INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS KOTA BHARU
PROSIDING
SEMINAR PENYELIDIKAN
DALAM PENDIDIKAN
Tema
“PENYELIDIKAN MENJANA INOVASI SISWA PENDIDIK”
Tarikh
20 & 21 APRIL 2020
Prosiding
Seminar Penyelidikan Dalam Pendidikan
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Dengan Kepujian
Ambilan Jun 2016
“Penyelidikan Menjana Inovasi Siswa Pendidik”
20 & 21 April 2020
Editor
Dr. Nik Hassan bin Seman
Siti Halimah binti Sarkawi
Anjuran
Jabatan Pendidikan Khas,
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GUR KAMPUS KOTA BHARU
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pensyarah dan siswa guru Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Jun 2016 daripada opsyen Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran dan Pendidikan Pemulihan yang telah menjayakan Seminar
Penyelidikan Dalam Pendidikan 2020.
Pentas seminar ini dapat menjadi satu landasan untuk siswa guru membentang
kertas penyelidikan dan berkongsi idea serta hasil penyelidikan berkaitan pengajaran
bagi mewujudkan kecemerlangan pendidikan berterusan. Bersesuaian dengan tema
seminar “Penyelidikan Menjana Inovasi Siswa Pendidik” diharapkan input yang
diterima hasil pembentangan akan dapat menjana inovasi dalam proses pembelajaran
dan pemudahcaraan akan datang apabila berada di sekolah kelak.
Masyarakat memang memperakui peranan penting guru sebagai agen
perubahan dalam menentukan hala tuju Negara yang berada di barisan hadapan
dalam melahirkan generasi yang akan memenuhi keperluan sumber tenaga manusia
bagi menentukan perubahan yang dicita-citakan. Oleh itu, profesion keguruan perlu
menjana inovasi pengajaran sesuai dengan perubahan dan sentiasa menjadikan
kecemerlangan dan kegemilangan sebagai budaya dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab. Diharapkan melalui seminar ini aspirasi dan harapan tersebut akan
tercapai.
Akhir kata, saya ucapkan Selamat Berseminar kepada semua peserta. Saya
yakin seminar ini dapat dijalankan dengan sempurna.
SELAMAT BERSEMINAR DAN SELAMAT MAJU JAYA
TN. HJ. MOHD RASID BIN CHIK
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Kota Bharu
SENARAI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA
SURAT
1 Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa Di Rumah Dengan Pencapaian
Akademik Murid Pemulihan 1
Nor Amirah binti Zakariah
En. Mohd Asif bin Mohd Alwi
2 Motivasi Guru Pelatih Dalam Aktiviti Sukarelawan Membantu Golongan 19
Orang Kurang Upaya (OKU)
Anis Syafikah binti Shafie
Dr. Hjh. Nor Kamilah binti Makhtar
3 Meningkatkan Kefahaman Dan Minat Murid Slow Learner Terhadap 33
Bentuk Dua Dimensi Melalui Penggunaan Aplikasi B2D!
Muhammad Nur Hakimuddin bin Juri
Pn Farah Dilla binti Ramli
4 Tahap Kemahiran Sosial Murid Masalah Pembelajaran Di Sekolah 54
Rendah Sekitar Daerah Kota Bharu, Kelantan
Nurul Huda Fazlien binti Mohamed Saipon
Dr. Hj. Shukri bin Ismail
5 Meningkatkan Penguasaan Murid Slow Learner Dalam Operasi Tambah 65
Dua Nombor Melibatkan Pengumpulan Semula Dalam Lingkungan 50
Dalam Bentuk Lazim Menggunakan Drag It.
Zarith Nabilah binti Mohamad Kamarulzaman
Dr. Mohd Zamri bin Abdullah
6 Meningkatkan Kemahiran Menambah Dalam Lingkungan 10 85
Menggunakan Silent Book 100
Siti Atikah binti Muhammad Zaman 116
Dr. Nik Hassan bin Seman 128
143
7 Persepsi Siswa Guru Terhadap Masalah Tingkah Laku Kanak-Kanak 157
Sindrom Down
Norahimatul Azwa binti Abdul Rahim
Dr. Azizi bin Jaafar
8 Tahap Pengetahuan Dan Penerimaan Murid Aliran Perdana Terhadap
Murid Pendidikan Khas
Muhammad Zulhazmi bin Sharun
Pn. Che Noorwani binti Che Wil
9 Kesediaan Guru Aliran Perdana Dalam Pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif Masalah Pembelajaran
Sarah Adni binti Ahmad Fahmy
Dr. Nik Hassan bin Seman
10 Meningkatkan Kemahiran Mengenal Nombor 1 Hingga 5 Dalam
Kalangan Murid Slow Learner Menggunakan Kit ‘LiSeTu’
Siti Huzaipah binti Mohd Noor
En. Sabri bin Awang Sof
11 Tahap Pengetahuan Murid Arus Perdana Terhadap Murid Pendidikan
Khas
Faathimah binti Ab Ghani
Dr. Nik Hassan bin Seman
12 Meningkatkan Kemahiran Operasi Tambah Dalam Lingkungan 10 171
Menggunakan Kaedah CEMA
Siti Nurraisyah binti Ibarahim
Pn. Farah Dilla binti Ramli
13 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Tekanan Kerja Guru 194
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran di Daerah Kota Bharu, Kelantan
Nur Shahirah Afiqah binti Mat Shater
Dr. Hj. Shukri bin Ismail
14 Meningkatkan Kemahiran Membatang Perkatan KVKV Dalam Kalangan 207
Murid Disleksia Dengan Menggunakan Aplikasi Dislekskitsia
Amir Ashraf bin Abu Bakar
Pn. Farah Dilla binti Ramli
15 Meningkat Daya Tumpuan Murid Masalah Hiperaktif Dalam Proses 221
Pengajaran dan Pembelajaran Dengan Menggunakan Kaedah
‘Penggunaan Token’
Leng Teck Kai
Pn. Farah Dilla binti Ramli
16 Meningkatkan Tumpuan Dan Sosialisasi Murid Pendidikan Khas Dengan 236
PenCer
Fathiah Amani binti Fuzi
Pn. Nor Laini binti Che Mat
17 Meningkatkan Kemahiran Mengenal Dan Mengecam Warna Asas Untuk 253
Murid Slow Learner Melalui Aplikasi SeKeWar
Anis Amirah binti Abdul Hadi
Dr. Nik Hassan bin Seman
18 Meningkatkan Kemahiran Mengecam Dan Membunyikan Huruf 265
Konsonan Menggunakan Bunso Bagi Murid Slow Learner
Fatin Nor Eliyana binti Azid
Pn. Nor Laini binti Che Mat
19 Tahap Pengetahuan Guru Pelatih IPGKKB Dalam Mengurus Tingkah 282
Laku Murid Berkeperluan Khas (MBK)
Zalila Nadirah binti Zahari
Dr. Nik Hassan bin Seman
20 Meningkatkan Kemahiran Mengecam Dan Menulis Nombor 12 Hingga 15 302
Dalam Kalangan Murid Pemulihan Tahun 3 Menggunakan Kit Rumah
Saya
Nur Azwa Nashra binti Adnan
Pn. Nor Laini binti Che Mat
21 Persepsi Guru Pelatih Bukan Opsyen Pendidikan Khas Terhadap Murid 319
Berkeperluan Khas Dalam Program Pendidikan Inklusif
Wan Amirah binti Wan Aziz
Pn. Che Noorwani binti Che Wil
22 Meningkatkan Kemahiran Menyusun Nombor 1-9 Secara Turutan 331
Menurun Dalam Kalangan Murid Pemulihan Menggunakan TiBo
Nik Nur Iddaya binti Zuriza
Tn. Hj. Nik Azhar bin Hj. Nik Ab Rahman
23 Meningkatkan Kemahiran Menolak Nombor Dalam Lingkungan 10 Bagi 348
Murid Lembam Menggunakan Kit OpTo
Nur Haizatul Husna binti Che Husain
Pn. Che Noorwani binti Che Wil
24 Meningkatkan Kemahiran Mengenal Dan Menulis Huruf /n/,/m/,/v/ dan /w/ 368
Dalam Kalangan Murid Slow Learner Menerusi Kaedah Makelis 386
Nur Hatiyah binti Ahamad
En. Mohd Asif bin Mohd Alwi
25 Meningkatkan Kemahiran Menulis Peringkat Pra Tulisan Menggunakan
‘Big Box Snsory’
Nur Syazwana binti Nordin
En. Mohd Din bin Haron
26 Meningkatkan Kemahiran Menambah Nombor Dengan Mengumpul 402
Semula Dalam Lingkungan 50 Menggunakan Kit Side Box Dalam
Kalangan Murid Slow Learner
Nazira binti Bahron
En. Sabri bin Awang Sof
27 Hubungan Antara Pengetahuan Dan Sikap Guru Pendidikan Khas 420
Masalah Pembelajaran Menerapkan Kreativiti & Inovasi Dalam PdPc Di
Kota Bharu, Kelantan
Siti Halimah binti Sarkawi
Dr. Zikri bin Awang
28 Aplikasi Count On Me: Meningkatkan Penguasaan Murid Slow Learner 429
Membilang Objek Dalam Kumpulan (1-5)
Tengku Hanis Nabilah binti Tengku Mokhtar
Pn. Farah Dilla binti Ramli
29 Meningkatkan Penguasaan Nombor Dalam Lingkungan 1 Hingga 10 445
Murid Slow Learner Dengan Kit K-Bit
Veronica Jerami anak Labang
Pn. Che Noorwani binti Che Wil
30 Persepsi Guru Arus Perdana Terhadap Murid Pendidikan Khas Masalah 459
Pembelajaran
Wong Leh Yee
Dr. Zikri bin Awang
31 Meningkatkan Kemahiran Menulis Huruf Kecil b, d, u Dan n Dengan Betul 469
Menggunakan Aplikasi ‘Ebisi’
Justine Milang anak Ngelambai
Pn. Farah Dilla binti Ramli
32 Penggunaan ‘Lightups’: Membantu Murid Pemulihan Meningkatkan 471
Keupayaan Pengamatan Dalam Menguasai Kemahiran Menulis Yang
Lebih Kemas
Abdul Muttaqiin bin Amir Azha
Dr. Hjh. Nik Noraini binti Hj. Raja Abdullah
33 Persepsi Guru Arus Perdana Terhadap Murid Pemulihan 482
Siti Aisyah binti Sifyan
Dr. Nik Hassan bin Seman
34 Kit FULECO: Membantu Meningkatkan Kemahiran Menambah Dua 491
Nombor Operasi Tambah Lingkungan 50 Dengan Mengumpul Semula
Dalam Bentuk Lazim
Eva Cezia Yahya
Pn. Che Noorwani binti Che Wil
35 Meningkatkan Kemahiran Mengenal Dan Membunyikan Huruf Vokal 513
Dalam Kalangan Murid Pendidikan Pemulihan Dengan Menggunakan Kit
SaPaVo
Iding anak Changgau
En. Hasbi bin Haron
36 Kit TAWAGU: Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Mengenal Huruf 527
Besar Yang Hampir Sama Iaitu /W/, /V/, /X/ Dan /Y/ Dalam Kalangan
Murid Pemulihan Khas
Nuraina Binti Ayob
En. Ishak bin Ibrahim
37 Pengaplikasian Pendekatan Orff Dalam Membantu Murid Autisme 539
Memeroleh Kosa Kata Bahasa Inggeris (Nouns)
Mohd Fadhlie Hafiz bin Jaffar
Tn. Hj. Zubir bin Ismail
38 Meningkatkan Kemahiran Mengecam Dan Menulis Huruf Yang Hampir 556
Sama Dengan Menggunakan Aplikasi KeABJ Dalam Kalangan Murid
‘Slow Learner’
Noor Alia binti Amir
Pn. Zaleha binti Mohd Noor
39 Meningkatkan Kemahiran Mengenal Dan Menulis Nombor Lingkungan 1 574
Hingga 9 Dalam Kalangan Murid Pemulihan Menggunakan Kit Fusebo 592
Nur Sarah Hawa binti Hassan
Pn. Che Noorwani binti Che Wil
40 Kaedah Oh..Bulan: Membantu Murid Pemulihan Menguasai Kemahiran
