Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah
Ahmad Faiz Ghazali (Ts. Dr.), Ahmad Kamalrulzaman Othman (Ts.), Ahmad Khudzairi Khalid, Abd
Malik Mohd Rick, Azlina Jumadi, Azrina Suhaimi, Basri Badyalina (Dr.), Farah Suraya Md Nasrudin,
Harshida Hasmy, Haslenda Yusop, Kerk Lee Chang (Dr.), Masyfu’ah Mokhtar, Mazlyda Abdul
Rahman, Mohd Hafizan Musa, Mohd Hanafi Azman Ong, Mohamad Faizal Ab Jabal(Dr),
Muhammad Yassar Yusri, Muhammad Zulqarnain Hakim Abd. Jalal, Najwa Abd Ghafar, Ng Set
Foong(Dr), Noor Azrin Zainuddin, Noor Syazana Ngarisan, Nor Fauziah Abu Bakar, Nor Hidayah
Hassim, Nor Siti Khadijah Arunah, Noraisyah Abdl Aziz, Norbaiti Tukiman(Dr), Norzarina Johari, Nur
Fazrina Mohd Zamry (Dr.), Nur Huda Jaafar (Ts. Dr.), Nur Idayu Alimon(Dr), Nur Syafikah Ibrahim, Nur
Syahidah Nordin, Nurhazirah Mohamad Yunos, Nurkhairany Amyra Mokhtar (Dr.), Nurul ‘Aini Harun
(Dr.), Nurulzulaiha Sa’udah @ Suhadak, P. Siva Shamala Palaniappan (Dr.), Rashidah Mokhtar (Ts.
Dr.), Rusnani Mohamad Khalid, Shafaruniza Mahadi, Shamsatun Nahar Ahmad (Dr.), Siti Afiqah
Mohammad (Dr.), Suhanah Rosnan, Wan Nor Hafidzah Wan Mohd, Yusnita Sokman, Zuriati Ismail
Karya Akademik dan Umum
Ahmad Faiz Ghazali(Ts Dr), Ahmad Kamalrulzaman Othman(Ts), Ahmad Khudzairi Khalid, Basri
Badyalina(Dr), Ct Munnirah Niesha Mohd Shafee, Farah Suraya Md Nasrudin, Harshida Hasmy, Kerk
Lee Chang(Dr), Mazlyda Abd Rahman, Mohd Lezam Lehat, Muhammad Yassar Yusri, Muhammad
Zulqarnain Hakim Abd Jalal, Nafisah Amin @ Jamingan, Ng Set Foong(Dr), Noor Syazana Ngarisan,
Nor Fauziah Abu Bakar, Nor Hidayah Hassim, Noraisyah Abdl Aziz, Norazam Arbin (Dr), Norbaiti
Tukiman(Dr), Norzarina Johari, Nur Diana Zamani, Nur Syafikah Ibrahim, Nurfazrina Mohd Zamry(Dr),
Nurhazirah Mohamad Yunos, Nur Huda Jaafar(Ts Dr), Nur Idayu Alimon(Dr), Nur Syahidah Nordin,
Nurkhairany Amyra Mokhtar(Dr), Nurulzulaiha Sa’udah @ Suhadak, P. Siva Shamala
Palaniappan(Dr), Rashidah Mokhtar(Ts Dr), Rusnani Mohamad Khalid, Shafaruniza Mahadi(Dr), Siti
Hasma Hajar Mat Zin, Suhanah Rosnan, Wan Nor Hafidzah Wan Mohd, Yusnita Sokman,
Zamali Tarmudi (PM Dr), Zuriati Ismail
Karya Kreatif
Ahmad Kamalrulzaman Othman (Ts), Ahmad Khudzairi Khalid, Aishah Mahat, Ct Munnirah Niesha
Mohd Shafee, Harshida Hasmy, Mohd Lezam Lehat, Noor Syazana Ngarisan, P. Siva Shamala
Palaniappan (Dr), Shamsatun Nahar Ahmad(Dr), Suhanah Rosnan, Yusnita Sokman,
Zamali Tarmudi (PM Dr)
345
346
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
FSKM Prihatin
HaslendaYusop, MazlydaAbdRahman, Zuriati Ismail, TsDrNurHudaJaafar, TsDrRashidahMokhtar
Bermula semester Oktober 2021- Februari Puan Haslenda binti Yusop, hasrat murni ini telah
2022, sebahagian besar pelajar-pelajar FSKM berjaya dilunaskan pada 11 Februari 2022.
telah mula kembali ke kampus dan menjalani
pengajian secara hibrid. Pelajar-pelajar ini Kerjasama dan sumbangan yang diterima
haruslah mematuhi SOP semasa berada di adalah diluar jangkaan. Dalam tempoh 24 jam,
dalam kampus UiTM Johor, kampus Segamat. sejumlah wang yang disasarkan berjaya
Namun demikian, bagi pelajar-pelajar yang dikumpulkan. Manakala, maklumat pelajar-
dijangkiti virus Covid-19 dan juga kontak rapat, pelajar yang terlibat diperolehi melalui penasihat
mereka perlu menjalani tempoh kuarantin di kolej akademik. Terima kasih diucapkan kepada rakan
yang telah dikhaskan. Kebajikan mereka dijaga pensyarah FSKM yang turut sama membantu
sebaiknya oleh pihak pengurusan. menyumbang dana bagi menjayakan program ini.
Sehinggalah pada Februari 2022, semasa Sumbangan terkumpul yang diterima adalah
tempoh peperiksaan akhir berjalan, terdapat sebanyak RM2,153 dari kalangan pensyarah-
segelintir pelajar FSKM perlu menjalani tempoh penyarah FSKM, telah digunakan sepenuhnya
kuarantin setelah disahkan positif Covid-19 untuk menyalurkan bantuan makanan kepada
mahupun menjadi kontak rapat. Memahami 162 orang pelajar FSKM yang menjalani
kesukaran menjalani tempoh kuarantin, dalam kuarantin di Kolej Kediaman Taming Sari.
masa yang sama perlu menduduki peperiksaan Sumbangan ini telah berjaya diedarkan pada hari
akhir, timbul usaha murni dari kalangan Jumaat bertarikh 11 Februari 2022, pada lebih
pensyarah-pensyarah FSKM yang prihatin untuk kurang jam 11 pagi sehingga 12.15 tengahari
meringankan beban pelajar dengan bertempat di Foyer Kolej Kediaman Taming Sari.
menyumbang makanan (one-off) kepada pelajar-
pelajar ini. Semoga dengan sumbangan yang sedikit ini,
dapat meringankan beban pelajar-pelajar terlibat,
Diketuai oleh Puan Zuriati binti Ismail dan terima kasih juga kepada para dermawan dari
beberapa rakan pensyarah lain iaitu Puan kalangan pensyarah FSKM.
Mazlyda Abd Rahman, Ts Dr Nur Huda binti
Jaafar, Ts Dr Rashidah binti Mokhtar dan
347
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Outreach Community Program: The Future Is In You
NurulzulaihaSa’udah@Suhadak, WanNorHafidzahWanMohd, ProfesorMadyaDr. SaunahZainon, NorFauziahAbu
Bakar, Haryati Ahmad, SyedKhusairi TuanAzam, IrwanIsmail, NorHalizaHamzah, Che’ KhalilahMahmood
Ramai orang yang berjaya, bermula dengan penetapan matlamat. Namun begitu,
masih ramai pelajar termasuklah anak-anak yatim di Darul Saadah, Pertubuhan Kebajikan
Anak-Anak Yatim Islam Daerah Segamat (PKAYIS) tidak mempunyai kemahiran untuk
membentuk dan menetapkan matlamat masa hadapan. Mereka perlu diberikan pendedahan
dan kaedah tentang bagaimana untuk menetapkan matlamat yang berkesan. Sehubungan
dengan itu, Program The Future Is In You telah diadakan untuk anak-anak di PKAYIS agar
dapat membantu menetapkan matlamat mereka, dan terus fokus dan bermotivasi untuk
mencapainya. Program ini merupakan anjuran bersama di antara UiTM Cawangan Johor
dan PKAYIS.
Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada
anak-anak yatim di PKAYIS tentang kepentingan menetapkan matlamat masa hadapan dan
berkongsi kaedah penetapan matlamat yang berkesan. Disamping itu, program ini bertujuan
memberi rangsangan dan dorongan yang terbaik ke arah kejayaan pelajar serta
melaksanakan kolaborasi khidmat masyarakat di antara universiti dan pertubuhan kebajikan.
Program The Future Is In You telah dijalankan dengan jayanya pada 23 Julai 2022
bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari di Dewan Darul Saadah PKAYIS. Para
peserta terdiri daripada anak-anak yatim di peringkat sekolah rendah (Tahun 4, 5 dan 6) dan
sekolah menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5). Panel penceramah bagi program ini
ialah Encik Irwan Ismail (Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, merangkap
Ketua Unit Kepimpinan Pelajar, UiTM Cawangan Johor) dan Puan Wan Nor Hafidzah Wan
Mohd (Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Johor) serta
dibantu oleh fasilitator yang dipilih dikalangan ahli jawatankuasa program.
348
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Aktiviti yang dilaksanakan didalam program ini mencakupi aspek penetapan matlamat,
pengurusan matlamat serta kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Program dimulakan dengan slot
‘ice breaking’, diikuti dengan slot ‘Hebatnya Kami!’ (pertandingan rekabentuk struktur binaan)
dan aktiviti terakhir slot ‘Mencari Bahagia’ bersama fasilitator. Pada akhir setiap slot,
penceramah memberi rumusan dan menggalakkan para peserta untuk sama-sama berfikir
secara kreatif dan kritis. Melalui aktiviti yang dijalankan, peserta dapat memahami tentang
matlamat, usaha untuk mencapai matlamat dan pengakhiran matlamat sama ada ia sama atau
tidak bergantung kepada usaha dan tawakal dalam mencapai matlamat yang dikehendaki.
Program telah diakhiri dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah yang turut
dihadiri oleh AJK Tertinggi PKAYIS iaitu Tuan Haji Yasiran Maskom (Naib Yang DiPertua) dan
Tuan Haji Maharun Ahmad (Setiausaha Kehormat). Manakala pihak UiTM diwakili oleh
Profesor Madya Dr. Saunah Zainon (Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan
Industri dan Alumni).
349
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Pensyarah FSKM dan MyJohorGreen2U Bantu Jayakan Program
Kitar Semula Bersama Komuniti Penduduk Taman Ehsan Jaya,
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Dan SMW Environment
Sdn Bhd.
DrNorbaiti Tukiman, AhmadKhudzairi Khalid, DrNgSet Foong, NurhazirahMohamadYunos, DrNurIdayuAlimon, NorzarinaJohari
Johor Bahru, 28 Januari 2022 - Seramai telah berjaya mengumpulkan barang-barang
6 orang pensyarah Fakulti Sains Komputer buangan yang terdiri daripada kertas, botol
dan Matematik (FSKM) dan 15 orang plastik, kotak, barangan terpakai dan lain-lain
mahasiswa MyJohorGreen2u di bawah barangan kitar semula iaitu sebanyak hampir
program Duta Mahasiswa Johor (DMJ) UiTM lebih kurang 1 lori muatan 1 ton.
Kampus Pasir Gudang telah menjayakan
Program Kitar Semula di Court Bola Pada hari kejadian pula, pelbagai aktiviti
keranjang dan Padang Permainan komuniti menarik telah dijalankan antaranya taklimat
Taman Ehsan Jaya, Johor Bahru. Program ini kesedaran alam sekitar dan kitar semula,
telah mendapat kerjasama daripada syarikat cabutan bertuah dan sesi soal jawab bersama
SWM Environment Sdn Bhd selaku agensi SWM Environment Sdn Bhd. Menurut Encik
yang mengendalikan pengurusan sisa Aizad Osman selaku pegawai Eksekutif SMW
pepejal, kitar semula dan perkhidmatan Environment Sdn Bhd, Malaysia menduduki
pembersihan awam. tangga ke-130 di dunia dalam Indeks Prestasi
Alam Sekitar pada 2022.
Di samping itu, program ini turut
mendapat kerjasama dengan pihak Majlis Sementara itu, dalam pengurusan sisa
Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di bawah pepejal pula menyaksikan Malaysia berada
Unit Khidmat Masyarakat dan Ahli Majlis pada kedudukan ke-84 di dunia dengan kadar
MBJB. Program ini dijalankan bertujuan untuk kitar semulanya berada pada tangga ke-62.
memberi pendedahan dan kesedaran kepada Oleh yang demikian, sebagai usaha bersama
komuniti terhadap kebersihan alam sekitar untuk memelihara alam sekitar, beliau turut
dan pengamalan kitar semula dalam komuniti. memaklumkan agensi SMW Environment Sdn
Sebelum program ini berlangsung, pihak Bhd telah membangunkan aplikasi
urusetia program telah memaklumkan kepada KITARecycle bagi membolehkan komuniti
penduduk untuk pengumpulan bahan kitar mengumpul barangan kitar semula dan
semula dan mereka mendapat point yang boleh ditukarkan
kepada tunai daripada penyerahan barang
tersebut. Justeru amalan kitar semula dan
kebersihan perlu diterapkan dalam komuniti
bagi pemeliharaan dan kebersihan alam
sekitar.
