The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasaidi.hassan, 2021-09-19 00:57:19

e Prosiding Serai 2021 final

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

2013-2025) menekankan aspek kepelbagaian budaya melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam memastikan setiap murid menjadi seorang rakyat Malaysia yang

beridentiti Malaysia.

METODOLOGI KAJIAN


Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan pedagogi responsif budaya menerusi cerita
rakyat untuk kemahiran literasi awal kanak-kanak di tabika. Justeru, kajian ini berfokus

kepada refleksi guru tabika terhadap pengalaman mereka setelah melaksanakan pedagogi
responsif budaya menerusi cerita rakyat di Tabika. Bagi mencapai tujuan kajian ini, soalan
kajian adalah :

“Apakah Reka Bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kurikulum kepelbagaian
budaya berasaskan cerita rakyat Malaysia untuk peningkatan literasi awal Bahasa
Melayu - Elemen Kesedaran Fonetik dan Fonemik?”


Kajian ini menggunakan pensampelan bertujuan atau kriteria, iaitu lokasi dan individu dipilih

dengan sengaja untuk memahami fenomena utama kajian. Maka, Sampel kajian terdiri
daripada 6 orang panel pakar untuk ditemubual. Kaedah pengumpulan data yang digunakan
adalah temu bual mendalam. Kaedah temu bual digunakan kerana pengkaji dapat meneroka

pengalaman sebenar bersifat individu dan peribadi yang telah dilalui oleh panel pakar dan
cuba memahami makna yang diberikan terhadap pengalaman tersebut (Shahrul Arba’iah

Othman et al., 2008). Hasil temu bual telah dibuat trankripsi secara verbatim dan seterusnya
membentuk soal selidik Fuzzy Delphi.
Pendekatan Fuzzy Delphi bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan di antara panel

pakar dan seterusnya menentukan reka bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran
kurikulum kepelbagaian budaya berasaskan cerita rakyat Malaysia untuk peningkatan literasi
awal Bahasa Melayu. Pendekatan Fuzzy Delphi telah diperkenalkan oleh Kaufmann dan

Gupta (1988) merupakan pendekatan konsensus atau ‘inner-opinion consensus’ (thoughts,
intuitions and feelings) daripada sekumpulan pakar yang dipilih atau Delphi Pemilihan oleh
pakar. Seramai 20 orang pakar telah dipilih secara purposive untuk menjadi panel pakar

dalam kajian ini berdasarkan ketetapan pemilihan panel pakar Fuzzy Delphi antara 10-20
(Adler & Ziglio, 1996). Setiap pakar yang dipilih mempunyai pengalaman lebih daripada 10

tahun dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak, pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) dari Bahagian Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Guru Mushi Dewan (Bahasa Melayu), guru prasekolah dan ibu bapa.






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 680

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Prosedur Pengumpulan dan Analisis Data Fuzzy Delphi
Pengumpulan dan analisis data kajian Fuzzy Delphi dimulakan dengan langkah-langkah

(Mohd Nazri Abdul Rahman, 2014) seperti berikut:
1. Pemilihan pakar Fuzzy Delphi seramai 20 orang daripada pelbagai disiplin pendidikan bagi
memperoleh konsensus pakar (Adler & Ziglio, 1996).

2. Penentuan skala likert 7 point bagi menentukan Skala Linguistik, berdasarkan kepada
triangular fuzzy number.

SKALA LINGUTISTIK 7 POINT
Sangat Setuju 0.60 0.80 1.00

Setuju 0.40 0.60 0.80
Sederhana Setuju 0.20 0.40 0.60

Tidak Setuju 0.10 0.20 0.40
Sangat Tidak Setuju 0.00 0.10 0.20


3. Analisis data bagi menentukan nilai purata (m1, m2, m3) iaitu Nilai Minimum, Nilai

Munasabah dan Nilai Maksimum.
4. Menentukan nilai threshold dengan menggunakan rumus berikut:




5. Penentuan kesepakatan kumpulan adalah melebihi 75% (Chu & Hwang, 2008).

6. Menentukan agregat Fuzzy Evaluation dengan cara menambah semua nombor fuzzy.
7. Proses Defuzzification. Proses ini bertujuan untuk menentukan kedudukan (rangking) bagi
setiap pemboleh ubah/ sub-pemboleh ubah. Rumus yang diaplikasikan:

Amax = 1/3 * (a1 + am + a2)


DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian dibentangkan berdasarkan konsensus pakar bagi setiap Elemen literasi awal
Kesedaran Fonetik dan Fonemik dalam reka bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran

kurikulum kepelbagaian budaya berasaskan cerita rakyat Malaysia untuk peningkatan literasi
awal Bahasa Melayu seperti berikut:


Reka Bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kurikulum kepelbagaian budaya
berasaskan cerita rakyat Malaysia untuk peningkatan literasi awal Bahasa Melayu - Elemen

Kesedaran Fonetik dan Fonemik



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 681

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Berdasarkan jadual 1, Panel pakar telah mencapai persetujuan terhadap Reka Bentuk Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum Kepelbagaian Budaya Berasaskan Cerita Rakyat

untuk peningkatan literasi awal Bahasa Melayu berasaskan cerita Rakyat Malaysia : Elemen
Kesedaran Fonetik dan Fonemik. Analisis data menunjukkan bahawa keseluruhan item telah
dipersetujui oleh kumpulan pakar berdasarkan syarat yang telah ditetapkan iaitu nilai

Threshold Item (ditem)  0.2 dan kesepakatan kumpulan pakar  75%. Maklum balas
kesepakatan pakar terhadap Elemen Kesedaran Fonetik dan Fonemik yang sesuai

dibangunkan sebagai Reka Bentuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum
Kepelbagaian Budaya Berasaskan Cerita Rakyat untuk peningkatan literasi awal Bahasa
Melayu berasaskan cerita Rakyat Malaysia dilaporkan dalam jadual 1 mengikut nilai

difuzzification dan ranking (Skor).


Jadual 1: Reka Bentuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum Kepelbagaian
Budaya Berasaskan Cerita Rakyat untuk peningkatan literasi awal Bahasa Melayu
berasaskan cerita Rakyat Malaysia : Elemen Kesedaran Fonetik dan Fonemik


Aktiviti Pengajaran dan Average Respon
Defuzzification Value Ranking Nilai ditem Pakar Kesepakatan
Pembelajaran M1 M2 M3






Elemen Literasi Awal/ Kesedaran Fonetik dan Fonemik

1. Menyanyi lagu berkaitan
0.796 0.944 0.996 0.912 1 0.086 96%
kepelbagaian budaya.

2. Menyebut bunyi/ huruf/
suku kata/ frasa/
0.796 0.944 0.996 0.912 1 0.086 96%
perkataan berkaitan

budaya.
3. . Menyebut ayat mudah

berdasarkan interaksi 0.788 0.940 0.996 0.908 3 0.086 96%
seharian.
4. Membina perkataan

berdasarkan cantuman 0.788 0.940 0.996 0.908 3 0.086 96%
suku kata mudah









e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 682

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

5. Menyebut perkataan

beritma (pantun/ sajak 0.789 0.932 0.992 0.901 5 0.901 100%
berkaitan budaya)
6. Mengenal bunyi

persekitaran bagi
menunjukkan simbol 0.748 0.916 0.992 0.885 7 0.081 100%
bunyi bagi sesuatu

budaya di Malaysia.
7. Meniru rentak/ bunyi 0.756 0.920 0.992 0.889 6 0.086 100%

berasaskan
kepelbagaian budaya


Berdasarkan jadual 1, dapatan kajian menunjukkan kesemua nilai threshold (ditem) adalah
sama atau kurang dengan nilai ditem  0.2 bermakna nilai kesepakatan pakar bagi komponen

aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi sub-item literasi awal – Kesedaran
Fonetik dan Fonemik adalah diterima. Setiap pakar bersetuju bagi setiap item yang diberikan.
Analisis juga menunjukkan, elemen (1) menyanyi lagu berkaitan kepelbagaian budaya dan

elemen (2) menyebut bunyi/ huruf/ suku kata/ frasa/ perkataan berada pada nilai ranking
tertinggi iaitu pada skor fuzzy (A) 0.912. Manakala elemen (6) mengenal bunyi persekitaran
bagi menunjukkan simbol bunyi bagi sesuatu budaya di Malaysia berada pada nilai ranking

paling rendah pada skor fuzzy (A) 0.885. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Reka
Bentuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kurikulum Kepelbagaian Budaya Berasaskan

Cerita Rakyat untuk peningkatan literasi awal Bahasa Melayu berasaskan cerita Rakyat
Malaysia : Elemen Kesedaran Fonetik dan Fonemik perlu memberi penekanan terhadap
aktiviti menyanyikan lagu kepelbagaian budaya dan aktiviti menyebut bunyi huruf, suku kata,

frasa dan perkataan yang berasaskan kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah
cerita.


Analisis dapatan kajian ini menjawab persoalan kajian “Apakah Reka Bentuk aktiviti
pengajaran dan pembelajaran kurikulum kepelbagaian budaya berasaskan cerita rakyat

Malaysia untuk peningkatan literasi awal Bahasa Melayu - Elemen Kesedaran Fonetik dan
Fonemik?”


Panel pakar mencapai konsensus bahawa Elemen Kesedaran Fonetik dan Fonemik berikut
boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kurikulum






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 683

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kepelbagaian budaya berasaskan cerita Rakyat Malaysia untuk meningkatkan literasi awal
bahasa Melayu seperti berikut:

a) Menyanyi : Pengajaran awal literasi bahasa melayu sesuai dilaksanakan melalui aktiviti
menyanyi lagu berkaitan kepelbagaian budaya oleh guru di taska dan prasekolah.
Kepelbagaian rentak lagu, irama dan lirik dalam masyarakat Malaysia dapat disesuaikan

dengan cerita rakyat yang disampaikan oleh guru.
b) Mengecam dan Menyebut Huruf serta Perkataan : Aktiviti mengecam, menyebut bunyi

huruf, suku kata, frasa dan perkataan berkaitan budaya, seni tradisi atau pakaian tradisi
pelbagai bangsa di Malaysia dapat dilaksanakan oleh guru taska dan tadika dalam
menarik minat kanak-kanak untuk belajar literasi awal Bahasa Melayu.

c) Simulasi Interaksi Harian : Aktiviti pengajaran yang melibatkan komunikasi dan interaksi
seharian yang menggunakan frasa ayat mudah. Menerusi aktiviti ini, kanak-kanak

berinteraksi menyebut ayat mudah berdasarkan aktiviti harian dalam konteks pelbagai
budaya dalam masyarakat Malaysia.
d) Cantum Suku Kata : Aktiviti pengajaran yang melibatkan penyertaan kanak-kanak

membina perkataan berdasarkan cantuman suku kata mudah. Perkatan-perkataan
cantuman suku kata ini adalah berdasarkan aktiviti harian atau cerita rakyat Malaysia
yang diperdengarkan kepada kanak-kanak. Aktiviti ini sesuai dijalankan menggunakan

kad imbasan, gambar serta puzzle bergambar.
e) Perkataan Beritma : Aktiviti pengajaran dan pembelajaran awal literasi juga boleh
dijalankan menerusi aktiviti menyebut perkataan beritma sama ada pantun, sajak, syair

atau gurindam yang berkaitan pelbagai budaya masyrakat Malaysia. Aktiviti selain
membunyikan perkataan mengikut ritma dan irama, ia juga boleh digandingkan dengan

gerak-geri mengikut irama yang disebut oleh kanak-kanak.
f) Simbol Bunyi: Aktiviti pengajaran dan pembelajaran awal literasi juga sesuai
dilaksanakan dengan aktiviti mengenal bunyi persekitaran bagi menunjukkan simbol

bunyi bagi sesuatu budaya di Malaysia. Aktiviti ini sesuai dilaksanakan bagi membantu
kanak-kanak menyebut dan membunyikan perkataan dengan tepat dan jelas.

g) Pergerakan Rentak Kreatif: Aktiviti pengajaran dan pembelajaran awal literasi Bahasa
Melayu yang melibatkan peniruan aksi mengikut rentak, bunyi atau muzik berasaskan
kepelbagaian budaya di Malaysia.



KESIMPULAN

Reka Bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kurikulum kepelbagaian budaya

berasaskan cerita rakyat Malaysia untuk peningkatan literasi awal Bahasa Melayu : Elemen
Kesedaran Fonetik dan Fonemik sesuai dilaksanakan oleh guru di peringkat Tadika dan


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 684

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Prasekolah. Penerapan eleman-elemen kesedaran fonetik dan fonemik menerusi aktiviti
pembelajaran kepelbagaian budaya adalah berpusatkan murid. Ini kerana, aktiviti ini

mengetengahkan pengalaman budaya murid yang menjadi fokus pengajaran dan
pembelajaran semasa di dalam kelas oleh guru. Aktiviti pembelajaran ini bukan sahaja
berpusatkan murid tetepi juga mengabungjalinkan nilai kesejagatan yang merangkumi

jaringan sosial utama iaitu pengalaman konteks sosial dan kemasyarakatan. Ini seterusnya
dapat membentuk perwatakan jadi diri dan nilai budaya bangsa yang merupakan pengaruh

utama ke arah kesejahteraan hidup kanak-kanak.

PENGHARGAAN


Ucapan terima kasih atas sokongan kewangan oleh Geran Community Engagement,
Universiti Malaya - UMCares UMCARES001-2019O dan Impact Oriented Interdisciplinary
Research Grant – IIRG010C-19SAH


RUJUKAN


Adler M, Ziglio E. (1996). Gazing into oracle: The Delphi method and its application to social
policy and public health. London: Jessica Kingsley Publisher.

Allison Skerrett. (2010). ‘‘There’s going to be community. There’s going to be knowledge’’:
Designs for learning in a standardised age. Teaching and Teacher Education 26 (2010)
648–655.
Cheng, C. H., & Lin, Y. (2002). Evaluating the best main battle tank using fuzzy decision theory
with linguistic criteria evaluation. European Journal of Operational Research, 142: 74-
86. https://doi.org/10.1016/S0377-2217(01)00280-6
Chu, C. H., & Hwang, G. J. (2008). A Delphi-based approach to developing expert systems
with the cooperation of multiple experts. Expert Systems with Applications, 34(4) : 2826–
2840.

Edward M. Anthony. (1963). Approach, method and technique. ELT Journal, Volume XVII,
Issue 2, 1 January 1963, Muka Surat 63–67.
Fatimah Baharin. (2014). Kajian Tindakan Bahasa Melayu Teknik Bercerita. Diambil daripada
https://www.slideshare.net/mummytim/kajian-tindakan-bahasa-melayu-teknik-bercerita
pada 03hb Mei 2018.

Hanzalah Tajudin. (2014). Teknik Bercerita. Diambil daripada
https://www.slideshare.net/HanzalahTajudin/topik-8-teknik-bercerita pada 03hb April
2018.

Huanshu Yuan. (2018). Preparing Teachers For Diversity: A Literature Review And
Implications From Community-Based TUse the "Insert Citation" button to add citations
to this document.
Hye Suk Haa et. al. (2014). Teachers’ Efforts to Facilitate the Social Development of
Multicultural Children. Procedia - Social and Behavioral Sciences 159 ( 2014 ) 110 –
114.




