The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL REFLEKSOLOGI KAKI, TANGAN DAN TELINGA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAK PERPUSTAKAAN MAYA CNAA, 2021-08-01 00:51:37

MODUL REFLEKSOLOGI KAKI, TANGAN DAN TELINGA

MODUL REFLEKSOLOGI KAKI, TANGAN DAN TELINGA

Keywords: MODUL REFLEKSOLOGI KAKI, TANGAN DAN TELINGA

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(8/11) Muka Surat / Page : 8
Drpd / of : 17

3. ZON REFLEKSOLOGI

3.1 Zon Tenaga di Badan (Energy Zones of the Body)
Dr. Fitzgerald telah menerangkan bahawa badan itu boleh dibahagikan kepada
10 zon menegak. Setiap zon dipercayai berhubung dari jari-jari tangan dan kaki
sehingga ke kepala. Terdapat 5 zon di bahagian kiri dan tangan. Setiap zon
adalah bersambung dengan jari-jari di badan.

3.2 Transverse Zones
A further set of zones, called the Transverse Zones are first described by a
German practitioner, Hanne Marquardt. These imaginary horizontal lines divide
the feet into four sections. These zones are called:
i. The shoulder line: located under the necks
of the toes
ii. The diaphragm line: located under the ball of
the foot
iii. The waistline: middle of the arch
iv. The sciatic line: across the center of the heel

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(8/11) Muka Surat / Page : 9
Drpd / of : 17

3.3 Poin-Poin Refleksologi Pada Kaki

i. Pandangan plantar

ii. Pandangan medial, lateral dan dorsal

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(8/11) Muka Surat / Page : 10
Drpd / of : 17

4. KAEDAH URUTAN DAN TEKNIK-TEKNIK ASAS UNTUK REFLEKSOLOGI KAKI

Bil Kaedah/Teknik Penerangan
1 Rwo-shur (Taiwan)
 Satu kaedah kombinasi gosokan ibu
jari tangan (thumb sliding) dan teknik
tekanan bersama- sama genggaman
tangan (knuckles) serta ada
ketikanya kayu refleksologi
digunakan.

 Pengunaan tekanan yang kuat dan
jururefleksologi menggunakan krim
untuk membolehkan pergerakan
ketika urutan berjalan

 Sesi urutan berlangsung selama 30
minit dan memberi penekanan
kepada sesi rangsangan berbanding
regangan

2 Original Ingham (USA)  Melalui kaedah ini tekanan diaplikasi

menggunakan “thumbwalking”

dimana ibu jari atau jari bengkok dan

lurus seperti pergerakan ulat bulu di

mana kosistensi tekanan melalui

kawasan refleksologi tapak kaki.

 Jururefleksologi lebih gemar
menggunakan talcum berbanding
krim urutan dan sesi refleksologi
dijalankan dalam masa 60 minit
walaubagaimanapun ia bergantung
kepada tahap kesihatan pelanggan.
Kaedah ini memfokuskan pada
teknik regangan dan keseimbangan
tubuh badan dan jururefleksologi
mengurut bergantung kepada tahap
ketahanan sakit seseorang
pelanggan

3 Thumb walking  Untuk ‘thumb walk’, gunakan

bahagian dalam tepi ibu jari dengan
pergerakan “inchworm” (bergerak

perlahan-lahan seperti cacing) di

bahagian/kawasan mengurut

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(8/11) Muka Surat / Page : 11
Drpd / of : 17

Bil Kaedah/Teknik Penerangan

4 Teknik ‘hook’

 Locate the desired reflex and place
your thumb vertically on top of it.
Press down, hook your thumb in and
pull it up

5 Teknik ‘knuckles press’  Bend your fingers and drag the index
finger knuckle in a sweeping motion
over the relevant area, pressing
down as you move across the foot.

 Be careful when you use this
technique, as u can exert more
pressure on the foot than you realise

6 Teknik ‘Relaxing’ (Stretching)  Tekan semua poin refleks pada
kedua-dua belah tapak kaki.

7 Teknik ‘Finger walking’  Jari hantu atau tengah digunakan di
bahagian atas atau tepi kaki. Tekan
bahagian dalam atau di tengah-

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(8/11) Muka Surat / Page : 12
Drpd / of : 17

Bil Kaedah/Teknik Penerangan

tengah tepi jari. Bengkokkan sedikit
jari untuk bergerak ke hadapan

8 Teknik ‘Slide & press’  Letakkan kedua-dua ibu jari pada
9 Teknik ‘Toe rotation’ tumit dan lurutkan ibu jari tersebut ke
bahagian tengah tapak kak.
Gerakkan ibu jari berselang seli
(alternate) dengan menggunakan
bahagian kanan dan diikuti dengan
bahagian kiri semasa mengurut
tapak kaki

 Gunakan ibu jari untuk menolak ke

bawah dengan lembut,

memusingkan kaki secara ikut arah

jam atau lawan jam

10 Teknik ‘caterpillar bite’  Caterpillar up between each
metatarsal, working from between
the first and second metatarsal to the
fourth and fifth, and back again

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(8/11) Muka Surat / Page : 13
Drpd / of : 17

5. TEKNIK URUTAN REFLEKSOLOGI Gambarajah
Gambarajah
Bil Penerangan
1 Palm press foot and leg.
2 Hook and back up on solar
plexus point untuk 5 saat dan
lepaskan

3 Alih tuala dan mulakan dengan
mengaplikasikan minyak atau
krim urutan

4 Effleurage foot to knee; Ulang
semula; [3x]

i. Mula dari Kaki Kanan
Bil Penerangan
1. Thumb walking ke atas semua

5 zon [3x]

2. Thumb walking (kebawah) dari
ibujari ke jari kecil [3x]

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(8/11) Muka Surat / Page : 14
Drpd / of : 17

Bil Penerangan Gambarajah
3. Thumb slide on brain points

[5x]

4. Hook and back up on pituitary
point [5 counts]

5. Thumb circle on neck & ears
points [3x]

6. Thumb walking on neck & ears
points [3x]

7. Dari diaphragm line, thumb
walk towards the neck & ears
points [3x]

8. Thumb walk across the
diaphragm line [3x]

9. Thumb walk across the 5 zones
[3x]

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(8/11) Muka Surat / Page : 15
Drpd / of : 17

Bil Penerangan Gambarajah
10. Thumb walk from bottom of the

heel to pelvic line covering all 5
zones [3x]

11. Thumb walk along spine line
from heel to big toe [3x]

12. Thumb walk along thoracic
spine line beginning from waist
line to shoulder line [3x]

13. Thumb walk along the sacral
spine toward waist line [3x]

14. Stroke using finger pads from
root of toes down the foot [3x]

15. Press and slide along Fallopian
tube and groin points [3x]

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(8/11) Muka Surat / Page : 16
Drpd / of : 17

Bil Penerangan Gambarajah
16. Hook and back up on ovary

point [3x]

17. Thumb circle around ankle
[3x]

18. Effleurage foot
19. Wringing on the foot [3x]

20. Knuckling sole of the foot [3x]

21. Rotate every toe clockwise and
anti- clockwise [3x]

22. Rotate whole foot clockwise and
anti- clockwise [3x]

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(8/11) Muka Surat / Page : 17
Drpd / of : 17

Bil Penerangan Gambarajah
23. Thumb sliding along both sides

of the leg [3x]

24. Effleurage foot to knee.
25. Cover leg.
26. Ulang semula langkah 3-28
27. Setelah tamat sesi terapi, tutup kaki pelanggan menggunakan tuala dan

ulangi palm press

SOALAN/QUESTION

1. Namakan 5 jenis teknik refleksologi.
2. Namakan 2 jenis teknik refleksologi yang berasal dari luar negara.

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Claire Wynn (2006). Simply Reflexology, Hinkler Books, ISBN: 9 78174157 958
2. Louise Tucker (2009). An Introductory Guide to Anatomy & Physiology, EMS