350
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Menerusi aktiviti-aktiviti yang diadakan ini,
ternyata ia telah berjaya menarik minat seramai
hampir 50 orang warga penduduk Taman Ehsan
Jaya yang berbilang kaum iaitu Cina, Melayu
dan India untuk terlibat dan memeriahkan
pogram ini. Program ini seterusnya telah
dirasmikan oleh Encik Norizam Shah Bin Mohd
Yunus selaku Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru
yang menyambut baik dan menyokong usaha
UiTM dan penduduk Taman Ehsan Jaya
menjayakan program ini. Dalam program ini juga
pihak MyJohorGreen2U juga telah
menandatangani surat kolaborasi bersama
dengan MBJB dan SMW Environment untuk
bekerjasama menjalankan aktiviti berkenaan
dengan alam sekitar dan kitar semula selama
setahun dalam komuniti. Turut hadir sama dalam
program ini adalah Encik Muhamad Ilham Naimi
Bin Mat Daud yang menjadi wakil Yayasan
Pelajaran Johor (YPJ) iaitu Penaja utama Geran
Duta Mahasiswa Johor (DMJ).
Seusai aktiviti perasmian, taklimat, kuiz
kitar semula dan cabutan bertuah, aktiviti
diteruskan dengan acara bergotong-royong
membersihkan kawasan taman permainan dan
pungutan barangan kitar semula yang dilakukan
di kawasan perumahan Taman Ehsan Jaya.
Semua pengunjung yang hadir disarankan untuk
mengumpul sebanyak yang mungkin barangan
kitar semula di rumah masing-masing dan di
sekeliling mereka. Tujuan aktiviti ini diadakan
adalah untuk menyerahkan barangan kitar
semula tersebut kepada pihak SWM untuk
dibawa ke tempat pelupusan kitar semula.
Semoga program kitar semula terus menjadi
agenda aktiviti kemasyarakatan komuniti Taman
Ehsan Jaya dan memberi impak dalam
melestarikan alam sekitar dan memastikan
Johor bersih seperti saranan Menteri Besar
Johor yang baharu, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
351
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Program Wakaf Ilmu: Webinar Penternakan Korporat
(Ruminan & Unggas) bersama Projek Inovasi Hotel Veterinar Biovet
NurhazirahMohamadYunos, Dr. Norbaiti Tukiman, AhmadKhudzairi Khalid, NorzarinaJohari, Dr. NgSet Foong,
Dr. NurIdayuAlimonNorzarinaJohari
Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir
Gudang telah berjaya menganjurkan suatu program Wakaf Ilmu: Webinar Penternakan
Korporat (Ruminan & Unggas) bersama Projek Inovasi Hotel Veterinar Biovet pada 30 Jun
2022. Program ini telah dilaksanakan secara atas talian iaitu melalui platform Cisco Webex
dan Youtube UiTM Johor. Terdapat dua (2) tujuan utama program ini dilaksanakan.
Tujuan pertama adalah untuk berkongsi ilmu dan membantu mereka yang ingin
mengetahui dan mengusahakan bidang penternakan secara professional disamping
membantu hasrat negara dalam membentuk sebuah jaringan keselamatan sumber makanan.
Seterusnya, program ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan usaha jaringan industri
dan membuka peluang kerjasama antara UiTM Cawangan Johor bersama dengan syarikat
korporat yang berjaya seperti Biovet International Sdn Bhd. Jumlah peserta yang hadir
adalah seramai 45 orang terdiri daripada staf UiTM, 17 orang pelajar UiTM dan 5 orang
selain staf dan pelajar UiTM.
Webinar dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya moderator mempersilakan
penceramah jemputan daripada industri iaitu Tuan Syed Naufal Putra bin Syed Ja’afar,
Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Biovet International Sdn Bhd. Beliau kemudiannya
memulakan perkongsian bermula daripada latar belakang beliau dan penternakan yang
sedang dijalankan. Beliau berkongsi beberapa kelebihan bidang penternakan serta cabaran
yang bakal atau berkemungkinan dihadapi oleh para penternak. Beliau turut menekankan
bahawa antara aspek yang paling penting ialah berkenaan dengan kos utama dalam industri
penternakan. Beberapa kos perlu diambil kira untuk mengelakkan para penternak mengalami
kerugian. Antara kos yang ditekankan ialah kos pemilikan tanah, buruh, pengangkutan,
perubatan dan kesihatan ternakan. Beliau turut berkongsi beberapa contoh pengiraan kos
yang perlu dilaksanakan.
Di samping itu, teknik pemasaran juga perlu dilakukan dengan cara yang betul dan
efektif agar para penternak mengetahui siapa bakal sasaran pembeli ternakan mereka.
Beliau turut menekankan bahawa projek ternakan ini mampu membantu masyarakat dan
negara dari sudut peningkatan pengeluaran hasil ternakan negara, merancakkan industri
produk hiliran dan meningkatkan peluang eksport negara. Program inovasi
penternakan secara korporat ini mampu memberi pulangan yang besar terutamanya
kepada para peserta atau penternak yang menceburi bidang dan program inovasi Biovet ini.
352
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Webinar ini diakhiri dengan sesi soal jawab antara penceramah dan para peserta serta
ucapan terima kasih daripada moderator kepada penceramah dan para peserta yang
menyertai progam ini. Secara keseluruhannya, program ini mencapai semua objektif
pelaksanaan program dan berjalan dengan lancar.
Tuan Syed Naufal Putra bin Syed Ja’afar menyampaikan perkongsian beliau melalui Cisco
Webex dan secara langsung di Youtube UiTM Johor
Gambar penceramah bersama beberapa ahli jawatankuasa program
353
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
LAPORAN PROGRAM
“PARADISE OF MATHEMATICS” 2022
NORHIDAYAHHASSIM, DR. SITI AFIQAHMOHAMMAD, MUHAMMADZULQARNAINHAKIMABDJALAL
Pada 11 Jun 2022 yang lalu, satu program telah dianjurkan bagi pelajar- pelajar Diploma Sains
Matematik (CS143) di bawah anjuran Mathematical Science Association (MATICS) dengan
kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Akademik dan pelajar Fakulti Sains Komputer dan
Matematik (FSKM) UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Program yang dinamakan sebagai
“Paradise of Mathematics” ini berlangsung di Dewan Sri Peria, UiTM Cawangan Johor, Kampus
Segamat. Seramai 22 orang pelajar, 25 ahli jawatankuasa MATICS yang terlibat sebagai peserta dan
fasilitator dalam program ini serta 2 penasihat MATICS dan 2 tetamu dari Fakulti Sains Komputer dan
Matematik yang telah terlibat sebagai pemerhati dalam program ini.
Program ini bertujuan untuk menguji tahap penguasaan dan pengetahuan para pelajar dalam
menyelesaikan soalan-soalan yang melibatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta
merangsang para pelajar untuk menyertai pertandingan Matematik di peringkat antarabangsa.
Program ini telah berlangsung seawal 8.00 pagi dan para pelajar telah melalui dua peringkat
pusingan iaitu pusingan kelayakan dan pusingan akhir. Selepas sesi taklimat program diberikan,
pautan soalan bagi peringkat kelayakan telah diedarkan melalui platform telegram dan para peserta
diberi masa untuk menjawab selama 2 jam.
Peserta- peserta sedang tekun menjawab Pada peringkat akhir, sebanyak 8 kumpulan telah
soalan peringkat kelayakan. berjaya melayakkan diri daripada 11 kumpulan yang
terlibat dan para peserta juga telah diberikan masa
untuk menjawab selama 2 jam. Setelah masa menjawab
bagi peringkat akhir tamat, peserta dibenarkan untuk
berehat sementara proses semakan jawapan dilakukan.
Program diteruskan dengan ucapan perasmian dan
penutup program daripada En. Muhammad Hanafi Bin
Azman Ong selaku Koordinator Kursus Fakulti Sains
Komputer dan Matematik pada jam 2.00 petang.
Maklumbalas yang diperolehi daripada para pelajar Cik Nor Hidayah Binti Hassim selaku
dan tetamu yang turut serta dan bersama sepanjang penasihat program meyampaikan hadiah
program berlangsung di Dewan Sri Peria secara
keseluruhannya menzahirkan perasaan berpuas hati tempat pertama kepada kumpulan
terutamanya para peserta kerana mereka dapat Muhammad Faris dan Saiful yang telah
meluangkan masa mereka dengan mengasah kemahiran
mengira mereka. Begitu juga mereka yang teruja apabila berjaya menjadi juara program
memenangi hadiah wang yang lumayan daripada “Paradise of Mathematics”.
program ini.
354
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Aktiviti Jawatankuasa KIK, Inovasi dan EKSA, FSKM.
Apa itu EKSA???
NurSyahidahbinti Nordin, NoorAzrinbinti Zainuddin, Azlinabinti Jumadi,Ts. Dr. Rashidahbinti Mokhtar, Dr. P. SivaShamala
Pada 14 April 2022 yang lalu, Jawatankuasa KIK, Inovasi dan EKSA di bawah Fakulti Sains
Komputer dan Matematik, telah mengadakan webinar yang bertajuk “Garis Panduan
Pelaksanaan EKSA di Fakulti”. Webinar ini dijalankan pada jam 2 – 4 petang menggunakan
medium Cisco Webex. Penceramah jemputan yang telah menerangkan secara terperinci
berkaitan tajuk ini adalah Tuan Hashim bin Borham, merupakan Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Integriti Ibu Pejabat JPJ, Putrajaya. Beliau mempunyai pengalaman yang luas
berkaitan EKSA dan merupakan Champions EKSA, di Malaysian Administrative Modernisation
and Management Planning Unit (MAMPU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.
EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam, yang diterajui oleh pihak
MAMPU merupakan penjenamaan semula kepada Pelaksanaan Amalan 5S Sektor Awam
tahun 2010. Penjenamaan semula ini dilaksanakan pada tahun 2013, demi meningkatkan
kualiti dan prestasi antara agensi kerajaan, menghidupkan dan mewujudkan identiti sendiri
mengikut acuan tempatan, menunjukkan imej baru agensi sektor awam, kekal dengan
piawaian tersendiri dan memenuhi keperluan semasa melalui penjimatan tenaga dan kitar
semula.
Pelaksanaan EKSA bertujuan untuk mewujudkan
persekitaran kerja yang kondusif, meningkatkan imej
korporat, menggalakkan aktiviti kreativiti, inovasi dan
pembudayaan Amalan Hijau serta memenuhi keperluan
kepelbagaian agensi kerajaan. Di UiTM khususnya,
EKSA telah diamalkan dan dipraktikan untuk mewujudkan
persekitaran serta suasana tempat kerja yang kondusif,
selesa, kemas dan selamat. Amalan ini merupakan satu
etika yang baik yang dapat mewujudkan persekitaran
kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.
Secara tidak langsung, amalan ini akan mengurangkan
pembaziran dan efisien dari segi masa, ruang dan
seterusnya menjimatkan kos operasi.
Justeru, objektif utama webinar ini adalah untuk
memberi pendedahan kepada ahli fakulti tentang
pelaksanaan aktiviti EKSA, mempertingkatkan
pemahaman terhadap amalan EKSA yang betul dan
seterusnya memastikan setiap ahli fakulti sentiasa
mengamal dan menerapkan budaya EKSA bagi
mempertingkatkan akauntabiliti dan integriti dalam
kerjaya. Berikut dikongsikan bersama gambar semasa
webinar ini berlangsung.
355
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
DrSiti AfiqahMohammad,MuhammadYassarYusri,NorHidayahHassim,
MuhammadZulqarnainHakimAbdJalal,MohdHanafi AzmanOng
Umum mengetahui, pandemik COVID-19 sangat menduga terutamanya bagi pelajar universiti
untuk melakukan aktiviti persatuan. Tidak terkecuali, pelajar-pelajar Mathematical Science
Association (MATICS), Fakulti Sains Komputer & Matematik, UiTM Cawangan Johor, Kampus
Segamat. Kekangan demi kekangan terpaksa diharungi untuk meneruskan aktiviti walaupun secara
atas talian. Sejurus mengetahui mereka sudah dibenarkan pulang ke kampus para pelajar ini
berhadapan dengan cabaran baru pula di mana perlu menukar mod daripada melakukan aktiviti
secara atas talian kepada secara bersemuka. Justeru itu, mantan-mantan ahli jawatankuasa MATICS
dari semester-semester lepas telah dihubungi serta merta untuk berkongsi ilmu kepada mereka.
Pada 2 April 2022 yang lalu, MATICS telah mengadakan program “Boost Session” iaitu suatu
program perkongsian oleh mantan bagi pemantapan aktiviti pelajar semasa. Program ini berlangsung
di bilik-bilik kuliah Blok Usahawan. Seramai 17 ahli jawatankuasa MATICS dan 13 mantan ahli
jawantankuasa MATICS terlibat sebagai peserta. Ahli jawatankuasa dibahagikan mengikut biro
masing-masing begitu juga mantan ahli jawatankuasa dibahagikan kepada jawatan yang pernah
disandang mereka. Setelah itu, mantan-mantan ahli jawatankuasa memberikan penerangan tentang
skop tugasan secara terperinci dan berkongsi ilmu kepada ahli jawatankuasa MATICS. Sesi ini
digunakan sepenuhnya untuk mengajukan masalah yang timbul dan mantan jawatankuasa
memberikan cadangan solusi terhadap masalah tersebut.
Program diteruskan dengan slot mengimbau kenangan di mana barisan mantan jawatankuasa
MATICS berkongsi tentang pengalaman mereka ketika mengendalikan program-program yang
pernah dilakukan. Mereka juga berkongsi bagaimana mereka menangani masalah yang timbul ketika
program itu berlangsung.
Pengalaman-pengalaman mereka
memberi semangat serta idea kepada
ahli jawatankuasa untuk menjalankan
program pada masa akan datang.
Setelah itu, sesi refleksi juga dilakukan
di mana setiap peserta dikehendaki
memberikan pendapat serta
maklumbalas terhadap program ini.
