The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasaidi.hassan, 2021-09-19 00:57:19

e Prosiding Serai 2021 final

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI PENERIMAGUNAAN PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN MAYA DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU

1
2
Zanariah binti Hamid (PhD) , Rosnawati binti Sa’ad dan Norziaton binti Hamid 3

1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
3 Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Methodist 1 (Melaka)
[email protected]



ABSTRAK



Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa pengantar utama di institusi pendidikan dan
berupaya menyampaikan ilmu pengetahuan moden seperti ekonomi, sejarah, agama, sains

dan sebagainya. Ketika pandemik COVID-19, guru-guru waima guru Bahasa Melayu
menggunakan pelbagai medium dalam talian untuk mengajar. Oleh itu, kajian ini bertujuan
untuk mengenal pasti faktor-faktor mempengaruhi kejayaan penerimagunaan Persekitaran

Pembelajaran Maya dalam kalangan guru Bahasa Melayu. Sebanyak 400 orang guru dari 69
buah sekolah menengah harian di Selangor terlibat sebagai responden. Kajian ini ialah
penyelidikan kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Data kajian dikumpulkan melalui

soal selidik yang dijawab oleh responden kajian. Data kuantitatif dianalisis dengan
menggunakan perisian PLS-SEM versi 3.2.7. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor sikap,
faktor mudah guna dan faktor kebergunaan menunjukkan hubungan yang signifikan dan

positif terhadap penerimagunaan Persekitaran Pembelajaran Maya. Implikasi kajian
menunjukkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mengatur strategi berkesan

dalam memastikan kejayaan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya dalam proses
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Bahasa Melayu di sekolah.


Kata kunci: penerimagunaan, Persekitaran Pembelajaran Maya, Guru Bahasa Melayu,
Permodelan Kuasa Dua Terkecil Separa (PLS-SEM)


PENGENALAN

Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan

bermula daripada perakuan yang terdapat dalam Penyata Razak (1956) dan diteruskan dalam
Akta Pelajaran 1961 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Keupayaan bahasa Melayu
tidak boleh dipertikai kerana berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telah meluas digunakan

sebagai bahasa antarabangsa. Kajian yang dilakukan oleh Hashim Musa et al. (2014)
mendapati bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca di rantau Asia Tenggara pada zaman
empayar Sriwijaya sejak abad ketujuh masihi sehingga abad ke-19 masihi (melebihi 1000



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 230

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

tahun). Oleh itu, sebagai seorang pendidik yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar
Bahasa Melayu perlu berusaha membantu kerajaan memartabatkan penggunaan bahasa

Melayu dalam kalangan murid di sekolah rendah mahupun murid sekolah menengah. Usaha
guru-guru Bahasa Melayu membolehkan generasi muda dipupuk jati dirinya terhadap bahasa
Melayu sejak mereka di bangku sekolah (Abdullah Hassan, 1987).

Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia telah merubah kehidupan setiap
masyarakat dan termasuklah aspek pendidikan. Jika dahulu guru mengajar murid-murid

secara bersemuka namun COVID-19 menyebabkan pengajaran secara maya menjadi satu
kemestian kepada guru untuk meneruskan pengajaran. Pengajaran secara dalam talian
merupakan pilihan terbaik demi keselamatan guru, murid dan masyarakat (Muniroh Hamat et

al., 2020).


SOROTAN LITERATUR

Guru-guru Bahasa Melayu digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK) mengikut kesesuaian topik supaya murid-murid lebih memahami topik
yang diajar (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016). Malahan kajian mendapati
penggunaan TMK sebagai bahan bantu mengajar dalam subjek Bahasa Melayu mampu

menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan (Norhiza Fadila et al., 2016). Melalui anjakan
ketujuh daripada 11 anjakan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM 2013-2025), kerajaan menekankan TMK sebagai salah satu faktor yang boleh
meningkatkan kualiti pendidikan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).
Menyedari pentingnya TMK dalam pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM) telah melengkapkan semua sekolah rendah dan menengah dengan peralatan,
infrastruktur, perisian serta latihan kepada para guru di bawah projek 1BestariNet. Selain itu,

KPM melalui usaha sama dengan YTL Corporation telah memperkenalkan pelantar
pembelajaran maya yang dikenali Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE Frog) pada
tahun 2011 (Hamzah et al., 2016). Setelah tamatnya kontrak dengan YTL Corporation, KPM

memperkenalkan Persekitaran Pembelajaran Maya lain iaitu kelas Google (Google
Classroom) pada tahun 2019 (Pius et al., 2021).
Apakah yang dimaksudkan sebagai Persekitaran Pembelajaran Maya (PPM)?. PPM

adakalanya dirujuk sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management
System-LMS), e-pembelajaran, Massive Open Online Course (MOOC) atau Modular Object-
Oriented Dynamic Learning Environment (MOODLE) (Hamzah & Yeop, 2016). Pengajaran

maya juga memberi maksud persekitaran pembelajaran secara atas talian iaitu murid dan
guru bersemuka, berkomunikasi dan berkongsi bahan pembelajaran (Martin et al., 2013).

Terdapat tiga komponen penting yang seharusnya ada dalam pembelajaran secara maya


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 231

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

menggunakan PPM iaitu komponen komunikasi, komponen alat kandungan dan komponen
alat penilaian (Nurun Najwa Mohammad Mustafa et al., 2021).

PPM Google Classroom (GC) dipilih kerana didapati mudah, mesra pengguna dan
guru sudah biasa menggunanya (Noor Desiro Saidin & Hazrati Husnin, 2021). Penggunaan
PPM didapati meningkatkan motivasi dan tahap pencapaian murid dalam subjek Bahasa

Melayu (Muhammad Sabiq Mohd Noor et al., 2020). Begitu juga kajian yang dilaporkan oleh
Yusliza Mohamad Ali (2015) memberi bukti PPM meningkatkan pencapaian penulisan

karangan murid-murid. Kajian yang dilakukan oleh Irma Mahad et al. (2021) mendapati murid-
murid berasa seronok dan lebih bermotivasi walaupun belajar secara maya menggunakan
GC, telegram dan whatsapp.

Sungguhpun PPM memberi banyak manfaat namun terdapat juga guru tidak yakin
untuk mengajar menggunakan GC ketika mengajar secara dalam talian (Ana Haziqah A.

Rashid et al., 2021). Selain itu, terdapat juga masalah guru belum mahir lagi dengan ciri-ciri
yang ada dalam GC (Maheran Zakaria et al., 2021). Selain itu, faktor lemahnya penggunaan
teknologi maya ialah kerana faktor sikap guru (Feng et al., 2021). Kajian Siti Salwa Atan dan

Jamaludin Badusah (2013) melaporkan sikap guru Bahasa Melayu yang positif dan terbuka
membolehkan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan Google Plus. Masalah yang paling
penting ialah penggunaan PPM dalam kalangan guru masih rendah (Noor Lela Ahmad et al.,

2021). Oleh itu, isu penerimaan guru terhadap PPM perlu dikaji (Noor Desiro Saidin & Hazrati
Husnin, 2021). Hal ini kerana walau sebaik manapun PPM sekiranya guru tidak atau kurang
menggunakannya perlu dikaji sebabnya.

Bertitik tolak daripada masalah tersebut maka kajian ini memberi fokus pada faktor-
faktor yang mempengaruhi penerimagunaan PPM. Faktor-faktor yang dikaji ialah faktor sikap,

faktor persepsi kebergunaan dan faktor persepsi mudah guna sebagai pemboleh ubah bebas.
Manakala, pemboleh ubah bersandar ialah penerimagunaan. Kajian ini menggunakan Model
Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model -TAM) yang dipelopori oleh (Davis,

1989) sebagai model kajian.

METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini menggunakan guru-guru Bahasa Melayu sebagai responden kajian. Guru-guru yang

dipilih secara rawak mengajar di sekolah menengah harian di Selangor. Penyelidik memilih
guru sekolah menengah kerana kurang kajian mengenai penggunaan teknologi dari sekolah
menengah (Maimun Aqsha Lubis et al., 2017; Raman & Abdul Halim Mohamed, 2013). Semua

guru yang berpengalaman dengan PPM adalah berpeluang untuk dipilih sebagai responden
kajian.

Sejumlah 29 item telah digunakan sebagai instrumen kajian. Instrumen persepsi


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 232

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kebergunaan (enam item) dan instrumen persepsi mudah guna (tujuh item) telah diadaptasi
daripada kajian Davis (1989). Instrumen sikap pula telah diadaptasi daripada kajian Teo,

Milutinovic dan Zhou (2016). Ketiga-tiga instrumen kajian ini telah melalui proses terjemahan
timbal balik (back to back translation) dan menggunakan skala Likert 5 poin iaitu 1 untuk
“Tidak Setuju” dan 5 pula untuk “Sangat Setuju” Pengkaji menggunakan instrumen untuk

penerimagunaan daripada kajian Ummu Salma Mohiddin dan Fariza Khalid (2014). Item ini
mengandungi 10 item serta menggunakan skala Likert 5 poin iaitu 1 untuk “Tidak Selalu” dan

5 untuk “Sangat Selalu”. Setelah kajian rintis dijalankan, pengkaji telah berjaya
mengumpulkan 450 soal selidik untuk kajian sebenar.
Perisian Permodelan Kuasa Dua Terkecil Separa (Smart Partial Least Square

Structural Equation Modelling - PLS-SEM) 3.2.7 (Ringle, Wende, & Becker, 2017) digunakan
untuk menganalisis hubungan di antara pemboleh ubah yang dikaji. Pada peringkat

permulaan, pengkaji menggunakan perisian tersebut untuk menguji model pengukuran bagi
mendapatkan kebolehpercayaan dalaman, kesahan pembeza dan kesahan menumpu.
Jadual 1.1
Kebolehpercayaan dan Kesahan Menumpu
Pemboleh ubah Item (λ) (α) (CR) (AVE)

Sikap SKP1 0.821 0.859 0.891 0.580
SKP2 0.843
SKP3 0.743
SKP4 0.788
SKP5 0.709
SKP6 0.741

Persepsi Kebergunaan PKB1 0.769 0.817 0.871 0.579
PKB2 0.815
PKB3 0.790
PKB4 0.799
PKB6 0.802
Persepsi Mudah Guna PMG1 0.775 0.708 0.813 0.523
PMG3 0.759
PMG4 0.824
PMG7 0.722
Penerimagunaan TGUNA1 0.743 0.931 0.942 0.619
TGUNA2 0.759
TGUNA3 0.819
TGUNA4 0.835
TGUNA5 0.775
TGUNA6 0.804
TGUNA7 0.819
TGUNA8 0.767
TGUNA9 0.756
TGUNA10 0.784



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 233

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Nota: (λ) = faktor beban, (α) = Cronbach alpha, (CR) = Kebolehpercayaan komposit,
(AVE) = purata varian terekstrak

Kebolehpercayaan bermaksud skor yang diperoleh daripada instrumen stabil dan
konsisten (Creswell, 2014). Berdasarkan Jadual 1.1, instrumen kajian ini didapati mempunyai

tahap kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang tinggi apabila pekali Alpha dan
kebolehpercayaan komposit memperoleh nilai 0.7 seperti yang disyaratkan oleh Nunally dan

Bernstein (1994). Manakala untuk kesahan menumpu didapati kesemua item telah memenuhi
syarat yang ditetapkan oleh Fornell dan Larcker (1981) apabila mempunyai nilai Purata Varian
Terekstrak melebihi 0.5 dan nilai kebolehpercayaan komposit melebihi 0.7. Beberapa item

seperti PMG2, PMG5, PMG6 dan PKB5 telah digugurkan kerana mempunyai nilai faktor
beban yang kurang daripada 0.9 (Hair et. al, 2017).

Kesahan pembeza (discriminant validity) bermaksud sejauh mana sesuatu pemboleh
ubah itu benar-benar berbeza berbanding pemboleh ubah lain dalam model. Untuk kajian ini
kesahan pembeza melalui aplikasi Smart PLS diuji melalui kriteria Fornell Larcker dengan

membandingkan punca kuasa nilai AVE dengan korelasi pemboleh ubah pendam (Fornell dan
Larcker, 1981). Jadual 1.2 menunjukkan konstruk kajian berbeza antara setiap konstruk
apabila nilai punca kuasa (AVE) setiap pemboleh ubah lebih tinggi daripada nilai korelasi

pemboleh ubah berkenaan dengan pemboleh ubah yang lain. Oleh itu, setiap pemboleh ubah
ini berbeza antara satu sama lain.


Jadual 1.2
Kesahan Pembeza Punca Kuasa AVE
Penerimagunaan Persepsi Persepsi Mudah Sikap
Kebergunaan Guna

Penerimagunaan 0.787
Persepsi 0.583 0.761
Kebergunaan
Persepsi Mudah
Guna 0.676 0.383 0.723
Sikap 0.430 0.236 0.217 0.761


Setelah model pengukuran kajian ini telah mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan yang ditetapkan, penyelidik meneruskan kajian dengan melaksanakan

penilaian model struktural untuk menjawab fokus kajian. Berdasarkan Jadual 1.3, didapati nilai
pekali laluan (β) untuk faktor persepsi kebergunaan (β) =0.336, t = 9.155, p < 0.05), sikap (β)

=0.494, t = 13.404, p < 0.05) dan faktor persepsi mudah guna (β) =0.243, t = 8.012, p < 0.05)
mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan penerimagunaan PPM. Persepsi
2
2
mudah guna didapati mempunyai saiz kesan (f ) yang besar (f = 0.56) terhadap PPM.
Sebaliknya, faktor sikap (f = 0.15) dan faktor persepsi kebergunaan mempunyai saiz kesan
2
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 234

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

2
yang sederhana. Berpandukan nilai f yang disarankan oleh Cohen (1988) sebagai panduan
2
menunjukkan nilai f untuk penerimagunaan PPM yang paling berkesan ialah faktor persepsi
mudah guna.

Jadual 1.3
2
Keputusan Hipotesis Berdasarkan Nilai β, Nilai T, Saiz Kesan (f )
β Sisihan Nilai T Nilai Saiz
Piawai P Kesan (f )
2
Persepsi Kebergunaan ->
Penerimagunaan 0.336 0.037 9.155 0.000 0.256

Persepsi Mudah Guna ->
Penerimagunaan 0.494 0.037 13.404 0.000 0.559
Sikap -> Penerimagunaan
0.243 0.030 8.012 0.000 0.149

Nota : signifikan pada tahap 0.05 (p < 0.05)

Pengkaji merujuk panduan yang diberikan oleh Hair et al. (2017) untuk pekali
2
penentuan R menghampiri 1 maka semakin kuat peramalan. Rajah 1.1 menunjukkan nilai
2
R kajian ini ialah 0.634 yang membuktikan faktor persepsi mudah guna, faktor kebergunaan
dan faktor sikap berupaya menjelaskan 63.4 % perubahan terhadap penerimagunaan PPM.
Faktor-faktor lain yang tidak dikaji menyumbang sebanyak 36.6% terhadap perubahan

penerimagunaan PPM.

























2
Rajah 1.1 : Nilai pekali penentuan (R )

DAPATAN KAJIAN



Hasil analisis kajian ini mendapati ketiga-tiga faktor seperti persepsi mudah guna, sikap dan
2
persepsi kebergunaan mempengaruhi penerimagunaan PPM apabila mencatatkan nilai R =
0.634. Justeru, ketiga-tiga gabungan faktor peramal ini penting dalam menerangkan



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 235

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

perubahan yang terdapat pada penerimagunaan PPM. Dapatan ini selari dengan beberapa
kajian yang dilakukan oleh Baber (2021); Elkaseh et al. (2016); Qteishat et al., (2013).

