memandangkan tiang terakhir yang diisi olehnya tadi adalah dua
biji bola pingpong.
Senarai Semak
Senarai semak juga digunakan bagi memastikan tahap penguasaan peserta kajian dalam
menyebut nombor secara turutan menurun di samping menilai kefungsian dan keberkesanan
penggunaan TiBo untuk objektif ini.
Jadual 8
Senarai semak awal peserta A dan peserta B bagi Item no 5 hingga 7 dan 11
BIL. ITEM AWAL AKHIR
Ya Tidak Ya Tidak
Peserta kajian menyebut nombor ketika / /
5 membilang bola pingpong dengan jelas.
Peserta kajian menyebut susunan nombor / /
6 dengan yakin.
Peserta kajian dapat menjawab soalan secara / /
7 lisan dengan betul.
Peserta kajian memahami arahan guru //
11 dengan baik.
Jadual 9
Senarai semak akhir peserta A dan peserta B bagi Item no 5 hingga 7 dan 11
BIL. ITEM AWAL AKHIR
Ya Tidak Ya Tidak
Peserta kajian menyebut nombor ketika / /
5 membilang bola pingpong dengan jelas.
Peserta kajian menyebut susunan nombor / /
6 dengan yakin.
Peserta kajian dapat menjawab soalan secara / /
7 lisan dengan betul.
Peserta kajian memahami arahan guru / /
11 dengan baik.
Seperti sedia maklum, peserta A kurang bercakap malah suaranya amat perlahan. Merujuk
kepada item 8 senarai semak awal, walaupun telah diberitahu oleh pengkaji supaya mengira
setiap bola pingpong yang dimasukkan, tetapi hanya di awal teguran sahaja peserta mengira
340
namun selepas itu tidak menyebut apa-apa. Peserta terlalu fokus melakukan aktiviti kerana
setiap kali ditegur langsung tidak mengangkat kepala sebaliknya meneruskan aktiviti hingga
selesai. Walau bagaimanapun, di akhir sesi peserta A menunjukkan peningkatan dengan
membunyikan suara ketika mengira.
Namun bukan peserta A sahaja yang terlalu fokus, peserta B juga tidak mengangkat
kepala saat ditegur tetapi satu hal yang berbeza adalah peserta B menggerakkan bibir dan
dapat didengari suara halus ketika mengira. Melalui pergerakan bibir itu pengkaji dapat
membaca bahawa memang peserta mengira dengan betul. Justeru, pengkaji tetap menerima
itu sebagai aktiviti mengira bagi peserta B walaupun kurang jelas berdasarkan Jadual 9
kerana pada kedua-dua sesi sekadar itu sahaja kelantangan suara yang dikeluarkan.
Objektif 3: Menulis nombor 1-9 secara turutan menurun menggunakan TiBo.
Pengkaji telah menganalisis dapatan kajian melalui dua instrumen iaitu nota lapangan dan
senarai semak. Objektif ini sangat penting kerana akan menentukan sama ada peserta
menguasai sepenuhnya kemahiran menyusun nombor secara turutan menurun atau
sebaliknya.
Nota Lapangan
Jadual 10
Catatan nota lapangan semasa di awal sesi tindakan 3
TARIKH 10 MAC 2020
MASA 8.00 pagi
TEMPAT Kelas Murni
PEMERHATIAN PENGKAJI:
PESERTA A DAN B MENJELING-JELING PADA KAD NOMBOR YANG
TELAH DIASINGKAN DAN BOLA DI DALAM TIANG UNTUK DITULIS
PADA KAD KOSONG.
KEDUA-DUA PESERTA DIBERI PELUANG UNTUK MENGAMATI,
MENYENTUH PERMUKAAN KAD NOMBOR YANG TIMBUL DISUSULI
DENGAN MENYEBUT NOMBOR TERSEBUT.
PERCUBAAN KEDUA, PESERTA A DAN B DAPAT MENULIS NOMBOR
LEBIH BAIK WALAUPUN DENGAN BIMBINGAN PENGKAJI.
341
SECARA TIDAK LANGSUNG KEDUA-DUA PESERTA DAPAT
MELENGKAPKAN BULATAN KOSONG PADA KAD SOALAN JUGA.
REFLEKSI PENGKAJI:
PESERTA A DAN B TERKEJUT DENGAN PERUBAHAN LANGKAH YANG
SECARA TIBA-TIBA MENYEBABKAN MEREKA TIDAK YAKIN
SEDANGKAN MEREKA TAHU NOMBOR YANG BERKENAAN.
Berdasarkan Jadual 10, reaksi peserta kajian menunjukkan bahawa mereka tidak bersedia
dengan perubahan secara drastik apabila pengkaji mengasingkan kad nombor dan hanya
memberikan kad kosong kepada mereka. Mereka menjadi ragu-ragu dengan jawapan mereka
walaupun hakikatnya betul. Kedua-dua peserta diberi peluang untuk membiasakan diri dan
mengecam semula nombor-nombor agar mereka lebih yakin. Hasilnya, pada percubaan yang
kedua mereka dapat menulis nombor dengan baik dan mereka juga dapat mengisi bulatan
yang kosong pada kad soalan dengan baik walaupun masih berpandukan pada kad kosong
yang ditulis sebelumnya itu. Peningkatan penguasaan peserta kajian telah dicatat melalui nota
lapangan juga iaitu pada Jadual 11.
Jadual 11
Catatan nota lapangan semasa akhir sesi tindakan 3
TARIKH 12 MAC 2020
MASA 12.15 tengah hari
TEMPAT Kelas Murni
PEMERHATIAN PENGKAJI:
PESERTA A DAPAT NOMBOR PADA KAD KOSONG DENGAN BAIK DAN
NOMBOR YANG DIBENTUK JUGA SANGAT MEMUASKAN
BERBANDING SEBELUM INTERVENSI.
PESERTA B MENGAMBIL MASA UNTUK TULIS NOMBOR PADA KAD
KOSONG TETAPI NOMBOR YANG DIBENTUKNYA JUGA MEMUASKAN.
KEDUA-DUA PESERTA SUDAH JARANG MENGIRA SEMULA BOLA DI
DALAM TIANG UNTUK TULIS NOMBOR PADA KAD KOSONG.
342
KEDUA-DUA PESERTA JUGA TELAH MENGURANGKAN KEKERAPAN
MERUJUK SEMULA PADA KAD KOSONG YANG TELAH DITULIS
NOMBOR OLEH MEREKA UNTUK MENGISI BULATAN KOSONG PADA
KAD SOALAN.
REFLEKSI PENGKAJI:
PESERTA A DAN B PERLUKAN PENGULANGAN AKTIVITI BAGI
KEMAHIRAN INI AGAR MEREKA TIDAK LUPA.
Senarai Semak
Jadual 12
Senarai semak awal peserta A dan peserta B bagi item no 8 hingga 10 dan 11
BIL. ITEM PESERTA A PESERTA B
Ya Tidak Ya Tidak
8 Peserta kajian menulis nombor secara / /
terbalik.
9 Peserta kajian menulis nombor dalam /
/
turutan menurun pada kad dengan betul.
10 Peserta kajian meneka-neka jawapan / /
sesuka hati.
11 Peserta kajian memahami arahan /
/
pengkaji dengan baik.
Jadual 13
Senarai semak akhir peserta A dan peserta B bagi Item no 8 hingga 10 dan 11
AWAL AKHIR
BIL. ITEM
Ya Tidak Ya Tidak
8 Peserta kajian menulis nombor secara / /
terbalik.
9 Peserta kajian menulis nombor dalam /
/
turutan menurun pada kad dengan betul.
343
10 Peserta kajian meneka-neka jawapan / /
sesuka hati. /
11 Peserta kajian memahami arahan
/
pengkaji dengan baik.
Berdasarkan Jadual 12 dan 13, peserta A dan B masing-masing mencapai tahap yang
memuaskan apabila diberi marker pen untuk tulis semula jawapan yang diperolehi setelah
selesai menyusun bola pingpong dan melekatkan nombor. Ini bermakna mereka faham apa
yang pengkaji arahkan.
Penilaian Selepas Intervensi
Analisis Dokumen (Kad Soalan)
Rajah 1 dan 2. Jawapan kad soalan peserta A
Berdasarkan Rajah 1 dan 2, peserta A dapat mengisi kesemua bulatan yang kosong pada
kad soalan walaupun tanpa menggunakan TiBo. Ini menunjukkan peserta A telah mencapai
objektif kajian yang mana mensasarkan peserta dapat menyusun nombor secara turutan
menurun. Namun, merujuk kepada Rajah 3, peserta B didapati masih lagi melakukan
beberapa kesalahan.
Rajah 3. Jawapan kad soalan peserta B
Pada dua bulatan kosong di hadapan, diisi dengan betul tetapi dua bulatan yang di
belakang peserta telah tersilap isi kedudukan nombor. Pada tangan kanan peserta pula
soalan yang diberikan secara rawak tetapi peserta pernah menggunakan soalan tersebut
344
semasa menggunakan TiBo. Namun jawapan yang ditulis oleh peserta B tidak mengikut
turutan menurun yang betul dan terdapat satu nombor yang tidak sepatutnya tersenarai bagi
soalan itu.
Berdasarkan hasil dapatan bagi peserta B ini, maka perlu diadakan penambahbaikan
yang lebih sesuai dengannya kerana tidak semua soalan dapat dijawab dengan baik. Hal ini
kerana berdasarkan model kajian Kurt Lewin, perlu diadakan refleksi bagi meneliti kembali
apa yang kurang dan apa yang lebih. Setelah itu, perlu dibaiki dan lakukan penambahbaikan
memandangkan rancangan asal mungkin tidak sesuai dengan peserta B.
Kesimpulannya, semua dapatan kajian yang telah dipersembahkan menunjukkan
intervensi yang dijalankan berjaya mencapai ketiga-tiga objektif bagi peserta A serta
menjawab soalan kajian yang telah dikemukakan. Namun peserta B masih belum mencapai
objektif yang disasarkan secara keseluruhannya. Akan tetapi setakat apa yang telah
dipamerkan oleh peserta B, pencapaiannya sudah memuaskan dan sangat banyak
peningkatan berbanding sebelum intervensi.
REFLEKSI
TiBo merupakan satu alat atau bahan bantu untuk murid pemulihan yang mempunyai masalah
dalam menguasai kemahiran menyusun nombor 1-9 secara turutan menurun. Alat ini
dilengkapi dengan beberapa bahan lain bagi menjalankan aktiviti menyusun bola pingpong,
menyusun nombor dan menulis nombor. Pengkaji mendapati aktiviti belajar sambil bermain
seperti ini adalah diperlukan oleh murid-murid pemulihan yang mana mudah bosan ketika
belajar di dalam kelas untuk meningkatkan tumpuan mereka terhadap inti yang ingin
disampaikan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan.
Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh pengkaji terbukti dapat menarik
perhatian dan minat peserta untuk terus memberikan perhatian dan fokus semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Peserta kajian kelihatan sangat teruja dan
seronok kerana dapat membuat aktiviti secara hands-on berbanding sebelum-sebelum ini
hanya menggunakan papan putih dan dilukiskan gambar tangga untuk menunjukkan
bagaimana yang dikatakan turutan menurun memandangkan berisiko untuk membawa murid
belajar di tangga yang betul.
CADANGAN DAN TINDAKAN SUSULAN
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan
bagi kajian selanjutnya. Reka bentuk TiBo telah diteliti dengan baik sebelum digunakan oleh
345
peserta kajian dari aspek keselamatan dan kemudahan untuk peserta menjalankan aktiviti.
