95
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Universiti Untuk Komuniti:
Program Komuniti Bijak Pelaburan di Kolej Komuniti Ledang
Ahmad Syahmi Ahmad Fadzil, Syamsyul Samsudin dan Rohanizan Md Lazan
Peranan universiti kini bukan sahaja melahirkan graduan untuk menjadi tenaga mahir dalam mengisi
keperluan industri. Kini, peranan universiti semakin berkembang dengan kepakaran yang dimiliki dalam
pelbagai bidang boleh digunakan untuk tujuan pembangunan modal insan secara holistik. Universiti juga
dilihat mampu untuk menyumbang ilmu dan kepakaran dalam pembangunan komuniti setempat.
Mendokong aspirasi ini, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat telah
menjalankan satu program universiti untuk komuniti iaitu Program Komuniti Bijak Pelaburan. Program ini
dijalankan bersama-sama Geran Special Interest Group (SIG) 2.0: Komuniti Bijak Pelaburan.
Program Komuniti Bijak Pelaburan ini diadakan pada 3 hingga 4 Jun 2022 yang disertai oleh 17 orang
komuniti sekitar Johor. Program ini berbentuk kursus secara teori dan hands-on yang diberi nama
Kursus Asas Pelaburan Saham: Bagaimana Hendak Bermula?
Kursus Asas Pelaburan Saham: Bagaimana Hendak Bermula? ini adalah
untuk memberi maklumat dan pendedahan secara asas kepada komuniti
memulakan langkah pertama dalam pelaburan saham. Kursus Asas
Pelaburan Saham: Bagaimana Hendak Bermula? Dijalankan secara
komprehensif dan lengkap serta mengandungi beberapa modul yang
terdiri daripada “Fundamental Analysis” dan “Technical Analysis”
96
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Program selama 2 hari ini dikendalikan oleh kepakaran-kepakaran dari Fakulti Pengurusan dan
Perniagaan UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat iaitu Dr. Ahmad Syahmi Ahmad Fadzil, Puan
Nik Nur Shafika Mustafa, Cik Nurul Haida Johan, Puan Rohanizan Md Lazan dan En. Syamsyul
Samsudin.
Sepanjang dua (2) hari program ini, komuniti ini mengikut lima (5) Slot utama yang mana kesemua
slot ini mendedahkan komuniti dengan ilmu pelaburan yang kelak membolehkan komuniti untuk
memulakan pelaburan mereka setelah tamat program ini. Slot-slot yang di ikuti oleh komuniti seperti
Slot 1- Pengenalan Asas Saham, Slot 2- Analisa Asas Kewangan Syarikat 3M, Slot 3- Analisa Asas
Kewangan Syarikat CANSLIM, Slot 4- Analisa Asas Teknikal dan Slot 5- Trading Strategy.
Kesemua peserta program ini memberi maklum balas yang baik terhadap program yang telah
dijalankan. Berikut adalah sebahagian maklum balas daripada komuniti terhadap program Komuniti
Bijak Pelaburan.
97
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Jadual 1: Maklum balas Daripada Komuniti Terhadap Program Komuniti Bijak Pelaburan
Bil Nama Maklum balas
1 Mohamad Irsyad Irfan bin Sangat menarik Dan senang di fahami
Mohamad Yusri
2 Nur Arsikin binti Roslan Penceramah menerangkan dengan baik
3 Mohd Firdaus bin Zulkifli Penganjuran kursus lanjutan
4 Nur Sabrina binti Abdul Jalil Alhamdulillah saya dapat mengetahui banyak perkara
mengenai saham ini berbanding sebelum ini saya tidak
mengetahui tentang apa itu saham
5 Mohamad Firdaus Saya nak dibimbing semasa melakukan trading saham
6 Normiza binti Mustapha Harap program ini dapat diteruskan lagi
7 Nisya Mazuin binti Ahmad
Cara penyampaian yang sangat menarik. Terbaik.
8 Nazar bin Bakar Semua fasilitator memberi tunjuk ajar yang baik dan
jelas.
Sukacita kiranya dapat membuat kursus lanjutan bagi
memantapkan lagi ilmu yang baru diperolehi ini, terima
kasih.
9 Abdul Jalil bin Abd Latif Adakan kursus trader(kursus lanjutan asas pelaburan)
10 Ithnin bin Yusof @ Mohamad Terus sambung kursus untuk mendalami asas pelaburan
saham.
Nur Amirah binti Hairulazmy Program kursus yang dijalankan amat bermanfaat untuk
11 menambahkan ilmu dalam bidang pelaburan saham.
Dengan terlaksananya program Universiti Untuk Komuniti: Program Komuniti Bijak
Pelaburan ini dapat merapatkan jurang antara masyarakat dan komuniti dengan
universiti. Ia juga dilihat sebagai satu proses untuk memasyarakatkan universiti.
Semoga komuniti dan masyarakat mendapat manfaat dengan kewujudan universiti.
98
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Teaching On The Go Mewakili UiTM ke UTC2022-UPSI
Shaherah Abdul Malik,Noreen Noor Abd Aziz, Nurul Aien Abd Aziz,Rusnani Mohamad Khalid,
Mohd Hafizan Muda.
Gambar 1: Penyampaian Sijil Penyertaan Kepada Wakil Kumpulan TOTG
Teaching On The Go (TOTG) telah mewakili sistem UiTM secara keseluruhan ke Program
Simposium Keusahawanan University to Community (UTC) 2022 bertempat di Universiti Pendidikan
Sultan Idris Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City yang terletak di Tanjung Malim, Perak Darul
Ridzuan. Program ini merupakan pertandingan keusahawanan yang telah menghimpunkan 21
Universiti Awam dan Politeknik seluruh Malaysia antaranya UTM, UPSI, USIM, UTHM dan lain-lain.
Program ini bermula pada 11-14 Januari 2022 melibatkan aktiviti pembentangan, pameran dan
bimbingan daripada beberapa agensi antaranya Kementerian Pembangunan Keusahawanan
(MEDAC), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia
(MaGIC) yang kini telah bertukar penjenamaan kepada Penyelidikan Malaysia untuk Teknologi dan
Inovasi (MRANTI).
99
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Gambar 2: Penyampaian Cenderahati oleh Ketua Setiausaha
KPT di Majlis Penutup UTC 2022
Program ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam
memartabatkan program keusahawanan sosial di kalangan mahasiswa. Tujuan program ini
dijalankan adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan sosial di kalangan mahasiswa yang dapat
menyumbang inovasi perniagaan mereka kepada negara terutamanya untuk kesejahteraan sosio-
ekonomi negara, sesuai dengan slogan ‘KPT Prihatin’.
Kumpulan Teaching On The Go telah diwakili oleh empat orang mahasiswa iaitu Putri Natasha
Farhana Jamaludin , Nurul Salihah Anuar, Nurfarahin Aina Safarudin, dan Nur Rasyidah Abu Mansor
serta dua orang mentor yang terdiri daripada Pn. Nurul Aien Abd Aziz dan Dr. Noreen Noor Abd Aziz
yang merupakan Pensyarah UiTM Segamat, Johor. Majlis kemuncak dan penutup Program
Simposium UTC 2022 telah diadakan di Dewan Tuanku Canselor, UPSI Tanjung Malim, Perak. Majlis
ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi iaitu Dato’ Seri Abdul
Razak Jaafar.
Secara keseluruhan, program ini telah memberi peluang kepada kumpulan Teaching On The Go
untuk berkongsi idea, produk dan pengalaman kepada semua peserta dan pengunjung yang hadir
sepanjang program simposium ini dijalankan. Ucapan terima kasih kepada UiTM terutamanya pihak
Masmed Shah Alam dan Masmed Johor kerana telah memilih dan memberi peluang kepada
kumpulan Teaching On The Go mewakili UiTM secara keseluruhan untuk program ini.
100
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Infaq Kasih Alumni UiTM Johor 2022
Noreen Noor Abd Aziz, Noor Azrin Zainuddin, Rohanizan Md.Lazan
Program Infaq Kasih Alumni UiTM Johor 2022 telah diadakan pada 6 April 2022 bertempat di Kolej
Sempena Riau bagi siswa dan Kolej Mutiara bagi siswi. Objektif program ini dijalankan adalah
untuk menyemai jalinan tautan antara ahli, universiti serta pelajar. Selain dari itu, ianya juga adalah
untuk berkongsi rezeki bersama para pelajar yang berada di dalam kampus yang sedang
menjalani sesi kelas sama ada secara fizikal atau pun secara ODL (Online Distance Learning).
Program ini juga merupakan program usahasama antara Unit Alumni Johor di bawah Bahagian
Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni bersama Persatuan Alumni UiTM Johor yang berdaftar
di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ini merupakan program khidmat masyarakat
yang dijalankan antara alumni, pihak pengurusan universiti dan para pelajar.
Gambar 1: Agihan Pek Makanan di Kolej Siswa
Gambar 2: Agihan Pek Makanan Kepada
Pelajar Oleh Wakil Alumni
101
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Gambar 3: Agihan Pek Makanan di Kolej Siswi
Sumbangan wang tunai telah diterima sebanyak RM1200.00 daripada alumni. Melalui hasil
sumbangan tersebut, 370 pek sumbangan makanan kering telah disediakan oleh pihak alumni
dan diedarkan kepada para pelajar. Pek makanan tersebut berupa biskut, mee segera, 3 in 1
nescafe dan roti. Edaran pek makanan telah dibuat oleh ahli jawatankuasa yang terlibat dan
sukarelawan. Pek makanan tersebut telah dihantar ke kolej dan juga tempat tumpuan pelajar.
Secara keseluruhan, program ini dapat menjalinkan ukhwah yang baik antara pihak UiTM,
alumni serta para pelajar.
102
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Program Bookworm Heroes
Zurina Omar, Hairiani Abdul Hamid
Program BOOKWORM HEROES telah diadakan pada 26 Jun 2022 bertempat di Sekolah
Rendah Agama Bersepadu Segamat. Seramai 87 orang pelajar semester 4 Diploma
Pengurusan Perniagaan yang mengambil kursus MKT310, Introduction to Public Relation
telah terlibat di dalam program ini dengan diiringi oleh tiga orang pensyarah dari Fakulti
Pengurusan dan Perniagaan. Program ini bertujuan memberi pendedahan secara lansung
kepada pelajar MKT310 tentang proses untuk menjayakan suatu program perhubungan
awam. Pelajar dan pensyarah yang terdiri daripada Puan Zurina Omar, Puan Hairiani dan
Puan Rudza Hanim telah bertolak dari UiTM Segamat seawal pukul 7.30 pagi.
