Rajah 6: Keputusan Perbezaan Purata Soal Selidik Sebelum dan Selepas Intervensi
Rajah 6 di atas menunjukkan keputusan purata minat dan penguasaan peserta kajian
sebelum dan selepas tindakan dijalankan. Secara keseluruhannya, purata setiap item yang
dikemukakan menunjukkan perubahan yang sangat ketara dan kedua-dua peserta kajian
memberi respon pada jawapan yang positif iaitu majoriti pada skala 4 dan 5 pada kebanyakan
item.
Perkara ini membuktikan bahawa pengajaran dengan menggunakan aplikasi Count on
Me memberi pengaruh dan perkembangan positif terhadap minat dan aspek penguasaan
peserta kajian dalam kemahiran membilang objek dalam kumpulan (1-5). Ini berikutan
didapati purata yang diperolehi peserta kajian sebelum tindakan dilaksanakan ialah pada
skala 1 hingga 3 sahaja iaitu pada perkadaran yang lemah. Namun, setelah tindakan
dilaksanakan terdapat peningkatan yang ketara dan amat memberangsangkan pada setiap
item yang dikemukakan. Keputusan soal selidik ini secara tidak langsung telah menjawab
objektif kajian iaitu meningkatkan minat murid slow learner dalam pembelajaran Matematik
dengan menggunakan aplikasi Count on Me.
440
Sebenarnya, apabila minat peserta kajian terhadap pembelajaran Matematik
meningkat, secara tidak langsung tahap penguasaan peserta kajian dalam sesuatu kemahiran
juga meningkat. Menurut Sharifah Alwiah (1983), minat adalah daya penggerak atau
kecenderungan seseorang untuk memberi perhatian kepada sesuatu benda dan peristiwa.
Minat berupaya meningkatkan keinginan dan daya usaha murid untuk mempelajari atau
memiliki sesuatu benda. Murid yang mempunyai minat untuk belajar akan berasa seronok dan
bersungguh-sungguh untuk belajar kerana mereka akan mendapat kepuasan daripada proses
pembelajaran itu sendiri.
REFLEKSI
Sepanjang melaksanakan kajian ini, peserta kajian telah memberikan kerjasama yang
baik dengan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Peserta
kajian dilihat sangat seronok, gembira dan teruja sepanjang mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) menggunakan aplikasi Count on Me. Di samping itu, pengkaji dapat
mempelajari banyak perkara baharu. Perkara tersebut telah memberi pengetahuan dan
membuka minda berkaitan bidang pendidikan terutamanya berkaitan dengan murid
berkeperluan khas sekaligus meningkatkan profesionalisme keguruan.
Antara perkara yang memberi kesedaran adalah guru seharusnya peka dengan latar
belakang murid iaitu keadaan keluarga murid. Murid berkeperluan khas kebanyakannya
datang dari keluarga yang susah berbanding dari keluarga yang berada dan sederhana. Tidak
semua murid berkeperluan khas mempunyai masalah untuk belajar tetapi faktor latar
belakang keluarga mampu menjadi punca murid ini tidak dapat belajar dengan baik.
Contohnya, murid yang datang daripada golongan kurang berkemampuan tidak berpeluang
untuk mengikuti pembelajaran di rumah seperti murid lain kerana kekurangan kelengkapan
pembelajaran seperti komputer mahupun akses internet di rumah.
Selain daripada itu, guru juga perlu peka dengan tahap kecerdasan kognitif yang
dimiliki oleh murid berkeperluan khas. Setiap murid berkeperluan khas mempunyai tahap
kecerdasan yang berbeza-beza. Apa yang pasti, tahap kognitif mereka sememangnya berada
di tahap yang lebih rendah berbanding murid arus perdana. Oleh itu, tidak wajar bagi
seseorang murid tersekat peluangnya untuk belajar hanya kerana kekurangan tersebut.
Dalam hal ini, guru seharusnya mengambil langkah untuk melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) mengikut tahap kognitif murid.
Bukan itu sahaja, guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menarik
perhatian murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh. Dalam konteks ini, guru boleh
merancang kaedah pengajaran mengikut tahap dan minat murid. Menurut Howard Gardner
441
(1983), manusia mempunyai pelbagai kecerdasan yang merangkumi pelbagai kebolehan,
keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri seseorang individu. Kecerdasan
individu boleh diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran. Jadi,
guru bertanggungjawab untuk merancang kaedah yang sesuai untuk memperkembangkan
kecerdasan murid.
Di samping itu, pengkaji menyedari bahawa untuk menambahkan lagi kesahan dan
kebolehpercayaan data yang diperoleh bagi menjawab soalan kajian yang ketiga iaitu
bagaimanakah minat murid slow learner dalam pembelajaran Matematik dapat ditingkatkan
dengan menggunakan aplikasi Count on Me? pengkaji perlu menambah lagi kaedah
pengumpulan data walaupun objektif kajian ini telah tercapai. Hal ini demikian kerana kaedah
temu bual dan soal selidik sahaja agak kurang mencukupi. Tambahan pula, soal selidik
dianggap kurang sesuai untuk diberikan kepada murid terutamanya murid slow learner.
Sekiranya kaedah pengumpulan data lain dilaksanakan, dapatan yang lebih jitu dapat
diperolehi. Bukan itu sahaja, pelaksanaan sebegini akan lebih memudahkan pengkaji untuk
menganalisis data dan mencapai objektif kajian serta menjawab soalan kajian.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Setelah selesai menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa
perkara yang masih boleh diperbaiki dan ditambahbaik dalam kajian akan datang bagi
meningkatkan kualiti serta keberkesanan dalam dapatan hasil kajian. Antaranya termasuklah
membina hubungan yang baik terlebih dahulu dengan peserta kajian. Menurut Creswell
(2005), perhubungan yang erat dan baik antara penyelidik dengan peserta kajian adalah perlu
untuk menguruskan kebimbangan dan pembinaan kepercayaan. Perhubungan yang baik dan
erat memudahkan pengkaji mendapatkan maklumat yang secukupnya untuk melaksanakan
kajian.
Selanjutnya, pengkaji perlu menjalankan pengajaran menggunakan kaedah
multimedia secara individu kepada peserta kajian. Pengajaran individu boleh memberi kesan
yang lebih baik terhadap pencapaian peserta kajian kerana pengkaji dapat memberi tumpuan
dan bimbingan yang lebih kepada peserta kajian. Setiap kesilapan yang dilakukan oleh
peserta kajian juga dapat ditegur serta merta. Jadi, peserta kajian dapat memperbaiki
kesilapan secara langsung. Ini akan menggalakkan peserta kajian untuk belajar daripada
kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan yang sama berulang kali.
Tindakan susulan lain yang perlu dilaksanakan terhadap kajian adalah membuat
sedikit pengubahsuaian dan penambahbaikan terhadap aplikasi Count on Me supaya
keberkesanan yang maksimum dapat dicapai dalam kajian. Antaranya termasuklah
442
menambah unsur permainan dalam aplikasi tersebut seperti mencipta permainan yang sesuai
dengan kemahiran yang hendak dicapai menggunakan perisian scratch. Secara tidak
langsung, murid akan lebih berminat dan bermotivasi untuk mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Suasana pembelajaran yang menyeronokkan juga dapat diwujudkan.
Bukan itu sahaja, penambahan boleh dilaksanakan dengan mengintegrasi Aurasma
HP Reveal dalam aplikasi Count on Me. Teknologi ini dapat menyisipkan suatu maklumat
tertentu ke dalam dunia nyata. Dalam konteks ini, murid boleh melihat objek maya dua dimensi
atau tiga dimensi. Murid akan berasa teruja kerana melalui aplikasi ini mereka dapat melihat
video atau gambar dengan hanya scan pada gambar tersebut. Pemahaman murid juga dapat
ditingkatkan. Zwicker, Missiuna dan Boyd (2012), menyatakan elemen penyerapan teknologi
dan aplikasi digital seperti Aurasma HP Reveal dan Kod QR sememangnya membantu dari
segi pengukuhan kefahaman murid dan pelaksanaan kajian.
Cadangan tindakan susulan lain untuk penambahbaikan kajian ini termasuklah
menambah kaedah pengumpulan data bagi menjawab soalan kajian yang ketiga iaitu
bagaimanakah minat murid slow learner dalam pembelajaran Matematik dapat ditingkatkan
dengan menggunakan aplikasi Count on Me? Hal ini adalah untuk menambahkan lagi
kesahan dan kebolehpercayaan data yang diperoleh. Antara kaedah pengumpulan data yang
boleh dilaksanakan adalah pemerhatian. Dalam konteks ini, pengkaji perlu membuat
pemerhatian bagi menilai tingkah laku murid untuk melihat minat mereka terhadap sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan dengan menggunakan aplikasi Count
on Me. Pelaksanaan pemerhatian pula perlu direkod menggunakan senarai semak bagi
memudahkan pengkaji menganalisis dan menyemak data.
Pengkaji bercadang untuk membuat kajian lanjutan berikutan kajian ini telah
membuktikan bahawa pengajaran menggunakan elemen multimedia mampu meningkatkan
pencapaian dan minat murid untuk belajar. Jika berpeluang untuk meneruskan kajian tindakan
pada masa akan datang, pengkaji akan memfokuskan topik pembelajaran atau kemahiran
lain yang susah difahami dan dikuasai oleh murid berkeperluan khas terutamanya murid slow
learner. Pengkaji juga akan membina aplikasi yang mengandungi elemen multimedia yang
lebih menarik untuk membantu murid memahami pembelajaran dengan lebih mendalam.
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, pengkaji akan membina aplikasi yang mesra
pengguna dan boleh diakses secara percuma dari apps store mahupun play store. Dalam hal
ini, semua murid berpeluang untuk menggunakannya.
443
RUJUKAN
Creswell. (2005). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative &
Qualitative Researchs. Pearson Merill Prentice Hall.
Gardner, H. (1983). Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. Basics Books.
Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2010). Panduan Penyediaan Laporan Penyelidikan
Program Ijazah Muda Perguruan dengan Kepujian. Institut Pendidikan Guru.
Ismail Zain. (2002). Aplikasi Multimedia dalam Pengajaran. Sanon Printing Corporation Sdn.
Bhd.
Norfishah Mat Rabi. (2016). Transformasi Pendidikan Murid Kurang Upaya. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Sharifah Alwiah Alsagoff. (1987). Psikologi Pendidikan II. Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Taylor, P.C. & Wallace. (2007). Contemporary Quality Research: Examplar For Science and
Mathematics and Technology Educators.
http://books.google.com.my/booksid=9JszW2c7UC&pg=PA91dq=Merriam, S.B. (1992).
Qualitativere search ineducation.
Zwicker, J.G., Missiuna, C. Harris, S.R & Boyd, L.A. (2012). A Review and Update. European
Journal of Paediatric Neurology, 573-581.
444
MENINGKATKAN PENGUASAAN NOMBOR DALAM LINGKUNGAN 1 HINGGA 10
MURID SLOW LEARNER DENGAN KIT K-BiT
Veronica Jerami Anak Labang
Puan Noorwani binti Che Wil
Jabatan Pendidikan Khas IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid bermasalah pembelajaran kategori slow
learner meningkatkan kemahiran mengenal, membilang dan menulis nombor dalam lingkungan 1
hingga 10 melalui kit K-BiT. Peserta-peserta kajian yang dipilih adalah seorang murid perempuan dan
seorang murid lelaki yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di salah sebuah
sekolah di daerah Kota Bharu, Kelantan. Dalam tinjauan awal yang telah dijalankan, kedua-dua peserta
kajian didapati menghadapi masalah dalam memahami konsep asas nombor iaitu mengenal,
membilang dan menulis nombor 1 hingga 10. Kajian ini menggunakan Model Kurt Lewin (1946) sebagai
asas kajian. Kaedah pengumpulan data telah dijalankan dengan menggunakan kaedah pemerhatian,
temu bual, ujian dan analisis dokumen. Data-data yang telah diperoleh disemak dengan menggunakan
triangulasi kaedah. Setelah intervensi dijalankan, kedua-dua peserta kajian telah menunjukkan
peningkatan positif dalam penguasaan kemahiran mengenal, menulis dan membilang nombor 1 hingga
10 menggunakan kit K-BiT. Pengkaji berharap agar kajian ini bukan sahaja dapat membantu murid
slow learner menguasai kemahiran asas nombor dalam Matematik, malah dapat juga membantu
semua murid bermasalah pembelajaran yang lain meningkatkan penguasaan mereka terhadap
kemahiran mengenal, membilang dan menulis nombor dalam lingkungan 1 hingga 10 dengan lebih
baik.
ABSTRACT
This study was conducted to help pupils with learning difficulties in slow learner category to improve
their skills to recognize, count and writing numbers within 1 until 10 through K-BiT kit. The selected
participants were a male and a female slow learner pupils who study in Special Education Integrated
Programme (SEIP) at one of the school in Kota Bharu, Kelantan. In earlier data collection that was
carried out, both participants were having difficulties to understand the concept of basic numbers related
to recognizing, counting and writing numbers 1 until 10. This study also used Kurt Lewin Model (1946)
as a basic to this study. The method used in collecting data involved observation method, interviewing
method, test method and documents analysis method. Meanwhile, the triangulation method were used
as a way of checking the data collected. After the intervention was carried out, both participants showed
a positive improvement in mastering the skills of recognizing, counting and writing numbers 1 until 10
using K-BiT kit. Researcher hopes that this study is not only helping the slow learner pupils to master
the concept of basic numbers in Mathematics, but will be able to help other pupils with learning
difficulties to improve their skills in recognizing, counting and writing numbers within 1 until 10 even
better too.
