The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK KPPI&M

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iSmA iShAk, 2022-11-06 11:38:01

e-Dinamik 2022

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK KPPI&M

Keywords: edinamik,uitm johor,majalah digital

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Lama menghilang bersua kuharapkan
Pengganti diri kukirim tinta
Tiada lain yang diharapkan
Khabar gembira, pelajar tercinta
Angin bertiup kencang membuta
Badai membelah tanpa jemu
Duhai anak didik tercinta
Doa ku titip senantiasa untukmu
Pahlawan melayu bernama Hang Tuah
Sejarahnya dikenang disanjung selamanya
Yang pahit ditelan yang indah di luah
UiTM sentiasa di hatiku selamanya

145

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

KISAH NABI YUSUF DAN ISTERI PEMBESAR MESIR
ZURINABINTI OMAR

Nabi yang tampan,itulah yang sering diingat oleh ramai orang apabila namanya
disebut. Menurut Imam Ibn Kathir, wajah yang tampan milik Nabi Yusuf ini diwarisi
daripada ibu, bapa, datuk dan neneknya. Yusuf merupakan anak kepada Nabi
Yaakub a.s dan ibunya Rahil binti Laban. Yusuf memiliki seorang saudara lelaki seibu
sebapa bernama Bunyamin, manakala 10 lagi saudara lelakinya adalah daripada ibu-
ibu yang berlainan. Fokus kita pada kali ini ialah Kisah Nabi Yusuf dan isteri
pembesar Mesir.
Pembaca yang Budiman, kisahnya bermula apabila Nabi Yusuf dikhianiti oleh 10
abangnya. Yusuf ditinggalkan keseorangan di dalam sebuah perigi buta. Yusuf
diambil khafilah peniaga dijadikan hamba sebelum akhirnya dibeli oleh sebuah
keluarga yang kaya raya iaitu pembesar negeri. Pembesar Mesir, al-Aziz telah
membeli Yusuf daripada khafilah peniaga yang menemuinya. Lantas dia membawa
Yusuf pulang ke istana. Setibanya di istana, Al-Aziz telah bekata kepada isterinya “
jagalah dia dengan sebaiknya,berikan keselesaan semoga dia berguna dan memberi
manfaat kelak atau kita jadikan dia anak. Pesanan ini diceritakan di dalam Al Quran
Surah Yusuf ayat 21. Tahun silih berganti, maka membesarlah Yusuf di dalam istana
dengan keadaan yang baik tanpa ada sebarang penindasan daripada Al-Aziz dan
isterinya. Yusuf membesar menjadi seorang pemuda yang sangat tampan dan
gagah. Tiada sedikit pun celaan padanya. Wajah tampannya menggusarkan hati
setiap mata wanita yang melihatnya. Tidak terkecuali juga isteri pembesar mesir yang
memeliharanya sejak kecil.

146

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Pada suatu hari ketika pembesar Mesir tidak berada dirumah, telah berlaku satu

perkara yang tidak diduga. Isteri pembesar mesir yang telah lama menyimpan
perasaan terhadap Yusuf, merancang untuk melakukan perkara yang tidak baik
terhadapnya. Sewaktu tiada sesiapa di dalam istana, isteri pembesar mesir telah
memanggil Yusuf untuk masuk ke biliknya. Yusuf yang jujur, tiada menyimpan
prasangka segera pergi ke bilik tersebut. Setibanya di sana, isteri pembesar itu
telah menutup kesemua pintu yang terdapat di bilik itu. Lantas dia berkata kepada
Yusuf “ aku telah mempersiapkan diriku untuk mu, marilah kepada ku”. Mendengar
ajakan itu, Yusuf terus menjawab “ma ‘a da Allah, aku berlindung kepada Allah,
tuanku telah menjaga aku dengan baik , sesungguhnya orang yang zalim tidak akan
beruntung“. Jawapan Yusuf ini terdapat di dalam Al Quran surah Yusuf ayat 23.
Maka berlarilah Yusuf menuju ke pintu untuk menyelamatkan dirinya. Isteri
pembesar mesir tidak berputus asa, dia mengejar Yusuf dan menarik baju Yusuf
sehingga koyak di bahagian belakang. Ketika Yusuf berjaya membuka pintu , tanpa
diduga, Al Aziz telah berada di situ. Terkejut dengan kehadiran suaminya, isteri
pembesar tersebut terus memfitnah Yusuf. Berkata wanita itu kepada suaminya, “
apakah balasan bagi mereka yang melakukan kejahatan kepada ahli keluargamu,
melainkan penjara atau satu azab yang lebih perit”. Yusuf menafikan tuduhan
terhadapnya. Lalu seorang daripada ahli keluarga itu memberi pandangan, "Jika
bajunya dikoyakkan di bahagian depan, maka perempuan itu telah berkata benar,
dan Yusuf berdusta, tetapi jika bajunya dikoyakkan di bahagian belakang, maka
perempuan itulah yang berdusta, dan Yusuf orang yang benar." Mendengar
pnadangan itu, maka tahulah Al Aziz siapa yang benar lantas memerintahkan
isterinya untuk memohon maaf kepada Yusuf.

147

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Pembaca yang dihormati, terdapat 2 pengajaran yang boleh kita
ambil dari kisah Yusuf dan isteri pembesar mesir ini. Pengajaran
yang pertama ialah Nabi Yusuf memilih Allah mengatasi segala hal
di dunia ini. Ia boleh dilihat ketika mana Yusuf boleh menahan
dirinya dari melakukan maksiat sedangkan keadaan persekitaranya
membenarkan. Jika kita amati, mutakhir ini maksiat dilakukan
secara terbuka dan tanpa rasa bersalah. Kita harus bijak
menentukan mana yang baik, mana yang buruk. Pengajaran kedua
pula ialah sabar dan percaya pada perancangan Allah. Nabi Yusuf
berhadapan dengan banyak kesukaran pada awalnya,dibuang ke
dalam perigi, difitnah isteri pembesar Mesir dan dipenjarakan.
Namun demikian, baginda tetap besabar dan akhirnya Allah
mengangkat darjatnya. Janganlah kita mempersoalkan apa yang
telah Allah takdirkan pada kita kerana setiap yang terjadi itu ada
hikmahnya. Semoga pengajaran dari kisah Nabi Yusuf ini mampu
membantu kita untuk hidup lebih baik.

148

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Hitam-hitam pucuk kawa, Sungguhpun hitam dipandang lawa
ROHANI JANGGA

Aku tinggal di rumah sewa bersama empat orang rakan. Rumah sewa ini ada dua
buah bilik tidur namun aku tidak tidur di dalam bilik. Aku lebih selesa tidur di ruang
tamu seorang diri dengan beralaskan sekeping tikar plastik.
Setahu aku sejak aku dilahirkan, semua ahli keluarga aku termasuk Mak dan Abah
tidur beralaskan tikar mengkuang sahaja. Jadi apabila tuan rumah sewa
menyediakan katil dan tilam bujang untuk semua penyewa, aku tidak dapat
menyesuaikan diri untuk tidur di atas tilam. Belakang badanku akan terasa panas dan
aku akan menyambung tidur ku di atas tikar yang beralaskan kain cadar atau selimut
sahaja.
Walaupun kami tinggal berlima tetapi rumah kami sentiasa dikunjungi oleh kawan-
kawan sekerja dan anak lelaki jiran-jiran yang sebaya dengan kami. Di antara mereka
semua, yang paling kerap datang adalah Rosli.
Dia tinggal berdekatan dengan rumah sewa kami. Kadang-kadang dia tidur di rumah
kami, kadang-kadang dia tidur di rumah tuan rumah kami. Dia mesra dengan kami
kerana dia bekerja membantu isteri tuan rumah kami yang menjual karipap di stesen
bas bandar Segamat.
Walaupun Rosli bersekolah sehingga darjah enam, dia tidak pandai membaca dan
menulis. Kulit tubuhnya juga agak gelap. Apabila dia datang ke rumah sewa kami,
selain dari dia berborak dengan kami, dia juga rajin membelek-belek barang-barang
kepunyaan kami termasuk lah barangan di bilik mandi kami seperti syampu, ubat gigi
dan krim rambut.

149

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Aku dan kawan-kawan dalam rumah sewa tahu yang Rosli ada menggunakan
barangan kami beberapa kali tanpa meminta kebenaran tetapi kami tak kisah pun.
Kalau dia ternampak apa-apa botol atau bekas yang menarik perhatiannya kerana
bentuknya yang lain daripada yang lain, dia akan bertanya kepada aku atau kawan-
kawan serumahku apa kandungan di dalamnya.

“Abang, ni botol apa?’

Sambil menjeling ke arahnya aku berkata “tu syampu” atau “itu ubat gigi” dan
sebagainya.

Satu petang selepas aku pulang dari kerja, dia ajukan soalan yang sama. Aku
melihat dia memegang satu tiub yang mempunyai bentuk seperti tiub ubat gigi.

Dengan malas aku menjawab, “Itu ubat gigi. Kau patut pakai ubat gigi ni sebab kau
kuat hisap rokok kan? Kalau kau pakai, mesti gigi kau yang kuning tu jadi putih
berkilat”.

Rosli mengangguk anggukkan kepalanya seperti faham apa yang aku perkatakan.

Aku berlalu pergi dan bersiap untuk mandi kerana waktu Maghrib hampir tiba.
Selepas aku selesai menunaikan solat, aku pun duduk di ruang tamu rumah sewa ku
sambil memperhatikan beberapa kawan-kawanku bermain karom. Tiba-tiba aku
terdengar ada suara memanggil namaku.

“Abang, tak ada buih pun”.

Belum sempat aku bangun dari kerusi ku tiba-tiba aku terdengar suara lelaki sedang
muntah.

“Uwek uwek”.

Aku berlari ke arah suara itu dan setibanya di situ aku lihat Rosli sedang
membongkokkan badan nya ke dalam sinki.

“Uwek uwek” kedengaran suara Rosli lagi.

Apa lagi aku terus ketawa terbahak-bahak. 150

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Isteri tuan rumah aku yang berada di sebelah Rosli mencekak kan pinggangnya dan
merenung aku dengan muka yang merah.
“Kau cakap apa dengan Rosli ni? Dah muntah-muntah pulak dia”.
“Takde apa lah Makcik. Saya cakap tu ubat gigi. Kalau dia pakai gigi dia jadi putih.
Tapi sebenarnya tu krim rambut”.
Aku sambung ketawa semula. Rakan-rakan serumah aku yang turut menyaksikan
kejadian ini juga tidak dapat menahan ketawa mereka.
Setelah melihat keadaan Rosli yang sudah berhenti dari muntah, kami beredar dari situ
perlahan-lahan. Ada kawan aku yang menepuk-nepuk belakang ku sambil terus
ketawa.
“Padan muka kau Rosli. Suka sangat guna barang orang lain” getusku dalam hati.

