The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by halimahsarkawi97, 2020-07-25 20:08:49

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

DAPATAN KAJIAN

Soalan Kajian 1 : Bagaimanakah kemahiran menambah murid ADHD dalam operasi
tambah lingkungan 10 dapat ditingkatkan menggunakan Silent Book?

1. Pemerhatian

Pengkaji mendapati peserta kajian pada mulanya mampu menjawab dengan baik di awal
soalan kerana hanya melibatkan tajuk pra nombor sahaja namun mereka agak keliru apabila
perlu menyelesaikan soalan operasi tambah yng diberikan. Malah, mereka memberikan
jawapan yang salah bagi semua soalan operasi tambah. Oleh sebab itu, pengkaji
menggunakan Silent Book bagi memudahkan peserta kajian untuk menguasai operasi
tambah secara ansur maju.

BIL. PERKARA PESERTA A PESERTA B

YA /TIDAK YA /TIDAK

1. Peserta kajian dapat menjawab //
semua soalan yang diberikan
dengan betul.

2. Peserta kajian memberikan respon / /
kepada beberapa soalan yang
diberikan.

3. Peserta kajian dapat menjawab
soalan tambah dalam lingkungan 10
dengan menggunakan pembilang.

/ /

4. Peserta kajian dapat menjawab
soalan tambah dalam lingkungan 10
tanpa menggunakan pembilang.

/ /

Jadual 3: Borang senarai semak pemerhatian sebelum tindakan.

Jadual 8 menunjukkan data pemerhatian terhadap kemahiran menyelesaikan operasi
tambah dalam lingkungan 10 sebelum peserta kajian melakukan tindakan. Berdasarkan
keputusan pemerhatian yang dilakukan, kedua-dua peserta kajian tidak dapat menjawab
semua soalan operasi tambah dalam ujian awal.

BIL. PERKARA PESERTA A PESERTA B
YA /TIDAK YA /TIDAK
1. Peserta kajian dapat menjawab
semua soalan yang diberikan //
dengan betul.

90

2. Peserta kajian memberikan respon / /
kepada beberapa soalan yang
diberikan.

3. Peserta kajian dapat menjawab /
soalan tambah dalam lingkungan 10
dengan menggunakan pembilang.

/

4. Peserta kajian dapat menjawab /
soalan tambah dalam lingkungan 10
tanpa menggunakan pembilang.

/

Jadual 4: Senarai semak pemerhatian selepas tindakan.

Berdasarkan jadual diatas, pengkaji memperoleh data menggunakan senarai semak
bagi kemahiran operasi tambah lingkungan 10 selepas tindakan menggunakan Silent Book.
Dilihat pada item 1 senarai semak dimana kedua-dua peserta kajian dapat menjawab lebih
banyak soalan operasi tambah yang diberikan dengan betul tanpa bimbingan pengkaji.

2. Ujian

Pengkaji menggunakan ujian dalam kajian ini yang dijalankan sebelum dan selepas
pelaksanaan tindakan. Hal ini bertujuan untuk menilai prestasi peserta kajian. berdasarkan
ujian yang dirangka ini, pengkaji membuat perbandingan prestasi sebelum dan selepas
tindakan dijalankan. Dapatan kajian yang diperoleh melalui ujian menunjukkan bahawa
peserta A dan B masih tidak dapat memahami konsep penambahan dengan jelas.

Gambar 1: Hasil ujian peserta Gambar 2: Hasil ujian pesrta
kajian A sebelum tindakan kajian B sebelum tindakan

Merujuk kepada jawapan yang diberikan dalam ujian awal ini, pengkaji mendapati
bahawa mereka masih belum memahami konsep penyatuan dua nombor dalam konteks

91

operasi tambah. Sebagai contoh, hasil jawapan dalam ujian awal sebelum tindakan
menunjukkan mereka tidak boleh menjawab soalan yang berkaitan dengan kemahiran
menambah dalam lingkungan 10 dengan betul. Mereka hanya menyalin soalan dan meneka
sahaja jawapan.

Hasil dapatan ujian akhir ini bahawa ada peningkatan dan perkembangan yang
memberangsangkan terhadap kemahiran menambah kedua-dua peserta kajian. ujian akhir ini
juga menunjukkan bahawa peserta kajian A dan B mampu menjawab kebanyakan soalan
dengan betul gambar 9 dan 10 merupakan ujian peserta kajian A manakala gambar 11 dan
12 merupakan ujian peserta kajian B.

Gambar 3 dan 4 ujian Gambar 5 dan 6 ujian
peserta kajian A peserta kajian B

3. Analisis Dokumen

Pengkaji turut menggunakan analisis dokumen sebagai salah satu instrument dalam kajian
ini. hal ini kerana analisis dokumen ini dapat membantu pengkaji dalam menganalisis hasil
kerja bertulis peserta kajian untuk menambah lagi kebolehpercayaan dan kesahan kajian
yang dilaksanakan. Pengkali telah mengumpul data berdasarkan semakan hasil kerja iaitu
lembaran kerja yang diberikan semasa tindakan dilakukan.

Item Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 Lembaran Kerja 3

1. PK.A PK.B PK.A PK.B PK.A PK.B
2.
3. // // //
4.
5. // /X //

// // //

// // /X

92

Jadual 5: Pencapaian Peserta Kajian Melalui Lembaran Kerja

Melalui analisis lembaran kerja yang telah dilakukan oleh mereka semasa intervensi
dijalankan, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian A dapat menjawab kesemua lembaran
kerja dengan betul. Manakala, terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh peserta
kajian B.

Soalan Kajian 2: Adakah tingkah laku positif murid ADHD dapat ditingkatkan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan Silent Book?

1. Pemerhatian

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak ke atas
peserta kajian untuk mengfokuskan kepada tingkah laku mereka sebelum dan selepas
intervensi dilaksanakan. Hal ini untuk menilai sejauh mana keberkesanan Silent Book dalam
membantu peserta kajian meningkatkan tingkah laku positif semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran Matematik.

BIL. PERKARA PESERTA A PSERTA B
YA /TIDAK YA /TIDAK
1. Peserta kajian keluar kelas
dengan kerap semasa /
menjawab soalan. /

2. Peserta kajian meniru //
jawapan rakan.
//
3. Peserta kajian menganggu
rakan semasa menjawab //
soalan. //

4. Peserta kajian membuat //
bising semasa belajar.

5. Peserta kajian menyalin
soalan untuk ditulis pada
ruangan jawapan.

6. Peserta kajian lambat
memberi respon kepada
soalan guru.

7. Peserta kajian terlalu

93

bergantung kepada guru / /

semasa sesi PdP.

8 Peserta kajian sentiasa

mengambil barang rakan. / /

9. Peserta kajian menconteng kertas /

soalan semasa sesi menjawab soalan.
/

Jadual 6 : Senarai semak Asepek Tingkah Laku sebelum Itindakan

Jadual 11 merupakan hasil analisis pemerhatian bagi aspek tingkah laku peserta
kajian A dan B sebelum intervensi dijalankan. Data ini diambil bertujuan untuk membuat
perbandingan teterhadap tingkah laku mereka semasa sesi pengajaran dan
pembebelajaransebelum dan selepas intervensi di samping mengukur sejauhmana Silent
Book dapat meningkatkan tingkah laku positif mereka.

BIL. PERKARA PESERTA A PSERTA B
YA /TIDAK YA /TIDAK
1. Peserta kajian keluar kelas
dengan kerap semasa //
menjawab soalan.
//
2. Peserta kajian meniru //
jawapan rakan.
//
3. Peserta kajian menganggu //
rakan semasa menjawab
soalan. //

4. Peserta kajian membuat
bising semasa belajar.

5. Peserta kajian menyalin
soalan untuk ditulis pada
ruangan jawapan.

6. Peserta kajian lambat
memberi respon kepada
soalan guru.

7. Peserta kajian terlalu

94

bergantung kepada guru / /

semasa sesi PdP. /
/
8 Peserta kajian sentiasa

mengambil barang rakan. /

9. Peserta kajian menconteng

kertas soalan semasa sesi menjawab /
soalan.

Jadual 7: Senarai semak Asepek Tingkah Laku selepas tindakan

Jadual 12 merupakan data pemerhatian yang telah diperolehi pengkaji terhadap aspek
tingkah laku peserta kajian A dan peserta kajian B selepas melakukan intervensi dengan
menggunakan Kit Silent Book. Berdasarkan keputusan pemerhatian yang dijalankan, data
menunjukkan bahawa kedua-dua peserta kajian telah mempamerkan tingkah laku yang aktif
selepas intervensi dijalankan berbanding tingkah laku sebelum ini.

2. Nota Lapangan

Pengkaji turut merekodkan nota lapangan untuk menilai tahap peningkatan daya tumpuan
peserta kajian A dan peserta kajian B bagi kemahiran menambah dalam lingkungan 10. Nota
lapangan direkod semasa intervensi dilaksanakan pada setiap perimgkat intervensi.

Catatan Nota Lapangan Semasa Intervensi Dilaksanakan. (AKTIVITI BAHAGIAN 1)

ITEM CATATAN

TARIKH 2 Mac 2020

MASA 8.10-8.40 pagi

KELAS 2 Kristal

TEMPAT Pusat Sumber SK Tawang

KEADAAN/SITUASI Pengkaji melakukan aktiviti “Silent Book” bahagian 1 bersama kedua-
dua peserta kajian secara berasingan.

NOTA DESKRIPTIF Peserta kajian kelihatan masih taku-takut pada peringkat permulaan.

Apabila peserta kajian ditunjukkan dengan semua bahan maujud dan
isi dalam Silent Book di bahagian 1 dan memnenarkan mereka
menyentuh , meremenjadi lebih selesa dan amabila ditanya mereka
dapat menjawab dengan baik.

95

Semasa pengkaji memberikan penerangan mengenai aktiviti, peserta
kajian masih-masih tidak sabar untuk melakukan aktiviti dan guru
terpaksa mengalih perhatian mereka dengan arahan yang tegas
sehingga mereka etul-betl menumpukan pemerhatian yang baik.

Pesertaa kajian memberi respon yang baik dan menglibatan secara
aktif.

KATEGORI Aktivti Pranombor.

NOTA RELATIF Mengenal simbol-simbol dalam kemahiran menambah dalam
lingkungan 10.

Dalam “Silent Book” bahagian 1 ini, pengkaji dapat melihat kefahaman
peserta kajian dalam permulaan kemahiran tambah lingkungan 10 ini
dan memberi pendedahan awal mengenai konsep tambah.

Jadual 8 :Nota Lapangan Semasa tindakan Bahagian 1

Berdasarkan analisis nota lapangan yang telah dibut, pengkaji mendapati bahawa
peserta kajian A dan peserta kajian B dapat mengikuti intervensi yang dilaksanakan dengan
baik. Kedua-dua peserta kajian turut memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada
pengkaji semasa melaksanakan intervensi bagi aktiviti dalam Silent Book di bahagian 1.
Mereka tidak menunjukkan sebarang tingkah laku negatif semasa melakukan aktiviti dan
mendengar arahan dengan baik.

Catatan Nota Lapangan Semasa Intervensi Dilaksanakan. (AKTIVITI BAHAGIAN 2)

ITEM CATATAN

TARIKH 7 Mac 2020

MASA 8.10-8.40 pagi

KELAS 2 Kristal

TEMPAT Pusat Sumber SK Tawang
KEADAAN/SITUASI
Pengkaji melakukan aktiviti “Silent Book” bahagian 2 bersama kedua-
dua peserta kajian secara berasingan.

NOTA DESKRIPTIF Pengkaji melihat peserta kajian sangat teruja dengan semua aktiviti
dalam bahagian 2.

96

Mereka lebih bersemangat dalam aktiviti ini kerana mereka berupaya
melakukan semua sendiri.

Mereka perlu mengunakan kaedah Multisensori VAKT untuk
menyelesaikan soalan tambah dalam lingkungan 10.

Interaksi secara semula jadi telah berlaku antara peserta kajian
sepanjang melakukan aktiviti.

Peserta kajian terlupa akan beban dan permasalahan mereka
mengenai operasi tambah lingkungan 10 ini kerana terlalu seronok
bermain namun pada masa yang sama telah mencapai objektif.

KATEGORI Penyatuan dua kumpulan benda dalam konsep tambah dalam
NOTA RELATIF lingkungan 10.

Dalam “Silent Book” bahagian 2 ini, pengkaji dapat mengenalpasti
tahap keupayan peserta kajian dalam kemahiran menambah
lingkungan 10 serta tahap tingkah laku ADHD mereka.

Pengkaji berpendapat melalui Silent Book, kemahiran menambah
dalam lingkungan murid ADHD dapat ditingkatkan dan pada masa
yang sama tingkah laku positif mereka juga meningkat.

Jadual 9 :Nota Lapangan Semasa tindakan Bahagian 2

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji, peserta kajian A memberi
tumpuan yang baik semasa aktiviti dalam Silent Book di bahagian 2. Sebagai contoh, peserta
kajian menunjukkan semangatnya semasa melakukan aktiviti di samping mempamerkan
sikap berusaha untuk menjawab soalan yang disediakan.

