The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK KPPI&M

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iSmA iShAk, 2022-11-06 11:38:01

e-Dinamik 2022

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK KPPI&M

Keywords: edinamik,uitm johor,majalah digital

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah

• Ts. Saiful Jumali
• Mohd Hanafie Yasin
• Ir. Muhamad Fuad Shukor
• Mohammad Hazizi Jamal
• Nurul Izziyantie Mat Noor
• Nor Mayuze Mohamad
• Doris Asmani Mat Yusof
• Ts. Ahmad Idzwan Yusuf
• Nur Zaidani Wati Mohd Darwis
• Siti Shahidah Sharipudin
• Herda Balqis Ismail
• Ts. Dr. Mohd Amran Hasbullah
• Mohd Johan Mohamed Ibrahim

Karya Akademik dan Umum

• Nur Muizzah Nawi
• Mohamed Khatif Tawaf
• Ts. Shahrul Nizam Mohammad
• Narita Noh
• Hairol Anuar Haron
• Asmawati Che Hassan
• Muhammad Farid Muhammad Fathullah
• Dr. Mohd Fairuz Bachok
• Juwita Asfar
• Ts. Nora Farina Mohd Halim
• Dr. Lee Siong Wee
• Noor Raifana Ab. Rahim

445

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI ANTARA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DAN AMR ENVIRONMENTAL SDN. BHD.

Saiful Jumali, Mohd Amran Hasbullah, Mohd Hanafie Yasin, Mohd Johan Mohamed Ibrahim,
Suhana Mohamed
Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Johor Kampus
Pasir Gudang telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan AMR Environmental
Sdn. Bhd. Majlis ini telah diadakan pada 9 Jun 2022. AMR Environmental Sdn. Bhd. adalah syarikat
perunding alam Sekitar terkemuka yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan dari pelbagai negara
dan industri. AMR berfungsi sebagai syarikat perkhidmatan Alam Sekitar, Kebersihan Industri,
Pemulihan Tanah dan Air Tercemar, Kejuruteraan dan Makmal Kimia yang menangani pelbagai
masalah yang berkaitan dengan persekitaran umum dan tempat kerja, mematuhi standard kerja Jabatan
Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Matlamat syarikat
adalah untuk mewujudkan perkongsian yang menguntungkan dengan pelanggan mereka untuk
meningkatkan reputasi mereka melalui keperluan pematuhan tempatan dan antarabangsa.
Majlis memorandum ini telah ditandatangani oleh YBhg. Prof. Madya. Dr. Akmal Aini Othman yang
menjalankan tugas Rektor UiTM Cawangan Johor dan YBrs. Encik Anas Mohd Rashid yang merupakan
Pengarah Pemasaran AMR Environmental Sdn. Bhd. Majlis juga dihadiri oleh Penolong Rektor iaitu
Dr. Haryana Mohd Hairi, Pensyarah Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Johor,
Kampus Pasir Gudang dan staf AMR Environmental Sdn. Bhd.

446

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Objektif MoU ini adalah untuk menggalakkan kerjasama di dalam bidang akademik dan penyelidikan.
Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menggalakkan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

i. Memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan pihak industri yang mengkhususkan aspek pemindahan
ilmu yang telah dijana di UiTM kepada sasaran komuniti dan industri.

ii. Penerimaan pelajar bagi program latihan industri pelajar dalam tempoh tertentu.
iii. Penganjuran simposium, persidangan, kursus pendek dan mesyuarat mengenai isu penyelidikan.
iv. Pertukaran maklumat yang berkaitan dengan perkembangan pengajaran, pembangunan pelajar dan

institusi penyelidikan.
v. Saling mempromosikan maklumat dan aktiviti organisasi rakan kongsi dalam MoU di laman web

masing-masing.
vi. Kerjasama dalam bidang lain seperti yang dipersetujui oleh pihak dari semasa ke semasa.

Dengan termeterainya MoU dan kerjasama antara UiTM dan AMR ini diharap dapat mendatangkan
impak yang besar di dalam bidang akademik dan penyelidikan dan secara tidak langsung dapat
membesarkan lagi jaringan antara UiTM, AMR dan kerjasama Univesiti luar bagi bersama-sama
mengembangkan dan meningkatkan pengetahuan di dalam industri tersebut.

Pihak UiTM juga, membawa wakil-wakil AMR ke
makmal-makmal, Pengajian Kejuruteraan Awam,
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.
Pihak AMR juga berminat untuk menjalinkan
kolaborasi bersama dalam menyediakan
perkhidmatan Alam Sekitar, Kebersihan Industri,
Pemulihan Tanah dan Air Tercemar, Kejuruteraan
dan Makmal Kimia bagi menangani pelbagai masalah
yang berkaitan dengan persekitaran umum dan
tempat kerja, mematuhi piawai kerja Jabatan Alam
Sekitar (JAS) dan Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Melalui pendekatan ini jelas menunjukkan komitmen
UiTM dalam memperkukuhkan jalinan kerjasama
dengan rakan industri agar dapat mencapai matlamat
universiti dan rakan strategik secara menyeluruh
sekaligus mengeratkan hubungan diantara ahli
akademik dan pentadbiran AMR khususnya.
Selain dari itu, UiTM akan turut memperoleh pelbagai
manfaat dari kerjasama ini dan menghasilkan
pelbagai projek berimpak tinggi serta memberi
manfaat besar kepada industri dan komuniti.

447

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

BENGKEL PENULISAN DAN PEMURNIAN ARTIKEL BERTERASKAN
BIDANG PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mohd Hanafie Yasin, Narita Noh, Lee Siong Wee, Mohd Amran Hasbullah

Bengkel ini anjuran Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) UiTM Johor Pasir Gudang yang bertujuan
memupuk semangat penulisan akademik di kalangan pensyarah. Sejajar dengan anjuran Persidangan
ICESM 2022 oleh Kolej Pengajian Kejuruteraan, para pensyarah adalah digalak menghantar artikel
untuk mencapai KPI penerbitan berindeks yang ditetapkan oleh pihak pengurusan tinggi UiTM.

Bengkel ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 19 Julai hingga 20 Julai
2022 bertempat di Design Ofis 1, PKA. Seramai 35 pensyarah telah hadir dan
memberi komitmen penuh untuk menyiapkan artikel masing-masing dalam
tempoh yang ditetapkan. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan kata-kata aluan
daripada Ketua Pusat Pengajian iaitu Ts. Dr. Mohd Amran Hasbullah. Diikuti
dengan taklimat mengenai Persidangan ICESM oleh Ts. Dr Bazli Faliq Muhd
Puaad supaya pensyarah boleh menulis artikel yang sesuai dengan tema
persidangan. Manakala Dr Lee Siong Wee sebagai penceramah kedua yang
bertanggungjawab untuk memberi input mengenai jenis-jenis penulisan yang
boleh dihasilkan untuk persidangan tersebut dan memberika garis panduan
tentang cara-cara penulisan untuk artikel yang berasaskan pengajaran dan
pembelajaran di UiTM. Manakala slot petang dikhaskan untuk pensyarah
menubuhkan kumpulan penulisan sendiri. Kemudian, pensyarah boleh merujuk
kepada dua fasilitator yang berpengalaman untuk proses penilaian dan
pemurnian kandungan dan juga penulisan artikel. Fasililator yang dilantik
adalah Ts. Ir. Azinoor Azida Abu Bakar dan Dr Mohd Fairuz Bachok. Proses
permurnian diadakan sesama pasukan penulis bersama fasilitator bertujuan
untuk memperbaiki kualiti artikel dan seterusnya menyakinkan para penulis
untuk menulis artikel bertemakan pengajaran dan pembelajaran.

Bengkel ini telah berjaya menarik minat pensyarah untuk menghasilkan penulisan untuk persidangan
tersebut. Lebih daripada 14 artikel berjaya ditulis dan dimurnikan oleh fasilitator. Pensyarah adalah
berpuas hati dengan bengkel yang dijalankan sepanjang 2 hari. Ini boleh dilihat daripada kaji selidik
yang diberikan kepada peserta di sepanjang bengkel berlangsung. Ucapan jutaan terima kasih kepada
pihak pengurusan UiTM yang telah meluluskan bengkel ini dijalankan di PKA. Diharapkan program
sebegini boleh diteruskan lagi bagi membantu pensyarah untuk mencapai KPI penulisan setiap tahun.

448

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PROGRAM PEMERIKSAAN DAN PERUNDINGAN KESIHATAN WARGA PKA

Muhamad Fuad Shukor, Mohd Johan Mohamed Ibrahim, Mohd Amran Hasbullah, Saiful Jumali,
Nur Fadzillah Khairi, Shafinaz Makmor

Cakna kesihatan diri dan keluarga adalah sangat penting pada pasca COVID-19 yang memberi kesan
secara langsung kepada perubahan kesihatan fizikal dan mental. Menurut Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO), kesihatan merujuk kepada tahap kesempurnaan fizikal, mental dan sosial yang
mencukupi, dan bukannya hanya kepada ketiadaan penyakit atau kelemahan tubuh badan. Kesihatan
membawa konsep bahawa kesempurnaan dari segi jasmani, mental, emosi, sosial dan rohani.
Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajipan untuk setiap individu menjaga Kesehatan untuk
kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan organisasi.

Perubahan kaedah pengurusan dan pengajaran di universiti kepada
sistem atas talian dibuktikan telah memberi kesan negatif kepada aspek
kesihatan pekerja terutamanya kesihatan fizkal dan mental. Justeru itu,
pihak Kolej Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) UiTM
Pasir Gudang telah menganjurkan Program Pemeriksaan dan
Perundingan Kesihatan bagi warga PKA pada 25 Mei 2022 dan
6 Jun 2022. Semua warga PKA telah menjalani ujian darah dan
pemeriksaan umum yang dikendalikan oleh pihak Pathlab dan PKA.
Peserta juga telah menerima rundingan kesihatan daripada dua orang
panel pakar iaitu Dr Lim (Pathlab) dan Dr Shafinaz Makmor dari
Unit Kesihatan mewakili pihak UiTM Pasir Gudang.

Hasil dapatan pemeriksaan umum kesihatan yang telah dijalankan dapat dirumuskan bahawa 23 %
daripada warga PKA menghidapi masalah kesihatan, manakala 9% lagi perlu berhati-hati kerana
berpotensi menghadapi masalah kesihatan dan 67 % warga PKA berstatus sihat.

Penunjuk kesihatan Peratusan pensyarah (%)
BMI
Ideal Berat Obesiti
Tekanan darah
27.8 36.1 36.1
Tahap gula
Rendah Normal Tinggi
Tahap kolestrol
0.0 77.8 22.2

Rendah Normal Tinggi

0.0 91.7 8.3

Rendah Normal Tinggi

0.0 72.2 27.8

449

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Oleh itu, para panel menyarankan agar warga PKA menjalankan pemeriksaan kesihatan berkala iaitu
sekurang-kurangnya sekali setahun atau enam bulan sekali manakala warga yang mempunyai tahap
kesihatan yang membimbangkan perlu dirujuk ke Klinik Panel UiTM atau Klinik Kesihatan kerajaan yang
berhampiran untuk mendapat rawatan susulan dengan segera. Program seperti ini sangat baik dan
bermanfaat bagi mengetahui status kesihatan terkini warga UiTM khasnya pensyarah, ia perlu mendapat
sokongan dari pihak pengurusan untuk diteruskan sebagai program tahunan di UiTM amnya.
Pemeriksaan kesihatan mental warga PKA juga telah dijalankan dpada 6 Jun 2022 untuk menilai secara
umum kesihatan mental dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Ujian yang telah dijalankan adalah
menggunakan modul uDRL yang telah dibangunkan pada 2015 di UiTM Shah Alam. Modul ini secara
umumnya mengukur tahap kesediaan dan kapasiti pembelajaran individu mengikut tahap yang berbeza.
Hasil darpada ujian yang telah dijalankan, 80 % peritus peserta mempunyai kadar kebolehan
peembelajaran yang tinggi menggunakan kaedah visual dan audio. Hanya 20% sahaja yang cenderung
untuk menerima hasil pembelajaran melalui kaedah praktikal. Ini adalah selari dengan kaedah yang
sedang digunakan oleh pihak PKA dalam tempoh pasca covid-19 di mana 100 % pembelajaran
menggunakan sistem atas talian.

450

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PENYERTAAN KUMPULAN KIK CIVGU MURNI DI KONVESYEN KUMPULAN
INOVATIF DAN KREATIF ZON SELATAN 2022

Mohammad Hazizi Jamal, Asmawati Che Hassan, Hairol Anuar Haron, Herda Balqis Ismail,
Mohamad Rohaidzat Mohamed Rashid, Nazri Nasir, Muhammad Farid Muhammad Fathullah,
Mohd Amran Hasbullah, Mohd Zulkhairi Mat Salleh, Mohd Fairuz Bachok
Setiap tahun, pihak INQKA akan menganjurkan Konvesyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) yang
bertujuan sebagai medium untuk kumpulan KIK membentangkan suatu projek yang dibangunkan di
jabatan masing-masing untuk penyelesaian sesuatu masalah yang mana ianya bertujuan
mempertingkatkan kecekapan sistem dan perkhidmatan kepada pengguna UiTM dengan menggunakan
teknik dan alatan sokongan kawalan kualiti. Kemuncak konvesyen ini adalah konvesyen UiTM peringkat
kebangsaan. Namun untuk menyertai konvesyen UiTM peringkat kebangsaan, kumpulan KIK perlu
mengungguli terlebih dahulu di konvesyen peringkat zon.

Pada tahun ini, kumpulan KIK CivGu Murni yang mewakili UiTM Cawangan Johor telah menyertai
Konvesyen KIK Zon Selatan 2022 yang telah dijalankan pada 15 ke 17hb Ogos 2022 secara atas talian.
Kumpulan KIK CivGu Murni adalah kumpulan yang ditubuhkan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan
Awam, Kampus Pasir Gudang pada tahun 2020. Terdiri dari 10 ahli dan diketuai oleh Puan Asmawati
Che Hasan dan fasilitator adalah Encik Mohammad Hazizi Jamal. Motto kumpulan iaitu ‘Pendidik Kreatif
Evolusi Jurutera Beretika’ membawa kepada misi, visi dan objektif kumpulan yang memfokuskan
kepada pembangunan projek berteraskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang
bersistematik dan efisien untuk kegunaan bukan sahaja pelajar tetapi juga pensyarah.

