CARA MENYEMAK DATA
Data-data yang dikumpul telah disemak dan dianalisis menggunakan triangulasi
sumber data. Tiga instrumen iaitu pemerhatian berstruktur, ujian kecergasan fizikal dan
rakaman video.
Rajah 1: Proses Triangulasi Data
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut objektif khusus kajian
dan juga akan menjawab tiga soalan kajian yang dibina.
Bahagian 1: Objektif kajian: Meningkatkan kemahiran murid mengenalpasti
bentuk dua dimensi melalui penggunaan aplikasi B2D!.
Soalan kajian: Adakah kemahiran murid mengenalpasti bentuk
dua dimensi dapat dipertingkatkan melalui pengunaan aplikasi
B2D!?
1) PEMERHATIAN
Pengkaji membuat pemerhatian dengan menggunakan instrumen senarai semak
untuk menilai kemahiran murid mengenalpasti bentuk dua dimensi. Pemerhatian ini juga
merangkumi sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan kepada peserta kajian. Berikut
merupakan hasil dapatan:
40
BIL. ITEM SKOR CATATAN
1 23
1. Mengenal konsep bentuk dua dimensi dan /
bentuk bulatan, segi tiga, segi empat sama
dan segi empat tepat.
2. Menulis nama bentuk berdasarkan bentuk /
yang diberikan.
3. Mengenal ciri-ciri bentuk bulatan, segi tiga, /
segi empat sama dan segi empat tepat.
4. Membezakan bentuk dua dimensi dan bentuk /
tiga dimensi berdasarkan bentuk dan
objeknya.
Jadual 3 Senarai Semak Kemahiran Mengenalpasti Bentuk Dua Dimensi Sebelum Tindakan
BIL. ITEM SKOR CATATAN
1 23
1. Mengenal konsep bentuk dua dimensi dan /
bentuk bulatan, segi tiga, segi empat sama
dan segi empat tepat.
2. Menulis nama bentuk berdasarkan bentuk /
yang diberikan.
3. Mengenal ciri-ciri bentuk bulatan, segi tiga, /
segi empat sama dan segi empat tepat.
4. Membezakan bentuk dua dimensi dan bentuk /
tiga dimensi berdasarkan bentuk dan
objeknya.
Jadual 4 Senarai Semak Kemahiran Mengenalpasti Bentuk Dua Dimensi Selepas Tindakan
41
Jadual 3 dan jadual 4 menunjukkan hasil dapatan pemerhatian daripada senarai
semak telah menunjukkan peningkatan dari segi kemahiran mengenalpasti selepas tindakan
dilaksanakan. Berdasakan jadual diatas, peserta kajian telah dapat memahami dan
menguasai kemahiran mengenalpasti bentuk dua dimensi dengan baik dan betul.
Peningkatan ini telah meliputi dari segi konsep, nama, ciri-ciri serta perbezaan di antara
bentuk dua dimensi dan juga bentuk tiga dimensi.
1) ANALISIS DOKUMEN
Pengkaji menganalisis dengan melakukan perbandingan antara penilaian ujian awal
dan akhir bagi menilai kemahiran mengenalpasti bentuk dua dimensi. Hasil analisis ini telah
menunjukkan perubahan kepada markah yang diperolehi oleh peserta kajian bagi setiap
soalan sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan. Berikut merupakan hasil dapatan:
BIL. PERKARA MARKAH MARKAH
PEROLEH PENUH
1. Warnakan bentuk dua dimensi berdasarkan warna 1 4
yang ditetapkan.
4
2. Kira bentuk dua dimensi dan nyatakan bilangannya 1
pada ruang yang disediakan 4
4
3. Namakan bentuk dua dimensi 0 4
4. Namakan ciiri-ciri bentuk dua dimensi. 0 4
5. Nyatakan bilangan sisi lurus, sisi melengkung dan 1 4
penjuru bagi setiap bentuk dua dimensi
6. Bandingkan bentuk dua dimensi dan bentuk tiga 0
dimensi serta nyatakan bilangan bentuk dua dimensi
pada ruang yang disediakan.
7. Gunting dan tampalkan bentuk-bentuk pada ruangan 0
bentuk dua dimensi dan bentuk tiga dimensi.
42
Jadual 5 Analisis Dokumen Ujian Awal Sebelum Tindakan
BIL. PERKARA MARKAH MARKAH
PEROLEH PENUH
1. Warnakan bentuk dua dimensi berdasarkan warna 4 4
yang ditetapkan.
2. Kira bentuk dua dimensi dan nyatakan bilangannya 4 4
pada ruang yang disediakan
3. Namakan bentuk dua dimensi 44
4. Namakan ciri-ciri bentuk dua dimensi. 44
5. Nyatakan bilangan sisi lurus, sisi melengkung dan 4 4
penjuru bagi setiap bentuk dua dimensi
6. Bandingkan bentuk dua dimensi dan bentuk tiga 4 4
dimensi serta nyatakan bilangan bentuk dua dimensi
pada ruang yang disediakan.
7. Gunting dan tampalkan bentuk-bentuk pada ruangan 4 4
bentuk dua dimensi dan bentuk tiga dimensi.
Jadual 6 Analisis Dokumen Ujian Akhir Selepas Tindakan
Aspek utama dalam analisis dokumen ini adalah untuk melihat penguasaan peserta
kajian terhadap kemahiran untuk mengenalpasti bentuk dua dimensi melalui penilaian ujian
awal dan akhir. Berdasarkan jadual 5 dan 6, kemahiran untuk mengenalpasti bentuk dua
dimensi bagi peserta kajian telah menunjukkan perubahan yang positif daripada tahap yang
lemah kepada tahap yang baik.
Bahagian 2: Objektif kajian: Meningkatkan kemahiran murid menghubungkait
di antara objek dan bentuk dua dimensi melalui pengunaan
aplikasi B2D!.
43
Soalan kajian: Adakah kemahiran murid menghubungkait di antara
objek dan bentuk dua dimensi dapat dipertingkatkan melalui
pengunaan aplikasi B2D!?
1) PEMERHATIAN
Pengkaji membuat pemerhatian dengan menggunakan instrumen senarai semak
untuk menilai kemahiran murid menghubungkait di antara objek dan bentuk dua dimensi.
Pemerhatian ini juga merangkumi sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan kepada
peserta kajian. Berikut merupakan hasil dapatan:
BIL. ITEM SKOR CATATAN
1 23
1. Memadankan objek berdasarkan bentuk /
yang diberikan.
2. Mengumpulkan objek berdasarkan /
bentuknya.
3. Membina model objek berdasarkan bentuk /
dua dimensi.
Jadual 7 Senarai Semak Kemahiran Menghubungkait Di Antara Objek Dan Bentuk Dua
Dimensi Sebelum Tindakan
BIL. ITEM SKOR CATATAN
1 23
1. Memadankan objek berdasarkan bentuk /
yang diberikan.
2. Mengumpulkan objek berdasarkan /
bentuknya.
3. Membina model objek berdasarkan bentuk /
dua dimensi.
44
Jadual 8 Senarai Semak Kemahiran Menghubungkait Di Antara Objek Dan Bentuk Dua
Dimensi Selepas Tindakan
Hasil dapatan daripada jadual 7 dan jadual 8 telah menunjukkan peningkatan yang
baik oleh peserta kajian bagi kemahiran menghubungkait di antara objek dan bentuk dua
dimensi. Hasil ini juga telah menerangkan peserta kajian telah dapat menghubungkait sesuatu
pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan menggambarkan dan berimaginasi.
1) ANALISIS DOKUMEN
Pengkaji menganalisis dengan melakukan perbandingan antara penilaian ujian awal
dan akhir bagi menilai kemahiran menghubungkait di antara objek dan bentuk dua dimensi.
Hasil analisis ini telah menunjukkan perubahan kepada markah yang diperolehi oleh peserta
kajian bagi setiap soalan sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan. Berikut merupakan
hasil dapatan:
BIL. PERKARA MARKAH MARKAH
PEROLEH PENUH
1. Bulatkan objek berdasarkan nama 4 4
bentuk dua dimensi yang diberikan.
2. Lorekkan bentuk dua dimensi 0 4
berdasarkan nama objek yang diberi.
3. Kumpulkan objek yang sesuai 0 4
berdasarkan bentuk dua dimensi.
Jadual 9 Analisis Dokumen Ujian Awal Sebelum Tindakan
BIL. PERKARA MARKAH MARKAH
PEROLEH PENUH
1. Bulatkan objek berdasarkan nama 4 4
bentuk dua dimensi yang diberikan.
4
2. Lorekkan bentuk dua dimensi 4
berdasarkan nama objek yang diberi.
45
3. Kumpulkan objek yang sesuai 4 4
berdasarkan bentuk dua dimensi.
Jadual 10 Analisis Dokumen Ujian Awal Selepas Tindakan
Kaedah analisis dokumen telah menekankan kemahiran menghubungkait di antara
objek dan bentuk dua dimensi pada bahagian ini sebagai fokus utama. Penilaian ujian awal
dan akhir peserta kajian telah digunakan dan dibandingkan oleh pengkaji. Hasil dapatan telah
menunjukkan bahawa peserta kajian telah dapat meningkatkan kemahiran menghubungkait
di antara objek dan bentuk dua dimensi dengan baik seperti yang tertera pada jadual 9 dan
jadual 10.
Bahagian 3: Objektif kajian: Meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran
Matematik terutama bagi topik bentuk dua dimensi melalui
pengunaan aplikasi B2D!.
Soalan kajian: Adakah minat murid dalam mata pelajaran
Matematik terutama bagi topik bentuk dua dimensi dapat
dipertingkatkan melalui pengunaan aplikasi ‘2D!?
1) PEMERHATIAN
Pengkaji membuat pemerhatian dengan menggunakan instrumen senarai semak dan
catatan nota lapangan untuk menilai minat murid terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran Matematik bagi topik bentuk dua dimensi. Pemerhatian ini juga merangkumi
sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan kepada peserta kajian. Berikut merupakan hasil
dapatan:
1.1. Senarai Semak
BIL. ITEM SKOR CATATAN
12 3
1. Menunjukkan tingkah laku yang positif / Tidak
ketika melakukan aktiviti. berminat
untuk belajar
46
2. Menunjukkan perasaan minat, seronok dan /
gembira ketika melakukan aktiviti.
3. Melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti. /
47
Jadual 11 Senarai Semak Penilaian Minat Sebelum Tindakan
BIL. ITEM SKOR CATATAN
1 23
1. Menunjukkan tingkah laku yang positif /
ketika melakukan aktiviti.
2. Menunjukkan perasaan minat, seronok dan /
gembira ketika melakukan aktiviti.
3. Melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti. /
Jadual 12 Senarai Semak Penilaian Minat Selepas Tindakan
Bagi mengukur minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Matematik bagi topik bentuk dua dimensi, jadual 11 dan jadual 12 telah
menunjukkan tahap perubahan yang positif terhadap persoalan ini melalui pemerhatian
peserta kajian. Aspek kogntif, tingkah laku dan emosi peserta kajian telah digabungkan bagi
mengukur minat peserta kajian dengan menggunakan instrumen ini.