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 685

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Katherine Massa. (2018). Storytelling as a strategy to increase oral language proficiency of
second language learners. Diambil daripada
shttp://teachersinstitute.yale.edu/curriculum/units/2008/2/08.02.01.x.html pada 04hb
Mei 2018.
NurFarhana Shahira Rosly et. al.. (2016). Interaksi ujaran kanak-kanak menerusi elemen
pendigitalan dalam penceritaan. GEMA Online® Journal of Language Studies, Volume
16(1), February 2016.
Robert D. Friedberg. (1994). Storytelling and cognitive therapy with children. Journal of
Cognitive Psychotherapy: An International Quarterly, Volume 8, Number 3,1994.
Wan Muna Ruzana & Vijayaletchumy Subramaniam. (2014). Daya kreativiti kanak-kanak:
Satu kajian kes. Procedia - Social and Behavioral Sciences 134 ( 2014 ) 436 – 445.
Wan Anita & Azizah Hamzah. (2013). Media dalam kehidupan dan perkembangan kanak-
kanak. Jld. 15, Bil. 2, 2013: 27–39 | Vol. 15, No. 2, 2013: 27

Zulhairi Osman. (2011). Kaedah Bercerita. Diambil daripada
https://www.scribd.com/doc/61097579/Kaedah-Bercerita pada 03hb April 2018.







































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 686

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KEMAHIRAN MEMBACA BAHASA MELAYU MURID PERIBUMI DALAM KONTEKS
PERPADUAN KAUM

Celinea Lasan, PhD
1

1 Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
[email protected]



ABSTRAK



Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025 (PPPM 2013-2025) memberi
peluang kepada murid orang asli dan kumpulan minoriti peribumi di Sarawak dan Sabah

menikmati peluang yang sama dalam pembangunan pendidikan. Justeru, kemahiran
membaca bahasa Melayu mampu menjadi wahana pemangkin perpaduan kaum di negara
ini. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif yang dilaksanakan secara kajian kes.

Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual separa berstruktur, pemerhatian
pembelajaran di dalam bilik darjah, analisis dokumen dan nota lapangan pengkaji. Peserta
kajian terdiri daripada lapan orang murid peribumi di sekolah rendah dan empat orang guru

bahasa Melayu. Pemilihan peserta kajian adalah secara persampelan bertujuan. Data
dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti Mac versi 1.6.0 (484), dianalisis secara deskriptif
dan dipersembahkan dalam bentuk naratif. Dapatan kajian secara tematik menunjukkan

strategi pembelajaran kemahiran membaca murid peribumi terdiri daripada pembelajaran
berkumpulan dan pengukuhan pengalaman. Pencapaian matlamat pembelajaran murid

peribumi pula mengetengahkan kepuasan membaca, keyakinan diri, menghargai masa dan
peningkatan akademik. Kajian ini memberi implikasi terhadap pendidikan bahasa Melayu di
peringkat sekolah rendah. Selain itu, kajian ini dapat membantu guru-guru bahasa Melayu

dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran terutamanya apabila berhadapan
dengan kumpulan murid peribumi dalam masyarakat kolektivisme di Malaysia.


Kata kunci: Kemahiran membaca, bahasa Melayu, murid peribumi dan perpaduan kaum.

PENGENALAN


Kemerdekaan yang dikecapi selama 64 tahun pada tahun 2021 ini jelas menunjukkan
perpaduan kaum yang ampuh dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Erti

kemerdekaan sebenar kepada generasi masa kini bersangkut paut dengan kemerdekaan jiwa
dan minda yang dipupuk menerusi pembinaan jati diri sebagai rakyat Malaysia. Jati diri ini
diperkukuh melalui aspek-aspek budaya, akhlak, agama, pendidikan dan bahasa sebagai



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 687

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

perisai kepada kepada generasi muda yang terdedah dengan penjajahan minda bentuk
baharu dalam ledakan perkembangan digital masa kini. Justeru, dengan tema Hari

Kebangsaan 2021 Malaysia Perihatin yang dikekalkan sejak 2020 bertepatan dengan
semangat dan sikap perpaduan yang perlu ditanamkan kepada generasi muda agar sentiasa
perihatin dengan perpaduan kaum ke arah merealisasikan kemenjadian insan murid dalam

pendidikan negara tanpa mengira latar belakang mereka.
Hal ini juga selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga

2025 (PPPM 2013-2025) memberi peluang kepada murid orang asli dan kumpulan minoriti
peribumi di Sarawak dan Sabah menikmati peluang yang sama dalam pembangunan
pendidikan. Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) memacu bidang pendidikan

bahasa Melayu sebagai wahana penyampaian ilmu melalui tiga kemahiran iaitu kemahiran
mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis serta 2 aspek bahasa iaitu seni

bahasa dan tatabahasa. Kajian ini memberi perhatian terhadap kemahiran membaca bahasa
Melayu yang mampu menjadi wahana pemangkin perpaduan kaum di negara ini.


SOROTAN LITERATUR

Perpaduan kaum menjadi agenda utama sistem pendidikan kebangsaan kerana melaluinya
kanak-kanak di Malaysia bebas mengikuti program pendidikan tanpa ada batasan agama,

warna kulit, bahasa dan budaya untuk bergerak ke tahap kecemerlangan (equality to
excellence) serta berorientasikan objektif yang boleh diukur (measurable objectives) (Ishak

Ramly, 2005; Lunenberg & Ornstein, 2013). Selari dengan pembangunan kurikulum di
sekolah rendah, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan pada tahun
2011 hingga sekarang (BPK, KPM 2015). KSSR baharu ini telah melalui semakan semula

pada tahun 2017 dengan kohort pertama murid-murid di bawah KSSR mendaftar masuk ke
Tingkatan Satu di sekolah menengah pada January 2017. Revolusi pendidikan rendah di
Malaysia terus berkembang sejajar dengan tuntutan PPM 2013-2025 meletakkan

keperihatinan KPM untuk melaksanakan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. PBS merupakan satu usaha
untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaaan

ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai,
etika serta moral yang tinggi (PPPM 2013-2025) serta mengambil alih bentuk pentaksiran

sepenuhnya apabila UPSR dimansuhkan mulai 2021.
Sehubungan itu, dalam bidang pendidikan di Malaysia, masyarakat peribumi
berpandangan lebih kontemporari dengan perspektif meneliti dan berfikir jauh terhadap isu-

isu perpaduan yang memberi kesan kepada kehidupan mereka dengan mengambil
pendekatan menghormati orang lain demi menjaga keharmonian (Celinea & Zamri, 2019;



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 688

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Minos, 2000; Caesar, 2007). Budaya masyarakat peribumi adalah tentang set kepercayaan
bersama, nilai, dan sikap yang diwarisi dari generasi terdahulu (parent-child relationship)

melalui perkongsian dalam bentuk reciprocate budaya dan bahasa dengan kaum-kaum lain
dalam mengekalkan perpaduan kaum (Celinea & Zamri, 2016; (James, Ahi & Nicholas, 2003).
Justeru, apabila dikaitkan dengan kemahiran membaca, strategi pembelajaran reciprocal ini

melibatkan penyoalan, penjelasan, perumusan dan peramalan saling bertindak balas bagi
menghasilkan pembelajaran kemahiran membaca yang efektif (Duffy, 2002; Duke & Pearson,

2002; Williams, 2002). Hal ini demikian, murid yang lemah dalam pemahaman membaca
dapat dibantu oleh murid-murid lain melalui pembelajaran secara berkumpulan dan
pengukuhan pengalaman dalam aktiviti membaca (Hashey & Connors, 2003; Oczkus, 2010).

Strategi ini pembelajaran ini di terapkan dalam kemahiran membaca bahasa Melayu serta
dapat merapatkan jurang komunikasi murid pelbagai kaum di Malaysia kerana bahasa Melayu

merupakan bahasa pengantar utama di setiap sekolah di Malaysia (Celinea & Zamri, 2018).

METODOLOGI KAJIAN


Reka bentuk kajian ini bersifat kes kualitatif yang melibatkan prosedur persampelan, prosedur
pengumpulan data, dan penganalisisan data. Prosedur pengumpulan data terdiri daripada
proses mengenal pasti peserta kajian, kebenaran menjalankan kajian, pengendalian

instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Pengendalian instrument kajian
meliputi protokol temu bual, senarai semak pemerhatian dan analisis dokumen. Pengkaji telah

menggunakan perisisan Atlas.Ti Mac versi 1.6.0 (484), sementara semakan dan pengesahan
beberapa orang pakar dalam bidang tertentu juga diperlukan.
Sementara itu, lokasi kajian yang dipilih melibatkan empat buah Sekolah Kebangsaan

di Sarawak. Lokasi sekolah yang terletak di pinggir bandar dan luar bandar memberi
gambaran kepelbagaian latar belakang murid peribumi. Seramai 8 orang murid Tahun 5
dengan 4 orang bahasa Melayu dilibatkan dalam kajian ini. Kaedah persampelan bertujuan

(purposive sampling) digunakan dalam kajian ini bagi memperoleh data secara tepat, holistik
dan bermakna (Patton, 2002; Othman, 2012; Ghazali & Sufean, 2016; Celinea & Zamri,
2017). Temu bual peserta kajian, pemerhatian PdP di dalam bilik darjah dan analisis dokumen

telah dilaksanakan bagi mendapatkan data kajian. Sehubungan itu, Objektif kajian ini adalah
untuk mengenal pasti strategi pembelajaran kemahiran membaca bahasa Melayu murid

peribumi serta mengenal pasti pencapaian matlamat pembelajaran kemahiran membaca
bahasa Melayu dalam konteks perpaduan kaum di Malaysia.







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 689

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan kajian menunjukan bahawa tiga tema iaitu (i) pembelajaran berkumpulan, (ii)

pengukuhan pengalaman, dan (iii) pencapaian matlamat telah diperoleh melalui temu bual
dengan peserta kajian murid dan guru serta disokong melalui triangulasi pemerhatian

pembelajaran di dalam bilik darjah dan analisis dokumen yang berkenaan. Pembelajaran
berkumpulan dalam konteks kajian ini merujuk pada proses pembelajaran yang melibatkan
murid peribumi menjalankan aktiviti belajar bahasa Melayu bersama-sama di dalam dan di

luar bilik darjah secara berkumpulan. Pembelajaran berkumpulan membantu guru mengawal
bilik darjah dengan lebih teratur serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
sesuai dengan konsep pembelajaran abad ke-21. Corak pembelajaran melalui penyelesaian

masalah dalam kumpulan ini dipengaruhi oleh budaya dan cara hidup murid peribumi
dibesarkan (Celinea & Zamri, 2018).


Contoh transkrip:
“Saya rasa puas hati dan gembira bila dapat belajar bersama dengan kawan-kawan

saya.” (BB/M5TB2SK3/B76-B77)

“… saya suka belajar secara berkumpulan kerana kami boleh siapkan kerja dan belajar

sama-sama. Kerja kumpulan yang cikgu bagi pun cepat siap sebab ramai kawan yang
boleh bantu.” (BB/M6TB1SK3/B93-B96)


“Cikgu BM kata supaya kami boleh jawab sama-sama. Kami juga boleh tolong kawan
yang kurang pandai dan dia pun dapat jawapan yang sama sebab sama satu

kumpulan.” (BB/M7TB2SK4/B57-B59)

“Saya rasa lebih seronok sebab boleh dapat jawapan yang betul di dalam kelas dan

kongsi jawapan pemahaman bersama kawan lain. Emm… belajar bersama macam ini
lebih senang lah, jadi di rumah boleh lah buat ulang kaji lebih lama.”
(BB/M8TB2SK4/B79-B82)


Di samping itu, pembelajaran bahasa Melayu menggalakkan murid-murid pelbagai kaum

belajar bersama-sama dalam suasana yang harmoni dapat memenuhi sifat semula jadi
kanak-kanak yang memerlukan dampingan rakan-rakan sebaya. Triangulasi melalui
pemerhatian pembelajaran di bilik darjah pula menunjukkan suasana pembelajaran di bilik

darjah sentiasa ceria dan harmoni menjadikan pembelajaran bahasa Melayu lebih bermakna
apabila murid dapat menerapkan kemahiran generik seperti berkomunikasi, merancang dan



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 690

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

mengelola aktiviti (Umi Nadiha, Zamri & Jamaludin, 2011). Dapatan kajian ini juga selari
dengan kajian Abdul Rasid dan Hasmah (2013) yang mendapati bahawa amalan

pembelajaran bahasa Melayu yang menyeronokkan ialah apabila murid dapat belajar dengan
mengetengahkan bakat semula jadi mereka melalui bimbingan pengajaran guru. Di samping
itu, pembelajaran bahasa Melayu yang menyeronokkan memberi peluang kepada pelajar

membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling mempengaruhi dalam membina
keyakinan diri (Celinea & Zamri, 2018; Shaffe Mohd Daud et al. 2011).

Contoh transkrip:
“Saya dapat pinjam buku-buku dari kawan-kawan. Saya selalu pinjam dari kawan-
kawan dan kongsi bahan bacaan. Kalau sudah baca kami akan tukar dengan kawan

yang lain.” (BBB/M1TB3SK1/B16-B18)


“Kami buat kerja yang cikgu beri bersama-sama dengan kawan dalam kumpulan dan
kongsi sama-sama bahan bacaan kami.” (BBB/M2TB2SK1/B39-B40)


“… selalunya cikgu BM akan edarkan buku dalam kumpulan untuk kami baca
bersama-sama bila kami ada bacaan NILAM. Kami akan baca dengan senyap buku tu
sampai habis. Lepas tu kami buat ulasan bersama-sama dengan kawan. Kalau buku

yang cikgu bawa tidak cukup, kami akan kongsi dengan kawan.”
(BBB/M8TB1SK4/B73-B79)


Triangulasi melalui pemerhatian pembelajaran pula menunjukkan terdapat dalam kalangan
murid mempunyai koleksi bahan bacaan sendiri di bawa ke kelas untuk dikongsi bersama

rakan-rakan. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa murid belajar bahasa Melayu dengan
seronok apabila belajar beramai-ramai dalam kumpulan dan menyelesaikan masalah
pembelajaran bersama-sama. Triangulasi melalui pemerhatian pembelajaran di dalam bilik

darjah menunjukkan bahawa murid mempersembahkan hasil penyelesaian masalah dalam
bentuk ulasan refleksi pembelajaran. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Demmert (2001)

mendapati bahawa aktiviti kumpulan berbentuk penyelesaian masalah dapat membina sikap
positif dalam diri murid. Penyelesaian masalah melatih murid berfikir secara kritis dan kreatif
serta membantu murid menyelesaikan tugasan pada masa yang ditetapkan (Celinea & Zamri,
2018; Umi Nadiha Zamri & Jamaludin 2011).

