The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Portfolio Latihan Mengajar 2

Nama: Nor Hamizah Syazwani binti Mohd Salleh
No Matrik: DB170166
Institusi: Kolej Vokasional Kluang
Universiti: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Guru Pembimbing: Encik Azmi bin Zulkifli
Penyelia Fakulti: Ts. Dr. Azmanirah binti Ab. Rahman

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hamizah Salleh, 2021-06-24 17:41:19

E-PORTFOLIO LATIHAN MENGAJAR 2 NOR HAMIZAH SYAZWANI

E-Portfolio Latihan Mengajar 2

Nama: Nor Hamizah Syazwani binti Mohd Salleh
No Matrik: DB170166
Institusi: Kolej Vokasional Kluang
Universiti: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Guru Pembimbing: Encik Azmi bin Zulkifli
Penyelia Fakulti: Ts. Dr. Azmanirah binti Ab. Rahman

Rajah 7: Contoh Bill of Quantity (BoQ)
1.5 Jenis –jenis pengiraan

1.5.1 Permintaan Maksimum (Maximum Demand) dan Faktor Kepelbagaian (Diversity Factor)
Permintaan Maksimum merujuk kepada anggaran keperluan kuasa maksimum bagi sesebuah
pepasangan. Nilai diberi oleh

MD=TCL x DF
MD: maximum demand
TCL: jumlah beban (Ampere)
DF: Faktor Kepelbagaian

Faktor kepelbagaian dinyatakan dalam Jadual 4B, Peraturan IEE. Jika maklumat tentang peralatan
elektrik tidak dapat diperolehi, maka perkara berikut mestilah diambil kira dalam menilai permintaan
maksimum.

Permintaan maksimum (maximum demand)

Permintaan maksimum adalah arus terbesar yang biasanya dibawa oleh litar, suis dan peranti
pelindung; ia tidak termasuk paras arus yang mengalir pada keadaan litar pintas atau beban lebih.

1.6 Kepelbagaian (diversity)

Kepelbagaian adalah suatu kiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus bagi alat saiz
pengalir kabel, pengasingan dan alat perlindungan.

Formula:
Saiz kabel (kapasiti membawa arus) >kadar alat pengasingan/ perlindungan > arus kepelbagaian
Jenis –jenis pengalir

1.7 Jenis –jenis pengalir

Pengalir adalah bahagian kabel yang berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik. Bilangan
pengalir itu boleh jadi satu, dua atau tiga atau beberapa lembar mengikut keperluan
kegunaannya. Pengalir lazimnya dibuat daripada bahan jenis logam. Tidak semua jenis logam
boleh digunakan sebagai pengalir, kerana setiap jenis mempunyai kerintangan yang berbeza dan
boleh mempengaruhi aliran arus.

Untuk dijadikan pengalir yang baik hendaklah dipilih daripada jenis logam yang mempunyai
kerintangan rendah. Ianya mudah membawa aliran arus. Pengalir yang kerap digunakan dalam
pembinaan kabel dipilih dari bahan kuprum dan aluminium.

1.7.1 Kuprum

Merupakan bahan pengalir yang baik dan lembut serta mudah dibentuk. Selain itu harganya
yang sederhana. Oleh kerana ia mudah dilentur dandibentuk, kabel berpengalir kuprum paling
sesuai untuk kabel pendawaian dalam rumah atau di luar rumah bagi pemasangan tetap. Selain itu
kuprum keras yang mempunyai ketegasan tertinggi ini digunakan untuk pengalir talian rentangan
atas yang lazimnya tidak bertebat

1.7.2 Aluminium

Merupakan bahan logam yang mempunyai kerintangan lebih tinggi sedikit daripada kuprum. Untuk
dijadikan pengalir, luas keratan rentasnya hendaklah tidak kurang daripada 10mm. Aluminium lebih

ringan daripada kuprum dan dianggarkan 1/3 berat daripada berat kuprum di samping harganya
lebih murah.

Jadual 1.3 :Perbezaan Tembaga Dan Aluminium

No Tembaga Aluminium

1 Pengalirannya baik, oleh itu saiznya Pengalirannya kurang baik, oleh itu saiznya

lebih kecil untuk sesuatu kadaran arus lebih besar bagi sesuatu kadaran arus yang

sama

2 Harganya mahal Harganya murah

3 Lebih berat Ringan

4 Tidak mudah patah Mudah patah

5 Mudah lentur Tidak mudah lentur

1.8 Jenis Jenis Kabel

Jenis-jenis kabel bawah tanah:

1. Kabel PVC/PVC Single Core Bertebat PVC.
2. Kabel PVC/SWA/PVC 2 Core
3. Kabel PVC/SWA/PVC multicore pilot cable.
4. Kabel X.L.P.E ( Cross Link Poly Ethylene)

1.9 Komponen-Komponen Pelindung Tiga Fasa

Alat perlindungan lebihan arus ialah sebarang alat yang boleh memutuskan litar bekalan
dengan sendiri (automatik) apabila berlaku arus lebih yang melebihi kuantiti yang dihadkan bagi
litar itu. Oleh sebab itu, alat ini hendaklah dipasang pada dawai hidup pada awal litar iaitu secara
bersiri dengan litar bekalan.

Arus lebih ini terjadi disebabkan oleh litar pintas atau pertambahan arus bekalan atau pun
disebabkan oleh pemasangan beban yang berlebihan daripada yang sepatutnya.

Tujuan memasang alat perlindungan lebihan arus ialah untuk mengelakkan berlakunya
kerosakan pada sesuatu alat apabila arus yang melebihi kadaran arus keupayaan maksimum
alat itu mengalir didalam llitarnya. Disamping itu juga, pelindung lebihan arus juga melindungi
kabel daripada rosak.

1.9.1 Faktor pemilihan jenis-jenis perlindungan arus lebihan
a) Jenis beban
b) Keupayaan unit perlindungan
c) Suhu sekeliling
d) Alat khas
e) Harga

1.9.2 Jenis-jenis alat perlindungan
a) Pemutus litar
b) Fius

a) Pemutus Litar

i) Pemutus Litar Miniatur (MCB) BS 3871)

Terdapat dua jenis pemutus litar miniatur yang digunakan untuk pemasangan domestik
dan industri iaitu jenis magnet hidrolik dan jenis terma. Fungsi utama adalah sebagai
peranti perlindungan kepada pemasangan.dalam keadaan litar pintas dan juga arus rosak
peranti ini akan memutuskan sambungan secara automatik menjadikan litar buka dan
tiada arus mengalir di dalam litar.dalam keadaan normal peranti ini akan membuat
sambungan bagi membolehkan litar lengkap dan mengalirkan arus di dalam litar.