Pada semester ini, kumpulan pelajar JBA1114A, JBA1114B DAN JBA1114C telah sebulat
suara bersetuju untuk melaksanakan program kempen membaca bersama pelajar sekolah
rendah yang telah mereka pilih. Program ini menetapkan sasaran untuk memberi pendedahan
awal kepada pelajar sekolah rendah terhadap pembacaan di awal usia dan menggalakkan
minat mereka untuk membaca. Tiga kumpulan besar ini telah dipecahkan kepada 6 kumpulan
kecil bagi memenuhi keperluan SRAB Segamat yang mahukan kempen ini diadakan bagi
pelajar tahap 1. Keseluruhannya, SRAB Segamat memilik 6 kelas tahap 1. Pelbagai persiapan
telah dibuat oleh para pelajar MKT310 bagi memenuhi keperluan objektif program mereka.
Perbincangan dilakukan pada setiap minggu bermula dari minggu pertama sesi perkuliahan
bermula dan ianya dipantau oleh penyarah yang mengajar iaitu Puan Zurina Omar. Antara
aktiviti yang telah disusun bagi setiap kelas tahap 1 ialah, sesi bercerita beserta lakonan, Jom
Kita Membaca, dan sesi refleksi yang memerlukan pelajar tahap 1 ini menjawab soalan
berdasarakan buku yang dibaca bersama. Di akhir program ini, setiap kelas telah dihadiahkan
dengan sebuah rak buku lengkap dengan koleksi buku cerita. Pihak sekolah juga turut
menerima sumbangan bahan bacaan untuk diletakkan di perpustakaan sekolah.
103
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Para pelajar MKT310 sangat gembira kerana mereka telah Berjaya melaksanakan program ini
dengan begitu baik sekali. Pihak sekolah SRAB Segamat juga menzahirkan rasa syukur dan
berterima kasih kepada pelajar MKT310 kerana telah memilih sekolah mereka bagi program
kali ini.
104
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Program “Let’s Go Strawless”
Muharratul Sharifah binti Shaik Alaudeen
Kebanyakan pengusaha minuman masih lagi menggunakan penyedut minuman plastik dalam
urusan jual beli. Tambahan pula, masyarakat lebih cenderung menggunakan penyedut
minuman plastik sebagai alat untuk minum minuman. Menurut laporan Sinar Harian pada 11
Jun 2020, kerajaan telah melancarkan satu kempen ‘Tak Nak Straw Plastik’ yang bertujuan
untuk mengurangkan penggunaan penyedut minuman plastik, hal ini dapat mengurangkan
pencemaran di samping dapat memelihara alam sekitar. Tidak kurang juga, usaha untuk
menggantikan penyedut minuman plastik dengan penyedut minuman yang lebih bersifat
mesra alam seperti straw besi, straw buluh, straw kertas dan straw serai Namun, setelah dua
tahun berlalu, hal ini semakin dipandang sepi apabila kebanyakan premis ketika ini kembali
menggunakan penyedut minuman plastik dan hanya segelintir yang kekal menggunakan
penyedut minuman kertas untuk pelanggan.
Antara keburukan penggunaan penyedut minuman plastik yang berleluasa ialah, ia dapat
mengancam kehidupan di lautan dan juga darat. Terdahulu, berita mengenai penyu laut
ditemui mati akibat menyalah anggap plastik sebagai makanannya. Hal ini telah
mengakibatkan populasi penyu laut semakin berkurang. Hal ini telah menimbulkan kesedihan
di kalangan pencinta hidupan akuatik dan pencinta alam sekitar. Oleh itu, langkah awal wajar
diambil agar generasi akan datang masih boleh melihat dan mengenal hidupan laut yang
semakin berkurangan dan diancam kepupusan ini.
Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan menjalankan tanggungjawab masing-
masing dalam mengikuti saranan yang disyorkan oleh kerajaan untuk memelihara alam sekitar
dan menjaga populasi penyu yang semakin pupus ini. Kita sedia maklum bahawa
menghentikan penggunaan penyedut minuman plastik secara serta merta adalah amat sukar.
Namun begitu, langkah kecil yang diamalkan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu
memulihara alam sekitar.
105
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Sejajar dengan ini, Program “Let’s Go Strawless” merupakan program yang dianjurkan oleh
Gerakan Pengguna Siswa (GPS) UiTM cawangan Johor kampus Segamat sesi 2021/2022 bagi
memberikan kesedaran kepada pengguna tentang kesan negatif penggunaan penyedut minuman
plastik. Program ini berlangsung selama sehari iaitu pada 1 Julai 2022, bermula pada jam 8 pagi
sehingga 8 malam bertempat di Medan Selera Sri Cemperai (NR) dan Medan Selera Intan (IFC).
Semua pelajar UiTM Segamat yang membeli minuman di kedua-dua medan selera tersebut terlibat
secara langsung dalam program tanpa straw yang dijalankan. Anggaran pelajar yang terlibat di
dalam program ini ialah seramai 200 orang kerana program tanpa straw ini dijalankan pada hujung
minggu dan bilangan pelajar yang menetap di kolej kediaman juga tidak ramai memandangkan
sebahagian dari pelajar menjalankan pembelajaran secara dalam talian (ODL) di rumah masing-
masing.
Tinjauan pada hari program, mendapati para pelajar yang hadir ke medan selera dan membeli di
gerai minuman akur terhadap program minum tanpa straw yang dijalankan oleh kelab GPS. Para
pelajar juga dilihat menyokong 100% terhadap program ini dan memberikan kerjasama yang sangat
baik dengan membeli kesemua minuman tanpa sebarang penggunaan straw plastik.
Dengan adanya program seperti ini, para mahasiswa dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang
kebaikan mengurangkan penggunaan straw plastik demi menjaga kebersihan alam sekitar. Justeru
itu, ia juga dapat menambahkan ilmu baru dalam kalangan para mahasiswa
106
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
PROGRAM SULAM KURSUS KEMAHIRAN LANJUTAN FASILITATOR (HPD239)
FARIZAH BT MAMAT @ MOHD NOR
Service Learning Malaysia University For Society (SULAM) merupakan aktiviti sukarelawan
pelajar melalui kursus kurikulum atau kokurikulum berkredit melibatkan aktiviti pemindahahan ilmu dari
pelajar kepada masyarakat bagi pembangunan komuniti sekitar universiti. Kursus kokurikulum berkredit
peringkat lanjutan perlu diambil oleh pelajar semester 3 dan salah satu kod yang terlibat adalah HPD239
(Kemahiran Lanjutan Fasilitator).
Pada sesi Mac-Ogos 2022, pelajar – pelajar HPD239 dari kelas JDHPD2393A dibawah selian
Puan Farizah Mamat telah mengadakan program SULAM secara online yang bertajuk ‘GET UP AND
GO’. Program 2 hari ini diadakan pada 24/6/2022-25/6/2022, hari Jumaat dan Sabtu dari jam 8:00 pagi-
12:00 tengah hari bagi sesi malam dari jam 8:00 malam-10:00 malam. Seramai 40 orang pelajar terlibat
mengendalikan program SULAM ini dan 7 kumpulan kecil telah dibentuk mengikut slot masing-masing.
Tempoh untuk setiap slot adalah 2 jam minima telah ditentukan di dalam tentatif program.
Program ini mensasarkan peserta dari daripada pelajar – pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Tun
Aminah (Batu Pahat, Johor). Seramai 250 orang pelajar tingkatan 2 dan 3 menyertai program SULAM
anjuran kelas JDHPD2393A ini.
Program GET UP AND GO ini adalah merupakan program berbentuk Latihan dalam kumpulan
(LDK) berseuaian dengan subjek bagi kelas tersebut iaitu Kemahiran Lanjutan Fasilitator. Pelajar –
pelajar dapat mengaplikasi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran sebagai seorang fasilitator dalam
menjalankan program ini.
107
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Maksud ‘get up and go’ ialah bangun dan melangkah ke depan merupakan program
berbentuk motivasi untuk membangkitkan semangat dan memberi kesedaran dari kalangan pelajar
untuk terus melangkah mencapai cita cita dan terus berjaya di masa hadapan. Memupuk semangat
untuk sentiasa bermotivasi dan bersemangat di dalam menempuh alam persekolahan adalah amat
penting kepada para pelajar tambahan ramai pelajar yang terkesan dengan situasi pembelajaran atas
talian yang terpaksa ditempuh dikala seluruh dunia terkesan dengan COVID-19.
Justeru itu matlamat program ini supaya dapat memberi impak yang positif kepada pelajar
supaya terus bermotivasi dan bersemangat. Selain itu, sikap kasih sayang dapat dipupuk dalam diri
peserta melalui Kerjasama dalam penglibatan aktiviti secara berpasukan disamping kemahiran
komunikasi juga terbentuk. Komunikasi penting dalam kasih sayang kerana tanpa komunikasi, kasih
sayang tidak dapat diluahkan selain mewujudkan sikap saling hormat menghormati. Aktiviti ini juga
diharap dapat meningkatkan keyakinan diri dan dapat mengelakkan diri dari kemurungan.
Antara objektif program adalah untuk meningkatkan keyakinan diri para peserta atau komuniti
untuk melibatkan diri untuk menyertai mana mana program seperti ini. Ianya juga digarap untuk
memberi kesedaran kepada para peserta atau komuniti peserta untuk terus maju mencapai impian.
Serta dapat meningkatkan lagi keyakinan dalam diri setiap peserta/komuniti untuk membina impian
yang kukuh.
Walaupun banyak kekurangan semasa menjalankan program, pelajar – pelajar tetap
bersemangat melaksanakan program seperti yang dirancang memandangkan sokongan yang
diberikan oleh peserta-peserta sekolah adalah sangat baik. Rata-rata memberi respon yang baik
untuk program yang mereka sertai. Selain dari pengalaman baru, pelajar – pelajar sekolah tersebut
juga dapat beranggapan bahawa mereka telah mengisi hujung minggu mereka dengan program yang
bermanfaat. Bagi pelajar – pelajar kelas JDHPD2393A pula, ianya merupakan pengalaman yang
tidak dapat dilupakan sepanjang mengendalikan program dengan kerenah adik-adik yang bermacam
ragam, tetapi tetap menghiburkan.
