The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by halimahsarkawi97, 2020-07-25 20:08:49

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

PROSIDING SEMINAR PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

CARA MENGANALISIS DATA
Setelah proses pengumpulan data dilaksanakan, pengkaji telah menganalisis data yang
diperoleh. Analisis data ini dilakukan bertujuan untuk menilai sejauh mana tindakan yang
dijalankan dapat memberikan peningkatan kemahiran peserta kajian selari dengan objektif
yang ditetapkan.

CARA MENYEMAK DATA
Semakan data dalam kajian ini dilaksanakan berdasarkan data-data yang telah dikumpul dan
dianalisis menggunakan triangulasi data. Terdapat tiga instrument yang digunakan iaitu
pemerhatian, ujian dan analisis dokumen.

DAPATAN KAJIAN

Objektif 1: Meningkatkan tumpuan murid dengan kaedah bercerita dengan menggunakan
PenCer.

Pemerhatian

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak untuk
memerhatikan tahap tumpuan dan tingkah laku peserta kajian. Pemerhatian ini dilakukan
sebelum dan semasa intervensi dijalankan.

Tingkah Laku Aspek Peserta Kajian Peserta
A Kajian B

Ya Tidak Ya Tidak

Perlakuan Merosakkan harta sendiri/ orang lain //
Agresif Kerap bergaduh //
Mengganggu rakan //
Mencederakan diri //
Mencederakan orang lain //

240

Mengamuk //
Hiperaktif //
Perlakuan Pasif Memencilkan diri //
Murung //
Terlalu pendiam //
Terlalu malas //
Mudah terganggu perhatian //
Terlalu malu //

Lembab pergerakan //
//
Tingkah Laku Mengusik //
Negatif Bercakap bohong
//
Tidak mengikut arahan //
Berbahasa kasar
Tidak mahu bekerjasama //
//

241

Permasalahan Gelisah
emosi
//

Menggerakkan bahagian anggota badan / /
tanpa dapat dikawal

Berkhayal/ termenung

Jadual 3. Senarai Semak Pemerhatian Tumpuan dan Tingkah Laku Peserta Kajian A dan B
Sebelum Intervensi

Jadual 3 menunjukkan data pemerhatian terhadap tumpuan dan tingkah laku peserta
kajian sebelum peserta kajian melakukan intervensi. Berdasarkan keputusan pemerhatian
yang dilaksanakan, banyak masalah tingkah laku yang berlaku peserta kajian yang
menyebabkan cenderung kepada masalah tumpuan di dalam kelas.

Tingkah Laku Aspek Peserta Kajian Peserta
1 Kajian 2
Ya Tidak
Ya Tidak
/ /

Perlakuan Merosakkan harta sendiri/ orang lain //
Agresif Kerap bergaduh
Mengganggu rakan
Mencederakan diri //
Mencederakan orang lain
Mengamuk //
Hiperaktif
//

//

//

242

Perlakuan Pasif Memencilkan diri / /
/ /
Murung / /
/ /
Terlalu pendiam / /
/ /
Terlalu malas / /
/ /
Mudah terganggu perhatian / /
/ /
Terlalu malu / /
/ /
Lembab pergerakan / /
/ /
Tingkah Laku Mengusik / /
Negatif Bercakap bohong

Tidak mengikut arahan

Berbahasa kasar

Permasalahan Tidak mahu bekerjasama
emosi Gelisah

Menggerakkan bahagian anggota badan
tanpa dapat dikawal
Berkhayal/ termenung

Jadual 4. Senarai Semak Pemerhatian Tumpuan dan Tingkah Laku Peserta Kajian A dan B
Semasa Intervensi

Jadual 4 menunjukkan hasil dapatan pemerhatian semasa intervensi dilaksanakan.
Berdasarkan hasil dapatan semasa tindakan diperoleh, kedua-dua peserta kajian telah

243

menunjukkan peningkatan dari segi tumpuan semasa intervensi dilaksanakan. Hal ini kerana
kedua-dua peserta kajian berjaya menunjukkan tingkah laku yang baik semasa intervensi
dijalankan.

Rakaman Video

Peningkatan tahap tumpuan bagi kedua-dua peserta kajian turut dibuktikan melalui rakaman
video. Rakaman video dilakukan sebelum dan semasa intervensi dijalankan. Ini sebagai bukti
lebih jelas untuk melihat tingkah laku murid yang menjejaskan tumpuan di dalam kelas.

PESERTA KAJIAN ANALISIS RAKAMAN VIDEO
A Tidak menumpukan perhatian

Menunjukkan tingkah laku yang negatif

Tidak memberikan respons terhadap sebarang soalan

B Tidak menumpukan perhatian

Menunjukkan tingkah laku yang negatif

Memberikan respons terhadap sebarang soalan

Jadual 5. Analisis Rakaman Video Peserta Kajian Dalam Meningkatkan Tumpuan Sebelum
Intervensi Dijalankan

Berdasarkan analisis rakaman video peserta kajian Jadual 5 dalam meningkatkan
tumpuan sebelum intervensi dijalankan. Peserta kajian A menunjukkan tiga elemen iaitu tidak
menumpukan perhatian, berkelakuan negatif dan tidak memberikan respons terhadap

244

sebarang soalan. Bagi peserta kajian B menunjukkan dua elemen iaitu tidak menumpukan
perhatian dan berkelakuan negatif.

PESERTA KAJIAN ANALISIS RAKAMAN VIDEO
A Menumpukan perhatian

Menunjukkan tingkah laku yang positif

Memberikan respons yang baik terhadap sebarang soalan

B Menumpukan perhatian

Menunjukkan tingkah laku yang positif

Memberikan respons yang baik terhadap sebarang soalan

Jadual 6. Analisis Rakaman Video Peserta Kajian Dalam Meningkatkan Tumpuan Semasa
Intervensi Dijalankan

Berdasarkan Jadual 6 melalui analisis rakaman Video Peserta Kajian Dalam
Meningkatkan Tumpuan Semasa Intervensi Dijalankan, peserta-peserta menunjukkan
peningkatan dalam ketiga-tiga elemen iaitu peserta kajian mula menunjukkan perhatian,
menunjukkan tingkah laku yang positif dan memberikan respons yang baik terhadap sebarang
soalan.

Temu Bual

Analisis temu bual ini telah dilakukan secara tidak berstruktur dengan bertanya soalan kepada
peserta kajian secara spontan di dalam kelas semasa sesi PdPc dijalankan. Hal ini bertujuan
untuk menyokong lagi bukti sedia ada melalu menemu bual murid kerana untuk melihat minat
peserta kajian dan tahap tumpuan peserta kajian terhadap PenCer.

BIL SOALAN JAWAPAN PESERTA KAJIAN

1. Apakah pandangan anda Bagi pendapat saya, kaedah bercerita

terhadap kaedah bercerita menggunakan PenCer sangat menyeronokkan

menggunakan PenCer? dan mudah faham. Guru menyampaikan cerita

di hadapan dengan suara yang lantang dan

245

intonasi yang sesuai. Selain itu, gambar
(props) yang digunakan sangat menarik
dengan gambar watak yang mempunyai mimik
muka tersedia dan gambar yang cantik.

2. Apakah pandangan anda Cerita-cerita rakyat yang disediakan

terhadap cerita-cerita rakyat merupakan cerita rakyat yang menjadi

yang disediakan? kegemaran saya. Saya sudah tahu sedikit

sebanyak namun dengan kaedah bercerita

menggunakan PenCer membantu saya lebih

memahami jalan cerita dan nilai-nilai murni

yang ada.

3. Adakah nilai-nilai murni di Betul, saya berasa nilai-nilai murni dalam cerita

dalam cerita rakyat rakyat banyak mengajar saya untuk

memberikan kesan terhadap berkelakuan yang lebih baik di dalam kelas

anda? seperti mendengar arahan guru dan tidak

membuat bising.

Jadual 7 Analisis Temu Bual Tidak Berstruktur Tentang Meningkatkan Tumpuan Peserta
Kajian Semasa Intervensi Dijalankan

Merujuk kepada hasil analisis temu bual semasa intervensi dijalankan, dapatlah dilihat
bahawa terdapat perbezaan yang besar terhadap keupayaan peserta-peserta kajian ini
meningkatkan tahap tumpuan dengan baik jika hendak dibandingkan dengan sebelum
intervensi. Pengkaji mendapati bahawa peserta-peserta kajian ini sedikit sebanyak dapat
meningkatkan tahap tumpuan dan mengurangkan tingkah laku negatif dengan baik.

Objektif 2: Adakah sosialisasi bersama rakan, guru dan murid dapat ditingkatkan dengan
menggunakan PenCer?
Pemerhatian
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian dengan menggunakan senarai semak untuk
memerhatikan tahap sosialisasi peserta kajian. Pemerhatian ini dilakukan selepas intervensi
dijalankan.

246

PESERTA KAJIAN ASPEK YA TIDAK

Bertanya pengkaji tentang membuat mimik muka /
mengikut watak

Membuat intonasi yang sesuai apabila bercakap /

A

Mengeluarkan suara yang jelas dan lantang /

Mengikut giliran apabila bercakap mengikut /
lakonan

Mampu memberi arahan secara spontan semasa /
lakukan aktiviti lakonan

Bertanya pengkaji tentang membuat mimik muka /
mengikut watak

Membuat intonasi yang sesuai apabila bercakap /
B

Mengeluarkan suara yang jelas dan lantang /

Mengikut giliran apabila bercakap mengikut /
lakonan

/

247

Mampu memberi arahan secara spontan semasa
melakukan aktiviti lakonan

Jadual 8 Senarai Semak Tahap Sosialisasi Peserta Kajian Selepas Menjalankan Aktiviti 2

Berdasarkan jadual 8 di atas, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa peserta kajian A
dan B telah menunjukkan perkembangan yang baik terhadap sosialisasi mereka setelah
menjalankan aktiviti ini. Peserta kajian dapat melakukan semua yang tercatat dalam senarai
semak iaitu membuat mimik muka, membuat intonasi yang sesuai apabila bercakap,
mengeluarkan suara yang jelas dan lantang,mampu mengikut giliran apabila bercakap
mengikut lakonan dan memberikan arahan dengan baik.

Rakaman Video

Pengkaji menggunakan rakaman video bagi melihat pencapaian tahap sosialisasi peserta
kajian semasa intervensi dijalankan. Analisis rakaman video ini telah dilakukan semasa
intervensi. Hal ini demikian untuk menilai minit video di mana peserta kajian berupaya untuk
meningkatkan tahap sosialisasi mereka.

PESERTA KAJIAN ANALISIS RAKAMAN VIDEO

Bertanya pengkaji mengenai pemilihan topeng yang sesuai untuk

digunakan melakonkan watak yang dipilih. Selain itu, mampu
A

memberikan arahan dengan baik kepada rakan-rakan untuk

melakonkan.

Bertanya pengkaji mengenai pemilihan topeng yang sesuai untuk
digunakan melakonkan watak yang dipilih. Selain itu, mampu
B
memberikan arahan dengan baik kepada rakan-rakan untuk
melakonkan. Mampu mencipta dialog sendiri dan membantu
rakan yang lain untuk menghasilkan idea lakonan.

Jadual 9 Analisis Rakaman Video Tahap Sosialisasi Peserta Kajian Semasa Intervensi
Dijalankan

248

Berdasarkan analisis yang diperoleh pada Jadual 9 semasa intervensi ini, dapatlah
dilihat bahawa peserta-peserta kajian ini memberikan maklum balas yang baik terhadap
perkembangan sosialisasi mereka. Hal ini dapat dilihat melalui tingkah laku mereka yang telah
digambarkan oleh mereka iaitu berkeinginan untuk menjalankan lagi aktiviti lakonan PenCer
ini pada hari berikutnya.

Temu Bual

Analisis temu bual juga turut dilakukan oleh pengkaji bagi mengukur pencapaian peserta
kajian dalam meningkatkan tumpuan. Analisis temu bual ini telah dilakukan secara tidak
berstruktur dengan bertanya soalan kepada peserta kajian secara spontan di dalam kelas
semasa sesi PdPc dijalankan. Hal ini bertujuan untuk menyokong lagi bukti sedia ada melalu
menemu bual murid kerana untuk melihat minat peserta kajian dan tahap tumpuan peserta
kajian terhadap PenCer.

