Kajian ini dilaksanakan untuk menilai keberkesanan kaedah ‘LightUps’ untuk
meningkatkan keupayaan pengamatan dalam penguasaan kemahiran menulis yang lebih
kemas bagi kalangan murid pemulihan. Pengkaji telah merancang dan mengintegrasikan
aktiviti-aktiviti yang bersesuian bagi memastikan aktivit-aktiviti tersebut dapat memberi
manfaat untuk kesejahteraan bersama. Fokus utama aktiviti yang dirancang adalah menjurus
kepada peningkatan keupayaan pengamatan murid dalam kemahiran menulis. Malah, aktiviti
ini juga berperanan dalam meningkatkan keyakinan diri murid untuk lebih aktif dalam proses
PdP di bilik darjah. Hal ini kerana sifat murid pemulihan yang pemalu dan pasif akan
menyebabkan sesi PdP menjadi kurang menarik. Oleh itu, pelaksanaan aktiviti ini dilihat
mampu untuk meningkatkan keyakinan diri murid dengan lebih baik. Melalui kaedah ini, kita
dapat melihat bahawa kaedah ‘LightUps’ penting untuk diterapkan kepada murid pemulihan
bermasalah keupayaan pengamatan dalam kemahiran menulis. Perkara ini kerana aktiviti-
aktiviti yang dilaksanakan bukan sahaja menitikberatkan aspek keupayaan pengamatan
sebaliknya memberi fokus terhadap aspek psikomotor halus murid. Secara keseluruhannya,
pengkaji amat berpuas hati dengan tindakan yang dilaksanakan kerana semua tindakan yang
dilakukan menunjukkan peningkatan terhadap keupayaan pengamatan dalam penguasaan
kemahiran menulis.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji menunjukkan keputusan dan peningkatan yang
positif kepada kedua-dua peserta kajian bagi meningkatkan keupayaan pengamatan dalam
penguasaan kemahiran menulis yang lebih kemas. Namun begitu, bagi meningkatkan lagi
keberkesanan kaedah ‘LightUps’ ini pengkaji telah mencadangkan beberapa
penambahbaikan yang dapat dilakukan. Cadangan penambahbaikan ini penting sebagai
rujukan kepada pengkaji lain dalam menambahbaik kajian dan seterusnya menghasilkan
kajian yang lebih berkualiti pada masa akan datang.
Cadangan pertama pengkaji ialah kaedah ‘LightUps’ tidak hanya tertumpu kepada
mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja tetapi dapat digunakan juga untuk semua mata
pelajaran. Hal ini demikian kerana aktiviti yang dirancang adalah mesra dan bersifat universal.
Namun begitu, guru perlu mahir dalam penggunaannya agar dapat meningkatkan
keberkesanan aktiviti tersebut. Dalam erti kata lain, kaedah ‘LightUps’ dapat digunakan untuk
membantu murid meningkatkan kemahiran membaca dan mengira. Di samping itu, aktiviti
senaman tangan juga boleh diaplikasikan untuk semua mata pelajaran. Guru boleh
melaksanakan senaman ini sebelum memulakan sesi pengajaran. Hal ini membantu murid
untuk lebih bersedia dan meningkatkan kekuatan psikomotor halus mereka.
480
Pengkaji juga menyarankan penggunaan bahan ‘LightUps’ ini kepada kelas arus
perdana kerana masalah ini bukan sahaja dikesan dalam kelas pemulihan, malah dalam
kelas arus perdana juga. Penggunaan bahan ini tidaklah membebankan guru dan murid
kerana aktiviti dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Keadaan ini memudahkan guru
untuk lebih fokus kepada sesuatu topik pengajaran. Ganjaran juga boleh diberikan sebagai
peneguhan positif kerana ia akan menarik minat dan memberi motivasi kepada murid
melaksanakan aktiviti. Cadangan ketiga adalah mengubahsuai aktiviti Jom Main Tepung
kepada bentuk aplikasi yang boleh digunakan dalam telefon pintar. Perkara ini dapat
menjimatkan wang kerana tidak lagi perlu mengeluarkan wang belanja untuk menyediakan
bahan aktiviti ini. Ibu bapa juga boleh mengakses aplikasi tersebut dengan cara memuat turun
di Google Play Store atau platform-platform yang lain. Justeru, dengan cara ini dapat
meningkatkan keberkesanan aktiviti tersebut.
Kesimpulannya, cadangan-cadangan penambahbaikan yang dicadangkan oleh
pengkaji wajar dilaksanakan pada kajian lanjutan yang ingin diteruskan. Keberkesanan
kaedah ‘LightUps’ dapat dipertingkatkan lagi kepada tahap yang lebih baik seandainya kajian
tindakan ini difokuskan dengan lebih menyeluruh. Menurut Briner (2005), murid membina
pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baharu yang diperoleh dengan
binaan intelektual yang sedia wujud. Oleh itu, kajian ini secara amnya dapat membina
pengetahuan mereka sendiri. Sehubungan dengan itu, kaedah ‘LightUps’ adalah wajar
ditambahbaik demi kelangsungan pembelajaran murid yang menyeronokkan, berkesan dan
bermakna di bilik darjah.
RUJUKAN
Briner, M. (2005). Learning Theories. Denver: University of Colorado
Kaharudin Husin, Abdullah Yusof & Mohd Ra’in Shaari. (2011). Pedagogi Bahasa. Kuala
Lumpur: Emeritus Publications
Ling, J., & Chen, C. (2009). Membaiki tulisan murid tahun 3 dalam mata pelajaran bahasa
cina dengan kaedah ansur maju. Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan
IPGM KBL, 146–156.
Noraini Mohd Nor. (2017). Asas Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Petaling Jaya, Selangor :
Sasbadi Sdn. Bhd.
Rosinah Edinin. (2018). Penyelidikan Tindakan Kaedah Dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn Bhd
481
PERSEPSI GURU ARUS PERDANA TERHADAP MURID PEMULIHAN
Siti Aisyah Binti Sifyan
Dr. Nik Hassan bin Seman
Jabatan Pendidikan Khas IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dalam sistem pendidikan negara merupakan
satu usaha untuk memantapkan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan
murid-murid sekolah rendah. Namun setelah sekian lama pelaksanaannya, masih terdapat segelintir
murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M di sekolah. Murid-murid yang tidak dapat
menguasai kemahiran 3M dengan baik ini disaring dan ditempatkan dalam Program Pendidikan
Pemulihan dan digelar sebagai murid pemulihan. Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru
arus perdana terhadap murid pemulihan. Seramai 354 orang responden yang terdiri daripada guru-
guru arus perdana yang mengajar di sekolah rendah sekitar daerah Kota Bharu, Kelantan telah dipilih
secara rawak mudah. Data diperoleh melalui soal selidik yang menggunakan Skala Likert 1 hingga 5.
Item soal selidik terbahagi kepada tiga aspek iaitu pengetahuan guru arus perdana mengenai murid
pemulihan, penerimaan guru arus perdana terhadap murid pemulihan dan pandangan guru arus
perdana terhadap tingkah laku negatif murid pemulihan. Data kajian dianalisis menggunakan kaedah
deskriptif untuk mencari min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan kajian mendapati
tahap pengetahuan guru arus perdana mengenai murid pemulihan dan tahap pandangan guru arus
perdana terhadap tingkah laku negatif murid pemulihan berada pada tahap yang sederhana. Manakala
tahap penerimaan guru arus perdana terhadap murid pemulihan berada pada tahap yang rendah.
Kajian ini diharapkan dapat memberi refleksi kepada semua pihak untuk mengubah persepsi guru arus
perdana terhadap murid pemulihan di sekolah.
Kata kunci: persepsi, guru arus perdana, murid pemulihan.
ABSTRACT
The implementation of the New Elementary Curriculum (KBSR) in the national education system is an
effort to strengthen basic reading, writing and counting (3M) skills among primary school pupils. But
after a long time of implementation, there are still some pupils who cannot master the basic 3M skills at
school. Pupils who cannot master 3M skills are screened and placed in the Remedial Education
Program and designated as remedial pupils. The purpose of this study is to investigate the perceptions
of mainstreamed teachers toward remedial pupils. A total of 354 respondents consisting of
mainstreamed primary school teachers around Kota Bharu district of Kelantan were selected at random.
Data were obtained through questionnaires using the Likert Scale 1 through 5. The questionnaire items
were divided into three aspects: mainstreamed teachers' knowledge of remedial pupils, mainstreamed
teachers' acceptance of remedial pupils and mainstreamed teachers' views of remedial pupils’ negative
behavior. Survey data were analyzed using descriptive methods to find mean, standard deviation,
frequency and percentage. The findings of the study found that the current level of knowledge of
mainstreamed teachers towards remedial pupils and the current mainstreamed teachers' views of
remedial pupils’ negative behavior were at a moderate level. While the acceptance rate of
mainstreamed teachers towards remedial pupils is low. This study is expected to provide a reflection
on all parties to change the perceptions of mainstreamed teachers towards remedial pupils in schools.
Key words: perception, mainstreamed teacher, remedial pupils.
482
PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan dan kehidupan berkait
rapat kerana pendidikan menentukan corak serta mutu kehidupan manusia. Peranan
pendidikan sangat penting dalam pembentukan generasi muda untuk menjadi rakyat Malaysia
yang dapat menyumbang bakti kepada perkembangan ekonomi, sosial, kebudayaan dan
politik negara ini (Jaamilah Nordin, 2018).
Masalah pembelajaran merupakan faktor penting di negara-negara membangun
seperti Malaysia kerana hal ini mempunyai kaitan dengan usaha ke arah universalisasi
pendidikan rendah. Pendidikan universal pada tahap rendah merupakan salah satu daripada
komponen utama program “Pendidikan Untuk Semua” dan “Pendidikan Sepanjang Hayat”
serta merupakan strategi untuk mewujudkan pendemokrasian pendidikan. Keutamaan harus
diberi kepada ketiga-tiga aspek pendidikan sejagat iaitu akses universal kepada pendidikan
rendah, kadar menamatkan persekolahan yang tinggi dan pencapaian maksimum (Ismail
Haron, 2016).
Pada tahun 1983, Sistem Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR). Perubahan ini menunjukkan usaha untuk kembali semula kepada
asas pendidikan (back to the basic) dengan memperkenalkan kurikulum ini yang memberi
fokus kepada kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Semakan
kurikulum ini telah meletakkan suatu penekanan yang penting terhadap masalah penguasaan
3M dengan menjalankan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas KBSR sebagai teras
utama ke arah penyelesaian masalah 3M ini (Maryam Anas, 2015).
Program Pendidikan Pemulihan ditubuhkan khusus untuk mengatasi kesulitan murid-
murid pemulihan dalam menguasai kemahiran asas 3M. Murid-murid yang tidak dapat
menguasai kemahiran 3M ini akan disaring dan ditempatkan dalam Program Pendidikan
Pemulihan. Murid-murid yang telah disaring untuk mengikuti Program Pendidikan Pemulihan
ini dikenali dan digelar sebagai murid pemulihan. Murid pemulihan ini akan bergerak ke kelas
Pendidikan Pemulihan pada waktu matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja.
Selebihnya, murid pemulihan ini akan belajar seperti murid-murid lain di kelas aliran perdana
bagi lain-lain matapelajaran seperti matapelajaran Sains dan Pendidikan Jasmani. Hal ini
telah menimbulkan suatu persepsi dalam kalangan guru arus perdana terhadap murid-murid
pemulihan ini.
483
PENYATAAN MASALAH
Program Pendidikan Pemulihan Khas merupakan suatu usaha pendidikan untuk
mengatasi kesulitan murid-murid dalam pembelajaran. Pada lazimnya, murid-murid
pemulihan ini akan cepat menunjukkan kemajuan dan peningkatan dalam pelajaran apabila
mereka mendapat bantuan pengajaran sokongan atau perkhidmatan daripada guru-guru yang
terlatih dalam bidang pemulihan khas. Namun, kemajuan dan peningkatan ini hilang setelah
murid-murid pemulihan ini tidak mendapat sokongan pengajaran yang berterusan apabila
mereka kembali ke kelas aliran perdana dan diajar oleh guru arus perdana (Jabatan
Pendidikan Khas, 2016).