PENGENALAN
Menurut Puteri Roslina Abdul Wahid dan Nur Azimah Bukhari (2016), kanak-kanak
yang dikategorikan dalam slow learner atau lembam adalah kanak-kanak yang lemah dari
445
segi kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umur tertentu. Bagi murid slow
learner, pengkaji mendapati bahawa mereka agak sukar untuk memahami pembelajaran
terhadap konsep nombor dalam mata pelajaran Matematik. Menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat (2005), nombor merupakan entiti abstrak yang mewakili hitungan atau ukuran dan
mempunyai simbol yang disebut sebagai angka. Di dalam Matematik, nombor juga
didefinisikan sebagai tanda yang menyatakan angka dan bilangan yang terdiri daripada asas
nombor dari 0 hingga 9. Berdasarkan pengalaman pengkaji sendiri ketika berpraktikum, murid
slow learner sering menghadapi masalah dalam mengenal, membilang dan menulis nombor
1 hingga 10 dengan betul. Oleh itu dalam kajian ini, pengkaji telah membina satu inovasi
Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dapat membantu murid meningkatkan penguasaan asas
nombor 1 hingga 10 dengan lebih baik kerana terdapat elemen Information and
Communications Technology (ICT) dan permainan dalam BBM tersebut. Pengkaji telah
menamakan BBM tersebut sebagai kit “K-BiT” iaitu singkatan daripada Kenal, Bilang dan
Tulis. Kit K-BiT ini akan memudahkan murid slow learner untuk menguasai kemahiran asas
nombor 1 hingga 10.
Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran
Sepanjang mengendalikan sesi PdP Matematik dalam kelas 3A PPKI semasa
berpraktikum, pengkaji amat tertarik dengan masalah yang dihadapi oleh dua orang murid
slow learner yang berada dalam kumpulan lemah. Daripada pemerhatian awal yang telah
dibuat, pengkaji mendapati bahawa mereka tidak mengenal dan mengecam nombor dengan
baik. Apabila diminta untuk membilang nombor 1 hingga 10, mereka akan mudah terkeliru
nombor selepas nombor 6, 7 dan 8. Apabila diminta untuk menulis simbol nombor pula,
mereka kerap menulis simbol nombor seperti nombor 5 dengan terbalik iaitu menghadap ke
sebelah kiri. Apabila diberikan ujian diagnostik dan lembaran kerja pula, keadaan yang sama
masih berlaku.
Pengkaji berharap dengan kajian yang dilakukan ini, pengkaji dapat membantu
mereka meningkatkan penguasaan terhadap nombor 1 hingga 10 menggunakan kit K-BiT.
Sesungguhnya, insan yang bergelar guru adalah merupakan agen yang membawa
perubahan kepada muridnya dari pelbagai aspek. Mereka adalah individu yang sangat
memahami dan mengetahui kemampuan dan kelemahan muridnya dalam pembelajaran dan
sentiasa berusaha untuk mencari kaedah dan pendekatan yang terbaik bagi membantu murid
untuk menangani kelemahan yang ada pada dirinya.
446
Pengumpulan Data Awal
Jadual 1: Pemerhatian Berstruktur Menggunakan Senarai Semak
Peserta Kajian A
Bil Item Ya ( √ ) Tidak ( x )
1. Menyebut nombor 1 hingga 10 berdasarkan kad √
nombor yang telah disusun mengikut urutan. √
2. Membilang nombor 1 hingga 10 secara lisan dan
√
tanpa bimbingan.
3. Menulis dengan cara menyambung titik nombor 1 X
X
hingga 10.
4. Mengecam nombor 1 hingga 10 secara rawak. X
5. Membilang objek di dalam gambar atau objek konkrit
dalam lingkungan 1 hingga 10.
6. Menulis nombor 1 hingga 10 dengan cara menyalin
semula nombor tersebut.
Peserta Kajian B
Bil Item Ya ( √ ) Tidak ( x )
1. Menyebut nombor 1 hingga 10 berdasarkan kad X
nombor yang telah disusun mengikut urutan. √
2. Membilang nombor 1 hingga 10 secara lisan dan
√
tanpa bimbingan.
3. Menulis dengan cara menyambung titik nombor 1 X
X
hingga 10.
4. Mengecam nombor 1 hingga 10 secara rawak. X
5. Membilang objek di dalam gambar atau objek konkrit
dalam lingkungan 1 hingga 10.
6. Menulis nombor 1 hingga 10 dengan cara menyalin
semula nombor tersebut.
447
FOKUS KAJIAN
Menurut Shaidatul Nadira Shaharum dan Roslinda Rosli (2018), kanak-kanak slow
learner merupakan kanak-kanak yang dikategorikan sebagai tidak boleh mengikuti proses
PdP dalam aliran perdana. Sepanjang pemerhatian pengkaji, didapati bahawa peserta kajian
A dan peserta kajian B tidak mengenal nombor 1 hingga 10 dengan baik. Malah mereka juga
kadang-kala tersilap membilang nombor 1 hingga 10 dengan betul. Apabila diminta untuk
menulis simbol nombor pula, mereka kerap menulis simbol nombor dengan salah dan tidak
kemas. Misalnya simbol nombor 5 dan 7 ditulis secara bertentangan arah.
Selain itu, masalah sampingan yang pengkaji dapati adalah perubahan tingkah laku
kedua-dua peserta kajian apabila diberikan tugasan atau lembaran kerja. Sering kali mereka
tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, pengkaji dapati bahawa peserta kajian
A mudah hilang tumpuan dan termenung manakala peserta kajian B pula kerap pergi ke
tandas. Mereka hanya akan terlibat lebih aktif sekiranya pengkaji menyelitkan aktiviti
pembelajaran berbantukan BBM yang menarik seperti multimedia interaktif, roda impian dan
aktiviti yang berunsur permainan seperti ‘Bola Beracun’, permainan ‘Online’ dan sebagainya.
Justeru, fokus kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan nombor dalam lingkungan 1
hingga 10 murid slow learner dengan menggunakan kit K-BiT.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
i. Meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 10 bagi murid
slow learner menggunakan kit K-BiT.
ii. Meningkatkan kemahiran membilang nombor 1 hingga 10 bagi murid
slow learner menggunakan kit K-BiT.
iii. Meningkatkan kemahiran menulis nombor 1 hingga 10 bagi murid
slow learner menggunakan kit K-BiT.
Soalan Kajian
i. Sejauh manakah murid slow learner dapat meningkatkan kemahiran mengenal
nombor 1 hingga 10 dengan menggunakan kit K-BiT?
ii. Sejauh manakah murid slow learner dapat meningkatkan kemahiran
membilang nombor 1 hingga 10 dengan menggunakan kit K-BiT?
448
Iii. Sejauh manakah murid slow learner dapat meningkatkan kemahiran menulis
nombor 1 hingga 10 dengan menggunakan kit K-BiT?
PESERTA KAJIAN
Dua orang peserta kajian yang dipilih di dalam kajian ini adalah seorang murid
perempuan (peserta kajian A) dan seorang murid lelaki (peserta kajian B) yang bermasalah
slow learner atau lembam dan berumur 9 tahun. Kedua-dua mereka beragama Islam,
berbangsa Melayu dan berlatar belakangkan sosioekonomi keluarga yang sederhana. Mereka
juga merupakan murid darjah 3 Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang bersekolah
di Sekolah Kebangsaan di sekitar Kota Bharu, Kelantan. Kedua-dua orang peserta kajian ini
menunjukkan pencapaian yang lemah di dalam akademik mereka.
Maklumat ringkas peserta kajian:
Peserta Kajian A
Bil Perkara
1. Peserta kajian A
2. Jantina Perempuan
3. Ciri-ciri khusus 1. Kurang tumpuan semasa PdP
2. Cepat bosan
4. Masalah yang dihadapi a) Tidak mengenal nombor
b) Tidak dapat menulis simbol nombor dengan betul
c) Tidak dapat membilang nombor dengan betul
Peserta Kajian B
Bil Perkara
1. Peserta kajian B
2. Jantina Lelaki
3. Ciri-ciri khusus 1. Sering keluar dari kelas
2. Kurang tumpuan semasa PdP
4. Masalah yang dihadapi a) Tidak mengenal nombor
b) Tidak dapat menulis simbol nombor dengan betul
c) Tidak dapat membilang nombor dengan betul
Jadual 2 : Maklumat ringkas peserta kajian
449
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Langkah-Langkah Tindakan Menggunakan Kit K-BiT
Rajah 1: Proses Pelaksanaan Tindakan
Kaedah Mengumpul Data
a.) Kaedah Pemerhatian
Mohd Zohir Ahmad, Rohizani Yaakub dan Shahabuddin Hashim (2007) menyatakan
bahawa pemerhatian adalah proses meneliti, melihat dan menilai sesuatu keadaan yang
berlaku secara terperinci berdasarkan objektif yang telah ditetapkan. Dalam kajian ini,
pengkaji telah melakukan pemerhatian berstruktur dengan menggunakan satu borang senarai
semak pada sebelum dan selepas intervensi dijalankan ke atas peserta-peserta kajian.
b) Kaedah Temu Bual
Menurut Babbie (2016), kaedah temu bual merupakan kaedah yang melibatkan interaksi
bersemuka antara pengkaji dan responden yang telah dipilih. Dalam kajian ini, pengkaji telah
menggunakan bentuk temu bual berstruktur. Individu yang telah ditemu bual adalah adalah
guru mata pelajaran Matematik Pendidikan Khas yang mengajar kedua-dua peserta kajian.
Sesi temu bual ini juga akan diadakan pada sebelum dan selepas intervensi dan akan
direkodkan dengan menggunakan alat perakam audio supaya tiada maklumat yang tertinggal
atau tercicir.
450
c) Kaedah Ujian
Menurut Amanda Bangkong (2012), sebelum menjalankan intervensi, peserta kajian
perlu menjalani satu ujian awal untuk mendapatkan data-data bagi mengesan kelemahan
yang ada pada mereka agar dapat diberikan bantuan awal. Pengkaji terlebih dahulu
memberikan ujian awal sebelum intervensi dijalankan. Seterusnya, ujian akhir yang
mempunyai soalan-soalan yang sama seperti ujian awal akan diberikan kepada peserta kajian
semula selepas intervensi dijalankan untuk mengenal pasti jika terdapat sebarang perbezaan
dan peningkatan yang berlaku setelah intervensi dilaksanakan ke atas peserta kajian.
d) Kaedah Analisis Dokumen
Analisis dokumen merupakan kaedah yang paling mudah yang digunakan oleh
pengkaji untuk memperoleh maklumat kerana maklumat tersebut telah sedia ada sebagai
bukti kepada perkara yang hendak dikaji (Carr dan Philips, 2014). Dalam pelaksanaan
intervensi ini, pengkaji juga membuat analisis ke atas dokumen yang berkaitan dengan
peserta kajian seperti lembaran kerja. Tujuan analisis dokumen seperti lembaran kerja ini
adalah untuk melihat perkembangan peserta kajian dalam kemahiran mengenal, membilang
dan menulis nombor 1 hingga 10 dengan betul.
Cara Menganalisis Data
a) Analisis Data Pemerhatian
Menurut Boon Poon Ying (2017), data yang dikumpul melalui kaedah pemerhatian
berstruktur lebih mudah dianalisis berbanding kaedah pemerhatian tidak berstruktur. Pengkaji
telah memilih kaedah pemerhatian berstruktur menggunakan instrumen borang senarai
semak yang mempunyai 3 item yang telah disenaraikan di dalamnya. Senarai semak tersebut
dilengkapkan oleh pengkaji pada sebelum dan selepas aktiviti intervensi dijalankan untuk
membuat perbandingan antara data pada sebelum tindakan sehingga data pada akhir
tindakan dilakukan ke atas peserta kajian.
b) Analisis Data Temu Bual
Pengumpulan data menggunakan kaedah temu bual membolehkan pengkaji
memperoleh maklumat dengan lebih terperinci (Tomal, 2010). Bagi kaedah ini, pengkaji telah
menjalankan temu bual berstruktur dan telah menemu bual guru mata pelajaran Matematik
kedua-dua peserta kajian. Bagi menganalisis data temu bual, terlebih dahulu pengkaji
membuat rakaman audio sepanjang pelaksanaan temu bual bersama guru berkenaan supaya
tiada maklumat yang tertinggal atau tercicir. Seterusnya, rakaman audio tersebut
451
diterjemahkan dalam bentuk transkripsi temu bual.
c) Analisis Data Ujian
Kaedah ujian boleh digunakan bagi mengesan kelemahan murid dalam aspek yang
ingin diperhatikan (Amanda Bangkong, 2012). Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan
adalah set soalan ujian awal dan ujian akhir. Bagi tujuan analisis data, pengkaji telah
menetapkan set soalan yang sama bagi ujian awal dan ujian akhir tersebut. Hasil analisis
markah dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf. Jadual analisis tersebut mengandungi
jumlah skor markah peserta kajian dalam kedua-dua ujian. Hal ini adalah bertujuan untuk
mengenal pasti dan membuat banding beza jika terdapat sebarang peningkatan yang berlaku
setelah intervensi dilaksanakan ke atas peserta kajian.
d) Analisis Dokumen
Bagi tujuan kajian ini, pengkaji telah membuat analisis terhadap lembaran kerja yang
diberikan kepada peserta kajian pada sebelum dan selepas aktiviti intervensi dijalankan.