Penyertaan kali ini merupakan penyertaan kali ketiga kumpulan KIK CivGu Murni di Konvesyen KIK
dalam kategori yang sama sepertimana kategori sebelum ini iaitu Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran
(Penambahbaikan). Projek yang telah dibangunkan adalah ‘Etika Lestari: Pengurusan Pengendalian
Kerja Kursus Pelajar’ untuk mengatasi masalah pengurusan pengendalian kerja kursus pelajar yang
tidak sistematik di mana objektif utama untuk mengurangkan kes kelewatan pemulangan kerja kursus
pelajar selepas disemak dan penghantaran skrip jawapan ke unit peperiksaan. Manakala objektif
sampingan pula, mengurangkan lambakan kerja kursus pelajar yang tidak diambil dan menjanakan
pendapatan melalui penjualan kertas ke pusat kitar semula. Projek ini adalah gabungan pembangunan
tiga prosedur piawai, empat aplikasi mobil, satu perkakasan dan dua ruang yang mana pembangunan
projek berdasarkan pendekatan konsep ‘design thinking’. Mulai digunapakai pada April 2022.

451

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Kumpulan KIK CivGu Murni bersaing bersama tujuh
kumpulan KIK yang lain iaitu 1 kumpulan KIK dari
UiTM Cawangan Johor, 2 kumpulan KIK dari UiTM
Cawangan Negeri Sembilan, 3 kumpulan KIK dari
UiTM Cawangan Melaka dan 1 kumpulan KIK dari
Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.
Format penilaian pertandingan konvesyen
membabitkan sesi temubual bersama fasilitator,
pembentangan projek selama 15 minit dan sesi
soal-jawab selama 10 minit. Juri konvesyen adalah
terdiri dari dua orang pakar rujuk KIK UiTM.
Kumpulan KIK CivGu Murni mendapat giliran
pertama pembentangan projek. Projek kumpulan
dibentangkan oleh Encik Hairol Harun dan
Encik Muhammad Farid Muhammad Fathullah
berdasarkan kepada 154 slaid pembentangan.
Walaupun Kumpulan KIK CivGu Murni tidak berjaya
meraih anugerah utama, namun Kumpulan KIK
CivGu Murni telah berjaya meraih beberapa
anugerah lain iaitu Anugerah Penarafan Emas,
Terbaik Inovasi P & P (Kategori Penambahbaikan)
dan Istiqamah. Penyertaan konvesyen ini telah
memberi pengalaman yang berguna kepada
Kumpulan KIK CivGu Murni untuk senantiasa
memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan
kemahiran di dalam membangunkan projek yang
inovatif dan kreatif di mana dapat memberikan
manfaat kepada pusat pengajian Kejuruteraan
Awam secara khusus dan UiTM secara umum.

452

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PROGRAM 'COLLABRATIVE GROUP – MODEL 2: DELIVERY' BERTAJUK
'SHORT COLUMN WITH BIAXIAL BENDING'

Nurul Izziyantie Mat Noor, Narita Noh
Pada 11 Jun 2022 yang lalu telah diadakan program berbentuk webinar yang dianjurkan oleh Pengajian
Kejuruteraan Awam, UiTM Sarawak dan juga Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Pasir Gudang, Johor.
Pensyarah yang telah menjayakan program ini adalah Dr. Chiew Fei Ha dan Cik Narita Noh yang juga
merupakan tenaga pengajar bagi subjek 'ECS338 – STRUCTURAL CONCRETE AND STEEL
DESIGN'. Subjek ini merupakan subjek teras bagi pelajar Semester 5 dan perlu diambil oleh para
pelajar sebelum beralih kepada Latihan Industri (LI), iaitu semasa Semester 6 kelak. Program ini telah
mewajibkan semua para pelajar yang mendaftar dalam subjek ini hadir supaya sepenuh komitmen
dapat diberikan kepada program dan juga kepada penceramah jemputan.
Penceramah jemputan adalah Ts. Dr. Lau See Hung, merupakan pensyarah dari Universiti Tunku Abdul
Rahman (UTAR). Beliau yang berkelulusan Phd dari Universiti Malaysia Sarawak, memiliki pengalaman
luas dalam bidang akademik dan juga industri. Ts. Dr. Lau See Hung juga merupakan seorang
Profesor Madya di UTAR sejak 2015. Webinar yang telah dijayakan beliau sepanjang dua jam adalah
sangat membantu para pelajar dalam memahami kandungan dalam silibus dan juga beberapa input
penting dalam industri.
Kandungan yang disampaikan melibatkan tajuk 'Short column with biaxial bending'. Walaupun tajuk ini
agak 'common' tetapi ianya merupakan asas penting bagi para pelajar peringkat diploma dalam proses
membuat analisa sesuatu struktur bangunan. Sebagai contoh, pada semester yang sama juga para
pelajar perlu membuat projek kursus menganalisa bangunan dua tingkat. Ianya melibatkan pengiraan
struktur konkrit, pengiraan kos bahan dan juga penyediaan lukisan pelan lengkap.
Bagi jenis 'column' atau tiang konkrit, terdapat dua jenis tiang iaitu 'slender' dan 'short'. Bagi peringkat
diploma, silibus telah menetapkan hanya pada tiang jenis pendek. Walaubagaimanapun, tiang jenis ini
adalah sudah cukup memberikan kefahaman kepada pelajar kerana tiang jenis ini juga adalah seringkali
digunakan di dalam projek sebenar.

453

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Ts. Dr. Lau See Hung turut serta menerangkan beberapa formula penting dalam topik ini. Bagi pelajar
kejuruteraan, pengiraan melibatkan formula adalah sesuatu yang diibaratkan 'makanan' bagi mereka.
Formula berdasarkan situasi dan jenis-jenis keadaan mestilah difahami oleh para pelajar dan jurutera
semestinya. Tidak semua formula dapat diolah secara langsung. Ianya mestilah berdasarkan konsep
dan panduan semasa. Bagi para pelajar UiTM, mereka dimestikan mengguna pakai panduan
atau 'Code of Practice' daripada 'Eurocode 2'. Terdapat juga panduan lain seperti 'British Code-BS'
yang masih lagi diguna pakai di dalam projek semasa. Ianya masih relevan di Malaysia. Walaupun para
pelajar tidak didedahkan dengan 'British Standard', mereka masih lagi dapat bekerja kelak kerana
'Eurocode 2' yang diajar adalah tidak jauh beza jika dibandingkan dengan 'British Code'. Asas yang
paling penting adalah pemahaman pelajar dalam konsep kejuruteraan.
Webinar selama dua jam ini telah terisi dengan penyampaian oleh penceramah dan juga sesi soal jawab
oleh para pelajar. Para pelajar dari Kampus Pasir Gudang dan Kampus Sarawak turut aktif bertanyakan
soalan semasa sesi Webinar ini berlangsung. Pujian kepada penceramah kerana sanggup melayan
pelbagai soalan dari para pelajar. Jika dibandingkan sesi pembelajaran di dalam kelas, konsep webinar
ini adalah tidak jauh beza kerana menggunakan tajuk dari silibus semasa. Tetapi bagi sesetengah
pelajar yang malu bertanya semasa kelas, mereka lebih tertarik dan teruja bertanyakan soalan kepada
seseorang yang berpengalaman dalam subjek yang diajar.
Penyarah terlibat juga tidak kurang hebatnya. Dr Chiew Fei Ha merupakan pensyarah di UiTM Sarawak
yang berkelulusan Phd dari Universiti Malaysia Sarawak pada 2018, merupakan seorang
Pensyarah Kanan dan bertaraf panitia atau 'Resource Person'. Manakala Cik Narita Noh juga
merupakan Pensyarah Kanan yang telah berkhidmat di dua kampus iaitu Kampus Sarawak dan Pasir
Gudang. Beliau berkelulusan sarjana kelas pertama dari UiTM Shah Alam.
Program ini telahpun selesai dan mencapai objektif program. Diharap pada semester hadapan,
penceramah jemputan iaitu Ts. Dr. Lau See Hung sudi lagi memberikan input dan kata-kata emas beliau
dalam program anjuran UiTM. Program seperti ini juga diharap masih lagi diberi perhatian oleh para
pelajar dan kami sebagai pensyarah mengharapkan lebih perhatian dan komitmen dapat diberikan.

454

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PERKONGSIAN ILMU MELALUI PENGAJARAN KOLABORATIF

Nor Mayuze Mohamad, Mohd Johan Mohamed Ibrahim, Mohammad Hazizi Jamal, Lee Siong Wee

Pengajaran kolaboratif merupakan pendekatan pengajaran yang melibatkan beberapa orang tenaga
pengajar dalam kalangan pensyarah atau rakan industri bersama untuk memudahcara pengajaran dan
melatih pelajar bagi memperkasa pembelajaran kendiri pelajar. Pengajaran ini juga akan menjadi
medium jaringan ilmu kepada pelajar dalam bidang berkaitan dengan guna pakai kepakaran daripada
sumber luar. Oleh yang demikian, pihak Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) telah mengambil inisiatif
melaksanakan program pengajaran kolaboratif ini dengan menganjurkan ‘Webinar on Moment
Distribution Method for Indeterminate Beam’ yang berlangsung pada 24 Julai 2022.

Pihak PKA telah menjemput Dr. Nurliza Rahim dari
Universiti Malaysia Perlis (Unimap) sebagai pensyarah
tamu bagi mengendalikan program ini. Dr. Nurliza
merupakan pensyarah kanan di Fakulti Kejuruteraan Awam
Unimap. Beliau perpengalaman dalam bidang analisa
struktur dan kejuruteraan awam lebih dari 10 tahun.
Program ini disertai oleh pelajar diploma kejuruteraan
awam yang mengambil subjek asas analisis struktur
(ECS248). Subjek ini merupakan satu kursus pra-syarat
yang perlu dipenuhi oleh pelajar sebelum mereka boleh
melaksanakan projek semester akhir. Pencapaian pelajar
bagi subjek ini amatlah penting bagi membolehkan mereka
bergraduasi dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Webinar ini menerangkan tentang analisa struktur rasuk
dengan menggunakan kaedah 'moment distribution
method' bagi mendapat nilai beban ricih dan beban lentur
yang akan digunakan untuk mereka bentuk rasuk
bertetulang. Topik ini amat penting kepada pelajar kerana
merupakan asas bagi jurutera awam.

Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya selama 2 jam dan mendapat maklumbalas yang
baik daripada para peserta. Melalui kerjasama pengajaran kolaboratif ini, dapat membentuk jaringan
antara pelajar dan pensyarah dari institusi yang berbeza dan tidak hanya tertumpu kepada seorang
pensyarah yang mengajar sahaja. Selain itu, pengajaran tersebut juga dapat menambahkan ilmu
pengetahuan peserta dan fasilitator yang terlibat.

455

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

WEBINAR: GEOLOGICAL ENGINEERING FOR SUSTAINABLE USE OF
EARTH’S RESOURCES

Doris Asmani Mat Yusof, Noor Shazreen A. Rahman, Diana Che Lat, Mohd Hanafie Yasin

Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang melalui kursus
Geology dan inisiatif bersama Special Interest Group (SIG): Sustainable Engineering Material Research
Group dan Unit Alumni PKA telah menjalankan satu webinar yang bertajuk 'Geological Engineering for
Sustainable Use of Earth’s Resources'.

Pada 7 Julai 2022, program ini berlangsung secara atas

talian dengan jayanya menggunakan platform Microsoft

Teams bermula jam 2.00 hingga 5.30 petang.

Seramai 10 orang pensyarah dan 180 orang pelajar

yang mengikuti kursus ECG253 pada semester Mac – Julai

2022 telah menghadirkan diri dalam program ini. Program

ini dimulakan dengan kata-kata aluan dan pembukaan oleh

Puan Doris Asmani Mat Yusof selaku moderator program,

diikuti dengan sesi perkongsian bersama penceramah

jemputan iaitu Ts. Noralif Norsam.

Penceramah jemputan merupakan seorang jurutera awam
dari industri yang menjawat jawatan sebagai Ketua Unit
Penglibatan Berkepentingan dan sedang berkhidmat
di Johor Centre for Construction Development (JCCD).
Beliau juga merupakan salah seorang alumni diploma PKA
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang dan
bergraduat pada tahun 2015.

Program ini merupakan industrial talk bersama pihak industri dan ia dijalankan secara berkala pada
setiap sesi semester kuliah berlangsung. Tujuan program ini adalah untuk memenuhi kehendak dan
keperluan kursus ECG 253 (Geology). Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk memberi
pendedahkan kepada pelajar terhadap kerja-kerja pembangunan lestari yang ada dijalankan oleh pihak
industri pada ketika ini. Kemudian, satu sesi perkongsian berkaitan pengalaman kerja di industri telah
dijalankan dengan tujuan memberi gambaran sebenar yang bakal dihadapi oleh graduan PKA apabila
tamat pengajian kelak.

456

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Antara topik yang telah dikupas dalam webinar ini adalah berkaitan perubahan semulajadi struktur muka
bumi seperti tanah runtuh dan lubang benam di mana fenomena ini sangat memberi kesan kepada
pembinaan struktur jalan raya dan bangunan di Malaysia. Walaupun topik seperti ini telah pun
dibincangkan dan didedahkan kepada pelajar semasa sesi kuliah berlangsung, namun begitu
pendedahan secara lebih terperinci daripada pihak industri amatlah diperlukan kerana penceramah
dapat menceritakan skop kerja dan memberi gambaran sebenar bagaimana pihak industri
menyelesaikan masalah yang berlaku. Disamping itu, penceramah turut berkongsi gambaran sebenar
serta pengalaman bekerja dalam bidang industri kejuruteraan awam.
Menerusi webinar ini, pastinya para pelajar dapat memperolehi banyak maklumat dan pengalaman kerja
di industri, dimana ianya amat berguna pada masa hadapan. Diharapkan dengan penganjuran program
seperti ini dapat menyediakan mahasiswa PKA ke arah mahasiswa bumiputera yang berdaya saing
serta berfikiran kreatif dan inovatif.
Program ini juga dapat dilihat mampu memberi impak yang besar kepada para pelajar di mana
ia merupakan pendedahan awal kepada para pelajar untuk mengetahui hala tuju sebagai seorang
jurutera awam. Bak kata pepatah, 'meluntur buluh biarlah dari rebungnya'. Oleh itu, diharapkan dengan
pendedahan awal yang diberikan dapat mendidik mereka agar menjadi orang yang berguna pada
bangsa, agama dan negara.

