The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasaidi.hassan, 2021-09-19 00:57:19

e Prosiding Serai 2021 final

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH KAEDAH PENYELIDIKAN

Setelah beberapa aktiviti dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang dijalankan, dapatan

menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran menulis karangan dalam
kalangan pelajar secara keseluruhannya. Pelajar sendiri melakukan penerokaan kendiri

berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru berdasarkan pendekatan berfokus iaitu
Kaedah Penulisan Karangan Mengikut Rumus Mudah Matematik. Kelemahan pelajar
dalam penulisan karangan dapat diatasi agar pelajar yang berpotensi cemerlang dapat

dihasilkan. Manakala pelajar yang lemah dapat diminimumkan kesilapan ketika menulis
karangan, dan masih berada pada aras lulus. sila rujuk Jadual 1 pada Lampiran 2



REFLEKSI PENYELIDIKAN

Penilaian Pencapaian Pelajar

Semasa aktiviti pembelajaran berjalan, didapati keyakinan pelajar untuk menjawab soalan
karangan semakin meningkat. Setiap kali latihan karangan diberikan pelajar dapat

memberikan isi berdasarkan pada pendekatan berfokus iaitu Kaedah Penulisan Karangan
Mengikut Rumus Mudah Matematik. Hal ini bermakna kelemahan pelajar dalam menulis
karangan dapat diminimumkan.


Rumusan Pemerhatian
Masalah pembelajaran pelajar yang ditunjukkan melalui tingkah laku pembelajaran pelajar

pasif telah dapat diatasi. Sikap pelajar yang gemar berbual, kurang tumpuan, dan tidak
membuat latihan amat berkurangan. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa iaitu
Kaedah Penulisan Karangan Mengikut Rumus Mudah Matematik yang diserapkan dalam

Pendekatan Berfokus mampu memberi panduan kepada pelajar untuk meningkatkan
pembelajaran pelajar menjadi aktif dan berfokus bagi mencapai kecemerlangan dalam

penulisan karangan.

Refleksi

Setelah beberapa latihan diberikan kepada pelajar dan pada akhir penyelidikan pelajar telah
menunjukkan penguasaan baik dalam kemahiran penulisan karangan. Keadaan ini memberi

respons positif terhadap pembelajaran pelajar sehingga mempunyai keyakinan diri dalam
menjawab soalan karangan sehingga mampu berdikari membuat latihan kendiri dan menulis
karangan dengan baik. Respons positif daripada pelajar terhadap pelaksanaan ‘Pendekatan
Berfokus’ iaitu Kaedah Penulisan Karangan Mengikut Rumus Mudah Matematik amat






e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 83

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

bermakna kepada penyelidik dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat SVM(1104) mahupun SPM (1103).


PENGURUSAN / PELAKSANAAN KAEDAH PENYELIDIKAN


Tinjauan Masalah

Tinjauan awal terhadap masalah berkaitan dengan mengenal pasti masalah pembelajaran

pelajar dan seterusnya mengenal pasti punca pelajar gagal dalam penguasaan kemahiran
penulisan karangan. Pemerhatian dilihat terhadap tingkah laku pembelajaran pelajar dalam
aspek sikap dan kesediaan pelajar ketika proses pembelajaran berlangsung. Masalah yang

dihadapi pelajar dalam penulisan karangan dapat diperhatikan melalui aktiviti Pembelajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc) atau Pembelajaran di Rumah (PdPR).



Analisis Tinjauan Masalah


Berdasarkan latihan yang diberikan dan penyemakan latihan pelajar untuk meninjau masalah
yang menjadi punca pelajar gagal menguasai kemahiran penulisan karangan adalah seperti
yang terkandung dalam Jadual 2. - sila rujuk Jadual 2 pada Lampiran 3


Tindakan yang Dijalankan


Berdasarkan analisis pemerhatian dan laporan semakan latihan pelajar yang dinyatakan di
atas, satu tindakan telah dijalankan. Langkah pertama yang dijalankan adalah dengan
memberi pendedahan teknik menjawab soalan Bahasa Melayu SVM yang sebenar,

khususnya aspek penulisan karangan dan sistem pemarkahan. Pelajar yang mengalami
masalah pembelajaran dan kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran dan lemah dalam
penulisan karangan perlu diberi perhatian dalam kalangan pelajar sasaran. Oleh itu, tindakan

dilakukan dengan memperkenalkan ‘Pendekatan Berfokus’ pada pelajar iaitu Kaedah
Penulisan Karangan Mengikut Rumus Mudah Matematik. - sila rujuk gambar pada

Lampiran 4



Hasil Pemerhatian dan Penilaian

Setiap kali aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) atau Pembelajaran di Rumah

(PdPR) aktiviti latihan penulisan karangan dijalankan. Aktiviti tersebut memerlukan pelajar
menulis karangan berpandukan rumus mudah Matematik yang diberikan oleh guru. Soalan
karangan diberikan kepada pelajar untuk dibincangkan. Soalan berkenaan sebagai

rangsangan kepada pelajar untuk panduan dan pengembangan idea pelajar dalam penulisan

e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 84

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

karangan. Guru juga menerangkan teknik menulis karangan dengan berpandukan kaedah
yang diperkenalkan. - sila rujuk lakaran pada Lampiran 5


Pelaksanaan Penyelidikan Tentatif
pelaksanaan tindakan bagi pelaksanaan ‘Pendekatan Berfokus’ iaitu Kaedah Penulisan

Karangan Mengikut Rumus Mudah Matematik ditunjukkan di bawah. Aktiviti yang
dijalankan adalah seperti berikut:


Langkah 1 : Guru membuat analisis terhadap isu (tema buku teks Tahun 1 dan 2 SVM)
yang perlu diberikan perhatian berdasarkan tema pengajaran yang disampaikan.


Langkah 2 : Guru memberikan panduan penulisan karangan mengikut topik yang
diberikan berpandukan ‘Pendekatan Berfokus’ iaitu Kaedah Penulisan Karangan
Mengikut Rumus Mudah Matematik. Pengajaran dilakukan secara dua hala bagi

menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan pelajar.

Langkah 3 : Guru meminta pelajar mengembangkan idea berdasarkan latihan

mengembangkan idea yang terdapat dalam ‘Pendekatan Berfokus’ iaitu Kaedah
Penulisan Karangan Mengikut Rumus Mudah Matematik. Guru menjelaskan

kaedah mengembangkan idea kepada pelajar.

Langkah 4 : Guru memberi tugasan penulisan karangan lengkap sebagai pemantapan

terhadap penulisan karangan mengikut format karangan yang disampaikan. Para
pelajar membuat tugasan yang diberikan berpandukan ‘ Pendekatan Berfokus’ iaitu
Kaedah Penulisan Karangan Mengikut Rumus Mudah Matematik


Langkah 5 : Guru memberi penegasan terhadap penulisan karangan yang baik di
samping memberikan beberapa penanda wacana sebagai panduan kepada pelajar.





KEBERKESANAN KAEDAH PENYELIDIKAN KEPADA PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN

Setelah beberapa aktiviti dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang dijalankan, dapatan

menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan kemahiran menulis karangan dalam
kalangan pelajar secara keseluruhannya. Pelajar sendiri melakukan penerokaan kendiri

berdasarkan panduan yang diberikan oleh guru berdasarkan pendekatan berfokus iaitu
Kaedah Penulisan Karangan Mengikut Rumus Mudah Matematik. Kelemahan murid
dalam menulis karangan dapat diatasi. Sila rujuk Jadual 1: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 85

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Pra, Latihan dan Ujian Pos (Karangan Respons Terbuka) pada lampiran 2 - Sumber: Unit
Pentaksiran Kolej Vokasional Alor Setar, 2020.


IMPAK KAEDAH PENYELIDIKAN KEPADA PENYELIDIK DAN NILAI TAMBAH KEPADA
KAEDAH PENYELIDIKAN


Kaedah penyelidikan yang dilaksanakan telah memberikan impak yang amat ketara kepada
penyelidik. Pada masa yang sama, kaedah penyelidikan turut diberi nilai dengan

mendaftarkannya dengan pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIpo) untuk
mendapatkan hak cipta, selain mendapatkan nombor International Standard Book
Number (ISBN) daripada pihak Perpustakaan Malaysia untuk tujuan penerbitan secara

komersial. - sila rujuk Lampiran 6



CADANGAN PENYELIDIKAN SETERUSNYA

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan banyak membantu dalam menjayakan dan meningkatkan

pencapaian pelajar dalam penulisan karangan. Walau bagaimanapun terdapat aspek lain yang
perlu diberi perhatian khususnya dalam pengajaran sistem dan aplikasi bahasa. Oleh itu,
dicadangkan untuk meningkatkan penguasaan pelajar berkenaan dalam penggunaan kosa

kata dan penggunaan peribahasa dalam ayat. Selain itu, pelajar juga perlu menguasai
kemahiran membina ayat secara gramatis dan bervariasi bagi menghasilkan penulisan
karangan yang baik.



KESIMPULAN / RUMUSAN


Pembelajaran pelajar perlu diberi perhatian secara serius kerana boleh memberi kesan
terhadap kemahiran penulisan karangan. Seandainya pelajar mengalami masalah

pembelajaran akan menjejaskan pencapaian mereka dalam penulisan karangan. Guru
seharusnya peka terhadap masalah pembelajaran pelajar dan berusaha untuk mengatasinya
dengan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu,

Pendekatan Berfokus iaitu Kaedah Penulisan Karangan Mengikut Rumus Mudah
Matematik yang diserapkan dalam proses pengajaran guru dalam penulisan karangan
diharapkan mampu meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan karangan dan

seterusnya melonjakkan kecemerlangan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu peringkat SVM.