108
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
EduPreneur@Segamat
Roha Mohamed Noah, Muharatul Sharifah Shaik Alaudeen, Zurina Omar
& Norhidayah Abdullah
Program EduPreneur@Segamat ini bertujuan memberi bimbingan ilmu kepada golongan usahawan
asnaf (B40) Daerah Segamat terhadap empat (4) aspek iaitu Pengurusan, Pemasaran, Pengoperasian
dan Kewangan secara teratur dan sistematik dalam pengendalian perniagaan. Pemindahaan ilmu ini
amat penting bagi membantu golongan ini mendapat pendedahan secara teori dan praktikal seterusnya
membolehkan mereka mengurus perniagaan secara lebih terperinci. Melalui sesi kursus yang telah
dijalankan pada 25 Ogos 2022, banyak ilmu pengurusan perniagaan yang telah dipelajari oleh para
usahawan tentang penyediaan dokumen perniagaan secara terperinci dan sistematik. Antara jenis
perniagaan yang dijalankan oleh usahawan seperti kedai dessert, agen insurans, pembekal jualan
makanan berat dan ringan. Para usahawan menjalankan perniagaan dengan kaedah yang tersendiri
bagi menarik minat pelanggan mereka.
109
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Selain itu, program ini turut memberi pendedahan dan didikan mengenai cara-cara
untuk mengendalikan perniagaan dengan kaedah pengurusan yang betul. Melalui
pendedahan ilmu ini, para usahawan asnaf dapat menambah dan meningkatkan ilmu
pengetahuan secara lebih mendalam terhadap perniagaan yang sebenar menerusi
platform yang berkesan. Antara objektif program ini adalah membantu golongan
usahawan asnaf B40 mempelajari ilmu pengurusan, pemasaran, operasi dan kewangan
perniagaan secara sistematik dan berkesan. Kedua melahirkan usahawan yang peka
terhadap pengurusan perniagaan yang berkesan sekaligus membantu usahawan
memasarkan produk-produk mereka secara meluas dan yang ketiga memberi
keyakinan dan motivasi kepada golongan usahawan asnaf menjalankan perniagaan
secara lebih disiplin terhadap pengurusan perniagaan yang sebenar.
Selain itu, program ini berjaya membantu meningkatkan hubungan jaringan industri
dengan agensi-agensi kerajaan seperti MARA, TEKUN, Pertanian, Amanah Ikhtiar
Malaysia (AIM) Segamat dan lain-lain lagi bagi membantu perniagaan micro secara
berkesan. Selain itu, program ini juga membantu golongan asnaf ini meningkatkan
tahap motivasi dan keyakinan diri dengan merekod hasil jualan perniagaan secara
terperinci melalui perkongisan ilmu yang telah dipelajari.
Kesimpulannya, program Edupreneur@Segamat ini telah berjaya menyalurkan
maklumat penting kepada usahawan asnaf tentang selok belok pengurusan perniagaan
secara mendalam. Projek ini dijangka dapat memberi manfaat kepada peserta
khususnya membantu meningkatkan ilmu pengetahuan dan pengendalian perniagaan
secara cekap dan berkesan.
110
111
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
STRATEGI PENETAPAN HARGA: APA YANG PERLU DIFAHAMI?
Dr. Azila Jaini, Ts. Dr. Raja Muhammad Aslam Raja Arif, Jaslin Md Dahlan, Jannah
Munirah Mohd Noor
Di era endemik kini, semua sektor kerajaan dan swasta telah dibenarkan untuk beroperasi
secara penuh mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Pengumuman
yang dibuat oleh kerajaan ini telah disambut baik oleh semua terutamanya mereka yang
menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Sememangnya kelonggaran yang diberikan
dapat memberi nafas baharu kepada usahawan kecil di luar sana. Namun, usahawan perlu
menyusun strategi yang tepat untuk meningkatkan hasil jualan mereka bagi memulihkan
keadaan kewangan yang telah terjejas sebelum ini.
Salah satu strategi yang perlu diambil kira adalah dari sudut penetapan harga. Penularan
wabak Covid 19 ini memberi impak kepada kenaikan harga barangan mentah di seluruh dunia
dan mengakibatkan kenaikan kos yang sangat tinggi kepada semua usahawan yang terlibat.
Hal ini juga mengakibatkan kerungsingan yang berpanjangan bagi usahawan-usahawan untuk
meneruskan kelangsungan perniagaan yang sedia ada. Oleh itu, strategi penetapan harga
yang sesuai dapat menarik pelanggan untuk membeli produk mereka.
Langkah pertama dalam membuat penetapan harga adalah dengan mengenalpasti jenis
barangan yang dijual. Adakah barang yang dijual mempunyai jumlah pesaing yang tinggi
dalam pasaran seperti produk makanan atau bahan keperluan asas? Sekiranya ya, maka
strategi penetapan harga yang sesuai adalah dengan meletakkan harga lebih rendah daripada
pesaing yang ada di peringkat pengenalan produk untuk mendapatkan maklum balas positif
daripada pelanggan yang berpotensi. Strategi ini dinamakan penetration pricing strategy. Ianya
sesuai digunakan bagi membuat ‘come back’ kepada produk yang sedia ada.
Apabila pelanggan berpuas hati setelah mengenali dan mencuba produk tersebut, kenaikan
harga boleh dilakukan dari semasa ke semasa. Tetapi awas! Usahawan perlu mempunyai
bilangan pelanggan yang setia pada produk mereka dalam jumlah yang agak tinggi sebelum
menaikkan harga mereka. Ini kerana pelanggan yang setia akan tetap membeli produk yang
dihasilkan usahawan tersebut disebabkan oleh keunikan dan kualiti produk yang ditawarkan.
Oleh itu, keunikan, kualiti produk dan layanan yang diberikan amat penting bagi menarik para
pelanggan untuk terus setia pada jenama yang dihasilkan oleh usahawan ini.
Jadi, bagaimana pula dengan jenis produk yang baharu di pasaran? Produk baharu boleh
diklasifikasikan kepada tiga iaitu produk yang masih belum wujud di pasaran, produk yang
mempunyai ciri-ciri baharu dari segi spesifikasi, fungsi atau perisa baharu, dan produk yang
diberi nafas baharu seperti label atau pembungkusan baharu. Bagi produk yang benar-benar
baharu di pasaran dan produk yang ditambah baik dari segi ciri-cirinya, jumlah pesaing pada
peringkat permulaan adalah sangat rendah. Oleh itu, para usahawan boleh meletakkan harga
yang agak tinggi pada peringkat pengenalan produk kerana barang baharu sentiasa dianggap
viral oleh masyarakat. Strategi ini pula dinamakan skimming pricing strategy.
112
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Seperti contoh model telefon bimbit yang baharu dikenalkan di pasaran sentiasa
mengetengahkan spesikasi canggih yang belum ada pada model-model yang sedia ada di
pasaran. Oleh yang demikian, usahawan boleh mengambil peluang untuk meletakkan harga tinggi
bagi mendapatkan keuntungan yang berganda disebabkan ketiadaan pesaing di peringkat awal
pengenalan produk ini. Namun, apabila terdapat pesaing yang mula mengeluarkan produk yang
hampir sama, maka, penurunan harga perlu dilakukan untuk mengekalkan jumlah permintaan
daripada pelanggan serta kebolehan untuk bersaing dengan produk-produk baharu di pasaran.
Strategi penetapan harga yang ketiga dipanggil status quo pricing. Strategi ini merupakan strategi
yang paling mudah untuk dilaksanakan di mana usahawan mengikut senarai harga yang sedia ada
di pasaran. Ini bermaksud usahawan meletakkan harga yang sama atau sedikit tinggi atau rendah
berbanding dengan harga yang ditawarkan oleh pesaing-pesaing mereka. Strategi ketiga ini sesuai
dilaksanakan bagi jenis produk yang mudah didapatkan di pasaran seperti barangan keperluan
harian. Oleh itu, penentuan harga yang hampir sama dengan para pesaing tidak memberi
sebarang perbezaan kepada para pelanggan. Oleh itu, tarikan pelanggan untuk membeli sesuatu
produk dipengaruhi oleh teknik promosi yang ditawarkan oleh usahawan.
Secara keseluruhannya, ketiga-tiga jenis penentuan harga ini perlu diselarikan dengan jenis
produk yang ditawarkan. Para usahawan perlu memahami beberapa faktor lain seperti kos yang
diperlukan bagi menghasilkan suatu produk serta aktiviti promosi yang sesuai selari dengan
strategi penetapan harga ini. Strategi penetapan harga yang tepat dapat memberikan kelebihan
bersaing kepada para usahawan dan meningkatkan jumlah pelanggan yang setia pada produk
mereka di masa hadapan.
113
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Si Cilik Penjual di laut Semporna
Hairiani Abdul Hamid, Nur Diana Zamani dan Rohani Jangga
Semporna yang terletak di negeri Sabah adalah sebuah daerah yang mempunyai rangkaian pulau-
pulau yang sangat indah pemandangannya dan sangat menarik untuk dikunjungi oleh pelancong
dalam dan luar Negara. Keindahan alam semulajadi semua pulau-pulau di sekitar Semporna
memberi kesan yang mendalam kepada setiap pelancong yang berkunjung ke sini. Tidak dapat
disangkal lagi gelaran Maldives Malaysia memang sangat sesuai untuk diberikan kepada pulau-
pulau di sekitar Semporna ini.
Semporna menjadi lebih terkenal selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan Covid19 kerana
pengusaha chalet/resort mula menawarkan pakej percutian yang agak murah. Bilangan pelancong
semakin ramai ke sana setiap hari untuk merasai pengalaman dan menikmati keindahan
pemandangan kepulauan yang tidak terdapat di tempat lain di Malaysia.
Selain dari keistimewaan pulau-pulau yang mempunyai pemandangan sekeliling yang cantik dan
memukau, air laut yang jernih dan bersih, beberapa pengusaha chalet atau resort telah mendirikan
dan menawarkan beberapa kategori tempat penginapan yang bersesuaian dengan bajet pelancong-
pelancong yang ingin menginap beberapa hari di sini. Ada tempat penginapan yang ditawarkan di
beberapa pulau seperti di Pulau Mabul dan Pulau Kapalai. Kebanyakan tempat penginapan di sana
adalah berkonsep atas air (waterhouse) namun ada juga beberapa tempat penginapan yang
ditawarkan di tepi laut/pantai seperti di Pulau Mabul.
Suatu pemandangan yang menarik dan unik yang terdapat di pulau-pulau sekitar Semporna adalah
mengenai gaya perniagaan kecil-kecilan yang biasanya dijalankan oleh kanak-kanak tempatan.
Mereka akan duduk atau berdiri di atas sampan buatan sendiri dan menggerakkan sampan ini hanya
dengan menggunakan tangan atau kayu yang bukan berbentuk pendayung.
