Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
RUMUSAN
Berdasarkan perbincangan dan analisis data, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian
dan pertimbangan oleh pihak pengurusan IPGKTAR iaitu, mempertingkatkan kemahiran pensyarah
dalam menggunakan GC. Pihak pengurusan IPGKTAR perlu menambah dan memperbanyakkan lagi
kursus atau bengkel secara hands on kepada pensyarah dan pelajar berkaitan dengan kemahiran
menggunakan digital tools yang ada dalam GC, google suite. Bengkel seperti cara menghasilkan dan
mengedit video supaya pensyarah dan pelajar benar-benar tahu dan faham ketika mereka
menggunakannya. Hal ini sekaligus akan melancarkan lagi sesi pdp. Pensyarah perlu memikirkan
bagaimana mengatasi isu tugasan yang tidak membebankan pelajar dengan mengambil kira kemampuan
pelajar dalam menyelesaikan tugasan yang telah diberikan. Dalam hal ini adalah disarankan agar
pensyarah tidak perlu memberikan tugasan tutorial jika interaksi pada waktu tersebut hanyalah kuliah.
Kuliah hujung minggu adalah tidak digalakkan untuk pelajar sepenuh masa. Perkara ini perlu diambil
perhatian yang serius kerana masa rehat yang cukup adalah sangat perlu untuk kesihatan pelajar. Malah
masa rehat yang cukup akan menjadi pelajar lebih bersedia dan bersemangat belajar. Oleh itu pensyarah
mestilah melaksanakan pdp dalam talian berdasarkan jadual waktu rasmi IPGKTAR. Pensyarah juga
digalakkan supaya meminta pandangan pelajar sekiranya mereka perlu membuat kelas gantian di luar
waktu pdp yang ditetapkan. Pensyarah perlu membudayakan pemikiran design thinking dengan
menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mudah diakses oleh pelajar
berdasarkan konsep Any Time, Any Where, Any Device, Any Content (ATAWADAC). Justeru ini akan
dapat mengurangkan beban secara segerak dan menggunakan konsep remote learning.
Antara perkara mustahak yang perlu diberi penekanan dalam keadaan krisis pandemik COVID-19 ialah
pihak pengurusan IPG perlu menyediakan pelbagai fleksibiliti bagi membantu pelajar menangani
cabaran teknikal, sosioekonomi mahupun emosi dalam meneruskan pengajian mereka. Perubahan ke
arah pdp secara maya ini sememangnya memberi cabaran yang besar bukan sahaja kepada para pelajar,
malah memberi impak kepada kaedah pengajaran oleh para pensyarah. Pdp dalam talian telah
memberikan satu pengalaman yang cukup mencabar dan menjadikan pendidik untuk lebih bersedia
dengan perubahan corak pendidikan pada masa depan.
RUJUKAN
Ahmad Zahid Hamidi. (2020, April 21). E-pembelajaran: peranan kerajaan, guru dan ibu bapa. UMNO
Online. Akses dari https://umno-online.my/2020/04/21/e-pembelajaran-peranan-kerajaan-
guru-dan-ibu-bapa/
Ahmad Zaki Amiruddin & Ahmad Thalal bin Hassan. (2014). Penggunaan aplikasi atas talian dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bahasa ketiga: pengenalan kepada Quizlet.com.
International Conference on Human Sustainability (INSAN2014), UTHM, Batu Pahat, Johor.
Anuar Ahmad. (2020, Ogos 2). Cabaran mengajar dalam talian.
https://www.sinarharian.com.my/article/76874/BERITA/Nasional/Cabaran-mengajar-dalam
talian.
Ahmad Zaki bin Amiruddin, Ahmed Thalal bin Hassan, Ahmad bin Abdul Rahman, Nor binti Abdul
Rahman, Mohd Shahriman bin Abu Bakar. (2004). Penggunaan Aplikasi Atas Talian
DalamProses Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Ketiga: Pengenalan Kepada Quizlet.
Com. Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014).
337
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Berkshire Media. (2020, 16 March-6 April), Consumer Behavior & Socio-Economics: Here are top 9
things that Malaysians talk about during COVID19 lockdown, Berkshire Media group.
Bernama. (2020, April 2). Cabaran mengajar dalam talian. Sinar Harian. Akses dari
https://www.sinarharian.com.my/article/76874/BERITA/Nasional/Cabaran-mengajar-dalam-
talian
Bernama. (2020, April 16). Pembelajaran dalam talian pada masa krisis Covid-19. The Malaysian
Insight. Akses dari https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/238042
Bernama. (2020, April 17). Akses internet antara cabaran belajar, mengajar dalam talian. Suara
Sarawak. Akses dari https://suarasarawak.my/2020/04/17/akses-internet-terhad-antara-
cabaran-belajar-mengajar-dalam-talian/
Bernama. (2020, Mei 11). Bersedia hadapi cabaran pembelajaran digital era norma baharu. Utusan
Borneo Online. Akses dari https://www.utusanborneo.com.my/2020/05/11/bersedia-hadapi-
cabaran-pembelajaran-digital-era-norma-baharu
Bernama. (2020, Mei 16). Covid-19: Pendidikan menerusi dunia maya cabaran baharu. BH Online.
Akses dari https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-
pendidikan-menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-guru
Bernama. (2020, Mei 9). Cabaran mengajar dalam talian semasa PKP. Suara Sarawak. Akses dari
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1827298
Shakira Buang & Annabelle Lee. (2020, April 13). Jangankan nak beli data, makan pun susah. Malaysia
Kini. Akses dari https://www.malaysiakini.com/news/520468
Creswell, J. W. & Miller, D. L. (2000). Determining validity in qualitative inquiry. Theory Into Practice,
39, 124-130.
Creswell, J., & Plano Clark, V. (2007). Designing and Conducting. Mixed Methods Research. Thousand
Oaks, CA: Sage.
Creswell. J. W. (2008). Planning, Conducting, and Evaluating Quantitative and Qualitative. U.K.:
Pearson/Merrill Prentice Hall.
Fazurawati Che Lah. (2020, April 13). Pastikan pelajar tak ketinggalan. My Metro. Akses dari
https://www.hmetro.com.my/akademia/2020/04/565801/pastikan-pelajar-tak-ketinggalan
Fiknormi. (2020, April 9). PKP: Cabaran guru mengajar di alam maya. Suara Merdeka. Akses dari
https://suaramerdeka.com.my/pkp-cabaran-guru-mengajar-di-alam-maya/
Harits Asyraf Hasnan (2020, April 12). Masalah internet, infrastruktur P&P di rumah jadi keluhan
rakyat Malaysia-satu kajian. Astro Awani. Akses dari http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/masalah-internet-infrastruktur-p-p-di-rumah-jadi-keluhan-rakyat-malaysia-kajian-
237984
Jason Thomas dan Durie Rainer Fong. (2020, April 3). Guru sukar laksana pembelajaran secara online
ketika PKP. (2020, April 3), FMT News. Akses dari
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/03/guru-sukar-laksana-
pembelajaran-secara-online-ketika-pkp/
338
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
J. Michael Spector. (2007). Time demands in online instruction. Journal Distance Education, 2005: 26
(1), 5-27.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lin Y. Muilenburg & Zane L. Berge. (2005). Student Barriers to Online Learning: A Factor Analytic
Study. University of South Alabama, USA; bUniversity of Maryland, US
Maimun Aqsha Lubis & Md Yusoff Daud. (2011). Pembelajaran Yang Inovatif Berbantukan ICT dalam
Modul P&P Pendidikan Islam Di Bilik Darjah. Seminar International Politeknik.
Mohamad Idham Md Razak. (2020, April 9). Covid-19: Pembelajaran atas talian suatu keperluan ke
arah menuju Malaysia maju. Astro Awani. Akses dari http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/covid-19-pembelajaran-atas-talian-suatu-keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-
237496
Mohammad Shatar Sabran. (2020, Ogos 2).
https://www.sinarharian.com.my/article/76874/BERITA/Nasional/Cabaran-mengajar-dalam
talian
Najmi Syahiran Mamat. (2020, April 21). Normal baharu: PKP jadikan guru lebih kreatif dalam
penggunaan PdPc. Sinar Harian. Akses dari http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/normal-baharu-pkp-jadikan-guru-lebih-kreatif-dalam-penggunaan-pdpc-239446
Nadia Akma Ahmad Zaki, Hafizul Fahri bin Hanafi & Mohd Helmy Abdul Wahab. (2009), Free
Compilation of Paper.
Neuman. W. L. (2000). Social Research Methods: Pearson New International Edition: Qualitative and
Quantitative Approaches. U. K.: Pearson Education Limited.
Norazah Mohd Nordin, Mohamed Amin Embi dan Zaidan Abdul Wahab. (2010). Integrasi e-
Pembelajaran dalam P & P di IPT Malaysia. Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-
Pembelajaran di IPT Malaysia. Penerbit Jabatan Pengajian Tinggi, Kuala Lumpur.
Noraini Mohamed Noh, Che Nidzam Che Ahmad, Mazlini Adnan, Marzita Puteh & Mohd Hairy
Ibrahim. (2013). Pengaruh keselesaan terma bilik darjah terhadap keselesaan
pembelajaran pelajar bermasalah. Proceedings of International Conference on Special
Education 2013, Banda Acheh Indonesia
Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Nik Azmah Nik Yusuf. (2013). Aplikasi persekitaran
pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru sains. Prosiding 7th International Malaysian
Education Technology Convention (IMETC). Hotel Golden Flower Bandong. 16-18 September
Norazlin Mohd Rusdin dan Siti Rahaimah Ali. (2009). Amalan dan Cabaran Pelaksanaan Pembelajaran
Abad Ke-21. Proceedings of International Conference on Islamic Civilization and technology
Management, 23-24 November 2019.
Nor Norhidayati Mokhtar. (2020, April 7). Pembelajaran atas talian untuk pembelajaran sepanjang
hayat. UTM Newshub. Akses dari https://news.utm.my/ms/2020/04/pembelajaran-atas-talian-
untuk-pembelajaran-sepanjang-hayat/
339
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Rosnani Jusoh dan Nor Mashila Idris. (2017). Kajian Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Berasaskan Teknologi Kursus Pengurusan Perniagaan di Kolej Vokasional. International
Research Journal of Education and Sciences (IRJES), 1 (Special Issue): 71-82.
Rubiah Omar Jamilah (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalangan
Ahli Akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1): 155 - 172.
Syazmir Hariz Noorazalan. (2020, Mei 9). Tumpu masalah bersatu. Apa khabar pembelajaran secara
dalam talian. Malaysia Dateline. Akses dari https://malaysiadateline.com/tumpu-masalah-
bersatu-apa-khabar-pembelajaran-secara-online/
S. M. Reza Yamani Sayed Umar. (2020, April 23). Jurang digital pembelajaran atas talian (2020, April
23), Sinar Harian.