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 86

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008.) Keupayaan Kemahiran Membaca Dan
Menulis Bahasa Melayu Murid Luar Bandar Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdul Rasid Jamian.( 2011). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa
Melayu Murid-Murid Sekolah Di Luar Bandar .Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1-12
Abdul Wahab Mat. 1995.
American Psychological Association. (2007).APA Dictionary of Psychology Washington, DC:
Author .
Anuar Abdullah.( 1990).Perkaitan Antara Latar Belakang Dan Konsep Kendiri Pelajar Dengan
Pencapaian Akademik . Projek sarjana yang tidak diterbitkan. Serdang: Universiti Putra
Malaysia
Mahasan Mahmood. (2003). Kaedah Nemonik dalam P&P Matematik. SMK Yaacob Latif,
Jalan Peel. Kuala Lumpur.
Nik Khairun Nisa Abu Bakar. (2004). Kelas Inklusif : Kesediaan, kesesuaian dan keberkesanan
program bagi murid PKBK SMK Taman Sri Mawar.
Norhayati Ab. Wahab. (2009). Amalan-amalan komuniti pembelajaran profesional di sebuah
sekolah menengah, Daerah Sepang. Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti
Malaya.
Pn. Hjh. Elina Binti Hj. Mohd. Abd. Kahar. (2015). Meningkatkan kemahiran menulis karangan
menggunakan pendekatan berfokus. SMK. Dato Panglima Abdullah, Semporna, Sabah.
Prosiding Seminar KajianTindakan Guru-guru Negeri Sembilan Darul Khusus kali kedua . m.s
83-86.

Saifo. (2001). Guru mengalami perubahan. Jabatan Kajian Sosial, Maktab Perguruan Islam.
Siti Salwa Abdul Manap. (2014). Pengajaran guru opsyen dan bukan opsyen kemahiran hidup
bersepadu sekolah rendah di Batu Pahat. Tesis Sarjana Pendidikan Teknik dan
Vokasional. Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia.

Supiah Saad (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings.
PhDthesis. University of Warwick

Wee, E.H. (2004). Attitude of physical education teachers toward physical education and the
implementation of physical education programme in secondary schools. Ph.D. Thesis,
University of Malaya, Kuala Lumpur.

Yahya, 2011. "Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Di
Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru." Inovasi Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam Kalangan Guru-Guru. N.p., n.d. Web. 26 Nov. 2013.













e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 87

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

LAMPIRAN

Lampiran 1:


Rajah 1 : Teori Pembelajaran Kognitif dan Kaitan Rangsang dengan Gerak Balas


RANGSANGAN TINDAK BALAS








PENDEKATAN




Menurut Teori Gestalt, pembelajaran akan digerakkan oleh rangsangan yang
berbentuk ‘kekaburan’ yang memerlukan penyelesaian (Bower dan Hilgard, 1983).

Oleh itu, manusia akan tergerak untuk menyelesaikan ‘kekaburan’ tersebut melalui
proses yang dikenali sebagai ‘celik akal’. Lantaran, dalam proses ‘celik akal’ struktur

kognitif manusia yang telah sedia tersimpan dengan pelbagai maklumat dan
pengalaman akan dikaitkan dengan masalah (rangsangan) yang perlu diselesaikan itu.
Situasi ini bermakna bahan rangsangan mempunyai peranan untuk membantu dalam

mengaktifkan proses ‘celik akal’ atau pembelajaran aktif itu sendiri. Berdasarkan
konteks penyelidikan ini, pelajar yang masih ‘kabur’ atau lemah menulis karangan akan

mengalami proses ‘celik akal’ atau pembelajaran aktif apabila guru memberi bimbingan
dan panduan dalam penulisan karangan yang baik.
























e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 88

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Lampiran 2:


Jadual 1: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra, Latihan dan Ujian Pos
(Karangan Respons Terbuka) - Sumber: Unit Pentaksiran Kolej Vokasional Alor Setar,
2020

PENCAPAIAN
MARKAH
Ujian Latihan Latihan Latihan Latihan Ujian

Pra 1 2 3 4 Pasca


Cemerlang
(60 – 70) (7.2%) (10.2%) (15.3%) (17.3%) (19.4%) (22.4%)
Kepujian

(50 – 59) (62.2%) (64.3%) (62.2%) (59.2%) (66.3%) (56.1%)
Lulus

(40 – 49) (12.2%) (23.4%) (20.4%) (23.5%) (14.3% (12.3%)
Gagal
(1 – 39) (18.4%) (2.1%) (2.1%) (0%) (0%) (9.2%)



Berdasarkan Jadual 1, pencapaian pelajar dalam ujian pra adalah kurang menggalakkan, iaitu

didapati hanya 7.2 peratus pelajar mencapai tahap cemerlang, 62.2 peratus pelajar mencapai
tahap kepujian, 12.2 peratus pelajar lulus, dan 18.4 peratus pelajar gagal. Walau

bagaimanapun, pencapaian pelajar dalam latihan (1-4) yang diberikan menunjukkan berlaku
peningkatan pencapaian. Seterusnya dapatan kajian melalui ujian pra menunjukkan
pencapaian yang menggalakkan. Jika dibuat analisis perbandingan dengan merujuk kepada

analisis ujian pra dengan ujian pasca didapati wujud peningkatan peratusan dalam tahap
pencapaian cemerlang dan sebaliknya, wujud penurunan dalam tahap pencapaian kepujian.

Manakala tahap pencapaian pelajar dalam peratus lulus masih konsisten sebaliknya berlaku
penurunan peratus pelajar yang berada pada tahap gagal. Hal ini bermakna, pelaksanaan
‘Pendekatan Berfokus’ iaitu Kaedah Penulisan Karangan Mengikut Rumus Mudah

Matematik yang diserapkan dalam pembelajaran memberikan kesan baik terhadap
pencapaian pelajar dalam kemahiran penulisan karangan.










e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 89

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Lampiran 3:




Jadual 2: Masalah Pelajar Dalam Karangan Respons Terbuka


BIL. MASALAH JUMLAH (%)



1 Tidak faham kehendak soalan 35%

2 Lemah penghuraian isi 68%


3 Lemah pembinaan ayat 57%


4 Tidak ada keyakinan diri 45%
























































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 90

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Lampiran 4:


Sesi PdPc & PdPR Hasil Penyelidikan














































































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 91

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021















































































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 92

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Lampiran 5:
Kaedah Membina Perenggan Karangan Mengikut Rumus Matematik


Perenggan Pendahuluan


 Gambaran awal tentang isu

 Penilaian awal tentang pemahaman & pengetahuan calon


 1 perenggan



KAEDAH MEMBINA PERENGGAN PENDAHULUAN / PENGENALAN KARANGAN –
KAEDAH 4 + 1






Definisi Latar Belakang Isu
KAEDAH 4 + 1






Pendapat Peribahasa




* Ayat Kehendak Soalan



Contoh Perenggan Pengenalan Kaedah 4 + 1 – Faktor-faktor berlakunya gejala lumba

haram

Ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut nafsu lesu. [ ] Begitulah gambaran dan

ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan keghairahan dan keseronokan remaja yang
melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan salah laku yang seolah-olah sengaja membawa diri

ke ambang kebinasaan. [ ] Salah satu kegilaan remaja dewasa ini termasuklah melibatkan
diri dalam kegiatan lumba haram. [ ] Statistik dan kajian yang sahih menunjukkan bahawa
majoriti mereka yang terlibat ialah remaja yang berusia belasan tahun dan awal 20-an.[ ]

Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk membendung masalah ini namun hasilnya bagai



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 93

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

mencurah air ke daun keladi. [ ] Secara literalnya, lumba haram atau lebih dikenali sebagai
“Mat Rempit” sering menjadi hiasan dada-dada akhbar arus perdana kini.[ ] Persoalannya,

apakah faktor tolakan dan tarikan yang menyebabkan senario yang menjadi duri dalam daging
ini berlaku? [ ]


KAEDAH MEMBINA PERENGGAN ISI KARANGAN – KAEDAH 1 + 2 + 2 + 1


ISI POKOK / HURAIAN BUKTI / KESIMPULAN KECIL
ISI UTAMA CONTOH
(Mengapa / Bagaimana / Peribahasa)






Contoh Perenggan Isi Kaedah 1 + 2 + 2 + 1 - Faedah Program Perkhemahan Badan Unit
Beruniform


Faedah signifikan sekiranya para pelajar menyertai program perkhemahan badan unit
beruniform ialah mereka dapat memperoleh pengalaman yang sukar diperoleh di tempat lain.