114
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Bahan yang digunakan untuk membuat sampan juga agak unik di mana ada yang menggunakan
kepingan polistrin putih besar berbentuk empat segi, ada yang membeli sampan plastik berbentuk
ringkas dan kemudiannya ditambah dengan beberapa botol kosong air mineral berukuran 1.5 liter di
kiri dan kanan sampan sebagai penimbang
Mereka sangat kreatif dan pandai dalam mengimbangi sampan ciptaan mereka supaya seimbang
dan tidak tenggelam. Kanak-kanak cekal ini berumur dalam lingkungan serendah empat hingga 13
tahun dan berani berdayung di sekitar pulau-pulau yang kebiasaannya dikunjungi oleh pelancong-
pelancong dalam atau luar negara. Mereka tidak segan silu menjual barang dagangan mereka iaitu
sama ada air kelapa segar yang disediakan di atas sampan mereka atau pun hasil tangkapan laut
seperti ikan, udang, sotong dan hidupan laut lain yang boleh dimakan.
Kanak-kanak ini perlu mengenepikan apa-apa perasaan malu atau segan apabila menghampiri
pelancong-pelancong luar ini untuk mempromosi barang dagangan mereka walau hanya sedikit
kerana mereka perlu mencari wang bagi kelangsungan hidup mereka dan keluarga mereka. Sebiji
buah kelapa segar yang dijual sekitar RM5.00 hingga RM6.00 ini sangat sesuai diminum di atas bot
semasa mengelilingi perairan kepulauan di Semporna. Adakala pelancong membeli barang jualan
mereka atas dasar belah kasihan atau niat untuk membantu.
Apa yang saya lihat dalam scenario ini adalah, kebanyakan dari mereka yang menjalankan
perniagaan kecil-kecilan ini adalah terdiri dari kumpulan masyarakat etnik Bajau Laut. Mereka
terpaksa menjalani kehidupan di atas air semata-mata kerana mereka tidak mempunyai kerakyatan
Malaysia. Usaha untuk mendapatkan pendapatan demi sesuap nasi menjadikan mereka gigih dalam
berusaha untuk berjual barangan di atas sampan walaupun hasilnya tidaklah selumayan mana.
Namun atas keperluan mereka untuk mencari wang bagi mengalas perut
mereka seharian maka sifat malu dan takut perlu dibuang jauh-jauh dari
kamus hidup mereka. Diibaratkan seperti kais pagi makan pagi dan kais
petang makan petang.
115
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Namun begitu, scenario kanak-kanak berjualan ke sana sini bagi mendapat wang tidak hanya
terbatas di kepulauan berdekatan Semporna sahaja. Di sekitar pekan Semporna juga terdapat si
cilik yang menjual hasil laut di kawasan restoran atau kedai makan bagi meraih sedikit
pendapatan.
Kesimpulan dari percutian ini, walau komuniti Bajau Laut di sana adalah satu kumpulan
masyarakat etnik yang tidak mempunyai kerakyatan Malaysia, namun mereka tetap juga adalah
manusia yang memerlukan makanan, keperluan harian dan berhak mendapat peluang kehidupan
yang lebih baik. Walaupun usaha kecil anak-anak Bajau Laut ini menjual hasil laut dan buah
kelapa di atas air boleh dianggap sebagai model perniagaan yang ringkas dan mudah, akan
tetapi ianya tetap memberikan makna yang besar kepada keluarga mereka kerana hanya dengan
hasil jualan itulah mereka akan meneruskan kehidupan seharian mereka.
116
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
MELANGKAU 1 ABAD : SEKOLAH AGAMA JOHOR MODEL SISTEM PENDIDIKAN ISLAM
TERBAIK
Shafiee Md Tarmudi, Siti Farrah Shahwir, Siti Masnah Saringat, Muhamad Ismail Pahmi &
Ros Hasri Ahmad
SEKOLAH Agama Kerajaan Johor adalah satu-satunya pendidikan agama yang
bersistematik serta unik kerana tidak terdapat di negeri-negeri lain. Sekolah Agama
Kerajaan Johor merupakan sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh kerajaan
negeri melalui Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Sekolah Agama Kerajaan Johor diwujudkan atas titah perintah Duli Yang
Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar untuk memberi pendidikan agama
kepada kanak-kanak Islam di negeri Johor dengan menggunakan perantaraan Bahasa
Melayu secara percuma bagi memastikan kanak-kanak Islam di Johor mendapat
pendidikan agama yang teratur, sempurna dan dikawal oleh pihak pemerintah.
Sejarah perkembangan pendidikan agama Islam di Johor bermula pada
tahun 1918 dengan nama Sekolah Al-Quran yang hanya memfokuskan kepada
pembelajaran Al-Quran. Sekolah Agama Kukup di daerah Pontian merupakan sekolah Al-
Quran yang pertama. Sekolah Al-Quran telah mendapat pengakuan sebagai sekolah
agama pertama di Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malaya melalui Penguasa
Pelajaran Johor pada tahun 1900-1941 iaitu H.R Cheesman. Para pelajar di Maktab
Inggeris di Johor Bahru juga telah diwajibkan belajar di Sekolah Al-Quran pada sesi petang
iaitu setelah menamatkan sesi pembelajaran persekolahan di maktab pada sebelah pagi.
Pada tahun 1920 nama Sekolah Al-Quran ditukar kepada Sekolah Kitab setelah berlaku
117
pertambahan mata pelajaran Al-Quran, Tauhid, Ibadat dan Tasauf dalam sukatan
pelajaran.
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Pada tahun 1923 perubahan nama sekali lagi berlaku apabila nama Sekolah Kitab
ditukar kepada Sekolah Agama Petang dengan penambahan matapelajaran Muamalat,
Munakahat, Faraid, Jenayah, Akhlak, Tarikh, Tulisan Jawi dan Bahasa Arab. Pada tahun
yang sama juga pendidikan agama diperkembangkan lagi dengan mewujudkan kelas
“Darjah Khas” sebagai satu-satunya lanjutan Sekolah Agama Petang. Peringkat Darjah
Khas ini merupakan peringkat lanjutan dan tertinggi bagi sukatan pelajaran Sekolah
Agama Johor. Pelajar yang tamat sekolah agama dari Darjah 1 hingga darjah 6 layak
untuk menyambung pengajian hingga ke Darjah Khas. Pelajar yang memiliki sijil darjah
khas dengan pangkat satu dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini mempunyai kelayakan
dan diberi peluang untuk menyambung pelajaran mereka di luar negara atau pun di
MARSAH yang merupakan sebuah institut pengajian tinggi agama Islam yang kini dinaik
taraf sebagai Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI).
Bagi menghalang pengaruh yang negatif menular kepada kanak-kanak di
prasekolah, maka pendidikan prasekolah telah dirancang seawal mungkin agar proses
pembesaran mereka diselubungi oleh persekitaran yang bersih dan sihat dari segi agama
dan sosial. Justeru itu, pada tahun 2001, Y.A.B Menteri Besar Johor telah mengisytiharkan
pelaksanaan program pendidikan prasekolah dalam sistem pendidikan Sekolah Agama
Kerajaan Johor yang kini lebih dikenali dengan nama Tadika Agama Johor (TAJ).
118
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Kesimpulannya, pendidikan agama adalah salah satu khazanah keunikan negeri Johor
yang diwarisi sejak turun temurun dan masih dipertahankan sehingga ke hari ini. Kini, negeri
Johor memiliki sistem pendidikan agama tersendiri apabila ia dimulakan daripada peringkat
Tadika Agama Johor, Sekolah Agama dan juga Institusi Pengajian Tinggi Agama Johor.
Masyarakat Islam negeri Johor meraih manfaat yang besar dengan terwujudnya sistem
pendidikan agama yang tersusun dan berkesinambungan sehinggalah amalan menghantar
anak untuk mengikuti pengajian agama sudah menjadi sebahagian daripada budaya orang
Johor.
Sumber :
https://www.mahasiswajohor.my/2012/08/sekolah-agama-kerajaan-johor.html
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/04/26/kolej-pengajian-islam-johor-marsah-dinaik-taraf-sebagai-
kolej-universiti-johor-sultan-ibrahim-kuijsi/
https://people.utm.my/fadilahz/2019/11/01/sejarah-awal-sekolah-agama-johor/
https://tadikaagamajohor.blogspot.com/2018/01/sejarah-penubuhan-taj.html
http://ppadjb.blogspot.com/p/sejarah-pendidikan-agama-johor.html
119
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
KONSEP MINIMALIS
Noraishah Kamarolzaman
Minimalis dimaksudkan sebagai unsur-unsur sederhana, kemas, ringkas dan praktikal dalam
gaya hidup. Konsep minimalis ini merangkumi cara berpakaian yang sederhana, suasana persekitaran
yang ringkas dan berbelanja untuk keperluan sahaja atau dalam Bahasa Inggeris disebut “less is
more”.
Konsep minimalis kini semakin popular dan tersebar luas sejak gaya hidup minimalis dan
rumah minimalis digunakan. Minimalis ini mula popular mulai tahun 1980an di London dan New York
oleh arkitek sebagai respon dari rekabentuk yang sebelumnya dianggap rumit. Konsep minimalis
banyak diaplikasikan dalam pengubahsuaian rumah, pembelian perabot dan penyusunan perabot di
dalam rumah serta dalam perbelanjaan harian kita.
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menyesuaikan konsep minimalis dalam gaya
hidup mereka. Konsep minimalis lebih menekankan kepada kualiti dan bukan kuantiti. Kualiti disini
bukan bermaksud barangan yang mahal tetapi barangan yang kita memang gunakan dan ia bersama
dengan kita dalam tempoh yang lama.
Antara tips minimalis adalah:
1. Buang barang di mana ia sering menjadi masalah kerana mempunyai sifat sentimental walaupun
barang tersebut tidak penting dan tidak digunakan. Jadi buang sifat sayang pada benda yang tidak
perlu. Kemas semua barang yang membuatkan rumah bersepah dan berhabuk.
2. Perabot yang asas, sederhana dan yang praktikal sahaja agar ruang tidak terlalu sarat. Gunakan
warna perabot yang sepadan dengan warna dinding dan satu tona sahaja.
3. Minimumkan pembelian dengan mengutamakan kualiti dari kuantiti supaya barang yang dibeli
dapat digunakan dalam tempoh yang lama dan tidak perlu pembelian berulang kali.
120
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
4. Menyusun almari atau kabinet dengan mengasingkan yang kerap digunakan dan kurang
digunakan seperti buku-buku, pakaian, pinggan mangkuk dan sebagainya. Barangan yang
kurang digunakan boleh dijual atau didermakan.
5. Terapkan prinsip mengganti bukan menambah contohnya anda ingin membeli sepasang
kasut baru tetapi di rumah sudah ada dua pasang kasut, dimana salah satu kurang dipakai.
Anda perlu pastikan kasut yang kurang dipakai itu dijual atau didermakan.
