk baginda tentukan jawapan mengenai khilaf bacaan.
Namun Rasulullah mengiktiraf kedua-dua bacaan mereka. Ini bermakna kekhilafan dalam
bacaan Al-Quran itu adalah perkara yang dibolehkan oleh Rasulullah dengan syarat-syarat

tertentu. Atas sebab inilah munculnya ilmu qiraat. Antara tokoh ilmu qiraat yang terkenal ialah
Imam As-Syatibi dan juga Imam Ibnu Al-Jazari. Qiraat yang digunakan oleh penduduk
Malaysia dalam bacaan Al-Quran sejak dahulu ialah qiraat Hafs an ‘Asim.



PERNYATAAN MASALAH


Bagi siswa guru major Pendidikan Islam mereka telah mempelajari bidang Al-Quran sejak dari
bangku sekolah rendah sehingga ke bangku pengajian tinggi iaitu semasa di Institut
Pendidikan Guru (IPG). Semasa di IPG terdapat beberapa kursus berkaitan bidang al-quran

yang disediakan untuk siswa guru major Pendidikan Islam. Antara kursus tersebut ialah
Pengajian Tarannum dan Qiraat, Pengajian Tafsir Al-Quran dan Ulum Hadis serta Tarannum

dan hafazan Al-Quran. Jadi, adakah sepanjang pengajian dalam bidang Al-Quran tersebut
siswa guru Pendidikan Islam mengetahui qiraat yang dibaca sepanjang hari. Adakah siswa
guru faham dan mengikut kaedah yang tepat dalam pembacaan Al-Quran menerusi qiraat

tersebut. Seterusnya, adakah siswa guru Pendidikan Islam mengamalkan apa yang telah
dipelajari pada kursus Tarannum dan Qiraat sebelum ini pada Program Percubaan Ijazah
Sarjana Muda (PPISMP) semester dua dan kursus Tilawah dan tahsin al-Quran bagi kursus

elektif.

Di Malaysia, Dokumen Standard Kurikulum Pentaksian (DSKP) untuk subjek

Pendidikan Islam bagi sekolah rendah telah memeruntukkan sebanyak tiga masa setiap
minggu untuk bidang Al-Quran dan peruntukan tersebut tidak termasuk tasmik. Ini bermakna
bidang qiraat Hafs an ‘Asim amat penting untuk dikuasai oleh siswa guru Pendidikan Islam
untuk memastikan pelajar dapat membaca Al-Quran mengikut kaedah qiraat Hafs an ‘Asim

dengan betul.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 732

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui dan meneliti dengan lebih jelas

akan pengaplikasian qiraat Hafs an ‘Asim dalam kalangan siswa guru major Pendidikan Islam
yang di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail. Oleh itu, terdapat beberapa

sub-objektif yang telah dipecahkan untuk memudahkan kajian. Antara objektif tersebut ialah:

1. Untuk mengkaji tahap penguasaan qiraat Hafs an ‘Asim dalam kalangan siswa guru
pendidikan Islam di IPG KDRI.

2. Untuk mengkaji pengaplikasian bacaan qiraat Hafs an ‘Asim oleh siswa guru
pendidikan Islam semasa di IPG KDRI



SOALAN KAJIAN

Berdasarkan penyataan masalah kajian yang telah dikemukakan sebelum ini, penyelidik

berharap soalan-soalan berkaitan pemboleh ubah yang dikaji bakal dijawab. Antara soalan
tersebut ialah:


1. Sejauh manakah penguasaan siswa guru Pendidikan Islam IPG KDRI tentang
bacaan qiraat Hafs an ‘Asim?
2. Sejauh manakah pengaplikasian siswa guru dalam bacaan qiraat Hafs an ‘Asim?



METODOLOGI KAJIAN


Reka Bentuk Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kajian berbentuk kualitatif. Reka bentuk kajian
kualitatif digunakan oleh pengkaji kerana kaedah ini lebih bersesuaian dengan kajian yang

berkaitan dengan Sains Sosial. Menurut Denzin & Lincoln (1998) melalui Hasuria, Rokiah,
Syed Zainal dan Noriah (2009) kajian kualitatif dapat memberikan pengkaji dapatan secara

semula jadi, memahami keadaan sebenar dan dapat menafsir sesuatu fenomena yang
ditunjukkan oleh subjek.

Persampelan


Dalam pemilihan sampel, pengkaji telah memilih sampel dalam kalangan siswa guru PISMP
Pendidikan Islam daripada semester 8 yang telah menjalani kursus PIM1044 (Pengajian
Tarannum dan Qiraat) dan elektif TTQK3013 (Tilawah dan Tilawah al-Quran). Hanya empat

orang siswa guru yang dipilih dalam kajian ini dan keempat-empat siswa guru ini telah
mendapat gred A dalam kursus-kursus tersebut. Hal ini adalah kerana mereka ialah siswa




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 733

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

guru yang akan menamatkan pengajian di IPG dan telah mengikuti kursus-kursus tersebut
untuk pengkaji mendapatkan data secara maksimum.


Instrumen

Bagi instrumen kajian, pengkaji telah memilih untuk menggunakan temu bual dan
pemerhatian sebagai instrumen yang akan digunakan untuk mengumpul data-data daripada

sampel.




Kesahan dan kebolehpercayaan

Kesahan dan kebolehpercayaan memainkan peranan penting dalam konteks pengukuran dan
teknik-teknik pengumpulan data. Daripada segi saintifik, ukuran bagi konsep dianggap

sebagai ukuran yang sahih apabila ia berjaya mengukur konsep itu. (Azizi Yahaya, 2006)

Dalam memperkukuhkan kesahan kajian, pengkaji telah merujuk instrumen seperti

temubual dan pemerhatian kepada pakar. Bagi mengelakkan kebolehpercayaan
dipersoalkan, terdapat beberapa langkah yang telah dilakukan untuk meningkatkan
kebolehpercayaan. Antara kaedah kesahan dan kebolehpercayaan yang diambil oleh

pengkaji adalah transkrip temubual dan mendapatkan pengesahan pakar.


DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Bagi menjawab kajian ini, pengkaji telah menggunakan instrumen temubual dan pemerhatian.
Temubual dan pemerhatian yang dijalankan telah dilaksanakan kepada empat orang
responden daripada siswa guru semester 8 yang telah mengikuti kursus PIM1044 (Pengajian

Tarannum dan Qiraat) dan mengambil elektif TTQK3013 (Tilawah dan Tilawah al-Quran).



Persoalan 1: Sejauh manakah penguasaan qiraat Hafs an ‘Asim siswa guru Pendidikan
Islam IPGKDRI

Hasil daripada analisis data mendapati bahawa tahap penguasaan responden berada dalam

keadaan yang baik. Responden dapat memberitahu secara umum tentang pengertian qiraat
dan hal-hal berkaitan qiraat Hafs an ‘Asim. Perkara ini dibuktikan dengan responden dapat

menerangkan beberapa pengertian qiraat seperti menyatakan qiraat ini merupakan ilmu yang
membuatkan kita membaca al-Quran mengikut imam sehingga sampai sanad ke Rasulullah.
Abd Fathah (2003) menyatakan bahawa qiraat ini merupakan satu ilmu yang membahaskan






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 734

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

tentang cara menyebut kalimah-kalimah al-Quran dan jalan menunaikannya dari segi
persamaan dan perselisihan serta menyandar setiap bentuk bacaan.


Oleh itu, responden telah menunjukkan bahawa mereka memahami pengertian qiraat
secara dasarnya. Malah mereka juga dapat memberikan contoh imam-imam qiraat yang lain

mengikut kitab Taqribul Ma’ani karangan Imam Syatibi Ketika sesi temubual. Ini membuktikan
pembelajaran ketika semester dua ketika kursus Pengajian Tarannum dan Qiraat secara teori
dan amali memberikan kelebihan kepada responden.


Berdasarkan kepada dapatan kajian, penguasaan responden adalah berkisar kepada
pengertian dan perkara-perkara berkaitan dengan qiraat Hafs an ‘Asim seperti asal-usul,
keistimewaan qiraat Hafs berbanding qiraat yang lain dan sebagainya. Di dalam hal ini,

responden telah menyatakan dengan baik tentang mengapakah qiraat ini diguna pakai
dengan secara meluas di dunia. Secara umumnya responden menyatakan bahawa faktor

yang menyebabkan qiraat ini berkembang secara meluas adalah disebabkan qiraat ini selari
dengan penulisan al-Quran resm Uthmani.

Bertepatan dengan perkara ini, menurut Maznah (2007) Rasm Uthmani adalah al-

Quran yang disepakati dan diterima umum sebagai yang paling sahih. Mashaf al-Quran
mengikut Rasm ini ditulis sesuai dengan bacaan Hafs ‘an ‘Asim. Lebih 85% umat Islam di
seluruh dunia membaca al-Quran Hafs ‘an ‘Asim. Al-Quran sejak dari zaman Sayyidina

Uthman bin ‘Affan r.a. walaupun terdapat banyak lagi faktor yang menjadikan qiraat ini banyak
diamalkan di dunia tetapi responden hanya menekankan mengenai perkara ini sahaja

bersesuaian dengan apa yang telah mereka pelajari.

Berdasarkan kepada dapatan kajian, responden juga mengetahui apa yang
dimaksudkan dengan ayat-ayat khusus qiraat Hafs an ‘Asim. Malah mereka juga mampu

menyatakan sekurang-kurangnya tiga contoh. Responden kedua agak keliru dengan istilah
ayat-ayat khusus namun setelah diberikan contoh, responden 2 dapat memberikan contoh
lain dengan betul. Istilah lain yang digunakan bagi ayat-ayat ini ialah ayat gharib yang

bermaksud pelik atau ganjil. Sebenarnya bacaan gharib tidak wujud dalam mana-mana
riwayat qiraat sama ada mutawatir atau pun masyhur tetapi istilah ini hanyalah sekadar untuk
menunjukkan kaedah bacaan yang berlainan daripada kaedah biasa.



Persoalan 2: Sejauh manakah Pengaplikasian Qiraat Hafs An ‘Asim Siswa Guru

Pendididkan Islam IPGKDRI

Dapatan kajian menyentuh tentang aspek konsep-konsep dan cara bacaan bagi setiap hukum
yang ditentukan oleh pengkaji menunjukkan responden mempunyai pengetahuan yang baik



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 735

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

untuk mengaplikasikan qiraat Hafs an ‘Asim dalam bacaan mereka. Perbezaan antara setiap
hukum yang dijelaskan oleh responden menunjukkan mereka dapat membezakan setiap

hukum tersebut. Dari segi penggunaan istilah untuk setiap hukum yang telah di senaraikan
oleh pengkaji menunjukkan terdapat responden yang masih keliru tentang istilah yang
digunakan bagi hukum tersebut tetapi responden berjaya untuk membaca ayat tersebut

dengan betul.

Berdasarkan dapatan kajian juga, didapati dua responden yang mengaplikasi bacaan al-

Quran mengikut turutan dari surah yang pertama hingga surah yang terakhir untuk setiap hari
lebih mahir dan yakin tentang hukum berkaitan ayat-ayat khusus qiraat Hafs an ‘Asim
berbanding dua responden yang setiap hari membaca al-Quran mengikut surah-surah pilihan.

Perkara ini dibuktikan apabila responden tersebut terlepas pandang tentang hukum bacaan
tashil ketika membaca potongan ayat dan mereka juga mengakui bahawa mereka juga sering
terlepas pandang hukum bacaan ayat tersebut. Hal ini juga disebabkan hukum seperti tashil

dan naqal ini tidak mempunyai tanda yang khusus untuk menunjukkan hukumnya, berbeza
dengan hukum imalah dan isymam yang mempunyai tanda yang khusus di dalam rasm

Uthmani.

Dalam dapatan kajian ini juga mendapati elektif Tilawah dan Tahsin al-Quran banyak
membantu responden dalam menjawab soalan daripada pengkaji berkaitan ayat khusus

qiraat Hafs an “Asim. Perkara Ini juga membuktikan betapa penting bagi seseorang siswa
guru Pendidikan Islam untuk mengambil kursus elektif ini ketika berada di IPG. Jadi, siswa
guru tidak boleh menganggap mereka tidak perlu mengambil kursus ini kerana mereka fikir

mereka sudah mahir dalam membaca al-Quran. Menurut Hazwan (2016) terdapat segelintir
umat Islam di Malaysia khususnya, kurang memberi perhatian terhadap penguasaan bacaan

al-Quran kerana ada dalam kalangan mereka berfikir apabila sudah boleh membaca al-Quran,
ianya sudah cukup dan memadai. Begitu juga di kalangan pelajar yang sudah mahir membaca
al-Quran, ada di antaranya tidak meneruskan lagi ke peringkat yang seterusnya kerana

beranggapan kemahiran yang ada sudah cukup.


KESIMPULAN


Hasil temubual dan pemerhatian yang dijalankan mendapati penguasaan siswa guru tentang
qiraat Hafs an ‘Asim adalah secara umum dan responden banyak mengetahui tentang qiraat
Hafs an ‘Asim ketika mengikuti kursus Pengajian Tarannum dan Qiraat dan juga kursus

Tilawah dan Tahsin al-Quran. Responden masih memerlukan ulangkaji untuk dapat
menceritakan dengan cemerlang tentang perkara ini. Sebahagian istilah-istilah yang

digunakan juga menyebabkan responden keliru. Walaupun begitu, dari segi bacaan ayat-ayat


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 736

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

mengikut qiraat Hafs an ‘Asim responden adalah amat baik dan hanya terdapat beberapa ayat
yang membuat responden terlepas pandang. Perkara ini dapat diatasi sekiranya ayat tersebut

sering dibaca untuk memudahkan proses mengingat dan sebagainya.