REFLEKSI
Hasil daripada dapatan kajian yang telah dibuat, pengkaji mendapati ketiga-tiga objektif telah
dicapai sekaligus menjawab kedua-dua soalan kajian dalam meningkatkan kemahiran
menambah murid ADHD dalam lingkungan 10. Peningkatan ini dapat dibuktikan melalui
analisis dan interperetasi daripada pemerhatian, ujian dan analisis dokumen. Melalui trigulasi
data yang telah dibuat, jelas bahawa kajian ini telah mencapai objektif kajin.

Fokus yang ingin digariskan disini adalah keseronokkan dan penumpuan yang baik
juga menyumbang kepada pencapaian peserta kajian dalam kemahiran operasi tambah
lingkungan 10. Berpandukan hasil dapatan kajian, persepsi pengkaji mengenai pendekatan
belajar sambil bermain telah berubah. Sebelum ini, pengkaji menganggap pendekatan ini

97

hanya guru yang memainkan peranan sepenuhnya dan murid hanya peserta pasif. Tetapi
sebenarnya, murid berpeluang berinteraksi dengan rakan lain, melibatkan diri secara aktif dan
ianya berpusatkan bahan.

Selepas tindakan dijalankan, pengkaji menjalankan ujian akhir bagi mengetahui tahap
keberkesanan inteervensi dalam meningkatkan kebolehan murid dalam kemahiran
menambah lingkungan 10. Perubahan ke arah positif ini bukan sahaja berlaku dalam
kemahiran Matematik iaitu akademiknya sahaja namun kepada daya tumpuan dan tingahlaku
mereka. Silent book sangat seronok digunakan tambahan lagi kesemua aktiviti dalam Kit
tersebut berkait rapat dengan kehidupan seharian mereka. konsep yang digunakan dalam Kit
ini juga dari pembelajaran yang mudah kepada yang lebih susah, ini tidak akan membuatkan
murid berasa mudah putus asa untuk belajar dan terlibat secara aktif.

Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang dihadapi semasa melaksanakan
kaedah ini. kelemahan yang ketara ialah peserta kajian pada mulanya kelihatan kurang
bersedia untuk melakukan aktiviti bersama guru. Hal ini kerana peserta kajian yang dipilih
mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran yang baru.
Secara keseluruhannya, penggunaan Silent Book dalam pembelajaran kemahiran menambah
lingkungan 10 telah membantu peserta kajian. Melalui kajian ini pengkaji dapat memahami
kekuatan dan kelemahan dalam perancangan proses PdP.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Untuk kajian lanjutan, pengkaji mencadangkan agar kit yang dihasilkan dapat diubahsuai iaitu
dengan mempelbagaikan fungsi kit tersebut. Dari aspek penggunaan dalam Intervensi,
pengkaji mencadangkan konsep penggunaan Silent Book dapat diperluaskan dalam topik-
topik mata pelajaran Matematik yang lain kerana alat intervensi ini tidak terhad kepada operasi
tambah sahaja tetapi juga sesuai untuk diaplikasikan bagi mana-mana operasi iaitu operasi
tolak, darab mahupun bahagi. Silent Book ini juga boleh disuaikan bersama sistem token
supaya murid lebih bermotivasi untuk melaksanakannya. Bagi membuatkan alat ini lebih
bersifat akedemik, pengkaji boleh sertakan satu permainan digital yang sesuai dengan Silent
Book yang mana akan menjadi gabungan yang sangat baik mempunyai unsur Konkrit, semi-
konkrit dan digital. Iannya akan menjadi bertambah seronok.

Seterusnya dari aspek peserta kajian pula, penggunaan Silent Book ini tidak hanya
terhad kepada murid ADHD sahaja jadi pengkaji mencadangkan supaya diperkenalkan juga
kepada murid Autisme, Sindrom Down, Slow Learner dan Disleksia. Begitu juga dengan
tempoh kajian, juga perlu dipanjangkan supaya pelaksanaan Silent Book dapat dijalankan
dengan lebih optimum dan sistematik. Pelaksanaan yang lebih rapi akan menghasilkan data

98

yang lebih tinggi kesahan dan kebolehpercayaannya. Walaubagaimanapun, pengkaji
berharap penggunaan Silent Book ini dapat membantu mengatasi masalah murid dalam
kemahiran operasi menambah dalam lingkungan 10.
RUJUKAN
Azizi Subeli & Hu Laey Nee. (2010). Kesan Penggunaan Kaedah Petak Magik dalam

Kemahiran Mendarab dalam Prosiding Seminar Penyelidikan. Diterbitkan oleh
Jabatan Matematik Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak: Institut Pendidikan
Guru Kampus Sarawak , 31-41
Shonkoff, J. P., Meisels, S. j., 2000. Handbookof early childhood intervention.
Cambridge: Cambridge University Press
Jamila Mohammad. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa. Pahang: PTS
Professional Sdn. Bhd.
Deuble. (2010) diperolehi daripada http://www.ct4me.net/math_manipulatives.htm.

99

PERSEPSI SISWA GURU TERHADAP MASALAH TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
SINDROM DOWN

Norahimatul Azwa Binti Abdul Rahim
Dr. Azizi bin Jaafar

Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak
Sindrom Down. Responden seramai 63 orang telah dipilih secara rawak bebas terdiri daripada siswa
guru Institut Pendidikan guru Kampus Kota bharu, Kelantan. Data diperoleh melalui soal selidik yang
menggunakan Skala Likert 1 hingga 5. Item soal selidik terbahagi kepada tiga aspek iaitu maklumat
demografi, pengetahuan sedia ada siswa guru tentang masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom
Down dan persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom down. Data
dianalisis menggunakan perisian SPSS 19.0 dengan kaedah kekerapan, peratusan ujian t-test, anova
dan korelasi. Keputusan kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina
siswa guru dengan persepsi siswa guru. Selain itu, bagi analisis dapatan kajian seterusnya ialah tidak
terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman sedia ada dengan persepsi siswa guru
terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down. Manakala dapatan kajian yang seterusnya
ialah terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan sedia ada siswa guru dengan persepsi
siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down. Dapatan kajian juga memberi
panduan kepada siswa guru, guru pendidikan khas serta semua pendidik untuk terus menambah ilmu
pengetahuan dan pengalaman dengan memberi respon yang positif terhadap masalah tingkah laku
kanak-kanak Sindrom Down.

Kata kunci : Persepsi, pengetahuan, pengalaman

ABSTRACT

This study aimed to examine teachers' perceptions of children's behavior problems with Down
Syndrome. A total of 63 respondents were randomly selected consisting of students of the Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan. Data were obtained through questionnaires using the
Likert Scale 1 through 5. Questionnaire items were divided into three aspects: demographic information,
teachers' existing knowledge of Down's syndrome behavior problems and teachers' perceptions of
children's behavior problems Syndrome down. Data were analyzed using SPSS 19.0 software with
frequency method, percentage of t-test, anova and correlation. The results of this study found that There
is no significant difference between the students 'gender and the students' perceptions. Furthermore,
for the analysis of the findings of the next study, there was no significant difference between the current
experience and teachers' perceptions of children's behavior problems with Down Syndrome. The
findings of the study are that there is a significant relationship between teachers 'existing knowledge
and teachers' perceptions of children's behavior problems with Down Syndrome. The findings also
provide guidance for students, special education teachers and all educators to continue to improve their
knowledge and experience by responding positively to the behavior problems of Down Syndrome
children.

Keywords : Perceptions, knowledge, experience

100

PENGENALAN

Sindrom Down merupakan satu masalah yang disebabkan kromosom di mana kromosom
merupakan serat-serat khusus yang terdapat di setiap sel di dalam badan manusia. Di dalam
kromosom ini terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Bayi
normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom di mana terdapat 23 pasang kromosom secara
keseluruhannya. Sindrom Down terjadi apabila kromosom ke 21 mempunyai 3 kromosom dan
menjadikan keseluruhan jumlah kromosom iailah 47. Hal ini terjadi disebabkan semasa
proses pembahagian sel secara mitosis pada kromosom ke 21 tidak berlaku dengan
sempurna.

Melalui Falsafah Pendidikan Khas ini, guru pendidikan khas merupakan agen
peruahan yang mempunyai tangungjawab yang besar dalam merealisasikan hasrat dan
aspirasi negara. Masalah tingkah laku perlu diberi perhatian yang khusus supaya kanak-
kanak Sindrom Down dapat membentuk tingkah laku yang positif, memberi keyakinan diri
serta meningkatkan pencapaian diri. Guru merupakan agen perubahan yang perlu
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membantu murid masalah
pembelajaran supaya proses pengubahsuaian tingkah laku dapat berjalan dengan lancar dan
berkesan.

PERNYATAAN MASALAH

Kepentingan pemupukan dan pengukuhan disiplin dalam kalangan murid di semua peringkat
persekolahan sentiasa diberi penekanan secara berterusan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Sehubungan dengan itu, peraturan dan dasar berkaitan disiplin dan salah laku
diperkenalkan dan dikuatkuasakan pelaksanaannya di sekolah-sekolah bagi mewujudkan
iklim persekolahan yang sihat.

Kesediaan tingkah laku kanak-kanak ke sekolah akan menyediakan landasan yang
kukuh untuk perkembangan yang seterusnya. Masalah penyesuaian tingkah laku kanak-
kanak perlu dipandang serius kerana Klein, Gonçalves & Silva (2009) melaporkan terdapat
peningkatan masalah penyesuaian tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak yang
dipamerkan dalam persekitaran pendidikan khususnya di sekolah

Perubahan emosi ini kadangkala menghasilkan perubahan sosio emosi,
menimbulkan rasa ketegangan dan ketidaktentuan fizikal dan mental kanak-kanak (Fanti &
Henrich, 2010). Menurut Lycett et al. (2014) dalam Margetts (2005) menyatakan pelbagai
reaksi tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak seperti kebimbangan, pengunduran
diri, menggigit kuku, menghisap ibu jari, gagap dan terbuang air kecil atau besar di dalam

101

kelas adalah isyarat awal bahawa mereka sedang mengalami kesukaran dalam penyesuaian
tingkah laku dalam situasi baharu.

Menurut Dreikurs (1964) menyatakan setiap tingkah laku kanak-kanak di dorong oleh
keperluan serta harapan mereka untuk rasa dimiliki dan banyak kelakuan terarah untuk
mencari tempat dalam dunia sosial. Beliau telah memperincikan empat tujuan kanak-kanak
melakukan masalah tingkah laku iaitu untuk mendapatkan perhatian, memperoleh kuasa,
menyakiti orang lain atau membalas dendam dan memaparkan ketidakcukupan. Dari sini,
penyelidik berpendapat bahawa, kanak-kanak Sindrom Down ini mampu menguruskan
tingkah laku mereka apabila diberi bantuan dan dorongan dari orang sekeliling mereka.

OBJEKTIF, SOALAN DAN HIPOTESIS KAJIAN
Kajian yang akan dijalankan bertujuan untuk mencapai objektif seperti berikut:

i. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina siswa guru
dengan persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down.

ii. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman sedia ada
dengan persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down.

iii. Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan sedia ada
siswa guru dengan persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak
Sindrome Down.

Soalan kajian
Persoalan kajian adalah seperti berikut:

I. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina siswa guru dengan persepsi siswa
guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down?

II. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman sedia ada dengan persepsi
siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down?

III. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan sedia ada siswa guru dengan
persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrome Down?

Hipotesis Kajian
Ho1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina siswa guru dengan persepsi

siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down.

102

Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman sedia ada dengan persepsi
siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down

Ho3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan sedia ada siswa guru
dengan persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom
Down.

KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka konseptual yang terdapat dalam Rajah 1 ialah Kerangka Konseptual Kajian yang
diadaptasi daripada Teori Jangkaan oleh Victor H. Vroom(2005) yang telah direka bentuk
kepada dua tahap. Kerangka ini adalah salah satu rangka yang akan digunakan oleh
penyelidik untuk menerangkan secara menyeluruh berkenaan dengan tajuk kajian yang akan
dijalankan. Melalui kerangka konsep ini juga, pembaca akan lebih mudah memahami tentang
persepsi siswa guru terhadap masalah kanak-kanak Sindrom Down. Kerangka konseptual
kajian seperti Rajah 1 di bawah menunjukkan tahap pertama adalah jantina, pengalaman dan
pengetahuan sedia ada siswa guru merupakan pemboleh ubah tidak bersandar yang dikaji
untuk melihat sejauh mana mempengaruhi persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah
laku kanak-kanak Sindrom Down. Manakala tahap kedua pemboleh ubah bersandar iaitu
persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak sindrom down.