Namun, pengkaji terlepas pandang dari aspek ketinggian bahan yang dibina. Pengkaji
mendapati peserta mengalami sedikit kesulitan ketika hendak memasukkan bola pingpong ke
dalam tiang. Hal ini kerana tiang yang dibina tinggi dan tidak sesuai dengan murid pemulihan
yang bersusuk kecil dan rendah. Justeru, dalam membina bahan untuk murid perlu diambil
kira kebolehcapaian mereka. Seperti TiBo, kotak yang dibina perlu direndahkan sedikit kerana
tiang tidak boleh diubah lagi memandangkan ketinggiannya sudah diukur mengikut tinggi
maksimum bola pingpong yang perlu dimasukkan.
Selain itu, pengkaji juga mencadangkan untuk menambahkan elemen audio dalam
pembelajaran kemahiran menyusun nombor secara turutan menurun ini. Demikian kerana,
dengan penambahan unsur bunyi dan suara akan dapat memudahkan lagi peserta untuk
melaksanakan secara sendiri aktiviti yang disediakan. Di samping itu, TiBo juga akan menjadi
lebih menarik. Apabila ditambah dengan elemen ini, maka lengkaplah TiBo sebagai satu
bahan bantu mengajar yang berunsurkan visual, audio, kinestetik dan taktil atau singkatannya
VAKT.
Pelaksanaan kajian ini terbukti keberkesanannya melalui penggunaan TiBo dalam
meningkatkan kemahiran menyusun nombor 1-9 secara turutan menurun serta menyebut dan
menulis. Oleh itu, pengkaji mencadangkan agar guru-guru pemulihan, guru pra sekolah dan
guru aliran perdana tahun 1 untuk turut mengaplikasikan pelaksanaan kajian ini dan
menggunakan TiBo yang telah dihasilkan oleh pengkaji dalam membantu murid-murid
mereka. Hal ini kerana TiBo tidak khusus untuk turutan nombor menurun sahaja tetapi boleh
juga digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengenal nombor berdasarkan objek dan
menulis nombor dengan lebih baik. Dalam pada itu, murid juga dapat mengenal bentuk kerana
kad nombor yang dibuat adalah bentuk-bentuk asas 2D.
RUJUKAN
Abu Hassan Kassim. (2003). Pengajaran-Pembelajaran Kimia Di Sekolah Menengah: Ke
Manakah Arah Tujunya. Universiti Teknologi Malaysia.
Akhiar Pandi & Shamsina Shamsudin. (2015). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-
kanak. Bangi: Pelangi Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Anida Sarudin, Husna Faredza Mohamed Redzwan, Zulkifli Osman, Raja Noor Farah Azura
Raja Ma’amor Shah & Intan Safinas Mohd Ariff Albakri. (2019). Menangani kekaburan
kemahiran prosedurdan terminologi awal matematik: Pendekatan leksis berdasarkan
teori prosodi semantik. Malaysian Journal of Learning and Insruction, 16(2), 255-294.
346
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Buku Panduan
Pengajaran dan Pembelajaran Program Pemulihan Khas. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
McLeod, S. (2018). Jean Piaget’s theory of cognitive development. Simply Psychology.
Norazlin Rusdin. (2013). Mathematical Modelling as Problem Solving for Children in the
Singapore Mathematics Classroom. Nanyang Technological University.
Poon, K. K. (Ed.). (2009). Educating students with autism spectrum disorders: making schools
meaningful. Prentice Hall.
Tan Gek Kee & Wan Haspinah Wan Hussin. (2016). Kalendar Nombor: Membantu
Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun Dua dalam Konsep Nilai Tempat. Prosiding
Seminar Penyelidikan Tindakan Pendidik Guru 2016. Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan.
347
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK NOMBOR DALAM LINGKUNGAN 10 BAGI
MURID LEMBAM MENGGUNAKAN KIT OpTo
Nur Haizatul Husna binti Che Husain
Puan Che Noorwani Binti Che Wil
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menolak nombor dalam
lingkungan 10 bagi murid lembam menggunakan Kit OpTo. Kajian ini melibatkan dua orang peserta
kajian yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di salah sebuah sekolah di bandar
Kota Bharu. Kajian ini menggunakan model kajian tindakan Laidlaw yang diperkenalkan pada tahun
1992. Pengkaji telah menggunakan pendekatan kualitatif iaitu pemerhatian berstruktur, ujian awal, ujian
akhir, analisis dokumen dan temu bual untuk mengumpul data. Dapatan daripada analisis data akhir
menunjukkan peningkatan prestasi kedua-dua peserta kajian dalam menyelesaikan soalan yang
berkaitan operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan menggunakan Kit OpTo. Prestasi peserta kajian
meningkat daripada sukar untuk memahami konsep operasi tolak kepada berupaya untuk menjawab
soalan dengan pantas. Pada masa yang sama, dapatan kajian turut menunjukkan bahawa
pembelajaran melalui penggunaan Kit OpTo berjaya meningkatkan daya tumpuan peserta kajian dalam
kemahiran menolak nombor dalam lingkungan 10. Sehubungan dengan itu, dicadangkan bahawa
kajian lanjutan bagi penyelidikan ini dapat dilaksanakan untuk meneliti sejauh mana pembelajaran
melalui Kit OpTo dapat diaplikasikan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran operasi tolak kepada
kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang lain seperti autisme dan sindrom down. Pengkaji
berharap kajian ini dapat dijadikan rujukan secara meluas kepada semua guru untuk membantu murid
mereka meningkatkan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10.
Kata kunci: kemahiran menolak nombor, murid lembam, Kit OpTo
ABSTRACT
This study aims to increase the mastery of slow learner’s students in subtraction skills involving the
range number of 10 by using OpTo Kit. This study involved two study participants from Special
Education Integration Programme (PPKI) in one of the schools located in Kota Bharu. This study applied
the Laidlaw model which has been introduced on the year of 1992. The researcher had applied
qualitative method by having structured observation, initial test, final test, document analysis and
interviews to collect data. Findings obtained from final data analysis shows the increase of performance
for both study participants in solving questions that comprises subtraction skills involving the range
number of 10 by using OpTo Kit. The study participants’ performance increase from the inability to grasp
the subtraction concept towards being able to answer the questions in fast phase. At the same time,
the findings of the study also shows that conducting lesson by the use of OpTo Kit had successfully
upsurge the study participants’ focus in subtraction skills involving the range number of 10. Furthermore,
it is suggested that further study can be conducted to observe the applicability of using OpTo Kit during
lessons in order to increase the mastery of grasping subtraction skills to other students with special
needs such as autism and syndrome down. The researcher anticipates that this study to be vastly made
as reference to all teachers in helping their students to increase their performance in subtraction skills
mastery involving the range number of 10.
Key words: Subtraction skills, slow learners student, OpTo Kit
348
PENGENALAN
Menurut Mohd Khairulnaim (2011), beliau menyatakan kunci utama sebelum
seseorang itu mempelajari Matematik pada peringkat yang lebih tinggi adalah dengan
menguasai kemahiran asas Matematik terlebih dahulu. Antara kemahiran asas dalam
Matematik ialah mengenal nombor dan operasi asas iaitu operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi. Operasi asas merupakan satu konsep terpenting dalam Matematik yang seharusnya
dikuasai oleh semua murid kerana konsep ini akan diaplikasikan sepanjang hayat
pembelajaran mereka. Hal ini kerana ia merupakan akar kepada kepelbagaian subjek lain
yang akan dipelajari oleh murid sepanjang hayat pembelajaran mereka (Yorulmaz & Onal,
2017).
Namun, tidak semua murid dapat menguasai kemahiran asas ini dengan baik kerana
mempunyai masalah tertentu dalam mempelajarinya. Dua masalah khusus dalam matematik
bagi murid-murid bermasalah pembelajaran adalah pengiraan Matematik dan penaakulan
Matematik (Lau Ging Lim, 2012). Sehubungan dengan itu, kegagalan menguasai kemahiran
operasi asas khususnya operasi tolak merupakan satu masalah global dalam dunia
pendidikan Matematik terutamanya dalam kalangan murid Pendidikan Khas. Hal ini kerana
operasi tolak dikatakan konsep Matematik yang lebih sukar untuk difahami berbanding konsep
operasi tambah (Beckett, McIntosh, Byrd, & McKinney, 2011; Wilmot, 2018).
Malah, lebih membimbangkan, operasi ini merupakan operasi asas yang akan
diaplikasikan dalam topik Matematik yang lain seperti operasi bahagi, topik wang, panjang
dan jisim. Masalah ini akan terus menghantui murid semasa pembelajaran Matematik di
peringkat lebih tinggi kerana pada peringkat ini pembelajaran konsep Matematik akan menjadi
lebih rumit dan kompleks. Justeru, murid akan lebih terkesan sekiranya permasalahan ini tidak
diatasi sedari awal lagi.
FOKUS KAJIAN
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, pengkaji telah mengenal pasti
dua orang murid dalam kelas Anugerah 5B mempunyai masalah dalam mata pelajaran
Matematik. Masalah yang dikesan adalah murid tidak dapat menguasai konsep asas operasi
tolak dengan baik. Murid juga keliru di antara konsep operasi tolak dengan operasi tambah
dan menyamakan kedua-dua operasi tersebut menjadi satu iaitu operasi tambah sahaja.
Seterusnya, murid kurang memberikan tumpuan dan minat terhadap mata pelajaran
Matematik. Hal ini menyebabkan murid tidak menguasai kemahiran operasi tolak dengan baik
walaupun kemahiran ini telah dipelajari sejak di tahun tiga.
349
Masalah ini dapat diperhatikan melalui ujian diagnostik dan lembaran kerja yang telah
dilaksanakan oleh peserta kajian pada peringkat awal. Antara kesilapan yang sering dilakukan
oleh murid ialah tidak menjawab soalan yang melibatkan operasi tolak dan menyalin semula
nombor mengikut soalan yang diberikan. Contohnya, bagi soalan (7-2=), peserta kajian akan
menyalin semula nombor soalan pada jawapan sama ada 7 atau 2. Dalam ujian diagnostik
pula, murid menjawab dengan salah hampir kesemua item bagi kemahiran operasi tolak.
Pengkaji telah menghasilkan kit yang menggabungjalinkan bahan konkrit dan digital yang
boleh membantu peserta kajian menguasai kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10
serta dapat meningkatkan kecekapan dan tumpuan murid terhadap mata pelajaran
Matematik. Pengkaji menamakan kit tersebut sebagai Kit Operasi Tolak (OpTo). Hal ini
kerana, penggunaan bahan konkrit (hands-on) dapat membantu murid dalam meningkatkan
pencapaian dalam kemahiran operasi asas Matematik (Marshall & Swan, 2007).
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
1. Meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam menyelesaikan masalah operasi tolak dalam
lingkungan 10 dengan menggunakan Kit OpTo.
2. Meningkatkan kecekapan peserta kajian dalam menyelesaikan masalah operasi tolak dalam
lingkungan 10 dengan menggunakan Kit OpTo.
3. Meningkatkan daya tumpuan peserta kajian terhadap kemahiran menolak nombor dalam
lingkungan 10 dengan menggunakan Kit OpTo.
Soalan Kajian
1. Adakah penguasaan peserta kajian dalam menyelesaikan masalah operasi tolak dalam
lingkungan 10 dapat ditingkatkan dengan menggunakan Kit OpTo?