457

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

WEBINAR: INDUSTRIAL SAFETY AWARENESS FOR CIVIL ENGINEERING
STUDENTS 2022

Ahmad Idzwan Yusuf, Adrina Rosseira Abu Talip

Kumpulan penyelidikan SIG: Safety in Engineering and Education dengan kerjasama Pengajian
Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang telah mengadakan satu webinar
yang bertajuk 'Industrial Safety Awareness for Civil Engineering Students 2022' pada 22 April 2022
melalui platform atas talian Microsoft Teams. Teras utama objektif webinar ini adalah untuk memberi
pendedahan pendidikan dan kesedaran awal mengenai aspek keselamatan industri kepada para pelajar
Diploma Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang. Pendidikan
dan kesedaran mengenai keselamatan merupakan satu aspek yang penting terutama di kalangan para
pelajar kejuruteraan. Hal ini kerana setelah mereka bergraduat dan memasuki alam pekerjaan di industri
kelak, mereka akan terdedah kepada risiko - risiko kecederaan dan kemalangan. Contohnya,
kemalangan yang berpunca dari sumber jentera, mesin dan sebagainya. Keselamatan adalah satu
keadaan yang selamat dan bebas daripada bahaya termasuk kecederaan dan risiko. Kehilangan
pekerja berkemahiran tinggi disebabkan kemalangan adalah satu kerugian yang sukar diganti.
Banyak faktor yang mempengaruhi kadar kemalangan dalam kalangan pekerja seperti kekangan
pengetahuan dan kekurangan kemahiran.

Selain itu, isu keselamatan bukan sahaja berlaku di dalam industri-industri yang bersifat komersial,
malah ia juga berlaku di Institut Pengajian Tinggi (IPT) khususnya yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam pengendalian jentera dan bahan kimia yang berisiko tinggi. Kebanyakan makmal
dan bengkel kejuruteraan berpotensi menyebabkan kecederaan atau kemalangan kepada para pelajar
atau pengguna jika ia tidak dikendalikan dengan baik dan mengikut peraturan sebagaimana yang telah
ditetapkan. Bagi mencapai sasaran sifar kematian di industri kejuruteraan, langkah pencegahan
keselamatan di peringkat awal perlu dilaksanakan terutama pada peringkat pengajian di mana para
pelajar telah mula didedahkan dengan kerja-kerja makmal yang berkaitan dengan industri kejuruteraan.

Webinar ini telah dihadiri oleh 73 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar dan pensyarah
Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang. Mantan pensyarah
kanan Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor yang juga
penceramah bertauliah dari Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan dan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Encik Ahmadon Bakri telah dijemput untuk
memberi ceramah pada webinar ini.

458

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Penceramah telah berkongsi pelbagai aspek mengenai keselamatan di dalam bidang kejuruteraan yang
amat bermanfaat untuk memberi pendidikan dan kesedaran awal mengenai aspek keselamatan industri
kepada para pelajar. Antaranya, akta keselamatan yang terdapat di Malaysia, penggunaan alatan
kebakaran yang betul, pengurusan keselamatan diri dan ruang kerja yang selamat dan sebagainya.
Secara keseluruhan, webinar ini telah dianggap berjaya dengan memberi banyak perkongsian yang
amat bermanfaat kepada para pelajar berdasarkan maklumbalas yang diberikan di akhir webinar ini.
Secara tidak langsung, perkongsian melalui webinar ini dapat membantu meningkatkan ilmu
keselamatan di kalangan para pelajar terutamanya yang terlibat dengan penggunaan alatan di makmal
dan yang akan menjalani latihan industri. Mereka akan lebih berhati-hati dan sentiasa awas dengan
sebarang kemalangan yang mungkin akan berlaku. Justeru, seiring dengan objektif webinar ini, ianya
dapat menerapkan ilmu pengetahuan dan kesedaran terhadap para pelajar di peringkat awal pengajian
sebagai persediaan untuk digunakan di alam pekerjaan kelak.

459

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

ENHANCEMENT IN HYDRAULICS 2022 – PEMANTAPAN ECW241

Nur Zaidani Wati Mohd Darwis, Juwita Asfar, Noor Raifana Ab Rahim, Narita Noh

Satu program ‘Enhancement in Hydraulics 2022 - Pemantapan ECW241’ telah dijalankan pada
7 Januari 2022 dan 22 Januari 2022. Program ini melibatkan semua pelajar yang mendaftar subjek
Hydraulics pada semester tersebut iaitu seramai 21 pelajar. Objektif program ini bagi meningkatkan
pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam subjek ECW241. Program ini dijalankan sepenuhnya
secara dalam talian bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan sepanjang
pandemik Covid-19.

Setiap sesi program berlangsung selama tiga jam, di mana pada sesi pertama iaitu pada 7 Januari,
program difokuskan pada asas pengetahuan pelajar kepada subjek pra-syarat ECW231 dan topik 1
dalam subjek Hydraulics. Sesi kedua pada 22 Januari 2022, difokuskan kepada topik 2, di mana topik 2
melibatkan soalan berbentuk well-defined problems. Pada setiap sesi program, sesi satu jam pertama
adalah merangkumi syarahan ringkas daripada fasilitator dan dua jam seterusnya aktiviti diteruskan
bersama pelajar seperti perbincangan menyelesaikan pelbagai bentuk soalan. Fasilitator melibatkan tiga
pensyarah yang berpengalaman dalam subjek Hydraulics, Puan Juwita Asfar dan Cik Nur Zaidani Wati
Mohd Darwis, juga Puan Noor Raifana Ab Rahim yang berpengalaman mengajar subjek pra-syarat.

Penyertaan dan penglibatan pelajar sepanjang
program berlangsung amat memuaskan.
Pelajar-pelajar mengambil peluang sebaiknya
sepanjang program dijalankan dengan aktif
bertanyakan soalan dan sama-sama
menyelesaikan soalan yang diberikan oleh
fasilitator. Terdapat beberapa pelajar yang
mempunyai capaian internet yang kurang
memuaskan, pihak penganjur ada
menyediakan bahan-bahan kepada pelajar
untuk di rujuk semula selepas program
berlangsung bersama video rakaman
sepanjang sesi program.

Program ini amat sesuai dijalankan bagi subjek Hydraulics, ini kerana subjek ini memerlukan
pemahaman yang baik oleh pelajar dari subjek pra-syarat untuk diaplikasi sepanjang mempelajari
Hydraulics satu semester. Bagi semester dengan jumlah pelajar yang ramai program boleh dijalankan
secara bersasar, kepada pelajar-pelajar yang beroleh gred C ke bawah pada subjek pra-syarat.

460

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PROGRAM ‘SITE VISIT’: PENGUKUHAN ILMU KEJURUTERAAN
‘BUILDING SERVICES’

Siti Shahidah Sharipudin, Shahrul Nizam Mohammad, Nur Muizzah Nawi, Asmawati Che Hasan,
Mohd Hanafie Yasin, Nazri Nasir, Mohd Firdaus Mohd Akhbar, Nor Anisah Mohd Noor
Satu program lawatan akademik ke ‘chiller plant’, ‘cooling tower’ dan ‘air handling unit (AHU)’ bagi
kursus Building Services (ECM346) di peringkat pelajar Semester 4 Diploma Pengajian Kejuruteraan
Awam, UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang telah sempurna dijalankan dengan jayanya pada
20 ke 21 Jun 2022 yang lepas. Program ini terbahagi kepada 4 sesi memandangkan penglibatan
keseluruhan pelajar Semester 4 adalah seramai 125 orang. Setiap sesi akan diiringi pensyarah
pengiring dimana terdiri daripada Puan Siti Shahidah Sharipudin, Puan Nur Muizzah Nawi,
Puan Asmawati Che Hasan, Encik Mohd Hanafie Yasin, Encik Mohd Firdaus Mohd Akhbar dan
Encik Nazri Nasir dan Ts. Shahrul Nizam Mohammad.

Penganjuran lawatan akademik ini merupakan salah satu usaha murni para pensyarah yang bertujuan
untuk memberi pendedahan dengan lebih jelas kepada para pelajar memahami konsep, operasi, dan
mekanisma sistem ‘centralised air-conditioning system’ yang digunakan di UiTM Pasir Gudang.
Para pelajar akan melihat dengan lebih dekat peralatan dan teknologi terkini yang digunakan oleh pihak
industri disamping dapat mengaitkan pembelajaran secara teori dengan aplikasi sebenar melalui
lawatan yang dijalankan. Selain itu, sesi lawatan akademik ini juga sebagai platform kepada para pelajar
bagi persediaan menghadapi cabaran di dalam bidang kejuruteraan awam berkaitan kerja-kerja khidmat
bangunan yang melibatkan sistem ‘air-conditioning’ termasuklah kerja-kerja penyelenggaraan.

Sehubungan dengan itu, satu jalinan kerjasama dengan pihak industri telah diadakan bagi memenuhi
objektif program. Pihak Damai Abadi (Johor) Facility Management Sdn. Bhd. telah dijemput sebagai
penceramah sepanjang lawatan akademik yang mengambil masa selama 2 hari dijalankan. Perceramah
tersebut dilantik berdasarkan kepakaran serta pengalaman dalam bidang mekanikal sistem HVAC
(air-conditioning) yang terdiri daripada Encik Adzman Sahamir, Encik Mohd Rizal Abdul Manan,
Encik Mohamad Nizam Bahrom dan Encik Mohamad Firdaus Abdul Rahman. Melalui program ini,
para pelajar juga telah dibekalkan ‘safety helmet’, ‘safety shoes’ dan ‘ear plug’ bagi menjaga
keselamatan di tapak sepanjang sesi lawatan dijalankan.

461

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Sebelum sesi lawatan dijalankan, para pelajar telah diberi penerangan ringkas berkaitan keselamatan
di tapak yang dibimbing oleh pegawai keselamatan iaitu Encik Mohamad Firdaus Abdul Rahman.
Beliau menerangkan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil apabila berlaku sebarang
kecelakaan dan kemalangan yang tidak diingini. Selepas penerangan keselamatan tersebut, para
pelajar akan melawat ke ‘chiller room’. Penceramah menerangkan komponen-komponen utama yang
terlibat dalam operasi ‘air-conditioning system’ iaitu ‘compressor’, ‘condenser’, ‘expansion valve’ dan
‘evaporator’. Setiap komponen mempunyai fungsi tertentu bagi kelancaran sistem ‘air-conditioning’.
Sekiranya terdapat kegagalan fungsi salah satu komponen terlibat, maka kerja-kerja penyelenggaraan
dan pembaikan kerosakan peralatan perlu dilakukan kadar segera. Selain itu, sistem ‘centralised
air-conditioning’ yang beroperasi di UiTM Pasir Gudang menggunakan ‘refrigerant’ yang bersifat mesra
alam di mana tidak menyebabkan penipisan lapisan ozon yang mengganggu kestabilan alam dan bumi.

Selepas lawatan ke ‘chiller room’, para pelajar akan melawat ‘cooling tower’ yang berada di tingkat atas
bangunan ‘chiller room’. Penceramah menjelaskan kepada para pelajar bahawa ‘chiller room’
dihubungkan dengan ‘cooling tower’ melalui paip-paip yang dilabelkan dengan ‘CWS’ dan ‘CWR’.
Beliau menerangkan kepada para pelajar bahawa sumber air digunakan untuk menyejukkan sistem
‘centralised air-conditioning’. Air yang digunakan dalam sistem ini telah dicampurkan dengan bahan
kimia tertentu untuk mencegah pertumbuhan lumut dan juga untuk mengelakkan pembentukan karat
pada permukaan dalam paip besi yang digunakan. Disamping itu, penceramah memberi makluman
kepada para pelajar bahawa kipas yang bersaiz besar digunakan di ‘cooling tower’ bertujuan
menyejukkan air dan haba supaya dilepaskan ke persekitaran.

Akhir sekali para pelajar akan melawat bilik ‘chiller pump’ dan ‘air handling unit (AHU)’ yang terletak di
bangunan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia. Penceramah memaklumkan bahawa bilik ini
dihubungkan dengan ‘chiller room’ melalui paip-paip di bawah tanah yang berlabel ‘CHWS’ dan ‘CHWR’.
Laluan paip-paip ini boleh dikenalpasti dengan adanya batu penanda yang terletak di permukaan tanah.
Beliau menerangkan beberapa komponen utama AHU adalah ‘supply duct’, ‘fan’, ‘cooling coil’ dan ‘filter’.
AHU adalah komponen terakhir dalam operasi sistem ‘centralised air-conditioning’ yang digunakan untuk
mengedarkan udara sejuk ke bilik dan bangunan.

462

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Secara keseluruhannya, bagi memastikan kelancaran operasi sistem ‘centralised air-conditioning’
di UiTM Pasir Gudang berada pada kondisi yang terbaik dan optimum, penyelenggaraan berkala perlu
dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan. Kesimpulannya, program lawatan akademik seumpama ini
memberi peluang kepada para pelajar memahami budaya kerja dan persekitaran di industri, disamping
melahirkan graduan yang berkemahiran dan kompeten dalam bidang Kejuruteraan Awam khususnya
khidmat bangunan. Selain itu, program yang dianjurkan ini membuka ruang jaringan industri antara
Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) dengan pihak Damai Abadi (Johor) Facility Management Sdn. Bhd.

463

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

LAWATAN AKADEMIK TAPAK PEMBINAAN

Herda Balqis Ismail, Asmawati Che Hasan

Setelah beberapa tahun pandemik melanda Malaysia, banyak aktiviti pengajaran dan pembelajaran
tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka. Walaubagaimanapun, pada 18 Jun 2022, buat
julung-julung kali selepas peralihan ke fasa endemik, Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam telah
mengadakan satu sesi lawatan akademik ke sebuah tapak pembinaan yang terletak di Taman Setia
Tropika, Johor Bahru. Projek ini melibatkan pembinaan 1 blok bangunan komersil 7 tingkat yang terfiri
dari 1 tingkat lot kedai dan 6 tingkat ruang pejabat. Pembinaan juga melibatkan 1 unit pencawang
elektrik dan kerja-kerja infrastruktur seperti jalan, kawasan parkir kenderaan dan lanskap. Berikut adalah
pihak- pihak yang terlibat di dalam pembinaan bagi projek ini:

Pemaju Setia Indah Sdn. Bhd.