Seseorang individu kebiasaannya mempunyai sesuatu persepsi atau tanggapan
kepada seseorang individu yang lemah daripada aspek kognitif (Larrivee & Home, 2011). Hal
ini dapat dilihat bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak, malah orang dewasa juga
mempunyai tanggapan sendiri terhadap mereka yang lemah daripada aspek kognitif ini.
Dapatan yang sama juga diperoleh oleh Westwood (2015) dimana guru lebih menumpukan
perhatian kepada murid yang bijak untuk mengekalkan prestasi cemerlang murid tersebut,
manakala murid yang lemah hanya dibiarkan dan tidak diberikan perhatian.
Hal ini menunjukkan, kurangnya penerimaan murid-murid pemulihan oleh guru arus
perdana di kelas aliran perdana. Penerimaan persekitaran sekeliling terhadap seseorang
individu dapat membina personaliti yang baik serta dapat memotivasikan diri individu tersebut
(Zaharah Abu Bakar, 2016). Berdasarkan tinjauan literatur yang dilaksanakan, masih belum
terdapat kajian yang berkaitan dengan persepsi guru arus perdana terhadap murid pemulihan.
Oleh sebab yang demikian, kajian ini dilaksanakan untuk meninjau tentang persepsi guru arus
perdana terhadap murid pemulihan.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk:
i) Mengenal pasti tahap pengetahuan guru arus perdana mengenai murid pemulihan.
ii) Mengenal pasti tahap penerimaan guru arus perdana terhadap murid pemulihan.
iii) Mengenal pasti tahap pandangan guru arus perdana terhadap tingkah laku negatif murid
pemulihan.
Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah:
i) Apakah tahap pengetahuan guru arus perdana mengenai murid pemulihan?
ii) Apakah tahap penerimaan guru arus perdana terhadap murid pemulihan?
484
iii) Apakah tahap pandangan guru arus perdana terhadap tingkah laku negatif murid
pemulihan?
METODOLOGI
Kajian tinjauan ini secara keseluruhan berbentuk kuantitatif dan data diukur secara
statistik deskriptif seperti kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai bagi satu kumpulan
data. Menurut Mohd Najib (1999) dalam kajian Norhidayah (2019), kajian deskriptif adalah
kajian yang bertujuan untuk menerangkan suatu fenomena yang sedang berlaku dan sering
digunakan dalam kajian berkaitan pendidikan. Krejcie & Morgan (1970) menyatakan bagi
populasi seramai 4504 orang, sampel yang diperlukan untuk kajian adalah seramai 354 orang.
Sampel dipilih secara rawak mudah terdiri daripada guru arus perdana yang mengajar di
sekolah rendah sekitar daerah Kota Bharu, Kelantan.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian.
Set soal selidik telah diambil daripada kajian Siti Nur Asyikin (2019) dan telah diubah suai
untuk disesuaikan dengan tajuk kajian yang dijalankan. Kesahan dalam kajian ini adalah
instrumen kajian perlulah mendapatkan pengesahan muka dan kandungannya daripada
pakar (Mohd Najib, 1999; Norhidayah, 2019). Bagi item-item dalam borang soal selidik,
pengkaji telah berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan semakan dan pengesahan iaitu
terdiri daripada pakar bidang metodologi, isi kandungan dan bahasa. Pengkaji telah
mendapatkan pengesahan daripada Dr. Muhammad Ridzuan Bin Idris iaitu pakar bidang
metodologi, Dr. Nik Hassan Bin Seman iaitu pakar dalam bidang isi kandungan dan Dr.
Jaswardi Anwar Bin Hj Md. Yaacob iaitu pakar dalam bidang bahasa.
Kebolehpercayaan pula sering dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan
ketekalan dalaman (Creswell, 2017). Nilai Chronbach Alpha yang melebihi 0.60 sering kali
diguna pakai sebagai indeks kebolehpercayaan sesuatu instrumen (Mohd Najib, 1999;
Norhidayah, 2019). Berdasarkan penerangan di atas, pengkaji telah menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) untuk mencari nilai Chronbach Alpha bagi
menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Jadual 1 di bawah menunjukkan hasil analisis
yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan item.
485
Jadual 1
Nilai kebolehpercayaan item soal selidik kajian.
Bahagian Nilai Chronbach Alpha
Pengetahuan guru arus perdana mengenai murid 0.843
pemulihan
Penerimaan guru arus perdana terhadap murid 0.887
pemulihan
Pandangan guru arus perdana terhadap tingkah laku 0.817
negatif murid pemulihan
Keseluruhan 0.949
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Analisis data kajian ini ditafsir berdasarkan skor min seperti mana yang dicadangkan
oleh Lendal (1997).
Jadual 2
Tafsiran dan tahap kecenderungan min
Skor min Tafsiran min
1.00 hingga 2.39 Rendah
2.40 hingga 3.79
3.80 hingga 5.00 Sederhana
Tinggi
Sumber : Lendal (1997)
Jadual 3 di bawah menunjukkan rumusan purata min bagi ketiga-tiga aspek untuk
menentukan persepsi guru arus perdana terhadap murid pemulihan.
486
Jadual 3
Rumusan purata min ketiga-tiga aspek untuk menentukan persepsi guru arus perdana
terhadap murid pemulihan.
Aspek Purata Min Rumusan
Tahap pengetahuan guru arus perdana 3.58 Sederhana
mengenai murid pemulihan 2.32 Rendah
2.51
Tahap penerimaan guru arus perdana Sederhana
terhadap murid pemulihan
Tahap pandangan guru arus perdana
terhadap tingkah laku negatif murid
pemulihan
n = 354
Hasil analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min keseluruhan bagi aspek
tahap pengetahuan guru arus perdana mengenai murid pemulihan ialah 3.58. Nilai min
tersebut menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru arus perdana mengenai murid
pemulihan berada pada tahap yang sederhana. Kurangnya pengetahuan dan pemahaman
terhadap seseorang murid yang bermasalah, menyebabkan seseorang individu normal
melemparkan satu stigma terhadap murid-murid bermasalah ini (Wan Aiha, 2013). Begitu juga
dengan rata-rata guru arus perdana ini, mereka beranggapan bahawa kesemua murid
pemulihan bermasalah dalam kesemua matapelajaran. Tanggapan itu merupakan tanggapan
yang salah kerana ada segelintir murid pemulihan yang berbakat dalam bidang sukan dan
bidang seni. Hal ini disebabkan oleh guru arus perdana ini tidak mendapat pendedahan dan
penerangan yang lanjut berkenaan dengan murid pemulihan dan Program Pendidikan
Pemulihan Khas.
Berdasarkan jadual 3, hasil analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai min
keseluruhan bagi aspek tahap penerimaan guru arus perdana terhadap murid pemulihan ialah
2.32. Nilai min tersebut menunjukkan bahawa tahap penerimaan guru arus perdana terhadap
murid pemulihan berada pada tahap yang rendah. Menurut teori ekologi Bronfenbrenner
(1989), persekitaran dapat mempengaruhi perkembangan seseorang kanak-kanak.
Sehubungan dengan itu, sekiranya guru arus perdana dapat menerima murid pemulihan ini
dengan baik, maka modal insan yang baik dapat dibentuk dalam diri murid pemulihan. Namun,
487
berdasarkan jawapan responden dalam soal selidik, rata-rata guru arus perdana tidak
bersedia untuk melibatkan diri secara aktif dalam sebarang aktiviti yang melibatkan murid
pemulihan. Mereka juga tidak pasti sama ada mereka bersedia atau tidak untuk menghulurkan
bantuan kepada murid pemulihan sekiranya murid pemulihan ini memerlukan bantuan. Hal ini
mungkin berpunca daripada terdapatnya perbezaan sosiobudaya dan sosioekonomi antara
guru arus perdana dengan murid pemulihan.
Bagi aspek tahap pandangan guru arus perdana terhadap tingkah laku negatif murid
pemulihan, nilai min keseluruhan ialah 2.51. Nilai min tersebut menunjukkan bahawa tahap
pandangan guru arus perdana terhadap tingkah laku negatif murid pemulihan berada pada
tahap yang sederhana. Hal ini kerana kebanyakan daripada guru arus perdana masih tidak
pasti dengan tingkah laku negatif murid pemulihan. Aktiviti sosial seperti beramah mesra
dapat memupuk persefahaman antara dua pihak yang berlainan (Zaharah Abu Bakar, 2016).
Rata-rata guru arus perdana tidak meluangkan masa untuk bersosial dengan murid
pemulihan. Lantas, pelbagai tanggapan dan pandangan dibuat oleh guru arus perdana
terhadap tingkah laku murid pemulihan sama ada mereka memerhatikannya secara langsung
atau tidak langsung. Guru arus perdana dapat memerhatikan tingkah laku murid pemulihan
semasa sesi pembelajaran dan pemudahcaraan di bilik darjah, di program anjuran sekolah
ataupun semasa perhimpunan sekolah dan membuat pelbagai tanggapan mengenainya.
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan induk bagi kesemua institusi
pendidikan pada peringkat rendah dan menengah. Oleh sebab yang demikian, kesemua
dasar berkaitan dengan pendidikan rendah dan menengah dirangka di KPM. Sehubungan
dengan itu, KPM perlulah merangka strategi yang berkesan dalam memberikan kefahaman,
kesedaran dan pengetahuan kepada kesemua warga pendidik termasuklah pihak pentadbir,
guru arus perdana, guru pendidikan pemulihan dan guru pendidikan khas tentang
pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan. Hal ini bagi memastikan kesemua warga
pendidik faham dan mengerti tentang keperluan pembelajaran murid pemulihan dan Program
Pendidikan Pemulihan.
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) merupakan salah satu pusat rujukan bagi semua
sekolah di bawah sesuatu liputan kawasan. Oleh sebab yang demikian, PPD
bertanggungjawab untuk memberikan kefahaman dan pengetahuan sama ada menerusi
penganjuran seminar atau kursus kepada kesemua guru arus perdana tentang pengurusan
bilik darjah yang terdapatnya murid pemulihan. Hal ini kerana, murid pemulihan ini sukar
memberikan tumpuan dalam jangka waktu yang lama dalam saiz kelas yang padat dengan
488
murid. Oleh itu, guru arus perdana perlulah diberikan pendedahan tentang pengurusan bilik
darjah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan keperluan murid-murid pemulihan ini.
Guru-guru Pendidikan Pemulihan di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia telah
mendapat latihan ikhtisas yang khusus daripada KPM untuk mengajar di Program Pendidikan
Pemulihan. Oleh sebab yang demikian, mereka merupakan insan yang terbaik untuk
memberikan kesedaran kepada guru arus perdana tentang murid pemulihan kerana mereka
terlibat secara langsung dalam mengajar murid-murid pemulihan ini dengan pengetahuan
yang mendalam dalam bidang tersebut. Guru arus perdana perlulah mempunyai kesedaran
agar bersikap positif dan sentiasa memberi sokongan serta dorongan moral kepada murid
pemulihan supaya mereka juga mendapat motivasi untuk memajukan diri mereka untuk
berjaya dan mencapai cita-cita mereka.
Memandangkan kajian ini mempunyai batasan, maka beberapa kajian lanjutan yang
dicadangkan termasuklah kajian yang lebih bersifat komprehensif iaitu pengkaji dapat
menjalankan temu bual bersama guru-guru arus perdana atau pemerhatian bagi
mendapatkan data yang lebih terperinci. Selain itu, pengkaji mencadangkan agar kajian
lanjutan dijalankan di lokasi berbeza dari daerah Kota Bharu, Kelantan supaya responden
dapat diperoleh dengan lebih meluas seterusnya mengukuhkan lagi dapatan bagi kajian yang
berkaitan.
Kesimpulannya, kajian ini telah membuka mata pengkaji bahawa persepsi guru arus
perdana terhadap murid pemulihan berada pada tahap yang sederhana. Oleh itu, pengkaji
berharap agar kajian ini dapat dijadikan refleksi kepada kesemua para guru di Malaysia
supaya dapat memahami, mempunyai pengetahuan dan bersifat lebih terbuka terhadap murid
pemulihan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
RUJUKAN
Bronfenbrenner. (1989). Ecological systems theory. In Vasta, R. (ed) 1989 Six theories of child
development: Revised Formulations and current issues. Jai Press.
Creswell. (2017). Research design: Qualitative, quantitative and mixed methods approaches.
Sage Publication.
Ismail Haron. (2016). Pengenalan dan definisi pendidikan universal. Fakulti Pendidikan.
