The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasaidi.hassan, 2021-09-19 00:57:19

e Prosiding Serai 2021 final

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kelompok kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif mampu untuk dibentuk apabila pelajar-
pelajar bekerja secara berpasukan, saling berkongsi idea, bertanggungjawab dalam

menentukan kejayaan diri dan kumpulan serta saling membantu. Interaksi guru dan pelajar
akan diminimumkan semasa tugasan berkumpulan djalankan. Bagi menggalakkan senario
pembelajaran yang aktif di dalam bilik darjah pembelajaran koperatif mampu untuk

meningkatkan motivasi pelajar semasa proses pembelajaran dilaksanakan.


KAJIAN LITERATUR

Kajian terkini mengenai aplikasi Jamboard yang dijalankan oleh Melvin Chung Hui Ching
(2021) membincangkan tentang Tahap Penerimaan Google Jamboard sebagai Alat Digital

dalam E-Pembelajaran: Satu Kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemilihan dan
penggunaan alat digital iaitu Google Jamboard adalah sesuai ketika melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian atau menerusi e-pembelajaran. Hal ini

dapat dilihat daripada data tinjauan dan temu bual yang telah dilaksanakan. Data kajian
tinjauan menunjukkan bahawa responden sangat positif terhadap penggunaan dan

penerimaan Google Jamboard, khususnya ketika melaksanakan aktiviti secara berkumpulan.
Malah, data temu bual turut menunjukkan bahawa tahap penerimaan responden terhadap
penggunaan Google Jamboard adalah positif. Justeru, Google Jamboard adalah sesuai untuk

dijadikan sebagai salah satu alat digital dalam e-pembelajaran dan pada masa yang sama
dapat memenuhi tuntutan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan kreativiti, komunikasi

dan literasi teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) pelajar serta pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan pelajar agar proses pembelajaran yang dialami oleh pelajar
lebih bermakna.

Selain itu, kajian Smart Board dalam pengajaran Matematik untuk meningkatkan
pembelajaran pelajar dijalankan oleh Spears (2011). Hasil kajian beliau mengesahkan
bahawa penggunaan teknologi di dalam bilik darjah boleh meningkatkan pembelajaran

pelajar. Hasil kajian ini disokong oleh kajian eksperimental tentang integrasi antara teknologi
dan model pembangunan profesional, pencapaian pra-algebra dan skor kecekapan guru
menggunakan papan putih pintar bertujuan untuk mengkaji integrasi antara teknologi dengan

Model Pembangunan Profesional dan memfokuskan penggunaan papan putih pintar untuk
meningkatkan pencapaian pra-algebra. Hasil kajian telah menunjukkan intervensi

meningkatkan skor Matematik pelajar dan skor kecekapan guru menggunakan papan putih
pintar antara ujian pra dan ujian pos (Minor et al.,2013)
Di samping itu kajian berkenaan Keberkesanan Penggunaan Papan Putih Interaktif

dalam Pembelajaran Bahasa Malaysia Dalam Kalangan Murid Tahun 3 turut dijalankan oleh
Khor Huan Chin, Noraini Mohamed Noh (2016). Dapatan kajian menunjukkan bahawa



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 380

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

penggunaan papan putih interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid tahun 3 secara signifikan

berbanding kaedah konvensional. Justeru, sekolah perlu mula lebih proaktif bagi memastikan
setiap bilik darjah dilengkapi dengan papan putih interaktif dan seterusnya memastikan guru
menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Namun begitu dapatan kajian Ibrahim Mohamed (2014) pula mendapat hasil dapatan
yang agak berbeza. Beliau telah menjalankan satu kajian tentang cabaran yang dialami oleh

guru apabila menggunakan papan putih interaktif dalam kelas bahasa Inggeris. Dapatan
kajian beliau telah menunjukkan bahawa terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh guru
apabila menggunakan papan putih interaktif. Antara cabaran-cabaran tersebut ialah guru

kurang mahir menggunakan komputer, ketidakfahaman mengenai matlamat sekolah dan
murid lebih mahir dalam penggunaan teknologi berbanding guru mereka. Selain itu Burcu

Turan (2014) pula melaksanakan kajian tentang penggunaan papan putih pintar dalam
pengajaran Matematik untuk melihat kesan penggunaan watak kartun kepada kejayaan
murid. Hasil dapatan kajian telah mendapati bahawa kejayaan murid dalam kumpulan

eksperimen lebih tinggi berbanding kejayaan murid dalam kumpulan kawalan.
Kajian berkaitan dengan amalan pembelajaran koperatif dalam kalangan guru-guru
mata pelajaran teknik dan vokasional di tiga buah sekolah teknik di Selangor telah dijalankan

oleh Yahaya, Sihes dan Ghazali (2001). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau
amalan pembelajaran koperatif di sekolah menengah teknik tempatan. Hasil dapatan kajian
menunjukkan bahawa responden sedikit sebanyak mengamalkan kaedah pembelajaran

koperatif namun terdapat beberapa faktor yang memberi kesan negatif terhadap pengamalan
pembelajaran koperatif seperti kekangan masa dan sikap pelajar di sekolah tersebut. Kajian

turut mendapati sikap guru terhadap pembelajaran koperatif di dalam kelas adalah positif.
Manakala Hamzah dan Mohamad Nasri (2020) turut mengkaji berkaitan dengan
keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap motivasi pembelajaran murid. Kajian ini

bertujuan untuk mengkaji pola kajian keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap motivasi
pembelajaran mruid dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat universiti. Hasil

daripada 18 kajian yang dilakukan dari tahun 2014 sehingga 2019 mendapati hanya 8 kajian
mempunyai saiz kesan terhadap motivasi pembelajaran murid. Kajian mendapati
pembelajaran koperatif Berjaya meningkatkan motivasi murid berbanding dengan kaedah
pembelajaran tradisional.

Azizi et.al (2011) melalui kajiannya tentang faktor yang mempengaruhi amalan
pembelajaran koperatif dalam kalangan pelajar tingkatan dua di sebuah Maktab Rendah

Sains Mara mendapati faktor rakan sebaya merupakan faktor yang paling dominan terhadap
amalan pembelajaran koperatif dalam kalangan pelajar. Kajian tentang pembelajaran
koperatif dalam pengajaran karangan Bahasa Melayu menengah atas dilaksanakan oleh


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 381

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Said, Mohd Shariff dan Abd Rahman (2017). Hasil kajian mendapati pelaksanaan aktiviti
pembelajaran koperatif dalam pengajaran karangan masih tertumpu kepada beberapa aktiviti

konvensional dan kebanyakan aktiviti baru kurang dilaksanakan oleh guru. Sikap guru
terhadap pembelajaran koperatif adalah pada tahap positif.


METODOLOGI

Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dan temu bual. Kajian ini turut menggunakan

kaedah non-probability kerana tujuan kajian bukan untuk digeneralisasikan kepada
keseluruhan populasi. Sebaliknya, kajian ini lebih berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan
memberikan gambaran awal tentang pembelajaran koperatif dalam penggunaan aplikasi

Jamboard melalui pelantar Google Meet dalam kalangan siswa guru dalam pdpr. Responden
kajian terdiri daripada 112 orang siswa guru di Institut Pendidikan guru Kampus Sultan Mizan
yang sedang mengikuti kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) bagi Ambilan Jun 2021.
Kajian ini menggunakan soal selidik berbentuk Google Form yang mengandungi 25

item soalan. Soal selidik ini meliputi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A
berkenaan dengan demografi yang melibatkan maklumat responden seperti jantina, unit,
kursus dan tahap kemahiran penggunaan ICT. Bahagian B mengandungi 8 item berkaitan

dengan kesediaan siswa guru dalam melaksanakan aplikasi Jamboard melalui Google Meet.
Manakala bahagian C mengandungi 11 item berkaitan dengan keberkesanan penggunaan

aplikasi Jamboard. Bentuk soalan yang digunakan dalam soal selidik ini merupakan soalan
jenis tertutup. Jenis soalan ini mudah untuk dianalisis dan memudahkan responden untuk
memberikan jawapan kerana hanya dikehendaki memilih satu dari beberapa jawapan yang

diberikan (Syed Arabi: 1998:135). Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical
package for social sciences) perisian SPSS versi 14.0 digunakan dalam kajian ini. Skala Likert
lima mata digunakan bagi mengukur setiap item yang dinyatakan. Perkaitan dengan skala

likert kemudiannya ditafsir menggunakan peratus, min dan sisihan piawai.Temu bual secara
tidak berstruktur yang dijalankan secara rawak terhadap responden turut dijalankan bagi
mengukuhkan dan mengesahkan hasil dapatan kajian.


Analisis Faktor Demografi Terpilih Responden


Bahagian ini melaporkan analisis latar belakang responden yang terdiri daripada jantina,
kursus dan unit yang diikuti. Kaedah kekerapan dan peratusan digunakan untuk menganalisis

latar belakang responden. Analisis data latar belakang kajian adalah seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 1.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 382

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 1 : Analisis Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut
Jantina

Jantina Bilangan Peratus


Lelaki 46 41.1
Perempuan 66 58.9


Jumlah 112 100



Jadual 1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina. Jumlah
bilangan responden adalah 112 orang. Dari jumlah ini seramai 46 orang (41.1%) adalah
lelaki manakala 66 orang (58.9%) adalah perempuan. Jumlah bilangan pelajar perempuan

lebih ramai sebagai responden adalah kerana mereka mempunyai bilangan yang paling
ramai di IPGKSM.


Jadual 2: Analisis Jenis Kursus yang Diikuti

Kursus Bilangan Peratus


PISMP 99 88.4

PDPP 13 11.6

Jumlah 112 100



Jadual 2 menunjukkan taburan bilangan kursus responden . Jumlah bilangan responden

adalah 112 orang. Dari jumlah ini seramai 99 orang (88.4%) adalah dari kursus PPISMP
manakala 13 orang (11.6%) adalah kursus PDPP. Jumlah bilangan pelajar PPISMP lebih
ramai sebagai responden adalah kerana mereka mempunyai bilangan yang paling ramai di

IPGKSM.
















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 383

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 3: Analisis Unit Pengajian Responden

Unit Bilangan Peratus


Pendidikan Islam 26 23.2

Pengajian Melayu 56 50.0

TESL 8 7.1

RBT 17 15.2

Sejarah 5 4.5

Jumlah 112 100



Jadual 3, menunjukkan bilangan unit responden. Jumlah bilangan responden adalah 112

orang. Dari jumlah ini seramai 26 orang (23.2%) adalah dari unit Pendidikan Islam manakala
56 orang (50.0%) adalah dari unit Pengajian Melayu. Diikuti oleh 8 Orang (7.1%) dari unit
TESL, dari unit RBT seramai 17 orang (15.2%) dan dari unit Sejarah seramai 5 Orang (4.5%)


OBJEKTIF KAJIAN

Secara umum, kajian ini untuk mengenal pasti pembelajaran koperatif pelajar pismp dalam

penggunaan aplikasi jamboard. Secara spesifik, kajian ini melihat penerapan elemen
pembelajaran koperatif dalam pembelajaran:


1. Mengenal pasti elemen pembelajaran koperatif dalam aspek menghormati pendapat
rakan dan hak milik bersama.
2. Mengenal pasti kebergantungan positif terhadap rakan dan dirinya sendiri serta

mengenal pasti penyertaan sama rata apabila melibatkan diri dalam setiap langkah
pembelajaran koperatif.
3. Sejauh manakah pelajar terlibat dalam pembelajaran koperatif semasa menggunakan

aplikasi Jamboard.



DAPATAN KAJIAN

Aspek pembelajaran koperatif dalam penggunaan aplikasi Jamboard bagi siswa guru, IPG

Kampus Sultan Mizan Ambilan Jun 2020 semasa pdpr. Sebanyak empat item disediakan
untuk aspek ini. Dapatan dan analisis kajian ditunjukkan seperti dalam Jadual 4 di bawah:






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 384

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 4: Menghormati pandangan semasa penggunaan Jamboard Dalam Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran

items STS TS TP S ST Min S.P



Saya mempelajari 0(0%) 2(1.8% 6(5.4%) 12(10.7 92(82.1 4.96 0.30
kemahiran interpersonal ) %) %)
semasa menggunakan
aplikasi Jamboard

Saya dapat meningkat 0(0%) 3(2.7% 7(6.4%) 29(26.4 71(64.5 4.53 0.74
kemahiran diri secara ) %) %)
individu

Saya dapat memberi 0(0%) 1(0.9% 6(5.5%) 23(30.9 80(72.7 4.65 0.63
sumbangan dan motivasi ) %) %)
semasa menggunakan
Jamboard

Saya menghormati 0(0%) 1(0.9% 4(3.6%) 23(30.9 82(74.5 4.69 0.59
pandangan rakan ) %) %)
semasa aktiviti Pdpr
dijalankan

Saya dapat menerima 0(0%) 3(2.7% 19(17.3 45(40.9 43(39.1 4.16 0.81
pandangan rakan ) %) %) %)


* STS = Sangat Tidak setuju
TS= Tidak setuju
TP= Tidak pasti
S= Setuju
ST= Sangat setuju


Berdasarkan Jadual 4, Bahagian ini merujuk kepada maklumat tentang Penggunaan
Jamboard dalam kalangan pelajar PPISMP dan PDPP di IPGK Sultan Mizan. Bahagian ini

mengandungi lima soalan yang dikemukakan kepada respondan untuk mengetahui tentang
menghormati pandangan rakan. Soalan pertama iaitu saya mempelajari kemahiran

interpersonal semasa menggunakan aplikasi Jamboard, data menunjukkan peratusan yang
paling tinggi iaitu 12 respondan atau 10.7 % bersetuju manakala 92 respondan atau 82.1%
respondan sangat setuju dengan nilai min dan sisihan piawai bagi soalan ini ialah 4.96 dan

0.30. Ini menunjukkan respondan bersetuju kemahiran interpersonal dapat diperolehi semasa
mengaplikasikan jamboard dalam PdPR.







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 385

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Berdasarkan soalan kedua iaitu dapat meningkat kemahiran diri secara individu menunjukkan
peratus yang tinggi. Peratus yang sangat bersetuju ialah 64.5 % mewakili 71 respondan,

manakala yang setuju seramai 29 respondan atau 26.4 %. Min dan sisihan piawai untuk
soalan ini ialah 4.53 dan 0.74. Peratus yang sangat tidak setuju, tidak setuju dan tidak pasti
adalah kecil. Bagi soalan ketiga iaitu dapat memberi sumbangan dan motivasi semasa

menggunakan Jamboard. Data menunjukkan yang tidak setuju adalah 0%, tidak setuju 0.9%
manakala yang tidak pasti 5.5% yang mewakili 6 respondan. Respondan yang sangat setuju

untuk soalan ini ialah 72.7 % mewakili 80 respondan manakala 23 respondan setuju yang
mewakili 30.9 %.


