The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK KPPI&M

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iSmA iShAk, 2022-11-06 11:38:01

e-Dinamik 2022

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK KPPI&M

Keywords: edinamik,uitm johor,majalah digital

695

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

WEBINAR : CELIK UNDANG-UNDANG KONTRAK
BERSAMA PAKAR DARI INDONESIA & MALAYSIA

Alizah Ali, Rosnani Mohd Salleh
Pensyarah Kanan Jabatan Undang-Undang

Pada 30 Jun 2022, Jabatan Undang-Undang lalu. Untuk sesi pada kali ini, webinar ini
UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat dilaksanakan dengan membawa tajuk
telah menganjurkan satu webinar peringkat ‘Webinar Celik Undang-Undang Kontrak
antarabangsa dengan menemukan 4 orang Bersama Pakar Dari Indonesia & Malaysia’.
pakar dari Malaysia dan Indonesia. Webinar
tersebut membahaskan tentang isu undang-
undang kontrak yang diamalkan dikedua-dua
buah negara, iaitu negara Malaysia dan
Indonesia.

Seramai 399 orang pelajar UiTM Cawangan
Johor Kampus Segamat yang terlibat dalam
program ini dimana mereka terdiri daripada
pelajar yang mengambil subjek Business
Law / Undang-Undang Perniagaan bagi kod
LAW299, LAW240, LAW416 dan LAW448.

Program ini merupakan satu projek
kerjasama antara UiTM Cawangan Johor
Kampus Segamat dengan Universiti
Gadjahmada, Yogjakarta dan ini merupakan
program siri ketiga bagi kedua-dua fakulti.
Program siri pertama telah diadakan pada
15 September 2021 dan siri kedua telah
diadakan pada 30 September 2021 yang

696

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Dalam sesi ini, UiTM Johor telah menjemput bidang perundangan Islam berkait dengan
empat orang pakar undang-undang yang mana undang-undang kontrak yang diamalkan di
dua orang daripadanya dari Malaysia dan dua Indonesia.
orang lagi dari Indonesia. Objektif utama
webinar ini diadakan adalah untuk memberi Majlis diteruskan dengan ceramah daripada
pendedahan kepada para pelajar tentang pakar undang-undang kontrak dari Malaysia,
undang-undang kontrak secara perbandingan di iaitu Dr. Nasreen Miza Hilmy Binti Nasrijal yang
Malaysia dan Indonesia disamping mengetahui berucap tentang undang-undang kontrak yang
realiti undang-undang kontrak terkini di diamalkan di Malaysia. Penceramah ketiga juga
Malaysia dan Indonesia. adalah dari Malaysia, iaitu Ustaz Mohd Asyadi
bin Redzuan yang berceramah tentang undang-
Selain daripada itu, webinar ini juga dianjurkan undang kontrak dalam Islam yang diamalkan di
dengan tujuan untuk memberi maklumat Malaysia. Majlis berakhir dengan sesi
kepada pelajar tentang undang-undang kontrak soalajawab dan berakhir jam 5.30 petang.
syariah, undang-undang kontrak sivil, undang-
undang kontrak elektronik (e-contract) dan
banyak lagi. Penceramah pertama ialah Dr.
Khotibul Umam, S.H., LL.M dari Universitas
Gadjah Mada, Yogyakarta, Indonesia. Beliau
telah berkongsi informasi tentang undang-
undang kontrak yang diamalkan di Indonesia.
Penceramah kedua, Dr. Destri Budi Nugraheni,
S.H., M.SI juga dari universiti yang sama telah
berkongsi ilmu pengetahuan beliau dalam

697

698

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA:
DI MANAKAH PERMOHONAN PERLU DIBUAT?

Siti Mariam Atan, Rosnani Mohd Salleh
Pensyarah Kanan Jabatan Undang-Undang

Apabila seseorang meninggal dunia dan meninggalkan harta, antara perkara penting yang perlu
dilakukan oleh waris adalah menguruskan pembahagian harta pusaka si mati. Tahukah anda, di
manakah permohonan pembahagian harta pusaka boleh dilbuat?

Harta pusaka adalah harta peninggalan si mati daripada harta atau segala hak yang dimilikinya
semasa hidup, diagihkan kepada waris yang sah selepas kematiannya.

Bentuk-bentuk harta pusaka terdiri dari harta tak alih dan harta alih. Harta tak alih menurut
seksyen 66, Akta Keterangan 1967 adalah tanah, kepentingan atas harta, hak atau faedah yang
akan didapati daripada tanah.