Justeru, ketiga-tiga gabungan faktor ini penting dalam mempengaruhi PPM.
Selain itu, faktor persepsi mudah guna paling mempengaruhi PPM diterima dan diguna
2
apabila mencatatkan nilai saiz kesan yang besar (f = 0.56) dan mencatatkan nilai (β) =0.243,
t = 8.012, p < 0.05. Dalam keadaan pandemik COVID-19, pengajaran guru secara dalam
talian memerlukan guru menggunakan aplikasi teknologi yang memudahkan guru untuk

menggunakannya ketika mengajar. Hal ini sejajar dengan kajian Ting dan Azlina Abdul Aziz
(2021) yang mendapati guru lebih kerap menggunakan WhatsApp berbanding aplikasi lain
ketika mengajar disebabkan mudah menyampaikan pengajaran. Dapatan ini membuktikan

PPM perlu mudah diguna kerana jika guru beranggapan PPM seperti GC mudah guru akan
kerap menggunakannya (Agarwal, Prasad, & Agarwal, 1999).

Faktor persepsi kebergunaan turut mempengaruhi penerimagunaan PPM. Kajian
Harjanto dan Sumarni (2019) mendapati guru menganggap GC berguna untuk aktiviti
pengajaran seperti memberi tugasan, pengajaran secara bersemuka secara maya,

pengajaran dalam GC fleksibel apabila boleh digunakan dalam gajet seperti telefon. Oleh itu,
pihak KPM dan pembekal PPM perlu memastikan PPM sentiasa dikemas kini dengan
pelbagai kemudahan untuk guru-guru tertarik menggunakannya. Hasil kajian ini seiring

dengan kajian yang dilakukan oleh Maheran Zakaria et al., (2021) apabila kebanyakan
pensyarah beranggapan GC berguna dalam pengajaran kerana pelbagai kemudahan yang
dibekalkan dalam GC tersebut.

Faktor terakhir penting dalam memastikan penerimaan PPM dalam kalangan guru
ialah faktor sikap. Pelbagai masalah ketika mengajar secara maya dihadapi oleh guru seperti

masalah murid tidak mempunyai kemudahan Internet dan tiadanya gajet untuk belajar namun
jika guru mempunyai minat dan sikap yang positif masalah ini sudah pasti ada
penyelesaiannya. Hal ini disokong melalui kajian Ching dan Jamaludin Badusah (2010), yang

mendapati guru Bahasa Melayu mempunyai sikap positif terhadap penggunaan teknologi.
Sikap positif ini memudahkan penerimaan PPM melalui kajian yang dilakukan oleh Noor Lela

Ahmad et al. (2021) terhadap penerimaan PPM Frog.




KESIMPULAN DAN SYOR KAJIAN

Guru memainkan peranan penting dalam pembelajaran murid-murid terutama ketika

pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr). PPM seperti Google Classroom disediakan
oleh KPM mempunyai banyak keistimewaan yang boleh digunakan oleh guru-guru Bahasa

Melayu ketika mengajar. Namun sejauh manakah guru-guru Bahasa Melayu


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 236

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

menggunakannya?. Kajian pada masa hadapan boleh mengaji secara kualitatif pandangan
guru terhadap penggunaan GC atau kajian kuantitatif dari perspektif murid, guru subjek lain

dan kajian boleh dilakukan untuk setiap negeri. Dapatan kajian ini mendapati tiga faktor seperti
faktor persepsi mudah guna, faktor kebergunaan dan faktor sikap amat penting dalam
memastikan penerimagunaan PPM. Oleh itu, kajian pada masa akan datang boleh

menggunakan faktor lain seperti faktor kemudahan fasilitator, faktor kemahiran guru, faktor
sokongan pengetua mahupun faktor lain yang sesuai. Penggunaan teknologi sememangnya

bermula daripada guru-guru oleh itu, kajian ini diharap memberi manfaat kepada KPM dan
guru dalam memastikan penerimagunaan PPM.



RUJUKAN


Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa - Pengintelektualan Bahasa Melayu.
Ana Haziqah A. Rashid, Nurbiha A. Shukor, Zaidatun Tasir & Na, K. S. (2021). Teachers’
perceptions and readiness toward the implementation of virtual learning environment.
International Journal of Evaluation and Research in Education, 10(1), 209–214.
https://doi.org/10.11591/ijere.v10i1.21014

Baber, H. (2021). Modelling the acceptance of e-learning during pandemic of COVID-19-
Astudy of South Korea. The International of Management Education, 19(2).
https://doi.org/https://dx.doi.org/10.1016%2Fj.ijme.2021.100503
Ching, M. C. H. & Jamaludin Badusah. (2010). Sikap guru Bahasa Melayu terhadap
penggunaan Teknologi maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran di sekolah-
sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 59–65.

Cohen, J. (1988). Statistical Power Analysis for the Behavioral Sciences. In Lawrence Erlbaum
Associates All: Vol. Second. Lawrence Erlbaum Associates All.
Creswell, J. W. (2014). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research. In Educational Research (4th ed., Vol. 4).
Pearson Education Limited. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004

Davis, F. D. (1989). Perceived usefulness , perceived ease of use , and user acceptance of
Information Technology. MIS Quarterly, 13(3), 319–340.

Davis, F. D. (1993). User acceptance of information technology: system characteristics, user
perceptions and behavioral impacts. International Journal of Man-Machine Studies,
38(3), 475–487. https://doi.org/10.1006/imms.1993.1022

Elkaseh, A. M., Wong, K. W. & Fung, C. C. (2016). Perceived ease of use and perceived
usefulness of social media for e-Learning in Libyan Higher Education : A Structural
Equation Modeling analysis. International Journal of Information and Education
Technology, 6(3), 192–199. https://doi.org/10.7763/IJIET.2016.V6.683
Feng, F. L. Y., Fen, K. G., Liang, K. P. & Shin, L. H. (2021). Kaedah pengajaran dalam talian
guru Bahasa Melayu dan motivasi murid Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina sepanjang
tempoh perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM
(Malay Language Education Journal – MyLEJ), 11(April), 57–74.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 237

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Fornell, C. & Larcker, D. F. (1981). Evaluating Structural Equation Models with unobservable
variables and measurement error. Journal of Marketing Research, 18(1), 39.
https://doi.org/10.2307/3151312

Hair, J., Hult, G. T., Ringle, C. & Sarstedt, M. (2017). A Primer on Partial Least Squares
Structural Equation Modeling (PLS-SEM). In SAGE Publications (2nd Editio, Vol. 2).
SAGE Publications, Inc.
Hamzah, M., Pendidikan, U., Idris, S., Azli, M., Universiti, Y. & Sultan, P. (2016). Frog VLE (
persekitaran pembelajaran maya ) dalam pengajaran dan pembelajaran : Penerimaan
dan kaedah ... December.
Hamzah, M. & Yeop, M. A. (2016). Frog VLE (Persekitaran Pembelajaran Maya) dalam
pengajaran dan pembelajaran : Penerimaan dan kaedah pelaksanaannya. Journal of
Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 6(2), 67–77.

Harjanto, A. S. & Sumarni, S. (2019). Teacher’s experiences on the use of Google Classroom.
3rd English Language and Literature International Conference (ELLiC), 3, 172–178.
Hashim Musa, Rozita Che Rodi & Salmah Jan Noor Muhammad. (2014). Pelestarian Bahasa
Melayu sebagai bahasa utama dalam persuratan dan pembudayaan ilmu, sains dan
teknologi di rantau ini. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 2(2), 3–
19.

Irma Mahad, Magesvaran, U. & Intan Nur Syuhada Hamzah. (2021). Sikap dan motivasi murid
sekolah rendah terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dalam talian sepanjang
Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1), 16–28.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pembangunan Pendidikan 2001-2010.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. https://doi.org/10.1016/j.tate.2010.08.007

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Kurikulum Standard Sekolah Menengah Bahasa
Melayu : Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (Tingkatan 1) (hal. 68).
Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Maheran Zakaria, Junaidah Hanim Ahmad, Rosliza Bahari, Siti Jeslyn Hasan & Salwa
Zolkaflil. (2021). Benefits and challenges of adopting Google Classroom in Malaysian
university: Educators’ perspectives. Elementary Education Online, 20(1), 1296–1304.
https://doi.org/10.17051/ilkonline.2021.01.123

Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan & Mohd Isa Hamzah. (2017). Tahap
pengetahuan dan kesediaan guru-guru Pendidikan Islam sekolah menengah di
Selangor terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Islam.
ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J),
1(1), 1–13. http://spaj.ukm.my/acerj/index.php/acer-j/article/view/3/3

Martin, F., Parker, M. & Oyarzun, B. A. (2013). A case study on the adoption and use of
synchronous virtual classrooms. Electronic Journal of E-learning, 11(124–138).
www.ejel.org
Muhammad Sabiq Mohd Noor, Megat Aman Zahiri Megat Zakaria, Mohd Asnorhisham Adam
& Nadiahtun Azreen Othman. (2020). Digital learning effect toward student performance
and learning motivation in Malay Language subject. Innovative Teaching and Learning
Journal (ITLJ), 4(1), 1–8.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 238

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Eng, C. P. (2020). Adaptasi pengajaran dan
pembelajaran secara maya dalam kebiasaan baharu semasa pandemik COVID-19.
Sig:e-Learning@CS, 1(September), 23–30.

Noor Desiro Saidin & Hazrati Husnin. (2021). Google Classrrom sebagai pelantar M-
Pembelajaran : Tahap pengetahuan dan tahap kesediaan guru-guru sekolah menengah
luar bandar. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 278–292.
Noor Lela Ahmad, Zuriadah Ismail, Rohaila Yusof & Hapini Awang. (2021). Exploring factors
that influence the use and acceptance of Virtual Learning Environment on teaching and
learning accounting. Turkish Journal of Computer and Mathematics Education
(TURCOMAT), 12(3), 476–488. https://doi.org/10.17762/turcomat.v12i3.753

Norhiza Fadila, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzana Wan Mohamad. (2016). Kompetensi,
sikap dan penggunaan aplikasi Web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar dalam kalangan
guru sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu - MyLEJ, 6(2), 52–58.

Nunally, J. C. & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric Theory. In McGraw-Hill (3rd Editio).
McGraw-Hill Book Company.

Nurun Najwa Mohammad Mustafa, Sinau, M. T. & Basinau, A. J. (2021). Pengajaran dan
pemudahcaraan secara maya – Pelaksanaan melalui sistem pengurusan pembelajaran.
International Conference on Business Studies and Education (ICBE), 64–71.

Pius, R. L. G., Anuar Ahmad & Norasmah Othman. (2021). Aplikasi Google Classroom dalam
mata pelajaran Sejarah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 12–25.
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12552
Qteishat, M., Alshibly, H., Alqatawna, J. & Al-Ma’aitah, M. (2013). Factors influencing the
adoption of E-Learning in Jordan : An extended TAM Model. European Journal of
Business and Management, 5(18), 84–101. https://doi.org/10.13140/RG.2.1.3106.4481

R. Agarwal, Prasad, J. & Agarwal, R. (1999). Are individual differences germane to the
acceptance of new information technologies? Decision Sciences, 30(2), 361–391.
Raman, A. & Abdul Halim Mohamed. (2013). Issues of ICT usage among Malaysian
secondary school English teachers. English Language Teaching, 6(9), 74–82.
https://doi.org/10.5539/elt.v6n9p74

Ringle, C. M., Sven Wende & Becker, J.-M. (2017). Smart PLS 3.2.7.

Siti Salwa Atan & Jamaludin Badusah. (2013). Aplikasi rangkaian sosial google plus dalam
pengajaran dan pembelajaran Komponen Sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,
3(Mei), 31–41.
Teo, T., Milutinovic, V. & Zhou, M. (2016). Modelling Serbian pre-service teachers ’ attitudes
towards computer use : A SEM and MIMIC approach. Computers & Education, 94, 77–
88. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2015.10.022

Ting, Y. Y. & Azlina Abdul Aziz. (2021). TESL teachers’ online teaching during COVID-19:
Preferences of online tools and factors affecting behavioural Intention. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(4), 161–177.
https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i4.739
Ummu Salma Mohiddin & Fariza Khalid. (2014). Tahap pengetahuan guru sekolah rendah
dalam penggunaan VLE Frog untuk pengajaran dan pembelajaran. International
Conference on Learner Diversity (ICELD 2014), 50(2), 780–788.
http://eric.ed.gov/?id=EJ826493





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 239

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Yusliza Mohamad Ali. (2015). Peningkatan prestasi penulisan karangan Bahasa Melayu
melalui penggunaan Frog VLE (Frog Virtual Learning Environment). In Tesis Master
tidak diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.























































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 240

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH SAINS DAN BUKAN SAINS IPGKDRI TERHADAP
PENDEKATAN PENDIDIKAN STEM

Engku Nurul Najihah Engku Aziz dan Yusalina Yusof
2
1

1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]



ABSTRAK


Minat pelajar terhadap Sains dilihat merosot di Malaysia dengan penyertaan pelajar dalam

aliran Sains masih belum mencapai nisbah yang ditentukan oleh Jawatankuasa Perancangan
Pelajaran Tinggi. Senario ini bakal menjadi penghalang kepada hasrat negara untuk mencapai
kemajuan dalam perindustrian. Kajian tinjauan ini dilakukan untuk mengkaji tahap kesediaan

guru pelatih Sains dan bukan Sains terhadap penerapan pendidikan STEM dalam aspek
pengetahuan dan sikap. Kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen soal

selidik skala lima likert. Seramai 86 orang guru pelatih opsyen Sains, TESL dan Pengajian
Melayu di IPGKDRI telah dipilih sebagai sampel kajian. Data dianalisis secara deskriptif dan
inferensi dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi

20.0. Dapatan kajian deskriptif ini mendapati min kesediaan guru pelatih adalah tinggi bagi
kesemua aspek. Hasil analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara

tahap kesediaan berdasarkan faktor opsyen (F=6.158, sig=003). Analisis korelasi pula
mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan dan sikap dengan kekuatan
hubungan yang kuat (r=0.785, sig=.000). Selain itu, wujud juga hubungan yang signifikan
antara kesediaan dan pengetahuan namun berada pada kekuatan hubungan sederhana

(r=.691, sig=.000). Dapatan daripada analisis regresi menunjukkan hanya sikap (β=.785,
sig=.000) mempengaruhi secara signifikan terhadap kesediaan guru pelatih. Implikasi kajian

ini adalah pihak IPG dan KPM dapat menganjurkan kursus dan bengkel STEM secara berkala
untuk mendedahkan perihal kandungan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.
Selain itu, pengetahuan mengenai STEM juga dapat dimantapkan melalui penambahbaikan

modul STEM oleh KPM. Secara keseluruhannya, usaha secara bersama antara guru Sains
dan bukan Sains yang bersedia dari aspek pengetahuan dan sikap dapat membantu

meningkatkan minat murid terhadap bidang Sains.