Majlis diakhiri dengan ucapan mantan
penasihat, Encik Muhammad Yassar
Bin Yusri. Beliau memberikan nasihat
serta galakan kepada ahli
jawatankuasa MATICS dalam
menjayakan program yang akan
datang. Diharapkan, program ini sedikit
sebanyak dapat membantu ahli
jawatankuasa MATICS untuk terus
bersemangat membuat aktiviti demi
manfaat bersama.
356
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Moreh @ FSKM
MazlydaAbdRahman, HaslendaYusop, NajwaAbdGhafar,SuhanahRosnan, Rosnani MohamadKhalid
Moreh atau makan bersama-sama selepas solat tarawikh berjemaah di surau atau
masjid merupakan antara aktiviti yang digemari di bulan Ramadan. Selain dapat merapatkan
ukhwah di kalangan jemaah, aktiviti ini juga membuka peluang bersedekah untuk sesiapa yang
ingin melakukannya.
Ramadan tahun ini para pelajar di UiTM berada pada minggu pengkuliahan ke-2.
Memandangkan kita masih perlu berhati-hati dengan wabak Covid-19, aktiviti berkumpulan
adalah agak sukar untuk diadakan kerana perlu mengambilkira ruang dan jarak antara peserta.
Namun, ianya bukanlah halangan untuk terus tidak beraktiviti. Dengan niat untuk bersedekah di
samping merapatkan hubungan antara pensyarah dan pelajar, maka program Moreh @ FSKM
telah diadakan.
Moreh @ FSKM merupakan program sumbangan makanan dari pensyarah kepada
pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Sumbangan telah disampaikan pada hari Isnin,
25 April 2022 bersamaan 23 Ramadan 1443H di kolej-kolej kediaman pelajar selepas selesai
solat tarawikh. Sejumlah RM2052 duit sumbangan telah berjaya dikumpul dari kalangan para
pensyarah FSKM. Hasil kerjasama 5 orang pensyarah bersama 8 orang pelajar Computer
Association (COMPASS) sumbangan makanan telah dapat disampaikan kepada 513 orang
pelajar.
Program ini antara
lain bertujuan untuk
menghulurkan sumbangan
makanan kepada pelajar-
pelajar FSKM. Ini secara
tidak langsung
menunjukkan keprihatinan
pensyarah-pensyarah
FSKM terhadap para
pelajar. Diharapkan
program yang kecil ini
dapat menggembirakan
hati para pelajar di
samping merapatkan
ukhwah walaupun tidak
dapat dilaksanakan secara
kaedah kelazimannya.
Memetik salah satu ucapan penghargaan daripada pelajar yang
berbunyi “Alhamdulillah semoga semua pensyarah FSKM dimurahkan
rezeki”, sudah cukup menggembirakan hati. Semoga aktiviti seumpama ini
akan terus dapat dijalankan dalam skala yang lebih besar dan suasana yang
lebih meriah. Sesungguhnya jangan malu jika hanya mampu memberi sedikit
untuk bersedekah, kerana selalu ada kebaikan dalam berbahagi.
357
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
LAPORAN PENERIMAAN SUMBANGAN 10 LOG KELULUT DARI ADUN BULOH KASAP
DrP. SivaShamalaPalaniappan, DrNurul BadriyahAli, DrKerkLeeChang, DrNurkhairanyAmyraMokhtar,
DrBasri Badyalina, Aidarohani Samsudin
Pada 15 Oktober 2021, UiTMCJ Kampus Segamat telah menerima kunjungan hormat
daripada delegasi yang diketuai oleh YB Dato’ Zahari bin Sarip, ADUN Buloh Kasap beserta dua
orang wakil daripada Majlis Perbandaran Segamat iaitu Encik Mohd Azami bin Othman dan Puan
Hajar binti Mohamed.
Hasil daripada kunjungan ini, YB Dato’ Zahari bin Sarip telah menyampaikan peruntukan
sebanyak RM6,000 kepada Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA (PEWANI) UiTMCJ
untuk membantu mengembangkan projek lebah kelulut UiTMCJ. Jawatankuasa Laksamana
Nektar ditugaskan untuk mencari pembekal yang berpotensi bagi tujuan pengembangan aktiviti
penternakan di samping mengambil kesempatan menambahkan pengetahuan tentang penjagaan
log-log kelulut serta pemasaran dan pengurusan hasil madu kelulut.
Pada 13 Februari 2022, 10 log yang ditempah menggunakan dana sumbangan ADUN
Buloh Kasap telah diterima. Kerja-kerja penyediaan dijalankan untuk memastikan log yang
diterima berada dalam keadaan yang baik. Pancang besi disimen dan tapak log diletakkan di
atas papan bagi memastikan kestabilan log tersebut. Pada 22 April 2022, UiTMCJ telah
menjemput Yang Berhormat Dato' Zahari bin Sarip Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri
Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor serta Jabatan Pertanian Negeri Johor ke
Majlis Perasmian Madu Kelulut Laksamana Nektar UiTM Cawangan Johor. Majlis perasmian ini
diadakan untuk merasmikan hasil terawal madu kelulut serta telah meraikan YB Dato’ Zahari bin
Sarip yang telah menyumbang kepada keberjayaan projek hari ini.
Dari kiri YB Dato’ Zahari bin Sarip, Profesor
Dr. Ismail Ahmad dan Puan Hajar Mohamed
YB Dato’ Zahari bin Sarip
memberikan ucapan pada hari
Majlis Perasmian Madu Kelulut
Laksamana Nektar
YB Dato’ Zahari bin Sarip bersama warga 358
UiTMCJ dan Pejabat Pertanian.
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
3-Minute Idea Pitch
Dr. Nurul ‘Aini Harun, Ts. Dr. RashidahMokhtar, DrSyaimakIsmail, SofwahMdNawi, NurEyliawati Japelus,
FatinNabihahMohdTaha, DrSiti AfiqahMohammad, NoorSyazanaNgarisan, SyedKhusairi TuanAzam
Pada 19 Mei 2022, Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UiTM Cawangan Johor telah
menganjurkan program 3 Minute Idea Pitch (3-MI) secara atas talian. Seramai 14 orang pelajar
pascasiswazah UiTM Johor dari kemasukan Mac – Ogos 2022 telah menyertai program ini.
Pengisian program 3-MI melibatkan pembentangan mengenai idea penyelidikan para pelajar
ini dalam tempoh 3 minit dan diikuti dengan sesi soal jawab ringkas bersama ahli panel penilai.
Sebelum membuat pembentangan, semua peserta diberi rakaman taklimat mengenai cara
menyampaikan idea penyelidikan dengan berkesan dalam tempoh 3 minit yang disampaikan
oleh Prof. Madya Dr. Aminabibi Saidalvi dari Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Johor.
Poster program Program ini merupakan satu inisiatif PPS UiTM Johor
dalam membantu para pelajar mengukuhkan arah tuju
kajian mereka di samping meningkatkan pemahaman
mereka mengenai tajuk penyelidikan yang dipilih. Selain itu,
pelaksanaan program ini penting bagi memastikan para
pelajar ini dapat mengenalpasti fokus kajian mereka dalam
bidang yang dipilih sesuai dengan perkembangan semasa
agar kajian yang dihasilkan bermanfaat untuk masyarakat
serta menyumbang pada perkembangan ilmu. Para pelajar
juga dapat menggunakan peluang ini untuk menerima
pandangan, komen, serta cadangan penambahbaikan
penyelidikan mereka daripada pensyarah berpengalaman.
Pada akhir program, tiga peserta dengan markah
tertinggi telah dipilih sebagai pembentang terbaik. Tempat
pertama dimenangi oleh Nur Ain binti Al-Hameefatul
Jamaliyatul (FSKM), diikuti oleh Zulaffendi bin Jamalludin
(FPP) di tempat kedua dan seterusnya Faridah binti
Meseran (FPP) di tempat ketiga.
Gambar program
359
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Pembelajaran Global di FSKM dan
“Outbound”
pelajar CS143 di bawah MoU (UiTM &
Dr. ShamsatunNaharNuArhumlzaudl,aAihbadSMaa’ulidkaUMho@hNdSRuIihBcakd,AaDkr),. NBoarsariisByaadhyAablidnlaA, Tzsiz. Dr. NurHudaJaafar,
Program Pembelajaran Global di Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dan
outbound pelajar semester 2 program Diploma Sains Matematik (CS143) di bawah Memorandum
Persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Batam (UNIBA)
telah dianjurkan oleh Unit Jaringan Antarabangsa, Industri dan Komuniti, FSKM, UiTM Cawangan
Johor, Kampus Segamat. Program ini telah dilaksanakan dalam empat (4) siri iaitu pada 22 Mei, 29
Mei, 5 Jun dan 12 Jun 2022.
Pihak fakulti berhasrat menjadikan program ini sebagai satu platform perkongsian
pembelajaran ilmu Kalkulus dan diharap akan menjadi aspirasi kepada para pelajar semester 2
program CS143. Selain itu, program yang dijalankan ini adalah secara kolaborasi denganFakulti
Teknik, UNIBA, Indonesia. Seramai tiga orang pensyarah/dosen dari Fakulti Teknik UNIBA telah
berkongsi ilmu secara maya dengan para pelajar yang terpilih seramai 17 orang. Syarat
mengadakan program outbound adalah dari segi masa pembelajaran sekurang-kurangnya 8 jam
bersamaan satu hari, pelajar yang terlibat adalah pelajar UiTM yang sama sepanjang tempoh
pembelajaran, dan pensyarah yang mengajar adalah dari universiti atau industri yang telah ada MoU
dengan UiTM. Istimewanya program outbound ini, telah terangkum pembelajaran global dengan
penglibatan pensyarah luar negara. Pembelajaran global dan outbound ini telah direalisasikan
dengan menggunakan platform dalam talian WEBEX.
Antara objektif program adalah seperti
berikut:
1. Mencapai Key Performance Indicator
(KPI) perancangan strategik UiTM
Cawangan Johor PI008 (bilangan
pelajar outbound) dan PI084 (bilangan
aktiviti antarabangsa untuk aktif
MoU/MoA pada tahun semasa).
2. Memberi pengalaman baharu kepada
para pelajar dengan pengajaran
daripada pensyarah luar negara.
3. Mewujudkan jaringan antarabangsa
antara FSKM, UiTM Cawangan Johor,
Kampus Segamat dan Fakulti Teknik,
Universiti Batam, Indonesia.
360
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Pelaksanaan Program
Siri Pertama: 22 Mei 2022 (Ahad)
Topik: Deret (Sequence)
Sesi pembelajaran dibuka oleh dua orang Pensyarah
Kanan, FSKM, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat
iaitu Dr. Shamsatun Nahar Ahmad, selaku ketua program
dan moderator 1 dan telah dibantu oleh Encik Abd Malik
Mohd Rick, berperanan sebagai setiausaha program
outbound dan moderator 2. Pensyarah bagi siri pertama ini
ialah Encik/Bapak Nur Effendi, ST., MM.,
Pensyarah/dosen, Fakulti Teknik, UNIBA yang telah
berpengalaman mengajar subjek Kalkulus kepada pelajar-
pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Kimia
dan Kejuruteraan Elektrik (Elektronik).
Siri Ketiga: 5 Jun 2022 (Ahad) Siri Kedua: 29 Mei 2022 (Ahad)
Topik: Differential Topik: Limit
Dua orang Pensyarah Kanan, FSKM, UiTM
Cawangan Johor, Kampus Segamat telah
ditugaskan mengetuai siri kedua iaitu Ts. Dr. Nur
Huda Jaafar, selaku ahli jawatankuasa (AJK)
program dan moderator 1. Beliau telah dibantu
oleh Cik Nurulzulaiha Sa’udah @ Suhadak,
sebagai AJK program dan moderator 2.
Pensyarah bagi siri kedua ini ialah Puan/Ibu Nur
Hatisyah, ST., S.SST Pensyarah/dosen, Fakulti
Teknik, UNIBA yang juga berpengalaman
mengajar subjek Kalkulus kepada para pelajar
jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan
Kimia dan Kejuruteraan Elektrik (Elektronik).
Sesi pembelajaran kali ini dibuka oleh Puan Noraisyah
Abdl Aziz, Pensyarah Kanan, FSKM, UiTM Cawangan
Johor, Kampus Segamat selaku AJK program dan
moderator. Pensyarah bagi siri ketiga ialah Dr. Edi
Indera, ST., M.Si, Dekan Fakulti Teknik, UNIBA juga
telah berpengalaman lebih 20 tahun mengajar subjek
Kalkulus kepada pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan
Mekanikal, Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan
Elektrik (Elektronik).
361
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Siri Keempat: 12 Jun 2022 (Ahad)
Topik: Integral
Sesi pembelajaran yang terakhir ini telah dibuka
oleh Dr. Basri Badyalina, Pensyarah Kanan,
FSKM, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat
selaku setiausaha program pembelajaran global
dan moderator. Sekali lagi, pensyarah bagi siri
keempat ialah Dr. Edi Indera, ST., M.Si, Dekan
Fakulti Teknik, UNIBA. Sepanjang sesi
pembelajaran dapat dilihat para pelajar seronok
belajar daripada teknik pengajaran pensyarah ini.
Antara maklum balas yang diterima seperti interaksi
yang baik antara pensyarah dan pelajar sehingga
boleh meningkatkan kefahaman dan motivasi
pelajar, penyampaian yang baik daripada
pensyarah, pelajar berharap akan ada lebih banyak
program seperti ini.
