The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK KPPI&M

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iSmA iShAk, 2022-11-06 11:38:01

e-Dinamik 2022

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK KPPI&M

Keywords: edinamik,uitm johor,majalah digital

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

CABARAN MEMBENTUK AKHLAK DAN SAHSIAH MODAL INSAN
MENDEPANI SUASANA PEMBELAJARAN FASA ENDEMIK

Prof. Madya Dr. Saunah Zainon, Prof. Madya Dr. Raja Adzrin Raja Ahmad

Pelajar merupakan aset negara dan pelanggan penting dalam sektor pendidikan. Proses mendidik,
membimbing dan melentur mereka bermula di peringkat pembelajaran bagi membentuk mereka
menjadi modal ihsan yang berilmu pengetahuan, berkemahiran, berakhlak mulia, mempunyai
sahsiah mulia, berketrampilan, bertanggungjawab, mempunyai ciri daya saing, serta pastinya
merupakan generasi yang memberi sumbangan kepada agama, masyarakat dan negara. Usaha
yang berterusan ini tidak akan berjaya sekiranya pelajar itu sendiri tidak berusaha membantu dirinya
untuk maju. Ini kerana falsafah pendidikan itu sendiri jelas menyatakan pendidikan merupakan usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pelaksanaan pembelajaran maya secara atas talian
mampu mengoptimumkan pelajar mencari ilmu pengetahuan dan meningkatkan potensi diri.

Kebolehcapaian maklumat di hujung jari membolehkan pelajar mengoptimumkan usaha mencari
maklumat bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan memperkayakan diri dengan maklumat terkini.
Perkembangan ilmu pengetahuan (kognitif), kemahiran (psikomotor) dan sikap (afektif) adalah
melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkualiti. Sistem pendidikan perlu
mengambil ketiga-tiga aspek ini yang berorientasikan keperluan dunia pekerjaan. Namun begitu,
pengajaran berbentuk amali menuntut kaedah pengajaran yang berkualiti dan berkesan. Pengajaran
yang berlandaskan amali, melalui pengajaran dalam makmal, studio atau bengkel, seharusnya
dijadikan landasan untuk pengajar mengembangkan teknik dan kemahiran sedia ada bagi
memudahkan pelajar mengaitkan skop kemahiran dengan teori bagi elemen kemahiran yang
dipelajari. Persoalannya, mampukah kaedah pembelajaran secara atas talian memenuhi keperluan
meningkatkan kemahiran mereka? Ini disebabkan pembelajaran kemahiran perlu melibatkan
penerapan semua domain-domain psikomotor. Tenaga pengajar selaku saluran menyampaikan ilmu
pengetahuan mampu menerapkan kesemua domain psikomotor ini di dalam kaedah pengajaran
yang bersesuaian, sekiranya pembelajaran diadakan secara bersemuka. Pentaksiran berasaskan
modular dapat membantu pelajar mendapatkan status lulus dalam peperiksaan, namun kurang
mempunyai nilai dalam penguasaan kemahiran.

Idealnya, pengajaran dan pembelajaran aliran kemahiran perlu terhasil daripada pengalaman yang
dilalui sendiri (tacit knowledge). Bertepatan dengan pesanan Imam Al Ghazali, pendidik iaitu
pengajar perlu mempunyai perasaan kebertanggungjawaban, mempunyai rasa belas kasihan dan
sanggup memperlakukan pelajar seperti anak sendiri. Menurut Imam Al Ghazali lagi, hak seorang
pendidik adalah lebih besar daripada hak ibu bapa. Ibu bapa menjadi asbab ianya lahir ke dunia,
sedangkan pendidik menjadi asbab kepada pelajar itu memperolehi pengetahuan untuk kehidupan
yang kekal abadi.

45

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

CABARAN MEMBENTUK AKHLAK DAN SAHSIAH MODAL INSAN
MENDEPANI SUASANA PEMBELAJARAN FASA ENDEMIK

Beberapa kajian terdahulu untuk pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran menunjukkan
bahawa tenaga pengajar yang mempunyai latar
belakang kemahiran mempunyai lebih kompetensi
dalam aspek pengajaran amali. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
merupakan inisiatif kerajaan melaksanakan kajian
semula sistem pendidikan berdasarkan standard
pendidikan antarabangsa dan mempersiapkan
generasi muda untuk menghadapi keperluan abad
ke-21. Pakar pendidikan dari UNESCO, Bank
Dunia, OECD dan enam Institusi Pengajian Awam
berjaya memberikan input kepada Kementerian
dalam membangunkan Pelan Pembangunan
Pendidikan, disebabkan pendidikan merupakan
peranan utama dalam perkembangan ekonomi
dan pembangunan sesebuah negara.

Tidak dapat dinafikan revolusi pembelajaran
daripada kaedah bersemuka kepada pembelajaran
maya merupakan satu cabaran besar yang harus
dipikul bersama. Walaubagaimanapun, kita tidak
dapat mengenepikan elemen penting dalam
pendidikan iaitu nilai murni, akhlak dan sahsiah
pembentukan modal insan. Nilai murni, akhlak dan
sahsiah merupakan senjata ampuh menelusuri
pendidikan dalam era revolusi pembelajaran ini.
Justeru itu, pendidik perlu berperanan membina
nilai-nilai positif kepada para pelajar yang bakal
membentuk masyarakat ke arah negara maju.

46

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

KOPERASI DAN CUKAI DI MALAYSIA

Dr. Nor Hafizah Abd Mansor, Nur Eyliawati Japelus

Apa itu Koperasi?

Koperasi adalah suatu pertubuhan orang berautonomi yang bersatu secara sukarela untuk
memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya mereka yang sama melalui suatu
perusahaan milik bersama dan dikawal secara demokrasi, yang berdaftar di bawah Akta Koperasi
1993. Koperasi telah diperkenalkan di Malaysia pada awal 1920-an oleh kerajaan kolonial dan
Enakmen Koperasi mula diperkenalkan pada tahun 1922. Enakmen 1922 kemudiannya
dimansuhkan dan digantikan dengan Ordinan Koperasi 1948. Ordinan 1948 ini telah disemak dan
dikenali sebagai Akta Koperasi 1948 (pindaan 1983). Seterusnya, Akta Koperasi 1993 (Akta 502)
telah digubal untuk menyatukan undang-undang koperasi di Malaysia dan terkini Akta Koperasi
(Pindaan) 2021 (Akta A1634) telah dipinda selari dengan perubahan masa.

Koperasi di Malaysia

Pada masa ini, sektor koperasi di Malaysia diletakkan di bawah kuasa Suruhanjaya Koperasi
Malaysia (SKM). Koperasi memainkan peranan penting dalam ekonomi Malaysia dan mencipta
impak besar kepada semua rakyat Malaysia. Koperasi telah berkembang daripada pelbagai aktiviti
perniagaan meliputi kewangan dan perbankan, perladangan, perumahan, perindustrian, pengguna,
pembinaan, pengangkutan dan perkhidmatan. Berdasarkan ringkasan perangkaan am koperasi
mengikut fungsi interim Jun 2021, terdapat 14,657 buah koperasi telah ditubuhkan dan keanggotaan
sebanyak 7.04 juta ahli koperasi berdaftar dengan perolehan sejumlah RM18,894.92 juta. Antara 100
koperasi terbaik Malaysia bagi tahun 2021 adalah Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad
dengan perolehan sebanyak RM353 juta, Koperasi Kakitangan Petronas Berhad sebanyak RM212
juta dan Koperasi NLFCS Berhad sebanyak RM138 juta.

Selain itu, berdasarkan Dasar Keusahawanan Negara 2030 (DKN 2030), sektor koperasi merupakan
salah satu pemacu pembangunan sosial di Malaysia di mana kerajaan menyasarkan koperasi
menyumbang RM60 juta kepada pendapatan negara menjelang tahun 2030. Selari dengan DKN
2030, Akta Koperasi (Pindaan) 2021 (Akta A1634) juga telah dipinda di mana bilangan ahli bagi
syarat penubuhan koperasi telah dikurangkan daripada 50 orang kepada 20 orang ahli koperasi. Ini
adalah salah satu langkah untuk menggalakkan penubuhan koperasi di Malaysia.

Koperasi dan cukai di Malaysia

Umum mengetahui koperasi adalah sebuah perusahaan milik bersama yang ditubuhkan untuk
menjaga kebajikan ahlinya melalui pelbagai aktiviti perniagaan. Namun ramai yang kurang arif
mengenai koperasi dari aspek cukai khususnya di Malaysia. Koperasi sebagaimana entiti yang
menjanakan hasil seperti syarikat juga adalah tertakluk kepada cukai, menariknya pelaksanaan cukai
ke atas koperasi adalah berbeza. Berikut adalah beberapa aspek penting cukai terhadap koperasi:-

47

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

KOPERASI DAN CUKAI DI MALAYSIA

● Pengecualian cukai

Koperasi yang baru didaftarkan dengan SKM akan dikecualikan cukai ke atas mana-mana
pendapatan yang diperolehi bermula dari tarikh pendaftarannya. Koperasi ini diberikan
pengecualian cukai bagi lima tahun pertama dari tarikh pendaftarannya.Tarikh pendaftaran ini
merujuk kepada tarikh pendaftaran yang ditandatangani oleh SKM. Pengecualian cukai ini
diberikan di peringkat pendapatan boleh cukai (chargeable income), oleh itu mana-mana elaun
modal (capital allowances) atau rugi larasan (adjusted loss) yang wujud dalam tempoh
pengecualian cukai akan dibenarkan dibawa ke tahun taksiran berikutnya.

Untuk menggalakkan pertumbuhan koperasi di Malaysia, koperasi yang sedia ada juga boleh
menikmati pengecualian cukai ini. Untuk melayakkan pengecualian cukai ini bagi koperasi sedia
ada, kumpulan wang ahli pada hari pertama bagi tempoh asas sesuatu tahun taksiran hendaklah
kurang daripada RM750,000. Kumpulan wang ahli termasuk:

○ modal berbayar (berkaitan dengan saham dan yuran dan tidak termasuk saham bonus
daripada rizab modal yang diwujudkan oleh penilaian semula aset tetap)

○ kumpulan wang rizab berkanun
○ rizab (selain daripada rizab modal berkaitan penilaian semula aset)
○ baki akaun saham premium
○ baki akaun pengasingan untung dan rugi

● Penerimaan daripada ahli koperasi

Koperasi akan menerima sumbangan daripada ahli-ahlinya dalam bentuk modal yuran ahli.
Yuran ahli terdiri daripada yuran pendaftaran masuk (entrance fee) yang dibayar sekali
sepanjang menjadi ahli koperasi manakala yuran keahlian (membership fee) pula dibayar setiap
bulanan atau tahunan. Dari perspektif cukai, kedua-dua jenis penerimaan ini adalah bukan
pendapatan kepada koperasi dan ianya tidak tertakluk kepada cukai pendapatan.

● Pendapatan perniagaan

Koperasi yang menjalankan perniagaan serta bermotifkan keuntungan, maka keuntungan
tersebut adalah dianggap pendapatan daripada perniagaan (Seksyen 4(a) Akta Cukai
Pendapatan 1967) dan tertakluk kepada cukai pendapatan. Sebaliknya, jika penerimaan diterima
oleh koperasi atas dasar menjaga kebajikan ahli-ahlinya, maka penerimaan itu tidak dianggap
sebagai pendapatan dan tidak dikenakan cukai.

● Pendapatan pelaburan

Koperasi yang tidak tertakluk kepada pengecualian cukai dan menerima pendapatan pelaburan
(Seksyen 4(c) – 4 (f) Akta Cukai Pendapatan 1967) akan dikenakan cukai ke atas pendapatan
tersebut.

48

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

KOPERASI DAN CUKAI DI MALAYSIA

● Potongan khusus (Seksyen 65A Akta Cukai Pendapatan)
Untuk mengira pendapatan boleh bercukai (chargeable income), potongan khusus diberi di
bawah Seksyen 65A(a) dan Seksyen 65A(b) Akta Cukai Pendapatan 1967.

○ Seksyen 65A(a) – jumlah yang dibayar oleh koperasi kepada kumpulan wang rizab
berkanun / mana-mana institusi pelajaran atau koperasi / Tabung Amanah Pendidikan
Koperasi yang mana jumlah ini tidak melebihi 25% keuntungan bersih beraudit koperasi;
dan

○ Seksyen 65A(b) – 8% (atau peratusan tertentu yang ditetapkan) daripada kumpulan
wang ahli pada hari pertama tempoh asas untuk suatu tahun taksiran.

● Kadar cukai koperasi

Kadar cukai koperasi tertakluk kepada kadar cukai berskala yang ditetapkan bergantung kepada
pendapatan boleh cukai (chargeable cukai) koperasi tersebut bagi tahun tahun taksiran
berkenaan.