CADANGAN

Pengkaji mengemukakan beberapa cadangan dalam kajian ini bagi membantu semua pihak
dalam mempertingkatkan dan memantapkan pengaplikasian qiraat Hafs an ‘Asim selaras

dengan kepentingannya ketika membaca dan mengajarkan al-Quran. Secara umumnya,
beberapa cadangan berikut disarankan bagi memantapkan pengaplikasian qiraat Hafs an
‘Asim siswa guru IPGM. Hasil daripada kajian ini juga memberikan gambaran awal berkenaan

dengan pengaplikasian qiraat Hafs an ‘Asim siswa guru terutamanya dari segi penguasaan
dan amali. Walaupun begitu, pemilihan reka bentuk kajian dan bilangan sampel serta kaedah

pemerolehan data telah menghadkan batasan kajian.

Beberapa kajian lanjutan perlu dikemukan agar dapat memperkemaskan kajian yang
ada. Antara kajian yang dicadangkan adalah kajian ini dilakukan dalam bentuk kualitatif yang

berbentuk kajian kes dengan menggunakan kaedah temubual sebagai cara mendapatkan
data. Cadangan pengkaji adalah kajian tinjauan dilakukan dapat dilaksanakan bagi melihat
dengan luas tentang pengaplikasian qiraat Hafs an ‘Asim dalam bacaan siswa guru.

Seterusnya dapat melihat penguasaan siswa guru secara menyeluruh dalam
mengaplikasikannya.

Seterusnya, kajian ini boleh menggunakan responden yang lebih luas sepeti

mengambil kira responden yang tidak mengambil kursus Tilawah dan Tahsin al-Quran.
Dengan berbuat demikian, pengkaji dapat melihat perbezaan jawapan yang diberikan oleh

siswa guru yang tidak mengambil kursus tersebut.

Selain itu, cadangan yang seterusnya ialah untuk memberikan fokus terhadap ayat-
ayat khusus qiraat Hafs an ‘Asim. Melihat kepada cara berbeza untuk membaca ayat-ayat ini

berbanding ayat yang lain, pengkaji akan dapat respon yang lebih banyak berkaitan perkara
ini dan kajian seterusnya boleh menggunakan reponden siswa guru Pendidikan Islam yang
berlatar belakang dari sekolah menengah kebangsaan biasa. Dengan berbuat demikian,

pengkaji akan dapat melihat perbezaan kesan pendidikan yang berbeza terhadap
pengaplikasian qiraat Hafs an ‘Asim siswa guru.








e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 737

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

IMPLIKASI

Hasil daripada kajian ini beberapa implikasi juga terhasil bagi menambahbaik serta

meningkatkan penguasaan dan pengaplikasian qiraat Hafs an ‘Asim siswa guru Pendidikan
Islam bagi memantapkan persediaan siswa guru untuk mengajar bidang al-Quran di sekolah

pada masa akan datang.

Hasil daripada kajian ini secara tidak langsung akan memberikan maklumat dan idea
kepada pihak JAPIM dalam memberi latihan dan menyediakan tugasan kerja kursus bagi

kursus Pengajian Tarannum dan Qiraat dan kursus Tilawah dan Tahsin al-Quran. Selain itu,
kajian ini juga dapat memberi pendedahan kepada JAPIM tentang keberkesanan kursus yang
telah dilaksanakan kepada siswa guru dan implikasi yang dapat diberikan kepada siswa guru

Pendidikan Islam. Pendedahan ini diharapkan dapat membantu pihak JAPIM dalam
mengambil langkah yang proaktif dalam membina siswa guru yang kompeten dan sentiasa

bersedia bagi meningkatkan mutu siswa keluaran IPGM selari denfan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Seterusnya, hasil daripada kajian ini juga dapat memberikan maklumat kepada siswa

guru akan kepentingan untuk mempelajari tentang qiraat Hafs an ‘Asim dengan lebih
mendalam. Oleh itu, siswa guru Pendidikan Islam dapat untuk memilih kursus Tilawah dan
Tahsin al-Quran pada semester 5 dan ke atas untuk meningkatkan lagi kefahaman mereka

mengenai bacaan al-Quran yang tepat. Hal ini adalah kerana melalui kursus Pengajian
Tarannum dan Qiraat sahaja tidak mencukupi untuk siswa guru untuk memantapkan ilmu

berkaitan dengan bacaan al-Quran kerana kursus tersebut tidak begitu memfokuskan kepada
qiraat Hafs an ‘Asim tetapi mengambil bacaan daripada imam-imam qiraat yang lain.

Akhir sekali, kajian ini juga dapat memberi pendedahan serta dapat menambah baik

kursus yang telah disediakan kepada siswa guru Pendidikan Islam di IPG seluruh Malaysia
mengenai kursus yang berkaitan dengan bidang al-Quran. Melalui kajian ini, pihak IPGM
dapat melihat kepentingan kursus Tilawah dan Tahsin al-Quran untuk setiap siswa guru

Pendidikan Islam dan menjadikan kursus ini sebagai kursus teras dalam kurikulum siswa guru
Pendidikan Islam di IPGM.




RUJUKAN

Abd al-Fattah al-Qadi. 2003. Al-Wafi fi Sharh al-SHatibiyyah. al-Qaherah: Dar al-Salam.

Azizi Yahaya. 2006. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis &
interprestasi. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Kuala Lumpur.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 738

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Daud Ismail. 2013. Sejarah dan perkembangan mushaf Uthmani di Malaysia. Penerbit UMT.
Kuala Terengganu.
Hasuria, Rokiah, Syed Zainal dan Noriah. 2009. Bahasa Verbal dan Bukan Verbal. Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Kuala Lumpur.
Maznah. 2007. Rasm Uthmani: Menepati tujuh ahruf dan meraikan qiraat sepuluh. Fakulti
Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Hazwan Nor Hashim. 2016. Tahap pengetahuan terhadap bacaan khusus imam hafs
tariq al-shātibiyyah pelajar sekolah menengah arab negeri johor. Fakulti Tamadun Islam
Universiti Teknologi Malaysia.



















































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 739

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN KAJIAN & PENYELIDIKAN
SEKOLAH RENDAH

Norafizah binti Abdul Razak

[email protected]
SK Kg Baharu Jerantut Pahang




ABSTRAK


Kebanyakkan murid menghadapi kesukaran belajar atau memahami isi pelajaran disebabkan

beberapa halangan antaranya kehilangan semangat belajar, sekatan kognitif ke pembelajaran
yang berkesan dan teknik pembelajaran yang lapuk. Pembelajaran masa kini murid dibanjiri
penekanan kepada maklumat berbanding keperluan individu. Akibatnya, ia hampir

‘membebani’ murid terutama murid yang berada di aras potensi dan sederhana. Pembelajaran
Berasaskan Kajian dan Penyelidikan (Research Based Learning) merupakan satu
pendekatan yang telah dijalankan di beberapa buah sekolah dalam membantu murid

menguasai isi kandungan pelajaran secara mendalam berdasarkan tajuk-tajuk dalam
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP). Mengupayakan murid dengan memberi
peluang kepada mereka benar-benar ‘belajar’, menguasai disiplin ilmu dalam proses

pendidikan berdasarkan acuan dan keupayaan diri. Melibatkan murid secara aktif dalam
proses pembelajaran meningkatkan perhatian dan tumpuan mereka, mendorong mereka

untuk mengamalkan kemahiran berfikir pada aras yang lebih tinggi, berfikir secara kritis.
Medatologi kajian ini berdasarkan kepada 30 buah sekolah yang menggunakan pendekatan
ini seluruh Malaysia. Kajian ini menggunakan model Penyelidkan Kualitatif. Data dianalisis

melalui pemerhatian dan temu ramah terbuka. Data dikumpul dalam bentuk kualitatif – naratif,
penyataan responden dan rubriks kajian lapangan. Pendekatan ini telah berjaya melibatkan

murid secara aktif dalam proses pembelajaran meningkatkan perhatian dan tumpuan mereka,
mendorong mereka untuk mengamalkan kemahiran berfikir pada aras yang lebih tinggi,
berfikir secara kritis dan memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna.

Kesimpulannya pendekatan ini membantu murid berfikir secara kritis dan aras tinggi sesuai
dalam melahirkan murid abad 21.


Kata kunci : Pembelajaran Berasaskan Kajian dan Penyelidikan.(Reseach Based Learning)








e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 740

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENDAHULUAN

Pengenalan

Kebanyakkan murid menghadapi kesukaran belajar atau memahami isi pelajaran disebabkan
beberapa halangan antaranya kehilangan semangat belajar, sekatan kognitif ke pembelajaran

yang berkesan dan teknik pembelajaran yang lapuk. Pembelajaran masa kini pelajar dibanjiri
penekanan kepada maklumat berbanding keperluan individu. Akibatnya, ia hampir
‘membebani’ pelajar terutama pelajar yang aras potensi dan sederhana.


Bagi mengatasi masalah ini murid seharusnya perlu dibimbing teknik belajar yang
betul, cara baharu mengendali dan mempelajari maklumat. Dalam pendidikan tradisional,

maklumat diberi atau diajar. Mengenai bidang-bidang pengetahuan berlainan

Pembelajaran Berasaskan Kajian & Penyelidikan (RBL) diperkenalkan bagi membantu

pelajar menguasai standard kandungan dan standard pembelajaran sedalam-dalamnya bagi
memberi kefahaman yang kukuh terhadap isi pelajaran yang dipelajari. Melalui kaedah ini
pelajar akan mengkaji, membaca, merujuk, membuat pencarian maklumat berdasarkan tajuk

dan skop kajian. RBL Mengupayakan murid dengan memberi peluang kepada mereka benar-
benar ‘belajar’, menguasai disiplin ilmu dalam proses pendidikan berdasarkan acuan dan
keupayaan diri.


RBL melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran meningkatkan
perhatian dan tumpuan mereka, mendorong mereka untuk mengamalkan kemahiran berfikir

pada aras yang lebih tinggi, berfikir secara kritis dan memberikan pengalaman pembelajaran
yang bermakna.



Latar belakang masalah


Murid mempunyai tahap motivasi yang berbeza, berbeza sikap terhadap pengajaran dan
pembelajaran, memberi respon yang berbeza kepada persekitaran bilik darjah dan amalan

pengajaran. Murid belajar dalam berbagai cara – dengan melihat dan mendengar, merefleksi
dan melakukan, berfikir secara logik dan intuitif, dan menghafal, mengingat dan
menggambarkan. Ini bermakna tahap kefahaman dan penerimaan mereka juga berbeza.


Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan
mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan

memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam
kehidupan (Hargreaves, 1996). Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan
pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 741

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Kaedah
tersendiri individu mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali sebagai

gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). Oleh itu untuk berjaya, individu pelajar perlu
memiliki sifat belajar dan menguasai kaedah belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan
kemahiran bagi membantu mereka menguasai isi kandungan pelajaran,


Pada ketika ini murid-murid perlu belajar melalui pesekitaran mereka yang mampu
memberi rangsangan kepada mereka. Pembelajaran adalah proses mental atau fizikal yang

membawa kepada perubahan tingkah laku ( Sheal, 1994). Oleh itu penguasaan terhadap isi
kandungan yang mereka pelajari sangat perlu untuk membantu mereka dalam proses

pembelajaran.



Pernyataan masalah

Dalam konteks kajian ini bertujuan mengetahui kaedah yang digunakan untuk mengupayakan

murid dengan memberi peluang kepada mereka benar-benar ‘belajar’, menguasai disiplin ilmu
dalam proses pendidikan berdasarkan acuan dan keupayaan diri. Kajian ini juga memberi
tumpuan kepada kandungan/standard pembelajaran. pembinaan kemahiran Abad 21.

Penglibatan murid secara mendalam, memacu pemikiran kepada soalan-soalan penyelesaian
masalah dan berasas tinggi (KBAT) serta mewujudkan keperluan untuk mengetahui.


Pembelajaran yang benar-benar ‘bermakna’ adalah pembelajaran yang melibatkan
murid-murid secara aktif dan menguasai aktiviti pembelajaran.



Objektif Kajian


1. Mengenal pasti sejauh manakah soalan kajian dalam Pembelajaran Berasaskan
Kajian & Penyelidikan (RBL) membantu murid meningkatkan kefahaman terhadap isi

kandungan pelajaran.

2. Mengenal pasti pencarian sumber dalam kajian membantu meningkatkan kefahaman

terhadap isi pelajaran.

3. Mengenal pasti sama ada Pembelajaran Berasaskan Kajian & Penyekidikan (RBL)

meningkatkan kemahiran Abad 21.








e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 742

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Persoalan kajian


1. Adakah pendekatan ini membantu murid memahami isi kandungan pelajaran?

2. Adakah terdapat penggunaan pelbagai sumber dalam kajian membantu murid

memantapkan kandungan isi pelajaran?

3. Adakah terdapat hubungan kemahiran abad 21 dengan pembelajaran berasaskan

kajian & penyelidikan (RBL)?




METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian


Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk penyelidikan kualitatif. Bogdan dan Taylor (1993)
mengemukakan penyelidilkan adalah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data

deskriptif berupa pernyataan lisan dan bertulis .Penyelidikan kualitatif dalam kajian ini
melibatkan pengumpulan data pengalaman, temu ramah, mentafsir dan melaporkan.
Penyelidikan kualitatif yang digunakan untuk menerangkan suatu proses aktiviti pendidikan

berdasarkan apa yang terjadi di lapangan (dalam dan luar bilik darjah) sebagai bahan kajian
untuk menemukan kekurangan dan kelemahan proses pembelajaran sehingga dapat

ditentukan usaha penyempurnaannya sehingga menghasilkan satu keputusan. Kajian ini
meliputi aktiviti mengamati, mencatat,bertanya.sumber-sumber yang digunakan dengan
aktiviviti yang dijalankan.



Lokasi kajian dan sampel kajian


Populari kajian ini melibatkan 30 buah sekolah seluruh Malaysia.