Rajah 1.11: MCB (Miniature Circuit Breaker)

-Peranti ini hendaklah di dalam bekas tertutup rapat untuk perlindungan mekanisma
-Nilai arus minimum untuk membuka secara automatik
- Tempoh masa untuk membuka

- Binaan MCB

MCB BS 3871 ini mempunyai kadaran voltan sehingga 415 volt dan arus sehingga 100
ampiar serta kapasiti memutus sehingga 9 kA.Dengan yang demikian peranti ini dibuat
bagi memenuhi ciri-ciri piawaian yang binaan asasnya mengandungi bahagian seperti:

Satu set mekanisma pensuisan - Set mekanisma ini berbentuk punat suis yang boleh
ditolak ke keadaan ON dan OFF dengan menggunakan tangan.Punat suis akan
terpelantik secara automatik ke OFF apabila berlaku arus lebih mengalir melaluinya.
Setelah peranti memutus iaitu berada dalam keadaan OFF, periksa litar yang bersambung
dengan MCB ini dan asingkan peralatan yang telah dikenalpasti rosak.Kemudian boleh
tolak punat suis ke ON semula,jika masih terpelantik semula ke OFF,periksa aksesori dan
kabel pendawaian

Satu set alatan automatic terdapat dua jenis alat perlantikan secara automatik yang
digunakan untuk MCB iaitu jenis magnet terma haba dan jenis magnet hidrolik

- Jenis magnet terma

Pelantik akan terkendali dalam jangkamasa lama.Kendalian akan dilakukan oleh alat
sesentuh dwi logam (bimetal).Apabila arus lebih melaluinya,bahan logam yang satu akan
pelantik dan terlepas daripada sentuhan lalu mengendali pelantiksistem mekanisma suis
ke arah OFF

Kepingan metalik membengkok Binaan MCB Jenis Magnet
apabila panas disebabkan oleh Terma
arus.Plag magnet melantik
membuka sentuhan dan
memutuskan litar.Fius H.B.C (BS
88 dan BS 1361)

Rajah 1.12: Binaan MCB

Pelantikan serta merta dikendalikan oleh satu alat elektromagnet bagi beban lebih di
sekitar 10 x kadaran arusnya.

- Jenis Magnet Hidrolik

Unit kawalan pelantik mengandungi satu gegelung elektromagnet dililit pada tabung
berbentuk silinder berisikan minyak sebagai terasnya.Apabila arus besar melaluinya akan
berlaku penjanaan kemagnetan lalu menggerak mekanisma pelantik secara automatik
dan memutuskan litar.

Rajah 1.13: Binaan MCB jenis Hidrolik

- Set pelindung pemadam arka
- Alat pemadam arka dibentuk supaya apabila berlakunya arka ketika sesentuh terbuka
dengan serta merta dihalakan ke arah perangkap arka dan ini membolehkan arka
dipadamkan dengan serta merta
- Satu set sesentuh tetap dan boleh bergerak

Terdapat dua jenis kendalian pelantik dalam pembuatan MCB iaitu suis terpelantik lambat
dan MCB yang suisnya terpelantik dalam tempoh tidak melebihi 0-1 saat sebagai pelantik
serta merta.Mengikut piawaian BS 3871 MCB hendaklah tidak berkendali ketika
mengalirkan arus dengan kadarannya secar berterusan.MCB juga dikehendaki supaya

terpelantik dalam tempoh masa 1 jam jika sekiranya aliran arus 1.5 kali lebih daripada
kadaran arus biasa,atau 1.35 kali daripada arus kadaran bagi kadaran lebih daripada 10
amp

- Kebaikan MCB

- Kapasiti memutus atau pelantik telah ditentukan oleh pihak pembuat dan tidak boleh
diubahsuai

- Kendalian atau keupayaan MCB boleh diuji serta di set semula
- Dengan MCB segala kerosakan yang berlaku ke atas litar pemasangan dapat dikesan

dengan lebih cepat.
- Tidak seperti fius apabila terputus perlu diganti semula dengan yang lain manakala MCB

hanya perlu diset semula atau di ON kan setelah terpelantik.

ii) Pemutus arus baki (PAB atau RCD)

Dikenali sebagai pemutus litar arus baki(PLAB atau RCCB), adalah sejenis pemutus litar
bocor ke bumi kendalian arus yang memutuskan bekalan elektrik apabila ia mengesan arus
elektrik yang tidak seimbang antara arus pada wayar hidup dengan arus pada wayar neutral.

Ketidakseimbangan arus ini kadang-kala disebabkan oleh kebocoran arus elektrik melalui
badan mangsa yang dibumikan dan tersentuh bahagian berlogam peralatan elektrik yang
mengalami kerosakan.Keadaan ini boleh menyebabkan renjatan elektrik yang boleh
membawa maut. PAB direka supaya dapat memutuskan litar dengan pantas untuk
mengurangkan bahaya akibat renjatan elektrik walaupun ia asalnya tidak direka untuk
memberi perlindungan daripada keadaan beban lampau ataupun litar pintas.

Rajah 1.14: Pemutus litar arus baki

- Jenis-jenis fius
i. Fius boleh dawai semula

Ia digunakan pada pemasangan pengguna domestik atau untuk arus beban yang rendah di
perindustrian ciri-ciri:
a) Terdiri dari dawai elemen yang disambungkan dalam satu penghubung fius yang boleh

dikeluarkan dari tapak fius.
b) Dawai elemen fius diperbuat dari aloi iaitu campuran timah dan plumbum atau dari kuprum

tulin.
c) Ia boleh ditukar ganti sekiranya elemen itu putus.
d) Arus nominal bergantung kepada saiz dawai elemen fius.
e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual A

- Takat lebur fius pada suhu 1083 º C
- Faktor fiusnya di antara 1.75 hingga 2.00

Rajah 1.8: Fius Jenis Dawai Semula

Jadual 1.5 : Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula.

Kebaikan Keburukan

1. Dawai elemen fius murah Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang
kuat

2. Senang ditukar ganti Kemungkinan silap mengganti saiz elemen fius

ii. Fius katrij

Fius Katrij digunakan dalam palam 3 pin bagi perkakasan elektrik. Ia boleh dianggap sebagai fius
tambahan kepada fius dalam papan agihan. Ciri-ciri ;

a) Terdiri dari satu tiub yang diperbuat dari kaca atau seramik atau tembikar.
b) Arus nominal fius adalah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A,1A, 2A, 3 A, 5A dan 13A.
c) Faktor fiusan diantara 1.5 hingga 1.75 kali.
d) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual B

Rajah 9: Fius jenis kartrij.

Jadual 1.6: kadaran arus dan kod warna bagi fius katrij.

Kadaran Arus Fius Dalam Amp Diameter dawai Fius dalam mm
5 Putih
15 Biru
20 Kuning
30 Merah
45 Hijau
60 Ungu

Jadual 1.7 : Kebaikan dan keburukan fius katrij

Kebaikan Keburukan

1. Kadar arus nominal diketahui dengan 1. Jika elemen fius putus, keseluruhan

tepat fius tidak boleh digunakan.

2. Kapasiti pemutus tidak merosot 2. Pemegang fius hanya sesuai

3. Mempunyai kod warna untuk dengan

kadaran saiz yang tertentu. saiz kartrij yang tertentu.

