Tindakan 5: Gores Peserta kajian menulis huruf sambil menyebut huruf. Peserta kajian
Saya dikehendaki menulis huruf di atas kertas goresan sambil menyebut
huruf besar /W/ /V/ /X/ dan /Y/.
Latihan selepas
intervensi Dijalankan selepas intervensi untuk melihat penguasaan peserta
kajian
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ialah data atau bahan yang dikumpul untuk dipersembahkan hasil bagi setiap
data tersebut. Bahagian dapatan kajian ini akan menerangkan setiap keputusan yang telah
diperoleh untuk menjawab keempat-empat soalan kajian :
Kaedah pemerhatian melalui Senarai Semak
Jadual 3
Borang Senarai Semak Sebelum, Semasa dan Selepas Intervensi bagi Kemahiran Menyebut
Huruf
BIL Aspek Sebelum Semasa Selepas
Intervensi Intervensi Intervensi
1 Menyebut huruf besar yang PK 1 PK 2 PK 1 PK 2 PK 1 PK 2
hampir sama dengan lancar dan
baik xx √√ √√
2 Menyebut huruf besar yang x x √ √√ √
hampir sama dengan jelas dan √ √ x X√ √
tepat x x √ √√ √
3 Teragak-agak untuk menyebut
huruf besar yang hampir sama
4 Menyebut huruf besar yang
hampir sama berdasarkan
gambar dengan betul
Setelah masalah dikenal pasti, pengkaji telah melaksanakan intervensi iaitu
pengajaran dan pembelajaran melalui Slaid Interaktif TAWAGU. Slaid Interaktif TAWAGU ini
memerlukan peserta kajian 1 dan 2 mempelajari kesemua huruf besar yang hampir sama
dengan mendengar dan menyebut huruf berdasarkan audio yang telah disediakan.
Kemudiannya, peserta kajian perlu menyebut huruf besar yang ditunjukkan oleh pengkaji.
Setelah itu, peserta kajian perlu menyebut huruf besar berdasarkan gambar yang disediakan
pada Slaid Interaktif TAWAGU tersebut.
530
Jadual 4
Borang Senarai Semak Sebelum, Semasa dan Selepas Intervensi bagi Kemahiran Mengenal
Huruf
BIL Aspek Sebelum Semasa Selepas
Intervensi Intervensi Intervensi
5 Mengkategorikan huruf besar
yang hampir sama ke dalam PK 1 PK 2 PK 1 PK 2 PK 1 PK 2
rumah masing-masing √x √√ √√
6 Mencari huruf besar yang hampir x x √ √√ √
sama dan warnakannya dengan
baik x x √ √√ √
x x √ x√ √
7 Mewarna huruf besar yang
hampir sama dalam perkataan
8 Mengenal huruf besar yang
hampir sama dengan baik
Analisis data kajian pemerhatian di atas menunjukkan instrumen pemerhatian iaitu
borang senarai semak bagi kemahiran mengenal yang telah digunakan dalam pengumpulan
data sebelum, semasa dan selepas intervensi. Berdasarkan jadual tersebut, pengkaji
mendapati berlaku peningkatan ke atas peserta kajian dalam penguasaan kemahiran
mengenal huruf besar yang hampir sama iaitu /W/ /V/ /X/ dan /Y/ melalui penggunaan Kit
TAWAGU.
Jadual 5
Senarai Semak Pemerhatian Tingkah laku (Minat)
Sebelum Semasa Selepas
Intervensi Intervensi
BIL Aspek Intervensi PK 1 PK 2 PK 1 PK 2
√√ √√
PK 1 PK 2
√√ √√
1 Boleh mendengar dan memahami arahan x x
dengan baik. √√ √√
2 Menyiapkan semua soalan tugasan yang √ √ √√ √√
diberikan
Memberi kerjasama kepada pengkaji √√
3 semasa sesi pengajaran dan xx
pembelajaran.
4 Menunjukkan minat belajar dengan
menggunakan Kit TAWAGU.
Jadual di atas menunjukkan perbandingan antara pemerhatian sebelum, semasa dan
selepas intervensi menggunakan Kit TAWAGU ke atas peserta kajian 1 dan peserta kajian 2.
Berdasarkan keputusan pemerhatian tersebut, pengkaji memerhati terdapat beberapa
531
perubahan yang berlaku dari segi peningkatan minat peserta kajian dalam proses pengajaran
dan pembelajaran melalui penggunaan Slaid Interaktif TAWAGU.
Analisis Melalui Nota Lapangan
Jadual 6
Pemerhatian Nota Lapangan bagi Kemahiran Menyebut Peserta Kajian 1 dan 2
PK PK 1 PK 2
PERKARA 10.15pagi - 10.30pagi 12.03.2020
TARIKH Bilik Pemulihan 10.30pagi - 10.45pagi
MASA Bilik Pemulihan
TEMPAT
Pemerhatian Semasa intervensi, peserta kajian Peserta kajian mengambil sedikit masa
Pengkaji tidak teragak-agak untuk menyebut untuk menyebut huruf. Peserta kajian
huruf. Peserta kajian dapat menyebut boleh menyebut huruf besar yang hampir
Refleksi huruf besar yang hampir sama /W/ sama /W/ /V/ /X/ dan /Y/ dengan bahan
Pengkaji /V/ /X/ dan /Y/ dengan baik ransangan iaitu gambar. Memberikan
berdasarkan gambar. Peserta kajian tumpuan dengan baik.
tidak sabar memulakan interaksi
dengan menggunakan komputer riba. Peserta kajian dapat menyebut huruf
Berlaku peningkatan dalam sebutan besar yang hampir sama /W/ /V/ /X/ dan
yang mana peserta kajian tidak /Y/ dengan baik dan betul walaupun
teragak-agak dan dapat menyebut memerlukan sedikit masa bagi
huruf besar yang hampir sama /W/ /V/ menyebut. Peserta kajian minat belajar
/X/ dan /Y/ dengan betul. Mempunyai menggunakan Slaid Interaktif TAWAGU.
minat untuk belajar. Memberikan
tumpuan sepenuhnya.
Refleksi yang dapat pengkaji rumuskan berdasarkan pemerhatian ialah pengkaji
mendapati berlakunya peningkatan yang positif terhadap peserta kajian 1 dan 2 dalam
menyebut huruf besar yang hampir sama iaitu /W/ /V/ /X/ dan /Y/ berbanding sebelum
intervensi dilaksanakan.
Jadual 7
Pemerhatian Nota Lapangan bagi Kemahiran Menulis Peserta kajian 1 dan 2
PK PK 1 PK 2
10.15pagi - 10.30pagi
Perkara 12.03.2020
TARIKH 10.30pagi - 10.45pagi
MASA
532
TEMPAT Bilik Pemulihan Bilik Pemulihan
Pemerhatian Peserta kajian mematuhi arahan Peserta kajian mendengar arahan guru
Pengkaji Peserta kajian memberi tumpuan dengan baik. Peserta kajian teruja untuk
sepenuhnya. Peserta kajian dapat menulis pada kertas goresan. Peserta
Refleksi menulis dengan baik pada kertas kajian dapat menulis huruf dengan betul.
Pengkaji goresan.
Peserta kajian memberikan tumpuan Peserta kajian dapat menulis huruf
yang baik dan senyap semasa dengan baik serta mengikut cara
menulis pada kertas goresan. Peserta penulisan huruf yang betul. Peserta
kajian juga dapat menulis dengan kajian menulis huruf tanpa bantuan guru.
baik dan jelas. Peserta kajian tidak Peserta kajian dapat memberikan
keliru dengan gaya penulisan huruf perhatian sepenuhnya ketika intervensi
kecil dengan huruf besar dilaksanakan.
Peserta kajian 1 dapat menulis dengan baik dan jelas kesemua huruf besar hampir
sama yang diberikan oleh pengkaji. Refleksi pemerhatian bagi peserta kajian 2 pula ialah
peserta kajian dapat menulis huruf besar yang hampir sama tanpa bantuan guru kerana
memberikan perhatian sepenuhnya ketika intervensi dilaksanakan. Secara keseluruhan,
peserta kajian 1 dan 2 dapat menulis huruf besar yang hampir sama iaitu /W/ /V/ /X/ dan /Y/
dengan baik dan tepat.
Kaedah Latihan
Analisis Jumlah Soalan yang Dijawab dengan Betul dalam Latihan Sebelum dan
Selepas Intervensi
Jadual 8 Markah Tahap Keberkesanan
Skor Pemarkahan Analitik 41-50 Cemerlang
21-30 Sederhana
Gred 11-20 Tidak Memuaskan
A 0-10
B Gagal
C
D
533
Jadual 9
Jumlah Markah Latihan Sebelum dan Selepas Intervensi
Jenis Latihan Latihan Sebelum Latihan Selepas
Intervensi Intervensi
Peserta Kajian
1 ⁄ ⁄
2 ⁄ ⁄
Rajah 1 : Jumlah Markah Latihan Sebelum dan Selepas Intervensi
Jadual 10
Hasil Analisis latihan sebelum dan selepas intervensi
Jenis Latihan Latihan Sebelum Latihan Selepas
Intervensi Intervensi
Peserta Kajian
Huruf Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2
W √ x
V √ √
X x √
Y √ x
Secara keseluruhan, pengkaji menyimpulkan bahawa peserta kajian 1 dan 2
menunjukkan perubahan yang positif dalam penguasaan kemahiran mengenal huruf besar
yang hampir sama. Kedua-dua peserta kajian berupaya menjawab pelbagai jenis soalan yang
mengandungi huruf besar yang hampir sama iaitu /W/ /X/ /V/ /Y/.
534
Rajah 2 : Soalan yang tidak dapat dijawab dengan betul oleh peserta kajian 1 dan 2
Analisis Melalui Analisis Dokumen (Lembaran Kerja)
Jadual 11
Keputusan Lembaran Kerja Selepas Intervensi 5
Item Peserta kajian 1 Peserta kajian 2
√ √
Item 1 √ √
Item 2
Rajah 3 : Lembaran Kerja Selepas Intervensi
Rajah di atas adalah contoh lembaran kerja yang diberikan kepada peserta kajian 1
dan 2 adalah selepas intervensi kelima dilaksanakan. Analisis data lembaran kerja
menunjukkan bahawa peserta kajian 1 dan 2 memperolehi keputusan yang
memberangsangkan sebaik sahaja selesai pelaksanaan intervensi kelima.
