Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Menurut Sigmund Freud, individu yang menghadapi masalah adalah disebabkan oleh
ketidakselarasan interaksi yakni id, ego dan superego sehingga menyebabkan kerisauan pada tahap
yang disebut sebagai neurotic iaitu rasa bimbang kerana tidak dapat mengawal naluri-naluri di luar
sedar. Walau bagaimanapun, punca kebimbangan seperti ini tidak dapat dikenal pasti (Amir Awang,
1987).
TINJAUAN LITERATUR
Teori Psikoanalisis oleh Sigmund Freud sangat sesuai untuk meneliti permasalahan utama yang
dihadapi oleh klien dalam sesi kaunseling. Freud berpandapat bahawa sesuatu masalah yang berlaku
pada seseorang adalah bermula semenjak kecil lagi iaitu semasa seseorang kanak-kanak bermula enam
tahun. Freud (dalam Corey, 2005) membahagikan akal fikiran manusia kepada tiga lapisan yang
berbeza. Iaitu alam sedar, alam pra-sedar dan alam tidak sedar. Alam sedar ialah manusia dapat
mengetahui apa yang berlaku dan sedang berlaku kepadanya. Manakala alam pra-sedar pula, terletak
antara alam sedar dan alam tidak sedar. Adakalanya individu tidak menyedari dan tidak tahu sesuatu itu
sedang berlaku kecuali diperhatikan dengan sepenuhnya. Seterusnya, alam tidak sedar pula berkait
dengan manusia tidak menyedari langsung apa yang berlaku ke atas emosi lantaran sesuatu fenomena
yang berlaku. Dalam kehidupan manusia bagi Freud manusia banyak mengalami alam yang tidak sedar
dan ini mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupannya. Perisitiwa di zaman kanak-kanak yang tidak
disedari oleh seseorang itu menyebabkan dirinya mengalami masalah dalam hidupnya.
Menurut Freud (dalam Corey, 2005) lagi personaliti manusia mengandungi tiga sistem iaitu id,
ego dan superego. Ketiga-tiga proses ini berinteraksi antara satu sama lain bagi menghasilkan tingkah
laku tertentu. Id merupakan sistem asal di dalam personaliti. Ia wujud sejak manusia dilahirkan dan
juga punca utama bagi tenaga jiwa dan pusat bagi semua naluri. Ia bertindak membabi buta, mendesak
memaksa dan hanya kepada keseronokan semata-mata. Kemudian ego pula, tenaga jiwa yang berasal
dari id tetapi amat berbeza dengan id. Ia merupakan eksekutif yang mengawal personaliti seseorang.
Ego lebih kepada pemikiran yang logik dan mengurangkan ketegangan. Manakala yang terakhir ialah
superego. Merupakan kemponan sosial atau moral atau kehakiman bagi sesuatu personaliti.
Bertanggungjawab di dalam menentukan apakah sesuatu tingkah laku itu baik atau buruk, betul atau
salah. Mengikut Sigmund Freud manusia menghedapi masalah adalah disebabkan ketidak selarasan
interaksi id, ego dan superego sehingga wujud kerisauan terutamanya kerisauan neurotic iaitu kerisauan
yang timbul daripada rasa bimbang yang ia tidak dapat mengawal naluri-naluri di luar sedar
(Kebimbangan seperti ini tidak dapat dicari punca yang menyebabkannya berlaku. Kerisauan ini amat
merbahaya dan ia bersifat tidak sedar (Amir Awang, 1987).
Di samping pendekatan psikoanalisis, seseorang kaunselor juga perlu menggunkan pendekatan
lain dalam usaha merawat atau memulihkan klien. Dalam hal ini, kaunselor boleh menggunakan
pendekatan Gestalt / teknik “kerusi kosong”. Pendekatan ini digunakan bertujuan memastikan klien
dapat menyedari, merasai dan memahami peranan orang lain. Dengan merasai, menyedari dan
memahami, maka klien dapat menerima unsur-unsur yang berlawanan ke dalam personalitinya.
Kaunselor boleh membawa konsep “here and now” kepada klien supaya peserta kajian berfikiran dan
berperasaan “di sini dan sekarang”. Kaunselor mengajak klien supaya memikirkan apa yang seharusnya
dilakukan. Selain itu, teknik relaksasi dan pernafasan dilakukan untuk mengurangkan tekanan dan stress
yang dialami oleh klien. Seterusnya, Pendekatan Pemusatan Insan juga boleh digunakan dalam proses
penerokaan kaunseling. Dalam hal ini, kemahiran asas kaunseling sangat penting khususnya kemahiran
melayan untuk mewujudkan hubungan yang mesra dengan klien.
287
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Rekabentuk kajian yang dipilih ialah kajian kes. Pemilihan
kajian kes sebagai reka bentuk kajian disebabkan menurut Yin (2009), ia mampu mendapat maklumat
secara mendalam, terperinci serta menyeluruh mengenai sesuatu kes. Dari segi peserta kajian, seorang
perempuan telah dipilih menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Pemilihan ini dilakukan
berdasarkan pengalaman peserta yang mengalami masalah keluarga yang berantakan. Untuk
pengumpulan data, instrumen yang digunakan ialah ujian Depression Anxiety Stress Scale (DASS) yang
dicipta oleh Lovibond, S.H. Lovibond P.F. (1995), edisi terjemahan dalam Bahasa Melayu oleh
Kementerian Kesihatan. Ujian DASS mengandungi 21 item yang berkaitan Depression, Anxiety dan
Stress. Ujian DASS menggunkan skala liket markah 0,1,2 dan 3. Nilai skala 0 = Tidak pernah sama
sekali, 1=Jarang, 2=Kerap, dan 3=Sangat Kerap. Di samping itu, temubual mendalam juga dilaksanakan
menggunakan protokol temubual semi struktur. Data yang diperoleh dariapda ujian DASS akan
dianalisis menggunakan jumlah skor. Seterusnya, data temubual pula dianalisis secara manual
menggunakan tema.
DAPATAN KAJIAN
Latar Belakang Peserta Kajian
Peserta kajian dikenali sebagai Santy (nama samaran) berstatus janda. Berasal dari kampung Sarudung
baru, Tawau, Sabah. Beliau merupakan penganut agama Kristian dan berbangsa Murut. Berstatus
warganegara Malaysia dan berumur 50 tahun dan pernah mendirikan rumah tangga. Merupakan anak
kedua daripada tiga orang adik beradik. Pada masa lapang peserta kajian gemar menonton TV dan suka
bersiar-siar. Hubungan dengan adik beradik baik, tetapi hubungan dengan bapa kurang mesra semenjak
di sekolah menengah lagi.
Sejarah Psikososial Peserta Kajian
Semasa di tingkatan empat, bapa peserta kajian tidak berpuas hati terhadapnya apabila dia dipanggil ke
sekolah kerana peserta kajian dikenakan tindakan hukuman disiplin atas alasan kurang mengambil
perhatian terhadap pelajaran dan suka bergaul dengan pelajar lelaki. Pihak sekolah mendapati prestasi
akademik dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) peserta kajian berada pada tahap lulus biasa.
Semasa berada di tingkatan empat, peserta kajian menjalinkan hubungan percintaan dengan seorang
lelaki bujang, tetapi hubungan mereka tidak disenangi oleh kedua ibu bapanya. Selepas berjaya
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) peserta kajian tidak lagi berminat menyambung
pelajaran ke tingkatan enam dan berhasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya, tetapi ibu bapanya tidak
merestui perkahwinan mereka.
Ibu bapa memberi peluang kepada peserta kajian untuk memikirkan masa depannya agar cita-
cita peserta kajian ingin menjadi seorang guru menjadi kenyataan. Namun akhirnya peserta kajian dan
pasangan telah berkahwin secara senyap dan sembunyi. Maka ketika itulah peserta kajian dihalau oleh
bapanya dari rumah dan peserta kajian mengikuti suaminya berpindah dan tinggal menetap bersama di
rumah suaminya. Hasil perkongsiaan peserta kajian dengan suami telah dikurniakan lima orang cahaya
mata.
Tahap Emosi Peserta Kajian
Tahap emosi atau kesihatan mental peserta kajian telah dinilai berdasarkan ujian psikologi DASS. Hasil
ujian psikologi DASS terhadap peserta kajian ditunjukkan dalam jadual 1.
288
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 1: Keputusan jian DASS peserta kajian
Ujian Tahap
Stress 17
Anxiety 19
Depression 11
Jadual 1 menunjukkan peserta kajian mengalami depression pada tahap skor 11. Manakala anxiety pula
mencapai jumlah skor 19. Di samping itu, ujian stress menunjukkan skor 17. Merujuk jadual 2,
interpretasi hasil ujian ini menunjukkan peserta kajian mengalami Depression yang teruk dan perlu
berjumpa doktor psikatri. Tahap anxiety pula pada kedudukan skor 11+ iaitu sangat teruk. Menurut
Lovibond dan Lovibond (1995), klien yang pada tahap 11+ perlu berjumpa doktor psikiatri untuk
mendapatkan terapi yang lebih lanjut. Manakala stress pada skor 14-17 adalah ditahap teruk yang perlu
berjumpa kaunselor untuk mendapatkan rawatan.
Jadual 2: Petak skor saringan dan terjemahan jumlah skor tahap status kesihatan mental
PETAK SKOR SARINGAN
Item Depression / Anxiety/Kebimbangan Stress/Tekanan
Normal Kemurungan 0-7
Ringan 8-9
Sederhana 0-5 0-4 10-13
Teruk 14-17
Sangat Teruk 6-7 5-6 18+
8-10 7-8
11-14 9-10
15+ 11+
PERBINCANGAN
Setelah membuat penerokaan dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh peserta kajian, kaunselor
telah merancang beberapa pelan rawatan bagi membantu peserta kajian mencapai matlamat pada tahap
kesejahteraan mental yang positif. Dengan adanya pelan rawatan yang di rancang ini, peserta kajian
dapat melihat dirinya, perasaan dan emosinya lebih stabil. Sebanyak lima sesi rawatan dilaksanakan
dan satu sesi untuk penamatan. Pelan rawatan ini dirancang mengikut beberapa prosedur.
Rawatan pertama, dengan mengurangkan masalah konflik yang dihadapi antara peserta kajian
dengan ibu bapanya. Kaunselor telah menggunakan teknik permainan berdialog atau “kerusi kosong”.
Dalam terapi gestalt, suatu andaian bahawa sesuatu konflik yang wujud dalam diri seseorang individu
adalah hasil daripada pertikaian di antara “topdog” dan “underdog” iaitu dua bentuk fungsi yang wujud
di dalam personaliti manusia (Amir Awang, 1987). “Topdog” adalah unsur yang menekan kedudukan
autoritarium, moralistic, mendesak, dan lain-lain. Ini merupakan unsur yang dimiliki oleh ibu bapa yang
tidak memberi peluang kepada anaknya untuk berfikir/menilai malah tidak menarima kehendak anak
yang sudah berupaya untuk berfikir. Manakala “underdog” pula unsur yang menjadi mangsa dalam
sesuatu keadaan dan peranan yang dimainkan itu sering bersikap membela diri, meminta maaf, tidak
berdaya, dan lemah (Corey, 2005). Oleh itu kedua-dua unsur ini selalu bertelagah bagi menjadi unsur
yang dominan dalam personaliti seseorang. “Topdog” selalunya bersifat mengawal dan “underdog”
pula sering membantah. Teknik ini dapat membantu peserta kajian menyedari, merasai dan memahami
peranan yang lain yang harus dilakukannya ketika bersama ibu bapanya. Dengan memahami kedua-dua
sikap atau tingkah lakunya, maka peserta kajian dan ibu bapanya hendaknya dapat menerima unsur-
unsur yang berlawanan ke dalam personaliti mereka tanpa perlu dipertikaikan dan mewujudkan konflik
lagi. Teknik ini dapat membantu peserta kajian memahami apakah yang harus dilakukan apabila
berinteraksi dengan ibu bapa dan cuba menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu bapa. Bagi
289
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
menambahkan rasa tanggungjawab peserta terhadap peranan yang harus dimainkan terhadap
keluarganya, kaunselor telah berusaha supaya sesi ketiga akan diteruskan lagi bagi menyelesaikan
konflik keluarga peserta kajian dengan konsep “here and now”.
Rawatan kedua, menggunakan pendekatan terapi pemusatan peserta kajian. Pendekatan terapi
ini telah menekankan kepada perhubungan yang kuat antara kaunselor dan peserta kajian. Kaunselor
telah membina hubungan yang kukuh dengan peserta kajian. Kaunselor membawa peserta kajian
menerima, merasai dan mengalami realiti yang sebenar. Peserta kajian tidak lagi rasa takut untuk
berhadapan dengan realiti dan sedia menerima dirinya sendiri sama ada baik atau buruk. Peserta kajian
dipandu dan diarah oleh perasaan dan pemikiran sendiri. Peserta kajian diajak memfokuskan perhatian
kepada nilai-nilai dan norma-norma masyarakat, individu juga perlu mempunyai nilai-nilai sendiri
untuk memandu dirinya. Ia harus bersifat inner directedness dan tidak dikongkong oleh outer
directedness. Melalui inner directedness ini akan memperolehi kepuasan kerana ia dapat membuat
sesuatu keputusan berdasarkan pertimbangan sendiri (Amir Awang, 1987). Dalam membantu peserta
kajian ke arah perkembangan kendiri yang positif, kaunselor cuba menggunakan kebolehan empati iaitu
cuba memahami dan merasai emosi dan perasaan peserta kajian yang sebenar mengapa peserta kajian
berhadapan dengan masalahnya. Kaunselor cuba mewujudkan suasana yang sesuai dan menggalakkan
peserta kajian untuk mengalami rasa bebas untuk meneroka dan mengalami perkara-perkara dilaluinya
yang tidak pernah disedarinya. Kaunselor juga cuba membantu peserta kajian supaya tidak lagi
menggunakan helah bela diri dan mencari alasan bagi setiap tingkah lakunya.
Rawatan ketiga, mengawal tekanan yang dialami oleh peserta kajian. Perasaan tertekan sudah
lama dialami oleh peserta kajian semenjak peserta kajian ada hubungan dengan kekasinya di tingkatan
empat samapilah peserta kajian berkahwin, akibat konflik yang dialaminya dengan kedua ibu bapanya.
Bagi membantu masalah ini, kaunselor telah menggunakan pendekatan tingkah laku seperti teknik
relaksasi, amegeri dan pernafasan. Peserta kajian telah dapat memahami teknik yang diajar dan merasa
seronok. Latihan ini membantu peserta kajian merasai emosi dan perasaan yang tenang, gembira dan
dapat mengurangkan tekanan.
Rawatan keempat, memberi fokus kepada masalah peserta kajian yang mengalami perasaan
rendah diri. Pelbagai pengalaman pahit yang dialami oleh peserta kajian semenjak peserta kajian di
sekolah. Peserta kajian pernah diambil tindakan disiplin oleh pihak sekolah akibat kurang fokus dengan
pelajaran. Apabila situasi ini berlaku maka wujudlah masalah seperti tidak yakin diri, takut, rasa malu,
tidak mahu berinteraksi dengan orang lain dan sebagainya. Antara pendekatan atau teknik yang
digunakan ialah pendekatan humanistik. Semasa rawatan, kaunselor cuba memberi empati, menerima
peserta kajian sepenuhnya, cuba memupuk diri peserta kajian dengan kekuatan yang peserta kajian ada,
menggunakan teknik konfrantasi. Pendekatan humanistik ini sebenarnya memberi peluang kepada
peserta kajian melihat dirinya dan potensinya yang ada. Apabila peserta kajian melihat kekuatan diri
yang sebenar maka peserta kajian akan rasa yakin dan berusaha untuk menjadi manusia yang cemerlang.
Hasil kaunseling ialah di dapati peserta kajian dapat memahami dirinya yang sebenar. Kaunselor
merasakan bahawa pendekatan yang digunakan itu sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada
peserta kajian untuk jangka masa yang panjang.
Rawatan kelima, memberi fokus kepada komunikasi atau perhubungan peserta kajian dengan
ibu bapanya dan orang lain. Pada rawatan pertama dan kedua kaunselor cuba menyelesaikan konflik
peserta kajian dengan ibu bapanya. Tetapi pada masa sesi ini kaunselor sekali lagi merawat peserta
kajian dengan memfokuskan kepada masalah komunikasi peserta kajian terutamanya dengan ibu bapa
dan juga orang lain. Kaunselor merasakan bahawa komunikasi sangat penting dalam kehidupan
seseorang, bukan sahaja ibu bapa, tetapi orang-orang yang berada di persekitaran. Disebabkan masalah
inilah peserta kajian sukar untuk membina hubungan dengan ibu bapanya, kawan-kawan dan orang lain
di persekitarannya. Hasil sesi kaunseling, kaunselor melihat bahawa kemungkinan besar peserta kajian
290
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
akan memahami cara-cara berkomunikasi yang baik dengan ibu bapa. Kaunselor merasakan rawatan
ini mungkin tidak mendatangkan banyak kesan kepada peserta kajian kerana dia jarang berjumpa
dengan ibu bapanya.
RUMUSAN
Rumusannya, masalah utama yang dihadapi oleh peserta kajian ialah hubungan keruh antara peserta
kajian dengan ibu bapanya yang sukar dipulihkan. Di samping itu, kes penceriaan peserta kajian dengan
suami memberi kesan yang sangat mendalam kepada peserta kajian. Ini menyebabkan peserta kajian
menerima tekanan hidup yang sangat meruncing sehingga berdepan dengan masalah stress yang serius.
Akhirnya, hasil kajian menunjukkan pendekatan psikoanalisis dan pemusatan klien sangat
berguna untuk menunjukkan tahap permasalahan yang dialami oleh peserta kajian. Sehubungan itu,
pendekatan ini sangat sesuai diamalkan oleh para kaunselor dalam dalam usaha merawat klien yang
mengalami masalah keluarga berantakan.
RUJUKAN
Amir Awang, (1987). Teori dan amalan psikoterapi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Corey, G., (2005). Theory and practice of counseling and psychotherapy. Ed. ke-7. USA: Brook/Cole
Publishing Company.
Ida Hartina Ahmad Tharbe, (2017). Kepimpinan kaunseling kelompok: Teori dan aplikasi. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Ivey. E. A. (2007). Intentional interviewing and counseling. USA: Brook/Cole Publishing Company.
USA.
Jongsma, J.E., & Mark, P.L., (1995). The complete psychotherapy planner. New York: Wiley-
Interscience Publication.
Melati Sumari, Ida Hartina Ahmad Tarbe, Norfaezah Md Khalid & Azymawaty Mohamad Nor. (2014).
Teori kaunseling dan psikoterapi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Sapora & Ruhaya. (2012). Teori kaunseling dan psikoterapi: Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia.
Yin, R.K. (2009). Case study research: Design and methods. Edisi ke-4. Thousand Ocks, California:
Sage Publications, In
291
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PENERIMAAN IBU BAPA TERHADAP PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK
DARJAH (PBD) SEKOLAH RENDAH DI NEGERI SEMBILAN
Mohd Amin bin Said ([email protected])
Manisah binti Mohd Shah ([email protected])
Norhayati binti Hashim ([email protected])
Fauziah binti Hashim ([email protected])
Mohd Nizam bin Ijom ([email protected])
Murali a/l Murugasen ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan, persepsi dan sikap ibu bapa terhadap
pentaksiran bilik darjah (PBD). Reka bentuk kajian ini merupakan pendekatan kuantitatif yang
menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data berkaitan demografi,
pengetahuan, persepsi dan sikap ibu bapa murid terhadap PBD. Populasi kajian adalah terdiri dari
kalangan ibu bapa murid yang berada di sekolah rendah di Negeri Sembilan. Pengumpulan data
dijalankan secara rawak mudah dan seramai 864 orang responden iaitu ibu bapa murid telah dipilih
sebagai sampel kajian. Instrumen soal selidik dibina sendiri oleh pengkaji dan menggunakan ‘Google
Form’ dan diedarkan secara dalam talian. Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan
perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 25. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
ibu bapa mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana terhadap PBD (min=3.25). Dapatan juga
menunjukkan lebih separuh (58.57%) dari responden iaitu ibu bapa kurang setuju peperiksaan
dihapuskan. Ini menunjukkan ibu bapa masih percaya kepada sistem peperiksaan sebagai penilaian
guru terhadap anak-anak mereka. Walaubagaimanapun secara keseluruhan dari segi persepsi dan
sikap ibu bapa terhadap PBD berada pada tahap tinggi iaitu pada skor min 3.89 dan 4.00. Implikasi
kajian ini diharap dapat membantu Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak sekolah agar dapat
merancang program penerangan PBD yang lebih konsisten dan sistematik supaya dapat meningkatkan
pengetahuan dan meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap pelaksanaan PBD
Kata kunci: PBD, Penerimaan, Pengetahuan, Persepsi, Sikap
PENGENALAN
Pentaksiran bilik darjah (PBD) merupakan satu transformasi yang telah diperkenalkan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia selaras dengan perubahan Sistem Pentaksiran Pendidikan
Kebangsaan (SPPK) yang mula diperkenalkan pada tahun 2017 untuk sekolah menengah dan tahun
2018 untuk sekolah rendah. Berdasarkan garis panduan pelaksanaan, PBD telah dirangka agar menjadi
satu pentaksiran yang bersifat holistik kepada murid. Pentaksirannya merangkumi menilai aspek
kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (KPM, 2018).