Akses dari https://www.sinarharian.com.my/article/80180/KHAS/Pendapat/Jurang-digital-
pembelajaran-atas-talian
Tengku Norhayati bt tengku Othman. (2015). Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Cemerlang Pendidikan Islam Di Negeri Selangor. Tesis
Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Shah Rulbani Zakaria, Mohd Isa Hamzah, & Khadijah Abdul Razak. (2017). Penggunaan ICT dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik Zon Selatan. Tinta
Artikulasi Membina Ummah 3(1), 2017 29-41, e-ISSN: 2289-960X 92
Venkatesh, V., Morris, M.G., Davis, G.B, & Davis, F.D. (2003). User acceptance of information
technology: Toward a unified view. MIS Quarterly, 27(3), 425-478.
Zakaria. (2014). Pendekatan Konstruktif Dalam Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu di Kolej Vokasional. Disertasi Sarjana. Universiti T
340
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PENGAJARAN MATEMATIK BERASASKAN PEMBELAJARAN INKUIRI
DALAM KALANGAN GURU DI DAERAH BESUT, TERENGGANU
Hazram Bin Ismail ([email protected])
Ab. Razak Bin Salleh ([email protected])
Norhasliza Binti Abdullah ([email protected])
Mohamad Ariff Bin Abd Rahman ([email protected])
Mohd Zaid Bin Mamat ([email protected])
Wan Mohamad Azmi Bin Wan Hassan ([email protected])
IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu
ABSTRAK
Pembelajaran Matematik yang berfikrah dijelmakan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berpandu kepada prinsip pembelajaran masteri dan
pembelajaran berlaku secara akses dan terarah kendiri serta mengikut kadar sendiri. Strategi
pengajaran dan pembelajaran haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan
menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Justeru itu, kajian yang dilaksanakan ini
adalah bagi mengenalpasti hubungan antara kepercayaan matematik dan kesediaan melaksanakan
pengajaran matematik secara inkuiri dalam kalangan guru di daerah Besut, Terengganu. Seramai 197
responden telah dilibatkan dalam kajian ini melalui persampelan secara rawak berstrata dari seluruh
Daerah Besut. Satu set soal selidik yang mengandungi 26 item berskala Likert lima mata digunakan
sebagai instrumen bagi fasa pemerolehan data. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan
pendekatan kuantitatif menggunakan perisian Microsoft Excel. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
hubungan positif yang kuat antara kepercayaan matematik dan kesediaan melaksanakan pengajaran
matematik secara inkuiri dalam kalangan guru di daerah Besut (r = 0.70). Ini menunjukkan bahawa
kepercayaan guru terhadap Matematik sangat berperanan dalam mendorong mereka melaksanakan
pengajaran matematik berasaskan pembelajaran inkuiri. Kepercayaan guru terhadap pengajaran dan
pembelajaran matematik perlu ditekankan dalam latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan
bagi memastikan kesediaan guru melaksanakan pengajaran matematik secara inkuiri dapat
dipertingkatkan.
Kata kunci: Pembelajaran inkuiri, Pembelajaran masteri, Pembelajaran berasaskan murid,
Kesediaan, Kepercayaan matematik
PENGENALAN
Pada abad ke 21, cabaran globalisasi menuntut agar para pelajar yang dihasilkan oleh para guru mestilah
lebih berpengetahuan, berdisiplin dan mengutamakan kualiti. Para guru hendaklah menpelbagaikan
strategi pengajaran dalam bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah
menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta
teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif,
berkomunikasi dan berinteraksi. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013)
Pembelajaran Matematik yang berfikrah dijelmakan dalam amalan pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berpandu kepada prinsip pembelajaran masteri dan
pembelajaran berlaku secara akses dan terarah kendiri serta mengikut kadar sendiri. Strategi pengajaran
341
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
dan pembelajaran haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai
kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Pendekatan inkuiri berpusatkan murid dengan
berbantukan teknologi yang bersesuaian, tuntas dan berkesan digunakan secara meluas untuk
menjadikan pengalaman pembelajaran matematik menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar
(Noraini Idris, 2005)
Penggunaan pembelajaran inkuiri menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Ini dapat membantu
pelajar untuk menjiwai pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Pelajar dapat membina
kefahaman melalui pengalaman yang dilalui. Kajian Baki et al. (2009) menyatakan terdapat hubungan
kepercayaan pelajar yang negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dan didapati
bahawa pengajaran matematik tidak menghubungkaitkan konsep matematik dengan kehidupan sebenar.
Akibatnya pelajar berasa pengajaran matematik tidak memberi impak dalam kehidupan mereka. Oleh
itu guru perlulah menggunakan pembelajaran inkuiri sebagai salah satu platform untuk menyatukan
pengajaran matematik dalam bilik darjah dengan kehidupan seharian.
PERNYATAAN MASALAH
Menurut Capaldy (2015) inkuiri boleh dipelbagaikan tanpa mengabaikan elemen utama kaedah ini, iaitu
ianya merangkumi pembelajaran secara kolaboratif, perolehan isi pelajaran secara terarah yang
menggalakkan murid membuat analisis dan menaakul. Kajian yang dilakukan mengenai amalan guru
di dalam bilik darjah oleh Meng Yew Tee et al. (2018) ke atas 140 orang guru dari 24 buah sekolah
(daripada 2000 sekolah menengah) di Malaysia yang dipilih secara rawak mendapati dari aspek
penyoalan guru, berdasarkan analisis, diukur dari sudut tahap ketidakpuasan adalah 80.1 %, tahap
ketidakpuasan penglibatan murid adalah 50.7 %, manakala aspek komunikasi dengan murid dianalisis
hanya pada tahap asas iaitu 92.9%. Berdasarkan dapatan beliau ianya menunjukkan komponen dalam
amalan inkuiri seperti penyoalan, penglibatan dan komunikasi tidak menunjukkan tahap cemerlang.
Ianya adalah satu dapatan yang perlu diberi perhatian yang serius jika merujuk kepada keperluan
pembelajaran aktif yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013) di dalam bilik
darjah untuk mencapai dan menguasai kefahaman sebenar. Banyak bukti menunjukkan pembelajaran
aktif secara puratanya dapat meningkatkan gred murid dan pemahaman konsep dalam subjek sains,
matematik, kejuruteraan dan teknologi (STEM) (Freeman et al., 2014).
Meng Yew Tee et al. (2018) juga mendapati tidak berlaku penyoalan dan jawapan yang
berkualiti tinggi di dalam bilik darjah di Malaysia. Justeru itu, perbincangan yang berkualiti tidak
berlaku. Perbincangan dan penyoalan sekiranya disusun dan dirancang awal sudah tentu membolehkan
murid berfikir dan membuat refleksi agar mereka mendapat kefahaman yang mendalam serta
berpeluang menguji idea mereka di dalam kelas atau dalam kalangan sekumpulan murid. Apa yang
berlaku adalah penyoalan dan perbincangan yang terlalu terhad dan lebih hampir kepada berpusatkan
guru, iaitu ianya seakan menghalang murid untuk menyumbang secara bermakna dalam perbincangan.
Untuk mencapai kecemerlangan di dalam matematik perlunya murid mempunyai kemahiran di dalam
matematik. Yoshinobu and Jones (2012) menegaskan bahawa penekanan perlu diberi ke atas kemahiran
matematik yang mempunyai lima komponen utama iaitu pemahaman konsep, kelancaran prosedur,
kecekapan strategik, penyesuaian menaakul dan sikap yang produktif. Melalui pembelajaran inkuiri
(IBL) ianya akan dapat memberi manfaat kepada murid dalam semua kelima-lima kategori yang
dinyatakan (Kogan & Laursen, 2014). Secara khususnya jika merujuk kepada subjek kalkulus, dapatan
menunjukkan pengajaran secara tradisional membawa kepada pemahaman konsep yang bertahap
rendah (Epstein, 2013).
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT)
pada tahun 2011 mendapati daripada 125 pengajaran di 41 sekolah di seluruh Malaysia, didapati hanya
12% daripada pengajaran disampaikan pada standard yang tinggi, manakala 38% lagi mencapai
342
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
standard yang memuaskan. Sebaliknya 50% daripada pengajaran yang dicerap dalam kajian ini tidak
disampaikan dengan memuaskan. Pengajaran tidak melibatkan murid sepenuhnya apabila guru lebih
bergantung kepada syarahan yang pasif dalam menyampaikan kandungan mata pelajaran (PPPM 2013
– 2025, Kementerian Pendidikan Malaysia). Adakah kesediaan guru untuk mengamalkan amalan
pedagogi terkini seperti pembelajaran inkuiri disebabkan faktor ilmu pengetahuan yang terhad,
kemahiran yang tidak seberapa ataupun, sikap dan kepercayaan guru menyebabkan ianya terhalang?
Oleh itu penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji antara lain pengetahuan, kemahiran, sikap,
kepercayaan dan kesediaan guru matematik di daerah Besut, Terengganu terhadap pembelajaran inkuiri.
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kepercayaan terhadap matematik dengan kesediaan
guru melaksanakan pembelajaran matematik secara inkuiri dalam kalangan guru matematik di daerah
Besut, Terengganu.
OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat beberapa objektif kajian yang telah dikenal pasti dalam kajian ini iaitu untuk:
1. Menentukan tahap kepercayaan terhadap matematik dalam kalangan guru matematik di daerah
Besut, Terengganu.
2. Menentukan tahap kesediaan melaksanakan pembelajaran matematik secara inkuiri dalam
kalangan guru matematik di daerah Besut, Terengganu.
3. Mengenalpasti hubungan yang wujud antara kepercayaan terhadap matematik dengan
kesediaan melaksanakan pembelajaran matematik secara inkuiri dalam kalangan guru
matematik di daerah Besut, Terengganu.
PERSOALAN KAJIAN
Kajian yang dijalankan adalah untuk menjawab persoalan kajian berikut:
1. Apakah tahap kepercayaan terhadap matematik dalam kalangan guru matematik di daerah
Besut, Terengganu?
2. Apakah tahap kesediaan melaksanakan pembelajaran matematik secara inkuiri dalam kalangan
guru matematik di daerah Besut, Terengganu?
3. Adakah terdapat hubungan antara kepercayaan matematik dengan kesediaan melaksanakan
pembelajaran matematik secara inkuiri dalam kalangan guru matematik di daerah Besut,
Terengganu?
TINJAUAN LITERATUR
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan inkuiri merupakan satu pendekatan di mana murid
membina pengetahuan dan kefahaman sendiri melalui penyiasatan dan penerokaan berasaskan
pengetahuan sedia ada. Pelaksanaan pendekatan ini adalah melalui pelbagai pendekatan seperti
pembelajaran berasaskan projek, penyiasatan saintifik, pembelajaran berasaskan masalah dan
pembelajaran kolaboratif bagi melahirkan murid yang berilmu dan berkemahiran berfikir aras tinggi.
Proses P&P inkuiri berfokus kepada learning by doing yang melibatkan murid melaksanakan aktiviti
penerokaan, penyiasatan, penyoalan, berfikir secara reflektif dan penemuan ilmu baharu.
