Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Ellis, C. S., Adams, T. E., & Bochner, A. P. (2011). Autoethnography: an overview. Historical Social
Research/Historische Sozialforschung, 12(1), 273-290. Retrieved from http://www.qualitative-
research.net/ index.php/fqs/article/view/1589/3096
Ellis, C. S., & Bochner, A. (2000). Autoethnography, personal narrative, reflexivity: Researcher as
subject. In Denzin, N.K. & Lincoln, Y.S. (Eds.), Handbook of Qualitative Research (2nd ed.).
London: SageEllis, C. S., & Bochner, A. (1996). Composing Ethnography: Alternative Forms of
Qualitative Writing. Walnut Creek, CA: Sage.
Ellis, C. S., & Bochner, A. (2006). Analyzing Analytic Auto-ethnography: An Autopsy. Journal of
Contemporary Ethnography, 35(4), 429 – 449.
Friday Institute for Educational Innovation (2019). STEM School Progress Rubric (Draft). Raleigh, NC:
Author. Retrieved from https://www.ncsmt.org/wp-content/uploads/2019/09/STEM-School-
Progress-Rubric-Rev1-.pdf
Friday Institute for Educational Innovation (2013). Middle School STEM Implementation Rubric.
Raleigh, NC: Author. Retrieved from https://stemx.us/wp-content/uploads/2017/08/STEM-
AttributesRubric_MIDDLE_v4_Aug2013_ v2.pdf
Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. (2009). Educational research: competencies for analysis and
applications (9th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.
Gubrium, J. F., & Holstein, J. A. (1997). Emotionalism. In: J.F. Gubrium and J.A. Holstein (Eds.), The
New Language of Qualitative Method. New York: Oxford University Press.
Hesse-Biber, S. N., & Leavy, P. (2006). The practice of qualitative research. Thousand Oaks, CA: Sage
Publications.
Hopkins, D. (1993). A teacher’s guide to classroom research (2nd ed.). Milton Keynes: Open University
Press.
James, J. (2015). Autoethnography: A Methodology to Elucidate Our Own Coaching Practice.
International Journal Evidence Based Coaching and Mentoring, SI 9, 102-111.
LeCompte, M. D., & Preissle, J. (2003). Ethnography and qualitative design in educational research
(2nd ed.). San Diego, CA: Academic Press.
Lejeune, P. (1989). On Autobiography, Minneapolis: University of Minnesota Press.
Lim, B. S. H. (2012). The Capacity and Capability of a Rural Primary School in Sabah in Promoting
the Teaching and Learning of the English Language. PhD thesis, Universiti Sains Malaysia.
Reed-Danahay, D. (1997) Auto/ethnography, New York: Berg.
Schön, D.A. (1987). Educating the Reflective Practitioner. CA: John Wiley and Sons.
Tableman, B. (2004, December). Best practice briefs (No.31). University Outreach & Engagement,
Board of Trustees of Michigan State University.
Teddlie, C., & Reynolds, D. (2000). The international handbook of school effectiveness research.
London: Falmer Press.
187
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
van Maanen, J. (1995). Style as theory. Organizational Science, 6, 133–43.
van Maanen, M. (1990) Researching Lived Experience: Human Science for an Action Sensitive
Pedagogy, Ontario, Canada: University of Western Ontario Press
Whitehead, A. J. (2009). Generating Living Theory and Understanding in Action Research Studies.
Action Research, 7(1), 85-99.
Whitehead, A.J. and McNiff, J. (2006). Action Research: Living Theory. London: Sage
188
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN ASAS BAGI PERMAINAN
KATEGORI SERANGAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Liza Saad1 ([email protected])
Julismah Jani2 ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Universiti Pendidikan Sultan Idris
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pentaksiran pembelajaran kemahiran asas terhadap
pencapaian standard prestasi pembelajaran murid bagi permainan kategori serangan dalam
Pendidikan Jasmani Tahun 4. Analisis perbandingan pencapaian standard prestasi pembelajaran
antara murid sekolah bandar dengan luar bandar turut dikaji. Kajian juga menilai hubungan antara
pencapaian pentaksiran formatif dengan pentaksiran sumatif. Sehubungan itu, penggunaan instrumen
pentaksiran pembelajaran juga ditentukan melalui soal selidik persepsi guru. Pendekatan kuantitatif
dengan reka bentuk kajian pra eksperimen - kajian kes sekali telah digunakan dalam kajian ini. Sampel
kajian melibatkan 18 orang guru Pendidikan Jasmani dan 544 orang murid Tahun 4 di 10 buah sekolah
rendah daerah Hulu Selangor, Malaysia. Kajian ini menggunakan instrumen pentaksiran pembelajaran
dan soal selidik persepsi guru. Kaedah pentaksiran guru dan pentaksiran kendiri turut digunakan
dalam kajian ini bagi mengumpul data yang mengukur pencapaian standard prestasi aspek
pembelajaran psikomotor, kognitif dan afektif murid. Keputusan kajian mendapati standard prestasi
pembelajaran murid adalah pada pencapaian baik. Kajian ini juga mendapati tiada perbezaan yang
signifikan antara pencapaian standard prestasi pembelajaran murid bagi permainan kategori serangan
dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4 antara kategori sekolah bandar dengan luar bandar. Dalam pada
itu, analisis data menunjukkan wujud hubungan yang sederhana dan signifikan antara pencapaian
pentaksiran pembelajaran formatif murid dengan pencapaian pentaksiran pembelajaran sumatif
mengikut kategori sekolah bandar dan luar bandar. Manakala, analisis persepsi guru menyatakan
bersetuju bahawa instrumen pentaksiran pembelajaran mampu meningkatkan pencapaian standard
prestasi pembelajaran murid bagi kemahiran asas permainan kategori serangan. Dengan demikian,
instrumen pentaksiran pembelajaran wajar digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran
Pendidikan Jasmani khususnya permainan kategori serangan agar guru dapat menilai murid secara
menyeluruh dari aspek pembelajaran psikomotor, kognitif dan afektif. Maka, hasrat PPPM 2013-2025
berkaitan kurikulum dapat dicapai.
Kata Kunci: Pentaksiran Pembelajaran, Kemahiran Asas, Kategori Serangan, Pendidikan Jasmani
PENGENALAN
Pada tahun 2011, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah ditransformasikan kepada Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Transformasi tersebut merupakan pengukuhan dan penambahbaikan
kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang melibatkan organisasi, kandungan, pedagogi,
peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2012). Sehubungan itu, penyataan Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2013 bertarikh 16
Disember 2013 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013) mencatatkan bahawa mulai tahun 2014,
KSSR dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula di Tahun 4 dengan menggunakan Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Sehubungan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025)
telah menggariskan beberapa perubahan besar dalam aspek pembelajaran murid yang tercatat di dalam
Bab 4, yang menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia menilai semula kurikulum dan
189
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
pentaksiran. Garis panduan tersebut antaranya adalah untuk meningkatkan kerangka pentaksiran bagi
menambahkan item dan menguji kemahiran berfikir aras tinggi serta bergerak ke arah menggunakan
standard dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah pentaksiran yang berterusan sepanjang proses
pembelajaran dan pengajaran (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Pentaksiran tersebut mengambil
kira kesemua aspek perkembangan intelektual dan sahsiah murid yang tidak hanya tertumpu pada
pencapaian dalam peperiksaan semata-mata. Pelaksanaan PBS di sekolah dilaksanakan sepenuhnya
oleh guru-guru iaitu dengan merancang, mentadbir, memberi skor dan melaporkan pentaksiran secara
terancang mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2012). Dengan itu, PBS adalah pemangkin kepada pemantapan sistem pendidikan
negara dalam pembinaan modal insan murid bagi merealisasikan matlamat KSSR, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan demikian, guru harus memainkan
peranan penting dalam pelaksanaan PBS tersebut.
Pentaksiran sekolah adalah satu proses pengumpulan maklumat bertujuan meningkatkan kualiti
pembelajaran dan pengajaran (Arter, 2003). Secara khususnya, Monti et al., (2004) mendefinisikan PBS
sebagai satu proses pengumpulan, merekod, mentafsir, mengguna dan menyampaikan maklumat
tentang kemajuan dan pencapaian murid dalam perkembangan tentang pengetahuan, konsep, kemahiran
dan sikap. Manakala, merujuk kepada Buku Panduan PBS (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014)
mendefinisikan pentaksiran sekolah sebagai proses mengumpul maklumat secara autentik dan digarap
secara formatif bagi tujuan memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) dan secara sumatif
bertujuan menilai sejauh mana murid telah menguasai apa yang telah dipelajari (assessment of
learning).
Tambahan pula, PBS bukan hanya pentaksiran untuk pencapaian pembelajaran selepas tamat
sesuatu proses pembelajaran tetapi juga harus merangkumi pentaksiran sepanjang proses pembelajaran
agar murid boleh memperbaiki pencapaian pembelajaran Oleh hal yang demikian, pentaksiran
pembelajaran perlu merangkumi tiga konteks pentaksiran iaitu a) pentaksiran untuk pembelajaran b)
pentaksiran sebagai pembelajaran dan c) pentaksiran tentang pembelajaran. Lantas, ketiga-tiga konteks
pentaksiran ini perlu dipraktikkan dalam menaksir pencapaian pembelajaran murid supaya mereka
dapat diberi peluang dalam mengumpul data tentang kefahaman dan penguasaan pembelajaran mereka
melalui penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya (Earl, 2003).
Dunia pentaksiran pendidikan Malaysia terus berubah yakni pada tahun 2016, PS mula dikenali
sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Namun, kedua-dunya masih mempertekankan kepada
perlunya pentaksiran berlaku secara berterusan sepanjang PdP melalui pelbagai kaedah pentaksiran
seperti pemerhatian, penulisan dan lisan, Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan lain-lain aktiviti
pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.PBD bukanlah untuk
membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan
untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru
menambah baik pengajaran mereka.
Pentaksiran Bilik Darjah dapat membantu guru dalam mengesan perkembangan murid secara
menyeluruh, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran, mengetahui
keberkesanan pengajaran, merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran, mengambil tindakan
susulan yang sesuai dengan serta merta. Dalam pada itu, Surat Siaran KPM Bil 14 Tahun 2018 bertarikh
19 Disember 2018 berkaitan pemansuhan Amlan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Murid
Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) di Sekolah Rendah KPM Mulai tahun 2019 memberi punca kuasa yang
terkini tentang pentingnya pelaksanaan PBD sebagai salah satu pentaksiran alternatif komponen PBS.
Dengan demikian, pentaksiran untuk pembelajaran perlu diberi perhatian selain daripada
pentaksiran tentang pembelajaran. Sebagaimana yang dimaklumi bahawa pentaksiran untuk
190
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
pembelajaran berlaku sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran. Melalui pentaksiran tersebut,
guru dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid, merancang langkah pengajaran seterusnya,
memberi maklum balas yang bersesuaian dalam meningkatkan kualiti pembelajaran murid, dan
membantu murid dalam menetapkan hala tuju dalam mencapai kejayaan (Stiggins, 2005). Selain itu,
pentaksiran sebagai pembelajaran juga perlu diaplikasikan. Hal ini demikian kerana pentaksiran sebagai
pembelajaran mampu meningkatkan pencapaian pembelajaran murid kerana melalui pentaksiran
sebagai pembelajaran, murid diberi ruang dan peluang dalam menilai diri sendiri, mengenal pasti
kelemahan dan memperbaiki kelemahan diri (Earl, 2003). Seterusnya, pentaksiran tentang
pembelajaran juga memainkan peranan penting dan perlu diberi perhatian. Ini kerana pentaksiran
tentang pembelajaran memfokuskan kepada pencapaian murid yang menggambarkan apa yang telah
mereka pelajari. Malahan, guru boleh mengenal pasti tahap pencapaian murid melalui laporan
pentaksiran tentang pembelajaran (Earl, 2003) di mana pentaksiran tentang pembelajaran dilaksanakan
pada akhir sesuatu unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.
Dalam konteks negara Malaysia, para guru harus peka dan memahami akan perubahan fokus
dan format perlaksanaan PBS terutamanya pentaksiran sekolah yang telah dilaksanakan di sekolah
rendah sejak tahun 2011 untuk Tahun 1 dan 2012 untuk Tingkatan 1. Walau bagaimanapun, kajian
Azlin, Norhaini, Leng, Sattar Rasul, Rose Amnah, dan Nurhayati (2013) mendapati bahawa selain dari
faktor kefahaman tentang PBS dan beban tugas, guru-guru juga menghadapi masalah dalam
menyediakan item instrumen pentaksiran. Kajian ini selari dengan kajian Yuen dan Sidhu (2012), yang
melaporkan bahawa guru tidak dapat menyediakan item instrumen pentaksiran kerana mereka kurang
memahami PBS, kurang pengalaman, kekangan masa dan beban tugas. Sehubungan itu kajian
Norazilawati, Norazeliana, Mohd Sahandri dan Samiah, (2015) mendapati bahawa hanya 33.3 peratus
guru yang dapat membina instrumen pentaksiran secara piawai.
Berdasarkan konteks KSSR, terdapat 19 mata pelajaran yang terlibat dengan pentaksiran
sekolah termasuklah Pendidikan Jasmani. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 melalui Surat Pekeliling
Ikhtisas Bilangan 25/1998 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998), Pendidikan Jasmani adalah mata
pelajaran teras dan wajib diajar dalam kurikulum sekolah. Justeru, pentaksiran perlu dilaksanakan oleh
guru bagi menentukan pencapaian matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Sehubungan itu,
Pendidikan Jasmani bukan hanya aktiviti fizikal yang bermatlamat tetapi juga menumpu kepada
pembangunan keseluruhan murid yang meliputi aspek psikomotor, afektif dan kognitif serta memberi
fokus terhadap penambahan pengetahuan dan perubahan tingkah laku murid. Pendidikan Jasmani
adalah satu proses pendidikan yang menggunakan aktiviti fizikal untuk membantu perkembangan otot,
meningkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan serta perkembangan sosial yang positif. Yakni,
Pendidikan Jasmani yang berkualiti boleh diperoleh secara pendidikan melalui pergerakan dan
pendidikan untuk pergerakan (Sidentop, 2007).
Maka, pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani seharusnya dinilai berdasarkan
prosedur dan kriteria tertentu (Mosston & Ashworth, 2008; Collier & O’Sullivan, 1997). Perkara ini
penting dalam memberi maklum balas terhadap pencapaian murid dan keberkesanan pengajaran guru
(Mercier & Doolittle, 2013). Stiggins, (2005) membuat kesimpulan bahawa penilaian harus menjadi
sebahagian daripada aktiviti harian dalam pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, dalam persekitaran
Pendidikan Jasmani, penggunaan serentak penilaian dan pengajaran menambahkan lagi keberkesanan
proses pembelajaran dan pengajaran (López-pastor, Kirk, Lorente-Catalánc,2013). Penggunaan
pelbagai kaedah pentaksiran adalah lebih baik bagi mendapat maklum balas terhadap mutu pelaksanaan
pembelajaran dan pengajaran. (Earl, 2003).
Dalam pada itu, Miller (2006) melaporkan guru bersetuju bahawa proses pentaksiran terhadap
murid dalam Pendidikan Jasmani perlu dijalankan secara berterusan, formal, sistematik dan objektiviti.
Hal ini demikian kerana pentaksiran dijalankan dengan tujuan memotivasikan murid selain boleh
mengesan kelemahan-kelemahan mereka. Tambahan pula, pentaksiran juga boleh memainkan peranan
191
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
sebagai maklum balas kepada pengajaran guru di samping membantu guru menyusun aktiviti agar
murid menerima pembelajaran dan pengajaran secara maksimum (Miller, 2006).
Namun, kajian Othman, Siti Esah, Ahmad Fuaad, Azali, dan Omar Hisham, (2013) menyatakan
bahawa guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) masih belum cekap dalam
membina item ujian, kurang jelas tentang maksud pentaksiran yang sah dan boleh dipercayai serta
kurang berkemahiran dalam mentaksirkan hasil pentaksiran. Keadaan ini berlaku disebabkan guru
masih tidak mempunyai kompetensi pentaksiran yang sesuai untuk melaksanakan pentaksiran dengan
berkesan (Othman et al., 2013). Sehubungan itu, terdapat kajian yang melaporkan bahawa tidak ada
satu instrumen yang standard untuk digunakan oleh guru dalam menilai aras pembelajaran murid
terutamanya berkaitan dengan tajuk kemahiran permainan. Dengan demikian, beliau menyarankan
instrumen penilaian dalam Pendidikan Jasmani yang berbentuk komprehensif serta mempunyai nilai
kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti yang standard perlu diwujudkan. Seterusnya, pelaksanaan
kurikulum Pendidikan Jasmani setanding dengan mata pelajaran lain dan tidak dilaksanakan secara
sambil lewa di sekolah (Munira, 2010).
Maka, pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani perlu merangkumi pentaksiran
untuk pembelajaran [Assessment for Learning (AforL)], pentaksiran sebagai pembelajaran [Assessment
as Learning (AasL)] dan pentaksiran tentang pembelajaran [Assessment of Learning (AofL)] (Earl,
2003). Malahan, Torrance (2007) mencadangkan kepelbagaian konteks pentaksiran dalam menaksir
pencapaian pembelajaran. Hal ini demikian kerana pentaksiran tersebut adalah perlu kerana apabila
guru dan murid menjadi fokus kepada menilai pembelajaran dalam permainan dan bukannya menilai
kemahiran dalam permainan, mereka akan belajar untuk memahami strategi bermain dan membuat
jangkaan pergerakan dalam mengaplikasikan sesuatu kemahiran dalam permainan (Hopper, 2007).
Dengan demikian, instrumen pentaksiran pembelajaran yang digunakan dalam permainan sesuatu sukan
perlu standard dan piawai (National Council for Curriculum and Assessment, 2004).
i. Penyataan Masalah
Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah dilaksanakan di sekolah rendah sejak 2011 untuk Tahun 1
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013) dan penambahbaikan pentaksiran mulai 2017 (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2016). Pelaksanaan pentaksiran tersebut sebenarnya memerlukan kesediaan dan
persiapan yang jitu daripada semua pihak terutama guru dalam melaksanakan transisi pentaksiran
berpusatkan sekolah sebagaimana yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Walau
bagaimanapun, masih terdapat guru yang menghadapi masalah seperti kompetensi dalam merancang
pelaksanaan pentaksiran (Norazilawati, et al., 2015) memahami konsep dan kaedah pentaksiran dan
beban tugas dalam melaksanakan Pentaksiran Sekolah (Noorzeliana, 2016; Othman et al., 2013).
Malahan guru juga menghadapi kekangan masa dalam menyediakan item-item pentaksiran
(Norsamsinar, Rengasamy, Jessnor Elmy, Norasibah, & Hariyaty, 2014).
Didapati juga guru menjalankan proses pentaksiran yang terdapat di dalam buku teks
Pendidikan Jasmani Tahun 4 KSSR yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (Salleh &
Othman, 2013) dalam menilai aras pembelajaran murid. Namun, instrumen pentaksiran yang terdapat
di dalam buku teks tersebut adalah tidak holistik, tidak lengkap dan tidak menyeluruh berdasarkan
DSKP (Haryani Yantisah, Nur Ithtizam & Ahmad Fazlan, komunikasi personel, 4 April, 2015).
Penyataan ini disokong oleh salah seorang penulis buku Pendidikan Jasmani Tahun 4 (Othman,
komunikasi personel, 11 Disember 2015). Proses pembelajaran dan pengajaran tidak lengkap tanpa
pentaksiran kerana pelaksanaan pentaksiran dalam pembelajaran dan pengajaran akan membantu
membina kompetensi dan keyakinan murid untuk bermain sungguhpun setelah habis zaman
persekolahan. Tambahan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Lembaga Peperiksaan tidak
menyediakan satu panduan pentaksiran yang standard sebagai panduan kepada guru-guru Pendidikan
Jasmani dalam melaksanakan proses pentaksiran khasnya bagi modul kemahiran asas permainan.
Keadaan ini lebih merumitkan guru Pendidikan Jasmani dalam melaksanakan proses pentaksiran kerana
192
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
pemberatan kandungan KSSR Tahun 4 adalah sebanyak 75 peratus Modul Kemahiran dan 25 peratus
Modul Kecergasan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2013a).
Merujuk kepada buku panduan pelaksanaan PBS (Kementerian Pendidikan Malaysia., 2014),
hanya panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan
iaitu Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) yang
terkandung dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) disediakan. Ujian
SEGAK hanya mengukur tahap kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan Jisim Tubuh Badan
seseorang murid.
Laporan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2009)
menampakkan lagi bahawa pentaksiran Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan masa kini tidak holistik
yang mana tiada mengukur aspek psikomotor, kognitif dan afektif pembelajaran murid (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2009). Pentaksiran juga sepatutnya menyeluruh merangkumi pentaksiran untuk
pembelajaran [Assessment for Learning (AforL)], pentaksiran sebagai pembelajaran [Assessment as
Learning (AasL)] dan pentaksiran tentang pembelajaran [Assessment of Learning (AofL)] sebagaimana
yang digariskan dalam surat pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1/2014 (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2014) dan buku panduan pelaksanaan PBS (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014).
Sehubungan itu, melalui temu bual dengan beberapa orang guru Pendidikan Jasmani tentang
pelaksanaan pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam era PBS, mereka melaporkan
bahawa pentaksiran yang dijalankan tidak holistik (tidak melibatkan aspek pembelajaran psikomotor,
kognitif dan afektif) dan tidak menyeluruh (Haryani Yantisah, Nur Ithtizam & Ahmad Fazlan,
komunikasi personel, 4 April, 2015). Laporan tersebut adalah kerana guru menghadapi kekangan masa
dan kompetensi dalam melaksanakan pentaksiran yang holistik dan menyeluruh (Yogeswari, Aznee
Fazilla & Norlela, komunikasi personel, 18 April, 2015).