Jadual 2.2.1 Populasi mengikut wilayah

Utara Tengah Selatan Timur

Perlis Selangor Negeri Sembilan Kelantan
Kedah WP Putrajaya Johor Terengganu
Perak - - Pahang









e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 743

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 2.2.2 Populasi dan sampel kajian


Kategori Populasi Kategori Populasi
Murid 112 Guru 63



Daripada 2.2.2 dinyatakan jumlah populasi dan sampel bagi kajian yang dijalankann. Jumlah

seramai 112 orang terdiri daripada murid yang terlibat sebagai penyelidik dan 63 orang guru
sebagai fasilitator.



Instrumens Kajian


Instrumens kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Borang soal
selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu A dan B. Bahagian A soal selidik dijalankan kepada
murid sebagai penyelidik berdasarkan tahap kefahaman, kemahiran abad 21 dan literasi

maklumat. Manakala bahagian B djalankan kepada guru sebagai fasilitator. Kesemua data ini
akan dianalisis dalam jadual kekerapan dan peratusan. Setiap item yang dibina berdasarkan
tahap kefahaman dan peningkatan kemahiran dengan menggunakan tafsiran data.


Selain itu rubriks (pentaksiran) dalam pendekatan ini digunakan dalam kutipan data
Borang rubriks dalam 3 fasa digunakan dalam kajian ini.


Dalam kajian ini, terdapat 9 fasa seperti rajah di bawah:




Fasa 1
RUBRIC 1 & 2
Memilih tajuk dari
DSKP



Fasa 2
RUBRIC 3 & 4
Membina template




Fasa 3
Proses pencarian Rubric 5 & 6
maklumat di

pelbagai sumber


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 744

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021



Fasa 4
Lampiran 1
Kajian lapangan Rubric 7
Senarai semak

kajian
lapangan




Fasa 5

Pengumpulan data Rubric 8
dan maklumat

kajian

Fasa 6

Menyusun,memurnikan
bahan Rubric 9

kajian,menyediakan folio
kajian dan slide
pembentangan

Fasa 7
Pembentangan bahan
kajian & pameran hasil Borang 1
kajian Rubric 10

Penilaian
pembentangan


Fasa 8
Penilaian dan Rubric 11 & 12 Borang 2

penambahbaikan Maklumbalas penyelidik
Borang 3

Maklumbalas
fasiliatator
Borang 4
Maklumbalas ibubapa












e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 745

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Analisa Data


Data-data dianalisis dengan menggunakan Link Google Form. Statistik yang digunakan ialah
statistic deskriptif.



DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian 3.1 adalah untuk menjawab persoalan; Adakah pendekatan ini membantu

murid memahami isi kandungan pelajaran?



Rajah 3.1 Tahap kefahaman murid
100

90
80
70
60
50

40
30
20
10
0
isi pelajaran kem belajar aktiviti
cemerlang baik sederhana



Berdasarkan rajah 3.1; dapatan mengenai tahap kefahaman isi pelajaran menggunakan
pendekatan RBL iaitu (90% cemerlang iaitu sangat mehamami; (8% baik iaitu memahami dan
2% kurang memahami) manakala kemahiran belajar seperti membaca,mencatat nota dan

merujuk (85% cemerlang iaitu sangat menguasai; 15% menguasai dan 5% kurang
menguasai) dan rajah juga menunjukkan tahap penyertaan aktiviti murid-murid melalui
pendekatan ini (90% sangat aktif; 10% aktif).




















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 746

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021


Rajah 3.2 penggunaan kepelbagaian sumber

100
90

80
70
60

50
40

30
20
10

0
bahan buku bahan b buku bahan digital laman sesawang



Dapatan kajian 3.2 adalah untuk menjawab persoalan; Adakah terdapat penggunaan pelbagai
sumber dalam kajian membantu murid memantapkan kandungan isi pelajaran? Berdasarkan
rajah 3.2; dapatan mengenai penggunaan pelbagai sumber selain buku teks sumber rujukan

wajib iaitu 80% menggunakan bahan buku; 70% menggunakan bahan bukan buku seperti
majalah,akhbar dan lain-lain, 90% menggunakan bahan digital seperti pelantar youtube,
bahan multimedia dan e book dan 95% menggunakan laman sesawang seperti portal,blog,

untuk mencari bahan rujukan berkaitan tajuk dalam pendekatan ini.


3.3 Kemahiran Abad 21

90

80
70
60

50
40
30

20
10

0
KBAT TMK 4K1N Aktiviti
cemerlang baik sederhana






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 747

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Dapatan kajian 3.3 adalah untuk menjawab; terdapat hubungan kemahiran abad 21 dengan
pembelajaran berasaskan kajian & penyelidikan (RBL). Berdasarkan rajah 3.3; dapatan

mengenai pembinaan soalan KBAT iaitu 80%cemerlang;10% baik dan sederhana, 85%
keupayaan TMK (ICT) dengan cemerlang 10% sederhana dan 5% sederhana. Manakala
dapatan terhadap penerapan elemen 4K + 1N adalah 80% digunakan secara cemerlang;

15% secara baik dan 5% secara sederhana. Manakala aktiviti-aktiviti PAK21 seperti
brainstorming, think-spare-share,gallery walk digunakan dalam pendekatan ini sebanyak 85%

cemerlang; 15% baik dan 5% sederhana penyertaan dan penglibatan.

KESIMPULAN


Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Kajian & Penyelidikan bagi sekolah rendah
menekankan kemahiran membina template kajian, menyelidik, mengkaji, menganalisis dan
mengaplikasi dalam situasi baharu. Ia membimbing murid berfikir secara kreatif dan inovatif

dalam menggunakan pelbagai sumber. Murid-murid menjalankan kajian, penyelidikan secara
berkumpulan. Mereka membuat pembentangan hasil kerja,membuat penilaian dan
penambahbaikan secara berkumpulan. Pembelajaran harus lebih berpusatkan ‘pelajar’

daripada hanya menghabiskan sukatan ‘pelajaran’. Murid perlu dibekalkan matlamat hidup,
mengklasifikasikan keutamaan masa dan kemahiran pelbagai ilmu. Aktiviti

pembelajaran belajar benar-benar berlaku bila mereka mendapat ‘makna’. Mereka mahir
mengurus,menilai,mengkaji dan membuat keputusan. Kemahiran berkomunikasi dan
berinteraksi dalam dan luar kumpulan serta komuniti. (4K 1N). Boleh mengakses pelbagai

sumber. Mengingat semula untuk di aplikasikan.
Penginterasian Teknologi didedahkan dengan pengetahuan asas komputer,

mengakses maklumat dalam talian dan penggunaan laman sesawang. Murid mahir
menggunakan sumber teknologi maklumat. Rubrik merupakan template pentaksiran dalam
pendekatan RBL. Murid akan dinilai secara proses selepas satu-satu tugasan meliputi semua

aspek.Penilaian secara individu dari segi kemahiran intelek, jasmani,rohani dan emosi.

BIBLIOGRAFI


Drs.Zainal Ariffin, Dr Hassan Noor, (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan.Kuala
Lumpur.SAM Synergy Media Sdn Bhd.

Mohd Ridzuan Md Nasir,(2021).Asas penulisan Laporan kajian & Tindakan Inovasi,Kota
Bharu Kelantan,Menhaj Resources.

GPS Bestari“Latih Murid Sebagai Penyelidik:Oktober 2018,Majalah Pendidik ( 26-28).
GPS Bestari “Bukti kemenjadian murid’,Utusan Malaysia,17 Disember 2019 (25)

https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/kemahiran-pemikiran-sejarah-penelitian-sudut-
pandang-seorang-pendidik-1.935526



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 748

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

GANJARAN SOSIAL UNTUK MODIFIKASI TINGKAH LAKU MURID ALIRAN PERDANA
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG HILIRAN

1
Nuruzzati A’smah binti Esomuddin dan Suhaimi bin Ramli 2

1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected], [email protected]




ABSTRAK


Tingkah laku disruptif memberikan impak negatif dalam bilik darjah dan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran yang berlaku. Oleh yang demikian, kajian berbentuk tinjauan

ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pengaplikasian ganjaran sosial dalam mengubah
tingkah laku negatif murid kepada tingkah laku positif. Instrumen yang digunakan adalah
berbentuk soal selidik yang diedarkan secara atas talian. Soal selidik yang digunakan

diadaptasi daripada kajian Aini Ahmad dan Norhafizah Hanifah (2015) dan telah diubahsuai
mengikut kesesuaian responden kajian. Berdasarkan kaedah penentuan Krejcie dan Morgan
(1970), sampel yang terlibat adalah sebanyak 56 orang guru yang mengajar di Sekolah

Kebangsaan Padang Hiliran (SKPH). Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti guru-guru
berpendapat bahawa pengaplikasian ganjaran sosial merupakan peneguhan positif yang

dapat mengubah tingkah laku negatif kepada positif (Min = 4. 47, SP = 0.46). Justeru, kajian
ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam menggalakkan guru-guru untuk
mengaplikasikan ganjaran sosial dan memastikan pengaplikasiannya berada pada tahap

yang maksimum.


Kata Kunci : tingkah laku disruptif, keberkesanan, ganjaran sosial, peneguhan positif.



PENGENALAN


Pada era globalisasi kini, profesion keguruan menjadi semakin mencabar dari segi tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan dalam membentuk modal insan yang cemerlang.

Perubahan dan penambahbaikan yang berlaku dalam bidang pendidikan telah mengubah
fungsi guru yang dahulunya hanya sebagai penyampai pengajaran kepada fasilitator atau
pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).


Tingkah laku negatif murid merupakan sebuah topik hangat yang sering menjadi
perbualan dalam dunia pendidikan. Menurut Ghani Abdullah & Rahman Aziz (2009), tingkah

laku bermasalah negatif merangkumi tingkah laku yang menghalang, tingkah laku yang


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 749

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

menganggu dan tingkah laku anti sosial. Masalah tingkah laku yang sering dihadapi oleh guru-
guru merupakan cabaran besar dalam memastikan kelancaran proses PdP yang dijalankan.


Dalam menangani masalah ini, guru boleh mengaplikasikan teknik ganjaran dalam
mengubah tingkah laku negatif murid kepada positif. Bagi seseorang murid, ganjaran yang

diberikan oleh guru adalah sangat bermakna dan mampu meningkatkan semangat mereka
untuk belajar. Pemberian ganjaran mampu mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu
perkara dengan lebih tekun dan berkualiti.



SOROTAN LITERATUR


Berdasarkan pembacaan dan penelitian yang dilakukan, terdapat banyak kajian yang telah
dibuat di dalam dan di luar negara mengenai ganjaran sosial untuk modifikasi tingkah laku

murid. Kajian-kajian ini akan menjadi panduan kepada pengkaji sepanjang proses pengkajian
dijalankan.

Dapatan Dalam Negara

Menurut Zalina Katmana et.al. (2016), ganjaran seperti pujian dan token ekonomi
merupakan salah satu teknik yang mampu memberikan kesan dan memberi motivasi
kepada murid sekiranya dilaksanakan sesuai dengan masalah yang hendak diselesaikan.

Hal ini terbukti bahawa hasil dari kajian tersebut mendapati perubahan tingkah laku suka tidur
di dalam kelas dapat dihentikan. Berdasarkan hasil kajian ini, dapat dirumuskan bahawa
pendekatan yang digunakan sangat berhasil mengubah sikap yang negatif kepada lebih

positif.

Berdasarkan hasil dapatan kajian Nurnaqibah Noora & Hanafi Yasin (2016), dapat

dirumuskan bahawa pendekatan yang digunakan berhasil mengubah sikap yang negatif
kepada lebih positif. Kesesuaian penggunaan kata pujian terhadap responden adalah

bertepatan dengan tahap perkembangan dirinya. Tindakan yang diambil dapat diubah
daripada mengambil tindakan negatif kepada suatu tindakan yang positif. Perkara ini adalah
sejajar dengan matlamat pendidikan untuk meningkatkan perkembangan diri murid yang

holisitik dan positif. Justeru, kajian ini membuktikan bahawa tingkah laku disruptif murid dapat
dikurangkan dan seterusnya dapat dihapuskan.

Sementara itu, hasil dapatan kajian Rahayu Rahim, Hanafi Yasin & Mokhtar Tahar

(2016) menyatakan cara peneguhan yang diberikan akan memberi kesan terhadap tingkah
laku yang seterusnya. Justeru itu, pemilihan teknik atau kaedah yang sesuai bagi mengatasi

tingkah laku negatif adalah sangat penting dalam mengubah tingkah laku tersebut.
Penggunaan peneguhan positif kata pujian sangat dititiberatkan dan perlu dilakukan sekerap


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 750

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

mungkin apabila murid melakukan tingkah laku yang melanggar disiplin. Hal ini membuktikan
bahawa ganjaran sosial yang digunakan telah memberikan impak yang positif terhadap murid.



Dapatan Luar Negara

Menurut Atkinson (1990) dalam Safura Sabri et.al. (2016), tingkah laku bermasalah adalah
merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu
masyarakat. Tingkah laku bermasalah yang dinyatakan merangkumi tingkah laku distruktif,

tingkah laku distruptif, pergantungan berlebihan, tingkah laku kebimbangan, tingkah laku
pengunduran diri dan tingkah laku pengasingan diri. Hal ini menunjukkan bahawa tingkah laku
bermasalah bukan sahaja merujuk kepada aspek-aspek keganasan malah melibatkan

permasalahan dalam pembentukan kendiri murid yang akan menentukan corak peribadi murid
tersebut.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Valdebenito et.al. (2018), kebolehan guru dalam

pengurusan bilik darjah merupakan perkara penting bagi memastikan pembelajaran
berlangsung dengan jayanya. Antara kemahiran yang perlu ada adalah kemahiran seperti

garis panduan untuk mengajar peraturan dan kemahiran bukan teknikal seperti teknik
mengukuhkan kelakuan positif dan teknik untuk menerangkan kelakuan yang diharapkan.
Kedua-dua kemahiran ini bertujuan untuk meningkatkan proses pembelajaran, mencegah

tingkah laku yang salah dan mendorong penyertaan positif oleh murid.
Hasil kajian Nur Misdaramayani (2017), ganjaran dalam proses pembelajaran dapat

mendidik dan memberikan rangsangan agar murid termotivasi untuk berbuat kebaikan, baik
dari hasil belajar, mematuhi peraturan dan tatatertib dengan persekitaran. Pelaksanaan
ganjaran dalam proses pembelajaran yang dilaksanakan bertujuan untuk menambah motivasi

murid dalam belajar. Pencapaian terhadap sesebuah tujuan perlu melalui proses tertentu
seperti pengaplikasian ganjaran dan hukuman yang sesuai dalam proses PdP.