Jantina Pengalaman Pengetahuan
Sedia Ada Sedia Ada

Persepsi Siswa Guru
Terhadap Masalah
Tingkah Laku Kanak-
kanak Sindrom Down

Rajah 1 : Kerangka Konseptual Kajian diadaptasi daripada Teori Jangkaan oleh
Viktor H. Vroom(2005)

103

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tinjauan ini dijalankan untuk melihat persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah
laku kanak-kanak sindrom down. Kajian ini merupakan kajian tinjauan deskriptif di mana kajian
ini akan menggunakan data-data kuantitatif yang dipungut melalui soal selidik. Data-data yang
diperolehi merupakan sampel rawak daripada siswa guru yang mengambil bidang yang
berbeza. Persepsi siswa guru terhadap pengurusan diri kanak-kanak Sindrom Down dapat
dilihat dan dinyatakan melalui tahap penyataan dan persetujuan yang diberikan iaitu 5 (sangat
setuju), 4(setuju), 3(tidak pasti), 2(tidak setuju) dan 1(sangat tidak setuju). Kesedian siswa
guru diperolehi berdasarkan opsyen mereka, jantina dan latar belakang akedemik yang
berbeza.

Populasi kajian ini terdiri daripada siswa di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota
Bharu, Kelantan pada peringkat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Menurut
Gay dan Airasian (2003) menyatakan populasi adalah kumpulan sasaran penyelidik, iaitu
kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan manakala sampel kajian pula
ialah responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi. Menurut
Shearer, C. A., & Webster, J. (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih
daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian. Manakala menurut Portney dan
Walkin (1993) dalam Yahaya, A., Lee, G. M., Ma‘alip, H., & Dunggi, R. (2014) menyatakan
sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji.

Pensampelan yang akan dipilih ialah pensampelan bertujuan yang digunaan bagi
mengumpul data dari kumpulan sampel yang khusus dan spesifik serta bertepatan dengan
objektif kajian malah memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam kajian dan tergolong dalam
populasi kajian. Sampel yang diambil ialah daripada pelbagai bidang malah bilangan siswa
guru perempuan dan lelaki juga diambil secara rawak yang terdiri daripada 75 orang siswa
guru. penyelidik telah memilih seramai 63 orang siswa guru sebagai sampel kajian
berdasarkan penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan yang telah menyenaraikan saiz
sampel yang berpadanan dengan saiz populasi kajian (Krejcie & Morgan 1970, m.s.607-610).

Instumen Kajian

Instrumen utama yang akan digunakan dalam kajian ini ialah melalui borang soal selidik yang
bertujuan untuk memperolehi data kuantitatif. Di dalam soal selidik ini dibina merujuk kepada
soal selidik lepas iaitu “The Problem Behavior Questionnaire: A Teacher-Based Instrument
to Develop Functional Hypotheses of Problem Behavior in General Education Classrooms)
oleh Lewis, T. J., Scott, T. M., & Sugai, G. (1994) yang digunakan dalam kajian lepas. Soal

104

selidik asal merupakan soal sedik yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris. Saya telah menukar
soalan tersebut dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu iaitu “back to back tranlater”
agar siswa guru lebih mudah memahami soal selidik tersebut. Saya juga telah bertemu
dengan pakar bahasa untuk memastikan bahasa yang digunakan dalam instrumen sesuai
dengan tahap siswa guru.

Instrumen penyelidik terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian A (Demografi),
bahagian B dan bahagian C. Soal selidik dipilih sebagai alat kajian kerana melalui soal selidik,
data maklumat siswa guru seperti jantina, pengalaman, pengetahuan sedia ada dan persepsi
siswa guru pelatih dapat diperoleh secara jelas. Di samping itu, menurut Barbie (2000),Gay
(1996), Fraenkel & Wallen (2003) dalam Tajuddin, M. J., Ghani, M. F. A., & Siraj, S. (2018)
soal selidik merupakan kaedah termudah dan berkesan dalam memperoleh data piawai
daripada saiz sampel kajian yang besar dan menyeluruh.

Secara rumusan, Bahagian A mempunyai 3 soalan yang dibentuk untuk mendapatkan
maklumat peribadi siswa guru, di mana maklumat ini mungkin merupakan variabel yang
mempengaruhi pengalaman mereka, manakala Bahagian B mempunyai 5 soalan yang
dikemukakan untuk mengetahui pengetahuan sedia ada siswa guru terhadap masalah tingkah
laku dalam kalangan mereka. Soalan yang ditanyakan dalam Bahagian C mempunyai 20
soalan yang bertujuan untuk mengetahui persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku
kanak-kanak sindrom down. Siswa guru diminta untuk menilai tahap persepsi siswa guru
terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak sindrome down dengan berpandukan skala Likert
yang mengandungi 5 skala, iaitu skala 1 hingga skala 5, di mana skala 5 bermaksud “sangat
setuju’ manakala 1 bermaksud ‘sangat tidak setuju”.

Bahagian Kontruk Bil. Item Sumber

B Pengetahuan Sedia Ada Siswa Guru Tentang
Masalah Tingkah Laku Kanak-kanak Sindrom Down

B1 : Maksud Masalah tingkah laku 1

B2 : Jenis-jenis tingkah laku bermasalah 1 Lewis, T. J.,

B3 : Membezakan tingkah laku Scott, T. M.,

B4 : Kesan masalah tingkah laku terhadap kanak-kanak 1
Sindrom Down
& Sugai, G.

1 (1994)

B5 : Kesan masalah tingkah laku terhadap Pengajaran 1
dan pembelajaran

105

C Persepsi Siswa Guru Terhadap Masalah Tingkah
Laku Kanak-Kanak Sindrom Down

C1: Masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down 1 Lewis, T. J.,

berlaku dan berterusan apabila mereka diminta untuk Scott, T. M.,

melaksanakan tugas. & Sugai, G.

C2: Masalah tingkah laku lebih cenderung berlaku 1 (1994)
kepada kanak-kanak Sindrom Down apabila mereka

tidak mampu melakukan sesuatu yang mereka inginkan.

C3: Masalah tingkah laku akan berlaku apabila kanak- 1
kanak Sindrom Down tidak memperolehi item atau aktiviti
yang mereka inginkan.

C4: Masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down 1
lebih cenderung berlaku di dalam kelas disebabkan faktor
persekitaran.

C5: Masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down 1
lebih cenderung berlaku di dalam kelas disebabkan faktor
keluarga.

C6: Masalah tingkah laku berlaku apabila kanak-kanak 1
Sindrom Down menginginkan perhatian orang sekeliling
mereka.

C7: Masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down 1
berlaku di hadapan orang-orang tertentu.

C8: Masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down 1
lebih cenderung berlaku dalam aktiviti tertentu.

C9: Masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down 1
lebih cenderung berlaku dalam subjek mata pelajaran
tertentu.

C10: Kanak-kanak Sindrom Down akan meninggalkan 1
rakan mereka bersendirian apabila berlaku
percanggahan persefahaman antara mereka.

C11: Kanak-kanak Sindrom Down yang membuat 1
masalah tingkah laku akan diketawakan oleh rakan
sekelas.

C12: Masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down 1
lebih cenderung untuk berlaku sepanjang hari.

C13: Masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down 1
akan berhenti apabila orang sekeliling mereka tidak
berinteraksi dengan mereka.

C14: Masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down 1
berlaku apabila rakan mereka rapat dengan rakan yang
lain.

C15: Masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down 1
akan berhenti apabila mereka di beri arahan.

C16: Masalah tingkah laku akan berhenti apabila guru 1
berhenti memberi arahan atau menjalankan aktiviti.

106

C17: Rakan sekelas akan berhenti berinteraksi dengan 1
kanak-kanak Sindrom Down yang mempunyai masalah 1
tingkah laku. 1
1
C18: Guru memberi arahan untuk mengikut peraturan
atau memberi tugasan apabila masalah tingkah laku
kanak-kanak Sindrom Down berlaku.

C19: Masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down
berlaku apabila mereka berada di luar kawasan sekolah.

C20: Masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down
berlaku apabila guru memberhentikan aktiviti atau
mengambil permainan daripada mereka.

Jadual 1

Kebolehpercayaan

Semakan pakar adalah perlu untuk memastikan ketepatan konstruk serta kejelasan
kandungan (Kline, 2005). Justeru, menurut Abdullah, M. F. N. L. (2019). instrumen penilaian
yang dibina telah diberikan kepada pakar yang mempunyai kemahiran dalam bidang yang
berkaitan untuk disemak bagi memastikan isi kandungannya bersesuaian dan menepati
matlamat kajian. Pemilihan pakar adalah terdiri daripada tiga orang pensyarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Proses seterusnya ialah keputusan penilaian pakar
dikumpulkan dan dianalisis. Kumpulan pakar ini telah membuat semakan, memberi maklum
balas serta komen terhadap item-item yang dibina dan secara langsung kesahan muka
diperoleh.

Bagi Sekaran (1992) dalam Othman, M. S., & Kassim, A. Y. (2018) pula menyatakan
nilai kebolehpercayaan yang kurang daripada 0.60 adalah dianggap rendah dan tidak boleh
diterima, nilai “Cronbach Alpha“ antara 0.60 hingga 0.80 adalah diterima manakala nilai
“Cronbach Alpha” yang melebihi 0.80 adalah dianggap baik. Berdasarkan penerangan di atas,
penulis telah menggunakan nilai “Cronbach Alpha” bagi menentukan kebolehpercayaan soal
selidik. Justeru, penyelidik menggunakan kaedah ketekalan dalaman bagi menentukan pekali
kebolehpercayaan iaitu mencari pekali alfa atau dikenali sebagai Cronbach Alpha bagi setiap
konstruk dan keseluruhan instrumen penilaian tersebut melalui program Statistical Package
for Social Science (SPSS). Chua (2006) dalam Ahmad, M. I., Manaf, M. F. A., & Jaffar, M. N.
(2019) menyatakan bahawa bagi menentukan item individu yang harus dikekalkan atau
disingkirkan, data-data kajian rintis boleh dianalisis dengan analisis item menggunakan
program pekali kebolehpercayaan “Cronbach Alpha”.

107

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Maklumat Demografi

Perkara-perkara yang berkaitan dengan latar belakang siswa guru dalam kajian ini adalah
jantina, opsyen dan maklumat mengenai sindrom down. Jadual 2 dan Rajah 1 menunjukkan
bilangan siswa guru yang terlibat dalam kajian ini. 63 orang siswa guru terdiri daripada 12
(19%) lelaki manakala 51 (81%) perempuan, kesemua siswa guru merupakan pelajar
semester terakhir di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu Kelantan.

Jantina Responden

Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Percent
Valid Lelaki 12 19.0 19.0 19.0
Perempuan
Total 51 81.0 81.0 100.0

63 100.0 100.0

Jadual 2

Jadual 3 menunjukkan bilangan siswa guru bagi setiap opsyen. Terdapat 7 opsyen
yang terdapat di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Antaranya ialah opsyen
Pendidikan Khas 1 dan Sejarah 2 di mana terdapat seramai 6 (9.5%) siswa guru yang
menjawab soal selidik. Bagi Pendidikan Khas 2 seramai 12 (19 %) siswa guru yang telah
menjawab soal selidik. Selain itu, bagi opsyen Pemulihan dan Tesl 1 seramai 8 (12.7%) siswa
guru yang telah menjawab soal selidik. Bagi Opsyen Sejarah 2 pula seramai 14 (22.2%) siswa
guru yang telah menjawab soal selidik. Akhirnya ialah Tesl 2 seramai 9 (14.3%) siswa guru
telah menjawab soal selidik. Berdasarkan bilangan siswa guru yang menjawab soal selidik,
opsyen Sejarah 2 yang paling ramai menjawab soal selidik manakala Pendidikan Khas 1 dan
Sejarah 2 merupakan siswa guru yang paling sedikit yang menjawab soal selidik.

108

Opsyen

Valid Pendidikan Khas 1 Frequency Percent Valid Percent Cumulative
Pendidikan Khas 2 Percent
Pemulihan 6 9.5 9.5
Sejarah 1 12 19.0 19.0 9.5
Sejarah 2 12.7 12.7 28.6
Tesl 1 8 22.2 22.2 41.3
Tesl 2 14 63.5
Total 9.5 9.5 73.0
6 12.7 12.7 85.7
8 14.3 14.3 100.0
9 100.0 100.0
63

Jadual 3

Jadual 4 pula berkaitan tentang siswa guru memperolehi maklumat mengenai Sindrom
Down melalui beberapa tempat. Antaranya ialah siswa guru memperolehi maklumat melalui
ahli keluarga dan Universiti iaitu seramai 12 (19%) siswa guru. Selain itu, siswa guru yang
memperolehi maklumat melalui sekolah rendah dan kursus ialah seramai 13 (20.6%). Hanya
seramai 6 (9.5%) siswa guru yang memperolehi maklumat melalui sekolah menengah.
Akhirnya, seramai 7 (11.1%) siswa guru yang tiada pengetahuan tentang Sindrom down.
Berdasarkan jadual 5, sekolah rendah dan kursus merupakan tempat siswa guru mendapat
maklumat mengenai Sindrom Down yang paling tinggi iaitu seramai 13 (20.6%) siswa guru
dan ahli keluarga seramai 12 (19%) siswa guru manakala di sekolah menengah pula jumlah
siswa guru yang paling rendah mendapat maklumat mengenai Sindrom Down iaitu seramai 6
(9.5%) siswa guru. Dari sini, kita dapat lihat bahawa siswa guru lebih cenderung mendapat
maklumat mengenai Sindrom Down melalui ahli keluarga, sekolah rendah dan kursus.
Namun, di sekolah menengah siswa guru kurang mendapat pendedahan mengenai Sindrom
Down.