151

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
NASIHAT
MUHARRATUL SHARIFAH BINTI SHAIK ALAUDEEN & FARIZAH BINTI MAMAT @ MOHD NOR

Ke pasar pagi seorang diri
Ikan tenggiri dimasak singgang
Elakkan bersikap pentingkan diri
Kelak akan dibenci orang
Pasu bunga d atas para
Indah mekar bunga di laman
Amalkan sikap beramah mesra
Kelak sentiasa disenangi jiran
Siram bunga di waktu petang
Daun dibuang laman dikemas
Amalkan sikap tolong menolong
Tidak rugi bersikap ikhlas

152

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Sahabat itu Cantik...

Che Faridah Che Mahmood, Mahasin Mearaj, Nurul Huda Md Yatim & Siti Noor Ain Aziz

Cantik tu indah. Cantik tu menyenangkan. Cantik itu nyaman. Cantik itu menyejukkan.
Dan cantik itu menawan, memikat hati seseorang yang memandang. Lihatlah betapa
banyaknya “adjektif” yang berkaitan dengan cantik, dan pengunaannya bergantung
kepada keadaan di mana cantik itu dirujuk.

Kali ini cantik akan dilihat bukan dari sisi fizikal seseorang mahu pun keadaan
sekeliling atau sesuatu yang tangible tetapi kepada cantiknya persahabatan dalam
Islam yang bersulam kepada ikatan aqidah Islam, iman dan taqwa dalam kehidupan
seharian. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi:28. “Dan jadikanlah dirimu sentiasa
berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada
waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; … dan
janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada
mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Qur’an, serta dia menurut
hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”.

Tidak dinafikan kita dilahirkan bersendirian dan kembali kepadaNYa pun tiada
berteman. Namun dalam mengharungi kehidupan di persinggahan sementara ini, kita
perlukan seseorang yang dinamakan sahabat yang tiada kaitan dengan hubungan
silaturrahim tapi lebih menjurus kepada Ukhuwah Islamiyah – persaudaraan sesama
islam. Menurut Imam Hasan Al Banna, Ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati dan
jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah. Persahabatan yang terjalin atas ikatan
akidah itu akan melahirkan rasa kasih sayang yang mendalam pada jiwa setiap muslim
dan mendatangkan impak positif seperti saling menolong, mengutamakan orang lain,
ramah, dan mudah untuk saling memaafkan.

Dalam kehidupan ini pertemuan dengan seseorang telah ditetapkanNYA dan dari

pertemuan itu akan tercetus satu hubungan samada ianya menjadi kawan atau

sahabat. Kawan akan datang dan pergi namun seorang yang dikatakan sahabat akan

bersama tanpa dibatasi masa dan sempadan hingga ke akhir hayat. Bak kata Imam Al-

Ghazali, “Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang

terhadap saudaranya di dalam doanya.”

153

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Sebuah persahabatan mungkin bermula pada satu detik dalam satu situasi. Kita
ditakdirkan berjumpa seseorang yang mampu mempengaruhi dan membimbing satu
sama lain ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah, antara tanda Allah SWT membantu
hambaNYA apabila ditemukan dengan mereka yang lebih baik akhlak dan didikan
agama. Sedar atau sebaliknya sahabat yang berakhlak baik tersebut sebenarnya juga
diuji keikhlasan dalam persahabatan. Benarlah seperti firman Allah SWT, “temanmu
akan menggambarkan siapa kamu dan darjat keimananmu. Maka pilihlah teman secara
bijak...". (Q.S Az-Zukhruf: 67).
Ada ketika sebuah persahabatan itu kabur pada pandangan umum, dan tidak
semestinya ke hulu dan ke hilir bersama-sama atau sering berjumpa pada hujung
minggu. Sahabat seharusnya mampu memahami tuntutan urusan masing-masing, yang
membatasi sahabat berkumpul secara fizikal. Namun bertanya khabar di alam maya
dengan mengingati antara satu sama lain dalam amal makruf nahi mungkar itu lebih
bermakna. Apabila ada di kalangan sahabat musykil dalam hal yang tertentu atau
bertanya sesuatu, akan ada sahabat yang membantu menjelaskan semula dan
menasihati dengan hikmah.
Adakah ada di kalangan sahabat yang berkecil hati bila ditegur? Allahu a’alam.
Sejujurnya, nasihat seseorang sahabat itu lahir daripada sifat kasih sayang dan belas
kasihan untuk sahabatnya; bertujuan untuk menyelamatkannya daripada terus lagha
dengan perbuatan yang sia-sia. Perlukah sahabat berkecil hati bila teguran itu untuk
kebaikan diri sendiri? Mungkin ada mungkin tidak, terpulang kepada kefahaman dan
kematangan dalam menerima nasihat atau teguran seseorang sahabat kepada kita. Kita
hanya mampu berharap padaNYA agar dipermudahkan urusan ukhuwah ini sehingga
ke Jannatul Firdaus.

154

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Dalam kalangan kita yang bersahabat rapat ini juga ada mempunyai kumpulan lain
yang menjurus kepada minat yang berbeza. Ada kala akan kedengaran desas-desus
yang kurang menyenangkan tentang sahabat dalam kumpulan kita. Bila isu yang
ditimbulkan tidak benar, ada ketika kita ambil sikap berdiam diri, malas melayan
dengan sikap seseorang yang mencari perhatian dan suka mengadu domba
kesilapan orang lain. Ketika lain, kita mesti bersuara menyatakan hal sebenarnya.
Bak kata Saidina Ali bin Abi Talib RA, "Seorang teman sejati adalah, dia yang
memberi nasihat ketika melihat kesalahanmu dan dia yang membelamu saat kamu
tidak ada".
Persahabatan ini bukan hanya untuk kepentingan di dunia malah untuk bekalan
perjalanan di akhirat kelak yang lebih utama dan perjalanannya lama. Sesungguhnya
sahabat yang beriman dan bertakwa itu dapat memberikan syafaat di akhirat kelak.
Sebagaimana Iman Hassan al Basri mengatakan, “Perbanyakkanlah bersahabat
dengan orang-orang yang beriman dan yang bertakwa kepada Allah S.W.T, kerana
sesungguhnya mereka akan dapat memberikan syafaat pada hari kiamat kelak.”
Semoga kita sentiasa ditemani oleh sahabat yang cantik – cantik akhlak dan
agamanya; dan kita termasuk dalam kalangan yang mengingatkan sesama kita akan
“Amar Makruf Nahi Munkar”.

155

156

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah

• Dr. Fatin Farazh Ya’acob,
• Rosmah Abd Ghani@ Ismail,

• Norfariza Mohd Ali,
• Azman Ali,

• Siti Nordiyana Isahak,
• Nurul Fahana Aini Harun,

• Aidarohani Samsudin,
• Dr. Nur Fatihah Shaari,

• Mohd Azim Sardan,
• Diana' Mazan,

• Bazri Abu Bakar,
• Dr. Juliana Mohd Abdul Kadir,

• Dr. Tan Yan Ling

Karya Akademik dan Umum

• Dr. Juliana Mohd Abdul Kadir,
• Mohd Azim Sardan,

• Aidarohani Samsudin,
• Norfariza Mohd Ali,
• Dr. Tan Yan Ling,
• Azman Ali,

• Nurul Fahana Aini Harun,
• Diana' Mazan,

• Dr. Nur Fatihah Shaari,
• Rosmah Abd Ghani@ Ismail,

• Dr. Fatin Farazh Ya’acob,
• Bazri Abu Bakar,

• Siti Nordiyana Isahak

Karya Kreatif

• Nurul Fahana Aini Harun,
• Dr. Tan Yan Ling,

• Dr. Juliana Mohd Abdul Kadir

157

158

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

BENGKEL PENULISAN JABATAN EKONOMI
“AYUH KAWAN, MENULIS SAMPAI PUBLISH”

Penulis: Dr. Fatin Farazh Ya’acob, Rosmah Abd Ghani, Norfariza
Mohd Ali, Azman Ali, Siti Nordiyana Isahak, Nurul Fahana Aini Harun

Bagi memberi galakan untuk warga di Jabatan Ekonomi untuk terus menulis, satu bengkel
penulisan dijalankan sebagai satu inisiatif perkongsian ilmu sesama warga jabatan. Bengkel
ini diadakan selama dua hari iaitu pada 24- 25 Ogos 2022 di Bilik Seminar Sri Bendahara,
UiTM Segamat, Johor. Bengkel ini dikendalikan sebagai satu platform perkongsian ilmu dan
aspirasi kepada warga Jabatan Ekonomi UiTM Cawangan Johor dalam penghasilan artikel
akademik dan artikel umum. Ia telah dihadiri seramai 12 ahli warga Jabatan Ekonomi.

Antara tujuan bengkel penulisan ini adalah perbincangan dan perkongsian ilmu
daripada penceramah berkaitan dengan penghasilan lebih banyak artikel yang berbentuk
ilmiah yang dapat diterbitkan di jurnal atau di majalah dan akhbar. Selain itu, perkongsian dari
penceramah tentang cara memilih jurnal yang sesuai dengan penghasilan artikel yang telah
ditulis bagi memudahkan dan mempercepatkan proses penerbitan. Istimewanya bengkel ini
adalah sesi ‘hands-on’ di dalam kumpulan dan perbincangan untuk menghasilkan artikel yang
perlu disiapkan dalam tempoh bengkel itu dijalankan. Maka ini adalah proses ekspres bagi
menghasilkan output dari bengkel ini.

159

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Pada hari pertama, sesi perkongsian telah dilakukan oleh Dr. Juliana Binti Mohamed
Abdul Kadir. Beliau telah berkongsi ilmu berkenaan tajuk “Teknikal Penulisan Jurnal Dijamin
Publish: Apa yang Perlu dan Apa yang Tidak Perlu?” dimana area ini adalah kepakaran
beliau. Kemudian, sesi perkongsian telah disambung oleh Dr. Tan Yan Ling berkaitan tajuk
Dimanakah Kami Perlu Terbitkan Jurnal Kami?”. Sesi perkongsian 2 penceramah dari
Jabatan Ekonomi ini telah memberi kefahaman kepada warga ekonomi yang lain untuk
menulis dengan menggunakan beberapa teknik mudah. Pada sesi petang pula, bengkel ini
diteruskan dengan pembentukan kumpulan dan pencarian idea bagi penulisan.