Kata kunci: STEM, pengetahuan, sikap, guru pelatih










e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 241

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN


Bidang sains di Malaysia telah mula diberikan perhatian sejak tahun 1980 lagi apabila
Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi (1967) melaksanakan perubahan pada
nisbah unjuran enrolmen pelajar dalam bidang sains dan sastera. Penetapan polisi ini

dilaksanakan bagi memastikan negara mempunyai kepakaran sumber manusia dalam
bidang Sains dan Teknologi (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

1989). Suppiah Nachiappan, et. al. (2017) dalam kajiannya menyatakan pendidikan Sains
dapat membantu murid untuk menyemai pandangan positif terhadap bidang Sains dan
Teknologi. Justeru, pendidikan di sekolah kini dilihat telah menerapkan pendidikan STEM

sebagai inisiatif untuk menggalakkan pelajar mendaftar dalam bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (Nur Farhana Ramli & Othman Talib, 2017). Oleh itu, guru
merupakan individu yang perlu memainkan peranan yang sangat besar. Menurut

Balamuralitara (2016) dalam kajian Illey Izyani Ibrahim, et. al. (2017), pengalaman
pembelajaran yang merangkumi kualiti pengajaran dan pembelajaran yang dipimpin oleh
guru di dalam bilik darjah telah membawa kesan terhadap pembelajaran murid.




SOROTAN LITERATUR


Menurut Fatin Aliah Phang, et. al. (2014), sehingga tahun 2010 penyertaan pelajar sekolah
dalam aliran sains masih belum berjaya mencapai nisbah 60% yang ditetapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Malahan, pencapaian pelajar sekolah dalam bidang

Sains dan Matematik juga menunjukkan kemerosotan melalui pencapaian pelajar dalam
Trends in International Mathematics and Science (TIMSS) dan Programme for International
Student Assessment (PISA). Oleh itu, antara cadangan yang telah dikemukakan bagi

mengatasi isu ini adalah melalui pelaksanaan dan penerapan pembelajaran STEM dalam
sistem pendidikan.


Namun, kajian yang dijalankan oleh Aminah Mohammad Ayub (2018) mendapati

tahap kesedaran mengenai pembelajaran STEM di Malaysia adalah masih terhad
terutama dalam kalangan pelajar peringkat rendah. Pendedahan STEM juga hanya
berlaku melalui guru mata pelajaran Sains semata-semata dan tidak melibatkan mata

pelajaran lain. Menyedari hakikat kepentingan pelaksanaan STEM terhadap kemajuan
pembangunan sains dan teknologi pada masa akan datang, semua guru dilihat memikul
tanggungjawab besar untuk menyampaikan dan menerapkan pendidikan STEM dalam

setiap mata pelajaran yang diajar.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 242

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kajian ini menilai hubungan antara kesediaan guru dalam menerapkan pendidikan
STEM dengan dua pemboleh ubah bebas iaitu aspek pengetahuan dan sikap. Eckman et.
al. (2016) menyatakan untuk melaksanakan pendidikan STEM secara berkesan, guru-guru

perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam berkenaan kandungan Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik. Pengetahuan yang luas dan pemahaman yang mendalam

mengenai sesuatu pengetahuan juga dapat mencapai pengajaran yang berkesan (Knoell,
2012). Tidak cukup dengan itu, aspek sikap juga merupakan kayu ukur untuk melihat
sejauh mana tahap kesediaan guru mengenai penerapan pendidikan STEM (Maddox, et.

al., 2000).


Kajian mengenai tahap kesediaan guru pelatih terhadap STEM di Turki telah
dijalankan oleh Buyruk dan Korkmaz (2016). Hasil kajian mendapati kesediaan STEM
dalam kalangan 254 orang pelajar daripada fakulti pendidikan Universiti Amasya secara

keseluruhannya adalah berada pada tahap agak tinggi. Walau bagaimanapun, kajian ini
mendapati guru pelatih Sains mempunyai tahap kesediaan yang lebih tinggi berbanding
guru pelatih sekolah rendah kursus Matematik. Perbezaan ini disebabkan oleh integrasi

pendidikan STEM yang secara umumnya lebih tertumpu kepada bidang Sains. Sementara
itu, kajian ini juga mendapati faktor jantina tidak mempengaruhi tahap kesediaan seseorang

guru pelatih terhadap STEM.


Seterusnya, Susanto, Miyono dan Affini (2020) telah menjalankan kajian bagi
mengumpul maklumat mengenai peluang dan cabaran penerapan STEM dalam
pengajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah tinggi sekitar Jawa Tengah, Indonesia.

Hasil daripada kajian ini mendapati terdapat banyak peluang apabila STEM diterapkan ke
dalam pengajaran Bahasa Inggeris dan antaranya adalah dapat menjadikan media sosial
sebagai salah satu alat pengajaran, penggunaan vlog sebagai sokongan kepada

penerangan terhadap sesuatu perkara dan dapat melaksanakan pemerhatian secara
langsung terhadap alam sekitar.



OBJEKTIF KAJIAN


Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:


1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru pelatih Sains dan bukan Sains terhadap
pendekatan pendidikan STEM.

2. Mengenal pasti tahap sikap guru pelatih Sains dan bukan Sains terhadap
pendekatan pendidikan STEM.

3. Mengenal pasti tahap kesediaan guru pelatih Sains dan bukan Sains terhadap


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 243

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pendekatan pendidikan STEM.
4. Mengenal pasti perbezaan tahap kesediaan antara guru pelatih Sains dan bukan
Sains terhadap pendekatan pendidikan STEM.

5. Mengenal pasti hubungan antara kesediaan guru pelatih dengan aspek
pengetahuan dan sikap.

6. Mengenal pasti pengaruh faktor pengetahuan dan sikap terhadap tahap kesediaan
pendekatan pendidikan STEM.





METODOLOGI KAJIAN

Persampelan Kajian

Sampel kajian ini adalah merujuk kepada guru-guru pelatih kursus Sains dan bukan Sains
di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Nerus, Terengganu yang telah menjalani
praktikum selama dua fasa dan bakal mengajar di sekolah rendah. Sampel kajian dipilih

secara persampelan rawak berlapis secara kuota daripada sub-sub sampel opsyen iaitu
Sains, TESL dan Pengajian Melayu. Bilangan dalam setiap sub-sampel opsyen ditentukan
terlebih dahulu sebelum pemilihan untuk setiap sub-sampel dari sub-populasinya dibuat

secara rawak dan berasingan melalui jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan.
Terdapat seramai 36 orang guru pelatih kursus Sains dan TESL dan 14 orang guru pelatih
Pengajian Melayu di IPGKDRI.


Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan soal selidik berbentuk elektronik dengan 48 item instrumen yang
melibatkan skala sela. Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A

berkaitan maklumat demografi, Bahagian B merujuk kepada tahap pengetahuan
melaksanakan pendekatan STEM manakala Bahagian C dan D pula masing-masing
melihat tahap sikap dan kesediaan guru pelatih terhadap pendekatan pembelajaran STEM.


Kesahan dan Kebolehpecayaan
Sekumpulan panel rujukan dibentuk untuk menentukan kesahan kandungan bagi skop dan

objektif kajian ini. Manakala bagi kesahan luaran pula, responden yang dipilih mempunyai
ciri yang sama dengan kumpulan pada dunia sebenar iaitu guru pelatih sekolah rendah.

Seterusnya, tahap kebolehpercayaan diukur melalui pengiraan nilai pekali Alfa Cronbach
dan mendapati nilai pekali Alfa berada antara nilai indeks 0.996 hingga 0.999.







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 244

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Analisis Data
Data yang diperoleh melalui soal selidik direkod dan dianalisis secara deskriptif dan
inferensi melalui Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS). Statistik deskriptif digunakan untuk

menghuraikan setiap tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan melalui nilai min dan sisihan
piawai. Seterusnya, statistik inferensi melibatkan ujian ANOVA, korelasi dan regresi

digunakan bagi menjawab persoalan mengenai perbezaan tahap kesediaan, hubungan dan
pengaruh antara pemboleh ubah yang digunakan.


DAPATAN DAN PERBINCANGAN


Tahap Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Guru Pelatih Sains dan Bukan Sains
Terhadap Pendekatan Pendidikan STEM
Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan guru pelatih Sains dan bukan Sains

IPGKDRI terhadap pendidikan STEM berada pada tahap tinggi (min=3.9917, sp=0.73372).
Jadual 1 berikut menunjukkan nilai min dan sisihan piawai bagi setiap pemboleh ubah.
Jadual 1
Tahap Pengetahuan, Sikap dan Kesediaan Guru Pelatih Sains dan Bukan Sains Terhadap
Pendekatan Pendidikan STEM
Pemboleh ubah Min Sisihan Piawai Tahap

Pengetahuan 3.9230 0.94610 Tinggi
Sikap 4.1098 0.70081 Tinggi
Kesediaan 3.9917 0.73372 Tinggi


Perbezaan Tahap Kesediaan Antara Guru Pelatih Sains dan Bukan Sains Terhadap

Pendekatan Pendidikan STEM


Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru
pelatih mengikut faktor opsyen (F=6.158, sig=.003) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
2 berikut.


Jadual 2
Perbezaan Tahap Kesediaan Antara Guru Pelatih Sains dan Bukan Sains Terhadap
Pendekatan Pendidikan STEM
Pemboleh Jumlah Min kuasa
Kumpulan F Sig
ubah kuasa dua dua

Antara
27.139 13.569 23.011 .000
kumpulan
Pengetahuan
Dalam kumpulan 48.945 .590
Jumlah 76.083





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 245

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Antara
10.757 5.379 14.406 .000
kumpulan
Sikap
Dalam kumpulan 30.989 .373
Jumlah 41.747

Antara
5.913 2.957 6.158 .003
kumpulan
Kesediaan
Dalam kumpulan 39.846 .480

Jumlah 45.759





Hubungan Antara Kesediaan Guru Pelatih Sains dan Bukan Sains dengan Aspek
Pengetahuan dan Sikap


Dapatan menunjukkan pemboleh ubah kesediaan mempunyai hubungan yang signifikan
dengan pengetahuan (r=0.691, sig=0.00) dan sikap (r=0.785, sig=0.00). Jadual 3 berikut

memaparkan semua saling hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah kajian.


Jadual 3
Hubungan Antara Kesediaan Guru Pelatih Sains dan Bukan Sains dengan Aspek
Pengetahuan dan Sikap

Kesediaan Guru
Korelasi (r) dengan Signifikan 2- Tafsiran Nilai
Pelatih Sains &
Faktor Kesediaan hala Pekali
Bukan Sains


Pengetahuan 0.691** 0.000 Sederhana


Sikap 0.785** 0.000 Kuat




Pengaruh Faktor Pengetahuan dan Sikap Terhadap Kesediaan Pendekatan
Pendidikan STEM


Daripada dua pemboleh ubah yang dicadangkan sebagai faktor peramal, dapatan
menunjukkan satu pemboleh ubah iaitu sikap (β=.785, sig=.000) mempengaruhi secara

signifikan terhadap kesediaan guru pelatih seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4 berikut.









e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 246

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 4
Pengaruh Faktor Pengetahuan dan Sikap Terhadap Kesediaan Pendekatan Pendidikan
STEM
Unstandardized Standardized
Model Coefficients Coefficients t Sig.
β Std. Error Beta

(constant) .625 .295 2.085 .040
Sikap .822 .071 .785 11.602 .000


Dapatan menunjukkan satu pemboleh ubah tersebut menyumbang sebanyak 61.1%

terhadap perubahan kesediaan seseorang guru pelatih seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 5 berikut. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pengetahuan tidak
menyumbang kepada kesediaan guru pelatih terhadap pendidikan STEM.


Jadual 5
Pengaruh Pemboleh Ubah Terhadap Perubahan Kesediaan
Adjusted R Std. Error of
Model R R Square
Square the Estimate
1 .785 a .616 .611 .45752




KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI


Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kesediaan guru pelatih Sains dan bukan Sains
IPGKDRI terhadap pendekatan pendidikan STEM berdasarkan aspek pengetahuan dan
sikap. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati min tahap kesediaan guru pelatih Sains

dan bukan Sains terhadap pendekatan pendidikan STEM tanpa mengira latar belakang
demografi adalah tinggi bagi semua aspek. Hal ini dipersetujui oleh kajian Buyruk &
Korkmaz (2016) yang mendapati kebanyakan guru pelatih mempunyai kesedaran dan

kesediaan yang tinggi untuk menerapkan pendidikan STEM.


Walau bagaimanapun, kajian secara lebih terperinci menunjukkan guru pelatih lebih
yakin untuk menerapkan pendidikan STEM dalam aspek sikap berbanding pengetahuan.
Ini membuktikan kebanyakan guru masih kurang jelas mengenai ciri-ciri pendidikan STEM

seperti yang dinyatakan oleh Susanto et al (2020). Situasi ini agak membimbangkan kerana
menurut Wahono & Chun (2019), sikap yang baik terbentuk melalui pengetahuan dan
kefahaman yang mantap. Namun begitu, guru-guru pelatih dilihat telah menerapkan

pendidikan STEM dalam pengajaran mereka semasa praktikum lepas dengan sangat baik.
Maka, dapat disimpulkan bahawa penerapan pendidikan STEM dalam pengajaran Sains,
Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu telah berlaku.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 247

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
antara tahap kesediaan guru pelatih Sains dengan guru pelatih TESL dan Pengajian
Melayu. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa pengetahuan dan konsep

STEM dilihat lebih terkait dengan mata pelajaran Sains berbanding mata pelajaran lain.
Seterusnya, hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara

pemboleh ubah pengetahuan dengan kesediaan guru pelatih Sains dan bukan Sains
terhadap pendekatan pendidikan STEM dengan kekuatan hubungan yang sederhana
(r=0.691). Manakala dapatan menunjukkan terdapat kekuatan hubungan yang kuat antara

pemboleh ubah sikap dengan kesediaan guru pelatih terhadap STEM (r=0.785).


Seterusnya, didapati pemboleh ubah bebas yang dominan terhadap kesediaan guru
pelatih adalah pemboleh ubah sikap (β=.78.5). Sikap mempengaruhi secara signifikan pada
nilai 0.000 dan menyumbang sebanyak 61.1 peratus terhadap perubahan kesediaan

seseorang guru pelatih. Berdasarkan analisis faktor-faktor pemboleh ubah, maka faktor
yang dominan berpengaruh terhadap kesediaan adalah sikap kerana kebanyakan bentuk
pengajaran pendidikan STEM telah dilaksanakan walaupun tanpa mereka mengetahui

tentang ciri-ciri pendidikan STEM secara sepenuhnya. Pendidikan STEM bukan hanya
tertumpu kepada pengetahuan yang merangkumi konsep dan teori Sains, Teknologi,

Kejuruteraan dan Matematik semata-mata, malahan turut melibatkan aspek kemahiran dan
nilai-nilai seperti kemahiran reka bentuk dan memupuk pemikiran inovatif

Sehubungan itu, untuk panduan guru meningkatkan pengetahuan dari segi
kandungan, ciri-ciri dan beberapa teori berkaitan STEM, pihak KPM perlu menambahbaik

modul-modul pelaksanaan pendidikan STEM untuk diperkenalkan dan disesuaikan dalam
beberapa mata pelajaran. Tambahan lagi, KPM bersama-sama IPG juga boleh

mengadakan beberapa siri bengkel dan kursus secara berkala kepada semua guru-guru
dengan menekankan aspek pengetahuan STEM itu sendiri. Secara tidak langsung,
kerjasama yang baik antara guru Sains dan bukan Sains dapat dipupuk melalui satu tujuan

yang sama iaitu mengubah persepsi murid terhadap pelajaran Sains yang sentiasa
dianggap mencabar dan tidak menyeronokkan (Fatin Aliah Phang et al, 2014).