BIL SOALAN JAWAPAN PESERTA KAJIAN

1. Apakah pandangan anda Bagi pendapat saya, aktiviti lakonan sangat

terhadap kaedah lakonan memberikan keseronokkan kepada saya.

menggunakan PenCer? Selain itu, saya dapat bekerjasama yang baik

dengan rakan-rakan untuk melakonkan setiap

watak. Saya juga dapat memberikan arahan

dengan baik kepada rakan-rakan. Saya dapat

2. Apakah pandangan anda Cerita-cerita rakyat yang dilakonkan

terhadap cerita-cerita rakyat merupakan cerita rakyat yang menjadi

yang dilakonkan? kegemaran saya. Saya sudah tahu sedikit

sebanyak jadi dengan kaedah berlakon ini

membantu saya lebih memahami jalan cerita

dan membawa watak dengan baik.

3. Adakah watak-watak Ya, watak-watak yang dilakonkan memberikan

memberikan nilai atau saya banyak nilai dan pengajaran yang boleh

pengajaran bagi anda? diamalkan seperti bekerjasama dan tolak

ansur.

249

Merujuk kepada hasil analisis temu bual semasa intervensi dijalankan, dapatlah dilihat
bahawa terdapat perbezaan yang besar terhadap keupayaan peserta-peserta kajian ini
meningkatkan tahap sosialisasi dengan baik jika hendak dibandingkan dengan sebelum
intervensi. Pengkaji mendapati bahawa peserta-peserta kajian ini sedikit sebanyak dapat
meningkatkan tahap sosialisasi dengan baik.

REFLEKSI

Pengkaji berpendapat bahawa mengawal tingkah laku negatif dan berusaha meningkatkan
tumpuan murid di dalam PdPc akan memastikan murid-murid dapat memahami pengajaran
yang disampaikan oleh guru. Kemahiran-kemahiran 3M yang mengambil masa lama untuk
dikuasai oleh murid-murid khas ini juga dapat disingkatkan jika tumpuan murid dapat ditarik
dan tingkah laku murid berjaya dikawal dengan baik. Ini memudah dan melancarkan sesi
PdPc yang berlangsung. Pengkaji telah membina satu Bahan Bantu Mengajar iaitu PenCer
yang boleh digunakan oleh mana-mana guru terutamanya dalam subjek Bahasa Malaysia.
Melalui penyelidikan tindakan ini yang telah dilakukan, pengkaji melihat bahawa murid-murid
ini sangat berminat dan tertarik semasa menjalankan Aktiviti 1 dan Aktiviti 2 menggunakan
PenCer. Pengkaji berasa sangat gembira melihat respons yang diberikan oleh murid-murid
sekaligus menjadikannya lebih bermotivasi untuk menjadi PdPc yang dirancang lebih menarik
dengan kaedah-kaedah seperti itu.

Secara keseluruhannya, penyelidikan tindakan ini menilai keberkesanan penggunaan
PenCer dalam meningkatkan tumpuan serta membaiki sosialisasi murid-murid khas ini.
Pengkaji mengintegrasikan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dalam memastikan aktiviti-aktiviti
yang diutarakan ini bukan sekadar aktiviti kosong dan tiada fungsi semata-mata. PenCer
banyak memberikan input dan kesan yang memberangsangkan kepada murid. Aktiviti-aktiviti
ini yang dirancang merupakan satu usaha bagi melahirkan murid-murid yang lebih
berkeyakinan dan mampu untuk mewujudkan komunikasi dan sosialisasi yang baik dan
berkesan apabila mereka keluar untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Hal ini sebagai
batu loncatan bagi memastikan murid-murid khas ini tidak dipandang serong dalam
kehidupannya kerana permasalahan yang kecil ini dapat diselesaikan sebelum ianya menular
menjadi serius. Kita juga dapat melihat betapa pentingnya mempunyai tahap tumpuan yang
baik di samping mempunyai tingkah laku yang baik sebelum ianya menjadi serius sebelum
berlaku lebih banyak tantrum dan masalah disiplin. Kita tidak mahu murid khas ini tergolong
dalam golongan tersebut. Di sini pengkaji melihat bahawa permasalahan ini perlu diselesaikan
sejak dari awal lagi.

250

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Cadangan pertama pengkaji ialah penggunaan PenCer yang berunsurkan kaedah pengajaran
Visual, Audio, Kinestetik dan Tektil (VAKT). Hal ini demikian kerana VAKT mampu
merangsang deria-deria murid dalam usaha memastikan perkembangan sensori mereka
dalam keadaan sihat. Pemahaman sesuatu konsep juga berlaku dengan lebih cepat apabila
pembelajaran tersebut melibatkan lebih daripada satu deria. Malahan memori yang mereka
perolehi itu lebih berkekalan jika PenCer ini diintegrasikan bersama dengan kaedah
pengajaran VAKT. Contohnya, pengkaji boleh menghasilkan kaedah bercerita cerita rakyat
menggunakan tablet sentuh seperti iPad. Melalui dengan itu murid dapat menyentuh sendiri
tablet untuk memilih cerita rakyat yang mereka mahu tanpa memerlukan guru sebagai tukang
penyampai seperti PenCer. Kaedah ini juga mesra untuk digunakan kepada murid yang
mengalami masalah palsi serebral iaitu mereka yang mengalami masalah lemah dalam
psikomotor halus.

Pengkaji juga boleh menambahkan sumber audio, lagu dan menambah lebih banyak
warna pada kotak PenCer. Penggunaan audio dan lagu akan lebih merangsang murid
perhatian murid sekaligus dapat meningkatkan tumpuan terhadap sesi PdPc. Penggunaan
audio akan lebih terurus skrip kerana sudah mempunyai persediaan dan dirakam terlebih
dahulu. Guru tidak perlu mengulang-ulang untuk bercerita di hadapan kelas apabila audio
disediakan. Guru boleh bertindak sebagai fasilitator dan memerhati murid di dalam kelas.
Selain itu, lagu juga diselitkan sebagai satu tambahan terhadap sesuatu situasi.
Contohnya,lagu sedih pada situasi sedih seperti adegan Si Tanggang derhaka pada ibunya.
Ini akan membuatkan murid lebih menghayati penceritaan tersebut. Pertambahan warna
sangat diperlukan terutamanya kepada murid autisme dan hiperaktif kerana murid-murid
Pendidikan Khas sangat berminat akan bahan bantu mengajar yang mempunyai warna yang
pelbagai. Warna dapat mempengaruhi emosi murid sekaligus menarik perhatian dan tumpuan
murid.

RUJUKAN
Akhiar Pardi (2011).Pengantar penyelidikan tindakan dalam penyelidikan pendidikan.

Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

251

Fatimah Yassin (1990). Cerita Rakyat Sebagai Alat Pendidikan. Satu Analisis Isi Yang
Bercorak Etika Dalam Dialog Kesusasteraan. 79-110. Kuala Lumpur: Jabatan
Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

Chapman. (2003). Assessing adjustment problems of gifted students in Hong Kong:
The Development of The Student Adjustment Problem Inventory. Gifted Child
Quarterly, 47 (2), 1007-118

Fallon & Halcombe (2010). Growing up gifted (5th ed.) Upper Saddle River, NJ:
Merrill.

Coleman, L.J., & Cross, T.L. (1999). Is being gifed a social handicap? Journal for the
Education of the Gifted, 11(4), 41-56

Cox, T. (1998) Stress Research and Stress Management: Putting Theory to Work

Davis, G.A., & Rimm, S.B (1998). Education of the gifted and talented. Boston: Allyn

Nor Yuzie Yusuf, R,A. (2015). Tingkah Laku, Emosi dan Kognitif Murid

Othman Lebar(2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Perak: Penerbitan Universiti
Pendidikan Sultan Idris.

Saat Md Yassin (2009). Teknik Mendorong Pelajar Belajar. KualaLumpur: Institut Terjemahan
Negara Malaysia

252

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL DAN MENGECAM WARNA ASAS UNTUK
MURID SLOW LEARNER MELALUI APLIKASI SeKeWar

Anis Amirah binti Abdul Hadi
Dr Nik Hassan bin Seman

Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran mengenal dan
mengecam warna asas melalui Aplikasi SeKeWar. Kajian ini melibatkan dua orang peserta kajian
kategori slow learner dari kelas 1 Pintar di salah sebuah sekolah sekitar daerah Wakaf Bharu,
Kelantan. Kajian ini mengambil Model Lewin (1946) & Laidlaw (1992) sebagai rujukan. Kaedah
pengumpulan data awal bagi mengenal pasti peserta kajian adalah pemerhatian, ujian diagnostik, dan
analisis dokumen. Hasil ujian diagnostik menunjukkan bahawa masalah utama yang dihadapi peserta
kajian adalah kemahiran mengenal dan mengecam warna asas. Berdasarkan kepada hasil dapatan
daripada analisis yang telah dijalankan melalui analisis dokumen, pengkaji mendapati bahawa peserta
kajian masih keliru dengan warna asas. Selain itu, peserta kajian juga tidak boleh mengecam warna
asas dengan betul. Oleh yang demikian, pengkaji telah menjalankan tindakan yang mengintegrasikan
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan bahan konkrit yang berteraskan kepada
video, nota, Coloring Book serta helaian kertas bahan bantu mengajar, longgokan warna dan kuiz.
Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data ujian sebelum dan selepas intervensi, temubual
dan pemerhatian berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Aplikasi SeKeWar
memberi kesan positif kepada peserta kajian dalam meningkatkan kemahiran mengenal dan
mengecam warna asas. Bagi kajian selanjutnya, dicadangkan penggunaan Aplikasi SeKeWar
digunakan dalam kemahiran bahasa Inggeris Penddikan Khas berkaitan dengan warna.

Kata kunci : SeKeWar, mengenal dan mengecam warna asas.

ABSTRACT

This action research is being implemented to improve the skill regarding the acquisition of basic colours
through the usage of SeKeWar Application. This research involved 2 research participants that are
slow learners from Class 1 Pintar at one of the schools in the district of Wakaf Bharu, Kelantan. This
research uses Lewin Model (1946) & Laidlaw (1992) as references. Preliminary data collection to
determine the research participants are observation, diagnostic test and document analysis. The result
from the diagnostic test showed that the main problem faced by the participants is to identify basic
colours. Based on the outcome from the document analysis, the researcher found out that the research
participants are still confused with basic colours. Besides that, research participants also unable to
identify basic colours correctly. Thus, researcher has proceeded with the action that integrates the
usage of ICT and concrete material based on videos, notes, Colouring Books as well as several pieces
of paper from the teaching aids, a plentiful of colours and quiz. This research uses the method of test
data collection before and after the intervention, interview and structured observation. The research
findings showed that the usage of SeKeWar application has given a positive impact to the participants
in improving the skill to identify the basic colours. For the following research, it is recommended that
the usage of SeKeWar application is used in English Language Special Education related to colours.

Keywords: SeKeWar, implemented to improve the skill regarding the acquisition of basic colours

253

PENGENALAN

Menurut Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip dan Nazariah Abdul Samad (2008),
menyatakan bahawa kemahiran merupakan pengetahuan yang disertai dengan kebolehan
yang ada pada seseorang individu bagi memulakan sesuatu perkara. Nahtijahnya, kemahiran
boleh diertikan sebagai pengetahuan yang diintegrasikan dengan kebolehan dan kecekapan
dalam melakukan sesuatu perkara. Manakala mengenal merupakan satu kemahiran untuk
mengetahui atau tahu akan sifatnya, rupanya dan lain-lain dgn lebih mendalam. Definisi
mengenal dan mengecam lebih mudah untuk dijelaskan berdasarkan kepada situasi tertentu.
Misalnya, apabila individu A itu ditunjukkan kepada sebuah buku yang tidak mengandungi
judul dan yang ada pada muka hadapan buku tersebut hanyalah gambar dan corak sahaja.
Proses ini dinamakan proses mengenal sahaja. Seterusnya, buku ini diletakkan di atas
sebuah rak yang mengandungi pelbagai jenis buku. Individu A kemudiannya diminta untuk
mencari kembali buku-buku tersebut. Tanpa mengetahui judul buku, individu A haruslah
mengenal pasti buku tersebut berdasarkan kepada apa yang telah dilihat sahaja yakni melalui
gambar dan corak yang ada di buku tersebut dan proses ini dinamakan sebagai mengecam.