Manakala harta alih pula adalah wang tunai, saham, simpanan bank, KWSP, insurans,
kenderaan, senjata api, barang kemas dan barang-barang berharga.

Harta pusaka seterusnya terbahagi kepada tiga (3) jenis iaitu pusaka besar, pusaka kecil dan
pusaka ringkas.

Pusaka besar adalah pusaka yang terdiri dari harta tak alih sahaja atau harta alih sahaja atau
campuran keduanya yang mana nilaian harta melebihi RM2,000,000.00. Harta yang kurang dari
RM2,000,000.00, akan dikira sebagai pusaka besar sekiranya si mati meninggalkan wasiat.

Permohonan pembahagian pusaka besar hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi.
Undang-undang yang mengawal selia pusaka besar ialah Akta Probate dan
Pentadbiran 1959.

699

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Pusaka kecil adalah pusaka yang terdiri daripada harta tak alih sahaja atau campuran harta tak
alih dan harta alih yang bernilai kurang dari RM2,000,000.00 dan si mati meninggal tanpa wasiat.

Pusaka kecil adalah di bawah bidangkuasa Seksyen Pembahagian Pusaka/Pejabat Tanah
(pusaka kecil). Di peringkat negeri atau daerah dikenali sebagai Unit Pembahagian Pusaka Kecil.
Pengurusan harta pusaka kecil dikawal selia oleh Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955.

Manakala pusaka ringkas pula adalah pusaka yang melibatkan harta alih sahaja dengan nilaian
tidak melebihi RM600,000.00. Permohonan pembahagian pusaka ringkas boleh dilakukan di
Amanah Raya Berhad. Pembahagian harta pusaka ringkas di Amanah Raya Berhad ditadbir oleh
Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.

Kesimpulannya, sebelum sesuatu permohonan Sumber gambar: google.com.my
pembahagian harta pusaka dibuat, pemohon perlu
mengenal pasti agensi yang mempunyai
bidangkuasa untuk mendengar permohonan
tersebut. Ciri-ciri yang perlu dilihat di dalam
mengenal pasti agensi yang bersesuaian ialah sama
ada harta pusaka berwasiat atau tidak berwasiat,
nilai keseluruhan harta pusaka dan jenis harta yang
ditinggalkan. Sekiranya permohonan dimajukan
kepada agensi yang salah, proses pembahagian
harta pusaka akan memakan masa lebih panjang
dan mengakibatkan lebih banyak kos.

Rujukan:

1. Panduan Permohonan Tuntutan Pembahagian Harta Pusaka Kecil (Di bawah Akta

Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955): Jabatan Bantuan Guaman.

2. Hasiah Kasah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian. Pengurusan Harta

Pusaka Kecil di Malaysia (slaid).

3. Hani Kamariah Mat Abdullah, Suhaimi Ab Rahman, Rasyikah Md. Khalid,

Nurul Aiman Mat Abdullah. 2020. Perkembangan Pengurusan dan Pentadbiran

Harta Pusaka Islam Malaysia; BITARA International Journal Of Civilizational

Studies and Human Sciences 3: 43.

4. https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30321?language=my 700

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

SAMBUNG BAYAR : APAKAH CARA YANG SAH DI SISI UNDANG-UNDANG?

Zuramaznum Sainan
Pensyarah Kanan Jabatan Undang-Undang

Apakah yang dimaksudkan dengan “sambung bayar”? Kebiasaannya istilah ini difahami umum
sebagai satu kaedah untuk membeli kenderaan dengan hanya menyambung pembayaran baki
ansuran bulanan sesebuah kenderaan yang masih lagi terikat di bawah perjanjian sewa beli di
antara pemilik berdaftar kenderaan (penyewa) dengan pemunya (pihak institusi kewangan).
Penyambung bayar hanya perlu membayar baki ansuran bulanan sehingga selesai kesemua
jumlah ansuran bulanan yang telah ditetapkan di bawah perjanjian sewa beli tersebut.
Terdapat pelbagai keadaan di mana penyewa kadangkala terpaksa menjual kenderaannya
dengan kaedah sambung bayar. Antaranya, penyewa tidak lagi berkemampuan untuk membayar
ansuran bulanan kenderaan tersebut, sedangkan tempoh perjanjian sewa beli masih panjang.
Sekiranya berlanjutan, kenderaan tersebut akan ditarik balik oleh pemunya dan akibatnya
penyewa akan disenarai hitam dari membuat sebarang pinjaman bank di masa hadapan.
Penyambung bayar pula, memilih untuk membeli secara sambung bayar kerana ianya mudah dan
murah, tanpa perlu membuat pinjaman bank. Terdapat juga keadaan di mana penyambung bayar
tidak layak untuk membuat pinjaman bank kerana telah disenarai hitam oleh pihak bank atas
sebab-sebab tertentu. Tambahan lagi, terdapat syarikat penjual kereta terpakai, menawarkan
khidmat sebagai ejen sambung bayar bagi memudahkan proses sambung bayar ini.
Namun demikian, terdapat risiko bagi kebanyakan kaedah sambung bayar yang diamalkan kini.
Punca utamanya, kenderaan yang dibeli masih berdaftar di bawah nama penyewa dan hakmilik
kenderaan tersebut boleh dituntut oleh pihak institusi kewangan (pemunya).

