NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(5/11) Muka Surat / Page : 8
Drpd / of : 10
vii. Pendarahan hidung
a. Dudukkan mangsa.
b. Condongkan kepala kehadapan,agar darah dapat menitik ke bawah(tadahkan
dengan mangkuk)Jangan dongakkan kepala ke atas untuk mengelakkan darah
mengalir masuk ke rongga pernafasan atau mulut.
c. Picit bahagian bawah tulang rawan hidung sambil menyuruh pesakit bernafas
melalui mulut.
d. Tuamkan dengan ketulan ais yang di bungkus dihidung,dahi dan tengkuk.
e. Hantar ke hospital sekiranya serius.
viii. Pengsan
Sekiranya mangsa belum pengsan :
a. Dudukkan pesakit, sambil memegang bahunya tundukkan kepalanya ke bawah
diantara dua lutut untuk beberapa minit.
b. longgarkan pakaiannya.
c. Beri pengudaraan yang mencukupi.
d. Beri minuman suam sekiranya mangsa sudah pulih.
Sekiranya mangsa sudah pengsan, rawatan kecemasan :
i. Baringkan mangsa dan letakkan bantal di kaki atau tinggikan kaki mangsa
melebihi kepala mangsa.
ii. Longgarkan pakaian pesakit.
iii. Jangan kerumuni pesakit dan beri pengudaraan
iv. Letakkan ais yang dibungkus atas dahi mangsa sehingga pesakit sedar.
v. Boleh juga menggunakan ubat bau sekiranya pesakit mengambil masa yang
terlalu lama untuk sedar.
vi. Setelah sedar, biarkan pesakit berehat dan boleh diberi minuman suam.
ix. Asthma
a. Dudukkan pesakit dengan bantuan dan lunjurkan tangan ke depan di atas
meja/kerusi.
b. Minta pesakit mengeluarkan penyedut ventolin jika ada
c. Sekiranya pesakit tiada penyedut ventolin ambil penyedut ventolin di dalam peti
kecemasan
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(5/11) Muka Surat / Page : 9
Drpd / of : 10
x. Epilepsi atau sawan babi :
a. Tenangkan mangsa, kalau boleh suruh mangsa baring atau berehat.
b. Jauhkan benda tajam dan pastikan tiada halangan pada laluan.
c. Letakkan sesuatu sebagai pengalas seperti tuala kecil yang di gulung di dalam
mulut mangsa untuk mengelakkan mangsa menggigit lidahnya sendiri
d. Longgarkan pakaian mangsa dan pujuk mangsa berehat dalam bilik yang tiada
orang.
e. Sentiasa awasi mangsa kerana dikhuatiri mangsa diserang dengan epilepsi
sekali lagi
f. Apabila mangsa telah pulih bolehlah diberi minuman panas untuk melegakan
mangsa.
g. Sekiranya keadaan mangsa bertambah serius, hubungi pihak hospital.
xi. Lemas
a. Pastikan tiada apa-apa benda di dalam mulut mangsa, tiada kecederaan pada
tengkuk mangsa sebelum memberi bantuan kecemasan.Mangsa perlu diberi
bantuan pernafasan sekiranya mangsa tidak sedarkan diri dan tidak bernafas.
b. Pernafasan dari mulut ke mulut :Memeriksa mangsa untuk memastikan mangsa
tidak bernafas
c. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat,bersihkan
mulut,dongakkan kepala kebelakang dengan perlahan dan angkat rahang
keatas,
d. Picit hidung.Tarik nafas anda dan hembuskan dengan empat kali hembusan
sehingga rongga dada mangsa naik ke atas
e. Dengar pernafasan pesakit dan periksa denyutan nadi pesakit di bahagian
arteri carotid
f. Sekiranya masih tiada denyutan nadi, teruskan memberi bantuan pernafasan
setiap 5 saat sehingga pesakit pulih atau sehingga bantuan perubatan tiba
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(5/11) Muka Surat / Page : 10
Drpd / of : 10
SOALAN/QUESTION :
1. Mengapa perlu ada peti pertolongan cemas di premis pusat refleksologi?
2. Senaraikan bahan dan peralatan yang perlu ada dalam peti kecemasan?
3. Berapa kerap peti kecemasan perlu diselenggara?
RUJUKAN/REFERENCE :
1. Good Practice Guidelines On Reflexology, For reflexologist practicing in Malaysia,
Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan
Malaysia, 1998, ISBN 978-983-44754-9-9.
2. Reflexology, Susan Cressy, Heinemann College 2003, ISBN : 978-0435451042.
3. Anatomy and Physiology In Health And Illness, Ross Wilson, Anne Waugh and
Allison Grant, Churchill Livingstone, ISBN 0-443-06488-7
4. First Aid Manual, Emergency Procedures for Everyone, Authorized Manual Of At
John Ambulance, Dr C.C Molly, Dorling Kindersley, ISBN 0-86318-232-1
5. Reflexology Health at Finger Tips, Barbara Kunz and Kevin.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
KOD DAN NAMA KERTAS PENERANGAN
PROGRAM /
PROGRAM’S CODE & ( INFORMATION SHEET )
NAME
MP-080-3:2011
TAHAP / LEVEL REFLEKSOLOGI KAKI, TANGAN DAN TELINGA
TIGA (3)
NO. DAN TAJUK UNIT C02
KOMPETENSI / REFLEKSOLOGI TANGAN
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE 1. MENGENALPASTI KEPERLUAN PELANGGAN
NO. DAN PENYATAAN REFLEKSOLOGI TANGAN
AKTIVITI KERJA / WORK
ACTIVITIES NO. AND 2. MENYEDIAKAN TEMPAT REFLEKSOLOGI TANGAN
STATEMENT
3. MENYEDIAKAN PELANGGAN UNTUK
NO. KOD / CODE NO.
REFLEKSOLOGI TANGAN
4. MELAKSANAKAN REFLEKSOLOGI TANGAN
5. MEMANTAU PROSEDUR REFLEKSOLOGI TANGAN
6. MENILAI PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI TANGAN
7. MEREKOD PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI
TANGAN
8. MENGURUSKAN PROSEDUR SELEPAS
REFLEKSOLOGI TANGAN
MP-080-3:2011/C02/P(6/11) Muka Surat / Page : 1
Drpd / of : 12
TAJUK/TITLE:
PENGENDALIAN PELANGGAN
TUJUAN/PURPOSE:
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai kod etika,
‘deportment’ & postur dalam pengendalian pelanggan, amalan kebersihan dan kaedah
pembersihan dan membasmi.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(6/11) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 12
PENERANGAN/INFORMATION:
Tujuan Pengendalian Pelanggan adalah untuk memastikan tiada aduan daripada
pelanggan dan mengikut keperluan pelanggan. Penampilan diri yang baik adalah
penting. Tingkah laku dan penampilan meningkatkan personaliti anda untuk
mendapatkan keyakinan dan kepercayaan dari pelanggan. Ia juga menerangkan
tentang etika dan budaya kerja yang perlu diamalkan oleh jururefleksologi, cara
mengekalkan hubungan dengan pelanggan dan tanggungjawab jururefleksologi.
1. ETIKA DAN BUDAYA KERJA
Etika berasal dari perkataan Greek ‘ethos’ yang bermaksud khusus kepada
‘character’ atau perwatakkan dan keperibadian. Gluck (1986 : 176) telah
mendifinasikan etika sebagai, " kajian filoso fikalter hadap moraliti". Shea (1988 : 17)
pula mendefinasikan etika sebagai "prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal
individu atau profesyen" dansebagai "satu standard tingkahlaku ".
Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh
manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan.Tidak mengira negara,
bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian
akhlak mereka yang mengamalkannya.
Hubungan etika kerja professional dengan kehidupan manusia digunakan untuk
mengawal tingkahlaku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan
meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di sisi undang-
undang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu, etika kerja
professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan
teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan. Masyarakat social
mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa.
Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. – dalam
apa jua keadaan. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri.
Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat
mencapai tahap etika yang dikehendaki. Secara kesimpulan dapatlah kita simpulkan
bahawa etika itu wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan
kekuatan diri individu itu sendiri.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(6/11) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 12
1.1 Kod Etika
Tujuan etika profesional adalah agar tabiat kebersihan dipatuhi, bau badan
dielakkan, rambut dan kuku dikemaskan rapi, reputasi dan etika profesional
dicapai, kod pakaian formal dipakai, solekan dikenakan dan sikap yang baik
dipatuhi mengikut keperluan profesional, sejajar dengan postur dan deportment
yang tepat.