4. Dapat mengelakkan terjadinya arka

dan bunyi yang kuat.

iii. Fius kapasiti pemutus tinggi (hrc)

Fius ini digunakan pada tempat atau beban yang memerlukan kadar kapasiti pemutusan yang tinggi.
Ia mempunyai arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus beban yang tinggi. Ciri-ciri ;

a) Terdiri dari satu tuib seramik dengan penutup hujungnya yang diperbuat dari logam.
b) Dawai elemen fius diperbuat dari jenis jalur perak dan disokong oleh silikon serta

diselaputi oleh serbuk mineral.
c) Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.
d) Faktor fiusan diantara 1.0 hingga 1.25 kali.
e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual C.

Rajah 1.10: Fius HRC

Jadual 1.8 : Kebaikan dan keburukan fius pemutus tinggi

Kebaikan Keburukan
1. Dapat mengelakkan terjadinya arka - Paling mahal.

dan bunyi yang kuat. - Mengambil masa untuk menggantikan
2. Dapat mengawal arus yang tinggi. fius yang baru.

3. Kapasiti pemutusan yang tinggi. - Hanya sesuai dengan penghubung fius
dan tapak fius yang tertentu.
4. Mempunyai tanda pemutusan.
- Sukar didapati.

Jadual 1.9: Istilah-istilah yang berkaitan dengan fius

Istilah Maksud
Elemen fius Adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus
yang berlebihan mengalir melaluinya

Arus nominal Arus maksima yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka masa
yang tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir kabel atau
Arus fiusan mencairkan elemen fius.
Faktor fiusan Arus minima yang boleh mencairkan elemen fius.
Nisbah arus fiusan dengan kadaran arus

1.10 Jenis Pendawaian Tiga Fasa

Terdapat beberapa jenis sistem pendawaian untuk kaedah pemasangan. Seperti mana yang
telah dinyatakan iaitu pemilihan jenis sistem pendawaian adalah bergantung kepada faktor
pemilihan.

1.10.2 Berikut disenaraikan jenis-jenis pendawaian yang lazim digunakan,

a) Sistem pendawaian permukaan (Surface wiring)
b) Sistem pendawaian tersembunyi (Conceal wiring)
c) Sistem pendawaian conduit (Conduit wiring)
d) Sistem pendawaian sesalur (Ducting wiring)
e) Trunking /Casing
f) Dulang Kabel ( Cable tray)
g) Underground

a) Sistem Pendawaian Permukaan (Surface wiring)

1. Sistem pendawaian permukaan merupakan kaedah pemasangan yang popular pada satu
masa dulu, terutamanya pada rumah kediaman di kampung-kampung. Pemasangan kabel
dilakukan pada permukaan dinding dan siling secara terbuka. Kabelnya hanya diklipkan secara
permukaan tanpa sebarang pelindung tambahan.
2. Kesesuaian pemilihan sistem ini berdasarkan kepada ciri-ciri yang disenaraikan seperti
berikut,

- Bangunan dibuat daripada kayu atau batu
- Memerlukan bekalan voltan fasa tunggal
- Bilangan litar kecil akhir yang sedikit
- Kabel yang dipasang tidak begitu banyak
- Kurang risiko berlaku kerosakan mekanikal

- Kerja pemasangan dibuat dalam masa yang singkat
- Kos pembiayaan pemasangan yang rendah
- Beban kuasa yang digunakan kecil

Pemilihan Kabel

1. Kabel yang dipasang dalam sistem ini akan sentiasa terdedah kepada keadaan
persekitaran dan kemungkinan mudah mengalami kerosakan mekanikal.
2. Kabel jenis bertebat dua lapis dipilih untuk pemasangan ini. Kabelnya bersalut dengan pvk
dan dibahagian luarnya disarung pula dengan lapisan pvk kedua dan ini menjadikan tebatan
dua lapisan. Sarung lapisan luar dapat memberi perlindungan kepada pengalir daripada terus
mengalami kerosakan apabila berlaku kerosakan daripada luar.

b) Sistem Pendawaian Tersembunyi (Conceal wiring)

1. Kabel pendawaian dalam sistem ini akan dipasang atau ditanam dalam dinding atau di atas
siling bangunan atau rumah. Penghalaan pendawaian tidak dapat dilihat kecuali bahagian
hujung tamatan untuk sambungan ke aksesori seperti soket keluaran, mata lampu, kipas dan
suis.
2. Pemasangan pada bangunan yang dibuat daripada batu lazimnya kabel-kabel akan
ditempatkan pada lurah yang dibuat khas bersama perlindungan seperti konduit, kemudiannya
akan disimen dan dilepa menjadikan dinding kelihatan kemas dan cantik.
3. Kesesuaian pemilihan sistem ini adalah berdasarkan kepada ciri-ciri yang disenaraikan
seperti berikut,

- Pendawaian dan pemasangan untuk bekalan satu fasa.
- Bangunan diperbuat daripada batu-bata atau blok.
- Kekemasan bangunan atau rumah yang cantik tanpa melihatkan kabel-kabel
pendawaian. Pemasangan cara ini dapat melindungi kabel daripada kerosakan mekanikal.

c) Sistem Pendawaian Konduit (Conduit wiring)

1. Sistem pendawaian konduit menggunakan paip konduit sebagai penghalaan
pendawaiannya. Jika sistem ini telah dipilih sebagai pemasangannya maka keseluruhan kerja
pemasangan bagi satu bangunan akan menggunakan konduit. Kabel akan disalurkan ke dalam
konduit hingga ke punca-punca tamatannya.

2. Kesesuaian pemilihan sistem ini adalah berdasarkan kepada ciri-ciri yang disenaraikan
seperti berikut,

- Bangunan komersial, kilang dan juga kedai-kedai.
- Sistem pendawaian terdedah kepada bahaya punca-punca kerosakan luaran atau

mekanikal.
- Memerlukan voltan bekalan fasa tunggal dan 3 fasa.
- Beban kuasa yang digunakan adalah besar.

d) Sistem Pendawaian Sesalur

1. Sistem pendawaian sesalur yang menggunakan sesalur lazimnya untuk memuatkan kabel
yang banyak dan lebih jimat berbanding menggunakan konduit yang memerlukan banyak
konduit untuk digunakan.
2. Sesalur boleh didapati dalam bentuk persegi memanjang dengan pelbagai saiz serta
aksesori pemasangan.Terdapat sesalur diperbuat daripada bahan logam besi dan juga pvk.
3. Pemasangan sesalur logam di bahagian penyambungan akan dipasang dengan jalur
tembaga untuk memastikan keterusan pembumian yang lancar.

e) Trunking

1. Trunking ialah salah satu sistem penetapan untuk melindungi kabel, biasanya dalam bentuk
muka keratan rentas bersegi empat, dimana satu bahagiannya boleh di keluarkan dan
dipasang secara menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan.
(Dalam peraturan IEE).

2. Trunking biasanya digunakan untuk menempatkan bilangan kabel yang banyak, tidak kira
samada kabel itu sama saiznya ataupun berlainan saiznya.Ia juga digunakan apabila
bilangan kabel tadi adalah terlalu besar untuk dimasukkan kedalam konduit

f) Dulang Kabel ( Cable tray)

1. Sistem kabel dulang digunakan untuk menyokong kabel elektrik yang digunakan untuk
pengagihan kuasa dan komunikasi.Dulang kabel digunakan sebagai alternatif kepada
pendawaian terbuka atau sistem saluran elektrik, dan biasanya digunakan untuk pengurusan
kabel dalam pembinaan perdagangan dan perindustrian.

