The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Portfolio Latihan Mengajar 2

Nama: Nor Hamizah Syazwani binti Mohd Salleh
No Matrik: DB170166
Institusi: Kolej Vokasional Kluang
Universiti: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Guru Pembimbing: Encik Azmi bin Zulkifli
Penyelia Fakulti: Ts. Dr. Azmanirah binti Ab. Rahman

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hamizah Salleh, 2021-06-24 17:41:19

E-PORTFOLIO LATIHAN MENGAJAR 2 NOR HAMIZAH SYAZWANI

E-Portfolio Latihan Mengajar 2

Nama: Nor Hamizah Syazwani binti Mohd Salleh
No Matrik: DB170166
Institusi: Kolej Vokasional Kluang
Universiti: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Guru Pembimbing: Encik Azmi bin Zulkifli
Penyelia Fakulti: Ts. Dr. Azmanirah binti Ab. Rahman

2.6

2.7 Aksesori elektrik dan pemasangan

Kerja pemasangan dan pendawaian elektrik memerlukan aksesori seperti pemegang lampu, ros
siling, soket keluaran, fius, suis palam, pemutus litar, kotak agihan pengguna, pemutus litar bocor
ke bumi dan lain-lain sebagai melengkapkan satu sistem pendawaian.

Cuba perhatikan disekeliling anda. Tentu anda telah dapat menyenaraikan beberapa aksesori
yang telah dikenal pasti. Aksesori digunakan mengikut kesesuaian dan keperluannya dipadankan
dengan fungsi kegunaannya.Binaan dan kendalian setiap aksesori tertakluk kepada peraturan MS
IEC 60364 dan dalam peraturan ini menekankan kadaran voltan dan arus bagi setiap alat
kelengkapan yang dipasang

Jadual 2.5 : Aksesori Elektrik

Rajah 3.2-Pemegang lampu Pemegang lampu pendaflour dari jenis skru
pendaflour(lamp holder pendaflour pemasangan tekan masuk pemasangan bawah dan
tekan masuk pemasangan tepi.

Lampu Pendaflour memerlukan ‘Starter’ atau disebut
suis pemula tiub pendaflour

Rajah 3.3-Starter - Suis Bara 2 pin berkualiti tinggi
- Kelongsong dibuat dari bahan’polycarbonate’ tahan
hentakan
- Dipasang dengan kapasitor penindasan gangguan
isyarat radio
- Terdapat juga starter jenis denyut elektronik

Rajah 3.4-Pemegang Starter (Starter Pemegang Starter tiub pendaflour boleh didapati
Holder) daripada jenis tekan masuk dan jenis skru.Kedua-
duanya mempunyai punca tamatan kabel jenis tekan

Rajah 3.5- Lampu Pendaflour Lampu pendaflour jenis compact digunakan kerana ia
‘Compact’(PLC lamp) boleh menjimatkan tenaga dengan pencahayaan yang
sama dengan lampu biasa berkadaran tinggi
- Boleh menjimatkan tenaga sehingga 80 %
dibandingkan dengan lampu biasa
- Memberi jangka hayat ketahanan sehingga lapan kali
ganda
- Disahkan dari ujian gangguan electromagnet
- Boleh diganti terus dengan lampu biasa

Merupakan aksesori yang menyediakan bekalan kuasa
dari kotak agihan

Kegunaannya adalah mendapatkan punca bekalan
kuasa dengan menyambungkan kepada alat
kelengkapan elektrik mudah alih seperti televisyen,
seterika, peti sejuk, radio, komputer dan lain-lain

Soket alir keluar

Palam/plug Palam digunakan untuk menyambungkan kelengkapan
Kotak Fius Agihan elektrik dengan soket alir keluar melalui kord atau kabel
boleh lentur.

- Kotak ini adalah tempat untuk pengagihan tenaga
elektrik utama kepada litar-litar kecil akhir ataupun ke
kotak fius agihan sub.
- Ia mengandungi peralatan perlindungan seperti suis
utama,pemutus litar bocor ke bumi (RCCB,RCD) dan
fius

Suis 1 gang) Suis ialah suatu alat mekanikal yang boleh memutus,
Suis 2 gang) membawa dan menyambungkan arus litar secara
Suis 3 gang manual dalam keadaan normal. Terdapat berbagai-
bagai jenis suis kutub tunggal yang digunakan pada
masa ini yang berbeza dari segi bentuk,kawalan dan
sebagainya.Di antaranya adalah seperti berikut

i) Suis Sehala
ii) Suis Dua hala
iii) Suis Perantaraan

Photo cell merupakan sejenis pengesan cahaya. Ia
digunakan untuk menggantikan suis dan bertindak
secara automatik apabila mengesan cahaya

Photo cell

Pepotong

Sebagai pengehad arus yang masuk dalam rumah. Ia
jugabertindak sebagai penyambung dan pemutus
bekalan dari pihak pembekal.

Perangkai Neutral

Digunakan oleh pembekal untuk menyukat jumlah
tenaga yang digunakan oleh pengguna.

Meter Kilowatt Jam

Berfungsi sebagai alat menyukat masa

Timer delay relay

Pemegang lampu Digunakan untuk memegang lampu. Terdapat
pelbagai jenis pemengang lampu untuk lampu yang
berlainan seperti:

• Pemengang lampu jenis pangkal kilas
• Pemengang lampu jenis skru Edison
• Pemengang lampu jenis pin

PVC Base Sebagai kotak untuk menempatkan suis dan soket.
Terdapat dalam pelbagai saiz dab jenis:

• Jenis permukaan
• Jenis terbenam

Berfungsi sebagai pengehad arus dan pelindungan
terhadap arus lebihan dan beban lampau

Suis utama

Sebagai kawalan litar automatik dan semi automatik

Contactor / penyentuh

Merupakan perlindungan kepada motor dari arus lebih
akibat beban lampau

Overload relay

Tapak bagi alatatur kipas dan suis

PVC base regulator fan

2.7 PROSEDUR UNTUK MELUKIS LUKISAN BENTANGAN

2.7.1 Gambarajah Susunatur (Layout Diagram)

Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan penempatan alat lengkap dan peralatan
pemasangan elektrik pada sesuatu premis samada didalam atau diluar bangunan. Umpamanya
lokasi pencahaya, soket alur keluar, kipas siling dan peralatan elektrik yang lain. Gambarajah ini
merupakan plan senibina atau arkitek bagi sesuatu bangunan. Ia dilukis secara lukisan orthografik
dari arah atas (plan) pada skala yang sesuai dengan menggunakan simbol grafik elektrik. Skala
yang biasa digunakan dalam plan susunatur ini ialah 1:100.

Secara umumnya, gambarajah ini dapat menentukan samada pemasangan yang dilakukan
memenuhi kehendak, peraturan, selesa untuk digunakan dan peralatan diletakkan ditempat yang
sesuai. Ia juga dapat membantu kerja-kerja perancangan peralatan di masa hadapan.

Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pendawai elektrik, semua simbol perlulah dilukis
dengan jelas dan betul pada skala yang bersesuaian dengan saiz bilik dan bangunan agar kelihatan
menarik dan tidak mengelirukan. Amnya skala yang lazim digunakan adalah 1/8 atau 1/16.
Disamping itu maklumat yang diberikan mestilah lengkap dan tepat seperti jenis suis, kadaran, jenis
kelengkapan, bilangan litar-kecil-akhir dan sebagainya.

Pelan bentangan terbahagi kepada pelan bentangan domestic dan pelan bentangan industri.

2.7.2 Pelan Bentangan Domestik

Pelan bentangan domestik menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat kelengkapan
serta suis kawalan di dalam bangunan atau rumah kediaman. Susun atur simbol piawai alat tambah
pada pelan lantai adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

Lagenda (simbol) disediakan bersama-sama pelan bentangan bagi menunjukkan simbol piawai alat
kelengkapan dan alat tambah. Rajah 1 menunjukkan contoh pelan domestik berserta lagenda.