Kaedah sambung bayar ini adalah tidak sah di sisi undang-
undang berdasarkan Akta Sewa Beli 1967. Di bawah
Seksyen 38, penyewa yang menjual kenderaannya
kepada orang lain tanpa kebenaran pemunya
adalah melakukan suatu kesalahan di bawah
Akta ini.

Sumber gambar: google.com.my 701

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Penyewa yang menjual tanpa kebenaran ini boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit
(RM30,000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Penyewa tiada sebarang hakmilik ke atas kenderaan tersebut yang boleh dipindahkan atau
dijual kepada orang lain tanpa kebenaran pemunya.
Oleh itu, penyambung bayar tidak akan mendapat
hakmilik yang sah dan sebarang masalah yang timbul
masih di bawah tanggungan penyewa sebagai pemilik
kenderaan berdaftar.

Sumber gambar: google.com.my

Hakikatnya, terdapat kaedah sambung bayar yang diiktiraf dan sah di bawah Akta Sewa Beli
1967. Penyewa mempunyai hak penyerahhakan di bawah Akta ini untuk memindahkan hak milik
dan kepentingannya di bawah perjanjian sewa beli kepada orang lain di bawah Seksyen 12 (1),
dengan syarat ianya dengan persetujuan pemunya (institusi kewangan).
Seksyen 12 (4) memperuntukkan, pemunya boleh menetapkan beberapa syarat sebelum
memberikan persetujuannya ke atas hak penyerahhakan penyewa.
Syarat-syarat nya adalah :

(a) Jika sebelumnya terdapat sebarang keingkaran (kegagalan membayar) di bawah
perjanjian itu, ianya hendaklah dibayar oleh penyewa sendiri atau penerima serah hak
(iaitu bakal penyambung bayar) berkenaan.

(b) Penyewa dan penerima serah hak perlulah menandatangani dan menyerahkan kepada
pemunya satu perjanjian penyerahhakan dalam bentuk yang diluluskan oleh pemunya
tanpa menjejaskan tanggungan dan liabiliti asal penyewa.

(c) Penerima serah hak perlulah bersetuju untuk bertanggungjawab membayar ansuran
yang masih belum dibayar dan untuk melaksanakan dan mematuhi semua ketetapan
dan syarat lain perjanjian sewa beli semasa baki tempoh perjanjian itu.
(d) penerima serah hak juga mestilah bersetuju untuk membayar sebarang kos
munasabah bagi tujuan pendaftaran dan pengesahan (mati setem)
perjanjian penyerahhakan tersebut.

702

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Sekiranya syarat-syarat penyerahhakan tersebut dipenuhi maka kaedah penjualan secara
sambung bayar tersebut adalah sah. Nama pemilik berdaftar kenderaan tersebut dipindahkan
kepada penerima serah hak (penyambung bayar) secara sah.
Walau bagaimanapun, jika pemunya enggan memberikan persetujuannya secara tidak
munasabah, penyewa boleh memindahkan hak miliknya di bawah perjanjian sewa beli tersebut
tanpa persetujuan pemunya. Namun, di bawah seksyen 12 (3), penyewa perlulah memohon
kepada Mahkamah Tinggi bagi tujuan mendapatkan perintah untuk mengisytiharkannpemunya
telah menahan persetujuannya secara tidak munasabah. Mahkamah Tinggi akan membuat
pertimbangan dan menentukan sama ada pemunya telah menahan persetujuannya secara tidak
munasabah. Sekiranya Mahkamah Tinggi bersetuju mengeluarkan perintah tersebut, maka
penyewa boleh menyerahkan hak dan kepentingannya di bawah perjanjian sewa beli kepada
penerima serah hak tanpa kebenaran pemunya.
Antara faktor yang boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah Tinggi bagi menentukan
keputusannya sama ada pemunya telah menahan persetujuannya secara tidak munasabah :

i. Berdasarkan peruntukan Seksyen 12 (2) ; pemunya meminta penyewa membuat
bayaran atau memberi balasan lain bagi mendapatkan persetujuan pemunya.