Universiti Teknologi Mara.
Jaamilah Nordin. (2018). Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Diakses daripada
http://blogspotjaamilahnordin.com/falsafah/pendidikan/kebangsaan
489
Jabatan Pendidikan Khas. (2016). Maklumat Pendidikan Khas. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Krejcie & Morgan. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and
psychological measurement, 607-610.
Larrivee & Home. (2011). Social status: A comparison of mainstreamed students with peers
of different ability level. Journal of Special Education 25, 90-99.
Lendal. (1997). Management by menu. Wiley and Son Incorporation.
Maryam Anas. (2015). Perubahan sistem pendidikan di Malaysia. PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Mohamad Najib (1999) dlm. Norhidayah Norizam (2019). Penerimaan guru pemulihan
terhadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan. Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu.
Norhidayah Norizam. (2019). Penerimaan guru pendidikan pemulihan terhadap penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan. Institut
Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu.
Siti Nur Asyikin. (2019). Persepsi murid arus perdana terhadap murid pendidikan khas di SK
Seri Kota, Kelantan. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.
Wan Aiha. (2013). Persepsi pelajar normal terhadap pelajar khas integrasi bermasalah
pembelajaran. Universiti Sultan Zainal Abidin.
Westwood. (2015). Common sense for children with special needs. Croom Helm.
Zaharah Abu Bakar. (2016). Peluang bersosial kanak-kanak cacat pendengaran dengan
kanak-kanak biasa di dua buah sekolah. Satu kajian perbandingan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
490
KIT FULECO:
MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DUA NOMBOR OPERASI
TAMBAH LINGKUNGAN 50 DENGAN MENGUMPUL SEMULA DALAM BENTUK LAZIM
Eva Cezia Yahya
Puan Che Noorwani binti Che Wil
Jabatan Pendidikan Khas IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan terhadap murid pemulihan yang dipilih atas sebab mempunyai masalah dalam
menguasai kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 50 dengan mengumpul smeula dalam bentuk
lazim. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menambah dua
nombor dalam lingkungan 50 dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim dengan pembelajaran
melalui kit FULECO terhadap murid yang mempunyai kesukaran dalam menguasai kemahiran tersebut.
Peserta kajian yang dipilih adalah terdiri daripada dua orang murid iaitu seorang murid lelaki dan
seorang lagi murid perempuan yang merupakan murid pemulihan khas darjah 3 di salah sebuah
sekolah kawasan Kota Bharu, Kelantan. Akitiviti tindakan intervensi bagi kajian ini dijalankan dengan
berpandukan kepada model kajian Kurt Lewin (1946). Instrumen yang digunakan untuk mengumpul
data ialah pemerhatian, analisis dokumen dan melalui temu bual. Keputusan daripada hasil analisis
data yang diperolehi oleh pengkaji telah menunjukan peningkatan yang positif. Hal ini jelas menunjukan
kit FULECO dapat meningkatkan kemahiran menambah dua nombor dalam lingkunag 50 dengan
mengumpul semula dalam bentuk lazim serta dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran
Matematik. Kajian ini menggunakan prinsip abstrak kepada maujud bagi mengatasi permasalahan
pemahaman konsep menambah dua nombor dengan mengumpul semula lingkungan 50 dalam bentuk
lazim.
Kata kunci: Kemahiran operasi tambah dengan mengumpul smeula, nombor lingkungan 50, FULECO,
minat.
ABSTRACT
This study was conducted on selected recovery students because they had trouble mastering the
addition operating skills within 50 by collecting regular formulas. Therefore, this study aims to increase
the skills of adding two numbers within 50 by regrouping them in the usual form of learning through the
FULECO kit to students who have difficulty mastering the skills. The study participants consisted of two
students, one male student and one female student, as remedial student grade 3 at one of the schools
in Kota Bharu, Kelantan. The intervention actions for this study were conducted in accordance with Kurt
Lewin's (1946) study model. The instruments used to collect data are observation, document analysis
and interviews. The results from the data analysis obtained by the researchers showed a positive
improvement. This clearly demonstrates that FULECO kits can improve the skills of adding two numbers
around 50 by re-assembling them in regular form and increasing student interest in Mathematics
learning. This study uses the abstract principle to identify the problem of understanding the concept of
adding two numbers by regrouping 50 in a common form.
Keywords: increased operating skills by regrouping, number 50, FULECO, Interest
491
PENGENALAN
Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara
mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Dalam buku
Noraini (2005) menyatakan bahawa peranan matematik dalam kehidupan seharian dan
keperluan dalam pemilihan professional ke arah sebuah negara perindustrian memang tidak
dapat dinafikan lagi. Matematik adalah suatu mata pelajaran yang abtraks dan kompleks.
Murid-murid pemulihan ialah murid-murid yang berada dalam Tahap 1 di sekolah - sekolah
rendah. Mereka ini menghadapi masalah pembelajaran dalam membaca, mengira, menulis,
mendengar berfikir bertutur melukis, menaakul, memahami, dan mengingat kembali. Selain
itu, masalah yang lain seperti masalah melakukan aktivtiti-aktiviti atau pergerakan yang
memerlukan penggunaan otot-otot sendi.
Rasional penyelidikan tindakan ini adalah berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa
menjalankan praktikum di sebuah sekolah di Kota Bharu terhadap pembelajaran operasi
tambah dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim yang sering menjadi masalah kepada
peserta kajian (PK). Pada pendapat pengkaji operasi tambah merupakan asas untuk
mengasah pemahaman murid terhadap konsep matematik dalam kemahiran mengira. Oleh
itu, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk menjalankan suatu kajian tindakan mengenai
masalah menambah dalam lingkungan 50 dengan mengumpul semula. Pengkaji telah
mencipta satu inovasi aktiviti bagi membantu peserta kajian Pemulihan agar mudah
melakukan kemahiran mengira dalam operasi tambah. Inovasi yang dicipta oleh pengkaji diberi
nama FULECO. FULECO ini merupakan singkatan kepada Fun Learning in Counting.
Penggunaan Kit FULECO ini merupakan langkah yang terbaik dalam pengukuhan dalam
pengukuhan kemahiran menambah. Asasnya kit ini direka untuk murid yang mempunyai
pemasalahan kemahiran menambah seperti murid kurang memahami konsep tambah dan
keliru akan nilai tempat dan juga keliru apabila melibatkan penambahan dengan mengumpul
semula. Aktiviti dalam FULECO ini melibatkan aktiviti terapi kerja dan penggunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi meningkatkan kemahiran kognitif dan motor halus PK.
492
FOKUS KAJIAN
Bil. Masalah Perincian
1. Masalah dalam Tidak Dapat Membezakan Nilai Digit Sa Dan Puluh.
menentukan nilai tempat Tidak Memahami Hasil Tambah Pada Nilai Tempat Sa
dan menukarkan ayat Yang Melebihi Angka 10 Dalam Bentuk Lazim Harus
matematik kepada bentuk Ditulis Dalam 1 Digit Sahaja.
lazim dengan betul.
Sering Menulis 2 Digit Nombor Pada Jawapan Hasil
Tambah Pada Nilai Tempat Sa.
2. Masalah tidak boleh Tidak Dapat Menjawab Dan Tidak Memahami Konsep
menambah sesuatu kiraan Asas Tambah Dengan Baik.
dengan mengumpul semula Meletakkan Nilai Digit Yang Salah Semasa Mengira
dalam bentuk lazim. Menggunakan Bentuk Lazim
3. Masalah Tidak Suka Mudah Bosan Dan Hilang Tumpuan
Mempelajari Mata Pelajaran Sering Melakukan Aktiviti Lain Semasa Aktiviti
Matematik Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas.
Berdasarkan masalah yang didapati oleh peserta kajian dan juga berdasarkan data-data yang
dikumpul melalui pemerhatian dan melalui semakan terhadap latihan PK, kit FULECO dibina
bertujuan membantu peserta kajian dalam meningkatkan penguasaan mereka terhadap
kemahiran tambah dalam lingkungan 50 dengan mengumpul semula dengan baik. Kit
FULECO ini adalah terdiri daripada gabungan bahan maujud dengan penggunaan Teknoologi
Maklumat dan Komunikasi seperti komputer riba yang mana dapat menarik perhatian serta
minat PK dalam mengasah pengetahuan terhadap kemahiran tambah. Inovasi kit FULECO
ini juga melibatkan belajar sambil bermain. Hal ini dapat meransang minda, emosi dan sosial
PK dalam masa yang sama.
Tinjauan awal yang di lakukan oleh pengkaji adalah dengan menggunakan tiga kaedah dalam
mengkaji masalah yang telah timbul pada PK secara lebih terperinci. Kaedah yang digunakan
ialah kaedah analisis dokumen, kaedah pemerhatian dan juga kaedah temu bual. Pengkaji
telah menggunakan model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) sebagai model untuk kajian
penyelidikannya. Model Kurt Lewin dan Laidlaw merupakan adaptasi daripada Model Kurt
Lewin yang merangkumi lima fasa yang utama iaitu mengenalpasti aspek amalan, merancang
tindakan, pelaksanaan tindakan, mengumpul data dan refleksi.
493
(1) (5)
Mengenalpasti Membuat
isu Releksi
(2) (4)
Merancang Mengumpul
Tindakan dan
Menganalisis
Data
(3)
Pelaksanaan
Tindakan
RAJAH 1: KITARAN FASA KAJIAN TINDAKAN MODEL LEWIN (1946) &
LAIDLAW(1992)
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
OBJEKTIF KAJIAN
Dua objektif kajian telah ditetapkan dalam penyelidikan tindakan ini bagi melihat hasil dan
keputusan yang dijalankan. Objektif tersebut ialah;
i. Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menentukan nilai tempat dengan
menggunakan kit FULECO
ii. Meningkatkan keupayaan murid dalam kemahiran menukarkan ayat matematik kepada bentuk
lazim dengan menggunakan kit FULECO.
iii. Meningkat penguasaan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 50 dengan mengumpul
semula dalam bentuk lazim melalui penggunaan kit FULECO.
iv. Meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran kemahiran operasi tambah dengan
menggunakan aktiviti dalam FULECO.
494
SOALAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab beberapa persoalan kajian. Persoalan kajian ini
adalah seperti berikut :
i. Bagaimanakah penguasaan murid dalam menentukan nilai tempat dapat ditingkatkan melalui
penggunaan kit FULECO?
ii. Bagaimanakah keupayaan murid dalam menukarkan ayat matematik kepada bentuk lazim
dapat ditingkatkan melalui kit FULECO?
iii. Bagaimanakah meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menambah nombor
lingkungan 50 dengan mengumpul semula dapat ditingkatkan melalui penggunaan kit
FULECO?
iv. Sejauhmanakah pembelajaran matematik dengan penggunaan kit FULECO dapat
mempengaruhi minat murid untuk mempelajari mata pelajaran matematik dapat ditingkatkan?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan dua orang peserta kajian dari kelas 3 Honest di sekolah A. Kedua-dua
peserta kajian adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kedua-dua peserta kajian tidak
mempunyai masalah kecacatan fizikal. Dengan itu, peserta kajian dipilih berdasarkan tahap
akademik mereka yang lemah. Peserta kajian diberi nama sebagai murid A dan murid B.
Jadual 2
Peserta Kajian
MURID JANTINA / BANGSA / KELAS KELEMAHAN
UMUR AGAMA
A Lelaki / 9 Melayu / 3 Tidak dapat menyelesaikan soalan operasi
Tahun Islam Honest tambah dengan mengumpul semula.
Tidak dapat menyusun nombor mengikut nilai
tempat dalam bentuk lazim
Tidak dapat menukar ayat matematik kepada
bentuk lazim
Mudah bosan, berjalan-jalan dalam kelas, tidak
minat subjek matematik
495
B Perempuan Melayu / 3 Keliru menulis jawapan di ruang yang betul
Islam dalam bentuk lazim
/ Honest
9 Tahun
Tidak dapat menyelesaikan operasi tambah
dalam lingkungan 50 dengan mengumpul semula
Keliru semasa menulis nombor mengikut nilai
tempat dengan betul.
