The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK KPPI&M

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iSmA iShAk, 2022-11-06 11:38:01

e-Dinamik 2022

UiTM Cawangan Johor. Rekabentuk oleh ISMA ISHAK KPPI&M

Keywords: edinamik,uitm johor,majalah digital

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Botol susu juga memainkan peranan penting bagi bayi-bayi yang menyusu botol. Terdapat
pelbagai jenis botol susu seperti “anti colic” “natural” dan lain-lain yang terdapat dalam pasaran.
Daripada pengalaman diri sendiri, pilihlah yang ada fungsi “anti colic” supaya bayi dapat menyusu
botol dengan mudah untuk mengelak dari tersedak.

Sumber foto: tommee tippee Sumber foto: youtube white noise

Lampin bayi pun antara perkara yang perlu dipertimbangkan oleh para ibubapa. Belilah dalam
pek yang kecil untuk mengetahui lampin bayi mana yang sesuai dengan bayi anda. Berdasarkan
pengalaman, apabila bayi yang memakai lampin tidak menunjukkan tanda-tanda ruam maka
lampin itu mungkin bersesuaian dengan kulit bayi. Selain dari itu sekiranya bayi anda sukar untuk
tidur, saya sarankan supaya bilik tidur bayi dipasang dengan bunyi “white noise”. Ianya sangat
membantu bayi untuk tidur dengan lena kerana bunyi tersebut menyamai bunyi sepanjang bayi
berada di dalam kandungan ibu.

Akhir kata, perkongsian pengalaman ini mungkin sedikit sebanyak dapat memberi idea dan ilmu
yang bermanfaat kepada bakal bapa yang pertama kali menimang cahaya mata.

245

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

KEPERLUAN PERANCANGAN KEWANGAN

Zaibedah Binti Zaharum, Ruziah A. Latif,
Basaruddin Shah Basri & Mohamad Azwan Md Isa

Kita sering kali terdengar tentang kisah wang dan masalah-masalah yang dihadapi
disebabkan oleh wang. Namun begitu pernahkah kita terfikir apakah punca kepada semua
permasalahan yang timbul itu. Jika kita renungkan kembali, kitalah yang menentukan sama
ada wang dapat memberi keselesaan atau pun kesengsaraan kepada diri kita sendiri. Tidak
dinafikan wang merupakan medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita.
Namun kita sebagai manusia seringkali melakukan kesilapan dalam menguruskan wang
sehinggakan ia bukan sahaja menghantui golongan berpendapatan rendah, malahan yang
berpendapatan agak lumayan juga tidak dapat lari dari masalah perancangan kewangan.

Wang merupakan salah satu sumber yang terhad di mana ianya perlu diuruskan secara bijak
dan berhemah agar matlamat kewangan diri dan keluarga dapat dicapai sama ada dalam
keadaan senang mahupun dalam situasi di luar jangkaan. Terdapat dua asas penggunaan
wang iaitu guna dan simpan. Biarpun individu tersebut seorang penjimat, beliau mungkin
juga akan menghabiskan sebahagian besar pendapatan beliau. Beliau perlulah membuat
keputusan yang bijak terhadap perancangan kewangan beliau dengan berbelanja secara
berhemah dan elakkan dari berbelanja secara boros.

Perancangan kewangan adalah mengenai mengurus kedudukan ekonomi atau kewangan
seseorang individu dimana melalui perancangan kewangan, kita dapat mengenal pasti cara-
cara membuat belanjawan, menabung dan membelanjakan wang dalam suatu tempoh masa
yang tertentu. Selain itu juga, ia adalah panduan untuk membantu seseorang individu
mencapai sesuatu matlamat pada masa hadapan.

246

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Secara fitrahnya, kita semua akan melalui fasa kehidupan yang sama iaitu fasa mempunyai
keperluan dan kehendak. Kedua-duanya penting dan memerlukan perancangan yang bijak dan
pelaksanaan yang bijak. Bagi memenuhi semua perkara tersebut, ianya mempunyai implikasi
dari segi kos dan perbelanjaan. Perbelanjaan semakin meningkat berikutan perubahan status
individu daripada bujang, berkahwin dan menerima kehadiran ahli keluarga baharu.
Cabarannya adalah pendapatan yang diterima tidak berkadar langsung dengan perbelanjaan
yang dilihat semakin meningkat. Ilmu dan kemahiran pengurusan kewangan dilihat mampu
membantu individu dan pasangan untuk mencapai kesejahteraan kewangan.

Pemantauan perbelanjaan adalah salah satu keperluan di dalam perancangan kewangan dan
ianya perlu bijak dilakukan supaya dapat mengawal pengaliran wang dan tujuan perbelanjaan
dibuat. Jika anggaran perbelanjaan tidak mencerminkan apa yang diinginkan daripada
kehidupan baik sekarang atau masa hadapan, ianya hendaklah diubah.

Menyedari pentingnya perancangan kewangan, individu hendaklah sentiasa berhati-hati dalam
perbelanjaan. Setiap individu perlu merancang kewangan agar tidak terjerumus dengan
hutang. Ini melibatkan jaminan masa depan kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku sama
ada baik atau buruk, kedua-duanya memerlukan aktiviti pengaliran wang keluar masuk.
Sedarlah bahawa setiap perubahan dan tindakan bermula daripada individu itu sendiri.

Kesimpulannya, walaupun kita mempunyai berbagai-bagai cadangan, idea atau kaedah
mengenai perancangan kewangan yang berhemah dan bijak, tanpa digandingkan dengan
sikap dan disiplin yang baik, nescaya ianya tidak akan membuahkan hasil seperti yang
diharapkan.

247

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

SOALAN LAZIM: PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA

Mohd Hakimi Harman

Sistem Perbankan Islam (SPI) di Malaysia telah bermula sejak hampir 40 tahun dahulu.
Penubuhan bank Islam pertama pada 1983 telah menjadi titik tolak kepada sistem perbankan
Islam yang lengkap. Ini bukan hanya mampu membantu masyarakat Islam di Malaysia mendapat
produk kewangan yang patut Shariah, malah membantu dalam memacu ekonomi Islam. Bermula
dengan hanya satu bank, kini terdapat 16 institusi perbankan Islam yang menyediakan
perkhidmatan kewangan kepada rakyat Malaysia, tidak kira masyarakat Islam bahkan
masyarakat bukan Islam. Industri ini telah berkembang dengan pesat dimana setakat Disember
2019, aset perbankan Islam di Malaysia telah mencecah USD254 billion dimana jumlah dana
terkumpul di bank-bank Islam di Malaysia adalah sebanyak 38% daripada keseluruhan deposit di
sektor perbankan (Bank Negara Malaysia, n.d.).

Namun begitu, kesedaran mengenai perbankan Islam masih berada pada tahap yang rendah.
Telah dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 14 Januari 2019, terdapat 60% Perusahaan Kecil
dan Sederhana (PKS) di Malaysia tidak menyedari adanya pembiayaan Islamik yang ditawarkan
oleh perbankan Islam di Malaysia (Dzulkarnain, 2019). Bagi membantu masyarakat di Malaysia
untuk lebih memahami tentang perbankan Islam, persoalan asas mengenai perbankan Islam
mestilah difahami. Oleh itu, berikut merupakan persoalan asas beserta jawapan bagi sistem
perbankan Islam khususnya di Malaysia.

1. Soalan: Apakah Sistem Perbankan Islam(SPI)?
Jawapan: SPI adalah sistem perbankan yang menyediakan produk dan perkhidmatan
perbankan yang tidak mengandungi perkara yang dilarang oleh Shariah seperti riba’,
gharar (keraguan), maysir (perjudian), tadlis (penipuan), ketidakadilan dan sebagainya.

248

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

2. Soalan: Apakah sebab SPI diperkenalkan di Malaysia?
Jawapan: Sebelum 1983, bank yang sedia ada menyediakan perkhidmatan dan produk
kewangan yang mengenakan faedah atas pinjaman. Sebagai contoh, pinjam RM100,000
untuk membeli rumah dan kemudian peminjam perlu membayar balik pinjaman tersebut
beserta faedah (lebih daripada pinjaman pokok). Lebihan ini dikira sebagai riba’ dan ia
diharamkan di dalam Islam.

Bagi umat Islam, menjadi haram jika mereka meminjam daripada bank konvensional yang
mengenakan riba’. Riba’ telah diharamkan melalui beberapa peringkat dan terdapat ayat Al-
Quran yang menerangkan tentang pengharaman riba’. Antara ayat Al-Quran yang jelas
menerangkan hukuman kepada mereka yang terlibat dengan Riba’ adalah Ayat 275 Surah Al-
Baqarah. Oleh itu, pada 1983, Bank Islam Malaysia Berhad yang menawarkan produk perbankan
bebas riba’ telah ditubuhkan.

3. Soalan: Bagaimanakah saya tahu bahawa sesuatu produk perbankan Islam adalah patuh
Shariah?
Jawapan: Kesemua bank Islam dan juga syarikat takaful yang berdaftar di bawah Islamic
Financial Services Act 2013 (dahulunya adalah Islamic Banking Act 1983 dan Takaful Act
1984) adalah diwajibkan untuk menubuhkan Shariah Committee yang bertanggungjawab
dalam memastikan setiap produk dan perkhidmatan adalah patuh shariah. Sebarang
ketidakpatuhan boleh menyebabkan denda sehingga jutaan Ringgit Malaysia.

Bagi mengukuhkan pematuhan kepada kewajipan ini, satu badan induk telah ditubuhkan oleh
Bank Negara Malaysia untuk memantau dalam memastikan pematuhan, iaitu National Shariah
Advisory Council. Kedua-dua badan ini dianggotai oleh mereka yang arif berkenaan sistem
kewangan, perundangan dan terutamanya Shariah. Oleh itu, pematuhan Shariah oleh semua
institusi kewangan Islam adalah sangat ketat.