Contoh transkrip :
“Ya, kami akan tanya pada kawan-kawan lain yang lebih faham. Dalam kumpulan

kami, kawan yang lebih faham akan bimbing dan jelaskan kepada kawan yang tidak
faham.” (BRS/M1TB2SK1/B41-B43)



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 691

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

“… kalau saya tidah faham semasa belajar BM, saya boleh bertanya dengan kawan-
kawan saya dan juga cikgu saya. Kawan-kawan yang lebih pandai akan membantu

saya dan mengajar saya.” (BRS/M4TB1SK2/B36-B39)

“Kalau saya tahu jawapan, saya akan angkat tangan untuk jawab dan tolong kumpulan

saya selesaikan masalah dengan soalan itu.” (PM/M5TB2SK3/B81-B82)


Seterusnya, dapatan kajian juga menunjukkan strategi pembelajaran melalui pengukuhan
pengalaman dalam konteks pembelajaran murid dipengaruhi oleh aspek latar sosial, budaya
dan ekonomi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepelbagaian dari segi latar belakang

sosial membentuk pengalaman untuk murid membina pengetahuan baharu dalam
pembelajaran mereka. Kepelbagaian budaya mengajar murid saling menghormati dan

menghargai rakan-rakan dan guru mereka. Murid peribumi lebih menggemari gaya
pembelajaran yang mempunyai elemen persekitaran yang berkaitan dengan pengalaman
dalam kehidupan mereka bagi memudahkan pemahaman dan pembinaan makna baharu

dalam pembelajaran (Celinea & Zamri, 2016; Batik Bidin 2011). Menurut Chang (2002) dan
Khairunesa Isa (2014), kumpulan peribumi di Sarawak mempunyai keunikan cara hidup yang
tersendiri kerana kehidupan mereka berkait rapat dengan menghayati dan menghormati

budaya, bahasa, adat resam, menjaga serta menghargai alam sekitar. Dapatan kajian ini
selari dengan kajian Norwaliza (2014) yang mendapati bahawa murid orang asli dapat
mengingati pembelajaran lepas apabila guru menghubungkaitkan pelajaran dengan

persekitaran kehidupan murid.
Contoh transkrip:

“Saya akan fikirkan benda yang sama saya pernah baca atau lalui. Ya, saya akan
cuba samakan dengan cerita yang pernah saya baca atau saya lalui macam cerita di
kebun, di bandar dan di kampung.” (LS/M2TB1SK1/B63-B67)


“… saya akan ingat semula cerita saya sendiri yang tidak berkemampuan sedangkan

kawan-kawan lain orang berada. Saya datang dari keluarga yang miskin, saya akan
dapat rasakan apa perasaan orang miskin dalam cerita yang baca.

“Keluarga saya di rumah bercakap dalam bahasa Melayu. Keluarga saya bercakap

dalam bahasa Melayu kerana lebih senang untuk kami difahami … lagipun ibu saya
kurang fasih bercakap bahasa Bidayuh, dia faham sikit-sikit saja sebab dia orang Lun

Bawang.” (LB/M5TB1SK3/B104-B110)





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 692

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa pembelajaran kemahiran membaca murid peribumi
cenderung ke arah pencapaian matlamat dalam pembelajaran. Matlamat yang disasarkan

untuk memperoleh pengetahuan dan pengajaran baharu daripada bahan yang dibaca.
Menurut Batik Bidin (2011), murid peribumi mempunyai ransangan motivasi intrinsik yang
tinggi untuk mempelajari sesuatu yang baharu serta bertanggungjawab positif terhadap

pembelajaran. Murid peribumi saling memberi peneguhan positif kepada rakan-rakan yang
kurang yakin dalam pembacaan. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Sporer et al. (2009)

yang mendapati bahawa pencapaian matlamat mencungkil bakat murid, bersaing dan
membuatkan mereka lebih dengan berani serta berkeyakinan. Peningkatan pencapaian murid
dalam pembelajaran dipengaruhi oleh minat terhadap subjek yang dipelajari, kemahiran kerja

berpasukan dan kemahiran penyelesaian masalah (Skolnick 2009).
Contoh transkrip:

“Membaca boleh buatkan saya lupa masalah-masalah lain seperti stress dengan ujian
dan hilangkan rasa sedih saya.” (KM/M1TB3SK1/B34-B35)


Emm…bila kita membaca buku, kita dapat banyak faedah belajar yang baik seperti
dapat pengajaran dan nilai-nilai murni untuk dicontohi dalam subjek Moral.”
(KM/M6TB3SK3/B173-B174)


“… apabila murid rajin membaca, contohnya membaca buku cerita, mereka mendapat
kepuasan membaca iaitu melalui jalan cerita yang menarik sesuai dengan tahap

mereka. Cerita-cerita yang menarik yang dibaca menghiburkan murid, menjadikan
mereka pelajar yang baik dan ceria di dalam kelas.” (KM/G2TB1SK2/B107-B111)


Dapatan kajian juga menunjukkan pembinaan keyakinan diri murid menghadapi cabaran,
bersikap positif, dan aktif dalam pembelajaran mereka. Kemahiran membaca membantu

murid lancar bertutur serta lebih yakin dan berani dalam berkomunikasi. Dapatan kajian ini
disokong oleh kajian Foster dan Carboni (2009) yang mendapati bahawa aktiviti pembelajaran

berkumpulan melatih sifat kepimpinan pelajar serta jati diri murid dalam memaksimumkan
pencapaian matlamat. Setiap murid bertanggungjawab mencapai matlamat pembelajaran
melalui kerjasama yang padu dan hubungan yang erat dalam kalangan ahli kumpulan (Yeop
Hussin 2006; Zamri, Norasmah & Mohamed Sani, 2008; Umi Nadiha, Zamri & Jamaludin,

2011).







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 693

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KESIMPULAN KAJIAN

Sebagai kesimpulan, murid peribumi sedaya upaya menggerakkan fungsi minda untuk

mengumpul maklumat, memproses, menyusun dan seterusnya merumuskan himpunan
maklumat bagi membentuk pengetahuan baharu yang bermakna. Proses berfikir ini berlaku

secara individu dan dan secara berkumpulan sebagai latihan menggerakkan minda murid
secara aktif. Pemikiran secara individu dikongsi dan dikumpul secara kolektif semasa proses
penyelesaian masalah dalam kumpulan bagi mencapai matlamat pembelajaran serta

menyemai semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan murid yang berbilang suku kaum
dan etnik. Himpunan pengalaman ini dihubungkaitkan dengan refleksi terhadap pembelajaran
untuk dijadikan informasi berguna pada masa hadapan.

Justeru, cetusan informasi melalui pengalaman membantu murid meramalkan perkara
yang akan berlaku pada masa hadapan dengan jelas. Pembelajaran murid peribumi juga
berkait rapat dengan pembelajaran bahasa Melayu dan dijadikan sebagai bahasa pengantar

dan bahasa komunikasi di dalam dan di luar bilik darjah bagi mencapai matlamat
pembelajaran mereka. Dalam konteks kajian ini, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa

ilmu dan bahasa perpaduan bagi mengumpul seberapa banyak ilmu dalam pembelajaran
mereka. Justeru, keberhasilan murid di negara ini diharapkan dapat menyumbang kepada
pembangunan negara, saling menghormati kepelbagaian budaya, adat resam, dan pegangan

agama dalam konteks masyarakat kolektivisme di Malaysia.


SYOR CADANGAN KAJIAN

Sebagai syor cadangan, kajian ini hanya berfokus terhadap pembelajaran kemahiran
membaca bahasa Melayu dalam kontek perpaduan kaum di Malaysia. Kajian lanjutan perlu

dijalankan terhadap kemahiran-kemahiran bahasa yang lain dalam pendidikan bahasa
Melayu di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Di samping itu, disyorkan juga
kajian bagi mengetahui kesedaran pedagogi guru berkaitan dengan keperluan pengajaran

dan pembelajaran kemahiran bahasa dalam konteks perpaduan kaum. Kajian lanjutan secara
mendalam masih perlu dijalankan bagi meneroka permasalahan yang dihadapi dalam

pembelajaran bahasa Melayu secara keseluruhannya. Kajian lanjutan juga perlu dijalankan
dalam membangunkan pendidikan anak-anak peribumi yang berkait rapat dengan
kepelbagaian budaya, bahasa, adat resam serta pegangan hidup yang unik dan tersendiri

sebagai sebahagian daripada komuniti ASEAN. Seterusnya bagi merungkai pemasalahan
pembelajaran anak-anak peribumi, pengkaji mengharapkan kajian lanjutan yang berkaitan
dengan logistik bagi menambah baik kemudahan pembelajaran dan pembangunan

prasarana pembelajaran murid peribumi dalam skop kajian yang berbeza daripada mata
pelajaran lain.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 694

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 3(2): 49-63.
Batik Bidin. (2011). Stail pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan
pelajar peribumi di Sarawak. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Bahasa Moden dan
Komunukasi, Universiti Putra Malaysia.

Caeser, D. (2007). Sensitivity to code selected for discourse: Focus on the Bidayuhs in
Kampung Bogag, Bau District, Sarawak. In Proceedings of FEL XI: Working together for
endangered languages: Research challenges and social impacts, University of Malaya.
pp.56-64.
Celinea Lasan & Zamri Mahamod. (2016). Amalan pembelajaran reciprocal dalam kalangan
murid peribumi. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship, 2(2):44-51.
Celinea Lasan & Zamri Mahamod. (2017). Malay language reciprocal learning at the national
primary schools in Sarawak: A case study of primary school students. International
Journal of Current Research, 9(11): 60766-60774.

Celinea Lasan. (2018). Sociocultural Reciprocal Learning Approach for the Multiracial Pupils
in Malaysia. Paper was presented at The Internationalization Programme of
Austronesian Linguistics Studies at Faculty of Education, Stellenbosch University,
Western Cape, South Africa on 11 September 2018.
Celinea Lasan & Zamri Mahamod. (2019). Amalan Membaca Timbal Balik Murid Etnik
Bidayuh. Penerbit UKM.

Chang, P.F. (2002). History of Bidayuh in Kuching Divison, Sarawak. Chang Pat Foh
Publisher.

Foster, P., & Carboni, I. (2009.) Using student-centered cases in the classroom. Journal of
Management Education, 33(6):676-698.

Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2016). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan:
Amalan dan analisis kajian. Penerbit Universiti Malaya.

Hashey, J.M., & Conners, D.J. (2003). Learn from our journey: Reciprocal teaching action
research. The Reading Teacher, 57(3): 224-232.
Ishak Ramly. (2005). Inilah kurikulum sekolah. Cetakan Kedua. PTS Publication &
Distributors.
James Dawos Mamit, Ahi Sarok, & Nicholas Amin. (2003). Creating a new Bidayuh identity.
Dayak Bidayuh National Association.

Lunenberg, F.C., & Ornstein, A.C. (2013). Education administration: Concepts and practices.
Seven Edition. Wadsworth Publishing Co.

Norwaliza Abdul Wahab. (2014). Pendidikan murid orang asli: Satu analisis matlamat,
pelaksanaan, dan hasil tindakan. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Oczkus, L.D. (2010). Reciprocal teaching at work: Powerful strategies and lessons for
nd
improving reading comprehension (2 Edition) International Reading Association.
Othman Lebar. (2012). Penyelidikan kualitatif: Pengenalan kepada teori dan metod. Edisi
Keempat. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 695

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Umi Nadiha Mohd. Nor, Zamri Mahamod, & Jamaludin Badusah. (2011). Penerapan
kemahiran generik dalam pengajaran guru bahasa Melayu sekolah menengah. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 1(2); 71-78.

Zamri Mahamod, Norasmah Othman & Mohamed Sani Ibrahim. (2008). Profesionalisme guru
novis: Model latihan. Penerbit UKM.















































































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 696

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBENTUKAN PERPADUAN NEGARA
BANGSA

Dr. Rosnah@Nining Sidek¹, Bustam Daman² Mohd Saiful Bahri Bustam³

¹Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran , ²Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya,
Kota Kinabalu,& ³SMK Desa Kencana, Lahad Datu, Sabah
[email protected], [email protected], [email protected].



ABSTRAK


Bahasa merupakan teras dalam membentuk perpaduan bangsa. Kepentingan bahasa adalah

sebagai wahana komunikasi antara manusia. Bahasa merupakan alat perantara bagi manusia
menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan, atau isyarat. Bahasa
Melayu (BM) melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang sejati. Malaysia yang

terdiri dari berbilang bangsa perlu kepada satu bahasa untuk menyatukan ke semua bangsa
tersebut. Maka, BM telah diambil menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa. Pelbagai usaha
telah dilakukan bagi memantapkan lagi penguasaan BM di kalangan rakyat Malaysia. BM

merupakan bahasa yang sesuai bagi pembentukan perpaduan bangsa sejajar dengan
Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan. Melalui Perkara 152 (1) Perlembagaan memberi

pengiktirafan dan mengisytiharkan BM sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan.
Kajian ini merangkumi peranan BM dalam membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia.
Hasil kajian membuktikan bahawa BM mampu membentuk perpaduan kaum dalam negara

bangsa. Peranan BM jelas apabila BM mampu melahirkan semangat perpaduan, kekitaan
dan kebangsaan bagi rakyat Malaysia.


Kata kunci: wahana, perpaduan dan perlembagaan


PENDAHULUAN

Bahasa merupakan teras atau kunci dalam membentuk perpaduan bangsa. Bahasa Melayu
adalah bahasa Austonesia dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa-bahasa etnik yang

dituturkan di Nusantara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, bahagian Selatan
Thailand dan Filipina sehinggalah ke Pulau Christmas di Australia. Bagi Malaysia yang

berbilang bangsa, satu bahasa perlu untuk menyatukan ke semua bangsa tersebut.
Perpaduan dalam pengertiannya ialah penggabungan, perihal berpadu (bergabung menjadi
satu, sepakat dll). Perpaduan membawa makna hubungan erat yang bersifat kerjasama dan

mempunyai satu matlamat yang sama iaitu kemakmuran dan keharmonian. Ia merupakan



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 697

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat bagi membentuk satu identiti dan
memupuk perasaan kasih dan sayangkan negara bangsa. Perpaduan juga menjadi teras

bangsa di Malaysia. Panel Penasihat Perpaduan Negara (1992) mendefinisikan perpaduan
negara sebagai satu keadaan dimana rakyat daripada pelbagai golongan etnik, agama dan
wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen

penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun Negara. Budaya akan wujud dengan adanya kelompok bahasa atau kaum.

Kebudayaan tercetus apabila budaya sesuatu bangsa itu mempunyai nilai peradaban yang
tinggi dalam sesuatu tamadun. BM berperanan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa untuk
kemajuan atau pembangunan negara.


SOROTAN LITERATUR

Di Malaysia konsep ‘bangsa Malaysia’ didefinisikan dalam Perlembagaan Negara 1957 yang

menekankan sekurang-kurangnya tiga elemen utama yang dapat menerangkan sifat dan ciri
‘bangsa Malaysia’ iaitu berkaitan dengan kewarganegaraan, taat setia yang tidak berbelah

bahagi kepada negara dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau
bahasa rasmi negara. Perlembagaan Malaysia telah menetapkan Bahasa Melayu (BM)
sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar pendidikan (Noraien Mansor & Noor

Rohana Mansor, 2013). Penggunaan BM menjadi medium penting dalam mewujudkan
keharmonian dan mengukuhkan perpaduan masyarakat di Malaysia. Atas kepentingan inilah

BM dikodifikasikan dalam Perlembagaan Malaysia (Perkara 152) sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Penggunaan BM turut memberi implikasi terhadap
dasar pendidikan negara. BM menjadi bahasa perantaraan utama, bahasa undang-

undang-undang, bahasa ilmu dan bahasa dalam hal-hal keagamaan. Sebagai bahasa ilmu,
BM menjadi wasilah pengungkapan dan pengembangan ilmu yang cukup luas. Dalam bidang
sastera, BM menjadi bahasa sastera yang meliputi pelbagai bentuk prosa dan puisi. Di

samping itu, BM telah menjadi bahasa undang-undang bagi hampir setiap kesultanan Melayu;
antaranya yang amat masyhur ialah Hukum Kanun Melaka. Di peringkat antarabangsa pula,
BM menjadi bahasa perhubungan diplomatik apabila digunakan dalam warkah dan perutusan

serta perjanjian dengan kuasa-kuasa dan pihak-pihak asing (Awang Sariyan, 2013).
Dalam aspek bahasa dan budaya, nilai BM sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa

rasmi seperti yang tertera dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menjadi asas
penting kenegaraan dan kebangsaan. Sebagai bahasa kebangsaan, nilai BM menjadi
lambang yang signifikan bagi kewujudan entiti budaya yang dikenal sebagai kebudayaan

Malaysia (Adenan Ayob, 2009). Nilai BM menjadi asas jati diri bangsa Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai keturunan dan menjadi penggerak perpaduan bangsa menerusi



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 698

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

komunikasi dalam pelbagai bidang (Sufean Hussin, 2002). Sebagai bahasa rasmi, nilai BM
menjadi salah satu unsur penjana bangsa berperanan sebagai wahana komunikasi rasmi

masyarakat dalam pelbagai urusan sehinggalah kesepaduan dikaitkan dengan konteks
perpaduan.


OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengkaji nilai BM dalam perpaduan yang membabitkan

masyarakat Malaysia berbilang kaum. Manakala, objektif khusus pula adalah untuk:
1. Menganalisis kepentingan-kepentingan nilai BM dalam perpaduan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia.

2. Mengenalpasti cara-cara untuk meningkatkan integriti asas budayaberteraskan nilai
BM bagi pemupukan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di
Malaysia.


Soalan kajian ini adalah seperti berikut:

1. Apakah kepentingan-kepentingan nilai BM dalam perpaduan masyarakat berbilang
kaum di Malaysia. Nilai BM sebagai Penggerak Budaya Perpaduan.
2. Bagaimanakah integriti asas budaya berteraskan nilai bahasa Melayu bagi

pemupukan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia
dapat ditingkatkan?


METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini membincangkan peranan BM sebagai bahasa yang boleh menyatukan pelbagai

kaum dan dapat membuktikan bahasa itu mampu membentuk perpaduan. Kaedah kajian ini
adalah secara penyelidikan kualitatif melalui rujukan sekunder. Reka bentuk kualitatif
digunakan dalam untuk mengkaji nilai BM dalam perpaduan masyarakat Malaysia berbilang

kaum. Beberapa sumber rujukan bahan ilmiah seperti artikel, buku dan laporan dianalisis
secara analitikal untuk menjawab persoalan kajian. Kaedah kajian ini disesuaikan dengan

saranan Perakyla (2005). Nilai bahasa dikategorikan kepada kepentingan BM dalam
perpaduan dan integriti asas budaya. Rajah 1 menunjukkan pelaksanaan prosedur pelbagai
kaedah pengutipan data. Dan akan menyediakan peluang kepada proses triangulasi dan

pengukuhan analisis data bagi sesuatu kajian analisis kandungan (Miles & Huberman, 1994;
Merriam, 2001). Hakikatnya, nilai bahasa Melayu mempunyai hubungan yang nyata dengan
konsep perpaduan nasional. Justeru, kajian ini cuba mengkaji nilai bahasa Melayu dalam

perpaduan yang membabitkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 699

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021


KEPENTINGAN
KUTIPAN DOKUMEN ANALISIS BAHASA MELAYU

DATA
DOKUMEN DALAM PERPADUAN
SEKUNDER


Rajah 1 . Proses Reka Bentuk Kajian


DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

1. Apakah kepentingan-kepentingan nilai BM dalam perpaduan masyarakat berbilang kaum
di negara ini?


Kepentingan asas kajian ini adalah penampilan nilai BM sebagai bahasa kebangsaan. Kajian
tentang nilai bahasa banyak terarah kepada aspek-aspek yang bukan dalam lingkungan

kehidupan masyarakat, (Rosnani Hashim, 2004; Adenan Ayob, 2009). Kebanyakan kajian
tidak memberikan ruang kepada kepentingan-kepentingan yang terdapat dalam nilai BM

untuk menggerakkan cara hidup yang berpegang kepada konsep perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia berbilang kaum (Adenan Ayob, 2009). Manakala, Abdullah Sani Yahaya
(2003) mengulas bahawa tidak terdapat kajian yang benar-benar memberikan pandangan

tentang realiti dalam nilai BM yang boleh diungkap sebagai landasan untuk memupuk jalinan
semangat perpaduan yang mantap.

Ini menunjukkan bahawa nilai BM telah berubah tarafnya kepada bahasa kebangsaan
Malaysia. Perubahan ini mempunyai kepentingan terhadap keharmonian hidup semua kaum
untuk berkongsi satu bahasa, iaitu BM. Ia juga bermaksud bahawa nilai BM lebih berfokuskan

perpaduan dalam mencapai cita-cita luhur ke arah memajukan taraf kehidupan yang
menjamin kesejahteraan. Perubahan taraf ini melambangkan identiti Malaysia yang merentas
segala sempadan dan kepentingan kaum. Ada tanggapan bahawa nilai BM tidak mempunyai

kekuatan sebagai alat pembangunan negara, tetapi hanya sebagai lambang negara. Justeru,
kepentingan kajian ini memungkinkan timbulnya anggapan positif bahawa nilai BM mampu
menjana kesinambungan cemerlang dalam cetusan proses komunikasi yang luas demi

menggerakkan dinamika perpaduan negara. Nilai BM sebagai bahasa perpaduan rakyat
berbilang kaum tidak dipisahkan daripada proses pembangunan negara seluruhnya.

Dasar bahasa kebangsaan mengandaikan bahawa BM di peringkat nasional dapat
dimajukan sebagai alat untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum. Kepentingan
kajian ini membuka ruang kepada penerokaan matlamat yang lebih mudah dicapai kerana

prosesnya tidak melibatkan sentimen dan emosi, tetapi berdasarkan nilai BM itu sendiri untuk
memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan negara yang utuh dan untuk pembangunan



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 700

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

masyarakat majmuk khususnya serta negara amnya. Nilai BM dilihat kepentingannya dalam
pembentukan lambang jati diri bangsa berlandaskan budaya sesuatu kaum. BM dipilih untuk

membentuk lambang jati diri setiap warganegara Malaysia. Kepentingan nilai BM berikutnya
dilihat pada pemilihannya oleh kaum majoriti, iaitu Melayu sebagai bahasa perpaduan. Nilai
BM yang asalnya digunakan oleh kaum Melayu begitu mudah diterima sebagai bahasa dalam

komunikasi atas alasan mudah ditutur dan difahami oleh setiap kaum (Rosnani Hashim,
2004). Bagi merealisasikan peranan BM sebagai bahasa kebangsaan dan agen perpaduan

negara, Penyata Razak telah dijadikan asas dalam Ordinan Pelajaran 1957. Daripada
penyata tersebut, nilai BM dalam pendidikan dapat digunakan sebagai alat untuk
meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum.


2. Bagaimanakah integriti asas budaya berteraskan nilai BM bagi pemupukan perpaduan

dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara ini dapat ditingkatkan?

Analisis kajian menunjukkan bahawa nilai BM perlu digerakkan atas dasar bahasa ilmu dan

pengetahuan. Kekuatan nilai BM sebagai bahasa ilmu dan pengetahuan tercetus pada
awalnya daripada Laporan Razak 1957 dan 1961. Penyemakan pelaksanaan syor yang
dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib telah menghasilkan pula Laporan

Rahman Talib. Laporan ini bertujuan untuk memungkinkan nilai BM digunakan sepenuhnya
sebagai bahasa kebangsaan, selain diberikan tempat sebagai bahasa pengantar ilmu
pengetahuan supaya dapat berkembang menjadi bahasa yang moden serta mampu menjadi

asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat dengan berteraskan perpaduan
nasional (Hassan Ahmad, 2002). Nilai BM juga perlu dilihat fungsinya dalam pelbagai

kesantunan (Adenan Ayob, 2009). Dalam hal ini, nilai BM dapat berfungsi lebih aktif sebagai
bahasa kebangsaan untuk menjadi pengukur utama kesantunan budaya komunikasi
masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Nilai BM memiliki ciri istimewa, selain terkenal

dengan penampilan budaya ketimuran dalam komunikasi lisan dan bukan lisan pelbagai kaum
seperti lemah lembut, beradab dan berbudi bahasa. Oleh sebab itu, semua kaum perlu

membudayakan perpaduan bangsa berteraskan kaum menerusi pembakuan bahasa yang
dikatakan mempunyai nilai estetika dan kesantunan yang tinggi (Hassan Ahmad, 2002).
Fungsi yang termaktub dalam nilai BM sebagai satu bahasa dan juga merupakan
bahasa ilmu dan pengetahuan mampu terus menyemarakkan semangat perpaduan kaum di

Malaysia dengan membawa dimensi baharu dalam arena kebahasaan. Dapatan kajian ini
tentang kepentingan nilai BM sebagai satu bahasa dan bahasa ilmu dan pengetahuan untuk

perpaduan semua kaum telah turut dibincangkan oleh Hassan Ahmad (2002). Nilai BM yang
mencapai taraf sebagai satu bahasa dalam masyarakat majmuk, selain merupakan bahasa
ilmu dan pengetahuan perlu mempunyai dua ciri penting, iaitu keintelektualan dan


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 701

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kesempurnaan nilai BM. Aspek keintelektualan dalam nilai BM mestilah mempunyai
keupayaan menyampaikan hujah dan buah fikiran menerusi komunikasi perpaduan secara

berkesan serta tepat. Kesempurnaan nilai BM dalam aspek ilmiah pula harus mempunyai
sistem dan peraturan yang lengkap, iaitu sifat-sifat kestabilan, kelenturan, kepelbagaian,
keberkesanan dan keindahan dalam komunikasi yang boleh mencetuskan persefahaman.

Pencapaian taraf keintelektualan dalam nilai BM akan menjadi lebih nyata apabila digunakan
sebagai bahasa ilmiah dalam komunikasi demi menggerakkan perpaduan (Asep Ahmad

Hidayat, 2006).
Nilai BM bukan sahaja mampu menyampaikan pelbagai ilmu dan pengetahuan, malah
berupaya memikul tanggungjawab yang besar sebagai bahasa persatuan dan kesatuan kaum

di Malaysia. Hasil kajian ini tentang nilai BM dalam ilmu dan pengetahuan turut dibuktikan
menerusi perpaduan yang kukuh dan persefahaman kaum yang kuat dalam kalangan

masyarakat. Nilai BM yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia digunakan
secara bersama dan meluas. Nilai BM bukan sahaja berfungsi sebagai bahasa komunikasi
rasmi dan tidak rasmi dalam menjana perpaduan dalam kalangan masyarakat. Nilai BM yang

diaplikasikan dalam perpaduan telah menjangkau ke peringkat antarabangsa. Nilai BM terus
bertahan sebagai satu bahasa yang melambangkan jiwa bangsa (Adenan Ayob, 2009) untuk
menjamin keutuhan komunikasi dalam jalinan perpaduan. Jelas, dasar-dasar yang digubal

oleh para pemimpin negara telah berjaya melaksanakan semua kepentingan pembentukan
perpaduan menerusi bahasa. Sejarah bermula daripada penggubalan Penyata Razak 1956
tentang pendidikan bahasa. Langkah susulan adalah dengan mengambil kira perakuan-

perakuan dalam perkara yang sama dalam laporan-laporan berikutnya seperti Laporan
Barnes, Feng Wu dan Rahman Talib. Selain itu, dasar bahasa kebangsaan dan pendidikan

yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan bertujuan memantapkan BM sebagai wahana
perpaduan bangsa (Abdullah Sani Yahaya, 2003).
BM mempunyai nilai tambah yang cukup banyak, yang tidak terdapat pada bahasa-

bahasa lain yang digunakan di negara ini. Antaranya, pertama, bahasa ini merupakan lingua
franca atau bahasa perhubungan antara pelbagai etnik di pelbagai peringkat dan bidang atau

ranah komunikasi sosial, politik dan budaya, perdagangan dan lain-lain, tidak hanya di
peringkat elitis atau dalam bidang-bidang yang terbatas. Sebagai contoh, jikalau semua
papan tanda dan iklan di Malaysia disiarkan dalam BM, pasti tiada siapa (kecuali penduduk
bukan rakyat Malaysia) yang tidak memahaminya.


Peranan BM dalam Pembentukan Perpaduan

BM melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang sejati. Peranan BM jelas apabila
mampu melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan. BM digunakan dalam
komunikasi, acara rasmi, segala surat-menyurat rasmi pentadbiran, minit mesyuarat dan


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 702

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

sebagainya. BM berperanan mengukuhkan perpaduan antara kaum dan keturunan serta
perpaduan politik. BM juga amat penting dalam bidang ilmu, sains, teknologi, sains komputer

selain dijadikan bahasa ilmiah. Peranan BM dalam membentuk perpaduan dapat
dibincangkan melalui pendidikan, masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka dan media
massa.


Peranan BM Melalui Pendidikan

Sebagai negara bangsa, peranan BM dalam pendidikan amat penting sebagai bahasa
pengantar di sekolah rendah, menengah dan pusat pengajian tinggi awam. Kepentingan BM
dapat dilihat dalam Akta Pendidikan 1996, Perkara 17 yang menyatakan: “Bahasa

Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan
dalam sistem pendidikan kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-

mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini”.
Peranan BM sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan terus diberi penekanan dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang dilancarkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) bagi membantu memantapkan lagi perpaduan negara bangsa.
PIPP ini mengandungi 6 teras iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan,
memperkasakan sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan

profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia
adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan peraturan secara

bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem
nilai,budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa

bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi,
kewarganegaraan dan demokrasi. Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi
usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan,integrasi

nasional dan bahasa ilmu. Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah menggerakkan
gelombang baru iaitu gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan

perlaksanaan Dasar Buku Negara, menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk
menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan serta
mewujudkan bahan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa
kebangsaan.


Peranan BM Melalui Masyarakat Atau Sosial

BM sebagai bahasa kebangsaan menjadi lambang jati diri sebagai rakyat Malaysia. Komuniti
am ialah sekumpulan masyarakat yang berketurunan sama yang berkongsi nilai-nilai yang
sama manakala komunikasi bahasa pula merupakan sekumpulan manusia yang berkongsi


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 703

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

bahasa yang sama. Dalam erti kata lain, sekumpulan manusia diterima sebagai komuniti
bahasa jika ahli kumpulan itu menggunakan satu bahasa yang sama di dalam hubungan

komunikasi mereka. Komuniti Melayu adalah golongan yang berketurunan Melayu yang
memiliki jati diri Melayu, bahasa agama, budaya dan adat istiadat Melayu tetapi komuniti
bahasa Melayu pula ialah golongan manusia yang tidak semestinya berketurunan sama tetapi

menuturkan BM dalam pertuturan seharian mereka. Dasar bahasa di Malaysia, kalangan
penutur bahasa Melayu terdiri daripada orang Melayu, India, Cina, etnik bumiputera dari

negeri Sabah dan Sarawak dan kumpulan etnik minoriti yang lain.
Bahasa Melayu turut melambangkan kesantunan yang mencakupi ciri-ciri dan nilai-
nilai ketimuran berbahasa seperti bersifat budi bahasa, beradab dan memiliki nilai-nilai yang

diterapkan dalam kehidupan rakyat yang berbilang bangsa iaitu dengan menggunakan BM
dan sekali gus mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian mereka.