2. Sejauhmanakah kecekapan peserta kajian dalam menyelesaikan masalah operasi tolak dalam
lingkungan 10 dapat ditingkatkan dengan menggunakan Kit OpTo?
3. Bagaimanakah daya tumpuan peserta kajian terhadap kemahiran menolak nombor dalam
lingkungan 10 dapat ditingkatkan dengan menggunakan Kit OpTo?
PESERTA KAJIAN
Dalam kajian ini, dua orang murid Pendidikan Khas yang mengalami masalah dalam
kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 telah dipilih sebagai peserta kajian. Kedua-dua
peserta kajian tidak mempunyai masalah fizikal dan hanya mengalami kurang upaya
intelektual. Jadual 1 menunjukkan butiran maklumat bagi kedua-dua peserta kajian.
350
Jadual 1 Umur Jantina Masalah
Maklumat Peserta Kajian Lelaki Lembam
Perempuan Lembam
Peserta Kajian
Peserta Kajian A 11 tahun
Peserta Kajian B 11 tahun
TINDAKAN YANG DILAKSANAKAN
Bagi meningkatkan penguasaan, kecekapan dan daya tumpuan peserta kajian dalam
kemahiran menolak nombor dalam lingkungan 10, pengkaji telah menggunakan Kit OpTo
yang merangkumi empat tindakan secara keseluruhannya. Jadual 2 menunjukkan senarai
aktiviti bagi pelaksanaan tindakan.
Jadual 2
Senarai aktiviti dalam Kit OpTo
Aktiviti Penerangan
Aktiviti 1: 6. Peserta kajian dikehendaki mengambil satu kad soalan operasi
Tangan tolak dan menyebut ayat Matematik tersebut secara kuat dan
berulang kali.
Ajaib
7. Peserta kajian diminta untuk mengira jawapan bagi operasi tolak
Aktiviti 2: tersebut menggunakan ‘Tangan Ajaib’.
Susun,
8. Peserta kajian menulis jawapan bagi soalan tersebut di atas kad
Pukul dan soalan tersebut.
Kira
7. Peserta kajian diberikan kad soalan operasi tolak dan perlu
menyebut ayat Matematik tersebut secara kuat dan berulang kali.
8. Peserta kajian dikehendaki menyusun bola ping pong mengikut
nilai nombor awal berdasarkan kad soalan tersebut pada kotak
papan pemukul berlubang yang disediakan.
9. Peserta kajian perlu memukul bola ping pong yang telah disusun
ke dalam kotak mengikut nilai nombor kedua yang terdapat pada
kad soalan tersebut menggunakan tangan.
10. Peserta kajian perlu mengira dan menulis bilangan bola yang
tinggal pada ruangan jawapan pada kad soalan tersebut.
351
Aktiviti 3: 6. Pengkaji menerangkan arahan permainan di mana peserta kajian
Dam OpTo perlu membaling dadu untuk menentukan giliran bermain dan
menggerakkan penanda pemain mereka pada petak-petak dam.
Aktiviti 4 :
Jom 7. Peserta kajian perlu menyelesaikan masalah operasi tolak yang
tertera pada petak dam tersebut dan tetap berada di tempatnya
Menolak sekiranya jawapan yang diberikan adalah betul.
Nombor
8. Jika jawapan yang diberikan adalah salah, maka peserta kajian
dikehendaki berundur dua petak ke belakang.
9. Pemenang ditentukan berdasarkan balingan dadu yang
mendapat angka yang tepat untuk berhenti di tapak TAMAT.
4. Pengkaji menerangkan cara bermain, di mana peserta kajian
dikehendaki menyelesaikan operasi tolak dalam lingkungan 10
berdasarkan soalan yang ditunjukkan pada skrin komputer riba.
5. Peserta kajian perlu menjawab soalan tersebut berdasarkan
pilihan jawapan yang telah disediakan.
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Pengkaji telah menggunakan empat kaedah pengumpulan data iaitu ujian, pemerhatian,
analisis dokumen dan temu bual bagi mencapai objektif kajian.
Ujian
Pengkaji melaksanakan dua jenis ujian ke atas peserta kajian iaitu ujian awal dan ujian akhir.
Kedua-dua ujian dilakukan dengan menggunakan set soalan yang sama. Hal ini bertujuan
untuk membuat perbandingan terhadap tahap pencapaian peserta kajian sebelum dan
selepas melaksanakan tindakan.
Pemerhatian
Pengkaji melaksanakan pemerhatian berstruktur terhadap peserta kajian sebelum dan
selepas tindakan dijalankan. Hal ini bertujuan agar pengkaji dapat melihat dan menilai
perkembangan yang ditunjukkan oleh peserta kajian melalui item-item yang telah dibina
dalam borang senarai semak dan nota lapangan ketika peserta kajian melaksanakan aktiviti
menggunakan Kit OpTo.
Analisis Dokumen
Pengkaji telah menganalisis dan menggunakan lembaran kerja yang dilakukan oleh peserta
kajian selepas setiap tindakan dijalankan. Dengan ini, pengkaji dapat melihat pencapaian
peserta kajian serta membuat refleksi perkembangan peserta kajian pada setiap tindakan.
352
Temu bual
Pengkaji menjalankan temu bual terhadap guru Matematik untuk mengesahkan kompetensi
peserta kajian dalam kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10. Temu bual juga
digunakan untuk melihat perbandingan tingkah laku dan tumpuan peserta kajian sebelum dan
selepas tindakan dilakukan.
CARA MENGANALISIS DATA
Setelah proses pengumpulan data dilaksanakan, pengkaji menganalisis data yang diperoleh.
Analisis data ini dilakukan bertujuan untuk menilai sejauh mana tindakan yang telah
dilaksanakan dapat memberikan peningkatan terhadap penguasaan peserta kajian dalam
kemahiran operasi tolak agar selari dengan objektif yang ditetapkan.
CARA MENYEMAK DATA
Dalam kajian ini, semakan data dilaksanakan berdasarkan data-data yang telah dikumpul dan
dianalisis menggunakan triangulasi data. Terdapat tiga instrumen yang digunakan iaitu ujian,
pemerhatian dan analisis dokumen yang membolehkan maklumat dan gambaran diperoleh
secara menyeluruh.
DAPATAN KAJIAN
Objektif Kajian 1: Meningkatkan penguasaan peserta kajian dalam menyelesaikan masalah
operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan menggunakan Kit OpTo.
Ujian
Pengkaji menggunakan kaedah ujian untuk melihat peningkatan tahap penguasaan kedua-
dua peserta kajian dalam kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10.
Gambar 1. Hasil ujian peserta kajian A Gambar 2. Hasil ujian peserta kajian B
sebelum tindakan dijalankan. sebelum tindakan dijalankan.
353
Jadual 3
Gambar 3. Hasil ujian peserta kajian A Gambar 4. Hasil ujian peserta kajian B
Jadual Perbandingan Markah Ujian Awal dan Ujian Akhir
selepas tindakan dijalankan. selepas tindakan dijalankan.
Peserta Kajian A Ujian Awal Ujian Akhir
Peserta Kajian B 7/22 20/22
12/22 22/22
Berdasarkan Jadual 3 dan gambar-gambar hasil ujian yang dilaksanakan oleh peserta kajian
di atas, penggunaan Kit OpTo telah menunjukkan keberkesanan dan hasil dapatan yang
positif daripada kedua-dua peserta kajian. Gambar 1 dan gambar 2 menunjukkan bahawa
kedua-dua peserta kajian tidak dapat menjawab kesemua soalan ujian dengan betul.
Manakala gambar 3 dan gambar 4 menunjukkan bahawa kedua-dua peserta kajian dapat
menjawab kesemua soalan dengan betul. Hal ini membuktikan bahawa peserta kajian sudah
memahami dan menguasai kemahiran operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan baik.
Pemerhatian
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian berstruktur dengan menggunakan senarai semak
terhadap aspek penguasaan peserta kajian dalam kemahiran operasi tolak dalam lingkungan
10 sebelum dan selepas tindakan. Melalui pemerhatian awal yang dijalankan, pengkaji
mendapati bahawa peserta kajian tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru
Matematik.
354
Jadual 4
Senarai Semak Pemerhatian Aspek Penguasaan (Sebelum Tindakan)
BIL PERKARA PESERTA PESERTA
KAJIAN A KAJIAN B
YA TIDAK
YA TIDAK /
/
1. Peserta kajian mengenal nombor asas. /
/
2. Peserta kajian mengenal simbol tolak. /
/
3. Peserta kajian boleh menolak nombor /
dalam lingkungan 5. /
4. Peserta kajian boleh menolak nombor / /
dalam lingkungan 8.
/
5. Peserta kajian boleh menolak nombor /
dalam lingkungan 10. /
6. Peserta kajian boleh menyiapkan /
soalan operasi tolak dalam tempoh
masa yang diberikan.
7. Peserta kajian dapat menjawab semua /
soalan yang diberikan dengan betul.
8. Peserta kajian memberikan respons /
kepada soalan yang diberikan.
Jadual 4 menunjukkan data pemerhatian terhadap kemahiran menolak nombor dalam
lingkungan 10 sebelum pelaksanaan tindakan ke atas peserta kajian. Berdasarkan keputusan
pemerhatian yang dilaksanakan, peserta kajian A dan peserta kajian B tidak dapat menjawab
soalan operasi tolak yang diberikan dan hanya mengenal nombor asas dan simbol tolak.
Jadual 5
Senarai Semak Pemerhatian Aspek Penguasaan (Selepas Tindakan)
355
BIL PERKARA PESERTA PESERTA
KAJIAN A KAJIAN B
YA TIDAK YA TIDAK
1. Peserta kajian mengenal nombor asas. / /
2. Peserta kajian mengenal simbol tolak. / /
3. Peserta kajian boleh menolak nombor / /
dalam lingkungan 5.
4. Peserta kajian boleh menolak nombor / /
dalam lingkungan 8.
5. Peserta kajian boleh menolak nombor / /
dalam lingkungan 10.
6. Peserta kajian boleh menyiapkan / /
soalan operasi tolak dalam tempoh
masa yang diberikan.
7. Peserta kajian dapat menjawab semua / /
soalan yang diberikan dengan betul.
8. Peserta kajian memberikan respons / /
kepada soalan yang diberikan.
Jadual 5 menunjukkan hasil dapatan pemerhatian selepas tindakan dilaksanakan.
Berdasarkan hasil dapatan selepas tindakan yang diperoleh, kedua-dua peserta kajian telah
menunjukkan peningkatan dari aspek penguasaan kemahiran operasi tolak dalam lingkungan
10 selepas tindakan dilaksanakan. Peserta kajian berjaya menjawab kesemua soalan yang
diberikan dengan betul berbanding sebelum tindakan dilaksanakan.
Analisis Dokumen
Pengkaji telah menganalisis lembaran kerja yang telah dibuat oleh peserta kajian selepas
setiap aktiviti dilaksanakan. Hasil lembaran kerja peserta kajian selepas aktiviti menunjukkan
peningkatan terhadap penguasaan peserta kajian dalam kemahiran operasi tolak dalam
lingkungan 10.