Mengenal Dan Kemahiran Menulis Huruf Kecil a, b, c, d, e, g, p dan q
Nur Syafiqah binti Dellah
Dr. Hjh. Nik Noraini binti Hj. Raja Abdullah
41 Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan kvkv Dengan 606
Menggunakan Kit ‘Celik2Koncovo’
Tengku Zulaikha binti Tengku Zainal
En. Hasbi bin Haron
42 Meningkatkan KemahiranMenyelesaikan Operasi Pendaraban 1 Hingga 619
5 Murid Moderate Intellectual Disability Menggunakan Darabakus
Airie Jimson anak Iha
Dr. Mohd Zamri bin Abdullah
43 Meningkatkan Kebolehan Murid Pemulihan Tahun Tiga Membina Ayat 633
Mudah Menggunakan Teknik SKOP
Anis Farhana binti Mohamad Zahir
En. Sheikh Roslam bin Sheikh Abdullah
44 Meningkatkan Tahap Kefahaman Murid Dalam Menentukan Nilai Nombor 644
6 Hingga 10 Dengan Menggunakan Kit Nino
Nur Nabilah binti Jaafar
En. Che Ahmad Rizal bin Che Rahim
45 Meningkatkan Kemahiran Mengenal Nombor 4 Hingga 9 Dalam 656
Kalangan Murid Pemulihan Menggunakan JOKENO KLIK
Nur Zahidah binti Roslee
En. Ahmed bin Suleman
HUBUNGAN ANTARA PENGLIBATAN IBU BAPA DI RUMAH DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK MURID PEMULIHAN
Nor Amirah Binti Zakariah
En. Mohd Asif Bin Mohd Alwi
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Ibu bapa berperanan sebagai rakan sekolah dalam meningkatkan keberhasilan serta
memastikan pembelajaran berkualiti anak mereka. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah
bertujuan untuk meninjau sejauh manakah keterlibatan ibu bapa iaitu perbincangan,
penjagaan dan komunikasi antara ibu bapa dan anak di rumah dalam mempengaruhi
pencapaian akademik murid pemulihan. Skop yang dikaji dalam kajian ini ialah mengenalpasti
hubungan yang signifikan di antara penglibatan ibu bapa di rumah dengan pencapaian
akademik murid pemulihan. Reka bentuk kajian yang digunakan pengkaji adalah kajian
deskriptif berbentuk tinjauan. Saiz sampel seramai 140 orang responden telah terlibat dalam
kajian ini yang melibatkan pasangan di antara ibu bapa dan anak (murid pendidikan
pemulihan). Kajian ini melibatkan ibu bapa dan murid dari SK Raja Bahar, SK Kem Pengkalan
Chepa, SK Che Latiff, SK Kedai Buloh 1, SK Mentera, dan SK Sri Bemban. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik dan analisis dokumen. Data dalam
kajian ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science
(SPSS) versi 26 bagi mendapatkan nilai skor min, kekerapan, sisihan piawai, peratusan (%)
serta Ujian Korelasi Pearson kerana data bertaburan normal. Dapatan analisis deskripitf
menunjukkan perbincangan ibu bapa dengan anak di rumah mempunyai nilai min yang
sederhana iaitu 2.83, penjagaan mempunyai nilai min sederhana (2.81) manakala nilai min
komunikasi ibu bapa dan anak di rumah pada tahap sederhana (2.90). Melalui analisis ujian
korelasi Pearson mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
penglibatan ibu bapa iaitu perbincangan, penjagaan dan komunikasi, dengan pencapaian
akademik murid pemulihan.
Kata Kunci: Penglibatan ibu bapa, perbincangan, penjagaan, komunikasi, pencapaian
akademik, pemulihan khas
1
ABSTRACT
Parents’ roles as the school’s partner in increasing the output as well as the quality learning
for their children. Therefore, this study was designed to examine the extent of parental
involvement in term of discussion, supervision and communication between parent and
children at home. The scope tested in this study were to identify a significant relationship
between parental involvement at home and the remedial students’ academic achievement.
The research design was descriptive research survey. The sample size of 140 respondents
were participated in this study involves both of parents and their children (remedial education
students). This study, involved parents and students from SK Raja Bahar, SK Kem Pengkalan
Chepa, SK Che Latiff, SK Kedai Buloh 1, SK Mentera, dan SK Sri Bemban. The instrument
used in this study was questionnaire form and document analysis. Data were analyzed using
Statistical Package For Social Science (SPSS) version 26 for the mean score, frequency,
standard deviation, percentage (%) and the Pearson correlation test for normally distributed
data. The analysis showed that discussion between parent and children at home was at
medium level (mean 2.83), supervision between parent and children ( min 2.81) was at
medium level while communication between parent and children was at medium level (mean
2.90). Pearson correlation analysis found that there was no significant relationship between
parental involvement in term of discussion, supervision and communication between parent
and children at home.
Keyword: Parental involvement, discussion, supervision, communication academic
achievement, father income
PENGENALAN
Ibu bapa merupakan pembimbing yang diberi amanah oleh Allah s.w.t untuk mendidik
anak-anak menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat. Dalam institusi keluarga, ibu bapa
merupakan individu yang paling hampir kepada perkembangan peribadi anak-anak (Zulkifli, 2011).
Ibu bapa mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri dalam memberi sumbangan ke arah
pembangunan prestasi dan kemajuan akademik pelajar. Pendapat ini disokong oleh Arnold (2008)
dimana menurut kajian beliau, ibu bapa mempunyai hubungan yang kuat dan signifikan dalam
pembangunan dan kemajuan pelajar. Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak
berkait rapat dengan pencapaian akademik anak-anak. Menurut Mustafa Daud (2004), ibu bapa
haruslah mempunyai kemahiran dari sudut interaksi, komunikasi dalam mendisiplinkan anak-anak.
Tambahan juga, penglibatan ibu bapa dalam memberi sokongan kepada anak-anak adalah sangat
penting dan memberi kesan yang positif dalam mempertingkatkan kejayaan anak-anak sepanjang
proses pembelajaran sama ada secara langsung ataupun tidak langsung (Jeynes, 2005; Soo,
2000). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penglibatan ibu bapa dari segi
2
perbincangan, penjagaan dan komunikasi di rumah dapat membantu proses belajar murid
pemulihan dan sejauh mana penglibatan ibu bapa memberi impak kepada pencapaian akademik
murid pemulihan.
PERNYATAAN MASALAH
Pendidikan yang berkesan dalam membentuk anak-anak melibatkan peranan ibu bapa.
Tanpa pengaruh ibu bapa terhadap anak-anak, proses pendidikan akan mengalami kemerosotan.
Hal ini dibuktikan dalam kajian Zulkifli (2011) menunjukkan penglibatan ibu bapa memberi 74.5%
kesan ke atas pencapaian anak. Bagi ibu bapa, mereka tidak harus berpendapat bahawa
pendidikan harus bermula dan berakhir di sekolah. Sedangkan peranan ibu bapa jauh lebih
penting sebagai asas dan tapak didikan sebelum anak-anak memasuki sekolah secara formal. Ibu
bapa tidak boleh menyerahkan tanggungjawab kepada guru bagi menentukan kejayaan anak
mereka dalam mencari ilmu dan kecemerlangan hidup. Sekiranya ibu bapa tidak peduli tentang
pendidikan anak-anak sejak awal umurnya lagi, hal ini memberi petanda keciciran akan berlaku
(Sidek Baba,2009; Zainon dan Ahmad, 2008). Berdasarkan kefahaman di atas tentang
kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pencapaian akademik anak-anak, maka kajian ini
dijalankan. Kajian ini berusaha mengkaji tentang keterlibatan ibu bapa dalam mempengaruhi
pencapaian akademik murid pemulihan. Berdasarkan tinjauan literatur yang dijalankan, masih
belum terdapat satu kajian berkaitan hubungan ibu bapa yang dijalankan ke atas murid pemulihan.
Kajian ini menghipotesis bahawa tahap penglibatan ibu bapa di rumah akan menunjukan prestasi
akademik anak yang positif.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti tahap perbincangan ibu bapa murid pemulihan di rumah.
2. Mengenalpasti tahap penjagaan ibu bapa murid pemulihan di rumah.
3. Mengenalpasti tahap komunikasi ibu bapa murid pemulihan di rumah.
3
4. Mengkaji hubungan yang signifikan di antara penglibatan ibu bapa di rumah
dengan pencapaian akademik murid pemulihan.
Soalan Kajian
Pengkaji merumuskan beberapa persoalan yang perlu dikaji berkenaan penglibatan ibu bapa
di rumah terhadap pembentukan pencapaiaan akademik yang positif anak mereka (murid
pemulihan). Di antara persoalan utama yang akan dikaji adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap perbincangan ibu bapa murid pemulihan di rumah?
2. Apakah tahap penjagaan ibu bapa murid pemulihan di rumah?
3. Apakah tahap komunikasi ibu bapa murid pemulihan di rumah?
4. Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara penglibatan ibu bapa di
rumah dengan pencapaian akademik murid pemulihan?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian korelasi yang menggunakan pendekatan kuantitatif.
Kajian korelasi bertujuan untuk mengkaji perhubungan atau perkaitan antara satu
pembolehubah dengan pembolehubah yang lain (Creswell, 2008). Mohd Najib (2003)
menyatakan bahawa kaedah tinjauan menerusi penggunaan soal selidik telah banyak
digunakan kerana ia merupakan cara yang berkesan dan praktikal untuk mendapatkan
maklumat. Oleh itu, kajian ini menggunakan soal selidik yang dibangunkan oleh Inventori
Pengaruh Ibu Bapa (Inventory of Parental Influence – IPI Campell, 1994).