Penggunaan BM dalam masyarakat jelas semasa musim perayaan. Tradisi kunjung-
mengunjung antara jiran yang berbilang kaum dengan berkomunikasi dalam BM. Begitujuga,
amalan bergotong-royong, menghadiri majlis perkahwinan dalam budaya pelbagai kaum serta

sambutan rumah terbuka yang diadakan di tempat masing-masing. Amalan bergotong-royong
dalam masyarakat menunjukkan sikap bermasyarakat yang baik dan berkomunikasi dalam
BM iaitu bahasa yang mudah difahami. BM turut dijadikan sebagai bahasa perhubungan

antara kaum yang berbilang bangsa. Dengan menguasai komunikasi berbahasa ini,
hubungan yang baik akan mudah terjalin. Amalan hormat-menghormati dan toleransi antara
kaum perlu diamalkan untuk melihat perpaduan terlaksana.


Peranan BM Melalui Media

Melalui media, kerajaan memperluaskan penggunaan BM dalam komunikasi. Terdapat dua
bentuk media utama di Malaysia iaitu media cetak dan media elektronik. Media banyak
mempengaruhi masyarakat Malaysia yang mempunyai satu bahasa kebangsaan sebagai alat

perpaduan iaitu BM. Paparan dan isi kandungan rancangan mencakupi berita dan maklumat,
temu bual, soal jawab yang menggunakan BM sebagai bahasa utamanya mampu membantu

penonton memahami dan menerima maklumat melalui penggunaan BM yang betul dan
sebagai bahasa penyebar maklumat. Perantara dan tetamu forum menggunakan BM untuk
berbicara dengan penggunaan bahasa yang baik dan teratur selain daripada mendapat
maklumat. Ia mampu melaksanakan tanggungjawab sosial sebagai penyebar maklumat yang

tepat, benar, mempunyai matlamat atau objektif serta seimbang malah mempamerkan bentuk
penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Penggunaan kata atau bahasa turut

mempengaruhi penonton. Misalnya drama Melayu yang menggunakan ayat yang menarik
ataupun perkataan akan menjadi ikutan kanak-kanak dan remaja. Bagi iklan pula, turut
menyokong peranan BM. Iklan menggunakan laras bahasa, perkataan dan sebutan dalam


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 704

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

BM. Iklan mempunyai pengaruh yang besar di kalangan kita. Sasaran utama bagi golongan
kanak-kanak. Kanak-kanak cepat memahami bahasa dalam iklan sekiranya menonton setiap

hari. BM digunakan sebagai bahasa berita dan maklumat bagi menyampaikan maksud
digunakan oleh penyampai berita, temu bual wartawan dengan masyarakat, wawancara
dengan menteri, pegawai kerajaan, tokoh korporat dan sebagai dengan menggunakan BM

sahaja. Rancangan kanak-kanak dalam BM turut menjadi agenda utama dalam usaha
mempengaruhi kanak-kanak menguasai BM.


Peranan BM Mampu Membentuk Perpaduan Kaum
Peranan BM telah menjadi bukti kemampuan dalam pembentukan perpaduan negara bangsa.

Peranan BM melalui pendidikan dalam pembentukan perpaduan telah terbukti apabila BM
dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan. Pelajar-pelajar boleh

berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Pelajar-pelajar dapat
memahami BM dengan mudah sekiranya mereka menguasai BM. Kementerian Pendidikan
sentiasa mengadakan program yang menggunakan BM sepenuhnya. Peranan BM melalui

masyarakat turut dibuktikan dengan program satu Malaysia iaitu membentuk satu Gagasan
dengan menjadi BM sebagai penyatuan satu bangsa di Malaysia. Hanya dengan satu bahasa
sahaja mampu membantu kerajaan membentuk perpaduan. Slogan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’

dan lagunya sering berkumandang di radio dan televisyen. Pengertian dan maksud lagu dapat
dilihat menerusi bait-bait lagu tersebut.


KESIMPULAN

Nilai BM sebagai alat penyatuan bangsa dilihat dengan lebih telus bagi penyatuan kaum

menjadi asas utama dalam pembentukan budaya bahasa di Malaysia. BM terpilih sebagai
bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi wahana penyatuan masyarakat majmuk di
Malaysia. BM wadah Penyatuan Bangsa. Sejarah telah membuktikan bahawa BM telah

diterima sebagai lingua franca sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi.
BM digunakan secara meluas dalam perdagangan dan politik. Pencapaian perpaduan negara
yang tulen hanya boleh termakbul melalui wahana BM sebagai kebangsaan dan bahasa

perpaduan telah meletakkan masyarakat majmuk di negara ini dalam satu identiti iaitu
Bangsa Malaysia. Malaysia hari ini menjadi model perpaduan dunia melalui satu bahasa iaitu

Bahasa Malaysia. Frasa Bahasa Malaysia Teras Perpaduan Bangsa boleh ditafsirkan
sebagai bahasa utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan menjadi
tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum dan bangsa. Kesimpulannya, BM sebagai

bahasa kebangsaan negara bererti bahasa untuk memajukan rakyat dan negara Malaysia.
Kepentingan negara seharusnya mengatasi kepentingan etnik dan kaum. Hanya BM yang



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 705

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

dapat merentas segala sempadan budaya dan bahasabahasa etnik yang lain untuk digunakan
sebagai alat kemajuan dan perpaduan antara etnik di negara ini. Inilah sebenarnya nilai dan

potensi BM sebagai bahasa kebangsaan negara yang memainkan peranan sebagai wahana
perpaduan rakyat Malaysia.


RUJUKAN

Abdullah Sani Yahaya. (2003). Perkembangan pendidikan di Malaysia. Bentong,
Pahang:PTS Pub. & Distributor Sdn. Bhd.
Adenan Ayob. (2009). Bahasa kebangsaan. Shah Alam: Oxford Fajar.

Ang Lai Hoon & Che Radiah Mezah. (2012). Masalah penggunaan Bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar etnik Cina di Malaysia. Jurnal Sosiohumanika 5(2).
Awang Sariyan, Datuk Dr. (2013). Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan
Melayu VIII pada 13 – 14 November 2013 di Dewan dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Chew Peh Ting. (1979). Konsep asas sosiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hassan Ahmad. (2002). Dasar bahasa dan pembangunan negara di Malaysia. Kuala Lumpur:
DBP dan Persatuan Linguistik Malaysia.
Lim Kim Hui (2005). “A Philosophical Study of Malay Language”. Disertasi Ph.D. University of
Hamburg.
Mansor Mohd Noor. (2010). Hubungan Melayu dan Cina di Malaysia masa kini. Jurnal
Demokrasi 9(2): 186-207.
Mohd Ridhuan Tee Abdullah. (2010). Cabaran Integrasi antara kaum di Malaysia: Perspektif
Sejarah Keluarga dan Pendidikan. Jurnal Hadhari 3:61-84.

Mohamad Rodzi Abd Razak. (2009). Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan
Pendidikan sejarah dan dasar pendidikan kebangsaan. JEBAT: Malaysian Journal of
History, Politics and Strategic Studies 36(2009):90-106.
Najeemah Mohd Yusof. (2005). Pola interaksi dalam kalangan murid pelbagai etnik di Sekolah
Menengah Kebangsaan sekitar Sungai Petani, Kedah. Tesis Doktor Falsafah. Bayan
Lepas: Universiti Sains Malaysia.
Najeemah Mohd Yusof. (2011). Language and ethnic boundary among students of various
ethnicities in secondary schools in Malaysia. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan
Kemanusiaan Sosiohumanika 4(2): 211-228.

Noraien Mansor & Noor Rohana Mansor. (2013). Bahasa Melayu: Realiti dan harapan. Kuala
Terengganu: Penerbit UMT.

Perakyla, A. (2005). Analyzing talk and text dalam Y.S.L Norman & K. Denzin [ed], Edisi ke-
3. Qualitative Research. London: Sage Publications.
Ramlah Adam. (2014). Pendaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
ilmu di Malaysia: Sejarah dan kedudukan masa kini. Proceeding of Symposium of
International Language and Knowledge (SiLK 14).

Rosman Md. Yusoff & Kassim Thukimin. (2009). Teori dan pemikiran mengenai hubungan
etnik. Dlm. Kassim Thukimin & Hamidah Abdul Rahman Hubungan Etnik di Malaysia:
Perspektif, Teori dan Praktik 17-53. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 706

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Rosnani Hashim. (2004). Educational dualism in Malaysia: Implications for theory and
practice. Kuala Lumpur: The Other Press.
Sufean Hussin. (2002). Dasar pembangunan pendidikan Malaysia. Teori dan analisis.
KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shamsul Amri Baharuddin. (2007). Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia.

Zulkifley Hamid & Naidatul Zamrizam Abu. (2013). Memupuk perpaduan di Malaysia – Santun
bahasa dalam kalangan murid pelbagai etnik dari aspek penggunaan kata ganti nama
diri. Malaysian Journal of Society and Space 9(4): 86-98.






































































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 707

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PERBANDINGAN PANDANGAN PELAJAR FAKULTI UNDANG-UNDANG DI SALAH
SEBUAH IPTA TERHADAP RANG UNDANG-UNDANG AKTA MAHKAMAH SYARIAH
(BIDANG KUASA JENAYAH) 1965 (AKTA RUU 355)

1
2
Mohd Fakhruddin Mohd Zaharuddin , Muhammad Adib Samsudin, PhD

1, 2 Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected] 1



ABSTRAK


Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta Rang Undang-undang Akta

355 (RUU Akta 355) telah menjadi suatu isu nasional sejak ahli parlimen Marang membuat
usul persendirian yang pertama pada 7 April 2015 dan dibacakan tanpa bahas di parlimen
pada 24 November 2016 untuk memasukkan usul baharu iaitu Seksyen 2A Akta 355 agar

Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa menjatuhkan hukuman yang sesuai dengan
kehendak syariah Islam seperti kesalahan meminum arak, qazaf dan zina. Hal ini telah
mendapat perhatian pelbagai golongan msyarakat termasuk pelajar IPT sehingga

menimbulkan pelbagai persepsi dan kekeliruan terhadap RUU Akta 355. Justeru, kajian ini
bertujuan membandingkan persepsi pelajar Fakulti Undang-Undang (FUU) di sebuah IPTA di

Selangor terhadap RUU Akta 355. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti sejauh
mana perbezaan persepsi pelajar FUU terhadap RUU Akta 355 berdasarkan jantina, agama
dan kaum. Sampel kajian terdiri daripada 35 orang pelajar FUU. Kajian ini dijalankan secara

tinjauan menggunakan soal selidik yang mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach
yang sangat tinggi iaitu 0.955. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for

Social Science (SPSS) menerusi analisis Ujian-t dan Anova. Analisis data secara keseluruhan
menunjukkan skor min ialah 3.21 iaitu bersetuju terhadap RUU Akta 355. Dapatan
menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan persepsi pelajar berdasarkan penganut

agama ((p=0.00; t<0.05) dan kaum (p=0.00; t<0.05). Para pelajar FUU bukan beragama Islam
yang terdiri daripada kaum Cina dan India didapati tidak bersetuju terhadap RUU Akta 355
berbanding pelajar beragama Islam yang terdiri daripada kaum Melayu yang sangat setuju.

Hal ini berlaku disebabkan oleh pengaruh politik terhadap pemikiran pelajar. Pemimpin politik
pembangkang yang terdiri daripada mejoriti kaum Cina dan India telah menentang usul RUU
Akta 355 yang dibentangkan di parlimen.


Kata Kunci: persepsi, akta mahkamah syariah, Rang Undang-undang, Akta 355.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 708

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGENALAN

Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355

merupakan suatu akta untuk memberi dan menyeragamkan bidang kuasa kepada Mahkamah
yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang Negeri untuk membicarakan

kesalahan di bawah hukum syarak (Mohd Sabree 2018). Akta ini telah diluluskan di Parlimen
pada tahun 1965 berdasarkan punca kuasa daripada Butiran 1, Senarai Negeri, Jadual
Kesembilan. Kuasa yang diperuntukkan kepada Mahkamah Syariah oleh Perlembagaan

Persekutuan 1965 adalah hanya boleh membicara dan menghukum ke atas orang Islam
sahaja dengan hukuman enam bulan penjara atau denda tidak melebihi RM1000.00 atau
gabungan kedua-duanya (Wan Mohd Amjad et.al., 2018). Kemudian berlaku beberapa

pindaan sehinggalah pindaan yang terakhir iaitu pada tahun 1984 yang memberi kuasa
kepada Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tidak melebihi 3 tahun penjara, denda RM
5,000 serta enam kali sebatan.

Pada tahun 2016, Ahli Parlimen Marang iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah
membentangkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian terhadap Akta 355

di Dewan Rakyat. Pindaan RUU Akta 355 ini bagi memperkasakan Akta Mahkamah Syariah
dengan meningkatkan had maksimum hukuman kepada hukuman penjara tidak melebihi 30
tahun, denda tidak melebihi RM 100,000 atau tidak melebihi 100 kali sebatan syarie (Mustaffa

Jusoh, Mohd Musa dan Wan Abdul Fattah, 2018).
Pembentangan pindaan RUU Akta 355 ini telah mendapat pelbagai pandangan

daripada pelbagai lapisan masyarakat sama ada ahli politik, ahli akademik, agamawan dan
sebagainya. Ahli perundangan juga tidak ketinggalan dalam membahaskan berkenaan RUU
Akta 355 ini yang mana mereka juga dianggap sebagai golongan yang pakar terhadap

perundangan serta memahami dengan lebih mendalam berkenaan undang-undang di
Malaysia termasuklah RUU Akta 355. Oleh itu, perbezaan agama dan kaum juga boleh
menjadi faktor kepada perbezaan pendapat berkenaan RUU Akta 355. Hal ini kerana

sebahagian masyarakat bukan Islam dilihat mempunyai sifat islamofobia seterusnya menolak
RUU Akta 355 (Ahmad Suhael Adnan, 2017). Selain itu, parti-parti politik berasakan kaum
bukan melayu dilihat lantang bersuara menentang pindaan RUU Akta 355 ini (Harakah Daily,

2017).
Kajian ini bertujuan untuk membandingkan persepsi pelajar Fakulti Undang-Undang

(FUU) di sebuah IPTA di Selangor terhadap RUU Akta 355. Penelitian terhadap persepsi
pelajar ini diperhalusi dengan mengenalpasti kewujudan perbezaan persepsi para pelajar
terhadap RUU Akta 355 berdasarkan jantina, agama dan kaum. Kajian ini akan memberi

maklumat tambahan tentang bersetujuan pelaksaan Akta RUU 355 dalam kalangan pelajar
khususnya yang sedang belajar dalam bidang undang-undang.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 709

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

LITERATUR KAJIAN

Tinjauan terhadap beberapa kajian lepas berkaitan kes-kes jenayah syariah, mendapati

terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan berkaitan RUU Akta 355. Antara kajian
tersebut ialah kajian yang telah dilaksanakan oleh Mohd Sabree (2018). Beliau telah mengkaji

tentang Akta 355 dan perkembangan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Hasil kajian
mendapati terdapat keperluan meminda Akta 355.
Selain itu, terdapat juga kajian yang dijalankan oleh Jasri Jamal dan Hasnizam Hashim

(2017) yang mengkaji berkenaan keperluan kajian semula terhadap hukuman kes-kes
jenayah Syariah. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor yang menyebabkan bentuk
hukuman bagi kes jenayah di Mahkamah Syariah dikaji semula antaranya keterbatasan

pemilihan bentuk hukuman oleh Hakim Syarie yang hanya boleh menjatuhkan hukuman
penjara, denda dan sebatan. Selain itu, hukuman takzir boleh dikenakan dalam pelbagai
bentuk hukuman sama ada berat dan ringan serta tidak tertakluk kepada satu-satu hukuman

sahaja seperti amaran, celaan, penjara, buang daerah, dan sebagainya. Selain itu,
ketidakseragaman hukuman bagi kesalahan yang sama dalam Enakmen Kesalahan Jenayah

Syariah Negeri-Negeri akan menyebabkan masyarakat mempersoalkan asas yang diambil
kira oleh penggubal undang-undang Syariah dalam menentukan suatu bentuk hukuman. Oleh
itu, kajian semula terhadap bentuk hukuman di Mahkamah Syariah perlu diteliti dan dikaji.

