Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Lawatan penanda aras dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua Jabatan
Kejuruteran Elektrik PIS, Encik Mazlan Bin Kassim, dan diteruskan dengan ucapan pengenalan
daripada Ketua Pusat Pengajian PKE UiTMCJKPG, Dr. Nur Amalina Binti Muhamad. Seterusnya,
wakil unit akreditasi Jabatan Kejuruteraan Elektrikal PIS telah membentangkan perkongsian
pengalaman akreditasi ETAC yang telah mereka lalui serta penekanan berkenaan persediaan
dokumentasi serta persediaan aspek logistik semasa audit daripada panel ETAC. Antara perkara
yang telah dibincangkan adalah proses penilaian Program Outcomes (POs) bagi aktiviti amali
secara bersemuka dan atas talian, rubriks bagi penilaian makmal dan ujian amali, proses
perlaksanaan Outocme Based Education (OBE), dan proses Continuous Quality Improvement
(CQI). Turut dibincangkan adalah nisbah antara pelajar dan pensyarah, aspek keselamatan dan
kesihatan, kaedah perlaksanaan projek tahun akhir, pengurusan latihan industri serta pengurusan
alumni.
Aktiviti penada aras diteruskan dengan lawatan ke fasiliti sekitar kampus PIS termasuk
makmal-makmal kejuruteraan elektrik, bilik-bilik dan dewan kuliah, bilik fail, perpustakaan dan
kemudahan-kemudahan yang lain. Turut dibincangkan adalah perkongsian laporan Self-
Assessment Report (SAR) daripada pihak PIS. Aktiviti diakhiri dengan ucapan penutup daripada
kedua-dua pihak PKE UiTMCJKPG dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik PIS.
Lawatan penanda aras PKE UiTMCJKPG ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik PIS telah
dilaksanakan dengan jayanya dan diharap dapat membantu PKE UiTMCJKPG bagi persediaan
lawatan panel ETAC kelak. Unit Akreditasi PKE UiTMCJKPG mengucapkan ribuan terima kasih di
atas kesudian pihak Jabatan Kejuruteraan Elektrik PIS berkongsi pengalaman mereka dan diharap
kerjasama di antara pihak PKE UiTMCJKPG dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik PIS akan
berterusan untuk aktiviti-aktiviti lain di masa hadapan.
Gambarajah 2: Sewaktu sesi perbincangan dan lawatan ke makmal 545
546
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Kenali Apa Itu Aquilaria Oil
Ts.Dr.Zakiah Mohd Yusoff, Ir.Ts.Dr.Nurlaila Ismail, Aqib Fawwaz Mohd Amidon, Ts. Siti
Aminah Nordin, Ts.Dr. Arni Munira Markom
Minyak gaharu juga dikenali sebagai "Black Gold" atau
"Wood of God" secara literalnya ialah minyak pati yang
telah melalui beberapa proses semulajadi di dalam
hutan. Ia berasal dari jenis pokok yang dipanggil
"Aquilaria" yang pada asasnya cukup signifikan dan
sangat berharga kepada masyarakat dunia. Di
Semenanjung Malaysia, gaharu boleh dikategorikan
kepada lima spesies, iaitu "Aquilaria malaccensis",
"Aquilaria hirta", "Aquilaria beccariana", "Aquilaria
rostrata", dan "Aquilaria microcarpa", yang didapati
tumbuh di kawasan tanah pamah hingga ketinggian
tujuh ratus lima puluh meter dari aras laut.
Gaharu dijana secara semula jadi sebagai
akibat tindak balas pokok keras terhadap serangan
kulat atau bakteria pada luka, rekahan, atau jangkitan
penyakit. Apabila pokok diserang, ia merembeskan
sejenis resin untuk melindungi bahagian pokok yang
cedera, sama ada pada akar, batang, dahan, atau di
tempat lain, dan resin ini akhirnya mengeras [1].
"Gaharu" ialah nama diberikan kepada resin yang
membawa pati aromatik. Menurut penyelidikan,
terdapat sehingga tujuh belas jenis pokok berkayu yang
berbeza Malaysia yang mungkin menghasilkan gaharu.
Masyarakat dunia mengenali gaharu dengan nama
yang berbeza berdasarkan negara mereka atau
bergantung kepada agama mereka. Gaharu biasanya
dirujuk sebagai "Gaharu" di Malaysia dan "Chexiang" di
China.
547
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Walau bagaimanapun, Gaharu juga dikenali sebagai "Kalambak", "Kanankoh", "Agalloch",
"Jinkoh", "Eaglewood", dan "Aloeswood" [3]. Seperti yang diketahui, gaharu adalah habitat hutan
bukan kayu dengan nilai yang sangat tinggi dan permintaan yang tinggi kerana kayu gaharu adalah
bahagian penting dalam ubat herba atau tradisional, sebagai salah satu elemen utama dalam
pembuatan minyak wangi, dan sebagai bahan api untuk membakar kemenyan dalam acara
keagamaan atau etnik seperti pemujaan dan upacara pengebumian [1]. Gaharu ini juga biasanya
digunakan untuk membuat perabot sebagai simbol kekayaan kerajaan, dan ia juga digunakan untuk
diukir dan diletakkan di dalamnya bangunan, dan banyak lagi. Harga minyak gaharu di pasaran
bergantung kepada kualiti dan minyak itu sendiri. Bagaimanapun, disebabkan kekurangan piawaian
dunia berkaitan dengan penggredan kayu gaharu, setiap negara pembekal menggunakan sistem
penggredannya sendiri, dan sesetengah negara tidak mempunyai sistem penggredan langsung[4].
Setakat ini, hanya China dan Indonesia yang menetapkan beberapa peraturan yang mempunyai
kaitan dengan penggredan gaharu, tetapi hanya secara umum [1]. Sehingga kini, hanya garis
panduan penggredan yang ditetapkan oleh penjual sendiri atau mereka yang berpengalaman dan
arif tentang kayu gaharu digunakan sebagai rujukan utama dalam melaksanakan penggredan kayu
gaharu [1]. Walau bagaimanapun, kaedah penggredan ini tidak semestinya tepat, tetapi ia boleh
diterima dengan persetujuan kedua-dua pihak dalam proses pembelian dan menjual di pasaran [1].
Proses penggredan gaharu di pasaran Malaysia sentiasa menitikberatkan rupa fizikal kayu gaharu
untuk menentukan kualitinya [1].
[2]- https://dataintelo.com/ Rujukan:
[1]-N. Zubir et al., "Identification of
Agarwood Oil Qualities Using Radial Basis
Function (RBF) Neural Network," Journal of
Electrical & Electronic Systems Research
vol. 15, 2019
[2]- https://dataintelo.com/
548
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Amalan Penjimatan Tenaga Elektrik Seawal Usia Untuk Kemampanan
Penggunaan Tenaga Elektrik di Masa Hadapan
Ts. Dr. Rijalul Fahmi Mustapa, Atiqah Hamizah Mohd Nordin, Wan Suhaifiza W Ibrahim,
Siti Aliyah Mohd Saleh
Melentur buluh biarlah dari rebungnya merupakan pepatah melayu yang selalu diungkapkan
untuk memberi gambaran bahawa didikan ilmu pengetahuan perlu dilakukan pada awal usia
supaya ilmu pengetahuan itu dapat diterapkan dengan mudah. Umum mengetahui bahawa
pendidikan secara formal berlaku di institusi pendidikan manakala pendidikan tidak formal pula
berlaku di luar daripada institusi pendidikan. Secara amnya, pepatah melayu tersebut sesuai
digunakan untuk mendidik apa sahaja ilmu pengetahuan sama ada dalam keadaan formal atau
tidak formal. Untuk itu, tidak salah jika pepatah ini digunakan untuk menerapkan didikan dan ilmu
pengetahuan tentang penjimatan tenaga elektrik seawal usia. Hal ini disebabkan intipati utama
dalam penjimatan tenaga elektrik merupakan perubahan sikap pengguna tenaga elektrik sendiri.
Untuk maklumat lanjut, penjimatan tenaga elektrik terdiri daripada tiga langkah utama yang
perlu dilaksanakan secara berperingkat. Langkah pertama merupakan kesedaran dan perubahan
sikap, langkah kedua merupakan penggunaan alat cekap tenaga dan langkah terakhir iaitu langkah
ketiga menggunakan tenaga boleh baharu. Langkah penjimatan ini boleh di gambarkan
menggunakan segitiga seperti yang ditunjukan dalam Gambarajah 1 (Mustapa, Dahlan, Yassin, &
Nordin, 2020). Merujuk kepada segitiga tersebut, langkah kesedaran dan perubahan sikap
menunjukkan langkah pertama yang perlu dilakukan dalam skala yang besar. Langkah kesedaran
inilah yang perlu diasuh dan diajar dari awal usia supaya ianya menjadi kebiasaan dan amalan
pada setiap jiwa manusia.