Pada hari kedua, sesi hands-on penulisan
dilakukan di dalam kumpulan. Ahli-ahli
kumpulan berkerjasama dalam pencarian bahan
dan penulisan bagi merealisasikan objektif
bengkel ini. Sebanyak 10 artikel umum dan 4
laporan telah dihasilkan oleh warga Jabatan
Ekonomi dimana semua artikel dan laporan ini
akan dihantar ke majalah E-dinamik UiTM
Johor. Manakala penulisan artikel lain akan
diteruskan dan di hantar ke jurnal yang
bersesuaian.

Bengkel seperti ini diharapkan dapat
memberikan kefahaman dan seterusnya
membantu warga Jabatan Ekonomi UiTM
Cawangan Johor dalam hal-hal yang berkaitan
dengan penghasilan artikel yang boleh
menyumbang kepada sasaran penerbitan UiTM
Cawangan Johor.

160

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PROGRAM PENGAJARAN
KOLABORASI ECO120

Penulis: Norfariza Mohd Ali 1, Aidarohani Samsudin 1,
Nor Hamiza Mohd Ghani 2,

Sholehah Abdullah 2, Anita Md. Shariff 2
1 Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor
2Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu

Universiti Teknologi MARA (UiTM) amat menggalakkan ahli akademiknya melaksanakan
pengajaran kolaborasi bagi menyokong dasar pengajaran dan pembelajaran abad ke 21.
Berdasarkan kepada kerangka pengajaran kolaboratif UiTM, pengajaran secara kolaborasi ini
merujuk kepada penglibatan bersama tenaga pengajar dalam kalangan akademia dan rakan industri
untuk memudahcara pengajaran, mendidik, membimbing dan melatih mahasiswa bagi memperkasa
pembelajaran kendiri. Terdapat tujuh model pengajaran kolaboratif yang boleh dilpilih bagi setiap
kursus yang ditawarkan di UiTM. Antara model yang boleh dilaksanakan termasuklah kolaborasi
pembangunan kandungan, kolaborasi bersama pensyarah tamu dan kolaborasi pentaksiran
interdisplinari.

Menyedari akan impak pengajaran kolaborasi kepada tenaga pengajar amnya dan mahasiswa UiTM
khususnya, seramai 5 orang pensyarah kursus Principles of Economics dari Jabatan Ekonomi
UiTM Cawangan Johor (UiTMCJ) dan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah mengembeling
tenaga bagi menjayakan Program Pengajaran Kolaborasi bagi kod kursus ECO120. Peserta yang
terlibat dalam program ini terdiri daripada 310 pelajar UiTMCJ dan UiTMCT yang mendaftar subjek
Principle of Economics (ECO120) pada semester Mac – Ogos 2022.

161

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor Peserta yang telah berjaya merebut
hadiah tersebut ialah Norhazrina
Merujuk kepada model-model yang ditawarkan oleh Akmal Hanis binti Mohamad Hamzah
Pusat Penyampaian Inovatif dan Pembangunan dan Muhammad Afiq Syahmi bin
Pembelajaran (CIDL) UiTM, Jawatankuasa Pengajaran Ibrahim. Kedua-dua pemenang
Kolaborasi ECO120 sebulat suara telah memilih model adalah pelajar UiTMCT. Pelajar yang
2 iaitu kolaborasi bersama pensyarah tamu dari terlibat diberikan surat penghargaan
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan bagi menghargai peranan mereka
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang pakar menjayakan program ini.
dalam bidang masing-masing. Model 2 dilihat amat
bersesuaian dengan tujuan pelaksanaan program ini
iaitu untuk mengaplikasikan konsep pendidikan 5.0
dalam aktiviti pembelajaran dan pembelajaran. Ini
memberi pengalaman kepada pelajar menimba ilmu
daripada pensyarah IPTA yang lain dan meningkatkan
minat dan pengetahuan pelajar berkaitan isu-isu
ekonomi. Dua daripada sebelas bab yang terkandung
dalam silibus kod kursus ini telah dipilih untuk
disampaikan oleh pensyarah tamu tersebut.

Sesi pengajaran kolaborasi yang pertama bagi
semester Mac- Julai 2022 telah dilaksanakan pada 21
Mei 2022 pada jam 2.00 petang. Syarahan bertajuk
“Achieving Macroeconomics Objective: How Far
Have Nation Succeeded” yang berlangsung selama
dua jam secara dalam talian telah disampaikan oleh Dr.
Nor Ermawati Husin. Beliau merupakan salah seorang
pensyarah kanan di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan
Pembangunan Sosial, UMT. Bagi menarik minat pelajar,
jawatankuasa turut menganjurkan kuiz bagi tajuk yang
disampaikan dan menawarkan hadiah wang tunai RM50
kepada dua peserta terawal yang memperolehi markah
tertinggi.

162

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Sesi kedua pula telah dilaksanakan pada 15 Julai Jawatankuasa Pengajaran Kolaborasi
2022 bermula pada jam 9.00 hingga 11.00 pagi. ECO120 amat berbesar hati dengan
Sesi penyampaian pada kali ini turut diadakan kesudian pensyarah tamu dalam
secara dalam talian. Dr. Mohd Shahidan Shaari, meluangkan masa berkongsi kepakaran
pensyarah kanan Fakulti Sains Gunaan & mereka dan amat gembira dengan
Kemanusiaan UniMAP telah diundang untuk maklumbalas positif daripada pelajar
menyampaikan syarahan yang bertajuk yang menyertai program ini. Semoga
“International Trade: Lesson from the Past and program seperti ini sentiasa mendapat
the Way Forward”. Pelaksanaan kedua-dua sesi sokongan penuh daripada pelajar dan
pengajaran kolaborasi ini turut dibantu oleh UiTM.
beberapa orang wakil pelajar UiTMCJ dan
UiTMCT. Mereka diberi tugasan sebagai ahli
jawatankuasa pelaksana program. Ini dapat
memberi pengalaman kepada mereka bagaimana
menguruskan sesuatu program. Pelajar yang
terlibat diberikan surat penghargaan bagi
menghargai peranan mereka menjayakan
program ini.

Bagi melihat keberkesanan pelaksanaan
pengajaran kolaborasi, jawatankuasa telah
mengedarkan borang soal selidik kepada peserta
sejurus tamat sesi perkongsian oleh kedua-dua
penceramah tamu. Hasil daripada analisa tersebut
mendapati lebih daripada 88% pelajar dapat
memahami tajuk yang disampaikan oleh
pensyarah tamu. Respon daripada peserta juga
menunjukkan 88% pelajar bersetuju agar program
seperti ini wajar dilaksanakan pada semester akan
datang. Mereka juga berpendapat bahawa
program ini telah dilaksanakan dengan baik
secara keseluruhannya.

163

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

ONE TOUCH CANVA DESIGN:
EASY-PEASY TIPS AND TRICKS FOR BEGINNERS

Penulis: Dr. Nur Fatihah Shaari, Aidarohani Samsudin,
Shahira Abdul Jabar, Mohd Azim Sardan, Diana’ Mazan

Pada 10 Jun 2022, Persatuan Diploma in Banking Association (DiBA) telah menganjurkan
program “One Touch Canva Design: Easy-Peasy Tips and Tricks for Beginners” yang
bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar, pensyarah dan orang ramai mengenai
cara dan penggunaan perisian canva dalam pengajaran, pembelajaran dan aktiviti seharian.
Program yang berlangsung selama enam (6) jam itu telah mendapat sambutan daripada
para pelajar terutama ahli DiBA Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor (UiTMCJ)
Kampus Segamat, dan beberapa pelajar dari luar UiTMCJ.

Jumlah penyertaan adalah sebanyak 29 orang dengan 17 penyertaan pelajar UiTMCJ,
sepuluh orang ahli jawatankuasa DiBA, dan dua orang pelajar dari luar UiTMCJ. Program
dipantau oleh penasihat DiBA, Dr Nur Fatihah Shaari. Penceramah jemputan bagi program
canva ini adalah Cik Lina Khalida yang merupakan guru canva di aplikasi TikTok
dan mempunyai pengalaman yang luas dalam penggunaan canva, telah berjaya menarik
minat para pelajar untuk menggunakan perisian canva dalam menyiapkan tugasan
pembelajaran mereka seperti membuat pembentangan, tugasan bertulis dan penye1d6ia4an
laporan persatuan.

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Antara kandungan yang dibincangkan sewaktu program dilakukan adalah bagaimana
untuk menyedia dan membuat pembentangan menggunakan canva, cara mendapatkan
emoji yang sesuai untuk digunakan sewaktu pembelajaran, dan cara untuk berkongsi
perisian untuk tugasan kumpulan. Program seperti ini perlu dilaksanakan secara berkala
bagi membantu para pelajar dan juga pensyarah supaya lebih kreatif dalam menyediakan
nota pengajaran dan pembelajaran.

165

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

WEBINAR PENYUSUTAN NILAI RINGGIT:
PATUTKAH KITA RISAU

Penulis: Aidarohani Samsudin1, Dr. Nor Fatihah Shaari1,
Shahira Abd Jabar1, Diana’ Mazan1, Dr. Azizul Hakim Samsudin2

1 Fakulti Pengurusan dan Perniagaan
2 Fakulti Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

Pada Mei 2022, sama seperti bulan sebelumnya,
Malaysia sekali lagi dihidangkan dengan berita
kemerosotan nilai ringgit berbanding dollar Amerika.
Menurut laporan daripada akhbar Utusan Malaysia,
Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid yang
merupakan Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd.
(BIMB), telah menyatakan nilai ringgit akan terus
mendatar berikutan data inflasi dari AS terus kekal
pada paras tinggi. Sehubungan itu, Fakulti
Pengurusan dan Perniagaan (FPdP) UiTM Cawangan
Johor melalui Persatuan Diploma Perbankan (DiBA)
telah mengambil inisitaif menganjurkan sebuah
seminar ilmiah yang bertajuk - Penyusutan Nilai
Ringgit: Perlukah kita Risau, bagi mengupas isu
hangat ini.
Seminar dalam talian ini telah dilaksanakan pada 16
Jun 2022 bermula jam 8.00 malam sehingga 10.45
malam. Seminar yang berlangsung selama 2 jam 45
minit ini telah dihadiri oleh 45 mahasiswa Diploma
Perbankan UiTMCJ. Tujuan utama penganjuran
seminar ini adalah untuk memberi pendedahan
kepada mahasiswa akan faktor dan kesan
penyusutan nilai ringgit kepada pertumbuhan
ekonomi Malaysia secara keseluruhannya. 166