Arkitek SH Mok Architect
Jurutera Awam dan Struktur Mabah Runding Sdn. Bhd.
Jurutera Mekanikal dan Elektrik PSB Associates Sdn. Bhd.

Juruukur Bahan J.B Bergabung
Kontraktor Utama Kimlun Sdn. Bhd.

Secara umumnya, program ini merupakan satu aktiviti pengukuhan bagi pelajar yang mengikuti kursus
dengan kod ECM346, Khidmat Bangunan. Peserta lawatan terdiri daripada sebahagian dari pelajar
Bahagian 4 Program Diploma Kejuruteraan Awam (EC110) . Seramai 38 pelajar bersama 3 pensyarah
atau pegawai pengiring telah terlibat dalam lawatan ini.

Progam ini telah mendapat kelulusan dari pihak Pengursan tertinggi UiTM Cawangan Johor Pasir
Gudang beserta sedikit peruntukan di bawah Tabung Amanah Pelajar (TAPA). Pelajar berkumpul dan
menaiki bas UiTMCJKPG di tempat meletak kenderaan Bahagian Pengurusan Fasiliti pada jam
1.30 tengah hari. Para pelajar dibekalkan dengan topi keselamatan dan ‘First Aid Kit’ dari
Makmal Kejuruteraan Awam. Pelajar diwajibkan untuk memakai kasut keselamatan bagi mengelakkan
sebarang kejadian yang boleh mengakibatkan kecederaan sepanjang tempoh lawatan akademik ini.
Ini adalah sebahagian dari aspek keselamatan yang dititikberatkan bagi menjamin keselamatan pelajar
yang terlibat di dalam lawatan akademik ini.

Setibanya di tapak pembinaan, rombongan lawatan ini
telah disambut oleh Pengurus Projek, Encik Muiz.
Pelajar diberikan taklimat keselamatan oleh Pegawai
Kesihatan dan Keselamatan tapak yang bertugas iaitu
Encik Fasya. Ini merupakan sesi yang penting sebelum
sesi lawatan bermula kerana pelajar akan didedahkan
dengan maklumat penting sekiranya sebarang
kecemasan berlaku dan peraturan yang perlu diikuti
sepanjang sesi lawatan berlangsung.

464

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Pelajar dibawa melawat ke sekitar tapak pembinaan dan penerangan diberikan oleh Pengurus Projek
dan dibantu oleh Penyelaras Projek Bahagian Mekanikal. Di sepanjang sesi lawatan akademik ini,
pelajar didedahkan terhadap proses pemasangan sistem mekanikal di dalam bangunan yang
merangkumi lif, eskalator, sistem penyaman udara dan sistem pencegahan kebakaran. Ini dapat
meningkatkan pemahaman para pelajar tentang ilmu teori yang dipelajari di dalam bilik kuliah. Selain itu,
ia juga dapat meningkatkan minat pelajar untuk mendalami ilmu yang berkaitan dengan lebih
bersungguh-sungguh serta mendedahkan kepada pelajar tentang kemahiran-kemahiran yang perlu ada
untuk menjadi tenaga kerja di industri pembinaan.

Pada masa yang sama, pelajar juga berpeluang melihat
dengan jelas aktiviti dan kerja fizikal yang dilakukan di tapak
bina. Pelajar dapat melihat situasi sebenar di tapak bina
di samping meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isu
dan masalah yang dihadapai oleh pihak industri dalam
menguruskan sesebuah projek pembinaan. Pelajar juga
berpeluang berkomunikasi secara langsung dengan Pengurus
Projek, Penyelia Tapak, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
yang berpengalaman luas di dalam industri dengan
bertanyakan soalan dan sebarang kemusykilan. Ini sedikit
sebanyak dapat meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar
dan secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan diri
mereka. Walaupun sesi lawatan akademik ini hanya
berlangsung selama 3 jam, pengalaman yang pelajar perolehi
ini sedikit sebanyak akan memberikan inspirasi kepada mereka
dalam meneruskan pengajian sekaligus dapat melihat prospek
kerja yang berkaitan dengan jurusan pengajian mereka.

Bagi mencapai objektif pembelajaran di UiTM iaitu
menghasilkan graduan yang berdaya saing, profesional dan
versatil, para pelajar perlu diberi pendedahan secara teknikal
tentang bidang pengajian yang sedang mereka ikuti
di peringkat awal. Ini sekaligus dapat meningkatkan minat dan
kecintaan mereka terhadap pelajaran demi untuk
merealisasikan cita-cita mereka untuk menjadi profesional yang
dapat menyumbang ke arah pembangunan anak bangsa dan
negara. Pelajar bukan sahaja perlu dibekalkan dengan ilmu
pengetahuan teknikal di dalam bilik kuliah semata-mata tetapi
mereka juga perlu didedahkan dengan kemahiran
pembelajaran sepanjang hayat yang dianggap aset yang
bermanfaat dalam kehidupan mereka. Pendedahan seperti ini
akan jadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha bagi
mencapai malamat mereka. Justeru, sokongan dan kelulusan
peruntukan kewangan dari pihak UiTM amat diperlukan bagi
menjayakan aktiviti seperti ini.

465

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

RAMADHAN - REZEKI DIKONGSI BERSAMA

Mohd Amran Hasbullah, Mohamad Fuad Shukor, Saiful Jumali, Mohd Johan Mohamad Ibrahim,
Nur Fadzillah Khairi

Petang penuh barokah pada tanggal 22 Ramadhan 1443H
bersamaan 23 April 2022M, seramai 24 orang siswa/i PKA
(kurang berkemampuan/asnaf) telah disantuni dalam
Majlis Sinari Ramadhan Syukuri Syawal bertempat di
Ruang Rehat Pensyarah PKA. Majlis dimulakan dengan
ucapan oleh KPP FKA, Ts. Dr. Mohd Amran Hasbullah
dan disusuli pula dengan sesi ceramah yang disampaikan
oleh Ir. Mohamad Fuad Shukor dengan ceramah yang
bertajuk “Kekurangan dan Potensi Diri, Sifat Rasulallah
Sebagai Teladan”.

Intipati ceramah beliau adalah banyak menyuntik
semangat kepada siswa/i agar cekal hati, yakin dengan
potensi diri walaupun dalam serba kekurangan.
Ingat matlamat belajar untuk berjaya agar mampu
mengubah corak hidup masa depan diri dan keluarga.
Bersukar-sukar sekarang demi menggapai cita-cita
sebagai seorang jurutera yang hebat. Ujar beliau,
walaupun Baginda Rasulallah s.a.w. dilahirkan dalam
serba kekurangan dan buta huruf, tetapi kerana sifat serta
akhlak Baginda yang cekal, bersederhana dan
bermatlamat, maka syiar Islam berjaya ditegakkan.
Ujarnya hanya orang yang hebat sahaja akan duiji,
bersyukur dengan pemberian Allah s.w.t., benarlah kata
bidalan ‘bersusah-susah dahulu bersenang-senang
di kemudian hari’, berusaha untuk maju pasti dilorongkan
kejayaan.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi memberi sumbangan
wang dan pengagihan juadah Iftar kepada siswa/i yang
diraikan. Jumlah infaq oleh warga PKA Kampus Pasir
Gudang sebanyak RM 3935.00 telah berjaya dikumpul.
Syukur apabila melihat kepada pencapaian akademik
siswa/i yang diraikan, mereka kesemuanya adalah
tergolong dalam kumpulan pelajar cemerlang iaitu
memperolehi CGPA 3.00 dan ke atas. Pemilihan senarai
nama siswa/i berdasarkan kepada maklumat daripada
Penasihat Akademik dan bantuan pihak HEP. Warga FKA
mendoakan keberkatan dan kejayaan kepada semua
siswa/i CEEC/EC110, terima kasih kepada semua yang
menginfaq, semoga ibadah kita diberkati Allah s.w.t.

466

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

RAINBOW DASH RUN

Mohd Johan Mohamed Ibrahim, Saiful Jumali, Mohd Amran Hasbullah
Program ‘RAINBOW DASH RUN’ ini dianjurkan oleh pihak CIVIL ENGINEERING CLUB (CIVEC) yang
bertemakan ‘RAINBOW’ terbuka kepada semua mahasiswa dan staf UiTM Cawangan Johor,
Kampus Pasir Gudang. Program yang berbentuk larian memberi peluang kepada semua mahasiswa
dan staf untuk melibatkan diri dengan lebih aktif dalam bidang kesukanan sekaligus memastikan mereka
kekal sihat dan aktif. Seramai 190 orang telah menyerai program yang diadakan pada 24 Jun 2022 iaitu
yang bermula dari jam 7.00 pagi hingga jam 12:00 tengahari. Program ini dimulai dengan pendaftaran
peserta yang telah bermula dari jam 7:30 pagi dan urusetia telah menyediakan sarapan iaitu roti dan air
mineral. Selepas pendaftaran, sesi senamrobik dijalankan supaya semua peserta dapat bersedia untuk
berlari sebelum larian dijalankan. Pada jam 8.30 pagi larian sejauh 3.6 km dimulakan di sekitar kampus
UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang sahaja.Setelah larian, peserta boleh mengambil air milo
yang disediakan secara percuma serta sesi membaling serbuk warna kepada peserta dijalankan
sebagai sembolik rainbow dash run diadakan.Tidak lupa juga, acara cabutan bertuah turut diadakan
sebagai sebelum mengakhiri program ini. Sebanyak 50 hadiah berbentuk hamper dan bekas air telah
diberikan sebagai hadiah cabutan bertuah kepada peserta yang bertuah. Hasil dari pelaksanaan
program ini sedikit sebanyak dapat menerapkan semangat kesukanan dalam diri peserta. Di samping itu
juga program ini dapat mendorong warga UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang untuk terus
melakukan aktiviti bersukan yang memberi impak positif kepada diri masing-masing. Program ini secara
keseluruhannya telah berjalan dengan lancar dan merupakan program secara bersemuka di dalam
kampus yang melibatkan semua warga UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang yang meriah.
Semoga program ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

467

468

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

BUILDING INFORMATION MODELLING (BIM):
AN INNOVATIVE SOLUTION FOR CONSTRUCTION INDUSTRY

Nur Muizzah Nawi
What do you know about BIM ? According to Construction Industry Development Board (CIDB), BIM is a
technique for creating, using, and sharing 3D models through digital technology that contain a variety of
information that may be used by all project participants to further their goals during the project's
execution. While Public Works Department (JKR) defines BIM as the process of preparing and
managing an informative 3D model in the overall asset life cycle. Both definitions conclude that BIM are
an innovative solution in managing a building from design stage, construction stage until the end of the
life cycle of a particular building.
Why this industry needs BIM ? Using BIM in developing a building helps to increase the level of
efficiency and effectiveness of project and facility management digitally with informative 3D models. BIM
gathers information such as the analysis, design specification, drawing, quantity of materials, and all the
documentation related to the building. All these information will be visualized in 3D form hence it can
establish effective communication between project teams involved. In addition, BIM also can improve
teamwork and overcome delays as in result it will reduce the project costs, improves the quality, and
accelerates the delivery of construction projects.
Generally, BIM was introduced in Malaysia in 2007 by Director of JKR at that time. Then in 2010, the first
government project using BIM was announced. It was the design and build project namely National
Cancer Institute (NCI). To expose the government officers about this technology, two pilot project using
BIM was introduced to their future projects which are Healthcare Centre Type 5 at Sri Jaya Maran,
Pahang and Complex Project of Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) at Shah Alam,
Selangor. To helps all the project teams in the implementation of BIM, JKR has produce the guideline
and standard to be followed such as JKR BIM Guideline and JKR BIM Standard.

469

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Moving forward to enhance the usage of BIM in Malaysia, a lot of initiative have been taken by the JKR.
According to the JKR Strategic plan 2021-2025, the aim is to adapt 50 % of projects that costing more
than RM 10 million to implement BIM and this will increase by 10 % each year. JKR also aims to
increase the BIM competency certification by 50 nos. per year. This certification is endorsed to whom are
qualify after undergoing a program to become a BIM Manager. On the other hand, JKR also aims to
expand the usage of BIM for sustainability analysis, value engineering and last but not least for asset
and facility management.

As for conclusion, to achieve a better implementation of BIM in this industry required the support from all
key players which also includes the academician. All parties must have desire on enlarging the
knowledge and at the same time moving forward together with the government to create a better
achievement on the implementation of BIM in Malaysia.

References:

1. Ahmad N. H. (2020). BIM: Ke Arah Transformasi Industri Pembinaan. Apa Yang Anda Perlu
Tahu ?. Retrieved from https://rootofscience.com/blog/2020/umum/bim-ke-arah-transformasi-
industri-pembinaan-apa-yang-anda-perlu-tahu/

2. Haron N. A., Raja Soh R. P. Z. A. and Harun A. N. (2017). Implementation of Building Information
Modelling (BIM) in Malaysia: A Review, Pertanika Journal of Science and Technology 25(3):
661-674.

3. Basir E. K. (2018). Penggunaan Teknologi ‘BIM’ dalam Industri Pembinaan Semakin Meluas.

Retrieved from https://mediapermata.com.bn/penggunaan-teknologi-bim-dalam-industri-

pembinaan-semakin-meluas/

4. Official website of CIDB. Building Information Modelling (BIM). Retrieved from
https://www.cidb.gov.my/index.php/en/construction-info/technology/building-information-modeling-
bim/what-bim

5. Official Facebook of BIM: JKR Malaysia

6. UTM News Hub. MoU on Building Information Modelling Between JKR and UTM. Retrieved from
https://news.utm.my/2020/09/mou-on-building-information-modelling-between-jkr-and-utm/

470

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

FAKTOR KEMALANGAN KENDERAAN DI JALAN RAYA

Mohamed Khatif Tawaf, Sharul Nizam Mohammad

Pemilikan kenderaan oleh rakyat Malaysia untuk meningkat saban tahun dan dikatakan bahawa hampir
setiap keluarga di negara ini memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta atau pun motosikal.
Atas sebab ini berlakunya peningkatan aliran trafik yang bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu
lintas tetapi apa yang lebih membimbangkan adalah peningkatan risiko berlakunya kemalangan jalan
raya. Kemalangan jalan raya boleh mendatangkan kecederaan dan mengundang maut kepada
pemandu dan penumpang. Secara tidak langsung membawa kerugian kepada masyarakat dan negara
seperti kos yang tinggi untuk merawat mangsa kemalangan serta negara kehilangan modal insan.
Selain itu, pihak berkuasa tempatan perlu membaiki aset jalan raya yang telah rosak akibat
kemalangan. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya seperti sikap atau gaya
pemanduan, pemandu, kondisi kenderaan, keadaan permukaan jalan raya dan cuaca.