Kesimpulan
Penganjuran program seumpama ini dapat menggalakkan pemindahan ilmu walaupun secara
dalam talian, memberi pengalaman baharu kepada pelajar FSKM khususnya, terhadap pengajaran
pensyarah dari luar negara. Selain itu, program ini diharap akan dapat mewujudkan kolaborasi
antarabangsa untuk menjadikan UiTM sebagai ’Globally Renowned University’. Secara tidak
langsung program ini diharap dapat membantu menaikkan kedudukan universiti di peringkat
global. Seterusnya, melalui program ini juga diharap hubungan baik terjalin antara UiTM dan
universiti luar negara seperti Indonesia .
362
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Program Kelas Tambahan Akademik PKAYIS:
Perkasakan Pendidikan
WanNorHafidzahWanMohd, NurulzulaihaSa’udah@Suhadak, PMDr. SaunahZainon, Haryati Ahmad,
NorFauziahAbuBakar, SyedKhusairi TuanAzam
Program Kelas Tambahan Akademik
PKAYIS telah bermula sejak tahun 2017 di bawah
Jawatankuasa Marketing ARM yang diketuai oleh
Profesor Madya Dr. Saunah Zainon. Pada peringkat
permulaan, program ini melibatkan pelajar Tingkatan
3 dan Tingkatan 5 untuk subjek Matematik dan
Bahasa Inggeris sahaja. Program ini bertujuan
menyokong keperluan pembelajaran para pelajar
daripada kalangan anak yatim dan asnaf terutama di
daerah Segamat. Pihak Universiti Teknologi MARA
(UiTM) Cawangan Johor menyumbang kepakaran
tenaga pengajar sehingga kini bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains pula kepada
semua pelajar samaada sekolah rendah atau
sekolah menengah. Selain itu, para pensyarah UiTM
juga berperanan sebagai Penyelaras Kelas
Tambahan. Untuk tahun 2022, kelas diadakan pada
setiap hari Selasa dan Rabu bermula pukul 9.00
malam hingga 10.30 malam.
Kita sedia maklum, kelas tambahan atau
tuisyen dapat membantu meningkatkan keupayaan
dan kefahaman pelajar dalam sesuatu subjek.
Pelajar juga akan lebih bermotivasi jika mendapat
tuisyen tambahan seperti rakan-rakan yang lain.
Namun begitu, kos yuran yang agak tinggi untuk
kelas tuisyen di luar, menyebabkan pihak
pengurusan PKAYIS tidak dapat menghantar anak-
anak yatim ini ke kelas tuisyen. Oleh itu, idea untuk
membawa masuk tenaga pengajar dari luar ke
PKAYIS adalah antara inisiatif utama bagi
menyelesaikan isu ini.
363
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Tenaga Pengajar Program Kelas Tambahan Akademik PKAYIS terdiri daripada para
pensyarah dari Akademi Pengajian Bahasa (APB), Fakulti Sains Komputer dan Matematik
(FSKM) serta Fakulti Perakaunan. Manakala Penyelaras terdiri daripada para pensyarah dari
semua fakulti di UiTM Cawangan Johor yang bertugas berdasarkan jadual yang telah
ditetapkan untuk membantu menyediakan keperluan kelas serta menyumbang makanan dan
minuman kepada para pelajar yang terlibat dengan kelas tambahan.
Kolaborasi di antara pihak UiTM Cawangan Johor dan pihak PKAYIS ini bukan sahaja
memberi peluang kepada para pensyarah untuk terlibat secara langsung di dalam program
khidmat masyarakat, tetapi dalam masa yang sama merupakan salah satu projek perundingan
UiTM yang dilihat memberi impak yang besar kepada komuniti setempat terutama dalam
bidang pendidikan. Pihak UiTM ternyata menyokong penuh inisiatif kerajaan melalui
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjadikan pendidikan lebih inklusif untuk
semua kanak-kanak disamping memenuhi misi pendidikan dalam melestarikan sistem
pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi
negara.
364
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
LAWATAN DAN PENGGAMBARAN VIDEO UITM SHAH ALAM KE TAPAK
KELULUT LAKSAMANA NEKTAR, UITM CAWANGAN JOHOR KAMPUS SEGAMAT
DrNurkhairanyAmyraMokhtar, DrBasri Badyalina, DrP. SivaShamalaPalaniappan,
Aidarohani Samsudin, DrKerkLeeChang, DrNurul BadriyahAli, Shaiful AnuarSabu
Pada 18 Julai 2022 yang lalu, delegasi dari UiTM Shah Alam telah berkunjung ke UiTM
Cawangan Johor Kampus Segamat untuk membuat penggambaran video promosi di UiTM
Cawangan Johor Kampus Segamat. Delegasi tersebut telah diketuai oleh Pegawai Khas Naib
Canselor (Media) dari UiTM Shah Alam, En. Mohd Yusof Mustaffar. Antara tempat yang mereka
lawati ialah di Tapak Kelulut Laksamana Nektar yang terletak berhampiran dengan bangunan Sri
Laksamana, UiTM Kampus Segamat.
Video promosi tersebut ialah sebagai medium penyaluran maklumat kepada orang awam serta
bakal penuntut UiTM khususnya mengenai pendedahan terhadap program-program akademik dan
bukan akademik yang terdapat di universiti ini. Penggambaran video tersebut telah diserikan oleh
Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (PJIA), Prof. Madya Dr Saunah Zainon;
Ketua Projek Madu Kelulut Laksamana Nektar, Dr, P. Siva Shamala Palaniappan; serta ahli
kumpulan yang lain iaitu Dr. Basri Badyalina, Dr. Nurkhairany Amyra Mokhtar, Pn. Aidarohani
Samsudin, Dr. Kerk Lee Chang, Dr. Nurul Badriyah Ali dan En. Shaiful Anuar Sabu. Projek ini juga
telah dibantu oleh En. Razib Marzuki dan En. Rozi Anuar.
Ahli kumpulan Laksamana Nektar bersama
Timb. Rektor PJIA, PM Dr. Saunah Zainon
Penggambaran video di tapak kelulut
365
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Postgraduate Colloquium @ UiTMCJ
NoorSyazanaNgarisan, Dr. Nurul ‘Aini Harun, Ts. Dr. RashidahMokhtar, DrSyaimakIsmail, SofwahMdNawi,
NurEyliawati Japelus, DrSiti AfiqahMohammad, DrRahmawati MohdYusoff, SyedKhusairi TuanAzam
Program Postgraduate Colloquium@UiTMCJ bagi semester Mac – Ogos 2022 telah
dianjurkan oleh Pusat Pengajian Siswazah (PPS) UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) secara
atas talian pada 14 Julai 2022 bersamaan hari Khamis. Program ini merangkumi dua sesi
iaitu sesi pagi bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengahari dan sesi petang pada pukul 2
hingga 5 petang. Sesi pagi telah dihadiri oleh 16 orang pelajar manakala pada sesi petang,
seramai 9 orang pelajar telah membuat pembentangan.
Gambar program
Program ini dianjurkan berikutan UiTMCJ telah menerima kemasukan pelajar pascaijazah
peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) mod penyelidikan daripada pelbagai bidang
sejak pengambilan pelajar pascaijazah dibuka pada Oktober 2020. Program ini penting bagi
menilai perkembangan pengajian setiap pelajar sepanjang semester di samping memberi
ruang kepada para pelajar untuk menerima pandangan, komen, serta cadangan
penambahbaikan untuk penyelidikan mereka daripada pensyarah berpengalaman. Ini dapat
memastikan para pelajar sentiasa menerima bimbingan yang diperlukan. Dalam masa yang
sama, program sebegini dapat membantu PPS dan para penyelia utama/bersama memantau
perkembangan pengajian pelajar pascaijazah UiTMCJ.
Dalam program ini, para peserta membuat pembentangan mengenai perkembangan
penyelidikan masing-masing di hadapan dua orang panel yang dilantik daripada kalangan
pensyarah UiTMCJ dan juga universiti lain. Maklumbalas daripada para panel dihantar
semula kepada pelajar bagi tujuan penambahbaikan penyelidikan mereka.
Diharapkan program Postgraduate Colloquium@UiTMCJ ini dapat membantu pelajar
memastikan perkembangan penyelidikan masing-masing berada di landasan yang betul dan
seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk bergraduat dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Semoga program sebegini dapat diteruskan di semester akan datang untuk terus
membimbing dan membantu pelajar.
366
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Klinik Skor CSC186 - Drilling with Coaching
YusnitaSokman, MazlydaAbdul Rahman, Zuriati Ismail@Khori
Klinik Skor CSC186 merupakan satu program yang telah dianjurkan oleh Fakulti Sains Komputer
dan Matematik (FSKM) UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat. Program yang berlangsung pada 30
Jun, 7 Julai dan 14 Julai 2022 yang lalu, merupakan inisiatif fakulti dalam membendung kadar
kegagalan yang tinggi dalam kursus pengaturcaraan di kalangan pelajar CS110. Melibatkan seramai
91 orang pelajar semester 2 dan pelajar yang mengulang bagi kod kursus CSC186 bagi sesi Mac
2022. Pemilihan peserta adalah berdasarkan keputusan kuiz dan ujian 1 bagi kursus CSC186 yang
kurang memberangsangkan dan tidak mencapai sasaran seperti yang diharapkan. Klinik ini
diwujudkan untuk membolehkan pelajar-pelajar dapat memperbaiki kemahiran serta pengetahuan
pengaturcaraan bagi menghadapi peperiksaan akhir Julai 2022. Disamping itu, klinik ini adalah salah
satu usaha dalam memenuhi matlamat ‘Zero Failure’ di FSKM dengan mengaplikasikan teknik Drilling
with Coaching. 10 orang pelajar telah dilantik sebagai pembimbing rakan sebaya di kalangan pelajar
yang cemerlang bagi kursus CSC186 untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan
tambahan.
Hasil kajian yang dilakukan oleh Nabihah, Harun, Maimun & Muhammad Luqman (2018)
menyatakan bahawa kaedah pembelajaran melalui Bimbingan Rakan Sebaya sememangnya telah
banyak memberi kebaikan kepada pelajar terutamanya dalam bidang pendidikan dan sewajarnya ia
diterima sebagai salah satu kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah mahu pun
universiti sebagai satu alternatif baharu dalam mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Aktiviti perbincangan dalam kumpulan Bimbingan Rakan Sebaya dapat
melatih pelajar untuk berdikari di dalam mendapatkan ilmu pengetahuan.
Berdasarkan respon daripada
para peserta, penganjuran
program seperti ini wajar
diteruskan kerana menyediakan
suasana pembelajaran yang
lebih selesa dan kondusif, serta
mereka lebih bersikap terbuka
untuk bertanyakan soalan
berbanding pembelajaran
formal di dalam kelas. Amat
jelas program Klinik Skor
CSC186 ini memberi manfaat
dan nilai positif bukan sahaja
kepada para peserta, tetapi juga
kepada para rakan pembimbing
yang terlibat. Kemahiran sosial
dan sifat kerjasama dapat
dipupuk dan dipraktikkan Gambar program
dengan baik di dalam program
seperti ini.
367
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
BENGKEL TRAINING OF TRAINERS (ToT) KURSUS FUNDAMENTALS OF
COMPUTER PROBLEM SOLVING (CSC128) SIRI 1 dan SIRI 2
HarshidaHasmy, AzrinaSuhaimi, Dr. MohamadFaizal AbJabal,
NurSyafikahIbrahim, NurhazirahMohamadYunos, AhmadKhudzairi Khalid, NorzarinaJohari
Pihak Jabatan Sains Komputer dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik Kampus Pasir
Gudang telah menganjurkan Bengkel Training of Trainers (ToT) Kursus Fundamentals of
Computer Problem Solving (CSC128) Siri 1 dan 2 khas untuk para pensyarah yang tidak
pernah mengajar kursus CSC128. Ini kerana pada semester Mac – Ogos 2022, terdapat 24
kumpulan pelajar yang mengambil kursus tersebut dan kumpulan pelajar yang banyak tidak
dapat ditampung oleh jumlah tenaga pengajar seramai 3 orang. Oleh itu, pensyarah-pensyarah
daripada Fakulti Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Fakulti Sains Gunaan
telah dijemput dan bersetuju untuk menjadi tenaga pengajar bagi kursus tersebut.
Bengkel ini telah diadakan secara atas talian melalui platform Cisco Webex dan dijalankan
pada dua siri yang berbeza. Siri pertama telah dianjurkan pada 21 Mac 2022 yang terdiri
daripada 20 orang peserta dan empat orang penceramah yang pernah mengajar kursus
CSC128. Sesi bengkel telah diketuai oleh Cik Azrina Suhaimi selaku LIC (Lecturer in Charge)
bagi kursus ini dan dibantu oleh Dr. Mohamad Faizal Ab Jabal, Puan Harshida Hasmy dan
penceramah jemputan dari FSKM Kampus Segamat, Puan Nur Syafikah Ibrahim. Siri pertama
ini dimulakan dengan sesi perkongsian pengenalan silibus CSC128, tatacara pengendalian
penilaian kursus serta sedikit penerangan berkenaan IDE atau perisian yang digunakan dalam
sesi pembelajaran oleh Cik Azrina selaku LiC kursus.
Puan Nur Syafikah pula meneruskan sesi kedua dengan pengenalan dan perkongsian
berkenaan Topik 1 dan Topik 2 seperti penekanan kepada beberapa sub topik dan bentuk
soalan dan tajuk yang sering ditanya ketika ujian dan peperiksaan. Seterusnya beliau
menunjukkan tatacara penggunaan salah satu perisian yang boleh digunakan dalam sesi
pembelajaran iaitu Dev-C++.
Gambar 1: Penerangan berkenaan silibus
dan pengenalan kursus oleh Cik Azrina,
selaku LiC kursus CSC128
368
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Sesi ketiga pula disambung oleh Puan Harshida yang lebih memfokuskan proses
pengaturcaraan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran untuk Topik 3 dan Topik 4 ini.