[ ] Mengapakah dikatakan begitu? [ ] Hal ini kerana para pelajar yang menyertai program
ini sudah tentu akan memperoleh pengalaman melalui proses bina diri dan bercampur dengan

pelbagai pelajar yang berlainan latar belakang. [ ] Pada masa yang sama, program tersebut
akan mendedahkan para pelajar kepada cabaran yang lebih mencabar dengan membawa
mereka keluar daripada keadaaan selesa di rumah dan diletakkan dalam situasi yang

memerlukan peserta berkongsi kemudahan dan berjauhan daripada keluarga. [ ] Latihan
itu juga bertujuan untuk membina kekuatan dan meningkatkan keyakinan dalam kalangan
generasi muda yang bakal mewarisi kepemimpinan negara oleh sebab pemuda harapan

bangsa, pemudi tiang negara. [ ] Hal ini terbukti apabila Menteri Pendidikan mengatakan
bahawa program perkhemahan badan unit beruniform seperti yang dianjurkan oleh Pengakap
mampu melahirkan generasi muda negara yang bakal menjadi pemimpin pada suatu hari

kelak tidak akan mudah dipengaruhi oleh anasir luar. [ ] Sudah terang masakan bersuluh
lagi, para pelajar wajar mengambil kesempatan menimba pengalaman baru sebelum

menceburi alam kehidupan yang mencabar dengan mengikuti program ini kerana hanya
jauhari yang mengenal manikam.[ ]










e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 94

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KAEDAH MEMBINA PERENGGAN PENUTUP – KAEDAH 1 + 3


Kesimpulan






KAEDAH 1+4
Harapan Peribahasa





Pendirian


Contoh Perenggan Penutup Kaedah 1 + 3 - Kesan Media Elektronik Terhadap
Masyarakat
Pendek kata, selain membawa kebaikan, media elektronik turut mengundang pelbagai

gejala kepada rakyat dan negara. [ ] Oleh itu, pihak kerajaan seharusnya memainkan
peranan yang proaktif untuk menguatkuasakan Akta Penyiaran sedia ada. [ ] Sekiranya
usaha ini dilakukan dengan berkesan maka kita dapat menangkis serangan oleh budaya yang

tidak sihat. [ ] Sebenarnya, media elektronik mempunyai nilai positif mahupun negatif
dan terpulanglah kepada kita untuk memilihnya; tepuk dada, tanya selera. [ ] Kalau

bukan kita siapa lagi yang perlu mengambil tindakan? [ ]

CARA-CARA MEMASUKKAN PERIBAHASA DALAM AYAT (KARANGAN)

melepaskan anjing tersepit bulat air kerana pembetung, melepaskan batok di tangga.
bulat manusia kerana

muafakat.

seperti enau dalam belukar ada kemenyan sebesar lutut, Sesal dahulu pendapatan,

melepaskan pucuk masing- tidak dibakar tak akan berbau. sesal kemudian tidak
masing berguna lagi


batu yang bergolek tidak kemarau setahun rosak oleh berjagung-jagung dahulu
akan mengumpulkan lumut. hujan sepagi sementara menunggu padi
masak.







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 95

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

1. Dalam mengharungi keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini seseorang
itu patut bekerja di sesuatu tempat dengan penuh dedikasi dan jangan sesuka hati mencari

kerja lain oleh sebab ........................................................

2. Soon membuat kerja sementara terlebih dahulu sementara menunggu keputusan

peperiksaannya persis kata peribahasa ..........................................

3. Mahaguru itu mengajarkan semua ilmu yang dikuasainya kepada para penuntutnya

lantaran beliau sedar bahawa ......................................................

4. Seseorang itu hendaklah menjaga budi bahasa dan pertuturan tidak kira di mana-mana

sahaja seseorang itu berada kerana ....................................................

5. Majikan yang memecat pemuda itu dapat diumpamakan seperti

..................................................... kerana kesalahannya yang kecil jika dibandingkan dengan
jasanya selama ini.


6. Perbuatan Ali seperti kata peribahasa .................................................................. kerana
lelaki yang ditolongnya telah mencuri dompetnya ketika dia mandi.


7. Mereka yang bersikap ........……………………… telah mencemarkan sungai.

8. …………………………………… Sehubungan dengan itu , kita perlulah berfikir

dengan rasional sebelum mengambil sesuatu tindakan supaya tidak menyesal.

9. Modus operandi yang dilaksanakan perlulah dilakukan dengan bersungguh-sungguh

dan bukan sekadar ……………………………………………………........

10. Rakyat Malaysia hendaklah bersatu dalam merealisasikan aspirasi negara seperti yang

terungkap dalam peribahasa …………………………




Latihan Karangan Respons Terbuka : Domain Keluarga


Keluarga yang harmoni merupakan penyumbang dominan terhadap kecemerlangan anak-
anak. Tulis pendapat anda tentang pernyataan di atas.


Isu :

Kehendak Soalan :


Format / kata kunci :




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 96

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Rangka Karangan


 Pendahuluan - Tingkah laku dan latar belakang menentukan hala tuju anak-anak /
Menjadi contoh kepada anak-anak / penjana keluarga harmoni


 Isi-isi

 1. Pertumbuhan minda dan sahsiah anak-anak paling berkait rapat dengan iklim

rumah tangga - sikap dan gaya pemikiran anak-anak bermula di rumah / bu bapa
menjadi role model / tingkah laku positif menjadi ikutan anak-anak, / " bagaimana
acuan begitulah kuihnya “


 2. Keluarga ialah orang yang paling dekat dengan anak-anak - ibu bapa lebih
mengenali anak-anak / tempat anak-anak merujuk segala masalah / suasana

harmoni / anak-anak lebih senang berada di rumah ( rumahku, syurgaku )

 3. Melahirkan zuriat yang sempurna dan seimbang - dalam aspek fizikal, mental,

rohani dan emosi / asuhan dan belaian sempurna - menjadi baja kepada
pertumbuhan sahsiah anak-anak / interaksi keluarga yang lemah lembut –
membentuk sikap penyayang


 4. Membina sebuah keluarga yang mementingkan akhlak, agama dan ilmu
pengetahuan - anak-anak menjejaki kerjaya yang menarik / anak-anak berusaha

bersungguh-sungguh untuk cemerlang dalam pelajaran / ( peribahasa – genggam
bara api biar sampai jadi arang ) / memberikan motivasi dan menjadi sumber

inspirasi

 5. Terhindar daripada sebarang tingkah laku negatif - emosi yang tenteram

menjadi benteng penebat perbuatan antimoral / ibu bapa dapat mengawal daripada
bergaul dengan budak-budak nakal / anak-anak memburu cita-cita menjadi
cemerlang


 Kesimpulan - Keluarga merupakan institusi tertua penentu hala tuju seseorang /
keluarga harmoni – menjanakan kejayaan cemerlang terhadap anak-anak















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 97

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PENGGUNAAN PERIBAHASA / UNGKAPAN / KOSA KATA DALAM KARANGAN
DIMENSI KELUARGA


1. Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya
kerana pepohon pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya,

pembentukan keperibadian mulia anak-anak bermula daripada institusi keluarga.

2. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan

anak-anak mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa; anak kera di hutan
disusukan, anak di rumah mati kelaparan


3. Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah
sentiasa bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti
ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.


4. Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa
mereka persiskata orang tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan

tempat luahan isi hati dan penyimpan rahsia yang paling dipercayai anak-anak.

5. Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-

nilai murni ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering
melibatkan diri dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak

bagai virus epidemik

6. Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untuk

membezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Institusi
keluarga merupakan uslub yang represif dalam membentuk keperibadian anak-anak.


7. Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap bagai
melepaskan batuk di tangga.


8. Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka
akan menjadi sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara pemuda

harapan bangsa, pemudi tiang negara

9. Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk

mengejar materialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi
memastikan para remaja tidak terlibat dalam kemelut sosial





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 98

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

10. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari
dari rumah meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah menjadi

bubur, ibu bapa perlu mengutamakan anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.

11. Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar

bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak
mencetuskan cangkaliwang pada hari muka. Lantaran itu, penerapan pendidikan yang
sempurna amat didambakan.


12. Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahu
dihimpit dengan pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.

















































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 99

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Lampiran 6:


Impak Kaedah Penyelidikan Kepada Penyelidik Dan Nilai Tambah Kepada Kaedah
Penyelidikan


- Anugerah MyHero oleh Jabatan Perdana Menteri









































































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 100

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

- Mendapat Liputan Akhbar Arus Perdana



















































































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 101

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

- Mengendalikan Kelas Secara Maya / Bersemuka – Pengajaran Berasaskan
Modul















































































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 102

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

- Pembentang Kaedah Penyelidikan Peringkat Antarabangsa & Kebangsaan




















































































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 103

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

- Kaedah Penyelidikan Mendapat Liputan Berita Perdana RTM










































- Kisah Diabadikan Dalam Buku Teks KPM Mulai Sesi 2021








































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 104

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

- Menghasilkan Modul PdPc















































- Nilai Tambah Kaedah Penyelidikan




































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 105

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021




















































































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 106

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

TAHAP PENGAPLIKASIAN GOOGLE CLASSROOM DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Amir Hamzah bin Aman

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
[email protected]



ABSTRAK



Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengaplikasian Google Classroom (GC) dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu. Kajian ini mengkaji dua aspek penting

iaitu tahap pengetahuan guru tentang kepentingan Google Classroom dan tahap
pengaplikasian Google Classroom dalam PdP Bahasa Melayu. Reka bentuk kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu melalui kaedah tinjauan. Instrumen soal selidik

digunakan untuk mengumpulkan data. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai
118 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Data
dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistical Packages for the Social Science

(SPSS) versi 25.0. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru
Bahasa Melayu tentang kepentingan Google Classroom dalam pendidikan pada tahap tinggi
dengan skor min (µ) = 4.072 dan sisihan piawai (SP) = 0.613. Manakala, tahap pengaplikasian

Google Classroom dalam PdP pada tahap sederhana rendah dengan µ = 2.116 dan SP =
0.955. Hal ini menunjukkan guru bersetuju dengan pelaksanaan dan peranan Google

Classroom dalam pendidikan namun kurang melaksanakannya dalam PdP.

Kata kunci: Pengaplikasian, Google Classroom, Pengajaran dan Pembelajaran, Bahasa
Melayu.


PENGENALAN


Ledakan teknologi dan perkembangannya telah menyebabkan wujudnya pelbagai konsep
yang dihasilkan oleh banyak pihak dan boleh dimanfaatkan oleh warga dunia khususnya
dalam bidang pendidikan. Kaedah penyampaian telah berubah daripada kaedah tradisional

berpusatkan guru kepada kaedah berasaskan laman Web atau secara atas talian. Oleh itu,
keperluan teknologi sebagai salah satu medium dalam pendidikan sangat penting supaya
potensi murid dapat diperkembangkan sepenuhnya. Menyedari dengan perkembangan ini,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan matlamat memanfaatkan ICT dalam pengajaran guru.





