The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by halimahsarkawi97, 2020-07-25 20:08:49

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

c. Temu Bual Berstruktur

Jadual 9

Soalan Temu Bual Aspek 2

Bil. Soalan
1. Kemahiran Menyelesaikan Operasi Darab

6. Berapakah jawapan 1 x 3, 2 x 4, 3 x 2, 4 x 5, 5 x 2?
7. Cuba kamu sebutkan berapakah jawapan untuk 2 darab 4.
8. Cuba kamu sebutkan jawapan untuk operasi darab pada kertas ini (2 darab

5).
9. Bolehkah kamu memberikan jawapan untuk semua soalan darab yang diberi

menggunakan Darabakus?
10. Bolehkah kamu memberikan jawapan untuk semua soalan darab yang diberi

tanpa menggunakan Darabakus?

Jadual 10
Transkripsi Temu Bual Aspek 2

Soalan Gelung 1 Gelung 2
Akhir Intervensi
Awal Intervensi Akhir Intervensi
(Transkripsi lebih kurang
1. Tiga. Lapan. Enam. Dua Tiga. Lapan. Enam. Dua sama seperti pada akhir

puluh lima, ehh dua puluh lima, ehh dua intervensi gelung 1)

puluh. Sepuluh. puluh. Sepuluh.

2. Lapan. Lapan.

3. Sepuluh. Sepuluh.

4. Boleh sikit-sikit. Boleh.

5. Tidak. Boleh sikit-sikit.

Berdasarkan Jadual 10, transkripsi temu bual bersama Murid A dalam gelung 1 dan 2 telah menyokong
hasil dapatan pemerhatian oleh pengkaji dalam seperti dalam Jadual 8. Kesimpulannya, objektif 2
kajian tidak dapat dicapai dalam gelung 2 jika bandingkan dengan gelung 1.

630

Secara keseluruhannya daripada dua gelung kajian yang dilaksanakan, pengkaji telah
mendapati apabila ketepatan jawapan Murid A ditingkatkan, kecekapannya untuk memberikan
jawapan menurun.

REFLEKSI

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji berasa sungguh teruja untuk mencari penyelesaian dan punca
masalah yang dihadapi oleh peserta kajian. Pengkaji telah mencari kesemua perkaitan yang menjadi
faktor utama dalam masalah menyelesaikan operasi pendaraban yang dihadapi oleh peserta kajian.
Dalam hal ini peserta kajian menghadapi masalah dalam menyelesaikan operasi pendaraban kerana
tidak menguasai konsep-konsep asas untuk mendarab yang terdiri daripada konsep kumpulan dan
ahli, konsep penambahan nombor sama berulang kali dan konsep lajur dan baris. Selain itu, peserta
kajian juga terkeliru antara operasi pendaraban dan penambahan sehingga menganggap dua operasi
tersebut adalah sama.

Kajian tindakan yang dilaksanakan oleh pengkaji merupakan usaha untuk membantu peserta
kajian meningkatkan kemahiran menyelesaikan operasi pendaraban menggunakan Darabakus. Oleh
kerana konsep asas peserta kajian yang masih tidak kukuh, pengkaji meletakkan had kajian pada
operasi pendaraban 1 hingga 5 dengan gandaan 1 hingga 5 sahaja. Berdasarkan dapatan kajian yang
telah dilaksanakan, pengkaji mendapati bahawa kedua-dua objektif kajian yang telah disasarkan dapat
dicapai dan menjawab kedua-dua soalan kajian. Peningkatan telah ditentukan melalui intepretasi data
secara triangulasi data.

Kesimpulannya, banyak perkara yang telah dipelajari melalui kajian ini dan terdapat
penambahbaikan yang perlu dilakukan. Dapatan kajian yang diperoleh dapat meningkatkan amalan
profesionalisme sebagai seorang guru. Kepekaan pengkaji untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh Murid A telah membantu dari aspek perkembangan kognitif Murid A. Kajian
menggunakan Darabakus untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan menyelesaikan operasi
darab memerlukan penyelidikan secara lebih mendalam lagi bagi meningkatkan mutu, kesahan dan
kebolehpercayaan kajian.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
1. Mewujudkan Sistem Ganjaran

Ganjaran yang diberikan ini merangsang motivasi berbentuk ekstrinsik dalam diri Murid A.
Menurut Benabou dan Tirole (2003), motivasi individu yang dirangsang secara ekstrinsik akan
terus melakukan sesuatu perkara walaupun tidak membawa kepuasan kepada dirinya. Motivasi

631

ekstrinsik juga didapati dapat mempengaruhi individu untuk memberikan prestasi kemampuan
paling tinggi (Eckert, Lovett dan Little, 2004).
2. Perlaksanaan Intervensi dengan lebih Menarik
Mempelbagaikan kaedah dalam intervensi, contohnya belajar sambil bermain. Belajar sambil
bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada
murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna (Ostrosky
dan Meadan, 2010).
3. Tempoh Kajian Dipanjangkan
Merancang perlaksanaan dengan lebih terurus. Plan B perlu ada jika jika Plan A tidak dapat
dilaksanakan seperti dirancang.
4. Penerapan TMK
Penerapan unsur ini perlu diperbanyakan. Pada abad ini adalah penting untuk menerapkan unsur
teknologi dalam pendidikan yang merupakan suatu keperluan dan disebut-sebut dasar-dasar
pendidikan contohnya dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

RUJUKAN
Gluck, S. (2014). Mild, Moderate, Severe Intellectual Disability. The Differences. 1-7. Retrieved on

2020, January 31 from https://www.healthyplace.com/neurodevelopmental-
disorders/intellectual-disability/mild-moderate-severe-intellectual-disability-differences

Hamdan Said (2000). Peranan Ketua Panitia Matematik di Sekolah Menengah. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.

Osiceanu, M. E., & Zaharescu, Ş. (2017). Occupational Therapy's Role in Recovery of Children with
Mental Disabilities. Clin Exp Psychol, 3, 167.

Barmby, P. (2009). The array representation and primary children's understanding and reasoning in
multiplication. Education Study Mathematics Journal.

Benabou, R., & Tirole, J. (2003). Intrinsic and extrinsic motivation. The review of economic studies,
70(3), 489-520.

Eckert, T. L., Lovett, B. J., & Little, S. G. (2004). Extrinsic reinforcement in the classroom: Bribery or
best practice. School Psychology Review, 33(3), 344-362.

Ostrosky, M. M., & Meadan, H. (2010). Helping children play and learn together. YC Young Children,
65(1), 104.

632

MENINGKATKAN KEBOLEHAN MURID PEMULIHAN TAHUN TIGA

MEMBINA AYAT MUDAH MENGGUNAKAN TEKNIK SKOP

Anis Farhana binti Mohamad Zahir
Sheikh Roslam Bin Sheikh Abdullah
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu

[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehan murid pemulihan membina ayat mudah
menggunakan teknik SKOP. Model penyelidikan tindakan adalah berasaskan Model Kurt Lewin (1946)
dan Laidlaw (1992). Berdasarkan tinjauan awal, pengkaji mendapati murid-murid lemah dalam
membina ayat mudah. Bagi mengukuhkan lagi masalah yang ditemui ini maka pengkaji telah
melaksanakan ujian diagnostik kepada semua murid pemulihan tahun 3 Zamrud. Hasil daripada ujian
diagnostik ini sememangnya terbukti murid pemulihan mengalami masalah dalam membina ayat
mudah. Dua orang peserta kajian telah dipilih bagi menjalankan kajian melalui empat jenis aktiviti iaitu
Kenali Rumah Ayat, Permainan Dam Ayat, Kalendar Struktur Ayat dan Sentence Train yang
menggunakan teknik SKOP. Pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen, pemerhatian,
ujian awal dan ujian akhir serta temu bual. Ujian akhir yang dibuat oleh peserta kajian telah
menunjukkan penguasaan yang amat ketara dalam membina ayat mudah. Diharapkan penyelidikan
tindakan ini dapat dijadikan rujukan, panduan dan pedoman kepada guru-guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Kata Kunci: Murid pemulihan, membina ayat mudah, teknik SKOP

ABSTRACT

This action research aims to increase remedial students’ ability to build simple sentences using SKOP
technique. The model used for this action research is based on Kurt Lewin (1946) Model and Laidlaw
(1992). Based on initial observations, the researcher found that students were unable to build simple
sentences. To further support this claim, the researcher ran diagnostic tests on all Year 3 Zamrud
remedial students. The result of this test proved the initial observation that remedial students had issues
with building simple sentences. Two research participants were selected to conduct the research
through four types of activity namely Kenali Rumah Ayat, Permainan Dam Ayat, Kalendar Struktur Ayat
and Sentence Train that uses SKOP technique. Data collection were conducted via document analysis,
observation, preliminary and final test as well as interviews. The final test completed by research
participants showed a significant mastery in building simple sentences. It is hoped that this action
research will serve as a reference and guidance for teachers in conducting the teaching-learning
process within the classroom.

Keywords: Remedial students; building simple sentences; SKOP technique

PENGENALAN

Program pemulihan telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
semenjak tahun 60an lagi. Pendidikan Pemulihan merupakan satu langkah untuk membantu
murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, terutamanya masalah membaca,
menulis dan mengira (3M) di sekolah-sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).
Tanpa menguasai kemahiran-kemahiran asas ini, murid-murid akan ketinggalan dalam proses

633

pembelajaran di sekolah dan mereka juga akan mengalami kesulitan untuk menjalani
kehidupan seharian. Kemahiran-kemahiran asas ini menjadi akar ataupun tunjang utama
dalam proses pembelajaran dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat yang lebih
tinggi seperti di universiti. Menurut Ott dalam Rajesvari a/p Ramasamy (2008) menyatakan
bahawa kemahiran-kemahiran asas adalah penting untuk dikuasai oleh setiap individu dalam
kurikulum pembelajaran di sekolah.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan yang
digunakan untuk tujuan pentadbiran dan bahasa pengantar utama dalam negara Malaysia.
Dalam konteks kajian ini, bahasa Melayu merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran yang
melibatkan penyampaian dan penerimaan isi kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk.
Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008), Dasar Pelajaran Kebangsaan negara telah
menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa Melayu. Ini
membuktikan kepentingan bahasa Melayu di ajar di setiap peringkat sekolah rendah dan
menengah sebagai wadah untuk menjadikan bahasa Melayu ini bahasa ilmu yang terulung di
dunia.

Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid pemulihan adalah kesukaran
membina ayat mudah. Tujuan utama menguasai kemahiran membina ayat mudah adalah
untuk murid lebih memahami sesuatu pembelajaran, meningkatkan kemahiran dalam
membina ayat, meningkatkan kemahiran berfikir secara logikal serta memahami ayat yang
dikaitkan dengan perkataan yang telah dipelajari. Menurut Abd Ghafar Mahmud (2011), guru
perlu kreatif dan berinovatif dalam menjana idea, konsep atau strategi baharu untuk
mempertingkatkan amalan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian
idea guru membolehkan murid lebih memahami cara membina ayat mudah serta mampu
mengurangkan masalah menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira).

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan refleksi PdP, pengkaji telah memilih untuk menetapkan fokus kajian terhadap
peningkatan kemahiran murid membina ayat mudah. Pemilihan fokus kajian ini sangat penting
kerana membina ayat mudah perlu dikuasai oleh murid pada peringkat awal lagi. Penguasaan
membina ayat mudah yang baik akan membantu murid menguasai kemahiran ayat-ayat yang
berkembang seperti ayat majmuk, ayat songsang dan sebagainya (Siti Hajar Abdul Aziz,
2009). Merujuk kepada objektif pembelajaran kemahiran membaca, menulis dan membina
ayat mudah perlu dikuasai oleh murid pemulihan. Pengkaji mendapati antara objektif
utamanya ialah memastikan murid berupaya membina dan menulis ayat mudah berdasarkan
perkataan atau gambar. Oleh itu, melalui hasil pemerhatian awal semasa proses pengajaran

634

dan pembelajaran Bahasa Melayu, ujian, temu bual dan analisis dokumen, kebanyakan murid
pemulihan masih belum menguasai kemahiran membina ayat mudah. Ini menimbulkan
keinginan tinggi pengkaji untuk membantu murid-murid ini meningkatkan kemahiran membina
ayat mudah.

Pengajaran membina ayat perlu dilaksanakan dengan menggunakan kaedah dan
teknik yang sesuai agar dapat menarik minat minat murid untuk menguasai kemahiran
membina ayat. Penyelidikan ini memfokuskan kepada peningkatan kebolehan membina ayat
mudah dalam kalangan murid pemulihan tahun tiga dengan menggunakan teknik SKOP yang
telah diubahsuai mengikut kesesuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Menurut Mohd Azam Ahmad (2009), teknik PdP yang diperkenalkan oleh guru melatih murid
berfikir secara kreatif dan kritis dan mampu mematangkan kemahiran individu murid yang
boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Murid pemulihan perlu diberikan latihan dan
bimbingan berterusan agar dapat membina sekurang-kurangnya ayat mudah berdasarkan
gambar dan perkataan yang diberi.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian

3. Meningkatkan kemahiran murid menguasai teknik SKOP untuk membina ayat mudah.
4. Meningkatkan kemahiran murid membina ayat mudah.

Soalan Kajian

3. Adakah teknik SKOP dapat dikuasai oleh murid untuk membina ayat mudah?
4. Adakah murid berjaya membina ayat mudah?

PESERTA KAJIAN
Peserta kajian yang terlibat dalam Penyelidikan Tindakan ini merupakan murid pemulihan
tahun tiga di sebuah sekolah B yang terletak di daerah Kota Bharu, Kelantan. Secara amnya,
kumpulan peserta kajian mempunyai permasalahan yang sama iaitu kemahiran membina ayat
mudah. Jadual 1 menunjukkan butiran tentang peserta kajian.

Jadual 1

Butiran Peserta Kajian

Butiran Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2
Umur 9 Tahun
Jantina 9 Tahun Perempuan
Kelas 3 Zamrud
Ciri-ciri Lelaki  Boleh menerima arahan
 Mudah terganggu dengan
3 Zamrud
persekitaran
 Boleh menerima arahan  Pasif

 Mempunyai kadar

tumpuan jangka pendek

635

 Mudah terganggu

dengan persekitaran

 Kurang minat untuk

belajar

Masalah  Tidak menyiapkan  Tidak dapat menguasai
Akademik kemahiran membina ayat
lembaran kerja yang mudah

diberikan guru

 Tidak dapat menguasai

kemahiran membina ayat

mudah

TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Langkah-Langkah Tindakan
Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan model kajian oleh Kurt Lewin (1946)
dan Laidlaw (1992) sebagai panduan sepanjang pelaksanaan kajian ini. Model ini terdiri
daripada lima fasa utama iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang tindakan,
melaksanakan tindakan, mengumpul data dan membuat refleksi setelah kajian dilakukan.
Bagi meningkatkan kebolehan murid membina ayat mudah, pengkaji telah menggunakan
teknik SKOP dalam kajian ini yang merangkumi empat tindakan secara keseluruhannya.

Jadual 2

Aktiviti-Aktiviti Dalam Tindakan Intervensi

Aktiviti Penerangan
Aktiviti 1 :
Kenali Rumah Ayat 1. Peserta kajian didedahkan terlebih dahulu tentang contoh perkataan bagi
setiap rumah ayat iaitu rumah subjek / siapa (S), rumah kata kerja (K),
rumah objek (O) dan rumah peluasan (P) dengan bimbingan pengkaji.

2. Peserta kajian dikehendaki untuk menyatakan contoh-contoh perkataan
lain bagi setiap rumah.

3. Pengkaji menayangkan sesuatu gambar beserta perkataan menggunakan
slaid interaktif dan peserta kajian perlu memadankan contoh-contoh
perkataan bagi setiap rumah ayat sehingga menjadi satu ayat mudah.

Aktiviti 2 : 1. Peserta kajian dikehendaki menggerakkan butang di atas Papan Dam Ayat
Permainan Dam mengikut jumlah bilangan dadu yang dibaling.
Ayat
2. Peserta kajian akan berhenti di sesuatu nombor di Papan Dam Ayat.
3. Peserta kajian perlu membina ayat mudah menggunakan teknik SKOP

berdasarkan gambar beserta perkataan yang terdapat pada Papan Dam
Ayat.

Aktiviti 3 : Kalendar 1. Peserta kajian perlu membina ayat mudah berdasarkan gambar yang

Struktur Ayat ditayangkan melalui slaid interaktif dan menulisnya pada Kalendar

Struktur Ayat yang disediakan menggunakan teknik SKOP.

Aktiviti 4 : 1. Peserta kajian diberikan satu perkataan oleh pengkaji dan peserta kajian
“Sentence Train” perlu membina ayat mudah menggunakan teknik SKOP dan menulisnya
pada Papan “Sentence Train”.

636

KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Setelah meneliti dan memerhati situasi kajian, pengkaji telah menggunakan empat kaedah
pengumpulan data bagi mencapai objektif dan menjawab soalan kajian iaitu melalui kaedah
pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan ujian.

Pemerhatian
Pengkaji menggunakan pemerhatian berstruktur melalui borang senarai semak untuk
memastikan setiap item yang ditekankan mencapai objektif yang disasarkan. Pemerhatian
dilakukan sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Pemerhatian merupakan data utama
yang berperanan sebagai bukti yang paling kuat untuk menjawab semua persoalan kajian
dalam melihat peningkatan kemahiran membina ayat mudah dan memerihalkan tindakan
yang dijalankan dalam meningkatkan kemahiran membina ayat mudah. Selari dengan itu,
pengkaji dapat mengenal pasti kelemahan, kelebihan dan penambahbaikan yang boleh
dilakukan dalam pelaksanaan tindakan.
Temu Bual
Pengkaji menggunakan temu bual berstruktur di mana satu senarai soalan disediakan terlebih
dahulu sebelum sesi temu bual dilaksanakan. Pengkaji telah melaksanakan temu bual
bersama guru pemulihan. Temu bual dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi data pemerhatian
yang telah dibuat terhadap peningkatkan kemahiran membina ayat mudah peserta kajian.
Selain itu, temu bual juga bertujuan untuk mengetahui penambahbaikan yang boleh dilakukan
untuk meningkatkan kemahiran serta mengetahui perubahan sikap dan perasaan murid
terhadap kajian yang telah dijalankan.
Analisis Dokumen
Pengkaji telah menganalisis dan menggunakan hasil kerja kedua-dua peserta kajian yang
telah dilaksanakan sebelum dan selepas melakukan setiap aktiviti.

Ujian
Ujian merupakan instrumen yang menunjukkan keputusan pencapaian peserta kajian dengan
jelas dan sesuai. Pengkaji telah melaksanakan dua jenis ujian ke atas peserta kajian iaitu
ujian awal dan ujian akhir. Perbandingan tahap pencapaian peserta kajian mudah untuk
dibandingkan sebelum dan selepas intervensi dijalankan.

637

CARA MENGANALISIS DATA
Setelah memperoleh data, pengkaji akan menganalisis data secara kualitatif bagi
memperoleh keputusan dan hasil kajian. Data yang telah dianalisis ini juga bertujuan untuk
membuat penilaian dan mengenalpasti sejauh mana keberkesanan intervensi ke atas peserta
kajian.

CARA MENYEMAK DATA
Pengkaji telah menggunakan triangulasi kaedah iaitu menggunakan pelbagai kaedah
mengumpul data ke atas peserta kajian yang sama bagi menguji kesahan data yang
diperoleh. Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur, ujian, analisis
dokumen dan temu bual.

DAPATAN KAJIAN
Objektif Kajian 1: Meningkatkan kemahiran murid menguasai teknik SKOP untuk membina
ayat mudah
Objektif Kajian 2: Meningkatkan kemahiran murid membina ayat mudah

Dapatan data daripada pemerhatian berstruktur, ujian, analisis dokumen dan temu bual guru
pemulihan ini telah dibuat bagi melihat pencapaian objektif kajian satu dalam meningkatkan
kemahiran murid menguasai teknik SKOP untuk membina ayat mudah. Dapatan data ini juga
digunakan untuk melihat pencapaian objektif kajian dua dalam meningkatkan kemahiran
murid membina ayat mudah. Kedua-dua objektif ini dilihat telah tercapai melalui tindakan
(teknik SKOP) yang telah dijalankan.

