The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK KPPI&M

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iSmA iShAk, 2022-11-06 11:38:01

e-Dinamik 2022

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK KPPI&M

Keywords: edinamik,uitm johor,majalah digital

495

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Unit Keselamatan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 2022

Dr Azizul Hakim Bin Samsudin, Dr Raja Muhammad Aslam Bin Raja Arif, Ir. Ts. Dr. Ab. Aziz Bin
Mohd Yusof, Ahmad Najmie Bin Rusli, Muhammad Nabil Bin Fazil, Bakri Shahidan Bin Mohd
Ali, Jamil Bin Mohamad Mokhtaroni, Ahmad Khairi Bin Mohd Zawa

Unit Keselamatan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal sangat komited terhadap tugas
dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tugas dan tanggungjawab Unit Keselamatan
adalah melakukan aktiviti berkaitan kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan kepada
pelajar dan staf, melakukan Audit Keselamatan dan HiRaRc, bertindak sebagai Responden
Team ketika berlaku kecemasan atau kemalangan, memastikan kurang daripada lima (5) near
miss incident dan sifar (0) kemalangan dalam setahun.

Sepanjang tahun 2022 ini, hampir ke semua tugas dan tanggungjawab telah pun
dilaksanakan oleh Unit Keselamatan. Diantaranya adalah mewujudkan sifat kesedaran
terhadap keselamatan dan kesihatan melalui program ceramah yang kerap dilakukakn
sepanjang tahun ini. Lima (5) program kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan telah
berjaya dilaksanakan, dimana program-program tersebut melibatkan pelajar dan juga staf
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.

Rajah 1: Sesi perkongsian amalan keselamatan dan kesihatan.

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Unit Keselamatan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 2022

Dr Azizul Hakim Bin Samsudin, Dr Raja Muhammad Aslam Bin Raja Arif, Ir. Ts. Dr. Ab. Aziz Bin
Mohd Yusof, Ahmad Najmie Bin Rusli, Muhammad Nabil Bin Fazil, Bakri Shahidan Bin Mohd
Ali, Jamil Bin Mohamad Mokhtaroni, Ahmad Khairi Bin Mohd Zawa

Program pertama yang dianjurkan oleh Unit Keselamatan adalah pada 6.Januari.2022
yang bertajuk Sesi Perkongsian Amalan Keselamatan Dan Kesihatan (rujuk Rajah 1). Program
pertama ini diadakan secara maya dan disertai oleh 337 orang peserta. Program ini adalah
untuk meningkatkan kesedaran peserta terhadap bahaya pada setiap mesin dan peralatan yang
berada di makmal dan bengkel. Program kedua yang dilaksanakan adalah Audit Keselamatan
secara dalaman yang diadakan pada 26.Januari.2022. Audit keselamatan ini bertujuan untuk
meningkatkan lagi aspek keselamatan ketika berada di bengkel dan makmal. Melalui audit ini,
segala laporan kemalangan sepanjang perkuliahan perlu dibentangkan dan perlu mandapat
kata putus atau tindakan kepada setiap isu yang dibangkitkan.

Program ketiga yang dilaksanakan adalah pada 16.Jun.2022 yang bertajuk
Sesi Perkongsian Amalan Keselamatan Dan Kesihatan Pelajar Fkm Bersama Pensyarah (rujuk
Rajah 2). Program ketiga ini diadakan secara maya dan disertai oleh 163 orang peserta.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta terhadap bahaya pada setiap
mesin yang berada di makmal dan bengkel. Lanjutan daripada itu, program keempat yang
bertajuk Fire Drill Dan Taklimat Ringkas Kawalan Kebakaran telah berjaya dilaksanakan pada
19.Julai.2022 diatas kerjasama dengan pihak konsesi Damai Abadi (Johor) Facility
Management Sdn. Bhd. (Rujuk Rajah 3). Objektif program ini adalah untuk melatih pelajar dan
staf berkaitan tatacara dan laluan yang betul jika berlaku kemalangan atau kecemasan ketika
berada di bangunan Kolej Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal). Disamping itu, peserta juga
didedahkan tentang penggunaan Fire Extinguisher dan Fire Hose.

Rajah 2: Sesi perkongsian amalan keselamatan dan kesihatan pelajar
FKM bersama pensyarah.

497

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Unit Keselamatan, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 2022

Dr Azizul Hakim Bin Samsudin, Dr Raja Muhammad Aslam Bin Raja Arif, Ir. Ts. Dr. Ab. Aziz Bin
Mohd Yusof, Ahmad Najmie Bin Rusli, Muhammad Nabil Bin Fazil, Bakri Shahidan Bin Mohd
Ali, Jamil Bin Mohamad Mokhtaroni, Ahmad Khairi Bin Mohd Zawa

Program pada tahun 2022 ini diakhiri dengan Taklimat Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan yang diadakan pada 20.Julai.2022 (rujuk Rajah 4). Objektif program ini adalah untuk
memberi pendedahan terhadap akta-akta berkaitan keselamatan dan kesihatan, tindakan
terhadap kecemasan dan juga tindakan sebelum berlaku kecemasan.

Daripada penerangan diatas, jelaslah bahawa Unit Keselamatan, Kolej Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal telah berjaya melaksanakan tugas dan tanggungjawab sepanjang
tahun 2022. Ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli Unit Keselamatan iaitu Dr. Raja
Muhammad Aslam Bin Raja Arif, Ir. Ts. Dr. Ab. Aziz Bin Mohd Yusof, En. Ahmad Najmie Bin
Rusli, En. Muhammad Nabil Bin Fazil, En. Bakri Shahidan Bin Mohd Ali, En. Jamil Bin
Mohamad Mokhtaroni dan En. Ahmad Khairi Bin Mohd Zawa yang sangat komited menjalankan
tanggungjawab dan memberi sokongan yang baik terhadap ketua
Unit Keselamatan iaitu Dr Azizul Hakim Bin Samsudin

Rajah 3: Fire Drill dan taklimat ringkas kawalan kebakaran.

Rajah 4: Taklimat keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Software Training: Ebsilon for Power Plant Monitoring System

Radzi Abdul Rasih, Ir. Ts. Haszeme bin Abu Kasim , Ts. Dr. Hasanuddin bin Abd Kadir, Dr.
Abdul Hadi bin Abdol Rahim, Nurrul Amilin binti Zainal Abidin, Nur Kamarliah binti Kamardin

Pada 29 Jun 2022 yang lalu, pensyarah yang mengajar subjek MEC251 dengan
kerjasama Jabatan Pengurusan dan Pengukuhan Kewangan Profesional Pusat Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
telah mengadakan satu program yang bertajuk “Software Training: Ebsilon for Power Plant
Monitoring System”. Program ini telah disertai oleh beberapa pelajar terpilih yang mengambil
kod subjek MEV351 seramai 24 orang bersama-sama staf yang terlibat dari Kolej Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.

Program ini dikendalikan oleh moderator Encik Radzi Abdul Rasih, pensyarah dari Kolej
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang bersama-
sama dengan penceramah jemputan Encik Mohd Azmel bin Mohd Fadzel, jurutera dari EES
Consultants PLT, Johor Bahru, Johor. Penceramah jemputan merupakan orang yang paling
sesuai bagi membincangkan topik ini kerana beliau telah mengendalikan banyak projek
menggunakan perisian berkaitan “Power Plant Monitoring System” di beberapa stesen
janakuasa elektrik di Malaysia.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Siti Khadijah Alias, Ketua Pusat
Pengajian Mekanikal, Kolej Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA
Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada
penceramah jemputan kerana sudi berkongsi pengetahuan dan mengendaikan sesi “hands-on”
untuk menggunakan perisian software “Ebsilon” ini. Selain itu, beliau juga mengucapkan jutaan
terima kasih kepada pensyarah dan pelajar yang telah turut serta dalam program ini. Program
diteruskan dengan menjemput penceramah untuk mengendalikan sesi penggunaan perisian
tersebut. Perisian ini telah dimasukkan ke dalam komputer peribadi para peserta menggunakan
lesen original “trial” selama 30 hari bagi memberikan akses untuk menggunakannya. Pengisian
ceramah juga memfokuskan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar berkenaan
subjek dan topik dalam MEC251 daripada perspektif industri seperti cara untuk
mengoptimumkan kecekapan sesuatu stesen janakuasa elektrik dan mengetahui komponen-
komponen bermasalah seperti ‘compressor’ dan ‘turbine’.

Program ini berjalan lebih kurang 3 jam bermula jam 2.00 petang dan berakhir dengan
jayanya pada jam 5.00 petang. Beberapa soalan telah diajukan oleh peserta dan dijawab
dengan jayanya oleh penceramah jemputan.

Secara keseluruhan program ini berjaya mencapai objektif di mana pelajar telah
diberikan input mengenai subjek dan topik dalam MEC251 daripada perspektif industri. Selain
itu, staf dan pensyarah yang menyertai program ini juga diberikan pendedahan untuk
menggunakan perisian ‘Ebsilon’ bagi tujuan penyelidikan atau konsultasi.

Berikut merupakan gambar sepanjang aktiviti ini berlangsung:

499

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Software Training: Ebsilon for Power Plant Monitoring System

Radzi Abdul Rasih, Ir. Ts. Haszeme bin Abu Kasim , Ts. Dr. Hasanuddin bin Abd Kadir, Dr.
Abdul Hadi bin Abdol Rahim, Nurrul Amilin binti Zainal Abidin, Nur Kamarliah binti Kamardin

Rajah 1: Taklimat daripada Ketua
Pusat Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal

Rajah 2: Penglibatan Pensyarah
dan Penolong Jurutera

Rajah 3: Pensyarah jemputan
bersama peserta

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Webinar Academic Talk: Lubrication in Automotive Industries

Ahmad Najmie bin Rusli, Radzi Abdul Rasih, Dr. Raja Muhammad Aslam bin Raja Arif, Ts.
Hazim bin Sharudin, Ir. Ts. Noor Hafiz bin Noordin, Miqdad bin Khairulmaini, Muhammad Amir
bin Mat Shah

Pada 9 Jun 2022 yang lalu, para pensyarah yang mengajar subjek MEV351 Automotive
Engine Technology telah mengadakan satu webinar yang bertajuk “Academic Talk: Lubrication
System in Automotive Industries”. Program ini telah disertai oleh kesemua pelajar yang
mengambil kod subjek MEV351 seramai 112 orang bersama-sama staf yang terlibat dari Kolej
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang.