Menyokong hasrat UiTMCJ yang ingin Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
meningkatkan hubungan kerjasama dengan
pihak industri, maka, kepadatan jadual Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
penceramah tidak menghalang DiBA untuk
mendapatkan persetujuan daripada Dr. Mohd
Afzanizam Abdul Rashid sendiri untuk
berkongsi ilmu dan pandangan beliau berkaitan
isu ini. Pengalaman sebenar beliau yang luas
di sektor perbankan dan status beliau sebagai
ALUMNI UiTMCJ yang bergraduat pada
tahun 1997 menjadikan beliau sebagai pilihan
yang tepat kerana mampu menjadi sumber
inspirasi kepada mahasiswa disini

Melalui kajian yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak mendapati terdapat banyak faktor yang
menyumbang kepada kelemahan nilai ringgit. Namun, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid
berpendapat bagi menangani isu ini, fokus haruslah diberikan kepada penyumbang jangka masa
panjang seperti jumlah pekerja asing di Malaysia. Hampir semua buruh asing di Malaysia
mendepositkan sebahagian gaji mereka kepada keluarga di kampung halaman. Hal ini
meningkatkan aliran keluar negara (cash outflow) yang secara langsung meningkatkan
penawaran ringgit di pasaran matawang. Selain itu, penurunan tahap sara diri di Malaysia
mendorong peningkatan jumlah import produk agro makanan bagi memenuhi keperluan domestik.
Hal ini mengakibatkan akaun imbangan perdagangan dalam sektor agro makanan mencatat nilai
defisit sebanyak RM25billion. Peningkatan aliran keluar negara daripada dua faktor yang diulas
ini dijangka akan memburukkan lagi nilai ringgit di masa hadapan sekiranya ia tidak diatasi
dengan cekap.

Menjawab kepada persoalan cadangan menambat ringgit, beliau menjelaskan tiada keperluan

bagi Malaysia untuk menambat ringgit seperti mana yang telah dilaksanakan sewaktu Krisis

Kewangan Asia yang berlaku pada tahun 1997. Walaupun pada tahun ini kemeruapan ringgit
sangat extreme, namun sistem perbankan di Malaysia berada dalam keadaan baik. Hal ini dapat

dibuktikan melalui aktiviti pembiayaan di Malaysia yang masih berlaku seperti biasa dengan data

non-performing loans (NPLs) berada pada paras yang rendah iaitu 1.53% setakat April 2022.

Selain itu, bank-bank di Malaysia juga mempunyai modal yang banyak (well capitalize) di mana

nilai total capital ratio (TCR) berada pada angka melebihi 18%. 167

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Bacaan Liquidity Coverage Ratio (LCR) bank-bank di Malaysia juga berada pada 140%-150%,

menunjukkan sektor perbankan di Malaysia memegang aset cair berkualiti tinggi yang mencukupi. Maka

jelas bahawa kedudukan sektor perbankan yang kukuh ini tidak memerlukan ringgit ditambat pada

dollar Amerika.

Menurut beliau, penyusutan nilai matawang menjadi “shock absorber” ekonomi sesebuah negara.
Sebagai negara pedagang, Malaysia mendapat manfaat hasil daripada penyusutan nilai ringgit kerana
harga eksport Malaysia lebih kompetitif berbanding pesaingnya. Ini terbukti melalui jumlah eksport
negara yang telah mencatat pertumbuhan sebanyak 20.7% pada April 2022. Penyusutan nilai ringgit
juga akan membantu Malaysia mencapai keseimbangan akaun imbangan perdagangan kerana ia
mampu mengurangkan jumlah import berikutan peningkatan harga barangan tersebut.

Diakhir sesi perkongsian beliau, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid menegaskan, tiada keperluan bagi
negara untuk campur tangan dalam menangani kemerosotan nilai ringgit yang berlaku pada tahun ini.
Walau bagaimanapun, keutamaan harus diberikan kepada perkara-perkara yang mampu menjadikan
ekonomi Malaysia lebih berdaya saing. Antaranya, menggalakkan pelaburan dalam aktiviti-aktiviti
yang dapat memberi nilai tambah kepada ekonomi seperti pelaburan untuk meningkatkan pengeluaran
pekerja mahir, serta menggalakkan industri membuat pelaburan teknologi dalam pembuatan bagi
menangani isu peningkatan penggunaan tenaga buruh asing. Pelaburan pembinaan teknologi dan R&D
dalam sektor agro juga wajar diberi penekanan untuk meningkatkan tahap sara diri serta keselamatan
makanan negara.

Bagi mengenalpasti keberkesanan seminar ini, maka DiBA telah mengedarkan borang maklum balas
kepada semua peserta dan hasil analisa borang tersebut mendapati peserta yang hadir sangat berpuas
hati dengan penganjuran seminar ini. Ia telah membantu mereka memahami dengan lebih jelas isu
yang dibincangkan. Peserta juga bersetuju bahawa perkongsian pakar dari industri mampu memberi
nilai tambah terhadap teori-teori yang dipelajari oleh mereka.

Ibarat peribahasa sambil menyelam minum air, DiBA bukan sahaja telah berjaya menganjurkan seminar

yang dapat menambah kefahaman mahasiswa berkaitan isu penyusutan nilai ringgit, bahkan DiBA turut

sama membantu pencapaian UiTMCJ untuk menjalin kerjasama dengan pihak industri dan
meningkatkan jumlah ALUMNI expert sharing bagi tahun 2022. Semoga DiBA akan kekal aktif

melaksanakan program-program yang memberi manfaat kepada mahasiswa khasnya dan membantu

pencapaian Penunjuk Prestasi (PI) UiTMCJ umumnya. 168

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH
HAJI ABDUL RAZAK JAMBARI

Penulis: Bazri Abu Bakar1, Azman Ali1, Dr. Juliana Mohd Abdul
Kadir1, Dr. Tan Yan Ling1, Norfariza Mohd Ali1, Kursimah Harun2

1 Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor
2Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak

Setelah 13 tahun berkhidmat sebagai Pensyarah Ekonomi, iaitu bermula di
UiTMCJ Kampus Segamat pada tahun 2008, dan berakhir di kampus Pasir
Gudang pada 2022, Haji Razak kini selesa menjalani kehidupan harian sebagai
seorang pesara. Semasa di UiTM, beliau mengajar kebanyakan subjek Ekonomi
dan subjek Pengurusan. Beliau juga diberi kepercayaan dan tanggungjawab
memangku jawatan sebagai Koordinator Pengurusan Perniagaan selama 3 tahun
bermula pada tahun 2017 sehingga 2020.

Jika dikisahkan semula perjalanan kerjaya anak kelahiran Pontian ini, beliau
sebenarnya memulakan kerjaya sebagai Pegawai Bank di Bank Islam Malaysia
Berhad, bermula tahun 1987 di cawangan Alor Star, dan berakhir di cawangan
Bank Islam Johor Bahru sebelum beralih arah kepada tugas pensyarah di UiTM.
Banyak budi yang ditabur di bumi UiTM sebelum beliau mulai bersara pada 15
Febuari 2022.

Tanggal 10 Mei 2022, Jabatan Ekonomi telah meraikan persaraan beliau. Majlis
diadakan dengan begitu meriah di selang-seli dengan ucapan dan pertukaran
cenderahati. Majlis tersebut telah dihadiri oleh semua staf Jabatan Ekonomi
termasuklah rakan yang telah bersara, Puan Zailati Ahmad dan PM Ismail Shaari.
Juadah enak seperti sate, lemang keriuk kera, nasi impit, laksa Johor, laksa
Penang, dan pelbagai jenis kek dihidangkan dan menjadi santapan kami pada hari
tersebut.

Jabatan Ekonomi ingin mengucapkan selamat maju jaya dan selamat bersara kepada Haji Razak yang

telah manabur bakti di bumi UiTM. Kami ingin menyatakan yang anda seorang yang berkarisma tinggi dan

berkebolehan. Dengan ucapan yang diberikan oleh Ketua Jabatan dan disusuli oleh ucapan Haji Razak,

kami mengambil gambar bersama tanda kenangan. Majlis bersurai tepat jam 2.00 petang. 169

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

ALUMNI PRIHATIN:
KELANGSUNGAN MAHASISWA KEUTAMAAN ALUMNI

Penulis: Diana Mazan, Mohd Hakimi Harman,
Nor Siti Khadijah Arunah, Najwa Abd Ghafar

Bertemakan “Kelangsungan Mahasiswa Keutamaan Alumni”, satu program yang diberi nama Alumni
Prihatin telah berjaya dilaksanakan pada 30 Jun 2022. Program yang berbentuk penyampaian
sumbangan zakat dan sedekah ini telah berjaya mengumpulkan hampir 50 orang peserta yang terdiri
daripada Alumni UiTM Cawangan Johor, pelajar semasa UiTM Cawangan Johor iaitu penerima zakat,
AJK Unit Alumni UiTM Cawangan Johor, serta tetamu jemputan yang merupakan staf UiTM Cawangan
Johor.
Dianjurkan secara bersama oleh Unit Alumni UiTM Cawangan Johor dan Persatuan Alumni UiTM
Cawangan Johor, program Alumni Prihatin ini dianjurkan bertujuan untuk menyampaikan sumbangan
kepada penerima zakat iaitu seramai 20 orang pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda UiTM
Cawangan Johor Kampus Segamat. Selain itu, program ini dapat membentuk jalinan positif di antara
alumni, universiti dan industri seiring dengan objektif penubuhan persatuan - kembali berbakti kepada
universiti, ia juga dapat menyemai sikap alumni untuk terus mengambil berat di tempat mereka
menuntut ilmu selaras dengan moto persatuan iaitu Kembali Berbakti.

Bagi meraikan penerima sumbangan, Ledang Inn, UiTM Cawangan Johor telah dipilih sebagai lokasi
program. Selain menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai dan naskah hadith, penerima
sumbangan yang merupakan pelajar asnaf UiTM Cawangan Johor juga diraikan dengan jamuan makan
tengahari.

170

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Program telah bermula pada pukul 11.00 pagi dengan
ketibaan para jemputan. Para jemputan terdiri
daripada 6 orang pemberi sumbangan yang juga
merupakan Alumni UiTM Cawangan Johor, 20 orang
penerima sumbangan (pelajar asnaf), 6 orang staf
UiTM Cawangan Johor yang juga Alumni serta 12
orang AJK Unit Alumni UiTM Cawangan Johor. Turut
hadir sebagai tetamu ialah Timbalan Rektor Hal
Ehwal Pelajar, Dr. Basharudin Shah Basri, Timbalan
Pendaftar, En. Mior Hishamuddin Ariffin, serta wakil
daripada Unit Zakat, Ustazah Mahasin Saja@Mearaj,
serta Ustaz Mohd Azhar bin Anuar.