Kursus Sains dan Teknologi juga dapat diperkenalkan di semua IPG agar semua guru
pelatih tanpa mengira opsyen dapat mendalami konteks STEM dengan lebih mendalam.

Oleh itu, pendidikan STEM yang bakal dilaksanakan tidak lagi terbatas semata-mata dalam
mata pelajaran Sains seperti yang dinyatakan oleh Aminah Mohammad Ayub, 2018).
Dapatan kajian ini juga memberikan implikasi penting kepada guru pelatih itu sendiri iaitu

dengan meningkatkan lagi kesediaan dari aspek pengetahuan. Antara tindakan yang dapat





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 248

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
dilaksanakan adalah dengan mendapatkan bimbingan daripada guru-guru pakar serta
meningkatkan kemahiran berkenaan penggunaan teknologi.


Dicadangkan agar kajian selanjutnya dapat melibatkan guru-guru pelatih selain
opsyen Sains, Pengajian Melayu dan TESL. Kajian selanjutnya juga boleh dilibatkan

dengan bakal-bakal guru sekolah menengah serta matrikulasi. Selain itu, bagi
mendapatkan gambaran secara lebih menyeluruh, skop responden kajian boleh

diperluaskan lagi di seluruh Malaysia termasuk responden yang berada di kawasan bandar
dan luar bandar. Kajian ini hanya mengkaji dari aspek kesediaan, pengetahuan dan sikap.
Oleh itu, kajian akan datang diharap dapat dikaji dari aspek yang lebih luas seperti motivasi

dan kemahiran guru pelatih terhadap pendekatan pendidikan STEM.



RUJUKAN

Aminah Mohammad Ayub. (2018). Kesedaran Terhad Mengenai Pendidikan STEM di
Malaysia [Pembentangan Kertas]. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan
Universiti Awam, Malaysia.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (1989). Dasar Pendidikan
Berasaskan Sains dan Teknologi: Ke Arah Pencapaian Nisbah Penyertaan 60:40
Sains:Sastera, BPPDP.

Buyruk, B. & Korkmaz, O. (2016). Teacher Candidates’ STEM Awareness Levels.
Participatory Educational Research (PER), 4(1), 272-279.

Eckman, E.W., Williams, M.A. & Silver-Thorn, M.B. (2016). An Integrated Model for STEM
Teacher Preparation: The Value of a Teaching Cooperative Educational Experience.
Journal of STEM Teacher Education, 51(1), 71-82.

Fatin Aliah Phang, Mohd Salleh Abu, Mohammad Bilal Ali & Salmiza Salleh. (2014). Faktor
Penyumbang kepada Kemerosotan Penyertaan Pelajar dalam Aliran Sains: Satu
Analisis Sorotan Tesis. Sains Humanika, 2(4), 63-71.
https://doi.org/10.11113/sh.v2n4.469.

Illey Izyani Ibrahim & Lilia Halim. (2017). Minat Terhadap Kerjaya STEM dalam Kalangan
Murid Sekolah Rendah. Knowledge Empowerment for Sustainable Human
Development: Melaka International Conference on Social Sciences 2017 (pp. 257-
268). University College of Islam Melaka.
Maddox, E.N., Forte, M. & Boozer, R.W. (2000). Learning Readiness: An Underappreciated
yet Vital Dimension in Experiential Learning. Developments in Business Simuation &
Experiental Learning, 27(2000), 272-278.
Nurfarahana Ramli & Othman Talib. (2017). Can Education Institution Implement STEM?
From Malaysian Teachers’ View. International Journal of Academic Research in
Business and Social Sciences, 7(3), 721-732. http://dx.doi.org/10.6007/IJARBSS/v7-
i3/2772.

Suppiah Nachiappan, Lata Muthaiah & Sandra Suffian. (2017). Analisis Sikap Murid
Terhadap Mata Pelajaran Sains di Sekolah Jenis Kebangsaan. Jurnal Pendidikan
Sains & Matematik Malaysia, 7(2), 85-105.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 249

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Susanto, D.A., Miyono, N. & Affini, L.N. (2020). STEM in English Language Teaching at
High Schools in Central Java Indonesia: Opportunities and Challege. Journal of
Physics: Conference Series, 1464. https://doi.org/10.1088/1742-
6596/1464/1/012009.

Wahono, B. & Chang, C.Y. (2019). Assessing Teachers’s Attitude, Knowledge and
Application (AKA) on STEM: An Effort to Foster the Sustainable Development of
STEM Education. Sustainability 2019, 11(4), 950.
https://doi.org/10.3390/su11040950.
















































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 250

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
FAKTOR MOTIVASI YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN BAHASA MELAYU
SEBAGAI WADAH PENYAMPAIAN ILMU DALAM KALANGAN PELAJAR
POLITEKNIK METRO KUANTAN (PMKU)

1
Muhamad Asyraf bin Rosli dan Effa Izzati binti Mahmun 2

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
Politeknik METrO Kuantan
1
[email protected] dan [email protected] 2



ABSTRAK



Faktor motivasi memberi impak yang besar terhadap pemilihan Bahasa Melayu sebagai
wadah penyampaian ilmu oleh para pelajar. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti
motivasi intrinsik dan ekstrinsik terhadap kecenderungan memilih Bahasa Melayu semasa

proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar di Politeknik METrO Kuantan.
Dengan menggunakan pendekatan kualitatif, kajian ini mengukur tahap persetujuan

persetujuan pelajar melalui penyataan yang menjurus kepada ciri-ciri motivasi intriksik dan
ekstrinsik. Seramai 180 responden yang menjawab borang soal selidik. Analisis nilai min
dibuat untuk mengukur faktor motivasi yang dominan terhadap pemilihan Bahasa Melayu
sebagai bahasa yang digunakan dalam penyampaian ilmu. Hasil kajian mendapati bahawa

motivasi para pelajar untuk memilih Bahasa Melayu sebagai wadah penyampaian ilmu lebih
dipengaruhi oleh faktor motivasi intrinsik iaitu faktor kepercayaan (item v, nilai min: 4.4627 ),

kemampuan (item iv, nilai min: 4.4030), keselesaan (item iii, nilai min: 4.3582 ), keyakinan
diri (item i, nilai min: 4.3433) dan kefahaman (item ii, nilai min: 4.2388 ) mempengaruhi
pemilihan penggunaan Bahasa Melayu dalam penyampaian ilmu. Skor min keseluruhan

bagi faktor motivasi intrinsik adalah 4.3612. Manakala faktor motivasi ekstrinsik juga tidak
boleh disangkal dengan 3 daripada item memperoleh nilai min tahap tinggi dan 2

daripadanya berada pada tahap rendah.

Kata kunci; motivasi, Bahasa Melayu, penyampaian ilmu, pelajar


PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran di Politeknik METrO Kuantan (PMKu) adalah sama seperti

Politeknik Malaysia yang lain yang menggunakan dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Penggunaan dwi bahasa ini adalah

bergantung kepada keperluan silibus yang telah ditetapkan. Namun, pelajar lebih memilih
Bahasa Melayu sebagai medium pengajaran dan pembelajaran meskipun silibus
mengkehendaki kursus tersebut di ajar dalam Bahasa Inggeris.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 251

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kecenderungan pelajar untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai wadah
penyampaian ilmu boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Motivasi dilihat sebagai salah
satu faktor utama. Menurut Zarina Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2014),

motivasi adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat
menentukan hala tuju dan keberkesanannya. Justeru, kajian bagi mengenalpasti faktor

motivasi yang mempengaruhi pemilihan Bahasa Melayu sebagai wadah penyampaian ilmu
adalah relevan dan wajar dilaksanakan.


SOROTAN LITERATUR

Bahasa adalah sistem simbol yang digunakan oleh individu untuk berkomunikasi atau
menyatakan idea dan pemikiran kepada orang lain (Sitti Rabaiah, 2012). Alhaadi Ismail dan

Norimah Zakaria (2019) pula menjustifikasikan bahasa sebagai salah satu cara yang
sangat penting bagi individu untuk menyampaikan keinginan, kehendak dan meluahkan

perasan hati. Malah peranan bahasa dalam membantu mencapai matlamat-matlamat
tertentu dalam setiap kehidupan di samping memberi sumbangan yang dominan dalam
pengembangan ilmu dan kerjaya seseorang adalah sangat mustahak.

Menerusi penulisan Prof. Madya Dr. Norliza Jamaluddin (2017) keupayaan Bahasa
Melayu sebagai sarana bahasa ilmu memang tidak dapat dinafikan. Melalui sistem

pendidikan, bahasa Melayu memainkan peranan penting dan dikembangkan sebagai
bahasa ilmu.
Motivasi adalah satu konsep yang digunakan untuk memberi justifikasi kepada

sesuatu tindakan, pemilihan. Motivasi intrinsik adalah jenis keinginan yang timbul dari
dalam diri individu. Pemacunya adalah berpunca dari minat terhadap sesuatu tanpa ada
pengaruh luaran. Motivasi ekstrinsik memaksa individu untuk bertindak berdasarkan

pengaruh luar. Sesuatu keinginan atau kecenderungan timbul bukan secara semula jadi
dalam diri individu.


METODOLOGI

Dengan menggunakan pendekatan kuantitatif, borang soal selidik secara atas talian telah

diagihkan kepada populasi kajian iaitu para pelajar PMKu. Setiap item di dalam instrumen
borang soal selidik dikenalpasti melalui adaptasi kajian lepas dan dibentuk menjadi
pembolehubah yang sesuai bagi menerangkan ciri-ciri motivasi instrinsik dan ektrinsik.

Pengumpulan data primer diperoleh secara persampelan rawak mudah dan seramai 180
responden telah memberi maklumbalas borang soal selidik.







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 252

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Dapatan kajian dianalisis menerusi Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dengan
menggunakan kaedah statistik deskriptif menggunakan peratusan, skor min dan sisihan
piawai. Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999), analisis skor berasaskan minimum

satu item ialah 1 dan markah maksimum ialah 5. Melalui Norhanisha Yusof, Syamsiah
Hussin, & Syaiful Anas Ibrahim (2011) yang mengadaptasi Wiersma (1995), jadual tafsiran

min seperti berikut turut dirujuk:

Jadual 1: Interpretasi Tahap Julat Min

Kod kumpulan Julat Tahap
1 1.00 – 2.40 Rendah

2 2.41 – 3.80 Sederhana
3 3.81 – 5.00 Tinggi
Sumber: Norhanisha Yusof, Syamsiah Hussin, & Syaiful Anas Ibrahim, (2011)


DAPATAN KAJIAN

Jadual 2 menunjukkan profil demografi responden. Di dalam kajian ini, 180 responden telah
memberi maklum balas terhadap borang soal selidik. Peratusan agihan daripada segi

faktor demografi jantina dan bangsa menunjukkan jurang perbezaan yang ketara berikutan
populasi pelajar PMKu juga mempunyai perbezaan jumlah bagi ciri-ciri tersebut. Manakala

bagi faktor umur, program dan semester menunjukkan pecahan agihan peratusan yang
seimbang walaupun terdapat item yang menunjukkan peratus yang agak rendah.
Sebanyak 63% responden adalah pelajar perempuan, manakala 37% merupakan

pelajar lelaki. Umur responden yang mempunyai peratusan tertinggi adalah 19 tahun (28%),
diikuti 21 tahun dan 18 tahun (23%), 20 tahun (20%) dan terendah 22 tahun ke atas (6%).
Majoriti pelajar yang menjawab borang soal selidik adalah bangsa Melayu dengan

peratusan ketara 95%, manakala bangsa lain berkongsi peratusan selebihnya, Cina (2%),
India (2%) dan lain-lain (1%).
PMKu menawarkan 2 program sahaja di bawah Jabatan Pelancongan dan

Hospitaliti. Sebanyak 52% responden merupakan pelajar program Diploma Perkhidmatan
Makanan Amalan Halal, manakala 48% responden merupakan pelajar Diploma

Pengurusan Pelancongan. Faktor semester pengajian juga menunjukkan agihan peratusan
yang seimbang dan boleh dirujuk di profil demografi responden telah diringkaskan di dalam
jadual 2 di bawah:








e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 253

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Jadual 2: Profil Demografi Responden

Ciri-ciri Item Jumlah Peratus (%)

Jantina Lelaki 66 37
Perempuan 114 63


Umur 18 41 23
19 51 28
20 36 20
21 42 23
22 ke atas 10 6


Bangsa Melayu 171 95
Cina 4 2
India 3 2
Lain-lain: 2 1

Program Perkhidmatan Makanan Amalan Halal 93 52
Pengurusan Pelancongan 87 48

Semester 1 23 13
2 37 20
3 36 20
4 41 23
5 29 16
6 14 8
Sumber: Data Primer Borang Soal Selidik Bahagian A

Jadual 3: Analisis Nilai Min Faktor Motivasi Instrinsik dan Ekstrinsik


Faktor Item Penyataan Min

Penggunaan Bahasa Melayu membina keyakinan diri
i 4.3433
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
Memperoleh pengetahuan dan kefahaman yang lebih
ii banyak apabila pensyarah mengajar dan menerangkan 4.2388
dalam Bahasa Melayu
Lebih selesa dan bersedia untuk proses pengajaran dan
iii pembelajaran jika Bahasa Melayu digunakan sebagai 4.3582
Motivasi Instrinsik iv Kemampuan lebih terserlah jika saya menggunakan Bahasa 4.4030
medium penyampaian


Melayu

Percaya bahawa dengan menggunakan Bahasa Melayu ilmu
v
4.4627

Semua kursus di Politeknik METrO Kuantan menggunakan
Motiv asi Ekstri vi lebih mudah untuk disampaikan dan dikongsi bersama 1.3240
nsik
Bahasa Melayu sebagai medium penghantaran.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 254

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Bahan bantu mengajar yang disediakan oleh pensyarah
vii 1.0345
adalah dalam Bahasa Melayu
Pensyarah dapat mewujudkan suasana pengajaran dan
viii pembelajaran yang lebih efektif dan menarik apabila 4.0896
menggunakan Bahasa Melayu
Rakan-rakan lebih suka berbahasa Melayu sepanjang masa
ix termasuk sepanjang perbincangan dan proses 4.1791
pembelajaran dan pengajaran
Memperoleh gred yang lebih tinggi jika menggunakan
x Bahasa Melayu semasa membuat tugasan atau menjawab 4.2537
soalan penilaian
Sumber: Data Primer Borang Soal Selidik Bahagian B


Hasil analisis nilai min dianalisis menggunakan SPSS menggunakan statistik deskritif min.
Hal ini disebabkan oleh kenyataan Creswell (2018) bahawa kesahan dan ketepatannya

lebih tinggi daripada skor individu.