Program ini dikendalikan oleh moderator Encik Radzi Abdul Rasih, pensyarah dari Kolej
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang bersama-
sama dengan penceramah jemputan Dr. Muhammad Noor Afiq Witri bin Muhammad Yazid,
pensyarah kanan dari Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Penceramah jemputan merupakan orang yang paling
sesuai bagi membincangkan topik ini kerana kajian dan penyelidikan beliau banyak melibatkan
sistem ‘Lubrication’ sehingga dapat melonjakkan H-Index di Google Scholar beliau sebanyak
18.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Siti Khadijah Alias, Ketua Pusat
Pengajian Mekanikal, Kolej Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi MARA
Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada
penceramah jemputan kerana sudi berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang
‘Lubrication’ ini. Selain itu, beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah dan
pelajar yang telah turut serta dalam program ini. Program diteruskan dengan menjemput
penceramah untuk memberikan ceramah berkaitan topik yang telah ditetapkan. Pengisian
ceramah terbahagi kepada 6 bahagian merangkumi “Importance of Engine Lubrication”, “Engine
Components Need Lubrication”, “Lubrication Theory”, “Lubricants”, “Engine Lubrication System”
dan “Sharing Session”.

501

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Webinar Academic Talk: Lubrication in Automotive Industries

Ahmad Najmie bin Rusli, Radzi Abdul Rasih, Dr. Raja Muhammad Aslam bin Raja Arif, Ts.
Hazim bin Sharudin, Ir. Ts. Noor Hafiz bin Noordin, Miqdad bin Khairulmaini, Muhammad Amir
bin Mat Shah

Ceramah berjalan lebih kurang 3 jam bermula jam 2.00 petang dan berakhir dengan jayanya
pada jam 5.00 petang. Beberapa soalan telah diajukan oleh peserta dan dijawab dengan
jayanya oleh penceramah jemputan. Berikut merupakan gambar sepanjang aktiviti ini
berlangsung:

Secara keseluruhan program ini berjaya mencapai objektif di mana pelajar telah
diberikan input mengenai sistem ‘Lubrication’ dengan lebih mendalam dan terperinci selain
diberi pendedahan mengenai teknologi masa kini dalam sistem berkaitan. Perkongsian ini juga
amat berkait rapat dengan silibus bagi subjek MEV351 dan ianya secara langsung menjadi nilai
tambah kepada pelajar selain daripada input yang diperolehi daripada pensyarah kelas masing-
masing semasa kuliah. Para pensyarah dan staf yang terlibat pula mendapat ilmu daripada
perspektif penyelidikan semasa selain berkongsi pandangan dan bertukar-tukar idea dalam
bidang automotif.

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Program Peer Tutoring Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Sesi 1 2021/2022

Dr. Najibah binti Ab Latif, Norhisyam bin Jenal dan Radzi bin Abdul Rasih

Pada 12 Januari 2022 dan 27 Januari 2022 bersamaan dengan hari Rabu dan Khamis
iaitu berlangsungnya program Peer Tutoring di PKM di bawah peruntukan TAPA. Program ini
telah di jalankan selama dua hari secara atas talian. Sebanyak dua kursus yang terlibat di
dalam program peer tutoring kali ini. Setiap satu kursus mempunyai seorang mentor dan
seorang fasilitator masing-masing dalam kalangan pensyarah dan pelajar diploma yang mahir
bagi subjek tersebut. Setiap subjek mempunyai 1 sesi pertemuan. Tempoh bagi setiap sesi
pertemuan adalah selama 2 jam.

Bil Kursus Mentor Fasilitator Tempat
1 MEC241 En Norhisyam Nur Izzati binti Ab Aziz Atas Talian
Jenal 2019234362
(Fluid Mechanics)
En Radzi Abdul Awangku Muhammad
2 MEC251 Rasih Dzul Hisyam bin Awang
(Thermodynamics) Basuandi

Objektif program ini diadakan adalah dapat membantu pelajar yang lemah terutama
dalam kursus yang mempunyai kadar kegagalan yang tinggi. Selain itu ia juga dapat membantu
pelajar sederhana (average student) untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang selain
dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Melalui
program ini juga ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar. Program
ini memberi pendedahan kepada pelajar sebagai fasilitator serta meningkatkan kebolehan
"softskills".

Melalui aktiviti yang telah dijalankan, mentor, fasilitator dan para peserta telah
memberikan kerjasama yang bagus. Mereka memberikan komen yang positif berkaitan aktiviti
yang telah dijalankan. Tumpuan peserta juga lebih bagus dan peserta memberikan perhatian
yang penuh ketika sesi PdP berlangsung. Maklum balas dari peserta ketika sesi berlangsung
jugak sangat menggalakkan. Perkongsian daripada Fasilitator dan mentor dalam memberikan
strategi dan tips mudah belajar dan faham mengenai subjek tersebut mendapat sambutan dari
para peserta. Nota ringkas digital dan beberapa tutorial telah dikongsikan oleh fasilitator kepada
para peserta bagi membantu memahami dengan lebih mendalam mengenai subjek yang
dipelajari.

503

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Program Peer Tutoring Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Sesi 1 2021/2022

Dr. Najibah binti Ab Latif, Norhisyam bin Jenal dan Radzi bin Abdul Rasih
Disini dapatlah dirumuskan bahawa program peer tutoring pada sesi ini telah dijalankan

dengan jayanya. Mentor - mentor yang terlibat telah memberikan kerjasama seratus peratus.
Diharap program ini dapat diteruskan pada sesi yang akan datang dengan penambahan
penglibatan subjek-subjek yang lain.

Rajah 1: Peserta Program

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Pneumatic Design Competition

Dr. Kamariah Binti Md Isa, Miqdad Bin Khairulmaini, Dr. Najibah Binti Ab Latif, Norhisyam Bin
Jenal, Radzi Bin Abdul Rasih, Ts. Dr. Raja Muhammad Aslam Bin Raja Arif, Dr. Suhadiyana
Binti Hanapi, Zeno Michael

Pertandingan “Pneumatic Design Competition” telah berlangsung secara fizikal pada
hari Khamis, 13 Januari 2022 bertempat di Makmal Bahan Asas, Aras 1, Kolej Pengajian
Kejuruteraan (Mekanikal), UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang. Pertandingan ini
melibatkan seramai 40 pelajar semester 5 dari Kolej Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal) dan
pensyarah dari kolej pengajian yang terlibat. Pertandingan ingin berkait dengan kursus yang
sedang diambil oleh pelajar semester 5 iaitu MEM341 Fluid Power Technology. Objektif
pertandingan ini adalah supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu teori yang dipelajari di
dalam bilik kuliah secara praktikal menggunakan perisian FESTO. Pelajar juga dapat
menunjukkan kemahiran dan kebolehan mereka untuk bekerjasama didalam sebuah pasukan
bagi menyelesai tugasan yang berikan. Rajah 1 dibawah menunjukkan gambar perjalanan
pertandingan.

Rajah 1: Penyelesaian tugasan secara berkumpulan
Panel juri yang mengadili pertandingan ini adalah dari kalangan pensyarah Kolej Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal yang mengajar kursus MEM341. Setiap kumpulan diadili oleh dua
panel juri, dan markah yang diperolehi adalah berdasarkan nilai purata kedua-dua markah yang
diberikan oleh juri yang terlibat. Rajah 2 menunjukan proses penjurian.

505

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Pneumatic Design Competition

Dr. Kamariah Binti Md Isa, Miqdad Bin Khairulmaini, Dr. Najibah Binti Ab Latif, Norhisyam Bin
Jenal, Radzi Bin Abdul Rasih, Ts. Dr. Raja Muhammad Aslam Bin Raja Arif, Dr. Suhadiyana
Binti Hanapi, Zeno Michael

Rajah 2: Pemberian markah oleh juri
Secara keselurahan pertandingan ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Disamping
itu ia juga memberikan pelajar pengalaman dan ilmu dalam mereka bentuk litar pneumatik
menggunakan perisian FESTO. Maklumbalas pelajar juga menunjukkan bahawa secara
keseluruhan program ini amat baik dan berkesan serta berjaya meningkatkan pengetahuan
pelajar dalam subjek MEM341. Rajah 3 menunjukkan aktiviti penyampaian hadiah kepada
kumpulan yang telah memenangi pertandingan.

Rajah 3: Penyampaian hadiah kepada kumpulan pemenang

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Taklimat Tatacara Penggunaan Student Information Management System
(SIMS)

Miqdad Bin Khairulmaini dan Nurul Hanna Binti Mas’aud

Unit Penasihat Akademik dibawah Jabatan Pembangunan Pelajar, Kolej Pengajian
Kejuruteraan, (Mekanikal) telah mengadakan satu taklimat secara atas talian bertajuk ‘Tatacara
Penggunaan Student Information System (SIMS)’ pada 16 Jun 2022 bersamaan hari Khamis
pada pukul 2.00ptg sehingga 4.00ptg. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh ahli
jawatankuasa Unit Penasihat Akademik KPKM iaitu En. Miqdad Bin Khairulmaini. Seramai 28
peserta yang terdiri dari kalangan pensyarah Kolej Pengajian Kejuruteraan (Mekanikal) UiTM
Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang telah menyertai sesi taklimat tersebut.