PBD merupakan satu pentaksiran yang lebih lengkap, bermakna, sahih, dan tepat untuk mengenal pasti
tahap penguasaan murid. Menurut Norhana (2019), guru boleh menggunakan proses pengukuran,
penilaian dan pentaksiran untuk mendapatkan maklumat hasil pembelajaran murid. Pentaksiran yang
mantap dan berkesan menolong guru mengenal pasti tahap pembelajaran murid dan keberkesanan
pengajaran guru. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, melalui
292
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
anjakan yang kesembilan juga telah memberikan penekanan terhadap penglibatan ibu bapa, komuniti
dan pihak swasta dalam memperkasakan sekolah (Astro Awani, 2016).
Perkongsian tanggungjawab antara ibu bapa, komuniti dan sekolah merupakan satu inisiatif utama
dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang berkualiti untuk murid-murid (KPM, 2013). Peranan
ibu bapa perlu diperluaskan sebagai rakan kongsi untuk meningkatkan keberhasilan anak-anak mereka.
Sehubungan dengan itu, pendidikan boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila. Justeru, ia menjadikan
pendidikan tidak bersifat jumud malah sentiasa bertindak balas kepada keperluan semasa dan jangkaan
masa hadapan. Justeru, pakar- pakar Pendidikan telah memaknakan semula konsep dan fungsi
pendidikan supaya pendidikan yang dilaksanakan adalah relevan dan signifikan terhadap pembangunan
manusia (Norhana, 2019).
PERNYATAAN MASALAH
Tujuan pendidikan adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
seperti terkandung dalam Falsafah Pendididkan Kebangsaan. Berdasarkan realiti kini menunjukkan
pendidikan telah menjadi alat mobiliti sosial-ekonomi individu dan negara. Natijahnya situasi ini telah
melahirkan masyarakat terutama guru, ibu bapa dan pentadbir sekolah yang terlalu berorientasikan
peperiksaan.
Menyedari keadaan ini bermula tahun 2019, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
mengambil langkah drastik dengan memansuhkan peperiksaan bagi murid Tahap Satu (Tahun Satu,
Dua dan Tiga) di semua sekolah rendah, dan memperkukuhkan amalan Pentaksiran Bilik Darjah (KPM,
2019). PBD akan memberi tumpuan kepada perkembangan muridan murid atau berorientasikan
pembelajaran, bukan lagi berorientasikan peperiksaan. PBD adalah sebahagian daripada proses
pembelajaran dan ia juga salah satu komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang berfokus
kepada perkembangan dan kemenjadian murid secara holistik.
Menjadi persoalan kepada masyarakat terutamanya kepada ibu bapa dan guru adalah apabila
peperiksaan dimansuhkan. Ibu bapa seperti hilang arah untuk membimbing anak mereka, manakala
guru menganggap seperti tiada tujuan mengajar dalam kelas. Murid juga dikatakan makin malas bila
UPSR dimansuhkan (Sinar Harian, 2020). Berlawanan pula dengan pandangan pihak Kesatuan
Perkhidmatan Keguruan Kebangsaan (NUTP). NUTP pula memohon supaya peperiksaan UPSR
dimansuhkan supaya tidak membebankan murid-murid (Nurul Huda, 2019).
Untuk mencapai hasrat dan aspirasi pendidikan ini, bukan sahaja masyarakat, murid dan guru sahaja
yang harus memainkan peranan penting, malah ibu bapa yang merupakan orang yang terdekat dengan
anak-anak agar pelaksanaan PBD ini dapat berjalan dengan lancar. Bagi tujuan itu, ibu bapa perlulah
mempunyai persepsi, pengetahuan dan sikap yang betul tentang PBD. Ibu bapa perlu tahu apa itu PBD,
apakah tujuannya, apakah ciri-ciri dan bentuk pentaksirannya yang dapat membantu perkembangan
anak-anak. Bagaimana ibu bapa ingin membimbing anak-anak jika mereka sendiri tidak tahu apa itu
PBD. Jika ibu bapa sudah mempunyai pengetahuan yang betul terhadap PBD, penglibatan ibu bapa
dalam proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak di rumah dapat dipertingkatkan melalui tugasan
atau latihan yang diberikan oleh guru, ulang kaji tambahan atau projek-projek tertentu yang perlu
dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dapat memantau aktiviti anak-anak mereka di rumah
(Cheng et al., 2011). Perlakuan ini menunjukkan sikap ibu bapa sendiri terhadap pendidikan anak-anak.
Berdasarkan perkembangan baru ini, jelas dapat dilihat bahawa belum ada sebarang kajian yang
komprehensif yang dibuat oleh individu dan institusi mengkaji tahap pengetahuan, persepsi dan sikap
ibu bapa terhadap PBD.
293
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif bagi kajian ini ialah
i. Mengenalpasti tahap pengetahuan ibu bapa terhadap PBD
ii. Mengenalpasti persepsi ibu bapa terhadap PBD
iii. Menyatakan sejauhmana tahap sikap ibu bapa terhadap perlaksanaan PBD.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak pihak-pihak yang berkaitan dalam
usaha mereka menjayakan matlamat dan objektif masing-masing. Antara kepentingan kajian ini adalah:
i. memberi indikator kepada pihak sekolah keberkesanan pelaksanan PBD sekolah rendah
menurut pandangan ibu bapa
ii. membantu pihak JPN melihat tahap pengetahuan, persepsi dan sikap ibu bapa terhadap
pelaksanaan PBD
iii. membantu KPM bagi mengadakan tindakan susulan dan merangka strategi yang efektif bagi
memantapkan lagi PBD agar program ini benar-benar mencapai apa yang dihasratkan.
TINJAUAN LITERATUR
Peperiksaan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengukur pencapaian murid dalam
system pendidikan di Malaysia untuk tempoh lebih daripada 50 tahun. Oleh itu, Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) telah mula diperkenalkan sejak 2011 di peringkat sekolah rendah bagi menambaik sistem
penilaian ke atas murid dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaian terhadap
pencapaian murid terlalu berorientasikan peperiksaan. Sistem sebelum ini dikatakan terlalu berteraskan
peperiksaan, agak 'rigid' dari segi regimentasinya. Sistem negara maju lebih ke hadapan,
memandangkan mereka lebih mementingkan konsep pembentukan 'character', menghasilkan individu
yang lebih berinovasi dan kreatif (Astro Awani. 2018)
Banyak kajian terdahulu banyak mengenai guru tetapi tidak pernah meninjau kedudukan ibu bapa dalam
pelaksaan dasar baru ini. Oleh itu, hakikat bahawa jika ibu bapa mempunyai tahap pengetahuan yang
rendah terhadap PBD, mereka mungkin tidak mampu untuk membantu dan membimbing anak-
anak mereka meningkatkan pembelajaran. Menurut Zarina dan Safani (2015), penglibatan ibu bapa di
dalam pendidikan anak-anak mempunyai hubungan positif dengan tahap pencapaian akademi,
kesediaan dan komitmen ibu bapa untuk terlibat di dalam proses pendidikan dan akan menyebabkan
mereka diterima baik di kalangan warga sekolah, Persoalannya bagaimana ibu bapa ingin membimbing
anak mereka jika mereka sendiri tidak tahu apa itu PBD, tujuan PBD, bentuk-bentuk pentaksiran,
kelebihan dan kekurangan PBD. Paling menjejaskan bila ibu bapa tidak tahu bagaimana hendak
membaca dan menafsir laporan PBD yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
Meninjau dari sudut persepsi pula dilihat peranan guru sekolah semakin mencabar kerana persepsi dan
tuntutan dalam kalangan ibu bapa lebih tertumpu ke arah mencapai kecemerlangan akademik. Amlah
Salleh, Zahara Aziz, Zuria Mahmud dan Abd. Aziz Mahyuddin (2010) menegaskan bahawa ibu bapa
hari ini meletakkan kejayaan murid amat bergantung kepada akademik semata-mata dan faktor ini telah
diterima pula sebagai penanda aras kepada pencapaian dan kecemerlangan masa depan seseorang
murid. Implikasinya, sistem pendidikan lebih terdorong ke arah berorientasikan peperiksaan daripada
membentuk kecemerlangan murid secara holistik seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Negara (Hussein, 2008). Perlakuan ini menunjukkan sikap ibu bapa sendiri terhadap pendidikan anak-
anak. Hasil kajian Rasidayanty Saion (2014) mendapati persepsi guru-guru yang mengajar mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terhadap pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah
294
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
menunjukkan adalah berada pada tahap yang tinggi. Justeru, kajian mengenai persepsi, pengetahuan
dan sikap ibu bapa terhadap PBD juga perlu dijalankan bagi melihat sama ada ibu bapa juga mempunyai
persepsi yang positif bila peperiksaan dimansuhkan dan adakah ibu bapa berpuashati dengan
pelaksanaan dasar baru PBD ini.
METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini merupakan pendekatan kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Soal
selidik digunakan untuk mengumpul data berkaitan demografi responden, pengetahuan, persepsi dan
sikap ibu bapa murid tentang PBD. Populasi kajian adalah terdiri dari kalangan ibu bapa murid yang
berada di sekolah rendah di Negeri Sembilan. Seramai 864 orang responden yang terdiri daripada ibu
bapa telah dipilih sebagai sampel kajian.
Instrumen soal selidik dibina sendiri oleh pengkaji dan menggunakan Google Form untuk mengumpul
data. Soal selidik yang dibina mengandungi empat bahagian, iaitu demografi responden (Bahagian A),
pengetahuan ibu bapa tentang PBD (Bahagian B), persepsi ibu bapa terhadap PBD (Bahagian C), dan
sikap ibu bapa terhadap pelaksanaan PBD (Bahagian D). Jumlah item soal selidik adalah sebanyak 38
item, iaitu Bahagian A sebanyak tujuh item, Bahagian B sebanyak 10 item, Bahagian C sebanyak 12
item, dan Bahagian D sebanyak sembilan item. Soal selidik tersebut menggunakan skala Likert lima
aras, iaitu sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), kurang setuju (KS), setuju (S), dan sangat setuju
(SS).
Pungutan data dilakukan dari tempoh antara 2 hingga 5 Oktober 2020 melalui Google Form yang ditebar
melalui aplikasi Whatsapp dan Telegram sekolah. Seramai 864 orang responden telah memberikan
maklum balas. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25
melalui analisis statistik deskriptif. Analisis deskriptif digunakan untuk menginterpretasi skor min bagi
mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap, dan persepsi masyarakat tentang pelaksanaan PBD. Dapatan
skor min diinterpretasikan kepada tiga tahap seperti dalam Jadual 1 berikut;
Jadual 1: Penghuraian Data bagi Tahap Penilaian Skor Min
Min Tahap Penilaian
0.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.55 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
Sumber: Zainoriza et.al (2019)
295
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 2- Demografi reponden (N=864)
Latar Belakang • Responden Kekerapan Peratus
Jantina • Lelaki 254 29.4
Umur Perempuan 610 60.6
•
Tahap Pendidikan • 21 -30 52 6.10
• 31-40 463 53.6
Pekerjaan • 41-50 308 35.6
51 ke atas 41 4.70
Pendapatan •
• Tiada sijil 55 6.40
Bilangan anak sekolah • Sijil 409 47.3
rendah • Diploma 184 21.4
Lokasi sekolah • Ijazah Sarjana Muda 172 19.9
• Ijazah Sarjana 40 4.63
Ijazah Kedoktoran 0.46
• 4
• Kerajaan 41.1
• Swasta 355 22.9
• Bekerja sendiri 198 16.1
Lain-lain 139 19.9
• 172
• Di bawah RM 2000 42.4
• 2000 - 3999 366 29.3
• 4000 - 6000 253 22.5
6000 Ke atas 194 5.9
• 51
• 1 – 2 orang 82.6
• 3 – 4 orang 714 15.7
Lebih 4 orang 136 1.6
• 14
• Bandar 50.1
Luar Bandar 433 49.9
431
DAPATAN KAJIAN
Demografi responden
Demografi responden dalam kajian ini merujuk kepada latar belakang responden seperti jantina, umur,
tahap pendidikan, pekerjaan, pendapatan, bilangan anak di sekolah rendah dan lokasi sekolah. Seramai
864 orang ibu bapa telah terlibat sebagai responden kajian seperti Jadual 2. Dapatan kajian adalah seperti
Jadual 2 di atas.
Berdasarkan aspek jantina seramai 254 orang ibu bapa (29.4%) adalah lelaki dan manakala 610 orang
lagi adalah ibu bapa (60.6%) perempuan. Hal ini bermakna kaum ibu lebih ramai menjadi respondan
berbanding kaum bapa. Dari aspek umur pula, seramai 52 orang ibu bapa (6.1%) berumur antara 21
hingga 30 tahun, seramai 463 orang ibu bapa (53.6%) berumur di antara 31 hingga 40 tahun dan seramai
308 orang ibu bapa (35.6%) adalah berumur dalam lingkungan 41 hingga 50 tahun serta seramai 41
orang ibu bapa (4.7%) berumur 50 tahun ke atas. Hal ini menunjukkan majoriti ibu bapa (93.9%) yang
terlibat adalah terdiri daripada golongan berumur antara 31 ke 50 tahun.
296
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Apabila ditinjau dari segi tahap pendidikan tertinggi yang dimiliki ibu bapa, seramai 55 orang ibu bapa
(6.4%) tidak memiliki sebarang sijil, 409 orang ibu bapa (47.3%) memiliki sijil, 184 orang ibu bapa
(21.4%) memiliki Diploma, seramai 172 orang ibu bapa (19.9%) memiliki Ijazah Sarjana Muda,
seramai 40 orang ibu bapa (4.63%) memiliki Ijazah Sarjana dan 4 orang ibu bapa lagi (0.46%) memiliki
ijazah kedoktoran. Dari aspek pekerjaan pula didapati seramai 355 orang ibu bapa (41.1%) bekerja di
sektor kerajaan, 198 orang ibu bapa (22.9%) bekerja di sektor swasta, 139 orang ibu bapa (16.1%)
bekerja sendiri dan seramai 172 orang ibu bapa (19.9%) bekerja dalam sektor lain seperti terlibat dalam
ekonomi Gig (grab, ejen insuran, agen MLM).
Dilihat profil dari segi pendapatan didapati seramai 366 orang ibu bapa (42.41%) berpendapatan kurang
daripada RM2000, seramai 253 orang ibu bapa (29.3%) berpendapatan antara RM2000 ke RM3999,
seramai 194 orang ibu bapa (22.5%) berpendapatan di antara RM4000 ke RM6000 dan seramai 51
orang ibu bapa (5.9%) adalah berpendapatan melebihi RM6000. Hal ini bermakna kebanyakan ibu bapa
kajian ini adalah terdiri dari golongan B40. Apabila ditinjau dari segi bilangan anak yang masih berada
di sekolah rendah, didapati seramai 714 orang ibu bapa (82.6%) mempunyai anak 1-2 orang. Seramai
136 orang ibu bapa (15.7%) memiliki anak 3-4 orang dan 14 orang ibu bapa (1.6%) memiliki lebih 4
orang anak yang berada di sekolah rendah. Dilihat profil ibu bapa dari segi lokasi rumah, seramai 433
orang ibu bapa (50.1%) berada di bandar dan seramai 431orang ibu bapa (49.9%) berada di luar bandar.
Hal ini bermakna, ibu bapa yang hampir seimbang antara berada di bandar dan di luar bandar telah
mengisi soal selidik kajian ini.
PENGETAHUAN IBU BAPA TERHADAP PELAKSANAAN PBD
Sumber Maklumat Bagaimana Ibu bapa Tahu tentang PBD
Rajah 1, menunjukkan hasil analisis deskriptif taburan peratusan dan min berkaitan sumber maklumat
bagaimana ibu bapa rmengetahui tentang pentaksiran bilik darjah (PBD) ini. Dapatan adalah seperti
Rajah 1.
Rajah 1–Sumber maklumat bagaimana ibu bapa mengetahui tentang PBD (N=864)
Bagi item ini ibu bapa boleh memilih lebih daripada satu jawapan. Dapatan kajian menunjukkan punca
sumber maklumat utama ibu bapa mengetahui tentang PBD adalah melalui guru, guru besar, rakan dan
jiran iaitu seramai 559 (64.7%). Seramai 262 orang ibu bapa (30.3%) pula tahu melalui media sosial
seperti facebook, tweeter, dan website. Seramai 198 (22.9%) ibu bapa tahu daripada media massa seperti
program di TV dan akhbar manakala seramai 135 (15.6%) ibu bapa tahu tentang PBD melalui media
cetak seperti buku dan pamplet. Manakala seramai 98 orang ibu bapa (11.3%) tidak pernah tahu tentang
PBD.
297
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Pengetahuan Ibu Bapa Terhadap PBD
Jadual 3 –Sumber maklumat bagaimana ibu bapa mengetahui tentang PBD (N=864)
Jadual 3 menunjukkan kesemua item pengetahuan berada pada tahap sederhana (min=3.25). Untuk item
pertama, ibu bapa tahu terhadap pelaksanaan PBD mempunyai min 3.25. Dari segi peratusan 42.59%
ibu bapa menyatakan mereka setuju dan sangat setuju tahu pelaksanaan PBD di sekolah. Sebanyak
35.3% ibu bapa menyatakan mereka kurang setuju dan 22.11% menyatakan mereka tidak setuju dan
sangat tidak setuju tahu terhadap pelaksanaan PBD.
Bagi item bil 2, tahu tujuan PBD diperkenalkan mempunyai skor min 3.23. Kekerapan menunjukkan
bahawa 42.59% ibu bapa menyatakan mereka setuju dan sangat setuju tahu tujuan PBD diperkenalkan.
Sebanyak 33.68% kurang setuju dan 23.73% ibu bapa menyatakan mereka tidak setuju dan sangat tidak
setuju tahu tujuan PBD perkenalkan.
Seterusnya, item bil 3, ibu bapa tahu ciri-ciri pentaksiran yang terdapat dalam PBD mendapat skor min
3.13. Kekerapan menunjukkan bahawa 38.5% ibu bapa menyatakan mereka setuju dan sangat setuju
tahu ciri-ciri pentaksiran yang terdapat dalam PBD, manakala 34.10% kurang setuju dan 27.4%
menyatakan mereka tidak setuju dan sangat tidak setuju tahu ciri-ciri pentaksiran yang terdapat dalam
PBD.
Item bil.4, pengetahuan ibu bapa terhadap bentuk-bentuk pentaksiran yang ditekankan dalam PBD
memperoleh min yang paling rendah iaitu min 3.06. Sebanyak 60.1% ibu bapa menyatakan mereka
setuju dan sangat setuju tahu bentuk-bentuk pentaksiran yang ditekankan dalam PBD, 31.9%
menyatakan mereka kurang setuju dan 8% tidak setuju dan sangat tidak setuju tahu bentuk-bentuk
pentaksiran yang ditekankan dalam PBD.