2. Dulang Kabel adalah sangat berguna dalam situasi di mana perubahan kepada sistem
pendawaian dijangkakan, sejak kabel baru boleh dipasang dengan meletakkan mereka dalam
dulang, bukan menarik mereka melalui paip.
g) Underground Cabling

Tiga jenis kabel boleh dipasang di bawah tanah:
1. - Berperisai atau logam bersarung atau kedua-duanya
2. - P.v.c. terlindung jenis sepusat. Kabel sedemikian akan mempunyai neutral (dan mungkin

konduktor pelindung) sekitar konduktor fasa.
3. - Mana-mana kabel yang sesuai disertakan dalam pembuluh atau saluran yang memberikan

sekurang-kurangnya tahap yang sama perlindungan mekanikal sebagai kabel perisai.

Rajah 1.15: Kabel bawah tanah
1.11 Pembumian / Earthing
Bumi boleh bermakna perkara yang berbeza kepada orang yang berbeza. Dalam konteks ini ia
bermakna tempat sifar potensi, tempat di mana arus kesalahan boleh diarahkan kapasiti yang

mencukupi untuk membolehkan fius pecah. Dalam realiti ia biasanya bahan di bawah tapak kaki
kami dan kita menyambung kepada ini dalam beberapa cara yang berbeza.
Bangunan disambungkan ke tanah dan oleh itu tingkat di mana kita berdiri pada masa yang sama
berpotensi. Sambungan elektrik yang datang ke rumah dan pejabat kami perlu selamat. Inilah
sebabnya sambungan bumi di lokasi domestik biasanya dibuat untuk paip logam (biasanya air
sesalur membekalkan) tempat dekat di mana ia memasuki tanah.
Ia juga akan mendapati bahawa pengubah pengedaran akan mempunyai sambungan bumi,
biasanya dalam bentuk rod tembaga yang berlabuh di tanah.
Konduktor Kilat yang ditemui di bangunan tinggi juga akan berakar umbi di dalam tanah, supaya
dalam peristiwa mogok kilat semasa pas secara tidak ke tanah dan tidak ke dalam struktur
bangunan, sekali gus menjimatkan bangunan daripada kerosakan.

Rajah 1.16: pembumian bagi bangunan
1.12 Electrical ACT & Regulation and Standard

1.12.1 Ms 1979: 2007 (Cop)
▪ Setelah 3 tahun dalam draf dan selepas 2 tahun diwartakan, pengumuman awam
oleh Suruhanjaya Tenaga boleh dilihat dalam satu surat pekeliling bertarikh Julai
2008.
o MS 1979:2007 : Pemasangan Elektrik Bangunan – (Code of Practice) COP.
o MS 1936:2006 : Pemasangan Elektrik Bangunan - Panduan MS IEC 60364.
▪ Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

• COP05 - Semua kandang logam peralatan elektrik mesti disambungkan kepada pengalir
perlindungan. Air, paip gas, bahagian logam struktur bangunan dan ducting sistem
penyaman udara juga perlu dihubungkan dengan ikatan pembumian utama.

• COP06 - Pengasingan dari litar rosak. Perlindungan menggunakan RCD , fius , pemutus litar
dan lain-lain mesti mematuhi Ra x la < 50V

Ra = Rintangan elektrod bumi & konduktor perlindungan;
Ia = Arus semasa pengendalian peranti perlindungan ( sensitivy RCD dan perjalanan
semasa 5s untuk inverse time relay ).
50V voltan kendalian selamat ditakrifkan oleh IEC60749 -1.

• COP07 - Rintangan pembumian mesti kurang daripada 10Ω untuk operasi RCD tetapi
rintangan kurang daripada 1Ω adalah lebih baik.

• COP08 - Peralatan elektrik hendaklah dipasang dalam bahan-bahan yang boleh menahan
suhu yang dihasilkan (oleh peralatan).

• COP10 - Pemanas air atau pemanas udara paksa atau penjana wap perlu dilengkapi
dengan lebih daripada alat-alat pemanasan dan pepotong (cut out).

• COP12 - In> Ib
• COP13 - Iz > In
• COP14 - I2 < 1.45 x Iz

o In = arus nominal;
Ib = reka bentuk semasa (beban)
Iz = kapasiti membawa arus bagi kabel;
I2 = arus peranti perlindungan yang sesuai

• COP16 - Memerlukan penentuan semasa litar pintas dalam pemasangan. TNB jurutera
daerah perlu mengeluarkan maklumat mengenai litar point of common coupling ( PCC) di
kawasan pemasangan.

• COP19 - Surge Protector Device (SPD) adalah disyorkan untuk bekalan dari talian atas.
• COP26 - Lenturan jejari hendaklah 12 kali diameter kabel. Ini memerlukan sesiku dan

simpang digunakan di mana kabel perubahan arah. Di Malaysia, kebanyakkan
pemasangan pendawaian GAGAL KRITERIA INI.
• COP27 - Faktor ruang untuk kondiut hendaklah 40% dan untuk trunking hendaklah 45%.
• COP28 - Kabel yang terpasang di belakang dinding (iaitu tertanam dalam konkrit)
hendaklah selari melintang atau menegak dengan bahagian tepi bilik dan dalam 150mm
dari atas dan 150mm dari tepi dinding.
• COP30 - Pendawaian dalam ruang siling (di bawah bumbung) perlu disediakan dengan
perlindungan mekanikal (iaitu dipasang di dalam saluran yang DILULUSKAN). Di samping
itu kabel perlu dipasang sama ada selari atau sepanjang bahagian tepi dinding.
• COP31 - Litar pemanas air hendaklah mempunyai suis 2 kutub (double pole) dan dipasang
pada tempat yang sesuai atau berdekatan dengan beban.
• COP32 - Litar AC hendaklah mempunyai soket (jenis unswitched adalah accepable ) pada
setiap unit.
• COP35 - Saiz pengalir neutral mesti saiz sama seperti fasa pengalir.
• COP36 - Saiz pengalir neutral boleh dikurangkan ( merujuk kepada COP35 ) mengikut budi
bicara Jurutera Rekabentuk Profesional (iaitu hanya orang berkelayakkan yang boleh
membuat keputusan ).
• COP39 - Saiz kabel minimum hendaklah 1.5mm ≤ tembaga atau 2.5mm ≤ aluminium. Oleh
itu amalan menggunakan 1.25mm ≤ kabel tembaga adalah dilarang sama sekali!

Nota : Penggunaan kabel aluminium DALAM BANGUNAN adalah BAHAYA dan
harus dipertimbangkan dengan teliti oleh jurutera yang berkelayakan. Di India, amalan ini paling
lazim menggunakan kabel aluminium dan hanya kabel di atas 50mm ≤ mungkin aluminium
sahaja boleh digunakan.

• COP41 - Dibenarkan kejatuhan voltan adalah 4%. Kejatuhan voltan untuk motor
permulaan boleh mencapai 10 %.

• COP42 - TIDAK DIBENARKAN menyambung kabel dengan pateri (lihat COP43 di
bawah).

