Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PROSIDING KOLOKIUM AKTIVITI KESARJANAAN 2020
(JILID 1-2)
“Memupuk Aktiviti Kesarjanaan Melalui Penyelidikan Berimpak Tinggi”
Penasihat : YBrs. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Penasihat Bersama : Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengerusi : YBhg. Dato’ Dr. Haji Tajuddin bin Mohd Yunus
Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB)
Pengerusi Bersama : Kementerian Pendidikan Malaysia
Timbalan Pengerusi :
YBhg. Dato’ Mohd Jamil bin Mohamed
Timbalan Pengerusi : Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)
Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia
Penyelaras 1 : YBrs. Dr. Hjh. Rosnarizah binti Abdul Halim
Pengarah Bahagian Matrikulasi (BM)
Penyelaras 2 : Kementerian Pendidikan Malaysia
Penolong Penyelaras : YBrs. Dr. Mohd Nasrudin bin Basar
(IPGM) Timbalan Rektor, Perancangan, Penyelidikan & Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Penolong Penyelaras :
(IAB) YBrs. Dr. Haji Ahamad bin Rahim
Pengarah, IPG Kampus Sultan Mizan
Dr. Norsita binti Ali
Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
En. Hj. Md. Rahaimi bin Rashid (IAB)
Dr. Rodiah binti Idris (BPSH)
Dr. Saharawati binti Shahar (BM)
Dr. Norhannan binti Ramli
Penolong Pengarah, PPPI IPGM
Dr. Ahmad Shidki bin Mat Yusoff
Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
IPGKSM
Dr. Shamsazila binti Sa’aban
Dr. Azahar bin Aziz
Cik Lim Siew Ngen
Pn. Norhiza binti Mohd Salleh
i
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Penolong Penyelaras : Pn. Bibi Aishah binti Roslan
(Bah. Matrikulasi) En. Hishamuddin bin Hamdan
Penolong Penyelaras : En. Mohd Azril bin Othman
(Kolej Ting. Enam) En. Muhd Zukhairi bin Ahmad
Ketua Editor : Dr. Mohd Ramzan bin Awang
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
Sidang Editor :
Dr. Fan Siong Peng
Rekaan Grafik : Dr. Hjh Hazlina binti Awang Lah
Cetakan : Dr. Mohd Fauzi bin Ali
Dr. Mohd Nahi bin Abdullah
Dr. Ramli bin Ismail
Dr. Ahmad Shidki bin Mat Yusoff
Dr. Hjh Haslina binti Hanapi
Dr. Hjh Mazlina binti Mahmood
Dr. Nor Azizah binti Mohd Nor
Dr. Hjh Zanariah binti Mat Isa
Dr. Hj Zamri bin Rajab
Dr. Wan Hasni bin Wan Ahmad
Dr. Hazram bin Ismail
Dr. Norhasliza binti Abdullah
Dr. Suzana binti Haron
Dr. Abdullah bin Mohamad
Hj. Norisin bin Mohamad
Hj. Salime bin Ab. Rahman
Yusri bin A Ghani
Asmida binti Aripin
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
© Hak Cipta Terpelihara Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mana-mana bahagian daripada prosiding ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam
sistem yang boleh diperbaiki atau disiarkan dalam apa jua bentuk tanpa mendapat kebenaran
bertulis daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.
ISBN: 978-967-2432-02-9
ii
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KATA ALU-ALUAN
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME PERGURUAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya Kolokium Aktiviti Kesarjanaan
anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
(IPGKSM) dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) berjaya direalisasikan. Pelaksanaan kolokium ini dengan tema
“Memupuk Aktiviti Kesarjanaan Melalui Penyelidikan Berimpak Tinggi" amat bertepatan dengan hasrat yang
termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menerusi inisiatif #112
PPPM: Pemerkasaan Institusi Pendidikan.
Saya berasa amat bangga dengan usaha yang dilakukan oleh keempat-empat institusi pendidikan ini
kerana budaya aktiviti kesarjanaan (scholarly activities) seperti penyelidikan dan penulisan ilmiah terus
diperkasakan. Usaha yang dilakukan ini seterusnya diterjemahkan melalui satu program berbentuk
perkongsian yang berimpak iaitu Kolokium Aktiviti Kesarjanaan. Usaha yang dilakukan ini membuktikan
bahawa warga pendidik di institusi di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa
bergerak sederap dalam merealisasikan aspirasi pendidikan negara walaupun seluruh dunia
berhadapan dengan pandemik COVID-19. Syabas diucapkan.
Situasi pandemik COVID-19 yang begitu mencabar ketika ini tidak seharusnya menjadi
penghalang kepada usaha menjayakan Kolokium Aktiviti Kesarjanaan sebaliknya menjadi pemangkin
semangat kepada warga pendidik IPG, IAB, KM, dan Kolej Tingkatan Enam (KTE) untuk terus
membudayakan aktiviti kesarjanaan dalam normal baharu. Normal baharu bukan bermaksud mengehadkan
kreativiti malah menuntut kita untuk terus berfikir dengan menggunakan perspektif yang baharu. Oleh itu,
bagi mendepani arus perubahan yang semakin kompleks, penganjuran kolokium yang julung-julung kalinya
diadakan secara dalam talian ini menjadi pelengkap kepada agenda pembudayaan aktiviti kesarjanaan di
bawah inisiatif #1 12.
Sehubungan dengan itu, saya berbesar hati ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur serta semua pihak yang terlibat yang
telah bertungkus lumus menjayakan Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020. Semoga apa yang telah
diusahakan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Sekian,
Tahniah dan selamat maju jaya.
DR. AHMAD RAFEE BIN CHE KASSIM
iii
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KATA ALU- ALUAN
REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua ahli jawatankuasa Kolokium Aktiviti
Kesarjanaan 2020 atas komitmen dan dedikasi tuan puan dalam menjayakan kolokium ini. Kolokium
ini merupakan program kerjasama antara Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan Institut
Aminuddin Baki (IAB), Bahagian Matrikulasi dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) yang
diterajui oleh IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Alhamdulillah, kolokium ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya dan diharap dapat memperkukuh Pemerkasaan Institusi Pendidikan di
bawah inisiatif #112: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Sebagaimana yang kita sedia maklum, dunia pendidikan adalah bersifat dinamik dan sentiasa
berubah sejajar dengan ledakan Revolusi Industri 4.0 yang melanda seluruh dunia masa kini. Justeru,
kita sebagai warga pendidik sewajarnya peka untuk mengikuti perubahan ini dan sentiasa
meningkatkan keupayaan dan kompetensi diri melalui pelibatan dalam aktiviti kesarjanaan seperti
penyelidikan dan penulisan ilmiah. Hal ini penting kerana usaha ini dapat meningkatkan keberkesanan
amalan semasa dan menyelesaikan isu-isu yang berlaku dalam dunia pendidikan. Saya percaya,
Kolokium Aktiviti Kesarjanaan ini merupakan satu platform terbaik perbincangan ilmiah dan
perkongsian perkembangan, pengalaman serta amalan terbaik pelaksanaan aktiviti kesarjanaan antara
institusi yang terlibat. Sesungguhnya pelaksanaan Kolokium Aktiviti Kesarjanaan yang bertaraf
kebangsaan seperti ini sangat relevan kerana ruang dan peluang dapat diberikan kepada warga
pendidik untuk memperkasa pengetahuan, kemahiran dan kompetensi dalam pelaksanaan aktiviti
kesarjanaan bertepatan dengan hasrat ke arah merealisasikan visi dan misi KPM serta PPPM 2013-
2025.
Penganjuran kolokium ini juga merupakan inisiatif yang menyokong proses transformasi
Kementerian Pendidikan Malaysia dan IPG, khasnya dalam usaha meningkatkan kualiti warga pendidik
dengan mengiktiraf dan menyokong kepentingan idea, sumber dan amalan terbaik dalam pengajaran
dan pembelajaran secara kreatif yang boleh dikongsikan oleh peserta. Harapan saya, kolokium ini akan
dapat mencapai matlamatnya dan menjadi pemangkin kepada usaha memperkasakan lagi budaya
penyelidikan dan intelektual dalam kalangan warga pendidik khasnya dari IPG, IAB, KM dan KTE.
Akhir kata, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat menjayakan kolokium ini terutama ahli jawatankuasa kerja kolokium dan peserta kolokium
dari IPG, IAB, Bahagian Matrikulasi dan BPSH. Semoga kerjasama dan sokongan padu seperti ini akan
berterusan pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Selamat berkolokium.
DR. RUSMINI BINTI KU AHMAD
iv
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamulaikum Warahmatullahi Wabaratuh dan Salam Sejahtera.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020 anjuran
Institut Pendidikan Guru Malaysia dapat dilaksanakan dengan jayanya di Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Kolokium Aktiviti Kesarjanaan ini berjaya dilaksanakan hasil
daripada perkongsian sumber dan kepakaran antara empat institusi yang terlibat, iaitu: Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi (KM) dan Kolej
Tingkatan Enam (KTE). Penyertaan warga Institut Pendidikan Guru (IPG) turut memainkan peranan ke
arah merealisasikan Visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pihak IAB berasa amat bangga atas penglibatan
dalam kolokium ini dan sentiasa menyokong program seperti ini.
Sesungguhnya Kolokium Aktiviti Kesarjanaan merupakan satu inisiatif yang sangat relevan
bagi menyokong proses transformasi KPM dan IPG dalam meningkatkan kualiti guru dan pensyarah.
Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas daya usaha menganjurkan Kolokium Aktiviti
Kesarjanaan 2020 dengan tema "Memupuk Aktiviti Kesarjanaan Melalui Penyelidikan Berimpak
Tinggi”, kerana ini dapat menyediakan wadah ilmiah bagi melahirkan ahli profesional yang
berwawasan, berdaya inovasi, berbudaya ilmu, beretika kerja, dan berkualiti dalam profesion keguruan.
Selain itu, kolokium ini juga dapat mengiktiraf dan menyokong idea, inovasi dan amalan terbaik dalam
pengajaran dan pembelajaran secara kreatif melalui pengalaman yang dikongsikan oleh para peserta.
ini bertepatan dengan hasrat KPM yang sentiasa berusaha untuk melahirkan guru-guru dan pensyarah
yang berkualiti demi menyahut hasrat ke arah mentransformasikan pendidikan negara.
Akhir kata, saya berharap Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020 ini boleh menjadi satu saluran
pembudayaan penyelidikan dan intelektual dalam kalangan warga pendidik. Juga, setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama ahli jawatankuasa kerja
kolokium dan para peserta kolokium pada kali ini.
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufik walhidaayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat Berkolokium.
DATO’ DR. HJ. TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS
v
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat İlahi kerana dengan limpah izin-Nya Kolokium Aktiviti Kesarjanaan
anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
(IPGKSM) dapat direalisasikan. Kolokium ini merupakan kerjasama antara IPGM dengan Institut
Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan Bahagian Pengurusan sekolah Harian yang diadakan di IPG
Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu dan telah dilaksanakan dengan jayanya. Saya ingin
merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas daya usaha untuk menganjurkan Kolokium Aktiviti
Kesarjanaan dengan tema "Memupuk Aktiviti Kesarjanaan Melalui Penyelidikan Berimpak Tinggi".
Tema ini bertepatan dengan mandat yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang
sentiasa berusaha untuk melahirkan guru dan pensyarah yang berkualiti demi menyahut hasrat ke arah
mentransformasikan pendidikan.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas juga kepada Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Mizan yang menjadi tuan rumah dan telah berjaya menganjurkan Kolokium Aktiviti Kesarjanaan
2020 dengan jayanya. Penganjuran kolokium ini merupakan inisiatif yang menyokong proses
transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha meningkatkan kualiti guru dan pensyarah.
Hasil penyelidikan yang dibentangkan dalam kolokium ini merupakan idea, sumber dan amalan terbaik
yang boleh dikongsi dalam meningkatkan kreativiti pengajaran dan pembelajaran.
Saya juga mengharapkan Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020 ini dapat membudayakan
amalan penyelidikan dan sinergi yang kuat dalam melahirkan kreativiti dan keunikan bagi
meningkatkan prodüktiviti kerja yang cemerlang. Komitmen dan sumbangan yang diberikan oleh
semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam merealisasikan
kolokium ini amat dihargai dan disanjung.
Sesungguhnya kolokium ini sangat relevan untuk memantapkan kompetensi dan kemahiran
pensyarah, guru, siswa pendidik serta pelajar sekolah untuk berkongsi sumber dan kepakaran dalam
aktiviti penyelidikan. Semoga usaha murni ini dapat memenuhi Visi pendidikan dan aspirasi pelajar
untuk keperluan negara pada masa hadapan seterusnya dapat memperkasakan institusi pendidikan.
Sekian. Terima kasih
“BERSAMA-SAMA MENINGKATKAN KUALITI GURU DAN PEMIMPIN”
DATO’ MOHD JAMIL BIN MOHAMED
vi
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamulaikum Warahmatullahi Wabaratuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya diberi peluang untuk menitip sepatah dua kata
sempena Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020 (KAK 2020) yang diadakan di Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu. KAK 2020 ini merupakan kolaboratif antaraIPGMdengan
Bahagian Matrikulasi, lnstitut Aminuddin Baki dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian. Setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada lnstitut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut,
Terengganu yang telah memberikan kerjasama untuk menjayakan kolokium ini.
Penganjuran KAK 2020 yang bertemakan “Memupuk Aktviti Kesarjanaan Melalui Penyelidikan
Berimpak Tinggi" ini bertujuan memperkasa pengetahuan, kemahiran dan kompetensi pensyarah dalam
pelaksanaan aktiviti kesarjanaan. Selain itu, aktiviti kesarjanaan juga menggalakkan pensyarah, guru dan
siswa guru menjalankan penyelidikan dalam bidang pendidikan di samping meningkatkan kepakaran
pensyarah dalam bidang pedagogi dan penyelidikan pendidikan. KAK 2020 ini juga menyediakan
platform perbincangan ilmiah, perkongsian pengalaman dan amalan terbaik pelaksanaan aktiviti
kesarjanaan. Strategidan cabaran dalam melaksanakan aktivitikesarjanaan jugadapat dikenal pasti bagi
memastikan dunia pendidikan kita mampu bersaing di pentas global ke arah menjadikan negara kita
progresif.
Akhirkata,sayaberharapKAK2020inimemberikan impak yangtinggikepadasemua yang terlibat
khususnya warga Program Matrikulasi KPM. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak terutama ahli jawatankuasa kerja kolokium dan peserta kolokium pada kali ini.
Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
SELAMAT BERKOLOKIUM.
DR. HAJAH ROSNARIZAH BINTI ABDUL HALIM
vii
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamulaikum Warahmatullahi Wabaratuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W. T kerana saya diberi peluang untuk menitip sepatah dua
kata dalam buku program Kolokium Aktiviti Kesarjanaan anjuran Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM). Kolaborasi antara IPGM, Institut
Aminuddin Baki (IAB), Kolej Matrikulasi dan Kolej Tingkatan Enam bertepatan dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu kebolehpasaran program akademik yang memenuhi objektif
pendidikan semasa dan graduan yang kompetitif dalam industri seiring dengan menghasilkan pendidik
yang berkualiti dan memenuhi aspirasi sistem pendidikan di Malaysia.
Sehubungan itu, usaha membudayakan penyelidikan dan pembentangan di peringkat
kebangsan dan antarabangsa akan dapat meningkatkan lagi tahap profesionalisme keguruan
pensyarah dan guru. Penganjuran kolokium ini juga selari dengan Pelan Transformasi IPGM 2016-
2025 yang menggariskan elemen pengantarabangsaan ini sebagai Kluster yang ke-7 ingin
direaslisasikan. Trend dunia pendidikan masa kini memerlukan IPGK bekerjasama dengan pelbagai
pihak luar seperti Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS),
syarikat korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi meningkatkan kualiti pensyarah, kumpulan
pengurusan dan para guru pelatihnya.
Penganjuran kolokium ini, membolehkan pensyarah dan guru-guru mengemukakan
pandangan, menunjukkan model pengajaran berkesan dan idea-idea masing berdasarkan kepakaran
yang dimiliki dan berkongsi pengalaman serta pengetahuan dalam kalangan warga pendidik. Kolokium
ini juga merupakan medan berkongsi kepakaran dan pengetahuan pelaksanaan pendidikan dalam
kalangan guru dan pensyarah. Pentas Kolokium Aktiviti Kesarjanaan ini bukan sekadar bertujuan
pensyarah, guru, siswa dan pelajar sekolah berkolokium sahaja tetapi tumpuan hendaklah diberikan
kepada penghasilan dan pengukuhan inovasi serta penyelidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi
yang dapat meningkatkan kecekapan proses atau penyampaian PdPc.
Akhir kata, sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak terutama IPGM,
IAB, Kolej Matrikulasi dan Kolej Tingkatan Enam serta ahli jawatankuasa kerja yang telah bersungguh-
sungguh dalam menjayakan kolokium ini. Mudah-mudahan Kolokium Aktiviti Kesarjanaan ini akan
dapat diteruskan pada setiap tahun sebagai satu budaya ilmu dalam kalangan ahli-ahli akademik di
IPGM, IAB, Kolej Matrikulasi dan Kolej Tingkatan Enam.
Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
SELAMAT BERKOLOKIUM.