Item yang digunakan dalam soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A soal selidik bagi ibu bapa murid pemulihan adalah
berkaitan dengan butir-butir peribadi sampel. Bahagian B mengandungi 30 item bagi
mengenalpasti tahap perbincangan, penjagaan dan komunikasi ibu bapa dan anak di rumah.
Skor mengikut skala Likert, iaitu dari 1 (sangat tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju). Item
penglibatan ibubapa adalah seperti berikut: sembilan item perbincangan di rumah, lapan item
penjagaan di rumah mempunyai dan 13 item komunikasi. Selain itu, analisis dokumen murid
4
dikumpulkan untuk mengenal pasti pencapaian akademik Bahasa Melayu murid pemulihan.
Keputusan markah kertas Bahasa Melayu dikumpul daripada pihak pengurusan akademik
sekolah.
Berdasarkan rajah Krejcie, R.V and Morgan D.W. (1970), bagi populasi seramai 225
orang perlu mengambil sekurang-kurangnya seramai 140 orang dijadikan sebagai sampel
kajian. Jenis sampel yang digunakan pada kajian ini adalah jenis sampel rawak mudah di
mana murid-murid pendidikan pemulihan khas yang dipilih adalah murid yang belajar di SK
Raja Bahar, SK Kem Pengkalan Chepa, SK Che Latiff, SK Kedai Buloh 1, SK Mentera, dan
SK Sri Bemban.
Kesahan dalam kajian ini adalah instrument kajian perlulah mendapatkan pengesahan
muka dan kandungannya dari pakar (Mohd Najib, 2013). Pengkaji merujuk Pensyarah IPG
Kampus Kota Bharu bagi mendapatkan pengesahan tentang kesahan muka dan kesahan
kandungan bagi soal selidik.
Kebolehpercayaan pula sering dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan
ketekalan dalaman (Creswell, 2010). Nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.60 sering kali
diguna pakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrument (Mohd Majid, 1990; Siti
Rahaya, 2003). Berdasarkan penerangan di atas pengkaji telah menggunakan SPSS untuk
mencari nilai Cronbach Alpha bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Berikut
merupakan hasil analisis yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan item bagi bahagian
aspek penglibatan ibu bapa di rumah:
Jadual 1
Nilai Kebolehpercayaan Item Soal Selidik Kajian
Jenis Item Bilangan Item Nilai a
Perbincangan di rumah 9 0.814
Penjagaan di rumah 8 0.795
Komunikasi di rumah 13 0.841
Penglibatan Ibu Bapa 30 0.922
5
Nilai Alpha Chronbach kajian rintis yang telah diperolehi adalah 0.922. Ini bermakna
kebolehpercayaan item adalah tinggi dan seragam (Mohd Najib, 2013). Maka, instrumen soal
selidik boleh digunakan untuk kajian sebenar.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan deskriptif berkaitan tahap penglibatan ibu bapa di rumah adalah dilaporkan pada
peringkat pertama. Pada peringkat kedua pula dapatan analisis Korrelasi pearson diantara
penglibatan ibu bapa di rumah dan pencapaian akademik murid pemulihan dihuraikan.
Tahap Penglibatan Ibu Bapa Di Rumah
Bahagian ini membincangkan dapatan deskriptif nilai min dan penglibatan ibu bapa di
rumah yang mengandungi tiga komponen iaitu perbincangan, penjagaan dan komunikasi di
rumah. Soal selidik dalam kajian ini menggunakan skala likert 1 hingga 5. Bagi mengetahui
tahap nilai min bagi tiap-tiap pemboleh ubah yang dikaji, penyelidik mengkategorikan dan
mengiterpretasikan skor Min ke dalam 5 tahap seperti yang dipamerkan dalam Jadual 2
dibawah ini.
Jadual 2
Interpretasi Skor Purata Ke dalam 5 tahap (Skala likert 5)
6
i. Mengenalpasti Tahap Perbincangan Ibu Bapa Murid Pemulihan Di Rumah
Jadual 3
Statistik Deskriptif Bagi Tahap Perbincangan Ibu Bapa Di Rumah
No. Perbincangan di Rumah Min SP Tahap
A1. Saya berbincang dengan anak 2.71 1.18 Sederhana
tentang pembelajaran di kelas. 2.80 1.03 Sederhana
3.18 0.83 Sederhana
A2. Saya berbincang dengan anak
tentang aktiviti-aktiviti sekolah. 2.77 1.01 Sederhana
A3. Saya menceritakan maklumat dari 2.65 1.07 Rendah
bahan bacaan yang telah dibacakan 2.79
kepada anak. 2.66 0.74 Sederhana
2.84
A4. Saya berbincang tentang kesalahan 1.06 Rendah
yang anak lakukan dalam kerja-kerja 3.07
sekolahnya. 1.04 Sederhana
A5. Saya membantu dalam kerja-kerja 0.58 Sederhana
sekolah anak.
A6. Saya bersedia untuk mendengar
penulisan yang anak tulis.
A7. Saya berbincang keputusan ujian
atau peperiksaan anak.
A8. Saya berbincang tentang program
televisyen yang kami tonton
bersama.
A9. Saya memberi bimbingan untuk
menghadapi ujian dan peperiksaan.
7
Jadual 4
Analisis Keseluruhan Min Perbincangan Ibu Bapa Di Rumah
Summary Item Statistics
Item Means Mean N of Items
2.829 9
Jadual 3 menunjukkan dapatan deskripif nilai min, sisihan piawai dan tahap bagi
perbincangan di rumah. Nilai skor min tertinggi adalah bagi penyataan A3 iaitu ‘saya
menceritakan maklumat dari bahan bacaan yang telah dibacakan kepada anak' dengan nilai
min = 3.18 (sip = 0.830). Nilai min terendah yang diperoleh adalah bagi penyataan A5 iaitu
‘saya membantu dalam kerja-kerja sekolah anak' dengan nilai min = 2.66 (sip = 1.066).
Jadual 4 menunjukkan nilai min perbincangan di rumah secara keseluruhan.
Kesimpulannya, berdasarkan Jadual 4, nilai min perbincangan di rumah secara keseluruhan
adalah 2.83, yang bermakna bahawa tahap perbincangan di rumah antara murid pemulihan
dengan ibu bapa ialah pada tahap sederhana.
ii. Mengenalpasti Tahap Penjagaan Ibu Bapa Murid Pemulihan Di Rumah
Jadual 5
Statistik Deskriptif Bagi Tahap Penjagaan Ibu Bapa Di Rumah
No. Penjagaan di Rumah Min SP Tahap
B1. Saya sentiasa memastikan anak 2.85 0.68 Sederhana
menyiapkan kerja sekolah.
8
B2. Saya mengehadkan masa anak 2.61 1.23 Rendah
menonton televisyen pada hari
persekolahan 2.70 1.04 Sederhana
2.70 1.18 Sederhana
B3. Saya menyediakan tempat khas 2.71 1.06 Sederhana
untuk anak membuat kerja sekolah 2.93 0.82 Sederhana
3.08 0.87 Sederhana
B4. Saya memastikan anak menghadiri
kelas tambahan 2.94 0.74 Sederhana
B5. Saya menyelia aktiviti yang anak
lakukan pada masa lapang.
B6. Saya menghadkan masa anak
bermain dengan rakan-rakan.
B7. Saya memastikan rumah sentiasa
kondusif agar selesa untuk belajar
dan mengulang kaji pelajaran.
B8. Saya memastikan anak mempunyai
jadual waktu belajar di rumah
Jadual 6
Analisis Keseluruhan Min Penjagaan Ibu Bapa Di Rumah
Summary Item Statistics
Item Means Mean N of Items
2.813 8
Jadual 5 menunjukkan dapatan deskripif nilai min, sisihan piawai dan tahap bagi
penjagaan di rumah. Nilai skor min tertinggi adalah bagi penyataan B7 iaitu ‘saya memastikan
rumah sentiasa kondusif agar selesa untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran' dengan nilai
min = 3.08 (sip = 0.870). Nilai min terendah yang diperoleh adalah bagi penyataan B2 iaitu
9
‘saya mengehadkan masa anak menonton televisyen pada hari persekolahan ' dengan nilai
min = 2.61 (sip = 1.233).
Jadual 6 menunjukkan nilai min penjagaan di rumah secara keseluruhan.
Kesimpulannya, berdasarkan Jadual 6, nilai min penjagaan di rumah secara keseluruhan
adalah 2.81, yang bermakna bahawa tahap penjagaan di rumah antara murid pemulihan
dengan ibu bapa ialah pada tahap sederhana.
iii. Mengenalpasti Tahap Komunikasi Ibu Bapa Murid Pemulihan Di Rumah
Jadual 7
Statistik Deskriptif Bagi Tahap Komunikasi Ibu Bapa Di Rumah
No. Komunikasi di Rumah Min SP Tahap
C1. Saya memberitahu anak tentang 3.00 0.890 Sederhana
kepentingan belajar untuk masa depan 2.94 0.717 Sederhana
2.61 1.044 Rendah
C2. Saya mengingatkan anak untuk tekun 2.80 0.797 Sederhana
belajar
3.21 0.775 Sederhana
C3. Saya menggalakkan anak untuk 2.79 0.809 Sederhana
mengambil kelas tuisyen.
C4. Saya menggalakkan anak-anak
membaca bahan pembelajaran
tambahan untuk menambahkan
pengetahuan
C5. Saya sentiasa memberi galakan kepada
anak supaya mengulang kaji pelajaran
C6. Saya menggalakkan anak membuat
10
banyak latihan bagi setiap mata
pelajaran
C7. Saya memberitahu tentang keyakinan 2.74 1.140 Sederhana
saya terhadap kebolehan anak
C8. Saya menasihatkan anak supaya 2.90 0.859 Sederhana
berusaha mendapatkan markah terbaik
dalam ujian atau peperiksaan.
C9. Saya meluahkan perasaan bangga 2.96 0.843 Sederhana
apabila prestasi pelajaran anak
meningkat.
C10 Saya memberitahu harapan saya untuk 2.94 1.065 Sederhana
melihat anak menjejakkan kaki ke
universiti.
C11 Saya memberi ganjaran apabila anak 3.02 0.683 Sederhana
lulus cemerlang dalam ujian /
peperiksaan
C12 Saya memberikan anak nasihat dan 3.00 0.906 Sederhana
kesedaran untuk belajar bersungguh-
sungguh untuk masa depan
C13 Saya memberitahu anak bahawa saya 2.75 1.080 Sederhana ingin melihat
mereka lulus cemerlang
dalam ujian atau peperiksaan
Jadual 8
Analisis Keseluruhan Min Komunikasi Ibu Bapa Di Rumah
Summary Item Statistics
11
Item Means Mean N of Items
2.898 13
Jadual 7 menunjukkan dapatan deskripif nilai min, sisihan piawai dan tahap bagi
komunikasi di rumah. Nilai skor min tertinggi adalah bagi C5 iaitu ‘saya sentiasa memberi
galakan kepada anak supaya mengulang kaji pelajaran' dengan nilai min = 3.21 (sip = 0.775).