1.2. Catatan Nota Lapangan
Aspek Catatan Nota Lapangan
Kognitif • Mempunyai daya intelek yang rendah
Tingkah Laku • Lambat bertindak balas (kurang memberi tumpuan)
• Pasif
Emosi • Pendiam
• Sukar bergaul
• Kurang dalam mendalami perasaan empati dan simpati
• Tahap motivasi dan keyakinan yang rendah
Jadual 13 Catatan Nota Lapangan Penilaian Minat Sebelum Tindakan
Aspek Catatan Nota Lapangan
Kognitif • Daya pengamatan dan daya rangsangan meningkat.
Tingkah Laku • Memberi tindak balas atau respons yang baik
• Aktif
48
Emosi • Periang
• Cuba untuk bersosial
• Bermesra, bertolak ansur dan menghormati antara satu sama
lain
• Tahap motivasi dan keyakinan yang baik
Jadual 14 Catatan Nota Lapangan Penilaian Minat Selepas Tindakan
Berdasarkan jadual 13 dan jadual 14, pengkaji mendapati bahawa terdapat perubahan
yang signigikan dari aspek kognitif, tingkah laku dan emosi melalui catatan nota lapang yang
digunakan oleh pengkaji. Pemerhatian telah membawa kepada maklumat bahawa peserta
kajian telah cuba bagi berubah ke arah yang lebih baik untuk mengikuti proses proses
pengajaran dan pembelajaran Matematik di bilik darjah.
2) TEMU BUAL
Menurut Mohd Majid (2000), temu bual digunakan untuk memperoleh maklumat
berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak mengikut keperluan kajian. Penggunaan
kaedah ini digunakan oleh pengkaji terhadap guru Matematik peserta kajian untuk mengetahui
perkembangan peserta kajian sebelum dan selepas tindakan dilakukan selain kaedah
pemerhatian dan analisis dokumen. Berikut merupakan hasil dapatan:
Bil. Soalan Pengkaji Jawapan Responden
• Pencapaian peserta kajian
1. Bagaimanakah dengan prestasi peserta
kajian ketika cikgu menjalankan proses terhadap pembelajarannya amat
pengajaran dan pembelajaran sebelum kurang memberangsangkan.
tindakan dijalankan? • Peserta mengalami kelewatan
untuk mengalami proses
2. Bagaimanakah pula kalau dilihat dari pembelajaran.
segi tingkah laku peserta kajian dalam • Seorang pendiam, pasif dan
proses pengajaran dan pembelajaran kurang bersosial dengan rakan
sebelum tindakan dijalankan? sekelasnya.
• Seorang yang tidak bertingkah
laku keterlaluan dengan
persekitarannya.
49
3. Bagaimanakah dengan emosi yang • Tidak yakin dengan kemampuan
ditunjukkan oleh peserta kajian ketika dirinya untuk melakukan sesuatu.
menjalankan sesuatu aktiviti sebelum
tindakan dijalankan? • Kerap berasa malu dengan
menundukkan muka daripada
rakan-rakannya yang lain.
Jadual 15 Transkrip Temu Bual Bersama Responden Sebelum Tindakan
Bil. Soalan Pengkaji Jawapan Responden
1. Bagaimanakah dengan prestasi peserta • Peserta kajian telah mampu untuk
kajian ketika cikgu menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran selepas menjawab soalan-soalan asas
tindakan dijalankan?
Matematik seperti nilai nombor.
2. Bagaimanakah pula kalau dilihat dari • Peserta kajian juga mula berasa
segi tingkah laku peserta kajian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran seronok dalam pembelajaran dan
selepas tindakan dijalankan?
cuba melibatkan diri secara aktif
untuk melakukan aktiviti. cuba
• Seorang periang dan aktif.
• Peserta kajian akan
melakukan aktiviti yang diarahkan
secara sukarela.
3. Bagaimanakah dengan emosi yang • Peserta kajian telah mengalami
ditunjukkan oleh peserta kajian ketika perubahan emosi yang periang dan
menjalankan sesuatu aktiviti selepas gembira ketika melakukan
tindakan dijalankan? pembelajaran.
• Motivasi dan keyakinan peserta
turut dipengaruhi oleh emosi ini
dengan baik.
Jadual 16 Transkrip Temu Bual Bersama Responden Selepas Tindakan
Berdasarkan Jadual 15 dan jadual 16, dapat diperhatikan bahawa tahap minat peserta
kajian telah meningkatkan setelah intervensi dijalankan sepertimana yang dinyatakan oleh
50
responden yang dipilih. Peserta kajian melalui penerangan responden telah dapat menyedari
dan merasai keseronokan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta sentiasa cuba
untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti.
REFLEKSI
Sepanjang perlaksanaan kajian dengan menggunakan aplikasi ini, pengkaji telah
mendapati terdapat kekuatan dan kelemahan yang dapat pengkaji perolehi daripada kajian
ini. Aplikasi B2D! memberikan peluang kepada peserta kajian menerokai pengetahuan secara
sendiri dan seterusnya menghasilkan suatu pengetahuan di dalam pemikiran peserta. Aplikasi
ini juga telah menekankan persekitaran peserta yang sering peserta lihat, hidu dan rasa di
dalam kehidupan harian. Secara tidak langsung, peserta kajian dapat membentuk kemahiran
mengenalpasti bentuk dua dimensi daripada perkaitan pengetahuan dan pengalaman peserta
kajian.
Selain itu, aktiviti yang melibatkan pengalaman dan persekitaran peserta kajian telah
disuaikan dan diletakkan di dalam aplikasi B2D! oleh pengkaji. Aktiviti yang meminta peserta
kajian untuk menghubungkait objek dan bentuk dua dimensi membantu peserta meningkatkan
kemahiran menghubungkaitkan yang merupakan kemahiran penting untuk dikuasai. Aktiviti
tersebut membolehkan peserta kajian untuk memikirkan dan menggambarkan suatu objek
bentuk dua dimensi yang abstrak dengan mengaitkan pengalaman sedia ada peserta.
Imaginasi peserta kajian dapat berkembang untuk merancang sesuatu di luar jangkaan pada
masa yang sama.
Di samping itu, aplikasi B2D! juga dilengkapi dengan unsur-unsur media seperti
gambar, video, audio dan grafik. Penggunaan unsur-unsur ini telah menjadikan aplikasi B2D!
sebagai suatu paparan yang menarik, kreatif dan mesra pengguna. Penggunaan ini juga
memberi suatu pengalaman yang baru kepada peserta kajian di samping dapat menarik minat
dan tumpuan peserta kajian. Bahkan ia turut memenuhi kecerdasan pelbagai peserta kajian
seperti kecerdasan visual atau kecerdasan muzik yang dapat membantu peserta kajian untuk
fokus dan meningkatkan daya kognitif peserta kajian.
Melalui kajian tindakan ini, kekuatan lain yang dapat pengkaji perolehi ialah dari aspek
hubungan pengkaji dengan peserta kajian yang menjadi semakin rapat seperti kawan.
Kesannya pada pengajaran dan pembelajaran, peserta kini telah yakin dan berani
menanyakan soalan apabila mereka tidak memahami cara menjawab sesuatu soalan.
Pengkaji juga dapat berkomunikasi baik dengan peserta kajian dan mewujudkan interaksi dua
hala yang aktif dalam sesi pembelajaran. Ia juga memberi manfaat kepada pengkaji dalam
51
proses pengumpulan data dan memudahkan pengkaji untuk melaksanakan kajian
berdasarkan perancangan yang dibuat.
Bagi kelemahan pula, pengkaji mendapati sukar mendapatkan hasil analisis yang
relevan terhadap kajian kerana hanya seorang sahaja peserta kajian yang diambil oleh
pengkaji. Hasil analisis juga adalah sekadar perbandingan sebelum dan selepas tindakan
dijalankan terhadap peserta kajian. Walaupun pengkaji mendapati mudah untuk
menghuraikan data berkaitan perubahan peserta apabila melibatkan seorang sahaja peserta
kajian, namun dari aspek menilai keberkesanan intervensi yang dijalankan adalah sebaliknya.
perlaksanaan intervensi memberi kesan yang positif kepada seorang peserta kajian, kesan
Seterusnya, aktiviti yang terkandung di dalam aplikasi B2D! telah dikenalpasti sebagai
salah satu kelemahan bagi perlaksanaan kajian ini. Hal ini kerana terdapat beberapa aktiviti
yang memerlukan peserta kajian menggunakan komputer riba untuk melihat paparan dengan
lebih jelas bagi melakukan aktiviti tersebut. Kelemahan ini mula dipertikaikan apabila pengkaji
mendapati sukar bagi peserta kajian untuk melakukan intervensi kerana terpaksa memberi
tumpuan kepada dua teknologi secara bergilir-gilir. Dengan kata lain, sekiranya terdapat
pengguna yang tidak mempunyai komputer riba, pengguna tersebut tidak dapat mengalami
pembelajaran sepenuhnya sepertimana yang diinginkan pengkaji.
TINDAKAN SUSULAN
Bagi kekuatan perlaksanaan kajian ini, pengkaji akan mengambil tindakan susulan
dengan memperkenalkan keberkesanan penggunaan teknologi dalam pendidikan seperti ini
dengan lebih mendalam dan terperinci kepada semua guru dan bukan sahaja bagi guru
Matematik di sekolah. Kemajuan teknologi telah menyumbang dalam meningkatkan
pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematilk dan teratur (A. Razak
Ahmad, 2011). Begitu juga dengan pendidikan, kewujudan teknologi telah membantu dalam
membentuk sistem pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dan bermakna bagi murid
khususnya bagi generasi kini.
Di samping itu, penggunaan aplikasi B2D! yang digunakan di dalam kajian juga tidak
terhad kepada topik bentuk dua dimensi, bahkan turut sesuai untuk diaplikasikan bagi semua
topik di dalam mata pelajaran Matematik atau mata pelajaran yang lain. Oleh itu, pengkaji
mengambil tindakan susulan dengan menerangkan dengan lebih lanjut kepada guru sekolah
khususnya guru Pendidikan Khas tentang perisian-perisian yang boleh digunakan dengan
mudah. Mengambil contoh perisian yang digunakan di dalam aplikasi B2D! iaitu Scratch, MIT
App Inventor duadan Powtoon, perisian ini merupakan perisian yang mudah digunakan
52
dengan konsep pengekodan yang sedia ada untuk membangunkan sesebuah aplikasi dengan
mudah bagi penggunanya.
Bagi kelemahan pula, sekiranya kajian ini dilanjutkan ke kitaran seterusnya, pengkaji
akan mengambil langkah menambahbaik penggunaan aplikasi B2D! di dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik. Antara aspek yang boleh ditambah baik ialah
aspek papan antara muka bagi setiap aktiviti. Pengkaji akan mengubahsuai proses
pengekodan yang dihasilkan agar paparannya menjadi lebih jelas apabila aplikasi ini
digunakan pada telefon pintar. Pengkaji juga akan memuat naik aplikasi B2D! di dalam
platform Google Playstore dan Appstore agar pengguna dapat memuat turun aplikasi ini
dengan mudah tanpa memasukkan ‘link’ atau memeriksa kod qr.