Rajah 1: Personaliti Bersih & kemas
i. Amalan beretika dalam kerja
a. Displin dan sikap individu terhadap kerja
b. Menepati waktu kerja
c. Amanah terhadap tugas
d. Bertanggungjawab terhadap tugas
e. Patuh terhadap undang-undang semasa bekerja
f. Berkerja bersungguh-sungguh
g. Menjaga kebersihan dan cekap melakukan kerja
h. Insiatif
i. Ikut prosedur operasi standard syarikat.
j. Sentiasa memakai pakaian syarikat apabila anda berada di pusat
refleksologi.
k. Anda mesti dalam keadaan bersedia, 30 minit sebelum ketibaan
pelanggan.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(6/11) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 12
ii. Amalan tidak beretika dikalangan pekerja
a. Salah guna kuasa
b. Rasuah
c. Penipuan
1.2 Mengekalkan Hubungan Dengan Pelanggan
Dalam industri yang melibatkan perkhidmatan pelanggan, adalah sangat
mustahak pelanggan dijaga dengan baik seperti kata-kata yang selalu kita
dengan“ pelanggan sentiasa betul”. Perlu juga diingatkan bahawa pelanggan
adalah merupakan harta atau saham untuk perniagaan yang bertumpukan
perkhidmatan.
i. Mengenali pelanggan, dari jenis pelanggan yang disenaraikan dibawah:
a. Pemalu dan pendiam
Layan mereka supaya mereka lebih selesa dengan memulakan
perbualan. Perlu tujukkan keperihatinan anda.
b. Suka bercakap
Jadilah pendengar yang bijak dan sabar, tukarkan percakapan itu
kepada mempromosi produk atau perkhidmatan anda.
c. Gemuruh dan mudah rasa tersinggung
Berikan perkhidmatan yang terbaik,elakan perbualan yang panjang
dan sentiasa senyum.
d. Banyak bertanya dan terlalu berhati-hati
Perlu memberi penjelasan. Berikan penerangan yang jelas tentang
perkhidmatan anda.
e. Berlagak seperti tahu segala-galanya dan takut tertipu
Bersetuju dengan pelanggan tetapi tegas dalam penjelasan anda,
jangan bertekak dan berikan pujian.
f. Muda/remaja
Elakan daripada menjual terlampau banyak produk.Beri penerangan
tentang penjaggan kualiti dan produk.
g. Berumur
Layan dengan lemah lembut dan memahami perasaan pelanggan.jual
produk/servis yang sesuai untuk mereka.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(6/11) Muka Surat / Page : 5
Drpd / of : 12
ii. Maklumat yang perlu ada tentang pelanggan:
a. Jantina (lelakiatauperempuan)
b. Umur (bergantungpadakeadaan)
c. Agama (Islam, Kristian, Buddha dansebagainya)
d. Budaya atau amalan (pemakanan, social)
e. Asal-usul (kelahiran)
f. Pantang larang (pemakanan/kelakuan kurangsopan)
g. Maklumat kesihatan
h. Status (perkahwinan/pangkat)
i. Pendapatan (Gaji)
Tidak semua maklumat yang kita boleh tanyakan kepada pelanggan kerana
terdapat beberapa perkara yang boleh ataupun menyinggung hati pelanggan.
Perhubungan dengan pelanggan menjadikan pelanggan gemar datang kepusat
perniagaan kita bagi mendapatkan perkhidmatan dan seterusnya menjadi
pelanggan tetap.
1.3 Tanggungjawab Jururefleksologi
Tanggungjawab bermaksud keharusan untuk berbuat sesuatu atau kadangkala
dikaitkan dengan perbuatan seseorang.Pengertian tanggungjawab selalu
berkisar pada kesedaran untuk melakukan, kesediaan untuk melakukan dan
kemampuan untuk melakukan.
Jururefleksologi memainkan peranan yang penting dalam memberikan
perkhidmatan kepada pelanggan antaranya khidmat nasihat berkaitan kesihatan,
khidmat urutan kepada pelanggan serta khidmat nasihat susulan selepas
rawatan. Tanggungjawab ini bukan sahaja menjadikan pelanggan berasa selesa
untuk mendapatkan semula rawatan malahan menjadikan perniagaan
berkembang maju.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(6/11) Muka Surat / Page : 6
Drpd / of : 12
1.4 Prinsip Pengendalian Pelanggan
i. Pelanggan adalah sumber pendapatan utama dalam setiap syarikat dan
mereka adalah VIP (orang yang sangat penting)
ii. Tidak ada yang dapat mengurangkan kesan pertama yang negatif, oleh itu,
kita harus sentiasa berada pada tahap terbaik
iii. Gunakan tatabahasa yang betul dan bercakap dalam cara yang
menyenangkan apabila berkomunikasi dengan pelanggan.
iv. Kesopanan boleh digambarkan dengan senyuman sebagai tanda ucapan
aluan dan kata-kata alu-aluan
v. Semua yang anda katakan atau lakukan, baik atau buruk, akan mempunyai
kesan yang berterusan dan berkekalan.
vi. Sambut pelanggan dengan senyuman.
vii. Keselamatan barangan milik pelanggan hendaklah dipastikan; seperti di mana
dan bagaimana untuk menjaga beg tangan, kasut pelanggan dan pakaian.
Sentiasa ikuti syarikat Prosedur Operasi Standard (SOP)
viii. Barangan milik pelanggan hendaklah disimpan di tempat yang selamat
dikunci atau kabinet untuk mengelakkan kehilangan
ix. Memastikan pelanggan menyimpan kunci ruang penyimpanan barang
peribadi yang dikunci untuk mengelakkan salah faham sekiranya berlaku
kehilangan.
x. Biarkan pelanggan bercakap lebih daripada anda. Jangan mendominasi
perbualan.
1.5 Sikap yang perlu ditunjukkan sepanjang sesi refleksologi:
i. Rajin - Sentiasa mengambil berat kepada pelanggan; memastikan tekanan
yang tepat semasa memberi sentuhan
ii. Teliti - Tepat dalam menjalankan teknik refleksologi
iii. Berpengetahuan - Memahami zon refleks dan menjelaskan kepada pelanggan
mengapa anda menekan kawasan tersebut.
iv. Memastikan pelanggan selesa.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(6/11) Muka Surat / Page : 7
Drpd / of : 12
2. DEPORTMENT & POSTUR
2.1 Postur Tubuh
Postur yang betul adalah sangat penting untuk tubuh anda kerana ia
membantu mencegah keletihan.
i. Meletakkan berat badan pada bola kaki anda, bukan pada tumit.
ii. Pastikan lutut anda dilentur.
iii. Pastikan bahu anda tegak dan tahan abdomen anda ke dalam agar tidak
menonjol.
iv. Pegang kepala anda tinggi.
Postur tubuh:
1. Normal: Postur tubuh yang tegak
2. Keras (Stiff): postur yang keras dan
lutut keras
3. Lordosis: swayback. (lengkungan
tulang belakang ke dalam yang
melampau (an exaggerated inward
curve of the spine.))
4. Kyphosis: bahu kedepan (humped
shoulders) berlaku apabila
lengkungan ‘thoracic’ berlebihan
member kesan kepada bahu dan
menyebabkan bonggol di bahagian
belakang badan
5. Scoliosis: tulang belakang yang
berganjak jauh ke bahagian tepi
(lateral deviation of the spine)
Rajah 1: Jenis-jenis postur badan
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(6/11) Muka Surat / Page : 8
Drpd / of : 12
a) Tiga (3) bahagian utama tulang belakang:
Rajah 2: Tulang Belakang
• Cervicals : Tujuh (7) tulang yang menyokong kepala
• Toraks : Dua belas (12) tulang- vertebra
• Lumbar : Lima (5) tulang lumbar daripada tulang belakang. Ini adalah lokasi di
mana biasanya berlaku sakit belakang atau terseliuh / terikan belakang.
Posisi Duduk: -
Rajah 3: Posisi Duduk Untuk Mengelakkan Rasa Sakit Dan Keletihan Kembali
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(6/11) Muka Surat / Page : 9
Drpd / of : 12
b) Posisi duduk juru refleksologi
Letakkan kaki anda di atas lantai secara langsung di bawah lutut anda.
Letakkan kerusi selari dengan lutut anda.
Biarkan kaki anda menanuggung berat paha anda.
Pastikan ‘torso’ adalah menegak.
c) Kedudukan pelanggan semasa sesi
Baring di atas sofa dan sesuaikan kedudukan pelanggan untuk
memudahkan juru refleksologi menjalankan sesinya. (cth: Kerusi urut perlu
diselaraskan 45 darjah untuk membolehkan juru refleksologi untuk menilai
telinga dengan mudah)
Duduk di atas kerusi. Kerusi mestilah mempunyai tempat rehat kepala atau
bantal untuk pelanggan meletakkan kepala dalam keadaan yang selesa.
d) Ruangan untuk sesi refleksologi
Kamar atau kabin: ini boleh menjadi peribadi dan suasana yang tenang.
Bilik: privasi terjamin apabila bilik digunakan, bagaimanapun, muzik akan
menjadi satu-nilai ditambah dan pelanggan akan merasa lebih tenang.