Rujukan:
[1] Mustapa, R. F., Dahlan, N. Y., Yassin, A. I. M., & Nordin,
A. H. M. (2020). Quantification of energy savings from an
awareness program using NARX-ANN in an educational
building. Energy and Buildings, 215, 109899.
doi:https://doi.org/10.1016/j.enbuild.2020.109899
[2] Ramli, H., Ahmad, S. S., Abdullah, A., & Ghazali, N. H.
(2020). Energy Efficiency Challenge Sparks Young Mind.
Energy Malaysia, 20.
Gambarajah 1: Segitiga Penjimatan Elektrik 549
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Langkah kesedaran dan perubahan sikap ini pada dasarnya adalah menggunakan tenaga elektrik
secara berhemah. Langkah kesedaran ini boleh diterapkan oleh ibu bapa dirumah kepada anak-anak
seawal mereka berusia 7 tahun. Apabila sesuatu peralatan elektrik itu tidak digunakan, ibu bapa
boleh mula mendidik dan mengajar anak cara untuk memadamkan peralatan elektrik. Ini kerana
semasa umur 7 tahun, kanak-kanak telah pun mula memasuki alam sekolah rendah. Dalam masa
yang sama, kanak-kanak diusia 7 tahun telah pun mula mengetahui sedikit sebanyak bagaimana
peralatan elektrik boleh dihidup dan dimatikan. Contoh-contoh peralatan elektrik yang boleh diajar
kepada anak-anak adalah seperti televisyen dan alat muzik. Walaubagaimanapun, ibu-bapa perlu
memastikan langkah keselamatan seperti memastikan tangan anak-anak sentiasa kering semasa
mematikan apa sahaja peralatan elektrik.
Di peringkat remaja pula, Suruhanjaya Tenaga Malaysia telah giat menjalankan pertandingan
cabaran kecekapan tenaga dimana pertandingan ini dijalankan di sekolah-sekolah di semenanjung
Malaysia (Ramli, Ahmad, Abdullah, & Ghazali, 2020). Pertandingan ini telah dijalankan dimana
peserta-peserta yang terdiri dari pelajar sekolah menengah perlu memberikan idea dan merancang
aktiviti-aktiviti yang akan menurunkan penggunaan tenaga elektrik. Peningkatan penyertaan
daripada sekolah-sekolah dapat dilihat apabila terdapat 398 buah sekolah yang telah menyertai
pertandingan tersebut pada tahun 2019 sejak diperkenalkan pada tahun 2014. Pertandingan telah
menghasilkan impak yang positif dimana para peserta turut memperluaskan idea untuk
menggunakan tenaga secara berhemah kepada ibu bapa dirumah dan juga beberapa buah pusat
tuisyen. Pertandingan cabaran kecekapan tenaga ini dapat dilihat sebagai langkah yang bertepatan
untuk mendidik golongan remaja yang berumur dari 13 tahun hingga 17 tahun untuk meningkat
kesedaran dan perubahan sikap iaitu menggunakan tenaga elektrik secara berhemah.
Oleh yang demikian, langkah kesedaran dan perubahan sikap terhadap penggunaan tenaga
elektrik perlu ditanam dalam diri manusia sejak dari usia muda supaya sikap penjimatan dapat
dibentuk dengan mudah. Langkah kesedaran dan perubahan sikap ini juga jika dapat ditanam dalam
diri manusia akan memastikan langkah seterusnya dalam segitiga penjimatan tenaga dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Jika langkah kesedahan dan perubahan sikap ini berjaya, ianya boleh
dijadikan sebagai satu polisi universal untuk diamalkan oleh semua rakyat Malaysia secara amnya.
Sebagai satu kesimpulan, marilah kita sama-sama mendidik anak-anak kita untuk menjamin
kemampanan tenaga elektrik di masa-masa akan datang.
550
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Jadikan EKSA Amalan Harian Dalam Pekerjaan
Ts. Sufian bin Mohamad
EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam. Sebelum ini kita sudah
biasa dengan istilah 5S. 5S pula adalah Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. EKSA
adalah pembaharuan atau penambahbaikan 5S di mana implementasi EKSA adalah lebih sesuai
dengan sektor awam. EKSA dilihat lebih relevan kerana sesuatu ruangan itu tidak perlu dilabel
barang-barang secara menyeluruh.
EKSA biasanya diamalkan di tempat atau ruangan kerja bagi mewujudkan suasana kerja
yang lebih kondusif dan sistematik. Ruangan kerja haruslah kelihatan tersusun, bersih dan teratur.
Ini adalah penting untuk kelancaran proses sesuatu kerja. Suasana kerja yang teratur juga dapat
mewujudkan ‘mood’ yang baik di kalangan pekerja justeru ia dapat menjadikan pekerja lebih
bersemangat untuk melakukan kerja mereka. Ini dapat menggalakkan pekerja berfikir secara lebih
kreatif.
Selain itu, antara kelebihan EKSA adalah dapat mewujudkan persekitaran yang selamat di
kalangan pekerja kerana setiap barang diletakkan di tempat yang sepatutnya. Setiap barang akan
mempunyai direktori masing-masing. Barang yang disimpan lebih mudah untuk dicari dan ini
dapat menjimatkan masa pekerja. Selain itu, ia dapat mengelakkan berlakunya kemalangan yang
tidak diingini di tempat kerja. Setiap barang dinyatakan kegunaannya dan cara untuk
menggunakannya.
Amalan EKSA seharusnya digalakkan di kalangan pekerja. Pekerja harus diberi kursus
dan diberi pendedahan mengenai amalan EKSA. Organisasi pekerjaan atau jabatan haruslah
mengimplentasi amalan EKSA di tempat mereka. Amalan EKSA haruslah diamalkan selalu,
bukannya secara berkala atau bermusim. Amalan EKSA bermula dari peringkat individu
sehinggalah ke peringkat berkumpulan. Pekerja dapat menjalankan kerja dengan lebih efisien dan
mutu pekerjaan akan menjadi lebih bertambah seterusnya dapat meningkatkan produktiviti.
551
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
LEGOLAND MALAYSIA: The Updated Review
Nur Asfahani Ismail, Fadila Mohd Atan
People's lives slowly return to normal after the
Covid-19 pandemic. The tourist industry, which
was one of the most hit by the pandemic, is
gradually returning to normalcy as tourism
activities are permitted to resume. Being a
southerner, Legoland Malaysia is a famous tourist
destination. I frequently recommend it to visitors
who inquire about things to do in Johor Bahru.
The year 2022 marks 10th anniversary of
Malaysia’s Legoland, hence Legoland offers
discounts up to 40% at the Legoland Hotel to their
annual pass holders. We grabbed the offer and
had a two-night stay during school’s holiday
recently. It was totally worth it as kids can enjoy
both Legoland and Legoland Hotel at the same
time.
Legoland Malaysia is a multi-park with so many
different attractions that it is a perfect spot to
spend time with family. Even if you don't fancy
Lego. Legoland Malaysia is significantly more
than a theme park with rides. In addition to
amusing and exhilarating attractions, Lego is
virtually everywhere in Legoland Malaysia. There
are Lego structures and people everywhere, and
these are extremely remarkable, regardless of
whether you are a Lego fan. There are other
Lego-themed attractions and activities in
Legoland Malaysia, such as 4D movies and Lego
building workshops. Nevertheless, Legoland in
Malaysia is a well-designed, nicely constructed
amusement park that is a lot of fun! Legoland
Malaysia is divided into three sections. The main
park, which houses the Legoland Malaysia rides,
Lego activities, 4D movies, performances, and
other attractions. Then there's the Water Park,
which has water slides, pools, water playgrounds,
and everything else related to water. Finally, you
may go to the new SEA LIFE Malaysia, a Lego-
themed aquarium.