Nilai min terendah yang diperoleh adalah bagi penyataan C3 iaitu ‘saya menggalakkan anak
untuk mengambil kelas tuisyen ' dengan nilai min = 2.61(sip = 1.044).
Jadual 8 menunjukkan nilai min komunikasi di rumah secara keseluruhan.
Kesimpulannya, berdasarkan Jadual 8, nilai min komunikasi di rumah secara keseluruhan
adalah 2.81, yang bermakna bahawa tahap penjagaan di rumah antara murid pemulihan
dengan ibu bapa ialah pada tahap sederhana.
iv. Mengkaji Hubungan Antara Penglibatan Ibu Bapa Dengan Pencapaian
Akademik Murid Pemulihan
Pengkaji menggunakan kolerasi Pearson untuk menganalisa data kajian ini. Ujian
korelasi Pearson bertujuan untuk mengkaji hubungan antara penglibatan ibu bapa di rumah
dengan prestasi akademik murid pemulihan. Dalam kajian ini, pengkaji memilih klasifikasi
yang dicadangkan oleh Sheeri (2003) untuk menentukan tahap hubungan dalam
menganalisis dapatan kumpulan data yang telah dianalisa. Nilai kolerasi untuk pembolehubah
ditunjukkan di dalam jadual 9.
Jadual 9 KEKUATAN HUBUNGAN
Nilai Kolerasi Pearson dan Kekuatan hubungan
12
KOEFISI KOLERASI
± 0.00 hingga 0.29 Lemah
± 0.30 hingga 0.69 Sederhana
± 0.70 hingga 1.00 Kuat
Sumber: Sheeri, L. J (2003)
Jadual 10
Korelasi Diantara Penglibatan Ibu Bapa Di Rumah Dengan Prestasi Akademik
Murid Pemulihan
Correlations
PENGLIBATAN Pearson Correlation PENGLIBATAN PENCAPAIAN
IBU BAPA Sig. (P < 0.05) IBU BAPA AKADEMIK
N 1 -.131
PENCAPAIAN Pearson Correlation .122
140 140
-.131 1
AKADEMIK
Sig. (P < 0.05) .122 140
N 140
13
Jadual 10, menunjukkan hasil analisis penglibatan ibu bapa di rumah dengan prestasi
akademik murid pemulihan. Analisis korelasi Pearson menunjukkan bahawa nilai pekali
korelasi r = -0.131. Ini menunjukkan hubungan negatif yang lemah wujud antara kedua-dua
pemboleh ubah. Memandangkan nilai signifikan p=0.122 adalah lebih besar dari aras
signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05, maka hasil analisis ujian korelasi menunjukkan tidak
terdapat hubungan yang signifikan. Oleh itu, dapat dirumuskan tidak terdapat hubungan yang
signifikan di antara penglibatan ibu bapa di rumah dengan prestasi akademik murid
pemulihan. Kesimpulannya, hipotesis ini ditolak.
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kajian yang dilakukan oleh pengkaji bertujuan untuk mengkaji hubungan antara
penglibatan ibu bapa di rumah dan pencapaian akademik murid pemulihan. Fokus utama
dalam penyelidikan ini adalah ingin melihat tahap penglibatan ibu bapa dari segi
perbincangan, penjagaan dan komunikasi di rumah. Selain itu, kajian ini dapat menentukan
sama ada terdapat hubungan yang signifikan terhadap tahap penglibatan ibu bapa di rumah
dengan prestasi akademik murid pemulihan. Prestasi akademik murid pemulihan diambil
daripada markah ujian Bahasa Melayu pada tahun lepas.
Daripada kajian yang telah dijalankan, kesimpulan dapatan merumuskan tahap
penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di rumah dari segi perbincangan,
penjagaan dan komunikasi adalah pada tahap sederhana. Tambahan pula, kajian ini
membuktikan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa iaitu
perbincangan, penjagaan dan komunikasi, dengan pencapaian akademik murid pemulihan.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa konteks keluarga kurang berperanan dalam
menjana kecemerlangan prestasi akademik anak-anak. Namun begitu, penglibatan ibu bapa
di rumah adalah pilihan yang wajar bagi ibu bapa baik yang berkerjaya mahupun yang tidak
berkerja. Mungkin apa yang lebih perlu difikirkan ialah perkara-perkara penting dalam
penghasilan pengurusan penglibatan ibu bapa di rumah. Sehubungan itu, penyediaan konteks
keluarga yang kondusif dan positif sangat perlu untuk anak-anak berjaya dan cemerlang
dalam pelajaran, iklim dalam keluarga antara perkara yang menyokong psikologi anak-anak
didapati memberi kesan yang lebih besar kepada anak-anak.
14
Bagi mencapai objektif untuk melahirkan murid pemulihan yang cemerlang dalam
akademik, maka tindakan-tindakan susulan perlu dilakukan dan pihak-pihak yang terlibat
perlu bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing. Terdapat banyak cadangan
yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat.
Antaranya ialah peranan ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang yang
bertanggungjawab dalam pendidikan anak-anak. Ibu bapa adalah orang yang mula-mula
sekali dikenali oleh kanak-kanak. Antara langkah yang patut diambil adalah memberi
perhatian terhadap pendidikan anak-anak. Seharusnya ibu bapa tidak membiarkan anak-anak
di sekolah rendah khususnya yang belajar di kelas pemulihan menguruskan pelajaran mereka
tanpa seliaan. Ini berikutan anak-anak di tahap rendah masih lagi berada di bawah
tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa seharusnya meluangkan masa yang sama apabila anak-
anak berada di sekolah rendah dan tidak beranggapan bahawa penglibatan mereka dalam
pendidikan anak-anak selesai dan membiarkan tugas mendidik diserahkan kepada guru
sahaja.
Dalam konteks hubungan pihak sekolah dengan waris atau ibu bapa murid pemulihan,
ianya perlu ada hubungan yang sangat erat. Ini dapat membantu para guru untuk
mengenalpasti masalah yang dihadapi murid dengan ibu bapa mereka, disamping
perbincangan boleh dibuat bagi membantu murid menangani masalah mereka dan
seterusnya boleh memberi fokus kepada pembelajaran di kelas pemulihan. Kerjasama yang
diberikan oleh pihak sekolah mampu mempengaruhi minda ibu bapa dan meningkatkan
kesedaran mereka tentang keperluan untuk melibatkan diri dalam pendidikan anak agar anak
tersebut berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di sekolah.
Kajian yang telah dijalankan ini merupakan kajian bersifat deskriptif bagi meninjau
tahap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak di rumah dalam kalangan murid
pemulihan. Kajian ini hanya tertumpu kepada murid-murid pendidikan pemulihan khas di
bawah KPM yang kebanyakkannya dari keluarga berpendapatan rendah. Kajian di masa
hadapan boleh meluaskan skop kajian dengan melibatkan sampel yang bersifat menyeluruh
dan pelbagai. Melalui cara ini, kajian dapat mengkaji faktor penyumbang lain yang
mempengaruhi prestasi akademik murid pemulihan khas.
Kajian ini tidak dapat mencapai objektifnya mungkin kerana memfokuskan kepada tiga
faktor penglibatan ibu bapa murid pemulihan sahaja, iaitu perbincangan, penjagaan dan
komunikasi. Oleh itu, pengkaji boleh mengkaji faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi
15
pencapaian akademik murid pemulihan seperti penglibatan dengan pihak sekolah,
pemakanan yang seimbang dan sebagainya. Diharap kajian akan datang akan dapat
merungkai dengan lebih luas lagi permasalahan yang dihadapi oleh murid pemulihan. Hal ini
akan dapat membantu ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah untuk mengambil tindakan
sewajarnya untuk meningkatkan pencapaian akademik murid pemulihan pada masa akan
datang.
Oleh yang demikian adalah dicadangkan agar aspek-aspek yang dikaji dapat diberi
pertimbangan untuk dijadikan sebagai bahan kajian lanjutan berkaitan dengan kajian yang
telah dijalankan ini pada masa akan datang.
Implikasi daripada kajian ini ialah, ibu bapa memain peranan dalam mengeratkan
hubungan dengan anak-anak di mana komunikasi dua hala dapat membantu mengetahui
kesulitan yang dihadapi anak di sekolah ataupun di luar sekolah. Keluarga merupakan tempat
perlindungan, tempat luahan perasaan dan tempat mendapat nasihat tanpa ambil kira usia
ahli keluarga di mana bantuan akan sentiasa diberi oleh ahli keluarga pada bila-bila masa
(Mustaffa, 1997). Bimbingan keibubapaan adalah penting terutamanya dalam pembelajaran
anak-anak selain daripada pemberian perhatian dalam perkembangan fizikal, mental dan
emosi anak-anak.
Kajian terhadap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak merupakan satu kajian
yang sering menjadi pilihan pengkaji sama ada di dalam atau di luar negara. Penglibatan ibu
bapa amat penting dalam membantu anak-anak memperoleh kualiti pendidikan yang tinggi.
Pelbagai dapatan telah diperolehi daripada kajian-kajian yang telah dijalankan. Justeru,
adalah diharap kajian ini dapat menyurnbang kepada satu dapatan baru dalam kajian
berkaitan penglibatan ibu bapa.
KESIMPULAN
Secara umumnya kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana penglibatan ibu
bapa murid pemulihan membantu proses belajar anak-anak di rumah dan sejauh mana
penglibatan ibu bapa memberi impak kepada pencapaian akademik murid pemulihan.
Dapatan deskriptif menunjukkan tahap perbincangan, penjagaan dan komunikasi di rumah
antara murid pemulihan dengan ibu bapa di rumah ialah pada tahap sederhana. Keputusan
analisis hubungan yang diperolehi menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan
diantara penglibatan ibu-bapa dari segi perbincangan, penjagaan, komunikasi ke atas
16
pencapaian akademik pelajar. Sungguhpun kajian ini tidak menunjukkan hubungan yang
signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian akademik murid, namun ibu bapa
seharusnya faham peranan masing-masing dalam membantu pembelajaran anak-anak
mereka. Kecemerlangan akademik masih lagi boleh dicapai sekiranya nilai-nilai positif
diamalkan dalam sesebuah keluarga. Justeru itu, peranan dan penglibatan ibu bapa perlulah
lebih menyeluruh dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah demi memaksimumkan pelbagai
potensi yang dimiliki oleh setiap anak.
RUJUKAN
Arnold, D.H., Zeljo, A. &Doctoroff, G.L. (2008). Parent involvement in preschool: Predictors
and the relation of involvement to prelitery development. School Psychology Review,
37(1), 74-90.
Creswell, J. W. (2008). Educational Research: Planning, Conducting, And Evaluating
Quantitative And Qualitative Research, (3rd ed.) Pearson Education Inc.
Jeynes. A. L. (2005). Education and parental involvement in secondary schools: Problem,
solution, and effects. Educational Psychology Interactive. Valdosta State University.
Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement. 30, 607-610.