535
Analisis Temu Bual
Jadual 12
Transkrip Temu Bual Bersama Peserta Kajian 1 dan 2 (Minat)
BIL ASPEK JAWAPAN (PK 1) JAWAPAN (PK 2)
Seronok Gembira
1 Apakah perasaan anda semasa
belajar menggunakan Kit Ya sebab ada komputer Ya sebab saya kenal
TAWAGU ? riba huruf
2 Adakah anda mudah Ya, besar dan jelas Ya sebab besar dan
memahami isi pengajaran dan Ya, sebab saya boleh menarik
pembelajaran yang di masuk huruf ke dalam
sampaikan apabila Ya, dapat mencari
menggunakan aktiviti Kit rumah huruf. huruf yang tersembunyi
TAWAGU ? Ya, sebab saya suka
Ya kerana saya suka
3 Adakah Kit TAWAGU mudah susun kapas mewarna
digunakan ?
Ya, kerana tidak bosan Ya, seronok
4 Adakah Kit TAWAGU dapat
membantu anda untuk
mengatasi masalah mengenal
huruf ?
5 Adakah Kit TAWAGU dapat
meningkatkan minat anda
belajar ?
6 Adakah anda mahu mengikuti
pembelajaran menggunakan Kit
TAWAGU ?
Analisis dapatan temu bual dalam jadual di atas menunjukkan respon peserta kajian
1 dan 2 selepas intervensi dilaksanakan. Secara keseluruhannya, pengkaji telah melihat
bahawa terdapat perubahan yang positif ditunjukkan dalam meningkatkan kemahiran
mengenal huruf besar yang hampir sama /W/ /V/ /X/ dan /Y/. Selain itu, peserta kajian juga
telah memberi respon mengenai penggunaan Kit TAWAGU dapat membantu mengatasi
masalah mengenai huruf besar yang hampir sama /W/ /V/ /X/ dan /Y/.
REFLEKSI
1. Melalui Kit TAWAGU, peserta kajian berupaya untuk mengenal dan membezakan huruf
besar yang hampir sama iaitu /W/ /V/ /X/ dan /Y/.
2. Penggunaan bahan maujud ini dapat menarik minat murid-murid untuk mengikut pengajaran
dan pembelajaran.
3. Pengkaji juga dapat meningkatkan daya pengamatan peserta kajian semasa intervensi
dijalankan.
536
4. Kesabaran diri dapat dibina melalui kajian ini. Pengkaji menghadapi pelbagai cabaran dan
dugaan.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
1. Kit TAWAGU disediakan dalam 3 tahap iaitu bermula dengan tahap mudah, sederhana dan
sukar.
2. Kit TAWAGU ini tidak hanya tertumpu kepada mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja malah
semua mata pelajaran dapat digunakan.
3. Kit TAWAGU boleh dicipta dalam bentuk aplikasi dan dapat digunakan secara dalam talian
atau luar talian.
RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian et. al. (2016). Modul Pembangunan Pelajar Syumul (PESYUMA).
Serdang:Universiti Putra Malaysia
Amir hassan Dewi. (2002). Penteorian Sosialogi dan Pendidikan. Selangor : Publisher Sdn.
Bhd
Atikah Zolkipli. (2014). Mengatasi Masalah Tertinggal Suku Kata Semasa Mengeja Dalam
Kalangan Murid Pemulihan. Kelantan : Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
Cresswell, J, W. (2009). Research Design : Qualititative, Quantitative and Mixed Methods
Approaches. California : SAGE Publication
Faizah Ja’apar. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
(P&P) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Pontian. Johor : Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia
Kamarudin Husin. (2010). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Petaling Jaya : Longman Sdn
Bhd
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Pembangunan
Kurikulum.
Laidlaw, M. (1992). Action Research: A Guide For Use On Initial Teacher Education
Programmes. Retrieved from http://www.bath.ac.uk/~edsajw/initial/ html on 8 May
1998
Lewin, K. (1946). Action Research And Minority Problems. J Soc. Issues 2(4): 34–4
McNiff. (2014). Writing And Doing Reasearch. Sage.
Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Edisi Ke-7. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2014). Buku Panduan Khas Kurikulum Baru Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia
537
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan . Kuala Lumpur : Free
Mind Horizons
Roskos, K. A., Neuman, S. B. (2009). Environment And Its Influences For Early Literacy
Teaching And Learning. In Neuman, S.B., Dickinson, D. K. (Eds.), Handbook of early
literacy research (pp. 281–294). New York: Guilford Press.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad. (2008). Pedagogi: Strategi Dan
Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd
Tan Wui Gee. (2011). Penggunaan Kit Manipulatif Dalam Pemahaman Konsep Tahun Dua.
Kuching : Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
Yahya Othman & Suzanawaty Osman. (2014). Keupayaan Menguasaai Kemahiran Menulis
Melalui Pembelajaran Berasakan Projek Dalam Penulisan Berbentuk Risalah Di
Sekolah Rendah. Jurnal Bhasa Melayu 19-29
Zamri Mohamod & Suwarnee Mohd Solah. (2008). Kesediaan Guru Bahasa Melayu
Membudayakan TMK Dalam Pengajaran. Dlm. Zamri Mahamod & Mohamed Amin.
(Eds.). Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pemelajaran
Bahasa Melayu: Teori Dan Praktis. Shah Alam: Karisma Publication.
538
PENGAPLIKASIAN PENDEKATAN ORFF DALAM MEMBANTU MURID AUTISME
MEMPEROLEH KOSA KATA BAHASA INGGERIS (NOUNS)
Mohd Fadhlie Hafiz Bin Jaffar
Tuan Haji Zubir bin Ismail
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Pendekatan Orff dalam membantu murid
autisme memperoleh kosa kata Bahasa Inggeris (Nouns). Peserta kajian terdiri daripada dua murid
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di salah sebuah sekolah di daerah Kota Bharu. Model kajian
tindakan yang digunakan adalah berasaskan model Jean Mcniff (1988). Tinjauan awal mendapati
peserta kajian mempunyai pemilikan kosa kata yang terhad, kemahiran interaksi sosial dan tingkah
laku positif yang lemah. Pengkaji telah melaksanakan tindakan dengan pengaplikasian Pendekatan
Orff melalui aktiviti Sebutan Berirama, Nyanyian Lagu Rakyat, Memainkan Alat Perkusi Badan Orff dan
Memainkan Alat Muzik Secara Improvisai. Pengkaji telah menggunakan ujian sebelum dan selepas
intervensi, pemerhatian berstruktur dan juga temu bual sebagai instrumen kajian dalam pengumpulan
data dan dipersembahkan secara kualitatif. Dapatan kajian memperlihatkan penggunaan dan
pengaplikasian Pendekatan Orff mampu meningkatkan pemilikan kosa kata bagi kata nama am
(common nouns) dan secara tidak langsung meningkatkan kemahiran interaksi sosial murid dan
tingkah laku positif mereka. Bagi tujuan lanjutan, dicadangkan supaya pengaplikasian pendekatan Orff
ini diperluaskan fungsinya sebagai contoh kepada murid sindrom down ataupun Cerebral Palsy. Hasil
kajian ini boleh menjadi rujukan kepada semua pihak dalam membantu murid pendidikan khas
memperoleh kosa kata Bahasa Inggeris.
Kata Kunci: Pendekatan Orff, autisme, pemerolehan kosa kata bagi kata nama am (common nouns)
ABSTRACT
This study aims to increase the proficiency and acquistion of autistic pupils in English vocabulary in
terms of common nouns. The research participants consisted of two students from the Integrated
Special Education Program (PPKI) at one of the schools in Kota Bharu district. The research model
used is based on the Jean Mcniff (1988) Model. Preliminary studies found that study participants had
limited vocabulary ownership as well as poor social interaction and positive behaviors. Therefore, the
researcher had performed intervention such as ‘Sebutan Berirama’, ‘Nyanyian Lagu Rakyat’,
‘Memainkan Alat Perkusi Badan Orff’, and ‘Memainkan Alat Perkusi Secara Improvisasi’ based on Orff's
approach. Researcher had used pre- and post-intervention tests, structured observations, and
interviews as research instrument in data collection and were presented qualitatively. The findings show
that the use and application of Orff's approach can enhance vocabulary acquisition of common nouns
among research particapants and indirectly enhance their social interaction skills and their positive
behavior. For further purposes, it is proposed that the application of this approach to be extended to
serve as a reference for pupil with Down Syndrome or Cerebral Palsy. The results of this study are
intended to be a reference to all parties in helping special education pupil to improve vocabulary
acquisition.
Keywords: Orff approach, autisme, vocabulary acquistion for common nouns
539
PENGENALAN
Murid austime merupakan golongan yang mengalami gangguan perkembangan
komunikasi, sosial, perilaku pada anak (Leo Kanner & Asperger, 1943). Kajian lampau
merumuskan bahawa perbendaharaan kata diperoleh secara kebetulan dengan membaca
atau mendengar cerita lisan dengan menggunakan muzik, (Krashen,1989). Semasa kanak-
kanak prasekolah, kanak-kanak bergantung semata-mata kepada lisan bahasa yang dia
dengar untuk memperoleh bahasa. Idea ini mempunyai persamaan dengan pendapat Carl
Orff yang memilih dan menbentuk aktiviti yang boleh membantu kanak-kanak mempelajari
muzik lantasan dapat membantu murid meningkatkan perbendaharaan kata. Carl Orff
merupakan seorang komposer terkenal pada abad ke-20 yang telah memberi impak besar
dalam bidang pendidikan. Beliau telah menghasilkan bahan-bahan pengajaran untuk kanak-
kanak dalam menghasilkan muzik seperti menggunakan suara dan alat-alat perkus. Kajian ini
bertujuan untuk melihat keberkesanan Pendekatan Orff dalam membantu murid autisme
memperoleh kosa kata Bahasa Inggeris (Nouns)
FOKUS KAJIAN
Pengalaman yang diperoleh selama 3 bulan di kelas Budi, pengkaji mendapati bahawa
murid autisme mempunyai kosa kata yang terhad disamping menggunakan perkataan dan
tingkah laku yang sama dan berulang. (Hill, 2004) menerangkan keadaan tersebut sebagai
‘Executive dysfunction’. Ia merujuk kepada masalah domain pemprosesan yang mengawal
fungsi kognitif.
Pemerhatian yang telah dilakukan ke atas dua murid autisme yang berbeza mendapati
bahawa tahap kognitif mereka berada di tahap yang sederhana. Pengkaji mendapati bahawa
kedua-dua peserta boleh bertutur dan berkomunikasi dalam Bahasa kedua iaitu Bahasa
Inggeris. Bahkan, mereka telah menjawab semua pertanyaan dalam Bahasa Inggeris.