Hasil temu bual juga mendapati bahawa kesemua guru menyatakan mereka hanya
menggunakan instrumen pentaksiran yang diperoleh dari pasaran yang disediakan oleh pembekal-
pembekal buku selain daripada instrumen yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan seperti
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Manual PAJSK mengandungi
instrumen: i) Borang Rekod Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah
Malaysia (SEGAK), ii) Borang Rekod Kehadiran/Penyertaan untuk Sukan/Kokurikulum/Ekstra
kurikulum; iii) Borang Rumusan Aktiviti Sukan/Kokurikulum; dan iv) Borang Rumusan Aktiviti Ekstra
kurikulum. Walau bagaimanapun, hanya instrumen Borang Rekod Ujian Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) sahaja yang ada kaitan dengan pentaksiran
Pendidikan Jasmani iaitu mengukur tahap kecergasan; merekodkan ketinggian dan berat badan bagi
menentukan tahap jisim badan. Lebih mendukacitakan lagi bahawa ujian SEGAK ini tiada terkandung
item bagi menaksir modul kemahiran khasnya permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani
Tahun 4. Dengan demikian, fenomena ini menimbulkan persoalan tentang kualiti pentaksiran
Pendidikan Jasmani khasnya dalam menaksir pencapaian standard prestasi permainan kategori serangan
dan adakah data pencapaian standard prestasi murid yang dilaporkan sah dan boleh percaya?
Permasalahan tersebut menggambarkan bahawa pentaksiran Pendidikan Jasmani tidak
dilaksanakan sebagaimana kehendak dasar PPPM 2013-2025 yang digariskan dalam Bab 4 iaitu
kurikulum yang ditaksir mestilah selari dengan kurikulum yang ditulis dan kurikulum yang diajar
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Sungguhpun pentaksiran SEGAK dan PAJSK dilaksanakan
tetapi masih belum merangkumi pentaksiran secara holistik dan menyeluruh khasnya Modul Kemahiran
yang merangkumi kurikulum gimnastik asas, pergerakan berirama, kemahiran asas permainan, olahraga
asas dan akuatik asas atau rekreasi dan kesenggangan. Maka, fokus kajian ini adalah untuk mengenal
pasti kesan pentaksiran pembelajaran bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani
Tahun 4. Buku panduan pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4 dan DSKP Pendidikan Jasmani Tahun
4 sebagai panduan dalam membina instrumen dan melaksanakan pentaksiran pembelajaran.
193
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Objektif Kajian
1. Mengenal pasti pencapaian standard prestasi pembelajaran murid bagi permainan kategori
serangan dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4 melalui pentaksiran pembelajaran mengikut
kategori sekolah.
2. Menentukan perbezaan pencapaian standard prestasi pembelajaran murid bagi permainan
kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4 melalui pentaksiran pembelajaran
mengikut kategori sekolah.
3. Menganalisis hubungan di antara pencapaian pentaksiran pembelajaran formatif murid dengan
pentaksiran pembelajaran sumatif bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani
Tahun 4 mengikut kategori sekolah.
4. Mengenal pasti tahap persepsi guru terhadap penggunaan pentaksiran pembelajaran bagi
permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4.
TINJAUAN LITERATUR
Berdasarkan Rajah 1, penyelidik telah menganalisis beberapa teori yang sesuai dan berkaitan bagi
membina instrumen pentaksiran pembelajaran dengan menjadikan model ADDIE (Rossett, 1987) dan
model Morrow, James; Jackson; Disch, dan Mood (2005) sebagai asas reka bentuk instrumen. Selain
itu, Teori Behaviorism (Thorndike, 1968), Teori Perkembangan Kognitif (Piaget, 1973), Teori
Konstruktivisme (Vygotsky, 1978), Taksonomi Bloom Revisi (Anderson &Krathwohl, 2001), Teori
Pemprosesan Maklumat (Gagne, 1985), dan Teori Pembelajaran Taksonomi Bloom (Krathwohl,
Bloom, &Masia, 1964) digunakan sebagai panduan dalam membina dan menilai item-item instrumen
pentaksiran pembelajaran secara keseluruhannya pada peringkat reka bentuk dan pembangunan
instrumen.
Instrumen yang mengandungi tiga konteks pentaksiran iaitu pentaksiran untuk pembelajaran,
pentaksiran sebagai pembelajaran dan pentaksiran tentang pembelajaran dilaksanakan ke atas
permainan kategori serangan berdasarkan Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4.
Seterusnya, murid ditaksir meliputi kategori pentaksiran formatif dan sumatif secara kaedah pentaksiran
guru dan pentaksiran kendiri dalam mendapatkan data semasa menilai pencapaian standard prestasi
pembelajaran murid merangkumi aspek pembelajaran psikomotor, kognitif dan afektif. Rajah 1
menunjukkan gambaran keseluruhan teoretikal kajian yang dijadikan panduan dalam menghasilkan
instrumen pentaksiran pembelajaran.
194
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Rajah 1. Kerangka Teoretikal Kajian
METODOLOGI
Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian pra eksperimen - kajian kes sekali telah digunakan
dalam kajian ini. Sampel kajian melibatkan 18 orang guru Pendidikan Jasmani dan 544 orang murid
Tahun 4 di 10 buah sekolah rendah daerah Hulu Selangor, Malaysia. Kajian ini menggunakan instrumen
pentaksiran pembelajaran dan soal selidik persepsi guru. Kaedah pentaksiran guru dan pentaksiran
kendiri turut digunakan dalam kajian ini bagi mengumpul data yang mengukur pencapaian standard
prestasi aspek pembelajaran psikomotor, kognitif dan afektif murid.
Berdasarkan kepada Rajah 2, kerangka konsep instrumen pentaksiran pembelajaran adalah
berlandaskan kepada ciri-ciri konteks, proses dan produk (Stufflebeam, 2000) dan model ADDIE
(Rossett, 1987). Konteks merujuk kepada maklumat-maklumat awal yang diperoleh semasa peringkat
analisis (analysis) bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran seperti DSKP, buku panduan pengajaran
Pendidikan Jasmani Tahun 4, buku teks Pendidikan Jasmani Tahun 4, dan pekeliling Lembaga
Peperiksaan. Antara maklumat awal yang dijadikan panduan dalam peringkat reka bentuk (design) dan
pembangunan (development) instrumen adalah standard kandungan, standard pembelajaran, standard
prestasi, aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan pelaporan standard prestasi (tahap
pencapaian) murid bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4.
195
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Rajah 2. Kerangka Konseptual Kajian
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian berdasarkan tiga konteks pentaksiran iaitu pentaksiran untuk pembelajaran (Assessment
for Learning), pentaksiran sebagai pembelajaran (Assessment as Learning) dan pentaksiran tentang
pembelajaran (Assessment of Learning) dilaporkan. Kaedah pentaksiran guru dan pentaksiran kendiri
digunakan bagi memperoleh data kajian. Sementara itu, dapatan kajian bagi ketiga-tiga konteks
pentaksiran ini dikategorikan sebagai dapatan pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Dengan
demikian, data kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti peratusan, min dan sisihan
piawai.
196
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 1: Standard Prestasi Pentaksiran untuk Pembelajaran bagi Permainan Kategori Serangan dalam Pendidikan
Jasmani Tahun 4 mengikut Kategori Sekolah (N = 544)
Sekolah N Aspek Pembelajaran M (%) SD Standard Prestasi
Bandar Psikomotor 73.05 15.11 Baik
155 Kognitif 69.74 15.16 Baik
74.80 11.87 Baik
Afektif 72.53 13.58 Baik
Keseluruhan
Psikomotor 72.24 13.04 Baik
Luar Bandar 389 Kognitif 69.92 13.01 Baik
74.90 12.13 Baik
Afektif 72.35 11.55 Baik
Keseluruhan
Psikomotor 72.47 13.65 Baik
69.87 13.64 Baik
Kognitif 74.88 12.05 Baik
Keseluruhan 544 Afektif 72.41 12.15 Baik
Keseluruhan
Sehubungan itu, Jadual 1 di atas adalah pencapaian standard prestasi pentaksiran untuk
pembelajaran bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4 mengikut kategori
sekolah bandar dan sekolah luar bandar setelah digabungkan pencapaian berdasarkan kaedah
pentaksiran guru dan pentaksiran kendiri. Dapatan menunjukkan min pencapaian murid sekolah bandar
melebihi min murid sekolah luar bandar dengan catatan 72.53 peratus berbanding 72.35 peratus. Dalam
pada itu, secara keseluruhan menunjukkan pencapaian standard prestasi pembelajaran murid
menggunakan instrumen pentaksiran untuk pembelajaran adalah M=72.41 peratus; SD=12.15 berada
pada standard prestasi Baik dengan pencapaian aspek pembelajaran afektif mencatatkan min tertinggi
dan aspek pembelajaran kognitif mencatatkan min terendah bagi setiap kategori sekolah.
Pencapaian standard prestasi pembelajaran bagi permainan kategori serangan menggunakan
pentaksiran sebagai pembelajaran adalah berdasarkan lima set uji minda yang dijawab oleh murid
selepas setiap sesi pembelajaran dan pengajaran. Set soalan meliputi aspek pembelajaran psikomotor
dan kognitif tanpa aspek afektif yang diterbitkan dari buku Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani
Tahun 4 (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2013). Dengan demikian, uji minda mengandungi tujuh
soalan aspek pembelajaran psikomotor dan tujuh soalan kognitif. Soalan dalam bentuk “betul/salah”
dan open ended merangkumi lima kemahiran permainan kategori serangan. Min pencapaian standard
prestasi berdasarkan peratusan markah bagi 14 soalan uji minda yang ditaksirkan merangkumi lima unit
kemahiran asas permainan kategori serangan dilaporkan mengikut kategori sekolah.
Maka, min pencapaian standard prestasi pentaksiran sebagai pembelajaran bagi permainan
kategori serangan dalam kalangan 544 murid Tahun 4 yang merangkumi aspek pembelajaran
psikomotor dan kognitif ditunjukkan dalam Jadual 2. Analisis menunjukkan min pencapaian aspek
pembelajaran psikomotor murid bandar (79.07%) adalah lebih tinggi berbanding murid luar bandar
(77.38%). Begitu juga dengan min pencapaian aspek pembelajaran kognitif, catatan murid sekolah
bandar (79.54%) adalah lebih tinggi berbanding murid sekolah luar bandar (78.52%). Secara
keseluruhan, kedua-dua aspek pembelajaran berada pada standard prestasi baik dengan catatan min
pencapaian sekolah bandar M=79.30 peratus; SD=10.56 lebih tinggi berbanding sekolah luar bandar
dengan catatan M=77.95 peratus; SD=10.83.
197
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 2: Standard Prestasi Pentaksiran sebagai Pembelajaran bagi Permainan Kategori Serangan dalam Pendidikan
Jasmani Tahun 4 mengikut Kategori Sekolah (N = 544)
Kategori Sekolah N Aspek Pembelajaran M (%) SD Standard Prestasi
Bandar 155 Psikomotor 79.07 11.67 Baik
Luar Bandar Kognitif 79.54 11.16 Cemerlang
Keseluruhan Keseluruhan 79.30 10.56
77.38 12.66 Baik
389 Psikomotor 78.52 13.55 Baik
Kognitif 77.95 10.83 Baik
Keseluruhan 77.86 12.40 Baik
78.81 12.92 Baik
544 Psikomotor 78.33 10.76 Baik
Kognitif Baik
Keseluruhan
Sehubungan itu, Jadual 2 melaporkan dapatan secara keseluruhan pencapaian standard prestasi
pentaksiran sebagai pembelajaran bagi permainan kategori serangan dalam kalangan 544 murid Tahun
4. Dapatan menunjukkan bahawa kedua-dua aspek pembelajaran berada pada tahap Baik dengan catatan
M=78.33 peratus; SD=10.76 dan min pencapaian aspek pembelajaran kognitif (M=78.81%; SD=12.92)
mengatasi min pencapaian aspek pembelajaran psikomotor (M=77.86%; SD=12.40).
Pencapaian standard prestasi pembelajaran permainan kategori serangan menggunakan
instrumen pentaksiran tentang pembelajaran adalah berdasarkan kepada 25 soalan ujian prestasi yang
dibina mengikut enam aras Taksonomi Bloom sebagaimana yang disarankan oleh Lembaga
Peperiksaan dalam buku panduan pentaksiran kemahiran berfikir aras tinggi (Lembaga Peperiksaan,
2012) juga Lacy dan Hastad (2002). Kandungan soalan dibina mengikut Jadual Spesifikasi Ujian
dengan pecahan lima soalan bagi setiap kemahiran dalam permainan kategori serangan Pendidikan
Jasmani Tahun 4. Terdapat 2 soalan aras pengetahuan, 2 aras kefahaman, 6 aras aplikasi, 5 aras analisis,
7 aras menilai dan 3 aras mencipta. Kesemua soalan menilai aspek pembelajaran psikomotor, kognitif
dan afektif bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4.
Jadual 3: Standard Prestasi Pentaksiran tentang Pembelajaran bagi Permainan Kategori Serangan dalam Pendidikan
Jasmani Tahun 4 mengikut Sekolah (N = 544)
Kategori Sekolah N Aspek Pembelajaran M (%) SD Standard Prestasi
Bandar 155 Psikomotor 80.97 10.92 Cemerlang
Luar Bandar Kognitif 80.77 10.78 Cemerlang
Keseluruhan Afektif 81.42 14.43 Cemerlang
Keseluruhan 81.00 8.86 Cemerlang
79.64 11.30 Cemerlang
389 Psikomotor 80.18 11.80 Cemerlang
Kognitif 78.56 16.18 Baik
Afektif 79.44 9.70 Baik
Keseluruhan 80.02 11.20 Cemerlang
80.34 11.45 Cemerlang
544 Psikomotor 79.38 15.74 Baik
Kognitif 80.00 9.49 Cemerlang
Afektif
Keseluruhan
Dengan demikian, Jadual 3 menunjukkan analisis min pencapaian aspek pembelajaran
psikomotor murid sekolah bandar (80.97%) adalah lebih tinggi berbanding murid sekolah luar bandar
(79.64%). Dalam pada itu, min pencapaian aspek pembelajaran kognitif juga menunjukkan murid
sekolah bandar (80.77%) mengatasi min murid sekolah luar bandar (80.18%). Sementara itu, min
pencapaian aspek pembelajaran afektif juga menunjukkan murid sekolah bandar (81.42%) lebih tinggi
berbanding murid sekolah luar bandar (78.56%) dengan perbezaan min 2.86 peratus. Seterusnya,
pencapaian secara keseluruhan menunjukkan murid sekolah bandar (M=81.00%; SD=8.86) berada pada
standard prestasi Cemerlang adalah lebih tinggi berbanding min keseluruhan murid sekolah luar bandar
(M=79.44%; SD=9.70) dan berada pada standard prestasi Baik.
198
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Seterusnya, Jadual 3 juga menunjukkan dapatan kajian secara keseluruhan pencapaian standard
prestasi pentaksiran tentang pembelajaran bagi permainan kategori serangan dalam kalangan 544 murid
Tahun 4. Sehubungan itu, analisis keseluruhan menunjukkan min pencapaian prestasi pembelajaran
adalah M= 80.00 peratus; SD = 9.49 berada pada standard prestasi Cemerlang. Analisis terperinci
mendapati aspek pembelajaran psikomotor dan kognitif berada pada standard prestasi Cemerlang
berbanding aspek pembelajaran afektif hanya pada standard prestasi Baik dengan min pencapaian aspek
pembelajaran kognitif adalah yang tertinggi.
Analisis seterusnya, penyelidik menggabungkan pencapaian standard prestasi pentaksiran
untuk pembelajaran dan pencapaian standard prestasi sebagai pembelajaran bagi mendapatkan hasil
pencapaian standard prestasi pentaksiran formatif serta pentaksiran tentang pembelajaran sebagai
pentaksiran sumatif. Analisis dapatan kajian ini merangkumi aspek pembelajaran psikomotor, kognitif
dan afektif. Sehubungan dengan itu, Jadual 4.7 memerihalkan standard prestasi pembelajaran murid
bagi permainan kategori serangan melalui pentaksiran formatif dan sumatif mengikut kategori sekolah.
Jadual 4: Standard Prestasi Pembelajaran Murid bagi Permainan Kategori Serangan Melalui Pentaksiran Pembelajaran
Secara Keseluruhan (Formatif dan Sumatif) Mengikut Kategori Sekolah
Konteks Pentaksiran Kategori Sekolah N M (%) SD Standard Prestasi
Bandar 155 76.00 11.61 Baik
Pentaksiran Formatif Luar Bandar 389 75.15 9.87 Baik
Keseluruhan 544 72.41 12.15 Baik
Bandar 155 81.00 8.86 Cemerlang
Pentaksiran Sumatif Luar Bandar 389 79.44 9.70 Baik
Keseluruhan 544 80.00 9.49 Cemerlang
Bandar 155 78.00 9.87 Baik
Keseluruhan Luar Bandar 389 77.30 8.63 Baik
Keseluruhan 544 77.63 8.81 Baik
Berdasarkan Jadual 4, analisis keseluruhan menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian
standard prestasi pembelajaran murid dalam pentaksiran sumatif (M=80.00; SD=9.49) pada standard
prestasi Cemerlang berbanding pentaksiran formatif (M=72.41; SD=12.15) pada standard prestasi Baik
bagi kedua-dua kategori sekolah. Namun, pencapaian standard prestasi pembelajaran sekolah bandar
menampakkan min pencapaian yang lebih tinggi berbanding min pencapaian standard prestasi
pembelajaran sekolah luar bandar dalam pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.
Walau bagaimanapun, analisis keseluruhan pencapaian standard prestasi pembelajaran bagi
permainan kategori serangan dalam kalangan 544 murid melalui pentaksiran formatif dan sumatif
berada pada standard prestasi Baik (M=77.63; SD=8.81). Jadual 4 juga jelas menunjukkan bahawa
secara keseluruhannya min pencapaian pembelajaran sekolah bandar (M=78.00; SD=9.87) mengatasi
min pencapaian pembelajaran sekolah luar bandar (M=77.30; SD=8.63).
Kajian ini juga mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara pencapaian standard prestasi
pembelajaran murid bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4 antara
kategori sekolah bandar dengan luar bandar. Ujian t tidak bersandar digunakan bagi menentukan
perbezaan pencapaian standard prestasi pembelajaran murid melalui pentaksiran pembelajaran formatif
dan pentaksiran pembelajaran sumatif antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar pada aras
keyakinan 0.05.
199
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 5: Keputusan Ujian t Tidak Bersandar bagi Pentaksiran Pembelajaran secara Keseluruhan (Formatif dan Sumatif)
antara Sekolah Bandar dengan Sekolah Luar Bandar
Konteks Pentaksiran Kategori Sekolah n M (%) SD Perbezaan Min t p
Pentaksiran Formatif Bandar 155 76.00 11.61 0.77 0.78 0.44
Pentaksiran Sumatif Luar Bandar 389 75.15 9.87 1.55 1.72 0.08
Keseluruhan Bandar 155 81.00 8.86 1.16 1.40 0.17
Luar Bandar 389 79.44 9.70
Bandar 155 78.00 9.87
Luar Bandar 389 77.30 8.63
Sehubungan itu, Jadual 5 menunjukkan keputusan ujian t tidak bersandar yang dijalankan.
Secara keseluruhan, ujian menunjukkan nilai t (544) = 1.40, p=0.17 adalah tidak signifikan. Dengan
demikian, analisis terperinci menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian
standard prestasi pembelajaran murid sekolah bandar dengan murid sekolah luar bandar bagi
pentaksiran formatif (perbezaan min =0.77, t=0.78, p>0.05) serta pentaksiran sumatif (perbezaan min
=1.55, t=1.72, p>0.05).
Dalam pada itu, analisis data menunjukkan wujud hubungan yang sederhana dan signifikan
antara pencapaian pentaksiran pembelajaran formatif murid dengan pencapaian pentaksiran
pembelajaran sumatif mengikut kategori sekolah bandar dan luar bandar. Penyelidik memilih ujian
korelasi dalam menentukan hubungan pencapaian standard prestasi pembelajaran formatif (pentaksiran
untuk pembelajaran dan pentaksiran sebagai pembelajaran) murid dengan pencapaian pentaksiran
pembelajaran sumatif (pentaksiran tentang pembelajaran) bagi permainan kategori serangan dalam
Pendidikan Jasmani Tahun 4 mengikut kategori sekolah.
Jadual 6: Keputusan Ujian Korelasi antara Pentaksiran Formatif dengan Pentaksiran Sumatif Mengikut Kategori Sekolah
Kategori Sekolah Konteks Pentaksiran Pentaksiran Sumatif
Bandar (n=155) Pentaksiran Formatif r 0.62
p 0.00
Luar Bandar (n=389) Pentaksiran Formatif r 0.56
p 0.00
Keseluruhan (n=544) Pentaksiran Formatif r 0.57
p 0.00
** Signifikan pada aras p <0.01(2-hujung)
Dengan demikian, Jadual 6 adalah analisis hubungan menggunakan pekali Pearson Product
Moment. Analisis menunjukkan wujud hubungan yang sederhana dan signifikan (r=0.62**, n=155,
p<0.01) antara pencapaian standard prestasi pentaksiran formatif dengan pentaksiran sumatif bagi
murid sekolah bandar. Begitu juga dengan analisis hubungan di antara pencapaian standard prestasi
pentaksiran formatif dengan pentaksiran sumatif bagi murid sekolah luar bandar menunjukkan wujud
hubungan positif yang sederhana dan signifikan (r = 0.56**, N = 389, p<0.01). Sehubungan dengan itu,
analisis keseluruhan menunjukkan wujud hubungan positif yang sederhana dan signifikan di antara
pentaksiran formatif dengan pentaksiran sumatif (r = 0.57**, N = 544, p<0.01) dalam kalangan 544
murid sekolah rendah.