Merujuk soalan empat dan lima iaitu menghormati dan menerima pandangan rakan semasa
aktiviti PdPR dijalankan. Data menunjukkan untuk soalan empat, peratus sangat setuju dan
setuju amat tinggi iaitu 74.5 % atau 82 respondan dan 30.9 % atau 23 respondan. Min dan

sisihan piawai ialah 4.69 dan 0.59. Manakala untuk soalan lima peratus sangat setuju dan
setuju adalah tinggi iaitu 39.1% mewakili 43 respondan sangat bersetuju dan 40.9 % atau 45

respondan setuju . Min dan sisihan piawai ialah 4.16 dan 0.81.

Berdasarkan Jadual 4 ini juga dapat menunjukkan siswa guru di Institut Pendidikan guru

Kampus Sultan Mizan (IPG Kampus Sultan Mizan) sentiasa positif terhadap pandangan
rakan-rakan dengan menghormati dan menerima pendapat sewaktu penggunaan aplikasi
Jamboard dengan min 4.69 dan dengan sisihan piawai 0.59. Jelasnya di sini siswa guru masih

mengekalkan sikap saling menghormati pendapat dan juga pandangan sesama sendiri
walaupun sesi pengajaran dijalankan dalam talian. Mereka juga saling memberi sumbangan
sama ada melalui pendapat mahupun hasil kerja yang dijalankan melalui penggunaan

Jamboard dengan min 4.65 dan sisihan piawai 0.63.





















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 386

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Soalan 2

Aspek hak milik bersama dalam pembelajaran koperatif

Jadual 5; Menunjukkan aspek hak milik bersama

Item STS TS TP S ST Min S.P



Saya dapat mengetahui dan
memahami tanggungjawab saya
dalam memberi sumbangan 0(0%) 1(0.9%) 7(6.4%) 25(22.7%) 77(70%) 4.62 0.65
semasa menggunakan Jamboard

Saya menghargai hak pemilikan
bersama semasa menggunakan 0(0%) 2(1.8%) 6(5.5%) 23(20.9%) 79(71.8%) 4.63 0.68
Jamboard

Saya bekerjasama semasa 0(0%) 3(2.8%) 8(7.4%) 26(24.1%) 71(65.7%) 4.53 0.75
menyiapkan aktiviti yang diberikan

Saya gemar bekerja secara
bersama-sama berbanding 0(0%) 2(1.8%) 12(10.9%) 34(30.9%) 62(56.4%) 4.42 0.76
bekerja secara individu

Saya merasakan penggunaan
Jamboard menjadi sesi pdpc lebih 0(0%) 1(0.9%) 7(6.4%) 19(17.3%) 83(75.5%) 4.67 0.64
aktif

Saya merasakan penggunaan
Jamboard menjadi sesi pdpc lebih
berfokus bila bekerja secara 0(0%) 1(0.9%) 7(6.4%) 34(30.9%) 68(61.8%) 4.54 0.66
berkumpulan


Saya merasakan penggunaan
Jamboard menjadi sesi pdpc lebih 0(0%) 1(0.9%) 6(5.5%) 29(26.4%) 74(67.3%) 4.60 0.64
bermakna


Saya merasakan penggunaan
Jamboard menjadi perkongsian 0(0%) 2(1.8%) 1(0.9%) 34(30.9%) 70(62.5%) 4.75 0.87
idea lebih aktif



* STS = Sangat Tidak setuju
TS= Tidak setuju
TP= Tidak pasti
S= Setuju
ST= Sangat setuju






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 387

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Merujuk kepada Jadual 5, dapatan daripada kajian menunjukkan siswa guru berpendapat
penggunaan Jamboard menjadikan perkongsian idea menjadi lebih aktif min 4.67 dengan

sisihan piawai 0.64 iaitu 70(62.53%) sangat bersetuju mereka merasakan penggunaan
Jamboard menjadi perkongsian idea lebih aktif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dilakukan secara online. Diikuti dengan pendapat tentang penggunaan Jamboard menjadi

sesi pdpc lebih aktif iaitu min 4.3 dengan sisihan piawai 0.67. Hampir 83(75.5%) sangat
bersetuju dengan penggunaan aplikasi Jamboard akan menjadikan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran lebih aktif dari aspek pembelajaran koperatif berbanding dengan kaedah lain
yang digunakan oleh pensyarah dalam.Jadual ini juga menunjukkan pelajar gemar bekerja
secara bersama-sama berbanding bekerja secara individu dengan nilai min 4.42 dan sisihan

piawai 0.76.

Dapatan ini dengan jelas membuktikan elemen kolaboratif muncul apabila Aplikasi Jamboard

digunakan semasa pembelajaran atas talian berlangsung. Begitu juga dengan elemen
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna dengan min 4.60 dengan sisihan

piawai 0.64, menunjukkan dengan penggunaan jamboard siswa guru dapat bersama-sama
semasa menyiapkan aktiviti yang diberikan dengan lebih bermakna. Nilai min yang paling
rendah ialah mengetahui dan memahami tanggungjawab pelajar dalam memberi sumbangan

semasa menggunakan Jamboard dengan min 4.53 serta nilai sisihan piawai 0.75. iaitu 71
(65.7%) sangat bersetuju dalam aspek bekerjasama semasa menyiapkan aktiviti yang
diberikan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ini membuktikan masih

terdapat siswa guru yang memahami tanggungjawab saya dalam memberi sumbangan
semasa menggunakan Jamboard. Oleh itu satu program yang proaktif perlu dilaksanakan
oleh pihak berkenaan untuk mendedahkan siswa guru dengan aplikasi ini.


Dapatan Hasil Temu bual


Sejauh manakah pelajar bersetuju kepentingan pembelajaran koperatif semasa

menggunakan aplikasi Jamboard.

Bagi menjawab persoalan ini aspek pembelajaran koperatif ini diperincikan melalui aspek;


Menghormati pandangan


Dapatan ini menunjukkan pelajar berpendapat pembelajaran koperatif dari aspek

menghormati pandangan rakan-rakan dalam penggunaan Jamboard seperti berikut:
“Pendapat saya terhadap aplikasi Jamboard ialah aplikasi ini mempunyai banyak
kemudahan dari segi pemilihan gambar serta pemilihan tekstur bentuk dan rupa

yang dapat memudahkan saya dan rakan-rakan mencorakkan hasil kerja dengan


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 388

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

lebih kreatif dan menarik”.
(Pelajar A)


Jelas penggunaan jamboard dalam pdpr disamping dapat meningkatkan penguasaan bahasa,

ia juga dapat mencungkil bakat pelajar dalam menyampaikan buah fikiran mereka secara
kreatif tanpa terikat. Pelajar akan dapat mempelajari bagaimana untuk menerima pendapat
orang lain. Ini menunjukkan bahawa penggunaan jamboard dalam pengajaran akan memberi

kepuasan kepada pelajar dalam menerima pendapat orang lain. Dari situ akan mewujudkan
saling hormat menghormati serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih

bermakna. Motivasi kendiri turut dapat ditingkatkan dengan adanya sikap seperti ini.

Hak milik bersama


Di samping itu, dapatan juga menunjukkan pembelajaran koperatif dalam aspek hak milik

bersama dilaksanakan dengan penggunaan Jamboard, seperti penyataan berikut:
“Penggunaan jambord dapat menerapkan elemen kreatif dalam sesi PdPR. Selain
itu, ia juga merangsang pelajar untuk lebih aktif di dalam kelas PdPR dan

berkolaboratif sesama mereka untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Hal ini
secara tidak langsung telah mewujudkan sesi pembelajaran koperatif semasa

PdPR”. (Pelajar B)

Penggunaan aplikasi terkini seperti Jamboard dalam pdpr akan dapat meningkatkan

keberkesanan pembelajaran. Penggunaan teknologi ini mampu menggalakkan atau
menggerakkan setiap deria pelajar untuk terlibat sama dalam proses pembelajaran. Setiap
pelajar memahami tanggungjawab mereka ketika penggunaan jamboard dan dapat

memberikan sumbangan yang maksimum semasa menggunakan kaedah ini. Pelajar sentiasa
bekerjasama secara berkumpulan yang utuh dalam menyiapkan setiap aktiviti yang dirancang

oleh guru. Secara tidak langsung setiap matlamat dalam kumpulan berdasarkan aktiviti yang
dirancang dapat dicapai dengan amat cemerlang.


Kebergantungan positif


Seterusnya, kebergantungan positif merupakan salah satu aspek pembelajaran koperatif
yang dilaksanakan semasa menggunakan aplikasi Jamboard, seperti yang berikut:


“Pemikiran pelajar lebih terbuka berbanding hanya menerima maklumat semata-
mata daripada guru.” (Pelajar C)


“Jamboard banyak membantu saya dalam melakukan setiap tugasan terutamanya
yang melibatkan secara kumpulan. Jamboard amat membantu untuk digunakan


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 389

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kepada murid lagi2 bila musim pdpr ni. Jimat masa dan kolaboratif tu memang
dapat dipupuk bila guna jamboard ni”. (Pelajar A)


“Bagi pendapat saya, aplikasi jamboard ini mampu kolaboratif kerana saya dan

rakan - rakan sekelas berkebolehan untuk berinteraksi bersama - sama bagi
menghasilkan suatu tugasan secara berkumpulan dengan baik. Malah jamboard
juga menyediakan pelbagai kemudahan yang menarik seperti pemilihan gambar

serta pemilihan tekstur bentuk dan rupa yang menjadikan hasil kerja itu menjadi
lebih menarik dan kreatif”. (Pelajar B)


Dapatan ini mendapati keupayaan pelajar menjadi lebih bernilai dan terserlah. Ini kerana sikap
positif dalam diri sendiri tertanam dengan baik apabila menggunakan aplikasi jamboard.

Selain itu, pelajar juga menunjukkan sikap positif kepada rakan. Ini kerana jamboard
memerlukan pelajar berkolaborasi dengan rakan untuk mencapai matlamat pembelajaran.
Kebergantungan antara satu sama lain ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran akan

lebih bermakna dan mencapai matlamat sebagaimana yang hasratkan.


Penyertaan sama rata


Dapatan terakhir yang berkait dengan aspek pembelajaran koperatif ialah penyertaan sama
rata dalam penggunaan aplikasi Jamboard semasa pdpr dijalankan.
“Jamboard boleh meningkatkan kolaboratif kerana saya dan rakan-rakan dapat

menyuarakan idea masing-masing walaupun berada pada lokasi berbeza”.
(Pelajar A)


“Wah bestnya. Penggunaan jamboard sangat membantu saya dalam
meningkatkan 'daya pemikiran diri serta memberikan saya lebih pemahaman dalam

PdPR disamping ia tidak membosankan ”. (Pelajar B)

“Penggunaan jamboard sangat menarik kerana memberi peluang kepada setiap

peserta untuk mengambil bahagian setiap aktiviti yang dilaksanakan. Jamboard
juga boleh dijadikan medium interaktif yg berkesan antara guru dengan pelajar”.

(Pelajar c)

Penglibatan pelajar semasa menggunakan Jamboard menjadi lebih bermakna dan sistematik

dengan pembelajaran koperatif. Setiap pelajar mempunyai peluang yang sama semasa
menggunakan Jamboard. Semua pelajar tidak dipinggirkan. Tiada sesiapa pun yang akan
terpinggir dalam menjalankan aktiviti dengan menggunakan jamboard. Pelajar




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 390

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

berkemampuan dan berpeluang menunjukkan kemampuan mereka dalam melahirkan idea
dan pendapat tanpa sekatan. Idea-idea yang dikemukakan akan dapat dikongsi bersama

rakan-rakan.



PERBINCANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa siswa guru mempunyai sikap menghormati

pandangan sesama rakan semasa menggunakan aplikasi Jamboard melalui sesi pengajaran.
Ini adalah kerana melalui perkongsian papan putih dalam Jamboard, siswa guru dapat
meningkatkan kemahiran interpersonal di samping saling menghormati pandangan rakan

sewaktu sesi pengajaran dijalankan. Bukan itu sahaja, siswa guru juga dapat menambah
kemahiran diri secara individu dengan memberi sumbangan dalam penghasilan kerja yang

dilakukan secara bersama melalui aplikasi Jamboard ini.

Sesi pengajaran melalui aplikasi Jamboard ini juga dapat mengukuhkan aspek hak milik

bersama yang merupakan antara ciri penting dalam pembelajaran koperatif. Melalui
penggunaan Jamboard, siswa guru mampu memahami tanggungjawab kendiri dalam
memberikan sumbangan sewaktu sesi PdPR berlangsung. Keadaan ini bersesuaian dengan

adanya perasaan menghargai hak pemilikan bersama apabila satu papan putih Jamboard
mewakili satu kumpulan yang dianggotai oleh mereka. Hasrat pembelajaran koperatif ini juga

dapat terlaksana apabila siswa guru mampu bekerjasama semasa menyiapkan aktiviti PdPR
secara berkumpulan melalui Jamboard. Secara tidak langsung aktiviti PdPR menjadi lebih
aktif, berfokus dan bermakna apabila aktiviti dapat dijalankan secara bersama melalui satu

platform. Bukan itu sahaja siswa guru juga bersetuju bahawa melalui penggunaan aplikasi
Jamboard ini turut menjadikan perkongsian idea yang lebih aktif dan kreatif melalui aktiviti
kerjasama dalam kumpulan berbanding dengan menyiapkan kerja secara individu.


Kajian ini juga menunjukkan siswa guru mempunyai sikap kebergantungan positif melalui
aktiviti pengajaran yang dijalankan melalui aplikasi Jamboard ini. Kenyataan ini dikukuhkan

dengan pendapat siswa guru yang menyatakan bahawa aplikasi Jamboard ini membantu
mereka dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan melalui perbincangan secara
kumpulan. Sementelah sesi pengajaran yang terpaksa dilaksanakan secara dalam talian kini

menuntut kerjasama antara siswa guru menggunakan satu platform yang berkesan dalam
menyampaikan dan berkongsi maklumat.


Siswa guru turut mengakui bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
aplikasi Jamboard mampu menjana pemikiran yang lebih terbuka yang boleh dikongsi

bersama rakan berbanding hanya menerima maklumat semata-mata daripada tenaga


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 391

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

pengajar. Situasi ini dapat terhasil melalui sesi pengajaran yang interaktif dan kolaboratif
melalui penggunaan Jamboard. Perkongsian idea ini juga dapat dilaksanakan antara siswa

guru dan juga pengajar pada waktu yang sama. Melalui aplikasi Jamboard ini juga mampu
memudahkan siswa guru dalam mengadakan sesi perkongsian maklumat melalui
perbincangan kumpulan sekaligus menyuburkan elemen pembelajaran koperatif. Setiap

siswa guru dapat melahirkan idea untuk dikongsi dalam setiap sesi pengajaran dan
dipaparkan pada papan Jamboard pada waktu ‘real time’ menjadikan sesi pengajaran lebih

aktif dalam perkongsian idea. Elemen ini juga mendapat nilai min yang tinggi dalam kalangan
siswa guru. Dengan ini data telah menjelaskan bahawa perkongsian papan putih melalui
Jamboard bukan hanya menjadikan sesi pengajaran lebih aktif dan kolaboratif tetapi juga

meningkatkan kemampuan pemikiran yang lebih terbuka.



RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa aspek pembelajaran koperatif

terdapat dalam penggunaan aplikasi Jamboard semasa sesi pengajaran melalui Google
Meet. Mereka juga mengakui bahawa aplikasi Jamboard mempunyai kelebihan seperti

menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih aktif, responsif dan juga mewujudkan
sesi kolaboratif antara siswa dan pensyarah yang terlibat dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran tersebut. Aplikasi Jamboard ini mempunyai banyak kelebihan untuk

dipraktikkan seperti mana yang diperkatakan oleh Steven Hope, Head of Independent
Learning, Leeds City College sebagai “Dengan adanya fitur untuk menjana kreativiti seperti
Jamboard, semua siswa dapat menggunakannya serta mempersembahkan aktiviti

pembentangan seperti seorang pengajar. Ini kerana Jamboard mampu menyuarakan aspirasi
siswa daripada pelbagai sudut” di samping menyemai sikap untuk bekerja sama selaras
dengan aspek pembelajaran koperatif.


Sebagai rumusannya, hasil daripada kajian ini mendapati siswa guru mampu
menyemai aspek pembelajaran koperatif melalui sesi pengajaran dan pembelajaran

menggunakan aplikasi Jamboard. Sikap kerjasama berkumpulan yang diaplikasikan dalam
penggunaan Jamboard dapat melahirkan elemen penyertaan sama rata, hak milik bersama

dan juga kebergantungan positif antara siswa guru. Dengan adanya pelbagai kemahiran
teknologi yang diterapkan dalam sesi pengajaran ini membolehkan golongan pendidik
mempelbagaikan pendekatan dan kaedah yang sesuai dan menarik untuk diaplikasikan

dalam kelas walaupun secara maya. Oleh itu semua pihak yang berkepentingan seperti
kementerian dan juga institusi terlibat perlu mengambil inisiatif dengan menyediakan pelbagai
kemudahan seperti kemudahan mengakses internet dengan sebaiknya agar siswa guru dan



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 392

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

para pendidik yang terlibat dapat mengaplikasikan kaedah terkini selaras dengan pengajaran
pada abad ke-21. Oleh itu pendedahan tentang teknologi pembelajaran terkini seperti

Jamboard sememangnya sangat perlu ditekankan bukan sahaja menepati aspek pengajaran
dan pembelajaran mengikut norma baharu malah menyuburkan sikap yang positf terhadap
pembelajaran koperatif.


RUJUKAN

Ahmad Zaki Aminuddin, Ahmed Thalal Hassan, Ahmad Abdul Rahman, Mohd Shahriman Abu
Bakar (2014). Penggunaan aplikasi atas talian dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa ketiga: pengenalan kepada quizlet.com, Prosiding Seminar
Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014) Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April
2014.

Alp, U., Emri, C., (2018). Industry 4.0 Managing The Digital Transformation. Springer

International Publishing.
Aytaç, T. (2013). Interactive whiteboard factor in education: Students’ points of view and their
problems. Educational Research and Reviews, 8(20), 1907–1915.
doi:http://dx.doi.org/10.5897/ERR2013.1595

Bani Hidayat Mohd Shafuie. Pelaksanaan PdPc Dalam Talian (OLL) Semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 Dan 2 Covid-19. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v.
2, n. 2, p. 213-221, aug. 2020. ISSN 2682-826X.

Clarke A (1992) The Principle of Screen Design for Computer-based Learning Materials
Sheffield: Dept for Education and Employment

Daricin, D., Herceg, I.V. (2018). Industry 4.0 and paradigm change in economics and
business management. Lecture nites in Mechanical Engineering. pp. 37-56

Fadilah Anak Layang dan Zamri Mahmod (2019) Tahap Pengetahuan ,Kesediaan dan Sikap
Guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam Melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran Peta Pemikiran i-Think. Jurnal Pendidikan Malaysia 44(1)(2019): 37-44
http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2019-44.01-05
Hamzah, U. S., & Nasri, N. M. (2020). Kajian meta analisis: Keberkesanan pembelajaran
koperatif terhadap motivasi pembelajaran murid. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial
(JOSSR). 3(9). 21-33.

Kerjcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research. Educational and
Psychologyical Measurement. 30, 607-610.
Khamis Mousa Nejem & Wafa Muhann. (2014). The effect of using smart board on
mathematics achievement and retention of seventh grade students. International
Journal of Education. Vol.6(4), 107-118

Khor Huan Chin, Noraini Mohamed Noh (2016) Keberkesanan Penggunaan Papan
Putih Interaktif Dalam Pembelajaran Bahasa Malaysia Dalam Kalangan Murid
Tahun 3. Jurnal JPBU Edisi Khas(2016) UPSI.

Melvin Chung Hui Ching (2021) Tahap penerimaan google jamboard sebagai alat
digital dalam e-pembelajaran: satu kajian, Jurnal Kurikulum dan Pengajaran
Asia Pasifik(JuKu) vol 9 no 2, April 2021




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 393

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Minor, M., Losike-Sedimo, N., Reglin, G., & Royster, O. (2013). Teacher technology
integration professional development model (SMART board), pre-Algebra
achievement, and smart board proficiency scores. SAGE Open, 3, 1–10.
doi:10.1177/2158244013486994
Mohamad Amin., E., (2016). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Baru bagi Generasi
Z. Bangi: Universiti Kebangsaan.
Mohamed Ali, H., Ayu Nor Azilah, M., Nor Azlah, S.R, (2018). Survival orang Melayu
mendepani arus revolusi perindustrian 4.0: suatu penelitian awal. Selangor: Kolej
Universiti Islam Antarabangsa.
Mohd. Hanafi Mohd Yasin et.al (2007). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Murid-
Murid Pemulihan Khas. Seminar Majlis Guru Pendidikan Khas. Johor.
Noriati A. Rashid, Boon Yoon Ping, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Wan Kamaruddin Wan
Hasan. (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor Darul Ehsan
: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad (2009) Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-
Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)
(2009): 155 – 172.

Saharani bt. Abdullah Nazila bt. Abdullah ,Siti Rafidah bt. Bachok R.Kalyani (2005)
Internet Sebagai Media Dalam Pengajaran dan pembelajaran:Ciri-Ciri Dan Aplikasinya.
Seminar Pendidikan, Fakulti Pendidikan UTM, 15 Oktober 2005.

Said, R. R., Mohd Shariff, L., & Abd Rahman, F. (2017). Pembelajaran koperatif dalam
pengajaran karangan bahasa Melayu menengah atas. International Journal of
Education and Training. 3(2). 1-12.
Somasundram, B., & Mahamod, Z. (2017). Keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap
pencapaian dan motivasi murid sekolah menengah dalam pembelajaran bahasa
Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(1), 11-23.
Spears, A. Y. (2011). Investigating SMARTBoard Technology for Mathematics Education
to Improve the Learning of Digital Native Students by Amy Yvonne Spears A
Dissertation submitted to the Education Faculty of Lindenwood University in
partial fulfillment of the requirements for.

Turan, B. (2014). Smart board in Mathematics education: The use of cartoon characters
impact on student success. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 143, 809–815.
doi:10.1016/j.sbspro.2014.07.481
Yahaya, A., Ahmad Sihes., Ghazali, S. (2001). Amalan pembelajaran koperatif di kalangan
guru-guru mata pelajaran teknik dan vokasional di tiga buah sekolah teknik di Selangor.
Yahaya, A., Yahaya, N., Ramli, J., & Bahuri, I. S. (2011). Pembelajaran koperatif.
https://www.researchgate.net/publication/46480622_Pembelajaran_Koperatif











e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 394

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENDEDAHAN KEMAHIRAN ASAS UNIT BERUNIFORM MENGGUNAKAN PADLET
DALAM KALANGAN PELAJAR PISMP AMBILAN JUN 2019

1
Norsiah Bahari dan Kristil Tan Ai Teng 2

1,2 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu
1 [email protected]
2 [email protected]



ABSTRAK


Kokurikulum unit beruniform merupakan aktiviti yang boleh memberikan banyak kemahiran

kepada para pelajar. Namun akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk
mencegah penularan pandemik dan bertujuan memutuskan rantaian Covid-19, pengajaran

dan pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dijalankan. Ini menyebabkan alternatif lain
secara dalam talian seperti aplikasi Padlet terpaksa digunakan untuk memastikan kemahiran
dalam unit beruniform dapat diberikan kepada pelajar. Kajian ini bertujuan untuk meninjau

tahap persepsi pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka terhadap
aplikasi Padlet sebagai satu media pengajaran dan pembelajaran dalam membantu pelajar
untuk mengetahui, memahami dan menguasai serta memperkembangkan ilmu dan

kemahiran asas bagi kursus Unit Beruniform (MPU3062). Seramai 37 orang pelajar Program
Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2019 telah menjadi responden dalam kajian
ini. Reka bentuk kajian ini merupakan kaedah tinjauan kuantitatif. Instrumen yang digunakan

ialah borang soal selidik dan hasil dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) versi 22.0 untuk mendapatkan statistik

deskriptif min dan sisihan piawai. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa secara keseluruhan
penggunaan aplikasi Padlet dalam mendedahkan kemahiran asas unit beruniform (UB) di
kalangan pelajar PISMP Ambilan Jun 2019 berada pada tahap tinggi (min = 4.75, SP = 0.45).

Ini menunjukkan bahawa secara keseluruhan aplikasi Padlet dapat meningkatkan kemahiran-
kemahiran asas unit beruniform para pelajar. Justeru, penggunaan aplikasi Padlet sebagai

media e-pembelajaran adalah berpotensi dan bersesuaian serta wajar dilaksanakan bagi
kursus-kursus kokurikulum yang ditawarkan di institusi.


Kata Kunci: Padlet, Kemahiran Asas, Unit Berunform










e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 395

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGENALAN

Tahun 2020 hingga kini merupakan satu jangka masa yang penuh dengan cabaran kerana

seluruh dunia dilanda ancaman pandemik Covid-19. Kerajaan telah beberapa kali
menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mencegah penularan pandemik dan

bertujuan memutuskan rantaian Covid-19. Semenjak itu, para pendidik sama ada di sekolah
mahupun institusi pengajian tinggi terpaksa menggunakan alternatif lain untuk melaksanakan
tugas dan tanggungjawab masing-masing secara dalam talian dengan menggunakan

pelbagai aplikasi seperti Zoom, Google Meet, Microsoft Teams dan sebagainya.

Pelbagai cara penyampaian secara bersemuka untuk subjek atau mata pelajaran di

sekolah dan institusi pengajian tinggi terpaksa ditukar secara maya supaya ilmu dan
kemahiran dapat disampaikan kepada pelajar walaupun pengajaran disampaikan dari rumah.
Revolusi ini menuntut kreativiti guru atau pengajar untuk menyampaikan ilmu dan kemahiran

kepada pelajar secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPr). Hal ini juga menjadi
isu dan cabaran kepada mata pelajaran atau kursus yang memerlukan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) serta pentaksiran secara amali seperti kursus Kokurikulum – Unit

Beruniform (MPU3062) yang wajib diambil oleh setiap pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG).
Kursus ini ditawarkan supaya pelajar IPG dapat mengetahui, memahami dan menguasai serta

memperkembangkan ilmu dan kemahiran Unit Beruniform dalam aktiviti kokurikulum. Antara
hasil pembelajaran kursus ini ialah supaya pelajar dapat menguasai dan mempamerkan
kemahiran-kemahiran asas dalam aktiviti semasa perkhemahan Unit Beruniform secara

individu dan berkumpulan. Maka satu alternatif yang berasaskan web atau teknologi yang
boleh diaplikasikan secara dalam talian seperti Padlet perlu digunakan bagi memastikan hasil

pembelajaran MPU3062 tercapai.

Menurut Baharudin dan Badusah (2015), sistem pembelajaran interaktif berasaskan

web yang digunakan dalam pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta membolehkan sesuatu pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan dengan baik dan lancar sama ada di sekolah atau pusat

pengajian tinggi awam dan swasta. Dalam Pembelajaran Abad Ke-21, generasi baru ini suka
akan teknologi dan gemar mempelajari kemahiran baru berkaitan dengan teknologi. Menurut
Maswan (2011), kebanyakan remaja pada masa kini gemar menggunakan internet untuk

bermain aplikasi komputer dan mencari maklumat.

Menurut Ibrahim, Shing, Sharmeeze, Alias dan Dewitt (2014), penggunaan Web 2.0

seperti Padlet boleh digunakan untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi tujuan
pembelajaran. Keistimewaan pembelajaran melalui Padlet ialah bahan pengajaran dan
pembelajaran seperti teks, grafik, animasi, video dan pautan URL boleh disampaikan dan


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 396

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

digunakan. Elemen-elemen tersebut sangat membantu pelajar dari segi pemahaman dan
mengingat pelajaran dengan mudah. Hal ini sejajar dengan pendapat Lope Pihie dan Elias

(2000) bahawa keupayaan mengingat melibatkan pendengaran hanya menyumbang 10
peratus (10%) dalam ingatan seseorang, sedangkan 50 peratus (50%) lagi daripada
penglihatan dan 40 peratus (40%) lagi daripada pengalaman dan perbuatan.


Padlet dahulunya dikenali sebagai Wallwhiser merupakan salah satu jenis aplikasi
papan interaktif dalam Web 2.0. Papan interaktif ini yang juga dikenali sebagai virtual wall

(dinding maya) berfungsi sebagai ruang yang membolehkan pelajar dan pensyarah dapat
berkongsi maklumat seperti teks, gambar, video dan audio dalam satu antara muka. Semua

ahli kumpulan akan dapat melihat semua maklumat yang ditulis pada dinding maya dan saling
bertukar idea dalam kumpulan mereka.


Maka kajian ini dilakukan adalah untuk meninjau tahap persepsi pelajar Institut
Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka terhadap aplikasi Padlet sebagai satu
media pengajaran dan pembelajaran dalam membantu pelajar untuk mengetahui, memahami

dan menguasai serta memperkembangkan ilmu dan kemahiran asas bagi kursus Unit
Beruniform (MPU3062).



SOROTAN LITERATUR

Kokurikulum bermaksud proses pembelajaran melalui aktiviti, gerak kerja dan pengalaman

pendidikan terancang yang dilakukan di luar bilik darjah. Ia lebih berasaskan aspek-aspek
pembelajaran bukan akademik yang menekankan aspek-aspek tersirat seperti nilai murni,

bakat, kepimpinan dan tanggungjawab atau peranan dan boleh terdiri daripada unit
beruniform, persatuan, sukan dan permainan (Amir Hamzah 2017). Mok Soon Sang (2009)
menyatakan bahawa kokurikulum ialah aktiviti pendidikan yang dirancang dan dilaksanakan

selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah dan unit. Penglibatan pelajar
di dalam aktiviti kokurikulum memberi kesan yang positif kepada mereka, selain meningkatkan

kemahiran interpersonal dan intrapersonal, membina personaliti individu yang positif dan
membantu meningkatkan keterampilan pelajar (Hasaan dan Roslan, 2010; Ranjit, 2009; Zaid
et al, 2008 dan Ahmad dan Hisham, 2009). Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah

dan institusi pengajian tinggi adalah berfungsi sebagai pelengkap kepada proses keilmuan
dengan tujuan membina sahsiah dan kemahiran insaniah pelajar bagi mewujudkan modal
insan yang berkualiti (Jumali et al, 2011).