Namun, pengkaji mendapati bahawa perbendaraan kata atau kosa kata yang mereka miliki
adalah terhad. Maka, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk melihat keberkesanan
Pendekatan Orff dalam membantu murid autisme memperoleh kosa kata Bahasa Inggeris
(Nouns)
540
OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah:
1. Meningkatkan pemilikan kosa kata Bahasa Inggeris murid autisme dengan
mengaplikasikan pendekatan Orff
2. Meningkatkan kualiti interaksi murid autisme dengan rakan sebaya
3. Meningkatkan tingkah laku positif murid autisme
Soalan Kajian
Kajian ini dilaksanakan bagi menjawab persoalan-persoalan berikut:
1. Bagaimanakah Pendekatan Orff dapat meningkatkan pemilikan kosa kata Bahasa
Inggeris murid autisme?
2. Bagaimanakah Pendekatan Orff dapat meningkatkan interaksi murid autisme dengan
rakan sebaya?
3. Bagaimanakah Pendekatan Orff dapat meningkatkan tingkah laku positif murid
autisme?
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian terdiri daripada 2 murid austime daripada kelas Budi. Berikut merupakan
maklumat asas dan latar belakang peserta kajian:
Jadual 1.
Peserta kajian beserta jantina, umur, masalah, persamaan dan perbezaan.
PESERTA A (Rayyan, bukan nama sebenar) B (Daniel, bukan nama sebenar)
KAJIAN
541
JANTINA LELAKI LELAKI
UMUR 9 9
MASALAH AUTISME
PEMBELAJARAN
PERSAMAAN - Mempunyai perbendaharaan kata atau kosa kata yang terhad dalam
PERBEZAAN
Bahasa Inggeris
- Menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan
- Lebih cenderung dan tertarik ke arah muzik
- Suka akan aktiviti pembelajaran yang mempunyai elemen bermain
- Tidak suka akan sentuhan - Mempunyai masalah untuk
fizikal memahami arahan guru.
- Tidak yakin dengan diri - Yakin dengan diri sendiri
sendiri - Kemahiran sosial yang tinggi
- Kemahiran sosial yang - Bermain dan berinteraksi
lemah bersama rakan
- Bermain seorang diri
PELAKSANAAN KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan empat aktiviti yang mempunyai elemen
pendekatan Orff dimana aktiviti tersebut telah diubahsuai bagi meningkatkan penguasaan
kosa kata bahasa Inggeris (nouns) disamping meningkatkan interaksi murid austime dengan
rakan sebaya dan juga tingkah laku positif. Berikut merupakan perancangan kajian (Rajah 1)
dan aktiviti-aktiviti dalam langkah tindakan (Jadual 2):
Rajah 1
Pelaksanaan proses kajian
542
543
Jadual 2
Aktiviti-aktiviti pelaksanaan intervensi
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Setelah meneliti kajian, pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data untuk
mencapai objektif dan menjawab soalan kajian, iaitu pemerhatian berstruktur, temu bual dan
ujian sebelum dan selepas intervensi.
Ujian Sebelum Intervensi dan Ujian Selepas Intervensi
Ujian sebelum dan selepas intervensi ini merupakan instrumen yang menunjukkan keputusan
peserta kajian dengan jelas. Ujian ini dijalankan adalah untuk membandingkan sejauh mana
keberkesanan intervensi dan menjawab soalan kajian satu.
Temu bual
Pengkaji telah menjalankan temu bual berstruktur bersama murid pada awal dan akhir kajian.
Temu bual ini ditadbir untuk menjawab tiga soalan kajian yang telah dikemukakan.
544
Berdasarkan temu bual tersebut, satu analisis dan transkrip temu bual telah dibuat untuk
membantu pengkaji untuk merekod dan menganalisis data.
Pemerhatian berstrukur
Pengkaji menggunakan senarai semak untuk menjawab soalan kajian dua dan tiga. Senarai
semak yang digunakan oleh pengkaji diambil dan disesuaikan mengikut soalan kajian
daripada sumber dan kajian terdahulu.
CARA MENGANALISIS DATA
Analisis berbentuk data kualitatif akan dibuat pengkaji dalam menilai sejauh mana
keberkesanan intervensi yang telah dirancang ke atas peserta kajian. Pengkaji juga
menggunakan kaedah dan instrumen yang berbeza bagi menjawab setiap soalan kajian.
CARA MENYEMAK DATA
Pengkaji menggunakan kaedah triangluasi kaedah untuk menyemak kesahan data. Frankeal,
Wallen dan Hyun (2011) berpendapat bahawa kaedah triangulasi data dapat meningkatkan
kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan kualitatif malah triangulasi turut mengukuhkan
kesahan data. Tiga instrumen yang digunakan ialah pemerhatian berstruktur, ujian sebelum
dan selepas intervensi dan temu bual.
DAPATAN KAJIAN
Objektif Kajian 1:
Meningkatkan pemilikan kosa kata Bahasa Inggeris murid autisme dengan
mengaplikasikan pendekatan Orff.
Jadual 3
Perbandingan analisis ujian sebelum dan selepas intervensi.
Bil Bahagian Item Hasil Ujian
Peserta kajian boleh Peserta Kajian A Peserta Kajian B
(Rayyan) (Daniel)
Sebelum Selepas Sebelum Selepas
1. A Menyatakan i.Rose ////
nama jenis ii.Orchid X/X/
bunga
545
dengan iii.Hibiscus X / X X
/
Types of gambar iv.Sunflower / /X
flower yang /
X
ditunjukkan /
/
2 B Menyatakan i.Bread X / X
/
nama jenis ii.Noodle X / X /
Types of makanan /
/
food dengan iii.Rice X/X
/
gambar iv.Cake / / / X
yang /
/
ditunjukkan:
13/16
3 C Menyatakan i.Tshirt / /X
Types of nama ii.Skirt / /X
pakaian
clothing dengan iii.Short X / X
gambar iv.Dress X / X
yang
ditunjukkan:
4 D Menyatakan i.Uncle X/X
nama ii.Aunt XXX
Extended panggilan
Family ahli iii.Grandfather / /X
keluarga iv.Grandmother / / /
dengan
gambar
yang
ditunjukkan
Jumlah Markah 7/16 15/16 3/16
Diperolehi
Catatan (/) = Peserta kajian menjawab dengan betul.
(X) = Peserta kajian tidak menjawab dengan betul.
Pengkaji telah menjalankan ujian sebelum intervensi dan juga selepas menjalankan intervensi
kepada peserta kajian. Ujian ini ditadbir untuk mengetahui tahap pemilikan peserta kajian
dalam kosa kata (common nouns). Pengkaji telah melaporkan hasil pencapaian peserta kajian
dalam jadual 3.
Jadual 3 menunjukkan dapatan hasil daripada ujian sebelum dan selepas intervensi
djalankan. Berdasarkan keputusan ujian yang dijalankan selepas intervensi, kedua-dua
peserta kajian telah berjaya untuk menambah pemilikan kosa kata bagi kata nama am
mereka. Bagi Rayyan, peserta tersebut telah berjaya untuk menyebut dan mengenal pasti
kata nama am sebanyak 15/16 soalan dengan betul dalam ujian selepas intervensi. Bagi
bahagian D, Rayyan hanya tidak dapat menjawab 1 soalan dengan betul. Bagi Daniel, peserta
hanya berjaya mengenal pasti dan menyatakan kata nama am sebanyak 13/16 soalan betul.
3 soalan yang tidak dapat dijawab adalah 1 soalan daripada Bahagian A, B dan D.
546
Jadual 4 Analisis transkrip temu bual awal dan akhir bersama Rayyan
Analisis transkrip temu bual awal dan akhir bersama Rayyan
547
Jadual 5 Analisis transkrip temu bual awal dan akhir bersama Daniel
Analisis transkrip temu bual awal dan akhir bersama Daniel.
Jadual 4 dan 5 menunjukkan transkrip temu bual dimana berlaku peningkatan tahap
pemilikan kosa kata bagi kata nama am murid dalam mengenal pasti kata nama am yang
diihadapi oleh peserta kajian sebelum ini. Hal ini dapat dilihat setelah ujian sebelum dan
selepas intervensi dan juga temu bual dilaksanakan. Keberkesanan pengaplikasian
pendekatan Orff ini boleh dilihat dari segi pemilikan kosa kata bagi kata nama am mereka.
Konklusinya, hasil dapatan yang diperoleh telah dapat mencapai objektif menjawab soalan
kajian yang pertama.
Objektif Kajian 2:
Meningkatkan kualiti interaksi murid autisme dengan guru dan rakan sebaya.
548
Rajah 2Perbandingan purata skala akhir kajian peserta kajian bagi interaksi sosial.
Perbandingan purata skala awal dan akhir kajian Rayyan bagi interaksi sosial.
Purata Skala Awal dan Akhir Kajian bagi
Rayyan
4 Bahagian B Bahagian C
3
2
1
0
Bahagian A
Awal Kajian Akhir Kajian
Rajah 3
Perbandingan purata skala awal dan akhir kajian Daniel bagi interaksi sosial.
Purata Skala Awal dan Akhir Kajian bagi
Daniel
4 Bahagian B Bahagian C
3
2
1
0
Bahagian A
Awal Kajian Akhir Kajian
Rajah 2 dan 3 menunjukkan perbezaan purata bagi kedua-dua peserta kajian selepas
pemerhatian pada akhir kajian dilaksanakan. Analisis yang dibuat oleh pengkaji ialah kedua-
dua peserta dapat meningkatkan kemahiran berinteraksi bersama rakan sebaya mereka.
Perbandingan yang dibuat berdasarkan skala hasil pemerhatian pada awal dan akhir kajian
jelas menunjukkan peningkatan tersebut.
549
Jadual 6Analisis temu bual interaksi sosial awal dan akhir kajian bersama Rayyan
Analisis temu bual interaksi sosial awal dan akhir kajian bersama Rayyan
Jadual 7s temu bual interaksi sosial awal dan akhir kajian bersama Daniel
Analisis temu bual interaksi sosial awal dan akhir kajian bersama Daniel
Jadual 6 dan 7, menunjukkan transkrip temu bual dimana berlaku kemahiran interaksi
sosial oleh kedua-dua peserta kajian sebelum ini. Hal ini dapat dilihat setelah pemerhatian
dan juga temu bual dilaksanakan. Keberkesanan pengaplikasian pendekatan Orff ini boleh
dilihat dari segi kemahiran mereka untuk bersosial. Konklusinya, hasil dapatan yang diperoleh
telah dapat mencapai objektif menjawab soalan kajian yang kedua.