Walaubagaimanapun didapati min meningkat sedikit iaitu min 3.39 bagi item ibu bapa tahu bahawa
PBD dapat mengembangkan potensi anak mereka. Sebanyak 47.69% ibu bapa setuju dan sangat setuju
tahu bahawa PBD dapat mengembangkan potensi anak mereka, 34.61% kurang setuju dan 17.71% tidak
setuju dan sangat tidak setuju tahu bahawa PBD dapat mengembangkan potensi anak mereka.
Seterusnya untuk item bil 6, ibu bapa tahu bahawa tiada lagi sistem KDD atau ‘streaming’ dalam PBD
mendapat skor min 3.48. Sebanyak 51.85% ibu bapa setuju dan sangat setuju tahu bahawa tiada lagi
sistem KDD, manakala 28.7% kurang setuju dan 19.44% tidak setuju dan sangat tidak setuju tahu
bahawa tiada lagi sistem KDD dilaksanakan dalam PBD.
Bagi item bil 7, ibu bapa tahu mentafsir laporan PBD telah mendapat skor min 3.35 dengan sebanyak
48.15% ibu bapa setuju dan sangat setuju tahu mentafsir laporan PBD, 31.13% kurang setuju dan
20.72% tidak setuju dan sangat tidak setuju tahu mentafsir laporan PBD.
Bagi item akhir sekali iaitu item bil 8, ibu bapa tahu bahawa PBD dapat meningkatkan nilai murni
dalam diri anak mereka mendapat skor min yang paling tinggi iaitu min 3.53. Dari segi peratusan
298
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
54.05% ibu bapa menyatakan mereka setuju dan sangat setuju tahu PBD dapat meningkatkan nilai
murni dalam diri anak mereka. Seterusnya, sebanyak 30.9% kurang setuju dan 15.05% tidak setuju dan
sangat tidak setuju tahu bahawa PBD dapat meningkatkan nilai murni dalam diri anak mereka.
PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PELAKSANAAN PBD
Jadual 5 membincangkan hasil analisis deskriptif taburan peratusan, peratusan min dan tahap yang
dicapai oleh skor min setiap item tentang persepsi ibu bapa dalam melaksanakan PBD di sekolah rendah
Jadual 4: Persepi ibu bapa terhadap PBD (N=864)
Jadual 4 menunjukkan bagi Item bil. 7, menunjukkan skor min tertinggi (min 4.02) iaitu melalui aktiviti
PBD dapat membentuk sahsiah dan keyakinan diri anak saya. Dari segi peratusannya, sebanyak 89.35%
guru melaporkan setuju dan sangat setuju, 8.91% kurang setuju dan 1.74% tidak setuju dan sangat tidak
setuju.
Bagi Item 3 dapat min yang tinggi lainnya ditunjukkan oleh persetujuan dengan skor min 4.01 iaitu
melalui aktiviti PBD dapat kenalpasti kelebihan anak saya dengan kekerapan 99.10% setuju dan sangat
setuju,0.7% kurang setuju dan 1.74% tidak setuju dan sangat tidak setuju. Persepsi yang sama
mempunyai skor min yang sama tinggi (min 4.01), iaitu PBD dapat mencungkil potensi anak saya.
Bagi dua item iaitu item 4 dan item 5, PBD dapat kenalpasti kelemahan anak saya dan melalui PBD
tindakan susulan dapat dibuat dengan pantas selepas dapat maklumbalas mempunyai skor min sama
tinggi (min 4.0). Namun, kekerapan persetujuan dilaporkan adalah berbeza iaitu seramai 60.1% setuju
dan sangat setuju, 31.90% kurang setuju dan 8.00% tidak setuju dan sangat tidak setuju. Bagi item tpula,
seramai 91.60% setuju dan sangat bersetuju, 7.40% kurang bersetuju dan 1.10% tidak setuju. Bagi item
melalui PBD tindakan susulan dapat dibuat dengan pantas selepas dapat maklumbalas seramai 60.1%
mengatakan setuju dan sangat setuju,31.90% kurang setuju dan 8.00% tidak setuju dan sangat tidak
setuju.
Bagi item 1 pula, PBD dapat menilai perkembangan anak saya’ didapati bahawa mempunyai skor min
yang tinggi iaitu 3.99. Didapati 88.77% bersetuju dan sangat bersetuju, 9.03% kurang bersetuju dan
2.20% ibu bapa tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju. Kesimpulannya, secara keseluruhan persepsi
ibu bapa terhadap PBD menunjukkan bahawa berada pada tahap min tinggi dengan skor min 3.88.
299
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
SIKAP IBU BAPA TERHADAP PELAKSANAAN PBD
Bahagian ini adalah membincangkan bagaimana ibu bapa terhadap PBD secara keseluruhan. Antara
konstruk yang diukur adalah tentang siakp ibu bapa dalam menyediakan kemudahan pembelajaran anak
di rumah.
Kemudahan Pembelajaran Anak Mereka Di Rumah
Rajah 2 menunjukkan sikap ibu bapa di sekolah rendah dalam menyediakan kemudahan pembelajaran
anak mereka di rumah. Bagi item ini ibu bapa diberi kebebasan memilih lebih dari satu pilihan. Terdapat
25 orang ibu bapa tidak menjawab item ini.
Rajah 2 –Sumber maklumat bagaimana ibu bapa mengetahui tentang PBD (N=839)
Rajah 2 menunjukkan sikap ibu bapa di sekolah rendah dalam menyediakan kemudahan pembelajaran
anak mereka di rumah. Daripada 839 maklum balas yang diterima, mereka menandakan sekurang-
kurangnya satu kemudahan seperti yang disenaraikan dalam Rajah 2. Dapatan kajian ini menunjukkan
556 ibu bapa (66.3%) paling banyak membekalkan telefon bimbit kepada anak-anak mereka untuk
pembelajaran. Ini diikuti oleh kemudahan internet sebanyak 482 (57.4%), 495 ibu bapa (59%)
menyediakan ruang belajar yang selesa (59%), 402 ibu bapa (47.9%) lagi menyediakan komputerseperti
desktop, laptop dan tablet kepada anak-anak di rumah dan 318 ibu bapa (37.9%) ada menyediakan
pencetak untuk digunakan oleh anak-anak di rumah.
Sikap Ibu Bapa Terhadap PBD
Jadual 4 menunjukkan hasil analisis deskriptif taburan peratusan, min dan tahap yang dicapai oleh skor
min setiap item tentang sikap ibu bapa terhadap pelaksanaan PBD.
300
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 4: Sikap Ibu Bapa Terhadap Pelaksanaan PBD (N=864)
Berdasarkan Item bil. 1, tentang sikap ibu bapa terhadap PBD, dapatan menunjukkan 86.46 ibu bapa
setuju dan sangat setuju, membimbing anak mereka dengan menunjukkan min tinggi skor 4.50.
Berkaitan dengan item bil 2, kesediaan ibu bapa menyumbang bantuan kewangan untuk menjayakan
PBD anak mereka menunjukkan min skor 3.82 dengan tahap min yang masih tinggi iaitu 77.66%
menyatakan setuju dan sangat setuju, 17.94% kurang setuju dan 4.40% menyatakan tidak setuju dan
sangat tidak setuju. Seterusnya bagi item keempat dan kelapan ialah kesediaan ibu bapa menawarkan
diri menjadi Sukarelawan dalam Kelas (SdK) dan berkongsi kepakaran kepada pihak sekolah
menunjukkan masing-masing dengan min skor 3.71 (tinggi) dan 3.78 (tinggi). Peratusan ibu bapa yang
menyatakan kesediaan menjadi SdK sebanyak 60.10% sangat setuju dan setuju, 31.9% kurang setuju
dan 8% tidak setuju dan sangat tidak setuju. Peratusan kesudian mereka menawarkan kepakaran diri di
sekolah pula menunjukkan 75.23% menjawab setuju dan sangat setuju, 20.37% kurang setuju dan 4.4%
tidak setuju dan sangat tidak setuju. Namun item kelima tentang keaktifan penglibatan ibu bapa dalam
PIBG menunjukkan tahap min yang sederhana iaitu 3.58. Hanya 60.1% menyatakan setuju dan sangat
setuju, 31.9% kurang setuju manakala 8% tidak setuju dan sangat tidak setuju.
Kesimpulannya, sikap ibu bapa sekolah rendah terhadap pelaksanaan PBD menunjukkan tahap yang
tinggi. Sikap yang positif ini menunjukkan bahawa mereka sedia menerima PBD dengan mengambil
tahu perkembangan anak-anak mereka, juga memberi bimbingan dan sokongan kepada anak-anak serta
turut sedia berkongsi kepakaran dan wang ringgit demi menjayakan PBD.
PERBINCANGAN
Pengetahuan Ibu Bapa Terhadap Pelaksanaan PBD
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, melalui anjakan yang kesembilan, telah
memberikan penekanan terhadap penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta dalam di sekolah
(Astro Awani, 2016). Justeru, pengetahuan ibu bapa terhadap sistem persekolahan dapat membantu
mereka memahami apa yang berlaku di sekolah.
Dapatan kajian menunjukkan punca sumber maklumat utama responden mengetahui tentang PBD
adalah melalui guru, guru besar, rakan dan jiran iaitu seramai 559 (64.7%) Seramai 262 orang responden
(30.3%) pula tahu melalui media sosial seperti facebook tweeter, dan website. Seramai 198 (22.9%)
responden tahu daripada media massa seperti program di TV dan akhbar manakala sebanyak 15.6% ibu
bapa tahu tentang PBD melalui media cetak seperti buku dan pamplet, sebanyak 64.7%. Seramai 98
orang responden (11.3%) tidak pernah tahu tentang PBD. Ini menunjukkan bahawa peranan sekolah
seperti peranan guru besar adalah lebih dominan menyebar luas maklumat tentang pelaksanaan PBD
301
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
secara langsung berbanding dengan sumber maklumat yang lain. Ini bersesuaian dengan Hussein (1997)
yang berpandangan bahawa guru besar yang mempunyai kepimpinan yang berkesan perlu menyatakan
maklumat dengan jelas kepada semua guru, ibu bapa, masyarakat dan murid yang mempunyai
kepentingan bersama.
Dapatan kajian juga menunjukkan pengetahuan ibu bapa sekolah rendah terhadap pelaksanaan PBD
pada tahap yang sederhana (min= 3.25). Ramai ibu bapa tidak tahu tentang pelaksanaan PBD
(min=3.25), tujuan PBD diperkenalkan (min= 3.23), ciri-ciri pentaksiran yang terdapat dalam PBD
(min=3.13) dan bentuk-bentuk pentaksiran (min =3.06), namun ibu bapa tahu dan setuju bahawa PBD
adalah dapat membantu mengembangkan potensi dan meningkatkan nilai murni dalam diri anak
mereka.
Ini menunjukkan ibu bapa masih kurang pendedahan tentang bagaimana PBD dilaksanakan. Hal ini
menunjukkan ibu bapa kurang pengetahuan untuk membimbing dan membantu anak-anak mereka di
rumah semasa anak-anak melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru. Tambahan pula, ibu bapa
telah maklum bahawa tiada lagi sistem peperiksaan dalam PBD, hal ini mungkin menyebabkan mereka
kurang memantau perkembangan anak yang mengakibatkan fokus anak dalam muridan akan hilang.
Hal ini berbeza dengan dapatan dari kajian (Jeynes, 2005; Fletcher & Silberbeg, 2006; Englund,
Luckner, Whaley, & Egeland, 2004) yang menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa kebanyakan
berlaku di tahap awal persekolahan anak-anak.
Pada kebiasaannya, ibu bapa lebih cenderung memberi perhatian pada tahap awal persekolahan kerana
anak-anak masih kecil dan belum mampu berdikari. Penglibatan ibu bapa berkurangan apabila anak-
anak mereka memasuki sekolah menengah. Ibu bapa beranggapan bahawa anak-anak mereka mampu
menguruskan muridan sendirian dan hanya perlukan perhatian yang paling minimum daripada ibu bapa
(Van Voorhis, 2003; Unger, Leod, & Tressell, 2000). Ini menunjukkan ibu bapa masih kurang
pendedahan tentang bagaimana PBD dilaksanakan. Hal ini menunjukkan ibu bapa kurang pengetahuan
untuk membimbing dan membantu anak-anak mereka di rumah semasa melaksanakan tugasan yang
diberikan oleh guru. Tambahanlagi, ibu bapa telah maklum bahawa tiada lagi sistem peperiksaan dalam
PBD, ini mungkin mengakibatkan mereka kurang memantau perkembangan anak yang mengakibatkan
fokus anak akan hilang dalam muridan. Hal ini berbeza dengan dapatan dari kajian (Jeynes, 2005;
Fletcher & Silberbeg, 2006; Englund, Luckner, Whaley, & Egeland, 2004) yang menunjukkan bahawa
penglibatan ibu bapa kebanyakan berlaku di tahap awal persekolahan anak-anak. Ibu bapa lebih
cenderung memberi perhatian pada tahap awal persekolahan kerana anak-anak belum mampu berdikari.
Penglibatan ibu bapa berkurangan apabila anak-anak mereka memasuki sekolah menengah. Ibu bapa
beranggapan bahawa anak-anak mereka mampu menguruskan muridan sendirian dan hanya perlukan
perhatian yang paling minimum daripada ibu bapa (Van Voorhis, 2003; Unger, Leod, & Tressell, 2000).
Sehubungan dengan itu, ibu bapa dapat memantau aktiviti anak-anak mereka di rumah (Cheng et al.,
2011). Antara aktiviti yang dapat melibatkan ibu bapa dengan anak-anak adalah membantu anak-anak
dalam pembelajaran, menyediakan buku latihan dan evidens dan sebagainya .
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Pelaksanaan PBD
Kini, peranan guru sekolah semakin mencabar. Hal tersebut kerana tuntutan dalam kalangan ibu bapa
lebih tertumpu ke arah mencapai kecemerlangan akademik anak masing-masing. Amlah Salleh, Zahara
Aziz, Zuria Mahmud dan Abd. Aziz Mahyuddin (2010) menegaskan bahawa ibu bapa hari ini
meletakkan kejayaan murid amat bergantung kepada akademik semata-mata dan faktor ini telah
diterima pula sebagai penanda aras kepada pencapaian dan kecemerlangan masa depan seseorang
murid. Implikasinya, sistem pendidikan lebih terdorong ke arah berorientasikan peperiksaan daripada
membentuk kecemerlangan murid secara holistik seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Negara (Hussein, 2008).
Untuk membincangkan persepsi ibu bapa dalam penerimaan mereka terhadap pelaksanaan PBD
sebanyak 12 item telah bina. Dapatan daripada soal selidik dianalisis dan didapati ibu bapa murid
302
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
sekolah rendah di Negeri Sembilan mempunyai persepsi yang positif (tinggi) terhadap pelaksanaan
PBD dengan skor min=3.89.
Ibu bapa juga mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap guru dalam membentuk sahsiah anak mereka
melalui aktiviti PBD. Bagi Item bil. 7, menunjukkan skor min tertinggi (min 4.02) iaitu melalui aktiviti
PBD dapat membentuk sahsiah dan keyakinan diri anak saya. Ini bertepatan dengan kajian yang dibuat
oleh Mohd Khairi dan Asmawati (2010) yang menegaskan bahawa memang menjadi tanggungjawab
guru untuk menerapkan nilai-nilai sahsiah dengan berkesan agar murid dapat dibentuk menjadi
masyarakat yang bermoral, sosial dan kerohanian yang tinggi. Pelaksanaan PBD dapat membantu guru
melaksanakan tanggungjawab ini.
Bagi item 10, penghapusan peperiksaan mendapat persepsi yang beza antara ibu bapa. Dapatan
menunjukkan terdapat ibu bapa yang masih mahukan sistem peperiksaan dilaksanakan seperti sebelum
ini. Malahan peratusan ibu bapa yang sangat tidak bersetuju, tidak setuju dan kurang setuju peperiksaan
dimansuhkan adalah 58.57% berbanding mereka yang setuju dan sangat bersetuju iaitu 41.43%.
Manakala lebih separuh dari responden iaitu ibu bapa tidak setuju peperiksaan dihapuskan. Ini
menunjukkan masih wujud kerisauan dalam kalangan ibu bapa tentang penilaian guru terhadap anak-
anak mereka. Mereka lebih yakin kepada peperiksaan secara bertulis seperti ujian bulanan.
Namun begitu ibu bapa mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap guru dan pihak sekolah untuk
mengenal pasti kelebihan dan mencungkil potensi dan anak dengan skor min yang sama tinggi (min
4.01). Dapatan ini sesuai dengan peranan sekolah yang penting iaitu dalam pembentukan perkembangan
kanak-kanak (Saturia Amiruddin, et al., 2014).
Sikap Ibu Bapa Terhadap Pelaksanaan PBD
Dapatan kajian menunjukkan responden yang terdiri daripada ibu bapa sentiasa menyokong
pembelajaran anak-anak di rumah dengan menyediakan kemudahan pembelajaran seperti telefon bimbit
(66.3%), talian Internet (57.4%), ruang belajar yang selesa (59%), kemudahan komputer (47.9%) dan
pencetak (37.9%) di rumah bagi memudahkan pembelajaran. Kajian ini selari dengan dapatan kajian
oleh Feuerstein (2000); Fan (2001); Fan dan Chen (2001) bahawa penglibatan ibu bapa di rumah dilihat
daripada kesungguhan mereka memberi perhatian kepada muridan anak-anak, peka kepada
tanggungjawab dan menyediakan kemudahan yang sesuai untuk muridan anak-anak. Sikap ibu bapa
sebegini didapati memberi kesan kepada anak-anak untuk bersungguh-sungguh dalam muridan mereka.
Demikian juga, sokongan ibu bapa terhadap kerja-kerja sekolah semasa anak-anak dan aktiviti-aktiviti
sekolah turut dapat memberi kesan kepada jangkaan secara realistik terhadap pencapaian anak-anak
(Kellaghan, Sloane, Alvarez, & Bloom, 1993). Kajian Chomiak (2006) mendapati, ibu bapa yang
memantau anak-anak menyiapkan kerja sekolah di rumah dilihat mempunyai hubungan yang signifikan
dengan pencapaian mereka. Sokongan ibu bapa bukan sahaja membantu anak-anak dalam pembelajaran
malahan menjadikan ibu bapa lebih peka akan kehendak anak-anak. Berdasarkan kajian didapati juga
86% ibu bapa setuju dan sangat bersetuju sedia bimbing anak-anak sewaktu menyiapkan kerja-kerja
PBD di rumah. Sokongan ibu bapa terhadap kemampuan anak-anak serta teknik yang dipraktikkan oleh
ibu bapa ketika membantu anak-anak mereka membuat kerja rumah akan menghasilkan anak-anak yang
berprestasi tinggi (Hoover-Dempsey et al, 2001; McWayne, Hampton, Fantuzo, cohen, & Sekino, 2004;
Kleiner, 2005).
Sikap ibu bapa terhadap pelaksanaan PBD dalam kajian ini juga menunjukkan ia berada pada tahap
yang tinggi dengan min keseluruhan 4.0. Kesemua item berada pada tahap min yang tinggi dan hanya
satu item dengan min sederhana tinggi iaitu tahap penglibatan dengan PIBG sekolah. Berdasarkan
kajian ini, 92.7% responden bersetuju dan sangat bersetuju ibu bapa hadir perjumpaan tiga penjuru yang
dianjurkan oleh pihak sekolah bagi membincangkan prestasi anak-anak dan 60.1% lagi bersetuju untuk
aktif dalam PIBG. Dapatan ini adalah selari dengan kajian Shaverand & Walls (1998) yang mendapati
anak-anak yang mana ibu bapanya sering menyertai dan menghadiri aktiviti yang dilaksanakan di
303
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
sekolah seperti bengkel dan perjumpaan ibu bapa menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding
dengan ibu bapa yang tidak melibatkan diri. Dapatan kajian ini juga menunjukkan ibu bapa sedia untuk
membimbing anak mereka di rumah, bersedia ambil tahu perkembangan anak mereka dan berhubung
dengan guru kelas di sekolah, kesemuanya berada pada tahap min yang tinggi.