• COP43 - Sambungan konduktor atau kabel hendaklah melalui soket dan Crimping
• COP44 - Kabel untuk sub litar TIDAK BOLEH DISAMBUNG .

• COP51 - RCD (atau jenis ELCB semasa) untuk pemasangan fasa tunggal tidak boleh
melebihi 100mA ( sebelumnya disebut dalam peraturan-peraturan adalah 30mA ).

• COP52 - RCD untuk pemasangan 3 fasa tidak melebihi 100mA . Tiga unit tunggal RCD
jenis tiang dan bukannya RCD 3-fasa boleh digunakan DENGAN SYARAT tiada beban
3 fasa digunakan.

• COP53 - Peralatan Tangan hendaklah mempunyai RCD tidak melebihi 30mA.
• COP54 - RCD tidak melebihi 10mA hendaklah dipasang untuk lokasi khas ( tempat-

tempat hiburan awam; tempat-tempat basah; perlindungan pemanas air elektrik ).
• COP56 - Memerlukan RCD yang hendak diuji secara tetap, sekurang-kurangnya dua

kali setahun.
• COP59 - Adalah disyorkan untuk meletakkan Surge Protection Device (SPD) sebelum

RCD ( jika ada permintaan )
• COP61 - Surge Protection Device (SPD) harus berkadar yang tidak kurang daripada

5kA.
• COP64 - Sambungan bumi minimum dari SPD ke terminal bumi utama hendaklah tidak

kurang daripada 10mm ≤ tembaga dan hendaklah sesingkat mungkin ( 0.5m ).
• COP65 - Setiap litar hendaklah disediakan dengan cara pengasingan.
• COP67 - Peranti semikonduktor tidak boleh digunakan untuk pengasingan . Oleh itu

soft stater mesti disokong dengan suis fizikal .
• COP70 - Elektrod bumi hendaklah rod tembaga bersarung keluli , pita tembaga

konduktor , rod atau paip atau bar keluli diperkukuhkan asas-asas konkrit bangunan.
Pilihan terakhir basbar menjadi pilihan kegemaran untuk ramai pereka tetapi walau
bagaimanapun perlu direka, yang dinyatakan dan dipasang oleh pengamal
berpengalaman.
• COP71 - Paip air atau gas TIDAK dibenarkan untuk digunakan sebagai satu-satunya
cara pembumian tetapi ikatanequipotential dibenarkan.
• COP72 - Memerlukan sistem pembumian diperiksa setiap tahun
• COP73 - Pembumian konduktor dikebumikan di tanah dan tanpa perlindungan
terhadap hakisan hendaklah 25mm minimum ≤ tembaga terdedah . Nilai ini boleh
dikurangkan kepada 16mm ≤ jika terdapat pada tembaga perlindungan.

Nota : Pita tembaga (cooper tape) standard di 25mmx3mm mematuhi keperluan ini.

• COP74 - Sambungan konduktor bumi dikebumikan di tanah menggunakan kimpalan
eksotermik atau cad well adalah disyorkan. Sambungan ke elektrod bumi yang
memerlukan pemeriksaan berkala di dan jenis pengapit.

• COP76 - Perlindungan konduktor adalah seperti berikut:
o saiz sama seperti talian konduktor jika kurang daripada 16mm ≤
o 16mm ≤ jika garis konduktor adalah lebih daripada 16mm ≤ dan sehingga 35mm ≤
o separuh saiz garis konduktor jika lebih daripada 35mm ≤.

• COP77 - Perlindungan ikatan kepada terminal bumi utama hendaklah ≤ 6mm untuk
tembaga atau 16mm ≤ untuk aluminium.

• COP78 - Pengalir neutral hendaklah berasingan apabila digunakan.
• COP79 - Perlindungan untuk fire fighting adalah penting (contohnya pumpsets melawan

kebakaran ) boleh diketepikan. Peranti perlindungan arus lebih jika disediakan , boleh
mengadakan peruntukan penggera sahaja.
• COP82 - Penyeliaan kerja-kerja pemasangan fasa LV hendaklah di bawah tanggungjawab
langsung Pendawai (fasa tunggal atau sekatan 3- fasa). Borang perakuan penyiapan kerja
di bawah Borang G.
• COP83 - Penyeliaan kerja-kerja LV pemasangan 3 fasa hendaklah di bawah
tanggungjawab langsung Pendawai ( sekatan 3- fasa). Yang Pendawai dikehendaki
mengesahkan siap di bawah Borang G.
• COP 84 - Ujian untuk pemasangan fasa hendaklah melalui Pendawai ( fasa tunggal atau
sekatan 3- fasa) di bawah Borang H.
• COP 85 - Ujian untuk pemasangan 3 fasa hendaklah melalui Pendawai ( sekatan 3- fasa)
di bawah Borang H.
• COP86 - Pemasangan di lebih tinggi daripada voltan rendah hendaklah diuji oleh Jurutera
Perkhidmatan Elektrik di bawah Borang H.
• COP87 - Elektrik TIDAK AKAN DISAMBUNG sehingga Borang G & H dikemukakan oleh
pemilik atau pengendali bangunan.
• COP88 - Ukuran Penebat hendaklah dijalankan pada pemasangan LV menggunakan
voltan AT. Di mana 500Vdc digunakan , rintangan penebatan itu hendaklah lebih daripada
1Mega Ohm
• COP91 - Setelah selesai pemasangan hendaklah disediakan rajah skematik dan
dipamirkan. Rajah hendaklah diendorskan oleh pereka bentuk jurutera elektrik profesional.

Nota: Borang G dan H di bawah COP 82-85 dan elektrik sambungan di bawah COP87
hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa bekalan untuk penyambungan bekalan.

1.12.1 Electrical Installation Of Buildings – Code Of Practice (Cop)
1.12.2
Berdasarkan Arahan Terbaru Oleh Badan Pengawalseliaan

ALAT TAMBAH STANDARD

Ros Siling BS 476
Pemegang Lampu BS 5042
Soket Alur Keluar BS 1363
Palam berfius dan soket alur keluar 2 kutub dan berbumi (a.u) BS 1363 & BS 1362
Palam berfius atau tidak dan soket alur keluar 2 kutub dan BS 546 & BS 646
berbumi (a.u)
Palam berfius atau tidak dan soket alur keluar berpelindung 2 BS 196
kutub dengan sentuhan bumi
BS 5550
Palam dan soket alur keluar jenis yang terdapat di panggung BS 4343
wayang BS 196, BS 1778 &
Palam dan soket alur keluar jenis perusahaan BS 4343
Penyambung dan pengganding kabel

1.13 Occupational Safety & Health Act 514 (OSHA) 1994

1.13.1 Mempunyai limabelas (15) bahagian

1. Permulaan (preliminary);
2. Perlantikan pegawai (appointment of officers);
3. Majlis negara bagi keselamatan &kesihatan (national council for osh);
4. Kewajipan am majikan & orang yang bekerja sendiri (general duties of employers

and self-employed persons
5. Kewajipan am perekabentuk, pengilang & pembekal (general duties of designers,

manufacturers and suppliers);
6. Kewajipan am pekerja (general duties of employees);
7. Organisasi keselamatan & kesihatan (safety and health organizations)
8. Pemberitahuan mengenai kemalangan, kejadian; berbahaya, keracunan pekerjaan

