The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by halimahsarkawi97, 2020-07-25 20:08:49

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Ujian

Ujian awal dan akhir iaitu ujian lisan turut digunakan bagi menilai pencapaian peserta kajian
terhadap kemahiran menambah secara spontan bagi ayat matematik operasi tambah dalam
lingkungan 10 tanpa mengumpul semula. Berikut merupakan keputusan markah ujian awal
dan ujian akhir.

Jadual 14

Keputusan markah ujian awal dan ujian akhir peserta kajian menambah secara spontan bagi
ayat matematik operasi tambah dalam lingkungan 10 tanpa mengumpul semula.

PESERTA UJIAN AWAL UJIAN AKHIR
KAJIAN
Menambah Jumlah Menambah Jumlah

secara spontan Soalan secara spontan Soalan

bagi ayat dijawab betul bagi ayat dijawab betul

matematik (%) matematik (%)

operasi operasi

tambah dalam tambah dalam

lingkungan 10 lingkungan 10

tanpa tanpa

mengumpul mengumpul

semula semula

dengan betul dengan betul

A 0/5 0 5/5 100

B 0/5 0 4/5 80

Berdasarkan hasil keputusan markah ujian awal dan ujian akhir, pengkaji mendapati
terdapat peningkatan jumlah soalan dijawab betul oleh kedua-dua peserta kajian. Markah
ujian akhir peserta kajian A ialah 100% manakala peserta kajian B ialah 80% berbanding ujian
awal dimana kedua-dua peserta kajian mendapat 0 markah. Ini merupakan satu peningkatan
yang positif terhadap kedua-dua pencapaian peserta kajian. Pengkaji juga dapat membuat
perbandingan iaitu pencapaian peserta kajian A adalah lebih baik berbanding peserta kajian

190

B. Namun prestasi yang ditunjukkan oleh kedua-dua peserta kajian membuktikan
keberkesanan kaedah CEMA dalam membantu peserta kajian mencapai objektif yang telah
ditetapkan.

REFLEKSI

Kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 tanpa mengumpul semula bagi ayat
matematik merupakan salah satu kemahiran yang sering menjadi masalah bagi kebanyakan
murid pemulihan khas. Jika tidak ditangani, masalah ini akan menjejaskan pembelajaran
murid pemulihan khas di kemudian hari kerana kemahiran ini merupakan kemahiran asas
yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Tambahan lagi, menurut Jon M. Engelhardt & Usnick
V. (1991), penambahan tanpa mengumpul semula adalah lebih mudah berbanding
penambahan dengan mengumpul semula. Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibuat,
pengkaji mendapati ketiga-tiga objektif kajian yang telah disasarkan dapat dicapai dan
menjawab ketiga-tiga soalan kajian dalam meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam
lingkungan 10 tanpa mengumpul semula bagi ayat matematik. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti
dalam intervensi telah membantu peserta kajian meningkatkan lagi penguasaan kemahiran
operasi tambah dalam lingkungan 10 tanpa mengumpul semula bagi ayat matematik di mana
telah membantu memantapkan lagi bagaimana untuk membuat pengiraan sama ada secara
lisan mahupun tulisan bagi ayat matematik.

Walaupun begitu, terdapat juga kelemahan yang tidak dapat dielakkan dan yang
ketara sekali adalah pengkaji tidak dapat untuk membuat peserta kajian menjawab dengan
cepat bagi soalan spontan yang diajukan. Hal ini demikian kerana peserta kajian memerlukan
masa yang agak panjang untuk berfikir dan membuat pengiraan bagi mendapatkan jawapan
yang betul. Jadi pengkaji terpaksa menunggu peserta kajian dalam tempoh yang agak lama.
Akan tetapi penantian pengkaji dianggap berbaloi kerana peserta kajian berupaya untuk
memberikan jawapan yang betul pada akhirnya.

Kesimpulannya, banyak perkara yang telah dipelajari melalui kajian ini dan terdapat
penambahbaikan yang perlu dilakukan. Pelaksanaan Kaedah CEMA ini adalah menyeluruh
dalam membantu meningkatkan kemahiran operasi tambah dalam lingkungan 10 tanpa
mengumpul semuala bagi ayat matematik. Kajian tindakan yang dilaksanakan ini adalah
disokong oleh kajian-kajian lepas. Dapatan kajian yang diperoleh telah memperkukuhkan lagi
keberkesanan kajian yang dijalankan.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Untuk kajian lanjutan, pengkaji mencadangkan elemen TMK lebih diintegrasikan dalam
intervensi yang dilaksanakan. TMK merupakan elemen penting dalam dunia pendidikan masa

191

kini seiring dengan arus globalisasi dunia. Oleh itu, agar sistem pendidikan terus bergerak
seiring dengan dunia modenisasi ini, aplikasi TMK sangat diperlukan. Pengkaji berharap
melalui penerapan aplikasi TMK, intervensi yang dilaksanakan akan menjadi lebih menarik
dan interaktif kepada murid.

Selain itu, pengkaji mencadangkan agar pada intervensi di dalam aktiviti 4 dapat
diselitkan bahan bantu mengajar. Misalnya membina tapak tangan dengan menggunakan
kertas untuk membantu peserta kajian dalam membuat pengiraan secara spontan. Menurut
Virginia Department of Education (2011), sebilangan besar murid selalu menggunakan
bahan bantu mengajar dalam pengajaran matematik. Oleh itu, bahan bantu mengajar
yang sesuai dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran menambah secara
spontan dalam lingkungan 10 tanpa mengumpul semula.

Seterusnya, pengkaji mencadangkan penggunaan peneguhan positif yang berterusan
sepanjang pelaksanaan intervensi. Hal ini demikian kerana kedua-dua peserta kajian pengkaji
kelihatan lebih bersemangat menjalankan aktiviti dengan adanya peneguhan positif daripada
pengkaji. Di samping itu, bagi menangani masalah kehadiran peserta kajian, pengkaji
mencadangkan pelaksanaan perbincangan dengan ibu bapa peserta kajian agar dapat
menjamin kehadiran peserta kajian ke sekolah untuk melaksanakan intervensi. Hal ini
demikian kerana kehadiran peserta kajian merupakan faktor penting dalam menentukan
sejauh mana keberkesanan sesuatu intervensi yang dilaksanakan.

RUJUKAN
Jabatan Pendidikan Khas. (2008). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid

Berkeperluan Khas Edisi Percubaan. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jon, M. E., & Usnick, V. (1991). When Should We Teach Regrouping in Addition and
Subtraction. School Science Mathematic, 6-9.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Pendidikan Pemulihan. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Paridjo. (2008, Mei 15). Sebuah Solusi Mengatasi Kesulitan Belajar Matematika. Diambil dari
http://www.pustaka.ut.ac.id/dev25/pdfprosiding2/Solusi%20Mengatasi%20Kesultan%2

192

Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann Asia.
Virginia Department of Education. (2011). Practical Problems Involving Decimals Mathematics

Enhanced Scope and Sequence. Virginia: Virginia Department of Education.

193

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP TEKANAN KERJA GURU

PENDIDIKAN KHAS DI DAERAH KOTA BHARU, KELANTAN

Nor Shahirah Afiqah binti Mat Shater
Dr. Shukri bin Ismail

Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini dijalankan untuk mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada tahap
tekanan kerja guru Pendidikan Khas di daerah Kota Bharu. Terdapat tiga faktor punca tekanan guru
dalam kajian ini: tekanan berkaitan kerja, pengurusan masa serta motivasi dan disiplin murid. Seramai
117 responden telah dipilih untuk mewakili populasi dengan menggunakan kaedah persampelan rawak.
Instrumen untuk kajian ini telah diadaptasi dan diubahsuai daripada Teacher Stress Inventory yang
dibina oleh Boyle, Borg, Falzon and Baglioni (1995). Kajian rintis telah dijalankan kepada 30 orang guru
Pendidikan Khas dan alpha cronbach untuk instrumen ialah 0.923. Data dianalisis menggunakan
deskriptif dan inferensi (ujian-t bebas, ANOVA Sehala dan korelasi Pearson menggunakan The
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 19. Analisis data menunjukkan tahap tekanan
keseluruhan responden adalah sederhana. Antara ketiga-tiga faktor tekanan, motivasi dan disiplin
murid merupakan punca utama tekanan guru dengan min ialah 3.03. Faktor lain seperti tekanan
berkaitan kerja (min = 2.55) dan pengurusan masa (2.82). Faktor-faktor lain juga menyebabkan tekanan
yang sederhana kepada responden. Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan
signifikan antara tahap tekanan kerja berdasarkan jantinan dan kelayakan akademik. Selain itu,
keputusan gagal menunjukkan korelasi yang signifikan antara tekanan berkaitan kerja dengan
pengurusan masa. Oleh itu, pihak pentadbir seharusnya prihatin tentang hakikat ini dan mengambil
tindakan untuk mengurangkan tekanan dalam kalangan guru Pendidikan Khas.

(Kata kunci: Pekerjaan, tekanan, guru Pendidikan Khas, motivasi dan disiplin murid, tekanan berkaitan
kerja, pengurusan masa)

ABSTRACT

This survey study was conducted to assess factors that contributed stress and the level of
occupational stress among the Special Education teachers in Kota Bharu, Kelantan. There were three
teacher stress sources that included in this study: work-related stressors, time management and pupil’s
motivation and dicipline. A total of 117 respondents were choosed to represent the population by using
the random sampling method. The instrument for this study was adapted and had been modified from
the Teacher Stress Inventory constructed by Boyle, Borg, Falzon and Baglioni (1995). A pilot survey
was done among 30 Special Education teachers and the alpha croncbach for the instrument was 0.923.
The data were analyzed using both despcriptive (mean, frequency, and percentage) and inferency
(Independent t-Test, One Way ANOVA and Pearson Correlation) methods by The Statistical Package
for the Social Sciences (SPSS) 19th version. Data analysis indicated that the overall stress level of
respondent was moderate. Among the three stressors, pupil’s motivation and dicipline was the strongest
determinant of teacher stress with a mean of 3.03. Other factors were work-related stressors (mean =
2.55) and time management (mean = 2.82) respectively. The other factors also had caused a moderate
stress on the respondents. The results indicated that there was no significant difference of work stress
level among the respondent based on gender and academic qualification. Furthermore, the results were
failed to indicate a significant correlation between work-related stressors and time management.
Therefore, school administrators should be aware of this fact and take action to reduce stress among
Special Education teachers.

(Keywords: Occupational, stress, Special Education teachers, pupil’s motivation and dicipline, work-
related stressors, time management)

194

PENGENALAN
Pada masa kini, Malaysia sedang berhadapan dengan perubahan dan cabaran baru seperti
kemajuan sains, teknologi dan komunikasi, dunia tanpa sempadan, globalisasi dan ekonomi
berasaskan pengetahuan. Golongan warga pendidik juga tidak terkecuali dari tuntutan-
tuntutan suasana dan persekitaran yang sentiasa berubah-ubah (Mardhiah, 2015).

Konsep tekanan adalah fitrah dalam kehidupan manusia. Tekanan ini mampu memberi
impak yang positif dan negatif bergantung bagaimana seseorang itu mengawal, mengurus
dan mengendalikan tekanan. Ini menunjukkan bahawa setiap pekerjaan terutamanya guru
pasti menghadapi tekanan di tempat kerja. Namun, bagaimana tekanan tersebut akan
berlarutan adalah bergantung kepada bagaimana seseorang guru itu menanganinya.
Hamdan (2009) juga menyokong dengan menyatakan bahawa lazimnya tekanan akan
menyebabkan gangguan emosi apabila seseorang itu tidak tahu cara untuk mengatasinya.

PERNYATAAN MASALAH
Dalam era globalisasi yang semakin mencabar, cabaran guru juga dilihat semakin meningkat.
Menurut Koech (2014), para guru dituntut untuk menguasai lebih banyak ilmu pengetahuan
dan menyediakan diri untuk berdepan cabaran yang lebih berat pada masa akan datang.
Justeru, guru terpaksa berhadapan dengan perubahan dan cabaran sehingga wujudnya
tekanan.