Kemahiran pengaturcaraan banyak diaplikasikan pada kedua–dua topik ini dan
penerangan juga turut memfokuskan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan pelajar
semasa ujian dan peperiksaan. Bengkel kemudian ditangguhkan atas sebab kesuntukan
masa dan perbincangan bagi Topik 5 dan 6 akan dilaksanakan pada siri ke 2 nanti.
Gambar 2 : Penerangan berkenaan Gambar 3: Sesi soal jawab cara penulisan
Topik 2 dan 3. dan pengkodan kod pengaturcaraan.
Bengkel Training of Trainers (ToT) Kursus Fundamentals of Computer Problem Solving
(CSC128) Siri ke 2 telah diadakan pada 2 Jun 2022. Penceramah pertama untuk sesi ini
adalah Dr. Mohamad Faizal yang membincangkan secara lebih terperinci isi kandungan
nota, latihan pengaturcaraan dan soalan peperiksaan bagi Topik 5 beserta sub topik yang
sukar difahami pelajar disertai contoh-contoh kesalahan yang sering pelajar lakukan
semasa menjawab peperiksaan. Soalan–soalan terdahulu turut dibincangkan bagi
menggambarkan bentuk soalan yang sering ditanya dari Topik 5 ini.
Seterusnya Puan Harshida menerangkan silibus bagi topik yang terakhir iaitu Topik 6.
Memandangkan topik ini baru pertama kali diperkenalkan pada semester ini, perbincangan
lebih tertumpu kepada isi kandungan topik serta bagaimana pembelajaran dari topik
baharu ini dapat disatukan bersama dengan topik–topik yang sedia ada dan
penggunaannya dalam membina satu sistem pengaturcaraan yang lengkap.
Sebelum bengkel tamat, perbincangan diteruskan dengan penerangan tugasan
berkumpulan oleh Cik Azrina dengan menerangkan tajuk dan jenis - jenis sistem yang
dibenarkan dan perlu dibina oleh para pelajar, jumlah pelajar dalam setiap kumpulan,
proposal dan laporan akhir yang perlu disediakan serta cara pemarkahan diberikan bagi
setiap projek.
Secara kesimpulannya bengkel ini telah mencapai objektif dalam memberikan
penerangan lengkap bagi kursus CSC128 kepada semua pensyarah yang akan mengajar
kursus ini buat pertama kali.
369
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
LAWATAN AKADEMIK FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK (FSKM)
UiTM SHAH ALAM KE UiTM CAWANGAN JOHOR, KAMPUS SEGAMAT
DrShafarunizaMahadi, TsAhmadKamalrulzamanOthman, MohdHanafi AzmanOng, NorHidayahHassin,
NurSyafikahIbrahim, MuhammadZulqarnainHakimAbdJalal, MuhammadYassarYusri, MohdHafizanMusa,
DrNorFazrinaMohdZamry, NorSiti KhadijahArunah, DrNurkhairanyAmyraMokhtar, DrKerkLeeChang, YusnitaSokman,
DrSiti AfiqahMohammad, WanNorHafidzahWanMohd, Rusnani MohdKhalid
Lawatan akademik pengurusan tertinggi Fakulti Sains Komputer
dan Matematik (FSKM) UiTM Shah Alam ke UiTM Cawangan Johor
Kampus Segamat telah diadakan pada 19 Julai 2022, Selasa.
Delegasi tersebut dihadiri oleh antaranya Yang Berbahagia Prof. Ts
Dr. Haryani Haron iaitu Dekan FSKM, Prof. Madya Dr. Nasiroh Omar
iaitu Ketua Pusat Pengajian Sains Komputer, Dr. Sayang Mohd Deni
iaitu Ketua Pusat Pengajian Sains Statistik dan Pemutusan, Dr.
Sumarni Abu Bakar iaitu Ketua Pusat Pengajian Matematik dan Dr.
Mohd Rijal illias iaitu Koordinator Matematik.
Lawatan akademik diadakan bertujuan untuk menjalinkan
hubungan kerjasama yang positif di antara FSKM UiTM Shah Alam
dan FSKM UiTM Cawangan Johor dalam memastikan pengurusan hal
ehwal pentadbiran dan akademik dapat dilaksanakan dengan baik.
Antara objektif yang diketengahkan di dalam program lawatan
akademik ini ialah menyediakan platform untuk kedua-dua pihak
FSKM UiTM Shah Alam dan FSKM UiTM Cawangan Johor
berinteraksi dan bertukar pandangan di dalam semua isu akademik.
Objektif kedua ialah membincangkan dan mencari jalan penyelesaian
terhadap isu-isu asas yang berbangkit terutama membabitkan
program akademik di kampus cawangan. Seterusnya, objektif ketiga
ialah membuat penyelarasan dan penambahbaikan perjalanan
program-program akademik yang dijalankan di setiap kampus
cawangan.
370
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Program lawatan akademik ini telah berjaya membuka peluang perbincangan dua hala
yang positif antaranya mengenai isu kegagalan tinggi bagi beberapa subjek matematik yang
diambil oleh pelajar Diploma Sains Komputer, isu pengajaran secara kolaboratif yang akan
berterusan untuk sem akan datang serta isu penyelidikan secara kolaboratif di antara pensyarah
FSKM di UiTM Shah Alam dengan FSKM Cawangan Johor.
Semasa program berlangsung, aktiviti perbincangan telah diasingkan mengikut kursus iaitu
Sains Komputer di Dewan Kuliah 1 manakala kursus Matematik dan Statistik di Dewan Kuliah 2,
Bangunan Karyawan UiTM Cawangan Johor. Para pensyarah mengikut bidang telah berada di
dewan kuliah tersebut seawal jam 11.00 pagi bagi memastikan perjalanan program berjalan
dengan lebih lancar. Sesi rumusan bersama Dekan FSKM bermula jam 3 petang dan program
tamat pada jam 4.30 petang.
Kesimpulannya, aktiviti jabatan seperti penganjuran program lawatan akademik ini mampu
membantu percambahan ilmu dan jaringan kerjasama dalam mencapai amanat yang
diperturunkan oleh universiti kepada fakulti.
Sumber gambar: Facebook UKKM UiTM Cawangan Johor
& Ihsan pensyarah FSKM UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat
371
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
SDG Cakna Komuniti: Lawatan ke Felda Hutan Percha
DrNurfazrinaMohdZamry, Ainul AdibaSaleh, Dr. ZarithSofiaJasmi danNurHanisahMohamadRazali
Rajah 1: Matlamat Global Matlamat
Pembangunan Mampan
Projek Cakna Komuniti ialah kumpulan yang ditubuhkan oleh Bahagian Penyelidikan,
Jaringan Industri & Alumni di bawah program “Sustainable Development Goals” atau
Matlamat Pembangunan Mampan. Tempoh masa yang ditetapkan bagi menjalankan projek
ini bermula daripada 1 Ogos 2022 sehingga 31 Disember 2024. Tujuan Projek Cakna
Komuniti ini dilaksanakan adalah bagi membantu membasmi kemiskinan dalam kalangan
masyarakat. Sehubungan dengan itu, peneroka FELDA tertentu telah dipilih sebagai
kumpulan sasaran projek ini.
Bagi mengumpul data-data yang diperlukan, Projek Cakna Komuniti telah memilih
beberapa FELDA di wilayah Segamat yang merangkumi negeri Johor dan Melaka, seperti
Felda Tun Ghafar Bukit Senggeh (Nyalas, Melaka), Felda Tun Ghafar Hutan Percha (Alor
Gajah, Melaka), Felda Medoi (Segamat, Johor), Felda Sri Ledang (Jementah, Johor) dan
Felda Parit Haji Idris (Bukit Gambir, Johor).
Lawatan tapak ke Felda Tun Ghafar Hutan Percha, Alor Gajah, Melaka telah dijalankan
pada 19 Ogos 2022 berwakilkan dua ahli Projek Cakna Komuniti iaitu Cik Nurfazrina Mohd
Zamry dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dan Cik Ainul Adiba Saleh dari
Akademi Pengajian Bahasa (APB), dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan
Johor Kampus Segamat. Matlamat utama lawatan ini adalah untuk melihat kawasan sekitar
FELDA Hutan Percha serta bagi mendapatkan beberapa maklumat berkenaan Felda ini.
372
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Kehadiran kami ke Felda Tun Ghafar Hutan Percha telah disambut baik oleh
Encik Mohd Robaney bin Jamil, pengurus Felda Hutan Percha. Beliau telah
memberikan penerangan serba sedikit mengenai latar belakang Felda Hutan Percha.
Menurut Encik Robaney, FELDA Hutan Percha pada awalnya diuruskan oleh kerajaan
negeri Melaka dan kemudian telah diambil alih oleh FELDA pada tahun 60-an. Tidak
seperti kebanyakan FELDA lain, yakni penerokanya terdiri daripada penduduk
berbangsa Melayu sahaja, peneroka di Hutan Percha terdiri daripada tiga kaum utama
iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Selain itu, kami mendapati bahawa hasil komoditi
utama di FELDA Hutan Percha ialah penanaman getah, dan telah diusahakan oleh
lebih 200 peneroka aktif. Pihak FELDA juga mempunyai inisiatif bagi menjana
pendapatan ekonomi peneroka, termasuklah aktiviti ternakan ayam, kambing, lembu
dan ikan selain membenarkan aktiviti penanaman sayur di tanah rizab FELDA.
Selepas itu, kami telah dibawa melawat ke kawasan sekitar Felda oleh dua
orang staf dengan menaiki pacuan empat roda milik FELDA. Antara kawasan yang
dilawati adalah tempat pengumpulan getah, kebun sayur serta kawasan rumah
peneroka. Hasil dari lawatan tapak ini, kami lebih memahami sejarah FELDA serta
maklum akan projek-projek yang dijalankan oleh pihak Felda bagi membantu peneroka
setempat. Selain itu, kami juga dapat mengumpul maklumat yang diperlukan bagi
meneruskan pelaksanaan projek Cakna Komuniti untuk ke peringkat seterusnya.
Lawatan tapak sekitar FELDA Tun Ghafar Hutan Percha.
373
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Mathematics Peer Tutoring @ Calculus I
AzlinaJumadi, FarahSurayaMdNasrudin, DrShafarunizaMahadi, DrSiti AfiqahMohammad, MasyfuahMokhtar
Bengkel Mathematics Peer Tutoring @ Calculus 1 merupakan satu inisiatif daripada
pihak Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) UiTM Cawangan Johor untuk
membantu para pelajar Diploma Sains Komputer (CS110) lebih memahami kursus Calculus 1
(MAT183) dan sebagai persediaan menghadapi penilaian akhir semester. Bengkel ini telah
diadakan pada 1 Julai 2022, Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan
seramai 114 orang peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan di lokasi bangunan
akademik iaitu di U001, U004, U006, U008, U010, U014, U101 dan U104.
Objektif penganjuran bengkel Mathematics Peer Tutoring @ Calculus 1 ialah untuk
memenuhi PI Grad On Time (GOT), membantu menambah kefahaman para pelajar terhadap
topik-topik yang diajar di dalam kelas serta sebagai persediaan kepada mereka bagi
mendapatkan markah yang baik dalam penilaian akhir MAT183.
Bengkel tersebut telah berjaya dijalankan dengan bantuan beberapa orang pelajar yang
bertindak sebagai fasilitator. 33 orang fasilitator ini telah dilantik berdasarkan daripada
penilaian markah yang mereka perolehi di dalam ujian MAT183. Fasilitator ditugaskan
sebagai pemudahcara kepada para peserta dalam menjawab soalan-soalan yang telah
disediakan oleh para pensyarah.
Bengkel Peer Tutoring yang dijalankan secara berkumpulan mampu membantu para
pelajar FSKM dalam meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi kursus MAT183. Selain
itu, penganjuran bengkel ini diharap dapat mengeratkan ukhwah pelajar dan pensyarah dalam
memenuhi amanat universiti.
374
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
SEMBANG SANTAI KPP FSKM @ UITM JOHOR
Ts. AhmadKamalrulzamanBinOthman, YusnitaBinti Sokman
Satu sesi ramah mesra antara Ketua Pusat Pengajian FSKM, Ts.
Ahmad Kamalrulzaman Othman dengan para pensyarah FSKM telah diadakan oleh inisiatif
KPP FSKM. Sembang santai ini telah diadakan pada 14 Jun 2022, bertempat di bilik
seminar Sri Bendahara dan telah dihadiri oeh seramai 18 pensyarah FSKM dari pukul 12.00
tengahari hingga 1.30 tengahari. Tujuan diadakan sembang santai ini adalah bagi
merungkai pemasalahan semasa diperingkat fakulti meliputi pengurusan FSKM, operasi
dan tadbir urus, halatuju dan kualiti pensyarah serta isu-isu semasa yang berkaitan.
Kebanyakkan pemasalahan yang diutarakan lebih tertumpu kepada kaedah penyampaian
maklumat dan perkongsian maklumat dari pengurusan kepada pensyarah. Isu-isu lain yang
turut dibincangkan adalah kualiti Penilaian Peribadi (MyATP), Jalinan Industri dan
Antarabangsa (Inbound/Outbound), pelaporan bulanan perlanggaran HR2u, penulisan dan
penyelidikan dan Happiness index.