Ujian
Ujian Awal dan Ujian Akhir

Jadual 3 Keterangan Pencapaian Skor

Skala Pencapaian Skor Ujian 0–5 6 – 10 10 – 15

Bilangan Item Bilangan Skor
15 15

(Gagal) (Baik) (Amat Baik)

Jadual 4

Perbandingan Keputusan Ujian Awal dan Ujian Akhir

Perkara Bahagian Skor PK 1 Pencapaian Skor PK 2 Pencapaian
Skor
Skor 3 Gagal
0 Gagal
Ujian Awal A 2 Gagal 1 Gagal
4/15
B 1 Gagal Gagal

C 0 Gagal

Jumlah 3/15 Gagal

638

Ujian Akhir A 5 Gagal 5 Gagal
B 4 Gagal 5 Gagal
C 4 Gagal 4 Gagal
Jumlah 13/15 Amat Baik 14/15 Amat Baik

Pengkaji mendapati bahawa terdapat perubahan dan peningkatan antara pencapaian ujian
awal dan ujian akhir bagi peserta kajian. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tindakan intervensi
yang dilaksanakan terhadap kedua-dua peserta kajian telah membantu mereka untuk
meningkatkan kemahiran membina ayat mudah.

Analisis Dokumen
Lembaran Kerja 1, 2 dan 3

Jadual 5

Skala Pencapaian Skor Lembaran Kerja

Bilangan Item Bilangan Skor Keterangan Pencapaian Skor
15 15
0–5 6 – 10 10 – 15

(Gagal) (Baik) (Amat Baik)

Jadual 6

Perbandingan Lembaran Kerja 1,2 dan 3 Sebelum dan Selepas Intervensi

Perkara Lembaran Skor PK 1 Pencapaian Skor PK 2 Pencapaian
Kerja Skor Skor
Lembaran 1 2 Gagal 2 Gagal
Kerja 2 1 Gagal 2 Gagal
3 0 Gagal 1 Gagal
Sebelum Jumlah 3/15 Gagal 5/15 Gagal
Intervensi 1 5 Gagal 5 Gagal
Lembaran 2 4 Gagal 5 Gagal
Kerja Selepas 3 4 Gagal 4 Gagal
Intervensi Jumlah 13/15 14/15
Amat Baik Amat Baik

Daripada analisis data bagi kesemua lembaran kerja 1, 2 dan 3 yang dilaksanakan sebelum
dan selepas intervensi ini, peningkatan yang ditunjukkan membuktikan bahawa teknik SKOP
sememangnya memberikan impak positif kepada peserta kajian dalam meningkatkan
kemahiran membina ayat mudah sekaligus dapat meningkatkan pencapaian akademik murid.

Pemerhatian

Jadual 7

Senarai Semak Pemerhatian Peserta Kajian Sebelum Dan Selepas Intervensi

639

BIL PERKARA PESERTA KAJIAN 1 PESERTA KAJIAN 2
Sebelum Selepas Sebelum Selepas

1. Peserta kajian boleh    

menyebut dan mengeja

suku kata sesuatu

perkataan

2. Peserta kajian boleh    

membaca ayat mudah

berdasarkan teks

3. Peserta kajian boleh X  X 

membina ayat mudah

berdasarkan gambar dan

perkataan

4. Peserta kajian boleh X  X 

menulis dengan betul dan

kemas

5. Peserta kajian mematuhi X   

arahan yang diberikan oleh

pengkaji

6. Peserta kajian aktif semasa X  X 

proses pengajaran dan

pembelajaran

7. Peserta kajian bertanyakan  X  X

soalan kepada pengkaji

8. Peserta kajian cuba X  X 

melakukan sendiri tanpa

bantuan pengkaji

9. Peserta kajian fokus X   

sepanjang proses

pengajaran dan

pembelajaran dijalankan

10. Peserta kajian gembira    

sepanjang proses

pengajaran dan

pembelajaran dijalankan

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, dapat pengkaji simpulkan bahawa pengaplikasian
teknik SKOP telah memberikan reaksi positif kepada setiap peserta kajian. PK 1 dan PK 2
dapat menguasai teknik SKOP dalam membina ayat mudah. Perkara ini jelas menunjukkan
satu pencapaian yang amat baik bagi kedua-dua peserta kajian. Senarai semak disediakan
bagi melihat peserta kajian menguasai teknik SKOP. Data analisis pemerhatian sebelum dan
selepas tindakan menunjukkan kemahiran membina ayat mudah peserta kajian telah
meningkat.

640

Temu Bual

Jadual 8
Transkrip Temu Bual Bersama Guru Pemulihan

Bil Soalan Temu Bual Respon / Jawapan Guru

1. Berdasarkan pemerhatian cikgu, adakah Ok. Pada pemerhatian saya (aaaa) hasil

teknik SKOP dapat meningkatkan daripada teknik SKOP nampak berkesan

kemahiran murid untuk membina ayat kepada budak-budak ni, kerana mereka boleh

mudah? membina ayat mudah.

2. Pada pengamatan cikgu, adakah cikgu Ok. Pada pendapat saya teknik ini secara tak

bersetuju bahawa teknik ini mampu langsung boleh menarik minat budak.

menarik minat murid untuk belajar Sebenarnya kalau kaedah biasa, kita hanya

berbanding kaedah pengajaran yang menggunakan di papan hitam. Dengan kaedah

lain? intervensi ini, budak boleh membina ayat

mudah . Jadi, kemungkinan murid lebih mudah

membina ayat dengan permainan dan aktiviti

yang telah dibuat.

3. Sebagai seorang guru, adakah cikgu Ok. Pada saya bukan semua budak

bersetuju untuk menggunakan teknik ini menghadapi masalah membina ayat mudah,

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mungkin kita akan gunakan kaedah ini untuk

selepas ini? budak seterusnya.

4. Sebagai seorang guru, adakah intervensi Pada pandangan saya, intervensi ini berjaya

yang telah saya laksanakan menunjukkan dan budak boleh membina ayat mudah. Sebab

kesan yang positif ke atas peserta kajian? sebelum ini memang sukar juga untuk saya

supaya budak dapat membina ayat mudah.

Melalui keputusan temu bual ini telah membuktikan bahawa teknik SKOP ternyata mampu

memberikan impak yang positif kepada peserta kajian. Guru tersebut turut mengakui

perubahan positif yang dipamerkan oleh peserta kajian. Semasa proses pengajaran dan

pembelajaran, peserta kajian menunjukkan peningkatan yang begitu memberangsangkan.

REFLEKSI
Berdasarkan dapatan kajian, pengkaji dapati bahawa peserta kajian berjaya menguasai teknik
SKOP serta kemahiran peserta kajian membina ayat mudah dapat ditingkatkan. Ini
menunjukkan bahawa pelaksanaan tindakan melalui teknik SKOP telah berjaya mencapai
semua objektif kajian sekaligus menjawab semua persoalan kajian. Peningkatan ini dapat
dibuktikan melalui hasil analisis dan interpretasi daripada data pemerhatian, temu bual, ujian
dan analisis dokumen. Malah, data ini juga telah disokong dan dikukuhkan lagi melalui proses
triangulasi kaedah yang jelas menunjukkan bahawa kajian tindakan yang dilaksanakan telah
dapat meningkatkan kemahiran murid membina ayat mudah.

Secara keseluruhannya, penyelidikan tindakan ini menilai keberkesanan teknik SKOP
serta meningkatkan kemahiran peserta kajian dalam membina ayat mudah. Pengkaji telah
mengintegrasikan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian bagi memberikan input dan juga kesan
yang memberangsangkan kepada peserta kajian. Berdasarkan dapatan kajian yang telah
dibuat, pengkaji mendapati kedua-dua objektif kajian yang telah disasarkan dapat dicapai dan
menjawab kedua-dua soalan kajian dalam meningkatkan kemahiran membina ayat mudah.

641

Dari aspek profesion pula, pengkaji perlu menunjukkan rasa kesungguhan sebagai
seorang guru dalam merancang dan melaksanakan kajian untuk membantu peserta kajian.
Hubungan yang baik dan mesra antara pengkaji dan peserta kajian telah memberikan nilai
tambah untuk kajian ini dapat berjalan dengan lebih lancar dan baik sekali. Kajian terhadap
teknik SKOP dalam membantu meningkatkan kemahiran membina ayat memerlukan
penyelidikan secara mendalam lagi bagi meningkatkan mutu, kesahan dan kebolehpercayaan
kajian.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Dalam sesuatu kajian tindakan, sesuatu masalah tidak semestinya mengehendaki pengkaji
untuk menyelesaikannya secara keseluruhan. Apa yang penting adalah terdapat perubahan
atau peningkatan dalam pencapaian peserta kajian selaras dengan pencapaian objektif
kajian. McNiff (2014) dalam buku penyelidikan tindakan IPG Malaysia (2019) menyatakan
bahawa penekanan utama dalam penyelidikan tindakan adalah memahami tindakan yang
membawa perubahan. Oleh itu, melalui hasil dapatan kajian, pengkaji dapati bahawa peserta
kajian telah berjaya meningkatkan kemahiran membina ayat mudah melalui pelaksanaan
tindakan yang telah dijalankan. Walau bagaimanapun, sekiranya pengkaji berpeluang untuk
meneruskan kajian, pengkaji mencadangkan agar gelung kedua dapat diteruskan dengan
menambah baik dan mengukuhkan lagi pelaksanaan tindakan melalui teknik SKOP yang telah
dirancang.

Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam keempat-empat
aktiviti ini adalah mewujudkan ganjaran bagi aktiviti yang dilaksanakan. Ini akan
menyebabkan peserta kajian bersemangat untuk mengikuti aktiviti membina ayat mudah.
Ganjaran ini merupakan unsur peneguhan untuk peserta kajian mengikuti aktiviti dengan
bersungguh-sungguh.

Akhir sekali, untuk kajian lanjutan seterusnya, pengkaji mencadangkan untuk
meluaskan lagi kajian tindakan ini dengan melibatkan lebih ramai peserta kajian. Penglibatan
yang lebih ramai akan meningkatkan lagi kemahiran membina ayat mudah dalam kalangan
murid yang lain. Malah, penglibatan murid yang ramai juga akan merangsang suasana
pembelajaran yang lebih aktif menerusi pembelajaran secara koperatif semasa tindakan
dalam membina ayat mudah ini dijalankan.

