pengumpulan data dalam kajian tindakan bertujuan untuk membantu pengkaji mendapatkan
data-data secara terperinci dan dapat menjelaskan sesuatu isu yang dikaji. Pengumpulan
data yang benar dan tepat dapat memastikan bahawa data-data yang dikumpulkan itu
bertepatan dengan objektif yang telah ditetapkan. Data dalam kajian ini dikumpulkan dalam
bentuk kualitatif. Menurut Chua (2011), kualitatif merujuk kepada maklumat dan data yang
berbentuk teks atau ayat-ayat tidak mempunyai struktur yang tidak mungkin dapat dirumuskan
dalam bentuk nombor atau statistik seperti data kuantitatif. Pengumpulan data dalam kajian
ini adalah melalui ujian, pemerhatian dan senarai semak.
iii. Cara Menganalisis Data
Menurut Mertler (2006) pula, data yang telah dikumpul haruslah dianalisis dan dibuat
interpretasi supaya pengkaji dapat melaporkan dapatan kajian berdasarkan bukti-bukti yang
telah diperoleh. Selain itu, analisis data dalam sesuatu kajian dapat memudahkan kefahaman
pembaca terhadap kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji melalui daya yang diperoleh.
Dengan ini, pengkaji menganalisis data yang telah dikumpulkan daripada proses
pemerhatian, ujian sebelum intervensi, ujian selepas intervensi dan analisis dokumen.
iv. Cara Menyemak Data
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan sumber data kualitatif seperti ujian,
pemerhatian dan analisis dokumen akan disemak sebagai triangulasi data. Penyemakan data
atau triangulasi data adalah satu keperluan dalam kajian yang berbentuk kualitatif. Menurut
Bogdan dan Biklen (2003), triangulasi bermaksud kaedah integrasi yang berbeza bagi
mendapatkan lebih dari satu bentuk data supaya dapatan kajian kualitatif yang bersifat
subjektif akan lebih menyakinkan dan meningkatkan kesahan data yang dikumpul. Untuk
menyemak data yang diperolehi itu, pengkaji menyemak dengan menggunakan triangulasi
data yang menggunakan pelbagai sumber data seperti ujian sebelum intervensi dan selepas
intervensi, analisis dokumen iaitu lembaran kerja dan borang senarai semak yang digunakan
dalam pemerhatian pengkaji terhadap proses murid menyelesaikan soalan yang diberikan
dan hasil kerja murid pemulihan untuk menilai sudut pandang yang berbeza. Hal ini demikian
kerana triangulasi merupakan salah satu kaedah yang meningkatkan kebolehpercayaan
sesuatu penyelidikan kualitatif.
580
DAPATAN KAJIAN
Setelah selesai menjalankan langkah-langkah tindakan atau intervensi terhadap
peserta kajian melalui Kit FuSeBo, dapatan kajian telah dianalisis dengan jelas dan terperinci
untuk menyatakan keberhasilan tindakan yang dijalankan dan membuktikan objektif kajian
dapat dicapai serta menjawab soalan kajian. Data yang diperoleh sepanjang perlaksanaan
tindakan digunakan untuk menunjukkan perbandingan yang jelas mengenai keberkesanan
tindakan yang dilakukan kepada murid mengikut objektif yang telah ditetapkan.
Objektif 1: Meningkatkan kemahiran murid pemulihan mengenal nombor 1 hingga 9
menggunakan Kit FuSeBo.
Obiektif 1 dalam kajian ini adalah berfokus kepada peningkatan kemahiran murid
pemulihan dalam mengenal nombor dalam lingkungan 1 hingga 9 menggunakan Kit FuSeBo
melalui Tindakan 1, Tindakan 2 dan Tindakan 3. Pengkaji telah menggunakan ujian sebelum
intervensi, ujian selepas intervensi dan analisis dokumen iaitu lembaran kerja yang diberikan
semasa tindakan dijalankan sebagai instrumen pengumpulan data bagi kajian ini. Selain itu,
pengkaji juga menggunakan instrumen pemerhatian dengan senarai semak untuk mengumpul
data melalui proses pemerhatian terhadap ujian sebelum intervensi, ujian selepas intervensi
dan analisis dokumen yang diberikan apabila tindakan 1, tindakan 2 dan tindakan 3 dalam Kit
FuSeBo ini dijalankan.
i. Ujian
Ujian Awal Ujian Akhir Ujian Awal Ujian Akhir
Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2
Rajah 2. Perbandingan Ujian Awal dan Ujian Akhir Peserta Kajian
581
Jadual 3
Perbandingan Markah Ujian Awal dan Ujian Akhir
Masa Penguasaan Mengenal Nombor
Perlaksanaan
Ujian Awal Ujian Akhir
Nombor 1
Nombor 2 Peserta 1 Peserta 2 Peserta 1 Peserta 2
Nombor 3
Nombor 4 /// /
Nombor 5
Nombor 6 X/ / /
Nombor 7
Nombor 8 XX / /
Nombor 9
Markah /X/ /
XX / /
XX / /
/// /
X/ / /
XX / /
3/9 4/9 9/9 9/9
Berdasarkan dapatan kajian ujian awal dan ujian akhir pada Rajah 2, peningkatan
yang ditunjukkan oleh kedua-dua peserta kajian dalam penguasaan kemahiran mengenal
nombor lingkungan 1 hingga 9 menunjukkan satu pencapaian yang positif dan meningkat oleh
peserta kajian. Peningkatan tersebut dapat dilihat secara ringkas pada Jadual 3 di mana
peserta kajian 1 telah berjaya meningkatkan markah dari 3 markah pada ujian awal kepada 9
markah pada ujian akhir. Manakala, peningkatan peserta kajian 2 pula dapat dilihat apabila
berjaya meningkatkan markah dari 4 markah pada ujian awal kepada 9 markah pada ujian
akhir.
ii. Analisis Dokumen
582
Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2
Rajah 3. Lembaran Kerja Murid
Jadual 4
Penilaian Lembaran Kerja Murid
Nombor Penguasaan Mengenal
Nombor
Nombor 1
Nombor 2 Peserta 1 Peserta 2
Nombor 3 //
Nombor 4 //
Nombor 5 //
Nombor 6 //
Nombor 7 X/
Nombor 8 //
Nombor 9 //
Markah //
//
8/9 9/9
Sebaik sahaja selesai pelaksanaan Tindakan 1, Tindakan 2 dan Tindakan 3, lembaran
kerja telah diberikan untuk melihat sejauh mana keberkesanan perlaksanaan tindakan
terhadap peserta kajian bagi kemahiran mengenal nombor dalam lingkungan 1 hingga 10
yang dapat dilihat pada Rajah 3. Jadual 4 menunjukkan keputusan pencapaian peserta kajian
yang dapat dilihat setelah perlaksanaan tindakan dijalankan di mana kedua-dua peserta telah
berjaya mendapat keputusan yang memberangsangkan. Peserta kajian 1 telah berjaya
mendapat 8 markah manakala peserta kajian 2 telah berjaya mendapat markah penuh iaitu 9
markah. Dapatan kajian ini telah mengukuhkan bahawa penggunaan Kit FuSeBo berjaya
membantu murid mengenal nombor dalam lingkungan 1 hingga 9.
583
iii. Pemerhatian
Jadual 5
Ringkasan Penilaian Senarai Semak Tindakan 1, Tindakan 2 Dan Tindakan 3
Item Tindakan 1 Tindakan 2 Tindakan 3
1 Tali Nombor
Mari Kita Kenal Bebola Nombor
Nombor Pelangi Magis
Peserta Peserta
Peserta Peserta Peserta Peserta Kajian 1 Kajian 2
Kajian 1 Kajian 2 Kajian 1 Kajian 2
//
/ / / /
2 //////
3 XX / / / /
4 XXXX / /
5 XXX / X /
6 XXX / / /
7 //////
8 //////
9 X/ / / / /
Jumlah 4/9 5/9 6/9 8/9 8/9 9/9
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian sepanjang perlaksanaan Tindakan 1,
Tindakan 2 dan Tindakan 3 bagi melihat tahap perkembangan dan pencapaian yang dapat
diperolehi oleh kedua-dua peserta kajian dalam kemahiran mengenal nombor dalam
lingkungan 1 hingga 10. Setiap kali peserta kajian menjalankan tindakan, pengkaji akan
menjalankan senarai semak bagai memantau penguasaan murid secara berterusan. Jadual
5 menunjukkan ringkasan senarai semak perkembangan peserta kajian dari Tindakan 1,
Tindakan 2 hinggalah Tindakan 3 bagi penguasaan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 9.
Daripada Jadual 5, pengkaji telah dapat menganalisis bahawa penguasaan peserta kajian
semakin meningkat daripada masa ke semasa dengan peningkatan jumlah item yang berjaya.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan Kit FuSeBo telah berhasil meningkatkan
kemahiran mengenal nombor 1 hingga 9 kepada murid pemulihan.
584
Objektif 2: Meningkatkan kemahiran murid pemulihan dalam menulis nombor 1
hingga 9 menggunakan Kit FuSeBo.
Obiektif 2 dalam kajian ini adalah berfokus kepada peningkatan kemahiran murid
pemulihan dalam menulis nombor dalam lingkungan 1 hingga 9 menggunakan Kit FuSeBo
melalui Tindakan 4. Pengkaji telah menggunakan ujian sebelum intervensi, ujian selepas
intervensi dan analisis dokumen iaitu lembaran kerja yang diberikan semasa tindakan
dijalankan sebagai instrumen pengumpulan data bagi kajian ini. Selain itu, pengkaji juga
menggunakan instrumen pemerhatian dengan senarai semak untuk mengumpul data melalui
proses pemerhatian terhadap ujian sebelum intervensi, ujian selepas intervensi dan analisis
dokumen yang diberikan apabila tindakan 4 dalam Kit FuSeBo ini dijalankan.
i. Ujian
Ujian Awal Ujian Akhir Ujian Awal Ujian Akhir
Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2
Rajah 4. Perbandingan ujian awal dan ujian akhir peserta kajian
Jadual 6
Perbandingan Markah Ujian Awal dan Ujian Akhir
Masa Penguasaan Menulis Nombor
Perlaksanaan
Ujian Awal Ujian Akhir
Nombor 1
Nombor 2 Peserta 1 Peserta 2 Peserta 1 Peserta 2
Nombor 3
Nombor 4 /// /
Nombor 5
Nombor 6 X/ / /
XX / /
X/ / /
XXX /
XX / /
585
Nombor 7 / / / /
/
Nombor 8 / X / /
9/9
Nombor 9 X X /
Markah 3/9 4/9 8/9
Berdasarkan dapatan kajian ujian awal dan ujian akhir pada Rajah 4, peningkatan yang
ditunjukkan oleh kedua-dua peserta kajian dalam penguasaan kemahiran menulis nombor
lingkungan 1 hingga 9 menunjukkan satu pencapaian yang memberangsangkan oleh peserta
kajian. Peningkatan tersebut dapat dilihat secara ringkas pada Jadual 6 di mana peserta
kajian 1 telah berjaya meningkatkan markah dari 3 markah pada ujian awal kepada 9 markah
pada ujian akhir. Manakala, peningkatan peserta kajian 2 pula dapat dilihat apabila berjaya
meningkatkan markah dari 4 markah pada ujian awal kepada 9 markah pada ujian akhir.
ii. Analisis Dokumen
Jadual 7
Penilaian Lembaran Kerja Murid
Nombor Penguasaan Menulis
Nombor
Peserta 1 Peserta 2
Nombor 1 / /
Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2 Nombor 2 / /
Nombor 3 / /
Nombor 4 / /
Nombor 5 X /
Nombor 6 / /
Nombor 7 / /
Nombor 8 / /
Nombor 9 / /
Markah 8/9 9/9
Rajah 5. Lembaran Kerja Peserta Kajian.