& penyakit pekerjaan & siasatan (notification of accidents, dangerous occurrence,
occupational poisoning and occupational diseases and inquiry);
9. Larangan terhadap penggunaan loji atau bahan (prohibition against use of plant or
substance);
10. Tataamalan industri (industry codes of practice);
11. Penguatkuasaan & penyiasatan (enforcement and investigation);
12. Liabiliti bagi kesalahan (liability for offences);

13. Rayuan (appeals);
14. Peraturan-peraturan (regulations);
15. Pelbagai (miscellaneous).

1.14 Keperluan Kebenaran Untuk Mengakses Tapak

1.14.1 Green card

i. Program Kad Hijau ialah program keselamatan yang mewajibkan semua personel binaan
menjalani ’Kursus Induksi Keselamatan Dan Kesihatan Untuk Pekerja Binaan’ selama
sehari. Peserta kursus akan didaftarkan dengan CIDB dan diberikan Kad Hijau. Disamping
itu peserta juga akan dibekalkan buku panduan keselamatan serta perlindungan Takaful
secara percuma.
ii. Kad hijau adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB bagi mendaftarkan semua pekerja yang
terlibat di tapak binaan. Tanpa kad hijau mereka tidak dibenarkan memasuki tapak binaan.

Melalui kad ini seseorang personel itu dapat dikenalpasti bidang kerja serta tahap
kemahiran yang dimilikinya.

SOALAN/QUESTION:

1. SENARAIKAN JENIS-JENIS SISTEM PEMBUMIAN ? -
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

2. TERANGAN PENGUNAAN FAKTOR KEPELBAGAIAN ?
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCE :
1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan
Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MDC Publisher Sdn Bhd Malaysia.
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical Installations
Of Buildings - MS IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia
3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi Pemasangan
Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd
4. Giesecke, F. E. et. Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall
5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations,
Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL

KEMENTERIAN VOKASIONAL

PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 2

KOD DAN NAMA EE-320-3:2012
PROGRAM / PROGRAM’S THREE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE

CODE & NAME

TAHAP / LEVEL LEVEL 3
EE-320-3:2012-C 01 THREE PHASE DRAWING
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PERNYATAAN 1. Identify three phase drawing specifications and requirement
AKTIVITI KERJA / WORK 2. Carry out layout drawing equipment and materials
ACTIVITIES NO. AND 3. Carry out three line / schematic diagram drawing
STATEMENT 4. Carry out three phase wiring drawing
5. Inspect three phase drawing

NO. KOD / CODE NO. EE-320-3:2012-C01/P(2/5) Muka Surat / Page : 1
Drp / of : 45

TAJUK / TITLE : MELUKIS LUKISAN SUSUN ATUR

TUJUAN / PURPOSE :

Menyatakan tujuan, kandungan dan skop yang berkaitan dengan tajuk.
⚫ MEMPELAJARI LUKISAN PELAN LANTAI TIGA FASA(PELAN BENTANGAN)
⚫ MENGETAHUI MENJALANKAN LUKISAN SKEMATIK
⚫ MENGETAHUI JENIS PENDAWAIAN TIGA FASA

PENERANGAN/INFORMATION :

Untuk melukis dan menentukan lukisan bentangan dalam pemasangan industri mengikut
gambarajah bentangan, lukisan pendawaian dan lukisan skema, pelatih mesti memahami dan
mengetahui setiap langkah-langkah yang perlu dilakukan mengikut turutan yang betul. Dengan ini
ianya akan memudahkan untuk pelatih melukis dan menentukan lukisan bentangan. Di bawah ini
dinyatakan langkah-langkah seperti beriku

3.0 Peralatan Lukisan

Untuk membangunkan lukisan secara manual, pelbagai peralatan asas diperlukan seperti:

a) Papan lukisan
b) Sesiku T
c) Sesiku 30
d) Sesiku 45
e) Pemadam
f) Pembaris
g) Pensil / pensil mekanikal
h) Perisai pemadam
i) Jangka lukis
j) Pencontoh / Template

a) Papan lukisan

Papan lukisan diperbuat daripada kayu lembut bersaiz 60cmx80cm. Permukaan nya rata adalah
penting disamping bucu kiri dan kanannya diperkemas untuk membolehkan kertas lukisan
dilekatkan diatasnya.

Rajah 2.1 Ukuran papan lukis

Kertas lukisan biasanya akan ditampal dengan menggunakan pita atau dengan menggunakan
klip. Rajah 1.2 menunjukkan kedudukan kertas lukisan di papan lukis.
Kertas lukisan digunakan untuk membuat sesuatu lukisan yang dilukis menggunakan pensel.
Biasanya ukuran piawai ANSI ( American National Standard Institute ) bagi kertas lukisan ialah
seperti berikut:

Rajah 2.2 Kedudukan kertas lukisan dengan Sesiku T di papan lukis
b) Sesiku T
Sesiku T boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bahagian
bilah. Dalam kerja–kerja lukisan, sesiku T menjadi pemandu untuk membuat garisan lurus
mendatar atau garisan menegak dengan perantaraan sesiku sudut.
Sepanjang penggunaan sesiku T, ianya digunakan rapat dengan papan sebelah kiri. Selain itu
juga, sesiku T boleh digunakan dalam keadan condong ke atas atau ke bawah untuk membuat
garisan condong .Rajah 1.3 menunjukkan cara menggerakkan sesiku T.

Rajah 2.3 Cara mengerakkan sesiku T

c) Sesiku segi tiga
Terdapat 2 jenis sesiku iaitu bersudut 30 dan 45, ia digunakan untuk membuat garisan menegak
dan bersudut. Ia diletakkan diatas sesiku T dan boleh digelangsarkan kekiri dan kanan.

Rajah 2.4 : Sesiku segi tiga (Sesiku bersudut 300 dan 450)
d) Pensil
Pensil untuk membuat lukisan mekanikal samada dari jenis Pensil Jenis Kayu ataupun Pensil
Mekanikal dimana mata pensil mekanikal tidak perlu ditajamkan. Mata pensil biasanya diklasifikasi
berdasarkan kehitamanya. Ianya terbahagi kepada 3 gred iaitu keras, sederhana dan lembut.

Rajah 2.5 : Pensil Kayu dan Pensil mekanikal

i. Mata keras – 4H – 9H
ii. Mata Sederhana – untuk garisan am, objek, lakaran atau menghuruf(3H, 2H, H, F, HB)
iii. Mata lembut – untuk garisan nyata (B dan 2B)
Gred Keras diantara 9H hingga 4H. Biasanya gred ini digunakan untuk menghasilkan garisan
ringan seperti garisan binaan, garisan panduan penghurufan dan garisan yang memerlukan
ketepatan. Gred Sederhana adalah seperti 3H, 2H, H, F, HB dan B. Digunakan untuk
menghasilkan garisan ringan. Sesuai digunakan untuk membuat lakaran penghurufan, tanda anak
panah, garisan objek dan garisan tengah. Gred Lembut adalah antara 2B hingga 7B. Digunakan

untuk menghasilkan garisan kasar dan menwarnai objek. Pensil gred ini membolehkan kertas
menjadi kotor dan comot jika tidak digunakan dengan cermat.