Manakala, analisis persepsi guru menyatakan bersetuju bahawa instrumen pentaksiran
pembelajaran mampu meningkatkan pencapaian standard prestasi pembelajaran murid bagi kemahiran
asas permainan kategori serangan.Kekuatan dan keberkesanan penggunaan instrumen pentaksiran
pembelajaran adalah berdasarkan kepada tahap persepsi guru terhadap tujuh item persepsi guru iaitu
200
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
penggunaan pentaksiran terhadap penglibatan murid, penggunaan pentaksiran terhadap keperluan guru,
penggunaan pentaksiran terhadap pencapaian standard prestasi pembelajaran, penggunaan pentaksiran
terhadap pencapaian standard prestasi pembelajaran, kualiti instrumen pentaksiran pembelajaran,
ketepatan menaksir, dan proses pentaksiran berdasarkan soal selidik persepsi guru terhadap penggunaan
instrumen pentaksiran pembelajaran bagi permainan kategori serangan. Keputusan kajian dijelaskan
dalam Jadual 7
Jadual 7: Peratus Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Instrumen Pentaksiran Pembelajaran (N=18)
Item Peratus Persepsi Guru
S AS TS
Pencapaian murid dapat ditingkatkan
Pencapaian murid dapat ditingkatkan 94.4 5.6 -
Murid bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti 94.4 5.6 -
Murid bermotivasi menjalankan aktiviti 100 - -
Murid berusaha untuk mempamerkan yang terbaik 100 - -
Penyertaan murid amat menggalakkan 94.4 5.6 -
Keseluruhan 94.4 5.6 -
Penggunaan pentaksiran terhadap keperluan guru
Membantu menilai prestasi murid 100
Mengenal pasti kelemahan murid 94.4 5.6 -
Membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran 94.4 5.6 -
Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar 83.3 16.7
Membebankan tugas guru 33.4 5.6 61.2
Keseluruhan 83.3 6.7 10.0
Penggunaan pentaksiran terhadap pencapaian standard prestasi pembelajaran
Mencapai matlamat mata pelajaran Pendidikan Jasmani 94.4 5.6 -
Mencapai objektif Pendidikan Jasmani berdasarkan DKSP Pendidikan Jasmani Tahun
4 94.4 5.6 -
Kriteria pemarkahan mudah dan jelas
Sesuai dengan standard kandungan pembelajaran 88.9 11.1 -
Menepati dengan standard pembelajaran 88.9 11.1 -
Keseluruhan 94.4 5.6 -
Kualiti instrumen pentaksiran pembelajaran 92.2 7.8 -
Ayat yang digunakan jelas dan mudah difahami
Mesra pengguna 94.4 5.6 -
Tidak mengambil masa yang lama 88.9 5.6 5.6
Penyataan standard prestasi yang digunakan menepati skor pentaksiran 72.2 22.2 5.6
Prosedur pentaksiran yang mudah difahami 94.4 5.6 -
Keseluruhan 88.9 11.1 -
Ketepatan menaksir (akauntabiliti) 87.8 10.0 2.2
Konstruk atau arahan dalam instrumen pentaksiran jelas
Komponen atau kriteria dalam instrumen mudah difahami 72.2 27.8
Aras kesukaran dalam pentaksiran mudah dipatuhi 100 - -
Kriteria pentaksiran memberi peluang kepada pentaksir untuk membuat penilaian 94.4 5.6 -
secara holistik
Pentaksiran yang adil dapat dilaksanakan terhadap murid 83.3 16.7 -
Keseluruhan
Kaedah pentaksiran 88.8 11.1 -
Kaedah pentaksiran yang fleksibel 93.3 6.68 -
Kaedah pentaksiran yang holistik
Arahan dalam setiap kaedah pentaksiran mudah difahami 100 - -
Skala yang digunakan sesuai dengan standard kandungan pengajaran 100 - -
Guru bebas untuk menaksir murid mengikut keutamaan 94.4 5.6 -
Keseluruhan 88.9 11.1 -
Proses pentaksiran 83.3 16.7 -
Pentaksiran guru (formatif) mudah dilaksanakan 93.3 6.68
Pentaksiran kendiri (formatif) mudah dilaksanakan
Pentaksiran ujian prestasi (sumatif) mudah dilaksanakan 83.3 16.7 -
Kandungan pentaksiran tidak terlalu banyak 88.9 11.1 -
Masa tidak membataskan proses pentaksiran 100 - -
Keseluruhan 83.3 11.1 5.6
83.3 11.1 5.6
87.8 10.0 2.2
201
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Nota. S=Setuju; AS=Agak Setuju; TS=Tidak Setuju
PERBINCANGAN
Berdasarkan hasil kajian ini, instrumen pentaksiran pembelajaran dapat mengenal pasti pencapaian
standard prestasi pembelajaran murid bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani
Tahun 4. Keputusan kajian mendapati standard prestasi pembelajaran murid adalah pada standard Baik.
Kajian ini juga mendapati tiada perbezaan yang signifikan di antara pencapaian standard prestasi
pembelajaran murid bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4 bagi kategori
sekolah bandar dan sekolah luar bandar.
Sehubungan itu, instrumen ini juga membantu dalam mengesan hubungan antara pentaksiran
formatif dengan pentaksiran sumatif. Analisis data menunjukkan wujud hubungan yang sederhana dan
signifikan antara pencapaian pentaksiran pembelajaran formatif murid dengan pencapaian pentaksiran
pembelajaran sumatif bagi permainan kategori serangan dalam Pendidikan Jasmani Tahun 4 mengikut
kategori sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Manakala analisis persepsi guru menyatakan bersetuju
bahawa instrumen pentaksiran pembelajaran mampu meningkatkan pencapaian standard prestasi
pembelajaran murid bagi kemahiran asas permainan kategori serangan.
Dengan demikian, instrumen pentaksiran pembelajaran wajar digunakan dalam proses
pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani agar guru dapat menilai murid secara menyeluruh
dari aspek pembelajaran psikomotor, kognitif dan afektif. Seterusnya, hasrat PPPM 2013-2025
berkaitan kurikulum dapat dicapai sebagaimana yang tercatat di dalam Bab 4 (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2012) yang menyatakan kurikulum yang ditaksir perlu sama dengan kurikulum yang ditulis
dan kurikulum yang diajar.
RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013a). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Pendidikan Jasmani Tahun 4 (Cetakan Pe). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 - 2025. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Arter, J. A. (2003). Assessment for Learning: Classroom assessment to improve student achievement
and well-being. United States of America.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1/2014:
Penambahbaikan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS). Putrajaya.
Earl, L. (2003). Assessment of learning, for learning, and as learning. In Assessment as Learning: Using
Classroom Assessment to Maximise Student Learning. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 Tahun 2016: Pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2017
(2016). Putrajaya.
Stiggins, R., Brookhart, S., Darling-Hammond, L., Nielsen, B., Philip, F., Popham, J., & Shepard, L.
(2005). Assessment for learning defined. In ETS/Assessment Training Institute’s International
Conference: Promoting Sound Assessment in Every Classroom (pp. 1–3)
Azlin Norhaini, M., Ong, H. L, Mohamad Sattar, R., Rose Amnah, R., Nurhayati. Y. (2013). The
benefits of school-based assessment. Asian Social Science, 9(8), 101–106. Doi:10.5539/ass.
v9n8p101.
Yuen Fook, C., & Sidhu, G. K. (2012). School-based assessment among ESL teachers in Malaysian
secondary schools. Journal of the Malaysian Education Deans’ Universiti Sains Malaysia,
Council, V, 1–18.
202
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Norazilawati A, Noorzeliana I, Mohd Sahandri G. H., Samiah. S. (2015). Planning and implementation
of school-based assessment (SBA) among teachers. Procedia - Social and Behavioral Sciences,
211(September), 247–254. doi:10.1016/j.sbspro. 2015.11.031
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 25/1998. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 2013: Pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap II secara berperingkat-peringkat mulai
tahun 2014. Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Surat Siaran KPM Bil 14 Tahun 2018 bertarikh 19 Disember
2018: Pemansuhan Amlan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Murid Tahap 1 (Tahun
1, 2 dan 3) di Sekolah Rendah KPM Mulai tahun 2019 Putrajaya.
Sidentop, D. (2007). Introduction to physical education, fitness and sport (6th Ed.). New York: McGraw
Hill.
Mosston, M., & Ashworth, S. (2008). Teaching Physical Education.1st online edition.
Mercier, K., & Doolittle, S. (2013). Assessing student achievement in Physical Education for teacher
evaluation. Journal of Physical Education, Recreation & Dance, 84, 38–42.
López-pastor, V. M., Kirk, D., Lorente-, E., Macphail, A., & Macdonald, D. (2013). Alternative
assessment in physical education: A review of international literature. Sport Education and
Society, 18(1), 57–76.
Matanin, M & Tannehill, D. (1994). Assessment and grading in Physical Education. Journal of Teaching
in Physical Education, 13, 395–405.
Othman, L., Siti Esah, M., Ahmad Fuaad, D., Azali, R., & Omar Hisham, B. (2013). Pembinaan
standard pentaksiran berasaskan sekolah bagi sekolah rendah di Malaysia (2010-0026-106-02).
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjong Malim, Malaysia.
Munira, M. (2010). Pelaksanaan kurikulum Pendidikan Jasmani oleh guru Tingkatan satu (Tesis Doktor
Falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti Malaya, Malaysia.
Torrance, H. (2007). Assessment as learning? How the use of explicit learning objectives, assessment
criteria and feedback in post‐secondary education and training can come to dominate learning.
1. Assessment in Education: Principles, Policy & Practice, 14(3), 281–294.
doi:10.1080/09695940701591867.
Noorzeliana, I. (2016). Penilaian pentaksiran berasaskan sekolah dalam kalangan guru (Tesis Doktor
Falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.
Krathwohl, D., Bloom, B., & Masia, B. (1964). Taxonomy of educational objectives, The classification
of educational goals, Handbook II: Afective Domain. New York: David McKay Company, Inc.
Morrow, James R.; Jackson, A.W.; Disch, J.G., & Mood, D. P. (2005). Measurement and evaluation in
human performance (3rd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.
Rossett, A. (1987). Training needs assessment. Englewood Cliffs: Educational Technology
Publications.
Lacy, A., & Hastad, D. (2002). Measurement and evaluation in Physical Education and exercise science
(4th Ed.). San Francisco: Benjamin Cummings
203
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
ELEMEN KEMANUSIAAN DALAM MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR
TERHADAP APLIKASI TARANUM SELEPAS INTERAKSI
SECARA ATAS TALIAN
Tengku Nor Husna binti Tengku Jamil1 Ph.D. ([email protected])
Muhammad bin Hj. Nordin2 Ph.D. ([email protected])
Adzli bin Ismail3([email protected])
Zaimuddin bin Hj. Hussien4([email protected])
Sh. Nabilatul Huda binti Syed Abdullah5([email protected])
Sarimah binti Mokhtar6([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
ABSTRAK
Pengajaran dan pembelajaran al-Quran sering dikaitkan dengan kaedah talaqqi musyafahah. Namun
masalah pandemik hari ini disebabkan Covid 19 menuntut pengajaran dan pembelajaran atas
talian. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap keyakinanpelajar 2PPISMP
Pendidikan Islam IPG dalam mengaplikasi taranum selepas interaksi secara atas talian. Seramai 125
orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan
menggunakan borang soal-selidik bagi menjawab dua persoalan kajian. Analisis deskriptif
menggunakan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar
2PPISMP di IPG mempunyai tahap keyakinan yang sederhanadalam mengaplikasi taranum selepas
mengikuti pembelajaran taranum secara atas talian. Bagi langkah-langkah menambah baik strategi
pengajaran taranum, pelajar masih memilih cara talaqi musyafahah dan mengharapkan corak
pengajaran secara talaqi musyafahah di murnikan dalam pengajaran secara atas talian. Kajian ini
juga menggunakan pendekatan temubual dengan mengambil tiga orang pelajar sebagai peserta kajian
yang dpilih berdasarkan snowball. Melalui analisis yang dijalankan, didapati bahawa elemen
kemanusiaan sangat signifikan dalam meningkatkan keyakinan pelajar dalam mengaplikasikan
taranum selepas pembelajaran secara atas talian. Antara ciri-ciri pelajar yang diperlukan adalah
pelajar yang sabar, rajin dan ikhlas dalam menuntut ilmu manakala ciri-ciri seorang pensyarah
mestilah menghormati perbezaan individu dan menjadi qudwah hasanah kepada para pelajar.
Kata kunci: Elemen kemanusiaan, Keyakinan, Aplikasi Taranum, Interaksi Atas Talian
PENGENALAN
Tahun 2020 membuka sejarah baru kepada rakyat Malaysia apabila dunia dilanda wabak Covid 19. Isu
Pandemik ini sedikit sebanyak telah memberi impak yang besar kepada bidang pendidikan khususnya.
Isu ini telah memberi implikasi besar kepada peperiksaan perdana di sekolah rendah UPSR dan UPKK
serta di sekolah menengah iaitu PMR, SPM dan STPM. Sistem pendidikan di Institut Pengajian Tinggi
Awam dan Swasta juga turut terkesan dengan keadaan ini. Sehubungan dengan isu yang melanda
negara, langkah drastik yang diambil oleh kerajaan umumnya dan Kementerian Pendidikan khasnya
adalah memperkasakan pembelajaran atas talian bagi setiap aliran. Sama ada di peringkat sekolah
rendah, menengah dan Institut Pengajian Tinggi. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) telah memberi peruntukan tertentu bagi memastikan pembelajaran atas talian berjaya dicapai
dan berjalan lancar dengan memberi secara percuma satu GB antara 8 pagi hingga jam 6 petang yang
diberikan oleh syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis, serta UMobile (Berita Harian, 24 April
204
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
2020). Namun, hasil kaji selidik Kementerian Pendidikan Malaysia menunjukkan hampir 900,000
pelajar atau 37% pelajar tidak mempunyai peranti (Berita Harian, 22 Julai 2020).
Di peringkat IPG juga tidak terlepas daripada fenomena ini. Para pensyarah menggunakan kemudahan
yang ada bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Antara medium yang
digunakan dalam memperkasakan pembelajaran atas talian adalah aplikasi Zoom, Google Classroom,
Schology, Whatsap dan Telegram. Menurut Mohd Idham (2020) terdapat pelbagai jenis platform
pembelajaran digital yang berpotensi dan mempunyai banyak ruang untuk dieksplorasi seperti
Blackboard, Edmodo dan beberapa kaedah hybrid kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti Udemy,
Skillshare dan WizIQ. Menurut Pusat e-Pembelajaran dan Sumber Pengajaran, Universiti Malaysia
Pahang (Ehwan Ngadi 2020), sekiranya capaian internet rendah, platform seperti WhatsApp, Telegram
dan Instagram sesuai dijadikan platform pengajaran murid. Manakala bagi capaian sederhana, platform
seperti Youtube dan Kahoot sesuai digunakan, manakala bagi capaian tinggi, platform bersemuka seperti
Zoom, Microsoft Team, Skype dan Google Meet sesuai digunakan (Ehwan Ngadi, 2020). Kaedah
pengajaran yang berbeza sesuai dijalankan menggunakan platform yang berbeza kepada pelajar
berdasarkan jenis capaian internet pelajar. Bagi memastikan pengajaran berkesan, seorang guru atau
pensyarah mestilah memastikan tahap capaian pelajar bagi menentukan pendekatan yang sesuai kepada
pelajar.
Pembelajaran Taranum dan Qiraat tidak terkecuali diajar melalui secara atas talian. Para pensyarah
khususnya di Intitut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik (IPGKPT) menggunakan beberapa
pendekatan dalam memastikan pengajaran berkesan. Para pensyarah menggunakan rakaman dan audio
secara atas talian bagi memastikan ilmu taranum dan Qiraat boleh disampaikan dengan baik dan jelas
kepada pelajar. Tuntutan ketika itu memerlukan perubahan dalam corak pengajaran dan pembelajaran.
Semua pihak mesti menerima perubahan agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak terhenti dan
boleh diteruskan tanpa menjejaskan mana-mana pihak.
PERNYATAAN MASALAH
Berdasarkan kajian lepas, guru-guru termasuk guru KKQ mengalami beberapa kekangan dalam
pengajaran seperti menyediakan bahan bantu mengajar, menentukan aktiviti pembelajaran murid,
merancang kaedah pengajaran, menyusun kandungan mata pelajaran dan memberi peluang kepada
pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti (Robiatul dan Tengku Sarina tth). Oleh yang demikian
pengajaran secara atas talian juga turut memberi implikasi yang tinggi kepada guru dan memberikan
masalah yang baru. Menurut Ehwan Ngadi (2020) pengajaran secara atas talian memberi tiga implikasi
utama yang menjadi cabaran besar kepada pendidik bagi menjalankan pembelajaran secara atas talian,
iaitu kebolehcapaian internet dan kestabilan platform pengajaran, pengurusan emosi serta pentaksiran
secara holistik.
Lazimnya, pengajaran taranum diajar secara talaqi musyafahah. Talaqqi dan musyafahah merupakan
satu displin pembelajaran al-Quran yang diwarisi oleh Rasulullah s.a.w daripada malaikat Jibril a.s dan
dipraktikkan kepada para sahabat baginda (Nurul Huda et.al 2019). Namun keadaan memaksa agar
pengajaran diteruskan secara atas talian. Pada awalnya pembelajaran taranum berjalan lancar dan
pensyarah mendapati guru pelatih boleh menguasai pelajaran namun berdasarkan pemerhatian dan
markah yang diperolehi dalam peperiksaan pelajar menunjukkan kelemahan dalam menguasai taranum
berbanding Qiraat. Berdasarkan markah kerja kursus taranum kebanyakan pelajar berjaya mendapatkan
markah yang sederhana, hampir 70% markah pelajar berada kurang daripada 60%. Oleh yang demikian
kajian ini sangat penting dalam mengesan dan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh pelajar
ketika pembelajaran taranum secara atas talian.
205
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Oleh yang demikian, kajian ini diharapkan dapat membantu para pensyarah dan pelajar untuk mengenal
pasti elemen kemanusiaan yang diperlukan dalam meningkatkan keyakinan pelajar mengaplikasikan
taranum setelah melaksanakan pembelajaran atas talian. Elemen kemanusiaan ini memberi impak tinggi
dalam memupuk kekuatan dan jati diri dalam memberi kesedaran kepada pelajar untuk cintakan ilmu
dan sebarkan ilmu.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap keyakinan pelajar terhadap ilmu taranum selepas mengikuti pembelajaran
taranum secara atas talian.
2. Mengenal pasti cabaran pengajaran taranum secara atas talian.
3. Mengkajielemen kemanusiaan yang perlu ada bagi pelajar dan pensyarah dalam meningkatkan
keyakinan mengaplikasi taranum ketika membaca al-Quran.
TINJAUAN LITERATUR
Tarannum bererti menyanyi, mendendang dan memperelokkan suara terhadap sesuatu (Muhammad
Lukman et.al t.th). Lagu terbahagi kepada dua iaitu lagu dasar utama dan lagu furu’ atau lagu cabangan.
Lagu tersebut ialah bayati, soba, hijaz, nahawan, rast, sika, dan jiharkah. Manakala lagu yang kedua
adalah lagu-lagu furu’ atau cabangan, antaranya ialah lagu ajam, syura, kardi, husaini, bustanjar, Iraqi,
nawa, asar, zanjaran, romal, dan isyaqi (Najmiah dan Mohd Yakub, 2017).
Taranum merupakan aspek penting dalam membaca al-Quran dan mempelajarinya adalah satu cabaran
(Maimun Aqsha Lubis et.al 2011). Mempelajari taranum menunjukkan salah satu ciri manusia
mencintai al-Quran dan ingin menzahirkan bacaan al-Quran dengan lebih baik. Indahnya al-Quran
dilihat daripada bacaannya sebagaimana yang berlaku kepada Saidina Umar yang mendengar adiknya
membaca al-Quran lalu memeluk Islam.
Taranum adalah salah satu kesilapan yang sering dilakukan ketika membaca al-Quran selain kefasihan
suara dan tajwid (Najmiah Omar et.al 2019). Menurut Maimun Aqsha (2011) antara kelemahan guru di
Padang, Indonesia dalam mengajar taranum adalah tidak menguasai pedagogi pengajaran dan sikap
guru yang tidak mengambil berat dalam pengajaran taranum. Peranan guru atau pensyarah sangat besar
dalam memberikan ilmu taranum dan pelajar dapat menghayatinya seterusnya mentabiatkannya
(Najmiah Omar 2017). Proses ini memerlukan kesungguhan dan kreativiti guru atau pensyarah.
Walaupun kajian telah membuktikan bahawa kejayaan perkembangan taranum adalah melalui kelas
pengajian taranum sebagaimana yang dilaksanakan oleh Ustaz Che Yahaya Daud (Anuar Hasin, 2018).
Namun penggunaan teknologi terkini di dalam pengajaran dan pembelajaran taranum juga merupakan
medium yang berkesan dalam penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan (Anuar Hasin 2018).
Oleh yang demikian penggunaan teknologi dan media massa terkini haruslah
dimanfaatkan oleh para ilmuan khususnya para pensyarah dalam usaha menyampaikan ilmu
pengetahuan mereka ke dalam masyarakat dan pelajar. Kewujudan media baharu seperti Facebook,
Instagram, Whatsapp dan sebagainya tidak hanya harus menjadi medium untuk bersosial semata-mata,
bahkan ia mesti digunakan ke jalan yang berfaedah dan memberi keuntungan kepada masyarakat. Hal
ini dapat dicontohi melalui usaha menayangkan sesi pembelajaran taranum Bersama Ustaz Yahya
secara langsung Anuar Hasin 2018). Ia telah ditonton oleh lebih daripada 5 ribu orang, dan
ini sudah tentu memberi ruang kepada bukan sahaja qari dan qariah,bahkan masyarakat umumnya unt
uk mengenali dengan lebih dekat tentang bacaan al-Quran secara bertarannum sejurus menimbulkan
minat dan kecintaan mereka terhadap al-Quran.
206
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Al-Ghazali yakin dan percaya bahawa sahsiah manusia adalah berdasarkan wahyu iaitu al-Quran dan
al-Sunnah (Aslina Ahmad et.al 2018). Menurut al-Ghazali (2003) terdapat tiga unsur utama didalam
roh atau kerohanian yang boleh mempengaruhi sahsiah guru iaitu nafsu, hati dan akal. Berdasarkan
kajian Zidni dan Zaizul (2017) dalam membahaskan proses tazkiyyah al-nafs, al-Ghazali
membahagikan proses riyāḍah al-nafs kepada tiga peringkat iaitu memantapkan keimanan,
mempertingkatkan ibadah dan mengaplikasikan sifat-sifat maḥmūdah dalam jiwa, manakala
proses riyāḍah al-nafs Ibnu Qayyimhanya menyentuh satu aspek sahaja iaitu akhlak. Menurut kajian
Mohd Amir (2015) berkaitan elemen kemanusiaan dalam kejayaan penyumberan sistem maklumat
antara elemennya adalah elemen tanggungjawab, menghormati rakan, keikhlasan dan bersedia untuk
berubah. Elemen kemanusiaan ini juga turut ditekankan oleh mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr.
