The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK KPPI&M

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iSmA iShAk, 2022-11-06 11:38:01

e-Dinamik 2022

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK KPPI&M

Keywords: edinamik,uitm johor,majalah digital

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

INOVASI PERKHIDMATAN ROBOT PELAYAN MENGURANGKAN
BEBANAN SEKTOR F&B

Penulis: Dr. Nur Fatihah Shaari, Rosmah Abd Ghani@Ismail,
Diana’ Mazan

Seiring dengan perkembangan sains dan teknologi yang semakin pesat telah
mendorong kepada kewujudan pelbagai jenis teknologi informasi dan komunikasi. Inovasi
diskruptif semakin bercambah seiring dengan perkembangan dalam dunia teknologi dan
kreativiti manusia kini. Pelbagai inovasi telah dilakukan untuk memudah cara kehidupan
manusia, malah ianya juga dapat mengurangkan risiko kebergantungan kepada tenaga kerja
manusia. Perkembangan pesat ekonomi dan kemajuan pelbagai industri membuatkan
sesebuah organisasi memiliki kecekapan dalam menguruskan tugas dan perkhidmatan
dalaman mahupun luaran.

Robot pelayan bukanlah satu teknologi yang baharu di Malaysia kini. Bilangan restoran yang
memiliki robot pelayan semakin bertambah terutama selepas penularan wabak pandemik
Covid-19. Penggunaan robot sebagai pelayan merupakan satu fenomena di Jepun untuk
membantu golongan kelainan upaya (OKU) dan penghasilan inovasi teknologi ini telah tular
menjadi ikutan di Malaysia. Restoran Nam Heong di Ipoh Perak merupakan restoran pertama di
Malaysia yang menggunakan perkhidmatan robot sebagai pelayan setelah diprogramkan untuk
membawa makanan ke meja makan pelanggan dengan laluan trek yang telah ditetapkan oleh
pihak pengurusan. Robot pelayan berfungsi untuk membawa makanan ke meja pelanggan,
malah turut menjadi tarikan orang ramai untuk berkunjung ke restoran tersebut. Akibat
penularan wabak Covid-19 yang kian meningkat dan kerisauan yang melanda pemilik restoran,
hampir kebanyakkan restoran di Malaysia kini memilih untuk menggunakan inovasi
perkhidmatan robot pelayan sebagai pekerja dan pelayan utama mereka.

195

Menurut pemilik restoran Nasi Kandar Q Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Bistro, penggunaan robot pelayan telah

mengurangkan beban pekerja mereka

terutama di waktu kemuncak, di samping

membantu mempercepat dan Salah satu sebab mengapa robot

mempermudahkan proses penghantaran pelayan mempunyai permintaan yang

makanan (Muhammad Amnan Hibrahim, tinggi di Malaysia terutama dalam sektor

2021). Penggunaan robot pelayan ini juga makanan dan minuman adalah

dapat mengurangkan kontak sentuhan disebabkan oleh rentetan penularan

antara pelayan dan pelanggan dalam wabak Covid-19 yang memberi kesan

mengekang penularan Covid-19. Robot ketara kepada sektor ini di mana ramai

pelayan juga telah menjadi satu tarikan pekerja terpaksa diberhentikan kerana

utama restoran di mana kebanyakkan kebanyakkan restoran terpaksa

pelanggan sangat teruja dan sering menghentikan operasi dan melakukan

mengambil gambar dan video bersama robot perniagaan secara dalam talian. Sektor

pelayan sehingga sanggup memesan perkhidmatan makanan dan minuman

makanan dan minuman berulang kali untuk adalah antara sektor yang mempunyai

mencuba perkhidmatan tersebut (Zuhaini kadar kebergantungan yang tinggi

Zulkifli, 2021). Kewujudan robot pelayan kepada pekerja asing, terutama di

menjadikan perkhidmatan restoran semakin restoran. Ini di tambah pula hakikat

efisen kerana robot pelayan berupaya bahawa rakyat Malaysia sendiri tidak

membawa pesanan dalam kuantiti yang berminat untuk bekerja di sektor ini, dan

banyak pada satu-satu masa. sesetengah hanya melakukan dalam

tempoh yang singkat terutama generasi

muda yang lebih memilih untuk bekerja

secara fleksibiliti. Keadaan ini

menyebabkan sektor perkhidmatan

makanan dan minuman menjadi lumpuh

dari segi pekerja tetapi permintaan rakyat

terhadap produk makanan dan minuman

Sumber: Internet semakin meningkat.

196

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Justeru, kewujudan dan permintaan terhadap robot pelayan di Malaysia yang semakin tinggi ini
telah membantu meringankan bebanan pemilik restoran yang tidak mempunyai tenaga buruh
yang mencukupi. Malah dengan menggunakan robot pelayan ini menjadikan struktur kerja atau
layanan terhadap pelanggan menjadi lebih efisien berbanding menggunakan pekerja manusia.
Oleh itu pemilik restoran hanya memerlukan pekerja manusia untuk membantu di dapur untuk
penyediaan makanan. Walaupun untuk memiliki sebuah robot pelayan memerlukan belanja
yang besar, namun jika dibahagikan secara bulan, perbelanjaan atau bayaran kepada robot
pelayan adalah lebih rendah berbanding dengan gaji minimum yang perlu dibayar kepada
pekerja manusia.

Namun begitu, penggunaan robot pelayan ini tidak mungkin dapat menggantikan secara
keseluruhan fungsi manusia apabila bekerja. Tidak kesemua restoran mampu dan memerlukan
perkhidmatan inovasi robot pelayan. Walaupun robot pelayan menjadikan tugasan menghantar
makanan kepada pelanggang semakin efisien, namun robot pelayan tidak dapat melayan dan
menegur pelanggang dengan mesra. Segala komen dan reaksi masih perlu dilakukan oleh
manusia. Robot pelayan juga hanya melakukan tugasan seperti yang telah di tetapkan dan
kekangan akan berlaku jika robot tersebut mengalami kerosakan dan boleh menyebabkan
kecederaan atau kemalangan kecil sewaktu bekerja seperti terjatuh atau kehabisan bateri,
akan menyebabkan pemilik restoran terpaksa menanggung kerugian yang tinggi.

Justeru, menghampiri ke era global teknologi kini sememangnya memerlukan manusia untuk
terus melihat ke hadapan, menerima pelbagai ciptaan dan inovasi yang semakin canggih, yang
mempu menggantikan tugasan manusia dengan lebih efisien. Walaubagaimana pun, ianya
masih tidak dapat menandingi sentuhan yang diberikan oleh manusia. Mampukah robot
pelayan ini menyaingi manusia dan adakah kehidupan seharian kita nanti akan
digantikan sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi robot yang kian maju ini? Adakah dengan
kewujudan robot pelayan dan pelbagai inovasi perkhidmatan lain seperti self-payment machine
ini akan menyebabkan kadar pengangguran yang tinggi kepada sesebuah negara? Walaupun
ramai percaya bahawa automasi akan mengambil alih kebanyakan aspek pekerjaan, namun
tiada mesin yang akan dapat menggantikan ketangkasan manusia, pemikiran kritis, membuat
keputusan, dan kreativiti.

197

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

RINGGIT, OH RINGGIT!

Penulis: Aidarohani Samsudin, Diana’ Mazan, Bazri Abu Bakar,
Dr. Juliana Mohd Abdul Kadir, Dr. Azizul Hakim Samsudin

Isu kemerosoton ringgit tidak lekang dibicarakan pada tahun ini baik di media
cetak mahupun elektronik. Melihat kepada komen-komen yang dilontarkan oleh
penganalisa ekonomi, peningkatan kadar faedah oleh Rezab Persekutuan Amerika
bagi menangani kadar inflasi yang tinggi menjadi salah satu faktor kepada isu ini.
Tindakan tersebut telah mengukuhkan mata wang dolar dan menjejaskan prestasi
bukan sahaja ringgit bahkan turut melemahkan mata wang negara lain.

Kedudukan ringgit yang terus merosot pada tahun 2022 ini bagaimanapun telah
memberi impak positif kepada pendapatan sektor pelancongan, penerbangan
dan perhotelan. Selain daripada faktor percutian mesra muslim holistik serta
sokongan dan komitmen kerajaan meluluskan bajet berimpak tinggi sebanyak RM1.6
billion, penyusutan ringgit menjadikan kos pelancongan di Malaysia lebih murah
lantas menarik lebih ramai pelancong untuk melancong dan berbelanja di Malaysia.
Justeru, adalah tidak menghairankan apabila Kementerian Pelancongan, Seni &
Budaya Malaysia (MOTAC) melaporkan bahawa pada Julai 2022 kehadiran
pelancong asing ke Malaysia telah pun melebihi sasaran tahun tersebut.

Pada masa yang sama, penyusutan ringgit juga dilaporkan telah melonjakkan
nilai dagangan eksport negara. Produk keluaran negara lebih kompetitif berbanding
negara yang stabil nilai mata wangnya. Pada Julai 2022 jumlah eksport negara
mencatatkan perkembangan sebanyak 38% berbanding bulan yang sama pada
tahun lalu. Secara teori, keadaan ini mampu memberi manfaat kepada
keseimbangan akaun semasa imbangan perdagangan.

198

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Namun, kemerosotan kadar sara diri (self-sufficiency ratio) telah
menyebabkan berlakunya peningkatan import makanan di Malaysia. Lebih
banyak makanan dibawa masuk pada suku pertama 2022 dengan nilai
RM17.8 billion bagi memenuhi keperluan isi rumah. Penyusutan ringgit
menyebabkan harga makanan tersebut yang merupakan keperluan asas
terus meningkat. Hal ini sudah tentunya memberi tekanan dan
menjejaskan kemampuan golongan pendapatan bawah 40% (B40) untuk
memperolehi keperluan asas yang mencukupi dan berkualiti.