Figure 1 Malaysia's Legoland
552
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor Legoland’s Water Park
Legoland’s Theme Park The Water Park is directly next to the Legoland
theme park. It is very common to visit both
Multiple attractions are offered on the theme park attractions during the same trip. There are
which will be great for kids and adult. The Lego numerous water slides, a large water
Technic features some wonderful attractions for playground, a child water play area, a wave
older kids and adults including the chance to pool, a lazy river ride (where you may build
cool off (and get wet) at the Aquazone Wave your own Lego), and activity sections such as a
Racers. With dedicated robot workshops, this is table where you can build and race a boat. The
also a great venue for aspiring robot builders. Water Park is on smaller size compared to the
The finest part, though, is a cool Legoland theme park; however, it is still enjoyable both to
Malaysia roller coaster that blends an actual kids and adults. Aside from the lazy river, the
roller coaster with virtual reality. As you ride swimming pools with waves is available to
around the rails in typical roller coaster fashion, enjoy. Kids have to wear safety jacket, but it is
you wear a VR mask that makes you feel like generally safe whist the waves are in small
you're racing Lego vehicles. It's really cool! It is size.
pretty thrilling, despite being intended with
children in mind. Unfortunately, due to the Sealife
pandemic, the VR has been removed to
minimize the spread of Covid-19 among visitors. Sealife is a Lego-themed aquarium located at
However, the ride is still so much fun even
without it. Our children enjoyed "driving school" the opposite of Legoland’s theme park. It has
at the Lego City. You can also learn how to
execute fire rescues by riding on a fire engine or 25 display tanks with 13000 sea features. We
attending boating school. It doesn't stop there;
you can also fly a plane from the Lego City were amazed by the appearance of black tip
Airport or take a train journey around the park. A
large stage hosting live events is also located reef shark and zebra sharks in one of the
here. Currently, it's a Ninjago-themed puppet
show. It's excellent! Lego City also has a large display tanks. The clear tunnel allows visitors
stage where the live show Ninjago is currently
taking place. This is essentially a Lego puppet to get up close experience with the sea
show. It was very well done and impressive, and
we all appreciated it. creatures. For visitors who are eager to touch
starfish, they are allowed to do so at the
allocated rockpool. But first, wash your hands!
There is a place for the kids to do some digital
colouring activity on drawing tablets. Our kids
definitely love the area because they like
colouring. 553
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Figure 2 Some of the attractions in Legoland's Waterpark
Final Tips
Check the local weather. Legoland is situated in Johor Bahru, which has a hot and humid climate.
So, depending on the weather, decide to bring an umbrella, sunscreen, and wet attire. If rain is
expected, start with the outdoor activities. The park map indicates outdoor activities, so be sure to
get one. If it eventually starts to rain, head inside to Imagination Land for some shelter and 4D
movies.
There is a lot of food stall inside the park, however it is much more expensive than the going rate.
Customers holding a 2-Day ticket or an annual pass, however, can leave the park and return. A
consumer with a 1-day ticket is not permitted to exit and re-enter. Check the park swimsuit code.
Legoland Proper swim wear is required on all attractions at the water park. Swim wear with
exposed zippers, buckles, rivets, or metal ornamentation is not permitted.
Wear comfortable shoes to the park, as you will be doing a lot of walking, and dress accordingly
for the heat and humidity. There are nursing and prayer’s room available in a superb hygienic
condition.
554
555
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Pantun Nasihat Diri
Ts. Norhalida Othman
Pergi ke Taiping membeli rotan
Singgah di Kuala melihat teman
Budi yang baik menjadi ikutan
Supaya dikenang sepanjang zaman
Mencari mangga untuk colek
Makan bersama Kak Syikin,
Kejayaan datang tidak bergolek
Perlu usaha sebaik mungkin
Kuih lapis pelbagai rasa
Ibarat pelangi susunan lapan
Janganlah kita membazir masa
Kelak merana masa hadapan
Pagi-pagi tercucuk duri
Sambil menghirup udara taman
Ikhlaslah menjadi diri sendiri
Supaya hidup tenang dan aman
556
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Cik Ani's Easy Homemade Cookies Recipe
Siti Aliyah Mohd Saleh
The Crunchy Chocolate Cookies is my deceased mother's masterpiece of homemade
cookies. Every Eid al - Fitr, this cookie is a "must" for me. It's one thing that we both look forward to
during the holy month of Ramadan. I love that they're perfect for sharing with friends and family on
any occasion, and they're also perfect for snacking on at home after dinner. I'm so excited to share
this recipe with all of you! They're easy to make, crunchy, chocolatey, and taste like a dream. You
can easily make your own version of this cookie by following the instructions below. Oh! Before you
continue reading the recipe, I hope you spare a moment to pray for my beloved late mother (Rohani
binti Mat Nor) for her Maghfirat. May Allah bless her with Jannatul Firdaus.
Ingredients:
650 g wheat flour
250 g caster sugar
3/4 cup brown sugar
1 1/2 buttercup
1 tbs bicarbonate of soda
3 tbs milo
2 tsp vanilla essence
2 cup chocolate chip
1 cup crushed nuts
2 eggs
Instructions:
1. Beat butter with sugar until fluffy by using amixer.
2. Add eggs into the mixer and continue tobeat again.
3. Add vanilla essence and milo and beat until it blends.
4. Then, add sifted flour with the bicarbonateof soda in the mixer.
5. Next, add crushed nuts and chocolate chips and mix well.
6. Scoop the cookie dough on the tray using a cooking scoop. Meanwhile, preheat the oven to
150 Celsius.
7. Lastly, bake the cookie dough in the ovenfor 20 minutes until it turns brown.
557
558
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah
• Dr. Wan Nur Fazlina Abdol Jani
• Ts. Nurul Hazwani Sabri
• Ts. Noor Hidayu Abdul Rani
• Siti Hajar Anaziah Muhamad
• Nor Ain Abu Samah
• Nurul Hazwani Hanib
• Intan Suhada Azmi
Karya Akademik dan Umum
• Dr. Nur Farhana Mohd Yusof
559
560
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
GOTONG-ROYONG PERSIAPAN LAWATAN PANEL ETAC
DR. WAN NUR FAZLINA ABDOL JANI, TS. NURUL HAZWANI SABRI,
TS. NOOR HIDAYU ABDUL RANI, SITI HAJAR ANAZIAH MUHAMAD,
NOR AIN ABU SAMAH
Pengajian Kejuruteraan Kimia (PKK), UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang telah
mengambil inisiatif untuk melaksanakan program gotong-royong bagi persiapan lawatan Panel
‘Engineering Technology Accreditation Council’ (ETAC) yang dijadualkan berlangsung pada 18
dan 19 Oktober 2022.
Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberi ruang dan masa kepada staf
PKK melengkapkan segala keperluan lawatan Panel ETAC seperti dokumen sokongan, ‘make
over’ Bilik Rehat Aras 3, persiapan poster infografik dan sebagainya. Program gotong-royong
yang telah dihadiri oleh semua staf akademik dan teknikal PKK ini telah berlangsung selama 2
minggu, bermula pada 21 sehingga 30 Ogos 2022. Bagi memastikan pelaksanaan program
menepati objektif asal, aktiviti gotong-royong telah dibahagikan kepada 2 kumpulan utama;
Kumpulan EKSA dan Kumpulan Teknikal/Makmal.
561
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Selain itu, satu Pra-audit ETAC turut diadakan pada 20 dan 21 September 2022
bertempat di bangunan PKK dan sekitar lokaliti UiTMCJKPG, yang mana ia bertujuan untuk
mengukur sejauh mana kesediaan program di bawah PKK, serta memberi gambaran
terhadap situasi audit ETAC yang sebenar. Seramai 4 orang panel akreditasi daripada UiTM
Shah Alam telah terlibat di dalam pra-audit ini, bersama-sama semua staf PKK.
Kerjasama mantap daripada semua staf PKK telah melicinkan pelaksanaan program
secara menyeluruh. Semoga hasil usaha kami akan melancarkan lawatan Panel ETAC
sekaligus berjaya memperoleh akreditasi bagi Diploma Kejuruteraan Kimia
(EH110/CEEH110) dengan cemerlang.
562
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Program webinar ‘Engineering En. Fariz memulakan sesi perkongsian
Experience Talk’ telah dianjurkan oleh pelajar dengan membincangkan peratusan ‘trend’
kelas J4EH1104D dan J4EH1104G program pengambilan pekerja industri untuk jurutera
Diploma Kejuruteraan Kimia (EH110), UiTM kimia. Ini dapat membuka minda pelajar
Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang. bahawa peluang pekerjaan sebagai graduan
Webinar ini telah dijalankan secara dalam kejuruteraan kimia bukan sahaja terikat
talian pada 11 Jun 2022 bagi memenuhi kepada industri cari gali bahan api dan industri
keperluan penilaian wajib kursus akademik berasaskan pembuatan bahan kimia sahaja.
