The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK KPPI&M

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iSmA iShAk, 2022-11-06 11:38:01

e-Dinamik 2022

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK KPPI&M

Keywords: edinamik,uitm johor,majalah digital

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Turut hadir pada program berkenaan adalah Ketua Pusat Pengajian Fakulti
Pengurusan Maklumat, En Muhammad Ismail Pahmi dan Penasihat IMS, Puan
Rohayu Ahmad. Tujuan program Meh! Moreh dilaksanakan adalah untuk
mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti-aktiviti kerohanian secara
bersemuka yang dapat memberikan manfaat buat mahasiswa, memantapkan
kolaborasi antara Exco Information Management Society (IMS) dan Exco
Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin (PERMAS) serta melahirkan mahasiswa
yang berwibawa serta berkepimpinan dalam menguruskan program.

Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan Maklumat, En Muhammad Ismail Pahmi dan
Penasihat IMS, Puan Rohayu Ahmad bergambar kenangan dengan Exco Information Management
Society (IMS) dan Exco Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin (PERMAS) sempena Program

‘Meh! Moreh’ di Masjid As-Syakirin, UiTM Johor.

295

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

LAPORAN INFORMATION MANAGEMENT AND RECORD
COMMUNITY (IMARC) BADMINTON SPORT TOURNAMENT

Suhaila Osman & Nurhafizah Azizan
Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Persatuan Information Management and Record Community (IMaRC) UiTM
Cawangan Johor Kampus Segamat Sesi 2021/2022 buat julung kalinya telah
menganjurkan satu pertandingan Badminton pada 13 Mei 2022 hingga 14 Mei
2022 yang bertempat di Dewan Sri Selasih UiTM Cawangan Johor Kampus
Segamat.

Gambar 1: Para peserta lelaki bersama barisan exco
IMaRC pada hari perlawanan pertama

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim

antara semua mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Pengurusan Maklumat. Bukan

itu sahaja, mahasiswa dan mahasiwi juga dapat mewujudkan semangat

kesukanan antara semua mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Pengurusan

Maklumat. Melalui program ini juga, secara tidak langsung dapat mencabar

kreativiti para peserta untuk memenangi pertandingan ini. Bahkan dapat

membuka peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Pengurusan

Maklumat untuk mencungkil bakat yang terpendam. Tidak ketinggalan juga

untuk melatih semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan exco-exco

IMaRC dalam mengendalikan program.

296

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Program yang telah berlangsung selama dua (2) hari ini disertai oleh peserta lelaki
dan perempuan melalui kategori individu dan bergu. Jumlah peserta adalah
seramai 40 orang. Sepanjang program, semua proses dari pendaftaran sehingga
ke proses penyampaian hadiah telah dikendalikan dengan baik. Semua peserta
berjaya mengikuti peraturan yang ditetapkan dan membantu keadaan sentiasa
terkawal.

Gambar 2: Para pemenang dari kategori lelaki dan
perempuan bersama hadiah yang dimenangi

297

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

LAPORAN INFORMATION MANAGEMENT AND RECORD COMMUNITY
(IMARC) E-SPORTS IM X ML TOURNAMENT

Suhaila Osman & Rabiatul Adawiyah Kamarulzaman
Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Persatuan Information Management and Record Community (IMaRC) UiTM
Cawangan Johor Kampus Segamat Sesi 2021/2022 telah menganjurkan E-
SPORTS TOURNAMENT yang bertemakan E-SPORTS IM X ML
TOURNAMENT secara atas talian. Program ini telah mendapat sambutan luar
biasa dan sangat menggalakkan kerana ia berlangsung pada jam 8.30 malam
hingga 10.30 malam.

Pertandingan ini telah berjaya dijalankan selama tiga (3) hari sahaja iaitu pada
18 Mei sehingga 20 Mei 2022, iaitu pada hari Rabu hingga Jumaat. Program
“ESPORTS” ini merupakan sebahagian daripada aktiviti yang akan dijalankan
sepanjang RECORD WEEK berlangsung. Tujuan utama penganjuran “E-
SPORTS” adalah untuk membina kemahiran critical-thinking di dalam kalangan
para pelajar UiTM Johor Kampus Segamat. Bukan itu sahaja, mencabar
kreativiti para peserta untuk memenangi pertandingan ini. Bahkan program ini
juga dapat membuktikan bahawa para pelajar UiTM Johor Kampus Segamat
juga mampu menjadi seorang yang socialiable disamping berusaha untuk
mencapai keputusan yang cemerlang dalam keputusan peperiksaan pada
setiap semester.

298

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Gambar 1: Salah satu keputusan perlawanan antara dua kumpulan

Gambar 2: Poster jadual perlawanan pada 20 Mei 2022 untuk menentukan
peserta yang bakal ke peringkat akhir.

Gambar 3: Poster keputusan pemenang akhir.

299

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

LAPORAN INFORMATION MANAGEMENT AND RECORD
COMMUNITY (IMARC) RECORD WEEK QUIZ

Suhaila Osman
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Persatuan Information Management and Record Community (IMaRC) UiTM
Cawangan Johor Kampus Segamat Sesi 2021/2022 buat telah menganjurkan
satu pertandingan IMaRC’s RECORD WEEK QUIZ pada 19 Mei 2022 secara
atas talian.

Program Online Competition: IMaRC’s RECORD WEEK QUIZ ini telah pun
berlangsung selama seminggu dari 19 Mei 2022 hingga 26 Mei 2022 pada
percutian pertengahan sem, dan pertandingan ini dijalankan secara atas talian
melalui Aplikasi WhatsApp. Melalui penganjuran program ini, ia dapat
mengimbas kembali apa yang telah pelajar pelajari sepanjang semester kerana
soalan-soalannya adalah berkaitan dengan subjek di bawah Pengurusan
Maklumat. Program ini merupakan satu permainan yang dapat menguji tahap
ketangkasan minda dalam diri pelajar.

Aktiviti ini juga terdapat tiga (3) permainan yang mana aktiviti berkonsep santai
di mana pelajar akan bermain untuk tiga (3) pusingan yang merangkumi Game
World Search, Guess the Picture and Multiple-Choice Question (MCQ).
Permainan ini akan menggunakan Google Form sebagai bukti penyertaan.
Setiap pelajar akan diberi sijil penyertaan dan bagi hadiah pula hanya diberikan
kepada para pemenang yang merangkumi tempat pertama hingga tempat
ketiga.

300

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Gambar 1: Carta pemenang

Gambar 2: Pengumuan pemenang

301

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PROGRAM SEHARI BERSAMA KOMUNITI ASAHAN DENGAN
KOLABORASI PERPUSTAKAAN DESA ASAHAN

Rabiatul Adawiyah Kamarulzaman & Suhaila Osman
Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Program Sehari Bersama Komuniti Asahan Dengan Kolaborasi Perpustakaan
Desa Asahan merupakan sebuah program anjuran pelajar tahun akhir Fakulti
Pengurusan Maklumat kelas JIM1105A dan JIM1105B dengan kolaborasi
bersama Perpustakaan Desa Asahan, Melaka. Program ini dijalankan untuk
melatih pelajar berkongsi ilmu pengetahuan dengan semua peringkat
masyarakat kerana Program Sehari Bersama Komuniti Asahan Dengan
Kolaborasi Perpustakaan Desa Asahan ini mempunyai peserta dari pelbagai
peringkat umur. Selain itu, program ini dapat melatih pelajar untuk
berinteraksi secara bersemuka bersama peserta dan mengasah kemahiran
berkomunikasi antara pelajar dan masyarakat.

Program yang dirasmikan oleh YB Adun Asahan Tuan Fairul Nizam bin
Roslan ini telah mengajar pelajar untuk lebih giat dalam aktiviti pendidikan
dan sukarelawan. Program ini melibatkan 33 orang pelajar daripada Fakulti
Pengurusan Maklumat UiTM Segamat di bawah pimpinan 2 orang pensyarah
iaitu Puan Rabiatul Adawiyah binti Kamarulzaman dan Puan Suhaila binti
Osman. Jumlah pendaftaran peserta semasa program ialah 200 orang iaitu
daripada 50 pelajar Tadika / Pra Sekolah Kemas Asahan, 150 orang pelajar
Sekolah Rendah Kebangsaan Asahan dan juga 50 orang Komuniti Asahan.

302

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Program ini dimulakan dengan sesi taklimat dan perkongsian ilmu tentang
UiTM Dihatiku daripada Ketua Projek, Saudari Nazatul Nishah binti Yazid
Shah. Program ini diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti untuk peserta yang
hadir seperti mewarna bendera Malaysia untuk kategori prasekolah,
pertandingan mewarna dan musical chair untuk kategori tahap 1, pertandingan
kolaj dan teka silang kata bagi kategori tahap 2. Bagi kategori dewasa pula
pertandingan musang berjanggut (peserta perlu mengasingkan pelbagai jenis
barangan kering untuk memasak yang telah dicampurkan). Selain itu agensi
luar iaitu dari Jabatan Kesihatan Jasin dan Angkatan Pertahanan Malaysia
juga turut hadir membuat pameran tentang agensi mereka.