550
Objektif Kajian 3:
Meningkatkan tingkah laku positif murid autisme.
Jadual 8
Analisis senarai semak tingkah laku pada awal dan akhir kajian untuk Rayyan
Jadual 8 merupakan senarai semak hasil pemerhatian berstrukur yang dilakukan pada
awal dan akhir kajian untuk melihat masalah tingkah laku peserta kajian A iaitu Rayyan.
Secara rumusannya, Rayyan telah menunjukkan peningkatan dalam tingkah laku positif
meskikpun terdapat tingkah laku yang boleh diubah kepada positif pada masa hadapan. Hal
ini menjelaskan bahawa Rayyan telah mempamerkan tingkah laku positf pada akhir kajian
berdasarkan jadual 25.
551
Jadual 9
Analisis senarai semak tingkah laku pada awal dan akhir kajian untuk Daniel
Jadual 9 merupakan senarai semak hasil pemerhatian berstrukur yang dilakukan pada
awal dan akhir kajian untuk melihat masalah tingkah laku peserta kajian B iaitu Daniel. Secara
rumusannya, Daniel telah menunjukkan peningkatan dalam tingkah laku positif meskikpun
terdapat tingkah laku yang boleh diubah kepada positif pada masa hadapan. Hal ini
menjelaskan bahawa Daniel telah mempamerkan tingkah laku positf pada akhir kajian
berdasarkan jadual 9.
552
Jadual 10
Analisis temu bual tingkah laku positif awal dan akhir kajian bersama Rayyan
Jadual 11Analisis temu bual tingkah laku positif awal dan akhir kajian bersama Daniel
Analisis temu bual tingkah laku positif awal dan akhir kajian bersama Daniel
Jadual 10 dan 11 menunjukkan transkrip temu bual bersama Rayyan dan Daniel pada
awal dan akhir kajian. Transkrip tersebut menunjukkan peningkatan tingkah laku positif
dimana ianya diakui oleh kedua-dua peserta kajian. Berdasarkan pemerhatian dan temu bual
yang dibuat, berlaku peningkatan dalam tingkah laku positif dimana ianya merupakan
masalah diihadapi oleh peserta kajian sebelum ini. Hal ini dapat dilihat setelah pemerhatian
553
berstruktur dan juga temu bual dilaksanakan. Konklusinya, hasil dapatan yang diperoleh telah
dapat mencapai objektif menjawab soalan kajian yang ketiga.
REFLEKSI
Pemilikan kosa kata bagi kata nama am merupakan masalah normal yang dihadapi
oleh murid arus perdana lebih-lebih murid-murid berkeperluan khas. Hal ini menyebabkan
mereka sukar untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya lantasan mengakibatkan mereka
untuk mempunyai tingkah laku yang negatif.
Pelaksanaan aktiviti-aktiviti dalam intervensi telah membantu peserta kajian
memperoleh kosa kata Bahasa Inggeris (Nouns). Selain itu, berdasarkan daripada analisis
data yang telah dilakukan menunjukkan bahawa kemahiran untuk berinteraksi bersama rakan
sebaya juga berada pada tahap yang lebih baik berbanding sebelum ini. Bukan itu sahaja,
terdapat perubahan tingkah laku negatif ke tingkah laku positif yang dipamerkan oleh murid
pada data yang dianalisis.
Kesimpulannya, banyak perkara yang telah dipelajari melalui kajian ini dan terdapat
penambaikan yang perlu dilakukan. Pelaksaan pendekatan Orff ini adalah bersifat fleksibel
dalam membantu murid memperoleh pemilikan kosa kata bagi kata nama am, meningkatkan
kemahiran berinteraksi bersama rakan sebaya disamping meningkatkan tingkah laku positif.
Kajian tindakan yang dilaksanakan ini adalah disokong oleh kajian-kajian lepas. Dapatan
kajian yang diperoleh telah memperkukuhkan lagi kajian yang dijalankan. Umumnya,
pengaplikasian pendekatan Orff adalah mesra dalam pelbagai matapelajaran di sekolah.
Kecekapan pengkaji untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh peserta kajian telah
membantu dari segi aspek perkembangan fizikal dan sosial peserta kajian. Kajian terhadap
pendekatan Orff dalam membantu murid autisme memperoleh kosa kata Bahasa Inggeris
(Nouns) meningkatkan pemilikan kosa kata bagi kata nama am memerlukan penyelidikan
secara mendalam lagi bagi meningkatkan mutu, kesahan dan kebolehpercayaan kajian.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
- Penambahbaikan perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi mutu pelaksanaan penyelidikan dan
keberkesanannya, (Mcniff dan Whitehead,2010)
- Pengaplikasian pendekatan Orff ini digunapakai kepada murid berkeperluan khas yang lain.
- Membuka ruang lingkup kajian tindakan secara meluas
554
- .Intervensi yang universal bagi mengatasi pelbagai masalah-masalah pembelajaran murid
berkeperluan.
RUJUKAN
Fraenkel, J. R., Wallen, N. E., & Hyun, H. H. (2011). How to design and evaluate research in
education. New York: McGraw-Hill Humanities/Social Sciences/Languages.
Hill, E. L. (2004). Executive dysfunction in autism. Trends in cognitive sciences, 8(1), 26-32.
Krashen, S. (1989). We acquire vocabulary and spelling by reading: Additional evidence for
the input hypothesis. The modern language journal, 73(4), 440-464.
McNiff, J. (1988). How to do action research. In Action Research (pp. 83-96). Routledge.
Olmsted, D., & Blaxill, M. (2016). Leo Kanner’s mention of 1938 in his report on autism
refers to his first patient. Journal of autism and developmental disorders, 46(1), 340-
341.
555
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGECAM DAN MENULIS HURUF YANG HAMPIR
SAMA DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI KeABJ DALAM KALANGAN MURID
SLOW LEARNER
Noor Alia Binti Amir
Puan Zaleha Binti Mohd Noor
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dibuat untuk meningkatkan kebolehan murid berkeperluan khas masalah “slow learner” yang
menghadapi masalah mengecam huruf yang mempunyai bentuk yang sama dan mereka juga
menghadapi masalah tingkah laku. Satu intervensi telah dihasilkan iaitu aplikasi KeABJ yang dapat
membantu mengurangkan masalah murid berkeperluan khas. Tinjauan awal mendapati kebanyakan
murid berkeperluan khas mempunyai masalah untuk membezakan huruf yang mempunyai bentuk yang
hampir sama. Kajian dilakukan di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa. Dua murid berkeperluan khas
dipilih berdasarkan ujian diagnostik yang dilaksanakan. Kajian yang dilakukan menggunakan model
Kemmis & McTaggart (1988). Tiga kaedah pengumpulan data yang digunakan iaitu kaedah analisis
dokumen, ujian dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi KeABJ yang
digunakan telah membuktikan keberkesanan dalam meningkatkan kebolehan peserta mengecam dan
membezakan huruf yang mempunyai bentuk yang hampir serupa serta meningkatkan tingkah laku
positif peserta. Akhir sekali, pengkaji berharap kajian ini dapat membantu guru-guru terutama guru
Pendidikan Khas yang mempunyai masalah yang serupa dapat menggunakan aplikasi ini dalam
pengajaran untuk membantu murid berkeperluan khas.
Kata kunci: Pendidikan khas, slow learner, aplikasi KeABJ, murid berkeperluan khas, multimedia.
ABSTRACT
This study was designed to improve the ability of students with special needs who are a slow learners
that have problems to distinguish alphabets that have the same form and behavior problems. An
intervention has been developed that is the application of KEABJ that can help reduce the problem of
special needs students. Preliminary research found that most students with special needs had trouble
distinguishing letters of similar shape. The study was conducted at a school in Pengkalan Chepa. Two
special needs students were selected based on a diagnostic test that had been done. Study was
conducted using the Kemmis & McTaggart (1988) model. Three data collection techniques that had
been used in this study are document analysis, testing and observation. The result of this study is that
the KEABJ application are effective to improve the participants 'ability to recognize and distinguish
letters of a similar shape and to enhance participants' positive behavior. Finally, the researcher hopes
this study will help teacher especially special education teachers who have similar problems by
providing this application to help students with special needs.
Keywords: Special education, slow learner, KEABJ application, special needs student, multimedia.
PENGENALAN
Murid “slow learner” atau murid lewat perkembangan kognitif didefinisikan sebagai
murid yang mempunyai tahap kognitif yang rendah dan tidak mampu untuk mencapai
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). (Shaidatul Nadira & Roslinda, 2018). Kebanyakan
556
murid slow learner mengambil masa untuk mencapai satu objektif pengajaran kerana
daya pengamatan dan daya rangsangan mereka yang lemah. (Shaidatul Nadira &
Roslinda, 2018). Kemahiran membaca bermaksud keupayaan murid membaca ayat
dengan lancar serta, sebutan, intonasi dan jeda yang betul. (Bainah & Rohana , 2016).
Terdapat sebilangan murid slow learner mengalami masalah keliru dengan huruf yang
hampir sama menyebabkan murid menulis huruf tersebut terbalik dan sebagainya. Hal ini
juga menyebabkan kemahiran menulis murid terganggu akibat kekeliruan huruf yang
dialami.
Menurut Abdul Rasid (2011) dalam jurnal Permasalahan Kemahiran Membaca dan
Menulis Murid-murid Sekolah Rendah di Luar Bandar, keupayaan menulis merupakan
proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem
iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens dan gaya penulisan.
Kemahiran ini harus dikuasai oleh murid berkeperluan khas yang berkeupayaan dari
aspek kognitif sebelum melangkah ke sekolah menengah. Masalah kategori slow learner
dapat dibantu dengan penggunaan teknik, kaedah, gaya pembelajaran dan alat bantu
mengajar yang sesuai dengan murid lembam. (Aznan & Mohd Zuri, 2011). Matlamat guru
Pendidikan Khas bukan sahaja untuk membantu murid untuk menguasai kemahiran
malah untuk meningkatkan kualiti kehidupan murid dengan mengintegrasi terapi dalam
pengajaran. (Chiang, 2018).