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 107

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KPM telah mengumumkan melalui satu kenyataan media tentang penamatan kontrak
1 Bestari fasa dua dengan syarikat YTL dan secara tidak langsung KPM tidak lagi melanggan

VLE Frog bermula 1 Julai 2019. Sehubungan dengan itu, pelantar pembelajaran digital
ditukarkan kepada Google Classroom (GC) yang turut mempunyai konsep yang sama iaitu
pembelajaran yang berorientasikan maya. Oleh itu, guru di Malaysia dicadangkan

menggunakan GC ini dalam PdP.


PERNYATAAN MASALAH

Platform pembelajaran digital melalui maya ini membuka peluang kepada guru untuk
menerapkan pembelajaran yang menyeronokkan selain membantu hasrat negara dalam

memperkembangkan komuniti bertaraf global. Rafiza (2013) dan Ida Norini (2013) yang
menyatakan pembelajaran atas talian merupakan satu inovasi yang berupaya mewujudkan
suasana pembelajaran yang mudah dan fleksibel.

Kajian Ummu Salma dan Fariza (2014), guru kurang menggunakan VLE Frog dalam
PdP kerana kurangnya pengetahuan terhadap ICT di sebuah sekolah rendah di Lembah

Klang. Oleh sebab platform digital pembelajaran yang ‘baharu’ telah diperkenalkan kepada
guru, kajian terhadap isu ini sangat diperlukan untuk mengetahui tahap pengetahuan guru
terhadap pelaksanaan dan kepentingan GC ini dalam bidang pendidikan.

Manakala Shahfiezul (2018), Azman Jais (2018) dan Lai et, al (2017) mendapati
bahawa tahap penggunaan pembelajaran persekitaran maya (VLE Frog) dalam kalangan guru

berada pada tahap sederhana. Namun begitu, masih kurang kajian tentang tahap
penggunaan GC dalam kalangan guru khususnya di sekolah rendah di Putrajaya. Setelah VLE
Frog ditamatkan, KPM telah memperkenalkan GC sebagai alternatif untuk pelantar

pembelajaran digital.

OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN


Objektif Kajian
1. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru terhadap kepentingan GC dalam pendidikan.

2. Mengenal pasti tahap pengaplikasian GC dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.

Soalan Kajian

1. Apakah tahap pengetahuan guru tentang kepentingan GC dalam pendidikan?
2. Apakah tahap pengaplikasian GC dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Melayu?



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 108

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KEPENTINGAN KAJIAN

Melalui kajian ini, pihak KPM boleh merancang dan seterusnya mengadakan kursus- kursus

yang berkaitan bagi meningkatkan lagi pengetahuan guru selain menanam kesedaran tentang
kepentingan GC yang sangat berkesan kepada pendidikan. Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

boleh membuat penyemakan terhadap program latihan yang disusun atur untuk melatih guru.
Di samping itu, kajian ini juga penting untuk memaklumkan kepada pihak pentadbiran
tentang tahap pengetahuan dan tahap pengaplikasian GC yang dijalankan dalam PdP Bahasa

Melayu. Kajian ini berupaya membantu pihak sekolah untuk mengenal pasti kemudahan dan
keperluan guru bagi melaksanakan PdP melalui ruang maya. Dengan kajian ini, ia diharapkan
dapat memberi gambaran tentang cabaran yang dihadapi oleh guru terhadap pelaksanaan GC

dalam proses PdP yang sangat berhubung rapat dengan profesion mereka serta dapat
dijadikan panduan dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21.
Dapatan daripada kajian ini mampu menunjukkan kepada ibu bapa tentang peranan

komuniti dalam menjayakan proses pembelajaran yang berkesan khususnya melalui
pelaksanaan GC ini. Secara tidak langsung, murid juga mendapat manfaat daripada kajian

ini.Tegasnya, dengan mengetahui kepentingan GC, pihak ibu bapa akan bersikap lebih
terbuka untuk menyokong dasar yang dijalankan oleh KPM.


METODOLOGI KAJIAN

Kajian kuantitatif (kajian tinjauan) untuk mengenal pasti tahap pengaplikasian GC dalam PdP
Bahasa Melayu. Populasi kajian terdiri daripada guru Bahasa Melayu yang berkhidmat di

sekolah rendah kebangsaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Seramai 118 orang guru
terlibat sebagai responden dalam kajian ini yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak

mudah.
Instrumen soal selidik hasil adaptasi dan pengubahsuaian daripada kajian Shahfiezul
(2018) dan Azman (2018). Terdapat tiga elemen utama iaitu demografi guru, konstruk

pengetahuan dan konstruk pengaplikasian. Instrumen ini telah disahkan oleh pakar dalam
bidang berkaitan dari segi konstruk, kandungan dan bahasa. Kebolehpercayaan instrumen

yang mengandungi 16 item ini ditentukan dengan menggunakan indeks kebolehpercayaan
Alpha Cronbach dengan nilai 0.915.
Kajian rintis terhadap 30 orang guru Bahasa Melayu di empat buah sekolah di Wilayah

Persekutuan Putrajaya. Data bagi kajian diperoleh daripada soal selidik dan kemudiannya
dianalisis perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25.0. Statistik
deskriptif digunakan untuk menghuraikan atau membuat ringkasan bagi maklumat yang

diperoleh daripada sampel. Skor min yang diperoleh untuk semua soalan dalam kajian
ditafsirkan berdasarkan julat atau skala tertentu oleh Azhar Ahmad (2006) dan Ahmad


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 109

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Munawar (2009) dalam Sapie et. al (2017):


Jadual 1
Julat Skor Min dan Interpretasi


Julat skor min Interpretasi
1.00 hingga 2.00 Rendah

2.01 hingga 3.00 Sederhana
rendah
3.01 hingga 4.00 Sederhana tinggi

4.01 hingga 5.00 Tinggi

DAPATAN KAJIAN

Tahap Pengetahuan Guru tentang Kepentingan GC dalam Pendidikan

Jadual 2: Analisis Item bagi Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Kepentingan GC dalam
Pendidikan.

Bil Item Min S.P Tahap
Pengetahuan Kepentingan GC µ

Kewujudan sistem pembelajaran maya GC
1. bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial 4.28 .690 Tinggi
serta
budaya masa kini.
GC adalah satu sistem pembelajaran maya yang
2. direka bagi melatih guru untuk lebih mahir dalam 4.22 .718 Tinggi
bidang ICT.
GC adalah satu sistem pembelajaran maya yang
3. direka bagi melatih murid untuk berkemahiran dalam 4.24 .675 Tinggi
bidang ICT.
GC berupaya membangunkan modal insan dalam Sederhana
4. diri murid. 3.97 .842 tinggi
GC adalah satu sistem pembelajaran maya
5. yang mampu meningkatkan produktiviti 4.16 .666 Tinggi
guru dalam pendidikan.
GC adalah satu sistem pembelajaran maya yang
6. mampu meningkatkan pengetahuan murid. 4.19 .631 Tinggi
Saya menyedari bahawa GC telah
7. digunakan di sekolah-sekolah Malaysia. 4.01 .882 Tinggi

Saya menyedari tentang kewujudan kumpulan Sederhana
8. Telegram GC Training untuk para guru berkongsi 3.52 1.182 tinggi
maklumat.
Keseluruhan 4.072 0.613

Berdasarkan jadual, enam daripada lapan item menunjukkan tahap yang tinggi

berdasarkan nilai min iaitu di antara 4.01 hingga 4.28. Hanya dua item sahaja yang
menunjukkan interpretasi nilai min pada tahap sederhana tinggi iaitu item 4 dan item 8 dengan


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 110

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

nilai masing-masing (M= 3.97, SP = 0.842) dan (M=3.52, SP= 1.182). Item yang mendapat
skor min paling tinggi ialah item 1. Hal ini menunjukkan guru bersetuju bahawa dasar kerajaan

memperkenalkan pelantar pembelajaran digital sesuai dengan perkembangan masa kini.
Secara keseluruhannya, skor min bagi pengetahuan tentang kepentingan GC ialah
4.072. Manakala, nilai sisihan piawai bagi keseluruhan konstruk ini adalah 0.613. Skor min

keseluruhan tersebut diinterpretasikan dan menunjukkan bahawa pengetahuan guru tentang
kepentingan GC pada tahap tinggi. Berdasarkan analisis data tersebut, dapat dirumuskan

bahawa pengetahuan guru tentang kepentingan GC berada pada tahap tinggi. Sebahagian
besar guru tahu tentang dengan manfaat GC baik kepada murid, aktiviti PdP mahupun kepada
guru itu sendiri. Namun, dapatan min pada item 8 (konstruk pengetahuan), hanya sebahagian

guru menyedari tentang kewujudan kumpulan Telegram GC Training untuk para guru
berkongsi maklumat (min=3.52).


Tahap Pengaplikasian GC dalam PdP Bahasa Melayu.

Jadual 3: Analisis Item bagi Tahap Pengaplikasian GC dalam PdP BM

Item Min µ
Bil S.P Tahap
Pengaplikasian

Saya menggunakan GC untuk memuat turun Sederhana
1. dan memuat naik bahan dan nota yang 2.48 1.145
bersesuaian dengan pengajaran saya. rendah
Saya menggunakan GC untuk Sederhana
2. meletakkan pautan (hyperlink) yang 2.29 1.102
berkaitan dengan topik pengajaran. rendah
Saya menggunakan GC untuk Sederhana
3. menghantar pesanan kepada ahli ruang 2.17 1.065
kelas yang dibina rendah
Saya membina kuiz ringkas dalam GC bagi
4. Sederhana
menilai kefahaman murid terhadap 2.03 1.025 rendah
pembelajaran.
Saya memberikan tugasan yang
5. memerlukan penggunaan GC kepada 1.95 .994 Rendah
murid.
Saya memberikan penilaian kepada tugasan
6. yang dilakukan oleh murid menggunakan GC. 1.95 1.011 Rendah

Saya menggunakan ruang perbincangan dalam GC
7. untuk membincangkan sesuatu topik. 2.00 1.046 Rendah

Saya menggunakan GC sebagai medium
8. perkongsian ilmu dan berkongsi sumber dengan 1.90 1.057 Rendah
komuniti luar.
Keseluruhan 2.116 0.955


Berdasarkan jadual, item 1 pada tahap sederhana rendah dengan nilai min (2.48).
Namun, sekiranya dibandingkan dengan item-item lain, nilai min bagi item ini merupakan


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 111

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

paling tinggi. Hal ini kerana guru lebih gemar menggunakan GC tempat simpanan bahan
kerana ruang penyimpanan secara atas talian dalam akaun domain yang diberikan oleh KPM

tidak terbatas. Secara keseluruhannya, skor min (2.116) dan nilai sisihan piawai (0.955) bagi
penggunaan GC dalam PdP. Skor min keseluruhan tersebut diinterpretasikan dan
menunjukkan bahawa pengaplikasian GC PdP Bahasa Melayu pada tahap sederhana rendah.