Kemudian, hasil analisis ke atas lembaran kerja tersebut dipersembahkan dalam bentuk
jadual perbandingan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Dengan cara ini, pengkaji
dapat menilai tentang sejauh mana perkembangan penguasaan peserta kajian dalam
menguasai nombor 1 hingga 10 dengan menggunakan kit K-BiT.
Cara Menyemak Data
Pengkaji telah menggunakan triangulasi kaedah untuk menyemak data-data kajian
dalam kajian tindakan ini. Triangulasi adalah salah satu kaedah yang boleh meningkatkan
kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan kualitatif (Taylor & Wallace, 2007). Ini kerana
triangulasi kaedah merupakan satu cara di mana para pengkaji menggunakan pelbagai
kaedah pengumpulan data seperti kaedah pemerhatian, kaedah temu bual, kaedah ujian dan
kaedah analisis dokumen dalam kajian tindakan mereka. Kemudian, para pengkaji akan
membuat perbandingan antara keempat-empat data yang telah diperoleh tersebut. Sebagai
contoh, pengkaji membuat banding beza hasil dapatan melalui senarai semak, temu bual,
ujian dan analisis dokumen.
DAPATAN KAJIAN
Soalan Kajian 1:
Sejauh manakah murid slow learner dapat meningkatkan kemahiran mengenal nombor
1 hingga 10 dengan menggunakan kit K-BiT?
452
Jadual 3
Analisis Pemerhatian Senarai Semak Sebelum dan Selepas Intervensi
Bil Item sebelum selepas
Ya ( √ ) / Tidak ( x ) Ya ( √ ) / Tidak ( x )
Peserta Peserta Peserta Peserta
1. Mengenal pasti Kajian A Kajian B Kajian A Kajian B
√ X √ √
nombor 1 hingga 10
yang telah disusun
mengikut urutan.
2. Mengecam nombor 1 X X √√
√√
hingga 10 secara
rawak.
3. Mengecam dan X X
menyusun semula
nombor 1 hingga 10
mengikut urutan.
Jadual 3 merupakan perbandingan analisis pemerhatian pada sebelum dan selepas
intervensi dijalankan ke atas kedua-dua peserta kajian. Daripada analisis perbandingan
kedua-dua peserta kajian A dan peserta kajian B, mereka telah menunjukkan peningkatan
yang amat ketara dalam kemahiran mengenal nombor 1 hingga 10. Ini kerana, pada sebelum
intervensi, mereka didapati belum menguasai nombor 1 hingga 10 dengan baik. Mereka
hanya didapati menyebut nombor tersebut dengan cara menghafal sahaja. Tetapi, apabila
diminta untuk mengecam dan menyusun nombor mengikut urutan, mereka menjadi keliru.
Namun, setelah intervensi dijalankan sedikit sebanyak dapat membantu mereka mengecam
nombor dengan lebih baik.
Soalan Kajian 2:
Sejauh manakah murid slow learner dapat meningkatkan kemahiran membilang
nombor 1 hingga 10 dengan menggunakan kit K-BiT?
Jadual 4
Analisis Perbandingan Lembaran Kerja Sebelum dan Selepas Intervensi
453
BAHAGIAN NO. sebelum selepas
SOALAN BETUL ( √ ) / SALAH ( X ) BETUL ( √ ) / SALAH ( X )
A
(WARNAKAN 1 Peserta Peserta Peserta Peserta
GAMBAR 2 Kajian A Kajian B Kajian A Kajian B
MENGIKUT 3
NOMBOR 4 X √ √ X
YANG X √ √ X
DIBERIKAN.) X X √ X
X X X √
B 1 √ X√ √
(BILANG DAN 2 √ √√ √
PADANKAN 3 √ X√ √
4 √ X√ √
DENGAN
NOMBOR
YANG
SESUAI.)
Berdasarkan analisis terhadap lembaran kerja sebelum dan selepas intervensi di atas,
didapati bahawa peserta kajian A telah dapat menjawab 3 daripada 4 soalan berkenaan
dengan mewarnakan gambar mengikut nombor yang diberikan pada bahagian A dengan baik.
Sebelum intervensi, peserta kajian A langsung tidak dapat menjawab soalan yang sama.
Terdapat banyak kesilapan yang dilakukan pada bahagian A. Pada bahagian B pula, peserta
kajian A dapat mengekalkan bilangan soalan yang dijawab dengan betul seperti pada
sebelum intervensi iaitu dapat menjawab keempat-empat soalan dengan betul. Bagi peserta
kajian B pula, terdapat sedikit kemerosotan yang berlaku. Pada sebelum intervensi, peserta
kajian B dapat menjawab 2 daripada 4 soalan dalam bahagian A. Tetapi setelah pelaksanaan
intervensi, berlaku kemerosotan iaitu peserta kajian B hanya dapat menjawab 1 daripada 4
soalan sahaja. Hal ini berlaku kerana pada ketika itu, peserta kajian B didapati telah bosan
membuat lembaran kerja. Jadi, perkara tersebut telah mempengaruhinya dalam menjawab
soalan lembaran kerja berkenaan. Pada bahagian B pula, peserta kajian B kembali
memberikan perhatian dalam membuat lembaran kerja tersebut setelah pengkaji memujuknya
untuk bermain permainan atas talian jika dia memberikan tumpuan dalam menyiapkan
454
lembaran kerja tersebut. Akhirnya, peserta kajian B telah dapat menjawab semua soalan pada
bahagian B dengan betul berbanding pada sebelumnya.
Soalan kajian 3:
Sejauh manakah murid slow learner dapat meningkatkan kemahiran menulis nombor 1
hingga 10 dengan menggunakan kit K-BiT?
Jadual 5
Analisis Perbandingan Ujian Awal dan Ujian Akhir
PeserTA
KAJIAn UJIAN AWAL UJIAN AKHIR
Sambung Salin Isi Sambung Salin Isi
titik semula tempat titik semula tempat
nombor 1 nombor 1 kosong nombor 1 nombor 1 Kosong
hingga 10 hingga 10 hingga 10 hingga 10
di bawah di bawah di bawah di bawah
A 10/10 10/10 0/5 10/10 10/10 4/5
B 10/10 4/10 0/5 10/10 6/10 4/5
Jadual 5 menunjukkan analisis ujian awal dan ujian akhir kedua-dua peserta kajian.
Berdasarkan ujian awal yang telah dilaksanakan, kedua-dua peserta kajian didapati boleh
menyambung titik nombor 1 hingga 10 dengan baik. Ini kerana soalan tersebut adalah mudah
kerana mereka hanya perlu menyambung titik-titik tersebut untuk membentuk nombor.
Bagi soalan menyalin semula nombor 1 hingga 10 pula, pengkaji mendapati bahawa
peserta kajian A boleh menyalin nombor dengan baik dan berbeza dengan peserta kajian B
yang tidak boleh menyalin semula beberapa nombor yang sukar seperti nombor 4,5,6,8,9,10.
Pengkaji mendapati bahawa peserta kajian B hanya menconteng sahaja ruangan untuk
menyalin nombor tersebut.
Bagi soalan berkenaan dengan mengisi tempat kosong pula, peserta kajian perlu
melengkapkan satu urutan nombor mengikut tertib menaik. Didapati bahawa kedua-dua
peserta kajian gagal untuk menjawab kelima-lima soalan dengan betul.
Bagi ujian akhir pula, kedua-dua peserta kajian sudah mula menunjukkan peningkatan
455
dalam penguasaan kemahiran menulis nombor 1 hingga 10. Peserta kajian A didapati masih
mengekalkan bilangan soalan yang dijawab dengan betul pada soalan menyambung titik
nombor dan menyalin semula nombor iaitu 10/10.
Manakala peserta kajian kajian B pula menunjukkan peningkatan yang amat ketara
dalam soalan yang berkaitan menyalin semula nombor dan soalan isi tempat kosong. Pada
soalan menyalin semula nombor, peserta kajian B telah berjaya menjawab 6 daripada 10
soalan dengan betul daripada sebelumnya hanya 4 daripada 10 soalan sahaja yang dapat
dijawab dengan betul.
Bagi soalan mengisi tempat kosong pula, kedua-dua peserta kajian telah menunjukkan
peningkatan yang sangat baik di mana mereka telah memperoleh markah yang sama iaitu
sebanyak 4/5 daripada sebelumnya iaitu 0/5. Kesimpulannya, masing-masing telah
menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menulis nombor dalam lingkungan 1 hingga 10
dengan baik setelah melalui proses intervensi.
REFLEKSI
Kesimpulannya, kedua-dua peserta kajian telah menunjukkan banyak peningkatan
dalam penguasaan kemahiran mengenal, membilang dan menulis nombor 1 hingga 10
selepas intervensi dijalankan. Pengkaji telah berjaya membantu kedua-dua peserta kajian
menguasai nombor 1 hingga 10 dengan baik menggunakan kit K-BiT. Walaupun peningkatan
tersebut tidak berlaku 100% seperti yang diharapkan, tetapi kedua-duanya telah berjaya
membuktikan bahawa mereka boleh memperbaiki kelemahan diri sendiri sedikit demi sedikit.
Kajian ini juga telah berjaya membuka mata dan minda pengkaji bahawa terdapat banyak
lagi perkara yang perlu dikuasai dan dipelajari terutama sekali berkaitan bidang Pendidikan
Khas agar dapat mempersiapkan diri untuk menghadapi situasi sebenar di sekolah yang bakal
ditempatkan kelak. Sebagai seorang bakal guru novis, pengkaji perlu menitikberatkan tentang
penggunaan BBM yang kreatif dan menarik juga bagi meningkatkan minat murid berkeperluan
khas untuk belajar.
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Pengkaji berharap agar kajian ini dapat dijadikan bahan rujukan kepada para guru dan
para pengkaji bagi tujuan penyelidikan mereka terutama sekali berkenaan dengan murid
masalah pembelajaran kategori slow learner. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak
cadangan penambahbaikan yang perlu dibuat ke atas kajian ini dari semasa ke semasa.
456
Antaranya adalah dengan memvariasikan aktiviti intervensi di dalam kit K-BiT. Selain itu,
pengkaji juga mencadangkan agar elemen permainan dan elemen bahan maujud
diperbanyakkan di dalam kit K-BiT ini. Cadangan seterusnya adalah dari segi masa. Pengkaji
mendapati bahawa tempoh masa untuk menjalankan kajian ini agak singkat dan perlu
dipanjangkan. Dengan ini, pengkaji mempunyai lebih masa untuk menjalankan kajian ini
dengan lebih sistematik. Di samping itu, cadangan penambahbaikan juga perlu dilakukan ke
atas kategori peserta kajian. Ini kerana pengkaji hanya memilih kedua-dua peserta kajian dari
masalah pembelajaran kategori slow learner sahaja.
RUJUKAN
Amanda Bangkong. (2012). Jom Tambah, Sayangku. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan
PISMP Prasekolah, 1, 1-15.
Babbie, E.R. (2016). The Basics of Social Research. Cengage Learning.
Boon, P. Y. (2017). Pentaksiran dalam Pendidikan. Oxford Fajar.
Carr, K. & Phillips, D.K. (2014). Becoming a teacher through action research: Process, context
and self-study. Taylor & Francis Group.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Zohir Ahmad, Rohizani Yaakub & Shahabuddin Hashim. (2007). Pedagogi:Strategi
dan teknik mengajar dengan berkesan. PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
Puteri Roslina Abdul Wahid & Nur Azimah Bukhari. (2016). Gaya Pembelajaran Kanak
Kanak Lembam dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 16(2),
325-326.
Shaidatul Nadira Shaharum & Roslinda Rosli. (2018). Tahap Pengetahuan Tiga Orang
Pelajar Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (Lembam) Dalam
Penambahan Nombor Bulat. (Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan). Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Siti Farhana Muhd Ridzwan & Mahaliza Mansor. (2014). Roda C.I.U: Satu Teknik
Untuk Membina Kemahiran Mengecam Dan Mengingat Simbol Nombor Bulat 1
Hingga 9 Bagi Murid Lembam. Asian Education Action Research Journal, 3, 1–25.
Taylor, P.C. & Wallace. (2007). Contemporary qualitative research: Exampler for scienceand
mathematics and technology educators.
457
https://www.researchgate.net/publication/225220349_Contemporary_Qualita
ve_Research_for_Science_and_Mathematics_Educators
Tomal, D.R. (2010). Action Research for Educators. Rowman & Littlefield Education.