Kelebihan konsep minimalis ini ialah:
1. Hidup yang sangat tenang dan ringkas.
2. Merasa cukup dengan apa yang ada.
3. Belajar untuk sayang dan menghargai apa yang kita ada.
4. Memberikan masa dan ruang untuk menumpukan perkara-perkara yang lebih penting.
Joshua Becker, penulis The More or Less and The Minimalist Home menulis:
“Seseorang yang minimalis cenderung menyukai aspek perincian dan kejelasan pada satu-
satu niat atau tujuan. Pada dasarnya minimalis merujuk memfokuskan pada perkara tertentu
dan mengabaikan perkara lain yang boleh mengalihkan perhatian”.
Kesimpulannya mereka yang minimalis bukan seorang yang kedekut tetapi lebih
kepada berhati-hati dan hanya berbelanja mengikut keperluan. Minimalis adalah menyingkirkan
sesuatu yang tidak diperlukan dan merancang sesuatu dengan lebih teliti. Minimalis juga
meningkatkan kualiti hidup sekaligus menjimatkan kos untuk jangka masa panjang. Bukan soal
mahal atau murah tetapi kesedaran kepada apa yang penting, yang membuat kita bahagia dan
yang bernilai untuk kita.
121
Elak Diri Ditipu oleh Peniaga Online e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Nazihah Omar dan Ferri Nasrul
Dewasa ini, penggunaan media sosial secara meluas semakin mendapat sambutan hangat di
kalangan pengguna yang gemar membeli belah secara atas talian. Kewujudan platform media
sosial seperti Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter dan Tiktok memberi peluang perniagaan
terutama kepada usahawan kecil dan sederhana menjana pendapatan secara lumayan.
Pelbagai jenis produk dan servis ditawarkan oleh peniaga online sehingga mengaburi mata
pelanggan dengan tawaran yang luar jangka.
Oleh yang demikian, pelanggan harus bijak memilih produk dan servis bersesuaian dengan
kehendak dan kemahuan pelanggan. Sebahagian besar peniaga online akan mempengaruhi
pelanggan dengan mempromosikan produk secara agresif seperti diskaun, beli 2 percuma 1,
percuma penghantaran dan lain-lain lagi bagi menggalakkan pelanggan membeli pada ketika itu.
Namun ada ketikanya apa yang ditawarkan oleh peniaga online ini adalah indah khabar dari rupa
di mana produk dan kualiti yang dijanjikan kepada pelanggan adalah tidak sama spesikasi
barang yang dijual. Ini mengakibatkan sebahagian besar pelanggan terutama generasi X dan Y
serik untuk membeli produk secara atas talian. Sehubungan dengan itu, pelanggan perlu
sentiasa berwaspada dan berhati-hati supaya tidak menjadikan diri mangsa penipuan pembelian
atas talian.
Bagaimana pelanggan tahu mereka telah ditipu dan menjadi mangsa kepada peniaga online?
Beberapa petanda pelanggan telah ditipu oleh peniaga online di antaranya adalah:
(1) Pelanggan telah membuat bayaran tetapi produk yang dijanjikan tidak sampai
kepada pengguna.
(2) Peniaga online membuka akaun palsu di dalam media sosial.
(3) Peniaga tidak memberi “tracking number” kepada pelanggan apabila diminta.
Pelbagai alasan diberikan oleh peniaga seperti pejabat Pos Laju telah tutup dan
tidak beroperasi.
(4) Kualiti produk yang diterima oleh pelanggan tidak sama dengan spesifikasi barang
yang dijual.
(5) Apabila pelanggan membuat pembatalan pembelian, peniaga online akan
menggelak dan menghilangkan diri dari membuat bayaran semula.
122
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Oleh itu, jadilah pelanggan yang bijak semasa membeli produk atas talian. Terdapat enam (6)
cara bagaimana pelanggan boleh mengelakkan diri dari ditipu oleh peniaga online.
• Selidik latar belakang peniaga online
Seharusnya pelanggan perlu menyelidik latar belakang peniaga online samada peniaga ini
benar-benar wujud atau sebaliknya. Terutama apabila ia melibatkan pembelian barang
dengan jumlah yang besar. Perkara ini perlu dilakukan bagi menggelakkan pelanggan ditipu
oleh peniaga. Kesalihan maklumat seperti nama penuh syarikat atau peniaga, alamat dan
nombor telefon diperlukan bagi mengurangkan sebarang keraguan pelanggan terhadap
perniaga itu sendiri. Pelanggan boleh meminta maklumat tersebut secara terus dari peniaga
atau melayari laman media sosial seperti Instagram. Sekiranya pelanggan masih ragu-ragu,
maka jangan teruskan transaksi pembelian ini.
• Hubungi peniaga online untuk sebarang pertanyaan
Sekiranya pelanggan mempunyai sebarang pertanyaan terhadap produk yang ingin dibeli
adalah lebih baik sekiranya pelanggan terus berhubung dengan peniaga melalui sosial media
(seperti chat messenger atau Whatsapp) atau telefon. Berkomunikasi secara terus dapat
mengurangkan risiko dari ditipu oleh peniaga online. Pada waktu yang sama pelanggan akan
berasa lebih selamat terhadap transaksi pembelian tersebut. Jangan lupa juga untuk
menyimpan screenshot perbualan yang telah dilakukan sebagai bukti pernah urusan bagi
transaksi pembelian dikemudian hari.
• Rujuk testimoni dari pembeli terdahulu
Perkara yang paling penting sebelum pelanggan membeli barang adalah dengan merujuk
testimoni dari pembeli terdahulu. Kenapa pentingnya testimoni ini? Testimoni merupakan
bukti di mana produk yang dijual adalah produk yang bagus dan memberi kesan yang positif
kepada pengguna. Walaubagimanapun, sebahagian peniaga online akan menggunakan
semula testimoni yang sama dari pembeli terdahulu. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya
pelanggan merujuk kepada peniaga online yang menjual produk yang sama bagi memastikan
kesalihan dan keaslian produk yang dijual.
123
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
• Tawaran produk atau servis yang mencurigakan
Tawaran yang tidak masuk akal terutamanya harga barang yang ditawarkan terlalu murah
dari harga pasaran. Sekiranya pelanggan mengalami situasi seperti ini, pelanggan perlu
lebih berhati-hati terhadap promosi tersebut. Besar kemungkinan produk yang ditawarkan
menghampiri tarikh luput atau terdapat kerosakan terhadap produk yang tidak
dimaklumkan oleh peniaga. Oleh yang demikian, adalah lebih baik sekiranya pelanggan
berhubung dengan bertanyakan keadaan produk kepada peniaga sebelum membuat
pembelian bagi mengelak sebarang penyesalan dan kerugian.
• Pilih pembayaran secara COD (cash on delivery)
Cara terbaik membuat pembayaran adalah dengan cara COD iaitu membayar produk
secara tunai ketika penghantaran produk terus kepada pelanggan. Namun begitu, bukan
semua peniaga online mengeyorkan cara pembayaran seperti ini. Bagi langkah berjaga-
jaga kepada peniaga, mereka lebih mengutamakan pembayaran secara dalam talian atau
bank transfer. Ini adalah kerana terdapat juga kes di mana pelanggan membuat transaksi
palsu kepada peniaga. Sekiranya pelanggan percaya terhadap peniaga online, tidak salah
sekiranya membuat pembayaran secara dalam talian. Namun diingatkan untuk menyimpan
resit transaksi tersebut sebagai bukti pembelian.
• Minta bukti pembelian dari peniaga online
Selepas transaksi pembelian berlaku, pelanggan perlu meminta resit atau “tracking
number” sebagai bukti pembelian dari peniaga. “Tracking number” boleh disemak secara
online mengikut courier servis yang dinyatakan oleh peniaga. Awas sekiranya selepas 2
hari atau lebih di mana “tracking number” masih tidak aktif dan kelihatan di laman
sesawang. Pelanggan harus segera menghubungi peniaga bagi memaklumkan perkara
tersebut supaya peniaga dapat membuat tindakan susulan sekiranya perkara ini benar-
benar berlaku.
Kesimpulan, kita sebagai pelanggan mempunyai hak bagi mempertahankan diri
dari ditipu oleh peniaga online. Sekiranya pelanggan mendapati dirinya ditipu,
segeralah membuat laporan polis di mana kes tersebut serius dan melibatkan
sejumlah wang yang besar dalam satu transaksi. Jangan malu, pelanggan harus
segera bertindak bagi menuntut keadilan untuk diri mereka.
124
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Wanita Wajib Kaya
Zurina Binti Omar, Hairiani Abdul Hamid Nur Diana Zamani
Kali ini,saya akan berkongsi dengan anda semua tentang sebuah buku yang sangat menarik
minat dan perhatian saya sebagai seorang wanita. Nak tahu buku apa? Tajuk buku ini Wanita
Wajib Kaya. Ia ditulis oleh Fida Jaafar yang merupakan seorang bekas kakitangan awam yang
telah berhenti kerja dan menumpukan perhatian terhadap bidang hartanah. Buku ini telah
diterbitkan oleh Galeri Ilmu dan mengandungi 136 helaian muka surat. Siapakah kumpulan
sasaran bagi buku ini? Jawapannya anda, remaja, wanita dan lelaki sejati, Wanita dari pelbagai
usia, bangsa dan agama serta lelaki dari pelbagai latar belakang yang mahukan Wanita dalam
hidupnya Berjaya.
Apa yang menarik tentang buku ini? Mula-mula dengan hanya melihat tajuk sahaja,saya
sangkakan buku ini akan bercerita tentang kita sebagai orang perempuan kena jadi orang kaya
raya, yang punya banyak wang. Tapi ternyata saya telah tersilap. Selepas membaca dan
memahami setiap helaian buku ini saya mula faham apa yang penulis cuba sampaikan. Buku
ini bukanlah fokus kepada kaya yang merujuk kepada punya banyak wang, akan tetapi KAYA
yang dimaksudkan ialah lebih kepada berdikari. Bukan kaya meterialistik tetapi kaya dari
pelbagai sudut yang meluas termasuk ketenangan jiwa. Buku ini turut mengajar saya untuk
tidak menilai orang dengan mata kasar sahaja dan merasakan diri kita lebih baik daripada
orang lain. Apabila kita melihat kehidupan orang lain yang biasa dan sederhana, jangan kita
anggap orang itu tidak berjaya. Tanggapan ini hadir kerana kita tidak dapat mencari material
pada orang tersebut dan fikiran kita telah diasuh untuk melihat kemewahan yang tertonjol
sebagai tanda kaya dan berjaya.