Mohd Majid Konting. (2013). Kaedah penyelidikan pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mustafa Daud. (2004). Pendidikan Keibubapaan: Satu Pengenalan Ringkas. Labatan
Pengajian Umum, Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan. Universiti Utara Malaysia.
Mohd Najib. (2003). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
17
Sidek Baba. (2009). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Ibu Bapa Dalam Aktiviti
PIBG di Sekolah-sekolah Menengah Akademik Luar Bandar di Jitra Kedah. Universiti
Teknologi Malaysia.
Soo L. C. (2000). Valued member of tolerated participation: Parents experiences in inclusive
early childhood settings. Journal of the Associationfor Person with Severe Handicaps.
25(1), 29-41.
Siti Rahaya. (2003). Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw-Hill Sdn.Bhd.
Sheeri L. J. (2003). Educational Research - Planning, Conducting, And Evaluating
Quantitative And Qualitative Research (2nd Ed). New Jersey: Pearson Merril Prentice
Hall.
Zainon dan Ahmad. (2008). Hubungan Antara Penglibatan Ibu bapa dan Status Sosio
Ekonomi Dengan Pencapaian Akademik. Universiti Malaya.
Zulkifli Abd. Hamid, Jamilah Othman, Aminah Ahmad, & Ismi Arif Ismail. (2011). Hubungan
antara penglibatan ibu bapa dan pencapaian akademik pelajar miskin di negeri
Selangor. Journal ofIslamic and Arabic Education. 3(2), 31- 40.
18
MOTIVASI PENGLIBATAN SISWA GURU DALAM AKTIVITI SUKARELAWAN
MEMBANTU GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Anis Syafikah Binti Shafie
Dr. Nor Kamilah Binti Makhtar
Jabatan Perancangan Penyelidikan Dan Inovasi, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian bagi mengenalpasti penglibatan dan motivasi siswa guru di Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) dengan aktiviti-aktiviti berbentuk kesukarelawan terhadap golongan Orang
Kurang Upaya (OKU) amat diperlukan untuk penyediaan maklumat asas kepada pihak
pentadbir IPGM dalam merangka program berbentuk kesukarelawanan untuk menarik minat
siswa guru bagi memberi sumbangan dalam bentuk khidmat masyarakat terutamanya kepada
golongan OKU. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji motivasi penglibatan siswa guru
dalam akiviti kesukarelawan membantu golongan OKU. Kajian ini melibatkan 103 orang
responden siswa guru dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB). Instrumen
kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik adaptasi daripada Teori Fungsi Katz
(1960) dan diubahsuai berdasarkan Volunteer Function Inventory (VFI) oleh Clary, Snyder,
Riege, Copeland, Stukas, Haugen dan Meine (1998). Analisis data dijalankan menggunakan
perisian IBM SPSS Statistics (Statistical Packages for Social Sciences) Version 19.0 for
Windows bagi mendapatkan jumlah peratus, kekerapan, min dan sisihan piawai. Kajian rintis
dijalankan dan nilai Alpha Cronbach yang diperolehi adalah 0.92. Dapatan kajian mendapati
fungsi nilai (min = 4.32) dan fungsi pemahaman (min = 4.31) merupakan faktor motivasi
tertinggi yang menyumbang kepada penglibatan siswa guru dalam aktiviti sukarelawan
membantu golongan OKU. Hasil kajian juga mendapati faktor jantina tidak begitu
mempengaruhi motivasi penglibatan siswa guru IPGKKB dalam aktiviti sukarelawan
membantu OKU. Namun begitu, terdapat perbezaan yang signifikan antara siswa guru lelaki
dan siswa guru perempuan bagi penglibatan yang bermotivasikan peningkatan (t = 3.14, p <
0.05) dan perlindungan (t = 4.14, p < 0.05). Dapatan kajian memberi implikasi terhadap
keperluan perancangan program sukarelawan dan khidmat masyrakat terhadap golongan
OKU oleh pihak pentadbir IPGM bagi memupuk semangat kesukarelawan yang positif dalam
kalangan siswa guru.
Kata kunci: Motivasi, Siswa Guru, Kesukarelawan dan Golongan OKU
19
ABSTRACT
Research on the identification of the involvement and motivation of pre service teachers at the
Malaysian Institute of Teacher Education (MITE) with volunteerism activities for the Disabled
(OKU) is needed to provide basic information to MITE administrators in designing volunteer
programs to encourage pre service teachers to contribute in the community service activities
especially to the disability group. This descriptive study aimed to identify the motivation of pre
service teachers’ involvement in volunteering activities to help the disabled. The study involved
103 respondent of pre service teachers from the Kota Bharu Campus Teacher Education
Institute. The instrument used was the adaptation questionnaire from the Katz Function Theory
(1960) and was modified based on the Volunteer Function Inventory (VFI) by Clary et al.
(1998). Data analysis was performed using IBM SPSS Statistics (Statistical Packages for
Social Sciences) Version 19.0 software for Windows to obtain standardized percentages,
frequency, mean and standard deviation. A pilot study was conducted and found that the Alpha
Cronbach's alpha was 0.92. The study found that the value function (mean = 4.32) and
comprehension function (mean = 4.31) were the highest motivating factors contributing to the
involvement of pre service teachers in volunteering to assist the disabled. The study also found
that gender factors did not significantly influence the involvement of IPGKKB pre service
teachers in volunteering to assist the disabled. However, there was a significant difference
between male and female pre service teachers for improving function (t = 3.14, p <0.05) and
protection function (t = 4.14, p <0.05). The findings of the study provide implications for the
needs of volunteer program planning and services for people with disabilities by MITE
administrators to foster a positive volunteer spirit among pre service teachers.
Keywords: Motivation, Pre Service Teacher, Volunteer and Disability Group
PENGENALAN
Siswa guru merupakan guru pelatih yang sedang menjalani Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) di bawah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang pelbagai bidang
pengajian dan berbilang kaum. Golongan siswa guru memainkan peranan yang penting
terhadap pembangunan masyarakat serta mampu menjadi contoh yang terbaik kepada
mereka. Penglibatan siswa guru dalam aktiviti kesukarelawan mampu melahirkan siswa guru
yang prihatin terhadap isu-isu sosial yang wujud dalam kalangan masyarakat. Menurut kajian
yang dijalankan oleh Mabry (1998), mahasiswa yang terlibat dengan aktiviti yang berkaitan
dengan kesukarelawanan dikenal pasti mempunyai perubahan yang ketara daripada aspek
nilai sosial yang dimiliki oleh mereka. Kesukarelawan merupakan suatu aktiviti sumber
manusia yang penting dalam kebanyakkan organisasi untuk menghasilkan sesebuah
kejayaan (Bang, Won & Kim, 2009).
20
Motivasi merupakan dorongan yang terdapat dalam diri seseorang untuk berusaha
mengadakan perubahan tingkah laku yang lebih baik dalam memenuhi kehendak atau
keperluannya (Hamzah & Joy, 2009). Wan Nur Izzati (2015) menerangkan penglibatan
seseorang individu dalam kesukarelawan membolehkan segala pengetahuan yang dipelajari
terutama berkaitan nilai-nilai murni dapat diaplikasikan sekaligus memberikan sesuatu yang
berharga dan bermakna kepada masyarakat. Motivasi adalah proses tindakan seseorang
sebagai daya penggerak yang ada di dalam dirinya untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu
demi mencapai suatu tujuan. Sehubungan itu, motivasi dapat dikaitkan dengan tindakan
seseorang individu untuk menceburi sesuatu perkara seperti melibatkan diri dalam
kesukarelawan. Berikutan itu, Ahmad Sabry dan Mohd. Shukeri (2019) telah menekankan
supaya siswa guru di IPG perlu diberikan pendedahan kepada satu set kemahiran sosial di
luar kelas yang bakal melahirkan guru permulaan yang berkepimpinan tinggi. Oleh hal
demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk menilai sejauh mana motivasi penglibatan siswa
guru IPGKKB dalam aktiviti kesukarelawan membantu golongan OKU.
PERNYATAAN MASALAH
Menurut Omoto dan Snyder (1995), penglibatan seseorang individu dalam kesukarelawanan
didorong oleh motivasi untuk terlibat dalam kesukarelawanan di mana mereka menekankan
tentang betapa pentingnya padanan antara motivasi dengan kesukarelawanan supaya dapat
menggalakkan lebih ramai individu untuk terlibat dalam kesukarelawanan. Planalp dan Trost
(2009) telah mengkaji faktor motivasi untuk terlibat dalam aktiviti kesukarelawanan namun,
kajian-kajian tersebut dijalankan dalam kalangan orang dewasa dan golongan emas. Kajian
berkaitan dimensi-dimensi motivasi bagi pelajar universiti untuk terlibat dalam
kesukarelawanan telah dijalankan oleh beberapa pengkaji di luar negara seperti Ghose dan
Kassam (2012). Finkelstein (2008) pula mengkaji aspek hubungan kepuasan dengan motivasi
dalam kerja-kerja kesukarelawanan.
Walaupun kajian-kajian tersebut mengkaji tentang dimensi-dimensi motivasi pelajar universiti
untuk terlibat dalam kesukarelawanan namun, semua kajian tersebut adalah kajian luar
negara. Sehubungan itu, kajian tentang dimensi motivasi siswa guru untuk terlibat dalam
kesukarelawanan dalam konteks di Malaysia perlu dijalankan kerana kajian seumpama ini
masih lagi kurang. Oleh itu, kajian yang menggunakan sampel kajian yang berbeza iaitu dalam
kalangan siswa guru perlu dijalankan supaya dapat mengenal pasti dan memahami motivasi
mereka untuk terlibat dalam kesukarelawanan.
21
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
v. Mengenal pasti jenis penglibatan siswa guru IPGKKB dalam aktiviti sukarelawan melibatkan
golongan OKU.
vi. Mengenalpasti motivasi penglibatan siswa guru IPGKKB terhadap aktiviti sukarelawan
membantu golongan OKU dari fungsi nilai, pemahaman, kerjaya, sosial, peningkatan dan
perlindungan.
vii. Mengenalpasti perbezaan motivasi penglibatan siswa guru dalam aktiviti sukarelawan
membantu golongan OKU dari fungsi nilai, pemahaman, kerjaya, sosial, peningkatan dan
perlindungan berdasarkan faktor jantina.
Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini adalah:
i. Apakah jenis penglibatan siswa guru IPGKKB dalam aktiviti sukarelawan melibatkan golongan
OKU?
ii. Apakah motivasi penglibatan siswa guru IPGKKB dalam aktiviti sukarelawan membantu
golongan OKU dari fungsi nilai, kerjaya, sosial, pemahaman, peningkatan dan perlindungan?
iii. Adakah terdapat perbezaan motivasi penglibatan siswa guru lelaki dengan siswa guru
perempuan IPGKKB dalam aktiviti sukarelawan membantu golongan OKU dari fungsi nilai,
kerjaya, sosial, pemahaman, peningkatan dan perlindungan?