Kesimpulan

Kerajaan amat menggalakkan penubuhan koperasi kerana ia merupakan salah satu pemacu
pembangunan sosial yang seterusnya menyumbang kepada pendapatan negara. Namun, koperasi
juga harus bijak menikmati keistimewaan cukai dan menguruskan cukai agar cukai kena bayar
(income tax payable) dapat diminimakan.

Rujukan

Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53]. (1967). Lembaga Hasil Dalam Negeri. https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Act_53_01032021_2.pdf
Akta Koperasi 1993 [Akta 502]. (1993). Suruhanjaya Koperasi Malaysia. https://www.skm.gov.my/index.php/my/akta-koperasi-1993-akta-

502
Akta Koperasi (Pindaan) 2021 [Akta A1634]. (2021). Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

https://www.skm.gov.my/images/images/perundangan/AKTA%20KOPERASI%20PINDAAN%202021%20VERSI%20BM.pdf
Dasar Keusahawanan Nasional 2030. (2019). Kementerian Pembangunan Keusahawan. https://www.pmo.gov.my/wp-

content/uploads/2019/08/Dasar-Keusahawanan-Nasional-DKN-2030_x.pdf
Lembaga Hasil Dalam Negeri. (2011). Koperasi (Ketetapan Umum No. 9/2011). https://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/KU09_2011.pdf
Perangkaan Gerakan Koperasi interim 2021. (2021). Suruhanjaya Koperasi Malaysia. https://www.skm.gov.my/images/images/Statistik-

Gerakan-Koperasi/Statistik-Interim/Statistic-Interim-2021/ringkasanperangkaanjun2021.pdf
Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2021. (2022). Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

https://www.skm.gov.my/images/indeks_100_koperasi_terbaik_malaysia/SKM%20-%20100%20koperasi%20Terbaik%202021.pdf

49

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

HASIL SEWA DAN CUKAI: APA YANG ANDA PERLU TAHU

Dr. Nor Hafizah Abd Mansor, Musmailina Mustafa Kamal, Ahmad Marzuki Amiruddin
Othman

Pengenalan

Memiliki hartanah seperti rumah mahupun tanah merupakan idaman bagi setiap orang. Namun
memiliki lebih daripada satu hartanah, perlukan perancangan yang teliti agar ia tidak menjadi beban
kewangan kepada pemilik hartanah tersebut. Justeru itu, menyewakan hartanah tersebut kepada
orang lain merupakan kaedah yang popular lagi menguntungkan kepada pemilik hartanah tersebut.
Walaubagaimanapun, dalam ghairah memiliki serta mengutip hasil sewa hartanah tersebut, aspek
percukaian harus dititikberatkan bagi mengelakkan sebarang ketidakpatuhan. Berikut disertakan
beberapa panduan hasil sewa dari perspektif percukaian di Malaysia.

Hasil Sewa

● Secara amnya, hasil sewa hartanah samada diperolehi di dalam atau di luar Malaysia
merupakan pendapatan bagi pemilik hartanah tersebut. Pendapatan sewa hartanah tersebut
akan dikenakan cukai di bawah Cukai Pendapatan 1967.

● Hasil sewa hartanah yang diterima dari luar negara (hartanah berada di luar negara) dan dibawa
masuk ke Malaysia adalah pendapatan, namun dikecualikan dari cukai.

● Jika pemilik hartanah menubuhkan entiti perniagaan seperti perniagaan atau syarikat untuk
menguruskan aktiviti sewaan tersebut, maka hasil sewa tersebut dianggap sebagai pendapatan
perniagaan dan akan ditaksir di bawah Seksyen 4(a) Akta Cukai Pendapatan 1967. Terdapat
banyak kelebihan boleh dinikmati oleh pemilik perniagaan atau syarikat tersebut termasuk
tuntutan elaun modal, perbelanjaan dibenarkan serta kerugian yang boleh di bawa ke tahun
hadapan untuk ditolak daripada pendapatan perniagaan semasa untuk mendapatkan
pendapatan berkanun perniagaan.

● Jika sewaan hartanah tersebut tidak diuruskan oleh entiti perniagaan. seperti perniagaan atau
syarikat. dan merupakan hasil sampingan kepada pemilik tersebut, maka hasil sewaan hartanah
itu masih lagi dianggap sebagai pendapatan sewa. namun akan ditaksir di bawah Seksyen 4(d)
Akta Cukai Pendapatan 1967. Terdapat kekangan, di mana hanya perbelanjaan tertentu sahaja
dibenarkan ditolak ke atas hasil sewaan tersebut, untuk mendapatkan pendapatan sewa terlaras.

50

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

HASIL SEWA DAN CUKAI: APA YANG ANDA PERLU TAHU

Perbelanjaan Sewa

● Secara amnya, tidak semua perbelanjaan berkaitan sewaan hartanah tersebut adalah
perbelanjaan yang dibenarkan untuk ditolak dengan pendapatan sewa. Aktiviti sewaan
hendaklah wujud sebelum perbelanjaan sewa ditolak.

● Pada dasarnya, perbelanjaan sewa dibenarkan bergantung kepada pendapatan sewa tersebut,
iaitu samada ditaksir di bawah Seksyen 4(a) atau Seksyen 4(d) Akta Cukai Pendapatan 1967.

● Jika pendapatan sewa ditaksir di bawah Seksyen 4(a) – pendapatan perniagaan. Perbelanjaan
yang tidak dibenarkan adalah:
○ Perbelanjaan yang tidak terjadi / anggaran seperti susut nilai aset;
○ Perbelanjaan modal, seperti pembelian perabot rumah sewa, pemasangan penghawa
dingin, pengubahsuaian pintu kaca serta denda lewat bayar cukai pintu atau cukai tanah;
○ Perbelanjaan di bawah Seksyen 39 Akta Cukai Pendapatan seperti bersifat peribadi serta
domestik; dan
○ Perbelanjaan yang berkaitan dengan pendapatan pelaburan.

● Jika pendapatan sewa ditaksir di bawah Seksyen 4(d) – pendapatan sewa. Perkara yang perlu
diberi perhatian ialah sebarang perbelanjaan untuk mendapatkan penyewa pertama adalah tidak
dibenarkan. Berikut adalah perbelanjaan yang biasanya dibenarkan:
○ Cukai pintu dan cukai tanah;
○ Faedah atas pinjaman;
○ Premium insurans kebakaran;
○ Perbelanjaan mengutip sewa;
○ Perbelanjaan memperbaharui sewa; dan
○ Perbelanjaan pembaikan serta penyelenggaraan.

Kesimpulan

Memiliki hartanah, dan dalam masa yang sama menjanakan hasil daripada hartanah tersebut,
merupakan langkah pengurusan hartanah yang bijak. Namun harus diingat, pada dasarnya, hasil
sewa merupakan suatu pendapatan yang dikenakan cukai di Malaysia. Dari perspektif cukai, pemilik
hartanah harus bijak mengenal pasti sama ada pendapatan sewa mahu diklasifikasikan di bawah
Seksyen 4(a) mahupun Seksyen 4(d) Akta Cukai Pendapatan kerana layanan cukai adalah berbeza
bagi kedua-duanya dalam meminimakan pendapatan sewa kena cukai.

51

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PERANCANGAN FASA PERSARAAN: BERSEDIA AWAL UNTUK SELESA DI USIA PERSARAAN

Musmailina Mustafa Kamal, Dr. Nor Hafizah Abd Mansor, Ahmad Marzuki Amiruddin
Othman

Di dalam kehidupan, kita akan melalui pelbagai fasa yang mengubah cara hidup kita; dari alam
sebagai pelajar kepada alam pekerjaan, berkahwin dan bersara. Setiap perubahan dalam fasa
kehidupan perlu kepada perancangan agar kita boleh melalui fasa-fasa tersebut dengan
lancar. Kita pasti mempunyai impian untuk bersara dalam keadaan mempunyai wang
persaraan atau pencen yang mencukupi demi menampung kehidupan berkualiti selepas
persaraan. Persoalannya, adakah persediaan kewangan kita sebelum persaraan mencukupi
untuk menampung kos sara hidup dan kesihatan di hari tua kelak? Oleh itu, adalah sangat
penting perancangan ke arah persaraan itu perlu dilakukan dari awal.

Artikel ini akan membincangkan beberapa perkara penting yang perlu dirancang awal sebagai
persediaan persaraan.

1.Perancangan Umur Bersara

Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah pada umur berapakah kita merancang untuk
bersara? Adalah penting untuk kita menyediakan perancangan yang seterusnya sebagai
persediaan untuk bersara. Sebagai contoh, sekiranya kita merancang untuk bersara pada
umur 55 tahun, segala perancangan lain seperti komitmen kewangan, tabungan persaraan
dan sebagainya perlu disempurnakan pada umur yang kita sasarkan untuk bersara.

1.Komitmen Kewangan

Secara idealnya, komitmen kewangan apabila bersara adalah kosong atau tiada untuk
persaraan yang selesa. Buat perancangan awal supaya hutang pinjaman perumahan, kereta
dan peribadi diselesaikan tempohnya sebelum bersara. Berusahalah untuk memastikan
hutang-hutang ini dibayar semasa kita masih bekerja. Walau bagaimanapun, kadang-kadang
tidak semua komitmen dapat diselesaikan sebelum bersara. Komitmen seperti hutang
pinjaman, anak yang masih bersekolah dan di bawah tanggungan adalah antara yang
mungkin masih ada pada fasa persaraan. Sekiranya masih ada komitmen sebegini, pastikan
ada bersedia dengan solusinya. Sebagai contoh, mengambil insuran pendidikan untuk dana
pendidikan anak yang masih dalam tanggungan semasa bersara, merancang pendapatan
pasif dari pelaburan untuk menampung hutang pinjaman, contohnya pendapatan sewa. Ini
akan dapat memastikan komitmen selepas bersara ini dapat ditanggung walaupun kita telah
bersara.

52

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PERANCANGAN FASA PERSARAAN: BERSEDIA AWAL UNTUK SELESA DI USIA PERSARAAN

3.Tabungan Persaraan

Tabungan persaraan sangat penting kerana kita mungkin bergantung sepenuhnya pada sumber
kewangan ini selepas bersara sekiranya tiada pencen. Pastikan kita telah bersedia dengan
pengiraan jumlah tabungan yang sepatutnya untuk menampung kehidupan selepas bersara.
Sebagai contoh kita perlukan RM3,000 sebulan selepas bersara, jadi simpanan kita perlu
mengambil kira jumlah ini dan jangkaan tempoh hidup selepas bersara. Sumber daripada Jabatan
Perangkaan Malaysia menyatakan purata jangka hayat adalah antara 72 sehingga 77 tahun. Jadi
pastikan tabungan cukup untuk sekurang-kurangnya tempoh tersebut. Selain daripada itu
tabungan untuk perubatan adalah perlu untuk memastikan kita mempunyai dana yang cukup
untuk menampung belanja perubatan. Di usia persaraan, kemungkinan menghadapi masalah
kesihatan adalah tinggi dan tabungan untuk tujuan ini perlu disediakan.

3. Penjanaan Pendapatan Pasif

Di usia persaraan impian kita tidak perlu lagi bekerja dan boleh menumpukan sepenuh masa pada
perkara yang kita inginkan seperti beribadat, membuat kerja amal, hobi dan apa sahaja yang kita
suka. Untuk kehidupan yang lebih selesa dicadangkan dari awal kita bersedia dengan sumber
pendapatan pasif sebagai tambahan kepada tabungan persaraan. Maksud pendapatan pasif
adalah pendapatan yg dijana tanpa kita perlu bekerja. Sebagai contoh, semasa bekerja kita telah
membeli beberapa buah rumah yang kita sewakan untuk pendapatan tambahan selepas bersara.
Selain daripada itu, hasil dividen pelaburan yang telah dibuat semasa kita masih bekerja dan hasil
kebun atau ladang yang telah diusahakan sebelum bersara. Sumber pendapatan tambahan in
juga penting kerana kita tidak dapat menjangka keadaan ekonomi di masa hadapan. Sekurang-
kurangnya kita bersedia dengan sumber pendapatan tambahan selain daripada tabungan
persaraan. Semua ini boleh dilaksanakan sekiranya perancangan awal dibuat.

3. Semakan Perancangan Persaraan

Perancangan persaraan adalah perancangan jangka panjang. Apabila kita telah membuat
perancangan persaraan, ianya perlu di semak semula untuk menyesuaikan dengan perubahan
semasa. Sebagai contoh, apabila ada pertambahan anak, komitmen selepas bersara mungkin
bertambah. Jadi kita perlu mengubah perancangan dengan mengambil kira pertambahan
komitmen ini.