Pasif, mudah bosan, tidur didalam kelas, pemalu,
tidak suka akan subjek matematik
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
TINJAUAN
AWAL
TINDKAN 1
TINDKAN 2
TINDKAN 3
Rajah 2: Langkah-Langkah Tindakan
496
TINDAKAN 1
MENGENAL MENENTUKAN CARA MENUKAR AYAT AKTIVITI
NILAI TEMPAT KEDUDUKAN MENULIS MATEMATIK KE PENGUKUHAN
NILAI TEMPAT DALAM BENTUK
LAZIM
Rajah 3. Aktiviti Menyusun Dan Menulis Nombor Mengikut Nilai Tempat Dalam Bentuk
Lazim
TINDAKAN 2.
MENUKARKAN AYAT MEMBUAT MEMBUAT PENGIRAAN
MATEMATIK DAN PENGIRAAN OPERASI OPERASI TAMBAH
MENULIS PADA DALAM BENTUK
PAPAN MINI TAMBAH DALAM LAZIM (TAHAP
BENTUK LAZIM SEDERHANA)
(TAHAP MUDAH)
Rajah 4. Aktiviti Mengira Kemahiran Operasi Tambah Dalam Bentuk Lazim Dalam
Lingkungan 50 Tanpa Mengumpul Semula
497
TINDAKAN 3
MENGHIDUPKAN MEMBINA SOALAN MEMBINA SOALAN SELESAIKAN SOALAN MENGUMPUL
KIT FULECO NOMBOR PERTAMA NOMBOR KEDUA OPERASI TAMBAH SEMULA DENGAN
YANG DIBINA MENGGUNAKAN
DENGAN DENGAN “MOVING CAR”
MENGGUNAKAN MENGGUNAKAN
‘FULECO GEAR’ ‘STEERING FULECO’
1 3 5 3
2
11
2
4
3
Rajah 5. Aktiviti Mengira Kemahiran Operasi Tambah Dua Nombor Dalam Lingkungan 50
Dengan Mengumpul Semula Dalam Bentuk Lazim
TINDAKAN 4
Peserta kajian akan dibekalkan beberapa
bentuk aktiviti, pada peringkat ini PK
akan bermain di atas Walkie-Walkie dan
pengkaji memberikan beberapa bentuk
soalan bagi operasi tambah dalam
lingkungan 10 hingga 50 degan
Rajah 6. Aktiviti Pengukuhan Bermain Walkie-Walkie Sambil Belajar.
498
KAEDAH MENGUMPUL DATA
Dalam mengumpul data kajian ini, pengkaji telah memilih beberapa intrumen kualitatif untuk
menguji keberkesanan kit FULECO dalam membantu meningkatkan penguasaan murid dalam
kemahiran menambah nombor dalam lingkungan 50 dengan mengumpul semula dan juga
menentukan nilai tempat dalam bentuk lazim. Pengkaji telah memilih menggunakan empat
jenis instrumen yang berbeza dalam mendapatkan data awal, yang mana terdiri daripada
anilisi dokumen, temu bual, pemerhatian dan ujian sebelum intervensi.
Kajian ini melibatkan 4 intrumen dalam pengumpulan data iaitu:
i. Analisis Dokumen
ii. Pemerhatian
iii. Temu bual
iv. Ujian sebelum intervensi
Jadual 3
Matrik Triangulasi Data Kajian
SOALAN KAJIAN INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA
12 3
TEMU BUAL
ANALISIS DOKUMEN PEMERHATIAN - Transkrip
temu bual
Bagaimanakah penguasaan murid Lembaran kerja Rekod skala kadar
Rekod anekdot - Transkrip
dalam menentukan nilai tempat dapat Ujian intervensi temu bual
ditingkatkan melalui - Transkrip
temu bual
penggunaan kit FULECO.
Bagaimanakah keupayaan murid Lembaran kerja Rekod skala kadar
dalam menukarkan ayat matematik Ujian intervensi Rekod anekdot
kepada bentuk lazim dengan betul.
Bagaimanakah meningkatkan Lembaran kerja Rekod skala kadar
Rekod anekdot
penguasaan murid dalam kemahiran
menambah nombor lingkungan 50 Ujian intervensi
dengan mengumpul semula dapat
ditingkatkan dengan menggunakan kit
FULECO.
Sejauhmanakah pembelajaran Senarai semak
matematik dengan penggunaan kit Rekd anekdot
FULECO dapat mempengaruhi minat
murid untuk mempelajari matematik
ditingkatkan.
499
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan dapatan kajian yang bersesuaian dengan soalan kajian. Analisis
dijalanakn bertujuan untuk menjawab soalan kajian bagi mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Setelah semua tindakan intervensi dengan menggunakan kit FULECO
dilaksanakan, semua data yang telah diperolehi disusun dan dianalisis dengan jelas, ringkas
dan padat. Dalam melengkapkan dapatan kajian ini, beberapa intrumen telah digunakan bagi
mengumpul data, menganalisis dan melihat perkembangan peserta kajian. Hal ini dapat
dikukuhkan dengan adanya persembahan data bagi kajianini melalui hasil dapatan analisis
dokumen, pemerhatian, temu bual dan ujian sebelum dan selepas intervensi. Bahagian ini
akan menjawab empat soalan kajian iaitu seperti dalam jadual 7. Hasil dapatan kajian ini
diperolehi melalui analisis ke atas instrumen pengumpulan data yang digunakan seperti
instrumen analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual.
Jadual 4
Soalan Kajian
1. Bagaimanakah penguasaan murid dalam menentukan nilai tempat dapat
ditingkatkan melalui penggunaan kit FULECO.
2. Bagaimanakah keupayaan murid dalam menukarkan ayat matematik kepada
bentuk lazim dengan betul.
3. Bagaimanakah meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menambah nombor
lingkungan 50 dengan mengumpul semula dapat ditingkatkan dengan
menggunakan kit FULECO.
4. Sejauhmanakah pembelajaran matematik dengan penggunaan kit FULECO dapat
mempengaruhi minat murid untuk mempelajari matematik ditingkatkan.
Analisis Dokumen
Pengkaji telah menjalakan ujian sebelum intervensi dan juga ujian selepas intervensi bagi
menilai keberkesanan tindakan intervensi yang dijalankan dengan menggunakan kit
FULECO. Bagi menjawab soalan kajian seperti dalam jadual 7 dapat kita lihat pada analisis
terhadap dokumen- dokemen yang digunakan dalam kajian ini seperti ujian intervensi dan
lembaran kerja.
500
Jadual 5
Skor Ujian Sebelum Dan Selepas Intervensi Peserta Kajian
PK A PK B
BIL ITEM
SEBELUM SELEPAS SEBELUM SELEPAS
1 Menamakan nilai tempat bagi nombor 2/5 5/5 0/5 5/5
yang bergaris.
Mewarnakan pada nombor yang 1/5 5/5 3/5 5/5
2 berdasarkan nilai tempat yang
dinyatakan.
Menyusun nombor ayat matematik 0/5 5/5 0/5 5/5
3 kepada bentuk lazim tanpa membuat
pengiraan.
Menyusun nombor ayat matematik 0/5 5/5 0/5 5/5
4 kepada bentuk lazim dan membuat
pegiraan.
5 Membuat pengiraan operasi tambah 0/5 5/5 0/5 4/5
dengan mengumpul semula
ANALISIS UJIAN INTERVENSI SEBELUM DAN SELEPAS.
Berdasarakan rajah 6 merupakan soalan ujian sebelum dan selepas intervensi peserta kajian
dan juga menunjukkan peningkatan peserta kajian dalam menguasai kemahiran mengira bagi
operasi tambah dalam lingkungan 50 dalam bentuk lazim dan kemahiran dalam menentukan
nilai tempat sesuatu nombor.
501
SEBELUM (PK A)
SELEPAS (PK A)
SELEPAS (PK B)
Rajah 7. Ujian Sebelum Dan Selepas Intervensi Peserta Kajian
ANALISIS LEMBARAN KERJA PESERTA KAJIAN
Lembaran kerja diberikan disetiap tindakan iaitu diberikan sebelum dan selepas aktiviti
tindakan dilaksanakan. Hal ini adalah untuk melihat perkembangan dan keberkesanan
peserta kajian sepanjang proses tindakan dijalankan. Setiap lembaran kerja dianalisis oleh
pengkaji bagi mendapatkan data dari semasa ke semasa. Oleh itu, berdasarkan lembaran
kerja pada rajah 7 dapat memudahkan pengkaji menganalisis serta mengumpul data
mengenai perkembangan peserta kajian sepanjang proses intervensi dijalankan.
LEMBARAN KERJA A LEMBARAN KERJA B LEMBARAN KERJA C
Sebelum Selepas Sebelum Selepas Sebelum Selepas
PESERTA
KAJIAN A
502
PESERT
A
KAJIAN
B
Rajah 8. Soalan Lembaran Kerja Peserta Kajian
PEMERHATIAN
Dalam pengumpulan data kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dengan
menggunakan instrumen rekod anekdot, skala kadar dan juga senarai semak untuk
mendapatkan data bagi kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam pemerhatian bagi
menjawab soalan kajian, pengkaji telah menggunakan rekod anekdot untuk mencatat
peristiwa yang penting sepanjang tindakan dilaksanakan. Peristiwa dicatat dan diperhatikan
sebelum, semasa dan selepas tindakan dilaksanakan terhadap peserta kajian.
REKOD ANEKDOT
PESERTA PESERTA
KAJIAN A KAJIAN B
503
REKOD SKALA KADAR
Instrumen yang digunakan dalam pemerhatian bagi menjawab soalan kajian ini juga, pengkaji
telah menggunakan rekod skala kadar untuk melihat tahap penguasaan peserta kajian
terhadap kemahiran yang diuji. Rekod skala kadar ini digunakan pada sebelum dan selepas
tindakan dijalankan terhadap peserta kajian yang mana bagi melihat perkembangan dan
tahap pengusaan peserta kajian terhadap kemahiran yang diuji. Berdasarkan jadual 7 dan 8
menunjukan rekod skala kadar bagi kedua-dua peserta kajian.
Jadual 6
Kriteria Skala Kadar
SKOR (TAHAP KRITERIA
PENGUASAAN)
A AMAT BAIK
B BAIK
C SEDERHANA
D PERLU BIMBINGAN
Jadual 7
Rekod Skala Kadar Peserta Kajian A
NAMA MURID : (PK A)
KELAS : 3 HONEST
MATA : MATEMATIK
PELAJARAN
KEMAHIRAN : OPERASI TAMBAH
ARAHAN:
TANDAKAN ( / ) PADA SKALA YANG SESUAI DENGAN TAHAP PENGUASAAN MURID.
KEMAHIRAN/ITEM SKOR ULASAN
SEBELUM SELEPAS
ABCDABCD
Menyatakan Nilai Nombor 11 Hingga 50. //
Menulis Nombor Gandaan Sepuluh Dalam Bentuk Lazim //
Mengikut Nilai Tempat.
Menukarkan Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim Dengan //
Menyusun Nombor Mengikut Nilail Tempat Yang Betul
504
Menyelesaikan Operasi Tambah Dalam Bentuk Lazim Dalam //
Lingkungan 18 Tanpa Mengumpul Semula //
Menulis Jawapan Pada Bentuk Lazim Dengan Hasil Tambah //
Gandaan Sepuluh Dengan Betul
Menyelesaikan Operasi Tambah Dalam Bentuk Lazim Dalam
Lingkungan 50 Mengumpul Semula
Jadual 8
Rekod Skala Kadar Peserta Kajian B
NAMA MURID : (PK B)
KELAS : 3 HONEST
MATA : MATEMATIK
PELAJARAN
KEMAHIRAN : OPERASI TAMBAH
ARAHAN:
TANDAKAN ( / ) PADA SKALA YANG SESUAI DENGAN TAHAP PENGUASAAN MURID.
KEMAHIRAN/ITEM SKOR ULASAN
SEBELUM SELEPAS
ABCDABCD
Menyatakan Nilai Nombor 11 Hingga 50. //
Menulis Nombor Gandaan Sepuluh Dalam Bentuk Lazim //
Mengikut Nilai Tempat.
Menukarkan Ayat Matematik Kepada Bentuk Lazim Dengan //
Menyusun Nombor Mengikut Nilail Tempat Yang Betul
Menyelesaikan Operasi Tambah Dalam Bentuk Lazim Dalam //
Lingkungan 18 Tanpa Mengumpul Semula
Menulis Jawapan Pada Bentuk Lazim Dengan Hasil Tambah //
Gandaan Sepuluh Dengan Betul
Menyelesaikan Operasi Tambah Dalam Bentuk Lazim Dalam //
Lingkungan 50 dengan Mengumpul Semula.