HIPOTESIS KAJIAN
Daripada persoalan kajian iii, enam hipotesis telah dibentuk iaitu:
i. Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara siswa guru lelaki dengan siswa guru
ii. Ho2: perempuan IPGKKB dalam aktiviti sukarelawan membantu golongan OKU yang
iii. Ho3: bermotivasikan nilai.
iv. Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara siswa guru lelaki dengan siswa guru
v. Ho5: perempuan IPGKKB dalam aktiviti sukarelawan membantu golongan OKU yang
bermotivasikan kerjaya.
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara siswa guru lelaki dengan siswa guru
perempuan IPGKKB dalam aktiviti sukarelawan membantu golongan OKU yang
bermotivasikan sosial.
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara siswa guru lelaki dengan siswa guru
perempuan IPGKKB dalam aktiviti sukarelawan membantu golongan OKU yang
bermotivasikan pemahaman.
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara siswa guru lelaki dengan siswa guru
perempuan IPGKKB dalam aktiviti sukarelawan membantu golongan OKU yang
bermotivasikan peningkatan.
22
vi. Ho6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara siswa guru lelaki dengan siswa guru
perempuan IPGKKB dalam aktiviti sukarelawan membantu golongan OKU yang
bermotivasikan perlindungan.
3. METODOLOGI KAJIAN
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif sepenuhnya dengan menggunakan
kaedah tinjauan. Data kajian dikumpul dengan menggunakan instrumen soal selidik yang
telah diubah suai serta disahkan kebolehpercayaannya. Dalam kajian ini, pemboleh ubah
bersandar terdiri daripada motivasi penglibatan siswa guru IPGKKB dalam aktiviti
sukarelawan membantu golongan OKU yang merangkumi enam fungsi iaitu nilai, kerjaya,
sosial, pemahaman, peningkatan dan pelindungan. Manakala pemboleh ubah tidak bersandar
bagi kajian ini ialah jantina.
3.2 Sampel Kajian
Bagi tujuan kajian ini, seramai 103 orang siswa guru IPGKKB yang terdiri daripada 20 lelaki
dan 83 perempuan dijadikan populasi kajian. Sebanyak 30 orang digunakan untuk kajian rintis
dan tidak akan digunakan kembali dalam kajian yang sebenar. Menurut Krejcie dan Morgan
(1970), jika populasi 73 orang, maka saiz sampel adalah 61 orang. Oleh itu, sampel seramai
70 orang akan diambil bagi tujuan kajian dengan mengambil kira sebarang kemunginan yang
akan berlaku. Sampel dipilih adalah menggunakan kaedah pensampelan bertujuan iaitu
prosedur pensampelan dari sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu sahaja
dipilih sebagai responden kajian berdasarkan pengetahuan dan tujuan khusus penyelidikan.
Pensampelan bertujuan berguna apabila penyelidik mempunyai sumber, masa dan tenaga
kerja yang terhad (Ilker, Sulaiman & Rukayya, 2016).
3.3 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat pengukuran dalam pengumpulan
maklumat. Penyelidik telah menggunakan instrumen soal selidik Volunteer Function Inventory
(VFI) yang dibina oleh Clary et al. (1998) bagi menguji fungsi motivasi siswa guru untuk terlibat
dalam aktiviti sukarelawan melalui pendekatan Teori Fungsi. Instrumen asal telah diubahsuai
dan diadaptasi agar dapat mengikut kesesuaian persekitaran dan unit analisis kajian ini. Soal
23
selidik kajian ini menggunakan skala Likert 5 aras. Instrumen kajian terdiri daripada tiga
bahagian. Bahagian A soal selidik ini terdiri daripada maklumat demografi siswa guru seperti
jantina dan opsyen. Bahagian B mengandungi jenis penglibatan siswa guru dalam aktiviti
sukarelawan. Bahagian C pula mempunyai enam konstruk motivasi iaitu fungsi nilai, kerjaya,
sosial, pemahaman, peningkatan dan pelindungan.
4. DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Analisis Kebolehpercayaan
Kajian rintis melibatkan 30 orang siswa guru telah dijalankan sebagaimana yang dicadangkan
oleh Johanson dan Brooks (2010). Hasil analisis kajian rintis yang dijalankan ini menunjukkan
bahawa nilai pekali Cronbach Alpha bagi instrumen ini ialah 0.92 (> 0.60). Keputusan ini
menunjukkan item bagi soal selidik telah memenuhi kriteria yang diperlukan dan mempunyai
tahap kebolehpercayaan yang amat tinggi untuk digunakan terus semasa kajian sebenar
(Najib Ghafar, 2013).
4.2 Penganalisaan Data
Penyelidik menggunakan perisian SPSS bagi menganalisis instrumen soal selidik yang
dijawab oleh responden. Statistik deskriptif dan inferensi telah dilaksanakan dalam kajian ini.
Bahagian A menganalisis statistik deskriptif yang mengandungi profil responden kajian.
Manakala bahagian B menganalisis berkaitan jenis aktiviti kesukarelawan yang disertai oleh
guru pelatih. Seterusnya, penganalisaan secara inferensi dilaksanakan untuk menjawab
hipotesis-hipotesis bagi persoalan kajian nombor tiga dengan melaporkan keputusan ujian-t
bagi perbezaan motivasi penglibatan guru pelatih dalam aktiviti sukarelawan membantu
golongan OKU yang merangkumi fungsi nilai, sosial, kerjaya, pemahaman, peningkatan dan
pelindungan.
4.3 Latar Belakang Responden
Jadual 1 menunjukkan taburan responden mengikut jantina. Jumlah keseluruhan responden
adalah seramai 70 orang. Taburan responden bagi siswa guru perempuan adalah 56 (80%)
manakala taburan responden bagi siswa guru lelaki pula adalah 14 (20%). Berdasarkan
24
jumlah ini, responden perempuan lebih ramai berbanding responden lelaki dalam kajian yang
dijalankan ini.
Jadual 1
Profil Demografi Responden Kajian
Profil Demografi Bilangan (N=70) Peratus (%)
Jantina 14 20.0
Lelaki 56 80.0
Perempuan
31
Opsyen 15
Pendidikan 24
Khas
Pemulihan khas
Tesl
25
4.4 Analisis Deskriptif Jenis Penglibatan Siswa Guru IPGKKB Dalam Aktiviti
Sukarelawan
Terdapat empat jenis aktiviti sukarelawan. Setiap aktiviti yang disenaraikan boleh ditanda
melebihi daripada satu aktiviti sukarelawan yang disertai oleh siswa guru bagi membantu
golongan OKU.
Rajah 1
Jenis Penglibatan Siswa Guru IPGKKB Dalam Aktiviti Sukarelawan Membantu Golongan
OKU
Lain-lain
1%
Kebajikan Sukan Sukan
35% 35% Kebudayaan
Festival
Kebajikan
Lain-lain
Festival Kebudayaan
13% 16%
Carta pai pada Rajah 1 menunjukkan jumlah tertinggi aktiviti sukarelawan yang disertai
oleh siswa guru IPGKKB adalah aktiviti sukarelawan berbentuk sukan dan kebajikan iaitu
seramai 41 orang bagi kedua-dua aktiviti tersebut. Diikuti dengan seramai 19 orang siswa
guru IPGKKB menyertai aktiviti sukarelawan berbentuk kebudayaan. Seterusnya, aktiviti
berbentuk festival disertai oleh seramai 15 orang siswa guru IPGKKB untuk melibatkan diri
dalam aktiviti sukarelawan bagi membantu golongan OKU. Dapatan kajian juga menunjukkan
jenis aktiviti sukarelawan lain yang disertai oleh 2 orang siswa guru IPGKKB adalah
persembahan gamelan muzik tradisional dan aktiviti ‘Fun Run’.
4.5 Analisis Deskriptif Motif Penglibatan Aktiviti Sukarelawan
26
Jadual 2 menunjukkan analisis kajian motivasi penglibatan sukarelawan secara
keseluruhannya yang terdiri daripada konstruk bagi enam sub-kategori fungsi iaitu nilai,
kerjaya, sosial, pemahaman, peningkatan dan perlindungan. Dapatan kajian menunjukkan
nilai min bagi motivasi penglibatan siswa guru IPGKKB dalam aktiviti sukarelawan membantu
golongan OKU yang tertinggi adalah bagi sub-kategori fungsi nilai yang mana nilai min adalah
4.32 dan diikuti oleh nilai min bagi sub-kategori fungsi pemahaman iaitu 4.31. Nilai min yang
terendah adalah diwakili oleh sub-kategori bagi fungsi sosial iaitu 3.99 berbanding nilai min
bagi kategori fungsi yang lain. Oleh itu, hasil kajian ini selari dengan dapatan pengkaji-
pengkaji lepas (Tajul Ariffin dan Aishah Nadirah, 2013) yang mendapati fungsi nilai dan fungsi
pemahaman adalah antara faktor motivasi tertinggi yang mendorong responden terlibat dalam
aktiviti sukarelawan.
Jadual 2
Motivasi Penglibatan Siswa Guru IPGKKB Dalam Aktiviti Sukarelawan Membantu Golongan
OKU Bagi Setiap Fungsi
Motivasi Fungsi N Min Sisihan Piawai
penglibatan Nilai 70 4.32 0.49
Kerjaya 70 4.22 0.58
Sosial 70 3.99 0.70
Pemahaman 70 4.31 0.47
Peningkatan 70 4.10 0.66
Perlindungan 70 4.15 0.66
Dari segi sisihan piawai didapati taburan data yang paling besar ialah 0.70 diwakili oleh
fungsi sosial dan diikuti peningkatan dan perlindungan sebanyak 0.66 berasaskan kepada
motivasi penglibatan siswa guru dalam aktiviti sukarelawan membantu golongan OKU.
Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa faktor nilai merupakan faktor yang mempunyai
nilai min tertinggi yang menjadi fungsi motivasi penglibatan sukarelawan diikuti dengan faktor
pemahaman. Didapati faktor-faktor lain iaitu faktor peningkatan, kerjaya dan perlindungan
juga mempunyai nilai min di paras tinggi yang menunjukkan sukarelawan bersetuju bahawa
faktor-faktor ini mempengaruhi fungsi motivasi penglibatan mereka dalam aktiviti
kesukarelawan.
27
4.6 Perbezaan Motivasi Penglibatan Siswa Guru Dalam Aktiviti Sukarelawan
Berdasarkan Jantina
Jadual 3 memperlihatkan ringkasan keseluruhan bagi keputusan ujian-t bagi melihat
perbezaan fungsi-fungsi motivasi penglibatan sukarelawan berdasarkan faktor jantina.
Analisis di atas menunjukkan bahawa skor min tertinggi bagi penglibatan siswa guru lelaki (m
= 4.16) dan siswa guru perempuan (m = 4.39). Skor min tertinggi bagi siswa guru perempuan
adalah fungsi nilai manakala siswa guru lelaki mempunyai skor min tertinggi bagi fungsi
pemahaman. Ini selari dengan kajian Tajul Arifin dan Aishah Nadirah (2013), membuktikan
dapatan kajian menunjukkan penglibatan yang berfungsikan pemahaman dan nilai
merupakan faktor motivasi tertinggi yang menyumbang kepada penglibatan seseorang dalam
aktiviti sukarelawan.