458
PERSEPSI GURU ARUS PERDANA TERHADAP MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS
BERMASALAH PEMBELAJARAN
Wong Leh Yee
Dr. Zikri bin Awang
Jabatan Pendidikan Khas IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan dan tahap
penerimaan guru arus perdana terhadap murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Kajian ini
menggunakan kaedah kuantitatif untuk mengumpul data. Responden seramai 326 orang guru yang
telah dipilih dari sekolah kebangsaan daerah Tumpat, Kelantan. Data yang diperolehi melalui soal
selidik yang menggunakan Skala Likert 1 hingga 5. Item soal selidik terbahagi kepada dua aspek iaitu
pengetahuan guru arus perdana terhadap murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dan
penerimaan guru arus perdana terhadap murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Data
dianalisis menggunakan kaedah kekerapan dan peratusan. Keputusan kajian ini mendapati bahawa
tahap pengetahuan dan tahap penerimaan guru arus perdana terhadap murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran adalah rendah. Daripada dapatan kajian juga ia dapat memberi panduan
kepada guru-guru pendidikan khas untuk merancang strategi baru bagi meningkatkan lagi hubungan
sosialisasi di antara guru arus perdana dan murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran.
Kata Kunci: Guru arus perdana, Murid pendidikan khas masalah pembelajaran, Tahap pengetahuan,
Tahap penerimaan
ABSTRACT
This research is to investigate knowledge and understanding level and acceptance of mainstream
teachers towards special education pupils. This study uses quantitative methods to collect data. The
respondents (n=326) consists of the teachers from primary school of district Tumpat, Kelantan. The
data was attained from the questionnaire using the 1 to 5 Likert Scale. The items of the questionnaire
consist of two aspects; knowledge and understanding level and acceptance of mainstream teachers
towards special education pupils. Data was analysed by using frequency and percentage. The results
of this research found that the level of knowledge and the level of acceptance of mainstream teachers
towards special education students with learning disabilities was low. From this research, guidance
should be provide for special education teachers to devise new strategies for enhancing the
socialization relationship between mainstream teachers and students with special education disabilities.
Keywords: Mainstream Teachers, Special Education Pupils, Perception, Knowledge and Understanding
Level, Acceptance
PENGENALAN
Pendidikan khas ialah suatu program yang mana murid berkeperluan khas menerima
pendidikan formal secara lebih khusus sama ada akademik mahupun bukan akademik. Selain
itu, berpandukan kepada peruntukan Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan
Pendidikan Bahagian 1, perkara 2 (b) dan (c), bidang pendidikan khas menjadi lebih
menyeluruh di mana Program Pendidikan Khas Inklusif diperkenalkan. (Jabatan Pendidikan
459
Khas, 2002). Murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang boleh mengikuti
pembelajaran di arus perdana akan diberikan peluang untuk belajar bersama murid arus
perdana. Hal ini memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam kalangan guru
pendidikan khas dan guru arus perdana.
Sheehy et al. (2005) menegaskan bahawa terdapat banyak cabaran dalam
melaksanakan Program Pendidikan Khas Inklusif. Cabaran termasuklah sikap guru-guru arus
perdana yang terlibat mempunyai persepsi negatif terhadap murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran. Guru arus perdana juga lebih berfokus kepada pengendalian
murid arus perdana, manakala murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran selalu
diabaikan oleh guru arus perdana. Guru arus perdana mungkin tidak mempunyai
pengetahuan tentang murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran dan juga tahap
penerimaan guru arus perdana juga rendah terhadap murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran.
PERNYATAAN MASALAH
Sejak lima tahun lepas, pakar-pakar profesional pendidikan khas menegaskan bahawa
kebanyakan murid pendidikan khas dikenalpasti sedang mengalami masalah dalam proses
pembelajaran seperti tidak dapat memberi tumpuan semasa proses pembelajaran dan
pengajaran dijalankan (Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan, 2014). Tidak
memberi tumpuan oleh murid pendidikan khas telah menyebabkan keputusan peperiksaan
murid pendidikan khas semakin merosot, murid hilang keyakinan dan murid tidak suka datang
ke sekolah.
Kajian telah membuktikan bahawa murid pendidikan khas mengalami masalah proses
pembelajaran disebabkan oleh guru arus perdana gagal berinteraksi dengan baik dengan
murid pendidikan khas. Akibatnya, keputusan akademik murid pendidikan khas semakin
merosot (Saiful Azam Khoo Abdullah, 2017).
Murid-murid pendidikan khas juga memandang rendah diri sendiri dan hilang keyakinan
disebabkan oleh guru arus perdana memandang serong dan memarahi mereka di hadapan
rakan-rakan mereka. Kajian telah membuktikan bahawa murid pendidikan khas dipandang
rendah dari segi keupayaan untuk mengikuti sesuatu sesi pembelajaran (Murnie Hassan,
2013).
Murid-murid pendidikan khas juga dikatakan suka mencari alasan tidak perlu hadir ke
sekolah disebabkan oleh mereka terasa dipinggirkan oleh guru arus perdana (Muhamad
Naim, 2015). Justeru, guru arus perdana amat bertanggungjawab untuk berinteraksi dengan
murid pendidikan khas (Muhamad Abdillah Royo & Haleefa Mahmood, 2011).
460
Masalah persepsi negatif guru arus perdana terhadap proses pembelajaran murid
pendidikan khas perlu dibetulkan dengan segera. Persepsi negatif guru arus perdana
menyebabkan murid pendidikan khas rasa terasing di sekolah sendiri. Namun, bukti yang
berkaitan dengan guru arus perdana berpersepsi negatif tidak diterokai. Oleh yang demikian,
kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sama ada guru arus perdana mempunyai tahap
pengetahuan dan tahap penerimaan terhadap murid pendidikan khas.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Terdapat dua objektif dalam kajian ini iaitu:
1. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru arus perdana terhadap murid-murid Pendidikan
Khas Masalah Pembelajaran.
2. Mengenalpasti tahap penerimaan guru arus perdana terhadap murid-murid Pendidikan
Khas Masalah Pembelajaran.
Persoalan kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji ialah:
1. Apakah tahap pengetahuan guru arus perdana terhadap murid-murid Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran?
2. Apakah tahap penerimaan guru arus perdana terhadap murid-murid Pendidikan Khas
Masalah Pembelajaran?
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif
bagi mengenalpasti dan mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan tahap
pengetahuan dan tahap penerimaan guru arus perdana terhadap murid pendidikan khas
masalah pembelajaran. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian ini
dibuat di beberapa buah sekolah di daerah Tumpat Kelantan. Sampel kajian adalah guru-guru
arus perdana seramai 326 orang yang telah diambil dari jumlah populasi guru arus perdana
yang ada melalui kaedah pemilihan tidak rawak mudah. Instrumen kajian yang digunakan
dalam kajian tinjauan ialah set borang soal selidik yang diedarkan kepada responden untuk
mendapatkan maklum balas. Soal selidik dibentuk berpandukan kajian-kajian yang lepas yang
didapati daripada kajian Wan Aiha Ismail (2014) dan diubahsuai oleh penyelidik mengikut
kesesuaian aras dan tahap guru iaitu aras pemikiran dan kefahaman guru. Sebanyak 20
461
soalan dengan menggunakan skala likert. Keseluruhan data diproses menggunakan
peratusan diskriptif, peratusan dan min. Kemudian kesahan item disemak oleh panel pakar
berkenaan. Data kuantitatif yang dikumpul dari kajian rintis dan kajian sebanar dianalisis
dengan menentukan nilai pekali Cronbach Alpha. Pembinaan item merujuk kepada takrifan
konstruk berasaskan kajian literatur. Untuk menentukan pekali kebolehpercayaan instrumen,
kajian ini telah dilaksanakan di sekolah kebangsaan bandar Kota Bharu. Perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS versi 19) digunakan untuk menganalisis data yang
diperoleh daripada hasil kajian.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Hasil daripada kajian yang dijalankan, terdapat beberapa maklumat yang menunjukkan
skor yang rendah dan skor yang tinggi. Ini bermaksud terdapat sebilangan guru yang terlibat
memberikan maklum balas yang benar-benar diperlukan. Berikut adalah maklumat demografi
responden yang terlibat. Jumlah keseluruhan responden yang memberikan maklum balas
terhadap kajian ini adalah seramai 326 orang. Maklumat responden ini dibahagikan kepada
empat bahagian iaitu jantina, bangsa, agama, tahap pengajian dan kepernahan guru arus
perdana menghadiri kursus berkaitan Program Pendidikan Khas Integrasi. Seramai 230 orang
perempuan iaitu 70.6% terlibat dalam kajian ini berbanding lelaki yang mana 96 (29.4%)
sahaja yang menjawab. Terdapat 4 kumpulan bangsa yang memberikan maklum balas iaitu
bangsa Melayu seramai 305 orang dengan peratusan sebanyak 93.6%, manakala bangsa
Cina seramai 14 (4.3%). Bangsa lain-lain adalah seramai 6 orang iaitu 1.8% manakala bangsa
India adalah seorang dengan peratusan adalah 0.3% sahaja. Terdapat 4 kumpulan agama
yang memberikan maklum balas iaitu agama Islam seramai 307 orang dengan peratusan
sebanyak 94.2%, manakala agama Buddha seramai 11 (3.4%). Agama Kristian adalah
seramai 7 orang iaitu 2.1% manakala agama Hindu adalah seorang dengan peratusan adalah
0.3% sahaja. Peringkat tahap pengajian responden pula, pada peringkat SPM seramai 57
orang iaitu 17.5% telah terlibat. STPM seramai 37 orang iaitu 11.3% telah terlibat. Diploma
seramai 95 orang iaitu 29.1% telah terlibat. 135 orang daripada kumpulan Degree (41.4%)
dan kumpulan yang mempunyai Master seramai 2 orang dengan peratusan sebanyak 0.6%.
Peratus guru yang pernah menghadiri kursus berkaitan Program Pendidikan Khas Integrasi
ialah 10.4% (34 orang), manakala guru yang tidak pernah menghadiri kursus berkaitan
Program Pendididkan Khas Integrasi pula 89.6% (292 orang). Maklumat responden ini telah
dijadualkan seperti jadual di bawah.
Jadual 1: Maklumat Responden
462
Kekerapan Peratusan Peratusan
Kumulatif
Jantina 96 29.4% 29.4
Lelaki
Perempuan 230 70.6% 100.0
Bangsa
Melayu 305 93.6% 93.6
Cina
India 14 4.3% 97.9
Lain-lain
Agama 1 0.3% 98.2
Islam
Buddha 6 1.8% 100.0
Hindu
Kristian 307 94.2% 94.2
Tahap Pengajian
SPM 11 3.4% 97.6
STPM
Diploma 1 0.3% 97.9
Degree
Master 7 2.1% 100.0
57 17.5% 17.5
37 11.3% 28.8
95 29.1% 57.9
135 41.4% 99.3
2 0.6% 100.0
Kepernahan Menghadiri Kursus 34 10.4% 10.4
Pernah 292 89.6% 100.0
Tidak Pernah
463
Berikut adalah maklumat yang telah diproses dalam bentuk deskriptif. Bagi setiap item,
responden akan memilih dari 5 skala mata Likert iaitu 1 (Sangat Tidak Setuju) kepada 5
(Sangat Setuju) bagi menandakan tanda persetujuan terhadap pernyataan yang diberi.
Kesemua item tersebut perlu dijawab dengan cara membulatkan nombor skala. Skala yang
digunakan ialah berdasarkan Skala Likert iaitu 1 hingga 5 pilihan. Terdapat 20 soalan yang
telah disediakan dan seramai 326 orang responden telah memberikan maklumbalas. Jadual
di bawah menunjukkan tahap pengetahuan guru arus perdana terhadap murid pendidikan
khas di daerah Tumpat Kelantan. Daripada hasil analisis kajian, didapati purata majoriti
responden yang setuju dengan item ialah seramai 159 orang (48.62%). Manakala yang
menyatakan tidak pasti pula seramai 62 orang (19.11%) sementara yang menyatakan tidak
setuju pula seramai 105 orang (32.27%). Maka, secara kesimpulannya, jumlah purata min
adalah 3.26 dan berada pada tahap sederhana.
Jadual 2: Maklumbalas Responden
(Tahap Pengetahuan Guru Arus Perdana Terhadap Murid Pendidikan Khas)
No Rendah Sederhana Tinggi Min
Pernyataan (1-2) (3) (4-5)
Ite f% f%f %
Skala
187 57.40 56 17.20 83 25.40 2.49
m
Anda pernah bertemu
1 dengan murid khas selain
daripada di sekolah.
Anda tahu terdapat 194 59.50 62 19.00 70 21.50 2.40
program pendidikan khas
2 masalah pembelajaran di
sekolah anda.
Anda pernah didedahkan 201 61.66 56 17.18 69 21.16 2.38
dengan pengetahuan
3 tentang program khas
masalah pembelajaran di
sekolah anda.
Semua murid khas 68 20.86 54 16.56 204 62.58 3.67
4 bermasalah pembelajaran
mempunyai masalah
464
kesihatan seperti sakit
jantung, sawan dan asma.