Tetamu VIP yang telah menghadirkan diri ialah En. Mohammed Aizammuddy
Bin Mohamed Idris iaitu Pengarah PERPUSTAM. Seterusnya, En. Muhammad
Ismail Pahmi iaitu Ketua Pusat Pengajian, Fakulti Pengurusan Maklumat dan
Yang Berhormat Tuan Fairul Nizam Roslan iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan Asahan. Majlis perasmian penutup dimulakan oleh Pegarah
PERPUSTAM iaitu En. Mohammed Aizammuddy Bin Mohamed Idris telah
menyampaikan ucapan tentang PERPUSTAM.

Gambar 1: AJK dari Perpustakaan Desa Asahan dan Pelajar Akhir Fakulti
Pengurusan Maklumat, UiTM Johor bergambar bersama KPP FPM Johor En.
Muhamad Ismail bin Pahmi dan penasihat program Puan Rabiatul Adawiyah

binti Kamarulzaman

303

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Seterusnya, En. Muhammad Ismail Pahmi iaitu Ketua Pusat Pengajian, Fakulti
Pengurusan Maklumat juga diberi peluang untuk memberikan ucapan tentang tujuan
program ini dilaksanakan. Akhir sekali, Yang Berhormat Tuan Fairul Nizam Roslan
iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Asahan telah memberikan ucapan dan
memuji semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang sangat
bermanfaat ini untuk masyarakat sekaligus merasmikan majlis penutup bagi
Program Sehari Bersama Komuniti Asahan Dengan Kolaborasi Perpustakaan Desa
Asahan.

Gambar 2: Sesi Pertukaran Cenderahati daripada Gambar 3: Pertandingan musang berjanggut
UiTM Johor melalui KPP FPM UiTM Johor En.
Muhamad Ismail bin Pahmi kepada En.
Mohammed Aizammuddy bin Mohamed Idris,
Pengarah PERPUSTAM.

Selepas perasmian program dari YB Adun Asahan Tuan Fairul Nizam bin Roslan,
program diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang
aktiviti. Selepas itu, barisan tetamu VIP dijemput menikmati jamuan yang
disediakan. Akhir sekali, para peserta dan ahli jawatan kuasa mengambil peluang
untuk bergambar bersama untuk kenang-kenangan dan majlis bersurai sekitar pukul
4 petang.

304

305

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PENGALAMAN PERTAMA MISI BANTUAN BANJIR

Nor Diana bte Abd Rahman, Azura bte A. Jamil@Kamarudzzaman, Dr Siti Nuur-Ila
bte Mat Kamal, Rohayu bte Ahmad, Hajah Rohani Jangga
Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Disember 2021, negara kita telah digemparkan dengan bencana banjir yang serius
melibatkan daerah Kuala Langat, Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya di Selangor,
Bentong dan Temerloh di Pahang serta Jelebu di Negeri Sembilan. Rentetan
rakaman peristiwa banjir khususnya yang melibatkan kehilangan nyawa dan
kerosakan harta benda individu dan awam khususnya dari paparan televisyen,
radio, media sosial dan rakan-rakan telah menerbitkan keinginan di hati untuk
sama-sama menghulurkan bantuan. Keinginan semakin memuncak apabila melihat
saudara Azwan Omar, yang mengangkut bot kecilnya dari Melaka ke Taman Sri
Muda, Shah Alam dengan menggunakan Perodua Viva dalam misinya memberi
bantuan.

Walaupun ketika itu terdapat banyak misi bantuan samada dari pihak kerajaan
seperti Angkatan Pertahanan Awam, Bomba, Polis, NGO dan sukarelawan tetapi
hati tetap mengatakan masih ada individu atau kawasan yang memerlukan bantuan
memandangkan banjir kali ini berlaku dalam skala yang besar dan melibatkan
banyak negeri.

Memendam rasa tanpa usaha tidak bawa kemana sehinggalah pada satu hari
kami menerima pelawaan daripada rakan sekerja, Puan Hajah Rohani Jangga
yang memang aktif dengan kerja-kerja kebajikan. Pucuk dicita ulam mendatang,
tanpa berfikir panjang, pelawaan disambut dengan penuh keazaman. Kelompok
kecil ini telah beriltizam untuk memberi bantuan tenaga dan barangan keperluan
dengan sebaik mungkin.

306

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

28 Disember 2021, kami bergerak pada jam 7.30 pagi dari UiTM Cawangan
Johor Kampus Segamat dengan tiga kenderaan, membawa pelbagai peralatan
dan bahan untuk mencuci di samping keperluan bantuan lain seperti makanan
dan peralatan dapur ke Kampung Batu Serambai, Ulu Klawang, Jelebu Negeri
Sembilan. Tempat ini dipilih memandangkan kawasan ini kurang mendapat
liputan dari televisyen dan media sosial kerana ketika itu bantuan lebih tertumpu
di Shah Alam dan Kuala Langat. Perjalanan ke lokasi yang kami tidak pernah
sampai ini mengambil masa sekitar 2 jam.
Sesampainya di sana kami melihat banyak kerosakan telah berlaku melibatkan
harta benda persendirian dan awam seperti rumah, sekolah dan kenderaan.
Runtuhan tanah di kiri kanan jalan, sungai yang berubah dari struktur asal,
longgokan sampah yang terdiri dari peralatan rumah yang rosak di sana sini
menjadi pemandangan yang sangat mengharukan.

Sesampainya di rumah yang telah ditetapkan oleh ketua kampung kami disambut
penuh ramah seolah olah apa yang berlaku tidak memberi kesan kepada
mereka. Mereka sebenarnya redha dengan perancangan Allah SWT dan
menerima segala ketentuannya dengan hati terbuka. Kami diceritakan juga
bagaimana permulaan banjir berlaku, ketidak tentuan di hati mereka saat itu telah
menimbulkan rasa ihsan dan seterusnya berkeinginan yang tinggi untuk
menghulurkan bantuan.

307

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PENTINGKAH PENYIMPANAN REKOD DALAM SEKTOR PERNIAGAAN?

Suhaila binti Osman dan Muhammad Asyraf bin Wahi Anuar
Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Perniagaan merupakan salah satu punca rezeki kepada mereka yang rajin
berniaga. Ada orang berniaga kerana minat, ada orang berniaga kerana mencari rezeki,
manakala ada juga yang berniaga untuk mengisi masa lapang. Setiap perniagaan juga
dianggap sebagai satu ibadah jika ia dilakukan dengan niat memperolehi rezeki yang
halal. Akan tetapi, sedarkah para peniaga ini tentang kepentingan penyimpanan rekod
perniagaan mereka?

Dalam konteks perniagaan, seseorang individu yang menjalankan perniagaan
sebagai pemilik tunggal atau perkongsian diwajibkan menyimpan rekod dalam keadaan
teratur. Rekod-rekod perniagaan yang biasa perlu disimpan adalah seperti berikut seperti
satu set buku-buku akaun yang lengkap bagi merekod semua transaksi perniagaan,
penerimaan dan pembayaran, serta invois, baucer, resit dan dokumen yang berkenaan
untuk mengesahkan jumlah-jumlah dalam buku-buku akaun. Kesemua rekod ini perlu
disimpan untuk tempoh masa tujuh tahun dari akhir tahun kalendar iaitu di atas apa-apa
pendapatan perniagaan yang berkenaan. Rekod-rekod dan buku-buku akaun ini juga
perlu disimpan di tempat perniagaan itu dijalankan.

Gambar 1: Contoh rekod perniagaan

308

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Penyimpanan rekod yang teratur merupakan amalan perniagaan yang baik kerana
maklumat yang diperolehi membolehkan peniaga memantau kemajuan perniagaan
mereka. Bukan itu sahaja, peniaga perlu menyimpan rekod perniagaan sebagai satu bukti
berlakunya transaksi dalam perniagaan mereka. Bahkan, penyimpanan dan pengurusan
rekod yang baik dalam setiap transaksi perniagaan, pendapatan dan perbelanjaan dapat
membantu peniaga tersebut untuk menentukan sama ada perniagaan tersebut mencapai
keuntungan atau kerugian.

Cara penyimpanan rekod ini boleh dilakukan melalui dua kaedah, iaitu dalam
bentuk manual atau elektronik. Akan tetapi, sekiranya rekod perniagaan itu disimpan
dalam bentuk elektronik, rekod sedemikian seharusnya boleh ditukar kepada format yang
boleh dibaca bila-bila masa. Contoh dokumen-dokumen sokongan seperti invois jualan
dan belian, bil-bil tunai, penyata bank, baucer bayaran, slip bayaran masuk, keratan cek,
resit bayaran rasmi dan sebagainya perlu disimpan untuk tujuan pengesahan tuntutan atau
perbelanjaan.

Justeru itu, penyimpanan rekod yang teratur adalah penting untuk memudahkan
peniaga menguruskan hal-hal percukaiannya dengan lebih baik. Malah, ia juga dapat
menyelamatkan peniaga daripada dikenakan tindakan toleh Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN) apabila ia berkaitan dengan hal pencukaian. Kesimpulannya, bagi memastikan
perniagaan yang dijalankan dapat dipantau dengan baik, setiap peniaga diwajibkan untuk
mengurus dan menyimpan rekod perniagaan mereka dengan teratur dan sistematik demi
kesenangan peniaga di kemudian hari.