Jadual 2.0 : Kumpulan pensil

Langkah-langkah penjagaan.
i. Pastikan mata pensil sentiasa tajam dan tidak terdapat sebarang kotoran yang terlekat.
ii. Tekanan yang sekata dikenakan pada keadaan pusingan yang sekata.
iii. Cara yang baik untuk menajamkan mata pensil ialah dengan kertas pasir.

iv. Bagi pensil mekanikal, jangan tekan terlalu kuat kerana boleh menyebabkan mata pensil
patah.

v. Cara memegang pensil mekanikal.
e) Perisai pemadam

Diperbuat dari logam nipis yang mempunyai banyak lubang. Ia bertujuan sebagai panduan
pemadam supaya tidak terpadam garisan lain yang berhampiran

Rajah 2.6 : Perisai Pemadam

f) Pencontoh

Digunakan untuk memudahkan kerja-kerja melukis kerana tidak perlu menggunakan peralatan
lukisan lain. Terdapat banyak pencontoh seperti pencontoh bulat, segiempat, segitiga dan simbol
elektrik

Rajah 2.7 : Pencontoh

g) Jangka lukis
Jangka lukis sangat diperlukan dalam kerja – kerja lukisankejuruteraan. Terdapat tiga jenis
jangka lukis yang biasa digunakan

a. Jangka lukis panah gergasi ( Giant bow )
b. Jangka lukis pegas susut ( Drop spring bow )
c. Jangka lukis tradisi dan bendul ( Electrum and Beam/trammel )

Jangka lukis digunakan untuk membentuk suatu garisan bulatan atau lengkok. Jangka lukis
terdiri daripada dua batang yang satu hujungnya boleh bertemu dan boleh dilaraskan. Satu
hujung mengandungi jarum halus untuk diletakkan pada pusat sesuatu bulatan,atau lengkok

dan hujung yang satu lagi terdapat mata pensel untuk melukis atau membentuk garisan.

Rajah 2.8: Jenis – jenis jangka lukis
h) Pembahagi

Bentuk pembahagi hampir – hampir sama dengan jangka lukis, bezanya pembahagi
mempunyai dua mata jarum. Terdapat dua jenis pembahagi iaitu:
a. Pembahagi jenis pegas
b. Pembahagi jenis bendul dan tradisi

Rajah 2.9: Jenis – jenis pembahagi
Pembahagi digunakan untuk membahagikan sesuatu jarak kepada beberapa bahagian yang
sama atau untuk memindahkan sesuatu jarak sekali atau berulang – ulang.
i) Skala/Pengukur
Skala / pengukur dalam kerja – kerja lukisan kejuruteraan bukanlah dijadikan untuk membuat
garisan, tetapi hanya digunakan sebagai pengukur sahaja. Skala yang digunakan mestilah dalam
satu unit sahaja bagi mengelakkan kekeliruan atau kesilapan semasa membuat
pengukuran. Setelah sesuatu ukuran itu diperolehi, pensel digunakan sebagai penanda kepada
ukuran tersebut. Penandaan yang lebih tepat boleh diperoleh dengan menggunakan pembahagi
atau mata jangka lukis. Rajah 1.10 menunjukkan jenis – jenis pembaris yang digunakan.

Rajah 2.10: Skala / Pengukur

3.1 Computer Added Drawing software (CAD)

Lukisan Terbantu Komputer atau lebih dikenali sebagai ‘Computer Aided Drafting’ (CAD). Ianya
merupakan satu perisian komputer yang menyumbang kepada penghasilan lukisan kejuruteraan.
Perisian CAD akan menjalankan arahan-arahan yang diberikan, manakala perkakasan komputer
melaksanakan perisian komputer.
Sistem ini mampu menghasilkan produk yang berkualiti, cepat dan pada masa yang sama ia
menjimatkan kos. Di samping itu, perkembangan sistem CAD menyumbang kepada
pembangunan pesat pelbagai bidang,lantas menyebabkan CAD menjadi pilihan utama kepada
jurutera dan pereka bentuk.

3.1.1 Kelengkapan Dalam Sistem CAD

Kaedah menghasilkan lukisan kejuruteraan boleh diklafikasikan kepada dua
1. Secara manual
2. Secara CAD

Kelengkapan dalam sistem CAD mengandungi komponen peranti masukan, peranti pemprosesan,
peranti keluaran dan peranti storan.

1. Peranti masukan:
• Papan kekunci
• Tetikus
• Pengimbas

2. Peranti keluaran:
• Monitor
• Pencetak
• Pemplot

3. Peranti storan:
• Cakera keras
• Disket
• CD
• ‘Pen-drive’

3.1.2 Pengoperasian komputer

i) Peranti Masukan

Sistem CAD mampu menggunakan satu atau lebih kombinasi peranti masukan bagi membentuk
lukisan pada papan monitor. Peranti ini digunakan sebagai punca masukan arahan dan data.
Peranti masukan yang biasa digunakan adalah papan kekunci dan tetikus. Papan kekunci
mempunyai ciri-ciri seperti kekunci huruf, angka dan simbol.Manakala pergerakan kursor dikawal
melalui tetikus. Tetikus merupakan alat peranti yangmenggunakan bebola guling dan laser
bahagian bawah untuk mengesan pergerakan.

ii) Peranti Keluaran
Lukisan kejuruteraan yang dibentuk melalui perisian contohnya AutoCAD boleh dicetak dengan
menggunakan peranti keluaran seperti pencetak dan pemplot.Pencetak pencetak boleh mencetak
lukisan bersaiz A4 dan A3 berwarna atau hitam putih.Pemplot digunakan untuk mencetak lukisan
bersaiz A4 hingga AO.Terdapat pelbagai jenis pemplot seperti pemplot pen, elektrostatik,microgrip
dan yang terkini teknologi pemplot laser.

iii) Peranti Paparan
Peranti paparan yang berinteraksi dengan pengguna CAD. Maklumat lukisan ataureka bentuk
dipaparkan pada peranti ini. Pengguna melukis dengan memasukkan maklumat seperti angka,
huruf, simbol atau garisan melalui peranti masukan tetikus dan papan kekunci.

iv) Peranti Storan
Lukisan CAD boleh disimpan dalam peranti storan data seperti cakera keras, disket,cakera padat
(CD), ‘pen-drive’, ‘thumb-drive’ dan sebagainya

2.2 Teknik pengukuran Skala

Pelan boleh diperbesar atau dikecilkan mengikut keperluan. Suatu pelan tapak sebaiknya dilukis
bersesuaian dengan kertas lukisan untuk memudahkan jurutera mentafsirnya. Lukisan yang
terperinci boleh diperbesarkan mengikut saiz skala pelan dan dan boleh digunanan untuk
memberi arahan yang lebih tepat.

Saiz bandingan tapak bangunan atau butir yang ditunjukkan pada sesuatu lukisan yang ditentukan
oleh skalanya. Ia dinyatakan dalam nisbah 1:50 skala ini bermaksud bahawa lukisan itu adalah
1/50 dari angka yang diwakili. 20mm pada lukisan bersamaan 1 meter.