Warna dibahagiakan kepada tiga kategori iaitu warna primer,warna sekunder dan
warna tertier. Warna merah, kuning dan biru merupakan tiga jenis warna yang dikategorikan
sebagai warna primer. Warna sekunder pula ialah campuran dua warna primer contohnya
campuran warna merah dan kuning akan menghasilakn warna oren. Warna tertier pula
terhasil melalui campuran warna sekunder dengan primer ataupun campuran warna sekunder
dengan warna sekundur yang lain. Platform padlet dan stratch yang diintegrasikan
berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), berbantukan bahan konkrik
merupakan inisiatif yang telah diambil oleh pengkaji dalam kajian bagi membantu
meningkatkan tahap penguasaan murid berkeperluan khas dalam mengenal dan mengecam
warna asas. Bahan maujud yang digunakan Aplikasi Colouring Book, murid diberikan tablet
untuk mewarna gambar buah-buahan yang sama seperti di dalam kertas warna. Murid akan
menggunakan motor halus iaitu jari untuk menwarna gambar di skrin tablet tersebut.. Perkara
ini diperkukuhkan lagi berdasakan teori perkembangan kognitif Jean Piaget dalam
perkembangan Kanak-kanak yang dikarang oleh (Hasliza Hamzah dan Joy N. Samuel, 2009).
Berdasarkan teori yang dipelopori oleh jean Piaget, penggunaan bahan yang konkrik adalah
merupakan sesuatu yang penting. Bahan-bahan konkrik yang dihasilkan mestilah mempunyai
ciri-ciri yang menarik perhatian kanak-kanak. Penggunaan bahan maujud yang konkrik ini
boleh membantu kanak-kanak mengait apa yang dipelajarinya dengan pengetahuan sedia
ada mereka.

254

FOKUS KAJIAN
Fokus kajian melibatkan peserta kajian murid lelaki berumur 8 tahun dan 10 tahun yang
bernaung di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah yang terletak di
sekitar Tumpat. Subjek yang dipilih dalam kajian ini adalah subjek Matematik bagi murid tahun
1 Pintar. Dua orang murid yang difokuskan untuk menjalani kajian ini iaitu murid slow learner.
Selepas tinjauan awal dilaksanakan, peserta kajian telah dipilih dan dikenalpasti mempunyai
masalah dalam kemahiran mengenal dan mnegecam warna asas. Kekeliruan peserta kajian
dalam membezakan jenis warna asas juga merupakan asbab kepada pemilihan peserta
kajian ini. Pencapaian peserta kajian dalam akademik bagi subjek Matematik Pendidikan
Khas terletak pada tahap yang rendah di samping konsentrasi yang diberikan di dalam bilik
darjah juga tidak berada pada tahap memuaskan.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Kajian
Pelaksanaan kajian ini adalah berlandaskan kepada beberapa objektif di mana tujuan vitalnya
adalah untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
Objektif Kajian:

a) Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran mengenal warna asas melalui Aplikasi
SeKeWar

b) Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran mengecam warna asas melalui Aplikasi
SeKeWar

c) Meningkatkan tumpuan murid dalam pembelajaran yang melibatkan kemahiran mengenal dan
mengecam warna asas

Persoalan Kajian

a) Adakah penguasaan murid dalam kemahiran mengenal warna asas dapat ditingkatkan dengan
menggunakan Aplikasi SeKeWar ?

b) Adakah penguasaan murid dalam kemahiran mengecam dan membezakan warna asas dapat
ditingkatkan dengan menggunakan Aplikasi SeKeWar?

c) Adakah tumpuan murid dalam pembelajaran yang melibatkan kemahiran mengenal dan mengecam
warna asas dapat ditingkatkan?

255

PELAKSANAAN TINDAKAN KAJIAN

Terdapat lima aktiviti yang dilaksanakan dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran
mengenal dan membunyikan huruf vokal dan tahap minat peserta kajian. Antaranya adalah
aktiviti Video “Si Ali”, menggunakan aplikasi Powtoon. Aktiviti kedua pula adalah nota Ringkas
daripada video “Si Ali”. Aktiviti ketiga pula ialah Jom Mewarna yang menggunakan aplikasi
Colouring Book dan bahan bantu mengajar iaitu helaian kertas warna. Aktiviti keempat adalah
mengelaskan Longgokan Warna yang menggunakan Microsoft Word. Akhir sekali adalah
Quiz SekeWar yang menggunakan aplikasi Scratch.

Terdapat tiga cara pengumpulan data yang dilaksanakan. Antaranya adalah
pemerhatian berstruktur, ujian sebelum dan selepas intervensi dan temu bual. Setiap data
yang diperolehi akan direkod dan dianalisis. Hal ini bertujuan untuk menganalisis penguasaan
peserta kajian dalam kemahiran mengenal dan mengecam warna asas.

DAPATAN KAJIAN

Terdapat tiga kaedah instrumen telah digunakan bagi mengumpul data iaitu pemerhatian
berstruktur, ujian sebelum dan selepas intervensi dan temu bual yang dijalankan ke atas dua
orang murid diambil sebagai peserta kajian. Intervensi yang dijalankan adalah terdiri daripada
5 Aktiviti iaitu Aktiviti 1, Aktiviti 2, Aktiviti 3, Aktiviti 4 dan Aktiviti 5 yang mengetengahkan
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi seiring kehendak Industri 4.0 yang berkait
rapat dengan aplikasi teknologi moden, pengawalan maklumat dan pengenalan kepada
komunikasi era moden (Maziahtusima Ishak et al., 2018). Secara khususnya, dapatan kajian
ini menjawab kepada tiga soalan kajian.

Objektif 1: Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran mengenal warna asas
melalui Aplikasi SeKeWar

Temu bual Sebelum Tindakan Dan Selepas Rawatan

Peserta Kajian 1

SOALAN TEMU BUAL SEPARA KOD EMOSI
BERSTRUKTUR
Pengkaji
Peserta kajian Adakah awak minat subjek Matematik?
Tidak.

256

Pengkaji Adakah awak telah mempelajari tajuk warna

asas?

Peserta Kajian Tak tahu Ragu-ragu

Pengkaji Ada berapa jenis warna asas yang awak tahu?

Peserta kajian Lapan, sembilan, sepuluh Ragu-ragu

Pengkaji Boleh tak sebutkan warna asas yang awak

tahu?

Peserta kajian Errrrr....warna langit, oren, biru, hitam Sambil berfikir

lama

Pengkaji Warna oren ni warna asas ke?

Peserta kajian Ya Sambil ketawa

Pengkaji Selain warna oren, biru, hitam. Warna apa lagi

warna asas?

Peserta kajian Diam.... Tak ingat Senyum. Tidak

yakin sambil

menggaru

kepala

Jadual 1 : Transkripsi Temu Bual Sebelum Tindakan (Peserta Kajian 1)

SOALAN TEMU BUAL SEPARA BERSTRUKTUR KOD EMOSI

Pengkaji Sebelum ini, kita sudah belajar tentang mengenal

dan mengecam warna asas menggunakan Aplikasi
SeKeWar. Awak seronok tak belajar Matematik
menggunakan aplikasi ini?

Peserta kajian Seronok.

Pengkaji Berapakah bilangan warna asas yang awak dah
belajar?

Peserta kajian Tiga, cikgu

Pengkaji Boleh tak sebutkan tiga warna asas tersebut?

Peserta kajian Warna biru, merah, hijau Sambil berfikir

Pengkaji Warna hijau ni warna asas ke?

Peserta kajian Ya

Jadual 2 : Transkripsi Temu Bual Selepas Rawatan (Peserta Kajian 1)

257

Peserta Kajian 2

SOALAN TEMU BUAL SEPARA KOD EMOSI

BERSTRUKTUR

Pengkaji Adakah awak minat subjek Matematik?

Peserta kajian Err, minat jugak.

Pengkaji Adakah awak telah mempelajari tajuk warna
asas?

Peserta Kajian Sudah

Pengkaji Ada berapa jenis warna asas yang awak tahu?

Peserta kajian Dua Kurang yakin

Pengkaji Boleh tak sebutkan warna asas yang awak
tahu?

Peserta kajian Errrrr....warna biru, merah, hitam, hijau, koko Yakin

Pengkaji Warna biru ni warna asas ke?

Peserta kajian Ya Sambil senyum

Pengkaji Selain warna biru, merah, hitam, hijau dan koko.

Warna apa lagi warna asas?

Peserta kajian Tak ingat Sambil menggeleng
kepala

Jadual 3 : Transkripsi Temu Bual Sebelum Tindakan (Peserta Kajian 2)

Pengkaji SOALAN TEMU BUAL SEPARA BERSTRUKTUR KOD EMOSI
Sebelum ini, kita sudah belajar tentang mengenal Sambil berfikir
Peserta kajian dan mengecam warna asas menggunakan Aplikasi
Pengkaji SeKeWar. Awak seronok tak belajar Matematik
menggunakan aplikasi ini?
Peserta kajian Seronok.
Pengkaji Berapakah bilangan warna asas yang awak dah
Peserta kajian belajar?
Pengkaji Tiga, cikgu
Peserta kajian Boleh tak sebutkan tiga warna asas tersebut?
Warna biru, merah, hijau
Warna hijau ni warna asas ke?
Ya

258

Jadual 4 : Transkripsi Temu Bual Selepas Rawatan (Peserta Kajian 2)

Ujian Sebelum dan Selepas Intevensi Peserta Kajian

Peserta Kajian Markah Ujian Kategori Markah Ujian Kategori
sebelum selepas
intervensi intervensi

Peserta kajian 1 2/9 Lemah 9/9 Cemerlang

Peserta kajian 2 5/9 Sederhana 9/9 Cemerlang

Jadual 5 : Analisis borang markah ujian sebelum intervensi dan ujian selepas intervensi
bahagian A terhadap peserta kajian

Nahtijahnya, hasil temu bual dan analisis ujian selepas intervensi menunjukkan kedua-
dua peserta kajian memperolehi markah penuh iaitu sembilan markah serta meletakkan tahap
pencapaian yang cemerlang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang
sangat positif berlaku ke atas peserta kajian setelah intervensi dijalankan dan markah yang
diperoleh sangat memuaskan.

Objektif 2: Meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran mengenal warna asas

melalui Aplikasi SeKeWar

Temu bual Sebelum Tindakan Dan Selepas Rawatan

Peserta Kajian 1

SOALAN TEMU BUAL SEPARA KOD EMOSI
BERSTRUKTUR
Pengkaji
Boleh tak bagitahu apa yang awak tahu tentang
warna asas?

259

Peserta kajian Tak tahu Sambil

menggeleng-

gelengkan

kepala

Pengkaji Boleh awak bagi contoh warna asas

Peserta kajian Warna apa ehh Termenung

dan berfikir

Pengkaji Okay cikgu bagi contoh, warna kuning, biru,

merah. Adakah itu warna asas?

Peserta kajian Merah sahaja cikgu Sambil ketawa

Pengkaji Kalau warna pink, hijau, hitam, yang tu warna

asas ke?

Peserta kajian Hmm, ye cikgu Ragu-ragu

Jadual 6 : Transkripsi Temu Bual Sebelum Tindakan (Peserta Kajian 1)

SOALAN TEMU BUAL SEPARA KOD EMOSI

BERSTRUKTUR

Pengkaji Boleh tak bagitahu apa yang awak tahu tentang

Peserta kajian warna asas? Yakin
Pengkaji Warna asas ada 3, cikgu
Boleh awak bagi contoh warna asas

Peserta kajian Warna merah, kuning hmm
Pengkaji Okay cikgu bagi contoh, warna kuning, biru,
merah. Adakah itu warna asas?

Peserta kajian Ye Yakin
Pengkaji Kalau warna pink, hijau, hitam, yang tu warna

Peserta kajian asas ke? Yakin
Tidak

Jadual 7 : Transkripsi Temu Bual Selepas Rawatan (Peserta Kajian 1)

Peserta Kajian 2

SOALAN TEMU BUAL SEPARA KOD EMOSI
BERSTRUKTUR

260

Pengkaji Boleh tak bagitahu apa yang awak tahu tentang

warna asas?