METODOLOGI KAJIAN


Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang merujuk kepada satu bentuk penyelidikan

yang cenderung terhadap penggunaan teknik atau metodologi saintifik di dalam pengkajian
fenomena sosial. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan secara deskriptif yang
bertujuan untuk mengenalpasti dan mengkaji secara sistematik berkaitan pengaplikasian

ganjaran sosial dalam modifikasi tingkah laku murid.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 751

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Persampelan

Dalam pada itu, pengkaji menggunakan persampelan rawak mudah bagi mendapatkan

sampel yang akan dikaji. Persampelan secara rawak yang digunakan membolehkan setiap
orang mempunyai peluang yang sama untuk dipilih. Menurut Majid Konting (2009),

persampelan rawak mudah sesuai digunakan sekiranya populasi yang dikaji mempunyai ciri
yang seragam. Bagi kajian ini, sampel yang terlibat adalah sebanyak 56 orang guru yang
mengajar di Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran. Saiz sampel yang dinyatakan adalah

berdasarkan daripada jadual penentuan Krejcie dan Morgan 1970.

Instrumen Kajian

Soal selidik adalah kaedah kajian yang paling popular, mudah ditadbir setelah dibina dengan
baik dan data yang senang diproses untuk dianalisis (Mohd Najib, 2003). Dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan soal selidik berskala likert yang dibuat oleh Aini Ahmad dan

Norhafizah Hanifah (2015) terhadap Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Apabila
Mengurus Tingkah Laku Murid Bermasalah Pembelajaran. Item-item dalam soal selidik ini

telah menjalani proses modifikasi selaras dengan objektif kajian dan mengikut kesesuaian
responden kajian.


Kesahan dan Kebolehpercayaan
Instrumen kajian ini telah disemak oleh tiga orang pakar bagi mendapatkan kesahan soal

selidik yang akan ditadbir. Selain itu, kajian rintis yang dilaksanakan memperoleh nilai Alpha
Cronbach (α) sebanyak 0.87 yang menunjukkan kebolehpercayaan yang baik dan boleh
diterima berdasarkan jadual Interpretasi Skor Alpha Cronbach (Bond dan Fox, 2007).




DAPATAN KAJIAN

Bab ini melaporkan hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada soal selidik yang telah

ditadbir ke atas kumpulan responden yang disasarkan. Keseluruhan dapatan kajian bagi
komponen ganjaran sosial yang terdapat di dalam kajian menunjukkan bahawa komponen

pujian memperoleh (Min = 4.68 SP = 0.45), komponen penghargaan (Min = 4.73 SP = 0.45),
komponen kata-kata positif (Min = 4.69, SP = 0.44) dan komponen tingkah laku (Min = 4.59,
SP = 0.5). Analisis kajian menunjukkan bahawa kesemua komponen berada pada tahap tinggi

dengan nilai min yang melebihi ≥4.01. Dapatan ini dapat diperhatikan dalam jadual 1 di bawah.







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 752

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 1 : Taburan Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Komponen Utama Kajian
Komponen Min Sisihan Piawai Interpretasi Min
Pujian 4.68 0.45 T
Penghargaan 4.73 0.45 T
Kata-kata Positif 4.69 0.44 T
Tingkah laku 4.59 0.52 T


Tingkah laku negatif yang diklasifikasikan sebagai menganggu proses PdP dalam bilik darjah
Bagi menjawab soalan pertama kajian, analisis deskriptif digunakan untuk mengenalpasti

tingkah laku negatif murid yang mengganggu PdP dalam bilik darjah berdasarkan kekerapan,
skor min dan sisihan piawai.


Jadual 2 : Tingkah Laku Negatif Yang Diklasifikasikan Sebagai Menganggu Proses Pdp

Pernyataan Kekerapan Min S.P Taha
p
STB TB TP B SB
Tidak mendengar arahan 7 55
guru diklasifikasikan 0 0 0 11.3 88.7 4.89 0.32 T
sebagai tingkah laku 0% 0% 0%
negatif. % %
Saya dapat membezakan
di antara tingkah laku 0 0 0 12 50
positif dan tingkah laku 0% 0% 0% 19.4 80.6 4.81 0.4 T
negatif yang ditunjukkan % %
oleh murid.
Saya boleh 0 1 1 23 37
menyenaraikan 10 tingkah 0% 1.6 1.6 37.1 59.7 4.55 0.62 T
laku bermasalah. % % % %
Perlakuan murid
mengganggu rakan 1 0 3 13 45 4.63 0.73 T
1.6
4.8
72.6
diklasifikasikan sebagai % 0% % 21% %
tingkah laku negatif.
Perlakuan murid membuat
bising semasa PdP 0 0 6 14 42 4.58 0.67 T
9.7
22.6
67.7
diklasifikasikan sebagai 0% 0% % % %
tingkah laku negatif.
Jumlah 4.69 0.41 T

Berdasarkan jadual 2, seramai 55 orang atau 88.7% sangat bersetuju bahawa murid
yang tidak mendengar arahan guru diklasifikasikan sebagai tingkah laku negatif (Min = 4.81,

SP = 0.4). Di samping itu, 72.6% sangat bersetuju bahawa tingkah laku murid mengganggu
rakan diklasifikasikan sebagai tingkah laku negatif (Min = 4.63, SP = 0.73). Seterusnya,
dapatan menunjukkan bahawa 42 orang atau 67.7% sangat bersetuju bahawa perlakuan

murid membuat bising semasa PdP diklasifikasikan sebagai tingkah laku negatif (Min = 4.58,
SP = 0.67).





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 753

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Dapatan keseluruhannya membuktikan bahawa tingkah laku negatif yang
diklasifikasikan sebagai menganggu proses PdP ialah mengganggu rakan, membuat bising

dan tidak mendengar arahan guru. Nilai keseluruhan soalan kajian pertama (Min = 4.69, SP
= 0.41) menunjukkan bahawa kesemua item ini berada pada tahap yang tinggi dengan skor
min keseluruhan melebihi ≥4.01


Persepsi guru terhadap pengaplikasian ganjaran sosial semasa PdP
Jadual 3 pula menunjukkan dapatan soalan kedua kajian. Min keseluruhan item ini ialah 4.67

dengan nilai sisihan piawai sebanyak 0.47 menunjukkan interpretasi min berada pada tahap
yang tinggi.

Jadual 3 : Persepsi Guru Terhadap Pengaplikasian Ganjaran Sosial
Pernyataan Kekerapan Min S.P Taha
STB TB TP B SB p
Pujian dapat 13 47
menggalakkan tingkah 0 0 2 21 75.8 4.73 0.52 T
0%
0% 3.2%
laku positif murid. % %
Pujian seperti ‘bijaknya 10
awak’ dapat 0 0 3 16. 49 4.74 0.54 T
menggalakkan tingkah 0% 0% 4.8% 79%
laku positif murid. 1%
Penghargaan dapat 1 0 1 12 48
menggalakkan tingkah 1.6 0% 1.6% 19. 77.4 4.71 0.66 T
laku positif murid. % 4% %
Penghargaan ‘terima
kasih’ dapat 0 1 0 15 46 4.71 0.56 T
24.
74.2
1.6
menggalakkan tingkah 0% % 0% 2% %
laku positif.
Kata sokongan seperti 1 17 41
“cuba lagi” dapat 0 3
menggalakkan tingkah 1.6 0% 4.8% 27. 66.1 4.56 0.74 T
%
4% %
laku positif.
Kata memujuk seperti 16 42
“tidak mengapa” dapat 0 0 4
menggalakkan tingkah 0% 0% 6.5% 25. 67.7 4.61 0.61 T
8% %
laku positif.
Saya sedar bahawa latar 1 15 42
belakang murid amat 0 4
mempengaruhi tingkah 0% 1.6 6.5% 24. 67.7 4.58 0.69 T
%
2% %
laku yang ditunjukkan.
Jumlah 4.67 0.47 T

Jadual 3 menjelaskan skor min yang tertinggi ialah item yang merujuk kepada
pengaplikasian pujian “bijaknya awak” dalam bilik darjah (Min = 4.74, SP = 0.54). Dapatan

bagi item pujian dapat menggalakkan tingkah laku positif murid melaporkan skor min kedua
paling tinggi (Min = 4.73, SP = 0.52). Justeru, dapat dinyatakan bahawa guru-guru di SKPH

menyukai ganjaran sosial berbentuk pujian diberikan kepada murid untuk menggalakkan
tingkah laku positif.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 754

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Pengaplikasian ganjaran sosial dapat mengubah tingkah laku negatif kepada positif
Jadual 4 menunjukkan analisis deskriptif bagi pengaplikasian ganjaran sosial dalam

mengubah tingkah laku negatif kepada positif. Dapatan bagi keseluruhan item ini ialah 4.47
dengan nilai sisihan piawai sebanyak 0.46 yang berada pada tahap interpretasi min tinggi
(4.01–5.00). Ini menunjukkan bahawa majoriti guru-guru berpendapat bahawa pengaplikasian

ganjaran sosial merupakan peneguhan positif yang dapat mengubah tingkah laku negatif
kepada positif


Jadual 4 : Pengaplikasian Ganjaran Sosial Dalam Mengubah Tingkah Laku Negatif Kepada
Positif
Penyataan Kekerapan Min S.P Tahap
ST TB TP B SB
B
Pujian yang diberikan 8
47
0
7
0
dapat mengurangkan 0% 0% 12. 11.3% 75.8% 4.6 0.59 T
tingkah laku negatif murid. 9%
Pujian yang diberikan 0 0 3 19 40 4.7
dapat merangsang 4.8 0.58 T
motivasi murid. 0% 0% % 30.6% 64.5% 3
Penghargaan yang
diberikan dapat 0 0 1 11 50 4.7
mengurangkan tingkah 0% 0% 1.6 17.7% 80.6% 9 0.45 T
laku negatif murid di dalam %
bilik darjah.
Kata-kata positif kepada 2
murid dapat 0 0 3.2 13 47 4.7 0.56 T
mengurangkan tingkah 0% 0% 21% 75.8% 1
laku negatif. %
Kata-kata positif dalam 1
proses pembelajaran 0 1.6 0 9 52 4.7 0.52 T
dapat memberikan 0% 0% 14.5% 83.9% 3
motivasi kepada murid. %
Murid lebih bersemangat 1 1 1 17 42 4.8
setelah pengaplikasian 1.6 1.6 1.6 27.4% 67.7% 1 0.51 T
ganjaran sosial. % % %
Pujian yang diberikan 8
dapat mengurangkan 0 0 12. 7 47 4.6 0.59 T
tingkah laku negatif murid. 0% 0% 9% 11.3% 75.8%
Pujian yang diberikan 0 0 3 19 40 4.7
dapat merangsang 4.8 0.58 T
motivasi murid. 0% 0% % 30.6% 64.5% 3
Jumlah 4.4 0.46 T
7

Dapatan kajian menunjukkan item murid lebih bersemangat setelah pengaplikasian
ganjaran sosial memperoleh skor min tertinggi (Min = 4.81, SP = 0.51). Seterusnya, item
kedua tertinggi (Min = 4.79, SP = 0.45) ialah penghargaan yang diberikan dapat

mengurangkan tingkah laku negatif murid di dalam bilik darjah. Ini menunjukkan bahawa



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 755

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

penghargaan yang diberikan dapat memberikan kesan dalam mengurangkan tingkah laku
negatif di dalam bilik darjah. Oleh itu, ganjaran sosial ini perlulah diaplikasikan secara berkala

demi mendapatkan tindak balas yang sepatutnya.

Tahap Pengaplikasian Ganjaran Sosial Dalam Kalangan Guru SKPH

Jadual 5 menunjukkan taburan kekerapan, min, sisihan piawai dan interpretasi min bagi tahap
pengaplikasian ganjaran sosial dalam kalangan guru-guru SKPH. Min keseluruhan item ini

ialah 4.67 dengan nilai sisihan piawai sebanyak 0.47 menunjukkan interpretasi min berada
pada tahap yang tinggi.


Jadual 5 : Tahap Pengaplikasian Ganjaran Sosial Dalam Kalangan Guru-Guru SKPH
Pernyataan Kekerapan Min S.P Taha
STB TB TP B SB p
Saya sering memberi
pujian kepada murid 8 7 47
sepanjang proses 0 0 12.9 11.3 75.8 4.63 0.71 T
pengajaran dan 0% 0%
pembelajaran % % %
berlangsung.
Saya sering
mengucapkan terima 1 3 14 45
kasih kepada murid 0 1.6 4.8 22.6 72.6 4.66 0.63 T
apabila mereka 0% % % % %
mematuhi arahan yang
diberikan.
Saya sering
mengucapkan terima 0 0 1 10 51
kasih kepada murid 0% 0% 1.6 16.1 82.3 4.81 0.44 T
apabila mereka % % %
membantu saya.
Saya sering memberi 1 4 16 41
nasihat kepada murid jika 0 1.6 6.5 25.8 66.1 4.56 0.69 T
mereka melakukan 0%
tingkah laku negatif. % % % %
Saya selalu merancang 1 6 22 33
langkah-langkah untuk 1.6 0 9.7 35.5 52.3 4.39 0.8 T
membentuk tingkah laku 0%
positif murid. % % % %
Ganjaran sosial dapat 2 1 41
melancarkan proses 0 3.2 1.6 18 66.1 4.58 0.69 T
pengajaran dan 0% % % 29% %
pembelajaran.
Saya sering memberi
pujian kepada murid 8 7 47
sepanjang proses 0 0 12.9 11.3 75.8 4.63 0.71 T
pengajaran dan 0% 0%
pembelajaran % % %
berlangsung.
Jumlah 4.6 0.49 T



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 756

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual di atas menjelaskan min yang tertinggi bagi tahap pengaplikasian ganjaran
sosial dalam kalangan guru-guru SKPH ialah item yang merujuk kepada saya sering

mengucapkan terima kasih kepada murid apabila mereka membantu saya (Min = 4.81, SP =
0.44). Dapatan bagi item saya sering mengucapkan terima kasih kepada murid apabila
mereka mematuhi arahan yang diberikan melaporkan skor min kedua paling tinggi (Min =

4.66, SP = 0.63). Pengamalan sikap berterima kasih kepada murid yang mematuhi arahan
yang diberikan dapat melahirkan murid yang berakhlak dan sentiasa menghormati guru.