Publishing London, ISBN: 978 1903348284.
3. Abdul Hamid Abdul Rashid (2001). Anatomi Umum, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur, ISNB 983-62-2808-X. Muka surat : 1 dan 5.
4. http:www.museummonger.com, Human leg bones anatomy, 1 Disember 2014,

4:10pm
5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Fisiologi, Human leg bones anatomy, 1 Disember 2014,

4:20pm
6. Claire Wynn (2006). Simply Reflexology, Hinkler Books, ISBN: 9 781741579581

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 8, BLOK E9,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA.
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA MP-080-3:2011
PROGRAM / REFLEKSOLOGI KAKI, TANGAN DAN TELINGA
PROGRAM’S CODE &
NAME TIGA (3)
TAHAP / LEVEL
NO. DAN TAJUK UNIT C01
KOMPETENSI / REFLEKSOLOGI KAKI
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE 1. MENGENAL PASTI KEPERLUAN
REFLEKSOLOGI KAKI PELANGGAN
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 2. MENYEDIAKAN TEMPAT REFLEKSOLOGI KAKI
ACTIVITIES NO. AND 3. MENYEDIAKAN PELANGGAN UNTUK
STATEMENT
REFLEKSOLOGI KAKI
NO. KOD / CODE NO. 4. MELAKSANAKAN REFLEKSOLOGI KAKI
5. MEMANTAU PROSEDUR REFLEKSOLOGI KAKI
6. MENILAI PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI KAKI
7. MEREKOD PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI KAKI
8. MENGURUS PROSEDUR SELEPAS REFLEKSOLOGI

KAKI

MP-080-3:2011/C01/P(9/11) Muka Surat / Page : 1
Drpd / of : 10

TAJUK/TITLE :
PEMERHATIAN TINDAKBALAS DAN REAKSI PELANGGAN

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai kesan
menjalankan rawatan dari segi positif, negatif dan tindakbalas badan terhadap rawatan
refleksologi.

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(9/11) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 10

PENERANGAN/INFORMATION :

Perlu diketahui bahawa refleksologi bukan mengubat penyakit, bukan juga
membenamkan penyakit. Tetapi membetulkan sistem yang tidak betul yang menjadi
punca kepada penyakit. Apabila punca yang menyebabkan penyakit atau penyakit sudah
hilang,ini bermakna masalah sudah selesai – sakit/ penyakit sudah sembuh.

Seorang ahli refleksologi tidak hanya tahu poin poin refleksologi sahaja,tetapi ia harus
mahir dengan selok belok sistem tubuh manusia serta penyakit-penyakitnya.Ia juga
harus tahu penyebab terjadinya sakit atau penyakit. Apabila tahu penyebabnya barulah
matlamat refleksologi tercapai dengan sempurna iaitu kesembuhan dari penyakit.

1. Tujuan/manfaat refleksologi bagi tubuh

 Kaedah refleksologi mempunyai pengaruh terhadap tubuh manusia dalam
memulihkan fungsi fungsi anggota badan yang terganggu dengan cara
menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri, yakini dari pengaliran darah
yang tidak lancar dalam badan serta saraf saraf yang terganggu atau rosak.

 Bila pengaliran darah diseluruh tubuh normal dan lancar,biasanya sesaorang itu
akan berada dalam keadaan sihat. Jadi secara umum tujuan /menafaat
refleksologi adalah untuk memastikan sesaorang itu dalam keadaan sihat.

Sebagaimana diketahui bahawa darah mengalir dalam tubuh setiap masa. Bila
jantung menguncup ianya memberi tekanan pada darah,sehingga darah akan pergi
ke seluruh tubuh untuk menjalankan fungsinya yang normal, iaitu membawa oksigen
dan zat zat makanan untuk keperluan organ organ tubuh.Sebaliknya bila jantung
mengembang darah akan berbalik semula sambil membawa karbon dioksida serta
sel darah yang sudah mati atau kotoran untuk dihantar ke organ organ pembuangan.

Sebalik bila pengaliran darah pergi keseluruh badan tubuh (arteri) tidak lancar, maka
penghantaran zat zat makanandan oksigen akan terganggu. Biasanya proses ini

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(9/11) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 10

berlaku dengan bermulanya penyumbatan pada arteri yang mana proses ini akan
bertambah dari semasa kesemasa ,Penyakit terjadi kerana penyumbatan pada arteri
Alteri bermaksud saluran darah bersih dari jantung. Apabila keadaan ini berlaku,
iaitu organ kekurangan makanan dan oksigen maka fungsinya akan terganggu,
apabila fungsi organ terganggu,maka sesaorang itu akan mendapat penyakit.

Melalui refleksologi juga ia akan menanggalkan kotoran yang melekat dalam salor
darah balik (vena) sehingga proses penghantaran darah yang mengandungi
toksid,sama ada karbondioksida atau pun sel sel yang sudah mati. akan berjalan
dengan baik, sehingga semua kotoran yang seharusnya terbuang, akan dapat
dibuang dengan sempurna. Kotoran kotoran ini akan terbuang melalui empat cara:

i. Kencing
ii. Berak
iii. Peluh
iv. Pernafasan

2. Apakah itu sakit?

Menurut bahasa sakit bermakna tidaksehat tubuh badan atau organ organ lainnya
oleh satu atau beberapa sebab. Menurut istilah sakit bermakna: rasa yang tidak
menyenangkan, pedih, berdenyut, bengkak, salah urat, luka dan sebagainya.

Sebenarnya sakit/ rasa sakit menunjukan bahawa di bahagian yang berkenan
sedang ada masalah perlu diberi perhatian. Seorang pengamal refleksologi hendak
lah tahu dan mengerti apa penyebab datangnya penyakit atau rasa sakit itu sendiri.

3. Penyebab gangguan tubuh / penyakit

i. Gangguan dari luar
Ini di sebabkan olih berbagai bagai hal seperti,jatuh, terhantuk,keracunan,
perasaan sebagainya.

ii. Gangguan dari dalam
Ini boleh terjadi disebabkan ; perasaan cemas, takut , marah,fikiran kacau, putus

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(9/11) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 10

asa, kecewa dan lain-lain.

Baik disebabkan gangguan dari luar ataupun dari dalam,ianya sangat
mempengaruhi perjalanan / pengaliran darah dalam tubuh yang menyebabkan
perubahan perubahan kimiawi dalam badan.

4. Mengetahui gejala penyakit

Untuk mengetahui gejala penyakit dari kawasan refleksologi adalah dengan cara
menekan titik titik poin dari organ organ bersangkutan,apabila ada terasa kelainan
atau sedikit bengkak dan terasa sakit bila ditekan,maka ini bermakna organ yang
berkaitan sedang bermasalah atau sakit. Bila rasanya tidak seberapa waktu
ditekan,maka jni menunjukan bahawa penyakitnya pun tidak seberapa sakit atau
tidak serius.Sebaliknya bila sakit sangat atau bengkaknya agak lebih besar ini
menunjukan bahawa penyakitnya agak serius atau telah berlangsung agak lama.
Bila kawasan refleksi yang ditekan tidak terasa bengkak dan sakit ,ini bererti organ
berkenaan dalam keadaan baik. Jadi untuk mengetahui sesaorang itu sihat dengan
kaedah refleksologi ialah bila mana keseluruhan poin poin refleksologi tidak
menunjukan sebarang bengkak atau sakit bila ditekan.

Bila melakukan diagnos terhadap pelanggan, perlu pelatih tanya pelanggan dan
kenalpasti masalah penyakit pelanggan, barulah boleh melakukan refleksologi kaki
pelangan, iaitu dengan menekan bahagian bermasalah seketika. Tekanan
pengurutan hendaklah bersesuaikan dengan daya tahan sesaorang pelanggan.
Ketahanan tekanan ini tidak sama pada setiap orang.

Pelatih hendaklah memahami bahawa kesembuhan itu biasanya tidak berlaku
dengan hanya sekali rawatan, tetapi perlu diulang dua atau tiga hari sekali
bergantung pada serius atau tidaknya masalah penyakit yang ada. Penyakit yang
senang disembuhkan dengan teknik refleksologi kaki:
i. Sakit kepala
ii. Sakit lutut
iii. Kebas kaki kaki
iv. Lenguh sendi
v. Sembelit

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(9/11) Muka Surat / Page : 5
Drpd / of : 10

Penyakit yang sukar disembuhkan dengan teknik refleksologi kaki adalah penyakit
yang kronik sebagai contoh barah yang kronik dan sebagainya.