642

RUJUKAN
Abd Ghafar Mahmud. (2011). Pengumuman Keputusan UPSR 2011. Putrajaya:

Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2019). Buku Panduan
Penulisan Penyelidikan Tindakan Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Rajesvari, R. (2008). Masalah Disleksia Dalam Kalangan Murid-Murid Pemulihan Di

Sekolah Rendah Pulau Pinang. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu I. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

643

MENINGKATKAN TAHAP KEFAHAMAN MURID DALAM MENENTUKAN NILAI
NOMBOR 6 HINGGA 10 DENGAN MENGGUNAKAN KIT NINO

Nur Nabilah binti Jaafar
Encik Che Ahmad Rizal bin Che Rahim
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu

[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman murid dalam menentukan nilai
nombor 6 hingga 10. Kajian ini melibatkan dua orang peserta kajian yang mengalami masalah lewat
perkembangan pembelajaran dan mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di sekolah A.
Data kajian dikumpul dengan menggunakan kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual.
Dapatan daripada analisis data akhir menunjukkan peningkatan tahap kefahaman kedua-dua peserta
kajian dalam menentukan nilai nombor 6 hingga 10 dengan menggunakan Kit NINO. Peningkatan dari
segi daya tumpuan juga telah ditunjukkan oleh peserta kajian melalui sikap positif. Sebagai rumusan,
tahap kefahaman dan daya tumpuan dalam operasi tambah dalam menentukan nilai nombor 6 hingga
10 dapat ditingkatkan dalam kalangan peserta kajian dengan menggunakan Kit NINO sekali gus dapat
meningkatkan minat mereka terhadap Matematik.
Kata Kunci : nilai nombor, Kit NINO, daya tumpuan

ABSTRACT

This study aimed to increase students' level of understanding in determining the values of 6 to 10. This
study involved two study participants who had problems with learning development and participating in
the Special Education Integration Program (PPKI) at school A. The study data was collected using
observation method , document analysis and interviews. The findings from the final data analysis
showed that both study participants improved their level of understanding in determining the values of
6 to 10 using the NINO Kit. The improvement in focus has also been shown by the study participants
through positive attitude. In conclusion, the level of understanding and focus on increased operations
in determining the values of 6 to 10 can be improved among study participants using the NINO Kit and
thus increase their interest in Mathematics.
Keywords: number value, NINO Kit, focus

PENGENALAN

Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka khusus bagi memenuhi keperluan kanak-
kanak yang kurang upaya. Menurut Marilyn Friend (2015), istilah pendidikan khas membawa
maksud pengajaran dan pembelajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan kanak-
kanak unik yang mempunyai kekurangan dari segi keupayaan.

644

Menurut Norfishah Mat Rabi (2016), menjelaskan bahawa masalah pembelajaran
adalah berkaitan kefungsian kecerdasan otak yang tidak selaras dengan umur biologikal.
Kategori kanak-kanak berkeperluan khas terbahagi kepada sembilan kategori iaitu terencat
akal, kurang upaya dalam pembelajaran, kecelaruan emosi atau tingkah laku, pintar cerdas
dan berbakat, masalah bahasa dan pertuturan, masalah pendengaran, masalah penglihatan,
kecelaruan, spektrum autisma, kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan.

Nombor merupakan konsep asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
Matematik yang perlu dikuasai oleh murid. Menurut Mok Soon Sang (2012), kana-kanak
mengenali nombor secara semula jadi melalui pengalaman dalam kehidupan seharian. Hal
ini kerana, dalam kehidupan seharian murid, mereka tidak dapat lari daripada penggunaan
nombor.

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian pengkaji adalah untuk mengatasi masalah peserta kajian dalam menentukan
nilai nombor 6 hingga 10. Pengkaji juga membuat pemerhatian terhadap peserta kajian untuk
mengenalpasti tahap tumpuan murid semasa pembelajaran menentukan nilai nombor. Hal ini
dapat membantu pengkaji untuk menyediakan tindakan yang sesuai untuk mengatasi
masalah perserta kajian. Semasa sesi pengajaran berlangsung, peserta kajian dapat
menyebut nombor 6 hingga 10. dengan betul, tetapi masih tidak dapat menentukan nilai
nombor tersebut. Sebagai contoh, aktiviti secara berpasangan. Murid A menyebut nombor
dan murid B mengambil guli mengikut nilai nombor yang disebut murid A. Namun begitu, murid
B telah salah kerana mengambil 4 guli untuk nilai nombor 8. Pengkaji telah memilih dua orang
peserta kajian yang memiliki masalah Slow Learner. Peserta kajian adalah dikategorikan
sebagai murid bermasalah pembelajaran. Murid ini juga mempunyai masalah daya tumpuan
yang lemah menyebabkan mereka sukar memahami apa yang diajar oleh guru. Masalah
kefahaman murid dalam menentukan nilai nombor mempunyai perkaitan dengan gaya
pembelajaran proses PdP dalam bilik darjah. Gaya pembelajaran merupakan kaedah spesifik
seseorang individu menuntut ilmu, memproses dan mengingat sesuatu maklumat yang baru
diterima. Kanak-kanak peringkat awal biasanya menentukan nilai nombor dengan hafalan
tanpa kefahaman.

OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN

OBJEKTIF KAJIAN

1. Meningkatkan tahap kefahaman murid dalam menentukan nilai nombor 6 hingga 10
menggunakan Kit NINO.

645

2. Meningkatkan tumpuan murid dalam menentukan nilai nombor 6 hingga 10
menggunakan Kit NINO.

SOALAN KAJIAN

1. Adakah Kit NINO dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman murid dalam
menentukan nilai nombor 6 hingga 10?

2. Adakah Kit NINO dapat meningkatkan tumpuan murid dalam menentukan nilai nombor
6 hingga 10?

PESERTA KAJIAN

Kajian ini melibatkan dua orang peserta kajian yang mengalami masalah dalam operasi
tambah dalam lingkungan 10. Jadual 1 menunjukkan maklumat bagi kedua-dua peserta
kajian.

PESERTA KAJIAN 1 PESERTA KAJIAN 2

Jantina Lelaki Perempuan
Tahap
Kategori Lemah Sederhana
Masalah
Slow Learner Slow Learner
Tingkah laku
Tidak dapat menentukan nilai Tidak dapat menentukan nilai

nombor 6 hingga 10. nombor 7, 8, 9 dan 10.

Pasif, kurang tumpuan Bising di dalam kelas, kurang

tumpuan, termenung

Jadual 1: Maklumat Peserta Kajian

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Bagi meningkatkan tahap kefahaman dan daya tumpuan peserta kajian dalam menentukan
nilai nombor 6 hingga 10, pengkaji telah menggunakan Kit NINO yang merangkumi tiga
tindakan. Jadual 2 menunjukkan senarai aktiviti bagi pelaksanaan tindakan.

Aktiviti Penerangan

Aktiviti 1 : 6. Pengkaji memperkenalkan KIT NINO kepada peserta kajian.
Belajar Nilai Nombor 7. Pengkaji memberi penerangan berkaitan nilai nombor

kepada peserta kajian dengan menggunakan bahan konkrit
yang terdapat pada KIT NINO.

646

8. Peserta kajian belajar menentukan nilai nombor 6 hingga 10.

Aktiviti 2 : 7. Peserta kajian mendengar arahan daripada pengkaji
Letak Gelung Pada berkaitan dengan aktiviti 2.

Tiang 8. Pengkaji menerangkan kepada peserta kajian tentang nilai
nombor 6 hingga 10 menggunakan gelung warna-warni.
Aktiviti 3 :
Kumpul Gelung Dalam 9. Pengkaji meletakkan gelung warna-warni pada tiang
mengikut nilai nombor 6 hingga 10 yang diberi.
Bakul
10. Secara individu, peserta kajian diminta untuk melakukan
aktiviti 1.

11. Kemudian, memasukkan gelung warna-warni pada tiang
mengikut nilai nombor diberi secara rawak oleh pengkaji.

12. Pengkaji menyemak dan merekod hasil kerja peserta kajian.
13. Peneguhan positif diberikan kepada peserta kajian yang

menentukan nilai nombor dengan betul.
14. Aktiviti diulang sebanyak 3 kali.
10. Peserta kajian mendengar arahan daripada pengkaji

berkaitan dengan aktiviti 3.
11. Peserta kajian diberikan gelung warna-warni yang terdapat

dalam bekas.
12. Peserta kajian diminta meletakkan gelung warna-warni pada

tiang mengikut nilai nombor yang diberi.
13. Pengkaji menunjukkan demostrasi meletakkan gelung warna-

warni pada tiang mengikut nilai nombor.
14. Peserta kajian diminta meletakkan gelung warna-warni pada

tiang berdasarkan nilai nombor 6 hingga 10.
15. Pengkaji menyemak hasil kerja peserta kajian.
16. Peneguhan positif diberikan kepada peserta kajian yang

menentukan nilai nombor dengan betul.
17. Aktiviti diulang sebanyak 3 kali.

Jadual 2: Senarai Aktiviti

KAEDAH MENGUMPUL DATA

Pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data bagi mencapai objektif kajian, iaitu
pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual.

CARA MENGANALISIS DATA

647

Setelah proses pengumpulan data dilaksanakan, pengkaji telah menganalisis data yang
diperoleh. Analisis data ini dilakukan bertujuan untuk menilai sejauh mana tindakan yang
dijalankan dapat memberikan peningkatan tahap kefahaman dan daya tumpuan peserta
kajian selari dengan objektif yang ditetapkan.

CARA MENYEMAK DATA

Semakan data dalam kajian ini dilaksanakan berdasarkan data-data yang telah dikumpul dan
dianalisis menggunakan triangulasi data. Menurut Chua (2011), kaedah triangulasi data
merupakan teknik pengumpulan data yang bersifat menggabungkan data daripada pelbagai
teknik pengumpulan data dan sumber yang ada. Terdapat tiga instrument yang digunakan
iaitu pemerhatian, dan analisis dokumen.

DAPATAN KAJIAN

Pengkaji memperolehi hasil dapatan kajian melalui pemerhatian, analisis dokumen dan temu
bual.

Pemerhatian

Borang senarai semak pemerhatian
(Menentukan Nilai Nombor 6 Hingga 10)

Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2

Bil. Perkara Sebelum Selepas Sebelum Selepas
Kajian Kajian Kajian Kajian

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

1. Dapat menentukan nilai // //
nombor 6 // //
// //
2. Dapat menentukan nilai // //
nombor 7

3. Dapat menentukan nilai
nombor 8

4. Dapat menentukan nilai
nombor 9

648

5. Dapat menentukan nilai // //
nombor 10

Jumlah Ya 0 51 5
Jumlah Tidak 5 04 0

jumlah 5 55 5

Jadual 3: Borang senarai semak pemerhatian

Jadual di atas menunjukkan hasil dapatan pemerhatian selepas intervensi
dilaksanakan. Berdasarkan hasil dapatan selepas tindakan yang diperoleh, kedua-dua
peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dari segi tahap kefahaman selepas intervensi
dilaksanakan kerana berjaya menentukan nilai nombor dengan betul berbanding sebelum
intervensi dilaksanakan. Berdasarkan hasil dapatan pemerhatian ini, kedua-dua peserta
kajian telah menunjukkan peningkatan dari tahap kefahaman dalam menentukan nilai nombor
6 hingga 10.