Sebaik sahaja selesai pelaksanaan Tindakan 4, lembaran kerja telah diberikan untuk
melihat sejauh mana keberkesanan perlaksanaan tindakan terhadap peserta kajian bagi
kemahiran menulis nombor dalam lingkungan 1 hingga 10 yang dapat dilihat pada Rajah 5.
Jadual 7 menunjukkan keputusan pencapaian peserta kajian yang dapat dilihat setelah
586
perlaksanaan tindakan dijalankan di mana kedua-dua peserta telah berjaya mendapat
keputusan yang cemerlang. Peserta kajian 1 telah berjaya mendapat 8 markah manakala
peserta kajian 2 telah berjaya mendapat markah penuh iaitu 9 markah. Dapatan kajian ini
telah membuktikan bahawa penggunaan Kit FuSeBo berjaya membantu murid mengenal
nombor dalam lingkungan 1 hingga 9.
iii. Pemerhatian
Jadual 8
Senarai Semak Penilaian Kemahiran Menulis Bagi Tindakan 4
Item Aspek Pemerhatian Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2
1 Murid mampu menulis nombor 1 √ √
2 Murid mampu menulis nombor 2 √ √
3 Murid mampu menulis nombor 3 √ √
4 Murid mampu menulis nombor 4 √ √
5 Murid mampu menulis nombor 5 √
6 Murid mampu menulis nombor 6 X √
7 Murid mampu menulis nombor 7 √ √
8 Murid mampu menulis nombor 8 √ √
9 Murid mampu menulis nombor 9 √ √
√
Jumlah 8/9 9/9
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian sepanjang perlaksanaan Tindakan 4 bagi
melihat tahap perkembangan dan pencapaian yang dapat diperolehi oleh kedua-dua peserta
kajian dalam kemahiran menulis nombor lingkungan 1 hingga 10. Semasa peserta kajian
menjalankan tindakan 4, pengkaji akan menjalankan senarai semak bagai memantau
penguasaan murid terhadap kemahiran menulis nombor lingkungan 1 hingga 9 secara
berterusan. Dapatan senarai semak penilaian pada Jadual 8 menunjukkan peningkatan
kemahiran menulis kedua-dua peserta semakin meningkat. Peserta kajian 1 telah berjaya
menulis 8 daripada 9 nombor manakala peserta kajian 2 telah berjaya menulis kesemua
nombor 1 hingga 9. Ini menunjukkan bahawa Kit FuSeBo telah berhasil meningkatkan
kemahiran menulis dalam lingkungan 1 hingga 9 kepada peserta kajian.
Objektif 3: Meningkatkan minat murid dalam kemahiran mengenal dan menulis
nombor menggunakan Kit FuSeBo.
587
Obiektif 3 dalam kajian ini adalah berfokus kepada peningkatan minat murid pemulihan
dalam kemahiran mengenal dan menulis nombor dalam lingkungan 1 hingga 9 menggunakan
Kit FuSeBo. Pengkaji telah menggunakan pemerhatian iaitu senarai semak dan nota
lapangan semasa tindakan dijalankan sebagai instrumen pengumpulan data bagi kajian ini
untuk melihat perkembangan minat peserta kajian dari masa ke semasa.
i. Pemerhatian Menggunakan Senarai Semak
Jadual 9
Senarai Semak Peningkatan Minat Peserta Kajian 1 Dan Peserta Kajian 2
BIL JENIS TINGKAH LAKU SEBELUM SELEPAS
YA
1. Memberikan tumpuan semasa proses TIDAK YA
pengajaran dan pembelajaran. TIDAK YA
TIDAK YA
2. Menunjukkan minat pada aktiviti mengenal TIDAK YA
nombor 1 hingga 9. TIDAK
3. Menunjukkan minat pada aktiviti menulis
nombor 1 hingga 9.
4. Mempunyai perasaan seronok ketika proses
pengajaran dan pembelajaran.
5. Melengkapkan kesemua tugasan yang diberi
.
ii. Pemerhatian Menggunakan Nota Lapangan
Jadual 10
Catatan Nota Lapangan Peserta Kajian 1 dan Peserta Kajian 2
Perkara Catatan
Tindakan 1: Kedua-dua peserta kajian berebut-rebut untuk menanti
Mari Kita Kenal Nombor giliran memusingkan Roda Nombor.
Tindakan 2: Peserta kajian 1 kelihatan sangat bersemangat apabila
Bebola Nombor Pelangi menyentuh nombor timbul pada Beg Sensori Nombor.
Tindakan 3: Peserta 1 menunjukkan perasaan seronok apabila
Tali Nombor Magis berjaya membentuk bebola nombor pada Papan
Tindakan 4: Bebola Nombor Pelangi.
Papan Nombor Ajaib
Peserta Kajian 2 menyatakan ingin melakukan
aktiviti menyusun bebola nombor berulang-ulang
kali.
Kedua-dua peserta menjalankan aktiviti
memasukkan tali ke dalam lubang nombor bertebuk
dengan bersungguh-sungguh.
Kedua-dua peserta menunjukkan perasaan teruja
apabila telefon pintar dapat mengimbas QR Code
kepada pautan video Mari Menulis Nombor.
Berdasarkan Jadual 9, aktiviti yang dijalankan dalam Kit FuSeBo telah berjaya menarik minat
peserta kajian untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Jadual 10 pula menunjukkan
588
tingkah laku peserta kajian yang positif semasa pembelajaran. Mereka menunjukkan
perasaan seronok, teruja serta bersemangat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Dapatan ini membuktikan bahawa Kit FuSeBo telah berjaya menarik minat
murid untuk mempelajari kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 9.
REFLEKSI
Dalam proses pelaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji telah banyak memperoleh
ilmu pengetahuan yang mendalam dan mendapat kesedaran sebagai seorang bakal guru
pemulihan yang akan menjejakkan kaki ke dalam dunia pendidikan yang sebenar tidak lama
lagi. Melalui kajian ini, pengkaji mendapati betapa pentingnya pemilihan pendekatan
pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan penguasaan
murid pemulihan. Perlaksanaan Kit FuSeBo yang sesuai dengan tahap penguasaan murid
pemulihan telah berjaya meningkatkan penguasaan mengenal dan menulis serta menarik
minat murid pemulihan dalam kemahiran nombor 1 hingga 9.
Selain itu, pengkaji harus melatih diri sendiri supaya dapat berfikiran secara kreatif dan
inovatif dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kepada murid pemulihan.
Pengkaji haruslah bijak dalam mengubahsuai kaedah dan strategi yang bersesuaian untuk
mengajar murid pemulihan berdasarkan keadaan murid tersebut. Pelaksanaan kajian ini juga
banyak memberi pengalaman yang baharu kepada pengkaji. Pengkaji bukan sahaja dapat
peka terhadap masalah murid pemulihan malah membantu diri sendiri meningkatkan ilmu dan
kemahiran diri dalam bidang pendidikan.
Sebagai guru Pendidikan Pemulihan Khas di era perkembangan pendidikan dan arus
pemodenan, strategi dan pendekatan yang dipilih dalam proses pengajaran dan pembelajaran
hendaklah menepati falsafah pendidikan kebangsaan kini. Guru harus sentiasa bersedia
dengan perubahan dan penggubalan dalam kurikulum pendidikan dengan sentiasa
mempelajari ilmu baharu. Ini bagi menjamin penjanaan idea baharu dan teknik pengajaran
yang dapat membantu murid mengatasi masalah yang dialami. Tuntasnya, jika guru
pemulihan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan bersungguh-sungguh dan komited,
sudah tentu dapat menjamin masa depan yang cerah bagi murid Pendidikan Pemulihan Khas.
589
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Berdasarkan dapatan kajian, Kit FuSeBo berkesan dalam meningkatkan penguasaan
kemahiran peserta kajian dalam mengenal dan menulis nombor lingkungan 1 hingga 9. Oleh
itu, terdapat beberapa cadangan kajian yang boleh dilaksanakan pada masa akan datang.
i. Menambahbaik elemen teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan menambah baik bahan
aplikasi multimedia yang terdapat dalam Kit FuSeBo dengan imbasan QR Code dengan
pautan permainan digital atau kuiz di atas talian yang menarik. Contohnya, kit ini boleh
ditambahbaik dengan permainan digital dengan menggunakan Microsoft Powerpoint, Scratch,
Tnyker dan sebagainya. Selain itu, pautan imbasan QR Code juga boleh disambung kepada
kuiz di atas talian seperti Kahoot, Quizziz, Quizlet dan sebagainya.
ii. Memperluaskan penggunaan Kit FuSeBo kepada semua mata pelajaran
Pengkaji mencadangkan agar penggunaan Kit FuSeBo ini boleh diaplikasikan kepada
subjek lain seperti Bahasa Melayu dan subjek-subjek lain yang bersesuaian dengan
penggunaan Kit FuSeBo. Contohnya dalam aktiviti Bebola Nombor Pelangi di mana murid
akan menyusun bebola kapas berwarna-warni mengikut bentuk nombor 1 hingga 9. Aktiviti ini
boleh diubahsuai dengan menukarkan kad nombor kepada kad huruf di mana murid akan
menyusun bebola kapas berwarna-warni tersebut mengikut bentuk huruf contohnya huruf
vokal a, e, i, o dan u.
iii. Melaksanakan aktiviti berbentuk permainan yang melibatkan kemahiran motor kasar
Tidak dinafikan bahawa aktiviti sensori yang dilaksanakan dalam Kit FuSeBo yang
menekankan rangsangan kemahiran motor halus murid sangat penting. Namun, rangsangan
murid pemulihan juga boleh ditingkatkan dengan aktiviti motor kasar seperti menari, melontar
atau menyambut bola. Oleh itu, aktiviti berbentuk permainan yang menerapkan kemahiran
motor kasar juga bolehlah diterapkan dalam Kit FuSeBo ini. Contohnya, aktiviti permainan
membaling bola nombor ke dalam kotak nombor tersebut boleh diaplikasikan ke dalam Kit
FuSeBo ini.
Kesimpulannya, pengkaji meletakkan harapan supaya kajian ini dapat memberi
manfaat dan sumbangan secara langsung atau tidak langsung kepada semua pihak yang
telah terlibat dalam kajian ini. Oleh itu, pengkaji berharap agar terdapat pengkaji lain yang
dapat meneruskan kajian ini dan membuat penambahbaikan terhadap setiap aktiviti yang
disediakan dalam Kit FuSeBo ini untuk membantu murid-murid pendidikan pemulihan.
RUJUKAN
590
Abdullah, A. H., Mokhtar, M., Halim, N. D. A., Ali, D. F., Tahir, L. M., & Kohar, U. H. A. (2017).
Mathematics Teachers' Level of Knowledge and Practice on the Implementation of
Higher Order Thinking Skills (HOTS). Eurasia Journal of Mathematics, Science &
Technology Education, 13(1).
Bodgan R. C., & Biklen, S.K. (2003). Qualitative Research for Education. An
Introduction to Theories and Methods. 4th Ed. Boston: Allyn & Bacon.
Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Buku 1 Kaedah Penyelidikan Edisi
Kedua. Kuala Lumpur: Mc. Graw Hill. Sdn Bhd.