Faktor utama adalah sikap atau gaya pemanduan.
Setiap individu mempunyai kecekapan dan pengalaman
yang berbeza yang mana ianya akan mempengaruhi
corak pemanduan mereka. Peningkatan kelajuan
kenderaan meningkatkan lagi risiko kemalangan kerana
kelajuan yang tinggi mengurangkan kadar kawalan ke
atas kenderaan. Semakin laju kenderaan itu dipandu,
ia meningkatkan risiko berlaku kemalangan dan impaks
kemalangan. Daya tindak balas bagi setiap individu
adalah berbeza kerana ianya dipengaruhi oleh faktor
fizikal dan mental individu tersebut. Pemandu yang
mempunyai masalah silau dan mudah mengantuk
mempunyai kecekapan yang rendah sewaktu memandu
kerana daya tindak balas yang lebih perlahan.

Sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya merupakan faktor kedua. Peraturan-peraturan
jalan raya yang sering tidak dipatuhi sehingga menyebabkan berlaku perlanggran adalah melanggar
lampu isyarat, memandu melebihi had laju dan memotong di garisan berkembar. Sikap lain adalah
memandu di bawah pengaruh dadah atau pun alkohol. Perbuatan ini merbahaya kerana pemandu
berada dalam keadaan khayal dan mudah kehilangan kawalan ke atas kenderaan dan seterusnya
mengambil tindakan yang kurang wajar seperti memasuki lorong yang bertentangan arah. Hilang fokus
pada pemanduan dan persekitaran kerana leka meggunakan telefon bimbit samada membuat panggilan
atau melayani aplikasi sosial sewaktu memandu juga merupakan sikap yang boleh menyebabkan
perlanggaran.

Faktor seterusnya adalah pencahayaan jalan raya. Sistem pencahayaan jalan raya yang tidak terang
meningkatkan risiko berlaku kemalangan kerana ia mengurangkan jarak penglihatan pemandu.
Jarak penglihatan terhad akan menyukarkan tindakbalas pemanduan yang sewajarnya apabila sesuatu
objek berada berdekatan dengan kenderaan. Ianya sangat kritikal terutamanya di lokasi berisiko seperti
simpang dan cerun bukit serta pada waktu malam, hujan lebat ataupun berkabus.

471

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Faktor keempat adalah kondisi kenderaan. Penggunaan tayar tidak berbunga akan meningkatkan risiko
kemalangan kerana keadaan tayar tidak berbunga akan mengurangkan geseran di antara permukaan
tayar dan jalan raya yang mana ianya boleh menyebabkan kenderaan sukar dikawal sewaktu membelok
atau ketika brek. Kesukaran ini memudahkan kenderaan tergelincir dan terbabas terutama pemanduan
sewaktu hujan. Fungsi bunga tayar adalah untuk mengalirkan air yang terperangkap diantara tayar dan
permukaan jalan raya. Sistem pencahayaan yang tidak berfungsi dengan baik pada aksesori kenderaan
seperti lampu brek, lampu isyarat dan lampu utama boleh mengelirukan pemandu yang berdekatan
kerana tidak begitu memahami pergerakan selanjutnya dan mengakibat perlanggaran mudah berlaku.

Manakala, faktor terakhir adalah kenderaan permukaan jalan raya tidak rata, beralun dan rosak serta
terdapat benda asing juga merupakan antara faktor. Apabila kenderaan melanggar lubang di jalan raya,
hentakan ketika melalui lubang akan boleh menyebabkan hilang kawalan dan terbabas.
Manakala terdapat keadaan di mana permukaan jalan raya dicemari dengan pasir terutama dibahagian
bahu jalan raya yang mana keadaan ini akan menjejaskan kadar geseran antara permukaan jalan raya
dan tayar sehingga kenderaan sukar dikawal terutama menggunakan brek. Takungan air di permukaan
jalan raya semasa waktu hujan pula akan mencetuskan keadaan ‘hydroplanning’ kepada kenderaan iaitu
keadaan di mana tayar kenderaan seakan terapung di antara takungan air dan permukaan jalan raya.
Ini menyukarkan kawalan terhadap kenderaan dan semakin tinggi risiko pada kenderaan dipandu laju.

Gaya pemanduan dan kondisi kenderaan merupakan dua faktor boleh kawal yang perlu dititikberatkan
oleh pemandu dalam usaha mengurangkan kemalangan jalan raya. Gaya pemanduan yang berhemah
dan kondisi kenderaan yang baik dapat mengurangkan risiko berlaku kemalangan. Pihak berwajib pula
perlu memastikan jalan raya diselanggara dengan baik bagi mengelakkan ianya menjadi punca kepada
berlakunya kemalangan. Selain itu penguatkuasaan undang-undang perlu diperkasakan perlaksaannya
dalam membendung sikap pemanduan yang merbahaya dan pengubahsuaian kenderaan. Faktor cuaca
adalah factor luar kawalan manusia. Para pemandu perlu menyesuaikan corak pemanduan dengan
keadaan cuaca tertentu bagi meminimumkan risiko kemalangan. Setiap pemandu perlu cakna dengan
faktor yang dinyatakan di atas bagi menjamin keselamatan pemanduan seterusnya mengurangkan
kadar kemalangan. Adalah amat merugikan jika jalan raya terus menjadi medan kehilangan jiwa dan
menyebabkan kerugian besar kepada masyarakat dan negara.

472

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

LESEN MELAYARI INTERNET

Shahrul Nizam Mohammad, Mohamed Khatif Tawaf

Internet adalah suatu rangkaian kesalinghubungan di serata dunia yang membolehkan maklumat
berada di hujung jari dan mewujudkan dunia tanpa sempadan. Umum mengetahui bahawa internet
adalah teknologi yang kerap berevolusi dengan pelbagai ciri-ciri baharu untuk mengoptimumkan akses
kepada pelbagai servis dan capaian. Kini internet sangat penting dalam kehidupan manusia dan akses
kepada kemudahan internet dianggap sebagai hak asasi manusia selain daripada keperluan asas lain
seperti makanan, pakaian, dan tempat berteduh. Internet banyak mempengaruhi cara hidup manusia
dan sejak internet diperkenalkan, kehidupan moden manusia menjadi lebih mudah dan selesa.

Dalam zaman moden ini, perkembangan kemajuan teknologi adalah suatu proses yang sangat penting
terutamanya untuk merealisasikan wawasan negara untuk lebih maju ke hadapan. Oleh hal yang
demikian, Malaysia tidak ketinggalan dalam arus pemodenan teknologi maklumat dan kini kerajaan giat
dalam usaha untuk menaik taraf rangkaian internet dan telah memulakan fasa untuk beralih ke teknologi
5G bagi memperkasakan lagi capaian internet kepada seluruh warga negara termasuk mereka yang
berada di kawasan luar bandar dan pedalaman agar tiada pihak yang terpinggir. Internet memberi
banyak manfaat kepada masyarakat contohnya dalam bidang pendidikan, sosial, kesihatan,
kemasyarakatan, selain wujudnya ekonomi gig yang menjana pendapatan banyak pihak.

Secara analoginya, seseorang mesti memiliki lesen memandu sebelum dibenarkan menunggang
motosikal di jalan raya. Lesen hanya diberikan sekiranya penunggang telah melengkapkan jam latihan
dan lulus ujian yang menandakan mereka telah memahami peraturan jalan raya dan mahir
mengendalikan jentera dengan baik. Memandu tanpa lesen adalah berbahaya kerana dikhuatiri
menyebabkan mereka terbabas dan mencederakan penunggang dan pengguna jalan raya yang lain.

Pelayar internet juga terdedah kepada bahaya lebih-lebih lagi jika pelayarnya belum mampu mengawal
diri di saat melayari internet. Sebagai contoh internet akan mendatangkan keburukan seperti ketagihan
yang ekstrem dengan permainan dalam talian, judi dalam talian, keganasan, dan pornografi yang semua
ini boleh menjejaskan kesihatan mental. Paling membimbangkan sekiranya hal ini terjadi kepada
kanak-kanak dan remaja yang masih belum mampu membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.

Untuk menghalang sepenuhnya golongan ini daripada menggunakan internet adalah mustahil kerana
ada manfaat terutamanya untuk tujuan pendidikan. Justeru, ibu bapa perlu mempersiapkan diri
anak-anak dengan benteng yang utuh sebelum lesen melayari internet diberikan agar mereka mampu
menepis anasir-anasir jahat yang sentiasa ‘pop-up’ di skrin untuk menjerat mereka. Salah satu kaedah
ialah dengan mengisi dada anak-anak dengan ilmu agama agar mereka tahu batas-batas dan mampu
membezakan baik atau buruk sesuatu perkara. Ilmu adalah penunjuk yang mampu memandu
kanak-kanak dan remaja supaya internet digunakan ke arah tujuan kebaikan dan dapat membentuk
generasi hebat yang akan memacu kemajuan negara.

473

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

LEVS SEBAGAI PEMUDAHCARA UNTUK KEMASUKAN MARKAH UNTUK
KERJA BERKUMPULAN BAGI KURSUS MAKMAL

Narita Noh, Noor Raifana Ab Rahim, Nur Zaidani Wati Mohd Darwis, Juwita Asfar,
Nurul Azida Abdul Razak

Lecturer Evaluation System (LEVs) dihasilkan oleh
sekumpulan pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan
(Awam) yang berhasrat untuk memudahkan proses
kemasukkan markah pelajar secara berkumpulan
terutamanya untuk kursus makmal. LEVs dibangunkan
menggunakan excel biasa yang boleh dicapai secara luar
talian. Ia berfungsi untuk mengurangkan kesalahan
kemasukan markah pelajar dalam dalam templat markah
COPO yang sangat terperinci dan panjang. Proses ini adalah
satu kemestian untuk pensyarah bagi menyiapkan dokumen
untuk proses akreditasi dan audit untuk program teknikal.
Sistem ini hanya memerlukan pensyarah untuk menentukan
jumlah kumpulan kecil yang wujud untuk kelas tersebut dan
nama pelajar akan di tandakan mengikut nombor kumpulan
yang telah ditetapkan dalam sistem. Kemudian, pensyarah
hanya perlu mengisi markah untuk salah seorang pelajar
dalam kumpulan kecil tersebut dan markah itu akan
automatik diisi untuk pelajar lain yang berada dalam
kumpulan yang sama. Apabila selesai,pensyarah boleh
mencetak atau menyimpan laporan akhir dihasilkan oleh
sistem ini untuk dokumen sokongan. Markah daripada sistem
ini boleh disalin ke aplikasi e-RES untuk sesi penilaian akhir.
Ia juga diharap, dapat mengurangkan masa yang diperlukan
untuk proses kemasukan markah ketika proses penilaian
dijalankan disepanjang semester.

Produk ini telah berjaya meraih anugerah perak semasa
Educational Design, Games Invention and Innovation
Competition 2022 (EDGII) yang berlangsung dari
28 November 2021 sehingga 15 April 2022 anjuran UiTM
Johor. Ia juga telah di zahirkan secara penerbitan semasa
persidangan Technology, Science, Social Sciences and
Humanities International Conference 2022: The Virtual Series
(TESSHI 2022) pada 30 Jun 2022 secara atas talian.

Untuk permulaan sistem ini hanya dibagunkan untuk kursus
makmal yang banyak melibatkan markah secara
berkumpulan. LEVs juga di harapkan dapat digunapakai
secara meluas untuk kursus-kursus lain di UiTM khususnya.

474

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

SAHABAT MAYA PEMBELAJARAN PELAJAR (SMA2P):
ALAT BANTU PEMBELAJARAN KURSUS

Hairol Anuar Haron, Mohammad Hazizi Jamal, Asmawati Che Hassan, Herda Balqis Ismail,
Mohamad Rohaidzat Mohamed Rashid, Nazri Nasir, Muhammad Farid Muhammad Fathullah,

Mohd Amran Hasbullah, Mohd Zulkhairi Mat Salleh, Mohd Fairuz Bachok

Secara umumnya, pelajar perlu mengambil dan lulus kursus pra-syarat yang ditetapkan oleh pihak
universiti bagi membolehkan pelajar mengambil kursus lanjutan dari kursus pra-syarat tersebut pada
semester berikutnya. Walaubagaimanapun, di peringkat pengurusan Universiti Teknologi MARA
Cawangan Johor beberapa kursus pra-syarat yang merekodkan kegagalan pelajar yang melebihi dari
25 % telah dikenalpasti setiap kali musim peperiksaan akhir telah selesai. Bagi kursus-kursus ini, pihak
pusat pengajian perlu menyediakan laporan justifikasi kegagalan kerana kursus pra-syarat tersebut
dianggap kritikal yang gagal dikuasai oleh pelajar.Secara tidak langsung, kegagalan kursus pra-syarat
akan menyebabkan para pelajar perlu mengulang kursus pra-syarat sehingga lulus dan ini
mengakibatkan pelajar tidak dapat bergraduat mengikut masa yang digariskan oleh pihak pusat
pengajian dan universiti di mana pelajar perlu mendftar semester pengajian lanjutan bagi mengulang
kod kursus yang gagal sekaligus melengkapkan semua kursus yang ditetapkan bagi sesebuah program
pengajian. Hal ini memberi implikasi kewangan bukan sahaja kepada pelajar, namun institusi kerana
perlu menampung kos yuran pengajian dan lain-lain kos yang berkaitan bagi semester lanjutan tersebut.