Gambarajah-gambarajah dibawah menunjukkan fisiologi kaki dan kaitannya dengan
organ tertentu dalam badan.

Gambarajah 1: Zon Refleksi Kaki Kiri dan Kanan

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(9/11) Muka Surat / Page : 6
Drpd / of : 10

Gambarajah 3: Zon Refleksi Dalaman, Luaran dan Atas Kaki

5. Tekanan titik poin refleksologi kaki

Tidak ada satu ukuran yang pasti tentang berapa lama satu satu poin itu di tekan.
Bergantung pada masalah pelanggan, bila masalah itu serius maka tekanan titik poin
tidak boleh lama, kerana akan memudaratkan pelanggan. Tekanan hendaklah
mengikut kesesuaian masalah pelanggan.

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(9/11) Muka Surat / Page : 7
Drpd / of : 10

6. Krisis Penyembuhan

Merupakan satu tindak balas kepada toksin sebelum diasingkan yang sistematik
dikeluarkan. Racun tersebut boleh disimpan di dalam semua jenis tisu, terutamanya
otot, fascia dan adipos. Semasa manipulasi, sama ada urut tisu yang mendalam, kerja
tenaga atau refleksologi, racun ini dihimpit daripada tisu badan induk ke dalam aliran
darah. Peningkatan mendadak dalam keracunan darah menyebabkan reaksi
ketoksikan, sehingga badan dapat memproses dan menghapuskan racun berkesan.
Walaupun tidak satu pengalaman yang menyenangkan, krisis penyembuhan
menandakan bahawa proses pembersihan dan pembersihan sedang dijalankan.

7. Reaksi yang mungkin timbul SEMASA refleksologi kaki dilakukan
i. Rasa sangat letih dengan keinginan yang tinggi untuk tidur.
ii. Rasa sakit dan tidak keselesaan mula menghilang.
iii. Rasa pergerakan seperti kejang secara tiba tiba, atau rasa seperti kejutan eletrik
pada zon yang sedaang diurut.
iv. Rasa hangat pada kawasan titik poin yang diurut kadangkala pada bahagian
badan yang berlawanan.
v. Rasa pedih atau twitching pada otot kaki.

8. Reaksi yang mungkin timbul SELEPAS melakukan refleksologi kaki
i. Simptom seperti selsema dan rasa sakit sakit dibadan.
ii. Munculnya ruam kulit, bintik bintik atau jerawat
iii. Rasa letih sekurang kurangnya dalam tempuh 48 jam.
iv. Peningkatan rasa dahaga, angin dan kembung perut.
v. Peningkatan kekerapan membuang air besar dan aliran urin.
vi. Rasa lebih tenang dan cergas dengan peningkatan tenaga dan hilang rasa
gemuruh.

vii. Peningkatan corak tidur – tidur menjadi lebih nenyak.
viii. Menghilangkan rasa tekanan dan stress.

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(9/11) Muka Surat / Page : 8
Drpd / of : 10

9. Kesan Menjalankan Rawatan Refleksologi

Juru refleksologi membantu meningkatkan daya sihat dan tahap harmoni yang
berkesan dan keselesaan kepada fizikal, mental, emosi dan fungs irohaniah secara
keseluruhannya.Dengan menyentuh poin reflex tertentu membolehkan reaksi
semulajadi pada bahagian anggota yang berkaitan.

Semasa sesi reflex dijalankan tension/tekanan akan terhindar. Ini akan menggalakkan
peredaran darah yang mana akan memberikan kesan kepada keseluruhan badan
termasuk system pemakanan dan tenaga hayat. Keadaan seumpama ini membolehkan
berlakunya penyingkiran bahan-bahan toksik. Apabila bahan toksik dapat dinyahkan
maka beberapa penyakit ringan akan dapat diatasi.

a. Kesan positif rawatan reflesologi
Refleksologi adalah satu teknik melegakan badan termasuklah menyuraikan
tension/tekanan, melepaskan tekanan dan akhirnya membuang segala penyakit
secara semulajadi. Disamping itu, refleksologi boleh :
i. Meningkatkan kecergasan
ii. Memulihkan fungsi badan
iii. Menggalakkan pengaliran darah
iv. Memulihkan sel bekerja secara semulajadi
v. Menyingkirkan bahan-bahan buangan yang tidak perlu pada badan
vi. Mengurangkan bebanan pemikiran, badan dan jiwa
vii. Menggalakan persekitaran yang ideal supaya berfungsi secara
keseluruhan
viii. Menggalakkan kesihatan yang baik

b. Kesan negatif rawatan refleksologi

Rawatan refleksologi mempunyai kesan negatif terhadap klien namun kesan ini
tidaklah berpanjangan. Poin refleks yang terasa sakit semasa memicit adalah satu
tanda masalah. Selain daripada itu, rasa berpasiran atau benjolan juga
merupakan tanda lain yang boleh ditemui. Apabila kerja refleks dijalankan klien
akan merasa ngilu atau terhiris. Pada ketika ini klien perlu menahan sedikit supaya

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(9/11) Muka Surat / Page : 9
Drpd / of : 10

pengaliran darah dikawasan tersebut dapat berjalan dengan lancar. Antara kesan
negatif rawatan refleksologi ialah:

i. Gatal
ii. letih
iii. Buang angin
iv. Dahaga
v. Mengantuk.
vi. Pening
vii. Sakit menusuk
Setelah daerah refleksi diurut, organ yang terkena stimulasi seringkali terasa
sakit.Hal ini tidak perlu dikhuatirkan kerana ia akan hilang dengan pengurutan
seterusnya.
i. Setelah daerah refleksi ginjal diurut, kemungkinan akan ada reaksi

tindakbalas ketika membuang air kecil. kemungkinan air kencing berwarna
coklat atau merah. Hal ini merupakan gejala baik, kerana endapan kotoran
telah keluar.
ii. Setelah diurut 3-4 kali seringkali punggung terasa sakit, ini menunjukkan
berlakunya krisis pemulihan, tidak perlu khuatir dan teruskan pengurutan
kerana ini adalah kesan baik.
iii. Sekiranya kepala terasa sakit, bererti saraf pusat telah dirangsang.
iv. Suhu badan naik semasa diurut kerana peredaran darah lebih lancar
v. Keluar ruam kemerah-merahan tanda pembuangan toksin

Untuk meredakan pelanggan yang mendapat tindakbalas spontan, lakukan
langkah dibawah:

i. Memberi air untuk di minum
ii. Menasihati untuk berehat sebentar
iii. Memberi perkhidmatan tambahan seperti mengurut kepala/bahu

pelanggan
iv. Menjelaskan sebab-sebab tindakbalas tersebut.

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(9/11) Muka Surat / Page : 10
Drpd / of : 10

SOALAN /QUESTION:

1. Berikan dua reaksi yang mungkin timbul selepas melakukan refleksologi kaki
2. Senaraikan kesan positif dan kesan negatif rawatan refleskologi.
3. Terangkan mengenai tindakbalas badan terhadap kesakitan refleksologi.

RUJUKAN/REFERENCE:
9. Good Practice Guidelines On Reflexology, For reflexologist practicing in Malaysia,

Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Kementerian Kesihatan
Malaysia, 1998, ISBN 978-983-44754-9-9.

10. Reflexology, Susan Cressy, Heinemann College 2003, ISBN : 978-0435451042.

11. Complete Reflexology For Life, Barbara and Kevin Kunz, DK Publishing New York,
ISBN 978-07566-2852-9.

12. The Reflexology Atlas, Bernard C Kolster M.D, Astrid Waskowiak M.D, ISBN -13-
978-1594770913

13. The Complete Reflexology Tutor, Ann Gillanders, Gaia Publisher 2008, ISBN : 978-
1856752831.

14. Foot, Hand and Ear Reflexology, Emotional Free, Stefan Mager, Aracaria Publisher
(2001), ISBN 978-0980713404.

15. Reflexology: The Definitive Practitioner Manual (Approved by The International
Therapy Examination Councils For Students and Practitioners), Beryl Crane,
Thorsons Publisher (1998).ISBN : 978-1862041257.