Hal ini menunjukkan guru kurang mengaplikasikan GC dalam PdP. Selain itu, nilai sisihan
piawai tersebut turut menunjukkan bahawa set data kajian terserak jauh sedikit daripada

ukuran pusat.
Kajian ini mendapati bahawa hanya sebahagian kecil guru melaksanakan aplikasi GC
dalam PdP Bahasa Melayu. Dalam erti kata lain, secara puratanya guru jarang menggunakan

GC iaitu hanya satu hingga dua kali sahaja dalam sebulan. Hal ini bermaksud, masih kurang
lagi guru yang menyahut seruan KPM untuk menggunakan pelantar pembelajaran maya

sebagai salah satu kaedah pengajaran bagi menerapkan ciri pendidikan abad ke-21 di dalam
kelas.


KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Kajian ini dapat membuka minda semua pihak untuk menjayakan hasrat KPM melahirkan
komuniti bertaraf global. Melalui dapatan kajian ini, KPM boleh mengadakan atau menyemak

kesediaan guru tentang cara-cara mengaplikasikan GC dalam bidang pendidikan.
Kajian ini memberi pengetahuan kepada guru tentang kebolehan dan keupayaan

penggunaan aplikasi GC dalam pendidikan. Kajian ini berupaya membuka peluang kepada
guru-guru untuk mempelajari dengan lebih dalam lagi tentang cara pengaplikasian GC dalam
PdP dan seterusnya mempraktikkan aplikasi GC dengan lebih berkesan lagi.

Pihak pentadbir perlu memantau dan memastikan kemudahan infrastruktur membantu
gerak kerja guru untuk memastikan pelaksanaan GC dalam PdP sekurang-kurangnya sekali
dalam sebulan.

Penyelidik seterusnya boleh membuat kajian dengan lebih lanjut tentang faktor atau
kekangan yang dihadapi oleh guru untuk melaksanakan GC dalam PdP.


RUJUKAN

Azman Jais. (2018). Penerimaan dan Penggunaan Inovasi Persekitaran Pembelajaran Maya
(VLE) dalam Kalangan Guru. PHD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ida Norini Mahamad Tajudin. (2013). Kajian Tinjauan Mengenai Keberkesanan Penggunaan
Konsep Persekitaran Pengajaran Maya Frog (VLE FROG) di Kalangan Murid SK Haji
Mahmud Chemor, Perak. Kertas Projek Fakulti Pendidikan, Universiti Perguruan Sultan
Idris





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 112

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Ringkasan Eksekutif – Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lai Chee Sern, Noormawati Kamarudin, Rashidah Lip, & Noridah Hasnan. (2017). Tahap
Penggunaan Pembelajaran Maya dalam Kalangan Guru Reka Bentuk Teknologi: Satu
Tinjauan di Sekolah Rendah Luar Bandar. Online Journal for TVET Practitioners. Vol 2,
No. 2, 2017, (hlm 112-119).
Noriati Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin. (2016). Siri Pendidikan
Guru: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Edisi Ketiga. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
Rafiza Abdul Razak. (2013). Strategi Pembelajaran Aktif Secara Kolaboratif Atas Talian dalam
Analisis Novel Bahasa Melayu. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Julai 2013,
Bil. 1 Isu 3. Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya

Sapie Sabilan, Harzita Ismail, Suhana Mohamed Lip, Mohamad Fuad Ishak & Siti Nga’ishah
Mohni. (2017). Penilaian Aspek Konteks dan Input Berkaitan Tahap Pencapaian
Kemahiran Bacaan Tilawah Al-Quran Berasaskan Penggunaan Kaedah Warna
Terhadap Kelancaran Sebutan Bertajwid Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar Tahun Lima
Sekolah Kebangsaan Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Malaysian Online Journal of
Education. Vol. 1, No. 2 (2017), 20-31.
Shahfiezul Shahaimi. (2018). Pengaruh Faktor Persekitaran Luaran, Persekitaran Dalaman
dan Atribut Inovasi Vlefrog ke atas Tahap Penggunaan dalam Kalangan Guru. Master
Thesis. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ummu Salma Mohiddin & Fariza Khalid. (2014). Tahap Pengetahuan Gunu Sekolah Rendah
dalam Penggunaan VLE Frog untuk Pengajaran dan Pembelajaran. The 4th
Intemational Conference on Leamer Diversity (ICELD 2014). 780-788.































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 113

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

MEMPERKASAKAN GOOGLE CLASSROOM SMKSBU MELALUI PLC KUMPULAN
KECIL (PLCKK) – GURU-GURU DAPAT MENGGUNAKAN GOOGLE CLASSROOM DAN
DAN GOOGLE MEET UNTUK PDPR SUPAYA LEAVE NO ONE BEHIND

Lee Saw Im (B.Sc (Hons)

SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
[email protected]



ABSTRAK


Pandemik koronavirus (Covid-19) telah melanda seluruh dunia dan memberi kesan kepada

pelbagai bidang termasuklah pendidikan. Kejadian ini telah menyebabkan sekolah ditutup
serta pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan secara maya. Guru-guru di seluruh dunia
termasuk SMK Seri Bintang Utara menghadapai masalah tiada pengalaman melaksanakan

pengajaran atas talian dan kemahiran pembelajaran pendigitalan. Bagi memastikan kualiti
PdP tidak terjejas, saya telah mempelajari applikasi digital seperti Google Classroom untuk

PdP atas talian. Kajian tindakan ini dijalankan untuk menentukan keberkesanan PLC
Kumpulan Kecil (PLC KK) untuk meningkatkan pengetahuan dan kemarian menggunakan
Google Classroom serta Google Meet untuk proses pengajaran dan pembelajaran atas talian.

Kajian ini melibatkan 80 orang guru. Tinjauan awal melalui soal selidik awal dan soal selidik
dan temu bual mendapati mereka tidak dapat tahu menggunakan Google Class dan Google
bagi tujuan pengajaran atas talian. PLC KK membantu guru mahir mengurus kelas dan

tugasan. PLC KK menyediakan ruang untuk menggalakkan guru minds on and hands on
membina semua kelasnya dalam tempoh 1 minggu. Adalah terbukti bahawa PLC KK berkesan
kerana 87.2% guru dapat membina semua Class untuk kelas-kelasnya dengan mudah dan

berkesan Semua guru menunjukkan peningkatan kemahiran menggunakan Google
Classroom dan Google Meet.


Kata kunci: Pendidkan digital, PdP atas talian, Pembelajaran masteri, Pembelajarn inkuiri,
Fun learning


PENDAHULUAN

Saya adalah seorang guru kimia di SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur. Di Malaysia,

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2020 akibat Covid-19 telah menguatkuasakan PKP dari
18 Mac hingga 31 Mac 2020 bagi PKP Fasa 1, PKP Fasa 2 dari 1 hingga 14 April 2020,

dilanjutkan ke PKP Fasa 3 dari 15 hingga 28 April dan seterusnya PKP Fasa 4 dari 29 April
hingga 12 Mei. Akibat PKP instusi tinggi dan sekolah telah ditutup. Tambahan pula dengan


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 114

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

perubahana keadaan yang tidak menentu telah menimbulkan kesan yang besar terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dan murid tidak dapat mengadakan pengajaran

dan pembelajaran (PdP) secara fizikal, sebaliknya ianya telah digantikan dengan ke PdP
online. Perubahan yang mendadak memerlukan para pendidikan menghadapi normal baharu
dan menangani perubahan yang berlaku secara berkesan dalam memastikan matlamat dan

agenda pendidikan dapat dilestarikan dalam tempoh PKP. Apabila perubahan VUCA,
pemimpin perlu cekap dalam mengadaptasi perubahan yang mendadak, menambahbaik,

kreatif dan berkolaboratif (Drucker, 2017). Para guru juga perlu mempersiapkan diri daripada
segala aspek agar dapat mengadaptasi apa juga keadaan dalam dunia yang sentiasa
berubah. Perkara penting yang perlu dititikberatkan adalah pelaksanaan tugas rasmi untuk

melaksanakan pengajaran secara maya samaada atas talian atau di luar talian.


“Penularan wabak COVID-19 telah banyak mengubah amalan pendidikan di negara kita.
Sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, pengajaran dan
pembelajaran tidak lagi dijalankan secara bersemuka. Sebaliknya, guru menggunakan

pelbagai kaedah lain untuk berhubung dengan murid.” YAB Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin. (Peritusan Hari Guru Tahun 2020)


TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan pengajaran atas talian dalam

kalangan guru sekolah tempoh sekolah ditutup keranan Pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah:

1 Meningkatkan pengetahuan guru menggunakan Google Classroom (GC)


2 Mengenal pasti guru membuka kelas dalam GC

3 Memastikan guru dapat melaksanakan pengurusan tugasan kepada murid



KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 80 orang guru SMK Seri Bintang Utara.