249

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

4. Soalan: Bagaimanakah cara untuk mengenalpasti institusi yang menawarkan produk
perbankan Islam?
Jawapan: Terdapat pelbagai institusi kewangan yang dibenarkan menawarkan produk
perbankan Islam, yang utama adalah 16 institusi perbankan Islam di Malaysia, syarikat-
syarikat takaful, dan beberapa lagi institusi kewangan Islam seperti Tabung Haji, Bank
Rakyat, Bank Simpanan Nasional dan lain-lain lagi. Sejak 2001, kesemua institusi
kewangan yang menawarkan produk perbankan Islam dimestikan menggunakan logo
berikut di cawangan-cawangan bank serta dokumen berkaitan produk perbankan Islam.
Selain ini, boleh juga rujuk soalan 5 untuk cara seterusnya.

5. Soalan: Terdapat beberapa bank yang sedia ada di Malaysia yang mempunyai subsidiari

perbankan Islam (sebagai contoh CIMB Islamic Bank adalah subsidiari CIMB Bank)

berkongsi premis, staf serta fasiliti yang sama. Bagaimanakah saya dapat bezakan

produk perbankan konvensional dengan produk perbankan Islam?

Jawapan: Setiap institusi kewangan yang mendapat lesen (daripada Bank Negara

Malaysia) untuk menawarkan produk perbankan Islam, boleh menggunakan apa sahaja

nama produk, namun bagi membezakan produk ini dengan produk perbankan
konvensional, produk perbankan Islam perlu mempunyai [-i ] (i dengan format italic).

Contoh:

Produk perbankan konvensional : Home Financing

Produk perbankan Islam : Home Financing - i

6. Soalan: Mengambil kira tren sistem perbankan yang menggunakan teknologi dalam
perkhidmatan mereka terutama penggunaan laman web, apakah tips mudah untuk
mengetahui produk yang patuh Shariah?
Jawapan: Tips paling mudah, kenalpasti melalui nama produk, pastikan ada [-i ] (i dengan
format italic) pada hujung nama produk tersebut. Selain itu, boleh juga chat dengan live
chat agent yang disediakan pada laman web tersebut. Jika masih tidak pasti, boleh terus

berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan bank tersebut. InshaAllah mereka akan

berikan maklumat yang tepat.

250

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Rujukan:
Bank Muamalat Malaysia Berhad (n.d). Riba dan Pengharamannya.

https://www.muamalat.com.my/downloads/media-room/publications/Buku-riba-
gabung-ANNUAL.pdf
Bank Negara Malaysia (n.d). . Malaysian Financial Sector ; Islamic Banking & Takaful.
https://www.bnm.gov.my/islamic-banking-takaful
Bank Negara Malaysia (2012). Perbankan Islam : Logo.
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/938039/Perbankan_Islam_logo.pdf/f075e91a-
ca22-4529-9a42-184bcddcbe76?t=1592217299240
Dzulkarnain, A., A (2019, Feb. 21). Salah Faham dan Kurangnya Kesedaran Berkenaan
Perbankan Islam di Kalangan Masyarakat. Majalah Labur.
https://www.majalahlabur.com/halal-haram/salah-faham-dan-kurangnya-kesedaran-
berkenaan-perbankan-islam-di-kalangan-masyarakat/

251

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

BLOCKCHAIN TECHNOLOGY IN MALAYSIA

Nor Haliza binti Hamzah, Che’ Khalilah binti Mahmood & Wan Nor Hafidzah binti Wan Mohd

Blockchain technology has become one of the most popular issues to be discussed among the
general audience nowadays. This may be due to its relation with bitcoin, where the protocol is
built on a blockchain. However, blockchain technology is far more than that. Actually, blockchain
started in 1991 as a way to store and secure digital data. It is an open ledger that several parties
can access at once. In other words, it is a distributed ledger that duplicates and distributes
transactions across the network of computers participating in the blockchain. Since it is a method
of recording information that is difficult for the system to be changed, hacked or manipulated, it
has become one of the most emerging technologies. Many businesses in various industries
especially banking and finance have found ways to use this technology. Big institutions such as
Amazon, Walmart, J.P Morgan, Samsung, Microsoft and the Bank of China are among the top
companies with live blockchain operations.

As mentioned earlier, the goal of blockchain is to allow digital information to be recorded and
distributed, but not edited (Hayes, 2022). This technology is actually a combination of three
technologies which are cryptographic keys, a peer-to-peer network with a shared ledger, together
with the computing process to store the transactions and records of the network. Cryptographic
keys which contain the private key and the public key is the most crucial aspect of blockchain
technology. It may be referred to as a digital signature that is used for authorizing and controlling
transactions.

By realizing how much blockchain technology will affect our daily life and its importance in
business, Malaysia has also taken a step further in order to cope with its rapid progress.
According to Dr. Nur Ariffin Mohd Zain, a researcher from UTHM, blockchain technology in
Malaysia has shown a competitive pattern. For example, MyEG Services Berhad started to apply
blockchain technology in their trade and transaction services. Furthermore, the blockchain hub is
being actively developed in Iskandar Puteri, Johor to form a blockchain ecosystem that includes
expertise training, infrastructure, promotion and policy. Indirectly, this will also create job
opportunities as a blockchain developer with great rewards.

252

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Apart from that, based on a case study conducted by Dr. Noorfajri Ismail and Muhammad Azly
Haziq, the Ministry of Science, Technology and Innovation has established a special task force to
study the implementation of blockchain in the country as well as the shariah-compliant
component of the technology since March 2018. On the other hand, the Malaysian Industry-
Government Group for High Technology (MIGHT) has also stated that since Malaysia is looking
forward to adopting blockchain by 2025, several local banks such as Maybank and CIMB have
started to work with FinTech companies in related areas such as information security, intelligent
informatics, cryptography, artificial intelligence, machine learning and big data analytics as a
preparation for the implementation of blockchain.

Moreover, Malaysia also aims to become a global developer and exporter of blockchain
technology which is capable of creating many high-value job opportunities (Berita Harian, 2021).
According to Datuk Seri Dr. Adham Baba, the Minister of Science, Technology and Innovation at
that particular time, the blockchain adaptation in Malaysia is parallel with ‘Rancangan Malaysia
ke-12 (RMK-12)’, Industrial Revolution 4.0 (4IR) and MyDigital. “The joint venture between MYEG
Services Bhd and the Industrial Internet & IoT Institute, China Academy of Information and
Communication Technology (CAICT) in building blockchain-based 'supernodes' outside of China,
will promote technological innovation, create high-value job opportunities and enhance cross-
border trade”, he said. He also added that this has become a significant step taken by Malaysia
towards a digital future that is in line with the RMK-12 agenda to digitize the Malaysian economy.

Undoubtedly, blockchain has become one of the most appealing technology. The adaptation of it
will provide better security than other systems due to the use of cryptography which utilized
complex mathematical algorithms that are used to secure the data and systems on the
blockchain network. In other words, the technology is immutable since the data cannot be
modified once recorded. It also offers a truly decentralized service and digital freedom where we
can always withdraw money from a bank anytime when we want without anyone else
authorization and no intermediary fees required, for example.

253

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Lastly, blockchain enables the improvement in efficiency since transactions will take seconds to
complete as compared to a week previously. Therefore, there is a need for all industry leaders in
Malaysia to follow MYEG’s footsteps in exploring and adapting blockchain in their businesses
since it will allow the empowerment of trade tracking, digital identity, supply chain management,
financial intelligence and digital commerce. It will enable a new wave of innovation and talent
development for a borderless future specifically in Malaysia.
References:
Afreen, S. (2022, August 12). Why is Blockchain Important and Why Does it Matters. Retrieved

from Simplilearn: https://www.simplilearn.com/tutorials/blockchain-tutorial/why-is-
blockchain-important
Hayes, A. (2022, June 24). Blockchain Facts: What is it, How it Works, and How it can be Used.
Retrieved from Investopedia: https://www.investopedia.com/terms/b/blockchain.asp#toc-
bitcoin-vs-blockchain
Haziq, D. N. (n.d.). A Case Study on Regulatory Impact Assessment: The Roles of Independent.
Iredale, G. (2021, February 9). Why Blockchain is Important in 2022 and Beyond. Retrieved from
101 Blockchains: https://101blockchains.com/why-blockchain-is-important/
Mohamad, H. F. (2021, October 12). Malaysia Berhasrat Jadi Pembangun, Pengeksport
Teknologi Blockchain. Retrieved from Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/10/875385/malaysia-berhasrat-jadi-
pembangun-pengeksport-teknologi-blockchain
Zin, D. N. (n.d.). Teknologi Blockchain Pada Era Revolusi Digital. Retrieved from UTHM News:
https://news.uthm.edu.my/ms/2021/09/teknologi-blockchain-pada-era-revolusi-digital/

254

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

MENABUNG UNTUK PERCUTIAN MENARIK

Shahira Abd Jabar & Mashita Abdul Jabar

Impian setiap orang adalah lari daripada kesibukan kerja dan mencari ketenangan hidup
terutama mereka yang duduk di bandar. Persekitaran baru mampu mengurangkan tekanan yang
dihadapi di samping memberikan pengalaman yang indah dan tenaga baru dalam kehidupan.
Walaubagaimanapun tuntutan wang menyebabkan impian kadang-kala terbantut. Ikuti cara atau
tips mengumpul wang untuk bercuti.

Senarai Bajet dan Rancang Lebih Awal

Ketahui tempat yang hendak dilawati.Ia bertujuan untuk anggaran masa dan kos. Senaraikan
dahulu kos pengangkutan, kos penginapan, kos makanan dan kos aktiviti yang mahu dilakukan.
Adalah lebih jimat jika pergi secara berkumpulan contoh untuk pengangkutan boleh dibayar oleh
3 ke 4 orang berbanding seorang sahaja.

Tabung Percutian Bersama

Wujudkan tabung percutian bersama pasangan jika yang telah berkahwin. Jika masih bujang
wujudkan tabung ini secara paksa rela. Contoh setiap bulan mesti masukkan RM50 di dalam
tabung ini. Tabung ini juga perlu ada masa yang dirancang. Contoh perlu menabung selama
setahun.