Laman sesawang SIMS merupakan satu platform yang sangat penting kepada
penasihat akademik semasa mengurus dan memantau perjalanan akademik pelajar dibawah
selian mereka. Memandangkan pihak hal ehwal akademik (HEA) banyak melakukan
penambahbaikan kepada sistem SIMS, taklimat ini sedikit sebanyak memudahkan penasihat
akademik semasa menggunakan system SIMS tersebut.

Tanggungjawab sebagai penasihat akademik merupakan salah satu daripada tugas
hakiki seorang pensyarah, dengan itu objektif utama taklimat ini adalah untuk menerangkan
mengenai tatacara penggunaan system SIMS kepada semua penasihat akademik yang dilantik.
Ini supaya penasihat akademik akan menjadi lebih peka dengan pautan-pautan yang berkaitan
dengan penasihat akademik lantas memudahkan urusan pengendalian pelajar dibawah seliaan
mereka.

Antara perkara-perkara yang telah diterangkan semasa taklimat adalah cara
mendapatkan senarai nama pelajar dibawah seliaan setiap penasihat akademik. Ini adalah
supaya penasihat akademik sentiasa peka dengan jumlah bilangan pelajar yang telah
diamanahkan kepada mereka. Selain itu cara-cara memantau proses pendaftaran kursus oleh
pelajar telah ditunjukkan agar penasihat akademik boleh membantu pelajar sekiranya terdapat
sebarang kesulitan semasa mendaftar kursus. Cara menghapuskan kursus-kursus yang tidak
digunapakai juga diterangkan, proses ini penting supaya memastikan pelajar yang telah
menyempurnakan pelan pengajian mereka dapat tamat dan bergraduat. Rajah 1 menunjukkan
peserta yang telah menghadiri sesi taklimat.

Rajah 1 : Peserta taklimat tatacara penggunaan SIMS

507

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Taklimat Tatacara Penggunaan Student Information Management System
(SIMS)

Miqdad Bin Khairulmaini dan Nurul Hanna Binti Mas’aud

Secara keseluruhan, berjaya mencapai objektif- objektif yang telah ditetapkan. Merujuk
kepada data analisa program, hampir kesemua peserta menyatakan bahawa kandungan dan
skop latihan adalah amat baik. Lebih daripada 90% peserta menyatakan bahawa contoh yang
diberikan dalam penyampaian taklimat ini adalah pada skor amat baik. Akhir kata, program ini
telah memberi pendedahan berkenaan sistem pelajar yang perlu dikendalikan oleh penasihat
akademik pada setiap semester. Di samping itu, jutaan terima kasih kepada semua peserta dan
penceramah dalam menjayakan program ini. Rajah 2 dan 3 menunjukkan maklumbalas peserta
terhadap taklimat yang telah dijalankan.

MENEPATI OBJEKTIF DAN KEHENDAK

30 28
25
20
15
10

53
000

0
Amat baik Baik Sederhana Kurang Baik Tidak Baik

Rajah 2 : Maklumbalas peserta terhadap taklimat

CONTOH YANG DIGUNA PAKAI DALAM
PENYAMPAIAN

30
25 28
20
15
10

5 3000
0

Amat baik Baik Sederhana Kurang Baik Tidak Baik

Rajah 3 : Maklumbalas peserta terhadap taklimat

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Kolaborasi Pengajaran Kursus Statik

Mohd Fadzli Ismail, Muhamad Faris Syafiq Khalid, Zeno Michael, Nurul Hanna Mas’aud, Nur
Kamarliah Kamardin

Kolaborasi Pengajaran sememangnya tidak asing lagi di Universiti Teknologi MARA
(UiTM). Selain kolaborasi antara penyarah-pensyarah dalam bidang dan pusat pengajian yang
sama, ianya juga berlaku antara kampus, universiti dan industri. Kolaborasi pengajaran juga
tidak terhad kepada pengajaran semata-mata, namun ianya diperluaskan kepada kolaborasi isi
kandungan pengajaran dan juga penilaian.

Pada semester ini, beberapa pensyarah yang mengajar kursus Statik di Pusat Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang telah melaksanakan
program kolaborasi pengajaran bersama Ts. Dr. Adnan Hj. Bakri, yang mana merupakan
pensyarah kanan dari Universiti Kuala Lumpur. Salah satu tajuk dari silibus kursus telah dipilih
untuk disampaikan semasa sesi pengajaran tersebut. Kolaborasi pengajaran tersebut dibuat
bertujuan bagi membolehkan peserta menerima idea baharu dan berkeupayaan untuk belajar
secara autonomi selain dari sesi pembelajaran dalam kelas.

Program kolaborasi pengajaran Statik tersebut berlangsung selama 3 jam dan
dilaksanakan secara atas talian menerusi aplikasi Microsoft Teams. Ianya dihadiri oleh seramai
120 orang pelajar yang terdiri daripada 7 kelas. Topik yang dibincangkan dalam sesi tersebut
ialah Pengenalan Geseran. Dalam sesi tersebut, Ts. Dr. Adnan banyak menyentuh berkaitan
pengenalan geseran secara umum, mekanisme dan juga jenis-jenis geseran yang ada dan
berlaku dalam kehidupan seharian. Di akhir sesi pengajaran tersebut, terdapat sesi soal jawab
bagi memastikan soalan-soalan daripada pelajar berkaitan topik tersebut dijawab dan
seterusnya dapat memberi serta mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap isi kandungan
silibus.

Di samping itu, pihak penganjur juga telah mendapatkan maklum balas daripada para
pelajar mengenai program tersebut. Terdapat lebih 90 peratus daripada pelajar yang berpuas
hati dengan isi kandungan program tersebut walaupun ianya diadakan secara atas talian.
Namun, para pelajar telah mencadangkan supaya ianya diadakan secara bersemuka dan
diberikan lebih banyak contoh soalan beserta cara penyelesaian memandangkan kursus
tersebut merupakan kursus yang terlibat dengan pengiraan.

Sebagai kesimpulan, kolaborasi pengajaran merupakan satu inovasi dalam pengajaran
dan pembelajaran yang boleh diusahakan oleh setiap pensyarah dalam memastikan mutu dan
kualiti pengajaran dan pembelajaran sentiasa terbaik serta memberi manfaat yang besar
kepada para pelajar.

509

510

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Kepentingan Penglibatan Industri Di Dalam Bidang Akademik

Dr Azizul Hakim Bin Samsudin, Ts Dr Raja Muhammad Aslam Bin Raja Arif, Aidarohani Binti
Samsudin, Mohd Farhan Bin Nordin

Penglibatan industri di dalam bidang akademik telah lama diperkatakan sebagai
jambatan yang merapatkan jurang yang terbina sejak dahulu lagi. Jurang yang acap kali
diperkatakan adalah isu kebolehpasaran graduan selepas tamat pengajian. Isu ini kerap
dibangkitkan atas sebab graduan kurang berpotensi, kurang menyerlah dan kurang
berpengalaman. Isu-isu ini memberi impak yang begitu kritikal kepada graduan kerana mereka
telah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk menamatkan pengajian tetapi impak yang
terhasil tidak begitu dipandang oleh pihak industri.

Hal ini demikian telah diberi penekanan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan
keterlibatan pihak industri dan pihak yang berkepakaran di dalam penstrukturan program-
program yang ditawarkan oleh pihak universiti. Idea-idea yang bernas telah banyak dikongsikan
dan penstrukturan baru ini telah banyak meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan (GE).
Natijahnya, statistik kebolehpasaran graduan pada tahun 2021 (rujuk Rajah 1) adalah sebanyak
85.5% dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 5.3% jika dibanding kepada statistik pada
tahun 2018.

Rajah 1: Statistik kebolehpasaran graduan (GE) tahun 2021
[https://great.mohe.gov.my/Statistik]

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Kepentingan Penglibatan Industri Di Dalam Bidang Akademik

Dr Azizul Hakim Bin Samsudin, Ts Dr Raja Muhammad Aslam Bin Raja Arif, Aidarohani Binti
Samsudin, Mohd Farhan Bin Nordin

Usaha sama universiti terutamanya UiTM bersama industri dan pihak yang
berkepakaran di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sangat dipuji.
Perkongsian daripada pakar-pakar dari industri atau pihak yang berkepakaran untuk
menyampaikan syarahan pada tajuk-tajuk yang berkaitan dengan bidang kepakaran
mereka akan memberi impak yang positif terhadap pembelajaran pelajar.
Pelajar akan lebih terdedah dengan situasi sebenar yang berlaku di lapangan
pekerjaaan dan juga pendedahan secara langsung kepada penggunaan
peraturan, hukum dan teori yang dipelajari.

Oleh itu, wakil-wakil dari universiti terutamanya pensyarah perlu lebih kreatif
dan kritis terhadap penglibatan industri dan individu yang berkepakaran di dalam
pengajaran dan pembelajaran agar dapat dikembangkan di dalam pelbagai aspek.
Jelas, universiti dan industri adalah saling memerlukan bagi merapatkan jurang selain
mempelbagaikan cara penyampaian ilmu dan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu.