505
SENARAI SEMAK PEMERHATIAN
Jadual 9
Senarai Semak Pemerhatian
SEBELUM INTERVENSI PESERTA KAJIAN SELEPAS INTERVENSI
PESERTA KAJIAN
BIL ITEM A BA B
1 Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Y T Y TY T Y T
/ // /
2 Memberikan tumpuan yang lama semasa aktiviti pembelajaran / // /
3 Terganggu oleh ransangan luar dan sekeliling. // //
4 Membuat kerja sendiri / khayal apabila guru memberikan // //
penerangan.
5 Menjawab soalan dengan yakin dan cepat. / // /
6 Mengganggu rakan lain semasa proses pengajaran dan / ///
pembelajaran.
7 Berjalan-jalan di dalam kelas pemulihan semasa aktiviti / ///
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
8 Menunjukkan minat untuk melakukan aktiviti semasa pengajaran / // /
dan pembelajaran subjek matematik.
9 Memberi kerjasama dengan kawan semasa melakukan aktiviti di / // /
dalam kelas.
10 Kerap meminta izin keluar ke tandas semasa proses pengajaran // / /
dan pembelajaran berlangsung.
Pengkaji juga telah menggunakan senarai semak pemerhatian untuk melihat perubahan
tingkah laku peserta kajian sepanjang prose menjalankan tindakan. Data yang diperoleh ini
membantu pengkaji membuat kesimpulan dan membuat tindakan susulan seterusnya. Hal ini
bagi memastikan pembelajaran mata pelajaran Matematik menggunakan FULECO dapat
mempengaruhi minat peserta kajian terhadap pembelajaran mata pelajaran Matematik dapat
ditingkatkan.
506
TEMU BUAL
Pengkaji juga telah menggunakan kaedah temu bual bersama guru pemulihan bagi mendapat
sokongan terhadap data yang diperolehi dan juga untuk mendapatkan data tambahan
mengenai peserta kajian. Berdasarkan jadual 10 menunjukkan transkripsi temu bual bersama
guru pemulihan peserta kajian. Temu bual telah dilaksanakan sebelum dan selepas intervensi
dilaksanakan. Hal ini adalah bagi membantu pengkaji membuat refleksi dan memperbaiki diri
dalam melaksanakan tindakan kepada peserta kajain.
Jadual 10
Transkripsi Temu Bual
TRANSKRIP TEMUBUAL
TEMUBUAL SOALAN 1
PENGKAJI SOALAN: Berdasarkan pemerhatian cikgu, apa pendapat cikgu mengenai
kemahiran murid dalam menentukan nilai tempat sesuatu nombor?
GURU JAWAPAN SEBELUM INTERVENSI:
Berdasarkan pemerhatian saya, kedua-dua murid memang belum menguasai topik
nilai tempat sesuatu nombor. Mereka kenal nombor tapi mereka ni tidak tahu
nombor tu mewakili nilai tempat apa.
JAWAPAN SELEPAS INTERVENSI:
Saya perhatikan bahawa mereka sudah dapat tulis dengan cekap dan dengan betul
serta dapat menjawab dengan yakin bile di soal mengenai nilai tempat sesuatu
nombor ni.
TEMUBUAL SOALAN 2
PENGKAJI SOALAN: Boleh cikgu ulas tentang kemahiran murid dalam operasi tambah dua
nombor dalam bentuk lazim yang melibatkan pengiraan mengumpul semula dalam
lingkungan 50?
GURU JAWAPAN SEBELUM INTERVENSI:
Boleh,dua-dua murid memang tidak suka belajar setiap kali subjek matematik, jadi
sebabkan mereka ni tidak suka belajar matematik jadi membuatkan mereka ni lemah
dalam subjek ni lah. Apa lagi mengira operasi tambah yang menggunakan bentuk
lazim. Lingkungan 18 pun mereka tidak dapat nak buat, apa lagi kalau buat dalam
lingkungan 50. Nilai tempat pun mereka tak tahu, selalu salah bila menulis dalam
bentuk lazim. Masalah mereka ni mudah lupa dengan apa yang di ajar.
507
JAWAPAN SELEPAS INTERVENSI:
Tapi setelah murid ni belajar bersama awak dengan guna kit awak ni saya boleh
katakan yang mereka ni dah dapat membuat pengiraan operasi tambah dalam
bentuk lazim. Saya dapati bahawa mereka ni suka belajar matematik jika guna
bahan yang menarik dan yang banyak aktiviti.
TEMUBUAL SOALAN 3
PENGKAJI SOALAN: Berdasarkan pemerhatian cikgu, adakah terdapat perubahan murid
dalam kemahiran menambah dua nombor dalam lingkungan 50 dalam bentuk
lazim?
GURU JAWAPAN SELEPAS INTERVENSI:
Ya, saya Nampak perubahan terhadap kedua-dua murid ni, yang mana memang
sebelum ni memang tidak tahu membuat pengiraan menambah dua nombor dalam
lingkungan 50 dengan mengumpul semula. Saya dapati juga mereka sudah dapat
menulis dengan cara yang betul dalam bentuk lazim. Gaya penulisan pun jadi lebih
teratur berbanding dulu…
TEMUBUAL SOALAN 4
PENGKAJI SOALAN: Pada pemerhatian cikgu, bagaimanakah dengan sikap mereka semasa
proses PdP dijalankan?
GURU JAWAPAN SEBELUM INTERVENSI:
Murid (PKA) sering mengganggu rakan mereka yang ingin belajar. Selain itu, PKA ni
juga cenderung berangan-angan dan berjalan-jalan di dalam kelas semasa proses
PdP. Terkadang PKA ni suka menconteng lembaran kerja atau latihan yang diberi
kepada dia.
Kalau PKB ni di ani seorang yang sangat pasif dan kurang bercakap. Sering juga
tertidur didalam kelas. Dia ni juga tidak suka bergaul dengan rakan yang lain dan
memang tidak yakin dengan diri sendiri. Susah kalau kita nak dengar suara dia ni.
JAWAPAN SELEPAS INTERVENSI:
PKA sekarang telah menunjukkan tingkah laku yang baik. Sekarang dia lebih memberi
perhatian semasa cikgu mengajar. PKB pula mula mengaktifkan diri dalam PdP dan
mula bergaul dengan rakan lain.
Sekarang dia sudah beranikan diri untuk menjawab soalan yang diajukan oleh cikgu.
508
TEMUBUAL SOALAN 5
PENGKAJI SOALAN: Boleh cikgu ceritakan serba sedikit padangan atau cadangan kepada
saya sepanjang saya menjalankan kajian saya ini?
GURU JAWAPAN SELEPAS INTERVENSI:
Pada pandangan akak, kit awak ni sangat sangat menarik sebab awak guna aplikasi
telefon, komputer, dan juga ada permainan yang macam permainan kereta tu jadi
murid-murid ni jadi tertarik dan termotivasi untuk belajar. Permainan yang awak guna
yang guna walkie-walkie tu hari yang lompat yang mcm tikar besar tu, jadi dekat situ
pembelajaran tu jadi menarik, sebab permainan tu bukan sahaja untuk bermain tapi
ada unsur pembelajaran macam terdapat soalan-soalan mcm tu. Jadi akak harap
awak teruskan kreatif macam ni.
Jadual 11 Sebelum Tindakan
Tingkah Laku Peserta Kajian
Semasa Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran
PKA BERJALAN-JALAN PKB TERMENUNG
Peserta Kajian Menjawab
Ujian Sebelum Intervensi
Temu Bual Bersama Guru
Pemulihan
509
Jadual 12 Semasa Tindakan
PK A PK B Peserta Kajian Menggunakan
Aktiviti Pembelajaran Fuleco
PK A PK B
PK A PK B Digital
Peserta Kajian Menggunakan
Aktiviti Pada Kit Fuleco 1
Peserta Kajian Menggunakan
Aktiviti Pada Kit Fuleco 2
Peserta Kajian Melakukan
Aktiviti Menggunakan Fuleco
Walkie-Walkie
Peserta Kajian Menjawab
Soalan Lembaran Kerja
Jadual 13 Semasa Tindakan
Peserta Kajian Menjawab
Soalan Ujian Selepas
Intervensi.
510
REFLEKSI
Kajian tindakan ini merupakan salah satu cara dalam meningkatkan profesionalisme bidang
keguruan. Pelaksanaan kajian ini juga banyak memberi ilmu pengetahuan baharu kepada
pengkaji. Bukan sahaja dapat mengenali masalah murid malah turut membantu meningkatkan
ilmu dan kemahiran diri dalam bidang Pendidikan. Melalui pengalaman ini, pengkaji yakin
bahawa pelaksanaan kajian ini dapat merapatkan hubungan antara guru dan murid serta
dapat melahirkan insan guru yang berkualiti serta prihatin terhadap masalah yang dihadapi
oleh murid Pendidikan Pemulihan.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
1. Memperbanyakan jumlah bilangan peserta kajian bagi mendapatkan hasil analisis
keberkesanan penggunaan kit FULECO serta membolehkan proses penambahbaikan dibuat
dari semasa ke semasa.
2. Mengaplikasikan selingan kaedah token dan ganjaran pada setiap tindakan agar dapat
membantu meningkatkan motivasi diri peserta kajian.
3. Mempelbagaikan kegunaan bahan bantu mengajar kit FULECO ini untuk pembelajaran bagi
topik lain dalam matapelajaran Matematik.
RUJUKAN
Akhiar Pardi. (2013). Keperluan Terapi dalam Pengarajan dan Pembelajaran Murid
Pemulihan. Di akses 10 Mac 2020, daripada
http://www.istimewapemulihan.blog.com/2013/_01_02_achive.html
Ausebel (2008). A Child Right To Play. IN jf Brown (Edo, Administrating For Young Children.
Washinghton : NAEY
Boon Pong Ying, L. L (2017). Pentaksiran dalam Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar.
Bryman & Bell (2007), Fostering Arithmetic In the Primaly School. Canberra; Curriculum
Development Centre.
Chiaw Chiow Ming, (2013). Definisi dan Konsep Pendidikan Pemulihan. diakses 12 Mac 2020,
daripada http://www.scrib.com/doc/44235633/definisi-dan-konsep- pendidikan-
pemulihan/penyelidikan.
Gagne, R.M (1970). The Condition of Learning (2nd Edition). New York: Holt, Rinehart And
Winston
Ginsburg. (1977). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Diakses daripada
http://www.researchgate.net.publication/283225842_kemahiran_guru_dalam_
bidang_motor_halus pada Februaru 11, 2020.
511
Henry, 2010). Teaching Primary Mathematics; Strategy and Evaluations. London: Harper &
Row.
Hj. Ab. Fatah (1990). Memahami Matematik Pemulihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Hsieh & Shannon. (2007). Exceptional Learners; Introduction to Educations. Boston: Allyn &
Bacon
John Dewey (1952). The School and Society. New York: Taylor & Fancis Group. John Holt
(1995). Taxonomy of educational. Falkulti Pendidikan Teknologi Malaysia.
Kamus Dewan (1998). Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kemmis & McTaggart (1988). The Action Research Planner, 3rd ed. Victoria, Australia: Deakin
University Press.
Kurt Lewin (1946). Action Research and minority problems.soc. issues 2(4):34-40.
Laidlaw (1992). Action Research: A Guide for use on initial teacher education program, di
akses Januari 20, 2020 dari http://www.bath.ac.uk/edu.com./234/22.html
Merriem,S. B (1998). “Qualitative Research And Case Study Applications In Education.” (2nd
ed). San Francisco: jossey-bass
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Tindakan. Johor : Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd. Majid Konting (2005). Penilaian Dalam dalam Penggunaan alat bantu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pusaka.
Moseley, C.Reinke, K & Bookout, V. (2002). The Effect Of Teaching Outdoor environmental
Education On Teachers’ Attitudes Toward Self-Effincacy and outcome Expectancy. The
Journal Of Environmental Education, 34(1),9.
Nava, R. & Silton (2016). Exploring The Benefits Of Creativity In Education, media and the Arts.
Amerka Syarikat: Information Science Reference.
Noriah Jusoh,2006). Pengajaran yang berkesan kepelbagaian Alat Bantu Mengajar.
Cheras: Utusan Publication & Distribution. Sdn.Bhd.