Kemahiran inkuiri adalah antara kemahiran belajar yang diberi penekanan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Setiap murid perlu membina kemahiran ini untuk
343
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
menguasai pengetahuan sepanjang hayat bagi membolehkan mereka menghubungkaitkan pelbagai
pengetahuan. Inkuiri membantu pemerolehan pelbagai kemahiran berfikir aras tinggi seperti kemahiran
saintifik, kemahiran insaniah, kemahiran teknologi maklumat, kemahiran menyelesaikan masalah dan
kemahiran membuat keputusan. Penguasaan kemahiran ini mampu menyediakan murid menjadi pemain
global abad ke-21.
Dalam sistem pendidikan, kualiti kurikulum sesebuah negara berkait rapat dengan kualiti pengajaran
guru. Kualiti pengajaran guru dapat dilihat melalui kesediaan guru dalam menyediakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Goh & Blake, 2015). Menurut Nur Farah Diana Mohd
Senari dan Kamisah Osman (2018), keberkesanan sesuatu pendekatan memerlukan kesediaan guru
daripada aspek ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Guru menggalas tanggungjawab dan cabaran
dalam menyediakan sesi pembelajaran yang kondusif dan membina kemahiran yang diperlukan oleh
pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Perancangan yang baik dan teliti sebelum
mengendalikan aktiviti pengajaran membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan
(Razali, 2017). Oleh itu, kesediaan amat penting bagi seseorang guru merancang dan mengendalikan
sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Terdapat banyak kajian yang membuktikan pendekatan pengajaran inkuiri membawa kepada impak
positif. Antaranya ialah kajian oleh Leonor (2015) yang menyatakan kesan pendekatan inkuiri dapat
dilihat kepada perkembangan pemahaman konseptual pelajar dalam sains dan pengetahuan prosedur
selain mewujudkan kerja berkumpulan dan kreativiti (Lai Ching, 2018) hasil perbincangan dan
pengalaman ‘hands-on’ kepada pelajar. Selain itu, pendekatan ini juga mampu membawa kepada
memperkasakan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar melalui pencarian maklumat, penyiasatan yang
dilakukan, pemikiran yang kritis terhadap sesuatu masalah yang berlaku, dan membuat penjelasan
mengenai dapatan yang dibuat (Conklin, 2012). Malah, melalui pendekatan inkuiri sememangnya
membawa kepada penguasaan ilmu sains secara keseluruhan hasil perkaitan yang menjelaskan sesuatu
fenomena yang berlaku (Gaigher et al., 2014) serta membawa kepada penguasaan literasi saintifik
pelajar (Crawford et al., 2014). Disamping itu, tahap motivasi dan minat terhadap subjek sains dapat
dipertingkatkan dalam kalangan pelajar melalui penglibatan pelajar dalam kelas (McNicholl J, 2013;
Hadjichambis et al., 2015).
Namun, terdapat situasi yang menggangu pendekatan inkuiri dijalankan dengan berkesan melalui
komunikasi dan interaksi guru-murid yang lemah. Teknik penyoalan guru tidak mampu mewujudkan
budaya berfikir kepada pelajar kerana rasa ingin tahu pelajar tidak dicungkil. Kebanyakan soalan yang
diberikan oleh guru berbentuk retorik dan tidak mencabar pemikiran pelajar seterusnya tidak
memperkembangkan kemahiran berfikir pelajar (Li & Arshad, 2014). Selain itu, terdapat juga
pandangan yang diberikan oleh guru di mana pendekatan inkuiri sukar untuk diajar kepada golongan
pelajar yang rendah tahap pencapaian dan hanya sesuai bagi pelajar berpencapaian tinggi (Zohar, 2013),
sukar dan merupakan pendekatan pengajaran yang memakan masa yang lama. Malah menurut laporan
oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21st Century School (USA), membuktikan tahap pemikiran
aras tinggi guru di Malaysia masih berada pada tahap yang rendah (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2012). Situasi ini akan menggangu usaha memperkasakan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar oleh
kerana guru sendiri tidak mampu berfikir dengan berkesan dan mendalam seterusnya menyukarkan
pengaplikasian ke dalam kehidupan seharian.
Elemen kesediaan guru dari aspek ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap menentukan keberkesanan
sesuatu pendekatan (Rajendran, 2001). Sikap guru dan kepercayaan guru terhadap strategi pengajaran
dan sikap terhadap pendekatan pengajaran inkuiri mempengaruhi keputusan dan pemilihan amalan
pengajaran guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (Sikko et al., 2012). Sekiranya terdapat
konflik antara kepercayaan dan sikap guru terhadap pendekatan inkuiri, aspek itu akan menjadi
penghalang kepada guru untuk menggunakan pendekatan tersebut dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran (Binns & Popp, 2013). Selain itu, aspek pengetahuan pedagogi guru juga memainkan
peranan dalam pengamalan pendekatan inkuiri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bagi
344
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
memastikan proses penyampaian ilmu dapat berlaku dengan lancar dan berkesan. Isu pendekatan inkuiri
yang dilakukan oleh guru kurang berkesan adalah kesan daripada kurangnya pengetahuan kandungan
pedagogi guru dalam pendekatan pengajaran inkuiri (Nuangchalerm, 2012). Kajian oleh Hassan et al.
(2017) menunjukkan aspek kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan pelaksanaan dalam
memperkasakan kemahiran berfikir pelajar masih belum mencukupi.
Justeru, guru matematik disarankan melengkapkan diri dengan pengetahuan pedagogi serta
menanamkan sikap positif terhadap pendekatan pengajaran kontekstual ini. Terdapat kajian yang
menunjukkan pengajaran berasaskan inkuiri digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran namun
guru tidak menggunakan pendekatan inkuiri yang sebenar (Li & Arshad, 2014). Hal ini mungkin
disebabkan oleh kurangnya kesediaan guru dari segi penguasaan pedagogi dan sikap yang positif
terhadap pendekatan inkuiri. Menurut Silm et al. (2017), bagi mendapatkan pengajaran berasaskan
inkuiri yang berkesan, pengetahuan kandungan pedagogi perlu dikuasai oleh guru dengan pengetahuan
yang lebih mendalam dalam orientasi inkuiri, strategi pembelajaran untuk melaksanakan inkuiri,
mengetahui persepsi pelajar terhadap pendekatan inkuiri, bahan pengajaran dan teknik penilaian.
Justeru, berdasarkan dapatan kajian yang telah dilakukan oleh Ratinen et al. (2015) membuktikan aspek
kesediaan guru iaitu penguasaan pengetahuan pedagogi dan sikap yang positif terhadap sesuatu
pendekatan membawa kepada pengaplikasian amalan inkuiri dalam sesi pengajaran. Salah satu inisiatif
yang boleh dilakukan oleh guru dalam meningkatkan profesionalisme guru adalah dengan menghadiri
bengkel atau latihan kursus yang berfokus kepada peningkatan pengetahuan dan sikap guru terhadap
pengajaran berasaskan inkuiri ini (Silm et al., 2017). Terdapat beberapa kajian yang membuktikan
program atau kursus latihan pedagogi guru ini membawa impak yang positif. Antaranya, kajian oleh
Ertikanto et al. (2017) mendapati kesan program latihan guru yang diimplimentasi membawa kesan
positif kepada kemahiran inkuiri guru. Selain itu, kajian Furman (2016) mendapati guru-guru yang
menghadiri bengkel pemantapan profesional menunjukkan kesan yang positif terhadap amalan
pengajaran inkuiri guru. Oleh itu, penglibatan guru dalam sesuatu bengkel dan kursus sedikit sebanyak
mampu memperbaiki amalan pengajaran yang dilaksanakan dalam sesi P&P.
Persediaan guru yang tidak mencukupi untuk aktiviti inkuiri menyebabkan guru lemah semasa
melaksanakan pengajaran berdasarkan kaedah inkuiri. Czerniak (1979) menyatakan bahawa guru
mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang rendah terhadap penggunaan inkuiri. Hal ini kerana,
kebanyakan guru menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan kepada guru. Dapatan kajian
Winnie dan Mohammad Yusof Arshad (2014) menunjukkan bahawa guru-guru bersikap negatif
terhadap penggunaan kaedah inkuiri. Hasil dapatan kajian ini ialah setelah pelajar memberikan jawapan,
guru didapati membuat penilaian, iaitu sama ada memberikan pujian, galakan ataupun bimbingan; dan
ada juga yang memberikan kritikan atau menggunakan justifikasi autoriti. Guru-guru juga berpendapat
bahawa kaedah inkuiri ini tidak sesuai untuk pengajaran kerana mengambil masa dan tidak dapat
menghabiskan sukatan pelajaran. Menurut Driver et al. (1994) pengetahuan guru dalam penggunaan
kaedah inkuiri adalah sangat rendah. Guru-guru tidak memberi penekanan kepada pengetahuan sedia
ada pelajar, mengenal pasti miskonsepsi pelajar dan menyusun semula idea saintifik pelajar melalui
aktiviti “hands on”. Sikap seseorang guru sangat penting dalam mengendalikan kaedah inkuiri dalam
pengajaran. Sikap positif akan memberi impak yang besar dalam pembelajaran pelajar. Colburn (2000),
dalam kajiannya menyatakan bahawa murid bukan sekadar mengikuti sahaja aktiviti yang dirancang
oleh guru, tetapi mereka dilibatkan dengan aktiviti yang tidak terhad. Guru-guru yang menunjukkan
sikap positif terhadap penggunaan kaedah inkuiri dapat melibatkan murid dalam aktiviti yang tidak
terhad.
Kajian yang dijalankan oleh Nelly Ezatul Fazlina (2012) mendapati sikap positif guru terhadap kaedah
inkuiri penemuan dapat mewujudkan guru yang kreatif, inovatif dan mengembangkan profesion.
Awang Kasmurie et al. (2010) mengatakan bahawa guru-guru dapat meningkatkan kemahiran
pemikiran kritis dan kreatif dengan menggunakan kaedah pengajaran inkuiri. Murid-murid dapat
memberikan jawapan yang luar biasa jika dibandingkan dengan jawapan murid yang sentiasa
345
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
didedahkan dengan kaedah pengajaran tradisional. Kemahiran mengendalikan inkuiri akan membuka
minda pelajar. Menurut Nik Zarini & Salmiza (2012), kaedah inkuiri penemuan sepatutnya perlu
diamalkan oleh guru.
METODOLOGI
Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan reka bentuk kuantitatif sepenuhnya dengan kaedah
tinjauan. Kaedah tinjauan ini merupakan satu kaedah yang melibatkan pentadbiran soal selidik melalui
responden yang dipilih sebagai mewakili populasi kajian di mana dapatan daripada data kajian akan
dianalisis secara tepat (Gall et al., 2003). Selain itu, Creswell (2005) menjelaskan bahawa reka bentuk
kajian dengan menggunakan kaedah tinjauan ini dapat mengumpul data terus daripada responden kajian
dan juga dapat membuat generalisasi terhadap populasi bagi sesuatu penyelidikan.