Jadual 6
356
Hasil lembaran kerja selepas aktiviti
Item Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 Lembaran Kerja 3
1 Peserta Peserta Peserta Peserta Peserta Peserta
2 Kajian A Kajian B Kajian A Kajian B Kajian A Kajian B
3
4 / / / / / /
5 / / / / / /
6 / / / / / /
7 / / / / / /
8 / / / / / /
9 / / / / / /
10 / / / / / /
/ / / / / /
/ / / / / /
/ / X / / /
Jadual 6 menunjukkan hasil lembaran kerja yang telah dijawab oleh kedua-dua peserta kajian
selepas aktiviti dilaksanakan. Melalui ini dapat dilihat bahawa kedua-dua peserta kajian
berjaya menjawab hampir kesemua soalan dengan betul. Ini menunjukkan bahawa kedua-
dua peserta kajian sudah menguasai kemahiran menolak nombor dalam lingkungan 10
dengan baik
Temu Bual
Pengkaji menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklum balas daripada guru
Matematik berkenaan perkembangan prestasi peserta kajian selepas tindakan dilaksanakan.
Menerusi temu bual tersebut, guru sangat berpuas hati apabila kedua-dua peserta kajian
dapat menjawab lembaran kerja yang diberikan dengan betul dan peserta kajian A juga dilihat
tidak lagi meninggalkan soalan operasi tolak yang diberikan.
Objektif Kajian 2: Meningkatkan kecekapan peserta kajian dalam menyelesaikan masalah
operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan menggunakan Kit OpTo.
Ujian
357
Pengkaji menggunakan kaedah ujian untuk melihat peningkatan kecekapan masa kedua-dua
peserta kajian dalam menyelesaikan masalah operasi tolak dalam lingkungan 10.
Gambar 5. Hasil ujian awal peserta Gambar 6. Hasil ujian akhir peserta
kajian A sebelum tindakan dijalankan. kajian A selepas tindakan dijalankan.
Berdasarkan gambar 5 menunjukkan sebelum tindakan dijalankan, peserta kajian A
meninggalkan beberapa soalan operasi tolak kerana tidak dapat menyelesaikan soalan
tersebut dalam tempoh masa yang diberikan. Manakala gambar 6 menunjukkan selepas
tindakan dijalankan, peserta kajian A dapat menjawab kesemua soalan operasi tolak dengan
betul dalam masa yang ditetapkan. Hal ini membuktikan kecekapan masa peserta kajian
dalam menyelesaikan soalan operasi tolak dalam lingkungan 10 telah dapat ditingkatkan.
Pemerhatian
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak terhadap
kecekapan masa peserta kajian dalam menyelesaikan masalah operasi tolak dalam
lingkungan 10. Melalui pemerhatian awal, pengkaji mendapati bahawa kedua-dua peserta
kajian mengambil masa yang lama dan melebihi masa yang diberikan iaitu 30 minit untuk
menyelesaikan kesemua soalan yang diberikan.
Jadual 7
Borang Kecekapan Masa Peserta Kajian A
UJIAN MASA DIAMBIL UNTUK MENYELESAIKAN OPERASI
TOLAK (minit)
SEBELUM TINDAKAN 40 minit (tidak selesai)
SELEPAS TINDAKAN 25 minit
358
Jadual 8
Borang Kecekapan Masa Peserta Kajian B
UJIAN MASA DIAMBIL UNTUK MENYELESAIKAN OPERASI
TOLAK (minit)
SEBELUM TINDAKAN 40 minit
SELEPAS TINDAKAN 20 minit
Berdasarkan Jadual 7 dan Jadual 8 menunjukkan bahawa peserta kajian A tidak dapat
menyelesaikan kesemua soalan operasi tolak yang diberikan dalam masa yang diperuntukkan
sebelum tindakan dilaksanakan. Manakala peserta kajian B dapat menyelesaikan kesemua
soalan operasi tolak yang diberikan namun melebihi masa yang diperuntukkan. Namun
selepas tindakan dilaksanakan, kedua-dua peserta dapat menyelesaikan kesemua soalan
operasi tolak yang diberikan dengan betul dalam masa yang singkat daripada masa yang
diperuntukkan.
Temu Bual
Pengkaji menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklum balas daripada guru
Matematik berkenaan kecekapan masa peserta kajian dalam menyelesaikan masalah operasi
tolak dalam lingkungan 10 selepas tindakan dilaksanakan. Menerusi temu bual tersebut, guru
mendapati terdapat peningkatan prestasi peserta kajian dalam kemahiran menolak nombor di
samping dapat menyiapkan lembaran kerja yang diberikan dengan lebih cepat dan betul
berbanding dengan sebelum tindakan dilaksanakan.
Objektif Kajian 3: Meningkatkan daya tumpuan peserta kajian terhadap kemahiran menolak
nombor dalam lingkungan 10 menggunakan Kit OpTo.
Pemerhatian
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak terhadap
aspek daya tumpuan kedua-dua peserta kajian sebelum dan selepas tindakan dilaksanakan.
Hal ini demikian untuk menilai sejauh mana keberkesanan penggunaan Kit OpTo dalam
meningkatkan daya tumpuan peserta kajian dalam kemahiran operasi tolak dalam lingkungan
359
10. Jadual 9 menunjukkan senarai semak bagi aspek daya tumpuan peserta kajian sebelum
tindakan.
Jadual 9
Senarai Semak Aspek Daya Tumpuan (Sebelum Tindakan)
BIL PERKARA PESERTA PESERTA
KAJIAN A KAJIAN B
YA TIDAK
YA TIDAK
1. Peserta kajian memberikan tumpuan / /
sepenuhnya. /
2. Peserta kajian mudah tidak terganggu / /
oleh anasir luar.
/
3. Peserta kajian mematuhi setiap /
arahan yang diberi oleh pengkaji. /
4. Peserta kajian dapat memberi tindak /
balas yang sesuai.
5. Peserta kajian mendengar dengan /
baik apabila pengkaji sedang memberi
penerangan.
6. Peserta kajian tidak menganggu rakan / /
lain. / /
/ /
7. Peserta kajian tidak bergerak ke
tempat lain semasa pembelajaran.
8. Peserta kajian dapat menyiapkan
tugasan dalam masa yang diberikan.
Hasil dapatan senarai semak dalam Jadual 9 membuktikan bahawa kedua-dua peserta kajian
menunjukkan daya tumpuan yang lemah. Peserta kajian menunjukkan tidak dapat memberi
tindak balas yang sesuai apabila disoal oleh pengkaji dan sering terganggu dengan gangguan
di luar kelas semasa pengajaran Matematik berlangsung.
Jadual 10
Senarai Semak Aspek Daya Tumpuan (Selepas Tindakan)
360
BIL PERKARA PESERTA PESERTA
KAJIAN A KAJIAN B
1. Peserta kajian memberikan tumpuan YA TIDAK YA TIDAK
sepenuhnya. / /
/ /
2. Peserta kajian mudah tidak / /
terganggu oleh anasir luar. / /
/ /
3. Peserta kajian mematuhi setiap
arahan yang diberi oleh pengkaji. / /
/ /
4. Peserta kajian dapat memberi tindak / /
balas yang sesuai.
5. Peserta kajian mendengar dengan
baik apabila pengkaji sedang
memberi penerangan.
6. Peserta kajian tidak menganggu
rakan lain.
7. Peserta kajian tidak bergerak ke
tempat lain semasa pembelajaran.
8. Peserta kajian dapat menyiapkan
tugasan dalam masa yang diberikan.
Jadual 10 merupakan data pemerhatian yang pengkaji peroleh terhadap aspek daya tumpuan
peserta kajian A dan peserta kajian B selepas melakukan tindakan dengan menggunakan Kit
OpTo. Berdasarkan keputusan pemerhatian yang dijalankan, pengkaji mendapati kedua-dua
peserta kajian mula memberikan tumpuan semasa pengkaji memberikan penerangan
berkaitan aktiviti yang terdapat dalam Kit OpTo serta dapat mematuhi setiap arahan yang
diberikan dengan baik.
Nota Lapangan
Pengkaji turut menggunakan nota lapangan untuk menilai tahap peningkatan daya tumpuan
kedua-dua peserta kajian terhadap kemahiran menolak nombor dalam lingkungan 10. Nota
lapangan ini telah direkod semasa setiap tindakan dijalankan.
Jadual 11
361
Catatan Nota Lapangan Semasa Pelaksanaan Tindakan 1 (Aktiviti Tangan Ajaib)
Tarikh: 1 Mac 2020
Masa: 8.45 pagi (waktu mata pelajaran Matematik)
Tempat: Bilik Pengurusan Diri PPKI
Pemerhatian Guru:
Peserta Kajian A:
Peserta kajian memberikan tumpuan dan tidak bergerak ke tempat lain semasa aktiviti
dilaksanakan.
Peserta kajian dapat memahami konsep operasi tolak dengan bimbingan guru.
Peserta kajian dapat menjawab lembaran kerja berkaitan kemahiran operasi tolak
dengan betul.
Peserta Kajian B:
Peserta kajian memberikan tumpuan dan melibatkan diri dengan aktif sepanjang
tindakan dijalankan.
Peserta kajian dapat memahami konsep operasi tolak, pengkaji hanya perlu
menjelaskan dan memberikan bimbingan.
Peserta kajian dapat menjawab lembaran kerja berkaitan kemahiran operasi tolak
dengan betul tanpa bimbingan pengkaji.
Refleksi Guru:
Penggunaan tangan dari Kit OpTo membantu peserta kajian mengalami situasi
sebenar bagaimana operasi tolak dilakukan.
Berdasarkan analisis nota lapangan dalam Jadual 11, pengkaji mendapati kedua-dua peserta
kajian memberikan kerjasama yang baik dan melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti
Tangan Ajaib yang dijalankan.
Jadual 12
Catatan Nota Lapangan Semasa Pelaksanaan Tindakan 2 (Aktiviti Susun, Pukul dan Kira)
Tarikh: 4 Mac 2020
Masa: 10.45 pagi (waktu mata pelajaran Matematik)
362
Tempat: Bilik Pengurusan Diri PPKI
Pemerhatian Guru:
Peserta Kajian A:
Peserta kajian sentiasa bersemangat dan tidak mudah terganggu dengan anasir luar
semasa tindakan dijalankan.
Peserta kajian dapat mematuhi arahan pengkaji dan melaksanakan aktiviti dengan
baik.
Peserta kajian dapat menyelesaikan masalah operasi tolak dalam lingkungan 10
menggunakan kit dengan baik.
Peserta kajian dapat menyiapkan kesemua lembaran kerja dalam masa yang diberikan
dengan betul.
Peserta Kajian B:
Peserta kajian berasa seronok dengan aktiviti yang dilaksanakan.
Peserta kajian tidak menganggu murid lain sepanjang tindakan dijalankan.
Peserta kajian dapat menyelesaikan masalah operasi tolak dalam lingkungan 10
dengan menggunakan bola pingpong sebagai pembilang.
Peserta kajian dapat menyiapkan kesemua lembaran kerja dalam masa yang diberikan
dengan betul.
Refleksi Guru:
Aktiviti Susun, Pukul dan Kira yang terdapat dalam Kit OpTo membantu peserta
kajian menyelesaikan masalah operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan baik.
Berdasarkan analisis nota lapangan dalam Jadual 12, pengkaji mendapati bahawa peserta
kajian A dapat mematuhi arahan pengkaji dan mampu melaksanakan aktiviti dengan baik.
Manakala peserta kajian B pula berasa seronok dengan aktiviti yang dilaksanakan sehingga
dia tidak lagi mengganggu murid lain semasa tindakan dijalankan.