Jadual 3
Analisis Perbezaan Motivasi Penglibatan Dalam Aktiviti Sukarelawan Membantu OKU
Berdasarkan Faktor Jantina Bagi Setiap Fungsi
Fungsi / Jantina n min sp dk T sig Hipotesis
Hipotesis
Nilai / Ho1 Lelaki 14 4.14 0.49 68 1.74 0.09 diterima
Perempuan 56 4.39 0.48
Kerjaya / Ho2 Lelaki 14 3.84 0.67 68 2.88 0.05 diterima
Perempuan 56 4.32 0.52
Sosial / Ho3 Lelaki 14 3.82 0.65 68 0.94 0.35 diterima
Perempuan 56 4.03 0.71
Pemahaman / Lelaki 14 4.16 0.39 68 1.37 0.18 diterima
Ho4
Perempuan 56 4.35 0.49
Peningkatan / Lelaki 14 3.63 0.76 68 3.14 0.02 ditolak
0.59
Ho5
Perempuan 56 4.21
Perlindungan / Lelaki 14 3.56 0.88 68 4.14 0.00 ditolak
0.51
Ho6
Perempuan 56 4.29
28
Dapatan kajian juga mendapati ujian-t sampel bebas adalah tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara penglibatan sukarelawan lelaki dan perempuan yang bermotivasikan
nilai (t=1.74, p>0.05) dan pemahaman (t=1.37, p>0.05). Selain itu, tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara penglibatan sukarelawan lelaki dan perempuan yang bermotivasikan
kerjaya dan sosial. Manakala bagi motivasi penglibatan yang berfungsikan peningkatan dan
perlindungan pula ialah terdapat perbezaan yang signifikan antara siswa guru lelaki dan siswa
guru perempuan. Ini bermakna keputusan hipotesis bagi Ho1, Ho2, Ho3 dan Ho4, diterima
manakala Ho5 dan Ho6, ditolak.
Berdasarkan jumlah sampel, didapati siswa guru perempuan lebih cenderung untuk
melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan. Walau bagaimanapun, perbezaan antara jumlah
penglibatan aktiviti sukarelawan antara siswa guru lelaki dan siswa guru perempuan tidaklah
begitu ketara. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi
motivasi penglibatan siswa guru IPGKKB dalam aktiviti sukarelawan membantu golongan
OKU. Dapat dilihat hanya penglibatan yang berfungsikan peningkatan atau perlindungan
sahaja yang menunjukkan perbezaan yang signifikan antara jantina. Faktor fungsi nilai dan
pemahaman ini meliputi keinginan untuk membantu orang lain serta memberi sesuatu
pulangan kepada masyarakat. Kenyataan ini disokong oleh Gage dan Thapa (2012) yang
memperlihatkan fungsi nilai dan pemahaman merupakan faktor motivasi yang tertinggi bagi
penglibatan sukarelawan.
Seterusnya, kajian mendapati motivasi penglibatan sukarelawan yang mempunyai
fungsi nilai, kerjaya, sosial, pemahaman, peningkatan dan perlindungan merupakan faktor
yang menyumbang kepada tahap kepuasan sukarelawan. Walau bagaimanapun, fungsi nilai
dilihat merupakan faktor motivasi utama yang paling menyumbang kepada tahap kepuasan
diri sukarelawan. Dapat diketahui bahawa fungsi nilai dikaitkan dengan motivasi altruistik, iaitu
keprihatinan terhadap orang lain. Penerangan ini disokong oleh kajian Clary dan Snyder
(1999) yang mendapati fungsi nilai adalah faktor motivasi tertinggi di kalangan sukarelawan.
Fungsi nilai melibatkan altruistik dan kebimbangan kemanusiaan tentang orang lain. Sebagai
contoh, seseorang akan bekerja secara sukarela untuk membantu orang lain (Clary et al.,
1998).
5. KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
Secara keseluruhannya, kajian penyelidikan ini telah membincangkan tentang motivasi
penglibatan siswa guru IPGKKB dalam aktiviti sukarelawan membantu golongan OKU.
29
Sebagaimana yang kita ketahui, kepentingan aktiviti sukarelawan dapat diperhatikan dengan
kewujudan penganjuran aktiviti sukarelawan yang banyak diadakan di dalam dan luar negara.
Aktiviti kesukarelawan biasanya dilaksanakan oleh pihak kerajaan, swasta, berkanun dan lain-
lain. Bagi kajian ini, penyelidikan mengenai motivasi penglibatan siswa guru IPGKKB bagi
membantu golongan OKU adalah sesuatu kerja amal atau khidmat sosial yang mulia. Hal ini
dikatakan demikian kerana kewujudan motivasi dalam diri seseorang akan mendorongnya
untuk melakukan sesuatu perkara kebaikan dalam kehidupan mereka.
Penyelidikan motivasi penglibatan siswa guru dalam aktiviti sukarelawan terhadap
golongan OKU telah membawa kepada beberapa implikasi yang bermakna, umumnya
kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) serta khususnya kepada siswa guru IPGM di Malaysia. Sehubungan dengan ini, IPGM
boleh memberi penekanan kepada program-program kesukarelawan dalam kurikulum Bina
Insan Guru (BIG) mahupun dalam kokurikulum untuk semua siswa guru. Di samping itu,
dapatan kajian juga boleh dimanfaatkan dan dijadikan panduan kepada para penyelidik lain
yang berminat untuk memperkembangkan lagi kajian yang telah dijalankan.
Kajian penyelidikan ini melaksanakan pendekatan secara tinjauan dengan
menggunakan soal selidik untuk memperoleh dapatan tentang motivasi penglibatan siswa
guru terhadap golongan OKU. Memandangkan kajian ini hanya tertumpu kepada siswa guru
IPGKKB sahaja, adalah diharapkan penyelidik seterusnya dapat mendalami aspek-aspek lain
dalam melakukan kajian tentang kesukarelawan siswa guru di IPGM. Kajian lanjutan boleh
dilaksanakan bagi mengkaji motivasi penglibatan siswa guru berasaskan populasi atau aspek
motivasi lain yang berkaitan dengan kesukarelawan. Oleh yang demikian, kajian ini diharap
dapat membantu pihak KPM dan IPGM mahupun organisasi yang terlibat dengan kegiatan
kesukarelawan supaya dapat menarik minat penglibatan daripada orang luar dan penghasilan
perkhidmatan yang berkualiti.
RUJUKAN
Ahmad Sabry Othman & Mohd. Shukeri Hamzah (2019). Kesukarelawan : Realiti, Cabaran
dan Modal Siswa Guru di Malaysia. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.
Bang,H; Won, D; Kim, Y (2009). Motivatons, commitment, and intentions to contunie
30
volunteering for sporting events. Event Management. 13 (2), 69-81. Licensed under
Creative Co
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah penyelidikan,
Buku 1. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.
Clary, E., Snyder, M., Ridge, R., Copeland, J., Stukas, A., Haugen, J. & Miene, P. 1998.
Understanding and assessing the motivation of volunteers: A functional approach.
Journal of Personality and Social Psychology 74(6): 1516–153.
Creswell, J. W. (2012). Educational Research: Planning, Conducting, and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research. Ed. ke-4. New Jersey: Pearson Education Inc.
Finkelstein MA (2008) Volunteer satisfaction and volunteer action: a functional approach.
Social Behavior and Personality 36(1), 9-18.
Gage III, R.L. & Thapa, B. 2012. Volunteer motivations and constraints among college
students: Analysis of the volunteer function inventory and leisure constraints models.
Nonprofit and Voluntary Sector Quarterly 41(3): 405-430. DOI:
10.1177/0899764011406738
Ghose, T., & Kassam, M. (2012). Motivations to volunteer among college students in
India. Voluntas. DOI 10.1007/s11266-012-9327-4
Hamzah, H. & Joy N. (2009), Siri Pendidikan Guru, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd, hlm.43
Ilker Etikan, Sulaiman Abubakar Musa, Rukayya Sunusi Alkassim (2016).
Comparison Of Convenience Sampling And Purposive Sampling. 5(1), 1–4.
Https://Doi.Org/10.11648/J.Ajtas.20160501.11.
Johanson, G. A., & Brooks, G. P. (2010). Initial scale development: Sample size for pilot
studies. Educational and Psychological Measurement, 70(3), 394-400.
Krejcie V. R & Morgan D.W. (1970). Determining Sample Size For Research
Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Mabry, J.B. (1998). Pedagogical variations in service-learning and student
outcomes: How time, contact and reflection matter. Michigan Journal of
Community Service Learning, 5(1), 32-47
31
Mohd Najib Abdul Ghafar. (2013). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.
Skudai : Penerbit UTM.
Omoto, A. & Snyder, M. 1995. Sustained helping without obligation: Motivation, longevity of
service, and perceived attitude change among AIS volunteers. Journal of Personality and
Social Psychology 68: 671- 687.
Planalp, S., & Trost, M. (2009). Reasons for starting and continuing to volunteer for hospice.
American Journal of Hospice and Palliative Medicine, Vol. 26 No. 4. DOI:
10.1177/1049909109333929
Tajul Arifin Muhamad & Aishah Nadirah Mohamed Alauddin (2013). Motif Penglibatan
Sukarelawan Sukan Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Tahap Kepuasan Diri (Motives
For Volunteering In Higher Education Institutions Sports Towards Self Satisfaction).
Jurnal Pendidikan Malaysia, 38(2), 51–59.
Wan Nur Izzati Mohamad Idrus (2015). Motivasi Untuk Terlibat Dalam Badan Sukarela Dalam
Kalangan Pelajar Universiti Awam. Satu Tinjauan. Unpublished thesis. UPM : Fakulti
Kajian Pendidikan.
32
MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN MINAT MURID SLOW LEARNER TERHADAP
KONSEP BENTUK DUA DIMENSI (B2D) MELALUI PENGGUNAAN APLIKASI ‘B2D’!
Muhammad Nur Hakimuddin Bin Juri
Puan Farah Dilla Binti Ramli
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan murid slow leaner terhadap konsep
bentuk dua dimensi melalui penggunaan aplikasi B2D!. Peserta kajian yang dipilih adalah
seorang murid slow leaner yang mengikuti program pendidikan khas integrasi di salah sebuah
sekolah di Kota Bharu, Kelantan. Tinjauan awal mendapati peserta kajian menghadapi
masalah dalam menguasai konsep bentuk dua dimensi dengan baik. Oleh itu, aplikasi ‘B2D!’
yang dicipta telah digunakan bagi membantu peserta lakian tersebut menguasai konsep
bentuk dua dimensi secara asas dan menyeluruh. Kajian yang dilakukan juga menggunakan
Model Penyelidikan Tindakan Kurt Lewin (1946). Kaedah pengumpulan data dilaksanakan
dengan menggunakan tiga jenis instrumen iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis
dokumen. Tringulasi kaedah digunakan sebagai cara untuk menyemak data-data kajian. Hasil
dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang positif dalam penguasaan konsep bentuk dua
dimensi daripada peserta kajian. Akhir sekali, pengkaji juga berharap agar perlaksanaan
kajian ini dapat diaplikasikan secara meluas dalam kalangan guru dan pendidik di sekolah
khususnya guru pendidikan khas untuk membantu murid berkeperluan khas bagi
meningkatkan penguasaan murid tersebut terhadap konsep bentuk dimensi.