2.2 Amalan Kebersihan Diri
Kebersihan diri meliputi penjagaan yang bijak diambil oleh individu untuk
mengekalkan kesihatan dengan mengikut peraturan hidup yang sihat. Seorang
juru refleksologi mestilah mematuhi kebersihan peribadi dengan cara yang
berikut
i. menjaga rambut rapi
ii. mempunyai sapu tangan bersih atau tisu berguna dalam kes batuk atau
bersin
iii. menyimpan kasut yang bersih dan kemas dan memakai hos bersih
iv. mencuci tangan selepas melawat tandas
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(6/11) Muka Surat / Page : 10
Drpd / of : 12
a) Bagi mengekalkan kesihatan yang baik, patuhi peraturan berikut
Menghirup udara segar
Minum air yang mencukupi setiap hari
Mengikuti diet harian yang seimbang
b) Maklumat am
Gunakan ubat kumur untuk menghilangkan bau nafas yang tidak
menyenangkan.
Mandian harian atau pancuran harian akan menjaga kebersihan kulit dan
mengeluarkan peluh, kotoran dan gris. Penggunaan antiperspirant
selepas mandi akan mengelakkan peluh yang berlebihan dan bau peluh.
Apabila anda meletakkan tangan anda dalam cecair yang boleh
merosakkan kulit, gunakan sarung tangan plastik atau getah.
Kebersihan diri merupakan cabang sains gunaan yang berkaitan dengan
hidup sihat. Ia termasuk kebersihan peribadi dan awam.
Etika berkaitan dengan kajian dan falsafah tingkah laku manusia, dengan
penekanan kepada penentuan betul dan salah.
Kebersihan diri dan dandanan baik termasuk memakai pakaian baru
setiap hari. Dalam menasihati pelanggan tentang cara untuk mencapai
dan mengekalkan kesihatan yang baik dengan kehidupan yang bersih,
juru refleksologi yang profesional harus menjadi contoh yang hidup
dengan kesihatan yang baik. Tangan dan kuku hendaklah bersih pada
setiap masa
Rambut dan mata yang tidak mempunyai kilauan dan kulit kusam adalah
penunjuk kepada
- Kekurangan rehat dan tabiat tidur yang tidak sihat
- Tabiat makan yang tidak betul
- Peredaran darah yang lambat disebabkan oleh kekurangan senaman
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(6/11) Muka Surat / Page : 11
Drpd / of : 12
2.3 Kaedah Pembersihan Dan Membasmi Bahagian Badan Yang Akan Diurut
i. Jenis-jenis kaedah pembersihan
Sponging: menggunakan span dan menyapu di kawasan berkenaan.
Tuala: biasanya tuala kecil. Boleh menjadi tuala sejuk atau suam.
Kapas: menggunakan bola kapas direndam dengan pembersih
Putik kapas: menggunakan tangkai untuk membersihkan kawasan yang
tertutup
ii. Menyediakan pelanggan untuk sesi refleksologi
Menilai keperluan dan kehendak pelanggan.
Pastikan barangan milik pelanggan disimpan di tempat yang selamat.
Pilih kawasan kerja
Pilih kedudukan yang paling selesa bagi pelanggan untuk berehat .
Tanggalkan aksesori pelanggan dan letakkan ke dalam tempat simpanan
yang selamat
Periksa petunjuk kontra.
Melindungi pakaian pelanggan dengan tuala.
Pilih kaedah yang tepat untuk membersihkan bahagian badan pelanggan
untuk sesi refleksologi.
Membasmi bahagian badan pelanggan untuk sesi refleksologi
iii. Keselamatan & Kebersihan diri
Sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan dan kebersihan.
Sentiasa periksa tanda-tanda kontra sebelum memulakan refleksologi.
Memastikan kemudahan berfungsi dan selamat.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(6/11) Muka Surat / Page : 12
Drpd / of : 12
SOALAN / QUESTION:
Anda dikehendaki menjawab semua soalan di bawah dan tulis dalam buku nota anda
dan diserahkan kepada seorang jurulatih untuk tujuan penandaan.
1. Mengapa ia penting untuk menyimpan barangan peribadi di ruangan simpanan
yang selamat?
2. Senaraikan lima (5) jenis postur badan.
3. Senaraikan lima (5) prinsip-prinsip pengendalian pelanggan.
4. Senaraikan lima (5) amalan kebersihan.
RUJUKAN/REFERENCE:
1. Milfred Carter & Tammy Weber (1994 by Parker Publishing Company, New York)
“Body Reflexology” , ISBN 0-13-299728-2 (CASE), ISBN 0-13-299736-3 (PBK),
2. Dawn Mernagh-Ward & Jennifer Cartwright “Health & Beauty Therapy (A practical
approach for NVQ Level 3 – 2nd Edition)” ISBN 0748760784
3. Claire Wynn (2006 by Hinkler Books Pty Ltd, 45-55 Fairchild Street, Heatherton
Victoria 3202 Australia) “Simply Reflexology” ISBN 9 7817 4157 958 1
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA MP-080-3:2011
PROGRAM / REFLEKSOLOGI KAKI, TANGAN DAN TELINGA
PROGRAM’S CODE &
NAME TIGA (3)
TAHAP / LEVEL
NO. DAN TAJUK UNIT C02
KOMPETENSI / ANATOMI REFLEKSOLOGI TANGAN
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE 1. MENGENALPASTI KEPERLUAN REFLEKSOLOGI
TANGAN PELANGAN
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 2. MENYEDIAKAN KAWASAN REFLEKSOLOGI
ACTIVITIES NO. AND TANGAN
STATEMENT
3. MENYEDIAKAN PELANGGAN UNTUK
REFLEKSOLOGI TANGAN
4. MELAKSANAKAN REFLEKSOLOGI TANGAN
5. MEMANTAU PROSEDUR REFLEKSOLOGI TANGAN
6. MENILAI PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI TANGAN
7. MEREKOD PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI
TANGAN
8. MENGURUS PROSEDUR SELEPAS REFLEKSOLOGI
TANGAN
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(7/11) Muka Surat / Page : 1
Drpd / of : 10
TAJUK/TITLE :
ANATOMI & FISIOLOGI TANGAN
TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai asas anatomi dan
fisiologi serta zon refleks di tangan
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(7/11) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 10
PENERANGAN/INFORMATION :
1. ASAS ANATOMI DAN FISIOLOGI URUTAN TANGAN
1.1 Jenis sistem major dan fungsinya:
BIL SISTEM PENERANGAN
1 Sistem kulit dan membrane Struktur sel dan komposisi selular kulit
(Integumentary system) (Cell Structure and Skin Cellular
Composition)
2 Sistem tulang dan otot
(Muscular and Skeletal Systems) Tulang , otot dan pergerakan
(Bones, Muscles and Movement)
3 Sistem kardiovaskular
(Cardiovascular System) Jantung dan perjalanan darah
(Heart and Blood Circulation)
4 Limpatik dan sistem pertahanan
badan Kelenjar limfa dan pengeluaran cecair
(Lymphatic and Immune System) tisu
(Lymph glands and production of
5 Sistem saraf TissueFluid)
(Nervous System) Sel saraf, saraf, otak dan tisu saraf
(Neurons, Nerves, Brain and Nervous
6 Sistem endokrin Tissue)
(Endocrine System) Organ endokrin utama dan fungsi
hormon
7 Sistem pernafasan (Main endocrine organs and role of
(Respiratory System) hormones)
Paru-paru dan laluan pernafasan
8 Sistem pembiakan dan (Lungs and air pathways)
perkumuhan
(Genito-Urinary System) Tentang pencernaan, ginjal (buah
pinggang) dan proses kencing
9 Sistem pembiakan manusia (About digestion, Kidneys and water
(Human Reproductive System) metabolism)
Tentang kitaran pembiakan (haid) dan
kandungan
(About Reproductive Cycle (Menstrual)
and (Pregnancy)
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(7/11) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 10
2. TEORI ZON REFLEKSOLOGI
Menerangkan cara-cara menyediakan pelanggan dengan sopan santun,
melaksanakan rawatan Refleksologi tangan mengikut prosedur dan teknik, juga
merekodkan reaksi pelanggan selepas rawatan. Ia juga menerangkan berkenaan
Anatomi dan Fisiologi tangan, jenis-jenis media untuk urutan, menekan poin-poin
tapak tangan untuk mengesan masalah kesihatan, memerhati kesan tindakbalas yang
spontan dan cara memberi keselesaan kepada pelanggan.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(7/11) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 10
3. ZON-ZON REFLEKSOLOGI TANGAN
Gambarajah di bawah menunjukkan zon-zon reflek di tangan yang berkaitan dengan
sistem tubuh badan kita.