CHE250 – ‘Engineering Project Management’. Antara industri pekerjaan yang dapat diceburi
Program ‘Industrial Talk’ ini bertujuan untuk adalah seperti industri berasaskan makanan
memberikan pendedahan dan kesedaran di dan bahan pengguna, bioteknologi,
kalangan pelajar tentang peluang dan ruang rekabentuk dan pembinaan, penyelidikan dan
kerjaya yang berkaitan dengan program ujikaji, kejuruteraan alam sekitar dan
Kejuruteraan Kimia. Webinar ini telah dihadiri elektronik.
oleh pelajar-pelajar Pengajian Kejuruteraan
Kimia (PKK) semester 4 dan juga disertai oleh
beberapa orang pensyarah.
Webinar ini telah disampaikan oleh
penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Fariz
Bin Rajuli; seorang jurutera yang mempunyai
pengalaman industri hampir 17 tahun dalam
bidang operasi loji, reka bentuk proses, dan
pelaksanaan projek-projek mega PETRONAS.
Antara projek kendalian beliau ialah
pemprosesan Gas Asli dan ‘regasification
Liquid Natural Gas (LNG)’. Beliau kini sedang
memegang portfolio sebagai ‘Head of Risk
Management’ di PETRONAS Gas Berhad,
Kuala Lumpur.
563
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Beliau juga memberi penekanan akan kepentingan pembelajaran yang cemerlang
supaya peluang untuk mendapatkan tempat di industri kelak lebih besar. Adalah penting untuk
seorang graduan kejuruteraan mendaftarkan diri sebagai ‘Graduate Engineer’ (GE) dengan
Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) sebaik sahaja tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda. Ini
merupakan langkah pertama yang harus dilakukan sekiranya pelajar-pelajar mempunyai misi ke
arah jurutera professional.
Seterusnya, beliau berkongsi banyak pengalaman dalam perkembangan dan
pembangunan kerjaya beliau melalui perkongsian projek-projek yang beliau pernah terlibat
sepanjang berkhidmat di PETRONAS. Antaranya ialah ‘Plant Revamp & Rejuvenation’ di
Kerteh, ‘Regas Terminal Sg. Udang’ dan ‘Regasification Terminal Pengerang’, ‘LNG Truck’, dan
‘Cold Box Replacement’. Beliau juga turut terlibat dalam projek yang berkolaborasi dengan
beberapa organisasi antarabangsa seperti Pertamina (Indonesia), Technic FMC (Perancis),
Kobe Steel (Jepun), Toyo Engineering (Jepun), dan Vopak (Netherlands). Pada penghujung
webinar, Encik Fariz berkongsi ‘trend’ bidang-bidang yang boleh diceburi dan berpotensi di
masa akan datang iaitu pendigitalan, Revolusi Industri 4.0, kenderaan elektrik, tenaga boleh
diperbaharui, dan sifar karbon.
Melalui webinar ini, jelas bahawa objektif program telah dicapai seperti dapat memberi
pendedahan, kesedaran dan maklumat kepada pelajar tentang hala tuju untuk menjadi seorang
jurutera yang berintergriti, cekap dan mampu berdaya saing. Perkongsian kejayaan dalam
perjalanan kerjaya penceramah sebagai seorang jututera telah memberi inspirasi dan motivasi
kepada pelajar untuk terus berusaha menjadi yang terbaik dalam mengejar cita-cita. Kejayaan
tidak datang bergolek. Usaha, kesabaran dan tawakkal adalah kunci kepada kecemerlangan.
564
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
‘Engineering Expo’ adalah sebuah Selain itu, terdapat juga ‘booth’
program yang diadakan untuk memberi pameran dan infografik berkenaan STEM
pendedahan berkenaan sains, teknologi, disediakan oleh para pelajar seperti pameran
kejuruteraan dan matematik (STEM) kepada berkenaan ‘famous scientist, mathematicians
para mahasiswa. Program ini dianjurkan pada and contributions, trivia and facts’ dan
22 Jun 2022 untuk keperluan kod kursus sebagainya. Di samping itu, untuk menjadikan
CHE250, iaitu ‘Engineering Project program lebih menarik, pelajar juga
Management’ oleh mahasiswa daripada mengadakan pertunjukan iaitu ‘Elephant
kumpulan J4EH1104D di bawah Pengajian Toothpaste Show’. Aktiviti-aktiviti menarik
Kejuruteraan Kimia (PKK), Universiti Teknologi yang diadakan ini menjadi salah satu faktor
MARA (UiTM) Cawangan Johor, Kampus program ini berjaya menarik perhatian ramai
Pasir Gudang. Program ini dijalankan secara mahasiswa untuk menyertai aktiviti yang
bersemuka di foyer bangunan PKK. dianjurkan.
Demi menjayakan program, para
pelajar perlu membentang kertas kerja kepada
pensyarah, merancang perjalanan program
dari segi aktiviti dan sebagainya, serta
merancang bajet pembelian bahan-bahan
yang diperlukan mengikut kelulusan Tabung
Amanah Pelajar (TAPA) di bawah bimbingan
pensyarah mengajar itu sendiri. Program ini
dijayakan dengan aktiviti yang menarik seperti
‘mini games’ yang berkaitan dengan STEM
yang mudah dan mencabar minda para
mahasiswa. Antara ‘mini games’ yang
diadakan adalah ‘dizzy bingo’, ‘build a bridge’
dan ‘charades’. Hal ini bertujuan menjadikan
suasana pembelajaran menjadi lebih menarik
minat para pelajar.
565
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Sebagai kesimpulan, melalui program ‘Engineering Expo’ yang telah dijalankan ini, para
pelajar dilatih untuk saling bekerjasama di dalam melaksanakan gerak kerja di mana
pembahagian tugas akan diberikan oleh pengarah program. Tanpa kerjasama yang padu,
sesuatu program pastinya agak sukar untuk dijalankan secara lancar. Para pelajar perlu
merancang dengan teliti, berbincang antara satu sama lain dalam memastikan program
mencapai matlamat dan berjalan dengan lancar. Ini selaras dengan keperluan kod kursus
CHE250 dalam memberikan ilmu dan pendedahan kepada para pelajar dalam merancang,
menguruskan dan melaksanakan projek. Perkara ini adalah sangat penting buat para pelajar
jurusan kejuruteraan kerana ilmu pengurusan projek pasti akan diapplikasikan apabila mereka
berada di alam pekerjaan kelak. Bahkan di dalam apa jua bidang pekerjaan, perancangan dan
pengurusan sesuatu program, projek, urusan kerja dan sebagainya adalah amat penting untuk
difahami dan dikuasai supaya dapat menghasilkan output yang terbaik.
566
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Peralihan fasa pandemic COVID-19 ke dalam pembangunan ilmiah dan insaniah
fasa endemik telah menaikkan semangat ahli pelajar PKK selain pengenalan kepada ahli-
jawatankuasa Chemical Engineering Student ahli MT ChESS. Medium ini juga digunakan
Society (ChESS) untuk terus bergiat aktif untuk mencari seketariat ChESS serta
dalam merancanakan aktiviti buat pelajar pengenalan kepada Outcome Based-
Pengajian Kejuruteraan Kimia (PKK), UiTM Education (OBE) bagi program Pengajian
Pasir Gudang (UiTMPG) sepanjang dua Diploma Kejuruteraan Kimia. Kedua-dua
semester pengajian, bermula dari Oktober aktiviti ini telah dilaksanakan secara dalam
2021 sehingga September 2022. Pelbagai talian.
aktiviti bersifat ilmiah, kerohanian dan
pembangunan insan telah dilaksanakan bagi Seterusnya, CheSS juga menanjurkan
mencapai objektif persatuan. Bengkel ‘Resume Writing’ secara dalam talian
pada 9 Januari 2022. Penceramah jemputan
‘Annual General Meeting’ dan program bagi bengkel ini ialah Encik Mohd Nurhazuan
Ramah Mesra Majlis Tertinggi (MT) ChESS bin Abu Hasan, yang juga merupakan Panel
bersama Part 1 yang diadakan pada 6 dan 15 Penasihat Industri bagi PKK. Program ini
Oktober 2021 merupakan aktiviti berkala yang dijalankan selama 2 jam, bermula dari pukul 9
dijalankan setiap awal semester, Semester 1. malam sehingga 11 malam. Walaupun
‘Annual General Meeting’ merupakan acara dijalankan pada waktu malam, para pelajar
tahunan yang bertujuan untuk mencari sangat aktif berinteraksi dan teruja dengan
pengganti pucuk pimpinan Majlis Tertinggi segala ilmu perkongsian dan tips-tips dari
ChESS bagi penggal yang baharu. Antara Encik Hazuan.
agenda perjumpaan ini adalah pembentangan
aktiviti yang telah dijalankan oleh ChESS di 567
bawah kepimpinan ahli terdahulu,
pembentangan manifesto calon-calon MT
baharu serta sesi pengundian calon.