Sementara itu, kelemahan ringgit ditambah pula dengan ketegangan
Rusia dan Ukraine telah menyebabkan pengeluar produk agro makanan
tempatan berdepan dengan peningkatan kos pengeluaran yang berpunca
daripada peningkatan harga bahan makanan haiwan dan baja yang di
import. Justeru, untuk mengelakkan kerugian, mereka telah memindahkan
kos tersebut kepada pengguna. Perkara ini telah mencetus rasa tidak puas
hati rakyat kerana mereka juga terpaksa berbelanja lebih bagi
memperolehi komoditi makanan tempatan seperti ayam, kambing, lembu
dan telur yang merupakan sumber protein utama.

Pelajar Malaysia yang sedang menuntut di luar negara juga tidak terkecuali
dari tempias ini. Penyusutan ringgit jelas sekali telah mengurangkan kuasa
membeli mereka. Pelajar-pelajar yang datang dari keluarga kurang
berkemampuan sudah tentunya perlu melakukan kerja sambilan untuk
menampung keperluan hidup di sana. Sementara itu, pelajar yang tidak
menerima sebarang tajaan, ibu bapa mereka pula terpaksa mengeluarkan
lebih banyak wang dari tabungan untuk memastikan kecukupan
perbelanjaan pengajian anak-anak mereka.

199

Sekiranya kemerosotan ringgit ini Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
berpanjangan untuk tempoh yang
lama, sudah pasti ia berpotensi untuk Keluhan demi keluhan disuarakan oleh rakyat.
mengundang risiko peningkatan Kemeruapan ringgit ketika ini yang ekstrim
kadar inflasi. Walaupun kadar di pasaran tukaran wang antarabangsa ternyata
inflasi pada Julai 2022 dikatakan menggusarkan mereka. Tekanan dan bebanan
lebih rendah berbanding negara lain yang dibawa olehnya bagai sudah tidak
seperti Thailand, Indonesia dan tertanggung lagi terutamanya kepada kumpulan
Singapura, namun, kadarnya telah B40 dan M40. Bilakah semua ini akan berakhir?
meningkat sebanyak 4% jika
dibandingkan pada bulan yang sama
tahun lepas. Umum mengetahui,
peningkatan kadar inflasi memberi
impak yang sangat besar kepada
pengguna kerana mereka terpaksa
membayar lebih sedangkan nilai
pendapatan dan simpanan merosot.

Sumber: Internet

200

201

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Nurul Fahana Aini Harun1, Noor Rafhati Romaiha2,
Nur Azwani Mohd Azmin3

1Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor,
2Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka,
3Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu

Manis sungguh si tuan puteri
Singgah lalu di atas titi

Berkawan bukan kerana materi
Haruslah ikhlas di dalam hati

Sirna mentari memancar terang
Sebagai petanda mencari rezeki
Usahlah kita bergaduh berperang
Agar mendapat kebahagiaan hakiki

Mudik ke hulu mencari lokan
Untuk dijual dipekan sari

Berhati-hati mencari rakan
Kelak nanti merana diri

Alis cantik dipakai celak
Bertambah seri wajah si anak dara

Indah pekerti kerana akhlak
Barulah hidup aman sejahtera

202

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Dr. Tan Yan Ling

Suasana amat gelap gelita,
Kesejukan makin terasa,
Embun muncul merata,

Binatang buas siap berbisa,
Kesabaran menunggu tidak terasa,

Kedengaran tapak gergasi ada,
Namun sekitar sunyi sepi merata,

Air sungai deras macam biasa,
Pepohon merimbun menyegarkan udara,
Bunga melambai menanti kehadiran semua,

Kicauan burung semakin ketara,
Akhirnya,

wujud sinaran pagi membangunkan semua,
Sinaran semakin tinggi namun
panas tidak terasa,
Selamat pagi Malaysia!

203

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Dr. Juliana Mohd Abdul Kadir

Kau yang ku rindui..

Kau kini kosong dan sepi.. Meniti terowong kanan dan kiri..

Kau menunggu bulan ke-12 hijri..
Menunggu sehingga Dzulhijjah kembali.. Bukit gersang menawan hati..
Menunggu tetamu bertandang tak lama Khemah kecil kukuh berdiri..
lagi.. Putih warnanya bertambah seri..

Sepuluh Dzulhijjah Aqabah di lontari.. Ihram dijaga tidak di langgari..
Lontari syaitan juga hawa nafsu sendiri.. Asbab penyuci dosa duniawi..
Sejarah Ibrahim-Ismail penuh di hayati.. Munajat dan tafakur di rumah Ilahi..
Masjid Kuwait tiang merah tersemat di
Ibrahnya sangat terkesan di hati..
hati..

Kisah insan yang ku kagumi..
Insan mulia meyakini takdir Ilahi.. Bumi Mina yang akan di rindui..
Berbakti pada ayah dan sanggup mati.. Bumi yang riuh dengan tetamu Ilahi..
Berkorban di bumi yang Allah berkahi.. Bumi yang sibuk selama 4 hari..

Bumi 3 Jamrat bersemi di hati..
Bumi mencari nilai diri sendiri..

204

205

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah

● Faridah Najuna Misman (Dr.) ● Rohanizan Md Lazan
● Husnizam Hosin ● Ruziah A. Latif
● Maizura Md Isa (Dr.) ● Sharazad Haris
● Mohd Hakimi Harman ● Shashazrina Roslan
● Nik Nur Shafika Mustafa ● Syamsyul Samsudin
● Nor Hadaliza Abd Rahman ● Yuslizawati Mohd. Yusoff
● Nurulashikin Romli ● Zahirah Hamid Ghul
● Nurul Aien Abd Aziz ● Zaibedah Zaharum
● Nurul Haida Johan

Karya Akademik dan Umum ● Nurulashikin Romli
● Nur Liyana Mohamed Yousop
● Basaruddin Shah Basri (Dr.) ● Ruziah A. Latif
● Hafizuddin Dato’ Md Dali ● Shahira Abd Jabar
● Kamal Fahrulrazy Rahim ● Tay Bee Hoong
● Maizura Md Isa (Dr.) ● Wan Mohd Farid Wan Zakaria
● Mohamad Azwan Md Isa ● Zaibedah Zaharum
● Mohd Hakimi Harman ● Zuraidah Ahmad
● Norashikin Ismail (Dr.)
● Nor Haliza Hamzah
● Nor Hazila Ismail (Dr.)

Karya Kreatif ● Norhasniza Mohd Hasan Abdullah
● Nur Liyana Mohamed Yousop
● Hafizuddin Dato’ Md Dali ● Shashazrina Roslan
● Husnizam Hosin ● Yuslizawati Mohd. Yusoff
● Kamal Fahrulrazy Rahim ● Zuraidah Ahmad
● Mardziyana Mohamad Malom ● Zuraidah Sipon
● Mohamad Azwan Md Isa
● Mohd Hakimi Harman

206

207

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Projek Perundingan Kursus dan Latihan Saham Bersama
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Oleh:
Nik Nur Shafika Mustafa, Ahmad Syahmi Ahmad Fadzil & Nurul Haida Johan

Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Johor telah menjalankan satu projek
perundingan bersama di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Kursus dan
latihan ini dikendalikan oleh lima (5) orang pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang
pelaburan dan perniagaan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor. Mereka terdiri
daripada Puan Nik Nur Shafika Mustafa, Dr. Ahmad Syahmi Ahmad Fadzil, Cik Nurul Haida Johan,
Puan Rohanizan Md Lazan dan Encik Syamsyul Samsudin.

Kursus dan Latihan Saham ini telah diadakan pada pada 9 hingga 10 Februari 2022, bertempat di
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Kursus ini telah dihadiri oleh 10
orang kakitangan dari Bahagian AKI, Seranta dan Saham, MITI.

Kursus yang dijalankan ini memberi maklumat dan pendedahan secara asas kepada peserta
kursus untuk mempelajari bagaimana hendak memulakan langkah pertama dalam pelaburan
saham. Kursus dan latihan ini dijalankan secara komprehensif dan lengkap di mana ia
mengandungi beberapa modul yang terdiri daripada Fundamental Analysis dan Technical Analysis.
Peserta kursus juga diberi latihan secara hands-ons pada setiap sesi bagi membolehkan mereka
mengaplikasi ilmu yang telah disampaikan.

Peserta daripada MITI
bersama-sama para
pensyarah yang terlibat.

208

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Kursus dan latihan ini mensasarkan beberapa objektif utama. Pertama, bertepatan dengan Dasar
Kerajaan Malaysia yang mahukan penguasaan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus menerusi
Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB30) menjelang tahun 2030. Kedua, melahirkan pegawai-
pegawai dari agensi kerajaan yang mahir tentang ilmu pelaburan. Ketiga, membantu pegawai-
pegawai dari agensi kerajaan menjalankan proses kerja yang baik dalam bidang berkaitan saham.

Di akhir sesi, Datin Zakiah Syerina Balqis Taha, Ketua Penolong Pengarah, menyatakan Kursus
dan Latihan Saham ini adalah yang terbaik pernah beliau hadiri. Beliau juga menyatakan kursus
dan latihan ini penuh dengan pengisian yang berguna dan ilmu yang penting bagi seseorang
pelabur. Sementara itu, menurut Cik Natasha Badaruddin, Penolong Pengarah Kanan,
penyampaian penceramah sangat mudah difahami, kaedah penyampaian juga sangat berkesan
dan perkongsian ilmu juga padat dan mantap. Menurut beliau lagi, sesi hands-on adalah yang
terbaik dan membantu beliau untuk lebih memahami apa yang disampaikan penceramah.