Selari dengan kajian Grolnick et al. (1997), menyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan mereka
sebagai guru di rumah dan berfikiran positif terhadap anak-anak akan lebih suka melibatkan diri dalam
aktiviti kognitif anak-anak. Manakala sikap negatif yang ditunjukkan oleh ibu bapa dari peringkat awal
akan meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak (Hickman, Greenwood, & Miller, 1995). Kajian
terdahulu juga menunjukkan bahawa ibu bapa yang melibatkan diri dalam aktiviti di rumah mempunyai
komunikasi positif dengan sekolah dan mempunyai berpandangan positif terhadap sekolah (Hannon,
1999; Bojuwoye & Narain, 2008). Akhirnya hubungan ibu bapa dan anak-anak di rumah dan
penglibatan ibu bapa di sekolah dapat memberi impak terhadap perkembangan diri anak-anak pada masa
akan datang (Christenson, Round & Gorney, 1992; Hannon, 1999; Hill & Tyson, 2009).
RUMUSAN
Rumusan secara keseluruhannya bagi dapatan kajian menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai tahap
pengetahuan yang sederhana terhadap PBD (min=3.25). Dapatan juga menunjukkan lebih separuh
(58.57%) dari responden iaitu ibu bapa kurang setuju peperiksaan dihapuskan. Ini menunjukkan ibu
bapa masih percaya kepada sistem peperiksaan sebagai penilaian guru terhadap anak-anak mereka.
Walaubagaimanapun persepsi dan sikap ibu bapa secara keseluruhan terhadap PBD berada pada tahap
tinggi masing-masing min=3.89 dan min=4.00.
Implikasi kajian ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak pihak-pihak yang berkaitan dalam usaha
mereka menjayakan matlamat dan objektif masing-masing. Kajian ini diharapkan dapat membantu
KPM bagi mengadakan tindakan susulan dan merangka strategi yang efektif bagi memantapkan lagi
PBD agar program ini benar-benar mencapai apa yang dihasratkan. Khusus bagi Jabatan Pendidikan
Negeri Sembilan dan pihak sekolah agar dapat merancang program penerangan PBD yang lebih
konsisten dan sistematik supaya dapat meningkatkan pengetahuan dan meningkatkan keyakinan ibu
bapa terhadap pelaksanaan PBD walaupun peperiksaan dimansuhkan.
RUJUKAN
KPM (2018). Surat Siaran Bil 14 2018 Bertarikh 19 Dis 2018. Pemansuhan Amalan Peperiksaan
Pertengahan Dan Akhir Tahun Murid Tahap 1 Di Sekolah Rendah KPM Mulai 2019.
Norhana Bakhary (2019), Pentaksiran Bilik Darjah dan Perkembangannya. Majalah Pendidik. KPM
21.1.2019
Astro Awani. (2016, September 26). Tahap penglibatan ibu bapa di sekolah perlu dipertingkat -
Mahdzir Khalid. Astro Awani. Retrieved from http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/tahap-penglibatanibu-bapa-di-sekolah-perlu-dipertingkat-mahdzir-khalid-117649
Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah. Edisi ke-2
2019
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2025.
KPM. Putrajaya
304
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
NUTP (2018). NUTP Mohon UPSR Dimansuhkan. Isu Semasa Majalah Kesatuan Perkhidmatan
Kerguruan Kebangsaan. Diakses pada 6 Oktober 2020 http://www.nutp.org.my/isu-semasa/isu-
semasa-2018/633-nutp-mohon-upsr-dimansuhkan
Nurul Huda Husin (2019). NUTP Mohon UPSR Dimansuhkan Untuk Elak Murid Terbeban. Majalah
GPS Bestari Online. Terbitan 5 Ogos 2019. Diakses pada 5 Oktober 2020
https://www.gpsbestari.com/berita/nutp-mohon-upsr-dimansuhkan-untuk-elak-murid-terbeban-
1.928553
Cheng, L., Andrews, S. & Yu, Y. (2011). Impact and Consequences Of School-Based Assessment
(SBA): Students’ and Parents’ Views Of SBA In Hong Kong. Language Testing. April
2011, 28: 221-249
Astro Awani. (2018). Maszlee Mahu Ubah Sistem Pendidikan Berorientasikan
Peperiksaan. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/maszlee-mahu-ubah-sistem-
pendidikan-berorientasi-peperiksaan-175872
Sinar Harian (Ogos 2019). Murid Makin Malas Jika UPSR Dimansuhkan. Diakses Pada 10 Okt 2020
Di https://www.sinarharian.com.my/article/41877/BERITA/Nasional/UPSR-tidak-perlu-
dimansuhkan-tapi-ditambah-baik
Zarina Abd Aziz & Safani Bari Penglibatan Ibu Bapa Di Dalam Kelas Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran: Satu Kajian Kes International Seminar On Special Education For Southeast
Asia Region 5th Series 2015. UKM – UPI – UNESA- SEAMEO SEN
Rasidayanty Saion (2014) Persepsi Guru-Guru Kemahiran Hidup Bersepadu Terhadap Literasi
Pentaksiran Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Fakulti Pendidikan Teknikal
dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
Amla Salleh, Zahara Aziz, Zuria Mahmud & Abd. Aziz Mahyuddin (2010). Peranan Bapa dalam
Pembangunan Sahsiah Remaja dan Implikasinya terhadap Nilai Kekeluargaan (The Role of
Fathers in Developing Adolescents Personality and its Implication Towards Family Value)
Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2) 2010
Abdullah, Abdul & Ahmad, Hadyani & Sukri, Ahmad & Ismail, Nurhasyimah & Artika, Vicki. (2014).
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS): Kebaikan Dari Perspektif Am, Guru, Murid Dan Ibu
Bapa. Buletin Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Jilid 24: Bil I, 2014.
Sistem Guru Online (2020). 9 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) Vs Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Diakses pada 5 Oktober 2020
Https://Www.Sistemguruonline.My/2019/01/9-Perkara-Yang-Perlu-Anda-Ketahui-
Berkaitan-Pentaksiran-Bilik Darjah-Pbd-Vs-Pentaksiran-Berasaskan-Sekolah-Pbs.Html
Costa, A. (1985). Assessing Growth In Thinking Abilities. In A.L. Costa (Ed.). Developing Minds: A
Resource Book forTeaching Thinking. Alexanderia, Va: Associations for Supervision And
Curriculum Developement.
Berita Harian (Disember 26, 2017). Henti Asing Kelas, Sekolah Kawalan. Diakses Pada 4 Okt 2020
Di https://ww.Bharian.Com.My/Berita/Nasional/2017/12/367585/Henti-Asing-Kelas-
Sekolah-Kawalan.
Esah Sulaiman (2002). Modul Pembelajaran: Profesionalisme Pendidikan. Jabatan Asas Pendidikan
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Darul Ta’zim.
305
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Fraenkal, J. (1980). Helping students think and valve: strategies for teaching the social studies,
Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall, Inc.
Jeynes, W. H. (2005). A Meta-Analysis ofThe Relation Of Parental Involvement To Urban Elementary
School Student Academic Achievement. Urban Education, 40, 237 – 269.
Kerlinger, F.N. (1986). Foundations of Behavioural Research. Fort Worth: Holt, Rinehart And Winston.
Kamus Dewan (2017), Edisi Keempat, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
306
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PENEROKAAN PENGETAHUAN KANAK-KANAK TENTANG ALAM SEKITAR
MENERUSI PENDEKATAN PROJEK
Azlin Mohd Rosdi ([email protected])
Noor Ashikin Mohd Yusop ([email protected])
Norazizah Abdul Rahman ([email protected])
Zawiah Bahrom ([email protected])
Cho Keng Boon ([email protected])
Muhadi Mahmud ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
ABSTRAK
Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka pengetahuan kanak-kanak serta nilai alam sekitar yang
diterapkan menerusi aktiviti projek. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes di sebuah
tadika di negeri Melaka, Malaysia. Peserta kajian ini terdiri daripada 16 orang kanak-kanak dan
seorang pendidik. Data kajian diperoleh menerusi temu bual tidak berstruktur, pemerhatian dan bukti
dokumen. Hasil kajian mendapati pengetahuan kanak-kanak mengenai alam sekitar adalah berkaitan
isu-isu alam sekitar berkaitan pengurusan sampah seperti mengumpul barangan dari rumah serta
mengasingkan bahan untuk dikitar semula bagi menghasilkan produk baharu. Kesimpulannya,
pengetahuan diperoleh menerusi penerokaan dan penyiasatan melalui aktiviti projek. Malah, pendidik
turut bertindak secara responsif dalam menyediakan pembelajaran yang menyeronokkan mengikut
keinginan dan keperluan kanak-kanak. Justeru, hasil kajian diharap dapat dijadikan panduan bagi
membantu perkembangan kanak-kanak secara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang baik
dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.
Kata kunci: Alam sekitar, Projek, 3R
PENGENALAN
Perubahan landskap pendidikan di Malaysia telah mengalami transformasi seiring dengan
perkembangan pesat abad ke-21. Lantaran itu, fokus Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) turut mengalami perubahan dengan memberi fokus
terhadap pendidikan awal kanak-kanak di seluruh negara. Hal ini menunjukkan bahawa matlamat blue
print yang disarankan adalah penting bagi proses pembentukan minda, sosial dan emosi kanak-kanak
ke arah melahirkan modal insan yang bertaraf global (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Disamping itu, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) turut digubal dan dilaksanakan
selaras dengan Rancangan Malaysia ke-10. Malah, matlamat KSPK adalah sejajar dengan
memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan
bersepadu. Ianya mencakupi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna
menerusi aktiviti berasaskan projek. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan
dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam
persekitaran sedia ada dan bersedia dalam menangani cabaran masa hadapan (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2009).
307
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Bagi mencapai hasrat ini, KSPK (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010) telah menggariskan enam
tunjang utama dalam pembentukan modal insan yang seimbang. Antara aspek yang diberi keutamaan
adalah tunjang kemanusiaan dimana memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami
diri sendiri dan mengenali serta memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti
dan alam sekitar (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010).
Justeru itu, kajian ini memberi tumpuan dari segi aspek kemanusiaan yang diterapkan melalui proses
pendidikan yang merupakan tunjang utama untuk mengawal alam sekitar. Kajian ini adalah releven
dilaksanakan memandangkan sekolah merupakan salah sebuah pusat atau gedung ilmu bagi
menyediakan kanak-kanak bagi menangani isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar (Moroye &
Ingman, 2013).
TINJAUAN LITERATUR
Pendidikan Alam Sekitar dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Pendidikan Alam Sekitar sesuai didedahkan pada peringkat usia awal kanak-kanak adalah untuk
membentuk sikap dan mempelajari tentang alam sekitar serta mampu menempuhi cabaran dalam
kehidupan sebenar (Chawla, 2002). Oleh itu, sewajarnya pendidik menyediakan peluang untuk kanak-
kanak meneroka sumber dan memberi pengalaman untuk mencungkil perasaan ingin tahu kanak-kanak
menerusi pembelajaran penerokaan (Hovland, Gapp & Theis, 2011). Sebagai contoh aktiviti berkebun
dijadikan sebagai sebahagian dari aktiviti luar bilik darjah namun mampu memberi peluang untuk
penerokaan dan penyiasatan terhadap serangga, tanah dan kitaran hidup haiwan dan tumbuhan. Malah,
Pendidikan Alam Sekitar juga adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar tentang
alam sekitar melalui interaksi langsung antara pelajar dan alam sekitarnya.
Justeru, perubahan tingkah laku terhadap alam sekitar boleh berlaku dengan menjadikan manusia lebih
berpengetahuan terhadap isu alam sekitar menerusi pendidikan di awal usia kanak-kanak. Malah,
pengetahuan yang tinggi turut membawa kepada tahap kesedaran dan sikap kecenderungan yang tinggi
terhadap alam sekitar (Hungerford dan Volk, 1990). Turut disarankan bahawa pengetahuan yang
berbentuk pengalaman didedahkan di peringkat awal kanak-kanak bagi tujuan melahirkan generasi
yang sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dalam alam sekitar (Palmer,1998).
Pendidikan di awal kanak-kanak juga harus dipandang sebagai dinamik dan berterusan. Oleh itu, Dewey
(1916) menjelaskan bahawa pendidikan adalah merupakan proses persediaan bagi kanak-kanak untuk
memulakan suatu kehidupan. Pendidikan ini juga sewajarnya dipandang sebagai dinamik dan
berterusan. Oleh itu, dicadangkan persekitaran pembelajaran kanak-kanak adalah berasaskan tugasan
berbentuk projek yang melibatkan aktiviti dalam kehidupan seharian.
Inisiatif Kanak-kanak Menerusi Pendekatan Projek
Pendekatan Projek merupakan suatu alternatif dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
dapat mencungkil inisiatif kanak-kanak menerusi persoalan yang dikemukakan menerusi pengalaman
pembelajaran yang berkualiti (Katz, Chard & Kogan, 2014). Pendekatan Projek secara umumnya
mempunyai tiga fasa yang secara tidak langsung bergabung antara satu sama lain, bermula dengan Fasa
I (Permulaan), diikuti dengan Fasa II (Penyiasatan) dan di akhir dengan kemuncak atau Pameran
Perdana (Katz, Chard & Kogan, 2014).
Matlamat utama untuk Fasa I adalah bagi mewujudkan interaksi antara kanak-kanak menerusi
perkongsian maklumat, idea dan pengalaman sedia ada kanak-kanak mengenai topik yang sedang
dibincangkan. Fasa II, adalah merupakan fasa untuk menjalankan penyiasatan bagi mencari jawapan
terhadap soalan yang telah dibina oleh kanak-kanak di akhir Fasa I. Pada waktu ini, kanak-kanak bekerja
308
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
secara suka rela dalam kumpulan kecil bersama subtopik yang spesifik. Manakala pendidik
menyusunkan aktiviti yang berfokus kepada lawatan ke tapak kajian atau dengan kehadiran beberapa
orang pakar. Matlamat Fasa III projek adalah menyelesaikan projek menerusi penghasilan artifak atau
model menerusi inisiatif atau idea kanak-kanak. Malah, dalam Fasa III kanak-kanak berkongsi
pengetahuan dan informasi baharu dalam kalangan mereka. Fasa III turut mempamerkan tahap
pengetahuan baharu dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, Fasa III ini merupakan masa bagi
menjalankan refleksi terhadap aras pengetahuan baharu dan kefahaman yang telah dikuasai oleh kanak-
kanak. Hal ini kerana kanak-kanak mula mempamerkan tahap peningkatan pengetahuan bukan sahaja
melalui bermain malah menerusi paparan bahan-bahan di dinding, drama dan tarian, buku skrap, model
serta permainan (Katz, Chard & Kogan, 2014).
Pendekatan Projek dilihat sebagai suatu pendekatan yang dapat meninggalkan kesan positif terhadap
perkembangan kognitif dan sosiemosi kanak-kanak. Situasi ini dapat dikesan apabila pendidik
mendapat maklum balas yang positif daripada ibu bapa bahawa anak-anak mereka sentiasa bercerita,
berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh menerusi aktiviti penerokaan dan penyiasatan
yang telah dijalankan menerusi aktiviti projek (Çabuk & Haktanır, 2010). Selain itu, dapatan kajian
lepas, turut menjelaskan bahawa aktiviti projek dapat meningkatkan penglibatan kanak-kanak secara
aktif berbanding dengan program lain disebabkan oleh kanak-kanak boleh melakukan penyiasatan yang
mendalam terhadap subjek yang mereka gemari.
Perkembangan Kognitif Dan Sosial Kanak-Kanak Menerusi Pendekatan Projek
Fitrah kanak-kanak adalah ingin berkomunikasi dengan rakan dan orang dewasa. Teori sosiobudaya
menjelaskan bahawa pengalaman sosial dan budaya memberi kesan terhadap proses perkembangan dan
kematangan kanak-kanak. Malah, budaya pemikiran yang lebih tinggi dan tingkah laku dapat dibentuk
apabila wujudnya interaksi antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan
daripadanya (Kozulin, 2003). Oleh itu, interaksi sosial yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak
merupakan faktor dalam membantu meningkatkan perkembangan intelek (pemikiran) dan metakognitif
(memerhati dan berfikir dengan menggunakan gaya pemikiran sendiri).
Vygotsky percaya bahawa penekanan terhadap tiga tunjang utama dalam suatu proses pengajaran dan
pembelajaran menerusi alat-alat psikologi, Zon Perkembangan Proksimal dan perancah merupakan asas
kepada proses perkembangan kognitif kanak-kanak. berpendapat bahawa alat-alat psikologi ini akan
membantu minda kanak-kanak dalam menyelesaikan tugasan yang bermakna menerusi suatu proses
yang lengkap (Helm, 2015). Internalisasi alat-alat psikologi membenarkan proses pemikiran berlaku
dan keupayaan otak kanak-kanak untuk membina kapasiti pemikiran masa hadapan (Helm & Katz,
2011).
Selain itu, perbincangan secara interaktif antara pendidik dan kanak-kanak adalah penting untuk
membentuk diri kanak-kanak menjadi seorang perantis malah sepanjang proses pembelajaran kanak-
kanak belajar secara bebas (Katz, Chard & Kogan, 2014). Dalam konteks sosial inilah kanak-kanak
mula menguasai pembelajaran tertentu dan seterusnya mampu untuk melalui zon perkembangan
proksimal. Penglibatan bersama dengan orang lain seperti pendidik, ibu bapa dan rakan sebaya
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri
memandangkan kanak-kanak terdedah dalam kotak pemikiran orang lain dan berkongsi membina
pemahaman sendiri (Gauvain, 2001).
Malah, menerusi aktiviti projek kanak-kanak berkemampuan menguasai konsep dan kemahiran yang
kompleks dengan membina pengetahuan sendiri dalam zon perkembangan proksimal (Katz, Chard &
Kogan, 2014; Bodrova & Leong, 2008). Tahap perkembangan sebenar kanak-kanak dapat dikesan
apabila dapat membuat penyelesaian terhadap sesuatu masalah secara bersendirian tanpa bantuan
daripada individu yang mahir. Di samping itu, tahap perkembangan potensi juga dapat dikenal pasti
309
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
menerusi kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan dan bimbingan daripada orang
dewasa di sepanjang penyiasatan dan penerokaan menerusi aktiviti projek.
METODOLOGI
Kajian yang dilaksanakan ini adalah bersifat penerokaan, di mana kajian kes dipilih sebagai strategi
dalam penyelidikan manakala pemerhatian, dokumen, video, audio dan temubual tidak berstruktur
merupakan teknik yang diguna dalam pengumpulan data (Yin, 2011).
Lokasi yang telah dipilih bagi kajian ini merupakan sebuah sekolah tadika yang terletak dalam negeri
Melaka. Tadika ini dipilih sebagai lokasi kajian atas beberapa kriteria seperti latar belakang tadika,
mudah diakses, dan kesanggupan pendidik, ibu bapa dan kanak-kanak untuk bekerjasama dengan
penyelidik.
Dalam kajian ini, 16 orang kanak-kanak dalam lingkungan usia 5+ dan seorang pendidik yang
kesemuanya berkesanggupan dan diizinkan menjadi peserta kajian ini. Jumlah bilangan peserta kajian
ini adalah tidak ramai. Namun Patton (1990, hlm.169) menyatakan bahawa tidak ada peraturan yang
ditetapkan dalam pemilihan saiz sampel dalam satu kajian kualitatif namun saiz persampelan adalah
bergantung kepada apa yang ingin diterokai oleh penyelidik, dilaksanakan mengikut kesesuaian masa
dan memperoleh maklumat yang lebih mendalam (depth).
Pemilihan sampel dalam kajian ini adalah menggunakan kaedah persampelan bertujuan kerana
pemilihan dilakukan dengan sengaja terhadap individu-individu khusus, kejadian dan persekitaran
berdasarkan maklumat penting yang boleh diterokai oleh penyelidik. Malah, peserta kajian mengetahui
perkembangan dan perjalanan sesuatu fenomena dalam lokasi kajian dengan lebih baik (Creswell,
2012).
Dalam memastikan pematuhan terhadap etika kerahsiaan dalam kajian, semua peserta kajian yang
terlibat telah diberikan nama samaran dalam pelaporan malah semua maklumat yang diperoleh
dirahsiakan. Akta kerahsiaan dan usaha menjaga kebajikan peserta kajian diberi keutamaan agar proses
pengumpulan data menjadi lebih relevan dan konsisten.