Dalam konteks guru Pendidikan Khas, cabaran utama ialah untuk membuat
perancangan dalam pembelajaran bagi memenuhi kurikulum yang sesuai dengan tahap dan
kebolehan kognitif setiap murid khas (Gee & Gonsier, 2018). Hal ini menyebabkan sebahagian
guru Pendidikan Khas mengalami tekanan emosi kerana dibebani dengan pelbagai masalah
tingkah laku murid berkeperluan khas dan dalam pada masa yang sama perlu memenuhi
keperluan dan kepelbagaian murid berkeperluan khas. Di samping itu, tekanan yang tinggi
dialami oleh guru Pendidikan Khas pada abad ke-21 adalah melaksanakan transformasi
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan relevan dengan perkembangan semasa
melalui pelbagai sumber sokongan dan teknologi maklumat (Mohd Zailani & Mohamad Khairi,
2017).

195

OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya, objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk:

i. Mengenalpasti tahap tekanan kerja dalam kalangan guru-guru Pendidikan Khas di
daerah Kota Bharu

ii. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan tahap tekanan kerja dalam kalangan guru-
guru Pendidikan Khas di Kota Bharu berdasarkan jantina

iii. Mengenalpasti perbezaan yang signifikan tahap tekanan kerja dalam kalangan guru-
guru Pendidikan Khas di Kota Bharu berdasarkan pencapaian akademik

iv. Menjelaskan hubungan antara tekanan berkaitan kerja dengan pengurusan masa
SOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif-objektif kajian yang telah disenaraikan, persoalan kajian
yang berkaitan dikemukakan seperti berikut:

i. Apakah tahap tekanan kerja dalam kalangan guru-guru Pendidikan Khas di daerah
Kota Bharu?

ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap tekanan kerja dalam kalangan guru-
guru Pendidikan Khas di Kota Bharu berdasarkan jantina?

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap tekanan kerja dalam kalangan guru-
guru Pendidikan Khas di Kota Bharu berdasarkan pencapaian akademik?

iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan berkaitan kerja dengan
pengurusan masa?

HIPOTESIS KAJIAN
H01 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap tekanan kerja berdasarkan jantina
H02 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap tekanan kerja berdasarkan

pencapaian akademik
H03 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tekanan kerja dan pengurusan masa

dalam kalangan guru-guru Pendidikan Khas

196

METODOLOGI KAJIAN

Penyelidikan ini menggunakan kaedah tinjauan yang dibuat ke atas 117 orang guru
Pendidikan Khas masalah pembelajaran yang mengajar di sekolah jenis kebangsaan yang
terletak di daerah Kota Bharu, Kelantan.

Kajian ini dijalankan menggunakan adaptasi instrumen soal selidik “Teacher Stress
Inventory” (TSI) (Fimian, 1988) bagi mendapatkan maklumat tentang latar belakang guru-guru
dan respon mereka terhadap faktor-faktor yang dikenalpasti sebagai tekanan kerja. Soal
selidik terdiri daripada dua bahagian. Pertama adalah merupakan maklumat tentang ciri
demografi: latar belakang responden. Bahagian Kedua, maklumat yang berkaitan dengan
faktor-faktor tekanan guru semasa menjalankan tugas di sekolah.

.Sebelum kajian sebenar dijalankan, kajian rintis telah dijalankan kepada 30 orang
guru Pendidikan Khas dan kajian mendapati bahawa nilai Cronbach Alpha adalah di antara
julat 0.815 hingga 0.879. Nilai Cronbach Alpha yang tertinggi ialah 0.879 bagi konstruk
motivasi dan disiplin murid. Manakala, nilai Cronbach Alpha yang paling rendah ialah 0.815
bagi konstruk pengurusan masa. Sementara itu, keputusan analisis menunjukkan bahawa
nilai Cronbach Alpha keseluruhan bagi instrumen penilaian ini ialah 0.923. Ini menunjukkan
bahawa keseluruhan item instrumen soal selidik ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang
amat tinggi.

Penyelidik menganalisis data menggunakan The Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS) versi 19. Data juga dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi.
Analisis Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan min skor antara dua kumpulan responden
iaitu guru lelaki dan perempuan bagi menjawab pengujian H01. Paras signifikan analisis Ujian-
t ditentukan pada paras 0.05 bagi tujuan menolak dan menerima hipotesis nol. Ujian ANOVA
(Analysis of Variance) sehala juga digunakan bagi menjawab persoalan H02. Seterusnya,
korelasi Pearson digunakan untuk menjawab pengujian H03.

DAPATAN

Demografi responden dalam kajian melibatkan jantina dan kelulusan akademik. Jadual 1
menunjukkan analisis dan huraian ringkasan demografi responden dalam kajian ini.

Bil. Maklumat demografi Jenis Kekerapan Peratus
(%)

1. Jantina Lelaki 28 23.9

197

Perempuan 89 76.1

Jumlah 117 100

2. Pencapaian Sijil / Diploma 2 1.7
akademik 110 94
Ijazah Sarjana Muda
(Degree)

Ijazah Sarjana 5 4.3
(Master)

Ijazah Doktor Falsafah 0 0
(PhD)

Jumlah 117 100

Jadual 1 Maklumat latar belakang demografi responden

Berdasarkan jadual menunjukkan bilangan responden mengikut jantina yang terlibat
dalam kajian ini seramai 117 orang, iaitu 28 (23.9%) orang guru lelaki dan 89 (76.1%) orang
guru perempuan, mereka merupakan guru Pendidikan Khas masalah pembelajaran sekolah
rendah di daerah Kota Bharu. Keadaan ini menunjukkan bahawa responden perempuan
melebihi responden lelaki.

Majoriti daripada sampel kajian iaitu 94 peratus, sebanyak 110 orang adalah
responden yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Degree). Ini disusuli dengan responden
berkelulusan Ijazah Sarjana (Master) 4.3 peratus, sebanyak 5 orang, responden yang
berkelulusan Sijil atau Diploma Perguruan iaitu 2 peratus, sebanyak 2 orang dan tiada
responden yang berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) bagi guru Pendidikan Khas
masalah pembelajaran di daerah Kota Bharu.

Tahap tekanan kerja dalam kalangan guru-guru Pendidikan Khas di daerah Kota Bharu

Jadual 2 menunjukkan analisis keseluruhan tahap tekanan kerja yang dialami oleh guru
Pendidikan Khas masalah pembelajaran di daerah Kota Bharu.

TAHAP TEKANAN N PERATUS (%)
RENDAH 30 25.6
73 62.4
SEDERHANA

198

TINGGI 14 12.0
JUMLAH 117 100
Jadual 2 Analisis tahap tekanan kerja

Analisis skor ini mendapati hanya 14 daripada 117 responden mencatat skor min di
antara 3.68 hingga 5.00 dan jumlah ini menunjukkan sebahagian kecil sahaja guru mengalami
tekanan kerja yang tinggi, manakala 73 responden iaitu majoriti mencatat skor min di antara
2.34 hingga 3.66 iaitu berada pada tahap tekanan kerja sederhana dan 30 responden
mencatat skor min di antara 1.00 hingga 2.33 iaitu berada pada tahap tekanan kerja rendah.

Faktor-faktor tekanan kerja yang dikaji oleh responden untuk menentukan tahap
tekanan kerja ialah faktor tekanan berkaitan kerja, pengurusan masa serta motivasi dan
disiplin murid.

FAKTOR N SKOR MIN SISIHAN PIAWAI

TEKANAN BERKAITAN 117 2.5481 .73966
KERJA

PENGURUSAN MASA 117 2.8216 .71719

MOTIVASI DAN DISIPLIN 117 3.0325 .88938
MURID

Jadual 3 Analisis skor min faktor-faktor yang menyebabkan tekanan kerja

Jadual 3 menunjukkan penilaian kendiri guru terhadap tiga daripada lima faktor utama
mempengaruhi tekanan kerja kerja guru. Analisis skor min mendapati faktor yang mempunyai
skor min tertinggi ialah penilaian guru terhadap motivasi dan disiplin murid iaitu 3.0325. Kedua
tertinggi ialah faktor pengurusan masa iaitu 2.8216 dan skor min yang terendah ialah faktor
tekanan berkaitan kerja ialah 2.5481.

199

Perbezaan antara tahap tekanan kerja guru berdasarkan jantina

Jadual 4 Analisis ujian Levene dan ujian-t terhadap perbezaan tahap tekanan kerja
dengan jantina

Nilai sig. bagi ujian Levene ialah 0.008. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kedua-dua
kumpulan jantina lelaki dan perempuan yang akan dibandingkan berada dalam populasi yang
sama. Oleh itu, ujian-t boleh dijalankan.

Jantina n Min SP Sisihan ralat min

Lelaki 28 2.9807 .85135 .16089

Perempuan 89 2.7441 .63852 .06768

Jadual 5 Analisis ujian-t terhadap perbezaan tahap tekanan kerja dengan jantina

Ujian-t yang dijalankan menunjukkan nilai sig. ialah 0.119. Nilai ini lebih besar
berbanding nilai 0.05. Ini bermaksud nilai min antara dua kumpulan yang diuji adalah sama.
Ini bererti jenis jantina sama ada lelaki atau perempuan tidak mempengaruhi tahap tekanan
kerja.

Hal ini dapat dijelaskan dengan skor min lelaki adalah 2.9807 (n = 28, SP = 0.16089)
dan skor min bagi perempuan adalah 2.7441 (n = 89, SP = 0.63852). Dapatan awal
menunjukkan min tahap tekanan kerja bagi guru-guru lelaki lebih tinggi berbanding guru-guru
perempuan. Perbezaan antara dua skor min adalah sangat kecil iaitu 0.23655. Dapatan kajian
mendapati nilai p = 0.008 > 0.05. Hipotesis nol tidak dapat ditolak dan boleh disimpulkan

200

bahawa tahap tekanan guru lelaki dengan guru perempuan tidak menunjukkan perbezaan
yang signifikan.

Perbezaan antara tahap tekanan kerja guru berdasarkan kelulusan akademik

N Df Mean square F Sig.

Antara .496 2 .248 .504 .606
kumpulan 56.143 114 .492
Dalam kumpulan

Jumlah 56.639 116

Jadual 6 Analisis ANOVA perbezaan tahap tekanan kerja dengan kelulusan
akademik

Analisis ANOVA pada pada Jadual 6 mendapati nilai F ialah 0.504 dan nilai sig. ialah
0.606. Nilai ini lebih besar berbanding nilai 0.05. Ini bererti guru yang berkelulusan akademik
yang berbeza tidak mempengaruhi tahap tekanan kerja.

Oleh kerana nilai F menunjukkan tiada perbezaan, maka penyelidik mengabaikan
jadual Post Hoc kerana jadual Post Hoc hanya diperhatikan apabila terdapat perbezaan
antara kumpulan min yang dibandingkan. Maka, hipotesis nol tidak dapat ditolak dan dapat
dirumuskan bahawa tahap tekanan kerja guru berdasarkan kelulusan akademik tidak
menunjukkan perbezaan yang signifikan.

Hubungan antara faktor tekanan berkaitan kerja dengan pengurusan masa)

Tekanan berkaitan Pearson Correlation Tekanan berkaitan Pengurusan masa
kerja
kerja Sig. (2-tailed) 1 .784
.000
N 117 117
.784
Pengurusan masa Pearson Correlation .000 1
117
Sig. (2-tailed) 117

N

201

Jadual 7 Analisis hubungan korelasi skor antara faktor tekanan berkaitan kerja
dengan pengurusan masa

Berdasarkan jadual 7, data menunjukkan nilai pekali Pearson, r = 0.784 dan nilai sig =
0.00. Oleh kerana nilai sig. lebih kecil daripada 0.05, maka ini menjelaskan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara faktor tekanan berkaitan kerja dengan pengurusan masa.
Jadual ini didapati tekanan berkaitan kerja mempunyai hubungan positif yang signifikan (r =
0.784, p < 0.05) secara statistik dengan pengurusan masa guru Pendidikan Khas masalah
pembelajaran di daerah Kota baharu. Nilai pekali korelasi, r bagi faktor tekanan berkaitan kerja
dengan pengurusan masa adalah bersamaan dengan 0.784 menunjukkan korelasi yang
tinggi. Memandangkan nilai sig. adalah kurang daripada 0.05, maka hipotesis ini gagal
untuk diterima.
PERBINCANGAN
Tahap tekanan kerja dalam kalangan guru-guru Pendidikan Khas di daerah Kota Bharu
Dapatan kajian menunjukkan tahap tekanan kerja berada pada tahap sederhana iaitu majoriti
responden mencatat skor min dalam lingkungan 2.5481 hingga 3.0325 iaitu para guru
mengalami tekanan namun masih boleh dikawal. Ini bermaksud kesemua adalah sama-sama
dominan dalam menyumbang tekanan kerja kepada semua responden. Jika tekanan kerja
tidak diatasi dengan baik, maka akan memberi kesan negatif kepada organisasi sekolah.
Setiap pekerjaan yang dilakukan sentiasa akan memberi tekanan. Walau bagaimanapun, jika
individu berkenaan dapat mengawal tekanan emosi, maka tekanan berjaya dikurangkan
(Rohany & Fatimah, 2006).