Melalui reka bentuk kajian ini, responden dikehendaki menjawab satu set soal selidik yang
mengandungi dua konstruk utama kajian iaitu kepercayaan guru terhadap matematik dan kesediaan guru
melaksanakan pembelajaran matematik secara inkuiri. Soal selidik yang digunakan adalah bertujuan
sebagai satu instrumen untuk memperoleh data yang diperlukan bagi menjawab segala persoalan kajian
yang telah dinyatakan pada awal penulisan.
Bagi mengumpul data kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah tinjauan ke atas 197 orang
responden. Melalui kaedah ini, tinjauan akan dilakukan sekali sahaja pada suatu masa tertentu. Kaedah
ini bersesuaian dengan bilangan responden kajian yang besar. Data dikumpulkan melalui borang soal
selidik yang diberikan kepada responden bagi memperolehi maklumat yang diperlukan bagi tujuan
penganalisisan dan pentafsiran yang bersesuaian dengan persoalan kajian.
Soal selidik yang digunakan dalam sesuatu kajian sangat penting bagi memastikan ia berupaya
mengumpul maklumat dengan tepat. Set soal selidik yang digunakan dalam kajian ini mengandungi
enam bahagian. Bahagian pertama berkaitan dengan demografi responden kajian. Bahagian kedua
berkaitan dengan pengetahuan guru tentang amalan pengajaran matematik berasaskan pendekatan
inkuiri. Sementara bahagian ketiga digunakan bagi mengumpul maklumat tentang sikap guru terhadap
amalan pengajaran matematik berasaskan pendekatan inkuiri. Bahagian keempat pula digunakan untuk
mengukur tahap kemahiran guru tentang amalan pengajaran matematik berasaskan pendekatan inkuiri
manakala bahagian kelima adalah berkaitan kepercayaan guru terhadap pengajaran matematik.
Bahagian yang terakhir adalah mengukur tahap kepercayaan guru terhadap pembelajaran matematik.
Semua responden mengisi borang selidik melalui google form yang diedarkan melalui Pejabat
Pendidikan daerah Besut. Soalan yang diberikan adalah menggunakan skala likert 5 poin. Selepas
memastikan semua borang soal selidik telah diisi sepenuhnya, data dimasukkan ke dalam perisian
Microsoft Excel dan kemudiannya data tersebut dianalisis menggunakan dua jenis statistik iaitu statistik
deskriptif dan statistik inferensi untuk menjawab semua persoalan kajian.
Kajian ini menggunakan dua jenis analisis, iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis
deskriptif digunakan bagi menentukan tahap kepercayaan matemtik dan tahap kesediaan menggunakan
pendekatan inkuiri. Interprestasi julat min dibuat mengikut skala yang digunakan oleh Kamaruzaman
(2009) seperti Jadual 1.
Jadual 1 : Julat min untuk menjawab persoalan kajian
Skor Min Tahap/Interpretasi
1.0 hingga 1.8 Sangat rendah
1.9 hingga 2.6 Rendah
2.7 hingga 3.4 Sederhana
3.5 hingga 4.2 Tinggi
4.3 hingga 5.0 Sangat tinggi
346
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Ujian korelasi Pearson digunakan untuk menguji hubungan antara kepercayaan matematik dengan
kesediaan menggunakan pendekatan inkuiri dalam pengajaran matematik. Ujian korelasi Pearson sesuai
digunakan untuk melihat perhubungan antara data dalam bentuk sela dan kaitan dengan pemboleh ubah
adalah linear.
DAPATAN KAJIAN
Profil Responden
Sampel kajian ini terdiri daripada 197 orang guru matematik dari sekolah rendah dan sekolah menengah
dalam daerah Besut, Terengganu. Jadual 2 menerangkan dengan lebih terperinci mengenai demografi
responden kajian yang diperoleh hasil daripada soal selidik.
Demografi Jadual 2: Analisis Demografi Responden Kajian Peratusan (%)
Jantina Frekuensi
31.5
Lelaki 62 68.5
Perempuan 135
Sekolah 151 76.6
Rendah 46 23.4
Menengah
Rumusan yang dapat dibuat ialah bilangan guru perempuan adalah jauh melebihi guru lelaki. Di
samping itu, kebanyakan guru yang menjadi responden kajian ini mengajar di sekolah rendah
berbanding di sekolah menengah.
Dapatan bagi persoalan kajian 1
Persoalan kajian 1 adalah berkaitan tahap kepercayaan responden terhadap matematik. Dapatan kajian
adalah seperti Jadual 3 di bawah:
Jadual 3: Tahap kepercayaan terhadap matematik.
Aspek Interpretasi
ii. Min Sisihan Piawai
Kepercayaan terhadap pengajaran 3.95 0.50 Tinggi
matematik 4.13 0.53 Tinggi
Kepercayaan terhadap pembelajaran
matematik
KESELURUHAN 4.04 0.48 Tinggi
Jadual 3 menunjukkan kedua-dua dimensi dalam kepercayaan matematik iaitu kepercayaan terhadap
pengajaran matematik dan kepercayaan terhadap pembelajaran matematik mempunyai nilai min yang
tinggi iaitu 3.95 dan 4.13 masing-masing. Nilai min keseluruhan bagi konstruk kepercayaan matematik
ialah 4.04 dan nilai sisihan piawai sebanyak 0.48. Analisis ini menunjukkan bahawa tahap kepercayaan
matematik dalam kalangan guru-guru matematik di daerah Besut adalah pada tahap tinggi.
347
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Dapatan bagi persoalan kajian 2
Persoalan kajian 2 adalah berkaitan tahap kesediaan responden untuk melaksanakan pengajaran
matematik secara inkuiri. Dapatan kajian adalah seperti Jadual 4:
Jadual 4: Tahap kesediaan melaksanakan pengajaran matematik secara inkuiri
Aspek Interpretasi
iii. Min Sisihan Piawai
Pengetahuan tentang pembelajaran 3.84 0.43 Tinggi
inkuiri 3.85 0.51 Tinggi
3.57 0.57 Tinggi
Sikap terhadap pembelajaran inkuiri 3.74 0.47 Tinggi
Kemahiran melaksanakan pengajaran
inkuiri
KESELURUHAN
Jadual 4 menunjukkan ketiga-tiga dimensi dalam kesediaan mengajar matematik menggunakan
pendekatan inkuiri iaitu pengetahuan tentang pembelajaran matematik, sikap terhadap pembelajaran
inkuiri dan kemahiran melaksanakan pengajaran inkuiri mempunyai nilai min yang tinggi iaitu 3.84,
3.85 dan 3.57 masing-masing. Nilai min keseluruhan bagi konstruk kesediaan mengajar matematik
menggunakan pendekatan inkuiri ialah 3.74 dan nilai sisihan piawai sebanyak 0.47. Analisis ini
menunjukkan bahawa secara keseluruhan tahap kesediaan mengajar matematik menggunakan
pendekatan inkuiri dalam kalangan guru-guru matematik di daerah Besut adalah pada tahap tinggi.
Dapatan bagi persoalan kajian 3
Persoalan kajian 3 adalah berkaitan hubungan antara tahap kepercayaan matematik dan tahap kesediaan
melaksanakan pengajaran matematik secara inkuiri. Berdasarkan hasil analisis, didapati nilai pekali
pearson (r) adalah sebanyak 0.70. Ini menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat antara tahap
tahap kepercayaan matematik dan tahap kesediaan melaksanakan pengajaran matematik dalam
kalangan guru-guru matematik di daerah Besut, Terengganu.
PERBINCANGAN
Berdasarkan analisis statistik deskriptif yang telah dijalankan, nilai min bagi tahap kepercayaan
matematik dalam kalangan guru di daerah Besut adalah sebanyak 4.04 dan nilai sisihan piawai sebanyak
0.48. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa tahap kepercayaan matematik dalam kalangan
guru di daerah Besut berada pada tahap tinggi. Perkara ini berlaku adalah kerana guru-guru telah melalui
Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP), seminar dan kursus yang memberikan pendedahan secara
menyeluruh mengenai proses pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan. Mereka dengan
jelas mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap matematik. Sebagai contoh, kebanyakan guru
mempercayai bahawa pengajaran matematik perlu menggunakan soalan jenis terbuka semasa sesi
pengajaran dalam bilik darjah. Berdasarkan respon yang diberikan, mereka juga memberikan
penekanan kepada proses bagaimana pelajar memperoleh sesuatu penyelesaian masalah matematik.
Mereka juga memberikan tumpuan pembelajaran kepada proses penaakulan matematik berbanding
mendapatkan jawapan yang betul. Hal ini jelas menunjukkan guru-guru matematik di daerah Besut telah
mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pembelajaran matematik yang beasaskan pembelajaran
aktif.
348
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Tahap kesediaan guru menggunakan pendekatan inkuiri diukur berdasarkan tiga aspek iaitu
pengetahuan tentang pembelajaran inkuiri, sikap terhadap pembelajaran inkuiri dan kemahiran
melaksanakan pengajaran inkuiri. Berdasarkan analisis statistik deskriptif yang telah dijalankan, nilai
min bagi tahap kesediaan guru menggunakan pendekatan inkuiri adalah sebanyak 3.74 dan nilai sisihan
piawai sebanyak 0.47. Nilai yang diperolehi ini menunjukkan guru-guru matematik di daerah Besut
mempunyai tahap kesediaan yang tinggi untuk menggunakan pendekatan inkuiri dalam pengajaran
mereka. Berdasarkan respon yang diberikan, guru-guru ini menunjukkan sikap yang positif terhadap
pendekatan inkuiri. Mereka menyatakan keseronokan menggunakan pendekatan inkuiri dalam
pengajaran matematik. Begitu juga mereka memberi respon yang tinggi tentang kekerapan
menggunakan pendekatan inkuiri dalam pengajaran matematik. Guru-guru ini juga bersedia untuk
menghadapi cabaran dalam melaksanakan pendekatan inkuiri. Ini menunjukkan bahawa tahap
kesediaan guru-guru matematik di daerah Besut untuk menggunakan pendekatan inkuiri dalam
pengajaran mereka adalah pada tahap yang tinggi.
Berdasarkan nilai korelasi sebanyak 0.70 yang diperolehi bagi menunjukkan hubungan antara
kepercayaan matematik dengan kesediaan menggunakan pendekatan inkuiri, ia menunjukkan bahawa
terdapat hubungan positif yang kuat antara dua konstruk ini. Ini jelas menunjukkan bahawa kepercayaan
matematik yang baik akan meningkatkan kesediaan guru menggunakan pendekatan inkuiri dalam
pengajaran mereka. Apabila guru lebih mempercayai bahawa pembelajaran matematik perlu berasaskan
pembelajaran aktif, semakin tinggi sikap positif mereka terhadap penggunaan pendekatan inkuiri dalam
pengajaran mereka. Begitu juga dengan semakin tinggi tahap kepercayaan guru terhadap matematik,
semakin tinggi amalan mereka menggunakan pendekatan inkuiri semasa mengajar. Di samping itu,
semakin baik kepercayaan guru terhadap matematik, maka semakin baik pengetahuan mereka mengenai
pendekatan inkuiri.