Namun akibat penularan pendemik Covid-19, corak pembelajaran kokurikulum telah
mula berubah. Segala aktiviti perlu dilakukan di rumah dan dari rumah sebagai salah satu



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 397

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

usaha untuk memutuskan rantaian perebakkan wabak Covid-19. Pendigitalan dalam norma
baharu telah menjadi satu nadi penyampaian maklumat dan perkhidmatan. Semua aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di semua peringkat pengajian perlu dilakukan secara dalam
talian demi memastikan pembelajaran anak Malaysia terus berjalan seperti biasa dan tidak
diabaikan.


Penggunaan teknologi maklumat (ICT) merupakan kaedah utama yang digunakan
semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah. Teknologi maklumat boleh membantu

pelajar meneroka, menguasai dan mendalami ilmu dengan lebih baik (Yamin dan Ishak 2015)
dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta senang di mudah alih

(Kochattil, 2016).

Padlet merupakan satu aplikasi percuma yang terdapat di internet yang boleh

digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran secara maya. Ia boleh dicapai di
pautan https://www.Padlet.com. Padlet memberikan satu “dinding” yang membolehkan
pengguna menghantar nota, gambar, memuat naik pautan, fail, video untuk diguna, ditonton

dan diberi maklum balas oleh pengguna yang mempunyai alamat Padlet tersebut (Klein,
2013). Menurut Fisher (2017), Padlet merupakan “papan bulletin” yang paling mudah

digunakan semasa berkolaboratif dan boleh dicapai secara dalam talian. Menurut Ambarita
(2021), Padlet boleh dijadikan sebagai salah satu alat alternatif dalam pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian pada masa pandemik covid-19.


Terdapat beberapa kajian telah dijalankan bagi menunjukkan keberkesanan
penggunaan Padlet dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya Padlet boleh

meningkatkan perbincangan pelajar di dalam sesuatu aktiviti (Rathakrishnan, Ahmad dan Lee
2018), meningkatkan motivasi, kolaborasi pelajar (Megat Mohd. Zainuddin, Mohd Azmi, Mohd
Yusoff, Shariff dan Wan Hassan, W. A., 2020; Etfita & Wahyuni, 2021) dan sebagai tapak

perkongsian ilmu antara pelajar (Lowe dan Humphrey, 2018). Penglibatan pelajar di dalam
dan di luar kelas juga dapat ditingkatkan dengan penggunaan Padlet (Fisher, 2017).



METODOLOGI


Reka bentuk kajian ini merupakan kaedah tinjauan kuantitatif. Kajian ini telah menggunakan
soal selidik bagi mendapatkan maklum balas berkenaan kebergunaan Padlet dalam
membantu pelajar untuk mengetahui, memahami dan menguasai serta memperkembangkan
ilmu dan kemahiran unit beruniform. Soalan atau item yang dikemukakan merupakan

ubahsuaian daripada Dewitt, Alias dan Siraj (2015) dan Megat Mohd. Zainuddin, Mohd Azmi,
Mohd Yusoff, Shariff, dan Wan Hassan (2020) serta telah dirujuk kepada pensyarah



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 398

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kokurikulum berpengalaman untuk menentukan keesahan kandungan item soal selidik.
Sebanyak 19 item soalan (Jadual 2.0) telah dikemukakan kepada pelajar untuk dinilai.

Seramai 37 orang pelajar Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2019 telah
menjadi responden dalam kajian ini.


Lima skala Likert telah digunakan bagi membantu pelajar menilai item atau soalan
yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Menurut Chua (2006), skala Likert banyak
digunakan dalam penyelidikan sains sosial kerana ia mudah diurus, item mudah dijawab oleh

responden, kebolehpercayaan data yang dipungut adalah lebih tinggi berbanding dengan
skala lain seperti Thurstone dan Guttman. Format skala Likert dalam kajian ini adalah nilai 1

sangat tidak setuju, 2 tidak setuju, 3 kurang setuju, 4 setuju dan 5 sangat setuju. Borang soal
selidik disediakan dalam bentuk Google Form bagi memudahkan menjawab soal selidik tanpa
bersemuka dan mengikut arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang mengarahkan

larangan bersemuka secara fizikal.

Data yang didapati dari soal selidik dianalisis dengan mengunakan perisian Statistical

Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.0 untuk mendapatkan nilai alfa Cronbach
(α) dan nilai statistik deskriptif min dan sisihan piawai bagi setiap item dan secara keseluruhan.

Nilai α digunakan bagi mendapatkan kebolehpercayaan item kajian. Kebolehpercayaan
merujuk kepada petunjuk ketekalan dan kestabilan alat kajian (Jackson, 2006). Menurut
Zaidatun et al. (2003), nilai alfa Cronbach kurang daripada 0.60 mempunyai

kebolehpercayaan yang rendah dan item perlu diubah suai. Nilai alfa antara 0.60 hingga 0.80
diterima manakala nilai alfa melebihi 0.80 adalah dianggap baik. Nilai min yang didapati akan
diinterpretasi mengikut skor min. Jadual 1.0 menunjukkan interpretasi skor min yang

diadaptasi daripada Jamil (2002) yang digunakan bagi analisis statistik deskriptif. Skor min
1.00 hingga 2.33 menunjukkan nilai min pada tahap rendah, skor 2.34 hingga 3.66 adalah
nilai min pada tahap sederhana manakala skor nilai min 3.67 hingga 5.00 pada tahap tinggi.


Jadual 1.0 Interpretasi Skor Min


Skor Min Interpretasi Skor Min


1.00 hingga 2.33 Rendah

2.34 hingga 3.66 Sederhana


3.67 hingga 5.00 Tinggi








e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 399

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Hasil analisis ditafsir dan dibincang bagi mendapatkan gambaran keberkesanan
penggunaan Padlet dalam membantu pelajar mengetahui, memahami dan menguasai serta

memperkembangkan ilmu dan kemahiran asas unit beruniform.



DAPATAN KAJIAN

Kajian ini menunjukkan item memperolehi nilai alpha 0.82, iaitu berada pada

kebolehpercayaan yang baik dan boleh diterima. Hasil analisis (Jadual 2.0) menunjukkan
bahawa secara keseluruhannya min keseluruhan bagi kajian ini adalah sebanyak 4.75 dengan
sisihan piawai bernilai 0.45. Ini menunjukkan bahawa nilai min berada pada tahap tinggi

kerana berada antara skor 3.67 hingga 5.00 (Jamil, 2002). Ini memberi gambaran bahawa
secara keseluruhan Padlet dapat membantu pelajar mempamer, memahami, menguasai dan
memperkembangkan kemahiran Unit Beruniform. Nilai min yang tertinggi terhadap

kebolehgunaan Padlet dalam kajian ini ditunjukkan oleh item 3 iaitu Padlet memudahkan
perkongsian idea atau pengetahuan pelajar (min = 4.88, SP = 0.33), item 2 iaitu Padlet
membolehkan pembelajaran kemahiran baharu (min = 4.84, SP = 0.37), item 7 iaitu Padlet

membolehkan pembelajaran secara kolaboratif(min = 4.84, SP = 0.37), item 9 iaitu Padlet
meningkat kemahiran asas unit beruniform pelajar (min = 4.80, SP = 0.41), item 10 Padlet

berupaya membantu pelajar mempamer kemahiran unit beruniform (min = 4.80, SP = 0.41)
dan item 16 iaitu Padlet dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu kemahiran unit
beruniform (min = 4.80, SP = 0.41). Walaupun item 5 menunjukkan nilai min yang paling

rendah dalam kajian ini iaitu dengan nilai min = 4.56 dan sisihan piawai 0.58, Padlet masih
dianggap boleh membantu pelajar dalam membina idea baharu dalam subjek unit beruniform.

Ini kerana nilai min yang didapati bagi item tersebut masih pada tahap tinggi dan melebihi
3.66
Kajian yang dijalankan oleh Taufikurohman (2018) dan Marzuki (2021) menunjukkan

bahawa Padlet telah dapat membantu pelajar untuk memahami dan menguasai sesuatu
kemahiran. Marzuki (2021) juga mendapati bahawa Padlet dapat menggalakkan pelajar untuk
menyertai aktiviti kelas, mengurangkan rasa gementar dan meningkatkan pembelajaran

secara kolaboratif antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dengan pensyarah.
Bodnenko, Kuchakovska, Proshkin dan Lytvyn (2020) pula mendapati Padlet dapat
membantu mengatur pembelajaran koperatif pelajar.


Padlet juga didapati dapat memotivasikan pelajar untuk berinteraksi dengan rakan-
rakan semasa melaksanakan tugasan atau aktiviti bagi MPU3062 (min = 4.76, SP = 0.44).
Hasil dapatan ini sama seperti kajian oleh England (2017) yang mendapati bahawa Padlet

dapat meningkatkan motivasi dan kolaborasi pelajar di dalam pembelajaran secara maya.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 400

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Hasil kajian juga mendapati bahawa pelajar amat bersetuju jika Padlet digunakan
dalam subjek kokurikulum lain dalam memperkembangkan sesuatu kemahiran di dalam PdPr

secara dalam talian (min = 4.80, SP =0.41). Hal ini kerana dalam kajian ini menunjukkan
bahawa Padlet boleh membantu pelajar untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan
sesama rakan, membolehkan pelajar berkomunikasi dalam menyiapkan tugasan serta

menjadi satu medium untuk pelajar berkolaboratif antara satu sama lain. Hal ini sejajar dengan
bukti yang ditunjukkan oleh Ramachandiran dan Mahmud (2018) yang menyatakan bahawa

Padlet adalah salah satu alat yang boleh digunakan secara maya bagi meningkatkan kreativiti,
pembelajaran secara kolaborasi dan prestasi penagajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Ini kerana menurut mereka lagi, Padlet telah dibukti berkesan digunakan untuk peningkatan

kemahiran 4 C iaitu creativity (kreativiti), critical thinking (pemikiran kritikal), collaboration
(kolaborasi) dan communication (komunikasi) yang amat diperlukan dalam Pembelajaran

Abad Ke-21.

Jadual 2.0 Nilai Min Bagi Setiap Item Kajian


Bil Item Min Sisihan piawai


1. Saya suka melihat komen kawan saya di Padlet. 4.80 0.41

2. Saya belajar kemahiran baharu daripada aktiviti yang 4.84 0.37
dijalankan dalam Padlet.


3. Padlet memudahkan saya berkongsi idea/pengetahuan 4.88 0.33
dengan rakan-rakan.

4. Padlet memudahkan saya berkongsi kemahiran dengan 4.76 0.44
rakan-rakan.

5. Saya boleh membina idea baharu melalui Padlet. 4.56 0.58

6. Saya boleh membina kemahiran baharu melalui Padlet. 4.64 0.49


7. Saya boleh belajar secara kolaboratif dengan 4.84 0.37
menggunakan Padlet.

8. Bahan-bahan yang dimuat naik di dalam Padlet amat 4.68 0.48
jelas.

9. Bahan-bahan yang dimuat naik dalam Padlet amat 4.80 0.41
berguna dalam meningkatkan kemahiran asas UB saya.

10. Saya berupaya mempamerkan kemahiran UB dalam 4.80 0.41
Padlet.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 401

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

11. Saya berupaya memperkembangkan kemahiran UB 4.72 0.46
dalam Padlet.

12. Padlet boleh memotivasikan saya untuk menyelesaikan 4.72 0.54
tugasan yang diberi oleh pensyarah.

13. Padlet memotivasikan saya untuk berinteraksi dengan 4.76 0.44
rakan-rakan.

14. Padlet membantu kumpulan saya berinteraksi dan 4.68 0.48
menyiapkan tugasan bersama-sama.

15. Padlet membantu saya memahami dan mempelajari 4.76 0.44
sesuatu kemahiran dengan berkesan.


16. Padlet membantu saya belajar dan memahami lebih 4.80 0.41
lanjut berkenaan sesuatu kemahiran.

17. Saya berpuas hati dengan penggunaan Padlet dalam 4.64 0.57
mempamerkan kemahiran UB.

18. Saya bersetuju jika Padlet digunakan dalam subjek 4.76 0.44
kokurikulum lain dalam mempamer sesuatu kemahiran di
dalam PdPr secara dalam talian.

19. Saya bersetuju jika Padlet digunakan dalam subjek 4.80 0.41
kokurikulum lain dalam memperkembangkan sesuatu
kemahiran di dalam PdPr secara dalam talian.

Keseluruhan (n = 37) 4.75 0.45




KESIMPULAN KAJIAN

Padlet adalah salah satu aplikasi yang amat sesuai digunakan dalam membantu pelajar untuk

mengetahui, memahami dan menguasai serta memperkembangkan ilmu dan kemahiran asas
bagi kursus Unit Beruniform (MPU3062), terutama di dalam pengajaran dan pembelajaran
secara dalam talian. Ia adalah satu kaedah alternatif yang amat berguna kepada pensyarah

semasa memberikan pendedahan kemahiran asas unit beruniform kepada pelajar. Pelajar
masih boleh dapat berkolaboratif dan belajar secara koperatif dengan rakan apabila

menggunakan Padlet dalam sesi pembelajaran secara maya. Penggunaan aplikasi Padlet
sebagai media e-pembelajaran juga berpotensi dan bersesuaian serta wajar dilaksanakan
bagi kursus-kursus kokurikulum lain yang ditawarkan di IPG.








e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 402

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

SYOR CADANGAN KAJIAN

Kajian selanjutnya dicadangkan dilakukan terhadap kumpulan pelajar lain yang mempunyai

usia, pengalaman dan tahap pemikiran yang berbeza daripada responden dalam kajian ini. Ia
adalah bertujuan untuk melihat perbandingan penerimaan penggunaan Padlet bagi subjek

yang sama. Kajian penggunaan Padlet bagi subjek kokurikulum yang lain juga boleh dilakukan
bagi mencari kesesuaian kegunaan Padlet bagi subjek yang berlainan. Kekangan atau
masalah penggunaan Padlet di dalam pelaksanaan aktiviti secara dalam talian juga boleh

juga dikaji bagi mencari penyelesaian dan penambahbaikan yang boleh dilakukan di dalam
pengajaran secara dalam talian.



RUJUKAN

Ambarita, E. (2021). Belajar dari Rumah (BDR) Menggunakan Padlet Alternatif E-Learning
Pada Masa Pandemi Covid-19 (Studi Kasus Di Sman 56 Jakarta). JIRA: Jurnal Inovasi
dan Riset Akademik, 2(1), 30-36. doi:https://doi.org/10.47387/jira.v2i1.70
Bodnenko, D.M., Kuchakovska, H.A., Proshkin, V.V., Lytvyn, O.S.: Using a virtual digital board
to organize student’s cooperative learning. In: Burov, O.Yu., Kiv, A.E. (eds.)
Proceedings of the 3rd International Workshop on Augmented Reality in Education
(AREdu 2020), Kryvyi Rih, Ukraine, May 13, 2020, CEUR-WS.org, online (2020, in
press)

Bodnenko, D.M., Kuchakovska, H.A., Proshkin, V.V., Lytvyn, O.S.: Using a virtual digital board
to organize student’s cooperative learning. In: Burov, O.Yu., Kiv, A.E. (eds.)
Proceedings of the 3rd International Workshop on Augmented Reality in Education
(AREdu 2020), Kryvyi Rih, Ukraine, May 13, 2020, CEUR-WS.org, online (2020, in
press)

DeWitt, Dorothy and Alias, Norlidah and Siraj, Saedah (2015) Collaborative learning:
Interactive debates using padlet in a higher education institution. In: International
Educational Technology Conference (IETC 2015), 27-29 May 2015, Istanbul, Turkey.