ii. Pemunya menghendaki penjamin lain atau tambahan penjamin untuk menjamin obligasi
penerima serah hak [Seksyen 12 (5)], sedangkan…
a) penjamin yang sama yang telah menjamin penyewa telah bersetuju untuk
menjamin kewajipan penerima serah hak di bawah perjanjian itu; atau
b) penerima serah hak telah memberikan bilangan penjamin yang sama seperti
yang diberikan oleh penyewa untuk menjamin obligasinya.

Jika Mahkamah Tinggi berpuas hati dengan faktor-faktor di atas, Mahkamah Tinggi boleh
mengisytiharkan bahawa pemunya telah menahan persetujuannya secara tidak munasabah dan
penyewa boleh membuat penyerahhakan tanpa persetujuan pemunya.

Kesimpulannya, memang terdapat peruntukan dan kaedah sambung bayar yang sah
di sisi undang-undang. Sekiranya dipatuhi, tiada sebarang risiko yang akan timbul.
Namun demikian, ramai yang tidak faham dan lebih sanggup melaksanakannya
secara tidak sah kerana cara sedemikian lebih mudah.

Rujukan : Akta Sewa Beli 1967

703

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

3 PETUA UNTUK HIDUP SIHAT!

Rosnani Mohd Salleh, Norintan Wahab
Pensyarah Kanan Jabatan Undang-Undang

Semua orang ingin kekal sihat. Namun begitu, adakah kita betul-betul mengamalkan gaya hidup
yang sihat? Slogan ada menyebut, “badan sihat, otak cerdas.” Sebanarnya, kitalah yang membuat
pilihan, sudah semestinya jika kita ingin kekal sihat, banyak perkara yang kita perlu buat. Berikut
adalah 3 (tiga) perkara mudah yang boleh kita lakukan untuk kekal sihat.

Pertama: Petua untuk kekal sihat adalah dengan makan secara sihat. Malaysia memang kaya
dengan pelbagai menu masakan. Dari kari yang berlemak, asam pedas yang berminyak dan
aneka hidangan yang pastinya membuatkan kita kadang-kadang tak ingat bahawasanya kita telah
mengamalkan gaya pemakanan yang tidak sihat. Pilihlah makanan yang berkhasiat dengan
sukatan makanan yang sesuai.

Apakah yang dimaksudkan dengan makan secara sihat? Sumber
Makan secara sihat adalah makan lebih banyak makanan gambar:
sihat dan baik mengikut kumpulan makanan yang google.com.my
disarankan. Contohnya sayur-sayuran, buah-buahan dan
bijirin, serta protein dan lemak sihat perlu ada dalam
hidangan.

Perlu diingat, setiap hidangan yang dipilih perlulah memenuhi syarat. Makan yang tidak baik untuk
kesihatan boleh mengundang kepada masalah kesihatan kelak. Setiap menu yang diambil
mestilah dilihat kepada kalori hidangan bagi mengelakkan kita makan yang tidak sihat

Sumber gambar:
google.com.my

704

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Kedua: Petua yang kedua adalah bersenam, bersukan ataupun melakukan aktiviti fizikal. Adalah
digalakkan untuk kita meLakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30
minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (disarankan sekurang-kurangnya
10 minit setiap kali)
Hidup yang tidak aktif mendedahkan kita kepada
pelbagai penyakit. Hidup yang tidak aktif ini juga
sebenarnya penyumbang kepada obesiti dan juga
penyakit-penyakit kronik yang lain. Oleh yang
demikian, walau sesibuk manapun kita dalam
melaksanakan tugasan seharian, carilah waktu dan
ruang untuk kita bersenam dan melakukan aktiviti
fizikal yang boleh mengeluarkan peluh dan
menjadikan kita sihat.

Ketiga: Petua hidup sihat yang tidak kurang penting juga adalah dengan menangani stress.
Belajarlah untuk mengawal stres. Apabila kita stress, kita akan cepat rasa nak marah. Kemarahan
adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Hakikatnya, stress dialami oleh semua orang
sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda
tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada pelbagai masalah kesihatan.

Marilah kita sama-sama mengamalkan gaya hidup yang sihat. Memberikan perhatian pada gaya
pemakanan, melakukan regangan dan senaman serta menjaga tahap stress dalam diri boleh
membuatkan kita menikmati hidup dengan tenang dan aman.