Pelbagai usaha guru-guru Pendidikan Khas untuk membantu murid slow learner
antaranya menggunakan bahan konkrit untuk membantu pemahaman murid tentang
sesuatu perkara. (Nur Azimah & Puteri Roslina, 2016). Murid slow learner juga
mempunyai masalah tingkah laku seperti hiperaktif atau hipoaktif. Masalah tingkah laku
berkemungkinan timbul kerana murid tersebut memerlukan perhatian atau satu cara
untuk murid meluahkan perasaan seperti kurang tumpuan, bosan, marah dan
sebagainya. Tingkah laku negatif terbentuk daripada pelbagai faktor seperti faktor
persekitaran, genetik seperti masalah hiperaktif, dan emosi. (Haliza & Samuel, 2016).
Gangguan tingkah laku negatif murid dapat menjejaskan proses pengajaran dan
pembelajaran guru dalam kelas.
FOKUS KAJIAN
Berdasarkan pengalaman menjalani praktikum selama dua fasa untuk tiga bulan,
pengkaji mendapati murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah slow learner
meghadapi masalah untuk mengecam huruf terutama huruf yang mempunyai bentuk
557
yang hampir sama seperti huruf (b,d) (m,n) (m,w) (p,q) dan (g,y). Murid juga cenderung
untuk mempunyai masalah tingkah laku negatif apabila murid tidak memahami
pengajaran yang disampaikan oleh guru. Pengkaji telah mengumpul maklumat yang
diperlukan untuk membantu murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah slow
learner meningkatkan kebolehan mengecam dan membezakan huruf yang mempunyai
bentuk yang hampir sama. Kajian ini juga dibuat untuk membantu murid meningkatkan
tingkah laku positif menggunakan aplikasi KeABJ dengan bantuan bahan maujud.
OBJEKTIF
Kajian tindakan ini dijalankan untuk:
1. Meningkatkan kebolehan murid mengecam dan membezakan huruf dengan lebih
tepat menggunakan aplikasi KeABJ dalam kalangan murid slow learner.
2. Meningkatkan kebolehan murid menulis huruf yang hampir sama menggunakan
aplikasi KeABJ dalam kalangan murid slow learner.
3. Meningkatkan tingkah laku positif murid dalam pembelajaran semasa
menggunakan aplikasi KeABJ dalam kalangan murid slow learner.
SOALAN KAJIAN
1. Adakah penggunaan aplikasi KeABJ dapat membantu meningkatkan kebolehan
murid mengecam dan membezakan huruf dengan lebih baik dalam kalangan
murid slow learner?
2. Adakah penggunaan aplikasi KeABJ dapat membantu meningkatkan kebolehan
murid menulis huruf yang hampir sama kalangan murid slow learner?
3. Adakah penggunaan aplikasi KeABJ dapat meningkatkan tingkah laku positif
dalam pembelajaran dalam kalangan murid slow learner?
PESERTA KAJIAN
Dua peserta kajian iaitu seorang murid perempuan dan seorang murid lelaki telah
dipilih dari kelas 3 Iltizam Kasih di Sekolah Kebangsaan D. Jadual di bawah menunjukkan
maklumat ringkas mengenai peserta kajian.
558
Jadual 1 PESERTA A PESERTA B
Maklumat Peserta Kajian. Lelaki Perempuan
3 Iltizam Kasih
Jantina 3 Iltizam Kasih
Kelas 11 tahun 10 tahun
Umur Lemah
Tahap keupayaan Sederhana Aktif dan hiperaktif
Tingkah laku Aktif dan hiperaktif
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Tindakan telah dirancang untuk membantu peserta yang menghadapi masalah mengecam
dan membezakan huruf dan masalah tingkah laku. Aplikasi KeABJ telah digunakan dalam
kajian ini dengan bantuan bahan maujud untuk membantu peserta.
Jadual 2
Tindakan yang Dijalankan Pada Peserta.
Langkah Penerangan
Langkah 1
Video 1. Peserta menonton video yang dihasilkan menggunakan Blender di
Youtube.
2. Video tersbut diberikan kepada peserta untuk menarik minat peserta
untuk belajar.
Langkah 2 1. Aktiviti menggunakan aplikasi KeABJ antaranya aktiviti mengecam
Aktiviti dan membezakan huruf. Peserta dapat mendengar audio setiap huruf
mengecam dan dan pengulangan dapat dilakukan.
membezakan
huruf. 2. Lembaran kerja diberikan selepas selesai aktiviti.
559
Langkah 3 1. Peserta menangkap gambar huruf yang diletakkan di sekeliling kelas
Aktiviti menggunakan aplikasi KeABJ. Peserta perlu menulis semula huruf
menangkap tersebut pada aplikasi tersebut.
gambar huruf.
2. Lembaran kerja diberikan selepas selesai aktiviti.
Langkah 4 1. Peserta diminta untuk menulis huruf yang mempunyai bentuk yang
Aktiviti hampir sama beberapa kali pada aplikasi KeABJ.
menulis huruf.
2. Lembaran kerja diberikan selepas selesai aktiviti.
Langkah 5 1. Peserta melakukan aktiviti kolaj menggunakan bahan seperti kacang
Kolaj hijau, kuaci, sagu dan sebagainya untuk membuatkan peserta
memerhati bentuk huruf.
2. Lembaran kerja diberikan selepas selesai aktiviti.
Langkah 6 1. Penilaian dilakukan di aplikasi Quizizz dan dilakukan secara serentak
Penilaian untuk kedua-dua peserta.
2. Lembaran kerja diberikan selepas selesai aktiviti.
560
KAEDAH MENGUMPUL DATA
Sebelum memulakan kajian, pengkaji telah melakukan pertimbangan untuk memilih kaedah
yang akan digunakan untuk mengumpul data. Pengkaji memilih kaedah ujian, analisis
dokumen dan pemerhatian.
a) UJIAN
Antara ujian yang dilakukan pada peserta ialah ujian diagnostik. Ujian tersebut dilakukan
untuk memilih peserta kajian ini dan menentukan tahap keupayaan peserta. Ujian yang
seterusnya ialah, ujian sebelum intervensi diberikan untuk menentukan tahap keupayaan
peserta sebelum intervensi. Ujian selepas intervensi diberikan kepada peserta untuk melihat
keberkesanan intervensi diberikan.
b) ANALISIS DOKUMEN
Peserta diberikan lembaran kerja selepas selesai aktiviti. Lembaran kerja yang sama
diberikan setiap sesi intervensi dilakukan untuk melihat perkembangan peserta. Hasil
daripada lembaran kerja dapat menentukan keberkesanan intervensi yang digunakan.
(Kamarul Azmi, 2012).
c) PEMERHATIAN
Pemerhatian dilakukan pada kedua-dua peserta untuk melihat perkembangan dan
penguasaan kemahiran mengecam dan membezakan huruf dan perubahan tingkah laku
negatif kepada tingkah laku positif. Pemerhatian dilakukan berdasarkan senarai semak.
Pemerhatian ini juga melibatkan diri dengan peserta untuk memahami dengan lebih jelas
mengenai perserta kajian. (Kamarul Azmi, 2012).
CARA MENGANALISIS DATA
Data yang diperoleh ialah data kualitatif. Data yang dikumpul akan dianalisis dan
dibandingkan untuk melihat perkembangan peserta. Data akan dipaparkan dalam bentuk
jadual, rajah dan gambar.
561
CARA MENYEMAK DATA
Data yang dikumpul dan disemak akan disemak menggunakan triangulasi data. Cara ini
dapat meningkatkan kredibiliti data kualitatif yang dikumpul. (Lisah, 2011). Semakan data
dilakukan untuk meningkatkan kebolehpercayaan data yang dikumpul.
DAPATAN KAJIAN
1. Meningkatkan kebolehan murid mengecam dan membezakan huruf dengan lebih tepat
menggunakan aplikasi KeABJ dalam kalangan murid slow learner.
ANALISIS UJIAN DIAGNOSTIK
Jadual 3 M1 M2 M3
Analisis Item Ujian Diagnostik.
KEMAHIRAN
BAHAGIAN A: Kemahiran mendengar (Meunjukkan gambar 10/10 10/10 10/10
yang disebut oleh pengkaji.) 10/10 10/10 10/10
4/10 7/10 2/10
BAHAGIAN B: Kemahiran mendengar 10/10 10/10 8/10
(Menyebut anggota badan yang disebut oleh guru.) 2/10 7/10 2/10
36/50 44/50 32/50
BAHAGIAN C: Kemahiran membaca
(Menyatakan huruf yang ditunjukkan oleh guru.)
BAHAGIAN D: Kemahiran menulis
(Menyalin semula huruf.)
BAHAGIAN E: Kemahiran menulis
(Menulis semula huruf yang dinyatakan oleh guru.)
JUMLAH
Jadual 4
Analisis Item Mengecam dan Menyebut Huruf yang Mempunyai Bentuk yang Hampir Sama.
UJIAN SEBELUM INTERVENSI UJIAN SELEPAS INTERVENSI
HURUF Peserta Peserta HURUF Peserta Peserta
b/d A B b/d A B
m/n x x m/n / /
w/m / x w/m / /
p/q p/q
g/y x x g/y / /
x / / x
JUMLAH JUMLAH
/ x / /
4 2 10 8
562
Jadual 5
Analisis Item Lembaran Kerja Langkah 2 Mengecam dan Menyebut Huruf.
PESERTA A PESERTA B
HURUF SESI 1 SESI 2 SESI 3 HURUF SESI 1 SESI 2 SESI 3
b x x /b x x/
d x xx
p x x xd x //
q x //
m / / /p / //
n / //
w x / /q / //
g x x/
y / / /m x x/
JUMLAH 3 58
/ /n x
x /w x
/ /g x
/ /y x
6 8 JUMLAH 4
Jadual 6
Analisis Item Penilaian Semasa Intervensi Langkah 5.
PESERTA A SESI 3 HURUF PESERTA B SESI 3
HURUF SESI 1 SESI 2 SESI 1 SESI 2 /
/
d x x /d / / /
m / /
w x / /m x / x
q x 8
y / / /w x x
JUMLAH 6
/ /q / /
/ /yxx
8 10 JUMLAH 4 6
563
Jadual 7
Pemerhatian Penguasaan Kemahiran Membaca Sebelum Intervensi.
KEMAHIRAN MEMBACA 1 2PESER3TA A4 5 1 PE2SER3TA B4 5
(MENGECAM DAN MENYEBUT
HURUF)
1. Murid dapat mengecam dan //
menamakan objek.
2. Murid dapat menyebut dan / /
menamakan abjad.
Jadual 8
Pemerhatian Penguasaan Kemahiran Membaca Sebelum Intervensi.
KEMAHIRAN MEMBACA 1 2PESER3TA A4 5 1 PE2SER3TA B4 5
(MENGECAM DAN MENYEBUT
HURUF)
1. Murid dapat mengecam dan //
menamakan huruf.