309

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

TECHNICAL SKILLS TO HAVE IN 2022

Muhammad Asyraf Wahi Anuar and Suhaila binti Osman
Senior Lecturer

Faculty of Information Management, UiTM Johor Branch Campus Segamat

The Covid 19 pandemic will continue to impact our lives even in 2022. It has caused a
substantial technological transformation in ICT and a significant impact on the job market
across the world. The demand for IT skills has also evolved due to technological
advancement, where new IT perspectives focus more on artificial intelligence and
automation. The IT industry has genuinely opened up with more and more individuals
working remotely, and many top technical skills are in great demand in the job market.
Several technical abilities can be taken into consideration.

Source: IT Skills (Kaushik, 2021)

310

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

1. Cybersecurity
Cybersecurity involves defending against assaults on software, networks, and systems.
Cyberattacks typically aim to gain access, alter, or destroy sensitive information and vital
systems, extort money from users, or disrupt company operations. Because security
measures are essential to IT systems and networks, the cybersecurity market has been
expanding. Companies need experts with excellent IT abilities to safeguard against
hacking, phishing, viruses, and ransomware as cybercrimes are rising. Engineers in
cybersecurity are useful in this situation. Since all businesses now have an online
presence and must protect their data, this industry is expanding.

2. UI/UX Design
Although they are two distinct fields, user interface (UI) and user experience (UX) are
frequently combined. The user interface is the point of contact between people and
machines. UI/UX designers can work in any industry where usability and the end-user
experience are essential. In the coming ten years, the number of UI/UX jobs is predicted
to increase by about 14.9% (Dice, 2022).

3. Software development
Software engineers will become increasingly important to businesses that are keeping up
with trends in the rapidly evolving IT industry. A programming language is a primary
qualification needed to become a software developer. Python and Java are two of the
most used programming languages. Learning several languages will assist software
engineers to have more opportunities and doors open when it comes to getting jobs.

311

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

4. Cloud Computing
Through the internet, cloud computing entails providing services in an on-demand access
manner. These computer services are housed at a distant data centre under the
management of cloud service providers and comprise servers, storage, software,
databases, analytics, networking, and intelligence. Employing cloud services allows
businesses to operate more cheaply, manage infrastructure more effectively, and scale
their digital infrastructure to meet changing business requirements.

5. Mobile Application Development
More individuals worldwide are utilizing mobile apps daily due to the surge in smartphone
usage. Because the industry is expanding rapidly, it has become challenging to locate
mobile app developers in many nations. 90% of people in industrialized nations now own
a mobile phone. Therefore, many businesses are investing in applications and require
employees with strong technical abilities to help them stand out from the competition.

6. DevOps
Combining software development (Dev) and IT operations (Ops) using DevOps principles,
cultural beliefs, and tools improve an organization's capacity for timely application and
service delivery. The development and operations teams collaborate under the DevOps
concept. For instance, the same engineering team is responsible for all phases of the
lifecycle of an application, including planning, development, deployment, and testing.
Coding, scripting, Linux, UNIX, Git, and Jenkins, as well as solid communication and
problem-solving abilities, are among the top IT talents required for this position.

References

Dice (2022) 3 Must-Have Skills to Help UX/UI Designers Stand Out.
Kaushik, N. (2021) 5 IT skills for professionals to thrive, TechGig.

312

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

INDIGO: KENALI SIMPTOMNYA DI KALANGAN ANAK ANDA

Nor Diana binti Abd Rahman
Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Konsep Indigo telah diperkenalkan sejak dari tahun 1970-an oleh Nancy Ann Tappe
dalam bukunya yang bertajuk Understanding Your Life through Color yang diterbitkan pada
tahun 1982. Buku tersebut ditulis berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai anak indigo
dan beliau sendiri telah menggelarkan dirinya sebagai orang biasa yang memiliki kebolehan
luar biasa. Untuk makluman, indigo adalah warna antara warna biru dan ungu.

Sebenarnya beliau telah memulakan kajian mengenai isu ini sejak dari tahun 1960-
an lagi dengan dapatan bahawa anak yang dilahirkan dengan aura indigo telah menjadikan
mereka berbeza daripada manusia yang lain. Meskipun tidak ada pembuktian atau
penelitian ilmiah berkenaan ciri ciri yang tepat untuk mengenali anak anak indigo, namun
rata-rata mereka memiliki kemampuan istimewa berbanding dengan mereka yang normal.
Ini disebabkan mereka memiliki “third eye chakra” atau deria ke enam yang membolehkan
mereka mengetahui hal-hal ghaib, berkeupayaan berhubung dengan dimensi lain, peka
dengan perubahan tenaga di sekeliling mereka dan ada pula yang menyifatkan mereka
memiliki teman yang tidak mampu dilihat mata kasar.

Gambar 1: Kanak-kanak yang memiliki aura indigo

313

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Sebahagian dari mereka mempunyai kebolehan telepati dan fahaman yang lebih
popular adalah anak anak ini mempunyai empati yang lebih tinggi serta lebih kreatif daripada
kanak-kanak seusia mereka. Namun begitu setiap kanak-kanak jarang memiliki kesemua
ciri-ciri yang dinyatakan. Menurut Nancy Ann Tappe lagi, personaliti anak indigo boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu humanists, artists, conceptualists, catalysts.

Pendapat dan kajian ini semakin popular pada tahun 1998 apabila buku berjudul The
Indigo Children: The New Kids Have Arrived yang telah ditulis oleh Jan Tobber dan Lee
Carroll, sehingga kemuncaknya dapat dilihat pada awal 1990-an dengan adanya
penganjuran persidangan dan penghasilan buku-buku serta filem yang berkaitan dengan
anak indigo ini, antaranya ialah filem Danur: I Can See Ghosts.

Bagaimana pula kita sebagai orang dewasa terutamanya ibu bapa dapat mengenali
yang anak kita memiliki ciri ciri anak indigo? Sila lihat sifat berikut antaranya:

a. Memiliki IQ yang tinggi rata rata akan memiliki IQ atas 120 kerana mereka memiliki
pengetahuan yang luas dan sangat analitik menyebabkan mereka sering dilihat lebih
pandai dari rakan sebaya.

b. Memiliki jiwa dewasa. Pertumbuhan jiwanya sudah dibentuk sejak masih bayi
menyebabkan mereka mampu memahami dan menyelesaikan masalah orang dewasa.

c. Memiliki peraturan sendiri. Mereka tidak gemar diatur dan cenderung memberontak
kerana mereka beranggapan dirinya sudah dewasa dan perlu dilayan seperti orang
dewasa.

314

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

d. Mempunyai rasa empati yang tinggi, jiwanya halus dan sangat sensitif
e. Mempunyai keazaman yang tinggi dan sangat percaya dengan kemampuan sendiri
Mempunyai matlamat yang jelas dan tahu kenapa dia dilahirkan di atas dunia ini.
f. Tidak mudah bergaul kerana orang keliling mengganggapnya sebagai individu pelik.
g. Memiliki bentuk kepala yang lebih besar.
h. Bentuk telinga yang agak terkeluar dengan hujung telinga yang meruncing.
i. Mata yang lebih tajam.
j. Ada tanda kelahiran seperti lebam atau putih pada tubuh

Menjadi anak indigo bukan lah satu pilihan, melainkan ia adalah sebuah takdir yang
harus diterima. Namun begitu, kajian menunjukkan sesetengah mereka hanya memiliki ciri
tersebut sewaktu kanak-kanak dan hilang apabila meningkat dewasa. Manakala
sebahagiannya memiliki ciri-ciri ini sepanjang hidup mereka. Kepada ibubapa yang memiliki
anak indigo dinasihatkan untuk membuat bacaan dan kajian berkenaan perkara ini dengan
lebih banyak supaya boleh memahami dan mendidik mereka dengan lebih baik kerana
memiliki mereka adalah sesuatu yang normal.

315

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

LITERASI MAKLUMAT DALAM DUNIA PENDIDIKAN DIGITAL

Nurhafizah Azizan, Suhaila Osman & Aflah Isa
Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Kerencatan pembelajaran seramai 1.6 bilion pelajar di 160 buah negara
melibatkan negara yang berpendapatan tinggi mahupun berpendapatan rendah telah
dilaporkan, akibat serangan pandemik COVID-19 (De Giusti, 2020). Dengan itu, ianya
menjadikan penduduk diseluruh dunia bergantung kepada penggunaan teknologi digital.
Bagi sektor pendidikan, desakan keatas kerangka tindakan UNESCO 2020 COVID-19
Educational Disruption and Response telah dilaksanakan termasuk Malaysia. Hasilnya,
pendidik dengan secara kreatifnya perlu menggunakan aplikasi digital dalam
menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi memastikan
kelangsungan sistem pendidikan tidak tersekat.