125
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Selain itu, penulis juga menekankan, sebagai seorang Wanita, kita tidak boleh terlalu
bergantung hidup dengan orang lain seperti ibu bapa,suami,adik beradik mahupun kawan-
kawan. Ini kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Langit tidak
selalunya cerah. Sekiranya kita telah belajar berdikari dan telah mempersiapkan diri dengan
lebih awal,maka kita tidak akan terkejut serta lebih bersedia untuk meghadapi cabaran
mendatang. Di dalam buku ini juga, disetakan kisah-kisah berdasarkan pengalaman sebenar
yang penulis pilih untuk kita jadikan teladan bersama. Buku ini tidak terhad untuk dibaca oleh
kaum hawa sahaja. Kaum adam juga wajar membacanya. Penulis menyatakan kejayaan
seorang wanita itu sebenarnya didokong kuat oleh insan yang bergelar lelaki. Tiada unsur
berat sebelah kepada satu jantina sahaja di dalam buku ini. Penulis berpendapat, Wanita itu
wajib kaya, tetapi orang lelaki wajib lebih kaya kerana mereka merupakan pemimpin
keluarga. Pendidikan kewangan untuk anak-anak turut dikongsi oleh penulis. Beliau
berpendapat, untuk menjadikan anak-anak bijak mengurus wang, ibu bapa terlebih dahulu
perlu menekankan aspek disiplin dalam diri mereka.
Kesimpulannya, buku ini mendorong seorang wanita itu untuk menjadi lebih baik dan
mengeluarkan potensi diri yang mungkin tidak disedari. Setiap wanita harus berazam untuk
meningkatkan dirinya setiap hari dan cuba untuk memberi yang terbaik. Wanita wajib kaya.
Kaya bukanlah terletak pada harga tetapi pada nilai yang membawa lebih banyak kebaikan
pada orang lain.
126
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Falsafah Dan Peradaban Bangsa Melayu Pada Sebilah Keris
Ros Hasri Ahmad, Shafiee Md Tarmudi, Siti Farrah Shahwir, Siti Masnah Saringat & Muhamad
Ismail Pahmi.
Keris merupakan sejenis senjata pendek milik orang Melayu telah digunakan sejak 800
tahun dahulu menjadi lambang kemegahan, maruah, kedaulatan, kekuasaan, kehormatan dan
harga diri bangsa Melayu. Bagi masyarakat Melayu pada ketika itu setiap individu akan memiliki
sekurang-kurangnya sebilah keris yang berfungsi sebagai senjata untuk mempertahankan diri,
namun kini keris disimpan sebagai perhiasan dan akan dipakai hanya untuk majlis diraja atau
majlis perkahwinan.
Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu Malang Kerik yang
bermaksud bercekak pinggang, apabila perlakuan ini dilakukan oleh seseorang ia akan ditafsirkan
sebagai bermegah, ini bertepatan pula keris sebagai lambang kemegahan maka pemakaian keris
yang biasanya akan disisipkan diantara tempat kita bercekak pinggang.
Rekod terawal penemuan keris di Alam Melayu telah dikesan seawal abad ke-5 Masihi
ditemui pada ukiran batu di Desa Dawuku, Magelang, Jawa Tengah, manakala pada kurun ke 8
dan ke 9 Masihi pula ukiran berbentuk seperti keris telah ditemui pada Candi Borobudur, di
Kepulauan Jawa. Sejarah keris di Semenanjung Tanah Melayu dapat dilihat disekitar kurun ke 13
hingga ke 15 dan pastinya terkait dengan keris Taming Sari sewaktu zaman Kesultanan Melayu
Melaka. Rupabentuk keris yang ada pada hari ini dibuat berteraskan zaman Kesultanan Melayu
Melaka dan proses pembuatannya dikenali sebagai ‘tempa Melaka’.
127
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Rupabentuk keris ‘tempa Melaka’ ini dapat dilihat dengan ciri-ciri berikut iaitu panjang keris
biasanya bersaiz di antara 6 hingga 12 inci, berbentuk lurus atau berkelok, dan berhulukan Jawa
Demam, Pekaka, Ayam Teleng atau Patah Tiga. Dari segi peradaban mengadap raja atau sultan
pada zaman dahulu, hanya mereka yang mengenakan keris berhulu Jawa Demam dan Pekaka
sahaja dibenarkan untuk masuk ke perkarangan istana, manakala mereka yang mengenakan keris
berhulu Ayam Teleng atau Patah Tiga ditegah sama sekali masuk ke istana kerana hulu sebegini
dicipta dengan falsafah untuk bertarung.
Sebagai lambang kekuatan dan kekuasaan sesuatu senjata, kebiasaannya hulu dan
sarung senjata tersebut akan diperbuat dari kayu yang keras maka bahagian perdu atau tunjang
pokok tertentu seperti kemuning, cendana, merbau dan cempaka dipilih, namun begitu terdapat
juga hulu atau sarung keris diperbuat daripada gading gajah, tanduk binatang, emas dan perak
khususnya bagi golongan istana. Ini bermakna bila dilihat secara luaran dari segi hulu dan sarung
keris ini diperbuat maka sebagai seorang Melayu yang penuh peradaban akan segera dapat
memberikan tafsiran darjat serta kedudukan pemilik keris berkenaan.
Terdapat dua jenis bilah keris iaitu lurus atau berkelok, pada kebiasaannya untuk bilah
keris yang berkelok atau luk ianya dalam angka ganjil, mengikut falsafah bangsa Melayu sesuatu
yang genap itu bererti sudah selesai manakala yang ganjil bermaksud belum sempurna dan perlu
diteruskan dan luk keris ini sengaja dibuat dalam bilangan ganjil iaitu 1, 3, 5, 7, 9, 11 dan 13
sebagai maksud pengharapan, dinamik dan ingin terus maju ke hadapan. Menjadi adab orang
Melayu untuk mengaitkan unsur-unsur Islam dalam sesuatu bahan penghasilan mereka dan ini
berlaku ke atas keris di mana keris luk 5 dikaitkan dengan rukun Islam, luk 7 disabitkan dengan
bilangan tawaf dan luk 13 dirujuk kepada jumlah rukun dalam solat.
128
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Pengiraan luk dibuat dari bahagian benjol atau cembung dan setiap luk ini diberikan
maksud tertentu, begitu tinggi peradaban bangsa Melayu suatu ketika dahulu atas setiap sesuatu
diberikan pengertian atau maksud, bagi keris luk satu membawa maksud ketenteraman hati, keris
luk tiga sebagai lambang selalu dilindungi sang pencipta alam, keris luk lima bermaksud disayangi
dan dikasihi ramai, keris luk tujuh melambangkan kewibawaan kepada pemilik keris tersebut, bagi
keris luk sembilan pula ia sebagai lambang karisma dan kepimpinan, bagi keris luk sebelas pula
bagai simbol kemegahan dan kemewahan kepada pemiliknya dan keris luk tiga belas sebagai
tanda keluhuran hati dan sentiasa bersedia pada setiap masa.
Cara pemakaian keris juga penuh dengan falsafah di mana keris akan disisip dibahagian
pinggang dan diletakkan dihadapan badan dengan harapan keris tersebut menjadi alat pelindung
diri dan bersedia untuk berhadapan apa sahaja kemungkinan. Kesediaan ini pula dipaparkan oleh
si pemakai keris melalui kedudukan hulu keris tersebut diletakkan, sekiranya hulu keris tersebut
dihadapkan ke arah badan ini bermakna kedatangan tersebut ingin dibuat secara aman dan boleh
berunding, sebaliknya jika kedatangan tersebut dengan hulu keris dihalakan ke luar badan maka
pihak lawan perlu faham itu adalah tanda amaran dan kedatangan tersebut bukanlah dalam
keadaan yang baik dan perlu bersedia untuk berhujung dengan sebuah pertarungan.
Apabila sebilah keris dikeluarkan dari sarungnya dan tindakan ke atas keris tersebut selepas ini
akan memberikan maksud dan falsafah yang tertentu contohnya jika keris tersebut dikucup ianya
melambangkan penerimaan sebuah amanah dan si pelaku tersebut akan menjunjung tinggi
amanah yang telah diberikan dengan penuh keinsafan dan kejujuran. Jika si pelaku bertindak
menjulang keris, ini bermakna dia berusaha untuk meninggikan kedaulatan, kekuasaan, keadilan
dan tanggungjawab amanah yang diterimanya. Sekiranya keris tersebut dibuka dari sarung dan
dihunus ke hadapan ini membawa maksud si pelaku bertekad untuk berjuang dan
mempertahankan bangsa Melayu, agama Islam dan negara.
129
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Proses pembuatan keris oleh pandai besi (dirujuk orang yang mahir membuat keris) diletakkan
juga adabnya sewaktu keris itu diminta untuk ditempa. Pandai besi akan mengenakan pakaian
dengan warna tertentu sebagai lambang penghormatan mengikut status pihak yang menempa
keris tersebut. Sekiranya ditempa untuk pembesar dan pemerintah maka pandai besi akan
mengenakan pakaian kuning sewaktu proses penghasilkan keris tersebut. Jika ia ditempa untuk
panglima, pahlawan dan pendekar maka pandai besi akan mengenakan pakaian hitam
berbengkung merah manakala untuk orang biasa mereka akan mengenakan pakaian orang
kebiasaan sewaktu menempa atau membuat keris tersebut.
Ternyata orang Melayu dahulu sangat kreatif, corak pemikiran mereka penuh dengan falsafah dan
berusaha memaparkan nilai peradaban yang tinggi. Ini jelas ditunjukkan dalam proses pembuatan,
penggunaan dan perlakuan ke atas sebilah keris, mereka boleh menerap dan menyampai seribu
satu maksud seperti kesediaan, kemuliaan, kedudukan, penghormatan dan prinsip kehidupan
bangsa Melayu. Di atas ketinggian falsafah dan peradaban juga ia berjaya membawa bangsa
Melayu mencapai satu tahap yang sangat gemilang dan hebat di zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
Rujukan
Angahsunan (2017) Pusaka, Rahsia dan Dzat Keris, https://www.thepatriots.asia/4275/
Emil Bahari (2009) Semangat Keris Melayu: Menjawab Persoalan Ada Apa Dengan Keris, Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Helmy Effendy (2019) Sejarah dan Falsafah Keris, https://www.thepatriots.asia/sejarah-dan-
falsafah-falsafah-keris/
Irma Musliana (2016) Kenapa Bilah Keris Bengkang Bengkok? Sejarah Keris Melayu Yang Kita
Tak Pernah Dengar, https://soscili.my/sejarah-keris-melayu-taming-sari/
Khamis Mohamad, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman dan Abdul Latif Samian (2012),
Falsafah Perkerisan dalam Masyarakat Melayu, International Journal of the Malay World and
Civilisation 30(1), 2012: 105 – 119.