Dengan menggunakan pembaris skala, jarak dapat diukur diantara dua titik dengan cara didarab
mengikut skala lukisan tersebut.

2.2.1 Contoh pembaris skala

1 23

cm

Pembaris

10 20 30

mm

Pembaris skala 1:1

1 2 3

m

Pembaris skala 1:100

Rajah 2.11 : Skala

2.2.3 Mengira skala

40mm 40mm 60mm

30mm
40mm

40mm
skala 1:2

Rajah 2.12: Contoh lukisan

Lukisan tersebut berskala 1:2 bermaksud setiap ukuran bongkah tersebut mestilah didarab
dengan 2

40mm 40mm 60mm

30mm
40mm

40mm
skala 1:100

Rajah 2.13 : Contoh lukisan

Lukisan tersebut berskala 1:100 bermaksud setiap ukuran bongkah tersebut mestilah didarab
dengan 100

2.3 Simbol pelan bangunan

Simbol bertujuan untuk mewakili sesebuah komponen/peralatan elektrik. Simbol-simbol ini dibuat
standard untuk mengelakkan sebarang kekeliruan semasa proses mentafsir litar, susunatur pelan
lantai.

Simbol-simbol yang digunakan didalam setiap gambarajah pendawaian, litar dan arkitek berbeza
antara satu sama lain. Sebilangan besar kekeliruan wujud diantara simbol untuk gambarajah
tersebut.

i. Gambarajah litar

Dilukis secara ringkas dan menggunakan simbol standard untuk mewakili susunataur fizikal. Ia
haruslah dilukis dari bekalan hingga kepada beban dan kawalan

ii. Gambarajah pendawaian

Menunjukkan pendawaian dan sambungan sebenar dan ia memerlukan sebanyak mungkin
maklumat didalamnya. Ia mneggambarkan susunan dan sambungan secara terperinci dan mudah
dibaca oleh pendawai

iii. Gambarajah arkitek

Dalam lukisan arkitek simbol-simbol akan digunakan untuk menunjukkan tempat semua peralatan
elektrik dipasang dalam sesebuah premis.

Jadual 2.1 : Simbol-simbol arkitek

Bil Simbol Keterangan
Pintu satu daun
1

Arah

buka Daun

2 Pintu dua daun

Daun Daun

3

Pintu gelongsor

4
Tingkap

5
Anak tangga

Tandas 22.3.4 Rajah dibawah menunjukkan satu contoh pelan pelan bangunan yang disiapkan dengan
Tandas 1melukis pelan arkitek mengikut simbol-simbol piawai.

Pintu keluar Rajah 2.14 : Pelan BentanganDapur
3 Pintu keluar
2

Bilik tidur 2

Bilik tidur 1 Ruang tamu

Ruang tamu Pintu utama 1

Pelan ini lazimnya disertakan dengan saiz atau ukuran terperinci bagi setiap bahagian
bangunan. Berpandukan kepada pelan bangunan inilah seseorang pendawai akan membuat
pelan pemasangan iaitu dengan menempatkan simbol-simbol pemasangan pada ruang yang
diperlukan oleh pelanggan.

Daripada pelan pemasangan ini, pendawai akan dapat membuat angggaran taksiran kos
pendawaian, kerana pada pelan ini terdapatnya petunjuk bilangan lampu, aksesori dan panjang
kabel yang diperlukan.

2.4 Aplikasi dalam konfigurasi

Semasa membuat lukisan Pelan samada skematik atau bentangan, terdapat beberapa amalan
yang perlu dilakukan oleh setiap pelukis pelan untuk menentukan setiap lukisan pelannya diterima
mengikut peraturan yangditetapkan. Diantaranya ialah:-

a) Ketepatan
Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah
ketepatan ukuran saiz, penggunaan unit dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis
spesifikasi ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan pelan yang tidak mengikut ciri-ciri
yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan berkemungkinan tidak
dapat diterima.

b) Teknik melukis
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina
garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Ini
memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan simbol-simbol tertentu yang boleh digunakan
bagi membantu untuk menghasilkan lukisan yang lebih baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak
mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah
difahami dan mengelirukan kerana garisan-garisan nampak berserabut.

c) Kebersihan lukisan
Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan
itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-
langkah tertentu termasuk cara pengendalian software untuk membuat lukisan untuk memastikan
kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang
yang berkebolehan menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan

menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan
yang baik bagi setiap pelukis pelan.

2.5 Simbol elektrik , litar dan pengukuran bagi lukisan susunatur

2.5.1 Simbol Elektrik
• Dalam sesebuah lukisan elektrik simbol akan digunakan bagi menunjukkan lokasi
peralatan yang digunakan. Penggunaan simbol yang standard dapat mengelakkan
kekeliruan untuk mentafsirkan sesebuah lukisan.
• Simbol-simbol pendawaian yang digunakan dalam pepasangan elektrik ditunjukkan dalam
Jadual 1.

• Untuk penjimatan pendawaian:

• Suis tarik boleh digunakan dalam bilik mandi,bilik rehat atau tandas yang tertakluk
kepada peraturan.

• Lampu:
o Satu bilik sekurang-kurangnya satu lampu kecuali;
o Memerlukan cahaya yang lebih.
o Kegunaan khas.
o Jarak tidak kurang daripada 2 meter antara satu dengan lain.

• Lampu bilik mandi:
o Jenis tungsten glob
o Pendaflour bertutup sepenuhnya.

• Lampu dinding:
• Cahaya yang seimbang dalam sebuah bilik boleh ditempatkan dengan penempatan

lampu yang betul. Simbol mata (point) lampu hendaklah dilukis ditengah-tengah
bilik.Sesuai untuk;

o Bilik Rehat.
o Anjung Rumah.
o Ruang Tamu.

• Kipas:
• Simbol untuk kipas siling dilukis ditengah-tengah bilik. Jika lebih daripada satu,
hendaklah ditempatkan dengan sesuai supaya angin kipas seimbang pada ruang yang
diperlukan.

• Unit Kawalan pengguna:
• Kotak agihan serta peranti kawalan pengguna boleh ditempatkan dalam bilik khas atau
di tepi dinding berhampiran pintu utama sesuatu rumah atau premis.
• Soket Keluaran:
• Dicadangkan dari jenis tunggal.
• Tidak boleh dipasang dalam bilik mandi kecuali jenis khas.
• Utamakan pemasangan mengikut keperluan penggunaan.
• Bilangannya bergantung kepada jenis pendawaiannya tertakluk kepada peraturan MS
IEC 60364/ Suruhanjaya Tenaga.

2.5.2 Memahami Simbol-Simbol Lukisan Bentangan Elektrik
• Untuk melukis simbol-simbol, pelatih mestilah memahami simbol-simbol elektrik untuk
memudahkan pelatih melukis simbol-simbol yang berkaitan. Lukisan bentangan elektrik,
lukisan plan bangunan, yang mana terdapat simbol-simbol elektrik.Ia menunjukkan alat-
alat yang dipasang sama ada di bangunan, di rumah dan sebagainya.






















Click to View FlipBook Version