Perbezaan tahap tekanan kerja guru berdasarkan jantina
Dapatan kajian yang telah dijalankan jelas menunjukkan bahawa tiada hubungan yang
signifikan di antara tahap tekanan kerja dalam kalangan guru mengikut jantina. Ini bermaksud,
tahap tekanan pekerjaan dalam kalangan guru lelaki dan perempuan Pendidikan Khas
masalah pembelajaran di daerah Kota Bharu tiada perbezaan yang signifikan.

Terdapat pelbagai kajian tentang perbezaan tekanan yang dialami oleh guru lelaki dan
perempuan yang telah dijalankan. Hasil kajian yang dijalankan oleh Tee & Azizi (2006) juga
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan tekanan kerja yang signifikan dalam kalangan

202

responden mengikut jantina di mana beliau mendapati dalam kajiannya bahawa guru-guru
lelaki lebih tertekan berbanding dengan guru-guru wanita. Namun, ini disangkal oleh kajian
Wan Mohamad Nasir (2002) yang mengkaji tahap tekanan pensyarah politektnik yang (juga
dikategorikan sebagai guru), melaporkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
faktor demografi dengan tahap tekanan.

Perbezaan antara tahap tekanan kerja guru berdasarkan kelulusan akademik

Hasil dapatan kajian menunjukkan para guru Pendidikan Khas masalah pembelajaran yang
mempunyai kelulusan akademik Sijil/Diploma, Ijazah Sarjana Muda (Degree), Ijazah Sarjana
(Master) dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) tidak mempunyai perbezaan dalam tahap tekanan
kerja. Ini bererti kelulusan akademik guru Pendidikan Khas tidak mempengaruhi tahap
tekanan kerja.

Dapatan ini juga disokong oleh kajian terdahulu oleh Noraini (2015) yang mendapati
tiada perbezaan aras tahap tekanan kerja yang dihadapi oleh guru mengikut kelulusan
akademik tertinggi. Sebaliknya, kajian daripada Wright et. al (2010) pula mendapati guru-guru
yang memiliki Ijazah atau melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi menunjukkan tahap
tekanan yang turut meningkat.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, tahap tekanan kerja yang dialami oleh guru-guru Pendidikan Khas
masalah pembelajaran di daerah Kota Bharu berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian
juga mendapati bahawa faktor motivasi dan disiplin murid merupakan faktor dominan
berbanding faktor-faktor lain seperti tekanan berkaitan kerja dan pengurusan masa yang
menyebabkan tekanan kerja di kalangan guru-guru. Hasil kajian juga mendapati bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap tekanan kerja guru berdasarkan ciri
demografi iaitu dari aspek jantina dan kelulusan akademik.

Pelbagai arus perubahan moden yang ada pada masa kini menjadikan profesion guru
semakin mencabar dengan pelbagai cabaran dan masalah yang perlu dihadapi oleh seorang
guru. Oleh yang demikian, setiap individu yang bergelar guru hendaklah sentiasa
mempersiapkan diri dengan meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada mengikut perubahan
semasa. Dunia pekerjaan guru perlu diuruskan dengan bijaksana agar setiap permasalahan
dan bebanan tersebut tidak mengundang kepada masalah tekanan.

CADANGAN

203

Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, penyelidik ini ingin mengemukakan beberapa
cadangan dan saranan yang dapat membantu pihak tertentu dalam usaha mengurangkan
kemelut tekanan kerja dalam kalangan guru-guru. Kajian mendapati bahawa ketiga-tiga faktor
itu berperanan menyumbang kepada tekanan kerja dalam kalangan responden.

a) Mengurangkan tugas perkeranian dan pentadbiran. Pertambahan kakitangan sokongan boleh
mengurangkan bebanan tugas guru dan seterusnya mengurangkan tahap tekanan kerja dalam
kalangan guru.

b) Penyelidikan berterusan tehadap masalah yang dihadapi oleh guru. Prosedur menjalankan
kajian dalam kalangan guru yang memerlukan kebenaran di peringkat Kementerian adalah
wajar agar pihak berwajib menyedari akan sesuatu masalah yang berlaku.

c) Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh para guru dalam
memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik.

Cadangan lanjutan

Setelah selesai menjalankan kajian ini, pengkaji ingin mengemukakan beberapa saranan
yang bersesuaian untuk pengkaji-pengkaji pada masa akan datang. Melalui hasil dan
penemuan kajian, penyelidik merasakan perlu adanya kajian lanjutan bagi
memperkembangkan lagi skop kajian ini. Antara cadangan kajian lanjutan adalah:

a) Kajian melibatkan lebih banyak daerah dan sampel yang lebih ramai. Pengambilan sampel
boleh melibatkan beberapa daerah dalam negeri-negeri di Malaysia.

b) Selain itu, menambah bilangan responden dan memilih tempat kajian yang lebih luas supaya
dapat mewakili populasi dalam menjalankan kajian. Dengan ini, hasil kajian boleh
digeneralisasikan kepada semua populasi guru yang menjadi responden kajian.

c) Kajian dijalankan pada kumpulan sampel yang sama dalam masa yang panjang untuk melihat
sama ada tekanan kerja seseorang guru Pendidikan Khas tersebut akan berubah mengikut
dari masa ke masa atau tidak.

d) Kajian akan datang untuk meneroka dan mengambil kira pemboleh ubah-pemboleh ubah tidak
bersandar yang lain seperti jenis tekanan, bentuk tekanan dan lain-lain kerana ia dilihat sebagai
pemboleh ubah peramal yang penting. Bagi pemboleh ubah bersandar berpotensi lain juga
dicadangkan seperti faktor berhenti kerja, burnout, tahap kepuasan, tahap prestasi kerja dan
sebagainya.

IMPLIKASI

Melalui dapatan kajian ini juga telah memberikan implikasi kepada pihak pentadbir. Pihak
pentadbir perlu bijak merangka dan merancang program-program serta pembahagian tugas
yang lebih adil untuk mengurangkan tekanan dalam kalangan guru. Guru Besar seharusnya
dapat memikirkan pelbagai bentuk sokongan yang perlu diberikan kepada guru-guru yang
mengalami tekanan.

204

Diharapkan maklumat dalam kajian ini membuka ruang kepada pihak berkepentingan
supaya sentiasa mendekati dan mendampingi para guru Pendidikan Khas masalah
pembelajaran. Ini sangat diperlukan agar mereka lebih memahami dan prihatin kepada
keperluan para guru di bawah jagaan mereka.

RUJUKAN
Ages, V. D. (2011). Teacher perceptions on stress and retention. ProQuest Dissertations and

Theses.
Boyle G. J., Borg M. G., Falzon, J. M. & Baglioni, A. J. (1995). A structural model of the

dimensions of teacher stress. British Journal of Educational Psychology. 65: 49 - 67.
Fimian, M.J. (1988). Teacher Stress Inventory. Brandon, VT, Clinical Psychology Publishing

Company.
Gee, K., & Gonsier-Gerdin, J. (2018). The First Year as Teachers Assigned to Elementary and

Middle-School Special Education Classrooms. Research and Practice for Persons with
Severe Disabilities, 43(2), 94–110. https://doi.org/10.1177/1540796918771708
Hamdan A. K. (2009). Kaunseling Di Tempat Kerja. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Koech, J. D. (2014). Effects Of Occupational Stress On Job Performance Among
Public Primary School Teachers In Kuresoi Sub-County, Nakuru County. (Master of
Business Administration (Human Resource Option)), University of Kabarak
Mardhiah, Y. (2015). Role of Occupational Stress on Job Satisfaction.
Mediterranean Journal of Social Sciences. Vol. 6. (No. 2 S1).
Mohd Zailani, I., & Mohamad Khairi, O. (2017). Amalan Pedagogi Abad Ke-21 dalam Kalangan
Guru Pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam di
Institut Pendidikan Guru Malaysia. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 13, 54–71.
Noraini M. (2015). Tekanan Kerja Dalam Kalangan Guru: Kajian Di Sebuah
Sekolah Menengah Daerah Kluang Johor Darul Takzim: Tesis Sarjana Pengurusan
Pendidikan yang tidak diterbitkan: Universiti Utara Malaysia.
Rohany N. & Fatimah O. (2006). Kesejahteraan Manusia: Perspektif Psikologi.
Kajian tekanan kerja dan kesihatan pekerja. Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor.

205

Tee. S. K & Azizi Y. (2006). Stres Kerja di Kalangan Guru Aliran Teknik di
Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Universiti
Teknologi Malaysia.

Wan Mohamad Nasir W. M. (2002). Faktor-faktor Stres Pekerjaan Pensyarah Politeknik. Tesis
Sarjana. Universiti Utara Malaysia.

Wright S. L., Jenkins-Guarnieri, M.A. & L. Murdock, J.L. (2012). Career development
among first-year college students: College self-efficacy, student persistence, and
academic success. Journal of Career Development, 40(4), 292-310.

206

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBATANG PERKATAAN KVKV DALAM KALANGAN
MURID DISLEKSIA DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI DISLEKSKITSIA

Amir Ashraf Bin Abu Bakar
Puan Farah Dilla binti Ramli
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membatang perkataan KVKV dalam kalangan
murid Disleksia dengan menggunakan aplikasi DISLEKSKITSIA. Tinjauan awal mendapati peserta
kajian lemah dalam aspek membatang pengakhiran KV dalam perkataan KVKV. Peserta kajian boleh
membatang suku kata KV pertama namun menghadapi masalah apabila membatang suku kata KV
kedua dalam perkataan KVKV. Kajian ini melibatkan dua orang murid dari kelas tahun 4 di sebuah
sekolah rendah dari Program Integrasi Pendidikan Khas di Kota Bharu. Kajian ini menggunakan
pendekatan belajar sambil bermain yang menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner. Berasakan
Model Kajian Tindakan Kurt Lewin (1946), kajian ini mengunakan kaedah pengumpulan data seperti
pengujian, pemerhatian dan temu bual berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan intervensi melalui
aplikasi DISLEKSKITSIA ini yang menggabungkan pelbagai elemen multimedia seperti elemen grafik,
audio, animasi, teks dan video berupaya untuk menarik minat peserta kajian untuk menguasai
kemahiran membatang perkataan KVKV dengan betul. Cadangan kajian lanjutan adalah untuk
meningkatkan kemahiran berbahasa yang lain seperti membatang perkataan KVKVK dan ayat ringkas
dalam kalangan murid Disleksia.
Kata Kunci: Murid Disleksia, Perkataan KVKV, DISLEKSKITSIA.

ABSTRACT

This research aims to increase the ability to form a word which consists of consonant vowel consonant
vowel (CVCV) among students with Dyslexia by using an application named DISLEKSKITSIA. Through
an early observation, the researcher indentified that the participant is weak in forming CVCV words
particularly in the second part of the word. Participant shows no problem in forming the first CV but had
problems when it come to second CV. This research involves two standard four students from Special
Education Integrated Program in one of the school in Kota Bharu. This research implemented ‘learning
through play’ approach which is emphasize in the Theory of Multiple Intelligence by Gardner. Based on
Kurt Lewin Action Research Model (1946), this research use these particular data collection method
such as tests, observation and structured interview. The research findings shows intervention with the
application of DISLEKSKITSIA which consists of implementation of multiple multimedia elements such
as graphic, audio, animation, texts and video has the ability to gain participant’s attention to be able to
form CVCV words correctly. The advance research proposal is to increase language skills such as
forming the word CVCVC and short sentences among students with Dyslexia.
Key words: student with Dyslexia, CVCV Words, DISLEKSKITSIA.

207

PENGENALAN

Pengajaran Bahasa Malaysia bukan perkara yang mudah bagi murid-murid Pendidikan Khas
yang menghadapi masalah pembelajaran kerana murid ini mempunyai tahap intelektual yang
lebih rendah berbanding usianya. Kekurangan yang ada pada murid akan membataskan
murid untuk menguasai kemahiran berbahasa sama ada secara lisan ataupun bertulis.
Berdasarkan kekurangan ini, penggunaan teknologi maklumat merupakan medium yang
sangat berkesan dalam menyampaikan ilmu berbahasa kepada murid berkeperluan khas
khususnya murid Disleksia.