Rajah 2.15 : Contoh Pelan Bentangan Domestik
2.7.3 Pelan bentangan industri

Pelan bentangan industri menunjukkan lokasi alat kelengkapan di dalam bangunan yang
besar seperti makmal, kilang dan permis perdagangan. Pendawaiannya memerlukan perlindungan
kerosakan mekanikal yang tinggi dan boleh menampung beban yang besar. Kaedah
pendawaiannya menggunakan conduit atau sesalur logam. Bilangan alat tambah dan kelengkapan
elektrik pada pelan bentangan industri adalah lebih banyak dan dari jenis tugas berat.

2.8 FORMAT LUKISAN BENTANGAN

Mengenali lukisan atau mengetahui kedudukan sebenar blok-blok rumah serta untuk mencapai
tahap lukisan yang baik, mestilah memenuhi syarat-syarat yang ada pada lukisan arkitek. Penerangan
ini menekankan amalan lukisan elektrik, maka itu tidaklah secara terperinci. Walaubagaimanapun
panduan asas perlu diketahui yang mana perkara berikut perlu di ambil perhatian. Seperti gambarajah
1.2.

i) Daun pintu dan pintu hendaklah dilukis dengan jelas arah ia ditutup dan dibuka.

ii) Setiap bilik atau ruang hendaklah dilabelkan dengan jelas.

iii) Tempat basuhan (sink), kolah, air pancut dan yang terlibat penggunaan air atau gas
hendaklah ditunjukkan supaya alat tambah tidak dipasang pada tempat itu.

iv) Setiap tingkap dan pintu hendaklah dilukis, jika perlu.

v) Ukuran dimensinya juga perlu dilukis.

vi) Gunakan simbol arketik yang betul untuk mewakili sesuatu bahagian, misalnya simbol
menunjukkan tangga dan sebagainya,

Untuk melukis semula pelan rumah yang telah diberi, ini boleh dilakukan dengan pemindahan
ukuran. Biasanya lukisan pelan rumah yang sedia ada akan diperbesarkan dua atau tiga kali ganda
lukisan asal seperti rajah 32.

RUMAH “A”
DIPERBESAR 2
KALI GANDA

RUMAH
“A”

Rajah 2.16: Lukisan pelan rumah diperbesarkan
Anjung

Bilik-1

Ruang tamu

Bilik-2 Dapur

Anjung

Rajah 2.17: Contoh lukisan bentangan

2.8.1 LUKISAN BENTARANJGAHA1N.2 Bentuk Lukisan Pelan Rumah
(a) Pengenalan

Perancangan pemasangan yang baik bergantung kepada lukisan ini. Ia menunjukkan kesemua
kelengkapan, alatan atau alatambah yang hendak dipasang. Kesemua alatambah atau
kelengkapan yang hendak dipasang akan ditunjukkan secara bersimbol.

(b) Gaya lukisan

Terdapat berbagai-bagai cara bagaimana lukisan bentangan dipersembahkan. Diantaranya ialah
secara garisan lurus selanjar, garisan putus-putus, garisan lurus yang condong dan garisan
beriak.

Pemilihan penempatan alatambah

Pemilihan penempatan alatambah dan kelengkapan pada lukisan bentangan adalah mustahak. Ia
menjadi panduan bagi pendawai elektrik untuk mengetahui penempatan alatambah atau kelengkapan
yang dikehendaki.
Sebagai pengenalan awal kepada lukisan bentangan, perkara-perkara ini perlu diambil perhatian
sewaktu melukis gambarajah bentangan pemasangan domestik.

(i) Suis hendaklah ditempatkan di tempat yang mudah dicapai, tidak terselindung atau di tempat yang
dilarang oleh peraturan IEE. Berikut ialah beberapa contoh penempatan suis yang dicadangkan.

❖ Suis dipasang dalam bilik di tepi dinding pintu masuk ke bilik itu kecuali bilik mandi. Ia mestilah
dipasang di luar atau menggunakan suis tarik.

❖ Suis 2 hala atau suis perantaraan digunakan di laluan Jalan, kaki lima, tangga dan sebagainya.
❖ Suis jenis tarik boleh digunakan dalam bilik mandi atau bilik rehat.
❖ Seberapa boleh suis-suis yang mengawal lampu atau kipas di bilik yang sama dikumpulkan

bersama bagi menjimatkan pendawaian (pendek), kemas dan kemudahan kawalan.

(ii) Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah lampu kecuali bilik itu besar dan
memerlukan cahaya yang terang atau bilik untuk kegunaan khas. Berikut ialah contoh-contoh
penempatan lampu yang sesuai.

❖ Lampu bilik mandi yang bersebelahan dengan tandas dan berukuran daripada 4 meter persegi
boleh berkongsi sebuah lampu yang dilukiskan di tengah-tengah sempadan kedua-dua bilik.

❖ Lampu dinding mungkin sesuai di bilik rehat, oleh kerana cahaya yang dapat disebarkan
terbatas, bilangan lampu perlulah ditambah lebih daripada satu.

❖ Bagi mendapatkan keseimbangan cahaya yang diterima di sesebuah bilik, biasanya lampu-
lampu itu akan dilukis di tengah –tengah bilik.

iii) Kipas siling dilukiskan ditengah-tengah bilik. Jika lebih daripada satu, ia mestilah di pasang di
tempat yang sesuai agar kelihatan seimbang

(iv) Papan agihan dan alat kawalan pengguna ditempatkan dalam bilik stor atau di tepi dinding pintu
masuk rumah.

(v) Soket alur keluar tidak boleh dipasang dalam bilik mandi atau di paras kurang daripada 300mm
dari paras lantai kecuali jenis khas.

Menulis nombor litar kecil akhir

Setelah kesemua kelengkapan, alat dan alatambah siap dilukis, berikan nombor
bilangan litar akhirnya (L.A). Nombor ini bertujuan untuk memudahkan pembaca dan
pendawai memasangkan litarnya. Bilangan litar akhir ini hendaklah dikirakan untuk
ditetapkan nombor bilangan L.A.

Sebagai panduan di bawah ini telah disiapkan bilangan yang boleh ditampung oleh
sesuatu litar akhir.

Peranti perlindungan
Bil Beban yang ditanggung

Lebihan Arus
1 6A 10 Bil. Lampu termasuk kipas siling
2 10A 2 bil. Soket alir keluar 5A

1 soket alur keluar 15A atau 1 soket alur keluar
3 16A

13 Amps
4 20A Soket alur keluar 13A
5 32A Soket alur keluar jenis litar gelang

Tempat Bilik tidur Bilik
letak kereta Ruang air
\
Ruang air
makan
Unit Bilik tidur
penggunaD/E store
1 bertebat
penuh st

Papan Ruang reohreast t
meter ore
Kwh TNB

serambi

Rajah 2.19 : Lukisan Bentangan Mengandungi Poin-poin beban

SOALAN/QUESTION :

1. Merujuk kepada pelan susunatur bangunan setingkat Bengkel Percetakan, lukiskan pelan
susunatur elektrik untuk bangunan tersebut mengikut permintaan yang telah disenaraikan di
dalam rajah di bawah untuk rujukan. Setiap litar pendawaian elektrik haruslah mempunyai
pembahagian beban yang seimbang

BIL TEMPAT JENIS KEPERLUAN KUANTITI

2 x 36W Lampu Pendaflour (lengkap 12
dengan rod gantung)

Kipas siling (lengkap dengan rod 6
BENGKEL 5
1 gantung)
PERCETAKAN

Kipas pelawas

1 x 13A soket alir keluar 20
1 x 30A pengasing 20

BILIK 2 x 36W Lampu Pendaflour (lekapan 6
2 siling)
32A Pengasing untuk pendingin 1
PENGAJAR 1 x 13A soket alir keluar 4
Kipas siling 3

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.