Kawal Perbelanjaan

Jika kebiasaannya menghabiskan kira-kira RM100 hingga RM200 ketika keluar pada hari
minggu, cuba kurangkan nilai tersebut supaya lebih banyak wang dapat disimpan untuk
melancong. Lebih-lebih lagi jika anda merupakan penggemar kafe hipster yang menyajikan
hidangan yang agak tinggi harganya. Untuk mencapai matlamat percutian idaman, bolehlah
berhenti melawati tempat-tempat seperti itu dan bertukar kepada kafe-kafe yang lebih berpatutan.
Selain itu, cuba juga kurangkan perbelanjaan harian seperti menaiki pengangkutan awam untuk
ke tempat kerja dan lain-lain.

255

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

The Important of Governance in Sustaining the Economic
Development from Islamic Perspective

Dr. Nor Hazila Ismail & Dr. Maizura Md Isa

There is a general consensus that economic growth is necessary but not sufficient for poverty
reduction. Conventionally, economists have quantified growth as an increasing per capita income
or gross domestic product. But if the distribution of income is skewed and the poor part of the
population is getting poorer even while the average income increases, people would hesitate to
call this as development (Dollar et al, 2014). Hence, GDP is an incongruous and even
misrepresentative measure for sustaining well-being continuously. Economic growth would be
helpful in reducing poverty as well as promoting prosperity if the growth becomes more
sustainable and inclusive in all countries especially developing economies.

As noted by Ahmad et al (2013), Islam is a universal religious and provides the path to lead life.
Therefore, Islam brings prosperity not only in the worldly life but also in the hereafter and how
religions have relationship with economic growth and human development. If the glorious
principles of Islamic teachings are implemented, then there will be peace and prosperity all over
the world. Islam explains the role of state, social and economic justice, concept of brotherhood,
principles of earning and spending and all other related rules and regulations for the smooth
running of social and economic systems. These principles ultimately establish economic growth
all over the world.

The beautiful concept of Islam was perceived by Sayed (2004) from the perspective of
governance that a good Islamic governance commands societies and individuals alike to promote
social justice, equality and maintain distribution of wealth. He continued that Shariah laws are
dynamic in that they are everlasting and not bound by individualistic interest. In addition, the vital
role of a good governance from Islamic perspective also allows people to earn their living in a fair
and profitable way without exploitation of others, therefore the whole society may benefit.

256

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

As mentioned by M. Esfandiar and D. Abbas (2017), Islam emphasises the practice of justice and
equality, truthfulness and transparency, as well as protection of minorities, accountability and
adequate disclosure, just as it prohibits all forms of exploitation, in all walks of life including
business dealing. Ali (2015) added to the literature that Islamic view of good governance is a
qualitative approach and not mechanical. According to him, the major features of good
governance can be précised under seven fundamentals components which are includes the rules
of law, khilafah, accountability, transparency, justice, equity and Al-amr bil maruf wa nahi an al-
munkar.

Interestingly, the extensively discussed literatures proof that the approach of the Sustainable
Development from Islamic Perspective is largely in consonance with the principles of governance
in Islam. Islam is “a universal religion and addresses the entire mankind not the believers alone”.
The main objectives of the Islamic law put broadly are “to promote the well-being of all mankind
which lies in safeguarding their faith (din), their human self (nafs), their intellect (aql), their
posterity (nasl) and their wealth (maal)” (Hasan, 2006).

It is appropriate to focus upon the oft-neglected Islamic perspectives and its wisdom on
sustainable development, and allied fields of social justice, man’s spirituality and his role
as khalifatAllah fi al-Ard with responsibility to restore the eco-balance and ensure the well-being of
the living earth and its creatures. Human welfare objectives from Islam’s perspective should also
be pursued in line with its Unitarian vision of tawhid and for the realization of human dignity
(karamah). Al Jayyousi (2015) affirmed the four approaches of the sustainable development
based on the carrying capacity approach (mizan), ratio approach (Ihsan), Socio approach (Arham)
and Eco approach (Tasbeeh). He stressed that the sustainable development should be seen as a
progression rather than as a project or product since the real world is dealing with complex
problems that need multiple solutions and perspectives.

257

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

The application of the teachings of Al-Quran and Sunnah safeguards sustainable development,
not only for the Muslims but also for the world on a just basis. Islam reaches out through the
Quran and Sunnah on how to achieve sustainable Development. Several texts or verses of the
Quran and the Sunnah of the Prophet SAW provide the general guidelines and principles
pertaining to economic development.

Surah al-Qasas (28), verse 77: “But seek, with the (wealth) which Allah has bestowed on thee,
the Home of the Hereafter, nor forget thy portion in this world: but do thou good, as Allah has
been good to thee, and seek not (occasions for) mischief in the land: for Allah loves not those
who do mischief”, provides evidence that Allah prohibits actions of damaging the earth. It is clear
in this verse that Allah encourages us to enjoy His earthly provisions but warns against actions
that would ruin this world because Allah hates those who damage the earth.

The perspective of Islam on sustainability may be further grasped through an examination of the
“teachings” and “lifestyles” of Prophet Muhammad (PbUH) and how his teachings be the principal
to the development of Islamic civilization. “He taught the Muslims to take education seriously,
engage in social development by developing the characters of piety, humility and leadership”.
“His teachings condemn isolation, alienation, greed and discrimination while replacing them with
the positive concepts of social interaction, integration and inclusiveness, volunteerism and
equality”.

Sustainable development as defined from an Islamic perspective, “as a multi-dimensional
process that seeks to strike a balance between economic and social development on one side,
and the environment on the other”. It urges mankind to use resources in the best possible way,
accounting for the environment upon which those resources rely (Nouh, 2012). This concept of
sustainable development is deemed to refer “to the balanced and simultaneous realization of
consumer welfare, economic efficiency, social justice, and ecological balance in the framework of
an evolutionary knowledge-based, socially interactive model”.

258

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

There are some elements that are considered by Shari’ah as a unique perspective of Islam in
matters of value society and these elements are necessary for social cohesion. These elements
are the main indicators of sustainable development for the betterment of individuals and society.
These elements are: “Responsibility (Faradh), Empowerment (Shura), Equilibrium (Al’adl wal
ihsan), Endowment (Al-Waqf) and Almsgiving (Zakat)”. The elaboration of these elements is
discussed further in the Research Methodology section under the Theoretical Framework
segment.

Concisely, the relationship between these governance and the sustainable development from the
Islamic perspective, to the extent that they are quantitatively important, comes mostly through
their effects in promoting an inclusive economy and prosperous society.

References:

Ahmad, N., Bhatti, K. A., & Arshad, M. U. (2013). Economic Growth and Human Development in
Islam. Al-Qalam Journal.

Ali, M. (2015). Governance and Good Governance: A Conceptual Perspective. Dialogue
(Pakistan), 10(1).

Al-Jayyousi, O. R. (2015). Rethinking Sustainability: Islamic Perspectives. Climate Change,
EcoIslam, Sustainable.

Dollar, D. (2014). Growth , Inequality , and Social Welfare Cross-Country Evidence, (April).
Hasan, Z. (2006). Sustainable development from an Islamic perspective: Meaning, implications,

and policy concerns. Islamic Economics, 19(1).
M. Esfandiar & D. Abbas Ali. (2017). Islamic values forward into better corporate governance

systems. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/265238384_Islamic_values_forward_into_better
_corporate_governance_systemsSayed M. A. Q (2004). Shariah and Good Governance.
Retrieved from iecoc.org/wpcontent/uploads/2014/02/Shariah-and-Good-Governance.pdf
Nouh, M. (2012). Sustainable Development in a Muslim Context. Faith Values and Education for
Sustainable Development, 39–43.

259

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

ETIMOLOGI SIFAR ATAU KOSONG

Nur Liyana Mohamed Yousop, Zuraidah Ahmad & Wan Muhd Faez Wan Ibrahim

Perkembangan Islam di Tanah Melayu telah menyebabkan banyak perkataan-perkataan Arab
telah digunapakai di dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Perkataan ini juga telah
membentuk tulisan jawi iaitu tulisan rasmi yang telah diguna pakai secara meluasnya ketika
zaman pemerintahan Melayu Melaka. Perkataan sifar umpamanya telah dipinjam dari perkataan
sifr (‫)ﺻﻔر‬. Namun begitu, bagi perkataan kosong, etimologinya masih gagal dikesan walaupun
pelbagai sumber dan kamus telah dirujuk seperti kamus bahasa Greek, Sanskrit, Dutch, Inggeris,
Portugis, Arab dan Cina. Jika ada sekalipun perkataan kosong itu dikatakan berasal dari
Indonesia namun tidak dinyatakan secara jelas dari suku kaum yang mana. Bahasa Sanskrit
umpamanya menyatakan kosong itu sebagai suunya yang membawa maksud sunyi atau kosong
manakala bahasa Cina pula menerjemahkan ia sebagai liáo, begitu juga dengan lain-lain
bahasa, namun tidak ada satu pun yang dapat menjelaskan perkataan kosong dengan bahasa-
bahasa tersebut. Perkataan safira atau sifr ( ‫ )ﺻﻔر‬merupakan etimologi perkataan Inggeris zero.
Berikut merupakan rajah bagi susur galur asal usul perkataan “zero”.

Perkataan Arab
Safira

Rajah 1 : Etimologi Perkataan “Zero”

Dalam bahasa Arab safira memberi erti ‘ia sememangnya kosong’ dan sifr pula bererti ‘kosong’.
Dalam bahasa Itali, makna asal zefiro ialah ‘angin barat’ yang mana ia dipinjam dari perkataan
Latin dan Greek ‘zephyrus’. Namun begitu, disebabkan oleh pengaruh daripada perkataan Arab
‘sifr’ maka perkataan dari Latin dan Greek iaitu ‘zephyrus’ telah diubah menjadi perkataan zefiro.
Perkataan sifr juga telah membentuk perkataan Perancis iaitu ‘chiffre’ yang membawa maksud
digit dan nilai.