Membatang boleh ditakrifkan sebagai perlakuan mendapatkan maklumat melalui
lambang-lambang bertulis atau bercetak. Membatang boleh juga dimaksudkan sebagai
menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang bertulis dan memahami kandungannya.
Mengajar membatang bermakna mengajar murid memindahkan tulisan kepada suara serta
melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu. Namun begitu, murid
Pendidikan Khas umumnya murid disleksia menghadapi kesukaran dalam membatang
perkataan KVKV. Kelemahan murid dalam kemahiran ini akan menyebabkan murid sukar
untuk menyebut perkataan KVKV. Menurut Howard P.Paratte (2010), kemahiran membatang
sangat penting yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak supaya setiap pembacaan mereka
dapat meningkatkan pencapaian dalam meluaskan pengetahuan mereka. Oleh sebab yang
demikian, satu perancangan kajian tindakan telah dirancang supaya masalah murid dalam
aspek kemahiran membatang dapat diminimumkan semaksima mungkin.

Kajian tindakan yang telah dilaksanakan menerapkan pengajaran iaitu belajar sambil
bermain. Wardle (2008) menyatakan bermain dapat merangsang fungsi-fungsi otak dan
domain pembelajaran supaya berintegrasi antara satu sama lain secara semula jadi. Hal ini
tidak berlaku semasa pengajaran secara langsung yang dilakukan guru. Kajian Sharifah Nor
(2009) yang melihat pendekatan aktiviti permainan dari segi perkembangan kognitif
mendapati kanak-kanak teruja dengan aktiviti permainan, terlibat secara aktif, berasa seronok
dan kreatif. Aktiviti bermain adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya
bahasa.

Menurut Saayah Abu (2007), bermain sudah menjadi fitrah kanak-kanak. Melalui
bermain juga perkembangan emosi, jasmani dan mental kanak-kanak dapat dirangsang.
Berdasarkan pendapat pengkaji-pengkaji terdahulu yang telah mengkaji keberkesanan terapi
bermain semasa melaksanakan aktiviti pengajaran, pengkaji telah melaksanakan satu
intervensi untuk diterapkan kepada murid disleksia dalam meningkatkan kemahiran
membatang perkataan KVKV.

FOKUS KAJIAN

Pada tajuk ini, pengkaji memfokuskan kajian kepada isu-isu yang berkaitan kajian dengan
membuat tinjauan awal menggunakan beberapa instrumen. Instrumen yang dipilih ini dapat
membantu penyelidik untuk mendapatkan maklumat yang terperinci dan sahih berkaitan
masalah membatang perkataan KVKV dalam kalangan murid Disleksia khususnya tahun 4.
Antara instumen yang diguna pakai adalah ujian diagnostik, pemerhatian dan temu bual.
Bahagian ini akan menerangkan berkaitan dengan model kajian yang digunakan dan tinjauan
literatur yang berkaitan dengan kajian ini.

208

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Umum

Objektif umum adalah untuk meningkatkan kemahiran membatang perkataan KVKV dalam
kalangan murid Disleksia dengan menggunakan aplikasi DISLEKSKITSIA.

Objektif Khusus

1. Meningkatkan kemahiran membatang perkataan KVKV murid Disleksia dalam pengajaran
subjek Bahasa Malaysia dengan menggunakan aplikasi DISLEKSKITSIA.

2. Meningkatkan kemahiran mengeja perkataan KVKV dalam Bahasa Malaysia dengan
menggunakan aplikasi DISLEKSKITSIA.

Persoalan Kajian

1. Adakah murid masalah pembelajaran Disleksia dapat membatang perkataan KVKV dengan
menggunakan aplikasi DISLEKSKITSIA?

2. Adakah murid masalah pembelajaran Disleksia dapat mengeja perkataan KVKV melalui
penggunaan aplikasi DISLEKSKITSIA?

PESERTA KAJIAN

Kumpulan sasaran peserta kajian melibatkan dua orang murid lelaki berusia 10 tahun di
sebuah sekolah di sekitar daerah Kota Bharu. Peserta kajian berada di tahap 2 untuk
bahagian Pendidikan Khas dan mempunyai masalah pembelajaran Disleksia. Hasil dapatan
temu bual bersama guru peserta kajian, peserta kajian mempunyai masalah dalam subjek
Bahasa Malaysia iaitu masalah membatang perkataan KVKV dan pencapaian akademik
keseluruhan yang tidak memberangsangkan. Masalah yang dimaksudkan adalah peserta
kajian dapat mengeja dua huruf pertama sahaja iaitu KV dan gagal untuk mengeja dua huruf
KV terakhir. Peserta kajian juga sering membatang dan membaca secara terbalik. Selain itu,
peserta kajian merupakan seorang murid berbangsa melayu dan salah seorang daripada
peserta kajian merupakan ketua kelas di sekolah tersebut. Masalah yang dihadapi peserta
kajian dapat dikategorikan sebagai sederhana teruk bagi murid seusia denganya.

Kedua-dua peserta kajian dipilih melalui tinjauan awal yang dijalankan iaitu
pemerhatian, temu bual, analisis dokumen dan analisis ujian diagnostik. Oleh itu, kajian yang
dilakukan memfokuskan kepada masalah membatang perkataan KVKV. Kajian ini dilakukan
sebagai satu kajian untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membatang perkataan
KVKV bagi murid-murid Pendidikan khas. Kajian ini turut mengambil kira faktor masalah
pembelajaran murid dan sekolah.

MODEL KAJIAN

Penyelidik telah memilih model Kurt Lewin yang terdiri daripada empat fasa iaitu fasa
merancang, bertindak, memerhati dan refleksi (Choong Lean Keow, 2011). Model ini dipilih
kerana ianya sangat sesuai untuk kajian tindakan. Penyelidikan tindakan telah diperkenalkan
Kurt Lewin kerana beliau mendapati kajian tindakan sesuai dengan perkembangan potensi
diri. Potensi diri dapat dikembangkan melalui inkuari diri sendiri dan hubungan dengan orang
lain (Kartini Abdul Mutalib, Ahmad Shabudin Yahaya, Rosli Sahat dan Badrul Hisyam Alang
Osman, 2012).

209

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pengkaji telah menjalankan kajian ini dengan membina satu intervensi yang mengandungi
lima peringkat yang telah disusun secara sistematik bagi membantu peserta kajian untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran menulis perkataan KVKV menggunakan aplikasi
DISLEKSKITSIA.

AKTIVITI 1 :
JOM MENYANYI

AKTIVITI 5 : AKTIVITI 2 :
PINTAR CERDAS MENGENAL HURUF

KONSONAN

AKTIVITI 4 : MARI AKTIVITI 3 :
MEMBACA KVKV MENGENAL
BERSAMA CIKGU HURUF VOKAL

AMIR

Rajah 1 : Aktiviti-aktiviti pelaksanaan intervensi

Jadual 1
Aktiviti-aktiviti dalam Tindakan intervensi

Aktiviti Penerangan

Aktiviti 1 : 4. Peserta kajian akan didedahkan terlebih dahulu dengan set induksi
melalui aktiviti nyanyian lagu “ABC”.
Jom
Menyanyi 5. Peserta kajian diminta menyanyikan mengikut video lagu tersebut.

Aktviti 2: 5. Peserta kajian dikehendaki untuk mengenal dan menyebut huruf
konsonan.
Mengenal
Huruf 6. Peserta kajian menyebut huruf yang disentuh pada skrin telefon
Konsonan bimbit.

Aktiviti 3 : 4. Peserta kajian dikehendaki untuk mengenal dan menyebut huruf
vokal.
Mengenal
Huruf Vokal 5. Peserta kajian menyebut huruf yang disentuh pada skrin telefon
bimbit.
Aktiviti 4 :
1. Peserta kajian didedahkan dengan perkataan KVKV.
2. Peserta kajian dikehendaki menyentuh ikon audio untuk mendengar

cara membatang dan membaca perkataan tersebut.

210

Mari 3. Peserta kajian diminta untuk membatang perkataan KVKV dengan
Membaca mengikut audio suara yang didengar.
KVKV
Bersama 1. Peserta kajian diuji dengan aktiviti-aktiviti menarik yang berkaitan
Cikgu Amir perkataan KVKV.

Aktiviti 5 :

Pintar
Cerdas

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Setelah meneliti dan memerhati situasi kajian, pengkaji telah menggunakan tiga kaedah
pengumpulan data untuk mencapai objektif dan menjawab soalan kajian iaitu ujian,
pemerhatian berstruktur dan temu bual.

KAEDAH
PENGUMPULAN

DATA

UJIAN PEMERHATIAN TEMU BUAL
BERSTRUKTUR

Rajah 2: Kaedah Pengumpulan Data

CARA MENGANALISIS DATA
Setelah memperoleh data, pengkaji akan menganalisis data kualitatif tersebut bagi melihat
sebarang keberhasilan dapatan kajian untuk direkodkan bagi melihat sejauh mana
keberkesanan aplikasi DISLEKSKITSIA dalam mencapai objektif kajian.

CARA MENYEMAK DATA
Data-data yang dikumpul telah disemak dan dianalisis menggunakan triangulasi sumber data.
Tiga instrumen iaitu ujian, pemerhatian berstruktur dan temu bual.

DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini menjelaskan dapatan kajian yang dijalankan untuk menjawab persoalan kajian
berdasarkan data yang diperolehi.

211

i. Adakah murid masalah pembelajaran Disleksia dapat membatang perkataan KVKV
dengan betul melalui penggunaan aplikasi DISLEKSKITSIA?

ii. Adakah murid masalah pembelajaran Disleksia dapat mengeja perkataan KVKV
dengan betul melalui penggunaan aplikasi DISLEKSKITSIA?

Dalam menjawab persoalan-persoalan kajian ini, satu garis panduan telah dibentuk
berdasarkan persoalan-persoalan yang wujud. Instrumen pengumpulan data seperti ujian,
pemerhatian berstruktur dan temu bual membantu menjawab persoalan-persoalan ini.

Jadual 2

Perbandingan Keputusan Ujian Bukan Lisan Sebelum Dan Selepas Peserta Kajian A

Bahagian Ujian sebelum Ujian selepas

Markah Peratus (%) Markah Peratus (%)

A 5/12 42 8/12 67

B 4/12 33 9/12 75

c 6/12 50 9/12 75

Jumlah 15/36 42 26/36 72

80% bahagian b ujian sebelum
70% ujian selepas
60%
50% bahagian c
40%
30%
20%
10%

0%
bahagian a

Rajah 3 Perbandingan Keputusan Ujian Sebelum Dan Ujian Selepas Peserta Kajian A

212

Jadual 3

Perbandingan Keputusan Ujian Bukan Lisan Sebelum Dan Selepas Intervensi Peserta Kajian
B

Bahagian Ujian sebelum Ujian selepas

Markah Peratus (%) Markah Peratus (%)

A 7/12 58 8/12 67

B 8/12 67 9/12 75

c 9/12 75 9/12 75

Jumlah 24/36 67 26/36 72

80% bahagian b ujian sebelum
70% ujian selepas
60%
50% bahagian c
40%
30%
20%
10%

0%
bahagian a

Rajah 4 Perbandingan Keputusan Ujian Sebelum Dan Ujian Selepas Peserta Kajian B

Berdasarkan keputusan perbandingan data dalam ujian sebelum dan selepas, kemahiran
membatang perkataan KVKV bagi kedua-dua peserta kajian B didapati meningkat.
Seterusnya, peserta kajian juga dapat membatang perkataan KVKV dengan betul melalui
penggunaan DISLEKSKITSIA dan dapat dibuktikan melalui peningkatan markah yang ketara
antara ujian sebelum dengan ujian selepas yang telah dilaksanakan terhadap peserta kajian.

213

Manakala bagi ujian lisan, pengkaji menggunakan instrumen ini untuk mengenalpasti
masalah bagi setiap peserta kajian yang terdiri daripada aspek gagap, ulangan, sebutan dan
sebagainya. Namun demikian, penilaian diambil berdasarkan jumlah betul yang disebut dan
diberikan pemarkahan. Ujian ini juga terbahagi kepada empat bahagian. Terdiri daripada
bahagian A mengenal huruf konsonan, bahagian B mengenal huruf vokal, bahagian C
membatang suku kata KV dan bahagian D membatang suku kata KVKV.