Peserta kajian yang pertama kajian ialah Cikgu Mumtaz. Beliau berada dalam gred DG41.
Berpengalaman bertugas sebagai pendidik selama dua tahun, serta mempunyai kelulusan tertinggi
peringkat Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya. Bidang pengkhususan utama beliau adalah awal kanak-kanak dan minor ialah
teknologi pengajaran.
Kanak-kanak dari kelas yang diajar oleh Cikgu Mumtaz dipilih sebagai peserta kajian. Kumpulan fokus
ini terdiri daripada 16 orang kanak-kanak, yang dipilih berdasarkan umur, gender, dan isu khusus yang
terbabit iaitu alam sekitar.
Dalam kajian ini, penyelidik berperanan sebagai pemerhati tidak turut serta. Penyelidik berfungsi
sebagai pemerhati yang berada di luar unit sosial, yang mana tingkah lakunya diperhatikan tanpa
mencampuri aktiviti yang dilakukan oleh peserta kajian (Merriam, 2009). Walau bagaimanapun,
kehadiran penyelidik adalah disedari oleh peserta kajian. Bagi tujuan kajian ini, penyelidik membuat
pemerhatian menerusi rakaman video dan membuat catatan pemerhatian.
310
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Hasil pemerhatian melalui rakaman dicatatkan dalam bentuk tulisan sebagai persediaan untuk membuat
laporan (Merriam, 2009). Catatan pemerhatian ini merupakan penerangan yang terperinci serta konkrit
tentang perkara yang diperhatikan sepanjang proses atau aktiviti yang dilakukan oleh peserta kajian.
Antara perkara yang diperhatikan adalah aktiviti mencungkil pengetahuan kanak-kanak tentang
penggunaan tong kitar semula. Justeru, semua bentuk maklumat yang dikumpul menerusi pemerhatian
seperti percakapan, semua bahan daripada peristiwa yang dirakam, dan dokumen diolah mengikut
keperluan bagi menjawab persoalan kajian.
Kesahan konstruk terhadap item yang terdapat dalam temu bual dan pemerhatian telah diperoleh
daripada 3 orang pakar. Beberapa perubahan dan pindaan seperti penggunaan istilah dan struktur ayat
telah dilakukan mengikut saranan pakar. Bagi memastikan aspek bahasa, frasa ayat dan makna bagi
instrumen temu bual dan pemerhatian turut dilakukan pengesahan oleh dua orang pakar.
Dalam kajian ini, data yang dikumpul melalui pemerhatian, temu bual dan bukti dokumen telah
dianalisis berdasarkan pendekatan yang telah dikemukakan oleh Miles dan Huberman (1994), yang
terdiri daripada tiga komponen utama iaitu (1) mereduksikan data, (2) memaparkan data, dan (3)
membuat kesimpulan dan verifikasi.
DAPATAN KAJIAN
Hasil kajian mendapati pengetahuan kanak-kanak mengenai alam sekitar adalah berkaitan isu-isu
alam sekitar seperti pengurusan sampah. Antara pengetahuan tentang pengurusan sampah ialah
menerusi mengumpul, mengasingkan bahan buangan serta menghasilkan produk baharu daripada
barangan terbuang.
a. Pengurusan Sampah
i. Mengumpul sampah
Data pemerhatian mendapati ketika aktiviti perbincangan bagi situasi pembuangan sampah ke dalam
sungai. Kanak-kanak telah menceritakan tentang peranan mereka dan semua individu untuk memunggut
sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai. Malah, kanak-kanak mengemukakan idea bahawa mereka
juga perlu mengutip sampah yang dibuang di serata tempat seperti di tempat permainan, dalam kawasan
tadika dan jalan raya. Antara catatan pemerhatian tersebut adalah seperti berikut:
“Kita kena kutip sampah yang ada dalam sungai tu. Kita tak boleh buang sampah kat
dalam sungai. Nanti ikan mati. Ikan tak boleh makan plastik. Ikan makan ikan kecil
aje. Dia tak makan plastik!”
PA (1) O-16/1(baris 15)
“Kita kumpul sampah tuuu...masuk dalam beg...pastu kita buang dalam tong sampah.
Kesian ikan..nanti dia tak boleh hidup...boleh mati kalau dia makan plastik!”
PF (1) O-16/1(baris 23)
“Kat playground umah kita ada sampah...banyak. Kita selalu ambil sampah tu. Nanti
semut banyak datang...gigit kaki kita...sakit! Kita tak boleh buang kat situ...nanti
311
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
malam-malam anjing datang makan...kalau kita nampak...mama suruh kita kutip pakai
sarung tangan...nanti tangan kotor”.
PB (1) O-16/1(baris 26)
“kat sekolah pun ada sampah...ada orang buang. Cikgu selalu suruh kita ambil
sampah tu. Tak bagus taw buang sampah. Nanti berdosa. Kita kena kutip...tak boleh
biarkan”.
PF (1) O-16/1(baris 32)
“Kita pegi petronas kan..kita nampak ada orang...keta depan kita buang sampah. Ibu
cakap orang tu..tak pegi sekolah..tu sebab dia buang sampah rata-rata. Ibu cakap kita
kena kutip sampah tu...tak boleh buang atas jalan raya...nanti bahaya...boleh
accident..”
PA (1) O-16/1(baris 40)
Data pemerhatian menerusi video, memperlihatkan Cikgu Mumtaz telah mewujudkan situasi kolam
renang yang dipenuhi dengan sampah sarap seperti botol minuman, kertas, tin aluminium dan plastik
(Gambar Foto 1). Data pemerhatian menunjukkan kanak-kanak cuba mencari jalan penyelesaian
mengenai isu sampah yang sedang dihadapi dalam situasi sebenar. Ini jelas terbukti apabila aktiviti
menangkap ikan tidak dapat dijalankan kerana mereka mendapati kolam renang telah dipenuhi dengan
sampah sarap. Oleh itu, kanak-kanak mengambil tindakan segera dengan mengutip sampah dalam
menyelesaikan situasi tersebut.
Gambar Foto 1: Proses mengutip sampah dalam kolam
Mengasingkan Bahan Buangan
Data pemerhatian menunjukkan bahawa kanak-kanak juga mengetahui cara mengasingkan bahan
buangan. Sememangnya kanak-kanak mengetahui cara mengurus sampah dalam kategori plastik, kaca,
aluminium dan kertas kerana telah didedahkan oleh pendidik sejak awal persekolahan lagi. Didapati,
tong kitar semula yang diperbuat daripada kotak juga telah disediakan oleh kanak-kanak bersama
pendidik. Walau bagaimanapun, data menunjukkan kanak-kanak kurang mengetahui kepentingan
mengasingkan bahan buangan. Kanak-kanak hanya dapat mengemukakan dua idea sahaja tentang
kepentingan mengasingkan bahan buangan, iaitu untuk memudahkan proses kitar semula dan sumber
kewangan sampingan. Catatan pemerhatian tersebut adalah seperti berikut:
“Sampah-sampah yang kita kutip kat playground...kat sini (dalam bilik darjah) kita
buang kat dalam tong sampah nie...macam nieeee!!!...yang plastik nie..kita buang kat
312
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
dalam tong nie (warna jingga). Kaca dalam tong nieee (warna coklat). Warna biru
nie..kita buang kertas kat dalam dia”.
PA (2) O-17/1(baris 10)
“Kalau kita buang kat tong 3R nie...nanti senang kita nak asing-asing. Lepas tu kita
boleh jual...dapat duit..nanti cikgu masuk dalam tabung...bila-bila nanti cikgu beli
kek...sedapppp!!!”.
PF (2) O-17/1(baris 22)
“Bila sampah dah banyak kita kumpul...kita buang la kat lori yang datang tu...cikgu
kata..nanti kita asing-asingkan...senang pakcik tu nak kitar semula barang sampah
tu...”
PC (2) O-17/1(baris 31)
Data temu bual mendapati kanak-kanak memberi fokus terhadap proses pengasingan bahan terbuang
serta kepentingannya. Katanya:
Kita kena asingkan botol dengan botol, pembalut coklat dengan plastik, kotak dengan
kertas, sebab nanti senang lori sampah nak ambil dia. Dia buang dekat tempat recycle.
PF (2) I-17/1 (baris 30-32)
Data pemerhatian, menunjukkan kanak-kanak mula mewujudkan stesen mengikut kategori bahan yang
telah dikelaskan (Gambar Foto 2). Stesen pertama merupakan botol mineral, stesen kedua ialah beg
plastik dan stesen ketiga merupakan kotak serta kertas.
Gambar Foto 2: Proses pengasingan botol mineral, beg plastik dan kotak
Begitu juga dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di luar bilik darjah. Kanak-kanak
mula mempraktikkan cara pembuangan sampah melalui proses pengasingan bahan yang boleh di kitar
semula mengikut jenis bahan yang spesifik seperti (1) kertas - surat khabar, buku, resit, (2) kaca - botol
kicap, botol sos, pinggan dan (3) logam – tin minuman ringan, tin biskut, tin susu. Proses pengasingan
ini menjadi lebih spesifik apabila kanak-kanak telah mendapat maklumat mengenai tong kitar semula
seperti Gambar Foto 3 (RF (20) O/RV-15/02, perenggan 3).
313
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Gambar Foto 3: Pengasingan bahan kitar semula menggunakan tong 3R
Hasil temu bual juga mendapati aktiviti yang melibatkan pengalaman sebenar memberi kesan lebih
mendalam kepada kanak-kanak. Apabila ditanya mengenai warna serta fungsi setiap tong, Zahira tanpa
ragu-ragu memberikan jawapan yang tepat bagi kegunaan setiap tong kitar semula mengikut warna
yang spesifik.
Penyelidik : Zahira tadi tong biru untuk isi apa?
Zahira : Oh, tadi Zahira dah baca dah! Biru untuk kertas, jingga
Penyelidik untuk logam dan plastik, lepas tu coklat untuk kaca.
Betul tak, teacher!
: Betul, pandai Zahira
(RF1 (4) I-15/02 (baris 06-10)
Dapatan dokumen hasil lukisan, menunjukkan bahawa kanak-kanak memperoleh kepuasan
yang tinggi apabila mereka dapat meluahkan perasaan dan emosi semasa melakarkan tong kitar semula.
Sebagai contoh, jurnal kanak-kanak memperlihatkan kebolehan kanak-kanak membuat lakaran bagi
setiap tong dengan tepat dan lengkap (Gambar Foto 4). Apabila ditanya mengenai tong kitar semula
yang dilukis, kanak-kanak mengatakan bahawa mereka sangat gembira kerana berjaya membuat bentuk
tong yang sebenar serta mengikut warna DTR05 (15/2).
314
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Gambar Foto 4: Lakaran tong kitar semula kanak-kanak 5+
iii. Menghasilkan Produk Baharu
Data menunjukkan kanak-kanak mengetahui bahawa sampah atau barangan terbuang yang agak elok
boleh digunakan semula untuk menghasilkan produk baharu seperti tong kitar semula, bekas pensil dan
bekas penanaman pokok bunga. Catatan pemerhatian tersebut adalah seperti berikut:
“Kotak besar...yang kita kutip kat shoping...kita boleh buat jadi tong 3R...kita letak
warna...macam tuuuu...coklat...biru dan jingga...kita boleh buat banyak-banyak letak
kat semua kelas”
PC (3) O-17/1(baris 38)
“Bekas pensil tuuu..kita buat guna botol mineral...kita boleh letak warna cat...letak
riben...kita ikat...letak zip..biarkan kering...nanti kita letak pensil dalam kotak pensil”
PF (3) O-17/1(baris 45)
“Botol plastik besar...kita buat bekas tanam pokok bunga. Kita cat...nampak cantik.
Tayar pun kita boleh buat tanam pokok sayur...”
PA (3) O-17/1(baris 50)
Dapatan pemerhatian menerusi video mendapati kecenderungan kanak-kanak terhadap penghasilan
barangan terbuang adalah berbentuk kraf. Malah, penghasilan produk adalah merupakan cadangan
yang diusulkan oleh kanak-kanak sendiri. Contohnya:
Cikgu boleh tak kalau kita buat paper beg! Macam isi coklat harijadi tu! atau
kita guna kertas untuk balut hadiah…
PB (3) O-17/1(baris 45)
Antara kraf yang dihasilkan oleh kanak-kanak ialah pembalut hadiah, beg kertas, bekas pensil, bunga
dan haiwan daripada bekas telur serta topeng (Gambar Foto 5). Di samping itu, kanak-kanak juga
melakarkan idea awal tentang kotak pensil yang ingin dihasilkan dengan menggunakan pelbagai warna
seperti biru, merah dan kuning (Gambar Foto 6).
315
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Gambar Foto 5: Hasil kraftangan kanak-kanak
Gambar Foto 6: Lakaran awal tentang kotak pensil yang ingin dihasilkan
Fasa III dalam projek merupakan aktiviti dimana semua hasil produk terakhir kanak-kanak dipamerkan
kepada umum. Data pemerhatian (RF (32) O/RV-21/2, perenggan 4). menunjukkan kanak-kanak dapat
menghasilkan sebuah kedai untuk menjual hasil produk ciptaan mereka. Gambar Foto 7 merupakan
gerai jualan hasil daripada reka cipta barangan terbuang oleh kanak-kanak.
Gambar Foto 7. Gerai jualan produk barangan daripada kitar semula.
316
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PERBINCANGAN
Kajian ini memberi penekanan terhadap hak kanak-kanak sebagai peserta kajian. Maka implikasinya
ialah kanak-kanak diberi kuasa secara demokrasi seperti menyuarakan pendapat, mendengar pandangan
dari setiap orang lain dan mempunyai sikap prihatin dalam mengendalikan sebarang bentuk aktiviti bagi
tujuan sesuatu kajian. Dengan erti kata lain, peranan kanak-kanak dilihat sebagai peserta aktif yang
melibatkan proses “belajar untuk mengetahui sesuatu” dan berfikir tanpa sempadan. Bermula daripada
isu pengurusan sampah sehingga perubahan cuaca yang kritikal, dan matlamat yang digariskan
menerusi SDGs 2030 menuntut perubahan dari semua aspek yang berlaku dalam alam. Malah,
transformasi melalui pendidikan dilihat sebagai medium utama dalam pembentukan individu yang
mempunyai pengetahuan dan sikap yang peka terhadap alam sekitar.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pengajaran dan pembelajaran iaitu kaedah
pengajaran guru perlu direformasikan agar kesan yang diingini dapat dicapai. Oleh kerana kajian ini
berkaitan kaedah pengajaran dan menunjukkan impak yang positif terhadap pengetahuan dan kesedaran
terhadap alam sekitar maka keberhasilan modal insan yang menyeluruh dapat dibentuk menerusi
Pendekatan Projek. Ini bermakna kajian ini secara eksplisitnya memberi implikasi ke atas diri guru, hal
ini kerana keberhasilan kanak-kanak terletak kepada pendidik yang berwibawa dengan melengkapkan
diri dengan kemahiran-kemahiran tertentu seperti mahir dan berketerampilan dalam pedagogi,
memahami psikologi pendidikan dan menguasai subjek iaitu kandungan kurikulum. Malah, pendidik
juga boleh menggunakan elemen projek semasa mengendalikan semua subjek teras.
Kajian ini membuka peluang kepada penyelidik lain untuk meneroka penggunaan pendekatan projek
sebagai salah satu alternatif pedagogi yang sesuai diaplikasikan pada semua peringkat usia. Oleh itu,
penyelidik mencadangkan agar penyelidik-penyelidik lain dapat membuat kajian lanjutan. Kajian ini
dikendalikan hanya di sebuah tadika. Justeru, generalisasi hanya boleh dibuat kepada peserta kajian di
lokasi berkenaan sahaja. Oleh itu, kajian ini boleh diperluaskan kepada skop yang lebih besar iaitu
merangkumi semua pra sekolah di seluruh Malaysia.
RUMUSAN
Latar belakang dan pernyataan masalah menunjukkan terdapat keperluan bagi penerokaan mengenai
alam sekitar dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah. Justeru, pendekatan projek dilihat sebagai satu
amalan pedagogi yang jarang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran alam sekitar.
Oleh itu, ia merupakan satu pendekatan alternatif kepada pendidik khasnya dalam pendidikan awal
kanak-kanak. Bahkan, hasil analisis data mendapati bahawa pendekatan Projek ini memberi kesan ke
atas elemen pengetahuan dan kesedaran kanak-kanak terhadap alam sekitar. Oleh itu, kajian ini pastinya
memberi idea dan gambaran dari aspek pengajaran dan pembelajaran alam sekitar bahawa proses
pengajaran adalah suatu proses yang dinamik dan menyeluruh. Pendidik turut bertindak secara
responsif dalam menyediakan pembelajaran yang menyeronokkan mengikut keinginan dan keperluan
kanak-kanak. Malah, pendidikan alam sekitar boleh diterokai melalui alam sekitar itu sendiri sebagai
sumber utama dan tentang alam sekitar yang menyentuh elemen pengetahuan mengenai alam sekitar
secara mendalam. Secara keseluruhannya, diharap penyelidikan ini memberi sumbangan dan manfaat
kepada KPM bagi melahirkan insan yang berketrampilan dan seimbang.
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015
(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
317
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (Pelaksanaan
Pengajaran). Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010a). Dokumen Standard Kebangsaan Prasekolah. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (Moroye & Ingman, 2013).
Chawla, L. (2002). “Insight, creativity and thoughts on the environment”: integrating children and youth
into human settlement development. Environment and Urbanization, 14(2), 11-22.
Hovland, M. R., Gapp, S. C., & Theis, B. L. (2011). Look: Examining the concept of learning to look
at print. Reading Improvement, 48(3), 128.
Hungerford, H. R., & Volk, T. L. (1990). Changing learner behavior through environmental
education. The journal of environmental education, 21(3), 8-21.
doi:10.1080/00958964.1990.10753743.
Palmer, J. (1998). Environmental education in the 21st century: Theory, practice, progress and
promise. New York: Routledge.
Dewey, J. (1916). Democracy and education: An introduction to the philosophy of education. New
York, NY: Macmillan.DOI:10.1080/00958964.2011.602131.
Katz, L., & Chard, S. C., & Kogan, Y. (2014). Engaging children's minds: The project approach (3rd
ed.). ABC-CLIO, LLC: Santa Barbara, California.
Kozulin, A. (2003). Psychological tools and mediated learning. Vygotsky’s educational theory in
cultural context, 15-38.
Helm, J. H. (2015). Becoming young thinkers: Deep project work in the classroom. New York, NY:
Teachers College Press.
Helm, J. H., & Katz, L. G. (2011). Young investigators: The project approach in the early years. New
York, NY: Teachers College Press.
Gauvain, M. (2001). The social context of cognitive development. New York: Guilford Press.
Bodrova, E., & Leong, D. J. (2008). Developing self-regulation in kindergarten: Can we keep all the
crickets in the basket?. YC Young Children, 63(2), 56.
Yin, R. K. (2011). Qualitative research from start to finish. New York, NY: The Guilford Press.
Patton, Q. M. (1990). Qualitative Evaluation Methods. Baverly Hill, California: SAGE.
Creswell, J. W. (2012). Qualitative inquiry and research design: Choosing among five approaches (3rd
ed). London: Sage Ltd.
Merriam, S. B. (2009). Qualitative research: A guide to design and implementation: Revised and
expanded from qualitative research and case study applications in education. San Franscisco:
Jossey-Bass.
Miles, M. B., & Huberman, A. M. (1994). Qualitative data analysis: An expanded sourcebook. London:
Sage Publication.