DR HJ AHAMAD BIN RAHIM
viii
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kandungan
01. PELUKISAN WATAK MANUSIA ASIA DAN PENERAPAN NILAI DALAM PUISI-PUISI SASTERAWAN NEGARA
MUHAMMAD HAJI SALLEH......................................................................................................................................................................1
02. PENEROKAAN AMALAN DAN KESEDIAAN GURU MENGAPLIKASI ARGUMENTED REALITY DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN …………………………………………………………………………………………………16
03. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI INSTITUSI PENDIDIKAN GURU MALAYSIA SEMASA
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN FASA 1...................................................................................................................................22
04. PERSEPSI DAN PENGUASAAN PERIBAHASA MELAYU GURU-GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
MENGIKUT TEORI RELEVANS ..............................................................................................................................................................31
04. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU
LINTANG ...................................................................................................................................................................................................... 44
05. PERKATAAN BAHASA BERBUDAYA TOKOH PERSONALITI POPULAR TELEVISYEN, PENULIS SKRIP LAGU DAN
BUKU ............................................................................................................................................................................................................. 56
06. BUDAYA MEMBACA, SIKAP DAN KECENDERUNGAN PILIHAN BAHAN BACAAN WARGA INSTITUT PENDIDIKAN
GURU DALAM ERA DIGITAL..................................................................................................................................................................71
07. PANACEA OR PANDORA: ONLINE LEARNING PERSPECTIVES FROM TEACHER EDUCATORS ..................................92
08. KESEDIAAN GURU MATEMATIK DALAM MELAKSANAKAN PROSES P&P ABAD KE-21 SEMASA TEMPOH
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN............................................................................................................................................... 104
09. PENGGUNAAN MODEL CIPP DALAM PENILAIAN KURIKULUM ......................................................................................... 115
10. PELAKSANAAN TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA)......................................................................................................... 124
11. KEARIFAN LOKAL DALAM PERIBAHASA DUSUN ................................................................................................................... 135
12. TAHAP KEMAHIRAN MENULIS DALAM KALANGAN MURID ORANG ASLI ..................................................................... 145
13. TAHAP KEPUASAN KERJA WARGA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU .......................................... 156
14. HUBUNGAN AMALAN AKHLAK DAN PENGURUSAN STRES GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU
MALAYSIA................................................................................................................................................................................................. 166
15. SELF-DISCOVERY AND SELF-IMPROVEMENT IN CONSULTATION THROUGH AUTOETHNOGRAPHIC APPROACH
...................................................................................................................................................................................................................... 175
16. PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN ASAS BAGI PERMAINAN KATEGORI SERANGAN DALAM
PENDIDIKAN JASMANI .......................................................................................................................................................................... 189
17. ELEMEN KEMANUSIAAN DALAM MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR TERHADAP APLIKASI TARANUM
SELEPAS INTERAKSI.............................................................................................................................................................................. 204
18. TAHAP MOTIVASI INTRINSIK DAN KONSEP KENDIRI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH LUAR
BANDAR ..................................................................................................................................................................................................... 215
19. SEJAUH MANAKAH FAKTOR KOGNITIF DAPAT MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK MURID ORANG
ASLI:............................................................................................................................................................................................................ 225
20. PENGGUNAAAN TERAPI SENI DALAM MENEROKAEMOSI DANPERASAAN KANAK-KANAK PRASEKOLAHSEK KEB
PENGKALAN NYIREH.................................................................................................................................................................................. 239
21. ANDRAGOGI PENGAJARAN KULIAH DALAM PROGRAM MENGIMARAHKAN MASJID DAN SURAU MASA KINI 245
22. CABARAN APLIKASI STEM DI PRASEKOLAH DAERAH BESUT DALAM PENDIDIKAN ABAD KE-21 ......................... 260
23. KESEDIAAN GURU BUKAN OPSYEN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI DALAM MENGAJAR MATA PELAJARAN
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI ...................................................................................................................................................... 269
24. KELUARGA BERANTAKAN DAN RAWATAN PEMULIHAN OLEH KAUNSELOR: SATU KAJIAN KES......................... 286
25. PENERIMAAN IBU BAPA TERHADAP PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) SEKOLAH RENDAH DI
NEGERI SEMBILAN................................................................................................................................................................................. 292
26. PENEROKAAN PENGETAHUAN KANAK-KANAK TENTANG ALAM SEKITAR MENERUSI PENDEKATAN PROJEK
...................................................................................................................................................................................................................... 307
27. KOMPETENSI KEMAHIRAN LISAN DALAM KALANGAN PELAJAR PISMP BAHASA MELAYU SJKC IPGKTAA..... 319
28. ISU DAN CABARAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN SEMASA PERINTAH
KAWALAN PERGERAKAN .................................................................................................................................................................... 327
ix
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
29. PENGAJARAN MATEMATIK BERASASKAN PEMBELAJARAN INKUIRI DALAM KALANGAN GURU DI DAERAH
BESUT, TERENGGANU ........................................................................................................................................................................... 341
30. KESAN DEMOSAW TERHADAP PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BADMINTON DALAM PENDIDIKAN JASMANI ... 351
31. TEACHING AND LEARNING OF ENGLISH AMONG INDIGENOUS ORANG ASLI STUDENTS ........................................ 359
32. IMPAK DAN CABARAN PELAKSANAAN COACHING DALAM KALANGAN PEMIMPIN SEKOLAH PROGRAM TS25 DI
SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.......................................................................................................................... 365
33. TAHAP PEMBELAJARAN PELAJAR DALAM TALIAN SEMASA SITUASI PANDEMIK DARIPADA PERSPEKTIF
PENSYARAH.............................................................................................................................................................................................. 377
34. PEMBANGUNAN INSTRUMEN ELEMEN INPUT UNTUK PROGRAM PENILAIAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH.. 390
35. JURANG UJIAN PRA-PASCA KURSUS DALAM TALIAN COACHING OF COACHES BIMBINGAN INSTRUKSIONAL
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH ............................................................................................................................................................ 400
36. ITQAN ASAS PEMUPUKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG ................................................................................................... 407
37. TAHAP STRES PERANAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN DI EMPAT BUAH DAERAH DI
SEMENANJUNG MALAYSIA: ................................................................................................................................................................ 422
38. PENDIDIKAN STEM DAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0: BERSEDIAKAH GURU KITA? ......................................................... 428
39. PELAKSANAAN AMALAN PENGAJARAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI GURU-GURU
NOVIS NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM. ......................................................................................................................................... 439
40. TAHAP KESEDIAAN PEMIMPIN SEKOLAH MENGAMALKAN DOMAIN MENERAJUI PERUBAHAN TERHADAP
PENDIDIKAN STEM DI SABAH ............................................................................................................................................................. 451
41. PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEMASA PANDEMIK COVID-19: MODEL PERUBAHAN DAN PERBANDINGAN
PENCAPAIAN AKADEMIK PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN ..................................................................... 464
42. PENILAIAN TERHADAP KEBERKESANAN PELAKSANAAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN DI INSTITUT
PENDIDIKAN GURU (IPG) SEMASA SEKATAN PERGERAKAN.................................................................................................... 475
43. COVID 19: KESEDIAAN GURU BAHASA MELAYU MENGAPLIKASI PENGAJARAN ATAS TALIAN SEWAKTU PKP
...................................................................................................................................................................................................................... 486
44. PENGETAHUAN TEKNOLOGI, PEDAGOGI, ISI KANDUNGAN DAN KREATIVITI PENGAJARAN SISWA GURU
PENDIDIKAN ISLAM ............................................................................................................................................................................... 495
45. KOMITMEN, KESEDIAAN DAN AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK21) PELAJAR GURU SEMASA
PRAKTIKUM ............................................................................................................................................................................................. 507
46. KEPUASAN TERHADAP PEMBELAJARAN MAYA DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA
PADA MASA KRISIS COVID-19 ............................................................................................................................................................. 522
47. SIKAP TERHADAP SAINS DALAM KALANGAN MURID PROGRAM KEMASAINS DI BAHAGIAN KUCHING
SARAWAK.................................................................................................................................................................................................. 528
48. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SISWA GURU DALAM TALIAN (OLL) SEMASA PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN (PKP) COVID-19.......................................................................................................................................................... 542
49. TAHAP KEMAHIRAN PENGGUNAAN APLIKASI ICT DAN PERALATAN ICT DALAM KALANGAN WARGA IAB
INDUK ......................................................................................................................................................................................................... 554
x
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PELUKISAN WATAK MANUSIA ASIA DAN PENERAPAN NILAI DALAM PUISI-
PUISI SASTERAWAN NEGARA MUHAMMAD HAJI SALLEH
Muhammad Irfan Nyia bin Abdullah ([email protected])
Ghazali bin Ismail ([email protected])
YM Tengku Nor Faizul bin Tengku Embong ([email protected])
Bahtiar bin Omar ([email protected])
Amir Hamzah bin Yaa’kub ([email protected])
Che Mansor bin Che Tom ([email protected])
ABSTRAK
Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh merupakan seorang penyair yang sangat peka terhadap
persekitaran yang melingkari hidupnya. Beliau telah mentransformasikan kembara hidupnya di seluruh
pelosok dunia ke dalam bait-bait puisi yang indah. Pelukisan watak manusia Asia seringkali diangkat
sebagai objek utama. Selain itu, unsur nilai tidak pernah dipinggirkan sebagai pedoman kepada
golongan pembaca. Kajian ini memperlihatkan pelukisan watak manusia Asia dan nilai yang digarap
oleh SN Muhammad Haji Salleh menerusi puisi-puisi beliau yang menggunakan Pendekatan Moral.
Hasil kajian mendapati puisi-puisi SN Muhammad Haji Salleh banyak memperlihatkan bangsa Asia
seperti Indonesia, Jepun, India, Malaysia dan sebagainya. Lanjutan dari itu, hasil kajian juga turut
mendapati bahawa puisi-puisi beliau sarat nilai seperti ketabahan, kerajinan, bertanggungjawab dan
mempercayai tuhan.
Kata Kunci: pelukisan, watak, nilai murni, kajian teks sastera
PENDAHULUAN
Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh merupakan seorang penyair tanah air yang prolifik
dan terkenal di peringkat antarabangsa. Beliau mula mencipta puisi pada tahun 1960-an dan akhirnya
puisi telah menjadi sebahagian daripada jiwa beliau, tempat mencurahkan segala pergolakan hati,
himpunan pengalaman, citra manusia yang ditemui dan menerapkan nilai-nilai murni kepada
masyarakat pembaca. Hal ini selari dengan kenyataan Syed Hossein Nasr yang mengungkapkan
bahawa seniman mencipta bayang-bayangan penghidupan bagi memasukkan ke dalam karyanya akan
apa yang difahaminya tentang makna penghidupan yang digarap daripada pengalaman. Ahli karya
sastera peka bertindak balas ke atas fakta-fakta penghidupan dan mempersembahkan kepada pembaca,
hasil kesedaran intuitif akan apa yang dikatakan `Hakikat Kebenaran’. Kesedaran ini dipamerkan
melalui penulisan dengan menggunakan bayang-bayangan penghidupan yang menarik yang
dilambangkan kerana realiti yang dialami. Puisi, novel dan drama adalah antara bentuk-bentuk yang
paling menarik setakat ini yang terbina ibarat acuan kepada bayangan-bayangan itu (1990:36-37).
Penyair tidak terkecuali daripada menabur bakti dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat
pembaca menerusi penciptaan karya sastera. Di tangan seorang penyair terletak tinta-tinta indah
bersulam pemikiran dan keintelektualan yang mampu membawa tranformasi minda kepada masyarakat
pembaca. Malah penyair turut berperanan sebagai pemangkin kepada usaha melahirkan modal insan
yang berkualiti. Hal ini diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran
1
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Malaysia untuk melahirkan generasi muda yang unggul melalui proses pendidikan di sekolah-sekolah
dan mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Selain itu, Kempen Budi Bahasa Budaya Kita yang bertujuan melahirkan satu bangsa Malaysia yang
maju seperti yang dicita-citakan menjelang tahun 2020 dapat mempamerkan kecemerlangan,
kegemilangan dan keterbilangan berasaskan pekerti mulia, berbudaya tinggi dan berbahasa baik. Ini
akan lebih bermakna jika kita dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Hal ini diperinci lagi
menerusi kenyataan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (2005:4) yang menegaskan bahawa
pembangunan modal insan menjadi sangat penting kepada negara pada masa hadapan dan mereka
ini mestilah berkualiti, kualiti bukan sahaja dari segi pendidikan, kepakaran tetapi juga dari segi nilai
moral yang tinggi, bertanggungjawab dan utamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan.”
Konsep Pelukisan Watak dan Nilai
Pelukisan watak dan puisi adalah dua hal yang saling berkaitan. Pelukisan, dalam hal ini,
memiliki pengertian kesan, bayangan, atau gambaran manusia. Sebagai suatu produk budaya, puisi
tentu tidak dapat melepaskan diri dari persoalan-persoalan kemanusiaan. Analoginya, sebuah karya
sastera, seperti puisi selalu menghadirkan kehidupan manusia, karena pada dasarnya tiap karya sastera
itu berisi obsesi sasterawan tentang kehidupan dan dalam kehidupan selalu hadir manusia (Pusat
Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, 1994: 13-14).
Selain itu, Safian Hussain (1988: 107) mengatakan “pelukisan imej adalah salah satu unsur yang
tersendiri dalam ‘bahasa seni’ iaitu sebagai satu cara mengemukakan pengalaman dan pergolakan
emosi. Ini berbeza dengan proses-proses menyederhanakan dan mengkonsepsikan sesuatu dalam ilmu
sains dan falsafah. Meskipun dalam penggunaan yang lebih kritis, pada dasarnya pengertiannya masih
tetap sama iaitu citra atau imej merupakan suatu gambaran yang literal dan konkrit daripada satu
pengalaman pancaindera atau dari sesuatu objek yang pengertiannya boleh difahami oleh seseorang
atau oleh umum.”
Konsep tentang nilai banyak diperkatakan oleh sarjana Nusantara dan Barat. Sharifah Alwiah Alsagoff
(1987:74) menjelaskan nilai merupakan idea-idea yang dikongsi oleh sesuatu masyarakat tentang apa
yang baik, betul dan dikehendaki. Kamaruddin Hj Husin (1988:3) pula berpendapat karya sastera
memiliki unsur-unsur yang tersirat. Sastera bukan hiburan semata-mata tetapi lebih membicarakan
tentang pendidikan moral. Sastera dianggap sebagai alat untuk menyerapkan nilai-nilai moral bagi
mengukir manusia yang berbudi pekerti.
Selain daripada pengertian-pengertian yang diberikan di atas, seorang tokoh ilmiah Indonesia iaitu
Soerjono Soekonto (1982:60) pula, mendefinisikan nilai sebagai konsepsi-konsepsi abstrak dalam diri
manusia tentang apa yang baik dan apa yang buruk. Sistem nilai tersebut tumbuh hasil daripada
pengalaman manusia di dalam mewujudkan interaksi sosial. Shahnon Ahmad (1981:93) juga banyak
memperkatakan tentang peranan seni dalam penulisan ilmiah beliau. Beliau menyatakan bahawa
peranan seni ialah “membina akhlak manusia yang baik mengikut Islam supaya manusia itu pula
memainkan peranannya mengikut potensi dan keupayaannya, membina peradaban manusia yang haq.
Kesusasteraan yang sebenar ialah kesusasteraan yang berakhlak, kesusasteraan yang bermoral,
bertujuan meningkatkan kehidupan manusia.”
Pengkaji barat iaitu E.F. Schumanker (1988:8) membicarakan nilai dan pendidikan seperti berikut “The
essence of education…. Is the transmission of values, but values do not help us to pick our way through
life unless they have because our own, a part, so to say, of our mental make up”. Menurut E.F.
Schumanker, perkaitan antara nilai dan pendidikan sangat penting. Pendidikan tidak akan berlaku tanpa
penerapan dan kehadiran nilai. Pendidikan akan menjadi lebih bermakna jika bergerak seiring dengan
nilai.
2
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Pelukisan watak dan nilai merupakan dua elemen yang saling bergantungan di antara satu sama lain.
Sehubungan itu, kertas kerja ini akan memperlihatkan pelukisan watak Asia yang terdapat di dalam
puisi-puisi Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh di bawah nilai yang dibicarakan.
METODOLOGI
Kajian ini berbentuk kualitatif yang memfokuskan kepada kajian kepustakaan dan kajian
lapangan. Kajian Kepustakaan dilaksanakan untuk meneliti buku, jurnal, majalah dan sebagainya yang
berkaitan dengan tokoh dikaji iaitu SN Muhammad Haji Salleh. Manakala kajian lapangan iaitu
temubual dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat lanjut dan berdiskusi dengan tokoh berkaitan
tajuk yang dikaji. Kajian ini menggunakan Pendekatan Moral dalam memperlihatkan pelukisan watak
dan nilai-nilai yang terdapat dalam puisi-puisi SN Muhammad Haji Salleh.
DAPATAN KAJIAN
Nilai 1: Pelukisan Watak dan Nilai Ketabahan
Menurut (Pradopo, 1990: 7), puisi merupakan rakaman dan interpretasi pengalaman manusia
yang penting, diubah dalam wujud yang paling berkesan. Wujud pengalaman manusia yang paling
berkesan adalah hubungan interpersonal. Hubungan interpersonal memperlihatkan jalinan perasaan dan
hal-hal berkaitan manusia antara satu sama lain dan diseiringkan terapan nilai. Melalui puisi-puisi SN
Muhammad Haji Salleh beliau memperlihatkan manusia Asia yang tabah hati menghadapi segala
rintangan dan dugaan dalam kehidupan. Puisi-puisi yang dibicarakan mementingkan penerapan nilai-
nilai murni kepada pembaca. Ini bertepatan dengan ciri pendekatan moral yang melihat sastera dari
sudut didaktik.
Sememangnya, fenomena ini dapat dilihat dengan jelas dalam puisi “apakah yang ada di seberang”.
Pengkaji sangat mengagumi semangat dan ketabahan SN Muhammad Haji Salleh sebagai bangsa
Malaysia menjadi perantau di seluruh pelusuk dunia. Meskipun kegelisahan bertandang di jiwa kerana
perbezaan cara hidup dan budaya, namun beliau sentiasa berfikiran positif mengharungi segala dugaan
yang melanda, mempelajari segala ilmu terkini dan berusaha menyesuaikan diri di negara asing.
apakah yang ada di seberang?
angin dari daratanku
sampaikah ke sana
untuk menjelaskan wajahnya
mencari dan menemukan kebaruan?
sekali gelisah, susah padahnya
tenteram tidak kembali
kepada fikiran yang sentiasa menerpa
ke benua dan negeri
membandingkan tanpa henti
apa yang diketahui.
(dari seberang diri)
Puisi “aku tak tau” juga turut mengenengahkan hal yang sama. Puisi ini memperlihatkan ketabahan
diri SN Muhammad Haji Salleh sebagai individu Melayu yang ghairah mengejar kemajuan agar
3
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
setanding dengan bangsa dunia yang lain. Beliau tidak gerun atau takut kepada segala kemungkinan
yang akan melanda diri. Hal ini terungkap jelas menerusi kata-kata di bawah:
aku anak teluk
pasang-surut
di lengkung dan garam ini.
bawalah aku ke airmu
supaya aku bebas
tidak diikat oleh pantai
yang selalu mempenjarakan
banjir keinginan.
(dari seberang diri)
Meneliti puisi “tiada sediakala”, hal yang sama turut diketengahkan oleh SN Muhammad Haji Salleh.
Kegelisahan jiwa dan himpitan pelbagai perasaan yang bercampur-baur bukan penghalang kepada diri
beliau untuk merantau ke negara asing. Pemikiran yang positif dan semangat yang kental menjadi aset
yang amat berharga untuk mengharungi pelbagai dugaan, budaya dan kemajuan yang bakal dihadapi
kelak.
di seberang sempadan
ialah negeri kelainan.
setia diperbarukan
atau dilainkan,
tiada sediakala padanya.
(dari seberang diri)
Hal yang sama turut diketengahkan oleh penyair dalam puisi “perjalanan terakhir”. Puisi tersebut
memperlihatkan nasib golongan setinggan di Surabaya, Indonesia yang hidup dalam kemiskinan.
Mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli keperluan harian akibat peningkatan harga
barangan tersebut. Penghuni setinggan di kota raya Surabaya hanya mampu tabah meneruskan
kehidupan mereka meskipun terpaksa berlapar.
………………..
Inilah yang dimampuinya,
di dunia yang dia tidak mampu.
kopiah berselepang tahun
memberat di kepala kering
berpeluh sejuk derita.