260

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Secara amnya menurut kamus dewan sifar bermaksud angka kosong manakala kosong pula
membawa maksud tidak berisi apa-apa, tidak padat, berongga di dalamnya dan tidak merasa
sesuatu perasaan di dalamnya. Penggunaan perkataaan kosong dan sifar dalam bahasa Melayu
agak berbeza dalam pengertian maknanya. Biasanya apabila disebut akan sifar, terjemahannya
pasti diwakili dengan simbol “0” manakala jika disebut kosong, ia tidak semestinya diletakkan
dengan simbol “0”. Contoh yang mudah apabila arahan soalan yang menyuruh ‘isikan tempat
kosong’. Lihat, tidak mungkin soalan akan menyuruh ‘isikan tempat 0’.

Selain daripada itu, ada juga yang berpendapat bahawa perkataan ‘kosong’ itu sendiri
berkemungkinan besar berasal daripada perkataan Siam. Umum mengetahui bahawa perkataan
Siam banyak menggunakan perkataan ‘song’ misalnya songkla dan songram. Tambahan lagi,
perkataan ‘ko’ juga berkemungkinan turut berasal dari sana. Jika hendak dikatakan berasal dari
negeri China, ia seakan kurang bertepatan kerana makna perkataan ‘song’ itu sendiri membawa
maksud seronok. Perkataan ‘ko’ pula tidak membawa sebarang makna, ia sebagai kata penyedap
dalam susunan ayat melayu seperti perkataan ‘la’. Jika perkataan ‘la’ diterjemahkan ke dialek
utara, maka ia membawa maksud sekarang. Jika digabungkan perkataan ‘ko’ yang diandaikan
sebagai perkataan penyedap seperti “la”, maka gabungan “ko” dan ‘song’ tadi akan memberi
makna ‘sekarang seronok’ sedangkan makna kosong membawa maksud sunyi. Dengan
demikian, jelasnya ia telah bercanggah sama sekali dari segi pemahaman maksud dalam setiap
perkataan tersebut. Menurut Shaharir (2013), keaslian istilah bagi nama nombor melayu
menunjukan daya pengkaryaan Melayu itu sendiri. Namun begitu, sehingga kini, maksud bagi
perkataan kosong masih menjadi persoalan dan masih belum diketahui akan asal usulnya.

Rujukan:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Shaharir, M.Z. (2013) Istilah dan Konsep Pengukuran Tradisional Alam Melayu. Universiti Sains
Malaysia

261

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

INSURANS PERJALANAN DAN PELANCONG BELIA
DI FASA ENDEMIK

Basaruddin Shah Basri, Ruziah A. Latif & Zaibedah Zaharum

Pola pelancongan dalam kalangan golongan muda merupakan salah satu daripada segmen
pelancongan yang sedang berkembang pesat di seluruh dunia sebelum pandemik COVID-19
melanda pada tahun 2020. Ketika itu terdapat banyak destinasi luar negara yang menawarkan
percutian yang murah dengan pelbagai aktiviti serta gaya percutian santai yang menarik minat
golongan muda untuk melancong. Mereka ini dikategorikan sebagai pelancong belia. Pertubuhan
Pelancongan Sedunia (UNWTO) menakrifkan pelancong belia sebagai pelancong yang berumur
di antara 16 hingga 25 tahun. Mereka melakukan perjalanan secara bersendirian ataupun
berkumpulan dan menginap sekurang-kurangnya satu malam di sesebuah destinasi. Lazimnya,
pelancong belia ini melancong dengan tujuan untuk bercuti sambil merehatkan minda,
menghadiri acara yang diminati, rekreasi, meluaskan pandangan dan pengetahuan di samping
mengeratkan hubungan sambil melawat rakan dan saudara-mara.

Mengikut kajian dalam talian oleh syarikat Tune Protect Insurance, secara puratanya 80% rakyat
Malaysia mengetahui mengenai insurans perjalanan tetapi hanya 34.8% yang berminat untuk
mengambil insurans perjalanan sebelum pergi melancong (Syed Ali, 2017 September 3). Oleh itu,
lebih 60% rakyat Malaysia mungkin terdedah kepada pelbagai risiko perjalanan disebabkan tidak
dilindungi dengan sebarang pelan perlindungan semasa melancong. Ini mungkin disebabkan
persepsi masyarakat yang menganggap tidak akan berlaku sebarang kemalangan ketika
melancong, walaupun wujud peribahasa Melayu malang tidak berbau.

Insurans perjalanan merupakan suatu pembiayaan risiko seperti sakit, kemalangan diri,
kehilangan bagasi dan paspot, kelewatan atau pembatalan penerbangan dan termasuklah
penghantaran pulang jenazah sekiranya berlaku kematian ketika melancong. Pendek kata, ia
memberi perlindungan yang berharga semasa melancong ke luar negara. Namun ia sering
dipandang remeh dan diabaikan.

262

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Masih ramai beranggapan insurans perjalanan tidak penting dan tidak diperlukan, malahan ada
yang berpendapat ia suatu kerugian untuk membeli insurans perjalanan. Oleh sebab itulah ramai
pelancong tidak mengambil peduli soal mengambil pelan perlindungan semasa melancong.

Golongan belia rata-ratanya mempunyai minat dan masa senggang untuk melancong ke luar
negara. Lebih-lebih lagi sekarang ini di fasa endemik semua negara telah membuka pintu masuk
ke negara masing-masing. Walau bagaimanapun, para pelancong belia mempunyai sumber
pendapatan atau wang yang terhad. Oleh yang demikian, mereka sangat sensitif kepada kos
untuk melancong kerana mereka sama ada belum mempunyai kerja yang bergaji lumayan
ataupun masih menuntut dan belum lagi bekerja. Wang yang ada mungkin daripada ibubapa atau
upah kerja secara sambilan. Ini menjadikan peruntukan bajet melancong mereka juga terhad.
Banyak kajian dalam bidang pelancongan mendapati segmen pasaran pelancong belia ini mahu
melancong dengan kos semurah mungkin (Lim et al. 2015). Justeru, bajet yang terhad adalah
faktor terpenting yang mempengaruhi sebarang keputusan berkaitan aktiviti melancong mereka.

Lazimnya, golongan pelancong belia ini merancang perjalanan mereka sendiri dengan
memperolehi maklumat-maklumat berkaitan melalui internet, media sosial ataupun berdasarkan
saranan kawan-kawan. Perkara yang sering ada dalam senarai semak (checklist) perjalanan
mereka termasuklah tiket penerbangan dan penginapan yang berbaloi harganya, pasport, bagasi,
penukaran wang asing, jadual perjalanan yang dirancang rapi beserta nama tempat-tempat yang
perlu dilawati, makanan istimewa yang perlu dijamah dan senarai aktiviti-aktiviti menarik yang
akan dilakukan. Bagaimana pula dengan insurans perjalanan? Adakah insurans perjalanan
termasuk dalam checklist perjalanan mereka?

Walaupun perancangan yang teliti dan terperinci telah dibuat sebelum perjalanan dimulakan, bak
kata pepatah Melayu untung sepanjang jalan, malang sekelip mata, sememangnya ada musibah
yang tidak diduga dan tidak dapat dielakkan boleh berlaku semasa seronok melancong. Ramai
pelancong belia ini tidak mengendahkan tentang risiko yang tidak dijangka sekiranya percutian
mereka bertukar menjadi tragedi atau musibah. Malah, dikhuatiri mereka sengaja mengabaikan
perlindungan insurans perjalanan semata-mata untuk berjimat.

263

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Tidak banyak kajian terutama di Malaysia berkaitan tahap kesedaran, persepsi serta faktor-faktor
yang mempengaruhi golongan pelancong belia dalam pemilihan insurans perjalanan. Maklumat
seumpama ini amat berguna terutama bagi memudahkan pihak insurans/takaful untuk membuat
rangka promosi dan menawarkan perkhidmatan mereka kepada golongan ini yang merupakan
segmen pasaran yang semakin berkembang. Dengan adanya perlindungan semasa melancong,
secara tidak langsung dapat membantu golongan pelancong belia ini sekiranya berlaku sesuatu
kejadian yang tidak diingini. Selain itu, mereka dapat menikmati percutian tanpa merasa bimbang
dan ibubapa juga tidak merasa khuatir tentang keselamatan anak-anak mereka yang melancong
ke luar negara.

Kesimpulannya, pengetahuan tentang kepentingan insurans perjalanan harus dititikberatkan di
kalangan pelancong belia. Jika selama ini ada golongan pelancong belia yang bersikap tidak
ambil peduli mengenai hal ini, kini mereka perlu memasukkan insurans perjalanan dalam
checklist perjalanan. Mereka boleh berjimat pada item lain yang kurang penting, tetapi jangan
sesekali mengabaikan perlindungan diri semasa berada di negara asing. Keseronokan boleh
berubah menjadi tragedi tanpa diduga. Untuk mendapatkan insurans perjalanan juga amat
mudah sekarang ini di mana ia boleh di beli di platform e-dagang seperti Shopee. Apa yang
penting ialah para pelancong belia ini perlu membuat perbanding pelan-pelan yang ditawarkan
dan beli pelan yang bersesuaian dengan perlindungan yang mereka inginkan. Oleh itu, elakkan
kerugian di kemudian hari disebabkan sifat tidak cakna atau terlalu ingin berjimat ketika
melancong. Banyak manfaat dengan mengambil pelan perlindungan perjalanan ini, bak kata
pepatah sediakan payung sebelum hujan.
Rujukan:
Lim, K.C., Ramli, K.I., Yusof, N.S. and Cheah, S.T. (2015, 12-12 April). Examining young

Malaysians travel behavior and expenditure patterns in domestic tourism. [Paper
presentation]. The 2015 International Academic Research Conference, Paris, France.