2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of
Buildings - MS IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia

3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan Elektrik,
Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd

4. Giesecke, F. E. et. Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall

5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations, Sixteenth
Edition) Institution of Electrical Engineers

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL
PENDIDIKAN VOKASIONAL
MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 3

KOD DAN NAMA EE-320-3:2012
PROGRAM / PROGRAM’S THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE

CODE & NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 3

NO DAN TAJUK UNIT EE-320-3:2012-C 01 THREE PHASE DRAWING
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PERNYATAAN 1. Identify three phase drawing specifications and requirement
AKTIVITI KERJA / WORK 2. Carry out layout drawing equipment and materials
ACTIVITIES NO. AND 3. Carry out three line / schematic diagram drawing
STATEMENT 4. Carry out three phase wiring drawing
5. Inspect three phase drawing

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C01/P(3/5) Muka Surat / Page : 1
Drp / of : 21

TAJUK / TITLE : MELUKIS LUKISAN TIGA GARISAN / RAJAH SKEMATIK

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar berkaitan
tentang lukisan skema adalah sangat mustahak sebelum kerja-kerja pemasangan di buat supaya
kedudukan alat-alat yang di pasang dapat ditentukan dan memudahkan kerja pendawaian.

3.1 KEPERLUAN DAN SPESIFIKASI LUKISAN SKEMATIK

Lukisan skema pemasangan domestik dilukis bagi menunjukkan pengagihan tenaga elektrik
dari punca bekalan tenaga elektrik hingga ke litar akhir pengguna (kotak fius agihan).
Pengagihan ini akan ditunjukkan dengan satu garisan. Oleh kerana itu lukisan ini juga dikenali
sebagai rajah satu garisan.

3.1.1 Lukisan Skematik

Lukisan skematik dapat memberi maklumat berkaitan bekalan serta kadaran arus yang
diperlukan dipemasangan itu.Pihak berkuasaakan dapat menentukan kadaran arus bagi alat-
alat kawalan utama, saiz dan jenis kabel yang hendak digunakan dan bilangan litar akhir yang
diperlukan. Para pendawai, perancang atau pemasang pendawaian pula menjadikan rajah
skema itu sebagai panduan untuk menentukan jenis pendawaian yang hendak digunakan dan
beban yang dipasang pada setiap litar akhir disamping mematuhi kehendak alat-alat kawalan
utama yang perlu disediakan. Dalam kerja pemasangan elektrik, rajah ini amat diperlukan
selepas rajah pelan tata letak (lay out plan)

3.1.2 Definisi Lukisan Skematik Tiga Fasa.

Lukisan skematik adalah satu garisan yang menunjukkan pengalir, kabel atau dawai. Biasanya
garisan ini menyambungkan beberapa kompenan elektrik atau alat pelindungan yang digambarkan
melalui simbol piawai elektrik. Lukisan skematik adalah lukisan yang menunjukkan susunatur alatan
perlindungan elektrik dari litar pembekal ke litar pengguna berserta maklumat pembahagian beban
didalam sesuatu fasa.

3.1.3 Ciri-Ciri Lukisan Skematik Tiga Fasa

i. Gambarajah skematik 3 fasa terbahagi kepada dua jenis iaitu :
a) Skematik busbar gabungan
b) Skematik busbar berasingan

ii. Perbezaan bagi kedua-dua jenis gambarajah skematik ini ialah dari segi susunan litar
kecil akhir.

iii. Perbezaan juga boleh dilihat pada susunan MCB di KFA 3 fasa.
iv. Pada gambarajah skematik 3 fasa, agihan litar kecil akhir (MCB) perlu seimbang bagi

setiap fasa Merah, Kuning dan Biru.
v. Gambarajah skematik 3 fasa gabungan :

4 x 16mm2 PVC / PVC 1.5mm2 PVC /PVC
2.5mm2 PVC /PVC
4mm2 PVC /PVC
R1
Y1

B1

R2

Y2

KWJ 3 B2

R3
Fius Perkhidmatan dan Perangkai Meter KWJ 3Φ Suis Utama ELCB Y3
Neutral 30A / 415V 30A / 415V 40A / 300mA / 415V B3
60A / 415V 60A / 415V 60A / 300mA / 415V
30A / 415V
60A / 415V

KFA 3 Fasa 3 Hala

Rajah 3.1 : Gambarajah skematik 3 fasa berasingan :

4 x 16mm2 PVC / PVC 1.5mm2 PVC /PVC
2.5mm2 PVC /PVC
4mm2 PVC /PVC

R1

R2

R3
R4

R5

KWJ 3 Y1
3Φ Y2
Y3
Fius Perkhidmatan dan Perangkai Meter KWJ 3Φ Suis Utama ELCB
Neutral 30A / 415V 30A / 415V 40A / 300mA / 415V Y4
60A / 415V 60A / 415V 60A / 300mA / 415V Y5
30A / 415V
60A / 415V B1
B2
B3
B4
B5

KFA 3 Fasa 5 Hala

Rajah 3.2: Gambarajah skematik 3 fasa KFA tambahan (SUB DB) :

KFA 3 Fasa 3 Hala 1.5mm2 PVC /PVC
2.5mm2 PVC /PVC
4 x 16mm2 PVC / PVC 4mm2 PVC /PVC
R1
KWJ 3 ELCB Y1
3Φ 40A / 300mA / 415V B1
Suis Utama 60A / 300mA / 415V R2
30A / 415V Y2
60A / 415V KFA 3 Fasa 3 Hala
B2
Fius Perkhidmatan dan Perangkai Meter KWJ 3Φ
Neutral 30A / 415V R3
60A / 415V Y3
30A / 415V B3
60A / 415V
R1
ELCB Y1
40A / 300mA / 415V B1
60A / 300mA / 415V R2
Y2

B2

R3
Y3
B3

Rajah 3 Gambarajah pendawaian busbar gabungan

3.1.4 Peraturan Pemasangan Elektrik Domestik

Sebelum menyediakan lukisan elektrik domestik, peraturan pemasangan
elektrik domestik perlu diketahui dan difahami terlebih dahulu supaya lukisan
yang dihasilkan memenuhi syarat dan piawaian yang telah ditetapkan.
Peraturan pemasangan elektrik domestik boleh dirujuk daripada buku
peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga dan Jabatan Kerja
Raya.

3.1.5 Keperluan asas bagi litar akhir

Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan tenaga
elektrik terus kepada alat-alat yang memerlukan arus elektrik.

i. Tujuan kegunaan litar akhir adalah:

ii. Untuk mencegah bahaya ketika kerosakan dengan mempastikan arus
kerosakan tidak lebih daripada keperluan untuke mengendalikan sistem
pelindung.

iii. Untuk membolehkan sebahagian pemasangan dimatikan bagi tujuan
penyenggaraan atau untuk ujian tanpa melibatkan litar yang lain

iv. Untuk mencegah kerosakan ke atas satu litar akibat kehilangan
pemasangan lengkap

3.1.6 Susunan litar piawai

i. Litar akhir yang menggunakan soket alur keluar (SSO) jenis BS 1363 A
ii. Litar akhir yang menggunakan SSO jenis BS 196 A
iii. Litar akhir jejari yang menggunakan SAK jenis BS 4343
iv. Litar akhir pemasak dalam rumah kediaman
v. Litar akhir selain dari di atas

3.1.7 Peraturan IEE bagi litar akhir (keperluan umum)

i. Bagi suatu pemasangan yang mempunyai lebih daripada satu litar akhir,
setiap litar akhir itu hendaklah disambung kepad fius atau pemutus litar
yang berasingan.

ii. Pendawaian bagi setiap litar akhir hendaklah diasingkan secara elektrik
daripada litar akhir yang lain.

iii. Kapasiti membawa arus kabel yang digunakan disetiap litar akhir mestilah
tidak kurang daripada kadar arus nominal alat perlindungan litar kecuali
litar akhir gelang.