Catatan Nota Lapangan

Tarikh : 10 Mac 2020
Masa
Tempat : 10.15-11.15
Catatan
: Bilik pendidikan khas

: Tingkah laku semasa kajian dijalankan

Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2

649

 Pada awalnya pasif dan malu untuk bercakap  Suka mengganggu rakan.
apabila di tanya.  Tidak sabar untuk melakukan aktiviti.
 Aktif di dalam kelas dan banyak bercakap.
 Peserta kajian mendengar arahan pengkaji  Sentiasa ingin tahu apa aktiviti dalam kit
semasa belajar nilai nombor.
NINO.
 Teruja melihat kit yang ditunjukkan oleh  Mendengar penerangan pengkaji.
pengkaji.  Memberi tumpuan semasa melakukan

 Mudah lupa. aktiviti supaya tidak ada yang salah.
 Setelah aktiviti diulang 3 kali, peserta kajian  Gembira mendapat pujian daripada

semakin ingat. pengkaji.
 Tertarik dengan gelung berwarna.  Memberi kerjasama dengan pengkaji.
 Bersemangat selepas dapat token daripada  Saling tolong-menolong semasa aktiviti

pengkaji. berpasangan
 Berasa seronok dan tersenyum sehingga

aktiviti intervensi yang terakhir.

Jadual 4: Catatan Nota Lapangan
Pengkaji turut merekodkan nota lapangan untuk menilai tahap peningkatan daya tumpuan
peserta kajian 1 dan peserta kajian 2 dalam menentukan nilai nombor 6 hingga 10. Nota
lapangan direkod semasa intervensi dilaksanakan.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji, peserta kajian 1 dan 2 telah
menunjukkan daya tumpuan dengan aktiviti intervensi yang dijalankan. Sebagai contoh,
peserta kajian menunjukkan semangatnya semasa melakukan aktiviti di samping
mempamerkan sikap berusaha untuk melakukan aktiviti yang disediakan. Pengkaji juga
mendapati bahawa kedua-dua peserta kajian kelihatan semakin seronok dan teruja semasa
melakukan aktiviti.

Analisis Dokumen

Hasil kerja peserta kajian selepas aktiviti menunjukkan peningkatan terhadap tahap
kefahaman dalam menentukan nilai nombor 6 hingga 10. Jadual 4 hingga Jadual 6 merupakan
hasil kerja bagi kedua-dua peserta kajian.

Aktiviti Nilai Peserta Peserta
Peserta Kajian Nombor Kajian 1 Kajian 2
Pusingan Pusingan

650

1 23 1 2 3

Letakkan gelung 6 / // / / /

pada tiang nilai 7 X// X X /

nombor 6 hingga 10 8 / // X X /

(Aktiviti 2) 9 XX / X / /

10 X XX / / /

Jumlah Betul 2 34 2 3 5

Catatan Meningkat Meningkat

Jadual 4: Analisis Hasil kerja Peserta kajian menentukan Nilai Nombor Aktiviti 2

Aktiviti Nilai Peserta Peserta
Peserta Kajian Nombor Kajian 1 Kajian 2

Pusingan Pusingan

1 23 1 2 3

Masukkan gelung ke 6 / // / / /
dalam bakul 7
mengikut nilai 8 X// X X /
9
nombor 6 hingga 10 X// X X /
(Aktiviti 3)

XX / X / /

10 / // / / /

Jumlah Betul 2 45 3 4 5

Catatan Meningkat Meningkat

Jadual 5: Analisis Hasil kerja Peserta kajian menentukan Nilai Nombor Aktiviti 3

Aktiviti Peserta Jumlah Nilai Nombor 6 Catatan
Kajian Hingga 10 Yang Betul

Pusingan

Pertama Kedua Ketiga

Letakkan gelung 1 2/5 3/5 4/5 Peningkatan
pada tiang nilai

651

nombor 6 hingga 2 2/5 3/5 5/5 Peningkatan
10 (Aktiviti 2)

Masukkan 1 2/5 4/5 5/5 Peningkatan
gelung ke dalam 2 3/5 4/5 5/5 Peningkatan
bakul mengikut
nilai nombor 6

hingga 10
(Aktiviti 3)

Jadual 6: Hasil kerja peserta kajian

Jadual 4 hingga Jadual 6 menunjukkan hasil kerja yang telah dilakukan oleh kedua-dua
peserta kajian. Melalui hal ini, dapat dilihat bahawa tahap kefahaman kedua-dua peserta
kajian dalam menentukan nilai nombor 6 hingga 10 semakin meningkat kerana berjaya
menentukan nilai nombor dengan betul.

Temu Bual

Temu bual juga turut dilakukan oleh pengkaji bagi mendapatkan pandangan daripada peserta
kajian mengenai penggunaan Kit NINO dalam menentukan nilai nombor dan perasaan setelah
menggunakannya.

Pandangan peserta kajian terhadap penggunaan Kit NINO dalam menentukan
nilai nombor 6 hingga 10

Soalan 1 Adakah aktiviti memasukkan gelung pada tiang
membantu anda belajar menentukan nilai nombor dengan
betul? Bagaimana?

Peserta Kajian 1 Ya, cikgu. Bilangan gelung berwarna yang diletakkan pada
tiang adalah mengikut nilai nombor yang cikgu bagi.

Peserta Kajian 2 Ya, cikgu. Saya dapat lihat dengan lebih jelas nilai sesuatu
nombor itu dan dapat melakukannya sendiri.

Soalan 2 Adakah aktiviti mengumpul gelung dalam bakul
membantu anda belajar menentukan nilai nombor dengan
betul? Bagaimana?

652

Peserta Kajian 1 Ya, membantu. Aktiviti ni secara berpasangan. Jadi pada
masa yang sama saya juga boleh semak bilangan gelung
yang dikumpul oleh pasangan saya.

Peserta Kajian 2 Boleh lah. Cuma saya kadang-kadang keliru dan lupa berapa
Soalan 3 bilangan gelung yang telah saya letak dalam bakul.

Adakah KIT NINO membantu anda meningkatkan
tumpuan semasa belajar menentukan nilai nombor?
Bagaimana?

Peserta Kajian 1 Ya. Kit NINO buatkan saya jadi fokus nak belajar nilai nombor
kerana aktiviti yang diberi tidak membosankan.

Peserta Kajian 2 Kit NINO dapat menarik perhatian saya untuk melakukan
aktiviti yang diberi. Saya tertarik dengan gelung warna warni
yang cikgu beri.

Soalan 4 Apakah perasaan anda semasa belajar menentukan nilai
nombor menggunakan KIT NINO?

Peserta Kajian 1 Saya rasa seronok sangat cikgu. Kit yang cikgu guna cantik.
Peserta Kajian 2 Cikgu pun bagi token kalau saya buat dengan betul

Best sangat cikgu. Tak susah pun selepas buat banyak kali
buat. Saya jadi bersemangat bila cikgu puji.

Jadual 7: Rangka temu bual bersama peserta kajian 1 dan peserta kajian 2

Hasil daripada temu bual, pengkaji mendapati bahawa kit NINO membantu mereka
meningkatkan tahap kefahaman dalam menentukan nilai nombor 6 hingga 10 dan
meningkatkan daya tumpuan mereka dengan baik. Malah, mereka juga berasa seronok
semasa menggunakan kit NINO untuk belajar nilai nombor.

REFLEKSI

Berdasarkan kajian ini, punca masalah yang dihadapi oleh peserta kajian dapat dikenalpasti
oleh pengkaji dalam pembelajaran nilai nombor iaitu peserta kajian tidak memahami apa itu
konsep nilai nombor. Oleh sebab itu, peserta kajian agak sukar untuk menentukan kuantiti
bagi sesuatu nombor.

653

Di langkah 1, peserta kajian belajar dahulu nilai nombor 6 hingga 10 yang diterangkan
oleh pengkaji dengan menggunakan gelung berwarna. Zainal dan Suhaila (2010),
menyatakan bahan konkrit hendaklah digunakan pada peringkat permulaan dalam
pengajaran konsep asas Matematik kerana murid akan berpendapat Matematik adalah subjek
yang sukar. Setiap langkah intervensi diulang sebanyak 3 kali untuk mendapatkan hasil yang
bagus. Keputusan hasil kerja peserta kajian untuk kali pertama hingga ketiga direkod dan
dicatat. Hal ini membantu pengkaji untuk melihat peningkatan tahap kefahaman peserta kajian
dalam menentukan nilai nombor.

Penggunaan bahan dalam kajian ini membantu peserta kajian untuk merasai sendiri
dan melihat dengan lebih jelas serta nyata nilai sesuatu nombor. Piaget (1953), menyatakan
bahawa kanak-kanak di sekolah rendah memerlukan pengalaman konkrit semasa peringkat
permulaan untuk membantu mereka mempelajari dan memahami konsep operasi asas
Matematik dengan lebih mudah.

Pengkaji turut menjalankan sistem token di mana peserta kajian mendapat token bagi
setiap jawapan atau perlakuan positif yang dilakukan oleh peserta kajian. Menurut B.F.
Skinner (1953), menyatakan bahawa peneguhan positif ialah pembentukan tingkah laku di
mana ia lebih efektif untuk perubahan dan pengekalan tingkah laku. Melalui cara ini, pengkaji
mendapati peserta kajian lebih fokus dan cuba menyempurnakan hasil kerja sebaik mungkin.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Pengkaji mencadangkan tiga aspek penggunaan bagi tindakan susulan untuk kajian tindakan
ini iaitu aspek penggunaan dalam intervensi, tempoh kajian dan peserta kajian. Pengkaji
mencadangkan penggunaan Kit NINO ini dapat diperluaskan lagi dalam topik matapelajaran
Matematik kerana intervensi ini bukan sahaja boleh digunakan untuk topik nilai nombor
sahaja, malah topik Matematik yang lain juga sesuai diaplikasikan. Contohnya, kemahiran
mengira nombor, operasi tambah dan operasi tolak. Selain itu, pengkaji juga bercadang untuk
memasukkan penggunaan permainan digital dalam Kit yang telah dihasilkan sebelum ini
supaya dapat memberikan hasil yang lebih efektif. Mengikut peredaran masa kini, kanak-
kanak gemar menggunakan pemainan digital. Jadi, dengan memasukkan konsep permainan
digital dapat membantu murid untuk belajar dengan lebih seronok kerana mereka dapat
bermain sambil belajar.