Peserta kajian Tak tahu Sambil

menggaru

kepala

Pengkaji Boleh awak bagi contoh warna asas

Peserta kajian Warna merah, hijau, biru, kuning, putih. Betul ke Semangat

cikgu? berfikir

Pengkaji Okay cikgu bagi contoh, warna kuning, biru,

merah. Adakah itu warna asas?

Peserta kajian Warna asas tu cikgu Sambil

senyum

Pengkaji Kalau warna pink, hijau, hitam, yang tu warna

asas ke?

Peserta kajian Tidak tu

Jadual 8 : Transkripsi Temu Bual Sebelum Tindakan (Peserta Kajian 2)

SOALAN TEMU BUAL SEPARA KOD EMOSI
BERSTRUKTUR

Pengkaji Boleh tak bagitahu apa yang awak tahu tentang Yakin
warna asas? Yakin
Peserta kajian 3 cikgu Yakin
Pengkaji Boleh awak bagi contoh warna asas Yakin
Peserta kajian Warna biru, merah dan kuning
Pengkaji Okay cikgu bagi contoh, warna kuning, biru,
merah. Adakah itu warna asas?
Peserta kajian Ye
Pengkaji Kalau warna pink, hijau, hitam, yang tu warna
asas ke?
Peserta kajian Tidak

Jadual 9 : Transkripsi Temu Bual Selepas Rawatan (Peserta Kajian 2)

Ujian Sebelum dan Selepas Intevensi Peserta Kajian

Jadual 10: Analisis borang markah ujian sebelum intervensi dan ujian selepas intervensi
bahagian B terhadap peserta kajian

261

Peserta Kajian Markah Ujian Kategori Markah Ujian Kategori
sebelum selepas
intervensi intervensi

Peserta kajian 1 1/3 Lemah 3/3 Cemerlang

Peserta kajian 2 2/3 Sederhana 3/3 Cemerlang

Jadual di atas menunjukkan dapatan hasil daripada temu bual serta ujian sebelum
dan selepas intervensi dijalankan. Peningkatan yang ketara boleh dilihat di mana berlaku
peningkatan yang positif terhadap hasil intervensi yang dijalankan. Hal ini secara tidak
langsung menunjukkan tahap keberkesanan penggunaan Aplikasi SeKeWar adalah baik bagi
meningkatan penguasaan kemahiran mengecam warna asas. Tuntasnya, hasil dapatan data
yang diperolehi dapat mencapai objektif yang kedua.

Objektif 3: Meningkatkan tumpuan murid dalam pembelajaran yang melibatkan
kemahiran mengenal dan mengecam warna asas

Analisis Borang Senarai Semak Sebelum Dan Semasa

Bil Aspek penilaian PK1 PK2

1. Peserta kajian gembira ketika aktiviti L S
dilaksanakan.

2. Peserta kajian dapat menguasai aplikasi L L
SeKeWar dalam PdP.

3. Peserta kajian dapat menyatakan jenis L L
warna asas dengan betul.

*mengukur kemahiran mengenal dan mengecam warna asas
Petunjuk : L-Lemah, S-Sederhana, C-Cemerlang

Jadual 11 : Analisis borang senarai semak ( sebelum / semasa)

Bil Aspek penilaian PK1 PK2

262

1. Peserta kajian gembira ketika aktiviti C C
dilaksanakan.

2. Peserta kajian dapat menguasai aplikasi C C
SeKeWar dalam PdP.

3. Peserta kajian dapat menyatakan jenis C C
warna asas dengan betul.

*mengukur kemahiran mengenal dan mengecam warna asas
Petunjuk : L-Lemah, S-Sederhana, C-Cemerlang

Jadual 12 : Analisis borang senarai semak ( sebelum / semasa)

REFLEKSI

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa kesemua peserta
kajian dapat meningkatkan kemahiran mengenal warna asas dengan baik selepas mengikuti
tindakan menggunakan Aplikasi SeKeWar yang dirancang. Hal ini dikatakan demikian kerana,
diakhir penilaian adanya peningkatan daripada ujian akhir oleh peserta kajian 1 dan peserta
kajian 2 selepas melaksanakan aktiviti dalam video Si Ali, Nota Ringkas, Jom Mewarna
Menggunakan Aplikasi Colouring Book dan Bahan Bantu Mengajar (kertas lukisan),
Mengelaskan Longgokan Warna dan Quiz SeKeWar. Walaupun peningkatan dilihat berlaku
dalam kadar yang tidak besar tetapi perubahan yang positif pada diri peserta kajian
membuktikan keberkesanan tindakan yang dilaksanakan.

Pengkaji telah mendapati bahawa kesukaran peserta kajian mengenal dan mengecam
warna asas serta tahap tumpuan peserta kajian berkurang dapat dikurangkan dan diatasi
dengan menggunakan Aplikasi SeKeWar dilihat sangat berkesan bagi merawat masalah yang
dihadapi oleh peserta kajian.

Secara kesimpulannya, pengkaji telah mendapati bahawa suasana proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan berkesan apabila tindakan Aplikasi SekeWar
digunakan. Hal ini kerana tindakan ini dilaksanakan dalam bentuk digital iaitu penggunaan
aplikasi Padlet yang mudah untuk difahami dan digunakan oleh peserta kajian dalam
mempelajari kemahiran mengenal dan mengecam warna asas serta menarik minat untuk
mengikuti proses pengajaran yang berlaku. Penggunaan Aplikasi ini sangat sesuai digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya bagi subjek Matematik. Hal ini
kerana murid-murid perlu mempelajari kemahiran dan mempunyai unsur bahan digital.
Dengan itu, mereka tidak mudah melupakan ilmu yang dipelajari.

263

Berdasarkan kepada dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa ketiga-tiga objektif
kajian berjaya dicapai sekaligus berjaya menjawab ketiga-tiga soalan kajian dalam
meningkatkan kemahiran mengenal dan mengecam warna asas murid slow learner melalui
Aplikasi SeKeWar. Peningkatan ini telah dibuktikan melalui analisis dan interpretasi data yang
diperoleh daripada beberapa kaedah instrumen yang dijalankan seperti instrumen ujian
sebelum dan selepas intervensi, pemerhatian dan temu bual. Berdasarkan triangulasi data
yang dilaksanakan, jelas kelihatan bahawa kajian yang dilaksanakan telah mencapai objektif
kajian.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN
Kajian ini telah menggunakan Aplikasi SeKeWar, . Berdasarkan pelaksanaan dan dapatan
kajian yang diperolehi, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dibuat. Antaranya
adalah sabar dan tidak berputus asa dalam menjalankan kajian menambah beberapa aktiviti
pada aplikasi SeKeWar. Di samping itu, tempoh masa dipanjangkan. Seterusnya, penglibatan
ibu bapa. Akhir sekali masukkan unsur muzik dalam Aplikasi SeKeWar.

RUJUKAN

Hasliza Hamzah & Joy n Samuel. (2009). Perkembangan kanak-kanak. Edisi Kedua.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Maziahtusima Ishak, Hazlina Abdullah, Sakinah Ahmad & Yuslina Mohamed (2018).
Universiti Sains Islam Malaysia: AA Publication Sdn Bhd

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip & Nazariah Abdul Samad. (2008). Fasilitator efektif &
dinamik. Selangor: PTS Publication & Disributors

Rosinah Edinin. (2014). Kemahiran Membaca. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.

264

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGECAM DAN MEMBUNYIKAN HURUF

KONSONAN MENGGUNAKAN BUNSO BAGI MURID SLOW LEARNER

Fatin Nor Eliyana Binti Azid
Pn Nor Laini binti Che Mat
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu

[email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan Kemahiran Mengecam Dan Membunyikan Huruf
Konsonan Menggunakan Bunso Bagi Murid Slow Learner. Peserta kajian terdiri daripada dua orang
murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi di salah sebuah sekolah di daerah Kota
Bharu. Model penyelidikan tindakan adalah berasaskan Model Lidlaw (1992), yang melibatkan lima
kitaran iaitu mengenal pasti masalah, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan,
mengumpul data dan refleksi. Tinjauan awal mendapati bahawa peserta kajian A dan B ini lemah dalam
mata pelajaran Bahasa Malaysia khususnya dalam kemahiran mengecam dan membunyikan huruf
konsonan yang membawa kepada masalah dalam kemahiran membaca. Oleh itu, pengkaji telah
melaksanakan tindakan seperti “Kenali Huruf”, dan Aplikasi Bunso dan Blok Bunso. Seterusnya,
pengkaji telah menggunakan ujian sebelum dan selepas intervensi, pemerhatian berstruktur dan
analisis dokumen sebagai instrumen kajian dalam pengumpulan data dan dipersembahkan secara
kaulitatif. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa penggunaan Bunso digunakan dalam kemahiran
bahasa ke peringkat yang seterusnya iaitu membaca suku kata terbuka dan tertutup. Hasil kajian ini
diharapkan menjadikan rujukan kepada semua pihak dalam membantu murid pendidikan khas
menguasai kemahiran mengecam dan membunyikan huruf konsonan.

Kata Kunci: Bunso, Mengecam dan membunyikan, huruf konsonan, Bunso

ABSTRACT

This action research aims to improve Slow Learner student in ability to identify and consonan sounds
using Bunso. Two study participants consisted of students in Special Education Integrated Program at
one of the schools in the district of Kota Bharu. Action reseacrh model is based Model Lidlaw (1992),
which involves five cycle, identifying problems, planning action plans, implementing action plans, data
collection and reflection. Thus, researcher has undergone an action such as “Know Alphabets”, “Bunso
aplication” and “Bunso Block”. Next, the researcher have used test before and after the intervention,
structured observations and document analysis as the research instrument in data collection and are
presented qaulitatively. The findings showed that the use of Bunso able to increase the proficiency of
the study participants in recognizing and sounding consonants correctly and be able to increase the
confidence level of the study participants in sounding consonants skill. For extension purpose, Bunso
is suggested to be used in futher higher language skill which is reading open and closed syllable. The
result of this study are expected to be reference to all parties in helping special education students to
master the knowledge skill sounding consonants.

Key word: Bunso, ability to identify and sound, consonan letter, Bunso

PENGENALAN

Pendidikan merupakan agenda utama dalam kemajuan sesebuah negara. Tambahan pula,

setiap individu mempunyai kemahiran dan keunikan yang tersendiri yang mempunyai hak

untuk mendapat pendidikan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

265

(2016), di Malaysia pendidikan diberikan kepada semua termasuklah golongan Orang
Kelainan Upaya (OKU). Pendidikan juga mampu mengubah kualiti hidup seseorang ke arah
yang lebih baik. Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad (2011), menjelaskan bahawa
Pendidikan Khas merupakan satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan
teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai
sasaran seperti kelas di aliran perdana.

Di samping itu, membaca ialah satu kemahiran dan terdapat beberapa kemahiran
perlu dikuasai oleh setiap murid untuk membaca seperti kemahiran membuat bunyi setiap
huruf dan kemahiran menggabungkan bunyi setiap huruf. Seterusnya, kemahiran membaca
bukanlah kemahiran semula jadi iaitu menurut Chong (2011), menyatakan kanak-kanak
semula jadi boleh berkembang dari segi psikomotor tetapi sebaliknya kanak-kanak tidak boleh
membaca secara semula jadi. Pembelajaran konsonan ialah salah satu unit pembelajaran
dan pembelajaran bahasa. Oleh itu, murid yang dapat menguasai kemahiran membaca dapat
digunakan dalam kehidupan seharian bagi tujuan perhubungan sosial dan pemerolehan ilmu.

FOKUS KAJIAN

Pengkaji telah memilih isu ini kerana pengkaji telah mengenal pasti dua orang peserta kajian
yang mempunyai masalah tersebut dari sekolah di bandar Kota Bharu. Fokus kajian yang
adalah dari aspek kemahiran mengecam dan membunyi huruf konsonan (/b/, /c/, /d/, /f/, /g/)
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini bertepatan dengan apa yang diperkataan
sebelum ini di mana terhadap segelintir murid mengalami kekeliruan dan lemah dalam
menguasai kemahiran mengecam dan membunyikan huruf konsonan.