3.2 SPESIFIKASI ALAT DAN KABEL

Berikut adaah spesifikasi alat dan kabel yang digunakan didalam lukisan tiga fasa.

i. Suis Utama- berfungsi sebagai pengasing/ pensuisan litar dan
perlindungan arus lebihan.

ii. Pemutus Litar Arus Baki - berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus
bumi dan pengasing litar.

iii. Alat perlindungan lebihan arus - ialah sebarang alat yang boleh memutuskan litar
bekalan dengan sendiri(automatik) apabila berlaku arus lebih yang melebihi kuantiti yang
dihadkan bagi litar itu.

iv. Pemotong Dan Perangkai Neutral- berfungsi sebagai perlindungan arus
lebihan dan menghadkan arus pengguna.

v. Meter Kilowatt-Jam- berfungsi sebagai mengukur jumlah tenaga yang
digunakan bagi menetapkan kadar bayaran tarif.

vi. Litar Akhir- berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus
lebihan. Satu litar simpanan bagi setiap fasa hendaklah disediakan bagi
menampung keperluan masa hadapan.

vii. SOKET –
a) Litar jejari - Soket alir keluar 13A (soket plug) di dalam bilik disambung pada litar
jejari. Jumlah maksimum soket plug yang dibenarkan pada satu litar jejari adalah 6 unit.
Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada
MCB bersaiz 16A.
b) Litar gelang - Litar gelang adalah di mana pangkal dan hujung wayarnya
disambung pada MCB yang sama. Soket alir keluar 13A di luar bilik (seperti ruang tamu
dan dapur) biasanya disambung pada litar gelang. Jumlah maksimum soket plug yang
dibenarkan pada satu litar gelang adalah 10 unit. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah
2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A.

3.3 KAEDAH PENYAMBUNGAN LITAR

Pemilihan penempatan aksesori dan kelengkapan pada lukisan bentangan adalah mustahak. Ia
menjadi panduan bagi pendawai elektrik untuk mengetahui penempatan aksesori atau
kelengkapan yang dikehendaki. Sebagai pengenalan awal kepada lukisan bentangan, perkara-
perkara berikut perlu diberi perhatian:
(i) Suis hendaklah dipasang pada tempat yang mudah dicapai, tidak terlindung atau di tempat

yang dilarang oleh peraturan MS IEC 6034. Berikut ialah beberapa contoh penempatan suis
yang dicadangkan:

a) Suis dipasang dalam bilik di tepi dinding pintu masuk ke bilik itu kecuali bilik mandi. Ia
mestilah dipasang di luar atau menggunakan suis tarik.

b) Suis 2 hala atau suis perantaraan digunakan di laluan jalan, kaki lima, tangga dan
sebagainya.

c) Suis jenis tarik boleh digunakan dalam bilik mandi atau bilik rehat.

d) Seberapa boleh suis-suis yang mengawal lampu atau kipas di bilik yang sama
dikumpulkan bersama bagi menjimatkan pendawaian (pendek), kemas dan
memudahkan kawalan.

(ii) Setiap bilik mestilah mempunyai sekurang-kurangnya sebuah lampu kecuali bilik itu besar dan
memerlukan cahaya yang terang atau bilik untuk kegunaan khas. Berikut ialah contoh-contoh
penempatan lampu yang sesuai.
• Lampu bilik mandi yang bersebelahan dengan tandas dan berukuran daripada 4 meter
persegi boleh berkongsi sebuah lampu yang dilukiskan di tengah-tengah sempadan
kedua-dua bilik.
• Lampu dinding mungkin sesuai di bilik rehat. Oleh kerana cahaya yang dapat
disebarkannya terbatas, maka bilangan lampu perlulah ditambah lebih daripada satu.
• Bagi mendapatkan keseimbangan cahaya yang diterima di sesebuah bilik, biasanya
lampu-lampu itu akan dilukis di tengah-tengah bilik.

(iii). Kipas siling dilukiskan ditengah-tengah bilik. Jika lebih daripada satu, mestilahdipasang di
tempat yang sesuai agar kelihatan seimbang
(iv) Papan agihan dan alat kawalan pengguna ditempatkan dalam bilik stor atau ditepi dinding
bahagian dalam pintu masuk rumah.
(v) Soket alur keluar tidak boleh dipasang dalam bilik mandi atau di paras kurang daripada
300mm dari paras lantai kecuali jenis khas.

3.3.1 Menulis nombor litar kecil akhir

Setelah kesemua kelengkapan dan aksesori siap dilukis, nombor bilangan litarakhirnya
hendaklah ditulis bersebelahan simbol pada pelan bentangan. Nombor ini bertujuan untuk
memudahkan pembaca dan pendawai memasangkan litarnya. Bilangan litar akhir ini hendaklah
dikirakan untuk ditetapkan nombor bilangan litar akhir.

Jadual 1 di bawah adalah panduan untuk menetapkan bilangan beban yang boleh ditampung
oleh sesuatu litar akhir.Kadaran saiz alat perlindungan dan keupayaanya menanggung beban
maksima

Kadaran Peranti perlindungan Beban yang ditanggung
Bil
10 bilangan lampu +kipas (tidak melebihi 1000 w)
Lebihan Arus 1 soket alur keluar 15A
1 6A
2 16A

3 16A 2 soket alur keluar 13 A disambung secara litar jejari
4 20A 1 unit pemanas air
5 32A Soket alur keluar 13 A disambung secara litar gelang
Jadual 1 : Kadaran peranti perlindungan lebihan arus

3.4 JENIS LUKISAN TIGA FASA

3.4.1 Lukisan pelan bentangan elektrik
Lukisan pemasangan elektrik bagi rumah kediaman dimulakan dengan mendapatkan lukisan
pelan premis tersebut. Kebiasaannya lukisan tersebut diperolehi daripada arkitek atau pemaju.
Butiran yang perlu diperolehi daripada lukisan tersebut adalah ukuran setiap ruang bangunan,
tinggi bangunan dan jadual pemasangan alat tambah dan alat kelengkapan elektrik.

Daripada maklumat yang diperolehi, pelukis perlu meletakkan simbol alat tambah dan
kelengkapan elektrik ke dalam pelan bentangan berdasarkan peraturan pemasangan elektrik
domestik, dan menggunakan simbol piawai. Pelukis juga perlu menunjukkan cadangan laluan
kabel dari alat pengawal seperti suis ke alat tambah seperti lampu dan kipas. Label pada setiap
alat tambah boleh diletakkan jika perlu. Akhir sekali, satu lagenda hendaklah diletakkan pada
penjuru kanan lukisan. Lagenda ini digunakan untuk menerangkan tentang simbol dan nama
simbol berkenaan.

Pelan ini lazimnya disertakan dengan saiz atau ukuran terperinci bagi setiap bahagian bangunan.
Berpandukan kepada pelan bangunan inilah seseorang pendawai akan membuat pelan
pemasangan iaitu dengan menempatkan simbol-simbol pemasangan pada ruang yang diperlukan
oleh pelanggan. Daripada pelan pemasangan ini, pendawai akan dapat membuat angggaran
taksiran kos pendawaian, kerana pada pelan ini terdapatnya petunjuk bilangan lampu, aksesori
dan panjang kabel yang diperlukan.

Rajah 4 : Lukisan bentangan

3.5 SIMBOL ELEKTRIK DALAM LUKISAN
Jadual 2 menunjukkan nama dan simbol yang digunakan didalam lukisan elektrik tiga fasa.