Seterusnya, pengkaji akan meminta murid-murid Pendidikan Khas yang lain untuk
menggunakan aplikasi B2D! untuk menilai kesan keberkesanan aplikasi ini terhadap murid
selain peserta kajian. Dengan tindakan susulan ini, pengkaji boleh membandingkan
keberkesanan aplikasi yang dihasilkan serta mengenalpasti kekuatan dan kelemahan aplikasi
bagi tujuan penambahbaikan. Pengkaji juga akan meminta untuk murid arus perdana untuk
menggunakan aplikasi ini untuk menilai tahap keberkesanan aplikasi ini diantara murid
Pendidikan Khas dan murid arus perdana pula.
RUJUKAN
A.Razak Ahmad. (2011). Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan Buku 1,
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
Miller K. Lone & Mercer J. Will. (1997). The Computer: Integrating Information Technology
Into Education. Chapman & Hall: 13– 26.
Nor Salim Ahmad. (2005). Implikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Ke Atas Gaya
Pengajaran Pendidikan Jasmani. Fokus Terhadap Kemahiran Permainan Bola Tampar.
Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan. Universiti Kebangsaan Malaysia:
hlmn. 375 – 391.
Rozmi Ismai. (2005). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori Dan Metod. Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
53
TAHAP KEMAHIRAN SOSIAL MURID PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
DI SEKOLAH RENDAH SEKITAR DAERAH KOTA BHARU, KELANTAN
Nurul Huda Fazlien Binti Mohamed Saipon
Dr. Shukri bin Ismail
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Baharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kemahiran murid pendidikan khas masalah
pembelajaran di sekolah rendah sekitar daerah Kota Bharu, Kelantan. Responden seramai
50 orang dipilih secara rawak iaitu terdiri daripada murid pendidikan khas yang boleh
membaca dan memahami arahan. Responden ini terdiri daripada murid-murid yang belajar
sekolah rendah di sekitar daerah Kota Bharu. 7 buah sekolah telah dipilih untuk melengkapkan
kajian ini. Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan tiga pemboleh ubah iaitu
kemahiran sosial dengan rakan sebaya, kemahiran dengan guru dan kemahiran dengan ahli
keluarga. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif bagi mendapatkan nilai kekerapan,
peratusan dan min tahap kemahiran sosial murid masalah pembelajaran. Dapatan kajian
menunjukkan murid masalah pembelajaran mempunyai tahap kemahiran sosial yang
sederhana iaitu min (3.35). Hasil daripada kajian ini, ia dapat memberi panduan kepada guru-
guru dan pihak sekolah untuk merancang strategi baru bagi meningkatkan lagi kemahiran
sosial pendidikan khas masalah pembelajaran.
Kata kunci : murid masalah pembelajaran, kemahiran sosial, rakan sebaya, guru, ahli
keluarga
ABSTRACT
The purpose of this study is to examine the level of skills of special education students in
primary schooling in the district of Kota Bharu, Kelantan. A total of 50 respondents were
randomly selected to consist of special education students who could read and understand
the instructions. The respondents consist of students studying in primary schools around Kota
Bharu district. 7 schools were selected to complete this study. This study is a survey research
using three variables: social skills with peers, skills with teachers and skills with family
members. Data were analyzed using descriptive statistics to obtain the frequency, percentage
and mean levels of social skills of students with learning problems. The findings show that
students with learning difficulties have a moderate level of social skills (3.35). As a result of
this study, it can guide teachers and schools to devise new strategies for improving the social
skills of special education learning problems.
Keywords: students with learning problems, social skills, peers, teachers, family members
54
PENGENALAN
Pendidikan khas merupakan sebuah program yang direka khas untuk pendidikan
kanak-kanak berkeperluan khas ataupun orang kelainan upaya. Menurut Hallahan dan
Kauffman (2010), pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang
disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Kemahiran sosial
bagi kanak-kanak tipikal berkembang secara beransur-ansur tanpa melalui proses yang
formal kerana kanak-kanak ini mampu untuk memerhati perlakuan orang lain, meniru
perlakuan tersebut, dan menilai maklum balas yang diterima (Norani & Arun, 2009). Namun
begitu perkara ini tidak berlaku kepada kanak-kanak masalah pembelajaran. Kanak-kanak
yang mengalami masalah pembelajaran menghadapi kekangan untuk mempelajari tingkah
laku serta kemahiran sosial di dalam persekitaran mereka. Mereka didapati lebih pasif
berbanding kanak-kanak yang lain kerana perasaan takut terhadap kemampuan mengawal
diri di dalam persekitaran. Berdasarkan kepada arus globalisasi kini, kemahiran sosial telah
menjadi suatu aspek penting yang amat dititikberatkan supaya dikuasai oleh setiap individu.
Kemahiran sosial yang baik dapat membina interaksi berkesan antara murid, guru dan
kandungan pelajaran seterusnya mampu mempengaruhi pencapaian murid dalam pelajaran
(Rabiner et al., 2016).
PERNYATAAN MASALAH
Kemahiran sosial dipelajari melalui pengalaman seharian murid semasa berinteraksi
dengan orang sekeliling. Namun begitu, bagi murid masalah pembelajaran, adalah mustahil
untuk mereka berinteraksi dengan baik disebabkan oleh masalah-masalah yang mereka
hadapi.
Terdapat kajian di luar negara pada tahun 2005 yang mendapati situasi sosial yang
dihadapi oleh murid masalah pembelajaran boleh terjadi dari pelbagai peringkat sama ada
yang paling mudah seperti melibatkan perbualan dengan rakan sebaya sehinggalah situasi
yang paling kompleks iaitu menentukan sama ada murid itu kelihatan mesra (De Bildt, 2005).
Selain itu, kajian mendapati sebanyak 75% murid masalah pembelajaran mengalami
kesukaran dalam kemahiran sosial. Kesukaran yang dihadapi oleh murid membuatkan
mereka sukar untuk mengekalkan persahabatan dengan rakan sebaya, menyesuaikan diri
dan rendah motivasi dalam diri.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, murid masalah pembelajaran tidak diajar secara
formal tentang kemahiran sosial yang perlu. Ini adalah kerana ketiadaan kurikulum tambahan
modul intervensi yang diwajibkan di sekolah. Mungkin banyak pihak membuat andaian
55
bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran akan mencapai perkembangan
sosial yang sama seperti rakan sebaya yang di arus perdana apabila mereka menamatkan
alam persekolahan. Namun terdapat banyak kajian yang dijalankan di luar negara
menunjukkan bahawa murid masalah pembelajaran mempunyai tahap kemahiran sosial yang
lebih rendah berbanding murid tipikal (Rieffe, 2006).
Oleh yang demikian, kajian dalam negara perlu dijalankan untuk mengetahui tahap
kemahiran sosial murid masalah pembelajaran. Maklumat tersebut dapat dijadikan sebagai
asas untuk tindakan awal bagi melatih murid dalam aspek kemahiran sosial yang diperlukan.
Tanpa penguasaan kemahiran sosial yang baik, murid masalah pembelajaran akan tersisih
dan terpinggir daripada rakan sebaya yang tipikal dan masyarakat walaupun mereka
mempunyai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik. (Celeste, 2017).
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif kajian yang hendak dijalankan adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti tahap kemahiran sosial murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran
dengan rakan sebaya.
2. Mengenal pasti tahap kemahiran sosial murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran
dengan guru.
3. Mengenal pasti tahap kemahiran sosial murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran
dengan ahli keluarga.
Secara spesifik, kajian ini adalah untuk menjawab soalan kajian berikut:
1. Apakah tahap kemahiran sosial murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran dengan
rakan sebaya?
2. Apakah tahap kemahiran sosial murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran dengan
guru?
3. Apakah tahap kemahiran sosial murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran dengan ahli
keluarga?
METODOLOGI KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dan deskriptif.
Strategi tinjauan dalam kajian ini digunakan kerana penyelidikan yang dijalankan ini hanyalah
untuk membuat kenyataan umum tentang sesuatu populasi (Mohamad Najib Ghaffar, 2010).
56
Kajian yang dijalankan merupakan satu kajian tinjauan tentang tahap kemahiran sosial
MBK masalah pembelajaran di sekolah rendah sekitar Kota Bharu. Aspek-aspek yang dikaji
ialah hubungan murid masalah pembelajaran dengan rakan sebaya, hubungan dengan guru
dan hubungan dengan ahli keluarga. Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah
pendekatan kuantitatif dan borang soal selidik digunakan sebagai instrumen.
Dalam kajian ini, persampelan bertujuan telah dipilih kerana pengkaji membuat
pertimbangan tentang kesesuaian kumpulan. Pensampelan bertujuan merupakan kaedah
yang paling mudah bagi memilih responden. Kaedah persampelan ini paling sesuai digunakan
kerana semua populasi terdiri daripada MBK yang belajar di sekolah rendah di sekitar daerah
Kota Baharu di mana MBK tersebut haruslah yang boleh membaca dan memahami arahan.
Populasi sampel kajian yang dipilih adalah seramai 50 orang.
Sebanyak 20 buah sekolah pendidikan khas peringkat rendah yang terdapat di daerah
Kota Bharu tetapi pengkaji hanya mentadbir soal selidik kepada beberapa orang MBK sahaja.
Hal ini kerana, Cresswell (1998) mencadangkan sampel kajian adalah dalam lingkungan 5
hingga 25 orang. Kenyataan ini diperkuat oleh Morse dan Anne (1996) yang menyatakan
bahawa bilangan informan sekurang-kurangnya enam orang dan ke atas sudah memadai
untuk suatu kajian. Bilangan kecil ini sudah memadai memandangkan masa yang banyak
diperlukan untuk meneliti data yang diperoleh daripada setiap informan (Creswell, 1994).
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ialah set soal selidik. Soal selidik asal
telah digubal oleh Saiful (2015). Bagi tujuan kajian ini, sedikit pengubahsuaian telah dilakukan
terhadap soal selidik untuk penyesuaian dengan responden dan keperluan kajian. Soal selidik
yang mengandungi 22 item telah disusun kepada dua bahagian utama. Bahagian A adalah
mengenai maklumat murid. Item maklumat murid adalah jantina. Manakala bahagian B adalah
item-item yang dibahagikan kepada 3 bahagian berdasarkan objektif kajian iaitu mengandungi
21 item berdasarkan objektif kajian.
Jadual 1
Taburan Item-Item Soal Selidik Mengikut Konstruk
Objektif Kajian Bilangan Item Konstruk
1
Tahap Kemahiran Sosial MBK dengan rakan sebaya 7 2
3
Tahap Kemahiran Sosial MBK dengan guru 7
Tahap Kemahiran Sosial MBK dengan ahli keluarga 7
57
Bagi semua item, responden akan memilih dari 5 skala Likert iaitu 1 (Sangat Tidak
Setuju) kepada 5 (Sangat Setuju) bagi menandakan tanda persetujuan terhadap penyataan
yang diberi. Jadual 2 menunjukkan skala pemeringkatan likert bagi soal selidik yang
diedarkan.
Jadual 2
Skala Pemeringkatan Likert
Skala Likert Pengkelasan
1 Sangat Tidak Setuju
2 Sangat Setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju
5 Sangat Setuju
Kumpulan data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package For Science Social (SPPSS) bagi huraian deskriptif dalam bentuk
kekerapan, peratusan dan min. Kaedah kekerapan, peratusan dan min digunakan untuk
menganalisis data maklumat diri responden serta perkara-perkara yang berkaitan dengan
persoalan kajian. Dalam kajian ini, interpretasi skor min yang digunakan adalah berdasarkan
dari sumber dari Kamarudin Md Amin (2009).