Fatimah Salleh. (2009). Strategi bagi Membantu Murid Sekolah Rendah Menguasai
Matematik. Pendidikan Matematik. DP. Jilid 9, Bil. 2/2009.
Kasnani Ab Karim et. all. (2016). Perkembangan Pendidikan Khas Bahagian 2. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
McNiff, J. & Whitehead, J. (2005). Action Research for Teach Practical Guide. David
Fulton Publishers, London.
Mertler, C, A. (2006). Action research: Teachers as researchers in the classroom.
Thousand Oaks, CA: Sage. trainee teachers during teaching training. OJIE:
Online Journal of Islamic Education, 2(1). Malaysia & Jabatan Bahasa Melayu.
Universiti Putra Malaysia.
Nawi, M. A. M. (2017). A study on the strategies and practice of teaching among trainee
teachers during teaching training. O-JIE: Online Journal of Islamic Education, 2(1).
Susan O’Connel & John SanGiovanni. (2015). Mastering the Basic Math Facts in
Addition and Subtraction. Publisher’s Design and Production Services, Inc:
United States.
591
KAEDAH OH...BULAN: MEMBANTU MURID PEMULIHAN MENGUASAI KEMAHIRAN
MENULIS HURUF KECIL a, b, c, d, e, g, p dan q.
Nur Syafiqah binti Dellah
Dr. Hjh. Nik Noraini binti Hj. Raja Abdullah
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil a, b, c, d, e, g, p dan
q dalam kalangan murid pemulihan Tahun 2 di Sekolah A menggunakan Kaedah Oh...Bulan. Kajian ini
melibatkan seorang murid lelaki sebagai peserta kajian. Kajian ini menggunakan reka bentuk model
penyelidikan tindakan Lewin (1946) yang diadaptasikan dalam Laidlaw (1992). Instrumen utama kajian
yang digunakan ialah ujian awal, ujian akhir, rakaman foto dan audio. Pemerhatian dan soal selidik pula
telah digunakan bagi menyokong data utama dan dipersembahkan secara kualitatif. Pelaksanaan
Kaedah Oh...Bulan dalam kajian ini telah menggabungkan empat intevensi iaitu intervensi 1 (“Nyanyi
Oh...Bulan”), intervensi 2 (“Susun Bentuk Bulan”), intervensi 3 (“Papan Jeli Bulan dan Pelangi”) dan
intervensi 4 (“Saya Mahir”). Dapatan telah menunjukkan peserta kajian dapat menguasai kemahiran
menulis huruf kecil a, b, c, d, e, g, o, p dan q. Hasil daripada intervensi yang dijalankan juga telah
menunjukkan perubahan tingkah laku positif peserta kajian. Kesimpulannya, kajian ini mendapati
bahawa kemahiran mengenal dan menulis huruf kecil sangat penting dalam meningkatkan kemahiran
berbahasa murid pemulihan dan kaedah yang digunakan juga adalah berkesan dalam meningkatkan
penguasaan murid pemulihan menguasai kemahiran menulis huruf kecil a, b, c, d, e, g, p dan q. Oleh
itu kemahiran mengenal dan menulis huruf kecil ini perlu dititikberatkan dan seterusnya dijalankan
secara konsisten dan efektif di sekolah.
Kata kunci: Kaedah Oh...Bulan, kemahiran mengenal, kemahiran menulis, huruf kecil a, b, c, d, e, g, p
dan q.
PENGENALAN
Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti
dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata
pelajaran lain. Menurut Mat, A. C., Awang, A., & Ismail, M. (2016), murid yang tidak dapat
menguasai kemahiran membaca dan menulis ini akan semakin ketinggalan dalam
pembelajaran. Dalam hal ini, pelaksanaan tindakan melalui Kaedah Oh...Bulan yang
menggabungkan kemahiran memgenal dan menulis diharapkan dapat meningkatkan tahap
penguasaannya. Guru yang baik, sentiasa mempelajari dan menggunakan pelbagai kaedah
dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan murid, untuk mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran (Jamian, A. R. ,2016).
Berdasarkan masalah pengkaji mendapati PK tidak mengenal dengan baik huruf yang
mempunyai lengkung, kekeliruan ini berlaku kerana keadaan bentuk huruf tersebut. Dalam
pengumpulan data awal, pengkaji telah membuat analisis berdasarkan Rajah 1.
592
Rajah 1. Kaedah Pengumpulan Data Awal
FOKUS KAJIAN
Sebagai seorang guru pemulihan, pengajaran literasi Bahasa Melayu merupakan
tanggungjawab besar yang perlu digalas bagi memastikan murid yang dididik berjaya menjadi
insan yang berguna apabila mereka dewasa kelak. Pengkaji yakin dan berkeupayaan untuk
menangani masalah ini dengan menjadikan Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu Program Pendidikan Pemulihan sebagai rujukan utama. Selain itu, terbit rasa
bertanggungjawab pengkaji untuk menyedarkan murid-murid ini terhadap kepentingan
penguasaan kemahiran asas ini agar ianya tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk
merebut peluang masa hadapan yang lebih baik. Ia juga menutup peluang pendidikan lanjutan
serta pasaran kerja kepada mereka yang kebanyakannya memerlukan kemahiran membaca
pada peringkat asas (Azizah, F. N., Hermawati, E., & Susanna, D. ,2018). Oleh itu, pengkaji
melihat kekangan yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran menulis huruf kecil a, b,
c, d, e, g, p dan q ini mampu diselesaikan dengan baik kerana pengkaji telah menyediakan
satu perancangan intervensi yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi murid iaitu
kaedah Oh…Bulan. Pelaksanaan kajian ini berada dalam kawalan pengkaji dan ruang lingkup
tugas kuasa pengkaji sebagai guru pemulihan khas dan kajian ini dilaksanakan secara
kolaboratif bagi menjayakan intervensi ini bersama guru Pemulihan Khas bagi membolehkan
intervensi yang dibina sesuai dengan murid. Oleh hal demikian, isu ini relevan kepada
sekolah, agar murid bukan sahaja mampu menguasai kemahiran ini tetapi menguruskan
keperluan asas dalam proses pembelajaran mereka.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian:
i. Meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil a, b, c, d, e, g, p dan q dengan menggunakan
Kaedah Oh...Bulan.
ii. Meningkatkan tingkah laku positif murid pemulihan terhadap pembelajaran dengan
menggunakan Kaedah Oh...Bulan.
Soalan Kajian:
593
i. Bagaimanakah kemahiran menulis huruf kecil a, b, c, d, e, g, p dan q dapat ditingkatkan
dengan menggunakan Kaedah Oh...Bulan?
ii. Bagaimanakah tingkah laku positif murid pemulihan terhadap pembelajaran dapat
ditingkatkan dengan menggunakan Kaedah Oh...Bulan?
PESERTA KAJIAN
Seorang murid menjadi Peserta Kajian (PK). Murid ini mengalami masalah dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu iaitu masalah dalam kemahiran menulis huruf kecil a , b, c, d, e, g,
p dan q yang hampir sama bentuknya iaitu melengkung. Secara jelasnya latar belakang
peserta kajian diterjemahkan seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1
Kekuatan Dan Kelemahan PK
594
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Pengkaji telah mereka cipta dan melaksanakan satu tindakan melalui kaedah baharu yang
dinamakan sebagai “Kaedah Oh...Bulan” bagi membantu PK menguasai kemahiran mengenal
dan menulis huruf. Selain itu, tindakan yang dilaksanakan telah menggabungkan beberapa
intervensi dan terapi yang bersesuaian dengan masalah PK bagi menarik minat PK dan
seterusnya membantunya untuk meningkatkan pencapaian dalam kemahiran mengenal dan
menulis huruf melalui terapi yang ditetapkan iaitu terapi muzik dan terapi multisensori.
Penerangan tindakan yang telah dijalankan dimuatkan dalam Rajah 2.
Rajah 2 Carta Alir Kaedah Oh…Bulan
Intervensi pertama dalam Kaedah Oh...Bulan ialah aktiviti menyanyi lagu Oh...Bulan
yang mengadaptasikan unsur beberapa bentuk yang bersesuaian bagi membentuk huruf kecil
a , b, c, d, e, g, p dan q.
595
SESI 1 SESI 2
Menerangkan kepada Memperkenalkan lagu
peserta kajian Oh...Bulan
Kaedah Oh...Bulan.
SESI 3 SESI 4
Peserta kajian Aktiviti sambung lagu
mendengar dan Oh...Bulan.
menyanyikan lagu
Oh...Bulan
Rajah 3 : Prosedur Pelaksanaan Intervensi 1 “Nyanyian Oh…Bulan”
Intervensi kedua dalam Kaedah Oh...Bulan dinamakan “Susun Bentuk Bulan”
kesinambungan daripada intervensi pertama iaitu berdasarkan hafalan lagu Oh...Bulan, murid
disediakan dengan bahan bantu yang terdiri daripada bentuk melengkung ‘c’, tiang panjang,
tiang pendek dan garis berbentuk ‘j’.
Rajah 4 : Prosedur Pelaksanaan Intervensi 2 “Susun Bentuk Bulan”
Intervensi ketiga dinamakan “Papan Jeli Bulan dan Pelangi” yang digunakan untuk
meningkatkan kemahiran menulis huruf dengan merangsang psikomotor dan sensori tangan
serta jari-jemari PK untuk menulis dengan lebih baik.
596
Rajah 5. Prosedur Pelaksanaan Intervensi 3 “Papan Jeli Bulan Dan Pelangi”
Intervensi keempat dinamakan “Saya Mahir” menerapkan teknik pembelajaran masteri
dan latih tubi bagi membolehkan PK menguasai sepenuhnya kemahiran mengenal dan
menulis huruf.
SESI 1 SESI 2
Membimbing Membimbing
peserta kajian peserta kajian
menyelesaikan menyelesaikan
helaian lembaran "Buku Besar Saya"
SESI 3
Membimbing peserta kajian
menyelesaikan helaian "Saya
Raja"
Rajah 6. Prosedur Pelaksanaan Intervensi 4 (“Saya Mahir”)
Kaedah Mengumpul Data
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga kaedah dalam mengumpul data: ujian
awal dan akhir, pemerhatian dan soal selidik sosiometri. Ketiga-tiga kaedah ini digunakan
bagi memudahkan pengkaji untuk membuat triangulasi data untuk tujuan meningkatkan
kesahan dan kebolehpercayaan data yang dikumpulkan.
597
Ujian Awal Dan Instrumen:
Akhir
Lembaran Ujian Awal
Dan Akhir
Kaedah Pemerhatian Instrumen:
Pengumpulan
Rakam Foto Dan Audio,
Data Senarai Semak
Penguasaan Kemahiran
Mengenal, Menulis Huruf
Dan Perubahan Tingkah
Laku Individu.
Soal Selidik Instrumen:
Sosiometri
Borang Soal Selidik
Sosiometri
Rajah 7. Kaedah Pengumpulan Data
Cara Menganalisis Data
Hasil tulisan PK membantu pengkaji melihat peningkatan yang ditunjukkan oleh PK
secara lebih jelas dan menjurus kepada situasi sebenar tahap penguasaan PK sebelum dan
selepas intervensi dilaksanakan. Berikut merupakan beberapa instrumen yang digunakan
bagi menganlisis data ujian awal dan akhir (Jadual 2 dan Jadual 3), pemerhatian (Jadual 4)
dan soal selidik sosiometri (Jadual 5).