Di Malaysia, penerapan kepada pengetahuan ICT telah diperkenalkan bermula
dari sekolah rendah, menengah sehingga ke institute pengajian tinggi, dan ia bertumpu
kepada penggunaan dan perisian komputer. Namun, ianya tidak menjurus kepada
penggunaan aplikasi digital dan web. Tambahan pula, dengan anjakan drastik kepada
perubahan kaedah P&P, ia telah mencetuskan kebimbingan pendidik berkenaan kualilti
hasil tugasan pelajar yang boleh menyebabkan berlaku pelanggaran kepada etika
penulisan. Terdapat segelintir pelajar yang hanya menyalin dan menampal hasil kerja
individu lain tanpa mengetahui ianya menyalahi etika demi menyiapkan tugasan yang
diberikan. Bahkan, interaksi tanpa sempadan turut mengundang kegusaran sementelah
pelajar ini turut terdedah dengan laman sesawang yang tidak selamat bahkan menyalahi
undang-undang tanpa disedari.

316

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Menyedari hakikat ini, penguasaan kepada literasi maklumat perlu diperkukuhkan
dan diperhalusi terutama melibatkan sumber digital. Penguasaan literasi maklumat perlu
dikuasai bermula diperingkat sekolah rendah bagi mengelakkan pelajar yang terhasil
adalah berkualiti dan bijak literasi. Antara elemen yang wajar diajar oleh pendidik adalah
jenis sumber maklumat, teknik pencarian, pengunaan sitasi dan etika penggunaan sumber
digital. Dari perspektif pendidik, kesiapsiagaan dalam mengharungi pembelajaran abad ke-
21 dapat mudah dizahirkan dan diterapkan.

Sehingga kini, lonjakan kes wabak tidak hanya kepada COVID-19, malahan
Influenza dan cacar monyet mula berleluasa. Dengan itu, kaedah P&P secara dalam talian
akan berterusan dan penguasaan terhadap literasi maklumat harus diperkasakan
dikalangan warga Malaysia agar menjadi warga bijak literasi maklumat.

Gambar 1: Pengajaran dan pembelajaran secara atas
talian

RUJUKAN

De Giusti, A. (2020). Policy Brief: Education during COVID-19 and beyond. Revista
iberoamericana de tecnología en educación y Educación En Tecnología, 26, e12.
https://doi.org/10.24215/18509959.26.e12

Agir, N., & Mohd Matore, M. E. E. (2022). Literasi dan kewarganegaraan digital: konsep dan
strategi implementasi dalam pendidikan di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences
and Humanities (MJSSH), 7(3), e001367. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1367
317

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

MANFAATKAN MEDIA SOSIAL SEBAGAI PLATFORM PERKONGSIAN DAN
PENYEBARAN ILMU

Siti Noorsiah Jamaludin
Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Dengan perkembangan teknologi dan revolusi komunikasi yang kian pesat,
menjadikan akses kepada maklumat semakin mudah dan sentiasa dihujung jari.
Ditambah pula dengan perkembangan media sosial dan kecanggihan media yang
interaktif, platform media seperti Facebook, Instagram, Twitter, YouTube, dan TikTok
bukan sekadar medium dalam pembentukan interaksi dan jaringan sosial malah
menjadi ‘trend’ perkongsian and penyebaran maklumat yang cukup pantas secara
global. Gabungan kecanggihan teknologi dan komukasi interaktif ini, menjadikan
platform media sosial semakin dominan dan memperlihatkan orang ramai kini
menggunakannya secara maksimum.

Kini, dengan ledakan teknologi yang pesat, kebanyakan platform media sosial
berkembang dengan ciri-ciri konvergans yang menggabungkan penstriman langsung
(live streaming), realiti tambahan (augmented reality), fungsi beli-belah, fungsi audio
sosial dan banyak lagi. Dapat dilihat platform sosial media kini menyatukan semua
elemen komunikasi (seperti lisan, tulisan, visual, data dan bunyi) dan telekomukasi
(rangkaian digital, capaian global, dan interaktiviti) sebagai satu platform yang
membezakan hasil media baru ini lebih dominan dan extensiveness berbanding dengan
media tradisional (seperti media cetak, media elektronik, media siaran dan media
interpersonal lain). Semakin banyak elemen yang boleh dilakukan oleh platform media
sosial ini, semakin mudah ia mempengaruhi penggunanya kerana ianya dianggap
relevan dan boleh diterima umum.

318

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Maka, tidak hairanlah media sosial kini digunakan sebagai platform penulisan bebas,
ruang untuk menyampaikan pendapat, dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Bukan itu
sahaja, bagi yang kreatif, platform media sosial juga boleh dijadikan hiburan dan bahan
jenaka untuk meningkatkan rangkaian maya. Apa yang lebih menarik adalah liputi media
sosial ini bukan sahaja memberi pendedahan dalam negara, malah liputi luar negara juga.
Dalam konteks media sosial, setiap individu mempunyai peluang dan ruang untuk
menyampaikan apa sahaja pandangan dan informasi dalam pelbagai bentuk penyampaian
tanpa had dan skop malah maklumat dapat disebarkan dalam tempoh yang singkat dan real-
time. Maka, adalah suatu kerugian sekiranya kecanggihan media sosial ini tidak
dimanfaatkan oleh setiap generasi kerana penyampaian maklumat di platform ini biasanya
berbentuk santai dan mudah difahami.

Namun begitu, tidak dinafikan juga bahawa media sosial ini juga boleh menjadi
platform sindiran dan hasutan serta pengaruh perkara-perkara yang negatif. Tanpa kita
sedari, perkongsian negatif ini juga sedikit sebanyak mempengaruhi minda dan perspektif
kita yang akhirnya memberi kesan buruk kepada pemikiran, fizikal dan budaya kita. Antara
perkara yang mungkin berlaku dalam kehidupan seseorang akibat pengaruh media sosial ini
adalah kemurungan dan kebimbangan (akibat membandingkan kebahagiaan dan realiti
kehidupan orang lain), buli siber, ketagihan, dan jangkaan yang tidak realistik (seperti
memaparkan kehidupan yang serba-serbinya sempurna). Namun, kitalah yang memutuskan
samada untuk memilih aspek yang baik atau yang buruk di media sosial.

319

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Gambar 1: Jenis media sosial
Akhir kata, perlu difahami bahawa media sosial ini dapat memberi kesan yang
positif dan ianya juga mempunyai jalur kelemahannya yang memberi kesan yang negatif
kepada penggunanya. Semoga kita dapat memanfaatkan platform media sosial ini
dengan cara yang baik dan beretika. Sebagai pengguna, kita perlulah bijak dalam menilai
setiap maklumat yang diperolehi. Malah, apa sahaja pengkongsian dan maklumat yang
diterima di media sosial perlulah diselidiki dan ditapis agar ianya menjadi sesuatu yang
boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan membentuk sikap yang positif, bukan
menerima bulat-bulat yang mengundang kepada persepktif dan perbuatan yang negatif
(seperti maki hamun, menokok tambah fakta, menghasut, dan menfitnah). Jadilah
pengguna media sosial yang beretika, berilmu dan menyebarkan kebaikan.

320

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PESONA SENIWATI HAJAH MAIMUNAH BINTI HAJI AHMAD DALAM
DUNIA SENI TANAH AIR

Nor Diana bte Abd Rahman
Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Hajah Maimunah binti Haji Ahmad atau dikenali sebagai Mak Jah lahir pada 22
April 1948 di Kampung Sungai Jai, Beranang, Selangor. Beliau yang kini berusia 74
tahun merupakan pelakon wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam bidang lakonan
filem dan drama. Memulakan kerjayanya pada tahun 1970an sebagai jurusolek di Radio
Televisyen Malaysia (RTM) selain terlibat dengan kerja kerja di belakang tabir set
penggambaran sebagai penjaga pakaian pelakon dan alatan (prop) penggambaran.

Menyorot kembali zaman silamnya, pelakon yang yang mesra dengan panggilan
Mak Jah, mula meminati bidang lakonan apabila mendengar drama yang diputar di
corong radio. Kemiskinan keluarga menyebabkan tidak mampu membeli radio, justeru
itu beliau akan menyorok di bawah rumah jiran bagi mencuri dengar drama radio
tersebut. Bermula dari mengikuti drama radio tersebutlah dia mula minat berlakon dan
menyanyi dan sering mengambil bahagian dalam acara pentas yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.

Penglibatan beliau di sebalik tabir set penggambaran umpama orang mengantuk
disorongkan bantal apatah lagi beliau pernah menjadi bidan terjun bagi menggantikan
pelakon yang gagal hadir diri ke set penggambaran. Bertitik tolak dari insiden tersebut
maka bermulalah perjalanan beliau sebagai pelakon. Minat beliau telah mendapat
dorongan dari pengarah Mat London atau nama sebenarnya Ahmad bin Ibrahim,
pengarah arwah Mat Arip serta seniwati arwah Normadiah.