Semua murid khas 55 16.90 76 23.30 195 59.80 3.67
bermasalah pembelajaran
5 mengalami masalah
kurang upaya sejak
mereka dilahirkan lagi.
Masalah yang dialami oleh
murid khas ini akan
menyebabkan mereka 64 19.60 52 16.00 210 64.40 3.73
6 lemah dalam bidang
akademik dan kemahiran
sosial.
Murid khas mempunyai 48 14.72 66 20.25 212 65.03 3.81
7 emosi dan perasaan yang
sangat sensitif.
Murid khas perlukan 55 16.87 52 15.95 219 67.18 3.83
pendekatan pengajaran
8 dan pembelajaran yang
khusus.
Murid khas mempunyai 69 21.20 63 19.30 194 59.50 3.61
9 motivasi dan perasaan
rendah diri.
Murid khas perlu diberi 111 34.05 86 26.38 129 39.57 3.02
10 peluang belajar sama
seperti pelajar normal.
Jumlah Purata 105 32.27 62 19.11 159 48.62 3.26
N=326
Jadual 3 di bawah menunjukkan tahap penerimaan guru arus perdana terhadap murid
pendidikan khas di daerah Tumpat Kelantan. Daripada hasil analisis kajian boleh dilihat purata
majoriti adalah didominasi oleh responden yang tidak setuju iaitu 159 orang (48.77%).
Sementara itu, seramai 107 orang responden (32.83%) setuju dengan item ini secara
465
puratanya. Terdapat juga responden yang tidak pasti untuk purata keseluruhan item ini iaitu
sejumlah 60 orang (18.4%). Maka secara kesimpulannya, jumlah purata min adalah 2.75 dan
berada pada tahap sederhana.
Jadual 3: Maklumbalas Responden
(Tahap Penerimaan Guru Arus Perdana Terhadap Murid Pendidikan Khas)
No Rendah Sederhana Tinggi Min
Ite Pernyataan (1-2) (3) (4-5)
m f%
f% f%
Saya akan berkawan
dengan murid khas 180 55.20 72 22.10 94 22.70 2.47
1 bermasalah
pembelajaran.
Saya akan melibatkan 213 65.34 47 14.42 66 20.24 2.33
diri di dalam sebarang
2 aktiviti yang berkaitan
dengan murid khas.
Saya bersedia 176 54.00 74 22.70 76 23.30 2.50
membantu murid khas
3 jika mereka perlukan
bantuan.
Di antara murid saya 225 69.00 53 16.30 48 14.70 2.12
4 adalah terdiri daripada
murid khas.
Saya hanya akan 65 19.94 64 19.63 197 60.43 3.67
5 membantu murid khas 50 15.34 61 18.71 215 65.95 3.81
176 53.99 64 19.63 86 26.38 2.52
sekiranya diarahkan.
Murid-murid khas perlu
6 diasingkan dari kelas-
kelas biasa.
Saya tidak pernah
7
melabel murid khas
466
dengan pelbagai
gelaran.
Saya merasa malu 103 31.60 51 15.60 172 52.80 3.38
sekiranya adik/ahli
keluarga saya yang lain
8 ditempatkan di dalam
kelas khas bermasalah
pembelajaran.
Saya akan meluangkan 208 63.80 53 16.30 65 19.90 2.31
masa untuk beramah
9 mesra dengan murid
khas sekiranya
mempunyai peluang.
Saya pernah melawat ke
kelas murid khas untuk
10 melihat keadaan mereka 201 61.70 65 19.90 60 18.40 2.34
ketika belajar.
Jumlah Purata 159 48.77 60 18.40 107 32.83 2.75
N=326
KESIMPULAN, CADANGAN DAN IMPLIKASI
Daripada kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa semua pihak perlu bekerjasama agar
sesuatu program yang ingin dilaksanakan itu berkesan. Begitu juga dengan program integrasi
masalah pembelajaran yang diperkenalkan di kebanyakan sekolah di seluruh negara. Tujuan
program yang telah dirancang dengan matlamat yang sungguh murni bagi murid pendidikan
khas masalah pembelajaran supaya mendapat peluang yang sama dengan murid arus
perdana dengan mendapatkan pendidikan daripada guru arus perdana dalam persekitaran
yang tidak terhad. Namun semua ini tidak akan berjaya dicapai seandainya tidak mendapat
kerjasama daripada semua pihak. Faktor utama untuk kejayaan program ini ialah sikap
seseorang itu. Penerimaan yang positif dapat meningkatkan lagi motivasi dan konsep kendiri
murid pendidikan khas masalah pembelajaran untuk hidup dalam komuniti yang lebih besar.
Oleh itu, sikap dan pandangan yang negatif perlu diubah dan semua pihak harus saling
membantu untuk meringankan beban dan meningkatkan lagi mutu pendidikan dan juga
467
interaksi sosial di kalangan murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Penerimaan akan
kehadiran golongan ini di sekolah akan memberi peluang untuk mereka mendapatkan
sebanyak yang mungkin pengalaman pengajaran dan aspek kehidupan yang lain
terutamanya dalam integrasi sosial.
RUJUKAN
Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan. (2014). Buku Data Pendidikan Khas.
Jabatan Pendidikan Khas. (2002). Maklumat Pendidikan Khas 2002. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Muhamad Abdillah Royo dan Haleefa Mahmood. (2011). Faktor-Faktor Kelemahan Yang
Mempengaruhi Pencapaian Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta. Johor:
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Muhamad Naim Abd Manaf. (2015). 7 Langkah Berkesan Menangani Anak Tidak Mahu ke
Sekolah. Retrieved from https://tudungsicomel.com/menangani-anak-tidak-mahu-
sekolah/
Murnie binti Hassan. (2013). Perlaksanaan Program Inklusif Bagi Pelajar Perlaksanaan
Program Inklusif Bagi Pelajar-Pelajar Pendidikan Bermasalah. Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.
Saiful Azam Khoo Abdullah (2017). Program Pendidikan Inklusif Bagi Murid-Murid
Berkeperluan Khas di Malaysia. KPM: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Sheehy et al. (2005). Policy and Power in Incusive Education: Values Into Practice. The Open
University.
Wan Aiha Ismail. (2014). Persepsi Pelajar Normal terhadap Pelajar Khas Integrasi
Bermasalah Pembelajaran di SMK Sultan Omar Dungun Terengganu. Selangor:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
468
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF KECIL b, d, u DAN n DENGAN
BETUL DALAM KALANGAN MURID DISLEKSIA MENGGUNAKAN APLIKASI ‘EBISI’
Justine Milang Anak Ngelambai
Puan Farah Dilla binti Ramli
Jabatan Pendidikan Khas IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran tulisan huruf kecil murid pendidikan
khas. Semasa menjalankan praktikum di salah sebuah sekolah dearah Kota Bharu, Kelantan, seorang
murid pendidikan khas telah dikenalpasti mengalami masalah menulis huruf kecil b, d, u dan n secara
terbalik berdasarkan tinjauan awal menerusi pemerhatian, analisis lembaran kerja murid, ujian
diagnostik dan temu bual dengan guru penyelaras pendidikan khas. Oleh itu, dengan mengadaptasikan
model Kurt Lewin (1948), pengkaji menggunakan bahan bantu mengajar aplikasi ‘Ebisi’ untuk
mengatasi masalah kajian. Aplikasi ‘Ebisi’ membantu murid menangani kekeliruan jenis imej cermin
huruf hampir sama dan mengingat bentuk huruf dengan kekal. Pengumpulan data dilakukan dengan
pemerhatian, hasil kerja murid, ujian singkat dan ujian pencapaian. Hasil dapatan menunjukkan
perubahan positif pada murid ini kerana mampu menulis huruf b, d, u dan n dengan betul. Pengkaji
merumuskan bahawa penggunaan aplikasi ’Ebisi’ serta aktiviti intervensi membina asas berkesan
dalam menangani masalah murid ini. Pengkaji berharap kajian ini dan pengaplikasian ‘Ebisi’ dapat
digunakan untuk menangani masalah penulisan huruf lain seperti “p” dan “q”, serta digunakan secara
meluas dalam menangani masalah penulisan terbalik di kalangan murid berkeperluan khas.
Kata kunci: Murid pendidikan khas, Aplikasi ‘Ebisi’
ABSTRACT
This study aims to improve the writing skills among students with special needs. During practicum at
one of the schools in Kota Bharu, Kelantan, the researcher identified one of the students has inability
in writing small letters such as b, d, u and n in inversely manner. The identification was based on
preliminary data collection through observations, student worksheets analysis, diagnostic tests and
interviews with the special education coordinator teacher at the school. Therefore, by adopting the
model of Kurt Lewin (1948), the researcher used a teaching tool named 'Ebisi' as an application to solve
the research problem. The 'Ebisi’ application helped research participant to deal with the distortion of
the mirror image type and remember the letter shape permanently. Data collection was conducted
through observation, student work, short test and achievement test. The results showed positive
changes on the research participant as he was able to write correctly the letters b, d, u and n.
Researcher has concluded that the use of the 'Ebisi' application as well as the intervention activities
form the basis for effectively addressing the problems of research participant. The researcher
anticipates that this research and application of “Ebisi” could solve the same problem in writing other
letter such as "p" and "q", also to be vastly applied to solve the same problem among students with
special needs.
Keywords: students with special needs, ‘Ebisi’ Application
469
PENGENALAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjelaskan bahawa pendidikan khas
dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran.
Manakala bagi individu bermasalah pembelajaran pula ditempatkan di Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) yang merupakan program pendidikan khas di sekolah arus perdana
(Bahagian Pendidikan Khas, 2014). Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas 2013) Bahagian 3 juga, ‘PPKI’ ertinya suatu program
pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas yang hanya dihadiri oleh murid
berkeperluan pendidikan khas di kelas khas di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan.
Dalam PPKI, masalah pembelajaran khusus Disleksia kerap kali ditemui. Kanak-kanak
disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha
bersungguh-sungguh. Mereka juga mempunyai keupayaan intelek yang normal dan telah
mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi. Masalah asasnya adalah
perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Mereka
mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira. Tidak
mampu membentuk huruf, ingatan yang lemah serta keliru dengan arah dan bentuk huruf
merupakan contoh yang sering kali belaku kepada mereka. Kekeliruan huruf terbalik iaitu
kekeliruan jenis imej ceremin juga wujud (Chen & Noor Suraini, 2002). Contohnya adalah
huruf kecil b dan d, u dan n.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Plan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025 (PPPM 2013-2025) menyenaraikan panduan untuk merancang dan
merealisasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan
negara. Guru menjadi pemacu utama dalam merancang dan memulihkan masalah
pembelajaran murid. Secara ringkasnya, murid pendidikan khas masalah pembelajaran
memerlukan bimbingan dan sokongan daripada guru pendidikan khas dengan mengunakan
intervensi dan teknik yang sesuai berdasarkan tahap keupayaan murid untuk membantu
menyelesaikan masalah mereka.
FOKUS KAJIAN
Pengkaji telah memilih fokus kajian ini kerana seorang peserta kajian didapati
mempunyai masalah dalam menulis huruf terbalik. Peserta kajian ini sering menulis huruf b
dan d, u dan n secara terbalik. Masalah ini dikenal pasti melalui ujian diagnostik yang telah
dilaksanakan pada peringkat awal oleh pengkaji. Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh
peserta kajian adalah tertukar huruf b dengan d, dan u dengan n. Sebagai contoh, “ular”
menjadi “nlar”. Hampir semua item soalan yang melibatkan huruf kecil b, d, u dan n dijawab
470
dengan salah oleh peserta kajian semasa ujian diagnostik. Peserta kajian juga kurang
memberi respon semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sebaliknya membuat kerja
sendiri. oleh itu, Pengkaji telah menghasilkan aplikasi ‘Ebisi’ untuk membantu peserta kajian
meningkatkan kemahiran menulis huruf kecil b, d, u dan n dengan betul. Menurut Darvina
(2003), penggunaan media sebagai alat bantu bukan sahaja dapat menarik minat pelajar
untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik, tetapi juga
membantu meningkatkan pemahaman pelajar dan memudahkan pendidik menyampaikan
ilmu.
OBJEKTIF KAJIAN
i. Menulis huruf kecil b, d, u dan n dengan betul menggunakan aplikasi ‘Ebisi’.
ii. Meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan aplikasi
‘Ebisi’.
SOALAN KAJIAN
i. Sejauh manakah aplikasi ‘Ebisi’ dapat membantu murid menulis huruf kecil b, d, u dan n.
ii. Bagaimanakah aplikasi ‘Ebisi’ dapat membantu meningkatkan minat murid terhadap
pembelajaran Bahasa Melayu.
PESERTA KAJIAN
Kajian ini melibatkan seorang peserta kajian yang mengalami masalah menulis huruf secara
terbalik. Peserta kajian adalah murid tahun 4 dari kelas pendidikan khas masalah
pembelajaran. Murid ini disahkan oleh pihak doktor bahawa dia mempunyai masalah
pembelajaran disleksia. Peserta kajian tersebut turut mempunyai prestasi akademik yang
kurang memuaskan diantara rakabnya yang lain. Dalam pembelajaran Bahasa Melayu,
peserta ini selalu tertukar huruf b, d, u dan n dalam perkataan. Peserta kajian ini seringkali
tercicir dalam PdPc, hilang tumpuan, bosan, dan kerap kali membuat kerja sendiri.