(watak tenggara)
Puisi “roti dan kencing” memperlihatkan ketabahan penduduk India yang hidup di dalam serba
kemiskinan. Kesempitan hidup dan penderitaan hidup yang dihadapi mereka sukar untuk diceritakan.
Segala kesusahan yang melanda diterima kerana mereka kerana mereka tiada pilihan lain selain
meneruskan kehidupan di bumi fana ini.
…………….
perkelilingan ini
terlalu kejam untuk dihuni.
tapi kerana kita hidup
udara dan racun ini
perlu disedut,
nasi dan kencing mesti dimakan
4
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
dan hidup mesti dihidupi
walaupun di antara kematian ini.
(buku perjalanan si tenggang ii)
Puisi “Jakarta 80” memperlihatkan ketabahan hidup rakyat Indonesia hidup dalam suasana kemiskinan
di Bandar raya besar Jakarta. Perbezaan taraf hidup antara golongan kaya dan golongan miskin terlalu
ketara. Golongan kaya diperlihatkan berpakaiaan dan memiliki segala kemewahan hidup. Sedangkan
di satu sudut lagi, golongan miskin hidup umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang di
Bandar raya Jakarta. Hal ini dapat diteliti melalui kata-kata di bawah:
seperti anak kotamu
dua dunia nyata,
satunya bersih menjulang
dan mengibarkan bendera rupa,
satunya dibanjiri ciliwung,
terperonyok disedut kemiskinan.
(kalau, atau dan maka)
Penyair cuba menyelami sengsara rakyat India di New Delhi yang membanting tulang empat kerat
mereka di siang hari untuk meneruskan hidup. Menerusi puisi “siang”, keperitan hidup rakyat India
bekerja di bawah pancaran matahari yang membakar kulit, terpaksa dihadapi dengan hati yang tabah
demi sesuap nasi.
di bawah amarah matahari muda ini
manusia kerdil-hitam
menanti malam
untuk melepaskan diri
dari kekejaman
siang dan hidup.
………………
(buku perjalanan si tenggang ii)
Sensitiviti penyair terhadap pelukisan manusia sering diberi keutamaan. Dalam puisi “ada mimpi di
jalan ini” turut memperlihatkan ketabahan golongan miskin di Manila. Penyair menonjolkan watak
seorang ibu tua yang mewakili golongan miskin yang terpaksa bergantung hidup kepada sampah sarap
yang dibuang orang. Meskipun pada peringkat awalnya ibu tua berpandangan jijik terhadap sampah
sarap yang dibuang orang. Namun akibat desakan hidup di kota besar, ibu tua tiada pilihan lain
melainkan mencari makanan daripada longgokan sampah untuk meneruskan kehidupannya.
………………
dia tidak malu lagi
tunduk di atas selerak sampah
untuk memilih sarapan
dari buangan seminggu.
tiada air mata lagi
yang menitik dari usia
kerana derita
berkertang di tembok kota.
(watak tenggara)
Hal yang sama turut dipaparkan oleh SN Muhammad Haji Salleh menerusi puisi “tak ada sisa”.
Kesempitan hidup rakyat India digambarkan cukup tragis dan menyentuh jiwa para pembaca. Di negara
miskin, rakyatnya tabah dan sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup. Meskipun kadang-kadang
5
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
tidakan tersebut dangkal daripada pemikiran manusia. Namun, demi meneruskan kehidupan dan
mengalas perut yang lapar, segala tindakan yang mustahil tidak lagi dianggap mustahil.
di daerah kuntang ini
tak ada sisa alam atau manusia
buangan orangkaya
dikutip oleh simiskin
tulangtulang dan hampas
jadi kenduri anjing dan babi.
(buku perjalanan si tenggang ii)
SN Muhammad Haji Salleh memaparkan dunia penuh kemelut yang perlu diharungi penuh ketabahan.
Hanya menerusi nilai ketabahan, manusia dapat menghadapi segala dugaan Allah dengan tenang dan
redha. Ini selari dengan pendapat H.B. Jassin (1977: 04) iaitu:
“Bahawa seniman itu mahu memperlihatkan hidup dalam ertinya yang kekal,
membukakan nilai-nilai dalam keragamannya yang tiada terhitung; mereka
(seniman) menimbulkan ngeri yang mengerikan dan membuat orang bersorak
dengan yang menggirangkan; mereka membanjiri dengan perasaan-perasaan yang
mesti mendesak daripada kenyataan-kenyataan, mengayakan pandangan hidup
orang, mempengaruhi dalam keyakinan dan sikap susila seseorang; iaitu dan banyak
lagi yang hendak diberikan seniman dengan bentuk-bentuk yang dipersembahkan
kepada masyarakat.”
Nilai 2: Pelukisan Watak dan Nilai Kerajinan
Puisi-puisi SN Muhammad Haji Salleh turut membicarakan pelukisan manusia Asia yang rajin.
Puisi menjadi catatan peribadi untuk mengangkat sikap kerajinan untuk tatapan para pembaca. Kajian
mendapati puisi-puisi beliau berperanan meninggikan tamadun manusia menepati ciri-ciri pendekatan
moral.
Muhammad Haji Salleh menerusi puisi “diapung anggur” (MHS,2008:51) memperlihatkan budaya
kerja golongan pendatang Asia yang bekerja di ladang anggur negara Amerika Syarikat. Mereka perlu
rajin bekerja di ladang anggur untuk mengalas perut. Meskipun upah yang diterima tidak sepadan
dengan kudrat yang dicurah dan tempat tinggal yang serba kekurangan, namun mereka tetap rajin
melaksanakan tugasan mereka. Segala kekurangan tidak melunturkan semangat kerja mereka. Malah
mereka bangun penuh bersemangat setiap hari untuk bekerja demi mencapai kehidupan yang lebih baik
di negara asing.
…kukira tidak banyak
yang dapat dikumpul,
namun setelah bangun
dari gumpalan selimut busuk
dan muntah sendiri
mereka hidup sehari lagi,
comot tapi cukup riang
meriah
diapung tasik keruh anggur
dalam gelora kolam perutnya.
(setitik darah di bilik bundar,2008:51)
Budaya kerja warga Thailand turut ditonjolkan oleh Muhammad Haji Salleh dalam puisi “ruang rezeki”
(MHS,1993:59-60). Kehidupan di kota yang mencabar dan taraf hidupnya yang tinggi menuntut
6
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
penghuninya sentiasa berusaha untuk meneruskan kehidupan. Ketika malam menjelma, golongan
penjaja sibuk menyusun meja dan kerusi mencari rezeki di kaki lima kota Bangkok. Ruang rezeki
mereka amat bergantung kepada cuaca. Seandainya cuaca elok, jualan mereka akan laris dibeli oleh
orang yang lalu-lalang. Sebaliknya jika hari hujan, mereka terpaksa menerima hakikat tersebut dengan
pasrah. Namun, mereka tetap bersemangat dan rajin menjaja setiap hari mengharapkan rezeki di kaki
lima untuk kelangsungan hidup mereka di kota Bangkok.
…tapi malam mulai hujan
rintik-rintiknya berdesir
di pinggir periuk aluminium.
malam juga
bukan ruang rezeki.
kadang-kadang.
(watak tenggara,1993:60)
Puisi “pemandu bas” umpamanya, mengangkat erti kata sebenar kehidupan seorang pemandu bas di
Semarang-yogya, Indonesia yang terpaksa bangun awal pagi untuk mencari rezeki. Pemandu bas rajin
melaksanakan tugasnya untuk masyarakat awam meskipun dilanda keletihan. Di hatinya tersemat
harapan bas yang dipandunya cepat sampai ke destinasi dituju berulang-ulang kali. Hal ini kerana, wang
harian yang diperoleh hasil daripada kerajinannya memandu bas terpaksa dikongsi bersama-sama tauke
syarikat bas yang dipandunya.
………………
sabtu hari rezaki
yang mesti dipetik seperti daun tua
dari pinggir jalan
dan dikembalikan sebahagiannya.
(watak tenggara)
Selain itu, puisi “pemandu teksi” mengenengahkan kehidupan golongan pemandu teksi di bandaraya
Kuala Lumpur yang bekerja tanpa mengira masa, tempat dan persekitarannya untuk menyara keluarga.
Anak-anak yang masih bersekolah memerlukan wang untuk belanja sekolah, baju baru raya Aidlifitri
perlu dibeli dan dapur di rumah harus berasap. Tanggungjawab dan ketabahan hati pemandu teksi
menjadi asset kejayaan hidup golongan sepertinya.
……………
seperti kereta
dia hidup di jalanan
sering disunyikan oleh deru
lautan lalulintas
yang berdentum panjang.
dia kecewa dengan negerinya,
tapi setiap kali dia bangun
masih ada lagi dalam kotak logamnya
hasrat untuk menghidupkan enjin,
kerana ada anak yang harus kejar
ke sekolah
baju yang harus menyarung idilfitri
tong gas yang harus dipikul.
(watak tenggara)
7
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
SN Muhammad Haji Salleh berusaha menyedarkan para pembaca peri pentingnya nilai rajin kepada
kemajuan bangsa dan negara. Puisi “xiv” bahagian musim panas memperlihatkan faktor utama
kejayaan masyarakat Jepun membangunkan semula negara mereka yang musnah akibat bom Atom
Amerika Syarikat ialah kerajinan. Nilai rajin yang diterap oleh pihak pemerintah Jepun kepada
rakyatnya berjaya membawa transformasi pemikiran, pendidikan, budaya kerja dan semangat
patriotisme kepada rakyat Jepun. Natijahnya, Jepun berjaya seiring dengan negara maju yang lain di
mata dunia.
laut manusia
beralun bagai pasang,
bergerak bagai mesin perang,
merungkai hanya sesimpul sejarah.
akhirnya: bangsa berdiri semula
setelah belajar bijaksana.
menang kerana kalah
megah kerana bekerja
luas kerana menyeberang sempadan.
(salju shibuya)
Puisi “martabat” merupakan cubaan penyair untuk mengingatkan para pembaca peri pentingnya
generasi muda Malaysia mengambil ikhtibar daripada sejarah bangsa. Kejayaan yang diperoleh dan
dikecapi oleh bangsa Malaysia pada masa kini adalah hasil kerajinan bekerja golongan terdahulu.
Sehubungan itu, generasi baru Malaysia perlu sedar, belajar daripada sejarah bangsa dan mengamalkan
nilai kerajinan untuk meningkatkan martabat bangsa, mengapai cemerlang dan gemilang negara.
……………….
martabat muncul sebagai
bangsa yang berpeluh sebenar,
dari keningnya menitik kerja,
dari tangannya pahatan zaman.
martabat itu panen
bangsa yang belajar harga diri
dan kenal derita yang membinanya.
(aksara usia)
Bangsa Jepun turut digambarkan oleh Muhammad Haji Salleh sebagai suatu bangsa yang amat komited
dan rajin dalam melaksanakan pekerjaan. Bangsa Jepun memperuntuk sebahagian besar masa dan jiwa
raga kepada pekerjaan mereka. Selain itu, mereka turut menghormati dan menyanjung tinggi ketua
mereka. Malah ketua mereka dijadikan model teladan dan diberi kedudukan yang teramat tinggi
seumpama `dewa’ dalam diri masing-masing. Hal ini diketengahkan oleh Muhammad Haji Salleh
dalam puisi “xivii” juga dari bahagian yang sama (MHS,2004:42).
…kerja mengabadikan manusia
yang tidak kenal lagi hidup
majikan disembah bagai dewa,
(salju Shibuya,2004:42)
Penyair turut memperlihatkan kerajinan pihak yang diberi tanggungjawab mentata hias lanskap kota
(Bandaraya Kuala Lumpur) dalam puisi “arkitek kota”. Jawatan yang disandang tidak semudah yang
8
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
dilihat. Pegawai tersebut terpaksa rajin befikir di luar kotak, membaca dan membuat rujukan, turun
padang untuk melihat serta menilai segala perancangan yang dirancang. Bukan setakat itu sahaja,
pegawai tersebut juga perlu bijaksana dalam membuat semua keputusan. Hal ini memastikan keindahan
lanskap kota diseimbangkan dengan kemodenan yang dikecapi.
………………
kerana arkitek matang itu anak di taman,
perenung di perpustakaan,
orang muda pulang bertandang
di lorong malam,
pemunggah barang pasar di subuh hari,
pengadil di bangku bijaksana,
dan datuk bandar yang bangga.
(sebuah uggun di tepi danau)
Puisi-puisi SN Muhammad Haji Salleh dilihat berperanan meninggikan tamadun manusia. Kajian
mendapati puis-puisi beliau memaparkan citra manusia Asia dan berusaha memajukan intelektual
pembaca supaya menjadikan kerajinan sebagai asas kejayaan diri dan kemajuan bangsa. Kerajinan
rakyat Malaysia merupakan aset tranformasi untuk merealisasikan Wawasan 2020. Ini selari dengan
pendapat Abd Rahim Abd Rashid (2001:107) iaitu:
Bangsa yang rajin dan berdaya usaha akan dapat menguasai pelbagai kemahiran,
sumber modal, peluang dan dapat meningkatkan taraf hidup bagi mencapai
kemakmuran dan kemewahan.
Nilai 3: Pelukisan Watak dan Nilai Bertanggungjawab
SN Muhammad Haji Salleh bukan sahaja akrab dengan alam tetapi juga amat akrab dengan
manusia dan kemanusiaan. Sensitiviti jiwa penyair membolehkan beliau melihat sesuatu yang pincang
di dalam masyarakat. Kepincangan ini menjadi isu dan tanggungjawab yang perlu ditangani bersama-
sama. Melalui puisi-puisi yang dicipta, SN Muhammad Haji Salleh memperlihatkan tanggungjawab
seorang penyair mengangkat permasalahan manusia ini sebagai didikan moral kepada masyarakat. Ini
selari dengan ciri-ciri pendekatan moral yang bertujuan sebagai unsur didaktik dan membangunkan
aspek-aspek kemasyarakatan.
Puisi “xvii” memaparkan di negara Jepun; jawatan pengerusi tidak boleh disandang oleh sebarangan
manusia atau dipengaruhi oleh faktor politik sebagaimana dimaksudkan oleh perkataan `pencuri’.
Hanya individu yang benar-benar berkelayakan, berkebolehan dan memiliki budaya kepimpinan tinggi
layak menjawat jawatan pengerusi. Malah, pengerusi yang dipilih secara demokrasi memikul
tanggungjawab berat untuk membalas kepercayaan organisasi dengan pentadbiran cekap dan memacu
kejayaan organisasi ke tahap yang lebih tinggi. Ungkapan “kerana demokrasi bermata selaksa…”
memperlihatkan demokrasi yang diamalkan dalam masyarakat Jepun meliputi segenap sudut kehidupan
sehingga demokrasi telah menjadi satu elemen yang mulia dalam kehidupan mereka.
…negeri yang bangga diri
tidak menempatkan pencuri
pada kerusi pengerusi.
kuasa dijinjing pada tunduk tanggungjawab
kerana demokrasi bermata selaksa.
(salju shibuya,2004:19)
9
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Puisi “ahli politik” membicarakan pemasalahan sikap sesetengah ahli politik yang tidak
bertanggungjawab. Ahli politik dipilih oleh rakyat untuk memperjuangkan hak mereka tetapi mereka
sanggup melanggar kepercayaan rakyat dan etika kerja untuk kepentingan diri sendiri. Ahli politik
digambarkan membazirkan kata-katanya dengan pelbagai janji tetapi tidak berupaya menunaikan
tanggungjawab mereka.
…………………….
kata-kata jadi banjir
kadang-kadang tiada tembok untuknya,
makna ditembusi bunyi
atau tertanam pada dasar diri,
kata hati tercerai dari kata mulut,
rasa berdosa disembunyi oleh kerajaan.
(sebuah unggun di tepi danau)
Kemajuan sesebuah negara amat berkait dengan amalan budaya ilmu rakyatnya. Rakyat yang berilmu
menjadi aset utama pembangunan negara dan sentiasa mendepani cabaran globalisasi. Penyair memberi
peringatan bahawa bangsa Malaysia akan dihormati oleh bangsa dunia jika ilmu pengetahuan penuh di
dada, menjadi seorang intelektual yang diiktiraf dunia, mampu mengaplikasikan segala ilmu untuk
kemajuan bangsa dan negara. Hal ini digambarkan dalam puisi “percik bintang”.
hanya pengetahuan menyeberangi diri
melangkah bendul daerah
mengumpul kelainan
dan memercikkan bintang pada
tirai malam.
(watak tenggara)
Selain itu, puisi “ini bukan daerah berterus terang” (MHS,1988:47) turut menceritakan kepincangan
yang berlaku di Malaysia. Muhammad Haji Salleh memperlihatkan perasaan tidak senang beliau
terhadap budaya kerja dan sikap sebilangan bangsa Malaysia yang hipokrit dan hidup dalam kepura-
puraan demi mengejar kenaikan pangkat. Golongan tersebut digambarkan sanggup melakukan apa
sahaja untuk menjatuhkan rakan sekerja mereka, sentiasa berusaha mendampingi ketua dan kuat
mengampu untuk memenangi hati ketua mereka.
…belajarlah menyembunyikan keris di belakang
dan menusuk di waktu mata memaling pandang.
luangkan waktu untuk istiadat,
tekunlah menghantar dan menyambut tuan,
aturkan supaya selalu hadir di pertemuan rasmi
tapi jangan lupa, usaplah kepala anaknya.
sebelum pulang tanyalah harga kereta barunya
dan bagaimana dia mengilatkannya.
(kalau, atau dan maka,1988:47)
SN Muhammad Haji Salleh turut memperlihatkan pelukisan manusia Jepun yang bertanggungjawab
terhadap budaya tradisi mereka. Meskipun sudah bergelar negara maju tetapi rakyat Jepun tetap
mempertahankan budaya tradisi warisan moyang mereka. Hal ini dapat dilihat dalam puisi bahagian
mukadimah “ix”.
kyoto gadis cantik
berkimono musim, dan berambut kamo,
10
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
bukitnya menyimpan masa
(salju shibuya)
Penyair turut mengagumi bangsa Jepun yang baik tutur kata, berbudi bahasa dan bersifat mulia dalam
kehidupan seharian mereka. Hal ini diakui SN Muhammad Haji Salleh (Temu bual SN Muhammad
Haji Salleh) “Bangsa Jepun merupakan bangsa baik budi pekerti, rajin bekerja, menghormati
masyarakat, memuliakan tetamu. Amalan hidup mereka seperti dituntut Islam. Bezanya Cuma mereka
tidak mengucap dua kalimah syahadah.” Maka, tidak hairanlah penyair mencipta puisi mukadimah
“xii” sebagaimana berikut:
aku sanjung bangsa ini
yang memuliakan manusia:
di sini tamadun berbuah budi.
(salju shibuya)
Puisi “penunggu” memaparkan sinario sebenar yang terpaksa dihadapi oleh masyarakat bawahan di
Jakarta ketika berurusan di pejabat kerajaan. Pegawai yang bertugas sering mendahulukan golongan
yang berpangkat dan kaya dalam urusan kerja mereka. Malah golongan kaya boleh merasuah pegawai
untuk mencepatkan urusan mereka. Golongan bawahan sering didiskriminasi dan terpaksa menjadi
penunggu setia untuk menyelesaikan urusan mereka.