England,S.(2017).TechfortheModernEFLStudent:CollaborateandMotivatewithPadlet.Accents
Asia,9(2),56-60.Retrievedfromhttp://www.issues.accentsasia.org/issues/9-
2/England.pdf.
Etfita, Fauzul & Wahyuni, Sri. (2021). Collaborative Discussion Using Padlet-based Materials
in Writing for ESP Course. 13. 523-529. 10.35445/alishlah.v13i1.432.

Fisher, C. D. (2017). Padlet: An online tool for learner engagement and
collaboration. Academy of Management Learning and Education, 16(1), 163-
165. https://doi.org/10.5465/amle.2017.0055
Jackson, S.L. 2006. Research method and statistics. A critical thinking approach. 2nd Edition.
Boston: Thomson Wadworth.

Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di sekolah: satu
penilaian. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Klein, E. Online. 2013. Using Padlet in the Classroom to Collaborate & Create Interactive
sticky notes! (online) URL: http://www.kleinspiration.com/p/



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 403

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Kochattil, S. (2016). Top Mobile Learning Trends for 2016. eLearning Industry. Retrieved from
https://elearningindustry.com/key-mobile-learning-trends-2016
Lowe, T., & Humphrey, O. (2018). A Platform for Partnership: A Technology Review of the
Padlet sharing platform. The Journal of Educational Innovation, Partnership and
Change, 4(1). doi:http://dx.doi.org/10.21100/jeipc.v4i1.706

Marzuki, A. G., & S. (2021, April 29). Using Padlet As A Digital Tool For Enhancing Efl
Students’ Collaborative Writing. https://doi.org/10.31219/osf.io/tjgq9

Megat Mohd. Zainuddin, N., Mohd Azmi, N. F., Mohd Yusoff, R. C., Shariff, S. A., & Wan
Hassan, W. A. (2020). Enhancing Classroom Engagement Through Padlet as a
Learning Tool: A Case Study. International Journal of Innovative Computing, 10(1).
https://doi.org/10.11113/ijic.v10n1.250
Megat Mohd. Zainuddin, N., Mohd Azmi, N. F., Mohd Yusoff, R. C., Shariff, S. A., & Wan
Hassan, W. A. (2020). Enhancing Classroom Engagement Through Padlet as a
Learning Tool: A Case Study. International Journal of Innovative Computing, 10(1).
https://doi.org/10.11113/ijic.v10n1.250

Mok Soon Sang. (2009). Pengurusan kokurikulum & Pendidikan Sukan. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Ramachandiran, Chandra & Mahmud, Malissa. (2018). Padlet: A Technology Tool for the 21st
Century Students Skills Assessment. https://doi.org/10.26499/iceap.v1i1.81.
Rathakrishnan, Mohan & Ahmad, Rahayu & Jun Choi, Lee. (2018). Padlet Online Discussion
in Enhancing Students’ macroCritical Thinking Skills. International Journal of Latest
Research in Humanities and Social Science (IJLRHSS). 1. 121-126.

Taufikurohman, I. S. (2018). The Effectiveness of Using Padletin Teaching Writing Descriptive
Text.JALL (Journal of Applied Linguistics and Literacy),2(2), 71-88.

Yamin, F.M., & Ishak, W.HW. (2015). Penggunaan Teknologi ICT dalam Melestarikan P&P
bagi Memacu Sosio-Ekonomi Negara. Prosiding Seminar Kebangsaan Transformasi
Sosio-Ekonomi NCER, pp: 324-334.

Zaidatun Tasir & Mohd Slleh Abu. 2003. Analisis data berkomputer SPSS 11.5 for windows.
Kuala Lumpur: VENTON Publishing.





















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 404

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KEBERKESANAN KAEDAH TEH ATUK DALAM PENULISAN PENDAHULUAN
KARANGAN

1 Zahari Ahmad*, Norsiah Bahari, Ph.D**
2

2
1 * Sek. Men. Keb. Tinggi St. David/ ** IPG kampus Perempuan Melayu, Melaka
1 *[email protected] ** [email protected]
2


ABSTRAK


Penulisan karangan bahasa Melayu yang baik dalam peperiksaan awam seperti Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh menjadi penentu kepada

keputusan keseluruhan dalam peperiksaan mata pelajaran tersebut. Jika baik penulisan
karangan seseorang calon, peluang untuk calon tersebut mendapat keputusan yang baik
dalam mata pelajaran tersebut juga adalah cerah. Pengolahan karangan yang baik pula

bermula daripada perenggan pendahuluan yang menarik dan sesuai. Namun demikian,
terdapat sebilangan murid di sekolah menengah yang gagal menulis perenggan pendahuluan

karangan dengan baik. Mereka menulis pendahuluan tanpa ada satu panduan yang konkrit
atau boleh dijadikan rujukan. Sehubungan dengan itu, kaedah menulis pendahuluan karangan
menggunakan inovasi ‘TeH AtUk’ telah diperkenalkan kepada murid dalam membantu mereka
untuk menulis pendahuluan karangan dengan lebih tersusun. ‘TeH AtUK’ merupakan susunan

kata kunci bagi membina suatu perenggan pendahuluan dengan menitikberatkan semua
perkara atau isi kandungan yang seharusnya ada dalam suatu penulisan perenggan

pendahuluan karangan. Dalam hal ini, kaedah ‘TeH AtUK’ ini membantu murid mengingati
perkara-perkara yang perlu ada dalam perenggan pendahuluan yang akan diolah. Hasil
daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap sekumpulan murid yang lemah dalam

penulisan karangan didapati ada perubahan yang positif kepada murid apabila mereka
memahami dan mengingati kaedah ‘TeH AtUK’ dalam menulis pendahuluan karangan.


Kata kunci: TeH AtUK, pendahuluan karangan, Bahasa Melayu, akronim


PENGENALAN
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah digubal bersesuaian dengan bahasa
Melayu yang digunakan dalam kehidupan harian semasa berinteraksi dengan orang lain,

mengakses maklumat, dan untuk memahami bahan bacaan (Nurul Aisyah, Mahamod & Nor
Azwa Hanum, 2016). Bahasa Melayu merupakan subjek wajib lulus bagi peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Penulisan karangan bahasa Melayu yang baik dalam peperiksaan

awam seperti Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh menjadi



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 405

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

penentu kepada keputusan keseluruhan dalam peperiksaan mata pelajaran tersebut. Jika baik
penulisan karangan seseorang calon, peluang untuk calon tersebut mendapat keputusan yang

baik dalam mata pelajaran tersebut juga adalah cerah.
Namun demikian, terdapat sebilangan murid di sekolah menengah yang gagal menulis
perenggan pendahuluan karangan dengan baik. Hal ini diakui oleh Nurul Aisyah, Mahamod &

Nor Azwa Hanum (2016) yang menyatakan bahawa kesukaran murid menulis perenggan isi
dan perenggan pendahuluan dalam menulis karangan mempengaruhi mereka menghasilkan

penulisan yang baik. Terdapat sebilangan murid yang menulis pendahuluan tanpa ada satu
panduan yang konkrit atau boleh dijadikan rujukan.
Situasi ini menyebabkan murid tidak dapat menghasilkan perenggan pendahuluan

denagan baik dan mempengaruhi penulisan karangan seperti yang didapati oleh Nurul Aisyah,
Mahamod & Nor Azwa Hanum pada tahun 2016. Sehubungan dengan itu, kaedah menulis

pendahuluan karangan menggunakan inovasi ‘TeH AtUk’ telah diperkenalkan kepada murid
dalam membantu mereka untuk menulis pendahuluan karangan dengan lebih tersusun.
Maka kajian ini dijalankan adalah untuk menguji keberkesanan kaedah “TeH AtUK”

dalam membantu murid menulis perenggan pendahuluan karangan. Kajian ini adalah tertumpu
kepada murid Tingkatan Empat dan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi St. David,
Bukit Baru, Melaka.


SOROTAN LITERATUR


Unit pendahuluan dalam penulisan karangan merupakan komponen penting kerana
terkandungnya arah tuju dan objektif sesebuah penulisan.( Jobar, Norfaizah
Abdul and Sarudin , Anida and Radzi Idris , Md (2016) ). Namun begitu murid mengalami

kesukaran untuk menulis perenggan isi dan perenggan pendahuluan dalam menulis karangan
(Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod dan Nor Azwa Hanum Nor Shaid, 2016). Murid juga
kurang mampu dalam melahirkan atau menjana idea yang matang bagi mendapatkan isi

penulisan yang baik (Nadzrah, Norsimah dan Nor Hashimah, 2011). Kajian oleh Roselan Baki
(2003) pula mendapati bahawa kelemahan pelajar dalam menghasilkan sesuatu penulisan
ialah pada isi, bahasa dan tulisan.

Rentetan daripada pemasalahan kelemahan pelajar membina karangan telah
mengakibatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan Bahasa Melayu khususnya turut

terjejas. Laporan LembagaPeperiksaan (2010) dalam Shahlan Surat et.al (2013) menyatakan
bahawa bilangan murid yang berpencapaian sederhana dalam penulisan karangan adalah
lebih banyak daripada yang berpencapaian tinggi (cemerlang) dan rendah. Hal ini menunjukkan

bahawa penggunaan pelbagai kaedah masih lagi tidak dapat melonjakkan pencapaian murid
ke tahap yang lebih cemerlang. Oleh itu, mengenal pasti pendekatan yang berupaya untuk



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 406

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

mengubah pencapaian murid adalah penting disamping melihat kemampuan dan kebolehan
guru untuk melaksanakan yang terbaik demi menaikkan prestasi murid dalam penulisan

karangan. Hal ini diakui Abdul Jamian (2011) bersetuju menyatakan bahawa faktor kebolehan
dan kreativiti guru dapat mengubah persepsi serta kesedaran bahawa mereka juga mempunyai
potensi untuk berjaya dalam pembelajaran.

Kaedah mnemonik akronim adalah salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam
membantu murid menghasilkan pendahuluan karangan dan seterusnya penulisan karangan

yang baik. Menurut Mohd Jamil dan Ab Halim (2018), penggunaan kaedah mnemonik akronim
mampu menarik minat murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru dan
meningkatkan daya ingatan murid untuk menguasai sesuatu topik. Kaedah mnemonik juga

boleh membantu murid-murid daripada pelbagai peringkat sama ada pra sekolah, sekolah
rendah, menengah dan pengajian tinggi untuk lebih cepat mengingati semua maklumat yang

sering digunakan atau diperlukan segera (Amiryousefi & Ketabi, 2011),
Perkataan mnemonik berasal daripada bahasa Yunani iaitu mnemosyne yang merujuk
kepada dewi Yunani kuno yang wujud daripada ingatan (Pal, 2014; Parima, Siros & Ali, 2018;

Bih & Nurul, 2019). Teknik mnemonik merupakan satu teknik yang efektif dalam meningkatkan
ingatan individu (Bih dan Nurul, 2019). Teknik mnemonik adalah satu alat bantu mental individu
untuk membantu individu mengingati maklumat seperti nama, nombor, formula, perkataan baru

dan tarikh sejarah (Parima et al.,2018). Menurut Bih dan Nurul (2019), teknik mnemonik
menjadikan proses mengingat menjadi lebih mudah dengan menggunakan prinsip penyatuan
iaitu mengaitkan maklumat yang perlu diingat dengan maklumat yang lebih mudah untuk

diingat. Terdapat beberapa teknik mnemonik yang boleh digunakan seperti kata kunci, loci,
akronim dan pegword (Mailis, Rahmah & Bansu, 2016; Dicky, Ying, Yulyani & Kelly, 2017) dan

ia bergantung kepada cara seseorang mengingat sesuatu maklumat kerana setiap individu
mempunyai cara mengingat yang berbeza (Bih & Nurul, 2019).


METODOLOGI

Murid terlebih dahulu diminta menulis pendahulan karangan dengan menggunakan kaedah
pasang siap. Pemerhatian dicatat bagi memudahkan perbandingan dan perbincangan.

Kemudian murid didedahkan dengan kaedah penulisan pendahuluan karangan yang
menggunakan akronim yang khusus (Rajah 1). Pengkaji menerangkan makna setiap bahagian

dan memberikan contoh penulisan pendahuluan karangan menggunakan kaedah ini
berdasarkan satu contoh soalan karangan. Murid juga diberikan contoh penulisan pendahuluan
karangan menggunakan kaedah ‘TeH AtUK (Rajah 2)






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 407

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021


Murid diperkenalkan dengan kaedah ‘TeH AtUK’



Murid diberikan contoh penulisan pendahuluan karangan

menggunakan kaedah ‘TeH AtUK,



Murid menuliskan pendahuluan karangan menggunakan kaedah ‘TeH
AtUK’ dengan bimbingan guru.


Murid menuliskan pendahuluan karangan menggunakan kaedah ‘TeH

AtUK’ tanpa bimbingan guru.


Pemerhatian


Aktiviti pengukuhan.



Penambahbaikan

intervensi


Rajah 1 Carta alir pelaksanaan intervensi ‘TeH AtUK’


















Rajah 2 : Contoh penulisan pendahuluan karangan menggunakan kaedah ‘TeH AtUK’

Pada sesi yang lain, pengkaji meminta murid menuliskan pendahuluan berdasarkan

soalan karangan yang diberikan. Pengkaji meminta murid menggunakan kaedah ini. Sebelum
murid mula menulis, pengkaji meminta murid menyatakan semula maksud kaedah ‘TeH AtUK’

ini sebagai pengukuhan dan pemahaman murid terhadap kaedah ini (Rajah 1)
Bahagian pertama yang diterangkan ialah bahagian ‘Te’. Bahagian ini merupakan kata
kunci untuk menyatakan tema yang sesuai dengan topik karangan. Bagi murid yang lemah,




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 408

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

mereka digalakkan untuk mengambil maklumat daripada arahan soalan karangan yang dipilih.
Hal ini adalah lebih mudah bagi mereka berbanding meminta mereka memikirkan satu perkara

yang ada kaitan dengan tema memandangkan golongan murid seperti ini biasanya kekurangan
pengetahuan am. Bagi murid dalam kategori sederhana dan cemerlang, mereka digalakkan
untuk memberikan ulasan sendiri berkaitan dengan tema seperti mengaitkannya dengan isu

semasa.

‘H’ pula adalah merupakan bahagian huraian bagi aspek ‘Te’. Bagi murid yang lemah,

pengkaji mencadangkan agar mereka mengambil maklumat daripada soalan yang
dikemukakan. Hal ini kerana pada arahan soalan juga biasanya terdapat ulasan ringkas

berkaitan tema karangan. Bagi murid golongan sederhana dan cemerlang pula, mereka
digalakkan untuk memberikan sedikit huraian kepada tema berdasarkan tiga kata kunci iaitu
faktor, kesan, atau langkah. Mereka digalakkan menyatakan beberapa maklumat berdasarkan

kata kunci tersebut. Murid boleh memberikan beberapa maklumat tersebut tanpa perlu
menghuraikannya.