Jadual 4

Perbandingan Keputusan Ujian Lisan Sebelum Dan Selepas Intervensi Peserta Kajian A

Bahagian Ujian sebelum Ujian selepas

Markah Peratus (%) Markah Peratus (%)

A 8/10 80 9/10 90

B 19/21 90 20/21 95

C 1/5 20 3/5 60

D 1/5 20 2/5 40

Jumlah 31/41 76 34/41 83

100%

90%

80%

70%

60%
50% ujian

sebelum
40%

30%

20%

10%

0% bahagian b bahagian c bahagian d
bahagian a

Rajah 5 Perbandingan Keputusan Ujian Sebelum Dan Ujian Selepas Peserta Kajian A

Jadual 5

214

Perbandingan Keputusan Ujian Lisan Sebelum Dan Selepas Intervensi Peserta Kajian B

Bahagian Ujian sebelum Ujian selepas

Markah Peratus (%) Markah Peratus (%)

A 6/10 60 8/10 80

B 8/21 38 18/21 86

C 1/5 20 3/5 60

D 0/5 0 2/5 40

Jumlah 15/41 37 31/41 76

100%

90%

80%

70%

60%

50% ujian
sebelum

40%

30%

20%

10%

0% bahagian b bahagian c bahagian d
bahagian a

Rajah 6 Perbandingan Keputusan Ujian Sebelum Dan Ujian Selepas Peserta Kajian B

Berdasarkan keputusan perbandingan data dalam ujian sebelum dan selepas, kemahiran
membatang perkataan KVKV bagi kedua-dua peserta kajian didapati meningkat. Seterusnya,
peserta kajian juga dapat membatang perkataan KVKV dengan betul melalui penggunaan
DISLEKSKITSIA dan dapat dibuktikan melalui peningkatan markah yang ketara antara ujian
sebelum dengan ujian selepas yang telah dilaksanakan terhadap peserta kajian.

Selain itu, pengkaji telah menganalisa data dengan menggunakan instrumen senarai
semak semasa menjalankan intervensi kepada peserta kajian. Dengan menggunakan senarai
semak, segala data diperoleh dan dianalisis perkembangan pencapaian peserta kajian dalam

215

sepanjang aktiviti intervensi ini berlangsung. Oleh itu, pengkaji telah melakukan pemerhatian
yang berfokus sepanjang sesi intervensi ini berlangsung.

Peserta kajian A
Jadual 6
Senarai Semak Peserta Kajian A Dalam Pelaksanaan Intervensi

BIL ASPEK YA TIDAK

1. Peserta kajian menunjukkan minat terhadap /
penggunaan aplikasi.

2. Peserta kajian mampu menggunakan aplikasi dengan /
sendiri.

3. Peserta kajian mengikut arahan di dalam aplikasi /
tersebut.

4. Peserta kajian menunjukkan kemampuan membunyikan /
huruf.

5. Peserta kajian boleh membatangkan perkataan KVKV /
dengan betul.

6. Peserta kajian boleh membaca perkataan KVKV dengan /
betul sepenuhnya.

7. Peserta kajian berjaya menumpukan perhatian. /

8. Peserta kajian tidak mudah berputus asa. /

9. Peserta kajian yakin dengan jawapan yang dibuat. /
/
10. Peserta kajian menunjukkan sikap positif terhadap
penggunaan aplikasi.

216

Jadual 6 menunjukkan analisa hasil keputusan pemerhatian penggunaan aplikasi
DISLEKSKITSIA sepanjang aktiviti intervensi dijalankan bagi peserta kajian A.

Peserta kajian B

Jadual 7 YA TIDAK
Senarai Semak Peserta Kajian B Dalam Pelaksanaan Intervensi

BIL ASPEK

1. Peserta kajian menunjukkan minat terhadap /
penggunaan aplikasi.

2. Peserta kajian mampu menggunakan aplikasi dengan /
sendiri.

3. Peserta kajian mengikut arahan di dalam aplikasi /
tersebut.

4. Peserta kajian menunjukkan kemampuan membunyikan /
huruf.

5. Peserta kajian boleh membatangkan perkataan KVKV /
dengan betul.

6. Peserta kajian boleh membaca perkataan KVKV dengan /
betul sepenuhnya.

7. Peserta kajian berjaya menumpukan perhatian. /

8. Peserta kajian tidak mudah berputus asa. /

9. Peserta kajian yakin dengan jawapan yang dibuat. /
/
10. Peserta kajian menunjukkan sikap positif terhadap
penggunaan aplikasi.

217

Berdasarkan jadual 6 dan 7, peserta kajian menunjukkan reaksi dan perkembangan positif
yang amat ketara dalam penggunaan alat intervensi tersebut. Jelaslah di sini bahawa peserta
kajian perlu adanya bantuan alat intervensi dalam membantu kemahiran membatang
perkataan KVKV.

Di samping itu, temu bual berstruktur juga telah dilaksanakan bersama guru mata
pelajaran Bahasa Malaysia mendapati bahawa aplikasi DISLEKSKITSIA dapat meningkatkan
pencapaian peserta kajian dalam aspek membatang perkataan KVKV. Dapatan ini dapat
dilihat melalui transkrip temu bual yang telah direkodkan dengan tema dan kod seperti soalan
pertama temu bual berkisarkan mengenai pencapaian peserta kajian.

Bil Soalan Jawapan Tema Kod

1 Bagaimanakah pencapaian Murid yang dipilih kamu Punca PH

murid dalam ujian Bahasa adalah antara murid yang penghalang

Malaysia yang lepas? paling lemah di dalam

kelasnya.

2 Adakah murid menguasai Kebanyakan mereka tidak Punca PH

kemahiran membatang mahir dalam berbahasa. penghalang

perkataan KV KV? Komunikasi lisan sangat

terhad.

3 Mengapakah murid lemah Murid Disleksia memang Punca PH

dalam menguasai sukar untuk mengikuti PdP penghalang

kemahiran membatang kerana kekurangan mereka

perkataan KV KV? itu.

4 Adakah cikgu BBM sudah semestinya Punca PB
menggunakan bahan digunakan kerana membantu
bantu mengajar dalam Pendidikan Khas dilengkapi
PdP Bahasa Malaysia? dengan pelbagai BBM.

5 Pada pendapat cikgu, Pada pendapat saya, kit ini Punca PB

adakah aplikasi sangat berkesan digunakan membantu

DISLEKSKITSIA dapat terutamanya terhadap murid

meningkatkan kemahiran Disleksia.

membatang perkataan KV

KV murid?

Rajah 7 Temu Bual Dengan Guru Bahasa Malaysia Tahun 4

218

REFLEKSI

Berdasarkan analisis dan interpretasi data di dalam ujian sebelum, ujian selepas, pemerhatian
dan temu bual adalah dapat dibuktikan bahawa tindakan yang telah dilaksanakan terhadap
peserta kajian dengan menggunakan aplikasi DISLEKSKITSIA dapat meningkatkan
kemahiran mengeja dan membatang perkataan KVKV dengan baik. Perkara ini dapat dilihat
melalui peningkatan peratusan markah atau skor yang ketara di antara ujian sebelum dengan
ujian selepas peserta kajian. Berdasarkan hujah ini, pengkaji yakin penggunaan aplikasi
DISLEKSKITSIA sebagai BBM dapat membantu meningkatkan kemahiran mengeja dan
membatang perkataan KVKV peserta kajian.

Dapatan ini selaras dengan kajian pengkaji lepas iaitu Cathy John (2009), Siti Nor
Farizah Yaakob (2011), Mat Zaidi Dahlan (2010), Syarifah Nursollehah (2014) dan Mastura
Ayu Mohamad (2010) yang telah melaksanakan kajian berkenaan dengan peningkatan
kemahiran dalam subjek bahasa dengan menggunakan BBM seperti kad perkataan, kad
bergambar dan BBM lain. Berdasarkan kajian mereka, penggunaan BBM dapat meningkatkan
kemahiran berbahasa dalam kalangan murid masalah pembelajaran. Secara
keseuluruhannya, pelaksanaan kajian intervensi ini banyak memberi ilmu baharu kepada diri
pengkaji bukan sahaja dapat mengenali masalah murid Pendidikan khas malah turut
membantu meningkatkan ilmu dan kemahiran diri dalam bidang pendidikan. Melalui
pengalaman ini, pengkaji yakin bahawa pelaksanaan kajian ini dapat melahirkan insan guru
yang berkualiti serta prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh murid Pendidikan khas.

TINDAKAN SUSULAN

Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru dalam menyampaikan
isi kandungan pengajaran (Noriati A. Rashid, Boon Poon Ying & Sharifah Fakhriah Syed
Ahmad, 2009). Oleh sebab yang demikian, pengintegrasian TMK adalah sangat penting
supaya peserta kajian dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan baik.

Aplikasi DISLEKSKITSIA diperhatikan mampu digunakan untuk meningkatkan
penguasaan golongan kata Bahasa Malaysia yang lain. Oleh sebab itu, jika diberi peluang
untuk melaksanakan kajian susulan, pengkaji bercadang untuk menggunakan aplikasi
tersebut dalam meningkatkan kemahiran membatang perkataan KVKVK. Perkara ini
berikutan penggunaan aplikasi DISLEKSKITSIA sangat sesuai digunakan dalam PdP
berkisarkan membatang perkataan kerana sifat aplikasi tersebut yang boleh diubah suai.
Selain PdP yang berkisarkan bahasa, ia juga sesuai digunakan di dalam pdp seperti
Matematik dan Sains.

219

Anjakan transformasi pendidikan yang ketujuh di dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) berpendapat
bahawa setiap guru perlu memanfaatkan TMK dalam meningkatkan kualiti pembelajaran
dengan meningkatkan penerapan unsur TMK sesuai dengan keperluan dan kemampuan
murid. Oleh yang demikian, pengkaji percaya melalui pengintegrasian TMK dalam aplikasi
DISLEKSKITSIA, ianya dapat membantu guru dalam menangani situasi murid bosan dalam
aktiviti PdP.
RUJUKAN

Cathy John. (2009). Meningkatkan kemahiran mengeja suku kata KVKV dengan
menggunakan kad bergambar.Tesis tidak diterbitkan.Sarawak: Institut Pendidikan Guru
Kampus Batu Lintang.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025.Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.(2009). Murid dan alam
belajar.Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syarifah Nursollehah Syed Mohamad Kher. (2014). Meningkatkan kemahiran mengeja
perkataan KVKVK dalam kalangan murid masalah pendengaran Tahun 1 menggunakan
kad ‘Flip Flop’. Tesis tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Ilmu Khas.

Syed Abdul Jamal Syed Husin.(2012). Rupa dan jiwa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Tuan Jah Tuan Yusuf & Faridah Nazir. (2012). Pengajaran kemahiran Bahasa Melayu.Ipoh:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

220

MENINGKAT DAYA TUMPUAN MURID-MURID MASALAH HIPERAKTIF DALAM
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN ‘PENGGUNAAN TOKEN’

Leng Teck Kai
Puan Farah Dilla binti Ramli
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan sistem token daripada penutup botol dalam menangani
masalah tumpuan dalam kalangan murid masalah pembelajaran dari salah satu Program Integrasi
Pendidikan Khas di sebuah sekolah di kawasan Wakaf Bharu, Kelantan. Kajian ini telah dijalankan ke
atas dua orang murid masalah pembelajaran tahun 6. Dalam kajian tindakan ini, peserta kajian yang
terlibat dalam kajian tindakan ini adalah terdiri daripada murid yang mempunyai masalah hiperaktif.
Mereka tidak dapat memberi tumpuan yang baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Pada tinjauan awal, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian menunjukkan tahap tumpuan yang
rendah serta tingkah laku negatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, intervensi iaitu
kaedah ‘penggunaan token’ dilaksanakan untuk mengatasi masalah tersebut. Triangulasi digunakan
untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data-data dari pelbagai sumber. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa peserta kajian dapat memberi tumpuan yang baik dalam proses P&P semasa
intervensi dilaksanakan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa peserta kajian menunjukkan tingkah
laku positif dalam jangka masa intervensi dilaksanakan. Ini membuktikan bahawa pelaksanaan kaedah
‘penggunaan token’ dapat meningkat daya tumpuan dan mengubahsuai tingkah laku peserta kajian.
Diharapkan penyelidikan ini dapat memberi manfaat dalam melahirkan modal insan yang cemerlang
bukan sahaja dari segi akademik, malah dari segi akhlak dan sahsiah.