Secara keseluruhannya, semua peserta kursus memberi maklum balas yang baik mengenai
kursus dan latihan anjuran Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Johor ini.
Kursus dan Latihan Saham ini telah mencapai objektif yang disasarkan. Ianya satu permulaan
yang baik bagi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Johor menjalankan aktiviti
perundingan bersama pihak kementerian dan agensi kerajaan.

Para peserta diberikan latihan secara hands-on

209

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

WEBINAR: “FROM RESEARCH TO INNOVATION”

Oleh:
Zahirah Hamid Ghul, Dr. Fatin Farazh Ya’acob,
Dr. Nurkhairany Amyra Mohktar & Mohamad Hafiz Rosli

Penyelidikan adalah aspek intrinsik dalam proses pembangunan idea. Penyelidikan dapat
membantu membimbing banyak keputusan yang mengubah idea menjadi inovasi. Bagi memberi
galakan untuk warga UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) untuk terus berinovasi, Unit Inovasi
UiTMCJ Kampus Segamat di bawah Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (BPJIA)
telah menganjurkan Webinar: From Research to Innovation pada 16 Mac 2022 pada jam 10 pagi
hingga 12 tengahari. Program ini dijalankan secara atas talian menerusi platform “Cisco webex”.
Webinar ini dikendalikan sebagai satu platform perkongsian ilmu dan aspirasi kepada warga
UiTMCJ khususnya dan warga UiTM amnya dalam penghasilan penyelidikan yang membawa
kepada inovasi rekabentuk/produk/idea yang tersedia untuk pasaran dan masyarakat.

Penceramah jemputan, Yang Berusaha Encik Syamsul Bin Samsudin (Pensyarah Kanan Fakulti
Pengurusan dan Perniagaan, UiTMCJ) telah dijemput bagi sesi perkongsian kali ini. Program
yang berjalan selama hampir tiga jam telah dihadiri seramai 230 peserta dalam dan luar UiTM
dan dikendalikan oleh Puan Rusnani Mohamad Khalid. Pelbagai input penting dan berguna telah
dikongsi oleh penceramah meliputi penghasilan rekabentuk, produk dan idea yang boleh
menyumbang kepada kelestarian ekonomi, alam sekitar dan sosial.

Antara tujuan webinar ini adalah pertama, perbincangan dan perkongsian ilmu daripada
penceramah berkaitan dengan maksud dan perkara penting dalam penghasilan penyelidikan
yang berkualiti justeru membawa kepada inovasi yang mantap. Kedua, menggalakkan lebih
banyak penghasilan idea/produk dari warga UiTMCJ. Justeru itu, perkongsian ini sedikit
sebanyak memberi idea dan galakan kepada warga UiTMCJ supaya lebih peka dan
bersemangat untuk menghasilkan produk inovasi.

210

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Webinar ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta di mana rata-rata
menyatakan tahap liputan dan pengetahuan mereka meningkat lebih bagus jika dibandingkan
sebelum menghadiri webinar ini. Kandungan skop taklimat, nota taklimat dan juga penyampaian
penceramah memberi output yang memberangsangkan kepada para peserta.
Webinar seumpama ini diharap dapat menyemarakkan lagi semangat warga UiTMCJ untuk
bersama-sama menghasilkan lebih banyak produk yang inovatif dan kompetitif serta mempunyai
ciri-ciri kelestarian dan seterusnya menjadikan UiTMCJ sentiasa dipandang tinggi oleh
masyarakat.

Poster Program Webinar: From Research to Innovation

211

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

WEBINAR: “MY INNOVATION JOURNEY”

Oleh:
Nurul Aien Abd Aziz, Rusnani Mohamad Khalid,
Rohanizan Md Lazan & Syed Khusairi Tuan Azam

Apakah itu inovasi? Kita sering mendengar tentang inovasi, namun sejauh manakah kita
memahami istilah ini? Inovasi bermaksud kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau
perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan.
Matlamat utama inovasi adalah untuk menghasilkan cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam
pelbagai apsek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi.

Sejajar dengan hala tuju universiti yang ingin meningkatkan penghasilan inovasi di kalangan
warga universiti, pada 20 April 2022, Unit Inovasi UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) telah berjaya
menganjurkan program Webinar: My Innovation Journey. Program ini bermula pada jam 2.00
petang sehingga 4.00 petang dan telah dihadiri oleh 90 orang peserta daripada pelbagai fakulti
dan institusi pendidikan dari seluruh Malaysia.

Poster Program Webinar: My Innovation Journey 212

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Antara objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi inspirasi melalui pengalaman
dan perkongsian panel tentang penglibatan inovasi di peringkat Malaysia dan luar negara. Terdapat
dua (2) orang panel yang telah dijemput untuk memberikan perkongsian mereka, iaitu Puan Suhana
Mohamed daripada bidang sains sosial dan Dr. Arni Munirah Markom daripada bidang sains dan
teknologi. Jemputan para panel daripada dua bidang yang berbeza adalah bagi memberi kefahaman
dan idea kepada para peserta yang rata-ratanya daripada pelbagai bidang dan kepakaran.

Sepanjang sesi webinar ini, kedua-dua panel telah memberikan perkongsian yang menarik serta
beberapa input penting antaranya bagaimana ingin menyertai pertandingan inovasi di peringkat luar
negara, strategi untuk memenangi pingat emas dan pelbagai lagi. Hasil daripada maklumbalas yang
diedarkan, peserta sangat berpuas hati terhadap penganjuran program ini kerana mereka dapat
memperolehi banyak ilmu dan pengetahuan tentang inovasi.

Secara keseluruhan, program ini telah mencapai objektif dan diharapkan agar penganjuran program
seumpama ini dapat menyemarakkan lagi semangat warga UiTM khususnya Kampus Johor untuk
bersama-sama menghasilkan lebih banyak lagi idea dan produk inovasi yang kompetitif dan
mempunyai ciri yang lestari serta dapat mengangkat UiTM di mata dunia.

Sesi perkongsian panel Webinar: My Innovation Journey

213

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

KEMPEN UCS – PRIHATIN SYAWAL

Oleh:
Ruziah A. Latif, Yuslizawati Mohd. Yusoff & Zaibedah Zaharum

Tidak dapat disangkal, proses kitar semula adalah penentu kepada masa hadapan yang lebih baik
bagi mengelakkan pencemaran yang boleh mengubah landskap dunia dan menjejaskan kehidupan
generasi akan datang. Ketika ini, seperti yang dilaporkan oleh pihak media, kadar pertambahan
jumlah sisa pepejal negara adalah dua kali ganda daripada sepatutnya. Namun, kesedaran untuk
kitar semula dalam kalangan rakyat Malaysia masih belum di tahap memuaskan. Oleh itu, UiTM
Community Society (UCS), iaitu sebuah kelab pelajar di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat
telah melancarkan Program “KEMPEN UCS – PRIHATIN SYAWAL” selama tiga minggu bermula
pada 8 Mei dan berakhir pada 26 Mei 2022. Seramai 23 orang ahli kelab UCS yang terlibat bersama-
sama dengan 3 orang penasihat kelab. Selain daripada penyertaan ahli-ahli kelab, program ini juga
telah mendapat sambutan dan penglibatan daripada pelajar-pelajar lain yang berada di kampus.

Program yang dijalankan ini menggariskan objektif seperti berikut:

1. Mahasiswa dapat bersama-sama menjalankan kerja amal dengan mengumpul

barangan yang boleh dikitar semula sama ada mereka yang berada di kampus atau di kediaman

masing-masing.

2. Menerapkan nilai kesedaran dan nilai tanggungjawab menjaga alam sekitar.

3. Memupuk nilai keprihatinan mahasiswa terhadap golongan yang kurang berkemampuan.

Antara barangan
buangan yang dikutip

untuk jualan

214

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Program yang diketuai oleh Saudara Fauzi Bin Rozali, pelajar semester 5 Program BA114 –
Diploma Analisis Pelaburan ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Antaranya aktiviti mengumpul
dan menjual barang kitar semula seperti tin-tin aluminium, kertas, botol-botol plastik oleh ahli kelab
UCS sama ada yang berada di kampus mahupun yang sedang ODL di rumah masing-masing. Di
samping itu, pelajar-pelajar lain yang berada di kampus turut sama membantu mengumpulkan
barang buangan tersebut.

Kempen kesedaran menjaga alam sekitar turut diadakan secara atas talian di media sosial rasmi
kelab. Tema kempen pada minggu pertama ialah Budaya Kitar Semula, diikuti dengan minggu ke-2
bertemakan Kitar Semula, Demi Masa Depan Kita dan diakhiri dengan kempen Manusia & Bumi;
Pengabaian Atau Penambahbaikan? pada sepanjang minggu ke-3 program berlangsung.

Pada penghujung minggu ke-3 program, hasil jualan barang terbuang tersebut dikumpulkan.
Sejumlah ‘duit raya’ dan kuih-muih telah disumbangkan kepada ibu-ibu tunggal yang terdiri daripada
pekerja kontrak pembersihan di kampus hasil daripada duit jualan tersebut. Majlis penyerahan telah
disempurnakan oleh ketua program sendiri bersama barisan jawatankuasa yang berada di kampus.

Semoga dengan aktiviti yang dijalankan ini dapat meningkatkan kesedaran warga kampus tentang
isu kelestarian alam sekitar. Di samping itu, sambil menjaga alam sekitar, kita juga boleh berkongsi
rezeki dengan golongan yang memerlukan bantuan.

Saudara Fauzi Rozali, selaku ketua program menyerahkan
sumbangan Hari Raya kepada ibu tunggal di kalangan pekerja

kontrak pembersihan kampus.