‘At’ pula bermaksud ayat tanya. Murid bebas mengemukakan beberapa ayat tanya
melalui konsep 5W+1H. Ayat tanya itu pula seharusnya ada kaitannya dengan tema. Pada
bahagian ayat tanya, ada satu ayat tanya yang mesti dibina oleh murid bagi memenuhi

keperluan pengolahan bahagian pendahuluan karangan iaitu pernyataan kehendak soalan
karangan. Murid diberikan panduan tentang cara menuliskan pernyataan kehendak soalan ini
dengan mudah. Mariam (2011) delam kajiannya mendapati bahawa penggunaan kata tanya

dapat meningkatkan prestasi penulisan karangan murid.
‘U’ pula membawa makna ‘Ungkapan’ yang merujuk kepada peribahasa atau bahasa
indah. Peribahasa dalam penulisan karangan merupakan salah satu aspek yang dapat

meningkatkan penilaian sesuatu karangan. Sehubungan dengan itu, bagi murid lemah, mereka
diberikan satu sahaja peribahasa untuk mereka ingati iaitu “Hanya jauhari yang mengenal

manikam”. Peribahasa ini dipilih kerana peribahasa amat sesuai dipadankan dengan ayat-ayat
tanya yang telah dikemukakan pada bahagian ‘At’. Bagi murid golongan sederhana dan
cemerlang, mereka digalakkan menyatakan beberapa peribahasa yang ada kaitan dengan

tema. Kaedah menuliskan peribahasa dengan betul juga ditunjukkan oleh pengkaji.
‘K’ pula merujuk kepada kesimpulan kecil perenggan pendahuluan. Oleh itu, murid akan

didedahkan dengan kaedah penulisan kesimpulan yang mudah dan sesuai. Pada bahagian ini,
murid hanya perlu menyalin semula kehendak soalan dengan menggunakan penanda wacana
yang sesuai seperti sesungguhnya, tegasnya, dan lain-lain penanda wacana yang sesuai.
Keberkesanan kaedah ‘TeH AtUK’ dilihat menerusi reka bentuk kajian tindakan.

Menurut Stringer (2008), kajian tindakan adalah kajian yang dilaksanakan untuk menyelesaikan
masalah yang dikenal pasti dengan tujuan untuk menambah baik amalan dan menggalakkan



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 409

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

para guru membuat refleksi diri terhadap tindakan harian mereka. Kaedah kajian tindakan
Kemmis dan McTaggart (1998) telah dipilih dalam kajian ini bagi menilai keberkesanan kaedah

‘TeH AtUK’ dan meningkatkan kebolehan murid menulis perenggan pendahuluan karangan
dengan baik.


DAPATAN KAJIAN

Hasil penulisan perenggan pendahuluan karangan murid yang menggunakan kaedah

pasang siap adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.












































Rajah 3 Kaedah pasang siap


Apabila menggunakan kaedah pasang siap murid didapati sukar untuk membina
pendahuluan karangan dengan menggunakan ayat sendiri. Hal ini demikian kerana

penumpuan dalam panduan tersebut adalah pada tema dan kehendak soalan. Murid kurang
penekanan dalam aspek membina ayat sendiri. Murid seolah-olah perlu menghafal ayat-ayat
dan melengkapinya dengan tema dan kehendak soalan. Dalam hal ini, ayat yang tersedia atau

dihafal itu kerap kali kurang bersesuaian dengan tema sesuatu karangan yang berlainan.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 410

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Pendahuluan karangan yang terhasil juga telah menunjukkan kurangnya kematangan murid
dalam sesuatu isu yang hendak dibincangkan.


Hasil penulisan perenggan pendahuluan karangan murid yang tidak menggunakan
kaedah pasang siap dan sebelum intervensi ‘TeH AtUK’ adalah seperti yang ditunjukkan dalam

Rajah 4 dan Rajah 5.

















Rajah 4 : Hasil murid sebelum menggunakan kaedah ‘TeH AtUK’














Rajah 5 : Hasil murid sebelum menggunakan kaedah ‘TeH AtUK’

Hasil pemerhatian mendapati bahawa sebahagian besar murid menulis pendahuluan

karangan yang sangat ringkas dan tidak menggambarkan kematangan dalam penulisan dan
pengetahuan dalam sesuatu isu. Perenggan pendahuluan juga tidak memenuhi kriteria yang

sepatutnya ada dalam sesuatu perenggan pendahuluan yang baik. Murid didapati menulis
pendahuluan karangan tanpa panduan atau arah tuju. Murid juga cenderung untuk menyatakan
pendapat mereka dalam perenggan pendahuluan dan bukannya ulasan sesuatu tema atau

topik.

Hasil penulisan perenggan pendahuluan karangan murid yang menggunakan intervensi

‘TeH AtUK’ adalah seperti yang ditujukkan dalam Rajah 6, Rajah 7, dan Rajah 7. Gambar-
gambar tersebut merupakan hasil penulisan daripada seorang murid yang sama, yang
dinamakan sebagai Murid A.










e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 411

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
















Rajah 6 : Pendahuluan karangan Murid A sebelum diperkenalkan dengan kaedah ‘TeH
AtUK’




















Rajah 7 Pendahuluan karangan Murid A selepas menggunakan kaedah ‘TeH AtUK’

dengan bimbingan guru.

























Rajah 8 Perenggan pendahuluan karangan yang dihasilkan sendiri oleh Murid A selepas

menggunakan kaedah ‘TeH AtUK’

Selepas intervensi dengan menggunakan kaedah ‘TeH AtUK’ didapati bahawa murid

boleh menuliskan pendahuluan karangan yang lebih sesuai dengan sesuatu tema karangan.
Kepanjangan perenggan pendahuluan karangan tersebut juga dalam julat bilangan perkataan




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 412

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

yang sesuai. Pada masa yang sama, murid bebas menggunakan pengetahuan sedia ada
mereka untuk menuliskan perenggan pendahuluan dan tidak tersekat seperti penggunaan

kaedah pasang siap. Dengan panduan dalam penulisan perenggan pendahuluan kaedah TeH
AtUK, murid dapat mengemukakan maklumat tambahan pada bahagian pendahuluan yang
secara tidak langsung dapat menggambarkan kematangan murid dalam penulisan dan

pengetahuan am sesuatu perkara.


KESIMPULAN KAJIAN
Hasil daripada pemerhatian pengkaji, kaedah ‘TeH AtUK’ yang menggunakan teknik mnemonik
telah memberikan impak yang positif kepada murid. Bagi golongan murid lemah, murid sudah

mampu menuliskan pendahuluan karangan yang sesuai dengan sesuatu soalan karangan.
Bagi murid golongan sederhana dan cemerlang pula, mereka dapat menuliskan pendahuluan

karangan dengan lebih baik. Hasil kajian ini sama dengan kajian lain yang telah menggunakan
kaedah mnemonik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka. Terdapat kajian yang
menunjukkan teknik mnemonik didapati dapat membantu murid dalam menyelesaikan masalah

matematik (Mailis et al., 2016), mengingat perbendaharaan kata yang banyak (Onur, 2014),
mengingat perbendaharaan kata bahasa Cina (Ying, Dicky & Yulyani, 2016) serta
meningkatkan ingatan murid dalam mata pelajaran reka bentuk dan teknologi (Mohd Jamil &

Ab Halim, 2018).
Kaedah ‘TeH AtUK’ didapati dapat memberikan peluang kepada murid untuk berfikir
secara lebih kreatif dan kritis serta mampu menghasilkan perenggan pendahuluan dengan

amat baik berbanding dengan kaedah pasang siap yang hanya menyediakan tempat kosong
untuk diisi oleh murid. Menurut Mariati dan Mazliza (2018) kaedah pembelajaran yang kreatif

dan pelbagai akan membuatkan murid akan lebih seronok dalam mempelajari subjek yang
mencabar pengetahuan dan aras mereka.
Kaedah ‘TeH AtUK’ dapat menyediakan satu lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang lebih menarik dan beraras tinggi dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Ia dapat memberi
peluang kepada murid yang mempunyai pelbagai aras kecerdasan dalam menyediakan

perenggan pendahuluan karangan yang baik.


SYOR CADANGAN KAJIAN

Kajian keberkesanan kaedah ‘TeH AtUK’ disarankan dilakukan terhadap murid menengah
rendah agar keberkesanan kaedah ini dapat dilihat secara menyeluruh bagi murid-murid

sekolah menengah.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 413

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian. 2011. Permasalahan kemahiran membaca dan menulis bahasa Melayu
pelajar-pelajar sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 1(1): 1-
12.

Amiryousefi, M., & Ketabi, S. (2011). Mnemonic instruction: A way to boost vocabulary learning
and recall. Journal of Language Teaching and Research, 2(1), 178-182.

Fasih, P., Izadpanah, S., & Shahnavaz, A. (2018). The Effects of Mnemonic Vocabulary
Instruction on Content Vocabulary Learning of Students. International Journal of Applied
Linguistics & English Literature, 7(3), 49-59.
Jobar, Norfaizah Abdul and Sarudin , Anida and Radzi Idris , Md (2016) REPRESENTASI
‘PROSES’ DALAM WACANA UNIT PENDAHULUAN PENULISAN KARANGAN. In:
International Seminar on Language Maintenance and Shift (LAMAS) 6 ISSN:2540-8755
, 9 - 10 August 2016, Gedung Pascasarjana Imam Barjo No. 3 - 5 Semarang.
Kemmis, S. & McTaggart, R. 1988. The action research planner. Victoria, Australia: Deakin
University Press.
LAINA TONGE, M., & MAHAMOD, Z. (2020). Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek
terhadap Kemahiran Menulis Karangan Murid Sekolah Rendah (The Effects of Project-
Based Learning on Essay Writing Skills among Primary School Students). Jurnal
Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 45(1), 12-20.
doi:http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2020-45.01-02

Mariam Md. Saad. (2011). Pengajaran kemahiran penulisan karangan naratif bahasa Melayu
menggunakan kaedah kata tanya. Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Mariati,M. & Mazliza, M. (2018). Penguasaan Bahasa Melayu Pelajar Pintar Dan Berbakat:
Analisis Ungkapan Indah dalam Penulisan Karangan. Journal of Global Business and
Social Entrepreneurship (GBSE). 4(10). 19-25.

Mohd Jamil, U. F., & Ab Halim, F. (2018). Kaedah Mnemonik Akronim Dalam Mata Pelajaran
Reka Bentuk Dan Teknologi Di Sekolah Rendah Agama Bersepadu Mersing. Online
Journal for TVET Practitioners, 3(1). Retrieved from
https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4832

Nurul Aisyah, A., Mahamod, Z. & Nor Azwa Hanum, N.S. (2016). Faktor-faktor Yang
Mempengaruhi Penulisan Karangan Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM(Malay Language Education Journal-MyLEJ), 6(2), 1-
9.
Nurul Aisyah Abdullah, Zamri Mahamod & Nor Azwa Hanum Nor Shaid. (2016). Faktor-faktor
yang mempengaruhi penulisan karangan Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6(2), 1-9.
Roselan Baki. 2003. Pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.
Shahlan Surat, Shalinawati Ramli. & Semah Rahman. (2013). Sumbangan elemen metakofnitif
terhadap pencapaian penulisan karangan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu MyLEJ,
Vol. 3, Bil. 2 (Nov. 2013): 79-91








e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 414

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENCAPAIAN AKHIR PRAKTIKUM PELAJAR PISMP
INSTITUT PENDIDIKAN GURU YANG CEMERLANG SPM

1
Norhannan Ramli , Norsita Ali , Mohd Nasrudin Basar Shamsazila Saában ,
2
4

5
Azahar Aziz

1,2,3,4,5 Institut Pendidikan Guru Malaysia
[email protected]

ABSTRAK


Pelajar yang berjaya diterima untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) yang memperoleh sekurang-kurangnya gred 5A dalam mana-mana lima (5)
mata pelajaran. Persoalannya, adakah pelajar cemerlang SPM ini berjaya menamatkan
pengajian dengan mengekalkan kecemerlangan dalam keputusan akhir praktikum setelah

mengikuti pengajian selama 5 tahun di IPG? Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
mengenal pasti sama ada terdapat keselarian keputusan cemerlang SPM bagi seramai 2,252
orang pelajar PISMP ambilan Jun 2015 dengan keputusan pencapaian akhir praktikum di IPG.

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan data keputusan akhir praktikum
PISMP dan data keputusan SPM. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif (frekuensi dan

peratusan) menggunakan Microsoft Excell bagi menjawab objektif dan persoalan kajian. Hasil
kajian mendapati seramai 1,562 orang (69.36%) pelajar PISMP ambilan Jun 2015 yang
cemerlang SPM memperolehi Gred A dalam keputusan praktikum. Selanjutnya, seramai 313

orang (13.90%) memperoleh Gred A- dan seramai 227 orang (10.08%) memperoleh Gred A+
dalam keputusan praktikum. Hanya sebilangan kecil sahaja iaitu seramai 29 orang (1.29%)

yang gagal dengan pencapaian Gred D dalam praktikum. Dapatan ini memperlihatkan
bahawa majoriti pelajar PISMP ambilan Jun 2015 yang cemerlang SPM, cemerlang juga
keputusan praktikumnya. Kesimpulannya, dapat dirumuskan bahawa pencapaian pelajar

cemerlang dalam SPM adalah selari dengan pencapaian praktikum mereka di IPG.

Kata kunci: pelajar PISMP IPG, cemerlang SPM, pencapaian akhir, praktikum


PENGENALAN

Anjakan Keempat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025) iaitu

‘Transformasikan Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan’, mengandungi tujuh fokus
utama bagi memartabatkan profesion keguruan. Fokus pertama yang dilaksanakan dalam
Gelombang Pertama adalah mengetatkan kelayakan kemasukan guru untuk melahirkan
graduan guru yang berkualiti. Proses pemilihan ambilan guru ke Institut Pendidikan Guru


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 415

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

(IPG) diperketatkan dengan memilih calon guru pelatih daripada kumpulan 30% teratas bagi
setiap kohort yang tamat persekolahan. Ini bermakna, hanya 30% pelajar yang cemerlang Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) diambil untuk meneruskan pelajaran di IPG bagi melahirkan guru
yang berkualiti, kompeten dan berupaya meningkatkan taraf pendidikan Negara kepada suatu
tahap yang lebih bermutu.