16. Reflexology Health at Finger Tips, Barbara Kunz and Kevin.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 8, BLOK E9,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA.
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA MP-080-3:2011
PROGRAM / PROGRAM’S

CODE & NAME REFLEKSOLOGI KAKI, TANGAN DAN TELINGA

TAHAP / LEVEL TIGA (3)

NO. DAN TAJUK UNIT C01
KOMPETENSI / REFLEKSOLOGI KAKI

COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. MENGENAL PASTI KEPERLUAN
REFLEKSOLOGI KAKI PELANGGAN

2. MENYEDIAKAN TEMPAT REFLEKSOLOGI KAKI

NO. DAN PENYATAAN 3. MENYEDIAKAN PELANGGAN UNTUK REFLEKSOLOGI KAKI
AKTIVITI KERJA / WORK 4. MELAKSANAKAN REFLEKSOLOGI KAKI
ACTIVITIES NO. AND 5. MEMANTAU PROSEDUR REFLEKSOLOGI KAKI
STATEMENT

6. MENILAI PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI KAKI

7. MEREKOD PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI KAKI

8. MENGURUS PROSEDUR SELEPAS REFLEKSOLOGI KAKI

ID UNIT KOMPETENSI / MP-080-3:2011/C01/P(10/11) Muka / Page : 1
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 13

TAJUK/TITLE:
PENILAIAN PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI KAKI DAN NASIHAT SUSULAN

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai maklum balas
keberkesanan refleksologi kaki dan keberkesanan selepas rawatan refleksologi.

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(10/11) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 13

1. MAKLUMBALAS PELANGGAN TERHADAP RAWATAN REFLEKSOLOGI KAKI

Maklumbalas merupakan maklumat yang diperolehi daripada pelanggan untuk
meningkatkan perkhidmatan yang diberikan. Maklumbalas merupakan perkara yang
penting dalam sesebuah organisasi. Terbahagi kepada empat cara iaitu:

i. Maklumbalas pelanggan secara lisan:
 Maklumbalas yang diterima melalui telefon atau pelanggan datang sendiri dan
maklumbalas yang diterima dari sesi perjumpaan/dialog

ii. Maklumbalas pelanggan secara bertulis:
 Maklumbalas yang diterima melalui surat rasmi, faksimili, peti cadangan yang
disediakan, mel elektronik dan media cetak

iii. Maklumbalas pelanggan secara on-line:
 Maklumbalas yang diterima melalui balasan online melalui email. Wujudkan
borang maklumbalas on-line untuk diisi oleh pelanggan. Laman web spa boleh
dipamerkan di bahagian belakang atau kepilkan kad bisnes dilengkapi maklumat
untuk menghubungi spa

iv. Maklumbalas pelanggan melalui media sosial:
 Maklumbalas melalui media sosial seperti ‘facebook’ juga boleh diperolehi untuk
berinteraksi dengan pelanggan. Maklumbalas boleh diperolehi dengan kadar
segera

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(10/11) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 13

2. JENIS-JENIS MAKLUMBALAS

4.1 Maklumbalas positif
Pastikan segala maklumbalas yang diterima diikuti pula dengan langkah-langkah
yang perlu diambil. Ucapkan terima kasih kepada pelanggan di atas maklumbalas
mereka dan kongsi bersama mereka langkah-langkah yang akan diambil. Anda
perlu juga mengetahui bahawa tidak kesemua maklumbalas adalah sesuai untuk
diguna pakai.

Antara contoh maklumbalas positif adalah:
i. “Urutan awak sangat baik dan mengurangkan kesakitan yang saya rasai”.
ii. “Cara urutan yang dijalankan sangat profesional dan dapat dikembangkan lagi

diperingkat antarabangsa”.
iii. “Kemahiran refleksologi yang dilakukan oleh juruterapi sangat baik dan

menjadikan badan terasa sihat”.

4.2 Maklumbalas negatif
Anda perlu bersifat tulus dalam mengesyorkan pelanggan bahawa anda akan
meneliti maklumbalas yang telah diberi dan mengambil langkah yang sepatutnya.
Elak daripada bersifat defensif apabila pelanggan memberikan maklumbalas yang
negatif kerana ianya akan berbalik kepada anda dan tidak akan menyelesaikan
sebarang isu yang mungkin telah dikemukakan.

Antara contoh maklumbalas negatif adalah:
i. Tingkatkan usaha anda.
ii. Cara urutan yang ketinggalan.
iii. Poin urutan yang dilakukan oleh juruterapi tidak tepat dan menyebabkan

kesakitan pada anggota badan.

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(10/11) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 13

3. CONTOH-CONTOH BORANG MAKLUMBALAS

3.1 Borang maklumbalas bertulis

BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN
A. Kaedah Maklumbalas:

Surat / Borang dari peti maklum balas pelanggan. Media cetak.

Mel elektronik. Lain-lain.

Nyatakan:..................

B. * Nama Pelanggan : ..................................................................................

C. * No.Telefon/ E-mail: ...........................................................................................
D. Skop Maklumbalas : Sila tandakan (√ ) pada petak yang berkenaan.

Cara urutan. Penggunaan bahan. Komunikasi Juruterapi.

* Ruangan yang WAJIB di isi oleh pelanggan.

Butir-butir maklumbalas:

…………………………………………………………………………………...............
……………………………………………………………………………….............

Tarikh : ………………... Tandakaki: .................................

Rujukan fail: ............................
JAWAPAN MAKLUMBALAS PELANGGAN.
(sila guna helaian yang berasingan jika ruang tidak mencukupi).

Status tindakan: Selesai dalam proses.

.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
..................................................................................................................

3.2 Contoh borang maklumbalas tak bertulis

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(10/11) Muka Surat / Page : 5
Drpd / of : 13

Maklumbalas tak bertulis boleh dijalankan melalui komunikasi dua hala bersama
pelanggan. Data maklumbalas boleh dirakam di dalam peti simpanan suara. Berikut
adalah contoh borang yang boleh diisi oleh juruterapi selepas rakaman suara
didengar.

BORANG MAKLUMBALAS PELANGGAN
A. * Nama Pelanggan : ..................................................................................

B. * No.Telefon / E-mail: ...........................................................................................

C. Skop Maklumbalas : Sila tandakan (√ ) pada petak yang berkenaan.

Butir-butir Maklumbalas:

…………………………………………………………………………………...............……………………………………………………
…………………………............. …………………………………………………………………………………...............
…………………………………………………………………………………......................................................................
....................................................................

Tarikh : ………………... Tandakaki: ..........................

JAWAPAN MAKLUMBALAS PELANGGAN. Rujukan fail: ___________________

(sila guna helaian yang berasingan jika ruang tidak mencukupi).

Status tindakan: Selesai Dalam Proses.

...............................................................................................................................

................................................................................................................................

................................................................................................................................

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(10/11) Muka Surat / Page : 6
Drpd / of : 13

4. KESAN RAWATAN REFLEKSOLOGI KAKI

4.1 Perasaan tenang.
Semasa sesi refleksologi dijalankan tekanan akan terhindar. Ini akan mengelakkan
peredaran darah yang mana akan memberikan kesan kepada keseluruhan badan
termasuk sistem pemakanan dan tenaga hayat. Selain itu pelanggan juga akan
berasa tenang diiringi dengan alunan muzik dan wangian yang mempesonakan.

4.2 Meningkatkan tenaga.
Toksin yang terkumpul dalam badan boleh mengakibatkan tubuh berasa letih dan
lemah. Mereka juga akan mudah dihidapi penyakit. Amalan memakan makanan
segera, berlemak, zat pengawet, perisa tambahan, pewarma tiruan dalam makanan
dan minuman. Radiasi daripada alatan elektronik seperti komputer, telefon bimbit
dan televisyen. Memakan buah-buahan atau sayuran yang diawet dengan bahan
kimia. Apabila rawatan refleksologi ini diberikan maka toksin dapat dinyahkan
sekaligus meningkatkan tenaga.