Maszlee Malek yang berpendapat nilai kemanusiaan dalam proses pengajaran sebagai usaha membina
generasi masa depan yang berakhlak mulia. Beliau turut menyatakan bahawa sahsiah yang baik adalah
bersikap rajin dan pembersih (Berita Harian, 29 Ogos 2018).
Berdasarkan tinjauan yang dinyatakan kajian terhadap pembelajaran taranum di peringkat IPG yang
mengaitkan pembelajaran atas talian masih belum dilakukan. Ditambah lagi dengan keperluan elemen
kemanusiaan dalam meningkatkan keyakinan pelajar, seiring dengan keperluan pengajaran secara atas
talian. Oleh yang demikian kajian ini sangat penting dan perlu dilaksanakan bagi memberikan satu data
yang tepat berkaitan tahap keyakinan pelajar mengaplikasikan taranum selepas pembelajaran atas talian
dan elemen kemanusiaan yang diperlukan bagi impak yang positif.
METODOLOGI
Pengenalan
Metodologi kajian adalah penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai kaedah yang paling
sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Oleh itu, kaedah kajian yang dirangka
adalah melibatkan reka bentuk kajian, subjek atau sampel kajian, prosedur kajian, prosedur
pengambilan data serta prosedur penganalisisan data.
Reka Bentuk Kajian
Secara umumnya kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif bagi mengenalpasti dan
mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan penguasaan pelajar terhadap pembelajaran taranum
secara atas talian. Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan termasuk
dalam kajian yang diklasifikasikan oleh Majid Konting (1998) salah satu jenis kajian dalam
penyelidikan deskriptif. Menurut Creswell (2005) reka bentuk kajian tinjauan adalah prosedur dalam
penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang mana pengkaji menjalankan satu tinjauan terhadap sampel
atau keseluruhan populasi. Kaedah kuantitatif digunakan berikutan daripada instrumen yang digunakan
iaitu set soal selidik berbentuk terbuka dan tertutup. Berdasarkan kaedah ini, pengkaji menggunakan
item-item tertentu berikutan daripada set soal selidik yang diedarkan kepada responden. Item-item yang
terkandung adalah bagi menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan. Menerusi kaedah kuantitatif
ini, pengkaji menggunakan item-item soalan selidik tertutup yang berkaitan maklumat peribadi
responden dan maklumat keluarga.
Pemilihan Sampel
Kajian ini menggunakan pemilihan sampel bertujuan. Menurut Chua (2006) persampelan bertujuan
merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu
dipilih sebagai responden kajian. Responden kajian terdiri daripada semua pelajar IPG Kampus
Pendidikan Teknik yang mengambil Major Pendidikan Islam. Seramai 150 orang pelajar akan menjadi
sampel kajian. Seramai 25 orang pelajar menjadi sampel rintis dan 125 orang pelajar adalah sampel
kajian sebenar. Justifikasi pemilihan sampel adalah kerana sampel di IPG Teknik adalah pelajar pertama
207
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
mempelajari kursus taranum sejak IPG Teknik ditubuhkan pada tahun 1962. Teknik pemilihan sampel
dilakukan melalui penentuan saiz sampel yang dirujuk melalui jadual Krejcie dan Morgan (1990).
Instrumen Kajian
Instrumen kajian adalah borang soal selidik yang mengandungi tiga bahagian. Bahagian A merupakan
maklumat latar belakang responden, bahagian B merupakan ujian penguasaan yang meliputi objektif 1,
2, 3 dan 4 manakala bahagian C adalah cadangan pelajar terhadap langkah-langkah menambah baik
strategi pengajaran taranum secara atas talian.
Kajian Rintis
Kajian rintis ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap kebolehlaksanaan atau kemunasabahan kajian
sebenar yang akan dijalankan di samping meningkatkan kesahan dalam instrumen kajian (Chua 2006).
Kesemua item telah diuji rintis untuk menguji kesahan item. Tahap kesahan dan dan kebolehpercayaan
item diuji menggunakan pekali alpha Cronbach. Nilai alpha yang kurang daripada 0.6 dianggap lemah,
nilai alpha 0.7 keatas dianggap baik. Hasil analisis menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan bagi
keseluruhan data kajian adalah tinggi, iaitu 0.959. Oleh itu pernyataan item boleh diterima pakai dalam
kalangan sampel kajian sebenar.
Pengumpulan Data
Bagi pengumpulan data, kajian ini menggunakan dua kaedah dalam pengumpulan data iaitu data primer
dan data sekunder. Data primer adalah merujuk kepada data yang dikumpulkan sendiri oleh penyelidik
menerusi soal selidik kepada pelajar. Manakala pengumpulan data sekunder pula adalah lebih
mengutamakan penyelidikan perpustakaan dan data tersebut telah dikumpul daripada kajian-kajian
berkaitan yang dilakukan sebelum ini oleh penyelidik lain sama ada dalam bentuk artikel, artikel jurnal,
tesis, buku, majalah, kertas seminar dan sebagainya. Adapun data primer dalam kajian ini ialah
instrumen yang digunakan dalam kajian ini.
Analisis Data
Seterusnya, soal selidik pelajar pula akan dianalisis secara statistik menggunakan Statistical Package
for Social Sciences (SPSS) versi 18.0. dengan menggunakan prosedur statistik frekuensi dan peratusan,
kerana menurut Chua, (2006) bagi menganalisis perbezaan antara kumpulan-kumpulan responden,
boleh menggunakan ujian bukan parametrik (parameter) seperti analisis deskriptif boleh menggunakan
frekuensi dan peratusan kerana nilai skala likert adalah skala ordinal.
Temubual
Kajian ini telah menetapkan peserta kajian yang khusus bagi memastikan objektif ketiga
terjawab. Menurut Patton (2002) temu bual berlaku melalui pengalaman, persepsi, pendapat,
perasaan dan pengetahuan peserta kajian. Teknik pensampelan snowball diaplikasikan dalam
kajian ini.
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan terhadap pelajar-pelajar Major Pendidikan Islam di IPG KPT
seramai 125 orang beberapa keputusan telah dikenal pasti. Kajian ini melibatkan (30%) pelajar lelaki
dan 70% pelajar perempuan. Seramai 48% pelajar menetap dikawasan kampung, manakala 33% pelajar
menetap di kawasan bandar dan 17% pelajar menetap dikawasan luar bandar. Majoriti bapa dan ibu
pelajar bekerja dengan kerajaan dengan 57% dan 60%, manakala 26% dan 4% bekerja sendiri dan 16%
208
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
dan 30% adalah lain-lain. Tahap pendapatan isi rumah pelajar-pelajar sebagaimana yang dinyatakan
adalah 38% berpendapatan RM3999 dan kebawah, manakala 34.6% adalah RM4000 hingga RM7999
dan 27% pendapatan ibu bapa dan penjaga adalah RM8000 dan keatas.
Pelajar menggunakan talian secara postpaid dengan peratus sebanyak 42.3% manakala 40.5% peratus
pelajar menggunakan kemudahan talian sedia ada dirumah seperti unifi dan wifi dan hanya 17% pelajar
menggunakan prepaid untuk melaksanakan pembelajaran atas talian. Hampir 70% pelajar mengakui
mempunyai tahap capaian internet yang baik dan sangat baik manakala hanya 2% yang menyatakan
talian internet untuk pembelajaran atas talian adalah lemah manakala yang lainnya mengakui bahawa
tahap capaian internet adalah sederhana.
Tahap Keyakinan Pelajar Terhadap Ilmu Taranum Selepas Mengikuti Pembelajaran Taranum
Secara Atas Talian.
JADUAL 1: TAHAP KEYAKINAN PELAJAR TERHADAP ILMU TARANUM SELEPAS
MENGIKUTI PEMBELAJARAN TARANUM SECARA ATAS TALIAN
Bil. Item Min Sisihan Tahap
Piawai
1 Saya yakin membaca al-Quran menggunakan taranum Bayati harakat 3.98 .616 Tinggi
2.(Nawa)
2 Saya yakin membaca al-Quran menggunakan taranum Bayati harakat 3.92 .610 Tinggi
3.(Qara)
3 Saya yakin membaca al-Quran menggunakan taranum Bayati harakat 3.67 .741 Tinggi
4.(Jawab)
4 Saya yakin membaca al-Quran menggunakan taranum Bayati harakat 5. 3.41 .823 Sederhana
(Jawabuljawab)
5 Saya yakin membaca al-Quran menggunakan taranum Soba harakat 2. 3.88 .618 Tinggi
(Nawa)
6 Saya yakin membaca al-Quran menggunakan taranum Soba harakat 3. 3.78 .597 Tinggi
(Qara)
7 Saya yakin membaca al-Quran menggunakan taranum Soba harakat 4. 3.58 .713 Sederhana
(Jawab)
8 Saya yakin membaca al-Quran menggunakan taranum Soba harakat 5. 3.36 .797 Sederhana
(Jawabuljawab)
9 Saya yakin membaca al-Quran menggunakan taranum Rast harakat 2. 3.89 .613 Tinggi
(Nawa)
10 Saya yakin membaca al-Quran menggunakan taranum Rast harakat 3. 3.80 .640 Tinggi
(Qara)
11 Saya yakin membaca al-Quran menggunakan taranum Rast harakat 4. 3.55 .671 Sederhana
(Jawab)
12 Saya yakin membaca al-Quran menggunakan taranum Rast harakat 5. 3.35 .766 Sederhana
(Jawabuljawab)
13 Saya mempunyai suara yang sesuai untuk mengalunkan taranum Bayati. 3.52 .874 Sederhana
14 Saya mempunyai suara yang sesuai untuk mengalunkan taranum Soba. 3.35 .823 Sederhana
15 Saya mempunyai suara yang sesuai untuk mengalunkan taranum Rast. 3.30 .832 Sederhana
Jadual 1 menunjukkan keyakinan pelajar terhadap ilmu taranum selepas mengikuti pembelajaran
taranum secara atas talian. Dengan menggunakan skala pengukuran min, Mohd Majid (1994), pengkaji
dapat melihat tahap keyakinan pelajar terhadap ilmu taranum selepas mengikuti pembelajaran taranum
secara atas talian. Secara keseluruhannya, tahap keyakinan pelajar terhadap ilmu taranum selepas
mengikuti pembelajaran taranum secara atas talian pada keseluruhannya adalah pada tahap
sederhana. Dengan ini menunjukkan bahawa pelajar kurang keyakinan terhadap ilmu taranum selepas
mengikuti pembelajaran taranum secara atas talian. Jumlah skor min tertinggi bagi tahap ini adalah
3.98 dan sisihan piawai adalah 0.616. Terdapat tiga tahap sederhana pelajar terhadap ilmu taranum
selepas mengikuti pembelajaran taranum secara atas talian. Iaitu membaca al-Quran menggunakan
taranum Bayati, Soba dan Rast dalam harakat Nawa, Qara, Jawab dan Jawabuljawab. Namun begitu,
taranum Bayati menunjukkan min tertinggi iaitu 3.98 dan sisihan piawai 0.616. Tahap menggunakan
209
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
suara untuk mengalunkan taranum Rast adalah yang paling rendah dengan min 3.30 dan sisihan piawai
adalah 0.832. Pada bahagian ini, kekerapan dan peratus ditunjukkan dalam Jadual 3 bagi tujuan untuk
melihat jumlah tahap keyakinan pelajar terhadap ilmu taranum selepas mengikuti pembelajaran taranum
secara atas talian. Melaui 15 item dalam soal selidik, keseluruhannya menunjukkan berada pada tahap
keyakinan yang sederhana.
Cabaran Pengajaran Taranum Secara Atas Talian.
JADUAL 2: CABARAN PENGAJARAN TARANUM SECARA ATAS TALIAN
Bil. Item Min Sisihan Piawai Tahap
16 Saya lebih cenderung belajar taranum secara talaqi musyafahah. 4.49 .613 Tinggi
17 Saya dapat belajar taranum secara atas talian dengan baik. 3.33 .893 Sederhana
18 Saya suka belajar taranum secara atas talian. 2.91 1.052 Sederhana
Jadual 4 menunjukkan skor min bagi tahap cabaran pengajaran taranum secara atas talian. Skala
pengukuran bagi ujian tahap cabaran pengajaran taranum secara atas talian ini dilihat berdasarkan ujian
pengukuran Mohd Majid (1994). Berdasarkan Jadual 4, min tertinggi bagi tahap adalah pada item
“Saya lebih cenderung belajar taranum secara talaqi musyafahah.” dengan min sebanyak 4.49 dan
sisihan piawai 0.613. Bagi min yang terendah adalah pada item” Saya dapat belajar taranum secara
atas talian dengan baik” dengan min 2.91 dan sisihan piawai adalah 1.052 pada tahap kemahiran yang
rendah. Daripada dapatan yang diperoleh, tahap cabaran pengajaran taranum secara atas talian adalah
sangat tinggi. Analisis secara deskriptif dilakukan untuk melihat tahap cabaran pengajaran taranum
secara atas talian. Jadual 4 menunjukkan skor secara terperinci serta tahap bagi item yang dikemukakan
kepada responden kajian. Terdapat 3 item dalam bahagian ini berdasarkan soal selidik. Berdasarkan
Jadual 2, terdapat tiga tahap kefahaman pelajar terhadap ilmu taranum ketika pembelajaran atas talian,
iaitu tahap rendah, sederhana dan tinggi. Bagi tahap tinggi, cabaran pelajar belajar secara atas talian
adalah sangat besar cabarannya, di mana pelajar sukar memahami ilmu taranum berbanding dengan
item-item yang lain dengan skor min 2.91 dan sisihan piawai ialah 1.052. Bagi tahap sederhana pula,
item “Saya dapat belajar taranum secara atas talian dengan baik. ” merupakan item yang menunjukkan
tahap sederhana iaitu min 3.33 dengan sisihan piawai 0.893. Tahap rendah pula adalah pada item “Saya
suka belajar taranum secara atas talian.” yang merupakan item yang paling rendah dengan skor min
adalah 2.91 dan sisihan piawai adalah 1.052 berbanding dengan min tertinggi pada item “Saya lebih
cenderung belajar taranum secara talaqi musyafahah”. Secara keseluruhan, tahap cabaran pengajaran
taranum secara atas talian adalah sangat tinggi cabarannya berbanding dengan belajar taranum secara
talaqqi musyafahah.
Elemen Kemanusiaan yang perlu ada bagi seorang pelajar
Berdasarkan analisis dapatan melalui temubual didapati bahawa elemen penting yang perlu ada bagi
seorang pelajar ialah kerajinan. Menurut ketiga-tiga peserta kajian kerajinan seorang pelajar sangat-
sangat diperlukan, ia meliputi kesungguhan, bersedia membuat latihan, berusaha memperbaiki diri dan
bersedia untuk membuat kebaikan semata-mata untuk dikongsikan dengan orang lain. Salah seorang
peserta kajian mengakui bahawa keupayaan bertaranum adalah pemberian daripada Allah SWT namun
dengan kerajinan dan semangat yang tinggi, keupayaan taranum akan dating dengan sendiri dengan
keizinan daripada Allah. Antara petikan temubual bersama peserta kajian
“mesti ada kesungguhan dan kerajinan serta latihan yang tinggi”,
(Pelajar 3, Elemen Kemanusiaan, Oktober 9, 2020)
Petikan diatas menunjukkan pentingnya kerajinan dalam proses pembelajaran tidak kira sama
ada belajar secara talaqi musyafahah atau secara atas talian. Elemen seterusnya yang diperoleh
210
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
berdasarkan analisis temubual daripada peserta kajian adalah elemen ikhlas. Elemen ini sangat penting
untuk semua individu betulkan niat ketika mempelajari taranum. Sebagaimana petikan temubual
“Tapi bila kita rasa down, kene selalu tajdid niatlah. Dengan niat, saya belajar al-Quran bukan
sebab saya hebat. Tapi sebab saya hamba. Saya ikhlas nak belajar. Kena kuatkan semangatlah
(Pelajar 2, Elemen Kemanusiaan, Oktober 9, 2020)
Setiap amalan bermula dengan niat. Niat yang ikhlas belajar kerana Allah akan memudahkan proses
penerimaan ilmu dan mengaplikasikan ilmu. Dengan niat yang baik, Allah akan berikan kebaikan.
Elemen kemanusiaan yang perlu diterima oleh seorang pelajar dan pensyarah adalah bersedia menerima
perubahan. Perubahan yang berlaku disebabkan pandemik perlu difahami dan diatasi dengan baik.
Seorang pensyarah mestilah memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih kepada pelajar agar pelajar
dapat melihat kesungguhan dan semangat pensyarah yang menyebabkan pelajar lebih berminat untuk
belajar taranum walaupun belajar secara atas talian. Konsep qudwah hasanah perlu diterapkan oleh guru
atau pensyarah sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Ghazali bahawa guru yang mempunyai akhlak
mulia adalah guru yang bijaksana adalah guru yang mempunyai motivasi yang kuat (Aslina Ahmad
et.al 2018).
Seterusnya berdasarkan temubual ketiga-tiga peserta kajian mengakui bahawa suara untuk bertaranum
adalah anugerah terindah daripada Allah. Oleh yang demikian seorang pensyarah mestilah menerima
perbezaan invidu dalam menyampaikan ilmu taranum. Berdasarkan temubual yang dilakukan,
pensyarah mengakui bahawa perbezaan individu inilah yang menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan
seorang pelajar dalam mempelajari taranum. Usaha mempelajari tabaqat suara dan usaha memperbaiki
suara akan memberikan hasil suara yang lebih baik berbanding dengan suara yang semulajadi tanpa ada
usaha untuk ditambah baik. Bakat dan suara ini sememangnya memainkan peranan yang penting dalam
mengaplikasikan taranum namun usaha meniru dan mendengar bacaan qari secara berulang kali
hakikatnya boleh membantu menghasilkan bacaan al-Quran dengan bertaranum dengan baik.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh peserta kajian pertama dan ketiga
Setiap lagu lagu tarannum juga memiliki keunikan dan fungsi nya tersendiri, seperti lagu rast,
dia membawa alunan yang lembut tetapi tegas, juga akan memberi semangat kepada
persembahan yang dibuat dan dapat menimbulkan kepuasan kepada pembaca dan pendengar
Keberkesanan dalam diri tu , satu mungkin boleh dilihat dari segi bakat , tarannum ni juga
memerlukan bakat suara , tapi perkara ni boleh diasah , juga boleh dilihat dari segi minat
pelajar tu sendiri , kadang-kadang ada yang tak pernah tahu apa itu tarannum , bila ada
belajar tarannum secara atas talian dan selau dengar , dari situ mula timbul minat tarannum
tu , kesan dia juga dapat lihat bila ada penilaian dan didengar oleh gurunya , kemudian
gurunya nilai , aplikasi tu dapat nilai tahap penguasaan pelajar tu .
(Pelajar 1, Elemen Kemanusiaan, Oktober 9, 2020)
“Tiru suara dan bacaan qari-qari antarabangsa melalui youtube, banyak bantu saya”
(Pelajar 3, Elemen Kemanusiaan, Oktober 9, 2020)
Berdasarkan temubual yang dinyatakan terdapat beberapa elemen kemanusiaan yang perlu diterapkan
oleh pelajar dan pensyarah. Elemen-elemen ini sememangnya boleh membantu pelajar dalam
meningkatkan keyakinan dalam mengaplikasikan taranum walaupun belajar secara atas talian.
PERBINCANGAN
211
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Tahap keyakinan pelajar terhadap pembelajaran taranum secara atas talian dan cabaran pembelajaran
taranum secara atas talian adalah sederhana. Corak pengajaran taranum secara atas talian perlu
dipelbagaikan bagi memeberikan pengajaran yang berkesan dan menambahkan keyakinan pelajar untuk
mengaplikasikan Ilmu Taranum yang telah dipelajari. Elemen kemanusiaan.
Tahap Keyakinan Pelajar Terhadap Ilmu Taranum Selepas Mengikuti Pembelajaran Taranum
Secara Atas Talian.
Tahap keyakinan pelajar terhadap Ilmu Taranum selepas mengikuti pembelajaran atas talian adalah
sederhana. Pelajar kurang yakin mengaplikasikan taranum Bayati, Soba dan lebih-lebih lagi Rast.
Sifattaranum Rast ialah gerak lembut di samping ketegasan, kelembutan alunan, lincah
menyemarakkan, sesuai dengan mana-mana tabaqat dan taranum ini sesuai dengan mana-mana bentuk
ayat. Peranan tarannum rast ialah memberi semangat kepada persembahan, memberi tenaga kepada
tarannum berikutnya, memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar, dapat menimbulkan kesenian
fasohah al-Quran dan dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat al-Quran (Najmiah dan
Mohd Yakub 2017). Sifat dan peranan taranum Rast ini menyebabkan pelajar kurang cenderung untuk
mengusainya. Ditambah dengan bacaan harakat Nawa, Qara, Jawab dan Jawabul Jawab.Peranan
pensyarah sangat penting dalam memberi semangat dan menunjukkan kesungguhan kepada pelajar
untuk lebih tertarik kepada ilmu taranum. Ketika proses mengaplikasikan inilah peranan suara sangat
diperlukan. Suara memainkan peranan yang penting dalam mengalunkan bacaan al-Quran secara
berlagu. Oleh yang demikian sebagai pensyarah mestilah menghormati perbezaan individu. Suara yang
dikurniakan oleh Allah tidak sama. Namun berdasarkan temubual bersama pelajar yang mahir
bertaranum, suara boleh dibimbing berdasarkan niat. Tajdid niat akan menjadikan seorang pelajar itu
berusaha untuk membaca al-Quran secara berlagu, bukan bermakna untuk menunjuk-nunjuk tetapi
semata-mata untuk memberi manfaat kepada orang lain. Peranan pelajar juga tidak kurangnya,
kesungguhan dalam mendengar bacaan al-Quran secara berulang-ulang sama ada daripada pensyarah
atau qari-qari sedia ada membuktikan wujudnya jiwa dan roh yang cintakan al-Quran. Proses
mendengar dan menghayati secara berulang ini menuntut kesabaran dan keikhlasan dalam diri individu.
Kejayaan yang diperoleh selepas berjaya mengalunkan dan mengaplikasikan taranum dalam membaca
al-Quran akan meningkatkan nilai dalam diri dengan bersyukur atas segala rahmat dan kurniaan Allah.