321

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Mak Jah memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 1978 pada usia 30 tahun
namun penglibatannya secara aktif bermula pada tahun 1987 menerusi drama Sri
Panggung terbitan Serangkai Filem bersama pelakon Jalil Hamid, Fadhil Dani, Liza Rafar
dan Ebby Yus . Sejak itu, beliau telah membintangi lebih daripada 100 buah drama dan
menjayakan berpuluh buah filem antaranya Mami Jarum, Lady Boss, Hingga Hujung
Nyawa, Volkswagen Kuning, Jutawan Fakir, Sara, Bujang Senang dan Cinta Fotokopi.
Beliau turut terkenal dengan membintangi beberapa drama televisyen seperti Fatimah
Juling, Halimah Jongang dan Awan Dania. Selain berlakon drama dan filem, Mak Jah juga
mempunyai bakat dalam nyanyian. Beliau pernah merakamkan album berjudul
“Kenanganku” yang diterbitkan oleh S. Atan pada tahun 2016. Namun begitu album ini
kurang mendapat sambutan dan hanya diketahui oleh peminat Mak Jah sahaja.

Pada tahun sama, Mak Jah telah melalui satu episod duka apabila disahkan
mengidap kanser rahim tahap 4 menyebabkan beliau menggadaikan barang kemasnya
bagi membiayai kos rawatan yang menelan puluhan ribu ringgit. Beliau sangat berterima
kasih kepada Zeel Production milik pelakon dan pengarah Che Ta yang telah membiayai
sebahagian dari kos rawatannya disamping menawarkan banyak peluang berlakon bagi
membolehkannya memperoleh pendapatan untuk menyara hidup dan mendapatkan
rawatan. Penyakitnya pulih hasil rawatan yang diterima selain berkat doanya ketika
menunaikan umrah pada tahun 2017.Kini, Mak Jah yang merupakan ibu kepada tiga anak
ini mempunyai sebelas cucu dan tiga cicit masih lagi menerima tawaran berlakon. Beliau
yang juga penerima bantuan Baitul Mal sebanyak RM400 masih lagi aktif dengan
pelbagai aktiviti seni anjuran Persatuan Seniman atau Yayasan Artis Veteran Malaysia.

Gambar 1: Hajah
Maimunah binti Haji Ahmad

322

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

TADARUS: CARA MUDAH PERBAIKI BACAAN AL QURAN

Nor Diana bte Abd Rahman, Norizan bte Othman, Hairiani bte A. Hamid, Nur Diana
bte Zamani

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat
Akademik Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat
Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Al Quran merupakan mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad SAW yang
diturunkan pada malam Jumaat ,17 Ramadhan tahun ke 41 oleh malaikat Jibrail ketika
baginda sedang bermunajat di Gua Hira. Peristiwa tersebut dikenali sebagai Nuzul Quran. Al
Quran adalah bacaan sepanjang zaman oleh umat Islam, kebaikan dan kelebihan membaca
Al Quran telah disebut didalam firman Allah SWT :

“Dengan Al-Quran itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan
kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari

gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan
dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus”.
(Surah Al-Maidah, ayat 16)

Umum sedia maklum bahawa hukum mempelajari Al Quran adalah Fardhu Ain, iaitu
ianya menjadi kewajipan kepada setiap individu muslim. Namun begitu, kajian yang
dijalankan pada tahun 2021 menyatakan hanya 50 peratus sahaja umat Islam di Malaysia
memiliki Al-Quran, dan hanya 5 peratus membacanya dan 1 peratus lagi membaca tafsiran
sahaja. Manakala 95 peratus umat Islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji
untuk mendalami ilmu agama tersebut.

323

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Dalam era teknologi masa kini, belajar mengaji untuk memperbaiki bacaan Al
Quran bukanlah menjadi isu besar dengan adanya pelbagai rancangan mengaji Al
Quran secara interaktif melalui televisyen dimana guru boleh menyemak bacaan setiap
peserta. Selain itu medium atas talian melalui Google Meet atau Webex juga seringkali
digunakan untuk belajar mengaji terutamanya semasa wabak Covid19. Namun begitu,
belajar mengaji secara bertadarus dilihat lebih berkesan. Tadarus adalah mempelajari
al-Quran secara bersemuka iaitu seorang membaca dan yang lain mendengar,
menyemak dan seterusnya membetulkan bacaan. Walaupun tadarus lebih terkenal
pada bulan Ramadhan, namun begitu amalannya boleh dipaktikkan pada bulan-bulan
yang lain samada di rumah mahupun di pejabat pada waktu rehat. Walaupun kaedah ini
dilihat lebih tradisional, tetapi ia sangat bagus dan berkesan untuk menyemak sebutan
atau makhraj dan tajwid di dalam bacaan setiap individu dan kaedah ini adalah
bertepatan dengan perintah Allah SWT menerusi Surah al-Muzammil, ayat 4 yang
bermaksud: “…dan bacalah al-Quran dengan tartil.” Tambahan pula, bertadarus melatih
kita untuk beristiqamah untuk meneruskan bacaan Al Quran.

Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca
satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan”. Manakala bagi
mereka yang masih kurang lancar samada dari segi tajwid dan sebutan huruf atau
makhrajnya, jangan bimbang, teruskan membaca al-Quran kerana Nabi SAW
memberikan motivasi dengan menyatakan, golongan itu akan mendapat dua kali pahala
berbanding orang yang lancar. Aisyah menyatakan, Rasulullah SAW bersabda
bermaksud: “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan
betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang
yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan
mendapat dua pahala.” (Sahih Bukhari dan Muslim). Ulama menyatakan, dua pahala
yang diperoleh itu, satu untuk bacaannya manakala satu pahala lagi kesusahannya
ketika berusaha memperbaiki bacaannya.

324

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Nabi SAW memerintahkan kita sebagai umatnya agar rajin membaca dan mempelajari
Al Quran, sebagaimana di dalam sabda baginda SAW: Bacalah Al-Qur`ân, kerana ia akan
datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi orang yang membacanya. [HR
Muslim]. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya
yang mencintai dan melazimi dalam membaca al-Quran serta beramal dengan apa yang
terdapat di dalam kitab-Nya.

Gambar 1: Membaca Al- Quran di pejabat

325

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PALSI SEREBRUM: APA ITU?

Muhamad Ismail Pahmi, Ros Hasri Ahmad, Shafiee Md Tarmudi, Siti Farrah
Shahwir & Siti Masnah Saringat

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat
Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Fakulti Perakaunan, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Mungkin ramai di antara kita yang masih tercari-cari apakah sebenarnya ‘penyakit’
palsi serebrum. Dalam kebanyakan situasi, masalah perkembangan ini selalunya disebut
sebagai Cerebral Palsy atau ringkasnya CP. Ia merujuk kepada ketidakupayaan seseorang
mengawal pergerakan otot yang terjejas berikutan kerosakan otak ketika dalam
kandungan, semasa lahir atau selepas kelahiran.

Palsi Serebrum atau Cerebral Palsy (CP) adalah keadaan di mana berlakunya
gangguan terhadap kemampuan dalam mengawal pergerakan dan koordinasi tubuh badan.
Gangguan ini berlaku disebabkan oleh adanya kerosakan atau perkembangan yang
abnormal pada otak dan ianya boleh berlaku sama ada semasa bayi masih dalam
kandungan, sewaktu lahir atau selepas kelahiran. CP merupakan sejenis penyakit neurologi
yang tidak bersifat progresif iaitu semakin memburuk. Sebanyak 1 hingga 2 bilangan
daripada 1,000 bayi mengalami CP, dan 10 kali lebih tinggi berlaku pada bayi pramatang.
CP juga kerap terjadi pada bayi yang tidak cukup berat badan semasa lahir.

Gambar 1: Palsi Serebrum atau Cerebral
Palsy (CP)

326

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Kanak-kanak yang menghidapi CP akan mempunyai kesukaran dalam mengawal
postur, pergerakan & keseimbangan tubuh badan disebabkan oleh terdapatnya gangguan
terhadap kebolehan dalam mengawal pergerakan otot. Mereka juga mempunyai peluang
yang terhad untuk bermain, meneroka persekitaran dan aktif secara fizikal akibat daripada
masalah tersebut. Sekalipun kerosakan otak yang dihidapi itu tidak akan bertambah teruk,
ia juga tidak akan sembuh buat selama-lamanya. Individu ini akan mengalami
ketidakupayaan sepanjang hidup kerana masalah pergerakan. Mereka bukan saja sukar
berjalan, menguruskan diri, makan, menulis dan mencapai sesuatu, bahkan sulit untuk
tersenyum.

Terdapat beberapa 4 faktor penyebab kecederaan otak yang kebiasaannya berlaku
kepada pesakit CP. Kebiasaannya berlaku disebabkan oleh kecederaan otak yang terjadi
sewaktu bayi yang masih dalam kandungan atau sewaktu proses bersalin. Ada juga
kecederaan tersebut berlaku ketika bayi baru lahir atau pun anak berumur kurang dari 5
tahun. Namun kebanyakan kes CP yang berlaku masih belum diketahui puncanya.
Berdasarkan kajian, 10-15% kes CP terjadi akibat daripada kecederaan yang berlaku
semasa proses melahirkan dan disebabkan oleh kekurangan aliran darah ke otak
sebelum, semasa dan setelah bayi lahir. Bayi pramatang berisiko tinggi untuk mengalami
CP, kerana saluran darah ke otak yang belum cukup berkembang dengan sempurna dan
mudah untuk mengalami perdarahan. Hal ini akan menyebabkan aliran oksigen ke otak
tidak mencukupi dan bukan dalam jumlah yang memadai.