Kata Kunci: Aplikasi B2D!, bentuk dua dimensi.
ABSTRACT
This study aims to increase slow learner students’ understanding of two dimensional shape
through B2D! application. The participant of this study is a slow learner student form one of
Integrated Special Education Programme in Kota Bharu district. Preliminary research found
that the study participants had difficulty in mastering the concept of two-dimensional shapes.
Therefore, the 'B2D!' Application created was used to help the participants master the concept
of two-dimensional form on a basic and comprehensive basis. The study was conducted
based on Kurt Lewin's Action Research Model (1946). Data collection method is implemented
using three types of instruments namely observation, interview and document analysis.
Tringulation methods are used as a way of reviewing the study data. The results of this study
33
showed a positive increase in the two-dimensional conceptualization of the study participants.
Finally, the researcher also hopes that the implementation of this study will be widely applied
among teachers and educators in schools especially special education teachers to help
students with special needs to increase student mastery of the concept of dimension.
Keywords: B2D! Application, two dimensional shape
PENGENALAN
Salah satu kategori bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah masalah slow
leaner (lembam). Kanak-kanak yang menghadapi masalah slow learner boleh ditafsirkan
sebagai kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah
biasa untuk mengikuti objektif pembelajaran dengan mudah dan mempunyai daya
rangsangan serta daya pengamatan yang rendah. Secara amnya, kanak-kanak ini
mempunyai IQ dibawah paras purata iatu 100. Skor ujian IQ bagi slow learner berada antara
70 dan 90.
Kanak-kanak slow leaner juga mempunyai keupayaan yang terhad dalam pencapaian
jika dibandingkan dengan rakan-rakan sebaya mereka (Nor Salim, 2005). Selain itu, menurut
Miller dan Mercer (1997), murid slow learner turut menghadapi masalah menulis dalam garis
lurus, menggunakan nombor dan menentukan masalah. Ketidakupayaan ini mengakibatkan
kanak-kanak slow leaner sukar memahami konsep bentuk dua dimensi pada jangka masa
yang singkat atau lama. Oleh itu, melalui penggunaan aplikasi B2D!, solusi ini diharapkan
dapat mengatasi ketidakupayaan tersebut dalam memahami dan menguasai konsep bentuk
dua dimensi.
FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pengalaman ketika menjalani internship selama sebulan di salah sebuah
sekolah di daerah Kota Bharu, pengkaji mendapati bahawa tahap pencapaian mata pelajaran
Matematik salah seorang murid slow leaner berada pada tahap yang rendah khususnya untuk
memahami konsep bentuk dua dimensi. Hasil analisis telah mendapati bahawa murid tidak
dapat memahami konsep bentuk dua dimensi dan menghubungkaitkan diantara bentuk
tersebut dan objek di persekitaran. Bahkan, murid juga tidak minat untuk mengikut proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Malematik di bilik darjah. Lantaran itu,
pengkaji telah mempertimbangkan suatu alternatif melalui penggunaan aplikasi B2D! untuk
34
meningkatkan kefahaman dan minat murid tersebut terhadap konsep bentuk dimensi ke tahap
yang lebih baik.
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian tindakan ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan
objektif khusus.
a. OBJEKTIF UMUM
Meningkatkan kefahaman dan minat murid terhadap konsep bentuk dua dimensi.
b. OBJEKTIF KHUSUS
i. Meningkatkan kemahiran murid mengenalpasti bentuk dua dimensi melalui pengunaan aplikasi
B2D!.
ii. Meningkatkan kemahiran murid menghubungkait di antara objek dan bentuk dua dimensi
melalui pengunaan aplikasi B2D!.
iii. Meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Matematik terutama bagi topik bentuk dua
dimensi melalui pengunaan aplikasi B2D!.
c. SOALAN KAJIAN
i. Adakah kemahiran murid mengenalpasti bentuk dua dimensi dapat dipertingkatkan melalui
pengunaan aplikasi B2D!?
ii. Adakah kemahiran murid menghubungkait di antara objek dan bentuk dua dimensi dapat
dipertingkatkan melalui pengunaan aplikasi B2D!?
iii. Adakah minat murid dalam mata pelajaran Matematik terutama bagi topik bentuk dua dimensi
dapat dipertingkatkan melalui pengunaan aplikasi ‘2D!?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan secara kolaboratif bersama seorang peserta kajian. Peserta kajian
yang dipilih merupakan murid daripada kelas 3 Iltizam Kasih. Peserta kajian juga merupakan
murid yang menghadapi masalah pembelajaran kategori slow learner dan terdiri daripada
murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan Dato’
Hashim 1 (SKDH1). Berikut merupakan maklumat berkaitan peserta kajian:
35
Maklumat Peserta Kajian Peserta Kajian (PK)
Kelas 3 Iltizam Kasih
Umur 10 Tahun
Jantina Lelaki
Jawatan Pengawas
Cita-cita Doktor
Tempat tinggal Luar Bandar
Perwatakan Pasif, sukar bergaul dan pendiam
Jadual 1: Latar Belakang Peserta Kajian
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengkaji telah menjalankan kajian ini dengan membina satu intervensi yang mengandungi
tiga tindakan yang telah disusun secara sistematik bagi membantu peserta kajian untuk
meningkatkan kefahaman dan minat peserta kajian terhadap bentuk dua dimensi melalui
aplikasi B2D!.
Meningkatkan Kefahaman dan Minat Murid Slow learner Terhadap Konsep Bentuk
Dua Dimensi (2D) Melalui Aplikasi B2D!.
Tindakan 1 : Penerangan Konsep Bentuk Dua Dimensi (2D)
Aktiviti 1: Bahan:
1) Penerangan konsep bentuk dua dimensi oleh 1) Komputer Riba / Telefon
pengkaji melalui nota. Pintar
2) Nota tersebut dapat dibaca oleh peserta kajian
secara atas talian atau dicetak. 2) Aplikasi B2D!
36
3) Perisian ‘MIT App Inventor
2’
Aktiviti 2: Bahan:
1) Penerangan konsep bentuk dua dimensi oleh 1) Komputer Riba / Telefon
pengkaji melalui penggunaan video. Pintar
2) Video yang digunakan menyimpulkan pengajaran
dalam bentuk yang ringkas dan mudah. 2) Aplikasi B2D!
3)Perisian ‘PowToon’
Aktiviti 3: Bahan:
1) Penerangan konsep bentuk dua dimensi oleh 1) Komputer Riba / Telefon
pengkaji melalui penggunaan ‘sensing’. Pintar
2) Penggunaan bahan maujud di dalam pengajaran
ketika menjalankan aktiviti ini. 2) Aplikasi B2D!
3) Perisian ‘Scratch’
Tindakan 2: Aktiviti Pengukuhan
Aktiviti ‘JOM TEKA’: Bahan:
1) Peserta kajian mengenalpasti bentuk dua dimensi 1) Komputer Riba / Telefon
berdasarkan namanya. Pintar
2) Peserta kajian melakukan aktiviti sehingga
jawapan yang diberikan adalah betul. 2) Aplikasi B2D!
3) Perisian ‘MIT App Inventor
2’
Aktiviti ‘JOM MELUKIS’: Bahan:
1) Peserta kajian melukis bentuk-bentuk dua
dimensi berdasarkan ciri-ciri setiap bentuk.
37
2) Peserta kajian melukis sebuah model dengan 1) Komputer Riba / Telefon
menggunakan bentuk-bentuk dua dimensi. Pintar
2) Aplikasi B2D!
3) Perisian ‘Scratch’
Aktiviti ‘JOM AMBIL GAMBAR!’ Bahan:
1) Peserta kajian mengambil gambar objek 1) Komputer Riba / Telefon
berdasarkan bentuk dua dimensi. Pintar
2) Aktiviti dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah.
2) Aplikasi B2D!
3) Perisian ‘MIT App Inventor
2’
Aktiviti ‘JOM MELUKIS’: Bahan:
1. Peserta kajian mengenalpasti bentuk dua dimensi 1) Komputer Riba / Telefon
dengan membanding bezakan bentuk dua Pintar
dimensi dan bentuk tiga dimensi berdasarkan ciri-
ciri bentuk. 2) Aplikasi B2D!
3) Peserta kajian menangkap bentuk dua dimensi
dengan menggerakkan tetikus sehingga peserta 3) Perisian ‘Scratch’
mendapat markah penuh.
Tindakan 3: Latihan
Aktiviti 1: Bahan:
1) Peserta kajian menjawab latihan yang disediakan 1) Komputer Riba / Telefon
di dalam perisian ‘Quizizz!’. Pintar
2) Keputusan latihan dicetak dan direkodkan.
2) Aplikasi B2D!
38
3) Perisian ‘Quizizz!’
Jadual 2: Tindakan Yang Dilakukan Oleh Pengkaji Terhadap Peserta Kajian
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Bagi mendapatkan maklumat bagi data awal, pengkaji menggunakan empat kaedah
pengumpulan data yang terdiri daripada ujian diagnostik, pemerhatian, analisis dokumen dan
temu bual.
1. Ujian Diagnostik
1.1 Ujian diagnostik ialah satu alat pengukuran yang membolehkan pengkaji mengenalpasti punca atau
faktor kepada ketidakupayaan murid secara terperinci.
2. Analisis Dokumen
2.1 Analisis dokumen boleh digunakan untuk mengenal pasti faktor persekitaran, keluarga dan prestasi
akademik yang menyumbang kepada masalah peserta kajian.
3. Pemerhatian.
3.1 Kaedah pemerhatian merupakan suatu kaedah yang digunakan untuk menyelidik dan mengukur
sasaran dalam tempoh masa tertentu.
4. Temu Bual
4.1 Kaedah temu bual boleh didefinasikan sebagai trigulasi bertujuan untuk mengesah data atau
maklumat yang diperolehi (Rozmi Ismai, 2005).
CARA MENGANALISIS DATA
Setelah memperoleh data, pengkaji akan menganalisis data tersebut bagi melihat sebarang
keberhasilan dapatan kajian untuk direkodkan bagi melihat sejauh mana keberkesanan
aplikasi B2D! dalam mencapai objektif kajian.
1. Pemerhatian
1.1. Senarai Semak
1.2. Catatan Nota Lapangan
2. Temu Bual
2.1. Soalan Berstruktur
3. Analisis Dokumen
3.1. Ujian Awal
3.2. Ujian Akhir
39