NAMA SIMBOL NAMA SIMBOL
LAMPU
ALAT HAWA
DINGIN

KIPAS SILING LAMPU
KECEMASAN
ALATUR KIPAS
LAMPU
PERANGKAI PENUNJUK
NEUTRAL
PAPAN FIUS
KAWALAN AGIHAN 12 HALA
UTAMA 3 FASA

POIN LAMPU PAPAN FIUS
TUNGSTEN AGIHAN
TUMPU 4 HALA

POIN LAMPU PEMUTUS LITAR
TUNGSTEN MINIATUR (MCB)
DINDING
PEMUTUS LITAR
POIN LAMPU ARUS BAKI
TUNGSTEN
LIMPAH METER
KILOWATT
POIN LAMPU JAM
TUNGSTEN
GLOB LITAR GELANG

SUIS UTAMA LOCENG

NAMA SIMBOL NAMA SIMBOL
KIPAS EKZOZ
PEMBAZ
(BUZZER)

POIN LAMPU SUIS SATU HALA
PENDARFLUOR SATU KUTUB

POIN LAMPU SUIS DUA HALA
PENDARFLUOR SATU KUTUB
DENGAN ROD
GANTUNG SUIS
PERANTARAAN
POIN LAMPU
PENDARFLUOR SUIS DENGAN
KEMBAR PEMALAP

POIN LAMPU SUIS TARIK
PENDARFLUOR
DINDING SUIS DUA KUTUB

SOKET ALUR SUIS TIGA KUTUB
KELUAR
JAM ELEKTRIK
SOKET ALUR
KELUAR SOKET ALUR
BERSUIS KELUAR
DENGAN
SOKET ALUR LAMPU
KELUAR PENUNJUK
BEREGU SUIS TIGA KUTUB
BERANGKAI
SOKET ALUR
KELUAR 15A

SOKET ALUR
KELUAR 13A

SUIS DUA KUTUB
BERANGKAI

SUIS FIUS FIUS SUIS
3 FASA 3 FASA

3.5.1 Simbol Grafik
Simbol grafik ialah simbol yang berupa huruf, tanda, lambang atau tulisan. Simbol digunakan bagi
menerangkan sesuatu dokumen , data atau konsep. Sering dijumpai di kebanyakan gambarajah.

Jadual 3 : Simbol dan penerangan

Simbol Penerangan Simbol Penerangan

A Ampere PFA/ Peti fius agihan
B Biru, bumi KFA (DB) Kotak fius agihan
B/L Beban lebih PK Pengalir kuprum
C Pemuat (capacitor) PL Pemutus litar
CF Fius pemotong PLAB (ELCB) Pemutus litar arus baki
CR Geganti kawalan PLM (MCB) Pemutus litar miniatur
D Diod PSM Pusingan seminit
DKN Dua kutub dan neutral PSSU Papan suis subutama
F Fius PSU Papan suis utama
FK Faktor kuasa PVK Polivanil klorida
F/S Fius suis R Perintang
I/P Masukan RL Gaganti
K Kuning, katod S Suis
KK Kuasa kuda S/F Suis fius
KPT Keupayaan pemutus tinggi S/K Soket
KWJ Kilowatt-jam SKN Satu kutub dan neutral
LB Lazim buka S/U Suis utama
LT Lazim tutup T Pengubah (transfomer)
M Merah TDR Geganti lengah masa
N neutral TKN Tiga kutub dan neutral
TPT Terus pada talian TR Transistor
V volt VR Perintang boleh ubah
W watt 1Ø 1 fasa
3Ø 3 fasa

3.6 PROSEDUR MELUKIS LUKISAN SKEMATIK

Keterangan lanjut seperti kadaran arus, voltan dan jenis komponen perlulah dicatatkan pada
simbol-simbol berkenaan.Jangan mencampur adukkan simbol-simbol daripada piawaian lain
dalam rajah ini kecuali jika tidak dapat pilihan lain. Hal ini hendaklah diberi keterangan melalui
nota tersebut.

Fius piawaian
Amerika

Suis KWJ 5A
Utama 1
Piawaian
Amerika 5A
2

10A
3

20A
4

Fius piawaian Fius B.S
British (simbol baru) (simbol lama)

Rajah 5 : Contoh simbol piawai Amerika dan British

Arah lukisan ini mestilah bermula dari atas ke bawah (Rajah 5 a) atau dari kiri ke kanan (rajah 5 b)
sesuai dengan cara pembacaan biasa. Arah ini mengikut piawaian British atau arah biasa bekalan
masuk (rajah 5a dan 5b). Piawaian lain mungkin berbeza arah pembacaannya.

KWJ betul KWJ salah bertentangan
dengan arah pembacaan
biasa

Rajah 5 b

Rajah 5 a

KWJ

KWJ

Sesuai untuk bekalan dari Sesuai untuk bekalan dari
dalam tanah / bawah talian tanah
tanah

Rajah 6 : Simbol meter dan perangkai neutral.

Papan fius agihan yang dilukis mestilah memuatkan kesemua fius atau pemutus litar yang
akan digunakan walaupun hanya untuk simpanan. Ini termasuklah kadarannya, litar akhir
yang keluar dari setiap fius atau pemutus litar itu mestilah diberikan nombor untuk rujukan
pembaca termasuk litar akhir simpanan (lihat rajah 7)

Rajah 7 : Contoh Rajah Skematik pengguna

Rajah 8 : Contoh lengkap rajah skematik pengguna

Sebelum kerja-kerja melukis rajah skema dimulakan, perkara-perkara yang berikut hendaklah
dipastikan terlebih dahulu. Bilangan litar akhir dapat ditentukan dengan memperhatikan nombor

pada setiap beban termasuk soket alur keluar dan lain-lain komponen yang terdapat pada pelan
tata letak itu.Jika nombor yang paling akhir pada beban itu ialah 6.Ini bererti bilangan litar akhir
bagi pemasangan itu 6 buah tidak termasuk simpanan. Litar akhir simpanan biasanya tidak
melebihi separuh jumlah litar akhir.

Kadaran arus bagi setiap peranti pelindung arus lebih litar akhir, dapat ditentukan berdasarkan
beban yang dipasang pada litar itu.Untuk mendapatkan kadaran yang tepat, satu pengiraan khas
perlu dilakukan. Sebagai latihan asas kepada pelatih untuk melukis rajah skema, judul yang
berikut bolehlah dijadikan panduan penentuan kadaran arus bagi peranti pelindung arus lebih itu.
Jadual ini sebenarnya ialah rumusan pengiraan penentuan kadaran arus peranti pelindung.

Jadual 4 : Kadaran Arus MCB

Beban Bilangan Beban Kadaran Arus peranti Pelindung
(MCB) dan saiz kabel
Lampu/ kipas 10
Soket Alur Keluar 13 amp 2 6 amp (kabel 1.5 mm² pvc)
Soket Alur Keluar 13 amp Tidak terhad 16 amp (kabel 2.5 mm² pvc)
Pemasak 1 30 amp (kabel 4.0 mm² pvc)
Pemanas 1 30 amp (kabel 4.0 mm² pvc)
Soket Alur Keluar 13 amp Tidak terhad 30 amp(kabel 4.0 mm² pvc)
(gelang) 30 amp (kabel 2x2.5 mm² pvc)

Bagi litar akhir simpanan, kadaran arus peranti pelindungnya berdasarkan kadar pertengahan di
antara nilai-nilai kadaran peranti pelindung yang terdapat di pemasangan itu. Misalnya satu
pemasangan mempunyai kadaran arus peranti pelindung 6 amp, 10 amp, 16 amp, 20 amp dan
30 amp, jadi kadaran arus peranti pelindung simpanan adalah di antara 6 amp hingga 30 amp.
Biasanya kadar pertengahan yang diambil, iaitu sama ada 10 amp atau 20 amp.