Manakala, bagi program Ramah Mesra MT
ChESS bersama part 1 pula bertujuan untuk
memberi maklum kepada pelajar baharu akan
kewujudan, peranan dan objektif ChESS
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
ChESS juga berkesempatan untuk turut serta dalam Program ‘Night Uptown’ yang
dianjurkan oleh Unit Kolej pada 14 Januari 2022. Ini merupakan kali pertama MT ChESS terlibat
dalam program keusahawanan. Menu yang dijual ialah Oden Tomyam dan ‘Fruit Cocktail’.
Selain itu, ChESS juga mengambil inisiatif untuk mengadakan ‘Waste Oil Collection’ dari 6
sehingga 14 Jun 2022. Program ini merupakan kesinambungan dari program SULAM yang
dijalankan oleh kod kursus CHE332 pada semester lepas. Jumlah minyak masak terpakai yang
dapat dikumpul bagi tempoh tersebut ialah sebanyak 44 kg.
Pada 21 Mei 2022 (Sabtu), ChESS telah mengadakan program Sukan Aidilfitri khusus
untuk para pelajar PKK UiTM Pasir Gudang Semester 2 dan 4. Ia bertujuan untuk melahirkan
para pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum. Program in juga dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara para pelajar PKK UiTM Pasir Gudang sekali gus
memupuk sikap toleransi dan semangat kesukanan serta kemahiran berinteraksi dalam
kumpulan. Sukan Aidilfitri telah dijalankan di Gelanggang Bola Tampar dan Gelanggang Futsal
seawal jam 9 pagi dengan senamrobik, diikuti taklimat ringkas kepada peserta. Sukan yang
dipertandingkan adalah sukan futsal (siswa) dan bola tampar (siswi). Seramai 10 buah
kumpulan telah menyertai program ini; 6 kumpulan siswa dan 4 kumpulan siswi. Hadiah wang
tunai sebanyak RM 200 diberikan kepada pemenang tempat pertama, tempat kedua sebanyak
RM 150 dan RM 100 untuk tempat ketiga bagi setiap kategori sukan yang dipertandingkan.
Terima kasih kepada Biro Sukan Majlis Perwakilan Pelajar UiTMPG atas kesudian untuk
bekerjasama dalam proses pengadilan sepanjang aktiviti kesukanan ini.
568
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Selain Sukan Aidilfitri, ‘Photowalk’ Aidilfitri dan Jamuan Raya pelajar PKK UiTMPG
adalah antara aktiviti yang dijalakan bagi memeriahkan lagi sambutan bulan Syawal. Sudah
tentu Jamuan Raya ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar PKK
secara santai. Pelbagai aktiviti turut dijalankan sepanjang majlis seperti mesej berangkai, teka
kuih raya dan ‘Music Chair’. ‘Photowalk’ Aidilfitri telah berlangsung selama dua (2) minggu. Ia
bermula dengan proses pendaftaran, penghasilan karya kreatif, dan proses memuat naik karya
ke media sosial peserta, Instagram berserta #PhotoWalkChESS2022. Proses penjurian pula
dijalankan oleh Penasihat Program ‘Photowalk’ dan dua (2) orang juri jemputan yang
berpengalaman dalam bidang fotografi. Secara holistiknya, program ini jelas bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengaplikasikan hasil kerja penyuntingan gambar dan
fotografi dengan lebih kreatif dengan cara penggunaan tetapan yang terdapat pada kamera
manual. Hadiah pemenang merupakan wang tunai berjumlah RM 50 untuk tempat pertama, RM
40 pemenang tempat kedua dan RM 30 bagi pemenang tempat ketiga berserta ‘E-Certificate’
untuk setiap pemenang.
Aktiviti seterusnya ialah Majlis Anugerah Dekan yang telah dijalankan pada 7 Julai 2022
di Dewan Kuliah 200 secara bersemuka. Majlis yang bertemakan Mini Konvokesyen ini
bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar Dekan bagi peperiksaan akhir Februari 2022. ChESS
meletakkan beberapa matlamat dan harapan melalui penganjuran program ini. Antaranya adalah
untuk mewujudkan budaya persaingan yang sihat dan pengurusan masa yang bijak. Majlis ini
telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran para Pensyarah PKK UiTMPG dan Penolong Rektor
UiTMPG, Dr Haryana Mohd Hairi. ChESS UiTMPG telah mengadakah majlis yang sama pada 8
Januari 2022. Majlis Anugerah Dekan pada ketika itu digabungkan bersama Majlis Malam Pra-
Graduasi bagi pelajar Semester 5. Selain meraikan pelajar Anugerah Dekan semester terdahulu,
ia juga adalah untuk meraikan kesemua pelajar Semester 5 sebelum mereka menamatkan
pengajian di UiTMPG dengan Latihan Industri di Semester 6.
569
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Program penutup bagi semester ini ialah Program Studi Banding (‘Benchmarking’)
anjuran Himpunan Mahasiswa Jurusan Teknik Kimia, Politeknik Negeri Bandung, Indonesia
pada 10 September 2022. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ‘Best Practices'
dan meluaskan jaringan kolaborasi antara kedua-dua kelab persatuan pelajar. Diharap agar
usahasama ini dapat diteruskan dengan aktiviti-aktiviti mobiliti lain di masa hadapan.
Kesimpulannya, ChESS telah berjaya mengadakan pelbagai program sepanjang 2
semester pengajian 2021/2022. Cabaran dan kesukaran semasa merancanakan aktiviti seperti
kekangan waktu untuk mengimbangi keperluan akademik dan kelab pelajar, sememangnya
tidak mematahkan semangat para pelajar PKK untuk menjadi insan yang lebih baik dan
bertanggungjawab. Pastinya di setiap cabaran yang dihadapi mempunyai hikmah dan kebaikan.
570
571
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
SUKA MINUM KOPI? JANGAN DIBUANG HAMPAS KOPI ANDA!
DR. NUR FARHANA MOHD YUSOF, DR. NURULIZA ROSLAN
Bau aroma kopi yang baru dibancuh, mampu menenangkan jiwa, apatah lagi bila
meminumnya. Namun, pernahkah anda terfikir tentang apa yang berlaku kepada sisa buangan
hasil dari minuman kopi harian anda? Buat yang membancuh kopi di rumah mahupun
pengusaha minuman berasaskan kopi yang menggunakan serbuk kopi atau kopi kisar, apa anda
buat dengan hampas kopi anda? Adakah sisa kopi kisar/ hampas yang terhasil itu dibuang
begitu sahaja? Tahukah anda hampas kopi yang tidak dibuang dengan prosedur yang betul
akan mengeluarkan gas metana dan gas karbon dioksida yang menyebabkan pencemaran alam
sekitar? Tahukah anda bahawa hampas kopi boleh dikitar semula untuk pelbagai kegunaan?
Berdasarkan artikel yang diterbitkan Gambarajah 1: Hampas kopi
dalam akhbar Harian Metro pada 2021, 14 juta 572
tan sampah dianggarkan akan dikutip menjelang
2022 [1]. Anggaran ini pasti menjadi kenyataan
jika sambutan masyarakat terhadap kempen
kitar semula yang menyasarkan 40 peratus sisa
buangan dapat diguna semula pada 2025, masih
di tahap yang rendah [2]. Tambahan lagi,
dianggarkan 0.91 g daripada serbuk kopi yang
telah dihabiskan dihasilkan daripada setiap 1 g
kopi kisar, dan kira-kira dua kilogram serbuk kopi
basah dihasilkan untuk setiap kilogram kopi
segera yang dibuat. Di sini saya ingin mengajak
para pembaca untuk mengurangkan
pembuangan sampah dengan mengumpul sisa
kopi kisar ini dan sama-sama kita laksanakan
cara yang terbaik untuk menggunakan semula
sisa dengan kreatif bagi memelihara kelestarian
alam sekitar.