Maklumat Mengenai Sindrom Down

Valid Ahli Keluarga Frequency Percent Valid Percent Cumulative Percent
Sekolah Rendah 12 19.0 19.0 19.0
Sekolah Menengah 13 20.6 20.6 39.7
Universiti 6 9.5 9.5 49.2
Kursus 19.0 68.3
Tiada Pengetahuan 12 19.0 20.6 88.9
Total 13 20.6 11.1 100.0

7 11.1 100.0
63 100.0

Jadual 4

109

Persoalan Kajian Pertama

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina siswa guru dengan persepsi
siswa guru?

Bagi menjawab persoalan kajian ini berdasarkan Jadual 10 di bawah, menunjukkan ujian-t
didapati min efikasi bagi siswa guru lelaki ialah 3.29 manakala min efikasi bagi bagi siswa
guru perempuan ialah 3.36. Nilai sig yang diperolehi ialah 0.674 iaitu lebih besar daripada
nilai 0.01. Maka penyelidik dapat membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara tahap efikasi siswa guru lelaki dan siswa guru perempuan. Keputusan
ini menerima Ho1 iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina siswa guru
dengan persepsi siswa guru. Siswa guru perempuan mempunyai tahap min efikasi yang lebih
tinggi berbanding siswa guru lelaki. Kesimpulannya, siswa guru perempuan adalah lebih
positif berbanding siswa guru lelaki.

Jadual 12 : Keputusan Ujian-t Terhadap Jantina Dan Persepsi Siswa Guru
Terhadap Masalah Tingkah Laku Kanak-Kanak Sindrom Down

Jantina N Min SD df t p
Lelaki
Persepsi 12 3.29 .264 61 -.42 .674

Perempuan 51 3.36 .508 .542
*p<0.01

Persoalan Kajian Kedua

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman sedia ada dengan
persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down?

Bagi menjawab persoalan kajian kedua berdasarkan Jadual 13, Ujian ANOVA menunjukkan
bahawa perbezaan pengalaman sedia ada siswa guru dengan persepsi siswa guru adalah
tidak signifikan secara statistik (F (5,57) = 0.341 berdasarkan pengalaman sedia ada siswa
guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak sindrom down. Keputusan ini menerima

110

Ho2 iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman sedia ada dengan
persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down.
Kesimpulannya, hasil analisis ANOVA menunjukkan bahawa pengetahuan sedia ada tidak
bias kepada persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak sindrom down.

Jadual 13.0 : Keputusan Ujian ANOVA Pengalaman Sedia Ada Siswa Guru Dengan
Persepsi Siswa Guru Terhadap Masalah Tingkah Laku Kanak-Kanak Sindrom Down

N Min SD df1 df2 F p
12 3.33 .487 5
Persepsi Ahli keluarga 57 .341 .887

Sekolah rendah 13 3.42 .481

Sekolah 6 3.33 .242
menengah 12
3.36 .408
Universiti 3.38 .556
3.17 .588
kursus 13

Tiada pengalaman 7

Total 63 3.34 .470
*p<0.05

Persoalan Kajian Ketiga

Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan sedia ada siswa guru
dengan persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrome
Down?

Bagi menjawab persoalan kajian ini berdasarkan Jadual 14 hasil Ujian Korelasi Pearson
menunjukkan pengetahuan sedia ada siswa guru mempunyai hubungan positif yang signifikan
(r = .355, p < 0.01) secara statistik dengan persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah
laku kanak-kanak sindrom down. Keputusan ini berjaya menolak Ho3 iaitu tidak terdapat
hubungan yang signifikan antara pengetahuan sedia ada siswa guru dengan persepsi siswa
guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down. Oleh itu, apabila
pengetahuan siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down tinggi

111

maka persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down juga
tinggi begitu juga apabila pengetahuan siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-
kanak Sindrom Down rendah maka persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku
kanak-kanak Sindrom Down juga rendah. Pengetahuan sedia ada siswa guru menunjukkan
hubungan yang rendah iaitu 0.355 dengan persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah
laku kanak-kanak Sindrom Down. Berdasarkan kajian Aini, A. N., & Hanifah, N. A. (2015) ini
memberi fokus yang sama dengan kajian penyelidik iaitu masalah tingkah laku kanak-kanak
sindrom down, dapatan kajian yang diperolehi penyelidik selari dengan dapatan kajian Aini,
A. N., & Hanifah, N. A. (2015) di mana Hipotesis kedua-dua penyelidik di tolak.
Kesimpulannya, kajian telah menunjukkan bahawa pengetahuan sedia ada siswa guru
mempunyai hubungan yang signifikan dengan persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah
laku kanak-kanak Sindrom Down.

Jadual 14 : Nilai-nilai Korelasi Pearson di antara pemboleh ubah

Persepsi Pearson Correlation Persepsi Pengetahuan
1 .355**
.004
Pengetahuan Sig. (2-tailed) 63 63
N .355** 1
Pearson Correlation
63
Sig. (2-tailed) .004
N 63
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Sebelum mengakhiri kajian ini, sekali lagi penyelidik ingin menekankan bahawa, kajian ini
telah mencapai matlamat kajian, menjawab persoalan kajian dan memenuhi kesemua objektif
kajian yang telah ditetapkan di awal kajian. Berdasarkan dapatan kajian jelas didapati bahawa
pengalaman dan pengetahuan sedia ada siswa guru mempengaruhi persepsi siswa guru
terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down.

Dalam pada itu, dalam mengkaji hubungan antara pengetahuan sedia ada dengan
persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak sindrom down mempunyai
hubungan yang signifikan. Bagi menguji perbezaan dapatan kajian sama ada perbezaan
jantina mempengaruhi persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak
Sindrom Down dengan cara menggunakan ujian-t. dapatan kajian ini menunjukkan min efikasi

112

bagi siswa guru lelaki ialah 3.29 manakala min efikasi bagi bagi siswa guru perempuan ialah
3.36. Nilai sig yang diperolehi ialah 0.674 iaitu lebih besar daripada nilai 0.05. Maka penyelidik
dapat membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap
efikasi siswa guru lelaki dan siswa guru perempuan. Manakala bagi mengenalpasti
pengalaman sedia ada mempengaruhi persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku
kanak-kanak Sindrom Down penyelidik menggunakan ANOVA untuk menganalisis data.
Berdasarkan Ujian ANOVA menunjukkan bahawa perbezaan pengalaman sedia ada siswa
guru dengan persepsi siswa guru adalah tidak signifikan secara statistik (F(5,57)=0.341
berdasarkan pengalaman sedia ada siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak
sindrom down. Keputusan ini menerima hipotesis iaitu tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara pengalaman sedia ada dengan persepsi siswa guru terhadap masalah
tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down.

Bagi menguji sama ada terdapat hubungan antara pengetahuan sedia siswa guru
dengan persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down.
Dapatan kajian menghuraikan pengetahuan sedia ada siswa guru mempunyai hubungan
positif yang signifikan (r = .355, p < 0.01) secara statistik dengan persepsi siswa guru terhadap
masalah tingkah laku kanak-kanak sindrom down. Keputusan ini berjaya menolak Ho3 iaitu
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan sedia ada siswa guru dengan
persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak Sindrom Down.

Kesimpulannya, pengetahuan dan pengalaman sedia ada sangat penting dalam
memberi persepsi yang positif dan tidak bias terhadap masalah tingkah laku kanak-kanak
Sindrom Down. Pengetahuan dan persepsi penting bagi menentukan bentuk pandangan
masyarakat terhadap kanak-kanak pendidikan khas. Siswa guru tidak kira bidang perlu juga
mempunyai pengetahuan berkaitan pendidikan khas agar membantu mereka di sekolah pada
masa akan datang. Pengetahuan berkaitan pendidikan khas boleh membantu siswa guru
untuk mengurus murid secara berperingkat dalam masa yang sama membina persepsi yang
lebih positif dalam diri siswa guru terhadap kanak-kanak pendidikan khas. Malah, siswa guru
pendidikan khas tanpa mengira umur, kaum dan jantina perlu melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran berkaitan pendidikan khas dan sentiasa membuat
penambahbaikan ketika mengajar. Melalui pengetahuan, kemahiran dan pembinaan modul
serta kursus dalam perkhidmatan, guru pendidikan khas akan lebih bersedia untuk
menghadapi dan menangani cabaran apabila mengurusmaslah tingkah tingkah laku murid
pendidikan khas.

113

Secara keseluruhannya kajian persepsi siswa guru terhadap masalah tingkah laku
kanak-kanak Sindrom Down ini sangat penting dan ianya memberi impak yang besar terhadap
perkembangan pendidikan khas khususnya dan pendidikan Malaysia amnya kerana dapat
memberi kesedaran kepada bakal pendidik, masyarakat dan negara tentang kepentingan
pengetahuan tingkah laku kanak-kanak pendidikan khas khususnya Sindrom Down agar hak
kanak-kanak pendidikan khas dapat dikekalkan dan dipertingkatkan lagi.

RUJUKAN
Abdullah, M. F. N. L. (2019). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen penilaian kendiri

pembelajaran geometri tingkatan satu. Malaysian Journal of Learning and Instruction,
14(1), 211-265.

Ahmad, M. I., Manaf, M. F. A., & Jaffar, M. N. (2019). Kesahan dan Kebolehpercayaan
Instrumen Model Keperluan Bahasa Arab Untuk Pelancongan Islam di Selangor. e-
Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL), 1(1), 48-63.

Alshare, K.A., & Alkhateeb, F.B. (2008). Predicting students usage of Internet in two emerging
economies using an extended technology acceptance model (TAM). Academy of
Educational Leadership Journal 12(2): 109-128.

Davis, F.D. (1989). Perceived usefulness, perceived ease of use, and user acceptance of
information technology. MIS Quarterly 13(3): 319-340.

Dreikurs, R. (1964). Children: The Challenge. Plume: Chicago.

Fanti, K. A., & Henrich, C. C. (2010). Trajectories of pure and co-occurring internalizing and
externalizing problems from age 2 to age 12: Findings from the National Institute of
Child Health and Human Development Study of Early Child Care. Developmental
Psychology, 46(5), 1159– 1175. http://doi.org/10.1037/a0020659

Gay, L. R., & Mills, G. E. dan Airasian, P.(2003). Educational research: Competencies for
analysis and applications (7th ed.). Ohio: Merrill Prentice Hall.

Ika Destiana, Ali Salman & Mohd. Helmi Abd. Rahim. (2013). Penerimaan Media Sosial:
Kajian Dalam Kalangan Pelajar Universiti Di Palembang. Jurnal Komunikasi Malaysian
Journal of Communication Jilid 29(2) 2013: 125-140

Klein, J. M., Gonçalves, A. & Silva, C. F. (2009). The Rutter Children Behaviour Questionnaire for
teachers: from psychometrics to norms, estimating caseness. Psico-USF (Impresso), 14,
157–165. http://doi.org/10.1590/S1413-82712009000200004

Kline, R. B. (2005). Principles and practice of structural equation mod.

114

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970) Determining sample size for research activities.
Educational and Psychological Measurement, 30, 607-6 10

Lewis, T. J., Scott, T. M., & Sugai, G. (1994). The problem behavior questionnaire: A teacher-
based instrument to develop functional hypotheses of problem behavior in general
education classrooms. Diagnostique, 19(2-3), 103-115.

Margetts, K. (2005). Children‘s adjustment to the first year of schooling: Indicators of hyperactivity,
internalising and externalising behaviours. International Journal of Transitions in Childhood,
1, 36–44.

Othman, M. S., & Kassim, A. Y. (2018). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Komposisi
Pengajaran Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah yang Mengintegrasikan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Menerusi Pengajaran Akidah. Sains Humanika,
10(3).

Shearer, C. A., & Webster, J. (1985). Aquatic hyphomycete communities in the River Teign.
III. Comparison of sampling techniques. Transactions of the British Mycological
Society, 84(3), 509-518.

Tajuddin, M. J., Ghani, M. F. A., & Siraj, S. (2018). Capacity Levels of Academic Staff in a
Malaysian Public University: Students’ Perspective. MOJES: Malaysian Online Journal
of Educational Sciences, 1(3), 1-13.

Yahaya, A., Lee, G. M., Ma‘alip, H., & Dunggi, R. (2014). Pengaruh media berunsur agresif
dan kesannya terhadap tingkah laku pelajar sekolah menengah. In Proceeding of
National Action Research Conference.