Jadual 3
Pemeringkatan skala skor min
Skor min Interpretasi skor min
1.00-2.33 Rendah (Kurang setuju/kurang membantu/kurang
mahir/kurang memenuhi/ tidak pasti/kadang-
kadang/tiada/sebahagian kecil)
58
2.34-3.66 Sederhana (Setuju/membantu/mahir/memenuhi/ separuh)
3.67-5.00
Tinggi (Sangat setuju/sangat membantu/sangat
mahir/sangat memenuhi/ sangat
selalu/semua/sebahagian besar)
Sumber: Kamarudin Md Amin (2009)
Dalam kajian ini, item-item yang dibina dalam borang soal selidik diperoleh melalui
kajian-kajian lepas dan telah dibuat penambahbaikan. Bagi memperoleh kesahan untuk soal
selidik, item-item dalam borang soal selidik dan kandungan pengkaji telah dibincangkan dan
dipersetujui oleh penyelia sebelum kajian sebenar dilaksanakan. Komen dan teguran yang
diterima daripada penyelia ini diambil kira dan diguna pakai bagi memantapkan lagi kesahan
kajian dari segi maksud, bahasa dan kandungan soal selidik yang akan digunakan di dalam
kajian sebenar.
Menurut Majid Konting (2007), indeks kepercayaan yang melebihi 0.6 boleh dijadikan
asas bagi menentukan kebolehan soal selidik. Nilai Alpha Cronbach kajian rintis yang telah
diperoleh 0.936. Oleh yang demikian, kebolehpercayaan instrumen dalam kajian ini dianggap
tinggi dan instrumen kajian soal selidik boleh diguna pakai untuk kajian sebenar.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Persoalan kajian 1: Apakah tahap kemahiran sosial murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran dengan rakan sebaya?
No Pernyataan Bilangan ( f ) , Peratus (%) Min dan
item tahap
STS TS TP S SS
Q1. Saya mudah 1 16 8 16 9 3.32
berkawan.
(2.0) (32.0) (16.0) (32.0) (18.0) Sederhan
a
59
Q2. Saya sentiasa bertegur 5 15 7 16 7 3.10
sapa dengan rakan (10.0 (30.0) (14.0) (32.0) (14.0) Sederhan
lain. )a
Q3. Saya dapat mengingat 27 5 18 18 3.86
nama rakan-rakan. Tinggi
(4.0) (14.0) (10.0) (36.0) (36.0)
Q4. Saya suka berkongsi 7 12 9 19 3 2.98
cerita dengan rakan
lain. (14.0 (24.0) (18.0) (38.0) (6.0) Sederhan
)a
Q5. Saya tidak suka 5 16 16 11 2 2.78
menyendiri dari rakan
lain. (10.0 (32.0) (32.0) (22.0) (4.0) Sederhan
)a
Q6. Saya selalu memuji 13 18 10 6 3 2.36
rakan lain.
(26.0 (36.0) (20.0) (12.0) (6.0) Sederhan
)a
Q7. Saya sentiasa ceria 2 11 4 28 5 3.46
ketika bergaul dengan
rakan. (4.0) (22.0) (8.0) (56.0) (10.0) Sederhan
a
Jumlah purata 5 14 8 16 7 3.12 (S)
(27.1) (16.8) (32.8) (13.4)
(10.0
)
n=50
Daripada Jadual 4, didapati persoalan kajian di konstruk I mencatatkan purata majoriti
responden yang sangat tidak setuju dengan item ialah seramai 5 orang (10.0%). Manakala
yang menyatakan tidak setuju pula seramai 14 orang (27.1%). Bagi yang tidak pasti ialah
seramai 8 orang (16.8%). Seterusnya, yang menyatakan setuju pula seramai 16 orang
(32.8%) sementara yang sangat setuju ialah seramai 7 orang (13.4%). Maka, secara
kesimpulannya, tahap kemahiran sosial murid pendidikan khas masalah pembelajaran
dengan rakan sebaya masih berada di aras sederhana iaitu sebanyak 3.12%.
60
Persoalan kajian 2: Apakah tahap kemahiran sosial murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran dengan guru?
No Pernyataan Bilangan ( f ) , Peratus (%) Min dan
item tahap
STS TS TP S SS
R1. Saya memberi salam 15 17 8 10 0 2.26
apabila bertemu guru.
(30.0) (34.0) (16.0) (20.0) (0.0) Rendah
R2. Saya kelihatan selesa 4 4 7 25 10 3.66
apabila bersama guru.
(8.0) (8.0) (14.0) (50.0) (20.0) Sederhana
R3. Saya boleh mengawal 5 18 6 17 4 2.94
tingkah laku ketika
berada bersama guru. (10.0) (36.0) (12.0) (34.0) (8.0) Sederhana
R4. Saya dapat melibatkan 3 8 7 25 7 3.50
diri dalam aktiviti
bersama guru. (6.0) (16.0) (14.0) (50.0) (14.0) Sederhana
R5. Saya boleh berkongsi 5 19 9 13 4 2.84
cerita dengan guru.
(10.0) (38.0) (18.0) (26.0) (8.0) Sederhana
R6. Saya boleh beramah 3 8 6 27 6 3.50
mesra dengan guru.
(6.0) (16.0) (12.0) (54.0) (12.0) Sederhana
R7. Saya boleh memulakan 7 13 8 20 2 2.94
perbualan ketika
berhadapan dengan (14.0) (26.0) (16.0) (40.0) (4.0) Sederhana
guru.
Jumlah purata 6 12 7 20 5 3.09 (S)
(11.0) (24.9) (14.6) (39.1) (9.0)
n=50
Daripada Jadual 5, didapati persoalan kajian di konstruk II mencatatkan purata majoriti
responden yang sangat tidak setuju dengan item ialah seramai 6 orang (11.0%). Manakala
61
yang menyatakan tidak setuju pula seramai 12 orang (24.7%). Bagi yang tidak pasti ialah
seramai 7 orang (14.6%). Seterusnya, yang menyatakan setuju pula seramai 20 orang
(39.1%) sementara yang sangat setuju ialah seramai 5 orang (9.0%). Maka, secara
kesimpulannya, tahap kemahiran sosial murid pendidikan khas masalah pembelajaran
dengan guru masih berada di aras sederhana iaitu sebanyak 3.09%.
Persoalan kajian 3: Apakah tahap kemahiran sosial murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran dengan ahli keluarga?
No Pernyataan Bilangan ( f ) , Peratus (%) Min dan
item tahap
STS TS TP S SS
S1. Saya mesra dengan ahli 1 3 8 26 12 3.90
keluarga. (2.0) (6.0) (16.0) (52.0) (24.0) Tinggi
S2. Saya menghormati ahli 1 1 4 34 10 4.02
keluarga. (2.0) (2.0) (8.0) (68.0) (20.0) Tinggi
S3. Saya menunjukkan rasa 1 4 7 21 17 3.98
kasih sayang kepada ahli (2.0) (8.0) (14.0) (42.0) (34.0) Tinggi
keluarga.
S4. Saya berasa selesa 0 2 4 26 18 4.2
apabila bersama ahli (0.0) (4.0) (8.0) (52.0) (36.0) Tinggi
keluarga.
S5. Saya selalu makan 3 6 4 28 9 3.68
bersama-sama ahli (6.0) (12.0) (8.0) (56.0) (18.0) Tinggi
keluarga.
S6. Saya gemar beriadah 4 10 8 15 13 3.46
dengan ahli keluarga.
(8.0) (20.0) (16.0) (30.0) (26.0) Sederhana
S7. Saya boleh memulakan 1 7 4 30 8 3.74
perbualan dengan ahli (2.0) (14.0) (8.0) (60.0) (16.0) Tinggi
keluarga.
Jumlah purata 1 5 6 26 12 3.85 (T)
(3.1) (9.4) (11.1) (51.4) (24.8)
n=50
62
Daripada Jadual 6, didapati persoalan kajian di konstruk III mencatatkan purata majoriti
responden yang sangat tidak setuju dengan item ialah seramai 1 orang (3.1%). Manakala
yang menyatakan tidak setuju pula seramai 5 orang (9.4%). Bagi yang tidak pasti ialah
seramai 6 orang (11.1%). Seterusnya, yang menyatakan setuju pula seramai 26 orang
(51.4%) sementara yang sangat setuju ialah seramai 12 orang (24.8%). Maka, secara
kesimpulannya, tahap kemahiran sosial murid pendidikan khas masalah pembelajaran
dengan ahli keluarga berada di aras tinggi iaitu sebanyak 3.85%.
Jadual 7
Rumusan Purata Ketiga-Tiga Aspek Untuk Menentukan Tahap Kemahiran Sosial MBK
Masalah Pembelajaran
Aspek Nilai purata Rumusan
Kemahiran sosial MBK masalah 3.12 Sederhana
pembelajaran dengan rakan sebaya
Kemahiran sosial MBK masalah 3.09 Sederhana
pembelajaran dengan guru
Kemahiran sosial MBK masalah 3.85 Tinggi
pembelajaran dengan ahli keluarga
Tahap kemahiran sosial MBK masalah 3.35 Sederhana
pembelajaran
KESIMPULAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
Hasil kajian yang telah diperoleh menunjukkan bahawa perlunya pendedahan yang
lebih banyak kepada MBK masalah pembelajaran untuk meningkat tahap kemahiran sosial
mereka. Hal ini kerana, tahap kemahiran sosial MBK secara keseluruhan masih tidak
memuaskan dan berada pada tahap yang sederhana. Pihak sekolah, pentadbir, guru, ibu
bapa serta masyarakat perlu memainkan peranan dalam meningkatkan kemahiran sosial
MBK masalah pembelajaran
Di samping dapat bersosial, penerimaan yang positif juga dapat meningkatkan
motivasi dan konsep kendiri murid pendidikan khas untuk menjalani kehidupan yang lebih
baik. Oleh itu, sikap dan pandangan negatif perlu diubah dan semua pihak harus saling
membantu bagi meningkatkan kemahiran sosial di kalangan murid pendidikan khas.
63
Pencapaian kemahiran sosial adalah sangat penting bagi seseorang murid
berkeperluan khas pembelajaran. Kemahiran sosial mereka perlu lagi dibimbing untuk
mempertingkatkan lagi keupayaan kemahiran sosial mereka untuk ke tahap yang lebih tinggi.
Oleh yang demikian, usaha perlu dipertingkatkan agar mereka dapat menjalani kehidupan
sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, boleh merancang, mengurus kehidupan dan
boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat.
RUJUKAN
Celeste, M. (2017). Social skills intervention for a child who is blind. Journal of Visual
Impairment & Blindness, 101(9): 521-533.
Creswell, J. W. (1994). Research design: Qualitative and quantitative approaches. Thousand
Oaks, CA: Sage.
Creswell. (1998). Qualitative inqw·ry and research design: Choosing among five traditions.
Sage.
Hallahan, D. P., & Kauffman, J. M. (2010). Exceptional Learners: Introduction to Special
Education (9th ed). Ally abd Bacon.