3.1 Sistem Rangka Dan Otot
Sistem rangka dan sistem otot meliputi rangka tubuh yang terdiri daripada tulang
dan otot.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(7/11) Muka Surat / Page : 5
Drpd / of : 10
3.2 Sistem Pernafasan
Terdiri daripada organ pernafasan bermula dari hidung hingga ke paru-paru.
Paru-paru
3.3 Sistem Pencernaan
Terdiri daripada saluran pencernaan bermula dari mulut hingga ke dubur (anus)
serta kelenjar yang terlibat dalam pencernaan seperti pankreas dan hepar.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(7/11) Muka Surat / Page : 6
Drpd / of : 10
3.4 Sistem Genito-Urinari
Merupakan sistem ekskresi yang terdiri daripada ginjal, pundi kencing dan
saluran ekskrisinnya.
3.5 Sistem Endokrin
Terdiri daripada kelenjar tanpa duktus yang menghasilkan atau merembeskan
hormon.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(7/11) Muka Surat / Page : 7
Drpd / of : 10
3.6 Sistem Pengaliran Limfa
Dibentuk oleh nodus limfa dan saluran limfa.
Limfa
4. Anatomi Dan Fisiologi Tangan
Setiap tangan mempunyai 27 tulang yang terdiri daripada :
• 8 tulang carpal.
• 5 tulang metacarpal.
• 14 tulang digital
(phalanges).
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(7/11) Muka Surat / Page : 8
Drpd / of : 10
5. Urutan Refleksi Tangan
Urutan refleksi tangan boleh dilakukan dalam 2 keadaan:
• Bila urutan refleksi tangan tidak dapat dilakukan disebabkan kontra indikasinya
seperti tangan tercedera, tulang patah atau terdapat infeksi tangan.
• Mengurut sendiri.
Semua poin refleks yang berkaitan dengan organ tubuh badan kita juga terdapat
di tapak dan pergelangan tangan seperti mana yang terdapat pada kaki.
Disebabkan saiz permukaaan tangan lebih kecil dan jarak di antara ibu jari dan
jari telunjuk agak jauh berbanding dengan jari kaki maka gambaran poin-poin itu
dipadatkan dan kedudukan poin agak berbeza dengan tapak kaki.
Berikut adalah gambar rajah yang menunjukan poin-poin refleks di tangan yang
berkaitan dengan organ tubuh badan kita.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(7/11) Muka Surat / Page : 9
Drpd / of : 10
6. MELAKSANAKAN URUTAN REFLEKSOLOGI TANGAN
i. Sebelum melaksanakan urutan refleksologi tangan, ada beberapa perkara yang
perlu dititikberatkan iaitu;
• Jenis-Jenis Media Untuk Urutan.
Pemilihan media untuk urutan adalah penting untuk memberi rawatan yang
efektif. Pemilihan media untuk rawatan adalah dibuat berdasarkan pada jenis
kulit atau mengikut pilihan pelanggan.
ii. Mengesan permasalahan.
• Untuk mengetahui gejala sakit dari kawasan refleksi cukup dengan menekan
atau mengurut kawasan refleksinya. Oleh kerana saraf–saraf sensori terletak
di hujung jari yang menyebabkan jari sangat sensitif pada sentuhan. Ibu jari
yang terlatih dapat merasakan keadaan seperti berpasir, ketulan agak keras
atau berlekuk-lekuk pada tapak tangan. Bila kawasan refleksi terasa sakit
ketika diurut ini tandanya organ berkaitan mengalami gangguan. Ketika
melakukan urutan perlu diperhatikan bahawa daya tahan setiap orang tidaklah
sama. Tekanan urutan hendaklah disesuaikan dengan daya tahan orang yang
diurut.
7. SESI REFLEKSOLOGI TANGAN
Langkah Penerangan
Langkah 1
Langkah 2 Dengan ke dua-dua tapak tangan, pegang menegak ke dua sisi
tangan pelanggan dan gelek-gelekkan 5-10x.
Langkah 3 Tekan dan pusing buku lima di tapak tangan pelanggan
sebanyak 5x.
Langkah 4
Langkah 5 Letak empat jari pelatih di atas dorsal tapak tangan di alur tulang
Langkah 6 metakarpal pelanggan. Ibu jari di letak di tapak tangan
pelanggan selari dengan empat jari tadi dan cengkam serentak
tangan pelanggan. Lakukan teknik yang sama ke atas alur
metakarpal yang lain
Ulangi langkah 1.
Dengan menggunakan ibu jari, tekan dan tolak dari zon
diafragma hingga ke pangkal semua jari dan ulang langkah
tersebut 3x.
Dengan menggunakan jari telunjuk pelatih, tekan celah jari
pelanggan dan terus menolak antara alur metakarpal sehingga
tulang karpal di dorsal tapak tangan pelanggan.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(7/11) Muka Surat / Page : 10
Drpd / of : 10
Langkah Penerangan
Langkah 7 Di bahagian dalam jari pelanggan, gunakan ibu jari, tekan dan
Langkah 8 urut pangkal jari sehingga hujung jari 3 kali untuk setiap jari.
Langkah 9
Urut dan tekan poin mata dan telinga di bahagian dalam jari
telunjuk dan jari tengah sebanyak 5x.
Gunakan ibujari, tekan dan tolak poin tiroid di pangkal ibu jari
(rujuk gambar rajah di atas) 5x dan terus urut dari garisan
diagfragma hingga ke pangkal jari 5x.
SOALAN/QUESTION :
1. Ada berapakah tulang di kawasan setiap tangan?
2. Apakah yang di maksud sistem genito-uninari?
RUJUKAN/REFERENCE :
1. Good Practice Guidelines On Reflexology, For reflexologist practicing in Malaysia,
Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan
Malaysia, 1998, ISBN 978-983-44754-9-9.
2. Reflexology, Susan Cressy, Heinemann College 2003, ISBN : 978-0435451042.
3. Anatomy and Physiology In Health And Illness, Ross Wilson, Anne Waugh and
Allison Grant, Churchill Livingstone, ISBN 0-443-06488-7
4. Complete Reflexology For Life, Barbara and Kevin Kunz, DK Publishing New York,
ISBN 978-07566-2852-9.
5. The Reflexology Atlas, Bernard C Kolster M.D, Astrid Waskowiak M.D, ISBN -13-
978-1594770913
6. The Complete Reflexology Tutor, Ann Gillanders, Gaia Publisher 2008, ISBN : 978-
1856752831.
7. Foot, Hand and Ear Reflexology, Emotional Free, Stefan Mager, Aracaria Publisher
(2001), ISBN 978-0980713404.
8. Reflexology: The Definitive Practitioner Manual (Approved by The International
Therapy Examination Councils For Students and Practitioners), Beryl Crane,
Thorsons Publisher (1998).ISBN : 978-1862041257.
9. Reflexology Health at Finger Tips, Barbara Kunz and Kevin.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM’S MP-080-3:2011
CODE & NAME REFLEKSOLOGI KAKI, TANGAN DAN TELINGA
TAHAP / LEVEL TIGA (3)
NO. DAN TAJUK UNIT C02
KOMPETENSI / REFLEKSOLOGI TANGAN
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
1. MENGENALPASTI KEPERLUAN PELANGGAN
REFLEKSOLOGI TANGAN
2. MENYEDIAKAN TEMPAT REFLEKSOLOGI TANGAN
NO. DAN PENYATAAN 3. MENYEDIAKAN PELANGGAN UNTUK REFLEKSOLOGI
AKTIVITI KERJA / WORK TANGAN
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 4. MELAKSANAKAN REFLEKSOLOGI TANGAN
5. MEMANTAU PROSEDUR REFLEKSOLOGI TANGAN
6. MENILAI PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI TANGAN
7. MEREKOD PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI TANGAN
8. MENGURUS PROSEDUR SELEPAS REFLEKSOLOGI
TANGAN
ID UNIT KOMPETENSI / MP-080-3:2011/C02/P(8/11) Muka / Page : 1
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 7
TAJUK/TITLE:
TEKNIK REFLEKSOLOGI TANGAN
TUJUAN/PURPOSE:
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai teknik refleksologi
tangan
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(8/11) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 7
PENERANGAN:
PENGENALAN REFLEKSOLOGI TANGAN
Urutan refleksologi merupakan satu cara rawatan penyakit melalui titik pusat urat
saraf yang bersangkutan (berhubungan) dengan organ-organ tubuh tertentu.
Dengan kata lain, refleksologi adalah penyembuhan penyakit melalui mengurut urat
saraf untuk melancarkan peredaran darah.
Apabila ada bahagian tubuh yang sakit, maka pada titik refleksinya akan terasa
kristal-kristal yang dapat menganggu peredaran darah dan menyebabkan
penyumbatan. Dengan mengurut akan timbul aliran-aliran elektrik di zon refleksi dan
juga timbul tenaga untuk mengembalikan tenaga atau kekuatan penderita.