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 115

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

PERLAKSANAAN KAJIAN

Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan
terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat dengan tujuan untuk memahami masalah

tersebut dengan lebih mendalam. Temu bual dijalankan secara rawak ke atas 5 orang guru
untuk mengetahui masalah sebenar yang dihadapi oleh mereka untuk mengadakan kelas atas
talian.


Pemerhatian Awal
Saya telah membuat pemerhatian maklum guru dalam Telegram Guru SBU, bTelegram Kelas

dan Whatsapp Kelas ke atas pengurusan proses pengajaran dan pembelajaran atas talian.
Sebelum kajian guru-guru hanya memberi Latihan atau kuiz dalam kumpulan Telegram atau
Whatsapp kelas masing-masing. Mereka kurang keyakinan untuk mengadakan pdp atas talian

dan tidak menunjukkan pengurusan tugasan yang teratur dan sistematik.


Soal Selidik Pra
Soal selidik pra pra telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan situasi dan
keperluan mereka untuk pengendalian kelas atas talian.


Soalan Selidik Pasca

Selepas saya menjalankan PLC Kumpulan Kecil (PLCKK), ujian pasca diadakan. Ujian Pasca
menggunakan set soalan mirip dengan Ujian Pra.



Temubual
5 orang guru telah ditemu bual untuk mengumpul punca masalah yang dihadapi oleh mereka

dalam pengurusan kelas atas talian.

Analisis Tinjauan Masalah


Didapati guru-guru tidak mengenali Google Classroom sebagai platform untuk pengurusan

keals yang sistematik dan berkesan. Di antara masalah yang dihadapi oleh guru-guru ialah
mereka:
1 Tidak mengenali GC

2 Tiada pengalaman mengadakan pdp atas talian
3 Tidak tahu menggunakan Google Meet sebagai platform pdp atas talian



e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 116

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

4 Tidak tahu GC mudah untuk pengurusan tugasan

5 Tidak mahir menggunakan GC untuk pengurusan tugasan

Analisis Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati:
 Guru-guru lebih yakin dan berani mengadakan pdp atas talian dengan

menggunakan Google Meet. Mereka dapat share dan kawal murid-murid atas
talian

 Guru-guru berjaya membuka Class dalam GC bagi semua kelas yang diajar.
 Guru-guru dapat mengurus tugasan murid dengan baik dan sistem dalam GC.


Tindakan Yang Dijalankan
Berdasarkan tinjauan awal didapati murid saya memang lemah dalam melukis rajah kimia. Ini

adalah kerana mereka kurang menguasai istilah kimia dan kurang keyakinan diri. Oleh itu
adalah menjadi tangungjawab saya dalam mendidik anak-anak didik saya. Untuk mengatasi

masalah ini, teknik Hijau Biru diperkenalkan untuk melaksanakan kajian ini. Tindakan-tindakan
yang telah saya jalankan:
a. Pertama saya telah mula berbincang dengan pentadbir tentang PLCKK untuk

guru
b. Kemudian menyediakan slide untuk menerangakan applikasi GC.
c. Kemudian saya menyediakan video untuk cara sign in Portal Digital Learning

bagi capai ke GC
d. Beberapa langkah mudah perlu diikuti seperti berikut:

































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 117

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021



































Rajah 1: Aktiviti PLCKK

Perlaksanaan Tindakan Dan pemerhatian / Penilaian


Aktiviti 1 : Tak Kenal Maka Tak Cinta
Guru-guru didedahakan kepada langkah log in Portal Delima dengan menggunakan gmail

moe-dl yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan secara percuma.





























Rajah 2: Langkah-langkah log in Poratal Digital Learning





e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 118

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Pemerhatian Yang Dijalankan
47 orang guru-guru dapat log in ke Poratal Digital Learning dan melihat aplikasi di dalamnya.

Murid-muird berpeluang untuk hands on melayari portal tersebut.
Berdasarkan pemerhatian daripada Tak Kenal Maka Tak Cinta, ternyata aktiviti ini dapat
memberi peluang guru-guru mencuba jaya penguasaan melayari Portal Digital Learning

dengan mudah.


Refleksi
Semasa aktiviti Tak Kenal Maka Tak Cinta dilaksanakan, saya merasa sangat seronok kerana
guru-guru dapat menjalankan aktiviti ini dalam suasana yang gembira. 78 orang guru-guru

dapat log in ke Poratal Digital Learning dan hanya dua orang ada masalah teknikal yang akan
dibantu oleh guru ICT. Mereka telah menunjukkan minat untuk meneruskan pembelajaran

seterusnya. Mereka juga sebut “Yeahhh, ....... saya dah dapat log in! ”

Aktiviti 2 : Mengenali Google Classroom

Fokus aktiviti ini ialah memberi bimbingan guru-guru membian kelas (Create class) dalam GC.
Langkah-langnya adalah seprti ditunjukkan dalam Rajah 3.































Rajah 3: Langkah-langkah Membina Kelas dan Invite Murid


Pemerhatian Yang Dijalankan
Guru-guru dapat membina sekurang-kurangnya satu kelas dan invite 5 murid ke kelas yang

telah dibina. Berdasarkan pemerhatian daripada Mengenali Google Calssroom, ternyata
aktiviti ini dapat meningkatan pengetahuan dan kemahiran tentang GC.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 119

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021


Refleksi

Semasa aktiviti Mengenali Google Calssroom dilaksanakan, saya merasa amat gembira
kerana semua murid saya dapat menjalankan aktiviti dalam suasana yang ceria. 79 orang
dapat membina kelas bagi mata pelajaran yang diajar. Mereka juga dapat invite murid-murid

melalui email atau kod kelas.


Aktiviti 3 : Hands on Google Classroom

Fokus aktiviti ini ialah memberi bimbingan guru-guru hands on aktiviti berikut:.

1. Invite Masuk Pelajar Guna Class Code & Email
2. Membina Tugasan Dalam Google Classroom

3. Memberi Pelbagai Tugasan Kepada Murid Dalam Google Classroom
4. Import Grading Quiz



























Rajah 4: Langkah-langkah Pengurusan Tugasan


Pemerhatian Yang Dijalankan
Guru-guru dapat membuka invite murid ke kelas, menghantar tugasan kepada murid melalui
GC. Berdasarkan pemerhatian daripada Hands On Google Classroom, ternyata aktiviti ini

dapat meningkatan kemahiran guru membuat pengurusan kelas dari segi tugasan dengan
lebih sistematik dan berkesan.


Refleksi
Semasa aktiviti Hands On Google Classroom dilaksanakan, saya merasa sangat seronok,
kerana guru-guru seronok dan aktif dalam aktiviti ini.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 120

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021


Aktiviti 4 : Hands on Google Meet


Fokus aktiviti ini ialah memberi bimbingan guru-guru hands on menggunakan Google Meet.
Rajah 6 menunjukkan langkah-langkah menggunakan Google Meet.
































Rajah 5: Langkah-langkah Hands On Google Meet


Pemerhatian Yang Dijalankan

Guru-guru dapat mengetahui fungsi butang-butang dalam Google Meet (GM). Mereka dapat
memulakan GM dan kongsi skrin untuk pengajaran atas talian.:


Berdasarkan pemerhatian daripada Hands On Google Meet, ternyata aktiviti ini dapat
menambah keyakinan guru-guru serta dapat menambah kemahiran menggunakan GM.


Refleksi
Semasa aktiviti Hands On Google Meet dilaksanakan, saya merasa sangat seronok, kerana
guru-guru dapat melaksanakan pdpr masing-masing dengan menggunakan GM.











e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 121

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Refleksi Kajian


Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/ Penilaian
PLC ini telah dilaksanakan sebanyak enam siri selama satu minggu. Selepas PLC guru-guru
diminta mengisi borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan mereka tentang

keberkesanan PLC KK. Berdasarkan pemerhatian saya, PLC KK berjaya membantu guru-guru
menguasai kemahiran penguruasn kelas


Mereka lebih yakin mencuba menggunakan GC dan dapat mengadakan pengajaran atas
talian dengan menggunakan Google Meet. Pentadbir sekolah telah memberikan komen

membina, dorongan dan sokongan terhadap usaha saya.


Komen-komen barisan pentadbir:
"…sangat menarik dan bermanfaat kepada guru”
“…gembira dan Berjaya”

“…ok very good”
“…motivated”
“…sangat menarik dan membantu pembelajaran online”

“…saya telah memahami tapi belum menguasai keseluruhannya”
“…banyak ilmu dikongsikan”
“…sangat gembira”


Keputusan

Jadual 1 menunjukkan kejayan 42 orang guru telah berjaya membuka semua kelas dalam GC.
Terdapat 4 orang yang masih belum dapat membuka kelas kerana masalah tenikal dan juga
pencapaian Internet.