Motivasi Intrinsik

Dengan merujuk kepada jadual 3, berikut merupakan ringkasan faktor motivasi instrinsik
yang mempengaruhi pemilihan Bahasa Melayu sebagai wadah penyampaian ilmu:




Item Penyataan Min

Percaya bahawa dengan menggunakan Bahasa Melayu ilmu lebih
v 4.4627
mudah untuk disampaikan dan dikongsi bersama


iv Kemampuan lebih terserlah jika saya menggunakan Bahasa Melayu 4.4030


Lebih selesa dan bersedia untuk proses pengajaran dan
iii pembelajaran jika Bahasa Melayu digunakan sebagai medium 4.3582
penyampaian
Penggunaan Bahasa Melayu membina keyakinan diri sepanjang
i 4.3433
proses pengajaran dan pembelajaran

Memperoleh pengetahuan dan kefahaman yang lebih banyak
ii apabila pensyarah mengajar dan menerangkan dalam Bahasa 4.2388
Melayu

Semua item di bawah faktor motivasi intrinsik memperoleh tahap refleksi tinggi. Majoriti
responden bersetuju bahawa faktor kepercayaan (item v), kemampuan (item iv),

keselesaan (item iii), keyakinan diri (i) dan kefahaman (item ii) mempengaruhi pemilihan
penggunaan Bahasa Melayu dalam penyampaian ilmu. Skor min keseluruhan bagi faktor
motivasi intrinsik adalah 4.3612.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 255

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Motivasi Ekstrinsik
Faktor ini mempunyai tahap refleksi yang rendah bagi penyataan item iv dan vii dengan

nilai skor min 1.3240 dan 1.0345. Manakala 3 item lain mempunyai tahap refleksi tinggi.
Ringkasan adalah seperti berikut:


Item Penyataan Min

Memperoleh gred yang lebih tinggi jika menggunakan Bahasa
x 4.2537
Melayu semasa membuat tugasan atau menjawab soalan penilaian
Rakan-rakan lebih suka berbahasa Melayu sepanjang masa
ix termasuk sepanjang perbincangan dan proses pembelajaran dan 4.1791
pengajaran
Pensyarah dapat mewujudkan suasana pengajaran dan
viii pembelajaran yang lebih efektif dan menarik apabila menggunakan 4.0896
Bahasa Melayu

Semua kursus di Politeknik METrO Kuantan menggunakan Bahasa
vi 1.3240
Melayu sebagai medium penghantaran.

Bahan bantu mengajar yang disediakan oleh pensyarah adalah
vii 1.0345
dalam Bahasa Melayu
Skor min keseluruhan bagi faktor motivasi ekstrinsik berada pada tahap kod kumpulan 2

iaitu sederhana dengan nilai min 2.9762. Responden yang terdiri daripada pelajar PMKu
menolak item vi dan vii iaitu kursus di PMKu dan bahan bantu mengajar oleh pensyarah
bukanlah faktor motivasi yang mempengaruhi pemilihan Bahasa Melayu sebagai wadah

penyampaian ilmu oleh mereka.

Dapatan kajian mendapati bahawa faktor motivasi yang dominan dalam mempengaruhi

mereka adalah faktor instrinsik. Hal ini dibuktikan dengan skor min keseluruhan faktor
motivasi intrinsik yang berada di tahap tinggi, manakal skor min keseluruhan faktor motivasi

ekstrinsik berada pada tahap sederhana apabila pelajar menolak faktor kursus dan bahan
bantu mengajar sebagai faktor yang memotivasikan mereka. Dapatan ini disokong oleh
kajian yang dilakukan oleh Zaliza Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah (2014)

yang menunjukkan bahawa responden memberi maklumbalas positif terhadap faktor
intrinsik dan faktor ektrinsik iaitu persekitaran tidak begitu mempengaruhi mereka.











e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 256

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KESIMPULAN KAJIAN
































Konklusinya, faktor motivasi utama yang mempengaruhi pemilihan Bahasa Melayu sebagai

wadah penyampaian ilmu dalam kalangan pelajar PMKu adalah faktor motivasi intrinsik.
Motivasi ini hadir dari dalam diri pelajar itu sendiri iaitu faktor dalaman pelajar yang menjadi
elemen tolakan yang menggalakkan kecenderungan pemilihan penggunaan Bahasa

Melayu. Namun, faktor motivasi ekstrinsik juga tidak boleh disangkal sebagai faktor
pencetus untuk mempengaruhi pemilihan Bahasa Melayu sebagai wadah penyampaian

ilmu. Faktor ekstrinsik di lihat sebagai faktor luaran yang menjadi elemen tarikan untuk
pelajar memilih Bahasa Melayu sebagai wadah penyampaian ilmu.


RUJUKAN

Alhaadi Ismail, & Norimah Zakaria. (2019). Faktor yang Mmepengaruhi Motivasi
Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid di SJKC Chung Hwa Teluk
Kemang. Inernationa Journal of the Malay World and Civilisation 7(3), 23 - 30.

Creswell, J. W. (2018). Research Design: Qualitative Quantitative and Mixed Methods
Approaches. United States: Thousand Oaks.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.
Norhanisha Yusof, Syamsiah Hussin, & Syaiful Anas Ibrahim. (2011). Penggunaan Bahasa
Ingeris bagi Prses Pengajaran dalam Kalangan Pensyarah Politeknik Balik Pulau dan
Politeknik Seberang Perai. Polytechnic Academic Colloquium, (p. 13). Pearl
International Hotel, Malaysia.
Prof. Madya Dr. Norliza Jamaluddin. (2017). Upaya BahasaMelayu sebagai Sarana Ilmu.
Simposium Internasional Upaya Peningkatan Kembali Bahasa Melayu sebagai Alat
Pemersatu Kawasan Asia Tenggara, (p. 15). Universitas Indraprasta PGRI, Jakarta
Indonesia.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 257

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Sitti Rabaiah. (2012). Languange as A Tool for Communication an Cultural Reality
Discloser. 1st International Conference on Media, Communication and Culture
“Rethinking Multiculturalism: Media in Multiculturl Society". Universitas
Muhammadiyah Yogyakarta Indonesi.

Wiersma, W. (1995). Research Methods in Education: An Introduction. Boston: Allyn and
Bacon.
Zaliza Mohamad Nasir, & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2014). Sikap dan motivasi pelajar
terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia Social ad Behavioral Sciences 134,
408 - 415.
























































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 258

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
AMALAN KERJA BERPASUKAN DALAM PELAKSANAAN KOMUNITI
PEMBELAJARAN PROFESIONAL (KPP) DI SEKOLAH MENENGAH.

Nor Azira binti Nordin

Pusat Pembelajaran Universiti Terbuka Malaysia
Universiti Terbuka Malaysia
[email protected]




ABSTRAK


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan kerja berpasukan dalam pelaksanaan
Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) atau Profesional Learning Community (PLC)
guru di sekolah menengah di sebuah sekolah di negeri Pahang. PLC merupakan satu

medium untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP). Kerjasama antara guru memberi nilai tambah untuk meningkatkan

keberkesanan PdP. Pengkaji mengupas tentang isu yang menyebabkan kerja berpasukan
kurang diaplikasikan dalam PLC. Selain itu, pengkaji menjelaskan tentang amalan kerja
berpasukan, sejarah perkembangan PLC, konsep PLC dan model yang digunakan dalam

pelaksanaan PLC. Kajian ini melibatkan tiga orang guru dan data diperoleh secara kualitatif.
Responden ditemu bual dan kaedah pemerhatian dijalankan. Dapatan kajian menjelaskan
bahawa guru melaksanakan PLC di sekolah secara berpasukan ada dalam bidang, panitia

atau antara guru. Kesimpulannya adalah budaya kerja berpasukan merupakan langkah
penting dalam melaksanakan PLC di sekolah. Perkongsian pedagogi, ilmu pengetahuan
dan kemahiran membantu guru meningkatkan kualiti PdP dan prestasi kerja mereka.

Kesepakatan dalam kerja berpasukan bersama pemimpin sekolah dan rakan guru dapat
merealisasikan budaya PLC. Walau bagaimanapun, terdapat banyak cabaran sepanjang

menjalankan PLC, namun budaya kerja berpasukan dapat mengurangkan cabaran
tersebut. Pemimpin sekolah dan guru perlu bekerjasama sebagai satu pasukan untuk
meningkatkan prestasi murid.


Kata kunci: kerja berpasukan, komuniti pembelajaran professional, keberkesanan PdP


PENGENALAN

Sistem pendidikan negara terus berkembang selari dengan perubahan dasar yang

diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selaras dengan itu, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dibangunkan untuk
menghasilkan pembaharuan dalam sistem pendidikan negara. Berdasarkan anjakan

keempat PPPM iaitu memartabatkan profesion perguruan, maka Komuniti Pembelajaran

e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 259

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Profesional (KPP) atau Professional Learning Community (PLC) merupakan medium
terbaik untuk guru berkongsi ilmu pengetahuan terutama berkaitan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Kerjasama ini memberi nilai tambah kepada para guru bagi meningkatkan kualiti
PdP dan mengikuti perkembangan dunia pendidikan. Kajian ini dijalankan bertujuan

membincangkan tentang amalan kerja berpasukan dalam pelaksanaan PLC dalam
kalangan guru di sekolah menengah. Pelaksanaan PLC sedang rancak berlaku di Malaysia
kerana PLC adalah satu proses penambahbaikan dan peningkatan kecemerlangan yang

memerlukan warga sekolah bekerja secara kolaboratif bagi meningkatkan keberhasilan (W.
Md Rasidi et al., 2020). PLC telah berjaya mengubah iklim sekolah yang menyokong

pembangunan, mengekalkan pembelajaran budaya dalam kalangan profesional dan
meningkatkan profesionalisme guru (Hassan et al., 2018).


OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti amalan kerja berpasukan dalam pelaksanaan komuniti
pembelajaran profesional di sekolah.

2. Mengenal pasti masalah yang dihadapi guru sepanjang pelaksanaan komuniti
pembelajaran profesional di sekolah.

3. Mencadangkan langkah pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional di sekolah.

SOROTAN LITERATUR


Kerjasama guru dalam membudayakan kolaborasi, berkongsi pedagogi dan memperbaiki
PdP mempercepatkan proses PLC. Kebanyakan kajian tempatan membuktikan bahawa
guru masih belum memahami konsep PLC untuk berkongsi kepakaran (Rahimah Haji

Ahmad et al., 2013) dan budaya PLC (Zuraidah Abdullah, 2010 dan Sujirah Ibrahim, 2011.
Kajian juga menunjukkan bahawa aplikasi kerja berpasukan kurang membantu untuk

membangunkan iklim pembelajaran secara berterusan ke arah peningkatan kerjaya guru
(Nurahimah Mohd Yusoff & Rafisah Osman, 2010). PLC merupakan usaha meningkatkan
profesionalisme guru (Chong et al., 2018). Terdapat kajian yang membuktikan PLC tidak

berjaya dilaksanakan kerana faktor kolaboratif atau persekitaran. Wujud perasaan iri hati,
bermasam muka dan tidak ambil peduli menyebabkan PLC gagal dilaksanakan. Guru yang
bersikap sedemikian sebenarnya telah menggalakkan misi dan visi sekolah.

Sekiranya perkara ini berlanjutan, kecemerlangan murid dan prestasi murid tidak
tercapai. Terdapat juga dalam kalangan guru yang kurang jelas dengan konsep PLC
(DuFour, 2004). Selain itu, kajian juga membuktikan bahawa guru lebih selesa bekerja

secara bersendirian. Sekiranya keadaan ini berterusan, pembangunan dan percambahan



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 260

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
ilmu tidak dapat dilaksanakan. Hal ini merugikan sekolah kerana ramai guru dihantar
menghadiri kursus, latihan dan bengkel tetapi tidak fokus kepada keperluan di sekolah
(Zuraidah Abdullah, 2010, Sujirah Ibrahim, 2011 dan Zahizan Hasrin (2011). Adalah lebih

berkesan sekiranya semua guru berkongsi kepakaran di sekolah kerana guru lebih
mengenali budaya sekolah.

Ketika kebanyakan guru sibuk menangani perkara tersebut, sukar untuk mencari
masa yang sesuai untuk duduk bersama dan berbincang tentang pengajaran dan masalah
guru. Setiap guru pada masa kini dihujani dengan pelbagai pekerjaan perkeranian seperti

mengemas kini maklumat murid melalui sistem dalam talian, mengumpulkan yuran dari
pelajar, dan menganalisis maklumat latar belakang pelajar untuk tujuan tertentu (Taharim

et al., 2017). Bebanan kerja berlebihan menyebabkan mereka kurang bermotivasi dalam
melaksanakan PLC (Hairon & Tan, 2017; Zhang et al., 2017).


METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menggunakan teknik temu bual dan pemerhatian.
Mengikut Robson (2002), temu bual merupakan salah satu teknik pengumpulan data yang

melibatkan aktiviti penulis menyoal responden untuk mendapatkan jawapan-jawapan yang
diperlukan. Menurut Minichiello et al. (1990) dalam Punch (2001), teknik temu bual bagi

kajian berbentuk kualitatif dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu: (i) Temu bual
berstruktur, (ii) Temu bual separa berstruktur, dan (iii) Temu bual tidak berstruktur. Bagi
kajian ini teknik temu bual yang dijalankan ialah jenis separa berstruktur yang memberikan

kebebasan kepada penulis untuk bertanyakan soalan tanpa perlu terikat dengan soalan-
soalan asas yang disediakan dalam protokol temu bual.
Soalan-soalan yang disediakan hanyalah sebagai panduan kepada penulis supaya

sesi temu bual yang dijalankan nanti tidak lari daripada objektif kajian yang ingin dicapai.
Kajian ini melibatkan 3 orang guru di sebuah sekolah luar bandar di negeri Pahang. Kajian
ini menggunakan Model Komuniti Pembelajaran Profesional (2003) kerana model ini

mendorong guru untuk terus membudayakan semangat belajar dan mengajar serta
meningkatkan profesionalisme bagi mencapai matlamat organisasi. Model Komuniti

Pembelajaran Profesional merujuk kepada pendekatan in-situ merupakan pendekatan
pembangunan profesionalisme yang perlu dibudayakan di peringkat sekolah.


DAPATAN KAJIAN

Temu bual yang dijalankan menunjukkan semua guru bersetuju komuniti pembelajaran
profesional dilaksanakan di sekolah. Guru-guru membina hubungan yang rapat sebagai

satu pasukan seperti dalam panitia dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PdP.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 261

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Walau bagaimanapun, dapatan temu bual menunjukkan terdapat seorang guru yang
kurang faham tentang konsep PLC. Kajian ini meneliti 3 tema utama iaitu: (i) Amalan
pelaksanaan PLC di sekolah, (ii) Masalah yang dihadapi guru dan (iii) Langkah mengatasi

pelaksanaan PLC di sekolah.


Amalan pelaksanaan PLC di sekolah.
Pada hakikatnya, semua responden tahu tentang pelaksanaan PLC yang dijalankan di
sekolah. Tetapi teragak-agak untuk menjelaskan tentang konsep PLC. Responden tidak

boleh menjelaskan secara terperinci tentang pelaksanaan dan amalan PLC di sekolah.
Mereka menjelaskan bahawa PLC adalah perbincangan bersama guru untuk meningkatkan

ilmu pengetahuan dan berbincang dalam kumpulan kecil.

…Asalkan ada dua atau lebih guru bertemu, berbincang…sama ada dapat meningkatkan

ilmu atau dapat selesaikan masalah, itu dikira PLC. Itu yang saya faham. Tapi di sini
biasanya perbincangan dijalankan dalam kumpulan kecil. Contoh, saya dan rakan
berbincang tentang sesuatu perkara. (R3).


Bagi merealisasikan PLC di sekolah, konsep PLC perlu diketahui oleh semua guru. Pihak
sekolah perlu kerap membimbing guru untuk memahami konsep dan pelaksanaan PLC.