471
Peringkat Sesi Intervensi Aktiviti Initervensi/ Perkara
Intervensi
Aktiviti Sesi 1 i. Menulis huruf b, d, u dan n di udara
membina asas Minggu 1 ii. Menulis huruf b, d, u dan n menggunakan
24 Feb
titisan lilin
Aktiviti lanjutan Sesi 2 i. Menulis huruf b, d, u dan n di atas taburan
Aplikasi ‘Ebisi’ Minggu 2 permukaan garam
3 Mac ii. Menulis huruf b, d, u dan n menggunakan
tanah liat
Sesi 3
Minggu 3 iii. Perlaksanaan ujian singkat 1
i. Menulis huruf b, d, u dan n dengan
9 Mac
menggunakan aplikasi ‘Ebisi’
ii. Perlaksanaan ujian singkat 2
Sesi 4 i. Bermain permainan kecil menulis huruf b, d,
Minggu 3 u dan n dengan menggunakan aplikasi
16 Mac ‘Ebisi’
ii. Perlaksanaan ujian pencapaian
METODOLOGI
Bagi meningkatkan kemahiran menulis dan daya tumpuan peserta kajian, pengkaji telah
menggunakan aplikasi ‘Ebisi’ yang terdiri dari pada 2 peringkat iaitu membina asas dan aktiviti
lanjutan. Jadual 1 menunjukkan senarai aktiviti bagi perlaksanaan tindakan.
472
KAEDAH MENGUMPUL DATA
Pengkaji menggunakan empat kaedah pengumpulan data iaitu melalui ujian singkat, ujian
pencapaian, hasil kerja murid dan pemerhatian. Instrumen yang digunakan adalah termasuk
set ujian singkat, set ujian pencapain, senarai semak dan nota lapangan pengkaji.
Pemerhatian
Pengkaji menjalankan pemerhatian sepanjang aktiviti intervensi berlangsung berlandaskan
senarai semak yang dibina. Perkara diluar jangkaan dicatatkan di bahagian luar dan dicatat
didalam nota lapangan pengkaji sebagai rujukan.
Ujian singkat
Pengkaji ingin mengukur penguasaan kemahiran murid dalam sesi aktiviti intervensi kajian.
Ujian pencapaian ini dijalankan bagi tujuan mendapat data yang lengkap. Kandungan ujian
adalah termasuklah ujian lisan di mana murid perlu mendengar kepada sebutan guru
kemudian mengisikan tempat kosong berdasarkan gambar. Pengkaji mempelbagaikan jenis
soalan termasuklah memilih huruf yang betul.
Ujian pencapaian
Pengkaji ingin mengukur penguasaan kemahiran murid dalam sesi aktiviti intervensi kajian.
Ujian pencapaian ini dijalankan bagi tujuan mendapat data yang lengkap. Kandungan ujian
adalah termasuklah ujian lisan di mana murid perlu mendengar kepada sebutan guru
kemudian mengisikan tempat kosong berdasarkan gambar. Pengkaji mempelbagaikan jenis
soalan termasuklah memilih huruf yang betul.
Hasil kerja murid
Pengkaji juga mengumpul data melalui hasil kerja murid. Ini kerana banyak maklumat penting
yang boleh pengkaji dapat. Pengkaji mampu menilai penguasaan murid serta kesilapan yang
sering dilakukan oleh murid. Sebagai contoh, pengkaji mendapati murid kerap kali membuat
kesilapan huruf b dan d. Dengan ini, pengkaji akan mencatat masalah-masalah yang kerap
kali muncul dalam hasil kerja murid. Jika hasil kerja murid semakin lengkap dan kesilapan
berkurangan bermakna murid menunjukkan kemajuan dan aktiviti intervensi yang dirancang
adalah berkesan.
463
CARA MENGANALISIS DATA
Setelah proses pengumpulan data dilaksanakan, pengkaji telah menganalisis data yang
diperoleh. Analisis data ini dilakukan bertujuan untuk menilai sejauh mana tindakan yang
dijalankan dapat memberikan peningkatan kemahiran peserta kajian selari dengan objektif
yang ditetapkan.
CARA MENYEMAK DATA
Semakan data dalam kajian ini dilaksanakan berdasarkan data-data yang telah dikumpul
dan dianalisis menggunakan triangulasi data. Terdapat tiga instrument yang digunakan iaitu
pemerhatian, ujian dan analisis dokumen.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Objektif 1: Menulis huruf kecil b, d, u dan n dengan betul menggunakan aplikasi ‘Ebisi’
Nota lapangan
Pengkaji merekod nota lapangan untuk menilai tapap peningkatan kemahiran menulis huruf
b, d, u dan n murid. Nota lapangan direkod semasa intervensi dilaksanakan pada setiap
peringkat intervensi.
Sesi intervensi Catatan murid A:
Sesi 1 Salah menyebut Menulis terbalik Melengkapkan Kurang
Minggu 1 huruf b dengan d huruf u dengan aktiviti dengan berinteraksi
24 Feb
n lambat tetapi dengan guru
kemas
Sesi 2 Menyebut huruf b Menulis dengan Suka kepada Berani eye
Minggu 2
3 Mac dan d dengan bersemangat aktiviti pdpc contact
betul dengan guru
Sesi 3 Menyebut Menulis huruf Murid teruja Kerap
Minggu 3 dengan betul b, d, u dan n dan tidak ingin bertanya
9 Mac huruf b, d, u dan dengan betul PdPc tamat soalan kepada
n guru
464
Sesi 4 Menunjukkan Boleh Murid meminta Memberi
Minggu 3 guru memberi komitmen
16 Mac muka yang teruja mengingat cabaran yang yang tinggi
lain untuk
untuk belajar huruf b, d, u menghasilkan
huruf yang
dan n dengan cantik
berkesan
Jadual 2 menunjukkan data pemerhatian terhadap kemahiran menulis huruf b, d, u dan n
murid secara berperingkat-peringkat dari aktiviti membina asas sehingga aktiviti lanjutan.
Berdasarkan keputusan pemerhatian yang dilaksanakan, peserta kajian kemahiran menulis
huruf kecil b, d u dan n murid semakin meningkat sehingga dapat menghasilkan tulisan yang
cantik.
Jadual 3: Pemerhatian dari senarai semak
Bil. Perkara/prestasi/tingkah laku Skor
SSSS
1234
1. Murid dapat menyebut nama huruf berdasarkan huruf b, d, u dan n 2 4 4 5
yang ditunjukan.
2. Murid memerlukan masa yang lama untuk mengingat kembali 2 3 4 5
bentuk huruf b, d, u dan n.
3. Murid dapat menyebut nama huruf b, d, u dan n yang ditunjukkan 2 4 4 5
dengan spontan.
4. Murid dapat menyatakan perbezaan bentuk dan arah bagi huruf b, 1 3 4 5
d, u dan n
5. Murid dapat mengisi huruf b, d, u dan n dengan betul di tempat 2 3 4 5
kosong
6. Murid cepat lupa isi pelajaran yang disampaikan 4311
7. Murid suka melakukan aktiviti menggunakan aplikasi ‘Ebisi’ - - 55
465
8. Murid dapat menjalankan tugasan berdasarkan arahan yang diberi 4 4 4 4
9. Murid mampu mengikuti aktiviti intervensi dengan baik 3455
10. Murid menunjukkan minat yang tinggi dalam aktiviti intervensi 3455
11. Murid gembira dengan hasil kerjanya. 4555
Jadual 3 di atas menunjukkan hasil dapatan melalui pemerhatian pengkaji selepas intervensi
dilaksanakan. Item 1 hingga 5 merujuk kepada kemahiran menulis dan membaca murid.
Bedasarkan dapatan selepas tindakan yang dilaksanakan, kemahiran menulis huruf b, d, u
dan n peserta kajian semakin meningkat. Pekara ini dapat dibuktikan dengan gambar rajah
dibawah.
Gambar 1: Hasil ujian singkat 1 sebelum Gambar 2: Hasil ujian singkat 1 selepas
intervensi intervensi
Pada Gambar 1, peserta kajian mengalami masalah menulis huruf kecil b, u dan n. Namun
selepas intervensi, peserta kajian dapat menjawab menulis huruf dengan betul pada Gambar
2.
Gambar 3: Hasil ujian singkat 2 sebelum Gambar 4: Hasil ujian singkat 2 selepas
intervensi intervensi
466
Pada Gambar 3, peserta kajian mengalami masalah menulis huruf kecil u dan n. Setelah
intervensi, peserta kajian dapat menjawab menulis huruf dengan betul pada Gambar 4.
Gambar 5: Hasil kerja peserta kajian Gambar 6: Hasil kerja peserta kajian
sebelum intervensi selepas intervensi
Pada Gambar 5, peserta kajian mengalami masalah menulis huruf kecil b, d, u dan n. Setelah
intervensi, peserta kajian dapat menjawab menulis huruf dengan betul pada Gambar 6.
Objektif 2: Meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu dengan
mengguankan aplikasi ‘Ebisi’
Senarai semak tingkah laku peserta mengikut sesi intervensi
Bil. Tingkah laku/perkara Pemerhatian
1234
YYYY
1. Murid memberi tumpuan yang tinggi dalam kelas. ///
2. Murid menunjukkan perasaan kecewa dan sedih jika tidak dapat //
melengkapkan permainan.
3. Murid suka bermesra dengan guru. ///
4. Murid aktif melibatkan diri dalam kelas. ///
5. Murid bersikap terbuka untuk memberi pandangan diri semasa //
belajar.
6. Murid bersedia untuk belajar sesuatu yang baru. ///
7. Murid melakukan kerja lain semasa sesi PdPc berlangsung. /
467
Bedasarkan jadual 4, tingkah laku murid semakin pulih daripada tidak menumpukan perhatian
dalam kelas kepada lebih fokus dalam kelas. Keputusan pemerhatian menunjukkan murid
lebih aktif dalam kelas dan bersedia untuk menerima ilmu.
Jadual 5: senarai semak tingkah laku murid mengikut sesi intervensi
Bil. Perkara/prestasi/tingkah laku Skor
SSSS
1234
1. Murid dapat menyebut nama huruf berdasarkan huruf b, d, u dan n 2 4 4 5
yang ditunjukan.
2. Murid memerlukan masa yang lama untuk mengingat kembali 2 3 4 5
bentuk huruf b, d, u dan n.
3. Murid dapat menyebut nama huruf b, d, u dan n yang ditunjukkan 2 4 4 5
dengan spontan.
4. Murid dapat menyatakan perbezaan bentuk dan arah bagi huruf b, 1 3 4 5
d, u dan n
5. Murid dapat mengisi huruf b, d, u dan n dengan betul di tempat 2 3 4 5
kosong
6. Murid cepat lupa isi pelajaran yang disampaikan 4311
7. Murid suka melakukan aktiviti menggunakan aplikasi ‘Ebisi’ - - 55
8. Murid dapat menjalankan tugasan berdasarkan arahan yang diberi 4 4 4 4
9. Murid mampu mengikuti aktiviti intervensi dengan baik 3455
10. Murid menunjukkan minat yang tinggi dalam aktiviti intervensi 3455
11. Murid gembira dengan hasil kerjanya. 4555
Jadual 5 di atas menunjukkan hasil dapatan melalui pemerhatian pengkaji selepas intervensi
dilaksanakan. Item 6 hingga 11 merujuk kepada tingkah laku murid semasa PnP berlangsung.
Bedasarkan data di atas, aplikasi ‘Ebisi’ mampu meningkatkan minat murid untuk belajar
468
Bahasa Melayu. Peserta kajian berasa gembira dengan hasil kerjanya dengan menggunakan
aplikasi ‘Ebisi’.
REFLEKSI
Bedasarkan dapatan kajian yang telah dibuat, pengkaji mendapati kedua-dua objektif kajian
telah berjaya dicapai sekaligus menjawab kedua-dua soalan kajian dalam meningkatkan
kemahiran menulis huruf kecil b, d, u dan n murid serta meningkatkan minat murid dalam
pembelajaran bahasa melayu. Peningkatan ini dibuktikan melalui analisis dan interprestasi
data yang diperoleh daripada pemerhatian berstruktur, nota lapangan, hasil kerja murid, ujian
singkat dan ujian pencapaian peserta kajian.
Sepanjang pengkaji melaksanakan intervensi ini, peserta kajian telah memberi
kerjasama yang baik dengan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi intervensi yang
dilaksanakan. Peserta kajian berasa seronok, gembira dan teruja sepanjang aktiviti
terutamnya semasa aktiviti lanjutan dengan menggunakan aplikasi ‘Ebisi’. Menurut Darvina
(2003), penggunaan media dapat membantu meningkatkan pemahaman pelajar dan
memudahkan pendidik menyampaikan ilmu. Kemudian, Norma (Dipetik daripada Ali, 2016)
menjelaskan bahawa daya tumpuan murid dapat dicetuskan melalui penggunaan bahan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di samping dapat menghilangkan rasa bosan.