Jadual 13
Catatan Nota Lapangan Semasa Pelaksanaan Tindakan 3 (Aktiviti Dam OpTo)
363
Tarikh: 8 Mac 2020
Masa: 8.45 pagi (waktu mata pelajaran Matematik)
Tempat: Bilik Pengurusan Diri PPKI
Pemerhatian Guru:
Peserta Kajian A:
Peserta kajian menunjukkan ekspresi gembira dan mematuhi arahan pengkaji dengan
baik semasa melaksanakan aktiviti.
Peserta kajian bermain permainan dam OpTo dengan penuh bersemangat.
Peserta kajian dapat menjawab soalan operasi tolak yang terdapat dalam dam OpTO
dengan betul.
Peserta Kajian B:
Peserta kajian menunjukkan ekspresi gembira dan mematuhi arahan pengkaji dengan
baik semasa melaksanakan aktiviti
Peserta kajian bermain permainan dam OpTo dengan penuh bersemangat.
Peserta kajian dapat menjawab soalan operasi tolak yang terdapat dalam dam OpTo
dengan betul.
Refleksi Guru:
Aktiviti dam OpTo membantu peserta kajian meningkatkan penguasaan mereka
dalam kemahiran operasi tolak melalui bermain.
Berdasarkan analisis nota lapangan dalam Jadual 13, pengkaji mendapati bahawa kedua-dua
peserta menunjukkan ekspresi gembira dan mematuhi arahan pengkaji dengan baik semasa
melaksanakan aktiviti serta dapat menjawab soalan operasi tolak yang terdapat dalam dam
OpTo dengan betul. Hal ini menunjukkan peserta kajian meminati aktiviti yang dilaksanakan
dan memahami konsep operasi tolak yang diajar dengan baik.
Jadual 14
Catatan Nota Lapangan Semasa Pelaksanaan Tindakan 4 (Aktiviti Jom Menolak Nombor)
Tarikh: 11 Mac 2020
Masa: 10.45 pagi (waktu mata pelajaran Matematik)
364
Tempat: Bilik Pengurusan Diri PPKI
Pemerhatian Guru:
Peserta Kajian A:
Peserta kajian semakin aktif dan tidak sabar untuk melaksanakan aktiviti.
Peserta kajian menunjukkan tindak balas dan tingkah laku yang positif semasa
pengkaji memberikan arahan.
Peserta kajian dapat menjawab soalan operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan
betul tanpa bimbingan guru.
Peserta Kajian B:
Peserta kajian berasa teruja dan tidak sabar untuk melaksanakan aktiviti.
Peserta kajian menunjukkan tindak balas dan tingkah laku yang positif semasa
pengkaji memberikan arahan.
Peserta kajian dapat menjawab soalan operasi tolak dalam lingkungan 10 dengan
betul tanpa bimbingan guru.
Refleksi Guru:
Murid yakin untuk menyelesaikan masalah operasi tolak dalam lingkungan 10 tanpa
bimbingan guru serta menunjukkan tumpuan dan minat yang mendalam terhadap
kemahiran operasi tolak.
Berdasarkan analisis nota lapangan dalam Jadual 14, pengkaji mendapati bahawa kedua-dua
peserta kajian dapat menunjukkan tumpuan dan minat yang mendalam terhadap kemahiran
operasi tolak dalam lingkungan 10. Hal ini dapat dilihat apabila kedua-dua peserta kajian
kelihatan semakin aktif dan tidak sabar untuk melakukan aktiviti di samping menunjukkan
tindak balas dan tingkah laku yang positif sepanjang aktiviti Jom Menolak Nombor dijalankan.
REFLEKSI
Melalui tindakan yang dilaksanakan, peserta kajian telah menunjukkan peningkatan prestasi
dalam keputusan ujian akhir yang dilaksanakan selepas tindakan berbanding ujian awal yang
dilaksanakan sebelum tindakan. Kedua-dua peserta kajian lebih yakin untuk menyelesaikan
masalah operasi tolak sendiri tanpa memerlukan bimbingan daripada pengkaji serta tidak lagi
meneka jawapan. Malah, peserta kajian mampu menyiapkan soalan operasi tolak yang
365
diberikan dalam tempoh masa yang singkat berbanding sebelum ini. Oleh itu, jelaslah bahawa
pencapaian dan daya tumpuan terhadap Matematik, konsep kendiri dan suasana bilik darjah
yang positif mampu mengurangkan kebimbangan Matematik murid (Radisic, 2015).
Kesimpulannya, pengkaji berharap agar guru-guru Pendidikan Khas mampu berfikir
secara kreatif dan inovatif dalam usaha merancang medium pembelajaran yang dapat
memberi ransangan positif kepada murid-murid Pendidikan Khas. Hal ini kerana, daya
tumpuan murid dapat dicetuskan melalui penggunaan bahan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di samping dapat menghilangkan rasa bosan (Norizan Izati, 2011). Oleh itu,
kepekaan guru terhadap kebolehan, minat dan potensi murid amat perlu supaya dapat
merangsang mereka untuk terlibat aktif bagi menjadikan murid lebih berminat untuk belajar.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Untuk kajian lanjutan, pengkaji mencadangkan kit ini dicipta berdasarkan tema kartun yang
diminati oleh murid bagi menambahkan lagi keterujaan murid dalam menggunakan kit
tersebut. Ini juga akan menjadikan kit tersebut kelihatan lebih menarik dan menyeronokkan.
Hal ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Norfarizah (2016) yang menyatakan bahawa pelajar
sebenarnya lebih tertarik kepada suasana pembelajaran yang berbeza daripada kaedah
tradisional yang digunakan.
Seterusnya, pengkaji mencadangkan agar kit ini dapat diubahsuai dengan
mempelbagaikan fungsi kit seperti menyelitkan kemahiran operasi tambah. Hal ini dapat
membantu peserta kajian mempelajari operasi asas lain. Namun, kesesuaian bahan bantu
belajar mestilah berkaitan dengan apa yang hendak dilaksanakan. Menurut Lu Chung (2015),
penekanan pengajaran dan pembelajaran pendidikan awal kanak-kanak mestilah mengikut
Amalan Bersesuaian Perkembangan (ABP) kanak-kanak. Melalui ABP ini, kanak-kanak
mampu belajar mengikut keperluan dan kesesuaian tahap perkembangan mereka.
Di samping itu, pengkaji mencadangkan agar kit ini dapat dihasilkan dalam bentuk
aplikasi yang boleh digunakan melalui komputer dan telefon pintar. Hal ini untuk memudahkan
murid menggunakan kit ini di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Bahkan, ibu bapa juga
dapat memantau dan membantu murid untuk mempelajari kemahiran yang difokuskan
semasa berada di rumah. Hal ini disokong oleh Gabare et. al (2014) bahawa penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi menjadi semakin penting kerana ia mampu menyediakan
persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang proaktif. Oleh itu, penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi perlu diperbanyak dan diintegrasikan dalam kajian seterusnya.
366
RUJUKAN
Beckett, P., McIntosh, D., Byrd, L. A., & McKinney, S. E. (2011, March). Action Research
Improves Math Instruction. (March), 398-401. Retrieved from www.nctm.org.
Gabare, C. Gabare, S., Rosseni Din, Parilah Mohd Shah & Aidah Abdul Karim. (2014). iPads
in the foreign language classroom: A learner’s perspectives: The Southeast Asian
Journal of English Language Studies. 20 (1), 115-128.
Lau Ging Lim. (2012). Kesan Penggunaan Kaedah Bermain Sambil Belajar Dalam Proses
Pembelajaran Sains Tahun Empat. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL, 5.
Lu Chung Chin. (2015). Pembangunan Dan Keberkesanan Modul Berasaskan Pendekatan
Permainan (MBPP) Dalam Pendidikan Awal Matematik Prasekolah. Universiti
Kebangsaan Maalaysia.
Marshall, L. & Swan, P. (2007). Mathematics Manipulative. A panacea or a Pandora Box, 186-
194.
Mohd Khairulnaim Bin Mat Akir. (2011). Pengaplikasian Kaedah Shoot And Count Untuk
Meningkatkan Penguasaan Murid-Murid Slow Learner Dalam Kemahiran Operasi
Tambah. Buku Koleksi Kertas Kerja Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.
Norizan Izati Bin Mohammad. (2011). RODA IMPIAN. “Meningkatkan Penguasaan Kemahiran
Mengeja Sukukata Kv+Kv Di Kalangan Murid-murid Prasekolah Mengikut Kaedah
Belajar Sambil Bermain, 5.
Norliza Jaafar, Lew, M.M. dan Norulazilah Nordin. (2014). Perkembangan Kanak-Kanak. BS
Print (M) Sdn. Bhd.
Radisic, J. (2015). Math anxiety contributing school and individual level factors. European
Journal of Psychology of Education 30(1), 20.
Wilmot, E. M. (2018). A Comparative Study Of The Effect Of The Methods Of Decomposition
And Base Complement Addition On Ghanaian Children’s Performance On Compound
Subtraction. The Oguaa Educator, 12(1), 28-52.
Yorulmaz, A., & Onal, H. (2017). Examination Of The Views Of Class Teachers Regarding
The Errors Primary School Students Make In Four Operations. Universal Journal of
Educational Research, 5(11), 1885-1895. https://doi.org/10.13189/ujer.2017.051105
367
MENIGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENULIS HURUF n, m, v DAN w
DALAM KALANGAN MURID SLOW LEARNER MENERUSI KAEDAH “MaKeLis”
Nur Hatiyah Binti Ahamad
En Mohd Asif bin Mohd Alwi
Jabatan Pendidikan Khas IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bagi meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis huruf /n/, /m/, /v/ dan /w/
dalam kalangan murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran menggunakan kaedah Makelis.
Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid berkeperluan khas yang mengikuti Program Pendidikan
Khas Integrasi di sekolah A. Model tindakan Lewin (1946) yang diadaptasi dalam Laidlaw (1992). Model
ini djadikan panduan oleh pengkaji dalam perlaksanaan kajian tindakan tersebut. Pengumpulan data
awal yang digunakan adalah melalui ujian diagnostik, analisis dokumen dan pemerhatian. Dengan itu,
satu kajian telah dijalankan bagi mengrangkan masalah tersebut iaitu dengan menggunakan kaedah
Makelis. Terdapat empat aktiviti dalam kaedah Makelis antaranya adalah Kenali Saya, Jom Cuba,
Memory Games dan Spin Wheel. Pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu ujian,
pemerhatian dan analisis dokumen yang merangkumi analisis senarai semak dan gambar
perlaksanaan. Hasil dapatan kajian menunjukaan peningkatan yang positif dalam kemahiran mengenal
dan menulis huruf /n/, /m/, /v/ dan /w/. Cadangan susulan kajian ini adalah menggunakan kaedah ni
bagi murid yang mempunyai masalah mengenal dan menulis huruf yang hampir sama dan
mengintergrasikan kaedah ini dalam matapelajaran matematik. Pengkaji berharap kaedah ini
memberikan kesan yang positif jika digunakan di sekolah kelak.
Kata kunci: Kemahiran Mengenal, Kemahiran Menulis, Kaedah Makelis.
ABSTRACT
This study was conducted to improve the skills of recognize and writing letters / n /,/m/, / v / and / w /
among Special Education Pupils With Learning Disabilities using the Makelis method. The Participants
were two Special Education Pupils in Special Education Integrted Program (SEIP) at School A. This
action research is also used Lewin’s model (1846) as a basic of this study. In The initial data collection
that was carried out, researcher used diagnostic test, document analysis and observe as the method
of collecting data. Therefore, study was conducted to overcome the problems using Makelis Innovation.