PLC yang berjaya dilaksanakan membantu murid dan sekolah dalam meningkatkan
kecemerlangan. Daripada temu bual yang dijalankan guru menjelaskan guru selalu

melaksanakan PLC. Hasil temu bual, mereka menjelaskan PLC adalah apabila guru
bertemu dan berbincang untuk meningkatkan ilmu atau menyelesaikan masalah berkaitan
mata pelajaran. Biasanya, PLC dilaksanakan secara tidal formal. Hal ini bermaksud guru

tidak mencatat atau menulis hasil perbincangan PLC. Mereka sekadar berbual tentang
sesuatu topik dan telah dianggap sebagai PLC.


…Kita ada buat PLC tetapi selalunya tidak secara formal seperti saya berbincang bersama
rakan menggunakan Google Meet, itu dikira sebagai PLC. Di sini banyak dilakukan PLC

tetapi tidak direkodkan. Saya pun kadang-kadang tak rekod. (R2)

Pentadbir sekolah kerap membincangkan pelbagai tentang pengetahuan dan kemahiran

PdP serta keperluan murid dalam LADAP tersebut. Tetapi, temu bual menunjukkan,
perbincangan dalam pasukan seperti ahli panitia adalah banyak tetapi PLC antara bidang
adalah kurang.







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 262

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
.. Walau bagaimanapun terdapat juga perbincangan yang dilakukan oleh guru-guru di
sekolah dalam bentuk kumpulan atau dijalankan sebagai program Latihan Dalam
Perkhidmatan (LADAP). (R1)


…PLC yang dijalankan dalam bidang yang sama sahaja, tetapi jarang dilaksanakan dalam

antara bidang lain. Sedangkan pertukaran kepakaran dan perkongsian ilmu dengan bidang
lain pun bagus. Sebagai contoh, bidang sains dan matematik boleh berkongsi strategi PdP
bersama bidang kemanusiaan. (R3)


Seterusnya, kerjasama dan perbincangan yang dilakukan oleh guru untuk menambah

pengetahuan dan kemahiran Pdp, semua guru perlu menganalisis pelbagai sumber data
untuk menilai pencapaian murid seperti dalam pentaksiran dan peperiksaan. Ini yang kerap
dilakukan oleh semua guru di sekolah. PLC untuk menambah baik dan melakukan refleksi

terhadap pencapaian murid adalah sesuatu yang berjaya setakat ini.

…itu yang selalu guru lakukan di sekolah setelah selesai menjalankan pentaksiran dan

peperiksaan. Kebanyakan guru menganalisis data pencapaian muri secara berkumpulan
seperti dalam panitia dan bidang masing-masing. Setiap panitia dan guru berkongsi analisis
SWOT masing-masing. Hasil perbincangan PLC tersebut dikongsi bersama ahli panitia.

(R1)


…Setiap kali lepas peperiksaan mesti ada analisis data dan buat refleksi terhadap
pengajaran dan pembelajaran guru. (R2)


Sementara itu, guru lain turut menjelaskan….


… setiap pentaksiran dan peperiksaan, semua guru akan berbincang tentang TOV murid,
analisis pencapaian murid, potensi diri dan refleksi guru itu sendiri terhadap PdP mereka.
Setiap guru berkongsi kekuatan masing-masing yang membolehkan guru lain mengambil

sebagai panduan. (R3)

PLC yang dijalankan selepas setiap kali keputusan peperiksaan diperoleh adalah langkah

terbaik untuk meningkatkan profesion guru dan prestasi guru. Pihak pentadbir berjaya
memainkan peranannya dalam berkongsi amalan baik ini. Semua guru berbincang dalam
panitia tentang analisis murid dan pentadbir pula mengadakan perbincangan tentang

kelemahan murid untuk tambah baik. (R2)




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 263

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Masalah dalam pelaksanaan PLC di sekolah
Semua guru tahu dan faham bahawa mereka perlu sentiasa memperbaiki kelemahan dan
membuat refleksi atas PdP bagi mengatasi isu pembelajaran murid. Perkongsian ilmu

dalam pelbagai sudut seperti pedagogi pengajaran, bbm mengajar dan kaedah pengajaran
yang berkesan. Antara masalah dalam pelaksanaan PLC adalah kekangan masa, jadual

waktu mengajar yang padat dan guru sibuk melakukan tugasan lain.

… waktu mengajar agak padat dan sukar mengadakan perbincangan dalam satu panitia

dan bidang. Jarang dapat berkumpul sekali. Biasa mengadakan PLC di dalam kelas. Selain
itu, terdapat juga cabaran dalam pelaksanaan PLC iaitu kekangan masa dan terikat dengan

jadual pengajaran dan pembelajaran. (R1)

….Cabaran lain adalah kami tak dapat nak jalankan aktiviti atau strategi PLC. Mungkin,

pihak pentadbir perlu wajibkan semua panitia melaksanakan PLC. PLC hendaklah disebar
luas dalam kalangan guru dan boleh dilaksanakan bukan sahaja dalam panitia tetapi dalam
pasukan lain di sekolah (R2)


…Tak sempat nak kumpul semua guru terutama dalam panitia. Biasa buat PLC dalam
kumpulan kecil. Kalau jumpa di mana-mana, sempatlah berbincang (R3).


Langkah mengatasi pelaksanaan PLC di sekolah.

… Pentadbiran sekolah perlu masukkan slot PLC dalam jadual waktu bagi memudahkan
guru menjalankan PLC. Kerjasama antara ahli panitia dan bidang juga membantu
perjalanan PLC di sekolah. Kalau boleh, jadikan PLC sebagai budaya di sekolah bukan

sekadar dokumentasi. (R1)


…Kerap adakan PLC dalam kalangan panitia. (R2)

SYOR CADANGAN


Pentadbir sekolah perlu merancang program PLC untuk guru yang memudahkan
penglibatan mereka dalam kerja berpasukan. Perancangan yang sistematik membawa
implikasi penting dalam mempromosikan budaya pembelajaran yang sahih dan profesional

di sekolah untuk pembangunan kerjaya guru. Oleh kerana sekolah adalah pusat
pembangunan profesional guru (Andrew et al., 2020), pemimpin sekolah bertanggungjawab

untuk memupuk ruang profesional guru sehingga dapat membentuk agensi profesional
guru secara menyeluruh. Pembangunan agensi mempengaruhi keberkesanan dan




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 264

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
pembelajaran guru di semua peringkat terutama dalam menerapkan PLC di dalam kelas
(Keay et al., 2019).
Bagi mencapai tujuan di atas, pihak pentadbir sekolah perlu mengambil lebih

banyak inisiatif untuk mengembangkan potensi kepemimpinan dalam kalangan guru
(Wagner & Parra, 2019). Kesedaran mengenai peranan aktif guru dalam PLC adalah

petunjuk kejayaan sesebuah sekolah. Kesedaran ini menyebabkan pemimpin sekolah
menghargai guru sebagai pembangun pengetahuan dan bukannya sebagai penyedia
perkhidmatan (Imant & Van der Wal, 2020); guru adalah pakar, pembuat keputusan dan

ejen pengembangan dan pertumbuhan profesional mereka (Lopes & D ’Ambrosio, 2016).
Oleh itu, guru perlu mengalihkan tumpuan mereka untuk mengajar kepada pembelajaran.

Guru bekerja secara berpasukan bagi membina pengetahuan bagi meningkatkan
pembelajaran murid.
Guru boleh menganggap aktiviti bilik darjah sebagai domain tradisional guru. Guru

meneroka pengajaran baharu dan proaktif mengambil inisiatif yang membawa kepada
pembelajaran berkesan. Kesimpulannya, guru bukanlah faktor yang menyebabkan sesuatu
tetapi bertindak sebagai pelakon dalam pelaksanaan PLC (Imant & Van der Wal, 2020).

Selain itu kerjasama antara guru juga diwujudkan seperti dalam latihan perkembangan staf
untuk meningkatkan pengetahuan bagi menambahkan kemahiran pengajaran.


KESIMPULAN KAJIAN

Dapatan temu bual yang dijalankan menunjukkan guru bersetuju bahawa amalan

pembelajaran secara kolektif dilaksanakan di sekolah. Guru-guru berjaya membina
hubungan yang baik sesama mereka dan secara kolektif bekerjasama dalam meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran PdP. Perbincangan yang diadakan antara guru-guru dan

analisis pelbagai sumber data termasuk selepas menduduki peperiksaan dapat
meningkatkan keberkesanan dalam amalan pengajaran. Kajian ini bertepatan dengan
kajian yang dijalankan oleh pengkaji awal PLC.

Merujuk dapatan kajian di atas, pengkaji dapat merumuskan bahawa amalan kerja
berpasukan dalam PLC telah dilaksanakan di sekolah. Tetapi, kefahaman tentang konsep

dan pelaksanaan PLC adalah kurang. Berdasarkan temu bual bersama tiga orang guru,
hubungan baik dalam panitia berjaya meningkatkan pengetahuan dan pengetahuan guru.
Guru juga berkongsi bahan mengajar. Cuma penglibatan semua pihak seperti mengikut

bidang masih kurang. Setelah selesai menjalani pentaksiran dan peperiksaan, semua
panitia dan bidang berbincang bagi mengatasi masalah atau isu kelemahan murid. Dapatan

kajian juga menunjukkan, pihak sekolah sentiasa menyokong pelaksanaan PLC walaupun
pelaksanaannya masih tidak dijadikan budaya.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 265

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Menurut Dufour et al. (2004), amalan pembelajaran kolektif dicapai sekiranya
semua guru bekerja dalam satu pasukan secara kolaboratif melalui perbincangan dalam
panitia atau bidang. Hal ini kerana pasukan yang dibentuk dapat menjalankan perancangan

tentang isu dalam panitia masing-masing (Boyd dan Hord, 2012). Semua ahli panitia perlu
berbincang dalam satu pasukan bagi menghasilkan budaya pembelajaran kolektifnya yang

dapat meningkatkan pencapaian murid dan meningkatkan prestasi akademik sekolah.
Merujuk Leithwood et al. (2019) untuk merealisasikan keberkesanan PLC, mengambil masa
yang panjang dan melibatkan seluruh warga sekolah.


RUJUKAN

Bolam, R., Mc Mahon, A., Stoll, L., Thomas, S., & Wallace, M. (2005). Creating and
Sustaining Effective Professional Learning Communities. London: DfES. Boyd, V. &
Hord, S.M. (1994b). Schools as learning communities. Issues ... about Change, 4(1).
Austin, TX: Southwest Educational Development Laboratory.Cavanagh,

Chong, C. K., Ghani, M.F.A., & Abdullah, Z. (2018). Cabaran amalan komuniti pembelajaran
profesional (KPP) dalam kalangan guru sekolah rendah berprestasi tinggi Malaysia.
JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(3), 1-14

DuFour, R. (2005). What is a Professional Learning Community? The Power of
Professional Learning Communities, 31-43.

Hassan, R., Ahmad, J., & Boon, Y. (2018). Professional Learning Community in Malaysia.
International Journal of Engineering & Technology, 7(3.30), 433.
https://doi.org/10.14419/ijet.v7i3.30.18347
Hord, S. M. (2004). Professional learning communities: An overview. In learning

Together leading together changing schools through professional learning communities.
New York: Teachers College Press and Alexandria, VA: ASCD.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
- 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia

Leithwood, K., Harris, A. & Hopkins, D. (2019). Seven strong claims about successful school
leadership revisited. School Leadership & Management, 40(1), 1–18.
Nurahimah Mohd Yusoff & Rafisah Osman (2010). Hubungan Kualiti Penyeliaan dan
Pembelajaran di Bilik Darjah Dengan Efikasi Guru. Asia Pacific Journal of Educators
and Education, 25, 53-71.

Sujirah Ibrahim (2011), Sokongan Pengetua Dalam Amalan Komuniti Pembelajaran
Profesional Sebuah Sekolah di Daerah Ledang, Johor. Tesis Sarjana. Institut
Pengajian Kepengetuaan Universiti Malaya

Taharim, N. F., Jayasuriya, D. P., Lim, W. X., & Mazhar, S. F. (2017). Clerical work for
School teachers: A burden or a responsibility? Journal of Humanities, Language,
Culture and Business, 1(3), 26–36.
Ujil, A.T. & Andin, C. (2018). Kepimpinan Sekolah Berprestasi Tinggi: Kriteria dan

Pembentukan Kepimpinan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 3(2),
113–126.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 266

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
W. Md Rasidi, W. F., Mydin, A.-A., & Ismail, A. (2020). Coaching Pengajaran Sebagai
Pembelajaran Profesional Guru: Satu Tinjauan. Asian People Journal (Apj).
Https://Doi.Org/10.37231/Apj.2020.3.2.183

Zahizan Hasrin (2011). Kepimpinan Menyokong dan Berkongsi Pengetua Dalam
Mewujudkan Komuniti Pembelajaran Profesional Melalui Kajian Tindakan. Tesis Sarjana.
Institut Pengajian Kepengetuaan Universiti Malaya.
Zhang, J., & Sun, Y. (2018). Development of a conceptual model for understanding

Professional learning communities in China: a mixed-method study. Asia Pacific Education
Review, 19(4), 445-457.

Zuraidah Abdullah, (2009b), Profil Komuniti Pembelajaran Profesional di Sekolah

Menengah, Kertas dibentangkan di Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Kali ke VI pada 9-
12 Mac 2009 bertempat di Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya.











































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 267

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGARUH KONSEPSI, KECEKAPAN DAN MOTIVASI GURU PRASEKOLAH
TERHADAP KAEDAH BERMAIN DRAMATIK

1
Hafsah binti Jantan & Noryani binti Md Yusof 2

1,2 IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka Malaysia
1 [email protected]; [email protected]
2


ABSTRAK


Matlamat kajian ini adalah menentukan konsepsi, kecekapan, dan motivasi guru
prasekolah dalam menggunakan kaedah bermain dramatik di peringkat pendidikan awal

kanak-kanak di Semenanjung Malaysia. Kajian ini bertujuan untuk menentukan model
konsepsi, kecekapan dan motivasi guru prasekolah terhadap pengunaan kaedah bermain
dramatik di peringkat pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia. Kajian ini adalah kajian

tinjauan dengan rekabentuk kuantitatif eksplanatori yang melibatkan soal selidik.
Responden yang dilibatkan dalam kajian ini seramai 898 guru prasekolah yang dipilih
melalui persampelan rawak berstrata berperingkat. Data dikumpulkan dengan

menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan model persamaan struktur. Kajian ini
mendapati bahawa terdapat pengaruh yang signifikan bagi konsepsi (0.08), kecekapan

(0.33), dan motivasi (0.30) guru prasekolah Semenanjung Malaysia terhadap penggunaan
kaedah bermain dramatik mereka. Kajian ini mencadangkan satu model konsepsi,
kecekapan, dan motivasi terhadap penggunaan kaedah bermain dramatik yang boleh

digunakan untuk meningkatkan dalam kemampuan pengajaran bagi Guru Prasekolah
Semenanjung Malaysia. Untuk menggunakan kaedah bermain dramatik dalam

pembelajaran, maka diperlukan konsepsi, kecekapan, dan motivasi yang tinggi daripada
guru.