Kesimpulannya, walaupun persaraan adalah satu fasa yang masih jauh, kita tetap perlu
perancangan rapi. Ini adalah kerana apa yang kita buat pada masa sekarang akan melibatkan
kesannya di masa akan datang semasa usia persaraan kita. Untuk masih mengekalkan kehidupan
yang lancar dan berkualiti di usia persaraan, rancanglah semuanya dari awal.

53

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

THE ESSENCE OF TEACHING AND LEARNING

Prof. Madya Dr. Raja Adzrin Raja Ahmad, Prof. Madya Dr. Saunah
Zainon

Teaching and learning are really two sides of the same coin. They go hand-in-hand. As it is
aptly quoted, never stop learning because life never stops teaching. Hence, it is quintessential
that the learning process inculcate and cultivate synchronistic and fluent inclusivity in the
classroom.

Teaching basically refers to the transformation process of knowledge from teachers or
educators to students. It is about engagement and development of critical and intellectual
thinking skills. It takes courage and determination, perseverance, and dedication.

Due to the society changing dynamics and multi-faceted phenomena, it is important to explore
diversity beyond the physical characteristics of the traditional classroom. Students are
encouraged to ignite constructive dialogue while educators are required to facilitate reflexive
dialogue to make learning more meaningful and relevant. This would inculcate analytical
capability and invite authentic learning experience that ultimately contribute to the students’
success.

Accordingly, the essence of teaching and learning includes creativity and innovation. It can
bring out the interest and motivation in learners, cultivate innovative learning spaces, allow
the students to grow, to take risks, to explore, to learn and to feel comfortable in their own
pattern of learning. Creativity involves all senses and creates new knowledge and brings
about new educational experiences.

Positive classroom cultures would invite innovation, develop a positive attitude, and
encourage critical thinking ability. Giving students real-life examples or problems would assist
them to tackle the issue and cultivate the interest in learning. Hence, providing pedagogy, that
is based on inquiry and discovery, would promote excitement in learning and would also
provide a different classroom experience and environment. Students would also feel
comfortable with their own patterns of learning. Educators would create the mood and tone of
the classroom and this is critical to the innovative learning process.

54

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

THE ESSENCE OF TEACHING AND LEARNING

The approach in teaching and learning has evolved
significantly – from the traditional chalk and talk, to
the overhead projector, to the power point
presentation and now to the online/open distance
learning (ODL). Each of these different phases
requires adaptation and adoption, arouses interest
and encourages new knowledge and learning
experience, which of course, challenging yet
interesting.

Prior to the pandemic Covid-19, students were able
to conduct community projects to expose them with
outside the classroom experiences. This provides a
platform for them to interact with society and the
environment.

During the open distance learning (ODL), students
are required to provide video presentations, movie
reviews, explore annual report analysis, analyse case
studies, among others, to experience different
approaches in teaching and learning. Accordingly,
this allows them to learn through personal
experiences and influences and encourages active
engagement and innovation. Opportunities to learn
through doing, rather than passive receiving and
reflection on those activities, empowers them to apply
their theoretical concepts to practical endeavours.

All in all, innovation in teaching, coupled with
advancement in technology, has enabled the
pedagogical experience to travel beyond the static
traditional approach. It allows greater communication
and resources sharing that ultimately bridges the
digital divide. This acts as the catalyst for innovation-
based transformations in the education system and
augments the knowledge and skills. Crucially, this
would create a sustainable future because education
is the key to success, progress and development.

55

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

ULASAN BUKU: PERJALANANKU BERSAMA AL-QURAN

Juyati Mohd Amin

Perjalananku bersama al-Quran merupakan sebuah buku hasil karya Dr. Mohd Shafie Md Amin.
Beliau pernah berkhidmat sebagai akauntan bertauliah di beberapa firma termasuk GLC. Beliau telah
berjaya mengembangkan ilmunya dengan meneroka dunia hafazan dan pengkajian al-Quran di
dalam dan luar negara. Bertitik-tolak daripada kejayaan menghafaz al-Quran, beliau diberi laluan
oleh Allah untuk mempelajari Bahasa Arab dan menguasai al-Quran serta mengajarkannya juga.

Buku ini secara keseluruhannya mengisahkan tentang perjalanan kehidupan beliau yang pada
mulanya tidak gemar belajar dan membaca al-Quran hingga berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran
ketika berusia 30 tahun melalui bimbingan beberapa orang guru.

Buku ini mengandungi 73 bab. Bab-bab ini merangkumi pengalaman pahit manis dan suka duka
beliau dalam membaca dan menghafaz al-Quran. Walaupun buku ini berbentuk travelog atau catatan
perjalanan kehidupan beliau, ianya sarat dengan petikan ayat-ayat al-Quran yang relevan dengan
situasi yang beliau alami. Olahan bahasa dan gaya penceritaan menerusi pengalaman yang dialami
seolah memaparkan dimensi yang baharu apabila diterbitkan sebagai buku.

Atas dorongan untuk mengembangkan ilmu al-Quran, beliau telah menubuhkan sekolah tahfiz di
Kuala Lumpur dengan kaedah pembelajaran yang dibangunkannya sendiri. Beliau mempunyai
kepakaran dalam ilmu pengurusan berlandaskan prinsip al-Quran dan sering diundang untuk
menyampaikan ceramah dalam program-program pengurusan di badan-badan korporat. Beliau juga
giat mengendalikan kursus Bahasa Arab praktikal untuk membantu masyarakat memahami ayat-ayat
al-Quran

Pembacaan buku ini sangat bermakna kepada saya. Membaca buku ini membuka pintu minda saya

seluas mungkin bagi mendalami makna dan menghayati isi kandungan al-Quran. Setiap ayat al-

Quran yang dibaca dan difahami maknanya akan memberikan impak tersendiri kepada hati dan

minda. Buku ini dapat memotivasikan semua pembaca yang cintakan al-Quran dan ingin mengenali

kitab suci al-Quran dengan lebih dekat. Buku ini adalah sebuah dokumentasi yang mantap dan jitu.

Buku ini juga boleh dijadikan panduan bagi mereka yang ingin menyelami al-Quran untuk dijadikan

rujukan serta petunjuk bagi membentuk akhlak sebagaimana akhlak Rasulullah SAW. Marilah sama-

sama kita menginsafi dan mentadabbur segala intipati yang terdapat di dalam al-Quran dan semoga

al-Quran itu dapat menjadi pendamping di alam kubur dan pemberi syafaat di akhirat kelak. A5m6in Ya
Rabbal ‘Alamin.

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
KEPENTINGAN AUDIT DALAM
Henny Hazliza Mohd Tahir, Juyati Mohd Amin

AD di UiTMCJ telah diletakkan dibawah
tanggungjawab Unit Pengurusan Kualiti
UiTMCJ. Pasukan AD diketuai oleh seorang
Ketua Sistem Audit (KSA) yang
bertanggungjawab didalam memastikan
jaminan rundingan dan penambahbaikkan
untuk UiTMCJ secara keseluruhan, termasuk
kampus Pasir Gudang, yang dijalankan setiap
tahun mengikut keperluan Universiti. KSA
dibantu oleh Penolong Ketua Sistem Audit
(PKSA) dan Timbalan Ketua Sistem Audit
(TKSA). Sehingga Ogos 2022, Pasukan AD
UiTMCJ dianggotai oleh 80 orang auditor (52
orang auditor Kampus Segamat dan 28 orang
auditor Kampus Pasir Gudang), termasuk
KSA, PKSA dan TKSA Skop AD ditentukan
oleh pihak pengurusan atau lembaga
pengarah, yang mana pasukan AD secara
langsung melaporkan hasil yang diperolehi
kepada wakil pengurusan UiTMCJ di dalam
Mesyuarat Kaji Semula Pengurusan (MKSP)
yang diadakan dua kali setiap tahun.

Audit Dalaman (AD) adalah suatu aktiviti AD mempunyai beberapa fungsi dalam
bebas dan objektif yang memberi jaminan dan organisasi, tetapi tujuan utamanya adalah
rundingan untuk menambah nilai dan membantu meningkatkan keberkesanan
meningkatkan operasi sesebuah organisasi. sistem kawalan dalaman, dengan memastikan
AD juga dapat membantu organisasi wujudnya struktur pengurusan serta
mencapai objektif dengan membawa penyeliaan secara berterusan bagi mengelak
pendekatan berdisiplin yang sistematik untuk sebarang penyelewengan, pecah amanah dan
menilai dan meningkatkan keberkesanan kerugian kepada UiTM, serta membantu
proses pengurusan risiko, kawalan dan tadbir melindungi aset organisasi. Pasukan AD juga
urus organisasi tersebut. perlu bekerjasama dengan pihak pengurusan
dalam mengenal pasti dan mengutamakan
kawasan atau proses yang memerlukan
perhatian yang lebih kerana berisiko. Selain
dari itu, pasukan AD juga bertanggungjawab
untuk menguji instrumen kawalan dalaman
dalam mengenal pasti kelemahan dan
seterusnya memberi cadangan bagi
menambah baik instrumen tersebut.

57

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

KEPENTINGAN AUDIT DALAM

Dengan adanya AD, penggunaan sumber organisasi dapat
digunakan dengan cekap dan berkesan, kemungkinan situasi
risiko dapat dikenal pasti dan langkah-langkah mengatasi risiko
tersebut dapat dijalankan. Akhir sekali, pasukan audit dalam
juga dapat membantu organisasi dalam memastikan keperluan-
keperluan universiti, keperluan akreditasi dan juga badan-
badan profesional dapat dipatuhi.

Sebagai auditor dalaman sesebuah organisasi, mereka perlu
menggunakan dan mendukung prinsip-prinsip etika. Antaranya
ialah integriti, keobjektifan, kerahsiaan dan kecekapan. Bagi
integriti, auditor perlu melaksanakan tugasnya dengan ikhlas
dan penuh tanggungjawab. Ini secara langsung akan menjadi
asas untuk kebolehpercayaan ke atas pendapatnya. Auditor
juga perlu menghormati dan menyumbang kepada objektif-
objektif organisasi yang sah dan beretika. Auditor juga
mendedahkan semua fakta material yang diketahuinya, dimana
jika tidak didedahkan, mungkin akan menjejaskan laporan audit
bagi mematuhi keobjektifan. Auditor perlu berhati-hati dalam
penggunaan dan perlindungan maklumat yang diperolehi dalam
pelaksanaan tugas dan tidak akan menggunakan maklumat
untuk sebarang faedah peribadi atau dalam apa cara yang
melanggar undang-undang atau menjejaskan objektif-objektif
organisasi yang sah dan beretika. Selain daripada menjaga
kerahsiaan organisasi, auditor juga perlu menggunakan
pengetahuan dan kemahiran profesional semasa menjalankan
tugas, akan melaksanakan khidmat audit dalam berdasarkan
kepada Standard Audit Dalam dan akan secara berterusan
mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti
khidmatnya.

Namun begitu, AD bukan dijalankan dengan tujuan untuk
mencari salah sesebuah organisasi, tetapi ianya dijalankan
untuk proses penambahbaikkan yang berterusan supaya
semua proses kawalan dan tadbir urus organisasi adalah
didalam keadaan yang baik. Pelaporan AD juga tidak
menyenaraikan kesemua kelemahan sistem kawalan dalaman,
kerana audit dijalankan berdasarkan skop-skop tertentu yang
dipilih dan hanya bergantung kepada sampel yang dianggap
komprehensif. Oleh itu, akan ada kemungkinan kelemahan-
kelemahan yang tidak akan dijumpai dan dilaporkan oleh pihak
AD.

58

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI

Syed Khusairi Tuan Azam, Siti Rahayu Sarman, Zarina Abu Bakar, Henny
Hazliza Mohd Tahir

Pengurusan kualiti organisasi amatlah penting dalam memastikan setiap petunjuk
prestasi yang ditetapkan dan inisiatif yang dirancang tercapai. Kualiti sesebuah
organisasi dapat dilihat dari pelbagai aspek, antaranya kepimpinan, perancangan
strategik, sumber manusia, pelanggan, pengukuran dan analisa, proses dan juga
hasil. Setiap aspek ini perlu diteliti dengan baik bagi memastikan kualiti sesebuah
organisasi berada pada tahap yang optimum.
Dalam aspek kepimpinan, pengurusan tertinggi sesebuah organisasi memainkan
peranan penting dalam menetapkan petunjuk prestasi dan merancang inisiatif.
Petunjuk prestasi ini perlulah mengambil kira sumber-sumber yang ada dalam
sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, pengurusan tertinggi sesebuah
organisasi perlu mengkaji sumber-sumber yang ada bagi memastikan
kebolehcapaian petunjuk prestasi yang telah ditetapkan. Setelah petunjuk prestasi
dikenalpasti, inisiatif yang sesuai dirancang mengikut kapasiti sumber yang sedia
ada.
Dalam memastikan petunjuk prestasi yang dirancang dapat dicapai, perancangan
strategik sesebuah organisasi ini juga penting supaya setiap inisiatif yang dirancang
dapat dilaksanakan sejajar dengan aspirasi organisasi khususnya dan negara
umumnya. Setelah petunjuk prestasi dikenalpasti, pengurusan tertinggi organisasi
perlu mengambil langkah proaktif dalam mengenalpasti sumber manusia yang ada
bagi menggerakkan inisiatif yang telah dirancang. Pemilihan sumber manusia ini
penting bagi memastikan staf yang dilantik berkelayakan dalam mengendalikan
inisiatif yang telah dirancang.