……………..
dia perlu faham
mengapa orang kecil
harus lebih lama menunggu
dari pegawai membimbit beg dan fail.
sekali terbayang penyelesaiannya
hanya rupiah yang dapat membeli waktu
dan untuknya bukan suatu penyelesai.
dia tidak punya wang,
dan setelah berhari menunggu
dia tidak lagi punya waktu.
(watak tenggara)
SN Muhammad Haji Salleh memperlihatkan manusia bertanggungjawab dan sebaliknya untuk
mendidik dan membangunkan aspek-aspek nilai melalui puisi-puisi beliau. Ini selari dengan ciri-ciri
pendekatan moral. Segala pemasalahan dan sikap negatif masyarakat ditonjolkan untuk menyedarkan
pembaca. Ini dapat membina pemikiran dan gaya hidup positif kepada pembaca dan masyarakat. Ini
selari dengan pendapat W. S. Hudson (1975:10) iaitu:
“Sastera tidak akan menjadi agung dan bermutu tinggi kiranya ia tidak menjelajahi
alam masyarakat serta alam kehidupan manusia sedalam-dalamnya. Oleh itu,
penyair dan sastera tidak dapat dipisahkan dari masyarakat”.
Nilai 4: Pelukisan Watak dan Nilai Mempercayai Tuhan
SN Muhammad Haji Salleh tidak pernah lupa melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang
khalifah di muka bumi ini. Beliau tidak ketinggalan membicarakan tentang mempercayai Tuhan atau
ketuhanan untuk tatapan para pembacanya agar dapat dijadikan pedoman dalam mengharungi
kehidupan. Ketuhanan dalam puisi-puisi mengesakan Allah yang telah mencipta manusia dan alam. Ini
bertepatan dengan pendapat A. Hasmy (1986:47) iaitu:
11
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
“Manusia yang penciptaannya begitu sempurna, diharuskan mengabdi kepada Maha
Penciptanya. Dengan demikian martabatnya yang tinggi dapat dipertahankan.
Muhammad Haji Salleh turut memaparkan kepentingan budaya ideologi kepada generasi muda.
Kesinambungan kemajuan, keutuhan sesebuah bangsa dan negara amat berkait rapat dengan kualiti
generasi muda yang bakal menerajui pucuk pentadbiran negara. Generasi muda yang berkualiti; teguh
pegangan agamanya menjadi pemangkin kesejahteraan, kemakmuran negara dan keharmonian hidup
manusia sejagat. Justeru, persoalan generasi muda yang tidak berkualiti diketengahkan oleh beliau
menerusi puisi “Zaman Datar” Muhammad Haji Salleh memperlihatkan generasi muda di Mandalay,
Burma yang tidak mempercayai tuhan sehinggakan kuil yang tersergam indah sepi tanpa penganut
menerusi kata-kata “…tapi di sini kuil berdiri sepi/ megah kayu dan bangga teras…” (kalau, atau dan
maka,1988:26).
Senario tersebut menyebabkan generasi muda Burma terumbang-ambing dilambung arus globalisasi dan
waktu. Jati diri generasi muda lemah kerana tidak kukuh pegangan agama mengheret dan
menjerumuskan mereka ke lembah hina. Mereka hidup tanpa matlamat, tanpa kepercayaan agama dan
akhirnya tidak mampu berbakti kepada bangsa dan negara.
…sementara itu alam
meregang pinggir waktu,
jejawi mengikat tiang berhala
sungai menghanyutkan generasi,
mudik dan menghilir negeri.
ini bukan zaman agung.
(kalau, atau dan maka,1988:26)
Puisi “bertiga mereka” bernada sinis memaparkan kisah perbualan tiga sahabat yang berpenyakit
jantung, buah pinggang dan tulang rapuh di dalam sebuah teksi di Bandaraya Kuala Lumpur. Meskipun
sengsara akibat penyakit kronik yang dihidapi, namun mereka mudah melupakannya. Setiap kali
bertemu, masing-masing berkongsi kehebaatan kisah lampau mereka. Sewajarnya mereka perlu sedar
pada usia tua dan diri berpenyakit, nyawa boleh dicabut oleh Tuhan pada bila-bila masa. Mereka
sepatutnya harus insaf dan menggunakan baki kehidupan yang ada untuk mendekatkan diri kepada
Tuhan, mengumpul pahala sebagai bekalan hidup di akhirat dan bukannya membicarakan hal-hal yang
tidak berfaedah.
…yang mereka kongsikan
arah pagi,
alamat anjing berang,
nombor telefon janda musuhnya
doktor peramah
dan tukang urut yang lembut sentuh.
(watak tenggara,1993:44)
Puisi “banda acehku” pula memperlihatkan kekuasaan Allah dalam mentadbir alam semesta ini. Penyair
bersungguh-sungguh mengabadikan peristiwa tragis tsunami yang melanda bandar Aceh yang menelan
segala pembangunan, meragut nyawa-nyawa manusia di Indonesia dalam sekelip mata tanpa simpati.
Peristiwa tersebut mengakibatkan ramai anak menjadi yatim piatu. Sesungguhnya, puisi tersebut sebagai
peringatan kepada manusia agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan menjauhi segala perbuatan
noda. Menginsafi diri dan mendekatkan diri kepada Allah sebelum mati.
12
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
………………
segala yang indah terendam darah
dan bau kematian bertaut
pada papan rumah dan kedai,
basikal anak dan mainannya,
pada dinding masjid dan perpustakaan,
pada buku dan majalah
yang tak mungkin dibaca lagi.
(maka bermadahlah masa)
Selain itu, penyair turut memperlihatkan ketuhanan dan pelukisan watak umat Islam yang berpeluang
mengerjakan haji. Dalam puisi “di madinah”, penyair menggambarkan manusia Asia secara umum
terasa dekat dengan Allah. Berusaha muhasabah diri, menyucikan jiwa dan memohon keampunan
daripada Allah. Hal ini kerana kehidupan di dunia ini hanya sementara manakala kehidupan di alam
akhirat kekal abadi.
di madinah
ada negeri esok,
wadi lebih lembap
dan taruk rumput lebih lembut.
di sana
manusia lebih bijaksana.
(aksara usia)
Penyair turut memaparkan hal berkaitan solat dalam puisi “lantai marmar”. Lantai marmar yang indah
menjadi simbolik kepada keimanan manusia Islam yang rajin bersolat di masjid dengan niat ikhlas dan
menyerah diri kepada Allah. Kesungguhan mereka ke masjid, Allah anugerahi iman di jiwa bercahaya
bak cahaya lantai marmar dan dibalas dengan pahala umpama tasik.
lantai marmar ini menakung dingin,
cermin yang menyimpan wajah
dan penabung musim,
sementara matahari
meniupkan bahang siang.
dahi yang bermatahari
disujudkan kepada kolam dalam
lantai landai jadi tasik penerimaan.
(aksara usia)
Selain itu, puisi “kapal” merupakan sebuah puisi yang berbentuk simbolik berkaitan hal ketuhanan.
Penyair yang kaya dengan kronologi kembara budaya di Negara Asia memaparkan satu mesej yang
jelas menerusi objek kapal. Puisi yang menceritakan ‘sebuah kapal masuk ke teluk kelam’ ketika senja
kemudian ‘layar hilang di kakilangit’ sebenarnya menjelaskan manusia yang lahir di dunia ini buat
sementara waktu. Diuji dengan pelbagai dugaan, diberi peluang untuk mengumpul pahala dan beramal
kepada Allah. Kemudian apabila tiba saat dan ketikanya, akan kembali menemui Allah. Segala-galanya
dapat dihayati menerusi bait –bait kata indah di bawah.
pada senjanya
sebuah kapal masuk
13
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
ke teluk kelam,
barang dipunggah, pesan disampaikan.
sebelum diniharinya
sauh dibongkar,
layar hilang di kakilangit.
……………….
(dari seberang diri)
SN Muhammad Haji Salleh tidak ketinggalan membicarakan pelukisan watak bangsa Jepun dalam hal
mempercayai tuhan. Penyair memaparkan manusia Jepun yang turut mempercayai kewujudan tuhan.
Mereka sentiasa berusaha gigih dalam melaksanakan sebarang pekerjaan dan sentiasa mengharapkan
kejayaan daripada usaha titik peluh yang telah dicurahkan kepada tanah. Namun, mereka sedar segala
yang diusahakan, pengakhirnya adalah ketentuan Tuhan. Hal ini dapat dihayati dalam puisi bahagian
musim bunga “xiii”.
sebakul benih
di sawah depan
buat sebuah harap
selebihnya
pemainan musim.
(salju shibuya)
SN Muhammad Haji Salleh memperkatakan tentang mempercayai tuhadengan baik dalam puisi-puisi
beliau. Kajian mendapati perbincangan Muhammad Haji Salleh menepati ciri-ciri pendekatan moral iaitu
lebih mementingkan isi daripada bentuk dan karya sastera adalah ciptaan yang harus disanjung dan
dimulaikan.
Manusia adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah di bumi ini. Justeru, manusia sewajarnya
mengabdikan diri kepada Allah dengan membuat apa yang disuruh-Nya dan menghindari apa yang
dilarang-Nya. Asas moral agama ini dapat menjamin manusia hidup dalam aman dan damai. Ini selari
dengan kata-kata A. Hasjmy (1986:46) yang membicarakan `Sastera dan Agama’ mengatakan bahawa:
“Manusia yang penciptaannya demikian sempurna, diharuskan mengabdi kepada
Maha Penciptanya. Dengan demikian martabatnya yang tinggi dapat
dipertahankan. Pengabdian kepada Maha Pencipta pada hakikatnya telah
mencakup pengabdian kepada semua manusia dan kepada masyarakat. Allah Maha
Pencipta tidak mengharapkan suatu apa pun dari manusia, kecuali pengabdian dan
berbuat ihsan kepada sesamanya.”
KESIMPULAN DAN SARANAN
Sasterawan Negara Muhammad Haji salleh merupakan penyair prolifik negara yang sarat
pelukisan watak Asia dan nilai-nilai murni dalam karya puisi beliau. Beliau banyak mengangkat
pelukisan manusia Asia daripada golongan bawahan atau rakyat biasa. Pemasalahan yang dihadapi oleh
manusia tersebut diketengahkan sebaik mungkin dalam puisi-puisi beliau. Hasil pengamatan, sensitiviti
dan pengalaman hidup yang dilalui digarap dan ditinta menjadi bait-bait puisi buat tatapan pembaca;
membawa gagasan peri penting nilai-nilai murni sebagai pemangkin kepada keagungan bangsa dan
negara. Puisi-puisi pelukisan watak Asia dan terapan nilai oleh Sasterawan Negara, Muhammad Haji
Salleh dilihat masih relevan dengan pemasalahan pada era globalisasi. Sehubungan itu, puisi-puisi
14
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh perlu terus dikaji oleh para pengkaji untuk memperlihatkan
makna yang tersirat di dalam puisi-puisi beliau. melalui usaha murni ini, diharapkan segala falsafah dan
waltanschauung yang terdapat dalam puisi-puisi Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh dapat
diketengahkan kepada masyarakat pelbagai peringkat sebagai wadah pembangunan bangsa dan negara.
Bersesuaian dengan jiwa kepenyairan beliau, segala yang dilalui dijadikan ilham untuk menghasilkan
puisi-puisi yang memperlihatkan pelukisan watak manusia Asia yang ditemui sepanjang kembara hidup
beliau dan menerapkan nilai-nilai murni sebagai didaktik kepada masyarakat pembaca.
Rujukan
A. Hasjmy. Sastera dan Agama. Dalam Prof. Datuk Ismail Hussein. Sastera dan Agama. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia,1986.
Coller Gerald. (ed). Values and Moral Development in Higher Education. London: Croom Helm Ltd, 1974.
H.B. Jassin. Tifa Tiga Penyair dan Daerahnya. Jakarta: Pertubuhan Gunung Agung, 1977.
Mohd Janib Johari. Moral-Teori Aplikasi & Permasalahan. Skudai: Unit Penerbitan Akademik UTM, 1994.
Muhammad Haji Salleh. Pengalaman Puisi.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.
__________________. Sajak-sajak Pendatang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974.
__________________. Watak Tenggara. Kuala Lumpur: Pustaka Cipta Sdn. Bhd,1984.
__________________. Salju Shibuya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.
__________________. Buku Perjalanan Si Tenggang ii. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1975.
___________________. Dari Seberang Diri. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,1984.
___________________. Sebuah Unggun Di Tepi Danau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1996.
___________________. Maka Bermadahlah Masa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.
___________________. Setitik Darah di Bilik Bundar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.
Raman Selden. Teori Kesusasteraan Sezaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.
Prodopo & Sri Wadati. Struktur Cerita Pendek Jawa. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, 1985.
Rogayah A. Hamid. `Identiti Bagi Penulis’, dlm Dewan Sastera. Mei 2003, 20-23.
Sharifah Alwiah al-Sagoff. Sosiologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann, 1987.
Soerjono Soekanto, S.H. Memperkenalkan Sosiologi. Jakarta: C.V. Rajawali. 1982.
Wan Liz Ozman Wan Omar. Gagasan Alaf Baru Mencetus Kebangkitan Malaysia Membina Keagungan. Batu
Caves: Thinkers Librarys,2000.
Temubual
Muhammad Haji Salleh pada 14 Jun 2010.
Muhammad Haji Salleh pada 29 Disember 2019
15
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PENEROKAAN AMALAN DAN KESEDIAAN GURU MENGAPLIKASI ARGUMENTED
REALITY DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Abdullah Derahman ([email protected])
Mohd Rasid Chik ([email protected])
Raja Shaharudin Raja Muhamad ([email protected])
Zikri Awang ([email protected])
Mohd Rozi Ismail ([email protected])
Jaswardi Anwar Md Yaakub ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
ABSTRAK
Kajian ini meneroka amalan penggunaan Augmented Reality (AR) dalam kalangan guru dan meneroka
kesediaan guru mengaplikasi AR dalam pengajaran dan pembelajaran. Populasi sasaran terdiri
daripada guru di sekolah menengah dan rendah di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan reka
bentuk kajian kes kualitatif. Beberapa temu bual dan perbincangan kumpulan fokus dilakukan untuk
tujuan mengumpul data. Tema utama dikembangkan untuk kedua-dua kategori peserta kajian. Peserta
berkongsi pengalaman pendidikan mereka dalam mengaplikasi AR dan kesediaan mereka terhadap
AR. Walaupun para peserta kajian pada awalnya merasa AR agak baru bagi mereka, kajian ini
mendapati mereka bersedia melaksanakan AR jika disokong oleh pihak pemegang taruh. Dapatan
kajian memberikan pandangan yang jelas tentang bagaimana strategi untuk mengaplikasi AR sebagai
medium pendidikan untuk mengubah dan meningkatkan alat instruksional di bilik darjah bagi
memenuhi keperluan dan minat pelajar. Cadangan untuk pelaksanaan strategik AR perlu disesuaikan
dengan persekitaran pembelajaran khusus untuk sekolah di Kelantan. Kajian lanjutan fasa kedua
kajian yang akan meneliti pengalaman dengan aplikasi AR perlu dilakukan.
Kata kunci: Augmented Reality (AR), Amalan Guru, Kesediaan Guru, Revolusi Industri 4.0
PENGENALAN
Augmented Reality (AR) dianggap satu teknologi pendidikan utama yang akan memainkan
peranan dalam pendidikan di masa hadapan, revolusi pendidikan 4.0 (Martin, Bohuslava, & Igor, 2018).
Pendidikan masa hadapan menuntut guru-guru membimbing pelajar melalui dunia sebenar (Billinghurst
& Dünser, 2012; Nincarean, Alia, Halim, & Rahman, 2013). Pembelajaran dunia sebenar berbantukan
AR menghasilkan proses pembelajaran yang lebih bermakna (Nincarean et al., 2013). Pelajar-pelajar
juga didapati lebih bermotivasi dan akhirnya pembelajaran lebih berkesan. Banyak bukti kajian lepas
yang mendapati keberkesanan aplikasi AR dalam pendidikan seperti Dunleavy & Dede, 2014; Lee,
2012; Wu, Lee, Chang, & Liang, 2013. Namun, disebalik keberkesanan AR ini, bagaimana amalan dan
kesediaan guru dalam menjayakan aplikasi AR dalam pengajaran dan pembelajaran sehingga kini masih
kurang diterokai. Suatu tindakan susulan segera perlu dilakukan dalam dunia pendidikan Malaysia jika
didapati amalan dan kesediaan guru untuk mengintegrasikan AR dalam pengajaran dan pembelajaran
masih kabur (Halili, 2019). Justeru, kajian untuk meneroka amalan dan kesediaan guru dalam
penggunaan AR amat genting untuk diterokai memandangkan generasi muda sekarang merupakan
generasi yang akan menggerakkan kepimpinan Malaysia pada masa akan datang.
16
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Teknologi Augmented Reality (AR) dalam Dunia Pendidikan
Augmented Reality (AR) ditakrifkan sebagai teknologi penggunaan dunia sebenar secara
virtual dan digabungkan pada masa yang sama dengan ciri-ciri interaktif dan biasanya dalam bentuk 3D
(Handb. Augment. Real., 2011). Teknologi AR menitikberatkan mod interaktif yang memenuhi
maklumat secara digital (teks, audio, gambar, video dan objek 3D) yang menjadikan pengajaran dan
pembelajaran kelihatan seperti berlaku di dunia sebenar (Dunleavy & Dede, 2014; Kato, 2012).
Pendidikan berbantukan teknologi AR masih baru terutamanya di Malaysia walaupun telah
dipraktikkan dalam dunia pendidikan sejak hampir 15 tahun lepas. Buktinya, sejak 2007 hanya sedikit
kajian yang menumpukan penggunaan AR dalam dunia pendidikan. Garzón & Acevedo pada 2019
melalui meta analisisnya hanya mendapati 64 kajian sahaja dapat dikumpulkan sejak itu. Sedangkan
pendidikan yang dapat mewujudkan realiti dunia sebenar dijangka akan menjadi teknologi standard
dalam dunia pendidikan seiring perkembangan revolusi industri 4.0 (Garzón & Acevedo, 2019; Hockly,
2019; Martin et al., 2018). Tambahan pula, maklumat mengenai amalan dan kesediaan guru dalam
mengintegrasikan teknologi AR ini dalam pengajaran dan pembelajaran belum diterokai sepenuhnya
(Garzón & Acevedo, 2019).
Justeru, kajian ini cuba meneroka amalan dan kesediaan guru di Malaysia dalam mengintegrasikan AR
dalam pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah persoalan kajian dalam kajian ini:
1. Apakah persepsi guru di sekolah mengenai amalan AR di persekitaran pendidikan?
2. Apakah persepsi guru di sekolah tentang kesediaan mengaplikasi AR dalam pengajaran dan
pembelajaran ?