Justeru, pengambilan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di
IPG mulai tahun 2014 adalah selaras dengan tuntutan yang termaktub dalam Anjakan

Keempat PPPM (2013-2025) tersebut. Pelajar-pelajar yang terpilih mengikuti pengajian di IPG
merupakan pelajar-pelajar cemerlang dalam SPM dan memperoleh sekurang-kurangnya
gred cemerlang (5A) dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran. Melalui tapisan dan ujian

yang dijalankan, pemilihan pelajar bukan sahaja cemerlang dari segi akademik dan sahsiah,
malah memiliki ciri-ciri keguruan, bersungguh-sungguh ingin menjadi guru, bangga dengan

profesion dan yakin dengan kebolehannya untuk memikul amanah.
Pelajar-pelajar cemerlang dalam SPM ini lazimnya diandaikan akan turut cemerlang
dalam pengajian di IPG. Pencapaian pelajar yang menamatkan pengajian di IPG diukur dari

aspek akademik, praktikum dan juga kokurikulum. Praktikum merupakan aktiviti pembelajaran
luar kuliah yang ditetapkan oleh IPG untuk memenuhi salah satu syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) bagi memberi pendedahan kepada pelajar dalam

suasana sebenar alam pekerjaan. Kejayaan memperoleh penganugerahan ISMP di IPG perlu
memenuhi syarat-syarat penganugerahan yang telah ditetapkan iaitu a) menyempurnakan
semua keperluan akademik seperti yang termaktub dalam kurikulum pengajian yang

ditetapkan; dan b) kehadiran 100% dalam kuliah, tutorial, kelas, praktikum, gerak kerja
kokurikulum dan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lain berhubung dengan kursus

pengajiannya atau apa-apa aktiviti yang dijadualkan oleh IPG. (IPGM: Buku Panduan dan
Syarat Penganugerahan, Kemas kini Julai 2020)

SOROTAN LITERATUR


Pencapaian akademik semasa di peringkat sekolah menengah merupakan salah satu
peramal terbaik ke atas pencapaian akademik pelajar di institusi pengajian tinggi (Ditchkoff,
Laband & Hanby, 2003; Kim, Newton, Downey & Benton, 2010). Namun begitu

kecemerlangan pelajar turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain. Faktor kejayaan pelajar di
institusi pengajian tinggi tidak sahaja bergantung kepada keputusan akademik terdahulu
(Bridgeman, McCamley-Jenkins & Ervin, 2000), tetapi turut dipengaruhi oleh sistem

pendidikan, rakan-rakan, kemudahan, ibu-bapa dan persekitaran (Meer Zhar Farouk,
Muhammad Shukri & Mohd Zahari, 2006).





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 416

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Selain itu, gaya pembelajaran pelajar (Baharin, 2000; Che Ghani, Mai Shihah,
Arasinah, Zaliza & Ridzuan, 2016), sikap dan kemahiran belajar (Abdul Muqsith, 2013) dan

faktor pengurusan masa (Azura, Rohany, Rozainee & Wan Shahrazad, 2015) turut memberi
kesan terhadap pencapaian akademik mereka semasa di institusi pengajian tinggi. Pelajar
cemerlang didapati lebih mengamalkan elemen sosiologikal, berbanding elemen fizikal dan

elemen persekitaran (Nur Munirah, Mohamad Farhan, Gayathiri, Nuh Dinie & Izzati, 2014).
Selain akademik dan kokurikulum, pencapaian dalam praktikum juga turut diambil kira

sebagai syarat penganugerahan ijazah bagi pelajar-pelajar PISMP di IPG. Praktikum
merupakan satu komponen penting yang menjadi penghubung di antara pembelajaran di
kampus dan realiti profesion guru di sekolah. Kesediaan guru pelatih perlu dibina bagi

menjalankan tugas perguruan dan gerak kerja dengan berkesan, efektif dan efisien mengikut
kaedah dan pendekatan yang terbaik (Senin 2008). Transformasi pendidikan guru yang

dijalankan di negara maju untuk membentuk guru yang berkualiti ialah dengan menambah
tempoh praktikum (Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), 2005;
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013).

Pengalaman praktikum akan membentuk sikap, nilai dan kepercayaan bakal guru
terhadap pendidikan dan hasil pembelajaran secara amnya dan juga memberi kesan terhadap
pandangan berkaitan profesion keguruan secara keseluruhannya (Darden, Scott, Darden &

Wetfall, 2001). Program latihan praktikum memberi kesan positif kepada pembangunan
profesional dan kemahiran insaniah pelajar sebagai seorang bakal pendidik (Noor Lela & Nor
Atikah, 2018). Kajian turut membuktikan bahawa terdapat hubungan yang positif antara

kemahiran generik dan pencapaian akademik guru pelatih (Kamarul, Farah, Hasnah,
Manoriza & Zairiniah, 2017).


OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dijalankan bagi mencapai tiga objektif khusus berikut, iaitu:

1. Mengenal pasti keputusan akhir pelajar PISMP yang cemerlang SPM (7A ke atas)

dalam praktikum.

2. Mengenal pasti keputusan akhir pelajar PISMP yang cemerlang SPM (5A hingga 6A)

dalam praktikum.

3. Mengenal pasti keputusan akhir pelajar PISMP yang keputusan SPM 4A dan ke bawah

dalam praktikum.







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 417

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah keputusan akhir pelajar PISMP yang cemerlang SPM (7A ke atas) dalam

praktikum?
2. Apakah keputusan akhir pelajar PISMP yang cemerlang SPM (5A hingga 6A) dalam

praktikum?

3. Apakah keputusan akhir pelajar PISMP yang keputusan SPM 4A dan ke bawah dalam

praktikum?



METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan melalui analisis
dokumen. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif (frekuensi dan peratusan) menggunakan

Microsoft Excell bagi menjawab objektif dan persoalan kajian. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti keputusan akhir praktikum pelajar PISMP Ambilan Jun 2015 yang cemerlang
SPM. Persoalan kajian yang akan dijawab ialah adakah pelajar yang cemerlang SPM turut

cemerlang dalam peperiksaan akhir praktikum semasa mengikuti PISMP di IPG? Definisi
cemerlang SPM dalam kajian ini merujuk kepada pencapaian SPM 5A dan ke atas. Manakala

pelajar yang mendapat keputusan SPM 4A dan ke bawah tidak dianggap sebagai pelajar
cemerlang SPM.
Sampel kajian melibatkan semua pelajar PISMP ambilan Jun 2015 iaitu seramai 2252

orang dan keseluruhan populasi dijadikan sampel kajian. Keputusan peperiksaan SPM pelajar
telah diperoleh daripada Lembaga Peperiksaan, KPM dan markah akhir praktikum didapati
daripada Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan, Institut Pendidikan Guru Malaysia

(IPGM). Dapatan kuantitatif telah dianalisis secara manual menggunakan Microsoft Excel.
Dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk deskriptif bilangan dan peratusan serta dipaparkan
dengan menggunakan jadual.


DAPATAN KAJIAN


Demografi Responden

Daripada 2252 orang responden, majoriti adalah mereka yang memperoleh 5A hingga 6A
dalam SPM iaitu seramai 1136 orang (50.4%), diikuti dengan 7A ke atas seramai 1053 orang
(46.8%) dan 4A dan ke bawah seramai 63 orang (2.8%). Jadual 1 menunjukkan bilangan dan

peratus responden mengikut keputusan SPM.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 418

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 1: Bilangan dan Peratus Responden
mengikut keputusan SPM

Keputusan SPM Bilangan (N) Peratus (%)

7A ke atas 1053 46.8

5A hingga 6A 1136 50.4
4A ke bawah 63 2.8

JUMLAH 2252 100


Dari segi jantina pula, bilangan responden perempuan adalah lebih ramai berbanding

bilangan responden lelaki. Bilangan keseluruhan responden perempuan ialah 1603 orang
(71.2%) dan responden lelaki pula ialah 649 orang (28.8%). Bagi pencapaian SPM 7A ke atas,

bilangan responden perempuan adalah lebih ramai iaitu seramai 809 orang (77%) berbanding
lelaki seramai 244 orang (23%).
Begitu juga dengan pencapaian SPM 5A hingga 6A, bilangan responden perempuan

ialah seramai 763 orang (67%) berbanding responden lelaki 373 orang (33%). Manakala bagi
pencapaian SPM 4A dan ke bawah pula, responden lelaki dan perempuan adalah hampir
sama iaitu responden lelaki seramai 32 orang (51%) dan responden perempuan seramai 31

orang (49%) seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2: Bilangan dan Peratus Responden mengikut Jantina


KESELURUHA
7A ke atas 5A – 6A 4A ke bawah
N
JANTINA
Bil. Peratus Bil. Peratus Bil. Peratus JUMLAH Peratus
(%) (%) (%) (%)

Lelaki 244 23 373 33 32 51 649 28.8

Perempuan 809 77 763 67 31 49 1603 71.2
JUMLAH 1053 100 1136 100 63 100 2252 100


Objektif Kajian 1

Mengenal pasti keputusan akhir pelajar PISMP yang cemerlang SPM (7A ke atas) dalam
praktikum.

Majoriti pelajar PISMP yang cemerlang SPM (7A ke atas) mencapai Gred A dalam
praktikum iaitu seramai 725 orang (68.9%), diikuti pencapaian Gred A+ seramai 128 orang
(12.1%) dan Gred A- seramai 127 orang (12.1%). Terdapat juga pelajar PISMP yang






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 419

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

cemerlang SPM (7A ke atas) gagal dalam praktikum iaitu seramai 14 orang (1.3%) yang
mendapat Gred D seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3: Keputusan akhir pelajar PISMP yang cemerlang
SPM (7A ke atas) dalam praktikum

GRED Pangkat Bilangan Peratus (%)

A+ AMAT CEMERLANG 128 12.1

A CEMERLANG 725 68.9

A- CEMERLANG 127 12.1

B+ KEPUJIAN 25 2.4
B KEPUJIAN 16 1.5

B- KEPUJIAN 6 0.1

C+ LULUS 9 0.9

C LULUS 0 0
C- GAGAL 0 0

D+ GAGAL 0 0

D GAGAL 14 1.3

0 MENINGGAL DUNIA 1 0.1
0 TANGGUH TAMAT 2 0.2

JUMLAH 1053 100



Objektif Kajian 2
Mengenal pasti keputusan akhir pelajar PISMP yang cemerlang SPM (5A hingga 6A) dalam
praktikum.


Jadual 4 menunjukkan keputusan akhir pelajar PISMP yang cemerlang SPM (5A hingga 6A)
dalam praktikum. Majoriti pelajar mendapat Gred A ialah seramai 803 orang (70.7%), diikuti

Gred A- seramai 169 orang (14.9%) dan Gred A+ seramai 95 orang (8.3%). Terdapat juga 14
orang (1.2%) pelajar PISMP yang cemerlang SPM (5A-6A) yang gagal dalam praktikum.











e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 420

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021




Jadual 4: Keputusan akhir pelajar PISMP yang cemerlang
SPM (5A hingga 6A) dalam praktikum

Gred Pangkat Bilangan Peratus (%)

A+ AMAT CEMERLANG 95 8.3
A CEMERLANG 803 70.7

A- CEMERLANG 169 14.9

B+ KEPUJIAN 33 2.9

B KEPUJIAN 10 0.9

B- KEPUJIAN 2 0.2

C+ LULUS 7 0.6

C LULUS 0 0
C- GAGAL 0 0
D+ GAGAL 0 0


D GAGAL 14 1.2

0 MENINGGAL DUNIA 1 0.1

0 TANGGUH TAMAT 1 0.1
0 DIBERHENTIKAN 1 0.1

JUMLAH 1136 100
Objektif Kajian 3
Mengenal pasti keputusan akhir pelajar PISMP yang keputusan SPM 4A dan ke bawah

dalam praktikum.
Dapatan kajian menunjukkan keputusan akhir pelajar PISMP yang keputusan SPM

4A ke bawah dalam praktikum paling ramai mendapat Gred A iaitu seramai 34 orang
(53.9%), diikuti Gred A- seramai 17 orang (26.9%) dan Gred A+ seramai 4 orang (6.3%).
Terdapat seorang pelajar (1.6%) yang gagal dalam praktikum seperti ditunjukkan dalam

Jadual 5.










e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 421

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 5 Keputusan akhir pelajar PISMP yang keputusan
SPM 4A ke bawah dalam Praktikum

Gred Pangkat Bilangan Peratus (%)

A+ AMAT 4 6.3
CEMERLANG

A CEMERLANG 34 53.9

A- CEMERLANG 17 26.9
B+ KEPUJIAN 3 4.7

B KEPUJIAN 2 3.1

B- KEPUJIAN 1 1.6

C+ LULUS 0 0
C LULUS 0 0

C- GAGAL 0 0

D+ GAGAL 0 0

D GAGAL 1 1.6
0 TANGGUH TAMAT 1 1.6

JUMLAH 63 100


Rumusan keputusan akhir pelajar PISMP yang cemerlang SPM dalam Praktikum

Keputusan akhir pelajar PISMP yang cemerlang dan tidak cemerlang SPM dalam praktikum
seperti dalam Jadual 6 menunjukkan majoriti daripada mereka mencapai Gred A iaitu seramai

1562 orang (69.36%), diikuti pencapaian Gred A- seramai 313 orang (13.90%) dan
pencapaian Gred A+ seramai 227 orang (10.08%). Terdapat juga seramai 29 orang (1.29%)
yang gagal dalam praktikum dengan pencapaian Gred D.
















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 422

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 6 Rumusan keputusan akhir pelajar PISMP
yang cemerlang dan tidak cemerlang SPM dalam Praktikum

Pencapaian SPM Keseluruhan

GRED PANGKAT 7A 4A ke Peratus
ke atas 5A-6A bawah Jumlah (%)

A+ Amat Cemerlang 128 95 4 227 10.08

A Cemerlang 725 803 34 1562 69.36

A- Cemerlang 127 169 17 313 13.90

B+ Kepujian 25 33 3 61 2.71
B Kepujian 16 10 2 28 1.24


B- Kepujian 6 2 1 9 0.40
C+ Lulus 9 7 0 16 0.71

C Lulus 0 0 0 0 0

C- Gagal 0 0 0 0 0

D+ Gagal 0 0 0 0 0

D Gagal 14 14 1 29 1.29

0 Meninggal Dunia 1 1 0 2 0.09

0 Tangguh Tamat 2 1 1 4 0.18

0 Diberhentikan 0 1 0 1 0.04

Jumlah 1053 1136 63 2252 100



KESIMPULAN KAJIAN


Kesimpulannya, kajian ini telah mengesahkan persoalan yang sering diutarakan tentang
pencapaian pelajar cemerlang SPM semasa mereka berada di IPG. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa pencapaian pelajar cemerlang dalam SPM adalah selari dengan

pencapaian akhir mereka dalam praktikum semasa di IPG. Walau bagaimanapun, program-
program untuk pelajar PISMP perlu terus dirancang dan dilaksanakan untuk menangani
kekurangan yang ada pada diri mereka bagi meningkatkan lagi tahap profesionalisme dan

membolehkan mereka melaksanakan praktikum dengan berkesan dan cemerlang.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 423

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Praktikum yang melibatkan 3 kali Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan 2 fasa
praktikum selama 12 minggu perlu juga dimurnikan dari segi pelaksanaan apabila pandemik

COVID-19 telah melanda. Hal ini menjejaskan persediaan dan penyeliaan para penyelia
dalam bimbingan tersebut. Pensyarah juga perlu diberi kursus atau bengkel dalam bentuk
praktikal (hands-on) berkaitan penyeliaan secara berterusan.