Cabaran Pengajaran Taranum Secara Atas Talian.
Berdasarkan kajian yang dijalankan tahap kecenderungan pelajar belajar al-Quran secara talaqi
musyafahah sangat tinggi dengan min 4.49 berbanding belajar secara atas talian adalah rendah dengan
min 2.91. Ini bermakna cabaran untuk mengajar taranum secara atas talian sangat tinggi. Menurut
Najmiah et.al (2017) talaqi musyafahah adalah strategi belajar yang berkesan yang digunakan oleh qari
Ustaz Tarmizi Abdul Rahman. Menurut Mohd Yusuf Ahmad (2000) talaqi musyafahah adalah antara
kaedah yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Kaedah ini bersesuaian dengan
kaedah yang dilalui oleh Baginda Nabi SAW dengan mengambil bacaan daripada Malaikat Jibril a.s
dan Malaikat Jibril a.s. mengambilnya daripada Allah S.W.T. (Norhisham dan Azmil 2019).
Hakikatnya, cabaran ini terletak kepada pensyarah. Pensyarah memainkan peranan penting dalam
meningkatkan minat pelajar terhadap ilmu taranum. Penggunaan masa yang baik dan kesesuaian
pendekatan sangat diperlukan dalam merentasi cabaran ini. Pendekatan talaqi musyafahah masih boleh
diteruskan dengan menggunakan medium telekomunikasi sedia ada. Aplikasi whatsap, zoom dan
google meet boleh digunakan dengan pelajar untuk mendengar bacaan pelajar secara taranum dan lebih
hebat lagi penggunaan aplikasi ini boleh dirakam dan proses rakaman ini memberi peluang kepada
pelajar untuk mendengar secara berulang-ulang. Sebagai pensyarah, bimbingan, tunjuk ajar dan
kesungguhan perlu dizahirkan agar pelajar lebih memahami keperluan dan kepentingan pengajaran
taranum secara atas talian dan dalam masa yang sama memberi pendedahan kepada para pelajar agar
sentiasa bersedia untuk menerima perubahan memandangkan mereka juga akan melalui proses seperti
ini nanti apabila menjadi seorang guru.
212
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Elemen Kemanusiaan
Elemen kemanusiaan bermula daripada penciptaan manusia itu sendiri iaitu jasad dan rohani. Rohani
yang baik akan menghasilkan amalan yang sempurna dan kamil. Ciri-ciri kemanusiaan yang dizahirkan
melalui sifat mahmudah memudahkan sesuatu pekerjaan.
RAJAH 1 : Elemen Kemanusiaan Dalam Meningkatkan Tahap Keyakinan Pelajar
Mengaplikasi Taranum Selepas Pembelajaran Atas Talian
Rajah 1 menunjukkan elemen kemanusiaan yang perlu ada bagi pelajar dan pensyarah bagi
meningkatkan tahap keyakinan pelajar mengaplikasikan taranum ketika membaca al-Quran. Sikap dan
peribadi memainkan peranan yang sangat berharga dalam manusia menghadapi cabaran dan dugaan.
RUMUSAN
Pelajar memerlukan kepelbagaian pendekatan bagi memastikan pengajaran taranum lebih berkesan dan
memberi keyakinan kepada pelajar untuk mengaplikasikan Ilmu Taranum dalam pembacaan al-Quran.
Bagi ilmu aplikasi pelajar memerlukan lebih perhatian dan bimbingan daripada pensyarah walaupun
dalam bentuk video dan audio. Peribadi dan sifat yang mulia berupaya membantu meningkatkan
keyakinan pelajar terhadap aplikasi taranum setelah mengikuti pembelajaran atas talian. Inisiatif ini
akan merangsang pelajar untuk mengaplikasikan taranum bukan sahaja dalam pengajaran dan
pembelajaran tetapi juga diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
RUJUKAN
Mohamad Idham Md Razak (2020) COVID-19: Pembelajaran atas talian suatu keperluan ke arah
menuju Malaysia maju https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-pembelajaran-
atas-talian suatu-keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496
Ehwan Ngadi (2020), Pembelajaran Atas Talian, Buletin Universiti Sains Islam Malaysia
https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/covid19-implikasi-pengajaran-dan-
pembelajaran-atas-talian/
Robiatul Adawiah binti Jamali dan Tengku Sarina Aini binti Tengku Kasim (t.th), Kajian
Pendekatan Pengajaran Taranum al-Quran dalam Kalangan Guru Pelatih Sarjana Muda
Pendidikan Islam.
Nurul Huda binti Zainal Abidin, Najmiah binti Omar, Nor Hafizi bin Yusof (2019), Konsep
Dan Pelaksanaan Kaedah Talaqqi Dan Musyafahah Dalam Pembelajaran Al-Quran, Malaysian
Journal For Islamic Studies, Vol 3, Bil. 1 2019, 27-35
Muhammad Lukman bin Ibrahim, Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusoff dan Mustaffa bin
Abdullah, (t.t) Pro dan Kontra Taranum Dalam Tilawah al-Quran: Satu Kajian Perbandingan
dalam Centre of Quranic Research International Journal
Najmiah binti Omar dan Mohd Yakub @ Zulkifli MohdYusoff (2017), Sumbangan Dato’
Hajjah Rogayah binti Sulong Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Tarannum Al-Quran dalam
Jurnal al-Tamaddun, Bil 12 (2),
213
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Maimun Aqsha Lubis, Yulizar Bila, Rosseni Din, Hamdan, Maslawati Mohamad dan Sabariah
Sulaiman (2011), Challenges Faced by Teachers in Teaching Qur’anic Tarannum, World
Applied Sciences Journal 14 (Special Issue of Innovation and Pedagogy for Diverse Learners):
40-43, 2011 ISSN 1818-4952 © IDOSI Publications
Anuar Hasin. Phd, (2018). Ketokohan Dan Sumbangan Ustaz Che Yahaya Bin Daud Dalam
Bidang Tarannum Al-Quran Di Malaysia dalam Journal of Fatwa Management and Research
Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa
Zidni Nuran Noordin dan Zaizul Ab. Rahman (2017), Perbandingan Proses Tazkiyah al-Nafs Menurut
Imam al-Ghazali dan Ibnu Qayyim, Jurnal al-Quran dan al-Sunnah (al-Turath), Vol.2, No.1, 37-
46
Mohd Amir bin Mat Samsudin @ Mohd. Sham (2015), Elemen Kemanusiaan Dan Perantara Amalan
Perkongsian Ilmu Tersirat Dengan KejayaanPenyumberan Luar Sistem Maklumat, Tesis PhD,
UUM
Mohd Majid Konting (1998), Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka,
Creswell, J. W. (2005) Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and
qualitative research. Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education
Chua Yan Piaw (2006), Kaedah Penyelidikan, Kuala Lumpur, Mc Graw Hill Sdn Bhd, Cetakan Pertama
Patton, Michael Quinn. (2002). Qualitative Research & Evaluation Methods. Cetakan Ketiga.
United Kingdom: Sage Publications.
Najmiah binti Omar, Fatimah Zaharah binti Ismail, Tasnim binti Abdul Rahman, Nik NorAzeah binti
Nik Azman (2017), Faktor-faktor Kejayaan Qari Negeri Terengganu dalam Kesenian Lagu Al-
Quran, Sains Insani
Nurhisham Muhamad dan Azmil Hashim (2019), Kaedah Talaqqi Musyafahah dalam Pengajaran al
Quran Wa al-Hifz Kurikulum Dini SABK di Perak, International Journal of Education
Psychology and Counseling, Volume 4, 273-283
214
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
TAHAP MOTIVASI INTRINSIK DAN KONSEP KENDIRI DALAM KALANGAN
MURID SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR
Cindy Wong Chyee Chen1, Ph.D ([email protected])
Ling Ching Rou2 ([email protected])
Hu Tiong Ann3 ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang12
SK Sg. Kawi3
ABSTRAK
Fokus kajian ini adalah untuk menentukan tahap motivasi intrinsik dan konsep kendiri dalam kalangan
murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk kajian ini merupakan jenis
kuantitatif berbentuk tinjauan yang menggunakan borang soal selidik. Dua set soal selidik iaitu soal
selidik motivasi intrinsik dan soal selidik konsep kendiri digunakan untuk tujuan pengumpulan data.
Responden kajian ini merupakan murid tahun dua hingga tahun lima iaitu seramai 60 orang. Program
The Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS Window versi 23.0) digunakan untuk
menganlisis semua data yang telah dikumpulkan dalam bentuk statistik deskriptif sahaja iaitu peratus
dan frekuensi. Dapatan kajian menunjukkan murid-murid mempunyai tahap motivasi intrinsik dan
tahap konsep kendiri yang tinggi. Walaupun demikian, banyak program dan aktiviti boleh diusahakan
untuk meningkatkan lagi kedua-dua aspek motivasi intrinsik dan konsep kendiri murid-murid di
sekolah.
Kata Kunci: Motivasi Intrinsik, Konsep Kendiri, Pembelajaran
PENGENALAN
Dalam masyarakat yang berasaskan pengetahuan abad ke-21, pendidikan memainkan peranan yang
amat penting dan kritikal. Usaha untuk meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan murid-murid
luar bandar dan pedalaman di Malaysia sentiasa diberi perhatian yang serius. Faktor-faktor yang
mempengaruhi proses pembelajaran dan khasnya pencapaian akademik murid-murid tersebut harus
dikenal pasti dan dikaji agar masyarakat yang berpencapaian dan berkompetensi tinggi dapat
diwujudkan.
Motivasi intrinsik menjadi salah satu fokus dalam kajian ini kerana ia didapati amat relevan dan juga
merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi percapaian akademik murid (Gottfried &
Gottfried, 1996) serta kerap dikaji dalam pencapaian akademik (Steinmayr & Spinath, 2009). Motivasi
intrinsik dipercayai mempengaruhi perkembangan kognitif seseorang murid dan juga fungsi yang
dimainkan oleh murid di sekolah (Gottfried et al., 2001). Banyak kajian yang dilaksanakan
menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara motivasi intrinsik dengan pencapaian
akademik (Delmas & Lessem, 2014; Li & Shieh, 2016).
Selain daripada faktor motivasi intrinsik, konsep kendiri juga dikaji dalam kajian ini. Menurut
Shavelson et al. (1976), konsep kendiri merupakan satu imej minda atau persepsi seseorang individu
terhadap dirinya dan ia dibentuk semasa proses interaksi dengan orang lain atau dengan persekitaran.
215
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Konsep kendiri dikatakan mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan prestasi akademik
(Craven & Marsh, 2008).
Maka, adalah amatlah penting untuk meningkatkan tahap motivasi intrinsik dan konsep kendiri dalam
kalangan murid-murid luar bandar di Malaysia yang masih dilaporkan pada tahap yang rendah dan tidak
memuaskan (Abdull Shukor et al., 2011). Dengan meningkatnya tahap motivasi intrinsik dan konsep
kendiri, diharap ia juga dapat memberi kesan positif ke atas pencapaian akademik murid-murid.
PERNYATAAN MASALAH
Dalam dunia berasaskan pengetahuan abad ke-21, murid-murid perlu meningkatkan diri mereka melalui
pendidikan di sekolah untuk bersiap sedia dalam menghadapi masyarakat era baharu khasnya dalam era
Revolusi Perindustrian 4.0. Aspek afektif seperti motivasi intrinsik dan konsep kendiri memainkan
peranan yang amat penting. Dengan pengetahuan mengenai tahap motivasi intrinsik dan konsep kendiri
murid-murid, satu intervensi yang sesuai dengan tahap mereka dapat direka bentuk agar ia dapat
mempengaruhi prestasi akademik murid-murid ke arah yang lebih baik.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Kajian ialah: -
a. Mengenal pasti tahap motivasi intrinsik murid-murid terhadap pembelajaran.
b. Mengenal pasti tahap konsep kendiri murid-murid terhadap pembelajaran.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini juga mengambil kira kesukaran dan batasan yang mungkin berlaku. Kerana lokasi yang
dicadangkan itu adalah di kawasan luar bandar, murid-murid pada peringkat umur yang rendah mungkin
tidak dapat menjawab semua soalan-soalan di dalam soal selidik dengan betul. Oleh itu, guru-guru
sekolah diperlukan untuk membantu penyelidik dalam membimbing pelajar terhadap soalan-soalan
yang dikemukan dalam instrumen kajian. Kajian ini hanya dijalankan di sebuah sekolah rendah di
Daerah Meradong, Sarawak.
KESIGNIFIKAN KAJIAN
Dari kajian ini, adalah diharapkan maklumat dan dapatan yang diperoleh dapat digunakan sebagai asas
untuk menghasilkan satu intervensi yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap motivasi intrinsik
dan konsep kendiri.
METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini merupakan jenis kuantitatif secara tinjauan yang menggunakan borang soal
selidik. Dua set soal selidik digunakan untuk tujuan pengumpulan data.
216
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah luar bandar di Daerah Meradong, Sarawak. Seramai 60
orang murid terlibat sebagai responden kajian. Responden kajian ini adalah terdiri daripada murid-
murid dari peringkat tahun dua hingga tahun lima (peringkat umur lapan hingga sebelas tahun).
Tahun Jadual 1: Taburan responden mengikut tahun Umur Responden
Dua 8
Tiga Bilangan Responden 9
Empat 4 10
Lima 25 11
Jumlah 13
18
60
INSTRUMEN KAJIAN
Kajian ini melibatkan dua jenis instrumen iaitu Soal Selidik Motivasi Intrinsik dan Soal Selidik Konsep
Kendiri. Soal Selidik Motivasi Intrinsik adalah dari Kamisah dan Cindy (2017). Soal Selidik Motivasi
Intrinsik mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A tentang maklumat responden dan Bahagian B
tentang motivasi intrinsik murid yang dibahagikan kepada konstruk umum dan konstruk sains. Bilangan
item dalam soal selidik ini ialah 18. Nilai alpha Cronbach untuk soal selildik ialah 0.733.
Manakala Soal Selidik Konsep Kendiri adalah dari Cindy dan Kamisah (2017). Soal Selidik Konsep
Kendiri mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A tentang maklumat responden dan Bahagian B
tentang konsep kendiri murid yang dibahagikan kepada konstruk umum, konstruk sains dan konstruk
sosial. Bilangan item dalam soal selidik ini ialah 18. Nilai alpha Cronbach untuk soal selildik ialah
0.724.
PROSEDUR KAJIAN
Data kajian ini diperoleh oleh pengkaji melalui kerjasama guru dan pihak sekolah yang terpilih sebagai
lokasi kajian. Guru membantu dalam mengagihkan borang soal selidik kepada murid-murid di sekolah
tersebut. Dua set borang soal selidik tersebut diedarkan oleh guru yang sama dan masa yang
diperuntukkan juga sama iaitu selama 30 minit.
ANALISIS
Kaedah kuantitatif dalam program The Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS Window
versi 23.0) digunakan untuk menganlisis semua data yang telah dikumpulkan. Data-data kuantitatif
yang diperoleh melalui Soal Selidik Motivasi Intrinsik dan Soal Selidik Konsep Kendiri dianalisis
dengan menggunakan statistik deskriptif sahaja. Semua dapatan yang telah dianalisis akan dipaparkan
dan disusun dalam bentuk jadual yang menunjukkan peratusan dan frekuensi.
217
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
DAPATAN KAJIAN
Konstruk Umum Motivasi Intrinsik
Jadual 2 menunjukkan taburan frekuensi dan peratus motivasi intrinsik responden bagi setiap item
dalam kedua-dua konstruk umum dan juga konstruk sains. Daripada jadual didapati empat item dalam
konstruk umum menunjukkan peratusan paling tinggi (paling banyak dipilih oleh responden) dalam
kategori ‘Benar’ iaitu item nombor 1, 3, 8 dan 10. Manakala empat item lagi dalam konstruk umum
menunjukkan peratusan paling tinggi (paling banyak dipilih oleh responden) dalam kategori ‘Tidak
Benar’ iaitu item nombor 2, 4, 7 dan 9. Tetapi empat item tersebut (item 2, 4, 7 dan 9) merupakan item
negatif. Setelah dikodkan semula, ia sebenarnya menunjukkan peratusan paling tinggi (paling banyak
dipilih oleh responden) dalam kategori ‘Benar’. Hanya tiga item dalam konstruk umum menunjukkan
peratusan paling tinggi (paling banyak dipilih oleh responden) dalam kategori ‘Tidak Pasti’ iaitu item
nombor 5, 6 dan 11. Sebagai rumusan, lapan daripada 11 item dalam konstruk umum motivasi intrinsik
telah dipilih oleh responden sebagai ‘Benar’ semasa memberi respons pada soal selidik motivasi
intrinsik. Manakala responden tidak pasti terhadap tiga item dalam konstruk umum motivasi intrinsik
semasa memberi respons pada soal selidik motivasi intrinsik.
Konstruk Sains Motivasi Intrinsik
Jadual 2 menunjukkan taburan frekuensi dan peratus motivasi intrinsik responden bagi setiap item
dalam kedua-dua konstruk umum dan juga konstruk sains. Daripada jadual didapati tiga item dalam
konstruk sains menunjukkan peratusan paling tinggi (paling banyak dipilih oleh responden) dalam
kategori ‘Benar’ iaitu item nombor 12, 14 dan 17. Manakala tiga item lagi dalam konstruk sains
menunjukkan peratusan paling tinggi (paling banyak dipilih oleh responden) dalam kategori ‘Tidak
Benar’ iaitu item nombor 13, 16 dan 18. Tetapi empat item tersebut (item 13, 16 dan 18) merupakan
item negatif. Setelah dikodkan semula, ia sebenarnya menunjukkan peratusan paling tinggi (paling
banyak dipilih oleh responden) dalam kategori ‘Benar’. Hanya satu item dalam konstruk sains
menunjukkan peratusan paling tinggi (paling banyak dipilih oleh responden) dalam kategori ‘Tidak
Pasti’ iaitu item nombor 15. Sebagai rumusan, enam daripada tujuh item dalam konstruk sains motivasi
intrinsik telah dipilih oleh responden sebagai ‘Benar’ semasa memberi respons pada soal selidik
motivasi intrinsik. Manakala responden tidak pasti terhadap satu item dalam konstruk sains motivasi
intrinsik semasa memberi respons pada soal selidik motivasi intrinsik.
Jadual 2: Taburan peratus dan frekuensi motivasi intrinsik responden
Bil Konstruk Item Tidak Benar Tidak Pasti Benar
ƒ%
1 Umum ƒ%ƒ% 43 71.1
2
3 Saya suka membuat latihan 5 8.3 12 20.0 5 8.3
4 46 76.7
5 baharu di sekolah
6 10 16.7
7 Latihan sekolah TIDAK seronok 40 66.7 15 25.0 41 23.3
Saya seronok belajar benda 5 8.3 9 15.0 22 36.7
baharu di sekolah 3 5.0
Saya TIDAK suka belajar 40 66.7 10 16.7
Saya suka buat latihan yang 15 25.0 31 51.7
susah di sekolah
Saya suka latihan sekolah yang 9 15.0 29 48.3
banyak
Saya TIDAK suka membuat 42 70.0 15 25.0
latihan sekolah
218
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
8 Saya terus berusaha membuat 1 1.7 8 13.3 51 85.0
latihan sekolah saya sehingga
saya faham
9 Saya TIDAK suka cuba latihan 40 66.7 20 33.3 0 0.0
sekolah yang baharu
10 Latihan sekolah sangat seronok 1 1.7 8 13.3 51 85.0
11 Saya cuba mencari perkara 4 6.7 30 50.0 26 43.3
baharu untuk dipelajari di
sekolah
12 Sains Saya seronok belajar sesuatu 4 7.0 12 20.0 44 73.3
13 1 1.7
14 yang baharu dalam sains 43 71.7
15 24 40.0
16 Sains TIDAK seronok 46 76.7 13 21.7 4 6.7
17 37 61.7
18 Saya seronok apabila belajar 3 5.0 14 23.3 4 6.7
perkara baharu dalam sains
Saya suka buat banyak latihan 6 10.0 30 50.0
dalam sains
Saya TIDAK suka membuat 39 65.0 17 28.3
latihan sains yang baharu
Saya ingin belajar lebih banyak 1 1.7 22 36.7
tentang sains
Saya TIDAK suka selesaikan 39 65.0 17 28.3
masalah baharu dalam sains
Secara keseluruhannya, responden memberi respons ‘Benar’ kepada 14 daripada 18 item (77.8%) dalam
soal selidik motivasi intrinsik (konstruk umum dan konstruk sains). Manakala empat daripada 18 item
(22.2%) dalam soal selidik motivasi intrinsik ini diberi respons ‘Tidak Pasti’. Ini dapat ditunjukkan
dalam Rajah 1. Maka, boleh disimpulkan bahawa secara umumnya motivasi intrinsik dalam kalangan
responden adalah tinggi peratusannya.
Taburan Frekuensi terhadap Kategori Respons dalam Soal
Selidik Motivasi Intrinsik (keseluruhan)
15 14
10
54
0
Benar Tidak Pasti
Benar Tidak Pasti
Rajah 1: Taburan frekuensi terhadap kategori respons dalam soal selidik motivasi intrinsik (keseluruhan)
Konstruk Umum Konsep Kendiri
Jadual 3 menunjukkan taburan frekuensi dan peratus konsep kendiri responden bagi setiap item dalam
ketiga-tiga konstruk umum, konstruk sains dan konstruk sosial. Daripada jadual didapati tiga item dalam
konstruk umum menunjukkan peratusan paling tinggi (paling banyak dipilih oleh responden) dalam
219
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
kategori ‘Benar’ iaitu item nombor 3, 4 dan 6. Manakala satu item dalam konstruk umum menunjukkan
peratusan paling tinggi (paling banyak dipilih oleh responden) dalam kategori ‘Tidak Benar’ iaitu item
nombor 2. Tetapi item tersebut (item 2) merupakan item negatif. Setelah dikodkan semula, ia
sebenarnya menunjukkan peratusan paling tinggi (paling banyak dipilih oleh responden) dalam kategori
‘Benar’. Terdapat dua item dalam konstruk umum menunjukkan peratusan paling tinggi (paling banyak
dipilih oleh responden) dalam kategori ‘Tidak Pasti’ iaitu item nombor 1 dan 5. Sebagai rumusan, empat
daripada enam item dalam konstruk umum konsep kendiri telah dipilih oleh responden sebagai ‘Benar’
semasa memberi respons pada soal selidik konsep kendiri. Manakala responden tidak pasti terhadap
dua item dalam konstruk umum konsep kendiri semasa memberi respons pada soal selidik konsep
kendiri.