Tepat jam 11.30 pagi, program bermula dengan
ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis dan diikuti
oleh ucapan oleh Penyelaras Unit Alumni, Puan
Diana Mazan. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan
rasa terima kasih kepada Alumni yang sentiasa
menyumbang kembali kepada UiTM. Selain itu, di atas
sumbangan yang menggalakkan daripada Alumni, Unit
Alumni bersetuju untuk menganjurkan program Alumni
Prihatin ini di masa akan datang, di mana segala
sumbangan akan dikumpulkan dan diserahkan kepada
penerima dalam satu majlis.

Seterusnya, program diteruskan dengan ucapan oleh
Presiden Persatuan Alumni UiTM Cawangan
Johor, Tuan Haji Roslan Hussein dan juga Timbalan
Rektor Hal Ehwal Pelajar, Dr. Basharudin Shah Basri.
Dalam ucapan tersebut, kedua-duanya menekankan
kepentingan pengurusan kewangan dan pengurusan
masa yang baik sepanjang tempoh pengajian. Turut
ditekankan adalah hubungan baik antara pelajar dan
alumni.

171

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Koordinator Zakat, Ustazah Mahasin Saja@Searaj juga menyampaikan ucapan yang
berbentuk nasihat agar penerima zakat dan sumbangan dapat menggunakan wang zakat dan
sedekah dengan sebaik mungkin serta tidak sesekali menyalahgunakan wang tersebut, supaya
penerima dan juga penyumbang sama-sama mendapat kebaikan.
Bagi menghargai usaha para alumni UiTM Cawangan Johor yang prihatin dengan kelangsungan
mahasiswa, wakil penerima zakat telah menyampaikan ucapan tanda kesyukuran dan terima
kasih. Dalam ucapannya, terselit impian untuk menjadi seperti penyumbang, yang mana satu
ketika nanti mereka juga dapat kembali berbakti kepada universiti. Setelah itu, acara diteruskan
dengan sesi penyampaian sumbangan. Tetamu juga disajikan dengan tarian oleh Kelab
Kebudayaan sebaik sahaja selesai acara penyampaian sumbangan.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang disasarkan.
Unit Alumni UiTM Cawangan Johor amat berbesar hati dengan kelancaran program ini dan
merancang untuk menjadikan program seumpama ini sebagai salah satu acara tahunan Unit
Alumni dan Persatuan Alumni UiTM Cawangan Johor.

172

173

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

TREND PERBELANJAAN SI RAKYAT

Penulis: Dr. Juliana Mohd Abdul Kadir1, Kursimah Harun2,
Mohd Azim Sardan1, Aidarohani Samsudin1
1 Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor

2Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak

Menunggu kehadiran hujung bulan ada ketikanya membuatkan si rakyat tersenyum
malah tidak kurang juga meresahkan. Mana tidaknya memikirkan gaji dipoket kering
sebelum sampai waktunya. Si rakyat yang berkeluarga mungkin lebih gundahnya
memikirkan keperluan untuk si anak dan si isteri. Tidak kurang juga hidup si rakyat
yang merantau di bandaraya besar yang perlu memperuntukkan wang mungkin
untuk bayaran sewa rumah, petrol, parkir dan sebagainya.

Majoriti rakyat Malaysia adalah perpendapatan tetap dan hanya tertumpu kepada
satu jenis pekerjaan sahaja - makan gaji. Berdasarkan statistik yang dijalankan oleh
Jabatan Perangkaan Malaysia, perbelanjaan yang tertinggi dilakukan oleh golongan
berpendapatan rendah (B40) adalah untuk perbelanjaan makanan dan minuman.
Pada tahun 2016, sebanyak 25.5 peratus daripada pendapatan bulanan
diperuntukkan untuk membeli keperluan asas tersebut berbanding dengan 38.8
peratus pada tahun 2012. Kadar ini semakin mengecil selaras dengan kenaikan kos
sara hidup isi rumah. Sementara itu, perbelanjaan kedua tertinggi yang dilakukan
oleh golongan B40 ini adalah diperuntukan untuk bayaran utiliti seperti perbelanjaan
untuk rumah, air, elektrik, gas dan petrol.

Bagaimanapun, trend yang sebaliknya dapat dilihat bagi dua golongan

berpendapatan teratas. Komposisi perbelanjaan oleh golongan berpendapatan

pertengahan (M40) dan golongan berpendapatan tinggi (T20) adalah lebih tertumpu

untuk pembiayaan utiliti dengan peratusan 22.8 peratus dan 24.8 peratus masing-

masing. Jika diamati, corak perbelanjaan yang sama juga berlaku pada tahun 2012

walaupun peratusannya sedikit berbeza.

174

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Pola perbelanjaan ini disokong dapatan daripada Centre for Public Policy Studies
2013 yang menyatakan golongan berpendapatan kurang daripada RM1,000
membelanjakan 30 peratus daripada pendapatan bulanan mereka untuk membeli
makanan berbanding 5 peratus bagi mereka yang berpendapatan melebihi RM10,000
sebulan. Golongan B40 lebih terarah kepada perbelanjaan makanan yang merupakan
keperluan asas sebagai sumber tenaga untuk bekerja. Manakala M40 dan T20
mempunyai bebanan yang lebih tinggi untuk perbelanjaan utiliti jika dibandingkan dengan
makanan.

Isi rumah berpendapatan rendah lebih sensitif terhadap kejutan harga di pasaran
memandangkan sebahagian besar pendapatan mereka lebih menjurus kepada
keperluan harian berbanding hanya sedikit untuk simpanan. Oleh itu, sebarang
perubahan dalam dasar ekonomi akan memberi kesan besar kepada kumpulan ini.

Mutakhir ini, ketidaktentuan dalam beberapa polisi seperti penetapan harga petrol dan
tarif air turut memberi impak kepada masyarakat terutamanya golongan B40 kerana
peningkatan kos pengeluaran ini mendorong harga makanan dan barangan menjadi
mahal. Keadaan ini seharusnya memotivasikan si rakyat untuk lebih berhati-hati
terhadap perbelanjaan yang dibuat. Si rakyat disarankan membuat pengiraan dan
pelunjuran yang betul supaya kos sara hidup selama 30 hari dapat ditampung
sepenuhnya daripada gaji bulanan yang diperolehi. Jangan sampai membebani hidup
sendiri dan keluarga sehingga sanggup berhutang sana-sini.

175

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

TIPS PALING ASAS UNTUK MULA BERLARI

Penulis: Norfariza Mohd Ali, Dr. Tan Yan Ling,
Azman Ali, Nurul Fahana Aini

Sebelum pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, acara larian rekreasi dan larian
marathon sentiasa dianjurkan sama ada di dalam negara atau pun di luar negara.
Ramai yang menyertainya sama ada secara suka-suka atau secara serius. Berlari
tidak memerlukan modal yang besar sebenarnya. Tetapi kalau kau sudah mulai
serius untuk menceburinya, sudah tentu ada kos yang perlu ditanggung. Aku sebagai
pelari rekreasi selalu menerima soalan-soalan seperti ‘susah tidak berlari?
Macam mana hendak mula berlari? Apa yang perlu ada untuk mula
berlari?’

Meh, aku ceritakan di sini apa yang perlu ada sebagai pemula untuk berlari. Ini tips
paling asas. Paling mudah untuk kau ikut.

Pertama, benda yang kau perlu ada mestilah pakaian sukan. Pakai pakaian sukan
yang sesuai. Pilih t-shirt yang ringan dan menyerap peluh. Seluar yang tidak terlalu
ketat atau longgar. Ngam-ngam selesa untuk kau. Jangan terlalu ketat kerana ia
akan membataskan pergerakan. Jangan pula terlalu longgar kerana akan
menganggu pergerakan kaki. Silap langkah, jatuh tersadung. Tidak perlu pakai
sweater dengan andaian kalori akan cepat terbakar kerana lebih cepat berpeluh atau
rasa bergaya bila memakai sweater. Usah percaya dengan mitos ini. Ramai yang
tidak tahu bahawa dengan memakai sweater ketika berlari akan melambatkan
proses penyejukan badan berlaku. Boleh jadi, kau akan pengsan nanti.

176

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Kedua, kasut. Pastikan kau pilih kasut sukan yang sesuai. Sebenarnya tidak ada
spesifik jenama kasut apa yang paling sesuai untuk berlari. Semuanya bergantung
kepada keselesaan individu itu sendiri. Pilih kasut untuk aktiviti luar (outdoor), bukannya
kasut untuk aktiviti dalaman (indoor). Tapak kasut untuk aktiviti tersebut berbeza. Untuk
aktiviti dalaman, tapak kasutnya getah. Tidak sesuai untuk berlari di luar kerana tapak
kasutnya akan cepat rosak kerana trek berlari tidak rata. Berbeza dengan kasut untuk
aktiviti luaran, tapak kasutnya sesuai untuk trek berlari seperti di jalan raya atau di trek
jogging. Pilih kasut larian (running shoes) dan bukan kasut latihan (training shoes).
Fleksibiliti kasut tersebut berbeza sebab itu kau perlu pilih kasut larian (running shoes).

Ketiga ialah aktiviti pemanasan badan atau regangan ringan sebelum berlari (warming
up) dan aktiviti penyejukan badan selepas berlari (cooling down). Aktiviti pemanasan
badan sebelum berlari akan menjadikan tubuh lebih bersedia untuk bekerja lebih tekanan
semasa berlari. Tidaklah badan terkejut apabila tiba-tiba sahaja terus berlari. Tumpukan
aktiviti pemanasan pada bahagian tangan, kaki dan pinggul. Selepas berlari, lakukan
aktiviti penyejukan badan. Tubuh yang telah bekerja keras selepas berlari, perlu
direhatkan secara perlahan-lahan. Kadar denyutan jantung dapat kembali kepada tahap
normal secara berperingkat. Lakukan regangan ringan agar sakit otot dan sendi dapat
dikurangkan dan pulih dengan segera. Tidaklah kau rasa serik untuk berlari lagi untuk
keesokan harinya.