215

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

SULAM INV621: Komuniti Bijak Pelaburan rangkul
Champion For All (Diamond Award) dan Best of The Best Award

Oleh:
Nurul Haida Johan, Nik Nur Shafika Mustafa & Syamsyul Samsudin

Sulam INV621: Komuniti Bijak Pelaburan adalah program yang mendedahkan komuniti tentang
pelaburan saham sebagai salah satu alternatif untuk menjana sumber kewangan. Program ini
dijalankan oleh pelajar-pelajar dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan yang mengambil kursus
Applied Investment Management (INV621). Pelajar-pelajar yang mengambil kursus ini akan mengajar
dan membimbing secara langsung golongan B40, komuniti dan belia dengan ilmu pelaburan saham
selama 3 bulan.

Program ini didaftarkan bagi aktiviti SULAM dan SULAM ini merupakan satu inisiatif daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menggabungkan objektif pembelajaran dengan
khidmat komuniti. Sulam adalah singkatan bagi Service Learning Malaysia – University for Society.
SULAM juga adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang menggabungkan hasil
pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti di mana nilai kredit dan jam pelaksanaan khidmat
komuniti itu dikira dalam jumlah jam pelajar belajar bagi kursus yang berkaitan.

Inisiatif SULAM ini bertujuan memberi pengalaman pembelajaran yang menghubung kaitkan teori dan
praktis dengan penyelesaian permasalahan sebenar dalam komuniti serta berteraskan Kasih Sayang,
Kegembiraan dan Saling Menghormati. Kementerian Pengajian Tinggi mengharapkan perkongsian
ilmu bersama komuniti ini menjadi tunjang perubahan kepada kehidupan sosial dalam masyarakat
majmuk pasca moden ini.

216

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Komuniti yang mengikuti program SULAM INV621: Komuniti Bijak Pelaburan ini akan didedahkan
dengan ilmu pelaburan. Dengan adanya ilmu ini, mereka boleh melibatkan diri dalam pelaburan saham
dan menjadikan sumber pendapatan tambahan melalui pelaburan saham. Projek ini juga bertepatan
dengan Dasar Kerajaan Malaysia yang mahukan penguasaan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus
menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB30) menjelang tahun 2030.

Program SULAM INV621: Komuniti Bijak Pelaburan ini dianggotai pensyarah dari Fakulti Pengurusan
dan Perniagaan UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat yang terdiri daripada Cik Nurul Haida Johan,
Encik Syamsyul Samsudin, Puan Rohanizan Md Lazan, Puan Nik Nur Shafika Mustafa dan Dr. Ahmad
Syahmi Ahmad Fadzil.

Program SULAM INV621: Komuniti Bijak Pelaburan ini telah mendapat pengiktirafan apabila diangkat
menjadi projek terbaik keseluruhan di 2nd Sabah Virtual International Innovation and Innovation (2nd
SIVIIC) 2022 dan dianugerahkan Champian For All (Diamond Award). Projek ini sekali lagi melakar
kejayaan tertinggi apabila mendapat Anugerah Best of The Best Award di 4th Virtual International
Breakthrough Invention, Innovation and Design Exibition (VI-BiiDE) 2022. Selain itu, SULAM INV621:
Komuniti Bijak Pelaburan ini juga telah memenangi 4 emas dan 2 perak dalam pertandingan inovasi
yang lain.

Antara pengiktirafan yang diperolehi oleh projek SULAM INV621

217

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Talk : Forex, Perjudian atau Perniagaan
Anjuran IBSA UiTM Johor

Oleh:
Mohd Hakimi Harman

Pada 11 Jun 2022, telah berlangsung satu program yang bertajuk ‘Talk: Forex, Perjudian atau
Perniagaan’. Program yang diadakan secara atas talian ini telah berjaya mengumpulkan 102 orang
perserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) Kampus Segamat
serta orang awam. Islamic Banking Students Association (IBSA) yang merupakan persatuan
akademik bagi program BBA(Hons) Islamic Banking di UiTMCJ telah menganjurkan program ini
yang bertujuan untuk:

i.Memberi pendedahan kepada para peserta tentang forex.
ii.Menerangkan hukum forex (termasuk forex trading) daripada perspektif Islam.
iii.Menerangkan isu-isu semasa berkaitan forex di Malaysia.

Bagi mencapai objektif ini, Dr. Ahmad Sufian Che Abdullah telah dijemput sebagai panel undangan.
Beliau merupakan pensyarah kanan di Universiti Malaya dan juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri
Perlis. Selain itu, beliau juga terlibat aktif dalam aktiviti berkaitan syariah di beberapa syarikat dan
organisasi seperti CIMB Islamic Bank, SME Bank, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad,
Kenanga Investment Bank Berhad serta pelbagai lagi.

Program ini pada asalnya disasarkan kepada pelajar BBA(Hons) Islamic Banking UiTMCJ, namun
atas sambutan yang menggalakkan, ia dibuka kepada pelajar program lain di UiTMCJ serta orang
awam. Sepanjang program berjalan selama kira-kira 2 jam, pelbagai persoalan telah diajukan oleh
peserta dan dijawab dengan baik oleh panel jemputan. Antara topik dan isu penting yang
dibincangkan adalah seperti berikut:

218

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

1. Adakah aktiviti forex dibenarkan dalam Islam?
Aktiviti forex iaitu pertukaran matawang di pengurup wang (money changer) untuk kegunaan
perniagaan adalah harus hukumnya manakala aktiviti forex trading oleh individu secara elektronik
untuk tujuan spekulasi adalah haram hukumnya.

1. Apakah perbezaan antara kedua-dua aktiviti ini?
Aktiviti forex untuk pertukaran matawang asing di pengurup wang adalah di mana individu A
mempunyai mata wang yang ingin ditukar dengan mata wang yang lain dengan tujuan untuk
mengunanakan mata wang tersebut untuk transaksi seperti membeli barang. Sebagai contoh, A
menukar Ringgit Malaysia kepada Dolar Amerika yang mana Dolar Amerika di pengurup wang ini
kemudiannya digunakan untuk membeli barang-barang kegunaan perniagaan.

Bagi aktiviti forex trading oleh individu secara elektronik pula, pertukaran mata wang berlaku dengan
tujuan spekulasi dimana seseorang menukar mata wang tertentu kepada mata wang yang lain di
platform elektronik, menunggu sehingga harga matawang tersebut naik, lalu menjualnya kembali
untuk mendapat keuntungan daripada perbezaan harga tersebut. Sebagai contoh, B menukar Ringgit
Malaysia kepada Dolar Amerika dan menunggu sehingga nilai tukaran Dolar Amerika naik atau nilai
tukaran Ringgit Malaysia turun. Setelah itu, menukar kembali Dolar Amerika tersebut kepada Ringgit
Malaysia.

3. Mengapakah aktiviti forex trading oleh individu secara elektronik adalah haram?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada
2012 telah memfatwakan pertukaran mata wang asing oleh individu melalui platform elektronik adalah
diharamkan atas faktor berikut:

i) mengandungi unsur-unsur seperti riba.
ii) pensyaratan jual beli dalam pemberian hutang melalui leverage.
iii) qabd yang tidak jelas ketika transaksi pertukaran.
iv) penjualan mata wang yang tiada dalam pegangan dan spekulasi yang

melibatkan perjudian.

219

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Dr. Ahmad Sufian menerangkan bahawa melalui kajian beliau, didapati forex trading yang dilakukan
menggunakan platform elektronik ini terdapat keraguan di mana tidak pasti adakah terdapat pertukaran
mata wang apabila transaksi dilakukan. Ini adalah elemen utama yang menjurus ke arah pengharaman
forex trading ini. Ini kerana dalam Islam, proses pertukaran mata wang perlulah memenuhi syarat
pertukaran al-sarf iaitu perlu pertukaran segera dan tidak bertangguh.

4. Bolehkah terangkan apakah tren terkini forex trading?
Sekarang popular dengan forex trading menggunakan platform elektronik. Aktiviti forex trading berlaku
secara atas talian di mana setiap individu dimestikan untuk ada amaun minima untuk digunakan.
Setelah mereka ada amaun minima ini, mereka dibenarkan untuk membuat pinjaman yang mana
pinjaman ini harus dibayar kemudian setelah mereka membuat penjualan semula.

Sebagai contoh:
C ingin membuat forex trading menggunakan platform D. Platform ini menggunakan Dolar Amerika
sebagai mata wang asas. C perlu ada minima USD 170 dan dibenarkan untuk membuat transaksi
sehingga USD 1,000. Bagaimana C akan diberi hutang sebanyak USD 830 selain daripada USD 170
yang dimilikinya. Dengan lebihan USD 830 untuk membuat transaksi dalam platform tersebut, C
mempunyai lebih peluang untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi. Jika pelaburannya berjaya dan
mendapat pulangan lebih daripada USD 1,000 yang dilaburkan, C perlu berkongsi keuntungan tersebut
dengan penyedia platform yang meminjamkan USD 830 serta memulangkan amaun yang dipinjam
sebelum ini. Namun begitu, seandainya pulangan adalah kurang daripada jumlah pelaburan, USD
1,000, C masih perlu memulangkan USD 830 yang dipinjam. Terdapat risiko yang jelas di sini.

Atas sambutan yang menggalakkan, program yang bermula pada pukul 8.30 malam ini telah tamat
sekitar 10.40 malam. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang
disasarkan. Pihak IBSA UiTMCJ amat berbesar hati dengan kelancaran program ini, Selain dapat
memberi pendedahan berkenaan forex kepada para peserta, ia juga dapat memberi kesedaran tentang
pengharaman forex trading, khususnya kepada mereka yang beragama Islam.

220

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

UiTM Johor sertai CGS-CIMB Shariah Investing
Symposium 2022 di Singapura

Oleh:
Syamsyul Samsudin, Rohanizan Md Lazan,
Nik Nur Shafika Mustafa & Nor Hadaliza Abd Rahman

Mendokong aspirasi UiTM Globally Renowned University (GRU 2025), UiTM Cawangan Johor
(UiTMCJ) membawa delegasi seramai 32 orang yang terdiri daripada 27 orang pelajar dan 5 orang
pensyarah dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan ke CGS-CIMB Shariah Symposium pada 23 Jun
2022 di Fairmont Hotel, Singapura. Simposium ini yang bertemakan Sustainability of Shariah: Investing
For A Brighter Future membincangkan isu-isu penting dalam pasaran ekuiti bagi negara Malaysia,
Singapura dan Indonesia.