3.6.1 Saiz kabel yang digunakan

Kabel yang hendak digunakan bergantung kepada jenis beban yang dipasang dan
jenis pendawaian yang hendak digunakan.Satu pengiraan khas perlu dilakukan bagi
mendapatkan saiz kabel yang tepat.Hal ini ada dibincangkan dengan terperinci dalam buku
peraturan pemasangan atau buku-buku pemasangan elektrik.Bagi memudahkan kerja

melukis dan sebagai panduan awal tanpa pengiraan khas, jadual di bawah bolehlah
digunakan untuk kerja-kerja melukis rajah skematik.

Jadual 5 : Saiz kabel

Saiz kabel Jenis Kabel Beban
1.25 mm² pvc/ 1.5 mm² pvc PVC Lampu- 6 amp
2.5 mm² pvc PVC Soket Alur Keluar 13 amp

4 mm² pvc PVC Pemasak/pemanas dan
6/10 mm² pvc PVC Penghawa Dingin
Bekalan Utama bagi jumlah
16 mm² pvc /25 mm² pvc PVC permintaan arus tidak melebihi
30 amp
Bekalan Utama bagi jumlah
permintaan arus tidak melebihi
60 amp

Teknik melukis lukisan skematik ini adalah dengan melukis litar akhir terlebih dahulu dan
kemudian diikuti oleh litar kawalan menggunakan simbol yang tepat. Akhir sekali, semua
maklumat tentang pepasangan seperti saiz kabel, kadar arus alat pelindung dan lain-lain
dimasukkan ke dalam lukisan.

Lukisan ini digunakan secara terperinci dalam maklumat pemasangan dan pendawaian seperti:
i. Kadar kendalian arus dan voltan peranti kawalan dan pelindung.
ii. Susun atur pemasangan alat kawalan.
iii. Bilangan litar akhir yang digunakan dan beban yang dikawal.

iv. Saiz dan jenis kabel yang digunakan.
3.6 FORMAT LUKISAN ELEKTRIK

3.6.1 Gambarajah skema berpandukan gambarajah pendawaian

Melukis gambarajah skema tidaklah sesukar melukis gambarajah skema yang berpandukan
gambarajah plan bentangan. Ini kerana hampir kesemua maklumat yang diperlukan oleh
gambarajah skema ada ditunjukkan oleh gambarajah pendawaian.
Walaupun begitu sebagai panduan dan kemudahan kerja melukis, perkara-perkara atau
maklumat penting yang diperlukan dalam gambarajah skema perlulah dicatatkan.

i. Bilangan litar kecil akhir termasuk simpanan
ii. Kadaran arus pelindungan arus lebih di papan agihan
iii. Saiz dan jenis kabel
iv. Sistem pendawaian yang digunakan
v. Kadaran arus atau jenis alat-alat kawalan pengguna
vi. Jenis takrif dan pengguna kuasa

3.6.2 Melukis gambarajah skema berpandukan data

Dalam data perincian yang diberikan itu perlulah di hurai dan di buat pembahagian untuk
memudahkan melukis gambarajah skema, di samping memudahkan untuk menyemak iaitu :-

i. Bilangan litar kecil akhir termasuk simpanan
ii. Kadaran arus pelindungan arus lebih di papan agihan
iii. Saiz dan jenis kabel
iv. Sistem pendawaian yang digunakan
v. Kadaran arus atau jenis alat-alat kawalan pengguna
vi. Jenis takrif dan pengguna kuasa

3.6.3 Maklumat penting

Kesemua maklumat yang penting perlu di catat pada gambarajah skema ini termasuk nama
peranti, saiz dan bilangannya, kadaran arus peranti, jenis pendawaian, jenis bekalan, jenis takrif
pengguna.Untuk menjelaskan maksudnya, huruf-huruf singkatan boleh digunakan. Ini bertujuan
untuk meringkaskan penulisan dan menjimatkan ruang supaya lukisan akan kelihatan kemas. Di
antara huruf singkatan biasa digunakan ialah :-

a. P. F. A ………. Papan fius agihan
b. P.A ………. Papan agihan
c. SKN ………. Satu kutub & neutral
d. TKN ……….. tiga kutub & neutral
e. PVK ……….. polivinial klorida

SOALAN:

1. Berapakah bilangan maksima lampu/kipas yang boleh dipasang pada satu litar akhir?
2. Berapakah bilangan Soket Alir Keluar yang boleh dipasang pada kawasan yang tidak melebihi

100mm² kabel 2,5mm² pvc , 32A litar gelang ?
3. Berikan 5 jenis-jenis pendawaian yang anda tahu ?
4. Senaraikan 4 Alat-alat kawalan pada Litar Skematik yang anda tahu ?
5. Berikan 5 data penting untuk melukis Litar Skematik ?
6. Berikan nama penuh bagi singkatan berikut ?

a. P. F. A
b. P.A
c. SKN
d. TKN
e. PVK
7. Sebuah rumah memerlukan beban-beban yang berikut. Lukisakan gambarajah skema bagi
pemasangan tersebut.
a. 15 lampu tungsten (T)
b. 4 soket alur keluar
c. 5 kipas siling
d. 1 loceng elektrik

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik
1994, Pindaan sehingga 2005. MIDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.

2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of
Buildings – Ms IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia.

3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan Elektrik,
Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd.

4. Giesecke, F. E. Et Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall.
5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations, Sixteenth

Edition) Institution of Electrical Engineers.

6. Lukisan Elektrik dan Elektronik – Abdul Samad Hanif

7. TEKNOLOGI ELEKTRIK (Untuk Sekolah Menengah Vokasional) Oleh; Abd. Samad Bin Haji

Hanif Mohd. Nazi Bin Haji Mustafa Editor : Amirudin Bin Abdullah Pustaka Sistem Pelajaran Sdn.

Bhd. ISBN 967-902-285-4

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL
PENDIDIKAN VOKASIONAL
MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 4

KOD DAN NAMA EE-320-3:2012
PROGRAM / PROGRAM’S THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE

CODE & NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 3

NO DAN TAJUK UNIT EE-320-3:2012-C 01 THREE PHASE DRAWING
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PERNYATAAN 1. Identify three phase drawing specifications and requirement
AKTIVITI KERJA / WORK 2. Carry out layout drawing equipment and materials
ACTIVITIES NO. AND 3. Carry out three line / schematic diagram drawing
STATEMENT 4. Carry out three phase wiring drawing
5. Inspect three phase drawing

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C01/P(4/5) Muka Surat / Page : 1
Drp / of : 14

TAJUK / TITLE : MELUKIS LUKISAN TIGA FASA

TUJUAN / PURPOSE:
Lukisan pendawaian bermaksud lukisan yang menunjukkan bentuk laluan dan sambungan sesuatu
litar pada kedudukan dan pendawaian sebenar yang melibatkan komponen, alat tambah dan unit-unit
tertentu.

4.1 JENIS AKSESORI PENDAWAIAN
4.1.1 Aksesori Kawalan Pembekal
Aksesori kawalan pembekal adalah termasuk di dalam litar jujukan utama. Ianya bermula dari fius
perkhidmatan perangkai neutral dan meter kwj. Aksesori ini adalah hak milik pembekal tenaga
elektrik (TNB). Pengguna tidak boleh melakukan sebarang, percubaan, tentukan dan
penyambungan luar.
4.1.2 Aksesori Kawalan Pengguna
Ianya bermula selepas meter KWj dan terus ke aksesori berikut:

i. Pengasing
ii. Suis fius atau MCCB/NFB
iii. Pemutus Litar Bocor ke bumi
iv. kendalian arus baki
v. Kotak Agihan
vi. fius aksesori
vii. pemutus litar miniature
4.2 Sambungan pendawaian tiga fasa mengikut terma dan syarat

Rajah 4.1: Sambungan pendawaian DB 3 fasa.
4.3 ALAT PERLINDUNGAN PENDAWAIAN TIGA FASA

4.3.1 Jenis-jenis Alat Perlindungan

Setiap pemasangan pengguna mestilah dilindungi dari arus lebihan (litar pintas dan beban lampau)
dan kebocoran arus ke bumi bagi mengelakkan terkena kejutan elektrik, kebakaran dan sebarang
bahaya yang mungkin terjadi.