Kamarudin Md Amin. (2009). Kaedah Penyelidikan: Panduan Mudah Kerja Luar. Penerbit
Fajar Bakti.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (2010). Penyelidikan pendidikan. Skudai: Penerbit. UTM.
Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Cetakan Kelapan. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Norani & Arun Daud. (2009). Latihan Orientasi Dan Mobiliti Untuk Kanak- Kanak Bermasalah
Khas. Dlm. Zalizan Mohd Jelas.
Rabiner, D. L. (2016). Predicting Academic Achievement and Attainment: The Contribution of
Early Academic Skills, Attention Difficulties, and Social Competence. School
Psychology Review, 45(2), 250-267.
Rieffe. (2006). Anger communication in children. Psychology Press: Cognition and Emotion .
20(8); 1261-1273.
Saiful Aminudin. (2015). Tahap kemahiran Sosial Murid-murid Autisma Di Program
Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran. Kertas Projek Sarjana, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
64
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DUA NOMBOR DENGAN MENGUMPUL
SEMULA DALAM LINGKUNGAN 50 MENGGUNAKAN DRAG IT
Zarith Nabilah Binti Mohamad Kamarulzaman
Dr. Mohd Zamri bin Abdullah
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Tujuan kajian tindakan ini dilakukan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran murid slow
learner dalam Operasi Tambah Dua Nombor Melibatkan Pengumpulan Semula Dalam
Lingkungan 50. Methodologi kajian tindakan ini berdasarkan Model Kurt Lewin (1946).
Berdasarkan tinjauan awal, pengkaji mendapati terdapat murid yang mengalami masalah
dalam menyelesaikan masalah Operasi Tambah Dua Nombor Melibatkan Pengumpulan
Semula Dalam Lingkungan 50. Bagi mengukuhkan lagi bukti, pengkaji telah melaksanakan
ujian diagnostik kepada semua murid tahun 4 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Hasil
daripada ujian diagnostik membuktikan terdapat dua orang murid yang mengalami masalah
dalam menyelesaikan masalah dalam subtajuk tersebut. Oleh sebab itu, pengkaji telah
memilih mereka sebagai Peserta Kajian bagi menjalani proses tindakan atau pemulihan
terhadap masalah yang dihadapi. Intervensi yang digunakan dalam kajian ini adalah
berbantukan bahan bantu belajar Drag It dan Lembaran Kerja Khas. Dapatan kajian
membuktikan bahawa perlaksanaan intervensi menggunakan Drag It mampu meningkatkan
kemahiran peserta kajian dalam Operasi Tambah Dua Nombor Melibatkan Pengumpulan
Semula Dalam Lingkungan 50 dan secara langsung telah meningkatkan kecekapan mereka.
Kajian ini diharapkan dapat menjadi satu panduan kepada para guru bagi membantu murid-
murid meningkatkan penguasaan operasi tambah dua nombor melibatkan pengumpulan
semula.
Kata kunci: operasi tambah, mengumpul semula, slow learner, Drag It
ABSTRACT
The purpose of this study was made is to investigate the Slow Leaners’ skills in Addition
Operation between Two Numbers Involves Regrouping Process within 50. The research
methodology used to complete this study is based on Kurt Lewin’s Model (1946). Based on
the preliminary observation made, the researcher found out that there are students which
faced difficulties in solving the above mentioned. However, the study is again made to all Year
4 slow learner students to concoct more evidence by the result shown from the previous
observation. The findings prove that there were two students who had trouble in solving the
65
subheading Addition Operation between Two Numbers Involves Regrouping Process within
50 problem. Therefore, the researcher had chosen these two students as participants of the
study to undergo the action of recovery by the problems faced by them. The study was also
aided with the help of Drag It and Special Worksheets which has able to improve and also go
enhance the skills of the students participate, which indirectly made their efficiency increased.
This findings is expected to be used as references for future developments, especially in
helping as a guideline for the teachers in helping the students improving their skills in Addition
Operation Between Two Numbers Involves Regrouping Process Within 50.
Keywords: addition, regrouping, slow learner, Drag It
PENGENALAN
Pendidikan khas merupakan suatu program atau perkhidmatan yang telah direka khas untuk
melengkapkan keperluan seseorang individu yang memerlukan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berbeza berbanding individu normal disebabkan faktor masalah
pembelajaran, penglihatan atau pendengaran. Agung (2003) menyatakan kelemahan daya
tumpuan murid bermasalah pembelajaran adalah disebabkan perhatian yang mudah beralih
daripada satu stimulus ke stimulus lain yang disebabkan oleh kesukaran untuk mengamati
dan menapis maklumat penting yang wujud daripada pelbagai rangsangan di persekitaran
mereka.
Hallahan dan Kauffman (2006) menjelaskan program Pendidikan Khas berupaya
membantu serta memenuhi keperluan murid berkeperluan khas dari aspek pendidikan.
Secara umumnya, Pendidikan Khas ini menitikberatkan tahap keupayaan dari pelbagai aspek
murid-murid seperti tahap intelektual, fizikal, sosial, tingkah laku dan sebagainya. Guru-guru
pendidikan khas juga telah menjalani latihan-latihan serta kursus khas bagi menguasai
pelbagai kaedah, teknik serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
berbanding program aliran perdana. Matlamat pelaksanaan program pendidikan khas ini
bertujuan untuk membolehkan murid berkeperluan khas berdikari dalam menjalani kehidupan
seharian mereka di mana ia selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas sendiri iaitu melahirkan
insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri.
FOKUS KAJIAN
Kajian ini memberi fokus kepada usaha untuk membantu murid slow learner dalam
meningkatkan kemahiran konsptual iaitu penguasaan serta kemahiran dalam mengendalikan
operasi tambah hingga dua digit dengan satu digit dengan mengumpul semula dengan
menggunakan Drag It. Tindakan yang dijalankan memberi tumpuan yang spesifik dalam
66
membantu peserta kajian untuk memahami konsep sebenar operasi tambah dengan lebih
jelas selain menjelaskan kepada murid hubungkait di antara penambahan dengan proses
mengumpul semula. Menurut Effandi dan Zanaton (2007) pelajar yang mempunyai
kefahaman konseptual yang baik akan dapat mencapai kejayaan dalam permasalahan yang
hampir serupa atau pemasalahan baru malah akan membina pengetahuan prosedural dan
kemahiran yang belum mereka pelajari.
Pengkaji juga ingin menjadikan kajian ini sebagai salah satu kaedah untuk mengatasi
masalah murid yang beranggapan bahawa Matematik sebagai satu mata pelajaran yang
sukar dan rumit terutamanya yang melibatkan pengiraan. Menurut kajian yang dilakukan oleh
pensyarah Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Baharudin Omar,
Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002) menunjukkan bahawa kurangnya
minat murid terhadap matapelajaran matematik itu berpunca daripada kurang penguasaan
terhadap konsep asas terhadap sesuatu tajuk dalam matematik. Oleh sebab itu, pengkaji telah
mengambil keputusan untuk menjadikan dua orang murid dari kelas tersebut sebagai Peserta
Kajian bagi mengetahui dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh mereka
seterusnya membentuk jalan penyelesaian bagi mengurangkan masalah yang dihadapi oleh
murid-murid.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
i. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan operasi tambah dua nombor 1 digit dengan 1 digit dalam
lingkungan 50 dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim menggunakan bahan bantu belajar Drag
It.
ii. Meningkatkan kemahiran menyelesaikan operasi tambah dua nombor 2 digit dengan 1 digit dalam
lingkungan 50 dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim menggunakan bahan bantu belajar
Drag It.
Persoalan Kajian
i. Sejauhmanakah kemahiran menyelesaikan operasi tambah dua nombor 1 digit dengan 1 digit
lingkungan 50 dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim dapat ditingkatkan menggunakan bahan
bantu belajar Drag It?
ii. Sejauhmanakah kemahiran menyelesaikan operasi dua nombor 2 digit dengan 1 digit lingkungan 50
dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim dapat ditingkatkan menggunakan bahan bantu belajar
Drag It?
67
PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan dua orang peserta kajian yang mengalami masalah dalam operasi
tambah dua nombor dengan mengumpul semula lingkungan 50. Jadual 1 menunjukkan
butiran maklumat bagi kedua-dua peserta kajian.
Peserta Kajian Umur Jantina Masalah
Peserta kajian 1 13 tahun Lelaki Slow Learner
Peserta kajian 2 12 tahun Lelaki Slow Learner
Jadual 1. Butiran Maklumat Peserta Kajian
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Rajah 1. Pelaksanaan Tindakan
Bagi meningkatkan kemahiran penguasaan peserta kajian terhadap operasi tambah
melibatkan pengumpulan semula dalam lingkungan 50, pengkaji telah menggunakan bahan
bantu Drag It yang merangkumi enam tindakan. Jadual 2 menunjukkan senarai aktiviti bagi
pelaksanaan tindakan.
68
LANGKAH PELAKSANAAN TINDAKAN
Langkah 1 Peserta kajian diterangkan cara menggunakan Drag It, konsep
menambah dua nombor dan proses mengumpul semula.
Langkah 2 Peserta kajian diterangkan cara menyelesaikan soalan operasi tambah
dua nombor 1 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula
menggunakan Drag It dalam bentuk lazim secara terperinci.
Langkah 3 Peserta kajian menyelesaikan soalan operasi tambah dua nombor 1
digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula menggunakan Drag It
dalam aktiviti permainan papan operasi tambah tanpa kebergantungan
pengkaji.
Langkah 4 Peserta kajian diterangkan cara menyelesaikan soalan operasi tambah
dua nombor 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula
menggunakan Drag It dalam bentuk lazim secara terperinci.
Langkah 5 Peserta kajian menyelesaikan soalan operasi tambah dua nombor 2
digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula menggunakan Drag It
dalam aktiviti permainan papan operasi tambah tanpa kebergantungan
pengkaji.
Langkah 6 Peserta kajian menyelesaikan soalan operasi tambah melibatkan
pengumpulan semula tanpa bahan bantu Drag It dan bantuan guru.
Jadual 2. Senarai Aktiviti
KAEDAH MENGUMPUL DATA
Pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data bagi mencapai objektif kajian, iaitu
pemerhatian, ujian, dan analisis dokumen.
Pemerhatian
Pengkaji melaksanakan pemerhatian terhadap peserta kajian sebelum dan selepas tindakan
dijalankan. Hal ini bertujuan agar pengkaji dapat melihat dan menilai perkembangan yang
ditunjukkan oleh peserta kajian melalui item-item yang telah dibina dalam borang senarai
semak ketika peserta kajian melakukan aktiviti dengan menggunakan Drag It.
69
Ujian
Pengkaji telah melaksanakan dua jenis ujian ke atas peserta kajian iaitu ujian sebelum
tindakan dan ujian selepas tindakan. Kedua-dua ujian dilakukan dengan menggunakan set
soalan yang sama. Hal ini bertujuan untuk membuat perbandingan terhadap tahap
pencapaian peserta kajian sebelum dan selepas melaksanakan intervensi.
Temu Bual
Pengkaji telah melakukan temu bual bersama guru Matematik yang mengajar kedua-dua
peserta kajian untuk mengetahui perkembangan mereka dari semasa ke semasa.