Oleh itu, kajian ini berfokuskan untuk meningkatkan kemahiran mengecam dan
membunyikan huruf konsonan menggunakan Bunso bagi murid “Slow Learner”. Tambahan
lagi, keadah fonik ini merupakan kaedah asas membaca yang menekankan hubungan antara
huruf (simbol) dengan bunyi. Keadah ini amat sesuai untuk mengajar murid-murid yang baru
atau telah mengecam huruf (Khairudddin Mohamad, 2011). Pengkaji hanya menekankan
kepada lima huruf konsonan yang terawal iaitu /b/, /c/, /d/, /f/, /g/. Hal ini demikian kerana
pengkaji sedar bahawa peserta kajian adalah murid berkeperluan khas yang mempunyai
keupayaan yang terhad daripada pelbagai aspek terutamanya aspek kognitif.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Murid dapat mengecam huruf konsonan dengan menggunakan Bunso.

266

2. Murid dapat membunyikan huruf konsonan dengan mengunakan Bunso.

SOALAN KAJIAN
1. Adakah murid dapat mengecam huruf konsonan dengan menggunakan Bunso?
2. Adakah murid dapat membunyikan huruf konsonan dengan mengunakan Bunso?

PESERTA KAJIAN

Hasil daripada ujian diagnostik yang dijalankan, pengkaji mendapati 2 peserta kajian daripada
kelas 2 Usaha. Kedua-dua peserta kajian adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Peserta kajian ini yang dipilih dikenal pasti tidak dapat mengecam dan membunyikan huruf
konsonan yang terdiri daripada huruf /b/, /c/, /d/, /f/ dan /g/. Hasil daripada ujian diagnostik,
peserta kajian ini mendapat markah kurang daripada 50 peratus.

Peserta Umur Jantina Masalah Tingkah Prestasi
Kajian
Pembelajaran Laku

A 9 tahun Lelaki Slow Leaner -Tahap -Tidak mengecam huruf konsonan

tumpuan
-Tidak dapat membunyikan huruf

singkat
konsonan

- Tidak dapat membaca

B 14 Lelaki Slow Leaner -Tahap -Tidak mengecam huruf konsonan

tahun tumpuan
-Tidak dapat membunyikan huruf

singkat
konsonan

- Tidak dapat membaca

Jadual 1 : Maklumat Peserta Kajian

PELAKSANAAN TINDAKAN

Dalam kajian ini terdapat tiga aktiviti sebagai intervensi bagi meningkatkan penguasaan murid
di dalam kemahiran mengecam dan membunyikan huruf konsonan (/b/, /c/, /d/, /f/, /g/, /h/).
Berikut rajah 1 merupakan carta alir bagi keseluruhan aktiviti :

267

Rajah 1 : Peta Alir Pelaksanaan Intervensi

Aktiviti Penerangan
Aktiviti 1 :
Kenali Huruf 1. Pengkaji menunjukkan kad huruf konsonan (b, c, d, f, g)
yang mempunyai pelbagai jenis permukaan dan bentuk
yang berlainan.

2. Peserta kajian meletakan huruf magnet di atas papan
putih yang sama dengan kad yang ditunjukkan oleh
pengkaji

3. Peserta kajian ini mengikut pengkaji untuk membunyikan
huruf tersebut

4. Peserta kajian meletakkan huruf magnet pada papan
putih apabila pengkaji menyebut huruf tersebut.

Rasional :

1. Kad yang mempunyai pelbagai jenis permukaan dan
bentuk yang berlainan dapat mengingat dan membezakan
huruf tersebut. Terapi bermain diterapkan dalam aktiviti ini.

Aktiviti 2 : 1. Peserta kajian diberikan nota oleh pengkaji.

268

Aplikasi Bunso 2. Peserta kajian perlu buka halaman ini, peserta kajian
hanya scan nota huruf /b/, /c/, /d/, /e/ dan /f/ yang telah
diberikan untuk melihat paparan video Augmented Reality
(AR).
3. Peserta kajian mengikut untuk membunyikan huruf
tersebut.
4. Peserta kajian perlu mejawab soalan dalam media
interaktif dan lembaran kerja (gunting dan tampal).

Rasional :
1. Memberi pendedahan kepada peserta kajian
menggunakan teknologi.

Aktiviti 3 : 1. Pengkaji menerangkan cara-cara aktiviti dijalankan.
Blok Bunso 2. Peserta kajian perlu mendapatkan kad huruf di dalam
kotak yang telah disediakan.
3. Kad huruf tersebut perlu dibawa ke stesen kedua untuk
mencari huruf maujud yang sama dengan huruf yang
dipegang.
4. Kemudian, peserta kajian perlu bergerak ke stesen
seterusnya untuk meletakkan huruf maujud di dalam blok
yang betul dan membunyikan huruf tersebut.
5. Pengkaji nyalakan lampu sebagai isyarat bahawa huruf
yang dimasukkan adalah betul

Rasional :
1. Peserta kajian mengecam huruf dan membunyikan huruf.
Jadual 2 : Penerangan Aktiviti-aktiviti intervensi

269

Kaedah Pengumpulan Data

Pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data bagi mencapai objektif kajian iaitu
ujian sebelum dan selepas intervensi , pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen. Chong
(2011), yang menegaskan kaedah pengumpulan data kajian yang betul dan sesuai amat
dititikberatkan bagi memastikan data yang diperolehi tepat dengan objektif yang telah
ditetapkan.

Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi

Pengkaji telah melaksanakan dua ujian ke atas peserta kajian iaitu ujian sebelum dan selepas
intervensi. Kedua-dua ujian ini menggunakan soalan yang sama. Hal ini bertujuan untuk
melihat perkembang positif sebelum dan selepas peserta kajian menjalankan intervensi.

Pemerhatian Berstruktur

Mohd Jamial (2013), menyatakan pemerhatian bermaksud mengumpul data kualitatif melalui
melihat, mendengar dan merekod maklumat. Kaedah pemerhatian memerlukan pengkaji
mendapatkan data kualitatif semasa kajian dijalankan. Jenis pemerhatian yang digunakan
dalam kajian ini ialah pemerhatian berstruktur yang menggunakan senarai semak. Dalam
senarai semak digunakan untuk melihat pencapaian dan perkembangan peserta kajian
berdasarkan kriteria yang telah disenaraikan. Senarai semak yang disediakan adalah
berbentuk “ya” atau “tidak”.

Analisis Dokumen

Analisis dokumen yang dibuat dalam kajian ini adalah hasil daripada lembaran kerja semasa
intervensi dijalankan. Analisis dokumen ini dibuat untuk merekodkan perkembangan peserta
kajian semasa intervensi dijalankan. Lembaran kerja ini dilakukan untuk mengetahui tahap
kefahaman peserta kajian A dan B dalam kajian yang dijalankan.

Cara Menganalisis Data

Setiap data yang dikumpulkan perlu dianalisis bagi memperoleh keputusan dan hasil kajian
yang dilaksanakan. Data yang telah dianalisis ini juga bertujuan untuk membuat penilaian dan
mengenalpasti sejauh mana keberkesanan intervensi ke atas peserta kajian. Dalam kajian ini,
pengkaji telah menggunakan tiga kaedah untuk pengumpulan data. Setiap kaedah yang
digunakan mempunyai cara menganalisis yang berlainan.

270

Cara Menyemak Data

Bagi memastikan setiap data yang diperoleh memiliki tahap kebolehpercayaan dan kesahan
yang tinggi, pengkaji teleh menggunakan triangulasi data bagi menyemak data yang
diperoleh. Triangulasi data adalah pengutipan pelbagai jenis data daripada pelbagai sumber
untuk mengkaji fenomena yang sama Terdapat tiga instrument yang digunakan iaitu ujian
sebelum dan selepas intervensi, pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian merupakan peringkat akhir mempersembahkan hasil data atau bahan yang
telah dikumpul semasa kajian. Bahagian ini menerangkan setiap dapatan yang telah
diperolehi untuk dianalisis. Tujuan analisis dijalankan adalah bagi objektif kajian. Instrumen
yang digunakan untuk mengumpul data iailah melalui ujian sebelum dan selepas intervensi,
pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen yang dijalankan ke atas dua orang peserta
kajian melalui pelaksanaan intervensi.

Objektif 1 : Murid dapat mengecam huruf konsonan dengan menggunakan Bunso.

Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi

Sebelum Intervensi

Peserta Kajian / Huruf konsonan Peserta A Peserta B

/b/ X /

/c/ / /

/d/ / x

/f/ X x

/g/ X x

Jadual 3 :Hasil Analisis Pencapaian Ujian Sebelum Intervensi Dalam Kemahiran Mengecam
Huruf Konsonan /b/, /c/, /d/, /f/ dan /g/

Selepas Intervensi

Peserta Kajian / Huruf konsonan Peserta A Peserta B

/b/ / /

271

/c/ / /

/d/ / /

/f/ / /

/g/ / /

Jadual 4 :Hasil Analisis Pencapaian Ujian Selepas Intervensi Dalam Kemahiran Mengecam
Huruf Konsonan /b/, /c/, /d/, /f/ dan /g/

Berdasarkan jadual 3 dan 4 hasil ujian sebelum dan selepas intervensi yang
dilaksanakan kepada peserta kajian. Hasil selepas ujian selepas menunjukkan
perkembangan positif bagi kedua-dua peserta kajian. Jadual 3 menunjukkan bahawa peserta
kajian A hanya boleh mengecam huruf /c/ dan /d/ sahaja manakala peserta kajian B dapat
mengecam huruf /b/ dan /c/ . Jadual 4 pula menunjukkan bahawa kedua-dua peserta kajian
dapat mengecam kelima-kelima huruf dengan betul. Maka, ujian ini membuktikan bahawa
objektif kajian dapat dicapai bagi peserta kajian A dan B.

Pemerhatian Berstruktur

Pengkaji telah melakukan pemerhatian berstruktur sepanjang sesi intervensi dilaksanakan
yang mana melibatkan aktiviti bagi melihat penguasaan murid dalam kemahiran mengecam
huruf konsonan /b/, /c/, /d/, /f/ dan /g/. Terdapat dua aktiviti yang pengkaji ingin melihat
perkembangan peserta kajian dalam kemahiran mengecam huruf konsonan. Aktivti 1 adalah
aktiviti kenali huruf dan aktiviti 3 iaitu blok Bunso.

Peserta Kajian A

Peserta kajian A hanya dapat mengecam huruf /b/, /c/ dan /d/ setelah menjalankan
intervensi aktiviti 1. Hal ini menunjukkan perkembangan yang baik kerana peserta kajian A
tidak mengecam huruf /f/ dan /g/ sahaja dalam aktiviti ini. Peserta kajian tidak keliru dengan
huruf /b/ dan /d/ lagi. Namun setelah aktiviti ini diulang, peserta kajian dapat mengecam
dengan betul bagi kelima-lima huruf. Secara amnya, aktivti 1 bagi peserta A ini dapat
membantu dalam mengecam huruf konsonan. Oleh itu, di akhir aktiviti peserta kajian ini dapat
mengecam lima-lima huruf dengan baik.

Peserta Kajian B

Peserta kajian B hanya dapat mengecam huruf /b/, /c/ dan /g/ setelah menjalankan
aktiviti 1. Hal ini menunjukkan bahawa peserta kajian B tidak mengecam huruf /d/ dan /f/
sahaja dalam aktiviti 1. Maka, dalam aktiviti ini pengkaji mendapati bahawa peserta kajian B
tertukar huruf /d/ dengan /b/. Pengkaji mengambil keputusan untuk mengulang aktiviti 1 untuk

272

melihat perkembangan peserta kajian. Akhir sekali, pengkaji mendapati bahawa peserta
kajian B dapat mengecam kelima-lima huruf setelah mengulang aktiviti 1.

Akhir sekali, berdasarkan jadual 5 dibawah menunjukkan peserta kajian A dan B
mengecam kelima-lima huruf dengan betul. Pengkaji mengulang aktiviti 1 yang sama supaya
pengkaji dapat mengetahui aktiviti 1 sesuai untuk peserta kajian A ataupun tidak. Maka,
pengkaji mendapati apabila aktivti ini diulang, peserta kajian A dan B dapat mengecam huruf
/b/, /c/, /d/, /f/ dan /g/ tanpa tertukar.