Selain daripada itu, sesi ini juga berjaya membuka ruang kepada semua
pensyarah sebagai salah satu saluran bagi menyampaikan idea dan pandangan secara
telus dan bersemuka dengan KPP FSKM. Pendekatan ini jarang diadakan kerana semua
pihak perlu bersifat profesional dalam menyuarakan pendapat yang bernas dan bukan
bersifat peribadi. Sesi soal jawab telah berlangsung dengan baik dan lancar, dan solusi bagi
pelbagai pemasalahan juga telah dapat dirungkai oleh KPP FSKM. Turut hadir bagi
mengambil butiran pemasalahan dan solusi adalah Encik Mohd Hanafi Azman Ong selaku
Koordinator Program FSKM. Secara keseluruhannya, setiap KPP seharusnya perlu
memberi ruang seperti ini bagi memberi peluang kepada semua warga fakulti dalam
menyuarakan pendapat dan pandangan secara terbuka terhadap pengurusan fakulti.
375
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
LAPORAN PERTANDINGAN DI KOLEJ: RIANG RIA e-KAD RAYA
Ts. DrAhmadFaizGhazali
Pada 20 April 2022 sehingga 5 Mei 2022, berpusat di Kolej Kediaman C (KKC),
Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat, telah diadakan pertandingan
mencipta kad raya menarik yang dinamakan Riang Ria e-Kad Raya. Seramai 31 orang pelajar
telah menyertai aktiviti ini. Aktiviti ini julung-julung kali diadakan di semenjak para pelajar
dibenarkan kembali semula ke kolej untuk pembelajaran secara hibrid setelah melalui hampir
dua (2) tahun proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian sahaja. Aktiviti ini
menyahut peraturan dan garis panduan mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara yang telah
digariskan oleh Kerajaan Malaysia. Bagi mengekang penularan kes COVID-19, aktiviti
pertandingan ini dijalankan secara atas talian melalui platform Instagram serta komunikasi pihak
terlibat melalui Telegram dan WhatsApp.
Hasil Karya Pemenang Blok Si Manja Kini: Aina Nur Aleesa
Objektif program webinar ini telah tercapai, di antaranya adalah untuk menonjolkan
kreativiti para pelajar yang berbakat di samping memberikan inisiatif bagi mengurangkan
tekanan belajar, kebosanan, isu keluarga, serta meningkatkan keseronokan tinggal di kolej di
samping menyampaikan hadiah sebagai duit raya kepada para pelajar yang menang bagi setiap
kolej.
Hasil Karya Pemenang Blok Sempana
Alam Buana: Hanani Nursyafikah
376
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Lampiran hasil kerja pemenang utama
setiap kolej turut disertakan untuk tatapan
para pelajar dan pensyarah. Pemenang
utama bagi setiap blok adalah Nur Humaira
Husna (Blok Intan), Hanani Nursyafikah (Blok
Sempana Alam Buana), Aina Nur Aleesa
(Blok Si Manja Kini) dan Nurul Aina Saadin
(Blok Zamrud) dari KKC.
Hakim dipilih daripada dalam dan luar
universiti, di antaranya termasuklah
koordinator e-Learning, Puan Najwa Abdul
Ghafar dan penasihat kelab dari UiTM
Cawangan Johor. Penasihat program ini yang
juga merupakan ketua staf residen kolej
(KSRK) bagi KKC yang juga merupakan
pensyarah kanan, Ts. Dr. Ahmad Faiz
Ghazali, dibantu oleh barisan jawatankuasa
perwakilan pelajar (JPK) yang dilantik Unit
Pengurusan Kolej (UPK) diketuai oleh Puan
Noryasmin Zulkarnain. Terima kasih kepada
penaung program, Timbalan Rektor Hal Ehwal
Pelajar (HEP), Dr. Basaruddin Shah Basri dan
semua staf serta pelajar yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung di dalam
menjayakan program ini.
Hasil Karya Pemenang Blok Zamrud: Hasil Karya Pemenang Blok Intan:
Nurul Aina Saadin Nur Humaira Husna
377
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Webinar on Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) for Beginners
AhmadKhudzairi Khalid, DrNorbaiti Tukiman, Dr. NgSet Foong,
NurhazirahMohamadYunos, Dr. NurIdayuAlimon, NorzarinaJohari
Gambar kenangan semua peserta, Tanggal 19 Julai 2022, FSKM UiTM
jawatankuasa webinar dan penceramah. Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang telah
berjaya menjalankan program webinar on
Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) for Beginners selasa satu jam iaitu
pada jam 10 pagi sehingga 11 pagi yang
bertempat di Makmal Komputer (Elektronik
/Teknologi), Pengajian Kejuruteraan Elektrik,
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.
Webinar ini telah dihadiri oleh 32 orang terdiri
daripada staf akademik UiTM Cawangan
Johor.
Moderator memperkenalkan penceramah jemputan daripada Fakulti Sains Komputer dan
Matematik iaitu Dr. Ng Set Foong dan Dr. Hajah Norbaiti Tukiman. Bengkel kemudiannya
dimulakan dengan perkongsian daripada Dr. Ng Set Foong berkenaan latar belakang
‘Statistics’. Beberapa contoh turut diterangkan kepada peserta agar mendapat gambaran
perjalanan bengkal pada hari tersebut. Kemudian, beliau menunjukkan cara-cara untuk
memasukkan data ke SPSS secara praktikal bersama peserta. Dr. Hajah Norbaiti membantu
peserta secara ‘hands-on’ agar peserta lebih mudah mengikuti bengkel tersebut. Beliau turut
mengajar cara pemilihan jenis data, samada ‘scale, ordinal’ atau ‘nominal’. Menurut beliau,
pemilihan jenis data sangat penting untuk analisa. Beberapa elemen asas dalam SPSS
diterangkan kepada peserta agar mereka faham kegunaan elemen tersebut. Kemudiannya,
Dr. Hajah Norbaiti memberi penerangan berkenaan analisa. Beliau mengajar cara untuk
mendapatkan analisa daripada data tersebut. Antara analisa yang diterangkan ialah
‘frequency, mean, standard deviation’ dan ‘chart’. Beliau menerangkan dengan
terperinci cara bacaan analisa yang dibuat serta membantu peserta untuk menyunting carta
mereka.
Bengkel SPSS ini diakhiri dengan sesi soal jawab antara penceramah dan para peserta serta
ucapan terima kasih dari moderataor kepada penceramah dan para peserta yang menyertai
bengkel ini. Natijahnya, webinar ini telah memenuhi dua (2) objektif utama penganjuran
iaitu untuk memberi pendedahan tentang perisian SPSS kepada para staf UiTM Pasir
Gudang yang masih belum mengetahui tentang asas penggunaan SPSS dalam analisis serta
visualisasikan data dan objektif yang kedua ialah untuk melatih para pensyarah Sains Sosial
dan S&T yang sedang membuat penyelidikan, inovasi, perundingan dan PhD dalam format
persembahan data dan hasil kajian.
378
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
MATICS La Memoria Night
MuhammadZulqarnainHakimAbdJalal, NorHidayahHassim, DrSiti AfiqahMohammad,
MohdHanafi AzmanOng, MuhammadYassarYusri
Rentetan daripada pandemik Covid-19 yang melanda, terdapat kekangan dalam
menjalankan aktiviti pelajar. Kebanyakan program dianjurkan hanya secara atas talian.
Aktiviti bersemuka terhad kepada kapasiti yang kecil sahaja. Tahun berganti tahun, hari
berganti hari, syukur ke hadrat Ilahi keadaan bertambah baik dan peluang untuk
mengadakan aktiviti bersemuka dengan kapasiti yang besar tidak disia-siakan oleh
Mathematical Science Association (MATICS) dengan menganjurkan program “MATICS LA
MEMORIA NIGHT” pada 16 Jun 2022.
Program ini merupakan sebuah program makan malam yang diadakan bagi pelajar-
pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Johor, Kampus
Segamat. bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah Fakulti
Sains Komputer dan Matematik. Program ini juga merupakan satu inisiatif daripada
MATICS untuk mencungkil bakat pelajar ketika menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh
persatuan. Berlangsung di Dewan Sri Temenggung, seramai 231 orang pelajar, 26 ahli
jawantankuasa MATICS yang terlibat sebagai peserta dan penganjur dalam program ini.
Turut serta dalam majlis gemilang ini adalah tetamu VIP dari FSKM, para pensyarah, dan
wakil dari Majlis Perwakilan Pelajar.
Majlis dirasmikan oleh KPP FSKM, Ts. Ahmad Kamalrulzaman bin Othman. Dengan
bertemakan “Movie Star Theme: You Can Be Like Your Favourite Movie Character!”, para
pelajar mengenakan kostum yang sangat menarik seiring dengan tema yang diberikan.
Perarakan masuk para tetamu VIP
Ucapan perasmian oleh KPP FSKM
379
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Pelbagai pengisian yang menarik disajikan sepanjang majlis berlangsung. Beberapa
tayangan multimedia berkaitan UiTM, aktiviti-aktiviti yang telah diadakan oleh MATICS
dipersembahkan kepada para tetamu disamping menyantap juadah yang disediakan.
Tidak lengkap majlis juadah sekiranya tidak diringi dengan persembahan. Para tetamu
dijamu dengan pelbagai persembahan oleh Performing Arts Club (PAC), para pelajar, dan
juga para penasihat MATICS. Persembahan turut diselangi dengan sesi cabutan bertuah
yang menawarkan pelbagai jenis hadiah yang menarik. ‘King of The Night’ telah dimenangi
oleh saudara Muhammad Raihan bin Mansor manakala ‘Queen of The Night’ dimenangi
oleh saudari Aina Sofea binti Khalid. Majlis diakhiri dengan tayangan multimedia dan
nyanyian lagu UiTM Dihatiku
Sesi cabutan bertuah King & Queen of the night
Persembahan oleh penasihat MATICS
Persembahan akustik band oleh PAC
Tayangan multimedia disediakan Para pelajar menikmati juadah
oleh penganjur yang disediakan
380
381
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
MATEMATIK DALAM KEHIDUPAN
Nur SyahidahNordin
Jika ditanya kepada pelajar-pelajar berkaitan asas Matematik yang pernah mereka
pelajari ketika di zaman persekolahan, masih ada di kalangan mereka yang tidak dapat untuk
menjawab dengan tepat. Mereka biasanya akan memberikan jawapan menurut ‘sangkaan’
sahaja. Malah, lebih mengejutkan ada di antara mereka hanya menjawab ‘tidak tahu’. Justeru,
untuk memberikan kefahaman yang mudah kepada pelajar, asas Matematik perlu dikaitkan
dengan kehidupan supaya mereka lebih memahami dan menghargai ilmu Matematik. Malah, ini
akan menjadikan mereka minat kepada Matematik lantas dapat mengubah persepsi mereka
yang selalu mengatakan “Matematik itu susah”.
Antara contoh mudah yang boleh dikongsikan di sini ialah berkaitan operasi pendaraban
antara nombor positif dan nombor negatif atau dalam istilah Matematik ‘operasi pendaraban
integer positif dengan integer negatif’. Persoalan: Mengapa integer positif darab integer negatif
akan menghasilkan integer negatif? Contoh: 2 x -3 = -6. Sedangkan, apabila dua integer negatif
didarabkan akan menghasilkan integer positif? Contoh: -2 x -3 = 6. Berikut diberikan analogi
mudah untuk menjawab persoalan ini.
1) Solat adalah perkara yang wajib dilakukan dalam sehari. Maka, ditandakan Solat sebagai
positif (+). Manakala, Arak merupakan antara perkara yang telah termaktub haram di dalam
Al-Quran. Maka, ditandakan Arak sebagai negatif (-).
2) Perbuatan manusia iaitu Mendekati sesuatu perkara ditandakan sebagai (+). Manakala,
perbuatan manusia Menjauhi sesuatu pekara ditandakan sebagai (-).
3) Akibat daripada perbuatan manusia itu sama ada Baik atau Jahat, masing-masing akan di
tandakan sebagai (+) dan (-).
Sumber gambar: Internet
382
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Seseorang yang sentiasa menjaga solat lima waktu dan sentiasa mendekatkan
dirinya kepada Allah SWT dengan mengamalkan perkara-perkara yang baik, insyaAllah
dia akan menjadi seorang hamba yang bertakwa. Tetapi jika seseorang yang tidak mahu
menunaikan solat dan tidak mematuhi perintahnya dan melanggar laranganNya, maka
dia boleh menjadi seorang hamba yang fasik. Maka ia dapat diringkaskan seperti
berikut:
• Solat (+) Mendekati (+) jadi Baik (+)
• Solat (+) Menjauhi (-) jadi Jahat (-)
Amalan meminum arak adalah diharamkan di dalam Islam. Bagi seorang muslim
yang tidak meminum arak malah menghindarkan diri dari perkara-perkara yang
mungkar, insyaAllah dia akan menjadi seorang muslim yang sejati. Tetapi jika dia
terjerumus dengan aktiviti meminum arak dan maksiat, maka ini boleh menjadikan dia
seorang yang fasik. Ringkasannya seperti berikut:
• Arak (-) Menjauhi (-) jadi Baik (+)
• Arak (-) Mendekati (+) jadi Jahat (-)
Daripada analogi di atas, persoalan yang dikemukan dapat dijawab dengan
mudah. Perhatikan rumusan pada jadual di bawah:
Kesimpulannya, asas Matematik yang boleh dikaitkan dengan kehidupan dapat
meningkatkan pemahaman parapelajar terhadap konsep pengiraan Matematik. Secara tid
ak langsung ia dapat menambahkan minat pelajar terhadap Matematik dan dapat mengha
puskan persepsi “Matematik susah”yang sering diperkatakan.
Bukankah “Matematik itu kehidupan”? Wallahu a’lam.
383
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
KALKULATOR ILMIAH:
MEMBANTU ATAU MEMBANTUTKAN DAYA FIKIR PELAJAR DI SEKOLAH?