705

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Ulasan Buku : 44 Larangan Nabi S.A.W Sekitar Sembahyang
Karangan Abdullah Al-Qari Bin Hj Salleh

Alizah Ali
Pensyarah Kanan Jabatan Undang-Undang

Buku ini menerangkan tentang 44 perkara yang ditegah untuk dilakukan sekitar sembahyang.
Tegahan ini datangnya bersumberkan daripada lisan, perbuatan atau teguran secara terus
daripada Rasulullah S.A.W. Ianya meliputi perkara-perkara sebelum, ketika dan selepas solat.
Buku setebal 107 muka surat ini diterbitkan oleh Al-Hidayah Publication, Kuala Lumpur. Di dalam
buku ini, ianya membincangkan tentang 44 perkara yang dilarang didalam solat fardu lima waktu
dan solat fardu jumaat. Walaubagaimanapun penulisan ini hanya menyentuh tentang perkara
yang meliputi solat fardu lima waktu sahaja dan ianya menyentuh tentang 34 perkara sahaja.

Larangan Sebelum Sembahyang :
1. Jangan bersembahyang ketika dalam keadaan mengantuk
2. Jangan bersembahyang ketika dalam keadaan sangat lapar dan dahaga
3. Jangan bersembahyang ketika dalam keadaan sangat hendak membuang air kecil,
membuang air besar atau hendak berkentut
4. Jangan bersembahyang sekiranya anda makan bawang putih dan bawang merah ketika
hampir melaksanakan sembahyang
5. Jangan menyilangkan jari jemari anda ketika menunggu masuk waktu solat
6. Jangan mendatangi tempat solat dengan tergopoh gapah
7. Jangan melintasi bahagian hadapan orang yang sedang solat
8. Jangan bersembahyang antara tiang-tiang masjid
9. Jangan memutuskan shaf / barisan solat
10. Jangan bersembahyang kecuali meletakkan sutrah / penghalang di bahagian
hadapan solat
11. Jangan bersolat sunat ketika bilal sedang beriqamah
12. Jangan melafazkan niat solat, sebaliknya niat solat itu perlu
dilaksanakan di dalam hati sahaja.

706

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Larangan Ketika Dalam Sembahyang :
1. Jangan meninggalkan bacaan Al-Fatihah dalam setiap rakaat dalam sembahyang
2. Jangan menyebut ‘amin’ sebelum iman menyebut ‘amin’
3. Jangan berdoa dengan sesuatu doa sebelum mengamin
4. Jangan membaca Al-Quran dalam ruku’ dan sujud
5. Jangan mendahului imam dalam ruku’ dan sujud
6. Jangan mengangkat kepala sebelum imam mengangkat kepala
7. Ketika hendak bersujud, janganlah turun menerum seperti unta (meletakkan dua tapak
tangannya kemudian kedua lututnya)
8. Tidak toma’ninah (berhenti sebentar ketika ruku’, I’tidal dan sujud)
9. Ketika duduk dalam solat, jangan bertongkat di atas tangan kirinya
10. Jangan menggerak-gerakkan tangan ketika salam
11. Jangan menyerupai sifat-sifat haiwan dalam sembahyang (ruku’ seperti gagak),
menghampar tangan ketika sujud seperti binatang buas
12. Jangan menepuk tangan dalam sembahyang
13. Dilarang bercakap didalam sembahyang
14. Jangan mendongak ke langit ketika sembahyang
15. Jangan berpaling-paling wajah ketika sembahyang
16. Jangan bersembahyang dengan tangan bercekak pinggang
17. Jangan bermain anak batu ketika dalam sembahyang
18. Jangan meludah di dalam sembahyang
19. Jangan bersembahyang dalam keadaan belikat terdedah tanpa baju

707

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Larangan Selepas Sembahyang :
1. Tidak memberi salam kepada manusia sebaik sahaja selepas sembahyang
2. Jangan menganggap memberi salam selepas salam merupakan penyempurnaan bagi

ibadah sembahyang, sebaliknya kita perlu menokok dengan doa dan zikir
3. Jangan berdoa secara nyaring
Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk melaksanakan
sembahyang dalam keadaan paling sempurna, memandangkan ibadah ini adalah amalan
pertama yang akan ditanya di dalam alam kubur. Tatacara dan ajaran yang dianjurkan oleh
Rasulullah S.A.W menjadi panduan utama dalam mencapai solat yang sempurna.

708


Click to View FlipBook Version