PERBINCANGAN

Berdasarkan dapatan kajian ini, dapat dirumuskan bahawa ganjaran sosial berperanan

membantu guru-guru menangani masalah tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Dapatan
pengkaji dalam kajian ini juga selari dengan dapatan kajian Zalina Katmana, Mohd Hanafi
Yasin, Mohd Mokhtar Tahar (2016) yang mendapati bahawa ganjaran seperti pujian

merupakan salah satu teknik yang mampu memberikan kesan dan memberi motivasi kepada
murid sekiranya dilaksanakan sesuai dengan masalah yang hendak diselesaikan.

Selain itu, hasil kajian ini juga mendapati guru-guru SKPH mempunyai pengetahuan
yang baik dalam mengenalpasti tingkah laku yang dikategorikan sebagai negatif (Min = 4.69,
SP = 0.41). Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian Atkinson (1990) yang menyatakan

tingkah laku bermasalah merupakan tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, norma-
norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pengetahuan yang ada pada guru dapat memastikan

ganjaran sosial yang diberikan adalah sesuai dengan tingkah laku yang ditunjukkan.
Seterusnya, dapatan juga menunjukkan bahawa persepsi guru-guru SKPH terhadap
pengaplikasian ganjaran sosial adalah sangat baik (Min = 4.67, SP = 0.47). Dapatan kajian ini

juga menyokong kajian Rahayu Rahim, Hanafi Yasin & Mokhtar Tahar (2016) yang mendapati
cara peneguhan yang diberikan akan memberi kesan terhadap tingkah laku seterusnya. Hal
ini menunjukkan bahawa guru-guru di sekolah tersebut bersetuju bahawa pengaplikasian

ganjaran sosial merupakan intervensi yang berjaya bagi mengatasi tingkah laku negatif murid.
Kaedah ganjaran sosial yang diaplikasikan menunjukkan keberkesanan dalam
modifikasi tingkah laku negatif murid (Min = 4.47, SP = 0.46 ). Dapatan ini bertepatan dengan

kajian Nur Misdaramayani (2017) yang menyatakan bahawa ganjaran dalam proses
pembelajaran dapat mendidik dan memberikan rangsangan agar murid termotivasi untuk

berbuat kebaikan. Justeru, guru-guru perlulah sentiasa mengaplikasikan ganjaran sosial
sebagai satu peneguhan positif untuk memperbaiki kelemahan tingkah laku murid.
Hasil dapatan keseluruhan item menunjukkan bahawa semua guru di SKPH sentiasa

mengaplikasikan ganjaran sosial semasa PdP demi membentuk tingkah laku positif murid.
Menurut Fadli Mustafa, Hanafi Yasin, Mokhtar Tahar (2016), penggunaan peneguhan positif



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 757

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

sangat dititikberatkan dan perlu dilakukan sekerap mungkin apabila murid melakukan tingkah
laku yang diingini. Oleh itu, guru perlulah sentiasa mengaplikasikan ganjaran sosial secara

tetap dan berkala agar peneguhan ini dapat memberi kesan kepada murid.

IMPLIKASI DAN CADANGAN KAJIAN


Antara implikasi kajian yang dibuat adalah dapat mendisiplinkan murid untuk mengubah
tingkah laku negatif kepada positif. Implikasi seterusnya adalah dapat membantu guru

mengurangkan tingkah laku negatif dan dapat meningkatkan semangat murid apabila guru
sentiasa menggunakan ganjaran sosial yang dinyatakan. Di samping itu, kajian ini juga
diharapkan dapat membantu pihak sekolah dalam menggalakkan guru-guru untuk

mengaplikasikan ganjaran sosial dan memastikan pengaplikasiannya berada pada tahap
yang maksimum.
Pada masa akan datang kajian ini boleh diperhalusi lagi dengan meluaskan skop dan

batasan kajian. Selain itu, kaedah pengumpulan data berbentuk temubual atau pemerhatian
juga boleh digunakan bagi merekod jangka masa perubahan tingkah laku yang ditunjukkan

agar keberkesanan hasil intervensi yang telah diberikan dapat dilihat dengan lebih jelas.

KESIMPULAN


Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan ganjaran sosial dapat membantu guru dalam
modifikasi tingklah laku negatif murid kepada positif. Guru-guru perlulah sentiasa
mengaplikasikan ganjaran sosial agar tingkah laku positif dapat digalakkan dan seterusnya

menghapuskan tingkah laku negatif di dalam bilik darjah. Pengetahuan berkaitan tingkah laku
negatif penting apabila guru membantu mengurus tingkah laku murid kerana faktor ini berkait

rapat dengan perancangan guru menyediakan intervensi pengurusan tingkah laku yang
bersesuaian untuk murid (Noor Rahayu Rahim, Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar,
2016). Justeru, guru perlulah berusaha untuk mengenalpasti dan menyediakan intervensi

yang sesuai dengan tingkah laku yang ditunjukkan agar modifikasi tingkah laku berjaya
dilaksanakan. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa ganjaran sosial yang diberikan dapat

meningkatkan keberkesanan proses PdP dan memberikan impak yang positif dalam
mengawal tindakan murid untuk berkelakuan lebih baik secara berterusan.

RUJUKAN


Abdul Ghani Abdullah & Abd Rahman Aziz. (2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Kuala
Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Atkinson, R. L., Atkinson, R. C. & Hulgard, E. R. (1990). Introduction to Psychology. New York:
Harcourt Brace Jovanovich Publishers.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 758

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Choong Lan Keow. (2009). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Untuk Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan . Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Haliza & Joy. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah Alam: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities.
Educational and Psychological Measurement, 607-610.

Mohd Fadli, Mohd Hanafi Yasin dan Mohd Moktar Tahar. 2016. Penggunaan Teknik
Peneguhan bagi Mengatasi Masalah Tingkah Laku Hiperaktif. International Conference
on Education in Sountheast Asia Region 6th Series 2016. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Malaysia.

Mohd Majid Konting. (2009). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghafar. (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai:
Universiti Teknologi Mara.
Noor Aini Ahmad & Norhafizah Abu Hanifah. (2015). Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan
Khas Apabila Mengurus Tingkah Laku Murid
Bermasalah Pembelajaran. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 30, 73-88.

Noor Rahayu Rahim, Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar. (2016). Hukuman Dan Kata
Pujian: Mengatasi Masalah Displin Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Bagi
Murid Masalah Pembelajaran. Seminar Modifikasi Tingkah Laku Murid Pendidikan Khas
(Bermasalah Pembelajaran) Peringkat Negeri Johor. 1. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Nunnally, J. C. (1967). Psychometric theory. New York: Mcgraw Hill Book Company
Nurmisdaramayani. (2017). Implementasi Ganjaran Dan Hukuman Dalam Proses
Pembelajaran Di Mts Al-Banna Pulau. 1-54.

Nurnaqibah Noora & Hanafi Yasin. (2016). Modifikasi Tingkah Laku Murid Menggunakan
Time-Out Dan Kata Pujian. Universiti Kebangsaan Malaysia. Diakses pada 10 April
2020 dari, https: //www. researchgate. Net
Safura Ahmad Sabri et.al. (2016). Peranan Program Mentoring Dalam Pembentukan Sahsiah
Pelajar. Proceeding of the 3rd International Conference on Management & Muamalah
(pp. 257-365). Kajang: Fakulti Pengurusan & Muamalah, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor. Diakses pada 18 Mac 2021 dari,
http://conference.kuis.edu.my/icomm/3rd/eproceedings/IC-035.pdf
Valdebenito S, Eisner M, Farrington DP, Tthofi M, Sutherland. (2018, January 9). School-
Based Interventions For Reducing Disciplinary School Exclusion: A Systematic Review.
Diakses pada 9 April 2020 dari, https://eric.ed.gov

Zalina Katmana, Mohd Hanafi Yasin, Mohd Mokhtar Tahar. (2016). Penggunaan Peneguhan
Positif: Pujian dan Token Ekonomi untuk Modifikasi Tingkah Laku Murid Pendidikan
Khas 'Slow Learner'. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.










e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 759

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGAMALAN SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN ISLAM DI
IPGKDRI

Muhammad Izan Afiq bin Aznordin

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]



ABSTRAK


Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Solat

menjadi tonggak kepada seluruh ibadah yang lain di dalam Islam kerana kedudukannya
sebagai tiang agama. Namun, pemerhatian yang dijalankan dalam masyarakat setempat
menggambarkan tiada penghayatan mengenai setiap rukun yang dilaksanakan. Oleh hal

yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi menilai penghayatan rukun solat dalam kalangan
bakal guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Faktor-faktor peningkatan

pengetahuan rukun solat juga diambil kira dalam kajian ini bagi mengenalpasti pihak yang
perlu memainkan peranan utama dalam aspek ibadah solat. Responden yang dipilih
merupakan siswa guru Pendidikan Islam Semester 8 yang mempunyai latar belakang

pendidikan di sekolah yang mempunyai aliran agama. Reka bentuk kajian ini merupakan
kajian kualitatif dengan menggunakan instrumen temu bual dan pemerhatian. Temu bual
dilaksanakan secara struktur dan separa struktur. Hasil dapatan menunjukkan bahawa

penguasaan siswa guru mengenai rukun solat berada pada tahap yang sangat cemerlang.
Implikasi kajian ini dapat menyumbangkan penambahan ilmu dan meningkatkan kecaknaan
setiap pihak bagi memastikan ibadah solat dapat diamalkan dengan sempurna. Oleh itu,

dapat dinyatakan bahawa penghayatan rukun solat dapat memberikan kesan yang sangat
besar demi memastikan solat yang dilaksanakan mengikut syarak serta meningkatkan kualiti

ibadah solat.


Kata kunci: Solat, Penghayatan, Faktor Peningkatan, Siswa Guru.

PENGENALAN

Solat merupakan satu ibadah yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Kedudukan solat di

dalam Islam juga amat tinggi kerana solat merupakan salah satu perkara yang terkandung
dalam rukun Islam. Solat juga merupakan tiang agama sebagaimana yang disabdakan oleh

Nabi Muhammad SAW:





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 760

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

ْ
َ
ُةَلاَّصلا ُهُدوُمَعو ُ مَلاْس ِ لۡا ِ رْملۡا ُ سأ َ ر
َ
”Kepala segala perkara adalah Islam dan tiangnya adalah solat.”


Solat mengandungi tiga makna iaitu doa, kebaikan dan pengagungan. Solat disebut

doa kerana semua aktiviti di dalam solat meliputi doa, disebut kebaikan kerana keluhuran dan
pertumbuhan nilai baik boleh dibina melalui ibadah solat serta pengagungan kerana
mengandungi ungkapan pengagungan kepada Allah SWT. Manakala dari sudut istilah pula

bermaksud ibadah kepada Allah SWT berbentuk ucapan dan perbuatan yang khusus,
dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam (Fahrur & Muhammad Suhadi, 2014).

Walaupun begitu, solat yang dilaksanakan perlu mengikut cara dan pelaksanaan yang

telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW agar solat yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT.
Antara syarat sesuatu ibadah diterima termasuklah Islam, ikhlas dan juga mengikut syariat.

Justeru, pelaksanaan dan penghayatan solat dalam kehidupan perlu diberi perhatian khusus
agar dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia serta bertanggungjawab.



SOROTAN LITERATUR

Sorotan kajian-kajian lepas merupakan suatu keperluan dalam penyelidikan agar

kajian tidak tersasar dari objektif malah berperanan sebagai kesinambungan dari kajian yang
lepas dengan menghasikan satu penemuan baru. Antara kajian tersebut ialah daripada
Faridah (2016), faktor rakan merupakan faktor yang boleh mempengaruhi remaja

meningkatkan mutu solat atau sebaliknya. Rakan dapat memberikan kesan yang amat besar
kerana pergaualan harian yang memperuntukkan waktu bersama yang lebih lama

membolehkan mereka mudah cenderung di antara satu sama lain.

Menurut Sharifah Nur (2012) pula, kajian beliau mendapati pelajar tidak dapat
mengamalkan solat dengan tatacara yang betul berdasarkan ajaran agama kerana tiada

kesedaran untuk meningkatkan kualiti solat dalam diri masing-masing. Oleh itu, kajian ini amat
sesuai dengan kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji bagi melihat sejauh mana tahap
pengamalan solat dalam kalangan pelajar berdasarkan kepada amali yang dilakukan oleh

mereka.

Tambahan pula, menurut kajian Abdul Ghani (2004), 17 hingga 20 peratus sahaja

rakyat Malaysia yang menunaikan solat fardhu lima waktu. Pelajar sekolah menengah dan
rendah hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. Berdasarkan
penelitian terhadap kajian-kajian lepas, pengkaji mendapati terdapat beberapa kajian

berkaitan solat oleh para pengkaji terdahulu. Namun, data-data kajian yang diperoleh


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 761

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

menunjukkan bahawa aspek solat tidak begitu dititikberatkan dalam kalangan masyarakat
sehingga menyebabkan berlakunya pengabaian solat fardu.