Jadual 2 Keterangan Pencapaian Skor
Skala Pencapaian Skor Ujian
0 (Gagal) 1 (Baik) 2 (Amat Baik)
Bilangan Bilangan 0-1 (Gagal) 2 (Baik) 3 (Amat Baik)
Item Skor 0-2 (Gagal) 3-4 (Baik) 5-6 (Amat Baik)
22 0-3 (Gagal) 4-6 (Baik) 7-8 (Amat Baik)
33
66
88
598
26 26 0-10 (Gagal) 11-25 (Baik) 21-26 (Amat Baik)
129 129 0-43 (Gagal) 44-103 (Baik) 104-129 (Amat Baik)
Jadual 3 SKOR KETERANGAN
Borang Keputusan Rekod Ujian PENCAPAIAN SKOR
ITEM ARAHAN
1. Sebut huruf berikut mengikut urutan. /26
/26
2. Sebut huruf berikut secara rawak.
/8
3. Sebut dan tunjuk huruf-huruf di bawah ini /26
secara urutan dari atas ke bawah.
/2
4. Bulatkan huruf a, b, c, d, e, g, p dan q dalam /3
ayat-ayat berikut berdasarkan sebutan guru. /6
/8
5. Sambung titik-titik di bawah. /8
/8
6. Bulatkan gambar yang berlainan kedudukan. /8
/129
7. Sambungkan garis putus-putus di bawah.
8. Lengkapkan abjad kecil berikut mengikut
urutan.
9. Tulis semula huruf-huruf berikut dalam petak
yang disediakan.
10. Lengkapkan perkataan berikut dengan huruf
awalan berdasarkan gambar.
11. Salin perkataan berikut dalam petak yang
disediakan.
Jumlah skor:
Jadual 4
Analisis Senarai Semak Penguasaan Kemahiran Mengenal Dan Menulis Pemerhatian Awal
PK
599
Jadual 5
Borang Keputusan Keseluruhan Soal Selidik Sosiometri.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan daripada data ujian, pemerhatian dan soal selidik telah menunjukkan kajian ini telah
mencapai objektif-objektif kajian i dan ii, dan sekaligusnya telah menjawab soalan kajian i dan
ii.
600
Objektif kajian i :Meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil a, b, c, d, e, g, p
dan q dengan menggunakan Kaedah Oh...Bulan.
Objektif kajian ii :Meningkatkan tingkah laku positif murid pemulihan terhadap
pembelajaran dengan menggunakan Kaedah Oh...Bulan.
Jadual 6
Keputusan Ujian Awal
ITEM ARAHAN SKOR KETERANGAN
PENCAPAIAN
1 Sebut huruf berikut mengikut urutan. 26/26
2 Sebut huruf berikut secara rawak. 18/26 SKOR
Amat Baik
Baik
3 Sebut dan tunjuk huruf-huruf di bawah 2/8 Gagal
ini secara urutan dari atas ke bawah.
Bulatkan huruf a, b, c, d, e, g, p dan q 12/26 Baik
4 dalam ayat-ayat berikut berdasarkan
sebutan guru.
5 Sambung titik-titik di bawah. 2/2 Amat Baik
6 Bulatkan gambar yang berlainan 2/3 Baik
kedudukan. 6/6 Amat Baik
2/8
7 Sambungkan garis putus-putus di 8/8 Gagal
bawah. 3/8 Amat Baik
8/8
8 Lengkapkan abjad kecil berikut mengikut 89/129 Gagal
urutan. Amat Baik
9 Tulis semula huruf-huruf berikut dalam Baik
petak yang disediakan.
10 Lengkapkan perkataan berikut dengan
huruf awalan berdasarkan gambar.
11 Salin perkataan berikut dalam petak
yang disediakan.
Jumlah skor:
Jadual 7
Keputusan Ujian Akhir
ITEM ARAHAN SKOR KETERANGAN
PENCAPAIANSKOR
1. Sebut huruf berikut mengikut 26/26
urutan. 24/26 Amat Baik
2. Sebut huruf berikut secara rawak. Amat Baik
Sebut dan tunjuk huruf-huruf di 8/8 Amat Baik
3. bawah ini secara urutan dari atas
ke bawah.
601
Bulatkan huruf a, b, c, d, e, g, p dan 26/26 Amat Baik
4. q dalam ayat-ayat berikut Amat Baik
Amat Baik
berdasarkan sebutan guru. Amat Baik
Amat Baik
5. Sambung titik-titik di bawah. 2/2 Amat Baik
Amat Baik
6. Bulatkan gambar yang berlainan 3/3
kedudukan. 6/6 Amat Baik
8/8 Amat Baik
7. Sambungkan garis putus-putus di 8/8
bawah. 7/8
8. Lengkapkan abjad kecil berikut 8/8
mengikut urutan. 126/129
9. Tulis semula huruf-huruf berikut
dalam petak yang disediakan.
Lengkapkan perkataan berikut
10. dengan huruf awalan berdasarkan
gambar.
11. Salin perkataan berikut dalam
petak yang disediakan.
Jumlah skor:
Berdasarkan dapatan data ujian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang
amat ketara antara ujian awal dengan ujian diagnotik akhir. Peningkatan pencapaian skor
peserta kajian menunjukkan perubahan pencapaian daripada pencapaian skor baik kepada
pencapaian amat baik. Hal ini menunjukkan intervensi yang dijalankan mampu untuk
meningkatkan pencapaian skor ujian peserta kajian. Peningkatan ini menunjukkan bahawa
Kaedah Oh...Bulan sesuai diadaptasi dalam pembelajaran peserta kajian.
602
Jadual 8
Keputusan Analisis Senarai Semak Penguasaan Kemahiran Mengenal Dan Menulis
Pemerhatian Akhir PK
Berdasarkan senarai semak pemerhatian yang dinilai (Jadual 8), pengkaji dapati
kedua-dua aspek dalam senarai semak pemerhatian PK telah berubah iaitu PK telah berjaya
keluar dalam semua kategori "tidak" kepada "ya" dalam senarai semak pemerhatian tersebut
hasil perbincangan dengan guru Pemulihan Sekolah A.
Jadual 9
Keputusan Keseluruhan Soal Selidik Terhadap Peserta Kajian
Bil Soal Selidik Setuju Skala Tidak
Tidak Setuju
Tahu
1. Kaedah Oh…Bulan membantu anda mengenal huruf √
lebih baik. √
√
2. Saya berasa seronok belajar menggunakan Kaedah √
Oh…Bulan. √
3. Kaedah Oh…Bulan telah membantu saya menulis
dengan lebih teratur.
Saya harap saya dapat meneruskan pembelajaran
4. menggunakan Kaedah Oh…Bulan dalam bilik
Pemulihan.
5. Saya berasa lebih yakin tentang pengetahuan bentuk
huruf dari segi kenal dan tulis.
603
Jadual 10
Keputusan Keseluruhan Soal Selidik Terhadap Peserta Sokongan
Bil Soal Selidik Setuju Skala Tidak
Tidak Setuju
Tahu
1. Kaedah Oh…Bulan membantu anda mengenal huruf √
lebih baik. √
√
2. Saya berasa seronok belajar menggunakan Kaedah √
Oh…Bulan. √
3. Kaedah Oh…Bulan telah membantu saya menulis
dengan lebih teratur.
Saya harap saya dapat meneruskan pembelajaran
4. menggunakan Kaedah Oh…Bulan dalam bilik
Pemulihan.
5. Saya berasa lebih yakin tentang pengetahuan bentuk
huruf dari segi kenal dan tulis.
Berdasarkan hasil dapatan soal selidik sosiometri dalam Jadual 9 dan Jadual 10,
pengkaji dapati peserta kajian dan peserta sokongan memberikan maklum balas yang positif
iaitu item setuju untuk setiap item yang dinyatakan dalam soal selidik sosiometri.
Kesimpulannya, semua dapatan daripada data yang didapati membuktikan bahawa
semua tindakan yang dijalankan dalam kajian ini telah mencapai objektif-objektif kajian.
REFLEKSI
Melalui pengajaran mengenal dan menulis huruf a, b, c, d, e, g, p dan q yang telah dijalankan,
pengkaji dapati bahawa peningkatan murid dalam kemahiran ini dan semangat pembelajaran
mereka telah turut membantu meningkatkan pembelajaran mereka dalam kemahiran
mengenal dan menulis kesemua huruf a hingga z. Hal ini kerana, selepas pengkaji
melaksanakan intervensi, apabila melaksanakan ujian, murid mendapat peratus markah yang
memuaskan dan hasil tulisan mereka juga seragam dan cantik. Pengkaji amat berpuas hati
terhadap pelaksanaan tindakan yang telah dijalankan kerana semua tindakan telah
menunjukkan peningkatan terhadap kemahiran murid dalam kemahiran mengenal dan
menulis huruf kecil a, b, c, d, e, g, p dan q. Ini membuktikan bahawa semua tindakan yang
digunakan dalam kajian ini telah mencapai objektif kajian dan telah menjawab kedua-dua
soalan kajian..
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Pengkaji bercadang untuk menggunakan platform YouTube ini bagi membuat video tutorial
pengajaran kemahiran mengenal dan menulis huruf kecil a, b, c, d, e, g, p dan q dengan
604
menggunakan Kaedah Oh...Bulan supaya dapat dikongsikan dengan murid-murid lain yang
memerlukan bahan secara atas talian. Hal ini kerana, diharapkan dengan adanya bahan di
atas talian ini dapat membantu murid untuk melihat dan belajar sendiri kemahiran mengenal
dan menulis huruf kecil a, b, c, d, e, g, p dan q tanpa adanya guru dan tidak mengira masa
dan tempat. Maka, secara tidak langsung, pengkaji dapat menyebar luas lagi tindakan dalam
kajian ini untuk dimanfaatkan oleh guru-guru lain danjuga oleh pengkaji-pengkaji seterusnya.
Semasa pengkaji melaksanakan kajian ini, sumber rujukan dalam internet berkaitan kajian ini
sangat terhad. Justeru, diharap melalui perkongsian kajian ini secara 'online' akan dapat
membantu pengkaji-pengkaji seterusnya mengembangkan kajian ini di negara dan luar
negara.
RUJUKAN
Azizah, F. N., Hermawati, E., & Susanna, D. (2018). Menguras dan menutup sebagai
prediktor keberadaan jentik pada kontainer air di rumah. Berita Kedokteran
Masyarakat, 34(6), 242-247.
Jamian, A. R. (2016). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu
murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu, 1(1), 1-12.
Mat, A. C., Awang, A., & Ismail, M. (2016). Penguasaan Kemahiran Membaca Dan Menulis
Jawi Murid Kelas Al-Quran & Fardhu Ain (Kafa) Tahun 5: Satu Kajian Kes. Organised
by: Association of Malaysian Researchers and Social Services Faculty of Teacher
Training and Education, Universitas Syiah Kuala, Darussalam, Banda Aceh, 23,
605
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN KVKV DENGAN
MENGGUNAKAN KIT ‘CELIK 2KONSOVO’
Tengku Zulaikha Binti Tengku Zainal
Encik Hasbi Bin Haron
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV. Kumpulan
sasaran dalam kajian ini terdiri daripada dua orang murid pemulihan tahun 2 di sebuah sekolah daerah
Kota Bharu, Kelantan. Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan kit ‘Celik 2Konsovo’ dalam usaha
meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV. Tinjauan awal mendapati bahawa murid
mempunyai masalah membaca seperti masalah suku kata dan masalah pengamatan dalam kemahiran
membaca semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Data kajian dikumpul melalui
kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kit
‘Celik 2Konsovo’ semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid meningkatkan
kemhiran membaca perkataan KVKV di samping mereka menjadi lebih yakin untuk melakukan aktiviti-
aktiviti pembelajaran yang dirancang. Penggunaan kit ‘Celik 2Konsovo’ yang bertindak sebagai bahan
bantu mengajar ini diharap dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca perkataan
melalui konsep bermain sambil belajar sekaligus dapat menarik minat murid untuk mempelajari Bahasa
Mlelayu dengan lebih berkeyakinan.