Syed Ali, S. A. (2017, September 3). Only 35 percent of Malaysians willing to buy travel insurance
– survey. New Straits Times.
https://www.nst.com.my/news/nation/2017/09/275887/only-35-cent-malaysians- willing-
buy-travel-insurance-survey

264

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

MITOS versus FAKTA DALAM PENGURUSAN CREDIT

Tay Bee Hoong & Norhasniza Mohd Hasan Abdullah

Sebagai individual, sama ada kita bekerja makan gaji atau menjalankan perniagaan sendiri,
pinjaman kewangan merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam hidup kita. Oleh yang
demikian, adalah penting bagi seseorang itu untuk memahami bagaimana sistem kredit berfungsi.
Pengurusan kredit melibatkan pengiraan skor kredit peminjam dalam melangsaikan pinjaman
mereka. Skor kredit amat diperlukan oleh institusi kewangan dalam menilai status kewangan
peminjam kerana ia menunjukkan sama ada status kredit seseorang itu memuaskan atau
sebaliknya.

Pengurusan kredit melibatkan penentuan skor kredit berdasarkan sejarah kredit peminjam, tabiat
pembayaran balik pinjaman, keadaan ekonomi semasa dan faktor lain yang akan mempengaruhi
keupayaan pembayaran balik si peminjam. Anda mungkin beranggapan banyak perkara yang
mempengaruhi skor kredit, namun, sebenarnya tidak. Artikel ini memberi enam mitos pengurusan
kredit bagi membantu peminjam untuk lebih memahami perkara yang akan mempengaruhi skor
kredit mereka.

Mitos : Skor kredit saya dipengaruhi oleh umur.

Fakta : Faktor umur tidak mempengaruhi kiraan skor kredit. Mungkin ada yang

berpendapat peminjam yang muda akan mempunyai skor kredit yang rendah berbanding mereka

yang berumur tinggi, tetapi fakta ini adalah tidak benar kerana skor kredit lebih dipengaruhi oleh

rekod pembayaran hutang.

265

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Mitos : Rekod kelewatan bayaran pinjaman saya akan dipadamkan dalam laporan kredit

setelah ke semua hutang dilangsaikan.

Fakta : Laporan kredit adalah asas kepada skor kredit yang dipakai oleh institusi

kewangan untuk menilai status kewangan anda. Laporan yang disediakan oleh CCRIS akan

menyimpan rekod anda selama 12 bulan. Oleh itu, apabila si peminjam melangsaikan hutang

mereka, laporan CCRIS akan menunjukkan hutang tersebut telah dibayar. Ini bermaksud skor

kredit peminjam tidak akan berubah serta-merta setelah melangsaikan hutang.

Mitos : Skor kredit pasangan saya akan mempengaruhi pengurusan kredit saya.

Fakta : Sekiranya pinjamin yang dibuat itu adalah pinjaman individu, maka, skor kredit

pasangan kita tidak akan mempengaruhi pengurusan kredit. Ianya akan memberi impak

sekiranya pinjaman dibuat atas pinjaman bersama.

Mitos : Dengan mengurangkan akaun kredit, saya akan memperolehi skor kredit yang

lebih tinggi.

Fakta : Antara kaedah untuk mendapatkan skor kredit yang baik, setiap peminjam

dinasihatkan untuk membuat pembayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan. Akaun

kredit tersebut akan ditutup selepas bayaran terakhir diterima oleh pihak pemiutang atau institusi

kewangan. Namun begitu, anda disarankan untuk tidak menutup akaun kad kredit walaupun

anda telah melunaskan kesemua baki tertunggak kerana kad kredit akan mencerminkan

pengurusan kewangan anda. Pengurusan kewangan yang baik akan menaikkan skor kredit.

Mitos : Skor kredit yang rendah akan mempengaruhi status kewangan saya selama-

lamanya.

Fakta : Skor kredit diperolehi berdasarkan analisis sejarah kredit 12 bulan terkini.

Sejarah kredit yang telah melepasi tempoh 12 bulan tidak akan mempengaruhi skor kredit anda.

Oleh itu, anda berpeluang untuk mengubah skor kredit anda pada bila – bila masa sahaja.

266

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Mitos : Saya mempunyai skor kredit yang baik kerana saya tidak pernah membuat apa –

apa pinjaman kredit.

Fakta : Individu yang tidak pernah mengambil kredit tidak akan mempunyai skor kredit.

Oleh itu, adalah sukar bagi pihak institusi kewangan untuk meluluskan pinjaman anda kerana

tabiat pembayaran semula anda tidak diketahui oleh mereka. Individu yang mempunyai kredit dan

menjelaskan komitmen mereka secara konsisten adalah lebih baik dari mereka yang tiada rekod

kredit.

Skor kredit yang tinggi akan memberikan beberapa kesan positif terhadap individu. Mereka yang
mempunyai skor kredit yang tinggi akan mempunyai peluang yang lebih tinggi dalam mendapatkan
kelulusan pinjaman. Selain itu, mereka juga akan berpeluang menikmati kadar faedah yang lebih
rendah berbanding dengan mereka yang mempunyai skor kredit yang rendah.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita memastikan skor kredit sentiasa tinggi. Antara
kaedah untuk menaikkan skor kredit adalah dengan mendapatkan kad kredit seawal mungkin.
Pemegang kad kredit pada usia muda mempunyai peluang yang lebih panjang untuk melakar
sejarah kredit mereka. Selain itu, dengan melunaskan komitmen pada masa dan mengikut kadar
yang telah ditetapkan dengan konsisten dapat menggambarkan anda seorang peminjam yang
bertanggungjawab.

Sumber: www.iproperty.com

267

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Kenangan Persinggahan Di Turki Negara Dua Benua

Kamal Fahrulrazy Rahim

Dari Sepanyol aku menaiki penerbangan Turkish Airline ke negara Turki. Aku singgah disini
selama tiga hari dua malam sebelum penerbangan balik ke tanahairku yang tercinta Malaysia.
Turki adalah negara yang kaya dengan sejarah peradaban Islam di dunia yang merentasi dua
benua iaitu benua Eropah dan benua Asia. Aku cerita serba sedikit pengenalan mengenai
negara Turki. Ankara adalah pusat pemerintahan kerajaan Turki yang terletak di benua Eropah
sejak pada tahun 1923. Istanbul pernah menjadi ibu kota tiga buah empayar besar iaitu Empayar
Rom (330-395), Empayar Rom Timur (395-31453) dan Empayar Uthmaniyyah (1453-1923).
Istanbul diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985.

Hari pertama di Turki, aku melawat Bursa ibukota lama yang terletak di benua Asia. Aku menaiki
van dari hotel ke feri terminal di Istanbul. Perjalanan dari Istanbul ke Bursa mengambil masa 3
jam dengan menaiki feri RORO (roll on roll off). Pakej lawatan sekitar 200 Turkish Lira termasuk
pengangkutan, makanan tengahari dan minum petang. Aku melawat Osmangazi salah satu
daerah di kota Bursa terletaknya masjid dan muzium Muradiye (Muradiye Türbe ve Camii) yang
dibina oleh Sultan Murad II pada 1426-1436. Selain itu aku juga melawat Fabrika-i Hümayun,
Esat Uluumay Museum dan Sümbüllü Baçhe Palace.

Penulis menaiki feri ke Bursa Turki
(sumber: foto peribadi penulis)

268

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Pada hari kedua aku pergi ke Masjid Sultan Ahmed atau Masjid Biru (Blue Mosque) dan Hagia
Sofia. Alhamdulillah aku dapat menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut. Usai solat, aku lihat
ramai pelarian dari Syria yang terdiri dari kanak-kanak dan wanita meminta sedekah di sekitar
masjid. Sangat menyedihkan mereka terpaksa lari meninggalkan negara mereka dan memohon
perlindungan di Turki.

Setelah melawat sekitar masjid biru aku pun berjalan ke Hagia Sophia yang terletak
bersebelahan. Semasa lawatanku pada tahun 2013, Hagia Sofia ini masih dalam proses
baikpulih sebagai muzium. Pada asalnya Hagia Sophia adalah sebuah katedral bagi Kristian
Ortodoks sebelum dibeli oleh kerajaan Uthamaniyah untuk dijadikan masjid pada tahun 1453.
Pemerintah sekular Mustafa Kemal Artatük telah menjadikannya muzium pada 1935. Tapi pada
2020, Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan telah menukarkannya semula menjadi masjid.
Dihari terakhir, aku menaiki feri untuk menikmati pemandangan indah sepanjang sungai
Bosphorus. Setelah itu, aku berjalan dan mencuci mata di sekitar Istanbul sebelum ke Grand
Bazar untuk membeli t-shirt dan cenderahati untuk dibawa pulang.

Hagia Sophia Penulis bergambar di dalam Hagia Selat Bosphorus
Sophia

Sumber: Foto peribadi penulis

269

Penulis di dalam Hagia Sophia
(sumber: foto peribadi penulis)

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Teşekkür ederim, Safranbolu

Ruziah A. Latif, Norashikin Ismail & Nurulashikin Romli

Türkiye merupakan sebuah negara yang sangat unik dari segi kedudukannya kerana terletak di
benua Asia dan juga Eropah. Ia merupakan destinasi pelancongan yang sangat menarik.
Menjanjikan panorama indah dengan lanskap semulajadi, monumen dan runtuhan purba
empayar Rom, tapak bersejarah dan senibina masjid dan istana tinggalan zaman Uthmaniyah
dan Byzantine yang tersergam indah, maka tidak hairanlah ramai pelancong asing memilih
Türkiye sebagai destinasi percutian mereka.

Istanbul, Cappadocia, Izmir, Ephesus, Bursa, Pamukkale dan Ankara adalah antara bandar-
bandar yang sering menjadi tumpuan pelancong. Walau bagaimanapun, di segenap pelosok
Türkiye terdapat banyak kota-kota tua yang telah wujud sejak zaman Uthmaniyah yang berbaloi
untuk dikunjungi. Salah satunya adalah Safranbolu. Terletak kira-kira 400 km daripada Istanbul,
Safranbolu merupakan sebuah bandar kecil di wilayah Laut Hitam di utara Türkiye. Tidak ramai
pelancong asing yang menjadikan Safranbolu sebagai destinasi lawatan mereka kerana
kedudukannya yang agak terkeluar daripada laluan yang biasanya ditawarkan dalam pakej-pakej
pelancongan ke Türkiye.