Konstruk Sains Konsep Kendiri
Jadual 3 menunjukkan taburan frekuensi dan peratus konsep kendiri responden bagi setiap item dalam
ketiga-tiga konstruk umum, konstruk sains dan konstruk sosial. Daripada jadual didapati tiga item dalam
konstruk sains menunjukkan peratusan paling tinggi (paling banyak dipilih oleh responden) dalam
kategori ‘Benar’ iaitu item nombor 8, 10, dan 11. Manakala satu item dalam konstruk sains
menunjukkan peratusan paling tinggi (paling banyak dipilih oleh responden) dalam kategori ‘Tidak
Benar’ iaitu item nombor 7. Tetapi item tersebut (item 7) merupakan item negatif. Setelah dikodkan
semula, ia sebenarnya menunjukkan peratusan paling tinggi (paling banyak dipilih oleh responden)
dalam kategori ‘Benar’. Terdapat satu item dalam konstruk sains menunjukkan peratusan paling tinggi
(paling banyak dipilih oleh responden) dalam kategori ‘Tidak Pasti’ iaitu item nombor 9. Sebagai
rumusan, empat daripada lima item dalam konstruk sains konsep kendiri telah dipilih oleh responden
sebagai ‘Benar’ semasa memberi respons pada soal selidik konsep kendiri. Manakala responden tidak
pasti terhadap satu item dalam konstruk umum konsep kendiri semasa memberi respons pada soal
selidik konsep kendiri.
Konstruk Sosial Konsep Kendiri
Jadual 3 menunjukkan taburan frekuensi dan peratus konsep kendiri responden bagi setiap item dalam
ketiga-tiga konstruk umum, konstruk sains dan konstruk sosial. Daripada jadual didapati empat item
dalam konstruk sosial menunjukkan peratusan paling tinggi (paling banyak dipilih oleh responden)
dalam kategori ‘Benar’ iaitu item nombor 12, 13, 14 dan 15. Terdapat dua item dalam konstruk sosial
menunjukkan peratusan paling tinggi (paling banyak dipilih oleh responden) dalam kategori ‘Tidak
Pasti’ iaitu item nombor 16 dan 18. Manakala tiada responden memberi respons kepada kategori ‘Tidak
Benar’ dalam konstruk sosial konsep kendiri. Namun, terdapat satu item (item nombor 17) yang
mempunyai peratusan yang sama tinggi dalam konstruk sosial iaitu 45%. Sebagai rumusan, empat
daripada tujuh item dalam konstruk sosial konsep kendiri telah dipilih oleh responden sebagai ‘Benar’
semasa memberi respons pada soal selidik konsep kendiri. Manakala responden tidak pasti terhadap
dua item dalam konstruk sosial konsep kendiri semasa memberi respons pada soal selidik konsep
kendiri. Terdapat satu item yang dipilih sama banyak oleh responden dalam kategori ‘Tidak Pasti’ dan
‘Benar’.
Jadual 3: Taburan peratus dan frekuensi konsep kendiri responden
Bil Konstruk Item Tidak Benar Tidak Pasti Benar
ƒ%ƒ%ƒ%
1 Umum Saya baik dalam semua mata 18 30.0 25 41.7 17 28.3
pelajaran di sekolah
2 Saya benci semua mata pelajaran di 48 80.0 7 11.7 5 8.3
sekolah
3 Saya minat belajar semua mata 5 8.3 13 21.7 42 70.0
pelajaran di sekolah
220
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
4 Saya sentiasa menunggu untuk 6 10.0 23 38.3 31 51.7
belajar semua mata pelajaran di
sekolah
5 Semua mata pelajaran di sekolah 11 18.3 31 51.7 18 30.0
sangat mudah bagi saya
6 Saya suka semua mata pelajaran di 5 8.3 14 23.3 41 68.3
sekolah
7 Sains Saya benci mata pelajaran sains 47 78.3 9 15.0 4 6.7
8 Saya sentiasa menunggu mata 8 13.3 21 35.0 31 51.7
pelajaran sains
9 Saya bagus dalam mata pelajaran 9 15.0 41 68.3 10 16.7
sains
10 Saya berminat dalam mata pelajaran 5 8.3 24 40.0 31 51.7
sains
11 Saya suka mata pelajaran sains 3 5.0 17 28.3 40 66.7
12 Sosial Saya ada ramai kawan 3 5.0 1 1.7 56 93.3
13 Saya suka bermain dengan kawan- 2 3.3 6 10.0 52 86.7
kawan
14 Saya mudah berkawan dengan murid 5 8.3 17 28.3 38 63.3
lain
15 Murid lain ingin berkawan dengan 1 1.7 22 36.7 37 61.7
saya
16 Saya ada ramai kawan berbanding 13 21.7 27 45.0 20 33.3
dengan orang lain
17 Saya disukai oleh rakan-rakan sebaya 6 10.0 27 45.0 27 45.0
18 Kebanyakan rakan sukakan saya 10 16.7 38 63.3 12 20.0
Secara keseluruhannya, responden memberi respons ‘Benar’ kepada 12 daripada 18 item (66.7%) dalam
soal selidik konsep kendiri (konstruk umum, konstruk sains dan konstruk sosial). Lima daripada 18 item
(27.8%) dalam soal selidik konsep kendiri intrinsik ini diberi respons ‘Tidak Pasti’. Manakala,
responden memberi respons yang sama banyak antara “Tidak Pasti’ dan ‘Benar’ kepada satu item
(5.5%). Ini dapat ditunjukkan dalam Rajah 2. Maka, boleh disimpulkan bahawa secara umumnya
konsep kendiri dalam kalangan responden adalah tinggi peratusannya.
Taburan Frekuensi terhadap Kategori Respons dalam Soal
Selidik Konsep Kendiri (keseluruhan)
14
12
12
10
8
65
4
2
0
Benar Tidak Pasti
Benar Tidak Pasti
Rajah 2: Taburan frekuensi terhadap kategori respons dalam soal selidik konsep kendiri (keseluruhan)
221
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PERBINCANGAN
Motivasi intrinsik yang dikesan dalam kajian ini merupakan motivasi intrinsik sedia ada yang wujud
dalam diri murid-murid sekolah kajian. Kewujudan motivasi intrinsik sedia ada ini mungkin disebabkan
naluri ingin tahu yang sememangnya berada dalam diri setiap individu. Menurut Carlton dan Winsler
(1998), motivasi intrinsik sememangnya muncul pada peringkat awal perkembangan seseorang kanak-
kanak di mana mereka telah didedahkan dengan pelbagai rangsangan dan pengalaman sejak dilahirkan.
Rasa ingin tahu dan penguasaan terhadap sesuatu aktiviti didorong oleh keseronokan yang dirasai
semasa menjalankan aktiviti-aktiviti. Tambahan lagi Broussard dan Garrison (2004) menyatakan
mereka percaya kanak-kanak mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar dan mencari keseronokan
dalam proses pembelajaran. Kesemua ini berupaya mewujudkan motivasi dalam diri murid-murid di
sekolah.
Dapatan kajian ini menunjukkan peratusan motivasi intrinsik adalah tinggi dalam kalangan murid-
murid (77.8%). Keputusan ini adalah tidak selaras dan bertentangan dengan dapatan kajian yang
dilaksanakan terhadap murid-murid di sekolah luar bandar sama ada di dalam negara ataupun di luar
negara (Abdull Shukor et al., 2011; Anderson 2014). Walau bagaimanapun, perbezaan dapatan ini
mungkin disebabkan instrumen dan juga skala pengukuran yang digunakan untuk mengukur tahap
motivasi intrinsik dalam kajian-kajian berkenaan adalah tidak sama. Selain itu, budaya dan persekitaran
yang berbeza serta kaedah berlainan yang digunakan dalam setiap kajian juga menyumbang kepada
perbezaan keputusan dapatan kajian ini berbanding dengan kajian yang lain.
Dalam kajian ini, fokus konsep kendiri murid-murid menjurus kepada penilaian diri murid-murid dalam
aspek akademik dan juga bukan akademik. Konsep kendiri aspek akademik dalam kajian ini merujuk
kepada keupayaan dalam konstruk umum dan sains. Manakala konsep kendiri bukan akademik dalam
kajian ini merujuk kepada keupayaan dalam konstruk sosial iaitu hubungan interpersonal murid-murid.
Konsep kendiri yang dikesan dalam kajian ini menunjukkan terdapatnya konsep kendiri sedia ada yang
wujud dalam diri sendiri murid-murid. Kewujudan konsep kendiri sedia ada ini menunjukkan bahawa
sejak awal lagi, murid-murid ini telah mempunyai tanggapan atau pandangan, keupayaan dan penilaian
terhadap diri sendiri. Ini disokong oleh dapatan Stipek et al. (1990) yang menyatakan bahawa kanak-
kanak telahpun mengalami proses perkembangan konsep kendiri mulai prasekolah lagi. Tanggapan
terhadap diri sendiri ini merangkumi aspek akademik dan juga bukan akademik. Menurut Harter (1992)
dan Marsh (1989), seseorang individu yang berkeyakinan atau mempunyai penilaian yang positif
terhadap diri sendiri percaya bahawa terdapat kebaikan dalam diri mereka. Ini mendorong mereka untuk
melaksanakan sesuatu perkara dengan lebih bersemangat dan baik. Keadaan sebaliknya akan berlaku
jika individu tersebut mempunyai penilaian yang negatif terhadap diri sendiri, maka mereka percaya
bahawa mereka merupakan seorang individu yang tidak kompeten dan tiada harga diri.
Dalam kajian ini, dapatan menunjukkan peratusan konsep kendiri adalah tinggi dalam kalangan murid-
murid (66.7%). Dapatan kajian ini adalah selaras dengan kajian yang menunjukkan tahap konsep kendiri
yang tinggi dalam kalangan murid di sekolah luar bandar (Craven & Marsh 2005) tetapi dapatan
sebegini adalah tidak konsisten di mana terdapat juga kajian yang menunjukkan dapatan yang
sebaliknya (Bodkin-Andrews et al. 2010). Wujudnya perbezaan dapatan berkaitan konsep kendiri dalam
kalangan murid-murid memang dapat dijangkakan. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti
penggunaan instrumen kajian yang berlainan dan juga skala pengukuran yang berbeza dalam kajian-
kajian tersebut. Selain itu, kaedah dan prosedur kajian yang berlainan dalam setiap kajian juga
mempengaruhi dan merupakan penyumbang kepada dapatan kajian yang berbeza.
222
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KESIMPULAN
Faktor motivasi intrinsik dan konsep kendiri melalui kajian-kajian lepas mendapati bahawa kedua-
duanya memainkan peranan yang amat penting ke atas pencapaian akademik murid-murid di sekolah.
Ini kerana pencapaian prestasi akademik dalam kalangan murid-murid di sekolah merupakan salah satu
indikator kepada keberkesanan proses pembelajaran yang dilalui oleh mereka. Banyak inisiatif atau
program telah dan sedang dilaksanakan untuk meningkatkan pencapaian akademik murid-murid di
sekolah. Walaupun kajian ini menunjukkan motivasi intrinsik dan konsep kendiri murid adalah tinggi,
banyak program dan aktiviti masih dapat diadakan untuk meningkatkan lagi motivasi intrinsik dan
konsep kendiri murid ini. Dengan ketahuinya tahap motivasi intrinsik dan konsep kendiri murid,
program atau aktiviti yang spesifik dan relevan dapat diusahakan oleh semua pihak termasuk ibu bapa,
guru dan pihak pengurusan sekolah agar proses pembelajaran murid dapat ditingkatkan.
RUJUKAN
Gottfried, A.E., & Gottfried, A.W. (1996). A longitudinal study of academic intrinsic motivation in
intellectually gifted children: Childhood through early adolescence. Gifted Child Quarterly, 40,
179-183.
Steinmayr, R., & Spinath, B. (2009). The importance of motivation as a predictor of school
achievement. Learning and Individual Differences, 19, 80-90. doi:10.1016/j.lindif.2008.05.004
Gottfried, A.E., Fleming, J.S. & Gottfried, A.W. (2001). Continuity of academic intrinsic motivation
from childhood through late adolescence: A longitudinal study. Journal of Educational
Psychology, 93, 3-13.
Delmas, M.A., & Lessem, N. (2014). Saving power to conserve your reputation? The effectiveness of
private versus public information. Journal of Environmental Economics and Management,
67(3), 353-370.
Li, J. Y., & Shieh, C. (2016). A study on the effects of multiple goal orientation on learning motivation
and learning behaviors. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education,
12(1), 161-172.
Shavelson, R.J., Hubner, J.J. & Stanton, G.C. (1976). Self-concept: Validation of construct
interpretations. Review of Educational Research, 46, 407–441.
Craven, R.G. & Marsh, H.W. 2008. The centrality of self-cncept construct for psychological wellbeing
and unlocking human potential: Implications for child and educational psychologists.
Educational and Child Psychology, 25, 104-118.
Abdull Shukor Shaari, Nuraini Yusoff, Mohd Izam Ghazali, & Mohd Hasani Dali. (2011). Kanak-
kanak minoriti orang asli di Malaysia: Menggapai literasi bahasa melayu. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 1(2), 59-70.
Kamisah Osman & Cindy Wong, C.C. (2017). Teaching and Learning Primary Science for
Marginalized Children. InTech Open Science. Book Chapter. ISBN 978-953-51-3540-1, Print
ISBN: 978-953-51-3539-5. http://dx.doi.org/10.5772/intechopen.68577.
223
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Cindy, W.C.C. & Kamisah Osman. (2017). Beyond classroom boundaries, enhancing marginalized
children’s self-concept through learning outside classroom approach. The Eurasia Proceedings
of Educational & Social Sciences (EPESS), 6, 153-159. ISSN: 2587-1730
Carlton, M.P. & Winsler, A. (1998). Fostering intrinsic motivation in early childhood classroom. Early
Childhood Education Journal, 25, 159-166.
Broussard, S.C. & Garrison, M.E.B. (2004). The relationship between classroom motivation and
academic achievement in elementary-school-aged children. Family and Consumer Sciences
Research Journal, 33, 106-120.
Anderson, R. (2014). Grade repetition risk for indigenous students in early schooling in Queensland,
Australia. Procedia Social and Behavioral Sciences, 114, 744-748.
Stipek, D.J., Gralinski, H. & Kopp, C.B. (1990). Self-concept development in the toddler years.
Developmental Psychology, 26, 972-977.
Harter, S. (1992). Visions of self: Beyond the me in the mirror. Dlm. J.E. Jacobs (Ed.), Developmental
Perspectives on Motivation, Vol. 40, Nebraska Symposium on Motivation, hlm. 99-144.
Lincoln: University of Nebraska Press.
Marsh, H.W. (1989). Age and sex effects in multiple dimensions of self-concept: preadolescence to
early adulthood. Journal of Educational Psychology, 81, 417-430.
Craven, R.G. & Marsh, H.W. (2005). Dreaming futures. An empirical analysis of indigenous Asutralian
students’ aspirations, self concepts and realities. Dlm. H.W. Marsh, R.G. Craven & D.M.
McInerney (Eds.) International advances in self research: New frontiers in self research, hlm.
211-232. Greenwich, CT: Information Age Publishing.
Bodkin-Andrews, G.H., Dillon, A. & Craven, R.G. (2010). Bangawarra’gumada strengthening the spirit:
causal modelling of academic selfconcept and patterns of disengagement for indigenous and
non-indigenous Australian students. Australian Journal of Indigenous Education, 39, 24–39.
224
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
SEJAUH MANAKAH FAKTOR KOGNITIF DAPAT MENINGKATKAN
PENCAPAIAN AKADEMIK MURID ORANG ASLI:
KAJIAN KES DI TERENGGANU
Ahamad bin Rahim, Ph.D. ( [email protected])
Mahadi bin Hussin, Ph.D. ([email protected])
Norhasliza binti Abdullah, Ph.D. ([email protected])
Mohd Nazidi bin Othman ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor kognitif dalam mepengaruhi pencapaian murid Orang Asli.
Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah orang Asli di Hulu Terengganu. Data kajian di perolehi melalui
kaedah temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian di lapangan. Peserta kajian terdiri daripada lima
orang murid orang Asli, Guru Besar, guru-guru, Tok Batin, Pegawai JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang
Asli) dan Pemimpin Masyarakat Orang Asli. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan
pencapaian akademik murid orang Asli berada pada tahap yang sangat rendah walaupun pelbagai program
pembangunan seperti modal insan guru, motivasi ibu bapa dan bantuan kewangan telah dilaksanakan untuk
mereka. Faktor kognitif yang dikenal pasti dapat meningkatkan pencapaian akademik murid orang Asli
ialah persekitaran, iaitu tempat tinggal dan sosioekonomi keluarga dan murid. Manakala faktor kesihatan
melibatkan aspek nutrisi dan tumbesaran didapati kurang membantu ke arah meningkatkan pencapaian
akademik murid orang Asli. Sehubungan itu, semua pihak harus berganding bahu dan bersama-sama
memikul tanggungjawab dalam meningkatkan pembangunan pendidikan bagi tujuan meningkatkan lagi
tahap akademik murid orang Asli di luar bandar.
Kata kunci: Murid orang Asli, persekitaran, kesihatan, pencapaian akademik, kognitif
PENGENALAN
Pembangunan pendidikan dipercayai dapat menjadikan sistem sosial, politik dan ekonomi sesebuah
negara teguh dan digeruni oleh pihak lain (Hassan, 1998; Norizan at el., 2013). Di Malaysia, misalnya
pembangunan sistem pendidikan telah dilaksanakan bertujuan melahirkan modal insan kelas dunia yang
mampu berhadapan dengan cabaran era globalisasi (Ishak & Nor Asikin, 2003). Kepantasan arus
globalisasi kesan daripada kepantasan teknologi dan jaringan maklumat telah memberi impak yang
besar ke atas sistem pendidikan pada peringkat rendah, menengah dan tinggi (Siti Aminah at el., 2013).
Pendidikan peringkat menengah dan rendah merupakan asas untuk mencapai pendidikan peringkat
universiti. Pengarah Biro Pendidikan UNESCO Kawasan Asia Pasifik, Shaeffer (Ishak & Nor Asikin,
2003) menyatakan bahawa peluang pendidikan harus disediakan seluas-luasnya kepada kanak-kanak
untuk mendapat pendidikan yang berfokuskan kepada pendidikan asas yang boleh mengatasi isu dan
cabaran masa kini. Usaha meningkatkan taraf pendidikan dilaksanakan secara menyeluruh termasuk
dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Golongan ini merupakan satu kelompok masyarakat Malaysia
yang masih ketinggalan dalam setiap aspek termasuklah ekonomi, sosial dan pendidikan berbanding
dengan kumpulan etnik yang lain (KKLW, 2007).
225
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Masyarakat Orang Asli di Malaysia berada di luar lingkungan arus perdana pembangunan, walaupun
Malaysia sudah mengalami kemajuan dan pembangunan dalam semua sektor (Musstafa, 2003). Di
Malaysia usaha untuk meningkatkan pembangunan pendidikan orang Asli telah dilakukan sejak zaman
penjajah lagi. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli telah bertanggungjawab untuk memajukan masyarakat orang Asli dalam pendidikan.
Walaupun prestasi pendidikan masih rendah namun terdapat segelintir orang Asli telah berjaya
sehingga ke universiti dalam pelbagai peringkat pengajian dan menceburi pelbagai bidang kerjaya.
Setiap kanak-kanak di Malaysia mempunyai hak untuk menerima pendidikan tanpa sebarang sekatan.
Sistem pendidikan yang diamalkan sebelum kemerdekaan sehingga hari ini, telah mengalami pelbagai
perubahan dari segi perancangan, tindakan dan pelaksanaan. Namun ia tidak membawa sebarang
perubahan atau sekatan kepada mana-mana pihak untuk menerima pendidikan yang secukupnya.
Seperti yang diketahui, Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai
kaum dan etnik. Kepelbagaian kaum dan etnik juga tidak menjadi halangan atau sekatan bagi sistem
pendidikan Malaysia. Dengan ini difahamkan bahawa, semua kanak-kanak di Malaysia berhak untuk
menerima pendidikan yang secukupnya tanpa diskirminasi kaum atau etnik.
Selaras dengan kefahaman itu, etnik orang Asli di Malaysia juga mempunyai hak untuk mendapat
pendidikan yang secukupnya. Berdasarkan Akta Orang Asli 1954 dalam perlembagaan, Etnik orang
Asli berhak untuk menerima pendidikan. Namun, jika dikaji, pencapaian akademik Orang Asli masih
dalam keadaan yang sederhana. Tahap pencapaian akademik orang Asli, perlu dipertingkatkan demi
membantu mereka untuk mencapai kualiti kehidupan yang tinggi. Kerajaan perlu mengambil inisiatif
untuk memastikan orang Asli mendapat kemudahan pendidikan dengan baik. Transformasi dalam
masyarakat orang Asli memperlihatkan berlakunya perubahan dalam segenap aspek kehidupan
masyarakat mereka yang meliputi aspek ekonomi, pendidikan, kegiatan sosial dan kebudayaan. Pada
dasarnya, perubahan yang berlaku adalah disebabkan keprihatinan pihak-pihak tertentu khususnya
pihak kerajaan dalam berusaha membantu masyarakat ini keluar dari kepompong yang lama dengan
pelbagai langkah. Malah, kesedaran masyarakat itu sendiri juga sebenarnya mendorong kepada
modenisasi mentaliti ke arah kemajuan dan taraf hidup yang lebih baik seiring dengan era globalisasi
(Farah Shaqhirah, 2011).