3. Apakah persepsi guru mengenai kemampuan mereka melaksanakan Aplikasi AR di bilik
darjah?
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah seramai 10 orang guru daripada beberapa buah sekolah di Kelantan. Pecahan
kumpulan sasaran adalah seperti Jadual 1 di bawah:
Jadual 1: Kumpulan sasaran Bilangan responden
Sekolah 6
Sekolah rendah 4
Sekolah menengah
METODOLOGI
Kaedah yang digunakan dalam kajian adalah temu bual individu dan temu bual kumpulan
fokus. Temu bual dirancang untuk peserta kajian. Sebanyak 10 orang peserta dipilih secara bertujuan
untuk menjawab soalan kajian. Kaedah temu bual dipilih untuk mengumpulkan data dari individu
terpilih. Tujuan utama penggunaan kaedah ini adalah untuk membantu mengetahui pendapat dan fikiran
individu mengenai pengalaman mereka terhadap AR. Data laporan diperlukan untuk kajian ini untuk
mengetahui lebih lanjut mengenai kesediaan pelaksanaan AR dalam kelas dari perpekstif guru. Soalan-
soalan itu dirancang dengan protokol temu bual yang ditetapkan untuk mendapatkan respons tertentu.
Selain bertanya tentang AR, pertanyaan itu juga berisi beberapa pertanyaan latar belakang seperti
17
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
pendidikan dan kelayakan mereka di samping pengalaman dan minat mereka sebelumnya dalam
mengajar dengan alat teknologi. Terdapat keperluan untuk mengambilkiran pendapat guru kerana
mereka adalah pakar sejak mereka mengintegrasikan Aplikasi AR di bilik darjah mereka. Akhirnya,
semua respons yang dikumpulkan dari individu yang dipilih dibandingkan dan dibezakan. Tujuan utama
menggunakan kaedah kumpulan fokus dalam kajian ini adalah untuk mengemukakan aplikasi sebagai
alat instruksional untuk situasi sebenar melalui aplikasi dan meneroka pandangan mereka dalam
konteks sosial. Temu ramah kumpulan fokus terdiri daripada empat kumpulan yang terdiri daripada
lima hingga tujuh ahli dan secara amnya temu bual kumpulan fokus berlangsung satu hingga dua jam.
Lokasi Kajian
Lokasi kajian ialah di sekolah rendah dan menengah di Kelantan.
Sampel Kajian
Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Persampelan bertujuan (Purposive
sampling) merujuk kepada prosedur persampelan melibatkan sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-
ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian.
Pengumpulan Data
Nathan, Newman, & Lancaster (2019) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual
formal, temu bual tidak formal dan temu bual terbuka. Manakala Qu & Dumay (2011) menyatakan pula
terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual
tidak berstruktur. Justeru, pengkaji telah mempertimbangkan jenis-jenis temubual dalam kajian ini.
Selain itu dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah kulitatif iaitu temu bual dengan peserta
kajian untuk mendapatkan data serta maklumat. Temu bual secara separa berstruktur dengan
menggunakan protokol temu bual. Soalan temu bual dibina oleh penyelidik berdasarkan persoalan
kajian seperti profil guru, amalan guru dan kesediaan guru mengaplikasi AR dalam kalangan peserta
kajian.
Analisis Data
Data dianalisis menggunakan prosedur analisis tematik kerana kaedah ini menawarkan pendekatan
yang fleksibel untuk mencari maklumat keseluruhan temu bual dan data kumpulan fokus. Burnard
(1991) mendefinisikan analisis tematik sebagai "kaedah untuk mengenal pasti, menganalisis, dan
melaporkan pola (tema) dalam data". Analisis tematik mengenal pasti tema yang muncul dan makna
yang relevan dengan isu berdasarkan pemahaman pengalaman individu secara terperinci. Menurut
Creswell (2007) "Tugas dasar analisis data adalah untuk menghasilkan pernyataan yang bervariasi
dalam ruang lingkup dan tingkat kesimpulan, sebahagian besar melalui induksi, dan untuk menetapkan
bukti untuk penegasan yang ingin dibuat seseorang" . Burnard (1991) tiga peringkat analisis digunakan:
i. Penerangan: Bekerja dengan data sebagai fakta dan membiarkannya berbicara sendiri. Juga,
nota, temubual, atau jurnal digunakan untuk membuat kesimpulan akhir.
ii. Analisis: Analisis dikembangkan dan membina deskripsi dengan mencari hubungan utama
dalam data deskriptif.
iii. Tafsiran: Matlamat utama untuk tafsiran akhir adalah penemuan logik daripada data.
Temu bual dan kumpulan fokus digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Penyelidik menggunakan
analisis tematik untuk mengenal pasti tema umum. Kata, frasa, dan konsep umum dikenal pasti setelah
18
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
muncul berulang kali dalam transkripsi temubual. Sepuluh tema secara keseluruhan dihasilkan dari
analisis - lima tema berdasarkan data sekolah rendah dan lima tema dari data Sekolah Menengah.
Penyelidik juga bertindak sebagai pemerhati wawancara dan dialog kumpulan fokus bersama dengan
sikap peserta. Semua sesi dirakam secara automatik dalam satu peranti untuk mengelakkan kesulitan
teknikal dan disimpan dalam format MP3 untuk tujuan transkripsi. Data temubual dilabelkan mengikut
peserta kajian sebagai P1, P2, P3, P4, P5, P6, P7, P8, P9 dan P10. Dalam kajian ini, penyelidik melihat
beberapa frasa digunakan berulang kali oleh hampir semua peserta seperti: "melibatkan diri",
"memotivasi", “kemudahan dan peralatan”, dan "kekangan tugas semasa." Jelas bahawa tujuan
mengintegrasikan teknologi adalah untuk meningkatkan pengalaman belajar pelajar. Jadual 2
memberikan gambaran keseluruhan persoalan kajian dan hasilnya.
Jadual 1: Gambaran Keseluruhan Soalan dan Tema Penyelidikan
Soalan Kajian Tema
1.Apakah persepsi guru di sekolah mengenai Pembelajaran sepanjang hayat
amalan AR di persekitaran pendidikan? Keakraban dengan teknologi
Arahan berbeza
2. Apakah persepsi guru di sekolah tentang Pemilikan pelajar
kesediaan mengaplikasi AR dalam pengajaran Prestasi dan hasil
dan pembelajaran?
Memperolehi kemahiran belajar sepanjang hayat
Generasi Baru
3.Apakah persepsi guru mengenai kemampuan
mereka melaksanakan Aplikasi AR di bilik Pembangunan profesional Isu dan halangan
darjah? Pengajaran yang berkesan
Dapatan Kajian
Apakah persepsi guru di sekolah mengenai amalan AR di persekitaran pendidikan?
Bagaimana mereka menggunakan AR di dalam kelas? Guru menjelaskan proses mengaplikasi berjalan
lancar kerana para pelajar sudah terdedah kepada pelbagai jenis teknologi di dalam kelas dan juga dalam
kehidupan seharian mereka. Semua yang diperlukan untuk memasukkan kemahiran abad ke-21 dalam
proses pembelajaran. Sebenarnya, AR menambahkan tahap kesoronokan kegembiraan baru, interaktif,
meningkatkan pemahaman pelajar, dan dapat melibatkan pelajar. Penemuan kajian ini mencerminkan
karya yang dapat dilihat oleh Livingstone dan Bober (2004) yang menganjurkan bahawa teknologi
melibatkan kanak-kanak secara kreatif dan sosial, mengembangkan ciri intelektual dan peribadi, serta
memudahkan penyertaan aktif dan kritis. Tambahan pula, integrasi AR dalam kelas perlu berdasarkan
kepada pengetahuan sedia ada pelajar. Hal ini dapat dibuktikan sebagaimana digambarkan oleh peserta
kajian berikut;
“nampak murid sangat seronok, seolah-olah dia belajar sambil bermain…” [P2]
“murid-murid teruja lah…” [P3]
“saya dapati pembelajaran mudah untuk capai objektif…murid-murid cepat je buat kerja. Pastu
geng dia pasti tanya lagi saya boleh tak cikgu ajar kami sampai balik…hmmm.. [P4]
Nincarean et al. (2013) menyatakan, "Alasan di sebalik tahap penerimaan ini mungkin adalah bahawa
tujuan pendidikan apa pun adalah untuk memberikan pengetahuan yang dicapai dengan memberikan
19
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
lebih banyak maklumat mengenai [subjek]". Proses integrasi adalah pengembaraan bagi kedua guru dan
pelajar mereka, yang menggunakan pengetahuan sebelumnya tentang penggunaan teknologi. Namun,
mereka menggunakannya dalam kurikulum mereka. Di samping itu, peserta menunjukkan bahawa
mereka dapat menyesuaikan sumber daya mereka sendiri dan banyak bahan praduga yang tersedia
untuk guru. Peralatan yang diperlukan merangkumi sambungan internet, pengaturcaraan dan peranti
mudah alih untuk menyokong AR.
Apakah persepsi guru di sekolah tentang kesediaan mengaplikasi AR dalam pengajaran dan
pembelajaran?
“ pada hemat saya AR ini memberi nilai tambah dan dapat meningkatkan kefahaman murid dengan
lebih berkesan termasuk juga dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan
pembelajaran..”[P1]
“ saya sebagai seorang guru yang baru je 3 bulan di sekolah ni. Saya rasa saya memang bersedia
untuk mengaplikasi AR tapi tu lah…saya kena teliti dulu alat-alat untuk membantu saya
nanti..”[P6]
“ Bagi saya, guru-guru bersedia je kalau nak buat AR ni, tu pun jika guru-guru telah diberikan
pendedahan terutama cara-cara penggunaan..”[P3]
“saya tak pasti tu tapi saya memang pasti kalau saya dapat peluang memang saya buat… [P4]
Apakah persepsi guru mengenai kemampuan mereka melaksanakan Aplikasi AR di bilik darjah?
‘Aplikasi ini sangat baik, Cuma line di sekolah ini tak bulih nak buat, sangat slow, kadang-kadang
taka da line langsung… kemudahan komputer pula terhad… dalam makmal pun hanya computer
guru sahaja boleh guna, yang lain semua rosak..[ P2]
“saya rasa saya mampu..dan memangpun saya ni peminat pembelajaran berteknologi ni… [P3]
Kesimpulan
Pada era dunia digital, teknologi memainkan peranan penting pada masa depan proses
pengajaran dan pembelajaran. Adalah menjadi keutamaan bagi setiap pendidik untuk menghidupkan isi
kandungan pendidikan. Apabila guru membawa teknologi ke dalam kelas, mendengar menjadi inkuiri,
minat menjadi ingin tahu, pembelajaran meyoronokkan dan pembelajaran pasif menjadi penerokaan
aktif. Kajian penyelidikan ini adalah salah satu dari kajian yang menunjukkan kepentingan teknologi
instruksional seperti AR. Penemuan ini menuntut pihak berwajib menyediakan info dan infra struktur
serta latihan yang mencukupi kepada semua guru supaya ekuiti pendidikan tercapai. Hal ini adalah
selaras dengan visi Kementerian pendidikan Malaysia untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
melaksanakan transformasi sekolah. Kajian ini memberi manfaat kepada sektor pendidikan bagi
menyusun strategi sesuai berdasarkan tahap integrasi teknologi semasa di Malaysia.
RUJUKAN
Billinghurst, M., & Dünser, A. (2012). Augmented reality in the classroom. Computer.
https://doi.org/10.1109/MC.2012.111
Burnard, P. (1991). A method of analysing interview transcripts in qualitative research. Nurse
Education Today. https://doi.org/10.1016/0260-6917(91)90009-Y
20
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Creswell, J. W. (2007). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mixed Method Aproaches. SAGE
Publications. https://doi.org/10.4135/9781849208956
Dunleavy, M., & Dede, C. (2014). Augmented reality teaching and learning. In Handbook of Research on
Educational Communications and Technology: Fourth Edition. https://doi.org/10.1007/978-1-4614-3185-
5_59
Garzón, J., & Acevedo, J. (2019). Meta-analysis of the impact of Augmented Reality on students’ learning gains.
Educational Research Review. https://doi.org/10.1016/j.edurev.2019.04.001
Halili, S. H. (2019). Technological Advancements in Education 4.0. The Online Journal of Distance Education
and E-Learning.
Handbook of Augmented Reality. (2011). Handbook of Augmented Reality. https://doi.org/10.1007/978-1-4614-
0064-6
Hockly, N. (2019). Augmented reality. ELT Journal. https://doi.org/10.1093/elt/ccz020
Kato, H. (2012). Introduction to Augmented Reality. Kyokai Joho Imeji Zasshi/Journal of the Institute of Image
Information and Television Engineers. https://doi.org/10.3169/itej.66.53
Lee, K. (2012). Augmented Reality in Education and Training. TechTrends. https://doi.org/10.1007/s11528-012-
0559-3
Martin, J., Bohuslava, J., & Igor, H. (2018). Augmented reality in education 4.0. In 2018 IEEE 13th International
Scientific and Technical Conference on Computer Sciences and Information Technologies, CSIT 2018 -
Proceedings. https://doi.org/10.1109/STC-CSIT.2018.8526676
Nathan, S., Newman, C., & Lancaster, K. (2019). Qualitative interviewing. In Handbook of Research Methods in
Health Social Sciences. https://doi.org/10.1007/978-981-10-5251-4_77
Nincarean, D., Alia, M. B., Halim, N. D. A., & Rahman, M. H. A. (2013). Mobile Augmented Reality: The
Potential for Education. Procedia - Social and Behavioral Sciences.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2013.10.385
Qu, S. Q., & Dumay, J. (2011). The qualitative research interview. Qualitative Research in Accounting and
Management. https://doi.org/10.1108/11766091111162070
Wu, H. K., Lee, S. W. Y., Chang, H. Y., & Liang, J. C. (2013). Current status, opportunities and challenges of
augmented reality in education. Computers and Education. https://doi.org/10.1016/j.compedu.2012.10.024
21
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI INSTITUSI
PENDIDIKAN GURU MALAYSIA SEMASA PERINTAH KAWALAN
PERGERAKAN FASA 1
Siti Rosni Mohamad Yusoff, PhD ([email protected])
Aliyas Said ([email protected])
Siti Hendon Sheikh Abdullah, PhD ([email protected])
Murniza Muhamad, PhD ([email protected])
Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Antarabangsa
ABSTRAK
Penularan pandemik Covid-19 telah menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuat
kuasakan oleh kerajaan Malaysia mulai 18 Mac 2020. Hal ini yang menyebabkan proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP) di semua kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) dijalankan secara dalam
talian. Satu kajian dalam talian telah dijalankan dengan mengedarkan soal selidik versi pensyarah dan
pelajar semasa PKP 1 untuk mengkaji proses perlaksanaan PdP dalam talian. Seramai 806 pensyarah
dan 3897 pelajar daripada IPG telah memberi respon kepada instrumen kajian yang terdiri daripada
soal selidik gaya Likert, aneka pilihan dan soal selidik respon terbuka. Dapatan kajian menunjukkan
paras persetujuan yang tinggi dengan min persetujuan melebihi 4.0 bagi semua item Likert yang diberi
dengan min persetujuan purata 4.43 bagi pensyarah dan 4.34 bagi pelajar. Dapatan item aneka pilihan
menunjukkan pelantar atau aplikasi yang paling banyak digunakan pensyarah adalah WhatApps
(87.4%) dan Google Classroom (73.0%), yang juga merupakan pelantar yang dipilih pelajar. Hasil
kajian memberi implikasi bahawa untuk PdP dalam talian dapat dijalankan dengan lancar dan
berkesan, walaupun ia merupakan pengalaman pertama kedua-dua pihak melaksana dan menjalani
PdP dalam talian sepenuhnya.
Kata kunci: Perintah Kawalan Pergerakan, Pengajaran Pembelajaran Dalam Talian, Pelantar dalam talian
PENGENALAN
Susulan wabak pandemik, Covit-19, Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan di
seluruh negara mulai 18 Mac hingga kini. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1, semua rakyat
Malaysia diarahkan untuk berada di rumah untuk mengelakkan daripada mendapat jangkitan virus
Covid-19. Situasi ini menyebabkan semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara
bersemuka dihentikan dengan serta merta, dan digantikan dengan PdP dalam talian. Oleh kerana PdP
dalam talian sepenuhnya tidak pernah lagi di jalankan dalam sistem pendidikan di IPG, maka kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti tahap perlaksanaan PdP dalam talian semasa situasi pandemik daripada
persepsi pensyarah dan pelajar
TINJAUAN LITERATUR
Pengenalan
Pembelajaran dan pengajaran (PdP) dalam talian merupakan satu paradigma pembelajaran yang
mapan merangkumi teori dan praktikal dalam perubahan penyampaian amalan ilmu. Matlamat PdP
dalam talian adalah untuk membuat satu ramalan yang tepat untuk mendapatkan maklumat tambahan
22
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
bagi menyokong kaedah pembelajaran sedia ada secara tradisional atau konvensional. Kajian berkaitan
PdP dalam talian telah banyak dilaksanakan dalam pelbagai bidang termasuk teori berkaitan permainan
dalam pendidikan, teori maklumat dan pembelajaran melalui penggunaan mesin atau gajet (Shalev-
Shwartz, 2011). Pembelajaran dalam talian juga menjadi perhatian utama kepada pengamal pendidikan
kerana munculnya pelbagai aplikasi berskala besar seperti penempatan iklan dalam talian dan
penggunaan web untuk pendidikan dalam talian.
Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk memastikan semua pelajar IPG di semua kampus tidak
ketinggalan dalam pembelajaran semasa wabak Pandemik Covid-19. Pelbagai persoalan timbul untuk
mencari jalan penyelesaian dan alternatif untuk aplikasi pelbagai kaedah dan alat untuk pembelajaran
dalam talian. Ini adalah kerana pelajar IPG terdiri dari pelbagai kumpulan pelajar dan datang dari
pelbagai lokasi kawasan atau daerah tempat tinggal pada waktu tersebut. Terdapat sekumpulan pelajar
yang mempunyai gajet atau telefon pintar peribadi, ada yang tidak mempunyai data internet yang
mencukupi dan terdapat juga yang tidak mempunyai capaian Internet langsung.
Justeru, pelbagai pelantar pembelajaran dalam talian serta media sosial yang telah dicuba dan digunakan
untuk merancang, memberi arahan, tugasan dan pentaksiran bagi menyokong pelaksanaan PdP dalam
talian semasa dalam tempoh situasi pandemik semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Pertumbuhan pembelajaran dalam talian secara explisit di institusi pengajian tinggi termasuk IPG telah
mewujudkan keperluan untuk tenaga pengajar mendapat arahan dan garis panduan untuk meneruskan
kaedah terbaik bagi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara dalam talian. Peranan
tenaga pengajar dalam talian sangat penting untuk memastikan kejayaan pembelajaran dalam talian.