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Kesan sisa kopi kisar kepada kesihatan dan alam sekitar
Berdasarkan Gambarajah 2, dilihat bahawa penjanaan sampah makin meningkat. Sisa atau
hampas kopi juga dikatakan turut meningkat. Dikatakan, anggaran semasa adalah sebanyak 6 juta
tan hampas kopi dihasilkan [3]. Antara sumber hampas kopi ini boleh didapati daripada sumber
domestik (daripada sisa isi rumah), sumber komersil (seperti kedai kopi, restoran) dan sisa kilang/
industri (seperti kilang penghasilan kopi segera atau bancuh sendiri). Kebanyakan sisa hampas
kopi yang terhasil buat masa kini selalunya akan berakhir di tapak pelupusan sampah yang
kemudiannya bersama-sama dengan sampah lain yang diguna pakai sebagai bahan api alternatif.
Kaedah pelupusan ini dikatakan tidak sesuai dan tidak baik untuk alam sekitar kerana ini akan
mengakibatkan penjanaan jenis gas rumah hijau yang seperti metana dan CO2. Oleh itu, hampas
kopi yang dibuang ke kawasan awam akan mendedahkan risiko kepada kesihatan manusia dan
alam sekitar kerana sebatian ini boleh menyebabkan kerosakan DNA dan menjadi punca
ketoksikan kepada organisma akuatik [4].
Gunakan hampas kopi untuk meneutralkan bau
Hampas kopi boleh diguna pakai sebagai
penyahbau atau penyerap bauan yang kurang
menyenangkan memandangkan kopi mengandungi poros
dan luas permukaan yang besar. Sebagai contoh, bau
bahan masakan seperti bawang putih dan bawang besar di
tapak tangan setelah selesai memasak, boleh dihilangkan
dengan menggosokkan tangan dengan hampas kopi [5].
Anda boleh memasukkan hampas kopi ke dalam mangkuk
dan kemudian meletakkannya di dalam peti sejuk supaya
bauan yang kurang enak dapat diserap. Anda juga boleh
membuat penyegar udara anda sendiri dengan
Gambarajah 2: Data penjanaan menggunakan hampas kopi. Isikan stoking lama dengan
kutipan sampah [1] hampas kopi dan kemudian ikat. Anda kemudian boleh
menggunakannya dalam kasut anda, beg sukan anda, bilik
tidur atau mana-mana kawasan lain yang cenderung
memerlukan penyahbauan. Malahan, anda boleh juga
meletakkan penyegar buatan sendiri ini di dalam kereta bagi
mengurangkan bau kepam yang disebabkan susu anak atau
minuman yang tumpah, serta bau peluh setelah bersukan.
573
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Gunakan hampas kopi sebagai salah satu bahan bantu mengajar aktiviti STEM
Penggunaan hampas kopi ini juga boleh diguna sebagai salah satu bahan dalam
memperkenalkan atau mencetuskan minat anak-anak kepada subjek STEM. Sebagai contoh
anda boleh mulakan dengan menceritakan kepada anak-anak bagaimana hampas kopi ini
kemudiannya boleh digunakan sebagai bahan baja (atau makanan tambahan) untuk membantu
tumbesaran pokok [6]. Ini kerana ianya didapati kaya dengan nitrogen serta memberikan tenaga
yang diperlukan kepada bakteria yang ada untuk menukar bahan organik menjadi kompos. Oleh
itu, hampas kopi boleh menjadi alternatif yang selamat untuk baja kompos. Anda juga boleh
membuat aktiviti bersama anak-anak iaitu menghasilkan model tanah liat berasaskan hampas
kopi [7]. Selain dari itu, anda juga boleh buat lilin sendiri di mana sewaktu pembuatan lilin,
hampas kopi dicampur bersama dan kemudiannya anda boleh menikmati baru aroma kopi
selepas itu [8].
Kesimpulannya, kopi selain daripada menjadi minuman kegemaran ramai dan
kandungan khasiatnya, sisa hampas kopi juga ada pelbagai kegunaannya. Oleh itu, fikir dahulu
akan apa yang anda boleh buat dengan hampas kopi anda!
Rujukan
[1]Available:https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/732770/14-juta-tan-sampah-pada-2022
[Accessed: Aug.01, 2022]
[2]Available:https://www.astroawani.com/berita-malaysia/amalan-kitar-semula-masih-rendah-halangan-
capai-sasaran-40-peratus-menjelang-2025-351459 [Accessed: Aug.01, 2022]
[3] AS Franca, and LS Oliveira. “Potential Uses of Spent Coffee Grounds in the Food Industry.” Foods,
vol.11(14), pp.2064, Jan. 2022.
[4] AS Fernandes, FVC Mello, S Thode Filho, RM Carpes, J G Honório, MRC Marques, I Felzenszwalb,
and E R A Ferraz. “Impacts of Discarded Coffee Waste on Human and Environmental Health.” Ecotoxicol
Environ Saf., vol. 141, pp. 30-36, Apr. 2017.
[5]Available:https://www.citygirlcoffee.com/thescooterscoopblog/2019/10/10/fiveeasyandsurprisingwaystor
eusecoffegrounds#:~:text=Coffee%20grounds%20act%20as%20a,used%20grounds%20to%20dry%20out.
[Accessed: Aug.01, 2022]
[6]Available:https://ptaourchildren.org/coffee-compost-exploring-the-science-behind-composting/.
[Accessed: Sept.07, 2022]
[7] Available: https://www.instructables.com/Coffee-Clay/. [Accessed: Sept.07, 2022]
[8]Available:https://thequeenbean.blog/2019/11/08/upcycle-your-coffee-grounds-into-a-homemade-coffee-
cup-candle/. [Accessed: Sept.07, 2022]
574
575
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah
• Siti Nor Hafiza Mohd Yusoff,
• Asmawati @ Fatin Najihah Alias,
• Nurdayini Addini Masaiful
• Hairul Amiza Azman
• Siti Nurul ‘Ain Zaiton
• Dr. Saiful Najmee Mohammad
Karya Akademik dan Umum
• Asmawati @ Fatin Najihah Alias
• Siti Nor Hafiza Mohd Yusoff
Karya Kreatif
• Senarai nama
576
577
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Siti Nor Hafiza Mohd Yusoff, Asmawati @ Fatin Najihah Alias,
dan Nurdayini Addini Masaiful
Persatuan Ikatan Mahasiswa Anak Seni (i-MAS) UiTM
Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang telah berjaya
menganjurkan sebuah pementasan teater yang
bertajuk Protes: Cerita Dalam Cerita. Aktiviti ini
merupakan persembahan teater berbentuk muzikal
yang berkonsepkan cerita moden yang berkisar
tentang kehidupan remaja yang mengalami depresi.
Persembahan muzikal teater ini merupakan
pementasan teater yang pertama yang diadakan oleh
persatuan i-MAS selepas pelajar kembali ke kampus Rektor UiTM Pasir Gudang iaitu Prof Madya Ir Hj
ekoran daripada pandemik Covid-19 yang melanda Bahardin Baharom, Penolong Pendaftar HEP UiTM
negara. Ianya berjalan dalam pematuhan SOP yang Pasir Gudang, penasihat Persatuan i-MAS, wakil Majlis
telah ditetapkan oleh pihak universiti dan mendapat Perwakilan Pelajar UiTM Pasir Gudang serta ahli Majlis
sambutan yang sangat luar biasa daripada seluruh Tertinggi Persatuan i-MAS. Persembahan muzikal
warga kampus UiTM Pasir Gudang. Teater ini dihadiri teater ini telah dijayakan pada 3 Julai 2022, bertempat
seramai lebih daripada 200 orang pelajar dan beberapa di DK200 menjadi saksi kepada bakat lakonan,
wakil pengurusan. Antaranya adalah mantan Penolong nyanyian serta tarian para pelajar dari UiTM Pasir
Gudang yang sangat berbakat besar khususnya dari ahli
persatuan i-MAS sendiri.
578
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Teater ini yang penuh dengan adengan konflik
diambil berdasarkan realiti masyarakat kini
yang mengisahkan kehidupan remaja yang
dalam dilema mencari identiti diri di sebalik
kurangnya pemerhatian dari keluarga yang
sentiasa sibuk disamping pengaruh rakan
sebaya. Disebalik jalan cerita yang dipamerkan
banyak teladan dan pengajaran yang boleh
diambil oleh para penonton. Skrip muzikal
teater ini ditulis dan diarah sendiri oleh Exco
Teater Persatuan i-MAS iaitu Nurdayini Addini
Masaiful (pelajar dari Fakulti Pengurusan dan
Perniagaan). Manakala, kesemua lagu yang
didendangkan merupakan karya asli yang
ditulis dan dicipta sendiri oleh Muhammad Izzat
bin Mohd Radzi (pelajar dari Fakulti
Kejuruteraan Awam). Melalui penglibatan
aktiviti sebegini, ianya dapat mencungkil bakat
pelajar-pelajar yang mana boleh diketengahkan
lagi sekaligus memberi ruang kepada mereka
untuk lebih maju ke depan. Secara
keseluruhan, teater ini telah mendapat reaksi
positif dari semua penonton.