Kata Kunci: Kit ‘Celik 2Konsovo’, masalah membaca, bermain sambil belajar
ABSTRACT
This action research aimed at enhancing the skills of reading the word KVKV. Target groups in this
study consists of two remedial student Year 2 in a school district of Kota Bharu, Kelantan. This study
focuses on the use of kit ‘Celik 2Konsovo’ in order to boost the skills of reading the word KVKV. The
initial survey found that the pupils have language problems such as the problem of syllables and
observational problems in reading skills during the process of teaching and learning Malay. Data
collected through the observation and analysis of documents. The findings indicate that the use of the
kit ‘Celik 2Konsovo’ during the process of teaching and learning can help students improve reading
word KVKV at the same time they become more confident to perform learning activities planned. The
use of the kit ‘Celik 2Konsovo’ who also act as teaching aids is expected to help upgrade the skills of
reading words through the concept of learning through play at once attracts students to learn Malay
with more confidence.
Keywords: Kit ‘Celik 2Konsovo’, language problems, learning through play
PENGENALAN
Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, keterampilan, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Hal
ini selaras dengan anjakan kedua yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
606
Malaysia 2013-2025 iaitu memastikan setiap murid profesion dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah memperkenalkan kurikulum Bahasa Melayu yang sama pada peringkat rendah dengan
sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan.
Menurut Yahya (2011), Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan
tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, membaca dan menulis.
Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan
dalam kehidupan seharian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi
tujuan perhubungan sosial dan pemerolehan ilmu. Setiap murid sekurang-kurangnya perlu
menguasai kemahiran membaca bagi memudahkan proses pembelajaran dalam kehidupan.
Kemahiran membaca adalah salah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dipupuk dalam
diri kerana ianya bukan bakat atau anugerah semula jadi manusia. Gaya pembelajaran
seseorang murid adalah berbeza dengan murid yang lain. Bagi murid yang mengalami
masalah pembelajaran pastinya mempunyai gaya pembelajaran tersendiri.
Kebanyakan murid pemulihan mengalami masalah dan kesukaran dalam aspek pelahiran
bahasa. Aspek pelahiran bahasa dapat dibahagikan kepada tiga iaitu fonetik, morfologi dan
sintaksis (Abdullah Yusoff, 2014). Fonetik bermaksud kesukaran mengeluarkan bunyi bahasa
dengan tepat. Morfologi pula bermaksud kesukaran memilih perkataan yang sesuai untuk
dijadikan rujukan apabila bercakap manakala sintaksis ialah masalah dalam menyusun
perkataan untuk dibentuk ayat yang bermakna. Hal ini menunjukkan bahawa pertuturan yang
tidak jelas, sebutan yang menyeleweng daripada bunyi bahasa merupakan masalah dalam
pertuturan.
FOKUS KAJIAN
Pengkaji telah memilih isu ini kerana pengkaji telah mengenal pasti dua orang peserta kajian
yang mempunyai masalah dalam kemahiran membaca perkataan KVKV. Masalah membaca
ini dikesan melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di
dalam kelas. Kelemahan peserta kajian amat ketara ketika disuruh membaca perkataan
KVKV. Pengkaji mendapati bahawa peserta kajian sudah dapat mengenal dan membunyikan
huruf. Bukan itu sahaja, peserta kajian juga didapati boleh membatang suku kata tetapi tidak
boleh menyebut perkataan tersebut. Peserta kajian gemar membunyikan perkataan mengikut
sesuka hati mereka berdasarkan bunyi terhampir. Oleh itu, kajian ini difokuskan kepada
meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV. Menurut Noor Fadzil (2010),
penggunaan BBM dapat membantu menyalurkan maklumat kepada murid berkaitan dengan
mata pelajaran yang diajar dengan lebih jelas dan sistematik. Pengkaji telah menghasilkan kit
607
yang menggunakan bahan maujud dan juga slaid interaktif. Pengkaji menamakan kit tersebut
sebagai kit ‘Celik 2Konsovo.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
1. Meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV dalam kalangan murid pemulihan dengan
menggunakan kit ‘Celik 2Konsovo’.
2. Meningkatkan keyakinan murid pemulihan dalam membaca perkataan KVKV dengan
menggunakan kit ‘Celik 2Konsovo’.
Soalan Kajian
1. Sejauhmanakah kemahiran membaca perkataan KVKV dalam kalangan murid pemulihan
dapat ditingkatkan dengan menggunakan kit ‘Celik 2Konsovo’?
2. Bagaimanakah keyakinan murid pemulihan dalam membaca perkataan KVKV dapat
ditingkatkan dengan penggunaan kit ‘Celik 2Konsovo’?
PESERTA KAJIAN
Dalam penyelidikan tindakan, biasanya kumpulan sasaran akan dikenal pasti semasa guru
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran atau analisis tinjauan awal. Impak atau
hasil pengajaran dan pembelajaran akan dikaji dari aspek tingkah laku, kemahiran atau
pemahaman kepada kumpulan sasaran (Sagor, 2011). Kajian ini melibatkan dua orang
peserta kajian yang mengalami masalah dalam membaca perkataan KVKV. Jadual 1
menunjukkan butiran maklumat bagi kedua-dua peserta kajian.
Peserta Kajian Ciri-Ciri
Peserta Kajian A
Merupakan seorang murid lelaki yang berusia lapan tahun.
Peserta Kajian B Peserta kajian yang mempunyai penguasaan yang lemah bagi
kemahiran membaca. Bersikap pendiam dan hanya bercakap
ketika menjawab soalan sahaja. Namun, peserta kajian ini
merupakan seorang murid yang rajin datang ke sekolah.
Merupakan seorang murid lelaki yang berusia lapan tahun.
Seorang peserta kajian yang sederhana dalam penguasaan
kemahiran membaca. Peserta kajian yang boleh membaca
608
tetapi sangat lemah dalam kemahiran mengingat sesuatu
perkara. Merupakan murid yang cepat bosan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Seorang murid
yang sangat ceria dan suka berinteraksi dengan guru
mahupun rakan sekelas yang lain.
Jadual 1. Butiran Maklumat Peserta Kajian
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Bagi meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV, pengkaji telah menggunakan Kit
‘Celik 2Konsovo’ yang merangkumi tiga tindakan. Jadual 2 menunjukkan senarai aktiviti bagi
pelaksanaan tindakan.
AKTIVITI PENERANGAN
AKTIVITI 1 : DAN 4. Pengkaji menunjukkan slaid media interaktif kepada peserta
AKTIVITI KLIK kajian yang memaparkan perkataan KVKV.
DENGAR
5. Peserta kajian diminta untuk klik dan mendengar cara
AKTIVITI 2 : membatang dan menyebut perkataan tersebut dengan betul.
AKTIVITI PADAN DAN
SEBUT 4. Peserta kajian akan memilih jawapan iaitu ejaan perkataan
KVKV yang betul berdasarkan gambar yang diberi.
AKTIVITI 3 :
DADU DAN SUSUN 5. Peserta kajian diminta untuk membatang dan menyebut jawapan
yang dipilih.
6. Pesera kajian boleh menyemak jawapan sama ada betul atau
tidak.
4. Peserta kajian dikehendaki melambung kotak dadu yang
disediakan.
5. Peserta kajian diminta membuat lompat bintang berdasarkan
bilangan dadu yang dilambung.
6. Peserta kajian perlu mencari gambar KVKV berdasarkan
bilangan dadu tersebut.
7. Peserta kajian perlu mencari huruf yang terdapat dalam kotak
yang telah disediakan supaya membentuk perkataan KVKV.
8. Setelah selesai melengkapkan perkataan KVKV berdasarkan
gambar, peserta kajian perlu membatang dan menyebut
perkataan KVKV.
609
9. Pengkaji menilai pencapaian peserta kajian setelah
melaksanakan kesemua tindakan yang dirancang.
Jadual 2. Senarai Aktiviti Pelaksanaan Tindakan
KAEDAH MENGUMPUL DATA
Pengumpulan dan analisis data memerlukan penjelasan secara terperinci tentang kaedah
pengumpulan data yang dipilih, instrumen yang digunakan dan cara-cara menganalisis data
tersebut. Prosedur pengumpulan data dan penganalisisan data harus berkait rapat dengan
pengajaran dan pembelajaran serta dapat menjawab objektif dan soalan kajian (Chow Fook
Meng & Jaizah Mahamud, 2011). Pengkaji menggunakan dua kaedah mengumpul data iaitu
pemerhatian dan analisis dokumen.
Pemerhatian
Pengkaji akan melaksanakan pemerhatian terhadap peserta kajian semasa mereka mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran pada gelung pertama. Pemerhatian ini adalah bertujuan
untuk memerhati tahap peserta kajian dalam menyebut kesemua perkara dalam kemahiran
membaca perkataan KVKV dan perubahan tingkah laku mereka dalam bilik darjah semasa
intervensi dijalankan. Pengkaji akan menyediakan dua jenis borang berbentuk skala likert iaitu
kemahiran menyebut dan tingkah laku seperti Lampiran 3. Skala likert ini terdiri daripada lima
tahap iaitu kurang baik (1), memuaskan (2), sederhana baik (3), baik (4) dan sangat baik (5).
Analisis Dokumen
Sebagai penyelidikan berskala kecil, pengkaji boleh menggunakan kaedah-kaedah lain
seperti analisis dokumen. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada pengkaji
kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada dan sukar untuk menipu (Kamarul Azmi,
2012). Oleh itu, pengkaji boleh mengumpul data melalui dokumen seperti lembaran kerja,
buku latihan murid dan sebagainya yang berkaitan dengan isu pengkaji. Lembaran kerja
digunakan untuk menilai perubahan pencapaian murid sebelum dan selepas tindakan
dilaksanakan. Lembaran kerja adalah berbentuk latih tubi membaca perkataan KVKV. Soalan
yang terdapat dalam Latihan 1 dan Latihan 2 ini adalah sama. Latihan 1 merupakan lembaran
kerja yang diberikan sebelum menjalankan intervensi bagi mengesan kekerapan kesalahan
murid dengan lebih terperinci. Manakala Latihan 2 ialah lembaran kerja yang diberikan
selepas selesai tindakan intervensi untuk melihat peningkatan pencapaian peserta kajian
dalam kemahiran membaca perkataan KVKV.
610
CARA MENGANALISIS DATA
Setelah proses pengumpulan data dilaksanakan, pengkaji telah menganalisis data yang
diperoleh. Analisis data ini dilakukan bertujuan untuk menilai sejauh mana tindakan yang
dijalankan dapat memberikan peningkatan kemahiran peserta kajian selari dengan objektif
yang ditetapkan.
CARA MENYEMAK DATA
Semakan data dalam kajian ini dilaksanakan berdasarkan data-data yang telah dikumpul dan
dianalisis menggunakan triangulasi data. Terdapat dua instrumen yang digunakan iaitu
pemerhatian dan analisis dokumen.