Simposium ini bermatlamat untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan Kewangan Islam dan
Kerangka Mengawal Selia pasca pandemik COVID-19. Simposium ini menghimpunkan semua
pemain-pemain industri yang mempunyai kepakaran yang luas dalam bidang pasaran ekuiti di tiga
buah negara.

Simposium dimulakan dengan ucaptama oleh Puan Ruzi Rani Ajith, CEO, CGS-CMB Securities.
Selepas itu, sesi forum pertama dimulakan dengan panel Puan Carol Fong, Group CEO CGS-CIMB
dan En Zainul Abidin Rasheed, Duta Singapura ke negara Kuwait dalam membincangkan hala tuju
kewangan Islam di dunia.

Sesi Ucaptama oleh Pn. Ruzi Rani Ajith

221

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Sesi kedua simposium dipengerusikan oleh Puan Shabana M. Hassan yang merupakan “Top 50
Wanita Dunia” yang berpengaruh dalam Kewangan Islam. Sesi ini membincangkan isu “Islamic
Finance in a Post Pandemic Recovery” yang membariskan panel-panel dari 3 buah negara iaitu, Prof.
Dato. Dr. Azmi Omar, Presiden dan CEO INCEIF Malaysia, En. Sani Hamid, Pengarah Economy and
Markets dari Alliance Islamic Wealth Advisor, Singapura dan Dr. Taufik Hidayat, Pengarah Shariah
Perkhidmatan Kewangan, National Committee of Islamic Economy and Finance, Indonesia.

Simposium ini juga membincangkan berkaitan dengan kerangka bagaimana hendak mengawal
Kewangan Islam. Pastinya setiap negara mempunyai kerangka yang berbeza-beza. Sesi ini membawa
tema The Dynamic of Shariah Regulatory Framework. Sesi ini telah dibincangkan oleh pakar yang
banyak membangunkan kerangka Kewangan Islam di dunia. Panel yang membincangkan isu ini ialah
Dr. Aznan Hasan, Timbalan Pengerusi Shariah Advisory Council, Securities Commision Malaysia, En.
Ahmad Khalis, Counsel K&L Gates Straits Law LLC, Singapura dan En. Irwan Abdalloh, Ketua
Pasaran Modal Islam, Indonesia Stock Exchange, Indonesia. Sesi ini dipengerusikan oleh Prof. Dr.
Ziyaad Mohamed, Pengarah INCEIF Executive Education and E-Learning, Malaysia.

Di akhir sesi simposium membincangkan isu Bridging the Gap Between Shariah Investment and ESG.
Sesi ini telah dibincangkan secara terperinci oleh En. Ekmal Mohd Zazi, Ketua Regional Islamic
Wholesale Banking, CIMB Islamic Bank, En. Thomas G. Tsoa, Co-Founder of Gobi Partners
Singapura dan En. Hassan Fawzi, Pengarah Pembangunan Perniagaan Indonesia Stock Exchange
Indonesia.

Para pensyarah pengiring CGS-CIMB Shariah Investing
Symposium 2022, Singapura

222

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Simposium tahunan ini anjuran sepenuhnya oleh CGS-CIMB Malaysia, Singapura dan Indonesia.
UiTMCJ amat berterima kasih kepada CGS-CIMB Malaysia kerana telah menaja kos perjalanan bagi
semua delegasi UiTMCJ. Simposium ini telah memberi manfaat kepada pensyarah dan pelajar.
Semua pelajar telah mengetahui ekosistem Kewangan Islam bagi negara Malaysia, Singapura dan
Indonesia daripada komponen Environment, Social and Governance (ESG). Dengan penyertaan
program seperti ini mendokong agenda Kementerian Pengajian Tinggi dan melaksanakan Matlamat
Pembangunan Mampan (SDG), Pilar ke-empat (4) iaitu Kualiti Pendidikan (Quality Education). Pelajar
telah didedahkan bukan sahaja ilmu di dalam bilik kuliah malah ilmu daripada kepakaran industri dari 3
buah negara yang pasti memberi impak positif kepada ilmu pengetahuan dan pengalaman pelajar.

Para peserta dari UiTM Johor bergambar bersama Pn. Ruzi Rani Ajith, CEO CGS-
CIMB Securities

223

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PROGRAM USAHAWAN ATAS TALIAN ANJURAN KELAB DIBA

Oleh:
Shahira Abd Jabar, Aidarohani Samsudin & Dr. Nur Fatihah Shaari

Pada 25 Jun 2022, Kelab DIBA telah mengadakan program Usahawan Atas Talian. Program ini telah
disertai oleh 100 orang pelajar UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat melalui platform Google Meet.

Objektif program ini adalah untuk membuka mata para pelajar berkenaan keberkesanan perniagaan atas
talian sekaligus mengajar mereka untuk menjadi usahawan serta berkongsi peluang perniagaan melalui
pengalaman penceramah. Perkongsian ini telah disampaikan oleh Alumni UiTM yang merupakan
pensyarah daripada Fakulti Sains Komputer dan Matematik, iaitu Puan Rusnani Mohamad Khalid.

Dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Ketua Program Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Cik
Rosmah Bt Abd Ghani @ Ismail dan diikuti dengan bacaan doa. Bagi slot pertama, penceramah
berkongsi bagaimana tercetusnya idea dan permulaan perniagaan. Menurut beliau, ianya tercetus
sewaktu pandemik yang mana ketika itu rata-rata rakyat Malaysia suka mencuba sesuatu yang baharu
terutama makanan. Beliau tidak ketinggalan cuba menjual makanan kegemarannya iaitu kek pisang
coklat yang telah diinovasi. Teknik pengiklanan yang digunakan ketika itu adalah melalui aplikasi
whatsapp dengan cara mengiklankan produk beliau di status aplikasi tersebut dan menyertai kumpulan
“delivery”.

Bagi slot kedua, beliau berkongsi bagaimana menggunakan aplikasi atas talian selain whatsapp seperti
shopee, facebook dan lain-lain. Beliau memaklumkan, dengan bantuan pengiklanan atas talian, kek
beliau telah terjual hampir di seluruh negeri dan pernah mencecah hasil jualan 5 angka. Slot terakhir pula
ditutup dengan sesi soal jawab.

Harapan penganjur semoga program yang diadakan ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar dan
berani memulakan perniagaan. Apabila bergraduasi kelak, mereka lebih berdikari dalam mencari sumber
pendapatan.

224

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Lawatan Kerja CEO CGS-CIMB ke UiTM Cawangan Johor

Oleh:
Shashazrina Roslan, Dr. Faridah Najuna Misman, Nik Nur Shafika Mustafa,

Dr. Maizura Md Isa & Sharazad Haris

Program Lawatan Kerja CEO-CGS CIMB ke UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) telah diadakan pada 5
Julai 2022, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama dan CGS-CIMB Trading Room bermula pada jam
11.30 pagi sehingga 2.30 petang. Program ini merupakan anjuran Unit Pusat Simulasi CGS-CIMB
(Trading Room) Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTMCJ. Objektif program ini dijalankan adalah
bagi membincangkan tentang perancangan dan program-program yang bakal dilaksanakan oleh Unit
Pusat Simulasi CGS-CIMB (Trading Room) dengan kerjasama CGS-CIMB Securities.

Bermula pada jam 11.30 pagi, bertempat di Lobi Bangunan Sri Bendahara, UiTMCJ, Kampus
Segamat, Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) bersama Ketua Unit dan Ketua Projek serta
beberapa orang Jawatankuasa Pusat Simulasi CGS-CIMB Trading Room menantikan kehadiran Pn.
Ruzi Rani Ajith (CEO CGS-CIMB) dan delegasi CGS-CIMB. Kehadiran CEO dan delegasi CGS-CIMB
disambut dengan meriah dan dimulakan dengan aktiviti bergambar dan menandatangani buku
pelawat di Lobi Bangunan Sri Bendahara. Seterusnya mereka dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama
(BMU) bagi aktiviti seterusnya, iaitu sesi perbincangan bersama delegasi CGS-CIMB.

Kehadiran CEO dan Delegasi CGS-CIMB disambut dengan meriah dan diteruskan
dengan sesi bergambar dan menandatangani buku pelawat.

225

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Sesi perbincangan di BMU dan sesi penyampaian cenderahati
Setelah tamat sesi perbincangan di BMU, sesi penyampaian cenderahati kepada Pn. Ruzi Rani
Ajith dan para delegasi CIMB telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Akmal Aini Othman, Timbalan
Rektor Hal-Ehwal Akademik serta menjalankan tugas-tugas Rektor. Seterusnya, tetamu kehormat
dan ahli JKEN dibawa ke Pusat Simulasi CGS-CIMB Trading Room bagi meneruskan aktiviti
bersama para pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelaburan (BA251). Di
CGS-CIMB Trading Room, tetamu kehormat diberikan penerangan mengenai CGS-CIMB Trading
Room yang terletak di Bangunan Perpustakaan Tun Dr. Ismail 1, UiTMCJ. Selain itu, satu sesi
forum juga berlangsung di antara CEO CGS-CIMB dan para delegasi CGS-CIMB bersama para
pelajar bagi sesi komunikasi dua hala. Banyak soalan yang diutarakan oleh para pelajar dan
dijawab oleh pihak CGS-CIMB.