Kata kunci: sistem token, daya penumpuan, tingkah laku negatif

ABSTRACT

This research aims to study the effectiveness of the token system created using bottle caps in
addressing concentration problems amongst students with special needs from Integrated Special
Education Program in Wakaf Bharu area. This research was conducted on two Year-6 students with
special needs. These students with hyperactive problems were selected to be the research participants
in this research. They could not concentrate well in teaching and learning process. In the initial review,
researcher discovered that the participants showed low concentration levels and negative behaviors
during teaching and learning process. Therefore, intervention using the token system needs to be
applied to solve this problem. Triangulation is used to increase the reliability and validity of data from
different sources to the results of the study. The findings showed the participants could pay more
attention since intervention had applied. The findings also showed the research participants indicated
positive behaviors in the duration of intervention. The results showed that the token system could
increase concentration level amongst the participant and to modify their behaviors. It is hoped that this
research will benefit in producing excellent human capital not only academically, but also in terms of
character and personality.

Keywords: token system, concentration, negative behavior.

221

PENGENALAN
Murid-murid masalah hiperaktif merupakan istilah yang diberikan kepada kanak-kanak

yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu. Kebiasaannya mereka
mempunyai masalah kekurangan tumpuan yang singkat. Menurut William James (1890),
beliau berpendapat bahawa penumpuan boleh didefinisikan sebagai perhatian yang bertugas
memberi tumpuan terhadap tugas mental dengan mengetepikan rangsangan lain yang
mengganggu. Pendek kata, murid-murid masalah hiperaktif menghadapi masalah tumpuan
adalah disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetepikan rangsangan yang
mengganggu.

Pelbagai intervensi telah diaplikasikan dalam proses P&P dengan usahanya untuk
menghapuskan masalah penumpuan dalam kalangan murid masalah hiperaktif. Dalam
intervensi yang diaplikasikan, kaedah ‘penggunaan token’ merupakan salah satu intervensi
yang paling berkesan untuk menghapuskan masalah tumpuan dalam kalangan murid
masalah hiperaktif. Komponen utama dalam kaedah ‘penggunaan token’ ini ialah tingkah laku
yang disasarkan, peneguhan dan juga sebagai ganjaran. (Marshall, 2019). Menurut
Miltenberger (2001), beliau menyatakan bahawa kaedah ‘penggunaan token’ ialah suatu
kaedah di mana individu boleh mendapatkan token sekiranya melakukan sesuatu tingkah laku
yang diingini. Token yang diberikan boleh ditukarkan kepada hadiah atau ganjaran yang
disukai. Peneguhan akan diberikan dalam bentuk token atau sticker apabila tingkah laku yang
diingini ditunjukkan. Peneguhan ini boleh digantikan dengan bahan-bahan lain dengan
berdasarkan kreativiti guru serta keminatan murid-murid. Menurut Zalina dan rakan-rakan
(2016), kaedah ‘penggunaan token’ telah memberi impak yang positif kepada peserta kajian.

FOKUS KAJIAN
Berdasarkan kepada pengalaman pengajaran dan pembelajaran sepanjang pratikum fasa
dua, pengkaji mendapati bahawa terdapat pelbagai jenis masalah diwujudkan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Faktor yang menyebabkan masalah tersebut
diwujudkan adalah disebabkan tahap tumpuan murid masalah hiperaktif yang rendah serta
melakukan tingkah laku negatif di dalam kelas. Oleh itu, pengkaji memberi fokus terhadap
masalah tumpuan dan tingkah laku yang dihadapi oleh murid masalah hiperaktif. Untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid masalah hiperaktif, kajian dilaksanakan dengan
mengaplikasikan intervensi iaitu kaedah ‘penggunaan token’ kepada mereka.

222

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian:

1. Meningkat daya tumpuan murid-murid masalah hiperaktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan ‘penggunaan token’.

2. Mengurang tingkah laku negatif murid-murid masalah hiperaktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan ‘penggunaan token’.

Soalan Kajian

1. Adakah daya tumpuan murid-murid masalah hiperaktif dapat ditingkatkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan ‘penggunaan token’?

2. Adakah tingkah laku negatif murid-murid masalah hiperaktif dapat dikurangkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan ‘penggunaan token’?

PESERTA KAJIAN

Dalam kajian ini, dua orang murid pendidikan khas dari kelas Pendidikan Khas Tahun 6 telah
dipilih sebagai peserta kajian. Kedua-dua peserta kajian mempunyai banyak persamaan
seperti berbangsa Melayu, beragama Islam dan juga berumur sama iaitu 12 tahun. Selain itu,
masalah yang dihadapi oleh kedua-dua peserta kajian adalah masalah hiperaktif. Menurut
Mohd Faldz (2007), murid-murid masalah hiperaktif merupakan murid-murid yang mempunyai
perilaku yang ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat memberi tumpuan dan
bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun implusif. Kedua-dua peserta kajian telah
menunjukkan tahap tumpuan yang rendah serta melakukan tingkah laku negatif di dalam
kelas. Kedua-dua peserta kajian dipilih melalui hasil daripada tinjauan awal yang dijalankan
iaitu ujian diagnostik awal, pemerhatian dan bertemu bual dengan guru pendidikan khas.

Oleh itu, kajian yang dilakukan adalah berfokus kepada masalah tumpuan dan
masalah tingkah laku. Kajian ini dilakukan sebagai satu kajian untuk meningkat daya tumpuan
dan mengubahsuai tingkah laku negatif bagi murid-murid masalah hiperaktif dalam proses
P&P. Kajian ini turut mengambil kira faktor masalah pembelajaran murid dan sekolah.

PELAKSANAAN TINDAKAN

Pengkaji telah menjalankan kajian ini dengan memilih satu kerangka kajian Abdul Rahim dan
rakan-rakan (2006) sebagai panduan. Kajian ini dijalankan secara tiga fasa, iaitu fasa
pertama, fasa kedua dan fasa ketiga bagi membantu peserta kajian untuk meningkatkan tahap
penumpuan dan mengubahsuai tingkah laku negatif. Rajah 1 menunjukkan prosedur
pelaksanaan tindakan bagi kajian ini.

223

Fasa 1 - Data Dasar

1) Rekodkan Fasa 2 - Intervensi

Pemerhatian Tingkah 3) Pemilihan Token Fasa 3 - Susulan
Laku

2) Kenal Pasti 4) Peraturan Kelas 8) Rekodkan

Tingkah Laku 5) Perolehan Token Perubahan Tingkah
6) Menu Ganjaran Laku
Sasaran

7) Penarikan Token

Rajah 1: Kerangka Kajian Abdul Rahim (2006)

Tindakan 1: Rekodkan Pemerhatian Tingkah Laku (Fasa Pertama)

Sebelum intervensi dilaksanakan, pengkaji menjalankan pemerhatian kepada peserta kajian
semasa proses P&P dijalankan. Pengkaji telah memerhati peserta kajian dari aspek tahap
tumpuan serta tingkah laku negatif mereka serta mencatat hasil pemerhatian dalam borang
senarai semak yang disediakan. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti masalah penumpuan
dan tingkah laku negatif yang diwujudkan pada kedua-dua peserta kajian.

Tindakan 2: Kenal Pasti Tingkah Laku Sasaran

Pengkaji menjalankan proses temubual dengan guru Pendidikan Khas yang mengajar peserta
kajian. Tujuan temubual ini dijalankan adalah untuk memastikan hasil pemerhatian yang
diperolehi ialah benar dan diwujudkan pada peserta kajian dengan penjelasan daripada guru
pendidikan khas. Pengkaji mengenalpasti dan menyenaraikan tingkah laku yang paling kerap
dilakukan oleh peserta kajian. Tingkah laku yang disenaraikan beranggap sebagai tingkah
laku sasaran iaitu tingkah laku yang perlu diubahsuai.

Bil. Masalah Tingkah Laku
1. Berlari tempat duduk atau kelas tanpa mendapat keizinan guru.
2. Membuat bising semasa proses P&P dijalankan.
3. Suka berbahasa kasar.
4. Tidak mendengar dan mengikut arahan yang diberikan oleh guru.
5. Tidak menyiapkan tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan.
6. Suka mengganggu serta bercakap murid-murid sekelas.

224

7. Tidak memadang ke hadapan semasa guru mengajar.
8. Tidak memberi respon semasa guru bertanya soalan.

Jadual 1: Masalah Tingkah Laku yang Perlu Diubahsuai Oleh Peserta Kajian
Tindakan 3: Pemilihan Token (Fasa Kedua)
Menurut Eko Susanto (2008), beliau menyatakan bahawa pemilihan bentuk token haruslah
menarik, kecil, mudah dibawa, tahan lama, mudah dipegang dan tidak mudah ditiru. Oleh itu,
pengkaji telah menggunakan penutup botol untuk menghasilkan token. Hal ini demikian
kerana penutup botol bertahan lama, kecil serta mudah dibawa dan dipegang. Bagi
mengelakkan token mudah ditiru dan diperolehi dari tempat lain, sticker kartun ditampalkan di
atas penutup botol bagi mengelakkan peserta kajian dapat meniru token dengan mudah dan
juga menarik perhatian peserta kajian untuk mengumpul token. Rajah 1 menunjukkan token
yang digunakan dalam kaedah ‘penggunaan token’.

Rajah 1: Token Yang Digunakan Dalam Kajian Tindakan Ini

Tindakan 4: Peraturan Kelas
Peraturan kelas ditetapkan dan haruslah dipatuhi oleh peserta kajian semasa intervensi
dilaksanakan. Peraturan kelas yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada tingkah laku
sasaran peserta kajian. Penerangan peraturan diberikan kepada peserta kajian sebelum
intervensi dilaksanakan untuk memastikan setiap peserta kajian memahami tentang peraturan
kelas. Jadual 2 menunjukkan peraturan kelas yang haruslah dipatuhi oleh peserta kajian
semasa intervensi dilaksanakan.

225

Bil. Peraturan di Dalam Kelas
1. Duduk di tempat duduk sendiri.
2. Dilarang membuat bising di dalam kelas.
3. Dilarang bertutur dengan bahasa kasar.
4. Mendengar arahan dan bekerjasama dengan guru.
5. Menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan.
6. Dilarang mengacau / bercakap dengan rakan-rakan.
7. Memadang ke hadapan semasa guru mengajar.
8. Memberi respon semasa guru bertanya soalan
Jadual 2: Peraturan di dalam kelas

Tindakan 5: Perolehan Token
Pada perakhiran proses P&P, token diberikan kepada peserta kajian sekiranya mereka
mematuhi peraturan serta menunjukkan tingkah laku positif di dalam kelas. Peserta kajian
akan mendapatkan token masing-masing dengan melalui kad ganjaran. Peserta kajian
membuka kad ganjaran yang diberikan bagi mengetahui bilangan token yang diperolehi dalam
sepanjang masa proses P&P dijalankan. Peserta kajian menyimpan token yang diperolehi
pada papan penyimpan token. Token yang dikumpul oleh peserta kajian boleh digunakan
untuk menukar ganjaran pada menu ganjaran.

Rajah 2: Token Diberikan Kepada Peserta Kajian Dalam Bentuk Kad Ganjaran
Tindakan 6: Menu Ganjaran
Menu ganjaran dihasilkan dengan berdasarkan kepada keminatan peserta kajian supaya
mereka berusaha untuk mengumpul token dengan sebanyak mungkin untuk menukar
ganjaran yang diingini. Melalui menu ganjaran, peserta kajian boleh menetapkan sasaran diri
sendiri dan bilangan token yang diperlukan untuk menukar ganjaran yang diingini. Jadual 3
menunjukkan menu ganjaran yang dirujuk oleh peserta kajian untuk menukar ganjaran yang
diingini.

226

Bil. Ganjaran Jumlah Token Yang Diperlukan

1. Makanan / Minuman 10 token

2. Sticker 10 token

3. Alat Tulis 15 token

4. Buku Nota 15 token

5. Permainan Kecil 20 token

Jadual 3: Menu Ganjaran

Tindakan 7: Penarikan Token

Penarikan token akan diberikan kepada peserta kajian yang melanggar peraturan kelas
ataupun menunjukkan tingkah laku negatif di dalam kelas. Pada mulanya, peserta kajian akan
diberikan amaran sahaja semasa mereka melakukan tingkah laku negatif. Sekiranya peserta
kajian mengulangi lagi tingkah laku negatif, maka token akan ditarik balik daripada papan
penyimpan token peserta kajian. Bilangan token yang ditarik balik adalah bergantung kepada
kekerapan tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh peserta kajian.