1. TEKNIK-TEKNIK URUTAN
Terdapat beberapa teknik urutan yang boleh digunapakai seperti di gambarajah
di bawah.
BIL TEKNIK PENERANGAN
1. Teknik Knuckling. • Teknik yang menggunakan sendi
ibu jari, jari telunjuk atau semua jari
jika perlu samada diurut setempat
atau keseluruhan atau tangan.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(8/11) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 7
BIL TEKNIK PENERANGAN
• Menggunakan sisi luar ibu jari,
2. Teknik Digital pressing (Tekan
tepat). hujung jari dan perut jari.
3. Teknik Pinching (mencubit). • Teknik Pinching (mencubit)
Menggunakan hujung ibu jari dan
hujung jari telunjuk serentak sambil
menekan umpama mencubit.
2. MELAKSANAKAN URUTAN REFLEKSOLOGI TANGAN.
Sebelum melaksanakan urutan refleksologi tangan, ada beberapa perkara yang
perlu dititikberatkan iaitu;
Jenis-Jenis Media Untuk Urutan.
Pemilihan media untuk urutan adalah penting untuk memberi rawatan yang
efektif. Pemilihan media untuk rawatan adalah dibuat berdasarkan pada jenis
kulit atau mengikut pilihan pelanggan.
Mengesan permasalahan.
Untuk mengetahui gejala sakit dari kawasan refleksi cukup dengan menekan
atau mengurut kawasan refleksinya. Oleh kerana saraf–saraf sensori terletak
di hujung jari yang menyebabkan jari sangat sensitif pada sentuhan. Ibu jari
yang terlatih dapat merasakan keadaan seperti berpasir, ketulan agak keras
atau berlekuk-lekuk pada tapak tangan. Bila kawasan refleksi terasa sakit
ketika diurut ini tandanya organ berkaitan mengalami gangguan. Ketika
melakukan urutan perlu diperhatikan bahawa daya tahan setiap orang
tidaklah sama. Tekanan urutan hendaklah disesuaikan dengan daya tahan
orang yang diurut.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(8/11) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 7
3. SESI REFLEKSOLOGI TANGAN
Langkah Penerangan
Langkah 1 Dengan kedua dua tapak tangan, pegang menegak kedua
Langkah 2 sisi tangan pelanggan dan gelek-gelekkan 5-10 kali
Tekan dan pusing buku lima di tapak tangan pelanggan
Langkah 3 sebanyak 5 kali
Langkah 4 Letak empat jari pelatih di atas dorsal tapak tangan di alur
Langkah 5 tulang metakarpal pelanggan. Ibu jari di letak di tapak
Langkah 6 tangan pelanggan selari dengan empat jari tadi dan
Langkah 7 cengkam serentak tangan pelanggan. Lakukan teknik yang
Langkah 8 sama ke atas alur metakarpal yang lain.
Langkah 9
Ulangi langkah 1.
Langkah 10
Dengan menggunakan ibu jari, tekan dan tolak dari zon
diafragma hingga ke pangkal semua jari dan ulang langkah
tersebut 3 kali
Dengan menggunakan jari telunjuk pelatih, tekan celah jari
pelanggan dan terus menolak antara alur metakarpal
sehingga tulang karpal di dorsal tapak tangan pelanggan.
Di bahagian dalam jari pelanggan, gunakan ibu jari, tekan
dan urut pangkal jari sehingga hujung jari 3 kali untuk
setiap jari.
Urut dan tekan poin mata dan telinga di bahagian dalam
jari telunjuk dan jari tengah sebanyak 5 kali
Gunakan ibujari, tekan dan tolak poin tiroid di pangkal ibu
jari (rujuk gambarajah di atas) 5 kali dan terus urut dari
garisan diagfragma hingga ke pangkal jari 5 kali
Pegang tangan pelanggan seperti dalam gambarajah dan
tekan dengan empat jari bahagian sisi medial tangan
pelanggan 5 kali dan seterusnya
tekan sekeliling kawasan punggung dan pelvis di bahagian
lateral tangan pelanggan 5 kali
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(8/11) Muka Surat / Page : 5
Langkah Drpd / of : 7
Langkah 11 Penerangan
Langkah 12 Gunakan ibu jari, tekan dan tolak garisan poin tulang
Langkah 13 belakang seperti dalam gambarajah.
Langkah 14 Berikan tekanan di poin otak dengan ibu jari.
Langkah 15 Dengan menggunakan ibu jari beri tekanan pada zon bahu
dari medial ke lateral dan seterusnya tolak sehingga ke
Langkah 16 hujung jari kelingking (rujuk gambarajah).
Dengan menggunakan jari telunjuk lakukan urutan tiga segi
Langkah 17 di dorsal di zon lutut dan siku.
Urut melintang dari medial ke lateral berulang alik
Langkah 18 sebanyak 5 kali diseluruh kawasan tapak tangan untuk zon
Langkah 19 organ dalaman seperti gambarajah.
Langkah 20 Dengan menggunakan jari telunjuk urut membulat pada
Langkah 21 zon uterus/prostat dan ulangi prosedur yang sama di zon
ovari/testis.
Lakukan tekanan di kawasan falopian tiub/vas deferens
dengan menggunakan 2 jari telunjuk dan jari tengah
serentak dari luar kedalam di atas garisan tulang karpal.
Tekan poin-poin dari tapak tangan ke lengan sehingga
pelipat 3 kali
Urut tapak tangan hingga ke lengan.
Kepit dan tarik ke semua jari.
Pusingkan pergelangan tangan kiri dan kanan 3-5 kali
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(8/11) Muka Surat / Page : 6
Drpd / of : 7
4. TEKNIK REFLEKSOLOGI TANGAN
Bil Kaedah Penerangan
1. Rwo-shur (Taiwan) Satu kaedah kombinasi gosokan ibu jari tangan
2. Original ingham (thumb sliding) dan teknik tekanan bersama-sama
(USA) genggaman tangan (knuckles) serta ada ketikanya
kayu refleksologi digunakan.
3. Knuckling Pengunaan tekanan yang kuat dan juruterapi
4. Thumb and finger menggunakan krim untuk membolehkan
pergerakan ketika urutan berjalan lancar.
rotation (gerakkan Sesi urutan berlangsung selama 30 minit dan
berpusing) memberi penekanan kepada sesi rangsangan
berbanding regangan.
Melalui kaedah ini tekanan diaplikasi
menggunakan “thumbwalking” dimana ibu jari atau
jari bengkok dan lurus seperti pergerakan ulat bulu
di mana kosistensi tekanan melalui kawasan
refleksologi tapak tangan.
Jurureterapi lebih gemar menggunakan talkum
berbanding krim urutan dan sesi refleksologi
dijalankan dalam masa 60 minit
walaubagaimanapun ia bergantung kepada tahap
kesihatan pelanggan.
Kaedah ini memfokuskan pada teknik regangan
dan keseimbangan tubuh badan dan juruterapi
mengurut bergantung kepada tahap ketahanan
sakit seseorang pelanggan.
Teknik yang mengunakan sendi ibu jari, jari
telunjuk atau semua jari jika perlu samada diurut
setempat atau keseluruhan tapak kaki atau tapak
tangan.
Letakkan kedua-dua ibu jari di atas tangan yang
hendak di urut di bahagian tulang karpus
kemudian mulakan mengurut dari jari kelingking di
tulang karpus dengan menarik kearah atas.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(8/11) Muka Surat / Page : 7
Drpd / of : 7
Bil Kaedah Penerangan
5. Wrist loosening Memegang pergelangan tangan yang hendak
diurut di tapak tangan kemudian perlahan-lahan
gerakan ke tapak tangan ke belakang dan ke
hadapan dan mengulung pergelangan tangan
pelangan diantara dua telapak tangan mereka
selama kira-kira 10 saat
SOALAN
1. Apakah teknik refleksologi tangan yang betul?
2. Apakah jenis teknik-teknik urutan refleksologi tangan?
RUJUKAN
1. Good Practice Guidelines On Reflexology, For reflexologist practicing in
Malaysia, Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian
Kesihatan Malaysia, 1998, ISBN 978-983-44754-9-9.
2. Reflexology, Susan Cressy, Heinemann College 2003, ISBN : 978-
0435451042.