CARA MENGANALISIS DATA
Setelah proses pengumpulan data dilaksanakan, pengkaji telah menganalisis data yang
diperoleh. Analisis data ini dilakukan bertujuan untuk menilai sejauh mana tindakan yang
dijalankan dapat memberikan peningkatan kemahiran peserta kajian selari dengan objektif
yang ditetapkan.
CARA MENYEMAK DATA
Semakan data dalam kajian ini dilaksanakan berdasarkan data-data yang telah dikumpul dan
dianalisis menggunakan triangulasi data. Terdapat tiga instrumen yang digunakan iaitu
pemerhatian, ujian dan temu bual
DAPATAN KAJIAN
Kajian dilaksanakan sebanyak dua gelung bersandarkan model kajian Kurt Lewin (1946).
Bahan Bantu Drag It telah ditambahbaik dalam gelung kedua kajian untuk meningkatkan
keberkesanan intervensi yang dilaksanakan.
70
Rajah 2. Bahan bantu Drag It yang digunakan semasa Gelung 1 kajian
Rajah 3. Penambahbaikan Bahan bantu Drag It berserta Lembaran Kerja
Khas yang digunakan semasa Gelung 2 kajian
Objektif 1:
Meningkatkan kemahiran menyelesaikan operasi tambah dua nombor 1 digit dengan 1 digit lingkungan
50 dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim menggunakan bahan bantu belajar Drag It.
Pemerhatian
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak dan terhadap
kebolehan dan kemahiran peserta kajian sebelum dan selepas kajian. Melalui pemerhatian
awal yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian tidak dapat menjawab
soalan yang diberikan oleh guru Matematik.
NOTA LAPANGAN
Tarikh: 26 Feb 2020
71
Masa: 10.15-11.15 pagi
Tempat: Kelas 4
PESERTA PESERTA
KAJIAN 1 KAJIAN 2
Bersedia / bersemangat sebelum proses X X
pengajaran dan pembelajaran bermula.
Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti X X
pembelajaran Matematik.
Memberi perhatian terhadap pengajaran X X
guru.
Memberi respon terhadap soalan yang X X
diajukan oleh guru.
Petunjuk / = Setuju X = Tidak Setuju
Jadual 3. Senarai Semak Pemerhatian Aspek Kemahiran Sebelum tindakan
Jadual 3 menunjukkan data pemerhatian terhadap kemahiran menyelesaikan operasi
tambah dalam lingkungan 10 sebelum peserta kajian 1 dan peseta kajian 2 melakukan
intervensi. Berdasarkan keputusan pemerhatian yang dilaksanakan, pengkaji mendapati
kedua-dua peserta kajian 1 dan 2 menunjukkan tingkah laku yang membawa kepada
kesimpulan yang sama iaitu penguasaan yang lemah dalam kemahiran operasi tambah dua
nombor dengan mengumpul semula. Kedua-duanya cenderung mengalami masalah semasa
menjawab soalan lembaran kerja operasi tambah.
NOTA LAPANGAN
Tarikh: 4 Mac 2020
Masa: 10.15-11.15 pagi
Tempat: Kelas 4
PESERTA PESERTA
KAJIAN 1 KAJIAN 2
72
Bersedia / bersemangat sebelum proses / /
pengajaran dan pembelajaran bermula.
Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti / /
pembelajaran Matematik.
Memberi perhatian terhadap pengajaran / /
guru.
Memberi respon terhadap soalan yang / /
diajukan oleh guru.
Petunjuk / = Setuju X = Tidak Setuju
Jadual 4. Senarai Semak Pemerhatian Selepas tindakan
Jadual 4 menunjukkan hasil dapatan pemerhatian selepas tindakan dilaksanakan.
Berdasarkan hasil dapatan selepas tindakan yang diperoleh, peserta kajian 1 dan 2
menunjukkan perubahan yang positif dari aspek tingkah laku mereka dalam sesi pembelajaran
Matematik seperti kurang kebergantungan semasa melakukan lembaran kerja, menjawab
dengan betul semasa sesi kuiz Matematik berkaitan dengan objektif pertama dan bersemangat
untuk menjawab soalan. Secara keseluruhannya, kedua-dua peserta kajian telah menunjukkan
peningkatan dari segi kemahiran dalam kemahiran menambah dua nombor 1 digit dengan 1
digit dengan mengumpul semula.
Ujian
Peningkatan kemahiran dalam operasi tambah dua nombor 1 digit dengan 1 digit dengan
mengumpul semula bagi kedua-dua peserta kajian turut dibuktikan melalui kaedah ujian.
Gambar 4. Hasil ujian Peserta Kajian 1 Gambar 5. Hasil ujian Peserta Kajian 2
sebelum tindakan dijalankan. sebelum tindakan dijalankan.
73
Gambar 6. Hasil ujian Peserta Kajian 1 Gambar 7. Hasil ujian Peserta Kajian 1
selepas tindakan dijalankan. selepas tindakan dijalankan.
Jenis Ujian Soalan
12345 6
Peserta Kajian 1 X
/
Sebelum Tindakan / XXXX
X
Selepas Tindakan / / / /X X
Peserta Kajian 2
Sebelum Tindakan / / XXX
Selepas Tindakan / / / / /
Petunjuk / = Betul X = Salah
Jadual 5. Analisis Ujian Sebelum dan Selepas tindakan
Berdasarkan Jadual 5 dan gambar-gambar hasil ujian yang dilaksanakan oleh peserta
kajian di atas, penggunaan Drag It telah menunjukkan hasil dapatan yang positif daripada
kedua-dua peserta kajian. Gambar 1 dan gambar 2 menunjukkan bahawa kedua-dua peserta
kajian tidak dapat menjawab kesemua soalan ujian dengan betul, manakala gambar 3 dan
gambar 4 pula menunjukkan bahawa kedua-dua peserta kajian menunjukkan peningkatan
dalam memperoleh skor soalan dengan betul. Hal ini membuktikan bahawa penguasaan
kemahiran peserta kajian 1 dan 2 telah meningkat.
74
Temu Bual
Pengkaji juga telah mengadakan temu bual bersama guru Matematik yang mengajar kedua-
dua Peserta Kajian bagi menyokong dapatan yang diperoleh. Jadual 10 merupakan
transkripsi temu bual bersama guru tersebut sebelum tindakan dilaksanakan.
Analisis transkripsi Temu Bual Bersama Guru Matematik
TRANSKRIPSI TEMU BUAL
PENGKAJI Soalan:
Pada pendapat Cikgu, sejauhmanakah tahap penguasaan
Matematik Peserta Kajian 1 dan Peserta Kajian 2 dalam
kemahiran operasi tambah dua nombor 1 digit dengan 1 digit
dengan mengumpul semula?
GURU Jawapan:
Dalam pembelajaran subtopik tersebut, kedua-duanya masih
mengalami kekeliruan untuk menyelesaikkannya. Antara
masalah yang sering saya lihat adalah seperti tidak
meletakkan nombor 1 di nilai tempat puluh selepas melakukan
pengumpulan semula. Saya mesti sentiasa membimbing
mereka secara one to one di dalam kelas.
Jadual 6. Temu Bual Bersama Guru Matematik
Melalui temu bual yang dijalani, guru berpendapat peserta kajian mempunyai penguasaan
yang lemah dalam operasi tambah yang memerlukan pengumpulan semula, Kedua-duanya
peserta kajian masih memerlukan bimbingan secara langsung daripada guru. Dengan kata
lain, kedua-dua peserta kajian masih belum menguasai kemahiran menambah dua nombor 1
digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula.
Analisis Transkripsi Temu Bual Bersama Guru Matematik Selepas Tindakan
75
TRANSKRIPSI TEMU BUAL
PENGKAJI Soalan:
Berdasarkan pemerhatian Cikgu, adakah terdapat sebarang
perubahan Peserta Kajian 1 dan Peserta Kajian 2 dalam sesi
pembelajaran Matematik terutamanya melibatkan operas tambah dua
nombor 1 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula?
GURU Jawapan:
Pada pendapat saya selepas beberapa kali melaksanakan sesi
pengajaran dan pembelajaran dengan mereka, ya terdapat
perubahan yang positif. Saya mendapati Peserta Kajian 1 dan
Peserta Kajian 2 sudah mula menguasai tajuk operasi tambah dua
nombor 1 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula. Saya
berharap Zarith juga dapat membantu mereka untuk ke tahap yang
seterusnya.
Jadual 7. Temu Bual Bersama Guru Matematik
Menerusi analisis transkripsi temu bual dalam jadual 7 yang dijalankan bersama guru
Matematik yang mengajar peserta kajian, guru berkenaan telah menyatakan terdapat
perubahan yang positif kepada kedua-dua peserta kajian dalam kemahiran menyelesaikan
operasi tambah. Menurutnya, peserta kajian telah berupaya mengendalikan operasi tambah
dua nombor 1 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran guru tersebut.
Objektif 2:
Meningkatkan kemahiran menyelesaikan operasi tambah dua nombor 2 digit dengan 1 digit lingkungan
50 dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim menggunakan bahan bantu belajar Drag It.
.
Pemerhatian
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak ke atas
tingkah laku kedua-dua peserta kajian sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan. Hal ini
demikian untuk menilai sejauh mana keberkesanan Drag It dalam membantu peserta kajian
dalam kemahiran menyelesaikan operasi tambah dua nombor 2 digit dengan 1 digit
76
lingkungan 50 dengan mengumpul semula. Jadual 8 menunjukkan senarai semak bagi aspek
tingkah laku peserta kajian sebelum tindakan.
NOTA LAPANGAN
Tarikh: 26 Feb 2020
Masa: 10.15-11.15 pagi
Tempat: Kelas 4
PESERTA PESERTA
KAJIAN 1 KAJIAN 2
Bersedia / bersemangat sebelum proses X X
pengajaran dan pembelajaran bermula.
Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti X X
pembelajaran Matematik.
Memberi perhatian terhadap pengajaran X X
guru.
Memberi respon terhadap soalan yang X X
diajukan oleh guru.
Petunjuk / = Setuju X = Tidak Setuju
Jadual 8. Senarai Semak Aspek Tingkah Laku Sebelum tindakan
Berdasarkan Jadual 8 di atas, kedua-dua peserta kajian menunjukkan tingkah laku
yang negatif semasa berada dalam sesi pengajaran dan pembelajaran topik operasi tambah
dua nombor 2 digit dengan 1 digit lingkungan 50 dengan mengumpul semula. Hal ini dapat
dibuktikan melalui hasil dapatan senarai semak bagi aspek tingkah laku peserta kajian.
Peserta kajian menunjukkan tingkah laku yang pasif dan tidak memberi sebarang respon
terhadap soalan yang diberikan oleh pengkaji.
NOTA LAPANGAN
Tarikh: 4 Mac 2020
Masa: 10.15-11.15 pagi
77
Tempat: Kelas 4
Gelung 1 Gelung 2
PESERTA PESERTA PESERTA
KAJIAN 1 KAJIAN 2 KAJIAN 2
Bersedia / bersemangat sebelum proses / X /
pengajaran dan pembelajaran bermula.
Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti / X /
pembelajaran Matematik.
Memberi perhatian terhadap pengajaran / X /
guru.
Memberi respon terhadap soalan yang / X /
diajukan oleh guru.