Pelaporan kehadiran pelajar dalam talian, pelaksanaan kelas berasaskan kuliah dalam talian, dan
transformasi peranan pengajar memerlukan anjakan paradigma (Martin, Budhrani, Kumar & Ritzhaupt,
2019). Justeru, peranan guru berubah dari berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar, interaksi
rendah kepada interaksi tinggi, dan rendah-inisiator ke tinggi-inisiator.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti proses pelaksanaan PdP dalam talian semasa PKP Fasa 1 daripada persepsi
pensyarah dan pelajar
2. Mengetahui pilihan pelantar pembelajaran dalam talian mengikut persepsi pensyarah dan
pelajar
METODOLOGI
Pengenalan
Bab ini merangkumi rekabentuk kajian, kaedah persampelan dan pengumpulan data, instrumen
kajian, kesahan dan kebolehpercayaan, penganalisisan data serta rumusan. Sebanyak dua set soal selidik
telah diedarkan dalam talian mulai pada 28 April 2020, iaitu semasa pensyarah dan pelajar masih
melaksana dan menjalani PdP dalam talian sebelum semester 1/2020 berakhir.
Rekabentuk kajian
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan kualitatif yang menggunakan kaedah tinjauan bagi
mengukur pelaksanaan PdP dalam talian yang dijalankan semasa PKP berikutan wabak Covid-19.
Kaedah persampelan
Kaedah persampelan adalah secara persampelan bertujuan dan mudah. Sebanyak dua instrumen soal
selidik diedarkan kepada semua 27 kampus IPG secara dalam talian untuk dijawab oleh pensyarah dan
23
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
pelajar. Respons yang diterima merupakan wakil daripada IPGK dan digunakan untuk mewakili
populasi. Sampel kajian terdiri daripada 806 pensyarah dan 3987 pelajar dalam IPG yang telah memberi
respons kepada soal selidik dalam talian ini.
DAPATAN KAJIAN
Analisis Item Tertutup
PdP dalam Talian daripada Persepsi Pensyarah
Jadual 1: Pelaksanaan PdP dalam talian pensyarah semasa dalam situasi pandemik berdasarkan persepsi
pensyarah
Item Persetujuan Pensyarah Tahap
N = 811 Tinggi
Saya melaksanakan PdP dalam talian mengikut jadual waktu Tinggi
yang ditetapkan. Min Sisihan Tinggi
Saya menggunakan media sokongan yang sesuai dengan Piawai Tinggi
persekitaran pembelajaran berasaskan teknologi. Tinggi
Saya membuat persediaan untuk melaksanakan PdP dalam talian. 4.68 0.66 Tinggi
4.55 0.65 Tinggi
Saya menyemak hasil kerja pelajar selepas melaksanakan PdP 4.76 0.52 Tinggi
dalam talian. 4.48 0.68 Tinggi
Saya memberi maklum balas kepada hasil kerja pelajar selepas 4.39 0.76 Tinggi
melaksanakan PdP dalam talian. 4.17 0.86 Tinggi
Saya dapat berkomunikasi dengan baik semasa PdP dalam talian. 4.45 0.67 Tinggi
4.15 0.74
Saya dapat memberi arahan yang jelas semasa melaksanakan PdP 4.40 0.68 Tinggi
dalam talian. 4.37 0.71
Saya melaksanakan PdP dalam talian dengan menarik. 4.44 0.71
4.32 0.80
Saya dapat mencapai hasil pembelajaran harian dengan
melaksanakan PdP dalam talian. 4.43 0.71
Saya dapat mencapai hasil pembelajaran kursus dengan
melaksanakan PdP dalam talian.
Saya menguasai kemahiran baharu dalam melaksanakan PdP
dalam talian.
Saya akan terus melaksanakan PdP dalam talian secara optimum
di masa hadapan.
Keseluruhan
Bagi soalan selidik pensyarah, semua item menunjukkan min persetujuan purata yang tinggi (Min=4.43,
SP=0.71) bagi konstruk ini. Pensyarah paling bersetuju mereka menjalankan PdP dalam talian mengikut
jadual waktu, menggunakan media sokongan sesuai untuk mengajar dalam talian dan membuat
persediaan untuk melaksanakan PdP dalam talian dengan min persetujuan yang melebihi
4.6. Pensyarah juga bersetuju mereka menyemak hasil kerja pelajar, memberi maklum balas terhadap
hasil kerja pelajar selepas melaksanakan PdP dalam talian, memberi arahan yang jelas semasa
melaksanakan PdP dalam talian. Selain itu, pensyarah juga bersetuju mereka dapat menguasai
kemahiran baharu dalam melaksanakan PdP dalam talian. Namun paras persetujuan adalah lebih rendah
bagi item dapat berkomunikasi dengan baik semasa PdP dalam talian dan melaksanakan PdP dalam
24
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
talian dengan menarik, yang mana nilai min bagi kedua-dua item ini adalah kurang daripada 4.2. Nilai
min yang rendah ini bagi dua item ini menggambarkan keperluan latihan pensyarah untuk menyediakan
bahan-bahan yang lebih menarik untuk tujuan PdP dalam talian disamping berkomunikasi dengan lebih
baik.
PdP dalam talian daripada persepsi pelajar
Item Min Sisihan Tahap
Piawai Tinggi
Pensyarah saya melaksanakan PdP dalam talian mengikut jadual waktu 4.57 0.63
yang ditetapkan. 4.51
Pensyarah mengajar menggunakan pelantar dalam talian yang sesuai 4.42 0.66 Tinggi
untuk pembelajaran saya. 4.36
Pensyarah menggunakan media sokongan yang sesuai dengan 4.35 0.67 Tinggi
persekitaran pembelajaran berasaskan teknologi. 4.33
Pensyarah memberi maklum balas kepada hasil kerja saya selepas 4.14 0.76 Tinggi
melaksanakan PdP dalam talian. 4.02
Pensyarah dapat berkomunikasi dengan baik semasa PdP dalam talian 4.34 0.76 Tinggi
dilaksanakan.
Pensyarah dapat memberi arahan yang jelas semasa melaksanakan PdP 0.76 Tinggi
dalam talian.
Pensyarah melaksanakan PdP dalam talian dengan menarik. 0.88 Tinggi
1.05 Tinggi
Saya berharap pensyarah akan terus melaksanakan PdP dalam talian
secara optimum di masa hadapan. 0.77 Tinggi
Keseluruhan
Paras persetujuan pelajar adalah pada paras tinggi bagi semua item dengan persetujuan purata (Min =
4.35, SP = 0.77), iaitu di tahap yang tinggi. Paras persetujuan adalah paling tinggi bagi item-item 1 dan
2, di mana pelajar paling bersetuju bahawa pensyarah melaksanakan PdP dalam talian mengikut jadual
waktu dan menggunakan pelantar dalam talian yang sesuai dengan pembelajaran mereka. Pelajar juga
bersetuju, dengan paras persetujuan yang lebih rendah bahawa pensyarah dapat menggunakan media
sokongan yang sesuai dengan persekitaran pembelajaran berasaskan teknologi, memberi maklum balas
kepada hasil kerja mereka selepas PdP dalam talian, berkomunikasi dengan baik semasa PdP dalam
talian dilaksanakan dan memberi arahan yang jelas semasa melaksanakan PdP dalam talian. Seperti
dapatan pensyarah, min persetujuan adalah paling rendah dan kurang daripada 4.2 bagi item PdP dalam
talian yang dilaksanakan dengan menarik. Selain itu, paras persetujuan adalah paling rendah untuk
pensyarah meneruskan PdP dalam talian secara optimum di masa hadapan.
25
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
MEMPEROLEH KEMAHIRAN BAHARU 4.41 4.8
AKAN TERUS MELAKSANAKAN PDP… 4.44
4.02
PDP DALAM TALIAN MENARIK. 4.32
MEMBERI ARAHAN YANG JELAS 4.14
BERKOMUNIKASI DENGAN BAIK 4.15
MEMBERI MAKLUM BALAS KEPADA… 4.33
GUNA MEDIA SOKONGAN YANG SESUAI 4.45
PDP MENGIKUT JADUAL WAKTU 4.35
4.17
3.6 4.36
4.39
4.42
4.55
4.57
4.68
3.8 4 4.2 4.4 4.6
Pelajar Pensyarah
Rajah 1: Perbandingan respon pensyarah kepada pelajar mengenai perlaksanaan PdP dalam talian
Perbandingan min persetujuan pensyarah dengan pelajar menunjukkan paras persetujuan yang hampir
sama antara pensyarah dengan pelajar, dengan min persetujuan yang paling tinggi bagi PdP di
laksanakan mengikut jadual dan menggunakan media sokongan yang sesuai. Kedua-dua kumpulan juga
paling bersetuju bahawa mereka memperolehi kemahiran baharu dalam melaksanakan PdP dalam.
Terdapat perbezaan antara persetujuan pensyarah dengan pelajar untuk terus melaksanakan PdP dalam
talian, yang mana pensyarah lebih bersetuju (Min=4.32) untuk terus menjalan PdP dalam talian di
banding pelajar (Min=4.02). Perbezaan min persetujuan pensyarah dan pelajar juga diperhatikan bagi
item-item pensyarah dapat memberi arahan yang jelas dan berkomunikasi dengan baik. Bagi item
pensyarah dapat berkomunikasi dengan baik dalam talian, pelajar lebih bersetuju berbanding pensyarah
akan item ini (pensyarah = 4.17, pelajar = 4.35).
Analisis Item Aneka Pilihan
Pelantar pembelajaran yang digunakan dalam PdP Pelantar pembelajaran yang digunakan
pensyarah
Pensyarah menggunakan bebarapa pelantar untuk melaksanakan PdP dalam talian. Dapatan soal selidik
pelajar menunjukkan min persetujuan pelajar bahawa pensyarah telah memilih pelantar untuk dalam
talian yang sesuai untuk pembelajaran mereka dengan min persetujuan 4.51 dan sisihan piawai = 0.66.
Bagi item ‘saya menggunakan pelantar berikut untuk mengajar’, pensyarah diminta memilih pelantar-
pelantar diberi sebagai pelantar yang mereka lazim gunakan untuk melaksanakan PdP dalam talian.
Pelantar yang disenaraikan adalah e-pembelajaran IPGM, Google Classroom, Schoology, Edmodo,
Google Meet, Zoom, Telegram, WahtsApp dan lain-lain. Pensyarah diminta memilih mana-mana
pelantar yang mereka gunakan untuk melaksanakan PdP dalam talian. Jadual 3 menunjukkan bilangan
dan peratusan pensyarah mengikut pelantar pembelajaran pilihan mereka.
26
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 3 Pelantar pembelajaran yang digunakan pensyarah untuk melaksanakan PdP dalam talian.
Pelantar untuk mengajar Bil Peratus, %
e-pembelajaran IPGM (OLL) 102 12.6
Google Classroom 591 73.0
Schoology 85 10.5
Edmodo 10 1.2
Google Meet 294 36.3
Zoom 133 16.4
Telegram 251 31.0
WhatsApp 708 87.4
Lain-lain 205 25.3
LAIN-LAIN 25.3
WHATSAPP
TELEGRAM 16.4 31.0 87.4
36.3 73.0
ZOOM 1.2
GOOGLE MEET 10.5
EDMODO 12.6
SCHOOLOGY
GOOGLE CLASSROOM
E-PEMBELAJARAN IPGM (OLL)
0.0 10.0 20.0 30.0 40.0 50.0 60.0 70.0 80.0 90.0 100.0
Rajah 2: Pelantar pembelajaran yang digunakan pensyarah untuk melaksanakan PdP dalam talian
Rajah 2 menujukkan pelantar pembelajaran yang dipillih pensyarah. Dapatan kajian menunjukkan
aplikasi WhatsApp merupakan pelantar yang paling banyak dipilih (87.4%) untuk pensyarah
melaksanakan PdP dalam talian. Pelantar yang disarankan oeleh pihak IPGM iaitu Google Classroom
(73.0%), merupakan pelantar kedua yang baling banyak digunakan untuk pensyarah melaksanakan PdP
dalam talian. Selain itu, pensyarah juga menggunakan Google Meet dan Telegram untuk melaksanakan
PdP dalam talian. Pelantar-pelantar seperti e-pembelajaran IPGM, Zoom dan Schoology juga
digunakan pensyarah dalam melaksanakan dalam PdP mereka, namun dengan peratusan yang lebih
rendah di banding pelantar-pelantar yang dibincangkan sebelum ini.
Selain pelantar-pelantar yang disenaraikan, pensyarah IPG juga menyenaraikan pelantar-pelantar lain
yang mereka gunakan untuk melaksanakan PdP dalam talian. Rajah 3 menunjukkan pelantar-pelantar
yang pensyarah gunakan untuk perkongsian maklumat, paparan video, media sosial, menjalankan kuiz,
berkomunikasi dengan pelaajr dan membuat paparan grafik/visual.
27
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Perkongsian Paparan Video . Quiz Komunikasi Grafik
maklumat / visualisasi
Media sosial Quizizz Skype
Kahoot Google Coogle
E-mail You tube Facebook Powtoon hangouts
Screencast Instagram Webex Canva
Google Go Brunch
Drive o matic Jitsi Meet Visme.
Flipgrid Telefon
Padlet
Camtasia
Slideshare/s
cribe Ted Ed
Cisco Powtoon
Rajah 3: Pelantar pembelajaran mengikut kategori yang digunakan pensyarah untuk melaksanakan PdP
dalam talian
Pelantar pembelajaran pilihan pelajar
Pelajar diminta menandakan pelantar pembelajaran yang mereka dapati sesuai untuk proses
pembelajaran mereka dengan membuat membuat pemilihan iaitu pilihan 1, pilihan 2, pilihan 3, pilihan
4 dan pilihan 5. Dapatan kajian di rajah 4 menunjukkan majoriti pelajar memilih Google Classroom
(52%) sebagai pilihan pertama untuk mereka mengikuti PdP dalam talian, diikuti WhatsApp (23.6%).
Terdapat peratusan kecil pelajar yang memilih platform-platform lain sebagai pilihan pertama seperti
Google Meet, Schoology, Edmodo, Telegram dan Zoom.
100.0
80.0
60.0
40.0
20.0
0.0
Pilihan 1 Pilihan 2 Pilihan 3 Pilihan 4 Pilihan 5
E-pembelajaran IPGM (Oll) Google Classroom
Google Meet Schoology
Telegram WhatsApp
Edmodo Zoom
Lain-lain
Rajah 4: Pelantar pembelajaran pilihan pelajar untuk menjalani PdP dalam talian
PERBINCANGAN
Secara umum, PdP yang dijalankan dalam talian adalah lancar yang mana kebanyakan
pensyarah melaksanakan kelas dalam talian mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan. Dalam
menjalankan PdP dalam talian sewaktu PKP, majoriti pensyarah telah dapat mencapai hasil
pembelajaran harian dan hasil pembelajaran kursus. Hal ini berlaku kerana pensyarah dapat
menjalankan PdP dengan baik di mana mereka membuat persediaan untuk PdP dengan menggunakan
pelbagai pelantar pembelajaran dan aplikasi dalam talian untuk memastikan PdP berjalan lancar. Selain
28
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
membuat persediaan, pensyarah juga telah meluangkan masa untuk menyemak dan memberi maklum
balas akan hasil kerja pelajar untuk memastikan objektif kursus tercapai.
Pensyarah menggunakan pelbagai pelantar untuk melaksanakan PdP dalam talian, di mana WhatsApp
merupakan yang yang paling banyak digunakan pensyarah, diikuti Google Classroom. Namun pilihan
pelajar bagi pelantar yang paling sesuai untuk pembelajaran mereka adalah Google Classroom, dan
diikuti WhatsApp. Pensyarah cenderung menggunakan aplikasi WhatsApp memandangkan terdapat
golongan pelajar di dalam kelas yang tidak mendapat capaian internet yang baik untuk kelas dijalankan
secara serentak menggunakan platform-platform lain. Selain itu, WhatsApp adalah aplikasi yang kurang
menggunakan data internet apabila kelas dijalankan secara serentak dibandingkan pelantar yang lain.
Disebabkan oleh situasi pandemik, PKP menyebabkan kelas dalam talian dijalankan dengan serta merta.
Dalam hal ini, terdapat juga pensyarah yang belum cukup bersedia untuk melaksanakan PdP dalam
talian menggunakan pelantar yang lebih canggih dan memerlukan kemahiran teknikal untuk
melaksanakan PdP dalam talian. Pensyarah juga menggunakan pelantar seperti Google Meet, Telegram,
Zoom dan e-pembelajaran IPGM dalam melaksanakan PdP dalam talian. Pelantar-pelantar bukan
merupakan pilihan pertama pelajar terutamanya Google Meet dan Zoom menggunakan data yang sangat
tinggi walaupun digunakan, di mana 1GB yang dibekalkan kerajaan boleh habis apabila menghadiri
satu kelas semata-mata. Namun terdapat juga pensyarah yang proaktif dan mempelbagaikan
penggunaan pelantar lain seperti Canva, Screencast o matic, Camtasia, Ted Ed, Powtoon dan lain-lain
(Rajah 3) apabila menjalankan PdP dalam talian. E-pembelajaran IPGM (OLL) merupakan antara
pelantar pilihan pelajar yang paling rendah mungkin perlu dijadikan lebih menarik dan mesra pelajar
dan pensyarah agar lebih digemari penggunaannya.
Pensyarah juga proaktif dalam menjalankan PdP dalam talian dengan menggunakan pelbagai kaedah
agar dapat mencapai objektif kursus. Dalam hal ini, komunikasi berkesan antara pensyarah dan pelajar
dalam talian adalah penting untuk memastikan objektif kursus tercapai. Dalam menjalankan PdP
majoriti pensyarah berkomunikasi dengan memberi maklum balas dalam bentuk perkataan,
merumuskan penjelasan dan mengajukan pertanyaan kepada pelajar. Selain itu, penggunaan
imej/grafik, video dan audio juga digunakan sebagai alat komunikasi PdP dalam talian. Dengan
menggunakan gaya komunikasi yang baik, pensyarah dapat memberi arahan yang jelas dan memberi
maklumbalas kepada tugasan pelajar, disamping membantu mereka melaksanakan PdP yang lebih
menarik.
RUMUSAN
Kajian PdP dalam talian semasa masih masih kurang dijalankan di negara kita khususnya. Hal ini
demikian kerana pelaksanaan PdP dalam talian sepenuhnya belum pernah lagi di laksanakan di mana-
mana IPG atau mana-mana institusi pendidikan tinggi kecuali untuk kursus jarak jauh. Penularan wabak
Covid-19 menyebabkan PKP terpaksa dilaksanakan dengan segera dan menghadkan pergerakan semua
rakyat Malaysia dan semua kelas perlu dijalankan dalam talian dengan serta merta. Tujuan kajian
tersebut adalah bertitik tolak daripada pernyataan masalah kajian yang memaparkan keperluan
menjalankan PdP dalam talian dengan serta merta akibat penutupan semua kampus IPG akibat
penularan wabak Covid-19. Dapatan kajian ini nanti, boleh dijadikan rujukan bagi warga pendidik di
negara kita khususnya kepada pensyarah dan pelajar di IPG.