Peserta kajian juga menunjukkan peningkatan dalam keputusan ujian singkat, lembaran kerja
murid dan ujian pencapaian,
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Masukan lebih banyak bahan visual
Berdasarkan kajian ini, pengkaji hanya berfokus kepada pengunaan elemen TMK, gaya
pembelajaran kinestatik dan latih tubi. Untuk penambahbaikan yang akan datang, pengkaji
disarankan untuk memasukan lebih banyak unsur visual semasa menyelesaikan masalah
murid. Ini kerana kebanyakkan murid pendidikan khas lebih mudah faham jika mereka
melihat sesuatu benda, dan mereka cenderung untuk menirunya. Dalam aplikasi yang
disediakan juga harus ada bahan visual untuk membantu pemahaman murid dengan lebih
mudah. Saya yakin juga bahawa murid akan tertarik dengan unsur visual yang diselitkan
dalam PdPc tersebut. Hal ini juga akan mendorang murid untuk menumpukan perhatian
dalam kelas
2. Penglibatan Murid Secara Berkumpulan
Selain itu, pengkaji hanya melibatkan satu peserta kajian sahaja dalam kajian ini.
Memandangkan pembelajaran berkumpulan memberi kesan yang lebih baik dan
469
membina, pengkaji boleh melibatkan lebih ramai peserta dalam kajian yang akan datang.
Pengkaji perlu mengiatkan penglibatan murid dalam aktiviti intervensi secara berkumpulan
sehingga terbentuknya komunikasi berkesan secara dua hala di antara mereka terbentuk.
Bagi saya, pengkaji juga boleh melibatkan murid pendidikan khas yang lain semasa
intervensi berlaku untuk mengalakkan persaingan sihat diantara mereka. Dengan ini,
mereka akan berasa seronok belajar secara berkumpulan, secara tidak langsung
meningkatkan keinginan dan minat murid untuk belajar.
3. Menekankan Pemahaman Konsep
pengkaji harus menekankan konseptual dalam kalangan murid pendidikan khas. Murid
sepatutnya dilatih untuk memahami konsep, kemahiran dan bukanya hanya mendapat
jawapan sahaja. Tidak dapat dinafikan kebanyakan murid mempelajari bentuk huruf
dengan melalui teknik hafalan. Sebelum ini, pengkaji juga mengajar murid dengajn teknik
hafalan. Bukan sahaja hafalan, malah dengan teknik latih tubi untuk membolehkan murid
mengingat bentuk huruf tersebut. Sebagai penambahbaikan, pengkaji boleh mengajar
murid huruf dengan menggunakan perkaitan cerita dan arah huruf. Pengkaji boleh
memperkenalkan bunyi huruf bagi membantu murid pendidikan khas menguasai
kemahiran membunyikan suku kata dengan lebih mudah pada peringkat yang lebih tinggi.
RUJUKAN
Ali, M. M., & Sahal, N. (2016). Intervensi Meningkatkan Tumpuan dalam Pembelajaran Murid
Bermasalah Pembelajaran (The Intervention Increased Attention in Students With
Learning Disabilities). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of
Education), 41(1), 1-6.
Chen & Noor Suraini, 2002 Chen, A. H., & Mohamad, N. S. Kekeliruan Mengecam
Huruf bdpq Di Kalangan Kanak-Kanak Pra-Sekolah.
Darvina Omar. 2003. Kajian Pembangunan Dan Penilaian Bahan Pembelajaran
Berbantukan Komputer Berasaskan Cd Interaktif Bagi Mata Pelajaran
Pemasaran 1 Di Politeknik. Tesis Sarjana, Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn.
Khas, D. P. (2014). Putrajaya: Bahagian Pendidikan Khas. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Malaysia, K. P. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013- 2025. Online)
(www. moe. gov. my).
470
PENGGUNAAN ‘LIGHTUPS’: MENINGKATKAN KEUPAYAAN PENGAMATAN MURID
MENGUASAI KEMAHIRAN MENULIS YANG LEBIH KEMAS
Abdul Muttaqiin bin Amir Azha
Dr. Nik Noraini binti Raja Abdullah
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan keupayaan pengamatan murid dalam menguasai
kemahiran menulis yang lebih kemas menggunakan kaedah ‘LightUps’. Kajian ini melibatkan dua orang
murid kelas pemulihan tahun dua di Sekolah Kebangsaan A, Daerah A, di Kelantan sebagai peserta
kajian. Objektif kajian ini bertujuan untuk menghuraikan cara murid pemulihan meningkatkan
keupayaan pengamatan dalam menguasai kemahiran menulis yang lebih kemas menggunakan kaedah
‘LightUps’ dan memerihalkan amalan penambahbaikan pedagogi guru dalam membantu murid
pemulihan meningkatkan keupayaan pengamatan dalam penguasaan kemahiran menulis yang lebih
kemas melalui tindakan yang dijalankan. Kajian ini menggunakan reka bentuk Model Kurt Lewin (1946)
dan Laidlaw (1992) secara pendekatan kualitatif. Instrumen utama kajian yang digunakan ialah
pemerhatian menggunakan senarai semak dan temu bual pula digunakan untuk menyokong data
utama. Analisis dokumen digunakan untuk melihat keberkesanan kaedah ‘LightUps’ dalam
meningkatkan keupayaan pengamatan dalam kemahiran menulis murid. Kaedah ‘LightUps’
dilaksanakan melalui empat aktiviti: ‘Jom Sambung Saya’, ‘Doh Ajaib’, ‘Jom Main Tepung’ dan ‘Menulis
Cantik’. Dapatan kajian telah menunjukkan keempat-empat aktiviti ‘LightUps’ berjaya meningkatkan
keupayaan pengamatan murid pemulihan dalam kemahiran menulis yang lebih kemas dan berjaya
menambah baik amalan pedagogi guru. Implikasinya, murid lebih yakin dalam kemahiran menulis
kerana tulisan mereka lebih kemas. Kajian ini penting kerana pelaksanaan Kaedah ‘LightUps’ secara
langsung telah menjadi satu inovasi untuk meningkatkan keupayaan pengamatan dalam penguasaan
kemahiran menulis murid, dan amalan pedagogi guru juga boleh disebar luas untuk dikongsi kerana
ianya sesuai dan relevan digunakan oleh semua guru yang berhadapan dengan masalah tulisan murid
mereka yang tidak kemas.
Kata kunci: Amalan Pedagogi, Kaedah ‘LightUps’, Keupayaan Pengamatan, Kemahiran Menulis, Murid
Pemulihan
ABSTRACT
This action research was conducted in order to improving their observational capability in mastering a
more refined writing skill using LightUps method. This research involves two remedial students both in
Year 2 at Sekolah Kebangsaan A, District A in Kelantan as research participants. The objectives of this
study are to elaborate how remedial students are able to improve their observation ability in mastering
a more sound writing skill using LightUps methods and defining a practice to improve teachers’
pedagogy in aiding remedial students to increase their observation skills for a better writing skill through
actions taken. This study used the Kurt Lewin (1964) and Laidlaw (1992) Model design with a qualitative
approach. The main research instrument used was the observation cheklist while interviews were
conducted to support the main data. Document analysis was used to look at the efficacy of LightUps
method in improving observation ability for writing skill among students. The LightUps method was
conducted through four activities: “Jom Sambung Saya”, “Doh Ajaib”, “Jom Main Tepung” and “Menulis
Cantik”. Study results showed all four activities successfully improved observation ability for writing skill
among remedial students and elevated pedagogy practice for teachers. As a result, students are more
confident with their writing skill due to having a more neat handwriting. This study is important because
the implementation of LightUps method directly is an innovation to improve observation ability in
mastering writing skills for students, while pedagogy practices for teachers can be shared on a wider
471
scale due to the suitability and relevance to all teachers facing a similar problem with untidy handwriting
among students.
Keywords: Pedagogy practice, LightUps method, observation skills, writing skills, remedial students
PENGENALAN
Dalam sistem pentaksiran di Malaysia, kemahiran menulis merupakan satu daripada
kemahiran yang signifikan kerana hampir semua kertas peperiksaan memerlukan murid
menjawab secara bertulis dan memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat.
Namun, murid yang tidak menguasai kemahiran menulis dengan baik akan menghadapi
masalah besar dalam menjawab soalan dan keyakinan diri juga rendah. Kemahiran menulis
merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Menurut
Kaharudin Husin, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari (2011) menyatakan bahawa
kemahiran menulis menggabungkan aspek-aspek visual, motor dan keupayaan membentuk
konsep-konsep dan seterusnya menghasilkan tulisan yang merupakan bahasa bertulis
dengan lambang-lambang bunyi. Jadi, kemahiran menulis perlu dikuasai sepenuhnya oleh
murid secara berperingkat-peringkat mengikut kesediaan dan keupayaan mereka.
Kemahiran asas 3M iaitu kemahiran membaca, menulis dan mengira sangat berkait
rapat dengan keupayaan murid mengamati setiap abjad, nombor dan bunyi-bunyian bahasa.
Kanak-kanak slow learner merupakan kanak-kanak yang mempunyai tahap pengamatan
yang rendah, daya pemikiran abstrak dan koordinasi pancaindera yang lemah (Noraini Mohd
Nor, 2017). Keupayaan murid menguasai kemahiran pengamatan akan membolehkan
mereka menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik. Ironinya, mereka
yang lemah dalam penguasaan kemahiran pengamatan akan menjejaskan keupayaan untuk
maju dalam aspek pembelajaran terutamanya dalam aspek kemahiran asas 3M. Jelas
bahawa kemahiran pengamatan adalah kemahiran yang sangat signifikan dikuasai oleh
murid-murid agar dapat mengikuti proses PdP dengan lebih baik dan berkesan.
FOKUS KAJIAN
Kemahiran menulis amat signifikan dikuasai oleh murid sejak peringkat awal kanak-kanak
lagi. Hal ini bagi memastikan proses pembelajaran mereka tidak terganggu dan dapat
berlangsung dengan lancar. Secara amnya, kemahiran ini menekankan aspek tulisan yang
betul, kemas, cantik dan mudah dibaca. Kemahiran ini melibatkan koordinasi psikomotor
halus iaitu tangan dan jari dengan aspek visual dalam menulis abjad huruf dan perkataan.
Berdasarkan isu yang jelas sewaktu refleksi PdP, maka pengkaji telah memilih fokus kajian
terhadap peningkatan tahap keupayaan pengamatan dalam penguasaan kemahiran menulis
murid yang lebih kemas kerana masalah ini mampu menjejaskan perkembangan diri murid
472
sekiranya tidak diselesaikan dengan intervensi yang betul dan berkesan. Masalah keupayaan
pengamatan secara amnya berkait rapat dengan kemahiran menulis. Murid tidak dapat
mentafsir sesuatu imej huruf untuk diterjemahkan kepada bentuk tulisan. Ekoran daripada itu,
murid tidak dapat menguasai kemahiran menulis menyebabkan mereka makin tertinggal ke
belakang dalam pengajaran di bilik darjah. Segala input yang disampaikan oleh guru tidak
diperoleh secara maksimum kerana terdapat diskriminasi maklumat pada tahap yang kritikal.
Kesannya, murid tidak mengambil bahagian dalam sesi PdP. Oleh itu, pengkaji
bertanggungjawab untuk melaksanakan satu kaedah bagi meningkatkan keupayaan
pengamatan dalam penguasaan kemahiran menulis supaya tulisan mereka lebih kemas dan
mereka lebih yakin diri.
OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
i. Menghuraikan cara murid pemulihan meningkatkan keupayaan pengamatan dalam menguasai
kemahiran menulis yang lebih kemas menggunakan kaedah ‘LightUps’.
ii. Memerihalkan amalan penambahbaikan pedagogi guru dalam membantu murid pemulihan
meningkatkan keupayaan pengamatan dalam penguasaan kemahiran menulis yang lebih
kemas menggunakan kaedah ‘LightUps’.
Soalan Kajian
i. Bagaimanakah murid pemulihan meningkatkan keupayaan pengamatan dalam menguasai
kemahiran menulis yang lebih kemas menggunakan kaedah ‘LightUps’?
ii. Bagaimanakah guru menambah baik amalan pedagogi bagi membantu murid pemulihan
meningkatkan keupayaan pengamatan dalam penguasaan kemahiran menulis yang lebih
kemas menggunakan kaedah ‘LightUps’?
PESERTA KAJIAN
Peserta kajian yang terlibat dalam kajian ini merupakan murid Pemulihan dari tahun dua di
sebuah sekolah yang terletak di daerah A, Kelantan. Secara amnya, kumpulan peserta kajian
mempunyai pemasalahan yang sama iaitu tahap pengamatan yang lemah dalam kemahiran
menulis yang lebih kemas.