Tempoh kajian perlu dipanjangkan lagi supaya pelaksanaan kajian tindakan dengan
menggunakan Kit NINO ini dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan optimum. Tempoh
pelaksanaan yang lebih panjang akan membantu pengkaji untuk dapatkan maklumat dan data
yang lebih banyak berkaitan dengan perkembangan pembelajaran murid terhadap kefahaman
dalam menentukan nilai nombor 6 hingga 10.

654

Pengkaji mencadangkan penggunaan Kit NINO dalam kajian yang dijalankan
diperluaskan lagi untuk murid berkeperluan khas yang lain seperti Autisme, Sindrom Down
dan Disleksia. Pengkaji yakin bahawa penggunaan Kit NINO dapat dipertingkan dengan lebih
baik lagi dan bermanfaat kepada Pendidikan Khas di sekolah. Penggunaan Kit NINO juga
bukan sahaja boleh digunakan oleh murid di kelas Pendidikan Khas, malah murid dari aliran
perdana yang mempunyai masalah terhadap pemahaman nilai nombor juga boleh
menggunakannya.
RUJUKAN
B. F Skinner. (1938). The behavior of organisms: an experimental analysis. England: Appleton

Century
Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan. (2nd ed). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill

(Malaysia) Sdn. BhdFriend, M. (2015). Special Education. New Jersy: Pearson
Education
Jean Piaget. (1997). The origin of intelligence in the child. New York. Routledge
Mok Soon Sang. (2012), Psikologi pendidikan. Suban g Jaya: Kumpulan Pendidikan Budiman
Sdn. Bhd.
Norfishah Mat Rabi. (2016). Transformasi Pendidikan Murid Kurang Upaya . Perak: Universiti
Pendidikan Sultan Idris
Zainal Kassan & Suhaila Abdullah. (2010). Pendidikan disleksia. Selangor. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

655

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL NOMBOR 4 HINGGA 9
DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN MENGGUNAKAN JOKENO KLIK

Nur Zahidah binti Roslee
Encik Ahmed bin Suleman
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu

[email protected]

ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal nombor
4 hingga 9 serta daya tumpuan dalam kalangan murid pemulihan menggunakan JOKENO KLIK.
Pengkaji menggunakan model penyelidikan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) dalam menjalankan
kajian ini. Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid pemulihan khas di salah sebuah sekolah di
daerah Kota Bharu. Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan tiga kaedah
pengumpulan data iaitu pemerhatian, analisis dokumen dan ujian. Hasil dapatan kajian mendapati
kedua-dua peserta kajian menunjukkan perubahan yang positif setelah menjalani tindakan ini. Peserta
kajian dapat menguasai kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9 dengan baik dan dapat meningkatkan
daya tumpuan dalam pembelajaran mengenal nombor 4 hingga 9. Cadangan susulan kajian adalah
dengan menambah baik JOKENO KLIK dengan menetapkan masa permainan mengikut tahap
kemampuan murid dan memperkembangkan JOKENO KLIK kepada nombor yang lebih kompleks iaitu
dua atau tiga digit.
Kata Kunci: kemahiran mengenal nombor, meningkatkan daya tumpuan, JOKENO KLIK, murid
pemulihan.

ABSTRACT
The purpose of this action research is to improve the mastery skill of recognizing numbers 4 to 9, as
well as the ability to focus in learning among the remedial students by using JOKENO KLIK. The
researcher used the research model of Lewin (1946) and Laidlaw (1992) in this research. The
participants of the research were two remedial students in a school in the district of Kota Bharu. In this
research, the researcher used three methods which were observation, document analysis and tests.
The result of this research found that both study participants showed a positive change. The participants
were able to master the skill of recognizing number 4 to 9 very well and their ability to focus in learning
numbers 4 to 9 was increased. The follow up suggestion of this research is to improve JOKENO KLIK
by allocating the play time based on students’ level of ability and also to expand the JOKENO KLIK to
more complex numbers of two or three digits.
Keywords: recognizing the number, increase the focus skill, JOKENO KLIK, remedial student

PENGENALAN

Program Pendidikan Pemulihan Khas merupakan program untuk murid-murid yang lemah
dalam menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Konsep nombor
merupakan salah satu konsep Matematik yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh semua murid
di sekolah (Sewell, 2018). Masalah yang paling hampir dan sering dilihat dalam kalangan

656

murid pemulihan ialah mereka tidak menguasai kemahiran mengenal nombor dalam
Matematik dengan betul. Oleh yang demikian, kaedah bermain merupakan salah satu cara
yang boleh membantu murid bermasalah pembelajaran dalam masalah Matematik. Bermain
adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak, aktif serta bebas
untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya, mendapat keseronokan dan segala
undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang
mereka main (Isenberg & Jalongo, 2003).

Proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan perlulah seiring dengan
pembelajaran abad ke-21. Guru perlu menggunakan kaedah-kaedah pengajaran abad ke-21
yang bersesuaian dengan tajuk serta kemampuan murid. Setiap guru mestilah mahir dalam
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk digunakan sebagai bahan bantu
mengajar di dalam kelas. Menurut Mohd. Noorhadi & Zurinah (2017), penggunaan media
teknologi dalam kalangan pendidik dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran amat
penting bagi keperluan pendidikan semasa negara.

Sebagai guru pemulihan khas, hendaklah memberi perhatian lebih terperinci dalam
kaedah pengajaran dan pembelajaran kemahiran mengenal nombor untuk mengelakkan
murid mengalami masalah dalam pembelajaran Matematik pada peringkat yang lebih tinggi.
Strategi dan kaedah yang sesuai perlu dirancang berdasarkan tahap dan minat murid.
Pendidikan awal matematik memerlukan kurikulum yang mantap, guru yang cekap serta
pendekatan yang sesuai dengan tahap perkembangan serta keperluan pembelajaran murid-
murid supaya pengetahuan optimum diperoleh.

FOKUS KAJIAN

Pengkaji memberikan fokus kajian kepada usaha untuk meningkatkan kemahiran mengenal
nombor 4 hingga 9 serta meningkatkan daya tumpuan peserta kajian dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji telah memilih isu ini kerana pengkaji telah mengenal
pasti dua orang peserta kajian yang mempunyai masalah dalam mengenal nombor 4 hingga
9. Apabila peserta kajian disuruh menulis nombor 8, peserta kajian akan menulis nombor
selain 8 contohnya nombor 9. Peserta kajian tahu menyebut tetapi tidak tahu simbol nombor
tersebut. Peserta kajian mula menunjukkan sifat tidak minat untuk belajar dengan melakukan
kerja lain seperti mengganggu rakan dan sebagainya apabila selalu salah dalam menjawab
soalan. Oleh sebab itu, pengkaji terpanggil untuk melaksanakan satu tindakan untuk
meningkatkan kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9 dan daya tumpuan peserta kajian
dengan JOKENO KLIK.

657

Jadual 1

Masalah yang difokuskan oleh pengkaji

Bil. Masalah Perincian
1. Masalah penguasaan  Dapat menyebut nombor tetapi tidak dapat menulis

kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9
nombor 4 hingga 9  Tidak mengenal simbol nombor 4 hingga 9
2. Masalah daya tumpuan  Mudah berasa bosan
 Suka mengganggu rakan
 Selalu termenung
 Kurang berminat dalam pembelajaran

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian :

1. Meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9 dalam kalangan murid pemulihan

melalui penggunaan JOKENO KLIK.

2. Meningkatkan daya tumpuan murid pemulihan dalam kemahiran

mengenal nombor 4 hingga 9 melalui penggunaan JOKENO KLIK.

Soalan Kajian :

1. Bagaimana penguasaan kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9 dalam kalangan murid pemulihan
dapat ditingkatkan melalui penggunaan JOKENO KLIK?

2. Bagaimana daya tumpuan murid pemulihan dalam kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9 dapat
ditingkatkan melalui penggunaan JOKENO KLIK?

PESERTA KAJIAN

Kajian ini melibatkan dua orang peserta kajian yang mengalami masalah dalam mengenal
nombor 4 hingga 9. Jadual 2 menunjukkan butiran maklumat bagi kedua-dua peserta kajian.

Jadual 2

Butiran Maklumat Peserta Kajian

Butiran Peserta Kajian A Peserta Kajian B
Jantina Lelaki Perempuan

Sifat Lemah daya tumpuan Lemah daya tumpuan
Sering menggangu rakan Sering mengelamun

658

Tidak menunjukkan minat belajar Tidak menunjukkan minat belajar

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Mengenal
pasti isu

Refleksi Perancangan
tindakan

Pengumpulan Pelaksanaan
data tindakan

Rajah 1. Adaptasi Model Reka Bentuk Lewin (1946) & Laidlaw (1992)

Pengkaji menggunakan model reka bentuk Lewin (1946) & Laidlaw (1992) dalam menjalankan
kajian ini seperti rajah 1. Bagi meningkatkan kemahiran dan daya tumpuan peserta kajian
dalam kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9, pengkaji telah menggunakan JOKENO KLIK
yang merangkumi tiga tindakan. Rajah 2 menunjukkan carta alir aktiviti bagi pelaksanaan
tindakan.

Jom Menyanyi Jom Kenal Nombor Puzzle Boboiboy

Rajah 2. Carta Alir Langkah Tindakan

Jadual 3 Penerangan
Langkah-langkah Pelaksanaan Tindakan

Aktiviti

Tindakan 1 : 9. Pengkaji menunjukkan slaid media interaktif kepada peserta kajian.
Jom Menyanyi 10. Peserta kajian diminta untuk menekan slot Jom Menyanyi.
11. Pengkaji menyanyi terlebih dahulu kemudian peserta kajian menyanyi

sambil menulis nombor di udara.

Tindakan 2 : 15. Peserta kajian menekan slot Jom Kenal Nombor.
Jom Kenal 16. Peserta kajian perlu mendengar dan melihat video Jom Kenal Nombor

Nombor dengan teliti kerana di dalamnya terdapat cara mengenal nombor
dengan pengulangan sebutan nombor berserta cara menulis.

659

Tindakan 3 : 17. Peserta kajian bukan sahaja dapat mengenal nombor malah sekaligus
Puzzle dapat meningkatkan kemahiran menulis nombor.

Boboiboy 18. Pengkaji menulis nombor pada komputer mengikut animasi video
kemudian murid meniru apa yang dilakukan oleh pengkaji.