Aktiviti 1 : Kenali Huruf

Bil. Perkara Peserta Kajian A Peserta Kajian B

Ya Tidak Ya Tidak

1. Peserta kajian dapat melekatkan huruf / /

magnet /b/ apabila mendengar
pengkaji menyebut huruf “beh”

2. Peserta kajian dapat melekatkan huruf / /

magnet /c/ apabila mendengar
pengkaji menyebut huruf “ceh”

3. Peserta kajian dapat melekatkan huruf / /

magnet /d/ apabila mendengar
pengkaji menyebut huruf “deh”

4. Peserta kajian dapat melekatkan huruf / /

magnet /f/ apabila mendengar
pengkaji menyebut huruf “feh”.

5. Peserta kajian dapat melekatkan huruf / /

magnet /g/ apabila mendengar
pengkaji menyebut huruf “geh”

Jadual 5 : Senarai Semak Pencapaian Peserta Kajian Bagi Kemahiran Mengecam Huruf

Konsonan Dalam Aktviti 1 Bagi Peserta Kajian A dan B

Aktiviti 3 : Blok Bunso

Bil. Perkara Peserta Kajian A Peserta Kajian B
Ya Tidak
Ya Tidak /

1. Peserta kajian dapat meletakkan huruf / /

/b/ pada blok yang betul.

2. Peserta kajian dapat meletakkan huruf /

/c/ pada blok yang betul.

273

3. Peserta kajian dapat meletakkan huruf / /

/d/ pada blok yang betul.

4. Peserta kajian dapat meletakkan huruf / /

/f/ pada blok yang betul.

5. Peserta kajian dapat meletakkan huruf / /

/g/ pada blok yang betul.

Jadual 6 : Senarai Semak Pencapaian Peserta Kajian Bagi Kemahiran Mengecam Huruf

Konsonan Dalam Aktviti 3 Bagi Peserta Kajian A dan B

Jadual 6 merupakan data yang dianalisis bagi peserta kajian A dan peserta kajian B
dapat meletakkan huruf /b/, /c/, /d/, /f/ dan /g/ pada blok huruf /b/, /c/, /d/, /f/ dan /g/. Mereka
boleh melakukan aktiviti dengan baik dan berkesan. Seterusnya, aktiviti 3 ini mengukuhkan
lagi pemahaman peserta kajian dalam mengecam huruf konsonan. Mereka tidak lagi tertukar
huruf dan tidak teragak-agak untuk meletakkan huruf pada blok yang betul. Pengkaji dapat
menyimpulkan bahawa peserta kajian menunjukkan perubahan positif dalam menguasai
kemahiran mengecam huruf konsonan semasa menjalankan aktiviti 1 dan aktiviti 3
dilaksanakan. Maka aktiviti 1 dan 3 dapat mencapai objektif iaitu murid dapat mengecam huruf
konsonan menggunakan Bunso.

Analisis Dokumen

Analisis dokumen adakah hasil daripada lembaran kerja semasa menjalankan
intervensi. Aktiviti 1 dan aktiviti 3 menggunakan lembaran kerja yang sama untuk melihat
perkembangan kedua-dua peserta kajian.

Peserta Kajian Bahagian Lembaran Kerja Aktiviti 1 Lembaran Kerja Aktiviti
3

A Bahagian 1 Peserta kajian dapat Peserta kajian dapat

bulatkan kelima-lima huruf bulatkan kelima-lima

dengan betul. huruf dengan betul.

Bahagian 2 Peserta kajian dapat Peserta kajian dapat
mewarna kelima-lima mewarna kelima-lima
huruf dengan betul. huruf dengan betul.

B Bahagian 1 Peserta kajian dapat Peserta kajian dapat

bulatkan kelima-lima huruf bulatkan kelima-lima

dengan betul. huruf dengan betul.

274

Bahagian 2 Peserta kajian dapat Peserta kajian dapat
mewarna kelima -lima mewarna kelima-lima
huruf dengan betul. huruf dengan betul.

Jadual 7 : Hasil analisis dokumen Lembaran kerja bagi aktiviti 1 dan 3

Jadual 7 menunjukkan analisis lembaran kerja berdasarkan lembaran kerja aktiviti 1
dan lembaran kerja aktiviti 3 bagi peserta kajian A dan peserta kajian B. Berdasarkan analisis,
peserta kajian menunjukkan perkembangan yang positif bagi aktiviti 1 dan aktiviti 3. Maka,
melalui analisis dokumen ini objektif 1 dapat dicapai bagi kedua-dua peserta kajian.

Objektif 2 : Murid dapat membunyikan huruf konsonan dengan mengunakan Bunso.

Ujian Sebelum dan Selepas Intervensi

Sebelum Intervensi

Peserta Kajian / Huruf konsonan Peserta A Peserta B

/b/ X X

/c/ X /

/d/ / X

/f/ X X

/g/ X X

Jadual 8 :Hasil Analisis Pencapaian Ujian Sebelum Intervensi Dalam Kemahiran
Membunyikan Huruf Konsonan /b/, /c/, /d/, /f/ dan /g/

Selepas Intervensi

Peserta Kajian / Huruf konsonan Peserta A Peserta B

/b/ / /

/c/ / /

/d/ / /

/f/ / /

275

/g/ / /

Jadual 9 :Hasil Analisis Pencapaian Ujian Selepas Intervensi Dalam Kemahiran
Membunyikan Huruf Konsonan /b/, /c/, /d/, /f/ dan /g/

Jadual 8 dan 9 hasil ujian yang dilaksanakan oleh peserta kajian di atas penggunaan
Bunso bagi kemahiran membunyikan huruf konsonan. Hasil selepas ujian ini adalah positif
bagi kedua-dua peserta kajian iaitu mempunyai peningkatan ujian sebelum dan selepas
intervensi dijalankan. Jadual 8 menunjukkan bahawa peserta kajian A hanya boleh
membunyikan “deh” huruf /d/ sahaja manakala peserta kajian B dapat membunyikan “ceh”
huruf /c/. Jadual 9 menunjukkan bahawa kedua-dua peserta kajian dapat membunyikan
kelima-kelima huruf dengan betul. Maka, ujian sebelum dan selepas intervensi ini
membuktikan bahawa objektif kajian 2 dapat dicapai bagi peserta kajian A dan B.

Pemerhatian Berstruktur

Pengkaji telah melakukan pemerhatian sepanjang sesi intervensi dilaksanakan bagi melihat
penguasaan murid dalam kemahiran membunyikan huruf konsonan. Dalam aktiviti 2 iaitu
Aplikasi Bunso dan aktiviti 3 adalah Blok Bunso.

Aktiviti 2 : Aplikasi Bunso

Bil. Perkara Peserta Kajian A Peserta Kajian B
Ya Tidak
Ya Tidak /

1. Peserta kajian dapat membunyikan / /

“beh” apabila ditunjukan simbol huruf /

/b/. /

2. Peserta kajian dapat membunyikan /
“ceh” apabila ditunjukan simbol huruf

/c/.

3. Peserta kajian dapat membunyikan /
“deh” apabila ditunjukan simbol huruf

/d/.

4. Peserta kajian dapat membunyikan /
“feh” apabila ditunjukan simbol huruf

/f/.

276

5. Peserta kajian dapat membunyikan / /
“geh” apabila ditunjukan simbol huruf

/g/.

Jadual 10 : Senarai Semak Pencapaian Peserta Kajian Bagi Kemahiran Membunyikan Huruf

Konsonan Dalam Aktviti 2 Bagi Peserta Kajian A dan B.

Berdasarkan jadual 10, peserta kajian A dan B dapat membunyikan kelima-lima huruf
/b/ “beh”, /c/ “ceh”, /d/ “deh”, /g/ “geh” dan /f/ “feh” dengan baik. Faktor ini secara tidak
langsung membuatkan peserta kajian dapat mengikuti tindakan intervensi dengan berkesan.
Di samping itu, melalui kajian ini peserta kajian A dan B dapat didedahkan penggunaan
teknologi terkini. Grafik dan video yang digunakan dalam intervensi ini memberikan impak
yang besar kepada peserta kajian A dan B. Berdasarkan Model Gardener (1983), Teori
Kecerdasan Pelbagai dalam Noriati, Boon & Wong (2010), kecerdasaan visual ruang yang
ada pada manusia membolehkan manusia menciptakan gambaran mental dan mengamati
dunia visual, peka terhadap warna, garis, bentuk dan ruang. Hasilnya peserta kajian A dan B
dapat menjalankan aktiviti 2 iaitu membunyikan huruf konsonan dengan betul dan baik.

Aktiviti 3 : Blok Bunso

Bil. Perkara Peserta Kajian A Peserta Kajian B

Ya Tidak Ya Tidak

1. Peserta kajian dapat membunyikan / /
“beh” apabila meletakkan huruf /b/

pada blok b.

2. Peserta kajian dapat membunyikan / /
“ceh” apabila meletakkan huruf /c/

pada blok c.

3. Peserta kajian dapat membunyikan / /
“deh” apabila meletakkan huruf /d/

pada blok d.

4. Peserta kajian dapat membunyikan / /
“feh” apabila meletakkan huruf /f/ pada

blok f.

5. Peserta kajian dapat membunyikan / /
“geh” apabila meletakkan huruf /g/

pada blok g.

Jadual 11 : Senarai Semak Pencapaian Peserta Kajian Bagi Kemahiran Membunyikan Huruf

Konsonan Dalam Aktviti 3 Bagi Peserta Kajian A dan B

277

Akhir sekali, dalam jadual ini menunjukkan bahawa peserta kajian A dan B mempunyai
dapat membunyikan huruf konsonan dengan betul. Lampu kelima-lima huruf pada blok
tersebut dinyalakan oleh pengkaji. Menurut Sara (1968), dalam Noor & Zamri (2015),
menyatakan bermain dapat meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak. Perkara ini amat
jelas menunjukkan peserta kajian berjaya mengembangkan kemahiran membunyikan kelima-
lima huruf konsonan. Oleh itu, objektif dapat dicapai melalui pemerhatian berstruktur ini bagi
kedua-dua peserta kajian.

Analisis Dokumen

Analisis dokumen adakah hasil daripada analisis lembaran kerja semasa menjalankan
intervensi. Lembaran kerja yang sama digunakan dalam aktiviti 2 dan aktiviti 3 untuk melihat
perkembangan kedua-dua peserta kajian.

Peserta Kajian Bahagian Lembaran Kerja Aktiviti 2 Lembaran Kerja Aktiviti
3

A Bahagian 1 Peserta kajian dapat Peserta kajian dapat

membunyikan kelima-lima membunyikan kelima-

huruf “beh”, “ceh”, “deh”, lima huruf “beh”, “ceh”,

“feh” dan “geh” mengikut “deh”, “feh” dan “geh”

susunan. mengikut susunan.

Bahagian 2 Peserta kajian dapat Peserta kajian dapat
membunyikan kelima-lima membunyikan kelima-
huruf “beh”, “ceh”, “deh”, lima huruf “beh”, “ceh”,
“feh” dan “geh” secara “deh”, “feh” dan “geh”
rawak. secara rawak.

B Bahagian 1 Peserta kajian dapat Peserta kajian dapat

membunyikan kelima-lima membunyikan kelima-

huruf “beh”, “ceh”, “deh”, lima huruf “beh”, “ceh”,

“feh” dan “geh” mengikut “deh”, “feh” dan “geh”

susunan. mengikut susunan.

Bahagian 2 Peserta kajian dapat Peserta kajian dapat
membunyikan kelima-lima membunyikan kelima-
huruf “beh”, “ceh”, “deh”, lima huruf “beh”, “ceh”,

278

“feh” dan “geh” secara “deh”, “feh” dan “geh”
rawak. secara rawak.

Jadual 12: Hasil analisis dokumen Lembaran kerja bagi aktiviti 2 dan 3

Jadual12 menunjukkan bahawa penguasaan bagi peserta kajian A dan peserta kajian
B. Berdasarkan analisis, peserta kajian menunjukkan perkembangan yang positif bagi
lembaran kerja aktiviti 2 dan lembaran kerja aktiviti 3. Mereka dapat membunyikan huruf
konsonan dengan baik pada lembaran kerja 2 dan lembaran kerja 3. Oleh itu, melalui analisis
dokumen ini objektif 2 dapat dicapai bagi kedua-dua peserta kajian.