Program bersama pelajar BA251 dan forum diadakan di CGS-CIMB Trading Room PTDI 1
226

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Setelah tamat sesi tersebut, semua tetamu kehormat dijemput ke Bilik Perbincangan PTDI 1 bagi
menikmati makanan tengahari. Alhamdulillah, lawatan kerja CEO CGS-CIMB ke UiTMCJ berjalan
dengan lancar seperti yang dirangka. Semoga dengan lawatan ini dapat mengeratkan lagi kerjasama
yang telah terjalin selama ini antara UiTMCJ dan CGS-CIMB. Diharapkan segala yang telah
dibincangkan dapat dilaksanakan dengan baik dan semoga lebih banyak aktiviti dapat dijalankan.
Diharapkan juga jalinan kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada semua warga dan pelajar
UiTMCJ.

Gambar kenangan bersama pelajar BA251 di CGS-CIMB Trading
Room PTDI 1

227

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Bengkel Matematik Pengguna : MRSM Tun Dr Ismail
Ayer Baloi, Pontian

Oleh:
Dr. Maizura Md Isa, Dr. Nor Hazila Ismail, Dr. Nor Hafizah Abd Mansor,

Norintan Wahab & Nur Diana Zamani

Matematik Pengguna untuk silibus KSSM adalah satu silibus baru yang terkandung di dalam
matapelajaran Matematik Tingkatan 3, 4 dan 5. Oleh itu, Unit Perundingan, Bahagian Penyelidikan,
Jaringan Industri dan Alumni (BPJI&A) UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) dengan kerjasama MRSM
Tun Dr Ismail, Ayer Baloi, Pontian telah mengadakan Bengkel Pemantapan dan Pengukuhan
Matematik Pengguna Tingkatan 3 & 5 Untuk Silibus KSSM.

Bengkel tersebut telah dijalankan pada Sabtu, 16 Julai 2022. Para peserta terdiri daripada wakil
pelajar (mentor). Ia juga turut dihadiri wakil-wakil guru matematik dari MRSM lain antaranya MRSM
Johor Bahru, MRSM Muar, MRSM Mersing, MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan dan MRSM
Alor Gajah, Melaka. Wakil guru-guru dari sekolah yang berdekatan juga turut hadir serta seperti
SMK Dato’ Penggawa Barat, SMK Parit Betak, SMK Telok Kerang dan SMK Ayer Baloi.

Bengkel yang dijalankan selama 4 jam itu merangkumi silibus Matematik Pengguna Tingkatan 3
dan 5. Para peserta didedahkan dengan maklumat dan kaedah yang sesuai dan efektif untuk
menyelesaikan soalan-soalan matematik. Slot pertama dijalankan dengan penyampaian silibus
untuk Tingkatan 3. Kebanyakan peserta terutamanya pelajar memberi respon yang baik ketika sesi
ceramah berlangsung. Para guru juga memberikan komitmen yang baik. Banyak perkara yang
mengelirukan mereka dapat diselesaikan ketika slot tersebut berlangsung.

Dr. Nor Hafizah sedang
menyampaikan ceramah

228

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Bengkel diteruskan dengan perbincangan silibus Tingkatan 5 yang merangkumi dua topik iaitu Insurans
dan Cukai. Slot insurans telah disampaikan dengan baik oleh penceramah. Kandungan ceramah
dimulakan dengan sejarah insurans dan berakhir dengan cara pengiraan. Para guru menunjukkan minat
yang mendalam dan mereka mendapat pencerahan dalam setiap soalan yang diajukan.

Untuk slot terakhir bengkel tersebut, penceramah menerangkan kaedah cukai yang difokuskan kepada
individu. Bagaimana pengecualian cukai dilakukan dan kaedah pengiraan cukai dilakukan, dijelaskan
dengan baik oleh penceramah. Peserta terutamanya para pelajar juga mendapat maklumat mengenai
kepentingan cukai kepada negara.

Kami dari Unit Perundingan BPJI&A UiTMCJ ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Timbalan
Rektor BPJI&A yang telah membenarkan kami untuk mengadakan perundingan ini dan juga kepada
pengurusan tertinggi UiTMCJ, Kampus Segamat. Tidak ketinggalan juga kepada MRSM Tun Dr. Ismail
yang sudi menerima kami sebagai penceramah untuk bengkel tersebut. Semoga bengkel seperti ini
dapat dijalankan lagi di masa akan datang.

Peserta bengkel sedang khusyuk Pensyarah UiTM Johor yang
mendengar ceramah yang terlibat dalam program ini
disampaikan
bersama Pengetua dan guru
MRSM Ayer Baloi

229

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Taklimat Pengauditan EKSA: Ke Arah Pensijilan EKSA MAMPU

Oleh:
Husnizam Hosin, Mohd Hakimi Harman & Nurulashikin Romli

Pada 8 Ogos 2022 yang lalu, telah berlangsung satu program anjuran Unit EKSA UiTM Cawangan
Johor (UiTMCJ) iaitu ‘Taklimat Pengauditan EKSA: Ke Arah Pensijilan EKSA MAMPU’. Program ini
diadakan secara bersemuka di Bilik Aula Bestari, UiTMCJ dan disertai seramai 18 orang peserta.
Para peserta yang hadir ke bengkel ini adalah ketua EKSA bahagian/unit/zon/fakulti masing-masing
ataupun wakil mereka.

Selaku pengemudi inisiatif EKSA, Unit EKSA UiTMCJ telah menganjurkan bengkel ini yang
bertujuan untuk:

i. Memberi pendedahan mengenai tatacara audit kepada ketua EKSA setiap
bahagian/unit/fakulti yang baru.

ii. Meningkatkan pengetahuan dan pemahaman berkenaan kriteria pengauditan yang betul
kepada peserta untuk pelaksanaan EKSA yang berkesan.

iii. Memantapkan pegetahuan dan kemahiran setiap bahagian/unit/fakulti ke arah pensijilan
EKSA MAMPU.

Penceramah kepada program ini adalah Encik Mohd Hakimi Harman selaku ketua auditor unit
EKSA UiTMCJ. Beliau juga merupakan pensyarah di UiTMCJ dan merupakan auditor Amalan 5S
UiTMCJ sejak daripada tahun 2015 lagi. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang Auditor
Dalaman di Unit Pengurusan Kualiti UiTMCJ.

Taklimat bengkel ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada Encik Husnizam Hosin sebagai
penyelaras Unit EKSA UiTMCJ. Dalam ucapannya, beliau telah menerangkan objektif bengkel ini
diadakan sebagai persiapan untuk mencapai inisiatif ke arah pensijilan EKSA MAMPU.

230

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Dalam ucapannya, En. Husnizam Hosin telah memaklumkan tarikh-tarikh penting Audit Dalaman dan
Jawatankuasa Auditor UiTMCJ Kampus Segamat. Berikut adalah merupakan tarikh-tarikh penting bagi
Pensijilan EKSA MAMPU:

Sepertimana yang umum sedia maklum, pelaksanaan EKSA merupakan teknik yang paling berkesan
bagi mewujudkan budaya penambahbaikan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam
Bahasa Jepun. Pelaksanaan EKSA adalah amalan asas kepada pelaksanaan sesuatu amalan kualiti
yang lain seperti Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM), Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015,
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan sebagainya.

Pelaksanaan EKSA dalam warga UiTMCJ Kampus Segamat akan dapat mewujudkan suasana kerja
yang lebih kemas, bersih, tersusun dan berimej korporat. Keadaan ini akan memberi impak ke arah
peningkatan produktiviti UiTM, penambahbaikan kualiti penyampaian perkhidmatan serta membantu ke
arah proses kerja yang lebih efektif dan mengurangkan kos operasi. Keselamatan di tempat kerja juga
akan lebih terjamin di samping dapat meningkatkan motivasi kerja warga UiTMCJ Kampus Segamat.

Encik Mohd Hakimi Harman selaku
ketua auditor unit EKSA UiTMCJ.

231

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Kunci utama kejayaan pelaksanaan EKSA di UiTMCJ Kampus Segamat bergantung kepada faktor-
faktor seperti berikut:

i. Sokongan dan komitmen berterusan daripada pihak pengurusan. Sokongan dan komitmen
pihak pengurusan dapat mewujudkan suasana yang menyemarakkan pelaksanaan EKSA.
Pihak pengurusan akan memberikan hala tuju dan keputusan penting untuk memastikan EKSA
dilaksanakan dengan baik.

ii. Penglibatan dan penyertaan setiap individu di UiTMCJ Kampus Segamat secara konsisten.
Penglibatan dan penyertaan konsisten setiap individu di UiTM dapat menjamin kesinambungan
pelaksanaan EKSA selain mampu memberi impak yang berpanjangan.

iii. Struktur pengurusan EKSA yang efektif dan efisien. Struktur pengurusan EKSA yang efektif dan
efisien adalah faktor kritikal dalam memastikan segala perancangan, tindakan dan pelaporan
dilaksanakan dengan teratur dan menjadi tunjang kepada kejayaan EKSA.

Sepanjang sesi penerangan, pelbagai maklumat telah dikongsikan oleh penceramah. Ini termasuk
tarikh-tarikh penting untuk sesi audit dalaman EKSA bagi tahun 2022. Sejurus selesai, peserta diberi
rehat selama 15 minit dan program diteruskan dengan sesi latihan lapangan. Melalui sesi ini, para
peserta telah diberi tugasan untuk melawat Unit Pengurusan Kualiti UiTMCJ seterusnya memberikan
pendapat tentang penambahbaikan yang perlu dilaksanakan untuk mencapai pensijilan EKSA MAMPU.