Dari aspek pengurusan pusat pengajian, perkara ini menyumbang kepada ketidakcapaian objektif kualiti
dan penunjuk prestasi institusi yang ditetapkan oleh Pengurusan Tertinggi Universiti. Hal ini sedikit
sebanyak mencalar kredibiliti pusat pengajian yang terlibat. Melihat kepada implikasi akibat masalah ini
dan bersasarkan untuk mengatasi masalah pencapaian pelajar bagi kod subjek pra syarat yang
mempunyai kegagalan melebih 25% bagi Program Diploma Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM
Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Ini memandangkan terdapat beberapa kod kursus pra syarat
Program Diploma Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang yang merekodkan
kegagalan melebihi 25 %. Hal yang sama juga dihadapi oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
di cawangan yang lain.

Aplikasi Sahabat Maya Pembelajaran Pelajar (SMa2P)
dibangunkan dengan bertemakan ‘Dimensi baru proses
pengajaran dan pembelajaran berteraskan ‘IR 4.0’
untuk ‘ER 5.0’. Asas pertimbangan untuk pembangunan
dan rekabentuk aplikasi ini adalah pendekatan untuk
mengatasi kegagalan kursus pra-syarat, konsep
pengembangan pembelajaran Bahagian Pentaksiran
dan Penilaian Akademik (BPPA) iaitu ’appreciate
flexibility, uphold integrity and don’t comprise quality’
dan mengikut kehendak pengguna. Aplikasi Sahabat
Maya Pembelajaran Pelajar (SMa2P) menggunakan
teknologi interaksi di antara pelajar dan pensyarah
untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Ianya adalah sebagai alternatif kaedah pembelajaran
kepada pelajar dalam usaha meningkatkan penguasaan
dan pemahaman terhadap sesuatu kursus.

475

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

SMa2P boleh dijadikan sumber rujukan yang dapat membantu pelajar dan tenaga pengajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) kerana aplikasi ini mengumpulkan maklumat komprehensif
berkaitan kod kursus tersebut merangkumi nota, tutorial, tips dan lain-lain. Ciri aplikasi yang diterapkan
pada SMa2P adalah sangat mesra pengguna dan capaian maklumat dapat dibuat secara mudah.
Oleh yang demikian, SMa2P dapat menjadikan PnP lebih menarik di samping menyediakan rangkaian
untuk pelajar dan pensyarah berinteraksi bagi tujuan perbincangan dan perundingan. Pemantauan
kemajuan pembelajaran para pelajar juga dapat dilakukan melalui SMa2P dan ini dapat memberikan
input kepada tenaga pengajar bagi mengambil langkah penambahbaikkan dalam sesi PnP. Hal ini
sekaligus dapat membantu dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar khususnya bagi kod
subjek pra syarat. Falsafah Aplikasi Sahabat Maya Pelajar (SM2aP) ini diyakini dapat mengatasi atau
sekurang-kurangnya meminimumkan jumlah peratusan kegagalan kursus pra-syarat yang terlibat.
Di samping itu juga, falsafah ini juga secara tidak langsung akan memberi platform alternatif dalam
proses PnP di antara pelajar dan pensyarah yang lebih efektif dan efisyen.
Oleh kerana SM2aP perintis ini telah menunjukkan kesan-kesan positif, maka kini ianya telah
diperkembangkan untuk dipeluaskan penggunaannya mengikut lokasi. Tiga versi baru SMaP telah
dibangunkan iaitu SMa2P: Makmal, SMa2P: Pusat Pengajian dan SM2aP: Industri. Dalam erti kata lain,
aplikasi SMa2P akan menjadi sahabat maya (sumber rujukan) apabila pelajar berada di pusat pengajian,
kelas, makmal dan ketika menjalankan latihan industri. Para pelajar hanya perlu untuk menukarkan
SMa2P mengikut versi berdasarkan lokasi. Butiran malumat dan fungsi di dalam aplikasi SMa2P akan
memudahkan pelajar untuk menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di lokasi tersebut dengan
efektif. Inovasi pengajaran dan pembelajaran ini sebenarnya alatan sokongan yang mampu memberi
manfaat yang besar kepada pelajar dan besesuaian dengan teknologi terkini dan pada masa hadapan
kerana ianya bukan hanya dibangunkan dengan berdasarkan pertimbangan empati pelajar pada masa
kini, tetapi juga arah pembangunan alatan teknologi.

476

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PROTOKOL PENGAWASAN PENILAIAN BERTULIS ATAS TALIAN:
MEKANISMA PENGAWASAN PENILAIAN BERTULIS NORMA

Asmawati Che Hassan, Hairol Anuar Haron, Mohammad Hazizi Jamal, Herda Balqis Ismail,
Mohamad Rohaidzat Mohamed Rashid, Nazri Nasir, Muhammad Farid Muhammad Fathullah,

Mohd Amran Hasbullah, Mohd Zulkhairi Mat Salleh, Mohd Fairuz Bachok
Penilaian bertulis sepertimana kuiz, ujian dan peperiksaan akhir merupakan salah satu unsur penilaian
untuk sebahagian kursus di mana bertujuan untuk megukur domain kognitif seseorang pelajar. Kuiz dan
ujian merangkumi di antara 10 ke 30 %, manakala peperiksaan akhir adalah di antara 40 ke 80 %.
Ini menunjukkan bahawa penilaian bertulis mempunyai peratusan tertinggi berbanding dengan proses
penilaian yang lain. Dalam erti kata lain, penguasaan domain kognitif seseorang pelajar digambarkan
melalui pencapaian penilaian bertulis ini. Oleh yang demikian, pencapaian penilaian bertulis perlu
dipastikan adalah pencapaian yang sahih iaitu diperolehi secara benar tanpa melibatkan penipuan.
Secara konvensionalnya, penilaian bertulis akan dilakukan di dalam dewan atau kelas dan diawasi oleh
pengawas yang terdiri daripada para pensyarah atau staf sokongan. Tugas utama pengawas adalah
mengawasi para calon daripada melakukan perbuatan-perbuatan terlarang terutamanya penipuan ketika
menjawab soalan. Perbuatan-perbuatan penipuan yang sering dilakukan adalah membawa dan merujuk
nota, meniru dengan melihat kertas jawapan calon lain, membenarkan calon lain meniru dan
berbincang. Walaubagaimanapun disebabkan oleh prosedur pengawasan penilaian bertulis
konvensional yang teratur dan efisien merupakan faktor kepada kesukaran para calon untuk melakukan
perbuatan-perbuatan penipuan. Hasilnya bilangan kes perbuatan-perbuatan penipuan semasa penilaian
bertulis adalah sangat rendah.

477

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Penularan pandemik Covid-19 telah menyebabkan penilaian bertulis tidak dapat dilakukan secara
konvesional lagi, walaupun pada masa yang sama ianya masih perlu dilakukan kerana termaktub
di dalam silibus. Inisiatif yang diambil adalah dengan menukar penilaian bertulis ini dengan kerja kursus
seperti tugasan (projek). Akan tetapi inisiatif ini telah menimbulkan isu di mana tidak semua kursus
bersesuaian dengan pendekatan sebegitu dan masih memerlukan penilaian secara penilaian bertulis.
Maka, ianya kembali kepada keperluan melakukan penilaian bertulis semula. Penilaian bertulis
diteruskan semula tetapi dijalankan secara atas talian. Pendekatan ini menimbulkan beberapa
kesukaran di dalam pengawasan kerana para pelajar berada di lokasi masing-masing dan pengawasan
tidak dapat dilakukan secara dekat. Kesukaran ini membuka ruang untuk perbuatan-perbuatan penipuan
semasa penilaian bertulis. Sekiranya perbuatan-perbuatan ini berjaya dilakukan, pencapaian pelajar
adalah tidak sahih yang mana tidak menggambarkan tahap pencapaian sebenar seseorang pelajar
dengan keputusan yang dipaparkan di dalam sijil akademik mereka. Kesannya akan mendatangkan
kerugian kepada pihak majikan kerana merekrut pekerja yang bukan sahaja tidak berintegriti tetapi juga
kurang berkemahiran. Imej universiti akan turut tercemar.

Atas alasan kepentingan kesahihan pencapaian, keperluan ianya masih harus dijalankan dan
kesan-kesan buruk jika penilaian bertulis tidak diawasi dengan baik, maka suatu protokol iaitu
Protokol Penilaian Bertulis atas Talian atau Protokol PPeBAT20 telah dibangunkan dengan objektif
untuk mengawal dan mengelakkan calon melakukan perbuatan-perbuatan penipuan semasa penilaian
bertulis atas talian. Protokol PPeBAT20 merupakan prosedur pengoperasian piawaian yang mana
proses-proses sedia ada disusun dan kemudian digabungkan dengan proses-proses baru untuk
pengawasan penilaian bertulis atas talian supaya perlaksanaan protokol ini akan dapat mengujudkan
suasana pengawasan penilaian bertulis atas talian ini seolah-olah diawas sepertimana secara
konvensional. Beberapa alatan sokongan seperti teknologi ICT terkini turut dibangunkan dan
digunapakai bersama aksesori mukltimedia bagi melancarkan perlaksanaan protokol ini. Protokol ini
boleh diaplikasikan untuk pelbagai penilaian bertulis yang tidak memerlukan calon-calon berkumpul
di sesuatu tempat serta diawasi oleh pengawas. Apa yang penting penilaian bertulis ini masih dapat
dijalankan tanpa menimbulkan keraguan akan berlakunya perbuatan-perbuatan penipuan.
Kesimpulannya, Protokol PPeBAT20 adalah norma baru di dalam pengawasan penilaian bertulis ini.

478

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

APLIKASI ‘MARK SIMULATION’:
ALATAN SOKONGAN UNTUK PENILAIAN PEMARKAHAN YANG KONSISTEN

Muhammad Farid Muhammad Fathullah, Hairol Anuar Haron, Ainamardia Nazarudin,
Farah Wahida Mohd Latib, Zadariana Jamil @ Osman, Zulfairul Zakariah, Mohd Fairuz Bachok

Kemampuan dan kemahiran graduan universiti
digambarkan berdasarkan kepada pencapaian gred yang
dicatatkan pada transkrip akademik mereka. Gred ini
diperolehi melalui pelbagai bentuk penilaian yang mana
bergantung kepada sesuatu domain yang perlu diukur
di dalam sesuatu kursus. Penilaian yang perlu dilakukan
bagi setiap kursus dimaktubkan di dalam silibus.
Ia bermakna bahawa graduan yang mempunyai
pencapaian yang sama atau hampir sama dianggap turut
berkemampuan dan berkemahiran pada tahap yang
setara. Oleh yang demikian, penilaian harus dilakukan
dengan cermat supaya seseorang pelajar tidak dinilai
secara berlebihan atau berkurangan tetapi bertepatan.
Kesan sekiranya penilaian ini tidak dilakukan dengan
tepat dan wajar adalah pencapaian pelajar tidak dinilai
dengan seadilnya dan pensyarah sebagai penilai akan
mengambil sikap sambal lewa di dalam membuat
penilaian. Kesan lain adalah ancaman kepada objektif
matlamat pendidikan negara, penyelarasan markah, imej
UiTM amnya dan pusat pengajian khususnya.

Terdapat pelbagai kaedah telah digunapakai untuk
pengawalan bagi memastikan penilaian dilakukan
sewajarnya, sebagai contoh rubrik pemarkahan.
Namun begitu, pada penghujungnya, sebenarnya ianya
bergantung kepada pensyarah (penilai). Walaupun rubrik
pemarkahan dirangka dengan teliti dan mengikut piawaian
tetapi pensyarah tidak menggunapakai rubrik ini dengan
betul, akibatnya akan membawa kepada penilaian yang
tidak tepat. Ketidakpatuhan yang sering dilakukan adalah
penilaian dibuat secara langsung tanpa meneliti dan
memahami sepenuhnya tahap domain di dalam rubrik
pemarkahan. Dalam erti kata lain, pensyarah tidak
mengambil tahu tahap-tahap domain ini tetapi
menganggarkan mengikut markah sahaja. Masalah ini
akan menjadi lebih kompleks apabila sesuatu kursus
dinilai oleh lebih daripada seorang pensyarah.
Ini menunjukkan bahawa penilaian tidak tepat dapat
diatasi jika pensyarah memahami sepenuhnya
tahap-tahap domain di dalam rubrik dan memilih tahap
domain yang tepat ketika membuat penilaian.

479

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Aplikasi ‘Mark Simulation’ dibangunkan untuk mengatasi masalah penilaian kursus yang tidak tepat ini
di mana pembangunan aplikasi ini adalah berdasarkan kepada pendekatan mengatasi punca-punca
permasalahan. Bagi mengelakkan para pensyarah membuat penilaian tanpa berpandukan tahap-tahap
domain, aplikasi ini direkabentuk supaya markah hanya akan disimulasi setelah tahap domain dipilih
di mana pemarkahan tidak akan dapat dibuat tanpa membuat pemilihan tahap domain terlebih dahulu.
Manakala untuk memastikan seseorang pensyarah memahami domain di dalam rubrik pemarkahan
sepenuhnya, aplikasi ini menempatkan daftar kata untuk penerangan sesuatu perkataan terutamanya
perkataan adjektif di dalam rubrik pemarkahan dengan lebih terperinci. Manual dan video kursus untuk
kursus makmal, begitu juga sampel-sampel bagaimana pemarkahan sesuatu domain dibuat mengikut
tahap-tahapnya turut ditempatkan. Aplikasi ini bukan sahaja memudahkan penilaian pemarkahan mudah
dilakukan tetapi yang paling penting adalah memastikan penilaian dilakukan dengan konsisten melalui
input-input supaya penilai memahami dengan baik setiap penilaian dan langkah demi langkah dari mula
hingga tamat penilaian.

480

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

SUKAN XTRA-NET: PENGINOVASIAN SUKAN NET KONVENSIONAL

Mohd Fairuz Bachok, Asmawati Che Hassan, Mohammad Hazizi Jamal, Mohd Amran Hasbullah,
Mohd Johan Mohamed Ibrahim, Saiful Jumaili, Mohd Hanafie Yasin, Ainamardia Nazarudin,
Farah Wahida Mohd Latib

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan samada menyertai
pertandingan, keseronokan, pembangunan insaniah, kemahiran diri, kecemerlangan, dan sebagainya.
Budaya bersukan akan memberikan badan yang cergas dan pemikiran yang cerdas, disamping itu,
akan mengurangkan risiko penyakit dan kehidupan yang positif. Sebab itu mengapa aktiviti sukan fizikal
dikatakan sebagai gaya hidup sihat. Matlamat utama Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan
budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan
dan kegiatan fizikal melalui sukan untuk semua, sukan prestasi tinggi dan sukan sebagai industri.
Melihat kepada kepentingan bersukan yang dapat memberikan kesan positif kepada fizikal dan mental,
maka Civil Engineering Club (CIVEC) dan SIG Pendidikan Kejuruteraan Inovatif telah mengambil inisiatif
melalui idea kreatif dan inovatif dengan menginovasikan sukan net konvesional kepada sukan yang
lebih mencabar dan unik dengan harapan cabaran dan keunikan ini akan mendorong penambahan
penglibatan di dalam sukan fizikal.