512

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Pengurusan Jaket Pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

Muhamad Faris Syafiq Khalid, Mohd Fadzli Ismail Ir. Ts. Noor Hafiz Bin Noordin

Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Mekanikal, MESS merupakan sebuah persatuan
pelajar di bawah naungan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, UITM Cawangan Johor
Kampus Pasir Gudang. Persatuan MESS berperanan sebagai medium penggerak aktiviti-aktiviti
pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal sama ada di peringkat pusat pengajian,
kampus, universiti, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Seperti mana persatuan-persatuan lain, persatuan akademik fakulti atau pusat pengajian
juga mempunyai pakaian rasmi seperti baju korporat ataupun jaket keselamatan tersendiri. Bagi
pusat pengajian kejuruteraan, jaket keselamatan telah dipilih sebagai pakaian rasmi pelajar
kerana jaket keselamatan adalah lebih praktikal dan sesuai untuk digunakan. Pemilihan
menggunakan jaket keselamatan ini adalah berdasarkan kursus-kursus yang ditawarkan di
Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal adalah bersifat praktikal, di mana pelajar didedahkan
dengan penggunaan alatan dan mesin berat. Jadi pemilihan jaket keselamatan adalah penting
bagi tujuan keselamatan ketika menjalankan sesi pembelajaran di dalam bengkel dan makmal,
terutama yang melibatkan penggunaan mesin dan alatan.

Proses pesanan jaket keselamatan secara kebiasaannya dijalankan bermula dengan
menghubungi pembekal berkenaan sebut harga dan contoh jaket keselamatan, kemudian
diadakan sesi mengukur saiz dan mengambil pesanan pelajar, penyerahan pesanan kepada
pembekal, mengambil jaket dari pembekal dan akhirnya penyerahan kepada pelajar. Tetapi
disebabkan pandemik Covid-19 yang telah menular pada beberapa semester yang lepas,
prosedur pesanan jaket keselamatan pelajar telah ditukarkan kepada secara atas talian.

Prosedur terkini yang telah dijalankan dimulakan dengan proses menghubungi
pembekal bagi meminta sebut harga terbaru berserta ukuran saiz jaket keselamatan terkini.
Ukuran jaket tersebut kemudiannya diedarkan kepada pelajar secara atas talian bagi proses
pelajar mengukur saiz badan dan dipadankan dengan saiz jaket, kemudiannya pelajar akan
mengisi borang pesanan secara atas talian dan setelah lengkap semua data ini akan dianalisis
dan dihantar kepada pembekal untuk disediakan.

Proses penyediaan dan penghantaran jaket pelajar telah selesai oleh pembekal pada
Jun 2022 yang lalu dan proses penyerahan jaket dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan
pertama adalah pelajar semester 4 yang berada di kampus pada Jun 2022, kumpulan ini telah
menerima jaket seminggu selepas jaket sampai di Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.
Manakala kumpulan ke dua terdiri daripada pelajar semester 2 di mana pelajar berada di
kediaman masing-masing dan belajar secara atas sepanjang semester berlangsung.
Penyerahan jaket keselamatan akan diberikan kepada pelajar kumpulan ke dua ini pada
semester hadapan iaitu pada sesi semester Oktober-Mac 2022.

Kesimpulannya, proses pembelian jaket keselamatan pusat pengajian adalah sangat
penting bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi kebanyakan kursus yang
ditawarkan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. Bermula semester ke tiga, pelajar perlu
menghadiri kursus-kursus yang melibatkan penggunaan makmal dan bengkel bagi
pembelajaran secara praktikal. Bagi menjaga keselamatan para pelajar, proses pembelian jaket
keselamatan dijalankan bermula seawal semester satu bagi melancarkan proses pembelajaran.

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Laluan untuk bergelar Jurutera Profesional (Ir.)

Ir. Ts. Noor Hafiz Bin Noordin

Jurutera Profesional (Ir.) merupakan suatu pengiktirafan yang diberikan oleh Lembaga
Jurutera Malaysia (BEM) kepada graduan berlatar belakangkan bidang kejuruteraan yang
memenuhi kelayakan yang ditetapkan tertakluk kepada Akta Pendaftaran Jurutera 1967. Untuk
bergelar Jurutera Profesional, perkara pertama yang mesti dilakukan oleh graduan kejuruteraan
adalah memastikan mereka telah berdaftar sebagai Jurutera Siswazah (Graduate Engineer)
dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) minimum selama 3 tahun. Tempoh 3 tahun bermula
daripada tarikh pendaftaran tersebut. Bagi calon akademik, pastikan mempunyai pengalaman
industri sekurang-kurangnya setahun (Industrial Attachment). Menurut akta, mana-mana
jurutera yang ingin mengamalkan kerja-kerja berkaitan kejuruteraan di Malaysia diwajibkan
untuk mendaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan BEM.

Secara umum terdapat 3 laluan untuk bergelar seorang Jurutera Profesional. Laluan
pertama atau dikenali sebagai Route A iaitu Professional Assessment Examination (PAE) yang
dikendalikan sendiri oleh BEM. Manakala laluan kedua iaitu Route B pula melibatkan jurutera
yang telah mendapat pengiktirafan daripada Badan Kawalselia (Regulatory Body) luar negara
atau lebih dikenali sebagai Chartered Engineer. Laluan ketiga atau Route C pula dikendalikan
oleh Institusi Jurutera Malaysia (IEM) melalui Professional Interview (PI). Calon boleh memilih
salah satu di antara tiga laluan ini untuk bergelar seorang Jurutera Profesional. Setelah jelas
laluan yang hendak diikuti, calon boleh mula persiapkan dokumen. Bagi memastikan dokumen
tidak ditolak selepas penghantaran, pastikan ianya benar-benar lengkap. Sebagai contoh
sekiranya menggunakan Route C, terdapat borang yang dikenali sebagai "Training &
Experience Report - Portfolio of Evidence". Ianya mengandungi 18 elemen kompetensi di mana
calon perlu membuat sedikit penulisan menceritakan pengalaman mereka pada setiap
kompetensi tersebut. Apa yang mustahak di sini adalah calon juga perlu melampirkan dokumen
bukti atau disebut sebagai evidences di mana ianya akan dijadikan sebagai dokumen sokongan
bagi menguatkan lagi penulisan selain membuktikan calon benar-benar terlibat dgn perkara
yang dimaksudkan dalam penulisan tersebut.

Selain Training & Experience Report, calon juga dikehendaki menyediakan Laporan
Teknikal berkait dengan projek kejuruteraan yang pernah mereka terlibat. Tiada format khusus
untuk laporan ini, calon bebas menggunakan cara masing-masing. Kesemua dokumen perlu
disahkan oleh dua orang Jurutera Profesional yang mana disebut juga sebagai pencadang
pertama dan kedua. Adalah menjadi satu kelebihan sekiranya Jurutera Pencadang tersebut
berada dalam organisasi yang sama dengan calon. Elakkan daripada menggunakan projek
yang calon tidak pernah terlibat kerana berdasarkan pengalaman mereka yang telah
ditemuduga, panel kebiasaannya akan bertanya soalan berbentuk luar jangka di mana daripada

514

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Laluan untuk bergelar Jurutera Profesional (Ir.)

Ir. Ts. Noor Hafiz Bin Noordin

soalan tersebut panel boleh menilai samada calon benar-benar terlibat ataupun tidak dalam
projek tersebut. Untuk menjadi seorang professional, etika merupakan salah satu perkara yang
sangat dititikberatkan. Proses temuduga dijalankan bersandarkan Training & Experience Report
dan Laporan Teknikal yang dikemukakan oleh calon. Tempoh masa untuk temuduga ditetapkan
selama satu jam. Bagaimana pun, ianya bergantung kepada panel penemuduga. Terdapat
calon yang lulus ditemuduga melebih daripada tempoh yang ditetapkan.

Esei teknikal dan etika merupakan salah satu bahagian yang akan dinilai bagi
mendapatkan perakuan Jurutera Profesional ini. Ianya dijalankan sebaik sahaja calon selesai
temuduga secara bersemuka. Calon akan dibekalkan dengan dua soalan untuk esei teknikal
dan dua soalan juga untuk esei etika. Calon boleh memilih satu soalan sahaja daripada setiap
bahagian tenikal dan etika tersebut. Bagi soalan teknikal, soalan kebiasaannya digubal
berdasarkan Laporan Teknikal yang dihantar oleh calon. Manakala soalan esei etika pula
diambil daripada sampel soalan yang telah disediakan oleh IEM. Bagi memastikan esei lulus
dengan jayanya, selain konten yang tepat dan menjawab soalan, adalah dinasihatkan agar esei
tersebut ditulis sekurang-kurangnya empat muka surat. Masa yang diperuntukkan untuk
menjawab kedua-dua esei tersebut ialah satu jam setengah untuk setiap soalan.

Untuk layak bergelar Jurutera Profesional, calon perlu lulus kedua-dua temuduga
bersemuka dan juga esei. Jika salah satu gagal, calon akan diberikan peluang untuk menduduki
semula bahagian yang gagal sahaja. Seperkara lagi, calon diberi pilihan untuk menjalani proses
temuduga dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Jika ingin menggunakan Bahasa
Melayu, pastikan semua dokumen yang dihantar ditaip dalam Bahasa Melayu. Disarankan agar
calon yang ingin memohon perakuan sebagai Jurutera Profesional supaya mengikuti ceramah
atau perkongsian yang berkaitan dengan cara-cara mendapatkan perakuan ini. Jika dilihat,
banyak ceramah atau perkongsian barbayar yang dijalankan secara atas talian dan tidak kurang
juga yang dijalankan secara percuma. Ini sangat membantu dalam memberikan gambaran yang
lebih jelas tentang cara-cara untuk mendapatkan perakuan sebagai seorang Jurutera
Profesional.