318
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KOMPETENSI KEMAHIRAN LISAN DALAM KALANGAN PELAJAR PISMP
BAHASA MELAYU SJKC IPGKTAA
Nor Asiah Ismail, Ph.D ([email protected])
Dzulkarnain Mat([email protected])
Mohd Nor Mohamed ([email protected])
Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
ABSTRAK
Kajian ini memaparkan kompetensi kemahiran lisan dalam kumpulan pelajar PISMP Bahasa Melayu
SJKC. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seharusnya dikuasai
dengan cukup fasih oleh semua warganegara Malaysia. Malangnya, situasi sebenar memperlihatkan
potensi penutur bukan Melayu masih kurang lancar bertutur dan menguasai bahasa Melayu (Teo Kok
Seong, 2014). Oleh itu, kajian ini perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti kompetensi penguasaan
lisan berdasarkan jenis kemahiran mendengar dan bertutur bagi kumpulan pelajar PISMP Bahasa
Melayu ambilan Jun 2019. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Instrumen kajian berbentuk
kualitatif yang diperlukan ialah borang pemerhatian aktiviti lisan, borang ujian lisan elemen
penguasaan bahasa dan borang senarai semak penggunaan bahasa. Model kajian ujian lisan
diadaptasi daripada Model Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) SPM Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM) 2012. Dua aktiviti kompetensi lisan yang diuji ialah melafazkan syair dan simulasi
lakonan. Kriteria penskoran dinilai dari aspek tatabahasa dan kosa kata, sebutan, intonasi dan nada,
kefasihan dan bermakna. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kompetensi penguasaan kemahiran
bahasa berada di peringkat 10 baik dan 10 memuaskan. Jenis kemahiran lisan yang dikuasai pula ialah
tatabahasa (5), kefasihan (4), sebutan, intonasi dan nada (2) dan bermakna (4). Aktiviti lisan yang
lebih dikuasai oleh pelajar PISMP BM SJKC ialah simulasi lakonan berbanding aktiviti melafaz puisi.
Rumusan kajian membuktikan bahawa aspek yang perlu diberi perhatian dalam kalangan pelajar
PISMP BM SJKC ialah kefasihan, sebutan, intonasi dan nada pertuturan. Oleh itu, disarankan agar
guru bukan Melayu yang mengajar Bahasa Melayu di SJKC atau SJKT dapat memartabatkan bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi di tempat yang sepatutnya.
Kata kunci: Kemahiran lisan, kompetensi bahasa, penguasaan bahasa
PENGENALAN
Bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa utama dalam bidang pendidikan, selaras dengan
kedudukannya sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan melalui
Penyata Razak (1956) telah menetapkan, anak-anak berlainan bangsa perlu mempelajari isi kandungan
kurikulum yang sama di Malaysia. Berdasarkan Laporan Rahman Talib, (1960) hanya dua jenis
sekolah, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) yang dibenarkan. Di
Sekolah Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala di SJK
menggunakan bahasa vernakular sebagai bahasa pengantar. Bermula pada tahun 1968, bahasa Melayu
telah menjadi bahasa pengantar tunggal bagi sistem pendidikan di negara ini (Abdullah, 1987).
Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan wajib lulus bagi setiap murid namun
fenomena semasa di Malaysia menunjukkan keadaan yang tidak memberangsangkan.
Pelaksanaan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM) telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik
daripada Universiti Putra Malaysia bermula tahun 2012. Kajian lanjutan perlu diteruskan untuk
meninjau fenomena sebenar yang berlaku dalam masyarakat yang multietnik di Malaysia. Sehubungan
319
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
itu, kajian ini dijalankan untuk memenuhi keperluan mengadakan pengujian kecekapan bahasa Melayu
yang bersepadu dan sistematik kepada pelbagai golongan yang masih kurang dijalankan terutama
terhadap calon guru major Bahasa Melayu yang akan menjadi tenaga pengajar di SJKC dan SJKT.
Pengujian terhadap kemahiran lisan perlu dilakukan untuk membantu dan memantapkan kemahiran
berkomunikasi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kompetensi seseorang bakal guru.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, penguasaan berbahasa kebangsaan perlu untuk meningkatkan
ilmu, kemahiran dan kompetensi seseorang bakal guru. Bagi bakal guru bukan Melayu, kemahiran
berbahasa Melayu merupakan kemahiran tambahan dalam berbahasa dan mempunyai perbezaan yang
ketara berbanding kemahiran menggunakan bahasa ibunda. Perbezaan bahasa akan menyebabkan
wujudnya perbezaan antara dua kelompok penutur dari aspek budaya dan pemikiran (Asmah, 1987).
Dalam konteks bahasa kedua, pemerolehan bahasa hanya dicapai apabila bahasa tersebut digunakan
semasa berkomunikasi secara separa sedar dan pembelajaran sedar pula tidak boleh digunakan sebagai
sumber hasilan bahasa yang spontan (Krashen, 1994). Hal ini bermaksud bahasa diperoleh melalui
komunikasi dan pembelajaran secara formal dan informal.
Kemahiran bertutur menggunakan bahasa Melayu wajib dikuasai oleh setiap individu di Malaysia untuk
kelangsungan hidup atau ‘survival’ dalam kalangan masyarakat yang pelbagai etnik di Malaysia
(Fa’izah et al., 2009). Hal ini sejajar dengan pendapat Hurley (2008) yang menyatakan bahawa
keperluan menguasai kemahiran bahasa untuk berkomunikasi adalah perlu dalam semua bidang yang
diceburi oleh pelajar kerana 80% daripada masa mereka bekerja akan digunakan untuk berkomunikasi
antara satu sama lain.
TINJAUAN LITERATUR
Menurut Abdullah dan Ainon (2005) komunikasi yang dimaksudkan dengan kemahiran interpersonal
ialah kemahiran mendengar, kemahiran bertanya, kemahiran berucap, kemahiran memberi maklum
balas, unsur bahasa, mengubah sikap dan tingkah laku, penampilan dan komunikasi bukan lisan.
Kemahiran komunikasi intrapersonal, berlaku dalam diri seseorang misalnya semasa seseorang itu
berfikir tentang sesuatu perkara, bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberi
sebab dan akibat. Kemahiran komunikasi bukan lisan pula berlaku tanpa menggunakan sebarang
perkataan dan kandungannya boleh menunjukkan maksud yang tersirat. Antara komunikasi bukan lisan
yang lazim berlaku ialah komunikasi melalui pergerakan badan, pergerakan muka, dan pergerakan
mata. Kemahiran ini memperlihatkan bahawa generasi muda, terutamanya bukan Melayu tidak
mendukung kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerana tidak boleh bertutur dan menguasai
bahasa Melayu (Teo Kok Seong 2014).
Bagi penutur bukan natif, mereka mempelajari bahasa Melayu merupakan proses mempelajari lakuan
baharu. Alat artikulasi mereka sudah biasa dan terlatih untuk menyebut bunyi dalam bahasa ibunda dan
selesa bertutur menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Bahasa Melayu dianggap tidak penting
dan sekadar bahasa perhubungan yang digunakan secara santai (Chew Fong Peng, 2016). Penyelidikan
berkaitan penguasaan bahasa Melayu penting dijalankan di Malaysia dalam usaha untuk menyalurkan
maklumat baharu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kajian perlu memfokuskan bakal guru bagi menyediakan satu landasan awal peningkatan integrasi
nasional. Langkah untuk mengukur kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan penutur
natif Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru perlu dilakukan untuk
meningkatkan kemampuan berbahasa kebangsaan dalam kalangan bakal guru ini. Walau
bagaimanapun, usaha memartabatkan bahasa Melayu hanya boleh dicapai jika setiap individu
menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan baik (Fadzilah dan
Norazlina, 2015).
320
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Kajian Nor Hashimah (2010) menunjukkan kepetahan bertutur yang dicatatkan oleh murid Cina hanya
40.6%. Beliau mendapati murid bukan Melayu dari SJKC menghadapi masalah dalam sebutan kerana
sangat kurang mendengar dan tidak berpeluang menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan
seharian mereka. Pendapat ini disokong pula oleh Chew Fong Peng (2016). Begitu juga dengan dapatan
Jeyagobi (2011), iaitu murid India yang mendapat pendidikan awal di SJKT jarang mempunyai rakan
berbangsa Melayu atau Cina kerana pengetahuan bahasa Melayu mereka tidak dapat memenuhi
keperluan untuk berkomunikasi. Abdul Rahman (2009) mendapati 84.5% murid di sekolah menengah
kekurangan leksikal dan merupakan halangan utama yang menyukarkan mereka berkomunikasi dalam
bahasa kedua dan 79.7% mengatakan mereka sering tidak mengingati perbendaharaan kata semasa
berkomunikasi.
Kesinambungan daripada pandangan tokoh kajian lampau, tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam
kalangan murid bukan penutur natif perlu diuji kerana setiap etnik dan kaum di Malaysia memiliki
bahasa yang berbeza dari segi dialek, struktur bahasa dan sebutan menyebabkan bahasa Melayu sukar
dikuasai (Zamri et al.,2016). Lagipun, murid bukan Melayu di Malaysia telah menguasai bahasa ibunda
sejak dilahirkan (Khairul Nizam, 2017). Penguasaan kosa kata yang terbatas dalam bahasa Melayu
menyebabkan kemahiran bertutur dalam kalangan murid bukan penutur bahasa Melayu terhad, apatah
lagi jika mereka bergurukan tenaga pengajar yang juga tidak fasih berbahasa Melayu. Hal ini
menyebabkan mereka kurang bermotivasi untuk menggunakan bahasa Melayu melainkan untuk tujuan
peperiksaan semata-mata. Berdasarkan pernyataan masalah di atas, satu Ujian Pentaksiran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah perlu dijalankan.
Namun begitu, kajian ini perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti kompetensi lisan dalam kalangan
bakal guru Bahasa Melayu bukan penutur natif yang akan mengajar di SJKC. Memandangkan masih
kurang kajian terhadap penguasaan berbahasa Melayu didokumentasikan, maka usaha ini diharapkan
dapat menambah kajian tentang pengujian kecekapan bahasa Melayu dan panduan kepada pihak
berwajib untuk meningkatkan tahap penguasaan terutama kemahiran bertutur di SJK (Tay Meng Guat
et al., 2016).
Berdasarkan kajian lampau, kompetensi penguasaan kemahiran lisan bakal guru yang akan mengajar di
SJK perlu diteliti bagi melahirkan guru yang berkualiti dalam semua semua aspek pedagogi dan
berbahasa. Peranan guru bukan Melayu mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK perlu kompeten
agar hasrat pendidikan negara sejak merdeka untuk melihat semua warganegra Malaysia fasih
berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
METODOLOGI
Kajian ini mengguna pakai kaedah analisis kualitatif. Kaedah kualitatif memerlukan data yang
mencukupi bagi menjawab persoalan kajian. Oleh itu, dalam konteks kajian ini, data kajian dalam
kalangan kumpulan
Objektif Kajian
1. Menganalisis pencapaian penguasaan kemahiran lisan dalam kalangan pelajar PISMP
Bahasa Bahasa Melayu SJKC IPGKTAA.
2. Menjelaskan kemahiran lisan yang dikuasai oleh pelajar PISMP Bahasa Melayu SJKC
IPGKTAA.
3. Mengenal pasti perbezaan aktiviti lisan yang dikuasai oleh pelajar PISMP Bahasa Melayu
SJKC IPGKTAA.
Persoalan Kajian
1. Bagaimanakah pencapaian penguasaan kemahiran lisan dalam kalangan pelajar PISMP Bahasa
Melayu SJKC IPGKTAA?
321
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
2. Apakah kemahiran lisan yang dikuasai oleh pelajar PISMP SJKC Bahasa Melayu IPGKTAA?
3. Adakah terdapat perbezaan penguasaan aktiviti lisan oleh pelajar PISMP Bahasa Melayu SJKC
IPGKTAA?
Peserta kajian ini terdiri daripada 21 orang pelajar PISMP Bahasa Melayu Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC). Pemilihan sampel menggunakan persampelan bukan rawak jenis
persampelan bertujuan dengan saiz minimum 20 sampel dan sampel dapat mewakili populasi (Robson,
2002). Oleh itu, sampel kajian ini diambil berdasarkan jumlah pelajar Cina yang berumur 19 tahun yang
mengambil pengkhususan Bahasa Melayu. Sampel yang dipilih ini dikenal pasti dapat menjawab soalan
kajian untuk mengenal pasti kompetensi penguasaan bahasa Melayu mereka sebagai bakal guru Bahasa
Melayu di SJKC. Rajah 1 memaparkan sampel kajian yang digunakan untuk menjawab persoalan kajian
yang dirancangkan.
Jadual 1: Sampel kajian PISMP Bahasa Melayu
Jantina Jumlah
Lelaki 4
Perempuan 17
Jumlah 21
Kerangka konsep kajian ini pula adalah seperti Rajah 1 berikut.
Individu Ujian Lisan Kumpulan
Melafaz syair Simulasi Lakonan
4.
Model UBSL, SPM 2002
LPM, KPM
ASPEK PENGUASAAN
LISAN
Bertutur Tatabahasa & Kosa kata Mendengar
Sebutan, intonasi & nada
Kefasihan
Bermakna
Aspek Kemahiran lisan Aktiviti
penguasaan lisan
322
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Rajah 1: Kerangka Konsep Penguasaan Kemahiran Lisan
Prosedur Pengumpulan Data
Prosedur analsis data kajian adalah mengikut proses analisis data mengikut Model Interaktif Komponen
Analisis Data Miles & Huberman tahun 1994.
9) Pengumpulan Data (Formatting)
Pada peringkat ini semua data dikumpul berdasarkan instrumen yang digunakan seperti borang ujian
lisan, senarai semak dan pemerhatian. Semua sampel juga dikodkan dengan nombor dari 01 hingga 21.
Dua jenis model ULBS digunakan untuk melihat kompetensi penguasaan bahasa Melayu pelajar PISMP
SJKC. Model pertama ialah model individu dan model kedua ialah model kumpulan sebanyak tiga
orang. Model individu menguji sampel kajian dalam aspek melafaz syair manakala model kumpulan.
Data kajian dikutip menggunakan tiga cara iaitu pemerhatian, senarai semak dan pemarkahan ULBS.
Dalam hal ini, tiga orang pensyarah Bahasa Melayu dilibatkan untuk mendapatkan kesahan yang tinggi
semasa pengujian berlaku.
10) Pengolahan atau Pembentangan Data (Cross-referral)
Data yang diperoleh daripada ketiga-tiga mekanisme iaitu pemerhatian, senarai semak dan markah
ULBS dianalisis mengikut mengikut pencapaian individu. Skop markah dan elemen penguasaan antara
ketiga penguji lisan digabungkan secara purata untuk mendapat satu keputusan yang disetujui bersama-
sama.
11) Penguncupan Data (Pagination)
Data ini disusun semula mengikut kod individu bermula dari nombor 01 hingga 21. Susunan data
merangkumi aspek penguasaan bahasa, kemahiran bahasa dan aktiviti lisan berdasarkan perolehan data
daripada instrument yang dilaksanakan. Teknik gundal secara manual digunakan untuk mendapatkan
bilangan sampel mengikut tahap penguasaan bahasa, kemahiran bahasa dan aktiviti lisan yang
dijalankan.
12) Kesimpulan (Abstracting)
Setelah data dikelaskan mengikut soalan kajian, maka satu keputusan diperoleh. Keputusan ini
dipindahkan dalam bentuk jadual supaya mudah dirujuk dan dianalisis. Data yang siap disusun bagi
setiap instrumen dan dapatannya, kemudian dianalisis dan dibuat keputusan mengikut tiga objektif dan
soalan kajian.
Prosedur Pemerosesan dan Analisis Data
Tatacara yang digunakan untuk memproses dan menganalisis data kajian berpandukan strategi yang
diutarakan oleh Mahsun, 2012, iaitu pertama, kaedah pengumpulan data; kedua, kaedah penganalisisan
data; dan ketiga, kaedah penyediaan hasil analisisa data.
Kaedah pengumpulan data dilaksanakan melalui ujian lisan oleh tiga orang pensyarah Bahasa Melayu
berdasarkan model individu dan kumpulan. Model individu ialah melafaz syair dan model kumpulan
ialah simulasi lakonan. Instrumen yang digunakan untuk menguji aspek lisan ialah borang ujian lisan,
borang pemerhatian dan borang senarai semak.
Seterusnya, semua data yang diperoleh oleh ketiga-tiga orang pensyarah terhadap penguasaan lisan
sampel dikumpul dan dibincangkan bersama-sama dalam bentuk jadual untuk memudahkan semakan
dan analisis.
Akhir sekali, data dianalisis mengikut objektif dan soalan kajian untuk diambil keputusan tentang
kempetensi penguasaan bahasa Melayu pelajar PISMP BM SJKC.
323
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
DAPATAN KAJIAN
Persoalan Kajian 1: Bagaimanakah tahap penguasaan kemahiran lisan dalam kalangan pelajar
PISMP Bahasa Melayu SJKC IPGKTAA?
Berdasarkan analisis yang telah dibuat, pengkaji telah mengenalpasti sejauhmanakah tahap penguasaan
kemahiran lisan dalam kalangan 21 orang pelajar PISMP Bahasa Melayu SJKC IPGKTAA. Antara
konstruk yang dinilai melalui pemerhatian adalah tatabahasa dan kosa kata, sebutan, intonasi dan nada,
kefasihan dan bermakna. Ttaburan sampel kajian telah ditunjukkan dan pengkaji dapat melihat dengan
lebih jelas berkaitan dengan tahap penguasaan kemahiran lisan 21 orang pelajar tersebut. Bagi konstruk
tatabahasa dan kosa kata, seramai 5 orang yang mencapai peringkat baik dan 12 orang pada peringkat
yang memuaskan. Namun begitu, terdapat 4 orang yang berada pada peringkat yang kurang
memuaskan.
Seterusnya, konstruk sebutan, intonasi dan nada. Sebutan, intonasi dan nada merupakan antara salah
satu aspek yang dinilai bagi mengenal pasti keupayaan pelajar bertutur dengan jelas, mempunyai nada
naik dan nada turun ketika bertutur agar isi pertuturan itu mudah untuk ditafsir. Menurut dapatan kajian,
pengkaji mendapati hanya 2 orang sahaja yang berada pada peringkat baik. Manakala pada peringkat
yang memuaskan ialah seramai 10 orang iaitu jumlah yang tertinggi bagi konstruk ini dan seterusnya
pada peringkat yang kurang memuaskan ialah seramai 9 orang.
Bagi konstruk kefasihan pula, seramai 4 orang yang mempunyai tahap penguasaan yang baik, manakala
pada peringkat yang memuaskan ialah 7 orang dan 10 orang yang mempunyai tahap penguasaan yang
kurang memuaskan. Ini bermaksud, kefasihan dalam kemahiran lisan bagi 21 orang pelajar
menunjukkan bahawa majoritinya adalah pada tahap yang kurang memuaskan. Hal ini disebabkan oleh
beberapa faktor dan antaranya adalah kerana kurang menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan
seharian.
Konstruk terakhir yang dinilai terhadap 21 orang pelajar PISMP Bahasa Melayu SJKC bagi mengenal
pasti tahap penguasaan mereka terhadap kemahiran lisan adalah bermakna. Konstruk bermakna ini
merujuk kepada perkataan yang dituturkan oleh mereka itu mempunyai makna yang sejajar dengan
tatabahasa dan kosa kata bahasa Melayu. Ini bermaksud, mereka mahir dalam menggunakan frasa
dengan tepat dalam pertuturan mereka. Mengikut dapatan kajian pada jadual 8.1, didapati bahawa pada
peringkat yang baik hanya 4 orang sahaja. Peringkat yang memuaskan pula merupakan jumlah yang
tertinggi kerana seramai 11 orang yang berjaya menguasai konstruk tersebut. Namun, masih terdapat
beberapa orang pelajar yang berada pada peringkat yang kurang memuaskan iaitu seramai 6 orang.
Melalui dapatan kajian ini, jelaslah bahawa majoriti pelajar berada pada tahap yang memuaskan sahaja
bagi keempat-empat konstruk yang dinilai. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa orang
pelajar yang berada pada peringkat yang kurang memuaskan.
Persoalan Kajian 2: Apakah kemahiran lisan yang dikuasai oleh pelajar PISMP SJKC Bahasa
Melayu IPGKTAA?