NorzarinaJohari , Dr. HajahNorbaiti Tukiman, AhmadKhudzairi Khalid, NurhazirahMohamadYunos, Dr. NurIdayuAlimon.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kalkulator adalah sejenis alat elektronik atau
mekanikal untuk membuat pengiraan Matematik. Terdapat beberapa jenis kalkulator iaitu
kalkulator dasar, kalkulator ilmiah, kalkulator grafik dan kalkulator percetakan (printing). Tidak
dinafikan penggunaan kalkulator sangat membantu dalam pelbagai urusan terutamanya yang
melibatkan pengiraan.
Kalkulator Dasar Kalkulator Ilmiah Kalkulator Grafik Kalkulator Printing
Pada zaman persekolahan di era 80-an ke 90-an, jenis kalkulator yang digunakan
adalah kalkulator dasar dan hanya melibatkan pelajar sekolah menengah atas sahaja. Namun
begitu di penghujung era 90-an dan sehingga kini, penggunaan kalkulator ilmiah (scientific
calculator) mula digunakan di peringkat sekolah menengah rendah lagi.
Di sini, timbul persoalan adakah penggunaan kalkulator di peringkat sekolah menengah
rendah dengan menggunakan kalkulator Ilmiah, betul-betul membantu daya fikir para pelajar?.
Pada zaman penggunaan kalkulator dasar, para pelajar masih lagi perlu mengerah minda bagi
memahami secara keseluruhan konsep Matematik dan barulah mereka menggunakan
kalkulator. Penggunaan kalkulator pada masa tersebut adalah terhad di mana para pelajar
masih perlu membuat langkah-langkah pengiraan dan masih menggunakan buku sifir 4 angka
bagi menjawab soalan-soalan yang berkait dengan trigonometri. Secara dasarnya, para pelajar
masih perlu memahami bagaimana sesuatu soalan Matematik itu perlu diselesaikan sama ada
menggunakan kalkulator atau buku sifir. Di situ kita dapat lihat para pelajar perlu berusaha
berfikir lebih kritis bagi menjawab sesuatu soalan tersebut.
384
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Buku Sifir 4 Angka Namun demikian, pada masa kini, penggunaan kalkulator ilmiah
dilihat telah memberi kesan kepada pembelajaran Matematik di
kalangan pelajar. Terdapat perbezaan yang agak ketara bagi para
pelajar yang menggunakan kalkulator ilmiah sejak berada di tingkatan 1
berbanding pelajar yang menggunakan minda berfikir (sebelum
pelaksanaan kalkulator ilmiah di peringkat menengah rendah). Mereka
lebih banyak bergantung harap pada penggunaan kalkulator
berbanding berfikir untuk menyelesaikan soalan Matematik. Ini adalah
kerana kalkulator ilmiah membolehkan para pelajar memasukkan
hampir keseluruhan soalan ke dalam kalkulator terutama soalan
berkaitan algebra. Sebagai contoh, soalan berikut .
Pelajar boleh memasukkan soalan tersebut terus ke dalam kalkulator ilmiah dan boleh
terus mendapatkan jawapan. Mudah dan senangkan!. Mereka tidak perlu berfikir mengenai
konsep Matematik menerusi pengiraan dalam soalan tersebut.
Berbeza dengan pelajar yang tidak ataupun kurang bergantung menggunakan kalkulator.
Mereka perlu berfikir dan memahami konsep BODMAS bagi menjawab soalan tersebut. Begitu
juga halnya dengan penggunaan buku sifir 4 angka. Para pelajar yang menggunakan kalkilator
ilmiah tidak perlu bersusah payah mencari di dalam buku sifir. Cukup sekadar menaip di
kalkulator sahaja dan terpaparlah jawapan. Para pelajar ini lupa bahawa menjawab soalan
Matematik memerlukan mereka memahami konsep Matematik tersebut kerana tidak memahami
konsep Matematik akan membawa kepada kemasukan input data atau penggunaan kalkulator
yang salah.
Sebagai contoh Namun begitu sekiranya para pelajar hanya memasukan
nilai−32 tanpa kurungan, kalkulator akan memberikan jawapan yang salah iaitu -9. Pada pelajar
yang tidak memahami konsep Matematik, mereka tidak akan perasan bahawa jawapan
kalkulator tersebut adalah salah. Mengapa jawapan kalkulator salah? Kalkulator sepatutnya
memberikan jawapan yang betul. Bukan salah kalkulator tapi para pelajar yang tidak memahami
bagaimana kalkulator bekerja.
Di peringkat universiti, didapati masih ramai lagi pelajar era kalkulator ilmiah ini yang tidak
dapat menjawab soalan Matematik yang mudah. Jika diberi soalan berbentuk pecahan dan
diminta menyelesaikan secara manual tanpa kalkulator, ramai yang tidak dapat menjawabnya.
Alasan pelajar adalah mereka perlu menggunakan kalkulator walaupun sifir atau pecahan
matematik yang agak mudah!. Justeru, adakah salah teknologi yang membantutkan daya fikir
pelajar? Adakah guru di sekolah yang tidak mengajar secara betul menjadikan pelajar terlalu
bergantung kepada kalkulator? Adakah sistem pembelajaran di Malaysia yang menjadikan
pelajar kita terlalu bergantung pada teknologi tanpa belajar menggunakan akal fikiran mereka?.
Semuanya menjadi persoalan dan jawapannya adalah bergantung pada diri kita sendiri.
385
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Cara Penternakan KELULUT
DrKerkLeeChang, DrNurul BadriyahAli, DrP. SivaShamalaPalaniappan
Sejak akhir-akhir ini, kebanyakan masyarakat kita mula meminati aktiviti penternakan kelulut
kerana pengurusannya yang agak mudah dan permintaan yang agak tinggi. Lebah kelulut ialah
sejenis lebah yang tidak bersengat dan mampu menghasilkan madu sama seperti lebah madu.
Kelulut juga juga digelar meliponini. Dianggarkan hampir 500 spesis lebah kelulut terdapat di
seluruh dunia namun hanya dua spesies sahaja yang sering dikomersialkan iaitu
Heterotrigona itama dan Geniotrigona thoracica.
Terdapat tiga kasta utama dalam koloni lebah kelulut iaitu lebah ratu, lebah pekerja dan
lebah jantan. Kesemua pekerja dalam koloni lebah kelulut ialah betina dan penting kepada
koloni kerana tugasnya mencari makanan dan meneruskan kelangsungan koloni untuk aktif.
Kebanyakan pekerja yang mati adalah kelulut yang mencari makanan kerana terdedah kepada
musuh seperti burung pemakan serangga, labah-labah, racun, tebuan dan sebagainya. Kajian
yang telah dijalankan oleh MARDI terhadap Heterotrigona itama menunjukkan purata umur bagi
seekor pekerja lebah kelulut hanya 70 hari sahaja.
Kawasan penternakan kelulut yang terbaik adalah di kawasan redup seperti di bawah
pokok kerana jika berada di kawasan terbuka dan terdedah kepada panas, lebah kelulut ini
akan mati atau berpindah untuk membuat sarang di tempat lain. Selain itu, kawasan
penternakan perlu berada di kawasan yang mempunyai sumber nektar yang banyak. Oleh itu,
sebelum memulakan aktiviti penternakan kelulut, penternak harus memastikan kawasan tapak
bagi menempatkan koloni lebah kelulut adalah sesuai dan mempunyai makanan yang cukup.
Kawasan ternakan juga perlu bebas daripada semburan racun dan perosak yang lain.
Setelah koloni tiba di lokasi, koloni lebah kelulut perlu dibiarkan selama seminggu untuk
proses adaptasi. Pada waktu ini, proses pemerhatian boleh dilakukan bagi melihat sama ada
koloni itu kuat ataupun tidak bagi memastikan kelulut mampu bertahan di tapak yang telah
disediakan.
Untuk tujuan penjagaan, pemantauan
sarang harus dijalankan sekurang-kurangnya
seminggu sekali untuk melihat kehadiran
musuh dan juga perosak koloni. Pengiraan
kadar keluar masuk juga perlu untuk setiap
koloni. Penentuan koloni yang stabil adalah
merujuk kepada 40 ekor keluar dan masuk
untuk satu minit di pintu masuk. Koloni yang
sihat akan menghasilkan sekurang-
kurangnya 150g madu untuk satu bulan.
Namun, pada musim bunga jumlah ini akan
bertambah. Madu boleh diambil setelah 3
bulan koloni mengumpul madu.
386
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
KEMALANGAN JALAN RAYA?
TENANG DAN KETAHUI APA YANG PERLU DILAKUKAN
MuhammadZulqarnainHakimAbdJalal, Dr. NurFatihahShaari, NorHidayahHassim, MuhammadYassarYusri
Jalan raya secara amnya dapat menghubungkan manusia dari satu tempat dengan
tempat yang lain dan memberi kesan kebaikan yang amat besar kepada aktiviti ekonomi,
sosial dan pengurusan harian. Di samping itu tidak dapat dinafikan jalan raya juga memberi
kesan negatif iaitu kemalangan jalan raya yang mengorbankan nyawa dan kerugian harta
benda.
Kemalangan jalan raya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira masa dan
tempat. Ia boleh berlaku samada dalam skala yang besar mahupun kecil dan sudah pasti ianya
menimbulkan rasa panik kepada individu yang terlibat. Namun, sekiranya anda tahu apa yang
perlu dilakukan, ianya sangat membantu anda dan orang sekeliling untuk kekal tenang dalam
menghadapi musibah.
Merujuk kepada statistik kemalangan jalan raya oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
seperti rajah di atas, didapati dalam tempoh masa 10 tahun iaitu dari tahun 2010 sehingga 2019,
sejumlah 4,795,942 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh Malaysia. Daripada jumlah
keseluruhan kes kemalangan yang dilaporkan, didapati purata sebanyak 479,594 kes kemalangan
jalan raya berlaku pada setiap tahun manakala purata kes kemalangan jalan raya di negara ini
pada setiap hari ialah 1,314 kes. Hal ini jelas menunjukkan jumlah kemalangan jalan raya di
Malaysia adalah tinggi dan mengalami peningkatan pada setiap tahun iaitu seiring dengan
pertambahan rangkaian jalan raya dan kenderaan.
Seringkali dapat kita lihat didepan mata mahupun rakaman video yang
tular di media sosial, pertelingkahan kerap berlaku antara mangsa yang
mengalami kemalangan jalan raya. Hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku.
Sebalik nya semua pihak perlu tenang dalam menghadapi musibah kerana tiada
siapa yang mahu perkara tersebut berlaku ke atas diri. Berikut adalah perkara
yang anda perlu lakukan sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya.
387
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Keselamatan Anda Serta Keluarga
Sejurus berlakunya kemalangan, kenalpasti keadaan kenderaan anda. Sekiranya
mampu untuk bergerak keluar dari kawasan lalu lintas, alihkan kenderaan ke bahu jalan. Hal ini
dapat melindungi anda sekeluarga daripada dirempuh oleh kenderaan lain yang mungkin tidak
menyedari keberadaan anda. Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan teruk dan tidak
boleh dialihkan, tinggalkan kenderaan tersebut dengan kadar berhati-hati dan beralih ke
kawasan yang selamat daripada lalulintas.
Kenalpasti kecederaan yang dialami. Sekiranya tiada kecederaan yang serius,
tenangkan ahli keluarga anda. Gunakan teknik tarik dan hembus nafas berulang kali. Ini dapat
membantu untuk menghilangkan panik. Setelah tenang, perhatikan keadaan sekeliling dan beri
perhatian kepada orang yang terlibat sama dalam kemalangan. Hulurkan bantuan sekiranya
mereka memerlukan dan tenangkan mereka. Jangan bertindakbalas dengan provokasi yang
mungkin anda terima. Anda perlu sentiasa menjadi orang yang paling tenang.
Komunikasi Yang Baik
Setelah keselamatan terjamin, tiba lah masa untuk berurusan dengan pihak yang
dilanggar atau pon yang melanggar. Dalam keadaan yang tegang, gunalah bahasa yang sopan
agar tidak mencetuskan kemarahan yang lebih lagi kepada pihak kedua. Gunakan perkataan
maaf dan cuba tenangkan pihak kedua. Budi bicara yang baik secara tidak langsung akan
menenangkan keadaan dan perbincangan akan menjadi lebih aman. Perbincangan yang tenang
dapat menghasilkan penyelesaian yang sangat baik.
Ambil Gambar Sebagai Bukti dan Rujukan
Di peringkat ini, digalakkan untuk mengambil gambar kederaan seperti nombor pendaftaran
kenderaan, individu dan juga sekeliling. Keluarkan kad pengenalan anda dan minta pihak kedua
juga untuk mengeluarkan kad pengenalan ataupun lesen memandu dan ambil gambar untuk
simpanan kedua-dua pihak. Secara tidak langsung, hal ini dapat memberi ketenangan kepada
kedua-dua pihak kerana masing-masing mempunyai rujukan yang kukuh untuk urusan yang
mendatang.
Nilai Kerosakan
Sekiranya anda adalah orang yang dilanggar, anda ada dua pilihan untuk
tanggungan kos kerosakan kereta anda. Pertama adalah minta pihak
kedua menanggung segala kos baik pulih kenderaan anda. Cara ini lebih
praktikal untuk kerosakan kecil dengan kos tidak melebihi RM300.00 tanpa
perlu melibatkan tuntutan insurans. Namun, kekangan daripada cara ini
adalah ketelusan pihak kedua samada akan bertanggungjawab atau
menghilangkan diri.