DAPATAN KAJIAN
Objektif 1: Meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV dalam kalangan murid
pemulihan dengan menggunakan kit ‘Celik 2Konsovo’.
Pemerhatian
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak item
kemahiran membaca perkataan KVKV sebelum dan selepas intervensi bagi peserta kajian A
dan peserta kajian B.
Bil. Item Peserta Kajian A Peserta Kajian B
1 23 4 5 12 3 4 5
1. Membunyikan suku kata awal / /
dengan betul
2. Menyebut suku kata awal dengan / /
betul
3. Membunyikan suku kata akhir / /
dengan betul
4. Menyebut suku kata akhir dengan / /
betul
611
5. Menyebut perkataan KVKV / /
dengan betul
6. Membaca perkataan KVKV / /
dengan betul
Jadual 3. Senarai Semak Item Kemahiran Membaca Perkataan KVKV Sebelum Intervensi
Jadual 3 menunjukkan data yang diperolehi berdasarkan senarai semak sebelum
intervensi dilaksanakan menunjukkan peserta kajian lemah dan tidak menguasai kemahiran-
kemahiran yang diuji seperti kemahiran membunyikan suku kata, kemahiran menyebut suku
kata, kemahiran menyebut perkataan dan kemahiran membaca perkataan KVKV.
Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, peserta kajian A dan B boleh mengenali dan
menyebut huruf yang membentuk perkataan KVKV yang diuji. Namun demikian, peserta
kajian mempunyai masalah berkaitan dengan kemahiran membaca yang lain seperti
membunyi dan menyebut suku kata dan perkataan.
Bil. Item Peserta Kajian A Peserta Kajian B
1 23 4 5 12 3 4 5
1. Membunyikan suku kata awal / /
dengan betul
2. Menyebut suku kata awal dengan / /
betul
3. Membunyikan suku kata akhir / /
dengan betul
4. Menyebut suku kata akhir dengan / /
betul
5. Menyebut perkataan KVKV / /
dengan betul
6. Membaca perkataan KVKV / /
dengan betul
Jadual 4. Senarai Semak Item Kemahiran Membaca Perkataan KVKV Selepas Intervensi
Berdasarkan senarai semak dalam Jadual 4, jelas menunjukkan peningkatan
pencapaian peserta kajian dalam aspek kemahiran membaca yang telah disenaraikan.
Pemerhatian yang dijalankan bukan sahaja dijalankan selepas intervensi dilaksanakan.
612
Pemerhatian juga dinilai semasa pelaksanaan aktiviti intervensi dilaksanakan ke atas peserta
kajian. Hasil dapatan yang direkodkan dalam senarai semak selepas intervensi dilaksanakan
juga mengambil kira perkembangan pencapaian peserta kajian semasa pelaksanaan aktiviti
intervensi.
Peserta kajian A dan B sememangnya menunjukkan peningkatan pencapaian yang
positif berdasarkan perkembangan semasa pelaksanaan aktiviti intervensi dan selepas
intervensi dijalankan. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa objektif yang pertama iaitu untuk
meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV menggunakan kit ‘Celik 2Konsovo’ juga
telah tercapai.
Analisis Dokumen
Sebelum pelaksanaan tindakan dibuat, satu lembaran kerja telah diberikan bagi tujuan
pengesanan masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan Tahun 2. Lembaran kerja yang
diberikan merupakan latihan 1. Lembaran kerja ini meminta peserta kajian untuk membaca
enam perkataan KVKV. Instrumen pemerhatian iaitu menggunakan borang senarai semak
telah digunakan semasa pengumpulan data sebelum dan selepas tindakan. Pengumpulan
data dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti sama ada peserta kajian menghadapi
masalah dalam kemahiran membaca perkataan yang difokuskan. Satu set soalan lembaran
kerja ini mengandungi enam perkataan. Jadual 6 menunjukkan keputusan bagi Latihan 1 yang
diberikan kepada peserta kajian A dan B sebelum tindakan dijalankan.
Bil Perkataan Peserta Kajian A Peserta Kajian B
1 feri XX
2 mata X/
3 meja XX
4 kuda XX
5 ceri XX
6 buku XX
Jumlah 0/6 1/6
Jadual 5. Keputusan Latihan 1 sebelum tindakan dijalankan
Berdasarkan data dalam Jadual 5 iaitu pencapaian peserta kajian yang diambil
sebelum intervensi dijalankan, jelas menunjukkan bahawa peserta kajian A dan peserta kajian
613
B mengalami masalah dalam membaca perkataan KVKV. Kedua-dua peserta kajian
mengalami masalah bahasa dalam kemahiran membaca iaitu masalah suku kata iaitu tidak
dapat membatang dan menyebut suku kata terbuka KV dengan betul untuk membentuk
perkataan KVKV. Namun demikian, peserta kajian boleh mengenali dan menyebut huruf
dengan betul.
Dapatan pencapaian ini tidak digunakan bagi membandingkan pencapaian antara
peserta kajian A dan B. Hasil dapatan pencapaian murid ini digunakan untuk menilai tahap
pencapaian peserta kajian sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan. Setelah menilai
pencapaian peserta kajian dalam Latihan 1 yang diberikan sebelum melaksanakan intervensi,
pengkaji dapat mengenal pasti bahawa kedua-dua peserta kajian ini tidak dapat membatang
perkataan KVKV dengan baik. Salah satu faktor ketidakbolehan tersebut adalah kurangnya
keyakinan diri untuk membatang dan membaca perkataan KVKV yang dikatakan sukar bagi
peserta kajian.
Bil Perkataan Peserta Kajian A Peserta Kajian B
1 feri X/
2 mata //
3 meja //
4 kuda //
5 ceri XX
6 buku //
Jumlah 4/6 5/6
Jadual 6. Keputusan Latihan 2 selepas tindakan dijalankan
Berdasarkan Jadual 6, terdapat peningkatan pencapaian bagi peserta kajian A dan B. Selepas
tindakan dijalankan, peserta kajian menunjukkan peningkatan pencapaian yang positif dalam
kemahiran membaca perkataan KVKV. Pencapaian yang diperolehi oleh peserta kajian A dan
B ini dianggap sudah memberangsangkan bagi murid pemulihan yang menjalani intervensi
selama tempoh masa yang singkat.
Setelah menjalankan sesi intervensi yang merangkumi tiga set aktiviti tindakan yang
telah dirancang, peserta kajian boleh membatang suku kata KVKV dengan betul. Selain itu,
peserta kajian juga boleh membaca perkataan KVKV setelah membatang perkataan tersebut
614
dengan betul. Pencapaian peserta kajian agak memberangsangkan jika dibandingkan dengan
pencapaian murid sebelum intervensi dilaksanakan.
Objektif 2: Meningkatkan keyakinan murid pemulihan dalam membaca perkataan KVKV
dengan menggunakan kit ‘Celik 2Konsovo’.
Pemerhatian
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak keyakinan
peserta kajian dalam membaca perkataan KVKV. Hal ini demikian untuk menilai sejauh mana
keberkesanan kit ‘Celik 2Konsovo’ dalam membantu peserta kajian meningkatkan keyakinan
dalam membaca perkataan KVKV. Jadual 7 menunjukkan senarai semak item item keyakinan
peserta kajian dalam membaca perkataan KVKV sebelum dan selepas intervensi dijalankan.
Bil. Item Sebelum Selepas
PKA PKB PKA PKB
Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak
1. Hanya berdiam diri / / / /
sahaja apabila diminta / / /
membaca perkataan / / /
KVKV. / / /
2. Berani mencuba /
membatang dan
membaca perkataan
KVKV.
3. Terus membaca /
perkataan KVKV
dengan yakin.
4. Membaca perkataan /
KVKV dengan betul.
Jadual 7. Senarai Semak Item Keyakinan Peserta Kajian Dalam Membaca Perkataan KVKV
Sebelum dan Selepas Intervensi
615
Berdasarkan Jadual 7 di atas, peserta kajian A dan peserta kajian B menunjukkan
peningkatan tahap keyakinan diri dalam membaca perkataan KVKV. Jika dibandingkan
dengan sebelum intervensi dijalankan, peserta kajian sudah berkeyakinan untuk membatang
dan membaca perkataan KVKV yang diuji. Sebelum intervensi dijalankan, peserta kajian
hanya berdiam diri sahaja apabila tidak tahu membaca perkataan KVKV yang diuji.
Peningkatan tahap keyakinan diri ditunjukkan apabila peserta kajian sudah berani untuk
membatang dan menyebut perkataan KVKV. Selain itu, tahap keyakinan peserta kajian juga
boleh dinilai apabila peserta kajian berani mencuba untuk membatang dan membaca
perkataan KVKV.
Di samping itu, keyakinan diri peserta kajian dapat dinilai semasa pelaksanaan aktiviti.
Kedua-dua peserta kajian menunjukkan keyakinan diri yang positif dalam melaksanakan
setiap aktiviti intervensi yang telah dirancang. Pada peringkat awal iaitu sebelum intervensi
dilaksanakan, peserta kajian tidak dapat membunyikan suku kata awal dan akhir dengan
betul. Seterusnya, peserta kajian juga membatang dan menyebut perkataan KVKV tidak
mengikut sebutan yang betul. Hal ini demikian kerana peserta kajian berasa tidak yakin pada
diri sendiri untuk membaca perkataan KVKV yang diuji. Namun demikian, peserta kajian telah
berjaya membatang dan menyebut perkataan KVKV dengan betul setelah intervensi
dijalankan. Hal ini dapat dilihat kerana peserta kajian terus membaca perkataan KVKV dengan
yakin.
Justeru, keyakinan diri peserta kajian juga meningkat apabila murid berjaya untuk
membaca perkataan KVKV dengan betul jika dibandingkan dengan keyakinan diri peserta
kajian sebelum intervensi dijalankan. Analisis data menjawab soalan kedua dalam kajian ini
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam keyakinan diri peserta kajian dalam
membaca perkataan KVKV.
REFLEKSI
Secara keseluruhannya, selepas menjalankan aktiviti tindakan kepada peserta kajian,
pengkaji mendapati bahawa terdapat perubahan yang positif kepada peserta kajian dalam
aspek kemahiran membaca dan keyakinan diri dalam sesi pembelajaran. Pengkaji berpuas
hati dengan perkembangan dan peningkatan yang ditunjukkan oleh peserta kajian selepas
mendapati bahawa peserta kajian sudah boleh menguasai kemahiran membaca perkataan
KVKV. Walaupun kemahiran membaca perkataan ini hanya suatu kemhiran yang asas tetapi
ia boleh menjejaskan dari segi akademik dan sosial murid dalam kehidupan seharian.
616
Melalui tindakan yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian
dapat membaca perkataan KVKV dengan betul selepas aktiviti tindakan dilaksanakan.