177

Selain tips di atas, ada juga yang Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
bertanya kepada aku perlu atau tidak
untuk beli jam khas untuk berlari. Akhir sekali, mulakan sahaja berlari. Kalau
Jawapannya, bergantung kepada kau sudah ada pakaian sukan yang selesa,
kemampuan pelari. Harga jam bermula kasut sukan yang berjenama dan jam khas
daripada RM100 dan ke atas. Ada yang larian, impian untuk berlari takkan berjaya kalau
paling mahal berharga lebih dari kau sendiri tiada azam yang kuat untuk
RM1000. Tetapi paling mudah dan melaksanakannya. Tidak perlu ikut kelajuan
murah, muat turun sahaja aplikasi larian (pace) orang lain. Lari ikut kemampuan kau
dalam telefon bimbit. Cuma agak renyah sahaja. Selepas mampu bertahan sehingga dua
untuk pelari yang suka berlari tanpa minggu, tingkatkan intensiti berlari. Selain
membawa gajet bersama. Tidak daripada itu, tambahkan ilmu dengan mencuba
mengapa kalau kau tidak ada jam khas pelbagai teknik berlari, cara pemakanan yang
untuk permulaan berlari. Guna sahaja sesuai dan teknik pernafasan semasa berlari.
jam yang murah atau aplikasi yang Aku cerita banyak tapi kalau kau tak mula
percuma di telefon bimbit. Paling penting berlari pun tak guna juga. Yihh, penat sahaja
di sini, kau boleh pantau dengupan beri tips larian tetapi kau tidak juga mahu mula.
jantung, kepantasan masa berlari dan
jarak kilometer larian kau. Apa pun, nikmati sahaja pengalaman larian
kau. Mulakan dengan sedikit dulu kemudian
baru tambah jarak dan masa larian. Rasai
perubahan pada diri. Apa yang penting, bukan
kelajuan yang diukur tetapi kemampuan kau
untuk MULA berlari!

Sumber: Internet

178

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PENINGKATAN GAJI MINIMUM
DAN INFLASI

Penulis: Diana’ Mazan, Dr. Nur Fatihah Shaari,
Rosmah Abd Ghani@Ismail

Secara umumnya masyarakat mengetahui Gaji Minimum
adalah penetapan gaji terendah yang ditetapkan oleh kerajaan
kepada pekerja melalui Akta Majlis Perundingan Gaji Negara.
Kajian penetapan gaji minimum ini dilaksanakan dua tahun
sekali selari dengan peningkatan kos sara hidup akibat
kenaikan harga pasaran. Dasar utamanya adalah menjaga
kebajikan pekerja terutamanya pekerja dari kalangan sektor
swasta. Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
merupakan pertubuhan yang dibentuk untuk memperjuangkan
kebajikan pekerja termasuk gaji minimum. Kita sedia maklum
kerajaan telah pun mengumumkan kenaikan gaji minimum
bagi tahun 2022 di mana kadarnya telah meningkat dari
RM1,200 kepada RM1,500. Justeru itu, kenaikan gaji minimum
ini akan memberi kesan ke atas pekerja, majikan dan juga
ekonomi negara.

Sumber: Internet

Umum mengetahui, kenaikan harga pasaran secara
semula jadi dan berterusan dari tahun ke tahun menyebabkan
peningkatan kos sara hidup. Ini memberi tekanan kepada
golongan pekerja yang menerima kadar gaji minimum. Tekanan ini
mendorong pekerja melalui Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
(MTUC) mendesak kerajaan untuk meningkatkan kadar gaji
minimum. Peningkatan gaji minimum ini dapat meningkatkan
kuasa beli pekerja dan menampung kos sara hidup mereka yang
akhirnya meningkatkan permintaan untuk barangan dan
perkhidmatan di pasaran. Walau bagaimanapun, adakah kenaikan
gaji minimum ini selari dengan peningkatan produktiviti pekerja?
Hal ini yang sering difikirkan oleh majikan.

179

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Pandangan dari sudut majikan, kenaikan Di dalam keadaan ekonomi yang masih
menapak naik pasca Covid-19,
kadar gaji minimum ini menyebabkan keberlangsungan sesuatu perniagaan dan
industri adalah penting untuk pengeluaran
peningkatan kos pengeluaran output dan barang dan perkhidmatan. Peningkatan gaji
minimum dan ketidaksedian majikan
dianggap risiko kepada majikan yang menggunapakai kadar gaji minimum baharu ini
boleh menyebabkan kerencatan perniagaan
mempunyai dana perniagaan yang kecil. dan industri. Ini mengakibatkan penawaran
barang dan perkhidmatan berkurangan
Presiden Persekutuan Majikan Malaysia sedangkan permintaan meningkat di pasaran.
Situasi ini memberikan kesan negatif kepada
(MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed ekonomi negara. Oleh yang demikian,
perlaksanaan gaji minimum ini perlulah bersifat
Husman berpendapat majoriti majikan di menyeluruh agar dapat memberi manfaat
secara bersasar kepada pekerja, majikan dan
negara ini tidak bersedia untuk ekonomi.

melaksanakan cadangan gaji minimum Sumber: Internet

baharu kerana belum mencapai tahap

kestabilan ekonomi (Berita Harian, 6 Februari

2022). Kebanyakan perniagaan kecil-kecilan

begitu terkesan dengan kenaikan gaji

minimum memandangkan keadaan ekonomi

dan kewangan perniagan masih belum pulih

sepenuhnya akibat pandemik Covid-19.

Justeru, untuk kelangsungan perniagaan,

sebahagian besar majikan dari Industri

Kecil dan Sederhana (IKS) ini perlu

bergantung kepada bantuan dan subsidi

kerajaan seperti Program Subsidi Upah

(PSU). Ketidaksediaan majikan

mengaplikasikan gaji minimum baharu ini

memberi kesan ke atas perniagaan dan

sekaligus mampu mengancam ekonomi dari

sudut kelangsungan dan daya tahan

perniagaan.

180

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

SPESIES TERANCAM

Penulis: Dr. Tan Yan Ling1, Nur Adilah Saud1,
Norfariza Mohd Ali1, Dr. Siti Nuur-Ila Mat Kamal1,

Dr. Chen Jen Eem2, Dr. Yiew Thian Hee3
1Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor,
2Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis,

3Universiti Tunku Abdul Rahman

Negara mega pelbagai merupakan negara yang mempunyai tahap biodiversiti yang tinggi,
kaya dengan khazanah alam, dan mempunyai pelbagai jenis hidupan tumbuhan dan haiwan.
Brazil dikategorikan sebuah negara yang paling mega pelbagai di dunia dengan kewujudan
hutan hujan Amazon. Antara negara-negara mega pelbagai yang lain termasuklah Colombia,
Amerika Syarikat, Afrika Selatan, Filipina, Papua New Guinea, Malaysia, Republik
Demokratik Congo, Australia, Indonesia, China, Mexico, Venezuela, Ecuador, Peru, India,
dan Madagascar (Megadiverse Countries, 2022).

Asia Tenggara mengandungi tiga buah negara mega pelbagai iaitu Indonesia, Malaysia
dan Filipina. Rantau ini merangkumi kira-kira 20 peratus spesies tumbuhan, haiwan dan
marin global (Subramanian et al., 2011). Statistik terkini dalam Senarai Merah Terancam
IUCN menunjukkan bahawa Indonesia kekal merekodkan jumlah spesies terancam yang
tertinggi dengan 2196 spesies (IUCN, 2022). Ini dikuti dengan Malaysia dan Filipina dengan
masing-masing merekodkan 2071 dan 1595 spesies. Secara specifiknya, Indonesia
mencatatkan jumlah mamalia, burung, dan ikan terancam tertinggi di dunia, dengan 212, 161,
dan 366 spesies.

Walau bagaimanapun, kepupusan spesies berlaku di seluruh dunia tanpa mengira flaura

dan fauna. Kepupusan spesies merupakan satu keadaan penyisihan sesuatu spesies

daripada habitatnya, dan ianya dikatakan satu proses yang normal di alam semulajadi

(Hashim, 2022). Namun, pakar-pakar meramalkan bahawa bumi sedang menuju ke arah

bencana kepupusan besar-besaran (Cailler, 2022). Masalah ini amatlah membimbangkan

dan ianya boleh menjejaskan ekosistem dan kepelbagaian biodiversiti. 181

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Secara global, terdapat lebih daripada 147,500 spesies direkodkan dalam Senarai Merah
Terancam IUCN, di mana lebih daripada 41,000 spesies sedang diancam kepupusan. Ini
termasuk 41% daripada amfibia, 37% daripada jerung dan pari, 34% daripada konifer, 33%
daripada batu karang, 27% daripada mamalia, 21% daripada reptilia, dan 13% daripada burung
(IUCN, 2022). Selain itu, binatang liar seperti badak Jawa, harimau bintang, harimau Sunda, gorila
gunung, orang utan Tapanuli, Yangtze finless porpoise, badak hitam, gajah hutan Afrika, orang utan
Sumatera, dan penyu sisik merupakan 10 senarai haiwan yang berada di ambang kepupusan di
dunia (WWF-UK, 2022).
Di Malaysia, pada Mac 2020, bersempena Hari Hidupan Liar Sedunia, Astro AWANI telah
menyenaraikan beberapa hidupan terancam yang perlu diselamatkan. Antaranya ialah harimau
Malaya, seladang, gajah pygmy, penyu, dugong, tapir, tenggiling dan juga bunga Rafflesia.
Kesemua haiwan dan tumbuhan ini sekiranya tidak dilindungi pasti akan menerima nasib yang
sama seperti badak sumbu Sumatera yang telah pupus.

182

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Penerokaan kawasan hutan, pembalakan haram, pencemaran alam, dan perubahan
cuaca merupakan punca kepupusan dan kemusnahan hidupan flora dan fauna. Pelbagai
usaha perlu dipergiatkan bagi menjaga kelestarian alam semulajadi daripada terus
mengalami kemusnahan. Antara usaha yang boleh dilaksanakan adalah dengan
menghukum sesiapa yang menangkap atau membunuh haiwan tanpa kebenaran pihak
berkuasa. Selain itu, pihak berwajib juga boleh menambahkan lagi kawasan hutan
simpan untuk dijadikan habitat pembiakan berterusan. Dengan itu, pemuliharaan
biodiversiti iaitu perlindungan dan pengurusan biodiversiti amat diperlukan dalam
jangka masa panjang bagi pembangunan mampan sesebuah negara.