3. Anatomy and Physiology In Health And Illness, Ross Wilson, Anne Waugh
and Allison Grant, Churchill Livingstone, ISBN 0-443-06488-7
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA MP-080-3:2011
PROGRAM / REFLEKSOLOGI KAKI, TANGAN DAN TELINGA
PROGRAM’S CODE &
NAME TIGA (3)
TAHAP / LEVEL
NO. DAN TAJUK UNIT C02
KOMPETENSI / REFLEKSOLOGI TANGAN
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE 1. MENGENALPASTI KEPERLUAN PELANGGAN
NO. DAN PENYATAAN REFLEKSOLOGI TANGAN
AKTIVITI KERJA / WORK
ACTIVITIES NO. AND 2. MENYEDIAKAN TEMPAT REFLEKSOLOGI TANGAN
STATEMENT
3. MENYEDIAKAN PELANGGAN UNTUK
REFLEKSOLOGI TANGAN
4. MELAKSANAKAN REFLEKSOLOGI TANGAN
5. MEMANTAU PROSEDUR REFLEKSOLOGI TANGAN
6. MENILAI PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI TANGAN
7. MEREKOD PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI
TANGAN
8. MENGURUS PROSEDUR SELEPAS REFLEKSOLOGI
TANGAN
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(9/11) Muka Surat / Page : 1
Drpd / of : 10
TAJUK/TITLE :
PEMERHATIAN TINDAKBALAS DAN REAKSI PELANGGAN
TUJUAN/PURPOSE :
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai kesan
menjalankan rawatan dari segi positif, negatif dan tindakbalas badan terhadap rawatan
refleksologi.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(9/11) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 10
PENERANGAN/INFORMATION :
Perlu diketahui bahawa refleksologi bukan mengubat penyakit, bukan juga
membenamkan penyakit. Tetapi membetulkan sistem yang tidak betul yang menjadi
punca kepada penyakit. Apabila punca yang menyebabkan penyakit atau penyakit
sudah hilang,ini bermakna masalah sudah selesai – sakit/ penyakit sudah sembuh.
Seorang ahli refleksologi tidak hanya tahu poin poin refleksologi sahaja,tetapi ia harus
mahir dengan selok belok sistem tubuh manusia serta penyakit-penyakitnya.Ia juga
harus tahu penyebab terjadinya sakit atau penyakit. Apabila tahu penyebabnya barulah
matlamat refleksologi tercapai dengan sempurna iaitu kesembuhan dari penyakit.
1. Tujuan/manfaat refleksologi bagi tubuh
Kaedah refleksologi mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dalam
memulihkan fungsi fungsi anggota badan yang terganggu dengan cara
menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri, yakini dari pengaliran
darah yang tidak lancar dalam badan serta saraf saraf yang terganggu atau
rosak.
Bila pengaliran darah diseluruh tubuh normal dan lancar,biasanya sesaorang
itu akan berada dalam keadaan sihat. Jadi secara umum tujuan /menafaat
refleksologi adalah untuk memastikan sesaorang itu dalam keadaan sihat.
Sebagaimana diketahui bahawa darah mengalir dalam tubuh setiap masa. Bila
jantung menguncup ianya memberi tekanan pada darah,sehingga darah akan pergi
ke seluruh tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal, iaitu membawa
oksigen dan zat zat makanan untuk keperluan organ organ tubuh.Sebaliknya bila
jantung mengembang darah akan berbalik semula sambil membawa karbon
dioksida serta sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk dihantar ke organ
organ pembuangan.
Sebalik bila pengaliran darah pergi keseluruh badan tubuh (arteri) tidak lancar,
maka penghantaran zat zat makanandan oksigen akan terganggu. Biasanya
proses ini berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(9/11) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 10
ini akan bertambah dari semasa kesemasa, Penyakit terjadi kerana penyumbatan
pada arteri Alteri bermaksud saluran darah bersih dari jantung. Apabila keadaan
ini berlaku, iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen maka fungsinya akan
terganggu, apabila fungsi organ terganggu,maka sesaorang itu akan mendapat
penyakit.
Melalui refleksologi juga ia akan menanggalkan kotoran yang melekat dalam salor
darah balik (vena) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi
toksid,sama ada karbondioksida atau pun sel sel yang sudah mati. akan berjalan
dengan baik, sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang, akan dapat
dibuang dengan sempurna. Kotoran kotoran ini akan terbuang melalui empat cara:
i. Kencing
ii. Berak
iii. Peluh
iv. Pernafasan
2. Apakah itu sakit?
Menurut bahasa sakit bermakna tidak sehat tubuh badan atau organ organ lainnya
oleh satu atau beberapa sebab. Menurut istilah sakit bermakna: rasa yang tidak
menyenangkan, pedih, berdenyut, bengkak, salah urat, luka dan sebagainya.
Sebenarnya sakit/ rasa sakit menunjukan bahawa di bahagian yang berkenan
sedang ada masalah perlu diberi perhatian. Seorang pengamal refleksologi hendak
lah tahu dan mengerti apa penyebab datangnya penyakit atau rasa sakit itu sendiri.
3. Penyebab gangguan tubuh / penyakit
i. Gangguan dari luar
Ini di sebabkan olih berbagai bagai hal seperti,jatuh, terhantuk,keracunan,
perasaan sebagainya.
ii. Gangguan dari dalam
Ini boleh terjadi disebabkan ; perasaan cemas, takut , marah,fikiran kacau,
putus asa, kecewa dan lain-lain.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(9/11) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 10
Baik disebabkan gangguan dari luar ataupun dari dalam,ianya sangat
mempengaruhi perjalanan / pengaliran darah dalam tubuh yang menyebabkan
perubahan perubahan kimiawi dalam badan.
4. Mengetahui gejala penyakit
Untuk mengetahui gejala penyakit dari kawasan refleksologi adalah dengan cara
menekan titik titik poin dari organ organ bersangkutan,apabila ada terasa kelainan
atau sedikit bengkak dan terasa sakit bila ditekan,maka ini bermakna organ yang
berkaitan sedang bermasalah atau sakit. Bila rasanya tidak seberapa waktu
ditekan,maka jni menunjukan bahawa penyakitnya pun tidak seberapa sakit atau
tidak serius.Sebaliknya bila sakit sangat atau bengkaknya agak lebih besar ini
menunjukan bahawa penyakitnya agak serius atau telah berlangsung agak lama.
Bila kawasan refleksi yang ditekan tidak terasa bengkak dan sakit ,ini bererti organ
berkenaan dalam keadaan baik. Jadi untuk mengetahui sesaorang itu sihat dengan
kaedah refleksologi ialah bila mana keseluruhan poin poin refleksologi tidak
menunjukan sebarang bengkak atau sakit bila ditekan.
Bila melakukan diagnos terhadap pelanggan, perlu pelatih tanya pelanggan dan
kenalpasti masalah penyakit pelanggan, barulah boleh melakukan refleksologi
tangan pelangan, iaitu dengan menekan bahagian bermasalah seketika. Tekanan
pengurutan hendaklah bersesuaikan dengan daya tahan sesaorang pelanggan.
Ketahanan tekanan ini tidak sama pada setiap orang.
Pelatih hendaklah memahami bahawa kesembuhan itu biasanya tidak berlaku
dengan hanya sekali rawatan, tetapi perlu diulang dua atau tiga hari sekali
bergantung pada serius atau tidaknya masalah penyakit yang ada. Penyakit yang
senang disembuhkan dengan teknik refleksologi tangan:
i. Sakit kepala
ii. Kebas tangan
iii. Lenguh sendi
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(9/11) Muka Surat / Page : 5
Drpd / of : 10
Penyakit yang sukar disembuhkan dengan teknik refleksologi tangan adalah
penyakit yang kronik sebagai contoh barah yang kronik dan sebagainya.
Gambarajah-gambarajah dibawah menunjukkan fisiologi tangan dan kaitannya
dengan organ tertentu dalam badan.
Gambarajah 1: Zon Refleksi Tangan Kanan
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(9/11) Muka Surat / Page : 6
Drpd / of : 10
Gambarajah 2: Zon Refleksi Tangan Kiri
5. Tekanan titik poin refleksologi tangan
Tidak ada satu ukuran yang pasti tentang berapa lama satu satu poin itu di tekan.
Bergantung pada masalah pelanggan, bila masalah itu serius maka tekanan titik poin
tidak boleh lama, kerana akan memudaratkan pelanggan. Tekanan hendaklah
mengikut kesesuaian masalah pelanggan.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(9/11) Muka Surat / Page : 7
Drpd / of : 10
6. Krisis Penyembuhan
Merupakan satu tindak balas kepada toksin sebelum diasingkan yang sistematik
dikeluarkan. Racun tersebut boleh disimpan di dalam semua jenis tisu, terutamanya
otot, fascia dan adipos. Semasa manipulasi, sama ada urut tisu yang mendalam, kerja
tenaga atau refleksologi, racun ini dihimpit daripada tisu badan induk ke dalam aliran
darah. Peningkatan mendadak dalam keracunan darah menyebabkan reaksi
ketoksikan, sehingga badan dapat memproses dan menghapuskan racun berkesan.
Walaupun tidak satu pengalaman yang menyenangkan, krisis penyembuhan
menandakan bahawa proses pembersihan dan pembersihan sedang dijalankan.