Jadual 1
Butiran Peserta Kajian 1 dan Peserta Kajian 2
Butiran Peserta Kajian 1 Peserta Kajian 2
473
Umur 8 Tahun 8 Tahun
Jantina
Kelas Perempuan Perempuan
Ciri-ciri
2 Delima 2 Zamrud
Prestasi Akademik
Tidak memberikan tumpuan Suka bermain ketika guru
Masalah Akademik di dalam kelas sedang mengajar
Kurang keyakinan diri Rajin menolong rakan-rakan
Mempunyai kadar tumpuan
jangka pendek
Konstruk 3: Konstruk 3:
Keupayaan membaca dan Keupayaan membaca dan menulis
perkataan suku kata terbuka
menulis perkataan suku kata
terbuka
Tahap pengamatan dalam Tahap pengamatan dalam
penglihatan yang lemah penglihatan yang lemah
Tidak dapat menguasai Tidak dapat menguasai
kemahiran menulis huruf kemahiran menulis huruf
dengan betul dengan betul
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan model Kurt Lewin (1946) dan Laidlaw
(1992) dalam Rosinah (2018) sebagai panduan kepada pengkaji untuk melaksanakan kajian
ini. Model ini merupakan model yang amat ringkas yang diadaptasi daripada model Kurt Lewin
(1946) yang merangkumi lima fasa utama iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang
tindakan, pelaksanaan tindakan, mengumpul data dan refleksi. Langkah-langkah yang
dicadangkan oleh model ini adalah bersesuaian dengan intervensi yang akan dilaksanakan
oleh pengkaji terhadap peserta kajian (Rajah 1) dan dihuraikan pelaksanaannya sebagaimana
Jadual 2 .
Aktiviti-aktiviti ini telah dirancang dan disusun secara ansur maju bagi membolehkan
peserta kajian meningkatkan keupayaan pengamatannya. Hal ini disokong oleh Juliana Ling
Chu Chen (2009) dalam kajiannya iaitu “Membaiki Tulisan Murid Tahun 3 dalam Mata
Pelajaran Bahasa Cina Dengan Kaedah Ansur Maju” yang menunjukkan keberkesanan
kaedah ansur maju dalam meningkatkan penguasaan kemahiran menulis murid. Dalam
konteks ini, keupayaan pengamatan murid adalah saling berkait rapat dengan kemahiran
menulis di mana murid tidak dapat mengecam dan mentafsir bentuk-bentuk huruf untuk
diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan.
474
Aktiviti 1: Aktiviti 2:
'Jom Sambung 'Doh Ajaib'
Saya'
Aktiviti 4: Aktiviti 3:
'Menulis Cantik' 'Jom Main Tepung'
Rajah 1 : Carta Alir Pelaksanaan Intervensi ‘LightUps’
Jadual 2 PELAKSANAAN TINDAKAN
Langkah Pelaksanaan Kaedah ‘LightUps’ i. Peserta kajian dikehendaki meramas biji
BIL. AKTIVITI kacang dan memasukkan manik ke dalam tali
1 Aktiviti 1: ‘Jom Sambung Saya’ sebagai persediaan awal sebelum aktiviti
bermula.
2 Aktiviti 2: ‘Doh Ajaib’
ii. Peserta kajian dikehendaki menyambung titik-
3 Aktiviti 3: ‘Jom Main Tepung’ titik putus membentuk gambar yang telah
disediakan.
4 Aktiviti 4: ‘Menulis Cantik’
iii. Pengkaji bersoal jawab tentang gambar yang
terbentuk.
i. Peserta kajian mempelajar cara dan turutan
yang betul untuk menulis huruf menggunakan
slaid interaktif.
ii. Peserta kajian dikehendaki membentuk doh
mengikut warna dan turutan yang betuk.
iii. Peserta kajian dikehendaki menyurih sambil
menyebut huruf tersebut.
i. Peserta kajian dikehendaki menulis huruf
pada tepung berdasarkan huruf yang telah
dibentuk pada aktiviti Doh Ajaib.
ii. Pengkaji akan bersoal jawab dengan peserta
kajian tentang huruf tersebut.
i. Peserta kajian dikehendaki membuat
padanan perkataan berdasarkan gambar
dengan betul.
ii. Peserta kajian dikehendaki mencari kad
perkataan bagi perkataan tersebut dan
gunting berdasarkan kotak yang telah
dihasilkan.
iii. Peserta kajian dikehendaki menampal dan
menyalin perkataan yang terbentuk pada
garis tiga.
475
DAPATAN KAJIAN
Objektif Kajian i : Menghuraikan cara murid pemulihan meningkatkan keupayaan
pengamatan dalam menguasai kemahiran menulis yang lebih kemas
menggunakan kaedah ‘LightUps’.
Pemerhatian
Pemerhatian secara senarai semak telah dijalankan terhadap kedua-dua peserta kajian 1 dan
2. Pemerhatian ini telah diteliti pada dua peringkat iaitu peringkat sebelum intervensi dan
selepas intervensi. Kedua-dua peringkat ini telah merangkumkan kejayaan peserta kajian
dalam mengatasi masalah menulis suku kata KVKKVK. Berdasarkan pemerhatian ini,
ditampilkan perbandingan dalam jadual bagi senarai semak sebelum intervensi dijalankan
kepada peserta kajian. Analisis dapatan kajian pemerhatian yang dimuatkan dalam Jadual 2
di sebelah menunjukkan instrumen pemerhatian iaitu borang senarai semak telah digunakan
dalam pengumpulan data sebelum dan selepas intervensi ‘LightUps’ dilaksanakan.
Jadual 3
Senarai Semak Pemerhatian Berstruktur
BIL PERKARA PESERTA KAJIAN 1 PESERTA KAJIAN 2
Sebelum Selepas Sebelum Selepas
Murid mengenal huruf-huruf
1. vokal dan konsonan dengan Ya Ya Ya Ya
betul dan tepat
Murid berupaya menulis huruf-
2. huruf vokal dan konsonan Tidak Ya Tidak Ya
mengikut tertib yang betul
Murid berupaya menulis
3. perkataan KVKV menggunakan Tidak Ya Tidak Ya
garis tiga dengan betul
Murid berupaya menulis
4. perkataan dengan betul Tidak Ya Tidak Ya
Tidak Ya Tidak Ya
berdasarkan gambar
5. Murid berupaya menulis dengan
cantik, kemas dan jelas
Temu Bual
Temu bual yang dilaksanakan melibatkan interaksi bersemuka guru pemulihan dan pengkaji
sebelum dan selepas tindakan dilakukan. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklum
balas daripada guru pemulihan serta menilai peningkatan yang berlaku terhadap keupayaan
pengamatan dalam kemahiran menulis menggunakan kaedah ‘LightUps’. Oleh itu, pengkaji
telah melaksanakan sesi temu bual berstruktur di mana pengkaji terlebih dahulu merangka
soalan-soalan yang akan diajukan kepada guru pemulihan.
476
Jadual 4
Transkrip Temu Bual Terhadap Guru Pemulihan
BIL. SOALAN DAPATAN TEMU BUAL
Apakah pandangan cikgu Mengenal huruf vokal dan konsonan
terhadap murid ini dalam dengan baik.
1 kemahiran mengenal dan
menulis huruf dengan betul? Kurang menguasai dalam keupayaan
pengamatan bagi kemahiran menulis.
Apakah pandangan guru
Tidak mampu untuk menterjemahkan
2 tentang murid dalam menulis bentuk huruf kepada bentuk tulisan.
perkataan menggunakan garis
Tidak mahir menggunakan garis tiga.
tiga dan tanpa garis tiga? Lemah dari aspek keseragaman saiz
Apakah pendapat guru tentang huruf dan kekemasan tulisan apabila
kekemasan tulisan yang menulis tanpa garis tiga.
3 dihasilkan oleh murid-murid?
Tahap kekemasan tulisan yang lemah.
Apakah pandangan cikgu Aspek keseragaman saiz huruf tidak
terhadap murid ini dalam dititikberatkan.
Dapat diatasi dengan pelbagai kaedah
4 kemahiran mengenal dan
menulis huruf setelah melibatkan penguasaan kemahiran
psikomotor halus.
intervensi ‘LightUps’ Dapat mengenal dan menulis huruf
dengan baik.
dilaksanakan? Mengaplikasikan tertib menulis huruf
dengan betul.
Apakah pandangan guru Huruf yang ditulis adalah lebih kemas
dan teratur.
tentang murid dalam menulis
Dapat menulis perkataan dengan cantik
5 perkataan menggunakan garis dan tersusun menggunakan garis tiga
tiga dan tanpa garis tiga atau sebaliknya.
setelah intervensi ‘LightUps’ Tulisan yang dihasilkan adalah lebih
kemas dan cantik.
dilaksanakan?
Kekemasan tulisan yang lebih baik.
Apakah pendapat guru tentang Keyakinan untuk menulis cantik
kekemasan tulisan yang meningkat.
6 dihasilkan oleh murid-murid
setelah intervensi ‘LightUps’
dilaksanakan?
Analisis Dokumen
Jadual 4 merupakan jadual analisis skor pemarkahan ujian awal dan akhir. Daripada jadual
yang dipamerkan, dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan intervensi ‘LightUps’ melalui
keempat-empat aktiviti yang dijalankan telah berjaya meningkatkan penguasaan dan
keupayaan pengamatan PK1 dan PK2 dalam kemahiran menulis dengan baik. Berdasarkan
skor jumlah ujian awal dan akhir menunjukkan peningkatan yang amat baik. Tulisan bagi
kedua-dua peserta kajian menunjukkan peningkatan, kelihatan lebih kemas dan cantik secara
keseluruhan. Tahap pengamatan peserta kajian juga berjaya ditingkatkan di mana peserta
kajian berupaya untuk mentafsir bentuk huruf kepada bentuk tulisan dengan betul.
477
Rajah 2 : Hasil ujian awal sebelum Rajah 3 : Hasil ujian akhir selepas
intervensi dijalankan. intervensi dijalankan.
Rajah 4 : Hasil ujian awal sebelum Rajah 5 : Hasil ujian akhir selepas
intervensi dijalankan. intervensi dijalankan.
Jadual 5
Skala Pencapaian Skor Ujian Diagnostik
Bilangan Bilangan Keterangan Pencapaian Skor
Item
Skor 0 – 7 (Gagal) 8 - 14 (Baik) 15 - 18 (Amat Baik)
18 18
Jadual 6
Pencapaian Skor Pemarkahan Analitik
Perkara Bahagian Skor PK 1 Pencapaian Skor PK 2 Pencapaian
Skor Skor
A 2 Gagal 3 Gagal
Ujian B 1 Gagal 1 Gagal
Awal C 1 Gagal 1 Gagal
Jumlah 4/18 Gagal 5/18 Gagal
A 6 Gagal 6 Gagal
Ujian B 5 Gagal 5 Gagal
Akhir C 5 Gagal 5 Gagal
Jumlah 16/18 Amat Baik 16/18 Amat Baik
Objektif Kajian ii: Memerihalkan amalan penambahbaikan pedagogi guru dalam
membantu murid pemulihan meningkatkan keupayaan pengamatan
dalam penguasaan kemahiran menulis yang lebih kemas
menggunakan kaedah ‘LightUps’.
478
Temu Bual
Analisis temu bual turut dilakukan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab
persoalan kedua kajian. Analisis temu bual telah dilakukan secara berperingkat-peringkat iaitu
sebelum dan selepas kajian. Hal ini adalah menunjukkan bagaimana guru dapat menambah
baik amalan pedagogi bagi membantu murid pemulihan meningkatkan keupayaan
pengamatan dalam penguasaan kemahiran menulis menggunakan kaedah ‘LightUps’.
Jadual 7
Transkrip Temu Bual Terhadap Guru Pemulihan
BIL. SOALAN DAPATAN TEMU BUAL
Apakah pandangan guru i. Membantu untuk meningkatkan
terhadap kaedah keupayaan pengamatan dalam
‘LightUps’ dalam
kemahiran menulis bagi murid pemulihan.
1 meningkatkan amalan ii. Kawalan kelas lebih terkawal.
pedagogi untuk iii. Meningkatkan kekuatan motor halus
murid pemulihan
meningkatkan keupayaan
pengamatan dalam
kemahiran menulis?
Hasil dapatan yang diperoleh daripada temu bual tersebut, penggunaan kaedah
‘LightUps’ dapat menambah baik amalan pedagogi pengkaji dalam meningkatkan keupayaan
pengamatan dalam penguasaan kemahiran menulis yang lebih kemas. Hal ini dinyatakan oleh
guru pemulihan bahawa kaedah ‘LightUps’ telah menarik minat untuk peserta kajian belajar
dengan lebih baik.
REFLEKSI
Penggunaan ‘LightUps’ juga banyak membantu peserta kajian meningkatkan keupayaan
pengamatan mereka dalam kemahiran menulis yang lebih kemas. Jelas terbukti berdasarkan
dapatan analisis dokumen melalui ujian awal dan akhir, temu bual bersama guru pemulihan
dan pemerhatian berstruktur. Kesemua data yang dikumpul menyokong dapatan bahawa
penggunaan ‘LightUps’ telah dapat membantu menambahbaik dan meningkatkan keupayaan
pengamatan dalam kemahiran menulis peserta kajian. Kelebihan ‘LightUps’ dalam konteks
Pendidikan Pemulihan ialah bahan ini mudah dibina kerana mudah didapati dan memerlukan
daya kreatif dan inovatif guru membuatnya. Tambahan pula, ‘LightUps’ berjaya menarik minat
peserta kajian. Hal ini membuatkan peserta kajian dapat menumpukan perhatian di dalam
kelas.
479