183

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

INFLASI MAKANAN DAN
KESAN KOS SARA HIDUP DI MALAYSIA

Penulis: Dr. Fatin Farazh Ya’acob, Bazri Abu Bakar,
Siti Nordiyana Isahak

Matlamat asas dasar ekonomi di kebanyakan negara di dunia adalah untuk
mengekalkan kestabilan harga. Dalam melaksanakan dasar fiskal dan monetari,
kestabilan harga diutamakan dengan mengambil kira beberapa matlamat, termasuk
memupuk pertumbuhan dan pembangunan yang mampan serta meningkatkan kuasa
beli mata wang asli. Kesan inflasi ke atas AS telah mula merebak ke negara lain.
Sukar untuk mengelakkan kesan global dunia yang sedang berlaku di negara kita
pada ketika ini. Seperti yang anda sedia maklum, inflasi merujuk kepada kenaikan
kos barang dan perkhidmatan dalam tempoh masa tertentu. Bagi menentukan kadar
inflasi, Indeks Harga Pengguna (CPI) digunakan. Ia merangkumi variasi dalam kos
item dalam bakul barangan dan perkhidmatan yang ditentukan dari semasa ke
semasa.

Sebagai contoh, harga satu keping roti canai dahulu adalah sekitar RM0.80 sehingga
RM1.00, akan tetapi pada tahun 2022 harga ini boleh mencecah sehingga RM1.70
sekeping. Ini dikenali sebagai inflasi, iaitu kenaikan harga yang berlaku pada
barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa.

184

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Disebabkan kos komoditi global yang semakin meningkat, gangguan rantaian
bekalan domestik, dan kejatuhan nilai ringgit, adalah dijangkakan. Hal ini jelas
menunjukkan inflasi makanan di Malaysia akan terus meningkat dalam beberapa
bulan akan datang. Pada bulan April 2022, inflasi di sektor makanan meningkat
sebanyak 4.1%, diikuti oleh sektor restoran dan hotel (3.2%), pengangkutan (3%),
hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan domestik (2.7%), pelbagai barangan dan
perkhidmatan (1.8%), dan rekreasi dan perkhidmatan kebudayaan (1.3%). Selain itu,
kos pendidikan juga meningkat sebanyak 1%, perumahan, air, elektrik, gas dan
bahan api lain meningkat sebanyak 0.8%, minuman beralkohol dan rokok meningkat
sebanyak 0.5%, dan kos kesihatan juga mengalami peningkatan sebanyak 0.2%.
Daripada data tersebut, pertumbuhan inflasi di sektor makanan merupakan
penyumbang terbesar kepada keseluruhan wajaran Indeks Harga Pengguna, dan
terus menjadi pemacu utama inflasi di Malaysia.

Pelbagai punca yang menjadi penyumbang kepada inflasi makanan. Pertama,
permintaan pasaran untuk produk dan perkhidmatan berkembang dengan ketara,
yang mana pembekal, pemborong dan penjual pada masa yang sama tidak dapat
menyediakan makanan disebabkan ketidakseimbangan bekalan dan permintaan.
Kedua, peniaga dan vendor terpaksa menaikkan harga barangan dan perkhidmatan
mereka untuk menandingi permintaan pelanggan yang semakin meningkat. Ketiga,
ringgit Malaysia terus kehilangan nilai. Apabila nilai ringgit terus jatuh, import menjadi
semakin mahal. Keempat, perbelanjaan operasi, pengeluaran dan pengedaran
meningkat. Kelima, kos buruh dan bahan mentah turut meningkat. Keenam, dasar
sifar COVID di China memburukkan lagi masalah rantaian bekalan. Akhir sekali,
konflik antara Ukraine dan Rusia memaksa sebahagian besar bekalan makanan
dunia mengambil masa yang panjang dan sukar untuk memenuhi permintaan global
pada masa ini.

185

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Oleh yang demikian, apabila inflasi makanan meningkat, ia akan memberi kesan
kepada kos sara hidup di Malaysia, khususnya bagi kumpulan pendapatan 40%
terendah (B40). Disebabkan oleh pendapatan yang tidak mencukupi untuk
membayar keperluan asas dan beban hutang yang dijana untuk menampung
peningkatan kos produk, perkhidmatan dan keperluan harian - ini menyebabkan
peningkatan mendadak ke atas kos sara hidup dan memberi kesan negatif yang
mendalam terhadap pola perbelanjaan penduduk. Selain itu, kadar inflasi yang
tinggi mengurangkan kesejahteraan masyarakat. Ini berikutan peningkatan paras
harga umum telah mengurangkan pendapatan sebenar masyarakat dan kuasa beli
pengguna. Bagi individu yang berpendapatan tetap dan golongan pesara, kenaikan
kos sara hidup akan memberi tekanan kepada kebajikan mereka.

Disebabkan oleh perbezaan dalam corak perbelanjaan dan kenaikan harga, kesan
inflasi ke atas isi rumah adalah berbeza. Khususnya, isi rumah dalam kumpulan
pendapatan terendah (B40) yang menetap di negeri dengan tahap pembandaran
yang tinggi mengalami inflasi yang lebih tinggi. Masyarakat dan isi rumah yang lebih
terdedah kepada kenaikan kos sara hidup ialah mereka yang berbelanja lebih
daripada pendapatan mereka, iaitu mereka yang berada dalam golongan B40, dan
mereka yang berpendapatan tetap, termasuk pesara.

Strategi dasar pelbagai dimensi diperlukan untuk menangani masalah
peningkatan kos sara hidup. Ini termasuk usaha untuk menyelesaikan masalah kos
sara hidup di bandar serta inisiatif untuk meningkatkan pendidikan dan celik
kewangan serta meningkatkan produktiviti dan pendapatan. Oleh itu, rakyat
Malaysia berbelanjalah bila perlu, janganlah membazir dan belajarlah untuk
menyimpan.

186

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

MENANGKIS PENIPUAN DENGAN ILMU

Penulis: Bazri Abu Bakar, Diana’ Mazan, Aidarohani Samsudin,
Dr. Fatin Farazh Ya’acob, Siti Nordiyana Isahak

Seorang jurutera kehilangan RM261,000 kepada ‘Coupon Scam’. Seorang
surirumah dan seorang pelajar lenyap sebanyak RM260,000 kepada ‘Macau Scam’.
Seorang pesara guru berputih mata selepas tertipu RM220,000 kepada ‘Love Scam’.
Seorang wanita warga emas berusia 74 tahun kerugian RM1.34 juta akibat ‘Macau
Scam’ manakala seorang lelaki berusia 67 tahun hilang RM1.87 juta akibat
terpedaya dengan ‘Parcel Scam’. Ini adalah sebahagian contoh bagaimana penipuan
siber tidak mengira latar belakang mangsanya. Samada warga tua atau orang muda,
terpelajar atau tidak, di bandar atau kampung, hanya duit yang menjadi objektif si
penipu. Dalam dua bulan pertama tahun 2022, wang sebanyak RM360 juta telah
lesap di kalangan warga Selangor akibat penipuan siber manakala sumber Polis
Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan bahawa di antara tahun 2020 sehingga bulan
Mei 2022, terdapat sejumlah 71,833 kes penipuan siber telah direkodkan dengan
kerugian keseluruhan mencecah RM5.2 billion. Jumlah RM5.2 billion ini
berkemungkinan besar hanyalah sebahagian kecil daripada kerugian sebenar
memandangkan bukan semua mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa
disebabkan jahil prosedur, malu, tidak peduli, dan sebagainya

Sumber: Harian Metro

187

Walaupun kes jenayah di Malaysia secara Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
keseluruhan menunjukkan trend menurun
berdasarkan statistik oleh PDRM, jenayah Dunia bergerak secara progresif di dalam
siber sebaliknya menunjukkan peningkatan bidang teknologi. Sebahagian teknologi
yang ketara lagi merisaukan pada masa yang berubah secara berkembang biak dan
sama. Sebagai contoh, statistik jenayah berganda. Teknologi hari ini pasti berubah
Malaysia pada tahun 2021 menunjukkan keesokkan harinya. Antara cabaran terbesar
penurunan kes jenayah sebanyak 21.4 bagi negara ini adalah adaptasi dan
peratus pada tahun 2020 berbanding tahun pelaksanaan Revolusi Industri Keempat
2019. Namun jenayah siber meningkat pada (RI 4.0). Revolusi Industri Ketiga yang juga
kadar yang sangat membimbangkan iaitu dikenali sebagai Revolusi Digital, berlaku pada
peningkatan sebanyak 99.5 peratus dalam lewat abad ke-20. Dalam RI 4.0, elektronik dan
jangkamasa yang sama. Pada tahun 2021 teknologi informasi digunakan untuk membantu
pula, bilangan kes jenayah siber telah sektor pengeluaran dan perkhidmatan. Ini
meningkat kepada lebih 20,000 kes dengan dibantu sebahagian besarnya oleh penciptaan
jumlah kerugian sebanyak RM560 juta litar bersepadu yang membolehkan komputer
berbanding 13,000 kes dan kerugian bersaiz kecil dihasilkan. Jika di dalam
berjumlah RM539 juta yang telah direkodkan Revolusi Industri Ketiga, komputer masih
pada tahun 2019. tidak mampu untuk disambungkan sesama
sendiri, pengenalan Internet membolehkan
Sumber: Pakcik Engineer.com komputer berhubung dan berbicara antara satu
sama lain dengan amat cekap. RI 4.0 telah
memungkinkan komunikasi dan rangkaian
Internet menjadi jauh lebih baik. Komunikasi ini
juga dibantu dengan kemajuan teknologi tanpa
wayar yang lebih stabil dan pantas dengan
bantuan rangkaian 3G, 4G, Wi-Fi, Bluetooth
dan yang terkini, tekonlogi 5G di mana data
dan maklumat akan berlaku sepantas kilat.

188

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Sepantas perkembangan teknologi, penjenayah siber turut menumpang
mengambil kesempatan ke atas bakal mangsa. Penipuan di atas talian menjadi semakin
rancak dan pasaran bakal mangsa penipuan menjadi semakin global. Pelbagai teknik
baru penipuan dicipta oleh penjenayah siber. Sebagai contoh terkini di negara ini, kita
dikejutkan oleh banyak kes di mana pemindahan wang dari akaun bank mangsa
dilakukan tanpa TAC (Transaction Authorisation Code) dan tanpa sedar oleh mangsa.
Kelicikan para penjenayah ini banyak dibantu oleh pemahaman yang tinggi dalam dunia
teknologi.

Di dalam mengharungi cabaran perubahan teknologi yang turut dinikmati para

penjenayah siber, pastinya tiada jalan mudah untuk bakal mangsa yang terdiri daripada

kita semua. Penjenayah akan mencari kelemahan bakal mangsa dan menyerang dari

segenap sudut bagi menjayakan objektif mereka. Selain sifat baik sangka yang

keterlaluan, tamak walaupun tak masuk akal, dan cepat panik akibat ugutan, kejahilan

berkenaan modus operandi penipuan adalah antara resipi utama yang menyumbang

kepada kejayaan para penipu. Sebagaimana penjenayah menguasai ilmu

teknologi terkini dan penguasaan sifat kelemahan bakal mangsa, penguasaan

ilmu yang sama atau lebih adalah caturan terbaik bagi kita menangkis sebarang

kemungkinan tertipu. Pendidikan awal di peringkat sekolah dasar mengenai risiko dan

ruang kelemahan teknologi perlu difahami sejak awal ilmu teknologi diperkenalkan dan

dipelajari. Ubat mujarab kejahilan adalah keilmuan, tiada antara duanya. Modul

penyalahgunaan teknologi perlu diterapkan di kalangan pelajar baik rendah, menengah,

mahu pun pengajian tinggi. Tanpa ilmu, kita semua hanyalah domba yang menanti
189
serigala datang membaham.