59

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PENGURUSAN KUALITI ORGANISASI

Disamping itu juga, inisiatif yang dirancang perlulah memberi
kebaikan kepada pelanggan yang dikenalpasti. Antara kebaikan
yang boleh pelanggan dapati termasuk peningkatan pendapatan,
pendedahan kepada ilmu pengetahuan dan lain-lain. Tambahan
pula, bagi memastikan kualiti sesebuah organisasi di tahap
optimum, setiap data daripada inisiatif yang dirancang perlulah
diukur dan dianalisa. Proses pengukuran data ini merujuk kepada
pencapaian daripada penetapan objektif dan inisiatif yang telah
dirancang. Proses penganalisaan pula adalah bagi mengenalpasti
elemen penambahbaikan daripada risiko yang dikenalpasti dalam
sesuatu inisiatif yang dirancang.
Secara keseluruhan, elemen proses juga memainkan peranan
penting dalam memastikan inisiatif yang dirancang dapat dijalankan
dengan baik. Sesebuah organisasi perlu mengenal pasti dengan
jelas proses-proses yang terlibat dari segi perancangan,
pelaksanaan, pemantauan dan tindakan penambahbaikan inisiatif.
Dalam elemen proses ini juga, risiko-risiko yang dikenal pasti
daripada inisiatif yang dirancang dapat dianalisa dan tindakan
penambahbaikan dapat dijalankan.
Melalui aspek-aspek yang telah diterangkan, sesebuah organisasi
dapat mencapai hasil yang memberangsangkan. Hal ini
termasuklah, pencapaian dari segi objektif dalam inisiatif yang
dirancang, keberkesanan penglibatan pelanggan dan sumber
manusia serta kecekapan pengurusan kualiti dalam organisasi.

60

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PERSEDIAAN KE ARAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA
BERSEMUKA: APA PERSEDIAAN KITA?

Fatin Nabihah Mohd Taha, Siti Salimah Jalal, Mohamad Hafiz Rosli

Bertitik tolak daripada permulaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada
bulan Mac tahun 2020, landskap kehidupan rakyat telah berubah secara keseluruhannya. Namun,
selepas hampir tiga tahun, para pensyarah dan pelajar universiti semakin matang dalam
mengharungi ranjau pandemik COVID-19. Hampir kesemua pensyarah dan pelajar boleh menerima
dan mengadaptasi dengan norma baharu ini. Setelah lama duduk di rumah masing-masing, kini
sudah tiba masanya para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kembali ke kampus pada sesi
semester kuliah akan datang bagi menjalani pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara bersemuka
yang memang selama ini menjadi medium utama P&P di IPT.

Pengajaran dan pembelajaran secara hybrid

UiTM amat komited untuk memastikan seluruh pelajar mendapat P&P yang berkualiti. Sebelum ini
UiTM telah menjalankan sesi P&P secara hibrid (bersemuka dan atas talian) bagi menjamin
pembelajaran yang lebih fleksibel disamping mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 di
kalangan para pelajar dan pensyarah. Bagi UiTM Kampus Segamat khususnya, hanya beberapa
bahagian ke kampus. P&P secara hibrid menunjukkan peningkatan peratus lulus yang tinggi di mana
menunjukkan keberkesanan para pensyarah dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar
walaupun terdapat banyak kekangan.

Tidak dinafikan terdapat beberapa masalah yang dihadapi pelajar apabila belajar dari rumah.
Antaranya adalah faktor capaian internet yang tidak stabil, masalah kewangan untuk menyediakan
prasarana pembelajaran dalam talian termasuk pembelian data internet, kemudahan komputer dan
telefon bimbit, suasana pembelajaran yang tidak kondusif dan juga sukar untuk menguasai kursus
dipelajari kerana kurangnya sentuhan bersemuka dengan pensyarah. Lebih menyedihkan adalah isu
kemerosotan motivasi pelajar untuk belajar akibat daripada mereka merasa tidak puas untuk belajar.
P&P secara atas talian menyebabkan para pelajar bergantung sepenuhnya kepada capaian internet
untuk belajar. Kebanyakan pelajar menghabiskan masa mereka dengan melayari internet sekiranya
mereka tidak memahami mata pelajaran yang telah diajar. Selain daripada itu, mereka juga tidak
dapat berjumpa dan bersosial sesama rakan-rakan mereka. Semua ini, boleh menyebabkan risiko
tekanan dan kesunyian kepada pelajar. Secara tidak langsung, pelajar juga akan mengalami kurang
keyakinan terhadap diri sendiri. Sebagai seorang pensyarah, kita juga perlu menghadapi risiko ini
apabila kita berhadapan dengan pelajar tidak lama lagi.

61

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PERSEDIAAN KE ARAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA
BERSEMUKA: APA PERSEDIAAN KITA?

Kelebihan Pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka

P&P secara bersemuka sudah tentu memberikan pengalaman yang jauh lebih menyeronokkan
kepada pelajar. Berada dalam suasana dan persekitaran kampus mampu meningkatkan motivasi
pelajar untuk belajar. Tidak dinafikan universiti dilengkapi pelbagai kemudahan dan fasiliti yang
lengkap seperti bilik kuliah, perpustakaan, gelanggang sukan, fasiliti sosial lain amatlah sesuai bagi
proses pembelajaran pelajar. Tahap keyakinan pelajar juga dapat dipertingkatkan menerusi
komunikasi bersemuka dengan pensyarah dan rakan-rakan. Berbanding dengan P&P secara atas
talian, pelajar dilihat kurang berkomunikasi kerana hanya bergantung kepada medium komunikasi
yang hakikatnya terbatas. Dengan P&P bersemuka, para pelajar dapat bertemu dengan pensyarah
dan ini akan memudahkan segala pertanyaan pelajar. Ini secara tidak langsung akan dapat
membantu pelajar meningkatkan perkembangan emosi, mental dan fizikal secara lebih konsisten.

Semua pihak termasuk pengurusan universiti perlu memastikan semua kelengkapan dapat
digunakan sebelum para pelajar pulang ke kampus, termasuk bilik kuliah, asrama, perpustakaan,
jaringan internet di dalam kampus dan kemudahan lain tersedia dengan baik. Para pelajar juga perlu
memastikan jadual kuliah disusun dengan baik dan hadir ke kelas dengan sempurna tanpa ponteng.
Pastikan kelengkapan diri seperti kasut, baju dan peralatan belajar lengkap. Para pensyarah juga
perlu memastikan perkara yang sama. Mungkin kita memikirkan bahawa P&P secara bersemuka
akan memenatkan kerana kita perlu keluar dan masuk, naik dan turun tangga untuk ke kelas, namun
percayalah, ini pasti akan memberikan kesihatan yang baik untuk kita semua. Bersenamlah sebelum
kita memulakan sesi ini bagi memastikan kita ‘fit’. Peralihan ke fasa endemik membuktikan
keberkesanan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang memberi tumpuan kepada usaha untuk
mengembalikan persekitaran sosial dan ekonomi negara kepada keadaan asal sebelum Pandemik
Covid-19 yang telah melanda seluruh dunia. Fasa endemik ini telah mengembalikan cara
pembelajaran yang pastinya dirindui oleh para pelajar dan pensyarah. Dalam keterujaan ini, perlu
kita akur untuk terus hidup bersama dengan Covid-19. Kita semua perlu membiasakan diri dengan
norma baharu ini dan perlu sentiasa akur kepada prosedur operasi standard (SOP) seperti kerap
mencuci tangan, pakai pembasmi kuman dan pelitup muka.

62

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

KERJAYA - PILIHAN ATAU PAKSAAN

Ruqaiyah binti Ab Rahim, Fairuz binti Ramli, Razieman Mohd Yusoff, Madiha
Badrol Kamar, Siti Norhadibah Azman, Nurmunirah Azami

Kerjaya, suatu istilah yang sering disebut malah ditanamkan ke dalam minda setiap individu sedari
kecil, dengan memperlihatkan sisi kerjaya ibu bapa atau saudara mara terdekat. Kerjaya boleh
didefinisikan sebagai kedudukan berkaitan kerja yang dicapai oleh seseorang sepanjang tempoh
usia perkhidmatan walaupun bukan dari organisasi yang sama (Mondy & Noe, 2005). Ramai
menggambarkan kerjaya sebagai profesion (kesinambungan posisi atau jawatan) sepanjang tempoh
perkhidmatan. Walau bagaimanapun bukan semua pekerjaan boleh dianggap sebagai profesion.
Profesion merupakan suatu pekerjaan yang profesional dan mempunyai nilai tinggi di mata
masyarakat, seperti guru, doktor dan sebagainya, serta perlu kepada kepakaran dengan memperoleh
pengiktirafan tertentu yang dikurniakan oleh badan-badan professional tertentu.

Perancangan kerjaya merupakan penetapan matlamat individu dalam merancang perjalanan kerjaya.
Justeru itu, sangat penting kepada kita untuk mengetahui apa yang kita idamkan untuk dicapai di
masa depan. Kerjaya menjadi antara isu utama kepada kebanyakan kita terutamanya di kalangan
pelajar-pelajar sekolah menengah dan ke atas melalui fungsi kaunselor sekolah atau institusi.
Keadaan ini berlaku kerana sejak di sekolah menengah lagi, pelajar telah didedahkan dengan laluan
kerjaya melalui pemilihan bidang pembelajaran seperti sains, teknologi, kejuruteraan, ekonomi,
sastera, kemanusiaan dan lain-lain lagi. Model Kerjaya Holland adalah antara model kerjaya yang
banyak digunakan kerana model ini menekankan aspek penyesuaian personaliti individu dan
kerjaya. Pendedahan sejak awal ini membentuk tingkahlaku pelajar, dan secara tidak langsung,
memotivasikan mereka untuk mencapai apa yang mereka idamkan. Pendekatan universiti dan
kementerian melaksanakan ekspo bagi memberi pendedahan program kolej atau universiti yang
ditawarkan serta maklumat berkaitan kerjaya yang boleh diceburi setelah tamat menjalani program
tersebut sangat membantu perancangan kerjaya individu.

Dalam melaksanakan perancangan kerjaya, setiap individu perlu menyesuaikan matlamat dengan
peluang yang disediakan. Maka, untuk memastikan perancangan kerjaya berjaya dilaksanakan,
komitmen dari dua pihak iaitu pekerja dan majikan sangat penting. Menjadi tanggungjawab sosial
majikan untuk menyediakan laluan kerjaya bagi setiap pekerjaan yang diwujudkan dalam organisasi
sebagai panduan pekerja. Laluan kerjaya adalah garisan fleksibel yang menunjukkan posisi atau
jawatan yang boleh diikuti individu dalam mencapai posisi tertinggi bagi satu-satu profesion (Mondy
& Noe, 2005). Pembangunan kerjaya adalah pendekatan formal yang dilaksanakan oleh organisasi
untuk membantu pekerja memenuhi potensi diri dalam meningkatkan kerjaya mereka.

Bagi organisasi yang mempunyai program pembangunan kerjaya yang bagus, kadar berhenti kerja
pekerja boleh dikurangkan apabila pekerja bermotivasi dengan semua insentif yang disediakan oleh
majikan. Pembangunan kerjaya juga adalah salah satu cara organisasi mengekalkan pekerja yang
berkemahiran tinggi dan menggilap bakat mereka supaya organisasi mempunyai pelapis. Kerjaya
mendatar (career plateau) adalah situasi yang mesti dielakkan bagi mengelakkan pekerja hilang
motivasi kerja dan produktiviti. Malah sarjana mencadangkan sekiranya keadaan ini berlaku,
sewajarnya di penghujung usia perkhidmatan iaitu ketika menghampiri usia persaraan.

63

KERJAYA: PILIHAN ATAU PAKSAAN e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Terdapat beberapa faktor menyumbang kepada 64
situasi kerjaya mendatar seperti tiada sokongan dari
keluarga, tiada peluang dari majikan kerana
rekabentuk jawatan yang terlalu kecil dan prestasi
pekerja sendiri yang tidak mencapai sasaran yang
ditetapkan. Sokongan keluarga sangat penting dalam
memastikan kerjaya yang cemerlang, terutamanya di
kalangan wanita bekerjaya. Data yang dikeluarkan
oleh Jabatan Perangkaan Malaysia setakat 2017
menunjukkan lebih dari 5 juta tenaga buruh di
Malaysia adalah wanita. Justeru itu, banyak insentif
disediakan untuk menggalakkan penglibatan wanita
dalam pelbagai sektor bagi mengurangkan isu ‘glass
ceiling’ - fenomena dimana kewujudan halangan
yang tidak terlihat dalam perkembangan kerjaya
wanita untuk menjawat jawatan tertinggi dalam
organisasi (Ansari, 2016). Mengambilkira
kepentingan kesetaraan jantina dalam perkhidmatan,
kerajaan menyediakan pelbagai saluran dan inisiatif
sebagai galakan kepada wanita untuk turut sama
menyumbang kepada ekonomi negara.