2. Murid dapat membezakan huruf / /
yang mempunyai bentuk yang
hampir sama.
3. Murid dapat menyatakan //
perbezaan huruf yang mempunyai
bentuk yang hampir sama.
Berdasarkan Jadual 3,4,5,6,7 dan 8 menunjukkan peningkatan yang sangat positif
terhadap kemahiran mengecam dan membezakan huruf yang mempunyai bentuk yang
hampir sama. Keputusan kemahiran membaca peserta berada pada tahap rendah dalam
ujian diagnostik dan dapat dibandingkan dengan ujian sebelum tindakan. Peningkatan yang
ketara dapat dilihat pada ujian selepas intervensi. Kedua-dua peserta mendapat markah yang
tinggi menunjukkan keberkesanan aplikasi KeABJ dalam pengajaran. Perkembangan peserta
dapat dilihat semasa melakukan lembaran kerja. Perubahan dari tahap rendah ke tahap tinggi
merupakan satu pencapaian kepada murid berkeperluan khas. Keputusan pemerhatian juga
564
menunjukkan peserta selepas intervensi berada pada tahap yang tinggi berbanding sebelum
melakukan intervensi peserta berada pada tahap yang rendah.
2. Meningkatkan kebolehan murid menulis huruf yang hampir sama menggunakan aplikasi
KeABJ dalam kalangan murid slow learner.
Jadual 9
Analisis Item Menulis Huruf yang Mempunyai Bentuk yang Hampir Sama.
UJIAN SEBELUM INTERVENSI HUURJUIFAN SELEPPesAeSrtIaNATERVEPNeSsIerta B
HURUF Peserta A Peserta B
bxxb / x
dx xdx /
px / p / /
qx / q / /
m/ xm / /
n / xn / /
wx xw / /
g x /g/ /
y x xyx /
JUMLAH 2 3 JUMLAH 8 9
Jadual 10
Analisis Item Lembaran Kerja Langkah 3 Mewarnakan Huruf.
PESERTA A SPEESSIE1RTA B SESI 2 SESI 3
HURUF SESI 1 SESI 2 SESI 3 HURUF
x
bx / /b x x /
dx / /
px x xd x / /
qx / /
m/ / /p / / /
n/ / /q / / /
wx /
/ /m x
/ /n x
/ /w x
565
g / / /g x x/
y / x/
JUMLAH 4 / /y x 67
7 7 JUMLAH 2
Jadual 11
Analisis Item Lembaran Kerja Langkah 4 Membuat Bentuk Pada Huruf.
PESERTA A SESI 3 HURUF SPEESSIE1RTA B SESI 2
HURUF SESI 1 SESI 2 SESI 3
b x x /b x x x
d x x xd x / /
p x / /
q x / /p / / /
m / / /q / / /
n / / /
w / / /m / / /
g / x /
y / / /n / x /
JUMLAH 5 6 8
/ /w x
/ /g x
/ /y x
7 9 JUMLAH 4
Jadual 12
Analisis Item Lembaran Kerja Langkah 4 Membuat Bentuk Pada Huruf.
PESERTA A SPEESSIE1RTA B SESI 2 SESI 3
HURUF SESI 1 SESI 2 SESI 3 HURUF /
/
bx / /b x x /
/
dx x / d x / /
/
px / / p / /
qx / / q / /
m/ / /m / /
n/ /
/ /n /
566
w / / /w / //
g / //
y / / /g x x/
JUMLAH 5 79
/ /y x
8 9 JUMLAH 5
Jadual 13
Pemerhatian Penguasaan Kemahiran Menulis Sebelum Intervensi.
KEMAHIRAN MENULIS 1 2PESER3TA A4 5 1 PE2SER3TA B4 5
1. Murid dapat memegang pensil / /
dengan betul.
2. Murid dapat menulis huruf kecil / /
dengan betul.
Jadual 14
Pemerhatian Penguasaan Kemahiran Menulis Sebelum Intervensi.
KEMAHIRAN MENULIS 1 2PESER3TA A4 5 1 PE2SER3TA B4 5
1. Murid dapat memegang pensil //
dengan betul.
2. Murid dapat menulis huruf kecil / /
dengan betul.
Berdasarkan Jadual 9, 10, 11,12, 13 dan 14 menunjukkan perubahan yang positif kepada
kemahiran menulis membezakan huruf yang mempunyai bentuk yang hampir sama. Aktiviti
yang terdapat dalam intervensi seperti aktiviti menulis pada aplikasi, aktiviti menulis pada
gambar yang ditangkap, aktiviti kolaj, lembaran kerja, mewarna dan sebagainya membantu
meningkatkan psikomotor peserta dan secara tidak langsung meningkatkan pengamatan
untuk mengingati huruf dengan lebih mudah. Keputusan menunjukkan bahawa aplikasi
KeABJ berkesan dalam membantu peserta meningkatkan kemahiran menulis huruf yang
hampir sama.
567
3. Meningkatkan tingkah laku positif murid dalam pembelajaran semasa menggunakan
aplikasi KeABJ dalam kalangan murid slow learner.
Jadual 15
Analisis Item Senarai Semak Tingkah Laku Peserta Sebelum Intervensi.
TINGKAH LAKU 1 P2ESER3TA A4 5 1 P2ESE3RTA 4B 5
1. Murid tidak merosakkan harta / /
benda sendiri atau orang lain.
2. Murid tidak mencederakan diri / /
atau orang lain.
3. Murid tidak berbahasa kasar / /
dengan orang lain.
4. Murid memberi kerjasama dalam / /
kumpulan.
5. Murid tidak berjalan dalam kelas / /
tanpa sebab.
TUMPUAN
1. Murid memberi tumpuan semasa / /
/
pengajaran.
/
2. Murid mengikut arahan guru. / /
/
3. Murid tidak bercakap perkara /
tidak berfaedah. /
/
4. Murid tidak suka berkhayal ketika
guru mengajar.
5. Murid memberi tindak balas
terhadap soalan guru.
568
Jadual 16
Analisis Item Senarai Semak Tingkah Laku Peserta Selepas Intervensi.
TINGKAH LAKU 1 2PESE3RTA4A 5 1 P2ESE3RTA 4B 5
1. Murid memberi kerjasama dalam / /
kumpulan.
2. Murid tidak berjalan dalam kelas / /
tanpa sebab.
3. Murid tidak menganggu peralatan / /
guru.
4. Murid menggunakan telefon / /
bimbit dengan kebenaran guru.
TUMPUAN
1. Murid memberi tumpuan semasa / /
pengajaran. / /
/ /
2. Murid mengikut arahan guru. / /
3. Murid tidak bercakap perkara / /
tidak berfaedah.
4. Murid tidak berkhayal ketika guru
mengajar.
5. Murid memberi tindak balas
terhadap soalan guru.
Berdasarkan Jadual 15 dan 16, kedua-dua peserta kajian menunjukkan perubahan tingkah
laku pada peserta. Peserta kajian menunjukkan tingkah laku positif selepas intervensi
diperkenalkan pada peserta. Berdasarkan senarai semak pemerhatian yang dibuat oleh
pengkaji, perubahan terutama aspek tingkah laku dan tumpuan menunjukkan perubahan yang
ketara. Skala 1 sangat tidak setuju, skala 2 tidak setuju, skala 3 sederhana setuju, skala 4
setuju dan skala 6 sangat setuju. Perubahan dapat dilihat berdasarkan senarai semak
tersebut. Sebelum intervensi tingkah laku dan tumpuan peserta A dan peserta B berada pada
tahap rendah iaitu pada skala 1 dan 2. Selepas intervensi dilakukan tingkah laku dan tumpuan
569
peserta berada pada tahap tinggi menunjukkan keberkesanan aplikasi KeABJ meningkatkan
tingkah laku positif dalam kalangan murid berkeperluan khas.
Aplikasi KeABJ memberi kesan kepada tingkah laku peserta kerana peserta sangat
berminat dengan bahan yang mempunyai elemen multimedia seperti yang digunakan oleh
pengkaji. Tumpuan murid juga meningkat selepas intervensi berbanding sebelum
menggunakan intervensi. Sebelum intervensi, peserta kerap menunjukkan tingkah laku
negatif seperti tidak mendengar arahan, bercakap perkara tidak berfaedah dan sebagainya.
Perubahan dalam aspek tingkah laku dan tumpuan memberi kesan kepada pengajaran
kerana pengajaran berlaku dengan lebih lancar dan kelas dapat dikawal dengan lebih baik.
REFLEKSI
Peserta sangat berminat dengan pengajaran yang melibatkan multimedia. Perubahan
sikap murid dapat dilihat sebelum menggunakan multimedia dan selepas menggunakan
multimedia. Peserta mula patuh pada arahan pengkaji dalam setiap aktiviti dan menunggu
arahan sebelum memulakan aktiviti terutama aktiviti menggunakan telefon bimbit seperti
aktiviti langkah 1 menonton video dan akitiviti langkah 2 mengecam dan menyebut huruf.
Murid lebih bersemangat untuk memulakan kelas dan kerap bertanya bila kelas Bahasa
Malaysia. Penggunaan bahan yang sesuai membolehkan murid untuk menumpukan
perhatian, minat untuk belajar ditingkatkan dan tingkah laku negatif murid dapat dikurangkan.
(Roslan & Nurahimah, 2017). Penggunaan aplikasi dapat membantu murid semasa
melakukan lembaran kerja di rumah atau di sekolah. Aplikasi sangat membantu guru terutama
kelas yang mempunyai saiz murid yang ramai seperti sekolah kajian tersebut.
Walaupun penggunaan multimedia ditekankan namun penggunaan bahan maujud masih
diperlukan. Bahan maujud dapat membantu murid berkeperluan khas dalam pelbagai aspek
seperti kemahiran motor halus, koordinasi mata dan tangan dan kemahiran motor kasar. (Nur
Azimah & Puteri Roslina, 2016). Aktiviti yang dirancang seperti kolaj mengguanakn bahan
seperti kacang hijau dapat meningkatkan kemahiran motor halus di samping tujuan asalnya
untuk membantu murid berkeperluan kha untuk membezakan huruf yang hampir sama.
Tanggapan yang perlu dibuang juga ialah tanggapan murid menunjukkan tingkah laku
negatif dalam kelas kerana murid mempunyai masalah tingkah laku. Antara faktor murid
berkelakuan negatif dalam kelas ialah disebabkan murid tidak memahami apa yang dipelajari.