18. Peserta kajian menekan slot Puzzle Boboiboy.
19. Peserta kajian perlu mengingat cara menulis nombor berdasarkan

tindakan 2.
20. Pengkaji memberi arahan dan menunjukkan demonstrasi bermain

Puzzle Boboiboy.
21. Peserta kajian menekan kepingan nombor hitam dan masukkan ke

dalam kepingan nombor putih dalam masa 5 saat.
22. Sekiranya peserta kajian berjaya, ikon Boboiboy akan mempamerkan

perkataan “Terbaik!” sebaliknya jika tidak berjaya, ikon Boboiboy akan
mempamerkan perkataan “Alaa, Maaf Cuba Lagi!”.
23. Kepingan hitam akan kembali ke tempat asal sekiranya tidak berjaya
dimasukkan ke dalam kotak putih.
24. Peserta kajian mencuba sehingga berjaya kesemuanya.
25. Kemudian, peserta kajian menekan ikon Ocobot berwarna kuning
untuk mendengar sebutan bunyi nombor tersebut berserta simbol
nombor sebenar.
26. Peserta akan menyebut nombor berdasarkan audio sebutan nombor
itu.

KAEDAH MENGUMPUL DATA

Pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data bagi mencapai objektif kajian, iaitu
analisis dokumen, pemerhatian dan ujian.

Analisis Dokumen

Pengkaji telah menganalisis dan menggunakan hasil lembaran kerja kedua-dua peserta kajian
yang telah dilakasanakan selepas selesai melakukan setiap aktiviti tindakan.

Pemerhatian

Pengkaji melaksanakan pemerhatian terhadap peserta kajian menggunakan borang senarai
semak untuk dicatat perubahan peserta kajian sepanjang pelaksanaan tindakan dilakukan.
Hal ini bertujuan agar pengkaji dapat melihat dan menilai perkembangan yang ditunjukkan
oleh peserta kajian melalui item-item yang telah dibina dalam borang senarai semak ketika

660

peserta kajian melakukan aktiviti dengan menggunakan JOKENO KLIK. Menurut Chow &
Jaizah Mahamud (2011), pemerhatian merupakan satu ringkasan perhubungan atau interaksi
yang berlaku di antara pengkaji dan peserta.
Ujian
Menurut Abdul Majid Khan (2013), ujian ialah ujian standard sedia ada atau yang dicipta oleh
pengkaji untuk sesuatu tujuan yang spesifik. Pengkaji telah melaksanakan dua jenis ujian ke
atas peserta kajian iaitu ujian awal dan ujian akhir. Ujian awal diberikan sebelum pelaksanaan
tindakan dilaksanakan. Ujian akhir pula selepas pelaksanaan tindakan dilaksanakan. Kedua-
dua ujian dilakukan dengan menggunakan set soalan yang sama. Hal ini bertujuan untuk
membuat perbandingan terhadap tahap pencapaian peserta kajian sebelum dan selepas
melaksanakan tindakan.

CARA MENGANALISIS DATA
Setelah proses pengumpulan data dilaksanakan, pengkaji telah menganalisis data yang
diperoleh. Menurut Mertler (2009), data yang telah dikumpul perlu dianalisis dan dibuat
interprestasi bagi membolehkan penyelidik melaporkan dapatan kajian berdasarkan bukti-
bukti yang telah diperolehi. Analisis data ini dilakukan bertujuan untuk menilai sejauh mana
tindakan yang dijalankan dapat memberikan peningkatan kemahiran peserta kajian selari
dengan objektif yang ditetapkan. Ujian awal dan ujian akhir, lembaran kerja dan borang
senarai semak digunakan oleh perserta kajian bagi menganalisis data.

DAPATAN KAJIAN
Soalan 1 : Bagaimana penguasaan kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9 dalam kalangan
murid pemulihan dapat ditingkatkan melalui penggunaa JOKENO KLIK?

Ujian
Peningkatan kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9 bagi kedua-dua peserta kajian dapat
dibuktikan melalui kaedah ujian berdasarkan rajah 3 dan rajah 4.

661

Peserta kajian A Peserta kajian B

Rajah 3. Hasil ujian awal peserta kajian A & B

Peserta kajian A Peserta kajian B

Rajah 4. Hasil ujian akhir peserta kajian A & B

Jadual 4

Keputusan Ujian Awal Peserta Kajian A dan B

Bil Perkara Peserta Peserta Kajian
Kemahiran
Kajian A B
Mengenal Nombor
1. Memadankan nombor Penguasaan
2. Menyusun nombor
3. Menulis nombor mengikut susunan //
4. Menulis nombor berdasarkan bilangan gambar
5. Memadankan bilangan gambar dan tulis nombor yang xx

betul. xx

xx

xx

662

Jadual 5 Peserta Kajian Peserta Kajian
AB
Keputusan Ujian Akhir Peserta Kajian A dan B Penguasaan
//
Bil Perkara //
Kemahiran //
//
Mengenal Nombor //
1. Memadankan nombor
2. Menyusun nombor
3. Menulis nombor mengikut susunan
4. Menulis nombor berdasarkan bilangan gambar
5. Memadankan bilangan gambar dan tulis nombor yang betul.

Jadual 6
Analisis Ujian Awal dan Ujian Akhir Peserta Kajian

Ujian Awal Ujian Akhir

Peserta Kajian A 11/30 30/30

Peserta Kajian B 9/30 29/30

Berdasarkan jadual 6, peserta kajian menunjukkan perkembangan pencapaian dalam

kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9. Sebelum tindakan dilaksanakan, kemahiran

mengenal nombor 4 hingga 9 peserta kajian berada pada tahap yang lemah. Selepas tindakan

dilaksanakan, peserta kajian menunjukkan hasil pencapaian yang memuaskan apabila kedua-

dua peserta kajian berjaya menguasai kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9 dengan betul.

Analisis Dokumen

Pengkaji menyediakan lembaran kerja selepas peserta kajian selesai melaksanakan tindakan
2 dan tindakan 3. Hasil lembaran kerja peserta kajian selepas tindakan menunjukkan
peningkatan terhadap kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9. Jadual 7 merupakan hasil
lembaran kerja bagi kedua-dua peserta kajian.

Jadual 7
Analisis Lembaran Kerja Peserta Kajian A dan B

Lembaran Kerja Tindakan 2 Lembaran Kerja Tindakan 3

663

Item Peserta Kajian A Peserta Kajian B Peserta Kajian A Peserta Kajian B

1/ / / /
2/ x / /
3/ / / /
4/ / / /
5/ / / /
6/ / / /

Rajah 5 dan 6 menunjukkan hasil lembaran kerja yang telah dijawab oleh kedua-dua
peserta kajian. Melalui hal ini dapat dilihat bahawa kedua-dua peserta kajian sudah mula
menguasai kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9. Peserta kajian A berjaya menjawab
kedua-dua lembaran kerja dengan betul dan tepat manakala peserta kajian B terdapat satu
kesalahan tetapi masih menunjukkan peningkatan daripada langsung tidak mengenal nombor
4 hingga 9 pada awal tindakan.

Peserta kajian A Peserta kajian B

Rajah 5. Lembaran Kerja Tindakan 2 Peserta Kajian

664

Peserta kajian A Peserta kajian B

Rajah 6. Lembaran Kerja Tindakan 3 Peserta Kajian

Pemerhatian

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian sepanjang pelaksanaan tindakan bagi melihat tahap
perkembangan dan pencapaian yang dapat diperolehi oleh kedua-dua peserta kajian dalam
kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9. Instrumen ini merupakan bahan sokongan dan bukti
terhadap sejauh mana peningkatan peserta kajian dalam kemahiran mengenal nombor dalam
lingkungan 4 hingga 9.

Jadual 8
Senarai Semak Tindakan 1

Bil Aspek Pemerhatian Peserta Kajian A Peserta Kajian B
1. Mengenal nombor 4 dengan / x
x x
simbol nombor 4 x x
2. Mengenal nombor 5 dengan / /
/ /
simbol nombor 5 x x
3. Mengenal nombor 6 dengan

simbol nombor 6
4. Mengenal nombor 7 dengan

simbol nombor 7
5. Mengenal nombor 8 dengan

simbol nombor 8
6. Mengenal nombor 9 dengan

simbol nombor 9

665

Dalam tindakan 1, peserta kajian melibatkan diri dalam aktiviti Jom Menyanyi di mana
peserta kajian belajar mengenal nombor melalui aktiviti didik hibur iaitu nyanyian. Selesai
aktiviti tersebut, pengkaji mencatat hasil pencapaian kedua-dua peserta kajian dan direkod
dalam bentuk jadual seperti jadual 5. Peserta kajian diminta untuk menulis nombor pada udara
apabila guru menyebut sesuatu nombor dalam lingkungan 4 hingga 9.

Jadual 8 menunjukkan peserta kajian A dan B hanya dapat menguasai separuh
daripada nombor yang diajar. Bagi peserta kajian B, hanya dapat menguasai dua daripada
enam nombor yang diajar. Namun peserta kajian B tetap menunjukkan pencapaian yang baik
jika dibandingkan dengan ujian awal, iaitu langsung tidak menguasai kemahiran mengenal
nombor dalam lingkungan 4 hingga 9.

Jadual 9

Senarai Semak Tindakan 2

Bil Aspek Pemerhatian Peserta Kajian A Peserta Kajian B
1. Mengenal nombor 4 dengan / /
/ /
bilangan nombor 4 / /
2. Mengenal nombor 5 dengan / /
/ /
bilangan nombor 5 / /
3. Mengenal nombor 6 dengan

bilangan nombor 6
4. Mengenal nombor 7 dengan

bilangan nombor 7
5. Mengenal nombor 8 dengan

bilangan nombor 8
6. Mengenal nombor 9 dengan

bilangan nombor 9

Jadual 9 menunjukkan senarai semak tindakan 2 iaitu tindakan Jom Kenal Nombor.
Peserta kajian dikehendaki melihat dan mendengar video nombor dalam lingkungan 4 hingga
9. Aplikasi digital menggunakan komputer tersebut merupakan medium bagi peserta kajian
mengenal nombor secara didik hibur. Selepas melaksanakan tindakan ini, kedua-dua peserta
kajian memperoleh pencapaian yang sangat memuaskan apabila berjaya menguasai
kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9 dengan betul.

666

Soalan 2 : Bagaimana daya tumpuan murid pemulihan dalam kemahiran mengenal nombor
4 hingga 9 dapat ditingkatkan melalui penggunaan JOKENO KLIK?