4.3 Mengurangkan kesakitan.
Apabila teknik urutan kaki dibuat secara berkala contohnya seminggu sekali, kaki
yang lenguh juga akan berasa lebih ringan. Untuk mengetahui sama ada
mempunyai masalah pada bahagian tertentu mereka biasanya akan berasa sakit
ketika tekanan lembut dibuat pada bahagian tertentu di tapak kaki. Rasa sakit
menandakan bahagian berkenaan bermasalah. Bagaimanapun selepas urutan
dibuat peasakitaran merasa lebih sihat.

4.4 Meningkatkan ketajaman akal.
Sereblum ialah bahagian otak yang didapati dibawah serebrum dan di belakang
pangkal otak. Tugas sereblum ialah menyelenggarakan kesegaran otot dan
menyelaraskan keseimbangan badan. Apabila rawatan refleksologi dijalankan
sekaligus dapat meningkatkan ketajaman akal.

5. TINDAK BALAS TERHADAP RAWATAN YANG MUNGKIN DIALAMI OLEH
PELANGGAN

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(10/11) Muka Surat / Page : 7
Drpd / of : 13

5.1 Kesan positif
 Perasaan tenang
 Bertenaga
 Corak tidur yang lebih baik
 Berasa gembira
 Terasa seperti berada di awang-awangan
 Berasa lebih dapat mengawal kehidupan
 Kelegaan daripada kesakitan
 Keseimbangan badan, minda dan semangat

5.2 Kesan negatif
 Sakit pada titik refleks
 Gejala masalah kesihatan atau penyakit yang dialami bertambah buruk untuk
sementara waktu
 Terasa kurang sihat
 Sakit kepala
 Mengantuk dan ingin tidur
 Keletihan dan tidak berdaya
 Emosi terganggu, cepat marah atau resah
 Berasa tertekan
 Terasa panas atau sejuk

5.3 Kesan eliminatory
 Lebih kerap buang air besar dan/atau kecil
 Sembelit atau cirit-birit ringan
 Berpeluh meningkat, terutama di bahagian kaki dan kaki

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(10/11) Muka Surat / Page : 8
Drpd / of : 13

 Pening dan loya
 Hidung berair

6. MEMBERI NASIHAT SUSULAN PENJAGAAN DIRI SELEPAS RAWATAN

Memberi khidmat nasihat tentang penjagaan diri dan penjagaan susulan selepas
rawatan refleksologi kepada pelanggan adalah penting agar pelanggan mendapat kesan
baik maksimum.Perlu mengingatkan pelanggan agar menitikberatkan amalan dan
gayahidup yang sihat dan mendapatkan rawatan susulan yang berterusan mengikut
jadual yang dicadangkan. Khidmat nasihat susulan selepas rawatan refleksologi
dikendalikan dengan tujuan untuk memastikan pelanggan mendapat kefahaman
mengenai;

6.1 Kebaikan urutan refleksologi seperti:
i. Melancarkan peredaran darah dan saraf
ii. Membantu melegakan tekanan serta ketegangan yang dialami oleh sistem
tubuh
iii. Menyahtoksin dalam badan
iv. Meningkatkan daya tahan individu
v. Mengimbangkan kedudukan badan
vi. Menguatkan otot-otot badan

vii. Mengurangkan risiko sakit sendi, kencing tidak lawas, masalah
usus/sembelit

viii. Mengurangkan risiko tulang reput, rasa letih dan masalah pada bahagian
peranakan (wanita)

 Perlu diingatkan, 1 jam selepas rawatan pelanggan perlu mengelakkan diri
daripada :

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(10/11) Muka Surat / Page : 9
Drpd / of : 13

a) Mandi
b) Basuh rambut (bersyampu)
c) Makan makanan sejuk
d) Minuman berais/berkarbonat/beralkohol

6.2 Prosedur dan teknik menasihati pelanggan berkaitan penjagaan diri
selepas rawatan refleksologi boleh dilakukan dengan cara:

i. Menyediakan buku rekod untuk merekod tahap kesihatan dan
perubahan pelanggan selepas sessi rawatan

ii. Menggunakan gambarajah urut refleksi untuk menerangkan tentang
permasalahan dan kaitan penyakit pada zon refleks kaki/kaki/telinga
.Menerangkan kepada pelanggan tentang pemakanan yang perlu
dielakkan untuk mengurangkan kesan mudarat kepada kesihatan
pelanggan.

iii. Menyarankan temujanji susulan untuk rawatan seterusnya.

iv. Menggunakan buku rujukan sewaktu penerangan(jika perlu)

v. Testimoni pelanggan (jika ada) untuk meyakinkan pelanggan tentang
keberkesanan rawatan refleksologi.

7. MENYARANKAN PELANGGAN TIP GAYA HIDUP SIHAT

Mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam mengikut kemampuan tahap kesihatan
pelanggan, menasihati pelanggan agar menghindari pemakanan yang tidak sihat dan
gaya hidup yang boleh memudaratkan kesihatan pelanggan. Maklumat kesihatan
pelanggan harus diteliti untuk memudahkan khidmat memberi nasihat mengenai:
i. Beberapa masalah kesihatan umum seperti sakit kepala, lelah, lesu, sakit perut,

sembelit, kurang selera makan dan sebagainya.

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(10/11) Muka Surat / Page : 10
Drpd / of : 13

ii. Ketidakselesaan dalaman
iii. Masalah tidur
iv. Penyakit yang pernah dihadapi

Amalan dan gaya hidup sihat yang boleh di sarankan pada pelanggan adalah seperti
yang diterangkan di bahagian ini.
i. Maklumat Diet Seimbang

a)Karbohidrat – membekalkan tenaga kepada tubuh dan memanaskan tubuh

b)Protein – membolehkan tubuh membina sel sel baru dan membaiki tisu tisu. Ia juga
menolong tubuh membesar

c)Vitamin – membuat bahan kimia dalam tubuh agar berfungsi dengan baik dan
dalam kuantiti yang sesuai.

d)Lemak – bertindak sebagai rumah penyimpanan tenaga dan mengandungi vitamin.

e)Mineral – bekerjasama dengan vitamin dan membantu dalam menghasilkan
pigmen (pewarna) serta darah dan menguatkan tulang.

f) Serat - membuat usus sentiasa berfungsi dengan cara menyapunya bersih dan
dengan itu mencegah sembelit.

g)Air – membuat darah sentiasa mengalir dan juga menolong perkumuhan dan
mengeluarkan peluh.

Hindari gaya hidup yang tidak sihat seperti;
i. Minuman keras
ii. Pengambilan dadah
iii. Merokok
iv. Terdedah pada radiasi
v. Corak tidur yang tidak teratur
vi. Terdedah pada sinar matahari yang berlebihan

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(10/11) Muka Surat / Page : 11
Drpd / of : 13

vii. Terdedah pada pencemaran udara
viii. Makanan yang tinggi lemak,tinggi gula dan berminyak
ix. Makanan berpengawet dan makanan berpewarna

x. Tabiat pemakanan yang berlebihan
xi. Kegemukan/obesiti
xii. Minuman berkarbonat/berais

Amalkan Gaya Hidup Sihat
i. Bersenam
ii. Tidur yang cukup
iii. Beriadah dan menikmati udara segar bila ada kelapangan
iv. Pemakanan yang seimbang
v. Memastikan kebersihan diri dan persekitaran anda
vi. Berfikiran positif
vii. Sentiasa memantau tahap kesihatan dan segera mendapatkan rawatan segera

jika menghadapi masalah
viii. Banyakkan membaca dan tambah ilmu tentang penjagaan kesihatan
ix. Senaman sekurang-sekurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit.

x. Rehat yang mencukupi seperti tidor sekurang-kurangnya 7 – 8 jam sehari.
xi. Mengawal tekanan ( stress )dengan bijak seperti membetulkan pengurusan dan

perancangan kerja, meluangkan masa bersama kawan atau pergi bercuti.