Setiap alat kawalan dalam pemasangan mestilah yang mudah digunakan dan mudah
dicapai oleh pengguna bagi tujuan :

i. Pengasingan dan penyuisan
ii. Perlindungan arus lebih
iii. Perlindungan kebocoran ke bumi

I. Suis utama (suis fius)

Satu unit yang mengandungi pengasing dengan fius yang boleh ditarik keluar. Ia hampir menyerupai
fius suis tetapi mempunyai perbezaan yang berikut :-

i. Fius yang digunakan ialah ialah dari jenis tanpa tag dan tidak perlu skru dan nut
(fius katrij) berbanding fius suis menggunakan fius jenis HRC.

ii. Fius berkadaran 63A kebawah.
iii. Ia tidak terpisah dari palang bus apabila di OFFkan.

Ia digunakan untuk pemasangan 1 fasa (SP dan SPN ) dan 3 fasa ( TP dan TPN ).

Simbol suis fius:

Rajah 4.2 : Simbol fius
II. Pemutus litar bocor kebumi (ELCB, RCCB, RCD)

ELCB digunakan sebagai perlindungan kebocoran arus kebumi dan pengasing litar. Ia berfungsi
menggunakan prinsip medan magnet seimbang dimana arus yang masuk (hidup) sama dengan
arus yang keluar (neutral). Mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi . Dapat dikendalikan

secara automatik atau manual. Ia perlu dipasang apabila rintangan bumi sesuatu kawasan itu
tinggi. Setiap ELCB biasanya mempunyai catitan kadaran – kadaran seperti :-

i. Voltan kadaran
ii. Arus kepekaan
iii. Arus kepekaan
ELCB tidak boleh digunakan dalam sistem pemasangan TNC kerana tiada laluan berasingan
bagi neutral dan arus bocor kebumi (tiada perbezaan antara arus fasa dan neutral).
Simbol pemutus litar bocor kebumi :-

Rajah 4.3 : Simbol pemutus litar bocor ke bumi
III. Pemutus litar kecil (MCB)

Satu alat perlindungan arus lebihan yang mempunyai kadar kapasiti pemutusan yang tinggi.
Ia dapat dikendalikan secara automatik atau manual. Ia mestilah dibuat dan direka menurut
BS 3871.
Jenis – jenis kendalian pemutus litar

a. Magnetik
b. Thermal
c. Hidraulik

Rajah 4.4 : Pemutus litar kecil

4.4 SUSUNATUR SISTEM PEMBUMIAN
4.4.3 Penyusunan Pembumian Menggunakan TT Sistem
i. Huruf pertama menunjukkan susunan sistem pembumian dari pihak bekalan.
ii. Huruf kedua menunjukkan penyusunan pembumian dalam pemasangan pengguna.
T - pertama : Menunjukkan sistem bekalan ini menyediakan bumisendiri.
T- kedua: Menunjukkan semua bingkai logam alat elektrik dan lain lain disambung terus kebumi.
Penyusunan pembumian menggunakan TT sistem adalah seperti berikut:

Rajah 4.5: Pemasangan elektrod bumi

Rajah 4.6 : Pemasangan elektrod bumi

4.5 JADUALSAIZ KABEL

Kabel yang hendak digunakan bergantung kepada jenis beban yang dipasang dan jenis
pendawaian yang hendak digunakan. Satu pengiraan khas perlu dilakukan bagi mendapatkan saiz
kabel yang tepat.Hal ini ada dibincangkan dengan terperinci dalam buku peraturan pemasangan
atau buku-buku pemasangan elektrik.Bagi memudahkan kerja melukis dan sebagai panduan awal
tanpa pengiraan khas, jadual di bawah bolehlah digunakan untuk kerja-kerja melukis rajah skematik.

Jadual 1 : Saiz kabel

Saiz kabel Jenis Kabel Beban

1.25 mm² pvc/ 1.5 mm² pvc PVC Lampu- 6 amp

2.5 mm² pvc PVC Soket Alur Keluar 13 amp

4 mm² pvc PVC Pemasak/pemanas dan

Penghawa Dingin

6/10 mm² pvc PVC Bekalan Utama bagi jumlah

permintaan arus tidak melebihi

30 amp

16 mm² pvc /25 mm² pvc PVC Bekalan Utama bagi jumlah

permintaan arus tidak melebihi

60 amp

4.6 PERATURAN DAN SPESIFIKASI PENDAWAIAN TIGA FASA

4.6.1 Faktor Pemilihan Sistem Pendawaian

Didalam menentukan dan memilih jenis sistem pendawaian yang akan dibuat pada sesuatu
bangunan bergantung kepada beberapa faktor seperti,

- Jenis bangunan
- Suhu persekitaran
- Keselamatan
- Kos

Dan berikut disenaraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pemilihan jenis sistem
pendawaian.

a) Jenis pembinaan bangunan – bagi menentukan penghalaan pendawaian, ikatan dan
penamatan.

b) Suhu ambient – mengambil kira jenis pemasangan jika di dalam bilik dandang.
c) Keadaan pemasangan – perlindungan ke atas keperluan kemungkinan berlaku

kerosakan mekanikal dan ketinggian tempat bekerja.
d) Kekemasan pemasangan – mengenalpasti samada pemasangan sesuai secara sistem

pendawaian permukaan atau pendawaian tersembunyi.
e) Ketahanan – jangka hayat tempoh pemasangan
f) Ekonomi – kos keseluruhan sesuatu pendawaian serta kemampuan pembiayaan

kewangan.
g) Aspek keselamatan – pemasangan mestilah dapat menghindarkan daripada

kemungkinan bahaya.

Bagi pemasangan sistem pendawaian kekal hendaklah mengambil kira segala aspek perlindungan
daripada kerosakan mekanikal, haba, api dan unsur-unsur kekaratan ke atas pendawaian.

Maklumat berkaitan dengan pemilihan saiz kabel, jenis penebatan dan kaedah sistem yang patut
digunakan, kadaran arus yang dibenarkan dan kadaran voltan susut diberikan dalam jadual
pendawaian atau peraturan pemasangan.

4.6.4 Jenis litar pendawaian
Terdapat 4 jenis litar pendawaian elektrik rumah iaitu litar gelang, litar jejari, pencahayaan dan litar
khusus.

1. Litar jejari
Soket alir keluar 13A (soket plug) di dalam bilik disambung pada litar jejari. Jumlah maksimum soket
plug yang dibenarkan pada satu litar jejari adalah 6 unit. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah
2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 16A.

2. Litar gelang
Litar gelang adalah di mana pangkal dan hujung wayarnya disambung pada MCB yang sama. Soket
alir keluar 13A di luar bilik (seperti ruang tamu dan dapur) biasanya disambung pada litar gelang.
Jumlah maksimum soket plug yang dibenarkan pada satu litar gelang adalah 10 unit. Saiz minimum
wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A.