7. Reaksi yang mungkin timbul SEMASA refleksologi tangan dilakukan
i. Rasa sangat letih dengan keinginan yang tinggi untuk tidur.
ii. Rasa sakit dan tidak keselesaan mula menghilang.
iii. Rasa pergerakan seperti kejang secara tiba tiba, atau rasa seperti kejutan eletrik
pada zon yang sedaang diurut.
iv. Rasa hangat pada kawasan titik poin yang diurut kadangkala pada bahagian
badan yang berlawanan.
v. Rasa pedih atau twitching pada otot tangan.
8. Reaksi yang mungkin timbul SELEPAS melakukan refleksologi tangan
i. Simptom seperti selsema dan rasa sakit sakit dibadan.
ii. Munculnya ruam kulit, bintik bintik atau jerawat
iii. Rasa letih sekurang kurangnya dalam tempuh 48 jam.
iv. Peningkatan rasa dahaga, angin dan kembung perut.
v. Peningkatan kekerapan membuang air besar dan aliran urin.
vi. Rasa lebih tenang dan cergas dengan peningkatan tenaga dan hilang rasa
gemuruh.
vii. Peningkatan corak tidur – tidur menjadi lebih nenyak.
viii. Menghilangkan rasa tekanan dan stress.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(9/11) Muka Surat / Page : 8
Drpd / of : 10
9. Kesan Menjalankan Rawatan Refleksologi
Juru refleksologi membantu meningkatkan daya sihat dan tahap harmoni yang
berkesan dan keselesaan kepada fizikal, mental, emosi dan fungs irohaniah secara
keseluruhannya. Dengan menyentuh poin reflex tertentu membolehkan reaksi
semulajadi pada bahagian anggota yang berkaitan.
Semasa sesi reflek dijalankan tension/tekanan akan terhindar. Ini akan menggalakkan
peredaran darah yang mana akan memberikan kesan kepada keseluruhan badan
termasuk system pemakanan dan tenaga hayat. Keadaan seumpama ini
membolehkan berlakunya penyingkiran bahan-bahan toksik. Apabila bahan toksik
dapat dinyahkan maka beberapa penyakit ringan akan dapat diatasi.
a. Kesan positif rawatan reflesologi
Refleksologi adalah satu teknik melegakan badan termasuklah menyuraikan
tension/tekanan, melepaskan tekanan dan akhirnya membuang segala penyakit
secara semulajadi. Disamping itu, refleksologi boleh :
i. Meningkatkan kecergasan
ii. Memulihkan fungsi badan
iii. Menggalakkan pengaliran darah
iv. Memulihkan sel bekerja secara semulajadi
v. Menyingkirkan bahan-bahan buangan yang tidak perlu pada badan
vi. Mengurangkan bebanan pemikiran, badan dan jiwa
vii. Menggalakan persekitaran yang ideal supaya berfungsi secara
keseluruhan
viii. Menggalakkan kesihatan yang baik
b. Kesan negatif rawatan refleksologi
Rawatan refleksologi mempunyai kesan negatif terhadap klien namun kesan ini
tidaklah berpanjangan. Poin refleks yang terasa sakit semasa memicit adalah
satu tanda masalah. Selain daripada itu, rasa berpasiran atau benjolan juga
merupakan tanda lain yang boleh ditemui. Apabila kerja refleks dijalankan klien
akan merasa ngilu atau terhiris. Pada ketika ini klien perlu menahan sedikit
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(9/11) Muka Surat / Page : 9
Drpd / of : 10
supaya pengaliran darah dikawasan tersebut dapat berjalan dengan lancar.
Antara kesan negatif rawatan refleksologi ialah:
i. Gatal
ii. letih
iii. Buang angin
iv. Dahaga
v. Mengantuk.
vi. Pening
vii. Sakit menusuk
Setelah daerah refleksi diurut, organ yang terkena stimulasi seringkali terasa
sakit.Hal ini tidak perlu dikhuatirkan kerana ia akan hilang dengan pengurutan
seterusnya.
i. Setelah daerah refleksi ginjal diurut, kemungkinan akan ada reaksi
tindakbalas ketika membuang air kecil. kemungkinan air kencing
berwarna coklat atau merah. Hal ini merupakan gejala baik, kerana
endapan kotoran telah keluar.
ii. Setelah diurut 3-4 kali seringkali punggung terasa sakit, ini menunjukkan
berlakunya krisis pemulihan, tidak perlu khuatir dan teruskan pengurutan
kerana ini adalah kesan baik.
iii. Sekiranya kepala terasa sakit, bererti saraf pusat telah dirangsang.
iv. Suhu badan naik semasa diurut kerana peredaran darah lebih lancar
v. Keluar ruam kemerah-merahan tanda pembuangan toksin
Untuk meredakan pelanggan yang mendapat tindakbalas spontan, lakukan
langkah dibawah :
i. Memberi air untuk di minum
ii. Menasihati untuk berehat sebentar
iii. Memberi perkhidmatan tambahan seperti mengurut kepala/bahu
pelanggan
iv. Menjelaskan sebab-sebab tindakbalas tersebut.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(9/11) Muka Surat / Page : 10
Drpd / of : 10
SOALAN /QUESTION:
1. Berikan dua reaksi yang mungkin timbul selepas melakukan refleksologi tangan
2. Senaraikan kesan positif dan kesan negatif rawatan refleskologi.
3. Terangkan mengenai tindakbalas badan terhadap kesakitan refleksologi.
RUJUKAN/REFERENCE:
1. Good Practice Guidelines On Reflexology, For reflexologist practicing in Malaysia,
Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan
Malaysia, 1998, ISBN 978-983-44754-9-9.
2. Reflexology, Susan Cressy, Heinemann College 2003, ISBN : 978-0435451042.
3. Complete Reflexology For Life, Barbara and Kevin Kunz, DK Publishing New York,
ISBN 978-07566-2852-9.
4. The Reflexology Atlas, Bernard C Kolster M.D, Astrid Waskowiak M.D, ISBN -13-
978-1594770913
5. The Complete Reflexology Tutor, Ann Gillanders, Gaia Publisher 2008, ISBN : 978-
1856752831.
6. Foot, Hand and Ear Reflexology, Emotional Free, Stefan Mager, Aracaria Publisher
(2001), ISBN 978-0980713404.
7. Reflexology: The Definitive Practitioner Manual (Approved by The International
Therapy Examination Councils For Students and Practitioners), Beryl Crane,
Thorsons Publisher (1998).ISBN : 978-1862041257.
8. Reflexology Health at Finger Tips, Barbara Kunz and Kevin.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM / PROGRAM’S MP-080-3:2011
CODE & NAME REFLEKSOLOGI KAKI, TANGAN DAN TELINGA
TAHAP / LEVEL TIGA (3)
NO. DAN TAJUK UNIT C02
KOMPETENSI / REFLEKSOLOGI TANGAN
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE 1. MENGENALPASTI KEPERLUAN PELANGGAN
NO. DAN PENYATAAN REFLEKSOLOGI TANGAN
AKTIVITI KERJA / WORK
ACTIVITIES NO. AND 2. MENYEDIAKAN TEMPAT REFLEKSOLOGI TANGAN
STATEMENT
3. MENYEDIAKAN PELANGGAN UNTUK REFLEKSOLOGI
TANGAN
4. MELAKSANAKAN REFLEKSOLOGI TANGAN
5. MEMANTAU PROSEDUR REFLEKSOLOGI TANGAN
6. MENILAI PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI TANGAN
7. MEREKOD PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI TANGAN
8. MENGURUS PROSEDUR SELEPAS REFLEKSOLOGI
TANGAN
ID UNIT KOMPETENSI / Muka / Page : 1
COMPETENCY UNIT ID MP-080-3:2011/C02/P(10/11) Drpd/of : 12
TAJUK/TITLE:
PENILAIAN PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI TANGAN DAN NASIHAT SUSULAN
TUJUAN/PURPOSE:
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai maklum balas
keberkesanan refleksologi tangan dan keberkesanan selepas rawatan refleksologi.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(10/11) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 12
1. MAKLUMBALAS PELANGGAN TERHADAP RAWATAN REFLEKSOLOGI
TANGAN
Maklumbalas merupakan maklumat yang diperolehi daripada pelanggan untuk
meningkatkan perkhidmatan yang diberikan. Maklumbalas merupakan perkara yang
penting dalam sesebuah organisasi. Terbahagi kepada empat cara iaitu:
i. Maklumbalas pelanggan secara lisan:
Maklumbalas yang diterima melalui telefon atau pelanggan datang sendiri dan
maklumbalas yang diterima dari sesi perjumpaan/dialog
ii. Maklumbalas pelanggan secara bertulis:
Maklumbalas yang diterima melalui surat rasmi, faksimili, peti cadangan yang
disediakan, mel elektronik dan media cetak
iii. Maklumbalas pelanggan secara on-line:
Maklumbalas yang diterima melalui balasan online melalui email. Wujudkan
borang maklumbalas on-line untuk diisi oleh pelanggan. Laman web spa
boleh dipamerkan di bahagian belakang atau kepilkan kad bisnes dilengkapi
maklumat untuk menghubungi spa
iv. Maklumbalas pelanggan melalui media sosial:
Maklumbalas melalui media social seperti ‘facebook’ juga boleh diperolehi
untuk berinteraksi dengan pelanggan. Maklumbalas boleh diperolehi dengan
kadar segera
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(10/11) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 12
2. JENIS-JENIS MAKLUMBALAS
4.1 Maklumbalas positif
Pastikan segala maklumbalas yang diterima diikuti pula dengan langkah-
langkah yang perlu diambil. Ucapkan terima kasih kepada pelanggan di atas
maklumbalas mereka dan kongsi bersama mereka langkah-langkah yang akan
diambil. Anda perlu juga mengetahui bahawa tidak kesemua maklumbalas
adalah sesuai untuk diguna pakai.