Norlemi Amir (2005). Panduan Pengajaran berkesan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nuraini idris (2005). Pedagogi dalam Pendidikan matematik. Kuala lumpur: utusan
publications & distributors sdn. Bhd.
Rosinah Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah & Penulisan. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons
512
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MEMBUNYIKAN HURUF
VOKAL DALAM KALANGAN MURID PENDIDIKAN PEMULIHAN DENGAN
MENGGUNAKAN KIT “SaPaVo”
Iding Anak Changgau
Encik Hasbi bin Haron
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran mengenal dan membunyikan huruf
vokal dalam kalangan murid Pendidikan Pemulihan Khas Tahun Dua dengan menggunakan Kit
SaPaVo. Kajian ini melibatkan dua orang peserta kajian dari kelas Tahun 2 Cerdas di sebuah sekolah
sekitar daerah Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini dilaksanakan dengan merujuk kepada Model Kurt Lewin
(1946). Kaedah pengumpulan data awal yang digunakan dalam kajian ini ialah pemerhatian awal, ujian,
analisis dokumen dan temu bual. Hasil ujian iaitu ujian diagnostik telah menunjukkan bahawa peserta
kajian menghadapi masalah dalam kemahiran mengenal dan membunyikan huruf vokal. Berdasarkan
kepada hasil dapatan analisis yang telah dibuat melalui pemerhatian dan analisis dokumen, pengkaji
mendapati peserta kajian masih keliru dengan cara sebutan huruf-huruf vokal. Apabila pengkaji
meminta peserta kajian membunyikan huruf vokal yang ditunjukkan menggunakan kad imbasan,
peserta kajian tidak dapat menyebut dan membunyikan huruf vokal tersebut. Peserta kajian juga tidak
dapat memadankan huruf vokal yang sama semasa menyelesaikan lembaran kerja. Oleh yang
demikian, kajian ini dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran mengenal dan membunyikan huruf
vokal melalui penggunaan Kit “SaPaVo” yangmenggabungkan beberapa elemen seperti Teknologi
Maklumat dan Komunikasi, permainan dan kuiz. Data yang diperoleh sepanjang intervensi dikumpul
dan dianalisis menggunakan kaedah ujian sebelum dan selepas, pemerhatian berstruktur dan analisis
dokumen. Hasil akhir menunjukkan berlakunya perkembangan positif terhadap kemahiran mengenal
dan membunyikan huruf vokal selepas intervensi dilaksanakan.
Kata kunci: SaPaVo, kemahiran mengenal dan membunyikan, huruf vokal
ABSTRACT
The purpose of this study is to amplify both skills in identifying, recognizing and pronouncing vowels
correctly among Remedial Education School students by utilizing the SaPaVo Kit. Two students from
Primary Two Cerdas from a primary school based in Kota Bharu, Kelantan will be the study participants
for this study. The study is based on the Kurt Lewin Model (1946). There are several methods in
collecting data in this study is thorough observation, test, document analysis, and interview. The
diagnostic test indicates that the study participants have difficulty in identifying and pronouncing vowels
correctly. Researchers were able to recognize and make the conclusion that both participants are
confused in vowels pronouncing based on results analysis derived from observation and document
analysis. Both participants have difficulty pronouncing vowels when researchers displayed a flashcard
and displayed the struggle to match vowels in the vowel matching worksheet. Therefore, employing the
‘SaPaVo’ Kit to help to enhance skills in identifying, recognizing and vowels pronouncing is the focal
point in this study. The SaPaVo kit is grounded on a few elements from the Information and
Communication Technology, games and quizzes. All the data is collected and analyzed based on the
before and after method, structured observation, and document analysis. The results indicate an
improvement in recognizing and vowel sounds pronouncing after the intervention.
Keywords: SaPaVo, recognizing dan pronouncing skils, vowel letters
513
PENGENALAN
Pendidikan Pemulihan Khas merupakan salah satu program yang terdapat di sekolah-
sekolah rendah di Malaysia. Menurut Jasi Sahok & Mat Nor Husin (1990) dalam Nurul Haniza
Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid & Salinah Ja’afar (2017), Pendidikan Pemulihan
merupakan satu bentuk pendidikan khas yang mana ia dilaksanakan khusus kepada murid-
murid yang menghadapi masalah atau kesulitan dalam pembelajaran bagi mata pelajaran
tertentu.
Murid pemulihan khas ini boleh ditakrifkan sebagai murid-murid yang menghadapi
masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap
pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang
sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum
(PPK), 2008). Hal ini bermaksud murid-murid pemulihan ini menghadapi kesukaran dalam
pembelajaran terutamanya yang berkaitan dengan kemahiran asas 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. Namun, kemahiran yang sering menjadi masalah utama kepada murid
pemulihan ialah kemahiran membaca.
Murid yang mempunyai masalah kemahiran membaca ini biasanya mempunyai
masalah berkaitan dengan kemahiran prabacaan seperti kemahiran membunyikan huruf yang
seakan-akan sama bentuknya, membunyikan huruf tertentu, keliru membunyikan nama huruf
yang seakan-akan sama dan lain-lain lagi (Abdul Rasid Jamian, 2011). Menurut Abdullah
Hassan (2007) pula, pengajaran tentang kemahiran membaca haruslah bermula dengan
pengenalan huruf vokal, diikuti oleh huruf konsonan, pembentukan suku kata dan perkataan
yang bermakna sehinggalah menjadi ayat yang gramatis.
Rentetan daripada itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari langkah terbaik
dalam amalan pengajaran pengkaji bagi membantu murid pemulihan khas meningkatkan
kemahiran mengenal dan membunyikan huruf vokal agar murid-murid dapat menguasai
kemahiran membaca yang lebih kompleks. Dalam kajian ini, pengkaji akan menerapkan
elemen permainan dan multimedia sebagai suatu inisiatif untuk meningkatkan kemahiran
murid mengenal dan membunyikan huruf vokal melalui penggunaan Kit “SaPaVo”.
FOKUS KAJIAN
Kajian ini berfokus kepada murid pemulihan Tahun 2 yang mempunyai masalah dalam
mengenal dan membunyikan huruf vokal (a, e, i, o, u). Berdasarkan pemerhatian pengkaji,
murid-murid pemulihan ini mempunyai masalah yang amat berat. Murid masih keliru dalam
mengecam dan menamakan huruf vokal. Hal ini menunjukkan peserta kajian masih tidak
514
dapat mengenali huruf-huruf vokal. Bukan itu sahaja, murid-murid ini juga tidak dapat
membunyikan huruf vokal. Pada pendapat pengkaji, masalah ini merupakan faktor penyebab
utama murid tidak dapat menguasai kemahiran membaca suku kata, perkataan dan ayat
walaupun telah mencecah umur 8 tahun di mana sepatutnya pada usia ini murid-murid
seharusnya mampu membaca dengan baik dan betul. Oleh yang demikan, pengkaji telah
memfokuskan kepada peningkatan penguasaan dalam kemahiran mengenal dan
membunyikan huruf vokal ini melalui penggunaan Kit ”SaPaVo”.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan kemahiran mengenal huruf vokal dalam kalangan murid Pendidikan Pemulihan dengan
menggunakan Kit “SaPaVo”.
2. Meningkatkan kemahiran membunyikan huruf vokal dalam kalangan murid Pendidikan Pemulihan
dengan menggunakan Kit “SaPaVo”.
Soalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, maka dua persoalan kajian dibina seperti berikut :
1. Bagaimanakah kemahiran mengenal huruf vokal dalam kalangan murid Pendidikan Pemulihan dapat
ditingkatkan dengan menggunakan Kit SaPaVo?
2. Bagaimanakah kemahiran membunyikan huruf vokal dalam kalangan murid Pendidikan Pemulihan
dapat ditingkatkan dengan menggunakan Kit SaPaVo?
PESERTA KAJIAN
Pemilihan peserta kajian telah dibuat sedari awal perlaksanaan kajian melalui proses
pengumpulan data awal. Pengkaji telah mensasarkan dua orang peserta kajian yang
mempunyai masalah dalam kemahiran mengenal dan membunyikan huruf vokal ini. Peserta
kajian ini terdiri daripada seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan Tahun Dua di
sekolah A. Jadual berikut merupakan serba sedikit maklumat asas berkaitan dengan latar
belakang peserta kajian.
515
Peserta Umur Tingkah laku Prestasi Akademik
Jantina
Kajian
A Perempuan 8 Tahun Negatif : Kurang Tidak dapat mengenal huruf
keyakinan diri, vokal
pemalu dan Tidak dapat membunyikan
pendiam huruf vokal
Tidak boleh memadankan
Positif : bunyi huruf vokal dengan
Bersungguh- simbolnya.
sungguh
B Lelaki 8 Tahun Negatif : Tumpuan Tidak dapat mengenal huruf
yang singkat dan vokal
kurang keyakinan Tidak dapat membunyikan
Positif : Aktif huruf vokal
apabila aktiviti Tidak boleh memadankan
yang disukainya. bunyi huruf vokal dengan
simbolnya.
Jadual 1: Maklumat Peserta Kajian
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengkaji telah merancang 4 jenis aktiviti yang diharapkan dapat membantu peserta kajian
dalam meningkatkan kemahiran mengenal dan membunyikan huruf vokal.
516
Aktiviti 1: Mengenal Aktiviti 2: Mengenal
huruf vokal melalui dan membunyikan
huruf vokal dengan
video "JoNalVo)
"Buku Vokalku"
Aktiviti 4: "BiVo" Aktiviti 3: Permainan
"One Step Closer"
Rajah 1: Aktiviti dalam Perlaksanaan Intervensi
Aktiviti 1: Jom Kenal Vokal (JoNalVo)
Rasional: Memperkenalkan simbol huruf vokal dengan cara sebutan yang betul
Dalam aktiviti 1, pengkaji memperkenalkan simbol huruf vokal dan cara menyebutnya dengan
menggunakan kaedah abjad. Pengkaji telah menghasilkan satu video pembelajaran dengan
menggunakan gabungan aplikasi powerpoint dan Blender. Aplikasi Blender merupakan satu
aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat animasi atau pergerakan. Pengkaji
memasukkan unsur animasi dalam video tersebut bagi menarik minat dan perhatian murid
untuk mengikuti aktiviti ini. Melalui video ini, murid dibantu untuk menyebut huruf vokal melalui
kaedah lihat, dengar dan sebut semula huruf yang ditayangkan. Pengkaji telah memfokuskan
lima huruf vokal iaitu huruf /a/, /e/, /i/, /o/ dan /u/.
Aktiviti 2: Buku Vokalku
Rasional: Memperkenalkan simbol dan bunyi huruf vokal yang betul dengan bantuan BBM
konkrit.
Dalam aktiviti 2 ini, pengkaji memperkenalkan simbol dan bunyi huruf vokal melalui
penggunaan Buku Pop Up yang dinamakan “Buku Vokalku”. Buku ini mengandungi lima huruf
vokal /a/, /e/, /i/, /o/ dan /u/ dan dihasilkan dalam bentuk 3 dimensi di mana bentuk-bentuk
huruf vokal timbul daripada permukaan buka. Semasa aktiviti ini, peserta kajian diminta untuk
mengamati simbol huruf vokal dan mendengar cara pengkaji menyebut dan membunyikan
huruf vokal. Setelah itu, murid diminta menyebut dan membunyikan huruf vokal yang telah
didengarinya. Bimbingan akan diberikan oleh pengkaji sekiranya peserta kajian masih keliru.
517
Pengkaji juga akan menyebut perkataan ataupun nama objek yang mewakili huruf vokal
berdasarkan gambar pada “Buku Vokalku” dan peserta kajian diminta untuk mengulang
sebutan pengkaji. Peserta kajian juga diminta untuk mengamati dan mengingat gambar-
gambar tersebut kerana pengkaji akan bertanyakan semula tentang gambar-gambar objek
yang diingati mereka. Dalam aktiviti ini, pengkaji menggunakan kaedah abjad dan kaedah
fonik untuk memperkenalkan bunyi-bunyi huruf vokal.
Aktiviti 3: Permainan “One Step Closer: Kembara Upin dan Ipin”
Rasional : Memberi keseronokkan kepada peserta semasa belajar dan menilai tahap
kemampuan murid mengenal dan membunyikan huruf vokal.