Bagaimanapun, mereka yang mengalami CP ini cukup unik. Keadaan fizikal
mereka berbeza-beza dengan individu CP yang lain. Tahap ketidakupayaan mereka juga
boleh dikategorikan daripada sangat minimum hingga ke tahap yang teruk. Bagi yang
mengalami CP tahap minimum, biasanya mereka masih boleh menjalani kehidupan harian
seperti biasa tanpa bantuan orang lain, manakala individu CP tahap teruk memerlukan
bantuan serta penjagaan sepanjang hari. CP boleh dibahagi menjadi 4 jenis iaitu:

327

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Jenis Spastik (65% dari semua kes CP), otot-otot menjadi tegang dan lemah.
Penglibatan yang biasa terjadi boleh dibagikan kepada :-

a. Quadriplegia (kedua tangan dan kedua kaki)

b. Diplegia (kedua kaki)

c. Hemiplegia (tangan dan kaki pada sebelah badan)

1. Jenis Diskinetik (Koreoatetoid, 10% dari semua kes CP), otot tangan, kaki dan badan
secara spontan bergerak perlahan, menggeliat dan tidak terkawal; tetapi
kebiasaannya juga akan ada pergerakan yang kasar dan mengejang. Gangguan
emosi juga menyebabkan keadaan semakin teruk, dan pergerakan yang tidak
terkawal atau spontan akan hilang semasa kanak-kanak tidur.

2. Jenis Ataksik (5% dari semua kes CP), terdiri dari pergerakan yang seolah-olah
menggigil, langkah yang tidak betul dengan jaraj yang jauh antara kedua belah kaki,
gangguan keseimbangan yang menyebabkan pergerakan kaki dan tangan tidak
lancar.

3. Jenis Campuran (20% dari semua kes CP), merupakan gabungan dari 2 jenis di atas,
yang kerap terjadi adalah gabungan antara spastik dan diskinetik.

Anak-anak lain memerlukan terapi fizikal yang berterusan, pendidikan khas dan
selalu memerlukan bantuan dalam menjalani aktiviti harian. Pembedahan diperlukan bagi
kes yang mengalami kontraktur sendi yang semakin teruk akibat daripada kekejangan otot.
Pembedahan juga perlu dilakukan untuk memasang selang makanan dan untuk
mengendalikan refluks gastroesofageal. Kebiasaanya bergantung kepada jenis dan tahap
kondisi CP. Jika kanak-kanak mempunyai keupayaan kawalan tengkuk sebelum 9 bulan,
pusing depan ke belakang sebelum 18 bulan, duduk sebelum 24 bulan dan merangkak
sebelum 30 bulan, kanak-kanak ini kemungkinan mempunyai peluang yang tinggi untuk
berjalan tanpa bantuan.

328

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Dari segi fisioterapi, setiap rawatan akan dimulakan dengan pemeriksaan rapi bagi
mengenal pasti punca masalah yang berlaku. Untuk kes seperti ini, rawatan yang
dilakukan adalah berfokus mencapai tahap keupayaan yang optimum yang mampu
dilakukan oleh kanak kanak tersebut. Terdapat banyak agensi kerajaan dan NGO yang
memberi perkhidmatan penjagaan, pembelajaran dan pemulihan kepada kanak-kanak
Cerebral Palsy di Malaysia. Antaranya:

1. Pusat-pusat pemulihan dalam komuniti (PDK) yang terdapat diserata Malaysia.
Hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat setempat untuk maklumat lanjut.

2. The Cerebral Palsy (Spastic) Children’s Association of Penang, 425, Jalan Masjid
Negeri, 11600 Penang, Malaysia.

3. Spastic Children’s Association of Johor, 138, Jalan Dato Menteri, 80100 Johor Bahru.

4. Spastic Children Association of Selangor and Federal Territory (SCASFT), 14, Lorong
Utara, PO Box 48,46700, Petaling Jaya.

5. Persatuan Kebajikan Bagi Kanak-Kanak Cerebral Palsy Perak (Cerebral Palsy
Children Welfare Association of Perak), C/O Kpmg, C-1-3,1st. Floor, No.2, Persiaran
Greentown 3, Greentown Business Centre, Ipoh, 30460, Kinta, Perak.

6. Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) Jalan Padang Tembak, 16100 Kota
Bharu, Kelantan.

7. Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAAPS) FR-03-02 & FR-03-03 Tamarind
Suites, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia.

8. Malaysian Advocates for Cerebral Palsy (MyCP) No 63, Taman Meru Permai, Jalan
Jambu Batu 7/KU10, Jalan Jambu Kapar, Klang, 42200, Selangor.

9. Persatuan Cerebral Palsy Bahagian Kuching Dan Samarahan (Wishesland) No.
198A, Lot 1443, Jalan Field Force, Off Jalan Batu Kawa, Kuching, 93250, Sarawak.

329

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

TAQWA ASAS PERADABAN INSANIAH

Qamarul Nazrin bin Harun
Pensyarah

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Sejak berkurun lamanya musuh-musuh Allah SWT telah mengatur pelbagai langkah dan
strategi untuk memadamkan syiar Islam di atas muka bumi Allah SWT. Selepas
kejatuhan khilafah pada 3 Mac 1924, merekalah yang mencorak dan mengatur sistem
hidup manusia. Perancangan strategik dalam mengatur sistem hidup manusia
berlandaskan hawa nafsu dan berkiblatkan iblis telah pun dibangunkan, seterusnya
memaksa seluruh manusia untuk tunduk kepada sistem hidup yang telah dicipta.

Epistemologi ilmu yang mendasari sistem hidup manusia seperti politik, ekonomi,
pendidikan, sosial dan sebagainya; akhirnya membawa kepada suatu tujuan yang sama
iaitu untuk mengangkat hak kebebasan manusia tanpa keterikatan dengan Tuhan. Atau
dengan erti kata yang lain, menjadikan manusia itu sendiri sebagai tuhan atau lebih
hebat dari Tuhan. Umat Islam seakan-akan terjerat dan tidak ada pilihan lain selain
mengadaptasi (sistem yang telah dipasak dalam segala aspek kehidupan) dengan nilai-
nilai Islam. Kesannya, kekuatan Ummah tidak dapat dibangunkan dengan sempurna
disebabkan hakikat umat Islam itu sendiri terperangkap dalam sistem hidup yang
didasari dengan kebatilan.

Kesan daripada sistem hidup manusia yang dipelopori hizbu syaitan ini, hari demi hari,
kehidupan manusia menjadi semakin huru hara. Atas nama kebebasan, manusia
semakin berani mengubah fitrah hidup mereka. Normalisasi dosa semakin digalakkan
sehingga terasa seperti suatu yang biasa. Nasib umat Islam pula semakin parah apabila
berlakunya penindasan demi penindasan sehingga sebahagian umat Islam menjadi
tawanan di tanah air mereka sendiri. Wujud ke-tidak-harmonian dalam kehidupan
manusia dan umat Islam pula khususnya seolah-olah hilang punca untuk menegakkan
kembali syiar Islam.

Di manakah silapnya? Dan apa pula solusinya? Melihat kembali sejarah kebangkitan
umat Islam suatu ketika dahulu, mereka pernah mentadbir dunia, segala aspek dalam
sistem hidup manusia berada dalam genggaman mereka. Peradaban yang kuat telah
terbina sehingga dua per tiga dunia tunduk di bawah penguasaan mereka. Mahu tidak
mahu, sistem hidup taghut perlu diruntuhkan dan peradaban Insaniah wajib
dibangunkan.

330

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Hari ini, setelah hampir 100 tahun kejatuhan khilafah, maka pada tahun 2024 genaplah
seratus tahun (miawiyyah) yang pertama. Umat Islam berada di persimpangan samada
berusaha untuk membangunkan sistem hidup yang baru atau terus tetap berada dalam
sistem hidup sedia ada. Umat Islam seharusnya menilai dan muhasabah kembali apa
yang perlu dilakukan untuk menempuh miawiyyah yang ke dua untuk tempoh 100
mendatang. Pertembungan antara haq dan batil yang berlaku sejak azali telah
memenangkan kebatilan pada 100 tahun yang pertama ini, adakah umat Islam dapat
menyusun langkah startegik demi kebangkitan umat untuk 100 tahun yang kedua?
Persoalan ini perlu dijawab oleh seluruh umat Islam yang cintakan kebenaran dan ingin
menyempurnakan tugas khalifah di atas muka bumi ini. Sistem hidup yang
menundukkan manusia kepada manusia wajib diganti dengan sistem hidup baru yang
menundukkan manusia secara total hanya kepada Allah SWT.

Peradaban Insaniah yang menjadikan manusia sebagai manusia (dengan ketundukan
kepada tauhid Allah SWT) serta meliputi keseluruhan aspek kehidupan manusia yang
syumul perlu dilakar dengan penuh teliti dan strategik, bermula daripada menafsirkan
kembali erti peradaban insan dan epistemilogi ilmu terhadap seluruh sistem hidup
manusia. Seterusnya melalui pengembangan pelbagai institusi yang menggarap dan
memimpin pandangan umum yang akan dapat mendorong manusia untuk tunduk
kepada keesaan Allah SWT. Akhirnya berkembang menjadi sebuah Tamadun Ilmu dan
Peradaban Insaniah yang kuat dan berdaulat.