There are 4 act in the Makelis Innovation such as Kenali Saya, Cuba Teka, Memory Games dan Spin
Wheel. For the findings, there are 3 methods of data collection used including namely test, observation
and document analysis which include checklist analysis. Overall, this study can be implied to pupils with
inability to recognize and writing letters in Malaysia laguage subject. The recommendation of this study
is to use this method for students who have trouble recognizing and writing similar letters and also
integrating them into mathematics subjects. Researcher hopes that this study will be able to contribute
positive improvements to the pupils in their learning when used in schools.
Keywords: Recognizing Skills, Writing Skills, Makelis Innovation.
368
PENGENALAN
Dalam era globalisasi ini, perkembangan sistem pendidikan di Malaysia semakin meningkat
terutamanya dalam bidang pendidikan khas. Menurut Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che
Ahmad (2011), pendidikan khas merupakan satu program yang direka khas untuk memenuhi
keperluan pendidikan murid yang istimewa atau bekeperluan khas. Dalam konteks pendidikan
khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mengagihkan murid bekeperluan khas (MBK)
kepada tiga kumpulan utama iaitu masalah pembelajaran, masalah penglihatan dan masalah
pendengaran. Kajian ini memberi fokus kepada murid masalah pembelajaran. Menurut
Osman dan Ahmed Ghazie (2007), murid masalah pembelajaran ini adalah murid yang
mempunyai masalah dari sudut keupayaan fizikal, tingkah laku dan kognitif. Murid tersebut
kebiasaanya mempunyai masalah dari sudut membaca, menulis serta mengira (Zalizan
,2009). Walau bagaimanapun, penguasaan kemahiran asas mengenal huruf adalah sangat
sukar bagi murid berkeperluan khas. Ini kerana terdapat murid yang mempunyai masalah
kognitif yang rendah sehingga tidak mampu untuk mengecam huruf tersebut. Penggunaan
pelbagai kaedah pengajaran mempu meningkatkan penguasaan kemahiran-kemahiran dalam
Bahasa Melayu. Menurut Kamalawati Dolhan, Dayang Putri Awang Mahbi, & Yusop Hj. Malie
(2019) menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu yang pelbagai dapat membantu
meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis huruf murid. Kesimpulannya, bagi
meningkatkan penguasaan bahasa Melayu MBK, kemahiran mengenal dan menulis perlu
dipertingkatkan dalam kalangan murid berkeperluan khas.
FOKUS KAJIAN
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang telah dihurai, pengkaji
mendapati bahawa terdapat beberapa orang murid yang mempunyai masalah dalam
mengenal dan menulis huruf yang hampir sama. Dalam kajian ini, pengkaji memilih empat
huruf yang seakan sama iaitu huruf /m/, /n/, /v/ dan /w/. Selain itu, terdapat murid yang tidak
mampu untuk membanding beza antara huruf tersebut dan mempunyai masalah dalam
menulis huruf tersebut. Di samping itu, murid-murid tersebut juga keliru dengan huruf /m/, /n/,
/v/ dan /w/ dari sudut gandaan bentuknya Oleh itu, pengkaji memberi fokus terhadap masalah
ketidakupayaan dalam mengenal dan menulis huruf /n/,/m/ ,/v/ dan /w/ dihadapi oleh dua
orang peserta kajian dari kelas pendidikan khas tahun 2. Oleh itu, kajian ini memberi fokus
kepada masalah mengenal dan menulis huruf menggunakan kaedah MaKeLis.
369
OBJEKTIF KAJIAN
1. Meningkatkan kemahiran mengenal huruf /n/,/m/, /v/ dan /w/ menggunakan
“MaKeLis”.
2. Meningkatkan kemahiran menulis huruf /n/,/m/,/v/ dan /w/ dengan cara yang betul
dengan menggunakan “MaKeLis”
SOALAN KAJIAN
1. Adakah kemahiran mengenal huruf n, m, v dan w menggunakan “MaKeLis” dapat
dipertingkatkan?
2. Adakah kemahiran menulis huruf n, m, v dan w menggunakan “MaKeLis” dapat
dipertingkatkan.
PESERTA KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan A yang melibatkan murid-murid dari Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) tahap satu. Sekolah ini adalah sekolah di luar bandar Kota
Bharu, Kelantan. Murid yang menjadi peserta adalah seramai 2 orang yang mengalami
masalah pembelajaran Bahasa Melayu iaitu dalam bentuk kemahiran mengenal dan menulis
huruf yang mempunyai bentuk yang hampir sama iaitu /m/, /n/, /v/ dan /w/.Kajian dilaksanakan
kepada dua orang murid daripada kelas 2 Usaha . Kedua-dua peserta kajian adalah terdiri
daripada lelaki dan perempuan dan berumur 11 tahun dan 9 tahun. Tambahan pula, peserta
kajian ini juga adalah murid yang dikategorikan sebagai “slow learner”. Kedua-dua peserta
kajian adalah beragama islam dan berketurunan melayu serta menetap berdekatan dengan
sekolah tersebut.
Kedua-dua peserta kajian mempunyai pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Di samping itu, tahap pencapaian antara kedua-dua murid juga berbeza. Hal
ini demikian kerana, kemahiran menulis dan mengenal peserta kajian A adalah lebih baik
dibandingkan dengan peserta kajian B. Walau bagaimanapun, kedua-dua peserta kajian
mempunyai masalah dari sudut pengamatan terhadap huruf-huruf tersebut.
370
PELAKSANAAN TINDAKAN
Untuk meningkatkan penguasaan murid mengenal dan menulis huruf ini, penkaji telah
menggunakan kaedah “Makelis” yang terdiri daripada empat aktiviti intervensi. Bahan ini juga
dapat diakses secara offline dan online.
Jadual 1
Jadual perlaksanaan Makelis. Penerangan
Aktiviti
Aktiviti 1: 1. Peserta kajian menonton video pembelajaran yang
Kenali saya dihasilkan oleh pengkaji
2. Peserta kajian diperkenalkan huruf dan bentuk huruf.
3. Peserta kajian mengulang video tersebut jika perlu
4. Peserta kajian disoal oleh guru berkenaan dengan
huruf-huruf tersebut
Aktiviti 2: Jom cuba
1. Peserta kajian menonton video berkenaan dengan
huruf yang telah dipelajari
2. Peserta kajian mengenalpasti bentuk dan ciri-ciri
huruf.
3. Peserta kajian perlu melakar huruf tersebut di skrin
berdasarkan video.
4. Peserta kajian menyebut huruf yang dilakar.
Aktiviti 3: Memory 1. Peserta kajian bermain Memory Games secara atas
Game talian menggunakan aplikasi Games Maker.
2. Bagi memenangi permainan tersebut, peserta kajian
perlu mencari huruf yang sama
371
3. Peserta kajian memperoleh huruf yang bsama dan
menyebut huruf tersebut.
4. Huruf tersebut digambarkan menerusi aplikasi
Realtime WhiteBoard.
5. Peserta kajian menyebut semula huruf yang ditulis
Aktiviti 4: Spin Wheel 1. Perserta kajian bermain roda impian huruf di atas
talian menggunakan aplikasi Spin Wheel.
2. Peserta kajian menyebut huruf yang diperoleh.
3. Peserta kajian diberi 4 kad dan menyusun huruf yang
diperoleh berdasarkan roda tersebut.
4. Peserta kajian menulis huruf berdasarkan urutan kad.
KAEDAH MENGUMPUL DATA
Pengkaji telah menggunakan tiga kaedah pengumpulan data bagi mencapai objektif kajian ini
melalui kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan ujian awal dan akhir.
Analisis dokumen
Pengumpulan data melalui analisis dokumen penting untuk memperoleh maklumat yang
releven terhadap masalah bagi sesuatu kajian. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan
lembaran kerja dan ujian diagnostik bagi menegnalpasti masalah kemahiran mengenal dan
menulis huruf /n/,/m/, /v/ dan /w/ dalam kalangan peserta kajian.
Ujian awal dan ujian Akhir
Ujian- ujian ini diberikan kepada peserta-peserta kajian sebelum dan selepas intervensi
dilaksanakan. Ujian awal dan akhir ini adalah sama bagi memudahkan pengkaji menilai
perkembangan dan peningkatan peserta kajian dalam kemahiran mengenal dan menulis huruf
/n/,/m/,/v/ dan /w/.
Pemerhatian
Pengkaji menggunakan kaedah ini sebagai proses pengumpulan data semasa aktiviti
menggunakan kaedah Makelis dilaksanakan. Menerusi pemerhatian, peserta menggunakan
senarai semak sebagai instrumen senarai semak bagi mengumpul data semasa aktiviti
372
dilaksanakan.Tambahan pula, pengkaji juga menggunakan gambar sebagai bukti aktiviti yang
dilaksanakan terhadap dua peserta kajian.
CARA MENGANALISIS DATA
Setiap data yang dikumpul perlu dianalisis secara kuantitif bagi memperoleh keputusan dan
hasil kajian yang dilaksanakan. Data yang telah dianalisis ini juga bertujuan untuk membuat
penilaian dan mengenalpasti sejauh mana keberkesanan aktiviti intervensi ke atas peserta
kajian.
CARA MENYEMAK DATA
Pengkaji telah menggunakan triangulasi kaedah iaitu menggunakan pelbagai kaedah
mengumpul data ke atas peserta kajian yang sama bagi menguji kesahan data yang
diperoleh. Pengkaji telah menggunakan pemerhatian melalui senarai semak, analisis
dokumen yang terdiri daripada lembaran kerja dan ujian diagnostik serta ujian awal dan akhir.
DAPATAN KAJIAN
Soalan kajian 1:
Adakah kemahiran mengenal huruf n, m, v dan w menggunakan kaedah “Makelis” dapat
dipertingkat?
Analisis Dokumen
Analisis dokumen digunakan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh peserta kajian
A dan B. Berikut merupakan Jadual 2 analisis ujian diagnostik bagi mengenalpasti masalah
mengenal dalam kelangan peserta kajian.
Jadual 2
Analisis ujian diagnostik.
Bil Peserta Huruf yang tidak Catatan
kajian dapat disebut
1A e, f, j, m,v, w Kedua-dua peserta kajian bertukar antara huruf m dan
n
373
2B b,f,h,m,n dan q
Peserta kajian A bertukar antara huruf v dan w.
Peserta kajian B mengambil masa agak lama untuk
menyebut huruf tersebut.
Berdasarkan jadual di atas, pengkaji mengenalpasti bahawa peserta kajian A dan B
mempunyai masalah dalam kemahiran mengenal antara huruf n,m,v dan w. Peserta kajian B
dapat menyebut huruf n dan m tetapi mengambil masa yang agak lama untuk menyebut huruf
huruf tersebut. Pengkaji berpendapat bahawa murid menggunakan kaedah mengingat tanpa
mengenal huruf tersebut. Oleh itu, pengkaji mendapati bahawa peserta kajian belum dapat
menguasai huruf /n/, /m/, /v/ dan /w/.
Pemerhatian
Dalam melaksanakan aktiviti pemerhatian ini, pengkaji menggunakan instrumen senarai
semak berdasarkan aktiviti intervensi yang dilaksanakan. Pengkaji melaksanakan tiga aktiviti
intervensi bagi meningkatkan kemahiran mengenal huruf /n/,/m/,/v/ dan /w/. Antaranya adalah
Kenali Saya, Memory Games dan Spin Wheel. Berikut adalah jadual senarai semak
berdasarkan aktiviti intervensi yang dilaksanakan kepada peserta-peserta kajian.