Usaha meningkatkan taraf pendidikan dilaksanakan secara menyeluruh termasuk dalam
kalanganmasyarakat Orang Asli. Golongan ini merupakan satu kelompok masyarakat Malaysia yang
masihketinggalan dalam setiap aspek termasuklah ekonomi, sosial dan pendidikan berbanding dengan
kumpulan etnik yang lain (KKLW, 2007). Masyarakat orang Asli di Malaysia berada di luar lingkungan
arus perdana pembangunan, walaupun Malaysia sudah mengalami kemajuan dan pembangunan dalam
semua sektor (Musstafa, 2003). Menurut Meiji (2008), sebelum tertubuhnya JAKOA, masyarakat orang
Asli tidak pernah menerima pendidikan formal terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan
pedalaman. Bagi orang Asli kecekapan dan kepandaian memburu, menangkap ikan, dan mengumpul
hasil hutan amat diutamakan. Keadaan ini amat sesuai dengan cara hidup mereka yang berlatar
belakangkan ekonomi hutan (Adliza, 2007; Abdul Razak & Zalizan, 2009).
Kajian berkaitan sosioekonomi rakyat termiskin dan pembangunan desa sering menunjukkan tahap
pendidikan keluarga miskin adalah rendah (Fong, 1991; Chamhuri, 2001). Didapati antara 65−92
peratus ketua isi rumah termiskin cuma tamat sekolah rendah dan hanya 16 peratus tamat sekolah
menengah rendah (Chamhuri, 2001). Ahli isi rumah termiskin juga mempunyai tahap pendidikan yang
rendah iaitu antara 29−77 peratus tamat sekolah rendah. Keluarga miskin ini adalah dalam kalangan
orang Melayu dan orang Asli yang kebanyakannya tinggal di desa dan pedalaman (Chamhuri, 2001).
Pelajar orang Asli yang mendaftar darjah satu antara tahun 1971 sehingga 1990 ialah 47,667 tetapi
hanya 18,048 orang sahaja yang belajar sehingga darjah enam (Rosmizawati, 2003). Ini bererti
sebanyak 62.14 peratus daripada pelajar yang berdaftar telah tercicir. Sejumlah 94 peratus daripada
mereka yangbersekolah gagal sampai ke tingkatan lima. Kajian Rosmizawati (2003) di s ekolah Orang
Asli iaitu Sekolah Kebangsaan Kudong, Segamat, Johor mendapati antara tahun 1995 hingga tahun
226
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
2001 tidak pernah ada pelajar yang memperolehi 5A atau 4A dalam peperiksaan UPSR. Keadaan ini
menunjukkan rendahnya prestasi pelajaran dan mereka terus tercicir dalam arus pembangunan.
Sebaliknya keadaan yang agak baik telah diperhatikan di Pekan, Pahang. Kadar keciciran anak-anak
Orang Asli di sekolah rendah telah turun daripada 80 peratus pada tahun 1995 kepada 28.8 peratus pada
tahun 2007. Namun begitu, hanya terdapat seramai 189 orang sahaja yang berada di Institusi Pengajian
Tinggi Awam (Wahid, 2007).
Penyelidikan yang dijalankan ini adalah berkaitan dengan perkembangan fungsi kognitif dari segi
faktor-faktor seperti persekitaran dan kesihatan terhadap pencapaian akademik. Orang Asli daripada
persepsi murid, guru dan masyarakat orang Asli. Tahap keupayaan kognitif yang rendah akan
mengakibatkan tahap pencapaian akademik yang rendah dan akhirnya mengalami keciciran dalam
pendidikan (Seshadri & Gopaldas, 1989; Canning, 1991). Beberapa faktor telah dikenal pasti
mempengaruhi perkembangan kognitif murid, iaitu pendapatan isi rumah, pendidikan ibu bapa,
pekerjaan ibu bapa, bilangan anak, saiz isi rumah, urutan kelahiran, struktur keluarga, suasana rumah,
sikap ibu bapa, pengambilan makanan dan nutrien tertentu, serta status pemakanan dan kesihatan (Azizi
et.al., 2005; Kordas et.al., 2004). Orang Asli hidup dengan keadaan status kesihatan yang rendah,
mempunyai jangka hayat yang lebih pendek berbanding penduduk bukan peribumi, terdedah kepada
penyakit berjangkit (Durie, 2003). Secara umum, status kesihatan dan pemakanan penduduk peribumi
adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan penduduk bukan peribumi. Dalam pada itu, kanak-kanak
peribumi di seluruh dunia mempunyai status kesihatan dan pemakanan yang kurang memuaskan, berat
lahir yang rendah serta kadar mortaliti yang tinggi (Hetzel et.al., 2000; Heath & Panaretto, 2005;
Anderson et.al., 2006; Subramaniam et.al., 2006). Kemiskinan, serta status kesihatan dan pemakanan
yang rendah menjadikan kanak-kanak peribumi berisiko tinggi untuk mengalami perkembangan
kognitif yang lambat dan seterusnya mengalami pencapaian akademik yang kurang memuaskan.
Oleh itu, berdasarkan justifikasi dan penelitian yang telah dibincangkan menunjukkan fungsi kognitif
iaitu persekitaran dan kesihatan menyokong dalam perkembangan akademik murid Orang Asli. Maka,
adalah satu kewajaran pengkaji untuk mengenal pasti faktor-faktor kognitif yang boleh menyumbang
kepada pencapaian akademik Orang Asli adalah satu keperluan.
Pernyataan Masalah
Orang Asli adalah masyarakat tertua di Malaysia. Tetapi hanya sebilangan kecil sahaja anggota
masyarakat ini yang masih wujud dan kumpulan masyarakat orang Asli ini terdapat di merata-rata
bahagian Semenanjung Malaysia. Orang Asli adalah kaum yang terpinggir dari kemajuan,
sosioekonomi, politik dan pendidikan. Ini adalah kerana bilangannya yang tidak ramai dalam kelompok
masyarakat di Malaysia. Pada masa kini, pencapaian pelajar orang Asli dalam pendidikan masih terlalu
rendah jika dibanding dengan pencapaian warga Malaysia yang lain (Toh Kit Siang et al., 2008; Abdul
Razaq Ahmad, Zalizan Mohd Jelas, 2009; Norwaliza Abdul Wahab, Ramlee Mustapha & Jasmi Abu
Talib, 2016). Faktor persekitaran (peranan ibu bapa) merupakan penyumbang kepada pencapaian
pendidikan murid Orang Asli (Epstein, 2005).
Selain daripada itu, pendidikan orang Asli terus berhadapan dengan beberapa isu yang mengekang
kemajuan anak-anak orang Asli. Menurut Laporan SUHAKAM (2010), antara isu utama pendidikan
murid-murid orang Asli termasuklah isi kandungan pelajaran yang sukar difahami kerana banyak
perkara baharu yang mereka tidak tahu. Mereka juga tidak dalam memahami pengajaran guru kerana
masalah bahasa. Ini kerana Bahasa Melayu adalah bahasa kedua bagi murid-murid ini selepas bahasa
ibundanya. Tambah menyulitkan, bahan pengajaran dan pembelajaran tidak disesuaikan dengan latar
belakang, kebolehan dan keperluan murid khususnya di sekolah orang Asli pedalaman.
Malah timbul isu apabila pengajaran guru hanya memberi penekanan peperiksaan awam dan terikat
dengan sukatan pelajaran yang disediakan. Isu buta huruf, tahap literasi dan numerasi yang rendah
dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli serta kadar keciciran kanak-kanak orang Asli dari
227
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
persekolahan arus perdana masih terlalu tinggi berbanding purata kebangsaan. Maka, penguasaan
kemahiran membaca dikalangan ka Selain itu, isu dalam pendidikan masyarakat Orang Asli itu sendiri
iaitu masyarakat Orang Asli menolak kurikulum yang tidak relevan dengan kehidupan mereka
(Norazira Yusof, 2002). Ini kerana wujud perbezaan antara pedagogi pendidikan kebangsaan dengan
budaya masyarakat orang Asli itu sendiri menyebabkan murid Orang Asli tidak berminat untuk
mengikuti proses pembelajaran di dalam bilik darjah. (SUHAKAM, 2010).
Jika diteliti, isu-isu pendidikan kanak-kanak orang Asli ini merangkumi isu akademik, sahsiah,
persekitaran dan sosiobudaya malah isu ekonomi. Maka, kerajaan mengambil inisiatif dengan
melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang bukan sahaja memberi fokus kepada
meningkatkan kadar literasi dan numerasi, infrastruktur dan infostruktur pendidikan tetapi juga
meluaskan akses pendidikan berkualiti ke arah menangani isu dan cabaran pendidikan hari ini dalam
memenuhi tuntutan pasaran ekonomi global (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2025).
Komuniti orang Asli tidak disisihkan, kesinambungan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 ini,
kerajaan telah melancarkan Pelan Lima Tahun Transformasi Pendidikan orang Asli (2013-2018) yang
bertujuan memberikan peluang pendidikan yang relevan dengan keperluan kanak-kanak Orang Asli dan
Penan.
Penyelidik lepas juga bersetuju bahawa perkongsian di antara keluarga dan sekolah boleh meningkatkan
pendidikan murid (Chavkin, Gonzales & Rader, 2002; Chrispeels & Rivero, 2001; Epstein & Salinas,
2004; HooverDempsey et al., 2009). Kajian terdahulu menunjukkan murid yang mempunyai hubungan
yang produktif dengan guru mereka akan lebih berjaya di sekolah walau pun ibu bapanya tidak
produktif (Hughes & Kwok, 2007). Faktor Lain yang menjadi fokus kajian adalah kesihatan yang
melibatkan tumbesaran dan nutrisi Orang Asli. Melalui fokus ini yang merangkumi maklumat kesihatan
murid orang Asli akan membantu mendapatkan punca yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik
dan meningkatkan risiko keciciran sekolah (Cook et al., 2004). Malnutrisi akibat kekurangan nutrien
ialah punca utama masalah kesihatan dalam kalangan kanak-kanak orang Asli jika dibandingkan
dengan ancaman penyakit (Baer, 1999). Lazimnya, kanak-kanak orang Asli mengalami masalah
kekurangan berat badan, kebantutan dan kesusutan kerana pengambilan makanan yang tidak
memuaskan dari segi kualiti dan kuantiti. Kurang kepelbagaian serta jumlah makanan yang diambil
boleh menyumbang kepada pengambilan makronutrien dan mikronutrien seperti kalsium, niasin,
vitamin A dan zat besi yang tidak mencapai saranan (Khor, 1988; Ismail et.al, 1988; Ali, et. al., 1992;
Zulkifli et.al., 1999; Zalilah & Tham, 2002; Hesham et.al., 2005).
Ini berkemungkinan disebabkan murid-murid orang Asli mempunyai tahap keupayaan kognitif yang
rendah di peringkat awal usia lagi dan dengan itu tidak berupaya untuk meneruskan pendidikan ke
peringkat yang lebih tinggi. Tahap keupayaan kognitif yang rendah mempengaruhi pencapaian
akademik dan meningkatkan risiko keciciran sekolah (Seshadri & Gopaldas, 1989). Status sosio
ekonomi dan status kesihatan dan pemakanan yang kurang memuaskan serta tiada jaminan kedapatan
makanan isi rumah boleh menyebabkan murid-murid orang Asli berisiko tinggi mempunyai
perkembangan keupayaan kognitif yang rendah. Namun begitu, belum ada kajian yang mengkaji
tentang perkaitan di antara perkembangan keupayaan kognitifm iaitu faktor persekitaran, kesihatan dan
pemakanan dengan pencapaian akademik murid orang Asli. Oleh itu, bagi mengubahnya, mereka perlu
prihatin terhadap persekitaran, keluarga, tumbesaran dan kesihatan diri yang menjadi sumber
ketidakseimbangan dengan pencapaian akademik murid. Adalah wajar satu kajian dijalankan bagi
mengenal pasti faktor dominan yang dapat memberi impak kepada faktor-faktor tersebut terhadap
pencapaian akademik pelajar orang Asli.
Di Malaysia usaha untuk meningkatkan pembangunan pendidikan orang Asli telah dilakukan sejak
zaman penjajah lagi. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama JAKOA
telah bertanggungjawab untuk memajukan masyarakat orang Asli dalam pendidikan. Walaupun prestasi
pendidikan masih rendah namun terdapat segelintir orang Asli telah berjaya sehingga ke universiti
dalam pelbagai peringkat pengajian dan menceburi pelbagai bidang kerjaya. Justeru, kajian ini cuba
228
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
menganalisis pembangunan dan perkembangan pendidikan orang Asli di kawasan kajian. Di samping
itu juga mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik orang Asli.
TINJAUAN LITERATUR
Masyarakat orang Asli di Malaysia merupakan penduduk asal negara ini. Usaha untuk memberikan
pendidikan kepada masyarakat ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiaran
tetapi juga membantu mereka meningkatkan keyakinan diri, menghapuskan rasa rendah diri dan
seterusnya mampu untuk bersaing dengan kaum-kaum yang lain. Beberapa kajian lepas yang selari dan
sebaliknya telah diperincikan berkaitan dengan kajian.
Kajian yang dijalankan oleh Mohd Nazri Abdul Rahman, Muhammad Ridzuan Idris, Komalah a/p Apu
dan Fauzi Hassan (2019) mengkaji tentang amalan guru dalam pengurusan Persekitaran Pembelajaran
berasaskan nilai dan amalan masyarakat orang Asli yang disesuaikan dengan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan semakan 2017 bagi prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Dapatan menunjukkan guru prasekolah kompeten dalam pengurusan persekitaran pembelajaran yang
mencakupi keselamatan dan kesihatan, susun atur bilik darjah dan ruangan pembelajaran. Walau
bagaimanapun, guru masih menghadapi masalah untuk mengintergrasikan nilai dan amalan masyarakat
orang Asli. Guru juga menghadapi kesukaran untuk membentuk pengurusan ruangan pembelajaran
seperti yang disarankan serta bentuk standard pentaksiran murid, seperti yang dicadangkan dalam
pelaksanaan kurikulum semakan 2017. Dapatan kajian ini memberi impak positif terhadap corak
amalan pengurusan persekitaran pembelajaran oleh guru pra sekolah seperti yang disarankan dalam
KSPK semakan 2017.
Seterusnya kajian lepas dalam negara untuk menganalisis aspek pendidikan murid-murid orang Asli di
Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh, Melaka (SKCP) (Kamarudin Abu Hassan, Abdul Salam
Mohamed Ibrahim, Senin Khamis Azizah Maamor, Rusitah Mohamed, Norlaila Mohammad, Jailani
Haji Hashim & Noor Aishah Aziz, 2018). Isu pendidikan murid orang Asli di SKCP ialah
ketidakhadiran murid ke sekolah, tidak bersekolah, masalah keciciran, sikap dan komitmen ibu bapa
masyarakat orang Asli terhadap pendidkan, masalah kewangan, tanggungjawab JAKOA. Dapatan
kajian ini menunjukan persekitaran keluarga tidak membantu pendidikan anak orang Asli.
Dalam satu kajian kualitatif melalui analisisi dokumen yang dilakukan oleh Zainal Abidin Al (2019)
membincang pencapaian terkini pendidikan pelajar komuniti Orang Asli di Cameron Highland dari
peringkat pra sekolah hingga ke peringkat tertiari. Dapatan kajian ini menunjukkan pendidikan
komuniti Orang Asli telah membawa kepada satu perubahan sosial yang amat drastik terhadap
perubahan kualiti hidup mereka yang sejahtera.
Seterusnya Ahamad Rahim, Suzana Haron dan Rosliza Awang (2019) dalam kajiannya yang
menganalisis punca prestasi pembelajaran yang lemah di kalangan pelajar orang asli di SK Sg. Berua,
Kuala Berang, Terengganu. Data kajian di perolehi melalui kaedah temu bual dan permerhatian di
lapangan. Respoden kajian melibatkan 13 orang guru. Secara keseluruhannya, hasil kajian
menunjukkan prestasi pendidikan pelajar orang asli di kawasan kajian berada di peringkat yang sangat
rendah, walaupun pelbagai pembangunan infrastruktur dan pelbagai program pendidikan telah
dilaksanakan untuk mereka. Faktor-faktor kelemahan akademik yang telah dikenal pasti dalam
kalangan pelajar orang Asli di sekolah ini ialah tiada galakan dan kesedaran ibu bapa, kurangnya
motivasi dalam diri pelajar dan pelajar datang ke sekolah hanya untuk menerima bantuan yang
disediakan.
Kajian lain (Haslinah Abdullah, 2009) seperti faktor isi rumah serta status pemakanan dan kesihatan
yang mempengaruhi keupayaan kognitif am kanak-kanak orang Asli. Kajian ini merupakan satu kajian
keratan rentas menemuduga seramai 126 orang ibu kanak-kanak Orang Asli menggunakan borang soal
229
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
selidik merangkumi demografi, sosio ekonomi, jaminan kedapatan makanan (JKM) isi rumah, dan
maklumat kesihatan murid-murid orang Asli. Johnston et.al. (1987) melaporkan bahawa status sosio
ekonomi yang rendah lebih mempengaruhi perkembangan keupayaan kognitif kanak-kanak berbanding
dengan status pemakanan. Walaubagaimanapun, kemiskinan boleh menyebabkan tiada jaminan
kedapatan makanan yang seterusnya turut mempengaruhi keupayaan kognitif kanak-kanak melalui
status kesihatan dan pemakanan kanak-kanak yang kurang memuaskan (Alaimo et. al., 2001; Kaiser et.
al., 2002; Gulliford et. al., 2003; Cook et.al., 2004). Ini berkemungkinan disebabkan kanak-kanak orang
Asli mempunyai tahap keupayaan kognitif yang rendah di peringkat awal usia lagi dan dengan itu tidak
berupaya untuk meneruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi. Tahap keupayaan kognitif yang
rendah mempengaruhi pencapaian akademik dan meningkatkan risiko keciciran sekolah.
Secara khususnya, berdasarkan kajian lepas menunjukkan bahawa faktor persekitaran dan kesihatan
mempunyai perkaitan dengan pendidikan dan pencapaian akademik. Maka adalah wajar dijalankan
kajian bagi mendapat maklumat berkaitan dengan orang Asli dalam penempatan dan sampel yang
berbeza. Seterusnya dapat dijadikan penanda aras bagi dapatan yang diperolehi untuk tindakan yang
sewajarnya. Selain itu, kurang berat lahir, jangka masa penyusuan susu ibu kurang daripada enam bulan
dan pendidikan ibu yang rendah, serta tiada jaminan kedapatan makanan yang tinggi turut merupakan
faktor penyumbang kepada kekurangan nutrien dalam kalangan kanak-kanak Orang Asli (Zulkifli et.al.,
2000; Zalilah & Tham, 2002; Hesham et.al., 2005).
Faktor-faktor lain yang menentukan pencapaian murid adalah pekerjaan dan pendapatan ibu bapa murid
(Rosna Awang Hashim, et al., 2003). Kajian oleh Anuar Abdullah (1990) ke atas 70 orang murid
mendapati terdapat perkaitan yang positif di antara pendidikan, pekerjaan dan pendapatan ibu bapa
dengan pencapaian akademik anak. Faktor pendapatan menghalang ibu bapa daripada menyediakan
keperluan dan kemudahan kepada anak-anak untuk belajar. Ibu bapa yang menerima pendapatan yang
rendah tidak dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang baik kepada anak. Ia akan
mempengaruhi pencapaian akademik anak.
Menurut Norazlinda Saad (2004) ibu bapa yang berpendidikan tinggi pula mempunyai tahap kesedaran
yang lebih tinggi. Mereka akan menyediakan keperluan pendidikan yang terbaik demi menjamin masa
depan anak-anak mereka. Pendidikan yang tinggi lazimnya akan meletakkan seseorang pada tahap
sosial yang tinggi. Anak-anak daripada keluarga yang berpendidikan tinggi mungkin juga lebih banyak
menerima rangsangan kognitif. Oleh yang demikian, mereka lebih maju dalam pendidikan. Noraini
Ahmad (1994) berpendapat anak-anak yang berasal daripada keluarga berstatus sosioekonomi tinggi
adalah lebih baik tahap pendidikan berbanding anak-anak yang berasal daripada keluarga berstatus
sosioekonomi rendah. Ibu bapa yang mempunyai status sosioekonomi yang tinggi mampu
menyediakan kemudahan dan persekitaran pembelajaran yang selesa. Ini menyebabkan anak-anak
lebih berjaya dalam dan bagi yang kurang mampu akan berlaku sebaliknya (Zukina Yusoff, 2003).
Faktor persekitaran serta sosioekonomi keluarga adalah antara penyebab murid orang Asli kurang
mengambil berat tentang kepentingan pendidikan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor kognitif dapat meningkatkan pencapaian
akademik murid orang Asli dan program pembangunan yang dapat meningkatkan pencapaian
akademik murid Orang Asli.
Objektif Khusus
230
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
i. Mengenal pasti faktor persekitaran dalam meningkatkan pencapaian akademik murid Orang Asli.
ii. Mengenal pasti faktor kesihatan dapat meningkatkan pencapaian akademik murid Orang Asli.
iii. Mengenal pasti program pembangunan yang dilaksanakan dapat meningkatkan pencapaian
akademik murid Orang Asli.
PERSOALAN KAJIAN
i. Sejauhmanakah faktor persekitaran dapat meningkatkan pencapaian akademik murid Orang
Asli?
ii. Sejauhmanakah faktor kesihatan dapat meningkatkan pencapaian akademik murid Orang Asli?
iii. Sejauhmanakah program pembangunan yang dilaksanakan dapat meningkatkan pencapaian
akademik murid Orang Asli?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif berbentuk kajian kes. Data yang dikumpulkan bagi
mengenal pasti faktor-faktor kognitif dalam meningkatkan pencapaian akademik murid orang Asli dan
program pembangunan yang dapat meningkatkan pencapaian akademik murid orang Asli. Lokasi
kajian melibatkan sebuah sekolah orang Asli du Hulu Terengganu. Pengumpulan data menggunakan
kaedah temubual berstruktur, analisis dokumen dan pemerhatian. Sampel yang dipilih adalah
persampelan bertujuan (purposive sampling). Seramai 5 orang murid orang Asli, Guru Besar, guru,
Tok Batin, Pegawai JAKOA dan Pemimpin Masyarakat Orang Asli sebagai peserta kajian. Kajian ini
dilaksanakan melalui kaedah temubual iaitu In-depth interview. Kutipan data dijalankan secara
temubual bersemuka yang melibatkan komunikasi dua hala. Maklumat temubual direkodkan sebagai
data untuk dianalisis. Temu bual berdasarkan soalan-soalan temubual separa struktur untuk kajian ini
Temu bual akan memberi fokus kepada faktor persekitaran, kesihatan dan pencapaian akademik murid.