Selain itu, kajian berkenaan persepsi pelajar UIAM terhadap RUU Akta 355 telah
dijalankan oleh Jefri Khairil dan Muhamad Fuzi (2019). Hasil kajian ini mendapati bahawa

terdapat tiga faktor yang mempengaruhi responden dalam memahami RUU Akta 355 iaitu
faktor agama, politik dan pengetahuan. Kajian ini juga mendapati bahawa responden yang
berlatar belakang agama lebih cenderung mempunyai persepsi positif terhadap RUU Akta

355. Selain itu juga, responden yang menyokong parti politik PAS juga cenderung untuk
menyokong RUU Akta 355.


METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan sampel seramai 35 orang pelajar Fakulti Undang-Undang di sebuah

IPTA di Selangor. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan.
Instrumen soal selidik yang diedarkan secara rawak menggunakan google form. Instrumen
kajian ini terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A mengandungi item-item

tentang latar belakang responden. Manakala Bahagian B pula terdiri daripada 7 item yang
berkaitan RUU Akta 355. Setiap item menggunakan pilihan jawapan berbentuk skala likert
lima mata. Instrumen ini mempunyai nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang sangat

tinggi iaitu 0.955.



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 710

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Data yang diperoleh daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian SPSS.
Pengkaji telah menggunakan statistik deskriptif dan inferensi (ujian-t dan Anova Sehala). Skor

min yang diperoleh daripada instrumen soal selidik adalah berdasarkan Nunnaly dan
Bernsteinm (1994) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.


Jadual 1 Jadual Tahap dan Julat Bacaan Skor Min
1.00-2.00 2.01-3.00 3.01-4.00 4.01-5.00

Rendah Sederhana rendah Sederhana Tinggi Tinggi
(Tidak Bersetuju) (Bersetuju)

(Sumber: Nunnaly dan Bernsteinm 1994)

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi empat soalan kajian iaitu;

1. Sejauhmanakah persepsi para pelajar FUU terhadap Rang Undang-Undang Akta 355?
2. Adakah wujud perbezaan yang signifikan persepsi para pelajar FUU terhadap Rang
Undang-undang Akta 355 berdasarkan jantina?

3. Adakah wujud perbezaan yang signifikan persepsi para pelajar FUU terhadap Rang
Undang-undang Akta 355 berdasarkan penganut agama Islam dan bukan Islam?

4. Adakah wujud perbezaan yang signifikan persepsi para pelajar FUU terhadap Rang
Undang-undang Akta 355 berdasarkan bangsa?


DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 35 orang yang terdiri 19 lelaki
(54.3%) dan 16 perempuan (45.7%). Sebahagian besar responden terdiri daripada penganut

agama Islam iaitu seramai 19 responden (54.3%) dan 16 responden (45.7%) bukan beragama
Islam. Responden juga terdiri daripada Melayu, Cina, India. Responden dari kaum Melayu

adalah paling ramai iaitu seramai 19 orang (54.3%), diikuti kaum India 9 orang (25.7%) dan
Cina (20.0%). Responden terdiri daripada empat kumpulan iaitu Tahun 1 seramai dua orang
(5.7%), tahun 2 seramai 11 orang (31.4%), Tahun 3 seramai 14 responden (40.0%) dan tahun

4 seramai 8 orang (22.9%).












e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 711

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 2: Taburan Kekerapan dan Jantina Responden

Jantina Kekerapan Peratus (%)
Lelaki 19 54.3
Perempuan 16 45.7

Jumlah 35 100


Jadual 3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Kaum Responden
Kaum Kekerapan Peratus (%)
Melayu 19 54.7

Cina 7 20.0
India 9 25.7

Jumlah 30 100

Jadual 4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Agama Responden

Agama Kekerapan Peratus (%)
Islam 19 54.3

Bukan Islam 16 45.7
Jumlah 35 100


Jadual 5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Tahun Pengajian Responden
Tahun Pengajian Kekerapan Peratus (%)

Tahun 1 2 5.7
Tahun 2 11 31.4
Tahun 3 14 40.0

Tahun 4 8 22.9
Jumlah 35 100


Persepsi Para Pelajar Fakulti Undang-undang di Sebuah IPTA di Selangor Terhadap
Rang Undang-Undang Akta 355.

Dapatan kajian persoalan kajian yang pertama ditunjukkan dalam jadual 6, item nombor 1
iaitu “Hukuman denda maksima RM 5,000 untuk kesalahan zina adalah sedikit dan tidak

memadai untuk memberi pengajaran kepada pesalah” sebanyak 5.7% responden sangat
tidak setuju dengan pernyataan ini. Seterusnya diikuti dengan jawapan tidak setuju sebanyak
14.3% responden telah memilih jawapan bagi pernyataan yang diberikan. Manakala,

sebanyak 11.4% responden telah memilih jawapan tidak pasti bagi pernyataan ini. Pilihan
jawapan bagi setuju untuk pernyataan ini ialah 28.6%. Kebanyakan responden memberikan



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 712

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

jawapan sangat setuju (40.0%). Nilai min ialah 3.83 menunjukkan responden setuju dengan
item ini. Responden memilih sangat setuju bahawa peruntukkan Akta 355 pada masa kini

adalah tidak memadai dan perlu ditingkatkan. Hal ini selaras dengan pandangan daripada
Mohd Sabree (2018) yang menyatakan bahawa hukuman maksima yang terdapat dalam
Akta 355 seolah-olah tidak mampu membendung jenayah yang berlaku pada masa kini.

Ianya juga disokong oleh Maisarah Sheikh Rahim (2020) dengan menyatakan bahawa kes
yang difailkan di Mahkamah Syariah menunjukkan peningkatan yang tetap melebihi 100,000

kes bagi setiap lima tahun iaitu dari tahun 2014 sehingga tahun 2018.
Item nombor 2, “Pindaan Akta RUU 355 bertentangan dengan Perlembagaan
Persekutuan” telah mencatat nilai min 2.57 iaitu responden tidak setuju dengan item ini.

Responden yang memilih jawapan sangat tidak setuju (20.0%). Bagaimanapun, sebilangan
besar responden memilih jawapan tidak setuju bagi item ini dengan catatan peratusan

sebanyak 40.0%. Bagi jawapan tidak pasti sebanyak 14.3% dan sangat setuju pula 11.4%.
Data menunjukkan bahawa sebilangan besar responden memilih jawapan tidak setuju. Item
nombor 3, “Pindaan Akta RUU 355 akan menyebabkan konflik bidang kuasa antara

Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil” telah mencatatkan nilai min yang sederhana iaitu
2.77 yang bermaksud responden tidak setuju dengan item ini. Bagi item ini responden yang
memilih tidak setuju dengan item ini pula merupakan yang tertinggi iaitu sebanyak 31.4%.

Manakala sebanyak 22.9% responden yang sangat setuju dengan pernyataan tersebut.
Namun, secara keseluruhan sebilangan besar responden tidak bersetuju, kerana Mahkamah
Syariah hanya berbidang kuasa dalam membicarakan orang Islam berdasarkan kepada

Jadual Kesembilan, Senarai Negeri Butiran 1 Perlembagaan Persekutuan.
Item nombor 4, “Pindaan Akta RUU 355 akan menjejaskan ekonomi dan pelaburan

asing” telah mencatat nilai min yang sederhana iaitu 2.86 yang bermaksud responden tidak
setuju dengan item ini. Data kajian menapati pilihan jawapan tidak pasti sebanyak 31.4%
adalah yang terbesar. Jika dilihat kepada jawapan responden, kebanyakannya memilih

jawapan tidak pasti dan sangat tidak setuju. Hal ini mungkin kerana pindaan Akta 355 tidak
melibatkan sebarang perubahan dasar ekonomi kepada negara. Kenyataan berkenaan RUU

Akta 355 akan menjejaskan ekonomi dan memberi kesan kepada pelabur asing (G25 2017)
adalah tidak berasas dan sangkaan semata-mata.
Item nombor 5, “Pindaan Akta RUU 355 akan mengurangkan kadar jenayah Syariah”
menunjukkan nilai min yang tercatat adalah tinggi iaitu 3.94 yang bermaksud responden setuju

dengan item ini. Berdasarkan data kajian, pilihan jawapan sangat setuju adalah tertinggi
(42.9%). Hal ini kerana Akta 355 pada masa kini tidak dapat membendung jenayah yang

meningkat saban tahun (Mohd Sabree 2018). Item nombor 6, “Pindaan Akta RUU 355
melibatkan hukuman terhadap orang Islam sahaja” telah mecatatkan nilai min yang tinggi
iaitu 4.11 yang bermaksud responden sangat setuju terhadap item ini. Kebanyakan responden


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 713

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

memilih jawapan sangat setuju terhadap pernyataan item ini dengan nilai peratusan 42.9%.
Item nombor 7, “Pindaan Akta RUU 355 menguntungkan politik sesetengah pihak sahaja”

telah mencatatkan nilai min tertinggi sebanyak 37.1%. Rumusan analisis data ditunjukkan
dalam Jadual 6.
Jadual 6 Persepsi pelajar FUU terhadap RUU akta 355

Bil Persepsi Pelajar FUU Terhadap RUU Peratus (%) Min
Akta 355 1 2 3 4 5

1 Hukuman denda maksima RM 5,000 5.7 14.3 11.4 28.6 40 3.83

untuk kesalahan zina adalah sedikit
dan tidak memadai untuk memberi
pengajaran kepada pesalah

2 Pindaan Akta RUU 355 bertentangan 20.0 40 14.3 14.3 11.4 2.57
dengan Perlembagaan Persekutuan
3 Pindaan Akta RUU 355 akan 22.9 31.4 14.3 8.6 22.9 2.77

menyebabkan konflik bidangkuasa
antara Mahkamah Syariah dan

Mahkamah Sivil
4 Pindaan Akta RUU 355 akan 20.0 20.0 31.4 11.4 17.1 2.86
menjejaskan ekonomi dan pelaburan

asing
5 Pindaan Akta RUU 355 akan 5.7 8.6 14.3 28.6 42.9 3.94

mengurangkan kadar jenayah Syariah
6 Pindaan Akta RUU 355 melibatkan 2.9 8.6 11.4 34.3 42.9 4.11
hukuman terhadap orang Islam sahaja

7 Pindaan Akta RUU 355 17.1 25.7 37.1 11.4 8.6 2.69
menguntungkan politik sesetengah
pihak sahaja

Petunjuk: 1 – Sangat Tidak Setuju 2 – Tidak Setuju 3 – Tidak Pasti 4 – Setuju 5 – Sangat
Setuju
Persepsi Para Pelajar Terhadap RUU Akta 355 Berdasarkan Jantina

Dapatan kajian kedua adalah tentang perbezaan persepsi para pelajar FUU di sebuah IPTA
di Selangor terhadap Rang Undang-Undang Akta 355 berdasarkan jantina. Hasil analisis

Ujian-t mendapati nilai p = 0.595 dan t >0.05. Analisis ini mendapati tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara min skor persepsi para pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.
Bagaimanapun, skor min pelajar lelaki ialah 3.27 lebih tinggi berbanding skor min pelajar

perempuan 3.04. Dapatan ini menunjukkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan memberi



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 714

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

persepsi yang sama terhadap terhadap Rang Undang-Undang Akta 355 iaitu pada tahap
sederhana tinggi. Hal ini menunjukkan jantina tidak memberi kesan kepada persepsi terhadap

RUU355.

Jadual 7 Data Diskriptif Ujian t Persepsi Pelajar Berdasarkan Jantina

Janti Std. Error
na N Mean Std. Deviation Mean

Min Skor 1 19 3.2711 1.30006 .29825
2 16 3.0444 1.17463 .29366



Jadual 8 Analisis Ujian t Perbandingan Persepsi Pelajar Berdasarkan Jantina

Levene's
Test for
Equality of

Variances t-test for Equality of Means
95% Confidence

Sig. Mean Interval of the
(2- Differenc Std. Error Difference
F Sig. t df tailed) e Difference Lower Upper

Min Equal
Skor variances .153 .698 .537 33 .595 .22668 .42231 -.63252 1.08587

assumed
Equal
variances
.542 32.812 .592 .22668 .41856 -.62507 1.07842
not
assumed



Persepsi pelajar terhadap RUU Akta 355 berdasarkan Penganut Agama dan Kaum
Dapatan kajian ketiga dan keempat adalah untuk menjawab persoalan kajian tentang

perbezaan persepsi pelajar terhadap RUU Akta 355 berdasarkan Penganut Agama dan
Kaum. Pengkaji telah melaksanakan prosedur analisis ujian–t untuk menjawab persoalan

kajian ketiga iaitu mengenalpasti kewujudan perbezaan min skor persepsi antara para pelajar
beragama Islam dengan pelajar bukan Islam Fakulti Undang-Undang terhadap Rang Undang-
Undang Akta 355. Analisis ujian t mendapati nilai p = 0.00 dan t <0.05 iaitu nilai signifikan




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 715

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

adalah lebih kecil daripada nilai 0.05 yang ditetapkan. Dapatan ini menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan antara min skor pelajar beragama Islam dengan pelajar bukan

Islam terhadap Rang Undang-Undang Akta 355. Skor min pelajar beragama Islam ialah 4.19
berada pada tahap tinggi iaitu lebih tinggi berbanding pelajar bukan beragama Islam iaitu 1.96
yang berada pada tahap rendah. Dapatan ini menunjukkan pelajar beragama Islam bersetuju

Rang Undang-Undang Akta 355 dilaksanakan, berbanding pelajar bukan Islam yang tidak
bersetuju.

Persoalan kajian keempat pula, prosedur analisis Anova untuk mengenalpasti
kewujudan perbezaan min skor persepsi para pelajar berdasarkan kaum Melayu, Cina dan
India terhadap pelaksanaan Rang Undang-Undang Akta 355. Jadual 4.12 menunjukkan nilai

p = 0.00, dan t <0.05. Dapatan ini menunjukkan nilia signifikan adalah lebih kecil (0.00)
daripada nilai signifikan (0.05) yang ditetapkan. Hasil analisis ini menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan antara min skor persepsi pelajar terhadap RUU Akta 355
berdasarkan kaum. Hal ini menunjukkan pelajar kaum Melayu, Cina dan India memberi
persepsi yang berbeza terhadap pelaksanaan Rang Undang-Undang Akta 355. Jadual 4.11

menunjukkan skor min pelajar kaum Melayu berada pada tahap tinggi iaitu 4.19 (tinggi) diikuti
pelajar kaum India pelajar 2.10 (sederhana rendah) dan pelajar kaum Cina 1.78 (rendah).
Purata skor min keseluruhan ialah 3.17 (sederhana tinggi).