Prosedur dan teknik menasihati pelanggan berkaitan amalan dan gaya hidup sihat boleh
dilakukan dengan cara :
i. Menggunakan testimoni pelanggan
ii. Menggunakan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh badan badan profesional

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(10/11) Muka Surat / Page : 12
Drpd / of : 13

iii. Menggunakan borang kaji selidik.
iv. Majalah kesihatan
v. Menghadiri seminar kesihatan
vi. Menjalani kursus penjagaan kesihatan
vii. Mengikuti kelas senaman seperti aerobik, yoga, gym tarian dan sebagainya.

SOALAN

1. Berikan kaedah mendapatkan maklumbalas pelanggan terhadap sesi refleksologi
2. Nyatakan prosedur dan teknik menasihati pelanggan berkaitan penjagaan diri

selepas rawatan refleksologi
3. Berikan contoh tips gaya hidup sihat yang boleh dikongskikan bersama pelanggan

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(10/11) Muka Surat / Page : 13
Drpd / of : 13

RUJUKAN

1. Rahim Arif Don (1994), Refleksologi Panduan Asas, Dewan Bahasa dan Pustaka,
ISBN: 983-62-4272-4.

2. Ann Gillanders (2007), The Complete Reflexology Tutor, GIA Great Britain, ISBN:
978-1-85675-283-1.

3. KamaruddinAfiat (2002), UrutRefleksologi, Al-Hidayah Publishers, ISBN: 983-9188-
78-X.

4. Pauline Wills (1995), The Reflexology Manual Connection, Great Britian, ISBN: 1-
85906-181-8.

5. BismaRagawaluya (2006), Refleksologi (PengetahuanDasarPijatRefleksi 2), Pionir
Jaya, Bandung, ISBN: 979-542-197-2.

6. Tina Parsons (2003), An Holistic Guide to Reflexology, Thomson Learning London,
ISBN: 13-978-1-86152-907-7.

7. Claire Wynn (2006), Simply Reflexology, Hinkler Book Australia, ISBN: 978-1-7418-
5637 8.

8. Susan Watson, Valerie Voner (2009), Practical Reflexology (Interpretation and
Techniques), McGraw Hill, New York, ISBN: 978-0-07-351095-8.

9. Louise Tucker (2009), An Introductory Guide to Reflexology, EMS Publishing, ISBN:
978 1903348-581.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 8, BLOK E9,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA.
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA MP-080-3:2011
PROGRAM / REFLEKSOLOGI KAKI ,TANGAN DAN TELINGA
PROGRAM’S CODE &
NAME TIGA (3)
TAHAP / LEVEL
NO. DAN TAJUK UNIT C01
KOMPETENSI / REFLEKSOLOGI KAKI
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE 1. MENGENAL PASTI KEPERLUAN
REFLEKSOLOGI KAKI PELANGGAN
NO. DAN PENYATAAN
AKTIVITI KERJA / WORK 2. MENYEDIAKAN TEMPAT REFLEKSOLOGI KAKI
ACTIVITIES NO. AND 3. MENYEDIAKAN PELANGGAN UNTUK
STATEMENT
REFLEKSOLOGI KAKI
NO. KOD / CODE NO. 4. MELAKSANAKAN REFLEKSOLOGI KAKI
5. MEMANTAU PROSEDUR REFLEKSOLOGI KAKI
6. MENILAI PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI KAKI
7. MEREKOD PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI KAKI
8. MENGURUSKAN PROSEDUR SELEPAS

REFLEKSOLOGI KAKI

MP-080-3:2011/C01/P(11/11) Muka Surat / Page : 1
Drpd / of : 5

TAJUK/TITLE :
DOKUMENTASI PUSAT REFLEKSOLOGI

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas Penerangan adalah bertujuan menerangkan mengenai prosedur dokumentasi,
inventori dan penyimpanan produk refleksologi serta kerahsiaan dokumentas

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(11/1) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 5

PENERANGAN/INFORMATION:

Dokumentasi pusat refleksologi adalah penting dalam setiap syarikat untuk memastikan
pengrekodan dan pemantauan operasi di sebuah pusat refleksologi. Dokumen termasuk
rekod perundingan dan inventori. Salah satu aktiviti dalam menyediakan dokumentasi
pusat Refleksologi adalah untuk menyusun dokumen-dokumen di pusat dan untuk
memastikan inventori diambil dan dipantau dan semua dokumen yang difailkan mengikut
Standard Operasi Prosedur syarikat.

1. Prosedur Dokumentasi

1.1 Jenis-jenis dokumen

i. Kad perundingan Pelanggan
a. Kad perundingan pelanggan digunakan untuk merekod data pelanggan
dan untuk menyimpan profil pelanggan.
b. Aktiviti kemaskini kad rekod dilakukan pada setiap lawatan pelanggan.
c. Setiap rawatan direkodkan dengan tentang maklumat produk yang
digunakan, berapa banyak yang digunakan dan bila ia telah digunakan
rujukan pekerja lain yang akan dapat membuat rawatan susulan yang
diperlukan.
d. Semua prosedur rawatan mesti direkodkan juga. Pelanggan akan
datang untuk rawatan yang berbeza, oleh itu setiap sesi perlu
direkodkan. Sentiasa ingat untuk mendapatkan pengakuan pelanggan
selepas setiap rawatan.

ii. Rekod Inventori
a. Tujuan rekod inventori adalah untuk memastikan stok diperiksa dan
diganti / ditambah dan stok sentiasa mencukupi.
b. Inventori termasuk perkara-perkara seperti:
c. Alat yang diperlukan dalam menjalankan rawatan seperti, batang kayu.
d. Peralatan tempat perlindungan dan pakaian seperti cadar, selimut, tuala,
sarung sofa, dan sebagainya.

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(11/11) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 5

e. Perkara yang gunahabis yang digunakan semasa sesi seperti, losyen
antiseptik, kapas, tisu, dan sebagainya.

f. Perkara Semi-guna habis yang boleh digunakan lebih daripada sekali
tetapi perlu diganti secara berkala kerana haus dan lusuh seperti span
dan ikat kepala.

g. Produk Runcit untuk dijual kepada pelanggan.

iii. Rekod Inventori atau kad stok perlu menunjukkan
a. Perihal produk dan saiznya
b. Bilangan stok
c. Item stok yang telah dijual dan digunakan
d. Item stok yang telah diterima
e. Tahap penyimpanan/pegangan minimum dan maksimum
f. Tempoh di mana produk itu akan dipesan semula.
g. Tarikh kemas kini / pemeriksaan

2. Ruang Penyimpanan Produk Refleksologi

i. Perlu ada ruang atau almari penyimpanan stok untuk menyimpan jumlah stok yang
banyak.

ii. Ruangan ini seharusnya boleh diselaraskan untuk membolehkan pertambahan
atau pengurangan saiz produk, terutamanya apabila membeli secara pukal.

iii. Ruangan harus mudah untuk dibasuh untuk tujuan kebersihan dan rak hendaklah
dilabelkan dengan jelas menunjukkan dengan tepat di mana setiap item disimpan.

iv. Semua produk mesti dilabel berserta dengan tarikh luput.
v. Item guna habis harus disimpan dalam keadaan yang bersih dan kemas.
vi. Item bukan guna habis seperti kapas, tisu perlu disimpan kering dan dilindungi,

untuk memastikan ia adalah steril.
vii. Borang permintaan digunakan untuk menambah produk apabila berkurangan
viii. Kad stok adalah digunakan untuk mencatat jumlah item dalam kewujudan ini.

3. Susunan Stok

i. Stok baru tiba perlu diletakkan di belakang rak dan stok sedia ada perlu dibawa ke
hadapan: ini adalah peraturan FIFO (First-In-First-Out).