RUMUSAN
Kajian yang telah dilaksanakan ini menyokong kepentingan dan menghasilkan implikasi yang positif
terhadap sektor pendidikan di Malaysia khususnya kepada tahap kepercayaan matematik dan tahap
kesediaan guru menggunakan pendekatan inkuiri dalam pengajaran mereka. Berdasarkan hasil kajian,
ia menunjukkan bahawa kepercayaan matematik yang baik akan meningkatkan kesediaan guru
menggunakan pendekatan inkuiri dalam pengajaran mereka. Ini bermakna kepercayaan guru terhadap
matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa dalam memastikan mereka lebih bersedia untuk
menggunakan pendekatan inkuiri dalam pengajaran mereka. Ini boleh dilakukan dengan memberi
peluang yang lebih banyak kepada guru-guru mengikuti kursus-kursus yang berkaitan pengajaran dan
pembelajaran matematik yang menekankan pembelajaran secara aktif dan bermakna. Ini selaras dengan
saranan Noraini (2005) bahawa pendekatan inkuiri berpusatkan murid dengan berbantukan teknologi
yang bersesuaian, tuntas dan berkesan perlu digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman
pembelajaran matematik menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar.
RUJUKAN
Baki, A., Çatlıoglu, H., Costu, S., & Birgin, O. (2009). Conceptions of high school students about
mathematical connections to the real-life. World Conference on Educational Sciences 2009,
Procedia Social and Behavioral Sciences 1, 1402-1407.
Capaldi, M. (2015). Inquiry-Based Learning for Science, Technology, Engineering, and Math (STEM)
Programs: A Conceptual and Practical Resource for Educators Innovations in Higher
Education Teaching and Learning, Volume 4, 283_299
349
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Chesley, G. M., & Jordan, J. (2012). What’s missing from teacher prep? Educational Leadership,
69(8), 4145.
Epstein, J. (2013). The calculus concept inventory-measurement of the effect of teaching methodology
in mathematics. Notices of the AMS, 60(8), 1018 -1026.
Freeman, S., Eddy, S. L., McDonough, M., Smith, M. K., Okoroafor, N., Jordt, H., & Wenderoth, M.
P. (2014). Active learning increases student performance in science, engineering, and
mathematics. Proceedings of the National Academy of Sciences, 111(23), 8319_8320.
Kamaruzaman Moidunny. 2009. Keberkesanan program Kelayakan Profesional Kepengetuaan
Kebangsaan (NPQH). Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Matematik
Tahun 4. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kogan, M., & Laursen, S. (2014). Assessing long-term effects of inquiry-based learning: A case study
from college mathematics. Innovative Higher Education, 39(3), 183 -199.
Levine, A. (2006). Educating school teachers. Washington, DC: Education Schools Project. Retrieved
from http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED504135.pdf
Meng Yew Tee, Moses Samuel, Norjoharuddeen Bin Mohd Nor, Renuka A/p V Sathasivam and
Hutkemri (2018). Classroom Practice and the Quality of Teaching: Where a Nation is Going?
Journal of International and Comparative Education, 2018, Volume 7, Issue 1. University of
Malaya.
Noraini Idris (2005). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan
Publications.Noraini Idris (2008). Mathematics Teaching and Learning: Past, Present and
Future. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013 - 2025)
Yoshinobu, S., & Jones, M. G. (2012). The coverage issue. PRIMUS, 22(4), 303-316.
doi:10.1080/10511970.2010.507622
350
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
KESAN DEMOSAW TERHADAP PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BADMINTON
DALAM PENDIDIKAN JASMANI
Nguang Ung Siong ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,
Kota Samarahan
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk mengkaji kesan kaedah DEMOSAW terhadap kemahiran servis rendah
Badminton untuk murid-murid sekolah menengah. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimen
melalui pendekatan pra-ujian dan pasca-ujian. Peserta kajian ini adalah 63 orang murid sekolah
menengah Tingkatan satu yang berumur 13 hingga 14 tahun. Murid-murid dibahagikan kepada
kumpulan kaedah DEMOSAW (32 orang) dan kumpulan kaedah Pengajaran Tradisional (31 orang)
berdasarkan kaedah pengajaran masing-masing dalam Pendidikan Jasmani. Ujian French Short-Serve
digunakan untuk menilai kesan dua kaedah pengajaran yang berbeza terhadap kemahiran servis
rendah Badminton. Analisis data Independet t-test dalam ujian pra tidak menunjukkan perbezaan yang
signifikan manakala ujian pasca telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan
dengan saiz kesan yang besar antara kumpulan DEMOSAW dengan kumpulan Pengajaran Tradisional.
Justeru, pelaksanaan kaedah DEMOSAW telah menunjukkan prestasi pencapaian kemahiran servis
rendah Badminton yang lebih baik berbanding kaedah Pengajaran Tradisional dan dicadangkan
sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baharu dalam Kurikulum Standard
Pendidikan Jasmani selaras dengan pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Menengah.
Kata kunci: DEMOSAW, Kemahiran Badminton, Pendidikan Jasmani
PENGENALAN
Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran wajib yang harus dipelajari di sekolah menengah selaras
dengan pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) untuk menggantikan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai 2017 (KPM, 2016). Dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Jasmani, tunjang kemahiran perlu diberikan penekanan utama
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani berdasarkan pemberatan sebanyak 75 % masa
pembelajaran Pendidikan Jasmani diagihkan kepada pembelajaran bidang kemahiran dalam Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KPM, 2015). Justeru, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sistematik dan berkesan dalam pembelajaran kemahiran Pendidikan Jasmani penting untuk membantu
murid-murid menguasai pengetahuan dan kemahiran sukan bagi melibatkan diri dalam aktiviti fizikal
sepanjang hayat dan juga dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran sukan untuk menyertai
pertandingan serta menjalani kehidupan yang sihat melalui aktiviti rekreasi (Wuest & Bucher, 2015).
Dalam tunjang kemahiran Pendidikan Jasmani tingkatan satu, kemahiran servis rendah merupakan
kemahiran penting yang perlu dipelajari dan dikuasai dalam kemahiran sukan Badminton kerana
kemahiran servis rendah Badminton perlu dikuasai oleh murid-murid terlebih dahulu sebelum mereka
dapat mempelajari kemahiran-kemahiran Badminton yang lain dalam kelas Pendidikan Jasmani (KPM,
2015). Namun begitu, guru Pendidikan Jasmani sekolah menengah masih selalu menggunakan kaedah
pengajaran tradisional yang berpusatkan guru dan mewujudkan situasi pembelajaran kemahiran dalam
kelas Pendidikan Jasmani yang dikawal sepenuhnya oleh guru Pendidikan Jasmani (Ali, Som & Zahidi,
351
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
2016). Oleh itu, murid-murid perlu melakukan pergerakan-pergerakan kemahiran dengan dikawal selia
dan mengikut arahan daripada guru Pendidikan Jasmani. Kaedah penyampaian dalam Pengajaran
Tradisional yang berbentuk hubungan satu hala mempunyai limitasi dan menyebabkan pengajaran yang
pasif dalam pembelajaran kemahiran (Ali et al., 2016) terutamanya untuk menguasai kemahiran servis
rendah Badminton yang mempunyai pelbagai urutan-urutan bahagian yang perlu dikuasai dengan baik
bagi melakukan kemahiran tersebut dengan tepat (Edward, 1997).
Kaedah DEMOSAW dan Aplikasi Teori Pembelajaran dalam sesi Pembelajaran DEMOSAW
Kaedah DEMOSAW merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran baharu yang dibina hasil
daripada integrasi kaedah Demonstrasi dengan kaedah Jigsaw yang mana sesuai digunakan untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan menerapkan kaedah
pembelajaran berpusatkan murid dalam kelas bagi memenuhi keperluan pembelajaran serta
membolehkan guru Pendidikan Jasmani menyalurkan pengetahuan dan meningkatkan prestasi
pembelajaran kemahiran murid seperti yang dihasratkan dalam kelas Pendidikan Jasmani (KPM, 2015).
Dalam kaedah DEMOSAW, guru akan mengajar kemahiran tersebut melalui Demonstrasi terlebih
dahulu dan ikuti oleh pembelajaran dalam kumpulan kecil menerusi kumpulan pakar dan kumpulan asal
mengikut kaedah pembelajaran Jigsaw untuk menguasai kemahiran servis rendah Badminton dalam
kelas Pendidikan Jasmani. Kaedah DEMOSAW yang diaplikasikan dengan gabungan Teori
Pembelajaran Fitts dan Posner dan Teori Kebergantungan Sosial adalah berkesan bagi murid-murid
terlibat aktif dalam pembelajaran kemahiran dan memberikan kesan pembelajaran positif dengan
adanya kebergantungan positif di kalangan murid-murid untuk meningkatkan prestasi mereka dalam
Pendidikan Jasmani (Magill, 2014; Johnson & Johnson, 2002).
Kaedah DEMOSAW juga merangkumi kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran
kolaboratif untuk menyelesaikan tugasan bersama-sama melalui pembelajaran kumpulan kecil untuk
meningkatkan pembelajaran kemahiran (Casey, Goodyear & Dyson, 2015). Murid-murid yang
menggunakan kaedah DEMOSAW mendapati bahawa penguasaan kemahiran mereka di kelas
Pendidikan Jasmani meningkat dengan baik melalui pembelajaran dalam kumpulan kecil dan membantu
mereka meningkatkan pencapaian Kemahiran. Selain itu, penggunaan kaedah DEMOSAW juga
membantu murid-murid menjadi lebih bertanggungjawab dalam meningkatkan prestasi pembelajaran
kemahiran mereka dan membantu murid-murid untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran
kemahiran dan juga mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulan kecil semasa pembelajaran kemahiran
dalam kelas Pendidikan Jasmani (Casey, Goodyear & Dyson, 2015). Oleh itu, kaedah pembelajaran
DEMOSAW dianggap sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran baharu yang sesuai untuk
meningkatkan prestasi pembelajaran kemahiran murid-murid secara berkesan di kelas Pendidikan
Jasmani. Murid-murid yang menggunakan kaedah DEMOSAW mampu meningkatkan kemahiran
dengan baik melalui pembelajaran dalam kumpulan kecil sehingga mereka berjaya meningkatkan
pencapaian dalam kemahiran yang dipelajari.