Sukan inovatif yang dibangunkan adalah sukan xtra-net yang
berinsprasikan sukan net silang di mana perubahan utama
adalah penambahan net dan gelanggang seperti sukan bola
tampar melalui penambahan elemen-elemen baru.
Elemen-elemen baru ini merangkumi inovasi aksesori
tambahan gelanggang, pengubahsuaian gelanggang,
kaedah permainan dan peraturan-peraturan baru.
Walaubagaimanapun, cara dan teknik sukan tersebut
dimainkan masih dikekalkan dan begitu juga
kelengkapan-kelengkapannya seperti bola. Penginovasian ini
akan memberikan dimensi baru di mana akan berlaku
penambahan versi permainan seterusnya memerlukan ciptaan
strategi, taktik dan kemahiran yang baru yang lebih mencabar
serta unik. Penambahan utama adalah perubahan kepada
penambahan net kepada empat net yang disilangkan
berbentuk x dan seterusnya empat gelanggang. Secara tidak
langsung, memberikan cabaran baru di dalam sukan net ini.
Bagi menjadikan sukan xtra-net ini lebih menarik, ianya boleh
dimainkan secara perseorangan, berpasangan, beregu atau
berpasukan. Aplikasi mobil berkaitan dengan sukan ini turut
dibangunkan supaya ianya dapat diperkembangkan dan
dipromosikan dengan lebih meluas. Aplikasi ini akan menjadi
pusat sumber setempat informasi sukan inovatif ini di mana
terdapatnya segala maklumat sukan yang berkaitan,
templet pengiraan mata permainan, bahan pengubahsuaian
gelanggang, pembantu pengadil interaktif dan laporan acara
sukan ini. Dalam erti kata lain, mengadaptasikan penggunaan
teknologi terkini di dalam sukan konvesional.

481

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Penginovasian ini bermatlamat untuk menarik penglibatan secara aktif di dalam sukan fizikal.
Telah diketahui bahawa dengan bersukan, selain daripada mampu membentuk fizikal seseorang
individu yang cergas tetapi juga minda yang cerdas. Aktiviti bersukan adalah gaya hidup sihat yang
mana ianya membawa kebaikan kepada individu, masyarakat dan negara. Melihat kepada reputasi
sukan net yang dikenali dan telah lama dimainkan oleh ramai orang di seluruh dunia adalah sesuatu
penunjuk bahawa sukan xtra-net ini berpotensi tinggi untuk diminati pada masa akan datang.
Kejayaan sukan bola tampar net bersilang yang hampir sama dengan konsep sukan xtra-net ini
di negara Amerika Syarikat di mana sukan ini telah mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Bola Tampar
Profesional dan dimainkan lebih dari 7500 sekolah mengukuhkan lagi potensi akan penerimaan sukan
berkonsep sebegini. Selain itu, sukan ini direkabentuk dan dirintiskan oleh Civil Engineering Club
(CIVEC) yang mana persatuan ini dianggotai oleh golongan milenial yang memahami kehendak dan
cabaran sesuatu permainan yang diminati oleh golongan milenial seperti memerlukan penggunaan
teknologi dan pemikiran permainan e-sukan. Semoga usaha ini dapat menjadikan sukan xtra-net ini
sebagai sukan jenama UiTM pada masa hadapan yang dikenali di dalam dan luar negeri seiring
mencapai objektifnya.

482

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

TIPS JIMAT

Juwita Asfar, Nur Zaidani Wati Mohd Darwis, Noor Raifana Ab Rahim, Narita Noh

‘Alah membeli menang memakai’. Perumpamaan yang biasa didengar bermaksud sungguhpun mahal
barang yang dibeli, tetapi ianya bermutu dan berkualiti. Zaman kenaikan harga barang kini mungkin
akan membuatkan kita berfikir berkali-kali dalam membeli barang. Isu kenaikan harga barang
di Malaysia bukanlah perkara baru. Ini secara langsung telah menambah beban kepada rakyat
khususnya yang berpendapatan rendah akibat kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bagi menghadapi zaman serba mencabar ini, rakyat perlu bersedia menghadapi sebarang
kemungkinan.

Meskipun kenaikan harga tidak dapat dihalang sepenuhnya oleh kerajaan kerana ia adalah disebabkan
faktor inflasi global, namun, sebagai rakyat kita seharusnya pandai mengatur strategik bagi menghadapi
cabaran ini. Oleh itu, apakah inisiatif yang boleh dilakukan oleh kita sebagai rakyat dalam menghadapi
inflasi ini? Antaranya adalah strategik untuk BERJIMAT. JIMAT menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka bermaksud cermat dan berhati-hati dalam perbelanjaan wang atau pengunaan sesuatu, hemat,
tidak boros. Kita perlu ada strategik dalam berjimat.

Berjimat dalam perbelanjaan harian adalah salah satu inisiatif yang boleh dilakukan oleh rakyat.
Berbelanja sesuatu yang amat menyeronokkan. Ia menjadi semakin menyeronokan apabila tidak
banyak wang yang perlu dikeluarkan semasa membayar. Oleh itu, anda perlu bijak dalam berbelanja.
Tips jimat belanja yang pertama adalah dengan menyediakan senarai semak barang daripada rumah
dengan membuat inventori setiap kali sebelum pergi membeli-belah. Ini penting bagi mengelakkan
lebihan atau membeli barang tidak perlu. Selain itu, menyemak harga barang di media masa,
aplikasi telefon pintar atau risalah-risalah yang diedarkan. Membuat perbandingan harga antara dua
atau tiga buah pasaraya dan membeli semasa tawaran harga promosi adalah sangat menjimatkan.
Elakkan membeli-belah ketika perut lapar. Nampak remeh bukan? Tapi ia memberi implikasi besar
dalam berbelanjan. Kajian menunjukkan, perbelanjaan bertambah hampir 40% jika berbelanja dalam
keadaan lapar (Berita Harian, 2019). Berbelanjalah ikut keperluan, bukan ikut nafsu.

Tips jimat seterusnya adalah dalam penggunaan elektrik. Beberapa amalan berikut jika dipraktikkan
ia dapat menjimatkan bil elektrik hampir 20 % (TNB, 2000). Pertama, menutup dan mencabut palam
alatan elektrik yang tidak digunakan kerana masih terdapat tenaga elektrik yang disalurkan dan berada
dalam keadaan sedia walaupan alatan eletrik telah ditutup. Selain itu, dalam penggunaan penghawa
dingin, pastikan semua pintu dan tingkap tertutup rapi supaya hawa sejuk tidak keluar dan bilik akan
lebih cepat sejuk. Untuk penjimatan maksimum, kurangkan penggunaan penghawa dingin dan
menggunakan kipas bagi menyejukan bilik.

483

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Seterusnya adalah tips penjimatan penggunaan air. Tidak dinafikan air amat penting dalam kehidupan.
Sebagai umat islam, amalan kebersihan amat dititikberatkan dalam kehidupan seharian dan membazir
itu amalan syaitan. Tahukah anda, penggunaan air dapat dijimatkan dengan banyak di bilik air ?
Antaranya, menutup pili pancuran ketika menggunakan sabun dan syampu. Ini dapat menjimatkan
100 liter air sehari. Selain itu, menutup pili air ketika membasuh gigi juga dapat menjimatkan air
sebanyak 60 liter sehari (sumber, SAJ). Cara membasuh baju menggunakan mesin basuh juga boleh
mempengaruhi kadar bil air. Membasuh baju setelah mesin basuh penuh (mengikut muatan mesin
basuh) adalah lebih menjimatkan tenaga elektik dan air. Selain itu, penjimatan air juga boleh dilakukan
di dapur. Contohnya, menutup pili air semasa membasuh pinggan dengan sabun dan menggunakan air
yang ditadah untuk membilas pinggan.
Tips jimat terakhir adalah penjimatan minyak kereta. Pada masa kini, memiliki kereta atau kenderaan
adalah suatu keperluan bagi setiap keluarga. Harga minyak petrol yang tidak menentu secara langsung
turut memberi kesan kepada rakyat. Antara tips jimat minyak kereta adalah dengan mengurangkan berat
atau muatan dalam kenderaan. Penambahan berat sebanyak 50kg akan meningkatkan penggunaan
minyak sebanyak 2 %. Tips seterusnya adalah memastikan tekanan angin tayar kenderaan adalah
mencukupi. Tayar yang kurang angin menyebabkan kenderaan menjadi berat dan ini akan
meningkatkan penggunaan minyak. Selain itu, cara pemanduan turut memberi kesan kepada
penggunaan minyak. Ketika melalui jalan yang sesak, pengguna kenderaan hendaklah menjaga jarak
antara kenderaan bagi mengelakkan penggunaan brek dan menekan minyak yang kerap. Pemanduan
yang berhemah selain menjimatkan minyak, ia juga dapat menghindar dari kecelakaan.
Terdapat banyak lagi tips jimat yang boleh diperolehi dan dipelajari di laman sesawang dan media
massa. Tips jimat ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban rakyat yang terkesan akibat
kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Rakyat perlu memegang pepatah
‘sediakan payung sebelum hujan’. Pihak kerajaan juga seharusnya memainkan peranan penting dalam
menangani isu ini.

484

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

MANFAAT INSURANS PERUBATAN

Nora Farina Mohd Halim, Doris Asmani Mat Yusoff, Nur Muizzah Nawi

Rawatan perubatan pada hari ini, semakin kehadapan dan berteknologi tinggi seiring dengan teknologi
lain. Secara keseluruhan, kadar kos rawatan perubatan di Malaysia semakin meningkat disebabkan oleh
peningkatan kos ubat-ubatan, pengunaan peralatan dan konsultasi kepakaran.

Umum mengetahui dunia telah dikejutkan dengan wabak Covid 19, yang mana ianya memberi tamparan
yang amat hebat kepada insitusi kesihatan dan perubatan seluruh dunia. Selain itu ekonomi negara juga
terjejas terus dek kerana wabak ini. Disebabkan itu kos rawatan perubatan yang melibatkan kepakaran
dan peralatan di hospital saban hari semakin meningkat. Bukan itu sahaja, tahap kesihatan masyarakat
Malaysia juga semakin merosot disebabkan kesan sampingan daripada virus Covid 19.

Pandemik Covid 19 ini memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga
kesihatan dan secara tidak langsung keperluan memiliki insurans perubatan secara individu.
Walaupun kerajaan Malaysia telah mengumumkan Covid 19 telah beralih ke fasa endemik, secara
amnya penularan Covid 19 masih wujud dalam masyarakat dan risiko keboleh jangkitan tetap ada.
Justeru itu, pemilikan insurans perubatan perlu menjadi salah satu keperluan dan keutamaan dimana ia
sebagai payung perlindungan kesihatan serta kewangan bagi setiap individu apabila dijangkiti Covid 19
atau penyakit lain.

Insurans perubatan menawarkan khidmat perlindungan
bagi menampung kos pemeriksaan perubatan,
pembedahan, rawatan susulan, dan lain-lain.
Jenis penyakit, kecederaan dan rawatan yang ditanggung
oleh insurans perubatan adalah berbeza-beza dimana ia
bergantung kepada jenis pelan insurans perubatan yang
di ambil. Semakin banyak perlindungan perubatan yang
diberikan, semakin tinggi jumlah bayaran premium untuk
pelan insurans perubatan tersebut. Insurans perubatan
juga menawarkan bantuan sekiranya pesakit tidak
mampu bekerja disebabkan penyakit atau kecederaan
yang dialami. Terdapat pelbagai jenis pelan insurans
perubatan yang ditawarkan diantaranya adalah insurans
perubatan individu, insurans perubatan keluarga, insurans
penyakit kritikal dan lain-lain lagi.

Kesedaran tentang kepentingan insurans perubatan telah meningkat kerana kebanyakan dari
masyarakat kita sudah tidak sanggup menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.
Umum mengetahui kadar peningkatan pesakit yang semakin tinggi adalah menyebabkan waktu
menunggu untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan menjadi semakin lama. Jumlah pesakit
yang semakin meningkat menyebabkan had kapasiti hospital telah mencapai tahap maksimum
walaupun kerajaan telah menaik taraf had kapasiti katil hospital yang sedia.

485

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Selain itu, bagi rawatan penyakit yang kurang kritikal waktu menunggu giliran untuk mendapatkan
khidmat perubatan di hospital kerajaan agak lama dan boleh dikatakan ia mengambil selang masa
berbulan-bulan. Di atas faktor ini, kebanyakan masyarakat pada masa kini lebih cenderung
mendapatkan rawatan di hospital swasta dan mulai sedar kepentingan kad insurans perubatan untuk
mereka memperolehi rawatan yang terbaik untuk kesihatan diri masing-masing.
Dengan mempunyai insuran perubatan kita mempunyai pilihan untuk mendapat rawatan dengan kadar
yang segera. Sebagai contoh, jika seseorang didiagnos penyakit kanser payudara tahap satu, hospital
kerajaan akan melakukan rawatan kimoterapi dalam percubaan membunuh sel kanser tersebut.
Kimoterapi akan dilakukan secara berperingkat terlebih dahulu dan tindakan susulan adalah bergantung
daripada kesan positif atau negetif daripada rawatan yang terdahulu. Namun begitu sebaliknya jika
seseorang itu mempunyai insurans perubatan, beliau boleh terus melakukan pembedahan untuk
membuang sel kanser tersebut secara menyeluruh di hospital swasta.
Kesimpulannya, insurans perubatan boleh dianggap sebagai satu keperluan hidup dan bukan lagi
kehendak kerana kos perubatan yang terus meningkat ekoran teknologi dan kemajuan yang semakin
kehadapan. Masyarakat pada hari ini tidak mempunyai banyak pilihan melainkan akur dengan sistem
perlindungan risiko yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pengendali insurans. Berbaloilah kepada
sesiapa yang mempunyai insurans perubatan kerana sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan risiko
kesukaran dalam menyediakan wang bagi menangung kos rawatan perubatan kesihatan yang dialami.