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PENGURANGAN PELEPASAN GAS KARBON DIOKSIDA DALAM
INDUSTRI TENAGA ELEKTRIK: DILEMA MALAYSIA

Penulis: Mohd Azim Sardan, Azman Ali, Aidarohani Samsudin,
Dr. Juliana Mohd Abdul Kadir, Bazri Abu Bakar

Isu pelepasan gas karbon dioksida sering dibincangkan baik di dalam negara
mahupun di luar negara. Pemanasan global contohnya, merupakan kesan
langsung daripada pelepasan gas karbon dioksida. Perkara ini amatlah
membimbangkan kerana pemanasan global boleh mengakibatkan paras air laut
meningkat, sekaligus mengancam penempatan penduduk dunia terutamanya bagi
mereka yang tinggal di pesisir pantai. Suhu purata dunia dijangkakan meningkat
sebanyak 1.5 darjah Celsius menjelang 2050.

Beberapa faktor telah dikenalpasti sebagai punca pelepasan gas karbon dioksida.
Pembakaran bahan api fosil untuk tujuan penjanaan tenaga dan pengangkutan
menjadi antara penyumbang terbesar kepada permasalahan ini. Di peringkat global,
negara-negara seperti Amerika Syarikat, China dan Rusia adalah antara negara-
negara besar melepaskan gas karbon dioksida tertinggi di dunia. Hal ini tidak dapat
dielakkan disebabkan oleh kemajuan industri yang ingin dicapai, di samping proses
urbanisasi dan kemajuan teknologi.

Di Malaysia, masalah yang serupa berlaku. Untuk industri tenaga, 76% daripada
pelepasan gas karbon dioksida disumbangkan oleh sektor ini. Beberapa kaedah
digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik. Kaedah-kaedah yang digunakan
adalah menggunakan arang batu (42.8%), gas (40.2%), hidro (14.8%) dan
selebihnya menggunakan diesel, minyak dan lain-lain (2.2%) (Suruhanjaya Tenaga,
2020). Jika kita perhatikan, dua kaedah utama yang digunakan dalam penjanaan
elektrik di negara ini merupakan penyumbang utama kepada pelepasan gas karbon
dioksida.

190

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Rajah 1 di bawah jelas menunjukkan peningkatan ketara dari tahun ke tahun
penggunaan sumber gas dan arang batu dalam penjanaan elektrik. Hal ini menjadikan
negara kita di dalam dilema kerana di samping perlu memastikan tenaga elektrik dijana
secara berterusan dan mencukupi, kita juga perlu mengambil kira kesan daripada
pelepasan gas karbon dioksida dari aktiviti penjanaan elektrik ini. Dalam masa yang
sama, tenaga elektrik juga tidak boleh disimpan dalam kapasiti yang tinggi, justeru,
kerajaan perlu memastikan tenaga elektrik dapat dibekalkan secara berterusan kepada
pengguna. Sebarang gangguan elektirk, walaupun hanya sementara boleh
menyebabkan aktiviti perniagaan terkesan, sekaligus memberi kesan dari segi ekonomi
kepada negara, seperti yang pernah berlaku pada tahun 1996. Walaupun gangguan
tersebut hanya berlaku selama beberapa jam, kesannya terhadap industri sangat besar.

Oleh kerana Malaysia menggunakan kaedah atau method penjanaan elektrik yang
menyumbang kepada pelepasan gas karbon dioksida, beberapa tindakan perlu diambil
bagi mengurangkan pelepasan gas ini. Pada Persidangan pihak-pihak UNFCCC ke 15
(COP15) yang berlangsung di Copenhagen pada tahun 2009, Malaysia telah berikrar
untuk menurunkan kadar pelepasan gas karbon dioksida sebanyak 40 peratus,
berbanding pelepasan tahun 2005 dan kemudian, Malaysia telah menandatangani
Perjanjian Paris pada Persidangan Pihak-pihak ke 20 (COP21) dengan menetapkan
sasaran penurunan gas karbon dioksida sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

191

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Susulan daripada itu, Malaysia merekodkan pelepasan gas karbon dioksida sebanyak
182,500 kilo tan pada 2005. Malangnya, pada tahun 2018, pelepasan gas karbon dioksida
terus meningkat kepada 257,840 kilo tan, peningkatan sebanyak 41% (www.knoema.com). Ini
jauh daripada sasaran penurunan 40% gas karbon dioksida pada tahun 2020.
Apakah punca Malaysia gagal menurunkan kadar pelepasan gas karbon dioksida?
Beberapa faktor boleh diambilkira sebagai punca kegagalan ini. Pertama, kos untuk menukar
method penjanaan adalah tinggi. Stesen jana kuasa yang dibina sama ada oleh pihak Tenaga
Nasional Berhad (TNB) atau Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) adalah stesen jana kuasa yang
menggunakan sumber daripada gas dan arang batu, jadi kos yang sangat tinggi adalah
diperlukan untuk menukar method tersebut. Kedua, kadar penjanaan tenaga menggunakan
sumber gas dan arang batu adalah sangat tinggi. Justeru, bagi menggantikan method
tersebut, dan memastikan kadar penjanaan yang sama, ia adalah hampir mustahil dibuat
dalam jangka masa pendek. Teknologi tenaga boleh diperbaharui masih belum mampu
mencapai tahap penjanaan yang sama dengan stesen jana kuasa sedia ada.
Bagi mengatasi masalah ini, beberapa cadangan boleh diketengahkan. Antaranya,
penggunaan elektrik perlu dikurangkan. Ini boleh dilakukan dengan cara pemberian insentif
kepada pelanggan yang membeli perkakasan elektrik mesra tenaga. Insentif ini sebenarnya
telah dijalankan, namun perlu diteruskan bagi memberi kesan kepada pengurangan
penggunaan elektrik. Di peringkat kerajaan tempatan, lampu-lampu jalan contohnya, boleh
ditukar kepada mentol LED yang lebih mesra tenaga. Selain itu, rekabentuk bangunan juga
boleh dibina menggunakan sistem pencahayaan dan pengudaraan semula jadi, seperti yang
telah dibina di negara-negara maju.
Agenda pengurangan gas karbon dioksida perlu dilaksanakan secara kolektif. Kerjasama
daripada pelbagai pihak perlu diwujudkan bagi mencapai sasaran yang sepatutnya. Ini bagi
memastikan kelestarian alam dan keselamatan penduduk dunia dapat dijaga dan dipelihara.

192

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

KESAN KENAIKAN HARGA KE ATAS GELAGAT PERBELANJAAN
ISI RUMAH DI MALAYSIA

Penulis: Diana’ Mazan, Aidarohani Shamsuddin, Bazri Abu Bakar

Kenaikan harga barang terutamanya barang keperluan makanan seperti ayam, sayur-
sayuran dan produk makanan lain kini menjadi isu utama yang hangat diperbualkan.
Kenaikkan harga ini yang juga merupakan inflasi, bukan sahaja memberi kesan ke atas
ekonomi, malahan menyebabkan perubahan corak perbelanjaan isi rumah terutamanya isi
rumah yang berpendapatan tetap (makan gaji) atau bekerja sendiri yang tergolong dalam
golongan pendapatan bawah 40% dan pertengahan 40% (B40 dan M40). Menurut kajian yang
dibuat oleh Persatuan Ekonomi Input-Output Malaysia (2022), dapatan kajian
menunjukkan 76.9% daripada isi rumah mengalami perubahan corak perbelanjaan.
Perubahan ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga barang keperluan dan juga
menyebabkan kuasa membeli golongan B40 dan M40 menyusut. Perubahan corak
perbelanjaan ini dilihat berlaku ke atas kuantiti dan juga kualiti barang yang dibelanjakan.

Menurut Laporan Tijauan Perbelanjaan Isi Rumah Jabatan Perangkaan 2019, isi
rumah B40 memperuntukkan perbelanjaan makanan dan minuman lebih banyak berbanding
keperluan lain dari pendapatan mereka manakala isi rumah M40 memperuntukkan 18% dari
pendapatan untuk perbelanjaan makan dan minuman (Berita Harian, Julai 2022). Justeru itu,
peningkatan harga barang keperluan yang mendadak berbanding dengan kadar upah dan gaji
di takuk yang sama, menyebabkan golongan ini mengurangkan kuantiti perbelanjaan barang
keperluan asas berbanding sebelum berlakunya peningkatan harga pasaran. Isi rumah dari
golongan ini juga membuat perancangan yang teliti ke atas barang keperluan asas sebelum
berbelanja.

193

Selain itu, perubahan corak Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
perbelanjaan dapat dilihat terhadap
permintaan barang bersandarkan kepada Sumber: Internet
kualiti barang tersebut. Jika dilihat sebelum
berlakunya peningkatan harga barang, Justeru itu, apakah tindakan yang perlu
15.4% isi rumah B40 dan M40 dibuat oleh pihak tertentu untuk
membelanjakan pendapatan mereka kepada memastikan golongan isi rumah ini tidak
barang keperluan yang lebih berkualiti terus terbeban dan tertekan dengan
berbanding selepas kenaikan harga kenaikan harga barang keperluan ini?
barangan iaitu perbelanjaan hanya sekitar Badai inflasi terus-terusan menekan
7.7% sahaja (Meniti Titian Hidup, Persatuan kehidupan rakyat perlu dibendung dan
Input-Output Malaysia, 2022). Keadaan ini jalan penyelesaian adalah diperlukan.
disebabkan oleh penyusutan kuasa beli isi
rumah akibat daripada kenaikan harga
barang yang juga dilihat sebagai inflasi.
Kenaikan harga barang keperluan ini
menyebabkan kos kelangsungan hidup
meningkat dan memyebabkan golongan ini
bukan sahaja mengubah corak
perbelanjaan, malah ada sebahagian
daripada isi rumah tersebut terpaksa
mengeluarkan simpanan dan ada juga
yang terpaksa meminjam untuk
kelangsungan hidup.

194


Click to View FlipBook Version