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(11/11) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 5

ii. Kebanyakan produk mempunyai jangka hayat ‘best before date’. Ini kerana banyak
produk mengandungi jumlah minimum pengawet dalam formulasi dan tidak dapat
bertahan lama

iii. Produk yang telah melebihi jangka hayat harus dilupuskan.
iv. Item stok yang paling kerap digunakan perlu diletakkan pada paras mata atau tidak

jauh ke bawah, untuk mengelakkan keadaan tunduk dan regangan yang tidak perlu
semasa mengambilnya.

4. Pengendalian Dokumen

4.1 Kaedah pemfailan
i. Mengikut Abjad; kaedah ini menggunakan abjad nama pelanggan atau nama
produk.
ii. Menikut turutan angka; kaedah ini menggunakan angka seperti no kad
pengenalan (I/C) pelanggan atau kod produk.

4.2 Sistem Pemfailan
i. Sistem pemfailan manual adalah digunakan dengan memfailkan dokumen
secara manual seperti yang terkandung dalam Prosedur Operasi Standard;
biasanya dalam bentuk penyusunan menegak atau mendatar. Sesetengah
syarikat menggunakan kabinet untuk menyimpan fail secara manual
mengikut turutan yag ditetapkan dalam kaedah pemfailan.
ii. Kaedah elektronik adalah dengan menggunakan komputer untuk
menyimpan dokumen yang diimbas.
iii. Tiada fail atau dokumen boleh dibiarkan selepas digunakan. Ia perlu difail
segera untuk mengelakkan kerugian atau mendedahkan kerahsiaan.

4.3 Kerahsiaan Dokumen

Semua rekod pelanggan atau dokumen syarikat adalah "Sulit"/“Private &
Confidential”. Tidak dibenarkan personel syarikat untuk mendedahkan apa-apa
maklumat kepada pihak ketiga. Maklumat pelanggan perlu dipastikan sulit, nama
mereka atau nombor telefon tidak boleh didedahkan walaupun terdapat
permintaan daripada rakan mereka sendiri. Ini adalah untuk melindungi privasi
dan kerahsiaan pelanggan.

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/P(11/11) Muka Surat / Page : 5
Drpd / of : 5

SOALAN / QUESTION:

Jawab semua soalan di bawah dan tulis jawapan dalam buku nota anda dan akan
diserahkan kepada tutor anda untuk menandakan.

1. Senaraikan dua (2) jenis dokumen yang biasa digunakan dalam pusat refleksologi.
2. Senaraikan dua (2) kaedah pemfailan
3. Apakah perkataan penuh bagi 'FIFO'?
4. Terangkan tentang 'FIFO'.
5. Terangkan mengapa kerahsiaan dokumen adalah penting.

RUJUKAN/REFERENCE :

1. Milfred Carter & Tammy Weber (1994 by Parker Publishing Company, New York)
“Body Reflexology” , ISBN 0-13-299728-2 (CASE), ISBN 0-13-299736-3 (PBK),

2. Dawn Mernagh-Ward & Jennifer Cartwright “Health & Beauty Therapy (A practical
approach for NVQ Level 3 – 2nd Edition)” ISBN 0748760784

3. Claire Wynn (2006 by Hinkler Books Pty Ltd, 45-55 Fairchild Street, Heatherton
Victoria 3202 Australia) “Simply Reflexology” ISBN 9 7817 4157 958 1

4. http//www.reflexologycentredocumentation.com

KERTAS TUGASAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 8, BLOK E9,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA.

KOD DAN NAMA KERTAS TUGASAN
PROGRAM /
PROGRAM’S CODE & ( ASSIGNMENT SHEET )
NAME
MP-080-3:2011
TAHAP / LEVEL REFLEKSOLOGI KAKI, TANGAN DAN TELINGA

TIGA (3)

NO. DAN TAJUK UNIT C01
KOMPETENSI / REFLEKSOLOGI KAKI

COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. MENGENAL PASTI KEPERLUAN
AKTIVITI KERJA / WORK REFLEKSOLOGI KAKI PELANGGAN
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. MENYEDIAKAN TEMPAT REFLEKSOLOGI KAKI
3. MENYEDIAKAN PELANGGAN UNTUK

REFLEKSOLOGI KAKI

4. MELAKSANAKAN REFLEKSOLOGI KAKI
5. MEMANTAU PROSEDUR REFLEKSOLOGI KAKI
6. MENILAI PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI KAKI
7. MEREKOD PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI KAKI

8. MENGURUSKAN PROSEDUR SELEPAS
REFLEKSOLOGI KAKI

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/T(1/11) Muka Surat / Page : 1
Drpd / of : 6

TAJUK/TITLE :
PENGENALAN KEPADA REFLEKSOLOGI KAKI

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas tugasan adalah bertujuan untuk memantapkan pemahaman dan
pengetahuan pelatih mengenai sejarah sejarah dan konsep refleksologi dan
prosedur serta teknik melakukan rawatan refleksologi kaki

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3: 2011/C01/T(1/11) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 6

ARAHAN:

Calon dikehendaki menjawab soalan semua kertas tugasan ini dengan merujuk
kepada kertas penerangan yang berkaitan iaitu MP-080-3:2011/C01/P(1/11)

Bahagian A (objektif)

1. Pemilihan media untuk urutan refleksologi dibuat berdasarkan

A. Jenis darah (2 markah)
B. Jenis kulit
C. Jenis penyakit
D. Jenis fizikal

2. Tekanan urutan hendaklah disesuaikan dengan …………………seseorang

A. Daya ketahanan (2 markah)
B. Daya kekuatan
C. Daya Imunisasi
D. Daya lawan penyakit

3. Di bawah adalah teknik refleksologi kaki KECUALI (2 markah)
A. Ingham
B. Bite
C. Finger
D. Running

4. Berikut yang manakah kenyataan yang tidak benar tentang refleksologi.

A. Refleksologi tidak boleh mengdiagnosis penyakit

B. Pemilihan media untuk urutan adalah penting untuk memberi rawatan yang

efektif

C. Untuk mengetahui gejala sakit dari kawasan refleksi cukup dengan

menekan kawasan refleksinya

D. Kesan dari urutan refleksologi, seorang bayi memerlukan lebih banyak masa

penyembuhan berbanding orang dewa (2 markah)

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3: 2011/C01/T(1/11) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 6

Bahagian B (subjektif)

1. Nyatakan maksud Refleksologi

(5 markah)

2. Nyatakan tujuan atau manfaat refleksologi pada tubuh

(7 markah)

3. Terangkan secara ringkas bagaimana refleksologi boleh mengesan
permasalahan

(6 markah)

4. Sebutkan lima teknik urutan refleksologi

(5 markah)

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3: 2011/C01/T(1/11) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 6

5. Apakah perkara-perkara yang perlu difikirkan sebelum melakukan sesi
refleksologi.

(7 markah)

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3: 2011/C01/T(1/11) Muka Surat / Page : 5
Drpd / of : 6

SKEMA JAWAPAN
Bahagian A
1.) B
2.) A
3.) D
4.) D

Bahagian B
1. Refleksologi merupakan satu kaedah pemeliharaan kesihatan dan

penyembuhan penyakit dengan cara menekan titik pusat urat saraf yang ada
di badan di mana titik pusat urut saraf tersebut berhubung dengan organ –

organ tubuh berkaitan.

2. kaedah rawatan refleksologi ini mempunuai pengaruh terhadap tubuh
manusia dan memulihkan fungsi-fungsi anggota badan yang terganggu
dengan cara menghilangkan penyebab dari gangguan itu sendiri iaitu
pengaliran darah yang tidak lancer dalam badan serta saraf-saraf yang
terganggu atau rosak. Bila pengaliran darah di seluruh tubuh sudah normal
dan lancar biasanya seseorang itu akan berada dalam keadaan sihat. Jadi
secara umumnya tujuan/ manfaat rawatan refleksologi adalah untuk
memastikan seseorang itu sentiasa dalam keadaan sihat.