Petunjuk / = Setuju X = Tidak Setuju
Jadual 9. Senarai Semak Aspek Tingkah Laku Selepas Tindakan
Jadual 9 merupakan data pemerhatian yang telah diperoleh pengkaji terhadap aspek
tingkah laku Peserta Kajian 1 dan Peserta Kajian 2 selepas melakukan tindakan dengan
menggunakan bahan bantu Drag It. Berdasarkan keputusan pemerhatian yang dijalankan,
data menunjukkan peserta kajian 1 telah mempamerkan tingkah laku yang positif selepas
tindakan dijalankan. Ia berbeza dengan peserta kajian 2 yang menunjukkan tingkah laku
positif hanya selepas tindakan kedua dilaksanakan ke atasnya.
Berdasarkan analisis nota lapangan yang telah dibuat, pengkaji mendapati bahawa
peserta kajian 1 dapat mengikuti intervensi yang dilaksanakan dengan baik. Peserta kajian 1
memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pengkaji semasa melaksanakan intervensi
bagi aktiviti tindakan. Namun, bagi peserta kajian 2 pengkaji mendapati di sepanjang sesi
intervensi lagi di mana ia menunjukkan penglibatan yang tidak aktif selari dengan tingkah laku
yang ditunjukkan selepas tindakan dilaksanakan.
Ujian
Peningkatan kemahiran dalam operasi tambah dua nombor 2 digit dengan 1 digit dengan
mengumpul semula bagi kedua-dua peserta kajian turut dibuktikan melalui kaedah ujian.
78
Rajah 8. Hasil ujian peserta Rajah 9. Hasil ujian peserta
kajian 1 sebelum tindakan kajian 1 selepas tindakan
dijalankan. dijalankan
Rajah 10. Hasil ujian peserta Rajah 11. Hasil ujian peserta Rajah 12. Hasil ujian
kajian 2 sebelum tindakan kajian 2 selepas tindakan peserta kajian 1 selepas
dijalankan. dijalankan tindakan kedua dijalankan
Jenis Jenis Ujian Soalan
Ujian 1 2 3456
Peserta Sebelum Tindakan X X XXXX
Kajian 1 Selepas Tindakan / / /X/ /
Sebelum Tindakan X X XXXX
Peserta Selepas Tindakan X X XXXX
Kajian 2
Selepas Tindakan Kedua / / ////
Petunjuk / = Betul X = Salah
79
Jadual 10. Analisis Ujian Sebelum dan Selepas Tindakan
Berdasarkan Jadual 10 dan gambar-gambar hasil ujian yang dilaksanakan oleh
peserta kajian di atas, penggunaan Drag It telah menunjukkan hasil dapatan yang positif
daripada peserta kajian 1 namun sebaliknya kepada peserta kajian 2. Gambar 3 dan gambar
4 menunjukkan bahawa kedua-dua peserta kajian tidak dapat menjawab kesemua soalan
ujian dengan betul, manakala gambar 3 menunjukkan peserta kajian 1 menunjukkan
peningkatan dalam memperoleh skor soalan dengan betul. Hal ini membuktikan bahawa
penguasaan kemahiran peserta kajian 1 telah meningkat. Walau bagaimanapun, peserta
kajian 2 tidak memperoleh sebarang skor soalan dengan betul di mana kesemua soalan gagal
dijawab olehnya dengan tepat.
Temu Bual
Pengkaji juga telah mengadakan temu bual bersama guru Matematik yang mengajar kedua-
dua Peserta Kajian bagi menyokong dapatan yang diperoleh. Jadual 11 merupakan
transkripsi temu bual bersama guru tersebut sebelum tindakan dilaksanakan.
Analisis transkripsi Temu Bual Sebelum Tindakan
TRANSKRIPSI TEMU BUAL
PENGKAJI Soalan:
Pada pendapat Cikgu, sejauhmanakah tahap penguasaan
Matematik Peserta Kajian 1 dan Peserta Kajian 2 dalam
kemahiran operasi tambah dua nombor 2 digit dengan 1 digit
dengan mengumpul semula?
GURU Jawapan:
Dalam pembelajaran subtopik tersebut, sebarang operasi
tambah yang meilbatkan pengumpulan semula, mereka masih
belum mahir dan memerlukan bimbingan secara one to one.
Jadual 11. Temu Bual Bersama Guru Matematik
Guru berkenaan juga menyatakan bahawa beliau sering memberikan bimbingan secara
individu kepada Peserta Kajian 1 apabila sesi pembelajaran melibatkan topik operasi tambah
pengumpulan semula. Oleh sebab itu, ia secara langsung telah menyokong dapatan kajian
pengkaji yang diperoleh hasil daripada ujian sebelum tindakan diadakan.
80
Analisis Transkripsi Temu Bual Selepas Tindakan
TRANSKRIPSI TEMU BUAL
PENGKAJI Soalan:
Berdasarkan pemerhatian Cikgu, adakah terdapat sebarang
perubahan Peserta Kajian 1 dan Peserta Kajian 2 dalam sesi
pembelajaran Matematik terutamanya melibatkan operas
tambah dua nombor 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul
semula?
GURU Jawapan:
Pada pendapat saya selepas beberapa kali melaksanakan
sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mereka. Saya
mendapati Peserta Kajian 1 sudah mula menguasai tajuk
operasi tambah dua nombor 2 digit dengan 1 digit dengan
mengumpul semula. Namun, Peserta Kajian 2 masih
mengalami masalah dengan subtajuk tersebut.
Jadual 12. Temu Bual Bersama Guru Matematik
Melalui temu bual yang dijalani, Guru berkenaan telah menyatakan terdapat perubahan yang
positif kepada peserta kajian 1 dalam kemahiran menyelesaikan operasi tambah dua nombor
2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul semula dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
guru tersebut. Manakala peserta kajian 2, masih tidak dapat menguasai subtajuk ini
sepenuhnya.
Analisis transkripsi Temu Bual Selepas Tindakan Kedua
TRANSKRIPSI TEMU BUAL
PENGKAJI Soalan:
Berdasarkan pemerhatian Cikgu, adakah terdapat sebarang
perubahan terhadap Peserta Kajian 2 (peserta kajian 2) dalam
sesi pembelajaran Matematik terutamanya melibatkan operasi
81
GURU tambah dua nombor 2 digit dengan 1 digit dengan mengumpul
semula?
Jawapan:
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu, dia
(merujuk peserta kajian 2) sudah mula menguasai operasi
tambah dua nombor melibatkan 2 digit dengan 1 digit dengan
mengumpul semula apabila hasil semakan lembaran kerja
menunjukkan peningkatan skor yang diperoleh olehnya.
Jadual 14. Temu Bual Bersama Guru Matematik
Menerusi temu bual dalam jadual 14 yang dijalankan bersama guru Matematik yang mengajar
peserta kajian, guru peserta kajian 2 telah menyatakan terdapat perubahan yang positif
kepada peserta kajian 2 dalam kemahiran menyelesaikan operasi tambah dua nombor 2 digit
dengan 1 digit dengan mengumpul semula dalam sesi pengajaran dan pembelajaran guru
tersebut. Beliau mula menyedari perkara tersebut apabila lembaran kerja peserta kajian 2
disemak dan ia menunjukkan peningkatan prestasi terhadap skor atau bilangan soalan yang
betul yang diperoleh olehnya.
REFLEKSI
Dalam kajian ini, terdapat satu aspek kemahiran operasi tambah yang diberi tumpuan melalui
tahap yang berbeza iaitu kemahiran menambah satu digit dengan satu digit dengan
mengumpul semula dan kemahiran menambah dua digit dengan satu digit dengan
mengumpul semula. Ia telah menjadi fokus utama dalam kajian yang dijalankan bagi
mengetahui tahap peningkatan dan prestasi peserta kajian terhadap kemahiran tersebut.
Sepanjang pelaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji berasa sungguh teruja terutamanya
semasa proses mengenalpasti punca masalah yang dihadapi oleh peserta kajian 1 dan
peserta kajian 2 dan jalan penyelesaian bagi mengurangkan serta mengatasi masalah
tersebut. Melalui penelitian pengkaji, faktor utama yang menjadi penghalang kepada peserta
kajian 1 dan peserta kajian 2 dalam menguasai operasi tambah dua nombor melibatkan
pengumpulan semula dalam ligkungan 50 adalah disebabkan oleh kurang kefahaman
terhadap konsep pengumpulan semula. Ujian sebelum tindakan jelas menunjukkan bahawa
kedua-dua peserta kajian mengalami masalah dalam menentukan jawapan yang betul
82
walaupun terdapat ilustrasi gambar yang telah dilukis oleh mereka bagi mewakili pengiraan
secara pictorial. Skor yang diperoleh oleh peserta kajian 1 dan peserta kajian 2 dalam ujian
sebelum tindakan sememangnya menunjukkan penguasaan yang lemah terhadap kedua-dua
objektif kajian.
Setelah tindakan pertama dijalankan ke atas kedua-dua peserta kajian, peserta kajian 1 telah
berjaya mencapai kedua-dua objektif kajian di mana terdapat peningkatan yang ditunjukkan
olehnya melalui dapatan yang diperoleh oleh pengkaji. Bagi peserta kajian 2, objektif pertama
berjaya dicapai olehnya selepas tindakan pertama dijalankan manakala objektif kedua
tercapai selepas pelaksanaan tindakan kedua. Walaupun kajian ini melibatkan dua buah
gelung kajian, namun pengkaji berasa sangat berpuas hati kerana pengkaji masih berjaya
mengenalpasti faktor masalah peserta kajian 2 dan seterusnya membantunya dalam
menyelesaikan masalah tersebut. Pada pendapat pengkaji, kajian ini merupakan satu
kejayaan yang amat besar kerana ia telah memberi motivasi kepada pengkaji bahawa setiap
masalah pasti mempunyai jalan penyelesaian.
Kesimpulannya, kedua-dua objektif kajian yang telah disasarkan dapat dicapai dan telah
menjawab kedua-dua soalan kajian dengan hasil output yang positif. Secara langsung
membuktikan bahawa dengan menggunakan Drag It, ia berupaya meningkatkan kemahiran
dan kecekapan menyelesaikan operasi tambah dua nombor melibatkan pengumpulan semula
bagi peserta kajian 1 dan peserta kajian 2.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
1. Mewujudkan Sistem Ganjaran
Menyediakan ganjaran untuk diberikan kepada murid untuk merangsang motivasi berbentuk
ekstrinsik dalam diri murid. Motivasi ekstrinsik juga didapati dapat mempengaruhi individu untuk
memberikan prestasi kemampuan paling tinggi (Eckert, Lovett & Little, 2004).
2. Tempoh Masa Kajian Lebih Panjang
Tempoh Kajian Dipanjangkan supaya setiap langkah dalam kajian dapat diberi tumpuan yang lebih
mendalam selain berupaya merancang dengan lebih terurus.
3. Melaksanaan Tindakan Dalam Kaedah Lebih Menarik
Menggunakan kaedah, pendekatan, aktiviti atau cara yang sesuai dengan gaya pembelajaran
murid seperti menggunakan TMK, Belajar Sambil Bermain dan sebagainya.