Selepas mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru tentang pengurusan GC, saya telah
merancang PLC KK yang dapat memberi bimbingan dan Latihan guru dalam kumpulan besar

atau kumpulan kecil. PLC KK telah memberi impak yang tinggi dalam menangani masalah
yang dihadapi oleh guru berdasarkan perbandingan bilangan kelas yang telah dibuka dalam
Soal Selidik Awal dan Soal Selidik Pasca seperti Jadual 1.










e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 122

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Jadual 1: Pencapaian Kumpulan Besar 47 Orang Guru




























Jadual 2: Pencapaian Kumpulan Besar 47 Orang Guru



Bilangan Google Classroom

15 9 12
Bilangan Kelas 10 4 5 8 2 0 3 1 1 2

5

0
0 1 2 3 4 5 6 7 8 16 TIDAK
PERLU
Bilangan Kelas Telah Dibuka

Bilangan































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 123

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021


Jadual 3: Maklum Balas Guru-guru Tentang PLCLKK GC

BIL KOMEN BIL KOMEN
1 PLATFORM YANG BAGUS 22 NEED MORE TO EXPLORE

2 BOLEH BANTU KERJA 23 MUDAH DAN MENYENANGKAN
3 AWESOME AND GREAT 24 MUDAH, JELAS DAN MESRA

MENARIK TETAPI BANYAK
25 PLATFORM YANG BAIK.
4 LAGI PERLU DITEROKAI
BAGUS, SENANG DAN
Saya perlukan masa untuk
MUDAH.. TAPI ADA JUGA
26 menangani trial and error untuk
MURID YG LINE SLOW X DAPT
mendalami penggunaan GC
5 JOIN….
6 SERONOK DAN MENARIK 27 STILL EXPLORING
7 MUDAH, CEPAT, JELAS 28 MEMUDAHKAN TUGASAN

SANGAT MENARIK & USER
29 SANGAT BERMANFAAT
8 FRIENDLY

9 EASY IF U KNOW 30 GREAT AND CHALLENGING
10 MUDAH KALAU FAHAM 31 OK
11 MENARIK 32 BAGUS

12 PLATFORM YANG BAIK! 33 Belum expert
13 TERIMA KASIH GOOGLE 34 Platform yang bagus

14 SIMPLY AWESOME 35 TERBAIK
15 BELUM MAHIR 36 Bagus

16 SANGAT MEMBANTU GURU! 37 Membantu proses PdPc
17 IMPRESSIVE 38 Tahniaj, sangat membantu

18 BELUM MAHIR 39 SANGAT MENARIK
19 BAGUS... 40 LINE INTERNET SLOW
MEMBANTU SAYA UNTUK PDP
41 MENARIK
20 SEWAKTU PKP
MEMBANTU SAYA UNTUK PDP
42 Very good platform
21 ONLINE

Dapatan kajian dan kesan daripada PLC KK menunjukkan bahawa terdapat perubahan

perubahan sikap yang positif ditunjukkan oleh murid dalam pembelajaran kimia.







e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 124

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Hasil perkongsian dan temu bual dengan guru dan pendedahan dalam kursus Kajian
Tindakan juga mendapati guru-guru menyatakan bahawa PLC KK dapat membantu mereka

dalam pengurusan pengajaran dengan meggunkan GC dan GM.

PERBINCANGAN


Selepas menjalankan kajian ini, saya berasa amat berpuas hati dan bangga yang tidak
terhingga. Kelainan daripada gaya routin pengajaran dan pembelajaran memberi impak yang

besar kerana murid menunjukkan minat dan semangat belajar yang sangat tinggi semasa dan
selepas kajian ini. Malah ada guru yang meminta saya adakan PLC tentang applikai interaktif
yang dapat menarik minat belajar.


Saya berpendapat inisiatif dan dorongan rakan sekerja guru adalah amat penting dalam
memastikan proses penjaran dan pembelajaran.


Aktiviti PLC TS memperkasakan penggunanan GC dalam dalam kajian ini bertujuan

menyediakan platform pembelajaran yang menyeronokkan, di samping meningkatkan intelek,
emosi dan minat pelajar secara berkesan. Situasi ini telah memberi motivasi murid untuk turut
serta dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, penglibatan murid

dalam aktiviti pembelajaran juga dapat ditingkatkan.


CADANGAN UNTUK TINDAKAN SETERUSNYA

Untuk kajian yang akan datang, saya bercadang untuk mengekalkan kaedah ini untuk
memberi perkongsian tentang isu menghasilan pdp yang interaktif. Keseronokan belajar dapat

menyediakan murid untuk meneruskan pembelajaran ke aras yang lebih tinggi. Pengkajian
yang akan datang juga boleh memperbaiki dan memperkemaskan lagi kaedah ini dengan
memberi ruang untuk guru membuat perbentangan.


RUJUKAN

Bloom B. S (1968), Learning of Mastery: Evaluation Comment (UCLA-CSIEP)

Othman Talib (1999). Keberkesanan Kaedah Penyepaduan Peta Konsep Dalam Pengajaran
Kimia Terhadap Pencapaian Pelajar Matrikulasi. Kuala Lumpur: Universiti Putra
Malaysia

Koballa, T. R. (1988). Attitude and related concepts in science education. Science Education.
Baraton: University of Eastern Africa

Roslina Abd Karim & Zanaton Iksan. Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek Ke Atas
Pengetahuan, Sikap Dan Tingkah Laku Murid Tahun 5 Terhadap Tajuk Tenaga. Kuala
Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.


e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 125

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

Manual Kajian Tindakan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006
Kementerian Muridan Malaysia (2001), Pembelajaran Masteri. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum


















































e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 126

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021

KESEDIAAN SISWA GURU INSTITUT PENDIDIKAN GURU TERHADAP
PEMBELAJARAN KOPERATIF DALAM MATA PELAJARAN SAINS

Nur Farrah Anis F, Nur Afiqah Hazirah D, Mohamad Sarihi M.D, Fouziah M dan Mohd
Hasif Aiman S

Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail
[email protected]



ABSTRAK


Seiring dengan perkembangan pendidikan abad ke-21, guru merupakan penggerak utama
untuk memastikan keberkesanan dasar-dasar pendidikan negara pada peringkat sekolah.

Pembelajaran Koperatif merupakan suatu kaedah yang membantu murid memperoleh
pembelajaran bermakna khususnya dalam pendidikan Sains. Kajian ini bertujuan untuk

mengenal pasti tahap kesediaan siswa guru Sains Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia
daripada aspek pengetahuan (kognitif) dan kemahiran (psikomotor) terhadap pelaksanaan
kaedah Pembelajaran Koperatif dalam mata pelajaran Sains. Kajian ini melibatkan seramai

143 orang siswa guru Sains Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan daripada empat buah
Institut Pendidikan Guru. Reka bentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif ini menggunakan
soal selidik sebagai instrumen kajian. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian

Statistical Package for the Social Sciences versi 26.0 dan dinyatakan dalam bentuk min dan
sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan kesemua tahap kesediaan pengetahuan dan
kemahiran siswa guru untuk melaksanakan kaedah Pembelajaran Koperatif dalam mata

pelajaran Sains adalah tinggi dengan nilai masing-masing (min = 4.57, sp = 0.37) dan (min =
4.47, sp = 0.47). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kesediaan siswa guru daripada

aspek pengetahuan dan kemahiran amat penting dan diperlukan untuk mengaplikasikan
kaedah Pembelajaran Koperatif agar pengajaran dan pembelajaran Sains dapat dilaksanakan
dengan lebih efektif. Konklusinya, penyelidik dapat memberi kesimpulan secara total bahawa

siswa guru positif bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran untuk melaksanakan
Pembelajaran Koperatif dalam mata pelajaran Sains di sekolah rendah.



Kata kunci: Pembelajaran Koperatif (PK), kesediaan siswa guru, pengetahuan, kemahiran















e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 127

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
PENGENALAN

Malaysia meletakkan kepentingan yang sangat tinggi terhadap pendidikan untuk menjadi

sebuah negara maju yang mampu mendepani cabaran serta menyediakan masyarakat watan
yang produktif. Untuk melahirkan golongan muda yang berkompeten dan berdaya saing,
sistem pendidikan perlu membekalkan siswa guru yang bersedia daripada aspek

pengetahuan, nilai-nilai kemanusiaan dan kemahiran khusus. Sistem pendidikan Malaysia
memastikan siswa guru diberikan didikan ilmu pengetahuan dan kemahiran, malah

menyasarkan pembentukan insan beridentiti nasional dengan menyemai kemahiran pasaran
pekerjaan semasa termasuklah kemahiran abad ke-21.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkasa pengajaran dan pembelajaran

yang menekankan kemahiran abad ke-21 (PAK-21) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) (2013-2015) dalam melahirkan modal insan kelas pertama. Pembelajaran
Koperatif sesuai diaplikasikan dalam pdp era kini kerana dapat membekalkan situasi

pembelajaran bermakna serta menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam pelajaran.
Pembelajaran koperatif bukan sahaja kaedah pengajaran yang terbaik untuk guru
menyampaikan input dan isi pelajaran, bahkan boleh menambah kemahiran interpersonal,

kemahiran kepimpinan, kerjasama pasukan, self-confidence dan KBAT murid.

Untuk itu, sebagai penggerak dan pelaksana dasar pendidikan yang dicita-citakan

kerajaan, guru memainkan peranan signifikan dalam merealisasikan pendidikan era baharu.
Guru perlu bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk

membentuk generasi cemerlang. Persediaan guru untuk menjalani pdp adalah amat penting,
oleh kerana kesan kesediaan guru memberi impak besar terhadap pembelajaran dan tahap
prestasi murid. Maka, tahap kesediaan guru boleh dilihat melalui tiga kriteria utama

termasuklah pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Jelaslah bahawa menjadi kewajipan
siswa guru untuk bersedia dan mempersiapkan diri dari segenap aspek dalam meningkatkan

kualiti dan mutu pendidikan Malaysia.


SOROTAN LITERATUR


Daripada tinjauan literasi, penggunaan kaedah konvesional dalam pengajaran mata pelajaran
Sains menjadikan suasana pembelajaran bosan dan jemu. Hasil daripada kesedaran ini,

revolusi dan reformasi kaedah pdp perlu dibuat dengan menghasilkan aktiviti pembelajaran
aktif yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri secara sepenuhnya semasa
interaksi di bilik darjah (Bhavani, S., 2017). Pembelajaran Koperatif merupakan pendekatan

yang mengaplikasikan gerak kerja secara berkumpulan (Rohani Arbaa, Hazri Jamil &
Mohammad Zohir Ahmad, 2017). Pengaplikasian Pembelajaran Koperatif membolehkan
murid berkongsi pendapat dengan saling melakukan tugasan untuk mencapai tujuan yang

e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 128

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
sama. Menurut Aziz Z. & Bustam S. (2011), pencapaian akademik murid meningkat apabila
guru melaksanakan Pembelajaran Koperatif.