Peta Türkiye yang menunjukkan letaknya Safranbolu
(sumber: google.com.my)

270

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Saffron: “emas padang pasir” dan “raja rempah”
Nama Safranbolu ini berasal daripada perkataan “saffron”, sejenis rempah ratus yang terhasil
daripada bunga Crocus sativus berwarna ungu muda yang asli di kawasan tersebut. Tiga helai
stigma pada setiap bunga itulah yang disebut saffron. Saffron biasanya digunakan dalam
masakan Timur Tengah dan menjadi salah satu ramuan dalam ubat-ubatan. Terdapat banyak
khasiat daripada saffron ini. Untuk mendapatkan 10 gram saffron perlu menggunakan lebih
kurang 1,500 kuntum bunga. Di samping itu, proses penanaman, penuaian dan memilih saffron
dilakukan secara manual. Jadi tidak hairanlah mengapa ia dikenali sebagai rempah termahal di
dunia, di mana harga sekilogram saffron asli boleh mencecah USD10,000.
Sehingga ke hari ini, Safranbolu masih menjadi pengeluar saffron bagi negara Türkiye. Syarikat
rempah terkenal seperti McCormick juga mendapatkan bekalan daripada Safranbolu. Walau
bagaimanapun, para penulis tidak dapat melawat ladang saffron ketika melancong ke situ kerana
musim menuai bunga saffron telah pun berlalu. Untuk menarik kehadiran pelancong, setiap tahun
Safranbolu menganjurkan festival menuai bunga saffron iaitu sekitar bulan Oktober-November
ketika tibanya musim menuai. Terdapat banyak produk-produk tempatan yang dijual di Bazar
Safranbolu berunsurkan saffron, contohnya sabun, teh dan lokum (kuih tradisi Turki).

Papan tanda yang menyenaraikan khasiat saffron yang diletakkan di Bukit Hidirlik .
(sumber: foto peribadi penulis)

271

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Cinci Han: Penginapan pedagang-pedagang berkaravan di laluan sutera

Berdasarkan sejarah, penempatan di Safranbolu telah berkembang sebagai pusat dagangan
selepas penaklukan oleh kaum Turki pada abad ke-11. Bermula daripada abad ke-13, ia
merupakan salah satu hentian utama pedagang-pedagang berkaravan yang melalui jalan
dagangan timur-barat sehinggalah ke abad ke-19 apabila runtuhnya perdagangan karavan di
laluan sutera. Cinci Han merupakan salah sebuah daripada ratusan karavanserai, iaitu rumah
penginapan untuk pedagang karavan bermalam dan beristirehat yang wujud di sepanjang laluan
sutera. Karavanserai ini kini telah dijadikan hotel dan restoran. Walau bagaimanapun,
pengunjung yang tidak menempah penginapan di situ masih boleh memasuki kawasan
karavanserai ini dengan bayaran ₺1. Bahagian dalam karavanserai mempunyai kawasan lapang
yang luas untuk memudahkan para pedagang di zaman dahulu menyimpan karavan serta kuda
mereka semasa mereka bermalam di situ. Kini, bahagian lapang tersebut dijadikan ruangan
tempat duduk pelancong sambil menikmati chai (teh).

Pemandangan di bahagian dalam Cinci Han, Pemandangan di lereng bukit di kota tua Safranbolu
karavanserai di Safranbolu (sumber: foto peribadi penulis)

(sumber: foto peribadi penulis)

Rumah berseni bina Uthmaniyah: Di kota tua

Daerah kota tua Safranbolu di Çarşı telah disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO
pada tahun 1994 kerana rumah berseni bina era Uthmaniyah yang masih dipelihara dengan baik
sehingga ke hari ini. Kawasan lereng bukit dipenuhi dengan rumah–rumah yang comel bercirikan
senibina zaman Uthmaniyah yang berbingkai kayu dan berwarna putih. Kebanyakan rumah-
rumah ini masih didiami dan ada yang telah dijadikan hotel dan restoran. Pemandangan lereng-
lereng bukit yang dipenuhi rumah-rumah ini sangat menarik dan unik.

272

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Bazar Safranbolu: Bazar tradisional

Seperti di kota-kota tua yang lain, Safranbolu juga mempunyai bazar tradisional. Kebanyakan
perniagaan di bazar ini diusahakan oleh warga emas dan perniagaan ini telah mereka warisi
daripada nenek moyang mereka. Perniagaan-perniagaan tradisional yang diusahakan seperti
menempa tembaga dan besi untuk dibuat pisau, parang dan barangan dapur. Di samping itu,
proses pertukangan kasut, barangan perak dan kayu masih dilakukan secara kaedah tradisional.
Selain itu, terdapat juga barangan kraf lain seperti tekstil dan karpet serta produk makanan
tradisional kaum Turki.

Penulis bergambar di hadapan salah sebuah kedai di Bazar
(sumber: foto peribadi penulis)

Sepanjang 2 hari para penulis berada di Safranbolu, kami sentiasa di sapa mesra oleh penduduk
di sana. Walaupun mereka tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris namun itu tidak
menghalang mereka untuk menyantuni para pelancong yang datang. Kami gembira kerana telah
memilih Safranbolu sebagai destinasi wajib singgah ketika melawat negara Türkiye. Pelbagai
pengalaman menarik yang kami perolehi dalam lawatan singkat ke situ. Teşekkür ederim
Safranbolu, terima kasih Safranbolu!

273

274

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

ADAB

Nukilan:

Husnizam Hosin

Waktu silih berganti
Jarum jam terus berdetik
Dengup jantung makin berdebar
pergantian zaman pun tak henti
seiring dengan perkembangan zaman
adab pun kian dilupakan

Dari kerlingan mata yang mampu menipu jiwa
Dari senyum indah yang mampu melebur sukma
Dan dari sentuhan rasa yang menyesakkan dada

Tak terdengar lagi tutur kata lembut
Ketika tahta itu memperlihatkan kekuasaannya
Ketika harta itu memperlihatkan kekuatannya
yang ada hanyalah kata-kata kesat yang disebut
tak ada lagi contoh baik tauladan
saat sopan santun tak diajarkan dan mula dilupakan

Jika adab mula dipandang enteng
Tiada lagi contoh kebaikan dan manusiawi
Tapi jika adab diagungkan
maka kebaikan yang selalu diperlihatkan

Zaman akan terus kehadapan
tapi adab jangan sampai dilupakan!
zaman boleh semakin maju
namun belajarlah tetap tawadhu!

275

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PANTUN MERDEKA 65

Nukilan:
Mohamad Azwan Md Isa

Cempaka putih tinggi berbuah Merah menyala kuntum kemboja
Bijinya pahit tumbuh di hutan Warnanya cantik penghias halaman
Setia kasih bumi bertuah Keluarga Malaysia teguh bersama
Bersama bangkit teguh pertahan. Saling berbaik jalinkan hubungan.

Pulau Besar di Selat Melaka Kuala Kubu naungan Selangor
Tapak lagenda sirahnya panjang Negeri bersekutu jajahan koloni
Berjiwa besar kuat merdeka Negara maju aman dan makmur
Pasak di jiwa bangsa dijulang. Hidup bersatu sejahtera harmoni.

Indah mekar si bunga teratai Pohon kenanga malar hijaunya
Biak di paya daun mengembang Di waktu senja harum semerbak
Usahlah kita alpa dan lalai Majukan minda tekad usaha
Kelak negara diambil orang. Berpadu warga menuju puncak.

Tok Bahaman pejuang Semantan Ibu negara di Kuala Lumpur
Orang Besar lantikan Baginda Tempat sejarah di sana sini
Jiwa raga sanggup berkorban Hasil kurnia rakyat bersyukur
Asalkan nusa agama terbela. Menuju berkah redha Ilahi.

276

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

HAI ANAK

Nukilan:
Shashazrina Roslan, Nur Liyana Mohamed Yousop, Norhasniza Mohd Hasan Abdullah,

Zuraidah Ahmad & Zuraidah Sipon

Hai Anak Hai Anak
Dikaulah penyejuk mata, Jaya mu kami doakan
Dikaulah mencipta bahagia Bahagia mu kami harapkan
Dikau jua menjemput rasa Senangmu kami pasakkan
Moga hati kita terikat bersama Semoga Allah sentiasa lindungkan

Hai Anak, Hai Anak
Bukan semata kaya dunia Di saat dikau melangkah bahagia
Bukan hanya kaya agama Di saat dikau menggeggam jaya
Bukan jadi pendekar bangsa Di saat dikau menyelam dunia
Hanya Allah pemelihara jiwa Ingatlah Allah Yang Maha Esa

Hai Anak,
Jadilah penenang jiwa,
Jadilah pancang agama
Jadilah pendokong bangsa
Jadilah manusia diredhai-NYA

277

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Pahlawan-Pahlawan Melayu Pejuang Kemerdekaan

Nukilan:
Kamal Fahrulrazy Rahim

Mat Kilau pahlawan melayu, Dato Maharaja Lela pembesar Perak
Seorang tinggi ilmu agama, Seorang mufti pejuang bangsa,
Pejuang kebebasan tanah melayu, Tragedi pembunuhan di Pasir Salak,
Menentang inggeris yang durjana. Digantung mati mempertahankan bangsa,

Tok Ku Paloh penasihat sultan, Kiai Salleh selempang merah,
Cendekiawan agama yang berperanan, Panglima menentang kekejaman komunis,
Menyusun strategi pertahan kedaulatan, Kejayaan menyatupadukan melayu terselah,
Menjadikan Terengganu terakhir ditawan. Suku Banjar, Jawa dan Bugis.

Dol Said penghulu Naning, Ramai lagi pahlawan kemerdekaan,
Menentang cukai pertahan kemerdekaan, Tidak dapat dicerita satu-persatu,
Penentangannya Buat British pening, Bergadai nyawa mempetahankan kedaulatan,
Akhirnya beliau berjaya ditawan. Demi tanah air dan kemaslahatan.