Memandangkan setiap individu mempunyai bakat,
minat dan personaliti yang berbeza, adalah sangat
penting setiap dari kita mempunyai hala tuju dalam
kerjaya supaya apa yang kita rancangkan boleh
diselaraskan dengan peluang yang disediakan oleh
majikan. Selain dari itu, terdapat pelbagai kaedah
ujian personaliti yang boleh dilaksanakan secara atas
talian bagi menunjukkan bidang kerja yang
bersesuaian supaya kita sentiasa produktif dan
menyumbang kepada ekonomi negara.

Rujukan:

Ansari, N. (2016). Respectable femininity: a
significant panel of glass ceiling for career women.
Gender in Management: An International Journal, Vol
31, No 8. Pp 528-541

Jamaliah Jaafar (2020). Newsletter: Penyertaan
Wanita dalam Ekonomi. DOSM/BPPA/2.2020/Siri 37

Mondy, R.W & Noe, R.M (2005). Human Resource
Management. 9th Edition. Pearson Education
International, New Jersey. Pp237

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

SUSUTNILAI ASET (DEPRECIATION) VS KEMEROSOTAN NILAI
(IMPAIRMENT) ASET DALAM PERAKAUNAN
Zarina Abu Bakar

Terma aset umumnya merujuk kepada harta bagi perniagaan yang digunakan bagi membantu menjana
pendapatan. Susutnilai membawa maksud penurunan nilai aset sepanjang tempoh aset di dalam
kegunaan perniagaan. Penurunan nilai aset ini adalah sesuatu yang patut telah dijangka dan perlu
dirancang oleh syarikat. Ianya merupakan satu pengiraan yang perlu dilakukan bagi memenuhi
keperluan standard di dalam sistem perakaunan.

Selain itu, satu lagi keperluan standard di dalam sistem perakaunan adalah pengiraan kemerosotan
nilai aset di dalam sistem perakaunan. Kemerosotan nilai ini akan menyumbang kepada penurunan
nilai aset sama seperti susut nilai. Kemerosotan nilai aset adalah disebabkan oleh faktor atau situasi
yang tidak dijangka. Faktor atau situasi ini adalah boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor dalaman
atau luaran. Antara contoh faktor dalaman adalah terdapat bukti aset rosak atau sudah usang, dan juga
prestasi aset yang menurun lebih dari jangkaan. Bagi faktor luaran kemerosotan nilai aset, antaranya
ialah nilai pasaran aset menurun secara ketara, perubahan dari segi teknologi, pasaran, ekonomi dan
undang – undang yang berkaitan dengan aset yang memberi kesan negatif kepada nilai aset.
Kewujudan salah satu sahaja dari faktor atau situasi kemerosotan nilai aset ini samada dalaman atau
luaran, pihak perniagaan perlu membuat pengiraan ujian kemerosotan nilai. Kemerosotan nilai aset
perlu direkod oleh perniagaan.

Apakah perbezaan ketara bagi kedua-dua susut nilai dan kemerosotan nilai ini? Susut nilai adalah satu
pengiraan yang perlu diambil kira bagi semua aset (kecuali aset tanah yang mempunyai ciri nilai
pasaran yang sentiasa meningkat). Walaubagaimanapun, kemerosotan nilai hanya dikira sekiranya
wujud salah satu faktor dalaman atau luaran seperti yang dinyatakan di atas. Oleh kerana itu,
perniagaan boleh mengawal selia faktor dalaman dan luaran bagi mengurangkan risiko kemerosotan
nilai. Antara cara yang boleh membantu perniagaan mengawal faktor dalaman adalah dengan
memastikan prestasi aset di peringkat yang tinggi dengan membuat servis berkala kepada aset atau
membuat naik taraf terhadap aset yang boleh meningkatkan nilai dan prestasi aset tersebut. Bagi faktor
luaran pula, apabila pemilihan aset dilaksanakan, pemilihan aset dengan teknologi terkini adalah lebih
bagus kerana ini memastikan aset adalah tidak ketinggalan zaman dan prestasi aset adalah sentiasa di
tahap yang tertinggi.

Susut nilai atau kemerosotan nilai akan menyebabkan penurunan nilai aset, walaubagaimanapun ianya
boleh dikawal penurunan nya dengan pengurusan nilai aset yang baik mengambil kira semua faktor
dalaman atau luaran. Antara pengurusan nilai aset yang baik adalah servis berkala dan juga latihan
menggunakan aset kepada pekerja. Pengurusan nilai aset yang baik ini akan menyumbang kepada
aset dapat berfungsi dengan prestasi maksima seterusnya membantu meningkatkan operasi
perniagaan ke tahap optima.

65

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

SOCIAL MEDIA INFLUENCER (SMI): IT'S DYNAMIC ROLE AND THE WAY FORWARD

Mohamad Hafiz Rosli, Nor Azah Jahari, Muzairihana Md Moid, Nor Hazwani
Hassan, Farahwahida Mohd@Abu Bakar

THE ERA OF DIGITALISATION

The era of digitalisation and information technology advancements has changed the pattern of
consumer behaviour. Every business now employs technology in sales, promotion, business practice
and strategies to support business goals. Marketing strategy now focuses on online platforms rather
than the traditional way of marketing. The use of social media marketing has been continuously
improving and updating to meet the ever-growing consumer demands (Ricchiardi, 2020).

In Asia 2021, Facebook, YouTube and Twitter are the most commonly-used social media platforms
for influencers. According to Digital 2021 October Global Statshot Report, there are 4.55 billion active
social media users globally, which is 57.6 percent of the total world population. That amount is an
increase of 9.9 per cent or 409 million users since the previous year. On average, a person spends 2
hours and 27 minutes on social media daily. In Malaysia, as of January 2021, 86 percent of the
population uses social media, a sharp increase of 24 percent from 2016 (Simon Kemp, 2022).
Statista (2021) shows that the most popular social media sites among Malaysian users are
Facebook, Instagram, Facebook Messenger and LinkedIn.

SOCIAL MEDIA INFLUENCER: DEFINITION

An influencer is someone who has the power to affect the purchasing decisions of others because of
his or her authority, knowledge, position, or relationship with his or her audience (Geyser, 2022). An
influencer also has a following in a distinct niche, with whom he or she actively engages, the size of
the following depends on the size of his/her topic of the niche (Geyser, 2022). It can be summed up
that influencer is not marketing tool but rather known as intermediaries in business marketing
strategies. Influencer marketing is defined by the Word-of-Mouth Marketing Association (WOMMA) as
“the act of a marketer identifying and engaging influencers to share information with influences in
pursuit of a business objective. Influencer marketing has existed for decades, where companies
employ influential individuals to promote companies in a genuine manner (Goanta & Ranchordás,
2020). Modern influencer marketing relies on ‘social media influencers,’ a recent social media
phenomenon that reflects endorsement practices by persons with a sizable social media audience, in
order to increase online engagement for the endorsed products or services (Goanta et al., 2020).
Nowadays, this marketing strategy is gaining popularity and many marketers in large companies and
the small medium enterprise (SME) sector often use it as an advertising tool over other digital
marketing strategies (Zaidah Nurqistina, 2020). Therefore, it can be concluded that social media
influencers (SMI) are passionate individuals who develop and share their experiences and opinions
on the social web for all to see. They build networks that can link their followers to stories and
products (Kevin Dean, 2022; Noor, Suyurno, Nordin, Mustafar, Sharipp & Aziz, 2021).

66

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

SOCIAL MEDIA INFLUENCER (SMI): IT'S DYNAMIC ROLE AND THE WAY FORWARD

SOCIAL MEDIA INFLUENCER: DYNAMIC ROLE

SMI plays a dynamic role, not only as the marketer of the products or services, but also acts as an
advertiser, information provider, connecter and tester. First, SMI acts as an advertiser. For instance,
companies hire influencers on social media to advertise their product (Nurhandayani, Syarief & Najib,
2019). Also, SMI plays the role of connectors, with its vast networks of followers and friends, it serves as a
node to make these connections more smoothly and more effectively (Kevin Dean, 2022). In addition to
this, SMI also acts as an informer, such as informing their followers on new products, developments and
even breaking news. In its most basic form, SMI is not similar to advertisements that are designed to
inform but the information that comes from SMI is natural and trusted (Kevin Dean, 2022). SMI has a
substantial impact on building brand images in the minds of consumers, which in turn, influences
consumer purchase considerations (Nurhandayani, Syarief & Najib, 2019). As it utilises online platforms,
SMI is now closer to its customers. Zaidah Nurqistina (2020) argued that this marketing strategy using
SMI can bring in a lot of new customers, as most of the modern generation spend the majority of their
time on social media. The review given by the SMI is highly trusted by the followers (Magno and Cassia,
2018). SMI can serve as a platform for product testing for products that are difficult to explain in real time,
by performing a live demonstration with followers and the public. The SMI may also be able to provide
automatic responses to the questions that the public is interested to ask (MyWorld Partner, 2022).

SOCIAL MEDIA INFLUENCER: THE WAY FORWARD

In the era of digitalisation and information technology advancements, the pattern of consumer behaviour
and expectations has now changed as a result of the explosion of digital technology and other advances
in information technology. Most people rely on their social media as a platform for making purchases. This
has led to the emergence and growth of SMI as one of the professions. With the advantages
demonstrated by SMI, the regulators need to have specific regulations to conduct the SMI practices to
avoid unnecessary or sensitive contents that can harm the public. Integrating SMI into a business seems
to bring many positive impacts to align the customer expectation. This opens new alternate path for
purchase, sales, promotion and marketing. It also could save the advertisement cost of the business. In
order to avoid problems, such as copyrights, royalties, rights to use the contents and others, the business
needs to have a proper guideline to engage with this SMI. From an academic perspective, SMI has
become one of research interests. However, the loopholes of SMI are factors that influence the success of
SMI, what are the ideal models of SMI in today’s business environment, how the impact of SMI on
business performance and others. These questions perhaps can be used to assist future studies. This
article perhaps can stimulate the interest of readers to dig more into SMI.

67

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

MENAWAN HATI SI PENONTON: APA PERLU KITA BUAT?
Mohamad Hafiz Rosli, Siti Salimah Jalal, Nur Fauzana Yahya

Kita acapkali mengeluh dan tidak memberi fokus semasa 68
mendengar sesuatu pembentangan, berkemungkinan kerana
topik yang disampaikan tidak menarik, kurang infografik,
kandungannya tidak relevan, penyampaian yang mendatar,
kurang interaksi dua hala, suasana persekitaran yang tidak
kondusif dan penggunaan masa yang kurang bersesuaian.

Walaupun bukan mudah untuk menawan hati dan
mengekalkan konsentrasi penonton, namun perkara ini
tidaklah mustahil untuk dicapai. Penyampai, menurut Kamus
Dewan edisi ke-4, adalah orang yang menyampaikan;
sesuatu. Secara umumnya, dapat disimpulkan bahawa
sesuatu penyampaian itu mesti terdiri daripada: (1)
penyampai atau orang yang menyampaikan; (2) maklumat
pembentangan dan (3) persekitaran penyampaian.

(1) PENYAMPAI merupakan tujang utama dalam sesuatu
pembentangan atau penyampaian. Penyampai memainkan
peranan penting untuk memastikan maklumat yang tertulis
disampaikan dengan baik. Penyampai perlu memahami isi
kandungan yang hendak dibentangkan supaya tiada
gangguan semasa pembentangan dibuat. Sebelum sesi
pembentangan, adalah penting untuk penyampai mengetahui
latar belakang bakal si penonton agar informasi tersebut
dapat difahami dan sesuai dengan tahap penonton.
Memberikan gambaran keseluruhan topik yang dibentangkan
amat penting agar penonton mengetahui skop pembentangan
dengan jelas. Peruntukan masa yang diberikan perlu
digunakan sebaik mungkin. Tidak habis terlalu awal dan tidak
meleret sehingga kehabisan waktu dan membosankan.
Pastikan informasi penting yang hendak disampaikan
diutamakan terlebih dahulu. Jika gugup dan gementar, adalah
lebih elok si penyampai membuat latihan dan mendapatkan
komen untuk membaiki kelemahan dan kekurangan. Awas!
Elakkan banyak membaca daripada bahan yang dipaparkan
serta membelakangkan penonton. Olahan penyampai amat
penting bagi mengekalkan konsentrasi penonton. Penyampai
perlu mempunyai intonasi yang tidak mendatar, suara dan
sebutan yang jelas, penampilan yang meyakinkan (pakaian),
tatapan mata (eye contact), postur badan yang betul dan
sentiasa mengamalkan komunikasi dua hala, seperti bertanya
soalan dan pandangan perlu diselitkan untuk memeriahkan
susana.