Kajian YM Raja Abdullah Raja Ismail & Daud Ismail (2018) membuktikan bahawa
kesediaan siswa guru dalam melaksanakan proses pdp PAK-21 masih pada tahap yang

kurang memuaskan. Konsep keseluruhan pdp PAK-21 masih kurang difahami dengan jelas
oleh siswa guru dari sudut perancangan dan pelaksanaannya. Kesediaan untuk mengajar
bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran siswa guru. Bakal guru memerlukan

bimbingan dan latihan yang mantap sebelum mendepani bidang perguruan di sekolah kelak.



Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad Ke-21
Guru memainkan peranan utama dalam menentukan impak implementasi pendidikan baharu

seperti pendidikan abad ke-21.Berdasarkan Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad
ke-21 (Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Mohammad Zohir Ahmad, 2017), kearifan profesional

guru yang diperolehi melalui refleksi, pengetahuan konteks dan pengetahuan praktikal
menjadi tunjang utama pelaksanaan Pembelajaran Koperatif. Ini bermakna, pengetahuan dan
kemahiran adalah aspek penting untuk melahirkan siswa guru yang memiliki tahap kesediaan

mantap untuk melaksanakan kaedah Pembelajaran Koperatif dalam mata pelajaran Sains.
Dalam model ini juga, Pembelajaran Koperatif merupakan kaedah paling penting bagi
menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan murid.


Oleh itu, siswa guru seharusnya tahu dan mahir merancang dan melaksanakan

Pembelajaran Koperatif mengikut tujuan dan objektif pembelajaran berdasarkan prinsip-
prinsip yang digariskan dalam strategi koperatif seperti bergantungan secara positif (Positive
Independence), akauntabiliti individu (Individual Accountability), penglibatan seimbang (Equal

Participation) dan interaksi bersemuka (Simultaneous Interaction). Siswa guru perlu tahu
tentang prinsip yang menjadi asas Pembelajaran Koperatif seterusnya bijak
melaksanakannya di bilik darjah.Terdapat lebih daripada 50 contoh aktiviti berstruktur strategi

koperatif yang boleh digunakan oleh siswa guru termasuklah aktiviti roundtable, student
teams-achievement divisions, think-pair-share, JIGSAW, numbered heads together, tea party
dan sebagainya (Amanda Zezima, 2017). Keupayaan siswa guru melaksanakan

Pembelajaran Koperatif mengikut mampu meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.









e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 129

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Kerangka Konseptual Kajian























Rajah 2.2: Kerangka Konseptual Kajian


Kerangka konseptual kajian memberikan gambaran secara keseluruhan dengan jelas
mengenai apa yang dikaji. Bryant (1974) berpendapat pengetahuan dan kemahiran

merupakan faktor terbesar yang menjadi penyumbang dan berpengaruh untuk meningkatkan
keberkesanan dan kualiti sistem pendidikan. Justeru, perkara ini juga diambil kira oleh

pengkaji sebagai asas pembinaan kerangka konseptual kajian untuk mengkaji tahap
kesediaan siswa guru Sains terhadap pelaksanaan Pembelajaran Koperatif dalam mata
pelajaran Sains di sekolah rendah.



METODOLOGI KAJIAN


Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif deskriptif menggunakan borang soal selidik sebagai
instrumen kajian. Teknik persampelan ialah persampelan rawak mudah. Borang soal selidik
diagihkan kepada populasi kajian yang terdiri daripada 223 orang siswa guru pengkhususan

major dan minor Sains Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan daripada 4 buah Institut
Pendidikan Guru Kampus termasuklah IPGK Dato’ Razali Ismail, IPGK Pulau Pinang, IPGK

Batu Lintang dan IPGK Kent. Seramai 143 orang siswa guru dipilih untuk dijadikan sampel
menggunakan jadual Krejchie & Morgan (1970).


Instrumen soal selidik dibahagikan kepada tiga bahagian termasuklah Bahagian A
mengandungi butiran demografi responden, manakala Bahagian B dan C berkenaan konstruk
yang ingin dikaji seperti tahap kesediaan siswa guru IPG terhadap pelaksanaan Pembelajaran

Koperatif dalam mata pelajaran Sains dari segi pengetahuan dan kemahiran. Soal selidik
menggunakan skala likert 5 mata.


Kajian rintis dilaksanakan sebelum kajian sebenar. Responden kajian rintis ialah
seramai 32 yang diwakili oleh siswa guru major dan minor Sains dari IPGK Temenggung

e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 130

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
Ibrahim, IPGK Ilmu Khas dan IPGK Pendidikan Teknik. Nilai pekali Alpha Cronbach
menunjukkan instrumen kajian mempunyai indeks kebolehpercayaan yang baik dan boleh

diterima pakai untuk kajian sebenar. Data yang diperolehi dari borang soal selidik seterusnya
dianalisis secara kuantitatif menggunakan perisian Statistic Package for the Social Science
(SPSS) version 26.0.



DAPATAN KAJIAN


Jadual 4.1 Profil responden


Peratusan
Items Demografi Responden Kajian Kekerapan
(%)
51 36.7
Jantina Lelaki
Perempuan 92 65.3
Jumlah 143 100.0

IPG Kampus Dato’ Razali 39 27.2
Ismali
Institut Pendidikan Guru
IPG Kampus Batu Lintang 30 21.0
IPG Kampus Pulau Pinang 57 39.9
IPG Kampus Kent 17 11.9
Jumlah 143 100.0
112 78.3
Pengkhususan Major Sains
Minor Sains 31 21.7
Jumlah 143 100.0

20 14.0
PISMP Semester 2
Semester PISMP Semester 4 18 12.6
PISMP Semester 6 28 19.6
PISMP Semester 8 77 53.8
Jumlah 143 100.0


Jadual 4.2 Nilai min dan sisihan piawai bagi setiap konstruk


Konstruk Min Sisihan piawai Interpretasi Skor Min
Pengetahuan 4.57 0.37 Tinggi
Kemahiran 4.47 0.47 Tinggi




Kesediaan yang tinggi dalam siswa guru mendorong mereka untuk sentiasa up-to-
date diri mereka untuk meningkatkan lagi professionalisme sebagai seorang pendidik. Guru

seharusnya melakukan perubahan dalam demi menambah mutu dan kualiti pendidikan
negara. Perubahan yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan pendekatan, strategi serta




e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 131

Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Peringkat Antarabangsa (Serai) 2021
21-22 September 2021
kaedah pengajaran dan pembelajaran bukan sekadar bagi mencapai objektif pelajaran harian
semata-mata, malah untuk mewujudkan pembelajaran berfikrah dan bermakna.


Tahap pengetahuan siswa guru tentang strategi Pembelajaran Koperatif merupakan
komponen signifikan untuk memastikan guru-guru lebih yakin dan bersedia untuk

melaksanakan amalan Pembelajaran Koperatif dalam mata pelajaran Sains di sekolah. Min
keseluruhan bagi tahap kesediaan dari segi pengetahuan ialah (min = 4.57) dan sisihan piawai
(std. = 0.37). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan pengetahuan siswa guru

tentang Pembelajaran Koperatif adalah berada pada tahap yang tinggi. Dapat disimpulkan
bahawa siswa guru Sains memiliki pengetahuan dari segi konsep, ciri, prinsip dan kelebihan
apabila mengamalkan Pembelajaran Koperatif dalam subjek Sains. Kesediaan tahap

pengetahuan siswa guru mengenai teori dan kaedah pelaksanaan Pembelajaran Koperatif
adalah di tahap tinggi.


Tahap pengetahuan siswa guru tentang strategi Pembelajaran Koperatif merupakan
satu komponen penting untuk memastikan guru-guru lebih yakin dan bersedia untuk

melaksanakan amalan Pembelajaran Koperatif dalam mata pelajaran Sains di sekolah. Bakal
guru permulaan seharusnya memiliki persediaan pengetahuan yang cukup lebih-lebih lagi
dalam hal menguruskan bilik darjah. Penerapan pengetahuan kepada siswa guru mengenai

Pembelajaran Koperatif di beberapa buah IPG ini adalah sangat baik.


Seterusnya, kesediaan kemahiran dalam melaksanakan Pembelajaran Koperatif
dalam Sains juga merupakan komponen yang penting untuk memastikan guru pra
perkhidmatan lebih bersedia dari segi pengurusan, pengendalian dan pelaksaaan kaedah

terbabit. Hasil analisis diskriptif mengindikatorkan tahap kesediaan kemahiran siswa guru
terhadap pelaksanaan Pembelajaran Koperatif dalam Sains didapati berada pada tahap tinggi
dengan nilai (min = 4.47) dan (std. = 0.47). Keputusan ini jelas membuktikan bahawa

kesediaan siswa guru Sains Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia berkemahiran
melaksanakan pembelajaran koperatif.


Daripada dapatan kajian bahagian ini juga, didapati bahawa siswa guru bersedia untuk
mengikuti kursus, seminar mahupun bengkel berkaitan Pembelajaran Koperatif untuk

memantapkan lagi kaedah pelaksanaannya semasa pengajaran. Daripada dapatan kajian
bahagian ini juga, didapati bahawa siswa guru bersedia untuk mengikuti kursus, seminar
mahupun bengkel berkaitan Pembelajaran Koperatif untuk memantapkan lagi kaedah

pelaksanaannya semasa pengajaran.


Merujuk kepada kedua-dua pemboleh ubah termasuklah tahap kesediaan
pengetahuan siswa guru dan tahap kesediaan kemahiran siswa guru Pembelajaran Koperatif

dalam Sains, nilai skor min secara keseluruhannya masing-masing (min = 4.5706) dan (min
e-Prosiding Serai 2021/e-ISBN 978-967-19359-3-4 132


Click to View FlipBook Version