Abdul Rahman Limbong seorang pembela,
Ahli sufi peguam bijaksana,
Membela rakyat dianggap penderhaka,
Ditangkap dan dibuang ke Singapura.

278

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

PANTUN NASIHAT

Nukilan:
Hafizuddin Bin Dato’ Md Dali

Berjalan ke desa Palu,
Makan bersama dengan buah mengkudu,
Ingin tingkatkan ilmu,
Sentiasa membaca buku.

Sumber foto: Iokadata.id

Sumber foto: akseleran.co.id Menanam buah delima merah,
Ditanam pula oleh Puan Hajar,
Bulan Syawal menyambut raya, Jika ingin masa depan cerah,
Disambut pula dengan makanan, Rajinkan diri selalu belajar.
Untuk menjadi bangsa berjaya,
Fokus utama adalah pendidikan. www.sinarharian.com.my

279

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor
WARNA GARISAN KEHIDUPAN
Nukilan:
Yuslizawati Mohd Yusoff, Mardziyana Mohamad Malom & Husnizam Hosin
Dunia satu perjalanan
Juga, satu persinggahan
Perjalanan mewarnai kehidupan
Lalu persinggahan disimbah
Warna warna kehidupan.
Persinggahan dan perjalanan
Melakar pengalaman
Yang terbit dari warna warna itu.
Suka, duka, bahagia, sengsara
Garisan warna kehidupan.

280

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Doa Terakhir

Nukilan:
Mohd Hakimi Harman

Jumaat
“Mak rasa nak makan ayam masak lemak tu lah,” “& buah tembikai... tapi Angah ada duit tak ni?”
soal Mak yang dari tadi yang asyik membelek buah tembikai. Dalam hati, aku mengira jumlah harga
keduanya. RM10.00 jumlahnya, sama dengan bajet makan harini. Tak fikir banyak, aku terus
menjawab “Ada je Mak, jom Angah bayar,” sambil aku ambil keduanya dan ke kaunter.

Dengar aku kata begitu, nampak sedikit sinar di wajah tuanya. Walau aku tak pernah bagitau berapa
gaji bulanan kerja baharu ni, dia seolah dapat mengagak yang ianya tidak seberapa. Nyata naluri
seorang ibu tidak salah, gaji pertama aku sebagai Call Centre Representative ni lepas tolak itu ini,
dapatlah sekitar RM700. Lepas tolak sewa, api air dan minyak motor, adalah baki RM400 untuk
survive sebulan, lebih kurang RM13 sehari untuk duit makan. Tapi memikirkan yang Mak memang
jarang mintak belikan apa-apa bila keluar, aku pejamkan mata, “duit boleh cari, asal Mak happy’’ ,
kataku dalam hati.

Lepas bayar, aku tanya “Mak nak apa-apa lagi tak? Angah belanja jom,” “Cukup dah tu, jom balik
makan, nanti kan Angah nak ke UiTM hantar dokumen,” jawab Mak sambil bergerak mengikuti ku ke
kaunter.

Selesai membayar, aku terus menaiki motor Demak usangku menghala ke kuarters Abe. Sepanjang
perjalanan dari Mydin Presint 15 Putrajaya ke rumah Abe di Presint 14, Putrajaya, Mak hanya
senyap dan seperti fikirkan sesuatu. Sejak semalam, aku nampak Mak seakan memikirkan banyak
benda.

Segalanya bermula sejak Rabu, 2 hari lepas.

281

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Rabu
“Mak, Angah kena hantar salinan surat beranak Mak dan Ayah untuk proses permohonan biasiswa, aritu
dah interview, ni dia nak salinan surat beranak, Angah ada salinan IC je. Nak mintak mak poskan guna
bas boleh ke?,” kataku kepada Mak melalui telefon.

“Tak pe, malam ni Mak naik bas pergi rumah Abe, nanti Mak bawakan dokumen tu. Nanti Angah bagi
sekali laptop yang Angah tak guna tu, Mak nak bawak balik bagi Andak pakai”.

Walau beberapa kali aku cakap kat Mak yang tak perlu susah-susah datang semata-mata nak hantar
dokumen tersebut, Mak tetap berkeras nak datang juga ke rumah Abe di Putrajaya.

Malamnya, Mak terus naik bas ke rumah Abe, untuk hantar dokumen yang boleh diposkan. Walau sedikit
hairan kerana baru 2 minggu lepas Mak datang ke KL melawat aku, namun dek kerana Mak kata nak
ambil laptop untuk Andak, aku abaikan je perasaan tu.

Memandangkan esoknya (Khamis) aku kerja shift siang dan habis kerja petang esok, aku terus packing
barang dari rumah sewa. Cadangnya esok lepas habis kerja terus ke rumah Abe .

Esoknya, habis kerja, start motor terus gerak ke Putrajaya. Nasiblah 2 minggu lepas Mak datang, dia dah
suruh Abe bagi motor Demak yang dia dah tak guna ni kat aku, dapatlah aku terus gerak ke rumah Abe
lepas kerja. Nak dijadikan cerita, sebab tak biasa jalan ke Putrajaya dari pejabat kat TTDI ni, tersalah
masuk lebuhraya MEX yang tak ada stesen minyak. Yang harunya, ngam masuk maghrib, motor mati
sebab habis minyak betul-betul kat kawasan bukit.

Mungkin juga sebab doa Mak, elok lepas call Mak bagitau yang motor mati kat lebuhraya, berhentilah
sebuah van ais dan tawarkan pertolongan. Sampainya kat rumah Abe, Mak terus sambut aku dengan
muka risau .”Sampai jugak anak Mak, patut datang esok je ke sini,” kata Mak.

.

282

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

“Takde apalah Mak, Alhamdulillah ada orang tolong tadi,” jawabku sambil tersenyum. Aku memang kalau
sesiapa datang dari jauh, memang akan cuba untuk jumpa mereka segera, apatah lagi Mak. Tu pun dah
siap tanya bos, esok (Jumaat) nak cuti boleh tak. Malangnya bos kata tak boleh. Aku bagitau Mak yang
aku dah minta cuti, cuma tak boleh.

“Tak pelah Angah, adat kerja dengan orang, Mak doakan Angah dapat biasiswa UiTM tu dan jadi
pensyarah,” kata Mak untuk menenangkan aku.

Walau masih kecewa sebab tak dapat cuti esok dan luangkan masa dengan Mak, kata-kata Mak itu
menaikkan semangat aku. Cita-cita ingin menjadi pensyarah ini sudah lama terbuku di hati, dan Mak
datang ni pun untuk bagi dokumen yang diperlukan untuk urusan biasiswa tersebut.

“InshaAllah, esok Angah hantar dokumen tu ke UiTM. Esok kita pergi ronda-ronda dulu ya Mak,”

Jumaat
Sejurus sampai di rumah Abe, Mak terus ke dapur dan masak untuk makan tengahari. Walau aku kata
cukuplah dengan lauk ayam yang dibeli tadi masak lemak cili api ayam, Mak bertegas nak masak sayur
dan ikan, sekali sekala katanya.

Selesai makan tengahari yang agak mewah padaku, yelah selalunya hanya 1 lauk, tapi hari ini dapat
makan nasi dengan pelbagai lauk pauk, ayam masak lemak cili api, ikan talapia goreng dan sayur bayam
goreng, aku terus bergegas ke UiTM Shah Alam untuk menghantar dokumen yang diperlukan. Sekali lagi
si Demak buat hal, kali ni kick starter pula tercabut. Sampainya di rumah Abe, ku ceritakan pada Mak apa
yang terjadi.

“Sabarlah Angah, itu rezeki yang ada buat masa ni, Mak doakan Angah dapat tawaran biasiswa tu dan
jadi pensyarah. Ada rezeki boleh beli kenderaan lagi selesa”. sekali lagi Mak ulang berkenaan
harapannya untuk aku jadi pensyarah. Dokumen yang dihantar sebentar tadi adalah dokumen sokongan
yang diperlukan bagi permohonan Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM. Andainya aku berjaya, kos
untuk aku melanjutkan pelajaran ke peringkat Master Degree akan dibiayai dan seterusnya akan menjadi
Pensyarah Muda UiTM.

283

e-Dinamik
Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Pulangnya dari UiTM Shah Alam, aku luangkan masa untuk bersembang dengan Mak. Berbaki hanya
beberapa jam sebelum kembali bekerja pada malamnya, aku rasakan masa sangat cepat berlalu. Tepat
pukul 4 petang, aku sudah bersiap untuk ke tempat kerja, namun hatiku terasa berat untuk meninggalkan
Mak. Terdetik juga untuk ponteng kerja pada hari tersebut. Ku luahkan pada Mak, namun mak berkata:

“Takpe Angah, pergi kerja, Alhamdulillah itu rezeki. Mak okay kat sini, kejap lagi Abe balik. Mak doakan
Angah dapat biasiswa tu dan jadi pensyarah”. Buat kesekian kalinya Mak ulang doa tersebut. Hatiku dah
sebak, maklumlah esok Mak dah nak balik Kelantan dan tak tahu bila lagi akan berjumpa.

Sebelum aku gerak ke tempat kerja, mataku melirik buat kali terakhir memandang wajah sayu Mak. Tiba-
tiba Mak cakap yang dia nak buang sampah kat bawah. Aku perasan yang tiada sampah dalam bakul
sampah, namun Mak mencari segala sampah yang ada untuk dibawa turun.

Sepanjang perjalanan dari tingkat 8 ke bawah, Mak hanya melihat aku dan tersenyum, seakan tahu yang
aku berat hati untuk ke tempat kerja hari ini. Sampai sahaja di bawah, aku terus start motor dan buat kali
terakhir memandang wajah Mak. Entah apa yang ku rasa saat ini, namun seakan sangat berat hati untuk
meninggalkan Mak.

“Angah pergilah kerja, Mak doakan yang terbaik untuk Angah’, kata Mak sambil mengusap dahiku. Aku
kehairanan kerana selalunya sebelum berpisah, Mak akan kucup dahiku, namun kali ini tiada kucupan di
dahi, hanya usapan sahaja. Dengan berat hati, aku gagahkan hati ke tempat kerja.