516

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah Karya Akademik dan Umum

• Ts. Dr. Arni Munira Binti Markom • Ts.Dr.Zakiah Mohd Yusoff
• Ts. Dr. Zakiah Binti Mohd Yusoff • Ir.Ts.Dr.Nurlaila Ismail
• Ts. Kamaru Adzha Bin Kadiran • Aqib Fawwaz Mohd Amidon
• Ts. Dr. Mohamad Zhafran Bin Hussin • Ts. Siti Aminah Nordin
• Ts.Dr. Rijalul Fahmi Mustapa • Ts.Dr. Arni Munira Markom
• Ts.Zatul Iffah Abdul Latiff • Ts. Dr. Rijalul Fahmi Mustapa
• Siti Sufiah Abd Wahid • Atiqah Hamizah Mohd Nordin
• Siti Aliyah Mohd Saleh • Wan Suhaifiza W Ibrahim
• Ezril Hisham Mat Saat • Siti Aliyah Mohd Saleh
• Nuriqtiyani Ilham • Ts. Sufian bin Mohamad
• Dr.Siti Hazurah Indera Putera • Nur Asfahani Ismail
• Mohd Sufian Ramli • Fadila Mohd Atan
• Dr. Nurhani Kasuan
• Fadila Mohd Atan Karya Kreatif
• Norbaiti Sidik
• Ts.Siti Aminah nordin • Ts. Norhalida Othman
• Masmaria Majid • Siti Aliyah Mohd Saleh
• Dr.Nurhani Kasuan
• Noor Hafizah Khairul Anuar
• Noor Hasliza Abdul Rahman
• Nornabilah Mohd Anuar
• Dr Khairul Kamaruddin Hasan
• Wan Suhaifiza W Ibrahim
• Ts.Zahari Abu Bakar

517

518

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Tahniah Graduan Pertama Professional Diploma in Electrical & Electronics
Technology (PDiEET)!

Ts. Dr. Arni Munira Markom,Ts. Dr. Zakiah Mohd Yusoff,Ts. Kamaru Adzha Kadiran,
Ts. Dr. Mohamad Zhafran Hussin

16 Mei 2022 telah berlangsung Majlis Graduan yang gemilang di Stulang Laut, Johor Bahru bagi
meraikan 14 peserta industri yang menerima Professional Diploma in Electrical & Electronics
Technology (PDiEET). PDiEET ini dianugerahkan kepada peserta yang berjaya melengkapkan
ketiga-tiga fasa program PDiEET yang mengandungi 30 modul pilihan industry dan dilaksanakan
di UiTM Johor, Kampus Pasir Gudang. Selain itu, turut diraikan adalah 24 peserta yang menerima
Professional Certificate in Electrical & Electronics Technology (Phase 3).
Majlis ini dianjurkan oleh MY Iskandar Sdn. Bhd. (MISB) yang diketuai oleh Pengarah MISB iaitu
Puan Zarina Mohamed Ali, diiringi oleh Pengurus Besar Encik Aris Abdillah Mohamed Kamal dan
Pengurus Kanan Cik Puan Banu Rekha Michael. Tetamu kehormat UiTM Johor diketuai oleh
Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Dr. Akmal Aini Othman, diiringi oleh Ketua Pegawai
Eksekutif iCEPS iaitu Prof. Dr. Azizul Halim Yahya, Penolong Rektor UiTM Johor, Kampus Pasir
Gudang Dr. Haryana Mohd Hairi, Koordinator Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni Dr.
Mohd Fairuz Bachok dan Koordinator Korporat Cik Siti Mariam Mohammad Iliyas.
Juga tetamu kehormat dari industri automotif bertaraf antarabangsa dihadiri oleh Presiden Highly
Marelli Sdn. Bhd. (HMMY) iaitu Encik Sonny Nizam Ahmad, diiringi oleh Pengurus Besar Encik
Hasnol Amri Yahya dan Pengurus Kanan Puan Mariam Mat Lipah.Akhir sekali, tahniah sekali lagi
kepada semua graduan pertama Professional Diploma in Electrical & Electronics Technology!
Anda HEBAT!

519

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

520

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

MoU Bersama Highly Marelli (M) Sdn Bhd (HMMY)

Ts. Kamaru Adzha Kadiran,Ts. Dr. Arni Munira Markom,Ts. Dr. Zakiah Mohd Yusoff,
Ts. Dr. Mohamad Zhafran Hussin

Pada 24 Febuari 2022 yang lepas, telah alukan kerjasama antara industi dan institusi
terutamanya dalam bidang penyelidikan.
berlangsung Majlis Menandatangani
Sebelum itu, pihak UiTM telah membangunkan
Memorandum Persefahaman (MoU) di antara modul Profesional Diploma yang terbahagi
kepada tiga fasa, yang mana setiap fasa
UiTM dengan Highly Marelli (M) Sdn Bhd mempunyai modul-modul tertentu bagi
pembelajaran staf HMMY yang memasuki
(HMMY), syarikat automotif multinasional program Profesional Diploma in Electrical and
Electronics Technology (PDiEET).Diharap
bertempat di kilang HMMY Sdn Bhd. dengan MoU dan kolaborasi ini, semua pihak
akan dapat terus menggembleng buah fikiran,
Majlis tersebut telah ditandatangi oleh Prof Dr masa dan tenaga bagi menghasilkan program
Ismail Ahmad, Rektor UiTM Johor sebagai wakil dan produk yang berimpak, juga memberi
UiTM dan En. Sonny Nizam Ahmad selaku manfaat kepada ramai pihak yang lain.
Presiden Highly Marelli (M) Sdn Bhd (HMMY).
Majlis juga disaksikan oleh wakil daripada My
Iskandar Sdn Bdn (MISB) dan Iskandar
Development Authority (IRDA) Johor.

Tujuan MoU ini diadakan adalah bagi
mengukuhkan hubungan antara institusi
Pendidikan tinggi dengan pihak industri dalam
mencapai beberapa perkara seperti
penyelidikan, latihan industri pelajar dan staf
serta perkara-perkara lain yang boleh memberi
manfaat bagi kedua-dua belah pihak.

Dalam pada masa itu juga, pihak HMMY juga
telah memberikan peluang kepada pihak UiTM
dan MISB untuk melawat keseluruhan operasi
di dalam kilang tersebut bagi memberi
gambaran pengunaan pelbagai teknologi IoT,
automation dan robotik yang digunakan dalam
kilang tersebut. Pihak HMMY sangat mengalu-

521

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

522

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Misi Akademik Pengajian Kejuruteraan Elektrik,Kolej Pengajian Kejuruteraan
UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang

Ts.Dr.Rijalul Fahmi Mustapa, Ts.Zatul Iffah Abdul Latiff, Siti Sufiah Abd Wahid, Siti Aliyah Mohd
Saleh, Ezril Hisham Mat Saat

Pada tarikh 16 Jun 2022 yang lalu, keputusan
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021
telah pun diumumkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Seramai 407,097 orang
calon yang telah mendaftar untuk menduduki
peperiksaan SPM 2021 telah menjalani
peperiksaan SPM2021 pada dua sesi iaitu pada 8
Februari 2022 hingga 29 Mac 2022 dan 5 April
2022 hingga 19 Mei 2022. Sehubungan dengan
itu, pihak Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE),
UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang
telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan
program misi akademik di sekitar kawasan Johor
Bahru dan Pasir Gudang.

Misi akademik yang dianjurkan oleh unit
misi akademik PKE ini telah dilaksanakan di
sekolah-sekolah menengah di sekitar kawasan
Pasir Gudang dan Johor Bahru pada tarikh
keputusan SPM 2021 diumum. Sebanyak 15 buah
sekolah telah memberi kebenaran untuk pihak
PKE membuka gerai pameran dan memberi
perundingan akademik ketika hari keputusan SPM
2021 diumumkan di sekolah mereka. Misi
akademik ini secara amnya bertujuan untuk
mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan
di UiTM.

523

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Selain itu, objektif pelaksanaan misi akademik secara khususnya adalah bertujuan untuk memberi
informasi kepada masyarakat setempat tentang kewujudan UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir
Gudang serta kursus-kursus yang ditawarkan di kampus Pasir Gudang. Disamping itu juga, misi
akademik ini bertujuan untuk mempromosikan bidang kejuruteraan elektrik kepada pelajar-pelajar
sekolah aliran sains yang berkelayakan untuk mendaftar sebagai pelajar UiTM. Misi akademik
anjuran PKE ini merupakan misi akademik pertama yang dianjurkan secara bersemuka selepas
dua tahun penangguhan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di
seluruh Malaysia. Para pensyarah yang terlibat juga telah memberikan perundingan akademik
kepada para pelajar lepasan SPM mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di UiTM yang
bersesuaian dengan keputusan yang diterima. Beberapa buah sekolah juga meminta pihak
pensyarah memberikan taklimat khas mengenai UiTM Pasir Gudang. Taklimat akademik ini bukan
sahaja mensasarkan pelajar lepasan SPM, pelajar tingkatan empat dan lima juga diberi taklimat
mengenai pembangunan kerjaya untuk memberi kesedaran awal tentang prospek hala tuju
pendidikan mereka khususnya dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Misi akademik ini juga dilihat
sebagai satu langkah untuk mempromosikan UiTM Pasir Gudang di sekolah-sekolah yang
berhampiran dengan Kampus Pasir Gudang di mana ianya seiring dengan misi UiTM untuk
menjadi institusi pilihan bagi pelajar lepasan SPM di sekolah-sekolah yang berdekatan.

524

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Misi akademik kali ini juga telah disertai oleh wakil pensyarah daripada Program Pra-
Diploma UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang. Program Pra-diploma ini merupakan
inisiatif UiTM untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang tidak mempunyai kelayakan
akademik yang cukup untuk melanjutkan pengajian ke peringkat asasi/diploma. Pra-diploma yang
ditawarkan di UiTM Pasir Gudang ialah pra-diploma sains iaitu kursus singkat selama 6 bulan – 12
bulan (bergantung kepada program pra-diploma yang diambil) yang perlu diambil bagi melayakkan
pelajar untuk melanjutkan pengajian ke tahap diploma dalam bidang yang berkaitan dengan sains
dan teknologi.