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

MENAWAN HATI SI PENONTON: APA PERLU KITA BUAT?

Penyampai perlu memastikan (2) MAKLUMAT PEMBENTANGAN jelas dan mampu difahami oleh
penonton. Penonton pastinya mahu melihat tulisan yang dipaparkan jelas dan infografik yang
diletakkan menarik. Penggunaan infografik seperti gambar, graf, visual dan ilustrasi yang menarik
ditambah dengan jenis tulisan, warna dan latar belakang mampu menerujakan penonton. Elakan
terlalu banyak baris ayat (di dalam penyampaian), menggunakan saiz dan jenis tulisan yang kecil
dan sukar dibaca serta tidak konsisten. Ini akan mengganggu fokus penonton. Pastikan ayat yang
ditulis ‘keep it short and simple’ agar mudah dibaca dan difahami.
(3) PERSEKITARAN juga turut melancarkan proses pembentangan. Pastikan keadaan persekitaran
selesa dan tiada gangguan bunyi. Gangguan bunyi boleh mengangu fokus penonton. Jika
pembentangan melibatkan penonton yang ramai dan ruang yang luas, gunakan alat pembesar suara.
Pastikan paparan hablur cecair (LCD) berfungsi dengan baik agar slide pembentangan dapat
dipancarkan dengan jelas dan tidak kabur. Dalam dunia digital, sesekali gunakan perisian kuiz atas
talian (seperti Kahoot!, Quizizz) dan pelbagai aplikasi menarik yang lain. Persekitaran turut
membantu dalam penyampaian yang efektif.
Secara keseluruhannya, penyampaian yang baik akan meninggalkan memori yang tidak dapat
dilupakan oleh penonton. Ini akan memastikan penonton tertunggu-tunggu untuk mendengar dan
melihat kembali penyampaian seterusnya. Penyampai yang baik perlu mempunyai karisma yang
bermutu tinggi. Air muka, pakaian, postur, posisi, penghafalan, sebutan, suara, bahasa, keyakinan
dan perwatakan antara aspek yang mampu memberi nilai tambah kepada sesuatu penyampaian
untuk menawan hati si penonton. Namun, pastikan sesuatu itu benar dan sahih sebelum
menyampaikan.

69

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

KEGUNAAN DAN MANFAAT E-WALLET DALAM DUNIA DIGITAL: TINJAUAN APLIKASI BOOST

Siti Salimah Jalal, Mohamad Hafiz Rosli

Seiring teknologi digital yang pesat berkembang telah mengubah cara kehidupan, terutamanya dari
segi pembayaran barangan, bil-bil dan lain-lain. Aplikasi atas talian yang dibangunkan ini telah
mengubah cara pembayaran tunai tradisional kepada cara digital atau atas talian yang jauh lebih
mudah dan cepat.

Adakah anda pernah mendengar aplikasi Boost?.
Aplikasi Boost adalah sistem e-wallet, sama seperti aplikasi TouchnGO, Grab Pay, WeChat Pay,
MAE, Zapp dan lain-lain. Aplikasi Boost juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Untuk
permulaan, anda boleh memuat turun Boost menggunakan Google Playstore bagi pengguna
Android dan Applestore bagi pengguna Iphone. Setelah muat turun aplikasi tersebut selesai, anda
akan melihat beberapa paparan skrin Boost yang terdiri daripada beberapa item seperti Boost Bil,
Boost Bayar kemudian, Boost Makan, Insurans, Baucer, Permainan, Ganjaran dan sebagainya.
Salah satu item Boost yang menarik adalah Boost Bills. Anda boleh menambah bil-bil yang anda
perlu bayar setiap bulan seperti bil elektrik, bil perkhidmatan penyiaran, bil pembentungan, bil air,
bil telekomunikasi, insurans, bayaran pinjaman dan cukai taksiran menggunakan Boost Bills.

Cara untuk membuat pembayaran bil-bil tersebut adalah:
1. Tambah nilai di e-wallet Boost (Paparan skrin akan menunjukkan bank-bank yang boleh

ditambah nilai).
2. Pilih bank dan masukkan info yang berkaitan seperti kata ID, kata laluan dan nombor TAC).
3. Jumlah tambah nilai yang berjaya akan terpapar di skrin e-wallet Boost.
4. Kemudian pilih menu BIL>Tambah di bil baharu.
5. Pilih bil yang hendak dibayar. Contoh: Tenaga Nasional Berhad (TNB), kemudian, masukkan

nombor akaun bil TNB tersebut.
6. Akhirnya, paparan skrin akan menunjukkan nama pemilik, jumlah yang perlu dibayar dan

tarikh akhir pembayaran.
7. Tekan bayar dan paparan skrin akan menunjukkan nombor kata laluan Boost untuk

dimasukkan oleh pengguna sebelum membuat pembayaran.
8. Setelah selesai membuat pembayaran, anda akan menerima mesej bahawa bil tersebut telah

di bayar.

70

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

KEGUNAAN DAN MANFAAT E-WALLET DALAM DUNIA DIGITAL: TINJAUAN APLIKASI BOOST

Apa pula kelebihan membayar menggunakan
Aplikasi Boost?
Setiap kali kita membuat pembayaran
menggunakan aplikasi Boost, kita akan menerima
ganjaran dalam bentuk bintang. Bintang tersebut
pula boleh ditebus dalam bentuk hadiah, baucer
dan tunai. Ganjaran dalam bentuk tunai boleh pula
ditebus ketika membuat pembayaran petrol,
barangan runcit, prabayar telefon, e-wallet pay dan
boleh digunakan di beberapa pasaraya yang
terkemuka.
Selain itu, kelebihan menggunakan aplikasi Boost
untuk pembayaran bil adalah, bil-bil yang telah di
simpan dalam aplikasi Boost, akan menunjukkan
pengesanan secara automatik. Satu lagi fungsi
Boost adalah sebaik sahaja anda telah membuat
pembayaran, sistem akan mengesan secara
automatik pada bil yang telah anda simpan di
dalam aplikasi ini. Oleh itu, tunggakan akan
ditunjuk secara jelas pada bil seterusnya jika
pembayaran gagal dibuat. Ini akan memudahkan
pengurusan perbelanjaan anda tanpa perlu
membuat pengiraan kendiri, menunggu bil atau
mencetak bil tersebut. Semua bil yang perlu anda
bayar boleh diakses terus melalui telefon pintar
anda. Ini sekaligus menjadikan anda seorang yang
mendukung prinsip ‘green environment’.

71

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PENGENALAN KEPADA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)
Siti Salimah Jalal, Mohamad Hafiz Rosli

EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam yang telah dijenamakan semula bagi
menggantikan pelaksanaan Program Amalan 5S Sektor Awam di Malaysia. Menelusuri sorotan sejarah,
pada tahun 2010, Program Amalan 5S telah mula diperkenalkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kerja
yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Amalan 5S yang turut diamalkan di Sektor Awam
sebelum ini merupakan amalan yang digunapakai oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan
persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan 5S yang digunapakai oleh sektor
awam di Malaysia terdiri daripada elemen-elemen berikut: (1) Sisih (Seiri) – amalan sisih adalah
membuat pengasingan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja; (2) Seiton (Susun) –
amalan susun merujuk kaedah mengatur barang-barang dalam keadaan yang teratur, cekap dan
selamat; (3) Seiso (Sapu) – amalan sapu pula merujuk kepada penjagaan kebersihan bagi memastikan
tempat kerja yang selesa dan selamat; (4) Seiketsu (Seragam) – amalan seragam merujuk keadaan
keseragaman prosedur, susun atur dan piawaian dan (5) Shitsuke (Sentiasa Amal) – amalan sentiasa
amal pula merujuk untuk mengekalkan 4 amalan tersebut.

Sejajar dengan perubahan semasa, pada tahun 2014 MAMPU telah mengeluarkan garis panduan
EKSA. EKSA bertujuan untuk meningkatkan budaya kecemerlangan yang lebih berimej korporat dan
melahirkan idea dan kreativiti serta inovasi. EKSA turut menjadikan sektor awam lebih berprestasi
tinggi dan berinovasi. Inisiatif ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi
berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan
persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
Penjenamaan semula ini dilaksanakan dalam konteks berikut: (a) Mewujudkan persekitaran yang
kondusif; (b) Imej korporat; (c) Kreativiti dan inovasi; (d) Pembudayaan Amalan Hijau dan (e) Memenuhi
keperluan pelbagai agensi Kerajaan. Lantaran itu, pengenalan EKSA tidak dimaksudkan untuk
menggantikan konsep 5S yang sudah dipraktikkan, melainkan meningkatkan elemen 5S dengan
mendukung terwujudnya lingkungan kerja yang kondusif.

Tambahan lagi, EKSA juga turut memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang
merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis
agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Ini kerana pendekatan one-size-fits-
all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang bersesuaian dengan keadaan semasa. Secara
kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang
telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada
pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.

72

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

KENDURI PUPUTAN DALAM MASYARAKAT JAWA
Dr. Mas Ervina Samsuddin

Di dalam masyarakat Jawa di Malaysia Di waktu inilah si bayi akan dibawa keluar dari
terdapat satu tradisi yang diamalkan oleh bilik dengan pakaian yang cantik dan siap
penduduk tempatan iaitu Kenduri Puputan. berdandan. Kebiasaannya si bayi akan
Kenduri dan puputan adalah dua istilah yang didokong oleh si bapa bayi tersebut untuk
berbeza. Kenduri atau bahasa jawa di dibawa mengelilingi para tetamu. Bermula
panggil Kenduren adalah satu jamuan yang dengan tuan imam yang akan memulakan majlis
dibuat oleh yang empunya hajat untuk kaum cukur jambul dan diiringi doa keselamatan dan
keluarga dan jiran tetangga sekampung keberkatan untuk si bayi yang baru lahir.
sebagai satu tanda kesyukuran kerana Rambut yang dicukur atau dipotong pula akan
terkabulnya suatu hajat. Puputan pula satu dimasukkan ke dalam bekas yang berisi air.
istilah jawa yang berasal dari perkataan Bekas berisi air dan gunting diletakkan diatas
puput yang membawa maksud tanggal. Oleh dulang kecil dan akan dibawa oleh ahli keluarga
itu, puputan itu bererti telah kering atau lain beriringan dengan si bapa yang mendukung
tanggalnya tali pusat bayi. Maka kenduri bayi tadi. Majlis ini akan dilakukan oleh para
puputan ini merupakan satu majlis jamuan tetamu seorang demi seorang sehingga selesai.
dan doa selamat tanda ibu bapa bayi
bersyukur terhadap tanggalnya tali pusat si Setelah selesai, si bayi akan dibawa masuk ke
bayi yang dilahirkan. Kesyukuran ini bilik semula. Tradisinya, di waktu inilah salah
merangkumi kesyukuran di atas selamatnya seorang keluarga si bayi, biasanya juga si bapa
si bayi dilahirkan oleh seorang ibu yang hamil akan menaburkan duit-duit syiling bercampur
selama sembilan bulan lebih dan berjuang beras kepada kanak-kanak yang berkumpul di
dalam melahirkan si anak. Kenduri puputan hadapan pintu. Kanak-kanak tersebut akan
juga dilakukan untuk memberi nama dan berebut-rebut mendapatkan duit syiling tersebut.
memotong rambut bayi yang sudah tanggal Ini sebagai simbolik menderma. Majlis ditutup
pusat. Kerana itu, kenduri puputan ini juga dengan jamuan dan kenduri. Selalunya para
dikenali sebagai majlis cukur jambul. tetamu dijamu dengan masakan jawa iaitu nasi
ambang atau nasi ambeng yang di makan di
Majlis puputan kebiasaannya diadakan di dalam dulang yang dikongsi beramai-ramai bagi
malam selepas solat Isyak. Aturcara bermula mengeratkan hubungan silaturahim.
dengan bacaan rawi atau berzanji di dalam
keadaan bersila. Bacaan akan dimulakan 73
oleh tuan imam dengan kitab berzanjinya
yang diletakkan di atas bantal atau rehal.
Setelah tuan imam selesai membaca rawi
pertamanya, bantal atau rehal bersama kitab
berzanji tersebut akan diedarkan kepada
orang di sebelah kanan imam untuk pembaca
kedua dan seterusnya sehingga selesai
berzanji. Apabila sampai ke peringkat bacaan
marhaban atau selawat ke atas Nabi
Muhammad SAW, para tetamu akan berdiri
dan tuan imam akan memimpin alunan
marhaban dengan diiringi bacaan secara
beramai-ramai.