RUJUKAN
Basilaia, G., & Kvavadze, D. (2020). Transition to online Education in Schools during a SARS-CoV-2
Coronavirus (COVID-19) Pandemic in Georgia. Pedagogical Research, 5 (4))
29
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Boon, P. Y., Lee, L. H., & Lawrence, A. A. (2017). Pentaksiran dalam Pendidikan. Shah Alam: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Hodges, C., Moore, S., Lockee, B., Trust, T., & Bond, A. (2020, March 3). The difference between
emergency remote teaching and online. Retrieved from:
EducauseReview:https://er.educause.edu/articles/2020/3/the-difference-between-emergency-
remote-teaching-and-online-learning
Martin, F., Budhrani, K., Kumar, S., & Ritzhaupt, A. (2019). Award-winning faculty online teaching
practices: Roles and competencies. Online Learning, 23(1), 184-205.
Mohd Haidzir Yusof@Jusof, & Norasmah Othman. (2019). Isu Dan Permasalahan Pentaksiran
Alternatif Dalam Sistem. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan
(pp. 337- 350). Selangor: Kolej Universiti Islam Antarabangsa.
Norfarahi Zulkifli, Mohd Isa Hamzah, Khadijah Abdul Razak (2020). Isu dan cabaran penggunaan
MOOC dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Journal of Research, Policy & Practice of
Teachers & Teacher Education, 10 (1),77-94
Shalev-Shwartz, S. (2011). Online learning and online convex optimization. Foundations and trends in
Machine Learning, 4(2), 107-194.
Reimers. F, Schleicher. A & Saavedra. J (2020). Supporting the continuation of teaching and learning
during the COVID-19 Pandemic Annotated resources for online learning. Available at:
https://www.oecd.org/education/Supporting-the-continuation-of-teaching-and-learning-during
the -COVID-19-pandemic.pdf
Voinea, Lucian. (2018). Formative Assessment as Assessment for Learning Development. Revista de
Pedagogie-Journal of Pedagogy. LXVI. 7-23.
30
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PERSEPSI DAN PENGUASAAN PERIBAHASA MELAYU GURU-GURU PELATIH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MENGIKUT TEORI RELEVANS
Siti Salamah binti Mohamad Yusof ([email protected])
Mohd Haidi bin Mohd Kasran ([email protected])
Latifah binti Mohd Nor ([email protected])
Mohd Fauzi bin Abdullah ([email protected])
Abg Saifuddin Abg Bohari ([email protected])
Hafizah binti Sapuan ([email protected])
Jabatan Persuratan Melayu, IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk memperoleh maklumat tentang persepsi dan penguasaan
peribahasa Melayu dalam kalangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru. Sampel kajian ini terdiri
daripada guru-guru pelatih berbangsa Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Bumiputera
Sarawak yang berjumlah 102 orang. Tinjauan awal mendapati, terdapat pelbagai kesilapan dilakukan
oleh guru pelatih dalam mengaplikasikan peribahasa dalam penulisan mereka kerana kesilapan
menanggap makna peribahasa dengan situasi penggunaannya. Instrumen kajian dibina berdasarkan
peribahasa Melayu yang bertemakan burung dalam Mega Peribahasa. Kajian ini menggunakan kaedah
tinjauan dan analisis kandungan dalam memungut data. Instrumen kajian ialah soal selidik untuk
mengenal pasti persepsi sampel terhadap peribahasa bahasa Melayu dan ditadbirkan untuk
menganalisis tahap penguasaan peribahasa Melayu mereka. Seterusnya, data yang diproses
menggunakan perisian SPSS diasosiasikan tengan teori Relevans (TR) yang dibangunkan oleh Dan
Sperber dan Deidre Wilson (1986). Teori Relevans menekankan bentuk komunikasi antara penutur dan
pendengar. Penutur harus menuturkan perbualan yang benar-benar relevan serta sesuai difahami oleh
pendengar dengan tiga konsep penting iaitu: konteks, kesan konteks dan kos proses. Persoalan tentang
sama ada pengguna peribahasa Melayu memahami konteks situasi dengan peribahasa yang betul atau
tidak, dapat dihuraikan melalui kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan tahap signifikan yang lemah
antara pencapaian gred Sijil Pelajaran Malaysia dengan tahap penguasaan peribahasa Melayu guru
pelatih di mana korelasi -.225 dan signifikan .023. Selain itu, persepsi guru pelatih terhadap
peribahasa juga tinggi dan sederhana dari aspek pengetahuan min (4.10), aspek perasaan min (4.17),
aspek kemahiran min (3.43) dan aspek kemudahan min (3.97). Keseluruhannya, tahap penguasaan
guru pelatih adalah tinggi di mana min tahap penguasaan ialah 45.56.
Kata Kunci: Peribahasa Melayu, Teori Relevans, Penguasaan Peribahasa Melayu, Persepsi
Peribahasa Melayu
PENGENALAN
Peribahasa itu ialah segala susunan cakap yang pendek yang telah melekat di mulut orang ramai
semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya, luas dan benar tujuannya – dipakai
akan dia jadi sebutan-sebutan oleh orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran (Zainal Abidin,
2002). Peribahasa digunakan untuk memperhias karangan dan perbualan, menguatkan lagi hujah
karangan dan perbualan dan kebanyakannya boleh dijadikan pedoman hidup kerana isinya yang benar
dan luas. Peribahasa merupakan cabang sastera lama, bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi juga
bagi hampir semua bangsa di dunia. Sebelum undang-undang dicipta untuk mengawal perilaku hidup
manusia bermasyarakat, orang bijak pandai dalam sesuatu bangsa pada zaman itu telah mencipta
beberapa petua, nasihat atau petunjuk sebagai peraturan tatatertib pergaulan, tatasusila dalam pergaulan
31
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
dan hubungan sesama manusia. Petua, nasihat atau petunjuk itu diambil daripada alam sekeliling,
contohnya perangai dan sifat manusia itu sendiri, juga dari sifat dan tabiat binatang, tumbuhan dan
sebagainya. Aznita (2001) dengan kajiannya “Peribahasa Melayu dan Penggunaannya: Satu Analisis”
telah meninjau peribahasa dari aspek kepenggunaan peribahasa dalam masyarakat Melayu. Peribahasa
harus dipupuk secara serius ke dalam minda generasi baharu kerana peribahasa mampu
mengenengahkan norma kehidupan masyarakat Melayu lama untuk generasi masa kini. Kajian
peribahasa ini dibuat dengan harapan dapat menampilkan kepandaian masyarakat Melayu lama yang
tidak mengenal sistem tulisan dan sumber pengetahuan bahasa yang tinggi tetapi masih mampu
memanipulasi bahasa untuk melahirkan bentuk bahasa yang tinggi. Pengkaji melihat peribahasa
Melayu sebagai nasihat, sindiran, pujian, bahan diplomasi, motivasi, budaya budi, politik, pentadbiran,
ekonomi, agama dan sosial.
Peribahasa Melayu seharusnya diajarkan kepada murid-murid di sekolah supaya mereka dapat
menikmati dan menghayati keindahannya, malah menggunakannya untuk melahirkan fikiran dan
perasaan dengan tepat dan halus kerana peribahasa Melayu adalah elemen yang penting dalam
kemahiran berbahasa. Jika pelajar-pelajar dapat mengungkapkan buah fikiran dan perasaan mereka
dengan menggunakan peribahasa dengan tepat maka kemahiran berbahasa mereka lengkap kerana
peribahasa merupakan akal budi bahasa Melayu yang menggunakan bahasa kiasan sebagai penglahiran
pemikiran. Oleh itu, aspek peribahasa harus dianggap sebagai sama pentingnya dengan aspek-aspek
lain dalam pengajaran bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana peribahasa hidup dan berkembang
bersama-sama perkembangan bahasa secara keseluruhannya (Koh, 1982; Rahman. 1993). Begitu juga
persoalannya dengan penguasaan peribahasa Melayu dalam kalangan murid, para pelajar, mahasiswa
dan guru pelatih di intitusi-institusi pengajian tinggi. Adakah mereka menguasai kemahiran peribahasa
Melayu? Masihkan mereka dapat menggunakan peribahasa dalam ungkapan sehari-hari? Dapatkah
mereka menggunakan peribahasa dalam melahirkan pendapat dan perasaan mereka? Persoalan-
persoalan ini merupakan titik tolak kepada pengkaji untuk melihat tahap penguasaan peribahasa Melayu
dalam kalangan guru pelatih di sebuah institut pendidikan guru di Kuala Lumpur. Oleh itu, sejumlah
60 untai peribahasa yang bertemakan burung ditadbirkan kepada guru pelatih untuk melihat persepsi,
dan penguasaan peribahasa Melayu mereka. Kajian membataskan bahawa hanya persepsi dan
penguasaan peribahasa guru-guru pelatih berdasarkan soal selidik yang dibangunkan khusus untuk
kajian ini diguna pakai.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara gred
Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan tahap penguasaan peribahasa Melayu, dan
mengenal pasti persepsi guru-guru pelatih di sebuah institut pendidikan kajian terhadap peribahasa
Melayu. Selain itu, analisis tahap penguasaan peribahasa Melayu dalam kalangan guru pelatih turut
dilakukan. Akhirnya, analisis persepsi dan tahap penguasaan peribahasa Melayu guru-guru pelatih
bersandarkan teori Relevans dibuat bagi menjawab soalan-soalan kajian yang berikut:
a. Mengenal pasti adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian gred Sijil
Pelajaran Malaysia guru pelatih dengan tahap penguasaan peribahasa mereka?
b. Menghuraikan bagaimanakah persepsi guru-guru pelatih di IPG terhadap peribahasa
Melayu?
c. Menjelaskan apakah tahap penguasaan peribahasa Melayu dalam kalangan guru
pelatih?
32
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
LITERATUR KAJIAN
Dalam kajiannya yang bertajuk “Penguasaan Peribahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat” Aslinda (2003) mendapati terdapat empat pengaruh yang mempengaruhi penguasaan
peribahasa Melayu dalam kalangan pelajar sikap pelajar itu sendiri, sifat semula jadi peribahasa Melayu
dan guru. Persoalan ini turut diperkatakan oleh Goh Suzie (1998) melalui kajiannya, “Penggunaan
Peribahasa Melayu Pelajar Menengah” yang mendapati pelajar kurang berminat dengan peribahasa
kerana beranggapan peribahasa merupakan bahasa klise, tidak memahami peribahasa dengan baik,
peribahasa sukar diingat atau dihafaz dan pengajaran peribahasa membosankan. Dapatan Goh Suzie
mengukuhkan pendapat Edwar (1985) yang mengatakan, peribahasa terasa tidak begitu mendapat
perhatian lagi. Hal ini berlaku kerana anggapan bahawa peribahasa adalah suatu bahasa klise yang
sering digunakan dan dihafaz oleh orang-orang tua sebagai bahan pidato dalam upacara adat. Begitu
juga dengan Mohd Tajudin (1999) mempunyai pandangan yang sama iaitu terdapat segelintir penutur
bahasa Melayu yang meragui sama ada peribahasa masih sesuai digunakan dalam keadaan masyarakat
sekarang.
Ismet dan Rebecca Fanny (2003) menggariskan lima aspek tentang peribahasa Melayu yang boleh
dianggap sebagai ‘proverb’ berbanding ‘saying’ iaitu:
1. Peribahasa mestilah terikat sepenuhnya dan dalam kesatuan yang lengkap
2. Peribahasa mesti mengandungi satu atau lebih metafora
3. Peribahasa mesti mempunyai satu atau lebih aplikasi sosial tertentu yang diketahui oleh umum
hingga kepada penutur asli bahasa Melayu
4. Peribahasa mesti mempunyai banyak unsur tradisi dalam masyarakat penutur bahasa Melayu
5. Peribahasa mestilah mengandungi unsur-unsur nasihat atau pandangan terhadap unsur alam
sekeliling berfungsi yang membentuk generalisasi dan dapat menggunakannya sebagai
peraturan hidup.
Mohd Riffin (2002) meninjau penggunaan peribahasa Melayu dalam kehidupan masyarakat.
Kajian ini melihat akan keperluan peribahasa Melayu harus dipupuk secara serius ke dalam minda
generasi baharu kerana peribahasa mampu mengenengahkan norma kehidupan masyarakat Melayu
pada zaman silam. Dengan menggunakan teori sosial dan budaya pengkaji melihat aspek masyarakat
Melayu yang terkandung dalam peribahasa dari aspek sosial, keluarga dan isi rumah, nasib tuah dan
malang, pergaulan, pengetahuan dan pelajaran, persahabatan dan perkelahian, dan, perangai dan
kelakuan yang jahat. Manakala Faridah Noor dan Maya Khemlani (2007) mengupas “Citra Lelaki
dalam Peribahasa Melayu” mendapati bahawa terdapat dua jenis kategori peribahasa yang merujuk
kepada kaum lelaki iaitu peribahasa yang menggunakan watak lelaki seperti ‘Abu Jahal’ atau istilah
yang menggunakan perkataan seperti ‘lelaki, ‘bujang’ dan ‘jantan’ yang merujuk kepada kaum lelaki,
manakala kategori kedua ialah peribahasa yang mempunyai makna mengenai kaum lelaki. Penggunaan
watak lelaki digunakan untuk menggambarkan tingkah laku atau sifat manusia, adakalanya bersifat
negatif seperti ‘Abu Dajal’ (merujuk kepada orang yang suka mengganggu orang lain), “Abu Jahal”
(merujuk kepada orang yang suka menghalang usaha yang baik), “Pak Pandir” (merujuk kepada orang
yang lurus, bodoh serta tolol) dan sebagainya. Istilah-istilah khusus seperti penggunaan istilah ‘bujang’
merujuk kepada seorang teruna yang belum berkahwin dan juga gelaran kepada orang lelaki yang
menjadi duda dan tidak lagi beristeri disebabkan oleh perceraian atau kematian isteri. Dari aspek
maknanya pula, terdapat peribahasa yang merujuk kepada tanggungjawab sebagai anak, tanggungjawab
sebagai suami dan tanggungjawab sebagai bapa.
Namun, Rozaimah dan Noriza (2009) dalam kajian mereka “Unsur Perlambangan dalam Peribahasa
Melayu: Satu Analisis Teori Relevans” melihat dan membezakan bentuk-bentuk perlambangan yang
digunakan untuk melambangkan imej lelaki dan imej wanita dalam peribahasa Melayu serta meninjau
dan membuktikan secara tepat sama ada wujud unsur seksime yang ketara antara imej lelaki dengan
33
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
wanita dalam peribahasa Melayu. Data yang digunakan ialah peribahasa yang diambil daripada siri
Tikaman Bahasa yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan menggunakan Teori
Relevans yang menggandingkan ilmu semantik dan pragmatik yang dipelopor oleh Sperber dan Wilson
(1986), pengkaji menganalisis contoh-contoh perlambangan yang terdapat dalam peribahasa iaitu,
perlambangan yang berkonotasi positif dan perlambangan yang berkonotasi negatif. Perlambangan-
perlambangan itu dikategorikan kepada alatan, haiwan, tumbuhan dan orang atau gelaran. Dapatan
kajian mendapati wujudnya unsur seksisme dalam maksud peribahasa, namun unsur seksisme antara
imej lelaki dan wanita didapati seimbang. Hal ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu merupakan
suatu masyarakat yang kreatif kerana dapat menyesuaikan perlambangan yang dikaitkan dengan
persekitaran kognitif mereka.
Selanjutnya, Ahmad Fuad (2010) dalam kajiannya “Bahasa dan Pemikiran dalam Peribahasa Melayu
dari Sudut Pragmatik” mengambil data dari Kitab Kiliran Budi (1964), Kamus Istimewa Peribahasa
Melayu (2004), 1001 Peribahasa Melayu (2000), dan Peribahasa SPM (2008), lalu menganalisisnya
dengan menggunakan hipotesis Sapir Whorf (1921) dan teori Relevans (1995). Hasil kajian mendapati
peribahasa Melayu turut memaparkan pemikiran Melayu berdasarkan lima kategori falsafah, iaitu
pemikiran tentang metafizik, pemikiran tentang epistimologi, pemikiran tentang etika, pemikiran
tentang logik, dan pemikiran tentang estetika. Pengkaji mendapati mesej pemikiran orang Melayu
dalam peribahasa dapat disampaikan melalui penggunaan bahasa tersurat dan tersirat yang telah dapat
dirungkaikan menggunakan teori Relavans. Penggunaan bahasa dalam peribahasa menonjolkan aspek
kreativiti dan ketinggian pemikiran bangsa Melayu. Daripada 5359 untai peribahasa Melayu yang
dikaji, didapati tema sosiobudaya mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 74.5%, tema
sosioekonomi sebanyak 17.7% dan sosiopolitik sebanyak 7.8%. Kajian mendapati terdapat hubungan
antara bahasa dengan pemikiran dalam peribahasa Melayu seperti yang ditekankan oleh hipotesis Sapir-
Whorf. Selain itu, teori Relevens didapati berwibawa menghuraikan penggunaan bahasa dalam
peribahasa Melayu.
Walau bagaimanapun kajian Nor Hashimah dan Junaini (2010) dalam “Remaja Malaysia dan
Peribahasa Melayu” melihat peribahasa Melayu sebagai alat yang dapat menggambarkan imaginasi
puitis yang kaya dari aspek retorik. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan
kemahiran peribahasa Melayu, khususnya dalam kalangan pelajar remaja dan seterusnya dapat
menjelaskan fenomena yang berlaku. Lebih daripada 1,500 pelajar remaja terlibat dalam kajian tersebut
dan didapati hampir 60% (894) pelajar gagal menguasai kemahiran peribahasa. Faktor sosial pelajar
remaja mempunyai perkaitan yang signifikan dengan tahap penguasaan kemahiran tersebut. Hasilnya,
penguasaan bahasa Melayu pelajar remaja yang berkaitan dengan makna tersirat masih lemah dan
memerlukan perhatian yang serius.