Contohnya, terdapat peningkatan yang boleh dikesan melalui Latihan 2 berbanding dengan
Latihan 1 yang dilakukan sebelum tindakan dijalankan. Peserta kajian juga menunjukkan
perubahan prestasi yang baik dan positif sepanjang intervensi dijalankan. Walaupun
peningkatan dilihat berlaku dalam kadar yang tidak besar tetapi perubahan positif dalam diri
peserta kajian membuktikan keberkesanan kaedah yang dilaksanakan. Langkah tindakan
yang telah dirancang memerlukan peserta kajian untuk melakukan tiga aktiviti berpandukan
kit ‘Celik 2Konsovo’ yang bertujuan meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV
dengan betul.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Setelah selesai melaksanakan kajian tindakan ini mengikut perancangan yang telah dirangka,
terdapat beberapa cadangan tindakan susulan yang boleh dilakukan pada masa hadapan
sebagai penambahbaikan kepada tindakan yang dilaksanakan sebelumnya. Hal ini amat
penting agar kajian ini boleh diperluaskan pada masa akan datang. Antara cadangan dan
tindakan susulan tersebut adalah mengaplikasikan penggunaan kit ‘Celik 2Konsovo’ dalam
belajar membaca perkataan yang lain dalam Bahasa Melayu. Kit ‘Celik 2Konsovo’ ini bukan
sahaja boleh digunakan kepada murid pemulihan semasa membaca perkataan KVKV. Malah
murid juga boleh menggunakan kit tersebut dalam kemahiran lain seperti membaca perkataan
KVKVKV, KVKVK, KVKKV dan sebagainya. Dalam erti kata lain, kit ‘celik 2Konsovo’ ini boleh
digunakan sebagai bahan bantu mengajar yang fleksibel supaya proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat meningkatkan kemahiran membaca murid
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Selain itu, penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah dengan menggunakan kit
‘Celik 2Konsovo’ ini kepada murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang
berbeza iaitu murid tahap cemerlang, baik, sederhana dan lemah. Perbandingan pencapaian
yang dilakukan akan lebih mengukuhkan lagi keberkesanan penggunaan kit ‘Celik 2Konsovo’
yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu serta dapat
membuktikan bahawa penggunaan kit ini sesuai digunakan oleh murid yang mempunyai
pelbagai tahap pencapaian.
617
RUJUKAN
Abdullah Yusoff. (2014). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Emeritus
Publication.
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan
dalam Pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam PenyelidikanKualitatitif.
Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 di Puteri Resort Melaka pada 28-29 Mac 2012.
Noor Fadzil. (2010). Penerimaan pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling. Educational Counselling, 2010, 91.
Sagor, R. (2011). The action research guidebook. California: SAGE Publication.
Yahya. (2011). Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan Guru Guru
Teknikal di Sekolah Menengah Teknik Dari Perspektif Guru. Universiti Teknologi
Malaysia: Bachelor’s thesis.
618
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN OPERASI PENDARABAN 1 HINGGA 5 MURID
MODERATE INTELLECTUAL DISABILITY MENGGUNAKAN DARABAKUS
Airie Jimson anak Iha
Dr. Mohd Zamri bin Abdullah
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid Moderate Intellectual Disability dalam menyelesaikan
operasi pendaraban 1 hingga 5 dengan gandaan 1 hingga 5. Peserta kajian ialah seorang murid Program
Pendidikan Khas Integrasi di salah sebuah sekolah di daerah Kota Bharu. Model penyelidikan tindakan adalah
berasaskan Model Kemmis & McTaggart (1988). Tinjauan awal mendapati peserta kajian ini lemah dalam
menyelesaikan operasi pendaraban nombor iaitu keliru antara operasi tambah dan darab serta kurang
kefahaman terhadap konsep asas untuk mendarab. Oleh itu, pengkaji telah melaksanakan tindakan intervensi
menggunakan Darabakus yang berteraskan terapi cara kerja. Pengkaji telah menggunakan ujian bertulis untuk
sebelum dan selepas intervensi, pemerhatian berstruktur dan temu bual berstruktur sebagai instrumen kajian
dalam pengumpulan data. Dapatan kajian memperlihatkan perlaksanaan intervensi menggunakan Darabakus
mampu meningkatkan kemahiran peserta kajian untuk menyelesaikan operasi pendaraban 1 hingga 5 dengan
gandaan 1 hingga 5 dan secara langsung dapat meningkatkan kecekapannya. Bagi tujuan lanjutan, dicadangkan
supaya sistem ganjaran diimplimentasikan ke dalam intervensi untuk menggalakkan peserta kajian memberikan
usaha yang sepenuhnya. Hasil kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada semua pihak dalam
membantu murid pendidikan khas menguasai kemahiran operasi pendaraban.
Kata Kunci: Operasi Pendaraban, Murid Moderate Intellectual Disability, terapi cara kerja
ABSTRACT
This research aims to enhance the skills of Moderate Intellectual Disability pupil in solving multiplication
operations within 1 to 5 with multiples of 1 to 5. The research participant was a pupil from the Integrated Special
Education Programme at one of the schools in Kota Bharu district. The action research model was based on
Kemmis & McTaggart Model (1988). Preliminary data collection found that the research participant in this
research was weak in solving multiplication operations as the research participant was confused between the
concepts of multiplication and additition, and lacked in understanding of the basics for multiplication. Thus, the
researcher had carried out an intervention using Darabakus based on the method of occupational therapy.
Researcher had used tests before and after the intervention, structured observations, and structured interviews
as research instruments in data collection. The findings showed that the intervention carried out using Darabakus
was able to enhance the skills of the research participant to solve multiplication operations within 1 to 5 with
multiples of 1 to 5, hence, able to improve research participant’s effiency. For further research, it is recommended
that a reward system is to be integrated into the intervention to encourage the research participant to participate
with full effort. The results of this research are expected to be useful in serving as a reference to all parties in
helping special education students acquirimg multiplication operations skills.
Keywords: Multiplication operations, Moderate Intellectual Disability pupil, occupational therapy
619
PENGENALAN
Program Pendidikan khas Integrasi (PPKI) ialah satu program yang direka khusus untuk memenuhi
keperluan pendidikan murid-murid berkeperluan khas (MBK). Dalam bidang pendidikan sains dan
matematik, matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang penting di mana penguasaan dan
kecemerlangan matematik menjadi asas kepada sesebuah negara maju (Hamdan Said, 2000). Dalam
kurikulum PPKI, mata pelajaran matematik telah diubahsuai agar sesuai dengan tahap dan
kemampuan MBK yang mengikuti PPKI.
Namun begitu, matematik sering dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar untuk difahami
dan membosankan. Justeru itu, murid sering tidak mahir untuk mengaplikasikan kemahiran
matematik dalam kehidupan harian. Dalam pada itu, operasi pendaraban merupakan salah satu topik
yang mencabar dan sukar dikuasai oleh murid (Barmby, 2009). Situasi ini adalah sangat tidak asing
dalam kalangan MBK terutamanya murid lambat pembelajaran kategori moderate intellectual
disability. Ada yang sehingga sekolah menengah masih lagi tidak menguasai keempat-empat operasi
asas matematik.
Bagi menyelesaikan masalah ini, kajian lepas telah menunjukkan bahawa terdapat pelbagai
kaedah yang boleh digunakan untuk murid ‘moderate intellectual disability’. Salah satunya ialah
kaedah berasakan terapi cara kerja (Osiceanu & Zaharescu, 2017). Sehubungan dengan itu, intervensi
menggunakan BBM Darabakus yang dirancang adalah bersandarkan kaedah tersebut.
FOKUS KAJIAN
Hasil daripada pengalaman praktikum selama 3 bulan, pengkaji mendapati terdapat seorang murid
‘moderate intellectual disability’ yang mengalami masalah dalam menyelesaikan operasi pendaraban.
Murid tersebut tidak menguasai konsep asas mendarab yang terdiri daripada konsep kumpulan dan
ahli, konsep penambahan nombor sama dan konsep lajur dan baris. Peserta kajian juga telah dikenal
pasti keliru antara konsep pendaraban dan penambahan. Pengaplikasian intervensi menggunakan
Darabakus ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran peserta kajian menyelesaikan operasi
pendaraban 1 hingga 5 dengan gandaan 1 hingga 5 ke tahap yang lebih baik.
620
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
1. Meningkatkan kemahiran murid Pendidikan Khas ‘moderate intellectual disability’ dalam
menyelesaikan operasi pendaraban 1 hingga 5 dengan gandaan 1 hingga 5 menggunakan
Darabakus.
2. Meningkatkan kecekapan murid Pendidikan Khas Pendidikan Khas ‘moderate intellectual
disability’ dalam menyelesaikan operasi pendaraban 1 hingga 5 dengan gandaan 1 hingga 5
menggunakan Darabakus.
Soalan Kajian
1. Sejauh manakah kemahiran murid Pendidikan Khas Pendidikan Khas ‘moderate Intellectual
disability’ dalam menyelesaikan operasi pendaraban 1 hingga 5 dengan gandaan 1 hingga 5 dapat
ditingkatkan dengan menggunakan Darabakus?
2. Sejauh manakah kecekapan murid Pendidikan Khas Pendidikan Khas ‘moderate Intellectual
disability’ dalam menyelesaikan operasi pendaraban 1 hingga 5 dengan gandaan 1 hingga 5 dapat
ditingkatkan dengan menggunakan Darabakus?
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian iaitu Murid A ialah seorang murid lelaki yang berumur 11 Tahun, dari kelas 5 Adil. Murid
A menghadapi masalah pembelajaran pelbagai iaitu hiperaktif dan lambat pembelajaran. Murid A juga
tergolong dalam kategori ‘moderate intellectual disability’. Menurut Gluck (2014), ciri-ciri individu
dengan ‘moderate intellectual disability’ merangkumi perkembangan motor dan komunikasi yang
lambat, kesukaran memahami arahan kompleks, berkomunikasi lisan dengan cara yang ringkas dan
mudah serta memerlukan arahan dan bimbingan yang lebih berbanding individu lain.
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Langkah-Langkah Aktiviti Tindakan
Bagi meningkatkan kemahiran murid dalam menyelesaikan operasi pendaraban, pengkaji telah
melaksanakan intervensi menggunakan BBM Darabakus. Langkah-langkah intervensi adalah seperti
dalam Jadual 1.
621
Jadual 1.
Langkah-langkah Intervensi Menggunakan Darabakus
Langkah Penerangan Rajah
Langkah 1: 1. Murid A diberi pendedahan
Memperkenalkan mengenai Darabakus.
BBM Darabakus
2. Murid A diperkenalkan kepada
bahagian-bahagian pada
Darabakus. Contoh, ‘rumah’,
‘orang’ dan lacinya.
Rajah 1. BBM Darabakus
Langkah 2: 1. Murid A diberikan set soalan
Memberikan operasi pendaraban 1 dengan
soalan latihan gandaan 1 hingga 5.
operasi
pendaraban 1
Rajah 2. Soalan latihan
Langkah 3: 1. Murid A menulis ayat matematik
Menulis ayat operasi darab yang ingin
matematik operasi diselesaikan di ruangan khas pada
darab pada BBM Darabakus.
Rajah 3. Murid A menulis
ayat matematik operasi
pendaraban
Langkah 4: 1. Murid A menyusun ‘rumah’ yang
Mengira hasil diambil dari laci kucing mengikut
nombor yang ditulis pada ruangan
darab khas di bawah laci itu.
menggunakan
BBM
Rajah 4. Murid A menyusun
‘rumah’
622
1. Murid A menyusun ‘orang’ yang
diambil dari laci coklat mengikut
nombor yang ditulis pada ruangan
khas di bawah laci itu.
Langkah 5: Rajah 5. Murid A menyusun
Mengulang ‘orang’
semula dari
Langkah 2 1. Murid A mengira bilangan kesemua
‘orang’ yang disusun di bawah
setiap ‘rumah’ dan menulis
jawapan pada ruang yang
disediakan.
Rajah 6. Murid A menulis
jawapan
1. Murid A diberikan set soalan
latihan operasi pendarab 2 hingga
5.
2. Murid A melalui intervensi selama
3 minggu, sebanyak 2 sesi dalam
seminggu.