Untuk mewujudkan model sistem hidup manusia yang melangkaui sistem hidup sedia
ada seakan-akan suatu yang mustahil untuk dilaksanakan, oleh kerana umat Islam
secara realitinya sedang hidup di dalam sistem kehidupan yang sedia ada sejak awal
kehidupan mereka. Di sini, umat Islam amat memerlukan bantuan daripada Allah SWT
dalam bentuk ilham (petunjuk dari Allah SWT) untuk keluar dan mewujudkan suatu
bentuk sistem yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ilham atau
petunjuk dari Allah SWT boleh hadir apabila manusia memiliki keimanan yang utuh dan
hati yang suci. Kesucian hati pula merupakan manifestasi ketaqwaan manusia kepada
Allah SWT. Rasulullah SAW pernah bersabda daripada hadis yang diriwayatkan oleh
Muslim dan Abu Hurairah yang bermaksud: “Taqwa itu di sini”. Di mana Baginda SAW
mengucapkan sabdanya sambil menunjukkan ke dadanya tiga kali.

331

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Dalam suatu kisah yang diceritakan oleh Imam Ibnu Khathir di dalam tafsirnya pula, ada
membawakan dialog antara Saidina Ubai bin Ka’ab yang menerangkan erti taqwa
kepada Saidina Umar al Khattab yang membawa maksud taqwa seperti seorang yang
melalui lorong berduri dengan penuh bersungguh-sungguh dan berhati-hati.
Andai dunia seperti sebuah hamparan dan mereka memasak sistem hidup yang penuh
berduri, orang-orang bertaqwa akan berjalan dengan penuh berhati-hati dan mencabut
duri-duri tersebut agar seluruh umat manusia boleh lalui hamparan kehidupan dengan
aman, bahagia dan tayibah.
Daripadanya, maka terdirilah sebuah Peradaban Insaniah yang memberikan kebahagian
kepada manusia dan terzahirlah nilai rahmatan lil alamin di atas muka bumi ini.
Ketaqwaan manusia kepada Allah untuk membina Peradaban Insaniah akan membuka
ruang pertolongan daripada arah yang tidak disangka-sangka seperti dalam firmannya:

‫ﱠوﯾَ ْر ُز ْﻗﮫُ ِﻣ ْن َﺣ ْﯾ ُث َﻻ ﯾَ ْﺣﺗَ ِﺳ ۗ ُب َو َﻣ ْن ﱠﯾﺗَ َو ﱠﻛ ْل َﻋ َﻠﻰ ﱣ ِ� َﻓ ُﮭ َو َﺣ ْﺳﺑُ ٗﮫ ۗ◌اِ ﱠن ﱣ َ� ﺑَﺎ ِﻟ ُﻎ اَ ْﻣ ِر ٖۗه َﻗ ْد َﺟ َﻌ َل ﱣ�ُ ِﻟ ُﻛ ِّل َﺷ ْﻲ ٍء َﻗ ْد ًرا‬
“...dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan
barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan
ketentuan bagi setiap sesuatu.” [At-Talaq: 3]
Pengajaran penting untuk direnungi dalam usaha untuk membina kekuatan umat Islam
adalah bermula daripada ketaqwaan kepada Allah SWT. Tidakkah kita lupa dengan
sabda Rasulullah SAW berkaitan pembukaan kota Constantinople yang bermaksud:
“Sesungguhnya Constantinople akan ditakluki. Maka sebaik-baik pemimpin adalah
pemimpinnya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya dan yang akan menakluknya.”;
Baik dalam erti ketinggian ketaqwaan kepada Allah SWT, akhirnya menjadi asas
terbinanya peradaban yang kuat, seterusnya dapat membebaskan belenggu hidup
manusia daripada ketundukan manusia kepada manusia kepada ketundukan manusia
kepada Allah SWT. Dan di situlah lahirnya sebuah kehidupan yang sempurna dan
bahagia di dunia dan di akhirat.

332

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

INOVASI MENONGKAH KEPESATAN DUNIA
Azura Abdul Jamil @ Kamarudzzaman
Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat

Setiap individu mempunyai kecenderungan dan minat berbeza. Ada individu yang gemar
melakukan penyelidikan ilmiah, ada yang gemar untuk menulis dan tidak kurang juga ada
yang lebih senang untuk berkreativiti dengan cara yang tersendiri. Kreativiti akan
mencetuskan idea yang kreatif. Cetusan idea kreatif akan membangunkan pemikiran
yang kritis dan inovatif untuk mencipta dan mewujudkan sesuatu perubahan baharu,
mantap dan mampu berdaya saing.

Secara asasnya, kreativiti adalah suatu kebolehan atau keupayaan untuk mencipta,
mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baharu dan asli dengan mempelopori daya
imaginasi yang tinggi, tumpuan kepada penerokaan baharu, serta berkebolehan
membina hubungan baharu terhadap input terdahulu dan semasa.

Berkreativiti akan menghasilkan inovasi. Inovasi adalah idea atau cara untuk menambah
baik proses atau cara lama supaya lebih efektif dan berkesan atau lebih menarik. Melalui
inovasi, minda kreatif dan daya imaginasi tinggi akan digunakan. Kedua-dua elemen ini
sangat diperlukan untuk menghasilkan inovasi yang berimpak tinggi serta memberikan
solusi kepada masalah-masalah yang wujud.

Inovasi wajar dianggap sebagai pemangkin kepada peningkatan produktiviti pekerja dan
prestasi organisasi. Penghasilan inovasi dalam pelbagai bidang seperti perindustrian,
pendidikan, perniagaan, penyampaian perkhidmatan berkesan dan sebagainya akan
memberi satu anjakan paradigma kepada sesuatu pembangunan dan kemajuan Negara.

Di Malaysia, banyak pertandingan-pertandingan inovasi telah dianjurkan oleh pelbagai
pihak. Ini telah membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk mengetengahkan inovasi
mereka. Inovasi yang terhasil daripada pertandingan ini biasanya sudah melalui suatu
proses yang panjang serta lebih matang.

Berdasarkan prinsip Tahap Ketersediaan Teknologi (TRL),
kematangan sesuatu produk inovasi boleh diukur melalui beberapa
penandaarasan seperti telah melalui beberapa fasa penyelidikan dan
kajian, pembinaan prototaip yang mampan dan kemampuan untuk
berfungsi dalam persekitaran yang sebenar.

333

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Justeru, bakat dan kemampuan pencipta dan pereka bukanlah sesuatu perkara yang
boleh dipandang enteng. Sekiranya diberi peluang dan sokongan, mereka ini adalah
setanding dengan pencipta dan pereka yang hebat di peringkat antarabangsa.

Memandang lebih jauh, inovasi juga akan membawa ke arah satu bentuk kemajuan yang
kompetitif. Penghasilan produk dan proses baharu akan membuka ruang kepada
pencipta dan pereka untuk mengkomersilkan hasil inovasi tersebut dan seterusnya
mengaut banyak keuntungan.

Kerajaan turut memberi penekanan kepada penghasilan inovasi yang berimpak tinggi dan
mampu memberi lonjakan baharu kepada pembangunan negara. Sokongan Kerajaan
dalam mengarusperdanakan inovasi telah dizahirkan melalui beberapa insentif dan dana
kerajaan, khusus untuk pembangunan inovasi dan ciptaan terkini.

Melalui usaha inovasi juga, kebergantungan kepada ciptaan import yang perlu dibayar
dengan kos yang tinggi akan dapat dikurangkan. Sehingga kini, sudah banyak produk
inovasi yang dihasilkan untuk tujuan pertandingan di Malaysia telah diangkat sebagai
projek perolehan Kerajaan serta telah digunakan secara meluas di pelbagai sektor
perindustrian, pertanian dan sebagainya. Secara tidak langsung, aliran wang Malaysia
tidak lagi mengalir ke luar dengan sewenang-wenangnya. Secara langsung, usaha ini
akan merancakkan kembali pengukuhan ekonomi negara.

Seperkara lain yang juga penting berkaitan inovasi adalah perlindungan harta intelek.
Setiap inovasi yang diusahakan perlu dilindungi secara perundangan. Ini penting supaya
cetusan inovasi tersebut tidak disalahguna oleh pihak-pihak yang cuba mengaut
keuntungan secara mudah. Melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO),
Kerajaan telah menyediakan platform yang mudah kepada pencipta dan pereka untuk
mendaftarkan inovasi mereka di bawah beberapa kapasiti harta intelek seperti hakcipta,
patent, rekabentuk industri, dan tanda dagangan. Pendaftaran harta intelek ini akan
menjamin inovasi-inovasi ini daripada sebarang bentuk penyalahgunaan yang tidak
bermoral oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesimpulannya, pengiat-penggiat inovasi perlu diberi peluang untuk
bergerak lebih aktif supaya kreativiti dan idea kreatif mereka tidak
terkubur begitu sahaja. Secara tidak langsung usaha ini juga akan
menyokong sepenuhnya hasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai
salah sebuah negara maju yang terkemuka di dunia.