579
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Hairul Amiza Azman dan Siti Nurul ‘Ain Zaiton
580
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
581
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
582
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Siti Nurul ‘Ain Hj. Zaiton, Dr. Saiful Najmee Mohammad, dan Hairul Amiza Azman
Pada 8 Jun 2022 yang lalu, Program barisan ketua masyarakat di Daerah Pontian.
Inisiatif Usahasama UiTM Cawangan Johor & Program ini telah dihadiri lebih 40 peserta yang
Pejabat Daerah Pontian dalam Memperkasakan terdiri daripada Penghulu Kanan, Penghulu dan
Pendidikan di Kalangan Masyarakat Pontian telah Ketua Kampung seluruh Daerah Pontian.
dianjurkan oleh Bahagian Pra Pendidikan Tinggi
(PPT) UiTM Cawangan Johor dan Fakulti Sains Taklimat telah disampaikan oleh dua panel
Gunaan (FSG) di DK200 UiTM Cawangan Johor, iaitu Dr. Saiful Najmee, Pensyarah Kanan FSG
Kampus Pasir Gudang. selaku Ketua Unit Promosi PPT Kampus Pasir
Gudang dan Puan Zarikh Sofia, Pensyarah Kanan
Program ini merupakan satu usaha APB selaku Koordinator Bahagian Pra Pengajian
daripada UiTM Cawangan Johor bagi menjalin Tinggi UiTM Cawangan Johor. Pelbagai informasi
kerjasama melibatkan komuniti melalui Pejabat telah dikongsikan oleh kedua-dua panel dimana
Daerah. Menerusi program ini, PPT dan FSG menekankan peluang yang ditawarkan dibawah
mengambil peluang memberikan pendedahan dan Program PPT UiTM sebagai laluan ke peringkat
maklumat mengenai peluang melanjutkan Peringkat Tinggi bagi pelajar yang memperolehi
pelajaran di peringkat Pengajian Tinggi kepada keputusan SPM tidak begitu baik. Selain itu, ia
583
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
merupakan batu loncatan bagi pelajar yang tidak
menerima tawaran program yang tidak meminati.
Selain itu, pelajar -pelajar datangnya dari
Keluarga B40 tidak perlu membayar satu sen pun
bagi mengikuti program PPT ini. Malah pelajar-
pelajar ini akan diberi elaun sara hidup sepanjang
pengajian mereka.
Penolong Pegawai Daerah, Encik Muhammad peringkat Pengajian Tinggi. Pihak penganjur telah
Iskandar Zulkarnain yang mewakili Pegawai menyediakan beberapa risalah pengajian dan
Daerah Pontian menyambut baik pelaksanaan yang berkaitan serta cenderamata UiTM bagi
program ini sebagai usaha memberikan setiap peserta. Taklimat seperti ini akan terus
kesedaran keperluan melanjutkan pengajian di diusahakan oleh PPT dan Unit Promosi PPT
Kampus Pasir Gudang bagi menyebar luas
maklumat mengenai kepentingan Pendidikan di
kalangan masyarakat.
584
585
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Asmawati @ Fatin Najihah Alias dan Siti Nor Hafiza Mohd Yusoff,
Kreativiti merupakan satu elemen yang yang dihasilkan kepada masyarakat manakala c-
sangat penting dalam pelbagai bidang terutamanya kecil pula merujuk kepada idea baru yang
dalam bidang pendidikan. Elemen kreativiti adalah dihasilkan kepada individu itu sendiri. Dari
perlu ada pada setiap warga pendidik bagi perspektif psikologi pula, kreativiti didefinisikan
menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran sebagai keupayaan menghasilkan sesuatu idea
yang lebih efektif. Oleh itu, “Apakah yang kita faham atau produk baru dan bernilai.
mengenai kreativiti?”. Kreativiti adalah berasal Sistem pendidikan masa kini telah bergerak
daripada perkataan Latin iaitu “creo” yang jauh berbanding dengan pendidikan terdahulu.
bermaksud “mencipta” atau “membina” Pelbagai Ianya tidak dapat dinafikan lagi, dengan perkemba-
definisi telah diberikan kepada perkataan kreatif dan ngan global yang semakin pesat dan teknologi yang
kreativiti. Edward de Bono (1978) menyatakan semakin maju terutamanya dalam bidang elektronik
kreatif dan kreativiti membawa maksud dan internet, cabaran dalam sistem pendidikan juga
menghasilkan sesuatu yang tidak wujud semakin meningkat. Kaedah pengajaran secara
sebelumnya. Menurut Torrance (1988) kreativiti tradisional bukan lagi satu pilihan yang bijak bagi
didefinisikan sebagai proses dalam menyelesaikan warga pendidik dalam menarik minat pelajar.
sesuatu masalah yang tidak pasti dengan Revolusi industrI 4.0 kini juga turut menuntut
menghuraikan, menyunting dan menganalisis. kepada kemahiran futuristik yang mana perlunya
Manakala, Gardner (1993) telah menyatakan kepada kemahiran berfikir yang kreatif dan inovatif.
kreativiti kepada dua jenis kategori iaitu C-besar Ini penting bagi melahirkan pelajar yang berdaya
dan c-kecil. C-besar merujuk kepada idea baru saing dan mampu untuk mengadaptasi apa jua
keadaan mahupun cabaran yang dihadapi. Oleh itu,
sistem pendidikan pada semua peringkat bermula
dari pendidikan awal kanak-kanak, sekolah-sekolah
dan juga universiti perlu mengaplikasikan kaedah
pengajaran yang berorientasikan pemikiran kritis
dan kreatif bagi menghasilkan masyarakat yang
berilmu dan berdaya fikir yang intelek. Guru-guru
dan para pensyarah memainkan watak utama
586
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
dalam menjana kemahiran berfikir yang kreatif di berfikir yang kreatif, kita akan menjadi satu
kalangan pelajar. Selain menyampaikan ilmu melahirkan pelajar yang berdaya saing, kreatif dan
kepada pelajar secara teori, mereka juga menjadi inovatif bermula daripada didikan para guru dan
penjana utama yang aktif sebagai pelatih, pemikir pensyarah yang menjadi model dalam menonjolkan
dan pembimbing kepada para pelajar. Kemahiran dan mengaplikasikan elemen kreatif dalam diri.
menilai, menyelesaikan masalah, membuat
keputusan dan menjana idea-idea kreatif harus Seorang pendidik yang berfikiran kreatif
menjadi sebahagian daripada fokus pengajaran. dapat menerima sesuatu perubahan dan
pembaharuan, sanggup untuk menyumbang idea-
Bagaimana untuk menjadi seorang pendidik idea baru, fleksibiliti dan sentiasa mencari ruang-
ruang untuk peningkatan diri demi melahirkan
yang kreatif ? Untuk menjawab persoalan ini, ianya pembangunan modal insan yang lebih berdaya
adalah bergantung pada usaha dan kesediaan saing. Sesi kuliah atau kelas bukan hanya setakat
individu tersebut untuk berubah. Setiap individu memberi nota kuliah dan menerangkan teori
mempunyai potensi dalam diri, yang mana individu semata-mata malah ianya boleh diselitkan dengan
yang kreatif akan menggunakan potensi dan bakat dengan aktiviti-aktiviti menarik yang berkaitan
mereka. Setiap individu berpotensi menonjolkan dengan topik pengajaran serta mengaitkan teori
kreativiti yang berbeza dalam bidang masing- yang diajar dengan kehidupan sekeliling. Ini
masing. Oleh sebab itu, setiap warga pendidik sekaligus menjadikan pelajar kita lebih aktif dan
hendaklah sentiasa berusaha untuk membina dan memahami pembelajaran mereka dengan baik.