115

TAHAP PENGETAHUAN DAN PENERIMAAN MURID ARUS PERDANA TERHADAP
MURID PENDIDIKAN KHAS

Muhammad Zulhazmi bin Sharun
Puan Che Noorwani binti Che Wil
Jabatan Pendidikan Khas IPG Kampus Kota Bharu

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau persepsi murid aliran perdana terhadap murid khas integrasi bermasalah
pembelajaran. Responden seramai 74 orang telah dipilih iaitu yang terdiri daripada murid tahap 2 dari
Sekolah Kebangsaan Beris Kubor Besar, Kelantan. Data diperolehi melalui soal selidik yang
menggunakan skala likert 1 hingga 5. Item soal selidik terbahagi kepada tiga apek iaitu tahap
pengetahuan dan kefahaman, persepsi terhadap tingkah laku dan disiplin dan penerimaan murid aliran
perdana terhadap murid bemasalah pembelajaran, Data dianalisis menggunakan kaedah kekerapan,
peratusan dan min. Kepututsan kajian ini mendapati tahap pengetahuan dan kefahaman, persepsi dan
penerimaan murid aliran perdana terhadap murid bermasalah pembelajaran adalah sederhana.
Daripada dapatan kajian juga ia dapat memberi panduan kepada guru-guru untuk merancang strategi
baru bagi meningkatkan lagi hubungan sosialisasi di antara murid aliran perdana dan murid bermasalah
pembelajaran.
Kata Kunci: Pengetahuan, penerimaan, persepsi, tingkah laku, murid pendidikan khas, murid aliran
perdana

ABSTRACT

This study aimed to examine the perceptions of mainstream students on students with special learning
disabilities. A total of 74 respondents were selected, consisting of 2nd graders from Sekolah
Kebangsaan Beris Kubor Besar, Kelantan. Data were obtained through questionnaires using a scale of
1 to 5. The items of the questionnaire were divided into three levels namely knowledge level and
understanding, perceptions of behavior and discipline and student acceptance of the mainstream flow
of students with learning disabilities, Data were analyzed using frequency, percentage and min. The
findings of this study found that the level of knowledge and understanding, perception and acceptance
of mainstream students towards students with learning disabilities was moderate. The findings also
provide guidance for teachers to devise new strategies for enhancing socialization among mainstream
students and students with learning disabilities.
Keywords: Knowledge, acceptance, perception, behavior, special education students, mainstream
students

116

PENGENALAN

Program-program pendidikan yang berbentuk integrasi adalah penting dalam memberi
peluang kepada murid-murid berkeperluan khas mengikuti suasana pembelajaran yang sama
seperti murid-murid biasa (Akta Pendidikan 1996). Menempatkan mereka di sekolah biasa
adalah satu langkah awal yang bijak. Dengan program integrasi, peluang untuk bersosialisasi
dan menyesuaikan diri dengan murid-murid arus perdana akan terbuka luas. Ia selaras
dengan Falsafah Pendidikan Khas iaitu menyediakan peluang yang sama kepada murid-
murid khas seperti yang diberikan kepada kanak-kanak arus perdana untuk perkembangan
psikososial yang seimbang.

PERNYATAAN MASALAH

Di Malaysia, program pendidikan khas telah bermula sejak awal tahun 1920-an lagi.
Pertambahan bilangan sekolah-sekolah di seluruh negara yang menjalankan program ini
sehingga kini telah berjaya membuka mata semua pihak. Program integrasi yang disediakan
ini adalah untuk mewujudkan satu hubungan sosial antara murid-murid khas dengan murid-
murid arus perdana. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JPK, sehingga Januari
2002 seramai 10 223 orang murid yang terlibat di dalam program pendidikan khas bermasalah
pembelajaran di seluruh negara (JPK 2002). Walau bagaimanapun kesedaran sahaja tidak
bermakna sekiranya persepsi masyarakat terhadap perkembangan program ini masih berada
dalam takuk yang lama. Oleh itu, sebagai sebuah masyarakat yang mempunyai pelbagai
lapisan peringkat, seharusnya berupaya dan sedar akan peranan masing-masing dalam
mempertingkatkan lagi program pendidikan khas ini. Masyarakat tidak seharusnya melihat
tanggungjawab membela nasib murid-murid berkeperluan khas ini hanya kepada pihak
sekolah dan ibu bapa sahaja, tetapi perlulah bersama-sama berganding bahu untuk
menjayakannya. Kajian Gottied (1975) dan Gresham (1984) dalam Ang Huat Bin (1999)
mendapati bahawa murid yang kecacatan mental selalunya kurang diterima dan mereka
bertindak lebih ke arah negatif berbanding dengan rakan-rakan sebayanya yang arus
perdana. Menyedari permasalahan ini, pengkaji telah berminat untuk meneliti tahap
penerimaan sekelompok komuniti sekolah, iaitu murid-murid arus perdana terhadap murid-
murid berkeperluan khas yang terdapat di sekolah mereka. Komuniti murid yang terlibat
adalah terdiri daripada murid sekolah sekitar Pengkalan Chepa dan Kota Bharu. Kajian yang
dijalankan ini mengambil kira pandangan murid-murid arus perdana terhadap pelaksanaan
program pendidikan khas yang telah sedia ada di sekolah mereka.

117

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan murid-murid aliran perdana terhadap masalah
yang dialami oleh murid-murid berkeperluan khas.

2. Melihat persepsi murid-murid aliran perdana terhadap tingkah laku murid-murid
berkeperluan khas.

3. Menilai penerimaan murid-murid aliran perdana terhadap murid-murid berkeperluan
khas.

Soalan Kajian

Di dalam kajian ini, beberapa persoalan akan diketengahkan oleh pengkaji. Persoalan-
persoalan itu adalah seperti berikut:

1) Sejauh manakah murid-murid khas mengetahui dan memahami keadaan sebenar
murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran terutama dari segi kecacatan
mereka?

2) Bagaimanakah persepsi murid-murid khas terhadap tingkah laku dan disiplin
murid-murid khas bermasalah pembelajaran?

3) Sejauh manakah penerimaan murid-murid khas terhadap murid-murid pendidikan
khas bermasalah pembelajaran di sekolah mereka?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian korelasi yang menggunakan pendekatan kuantitatif.
Kajian korelasi bertujuan untuk mengkaji perhubungan atau perkaitan antara satu
pembolehubah dengan pembolehubah yang lain (Creswell, 2008). Selain daripada itu, kajian
korelasi berupaya mengenalpasti arah dan kekuatan yang wujud dari perkaitan antara
pembolehubah.

Mohd Najib (2003) menyatakan bahawa kaedah tinjauan menerusi penggunaan soal
selidik telah banyak digunakan kerana ia merupakan cara yang berkesan dan praktikal untuk
mendapatkan maklumat. Soal selidik ini mengandungi item kajian penyelidik dan lazimnya
item telah disusun secara rawak. Disamping itu, responden boleh menjawab soal selidik
secara serta merta kerana kriteria kesahan dan kebolehpercayaannya adalah tinggi.

Populasi bagi kajian ini ialah murid-murid aliran perdana tahap 2 di Sekolah
Kebangsaan Beris Kubor Besar, Bachok, Kelantan. Bilangan populasi telah ditetapkan

118

seramai 85 murid. Saiz sampel kajian yang dipilih ialah berdasarkan jadual Krejcie dan
Morgan seramai 70 orang daripada jumlah populasi 85 orang responden. Jadual 1
menunjukkan bilangan murid aliran perdana yang diambil sebagai respondan dan bilangan
sampel yang diambil. Persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah. Ia
dilakukan dengan menggunakan kaedah memilih sampel dari populasi dari senarai yang
banyak dengan menggunakan jadual nombor rawak. Bagi populasi yang bilangan ahlinya
besar, penggunaan jadual nombor rawak adalah lebih sesuai. Oleh itu setiap ahli dalam
populasi mempunyai peluang untuk dipilih (Mohd Najib, 2003).

Untuk menentukan objektif sesuatu kajian dapat dicapai, saya telah memilih instrumen
kajian yang sesuai. Wiersma (2000) menyatakan bahawa alat kajian dapat mengukur sesuatu
pembolehubah dan dapat menjawab persoalan kajian yang dikemukakan dengan tepat. Untuk
menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik yang mengandungi
tiga iaitu jantina, umur dan jenis sekolah menengah. Item-item soal selidik adalah mengikut
ukuran tetap yang menyebabkan ia mudah diurus dan dianalisis secara sistematik
menggunakan komputer. Menurut Mohd Najib (2003), soal selidik ini merupakan alat
pengukuran yang menjadi kebiasaan dalam penyelidikan Pendidikan.

Penggunaan soal selidik dapat mengelakkan daripada berlakunya bias kepada pihak temu
bual apabila ia akan memberi peluang kepada responden untuk berfikir. Soal selidik dibentuk
berpandukan kajian-kajian yang lepas dan ditambah baik oleh penyelidik sendiri untuk
memantapkan hasil kajian. Borang soal selidik ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian
A mengandungi maklumat diri murid dan Bahagian B mengandungi item soal selidik
berhubung dengan persoalan kajian yang dikaji. Bahagian B ini mengandungi 20 item yang
dibahagikan kepada tiga bahagian berdasarkan kepada persoalan kajian

Kesahan sesuatu instrument merujuk kepada sejauh manakah sesuatu instrumen
mengukur apa yang sepatutnya diukur (Cresswell, 2010). Sesuatu instrumen tersebut
dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi jika darjah kebolehannya mengukur apa yang
sepatutnya diukur adalah tinggi (Mohd Majid, 1990). Kesahan sesuatu instrumen adalah
penting bagi memastikan dapatan yang diperolehi boleh dipercayai dan tidak dipersoal
(Kerlinger & Lee, 2001). Bagi menentukan kesahan instrumen pengkaji menguji kesahan
muka dan kandungan instrumen.

Kebolehpercayaan pula sering dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan
ketekalan dalaman (Creswell, 2010). Nilai Cronbach Alpha pula seringkali dirujuk semasa
pengukuran ketekalan dalam sesuatu konstuk (Cronbach, 1946; Norusis, 1997). Nilai
Cronbach Alpha yang melebihi 0.60 sering kali diguna pakai sebagai indeks
kebolehpercayaan sesuatu instrument (Mohd Majid, 1990; Siti Rahaya, 2003). Bagi Sekaran

119

(1992) pula, nilai kepercayaan yang kurang daripada 0.60 adalah dianggap rendah dan tidak
boleh diterima, nilai Alfa antara 0.60 hingga 0.80 adalah diterima manakala nilai Alfa melebihi
0.80 adalah dianggap baik. Berdasarkan penerangan diatas pengkaji telah menggunakan
SPSS untuk mencari nilai Cronback Alpha bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik.

Bentuk kaedah penyelidikan dalam kajian ini iaitu penyelidikan kuantitatif.
Penyelidikan kuantitatif adalah data yang diperolehi dalam bentuk angka atau bilangan dan
dikumpulkan dengan menggunakan kaedah-kaedah yang tertentu. Penganalisisan data
kuantitatif selalunya dilakukan dengan menggunakan kaedah statistik. Data-data yang
diperolehi di kemukakan dalam bentuk carta dan jadual. Sumber data yang diperolehi dalam
penyelidikan kuantitatif adalah terdiri daripada borang soal selidik yang telah diedarkan
kepada responden-responden yang telah dipilih.

Dalam usaha mengumpul data yang diperlukan, pengkaji menggabungkan beberapa
kaedah dengan melakukan dua bentuk penyelidikan utama iaitu Kajian Perpustakaan (Library
Research) dan Kajian Lapangan (Field Research)

Dalam menganalisis data, pengkaji menggunakan perisian SPSS Statistics versi 22.
Perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) diaplikasi dalam menganalisis
borang soal-selidik yang telah dikembalikan. Setelah data diperolehi dan diproses dengan
menggunakan “Kaedah SPSS” untuk menunjukkan perolehan data.

Apabila data melalui kaedah soal-selidik telah dikumpulkan dan dikey-in dalam borang
yang disediakan dalam program SPSS, ia akan dianalisis dan dikemukakan dalam bentuk
statistik deskriptif. Menurut Alias Baba, statistik deskriptif digunakan untuk memperihalkan
keadaan data yang terdapat pada sampel kajian. Ianya ialah proses mengumpul data,
membuat rumusan dan menyampaikan rumusan dan bentuk yang senang difahami oleh
kumpulan sasaran. Selain itu, statistik deskriptif bertujuan memberi penerangan yang
sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta
dan tepat.

Oleh itu statistik deskriptif adalah memperihal keadaan data yang terdapat pada
sampel bermula dari proses pengumpulan sehingga kepada rumusan dengan cara sistematik
dan tepat. Segala data yang diperolehi daripada temubual tidak berstruktur juga dianalisis
secara kualitatif bagi menyokong dan dapat menguatkan lagi kajian ini.