Peserta sedang mendengar
taklimat

232

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Berikut adalah beberapa maklumat penting berkaitan unit EKSA UiTMCJ yang telah dibincangkan
sepanjang bengkel berlangsung:

i. UiTMCJ mensasarkan untuk mendapat pensijilan EKSA MAMPU dalam masa 2 tahun akan
datang.

ii. Bagi memenuhi syarat pensijilan EKSA MAMPU, audit dalaman EKSA UiTMCJ yang pertama
akan diadakan selewatnya sebelum Hari Inovasi UiTMCJ.

iii. Proses audit dalaman EKSA UiTMCJ akan dilaksanakan mengikut Zon/Bahagian/Unit/Fakulti.
iv. Lawatan penandaaras (benchmarking) akan diadakan bagi mendapatkan maklumat dan

panduan lanjut tentang amalan EKSA.
v. UiTMCJ berhasrat menjadi UiTM Cawangan yang terawal mendapat pensijilan EKSA MAMPU.

Program tamat pada pukul 12.30 tengahari. Sepanjang bengkel berjalan, para peserta telah
menunjukkan kerjasama dan program ini telah mendapat maklumbalas yang amat menggalakkan.
Banyak persoalan yang diajukan bagi menambah kefahaman mereka.

Bengkel ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang disasarkan. Pihak unit
EKSA UiTMCJ amat berbesar hati dengan kelancaran program ini. Selain dapat memberi pendedahan
berkenaan amalan EKSA, ia juga dapat memberi menyampaikan hasrat UiTMCJ yang sedang
berusaha mendapatkan pensijilan EKSA MAMPU. Dengan bantuan dan kerjasama dan bantuan semua
zon/bahagian/unit/fakulti, diharap inisiatif ini dapat dicapai dengan kadar segera.

Wakil-wakil PTJ yang menghadiri
Taklimat Pengauditan EKSA

233

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PROJEK “BELI DAN SUMBANG BUKU”
MEMUPUK MASYARAKAT BERILMU

Oleh:
Rohanizan Md Lazan, Nurul Haida Johan & Dr. Ahmad Syahmi Ahmad Fadzil

Projek “Beli dan Sumbang Buku” adalah satu projek inisiatif dari Fakulti Pengurusan dan
Perniagaan UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) Kampus Segamat yang mahu memupuk masyarakat
berilmu sambil menderma. Projek ini adalah bagi membiayai kos percetakan bagi buku Asas
Pelaburan Saham: Bagaimana Hendak Bermula? Buku ini akan diberikan secara percuma kepada
komuniti yang mengikuti program SULAM INV621: Komuniti Bijak Pelaburan.

Program SULAM INV621: Komuniti Bijak Pelaburan ini adalah program di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) yang menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat komuniti.
Inisiatif SULAM ini bertujuan memberi pengalaman pembelajaran yang menghubung kaitkan teori
dan praktis dengan penyelesaian permasalahan sebenar dalam komuniti serta berteraskan kasih
sayang, kegembiraan dan saling menghormati.

Komuniti yang mengikuti program SULAM INV621: Komuniti Bijak Pelaburan ini didedahkan
dengan ilmu tentang pelaburan saham selama 3 bulan. Berbekalkan ilmu yang telah disampaikan
kepada komuniti ini, diharapkan komuniti ini boleh membuat pelaburan saham dan menjadikan
sumber pendapatan tambahan melalui pelaburan saham.

Bagi memberi ruang kepada syarikat korporat, kakitangan dan alumni UiTM, serta individu yang
ingin menyumbang kepada projek buku ini, pelbagai pakej sumbangan ditawarkan kepada mereka
yang ingin membuat sumbangan. Antara pakej yang boleh dipilih oleh penyumbang ialah:

● Pakej Hamka iaitu serendah RM10,
● Pakej Tun Sri Lanang iaitu 1 buah buku bernilai RM45,
● Pakej Keris Mas iaitu 2 buah buku RM90,
● Pakej Samad Said yang merupakan sumbangan seikhlas hati.

Semua penyumbang ini akan diberikan resit bagi tujuan pelepasan cukai.

234

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Projek “Beli dan Sumbang Buku” telah mendapat kelulusan daripada pihak Naib Canselor Universiti
Teknologi MARA iaitu Yang Berbahagia Prof. Datuk. Ts. Dr. Hajjah Roziah Janor. Projek ini telah
dilancarkan pada bulan April 2022 sehingga Disember 2022.
Pelaksanaan Projek “Beli dan Sumbang Buku” ini akan memberi peluang kepada semua untuk
menderma dan menyumbang buku ini yang dapat dimanfaatkan kepada semua komuniti yang akan
terlibat dalam projek SULAM INV 621: Komuniti Bijak Pelaburan. Sesungguhnya jika sumbangan
buku ini dimanfaatkan dengan baik ia ibarat pahala yang terus mengalir buat semua penyumbang.
Hadis Riwayat Muslim ada menyatakan daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW
bersabda: Apabila seorang anak Adam itu mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah
jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain serta anak yang soleh yang berdoa untuknya.
Allah SWT juga telah berfirman di dalam surah Al-Imran ayat 115 yang bermaksud; Dan apa sahaja
kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada
mendapat pahala. Dan ingatlah Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang
bertakwa.
Semoga usaha kecil yang dilakukan bagi Projek “Beli dan Sumbang Buku” memberi kebaikan dan
manfaat kepada penyumbang dan penerima sumbangan (komuniti). Jom kita Beli dan Sumbang
Buku!

235

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Bengkel Pengendalian & Pelaksanaan Sistem Bank Soalan (QBS)
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

Oleh:
Nurulashikin Romli & Ruziah A. Latif

Bengkel ini terdiri daripada 3 siri yang mensasarkan peranan pensyarah Fakulti Pengurusan dan
Perniagaan (FPdP) di Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor (UiTMCJ) Kampus Segamat
sebagai (i) pensyarah sumber, (ii) penyedia item soalan dan (iii) vetter yang akan menggunakan
sistem Bank Soalan (QBS) yang telah dibangunkan oleh unit Bahagian Pentaksiran dan Penilaian
Akademik (BPPA).

Pada 15 September 2021 melalui program Townhall Akademik anjuran Bahagian Hal Ehwal
Akademik telah mengemukakan satu pelan tindakan yang menekankan tentang pengurangan jumlah
kod kursus yang mempunyai peperiksaan akhir bermula pada semester sesi 20214. Cadangan
tersebut dikemukakan selaras dengan inisiatif Perancangan Strategik UiTM 2025, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) [PPPM-PT] 2015-2025, Kerangka
Kurikulum Tersedia Kehadapan dan Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA 2017)
dalam memberikan tumpuan terhadap pentaksiran holistik. Namun, pengurangan ini adalah
berkecuali bagi kod kursus di tahun akhir kerana ia melibatkan Peperiksaan Khas dan graduate on
time (GOT) pelajar. Justeru itu, pelaksanaan QBS secara berfasa iaitu melibatkan 3 fasa bermula
semester sesi 20214 sehingga ke sesi 20224 kepada kod kursus yang mempunyai peperiksaan
akhir dan akan dilaksanakan di semua kampus UiTM.

Selaras dengan itu, Unit Pembangunan Akademik & Staf, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan,
UiTMCJ Kampus Segamat bertanggung jawab di dalam mengelola pelaksanaan sistem QBS ini
supaya mencapai objektifnya iaitu:

1. Memberi latihan penggunaan sistem QBS kepada pensyarah FPdP.

2. Meningkatkan kemahiran pensyarah mengaplikasikan penggunaan QBS untuk penyediaan
soalan penilaian akhir.

236

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Inisiatif QBS akan dilaksanakan dalam 3 fasa dan dijangka selesai pada tahun 2022. Pihak BPPA juga
telah melantik penyelaras sistem QBS di setiap kampus untuk membantu perjalanan di dalam
pelaksanaan sistem ini di kampus masing-masing. Penyelaras-penyelaras ini telah menghadiri bengkel
Train of Trainers (TOT) Penyelaras Sistem Bank Soalan (QBS) yang dianjurkan oleh pihak BPPA pada
28 hingga 29 September 2021. Salah satu peranan penyelaras QBS ini adalah menjadi pakar rujuk
bagi pengoperasian QBS di PTJ masing-masing dan sebagai liaison antara BPPA dan PTJ sekiranya
ada permasalahan berkaitan QBS. Penyelaras sistem QBS bagi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan,
UiTMCJ Kampus Segamat adalah Cik Nurulashikin Romli.

Siri 1 (Pensyarah Sumber)

Bengkel siri pertama ini diadakan pada 19 Mei 2022 bertempat di makmal Big Data memfokuskan
kepada pensyarah sumber untuk 6 kod kursus seperti dalam jadual di bawah.

Bengkel yang dikendalikan oleh penyelaras QBS ini dilakukan untuk memastikan JSU bagi kursus

yang menggunakan sistem QBS dikemaskini oleh pensyarah sumber sebelum sistem QBS ini

diaktifkan. Jadual spesifikasi ujian (JSU) bagi setiap kod yang terlibat perlu dikemaskini terlebih dahulu

supaya proses penyediaan item soalan dan penjanaan set soalan dapat dilakukan dengan jayanya.

Bengkel bermula dengan taklimat daripada penyelaras tentang sistem QBS dan kaedah

pengoperasiannya yang bermula dengan mengemaskini JSU seterusnya mengaktifkannya untuk

kegunaan sistem QBS. Bengkel berakhir dengan sesi soal jawab di antara penyelaras dan pensyarah

sumber.

Bil Kod Kursus Pensyarah Sumber

1. FIN346 Puan Suzana Hassan

2. FIN377 Puan Nik Nur Shafika Mustafa

3. FIN379 Puan Nor Haliza Hamzah

4. INV537 Cik Nurulashikin Romli

5. INV553 Dr. Norashikin Ismail

6. INV615 Puan Hadaliza

237

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Siri 2 (Penyedia item soalan)

Bengkel siri kedua ini pula diadakan pada 26 Mei 2022 bertempat di makmal Big Data memfokuskan
kepada pensyarah FPdP selaku penyedia item soalan yang mempunyai masalah atau persoalan
berkaitan dengan sistem QBS memandang ini adalah fasa kedua sistem ini dijalankan di fakulti.
Sebelum daripada tarikh bengkel ini, para pensyarah telah diberikan rakaman penggunaan sistem ini
yang telah dibuat pada fasa yang pertama sesi 20214. Seramai 3 orang fasilitator iaitu Cik Nurulashikin
Romli, Puan Mardziyana Mohamad Malom dan Puan Ruziah A.Latif bersedia untuk membantu para
pensyarah yang mempunyai persoalan lanjut tentang sistem ini.