Melalui penganjuran misi akademik baru-baru ini, program ini dilihat dapat membantu para
pelajar lepasan SPM dalam mengenal pasti peluang-peluang pengajian yang ada di samping dapat
membantu memberi perundingan akademik yang bersesuaian dengan pelajar-pelajar dengan
mengambil kira faktor kelayakan akademik, minat serta prospek kerjaya pada masa hadapan.
Sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana pelajar-pelajar juga dapat membuat analisa
kursus yang layak untuk mereka mohon berdasarkan keputusan SPM melalui
https://selangkah.uitm.edu.my/. Aktiviti ini juga dilihat dapat meningkatkan hubungan diantara pihak
UiTM Pasir Gudang dan sekolah-sekolah yang terlibat serta masyarakat di sekitar daerah Johor
Bahru.

525

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Webinar Sesi Perkongsian Bagi Keperluan dan Persiapan Akreditasi Etac
2023, Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE), Uitm Cawangan Johor, Kampus

Pasir Gudang

Ts. Dr. Zakiah Mohd Yusoff, Nuriqtiyani Ilham, Dr.Siti Hazurah Indera Putera, Mohd Sufian Ramli,
Dr. Nurhani Kasuan

Pada tarikh 7 Oktober 2021, Pengajian Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan satu webinar
perkongsian bagi keperluan dan persiapan akreditasi ETAC. Ianya merupakan satu perjumpaan
formal secara di atas talian yang wajib dihadiri oleh semua staf akademik PKE dan bukan akademik.
Objektif utama penganjuran webinar ini adalah bertujuan untuk memberikan ilmu dan pemahaman
kepada semua staf mengenai proses akreditasi ETAC. Selain itu, Pengajian Kejuruteraan Elektrik
(PKE),Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang kini di dalam
proses untuk mempersiapkan dokumen bagi permohonan akreditasi bagi program diploma EE111
(sistem, elektronik, komputer & komunikasi) dan EE112 (kuasa) bagi kemasukan pelajar September
2020. Jadi, sesi ini juga dijangka membantu untuk mempersiapkan dokumen bagi permohonan
tersebut.

526

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Proses permohonan akreditasi program diploma PKE akan dijalankan untuk mencapai status
program yang diakreditasi atau diiktiraf oleh badan akreditasi teknologi kejuruteraan atau ETAC.
Penceramah jemputan iaitu Prof. Madya Ir. Dr Zakaria Hj Hussain adalah merupakan pensyarah
kanan di Pengajian Kejuruteraan Elektrik (PKE), Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Cawangan
Pulau Pinang (UiTMPP). Beliau telah terlibat secara langsung dalam proses akreditasi ETAC di
PKE UiTMPP serta mempunyai ilmu dan pengalaman yang sangat luas mengenai proses akreditasi
ETAC. Pengalaman beliau sebagai salah seorang panel ETAC dan External Examiner (EE) di
UTHM dan beberapa politeknik diharap boleh membantu PKE UiTMPG kearah akreditasi ETAC
2023. Sesi perkongsian ini akan menjadi landasan yang signifikan untuk percambahan idea dan
perkongsian ilmu yang lebih positif terhadap proses akreditasi dan program diploma yang tawarkan.

527

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Webinar “Intellectual Property for the Multimedia System & Applications”

Ts. Zatul Iffah Abd Latiff, Ts.Dr. Arni Munira Markom, Fadila Mohd Atan, Ezril Hisham Mat Saat,
Norbaiti Sidik

Satu Pengajaran Kolaboratif untuk subjek ECE551 (Multimedia System & Applications) telah
diadakan untuk semua pelajar yang mengambil subjek ECE551. Pengajaran kolaboratif (CT), juga
dikenali sebagai pengajaran koperatif atau pengajaran berpasukan, merujuk kepada pendekatan
pengajaran yang boleh melibatkan pakar dari dalam dan merentasi disiplin bersama-sama dengan
pengamal industri, bekerjasama untuk mendidik, membimbing, memudahkan dan melatih kumpulan
pelajar dengan matlamat untuk memperkasakan pembelajaran kendiri pelajar. Pendekatan
kerjasama pengajaran tidak terhad kepada aspek penyampaian, tetapi juga merangkumi aspek
pembangunan kandungan dan penilaian. Dalam subjek ECE551, kami mengambil pendekatan baru
dari aspek pendekatan pengajaran di mana panel industri yang berkaitan dengan bidang subjek
telah dijemput untuk memberi ceramah tentang salah satu topik pengajaran dalam subjek ECE551.

Gambar 1: Poster Webinar Pada hari Rabu, 13 Julai 2022, pukul
2.00 hingga 4.00 petang, satu webinar yang
bertajuk “Intellectual Property for the
Multimedia System & Application” telah
diadakan dengan menggunakan platform
“Microsoft Teams”. Webinar selama 2 jam ini
disampaikan oleh Encik Mohd Suhezey bin
Shafie. Beliau merupakan Pengarah MyIPO
Cawangan Zon Selatan, Perbadanan Harta
Intelek Malaysia. Webinar tersebut dihadiri oleh
semua pelajar dari Fakulti Pengurusan
Perniagaan yang mengambil subjek ECE551
pada semester Mac – Ogos 2022 iaitu serama
100 orang.

528

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Antara kandungan topik yang dibahaskan oleh penceramah ialah tentang kepentingan
melindungi harta intelek, jenis-jenis harta intelek, cara memohon perlindungan harta intelek serta
undang-undang yang berkaitan dengan perlindungn harta intelek di Malaysia. Harta Intelek
merujuk kepada ciptaan minda seperti ciptaan sains dan teknologi, sastera, hasil seni, symbol,
nama dan imej yang digunakan dalam dagangan. Harta intelek dilindungi oleh undang-undang
seperti paten (patents), hak cipta (copyright) dan tanda dagangan (trademark) yang membolehkan
orang ramai untuk mendapatkan pengiktirafan atau faedah kewangan daripada apa yang mereka
cipta. Penceramah juga menceritakan kepada pelajar-pelajar tentang pengalaman beliau ketika
berkhimat di pejabat MyIPO. Beliau juga berkongsi contoh-contoh permohonan harta intelek yang
tidak berjaya kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan oleh MyIPO Malaysia.

529

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Gambar 2 : Analisis tinjauan mengenai
penerimaan pelajar tentang webinar yang

dianjurkan

Satu tinjauan melalu google form

telah dilakukan untuk

menganalisa tahap penerimaan

para pelajar tentang webinar

yang diadakan. Berdasarkan

tinjauan yang diberikan, seramai

78 orang pelajar telah mengisi

tinjauan tersebut dan

mengutarakan pendapat mereka.

Keputusan tinjaun adalah seperti yang ditunjukkan dalam Gambar 2. Setiap pelajar perlu

memberi skala untuk setiap soalan. Skala 4 adalah yang tertinggi manakala skala 1 adalah paling

rendah. Seperti yang dilhat di gambar 1, soalan pertama yang diutarakan adalah mengenai

pengetahuan dan pengalaman penceramah tentang topik yang diberikan. Sebanyak 62.82% pelajar

bersetuju dengan skala markah yang tertinggi iaitu 4 bahawa penceramah sangat arif dan

berpengetahuan tentang topik ceramaah tersebut. Manakala bagi soalan 2, 61.54% bersependapat

bahawa contoh dan analogi yang dberikan mampu meningkatkan kefahaman pelajar. 58.97%

pelajar bersetuju bahawa pengetahuan pelajar bertambah tentang topik yang disampaikan oleh

penceramah. Pelajar juga ditanya tentang peruntukan masa webinar yang diberikan. Seramai

51.28% bersetuju dengan masa 2 jam yang diperuntukkan manakala 1.28% kurang bersetuju

dengan peruntukan masa yang diperuntukkan kerana terdapat soalan yang hendak diutarakan

kepada penceramah. Bagi soalan yang ke 5, sebanyak 60.25% pelajar bersependapat bahawa

penggunaan Microsoft Teams sangat efektif sebagai medium webinar. Akan tetapi sebanyak 5.13%

pelajar memberi jawapan skala 2 kerana bagi mereka program perkongsian secara berdepan lebih

menarik dan memberi impak yang lebih tinggi. Soalan terakhir adalah mengenai sejauh manakah

pelajar pernah mendengar perkongsian dari pakar tentang tentang sesuatu subjek. Seramai 61.54%

pelajar memberitahu bahawa mereka pernah mendengar perkongsian dari pakar. 530

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Setelah diselidiki keputusan tinjauan yang dijalankan menggunakan google form hampir 100%
bersetuju dengan julat skala yang baik iaitu 3 dan 4, menunjukkan bahawa mereka berpuas hati
dengan webinar yang dianjurkan. Para pelajar berharap agar program berbentuk webinar industri ke
kelas ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan. Pengajaran kaloboratif ini sangat sesuai untuk
dilaksanakan kepada pelajar kerana pengajaran ini dapat memberikan pendedahan awal kepada
pelajar tentang suasana di industri dan perkara apa yang perlu mereka jangka kan apabila mereka
melangkah ke dunia pekerjaan. Sekiranya terdapat kemahiran yang perlu mereka pupuk sebelum
melangkah ke industri, pelajar boleh menggunakan waktu ketika bergelar pelajar untuk mempelajari
dan memperolehi sijil untuk kemahiran tersebut.