Kata Kunci: Konsepsi; Kecekapan; Motivasi; Kaedah Bermain Dramatik



PENGENALAN


Konsepsi, kecekapan dan motivasi guru prasekolah dipercaya dapat berpengaruh
terhadap kaedah bermain dramatik kanak-kanak. Pengaruhnya berbeza ketika diuji secara
berasingan dengan diuji secara bersamaan dengan menggunakan model persamaan

berstruktur (structural equation model). Secara berasingan dari kecekapan dan motivasi,
pengaruh persepsi guru ke atas konteks pengajaran dan pembelajaran untuk

memperkasakan perkembangan kanak-kanak (Izumi et al., 2010) dan perhatian terhadap


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 268

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
faktor sikap, motivasi, minat dan konsepsi guru tentang kepentingan pendidikan prasekolah
(Rosmah dan Mariani, 2013) adalah sebagai salah satu contoh. Kedua-dua kajian
menunjukkan bahawa sikap, minat dan konsepsi merupakan asas yang penting untuk

membentuk konsepsi kanak-kanak belajar. Eisner (1992) menyatakan bahawa konsepsi
guru berkait rapat dengan konsepsi pelajar dalam belajar.

Rosmah dan Mariani (2013) mendapati salah satu faktor utama bagi guru
prasekolah sebagai pelaksana utama kurikulum standard prasekolah kebangsaan (KSPK)
adalah kerisauan dalam awal pelaksanaan kurikulum tersebut. Kerisauan itu menurut

Rosmah dan Mariani (2013) berlaku kerana kurangnya perhatian terhadap faktor sikap,
motivasi, minat dan konsepsi guru tentang kepentingan perkembangan kanak-kanak pada

pendidikan prasekolah. Sikap menjadi elemen tersendiri atau ianya bukanlah menjadi
bahagian atau elemen yang membentuk konsepsi guru dalam menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kajian ini mengkaji sikap dan kepercayaan sebagai

elemen dari konsepsi guru dalam pelaksanaan KSPK di Malaysia. Dapatan kajian ini
diharapkan mengisi jurang aspek konsepsi guru yang wujud dalam pengajaran dan
pembelajaran di prasekolah. Kedua-dua elemen sikap dan kepercayaan mengikut kajian

Stipek dan Byler (1997) dan Nelson (2000) berkolerasi secara positif terhadap pilihan
amalan kelas guru prasekolah.
Selain itu, kajian ini melibatkan kecekapan mengajar guru yang terdiri dari elemen

pengetahuan dan kemahiran kerana kecekapan mengajar guru dinyatakan sebagai salah
satu elemen penting bagi mewujudkan profesionalisme guru dalam menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran di prasekolah (Knowles, 1970; Van Driel et al., 1999).
Kecekapan ini dikaji secara berasingan dengan konsepsi dan motivasi. Sehubungan itu,
Khalid et al. (2009) menekankan bahawa kemahiran dan pengetahuan yang mantap

tentang perkembangan kanak-kanak dan pedagogi pendidikan awal kanak-kanak perlu
diberi keutamaan dalam pemilihan guru prasekolah bagi menjamin profesonalisme guru.

Seterusnya, mengikut kajian Zakiah et al. (2011), Halimah (2006) motivasi guru ikut
mempengaruhi motivasi kanak-kanak dalam pembelajaran. Olehnya itu, guru prasekolah
perlu memenuhi minat dan keperluan mereka. Untuk memenuhi keperluan dan minat

mereka, guru perlu pula memiliki motivasi mengajar yang tinggi. Kajian ini dijalankan untuk
mengisi jurang tentang motivasi guru dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya di
prasekolah. Dengan memahami sebab-sebab rendahnya motivasi guru, minat dan

keperluan kanak-kanak boleh dipertingkatkan dalam proses belajar mereka.
Kajian-kajian lepas menunjukkan konsepsi, kecekapan, dan motivasi guru secara
berasingan berpengaruh terhadap kaedah main dramatik kanak-kanak, Oleh itu, kajian ini

mengisi jurang tersebut dengan mengkaji pengaruh secara serentak bagi konsepsi,
kecekapan, dan motivasi guru dalam penggunaan kaedah bermain dramatik di



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 269

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
prasekolah. Pembolehubah serentak yang dilaksanakan dalam kajian ini memberi
sumbangan dan sokongan kuat terhadap guru dalam pengajaran dan pembelajaran di
prasekolah Malaysia. Selain itu, dapatan kajian ini dapat menjadi bahan dalam

membangunkan konsepsi dan kecekapan serta motivasi guru prasekolah terhadap
perkembangan kanak-kanak secara holistik.



KAJIAN TINJAUAN

Konsepsi

Istilah konsepsi mengikut teori Rokeach (1973) ialah tindak balas ke atas satu
fenomena, sedangkan Fishbein dan Ajzen (1975) menyatakan bahawa konsepsi ialah

makna yang spesifik berkaitan dengan fenomena yang menjadi perantara tindak balas ke
atas situasi yang melibatkan fenomena itu, yang didasari oleh sikap, kepercayaan, niat, dan
tingkah laku terhadap fenomena itu. Pratt (1992) menyatakan bahawa konsepsi merupakan

satu kepercayaan yang mempengaruhi persepsi guru terhadap pengajaran serta tindakan
dan terbentuk dalam jangka masa yang lama yang menjadi satu model kepada guru.
Berdasarkan ketiga-tiga pakar (Rokeach, 1973); Fishbein dan Ajzen, 1975; Pratt, 1992), ia

dapat disimpulkan bahawa konsepsi adalah tindak balas seseorang yang terbentuk lama
dan didasari oleh fenomena yang berlaku di persekitaran mereka dengan melibatkan sikap,
kepercayaan, niat dan tingkah laku. Kajian ini merujuk kepada model konsepsi oleh

Fishbein dan Ajzen (1975) untuk mengkaji konsepsi guru prasekolah secara spesifik
terhadap pengajaran main dalam kalangan kanak- kanak.

Kepercayaan mengikut Fishbein dan Ajzen (1975) ialah cara pandang bersepadu
antara sesuatu objek dengan sifat-sifat objek itu. Istilah kepercayaan dalam kajian ini
merujuk kepada Fishbein dan Ajzen (1975). Mengikut mereka, kepercayaan ialah cara

memandang sesuatu objek dengan menghubungkannya dengan sifat objek itu dan
seterusnya diberi penilaian. Dalam kajian ini, kepercayaan guru merujuk kepada

kepercayaan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai guru termasuk
terhadap penggunaan kaedah main di dalam kelas khususnya di prasekolah.
Sikap mengikut Fishbein dan Ajzen (1975) adalah kecenderungan belajar untuk

bertindak balas dengan cara yang konsisten sama ada memihak ataupun tidak memihak
berkenaan dengan objek yang diberikan. Kajian ini merujuk kepada konsep teori yang
dinyatakan oleh Fishbein dan Ajzen (1975). Sikap guru terhadap proses pengajaran dan

pembelajarannya perlu difahami sama ada menyokong ataupun tidak menyokong
perkembangan kanak-kanak di prasekolah.







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 270

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kecekapan
Kecekapan guru ialah salah satu elemen yang penting dalam pembangunan profesional
khususnya untuk bidang pendidikan awal kanak. Maknanya ialah semua guru pendidikan

kanak-kanak harus mempunyai kecekapan bagi memenuhi keperluan perkembangan
kanak-kanak yang diperlukan. Menurut Bellm (2005), kecekapan ialah memberi tumpuan

kepada apa yang guru perlu tahu dan lakukan untuk menunjukkan bahawa mereka adalah
sempurna dan cukup bersedia untuk mendidik dan menjaga kanak-kanak. Menurut beliau
lagi, kecekapan terdiri dari dua bahagian penting iaitu pengetahuan dan kemahiran. Fokus

kajian ini adalah kecekapan guru prasekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
khususnya terhadap penggunaan kaedah main dramatik di prasekolah.

Shulman (1987) membahagikan pengetahuan tentang pengetahuan konten dan
pengetahuan ilmu mendidik, yang seterusnya boleh dibahagi lagi ke dalam pengetahuan
konten biasa dan pengetahuan konten khusus atau pengetahuan konten pelajar dan

pentahuan konten pengajaran. Bellm (2005) secara khususnya menyatakan pengetahuan
ialah pengetahuan tentang cara kanak-kanak belajar, tentang cara subjek akademik
dipelajari dan ditaksir, guru tentang cara mereka bentuk pendidikan awal kanak-kanak dan

bagaimana guru melaksanakan pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan
perkembangan kanak-kanak.
Kemahiran mengikut Bellm (2005) ialah tahap kesediaan dan kemampuan untuk

mendidik dan menjaga kanak-kanak. Kemahiran yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah
kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Halimah (2006) dalam kajiannya

menyimpulkan bahawa kemahiran guru ialah kemampuan guru mengajar dengan tidak
membosankan dengan memberi banyak peluang bagi pelajarnya (kanak-kanak) untuk
menjawab pertanyaan, suara lemah lembut dan jelas, dan bahkan mempunyai intonasi

suara yang baik. Dengan kemahiran itu, guru mampu menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan menyenangkan dengan pelbagai kaedah pengajaran termasuk

penggunaan kaedah main dramatik.


Motivasi

Motivasi ialah sesuatu yang memberi tenaga, mengarah dan dapat mengekalkan tingkah
laku seseorang, menyebabkan individu bergerak, mengarah mereka ke suatu arah tertentu
dan membuatkan mereka terus bergerak, termasuk dalam menjalankan proses mengajar

dan belajar (Deci dan Ryan, 2000; 2001; Tileston dan Walker, 2004; Atiya dan Palwasa,
2012; Alam dan Farid, 2011; Gokce, 2010; Wagner, 2010).

Istilah motivasi dalam kajian ini merujuk kepada teori motivasi yang diungkapkan
oleh Deci dan Ryan (2000; 2001) dan Tileston & Walker (2004) bahawa motivasi manusia




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 271

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
ialah aspek yang perlu memperoleh pemahaman melalui pertimbangan keperluan psikologi
semula jadi bagi kecekapan, autonomi, dan keberhubungannya.
Motivasi intrinsik mengikut Deci dan Ryan (2000; 2001) adalah titik awal yang

diperlukan dalam menjalankan aktiviti yang ditentukan sendiri (self-determined activity).
Mempunyai motivasi intrinsik bererti mempunyai potensi besar untuk melakukan dengan

tingkah laku self-regulated atau autonomi. Motivasi intrinsik mengikut Deci dan Ryan (2000;
2001) ialah berupa ganjaran, maklum balas, dan tekanan yang bersumber dari dalam diri
seseorang sebagai faktor-faktor yang menjejaskan autonomi dan kecekapan mereka dalam

menjalankan sesuatu pekerjaan. Oleh itu, motivasi instrinsik guru ialah titik permulaan untuk
menjalankan aktiviti dan tanggung jawab sebagai seorang guru sama ada sebagai pendidik

mahupun sebagai pelaksana pengajaran di kelas.
Mengikut Deci dan Ryan (2000), proses pertumbuhan semulajadi, motivasi,
autonomi, dan kecekapan disokong oleh konteks sosial termasuk diri sendiri, persekitaran

dan masyarakat sekitar. Ini menunjukkan bahawa konteks sosial di mana pun seseorang
berada akan dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Maknanya, motivasi adalah salah satu
faktor yang boleh dipengaruhi oleh konteks sosial.



Kaedah Bermain Dramatik

Kaedah bermain dramatik dalam kajian ini merujuk kepada teori yang dinyatakan oleh Sara
Smilansky (1990) yang telah mengkaji teori kedua orang pakar terdahulu iaitu Piaget dan
Vygotsky. Sara Smilansky (1990) mencadangkan konsep operasinya sendiri dengan

menfokuskan kajiannya pada kaedah bermain dramatik. Sara Smilansky mendefinisikan
kaedah bermain dramatik kepada 6 elemen iaitu (1) kanak-kanak berperanan dalam main
pura-pura; (2) kanak-kanak menggunakan objek dan menukar objek itu kepada benda yang

diperlukan ketika bermain; (3) kanak-kanak menggunakan tingkah laku dan situasi dalam
main pura-pura; (4) ketekalan (persistence) sekurang-kurangnya 10 minit; (5) interaksi; dan
(6) komunukasi lisan semasa berlakon mengikut situasi atau tempat. Smilansky

mengatakan main dramatik melibatkan identifikasi, imitasi dan transformasi.
Kaedah bermain dramatik (Smilansky, 1990) dinamakan pula kaedah bermain

simbolik mengikut (Piaget, 1962) dapat ditakrifkan sebagai aktiviti yang bersesuaian dan
menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam keseluruhan peringkat awal
perkembangan kanak-kanak termasuk kanak-kanak di prasekolah. Kaedah bermain

dramatik ini digunakan pula dalam kajian ini untuk mengenalpasti sama ada konsepsi,
kecepakan dan motivasi guru prasekolah memberi impak dalam pelaksanaannya yang

kemudian berpengaruh perkembangan kanak-kanak.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 272

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
KONSEPSI, KECEKAPAN DAN MOTIVASI GURU PRASEKOLAH TERHADAP
KAEDAH BERMAIN DRAMATIK


Kesatuan Dimensi atau Unidimensionality Konsepsi, Kecekapan dan Motivasi
Kepada Kaedah Bermain Dramatik di Prasekolah Malaysia
Ujian model persamaan struktur bagi mendapatkan model padanan konsepsi (kepercayaan

dan sikap), kecekapan (pengetahuan dan kemahiran), dan motivasi (ekstrinsik dan intrinsik)
kepada kaedah bermain dramatik di prasekolah Malaysia dilakukan setelah didapati
kesatuan dimensi atau unidimensionality antara konsepsi, kecekapan dan motivasi dengan

ujian kepastian faktor atau konstruk secara bersama-sama untuk menunjukkan kekuatan
sumbangan setiap indikator kepada konstruk dan pembolehubahnya, seperti ditunjukkan
pada Rajah 1 berikut ini.










































Rajah 1: Dapatan Ujian Kesatuan Dimensi Antara konsepsi, kecekapan dan motivasi
terhadap kaedah bermain dramatic


Rajah 1 menunjukkan model pengukuran keseluruhan yang merangkumi semua
konstruk termasuk seluruh item yang diuji untuk mencapai kepadanan. Permulaan model

mempunyai 4 konstruk utama, iaitu ‘Konsepsi’, ‘Kecekapan’, ‘Motivasi’ dan ‘Bermain
Dramatik’ bersama sejumlah 24 item. Nilai indeks untuk Chisq/Df ialah sebanyak 2.94
sudah mencapai tahap yang diperlukan iaitu di bawah 5.0. Begitu juga bagi indeks CFI dan

RMSEA masing-masing bernilai 0.913 dan 0.078. Jika indeks kepadanan belum mencapai

e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 273

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
tahap yang diperlukan, maka pengkaji harus melihat kepada faktor loading. Item yang
mempunyai faktor loading di bawah 0.6 mesti dibuang satu persatu. Oleh kerana, model
keseluruhan sudah mencapai kepadanan yang diperlukan, tiada keperluan untuk melihat

kepada item-item yang mempunyai faktor loading di bawah 0.60 lagi. Ini bermakna bahawa
model yang ditunjukkan mencapai nilai kepadanan untuk kesatuan dimensi antar konsepsi,

kecekapan dan motivasi terhadap kaedah bermain dramatik sehingga tidak perlu
dimodifikasi. Nilai korelasi antara konstruk juga menunjukkan kesemua konstruk tidak
mempunyai masalah multicollinearity antara satu dengan lain. Korelasi antara ‘Konsepsi’,

‘Kepercayaan’, dan ‘Motivasi’ terhadap ‘Bermain dramatik’ masing-masing bernilai 0.54,
0.64, dan 0.61. Kesemuanya interaksi menunjukkan nilai korelasi tidak melebihi 0.85. Nilai

korelasi dan kepadanan telah mencapai tahap yang diperlukan.