Pemerhatian

Pemerhatian ini dijalankan ketika proses pelaksanaan tindakan dijalankan. Pemerhatian ini
melibatkan beberapa perkara yang berkaitan dengan daya tumpuan peserta kajian.
Pemerhatian ini dijalankan dengan berpandukan senarai semak yang telah ditetapkan oleh
pengkaji. Menurut Shanon (2013), murid pemulihan khas ini cenderung mempunyai masalah
untuk terus fokus atau memberi tumpuan dalam tempoh yang lama terhadap sesuatu perkara
atau benda.

Jadual 10

Senarai Semak Peningkatan Daya Tumpuan Peserta Kajian A dan B

Jenis Tingkah Laku Peserta Kajian A Peserta Kajian B

1. Memberi tumpuan semasa Sebelum Selepas Sebelum Selepas
proses pengajaran dan
pembelajaran Tidak Ya Tidak Ya

2. Suka mengganggu orang lain Ya Tidak Tidak Tidak
ketika proses pengajaran dan
pembelajaran Tidak Ya Tidak Ya
Tidak Ya Tidak Ya
3. Tumpuan semasa belajar
melebihi 10 minit yang pertama Tidak Tidak Ya Tidak

4. Mempunyai perasaan seronok Tidak Ya Tidak Ya
ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung

5. Suka termenung ketika proses
pengajaran dan pembelajaran
berlangsung

6. Melengkapkan kesemua
tugasan yang diberikan

Jadual 10 menunjukkan kedua-dua peserta kajian menunjukkan perubahan dan
pencapaian sebaik sahaja tindakan dilaksanakan terhadap peserta kajian. Sebelum tindakan
dijalankan, kedua-dua peserta kajian menunjukkan respon yang tidak memberangsangkan

667

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peserta kajian tidak berminat untuk meneruskan
pembelajaran kerana tumpuannya mudah terganggu dengan rangsangan luar dan mula
berkelakuan bising dengan mengganggu rakan. Peserta kajian juga kadang kala mengelamun
apabila tidak tahu dan tidak faham apa yang diajarkan.

Peserta kajian mula memberikan tumpuan sebaik sahaja tindakan pertama dilakukan
iaitu Jom Menyanyi yang menggunakan aplikasi video sebagai bahan pengajaran dan
pembelajaran. Kedua-dua peserta kajian menunjukkan minat untuk mempelajari Matematik
apabila paparan slaid interaktif yang dipaparkan mempunyai muzik dan suara dengan animasi
kartun pada slaid tersebut. Ia menarik minat peserta kajian untuk terus fokus dan memberi
tumpuan secara terus dari awal hingga akhir bagi tindakan yang pertama. Kedua-dua peserta
kajian dapat mengekalkan fokus dan melakukan setiap arahan yang diberikan dalam setiap
tindakan yang dilakukan.

Nota Lapangan

Pengkaji turut melakukan nota lapangan dalam kajian ini untuk mencatat keberkesanan setiap
tindakan yang dijalankan sama ada berjaya mempengaruhi daya tumpuan murid atau tidak.
Nota lapangan yang dilakukan oleh pengkaji dalam kajian ini dapat dilihat dalam jadual 11.

Jadual 11

Nota Lapangan Peserta Kajian A dan B

Perkara Catatan
Tindakan 1 : Peserta kajian dapat mengikuti aktiviti pembelajaran kemahiran
Jom Menyanyi mengenal nombor serta dapat menyanyi dengan baik. Pada
awalnya peserta kajian tidak bersemangat kerana tidak biasa
Tindakan 2 : mendengar lagu yang dimainkan. Setelah memberi perhatian dan
Jom Kenal Nombor mendengar kali kedua, peserta kajian menyanyi dengan seronok
dan baik.
Tindakan 3 : Peserta kajian dapat menumpukan sepenuh perhatian kerana
Puzzle Boboiboy aktiviti kedua ini sangat menarik fokus peserta kajian dengan
mempunyai kepelbagaian animasi dan bunyi yang disediakan
dalam video tersebut. Peserta kajian melihat nombor berulang-
ulang kali berserta audio membolehkan mereka mengingati
nombor yang dipaparkan.
Aktiviti terakhir ini dapat membantu peserta kajian meningkatkan
daya tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal

668

ini memerlukan tumpuan peserta kajian dalam menyusun
kepingan puzzle dengan masa yang ditetapkan. Peserta kajian A
dapat melakukan dengan baik. Peserta kajian B agak lambat
kerana 5 saat tidak cukup baginya. Namun ia dapat diatasi apabila
dibimbing oleh pengkaji. Secara keseluruhan, murid seronok
bermain menggunakan aplikasi digital dan dapat menumpukan
perhatian dengan lebih lama.

REFLEKSI
Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan, peserta kajian menunjukkan perubahan dan
peningkatan dalam kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9 selepas kesemua tindakan
dijalankan pada peserta kajian. Sebelum pelaksanaan tindakan kajian dilakukan, tahap
penguasaan kemahiran mengenal nombor 4 hingga 9 oleh peserta kajian sangat lemah malah
peserta kajian juga sangat sukar untuk memberikan perhatian yang penuh semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam kelas. Peserta kajian kurang berminat
untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru. Peserta
kajian sering hilang fokus dan mula mengganggu rakan. Ada juga yang suka mengelamun
dan melakukan hal sendiri. Namun setelah pelaksanaan kajian tindakan dilakukan, peserta
kajian didapati mulai menunjukkan minat serta fokus dengan memberikan komitmen pada
setiap aktiviti yang dijalankan dalam setiap tindakan.

Peserta kajian sangat memerlukan bimbingan dalam melakukan sesuatu aktiviti
menyebabkan pengkaji perlu menunjukkan contoh sebelum melakukan sesuatu perkara. Hal
ini bersesuaian dengan teori permodelan bandura di mana kebanyakan kelakuan manusia
dipelajari melalui pemerhatian terhadap pemodelan di mana proses peniruan ini melalui
empat langkah iaitu tumpuan, penyimpanan, mengingat dan motivasi. Peserta kajian perlu
memberi tumpuan kepada tingkah laku pengkaji. Teori permodelan Bandura boleh
diaplikasikan dalam kajian tindakan ini di mana ia dapat membantu peserta kajian untuk
mengenal nombor 4 hingga 9 sekaligus meningkatkan daya tumpuan mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji memainkan peranan penting dalam memastikan
peserta kajian boleh mengikuti aktiviti dalam JOKENO KLIK.

Menurut Nguyen & Khuat (2004), menyatakan aktiviti permainan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan keseronokan kepada murid. Pengkaji
menggunakan kedah bermain menggunakan komputer iaitu JOKENO KLIK di mana dapat
dilihat dalam dapatan kajian peserta kajian menunjukkan peningkatan yang baik daripada
tidak menguasai kemahiran mengenal nombor hingga dapat menguasai kemahiran mengenal
nombor 4 hingga 9. Melalui permainan secara digital juga ia amat membantu peserta kajian

669

menumpukan daya tumpuan sepenuhnya ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Oleh itu, pengkaji perlu mencari kaedah pengajaran yang berkesan mengikut
tahap peserta kajian dalam menambah baik amalan guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Setelah melihat hasil keseluruhan kajian, beberapa penambahbaikan dalam kajian ini boleh
dilakukan supaya tindakan yang dijalankan oleh pengkaji lebih berkesan dan memberi impak
yang besar kepada peserta kajian. Beberapa penambahbaikan boleh dilakukan terhadap
JOKENO KLIK ini.

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan menambah baik video
pada tindakan pertama iaitu Jom Menyanyi. Video yang dilakukan boleh difokuskan kepada
kelemahan peserta kajian tersebut sahaja. Contohnya kelemahan peserta kajian adalah tidak
mengenal nombor 4 hingga 9 maka lagu nombor 4 hingga 9 akan dimainkan kepada peserta
kajian. Tetapi memandangkan tujuan pengkaji dalam kajian ini adalah untuk peserta kajian
mengingat kembali susunan nombor berserta simbol nombor bermula 0 hingga 9 maka video
yang dihasilkan oleh pengkaji pada kajian ini adalah sedemikian.

Penambahbaikan seterusnya adalah dengan menambah baik aktiviti permainan
Puzzle Boboiboy. Setiap kepingan nombor hitam yang diletakkan ke dalam kotak putih
mempunyai had masa selama 5 saat. Sekiranya tidak berjaya maka, kepingan nombor hitam
itu akan kembali ke tempat asal. Maka, masa yang ditetapkan sepatutnya bergantung kepada
keupayaan murid dalam menggunakan komputer tersebut. Ada murid yang lemah psikomotor
halus menyebabkan murid mengambil masa yang sedikit lama untuk memasukkan kepingan
nombor hitam ke dalam kotak putih. Masa yang dihadkan perlu ditetapkan mengikut tahap
keupayaan murid.

Pengkaji bercadang agar kajian ini dapat diperkembangkan lagi dengan berfokuskan
kepada tajuk dalam subjek Matematik yang lebih besar dan kompleks di mana ia melibatkan
penggunaan dua digit atau tiga digit. Selain itu, pengkaji juga berpendapat bahawa untuk tidak
menghadkan kajian ini kepada murid pemulihan sahaja sebaliknya kepada kanak-kanak baik
yang sudah bersekolah mahupun belum bersekolah yang mengalami masalah dalam
mengenal nombor. Hal ini demikian kerana unsur-unsur yang terdapat dalam JOKENO KLIK
seperti video, animasi, muzik dan permainan dapat memberi keyakinan kepada pengkaji
untuk mencadangkan kajian ini kepada murid-murid lain juga.

670

RUJUKAN
Abdul Majid Khan. (2013). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Freemind

Horizons Sdn. Bhd.
Chow, F.M. & Jaizah Mahamud. (2011). Siri Khas Pendidikan Kajian

Tindakan: Konsep & Amalan dalam Pengajaran. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Isenberg, J. P. & Jalongo, M. R. (2003). Educational technology in the early
and primary years. Major trends and issues in early childhood
education: Challenges, controversies and insights, 136-149.
Mertler, C.A. (2009). Action Research: Teachers As Researchers In The
Classroom. Bowling Green State University: Sage Publications.
Mohd Noorhadi & Zurinah. (2017). Kepentingan Penggunaan Media Sosial
Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan IPTA. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.
Nguyen, T.T.H. & Khuat, T.T.N. (2004). Language Games in
ETL Practice. Young Learners Perceptions of Learning English Using
Language Games in a Non-Formal Context, 377-378.
Sewell, G. (2018). Reshaping Remedial Education. Boston: Routledge Library
Editions.

671


Click to View FlipBook Version