Selain itu, statik inferensi digunakan bagi menguji setiap hipotesis kajian yang
dikemukakan. Ujian korelasi Pearson digunakan bagi mengkaji perkaitan antara
pembolehubah-pembolehubah. Dalam kajian ini, perkaitan yang dikaji melibatkan

120

pembolehubah tidak bersandar, iaitu pengetahuan ibu bapa tentang amalan pemakanan
seimbang serta pembolehubah bersandar, iaitu tingkah laku anak mereka.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN
i. Analisis Statistik Deskriptif (Statistic Descriptive )
Analisis statistik dekriptif digunakan adalah untuk memerihalkan ciri-ciri data yang diperolehi
seperti min (mean) dan sisihan piawai (Standard deviation) untuk menguji tahap potensi
pembolehubah yang diuji. Berikut adalah pembolehubah yang diuji :
i. Persepsi murid normal terhadap tingkahlaku dan disiplin murid khas
ii. Tahap penerimaan murid normal terhadap murid khas bermasalah pembelajaran

ii. Analisis Kolerasi

Analisis kolerasi digunakan dalam menganalisis data adalah bertujuan untuk mengukuhkan
hasil kajian dan menyokong keputusan daripada analisis regrasi

Correlations

TahapBar PersepsiBa Penerimaa

u1 ru1 nBaru1

TahapBaru1 Pearson 1 .595** .516**
Correlation

Sig. (2-tailed) .000 .000

N 83 83 83

PersepsiBaru1 Pearson .595** 1 .588**
Correlation

Sig. (2-tailed) .000 .000

N 83 83 83

PenerimaanBa Pearson .516** .588** 1
ru1 Correlation

Sig. (2-tailed) .000 .000

N 83 83 83

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Jadual 4.5 Kolerasi Pearson

121

Kolerasi Pearson merupakan ukuran kekuatan yang wujud di antara pembolehubah
bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pekali Pearson (r) adalah garisan yang paling
banyak merentasi data antara kedua-dua pembolehubah tersebut.

Jadual di atas menunjukkan bahawa keseluruhan nilai Pekali Pearson (r). Hubungan di antara
tahap pengetahuan dan penerimaan murid-murid aliran perdana terhadap murid-murid
pendidikan khas masalah pembelajaran dengan persepsi murid normal terhadap tingkah laku
dan disiplin murid khas adalah signifikan dimana ia mencatatkan nilai (r) yang paling tinggi
iaitu sebanyak 0.596 dan ini menunjukkan bahawa kebolehpercayaan dalaman yang kuat
untuk skala kajian ini dengan menggunakan sample yang tertentu. Hal ini kerana persepsi
murid berkait rapat dengan tahap pengetahuan murid.

Seterusnya diikuti oleh tahap penerimaan murid normal terhadap murid khas bermasalah
pembelajaran yang signifikan dengan mencatat nilai (r) kedua tertinggi dengan nilai sebanyak
0.516 dan ini menunjukkan bahawa kebolehpercayaan dalaman yang kuat untuk skala kajian
ini dengan menggunakan sample yang tertentu. Hal ini kerana tahap penerimaan murid juga
penting dan berkait rapat dengan tahap pengetahuan murid.

iii. Analisis Hipotesis

Koefisien Kolerasi Hubungan

r=0 Tiada hubungan antara pembolehubah

0 < r< + 1 Hubungan yang positif antara
pembolehubah

-1 < r < 0 Hubungan yang negatif anatara
pembolehubah

Hubungan Koefisien Kolerasi

122

Persepsi Murid Normal Terhadap tingkah laku dan disiplin murid khas
H1 Terdapat hubungan yang signifikan antara DITERIMA

faktor persepsi murid normal terhadap
tingkah laku dan disiplin murid khas dengan
tahap pengetahuan menngenai murid khas
bermasalah pembelajaran.

Tahap Penerimaan Murid Normal Terhadap Murid Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran

H2 Terdapat hubungan yang signifikan antara DITERIMA
faktor tahap penerimaan murid normal
terhadap murid khas bermasalah
pembelajaran dengan tahap pengetahuan
mengenai murid khas bermasalah
pembelajaran.
Jadual 4.6 (b) Menunjukkan keputusan Analisis Hipotesis

Analisis hipotesis ini dilakukan bagi mengetahui hasil kajian yang dilakukan sama ada
keputusan hipotesis yang dihasilkan diterima atau ditolak melalui analisis kolerasi yang
dilakukan dengan merujuk kepada jadual 4.6
Terdapat dua hipotesis yang dikaji dalam penyelidikan ini iaitu :
4.6.1 Hipotesis 1 : Persepsi Murid Normal Terhadap Tingkah Laku dan Disiplin Murid Khas
H1 : Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor persepsi murid normal terhadap tingkah
laku dan disiplin murid khas dengan tahap pengetahuan menngenai murid khas bermasalah
pembelajaran.
Berdasarkan hasil kajian analisis kolerasi yang dilakukan menunjukkan bahawa hubungan
yang mempengaruhi tahap pengetahuan mengenai murid khas bermasalah pembelajaran
mempunyai hubungan yang signifikan terhadap persepsi murid normal terhadap tingkah laku
dan disiplin murid khas. Hipotesis ini menunjukkan jadual 4.5 ialah 0.000 nilai signifikan iaitu
lebih kecil daripada 0.001. H1 diterima dan persepsi murid normal terhadap tingkah laku dan

123

disiplin murid khas mempunyai hubungan positif yang signifikan terhadap tahap pengetahuan
menngenai murid khas bermasalah pembelajaran.

4.6.2 1 Hipotesis 2 : Tahap Penerimaan Murid Normal Terhadap Murid Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran

H1 : Terdapat hubungan yang signifikan antara faktor tahap penerimaan murid normal
terhadap murid khas bermasalah pembelajaran dengan tahap pengetahuan mengenai murid
khas bermasalah pembelajaran.

Berdasarkan hasil kajian analisis kolerasi yang dilakukan menunjukkan bahawa tahap
penerimaan murid normal terhadap murid khas bermasalah pembelajaran mempengaruhi
tahap pengetahuan mengenai murid khas bermasalah pembelajaran.Hipotesis ini
menunjukkan jadual 4.5 ialah 0.000 nilai signifikan iaitu lebih kecil daripada 0.001. H1 diterima
dan tahap penerimaan murid normal terhadap murid khas bermasalah pembelajaran
mempunyai hubungan positif yang signifikan terhadap tahap pengetahuan menngenai murid
khas bermasalah pembelajaran.

KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI

Dalam bab terakhir, pengkaji akan membincangkan dan membuat rumusan keputusan
yang telah dimiliki dalam bab empat iaitu dapatan kajian. Segala hasil dan keputusan dapatan
kajian akan dirumuskan dan ada cadangan penambahbaikan bagi mendapatkan hasil kajian
yang lebih baik untuk pengkaji akan datang. Cadangan yang diberikan adalah tertumpu
kepada pihak yang terlibat agar dapat memberi kesan yang positif kepada perniagaan akan
datang. Selain itu, huraian hasil kajian akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian
kesimpulan dan bahagian cadangan terhadap keseluruhan kajian yang telah dibuat.

Menurut Elliot dan Thurlow (2006), perhatian yang diberi mengenai kesamarataan bagi
penilaian yang berbeza untuk murid kurang upaya telah meningkat dan perkara ini tidak lagi
menghairankan. Pelbagai cadangan dibuat bagi membantu golongan ini seperti menjalankan
ujian yang bersesuaian dengan ketidakupayaan mereka. Orang Kurang Upaya (OKU) tidak
boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan. Oleh yang
demikian, bagi membolehkan mereka yang kurang upaya melanjutkan muridan, penyesuaian
yang munasabah yang sesuai dengan keperluan OKU dari segi prasarana, kelengkapan dan
bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi
pelbagai keperluan mereka perlu disediakan. Golongan ini juga berhak mendapat

124

kesamarataan dan layanan secara adil tanpa sebarang unsur diskriminasi terhadap
ketidakupayaan mereka (Zainudin, 2004). Bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan, susun atur sesebuah bilik darjah yang diperlukan di peringkat sekolah rendah
agak berbeza berbanding dengan di peringkat yang lebih tinggi. Suasana fizikal dalam bilik
darjah khususnya susunan tempat duduk memainkan peranan penting. Saiz bilik bagi
pengajaran Pendidikan Islam haruslah sesuai agar pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan dengan selesa. Susunan yang berkesan membolehkan guru mudah untuk bergerak
menghampiri murid. Susunan perabot seperti komputer, almari, meja besar untuk kerja
kumpulan yang selesa dan kemas akan menimbulkan suasana ceria bagi murid menjalani
proses pembelajaran. Secara amnya, ukuran umum bagi ruang bilik darjah yang biasa
terdapat di sekolah-sekolah ialah 72 meter persegi (9 m × 8 m), tetapi ada di antara bilik darjah
di sekolah-sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar tidak mengikut ukuran yang
ditetapkan. Keselesaan murid bukan lagi menjadi keutamaan dan ini amat membimbangkan
kerana pencapaian murid bergantung kepada usaha daripada mereka sendiri, guru serta
pihak sekolah. Pihak sekolah perlu prihatin di atas keperluan murid terutamanya untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Perkara inilah yang ingin dilihat dalam pembinaan dan
penyediaan infrastruktur di sekolah pendidikan khas terutama bilik darjah yang disediakan di
sekolah-sekolah. Usaha-usaha sedang dilakukan bagi meningkatkan taraf infrastruktur dan
asessibiliti bilik darjah pendidikan khas bagi semua kategori. Satu garis panduan infrastuktur
yang standard diperlukan agar semua bilik darjah pendidikan khas yang dibina mempunyai
infrastruktur yang sesuai serta memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran
pendidikan khas.

Dapatan kajian menunjukkan tahap pengurusan tingkah laku murid bermasalah pembelajaran
dalam kalangan guru pendidikan khas telah berada di tahap yang tinggi. Faktor ini merupakan
rentetan daripada rangka kursus yang disediakan ketika mengikuti pengajian di universiti dan
pengalaman mereka mengurus murid dalam bilik darjah. Namun begitu, pihak berwajib seperti
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak pentadbiran sekolah perlu
terus melakukan penataran kursus dalam perkhidmatan, pembinaan modul dan mengadakan
bengkel berkaitan pengurusan tingkah laku dari semasa ke semasa. Usaha ini memberi
peluang kepada guru pendidikan khas untuk memahami dan melaksanakan kaedah baharu
untuk mengurus tingkah laku murid bermasalah pembelajaran apabila mengajar dalam bilik
darjah. Pengurusan tingkah laku merupakan satu aspek penting yang harus diketahui dan
difahami oleh setiap guru pendidikan khas terutama guru pendidikan khas yang baharu
melapor diri dalam perkhidmatan. Sekiranya modul pengurusan tingkah laku disediakan maka
mereka mampu menangani masalah tingkah laku murid bermasalah pembelajaran secara

125

lebih terancang. Dikhuatiri guru baharu tidak dapat menyampaikan pengajaran dengan
sempurna apabila berhadapan dengan masalah tingkah laku murid malah mengganggu
perasaan sehingga menyebabkan guru merasa tertekan. Pengetahuan guru yang tinggi
apabila mengurus tingkah laku memberi kepercayaan dan keyakinan kepada ibu bapa atau
penjaga untuk menyerahkan tanggungjawab mendidik anak mereka kepada guru pendidikan
khas. Perkongsian ilmu antara ibu bapa atau penjaga murid dan guru pendidikan khas melalui
perbincangan yang diadakan pasti membantu kedua-dua pihak mengubah tingkah laku
negatif kepada tingkah laku yang lebih positif. Murid pendidikan khas belajar mengurus
tingkah laku masing-masing dari semasa ke semasa walaupun mengambil masa yang lebih
lama. Mereka belajar berdikari dan bersosialisasi supaya mampu mengurus kehidupan di
masa akan datang dengan baik. Kehidupan bermakna menjadi matlamat utama dalam model
konseptual pendidikan khas masalah pembelajaran yang disarankan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Bagi mencapai matlamat kehidupan bermakna maka semua murid
bermasalah pembelajaran perlu dilatih untuk mengurus tingkah laku masing-masing.

RUJUKAN
Ang Huat Bin. 1999. Konsep dan Kaedah Pengajaran Dengan Pendidikan Inklusif. Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.
Greshem, J. 1984. Educators’ Belief about Inclusive Practices in Western Australia. British

Journal of Special Education 22: 179-184
Jabatan Pendidikan Khas. 2002. Maklumat Pendidikan Khas 2002. Kuala Lumpur:

Kementerian Pendidikan Malaysia
Hasan Hamzah (pngr.). 1997. Kamus Melayu Global. Kuala Lumpur: Piramid Perdana (M)

Sdn.Bhd
Junoven, J & Gear, G. 1992. Social Adjusment of Children with and Without Learning

Disabilities in Integrated Classroom. Journal of Educational Psycology 84: 322-328.
Kamariah Jalil. 1995. Ke arah Pengisian Wawasan Pendidikan: Pendidikan Untuk Semua.

Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia
Kamus Dewan. 1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. 1994. Ed. Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

126

Larrivee, B. & Horne, M.D. 1991. Social Status: A Comparison of Mainstreamed Student with
Peers of Different Ability Levels. Journal of Special Education 25: 90-99.

Malaysia. 1997. Akta Pendidikan 1996: Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas)
1997. Warta Kerajaan 41 (26 Tambahan No. 94 Perundangan A).

Mohd Siraj Awang. 1996. Pendidikan Inklusif dan Penyediaan Guru Untuk Sekolah -sekolah.
Seminar Pendidikan Inklusif dari Perspektif Perlaksanaan. Maktab Perguruan Ilmu
Khas, 25-26 Nov.

Norhayati @ Putih Abdul Rahman. 1996. Peluang Bersosialisasi Kanak-kanak Cacat
Pendengaran Dengan Kanak-kanak Biasa di Dua Buah Sekolah Biasa: Satu Kajian
Perbandingan. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norisa @ Nelly Pukot. 2002. Persepsi Murid Aliran perdana Terhadap Murid Khas Bermasalah
Pendengaran. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sudin Mahusain. 2002. Integrasi Sosial Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran dan Kanak-
kanak Aliran perdana di Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh, Pahang. Latihan
Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Westwood, P. 1987. Commonsense Methods for Children with Special Need. London: Croom
Helm.

Wood J.W. 1993. Mainstreaming: A Practical Approach for Teacher. New York: Macmillan
Pub.com

Zaharah Abu Bakar. 1996. Integrasi Sosial di Kalangan Murid Cacat Pendengaran Di dalam
Program Integrasi Khas di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Klang, Selangor.
Latihan Ilmiah. Universiti Kenamgsaan Malaysia.

Zulkarnain Umar. 2002. Tahap Sosialisasi Kaank-kanak Bermasalah Pembelajaran di Sebuah
Sekolah Rendah Percantuman di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

127

KESEDIAAN GURU ALIRAN PERDANA DALAM PELAKSANAAN PROGRAM
PENDIDIKAN INKLUSIF MASALAH PEMBELAJARAN

Sarah Adni Binti Ahmad Fahmy
Dr Nik Hassan Bin Seman

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
[email protected]

ABSTRAK

Program Pendidikan Inklusif merupakan satu tranformasi pendidikan yang mencabar kerana guru yang
terlibat dalam Program Pendidikan Inklusif perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan bidang yang
kukuh, kemahiran pengajaran yang mantap serta sikap yang terpuji. Kajian ini bertujuan untuk meninjau
kesediaan guru aliran perdana dari aspek pengetahuan dan penerimaan mereka terhadap pelaksanaan
Program Pendidikan lnklusif Masalah Pembelajaran. Seramai 80 guru aliran perdana di SK Pasir Hor
dan SK Padang Garong (2), Kota Bharu, Kelantan telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini.
Data dikumpul dengan menggunakan online survey secara soal selidik google form dan dianalisis
secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru aliran perdana mempunyai
kesediaan yang tinggi dalam aspek pegetahuan terhadap program Pendidikan Inklusif, manakala dari
segi kesediaan aspek penerimaan pula majoriti responden hanya memperolehi tahap sederhana. Hasil
ini menunjukkan banyak usaha dan program diperlukan untuk membantu mempertingkatkan
pengetahuan dan penerimaan dalam kalangan guru perdana untuk melaksanakan Program Pendidikan
Inklusif Masalah Pembelajaran.

Kata kunci: Pendidikan Inklusif, Masalah Pembelajaran, Aliran Perdana

ABSTRACT

The Inclusive Education Program is a challenging educational transformation programme as teachers
involved in the Inclusive Education Program need to equip themselves with level of knowledge, skills of
implementation and acceptance of the program. The purpose of this research is to determine the
readiness of the mainstream teachers in terms of their knowledge and their acceptance of the
implementation of the Inclusive Education for Learning Disorders. A total of 80 primary school
mainstream teachers in SK Pasir Hor and SK Padang Garong (2), Kota Bharu, Kelantan were selected
as respondents in this study. Data were collected using an online survey form, google form and was
analyzed descriptively and inferency. The findings show that mainstream teachers have a high level of
readiness in the Inclusive Education program, while in terms of acceptance of program majority of
respondents have only moderate levels. These results indicate that many efforts and programs are
needed to help improve knowledge and acceptance among mainstream teachers in implementing the
Inclusive Education Program for Learning Disorders.

Keywords: Inclusive Program, Learning Disorders, Mainstream Teacher

128

PENGENALAN

Pendidikan Inklusif adalah suatu program pendidikan untuk murid berkeperluan pendidikan
khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersama-sama dengan murid lain dalam
kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan (Lee. K. C dan Sailajah,
2018). Sebelum ini, amalan pendidikan inklusif telah lama dilaksanakan tetapi program ini
tidak diperkenalkan secara terus dan hanya melalui rancangan pendidikan integrasi dan kelas
pencantuman sahaja. Namun, kerajaan telah berhasrat dan berinisiatif untuk meningkatkan
enrolmen murid berkeperluan khas dalam program pendidikan inklusif seperti yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

Kini, program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni
kerajaan untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira
ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Memandangkan pelaksanaan program Pendidikan
Inklusif adalah berdasarkan inisiatif pihak sekolah dan guru pendidikan khas, maka guru-guru
yang akan terlibat sama untuk menjayakan program Pendidikan Inklusif ini perlu berkerjasama
supaya keperluan murid berkeperluan khas tidak diabaikan (Sue, 2012).

Oleh yang demikian, guru-guru yang terlibat perlu memainkan peranan yang besar
dalam menentukan hala tuju dan kejayaan pendidikan inklusif di negara ini. Kesediaan guru
dalam melaksanakan program Pendidikan inklusif khususnya guru aliran perdana merupakan
indikator utama yang akan menentukan kejayaan pelaksanaan inklusif. Hal ini kerana, mereka
adalah sebahagian daripada pelaksana program ini. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi
melihat beberapa aspek kesediaan guru aliran perdana dalam melaksanakan Pendidikan
Inklusif Masalah Pembelajaran di sekolah. Keseluruhannya, usaha-usaha ini adalah
bermatlamat untuk menambah baik amalan pendidikan dan pencapaian bagi populasi murid
yang semakin berkepelbagaian (Zawawi 2017; Manisah, Norshidah & Zalizan 2010; Rose &
Howley 2007).

PENYATAAN MASALAH

Sehingga hari ini masih lagi kurang kajian dan pendedahan kepada guru-guru aliran perdana
berkaitan Program Pendidikan Inklusif (PPI) yang dijalankan secara umum di Malaysia apatah
lagi yang dijalankan khas untuk murid berkeperluan khas masalah pembelajaran (MBK MP)
(Mohd Hanafi, 2016). Pelaksanaan PPI di negara kita juga digambarkan oleh beberapa
penyelidik sebagai tidak berjaya (Zawawi 2017; Manisah, Norshidah & Zalizan 2006; Rose &
Howley 2007). Menurut kajian, kegagalan penglibatan MBK dalam PPI adalah disebabkan
program ini tidak dilaksanakan dengan sempurna serta terancang dan belum mencapai

129

objektif sebenar. Pelbagai isu dan cabaran yang timbul dalam menjayakan pelaksanaan PPI
di sekolah, salah satu isu adalah berkenaan kesediaan guru.

Menurut Zaharah Badri (2013), kesediaan guru-guru yang terlibat khususnya guru-
guru aliran perdana perlu diberi penekanan kerana mereka adalah indikator utama dalam
kejayaan program ini. Kesediaan mereka daripada aspek pengetahuan dan penerimaan untuk
terlibat dalam pelaksanaan PPI MP adalah amat penting kerana ia mempunyai kesan
terhadap prestasi dan komitmen mereka apabila program ini dilaksanakan. Hal ini kerana,
masih terdapat juga segelintir daripada mereka ini yang berpandangan serong terhadap
kehadiran MBK MP di kelas arus perdana dan seterusnya mempertikaikan kewajaran
pelaksanaan PPI ini serta tidak mengalu-alukan dan cuba mengelak kehadiran murid-murid
inklusif untuk menyertai sesi pengajaran dan pembelajaran mereka dengan mengemukakan
pelbagai alasan (Mohd Hanafi, 2016). Persoalannya sejauhmanakah guru-guru aliran
perdana ini telah bersedia untuk menerima pelaksanaan program ini?

Oleh itu, kajian tinjuan yang dijalankan ini bertujuan mengkaji kesediaan guru aliran
perdana dalam pelaksanaan program Pendidikan Inklusif Masalah Pembelajaran. Kesediaan
dalam kajian ini dikaji melalui dua tahap iaitu tahap pengetahuan bidang dan tahap
penerimaan program ini. Responden dalam kajian ini adalah guru-guru aliran perdana dari SK
Pasir Hor dan SK Padang Garong (2), Kota Bharu, Kelantan yang dipilih seramai 80 orang.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru aliran perdana dalam pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif Masalah Pembelajaran.

ii. Mengenal pasti tahap penerimaan guru aliran perdana dalam pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif Masalah Pembelajaran.

iii. Menentukan perbezaan kesediaan guru aliran perdana dalam pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif Masalah Pembelajaran berdasarkan latar belakang akademik.

130

SOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan - persoalan berikut:

i. Apakah tahap pengetahuan guru aliran perdana dalam pelaksanaan Program Pendidikan
Inklusif Masalah Pembelajaran?

ii. Apakah tahap penerimaan guru aliran perdana dalam pelaksanaan Program Pendidikan
Inklusif Masalah Pembelajaran?

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesediaan guru aliran perdana dalam
pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Masalah Pembelajaran berdasarkan latar belakang
akademik?

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Lokasi kajian
dipilih berdasarkan pencapaian akademik sekolah serta kerana kedua-dua sekolah
menjalankan Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) bagi murid berkeperluan khas
masalah pembelajaran. Terdapat 3 pemboleh ubah dalam kajian ini. Pemboleh ubah pertama
adalah tahap pengetahuan. Pemboleh ubah kedua adalah tahap penerimaan dan pemboleh
ubah ketiga adalah latar belakang akademik.

Instrumen jenis soal selidik dalam talian iaitu google form digunakan dalam kajian.
Menurut Blankers, Grohol & Prochaska, (2012) pengunaan online survey lebih memudahkan
pengumpulan dapatan data kerana responden yang terlibat dapat dihubungi semula,
menjimatkan kos, tenaga dan masa perlaksanaan kajian. Soal selidik diberikan kepada
kumpulan sasaran yang terdiri daripada guru aliran perdana. Responden kajian dipilih di
kalangan guru perdana yang mengajar di sekolah kebangsaan di daerah Kota Bharu,
Kelantan iaitu SK Pasir Hor dan Sk Padang Garong (2). Bilangan sampel bagi kajian ialah
seramai 80 orang dipilih secara kaedah persampelan bertujuan kemudian responden akan
dipilih menggunakan persampelan rawak mudah, yang memberi peluang sama kepada
semua responden untuk dipilih (Sidek Mohd Noah, 2002).

Soal selidik yang digunakan dalam kajian diadaptasi oleh kajian terdahulu, yang telah
melalui proses pengesahan dan diuji kebolehpercayaannya sebagai panduan iaitu daripada
buku panduan Quality Indicators for Effective Inclusive Education daripada New Jersey
Coalition for Inclusive Education (NJCIE, 2013) dan Scale of Teachers‘ Attitudes Toward
Inclusive Classrooms (STATIC) yang dibina oleh Cochran (1998) kemudian diubahsuai oleh

131

pengkaji mengikut kesesuaian kajian ini. Item-item dalam soal selidik dibahagikan kepada 3
bahagian. Bahagian A mempunyai 6 soalan yang merangkumi segi demografi umum guru,
Bahagian B dan Bahagian C tiap-tiapnya mempunyai sebanyak 10 item menggunakan ukuran
dalam bentuk skala likert. Skala yang digunakan dalam kajian ini bermula dari sangat tidak
setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Item bahagian B, 1 hingga 10 adalah
untuk melihat tahap pengetahuan guru aliran perdana terhadap program inklusif. Manakala
item pada bahagian C yang terdiri daripada 10 item adalah untuk melihat tahap penerimaan
guru aliran perdana terhadap program inklusif.

Kajian rintis telah dijalankan ke atas 22 orang sampel yang terdiri daripada guru aliran
perdana yang mengajar di SK Pauh Lima, Kota Bharu, Kelantan. Dalam kajian rintis, pengkaji
memilih sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran
(PPKI MP). Pemilihan sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi
menunjukkan sekolah tersebut berkemungkinan menjalankan Program Inklusif Masalah
Pembelajaran. Kajian rintis yang dijalankan ini bagi mengesahkan dapatan daripada intrumen
yang telah disahkan kebolehpercayaannya. Data yang diperoleh daripada kajian rintis akan
dianalisis untuk mengukur kebolehpercayaan alat kajian dengan melihat kepada nilai pekali
Alpha Cronbach. Nilai pekali Alpha Cronbach yang ideal adalah 0.70 ke atas (Bond & Fox,
2007). Hasil kajian rintis mendapati bahawa kesemua pembolehubah berada pada aras yang
tinggi menerusi nilai Alpha Cronbach iaitu purata 0.851.