Pengkaji telah melaksanakan ujian post hoc (Tukey HSD) untuk mengenalpasti
perbezaan pertsepsi yang wujud antara ketiga-tiga kaum. Jadual 4.13 menunjukkan wujud
perbezaan yang signifikan persepsi terhadap Rang Undang-Undang Akta 355 antara pelajar

kaum Melayu dengan pelajar kaum Cina. Analisis data menunjukkan nilai p = 0.00, iaitu t
<0.05 dengan perbezaan min sebanyak 2.41. Hasil analisis juga menunjukkan wujud

perbezaan yang signifikan antara pelajar kaum Melayu dengan pelajar kaum India iaitu p =
0.00, iaitu t <0.05 dengan perbezaan min sebanyak 2.09. Namun begitu, hasil analisis data
menunjukkan situasi yang agak sama antara pelajar Cina dan India iaitu tidak wujud

perbezaan yang signifikan persepsi terhadap Rang Undang-Undang Akta 355 antara pelajar
kaum Cina dengan pelajar kaum India dengan nilai p=0.417, dan t>0.05 dengan perbezaan

min sebanyak 0.32. Hal ini menunjukkan pelajar kaum Cina dan India di Fakulti Undang-
Undang sebuah IPTA di Selangor mempunyai persepsi yang sama iaitu tidak bersetuju
terhadap pelaksanaan Rang Undang-Undang Akta 355. Sebaliknya, pelajar di FUU daripada
kaum Cina dan India mempunyai persepsi yang berbeza berbanding pelajar Melayu dengan

terhadap RUU Akta 355.
Dapatan ini menunjukkan pembolehubah kaum yang terdiri daripada kaum Cina dan

India serta pemboleh ubah penganut agama bukan Islam memberi pendapat yang sama iaitu
tidak bersetuju pada tahap tinggi (Cina) dan sederhana tinggi (India) terhadap pelaksanaan
RUU Akta 355. Dapatan ini selari dengan kenyataan Ahmad Suhale Adnan (2017) yang


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 716

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

mengatakan perbezaan agama dan kaum juga boleh menjadi faktor kepada perbezaan
pendapat berkenaan RUU Akta 355. Ini bermakna pelajar bukan Islam yang terdiri daripada

kaum Cina dan India dilihat mempunyai ciri-ciri islamofobia kerana menolak RUU Akta 355
(Ahmad Suhael Adnan 2017). Selain itu, para pelajar di FUU dipengaruhi oleh pendapat ahli
politik berasakan kaum bukan melayu dilihat lantang bersuara menentang pindaan RUU Akta

355 (Harakah Daily 2017).


Jadual 9 Data Diskriptif Ujian t Persepsi Pelajar Berdasarkan Penganut Agama
Std. Error
Agama N Mean Std. Deviation Mean

Min Muslim 19 4.1879 .32377 .07428
Skor Non-
16 1.9556 .65305 .16326
muslim

Jadual 4.10 Analisis Ujian t Perbandingan Persepsi Pelajar Berdasarkan Penganut Agama

Levene's Test
for Equality of

Variances t-test for Equality of Means
95%
Std. Confidence

Sig. Mean Error Interval of the
(2- Differenc Differenc Difference

F Sig. t df tailed) e e Lower Upper
Min Equal
13.13 1.8863 2.5781
Skor variances 12.827 .001 33 .000 2.23227 .17001
1 9 5
assumed
Equal
variances 12.44 21.09 1.8593 2.6051
.000 2.23227 .17937
not 5 9 6 8
assumed


Jadual 4.11 Data Diskriptif One Way Anova Persepsi Pelajar Berdasarkan Kaum
95% Confidence Interval for

Std. Mean Min Max
Deviatio Std. Lower
N Mean n Error Bound Upper Bound




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 717

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Melayu 4.187
19 .32377 .07428 4.0318 4.3439 3.57 5.00
9
Cina 1.775
7 .64794 .24490 1.1765 2.3750 1.00 2.71
7

India 2.095
9 .65911 .21970 1.5889 2.6022 1.00 2.86
6
Total 3.167
35 1.23151 .20816 2.7444 3.5905 1.00 5.00
4



Jadual 4.12 Analisis One Way Anova Perbandingan Persepsi Pelajar Berdasarkan Kaum
Sum of

Squares df Mean Square F Sig.
Between
43.684 2 21.842 88.684 .000
Groups

Within Groups 7.881 32 .246
Total 51.565 34



Jadual 4.13 Analisis Post Hoc Perbandingan Persepsi Pelajar Antara Kaum

Mean 95% Confidence Interval
(I) (J) Difference (I- Std. Lower

Kaum Kaum J) Error Sig. Bound Upper Bound
Tukey Melayu Cina 2.41218 .21942 .000 1.8730 2.9514
*
*
HSD India 2.09234 .20082 .000 1.5989 2.5858
Cina Melayu -2.41218 .21942 .000 -2.9514 -1.8730
*
India -.31984 .25010 .417 -.9344 .2947

India Melayu -2.09234 .20082 .000 -2.5858 -1.5989
*
Cina .31984 .25010 .417 -.2947 .9344
*. The mean difference is significant at the 0.05 level.


RUMUSAN DAN CADANGAN

Berdasarkan kepada hasil kajian yang diperoleh, dapat disimpulkan bahawa para pelajar

Fakulti Undang-Undang di Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai persepsi yang
berbeza terhadap Rang Undang-Undang Akta 355. Pelajar kaum Cina dan India didapati tidak

bersetuju dengan berbanding pelajar kaum Melayu (beragama Islam) yang bersetuju dengan


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 718

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

pelaksanaan RUU Akta 355. Walau pun para pelajar di FUU merupakan golongan yang
memahami undang-undang termasuk Rang Undang Akta Mahkamah Syariah atau Akta 355,

namun ini tidak mengubah persepsi mereka. Hal ini disebabkan oleh pandangan para pelajar
terhadap RUU Akta 355 telah dipengaruhi oleh pendapat ahli politik yang disokong. Dapatan
ini didapati tidak selaras dengan dapatan kajian oleh Jefri Khairil dan Hasnizam Hashim

(2019) menjelaskan bahawa kefahaman terhadap Rang Undang-Undang Akta 355 akan
cenderung untuk mempunyai persepsi yang positif. Namun hal ini tidak berlaku, sebaliknya

faktor agama agama dan kaum yang mendasari pandangan politik yang disokong lebih kuat
mempengaruhi persepsi para pelajar. Hanya faktor jantina tidak menunjukkan perbezaan
terhadap persepsi Rang Undang-Undang Akta 355. Dapatan ini menyokong dapatan kajian

berkenaan persepsi pelajar UIAM terhadap RUU Akta 355 telah dijalankan oleh Jefri Khairil
dan Muhamad Fuzi (2019) yang mendapati tiga faktor yang mempengaruhi responden dalam

memahami RUU Akta 355 iaitu faktor agama, politik dan pengetahuan.
Dicadangkan agar penjelasan yang lebih terperinci tentang RUU Akta 355 diberikan
kepada ahli politik yang terdiri daripada kaum Cina dan India. Hal ini kerana para pelajar

didapati lebih terpengaruh oleh pendapat ahli politik berbanding kefahaman dalam aspek
undang-undang.


RUJUKAN

Ahmad Suhael Adnan. (2017). Islamofobia Punca Tak Sokong RUU 355. 11 Mac 2017
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/03/258794/islamofobia-punca-tak-
sokong-ruu-355 [14 Julai 2021].

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). (2016). Kajian Persepsi Mahasiswa
Muslim Terhadap Pindaan Akta 355.
https://www.facebook.com/GamisMalaysia/photos/pcb.837096959764674/8370949964
315[4 Julai 2021]
Jasri Jamal dan Hasnizam Hasyim. (2017). Transformasi Bidang Kuasa Mahkamah Syariah
Di Malaysia: Penilaian Semula Terhadap Hukuman Takzir. Jurnal Kanun. 26(1): 38-71
Jefri Khairil Zabri dan Muhammad Fuzi Bin Omar. (2019). Perception of People Towards
RUU355: A Study On IIUM Students. Muallim Journal of Social Science and
Humanities. 3(1): 14-32
Mohamed Azam Mohamed Adli. (2020). Adakah RUU 355 Bercanggah Dengan
Perlembagaan? https://bebasnews.my/?p=41099 [14 Julai 2021]
Mohd Sabree. (2018). Akta 355 Dan Perkembangan Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Dalam
Perkara Jenayah Di Malaysia. Journal Law & Governance. 1(1): 77-90
Nunally, J., & Bernstein, I. (1994). Psychometric theory. Edisi ke-3. New York: McGraw Hill.

Nur Farhana Abdul Rahman & Nur Solehah Shapiee. 2018. Autoriti Agama di Malaysia.
nKedudukan dan Kritikan. International Journal of Islamic Thought. 14(Dec): 72-85





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 719

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Periasamy, M. (2019). Kaum India Tidak Perlu Bimbang Dengan RUU 355.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kaum-india-tidak-perlu-bimbang-
dengan-ruu-355-224758 [14 Julai 2021]

Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (2016). Kepentingan Memahami Pindaan Akta 355.
https://www.malaysiakini.com/news/354422 [14 Julai 2021]









































































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 720

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021


























Subtema



Bahasa Melayu Merentas Kurikulum































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 721

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

FAKTOR IBU BAPA DAN GURU MATA PELAJARAN MENYEBABKAN MASALAH
PONTENG DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJONG PUTERI, KUALA
KETIL, KEDAH.

Muruga A/L Krishnan (Phd)
(Guru Pakar / Cemerlang)

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Puteri,
09300 Kuala Ketil, Kedah.



ABSTRAK


Ponteng sekolah merupakan salah satu isu telah dibincangkan dalam kalangan masyarakat
kini. Kajian ini merupakan kajian kes di sebuah sekolah menengah harian daerah Baling,
Kedah. Kajian ini telah dibincangkan faktor ibu bapa dan guru matapelajaran menyebabkan

masalah ponteng di SMK Tanjong Puteri, 09300 Kuala Ketil, Kedah. Dalam kajian ini pengkaji
telah menggunakan sampel rawak jenis kelompok dengan memilih pelajar-pelajar tingkatan 5

di SMK Tanjong Puteri. Seramai 100 orang pelajar daripada 184 pelajar di tingkatan 5 bagi
tahun 2019. Data dianalisis secara statistik deskriptif iaitu min berbantukan perisian E-Views
Versi 20.00. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min keseluruhan bagi faktor ibu bapa

berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.58. Justeru itu, dapatan kajian menunjukkan
bahawa kebenaran ibu bapa memberikan saya keluar dengan rakan sebaya skor min adalah
tinggi iaitu 4.25. Bagi sikap guru mata pelajaran yang menyebabkan masalah ponteng pula

menunjukkan pada tahap tinggi dengan skor min 3.73. Justeru itu, dapatan kajian
menunjukkan guru tidak menggunakan BBM selaras dengan PAK21 bahawa skor min adalah
tinggi iaitu 4.45. Keseimpulannya, semua pihak berganding bahu antara satu sama lain untuk

menangani masalah ponteng sekolah.



Kata kunci: Faktor Ibu bapa dan guru mata pelajaran menyebabkan ponteng sekolah.


PENGENALAN


Sejak kebelakangan ini, ponteng sekolah merupakan salah satu tingkah laku atau disiplin
pelajar dalam media pendidikan. Stuphen, Fort dan Faltherty (2009), menjelaskan ponteng
ialah sebagai bilangan ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab dalam sesuatu tempoh masa.

Sejak tahun 1994 hingga 2003 di Malaysia masalah ponteng dalam kalangan pelajar semakin
barah dan menonjol. Mengikut sumber data Kementerian Pelajaran Malaysia (2018) juga turut

menunjukkan bilangan ponteng sekolah semakin meningkat dari tahun ke tahun. Mengikut
sumber data kementerian mengutarakan bahawa di sekolah menengah kes ponteng semakin


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 722

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

meningkat terutamanya pelajar berumur 14 hingga 16 tahun. Mengikut sumber data
Kementerian Pendidikan Malaysia pelajar lelaki penyumbang utama berbanding dengan

pelajar perempuan dalm kes ponteng di Malaysia.

Wee Ka Siong ponteng sekolah ditafsirkan sebagai salah laku yang berat sepertimana

kes pukul dan gadul dalam kalangan pelajar sekolah. Menurut Norzawati Leni, Ahmad Nadzru
Lim, Faizah dan Noor Safiza (2016), menyatakan bahawa masalah ponteng merupakan
masalah sosial yang utama dalam bidang pendidikan di Malaysia. Pandangan ini selaras

dengan pandangan Arsathamby dan Ng (2014). Kemudian, menurut Zhang, Wilson,
Katsiyanis, Barett, Ju dan Wu (2010), ponteng ditakrifkan sebagai merupakan amalan
ketidakhadiran ke sekolah tanpa sebab yang munasabah dalam kalangan pelajar. Terdapat

pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada gejala ponteng sekolah dalam kalangan
pelajar sekolah menengah antaranya ialah faktor keluarga, pengaruh rakan sebaya, masalah
pelajar dengan guru mata pelajaran dan faktor persekitaran. Tetapi faktor yang dominan

ponteng sekolah dalam kalangan pelajar ialah faktor keluarga dan faktor sekolah.



PENYATAAN MASALAH

Mengikut pemerhatian pengkaji terdapat banyak faktor yang menyebabkan pelajar melibatkan

diri dalam gejala ponteng sekolah antaranya adalah disebabkan faktor ibu bapa dan faktor
guru. Dalam kajian ini, pengkaji hanya akan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
gejala ponteng dalam kalangan pelajar tingkatan 5.


Menurut sumber yang diperolehi, kebanyakkannya pelajar yang terlibat dengan gejala
ponteng sekolah datangnya dari kawasan luar bandar. Hal ini kerana, pelajar-pelajar yang

tinggal di luar bandar sering kali menghadapi masalah dari segi persekitaran tempat tinggal,
sosioekonomi keluarga dan pergaulan antara rakan-rakan.

Baru-baru ini segilintir ibu bapa yang sibuk bekerja dan mementingkan kebendaan

serta sifat materialistik menyebabkan tidak mempunyai masa untuk meluangkan dengan
anak-anak mereka. Adakah ibu bapa merupakan salah satu punca utama kewujudan masalah
ponteng di sekolah? Kebanyakkan remaja yang mudah berasa tertekan di sekolah akan

mengambil keputusan yang terburu-buru dengan melakukan gejala ponteng sekolah dan
melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Selain itu, terdapat juga remaja yang melakukan gejala ponteng sekolah disebabkan

oleh pihak sekolah. Hal ini kerana, apabila seseorang pelajar mendatangkan kemarahan
kepada guru mata pelajarannya, ini sekaligus akan menyebabkan guru mata pelajaran

tersebut tidak menyukai pelajar tersebut dan sering memarahinya. Persoalan di sini, adakah


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 723

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

hanya ibu bapa mendorong masalah ponteng dalam kalangan pelajar? Oleh itu, sikap guru
mata pelajaran mendorong masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.