Pemerhatian telah dilakukan terhadap 21 orang pelajar PISMP SJKC IPGKTAA bagi menilai apakah
kemahiran lisan yang dikuasai oleh mereka dan sehubungan dengan itu, pengkaji telah memperoleh
keputusan yang lebih terperinci berkaitan dengan kemahiran tersebut. Pemerhatian ini menfokuskan
kepada lima peringkat iaitu cemerlang (20-24), baik (15-19), memuaskan (10-14), kurang memuaskan
(5-9) dan lemah (1-4). Bagi melaksanakan pemerhatian ini, aktiviti secara lisan telah dijalankan iaitu
melagukan syair dan melaksanakan simulasi lakonan. Berdasarkan aktiviti lisan tersebut, pengkaji dapat
mengenal pasti hanya seorang sahaja pelajar yang tahap penguasaannya adalah pada peringkat
cemerlang. Hal ini kerana, pelajar tersebut telah menepati kriteria yang ditetapkan iaitu sangat fasih
bertutur, penggunaan kosa kata dan tatabahasa yang sangat tepat, serta mampu menuturkan ayat yang
324
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
matang, sangat berkesan dan sangat bermakna. Selain itu, pada peringkat yang baik dan memuaskan
menunjukkan jumlah yang sama iaitu seramai 10 orang.
Merujuk kepada dapatan kajian, ini menunjukkan bahawa kemahiran lisan yang dikuasai oleh pelajar
majoritinya pada peringkat baik dan memuaskan sahaja.
Persoalan Kajian 3: Adakah terdapat perbezaan penguasaan aktiviti lisan oleh pelajar PISMP
Bahasa Melayu SJKC IPGKTAA?
Dapatan kajian terhadap perbezaan penguasaan aktiviti lisan oleh pelajar PISMP Bahasa Melayu SJKC
IPGKTAA dengan menggunakan instrumen senarai semak. Skor dalam jadual tersebut menunjukkan
bahawa pelajar-pelajar hanya mampu mencapai skor yang baik, memuaskan dan kurang memuaskan
bagi kesemua konstruk yang dinilai iaitu tatabahasa dan kosa kata, sebutan, intonasi dan nada, kefasihan
dan bermakna. Jumlah skor yang paling tinggi adalah baik iaitu sebanyak 12. Hal ini kerana, kesemua
konstruk yang dinilai mendapat skor 3. Tambahan pula, jumlah skor yang memuaskan adalah 8 kerana
kesemua konstruk mendapat skor 2 dan jumlah skor yang paling rendah adalah kurang memuaskan iaitu
4. Hal ini disebabkan oleh skor yang diperoleh untuk kesemua kontruk adalah 1.
Walaupun skor bagi penguasaan aktiviti lisan tidak mencapai pada tahap cemerlang dan hanya
mencapai tahap yang baik sahaja, namun ini masih menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
penguasaan aktiviti lisan dalam kalangan pelajar PISMP Bahasa Melayu SJKC IPGKTAA. Hal ini
kerana, pengkaji mendapati bahawa masih ada pelajar yang lemah dalam melafazkan puisi berbanding
simulasi lakonan. Maka, jelaslah bahawa, skor yang diperolehi bagi kesemua konstruk yang dinilai
menunjukkan terdapatnya perbezaan penguasaan aktiviti lisan oleh pelajar-pelajar berkenaan.
PERBINCANGAN
Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian dapatlah dikatakan bahawa penguasaan bertutur dalam
kalangan pelajar PISMP SJKC Bahasa Melayu IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan masih
memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan yang berterusan supaya mereka dapat menguasai dan bertutur
bahasa Melayu dengan baik. Pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik dapat dirancang dan dilaksanakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya subjek Bahasa Melayu lebih mantap dan cemerlang.
RUMUSAN
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, dapat dijelaskan bahawa aspek yang perlu diberi perhatian
dalam kalangan pelajar PISMP Bahasa Melayu SJKC IPGKTAA ialah kefasihan, sebutan, intonasi dan
nada pertuturan kerana aspek ini menunjukkan bahawa penguasaan pelajar terhadap aspek ini sangat
sederhana. Pelaksanaan kajian ini juga sedikit sebanyak turut membantu pengkaji menyedari situasi
sebenar yang dihadapi oleh pelajar dan bagaimana situasi tersebut memberi kesan kepada kemahiran
lisan mereka.
Oleh itu, disarankan latihan sebutan fonetik dan fonologi dalam bentuk bengkel perlu dilaksanakan dari
semasa ke semasa agar penguasaan terhadap kemahiran lisan dapat ditingkatkan. Selain daripada itu,
ujian dan temuduga pengambilan calon guru juga perlu menitikberatkan kepada penguasaan lisan agar
kerjaya guru benar-benar memperlihatkan kualiti di samping mampu membentuk pelajar-pelajar
mereka agar menjadi seorang yang cemerlang. Diharapkan kompetensi guru yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu di SJKC dapat memartabatkan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi negara
kita agar bahasa ini tidak ditelan zaman.
325
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2005). Kemahiran interpersonal untuk guru. Kuala Lumpur: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Abdullah. (2009). Kompetensi komunikatif dan strategi komunikasi bahasa Arab di
kalangan pelajar sekolah menengah kebangsaan agama di negeri Selangor. Tesis Doktor
Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Chew Fong Peng. (2016). Masalah Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Cina Sekolah
Rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 6 (2): 10-22.
Fadzilah Abd Rahman & Norazlina Mohd Kiram. (2015). Bahasa Melayu sebagai bahasa negara
bangsa: Kepentingan melaksanakan ujian kecekapan bahasa Melayu. Jurnal Mahawangsa,
2(1): 15-28.
Fa’izah Abd Manan, Zamri Mahamod & Mohamed Amin. (2009). Penyelidikan Strategi Pembelajaran
Bahasa Melayu sebagai bahasa asing dalam kalangan pelajar luar negara. Prosiding Seminar
Pendidikan Serantau Ke-4, UKM- UNRI, 259-268. Bangi: Penerbitan Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hurley. Judith Lessow. (2008). The Foundations of Dual Language Instruction 5th Edition. Boston.
Pearson: 5th edition.
Jeyagobi Dhamodarem. (2011). Gaya pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar India.
Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Khairul Nizam Mohamed Zuki. (2017). Penerimaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam
kalangan murid berbangsa Bajau. International Journal of Humanities and Social Science
Invention, 6 (10): 1-11.
Krashen, S.D. (1994). The input hypothesis and its rivals. In N. Ellis (Eds.). Implicit and explicit
learning of lang.
Mahsun (2012). Metode penelitian bahasa tahapan strategi, metode dan tekniknya. Jakarta: PT Raja
Grafindo Persada.
Miles, M.B., & Huberman, A. M. (1994). Qualitative Data Analysis: An Expanded Sourcebook.
Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Nor Hashimah Jalaluddin. (2010). Sosiokognitif dan penguasaan pragmatik bahasa Melayu remaja
Malaysia: Analisis linguistik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Robson, C. (2002). Real World Research: A Resource for Social Scientist and Practitioner- Researchers
(2nd ed.) Oxford: Blackwell Publishers Ltd.
Tay Meng Guat, Litat Bilung & Ambikapathi Shanmugam. (2016). Faktor ekstralinguistik: Motivasi
terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan penutur bukan natif. Jurnal Penyelidikan
IPGKBL, 13: 32-41.
326
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
ISU DAN CABARAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
DALAM TALIAN SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Noraini Binti Omar ([email protected])
Lee Hou Yew ([email protected])
Salmi Binti Lilek ([email protected])
Teng Kie Yin ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
ABSTRAK
Pengajaran secara dalam talian merupakan satu norma baharu yang seharusnya dibudayakan oleh
warga pendidik dan pelajar di Malaysia. Penularan pandemik Covid -19 telah mencetus satu fenoma
dan musibah yang telah menjejaskan sistem penyampaian pendidikan. Ramai pelajar telah terjejas dari
sesi pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun isu ini telah cuba ditangani dengan sebaiknya iaitu
menerusi pembelajaran secara dalam talian sama ada dari peringkat sekolah rendah sehingga ke
peringkat pengajian pasca siswazah. Sehubungan itu, kajian akan mengupas tahap pelaksanaan, alat
pembelajaran yang praktikal dan isu pengajaran dan pembelajaran (pdp) dalam talian di IPGKTAR.
Kajian ini menggunakan pendekatan mixed method iaitu pendekatan kuantitatif dan kualitatif reka
bentuk kajian kes. Seramai 503 pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) dan
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) terlibat dalam kajian ini. Data
kuantitatif diperoleh daripada senarai semak pemantauan pelaksanaan pdp dalam talian, manakala
data kualitatif diperoleh daripada soalan berkaitan isu-isu yang dihadapi semasa pdp dalam talian.
Data dianalisis secara deskriptif iaitu menggunakan peratusan untuk data kuantitatif manakala data
kualitatif menggunakan tema. Dapatan kajian menunjukkan tahap pelaksanaan pdp dalam talian
adalah pada tahap yang tinggi dengan kebolehcapaian internet sebanyak 99.6% (n=501) berbanding
0.4% (n=2) ketidakbolehcapaian, keterlibatan pelajar sebanyak 72.8% (n=366) berbanding kadang-
kadang, jarang-jarang dan tidak pernah adalah sebanyak 27.2% (n=137). Manakala, alat pengajaran
yang praktikal digunakan adalah Google Classroom, 54.3% (n=273), diikuti WhatApps, 26.4%
(n=133). Terdapat enam tema utama yang diperoleh dalam isu dan cabaran pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran dalam talian iaitu masalah capaian internet, masalah kekurangan data internet,
tugasan yang membebankan, tugasan yang tidak jelas, masalah kesihatan dan masalah teknikal. Adalah
diharapkan kajian ini akan memberikan sedikit gambaran tentang situasi sebenar dalam berhadapan
dengan pembelajaran dalam talian. Dapatan daripada kajian ini juga dijadikan asas dalam
menambahbaik kebolehcapaian internet di kampus dan masalah berkaitan kemahiran pensyarah dalam
mengendalikan pdp dalam talian.
Kata kunci: Pengajaran dan pembelajaran dalam talian, Alat pembelajaran, Capaian internet
PENGENALAN
Penutupan sekolah dan pusat pengajian tinggi yang dilanjutkan selaras dengan arahan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020 telah
memberi cabaran baharu kepada para warga pendidik untuk memastikan pelajar mereka dapat
meneruskan pembelajaran. Penutupan sekolah telah dilaksanakan di 192 buah negara dan lebih daripada
1.5 bilion pelajar terjejas (Bernama, 2020, April 16). Pembelajaran dalam talian terutama Google
Classroom (GC) yang diamalkan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terbukti cukup
327
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
membantu guru dan pensyarah bagi membolehkan interaksi secara terus dengan pelajar dapat dilakukan.
Para guru dan pensyarah turut memanfaatkan media sosial seperti WhatsApp dan Telegram dengan
sebaik-baiknya untuk menyampaikan pelbagai maklumat, arahan dan latihan. Walau bagaimanapun,
tidak semua mendapat manfaat tersebut kerana pembelajaran dalam talian hanya berkesan sekiranya
capaian internet dapat dinikmati secara meluas bukan sahaja di bandar tetapi juga di luar bandar dan
kawasan pedalaman.
PERNYATAAN MASALAH
Penularan Pandemik Covid-19 mempunyai hikmah yang tersendiri yang mana pemegang taruh boleh
melihat sendiri bahawa bidang pembelajaran dalam talian masih belum mencapai tahap yang
memuaskan dan mereka perlu lebih fokus dalam hal berkenaan. Halangan pembelajaran secara dalam
talian bukan sahaja berlaku terhadap pelajar malah terhadap guru atau pensyarah yang terlibat. Kajian
Norazlin Mohd Rusdin dan Siti Rahaimah Ali (2009) mendapati guru mempunyai minat dan bersedia
menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran mereka tetapi kesukaran
berpunca daripada capaian alat amat terhad yang mengecewakan mereka dan mereka memilih untuk
mengamalkan kaedah tradisional.
Menurut Anuar Ahmad (2020), jika sebelum ini pembelajaran dalam talian hanyalah satu pilihan, tetapi
dengan penguatkuasaan PKP, ia menjadi suatu keperluan. Semua universiti mempunyai platform
pembelajaran dalam talian namun isu utama yang dihadapi ialah capaian internet dalam kalangan pelajar
(Anuar, 2020). Mohamad Shatar (2020) juga menyatakan bahawa penggunaan pembelajaran dalam
talian di peringkat universiti belum lagi sampai ke tahap maksimum. Ini memandangkan kaedah
bersemuka dengan pelajar tetap menjadi pilihan. Situasi ini memerlukan pensyarah bersedia dengan
bahan mengajar sebelum melaksanakan pembelajaran dalam talian dan harus meningkatkan kemahiran
dalam teknologi maklumat, pedagogi dan penilaian dalam talian (Mohamad Shatar, 2020). Ini selaras
dengan Norazilawati et. al. (2013), juga menjelaskan bahawa capaian internet merupakan antara satu
halangan terbesar terutamanya kepada sekolah-sekolah di pedalaman dan luar bandar kerana capaian
internet adalah terhad sehingga menghalang penggunaan kemudahan TMK.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan sistem pengurusan
pembelajaran dalam talian dalam kalangan pelajar PISMP dan PPISMP.
2. Mengenal pasti alat pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang digunakan.
3. Menganalisis isu dan cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan sistem pengurusan pembelajaran
dalam talian dalam kalangan pelajar PISMP dan PPISMP.
KAJIAN LITERATUR
Pembelajaran dalam talian adalah penggunaan Internet untuk mengakses bahan pembelajaran;
berinteraksi dengan kandungan, pengajar, dan rakan pelajar untuk mendapatkan sokongan semasa
proses pembelajaran berlaku agar dapat menimba ilmu, membina sesuatu yang bermakna dan dapat
berkembang hasil daripada pengalaman pembelajaran. Definisi ini menekankan kepentingan Internet
dan interaksi dalam pembelajaran jarak jauh. Terdapat beberapa permasalahan yang sering dihadapi
dalam kalangan pendidik ialah kurang penggunaan TMK dalam pdp yang dikaitkan terikat dengan
tradisi lama, kurangnya motivasi dalaman pengajar, kekangan masa, bilik kuliah kurang sesuai
dan kegagalan pengajar bersaing dalam perkembangan teknologi masa kini (Rosnani dan Nor
Mashila, 2017).
328
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Walaupun penggunaan TMK dalam PdP sudah lama diperkenalkan, namun setiap kali sesuatu bahan
atau pendekatan itu diperkenalkan dalam pendidikan, ia menjadi satu kerisauan dan tidak selesa bagi
sesetengah pendidik (Noraini et al., 2013). Tinjauan literatur juga menunjukkan tahap pengintegrasian
TMK dalam PdP pada tahap rendah (Noraini et al., 2013; Maimun Aqsha Lubis dan Md Yusoff, 2011).
Dapatan kajian Shah Rulbani, Mohd Isa, & Khadijah (2017) ini memberi gambaran bahawa kemudahan
ICT yang disediakan oleh pihak Jabatan Pengajian Politeknik hanya berada pada tahap yang
memuaskan, namun, ada juga yang berada pada tahap sederhana (Tengku Norhayati, 2015). Menurut
Rubiah (2009), isu yang ditimbulkan adalah sejauh mana pensyarah-pensyarah berusaha mengambil
inisiatif untuk bertindak proaktif dalam menghasilkan inovasi dalam pdp sebagai mana yang ditekankan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM, 2013).
Lin Y. Muilenburg & Zane L. Berge (2005) dalam kajian mereka mendapati lapan faktor halangan
pembelajaran pelajar terhadap pembelajaran dalam talian iaitu masalah pentadbiran, interaksi sosial,
kemahiran akademik, kemahiran teknikal, motivasi pelajar, masa dan sokongan untuk pengajian, kos
dan akses ke internet dan masalah teknikal. Nadia Akma Ahmad Zaki, Hafizul Fahri Hanafi & Mohd
Helmy Abdul Wahab (2009) menjelaskan beberapa aspek untuk memastikan kejayaan pelaksanaan m-
learning iaitu memerlukan kemampuan kewangan pelajar dan pihak universiti, kedua-dua pihak iaitu,
pelajar dan pensyarah perlu memahirkan diri dalam penggunaan m-learning dan memastikan hubungan
antara pensyarah dan pelajar tidak menjadi renggang untuk membentuk satu komuniti m-learning yang
berjaya.
J. Michael Spector (2005) mendapati bahawa pelajar dan guru menggunakan lebih banyak masa dalam
pdp secara atas talian berbanding pdp secara bersemuka. Berbeza dengan hasil kajian Ahmad Zaki et.al
(2004), dapatan menunjukkan aplikasi atas talian ini bukan sahaja lebih menarik minat para pelajar,
bahkan amat bersesuaian untuk proses pdp bahasa ketiga iaitu Bahasa Arab berdasarkan fungsi yang
disediakan di dalam aplikasi tersebut.
Oleh itu, perubahan ke arah pdp secara maya ini sememangnya memberi cabaran yang besar bukan
sahaja kepada para pelajar, malah memberi impak kepada kaedah pengajaran oleh para pensyarah. Ia
merupakan satu pengalaman yang cukup mencabar namun para pendidik juga lebih bersedia dengan
perubahan corak pendidikan pada masa hadapan.
FOKUS KAJIAN
Rajah 1 merupakan kerangka konsep bagi “Kajian Isu dan Cabaran Penggunaan Sistem Pengurusan
Pembelajaran Dalam Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan”. Kerangka konseptual kajian telah
dibina dan diadaptasi bersesuaian dengan kajian yang membentuk satu pemboleh ubah yang utama
iaitu pemboleh ubah tidak bersandar dan pemboleh ubah bersandar. Pemboleh ubah tidak bersandar
bagi kajian ini termasuklah penggunaan, keadaan kemudahan dan jenis platform digital pembelajaran
yang digunakan. Pada asalnya, kerangka kajian ini hanya mengandungi dua bahagian sahaja iaitu
penggunaan, keadaan kemudahan dan jenis digital dan konstruk kedua adalah aplikasi pembelajaran
dalam talian (Vankatesh et al., 2003). Dalam kajian ini, kerangka ini dikembangkan ke peringkat yang
ketiga iaitu, isu dan cabaran penggunaan sistem pengurusan pembelajaran dalam talian supaya ia
bersesuaian dengan kajian ini.
329
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian: Adaptasi: Vankatesh et al. (2003)
METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk mix-method bermaksud gabungan dua ciri data iaitu data kuantitatif dan kualitatif untuk
mencapai matlamat kajian (Creswell & Plano Clark, 2007). Kajian yang terbaik merupakan kajian yang
menggabungkan ciri-ciri yang terdapat dalam kajian berbentuk kuantitatif dan kualitatif (Neuman,
2000). Creswell (2000) turut menyatakan gabungan dua kaedah memberi kelebihan kepada penyelidik
untuk memahami persoalan kajian dan memperkukuh dapatan kajian. Pendekatan kuantitatif
menggunakan senarai semak pemantauan pelaksanaan pdp dalam talian yang telah ditadbir
menggunakan Google Form (GF) manakala pendekatan kualitatif menggunakan soalan yang berbentuk
semi struktur yang juga menggunakan GF. Pemilihan kedua-dua pendekatan kajian ini adalah
bertepatan dengan kajian iaitu untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan pdp dalam talian, platform yang
diguna pakai dan menganalisis isu-isu dan cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan pdp dalam talian
dari perspektif pelajar.
Data kuantitatif telah dikumpulkan melalui satu GF yang mengandungi 6 item seperti berikut:
1. Profil pelajar yang menggunakan Google Classroom (GC)
2. Aplikasi yang paling praktikal dan berkesan digunakan untuk pembelajaran dalam talian
3. Bilangan kursus yang disediakan dalam GC pelajar
4. Kebolehcapaian bahan pdp dalam GC
5. Kekerapan pelajar dalam menyertai GC
6. Isu dan permasalahan yang dihadapi semasa menggunakan GC
GF tersebut telah disebar luas melalui aplikasi WhatsApp daripada Unit Pembelajaran Digital kepada
para pelajar PISMP dan PPISMP melalui Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPGKTAR. Cik Nur
Hamizah Binti Sahril selaku Ahli Jawatankuasa Biro ICT MPP telah membantu mentadbirkan GF
melalui aplikasi WhatsApp. Para pelajar memberi maklum balas secara sukarela. Data telah dikutip dan
dianalisis secara deskriptif menggunakan peratusan.
DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini akan menjawab tiga persoalan kajian yang telah ditetapkan iaitu, tahap pelaksanaan
pdp menggunakan sistem pengurusan pembelajaran dalam talian, alat pdp dalam talian yang digunakan
semasa PKP serta isu dan cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan sistem pengurusan pembelajaran
dalam talian dalam kalangan pelajar PISMP dan PPISMP.