Mazlin Basir dan Noor Hidayah Mohd Izam (2019) Konsep Keris Dalam Budaya Masyarakat
Melayu, https://malaysiaaktif.my/52205
Nor 'Asyikin Mat Hayin (2018) Falsafah Keris, https://www.hmetro.com.my/nuansa
/2018/04/333759/ pembuatan-sarat-ciri-sains
Siti Haliza Yusuf (2016) Hulu Keris Imej Bangsa Melayu, https://www.bharian.com.my/bhplus-
old/2016/10/200230/hulu-keris-imej-bangsa-melayu
130
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
EMAS: Alternatif Pelaburan Yang Selamat?
Muhamad Khodri Bin Kholib Jati & Suzana Binti Hassan
Harga emas telah memuncak ke paras tertinggi dalam sejarah di kala penularan wabak pandemik
Covid–19. Kemelesetan ekonomi di seantero dunia termasuk Malaysia telah menyebabkan kejatuhan
nilai mata wang dan menyebabkan berlakunya kenaikan bagi harga emas itu sendiri.
Sentimen oleh para pelabur yang melihat ianya adalah pelaburan paling selamat juga menjadi fakor
utama yang menyokong kenaikan harga emas itu sendiri di samping ketidaktentuan ekonomi dunia
akibat kejatuhan nilai matawang USD Dollar, perang dagang antara Amerika Syarikat dan China,
masalah geopolitik yang melanda segenap sudut dunia dan diburukkan lagi oleh pandemik Covid-19.
Krisis terbaru iaitu pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang telah mencetuskan perang dan
menyebabkan harga komoditi seperti gandum, bijirin & minyak bunga telah melambung tinggi
sekaligus menyumbang kepada kenaikan inflasi di seluruh dunia. Pengalaman pelaburan di era
kemelesetan ekonomi yang pernah melanda negara pada tahun 1998 dan 2008 menyebabkan para
pelabur lebih cenderung memilih pelaburan emas sebagai alternatif pelaburan yang paling selamat.
Merujuk kajian yang dikeluarkan oleh thenationalnews.com (2022), harga emas akan melonjak ke
paras tertinggi kesan daripada ketidaktentuan pasaran saham dan juga konflik geopolitik diseluruh
dunia. Sewaktu penulis menulis rencana ini, harga bagi segram emas adalah RM250 berbanding pada
tahun 1960 dahulu yang hanya sekitar RM5 bagi setiap gram disebabkan oleh penyusutan nilai
matawang dollar dan mereka menjangkakan ianya akan mencecah AS $2000 (RM8,503.50) untuk
seauns atau kira–kira RM300 segram.
131
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Justeru, ia adalah satu informasi yang jelas kepada kita semua pelaburan emas itu adalah salah satu
pelaburan yang selamat. Umum mengetahui, terdapat dua jenis emas utama iaitu Emas Perhiasan
dan Emas Jongkong.
Di dalam Al Quran banyak kali disebutkan perhiasan-perhiasan di syurga yang diperbuat daripada
emas bagi mengambarkan nilai emas yang sangat tinggi. Secara fitrahnya Allah S.W.T telah
mejadikan manusia cenderung untuk suka dan ingin memiliki emas sebagai perhiasan, hatta emas
juga menjadi simbol kekuasaan bagi raja-raja sejak dahulu lagi.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa
perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,
kuda pilihan, hewan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah
tempat kembali yang baik”. (Surah Ali ‘Imran: 14)
Persoalannya sekarang adakah emas itu sebagai pelaburan selamat? Ya, dengan melihat lonjakan
harganya dari semasa ke semasa, emas juga dilihat sebagai komoditi yang kalis inflasi untuk tempoh
jangka masa panjang tetapi tidak bagi jangka pendek.
Melabur sebahagian duit di dalam pelaburan emas seperti membeli dinar emas, jongkong emas atau
membuka akaun emas mampu menyediakan pelaburan selamat bagi masa hadapan sebagai contoh
persediaan untuk pendidikan anak-anak, pelaburan jangka panjang dan sebagainya. Hal ini adalah
kerana duit yang ditukar kepada pelaburan berbentuk emas akan menjadi pelaburan yang selamat
kerana nilainya adalah kalis inflasi.
132
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Jika dibandingkan dengan simpanan ataupun pelaburan dalam bentuk tunai seperti di bank
sama ada di dalam akaun simpanan, akaun semasa mahupun simpanan tetap ianya akan
mengambil masa yang sangat lama untuk menjadi satu kali ganda kerana kadar dividen yang
rendah. Merujuk laporan yang dikeluarkan oleh Trading Economic (2022), secara puratanya
dividen bagi akaun simpanan tetap dijangkakan hanya sekitar 1.81% sahaja bagi tahun 2022
- 2023. Rata – rata rakyat Malaysia masih lagi menjadikan simpanan tetap seperti di Tabung
Haji sebagai medium utama untuk simpanan wang dan pelaburan berbanding pelaburan
emas.
Dengan hanya serendah 1-gram emas kita sudahpun boleh melabur dalam komoditi ini yang
tidak menetapkan had maksimum pelaburan. Selain emas sebagai aset yang melindungi
kekayaan, pelaburan emas dapat menjamin pulangan mengikut masa yang ditetapkan dan
dapat ditukarkan kepada tunai pada bila – bila masa sekiranya diperlukan berbanding
simpanan tetap yang mana pelabur tidak akan menerima pelaburan sekiranya pengeluaran
dibuat sebelum tempoh matang. Pelaburan emas era baharu juga telah dilindungi oleh skim
insuran bagi memberikan keyakinan dan perlindungan kepada pelaburan yang telah dibuat.
Oleh yang demikian emas mampu menjadi penyelamat ekonomi pada masa depan kerana
momentum positif nilainya dari semasa ke semasa. Juga kedudukan istimewa emas itu
sendiri sehingga telah disebutkan berulang kali di dalam Al Quran mahupun hadis – hadis
sahih sebagai barangan yang berharga.
Pelaburan emas sememangnya mempunyai kelebihannya yang tersendiri,
walaubagaimanapun ianya terpulang kepada objektif pelaburan yang ingin dicapai, hanya
yang celik pelaburan sahaja akan dapat memanfaatkannya, Wallahualam.
133
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Bahang Inflasi kepada masyarakat.
Siti Farrah Shahwir, Ros Hasri Ahmad, Shafiee Md Tarmudi, Siti Masnah Saringat & Muhamad
Ismail Pahmi.
Mendengar perkataan Inflasi yang diwar-warkan di media massa amat menakutkan bagi mereka
yang tahu dan menyedari kesannya dalam kehidupan seharian. Inflasi di Malaysia, yang diukur
daripada Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 4.4 peratus kepada 127.9 pada Julai 2022
berbanding 122.5 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, didorong oleh kenaikan harga
makanan.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam statistik Indeks Harga Pengguna,
Malaysia Julai 2022, peningkatan kadar inflasi itu adalah lebih tinggi berbanding 3.4 peratus
yang dicatatkan pada Jun 2022. Menurut DOSM, indeks makanan yang meningkat 6.9 peratus
kekal menjadi penyumbang utama kenaikan inflasi pada bulan Julai 2022. Selain daripada
kumpulan makanan, kesemua kumpulan lain juga terus merekodkan peningkatan kecuali
komunikasi yang kekal tidak berubah berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Bahang inflasi ini lebih memberi kesan kepada golongan M40, B40 dan kebawah dimana
dengan kuasa wang yang semakin mengecil telah mengakibatkan pembelian barang asas
terbatas dek lantaran harga yang sentiasa meningkat. Berikut adalah beberapa cadangan yang
boleh dipraktiskan bagi menghadapi suasana kenaikan inflasi yang melambung :
a) Setiap ahli keluarga perlu duduk berbincang dan menyenaraikan
perbelanjaan harian dan bulanan. Penting bagi setiap keluarga
merangka anggaran belanjawan bulanan bagi memastikan kedudukan
kewangan mencukupi.
134
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
b) Individu pula boleh mengenalpasti perbelanjaan yang boleh ditangguhkan sehingga kuasa wang
kembali kepada ada.Perbelanjaan yang boleh di tangguhkan adalah mungkin yang bersifat hiburan
atau pun belanja ke atas diri sendiri yang bukan barangan asas seperti pakaian, pembeli “smart
phone” baru. Jika tidak mahu tangguhkan, boleh juga dikurangkan seperti contohnya, jika setiap bulan
anda akan membeli pakaian secara dalam talian sebanyak empat pasang sebulan mungkin anda
boleh menhadkan pembelian kepada sehelai sahaja.Eh, tapi berat badan naik?. Tak jadi masalah,
bolehlah meniatkan dalam hati untuk kurangkan berat badan. Niat pun dah cukup bagus.
c) Melakukan penjimatan berhemah, jika sebelum ini anda mempunyai kekerapan makan di luar atau
dikedai mahupun sering memewahkan diri dengan menikmati makanan segera seperti
KFC,McDonalds mungkin inilah masanya anda menunjukkan skill memasak dirumah lebih kerap.
Bayangkan, satu kelurga yang mempunyai lebih dari dua anak makan di kedai makanan ala thai dalam
keadaan inflasi ini, tidak mustahil kos makan dikedai tidak kurang dari RM50!. Penat memasak?, boleh
minta suami atau anak urutkan.
d) Sentiasa prihatin dengan jiran-jiran sebelah rumah. Adakalanya kita masih mampu utk makan
dengan sempurna tetapi mungkin jiran kita kesempitan wang lantas tidak mampu megeluarkan
belanja. Oleh itu, dengan mengamalkan konsep “tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang
menerima ” dan berkongsi rezeki adalah bagus untuk diamalkan. Individu yang beragama Islam
percaya lebih banyak memberi, Allah akan lebih banyak menggantikannya. Manalah tahu, dapat rezeki
yang tak disangka-sangka.
e) Nasihat terakhir adalah, sama sekali mengelakkan membuat pinjaman melalui institusi perbankan
atau paling teruk Ahlong. Ini akan menyebabkan tekanan kewangan yang lebih tinggi dimasa hadapan.
Pengurusan kewangan dengan berkonsepkan mengukur baju dibadan sendiri adalah lebih baik dan
sesuai.
135
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Kepada peniaga atau penjual produk, kenaikan itu tidak dapat dielakkan namun janganlah
menaikkan harga secara keterlaluan sehingga pembeli terpaksa menangguhkan dan
mengelakkan pembelian dengan anda.
Rujukan:
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/08/994067/kadar-inflasi-malaysia-melonjak-
kepada-44-peratus
136
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Tanaman Sukulen Hobi Wanita Bekerjaya
Che’ Khalilah Mahmood, Nor Haliza Hamzah, Wan Nor Hafidzah Wan Mohd
Tanaman sukulen adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai batang dan daun
tebal yang mengandungi dan menyimpan banyak air. Antara contoh tumbuhan
sukulen adalah kaktus yang hanya menyimpan air di batangnya dan tidak
mempunyai daun. Selain itu, agaves pula akan menyimpan air di daunnya.