Model Persamaan Struktur Konsepsi, Kecekapan dan Motivasi Kepada

Kaedah Bermain Dramatik di Prasekolah Malaysia

Selepas mendapatkan model padanan dengan memenuhi kesatuan dimensi atau

unidimensionality antara konsepsi, kecekapan dan motivasi terhadap kaedah bermain
dramatik dengan ujian kepastian faktor atau konstruk, maka dapat menjalankan ujian model

persamaan struktur secara penuh, seperti ditunjukkan pada Rajah 2 berikut ini.































Rajah 2 : Model Struktur Padanan bagi Konsepsi, Kecekapan dan Motivasi terhadap
penggunaan Kaedah Bermain Dramatik di Prasekolah


Rajah 2 menunjukkan bahawa ujian model struktur bagi bagi konsepsi, kecekapan
dan motivasi terhadap penggunaan kaedah bermain dramatik bagi kanak-kanak di
Prasekolah Malaysia telah mencapai kriteria yang dicadangkan. Nilai-nilai kriteria seperti


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 274

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
CFI (0.913), TLI (0.922), NFI (0.923) dan GFI (0.901) telah melebihi nilai yang dicadangkan
iaitu ≥ 0.90, nilai RMSEA = 0.078 (kurang dari 0.085), dan df = 2.94 (kurang dari 4). Model
padanan dalam kajian ini telah tercapai dan dapat diterima. Model padanan mencapai

anggaran berat regresi (regression weight) melalui ujian model persamaan struktur penuh
yang ditunjukkan pada Jadual 1 berikut ini.


Jadual 1: Berat Regresi untuk Konsepsi, Kecekapan, dan Motivasi dalam
meramalkan konstruk bermain dramatik.


No Estimate S.E. C.R. Nilai-P Keputusan



1 Bermain dramatik <--- Konsepsi 0.078 0.037 2.125 0.034 Signifikan pada 0.05


K
2 Bermain dramatik <--- ecekapan 0.329 0.050 6.620 *** Signifikan pada 0.01


3 Bermain dramatik <--- Motivasi 0.302 0.075 4.039 *** Signifikan pada 0.01





Jadual 1 menunjukkan berat regresi bagi setiap konstruk terhadap konstruk yang
dijadikan sebagai pembolehubah bersandar. Bagi konstruk Motivasi, apabila Motivasi

meningkat sebanyak 1 unit, nilai Bermain dramatik meningkat sebanyak 0.302 unit. Bagi
konstruk Konsepsi pula, jika nilai Konsepsi meningkat sebanyak 1 unit, nilai Bermain
dramatik meningkat sebanyak 0.78 unit. Untuk konstruk Kecekapan, nilai Kecekapan yang

meningkat sebanyak 1 unit, menyebabkan nilai Bermain dramatik meningkat sebanyak .329
unit. Kebarangkalian untuk memperolehi ratio kritikal sebanyak 6.620 dalam nilai penuh
ialah 0.050. Dalam erti kata lain, berat regresi untuk Kecekapan meramalkan Bermain

dramatik ialah berbeza secara seerti dari sifar pada paras 0.01(two-tailed). Begitu juga
untuk konstruk Konsepsi, kebarangkalian untuk memperolehi ratio kritikal sebanyak 2.125

dalam nilai penuh ialah 0.037. Dalam erti kata lain, berat regresi untuk Konsepsi
meramalkan Bermain dramatik ialah berbeza secara seerti dari sifar pada paras 0.05 (two-
tailed). Nilai korelasi berganda kuasa dua (R2) bagi pembolehubah bersandar ‘Bermain

dramatik’ adalah 65% daripada variannya. Dalam erti kata yang lain, varian ralat untuk
Bermain dramatik dinilaikan sebanyak 35% daripada varian Bermain dramatik itu sendiri.










e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 275

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pengaruh Konsepsi Guru Prasekolah terhadap Kaedah Bermain Dramatik


Konsepsi guru berdasarkan jadual 1 nombor 1 pada kajian ini cenderung mempengaruhi
pelaksanaan kaedah bermain dramatik mereka pada pendidikan kanak-kanak prasekolah
di Malaysia. Ertinya, semakin baik konsepsi guru, semakin baik pula mereka dalam

menjalankan kaedah bermain dramatik di kelas. Ini menunjukkan pula bahawa konsepsi
adalah amat penting bagi guru dalam menjalankan penggunaan kaedah pengajaran dan

pembelajaran khususnya dalam penggunaan kaedah bermain dramatik di pendidikan
kanak-kanak prasekolah.
Menurut kajian Izumi et al. (2010) yang menyatakan bahawa konsepsi guru memberi

kesan kepada pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Mereka menyimpulkan bahawa
konsepsi yang baik oleh guru memberi kesan positif terhadap pengalaman pembelajaran
kanak-kanak prasekolah. Kepercayaan juga perlu menjadi salah satu fokus keperluan

dalam meningkatkan pelaksanaan kaedah bermain dramatik pada pendidikan awal kanak-
kanak di Malaysia. Bahkan kepercayaan guru boleh menjadi kekuatan mereka dalam
pengambilan keputusan tentang kurikulum dan amalannya di dalam kelas. Ini bermakna

bahawa kepercayaan guru cenderung memberikan kekuatan tersendiri dalam menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran termasuk dalam menggunakan kaedah bermain

dramatik.

Pengaruh Kecekapan Guru Prasekolah terhadap Kaedah Bermain Dramatik


Keputusan kajian menunjukkan bahawa kecekapan guru berpengaruh terhadap

penggunaan kaedah bermain dramatik pada pendidikan prasekolah di Semenanjung
Malaysia. Ini bermakna bahawa semakin baik kecekapan guru, maka semakin baik pula
cara penggunaan kaedah bermain dramatik yang dijalankan bagi kanak-kanak di

prasekolah. Kecekapan guru yang baik menunjukkan guru mempunyai kesediaan yang baik
dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab sebagai guru di mana pun guru itu mengajar
termasuk guru yang mengajar di prasekolah. Kecekapan guru menunjukkan kesanggupan,

kemampuan dan keterampilan guru yang baik itu dapat mempengaruhi menggunakan
kaedah bermain dramatik mereka menjadi lebih baik. Ertinya, kecekapan yang baik dari

guru akan menyokong pekerjaan yang dilakukannya, termasuk menjalankan kaedah
bermain dramatik sebagai bahagian dari pekerjaan, tugas dan tanggung jawab guru
prasekolah.








e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 276

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Pengaruh Motivasi Guru Prasekolah terhadap Kaedah Bermain Dramatik


Kajian ini menunjukkan motivasi guru prasekolah di Semenanjung Malaysia mempunyai
pengaruh yang signifikan terhadap penggunaan kaedah bermain dramatik. Apabila
dihubungkaitkan dengan teori Deci dan Ryan (2000), maka keinginan atau kesanggupan

yang kuat yang dimiliki oleh guru prasekolah di Malaysia, penggunaan kaedah bermain
dramatik dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka dapat berjalan dengan

berjaya.
Dapatan kajian ini menyokong pula kajian lepas oleh Mustafa dan Othman (2010)
yang menyimpulkan bahawa motivasi guru berpengaruh terhadap apa yang di jalankan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Motivasi guru perlu terus ditingkatkan untuk
mengikuti perkembangan global yang turut berpengaruh pada perkembangan kehidupan
masyarakat termasuk di Malaysia.

Keputusan kajian menunjukkan pula bahawa kedua-dua motivasi intrinsik dan
motivasi ekstrinsik memberi sumbangan atau sokongan kepada pembentukan motivasi
guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah di

Semenanjung Malaysia.


CADANGAN DAN IMPLIKASI

Cadangan


Dapatan kajian memberikan gambaran konsepsi, kecekapan dan motivasi guru prasekolah
di Semenanjung Malaysia terhadap kaedah bermain dramatik. Kedua-dua sub-elemen

konsepsi iaitu kepercayaan dan sikap adalah penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Konsepsi guru dibentuk oleh kepercayaan dan sikap mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimana pun di antara keduanya, sikap memberi

sumbangan yang lebih besar dalam membentuk konsepsi yang baik bagi guru yang
seterusnya berpengaruh kuat terhadap penggunaan kaedah bermain dramatik. Oleh itu,

guru prasekolah perlu memberi fokus utama kepada pengembangan kepercayaan dan
sikap yang berterusan. Oleh itu, kedua-duanya perlu terus ditingkatkan untuk membantu
guru meningkatkan keyakinan dan kepercayaan diri mereka dalam menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran.

Kecekapan guru prasekolah dalam menjalankan kaedah bermain dramatik adalah

penting. Semakin tinggi kecekapan guru adalah semakin berpotensi untuk menjalankan
kaedah bermain dramatik lebih berjaya. Kecekapan dalam kajian ini dibentuk oleh

pengetahuan dan kemahiran guru. Kedua-dua sub-elemen kecekapan iaitu pengetahuan
dan kemahiran adalah penting dan perlu bagi guru prasekolah menjalankan tanggung


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 277

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
jawab mereka dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah. Walaupun apabila dibandingkan
daripada keduanya, maka pengetahuan memberi sumbangan kuat dalam membentuk
pengetahuan guru yang seterusnya berpengaruh kuat terhadap penggunaan kaedah

bermain dramatik guru prasekolah. Ini bermakna bahawa guru mengutamakan kemampuan
mereka mengajar dengan tidak membosankan dengan memberi banyak peluang bagi

pelajarnya (kanak-kanak) untuk menjawab pertanyaan, suara lemah lembut dan jelas, dan
bahkan mempunyai intonasi suara yang baik. Ini bermakna pula bahawa guru prasekolah
perlu mengutamakan aktiviti nyata dengan menunjukkan aktiviti itu secara langsung.

Mereka tidak lagi perlu menunjukkan konsep-konsep mereka yang tidak nyata kepada
kanak-kanak.

Motivasi merupakan faktor yang mesti ada dalam menjalankan tanggungjawab
terutamanya pada proses pengajaran dan pembelajaran adalah sangat perlu dan penting.
Oleh itu, guru prasekolah dicadangkan untuk terus meningkatkan motivasi mengajar

mereka mengikut keinginan kanak-kanak dari masa ke masa kerana dengan meningkatkan
motivasi, mereka dapat menjalankan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran
dengan berjaya termasuk penggunaan kaedah bermain dramatik. Keputusan kajian ini

bermanfaat bagi guru, pengetua dan pemegang taruh pendidikan. Jika guru termotivasi dan
mempunyai pencapaian yang tinggi, mereka dijangka mudah memberikan usaha yang
terbaik. Dengan hasil kajian ini, pentadbir atau Guru Besar boleh menyediakan perkara-

perkara yang mampu memotivasi guru dalam meningkatkan pencapaiannya secara
berterusan.

Seterusnya, guru prasekolah di Semenanjung Malaysia perlu membentuk program
pengajaran dan pembelajaran dan mempertimbangkan ketiga-tiga aspek iaitu konsepsi,
pengetahuan, dan motivasi mereka kerana ketiga-tiganya dapat mempengaruhi kaedah

pembelajaran mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Konsepsi yang sesuai,
pengetahuan yang baik dan motivasi yang tinggi cenderung untuk menambah baik kaedah

pengajaran guru prasekolah.

Implikasi


Beberapa implikasi daripada model yang menjadi dapatan kajian ini iaitu pengaruh
konsepsi terhadap pelaksanaan kaedah bermain dramatik, pengaruh kecekapan terhadap

pelaksanaan kaedah bermain dramatik, dan pengaruh motivasi terhadap pelaksanaan
kaedah bermain dramatik pada pendidikan prasekolah di Malaysia. Implikasi pertama

adalah kepentingan konsepsi, kecekapan, dan motivasi guru prasekolah dalam
melaksanakan kaedah bermain dramatik. Ketiga-tiga konsepsi, kecekapan, dan motivasi
guru prasekolah secara bersama berpengaruh signifikan terhadap pelaksanaan kaedah

bermain dramatik pada pendidikan prasekolah di Malaysia.

e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 278

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Implikasi kedua adalah bahawa di antara ketiga-tiga aspek dalam kajian, kecekapan
merupakan aspek yang paling kuat memainkan peranan dalam melaksanakan keadah
bermain dramatik bagi guru prasekolah di Malaysia. Ini bermakna kecekapan guru

prasekolah dapat terus ditingkatkan secara signifikan. Hal ini akan lebih mudah dilakukan
jika ianya mendapat sumbangan positif dari dimensi pengetahuan dan kemahiran guru

prasekolah dengan melalui latihan, pengalaman mengajar dan pengembangan pendidikan
yang berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak prasekolah.
Implikasi ketiga ialah bahawa bagi melaksanakan kaedah bermain dramatik yang

lebih berkesan, maka diperlukan motivasi yang tinggi dari guru prasekolah yang sekurang-
kurangnya dibangunkan daripada motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Kedua-dua

elemen tersebut memberi sumbangan yang kuat kepada motivasi guru prasekolah.
Walapun demikian, motivasi ekstrinsik memberi sumbangan yang lebih kuat daripada
motivasi intrinsik. Ini bermakna bahawa alasan-alasan yang bersumber dari luaran seperti

keinginan mendapat penghargaan dan penghormatan dari guru besar serta keinginan
memdapat bayaran yang tinggi berdasarkan hasil pekerjaan.
Implikasi keempat ialah bagi melaksanakan kaedah bermain dramatik yang lebih

berkesan, maka diperlukan konsepsi yang baik dari guru prasekolah yang sekurang-
kurangnya terdiri daripada elemen kepercayaan dan sikap. Ertinya elemen kepercayaan
dan sikap merupakan kedua-dua elemen penting untuk membentuk konsepsi yang baik.

Oleh itu, untuk menambahbaik konsepsi guru prasekolah dalam melaksanakan kaedah
bermain dramatik, maka kedua-dua elemen kepercayaan dan sikap guru perlu ditingkatkan.

Walaupun demikian, di antara kedua-dua elemen tersebut, elemen sikap memberi
sumbangan lebih kuat kepada pembentukan konsepsi guru prasekolah daripada elemen
kepercayaan. Salah satu sebab hal ini berlaku ialah kerana guru prasekolah telah

mengambil inisiatif sendiri untuk melaksanakan aktiviti bermain dramatik.


KESIMPULAN


Secara keseluruhannya, kajian ini telah memberikan satu gambaran tentang
konsepsi, kecekapan dan motivasi guru prasekolah terhadap penggunaan kaedah bermain

dramatik di Semenanjung Malaysia. Ini bermakna konsepsi, kecekapan dan motivasi
menjadi faktor yang amat perlu dan penting dalam meningkatkan penggunaan kaedah
bermain dramatik. Oleh itu, seorang guru perlu terlibat secara langsung dalam melihat apa

kelemahan dan kelebihan dalam proses pembelajaran untuk menambah baik reka bentuk
program pengajaran seperti sukatan pelajaran dan rancangan pengajaran yang akan
digunakan dalam kelas. Semakin baik konsepsi guru, semakin cekap guru mengajar, dan

semakin tinggi motivasi guru dalam mengajar, maka sangat berpotensi untuk mempelbagai



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 279


Click to View FlipBook Version