486

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

TIADA MASA UNTUK BERSENAM ?

Lee Siong Wee

Malaysia menjuarai kadar obesiti yang tertinggi di seluruh Asia Tenggara, satu daripada dua dewasa
diklasifikan sebagai obesiti kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
(Berita Harian, 25 March 2022). Masalah peningkatan kadar obesiti ini secara umumnya berpunca
daripada gaya hidup yang tidak sihat seperti pemakanan yang tidak berkhasiat, kurang atau tiada
senaman, kualiti tidur yang kurang bermutu dan tekanan kerja yang tinggi. Maka, gaya hidup yang sihat
sepatutnya dijadikan misi hidup setiap orang dan bab kesihatan perlulah diutamakan selain daripada
kekayaan atau pencapaian kerjaya. Antaranya, senaman dikenali sebagai cara yang paling berkesan
untuk mengekalkan kesihatan badan sesorang. Namun, ramai yang memberi alasan tiada masa untuk
melakukannya disebabkan urusan kerja harian yang belum diselesaikan.

Bersenam bukan saja dapat meningkatkan kecergasan fizikal, memberi tenaga untuk melakukan
tugasan harian, ia juga dapat mengawal berat and saiz badan. Senaman berintensiti tinggi boleh
mengawal tekanan darah dan paras glukosa dalam darah disamping menguatkan jantung.
Golongan yang kerap menjalankan aktiviti fizikal mempunyai otot yang lebih kuat, ketumpatan tulang
yang lebih tinggi dan fleksibiliti yang lebih baik berbanding dengan golongan yang tidak bersenam.
Kesan ini dapat dilihat daripada seseorang yang berusia dan kerap bersenam sepanjang hidupnya,
risiko tercedera boleh dikurangkan nescaya jangka hayat hidup dipanjangkan. Tambahan pula,
senaman dikenali sebagai ubat kekal muda dimana proses penuaan sel badan dapat diperlahankan dan
kulit seseorang yang kerap bersenam selalunya nampak berseri. Kajian menunjukkan apabila
seseorang sedang melakukan senaman, hormon endorfin dapat diransangkan melalui otak akibat
penggerakan tubuh dan peningkatan denyutan jantung. Maka, senaman boleh membawa kegembiraan,
mengurangkan tekanan dan seterusnya memperbaiki kualiti tidur.

Kepentingan senaman memang tidak dapat dinafikan,
namun segelintir dewasa tetap merasa mereka tidak perlu
bersenam disebabkan tiada masalah kesihatan, sibuk
dengan kerja, ataupun berpuas hati dengan berat dan
saiz badan sekarang. Pada hakikatnya, pra-sangka buruk
ini jika dipanjangkan, serangan jantung atau penyakit
kardiovaskular mungkin berlaku secara tiba-tiba tanpa
dijangkai. Kepada golongan yang sering duduk atas
kerusi dan berdepan dengan komputer dalam tempoh
masa yang panjang setiap hari, senaman amat diperlukan
untuk memperbaiki posture badan disamping membakar
lemak yang mudah tertumbuh akibat kurang penggerakan
badan sepanjang hari. Oleh demikian, senaman adalah
wajib dilakukan oleh setiap warga tanpa kira umur atau
apa jua jenis pekerjaan.

487

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Pilihan senaman adalah disarankan mengikuti kesukaan dan
kemampuan ekonomi masing-masing. Golongan yang
mampu boleh mengupah juru latih gimnasium ataupun
menyertai keahlian mana-mana kelab rekreasi dan sukan
yang berdekatan dengan tempat kediaman. Sebagai ahli
kelab sukan, seluruh keluarga boleh menikmati pelbagai
jenis sukan seperti berenam, golf, gimnasium, badminton,
tenis dan lain lain. Selain mengeratkan hubungan
sekeluarga, tabiat senaman sudah tentu dapat dikekalkan
melalui aktiviti keluarga ini. Senaman yang percuma atau
tidak melibatkan kos tinggi adalah seperti berjogging,
berjalan kaki, mendaki gunung, bermain bola, melompat tali,
tabata dan yoga juga boleh dilaksanakan untuk mengekal
gaya hidup yang sihat. Senaman yang tertentu boleh
dilakukan di kawasan dalam seperti rumah, stadium, atau
bilik gimnasium, dan kelebihannya adalah terlindung
daripada cuaca. Sebaliknya, senaman yang melibatkan
pesekitaran luar seperti berjoging, berjalan kaki, golf,
bola sepak dan berbasikal adalah bergantung kepada
keadaan cuaca semasa. Walaubagaimanapun, kehijauan
alam sekitar luar yang indah serta udara yang segar dapat
menambahkan mood senaman dan secara tidak langsung
menghilangkan stress seseorang.

Fikiran mindset seseorang dan keazaman untuk bersenam
asas kejayaan seseorang untuk mengamalkan senaman
kerap dalam kehidupannya. Amalan bersenam ini boleh
dirancang dan dijadualkan dalam aktiviti mingguan.
Biarlah mula dengan senaman tiga kali seminggu, setiap kali
sekurang-kurangnya 20 minit. Selepas merasa kegembiraan
senaman dan perubahan badan lebih kurang satu bulan,
kita boleh menambah atau menukar senaman kepada yang
lebih berintensiti tinggi. Lama-kelamaan, amalan bersenam
akan menjadi sesuatu yang tidak boleh dipisahkan dari
kehidupan harian kita. Kita juga boleh menggalak ahli
keluarga, kawan, jiran dan orang ramai mengamalkan gaya
hidup sihat dan melakukan riadah bagi mencegah
penyakit-penyakit kronik. Rakyat sihat, negara akan maju
dan makmur.

488

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI PONTIAN

Noor Raifana Ab Rahim, Juwita Asfar, Nur Zaidani Wati Mohd Darwis, Narita Noh

‘Jalan-Jalan Cari Makan’ berasal dari sebuah rancangan televisyen swasta di mana di dalam rancangan
tersebut, pengacara akan mencuba menu-menu dari pelbagai restoren tempatan di seluruh negara.
Rancangan ini amat mendapat sambutan dikalangan penonton kerana penonton boleh mendapat
informasi berkaitan restoran-restoran yang menyajikan menu-menu yang enak serta menarik.

Aktiviti ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ juga amat sinonim dengan penduduk Malaysia. Ini kerana Malaysia
tidak asing lagi dengan gelaran syurga makanan bukan sahaja dikalangan penduduk tempatan bahkan
termasuk juga warga asing. Hal ini boleh dilihat melalui laman-laman penstriman seperti YouTube dan
juga media sosial lain seperti Facebook dan Instagram di mana terdapat banyak ‘content’ yang
dimuatnaik merupakan video-video bertemakan ‘Jalan-Jalan Cari Makan’. Apa yang lebih menarik
adalah jika video-video tersebut dihasilkan oleh warga asing yang turut menikmati makanan-makanan
tempatan. Hal ini secara tidak langsung dapat mempromosikan makanan-makanan Malaysia
di peringkat antarabangsa.

Kami juga tidak ketinggalan untuk melakukan aktiviti ‘Jalan-Jalan Cari Makan’. Disamping dapat
mencuba makanan yang enak, dapat juga kami melepaskan tekanan akibat bebanan kerja.
Lokasi pilihan kami adalah Pontian memandangkan Pontian berada tidak begitu jauh dari Pasir Gadung,
lebih kurang satu jam 15 minit perjalanan menaiki kereta. Bagi mengelakkan kesesakan, kami memilih
untuk mengambil cuti dan pergi pada pertengahan minggu.

Perjalanan dimulakan dari Pasir Gudang pada jam
10 pagi. Restoran pertama yang menjadi pilihan kami
adalah Restoran Selera Tradisi Catering yang terletak di
No 290-A, Tingkat Bawah, Jalan Alsagoff, Pontian.
Lokasi restoran ini amat strategik kerana terletak di tepi
jalan besar serta amat mudah dikenalpasti terutama bagi
mereka yang baru pertama kali berkunjung.
Bangunan rumah kedai restoran ini juga terletak
bersebelahan dengan pejabat-pejabat kerajaan daerah
Pontian. Ruang parkir kenderaan juga tidak menjadi
masalah kerana terdapat ruang parkir di depan dan di
belakang bangunan restoran ini. Namun ruang parkir
mungkin akan sesak pada hari hujung minggu.
Restoran ini beroperasi setiap hari kecuali hari rabu,
bermula jam 11.30 pagi. Restoran ini telah beroperasi
selama hampir 30 tahun.

489

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Keunikan restoran ini adalah, menu-menu yang disajikan setiap hari bertemakan menu hari raya
terutama sekali menu yang sinonim dengan warga Johor. Setibanya kami di lokasi, kami amat teruja
melihat deretan lauk pauk yang tersedia tidak ketinggalan juga ketupat dan lepat. Suasana di dalam
restoran agak lengang dan tenang, mungkin kerana kami sampai agak awal dan pada hari bekerja.
Menurut pekerja restoran, keadaan akan agak sesak pada cuti hujung minggu dan cuti umum.
Oleh kerana menu di sini agak istimewa, ramai juga pengunjung yang datang dari luar Pontian, seperti
kami yang merindui makanan hari raya memandangkan menu-menu tersebut selalunya hanya di masak
pada Hari Raya Aidilfitri. Antara pilihan menu adalah rendang ayam dan daging, kari kambing, sambal
goreng, asam pedas, kuah kacang, kuah lodeh, ketupat, lepat loi, burasak dan tidak ketinggalan juga
nasi beriani. Antara hidangan yang kami cuba pada hari itu adalah rendang daging dan ayam,
kari kambing, kuah kacang, kuah lodeh, asam pedas, ketupat, lepat loi dan burasak. Kesemua hidangan
yang dicuba, adalah amat menyelerakan. Sambil menikmati juadah, seleksi lagu-lagu Aidilfitri malar
segar turut diputarkan. Ianya seolah-olah dapat mengenang kembali nostalgia suasana hari raya ketika
zaman kecil yang dirindui. Pendek kata, tidak sia-sia kedatangan kami ke sini, amat berbaloi.

Selesai makan, kami meneruskan langkah untuk mencari pencuci mulut. Lokasi pilihan kami adalah
Lorong Cendol yang letaknya hanya berhadapan dengan restoran. Untuk ke sana, kami hanya perlu
berjalan kaki dan menyeberangi jejantas yang disediakan. Lorong Cendol adalah sebuah lorong yang
kecil di antara bangunan rumah kedai dan bukanlah laluan kenderaan. Terdapat dua gerai makanan
di lorong tersebut iaitu gerai cendol dan apam balik. Kerusi dan meja turut disediakan oleh penggerai
bagi pelanggan yang ingin menikmati cendol disitu tetapi kuantiti adalah terhad kerana ruang yang kecil.
Kami bernasib baik kerana ketika kami sampai, terdapat meja yang kosong. Kami memesan cendol
untuk setiap seorang dan tidak ketinggalan apam balik juga. Menurut pemilik gerai cendol, perniagaan
tersebut telah beroperasi selama 60 tahun dan turun temurun dari keluarga beliau. Tidak hairan
mengapa perniagaan beliau dapat bertahan lama, kerana cendol yang disediakan sangat enak dan
menyegarkan lebih-lebih lagi pada waktu cuaca panas seperti hari itu dan sangat sesuai dinikmati
bersama apam balik. Gerai apam balik itu juga telah beroperasi dari tahun 1980. Seperkara lagi yang
menarik berkenaan Lorong Cendol adalah, terdapatnya mural di situ yang merupakan gambaran
illustrasi penggerai cendol dan apam balik. Sepanjang lorong tersebut, terdapat juga hasil seni lain yang
menarik untuk dijadikan latar belakang swafoto.

490

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Selesai menikmati cendol dan apam balik serta mengambil foto untuk kenang-kenangan, kami
mengambil keputusan untuk pulang kerana waktu sudah agak petang. Gendang gendut tali kecapi,
kenyang perut senang hati. Begitu juga perasaan kami. Walaupun tujuan kami ke Pontian adalah untuk
mencari makanan, tetapi apa yang lebih bermakna adalah dapat menikmatinya bersama rakan-rakan
disamping dapat meluangkan sedikit masa yang berkualiti bersama-sama. Secara keseluruhannya,
pengalaman ini amat berharga serta memuaskan hati. Semoga ada rezeki kami lagi ke destinasi yang
lain pula. Anda pula bagaimana? Jom jalan-jalan cari makan.

491

492

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah

• Dr Azizul Hakim Bin Samsudin
• Dr Raja Muhammad Aslam Bin Raja Arif
• Ir. Ts. Dr. Ab. Aziz Bin Mohd Yusof
• Ahmad Najmie Bin Rusli
• Muhammad Nabil Bin Fazil
• Bakri Shahidan Bin Mohd Ali
• Jamil Bin Mohamad Mokhtaroni
• Ahmad Khairi Bin Mohd Zawa
• Radzi Abdul Rasih
• Ir. Ts. Haszeme bin Abu Kasim
• Ts. Dr. Hasanuddin bin Abd Kadir
• Dr. Abdul Hadi bin Abdol Rahim
• Nurrul Amilin binti Zainal Abidin
• Nur Kamarliah binti Kamardin
• Ts. Hazim bin Sharudin
• Ir. Ts. Noor Hafiz bin Noordin
• Miqdad bin Khairulmaini
• Muhammad Amir bin Mat Shah
• Dr. Najibah binti Ab Latif
• Norhisyam bin Jenal
• Dr. Kamariah Binti Md Isa
• Dr. Suhadiyana Binti Hanapi
• Zeno Michael
• Nurul Hanna Binti Mas’aud
• Mohd Fadzli Ismail
• Muhamad Faris Syafiq Khalid

493

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Karya Akademik dan Umum

• Dr Azizul Hakim Bin Samsudin
• Ts Dr Raja Muhammad Aslam Bin Raja Arif
• Ir. Ts. Noor Hafiz Bin Noordin
• Muhamad Faris Syafiq Khalid
• Mohd Fadzli Ismail

494


Click to View FlipBook Version