meningkatkan lagi kemahiran berfikir secara kreatif Para pendidik juga tidak seharusnya terburu-buru
dan inovatif. Semua pendidik seharusnya cuba untuk mengejar silibus dengan mengabaikan
sedaya mungkin untuk mengaplikasikan ilmu yang aspek-aspek kreativiti. Oleh sebab itu, mereka
dimiliki semaksimum mungkin. Tanpa kemahiran perlu lebih bersabar untuk mendapatkan jawapan
kelompok masyarakat yang statik dan tidak yang bernas daripada pelajar dan bukannya hanya
mempunyai wawasan hidup yang jelas. Untuk sekadar jawapan yang mengikut skema jawapan
semata-mata. Para guru dan pensyarah juga perlu
lebih menekankan kedua-dua aspek penemuan
masalah dan penyelesaiannya. Dengan in
sekaligus menggalakkan cetusan idea yang
pelbagai yang akan menjana kepada pemikiran
yang kreatif. Para pendidik perlu sentiasa
senstiasa memikirkan kaedah-kaedah yang
. 587
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
berbeza untuk sesi kelas yang diajar. Kreativiti pembelajaran lebih terarah kepada pelajar itu
memerlukan pendidik untuk sentiasa mengubah sendiri (student centered). Bimbingan dan tunjuk
gaya atau paten yang berbeza. Para pendidik ajar dari para guru dan pensyarah amat penting
perlulah sentiasa peka dan sensitif. Ini adalah dalam proses ini. Selain itu, dengan perkembangan
kerana pelajar mempunyai kategori sifat yang teknologi dan IT, para pendidik perlu bersikap lebih
berbeza-beza seperti visual, auditori dan kinestetik. terbuka dengan menggunakan platform-platform,
Maka, para guru dan pensyarah perlu menerapkan aplikasi-aplikasi yang ditawarkan dalam kaedah
elemen-elemen dan kaedah yang merangkumi pengajaran dan pembelajaran.
kesemua sifat-sifat tersebut supaya dapat menarik
minat kesemua pelajar dan sekaligus membantu Kreativiti dalam pengajajaran dan
pelajar untuk lebih faham secara mendalam. pengajaran mampu melahirkan pelajar yang
berfikiran kreatif dalam melaksanakan tugasan dan
Arus pemodenan dunia yang semakin maju cabaran yang diberi. Bidang pendidikan
secara tidak langsung memaksa pendidik untuk seharusnya menitikberatkan pembangunan
turut sama berusaha mencari ruang-ruang kreativiti dalam proses pengajaran dan
penambahbaikan dalam kaedah penyampaian pembelajaran bukan sahaja di kalangan warga
pengajaran. Negara-negara maju seperti Amerika pendidik malah melibatkan pelajar juga. Oleh itu,
Syarikat, Britain dan Jepun, proses pembelajaran elemen-elemen kreativiti seharusnya diterapkan
mereka lebih terbuka dan banyak melibatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
aktiviti pelajar itu sendiri. Mereka telah dilatih sejak melahirkan masyarakat yang berfikiran kreatif dan
kecil untuk menonjolkan bakat yang sedia ada kritis serta berinovasi bagi menjayakan Pelan Induk
tanpa sebarang halangan daripada tenaga Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2010 yang
pengajar. Transformasi kaedah pengajaran ke arah menekankan pembangunan modal insan yang
yang lebih kritis dan kreatif adalah perlu kreatif dan inovatif.
dilaksaknakan supaya proses pengajaran dan
Rujukan:
• Bono, E. D. (1978). Teaching thinking. Penguins Books, England.
• Gardner Howard, E. (1993). Creating Minds: An Anatomy of Creativity Seen Through the
Lives of Freud, Einstein, Picasso, Stravinsky, Eliot, Graham, and Gandhi. New York: Basic.
• Torrance, E. (1988). The nature of creativity: Contemporary psychological perspectives. In
R. J. (Ed.), The nature of creativity: Contemporary psychological perspectives (pp. 43–75).
Cambridge : University Press.
588
589
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah
• Munirah Zakaria
• Dr. Muhammad Sobri Faisal
• Mohamad Zaki Razaly
• Norizan Othman
• Prof. Madya Zaluddin Sulaiman
• Prof. Madya Ahmad Nawawi Yaakob
• Siti Fairuz Sujak
• Dr. Syaimak Ismail
• Mahasin Saja @ Mearaj
• Siti Noor Ain Aziz
• Dr. Mahfuzah Mohamed Zabidi
• Mohd Asyadi Redzuan
• Mohd Zainodin Mustaffa
• Nurfarhana Mohd Daud
• Dr. Syazwani Abd Rahim
• Dr. Saidin Wan Ismail
• Dr. Nurul Badriyah Ali
Karya Akademik dan Umum
• Prof. Madya Ahmad Nawawi Yaakob
• Dr. Mohd Rilizam Rosli
• Prof. Madya Zaluddin Sulaiman
• Mahasin Saja @ Mearaj
• Munirah Zakaria
• Mohamad Zaki Razaly
• Norizan Othman
• Siti Fairuz Sujak
• Dr. Syaimak Ismail
590
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
• Siti Noor Ain Aziz
• Mohd Asyadi Redzuan
• Mohd Zainodin Mustaffa
• Nurfarhana Mohd Daud
• Dr. Syazwani Abd Rahim
• Dr. Saidin Wan Ismail
• Dr. Nurul Badriyah Ali
Karya Kreatif
• Prof. Madya Ahmad Nawawi Yaakob
• Munirah Zakaria
• Dr. Mohamad Zaim Isamail
• Dr. Syaimak Ismail
• Dr. Syazwani Ab Rahim
• Siti Noor Ain Aziz
• Dr. Nurul Badriyah Ali
591
592
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Program Penanda Aras (Benchmarking Visit) ACIS Zon Selatan 2022
Munirah Zakaria, Dr. Muhammad Sobri Faisal, Mohamad Zaki Razaly, Norizan Othman
ACIS UiTM Cawangan Johor telah menerima
delegasi ACIS Cawangan Melaka bagi Program
Lawatan Penanda Aras ACIS Zon Selatan 2022.
Melalui program ini, ia dapat mewujudkan
pemurnian budaya kerja cemerlang dalam
kalangan pengurusan ACIS kampus cawangan
melalui percambahan idea dan pandangan serta
mengukuhkan lagi ikatan ukhuwwah sesama
warga ACIS di kampus-kampus cawangan.
Selain itu, pelaksanaan program ini juga
menjadi platform dalam memacu kecemerlangan
dan keberkesanan tadbir urus organisasi.
Kunjungan yang dihadiri oleh rakan-rakan
pensyarah ACIS UiTM Cawangan Melaka ini
telah berlangsung selama 4 jam bermula dari jam
10.00am – 12.00pm, pada 30.05.2022 di Bilik
Mesyuarat Utama, UiTM Cawangan Johor.
Pelbagai idea telah dikongsi bersama
antara ACIS UiTM Cawangan Melaka dan
Johor dalam pertemuan singkat ini. Diharap
program sebegini akan terus diperbanyakkan
lagi di masa hadapan dalam usaha menjalin
kepakaran warga di dalam dan di luar
organisasi.
593
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Penganjuran Bengkel Penulisan Jurnal High Indeks Sebagai Usaha
Membantu Kakitangan ACIS UiTMCJ Menghasilkan Penyelidikan Akademik
Siti Fairuz Sujak, Dr Syaimak Ismail, Mahasin Mearaj, Siti Noor Ain Aziz
Penghasilan penulisan akademik bertaraf high Beberapa sesi hands-on dilaksanakan
indeks merupakan satu tuntutan yang dari semasa ke semasa di antara bulan Januari
digalakkan oleh UiTM bagi mengangkat taraf hingga April 2022. Sebanyak enam kumpulan
dan kedudukan UiTM sebagai universiti ulung diwujudkan yang terdiri daripada pensyarah
di Malaysia dan dunia. ACIS di Segamat dan Pasir Gudang dan setiap
kumpulan diketuai oleh pensyarah daripada
Bagi mencapai matlamat ini, ACIS UiTM cawangan Johor. Setiap kumpulan diberi
UiTMCJ yang diketuai oleh Ustazah Siti Fairuz dorongan dan tunjuk ajar secara satu persatu
Sujak iaitu pensyarah ACIS di Pasir Gudang dalam proses penulisan tersebut. Setiap
telah menganjurkan program penulisan High kumpulan akan dipantau penulisan mereka
Indeks sebanyak lima siri. Program ini sehingga berjaya menghantar penulisan
dipantau oleh Prof Madya Dr Noor Hanim tersebut kepada jurnal yang disasarkan.
Rahmat iaitu pensyarah kanan dari Akademi
Pengajian Bahasa (APB) dan dibantu oleh dua Hasil daripada bengkel ini, enam
orang moderator yang juga pensyarah dari kumpulan yang terlibat berjaya menghasilkan
Pasir Gudang. penulisan jurnal berimpak tinggi dan
menerbitkan artikel berkenaan di dalam jurnal
antarabangsa.
594