3. Litar pencahayaan

Lampu, kipas, loceng pintu dan jam elektrik disambung pada litar pencahayaan. Jumlah maksimum
mata kuasa yang dibenarkan untuk litar pencahayaan adalah 10 unit. Saiz minimum wayar untuk
litar ini adalah 1.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 6A.
4. Litar khusus
Litar khusus adalah untuk peralatan elektrik yang kuasanya melebihi 2000 Watt seperti pemancur
air panas, oven dan penghawa dingin. Setiap peralatan ini hendaklah dikhususkan satu litar
pendawaian terus dari papan agihan, disambung pada MCB bersaiz 20A dengan saiz minimum
wayar 2.5mm² bertebat PVC. Sebagai contoh, rumah anda mempunyai satu unit pemancur air
panas dan 2 unit penghawa dingin.Ini bermakna anda memerlukan 3 litar khusus untuk peralatan
tersebut. Litar khusus 1 untuk pemancur air panas, litar khusus 2 untuk penghawa dingin pertama
dan litar khusus 3 untuk penghawa dingin kedua.
4.7 PROSEDUR UNTUK MELUKIS PENDAWAIAN TIGA FASA
Lukisan pendawaian dibuat dengan maklumat yang diperolehi daripada pelan bentangan dan
lukisan skema unit kawalan utama pengguna. Lukisan dimulakan dengan melakar lukisan
bentangan pendawaian seperti dalam rajah di bawah.

Rajah 4.7: Contoh lukisan bentangan pendawaian

Rajah 4.8 : Contoh lukisan pendawaian 3 fasa

Maklumat-maklumat seperti berikut hendaklah dinyatakan dalam lukisan pendawaian; seperti
panjang dan bilangan kabel, dan label alat kelengkapan/ aksesori. Lukisan haruslah dilukis dengan
kemas, ringkas dan elakkan dari berlaku persilangan garisan yang boleh mengelirukan. Ini
termasuklah penyusunan simbol, garisan dan sambungan tamatan.

Berikut adalah beberapa contoh lukisan pendawaian elektrik bagi pepasangan elektrik.

Rajah 4.9: Pendawaian satu punca lampu yang dikawal oleh satu suis satu
hala

Rajah 4.10: Pendawaian satu punca lampu yang dikawal oleh dua suis dua
hala

Rajah 4.11: Pendawaian satu punca lampu yang dikawal oleh dua suis dua
hala dan satu suis perantaraan

4.8 FORMAT LUKISAN PENDAWAIAN TIGA FASA

Gambarajah pendawaian menunjukkan bentuk laluan dan sambungan sesuatu litar pada
kedudukan dan pendawaian sebenar atau hampir-hampir menyamai dengan kedudukan asal yang
melibatkan komponen, alatambah dan unit-unit tertentu. Gambarajah ini termasuk kedudukan fizikal
komponen, pendawaian dan alatambah. Begitu juga dengan bentangnya.

Bagi pemasangan domestik gambarajah seperti ini tidak begitu diperlukan kerana litar-litar yang
terlibat dipemasangan ini mudah dan boleh diingat oleh pendawai litar itu. Tetapi bagi maksud latihan
kepada pelajar-pelajar baru dalam bidang ini, lukisan pendawaian perlu dipelajari. Diantara litar-litar
yang terlibat dengan pemasangan domestik ialah:-

➢ Litar kawalan lampu
➢ Litar kawalan kuasa
➢ Litar kawalan motor
➢ Litar elektronik
➢ Lain-lain litar yang terdapat dalam pemasangan tersebut.

Gambarajah pendawaian amat diperlukan bagi pemasangan dan penyurihan yang melibatkan
banyak komponen dan sambungan alat elektrik. Misalnya untuk pendawaian pemula motor,
pendawaian unit kawalan, alat pengukuran, pendawaian belitan motor dan lain-lain.

Rajah 4.9: Lukisan Pendawaian Tiga Fasa

SOALAN:

1) Apakah yang dimaksudkan dengan pendawaian?
…………………………………………………......................................................................................
.................................................................................................................……………………….

2) Nyatakan 4 jenis beban dalam pemasangan pendawaian elektrik?
A.
B.
C.
D.

3) Nyatakan 3 jenis litar domestik.
A. _____________________________________________________
B. _____________________________________________________
C. _____________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCE:
8. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik

1994, Pindaan sehingga 2005. MIDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
9. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations Of

Buildings – Ms IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia.
10. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan

Elektrik,Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd.
11. Giesecke, F. E. Et Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall.
12. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations, Sixteenth

Edition) Institution of Electrical Engineers.
13. Lukisan Elektrik dan Elektronik – Abdul Samad Hanif
14. TEKNOLOGI ELEKTRIK (Untuk Sekolah Menengah Vokasional) Oleh; Abd. Samad Bin Haji

Hanif Mohd. Nazi Bin Haji Mustafa Editor : Amirudin Bin Abdullah Pustaka Sistem Pelajaran Sdn.
Bhd. ISBN 967-902-285-4

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL
PENDIDIKAN DAN VOKASIONAL
MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 5

KOD DAN NAMA EE-320-3:2012
PROGRAM / PROGRAM’S THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE

CODE & NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 3

NO DAN TAJUK UNIT EE-320-3:2012-C 01 THREE PHASE DRAWING
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PERNYATAAN 1. Identify three phase drawing specifications and requirement
AKTIVITI KERJA / WORK 2. Carry out layout drawing equipment and materials
ACTIVITIES NO. AND 3. Carry out three line / schematic diagram drawing
STATEMENT 4. Carry out three phase wiring drawing
5. Inspect three phase drawing

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C01/P(5/5) Muka Surat / Page : 1
Drp / of : 22

TAJUK / TITLE:
MEMERIKSA LUKISAN TIGA FASA

TUJUAN / PURPOSE:

Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelatih-pelatih tentang pemeriksaan
kesalahan lukisan dan spesifikasi lukisan.

5.1 JENIS- JENIS LUKISAN

5.1.1 Definasi Lukisan Pemasangan Elektrik

Lukisan pemasangan elektrik bolehlah ditakrifkan sebagai lukisan yang menerangkan
kedudukan alat lengkap dan peralatan elektrik, kaedah kawalan litar, saiz kabel yang digunakan
dan kadar arus perlindungan litar. Dengan ini ia dapat dijadikan panduan dan memudahkan
kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik . Lukisan elektrik juga dapat
memberikan maklumat yang lengkap mengenai perancangan pemasangan dan anggaran
bekalan yang diperlukan bagi sesuatu pemasangan elektrik.

5.1.2 Lakaran

Lakaran digunakan untuk membantu kita dalam menghasilkan idea yang hendak disampaikan
sebelum kerja-kerja lukisan akhir dilakukan. Ia dapat memberikan gambaran sebenar sesuatu
objek. pada permulaan rekabentuk, lakaran dibuat secara agakan tanpa mengikut skala objek.
Biasanya lakaran dilukis dengan menggunakan garisan secara tangan bebas. Garisan ini akan
menghubungkan titik-titik pada laluan yang betul

5.1.3 Gambarajah Plan Tapak / Lokasi. (Location Diagram)

Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan kedudukan sebenar sesebuah premis di sesuatu
kawasan. Ia juga dapat menunjukkan topografi tanah, kemudahan perhubungan ketapak projek
dan kedudukan bangunan serta perkhidmatan-perkhidmatan lain yang terlibat dengan projek
ini. Dengan ini ia dapat memberi kemudahan kepada jurutera projek, juruteknik atau pembekal
mesin dan peralatan menentukan kedudukan tapak pemasangan. Tujuan utama plan tapak dan
lokasi adalah:-

i. Untuk menentukan kedudukan lampu jalan atau lampu kawasan.
ii. Untuk menentukan laluan kabel ketapak pemasangan.
iii. Untuk menentukan saluran longkang atau peparitan agar laluan talian kabel

perkhidmatan dapat dirancang dengan sempurna.
iv. Membantu pihak pembekal tenaga elektrik menentukan kedudukan pencawang dan

membuat anggaran kos pembinaan.


Click to View FlipBook Version