Semasa aktiviti 3 ini, pengkaji menggunakan bahan bantu mengajar iaitu permainan board
games yang dinamakan “One Step Closer”. Permainan “One Step Closer” ini bertemakan
animasi yang digemari peserta kajian iaitu Upin dan Ipin. Pengkaji telah membina permainan
ini di mana Upin dan Ipin yang mewakili peserta kajian A dan peserta kajian B perlu bermain
untuk menamatkan pengembaraan ke Tadika Mesra. Sepanjang pengembaraan, terdapat
beberapa cabaran (latihan) dan ganjaran akan diberikan kepada peserta hinggalah tamat
pengembaraan. Pengkaji telah menyediakan beberapa aktiviti sebagai cabaran sepanjang
permainan ini di mana murid perlu mencantumkan puzzle huruf vokal, mix and match huruf
vokal dan membunyikan huruf vokal.
Aktiviti 4: Bijak Vokal “BiVo”
Rasional : Menilai tahap pencapaian peserta kajian dalam kemahiran mengenal dan
membunyikan huruf vokal.
Semasa aktiviti 4, pengkaji akan memberikan kuiz kepada peserta kajian untuk menilai tahap
pencapaian murid dalam kemahiran mengenal dan membunyikan huruf vokal. Kuiz ini juga
dijadikan sebagai pengukuhan kepada pengetahuan murid. Kuiz ini telah dihasilkan
menggunakan aplikasi Wordwall dan memerlukan capaian internet untuk menjawabnya.
KAEDAH MENGUMPUL DATA
Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan ujian sebelum dan
selepas intervensi untuk membantu pengkaji merekod, menganalisis dan menilai data.
518
Pemerhatian
Pengkaji telah membuat pemerhatian sepanjang perlaksanaan intervensi. Menurut Nur
Shahidah Putit (2019), pemerhatian berstruktur adalah pemerhatian di mana kategori atau
unit kajian telah ditentukan dan dirancang terlebih dahulu. Oleh itu, sepanjang proses
intervensi berlangsung pengkaji telah membuat pemerhatian berpandukan senarai semak
bagi memerhati tingkah laku sasaran pada peserta kajian.
Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi
Pengkaji menggunakan kaedah ujian sebelum dan selepas untuk melihat dan menilai tahap
peningkatan murid sepanjang intervensi dilaksanakan. Hal ini bertepatan dengan pendapat
Mokhtar Ismail (1995) dalam Asran (2018), yang mengatakan bahawa ujian merupakan satu
kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik
tentang sifat atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi.
Analisis Dokumen
Analisis dokumen biasanya dibuat untuk mendapatkan data daripada dokumen-dokumen
yang berkaitan dengan kajian. Pengkaji telah merujuk kepada lembaran kerja yang dibuat
oleh murid sepanjang perlaksanaan aktiviti atau intervensi diberikan kepada peserta kajian
untuk mengenalpasti tahap kemajuan dan kefahaman peserta dalam menguasai kemahiran
mengenal dan membunyikan huruf vokal sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.
DAPATAN KAJIAN
Data awal dan akhir akan dikumpul, dianalisis dan diproses untuk mendapatkan hasil dapatan
daripada intervensi yang telah dilakukan. Hasil dapatan ini sebaiknya perlu mencapai objektif
dan persoalan yang telah ditetapkan agar dapat memberi manfaat kepada peserta kajian dan
juga boleh digunakan dalam pendidikan. Dapatan kajian ini merupakan peringkat di mana
pengkaji mempersembahkan hasil data atau sebarang bentuk maklumat yang telah
dikumpulkan sepanjang perlaksanaan kajian. Secara khususnya, dapatan kajian ini menjawab
kepada dua soalan kajian, iaitu:
1. Bagaimanakah kemahiran mengenal huruf vokal dalam kalangan murid Pendidikan Pemulihan dapat
ditingkatkan dengan menggunakan Kit SaPaVo?
519
2. Bagaimanakah kemahiran membunyikan huruf vokal dalam kalangan murid Pendidikan Pemulihan
dapat ditingkatkan dengan menggunakan Kit SaPaVo?
Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi
Pengkaji telah memberikan dua set ujian kepada peserta kajian iaitu ujian sebelum intervensi
dan ujian selepas intervensi untuk menilai tahap penguasaan dan pengetahuan murid dalam
kemahiran mengenal huruf vokal. Ujian ini mengandungi 3 bahagian dan 3 soalan tetapi
jawapannya mewakili satu markah untuk satu huruf yang betul. Berikut merupakan
perbandingan perncapaian peserta kajian dalam ujian sebelum dan selepas intervensi.
Jadual 2
Perbandingan Perkembangan dan Pencapaian Peserta bagi Ujian Sebelum Dan Selepas
Intervensi.
Markah Catatan Markah Catatan
Ujian Ujian
Sebelum Selepas
Peserta kajian masih keliru Peserta kajian
dan tidak dapat mengenal
huruf vokal /e/, /i/, /o/ dan menunjukkan peningkatan
/u/.
Peserta kajian juga tidak yang ketara kerana dapat
dapat mengecam bunyi
Peserta kesemua huruf vokal. mengenal kelima-lima
Kajian
1/15 15/15 huruf vokal.
A
Peserta kajian juga dapat
mengecam bunyi huruf
vokal /a/, /e/, /i/, /o/ dan
/u/.
Peserta kajian masih keliru Peserta kajian
dan tidak dapat mengenal
huruf vokal /e/, /i/ dan /u/. menunjukkan peningkatan
Peserta kajian hanya
mengecam bunyi huruf yang ketara kerana dapat
vokal /o/.
Peserta mengenal kelima-lima
Kajian
3/15 15/15 huruf vokal.
B
Peserta kajian juga dapat
mengecam bunyi huruf
vokal /a/, /e/, /i/, /o/ dan
/u/.
520
Jadual 2 di atas menunjukkan perkembangan dan pencapaian peserta kajian dalam
kemahiran mengenal huruf vokal dari sebelum intervensi dijalankan sehinggalah selesai
kesemua empat tindakan yang ada. Peserta kajian menunjukkan perubahan positif dan amat
ketara apabila kedua-dua peserta berjaya menguasai kemahiran mengenal huruf vokal
dengan betul baik dari aspek sebutan secara kaedah abjad mahupun kaedah fonik. Seperti
yang kita tahu, kaedah abjad dan kaedah fonik ini merupakan kaedah asas membaca yang
harus dikuasai oleh murid-murid. Oleh yang demikian, apabila kedua-dua peserta kajian ini
dapat menguasai kemahiran mengenal huruf vokal melalui kedua-dua kaedah tersebut maka
mereka berdua telah selangkah maju ke hadapan dalam menguasai kemahiran yang lebih
kompleks seperti kemahiran membatang suku kata, menulis dan lain-lain.
Pemerhatian berstruktur
Pengkaji juga telah menggunakan pemerhatian berstruktur dalam mendapatkan data
dan maklumat mengenai tahap penguasaan murid dalam kemahiran mengenal huruf vokal
ini. Pemerhatian berstruktur ini telah dilakukan sepanjang perlaksanaan tindakan yang
merangkumi empat aktiviti kesemuanya. Pengkaji merekodkan hasil pemerhatian dalam
bentuk senarai semak agar proses menganalisis perkembangan peserta kajian sepanjang
mengikuti intervensi dapat dikendalikan.
Jadual 3
Senarai Semak Pencapaian Peserta Kajian Terhadap Kemahiran Mengenal Huruf
Vokal dalam Aktiviti 1.
BIL Aspek Pemerhatian Penguasaan Penguasaan
Peserta Kajian Peserta Kajian B
A
Ya Tidak Ya Tidak
Aktiviti 1: Jom Kenal Vokal (JoNalVo)
Peserta kajian dapat menyebut huruf vokal / /
1
/a/ dengan betul
Peserta kajian dapat menyebut huruf vokal / /
2
/e/ dengan betul
521
Peserta kajian dapat menyebut huruf vokal / /
3
/i/ dengan betul
Peserta kajian dapat menyebut huruf vokal / /
4
/o/ dengan betul
Peserta kajian dapat menyebut huruf vokal / /
5
/u/ dengan betul
Dalam aktiviti 1 yang dinamakan “JoNalVo”, pengkaji telah membuat pemerhatian
dengan menggunakan senarai semak. Berdasarkan kepada pemerhatian dan senarai semak
yang direkodkan, peserta kajian menunjukkan tanda-tanda perubahan yang positif apabila
dapat menyebut kelima-lima huruf vokal tersebut dengan lancar. Mereka juga dapat mengikuti
apa yang dilakukan oleh pengkaji iaitu menggerakkan bibir dengan betul semasa menyebut
huruf vokal. Kedua-dua peserta juga dapat melontarkan suara dengan jelas dan bersemangat
semasa diminta untuk menyebut huruf vokal berdasarkan lambang atau simbol huruf vokal
itu. Dapatan data bagi aktiviti 1 ini boleh dilihat dengan lebih jelas melalui jadual 3.
Jadual 4
Senarai Semak Pencapaian Peserta Kajian Terhadap Kemahiran Mengenal dan
Membunyikan Huruf Vokal dalam Aktiviti 2.
Penguasaan Penguasaan
Peserta Kajian Peserta
BIL Aspek Pemerhatian A Kajian B
Ya Tidak Ya Tidak
Aktiviti 2: Buku Vokalku
Peserta kajian dapat menamakan dan / /
1 / /
/ /
membunyikan huruf vokal /a/ dengan betul.
Peserta kajian dapat menamakan dan
2
membunyikan huruf vokal /e/ dengan betul.
Peserta kajian dapat menamakan dan
3
membunyikan huruf vokal /i/ dengan betul.
522
Peserta kajian dapat menamakan dan / /
4 / /
/ /
membunyikan huruf vokal /o/ dengan betul. / /
/ /
Peserta kajian dapat menamakan dan / /
5 / /
membunyikan huruf vokal /u/ dengan betul.
Peserta kajian dapat menunjukkan gambar objek
6 awalan huruf vokal /a/ iaitu “ayah”, “awan”, “api” dan
“ayam” yang disebut oleh pengkaji.
Peserta kajian dapat menunjukkan gambar objek
7 awalan huruf vokal /e/ iaitu “emak”, “emas”, “enam”
dan “enggang” yang disebut oleh pengkaji.
Peserta kajian dapat menunjukkan gambar objek
8 awalan huruf vokal /i/ iaitu “ipin”, “itik”, “ikan” dan
“isi” yang disebut oleh pengkaji.
Peserta kajian dapat menunjukkan gambar objek
9 awalan huruf vokal /o/ iaitu “opah”, “otak”, “otot” dan
“oren” yang disebut oleh pengkaji.
Peserta kajian dapat menunjukkan gambar objek
10 awalan huruf vokal /u/ iaitu “upin”, “ular”, “ubi” dan
“ubat” yang disebut oleh pengkaji.
Seterusnya, pengkaji telah melaksanakan aktiviti 2 untuk memperkenalkan lambang
huruf vokal dan bunyi huruf vokal. Pengkaji menggunakan bahan bantu mengajar iaitu Buku
Pop Up yang diberi nama “Buku Vokalku” dan dibuat secara 3D. Hasil daripada intervensi
yang dijalankan, kedua-dua peserta kajian telah menunjukkan perubahan yang ketara dari
aspek pengecaman lambang huruf vokal dan juga cara sebutan yang betul. Hal ini dapat
dilihat apabila pengkaji meminta kedua-dua peserta kajian menyebut dan membunyikan huruf
vokal yang ditunjukkan pada “Buku Vokalku”. Peserta kajian A dapat menyebut dan
membunyikan kesemua huruf vokal /a/, /e/, /i/, /o/ dan /u/ tanpa ragu-ragu walaupun pengkaji
tidak memberikan bimbingan. Peserta kajian B juga dapat menyebut dan membunyikan
kelima-lima huruf vokal dengan penuh yakin dan bersemangat walaupun tanpa bimbingan
pengkaji. Malah, kedua-dua peserta juga dapat mengaitkan huruf vokal dengan gambar objek
huruf vokal yang disebut oleh pengkaji dengan yakin dan tepat. Hasil dapatan data bagi aktiviti
2 ini dapat dilihat pada Jadual 4 untuk penjelasan yang lebih lanjut.