531

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Program Webinar Bersama Panel Industri: “Industry To Classroom: Bridge
Measurement Systems And its Application In Industry”

Ts.Siti Aminah nordin, Ts.Dr.Zakiah Mohd Yusoff, Masmaria Majid, Dr.Nurhani Kasuan

Dengan adanya tuntutan ilmu
pengetahuan dan teknologi yang semakin
berkembang, era revolusi industri 4.0 yang
semakin maju, serta tuntutan kompetensi
siswa/siswi yang sesuai dengan permintaan
pasaran, maka Pusat Pengajian Kejuruteraan
Elektrik UiTM Pasir Gudang bekerjasama
dengan UiTM Dungun mengadakan program
webinar Bersama pihak industry untuk
berkongsi ilmu dan pengalaman mereka kepada
pelajar.

Program ini dianjurkan untuk Kod
Kursus ESE122 Measurement and
Instrumentation bertujuan memberi pendedahan
kepada pelajar tentang aplikasi “Instrumentation
Bridges” dalam industri sebenar. Ia juga dapat
menambah pemahaman terhadap pembelajaran
teori yang telah diajar di dalam kelas oleh
pensyarah. Selain itu, program ini dapat
mendedahkan para pelajar kepada teknologi
measurement dalam industri sebenar (real life).
Malah, membolehkan para pelajar mencari dan
mengurus maklumat yang relevan daripada
pelbagai sumber serta menerima idea baharu
dan berkeupayaan untuk pembelajaran
autonomi.

532

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan menerima komen yang amat
memberansangkan daripada semua pelajar. Pelajar merasakan program ini dapat membuka mata
mereka tentang bidang yang sedang dipelajari serta sangat membuka minda dan ilmu yang sangat
bermanfaat. Selain itu, penerangan yang mendalam disampaikan oleh pihak industri sangat
memberansangkan akal fikiran pelajar serta segala info dan maklumat mengenai cabaran dalam
industri itu disampaikan dengan jelas dan baik oleh penceramah.

Melalui penganjuran program webinar baru-baru ini, para pelajar mengharapkan program
seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang kerana ia dapat membantu pelajar memahami
apa yang dipelajari dan aplikasinya dalam kehidupan seharian. Akhir kata, Aktiviti ini juga dilihat dapat
meningkatkan hubungan diantara pihak UiTM Pasir Gudang, UiTM Dungun dan pihak industri.

533

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Berapakan nilai sampah terpakai anda?

Noor Hafizah Khairul Anuar, Noor Hasliza Abdul Rahman, Nornabilah Mohd Anuar, Dr Khairul
Kamaruddin Hasan

Kempen kitar semula bahan buangan besar-besaran dilakukan, justeru boleh
seperti kertas, plastik dan kaca telah lama
diwar-warkan oleh kerajaan dan pihak swasta mengakibatkan bencana alam seperti tanah
namun tidak begitu namun kesedaran untuk
kitar semula dalam kalangan rakyat Malaysia runtuh, banjir kilat dan peningkatan suhu global.
masih belum memuaskan sedangkan
manfaatnya amat besar untuk kehidupan. Tidak Justeru, amalan kitar semula adalah antara
dapat disangkal, proses kitar semula adalah
penentu kepada masa depan lebih baik bagi inisiatif bagi membendung masalah ini dari
mengelakkan pencemaran yang boleh
mengubah landskap dunia dan menjejaskan berlarutan dan ia wajar dijadikan cara hidup dan
kehidupan generasi akan datang. Sebagai
contoh, bagi penghasilan kertas secara amalan masyarakat, sama ada di setiap
komersial, kegiatan menebang pokok secara
kediaman, industri dan institusi pendidikan. Bagi

menyahut kempen kitar semula ini, pada 23

Ogos 2022, Pengajian Kejuruteraan Elektrik

(PKE), UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir
Gudang telah mengadakan Program Trash To
Money dengan mengumpul sisa pepejal

berunsurkan kertas dan seterusnya menjual

kepada pusat kitar semula. 534

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Melalui program ini, sebanyak 1300-kilogram kertas telah berjaya dikumpulkan dan
menghasilkan pendapatan jualan bernilai RM 271. Selain daripada dapat menjanakan pendapatan
daripada hasil penjualan kertas, jabatan juga dapat mengeratkan sillaturrahim dimana semua warga
bersama-sama membanting tulang membersihkan dan mencantikkan jabatan setelah hampir 2
tahun sistem pembelajaran dijalankan secara atas talian disebabkan oleh Covid-19. Menurut
pengarah program Puan Noor Hafizah Khairul Anuar, program ini secara tidak langsung
menyokong inisiatif UiTM Johor dalam usaha pengurusan sisa buangan bersepadu bagi
merealisasikan kampus sisa sifar melalui pengurusan sisa bahan kitar semula. Dikongsikan
beberapa gambar aktiviti yang telah dijalankan oleh semua pensyarah dan penolong jurutera di
Kolej Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Elektrik.

535

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Kolaborasi Berimpak Tinggi Diantara UiTM Cawangan Johor Dan MY
Iskandar Sdn.Bhd. Bagi Business Services Training (Management & ICT)

Ts. Dr. Zakiah Mohd Yusoff, Ts. Dr. Arni Munira Markom, Ts. Kamaru Adzha Kadiran, Ts. Dr.
Mohamad Zhafran Hussin

536

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Pada 27 April 2022,My Iskandar Sdn. Bhd. (MISB) iaitu anak syarikat milik penuh Iskandar

Regional Development Authority (IRDA) telah menawarkan kerjasama dengan Pusat Pengajian

Kejuruteraan Elektrik, UiTM Cawangan Johor, kampus Pasir Gudang untuk membangunkan dan

melaksanakan satu program iaitu BUSINESS SERVICES TRAINING (MANAGEMENT & ICT)

berjumlah RM65,195.09. Secara dasarnya kolaborasi ini bertujuan untuk pembangunan dan

penyediaan program khusus dalam Management dan Information and Communication Technology

(ICT) untuk pemain industri di Iskandar, Malaysia yang mendapat permintaan yang semakin tinggi.

Bagi menjayakan program yang berimpak tinggi ini, seramai lima orang staf daripada UiTM

Kampus Pasir Gudang telah dilantik sebagai Pakar Perunding iaitu Ts. Dr. Arni Munira Markom(Ketua

Projek), Ts. Dr. Zakiah Mohd Yusoff, Ts. Kamaru Adzha Kadiran, Ts. Dr. Mohamad Zhafran Hussin dan

Ts.Dr.Ahmad Razi Ramli. Pelaksanaan program ini dibahagikan kepada 2 iaitu 1) SME &

Organizational Success Workshop,16-19 Mei 2022 dan 2) ICT Short Course (23-26 Mei 2022).

Keseluruhannya terdapat 8 modul telah berjaya dilaksanakan menggunakan platform MS.Team seperti

berikut:

1. SME & Organizational Success Workshop

No Module Speaker Date

1 Strategic Thinking Dr. Muhamad Roslan Muhamad Yusoff 16 May 2022

2 Managerial Leadership Dr. Mohd Subri Tahir 17 May 2022

3 Decision Making & Problem- Prof. Madya Dr. Lennora Putit 18 May 2022
Solving Skills

4 Brand & Social Media Encik Mohd Saifulnizam Abu Bakar 19 May 2022
Marketing

537

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

2. ICT Shortcourse & Professional Certification

No Module Speaker Date
23 May 2022
1 -Big Data Analytics -Dr. Raseeda Hamzah
24 May 2022
-IoTs & AI Workshop -Ts. Dr. Arni Munira Markom

2 -Industry 4.0: Building Business Value -Prof. Madya Dr. Soo Wincci

-Artificial Intelligence: Building Business -Ir. Ts. Dr. Nurlaia Ismail

3 Mobile Application Development -En. Muhammad Rajaei 25 May 2022

Dzulkifli

-Ts. Kamaru Adzha Kadiran

4 Machine Learning -Dr. Muhammad Asraf 26 May 2022

Hairudddin

-Pn. Nur Dalila Khirul Ashar

Program ini berjaya menarik ramai pekerja-

pekerja daripada industri bukan hanya di sekitar Johor

malah diseluruh Malaysia diantaranya daripada TPM

Technopark, Harbour-Link Logistics Sdn Bhd, IP

Empire Trading, NUH Travel & TOURS SDN BHD,

Twin Artistic Sdn Bhd, Tunku Laksamana Johor Cancer

Foundation, Impian Cekap Enterprise, Serene Builders

Enterprise, Buraq Jaya Resources dan banyak lagi.

Kami juga mendapat maklum balas yang sungguh

positif daripada para academician dan pelajar-pelajar

postgraduate dimana program ini banyak membantu

meningkatkan dan memperkukuhkan pemahaman

setiap modul.Latihan ini berjaya mencapai objektif

yang disasarkan iaitu meningkatkan pengetahuan dan

kemahiran peserta berkaitan pengurusan, kepimpinan

dan ICT melalui latihan berkesan yang dianjurkan oleh

MISB dengan kerjasama UiTM Johor. Selepas tamat

program, peserta akan menerima sijil sebagai

pembangunan kerjaya yang bertujuan untuk

menyokong matlamat untuk pekerja permulaan PKS,

usahawan dalam talian, graduan baru dan pencari

kerja. 538

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

“UiTM for Industry: Supervision Industrial Project in Highly Marelli Sdn.
Bhd. (HMMY)

Ts. Dr. Mohamad Zhafran Hussin,Ts. Kamaru Adzha Kadiran,Ts. Dr. Zakiah Mohd Yusoff,
Ts. Dr. Arni Munira Markom

Pada 28 Julai 2022 yang lalu, telah di adakan sebuah pembentangan program industri iaitu
“UiTM for Industry: Supervision Industrial Project in Highly Marelli Sdn. Bhd.” di UiTM Johor,
Kampus Pasir Gudang. Program ini adalah projek kesinambungan bagi pengakhiran program
Professional Diploma in Electrical & Electronics Technology (PDiEET). Sejumlah 14 pelajar
industry yang terlibat adalah pelajar yang telah berjaya menamatkan ketiga-tiga fasa dengan
melengkapkan 30 modul. Objektif program ini adalah untuk memanfaatkan 30 modul yang telah
dipelajari dan diaplikasikan secara terus di HMMY. Pelajar juga dibantu oleh penyelia dari HMMY
dan UiTM dengan modul yang bersesuaian dan topik pilihan pelajar untuk menjayakan projek
tersebut. Mereka diberi masa selama 4 bulan bagi menyiapkan projek di tempat kerja masing-
masing.Tetamu kehormat adalah En. Sonny Nizam (President HMMY), En. Aris Abdillah Mohamed
Kamal (General Manager MISB), En. Raja Taufik Azad Ahmad Suhaimi (Vice President IRDA) dan
Dr. Haryana Mohd Hairi (Penolong Rektor). Turut hadir adalah tenaga pengajar program PDiEET
juga telah hadir bagi menyokong projek ini samada dari UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir
Gudang dan beberapa tenaga pengajar dari Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of
Industrial Technology (UniKL MITEC), Bandar Seri Alam. Semoga kolaborasi tiga penjuru diantara
UiTM, HMMY dan IRDA-MISB akan terus menyumbang program -program yang berimpak tinggi
serta memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat.