Berlainan pula dengan Ahmad Fuad dan Zaitul Azma (2010) melalui kajian mereka “Pengkategorian
Peribahasa Melayu Berdasarkan Aspek Nilai dan Pemikiran: Satu Analisis Pragmatik” telah mengenal
pasti jenis-jenis peribahasa Melayu yang menonjolkan aspek nilai dan pemikiran Melayu dan mengenal
pasti penggunaan bahasa yang tersurat dan tersirat dalam peribahasa Melayu untuk menyampaikan
mesej pemikiran dengan menggunakan Teori Relevans. Data kajian dikumpul daripada teks Kamus
Istimewa Peribahasa Melayu dan Peribahasa SPM. Data kajian ini dianalisis menggunakan teori
pragmatik. Daripada kajian yang dijalankan didapati peribahasa Melayu turut memaparkan aspek nilai
dan pemikiran untuk dijadikan pengajaran dan panduan hidup oleh para pengguna bahasa. Aspek nilai
dan pemikiran yang terkandung dalam peribahasa ini dipaparkan mengikut 16 nilai murni yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Pengkaji juga mendapati bahawa peribahasa boleh
dijadikan elemen penting dalam membentuk jati diri dan seterusnya membangunkan minda. Peribahasa
Melayu turut menjelaskan falsafah pengajaran dan gambaran ketinggian pemikiran bangsa Melayu
dahulu yang disampaikan secara halus dan berkesan. Kajian juga membuktikan terdapat hubungan
bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu sebagaimana yang dinyatakan dalam hipotesis Sapir-
Whorf. Penelitian terhadap peribahasa Melayu telah dapat menyerlahkan ketinggian pemikiran dan
34
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
kekreativitian bangsa Melayu dalam penciptaan peribahasa Melayu dengan bersumberkan alam
keliling.
Manakala Imran Ho (2011) melalui kajian beliau “Analisis Kognitif Semantik Peribahasa Melayu
Bersumberkan Anjing (Canis Familiaris)” membincangkan mekanisme kognitif yang membolehkan
manusia membentuk peribahasa melibatkan haiwan dari sudut linguistik kognitif. Kerangka Ibanez-
Moreno digunakan untuk menganalisis peribahasa Melayu bersumberkan anjing dengan melakukan
pemetaan mandala sumber dan sasaran berdasarkan metafora dan metonimi. Analisis mendapati dalam
peribahasa Melayu, anjing lazimnya dipetakan kepada orang yang lemah, hina, jahat, serta tidak
berilmu. Ini amat berbeza dengan pemetaan bahasa Inggeris iaitu anjing sering dipetakan kepada
manusia yang taat setia. Kajian ini memperlihatkan perbezaan antara proposisi dan skema metaforikal
dalam semantik peribahasa haiwan. Selain itu kajian Noor Nadia (2011) “Aspek Semantik dalam
Peribahasa Melayu” bertujuan untuk melihat kepandaian masyarakat Melayu lama yang belum
mengenali sistem tulisan dan sumber pengetahuan bahasa yang tinggi tetapi masih mampu
memanipulasikan bahasa untuk menyampaikan sesuatu maksud secara berkias atau berlapik.
Pengkaji juga melihat aspek semantik dalam peribahasa Melayu. Dapatan kajian mendapati, dari aspek
semantik peribahasa Melayu digunakan untuk menyampaikan nasihat, menyindir, memuji, hubungan
diplomasi, motivasi, budi, sistem pentadbiran (peraturan), politik, ekonomi, unsur agama dan sosial.
Dengan tajuk “Perbandingan Pentafsiran Leksikal Haiwan dalam Peribahasa Melayu dengan
Peribahasa Cina dan Tamil” Amira (2013) meninjau himpunan peribahasa Melayu, Cina dan India yang
melibatkan leksikal haiwan. Kajian menggunakan analisis teks dan Model Istilah Wuster yang
terkandung dalam Teori Umum Peristilahan untuk menganalisis data. Aspek utama yang dilihat ialah
konsep iaitu lambang makna yang terhasil daripada perbandingan ketiga-tiga peribahasa yang
melibatkan leksikal haiwan. Dalam memperoleh konsep lambang makna tersebut, leksikal-leksikal
yang terkandung dalam peribahasa juga diteliti dari sudut semantik, hubungan sintaksis antara
perkataan serta kaitan budaya setiap kaum kerana akan mepengaruhi konsep makna peribahasa tersebut.
Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 46% daripada analisis peribahasa masyarakat majmuk di
Malaysia mempunyai persamaan pemikiran dalam menggunakan leksikal haiwan dalam membuat
lambang atau simbol yang sama. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penggunaan leksikal
dalam peribahasa, iaitu aktiviti sara hidup, geografi penempatan, agama dan kepercayaan, budaya dan
adat resam serta mitos dan legenda.
Melalui sorotan kajian ini terdapat pelbagai jenis peribahasa Melayu yang dikaji daripada segenap aspek
iaitu dari aspek epistimologi hinggalah ke citra gender atau watak manusia; dan watak haiwan yang
terpencar daripada peribahasa Melayu. Peribahasa merupakan cerminan kehidupan masyarakat
Melayu, diguna pakai sebagai panduan hidup dalam kehidupan masyarakat agar kelestarian dan
keharmonian dalam masyarakat terus wujud. Peribahasa merupakan akal budi, pandangan dunia atau
weltanscauung orang Melayu mengambil tamsilan peri laku manusia, sifat dan jati diri individu dalam
masyarakat, sifat-sifat dan tabiat haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar sebagai falsafah, garis
panduan, tatacara dan kawalan perlakuan masyarakat Melayu. Selain daripada aspek yang ditinjau,
pengkaji mendapati, para pengkaji terdahulu masih belum membuat kajian terhadap persepsi dan
penguasaan masyarakat terhadap peribahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, pengkaji mengambil
inisiatif awal untuk mememenuhi kelompongan ini dengan membuat kajian terhadap tahap penguasaan
dan persepsi masyarakat terhadap peribahasa Melayu dengan menggunakan pendekatan teori relevans.
KERANGKA TEORI, METODOLOGI DAN SUMBER DATA
Tujuan kajian ini adalah untuk melihat persepsi dan penguasaan peribahasa Melayu dalam
kalangan guru pelatih institut pendidikan guru dengan menggunakan kajian tinjauan dan analisis
kandungan berdasarkan Teori Relevans bagi menganalisis data. Teori Relevans (TR) dibangunkan oleh
Dan Sperber dan Deidre Wilson (1986) melalui buku mereka “Relevance Communication and
35
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Cognition” menekankan bentuk komunikasi antara penutur dan pendengar. Penutur harus menuturkan
perbualan yang benar-benar relevan serta sesuai difahami oleh pendengar dengan tiga konsep penting
iaitu: konteks, kesan konteks dan usaha memproses. Intisari Teori Relevans (TR) dipermudahkan
seperti rajah 1 di bawah:
•andaian yang 2 Kesan Konteks •menginterpretasi
dibina secara makna ujaran
psikologi oleh •kesan awal oleh pendengar •makin rendah usaha
pendengar tentang maklumat yang memproses maklumat
•interprestasi relevan dengan dirinya makin relevan ujaran
ujaran •menggabungkan, menguatkan itu
atau pertentangan maklumat
Konteks berlaku Usaha
1 3 Memproses
Rajah 1: Intisari Teori Relavans oleh Sperber dan Wilson (1986)
Konteks memainkan peranan kerana konteks biasanya dapat disesuaikan dengan pelbagai interpretasi
makna yang hendak disampaikan, konteks merupakan salah satu gagasan utama dalam TR dan daripada
konteks pula, lahirlah kesan kognitif yang terhasil daripada maklumat yang diproses melalui sama ada
salah satu sub-gagasan dalam TR iaitu penggabungan, penguatan atau pengguguran maklumat. Oleh itu,
TR haruslah diaplikasikan untuk menjelaskan dan menginterpretasikan makna yang tersirat dengan
merujuk kepada maklumat konteks, kesan konteks dan juga usaha memproses.
Dalam kajian ini, instrumen kajian yang digunakan ialah;
a. 60 untai peribahasa Melayu bertemakan burung dipetik dari Mega Peribahasa yang
ditulis oleh Zulkifieey Yazid (1996)
b. Soal selidik persepsi terhadap peribahasa Melayu – 25 item
c. Soal selidik penguasaan peribahasa Melayu – 60 item
Instrumen kajian terbahagi kepada tiga bahagian seperti yang berikut:
Bahagian A bertujuan untuk mengetahui latar belakang responden kajian. Bahagian ini mengambil kira
jantina, pendidikan rendah dan menengah, kaum, major, dan keputusan Bahasa Melayu pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Bahagian B bertujuan untuk memperoleh maklumat tentang persepsi guru-guru pelatih terhadap
peribahasa Melayu. Jumlah keseluruhan item adalah antara 0-25 dalam skala Likert.
Item 1 – 5 - Pengetahuan Am tentang Peribahasa Melayu
Item 6 – 10 - Perasaan Responden Terhadap Peribahasa Melayu
Item 11 – 19 - Kemahiran Responden Menggunakan Peribahasa Melayu
Item 20 – 25 - Kemudahan / Sarana Peribahasa Melayu Responden
36
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Bahagian C bertujuan untuk menentukan tahap penguasaan peribahasa Melayu responden. Skor
keseluruhan item adalah 0-60.
Skor Tahap Penguasaan Peribahasa
44-60 Tinggi
28-43 Sederhana
27 ke bawah Rendah
Pengkaji mentadbirkan soal selidik kajian Penguasaan Peribahasa Melayu dalam Kalangan Guru Pelatih
IPG kepada 102 responden. Responden dikumpulkan dalam dewan dan diberi soal selidik. Penerangan
diberikan kepada responden tentang cara-cara menjawab soal selidik dan masa yang diperuntukan ialah
60 minit. Penyusunan data mentah kepada kategori yang tertentu dilakukan dengan pengukuran skala
Likert (untuk Bahagian B dan Bahagian C). Kemudian data tersebut dianalisis dengan menggunakan
statistik berbantukan komputer atur cara SPSS/PC+. Paras signifikan ditetapkan pada Alpha 0.5. Untuk
menentukan jumlah penguasaan terhadap peribahasa Melayu responden, Jadual Bivariat: Tinggi,
Sederhana dan Rendah dibentuk secara manual. Skor 44 – 60 adalah untuk Tinggi, 28 – 43 adalah
untuk Sederhana dan 27 ke bawah untuk Rendah.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Seramai 102 orang guru pelatih major Bahasa Melayu ambilan Jun 2017 telah ditadbirkan soal selidik
untuk mendapatkan data. Daripada jumlah tersebut, taburan responden mengikut kaum ialah Melayu
(74 orang), Cina (14 orang) India (11 orang) dan bumiputera Sabah (3 orang). Manakala taburan
mengikut gender; lelaki 35.3% dan perempuan 54.7%. Keputusan gred pencapaian Bahasa Melayu
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diambil untuk melihat korelasi antara pencapaian SPM
dengan tahap penguasaan peribahasa Melayu guru-guru pelatih iaitu -.225 dan tahap signifikan pada
.023
Jadual 1: Tahap Penguasaan Peribahasa Melayu dengan Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia
Tahap penguasaan peribahasa Korelasi Gred BM SPM
Sig. (2-tailed) -.225
.023
N 102
Melalui analisis korelasi Spearman Rho -.225 menunjukkan hubungan yang lemah antara tahap
penguasaan peribahasa Melayu dengan pencapaian gred Bahasa Melayu guru pelatih dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Ini bermaksud penguasaan peribahasa Melayu tidak mempengaruhi gred
dalam SPM. Jadual 1 menjawab soalan kajian 1 bahawa ada terdapat hubungan yang signifikan antara
pencapaian gred SPM dengan tahap penguasaan peribahasa Melayu guru pelatih, tetapi hubungan
tersebut lemah. Dapatan ini menunjukkan penguasaan peribahasa Melayu memang telah tercanai dalam
penguasaan bahasa Melayu guru-guru pelatih yang mengambil bahasa Melayu sebagai major latihan
keguruan mereka dan aspek ini memantapkan lagi kemahiran dan jati diri mereka sebagai seorang guru
Bahasa Melayu.
Jadual 2: Analisis TR Persepsi Guru Pelatih Terhadap Peribahasa Melayu
Aspek Min Sisihan Piawai
Pengetahuan 4.10 .57
Perasaan 4.17 .53
Kemahiran 3.43 .63
Kemudahan 3.97 .57
37
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 2 adalah untuk menjawab soalan kajian 2 yang ingin melihat bagaimanakah persepsi guru pelatih
terhadap peribahasa Melayu. Interpretasi min untuk persepsi guru pelatih terhadap peribahasa Melayu
mengambil kira sisihan piawai taburan pilihan guru pelatih (n=102) terhadap item. Untuk aspek
pengetahuan, dengan min 4.10 dan sisihan piawai .57 berada pada tahap yang tinggi. Pengetahuan guru
pelatih terhadap peribahasa Melayu tinggi walaupun sisihan piawai antara jawapan rendah dan jawapan
tinggi besar (.57). Aspek Perasaan guru pelatih terhadap peribahasa Melayu juga berada pada tahap
tinggi (4.17). Guru pelatih suka akan peribahasa Melayu dan gemar menggunakannya dalam
percakapan dan penulisan mereka. Persepsi terhadap aspek kemahiran dan aspek perasaan guru pelatih
berada pada tahap sederhana iaitu untuk aspek kemahiran min 3.43 (sp .63) dan aspek kemudahan min
3.97 (sp .57). Guru pelatih mempunyai kemahiran dalam menggunakan peribahasa Melayu dalam
percakapan dan penulisan mereka. Selain itu, kemudahan untuk memperoleh peribahasa yang mudah
akses juga membugarkan kemahiran peribahasa mereka. Rumusan daripada dapatan data persepsi guru
pelatih ialah untuk aspek penguasaan dan perasaan persepsi mereka berada pada tahap tinggi namun
dalam aspek kemahiran dan kemudahan prasarana persepsi mereka berada pada tahap sederhana.
Dasar TR ujaran yang relevans ialah ujaran yang hanya memerlukan kos memproses yang rendah tetapi
kesan kognitifnya tinggi. Daripada kesan kognitif yang tinggi inilah interpretasi sebenar sesuatu ujaran
sama ada lisan dan bukan lisan diperoleh. Menerusi hasil analisis dan interpretasi min terhadap persepsi
guru-guru pelatih terhadap peribahasa Melayu dari aspek pengetahuan, perasaan, kemahiran dan
kemudahan dapatlah disimpulkan bahawa guru-guru pelatih mempunyai pengetahuan yang tinggi
terhadap peribahasa Melayu, perasaan suka akan peribahasa Melayu mereka juga tinggi namun dari
aspek kemahiran menggunakan peribahasa Melayu dan kemudahan untuk memperoleh maklumat
tersebut berada pada tahap yang sederhana. Daripada dapatan ini, kita dapat simpulkan keperluan
meningkatkan kemahiran menggunakan peribahasa Melayu dalam percakapan, bacaan dan penulisan
amat diperlukan. Begitu juga dengan kemudahan untuk mendapatkan sumber dan maklumat berkaitan
dengan peribahasa Melayu juga harus diperluas dalam kalangan guru pelatih supaya keupayaan mereka
menggunakan peribahasa dapat dipertingkatkan.
Soalan kajian yang ketiga ingin mendapatkan jawapan tentang tahap penguasaan peribahasa Melayu
guru-guru pelatih. Jadual 3 memberikan jawapan terhadap persoalan tersebut.
Jadual 3: Analisis TR Tahap penguasaan peribahasa Melayu guru-guru pelatih
Aspek Min Sisihan Piawai
Tahap Penguasaan 45.56 5.45
n = 102
Daripada jumlah guru pelatih seramai 102 orang yang menjawap 60 item peribahasa yang bertemakan
burung, purata min 45.56 membawa maksud bahawa penguasaan peribahasa Melayu guru-guru pelatih
IPG berdasarkan jadual bivariat berada pada tahap tinggi (tahap tinggi = 44 – 60). Sisihan piawai 5.45
adalah besar antara tahap penguasaan rendah dengan tahap penguasaan tinggi. Ini menunjukkan
bahawa tahap penguasaan peribahasa Melayu guru-guru pelatih adalah tinggi dan situasi ini adalah
sangat baik bagi seorang guru bahasa Melayu. Penguasaan kebahasaan yang baik ialah aset utama
untuk mengajarkan bahasa kepada murid-murid.
Bagi melihat penguasaan peribahasa guru-guru pelatih, sebanyak 60 item pernyataan peribahasa
Melayu yang menggambarkan situasi dan penggunaannya dalam kehidupan harian ditadbirkan dengan
38
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Jilid1
ISBN:978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual Bivariat: Tinggi, Sederhana dan Rendah yang dibentuk secara manual. Skor 44 – 60 adalah
untuk Tinggi, 28 – 43 adalah untuk Sederhana dan 27 ke bawah untuk Rendah. Seterusnya pengkaji
akan membincangkan item-item peribahasa Melayu yang ditadbirkan kepada guru-guru pelatih untuk
melihat tahap penguasaan peribahasa mereka. Item 1 mengandungi penyataan “untuk menggambarkan
rasa resah gelisah anak ayam kebasahan bulu sesuai digunakan”. Guru pelatih memperikan respon
seperti yang tercatat dalam Jadual 4:
Jadual 4: Analisis TR Item - untuk menggambarkan rasa resah gelisah anak ayam kebasahan bulu sesuai
digunakan
Skala Kekerapan Peratus Peratus Kumulatif
sangat tidak setuju 1 1.0 1.0
tidak setuju 1 1.0 2.0
kurang setuju 29 28.4 30.4
setuju 43 42.2 72.5
sangat setuju 28 27.5 100.0
Jumlah 100.0
102
Guru pelatih memberikan respon yang tinggi iaitu sebanyak 69.7% (71 orang) untuk bersetuju dan
sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut berbanding dengan respon terendah 30.4 % (31 orang).
Pernyataan peribahasa tersebut menunjukkan bahawa ada sebilangan guru pelatih (30.4%) yang tidak
memahami peribahasa ‘anak ayam kebasahan bulu’.
Jadual 5: Analisis TR Item – Melakukan sesuatu pekerjaan yang membahayakan diri sendiri boleh
digambarkan dengan helang menerap buaya.
Skala Kekerapan Peratus Kumulatif Peratus
sangat tidak setuju 3 2.9 2.9
7 6.9 9.8
tidak setuju 26 25.5 35.3
kurang setuju 49 48.0 83.3
17 16.7
setuju 100.0
sangat setuju 102 100.0
Jumlah
Dalam Jadual 5, penyataan “Melakukan sesuatu pekerjaan yang membahayakan diri sendiri boleh
digambarkan dengan helang menerap buaya”, menunjukkan bahawa guru-guru pelatih menguasai
peribahasa ini kerana respon yang diberikan ialah tinggi sebanyak 64.7% yang menjawab setuju dan
sangat setuju. Daripada data yang diperoleh dan dihuraikan menggunakan teori Relevans, guru-guru
pelatih menguasai peribahasa ini. Maklumat tentang ‘helang’ dalam masyarakat Melayu
melambangkan kekuatan, keperkasaan, kepantasan dan kecekapan, manakala ‘buaya’ pula
dilambangkan sebagai haiwan yang berbahaya dan licik dengan penyamaran. Maksud menerap pula
merupakan suatu pekerjaan yang memerlukan kemahiran yang tinggi berkenaan dengan perangkap dan
jerangkap. Jadi, peribahasa ini membawa konotasi sesuatu pekerjaan yang amat sukar dan berbahaya
untuk dilakukan. Lambang dan simbol dalam peribahasa membantu guru-guru pelatih memperoleh
jawapan yang tepat dalam mengaplikasikan kemahiran peribahasa mereka.
39