Manakala untuk guru dan masyarakat setempat akan fokus kepada program pembangunan. Kesemua
peserta kajian yang terlibat diberi penerangan tentang maksud dan tujuan kajian ini. Segala data
peribadi menjadi hak kerahsiaan antara pengkaji dengan peserta. Instrumen yang digunakan dalam
kajian ini ialah protokol temu bual berdasarkan konsep triangulasi. Soalan temubual dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu persekitaran, kesihatan dan pencapaian akademik.
Analisis dokumen bagi pengumpulan data berkaitan dengan kesihatan murid dari segi nutrisi dan
tumbesaran. Pengkaji akan mendapatkan maklumat daripada rekod kesihatan murid. Manakala
pemerhatian dijalankan terhadap persekitan murid iaitu di rumah dan keluarga murid. Di samping itu,
data primer dikumpul melalui pemerhatian dan pembancian di lapangan yang berkaitan dengan
kemudahan infrastruktur pendidikan di kawasan kajian, keadaan sekolah serta penempatan orang Asli.
Data sekunder pula diperolehi daripada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat seperti JAKOA dan
pihak sekolah. Selain itu, temubual dengan pegawai−pegawai daripada agensi kerajaan yang terlibat
dengan hal ehwal Orang Asli berkaitan dengan jenis−jenis bantuan yang diberi dan program
pembangunan untuk peningkatan pencapaian akademik turut dilaksanakan.
Penganalisisan data temu bual dilakukan secara manual mengikut soalan-soalan yang dikemukakan.
Penganalisisan data temu bual ini dilakukan mengikut dua peringkat, iaitu (i) peringkat transkripsi
rakaman temu bual (ii) pencarian tema dan pengkodan. Penggunaan kaedah triangulasi yang
melibatkan data dari pelbagai sumber iaitu temu bual dengan guru-guru dan dokumen para murid di
sekolah berkenaan dijangka mampu meningkatkan kebolehpercayaan kajian ini.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN
231
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Pencapaian murid orang Asli dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah
gambaran pencapaian akademik sekolah Orang Asli. Keputusan UPSR bagi tempoh 2015 hingga 2019
dilihat berdasarkan kelulusan am. Jadual 1 menunjukkan peratusan prestasi pencapaian peperiksaan
UPSR pelajar anak orang Asli dari tahun 2015 hingga 2019 bagi sekolah yang dikaji. Didapati
pencapaian murid orang Asli dalam keputusan UPSR amatlah lemah.
Jadual 1. Pencapaian UPSR Tahun 2015 hingga 2019 di Sekolah Kajian
Tahun Jumlah Murid Gred Purata D+E Tak Hadir
A+B+C 4
2016 8 4 2 0
2017 4 0 5 2
2018 16 0 5 11
2019 23 0 18
Berdasarkan dapatan kajian ini maka perlu ada satu usaha dalam menangani isu rendahnya pencapaian
akademik murid-murid orang Asli dalam peperiksaan UPSR pada setiap tahun. Langkah penting
mengubah sikap dan sifat keperibadian murid-murid orang Asli ke arah lebih bermotivasi dan
mementingkan pendidikan. Hal ini adalah perlu untuk meningkatkan pencapaian akademik murid orang
Asli setanding dengan atau menghampiri pencapaian akademik di sekolah kebangsaan biasa.
Dapatan kajian yang diperolehi untuk menjawab soalan kajian 1, iaitu:
i. Sejauhmanakah faktor persekitaran dapat meningkatkan pencapaian akademik
murid Orang Asli?
Faktor Persekitaran
Faktor persekitaran mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar Orang Asli di sekolah kajian. Kehidupan
Orang Asli amat terikat dengan persekitaran mereka iaitu hutan yang merupakan sumber rezeki yang
utama. Antara faktor persekitaran yang dikenal pasti termasuklah faktor tempat tinggal, sosioekonomi,
keluarga dan murid.
a. Tempat Tinggal
Sungai Berua adalah kampung Orang Asli yang agak jauh di pendalaman. Kebanyakan penduduk
kampung pada asasnya mempunyai rumah kecil bentuk rumah Melayu dengan dua buah bilik yang
dibina oleh pihak JAKOA. Ramai juga yang membina rumah kecil lain yang lebih mirip pondok
bersebelahan dengan rumah asal. Terdapat juga penduduk menggunakan kedua buah rumah. Keadaan
persekitaran agak sesak kerana mereka hidup berkelompok. Di perkampungan ini terdapat rumah Tok
Batin, sebuah tadika, pusat kegiatan masyarakat dan pusat kesihatan serta pos JAKOA yang beroperasi.
Tiada apa yang boleh menarik anak-anak di sini untuk belajar. Tiada perpustakaan atau tempat yang
boleh dijadikan ruang bagi kanak-kanak belajar pada sebelah petang atau malam. Kemungkinan lain
ialah mereka tidak merasa bahawa pelajaran adalah satu perkara penting.
Persekitaran rumah adalah kurang menyenangkan. Kebanyakan rumah sarat dengan pelbagai perkakas
keranan rumah yang kecil. Bagaimanakah anak-anak hendak dimotivasikan belajar dengan persekitaran
yang terlalu daif atau ala kadar? Kebanyakan rumah yang kecil didiami oleh anggota keluarga yang
padat. Perkampungan ini mempunyai kemudahan bekalan elektrik dan air. Kemudahan ini adalah
petanda baik kerana anak-anak boleh belajar dengan kemudahan cahaya lampu yang terang. Tetapi yang
jelasnya kemudahan elektrik lebih penting bagi hiburan iaitu mudah mendapatkan siaran radio dan
televisyen. Jika diamati dengan teliti mereka mungkin telah terdedah kepada pelbagai bentuk
232
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
pembaharuan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pelbagai bentuk pembaharuan tersebut
hanyalah tinggal bayangan sahaja kerana kelihatannya tidak tercapai oleh mereka. Kekangan untuk
maju terlalu banyak yang perlu dirempuh. Kanak-kanak lebih dipengaruhi dengan persekitaran yang
lebih menarik disekeliling rumah mereka iaitu hutan semula jadi, air sungai dari gunung yang jernih,
tumbuh-tumbuhan, binatang buruan dan ikan disungai. Disamping berseronok dengan alam sekitar
mereka juga dapat memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada keluarga mereka yang begitu daif.
Lantas tidak hairanlah jika aktiviti penduduk kampung termasuk anak-anak yang tidak pergi ke sekolah
sepanjang hari dengan ke hutan mencari sumber pendapatan. Oleh itu dengan tempat tinggal yang tidak
selesa dan tidak terurus sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian akademik murid orang Asli.
Namun ada yang persekitaran tempat tinggal yang dijaga dengan menunjukkan ada peningkatan dalam
pencapaian akademik murid orang Asli.
b. Sosioekonomi
Kajian ini mendapati kegiatan ekonomi mereka masih lagi tertumpu kepada aktiviti tradisional seperti
mencari hasil hutan dan pertanian saradiri. Ramai dalam kalangan pelajar ponteng sekolah semata−mata
untuk mengikut ibu bapa mereka mencari hasil hutan. Perkara ini sukar untuk dibendung kerana mencari
hasil hutan merupakan salah satu sumber kewangan kepada mereka untuk perbelanjaan harian mahu
pun persekolahan. Oleh kerana terlalu kerap tidak hadir ke sekolah, mereka banyak ketinggalan dalam
pembelajaran. Komuniti Orang Asli di sini berpuashati apa yang mereka dapat sekarang berbanding
dengan apa yang diperolehi pada masa akan datang. Oleh sebab itu, ibu bapa kurang mementingkan
pendidikan untuk anak-anak mereka. Mereka merasakan pelajaran tidak memberi kemahiran untuk
kegunaan dalam kehidupan sekarang. Keadaan kehidupan mereka tidak memerlukan pendidikan yang
tinggi dan tidak wujud persaingan yang kuat dalam meneruskan kehidupan.
Oleh itu, kehidupan yang dinikmati sekarang sudah selesa bagi mereka, dengan kata lain mereka berada
dalam “zon selesa”. Selain itu, model atau tokoh merupakan seorang yang penting untuk menjadi
sumber aspirasi dan boleh mempengaruhi minat seseorang untuk berjaya. Walau bagaimanapun, tidak
terdapat ‘role model’ atau orang yang telah berjaya sebagai contoh untuk mereka tauladan dalam
mencapai kejayaan. Tambahan lagi, ibu bapa dan pelajar itu sendiri tidak mengetahui kelebihan orang
yang berpendidikan tinggi dan hasil daripada kejayaan mereka. Kajian mendapati tidak ramai anak-
anak orang Asli yang bekerja dalam sektor awam, manakala lebih selesa bekerja sendiri sebagai petani
dan mengumpul hasil hutan.
Dalam kajian ini, didapati majoriti pelajar di sekolah kajian terdiri daripada komuniti orang Asli sahaja.
Suasana pembelajaran di sekolah tidak begitu mencabar dan persaingan untuk berada di tempat teratas
adalah kurang. Kemungkinan ketiadaan kaum Melayu, Cina atau India dan lain-lain menyebabkan tiada
saingan kepada mereka untuk berlumba-lumba mencapai keputusan yang lebih cemerlang dan
menduduki tempat teratas. Menurut pandangan En Razali bin Ngah, pegawai JAKOA, proses
pembelajaran bagi pelajar orang Asli hanyalah sebagai memenuhi tuntutan kehidupan yang ditetapkan
oleh kerajaan dan bukanlah satu matlamat yang penting bagi menjamin masa depan mereka. Sikap yang
sedemikian inilah yang menyebabkan anak−anak orang Asli tidak berminat untuk bersekolah. Malahan,
mereka hanya bersekolah dan menamatkan alam persekolahan peringkat rendah sahaja.
c. Keluarga
Ibu bapa berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik murid terutamanya di peringkat awal
pendidikan ataupun di sekolah rendah. Bagaimanapun, ibu bapa orang Asli kurang memainkan peranan
ke arah kejayaan pelajaran anak-anak mereka. Ramai dalam kalangan ibu bapa orang Asli langsung
tidak mendapat pendidikan formal manakala hanya sebahagian kecil mendapat pendidikan hanya
setakat sekolah rendah itupun sampai tahun tiga sahaja. Kebanyakan ibu bapa orang Asli berkahwin
muda yang menyebabkan mereka kurang dengan ilmu kekeluargaan. Dorongan dan semangat daripada
233
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
ibu bapa amat diperlukan oleh pelajar bagi meningkatkan motivasi untuk belajar dengan menyediakan
persekitaran pembelajaran di rumah.
Menurut peserta kajian, ibu bapa tidak memarahi anak-anak sekiranya tidak hadir ke sekolah.
Sebaliknya, ibu bapa diam kerana anak yang tidak bersekolah dapat menolong melakukan kerja rumah
atau mengikut mereka ke hutan untuk mengumpul hasil hutan. Ibu bapa menyerahkan 100% pendidikan
anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Mereka juga tidak mengambil berat tentang keputusan
peperiksaan yang dihasilkan oleh anak-anak dalam pelajaran. Ibu bapa juga tidak menyarankan atau
menyuruh anak-anak belajar sewaktu berada di rumah (Jadual 2). Dalam keadaan sedemikian ini, maka
tidak berlaku proses pendidikan atau pembelajaran di rumah. Ibu bapa juga tidak memberi cadangan
khusus untuk meningkatkan pendidikan anak-anak mereka. Mereka memohon bantuan kewangan
daripada kerajaan, tetapi bantuan kewangan itu bukanlah digunakan untuk pendidikan anak−anak tetapi
lebih kepada perbelanjaan harian. Keadaan ini adalah dipengaruhi oleh tahap pendidikan ibu bapa itu
sendiri.
Jadual 2: Temu bual tentang Keperihatinan Ibu Bapa Terhadap Pelajaran Anak
Peranan Ibu Bapa Peserta Kajian (Ibu Bapa) IB2
IB1 Tidak bertanya sebab ibu bapa tidak
Ibu bapa bertanya tentang pelajaran Sentiasa tanya tapi anak tidak buat ada masa dan sibuk bekerja
murid dengan gutu kerja sekolah
Ibu bapa bertanya kepada anak- Tidak bertanya kepada anak-anak Tidak bertanya kepada anak-anak
anak tentang pelajaran mereka
Menyemak buku pelajaran anak- Tidak pernah menyemak buku Tidak pernah menyemak buku
anak. sekolah anak sekolah anak
Ibu bapa memberi dorongan untuk Beri dorongan untuk belajar tetapi Terpulang kepa anak untuk belajar
belajar anak malas belajar
Berdasarkan temu bual yang dijalankan menunjukkan kebanyakan ibu bapa kurang meluangkan masa
untuk anak-anak seperti memeriksa atau menanya kerja sekolah anak-anak, jauh sekali membeli bahan-
bahan bacaan. Ibu bapa sendiri kurang terdedah kepada alam pendidikan suatu ketika dahulu. Malah,
ibu bapa tidak pernah membayangkan anak-anak mereka akan menjadi seorang yang bekerjaya suatu
hari nanti. Sebaliknya, mereka sekadar mengharapkan anak-anak mereka dapat membaca dan
memperolehi pendidikan yang lebih baik daripada diri mereka sahaja. Menurut pandangan guru yang
ditemubual, dorongan daripada ibu bapa merupakan faktor penting dalam mempengaruhi pencapaian
prestasi pelajar Orang Asli di sekolah kajian. Malahan dorongan dan sokongan daripada ibu bapa
terhadap pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh amat diperlukan. Ibu bapa seharusnya memberi
nasihat dan semangat kepada anak-anak mereka supaya belajar dengan tekun dan bersungguh−sungguh.
Oleh itu faktor keluarga membantu ke arah peningkatan akademik murid jika ibu bapa cakna dengan
keperluan anaknya.
d. Murid
Murid juga merupakan faktor penting dalam menentukan pencapaian pendidikannya. Walaupun
pelbagai perubahan dan pembaharuan telah dilaksanakan, namun kemajuan pendidikan tidak akan
tercapai sekiranya pelajar itu tidak mahu berubah untuk berjaya. Dalam kajian ini terdapat beberapa
kelemahan yang telah dikenalpasti seperti pelajar kurang minat dan masalah dalam pembelajaran.
Berdasarkan ditemubual yang dijalankan terhadap lima orang peserta kajian, faktor persekitaran murid
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik. Mereka merasakan pelajaran
kurang penting dalam kehidupan mereka. Rata-rata mengatakan bahawa ibu bapa mereka masih dapat
234
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
hidup dengan ‘baik’ walaupun tidak berpelajaran tinggi. Kemahiran tentang selok-belok hutan adalah
lebih penting dalam kehidupan mereka. Oleh kerana itu, pelajar orang Asli tidak belajar dengan
bersungguh-sungguh.
Kehadiran murid ke sekolah juga amat penting supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran kerana
sukatan pelajaran yang diajar berbeza dan bertambah hari ke hari. Sekiranya murid tidak hadir ke
sekolah sudah pasti mereka tercicir dalam pelajaran. Keadaan ini sudah pasti akan mempengaruhi
pencapaian akademik mereka. Sesetengah murid hampir sebulan tidak ke sekolah kerana tidak mahu
belajar, menjaga adik di rumah sementara ibu bapa bekerja dan mengikut ibu bapa ke hutan untuk
mengumpul hasil hutan.
Kekangan lain yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pembelajaran ialah masalah berkomunikasi.
Pelajar orang Asli kurang faham dengan penerangan yang diberikan oleh guru dalam Bahasa Melayu
semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Sesetengah istilah harus diterangkan dalam Bahasa Orang
Asli oleh guru bagi membolehkan pelajar faham. Secara keseluruhannya, faktor pelajar sendiri
merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi kejayaan mereka dalam pendidikan. Anak Orang
Asli telah dibentuk dan diprogram sejak daripada lahir lagi mengikut persekitaran Orang Asli.
Pendedahan persekitaran yang sedemikian ini menyebabkan perjalanan kehidupan mereka mengikut
kelaziman dan sukar untuk diubah dan dibentuk.
Kajian juga mendapati, faktor kesihatan, iaitu nutrisi dan tumbesaran salah satu faktor yang dapat
meningkatkan pencapaian akademik murid orang Asli?
Dapatan kajian ini untuk menjawab soalan kajian 2 iaitu:
ii. Sejauhmanakah faktor kesihatan dapat meningkatkan pencapaian akademik
murid Orang Asli?
a. Nutrisi
Nutrien makanan yang diperlukan termasuk berbagai jenis vitamin, mineral, asid-amino dan protein,
beberapa jenis asid lemak dan sumber kalori untuk tenaga. Nutrien makanan perlu daripada pelbagai
jenis makanan dan tidak ada satu pun makanan yang dapat membekalkan kesemua nutrien makanan
dengan lengkap. Oleh itu, sebagai seorang murid sudah tentulah mengamalkan tabiat pemakanan yang
baik dengan pemilihan makanan yang seimbang dengan gaya masakan yang ringkas tetapi penuh
berkhasiat. Kesedaran tentang penyediaan makanan yang seimbang di kalangan murid-murid adalah
penting agar cenderung ke arah kualiti kehidupan yang sihat dan harmoni.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati kelima-lima peserta kajian berada pada berat badan
normal dan bersesuaian dengan umur. Mengikut temubual yang dijalankan, pemakanan murid terdiri
daripada ikan sungai dan tumbuhan yang ada dipersekitaran mereka. Kebanyakkan ibu mereka tidak
bekerja dan dapat menyediakan makanan setiap hari. Tambahan juga murid orang Asli mendapat
makanan tambahan daripada pihak sekolah secara percuma. Mereka menerima makanan sebanyak tiga
kali dalam sehari sepanjang persekolahan dijalankan. Oleh itu, nutrisi dikawal dan makanan seimbang
disediakan untuk murid mengikut menu yang ditetapkan. Oleh itu nutrisi makanan murid kurang
mempengaruhi pencapaian akademik mereka.
b. Tumbesaran
Peserta kajian terdiri daripada murid tahun 5, yang secara keseluruhannya berada pada ketinggian 129-
132 meter dan dengan julat berat antara 25 hingga 29 kilogram. Berdasarkan Jadual Berat Badan Ideal
(KKM, 2020) menunjukkan ketinggian dan berat badan peserta kajian berada pada tahap normal.
235
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Berdasarkan temubual, murid sebelum datang ke sekolah, ibu bapa menyediakan makanan. Tambahan
juga pemakanan seimbang yang dibekalkan di sekolah juga mempengaruhi tumbesaran mereka. Namun
tumbesaran murid tidak selari dengan pencapaian akademik muirid. Maka boleh dinyatakan tumbesaran
murid tidak membantu dalam peningkatan pencapaian akademik murid Orang Asli.
Persoalan ketiga kajian memfokuskan kepada program pembangunan dalam meningkatkan pencapaian
akademik murid orang Asli.
iii. Sejauhmanakah program pembangunan yang dilaksanakan dapat meningkatkan
pencapaian akademik murid Orang Asli?
a. Program Pembangunan dan Pencapaian Pendidikan Orang Asli
Pelbagai pembangunan telah dijalankan oleh kerajaan melalui JAKOA dan Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup dan prestasi pendidikan Orang Asli dengan pelbagai
kemudahan. Pembangunan fizikal sekolah di sekolah kajian, iaitu bilik darjah mencukupi. Bilik darjah
juga dilengkapi dengan lampu dan kipas. Kemudahan ini dapat digunakan sepenuhnya kerana bekalan
elektrik dalam keadaan baik. Cuma rangkaian internet sangat lambat. Keadaan ini mendatangkan
masalah kepada guru jika ingin menggunakan bahan bantu mengajar yang memerlukan penggunaan
internet untuk mencari maklumat pembelajaran. Namun dari segi peralatan komputer, sekolah
mendapat sumbangan dari beberapa syarikat luar. Memandangkan pelajar gemar menceburkan diri
dalam bidang sukan, maka pihak sekolah telah menyediakan peralatan sukan yang mencukupi bagi
kegunaan mereka seperti bola jaring, bola sepak, peralatan hoki dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
sekolah ini masih kekurangan dari segi tapak permainan. Melalui program pembangunan ini, pihak
sekolah dapat melengkapkan persekitaran sekolah yang mencukupi. Secara langsung dengan
kemudahan ini akan membantu peningkatan prestasi murid dalam pembelajaran.
b. Pembangunan Modal Insan Guru
Pembangunan modal insan guru di sekolah kajian melalui latihan, bengkel dan kursus yang dijalankan
oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan
pihak sekolah sendiri adalah lebih kurang sama. Kadangkala program yang dijalankan adalah program
bersama. Pejabat Pelajaran Daerah dan JAKOA tidak ketinggalan mengadakan kursus motivasi bagi
meningkatkan motivasi guru. Antara program bersama yang telah dijalankan seperti Kelas Dewasa Ahli
Penan (KEDAP), Celik 3M dan Kemahiran Sukan.
c. Program Motivasi Ibu Bapa dan Kemahiran Belajar
Program berbentuk motivasi kerap diadakan yang melibatkan pelajar dan ibu bapa iaitu perjumpaan ibu
bapa sebanyak tiga kali setahun. Dalam program ini, ibu bapa diminta lebih mengambil berat tentang
pelajaran anak–anak dan tidak mengabaikan masa depan anak–anak. Kehadiran ibu bapa sedikit
sebanyak dapat memberi pendedahan berkaitan ilmu dalam mendidik anak–anak mereka. Dorongan
dan perhatian ibu bapa begitu penting dalam memastikan kecemerlangan anak-anak dalam Pendidikan.
Program motivasi kepada murid juga sering dijalankan terutama kepada murid yang akan menduduki
peperiksaan UPSR. Program ini bertujuan menanamkan kesedaran dan menaikkan semangat khususnya
murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Program sedemikian ini adalah sama sebagaimana
yang dilaksanakan dan diamalkan di sekolah-sekolah kebangsaan biasa di seluruh Malaysia. Program
klinik UPSR dan ceramah teknik menjawab soalan dijalankan bersama antara pihak sekolah, JAKOA
dan PPD. Pihak sekolah juga sering mengadakan program bersendirian untuk pelajar mereka sahaja.
Program ini memberi pendedahan kepada para pelajar yang terlibat cara atau teknik menjawab soalan
peperiksaan dengan betul.
236