(Ragbir Kaur, 2013). Guru juga perlu peka dengan gaya pembelajaran murid. Ada sesetengah
murid mula menunjukkan tingkah laku negatif apabila pengajaran guru tidak sama dengan
gaya pembelajaran murid tersebut. (Ragbir Kaur, 2013). Dalam konteks kajian ini, murid
sangat berminat dengan pengajaran yang menggunakan multimedia. Hal ini menyebabkan
570
murid menunjukkan tingkah laku yang positif dalam kelas seperti mendengar arahan, tidak
mengganggu rakan dan tidak berjalan semasa pengajaran.
Penggunaan multimedia dapat dibuktikan kejayaan berdasarkan kajian-kajian lepas. Murid
memerlukan bahan yang mudah dan menyeronokkan supaya kemahiran membaca
bertambah pada kadar yang biasa baginya. (Tiong & Zaidatun, 2009). Keadah VAKT (Visual,
Auditori, Kinestetik, Taktil) dapat membantu murid mengeja dan membaca dengan lebih baik.
(Bainah & Rohana , 2016). Berdasarkan dapatan kajian yang telah dikaji dapat membuktikan
keberkesanan kajian-kajian lepas mengenai kesan penggunaan multimedia dan kaedah
VAKT kepada kefahaman, kemahiran dan tingkah laku murid berkeperluan khas. Perubahan
bahan pengajaran dapat memberi kesan yang besar kepada murid. Oleh itu, guru-guru perlu
mula menggunakan bahan yang mempunyai unsur multimedia. Penggunaan bahan yang
bersesuaian dapat membantu murid berkeperluan khas menguasai kemahiran dengan lebih
baik dan memahami pengajaran.
Berdasarkan kajian yang telah dihasilkan, aplikasi KeABJ dapat membantu murid
berkeperluan khas masalah slow learner untuk mengatasi masalah keliru huruf yang
mempunyai bentuk yang hampir sama dan mengurangkan tingkah laku negatif semasa dalam
kelas. Unsur multimedia sangat penting bukan sahaja dalam aspek pengajaran malah boleh
digunakan sebagai rangsangan untuk mengawal tingkah laku murid berkeperluan khas. Guru-
guru di sekolah seharusnya mula menukar kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan
menerapkan pembelajaran abad ke 21. Walaupun murid berkeperluan khas mempunyai
masalah untuk melakukannya, pengubahsuaian boleh dilakukan mengikut kreativiti guru
masing-masing.
Masalah yang dihadapi oleh murid iaitu masalah keliru dengan huruf yang mempunyai
bentuk yang hampir sama boleh diatasi dengan baik. Aplikasi ini bukan sahaja dapat
membantu pengkaji malah boleh digunakan oleh guru-guru yang lain. Tingkah laku murid juga
dapat diubah dengan menggunakan bahan pengajaran yang menarik. Murid akan lebih
memberi tumpuan, menunjukkan minat dan mengurangkan tingkah laku negatif seperti
mengganggu rakan dalam kelas. Masalah ini masalah umum yang dihadapi oleh guru-guru di
sekolah. Kajian ini dapat memberi panduan kepada guru-guru lain yang menghadapi masalah
yang serupa.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Kajian yang telah dilakukan meningkatkan penguasaan kemahiran mengecam,
membezakan dan menulis huruf yang mempunyai bentuk yang hampir sama. Pengkaji
menggunakan pendekatan proses dan ansur maju bertujuan membantu peserta menguasai
kemahiran yang diperlukan menggunakan bahan yang bersesuaian dengan peserta kajian.
571
Kaedah cuba jaya dan pengulangan perlu dilakukan terutama pada murid berkeperluan khas.
Murid berkeperluan khas meminati pengajaran yang menggunakan bahan multimedia.
Cadangan tindakan susulan pengkaji ialah pengkaji lain boleh mengubah suai aplikasi ini
berdasarkan masalah murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang lain seperti murid
down sindrom, autisma, hiperaktif dan sebagainya. Penggunaan multimedia sesuai dengan
murid kerana dapat menggabungkan pelbagai jenis bahan yang sesuai dengan gaya
pembelajaran murid yang berbeza.
Tindakan susulan yang boleh diambil oleh pengkaji akan datang ialah menaik taraf aplikasi
tersebut agar dapat digunakan bukan sahaja untuk murid yang keliru huruf, malah boleh
digunakan untuk murid yang ingin belajar mengecam huruf. Aplikasi ini hanya mengandungi
huruf-huruf tertentu sahaja. Pengkaji lain boleh mengubah suai aplikasi tersebut untuk murid
mempelajari semua huruf bukan sahaja boleh digunakan untuk murid berkeperluan khas,
malah boleh diguna oleh murid pemulihan, murid prasekolah dan murid Tahun 1 yang
mempunyai masalah dalam mengecam huruf. Banyak penambahbaikkan boleh dilakukan
pada aplikasi tersebut untuk menjadikan aplikasi tersebut lebih menarik dan antara muka yang
mudah digunakan oleh murid-murid.
Menambah penilaian atas talian iaitu di aplikasi Quizizz. Guru boleh melakukan lembaran
kerja untuk setiap aktiviti di Quizizz kerana lebih menjimatkan masa dan murid lebih gemar
untuk menjawab penilaian di dalam aplikasi tersebut kerana lebih menarik dan dapat bersaing
dengan rakan-rakan yang lain. Grafik dan audio yang digunakan dalam aplikasi tersebut
meningkatkan minat dan tumpuan murid untuk belajar. Quizizz juga menyediakan laporan
penilaian murid selepas membuat kuiz memudahkan guru untuk melihat perkembangan murid
dari masa ke semasa. Laporan tersebut boleh dimuat turun dan dicetak sebagai bukti
pencapaian dan perkembangan murid.
Kesimpulannya, aplikasi KeABJ membuktikan keberkesanan pada murid berkeperluan
khas seperti peserta kajian. Berdasarkan kajian-kajian lepas, multimedia memberi kesan
kepada pengajaran dan tingkah laku murid. Penguasaan kemahiran tertentu boleh dilakukan
dengan penggunaan bahan yang bersesuaian seperti yang digunakan dalam aplikasi KeABJ.
Aplikasi tersebut dapat menarik minat dan membantu murid menguasai kemahiran yang
sepatutnya. Aplikasi tersebut juga dapat dijadikan bahan rangsangan untuk menghapuskan
tingkah laku negatif murid dalam kelas. Kajian ini dapat memberi manfaat kepada guru-guru
lain yang mempunyai masalah yang sama dan dapat mencuba menggunakan aplikasi ini
untuk membantu murid terutama murid berkeperluan khas.
572
RUJUKAN
Abdul Rasid, J. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Murid-murid
Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1-12.
Ahmad , E., & Baharom, M. (2007). Peranan Multimedia di dalam Pembelajaran Kanak-kanak.
Seminar Kebangsaan JPPG 2007: Teknologi Dalam Pendidikan (pp. 1-12). Seremban:
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Aznan, C., & Mohd Zuri, G. (2011). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak
Berkeperluan Khas. Universiti Sains Malaysia.
Bainah, M., & Rohana , K. (2016). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Kedah: BZ KasturI Enterprise.
Chiang, E. F. (2018). Dari Pendidikan Khas ke Pendidikan Pemulihan : Dua Program Masalah
Pembelajaran. Analitika Vol 10 (1), 46-53.
Chow, F. M., & Jaizah, M. (2011). Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan dalam Pengajaran.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd: Selangor.
Haliza, H., & Samuel, J. N. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Oxford Fajar
Sdn Bhd.
Kamarul Azmi, J. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif.
Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 (pp. 1-35). Johor: Institut Pendidikan Guru
Temenggong Ibrahim.
Nur Azimah, B., & Puteri Roslina, A. (2016). Gaya Pembelajaran Kanak-kanak Lembam dalam
Pembelajaran Bahasa Malaysia. Jurnal Bahasa Jilid 16, 323-348.
Ragbir Kaur. (2013). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi. Kumpulan Budiman.
Roslan, C., & Nurahimah, Y. (2017). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa untuk
Menguasai Kemahiran Membaca dalam Kalangan Murid Pendidikan Khas. ICSoTL
(pp. 27-39). Kedah: Universiti Utara Malaysia.
Shaidatul Nadira, S., & Roslinda, R. (2018). Tahap Pengetahuan Tiga Orang Pelajar
Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (Lembam) dalam Penambahan Nombor
Bulat. Seminar Antarabangsa Isu-isu Pendidikan (pp. 165-172). Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Tiong, L. L., & Zaidatun, T. (2009). Pendekatan Pembelajaran Kemahiran Membaca Menerusi
Lagi dan Muzik Berasaskan Komputer bagi Murid Tahun Satu. Jurnal Pendidikan, 65-
71.
573
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENULIS NOMBOR LINGKUNGAN 1
HINGGA 9 DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN MENGGUNAKAN KIT FuSeBo
Nur Sarah Hawa Binti Hassan
Puan Che Noorwani Binti Che Wil
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kaiian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid pemulihan meningkatkan penguasaan kemahiran
mengenal dan menulis nombor lingkungan 1 hingga 9. Kajian ini juga bertujuan untuk menarik minat
murid pemulihan dalam mempelajari kemahiran nombor 1 hingga 9. Dalam kajian ini, peserta kajian
terdiri daripada dua orang murid pemulihan tahun dua yang belajar di Sekolah Kebangsaan A, Kota
Bharu, Kelantan. Pengkaji telah menggunakan Model Laidlaw (1992) sebagai panduan untuk
menyempurnakan kajian ini. Tindakan yang digunakan dalam kajian ini adalah Kit Fun Sensory Box
atau secara ringkasnya Kit FuSeBo yang menggabungkan empat aktiviti iaitu Mari Kita Kenal Nombor,
Bebola Nombor Pelangi, Tali Nombor Magis dan Papan Nombor Ajaib. Instrumen kajian yang digunakan
ialah ujian tinjauan awal, ujian tinjauan akhir, pemerhatian menggunakan senarai semak dan analisis
dokumen menggunakan lembaran kerja murid pemulihan. Dapatan kajian ini menunjukkan tindakan
yang dijalankan dapat membantu peserta kajian meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal dan
menulis nombor lingkungan 1 hingga 9 serta dapat meningkatkan minat peserta kajian mempelajari
kemahiran yang dinyatakan. Oleh itu, pengkaji berharap bahawa kajian tindakan ini dapat dijadikan
sebagai panduan kepada pengkaji lain dalam membantu murid pemulihan mengatasi masalah dalam
menguasai kemahiran mengenal dan menulis nombor lingkungan 1 hingga 9.