539

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Facebook Dan Instagram ADS Sebagai Medium Mempromosikan Program
PKE UiTMPG

Wan Suhaifiza W Ibrahim, Ts.Zahari Abu Bakar, Norbaiti Sidik, Noor Hafizah Khairul Anuar

Facebook (FB) dan Instagram (IG) adalah antara platform media sosial yang paling popular
di seluruh dunia pada masa kini, masing-masing dengan anggaran 2.32 bilion dan 1 bilion
pengguna bulanan yang aktif. Media sosial seperti FB dan IG ini digunakan sebagai platform
interaksi dengan kenalan di samping digunakan untuk mengetahui perkembangan semasa dunia
luar. Di platform ini, pengguna dapat memberi ulasan, berkongsi gambar, memuat naik video,
berkongsi pautan dan bersembang secara langsung. Dan yang lebih menarik, ia juga dapat
dimanfaatkan untuk tujuan pemasaran bisnes, atau hebahan iklan kepada sasaran yang tertentu
dalam skala yang besar.

Model FB dan IG Ads menggunakan sistem Pay Per Click atau lebih di kenali dengan PPC
yang mana caj yang di kenakan adalah berdasarkan per klik. Dengan erti kata lain, kita hanya
perlu membayar pihak FB dan IG setiap kali apabila iklan yang disiarkan diklik oleh pengguna.
Sebelum iklan tersebut disiarkan, beberapa tetapan wajib dipilih iaitu matlamat (goals) dan butiran
penonton (audience details) yang merangkumi skop lokasi, umur dan minat sasaran penonton
untuk iklan tersebut. Seterusnya, tetapan lain seperti jumlah bajet, durasi promosi, tarikh mula dan
tarikh akhir wajib dipilih sebelum iklan itu dihantar kepada pihak FB dan IG untuk tujuan semakan.

Unit Media dan Promosi dengan kerjasama Unit Misi Akademik telah mengambil inisiatif
untuk mempromosikan program-program yang ditawarkan oleh Pengajian Kejuruteraan Elektrik
UiTMPG melalui FB dan IG Ads. Poster ringkas yang menarik tentang program PKE UiTMPG telah
dihasilkan oleh Unit Misi Akademik untuk tujuan ini. Promosi ini berjalan selama 19 hari iaitu dari 9
Jun 2022 sehingga 28 Jun 2022 dengan anggaran kos RM200.00 untuk kedua-dua poster. Goals
atau tujuan promosi ini adalah untuk mendapatkan lebih banyak engagement dan share di
kalangan pengguna dalam usaha menyampaikan promosi PKE UiTMPG kepada masyarakat luar.
Tetapan untuk iklan ini dikhususkan kepada pengguna dari negeri-negeri di selatan dan tengah
Malaysia seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan termasuk
Sabah dan Sarawak.

540

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Selain itu, kata kunci untuk minat sasaran yang berkaitan dengan kejuruteraan juga
ditetapkan agar promosi ini berjaya disampaikan kepada golongan yang berkaitan. Promosi kedua-
dua poster melalui FB dan IG Ads ini telah berjaya menghasilkan sebanyak 18,074 capaian atau
reach. Capaian atau reach adalah bilangan orang yang melihat iklan ini sekurang-kurangnya sekali.
Jika dilihat dari keseluruhan hasil promosi melalui FB dan IG Ads ini, hampir 50% klik adalah melalui
Mobile App Feeds, diikuti oleh Mobile Suggested Video Feeds, Instagram Feeds, Instagram Explore
dan Instant Article. Manakala pengguna dari negeri Selangor dan Sabah pula menunjukkan
peratusan tertinggi yang melihat dan mengklik poster PKE UiTMPG ini diikuti dengan negeri Johor di
tempat yang ketiga. Hampir 70% pengguna yang berminat dengan promosi ini adalah lelaki dari
pelbagai peringkat umur bermula dari 18 tahun sehingga 65 tahun.

Secara keseluruhannya, promosi PKE UiTMPG melalui FB dan IG Ads telah memberi respon
dan output yang sangat positif dan berjaya mencapat matlamat program. Ia adalah salah satu usaha
promosi yang menepati teknologi dan budaya pada masa kini. Promosi menjadi lebih mudah dan
cepat dengan sasaran yang lebih tepat jika dibandingkan dengan promosi konvensional yang
dijalankan secara bersemuka sebelum ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan agar lebih
banyak maklumat berkenaan PKE UiTMPG dapat dihebahkan dan menjadi pilihan para pelajar untuk
menyambung pelajaran selepas SPM.

541

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Taklimat e-CourseFile Bersama Warga Uitm Cawangan Johor

Siti Aliyah Mohd Saleh

Pada 14 Mac 2022 yang lalu, Jawatankuasa Dokumen Akademik yang berada di
bawah Unit Pengurusan Kualiti (JPQ) telah menganjurkan satu sesi webinar yang bertajuk
“Taklimat e-CourseFile” secara atas talian melalui platform cisco webex. Webinar ini bertujuan
untuk memberi penerangan tentang tatacara penggunaan sistem e-CourseFile kepada
pensyarah – pensyarah yang baru melapor diri di UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat
dan Kampus Pasir Gudang.

Seperti yang sedia maklum, fail kursus (course file) merupakan perkara asas yang
wajib disimpan di setiap institusi pendidikan kerana ia mengkongsikan kandungan kursus yang
lengkap untuk kemudahan dan rujukan semua. Oleh itu, fail kursus ini perlu dikemaskini setiap
kali berganti semester. Sehubungan dengan itu, UPQ UiTMCJ telah membangunkan sistem e-
CourseFile untuk kemudahan para pensyarah bagi memastikan pengurusan fail kursus berada
di dalam keadaan yang bersistematik. Sistem ini telah menggantikan fail kursus fizikal yang
berada di Unit Pengurusan Kualiti.

542

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Taklimat ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Isma bin Ishak,
pensyarah kanan dari Fakulti Pengurusan Maklumat di Kampus Segamat. Beliau juga
merupakan orang yang bertanggungjawab membangunkan sistem e-CourseFile ini. Seramai
120 orang pensyarah dari kedua-dua kampus telahpun menghadiri webinar ini. Program
webinar ini dikendalikan oleh Puan Siti Aliyah Mohd Saleh, yang juga Penyelaras Dokumen
Akademik, selaku moderator.
Sesi taklimat ringkas ini telah berjaya mencapai objektifnya dan maklumbalas positif yang
diterima antaranya adalah penerangan oleh penceramah yang sangat jelas dan taklimat
seperti ini dapat membantu pensyarah untuk mengemaskini course file mereka. Alhamdulillah
program ini telah berlangsung dengan jayanya

543

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Lawatan Penanda Aras Akreditasi ETAC Pengajian Kejuruteraan Elektrik,
UiTM Pasir Gudang ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Ibrahim

Sultan, Pasir Gudang

Dr.Siti Hazurah Indera Putera, Ts.Nur Iqtiyani Ilham, Ts. Dr.Zakiah Mohd Yusoff, Mohd Sufian
Ramli, Dr.Nurhani Kasuan

Gambarajah 1: Peserta lawatan penanda aras dari PKE UiTM CJKPG bersama kakitangan Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik
Ibrahim Sultan

Unit Akreditasi, Pengajian Kejuruteraan Elektrik, UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir
Gudang (PKE UiTMCJKPG) telah menganjurkan lawatan penanda aras ke Jabatan Kejuruteraan
Elektrik, Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Pasir Gudang pada 22 haribulan Julai 2022. Tujuan lawatan
adalah bagi mengenalpasti keperluan proses akreditasi oleh pihak Engineering Technology
Accreditation Council (ETAC), Lembaga Jurutera Malaysia. Akreditasi yang dimohon adalah bagi
program-program pengajian yang ditawarkan di PKE UiTMCJKPG, iaitu program Diploma
Kejuruteraan Elektrik (Elektronik) (EE111/CEE111) dan program Diploma Kejuruteraan Elektrik
(Kuasa) (EE112/CEE112).

Pihak PKE UiTMCJKPG telah diwakili oleh seramai 20 orang peserta iaitu Ketua Pusat
Pengajian, ahli-ahli Unit Akreditasi, Pengurus Program, Ketua-ketua Bahagian, ahli-ahli Unit Makmal
serta wakil daripada Unit Outcome Based Education (OBE) dan wakil daripada Unit Kualiti. Pihak
Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Ibrahim Sultan pula diwakili oleh Ketua Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, ahli-ahli Portfolio Unit Akreditasi serta para pensyarah dan juruteknik makmal.

544


Click to View FlipBook Version