74

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

MY RETIREMENT JOURNEY

Safiah Mohamed

I can still remember it clearly as yesterday. The year
was 1989, being interviewed by the Dean of the
Accounting Faculty, and eventually sent to ITM (those
days) Cawangan Johor as an accounting lecturer.
UiTM Johor permanent campus, near Jementah had
just started its operation then. Lecturers literally
carried their own tables and chairs to their offices, and
we could pick any room we fancied. Almost all
lecturers were young, single and available (including
me).

There were only a handful of staff, so we basically
knew everyone, the academic and non-academic
staffs. Even Taman Bunga Raya was a new housing
area where most of the lecturers lived. UiTM’s buses
would pick us up because most of us has no means of
transportation. I was lucky though, because I stayed
with Zakiah and she drove to the campus by car.

Fast forward, I started receiving calls from my dear
friend Zakiah: “Safiah, I start cuti pencen next month!”
By the grace of Allah, we have served UiTM for three
decades, and it is time to bow out proudly and pass
the reign to the new lecturers.

Many things have changed: from blackboards and
chalks, to whiteboards and markers, to laptops with
digital monitors, to online classes. Who could have
guessed punch cards would be replaced with just
clicking some buttons on our handphones. Some
changes make my life easier but some trigger my
panic button.

When I first started teaching, I was just a few years

older than my students, but in recent years, on quite a

few occasions, students would come up to me and

said: “Madam! My mum / dad kirim salam! She / he

was your student!” Ex-students started becoming my

colleagues. The most epic was one of the senior

lecturer said: “My husband was your student! Dia kata

dulu you cantik!” Oh well, off course, I am a

grandmother now. 75

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

MY RETIREMENT JOURNEY

There are so many memories: good, bad and After all these years I still say I have picked
“why bother” (you know what I mean). But one the right profession. I only hope that Allah
thing for sure, I made so many great friends that I the Almighty will consider my career as an
will not mention here, because they know who ibadah. Thanks UiTM. I still have 2
they are. They accepted me as I am. My latest semesters to go, thus I will say a proper
collection of bff is the sweetest Farhana Mazlan, goodbye next year 2023 Insya Allah.
whose mother is almost my age, and she still call
me Kak Safiah. I told her you should call me aunty
Safiah. Hehe.

Students? Well they are different, attitude wise. I
found that they are more complaisant, not all, but
most. I am the PA of this particular student, who
called me this morning and said: “Madam! Saya
jatuh motor masa hantar daging korban semalam!
Saya ada dua test! Tangan saya luka-luka! Tulis
pun lambat! Macam mana ye?” I told him to give
me the name of his lecturers and he said: “Tak
ingat lah madam! Nanti kejap lagi saya beritahu.”
Hello! This is week 14! And he still doesn’t know
his lecturers names! Probably this was due to
online classes.

Can’t say much about the students behaviour
nowadays. Probably the new generation X, Y etc.
need to be handled differently, and it just blow my
mind sometimes. After three decades of teaching
I have many great students who love me (they
say so), who still keep in touch and come to visit
me for Hari Raya. One of my ex-student from way
back gave me a call recently, saying that she is
now the CFO of a top private university. She said
to me: “Puan. Thank you for being part of my
career’s journey.” There are so many sweet
messages from students that make this journey
worth taken.

There are many occasions where I was
approached by someone and the dialogue will be:
“Puan. Ingat tak saya?” and I will reply: “Where
are you now? You dulu batch mana?” The same
dialogue every time, mind you. However, I am
humbled that the students still remember me after
all this years.

76

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

IBU PERGI

Fatin Nabihah Mohd Taha

Ibu
Engkau sudah lama tidur di dalam humus
Tetapi engkau masih segar hidup di dalam diriku
Benar tidak akan pernah ada cinta yang paling abadi selain cintamu
Tidak terlihat kasar mata namun hangatnya dakapanmu itu tetap ada

Ibu
Jika namamu adalah lilin
Biarlah aku dulu yang padam sebelum engkau
Biarlah aku dulu yang ghaib sebelum gelita
Biarlah aku sendirian terapung menahan tangis agar tak tenggelam

Ibu
Tersenyumlah dalam keabadian cintamu

Berbahagialah bersama para malaikat
Semoga engkau panjang usia di negeri abadi
Meski telah lama habis jasadmu di alam sini

Kini
Bangkuku patah
Selimutku koyak
Dasarku kering
Sayapku diambil Tuhan

77

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

HARAPAN DAN DOA

Siti Norhadibah Azman, Razieman, Ruqaiyah Abd Rahim, Fairuz Ramli

Harapanku di kaca hati,
Memohon pemikiran dalam renungan diri,
Disaat aku goyah mengharung cabaran,
Titipan doa aku memohon.
Tenggelam aku di kaki bumi,
Ku tambat diri di dahan doa,
Meminta simpati pada Sang Illahi,
Diberi kekuatan menempuh kehidupan.
Pesona hidup menggumam kekhilafan,
Tak sedar dosa tanpa sengaja,
Kilauan hidup terpasak dihati,
Termenung diri memohon keampunan.

78

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
KESEPIAN DALAM KEHIDUPAN
Ruqaiyah Abd Rahim, Siti Norhadibah Azman, Razieman, Fairuz Ramli
Sunyi ... sepi ...
Kesepian hati ini melanda …
Tatkala diri termenung sendirian,
Di tengah kebisingan hiruk pikuk kota,
Bertanyaku sendirian,
Apakah yang aku mahu dalam kehidupan?
Usia berlalu meninggalkan daku,
Amalan apa yang bakal ku bawa,
Ilmu didada terasa kosong,
Memohon secebis kemaafan dari Illahi.
Wajah sayu mengenangkan kehidupan,
Benak hati ligat memikirkan waktu,
Pengakhiran hidup bakal menjemput,
Di manakah aku ketika itu?

79

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

RAGE

Razieman Mohd Yusoff, Madiha Badrol Kamar, Fairuz Ramli, Siti Norhadibah
Azman, Ruqaiyah Ab Rahim, Nurmunirah Azami

Rage,
It is an unslotted suppression,
It is just another expression of tormenting emotion,
It is an explosion of anger in uncharted reaction,
It is just another feeling of un-ceremonial depression.
Rage… make a depression dwell in another premonition of time,
Rage… make a pride living in undignified masterpiece,
Rage… make a mind hemorrhage in fire,
Rage, a pure emotion should be kept inside.
Should just let this rage bury inside,
Should just left it unshackle this agonizing thought,
Should just let it awake,
Should just left it unattended cause I don't dim my light just to adhere
someone else's convenience.

80

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
ENFOLD ME
Fairuz Ramli, Ruqaiyah Ab Rahim, Razieman Mohd Yusoff, Siti Norhadibah
Azman, Madiha Badrol Kamar, Nurmunirah Azami
Hello, where have you been?
Will I see you again?
Are you lost?
Am I…. lost?
Lost… Lost…
I am lost in this lonely light,
Screaming… screaming…
Trying to kill this filling.
It is just another hurt and it hurt again,
I lost myself… again,
Trying to wrap this emotion again,
but it is nowhere to be found… again.
Hold me… enfold me… be with me,
I know… it is just another lost,
Lost of another flame,
Lost of another soul.

81

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

SURVIVOR... WARRIOR

Madiha Badrol Kamar, Fairuz Ramli, Siti Norhadibah Azman, Razieman Mohd
Yusoff, Ruqaiyah Ab Rahim, Nurmunirah Azami

you come like a hungry wolf... keep glaring at me,
you hide like a shadow... falling behind me,
you are that monster... keep haunting me,
you are a trickster... shackle with no fear.
never thought ... these days are here and I'm not living in fear,
never thought... uncertainty is another demise of blinding fire,
never thought... I will strike back in these whimsical lies,
never thought...it is a battle of shedding truth and a liar.
breathing in this crackling fire,
I thought I am a survivor,
but I am a warrior,
and I fight like a princess in shadow of the king's knight.

82

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

AKU INGIN KAYA

Prof. Madya Dr. Raja Adzrin Raja

“Wah, besarnya rumah!” ungkapan yang sering diucap merujuk kepada simbolik kekayaan
seseorang. Sudah semestinya, setiap insan mengimpikan kekayaan dan kemewahan. Sering
dipercayai bahawa kekayaan material akan membawa kepada kebahagiaan hidup yang
sebenar.

Tidak dinafikan, hidup memerlukan duit. Namun, duit semata tidak menjanjikan bahagia.
Kekayaan tidak sering wujud dengan kemewahan harta benda. Kekayaan tidak semestinya
seiring dengan kereta yang bersusun, harta yang dikumpul bertahun-tahun. Ia juga tidak
diukur dengan emas permata yang melimpah, tanah yang tak mampu ditarah, kebun yang
bertimbun-timbun, binatang ternakan yang melunggun.

Ada insan yang dilapangkan hartanya, ada juga yang disenangkan keluarganya. Tidak kurang
juga yang diberikan kesihatan yang selesa, anak isteri yang bukan biasa-biasa. Hakikatnya,
kaya miskin, bahagia atau sedih, pokok pangkalnya ada di dalam hati. Berkongsi rezeki
merupa satu wadah untuk mendapat keberkatan rezeki. Merasa tenang dan puas hati dengan
setiap apa yang dimiliki.

Sesungguhnya, orang yang kaya adalah orang yang sentiasa merasa cukup dengan segala
yang dimilikinya. Hadirnya sifat mensyukuri dalam setiap nikmat yang dikecapi. Redha dan
tidak tamak dalam mencari harta merupakan kunci kepada kekayaan yang sebenar.
Kepuasan sebenar dapat dinikmati apabila kita meraikannya dengan cara yang lebih
bermakna. Tidak mengharapkan kebergantungan kepada orang lain serta tidak juga
mendambakan pujian insan lain. Hati yang merasa cukup tidak akan melihat rumput di
sebelah sana sentiasa kelihatan lebih hijau. Akan tetapi, hati yang merasa cukup akan
mengatakan, aku redha denga apa yang diberi, rumput di sebelah sana tidak perlu lagi
ditinjau.

Ini kerana, sesungguhnya, bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan
itu adalah dengan kayanya jiwa.

83

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

AKU INGIN KAYA

Aku ingin kaya Prof. Madya Dr. Raja Adzrin
Jauh di lubuk hati Raja Ahmad
Tersemat keinginan abadi
Tidak bernoktah mati
Terus hanyut dibuai mimpi
Lapang tidak terperi
Fikiran menerawang melangkaui langit tinggi
Tanpa mengerti
Menilai kaya caraku tersendiri
Hidup ingin dipuji
Sombong angkuh meninggi diri
Fakir dan miskin meminta ku tolak ke tepi
Harta mewah meliputi
Lambang kekayaan hidup ini
Keinginan, kenikmatan duniawi
Yang dikecapi

Aku ingin kaya
Tetiba aku terduduk sepi
Bermonolog sendiri
Apa yang ingin ku cari
Fikiran menerawang lagi
Terus mencari
Layan diri
Tidak lagi kutemui

Aku ingin kaya
Tiba-tiba lamunanku terhenti
Mengirim senyuman yang berbaki
Biar kekayaan tidak bertepi
Pabila mati
Harta yang kukejar setiap hari
Emas permata melunggun tinggi
Kereta besar tiada lagi
Semua ditinggal sepi

Aku ingin kaya
Kekayaan jiwa adalah kekayaan sejati
Yang agung dan terpuji
Kepada sang pemilik pemberi rezeki
Pangkalnya ada dalam hati
Kerana hakikatnya, kekayaan yang ingin
dimiliki
Hadir dan mandiri dalam jiwa nurani

84

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
ILMU
Raja Adzrin Raja Ahmad
Hinggap merbah di pohon jati
Dangau di hutan tempat berteduh
Tuntutlah ilmu seikhlas hati
Agar hidup akan tersuluh
Gadis bersimpuh di tepian titi
Jari disarung permata biru
Jika ingin ilmu diberkati
Kasihi sahabat hormati guru
Ramah mesra menyambut tetamu
Manis senyuman bergurau senda
Membaca itu jambatan ilmu
Penuhi dada tajamkan minda
Dirikan solat tegakkan rukun
Supaya iman tidak hilang
Tuntutlah ilmu dengan tekun
Demi masa depan yang gemilang
Terbang rendah burung kedidi
Hinggap sebentar di pohon senduduk
Ikutlah seperti resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

85

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PATRIOTIK

Norfizah Othman

Buah cermai buah bidara,
Sayang pokok jauh terpencil,
Cinta disemai untuk Negara,
Harus dipupuk sedari kecil.
Hujan lebat di hujung muara,

Habis lari ayam ke reban,
Doaku buat pahlawan Negara,
Demi pertiwi sanggup berkorban.
Tersusun langkah mengikut gendang,

Pakai celak cantik di mata,
Jatuh ketanah bukan kecundang,
Tapi berpijak di bumi yang nyata.