Kata Kunci: kemahiran mengenal dan menulis, nombor lingkungan 1 hingga 9, Kit FuSeBo
ABSTRACT
This action research aims to help the remedial students improving their skills to recognize and
writing numbers within 1 to 9. This study also aims to gain students interest in learning the skills
of numbers within 1 to 9. In this action research, two remedial students from Sekolah Kebangsaan
A, Kota Bharu were selected as respondents. The researcher has used the Model Laidlaw (1992)
as an implementation guide in this action research. The intervention that has been used in this
action research is Fun Sensory Box or FuSeBo, a combination of four activities which are Mari
Kita Kenal Nombor, Bebola Nombor Pelangi, Tali Nombor Magis dan and Papan Nombor Ajaib.
The instruments used in this action research were tests before and after the interventions,
observation based on review checklist and document analysis based on the worksheet done by
the remedial students. In the end, the results showed that the interventions are able to help the
remedial students to improve their skills to recognize and writing numbers within 1 to 9. Besides,
the remedial students have become more interested to involve in the lessons. Therefore, the
researcher hopes that this action research is able to serve as a guide for the teachers in helping
the remedial students to overcome their problems to recognize and writing numbers within 1 to 9.
Keywords: recognizing and writing, numbers 1 to 9, FuSeBo Kit
574
PENGENALAN
Brennan (1974) mendefinisikan murid pemulihan merupakan individu yang
mempunyai kebolehan intelektual bawah sederhana dan tidak berdaya menguasai kemahiran
yang dianggap normal untuk kumpulan umur mereka (Kasnani, 2016). Perbezaan inilah yang
mengakibatkan mereka lebih lambat atau ketinggalan dalam menguasai sesuatu kemahiran
berbanding dengan rakan sebaya mereka yang lain. Masalah utama murid pemulihan adalah
tidak dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Di sini jelas
menunjukkan bahawa mata pelajaran Matematik juga merupakan subjek yang dititikberatkan
kepada murid-murid pemulihan selain daripada Bahasa Melayu (Abdullah, Mokhtar, Halim,
Ali, Tahir & Kohar, 2017).
Kemahiran mengenal nombor merupakan asas yang penting dalam mata pelajaran
Matematik. Apabila kemahiran mengenal nombor murid pemulihan sangat lemah, mereka
tidak dapat menguasai kemahiran menulis nombor dengan baik. Ini telah menyebabkan
mereka tidak dapat meneruskan pembelajaran di tahap kemahiran yang lebih tinggi seperti
operasi Matematik iaitu operasi tambah dan tolak. Hal ini disokong oleh Susan & John (2015)
yang menyatakan murid perlu diajar untuk menguasai konsep dan kemahiran mengenal
nombor terlebih dahulu bagi membantu mereka untuk mempelajari kemahiran Matematik
yang lebih sukar dengan lebih cepat dan mudah.
FOKUS KAJIAN
McNiff & Whitehead (2005) menyatakan kajian yang dijalankan haruslah mempunyai
fokus atau hala tuju yang jelas bagi memastikan isu atau permasalahan dapat ditangani
dengan kadar segera. Kajian ini berfokus pada masalah yang dihadapi oleh dua orang peserta
kajian daripada kelas 2 Jasmine di mana kedua-dua peserta kajian ini mempunyai masalah
untuk mengenal dan menulis nombor 1 hingga 9. Oleh itu, pengkaji telah menjalankan
prosedur pengumpulan data awal iaitu ujian diagnostik, analisis dokumen dan temu bual
bersama guru pemulihan untuk mengenalpasti punca masalah murid tersebut. Setelah
menganalisis data awal yang diperoleh, pengkaji mendapati masalah yang utama yang
dihadapi oleh murid adalah kemahiran menulis nombor yang agak rumit seperti 2, 3, 4, 5, 6
dan 9.
Walaupun murid sudah mampu mengenal beberapa nombor dalam lingkungan 1
hingga 9 iaitu 1, 7 dan 8 dengan baik, namun pengkaji telah membuat keputusan untuk tetap
memfokuskan kajian ini kepada kemahiran mengenal dan menulis nombor 1 hingga 9 bagi
memudahkan murid menguasai kemahiran ini. Keputusan ini ini juga dikukuhkan dengan
575
merujuk Fatimah Salleh (2009) dalam buku Strategi bagi Membantu Murid Sekolah Rendah
Menguasai Matematik yang telah menyatakan bahawa kemahiran mengenal nombor perlu
diajar mengikut turutan nombor yang betul untuk memudahkan murid menguasai kemahiran
mengenal nombor. Daripada pemerhatian pengkaji, peserta kajian juga mempunyai masalah
minat untuk belajar sehingga mereka tidak mahu terlibat dalam aktiviti dan malas menyiapkan
tugasan yang diberikan guru. Hal ini mengakibatkan mereka tidak dapat menguasai
kemahiran mengenal dan menulis nombor lingkungan 1 hingga 9 dengan baik.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian:
i. Meningkatkan kemahiran murid pemulihan dalam mengenal nombor 1 hingga 9 menggunakan
Kit FuSeBo.
ii. Meningkatkan kemahiran murid pemulihan dalam menulis nombor 1 hingga 9 menggunakan
Kit FuSeBo.
iii. Meningkatkan minat murid pemulihan dalam kemahiran mengenal dan menulis nombor
menggunakan Kit FuSeBo.
Soalan Kajian:
i. Bagaimanakah kemahiran murid pemulihan dalam mengenal nombor 1 hingga 9 dapat
ditingkatkan menggunakan Kit FuSeBo?
ii. Bagaimanakah kemahiran murid pemulihan dalam menulis nombor 1 hingga 9 dapat
ditingkatkan menggunakan Kit FuSeBo?
iii. Sejauhmanakah minat murid pemulihan dalam kemahiran mengenal dan menulis nombor 1
hingga 9 dapat ditingkatkan menggunakan Kit FuSeBo?
PESERTA KAJIAN
Kajian ini akan melibatkan dua peserta kajian daripada kelas 2 Jasmine yang
bernaung di bawah Program Pendidikan Pemulihan Khas iaitu kelas pemulihan Matematik di
Sekolah Kebangsaan A, Kota Bharu. Peserta kajian yang dipilih merupakan murid sekolah
yang pernah diajar oleh pengkaji semasa praktikum fasa 2 selama 3 bulan. Maklumat peserta
kajian boleh dirujuk pada Jadual 1.
576
Jadual 1
Butiran Maklumat Peserta Kajian
Peserta Kajian Umur Masalah Ciri-Ciri Kelemahan
Murid Mudah lupa pembelajaran
yang diajar dan selalu
Peserta kajian 8 tahun slow Masalah tertukar di antara nombor
1 learner ingatan yang dalam lingkungan 1
lemah hingga 9
Peserta kajian 8 tahun slow Menunjukkan Menulis nombor dalam
2 learner ciri-ciri lingkungan 1 hingga 9
diskalkulia dengan salah atau secara
terbalik.
Masalah
koordinasi
tangan yang
lemah
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
i. Langkah-Langkah Tindakan
Tindakan yang telah digunakan oleh pengkaji untuk membantu peserta kajian bagi
meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis nombor lingkungan 1 hingga 9 dalam kajian
ini adalah dengan menggunkan Kit Fun Sensory Box atau secara ringkasnya Kit FuSeBo. Kit
ini juga dilaksanakan untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran mengenal dan menulis nombor lingkungan 1 hingga 9 di dalam bilik darjah. Kit ini
mengandungi empat tindakan yang berkonsepkan aktiviti melibatkan sensori. Kit ini juga
menerapkan kemahiran motor halus di mana murid akan menggunakan jari jemari dan
pergelangan tangan mereka untuk melaksanakan aktiviti. Setiap tindakan telah dilaksanakan
sebanyak dua sesi seminggu selama satu jam setiap sesi. Fasa perlaksanaan tindakan ini
mengambil masa selama tiga minggu. Aktiviti Kit FuSeBo boleh dilihat pada Rajah 1.
577
Rajah 1. Carta Alir Tindakan Kit Fun Sensory Box (FuSeBo).
Rajah 2. Kit Fun Sensory Box (FuSeBo).
Jadual 2
Langkah-Langkah Perlaksanaan Tindakan
Tindakan Penerangan
Aktiviti 1: i. Murid diminta memusingkan roda nombor dan
Mari Kita Kenal Nombor
melihat nombor apakah yang terpilih setelah
roda berhenti berpusing.
ii. Setelah murid melihat nombor yang terpilih,
murid akan mencari nombor tersebut pada beg
sensori nombor yang mengandungi nombor
timbul 1 hingga 9.
iii. Seterusnya, murid akan menyentuh nombor
timbul yang terpilih untuk mengenal bentuknya.
578
Aktiviti 2: i. Murid memilih satu kad nombor bertitik di antara 1
Bebola Nombor Pelangi hingga 9.
ii. Kemudian, murid akan memasukkan nombor
tersebut pada papan Bebola Nombor Pelangi.
iii. Setelah itu, murid akan menyusun bebola kapas
berwarna-warni mengikut titik-titik yang terdapat
pada kad nombor bertitik tersebut sehingga
menampakkan bentuk nombor.
Aktiviti 3: i. Murid diminta untuk memilih salah satu nombor
Tali Nombor Magis bertebuk.
ii. Kemudian, murid diminta memasukkan tali ke
dalam lubang pada nombor bertebuk sehingga
membentuk nombor tersebut.
iii. Murid akan menyebut nombor tersebut.
Aktiviti 4: i. Murid diminta memilih salah satu kad imbasan
Papan Nombor Ajaib ii. nombor.
Murid perlu meletakkan kad imbasan tersebut di
iii. atas Papan Nombor Ajaib dan mengimbas QR
iv. Code yang yang terdapat pada kad imbasan
v. tersebut menggunakan telefon pintar.
Murid diminta melihat pautan video Mari Menulis
ii. Kaedah Pengumpulan Data Nombor pada pautan QR Code pada telefon pintar.
Kemudian, murid akan menulis nombor mengikut
cara yang dilihat melalui video pada beg pasir
menggunakan jari mereka.
Setelah mahir menggunakan jari, murid akan
menulis nombor tersebut di atas beg pasir
menggunakan batang pen.
Pengumpulan data perlu dilaksanakan secara tersusun dan bersistematik bagi
memastikan maklumat yang ingin diperoleh menepati kajian yang dijalankan. Proses
579