Itulah detik terakhir aku bersama arwah Mak. Esoknya (Sabtu), Mak balik ke Kelantan dengan menaiki
bas. Pada tengah malam Ahad, Mak terlibat dengan kemalangan dan koma. Awal pagi Isnin, Mak telah
disahkan meninggal dunia.

Alhamdulillah, kini aku telah bergelar Pensyarah UiTM selepas mendapat Biasiswa Tenaga Pengajar
Muda. Semuanya berkat doa terakhir arwah Mak, “Mak doakan Angah jadi Pensyarah UiTM”.

284

285

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Laporan Aktiviti Jabatan dan Pensyarah

• Nurhafizah bt Azizan
• Rohayu Ahmad
• Suhaila Osman
• Nor Diana Binti Abd Rahman
• Rabiatul Adawiyah Kamarulzaman

Karya Akademik dan Umum
• Nor Diana Abdul Rahman
• Suhaila Osman
• Muhammad Asyraf bin Wahi Anuar
• Nurhafizah Azizan
• Siti Noorsiah Jamaluddin
• Muhammad Ismail Pahmi
• Qamarul Nazrin Harun
• Azura Abdul Jamil @ Kamarudzzaman
Karya Kreatif
• Rabiatul Adawiyah Kamarulzaman
• Rohayu Ahmad
• Faten Elina Kamaruddin
• Muhammad Ismail Pahmi & Nurmalawati Baarudin
• Nor Rashidah Mohammed
• Siti Hajar Baharin

286

287

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

AKTIVITI PELAJAR: KELAS KEMAHIRAN MAKLUMAT BERSAMA
PERPUSTAKAAN TUN DR. ISMAIL (PTDI)

Nurhafizah bt Azizan
Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Perpustakaan akademik masakini bergiat aktif dalam memainkan peranan bagi
menyokong warga universiti untuk menjadi warga yang bijak menilai maklumat.
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), telah menetapkan salah satu objektif
kualiti perpustakaan adalah memastikan 90% warga universiti menggunakan
perpustakaan digital UiTM. Maka dengan itu, dalam memastikan pencapaian
objektif ini terlaksana, Perpustakaan Tun Dr Ismail telah menganjurkan Kelas
Kemahiran Maklumat (KKM) kepada semua warga UiTM Cawangan Johor.
Mengambil peluang ini, pelajar dari kursus Information Skills (IMC 111) dibawah
Fakulti Pengurusan Maklumat telah mengikuti aktiviti kelas KKM pada 21 April
2022 bermula jam 8.30 pagi- 10.30 pagi.

Terdapat 12 modul yang disediakan oleh perpustakaan dan ianya boleh diadakan

secara bersemuka atau dalam talian. Seramai 34 orang pelajar telah mengikuti

modul “Pengenalan kepada Sumber Maklumat Perpustakaan”. Pemilihan modul ini

adalah bersesuaian memandangkan pelajar adalah dari semester satu (1) dan

tenaga pengajar adalah Puan Noredayu binti Rosli dan Puan Siti Rozana bt

Mat Sanat yang juga merupakan Pustakawan Kanan PTDI. 288

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Melalui modul ini, pelajar didedahkan Aktiviti ini diharap dapat membantu dan
dengan perkhidmatan dan kemudahan
yang disediakan oleh perpustakaan menyokong kepada proses
dengan secara betul dan efektif,
memahami kaedah dan strategi pembelajaran pelajar terutama dalam
pencarian maklumat yang relevan dan
cekap,mengenalpasti maklumat yang menempuhi pelaksanaan kelas secara
dapat diakses secara bercetak dan open distance learning (ODL) yang
elektronik dan berupaya membina
kemahiran literasi maklumat. memerlukan pelajar belajar secara
tearah sendiri(self-directed). Dengan

penglibatan pelajar dalam aktiviti ini,

diharapkan asas kemahiran maklumat

seperti mengenalpasti maklumat,

penyampaian maklumat dan penilaian

maklumat secara relevan dan tepat

dapat diterapkan.

289

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

LAPORAN PROGRAM ‘PEDOPHILIA: ARE WE AWARE OF IT?’

Anjuran Information Management Society
Rohayu Ahmad
Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat
Information Management Society (IMS) telah melaksanakan program perkongsian ilmu
bertajuk ‘PEDOPHILIA: ARE WE AWARE OF IT?’ Pedofilia diinterpretasikan sebagai
tarikan atau rangsangan seksual terhadap kanak-kanak dan istilah ini juga sering
digunakan dalam penguatkuasaan perundangan untuk merujuk kepada pelaku seksual
terhadap mangsa bawah umur.

Bergambar kenangan bersama penceramah, ACP Puan Siti Kamsiah binti Hassan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian
Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur,
En Muhammad Ismail Pahmi, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan Maklumat; Puan Rohayu Ahmad, Penasihat Information

Management Society (IMS) dan semua exco IMS dan Diploma Business Study (DBS) yang terlibat.

Objektif program ini adalah memberi kesedaran kepada para peserta tentang
bahayanya isu pedofilia di Malaysia, menyampaikan gambaran sebenar kes-kes
pedofilia serta menambah ilmu pengetahuan kepada semua peserta tentang masalah
pedofilia dan kanak-kanak dari sudut undang-undang di Malaysia.

290

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Peserta bagi program ini adalah seramai 150 pelajar daripada semua fakulti dan
para pensyarah UiTM Johor. Penceramah yang dijemput bagi menyampaikan
perkongsian ilmu ini ialah ACP Puan Siti Kamsiah binti Hassan, Ketua Penolong
Pengarah, Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan
Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur. Moderator
Program tersebut adalah Puan Azura Abdul Jamil@Kamarudzzaman, Pensyarah
Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat.
Turut hadir adalah En Muhammad Ismail Pahmi, Ketua Pusat Pengajian Fakulti
Pengurusan Maklumat; Puan Rohayu Ahmad, Penasihat Information
Management Society; Puan Suhaila Osman, Penasihat Information Management
Archives and Records Committee; En Muruga Chinniah, Koordinator BA Program
BA 111 & BA 117 dan Cik Nur Adilah Saud, Penasihat 2 Diploma Business
Society.

Pelbagai persoalan daripada peserta yang hadir berkenaan pedofilia telah
diperjelaskan oleh penceramah. Program ini sangat bermanfaat kerana
penceramah telah berkongsi tentang ciri-ciri pedofilia, bagaimana cara mereka
mendekati mangsa serta mendapatkan kepercayaan ibu bapa. Semoga para
peserta dapat menyebarkan maklumat bermanfaat yang dikongsikan.

291

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

KURSUS PENGURUSAN DOKUMENTASI: SATU PROJEK
JARINGAN INDUSTRI

Nor Diana Binti Abd Rahman & Che Faridah Binti Che Mahmood
Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat
Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

Kursus Pengurusan Dokumentasi adalah salah satu projek jaringan industri di antara
UiTM cawangan Johor dan Yayasan Bestari Malaysia. Kursus ini telah dikendalikan
oleh Puan Nor Diana binti Abd Rahman, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan
Maklumat dan Puan Che Faridah binti Che Mahmood, Pensyarah Kanan Fakulti
Pengurusan dan Perniagaan.

Kursus selama dua hari ini bermula pada 27 hingga 28 Januari 2022 bertempat di
Dewan Sri Teja, Teja Skill Solutions, Kuantan Pahang.
Pengisian kursus meliputi sesi berkaitan dengan:

a. Pengurusan sistem fail
b. Tatacara penyediaan surat rasmi
c. Pengkelasan dokumen
d. Pengurusan inventori

Inisiatif untuk mengendalikan projek jaringan industri ini bertitik tolak dari kesedaran
pihak Teja Skills Solution untuk memastikan rekod diuruskan dengan baik, terancang
serta dapat mempertingkatkan keupayaan, kecekapan dan keberkesanan
perkhidmatan yang ditawarkan. Imej organisasi juga terjaga dengan pengurusan rekod
yang sempurna bermula dari pengendalian yang betul dalam mengwujudkan rekod
seperti penyediaan surat, kertas kerja, laporan dan lain-lain rekod yang berkaitan
dengan fungsi organisasi.

292

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

Kegagalan mengurus rekod akan menjurus kepada permasalahan untuk
mendapatkan semula rekod yang telah disimpan samada disebabkan oleh salah
letak, salah susun, kecurian mahupun kehilangan yang pada akhirnya akan
mengakibatkan kerugian wang ringgit, penurunan moral dan menjejaskan imej
organisasi.

293

Majalah Digital Akademia UiTM Cawangan Johor

LAPORAN PROGRAM ‘MEH! MOREH’

Anjuran Information Management Society
Rohayu Ahmad
Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Johor Kampus Segamat

‘Meh! Moreh merupakan program bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang
dianjurkan oleh Information Management Society (IMS), Fakulti Pengurusan
Maklumat dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin (PERMAS)
UiTM Cawangan Johor untuk mahasiswa yang berada di dalam kampus. Program ini
dijalankan pada 23 April 2022, Sabtu bertempat di Masjid As-Syakirin, UiTM Johor.
Program sebegini dapat memberikan ruang kepada para mahasiswa/mahasiswi
untuk mendalami penghayatan Islam dengan lebih baik dan boleh merapatkan lagi
ukuwah sesama pelajar.

Poster Program Meh! Moreh Penyampaian moreh oleh Penasihat IMS,
Puan Rohayu Ahmad kepada mahasiswa

yang hadir

Information Management Society (IMS) dan Persatuan Mahasiswa Masjid As-

Syakirin (PERMAS) telah menganjurkan program ceramah ringkas yang di

kendalikan oleh Ustaz Luqmanul Hakim Zaharullah, Pegawai Eksekutif Unit Hal

Ehwal Islam, UiTM Johor dan seterusnya program berbuka puasa bersama para

pelajar yang berada di kampus. Seramai 200 mahasiswa dan mahasiswi hadir untuk

menjayakan program ini. 294


Click to View FlipBook Version