Antara contoh maklumbalas positif adalah:
i. “Urutan awak sangat baik dan mengurangkan kesakitan yang saya rasai”.
ii. “Cara urutan yang dijalankan sangat profesional dan dapat dikembangkan
lagi diperingkat antarabangsa”.
iii. “Kemahiran refleksologi yang dilakukan oleh juruterapi sangat baik dan
menjadikan badan terasa sihat”.
4.2 Maklumbalas negatif
Anda perlu bersifat tulus dalam mengesyorkan pelanggan bahawa anda akan
meneliti maklumbalas yang telah diberi dan mengambil langkah yang
sepatutnya. Elak daripada bersifat defensif apabila pelanggan memberikan
maklumbalas yang negatif kerana ianya akan berbalik kepada anda dan tidak
akan menyelesaikan sebarang isu yang mungkin telah dikemukakan.
Antara contoh maklumbalas negatif adalah:
i. Tingkatkan usaha anda.
ii. Cara urutan yang ketinggalan.
iii. Poin urutan yang dilakukan oleh juruterapi tidak tepat dan menyebabkan
kesakitan pada anggota badan.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(10/11) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 12
3. CONTOH-CONTOH BORANG MAKLUMBALAS
3.1 Borang maklumbalas bertulis
BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN
A. Kaedah Maklumbalas:
Surat / Borang dari peti maklum balas pelanggan. Media cetak.
Mel elektronik. Lain-lain.
Nyatakan:..................
B. * Nama Pelanggan : ..................................................................................
C. * No.Telefon/ E-mail: ...........................................................................................
D. Skop Maklumbalas : Sila tandakan (√ ) pada petak yang berkenaan.
Cara urutan. Penggunaan bahan. Komunikasi Juruterapi.
* Ruangan yang WAJIB di isi oleh pelanggan.
Butir-butir maklumbalas:
…………………………………………………………………………………............
...……………………………………………………………………………….............
Tarikh : ………………... Tandatangan : .................................
Rujukan fail: ............................
JAWAPAN MAKLUMBALAS PELANGGAN.
(sila guna helaian yang berasingan jika ruang tidak mencukupi).
Status tindakan: Selesai dalam proses.
............................................................................................................................
................................................................................................... .........................
.............................................................................................. ..............................
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(10/11) Muka Surat / Page : 5
Drpd / of : 12
3.2 Contoh borang maklumbalas tak bertulis
Maklumbalas tak bertulis boleh dijalankan melalui komunikasi dua hala bersama
pelanggan. Data maklumbalas boleh dirakam di dalam peti simpanan suara.
Berikut adalah contoh borang yang boleh diisi oleh juruterapi selepas rakaman
suara didengar.
BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN
A. * Nama Pelanggan : ..................................................................................
B. * No.Telefon / E-mail: ...........................................................................................
C. Skop Maklumbalas : Sila tandakan (√ ) pada petak yang berkenaan.
Butir-butir Maklumbalas:
…………………………………………………………………………………...............………………………………………………
………………………………............. …………………………………………………………………………………...............
…………………………………………………………………………………................................................................
..........................................................................
Tarikh : ………………... Tandatangan : ..........................
JAWAPAN MAKLUMBALAS PELANGGAN. Rujukan fail: ___________________
(sila guna helaian yang berasingan jika ruang tidak mencukupi).
Status tindakan: Selesai Dalam Proses.
...............................................................................................................................
................................................................................................................................
................................................................................................................................
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(10/11) Muka Surat / Page : 6
Drpd / of : 12
4. KESAN RAWATAN REFLEKSOLOGI TANGAN
4.1 Perasaan tenang.
Semasa sesi refleksologi dijalankan tekanan akan terhindar. Ini akan
mengelakkan peredaran darah yang mana akan memberikan kesan kepada
keseluruhan badan termasuk sistem pemakanan dan tenaga hayat. Selain itu
pelanggan juga akan berasa tenang diiringi dengan alunan muzik dan wangian
yang mempesonakan.
4.2 Meningkatkan tenaga.
Toksin yang terkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih
dan lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit. Amalan memakan
makanan segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarma tiruan
dalam makanan dan minuman. Radiasi daripada alatan elektronik seperti
komputer, telefon bimbit dan televisyen. Memakan buah-buahan atau sayuran
yang diawet dengan bahan kimia. Apabila rawatan refleksologi ini diberikan
maka toksin dapat dinyahkan sekaligus meningkatkan tenaga.
4.3 Mengurangkan kesakitan.
Apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala contohnya seminggu sekali,
kaki yang lenguh juga akan berasa lebih ringan. Untuk mengetahui sama ada
mempunyai masalah pada bahagian tertentu mereka biasanya akan berasa
sakit ketika tekanan lembut dibuat pada bahagian tertentu di tapak kaki. Rasa
sakit menandakan bahagian berkenaan bermasalah. Bagaimanapun selepas
urutan dibuat peasakitaran merasa lebih sihat.
4.4 Meningkatkan ketajaman akal.
Sereblum ialah bahagian otak yang didapati dibawah serebrum dan di
belakang pangkal otak. Tugas sereblum ialah menyelenggarakan kesegaran
otot dan menyelaraskan keseimbangan badan. Apabila rawatan refleksologi
dijalankan sekaligus dapat meningkatkan ketajaman akal.
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(10/11) Muka Surat / Page : 7
Drpd / of : 12
5. TINDAK BALAS TERHADAP RAWATAN YANG MUNGKIN DIALAMI OLEH
PELANGGAN
5.1 Kesan positif
Perasaan tenang
Bertenaga
Corak tidur yang lebih baik
Berasa gembira
Terasa seperti berada di awang-awangan
Berasa lebih dapat mengawal kehidupan
Kelegaan daripada kesakitan
Keseimbangan badan, minda dan semangat
5.2 Kesan negatif
Sakit pada titik refleks
Gejala masalah kesihatan atau penyakit yang dialami bertambah buruk
untuk sementara waktu
Terasa kurang sihat
Sakit kepala
Mengantuk dan ingin tidur
Keletihan dan tidak berdaya
Emosi terganggu, cepat marah atau resah
Berasa tertekan
Terasa panas atau sejuk
5.3 Kesan eliminatory
Lebih kerap buang air besar dan/atau kecil
Sembelit atau cirit-birit ringan
Berpeluh meningkat, terutama di bahagian kaki dan tangan
Pening dan loya
Hidung berair
NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C02/P(10/11) Muka Surat / Page : 8
Drpd / of : 12
6. MEMBERI NASIHAT SUSULAN PENJAGAAN DIRI SELEPAS RAWATAN
Memberi khidmat nasihat tentang penjagaan diri dan penjagaan susulan selepas
rawatan refleksologi kepada pelanggan adalah penting agar pelanggan mendapat
kesan baik maksimum.Perlu mengingatkan pelanggan agar menitikberatkan amalan
dan gayahidup yang sihat dan mendapatkan rawatan susulan yang berterusan
mengikut jadual yang dicadangkan. Khidmat nasihat susulan selepas rawatan
refleksologi dikendalikan dengan tujuan untuk memastikan pelanggan mendapat
kefahaman mengenai;
6.1 Kebaikan urutan refleksologi seperti:
i. Melancarkan peredaran darah dan saraf
ii. Membantu melegakan tekanan serta ketegangan yang dialami oleh
sistem tubuh
iii. Menyahtoksin dalam badan
iv. Meningkatkan daya tahan individu
v. Mengimbangkan kedudukan badan
vi. Menguatkan otot-otot badan
vii. Mengurangkan risiko sakit sendi, kencing tidak lawas, masalah
usus/sembelit
viii. Mengurangkan risiko tulang reput, rasa letih dan masalah pada
bahagian peranakan (wanita)
Perlu diingatkan, 1 jam selepas rawatan pelanggan perlu mengelakkan
diri daripada :
a) Mandi
b) Basuh rambut (bersyampu)
c) Makan makanan sejuk
d) Minuman berais/berkarbonat/beralkohol