Tumbuhan ini kebanyakannya berasal dari kawasan beriklim tropika, padang pasir
atau kawasan yang bermusim semi arid, kawasan separa gersang, gunung, dan
serta kawasan yang beriklim sejuk. Sukulent adalah tanaman yang menarik
kerana ia mempunyai pelbagai bentuk, saiz, warna dan ciri.
Jika anda mempunyai gaya hidup sibuk, ini adalah tanam yang sesuai untuk
dijadikan sebagai hobi. Jika hendak dibandingkan dengan jenis tumbuhan yang
lain, sukulen lebih tahan lasak, dan paling penting ia adalah tumbuhan dengan
keperluan penyelenggaraan yang rendah! Jadi, jika anda seorang yang bekerjaya,
sibuk atau kerap keluar kawasan, ini adalah tumbuhan yang tepat bagi anda.
137
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Tanaman Sukulen Hobi Wanita Bekerjaya
Che’ Khalilah Mahmood, Nor Haliza Hamzah, Wan Nor Hafidzah Wan Mohd
Berikut adalah tips penjagaan tanaman sukulen:
● Fahami jenis tumbuhan sukulent anda
Anda perlu memahami jenis sukulent anda kerana keperluan cahaya, air dan medium
mungkin berbeza. Jadi, jika anda ingin berjaya dalam hobi anda ini, anda perlu kenali
keperluan sukulen anda.
● Sediakan medium tanaman yang sesuai.
Malaysia mempunyai suhu yang agak panas, kelembaban tinggi dan hujan yang banyak.
Jadi, anda perlu sediakan medium tanaman yang poros supaya air tidak bertakung.
Sukulen memerlukan medium yang poros dan keperluan air yang rendah.
● Siram bila perlu.
Sukulen tidak perlu air yang banyak, jadi anda boleh penyiram jika medium tanaman anda
kering. Selain itu, penyiraman juga dapat dilakukan 3 hari sekali atau seminggu sekali
mengikut keadaan atau cuaca kawasan anda. Jangan takut untuk siram ya.
● ·Cahaya matahari.
Sukulen perlukan cahaya matahari. Namun, anda perlu tahu jenis sukulent anda kerana
terdapat sukulen yang memerlukan cahaya matahari yang banyak seperti sesetengah
achiveria. Namun terdapat juga sukulen seperti haworthia yang lebih sesuai di kawasan
yang redup.
Jadi, jika anda berminat untuk mempunyai tanaman perhiasan sebagai hobi
tetapi anda sibuk sukulen mungkin sesuai untuk anda. Ia unik, mempunyai
pelbagai bentuk dan warna yang menarik, dan paling penting, ia tidak perlukan
penjagaan yang rapi
138
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
TINGKATKAN KEBERKESANAN JARINGAN KERJASAMA PENYELIDIKAN ANTARA UNIVERSITI
DAN INDUSTRI
Dr. Mohamad Faizal bin Ramli dan Dr Muhamad bin Majid
Penyelidikan dan pembangunan merupakan aktiviti yang dijalankan bagi
menambahbaik produk atau perkhidmatan sedia ada atau menghasilkan inovasi baru bagi
memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Terdapat pelbagai kaedah yang
digunakan untuk menghasilkan sesuatu produk baru, antara yang kian mendapat
perhatian pada masa kini adalah melalui kerjasama antara universiti dan industri.
Disamping dapat memberi manfaat kepada masyarakat melalui inovasi yang dihasilkan,
kerjasama seperti ini turut memberi kelebihan kepada universiti dan industri antaranya
mengurangkan kos penyelidikan dan pembangunan melalui perkongsian kepakaran,
fasiliti, dana dan lain-lain sumber yang diperlukan.
Bagi mengalakkan penglibatan universiti dan industri dalam projek kerjasama
penyelidikan dan pembangunan, pihak kerajaan turut memperkenalkan beberapa initiatif
antaranya geran penyelidikan yang khususnya diberikan kepada projek penyelidikan yang
melibatkan universiti dan industri sebagai penyelidik bersama. Pada RMK-9, Kementerian
Sains, Teknologi dan Innovasi memperkenalkan Technofund. Selain itu, pada masa kini,
geran penyelidikan di bawah dana R&D turut memfokuskan kepada projek penyelidikan
yang melibatkan kerjasama antara pihak universiti dan industri. Geran-geran
penyelidikan seperti ini, bertujuan menggalakkan penglibatan kedua-dua pihak dalam
menghasilkan produk atau perkhidmatan yang berpotensi untuk dikomersialkan.
Walaubagaimanapun, bagi menghasilkan projek kerjasama penyelidikan antara
universiti dan industri yang berjaya adalah sukar disebabkan perbezaan yang wujud
antara kedua-dua institusi.
139
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat projek kerjasama yang terpaksa
ditamatkan dan sukar mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Selain itu,
pengkomersialan hasil penyelidikan masih menjadi isu yang sering dibincangkan,
terdapat banyak produk yang dihasilkan masih sukar untuk dikomersialkan. Hal ini
terjadi disebabkan oleh beberapa faktor antaranya perbezaan budaya antara
universiti dan industri, kekurangan dana penyelidikan, kekangan masa dan komitmen,
penyelidik kurang berkemahiran dan pengalaman, isu berkaitan harta intelek dan
royalti, kekurangan fasiliti penyelidikan seperti peralatan, mesin, bahan mentah dan
makmal penyelidikan. Isu-isu seperti ini perlu difahamkan dan diatasi oleh para
penyelidik sekiranya melibatkan diri dalam projek kerjasama penyelidikan antara
universiti dan industri.
Terdapat beberapa langkah persediaan perlu diambil oleh penyelidik bagi
memastikan keberkesanan projek kerjasama penyelidikan seperti ini, antaranya pihak
penyelidik perlu mewujudkan suasana komunikasi yang berkesan. Kedua-dua pihak
perlu memaksimumkan penggunaan medium komunikasi sedia ada, adakan
mesyuarat secara berkala bagi membincangkan masalah-masalah yang timbul serta
mengemaskini status semasa projek. Melalui komunikasi yang berkesan, masalah
dapat diatasi dengan lebih cepat. Selain itu, pihak penyelidik juga perlu memberi
komitmen yang sepenuhnya, seperti sedia maklum penyelidik universiti mempunyai
kerja hakiki sebagai pendidik, malahan mereka turut bertanggungjawab dalam
penyeliaan pelajar, menghadiri persidangan atau forum, penulisan, khidmat
perundingan, latihan dan sebagainya. Kekangan masa ini perlu diurus dengan cekap
bagi memastikan penglibatan dalam projek kerjasama dengan industri berjalan
seperti dirancang dan projek dapat disempurnakan mengikut masa yang telah
ditetapkan.
140
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
Disamping itu, isu berkaitan harta intelek dan royalti perlu diselesaikan sebelum
projek dijalankan. Kedua-dua pihak perlu mempunyai persetujuan bersama bagi
memastikan tidak berlaku sebarang masalah dikemudian hari. Polisi berkaitan harta
intelek yang jelas perlu dihasilkan manakala penyelidik perlu memahami dan mematuhi
polisi yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang konflik antara kedua-dua rakan
kerjasama. Seterusnya, bagi memastikan proses kerjasama berjalan dengan lancar,
pihak kerajaan, industri dan universiti perlu memainkan peranan penting dalam
menyediakan fasiliti, kepakaran, dana tambahan dan lain-lain sumber bagi memastikan
matlamat sesuatu projek itu dapat disempurnakan. Para penyelidik juga perlu mempunyai
kepakaran, kemahiran serta pengalaman dalam menjalankan projek kerjasama seperti ini.
Pengalaman mengajar seseorang untuk memahami budaya kerja rakan kerjasama,
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, seterusnya dapat mengurangkan peselisihan
faham semasa proses penyelidikan dijalankan.
Antara langkah lain adalah melalui pemberian penghargaan, insentif atau ganjaran
kepada penyelidik. Pihak institusi disarankan untuk menawarkan ganjaran kepada
penyelidik terlibat samaada dalam bentuk wang ringgit, sijil penghargaan, kenaikan
pangkat atau sebaliknya. Justeru, ini dapat memotivasikan para penyelidik, seterusnya
akan mempengaruhi komitmen dan focus penyelidik untuk memberi yang terbaik dalam
menyempurnakan proses penyelidikan yang dijalankan.
Melalui persediaan dan pemahaman yang tinggi, kerjasama penyelidikan antara
universiti dan industri mampu mencapai matlamat yang telah dipersetujui bersama. Oleh
itu, jaringan kerjasama antara universiti dan industri perlu diteruskan dan ditingkatkan lagi
bagi memastikan ilmu dan kepakaran yang ada di peringkat universiti dapat
dikomersialkan bagi pembangunan negara dan masyarakat secara amnya.
141
142
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
PUISI: KEBEBASAN
Dr Azila binti Jaini
Semalam…
Mendung berarak awan kehitaman,
Hati merintih sayu pandangan,
Fikiran kusut emosi berantakan,
Seperti tiada arah tujuan.
Perlahan…
Diri ini bangun dari keresahan,
Langkah diatur dalam kepahitan,
Mencari arah dan kebenaran,
Jiwa dipujuk mengejar keberanian.
Dan…
Langkah demi langkah diatur kemas,
Menjauh keperitan yang pedih dan rimas,
Kuteruskan perjuangan tanpa culas,
Demi keinginan untuk bebas.
Kini…
Keperitan dan kesakitan tiada lagi,
Kebebasan ini sangat bererti,
Tiada lagi yang perlu ditangisi,
Kebebasan kini amat dihargai.
143
e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
CORETAN MEMORI
FARIZAH BT MAMAT @ MOHD NOR, MUHARRATUL SHARIFAH SHAIK ALAUDEEN
Indah damai pengubat duka
Tenang umpama Tasik Chini
Rezeki allah siapa menyangka
12 tahun masih dan setia disini
Angin sepoi menyapa tangga
Tangga kukuh kayu meranti
Pahit manis pengalaman berharga
Emas permata tak mampu terganti
Meranti berpaut dililit jati
Jati kukuh terpahat memeri
Berkongsi ilmu niat dihati
Membimbing pelajar ikhlas memberi
Mendung kelabu iringi hiba
Harapkan sinar berkunjung tamu
Kejayaan pelajar dambaan hamba
Doa mengiringimu tanpa jemu
Cuaca cerah beransur sudah
Mendung datang hujan ditadah
Bukan balasan mahupun hadiah
Secebis doa memadai sudah
144