3. Untuk mengetahui gejala sakit dari kawasan refleksi cukup dengan menekan
atau mengurut kawasan refleksinya. Oleh kerana saraf–saraf sensori terletak

di hujung jari yang menyebabkan jari sangat sensitive pada sentuhan, ibu jari

yang terlatih dapat merasakan keadaan seperti berpasir, ketulan agak keras

atau berlekuk-lekuk pada tapak kaki. Bila kawasan refleksi terasa sakit ketika

diurut ini tandanya organ berkaitan mengalami gangguan. Ketika

melakukan urutan perlu diperhatikan bahawa daya tahan setiap orang

tidaklah sama. Tekanan urutan hendaklah disesuaikan dengan daya tahan

orang yang diurut.

4. a) Rwo-shur
b) Ingham
c) Relexing (stretching)
d) Caterpiller
e) Walking

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3: 2011/C01/T(1/11) Muka Surat / Page : 6
Drpd / of : 6

5. Sebelum melaksanakan urutan refleksologi kaki, ada beberapa perkara
yang perlu dititikberatkan iaitu;
a) Jenis-Jenis Media Untuk Urutan
b) Pemilihan media untuk urutan adalah penting untuk memberi
rawatan yang efektif. Pemilihan media untuk rawatan adalah dibuat
berdasarkan pada jenis kulit atau mengikut pilihan pelanggan

6. Terapi penyembuhan dengan Refleksologi bertujuan untuk
membawa/mengangkut sisa pembakaran/endapan kotoran. Endapan
kotoran tersebut dikeluarkan oleh tubuh melalui peluh, pernafasan, air
kencing dan najis. Pembuangan kotoran atau endapan adalah penting, jika
tidak dibuang akan menimbulkan gangguan kesihatan pada tubuh. Bila
peredaran darah lancar tubuh juga akan menjadi sihat.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 8, BLOK E9,
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA.

KERTAS TUGASAN

KOD DAN NAMA MP-080-3:2011
REFLEKSOLOGI KAKI, TANGAN DAN TELINGA
PROGRAM / PROGRAM’S

CODE & NAME

TAHAP / LEVEL TIGA (3)

NO. DAN TAJUK UNIT C01
KOMPETENSI / REFLEKSOLOGI KAKI
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE 1. MENGENALPASTI KEPERLUAN

REFLEKSOLOGI KAKI PELANGGAN

2. MENYEDIAKAN TEMPAT REFLEKSOLOGI KAKI

NO. DAN PENYATAAN 3. MENYEDIAKAN PELANGGAN UNTUK REFLEKSOLOGI
AKTIVITI KERJA / WORK KAKI
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 4. MELAKSANAKAN REFLEKSOLOGI KAKI
5. MEMANTAU PROSEDUR REFLEKSOLOGI KAKI

6. MENILAI PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI KAKI

7. MEREKOD PERKHIDMATAN REFLEKSOLOGI KAKI

8. MENGURUS PROSEDUR SELEPAS REFLEKSOLOGI

KAKI

ID UNIT KOMPETENSI / MP-080-3:2011/C01/T(2/11) Muka / Page : 1
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 5

TAJUK/TITLE:
KHIDMAT NASIHAT PELANGGAN

TUJUAN/PURPOSE:
Kertas Tugasan adalah bertujuan untuk memantapkan pemahaman dan pengetahuan
pelatih mengenai maklum balas keberkesanan refleksologi kaki dan keberkesanan
selepas rawatan refleksologi

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/T(2/11) Muka Surat / Page : 2
Drpd / of : 5

ARAHAN:

Pelatih dikehendaki menjawab soalan semua kertas tugasan ini dengan merujuk kepada
kertas penerangan yang berkaitan iaitu MP-080-3:2011/C01/P/(2/11)

SOALAN/QUESTION:

1. Manakah antara berikut merupakan BUKAN penemuan teknologi komunikasi?
A. Radio
B. Televisyen
C. Telefon
D. Kipas

2. Komunikasi yang berkesan adalah seperti berikut, iaitu:
A. Tidak memandang wajah orang yang sedang berkomunikasi
B. Intonasi suara perlu tinggi dan kuat
C. Bijak menangani aduan dan segera menyelesaikannya
D. Merendah diri

3. Butiran terperinci yang perlu ada dalam kad rekod pelanggan.

I. Nama
II. Umur
III. Jantina
IV. Alamat/email

A. I dan II
B. I, II dan III
C. I dan IV
D. II dan IV

4. Komunikasi dalam rawatan perkhidmatan refleksologi sering wujud komunikasi
____________ dan __________________ yang mampu memberikan kepuasan
kepada pelanggan

5. Kad rekod pelanggan digunakan apabila mahu merekod ______________________
sebelum sesi refleksologi

(5 markah)

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/T(2/11) Muka Surat / Page : 3
Drpd / of : 5

6. Senaraikan kontra-indikasi refleksologi
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(10 markah)

7. Nyatakan jenis-jenis masalah kesihatan yang boleh dibantu dengan rawatan
refleksologi
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(5 markah)

8. Pelanggan dianggap faktor yang paling penting dalam mana-mana pertubuhan atau
perniagaan. Apakah kaedah pengurusan pelanggan yang digunakan dan jelaskan
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(10 markah)

9. Berapakah pecahan wajar yang digunakan bagi seorang jururefleksologi melakukan
aktiviti kerja?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(10 markah)

10. Nyatakan langkah-langkah berjaga yang perlu diambil semasa rawatan dan
perkhidmatan dalam pengendalian pelanggan.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(10 markah)

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/T(2/11) Muka Surat / Page : 4
Drpd / of : 5

SKEMA JAWAPAN

1. D
2. C
3. D
4. Verbal dan bukan verbal
5. Data peribadi pelanggan
6. Kontra-indikasi refleksologi

i. Artiritis yang teruk (refleksologi kaki atau reiki disyorkan)
ii. Keadaan kardiovaskular seperti trombosis (thrombosis), radang urat darah,

(phlebitis), keadaan jantung
iii. Keadaan mental yang teruk / keadaan psikotik
iv. Osteoporosis (kaki / kaki)
v. Penyakit sendi akut (Acute rheumatism), reiki disyorkan
vi. Selepas pembedahan kaki, lutut atau pinggul
vii. Epilepsi
7. Jenis-jenis masalah kesihatan yang boleh dibantu dengan rawatan refleksologi
i. Sakit kepala
ii. Tekanan
iii. Sembelit
iv. Sengugut
v. Kejang otot
vi. Membantu melancar peredaran darah
vii. Membantu pengaliran Limpatik
viii. Melegakan rasa letih badan
8. Kaedah pengurusan pelanggan
i. penerimaan/reception
ii. privasi pelanggan
iii. pengurusan masa
iv. sikap terhadap pelanggan
v. komunikasi dengan pelanggan
vi. perbualan bersama pelanggan
vii. Keupayaan untuk Memenuhi Keperluan Pelanggan

NO. KOD / CODE NO. MP-080-3:2011/C01/T(2/11) Muka Surat / Page : 5
Drpd / of : 5

9. Pecahan wajar yang digunakan bagi seorang jururefleksologi melakukan aktiviti
kerja
Pembersihan Kaki - 5 minit

Rendam kaki - 10 minit Jumlah 60 minit

Urut Kaki - 45 minit

10. Langkah-langkah berjaga yang perlu diambil semasa rawatan dan perkhidmatan
dalam pengendalian pelanggan
i. Apabila melakukan perkhidmatan, pastikan tangan anda telah dipersiapkan,
dicuci dan disanitasi
ii. Pastikan kawasan kerja dan peralatan untuk perkhidmatan dalam keadaan
teratur dan bersih
iii. Pastikan semua produk diatur dengan baik bagi mengelakkan tumpahan dan
kerosakan.
iv. Diagnosis yang tepat dilakukan, sebelum menjalankan sesi refleskologi
v. Untuk mengelakkan pencemaran, jangan menggunakan jari untuk
mengeluarkan produk yang dari bekas. Gunakan spatula.
vi. Pastikan ruang yang betul dan mencukupi untuk pergerakan juru refleksologi
bagi membolehkan sesi yang memuaskan dan pastikan keselamatan
pelanggan.


Click to View FlipBook Version