388
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Manakala cara yang kedua adalah kedua-dua pihak bersetuju untuk membuat laporan
polis. Laporan polis boleh dibuat di balai polis trafik yang berhampiran ataupun dengan
menghubungi balai polis untuk minta pegawai mereka datang ke lokasi kejadian. Sekiranya
siasatan terbukti pihak kedua yang bersalah, laporan tersebut boleh dipanjangkan kepada pihak
insurans untuk baik pulih kenderaan anda menggunakan insurans pihak kedua (akan diuruskan
oleh panel bengkel yang anda hantar untuk proses baik pulih kenderaan). Perkara ini tidak
menggangu No-Claim Discount (NCD) kenderaan anda dan anda masih boleh menikmati
potongan harga untuk pembaharuan tahunan insurans kenderaan anda. Namun apa yang perlu
anda ketahui, sekiranya anda memilih cara kedua sebagai jalan penyelesaian, sesetengah pihak
insurans tidak akan menanggung kerosakan yang dikira kecil (rujuk polisi insurans). Saman polis
trafik akan dikeluarkan kepada pihak kedua sebanyak RM300.00, dan kes dianggap selesai,
namun tidak untuk anda kerana walaupun anda mempunyai laporan siasatan yang mengesahkan
pihak kedua yang bersalah, belum tentu pihak insurans akan menanggung kerosakan kecil yang
dialami anda.
Begitu juga sekiranya anda adalah orang yang melanggar. Anda ada pilihan samada
untuk berunding dengan pihak kedua berkaitan bayaran, ataupun membuat laporan polis untuk
tuntutan insurans keatas anda. Sekiranya tuntutan berjaya, anda tidak lagi dapat menikmati
potongan harga untuk pembaharuan insurans kenderaan anda kerana NCD anda akan bermula
dengan 0% semula. Dan anda akan dikenakan saman sebanyak RM300.00 oleh polis trafik.
Ketahui hak anda sebagai orang yang dilanggar atau orang yang melanggar. Dengan
pengetahuan yang asas, anda mampu untuk menghadapi musibah kemalangan jalan raya
dengan baik. Kunci penting dalam menghadapi musibah yang tidak terjangka seperti ini adalah
dengan kekal tenang dan selesaikan permasalah satu demi satu. Tidak kira apa jua situasi
samada anda bersalah ataupun tidak, tetaplah berhemah dalam bertutur kata dan hulurkan
bantuan kepada yang memerlukan. “Not all heroes wear a cape”. Jadilah pengguna jalan raya
yang bijak.
Sumber gambar: Internet
389
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
KALKULATOR:
MEMBANTU ATAU MEMUDARATKAN?
DR. SHAFARUNIZABINTI MAHADI, FARAHSURAYABINTI MDNASRUDIN
Kalkulator merupakan satu alat mesin kira yang sangat popular yang telah dicipta sekitar
awal tahun 60an dan masih digunakan sehingga ke hari ini. Kalkulator digunakan oleh semua
lapisan masyarakat termasuk di dalam sesi pembelajaran mahupun di alam pekerjaan.
Terdapat banyak jenis kalkulator yang berbeza saiz daripada kalkulator asas
sehinggalah kalkulator saintifik dan ada yang lebih canggih yang boleh memaparkan graf dan
membuat pengiraan yang lebih rumit.
Pada hari ini kalkulator hadir di dalam komputer dan juga merupakan satu aplikasi di
dalam telefon mudah alih. Tidak dinafikan juga kalkulator menjadi alat penting yang sentiasa
dibawa oleh setiap orang kerana pengiraan akan berlaku di mana-mana sahaja samada
dalam bentuk nilai yang besar mahupun nilai yang kecil.
Adakah kewujudan kalkulator membantu urusan kehidupan manusia? Ya, kalkulator
sangat membantu. Kalkulator dapat mempercepatkan proses pengiraan yang rumit dan
mengelakkan daripada kesilapan atau kecuaian pengiraan manusia.
Adakah kalkulator ini memudaratkan? Kalkulator boleh menyebabkan otak manusia
menjadi lambat untuk berfikir dalam pengiraan serta akan menjadi lebih malas. Sehinggakan
ada yang tercari-cari kalkulator semata-mata untuk mengira nombor asas yang boleh
dicongak seperti hasil pendaraban mudah seperti . Perkara seperti ini sering kelihatan
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Kalkulator saintifik yang boleh membuat pengiraan kalkulus dan algebra boleh
menyebabkan pelajar hilang fokus kepada pengiraan manual. Pengetahuan asas pengiraan
amatlah penting terutamanya kepada pelajar yang meneruskan pengajian dalam bidang
Matematik. Kalkulator yang boleh memaparkan bentuk graf juga akan menyebabkan pelajar
tiada rasa ingin tahu dalam menganalisis graf. Sebagai contoh, kalkulator dapat memaparkan
graf untuk fungsi trigonometri, persamaan linear, persamaan kuadratik dan sebagainya. Ini
boleh menyebabkan pelajar kurang berminat untuk mengetahui asas lukisan graf.
Pihak Kementerian Pendidikan harus tegas dalam menetapkan jenis-
jenis kalkulator yang dibenarkan dalam pembelajaran samada di peringkat sekolah mahupun
institusi pengajian tinggi. Dalam pembelajaran subjek yang mengandungi pengiraan, proses
jalan kerja amatlah dititikberatkan. Di situlah pembuktian kepada jawapan akhir dapat
ditunjukkan. Di dalam peperiksaan juga, jawapan yang betul tanpa pengiraan tidak boleh
diambil markah.
Tidak dinafikan kalkulator merupakan satu alat teknologi yang bagus dan pintar. Pun
begitu, kekerapan penggunaan kalkulator perlu dikurangkan. Kebergantungan terus kepada
kalkulator perlu dikurangkan supaya otak manusia dapat dilatih untuk pengiraan congak dan
menjadi lebih cergas dan cerdas.
390
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
SuhanahRosnan, CTMunnirahNieshaMohdShafee
Madu merupakan satu bahan yang tidak asing lagi bagi kita. Rasanya yang manis
menjadikan madu sebagai pemanis dan perasa di dalam makanan. Bahkan, di dalam kitan
suci Al-Quran juga banyak menyebut tentang madu yang boleh menyembuhkan penyakit.
Terdapat pelbagai jenis madu boleh kita dapati di pasaran, sama ada madu dari tempatan
mahupun luar negara. Namun, adakah anda tahu bahawa madu yang terbaik untuk kita ini
adalah madu tempatan? Allah menjadikan lebah mahupun haiwan seperti kelulut yang
menghasilkan madu ini sesuai dengan keadaan dan persekitaran kita.
Terdapat beberapa kebaikan atau khasiat
yang boleh kita perolehi daripada madu.
Antaranya ialah madu mampu mengurangkan
berat badan. Selain daripada itu, madu juga boleh
menyembuhkan batuk. Menguatkan sistem imun di
dalam badan serta mengekakalkan tenaga juga
antara khasiat yang boleh didapati daripada
mengkonsumsi madu.
Sumber gambar: Internet
Pelbagai cara orang kita dalam mengamalkan
pengambilan madu. ada antara kita yang mengambil sesudu
madu setiap hari. Namun, ada cara yang lebih nikmat dan
sedap utk anda menikmati madu ini. Cuba tambahkan sehiris
lemon dan sesudu madu di dalam secawan air suam.
Nikmatinya di waktu pagi. Memang terangkat!
Namun, adakah anda tahu beberapa pantang larang dalm pengambilan madu ini?
Paling penting yang perlu anda ambil cakna, madu tidak boleh diberikan kepada bayi
berumur bawah 1 tahun! Hal ini kerana, di dalam madu itu terdapat sejenis bakteria.
Dikuahtiri bayi boleh mengalami kekejangan akibat bateria ini. Orang dewasa yang
mempunyai sistem imun yang lebih tinggi daripada bayi, menjadikan orang dewasa tidak
mempunyai pantang larang ini. Namun tetapi, terdapat pantang larang lain juga. Anda
dilarang tidur sejurus pengambilan madu. Kalori madu yang lebih tinggi daripada gula
akan menjadikan anda berisiko untuk obesiti jika mengamalkan tidur sejurus pengambilan
madu ini. Antara lain, elakkan pengambilan makanan bergula tinggi selepas pengambilan
madu. Madu sudah cukup dengan manisnya. Kalau tidak, diabetes boleh menanti anda.
Kini, madu mudah didapati di pasaran. Namun, jangan lupa untuk tambahkan ilmu
pula untuk mengenal pasti antara madu asli dan tiruan.
391
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
5 HARI 4 MALAM DI LANGKAWI PADA ERA PANDEMIK
DrNur IdayuAlimon, NorzarinaJohari
Pada bulan Februari 2020, negara Malaysia telah dikejutkan
dengan kes pertama wabak COVID-19 dan seterusnya tular dengan
cepat ke seluruh negara. Sebagai langkah pro-aktif, pihak kerajaan
telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan
peraturan yang sangat ketat. Keputusan drastik ini memberi kesan
kepada seluruh sektor termasuk sektor pendidikan, sektor
pelancongan dan sektor perniagaan. Ekonomi setiap rakyat terjejas
dan taraf ekonomi negara Malaysia juga turut terkesan. Kini pada
zaman peralihan pandemik ke endemik, rakyat telah diberi
kelonggaran untuk menjalani hidup seperti biasa tetapi perlu
mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan
bagi mengawal penularan wabak ini.
Eagle Square
Sektor pelancongan adalah antara sektor yang mendapat
sambutan luar biasa apabila pihak kerajaan memberi kebenaran
untuk semua rakyat melancong di dalam dan luar negara. Saya
juga tidak melepaskan peluang untuk bercuti ke Langkawi
bersama keluarga. Langkawi merupakan destinasi pilihan kerana
mempunyai banyak keindahan alam semula jadi dan tempat-
tempat menarik yang boleh dilawati, selain daripada membantu
meningkatkan ekonomi negara.
Kompleks Haji Ismail Group Apabila bercuti bersama keluarga, semestinya
(HIG) memerlukan persiapan yang rapi. Antara tips yang saya lakukan
adalah mendapatkan harga tiket kapal terbang dan penginapan
yang murah dan berpatutan untuk semua ahli keluarga supaya
tiada yang terbeban dengan kos yang dikeluarkan. Selain itu,
tentatif sepanjang percutian juga saya sediakan bagi
memastikan tempat-tempat menarik dapat dilawati dalam tempoh
percutian 5 hari 4 malam.
Pada hari pertama, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa
Langkawi, kami menaiki Grab ke Bella Vista Waterfront Resort di Kuah,
Langkawi dan check in pada jam 2.00 petang. Tempat yang kami kunjungi
pada hari pertama ialah Kompleks Haji Ismail Group (HIG) iaitu tempat
membeli coklat dan barangan lain dengan harga yang berpatutan. Pada jam
5.30 petang, kami ke Eagle Square untuk mengambil gambar kenangan di
mana ia merupakan mercu tanda Langkawi.
392
Hari kedua agak padat dimana kami Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
ke Gamat Nusantara, Makam Mahsuri dan
Padang Matsirat pada waktu pagi. Bersama keluarga di
Kemudian, pada waktu petang, kami ke Underwater World Langkawi
Underwater World Langkawi untuk
memberi kanak-kanak pengalaman melihat
pelbagai jenis haiwan. Underwater World
Langkawi merupakan akuarium marin dan
air tawar terbesar di Asia Tenggara.
Selepas itu, kami ke Pantai Cenang yang
merupakan pantai yang terkenal dalam
kalangan pelancong dalam dan luar
negara.
Mangrove Tour merupakan aktiviti yang
sangat sesuai untuk dilakukan bersama
keluarga. Kami menyewa satu bot dengan
harga RM400 sahaja dan dibawa ke beberapa
tempat selama 2 jam. Antara aktiviti yang
dijalankan adalah memberi makan burung
helang Langkawi, melawati gua kelawar,
mengambil gambar kenangan di Kilim
Geoforest Park, melawati Floating Fish Farm
dan snorkeling. Sepanjang Mangrove Tour ini,
kami dapat menyaksikan keindahan alam
semula jadi yang sangat cantik dan secara
tidak langsung, mensyukuri atas nikmat
kebesaran Yang Maha Esa. Kemudian, kami
pergi membeli belah di Idaman Suri dan Ram
Home Décor.
393
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Pada hari keempat, kami ke Oriental Village
untuk menaiki cable car, yang kini digelar Langkawi
Skycab. Ini merupakan aktiviti wajib bagi sesiapa yang
hadir melancong ke Langkawi. Terdapat tiga stesen
apabila menaiki cable car, iaitu stesen asas (Base
station), stesen tengah (Middle station), dan stesen atas
(Top station). Stesen asas terletak di Oriental Village dan
merupakan stesen pertama dan terakhir apabila menaiki
cable car. Kemudian, cable car akan berhenti di stesen
tengah untuk menikmati pemandangan yang cantik dan
mengambil gambar kenangan. Seterusnya, kami menaiki
cable car dan berhenti di stesen atas untuk menikmati
angin yang menyejukkan dan pemandangan panoramik
360 darjah yang menakjubkan di Langkawi dan kawasan
sekitarnya, termasuk bahagian negara jiran Thailand.
Stesen atas juga merupakan stesen di mana para
pengunjung boleh ke SkyBridge. Akhir sekali, kami
pulang ke Johor Bahru pada hari kelima.
Akhir kata, Langkawi merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk dilawati bersama
keluarga. Selain daripada dapat meluangkan masa bersama keluarga dan menyaksikan
keindahan bumi, kita juga dapat mencari pengalaman baru. Pengalaman yang kami peroleh
sepanjang bercuti di Langkawi merupakan pengalaman manis di samping dapat mempelajari
banyak sejarah Langkawi, bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan.
394