Kaedah Pengumpulan Data
Setelah meneliti dan memerhati situasi kajian, pengkaji telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan
data untuk mencapai objektif dan menjawab soalan kajian iaitu ujian bertulis, pemerhatian
berstruktur dan temu bual berstruktur.
1. Ujian Bertulis
Kaedah pengumpulan data yang utama untuk menentukan prestasi Murid A. Dalam gelung 1,
diberikan kepada Murid A pada sebelum dan selepas intervensi. Dalam gelung 2, hanya diberikan
selepas intervensi.
2. Pemerhatian Berstruktur & Temu bual Berstruktur
Dijalankan oleh pengkaji untuk melihat bagaimana intervensi yang dilaksanakan menggunakan
Darabakus memberi kesan kepada Murid A. Dalam gelung 1, dilakukan pada awal dan akhir
intervensi. Dalam gelung 2, hanya dilakukan pada akhir intervensi.
623
Cara Menganalisis Data
Setelah memperoleh data, pengkaji menganalisis data kualitatif tersebut untuk menilai keberhasilan
dapatan kajian bagi melihat sejauh mana keberkesanan intervensi yang dilaksanakan. Perbandingan
juga dibuat untuk menentukan samada berlaku peningkatan atau tidak terhadap kemahiran dan
kecekapan Murid A menyelesaikan operasi pendaraban yang diberikan semasa intervensi.
Cara Menyemak Data
Data-data yang dikumpul telah disemak dan dianalisis menggunakan triangulasi sumber data. Tiga
instrumen iaitu ujian bertulis, pemerhatian berstruktur dan temu bual berstruktur.
DAPATAN KAJIAN
Kajian dilaksanakan sebanyak dua gelung bersandarkan model kajian Kemmis & McTaggart (1988).
Darabakus telah ditambah baik dalam gelung 2 kajian untuk meningkatkan keberkesanan intervensi
yang dilaksanakan.
Rajah 7. Darabakus versi kedua yang Rajah 8. Darabakus versi ketiga
digunakan dalam gelung 1 yang digunakan dalam gelung 2
Penambah baikan pada Darabakus versi ketiga ialah kepelbagaian ‘orang’ kerana Murid A
bosan menggunakan ‘orang’ yang sama-sama. Selain itu, bahagian ‘JOM TAMBAH’ untuk Murid A
semak semula jawapan yang diperoleh agar tidak tersilap. Penambah baikan ini adalah bertujuan
untuk membantu Murid A agar mampu menyelesaikan operasi pendaraban dengan betul atas
keupayaannya sendiri, tanpa bergantung kepada bimbingan.
624
Objektif 1: Meningkatkan kemahiran murid Pendidikan Khas moderate Intellectual disability dalam
menyelesaikan operasi pendaraban 1 hingga 5 dengan gandaan 1 hingga 5 menggunakan Darabakus.
a. Ujian Bertulis
Jadual 2
Skor Item dan Jumlah Markah Keseluruhan Ujian Bertulis
Gelung 1: Item Item 2 Item 3 Item 4 Item 5 Jumlah Peratus
Sebelum Intervensi 1 Markah (%)
Gelung 1: 0/5 1/5 0/5 0/5 0/5 4
Selepas Intervensi 1/25
Gelung 2:
Selepas Intervensi 5/5 4/5 4/5 3/5 3/5 19/25 76
5/5 5/5 5/5 5/5 4/5 24/25 96
Berdasarkan Jadual 2, perbandingan ujian bertulis pada sebelum dan selepas intervensi dalam gelung
1 menunjukkan Murid A memperoleh peningkatan dalam skor setiap item ujian dan markah
keseluruhan. Perbandingan ujian pada selepas intervensi antara gelung 1 dan 2 juga menunjukkan
peningkatan dalam skor setiap item dan markah keseluruhan. Kesimpulannya, intervensi yang
dilaksanakan dapat membantu meningkatkan kemahiran Murid A untuk menyelesaikan operasi darab
1 hingga 5 dengan gandaan 1 hingga 5.
b. Pemerhatian Berstruktur
Jadual 3
Skala untuk Setiap Aspek dalam Senarai Semak Pemerhatian Berstruktur
SKALA
1 : Tidak Setuju - peserta kajian tidak mampu capai dengan kemampuan sendiri atau
bimbingan pengkaji.
2 : Kurang Setuju - peserta kajian mampu capai dengan bimbingan pengkaji.
3 : Setuju - peserta kajian mampu capai dengan kemampuan sendiri.
625
Jadual 4
Data Pemerhatian Berstruktur Aspek 1
BIL. PEMERHATIAN SKALA
GELUNG 1 GELUNG 2
Akhir
Awal Akhir
Intervensi
Intervensi Intervensi 3
Aspek 1: Kemahiran Menyelesaikan Operasi Darab 3
1. Dapat menulis ayat matematik untuk 2 3 2
semua operasi darab 1 hingga 5 dengan 3
3
gandaan 1 hingga 5 dengan betul.
2. Dapat mengaplikasikan salah satu 1 2
daripada tiga konsep asas mendarab
untuk menyelesaikan semua operasi
pendaraban yang diberikan dengan
betul.
3. Dapat menghafal hasil darab untuk 1 2
semua operasi darab 1 hingga 5 dengan
gandaan 1 hingga 5.
4. Tidak keliru antara operasi pendaraban 1 3
dengan penambahan.
5. Dapat menggunakan Darabakus untuk 2 2
menyelesaikan semua operasi
pendaraban 1 hingga 5 dengan gandaan
1 hingga 5 dengan betul.
Nota. 1 : Tidak Setuju, 2 : Kurang Setuju dan 3 : Setuju (Rujuk Jadual 3).
Berdasarkan Jadual 4, Murid A telah menguasai item 1 dan 4 dalam senarai semak pada akhir
intervensi dalam gelung 1. Namun, Murid A masih bergantung kepada bimbingan untuk mencapai
item 2, 3 dan 5. Dalam gelung 2, Murid A telah mampu mencapai item 2 dan 5 dengan kemampuannya
sendiri pada akhir intervensi. Akan tetapi, Murid A masih memerlukan bimbingan untuk mencapai
item 3 sama seperti dalam gelung 1. Kesimpulannya, pemerhatian menunjukkan intervensi yang
dilaksanakan dapat meningkatkan kemahiran Murid A untuk menyelesaikan operasi pendaraban 1
hingga 5 dengan gandaan 1 hingga 5.
626
c. Temu Bual Berstruktur
Jadual 5
Soalan Temu Bual Aspek 1
Bil. Soalan
Aspek 1: Kemahiran Menyelesaikan Operasi Darab
1. Adakah kamu pandai menulis ayat matematik untuk operasi darab 1 darab 1
sama dengan 1?
2. Berapakah 4 darab 2?
3. Cuba kamu berikan jawapan untuk semua soalan darab yang cikgu tanya.
4. Adakah 3 tambah 2 sama dengan 3 darab 2?
5. Bolehkah kamu menggunakan Darabakus untuk selesaikan semua soalan
darab yang diberi?
Jadual 6
Transkripsi Temu Bual Aspek 1
Soalan Gelung 1 Gelung 2
Akhir Intervensi
Awal Intervensi Akhir Intervensi
(Transkripsi lebih kurang
1. Pandai sikit-sikit. 1 x 1 = Pandai. 1 x 1 = 1. sama seperti pada akhir
1 intervensi gelung 1)
2. Enam. Lapan.
3. 1 darab 1, 2. 1 darab 2, 1 darab 1, 1. 1 darab 2,
3. 1 darab 3, 4… 2. 1 darab 3, 3…
4. Sama. Tidak. 3 tambah 2, lima.
3 darab 2, enam.
5. Tak pandai guna ni. Boleh.
Berdasarkan Jadual 6, transkripsi temu bual bersama Murid A dalam gelung 1 dan 2 telah menyokong
hasil dapatan pemerhatian oleh pengkaji dalam seperti dalam Jadual 4. Semasa temu bual dijalankan,
pengkaji telah menilai tahap kebergantungan Murid kepada bimbingan untuk memberikan respons
yang positif secara verbal dan non-verbal kepada soalan-soalan yang disoal. Kesimpulannya, objektif
627
1 kajian dapat dicapai. Hasrat pengkaji dalam gelung 2 untuk membantu Murid A agar tidak
bergantung kepada bimbingan juga tercapai.
Objektif 2: Meningkatkan kecekapan murid Pendidikan Khas Pendidikan Khas moderate Intellectual
disability dalam menyelesaikan operasi pendaraban 1 hingga 5 dengan gandaan 1 hingga 5
menggunakan Darabakus.
a. Ujian Bertulis
Satu soalan daripada setiap item dalam ujian telah dipilih oleh pengkaji untuk menguji kecekapan
Murid A.
Jadual 7
Masa Murid A Menyelesaikan Soalan Operasi Pendaraban yang Diberikan
Item Soalan Gelung 1 Gelung 2
Akhir Intervensi,
1 1x3 Awal Intervensi, Akhir Intervensi,
2 2x4 s
3 3x2 ss 11.70
4 4x5 38.32
5 5x2 22.37 9.16 26.96
53.71
32.56 7.29 32.64
19.16 17.95
54.41 7.71
40.23 9.78
Berdasarkan Jadual 7, masa Murid A untuk menyelesaikan setiap operasi pendaraban telah
berkurang pada akhir intervensi berbanding awal intervensi dalam gelung 1. Dalam gelung 2, masa
Murid A pada akhir intervensi telah meningkat apabila dibandingkan dengan masa pada akhir
intervensi dalam gelung 1. Kesimpulannya, intervensi yang dilaksanakan dalam gelung 1 kajian telah
mampu meningkatkan kecekapan Murid A, manakala Intervensi dalam gelung 2 pula mengurangkan
kecekapan Murid A jika dibandingkan dengan gelung 1.
628
b. Pemerhatian Berstruktur
Jadual 8
Data Pemerhatian Berstruktur Aspek 2
BIL. ASPEK SKALA
GELUNG 1 GELUNG 2
Akhir
Awal Akhir
Intervensi
Intervensi Intervensi 2
Aspek 2: Kemahiran Menyelesaikan Operasi Darab 3
3
1. Perlu masa 30 saat dan ke bawah untuk 1 2 3
2
menyelesaikan setiap operasi darab 2 3
2
yang diberikan secara rawak dengan 2
betul.
2. Dapat memberikan jawapan hasil darab 2
sesuatu operasi yang diberikan secara
lisan dengan betul.
3. Dapat memberikan jawapan hasil darab 2
sesuatu operasi yang diberikan secara
bertulis dengan betul.
4. Dapat menyelesaikan semua operasi 2
darab 1 hingga 5 dengan gandaan 1
hingga 5 menggunakan Darabakus
dengan betul.
5. Dapat menyelesaikan semua operasi 1
darab 1 hingga 5 dengan gandaan 1
hingga 5 tanpa menggunakan Darabakus
dengan betul.
Nota. 1 : Tidak Setuju, 2 : Kurang Setuju dan 3 : Setuju (Rujuk Jadual 3).
Berdasarkan Jadual 8, Murid A memerlukan bimbingan untuk mencapai semua item senarai semak
pemerhatian dalam gelung 1. Dalam gelung 2 pula, Murid A telah menguasai item 2, 3, 4 dan 5. Murid
A masih tidak menguasai item 1 dalam gelung 2 kerana apabila menyemak semula jawapan, Murid A
memerlukan masa yang lebih untuk memastikan jawapan yang diberikan adalah betul.
629