METODOLOGI KAJIAN


Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif. Kajian deskriptif merupakan
penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.

Reka bentuk kajian ini adalah yang paling sesuai digunakan untuk mendapatkan hubungan
antara kedua-dua pembolehubah yang telah ditentukan oleh pengkaji. Kajian ini juga

berbentuk kualitatif. Denzin dan Lincoln (1994), berpendapat bahawa penyelidikan kualitatif
melibatkan kepelbagaian kaedah secara berfokus termasuk menggunakan pendekatan
naturalistik untuk menyelidik sesuatu subjek.


Persampelan

Kajian yang dijalankan ini memilih sampel dalam kalangan siswa guru semester 8 opsyen
Pendidikan Islam. Kajian ini tidak dijalankan pada skala yang besar kerana saiz populasi yang
besar akan memakan masa bagi menyiapkan kajian yang dijalankan. Hal ini adalah supaya

perbandingan dapat dibuat di antara responden yang tepilih berkaitan dengan penghayatan
rukun solat dan kualiti solat yang dilaksanakan oleh mereka.



Instrumen Kajian
Menurut Noraini Idris (2013), semua penyelidikan melibatkan pungutan data. Alat-alat seperti
borang soal selidik pemerhatian, temu bual dan dokumen untuk mengumpul data pula

dinamakan sebagai instrumen. Antara instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah temu
bual dan pemerhatian bagi mengumpul data-data daripada sampel.


Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kaedah untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian yang dijalankan

ini adalah dengan merekod video semasa melakukan pemerhatian terhadap responden.
Selepas maklumat dianalisis, pengkaji akan mendapatkan kesahan daripada responden
dengan meminta untuk menandatangani pada transkrip tersebut sebagai bukti bahawa beliau

bersetuju dengan analisis yang telah dilakukan. Kesahan dan kebolehpercayaan juga
dilaksanakan dengan mendapatkan pengesahan daripada pakar terhadap soalan temu bual

dan boring senarai semak pemerhatian. Hal ini adalah supaya setiap soalan yang dicipta dan
analisis yang dilakukan mendapat pengesahan daripada pakar serta menepati kepada
konteks kajian.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 762

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021


Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji adalah menggunakan pemerhatian
dan temu bual. Kaedah ini membolehkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat primer yang
boleh dijadikan sebagai eviden dalam kajian ini. Selain itu, pengkaji turut menggunakan

kaedah temu bual bagi mengumpul data daripada responden. Kaedah temu bual digunakan
supaya maklumat yang diperoleh itu merupakan maklumat shahih yang datang daripada

responden itu sendiri.

Penganalisisan Data

Pengkaji telah merakam pemerhatian dan juga temu bual yang dijalankan untuk mengambil
maklumat awal. Setelah itu, data akan dipindahkan dalam bentuk deskriptif bagi menyokong

dan menghurai maklumat yang diperoleh. Pengkaji juga menyusun maklumat yang diperoleh
mengikut kesesuaian kajian supaya maklumat yang berkaitan sahaja dijadikan sebagai
dapatan kajian. Hal ini adalah supaya kajian yang dijalankan dapat memenuhi keperluan

objektif yang dinyatakan serta dapat mengurangkan masalah yang berkait dengan tajuk
kajian.

DAPATAN KAJIAN

Perbincangan akan dimulakan dengan menelusuri tema yang pertama terlebih dahulu iaitu:


Tahap Pengetahuan (SK1)

Hasil daripada analisis data, pengkaji mendapati kesemua responden mempunyai
tahap pengetahuan yang baik dan tinggi berkaitan dengan rukun solat. Berdasarkan kepada

temu bual, maklumat yang asli dan jitu berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada
responden dapat diperoleh dengan berkesan.


i. Pendedahan Awal
Hasil daripada analisa data yang telah dilaksanakan, kebanyakan responden

telah mendapat pendidikan mengenai solat sejak bermula sekolah rendah
malah lebih awal melalui pendidikan tidak formal. Hal ini bertepatan dengan
hadis Rasulullah SAW:

َ
َ
َ
َ
َ
ُءانْبأ ْمُهو ا َ هْيَلَع ْمُهوُب ِ رْضاو ، َنيِنِس عْبَس ُءانْبأ ْمُهو ِةلاَّصلاِب ْمُكَدلا ْ وأ او ُ رُم
َ
َ
َ
ِ
ْ
َ
ع ِ جاَض َ ملا يِف ْمُهنْيَب اوُق ِ رَفو ، ٍ رْشَع
َ
ِ
(HR Abu Daud)
Maksudnya: Perintahkanlah anak-anak kalian untuk mendirikan
solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka
(jika mereka tidak mahu melaksanakannya) ketika mereka
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 763

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

berumur sepuluh tahun. Dan pisahkanlah tempat tidur di antara
mereka.
Hal ini menjelaskan bahawa kesemua responden telah mendapat pendedahan

awal mengenai rukun solat seawal usia tujuh tahun sesuai dengan hadis
Rasulullah SAW. Pendidikan di Malaysia yang mendedahkan murid kepada
solat juga amat sesuai bagi membolehkan murid mengetahui rukun solat sejak

daripada kecil



ii. Pembahagian Rukun Secara Umum
Melalui analisis dilaksanakan, tahap pengetahuan responden berkaitan dengan
pembahagian rukun solat berada pada tahap yang baik. Hal ini adalah kerana semua

responden mempunyai latar belakang keluarga yang mementingkan agama dan juga
merupakan bakal guru yang akan mengajar subjek Pendidikan Islam. Perkara ini telah
mendorong mereka untuk sentiasa ingat dan hafal berkaitan rukun solat kerana guru agama

tidak terlepas daripada mengajar solat kepada anak murid di sekolah.



Faktor Meningkatkan Pengetahuan Rukun Solat (SK2)

Temu bual yang telah dilaksanakan juga membolehkan pengkaji menganalisis

beberapa faktor dalam meningkatan pengetahuan rukun solat. Hal ini adalah kerana hampir
semua responden menyatakan faktor yang sama walaupun ditemu bual pada tempat yang
berbeza. Antara aspek yang ditemubual dan dianalisis ialah:







i. Faktor Mengetahui Dan Mengingat Rukun Solat
Melalui analisis yang dilaksanakan, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa
faktor persekitaran amat memainkan peranan dalam mengetahui dan

mengingat rukun solat kerana dapat memberikan kesan yang baik terhadap
individu.

ii. Peranan Guru

Lazimnya seorang guru akan mengajar cara pelaksanaan solat menerusi teori
dan juga praktikal. Hal ini adalah kerana pelaksanaan solat melibatkan kepada

pergerakan yang banyak sekaligus memerlukan guru untuk menunjukkannya
dengan menggunakan kaedah demonstrasi supaya lebih jelas. Menurut Nurul
Syuhada, Fathiyah & Asmawati (2016), kepelbagaian kaedah dalam


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 764

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

pengajaran ibadah solat dapat membantu memberi kefahaman dengan lebih
baik kepada murid serta dapat menarik minat murid mengikuti pengajaran dan

pembelajaran.

iii. Peranan Ibu Bapa

Berdasarkan analisis yang dilaksanakan, penglibatan ibu bapa sangat
memberikan kesan kepada responden kerana hubungan ibu bapa yang lebih
rapat dengan responden. Menurut Mohd Hidris, Ajmain & Mazlina (2020),

penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak dapat menjadikan mereka
lebih yakin dalam melaksanakan sesuatu perkara. Dapatan kajian ini juga
selari dengan kajian Rohana Tan (2013) bahawa semakin baik pendidikan

keagamaan yang diterima daripada ibu bapa, maka semakin baik tahap
penghayatan akhlak Islam.


iv. Peranan Rakan Sebaya
Berdasarkan jawapan responden, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa
persekitaran yang baik akan memudahkan seseorang untuk mengikut setiap

tingkah laku yang positif seperti perkongsian ilmu dan sebagainya. Dapatan
yang diperoleh ini adalah selari dengan dapatan Nur Faridah (2016), bahawa
faktor rakan merupakan faktor yang boleh mempengaruhi remaja

meningkatkan mutu solat atau sebaliknya. Justeru, faktor ini amat penting
untuk seseorang memilih rakan bagi membolehkan mereka sentiasa
menghayati dan mendekati Islam dengan lebih mendalam.



PENCAPAIAN PENGHAYATAN RUKUN SOLAT (SK3)

Analisis berkaitan pencapaian penghayatan rukun solat dilaksanakan oleh pengkaji
dengan menilai dan menghayati rakaman video. Aspek yang dianalisis adalah melibatkan
rukun qauli dan rukun fi’li. Pengkaji tidak menyatakan tujuan rakaman diambil supaya setiap

pergerakan adalah asli. Pengkaji telah merujuk kepada hadis Rasulullah SAW agar setiap
hujah dapat disandarkan kepada sumber yang tepat.



ii. Bacaan Al-Fatihah


Bacaan al-Fatihah sangat penting untuk dibaca dengan betul kerana kesalahan
bacaan al-Fatihah dapat mendorong kepada solat yang tidak sah. Pengkaji
telah merujuk kepada hadis Rasulullah SAW:


ْ
ْ
َ
ِباَتِكلا ِة َحِتاَفِب أ َ ر ْ قَي ْمَل ْ ن َ مِل ةَلا َ ص َلا
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 765

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

(HR Bukhari)

Maksudnya: “Tidak ada (tidak sah) solat bagi
orang yang tidak membaca surah al-Fatihah.”


Melalui analisis yang dijalankan, 80% responden dapat membaca al-
Fatihah dengan bertajwid serta mengambil kira sebutan huruf. Namun, hanya

seorang responden tidak menyebut sebutan huruf (غ) dengan tepat kerana
faktor dialek. Hal ini dapat dikenalpasti apabila pengkaji yang sering
mendengar bacaan beliau di dalam kelas mendapati perkara yang sama

berlaku semasa temu bual ini dijalankan. Walaupun begitu, aspek lain dapat
dibaca dengan betul oleh kesemua responden secara tidak langsung

menjadikan bacaan al-Fatihah dibaca dengan tepat.


iii. Bacaan Tahiyyat Akhir


Berdasarkan kepada analisis, pengkaji mendapati kesemua responden dapat
membaca bacaan tahiyyat akhir ini dengan baik. Namun, terdapat kesalahan
tambahan huruf iaitu huruf (م) dalam bacaan Responden 4 pada kalimah ا َ مَك

َتْك َ راَب. Walaupun terdapat kesalahan bacaan, namun bacaan tahiyyat akhir
yang wajib dibaca adalah betul dan tepat. Hal ini adalah kerana kalimah ا َ مَك
َتْك َ راَب termasuk dalam selawat Ibrahimiyyah yang hanya sunat dibaca dalam

tahiyyat akhir. Ju Justeru, hasil analisis menunjukkan penghayatan responden
terhadap bacaan tahiyyat akhir berada pada tahap memuaskan kerana dapat

membaca dengan lancar dan tepat.


vii. Rukuk


Seterusnya, pengkaji telah melihat rakaman video responden semasa mereka
melaksanakan rukuk bagi menilai tatacara perbuatan rukuk. Pengkaji
menyandarkan analisis yang dilaksanakan berdasarkan kepada hadis

Rasulullah SAW:

َكْيَتَبْك ُ ر ىَلَع َكْيَتَحا َ ر ْعَضَف َتْعَك َ ر اَذ ِ إو
َ
(HR Abu Daud)

Maksudnya: “Apabila engkau rukuk maka letakkanlah
kedua telapak tanganmu di atas kedua lututmu.”





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 766

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Berdasarkan analisis yang dilaksanakan, pengkaji mengenal pasti
hanya 40% responden dapat melaksanakan rukuk dengan tepat. Menurut

Ahmad Faisol (2015), perbuatan rukuk perlu mempunyai empat aspek iaitu
badan berkedudukan 90 darjah, pandangan mata menghala ke tempat sujud,
jari tangan direnggangkan di kepala lutut dan meluruskan kaki. Oleh itu,

pengamalan rukuk dalam kalangan responden tidak begitu memuaskan dan
perlu ditingkatkan lagi menerusi pembelajaran kendiri atau melalui faktor-faktor

yang dinyatakan bagi menjamin kualiti solat yang sempurna.

Bagi rukun qauli dan rukun fi’li yang tidak dinyatakan, kesemua
responden dapat melaksanakan dan mengamalkannya dengan tepat mengikut

syarak dan juga sebagaimana yang dianjurkan oleh mazhab Syafi’e. Justeru,
pengkaji hanya menyatakan rukun-rukun yang tidak dilaksanakan dengan
tepat supaya dapat melihat dengan lebih jelas tahap penghayatan atau

pengamalan mereka dalam rukun tersebut.


KESIMPULAN KAJIAN

Pendidikan solat amat penting bagi memastikan murid dapat beramal berdasarkan ilmu yang
tepat serta cara yang betul. Implikasi daripada penyelidikan ini telah menyedarkan pengkaji

tentang betapa pentingnya peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa, guru pendidikan
Islam dan juga pentadbir sekolah dalam memastikan murid benar-benar menguasai ibadah
solat. Oleh itu, pengkaji berharap agar kajian ini mampu memberikan kesan yang sewajarnya

kepada pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung serta dapat
memberikan manfaat kepada pengukuhan sistem pendidikan di negara Malaysia.


CADANGAN KAJIAN

Pengkaji mencadangkan kajian yang bakal dilaksanakan perlu memperluaskan lagi kawasan

kajian dari satu institusi kepada beberapa institusi. Pengkaji juga mencadangkan untuk
mempelbagaikan responden dengan tidak menumpukan kepada satu aliran sahaja. Pengkaji
juga mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan dengan mengaitkan solat yang

dilaksanakan dengan tingkah laku murid. Hal ini adalah kerana penghayatan yang mendalam
terhadap ibadah solat dapat menghindarkan diri daripada melakukan kemungkaran.



RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim

Al-Hadith Al-Syarif

e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 767

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Ahmad Faisol Omar. (2015). Ibadah Mukmin: Panduan Solat. Petaling Jaya: Galeri Ilmu Sdn.
Bhd.
Fahrur Muis, & Muhammad Suhadi. (2014). Bahagianya Apabila Solatmu Diterima Allah.
Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Mohd Hidris Shahri, Ajmain Safar, & Mazlina Parman. (2020, Jun 30). Hubungan Antara
Keterlibatan Ibu Bapa dalam Program Amali Solat di Sekolah Agama Kerajaan Johor.
International Journal of Islamic and Civilizational Studies, 17-28.

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.

Nur Faridah Abdullah @ Zakaria. (2016). Amalan Solat Fardhu Murid Tahun Tiga di Sekolah
Rendah. Latihan Ilmiah bagi Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), Nilai. Julai 2016.
Nurul Syuhada Johari, Fathiyah Mohd Fakhruddin, & Asmawati Suhid. (2016, October).
Pendekatan Dan Kaedah Pengajaran Ibadah Solat Guru Pendidikan Islam Menurut
Perspektif Murid. Online Journal Of Islamic Education, IV(2), 46-53.
Shukri Ahmad et al. (2014). Penghayatan Solat Dan Pengimarahan Masjid: Kajian Dalam
Kalangan Pelajar Universiti Utara Malaysia. Kedah: UUM










































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 768

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KREATIVITI PENGAJARAN DAN PENGURUSAN BILIK DARJAH PELAJAR PISMP
PENDIDIKAN ISLAM DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Siti Aisyah Solehah Abdullah
1
Mohammad Rusdi bin Ab Majid 2

1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected], [email protected]



ABSTRAK


Kajian ini mengkaji tentang kreativiti pengajaran dan pengurusan bilik darjah pelajar Program
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam di Institut pendidikan Guru di Malaysia. Kajian ini terdiri

meliputi kajian tentang kreativiti dan juga pengurusan bilik darjah. Sampel kajian ini adalah
seramai 144 orang pelajar daripada 198 populasi kajian. Kesemua sampel melibatkan 4 buah
IPG di seluruh Malaysia iaitu IPG Kampus Pendidikan Islam Selangor, IPG Kampus Dato’

Razali Ismail Terengganu, IPG Kampus Darul Aman Kedah dan IPG Kampus Batu Lintang
Sarawak. Pemilihan sampel kajian menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Kajian
ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai

instrumen pengumpulan data. Kemudian, data dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 22. Secara keseluruhannya dapatan

kajian menunjukkan kreativiti pengajaran dan pengurusan bilik darjah pelajar Program Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia berada pada tahap yang
tinggi. Kajian juga mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara elemen

kreativiti dan pengurusan bilik darjah.




Kata Kunci: Pemikiran, Personaliti, Motivasi, Kreativiti, Pengajaran, Pengurusan Bilik Darjah.



PENGENALAN


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah menggariskan penekanan
terhadap pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif. Ini menunjukkan bahawa setiap
insan perlu menjadikan komponen kreatif dan inovatif sebahagian daripada usaha mencapai

kemajuan diri. Sebagai inisiatif dalam menyokong hasrat tersebut, kajian ini memilih untuk
mengkaji mengenai salah satu daripada komponen yang terdapat dalam aspirasi tersebut iaitu

komponen kreativiti.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 769

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Elemen-elemen kreatif seperti pemikiran, personaliti dan motivasi perlu
dipertingkatkan bagi membolehkan pelajar bersedia untuk menjalani proses pengajaran yang

berkesan. Omardin Ashaari (1999) mengatakan bahawa perancangan pengajaran yang teliti
perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Justeru itu, kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana
tahap elemen kreatif yang ada pada pelajar Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru

Malaysia dalam pengajaran dan pengurusan bilik darjah.



SOROTAN LITERATUR

Littleton, Wood, & Staarman (2010) mengatakan dalam bukunya bahawa Chambers (1972)
telah melakukan kajian terhadap 397 orang saintis dalam bidang psikologi dan kimia. Mereka

merupakan pelajar yang dicalonkan sebagai pelajar kreatif oleh pihak jabatan universiti.

Para saintis ini kemudiannya telah mencalonkan seramai 2,696 orang guru yang telah
mempengaruhi peningkatan kreativiti mereka semasa mereka belajar di Intitusi Pengajian

Tinggi pada peringkat sarjana muda dan sarjana. Daripada kajian tersebut mereka telah
memilih satu inventori tingkah laku guru yang membantu meningkat kreativiti mereka dan satu

inventori tingkah laku guru yang membantutkan kreativiti mereka.

Hasilnya, antara tingkah laku guru yang menyumbang peningkatan kreativiti para
saintis tersebut ialah sifat guru yang mendorong pelajar supaya berdikari dan bebas. Selain

itu, guru juga menjadi model kepada pelajar dan sentiasa mempunyai masa untuk pelajar
walaupun di luar waktu kuliah. Semangat yang ditunjukkan oleh guru serta pemberian
ganjaran kepada tingkah laku kreatif yang ditunjukkan oleh pelajar juga merupakan faktor

yang meningkatkan kreativiti para saintis tersebut.

Manakala tingkah laku guru yang membantutkan kreativiti pelajar pula ialah guru yang

tidak menggalakkan para pelajar mengeluarkan idea mereka sendiri, guru yang tidak
mempunyai keyakinan diri dan mempunyai minat yang sempit turut menjadi halangan kepada
pelajar mengembangkan idea mereka. Tambahan juga, hasil kajian itu menunjukkan bahawa

guru yang sukar dihubungi di luar bilik darjah turut menyebabkan pelajar tidak mendapat
sokongan untuk menjadi lebih kreatif.


Siti Norshaidatul dan Saemah (2017) pula menjalankan kajian terhadap 240 pelajar
sekolah menengah mengenai personaliti kreatif serta kreativiti pelajar aliran sains dan sastera
di daerah Hulu Langat. Dapatan kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan personaliti
kreatif berdasarkan aliran pengajian. Berdasarkan Ujian Manova yang digunakan, min

menunjukkan pelajar aliran sastera mempunyai personaliti kreatif yang lebih tinggi berbanding





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 770

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

pelajar sains. Hal ini jelas menunjukkan personaliti juga merupakan faktor yang menjadikan
seseorang itu lebih kreatif.


Seterusnya, dalam kajian yang dijalankan oleh Wan Marzuki, Wan Ismail, Hafizoah,
Kassim, & Munira (2016) mengenai perspeksi tentang kreativiti di dalam pengajaran dan

pembelajaran Jawi menunjukkan bahawa kebanyakkan guru memberi maklum balas yang
positif tentang kreativiti. Mereka yakin bahawa kreativiti merupakan kemahiran yang boleh
diukur dan diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini turut disokong oleh

Yong (1989).

Hasil dapatan daripada sorotan literatur ini dapat mengukuhkan lagi kajian yang
dilaksanakan. Secara tidak langsung, perkara ini turut memberi keyakinan kepada pengkaji

untuk mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam. Dengan ini, pengkaji dapat membanding
bezakan antara kajian-kajian yang telah dibuat berdasarkan penemuan hasil dapatan para

pengkaji terdahulu.


METODOLOGI


Reka Bentuk Dan Instrumen
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai alat utama

pengujian. Soal selidik yang dibina adalah berdasarkan kepada soal selidik yang dicadangkan
oleh Amabile (1983). Beberapa adaptasi dan modifikasi dilakukan agar soal selidik yang
dibina bersesuaian dengan objektif kajian (Creswell, 2012). Sebanyak 38 item telah dibina

bagi mengukur kreativiti pengajaran dan pengurusan bilik darjah pelajar Pendidikan Islam
IPGM. Soal selidik ditabur dengan menggunakan Google Form dan data dianalisis melalui

SPSS iaitu Statistical Packages for the Social Science Version 22.

Persampelan

Teknik pemilihan sampel yang digunakan ialah teknik pensampelan rawak mudah. Dalam

memastikan pemilihan sampel benar-benar menepati kriteria, pengkaji memilih sampel
berpandukan jadual Krejcie dan Morgan (1970). Jumlah sampel kajian adalah seramai 144

orang daripada keseluruhan populasi yang berjumlah 198 orang.













e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 771

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 1

Bilangan Sampel Kajian Berdasarkan Strata IPG
IPG Jumlah
IPG Kampus Pendidikan Islam 91
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail 20
IPG Kampus Darul Aman 27
IPG Kampus Batu Lintang 6
Jumlah 144



DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini melaporkan keputusan analisis daripada data soal selidik yang telah ditadbir

berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Analisis dapatan yang dijalankan adalah berdasarkan
tiga bahagian soalan kajian yang telah dibina. Keseluruhan dapatan kajian bagi kreativiti
pengajaran dan pengurusan bilik darjah pelajar Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru

Malaysia ialah Min = 4.39 dan sisihan piawai = 0.44. Bagi setiap pemboleh ubah pula iaitu
kreativiti aspek pemikiran (Min = 4.44, SP = 0.43), kreativiti aspek personaliti (Min = 4.27, SP

= 0.49) , kreativiti aspek motivasi (Min = 4.22, SP = 0.52) dan pengurusan bilik darjah (Min =
4.47, SP = 0.44). Kesemua pemboleh ubah berada pada tahap interpretasi min tinggi.

Jadual 2

Taburan Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min kreativiti pengajaran dan pengurusan bilik
darjah pelajar Pendidikan Islam IPGM
Aspek Kreativiti Min SP Tahap
Pemikiran 4.44 0.43 Tinggi
Personaliti 4.27 0.49 Tinggi
Motivasi 4.22 0.52 Tinggi
Pengurusan Bilik Darjah 4.47 0.44 Tinggi

Keseluruhan 4.39 0.41 Tinggi

Kreativiti Pengajaran Pelajar Pendidikan Islam IPGM Dari Aspek Pemikiran

Min keseluruhan semua item bagi kreativiti pengajaran dan pengurusan bilik darjah pelajar
Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru Malaysia aspek pemikiran ialah 4.44 dengan nilai

sisihan piawai sebanyak 0.43 berada pada tahap interpretasi min tinggi. Dapatan kajian
menunjukkan kesemua sembilan item kreativiti aspek pemikiran berada pada tahap min tinggi
dan nilai min adalah hampir sekata antara nilai 4.17 hingga 4.71.


Antara item tersebut ialah pengetahuan merupakan mekanisme yang membawa
kepada pengajaran yang kreatif (Min = 4.62, SP = 0.52) dengan peratus respon setuju dan

sangat setuju 98.6%, diikuti item teknik pengajaran yang kreatif menjadikan pengajaran lebih



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 772

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

menarik (Min = 4.67, SP = 0.52) dengan peratus respon setuju dan sangat setuju 98% dan
item perkongsian idea bersama rakan pelajar membawa kepada perkembangan idea-idea

kreatif (Min = 4.71, SP = 0.49) dengan peratus respon setuju dan sangat setuju 98.6%.

Perkara ini menunjukkan bahawa pelajar Pendidikan islam di Malaysia sangat

bersetuju bahawa pengetahuan,teknik pengajaran dan perkongsian idea dapat membawa
kepada pengajaran kreatif melalui aspek pemikran. Menurut Rinkevich (2011), pengajaran
kreatif merupakan suatu proses pembinaan pengetahuan yang unik dan bermakna dalam

konteks pembelajaran. Pembinaan pengetahuan yang unik dan bermakna pula dapat
dikembangkan melalui proses kognitif dan penjanaan idea menerusi latihan-latihan dan
aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada berfikir secara kreatif (Torrance, 1972). Jadual 2

menunjukkan data yang diperolehi bagi setiap item soal selidik kreativiti aspek pemikiran.

Jadual 3

Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Kreativiti Pengajaran dan
Pengurusan Bilik Darjah Aspek Pemikiran Pelajar Pendidikan Islam Institut Pendidikan Guru
Malaysia

Penyataan Kekerapan Min S.P Tahap
STB TB TP B SB
Saya tahu pengetahuan 0 0 2 51 144
merupakan mekanisme yang 0% 0% 1.4% 35.4% 63.2% 4.62 0.52 T
membawa kepada
pengajaran yang kreatif

Saya selalu memikirkan idea- 0 1 7 59 77
idea yang kreatif untuk 0% 0.7% 4.9% 41.0% 53.5% 4.47 0.63 T
pengajaran
Saya berusaha untuk 0 1 9 54 80
mengasah diri menjadi 0% 0.7% 6.3% 37.5% 55.6% 4.48 0.65 T
seorang yang kreatif melalui
pemikiran

Pengajaran yang kreatif 0 0 5 57 82
membolehkan saya 0% 0% 3.5% 39.6% 56.9% 4.53 0.57 T
menjangkakan pencapaian
pengajaran

Saya seorang yang kreatif 0 8 34 52 50
dalam pengajaran 0% 0.6% 4.5% 72.8% 22.1% 4.00 0.90 T

Saya tahu bahawa teknik- 0 2 14 60 68
teknik diperlukan untuk 0% 1.4% 9.7% 41.7% 47.2% 4.35 0.71 T
menjadi kreatif dalam
pengajaran

Teknik pengajaran yang 0 0 3 42 99 4.67 0.52 T
kreatif menjadikan 0% 0% 2.1% 29.2% 68.8%




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 773

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

pengajaran saya lebih
menarik


Saya mudah memperolehi 0 2 26 62 54 4.17 0.77 T
pengetahuan untuk menjadi 0% 1.4% 18.1% 43.1% 37.5%
seorang yang kreatif

Perkongsian idea bersama 0 0 2 38 104 4.71 0.49 T
rakan pelajar membawa 0% 0% 1.4% 26.4% 72.2%
kepada perkembangan idea-
idea kreatif
Keseluruhan 4.44 0.44 T



Kreativiti Pengajaran Dan Pengurusan Bilik Darjah Pelajar Pendidikan Islam IPGM Dari
Aspek Personaliti
Kreativiti pengajaran dan pengurusan bilik darjah pelajar Pendidikan Islam IPGM dari aspek

personaliti pula mempunyai min keseluruhan 4.27 dan sisihan piawai 0.50 yang berada pada
tahap interpretasi min tinggi. Dapatan kajian menunjukkan tiga daripada lapan item kreativiti

aspek personaliti berada pada tahap min paling tinggi.