Tindakan 8: Rekodkan Perubahan Tingkah Laku (Fasa Ketiga)

Proses pemerhatian dijalankan kepada peserta kajian selepas intervensi dilaksanakan. Hasil
pemerhatian dicatatkan ke dalam borang senarai semak yang disediakan. Selepas itu,
pengkaji menjalankan perbandingan antara ketiga-tiga hasil pemerhatian yang dikumpul
sebelum, semasa dan selepas intervensi dilaksanakan. Penilaian dilaksanakan dengan tujuan
menilai perubahan yang diwujudkan pada peserta kajian. Melalui langkah ini, pengkaji dapat
membanding beza pretasi peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan
kepada mereka.

PENGUMPULAN DATA

Pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data bagi mencapai objektif kajian, iaitu
ujian diagnostik, pemerhatian dan temu bual.

Ujian Diagnostik

Pengkaji telah melaksanakan ujian diagnostik kepada peserta kajian pada dua peringkat iaitu
peringkat sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan. Kedua-dua ujian diagnostik
dilaksanakan dengan menggunakan set soalan yang sama. Tujuannya adalah untuk melihat
perkembangan penumpuan peserta kajian sebelum dan selepas intervensi dilaksanakan.

227

Pemerhatian

Pengkaji melaksanakan proses pemerhatian terhadap peserta kajian sebelum, semasa dan
selepas intervensi dilaksanakan. Pemerhatian dilaksanakan pada pelbagai sesi adalah untuk
melihat dan menilai perubahan yang diwujudkan pada peserta kajian semasa dan selepas
intervensi dilaksanakan. Hasil pemerhatian dicatat pada borang senarai semak yang telah
disediakan.

Temu Bual

Pengkaji menjalankan proses temu bual dengan guru pendidikan khas sebelum intervensi
dilaksanakan. Dalam proses temubual, pengkaji mengemukakan beberapa soalan yang
berkaitan dengan masalah peserta kajian. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti hasil
pemerhatian yang diperolehi adalah benar dengan melalui penerangan guru.

MENGANALISIS DATA

Selepas proses pengumpulan data dilaksanakan, pengkaji telah menganalisis data yang
diperolehi. Analisis data dilakukan adalah untuk menilai sejauh mana intervensi yang
dilaksanakan dapat meningkat daya tumpuan serta mengurang tingkah laku negatif peserta
kajian selari dengan objektif yang ditetapkan.

MENYEMAK DATA

Bagi menyemak data, data-data yang dikumpul telah disemak dan dianalisis dengan
menggunakan triangulasi data. Tiga instrumen yang digunakan ialah ujian diagnostik,
pemerhatian dan temu bual.

DAPATAN KAJIAN

Objektif 1: Meningkat daya tumpuan murid-murid masalah hiperaktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan ‘penggunaan token’.

Ujian Diagnostik

Peningkatan tahap tumpuan diwujudkan pada kedua-dua peserta kajian turut dibuktikan
melalui instrumen ujian diagnostik awal dan akhir.

Ujian Diagnostik Awal Ujian Diagnostik Akhir

228

Peserta Jumlah Masa Diambil Jumlah Soalan Masa Diambil
Kajian Soalan Untuk Menjawab Dijawab Untuk Menjawab
Dijawab
Dengan Betul Bahagian A Dengan Betul Bahagian A

(minit) (minit)

A 8/16 3 minit 26 saat 12/16 2 minit 52 saat

B 6/16 4 minit 36 saat 10/16 3 minit 26 saat

Jadual 4: Perbandingan Markah Ujian Diagnostik Awal dan Ujian Diagnostik Akhir Peserta
Kajian Dari Aspek Daya Tumpuan

Jadual 4 menunjukkan hasil daripada keputusan ujian diagnostik awal dan akhir bagi kedua-
dua peserta kajian dari segi daya tumpuan. Peserta kajian A dan B menunjukkan
perkembangan positif dari segi daya tumpuan selepas intervensi dilaksanakan. Hal ini
demikian kerana masa yang digunakan oleh peserta kajian A dan B untuk menjawab soalan
di Bahagian A dipendekkan serta jumlah soalan dijawab dengan betul juga dipertingkatkan
selepas intervensi dilaksanakan. Ini telah membuktikan bahawa intervensi yang
dilaksanakan memberi kesan kepada kedua-dua peserta kajian.

Pemerhatian

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian pada peringkat sebelum, semasa dan
selepas intervensi dilaksanakan dengan menggunakan borang senarai semak
terhadap penumpuan. Melalui pemerhatian yang dijalankan, pengkaji mendapati
bahawa peserta kajian mewujudkan perubahan pada setiap peringkat.

Bil. Aspek Peserta Peserta
Kajian A Kajian B

P1 P2 P3 P1 P2 P3

1. Murid berada di tempat duduk masing-masing. / / / x / x

2. Murid berada dalam keadaan sedia untuk belajar. x x x x x x

3. Murid memandang depan semasa guru x / / x x x
mengajar.

229

4. Murid senyap semasa mendengar penerangan / / / x / x
guru.

5. Murid melihat alat dan bahan maujud yang x / / / / /
ditunjukkan oleh guru.

6. Murid kerap mengangukkan kepala semasa tidak x x x x x x
dapat memahami.

7. Murid memberi respon semasa soalan ditanya. x / / / / /

8. Murid bertanya soalan-soalan kepada guru. xxx/ / /

9. Murid mengikut arahan guru dengan betul. x/ /x/x

10. Murid menyiapkan tugasan yang diberikan dalam x / /x/ /
waktu yang ditetapkan.

11. Murid mengulangi ayat yang disebut oleh guru. x x x x x x

12. Murid menyatakan isi pembelajaran dengan x / /x/ /
betul.

Jadual 5: Keputusan Pemerhatian Peserta Kajian Dari Aspek Penumpuan Sebelum,
Semasa dan Selepas Intervensi

Jadual 5 menunjukkan bahawa keputusan pemerhatian peserta kajian dari aspek penumpuan
sebelum, semasa dan selepas intervensi dilaksanakan. Secara pandangan kasarnya, kedua-
dua peserta kajian mengalami perubahan yang positif semasa intervensi dilaksanakan.
Namun begitu, peserta kajian A dan B menunjukkan perubahan yang berlainan selepas
intervensi dilaksanakan. Peserta kajian A masih dapat mengekalkan tingkah laku positif
walaupun token tidak diberikan. Maka, peserta kajian B mengulangi tingkah laku negatif
semasa token tidak diberikan. Secara keseluruhan, intervensi yang dilaksanakan merupakan
salah satu rangsangan yang baik kepada kedua-dua peserta kajian untuk meningkat tahap
tumpuan, tetapi tempoh pelaksanaan intervensi perlulah dipanjangkan sehingga peserta
kajian B dapat mengekalkan tingkah laku positif di dalam kelas tanpa token.

Temu Bual

Temu bual juga dilakukan oleh pengkaji bagi mengenalpasti masalah yang diwujudkan pada
peserta kajian seperti masalah tumpuan. Oleh itu, pengkaji telah menyediakan beberapa
soalan untuk dijawab oleh guru pendidikan khas yang mengajar peserta kajian sebelum
intervensi dilaksanakan.

230

Jadual 6: Transkrip Temubual Berkaitan Dengan Daya Tumpuan Peserta Kajian Yang
Diajukan Kepada Guru Pendidikan Khas Sebelum Intervensi

Pengkaji telah mengenalpasti bahawa kedua-dua peserta kajian mempunyai tahap tumpuan
yang rendah. Hal ini demikian kerana guru telah menyatakan beberapa tingkah laku yang
menunjukkan tahap tumpuan yang rendah. Sebagai contohnya, tidak berduduk di tempat
duduk, tidak memadang depan dan lain-lain. Masalah tumpuan yang dihadapi oleh peserta
kajian telah menyebabkan mereka tidak dapat belajar dengan efektif. Oleh itu, intervensi
perlulah dilaksanakan untuk membantu mereka mengatasi masalah ini.

Objektif 2: Mengurang tingkah laku negatif murid-murid masalah hiperaktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan ‘penggunaan token’.

Pemerhatian

Pengkaji membuat pemerhatian terhadap aspek tingkah laku negatif yang dijalankan kepada
peserta kajian pada peringkat sebelum, semasa dan selepas intervensi dilaksanakan. Bagi
memastikan proses pemerhatian dapat dijalankan dengan lancar, borang senarai semak

231

terhadap tingkah laku negatif disediakan oleh pengkaji. Jadual 7 menunjukkan perubahan
tingkah laku peserta kajian pada peringkat semasa dan selepas intervensi dilaksanakan.

Bil. Aspek Peserta Peserta
Kajian A Kajian B

P1 P2 P3 P1 P2 P3

1. Murid merosakkan harta sendiri / orang lain. xxxxx x

2. Murid mengacau / menguasai orang lain. ///// /

3. Murid melakukan tingkah laku tertiba-tiba. xxxxx x

4. Murid tidak bekerjasama semasa proses P&P. / xx / x /

5. Murid menunjukkan sikap pemalas. / xx / x /

6. Murid mudah terganggu perhatian. ///// /

7. Murid bersikap lembab membuat sesuatu. / xx / x /

8. Murid tidak menepati janji yang dijanjikan. xxxxx x

9. Murid tidak mendengar arahan guru. / xx / x /

10. Murid kerap keluar kelas sesuka hati. xxx / x /

11. Murid suka berbahasa kasar. xxx / / x

12. Murid suka bercakap dengan orang lain. ///// /

13. Murid suka membuat bising. xxx / x /

14. Murid suka mengambil sesuatu tanpa meminta. x x x / / /

15. Murid memerlukan perhatian yang lebih. xxx / / /

16. Murid membuat sesuatu tanpa tujuan. xxxxx x

Jadual 7: Keputusan Pemerhatian Peserta Kajian Dari Aspek Tingkah Laku Negatif
Sebelum, Semasa dan Selepas Intervensi

Jadual 7 menunjukkan perbandingan dibuat antara sebelum, semasa dan selepas intervensi
bagi melihat perubahan tingkah laku peserta kajian. Secara pandangan kasarnya, kedua-dua
peserta kajian mengubahsuai tingkah laku mereka semasa intervensi dilaksanakan. Peserta
kajian A dan B menunjukkan perkembangan yang berlainan selepas intervensi dilaksanakan.

232

Hal ini demikian kerana peserta kajian A masih dapat mengamalkan tingkah laku positif
walaupun intervensi tidak dilaksanakan. Sebaliknya, peserta kajian B tidak mengamalkan
tingkah laku positif lagi serta mengulangi tingkah laku negatif selepas intervensi dilaksanakan.
Secara keseluruhan, kaedah ‘penggunaan token’ merupakan salah satu rangsangan yang
baik kepada kedua-dua peserta kajian untuk mengurangkan tingkah laku negatif mereka,
tetapi tempoh pelaksanaan intervensi haruslah dipanjangkan supaya peserta kajian B dapat
mengamalkan tingkah laku positif di dalam kelas walaupun intervensi tidak dilaksanakan.
Temu Bual
Proses temu bual juga dilakukan oleh pengkaji bagi mengenalpasti masalah yang diwujudkan
pada peserta kajian seperti masalah tumpuan. Oleh itu, pengkaji telah menyediakan beberapa
soalan untuk dijawab oleh guru pendidikan khas yang mengajar peserta kajian sebelum
intervensi dilaksanakan.

Jadual 8: Transkrip Temubual Berkaitan Dengan Tingkah Laku Negatif Peserta Kajian Yang
Diajukan Kepada Guru Pendidikan Khas Sebelum Intervensi

Melalui proses temubual, pengkaji telah mengenalpasti bahawa kedua-dua peserta kajian
selalu melakukan tingkah laku negatif di dalam kelas. Ini disebabkan guru telah memberi
beberapa contoh tingkah laku negatif yang sering dilakukan oleh mereka seperti membuat
bising, tidak mendengar arahan guru, tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dan

233

sebagainya. Tingkah laku negatif diwujudkan pada peserta kajian adalah disebabkan tahap
tumpuan yang rendah dan ini telah memberi impak negatif kepada proses P&P. Oleh itu,
intervensi perlulah dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini.