TINJAUAN LITERATUR
Kajian Govindan (2005) telah mendapati bahawa kaedah Demonstrasi mampu membantu
meningkatkan prestasi pembelajaran kemahiran servis pendek Badminton untuk murid-murid sekolah
menengah di Malaysia apabila penggunaan kaedah Demonstrasi telah terbukti berjaya meningkatkan
prestasi pembelajaran kemahiran servis pendek Badminton dalam kelas Pendidikan Jasmani. Hasil
analisis data daripada ujian melalui ujian pra dan pasca mendapati bahawa prestasi pencapaian
kemahiran servis pendek Badminton untuk kumpulan yang menggunakan Demonstrasi adalah lebih
baik berbanding kumpulan kawalan yang tidak menggunakan Demonstrasi bagi murid-murid yang
berumur 14 hingga 15 tahun di sekolah menengah Malaysia. Dalam pembelajaran kemahiran Bola
Sepak di sekolah menengah, kajian Shariff (2007) telah mendapati penggunaan kaedah Demonstrasi
dalam kelas Pendidikan Jasmani telah berjaya meningkatkan pencapaian pembelajaran kemahiran Bola
352
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Sepak untuk murid-murid berumur 13 hingga 14 tahun dalam kelas Pendidikan Jasmani di sekolah
Menengah Malaysia. Justeru, Demonstrasi merupakan kaedah yang berkesan untuk membolehkan
murid-murid mengingati pergerakan kemahiran yang perlu dipelajari dan membantu mereka mendapat
gambaran yang jelas tentang kemahiran yang perlu dipelajari. Seterusnya, kajian Supriyadi (2018) juga
telah mendapati bahawa kaedah Demonstrasi merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai digunakan dalam sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Olahraga untuk murid-murid
sekolah rendah di Indonesia. Justeru, Demonstrasi merupakan kaedah yang berkesan untuk
membolehkan guru Pendidikan Jasmani membantu mengembangkan kemahiran yang perlu diajar
supaya murid-murid boleh meniru contoh pergerakan kemahiran Pendidikan Jasmani dan Olahraga
yang betul untuk dipraktikkan dalam kelas Pendidikan Jasmani sehingga mereka berjaya menguasainya.
Penggunaan kaedah Jigsaw juga didapati sesuai digunakan dalam pembelajaran kemahiran servis Bola
Tampar untuk murid-murid berumur 13 tahun hingga 14 tahun dalam kelas Pendidikan Jasmani di
Indonesia (Subiantoro & Hidayat, 2013). Ini kerana kaedah Jigsaw telah berjaya meningkatkan
pencapaian pembelajaran kemahiran servis Bola Tampar murid-murid di sekolah menengah dan
membentuk pembelajaran yang berkesan dalam kelas Pendidikan Jasmani untuk pembelajaran
kemahiran servis Bola Tampar. Sementara itu, penggunaan kaedah Jigsaw juga membantu murid-murid
sekolah menengah meningkatkan prestasi pembelajaran dalam kemahiran Chest Pass Bola Keranjang
dalam kelas Pendidikan Jasmani (Putra & Hartati, 2014). Hasil analisis data daripada ujian pra dan ujian
pasca mendapati kaedah Jigsaw telah meningkatkan pencapaian pembelajaran kemahiran Chest Pass
dalam Bola Keranjang untuk murid berumur 13 hingga 14 tahun di sekolah menengah Indonesia. Dalam
pembelajaran kemahiran Bola Sepak di sekolah menengah pula, kajian Affandy dan Sudarso (2017)
juga telah mendapati penggunaan kaedah Jigsaw dalam kelas Pendidikan Jasmani telah berjaya
meningkatkan pencapaian pembelajaran kemahrian Dribbling dan Passing dalam Bola Sepak dan
memberikan kesan positif kepada pembelajaran kemahiran Bola Sepak dalam Pendidikan Jasmani bagi
murid-murid berumur 13 hingga 14 tahun.
METODOLOGI
Pengumpulan data dilakukan untuk memlilih sebuah sekolah daripada tiga buah sekolah menengah
yang berada di daerah Kota Samarahan melalui teknik pensampelan rawak mudah. Kaedah
persampelan rawak mudah juga digunakan untuk memilih murid-murid sekolah menengah berusia 13
hingga 14 tahun untuk kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Semua peserta dari kumpulan
rawatan dan kawalan menjalani ujian pra sebelum menjalani program intervensi selama empat minggu.
Selepas ujian pra, murid-murid kumpulan kawalan mengikuti kaedah Pengajaran Tradisional manakala
murid-murid kumpulan rawatan mengikuti kaedah DEMOSAW dalam pembelajaran kemahiran servis
rendah Badminton dalam kelas Pendidikan Jasmani seminggu sekali selama empat minggu. Selepas
itu, semua murid-murid dari kumpulan kawalan dan rawatan menjalani ujian pasca untuk melihat
pencapaian mereka dalam kemahiran servis rendah Badminton.
Instrumen French Short-Serve Test digunakan untuk membandingkan prestasi pencapaian kemahiran
servis rendah Badminton dalam kumpulan kaedah DEMOSAW dengan kumpulan Pengajaran
Tradisional melalui ujian pra dan pasca. Instrumen tersebut menunjukkan kesahan kandungan yang
tinggi dengan nilai pekali korelasi 0.89 dan kebolehpercayaan dalaman yang tinggi antara 0.82 hingga
0.96 (Miller, 2010). Di samping itu, kesahan kandungannya disahkan oleh ketua jurulatih Badminton
negeri dan empat pakar dalam bidang Pendidikan Jasmani. Dalam kajian ini, tiga orang guru
Pendidikan Jasmani dari sekolah menengah kajian lapangan telah dipilih sebagai penilai dan dilatih
untuk menilai dan mencatat skor dari setiap murid tingkatan satu yang terlibat dalam ujian pra dan
ujian pasca dengan menggunakan instrumen kajian French Short-Serve Test (Miller, 2010).
353
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
DAPATAN KAJIAN
Berdasarkan Jadual 1 seperti yang ditunjukkan di bawah, ujian pra menunjukkan Skewness (0.998) dan
Kurtosis (-0.254) manakala ujian pasca menunjukkan Skewness (0.785) dan Kurtosis (-0.170). Justeru,
nilai Skewness dan Kurtosis semasa ujian pra dan ujian pasca kemahiran servis rendah Badminton
adalah bertaburan normal kerana julat Skewness dan Kurtosis berada di antara -2.00 sehingga 2.00.
Jadual 1: Ujian Normaliti Skewness and Kurtosis untuk Kemahiran Servis Rendah Badminton
Ujian Skewness Kurtosis
UJIAN PRA 0.998 -0.254
UJIAN PASCA 0.785 -0.170
Dapatan kajian ini menunjukkan min ujian pra kumpulan DEMOSAW adalah 17.44, sisihan piawai
6.64 manakala ujian pra kumpulan Pengajaran Tradisional pula menunjukkan min sebanyak 20.39,
sishan piawai 7.59 seperti dalam Jadual 2 di bawah. Maka, perbezaan skor min antara kumpulan
DEMOSAW (M=17.44, SD=6.64) dan kumpulan Pengajaran tradsional (Min=20.39, SD=7.59)
sebelum program intervensi adalah sebanyak 2.95. Selepas program intervensi, min ujian pasca
kumpulan DEMOSAW yang diperolehi adalah 71.63, sisihan piawai 5.71 manakala min untuk ujian
pasca kumpulan Pengajaran Tradisional adalah 54.33, sisihan piawai 7.83 seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 3 di bawah. Justeru, perbezaan skor min antara kumpulan DEMOSAW (M=54.33,
SD=7.83) dan kumpulan Pengajaran tradsional (M=54.33, SD=7.83) selepas program intervensi adalah
sebanyak 17.3.
Jadual 2: Skor Min Ujian Pra Kemahiran Servis Rendah Badminton
Kemahiran Servis Rendah Std. Error
Badminton N Mean Std. Deviation
Mean
DEMOSAW 32 17.4375 6.64267 1.17427
PENGAJARAN TRADISIONAL 31 20.3871 7.59683 1.36443
Jadual 3: Skor Min Ujian Pasca Kemahiran Servis Rendah Badminton
Kemahiran Servis Rendah Std. Error
Badminton N Mean Std. Deviation
Mean
DEMOSAW 32 71.6250 5.70653 1.00878
PENGAJARAN TRADISIONAL 31 54.3226 7.82895 1.40612
354
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Analisis Statistik Inferensi Antara Kumpulan DEMOSAW dan Pengajaran Tradisional Dalam
Ujian Pra dan Ujian Pasca
Berdasarkan analisis data dalam Jadual 4 di bawah, keputusan Independent t-test ujian pra menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan dengan saiz kesan kecil (eta squared=0.04) antara skor min
ujian pra kumpulan DEMOSAW (M=17.44, SD= 6.64) dengan skor min ujian pra kumpulan Pengajaran
Tradisional (M=20.39, SD= 7.59) dalam pembelajaran kemahiran servis rendah Badminton dengan
t(61)= -1.642, p=.106.
Jadual 4: Keputusan Independent T-Test Skor Min Ujian Pra Kemahiran Servis Rendah Badminton
Levene's Test for
Equality of t-test for Equality of Means
Variances
Sig. 95% Confidence
F Sig. t df (2- Mean Std. Error Interval of the
tailed) Difference Difference Difference
Lower Upper
Equal variances .397 -1.642 61 .106 -2.94960 1.79629 -6.54150 .64231
.726
assumed
Equal variances -1.639 59.376 .107 -2.94960 1.80016 -6.55123 .65204
not assumed
Seterusnya, analisis data daripada keputusan Independet t-test ujian pasca pula menunjukkan terdapat
perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pasca kumpulan DEMOSAW (M=71.63, SD=5.71)
dan skor min ujian pasca kumpulan Pengajaran Tradisional (M=54.33, SD=7.83) dalam pembelajaran
kemahiran servis rendah Badminton dengan t(61)= 10.048, p=.000 seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 5. Justeru, saiz kesan perbezaan skor min ujian pasca yang menunjukkan perbezaan min=17.3,
95%CI: -6.54 hingga 0.642 adalah sangat besar (eta squared=0.64). Oleh itu, penggunaan kaedah
DEMOSAW telah menunjukkan peningkatan pembelajaran kemahiran servis rendah Badminton yang
lebih signifikan berbanding kaedah Pengajaran Tradisional untuk murid-murid di Tingkatan Satu
dengan menunjukkan prestasi pencapaian kemahiran yang lebih baik berbanding dengan
kaedahpengajaran tradisional dalam Pendidikan Jasmani.
Jadual 5: Keputusan Independent T-Test Skor Min Ujian Pasca Kemahiran Servis Rendah Badminton
Levene's Test
for Equality of t-test for Equality of Means
Variances
Sig. 95% Confidence
F Sig. t df (2- Mean Std. Error Interval of the
tailed) Difference Difference Difference
Lower Upper
Equal variances 10.048 61 .000 17.30242 1.72203 13.85901 20.74583
1.774 .188
assumed
Equal variances 9.998 54.784 .000 17.30242 1.73055 13.83400 20.77083
not assumed
355
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PERBINCANGAN
Analisis data daripada Independet t-test dalam ujian pasca telah menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan dengan saiz kesan yang besar di antara kumpulan DEMOSAW dengan Pengajaran
Tradisional dalam pembelajaran kemahiran servis rendah Badminton. Hasil dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa kaedah DEMOSAW yang dibina oleh pengkaji merupakan kaedah yang
berkualiti dan memberikan kesan yang lebih baik dalam meningkatkan pencapaian pembelajaran
kemahiran servis rendah Badminton berbanding dengan kaedah Pengajaran Tradisional dalam kelas
Pendidikan Jasmani bagi murid-murid sekolah menengah. Hasil kajian ini disokong oleh kajian
Govindan (2005) yang telah menunjukkan bahawa Demonstrasi adalah kaedah yang sesuai untuk
meningkatkan pembelajaran kemahiran Badminton untuk murid-murid di sekolah Menengah. Kajian
ini juga selari dengan kajian Subiantoro dan Hidayat (2013) yang menunjukkan penggunaan kaedah
Jigsaw telah memberikan kesan positif dalam pembelajaran kemahiran Bola Tampar dan kajian Putra
dan Hartati (2014) juga telah menunjukkan kaedah Jigsaw berjaya meningkatkan prestasi pembelajaran
dalam kemahiran Bola keranjang di kelas Pendidikan Jasmani. Justeru, kajian ini telah membuktikan
integrasi kaedah Demonstrasi dan Jigaw untuk membina kaedah DEMOSAW telah memberikan kesan
positif kepada murid-murid dalam pembelajaran kemahiran dan membentuk proses pembelajaran yang
berkualiti dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kemahiran Pendidikan Jasmani di sekolah
menengah.