334

335

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

BISIK KU PADA MALAM

Rabiatul Adawiyah binti Kamarulzaman
Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Ku Bisik.. ku risik..
Pada malam yang indah..
Pada purnama yang merindu..
Tentang apa? Tentang siapa?
Tentu tentang si pungguk yang merindu..
Tentu tentang angin yang mendayu..

Ku ratib.. ku rintih…
Pada malam yang hening..
Pada si buruj yang penuh di sana..
Tentang apa? Tentang siapa?
Tentu tentang angin yg menderu
Tentang awan berarak kencang
Membawa taufan angin lintang
Yang memenuhi setiap ruang..

Ku bisik-bisik lagi pada malam
Yang indahnya cahaya bintang
Terangnya si bulan yang mengambang

Menerangi setiap jalan
Untuk pungguk pulang ke sarang

Indahnya ciptaanMu tuhan..

Kini fajar telah menyusur
Menerangi seluruh dunia
Mentari memanasi jiwa ku kini
Dengan gah sinar terangnya
Si pelangi muncul menari

Yang kini.. aku..
Tidak perlu lagi berbisik
Tidak perlu lagi merintih
Padamu malam yang sunyi..

336

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PERANTAU

Rohayu Ahmad
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Setiap langkahanku penuh onak dan duri
Ranjau kurempuhi

Adakalanya aku kuat
Adakala aku rebah dan jatuh

Lantas ku bangkit semula
Kugagahkan

Demi perjuangan ini
Demi Ilahi

Walau apa ujian datang melanda
Tetap kuteruskan tanpa jemu
Ku sentiasa yakin
Allah sentiasa bersamaku

Aku yakin Allah sentiasa membantuku
Aku yakin Allah sentiasa memayungiku
Aku yakin Allah sentiasa menyayangiku

Syukran Ya Allah
Aku anak perantau

337

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

MENYANTUNI INSAN YANG KUCINTAI

Faten Elina Binti Kamaruddin
Pensyarah

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Seorang ibu, emak, nenek
Seorang wanita yang kental semangatnya

Menempuh liku-liku kehidupan
Hingga keusia hampir 70 tahun
Terlalu banyak cerita untuk dikongsi
Tentang perjalanan kehidupan yang dilalui
Tentang pengorbanan yang bererti
Tentang pengalaman suka duka diharungi
Seorang penyantun berbudi tinggi
Seorang pemurah senyuman menghiasi
Moga aku akan temuinya lagi

Di wajah tenangnya
Aku terpeduli

Bertuahnya badan empunya diri
Aku berbisik sendiri

Ingin aku bertuah seperti ini
Suatu waktu kelak

Aku sampai keusia ini

Doaku tersembunyi
Hanya Tuhan yang mengerti

Maksud niat di hati
Semoga sihat sejahtera
Untuk semua ibu-emak nenek
Yang pernah ku kenali.

338

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

RINDU DI DAERAH SEPI

Nor Rashidah Mohammed
Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Di daerah ini 24 Ogos 2022
Kutemui ramai insan Aku dikejutkan dengan
Berhati murni Kehilangan ibu tercinta
Saling menekuni Belum sempat aku pulang
Melandasi ukhrawi Belum sempat rindu terlerai
Namun... Qada' & Qadar telah
Di daerah ini menentukan segalanya.
Sepi tanpa si dia yang ku cintai Terasa di awang-awangan
Syukur ada keluarga di sisi menerima khabar pemergiannya
Menemani siang dan malamku di sini Perit rasanya kehilangan insan yang amat ku cinta
buat kesekian kalinya
Di daerah ini Ketentuan Allah yang wajib ku redha
Aku setia mencari rezeki
Demi sesuap nasi Luluh rasa hatiku
Untuk menggapai redha Ilahi Rasa sedih, pilu, sayu membuak-buak di dada
Menatap jasad ibu yang terbujur kaku
Dikala ini Wajahnya....
Aku teramat rindu untuk kembali Tenang dalam lena
Ke kampung halaman
Menziarahi ibu tercinta Ya Allah
Khabarnya terlantar Ampunilah dosa ibuku
Akibat penyakit yang dideritai... Permudahkanlah segala urusannya di alam sana...
Ku titipkan doa agar roh
Luluh jiwaku Almarhumah ibuku tenang dan ditempatkan
Rasa mahu terbang pulang bersama para Salihin...
Memeluk tubuh ibuku Aamiin...
Menciumnya tanpa jemu
Menemani siang dan malam Setiap yang hidup Pasti kembali kepada Maha
Malangnya masa belum membutuhku Pencipta...
untuk dapat bersamanya Terpisah roh dan jasad bila Malaikat Maut
mengharungi ujian getir dari Yang Maha Esa... mendatangi
Janji Yang Wajib dipercayai dan Pasti
Termaktub dalam hukum Ilahi

339

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PANTUN: SYUKURI NIKMAT

Muhamad Ismail Pahmi & Nurmalawati Bahrudin
Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Perang Jementah berakhir sudah
Makam tepok di Lubuk Batu
Ikrar diriku dua syahadah
Setiaku pada yang satu

Gunung Ledang seluas pemandangan
Udaranya segar yang amat
Hidup ini suatu perjalanan

Bersyukurlah dengan segala nikmat

Batu Anam sungguh indah
Orangnya semua ada bakat

Kerja itu suatu ibadah
Semoga lelah menjadi berkat

Sungai Segamat tempat berkelah
Pergi berkelah dengan si nyonya

Niat ikhlas kerana Allah
Jangan lupa perintahNya

Dari Segamat hendak ke Madinah
Selepas Madinah terus ke Kenya

Bekerja kita penuh amanah
Mencari keberkatan keredhaanNya

Ke bandar Segamat membeli sushi
Membeli sushi dengan teh tarik

Bersyukurlah kita pemberian illahi
Agar nikmat tidak ditarik

Ke Sungai Kapir pergi mencuci
Pergi mencuci luka di dahi
Kufur nikmat amat dibenci
Perbuatan cela di sisi illahi

340

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

KOLEKSI PANTUN

Faten Elina Binti Kamaruddin
Pensyarah

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

UiTM Johor aman sentosa
Indah tersergam unik bangunan
Warga UiTM senyum sentiasa
Assalamualaikum saya mulakan

Sungguh cantik bunga mawar
Lagi cantik bunga cempaka

Para pensyarah UiTM mendidik mengajar
Tidak jemu tidak terleka

Rumpun serai di tanah rata
Komuniti B40 kami raikan
Projek SDG diberi nama
Semoga bermanfaat di hari kemudian

341

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

SUATU HASRAT

Faten Elina Binti Kamaruddin
Pensyarah

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Dari jambatan besi nak kubina jambatan emas.
Dari mahligai kayu nak kubina mahligai permata.
Dari butir pasir keruh nak kugilap jadi butir berlian.
Dari kaki laut nak kutiti ke langit tujuh
Dari kaki pantai nak kuselam ke dasar laut
Dari banjaran titiwangsa nak ku gapai banjaran himalaya
Alang besar dan tinggi hasratnya
Bolehkah kucapai impian sedemikian?

Aku berangan tinggi
Setinggi langit
Aku berbicara sendiri seperti ada teman yang mendengarnya
Aku cuma bercita-cita kecil untuk meraih kesederhanaan melewati reja
usia yang ada
Aku berjiwa ihsan semampu yang dapat kuagihkan seadanya

Hasrat ini
Sedapatnya kuluahkn apa yang terbuku dan tersimpan
Kutulis hari ini seumpama pena ini bertari ikut sesuka hatiku
Kuluahkan perasaan agar biar seluruh alam mendengarnya.

Entah esok lusa lidahku kelu berbicara lagi
Keberangkalian esok tidak sempat kutarikan penaku.
Demikian aku dengan hasratku
Hingga aku mahu menulis seribu tahun lagi
Tanpa nokhtah tanpa henti

342

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PUISI KEHIDUPAN: SABAR ITU INDAH DALAM MENCARI REZEKI

Siti Hajar Baharin
Pensyarah Kanan
Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Hidup tidak semudah kata,
Kadangkala menuntut air mata

Tapi bukan alasan untuk menyerah
kalah.

Sabar itu memang pahit,
Tapi di penghujung kesabaran

Pasti ada kemanisan dan kebahagiaan
menanti.
Kerana janji Allah itu PASTI.

Kerana itu Hamka pernah berkata;

Rezeki tu bukan bermakna kamu dapat Jika kamu dapat apa yang kamu nak,
apa kamu nak. Tidak semestinya kamu boleh terus
Tapi bila kamu terima apa yang Allah bergembira.
anugerahkan. Kamu tak dapat apa kamu nak,
Tidak semestinya kamu tak boleh
Sebelum kamu terus mengeluh, bahagia.
Fahami dulu konsep rezeki.
Ada tak semestinya untung. Takdir Allah ini misteri sifatnya.
Tiada, tak semestinya rugi. Entah-entah airmata redha yang kamu
titiskan
Dalam mengharung kecewa
Itulah yang menghanyutkan kamu ke
syurgaNya.

Justeru;
Kamu hanya akan BAHAGIA
Kamu hanya akan BERSYUKUR

Jikalau kamu terima semuanya dengan
redha.

343

344


Click to View FlipBook Version