330
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Analisis deskriptif
a. Profil responden
Seramai 503 daripada 615 orang pelajar (81.8%) yang terlibat dalam kajian ini secara sukarela, di mana
mereka terdiri daripada pelajar PISMP Semester 8, Semester 4, Semester 2 dan pelajar PPISMP
Semester 2.
Jadual 1: Profil responden Semester Bilangan responden
8 37
Bil Ambilan 4 26
1 PISMP Jun Ambilan 2016 2 184
2 PISMP Jun Ambilan 2018 2 256
3 PISMP Jun Ambilan 2019
4 PPISMP Jun Ambilan 2019 503
Jumlah
b. Tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan sistem pengurusan
pembelajaran dalam talian
Kekerapan pelajar dalam menyertai Goggle Classroom
Tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan sistem pengurusan pembelajaran dalam
talian dalam kalangan pelajar. Analisis deskriptif tahap ini melihat kepada kekerapan penglibatan
pelajar penglibatan pelajar dalam GC. Dapatan menunjukkan majoriti iaitu, 72.8% (n=366) pelajar aktif
dalam aktiviti pdp di GC. Manakala, 22.3% (n=112) pelajar menyatakan kadang-kadang sahaja mereka
menyertai GC. Hanya 4.5% (n=23) pelajar menyatakan mereka jarang melibatkan diri dalam pdp yang
disediakan di GC. Terdapat 0.4% (n=2) pelajar juga menyatakan mereka tidak dapat menyertai GC
kerana tiada pencapaian internet di kawasan mereka. Hal ini ditunjukkan seperti pada Jadual 2.
Jadual 2: Kekerapan responden dalam menyertai GC Bilangan responden (n) Peratus
Bil Isu dan permasalahan 169 33.6
1 Selalu 197 39.2
2 Kerap Kali 112 22.3
3 Kadang-kadang 23 4.5
4 Jarang-jarang 2 0.4
5 Tidak Pernah 503 100.0
Jumlah
Kebolehcapaian bahan pengajaran dan pembelajaran Google Classroom
Tahap pelaksanaan pdp menggunakan sistem pengurusan pembelajaran dalam talian dalam kalangan
pelajar juga diukur dari aspek kebolehcapaian bahan pdp dalam GC. Tinjauan terhadap keupayaan
pelajar mengakses GC juga mendapati bahawa 99.6% (n=501) pelajar menyatakan mereka tidak
menghadapi masalah mengakses bahan material pengajaran dan pembelajaran dalam GC. Hanya 0.4%
(n=2) pelajar menyatakan mereka tidak dapat menyertai kursus yang disediakan dalam GC seperti pada
Jadual 3.
331
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Jadual 3: Kebolehcapaian bahan pdp dalam GC Bilangan responden (n) Peratus
Bil Isu dan permasalahan 501 99.6
1 Dapat menyertai semua kursus di GC 2 0.4
2 Tidak dapat menyertai kursus di GC 530 100.0
Jumlah
c. Alat pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang digunakan semasa perintah kawalan
pergerakan
Aplikasi yang paling praktikal dan berkesan digunakan semasa pembelajaran dalam talian
Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa 54.3% (n=273) pelajar menyatakan bahawa platform
pembelajaran dalam talian yang paling praktikal dan berkesan digunakan adalah GC. Media sosial
seperti WhatsApp dan Telegram pula agak popular dalam kalangan pelajar iaitu sebanyak 26.4%
(n=133). Terdapat seramai 12.9% (n=65) pelajar memilih untuk tidak menggunakan aplikasi dalam
talian. Manakala, aplikasi lain yang didapati kurang praktikal dan berkesan adalah seperti yang
ditunjukkan pada Jadual 4 berikut.
Jadual 4: Aplikasi alat pembelajaran yang praktikal
Bil Aplikasi Bilangan responden (n) Peratusan
54.3
1 Google Classroom 273 26.4
12.9
2 Media Sosial (WhatsApp, Telegram) 133 3.0
0.4
3 Tiada kelas Dalam Talian langsung 65 0.4
97.4
4 Email 15
5 Edmodo 2
6 Schoology 2
Jumlah 490
Dalam analisis bilangan kursus yang telah disediakan untuk pelajar didapati bahawa 75.0% (n=377)
pelajar menyatakan bahawa terdapat 6-8 kursus disediakan di platform GC mereka. Terdapat 13.3%
(n=67) pelajar pula mempunyai 9-10 kursus disediakan oleh pensyarah. Peratusan bilangan kursus ini
menggambarkan bahawa hampir kesemua kursus-kursus yang ditawarkan pada semester 1 tahun 2020
menggunakan tapak GC atau dilaksanakan dalam talian. Hanya 11.8% (n=59) mempunyai kurang
daripada 5 kursus dalam GC mereka. Ini ditunjukkan seperti ditunjukkan pada jadual 5.
Jadual 5: Bilangan kursus yang disediakan dalam GC
Bil Kursus Bilangan responden (n) Peratus
1 1-2 kursus 28 5.6
2 3-5 31 6.2
3 6-8 377 75.0
4 9-10 67 13.3
Jumlah 503 100.0
d. Isu dan cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan sistem pengurusan pembelajaran dalam
talian
Terdapat beberapa isu dan permasalahan yang telah dikemukakan oleh para pelajar tentang pdp dalam
talian menggunakan GC. Isu yang paling utama adalah isu capaian Internet iaitu, sebanyak 30.0%
(n=150). Sebanyak 8.0% (n=40) pelajar juga menyatakan bahawa mereka terbeban dengan tugasan yang
diberikan oleh pensyarah dalam GC. Isu-isu lain yang dikemukakan oleh pensyarah adalah masalah
data Internet yang tidak mencukupi, masalah teknikal dalam menggunakan GC, pdp dalam talian tidak
332
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
berkesan dan kurang memberi impak, kelas dan tugasan diberikan tidak mengikut jadual waktu asal dan
kesesuaian jam interaksi, isu kesihatan dan masalah kerosakan komputer riba. Namun, 50.0% (n=251)
pelajar mengatakan bahawa mereka tidak menghadapi masalah menggunakan GC untuk pelaksanaan
pdp dalam talian.
Jadual 6: Isu dan permasalahan
Bil Isu dan permasalahan Bilangan responden (n) Peratus
1 Tiada 251 50.0
2 Capaian Internet 150 30.0
3 Beban Tugasan 40 8.0
4 Masalah Data 14 2.8
5 Masalah Teknikal 14 2.8
6 Tidak Berkesan dari pengajaran dan pembelajaran 11 2.2
7 Kelas mengikut perancangan 7 1.4
8 Masalah Kemahiran 5 1.0
9 Kekangan masa 3 0.6
10 Mod Pengajaran dan Pembelajaran tidak segerak 3 0.6
11 Tugasan tidak mengikut kesesuaian jam 3 0.6
12 Kerosakan komputer riba 2 0.4
503 100.0
Jumlah
Analisis kualitatif
Data kualitatif dianalisis mengikut prosedur yang dicadangkan oleh Creswell (2008). Catatan data temu
bual ditukar kepada bentuk transkrip dan kemudiannya dikodkan dengan menggunakan skema
pengekodan. Bagi memudahkan pengurusan data kualitatif kajian ini, pentadbiran dan pengurusan data
dilakukan dengan menggunakan kod. Pengkaji mengekodkan temu bual sebagai TB, peserta kajian
dikodkan sebagai P, peserta kajian 1 adalah P1 dan begitulah seterusnya.
Hasil analisis data dibina berdasarkan tema yang telah ditentukan dalam kerangka kajian. Setiap tema
yang dibina oleh pengkaji diletakkan kod yang dikhususkan untuk sesuatu tema tersebut berserta dengan
definisi operasional bagi membantu pengkaji merujuk keterangan berpandukan kod yang diberikan oleh
pengkaji.
Masalah Capaian Internet
Kekurangan Data Internet
Isu dan Tugasan yang membebankan
cabaran Arahan tugasan tidak jelas
Masalah kesihatan
Kemahiran dan teknikal
Rajah 2: Isu dan cabaran pengajaran dan pembelajaran dalam talian
333
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
a. Masalah capaian internet
Semasa PKP, terdapat pelajar yang terkandas di asrama dan juga pelajar yang telah balik ke halaman
rumah masing-masing. Pelajar menyatakan kerisauan mereka tentang capaian internet walaupun mereka
berada di asrama malah isu akan menjadi parah sekiranya mereka berada di kampung halaman.
Kerisauan terhadap capaian internet dalam proses pdp ini telah juga dinyatakan oleh 37% pensyarah
yang melaksanakan pdp dalam talian. Hal ini dibuktikan oleh kenyataan pelajar berikut:
“wifi di blok asrama yang agak perlahan sedangkan Google Classroom memerlukan para pelajar untuk
sentiasa online dan mempunyai capaian internet setiap masa”. (P17).
b. Masalah data internet
Pelajar menyatakan bahawa mereka menghadapi capaian internet yang lemah dan memerlukan kepada
data yang lebih banyak. Menurut pelajar, penggunaan yang berpanjangan seperti penggunaan GC
menyebabkan kuota internet mereka cepat habis. Ini dinyatakan dalam petikan temu bual berikut:
“tetapi masalah timbul apabila sesetengah pelajar mempunyai masalah dengan kuota yang habis
semata-mata untuk kegunaan Google Classroom”. (P1).
Menurut P1, keadaan ini akan lebih menjadi beban apabila pensyarah terutama apabila pensyarah
mengehendaki pelajar memuat turun video yang dikepilkan walaupun pelajar sedar dan mengakui
bahawa video adalah kaedah terbaik. Menurut beliau:
“mungkin video adalah yang terbaik untuk tutorial dalam google Classroom. Akan tetapi, video
menggunakan data untuk kita lihat videonya. Tambahan pula, video yang dikepilkan bukan satu tetapi
banyak”. (P1).
Kenyataan ini juga dikukuhkan oleh P2:
“ada yang sukar melaksanakan kerana ketiadaan internet dan sebagainya, menjadikan proses ini lebih
sukar”.
Pelajar juga menyatakan mereka telah berkali-kali melanggan atau top-up data bagi memenuhi tugasan
tertentu. Ini dibuktikan dalam petikan temu bual berikut:
“saya mempunyai masalah internet maka saya terpaksa melanggan internet berkali-kali untuk
memenuhi tugasan, duit banyak digunakan untuk membeli plan data internet. “ (P7).
c. Tugasan yang membebankan
Pelajar agak terbeban dengan soalan tutorial dan tugasan yang diberikan alam GC. Hal ini kerana setiap
pensyarah telah meminta pelajar menyiapkan tugasan tersebut dalam tempoh masa yang agak singkat.
Ini dinyatakan dalam petikan berikut:
“hampir kesemua subjek perlu disiapkan dalam jangka masa pendek”.
Dalam masa yang sama pelajar juga perlu menyelesaikan tugasan kerja kursus yang diperlukan dibuat
secara berkumpulan. Disebabkan keperluan tugasan tersebut dilaksanakan dalam kumpulan, maka
proses untuk menyiapkan rakaman / tugasan tersebut juga akan menjadi agak sukar kerana kedudukan
dan jarak pelajar bertebaran di seluruh Malaysia. Beban ini dinyatakan dalam petikan temu bual berikut.
“kami juga mempunyai tahap dan limit (kemampuan) sebagai seorang manusia, tidak semua pelajar
mampu untuk melaksanakan tugasan yang terlampau banyak”.(P2).
Tugasan yang banyak bukan sahaja membebankan pelajar malah turut mempengaruhi emosi mereka.
Ini jelas dinyatakan oleh P3.
“sekiranya terlampau banyak tugasan yang diberi dalam satu2 masa, mungkin mempengaruhi emosi
pelajar dalam melaksanakan assignment”.
334
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Hal ini kerana tumpuan khas dalam menyiapkan kerja kursus adalah satu perkara yang sangat penting
kerana boleh mempengaruhi CGPA mereka.
”Kami memandang serius hal ini kerana markah assignment akan menentukan CGPA kami”.(P3).“GC
agak membebankan pelajar”
d. Arahan tugasan yang tidak jelas
Ada juga isu di mana pensyarah tidak menyatakan arahan dengan jelas dan ini menyebabkan kekeliruan
dalam kalangan pelajar. Disebabkan interaksi yang kurang berkesan ini, pelajar telah tersilap tafsir
antara tutorial individu atau berkumpulan. Oleh kerana arahan tugasan yang tidak begitu jelas, ia telah
mempengaruhi emosi pelajar malah ini menyebabkan pelajar hanya melaksanakan tugasan tersebut
‘sekadar siap’ sahaja. Tambahan lagi, apabila pensyarah memberikan tugas tetapi tidak memberikan
sebarang nota dalam bentuk Power Point mahupun MS Words untuk pelajar. Hal ini menyebabkan
pelajar tidak tahu untuk memulakan tutorial kerana soalan tutorial lambat diberi tetapi tarikh hantar
adalah dalam beberapa jam sahaja. Ini ditunjukkan dalam petikan temu bual berikut:
“Kami tidak tahu untuk memulakan tutorial kerana tutorial lambat diberi tetapi due datenya hanya
dalam beberapa jam sahaja” (P1).
e. Masalah kesihatan
Terdapat juga pelajar yang merungut pdp dalam talian menjejaskan fokus dan kesihatan mereka. Mereka
menjelaskan menghadapi komputer dalam jangka masa yang panjang akan menyebabkan masalah
Syndrom Penglihatan Komputer (SPK). Ini ditunjukkan dalam petikan temu bual berikut:
“tidak dapat bertahan lama untuk menghadap laptop kerana masalah migrain dan sakit
mata”(P5).“Penggunaan laptop dari 730 hingga 430 menyebabkan kesakitan mata dan sakit kepala
kerana perlu menghadap laptop dalam jangka masa yang agak lama” (P6).
Mereka juga menyatakan bahawa, amalan menghadap komputer riba yang berpanjangan akan menjadi
mereka tidak produktif. Ini dinyatakan dalam petikan berikut:
“Menghadap laptop dari pagi hingga petang sangat tidak produktif” (P7).
f. Masalah kemahiran dan teknikal
Terdapat pelajar menjelaskan mereka mendapati masalah ketika menggunakan GC kerana kekurangan
kemahiran dan gangguan teknikal. Berikut adalah beberapa isu yang diutarakan oleh pelajar. Pelajar
menyatakan GC tidak memberikan sebarang notifikasi jika pensyarah memberikan komen di sebuah
ruangan yang telah digunakan tetapi hanya memberikan notifikasi jika pensyarah memberi tutorial di
satu ruangan baru. Hal menyebabkan pelajar menjadi keliru kerana mereka tidak tahu sama ada
pensyarah meninggalkan sebarang komen pada tugasan mereka atau sebaliknya:
“saya kerana saya tidak tahu sekiranya pensyarah ada meninggalkan sebarang komen di beberapa
ruangan komen yang berbeza.” (P8).
Perkara ini juga diakui oleh P9 yang juga menyatakan:
“GC kurang effective kerana tidak memberikan notification kepada setiap perkara yang berlaku.
Contohnya, apabila pensyarah membalas komen dalam GC, tiada notification yang menyatakan
perlakuan tersebut menyebabkan pelajar sering terlepas pandang”.
Pelajar juga menyatakan bahawa mereka tidak diberikan pendedahan secara terperinci dan detail
beberapa fungsi yang terdapat pada GC. Hal ini menyebabkan pelajar tidak dapat menggunakannya
dengan baik. Perkara ini akan menjadi lebih rumit apabila pensyarah sendiri yang tidak begitu mahir
dan tidak mengetahui dalam penggunaan GC. Ini mengakibatkan kekeliruan dan sedikit sebanyak
menimbulkan salah faham. Sebagai contoh terdapat pensyarah yang beranggapan beliau telah
335
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
memberikan tugasan kepada pelajar namun sebenarnya beliau tersalah hantar ataupun terhantar di
ruangan private section menyebabkan tidak semua pelajar boleh mengakses tugasan tersebut.
Terdapat juga pelajar menyatakan GC tiada kemudahan seperti WhatsApp atau Telegram di mana ia
boleh menunjukkan status 'online’ ataupun 'viewed'. Hal ini menyukarkan kerana pensyarah mereka
berpendapat bahawa pelajar tidak terlibat dalam GC tersebut walaupun sebenarnya mereka online dalam
GC sepanjang masa. Ini menyebabkan, sistem mengambil kehadiran terjejas dan tidak efektif.
PERBINCANGAN
Masalah kekurangan prasarana, internet terutama di luar bandar perlu diberikan perhatian dan diambil
kira dalam memastikan tidak ada seorang pun pelajar yang tertinggal. Oleh itu, pembelajaran dalam
talian masih boleh dilakukan melalui cara lain, antaranya melalui rakaman video yang boleh dihantar
kepada pelajar melalui WhatsApp atau Telegram dan bukan 'real time' atau tidak segerak. Menurut
setiausaha agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), Harry Tan Huat Hock
(Bernama 2020), antara maklum balas diterima pihaknya daripada guru berhubung pengajaran dan
pembelajaran dalam talian itu ialah capaian Internet tidak menyeluruh dalam kalangan pelajar, selain
mereka terpaksa berkongsi telefon pintar dengan adik-beradik lain. Malah guru juga memaklumkan
bahawa pelajar berdepan masalah tidak memiliki kemudahan komputer bagi menyiapkan tugasan dalam
talian (Bernama, 2020, Mei 16). Isu ini juga telah dibincangkan oleh Rosnani dan Nor Mashila (2017)
dan Norazilawati et. al. (2013), masalah capaian internet merupakan antara satu halangan terbesar
terutamanya kepada sekolah-sekolah di pedalaman dan luar bandar kerana capaian internet adalah
terhad sehingga menghalang penggunaan kemudahan TMK.
Menurut Mohamad Idham (2020), pendidik perlu bijak menangani isu tersebut secara berhemah. Setiap
pendidik perlu mengambil langkah proaktif bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan di
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, serta matlamat utama pembelajaran secara holistik dan
inklusif tercapai (Najmi Syahiran Mamat, 2020). Kajian oleh Berkshire Media (2020), melibatkan 1.78
juta sampel data di media sosial, sejumlah 155,296 data membincangkan isu pendidikan mendapati
golongan profesional dan pelajar di peringkat pengajian tinggi mengadu berkenaan kesukaran
pembelajaran dalam talian di rumah, sama ada kekurangan akses internet di kawasan pedalaman atau
kekurangan infrastruktur. Hal ini sejajar dengan kajian oleh Norazah, Amin Embi & Zaidan (2010),
antara cabaran pelajar hadapi dalam persekitaran maya ialah kekurangan akses kekurangan sokongan
teknikal.
Isu tugasan yang membebankan merupakan satu isu yang tidak boleh dipandang ringan. Dalam hal ini
pelajar telah menyatakan mereka telah dibebani oleh tugasan yang diberikan oleh setiap pensyarah. Hal
ini menyebabkan pelajar tidak dapat menyempurnakan tugasan tersebut dengan sebaiknya sedangkan
dalam masa yang sama mereka perlu menyelesaikan tugasan kerja kursus. Walau bagaimanapun,
sebagai seorang pelajar, pelajar sepatutnya bijak menyusun jadual pembelajaran sendiri, mencari bahan
pembelajaran selain yang diberikan oleh pensyarah, menyusun waktu perbincangan bagi tugasan
berkumpulan, supaya tugasan dapat disempurnakan dengan baik. Kalau dilihat dari aspek yang positif,
pembelajaran dalam talian ini akan dapat mengasah kemahiran pembelajaran sepanjang hayat supaya
mereka bersedia untuk alam pekerjaan. Hal ini kerana pelajar tidak lagi boleh bergantung kepada
pensyarah semata-mata sebagai sumber ilmu. Pelajar perlu membuka minda untuk meneliti bahan
pembelajaran lain di atas talian, bukan nota dan kuliah pensyarah semata-mata (Nor Norhidayati, 2020).
Pelajar juga harus lebih berdisiplin, mempunyai strategi dan bersedia untuk belajar secara kendiri serta
mengamalkan tabiat lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri.
336