REFLEKSI

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini merupakan satu kajian baru bagi
meningkatkan kemahiran mengecam dan membunyikan huruf konsonan menggunakan
Bunso. Berdasarkan dapatan kajian yang telah dibuat, pengkaji mendapati kedua-dua objektif
kajian telah berjaya dicapai sekali gus menjawab dua soalan kajian dalam meningkatkan
kemahiran mengecam dan membunyikan huruf konsonan. Peningkatan ini membuktikan
melalui analisis dan interpretasi data yang diperoleh daripada instrumen ujian sebelum dan
selepas intervensi, pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen. Melalui triangulasi data
yang dibuat, jelas menunjukkan bahawa kajian ini telah mencapai objektif kajian bagi kedua-
dua peserta kajian.

Bunso yang memberi pendekatan terapi bermain, terapi cara kerja serta
pengaplikasian TMK dalam aktiviti yang dilaksankan telah berjaya memaksimumkan
pencapaian murid dalam kemahiran yang difokuskan. Seterusnya, penggunaan TMK dalam
aktiviti intervensi yang berteraskan kaedah fonik juga dapat meningkatkan perkembangan
fungsi kognitif, emosi dan psikomotor peserta kajian. Peserta kajian juga memberikan
kerjasama dengan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan.
Peserta kajian seronok dan teruja mengikuti intervensi yang rancang oleh pengkaji. Akhir
sekali, peserta kajian A dan B menunjukkan peningkataan melalui ujian sebelum dan selepas
intervensi yang menjadi bukti bahawa mereka menguasai kemahiran tersebut diakhir kajian.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Kajian tindakan bukanlah sesuatu yang bermatlamat kesempurnaan dalam pencapaian
peserta kajian. Hal ini demikian kerana masalah yang dihadapi oleh peserta kajian tidak
semestinya diselesaikan secara keseluruhan dalam ruang masa yang diperuntukan dalam

279

kajian. Perkara yang paling utama ialah peningkatan dalam pencapaian peserta kajian selari
dengan objektif kajian yang dikemukan oleh pengkaji. Hal ini disokong oleh McNiff (2014),
yang menyatakan bahawa penekanan utama dalam penyelidikan tindakan adalah memahami
tindakan yang membawa kepada perubahan.

Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam kajian ini antaranya adalah
pengkaji mencadangkan bahawa kaedah fonik ini digunakan dalam kemahiran bahasa ke
peringkat yang seterusnya iaitu membaca suku kata terbuka dan tertutup contohnya suku kata
KV, KV+KV dan KVK. Dengan mengekalkan konsep asas pembelajaran iaitu dengan
menggabungkan bunyi-bunyi huruf, kemahiran membaca murid-murid masalah pembelajaran
dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya. Selain itu, pengkaji juga
dapat memberikan fokus kepada jenis-jenis sebutan fonik berdasarkan kumpulan bunyi huruf
yang tertentu.

Selain itu, peserta kajian yang digunakan oleh pengkaji tidak variasi kerana melibatkan
murid Slow Learner sahaja. Walhal, penggunaan kaedah ini tidak terhad kepada murid Slow
Learner sahaja seperti pengkaji lakukan. Oleh itu, pengkaji mencadangkan bahawa kajian
tentang penggunaan Bunso ini diperluaskan lagi kepada murid masalah pembelajaran yang
lain seperti Autisme, Celebral Palsy dan Syndrome Down. Pada masa yang sama, pengkaji
juga mencadangkan agar penggunaan Bunso ini diaplikasikan kepada murid-murid kelas
pemulihan, pra sekolah dan murid di arus perdana yang mempunyai masalah dalam
kemahiran mengenal dan membunyikan huruf konsonan. Akhir sekali, tempoh pelaksanaan
pendek menyebabkan pengkaji perlu melaksanakan intervensi dengan cepat.

RUJUKAN

Chong. (2011). Kajian Tindakan. PTS Publishing Sdn. Bhd.

Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (2016). Pelan Tindakan
Orang Kelainan Upaya 2016-2022. Kementerian Pembagunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat.

Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

McCarthy. (1999). Fundamentals of early childhood education. Winthrop Publishers.

Mohd Jamail. (2013). Pengajaran Literasi : Membaca dan Menulis Bahasa Melayu.
Academia.

280

Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. (2011). Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-
kanak Berkeperluan Khas. Universiti Sains Malaysia.
Noor & Zamri. (2015). Pengubahsuaian Dalam Pengajaran Kemahiran Bahasa Malaysia

bagi Murid Masalah Pembelajaran. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noriati, Boon & Wong. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru.

Oxford Fajar Sdn. Bhd.

281

TAHAP PENGETAHUAN GURU PELATIH IPGKKB APABILA MENGURUS TINGKAH
LAKU MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN

Zalila Nadirah Binti Zahari
Dr Nik Hassan bin Seman
Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Kota Bharu
[email protected]

ABSTRAK

Kajian tinjauan telah dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan guru pendidikan khas
apabila mengurus tingkah laku murid bermasalah pembelajaran. Seramai 80 orang peserta kajian
dipilih menerusi persampelan rawak mudah bertujuan dalam kalangan guru pelatih semester 8 yang
berada di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu peringkat sekolah rendah. Alat kajian
merupakan soal selidik yang mengandungi item-item berkaitan demografi peserta kajian dan tahap
pengetahuan guru pendidikan khas apabila mengurus tingkah laku murid bermasalah pembelajaran.
Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru apabila mengurus tingkah laku murid
bermasalah pembelajaran adalah tinggi dengan min keseluruhan 3.4. Tahap pengetahuan guru
dibahagikan kepada tiga iaitu cara mengurus tingkah laku (min = 2.5631), peneguhan positif (min =
4.1375) dan peneguhan negatif (min = 3.2988). Bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran guru pelatih
untuk mengurus tingkah laku murid bermasalah pembelajaran apabila mengajar maka penataran
kursus dalam perkhidmatan, pembinaan modul dan mengadakan bengkel berkaitan pengurusan
tingkah laku dalam kalangan guru pendidikan khas wajar diberi perhatian oleh pihak berwajib.

Kata kunci: guru pelatih, pengurusan tingkah laku, murid bermasalah pembelajaran.

ABSTRACT

A survey was conducted to assess the level of knowledge of training teachers when managing the
behaviour of students with learning disabilities. A total of 80 participants were selected through random
sampling among training teachers studying in Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu primary
schools. The instrument was a questionnaire containing items related to the demographic study
participants and the level of knowledge of training teachers when managing the behaviour of students
with learning disabilities. The findings show that the level of knowledge of training teachers when
managing student behaviour with learning disabilities is high with mean 3.4. The knowledge level of
training teachers is divided into three, namely how to manage behavioural (mean = 2.5631), positive
reinforcement (mean = 4.1375) and negative reinforcement (mean = 3.2988). The upgrading of in-
service courses, workshops and coaching modules related to management behaviour among special
education teachers should be given more attention by the authorities to enhance the skills of teachers
to manage behaviour when teaching students with learning disabilities.

Keywords: training teacher, behaviour management, learning disabilities student.

PENGENALAN

Setiap murid bermasalah pembelajaran berbeza dan unik dari segi keupayaan fizikal,
kognitif dan tingkah laku namun hak mereka dalam pendidikan tanpa mengira latar
belakang sosial, kaum atau perkembangan intelek perlu diberi perhatian (Osman &
Ahmad Ghazie, 2007). Tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh murid bermasalah

282

pembelajaran akan menjadi semakin rumit jika tingkah laku yang tidak diingini ini
tidak diatasi pada peringkat awal. Tingkah laku murid yang bersesuaian dengan
persekitaran pasti membantu guru melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran. Kredibiliti guru turut ditentukan dalam perancangan dan pemilihan
bahan pengajaran yang bersesuaian (Mohd Sahandri Gani & Saifuddin Kumar,
2007). Selain itu, pengetahuan terhadap model pengubahsuaian tingkah laku yang
efektif juga membantu guru lebih kreatif dan inovatif dalam penyampaian
pengajaran. Guru juga perlu memikirkan pendekatan pengajaran yang bersesuaian
dengan keperluan murid apabila mengajar (Noriati, Boo, & Wong, 2010).

Justeru, pengurusan tingkah laku memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan tingkah laku positif, memberi keyakinan diri serta meningkatkan
pencapaian akademik murid bermasalah pembelajaran. Guru sebagai agen
perubahan perlu sentiasa melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran,
mempunyai sikap yang positif serta mempunyai motivasi yang tinggi bagi membantu
murid bermasalah pembelajaran melalui proses pengubahsuaian tingkah laku
secara berkesan.

PERNYATAAN MASALAH

Kepentingan pemupukan dan pengukuhan disiplin dalam kalangan murid di semua peringkat
persekolahan sentiasa diberi penekanan secara berterusan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Sehubungan dengan itu, peraturan dan dasar berkaitan disiplin dan salah laku
diperkenalkan dan dikuatkuasakan pelaksanaannya di sekolah-sekolah bagi mewujudkan
iklim persekolahan yang sehat. Menurut Dantini (2011), masalah tingkah laku dalam kalangan
murid bermasalah pembelajaran bukanlah suatu masalah yang sangat serius tetapi boleh
menjadi serius sekiranya tidak dirawat.

Guru sering kali berhadapan dengan murid yang dilabelkan sebagai bodoh, dungu,
lembab, nakal, suka mengganggu rakan dan sukar mengikuti pembelajaran di sekolah.
(Utusan Malaysia, 6 September 2009). Guru juga berhadapan dengan pelbagai cabaran dan
masalah lain yang timbul berhubung masalah tingkah laku murid. Menurut K. A. Razhiyah
(2005), guru perlu mencatatkan masalah tingkah laku yang timbul dalam buku laporan harian
untuk diberi perhatian dan rujukan pada masa hadapan. Tingkah laku murid bermasalah
pembelajaran juga perlu diawasi kerana jika dibiarkan maka tingkah laku yang tidak diingini
dikhuatiri akan berulang.

283

Bagi membantu murid bermasalah pembelajaran mengubah tingkah laku negatif
kepada tingkah laku positif, guru wajar merancang dan melaksana amalan pengajaran
berkesan melalui amalan praktikal dan penggabungan ilmu pengetahuan (Shulman, 1998).
Pengurusan tingkah laku turut memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran dan
pembelajaran serta pembentukan tingkah laku positif dalam kalangan murid bermasalah
pembelajaran. Kertas kerja ini membincangkan tentang kajian tinjauan yang telah dijalankan
bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan guru pelatih apabila mengurus tingkah laku
murid bermasalah pembelajaran telah dilakukan dengan berfokus kepada pembolehubah
jantina, opsyen dan bangsa.

Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mengalami
ketidaknormalan samada dari segi fizikal, mental, emosi atau tingkah laku. Mereka
merupakan kumpulan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar-pakar
klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menggangu proses pembelajaran. Kecacatan
yang dialami dikategorikan mengikut tahap kefungsiaan kanak-kanak seperti kebolehan
kognitif tingkah laku (perkembangan sosial), penguasaan bahasa lisan (pertuturan) dan
membaca, kemahiran perkembangan dan kemahiran matematik. Seringkali kanak-kanak
berkeperluan khas dikaitkan dengan permasalahan tingkah laku. Tahap kefungsian mereka
yang rendah mendorong timbulnya permasalahan tingkah laku di kalangan mereka. Berbagai
masalah yang ditimbulkan samada semasa berada di dalam kelas, di luar kelas mahupun di
rumah.

Dewasa ini, tingkah laku bermasalah ini di kalangan murid berkeperluan khas ini juga
telah menjadi topik perbincangan yang seringkali diperkatakan. Sehubungan itu, penyelidik
telah membuat rujukan dan ingin melakukan kajian berkaitan dengan permasalahan tingkah
laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas. Ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat
lengkap berkaitan tahap pengetahuan guru pelatih. kefahaman guru pelatih serta tahap
kesediaan guru pelatih dalam menjalankan modifikasi tingkah laku terhadap murid
berkeperluan khas.

SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji beberapa aspek sahaja iaitu mengenai
tahap pengetahuan guru pelatih dalam mengurus tingkah laku murid berkeperluan khas
masalah pembelajaran. Kajian ini bukanlah satu kajian yang menyeluruh tetapi hanyalah
melibatkan guru pelatih yang berada di Kota Bharu sahaja yang pernah menjalani praktikum
di mana-mana sekolah rendah di Kelantan. Pemilihan sampel juga telah diteliti supaya sesuai
untuk dijadikan sebagai pusat pengumpulan data. Penyelidik tidak melibatkan Pendidikan

284

khas yang ditawarkan selain daripada sekolah rendah kerana tahap pengurusan tingkah laku
yang berbeza dari segi umur.

Penyelidik telah meneliti faktor kesesuaian lokasi kajian supaya ianya menepati
objektif kajian secara keseluruhannya. Sampel kajian adalah terdiri daripada mereka yang
mempunyai pengetahuan asas mengenai murid pendidikan khas masalah pembelajaran di
sekolah rendah. Hal ini dapat dibuktikan kerana sampel telah mengambil subjek Pendidikan
Inklusif semasa di semester enam dan mempunyai pengetahuan asas mengenai murid
berkeperluan khas. Maka, kajian ini terbatas dan hanya melibatkan guru pelatih di Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu (IPGKKB) yang mengambil opsyen pendidikan khas
masalah pembelajaran dan bukan opsyen pendidikan khas sekolah rendah sahaja. Kampus-
kampus lain tidak dilibatkan dalam kajian ini. Dalam kajian ini, bilangan sampel yang diambil
adalah sebanyak 103 orang guru pelatih yang merupakan semua guru pelatih di IPGKKB.
Faktor-faktor pengetahuan asas serta kefahaman dalam pendidikan khas telah diambil kira.
Untuk mengambil data yang sahih dan sesuai dengan dengan kajian ini, penyelidik telah
membuat keputusan untuk melibatakan guru pelatih yang mengambil pernah mengambil mata
pelajaran inklusif sahaja semasa melanjutkan pelajaran. Ini adalah untuk memastikan data
yang diperolehi benar-benar sah supaya dapat diterima pakai untuk kajian akan datang.

Maklumat yang diperoleh bagi kajian ini adalah berdasarkan kepada maklum balas
dari borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Oleh yang demikian,
kebolehpercayaan dapatan kajian ini bergantung sepenuhnya kepada kerjasama dan
keikhlasan dari responden yang menjawab soal selidik tersebut.

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada tujuan kajian,objektif khusus adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti kefahaman guru pelatih terhadap masalah yang dialami oleh murid
berkeperluan khas bermasalah pembelajaran.

ii. Mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan guru pelatih dalam mengurus masalah
tingkah laku murid masalah pembelajaran berdasarkan jantina.

iii. Menilai perbezaan terhadap tahap kesediaan guru pelatih dari segi sikap untuk
menjalankan modifikasi tingkah laku kepada murid berkeperluan khas berdasarkan
bangsa.

Berdasarkan senario, latar belakang, pernyataan masalah dan objektif kajian yang
dikemukakan secara spesifik, kajian ini adalah bertujuan menjawab soalan kajian berikut :

285

i. Sejauh manakah kefahaman guru pelatih dalam memahami keadaan sebenar murid
berkeperluan khas masalah pembelajaran terutama dari segi tingkah laku?

ii. Apakah bentuk perbezaan tahap pengetahuan guru pelatih dalam mengurus masalah
tingkah laku murid berkeperluan khas masalah pembelajaran berdasarkan jantina?

iii. Apakah perbezaan terhadap tahap kesediaan guru pelatih dari segi sikap untuk
menjalankan modifikasi tingkah laku kepada murid berkeperluan khas berdasarkan
bangsa?

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian tinjauan ini dijalankan untuk melihat amalan guru pendidikan apabila mengurus
tingkah laku murid bermasalah pembelajaran. Penyelidik menggunakan kaedah soal selidik
dalam mengumpul maklumat mengenai pemboleh ubah kajian. Instrumen yang digunakan
dalam kajian ini terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi item-item berkaitan
demografi sampel kajian dan tahap pengetahuan guru pelatih apabila mengurus tingkah laku
murid bermasalah pembelajaran.

Penyelidik membuat kajian hanya tertumpu kepada guru pelatih yang mempunyai
pengetahuan asas mengenai murid berkeperluan khas sahaja yang pernah menjalani
praktikum pada semester lima atau semester tujuh. Persampelan ini diambil dari guru pelatih
di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Penyelidik menggunakan persampelan rawak
bertujuan.

Persampelan

Persampelan merupakan satu strategi penyelidikan untuk mendapatkan maklumat
sesuatu populasi daripada individu-individu yang menjadi anggota populasi. Populasi bagi
kajian ini adalah guru-guru pelatih yang berada Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
yang terdiri daripada pelbagai opsyen berjumlah 100 orang. Daripada jumlah tersebut,
seramai 30 orang guru pelatih adalah daripada opsyen pendidikan khas, 28 orang daripada
opsyen sejarah, 14 orang daripada opsyen pendidikan pemulihan dan 28 orang lagi daripada
opsyen bahasa inggeris.

Menurut Fraenkel dan Wallen (1993), keseluruhan populasi ini adalah merupakan
target population di mana populasi tersebut mempunyai ciri-ciri responden yang diinginkan
dalam kajian. Menurut mereka lagi, sesuatu pemilihan keseluruhan kepada subjek ini

286

bilangannya seharusnya boleh diuruskan, boleh diperoleh atau accessible population dan
boleh digeneralisasikan serta tidak terbatas kepada sampel dan terjamin.

Jadual 3.2 : Bilangan populasi dan sampel kajian

Opsyen Saiz populasi Bilangan Sampel

Pendidkan Khas 30 27

Pendidikan Pemulihan 14 11

Sejarah 28 21

TESL 28 21

Jumlah 100 80

Sampel kajian adalah diambil daripada guru-guru pelatih yang berada di semester
8 di IPGKKB yang terdiri daripada pelbagai kaum. Penyelidik telah merujuk persampelan
yang dibuat oleh Krejcie dan Morgan (1970). Penyelidik menggunakan persampelan
tujuan atau purposive sampling (turut digelar judgment sampling) melibatkan
pertimbangan individu untuk memilih sampel, iaitu berdasarkan pengetahuan penyelidik
dan tujuan khusus penyelidik. Penyelidik boleh menggunakan pengetahuan mereka
tentang populasi untuk mengenal pasti sama ada sesuatu sampel itu mewakili populasi
atau tidak. Secara amnya, penyelidik menggunakan persampelan bertujuan tidak
menyelidik sesiapa sahaja yang ada tetapi memilih sampel yang akan memberi data
berasaskan pengetahuan yang dimiliki.

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang digunakan bagi kajian ini adaah dengan menggunakan borang soal
selidik. Definisi soal selidik menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sejumlah soalan yang
dikemukakan secara berterusan dalam borang tertentu untuk dijawab oleh sebilangan orang
dalam usaha mencari dan mengumpulkan maklumat tertentu.Instrumen soal selidik yang
dibina menggunakan prinsip KISS (keep it short and simple) iaitu mengemukakan soalan yang
ringkas dan mudah difahami (R.Kuberan et al,2013). Borang soal selidik ini diberikan kepada
respondeen yang sudi berkerjasama. Respondeen diberi masa beberapa minit untuk

287

menjawab semua soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik. Borang soal selidik ini
mengandungi beberapa bahagian.

Ianya mengandungi 24 item yang mempunyai empat bahagian utama iaitu bahagian
A,B,C dan bahagian D. Bahagian A item adalah mengenai maklumat guru pelatih seperti
jantina. Manakala bahagian B pula adalah berkaitan dengan kefahaman guru pelatih
mengenai pengurusan tingkah laku murid berkeperluan khas masalah pembelajaran.
Seterusnya, bahagian C adalah berkaitan dengan tahap pengetahuan guru pelatih dalam
mengurus tingkah laku murid berkeperluan khas dan bahagian D pula merupakan tahap
kesediaan guru pelatih dalam mengurus tingkah laku murid.

Setiap item diberi pilihan sebanyak lima pilihan yang perlu ditandakan. Skala yang
digunakan ini bertepatan dengan skala Likert yang mempunyai lima skala iaitu:

1. Sangat Tidak Setuju (STS)
2. Tidak Setuju (TS)
3. Tidak Pasti (TP)
4. Setuju (S)
5. Sangaat Setuju (SS)

Dengan menggunakan skala likert, sampel akan berpeluang untuk memilih jawapan yang
benar-benar sesuai. Pengukuran yang dibuat menggunakan skala ini mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi kerana mempunyai skala jawapan yang luas.

KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN

Salah satunya adalah jenis ujian uji-uji semula (test-retest) dalam kaedah ukuran
berturutan yang dijalankan dengan soal selidik yang sama diberi sebanyak dua kali kepada
kumpulan yang sama dalam suatu selang masa, dan nilai kebolehpercayaan diukur melalui
kolerasi Pearson (Noraini Idris, 2010). Ujian kebolehpercayaan yang tinggi akan
menghasilkan keputusan yang hampir sama apabila ujian yang sama ditadbirkan pada masa
yang berlainan (Mohamad Najib, 1999 dan Zubaidah Begam Mohamed Zakaria, 2007).
Menurut Zubaidah Begam Mohamed Zakaria (2007), seseorang individu itu akan mendapat
skor yang sama daripada sesuatu ujian seandainya kebolehan individu itu adalah tekal atau
trait yang hendak diukur itu tidak berubah walaupun diukur berkali-kali dengan instrument
yang sama. Hal tersebut dikatakan instrument yang digunakan adalah boleh dipercayai.

Selain itu, jenis ukuran ketekalan dalaman (internal consistency reliability) ditentukan
dengan menggunakan satu ujian sahaja (Noraini Idris, 2010). Terdapat dua cara untuk

288

menentukan nilai kebolehpercayaan melalui nilai ini, iaitu kebolehpercayaan pemisah separa
dan Kronbach Alpha biasanya digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik
(Jingyun Wang & Takahiko Mendori, 2015) Dalam kajian ini penyelidik menggunakan
beberapa teknik yang dicadangkan oleh Miles dan Huberman (1984), Marohani (1996) dan
Bogdan dan Biklen (2003) bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data yang
dipungut iaitu melalui kajian rintis, berbincang dengan rakan-rakan dan mendapatkan
pengesahan oleh pakar yang terdiri daripada pensyarah di IPG iaitu Dr. Nik Hassan bin
Seman yang pakar dalam isi kandungan, Dr. Shukeri bin Hamzah yang pakar dalam
metodologi serta Puan Nor Laini binti Che Mat yang mempunyai kepakaran dalam bahasa.

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data merupakan perkara yang paling utama dalam sesebuah kajian.
Dalam penyelidikan ini, pengkaji menggunkan kaedah soal selidik berdasarkan tujuan dan
objektif kajian dilaksanakan. Terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi semasa
menjalankan kajian ini. Prosedur dijalankan secara berperingkat supaya proses ini berjalan
dengan lancar dan telus. Soalan soal selidik diperoleh daripada pengkaji yang lalu. Pengkaji
akan meminta kebenaran penulis asal terlebih dahulu sebelum mengedarkan soal selidik
kepada responden. Setelah mendapat kebenaran, pengkaji akan mengedar soalan soal
selidik kepada 100 orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.

Kemudian, pengkaji akan mengumpulkan semula soal selidik yang telah dijawab oleh
responden dan menyemak borang tersebut. Setelah itu, prosedur terakhir yang perlu
dilakukan oleh pengakaji adalah memasukkan data yang telah diperoleh ke dalam komputer
dengan menggunakan perisian Statistic Package for Sosial Science (SPSS) untuk diproses
dan dianalisis.

PROSEDUR PENGANALISISAN DATA

Membuat analisis dan interprestasi data merupakan peringkat yang paling penting
dalam sesuatu aktiviti penyelidikan. Proses menaganalis, meninterprestasi dan membuat
keputusan hanya boleh dilakukan selepasa data dikumpulkan daripada instrument soal
selidik. Data yang dikumpulkan akan mudah dihadkan dengan menggunakan statistik.
Perwakilan data sebagai contoh histogram, garf garisan, carta palang dan sebagainya dapat
membantu. Pentaksiran boleh dilakukan dengan merujuk kepada jadual atau perwakilan data
tersebut. Kemudiaan, kesimpulan akan dibuat berdasarkan pentafsiran.

289


Click to View FlipBook Version