Jadual 3
Senarai semak aktiviti Kenali Saya, Memory Games dan Spin Wheel.
ITEM 12 3
B
Aktiviti Kenali Saya (A ktiviti membezakan huruf)
PESERTA KAJIAN AB A B A
Membezakan antara huruf n dan m //
Membezakan antara huruf v dan w //
Membezakan antara huruf v dan n //
Membezakan antara huruf m dan w //
Aktiviti Memory Game s viti menyebut uruf)
(Akti h
374
PESERTA KAJIAN AB A B A B
Menyebut huruf n B
Menyebut huruf m //
Menyebut huruf v //
Menyebut huruf w //
Aktiviti Memory Game
PESERTA KAJIAN //
Mengenal huruf n s (Aktiviti mengenal huruf)
Mengenal huruf m ABA B A
Mengenal huruf v //
Mengenal huruf w
//
//
//
1: Dapat menguasai sepenuhnya
2: Dapat menguasai
3: Tidak dapat menguasai
Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan antaranya adalah membezakan antara huruf,
aktiviti menyebut huruf dalam permainan Memory Games dan menyebut huruf menerusi
aktiviti Spin Wheel. Berdasarkan senarai semak tersebut, pengkaji melihat terdapat
perkembangan yang baik terhadap kemahiran mengenal huruf /n/,/m/,/v/ dan /w/ kerana
peserta-peserta kajian memperoleh tahap 1 dan 2 iaitu menguasai sepenuhnya dan
menguasai.
Ujian
Ujian awal dan akhir dilaksanakan dalam mengetahui pencapaian peserta kajian dalam
kemahiran mengenal huruf /n/,/m/,/v/ dan /w/ dapat ditingkatkan menerusi kaedah Makelis.
Pengkaji membandingkan antara hasil ujian awal dengan akhir.
375
Jadual 4
Rajah 1: Pencapaian peserta kajian A dalam Rajah 2: Pencapaian peserta kajian B
ujian awal dalam ujian awal
Rajah 3: Pencapaian peserta kajian A dalam Rajah 4: Pencapaian peserta kajian B
ujian akhir dalam ujian akhir
Senarai semak tahap keupayaan peserta kajian dalam kemahiran mengenal huruf /n/,/m/,/v/
dan /w/ melalui ujian.
Ujian SEBELUM SELEPAS 3
ITEM 23 12
1
PESERTA KAJIAN A B A B A B A B A B AB
Membulatkan huruf /n/ dengan warna ///
/ ungu.
Membulatkan huruf /m/ dengan warna // /
/ hijau.
376
Membulatkan huruf /v/ dengan warna / / /
/ merah jambu // /
Membulatkan huruf /w/ dengan warna
/ kuning
Berdasarkan gambar-gambar hasil ujian yang dilaksanakan oleh peserta kajian di
atas, penggunaan Kaedah Makelis telah menunjukkan hasil dapatan yang positif daripada
kedua-dua peserta kajian. Gambar 1 dan gambar 2 menunjukkan bahawa kedua-dua
peserta kajian tidak dapat menjawab kesemua soalan ujian dengan betul, manakala gambar
3 dan gambar 4 pula menunjukkan bahawa kedua-dua peserta kajian dapat menjawab
kesemua soalan dengan betul. Hal ini membuktikan bahawa peserta kajian sudah
menguasai kemahiran mengenal huruf /n/, /m/,/v/ dan /w/.
Soalan kajian:
Adakah kemahiran menulis huruf n, m, v dan w menggunakan kaedah “Makelis” dapat
dipertingkat?
Analisis Dokumen
Analisis ini dijalankan bagi mengesan masalah kemahiran menulis huruf /n/,/m/,/v/ dan /w/.
Pengkaji menggunakan lembaran kerja dan ujian diagnostik bagi membuktikan bahawa
peserta-peserta kajian mempunyai masalah dalam menulis huruf.
Rajah 5. Lembaran kerja peserta kajian A dan B
377
Rajah 6. Ujian diagnostik bahagian 1 peserta kajian A dan B
Rajah 7. Ujian diagnostik bahagian 2 peserta kajian A dan B
Jadual 5
Analisis lembaran kerja 1 A 2 3
ITEM AB / B AB
/
PESERTA KAJIAN / /
Menulis huruf m /
Menulis huruf n /
Menulis huruf v //
Menulis huruf w
378
Jadual 6
Analisis ujian diagnostik 1 2 3
ITEM B
PESERTA KAJIAN A BA B A
KEMAHIRAN MOTOR HALUS /
Menyambung titik selari, /
bulatan, melengkung dan
berduri.
Menulis huruf a hingga z KEMAHIRAN MENULIS /
/
Dari susut lembaran kerja, peserta kajian A bertukar huruf v kepada huruf w manakala
peserta kajian B pula bertukar antara huruf n dengan m.Hal ini jelas menujukkan bahawa
apabila peserta kajian mempunyai masalah dalam mengenal huruf, maka peserta kajian
bermasalah untuk menulis huruf. Menerusi analisis ujian diagnostik tersebut, pengkaji
mendapati bahawa kedua-dua peserta kajian mempunyai kemahiran motor halus yang baik.
Peserta kajian B dapat menyambung titik dengan baik dan lebih kemas berbanding peserta
kajian A. Walau bagaimanapun, peserta kajian A dapat menyalin huruf kecil a hingga z
dengan baik berbanding B dengan mengambil kira struktur huruf tersebut. Oleh itu, pengkaji
mendapati bahawa peserta-peserta kajian mengalami masalah motor halus pada kadar
yang sederhana sahaja.
Pemerhatian
Dalam melaksanakan aktiviti pemerhatian ini, pengkaji menggunakan instrumen senarai
semak berdasarkan aktiviti intervensi yang dilaksanakan. Pengkaji melaksanakan tiga
aktiviti intervensi bagi meningkatkan kemahiran menulis huruf /n/,/m/,/v/ dan /w/. Antaranya
adalah Jom Cuba, Memory Games dan Spin Wheel. Berikut adalah jadual senarai semak
berdasarkan aktiviti intervensi yang dilaksanakan kepada peserta-peserta kajian.
379
Jadual 7
Senarai semak aktiviti Jom Cuba, Memory Games dan Spin Wheel
ITEM 12 3
AB
Aktiviti Jom Cuba ( Aktiviti melakar huruf)
/
PESERTA KAJIAN A BA B
Melakar huruf n berdasarkan video //
Melakar huruf m berdasarkan video //
Melakar huruf v berdasarkan video / /
Melakar huruf w berdasarkan video /
Aktiviti Memory Gam es Aktiviti menulis huruf)
(
PESERTA KAJIAN
Menulis huruf n A BA B A B
Menulis huruf m
Menulis huruf v //
Menulis huruf w
//
//
//
Aktiviti Memory Games (Aktiviti me nulis huruf berdasarkan susunan huruf)
PESERTA KAJIAN ABA B A B
Menulis huruf n
Menulisl huruf m //
Menulis huruf v //
//
Menulis huruf w
380
Berdasarkan aktiviti-aktiviti intervensi tersebut, terdapat peningkatan yang baik dalam
kemahiran menulis huruf dalam kalangan peserta kajian. Hal ini demikian kerana, peserta-
peserta kajian dapat mengenal huruf dengan baik sehingga dapat menulisnya. Secara
keseluruhnya, peserta kajian A dapat menulis dengan baik berbanding peserta kajian B.
Penggunaan latih tubi yang kerap mampu membantu meningkatkan keupayaan menulis huruf
peserta kajain A dan B.
Ujian
Rajah 8. Pencapaian Ujian awal peserta kajian A
Rajah 9.
Pencapaian Ujian awal peserta kajian B
381
Rajah 10. Pencapaian Ujian akhir peserta kajian A
Rajah 11. Pencapaian Ujian akhir peserta kajian B
Jadual 8
Analisis Ujian awal dan akhir peserta kajian A dan B.
HURUF PESERTA KAJIAN A PESERTA KAJIAN B
Sebelum Selepas Sebelum Selepas
x /
m //
v /x //
m x/ x/
w x/ //
382
n x / xx
Berdasarkan gambar-gambar hasil ujian yang dilaksanakan oleh peserta kajian di
atas, penggunaan Kaedah Makelis telah menunjukkan hasil dapatan dimana setiap peserta
kajian hanya mempunyai satu kesalahan sahaja pada ujian akhir. Peserta kajian A pada
awalnya dapat menulis huruf /v/ dengan baik, tetapi pada ujian akhir peserta kajian masih
keliru dengan huruf tersebut. Walau bagaimanapun, peserta kajian menujukkan terdapat
perkembangan yang baik dalam kemahiran menulis huruf /n/,/m/,/v/ dan /w/.
REFLEKSI
Melalui kajian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji, terdapat pelbagai ilmu yang
diperoleh sepanjang kajian ini dilaksanakan. Ilmu tersebut bukan sahaja mampu
meningkatkan pegajaran guru kelak malah ianya juga membantu meningkatkan keupayaan
murid-murid pendidikan khas dalam kemahiran dalam Bahasa Melayu. Menerusi dapatan
kajian, pengkaji mendapati bahawa objektif kajian yang dinyatakan telah menjawab
persoalan kajian dalam meningkatkan kemahiran mengenal dan menulis huruf /n/,/m/,/v/
dan /w/ menerusi kaedah Makelis. Perlaksanaan kajian ini juga adalah salah satu usaha
untuk mengurangi masalah membaca dan menulis dalam kalangan murid berkeperluan
khas. Apabila kemahiran ini dipertingkat, maka wujudlah sifat keyakinan diri dan bersosial
dalam diri murid-murid berkeperluan khas. Oleh itu, kemahiran mengenal dan menulis bukan
sahaja dapat meningkatkan kemahiran murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu malah
ianya adalah batu loncatan kepada kemajuan diri dan sosial murid untuk berhadapan
dengan orang lain.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Cadangan Kajian Lanjutan.
Berdasarkan dapatan kajian yeng telah dikemukakan, kaedah Makelis mempu
meningkatkan penguasaan kemahiran peserta kajian dalam mengenal dan menulis huruf
/n/,/m/,/v/ dan /w/. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan kajian yang boleh dilaksanakan
pada masa akan datang.
Menggunakan kaedah Makelis bagi huruf yang berlainan.
383
Terdapat beberapa huruf yang mengelirukan murid-murid pendidikan khas antaranya
adalah huruf p, q, b dan d. Kebanyakkan murid tidak dapat mengenalpasti ciri dan bentuk
kerana huruf tersebut mempunyai bentuk yang seakan sama dan hanya membezakannya
adalah arah kedudukan kepala huruf sahaja. Pengkaji boleh melaksanakan intervensi
tersebut untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah tersebut. Pengkaji
mengubahsuai kaedah Makelis dengan menukarkan huruf berdasarkan masalah murid
Mengintegrasikan kaedah Makelis dalam mata pelajaran Matematik.
Kaedah Makelis dapat membantu murid yang mempunyai masalah dari sudut mengenal
dan menulis nombor dengan baik. Murid pendidikan juga mempunyai masalah dari sudut
mengenal nombor. Antara nombor-nombor yang murid kerap tertukar adalah nombor 2
dengan nombor 5 dan 7 serta nombor 6 dan 9. Murid menggunakan konsep imej cermin
hingga menyebabkan murid tidak dapat membanding bezanya dengan baik. Tambahan
pula, penggunaan aktiviti yang berasaskan permainan juga dapat penguasaan murid dalam
mata pelajaran tersebut. Kesannya, murid lebih aktif apabila menggunakan kaedah Makelis
dalam membantu murid bermasalah dalam kemahiran mengenal dan menulis nombor.