83
RUJUKAN
Agung Budi Setyawan. (2010). Aspek Neurologis Attention Deficit Hyperactivity Disorder
(ADHD). Bagian Psikiatri, Dosen Fakultas Kedokteran Universitas Wijaya Kusuma
Surabaya
Baharudin Omar, Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002). Faktor
Kecemerlangan dan Kemunduran Pelajar di Sekolah Menengah dalam Matematik:
Satu Tinjauan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Hallahan, D. P. (2006). E/ceptional learners : An introduction to special education (10thed.).
Boston: Pearson Education, Inc.
Eckert, T. L., Lovett, B. J., & Little, S. G. (2004). Extrinsic Reinforcement in the Classroom:
Bribery or Best Practice. School Psychology Review, 33(3), 344–362.
Effandi, Z., dan Norliza, Z. (2009). Conceptual and procedural knowledge of rational numbers
in trainee teachers. European Journal of Social Sciences, 9(2), 202-217.
84
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENAMBAH DALAM LINGKUNGAN 10 UNTUK MURID
ADHD MENGGUNAKAN “SILENT BOOK”
Siti Atikah Binti Muhammad Zaman
Dr Nik Hassan Bin Seman
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan yang dijalankan ini merupakan hasil kesedaran pengkaji untuk menambahbaik kaedah
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kesukaran yang dihadapi oleh murid pendidikan khas
dalam operasi tambah lingkungan 10. Kajian ini melibatkan dua peserta kajian yang mengalami
masalah tingkah laku iaitu Attention Deficiti Hyperactive Disoder (DHD) dan mengikuti Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah yang terletak di daerah Bachok. Bagi mengatasi kekangan
tersebut “Silent Book” telah digunakan sebagai pendekatan atau alat intervensi. “Silent Book” memberi
fokus kepada penguasaan kemahiran menambah lingkungan 10 serta pengurangan tingkah laku
negatif. Alat intervensi ini juga berkonsepkan belajar sambil bermain menggunakan pelbagai deria
(terapi). Data kajian dikumpul dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan ujian
diagnostik. Dapatan daripada analisis data akhir menunjukkan kemajuan yang positif oleh kedua-dua
peserta kajian dalam kemahiran menambah lingkungan 10. Sebagai rumusan, kemahiran dalam
operasi tambah lingkungan 10 ditingkatkan menggunakan “Silent Book” sekaligus dapat
menggurangkan tingkah laku negatif mereka.
Kata kunci: Operasi tambah, murid masalah ADHD, Silent Book
ABSTRACT
This action research is the result of the researcher’s awareness of improving teaching and learning
methods based on the difficulties faced by special education students in doing addition for digit 1 to 10.
The study involved two participants with Attention Deficiti Hyperactive Disorder (DHD) and attending
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) at a school located in Bachok. To overcome this constraint,
“Silent Book” has been used as an approach or intervention. The "Silent Book" focuses on mastering
the skills of addition for digit 1-19 and reducing negative behaviors. This intervention is a concept of
learning while playing using a variety of senses (therapy). Survey data were collected using observation
methods, interviews and diagnostic tests. The final data analysis showed that both participants in the
study improved their skills in addition for digit 1-10. In conclusion, the "Silent Book" has enhanced their
skills in addition digit 1-10 and significantly reduced the negative behaviors.
Keywords: addition, ADHD students, Silent Book
85
PENGENALAN
Pendidikan Khas dirujuk sebagai satu program pendidikan yang dibentuk oleh kerajaan
khusus untuk orang kelainan upaya (OKU). Murid-murid Istimewa sememangnya memerlukan
sokongan yang utuh dari pelbagai aspek untuk memastikah mereka mendapat kehidupan
yang lebih berkualiti. Mereka berbeza dengan murid-murid normal yang lain. Disebabkan
mereka mempunyai perbezaan yang ketara dari murid-murid lain, mereka sentiasa
bersemuka dengan bermacam masalah dalam aspek jasmani, emosi, intelek, bahasa, rohani,
sosial lebih-lebih lagi semasa di alam persekolahan.
Setiap murid berkeperluan khas mempunyai potensi serta cabaran yang berbeza dan
pelbagai (Shankoff dan Meisels 2000). Mereka menghadapi pelbagai masalah dan
memerlukan khidmat bantu dan intervensi yang bersesuaian dengan masalah mereka.
Justeru itu, pelbagai inisiatif diutarakan untuk memperkasakan bidang Pendidikan Khas ini
untuk membantu golongan ini. Jamila (2005) mengatakan bahawa pendidikan khas adalah
satu proses pengajaran yang mempunyai teknik, cara-cara, kaedah dan penyelidikan yang
tersendiri. Kaedah yang digunakan adalah berasaskan kemampuan murid-murid kelainan
upaya itu sendiri.
Mempelajari kemahiran asas matematik merupakan satu perkara yang wajar
didedahkan kepada semua murid tidak terkecuali juga kepada murid-murid berkeperluan
khas. Proses Pengajaran dan Pembelajaran matematik untuk murid istimewa ini berbeza
dengan murid biasa. Kemahiran ini seharusnya dilatih dari peringkat awal lagi iaitu melalui
mata pelajaran Matematik disekolah. Menurut Deubel (2010), bahawa sesetengah murid
melihat matematik terlalu abstrak. Ketidakupayaan yang dialami oleh sesetengah murid
seperti murid yang mengalami masalah emosi, sosial, kognitif, psikomotor dan mental telah
menyebabkan mereka tidak dapat menerima ilmu yang disampaikan dengan sempura.
Penerimaan kognitif mereka juga terhad. Mereka mempunyai masalah untuk memproses
maklumat atau kelajuan memproses maklumat yang agak perlahan menyebabkan mereka
sentiasa ketinggalan dalam pelajaran, tidak memahami soalan dan gagal menyelesaikan
soalan yang diberikan.
FOKUS KAJIAN
Pengkaji telah mengesan banyak masalah yang dihadapi dalam kelas. Pengkaji telah memilih
untuk mengfokuskan kepada masalah kesukaran peserta kajian dalam kemahiran menambah
dalam lingkungan 10. Azizi dan Hu Laey Nee (2010) menyatakan bahawa ramai murid gagal
dalam mata pelajaran Matematik dengan baik kerana mereka menghadapi masalah untuk
menguasai konsep operasi asas. Peserta kajian yang dipilih memiliki tahap kemahiran
86
menambah yang sangat lemah dan memiliki masalah AHDH yang mana turut menjejaskan
tahap pencapaian mereka didalam kelas.
. Kajian ini releven kerana penggunaan Silent Book bukan sahaja dapat
menyelesaikan permasalahan peserta kajian malah dapat mengaplikasikan kemahiran
tambah dalam kehidupan seharian mereka. Kesimpulannya, kemahiran operasi tambah
merupakan kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh murid Pendidikan Khas.
Hal ini kerana, ia bukan sahaja menjadi asas dalam pembelajaran Matematik. Malahan,
kemahiran operasi tambah ini dapat diaplikasi dalam kehidupan seharian mereka
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
1. Meningkatkan kemahiran menambah murid ADHD dalam lingkungan 10 menggunakan
Silent Book.
2. Meningkatkan tingkah laku positif murid ADHD semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
menggunakan Silent Book.
Soalan Kajian
1. Bagaimanakah kemahiran menambah murid ADHD dalam lingkungan 10 dapat
ditingkatkan menggunakan Silent Book?
2. Adakah tingkah laku positif murid ADHD dapat ditingkatkan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan Silent Book?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan dua orang peserta kajian yang mengalami masalah dalam operasi
tambah dalam lingkungan 10. Jadual 1 menunjukkan butiran maklumat bagi kedua-dua
peserta kajian.
87
MURID MURID A MURID B
UMUR 9 tahun 10 tahun
JANTINA Perempuan Lelaki
SKOR UJIAN 40% 34%
DIAGNOSTIK
AWAL
SKOR UJIAN 66% 64%
DIAGNOSTIK
AKHIR
Jadual 1 : Maklumat Peserta Kajian
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Ujian Diagnostik/ Menggunakan Ujian Selepas
Ujian Sebelum Silent Book Tindakan
Tindakan
Refleksi Pengumpulan
data dan analisis
Langkah Rajah 1 : Aliran aktiviti tindakan kajian
1.
2. Aktiviti
3. Murid melakukan aktiviti ini bersama-sama(kumpulan).
Guru akan menerangkan cara untuk melaksanakan aktiviti ini.
4. Guru akan memantau semasa murid melakukan aktiviti ini. Memberi
rangsangan sekirannya murid ada masalah untuk semasa menjalankan
5. aktiviti.
Murid akan menyelesaikan semua aktiviti yang ada didalam Silent Book
mengenai operasi tambah dalam lingkungan 10.
Selepas selesai, guru akan bersoal jawab dengan murid mengenai Silent
Book.
88
6. Aktiviti ini akan dilakukan oleh murid secara berulang sehingga mereka
mahir. Selepas mereka mahir, guru akan mengarahkan mereka buat secara
individu.
Jadual 2 : Jadual langkah-langkah melaksanakan Silent Book
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
1. Pemerhatian
Pemerhatian bukan sahaja dilakukan sepanjang proses PdP berlangsung malah semasa
peserta berada diluar kelas. Pengkaji juga menggunakan borang senarai semak. Melalui
kaedah ini, dapat mengesan dan menyenaraikan masalah yang dihadapi oleh peserta kajian
dan menganalisis keberkesanan Silent Book dalam membantu mereka kuasai kemahiran
operasi tambah lingkungan 10. Pengkaji telah mengambil beberapa nota lapangan iaitu
sebelum, semasa dan selepas intervensi dijalankan. Melalui nota lapangan ini, pengkaji dapat
mengumpul maklumat penting mengenai sesuatu tindak balas baru mengenai permasalahan
yang dikaji. Senarai semak mengenai alat intervens, senarai semak aspek tingkah laku dan
ssebagainya. Iannya memudahkan pengkaji menganalisis data. Pengkaji juga menggunakan
telefon pintar untuk mengambil gambar keadaan peserta kajian semasa intervensi dijalankan
dan semasa peristiwa-peristiwa penting berlaku. Dengan ini dapat membanding tingkah laku
peserta kajian sebelum, semasa dan selepas intervensi.
2. Ujian Diagnostik
Pengkaji merancang untuk menganalisis data menggunakan analisis kuantitatif. Cara ini
untuk memahami data dan maklumat yang diperolehi daripada ujian tersebut. Bagi ujian
diagnostik yang dilaksanakan, analisis pencapaian peserta kajian dilakukan dalam bentuk
peratusan yang mana, nisbah bilangan bagi soalan yang dijawab dengan betul dengan jumlah
bilangan soalan didarab dengan seratus. Keputusan ujian sebagai ukuran kepada tahap
penguasaan mereka.
3. Analisis Dokumen
Pengkaji menggunakan analisis dokumen dengan menyemak segala hasil kerja murid melalui
lembaran kerja yang diberikan. Hak ini bertujuan untuk menyokong dapatan yang sedia ada
di samping dapat menhadi sebagai salah satu bukti terhadap kajian tindakan yang
dilaksanakan. Melalui analisis dokumen, kemampuan peserta kajian dijadikan sebagai
dapatan untuk menganalisis prestasi peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran operasi
tambah lingkungan 10 serta daya tumpuan peserta kajian dalam kemahiran yang difokuskan
ini.
89