Masalah ponteng dalam kalangan pelajar perlu menangani dengan segera bagi
mengelakkan daripada timbulnya pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada perilaku

ponteng. Oleh itu, bagi mengurangkan masalah ini, langkah perdana yang perlu dicari ialah
punca dan faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ponteng sekolah seterusnya
mencari jalan untuk mengatasinya. Jadi, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor ibu

bapa dan faktor guru yang menyebabkan pelajar melakukan gejala ponteng sekolah ini.


SOROTAN KARYA


Pelajar merupakan sebuah kumpulan yang difokus oleh kerajaan untuk meningkatkan tahap
pendidikan dan mewujudkan modal insan yang cemerlang pada abad ke-21 ini. Namun
remaja jugalah yang akan mencemarkan nama negara kita di mata dunia yang lain dengan

keruntuhan akhlak melalui gejala ponteng sekolah ini.


Teori Ponteng Sekolah

Menurut Eastman, Cooney, O’Connor dan Small (2007), menyatakan bahawa “Truancy is a
status offense that is an act that would not be criminal if committed by an adult”. Gabb (1994)
pila menyatakan “truancy is disobedience” iaitu pelajar sekolah adalah satu kewajipan

undang-undang yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Bandura (1997), dalam teori
pembelajaran sosial menekankan faktor kelakuan pelajar itu sendiri, pengaruh persekitaran
dan interaksi kognitif mempengaruhi tingkah laku pelajar remaja.


i)Faktor ibu bapa

Hunt dan Hopko (2009), Henry (2007) dan Ng (2005) juga menyatakan hubungan signifikan
antara faktor keluarga dan ponteng sekolah. Kajian Malcolm, Wilson, Davidson dan Krik
(2003) menyatakan bahawa guru memberi pandangan bahawa faktor keluarga merupakan

punca utama berlakunya ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Norasiah (2003),
menyatakan bahawa pengaruh ibu bapa merupakan salah satu punca bagi masalah ponteng
sekolah dalam kalangan pelajar sekolah. Diana Wulandari, Lee Jun Choi dan Sawan (2018),

telah mengkaji pengaruh gaya asuhan ibu bapa terhadap gejala ponteng sekolah.

ii)Faktor Guru

Menurut kajian Claes, Hooghe dan Reeskens (2009) menyatakan bahawa terdapat hubungan
antara faktor sekolah dengan ponteng sekolah dalam kalangan pelajar yang berumur 15

tahun. Begitu juga dengan Lloyd (2006) menyatakan terdapat hubungan antara faktor


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 724

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

kepimpinan sekolah dengan ponteng sekolah yang dijalankan di 31 buah sekolah menengah
di England.


Menurut Sharif Mustafa dan Suria Abd Jamil (2012), perlakuan ponteng sekolah berkaitan
dengan sikap guru mata pelajaran. Hal ini kerana, aktiviti-aktiviti pembelajaran yang kurang

menarik dan sikap guru yang mudah marah menyebabkan pelajar terdorong untuk melakukan
masalah ponteng sekolah ini.

Peryataan yang diutarakan oleh Barnert et al., (2015) bahawa apabila sekolah gagal untuk

memenuhi keperluan kasih sayang dan keselesaan hidup, maka seseorang pelajar itu akan
cenderung menghabiskan lebih banyak waktu di jalanan dan tidak berminat untuk berada di
sekolah. Selain daripada itu, pelajar yang ponteng sekolah juga berkemungkinan besar akan

mencari masalah di sekolah, mengalami kesulitan psikososial serta terlibat dengan masalah
peringkat juvana.


OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dijalankan untuk memperolehi dapatan dalam menangani ponteng sekolah. Secara
khususnya objektif kajian dalam penulisan ini ialah:

Objektif Umum

Menganalisis faktor ibu bapa dan menyebabkan masalah ponteng di Sekolah Menengah
Kebangsan Tanjong Puteri, Kuala Ketil, Kedah.


Objektif Khusus
1. Mengenal pasti faktor ibu bapa menyebabkan masalah ponteng di Sekolah Menengah

Kebangsan Tanjong Puteri, Kuala Ketil, Kedah.
2. Mengenal pasti faktor guru matapelajaran menyebabkan masalah ponteng di Sekolah

Menengah Kebangsan Tanjong Puteri, Kuala Ketil, Kedah.
3. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ponteng sekolah.



KEPENTINGAN KAJIAN

Persoalan terhadap salah laku ponteng ini telah banyak diperkatakan oleh pelbagai pihak

sama ada ibu bapa sendiri atau pihak sekolah. Hasil kajian ini dapat mendedahkan kepada
ibu bapa dan pihak sekolah punca masalah ponteng dalam kalangan pelajar.

Selain itu, dapatan kajian ini penting sebagai pedoman atau panduan kepada ibu bapa dan

pihak sekolah agar memahami dan mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menyebbakan
ponteng dalam kalangan pelajar. Pihak-pihak yang terbabit yang juga dapat mencari jalan


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 725

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

penyelesaian masalah ponteng dalam kalangan pelajar sekolah. Oleh itu, ibu bapa
menghasilkan anak yang cemerlang dan berguna manakala pihak sekolah menghasilkan

generasi unggul dan modal insan yang cemerlang dalam bidang pendidikan.


METODOLOGI KAJIAN

Populasi Kajian

Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 5 pada tahun 2019 di Sekolah Menengah
Kebangsaan Tanjong Puteri, Kuala Ketil, Kedah. Untuk memudahkan kajian ini digunakan

sebuah sekolah di mana tingkatan kadar ponteng lebih daripada 60 peratus.


Sampel Kajian

Menurut Mohd Najib (1999), saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan
keputusan kajian. Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan sampel rawak jenis kelompok
dengan memilih pelajar-pelajar tingkatan 5 di SMK Tanjong Puteri. Seramai 100 orang pelajar

daripada 184 pelajar di tingkatan 5 bagi tahun 2019. Segala maklumat untuk mendapatkan
populasi DNA sampel bagi kajian ini dirujuk daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(HEM), guru disiplin dan juga NBOS di sekolah-sekolah yang terlibat.



Instrument Kajian

Instrument kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik sebagai alat
ukur bagi pengumpulan data. Soal selidik merupakan satu yang lazim digunakan dalam kajian
tinjauan. Ia membolehkan penyelidikan dapat mengetahui sikap seseorang dalam menjawab

soalan bagi memastikan kesahan soal selidik yang digunakan. Borang soal selidik terdiri
daripada tiga bahagian iaitu bahagian A demografi responden, bahagian B iaitu penentu-

penentu yang mempengaruhi ponteng sekolah dan bahagian C iaitu cadangan-cadangan
untuk mengatasi masalah ponteng dalam kalangan pelajar. Kajian rintis dijalankan sebelum
set soalan diedarkan kepada responden untuk tujuan kefahaman pelajar dari segi isi

kandungan dan kebolehpercayaan item soalan. Kajian rintis ini dijalankan ke atas 30 orang
pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng sekolah di SMK Tanjong Puteri tingkatan 4.

Nilai alpha yang diperolehi dalam kajian ini ialah 0.602. Oleh itu, pekali saiz Cronbac’s Alpha
didapati kebolehpercayaan soal selidik adalah baik kerana >0.05.








e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 726

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Demografi Responden

Jadual 1, menunjukkan demografi responden terdiri daripada 83% pelajar lelaki dan 17%

adalah pelajar perempuan. Responden terdiri daripada lapan buah kelas di tingkatan 5 SMK
Tanjong Puteri iaitu 5A tiada kes ponteng, 5B tiada kes ponteng, 5C (6.02% pelajar lelaki dan

11.76% pelajar perempuan), 5D (18.07 % pelajar lelaki dan 5.88% pelajar perempuan), 5E
(12.05 pelajar lelaki dan 23.53 pelajar perempuan), 5G (30.12% pelajar lelaki dan 23.53%
pelajar perempuan) dan 5H (15.66% pelajar lelaki dan 41.18% pelajar perempuan).

Responden terdiri daripada pelabagai bangsa iaitu Melayu (75.90% lelaki dan 82.35% pelajar
perempuan), Cina tiada rekod ponteng, India (20.10% pelajar lelaki dan 17.655 pelajar
perempuan) dan lain-lain bangsa (4% pelajar lelaki dan pelajar perempuan tiada). Dari segi

penempatan pula pekan 25% manakala 75% tinggal di luar bandar.



DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian bagi kajian ini di analisis menggunakan Jadual Tafsiran Min seperti dalam
Jadual 2. Jadual 2, menunjukkan analisis skor min yang diperolehi daripada bora ng soal

selidik yang telah diedarkan kepada responden.

Jadual 2: Jadual Tafsiran Min

Skor Min Tahap
kecenderungan
1.00-2.33 Rendah
2.34-3.67 Sederhana
3.68-5.00 Tinggi

Nota: Ubah suai Landell, 1977.
i)Adakah ibu bapa yang menyebabkan masalah ponteng?


Jadual 3 menunjukkan skor min bagi dapatan kajian item faktor ibu bapa. Didapati skor min
keseluruhan bagi faktor ibu bapa berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.58.

Dapatan kajian menunjukkan nilai skor min paling rendah adalah 2.65 iaitu responden
mengakui bahawa ibu bapa kurang mengambil berat mengenai responden. Justeru itu,
dapatan kajian menunjukkan bahawa kebenaran ibu bapa memberikan saya keluar dengan

rakan sebaya skor min adalah tinggi iaitu 4.25.











e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 727

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 3: Skor Min bagi faktor ibu bapa

Pemboleh Sub Pemboleh ubah Skor Skor Min
ubah Keseluruhan
Kebenaran ibu bapa memberikan saya keluar dengan 4.25
rakan sebaya
Ibu bapa sentiasa sibuk kerja rutin 3.80
Ibu bapa Ibu bapa kurang menghabiskan masa dengan anak 4.02 Min = 3.58
Ibu bapa menyediakan telefon bimbit dan melayari 3.20
internet bermain game di rumah
Ibu bapa kurang ambil berat terhadap saya 2.65


ii)Adakah sikap guru mata pelajaran yang menyebabkan masalah ponteng?

Jadual 4 menunjukkan skor min bagi dapatan kajian item faktor guru. Didapati skor min
keseluruhan bagi faktor guru berada pada tahap tinggi dengan skor min 3.73. Dapatan kajian
menunjukkan nilai skor min paling rendah adalah 3.20 iaitu responden mengakui bahawa guru

mata pelajaran tidak memberi motivasi dan pujian terhadap responden. Justeru itu, dapatan
kajian menunjukkan guru tidak menggunakan BBM selaras dengan PAK21 bahawa skor min

adalah tinggi iaitu 4.45.

Jadual 4: Skor Min bagi faktor guru

Pemboleh Sub Pemboleh ubah Skor Skor Min
ubah Keseluruhan
Guru mata pelajaran tidak memberi motivasi dan 3.20
pujian kepada saya
Guru tidak menggunakan modul topikal semasa PdPC 3.76
Guru Guru menyuruh salin nota dari buku teks 3.89 Min = 3.73
Guru pilih kasih antara pelajar 3.36
Guru tidak menggunakan BBM selaras dengan PAK21 4.45
Guru memberi kerja rumah yang banyak 4.23
Guru kurang mengawal kelas semasa PdPC 3.25
dijalankan

PERBINCANGAN


Dapatan hasil kajian menunjukkan kebanyakan responden datang dari luar bandar dan
mereka tidak mempunyai kebebasan untuk keluar ke pekan atau bandar berhampiran dengan
tempat tinggal. Kebenaran ibu bapa memberikan anak-anak keluar dengan rakan sebaya

merupakan salah satu punca menyebabkan ponteng sekolah di Sekolah Menengah Tanjong
Puteri. Dapatan kajian ini tidak menunjukkan rakan sebaya sebagai faktor utama ponteng

sekolah malah kebenaran ibu bapa dengan rakan sebaya sebagai faktor utama menyebabkan
ponteng sekolah. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar-pelajar tidak datang sekolah
disebabkan ajakan kawan dan terpengaruh dengan rakan yang tidak hadir. Pendapat ini

disokong oleh Manja Mohd Ludin (1990), Jaafar Abdul Rahim (1977) dan Johari et al., (2017).



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 728

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Selain itu, hasil kajian menunjukkan pengaruh rakan sebaya lebih ketara dalam kalangan
pelajar lelaki lebih tinggi berbanding dengan dalam kalangan pelajar perempuan.


Hasil daripada dapatan kajian ini menunjukkan faktor guru mempunyai nilai yang
tertinggi iaitu sebanyak 3.73. Daripada dapatan kajian ini menununukkan faktor guru

merupakan faktor yang utama yang menyebabkan pelajar-pelajar terlibat gejala ponteng
sekolah. Dapatan kajian menunjukkan guru mata pelajaran pada masa kini kurang
menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) semasa menjalankan PdPC selaras dengan

aktiviti PAK21. Guru yang mengajar dengan kaedah tradisional menyebabkan pelajar bosan
atau jemu untuk belajar mata pelajaran berkenaan. Hasil kajian ini selaras dengan kajian
Johari dan Nik Selma (2017).



CARA-CARA MENGATASI PONTENG SEKOLAH

Ibu bapa memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah ponteng dalam kalangan

pelajar tingkatan 5. Ibu dan bapa sentiasa memerhati tingkah laku pelajar iaitu mengurangkan
pergaulan bebas rakan sebaya memalui whatsapp, istagram dan facebook. Selain itu, ibu dan

bapa mengurangkan aktiviti harian dan memberi kasih sayang yang secukupnya supaya
anak-anak remaja tidak mengikut rakan sebaya untuk keluar dari rumah. Seterusnya, ibu dan
bapa perlu menziarahi guru mata pelajaran setiap dua bulan sekali untuk mengenal pasti

kelemahan dan kelebihan anak-anak remaja.

Sekolah ialah tempat untuk menimba ilmu pengetahuan oleh semua anak-anak yang
berumur 7 tahun hingga 18 tahun. Pihak sekolah khususnya Penolong Kanan Hal Ehwal

Pelajar perlu melaksanakan beberapa pendekatan atau dasar yang baik dengan tujuan
mengekalkan sekolah sebagai pusat ilmu yang baik di kaca mata dunia. Selain itu, guru

memainkan perana penting untuk merealisasikan pendidikan negara selaras dengan Dasar
pendidikan. Pengkaji dapat merumuskan bahawa guru-guru mata pelajaran memainkan
peranan yang penting dalam menangani masalah ponteng sekolah ini. Selain itu, guru mata

pelajaran menggunakan pelbagai kaedah atau aktiviti PAK21 untuk melahirkan minat
pelajaran mata pelajaran berkenaan. Seterusnya, pihak sekolah menggemblengkan atenaga

bersama dengan PIBG sekolah untuk menangani masalah disiplin pelajar. Perjumpaan
anatara guru dan ibu bapa harus dipertingkatkan contohnya pihak sekolah akan mengadakan
dialog akademik kepada ibu bapa tentang keputusan dan sikap pelajar. Dengan ini, masalah
ponteng dapat dikurangkan dalam kalangan pelajar tingkatan 5. Seterusnya, pihak sekolah

terutamanya guru-guru muda menyediakan laluan akademik di merata-rata tempat untuk
pelajar tingkatan 5 supaya dapat menimba ilmu dan mencungkilkan bakat dalam kalangan

pelajar bagi sesuatu mata pelajaran.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 729


Click to View FlipBook Version