SYOR CADANGAN KAJIAN

Kajian lanjutan perlu dijalankan untuk meneroka faktor kegagalan seramai 29 orang pelajar

dalam praktikum dari kumpulan pelajar cemerlang SPM 5A ke atas.


RUJUKAN

Abdul Muqsith Bin Ahmad (2013). Faktor Yang Mempengaruhi Perbezaan Pencapaian
Akademik Pelajar Lepasan Diploma Politeknik Dan Matrikulasi Terhadap Subjek
Kejuruteraan. Tesis Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia
Azura Hamdan, Rohany Nasir, Rozainee Khairudin & Wan Shahrazad Wan Sulaiman (2015).
Perbezaan Kecemerlangan Pelajar Dari Perspektif Pengurusan Masa, Keputusan
Akademik Terdahulu Dan Jantina. Jurnal Psikologi Malaysia 29 (1) (2015): 39-52

Baharin (2000). Teaching Effectiveness and Staff Professional Development Programmes in
HEI in Malaysia. (PhD dissertation). University of Birmingham, UK.
Bridgeman, B., McCamley-Jenkins, L., & Ervin, N. (2000). Predictions of Freshman Grade-
Point Average from the Revised and Recentered SAT I: Reasoning Test. New York:
College Entrance Examination Board.

Che Ghani Che Kob, Mai Shihah Abdulah, Arasinah Kamis, Zaliza Hanapi & Ridzuan Che Rus
(2016). Amalan Gaya Pembelajaran Pelajar Cemerlang Di Politeknik Seberang Perai:
Kajian Pelajar Malaysia Berdasarkan Model Felder Silvermen: GEOGRAFIA Online
Malaysian Journal of Society and Space 12 issue 3 (181 - 191)
Darden, G., Scott, K., Darden, A., & Wetfall, S. (2001). The student-teaching experience.
Journal of Physical Education, Recreation, and Dance, 72(4), 50-53.
Ditchkoff, S.S., Laband, D. N. & Hanby, K. (2003). Academic performance of transfer versus
"native" students in a wildlife Bachelor of Science program. Wildlife Society Bulletin,
31(4): 1021-1026.

Institut Pendidikan Guru Malaysia, Buku Panduan Dan Syarat Penganugerahan Sijil/
Diploma/Ijazah, Kemas Kini Julai 2020
Kamarul Md. Shah, Farah Mukhtar, Hasnah Abdullah, Manoriza Abdul Malek & Zairiniah
Mohd. Shukur (2017). Kemahiran Generik dan Pencapaian Akademik dalam Kalangan
Guru Pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia 42(1):
69-75)

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 424

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Kim, E., Newton, F.B., Downey, R. G. & Benton, S. L. (2010). Personal factors impacting
college student success: Constructing college learning effective inventory (CLEI).
College Student Journal, 44(1): 112-125.

Meer Zhar Farouk Bin Amir Razli, Muhammad Shukri Salleh & Mohd Zahari Yusoff (2006).
Faktor-faktor Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Cemerlang di Universiti Teknologi
MARA (UiTM) Kelantan bagi Semester Disember 2005-Mei 2006. Universiti Teknologi
MARA, Kelantan
Noor Lela Ahmad & Nor Atikah Majid (2018). Program Praktikum Sebagai Medium
Pengukuhan Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Guru Pelatih. Jurnal Pendidikan
Malaysia 43(2)(2018): 17-27, doI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.02-02

Nur Munirah Aariff, Mohamad Farhan Mohd Yusof, Gayathiri Letchumanan, Nuh Dinie Zulkapli
& Izzati Ismail (2014). Mengkaji Elemen-Elemen Gaya Pembelajaran Yang Diamalkan
Oleh Pelajar Cemerlang Perakaunan Di Politeknik Seberang Perai- Laporan Projek.
Politeknik Seberang Perai
Senin, A. 2008. Pembangunan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
The Organisation for Economic Co-Operation And Development (OECD) Annual Report 2005
– ISBN 92-64-00782-2 – © OECD 2005



































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 425

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KEBERKESANAN KAEDAH FLIPPOT DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN
PELAJAR S13P1/S13P7 BAGI SUBTOPIK POTENTIOMETER

2
1
Suhaiya binti Mokhtar , Nazatul Shima binti Ahmad Zakuan , Tengku Ainun Marshida
3
5
4
binti Tengku Hassan , Nurun Ain Najwa binti Nordin , Dalina binti Daud

1,2,3,4,5 Kolej Matrikulasi Melaka
[email protected]

ABSTRAK



Kajian tindakan ini memfokus kepada kaedah pengajaran yang sesuai dalam menyelesaikan
masalah potentiometer dalam topik Electric Current and DC Circuit. Tinjauan awal didapati
pelajar tidak dapat menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan potentiometer. Kesilapan

pelajar dalam menerbitkan rumus akan mengakibatkan pengiraan yang dibuat oleh pelajar
menjadi salah. Masalah ini telah membuatkan kajian keberkesanan kaedah flippot dalam
meningkatkan kefahaman pelajar S13P1/S13P7 bagi subtopik Potentiometer telah

dijalanakan. Seramai 19 orang pelaja daripada kumpulan S13P1/S13P7 telah dipilih. Hasil
dapatan kajian mendapati peratus pelajar yang mendapat markah lulus telah meningkat dari

53% semasa ujian pra kepada 95 % semasa ujian pos iaitu telah meningkat sebanyak 42%.
Manakala peratus pelajar yang mendapat markah gagal telah berkurang dari 47% semasa
ujian pra kepada 5% semasa ujian pos iaitu berkurang sebanyak 42%. Manakala peratus

pelajar yang mendapat 8-10 markah (pelajar cemerlang) juga meningkat dari 11% semasa
ujian pra dan 79% semasa ujian pos. Hasil keputusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak

68%. Dapatan soal selidik skala likert pula mendapati lebih daripada 70% pelajar bersetuju
dengan kaedah penggunaan FlipPot.


Kata kunci: Potentiometer, pendidikan stem, flipped learning, flippot, Microsoft excel


PENGENALAN


Anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)2013-2025,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2012) mempunyai aspirasi untuk memanfaatkan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam meningkatkan kualiti keseluruhan

pendidikan di Malaysia. Pemacuan aspirasi ini melonjak dengan kedatangan Covid-19 yang
merentasi dunia global. Cabaran utama para guru adalah memainkan peranan sebagai agen
perubahan dalam membudayakan pedagogi terkini yang lebih berfokus kepada persekitaran

pelantar digital.
Dunia moden terus berubah dengan drastik dan dapat dilihat dengan peningkatan
maklumat setiap hari. Untuk kekal relevan, guru harus sentiasa peka dan mampu berinovasi


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 426

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

dengan baik dalam setiap aktiviti pedagogi. Pembaharuan pendidikan mengarahkan guru
kepada keperluan untuk peningkatan profesional yang disebabkan oleh keperluan untuk

memenuhi syarat persekitaran yang dinamik.

SOROTAN LITERATUR


Bermula sesi 2020/2021, kaedah pengajaran dan pembelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka
adalah secara hibrid memandangkan pandemik Covid-19 telah melanda seluruh dunia.

Pensyarah perlu bersedia mengelolakan kelas secara maya atau pun secara fizikal.
Perkembangan teknologi yang semakin pesat selaras dengan Revolusi Industri 4.0 telah
mendorong semua pihak mengadaptasikan diri dengan perubahan-perubahan pantas yang

berlaku termasuklah warga pendidik dalam bidang pendidikan. Perubahan yang berlaku
antaranya dari aspek pendekatan, strategi, kaedah, teknik, alat, sumber dan bahan dalam
proses pembelajaran (Kaviza, 2020). Justeru, pendidik di Malaysia perlu sentiasa mencabar

diri sendiri dengan mempelajari peralatan yang moden dan sentiasa meningkatkan
pengetahuan serta kemahiran Information and Communication Technology (ICT) dalam

pengajaran dan pembelajaran agar dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih
interaktif, menarik dan berkesan (Noradilah, Najmi & Mohd. Sani, 2020).
Penggunaan teknologi sebagai alat pelaksanaan pembelajaran juga dapat menjadikan

seorang pendidik sebagai fasilitator pembelajaran yang lebih efektif (Noorazman et. al, 2018).
Penggunaan teknologi pembelajaran atas talian akan menjadikan proses pembelajaran lebih

fleksibel kerana pelajar dapat mengakses pembelajaran tanpa mengira masa dan tempat
(Sodiq, 2018). Pembelajaran awal yang berlaku sebelum pengajaran dan pembelajaran iaitu
di luar sesi persekolahan membolehkan aktiviti dalam kelas dapat ditumpukan terhadap

aktiviti berpusatkan pelajar.
Pendekatan inkuiri yang bersandar dengan flipped classroom dapat meningkatkan
minat dan rasa teruja pelajar terhadap subjek Fizik dengan membuatkan mereka ingin tahu

konsep Fizik yang akan dipelajari mereka (Emparan et. al, 2020). Oleh itu, pensyarah
matrikulasi perlu bersedia dengan bahan interaktif yang menarik untuk membuatkan pelajar
berasa teruja memahami konsep Fizik dengan menggunakan platform sedia ada seperti Phet,

Wolfram, GeoGebra software dan sebagainya. Maka, kaedah FlipPot telah diperkenalkan
untuk memperbaiki amalan pengajaran yang sedia ada disamping dapat membantu pelajar

dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan potentiomet








e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 427

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PERMASALAHAN KAJIAN

Topik Electric Current and DC Circuit adalah pembawa jam kredit yang besar iaitu dua jam

kuliah, sebelas jam tutorial dan empat jam praktikal dalam silibus Fizik semester II sesi
2020/2021. Pada setiap sesi, soalan PSPM II berkaitan dengan topik ini akan keluar dengan

membawa markah yang paling banyak iaitu lima belas markah. Walau bagaimanapun soalan
untuk subtopik potentiometer ini hanya menyumbang sebanyak tiga markah sahaja,
sedangkan pensyarah terpaksa meluangkan masa yang lama untuk menerangkan kaedah

pengiraan menggunakan konsep potentiometer. Manakala pelajar pula cuba memahami
konsep potentiometer tersebut dalam masa yang singkat.
Sebagai satu cara bagi memudahkan pensyarah dan pelajar menyelesaikan masalah

berkaitan subtopik ini, kaedah FlipPot telah diperkenalkan. Kaedah FlipPot menggunakan
pendekatan flipped classroom dan pembelajaran inkuiri. Flipped classroom merupakan satu
kaedah pembelajaran abad ke-21 yang menyediakan pelajar dengan pemahaman konsep

sesuatu topik sebelum pembelajaran dalam kelas berlangsung (Rahman, A. A. (2017)).
Pendekatan inkuiri melibatkan penggunaan model saintifik dan pendekatan inkuiri adalah satu

proses mencari kebenaran, maklumat atau ilmu melalui penyoalan (Chan & Pow, 2020).
Dalam subtopik potentiometer, masalah utama pelajar adalah tidak dapat menerbitkan
rumus dengan betul berdasarkan pemasalahan yang diberi. Apabila berlaku kekeliruan

berkaitan dengan penggunaan rumus, pelajar akan kehilangan markah untuk soalan
berkenaan. Dapatan ini berdasarkan analisis dokumen buku tutorial pelajar. Selain daripada

itu, pensyarah juga menghadapi masalah untuk mengajar subtopik ini. Penggunaan masa
mengajar lebih daripada satu jam bagi menerangkan konsep penyelesaian potentiometer
kepada pelajar berbanding hanya tiga puluh minit sahaja yang diperuntukan dalam

perancangan pengajaran. Sehubungan dengan itu objektif kajian ini adalah untuk
meningkatkan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan
potentiometer.


METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini adalah kajian tindakan yang dijalankan berdasarkan Model Kemmis & Mc Taggart
(1988) yang terdapat empat peringkat untuk satu kitaran iaitu tinjauan awal, merancang
tindakan, melaksanakan tindakan dan memerhati, dan akhir sekali mereflek. Secara

umumnya kajian tindakan ini merujuk kepada penyelidikan ke atas amalan oleh pengamal,
baik secara individu mahupun bersama pengamal lain untuk mengubah dan menambah baik
amalan yang sedia ada. Kajian tindakan merupakan satu jenis penyelidikan yang berbentuk

renungan kendiri yang melibatkan penyelidik sendiri dalam mengkaji amalan yang biasa
diamalkan.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 428

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Kumpulan Sasaran
Seramai 19 orang pelajar dari modul 1 Program Satu Tahun Semester II Sesi 2020/2021 yang

terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki dan 14 orang pelajar perempuan. Pelajar yang terlibat
adalah dari kumpulan S13P1/ S13P7 dari Kolej Matrikulasi Melaka.


Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan
Kajian tindakan yang telah dijalankan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang digunakan, bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar terhadap isi
pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Terdapat 4 aktiviti telah dijalankan dalam kajian
tindakan ini. Berikut adalah langkah-langkah aktiviti yang telah dilaksanakan.


Aktiviti 1: Pra-Penilaian

Bagi Aktiviti 1, pelajar daripada kumpulan S13P1/ S13P7 menjawab ujian pra yang
mengandungi satu soalan yang berkaitan dengan potentiometer menggunakan kaedah yang
dipelajari di dalam kuliah. Masa yang diperuntukkan untuk Ujian Pra adalah 15 minit.

Seterusnya pensyarah akan menyemak jawapan pelajar dan markah direkodkan.

Aktiviti 2: Pelaksanaan Kaedah FlipPot

Kaedah FlipPot terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama adalah e-Book yang
mengandungi koleksi rumus melibatkan pengiraan potentiometer. E-Book ni menggunakan
aplikasi Anyflip. Manakala bahagian yang kedua adalah diagram dan formula yang telah

diformatkan dalam Microsoft Excel. Pelajar hanya perlu memasukkan nilai ke dalam formula
yang telah disediakan untuk menyemak jawapan potentiometer.

Pada peringkat awal, pelajar diberikan dua pautan iaitu pautan Anyflip dimana
mengandungi nota rumus potentiometer dan pautan aplikasi Microsoft Excel melalui telegram
sehari sebelum bermulanya kelas tutorial Fizik. Pelajar dimita menerokai sendiri bahan

pembelajaran yang telah diberikan.
Semasa kelas tutorial, kaedah inkuiri telah digunakan semasa pengajaran dan

pembelajaran, dimana pelajar telah diberikan soalan latihan potentiometer tanpa penerangan
berkenaan soalan tersebut. Kemudian pelajar telah diminta menggunakan nota rumus
daripada aplikasi Anyflip. Selepas rumus yang sesuai dipilih, pelajar boleh memasukkan nilai
yang telah diberikan daripada soalan dan akhirnya mendapat jawapan. Akhir sekali, pelajar

diminta menjelaskan hubungan antara fizikal kuantiti yang terlibat.
Penggunaan kaedah FlipPot secara tidak langsung melibatkan aktiviti penerokaan dan

penemuan yang berkaitan dengan proses untuk mendapatkan maklumat melalui penyoalan
dan penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran sekaligus dapat
meningkatkan minat dan keseronokan dalam pembelajaran.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 429


Click to View FlipBook Version