523
Secara keseluruhannya, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa kedua-dua peserta
kajian A dan peserta kajian B telah menunjukkan prestasi yang amat memberansangkan
dalam penguasaan kemahiran mengenal huruf vokal selepas intervensi dilaksanakan kepada
mereka berdua. Hal ini dapat dibuktikan melalui hasil pemerhatian menggunakan senarai
semak seperti pada Jadual 4 dan rajah-rajah lain di atas. Pengkaji juga berpendapat bahawa
bahan bantu mengajar yang digunakan dalam intervensi ini sesuai untuk kedua-dua peserta
kajian kerana sepanjang proses perlaksanaan intervensi, peserta kajian telah menumpukan
sepenuh perhatian dan kelihatan amat berminat dengan huruf-huruf vokal yang dibuat secara
3 dimensi (3D) ini. Peserta kajian juga menunjukkan kesungguhan dan memberikan
kerjasama yang penuh semasa aktiviti ataupun intervensi ini dilaksanakan. Hasilnya, kedua-
dua peserta kajian berjaya menjawab soalan lembaran kerja dengan baik dan dapat mengikuti
setiap arahan yang diberikan oleh pengkaji.
REFLEKSI
Berdasarkan pengalaman menjalankan kajian ini, terdapat pelbagai kekuatan yang dapat
dijadikan sebagai panduan dalam bidang profesion keguruan ini. Kekuatan yang pertama
ialah pengkaji dapat mengalami sendiri pengalaman untuk mengatasi sesuatu permasalahan
yang biasanya membelenggu murid pendidikan pemulihan khas. Seterusnya, pengkaji juga
mendapati bahawa faktor-faktor seperti kaedah pengajaran dan bahan bantu mengajar
amatlah memberi kesan kepada kejayaan sesuatu tindakan atau PDP di dalam kelas.
Pemilihan atau penggunaan kaedah dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan
murid akan dapat membantu dalam meningkatkan daya ingatan, pengelihatan dan
pendengaran murid. Selain itu, pengalaman membuat kajian ini turut mengajar pengkaji untuk
lebih bersabar dan tidak mudah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara. Secara
keseluruhannya, perlaksanaan kajian intervensi ini banyak memberi input dan ilmu baharu
kepada diri pengkaji kerana bukan sahaja pengkaji dapat mengenali masalah murid
pendidikan pemulihan tetapi juga dapat membantu diri pengkaji untuk menjadi seorang yang
lebih baik dan bersedia untuk menjadi seorang guru yang profesional di masa akan datang.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat oleh pengkaji lain
sekiranya turut mengkaji permasalah yang sama iaitu menerapkan elemen muzik dalam
intervensi. Maksudnya disini ialah pengkaji boleh menggunakan teknik nyanyian untuk
mengajar membunyikan huruf vokal untuk menambahkan keseronokkan kepada peserta
kajian. Seterusnya, pengkaji juga mencadangkan agar elemen seni visual seperti kolaj,
524
gurisan dan lain-lain turut diintegrasikan dalam intervensi. Kepelbagaian jenis seni ini turut
menarik untuk dijadikan sebagai salah satu intervensi kerana ia akan dapat menarik minat
murid pemulihan untuk mengikuti sesi tindakan. Selain itu, pengkaji juga mencadangkan
penambahbaikan dari aspek masa tindakan iaitu menambah tempoh masa tindakan daripada
sebulan kepada dua bulan sekurang-kurangnya. Penambahbaikan juga boleh dibuat pada
bahan bantu mengajar “Buku Vokalku”. Pengkaji mencadangkan untuk meletakkan alat
perakam suara pada buku tersebut di mana perakam suara ini dapat membunyikan huruf
vokal pada muka surat atau halaman yang dibuka. Cara ini adalah lebih efektif kerana peserta
kajian boleh menggunakan buku ini untuk mendengar bunyi huruf vokal secara terus dan
hanya memerlukan bantuan pengkaji untuk mendemonstrasikan cara membunyikan huruf
vokal yang melibatkan pergerakan alat artikulasi sahaja. Secara keseluruhannya, kajian
tindakan yang dijalankan ini diharapkan mampu menyumbang kepada tambahan idea yang
lebih kreatif dan inovatif untuk golongan pendidik di masa hadapan
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis
Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu. ISSN: 2180-4842, Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 1-12
Abdullah Hassan. (2007). Linguistik am. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Asran Siluah. (2018). Meningkatkan Kemahiran Menama dan Membunyikan Huruf Vokal
Menggunakan Terapi Muzik Kepada Murid Slow Learner. Tesis Ijazah yang Tidak
Diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan.
Nur Shahidah Putit. (2019). Meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal dan
membunyikan huruf vokal murid lewat perkembangan pembelajaran menggunakan
DEVOK. Tesis Ijazah yang tidak diterbitkan. Institut Pendidikan Guru Kampus Kota
Bharu, Kelantan.
Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid & Salinah Ja’afar. (2017).
525
Pembelajaran Bahasa Melayu Kanak-Kanak Pemulihan Khas: Pembinaan Bahan
Bantu Mengajar. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 28, 2017
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2008). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:
Kementerian Malaysia.
526
KIT TAWAGU: MENINGKATKAN PENGUASAAN MENGENAL HURUF BESAR HAMPIR
SAMA IAITU /W/ /V/ /X/ DAN /Y/
Nuraina binti Ayob
Encik Ishak bin Ibrahim
Jabatan Pendidikan Khas IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mengenal huruf besar
yang hampir sama iaitu W, V, X, Y menggunakan Kit TAWAGU. Kajian ini telah dijalankan di sekolah
P, Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini melibatkan dua orang subjek kajian yang mempunyai masalah
menyebut, mengenal dan menulis dari Kelas Pendidikan Pemulihan. Kajian ini menggunakan reka
bentuk Model Lewin (1946). Pengumpulan data dilakukan dengan pemerhatian, analisis dokumen dan
temu bual. Keputusan kajian menunjukkan kaedah pengajaran yang menggunakan bahan bantu
mengajar iaitu Kit TAWAGU mampu meningkatkan penguasaan peserta kajian terhadap kemahiran
mengenal huruf besar yang hampir sama iaitu W, V, X, Y. Kajian ini memberi implikasi yang positif
kepada murid pemulihan, guru dan penyelidik bagi memastikan kaedah terbaik yang boleh digunakan
kepada murid bermasalah pembelajaran sesuai dengan tahap dan masalah yang dihadapi mereka.
Penggunaan Kit TAWAGU ini turut menambah baik amalan pengajaran penyelidik dalam kemahiran
mengenal huruf dalam kalangan murid pemulihan.
Kata Kunci : Murid Pemulihan Khas, kemahiran, huruf besar W, V, X, Y, Kit TAWAGU, Minat
ABSTRACT
This study is a study aimed at improving the matching skills of W, V, X, Y using Kit TAWAGU. This
study was conducted at P school, Kota Bharu, Kelantan. This study involved two study subjects who
had trouble speaking, recognizing and writing from the Remedial Education Class. This study uses the
design of the Lewin Model (1946). Data collection is done through observation, document analysis and
interviews. The results of this study show that teaching methods using the teaching tool Kit TAWAGU
can enhance the participants' knowledge of the matching capitalization skills of W, V, X, Y. This study
has positive implications for recovery students, teachers and researchers to ensure the best method
that can be used for students with learning difficulties according to the level and problem they are facing.
The use of this Kit TAWAGU also enhances the practice of teaching researchers in literacy skills among
rehabilitation students.
Keywords: Remedial Student, Skills, Capitalization W, V, X, Y, Kit TAWAGU, Interests
PENGENALAN
Kemahiran membaca amat penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak. Untuk
menguasai kemahiran ini kanak-kanak perlu didedahkan dengan beberapa kaedah dan teknik
contohnya kanak-kanak perlulah terlebih dahulu diajar mengenai kemahiran mengenal huruf.
Kemahiran mengenal huruf merupakan asas yang sangat penting untuk dikuasai oleh murid-
murid sebelum mereka boleh menguasai kemahiran membaca (Abdul Rasid, et .al, 2016). Hal
527
ini demikian kerana kemahiran membaca diperlukan dalam semua mata pelajaran di sekolah.
Kemahiran membaca yang tidak lancar dan tidak fasih akan menyukarkan murid untuk
menerima maklumat melalui bacaan. Begitu juga murid pemulihan yang mempunyai masalah
dalam kemahiran membaca akan menyebabkan mereka terkebelakang daripada murid-murid
lain yang sebaya dengan mereka. Keadaan ini terjadi kerana murid-murid tidak mengenal
huruf dan membunyikan huruf.
FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran sepanjang internship dalam Kelas
Pendidikan Pemulihan Khas Tahun 3, pengkaji mendapati bahawa wujudnya pelbagai
masalah yang dihadapi oleh murid-murid pemulihan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan antaranya ialah masalah dalam aspek akademik, aspek tingkah
laku dan aspek komunikasi. Namun begitu, masalah penguasaan kemahiran mengenal huruf
sahaja dilihat sebagai masalah dominan yang dihadapi oleh murid-murid. Oleh itu, pengkaji
mendapati bahawa masalah ini diatasi oleh pengkaji bagi peserta kajian adalah mengatasi
masalah kemahiran mengenal huruf dengan menggunakan Kit TAWAGU.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Meningkatkan penguasaan kemahiran menyebut huruf besar yang hampir sama iaitu /W/ /V/ /X/ dan /Y/
dengan penggunaan Kit TAWAGU.
2. Meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal huruf besar yang hampir sama iaitu /W/ /V/ /X/ dan /Y/
dengan penggunaan Kit TAWAGU.
3. Meningkatkan penguasaan kemahiran menulis huruf besar yang hampir sama iaitu /W/ /V/ /X/ dan /Y/ dengan
penggunaan Kit TAWAGU.
4. Memupuk minat belajar murid pendidikan pemulihan dalam matapelajaran Bahasa Melayu Pemulihan melalui
penggunaan Kit TAWAGU.
SOALAN KAJIAN
1. Bagaimanakah penguasaan kemahiran menyebut huruf besar yang hampir sama iaitu /W/ /V/ /X/ dan /Y/ dapat
ditingkatkan melalui penggunaan Kit TAWAGU ?
2. Bagaimanakah penguasaan kemahiran mengenal huruf besar yang hampir sama iaitu /W/ /V/ /X/ dan /Y/ dapat
ditingkatkan melalui penggunaan Kit TAWAGU ?
528
3. Bagaimanakah penguasaan kemahiran menulis huruf besar yang hampir sama iaitu /W/ /V/ /X/ dan /Y/ dapat
ditingkatkan melalui penggunaan Kit TAWAGU ?
4. Bagaimanakah penggunaan Kit TAWAGU dapat memupuk minat belajar murid pendidikan pemulihan khas
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Pemulihan ?
PESERTA KAJIAN
Jadual 1
Butiran Peserta Kajian 1 dan 2
BIL BUTIRAN PESERTA KAJIAN 1 PESERTA KAJIAN 2
1 Umur
2 Jantina 9 tahun 9 tahun
3 Ciri-ciri Lelaki Lelaki
Tidak dapat memberi tumpuan di Kurang tumpuan semasa guru
4 Masalah dalam kelas dan suka menyampuk mengajar dan sering termenung
ketika sesi pengajaran dan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran pembelajaran
Tidak dapat mengenal huruf besar Tidak dapat mengenal huruf besar
yang hampir sama yang hampir sama
PELAKSANAAN TINDAKAN
Jadual 2
Pelaksanaan Tindakan
Ujian Dignostik Untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid pemulihan
Latihan Sebelum
Dijalankan sebelum intervensi
Intervensi
Tindakan 1: Slaid Fokuskan kepada kemahiran menyebut huruf berdasarkan gambar.
Interaktif TAWAGU Menggunakan komputer riba.
Peserta kajian perlu menekan pada huruf tersebut.
Tindakan 2: Menyebut huruf berpandukan kepada audio yang didengar.
Susun Kapas
Peserta kajian akan dibekalkan kapas.
Tindakan 3: Rumah Disusun di atas papan huruf.
Huruf Peserta kajian perlu menyentuh kapas yang disusun dengan
Tindakan 4: Huruf menggunakan jari telunjuk.
Tersembunyi
Peserta kajian mengelaskan huruf yang terdapat pada kertas pelekat
ke rumah huruf.
Peserta kajian perlu mencari huruf besar /W/ /V/ /X/ /Y/.
Mewarnakan huruf melalui Kit TAWAGU.
529