RUJUKAN
Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. (2011). Kaedah pengajaran kanak-kanak
berkeperluan khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Nellie Ismail, Khaudzir Ismail &Nur Saadah. (2016). The Role of Scaffoliding in Problem
Solving Skills among Children. International Proceedings of Economics Development
and Research, 85.
Osman Hashim & Ahmed Ghazie. (2007). Ke Arah peningkatan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni dalam Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Masalah Pendidikan, 30(1), 37-49
Kamalawati Dolhan, Dyg Putri Awg Mahbi, Yusop Hj. Malie. (2019). Meningkatkan Kemahiran
Mengenal Huruf Dalam Kalangan Murid- Murid Prasekolah Di Sekolah
berdasarkan Pendekatan Gambaran Visual Proceedings International Conference on
Teaching and Education (ICoTE), 2: 9-20.
384
Laidlaw, M. (1992). Action research: A guide for use on initial teacher education programmes.
Retrieved from http://www.bath.ac.uk/~edsajw/initial/ html on 8 May 1998.
Zalizan Mohd Jelas. (2009). Pendidikan kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan
Amalan. Bangi: Fakuliti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
385
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PERINGKAT PRA TULISAN MURID PALSI
SEREBRUM MENGGUNAKAN ‘BIG BOX SENSORY’
Nur Syazwana Binti Nordin
En Mohd Din Bin Haron
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Genggaman pensel merupakan salah satu kemahiran yang melibatkan pergerakan motor halus.
Noraini Ombi (2009), menyatakan bahawa penekanan terhadap latihan untuk motor halus bagi
memegang alat tulis adalah amat penting bagi menghasilkan tulisan yang kemas. Kajian ini dijalankan
untuk meningkatkan kesedian menulis ke atas seseorang murid bermasalah Palsi Serebrum
Pendidikan Khas Masalah pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak, Bachok. Kajian ini
menggunakan reka bentuk Model Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) dan Laidlaw (1992). Triagulasi
kaedah seperti senarai semak, pemerhatian dan rakaman video digunakan. Tinjauan awal dibuat
berdasarkan pemerhatian dan analisis dokumen menunjukkan bahawa murid mempunyai cara
memegang pensel tidak betul dan hasil tulisan murid adalah todak kemas dan sukar untuk difahami.
Oleh itu, kajian telah dijalankan untuk memperbaiki cara memegang pensel murid dengan betul
sekaligus meningkatkan kemahiran menulis pra tulisan murid melalui aktiviti tindakan yang berasaskan
terapi cara kerja yang berprinsipkan kaedah ansur maju dan latih tubi seperti aktiviti mengguli doh,
Zipper, Sensory Bag dan tindakan gelang getah (menulis). Tindakan yang dijalankan adalah selama
empat minggu di mana bagi setiap minggu empat hari digunakan bagi menjalankan tindakan. Data
tindakan kemudiannya dikumpulkan melalui ujian pencapaian awal dan akhir serta pemerhatian jenis
snarai semak. Analisis data menunjukkan kaedah terapi cara kerja yang bersifat ansur maju dan latih
tubi memberikan kesan positif dari segi peningkatan kemahiran pra tulisan. Justeru, adalah diharapkan
kajian ini menjadi panduan dan rujukan kepada para pendidik dan para penyelidik terutama dalam
usaha meningkatkan kemahiran pra tulisan muriid.
Kata kunci : Cara memegang pensel, kemahiran menulis pra tulisan, kaedah ansur maju,kemahiran
motor halus, latih tubi, terapi cara kerja.
ABSTRACT
Pencil grip is one of the skills that involve fine motor movements. Noraini (2009), stating that to produce
a neat handwriting, fine motor practice in holding a pencil is very important. This study was conducted
to improve the pre-writing skill on a cerebral palsy student in Special Education with Learning Disabilities
at the National School Pantai Senak, Bachok. Model Lewin (1946) dan Laidlaw (1992) and triagulation
methods such as checklist, observations and video recording are being used in this action research.
Messy and uneasy understanding handwriting with wrong pencil gripping were found during the
observation and document analyse. Therefore, study had been conducted to rectify the way of pencil
gripping which directly proportional to improve the pre writing skills through Play Dough, Zipper,
Sensory Bag and rubber band (writing) game. All the activities had been applied the elements of
occupational therapy based on the use of developmental approach and drilling exercises. Data analysis
showed that the developmental approach and drilling exercises had impact in terms of improving the
pre-writing skill. This action research was carried out continuously for five days every week in a month.
Therefore, the data from the detection test, post-tests and observation checklists were collected and
analysed. Results showed that three were some positive improvement through applying the elements
of occupational therapy based on the use of developmental approach and drilling exercises to rectify
386
the way of pencil gripping and improve the pre-writing skills. This study is also expected to be a guide
and reference for educators and researchers to improve the pre-writing skill of students.
Keywords: Pencil gripping, pre-writing skills, developmental approach, fine motor skills, drilling
exercises, occupational therapy
PENGENALAN
Menurut Huttenlocher (1992), kanak-kanak merupakan individu yang mempunyai
perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor kasar atau motor
halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan halus kanak-kanak banyak bergantung
kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan
tangan mereka. Menurut pendapat Schmidt (1991), pembelajaran motor merupakan satu
proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau
pergerakan yang kekal. Pembelajaran telah berlaku berdasarkan maklum balas mengikut
prestasi pengetahuan (knowledge of performance) dan pengetahuan keputusan (knowledge
of results).
Kemahiran motor berkaitan pergerakan yang melibatkan otot-otot pada badan.
Kemahiran motor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu motor kasar dan motor halus.
Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kasar
yang melibatkan banyak anggota. Sementara kemahiran motor halus pula merupakan
kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot kecil atau halus. Kemahiran motor kasar dan
kemahiran motor halus adalah dua kemahiran yang memerlukan kebolehan yang berlainan.
Lazimnya, tidak semua kanak-kanak yang dapat menguasai kedua-dua kemahiran ini.
Kemahiran motor penting dalam perkembangan kanak-kanak. Masih terdapat ibu
bapa yang kurang pengetahuan terhadap anak-anak mereka yang bermasalah. Perhatian
yang menyeluruh harus diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah dalam
kemahiran motor kasar dan motor halus ini. Kanak-kanak yang mengalami masalah dalam
kemahiran motor kasar dan motor halus tidak boleh diubati tetapi dengan adanya rawatan
yang betul dan teratur, mereka dapat mengubah sedikit sebanyak diri mereka. Contohnya,
jika seseorang yang menghidapi masalah dalam kemahiran motor halus, kanak-kanak ini tidak
dapat memegang sesuatu dengan baik seperti memegang pensel dan lain-lain. Namun,
latihan yang mencukupi, kanak-kanak itu berupaya untuk memegang pensel dengan baik dan
seterusnya dapat melakukan aktiviti harian dengan lebih sempurna dan baik tanpa bantuan
lagi.
Justeru, pengkaji mengambil inisiatif melaksanakan kaedah terapi psikomotor halus
dengan menggunakan Big Box Sensory dalam meningkatkan kemahiran motor halus peserta
387
kajian dalam aspek memegang pensel dengan baik dan dapat menulis dengan jelas dan
mudah difahami untuk dibaca. Dengan cuba menangani masalah yang berlaku tersebut,
pengkaji mungkin berjaya membantu murid tersebut ke arah proses pembelajaran yang lebih
berkesan untuk sentiasa menunjukkan peningkatan dalam apa jua perkara baik akademik
mahupun kokurikulum.
FOKUS KAJIAN
Menurut Levine (1987), menyatakan bahawa cara memegang pensel (alat tulis) akan
mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan. Tulisan yang kemas dan rapi akan
membuatkan orang yang melihat atau pembaca tulisan tersebut akan berasa senang hati
untuk menatap tulisan tersebut tetapi tulisan yang kurang kemas boleh menjadikan
pembacanya tertekan dan tidak mempunyai keinginan untuk membaca penulisan tersebut.
Nabilah Mangaleswan (2012), menyatakan bahawa keperluan perkembangan motor halus
yang melibatkan kemahiran motor halus amat penting di peringkat awal kemahiran menulis.
Menurut Lewin (1987) dalam Noraini (2009), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi
bentuk dan hasil tulisan yang akan dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam kemahiran motor
halus juga akan menyebabkan kanak-kanak sukar menggenggam pensel, memasang butang
baju dan memakai tali kasut.
Kajian ini bertujuan membetulkan cara memegang pensel murid serta meningkatkan
kemahiran menulis peringkat pra tulisan melalui aktiviti motor halus. Dengan ini pengkaji akan
menggunakan konsep dalam terapi cara kerja untuk membetulkan cara memegang pensel
bagi meningkatkan lagi kemahiran murid dalam bidang pra tulisan. Hal ini demikian kerana
dengan adanya tindakan-tindakan yang berterusan keadaan murid akan bertambah baik dari
semasa ke semasa memandangkan situasi masalah murid Palsi Serebrum ini tidak akan
bertambah serius.
Perkembangan motor halus dapat dijalankan dengan menggunakan “Big Box
Sensory” yang seronok seperti aktiviti menguli doh, aktiviti latihan jari (Zipper), aktiviti Sensory
Bag dan aktiviti menyambung titik dan menulis di atas kertas (gelang getah) memainkan
peranan yang penting dalam persediaan kanak-kanak maka kemahiran ini seharusnya diberi
perhatian dalam kurikulum pendidikan khas masalah pembelajaran.
OBJEKTIF KAJIAN
1) Membetulkan cara memegang pensel melalui aktiviti motor halus menggunakan ‘Big Box
Sensory’.
2) Meningkatkan kemahiran menulis pra tulisan melalui aktiviti motor halus menggunakan ‘Big
Box Sensory’.
388
SOALAN KAJIAN
1) Adakah cara memegang pensel dapat dibetulkan melalui aktiviti motor halus dengan
menggunakan ‘Big Box Sensory’?
2) Adakah kemahiran menulis pra tulisan dapat ditingkatkan melalui aktiviti motor halus dengan
menggunakan ‘Big Box Sensory’.
PESERTA KAJIAN
Pengkaji telah mendapati salah seorang murid dari kelas Pendidikan khas kelas 3 Sabar yang
mengalami masalah Palsi Serebrum yang menunjukkan tahap kesukaran yang tinggi bagi
aktiviti melibatkan kemahiran motor halus yang agak kurang memberangsangkan semasa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dimana murid tersebut tidak mampu untuk
menyiapkan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru. Oleh hal yang demikian murid tersebut
telah dipilih dan dijadikan sebagai peserta bagi kajian tindakan pengkaji kali ini. Sehubungan
dengan itu, hanya seorang murid sahaja yang terlibat dalam kajian tindakan ini.
Latar Belakang Murid
NAMA MASALAH SEKOLAH
PESERTA KAJIAN PALSI SEREBRUM SK PANTAI SENAK,
(MURID 1) BACHOK
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji telah menyusun beberapa langkah tindakan yang
telah dirancang. Ia bermula dengan ujian pencapaian awal, tindakan-tindakan intervensi dan
diikuti dengan ujian pencapaian akhir. Tindakan yang pengkaji laksanakan adalah untuk
membetulkan cara murid memegang pensel serta meningkatkan kemahiran menulis peringkat
pra tulisan melalui tindakan yang dijalankan.
389