Tambahan pula, hasil dapatan kajian ini juga selari kajian Shariff (2007) yang telah menunjukkan
penggunaan kaedah Demonstrasi dalam kelas Pendidikan Jasmani telah berjaya meningkatkan
pencapaian pembelajaran kemahiran Bola Sepak dalam kelas Pendidikan Jasmani di sekolah Menengah
di Malaysia. Begitu juga dengan kajian Supriyadi (2018) juga menyokong bahawa kaedah Demonstrasi
merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan dalam sesi pembelajaran
Pendidikan Jasmani dan Olahraga untuk murid-murid sekolah rendah di Indonesia. Sementara itu,
kajian Affandy dan Sudarso (2017) juga selari dengan kajian ini kerana telah membuktikan penggunaan
kaedah Jigsaw telah berjaya meningkatkan pencapaian pembelajaran kemahiran Bola Sepak untuk
murid-murid dalam kelas Pendidikan Jasmani di sekolah menengah di Indonesia. Oleh itu, kajian ini
memberi ilmu pengetahuan baharu kepada guru Pendidikan Jasmani dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk beralih kepada kaedah DEMOSAW berpusatkan murid yang dibina oleh pengkaji
untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna dan pemahaman yang lebih baik
kepada murid-murid bagi meningkatkan pencapaian kemahiran mereka. Dengan penemuan yang
menunjukkan perbezaan yang signifikan, diharapkan murid-murid dapat terus terlibat secara langsung
untuk melakukan aktiviti pembelajaran kemahiran Pendidikan Jasmani.
Di samping itu, gabungan Teori Pembelajaran Fitts dan Posner dan Teori Kebergantungan Sosial telah
membuktikan bahawa aplikasi gabungan teori tersebut dalam kaedah DEMOSAW dapat meningkatkan
pembelajaran kemahiran murid sekolah menengah di Malaysia dalam kelas Pendidikan Jasmani. Oleh
itu, gabungan teori pembelajaran baharu ini dapat dijadikan panduan dan diterapkan dalam kelas
Pendidikan Jasmani untuk penguasaan kemahiran sukan di Malaysia dan peringkat antarabangsa.
Pengetahuan baharu ini juga memberi kesedaran kepada guru Pendidikan Jasmani untuk menerapkan
kaedah DEMOSAW yang dibina dengan aplikasi gabungan teori pembelajaran baharu dalam usaha
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani. Cadangan kajian
pada masa depan adalah kajian lanjutan boleh dijalankan bagi membuat perbandingan tentang kesan
penggunaan kaedah DEMOSAW di antara sekolah bandar, luar bandar dan sekolah pinggir bandar
kerana gaya pembelajaran, pemahaman murid, faktor geografi dan latar belakang murid di sekolah yang
berbeza mungkin menyumbang kepada penemuan yang berbeza dalam kajian.
356
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
RUMUSAN
Kaedah DEMOSAW memberikan pengalaman pembelajaran berbeza dengan penglibatan murid-murid
secara langsung dalam pembelajaran kemahiran untuk membentuk pemahaman lebih mendalam
terhadap kemahiran yang dipelajari dan seterusnya meningkatkan pencapaian pembelajaran kemahiran
dalam kelas Pendidikan Jasmani di sekolah menengah. Guru Pendidikan Jasmani juga boleh beranjak
kepada kaedah DEMOSAW yang lebih berkualiti dan berpusatkan murid dalam Pendidikan Jasmani
kerana dapat memberikan pencapaian pembelajaran kemahiran yang positif dan lebih efektif daripada
kaedah Pengajaran Tradisional dalam kelas Pendidikan Jasmani. Dalam pembelajaran kemahiran
Pendidikan Jasmani, aplikasi gabungan teori pembelajaran Fitts and Posner dan teori kebergantungan
sosial dalam sesi pembelajaran kemahiran semasa menggunakan kaedah DEMOSAW juga merupakan
aspek yang penting dalam membantu meningkatkan pencapaian pembelajaran kemahiran murid-murid
tingkatan satu di sekolah menengah. Gabungan kedua-dua teori ini juga merupakan penemuan baru dan
penting untuk diaplikasikan dalam sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani semasa menggunakan kaedah
DEMOSAW di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa untuk memberikan pengalaman
pembelajaran yang bermakna kepada murid-murid sekolah menengah dalam kelas Pendidikan Jasmani.
Oleh itu, kaedah DEMOSAW ini adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran baharu yang sesuai
diaplikasikan untuk sesi pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah Menengah dalam Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM).
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Pelaksanaan KSSM mulai 2017. Surat Pekeliling Ikhtisas.
Bil 9/2016. Putrajaya: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran
Pendidikan Jasmani Tingkatan Satu. Putrajaya: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Wuest, D. A. & Fisette, J. L (2015). Foundation of Physical Education, Exercise Science, and Sport
(18th ed.). New York: McGraw-Hill Education.
Ali, S. K. S., Som, M. S., & Zahidi, A. M. (2016). Tranformasi Pendidikan Jasmani: Satu Anjakan
Pengajaran Berkualiti. Transformasi Pendidikan Nasional: Antara Aspirasi dan Anjakan, 249-
263. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Edward, J. (1997). Badminton: Technique, Tactics, Training. Wilshire: The Crowood Press.
Magill, R. A. (2014). Motor Learning and Control: Concepts and Application. Boston: McGraw-Hill.
Johnson, D.W., & Johnson, R.T. (2002). Cooperative Learning and Social Interdependence Theory:
Theory and Research on Small Groups. Social Psychological Applications to Social Issues,
4,9-35.
Casey, A., Goodyear, V. A., & Dyson, B. (2015). Model fidelity and Students' Responses to an
Authenticated Unit of Cooperative Learning. Journal of Teaching in Physical Education,
34(4), 642-660.
Govindan, S. (2005) Keberkesanan Demonstrasi dalam Meningkatkan Servis Pendek Permainan
Badminton. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya: Kuala Lumpur.
Shariff, H. B. (2007). Keberkesanan Demonstrasi dalam Meningkatkan Pembelajaran Kemahiran
Permainan Bola Sepak. (Tesis Sarjana). Universiti Malaya: Kuala Lumpur
357
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Supriyadi, M. (2018). Pelaksanaan Proses Belajar Mengajar Pendidikan Jasmani, Olahraga dan
Kesihatan pada Sekolah Dasar. Gelanggang Olahraga: Jurnal Pendidikan Jasmani dan
Olahraga 1(2), 64-73.
Subiantoro, F., & Hidayat, T. (2013). Penerapan Model Pembelajaran Cooperative Learning (Jigsaw)
terhadap Hasil Belajar Service Bola Voli. Jurnal Pendidikan Olahraga dan Kesehatan, 1(2),
265-273.
Putra, D. S., & Hartati, S. C. Y. (2014). Model Pembelajaran Kooperatif Tipe Jigsaw terhadap Hasil
Belajar Chest Pass Bola Basket. Jurnal Pendidikan Olahraga dan Kesehatan, 2(3), 526-531.
Affandy, S., & Sudarso. (2017). Penerapan Model Pembelajaran Kooperatif Tipe Jigsaw terhadap
Hasil Belajar Teknik Dasar Dribbling dan Passing Sepakbola. Jurnal Pendidikan Olahraga
dan Kesehatan, 5(3), 496-500.
Miller, D. K. (2010). Measurement by The Physical Educator: Why and how. New York: McGraw-
Hill
358
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
TEACHING AND LEARNING OF ENGLISH AMONG INDIGENOUS
ORANG ASLI STUDENTS
Yee Bee Choo Ph.D. ([email protected])
Vijayan A/L Periasamy ([email protected])
Halif Bin Md. Saleh Ph.D. ([email protected])
Institut Pendidikan Kampus Tun Hussein Onn
ABSTRACT
Teaching and learning of English is a significant challenge among indigenous Orang Asli students due
to lack of exposure to the language and opportunity to practice English in their daily communication.
Subsequently, this may lead to a lack of interest in learning the language. As such, teachers teaching
Orang Asli students should strive to adapt their pedagogical practices in order to cater to the students’
cultural diversity and learning needs. The aim of this paper is to identify the needs of indigenous Orang
Asli students and propose an effective teaching and learning strategy that can assist them in learning
English successfully. The proposed strategy utilises digital storytelling as an effective tool to improve
their learning of English and consequently increase their motivation levels in the language. Such an
effort is expected to empower indigenous groups through inclusive development that aims for an
equitable society in an increasingly competitive world. The implication is for curriculum policy makers
to design an indigenous curriculum that is relevant and congruent with Orang Asli students’ learning
needs and cultural diversity.
Keywords: Teaching and learning, English language, Indigenous, Orang Asli, Digital storytelling
INTRODUCTION
In Malaysia, the high dropout rate among children from the Orang Asli community has become a key
issue as it was reported previously that nearly 32 percent of Orang Asli children who had completed
their primary schooling did not pursue their studies at the secondary level in 2009 (Education and
Research Association, 2011). The Malaysian government has initiated a number of efforts to ensure
indigenous children continue their schooling experience by launching programmes such as the
Education Assistance Scheme of 2010, the Special Awareness Programme for the Parents of Orang Asli
Students and the Friendly Teaching Programme (JAKOA, 2011). In addition, the Ministry of Education
has also proposed a distinct educational curriculum for Orang Asli children by establishing and
developing a special syllabus namely the Curriculum for Orang Asli and Penan Children (KAP) and the
Comprehensive Special Model School Programme (K9), which were implemented in selected Orang
Asli schools (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025). KAP aims at overcoming drop-out
rates among Orang Asli students by practicing the concept of ‘learning is fun’. Despite all these efforts,
the school dropout rate is still high among indigenous students (Abdullah, Wan Mamat, Zal, & Ibrahim,
2013).