Burung nuri burung merbah,
Anak kedidi terbang berlegar,
Bebas dari pemikiran penjajah,
Itulah erti merdeka sebenar.

Semai mari bunga melati,
Indah kembang berkembar dua,

Biar diri berdepan mati,
Jalur gemilang kukibar jua
Jarum peniti elok tersimpan,
Kain belacu dijahit sudah,
Tetapkan hati maju kedepan,
Pantang berundur walau selangkah.

86

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

BONDA

Ruqaiyah binti Ab Rahim, Fairuz binti Ramli, Razieman Mohd Yusoff, Madiha
Badrol Kamar, Fairuz Ramli, Siti Norhadibah Azman, Ruqaiyah Ab Rahim,
Nurmunirah Azami

Satu Ketika dahulu;
Katamu selalu ku bantah
Nasihat mu ku anggap arahan
Gurau mu ku pandang sepi
Jiwa remaja memberontak
Segalanya salah.. serba tak kena….

Sehinggalah;
Bila tiba saat bertukar status
Ku pula menjadi ibu, barulah
Semua katamu ku ulang pula
Nasihat mu ku tagih selalu
Guraumu sentiasa dirindui

Masih adakah masa???
Kini;

Lebih menghargai, syukuri selalu
Susukmu tiada ganti

Maafkan daku segala silap
Usah tinggalkan daku dari doa mu
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui
Betapa daku rasa berdosa atas semua yang pernah
Aku tuturkan, lakukan, bicarakan padamu secara salah

Moga ada ihsan mu pada ku….

87

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

ANAK BERTUAH MALAYSIA

J.Letopans: Mohamad Hafiz Rosli, Fatin Nabihah Mohd Taha, Syed Khusairi
Tuan Azam, Siti Salimah Jalal

Merdeka merdeka merdeka,
Jalur Gemilang berkibar megah,
Enam puluh lima tahun merdeka,
Aman sentosa tidak lagi dijajah.

Anak merdeka meniti titi,
Mencari sepat di petang hari,
Walaupun cabaran silih berganti,
Tekadkan semangat disiplin diri.
Jalan berlenggang si gadis rupawan,
Membawa jambangan bunga kekwa,
Apalah gunanya erti kemerdekaan,

Jika tidak tersemat di jiwa.
Merah warna bunga raya,
Hiasan sanggul si anak dara,
Indah Malaysia kerana perpaduannya,
Kekal aman dan sejahtera.
Merdeka dilaung luar biasa,
Jiwa membara menentang penjajah,
Malaysia aman makmur sentosa,
Pelbagai bangsa perpaduan ummah.
Dua tiga kucing berkelahi,
Manakan sama harimau malayaku,
Dua tiga negara boleh ku jelajahi,
Manakan sama Malaysia tanah airku.
Menyusuri sungai mencari sembilang,
Dibawa bersama bunga seroja,
Gemilang hati menggapai bintang,
Kemerdekaan Malaysia kemegahan bersama.

88

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

MASAM MANIS PENGAJIAN PhD - BAHAGIAN 1

Prof Madya Dr Mohd Halim Kadri

“Profesor Madya ke Doktor?” Sapa seorang kaunselor yang baru berpindah ke UiTM Cawangan
Johor ketika kami bertemu buat pertama kali di kafetaria pada tahun 2006 kalau tak silap. Sapaan ini
membuat saya terkejut. “Eh, saya bukan Profesor Madya dan bukan juga seorang Doktor”, jawab
saya. Mungkin itu pembuka bicara seorang kaunselor yang penuh dengan pengalaman.

Saya sebenarnya tidak pernah terfikir pun untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah.
Saya mengambil ijazah sarjanapun selepas puas dipujuk oleh koordinator sarjana perakaunan
hingga beliau menitiskan air mata. Pada saya ijazah sarjana muda perakaunan yang saya terima
sudah pun memadai kerana ijazah sarjana muda adalah kelayakan masuk sebagai pensyarah ITM
pada masa itu..

Pada tahun 2006 biasiswa untuk melanjutkan Pengajian di Peringkat ijazah kedoktoran telah dibuka
semula. Maka ramailah kawan-kawan yang memohon dan berjaya mendapati biasiswa. Bermula dari
pertengahan tahun 2007, seorang demi seorang rakan Fakulti berangkat ke luar negara untuk
menyambung pengajian dimulai dengan Halim Shuhaimi dan isterinya Norhayati. Khairul Anuar dan
isterinya Wan Adibah pula sedang menunggu masa untuk berangkat ke New Zealand. Sebelum
berangkat, Khairul sempat memujuk dan meyakinkan saya untuk mengikut jejak langkah mereka.
Wan Adibah sempat meminjamkan proposal beliau untuk saya jadikan contoh sebelum mereka pergi.

Saya tidak terburu-buru membuat keputusan. Sambung pengajian di peringkat PhD selepas 10 tahun
menamatkan pengajian master merupakan suatu yang berat. Anak-anak pula sedang membesar dan
perlukan perhatian ayah dan ibu. Yang sulung baru tahun 3 sekolah rendah. Hati saya masih
berbelah bagi sama ada mahu memohon biasiswa ataupun tidak. Saya kena berfikir panjang.
Kalaupun saya nak memohon, saya kena betulkan niat dan matlamat dahulu. Saya kena jawab
soalan saya sendiri. Sebab apa dan untuk apa nak buat PhD? Niat mesti kerana Allah, barulah nanti
Allah permudahkan.

Saya perlu berbincang dengan isteri saya. Sebabnya, bila saya menyambung pengajian nanti, isteri
dan anak-anak adalah orang-orang paling terkesan dengan perubahan yang berlaku pada saya.
Saya mahu jadikan pengajian PhD ini sebagai cita-cita bersama, bukan cita-cita peribadi.

Sudah menjadi kebiasaan kami suami isteri. Saya akan menguruskan persekolahan anak-anak -
termasuk menghantar dan mengambil dari sekolah, membayar yuran sekolah dan lain-lain. Manakala
isteri saya akan menguruskan rumahtangga dan segala keperluan di rumah. Rutin ini tentunya akan
berubah bila saya memulakan pengajian kelak.

Mula-mulanya isteri saya agak terkejut juga kerana sebelum ini saya tak menyatakan keinginan saya
untuk buat PhD. Setelah saya jelaskan kepadanya, maka beliau pun berkata: “kalau ayah fikir ia baik
untuk kita maka ummi dan anak-anak akan memberi sokongan dengan sepenuh hati. Dengan janji
sokongan dari isteri saya tersebut saya membulatkan tekad untuk memohon biasiswa PhD.

Saya membelek-belek contoh proposal yang dipinjamkan oleh Wan Adibah. Sukar juga rasanya nak

mula menulis proposal ni. Bidang yang hendak dikaji juga belum dapat ditentukan. Saya melihat ke

dalam diri saya, apakah bidang yang saya akan kaji? Mungkinkan Accounting education, Islamic

accounting atau Financial Reporting? Kajian kecil-kecilan saya 89

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

MASAM MANIS PENGAJIAN PhD

Prof Madya Dr Mohd Halim Kadri

Kajian kecil-kecilan saya sebelum-sebelum ini banyak yang berkaitan dengan Accounting
Education, mampukah saya? Rasa-rasanya terlalu banyak teori pendidikan yang perlu dipelajari
dan banyak masa yang saya perlukan untuk itu, jadi saya ketepikan dulu bidang tersebut.
Apakah Islamic Accounting bidang yang sesuai untuk saya kaji? Saya mengaku, saya memang
sangat minat dengan bidang ini dan pernah membuat disertasi dalam bidang tersebut semasa
Ijazah pertama dahulu. Namun cukupkah hanya dengan minat mendalam? Saya tangguhkan
juga bidang ini hingga saya selesai pengajian PhD saya nanti. Keputusannya, saya memilih
bidang Financial Reporting. Ia merupakan bidang yang saya telah mengajar selama 10 tahun
saya di UiTM.

Ia tidak berakhir dengan pemilihan bidang. Selepas pemilihan bidang, saya kena pilih topik pula.
Selepas saya pilih topik barulah saya boleh pilih tajuk penyelidikan. Kebetulan pada ketika itu
isu tentang kaitan pematuhan terhadap piawai perakaunan antarabangsa terhadap kualiti
angka-angka perakaunan sedang hangat. Artikel demi artikel saya telah muat-turun atau cetak.
Saya baca sekali lalu dan cari permasalahannya, penyelesaiannya dan cadangan kajian masa
depan. Akhirnya proposal untuk permohonan biasiswa saya berikan tajuk “The effect of adoption
of International Financial Reporting Standards (IFRS) on financial reporting quality”.

Hari yang mendebarkan akhirnya tiba juga. Pembentangan dihadapan sepuluh orang doktor
termasuklah beberapa orang profesor dan profesor madya dalam Lembaga Akademik Fakulti
Perakaunan di Shah Alam. Pembentangan bermula pada pukul 2.30 petang. Dipendekkan
cerita, semuanya berjalan lancar walaupun pelbagai soalan ditanya. Akhirnya saya ditawarkan
melanjutkan pengajian di UiTM dan dibenarkan beroperasi di Segamat. Syaratnya, dapatkan
seorang penyelia utama di Segamat.

Semasa menunggu masa untuk dipanggil membentang proposal diperingkat fakulti, saya
sempat mengirimkan proposal saya kepada seorang Profesor yang pernah mengajar saya di
Australia untuk mendapatkan komen. Beliau tidak dapat memberi komen kerana cukup sibuk
dengan aktiviti akademiknya. Namun begitu, beliau mencadangkan saya untuk membaca
beberapa artikel yang dinyatakannya di dalam emel. Terima kasih Prof Denis W. Taylor.

Saya mendaftar diri sebagai pelajar PhD Fakulti Perakaunan pada 21 Jun 2008. Maka
bermulalah kehidupan baru saya sebagai seorang pelajar. Orang kata, di sebalik kejayaan
seorang lelaki, pasti ada seorang wanita di belakangnya. Saya tidak terkecuali. Isteri saya
banyak membantu memudahkan urusan keluarga dan anak-anak semasa saya tiada di
Segamat.

"Ayah kalau nak pergi ke Shah Alam pergilah bila-bila pun, hal-hal kat rumah biar Ummi yang
uruskan", itulah kata isteri saya.

90

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
MASAM MANIS PENGAJIAN PhD
Prof Madya Dr Mohd Halim Kadri
Segamat - Shah Alam - Segamat. Itulah “route” saya dua kali seminggu. Memang boleh
dikatakan separuh dari kehidupan saya semasa semester pertama adalah di Shah Alam.
Pada hari Sabtu dan Ahad saya perlu menghadiri kelas-kelas “Research Methodology” yang
dianjurkan oleh IPSis. Saya masih ingat lagi kuliah minggu pertama yang dijalankan oleh Dr
Chan dan Dr Parmjeet dari Fakulti Pendidikan dengan tajuk “Problem”, “Title” dan “Literature
review”. Manakala pada pertengahan minggu pula ada seminar, talk dan lain-lain oleh
profesor pelawat di Fakulti. Di antara penyampainya ialah Prof. Sakthi Mahenthiran dengan
tajuknya “Corporate Governance”.
Begitulah sedikit pengalaman di awal pengajian saya. Sekiranya diizinkan oleh Allah, saya
akan menyambung tulisan berkaitan dengan pengalaman pengajian saya di keluaran yang
akan datang.

91

92

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah

Ahmad Syahmi bin Ahmad Fadzil
Shaherah binti Abdul Malik
Noreen Noor binti Abd Aziz
Zurina binti Omar
Hairiani binti Abdul Hamid
Muharratul Sharifah binti Shaik Alaudeen
Farizah bt Mamat@Mohd Nor
Roha Mohamed Noah

Karya Akademik dan Umum

Dr. Azila Jaini
Jaslin Md Dahlan
Jannah Munirah Mohd Noor
Hairiani Abdul Hamid, dan Rohani Jangga
Shafiee Md Tarmudi
Siti Farrah Shahwir
Ros Hasri Ahmad
Noraishah Kamarolzaman
Nazihah Omar
Zurina Binti Omar
Muhamad Khodri Bin Kholib Jati
Che’ Khalilah Mahmood
Dr. Mohamad Faizal bin Ramli
Dr Muhamad bin Majid

93

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Karya Kreatif

Dr Azila binti Jaini
Farizah bt Maamt@ Mohd Nor
Muharratul Sharifah binti Shaik Alaudeen
Zurina Binti Omar
Rohani binti Jangga
Che Faridah binti Che Mahmood

94


Click to View FlipBook Version