Jadual 1: Interpretasi Skor Alpha Cronbach
Nilai Interpretasi

0.9 – 1.0 Sangat baik, efektif, tahap konsistesi yang tinggi

0.7 – 0.8 Baik dan diterima

0.6 – 0.7 Boleh diterima

< 0.6 Item perlu diperbaiki

< 0.5 Item perlu digugurkan

Beberapa cara penganalisisan data telah dilakukan bagi mendapatkan jawapan
kepada persoalan kajian. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS) versi 19.0. Penganalisisan data bermula dengan data yang diperoleh
mengikut sekolah. Dapatan setiap sekolah dijadikan asas perbandingan dalam melihat
perbezaan-perbezaan terhadap aspek tertentu yang terdapat dalam soal selidik. Kesemua

132

proses penganalisisan data yang diperoleh daripada soal selidik dilakukan secara analisis
deskriptif dan analisis inferensi yang melibatkan frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan
Anova Sehala bagi menjawab persoalan kajian. Bagi penganalisisan statistik deskriptif min,
pengkaji menggunakan interpretasi skor min berdasarkan sumber daripada Zaihan & Hilmun
(2016). Interpretasi skor min adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Interpretasi Skor Min

Skor Min Interpretasi

1.00 – 1.89 Sangat Rendah (SR)

1.90 – 2.69 Rendah (R)

2.70 – 3.49 Sederhana (S)

3.50 – 4.29 Tinggi (T)

4.30 – 5.00 Sangat Tinggi (ST)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Seramai 80 orang responden yang terdiri daripada guru aliran perdana daripada dua buah
sekolah di daerah Kota Bharu, Kelantan iaitu SK Pasir Hor dan SK Padang Garong (2) terlibat
dalam kajian ini. Terdapat adalah seramai 43 orang (53.7%) responden perempuan manakala
responden lelaki adalah seramai 37 orang (46.3%). Majoriti responden berkelulusan Ijazah
Sarjana Muda (degree) iaitu seramai 71 orang bersamaan 88.8%. Kemudian diikuti responden
yang berpendidikan di peringkat Sarjana seramai 4 orang atau 5.0% disusuli yang mempunyai
Diploma seramai 3 orang bersamaan 3.8%. Manakala responden yang berpendidikan taraf
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula seramai 2 orang atau bersamaan 2.4% dan tiada
responden yang berpendidikan taraf STPM.

Profil berdasarkan pengalaman mengajar pula menunjukkan majoriti responden
mempunyai pengalaman mengajar selama 16 tahun ke atas iaitu 25 orang atau (31.2%).
Responden yang mempunyai pengalaman mengajar selama 11 hingga 115 tahun
mencatatkan seramai 18 orang atau (22.5%). Seterusnya responden yang mempunyai
pengalaman mengajar 6 hingga 10 tahun adalah seramai 5 orang atau (6.3%) dan
pengalaman mengajar 1 hingga 5 tahun adalah paling sedikit iaitu seramai 3 orang atau (4.0
%).

133

Taburan responden yang terlibat dalam kajian ini juga dilihat berdasarkan kepada
pendedahan yang diperolehi responden mengenai kursus Pendidikan Khas. Analisis
menunjukkan seramai 51 orang (63.7%) responden tidak pernah menyertai kursus Pendidikan
Khas manakala responden yang pernah menyertai kursus adalah seramai 29 orang (36.3%).

Jadual 3: Analisis Demografi

Kategori Frekuensi Peratus
(%)
(N=80) 46.3
53.7
Jantina Lelaki 37 2.4
0.0
Perempuan 43 3.8
88.8
Kelulusan SPM 2 5.0
31.2
STPM 0 6.3
22.5
Diploma 3 40.0
36.3
Ijazah Sarjana 71
63.7
Sarjana 4

Pengalaman Mengajar 1 hingga 5 tahun 25

6 hingga 10 tahun 5

11 hingga 15 tahun 18

16 tahun ke atas 32

Kursus Pendidikan Khas Ya 29

Tidak 51

i. Tahap Pengetahuan Guru Aliran Perdana Terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Soal selidik dalam bahagian ini mengandungi 10 item yang berkaitan dengan tahap
pengetahuan mengenai Pendidikan Inklusif. Arahan tindak balas terhadap item-item dalam
bahagian ini dan bahagian C adalah seperti dalam Jadual 4. Berdasarkan Jadual 5, min
keseluruhan semua item adalah 4.04 dengan sisihan piawai 0.77 berada pada tahap
interpretasi min tinggi (3.50 – 4.29), Zaihan & Hilmun (2016). Dapatan menunjukkan 8
daripada 10 item berada pada tahap tinggi dengan nilai min antara 3.60 hingga 4.21. Ini

134

menjelaskan bahawa tahap pengetahuan guru aliran perdana di SK Pasir Hor dan SK Padang
Garong (2) terhadap Pendidikan Inklusif adalah pada tahap tinggi iaitu guru aliran perdana
berupaya memahami tentang Pendidikan Inklusif. Ini adalah bertepatan dengan kajian yang
dijalankan oleh Kezar & Kerlinger (2006) mereka mendapati bahawa majoriti guru-guru adalah
bersetuju dengan konsep inklusif. Ini memberikan gambaran bahawa inklusif adalah satu
praktis pendidikan. Di samping itu, 2 item lagi berada pada tahap sangat tinggi (4.30-5.00)
dengan nilai min antara 4.41 hingga 4.51.

Jadual 4: Skala Pemeringkatan Likert

Skala Pengkelasan

1 Sangat Tidak Setuju

2 Tidak Setuju

3 Tidak Pasti

4 Setuju

5 Sangat Setuju

Jadual 5: Taburan frekuensi, peratusan, min skor, sisihan piawai mengenai tahap
pengetahuan guru
STS TS TP S SS

f f f f f Min SP

Item
%%%%%

Mendapat pendedahan

tentang pendidikan 2 5 14 47 12

1 inklusif daripada 2.5 3.80 .87
JPN/PPD/GPKPK/ 6.3 17.5 58.7 15.0

Penyelaras PK atau

lain-lain.

Murid pendidikan khas 2 8 24 34 12 0.95
2 yang layak dan 3.60

memenuhi kriteria 2.5 10.0 30.0 42.4 15.0

135

tertentu perlu 2 4 17 40 17
diinklusifkan 3.83 0.91

Saya memahami 2.5 5.0 21.3 50.0 21.3
3 pengertian PPI.

Program Pendidikan 0 1 8 45 26 0.66
Inklusif merupakan satu 0.0 4.20
4 keperluan untuk kanak-
kanak berkeperluan 1.3 10.0 56.2 32.5
khas.

Saya mengetahui 2 5 23 39 11
3.65
5 syarat-syarat layak
6.3 28.7 48.8 13.8
diinklusifkan ke kelas 2.5 0.88

arus perdana.

Saya mengetahui 0 1 2 32 45
tentang ketetapan 4.51 0.61
6 semua kanak-kanak
berkeperluan khas 0.0 1.3 2.5 40.0 56.2
berhak mendapat
pendidikan.

Murid pendidikan khas 1 2 8 37 32
perlu diinklusifkan bagi 4.21 0.82
7 meningkatkan
pencapaian akademik 1.3 2.5 10.0 46.2 40.0
mereka.

Saya mengetahui 0 2 14 44 20
4.03 0.72
8 kelebihan PPI kepada
kanak-kanak 0.0 2.5 17.5 55.0 25.0

berkeperluan khas.

Program PPI akan 0 1 9 45 25
9 membawa 4.17 0.67

perkembangan positif 0.0 1.3 11.3 56.2 31.3

136

kepada kanak-kanak
berkeperluan khas.

Pelaksanaan

pendidikan inklusif yang 0 0 4 39 37

10 berjaya memerlukan 4.41 0.58
latihan khusus untuk 0.0 0.0 5.0 48.8 46.2

guru.

Jumlah Purata 1 3 12 40 24 0.77
f 4.04
%
1.13 3.65 15.4 50.2 29.7

ii. Tahap Penerimaan Guru Aliran Perdana Terhadap Program Pendidikan Inklusif (PPI)

Berdasarkan Jadual 6, item yang menunjukkan nilai min tertinggi ialah item keperluan murid
berkeperluan khas boleh disampaikan dengan baik di dalam kelas Pendidikan Khas iaitu
(min= 4.41, sp= 0.63) manakala item yang mempunyai nilai min terendah iaitu (min= 2.65, sp=
0.99) ditunjukkan oleh item semua kanak-kanak perlu belajar di dalam kelas biasa. Nilai min
keseluruhan bagi item penerimaan guru terhadap PPI adalah 3.47 dan berada pada tahap
sederhana. Secara keseluruhannya penerimaan guru aliran perdana di SK Pasir Hor dan SK
Padang Garong (2) terhadap pelaksanaan PPI Masalah Pembelajaran adalah pada tahap
sederhana. Oleh itu, kesediaan guru dari segi tahap penerimaan perlu diberikan penekanan
agar perlaksanaan inklusif ini dapat dijalankan dengan sistematik dan dapat mencapai
matlamat inklusif. Hal ini kerana, guru perdana adalah individu yang juga bertanggungjawab
untuk memastikan inklusif dapat dilaksanakan (Saiful Azam, 2019). Penerimaan terhadap
murid berkeperluan khas perlu diberikan perhatian khusus dalam melaksanakan PPI.

Jadual 6: Taburan frekuensi, peratusan, min skor, sisihan piawai mengenai tahap
penerimaan guru
STS TS TP S SS
f f f f f Min SP

Item
%%%%%

137

Semua kanak-kanak 7 35 19 17 2
1 perlu belajar di dalam 8.6 43.8 23.8 21.3 2.5 2.65 0.99

kelas biasa.

Saya percaya bahawa 6 26 18 24 6 3.00 1.11
setiap kanak-kanak 7.5 32.5 22.5 30.0 7.5
tanpa mengira
2 kecacatan mempunyai
hak untuk belajar
dalam kelas arus
perdana.

Keperluan murid

berkeperluan khas 0 0 6 35 39
3 boleh disampaikan 4.41 0.63

dengan baik di dalam 0.0 0.0 7.5 43.8 48.7

kelas Pendidikan Khas.

Kanak-kanak kurang

upaya yang teruk perlu 2 3 4 39 32

4 dididik dalam kelas 4.20 0.89
Pendidikan Khas, 2.5 3.8 5.0 48.7 40.0

secara berasingan.

Saya berasa selesa 4 7 24 30 15

5 bekerja dengan kanak- 3.56 1.05

kanak kurang upaya. 5.0 8.8 30.0 37.4 18.8

Program Pendidikan 2 20 32 17 9

6 Inklusif kelihatan bagus 3.14 1.00
2.5 25.0 40.0 21.3 11.2
tetapi tidak apabila

dipraktikalkan.

Kemasukan murid 4 19 29 23 5
berkeperluan khas 3.07 0.99
7 dalam kelas biasa
memberi manfaat 5.0 23.8 36.3 28.8 6.1
kepada murid di aliran
perdana.

138

Saya rasa terbeban jika

perlu mengajar murid

pendidikan khas yang

diinklusifkan kerana 0 0 15 48 17 0.63
8 tahap pencapaian 0.0 4.03

mereka jauh berbeza 0.0 18.7 60.0 21.3

daripada tahap

pencapaian murid

aliran perdana

Sistem PPI adalah 2 5 37 28 8
3.44 0.85
9 lebih berkesan
daripada Pendidikan 2.5 6.1 46.4 35.0 10.0

Khas.

Pengajaran PPI 1 22 28 16 13 1.06
3.22
10 meningkatkan beban
kerja guru aliran 1.13 27.5 35.0 20.0 16.2

perdana.

Jumlah Purata 3 14 21 28 15 0.92
f 3.47
%
3.51 17.1 26.5 34.6 18.2

iii. Menentukan perbezaan kesediaan guru aliran perdana dalam pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif Masalah Pembelajaran berdasarkan latar belakang akademik.

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan guru aliran perdana dalam
pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Masalah Pembelajaran berdasarkan latar belakang
akademik guru tersebut (r = 0.371, p> 0.05), hipotesis Ho1 diterima. Ini membuktikan bahawa
tahap pengetahuan guru aliran perdana dalam pendidikan inklusif tidak dipengaruhi oleh latar
belakang akademik guru tersebut. Ini memberikan penjelasan bahawa, jika guru aliran
perdana mempunyai latar belakang akdemik yang tinggi, tidak semestinya tahap pengetahuan
mereka terhadap pendidikan inklusif juga akan tinggi.

Jadual 7: Analisis ANOVA Sehala tahap pengetahuan guru berdasarkan latar belakang
akademik

139


Click to View FlipBook Version