REFLEKSI

Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan adalah untuk menilai keberkesanan
kaedah ‘penggunaan token’ dalam meningkat daya tumpuan serta mengurang tingkah laku
negatif murid-murid masalah hiperaktif. Sebelum intervensi dilaksanakan, kedua-dua peserta
kajian telah menunjukkan tahap tumpuan yang rendah serta melakukan tingkah laku negatif
di dalam kelas. Disebabkan masalah tersebut telah menyebabkan peserta kajian tidak dapat
belajar dengan efektif. Oleh itu, intervensi dilaksanakan kepada peserta kajian bagi mengatasi
masalah yang dihadapi oleh peserta kajian. Perubahan positif telah diwujudkan pada kedua-
dua peserta kajian dari segi penumpuan dan tingkah laku semasa intervensi dilaksanakan.
Manakala, peserta kajian A dan B mengalami perubahan yang berlainan selepas intervensi
dilaksanakan. Peserta kajian A mengekalkan lagi perubahan positif selepas intervensi
dilaksanakan, tetapi peserta kajian B mengulangi tingkah laku negatif semasa token diberikan.
Ini telah menunjukkan bahawa intervensi dapat memberi keberkesanaan kepada peserta
kajian cuma tempoh pelaksanaan perlu dipanjangkan.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa kelemahan telah diwujudkan
semasa perancangan dan pelaksanaan kajian tindakan ini. Sebagai contohnya, tempoh
pelaksanaan intervensi terlalu pendek dan menyebabkan peserta kajian B tidak mempunyai
tempoh masa yang mencukupi untuk menyesuaikan serta mengamalkan perubahan positif di
dalam kelas. Selain itu, token yang digunakan dalam intervensi tidak dapat menarik perhatian
peserta kajian dengan begitu baik. Peserta kajian tidak menunjukkan keminatan yang tinggi
semasa token ditunjukkan kepada mereka. Akhir sekali, format dan bentuk soalan bagi ujian
diagnostik akhir adalah sama dengan ujian diagnostik awal. Ini telah menyebabkan peserta
kajian dapat menjawab beberapa soalan dengan betul tanpa memerhati kerana pernah
menjawab soalan tersebut dengan betul. Pendek kata, kelemahan yang diwujudkan dalam
kajian ini perlulah ditambahbaik dengan melalui cadangan tindakan susulan bagi memastikan
keberkesanan yang lebih efisien diwujudkan pada peserta kajian dalam pelaksanaan yang
seterusnya.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

1. Token yang digunakan dalam kaedah ‘penggunaan token’ haruslah diubahsuaikan dengan
membentuk ciri-ciri yang unik untuk menarik perhatian peserta kajian. Selain itu, token boleh
dihasilkan dengan berdasarkan kepada keminatan peserta kajian.

234

2. Tempoh pelaksanaan intervensi perlulah dipanjangkan bagi memastikan intervensi
dilaksanakan dengan sistematik dan teratur serta memberi peluang kepada peserta kajian
untuk menyesuaikan dan mengamalkan perubahan yang diwujudkan semasa intervensi
dilaksanakan di dalam kelas.
3. Format dan bentuk soalan bagi ujian diagnostik akhir haruslah berbeza dengan ujian
diagnostik awal bagi mengelakkan masalah peserta kajian menjawab soalan tanpa memerhati
diwujudkan lagi. Manakala, tahap soalan ujian diagnostik akhir haruslah selaras dengan tahap
ujian diagnostik akhir.
RUJUKAN
James, W. (1890). The Principles of Psychology, Volume 2 . New York : Cosimo Inc.
Marshall. (2019). Mastery Motivation And A Token Economy: The Effects Of Grade And

Gender Doctoral Dissertation. Grand Canyon University.
Marzuki, A. R. (2006). Pelaksanaan Program Ekonomi Token Dalam Mengurangkan Tingkah

Laku Bermasalah Murid Pendidikan Khas . Kuala Lumpur : IPG Kampus Ilmu Khas .
Miltenburger. (2001). Behavior Modification Principle and Procedures. USA: Wadsworth .
Susanto, E. (2019, Mac 5 ). Ekonomi Token, Tips Mendidik Anak Kreatif . Retrieved from

https://eko13.wordpress.com/2008/05/18/ekonomi-token-tips-mendidik-anak-kreatif/.
Zalina Katman, M. H. (2016). Penggunaan Peneguhan Positif: Pujian dan Token Ekonomi

untuk Modifikasi Tingkah Laku Murid Pendidikan Khas 'Slow Learner' .

235

MENINGKATKAN TUMPUAN DAN SOSIALISASI MURID PENDIDIKAN KHAS
MENGGUNAKAN PenCer

Fathiah Amani binti Fuzi
Pn Nor Laini binti Che Mat
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]

ABSTRAK

Meningkatkan tumpuan merupakan satu keupayaan yang perlu dikuasai oleh setiap murid atau pelajar
dalam sesuatu sesi pembelajaran. Dengan ini, dapat mewujudkan satu suasana pembelajaran yang
seronok, aktif dan kondusif sekaligus dapat melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan tahap tumpuan murid Pendidikan Khas serta
meningkatkan tahap sosialisasi murid dengan berpandukan kepada reka bentuk Model Kurt Lewin
(1946). Tinjauan awal dibuat melalui pemerhatian berstruktur iaitu senarai semak dan borang anekdot,
rakaman video dan juga temu bual. Melalui tinjauan awal, dapat dilihat murid sukar memberikan
tumpuan di dalam kelas dan tercenderung kepada melakukan tingkah laku di luar kawalan yang
mengganggu kelancaran pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Selain itu, murid juga mengalami
tahap sosialisasi yang rendah yang membuatkan mereka tidak berkeyakinan untuk bergaul dengan
rakan lain. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi membantu murid Pendidikan khas untuk meningkatkan
tahap tumpuan dan tahap sosialisasi melalui PenCer berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancang..
Justeru itu, diharapkan kajian ini menjadi panduan dan rujukan kepada para pendidik dan penyelidik
dalam meningkatkan lagi keupayaan ini.

Kata kunci: peningkatan tumpuan, sosialisasi, PenCer

ABSTRACT

Increasing focus is an ability that every student or student needs to master in a learning session. This
will create a fun, active and conducive learning environment while simultaneously promoting teaching
and learning in the classroom. The study was conducted to enhance the focus of the Special Education
student as well as to enhance the level of socialization of pupils according to Kurt Lewin's Model Model
(1946). Initial reviews are made through structured observations such as checklists and anecdotal
forms, video recordings and interviews. Through preliminary research, it can be seen that students are
difficult to focus on in the classroom and tend to engage in out-of-control behaviors that interfere with
learning and facilitation (PdPc). In addition, students also experience low levels of socialization that
make them less confident about interacting with others. Therefore, this study was conducted to assist
special education students to increase their concentration and socialization level through PenCer based
on the activities planned. Therefore, it is hoped that this study will serve as a guide and reference for
educators and researchers in furthering this capability.

Keywords: Increasing focus, socialization, PenCer

PENGENALAN

Murid-murid pendidikan khas merupakan murid yang telah disahkan oleh pakar-pakar
Profesional Klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran.
Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid dalam

236

kebolehan-kebolehan seperti Kebolehan Kognitif, Tingkah laku Sosial atau Perkembangan
Sosial, Penguasaan Bahasa (Lisan atau Pertuturan), Keupayaan Membaca, Kemahiran
Perkembangan ( Development Skills ), dan Kemahiran Matematik.

Menurut Davis dan Rimm (1998), tingkah laku yang terhasil adalah berdasarkan emosi
seseorang individu. Sekiranya emosi individu tersebut baik maka baiklah tingkah laku yang
dizahirkan namun sekiranya emosi individu tersebut tidak baik maka tingkah laku yang
dizahirkan itu adalah kurang baik dan tidak menyenangkan (Goleman, 1999). Menurut
Goleman (1999) lagi, emosi dibahagikan kepada dua iaitu peribadi dan sosial. Kedua-dua ini
membenarkan seseorang mengawal diri sendiri dan berinteraksi dengan baik di dalam
masyarakat. Begitu juga dengan sosialisasi murid, penzahiran emosi yang baik berupaya
mewujudkan sosialisasi yang berkesan (Astin,1999).

Menurut Cox (1998) , tumpuan bermaksud kemampuan individu mengalihkan tumpuan dari
satu sumber maklumat kepada satu sumber maklumat yang lain dan jumlah maklumat yang
difokuskan dalam tempoh masa tertentu. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran adalah apabila murid-murid mampu memberikan sepenuh perhatian dan
respons yang baik di dalam kelas. Murid-murid Pendidikan Khas merupakan murid yang
mempunyai daya tumpuan yang sangat lemah kerana ekoran faktor emosi yang menjurus
kepada tingkah laku bermasalah.

FOKUS KAJIAN

Pengkaji memilih dua orang murid di dalam kelas sebagai peserta kajian kerana masalah
yang dihadapi oleh mereka ini dapat dilihat melalui set induksi yang dijalankan sebelum P&P
dimulakan. Sebagai guru mata pelajaran bagi Bahasa Malaysia, pengkaji dapat mengenal
murid-murid ini dengan lebih mendalam dari segi aspek tingkah laku, tahap tumpuan dan
sosialisasi supaya kajian ini dapat dijalankan dengan terkawal dan mudah ditadbir.
Kepentingan utama kajian ini pula membantu murid unuk meningkatkan kefahaman mereka
terhadap memastikan kelakuan yang baik serta menggalakkan mereka bersosialisasi melalui
kaedah inovasi PenCer dan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita rakyat. Hal ini dengan
penggunaan PenCer bagi meningkatkan tumpuan, tingkah laku yang positif dan sosialisasi
yang aktif.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian
Terdapat beberapa objektif dalam kajian ini:

237

1. Meningkatkan tumpuan murid dengan kaedah bercerita dengan menggunakan PenCer.
2. Meningkatkan sosialisasi bersama rakan, guru dan murid dengan menggunakan PenCer.

Soalan Kajian

Terdapat dua persoalan kajian yang perlu dijawab tentang penggunaan PenCer terhadap
murid:

1. Adakah tumpuan murid dapat ditingkatkan dengan menggunakan PenCer?
2. Adakah sosialisasi bersama rakan, guru dan murid dapat ditingkatkan dengan menggunakan

PenCer?

PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan dua orang peserta kajian yang mengalami masalah dalam tumpuan dan
sosialisasi. Jadual 1 menunjukkan butiran maklumat bagi kedua-dua peserta kajian.

Bil Nama Murid Jantina Masalah Kelemahan
Pembelajaran

1. Murid A Lelaki Autisme Cepat marah, cepat hilang
tumpuan, kuat mengamuk,
pasif

2. Murid B Lelaki Slow Learner Membuat bising, mengusik

rakan, cepat hilang tumpuan,

tidak mahu menyiapkan

tugasan, aktif

Jadual 1 Jadual Peserta Kajian
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Bagi meningkatkan tahap tumpuan dan sosialisasi murid, pengkaji telah menggunakan
PenCer yang merangkumi dua tindakan. Jadual 2 menunjukkan senarai aktiviti bagi
pelaksanaan tindakan.

238

Aktiviti Penerangan

Aktiviti 1: 1. Pengkaji memberikan tiga jenis sampul yang mempunyai tajuk
Bercerita cerita rakyat dan peserta kajian akan memilih satu sampul.

Aktiviti 2: 2. Pengkaji menyampaikan cerita rakyat kepada peserta kajian
Lakonan melalui kaedah bercerita menggunakan PenCer.

1. Peserta kajian akan memilih watak kegemarannya berdasarkan
cerita rakyat pada Aktiviti 1.

2. Peserta akan memakai topeng dan melakonkan watak yang dipilih
bersama rakan-rakan yang lain.

Jadual 2: Senarai Aktiviti

KAEDAH MENGUMPUL DATA
Pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data bagi mencapai objektif kajian iaitu
pemerhatian, rakaman video dan temu bual.

Pemerhatian
Pengkaji melaksanakan pemerhatian terhadap peserta kajian sebelum dan selepas intervensi
dijalankan. Hal ini bertujuan agar pengkaji dapat melihat dan menilai perkembangan yang
ditunjukkan oleh peserta kajian melalui item-item yang telah dibina dalam borang senarai
semak ketika peserta kajian melakukan aktiviti dengan menggunakan PenCer.

Rakaman Video

Pengkaji telah melakukan rakaman video terhadap kedua-dua peserta kajian iaitu rakaman
sebelum intervensi dan rakaman semasa intervensi. Kedua-dua rakaman dilakukan pada hari
yang berlainan namun pada masa yang sama supaya untuk mengenalpasti punca objektif
kajian berlaku selain melibatkan masa.

Temu Bual

Pengkaji telah menjalankan temu bual tidak berstruktur. Pengkaji bertanyakan soalan kepada
peserta kajian secara spontan semasa intervensi dijalankan. Hal ini bertujuan untuk melihat
pandangan dan perasaan peserta kajian terhadap intervensi yang dijalankan.

239


Click to View FlipBook Version