Antara item tersebut ialah saya bersikap terbuka terhadap idea-idea orang lain
mengenai pengajaran kreatif (Min = 4.65, SP = 0.51), diikuti item saya bebas mempelbagaikan

teknik dalam pengajaran (Min = 4.44, SP = 0.56) dan item saya mempunyai personaliti yang
bebas untuk menentukan pengajaran mengikut cara saya sendiri (Min = 4.40, SP = 0.62).
Dapatan ini menjelaskan bahawa personaliti seperti bersikap terbuka dan bebas turut

mempengaruhi pengajaran kreatif pelajar Pendidikan Islam IPGM. Personaliti ini yang
membezakan antara individu kreatif dan individu kurang kreatif Yong (1993).


Walaubagaimanapun, terdapat satu item kreativiti dalam aspek persekitaran berada
pada tahap min sederhana tinggi iaitu item saya selalu melibatkan diri dalam pertandingan
inovasi bagi meningkatkan kreativiti (Min = 3.82, SP = 1.12). Terdapat 13.9% respon sangat

tidak bersetuju dan tidak bersetuju. Keseluruhannya, dapatan ini menjelaskan bahawa pelajar
Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia sangat menguasai kreativiti pengajaran
dalam aspek personaliti semasa melakukan proses pengajaran.


Namun, kurang penglibatan dalam pertandingan inovasi juga turut mempengaruhi
kebolehan kreativiti pengajaran pelajar Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Jadual 4 menunjukkan kekerapan, min, sisihan piawai, dan interpretasi min bagi kreativiti
pengajaran dan pengurusan bilik darjah pelajar Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru
Malaysia.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 774

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 4

Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Kreativiti Pengajaran dan
Pengurusan Bilik Darjah aspek Personaliti Pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia
Penyataan Kekerapan Min S.P Tahap
STB TB TP B SB

Saya mempunyai 0 0 10 68 66
personaliti yang bebas 0% 0% 6.9% 47.2% 45.8% 4.40 0.62 T
untuk menentukan
pengajaran mengikut
cara saya sendiri
Saya komited 0 1 21 73 49
melaksanakan 0% 0.7% 14.6% 50.7% 34.0% 4.18 0.70 T
pengajaran yang kreatif
Saya suka meluangkan 0 4 24 58 58
masa dengan perkara- 0% 2.8% 16.7% 40.3% 40.3% 4.18 0.81 T
perkara yang kreatif
Saya bebas 0 0 4 72 68
mempelbagaikan teknik 0% 0% 2.8% 50.0% 47.2% 4.44 0.56 T
dalam pengajaran
Saya bersikap terbuka 0 0 2 47 95 4.65 0.51 T
terhadap idea-idea orang 0% 0% 1.4% 32.6% 66.0%
lain mengenai
pengajaran kreatif

Saya sentiasa mencuba 0 0 18 61 65 4.33 0.69 T
sesuatu yang baru untuk 0% 0% 12.5% 42.4% 45.1%
dilaksanakan
0 5 21 63 55 4.17 0.80 T
Saya suka mengambil 0% 3.5% 14.6% 43.8% 38.2%
risiko dalam pengajaran
dengan mereka cipta
bahan bantu mengajar
yang baru
Saya selalu melibatkan 6 14 27 50 47 3.82 1.12 ST
diri dalam pertandingan 4.2% 9.7% 18.8% 34.7% 32.6%
inovasi bagi
meningkatkan kreativiti

Keseluruhan 4.27 0.50 T

Kreativiti Pengajaran Dan Pengurusan Bilik Darjah Pelajar Pendidikan Islam IPGM Dari
Aspek Motivasi

Seterusnya, hasil dapatan kajian bagi kreativiti pengajaran dan pengurusan bilik darjah aspek
motivasi pula ialah min = 4.22 dengan nilai sisihan piawai 0.52 berada pada tahap interpretasi

min tinggi. Satu daripada sembilan item kreativiti aspek motivasi berada pada tahap min
sederhana tinggi iaitu item saya mempunyai sokongan kewangan yang mencukupi untuk
menghasilkan bahan bantu mengajar yang kreatif dengan (Min= 3.95, SP= 0.97).




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 775

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Manakala, tiga item dengan min tertinggi antaranya ialah item saya mempunyai
dorongan daripada pensyarah penyelia (Min= 4.61, SP= 0.63) diikuti item saya mempunyai

dorongan daripada guru pembimbing (Min= 4.43, SP= 0.79) dan item saya sentiasa
bersemangat untuk menjadi lebih kreatif (Min= 4.38, SP= 0.65).


Jadual 5
Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min Kreativiti Pengajaran dan
pengurusan bilik darjah aspek Motivasi Pelajar Pendidikan Islam IPGM
Penyataan Kekerapan Min S.P Tahap
STB TB TP B SB

Saya berasa tertekan 2 11 18 46 67
sekiranya saya perlu 1.4% 7.6% 12.5% 31.9% 46.5% 4.15 1.00 T
memenuhi citarasa orang
lain dalam pengajaran
saya
Saya selalu mendapat 0 3 26 82 33
pujian terhadap 0% 2.1% 18.1% 56.9% 22.9% 4.01 0.71 T
pengajaran saya
Saya tidak takut untuk 3 7 22 55 57
gagal 2.1% 4.9% 15.3% 38.2% 39.6% 4.08 0.97 T

Saya sentiasa 0 1 10 66 67
bersemangat untuk 0% 0.7% 6.9% 45.8% 46.5% 4.38 0.65 T
menjadi lebih kreatif
Kemudahan prasarana 2 4 27 50 61 4.14 0.91 T
yang ada di sekolah 1.4% 2.8% 18.8% 34.7% 42.4%
membolehkan saya
menggunakan kreativiti
secara optimum

Saya mempunyai 2 10 29 55 48 3.95 0.97 ST
sokongan kewangan 1.4% 6.9% 20.1% 38.2% 33.3%
yang mencukupi untuk
menghasilkan bahan
bantu mengajar yang
kreatif

Saya mempunyai 0 5 14 62 63 4.27 0.78 T
persekitaran yang 0% 3.5% 9.7% 43.1% 43.8%
menyokong kreativiti
0 7 6 49 82 4.43 0.79
Saya mempunyai 0% 4.9% 4.2% 34% 56.9%
dorongan daripada guru
pembimbing

Saya mempunyai 0 2 5 40 97 4.61 0.63 T
dorongan daripada 0% 1.4% 3.5% 27.8% 67.4%
pensyarah penyelia



Keseluruhan 4.22 0.52 ST


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 776

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Kreativiti Pengajaran Pelajar Pendidikan Islam IPGM Dari Aspek Pemikiran

Min keseluruhan item bagi pemboleh ubah bersandar pula iaitu pengurusan bilik darjah ialah
4.47 dan nilai sisihan piawai 0.44. Hasil analisis menunjukkan bahawa item dengan min
tertinggi ialah item murid saya seronok melaksanakan aktiviti berkumpulan di dalam kelas iaitu

dengan min = 4.62 dan sisihan piawai = 0.57. Kemudian diikuti dengan item saya
menggunakan kaedah pengajaran abad ke 21 (PAK21) sebagai cara meningkatkan kawalan

kelas dengan (Min = 4.50, SP = 0.62).

Dapatan menjelaskan bahawa aktiviti berkumpulan dan kaedah pengajaran PAK21
dapat meningkatkan kreativiti guru dalam pengurusan bilik darjah. Kedinamikan proses

pengajaran berasaskan kreativiti ini menjadi asas penting untuk melahirkan pelajar yang
berwibawa di samping memperkasakan lagi sistem pendidikan yang sedia ada (Abdullah &
Ainon, 1997). Jadual di bawah menunjukkan taburan kekerapan, min, sisihan piawai dan

interpretasi min bagi pemboleh ubah bersandar iaitu pengurusan bilik darjah. Kesemua item
berada pada tahap tinggi. Jadual 6 menunjukkan keputusan bagi setiap item soal selidik

pengurusan bilik darjah.



Jadual 6

Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min pengurusan bilik darjah aspek
Pelajar Pendidikan Islam IPGM
Penyataan Kekerapan Min S.P Tahap
STB TB TP B SB

Saya merancang 0 2 12 58 72
susunan bilik darjah 1.4% 7.6% 12.5% 31.9% 46.5% 4.39 0.701 T
supaya menarik dan
selesa sebelum
memulakan PdPc.
Saya dapat mengawal 0 1 9 67 67
kelas dengan baik 0% 2.1% 18.1% 56.9% 22.9% 4.39 0.638 T
semasa PdPc.
Saya melaksanakan 0 1 5 67 71
aktiviti pengajaran dalam 2.1% 4.9% 15.3% 38.2% 39.6% 4.44 0.600 T
kelas dengan baik
semasa PdPc.
Murid mematuhi 0 0 10 72 62
peraturan yang 0% 0% 6.9% 50% 43.1% 4.36 0.610 T
ditetapkan dengan baik
semasa PdPc di dalam
kelas.
Saya merangka 0 2 9 63 70 4.40 0.671 T
pengurusan bilik darjah 0% 1.4% 6.3% 43.8% 48.6%
dengan baik semasa




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 777

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

melaksanakan proses
PdPc



Pengajaran kreatif 0 0 9 55 80 4.49 0.614 T
menjadikan objektif 0% 0% 6.3% 38.2% 55.6%
pembelajaran saya
mudah dicapai
Murid saya seronok 0 0 6 43 95 4.62 0.567 T
melaksanakan aktiviti 0% 0% 4.2% 29.9% 66.0%
berkumpulan di dalam
kelas 0 2 2 67 73 4.47 0.602 T
Saya dapat mengawal 0% 1.4% 1.4% 46.5% 50.7%
kelas dengan
menggunakan bahan
bantu mengajar
Saya menggunakan 0 2 5 40 97 4.50 0.615 T
kaedah pengajaran abad 0% 1.4% 3.5% 27.8% 67.4%
ke 21 (PAK21) sebagai
cara meningkatkan
kawalan kelas

Murid memberi sepenuh 0 0 8 71 65 4.40 0.594 T
tumpuan semasa 0% 0% 5.6% 49.3% 45.1%
pengajaran dan
pembelajaran
Saya bertindak sebagai 0 0 6 54 84 4.54 0.578 T
fasilitator atau pemudah 0% 0% 4.2% 37.5% 58.3%
cara kepada PdPc
Saya yakin aktiviti 0 0 5 49 90 4.59 0.560 T
pengajaran kreatif dan 0% 0% 3.5% 34% 62.5%
pelbagai strategi dapat
mempengaruhi
peningkatan pengurusan
bilik darjah

Keseluruhan 4.47 0.44 T



Hubungan Antara Komponen Kreativiti Dengan Pengurusan Bilik Darjah.

Berdasarkan jadual dibawah, hasil analisis menunjukkan terdapat hubungan positif dan
signifikan antara kreativiti aspek pemikiran dengan kreativiti aspek personaliti iaitu (r = .753,

p < 0.01), pemikiran dengan motivasi (r = .666, p < 0.01) dan personaliti dengan motivasi (r =
.625, p < 0.01). Ketiga-tiga pemboleh ubah tidak bersandar ini mempunyai nilai r yang tinggi
antara satu sama lain manakala nilai p tidak melebihi 0.05. Hal ini menunjukkan hubungan

bagi setiap pemboleh ubah adalah kuat dan signifikan.

Hubungan komponen pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar
pula iaitu pengurusan bilik darjah pula mempunyai nilai korelasi Pearson antara 0.666 hingga


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 778

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

0.682 dengan dua bintang. Ini bermaksud hubungan yang positif, kuat dan signifikan antara
pemboleh ubah serta mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dengan ralat 0.01%.


Jadual 7
Hubungan antara kreativiti pengajaran dan pengurusan bilik darjah pelajar Pendidikan Islam
di Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Pemikiran Personaliti Motivasi

Pemikiran 1 .753 .666
**
**
**
**
Personaliti .753 1 .625
**
Motivasi .666 625 1
**
Pengurusan Bilik .682 .666 .679
**
**
**
Darjah
Korelasi Pearson
.000 .000 .000
(2 -Hujung)
N=144
**. Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2 arah)



KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa pelajar Pendidikan Islam di Institut
Pendidikan Guru Malaysia mempunyai kreativiti dalam pengajaran dan pengurusan bilik

darjah kerana kesemua item pemboleh ubah mempunyai tahap interpretasi min yang tinggi.
Secara umumnya, ciri-ciri individu kreatif dimiliki oleh pelajar Pendidikan Islam di Institut

Pendidikan Guru Malaysia namun beberapa perkara perlu perkara masih perlu
diperkemaskan supaya perkembangan kreativiti adalah secara berterusan Cropley (1997) dan
Furlong (2005).



CADANGAN

Cadangan penambahbaikan untuk kajian akan datang ialah:


1. Perluaskan skop dan batasan kajian agar dapatan kajian adalah lebih menyeluruh dan
elemen-elemen kreativiti lain turut dapat difokuskan.

2. Meningkatkan jumlah populasi agar sampel diperoleh dengan lebih ramai. Hal ini
dapat menguatkan lagi ketepatan kajian yang dilaksanakan.
3. Menggunakan metodologi kajian yang pelbagai seperti kualitatif.

4. Mengaplikasikan model atau teori kreativiti selain teroi yang digunakan dalam kajian
ini seperti teori kreativiti Taylor, Guilford dan Torrance.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 779


Click to View FlipBook Version