Siri 3 (Vetter)

Bengkel siri ketiga ini pula diadakan pada 9 Jun 2022 bertempat di makmal Big Data memfokuskan
kepada pensyarah FPdP sebagai vetter untuk kod-kod seperti dalam jadual di bawah:

Bil. Kod Vetter

1. FIN346 1. Mohd Hakimi Harman

2. Zaibedah Zaharum

2. FIN377 1. Nur Liyana Mohamed Yousup

2. Rohanizan Md.Lazan

3. FIN379 1. Kharudin Mohd Sali@Salleh

2. Mohamad Azwan Md.Isa

4. INV537 1. Tay Bee Hoong

2. Yuslizawati Mohd Yusoff

5. INV553 1. Dr Nor Hazila Ismail

2. Aflah Isa

6. INV615 1. Rabiatul Alawiyah ZainalAbidin

2. Zuraidah Ahmad

238

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Bengkel siri ketiga ini lebih berbentuk teknikal kerana vetter bertanggungjawab untuk menyemak soalan
di dalam sistem QBS secara atas talian. Penyelaras dengan dibantu oleh 2 orang fasilitator selaku vetter
dari fasa 1 iaitu Puan Zaibedah Zaharum dan Puan Aflah Isa bagi membantu meningkatkan kefahaman
para vetter sesuai dengan tanggung jawab besar yang mereka pikul. Bengkel ini dimulakan dengan
taklimat cara penggunaan dan pengoperasian sistem kepada vetter yang baharu dan menambah
kefahaman kepada vetter sedia ada dari fasa pertama. Kemudian penyelaras juga melakukan hands-on
contoh-contoh kemungkinan yang akan berlaku apabila vetter menggunakan sistem QBS ini. Bengkel
berakhir dengan sesi soal jawab di antara penyelaras dan para vetter.
Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini, para pensyarah FPdP lebih memahami proses
pengendalian dan pelaksanaan QBS yang merupakan sebahagian daripada key initiatives UiTM 2025.
Bengkel ini penting dan akan diteruskan pada fasa ketiga nanti untuk memastikan penyediaan item
soalan dan penjanaan set soalan dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan seperti yang
termaktub dalam JAPA setiap semester.

Siri Bengkel QBS bersama-sama Resource Person kod-kod program
BA114 dan BA251 yang terlibat untuk sesi 20222

239

240

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

CRYPTOCURRENCY: LESS GREEN THAN BROWN?

Mohamad Azwan Md Isa, Nur Liyana Mohamed Yousop, Wan Mohd Farid Wan Zakaria

The term "cryptocurrency" refers to a decentralised and distributed system that uses cryptography
to ensure safe transfer and exchange of digital tokens (Dourado & Brito, 2014). In 1983, a
cryptographer, David Chaum invented the concept of cryptocurrency. According to Chaum
(1983), bank notes and coins that suffer from a lack of control and security, prompting him to
create cryptography with a blinding formula. Several years later, Chaum put his idea into practice
by creating the first DigiCash, namely eCash, which unfortunately received less public
acceptance. In January 2009, Bitcoin began trading publicly and became successful. Since then,
numerous other cryptocurrencies have been developed using the same innovations that Bitcoin
pioneered, but with modified parameters for their governing algorithms. Ethereum, Tether, Ripple
and Cardano are among the cryptocurrencies being traded in the markets.

Cryptocurrencies have surged in popularity over the past few years, and they are currently one of
the most prominent global investment trends. Many investors, particularly those with a high-risk
tolerance, are interested in investing in cryptocurrency. According to Adrianto and Diputra (2017),
cryptocurrency reduces the standard deviation (i.e risk) and provides investors with more
allocation options depending on the risk tolerance of the investor. In light of the latest market
developments and inclusions, it is clear that cryptocurrency will play a pivotal role in shaping the
future of money transfer and investment. Despite the fact that cryptocurrencies are imperfect and
constantly in need of improvement, the claim that they should not be included in a portfolio of
investments is unfounded (Green, 2022).

The following information were gathered to better illustrate the varied perspectives on
cryptocurrency acceptance from the perspectives of different economies and people's
preferences:

241

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
• As of the year 2020, the advanced economies were the least likely to use or own crypto assets, while the emerging markets and
developing economies were among the top five regions using or owning crypto assets (Buchholz, 2021).
• A recent study by Schroders' Global Investor Study 2021 found that most people will allocate more to savings or low-risk
investments, with only a one-third allocating more to high-risk investments. However, both older and younger generations of
investors appear to be more interested in cryptocurrency.
• The study also showed that in low-interest rate environments (often due to recession), more than half of Asian investors were
most likely to invest in high-risk investments, with 22 per cent of those investors investing in cryptocurrency.
On the other hand, investment in cryptocurrency violates Environmental, Social, and Governance
(ESG) principles because it is linked to both carbon emissions and energy waste (see Figure 1).
Concerns have been raised about the amount of energy used in mining cryptocurrencies,
particularly those that use a proof of work consensus model such as Bitcoin and Ethereum, which
is also known as Ether. Both Bitcoin and Ether are designed to be energy intensive and are
“mined” by millions of powerful computers worldwide.

Source: BitcoinEnergyConsumption.com
Figure 1: Bitcoin Energy Consumption

242

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

According to Cho (2021), because the entire network has invested millions of dollars in hardware
and infrastructure, transitioning to a more energy efficient system would be difficult, especially
since there is no central oversight body. However, there are a number of projects attempting to
reduce cryptocurrencies overall carbon footprint. For instance, Ether's consensus model has
shifted from "proof-of-work" to "proof-of-stake", which relies on "stakers", who already own some
Ether to process new transactions (Browne, 2021). To participate in the proof-of-stake model,
validators only need to buy tokens in order to win blocks. Proof-of-work systems, on the other
hand, necessitate those miners to purchase and maintain their own mining equipment indefinitely,
thus incurring more energy costs.
References:
Andrianto, Y., & Diputra, Y. (2017). The Effect of Cryptocurrency on Investment Portfolio

Effectiveness. Journal of Functional Analysis, 5, 229.

Browne, R. (2021, May 10). Ethereum: What is it and how is it different from bitcoin? CNBC.
Retrieved March 17, 2022, from https://www.cnbc.com/2021/05/10/ethereum-what-is-it-and-
how-is-it-different-to-bitcoin.html

Buchholz, K. (2021, March 17). Infographic: How common is crypto? Statista. Retrieved March 17,
2022, from https://www.statista.com/chart/18345/crypto-currency-adoption/

Chaum, D. (1983). Blind Signatures for Untraceable Payments. In: Chaum, D., Rivest, R.L., Sherman,
A.T. (eds) Advances in Cryptology. Springer, Boston, MA. https://doi.org/10.1007/978-1-4757-
0602-4_18

Cho, R. (2021, September 16). Bitcoin's impacts on climate and the environment. State of the Planet.
Retrieved March 17, 2022, from https://news.climate.columbia.edu/2021/09/20/bitcoins-impacts-
on-climate-and-the-environment/

Green, N. (2022, February 22). Bitcoin could be the most ESG-friendly part of your portfolio. Asia
Times. Retrieved March 17, 2022, from https://asiatimes.com/2022/02/bitcoin-could-be-the-most-
esg-friendly-part-of-your-portfolio/

243

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

BICARA HATI: SEBUTIR MEMORI

Hafizuddin Bin Dato’ Md Dali

Ayah? Abah? Daddy? Papa? Abi? Baba?

Pertama kali menjadi bapa adalah pengalaman yang paling bermakna dalam kehidupan seorang
lelaki.

Banyak panggilan atau gelaran kepada insan bernama bapa ini acap kali kita mendengar. Tetapi
adakah anda sudah bersedia?

Berikut adalah perkongsian pengalaman saya sebagai seorang bapa yang baharu pertama kali
mendapat permata hati dalam kehidupan yang mungkin boleh memberi panduan atau
pengalaman untuk dikongsi bersama.

Tidur di waktu malam? 2 - 4 minggu awal kelahiran bayi adalah paling mencabar jika waktu
malam anda tidak pernah diganggu sebelum ini. Bayi akan terjaga malam beberapa jam untuk
minum susu atau akan tiba-tiba terjaga daripada tidur lalu menangis di malam hari yang bakal
merubah waktu tidur malam anda.

Susu formula? Jika bayi menyusu badan ianya adalah satu rahmat dari Illahi, jika tidak susu
formula adalah solusi kepada penyusuan bayi anda. Apa yang boleh dibuat adalah membeli
susu formula dalam pek yang kecil kerana setiap bayi adalah berbeza dari segi penerimaan susu
formula. Pengalaman diri sendiri, ada di antara bayi hanya boleh minum susu formula yang
rumusan khas tanpa laktosa atau “Lactose Free”. Anda boleh dengar cadangan daripada orang
sekeliling anda tapi akhirnya bayi anda sendiri akan menentukan sesuai atau tidak susu formula
itu. Persoalan utama bagaimana hendak mengetahui susu formula itu sesuai atau tidak?
Mengikut pengalaman sendiri, bayi yang menyusu susu formula tidak membuang najis atau
muntah. Membeli susu berharga mahal atau murah bukan penyebab kesesuaian kepada bayi
anda.

Sumber foto: babydash.com.my

244


Click to View FlipBook Version