Indigenous scholars have long highlighted the critical need to accommodate and support indigenous
students and their communities in the area of education (e.g., Cajete, 1994; Maina, 1997; Malin, 2003;
Mellor & Corrigan, 2004; Kana’iaupuni & Kawai’ae’a, 2008; Madden, 2015). However, many of these
studies were conducted among indigenous communities in the west which have a different context and
setting compared to their eastern counterparts. In Malaysia, there have been several studies in this
subject focusing on factors that influence indigenous Orang Asli students’ learning such as their
attitudes, parental awareness on education, influence of local culture, school leadership, school
environment, and problems related to the teaching and learning process (Renganathan, 2013; Abdullah,
359
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
et al., 2013; Nordin, Hassan @ Yahya, & Danjuma, 2018). However, limited studies have been carried
out on specifically examining the process of teaching and learning English. This paper seeks to find out
a suitable and effective teaching and learning strategy that would help indigenous Orang Asli students
in learning the English language successfully.
TEACHING AND LEARNING OF ENGLISH AMONG INDIGENOUS ORANG ASLI STUDENTS
One of the reasons for the high school dropout rate among Orang Asli children is their lack of interest
in academic subjects (Mustapha, et al., 2009). Teachers need to increase their efforts significantly by
employing suitable teaching and learning strategies as to attract Orang Asli students to attend school
and maintain their regular attendance. Cajete (1994), an indigenous scholar who had spent twenty years
in his study of American Indians claimed that the process of teaching and learning in indigenous
education is a reciprocal collaboration between the teacher and the learner. He suggests a distract-to-
attract-to-react strategy for teaching and learning, which is found to be a common strategy in indigenous
education. It focuses on teachers who have provided students with ‘busy work’ or challenging work as
a response to the behaviour-management problems produced by students (Hatton, Munns, & Nicklin
Dent, 1996). While this distraction strategy has short-term success in that it helps to reduce problem
behaviours in the classroom, it is counter-productive to the students as it contributes to students
developing a sense that school is not providing them any direction and the sense that there is no purpose
for them to go to school (Mellor & Corrigan, 2004). Thus, teachers need to develop a sense of belonging
among indigenous students in order to attract them to school and ensure their active participation in the
learning process.
Educational efforts should aim at providing indigenous children a sense of pride in their cultural heritage
while concurrently disseminating knowledge to them (Maina, 1997). Morcom (2017) argues that there
is a cultural discontinuity that affects the self-esteem development of indigenous students as educational
practices are carried out differently at the home place, community and school. Consequently, this
cultural difference in teaching and learning could have an impact on students’ academic achievement
which in turn might result in their loss of interest to attend school or participate in the learning
experience at school.
In the context of Malaysia, teaching and learning of English is a significant challenge among indigenous
Orang Asli students. Since the Malay language is used as the medium of instruction in schools, English
is taught as a second language, and for most Malaysian children, English would be a third language or
possibly a foreign language. Hence, indigenous students who operate in their own mother tongue,
distinct from the Malay language, will be required to learn, read and write in at least two different
languages (Renganathan, 2013). In addition, in most rural areas, English is neither spoken or heard and
there is hardly any need to use English in the daily social practices of rural communities (Renganathan,
2013). The lack of exposure to the English language has become an additional barrier for indigenous
Orang Asli students in being competent in the language.
Wahab, Mustapha and Ahamd (2016) revealed that another main problem associated with education
among the Orang Asli community is poor interaction between the non-indigenous teachers and the
indigenous students. This has caused poor understanding and apprehension of lessons, contributing to
their difficulty in learning English. As such, Malin (2003) suggests that indigenous children need to be
incorporated and supported socially within their classroom setting. When there is a lack of teacher
support, indigenous students would begin to feel that they learn very little at school, thus losing their
interest in studying. Therefore, it is clear that teacher’s knowledge and experience plays a significant
role in the implementation of educational aspirations for the development of Orang Asli students
through school education (Zulkefli, Abdul Ghafar, & Mohd Isa, 2019). In relation to this, Harrison
(2008) suggests that teachers need to possess effective pedagogical skills in order to adapt their teaching
to the needs of individual students by learning from past experience. They need to realize that learning
360
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
in a language such as English is unfamiliar to Orang Asli students and can become a significant
challenge to them (Nordin, et al., 2018). In addition, the cultural element in the current school textbooks
used in the classroom poses another challenge to the indigenous students. Western cultural references
such as English names like Daniel and John, festive seasons like Christmas and Easter, and games like
soccer and baseball are culturally unfamiliar to them. Therefore, it is crucial for English teachers to
realize, understand and appreciate their indigenous Orang Asli students’ cultural background and also
beliefs on learning and education.
Currently, it has been observed that most English language teachers face difficulties in adapting their
teaching strategies and approaches to suit the Orang Asli students’ cultural context and learning styles
(Renganathan, 2013). Some teachers may have high expectations from the Orang Asli students and
employ the exact same teaching approaches as they do for students in the mainstream system (Abdullah,
et al., 2013). Teachers’ pedagogical practice must affirm each child’s cultural identity rather than a
child’s culture being marginalised in the teaching process, it must be treated as an asset holding a real
value to each child and to those who interact with them (Mellor & Corrigan, 2004). Kana’iaupuni and
Kawai’ae’a (2008) propose the use of culture-based teaching strategies in indigenous education
whereby there is a need for teachers to rethink their pedagogical practices to help indigenous Orang
Asli students to learn English by using appropriate and effective teaching and learning strategies.
USE OF DIGITAL STORYTELLING AMONG INDIGENOUS ORANG ASLI STUDENTS
When Orang Asli students begin attending school, they are making a crucial transition from an oral
culture to a literate culture (Renganathan, 2016). Therefore, Krishnasamy and Mohd. Sharani (2019)
suggest that there needs to be a move towards a culturally responsive pedagogy which recognises the
Orang Asli students’ cultural knowledge, their prior experiences, values and beliefs in teaching and
learning English. Their findings also show that the students are more inclined to engage in classroom
activities that are fun and related to their environment, for example, activities involving playing,
singing, drawing, and colouring. A related study carried out by Aminuddin et al. (2012) found that
students are actually eager and ready to learn when there is a new enrichment pedagogical approach
utilised such as 'edutainment'. They suggest that lessons should be delivered to students through the fun
approach, yet catering to their learning needs.
As the saying goes “Every story is retold in a new day’s light”, telling and retelling a story from various
perspectives enriches the teaching and learning experience. Non-indigenous teachers may tell stories
they have read from books in school but indigenous children tell stories which they have heard from
their elders. Re-teaching and re-learning are integral parts of a complete learning experience (Cajete,
1994). Teachers and students constantly learn from each other’s experiences. Archibald (2008) believes
that stories are a powerful tool for teaching, learning, and healing as it could educate the students’ heart,
mind, body, and spirit when teachers use indigenous traditional stories and stories of the Orang Asli
students’ experiences in the classroom.
Therefore, using storytelling as an integral part of the teaching and learning process for Orang Asli
students will greatly enhance their learning experience as the students are vastly familiar with the oral
tradition of storytelling. The practice of storytelling has been regarded as an ancient art that precedes
modern technology and functioned as a method for historical recordkeeping (Maddin, 2012). Moreover,
Madden (2015) suggests that using storytelling as an approach to teaching is common in many
indigenous cultures. Archibald (2008) shares that traditional storytelling methods like the talking circle
allows students the time to make their own meaning with little guidance or explanation from the teacher,
She further explains that engaging local protocols (e.g. using a talking stick to signal the storyteller)
“have been given time to share her or his knowledge through oral tradition” (p.16) and observing rules
pertaining to the telling of stories (e.g. some stories can only be told during a particular season) are
important components of storytelling for indigenous communities. By observing these conventions, it
361
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
demonstrates that one is prepared to “make meaning with the stories” (p.83). Razaq Ahmad et al. (2011)
reported that indigenous students prefer teachers who love telling stories, use local languages or
languages that are easily understood, ask questions, incorporate singing in classroom activities, use
computers, and carry out interesting activities in the process of teaching and learning.
In this era of science and technology, considerable emphasis is given on incorporating technology in
teaching and learning strategies, for example, the integration of salient new technologies is one of the
underlying pedagogical principles in the Malaysian primary school syllabus (Ministry of Education,
2013). Digital storytelling incorporates arts, which includes literature and children’s literature, by
utilising technological tools in the teaching and learning of English. According to McLellan (2006),
digital storytelling is “the art and craft of exploring different media and software applications to
communicate stories in new and powerful ways using digital media” (p. 66). It is believed that this
strategy will help indigenous students to learn English whilst increasing their motivation in learning the
language.
In using digital storytelling in teaching English among primary school children in their own local
setting, the potentials identified were positive for this strategy. Yee, et al. (2017) found that it enhanced
student learning through increased understanding, active participation and increased motivation.
However, it was observed that there is a lack of using the digital storytelling strategy among indigenous
Orang Asli children. Therefore, this paper proposes the wide use of digital storytelling as an essential
teaching and learning strategy in the English language classroom to effectively enhance the learning
experience of indigenous Orang Asli children.
CONCLUSION
This paper explores the use of digital storytelling as a valuable strategy in the teaching and learning of
English among indigenous Orang Asli students who lack the exposure to English language in their daily
life and therefore lack the interest to learn the language. It is hoped that the use of digital storytelling
would enhance the Orang Asli children’s proficiency and understanding of English as this strategy has
been found to generate much enjoyment in learning the language. Subsequently, this would decrease
the school dropout rate of indigenous Orang Asli children as they will be more interested and eager to
attend school especially to learn English. Besides, they would be able to use the language not only in
school but also in the communities where they reside. Inadvertently, the ability to use English for
communication, will enable them to expose others to their culture and traditions. Consequently, this
will help to empower indigenous groups through inclusive development moving towards an equitable
society in a competitive world. The implication for curriculum policy makers is to design an indigenous
educational curriculum that is relevant and beneficial to the learning needs and cultural diversity of
indigenous Orang Asli students.
REFERENCES
Abdullah, R., Wan Mamat, W.H., Amir Zal, W.A., & Ibrahim, A.M. (2013). Teaching and learning
problems of the Orang Asli education: Students’ perspective. Asian Social Science, 9(12), 118-
124.
Aminuddin et al. (2012). Edutainment in the Malay language teaching for adult learners of the Orang
Asli and the native people of Pahang. In Abdullah et al. (Eds.), Education and Orang Asli in
the mainstream. Kuala Terengganu: Unversity of Sultan Zainal Abidin.
Archibald, J. (2008). Indigenous storywork: Educating the heart, mind, body, and spirit. Vancouver:
BC: UBC Press.
362
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Cajete, G. (1994). Look to the mountain: An ecology of indigenous education. Skyland, NC: Kivaki
Press.
Education and Research Association (2011). Orang Asli dropout rate serious. ERA Consumer
Malaysia. http:// www.eraconsumer.org /eraconsumer/index.php?option=com_
content&view=article&id=512:orang-asli-schooldropout-rate-serious&catid=39:hr-in-the-
news&It emid=61
Harrison, N. (2008). Teaching and learning in Indigenous education. South Melbourne, Vic.: Oxford
University Press.
Hatton, E., Munns, G., & Nicklin Dent, J. (1996). Teaching children in poverty: Three Australian
primary school responses. British Journal of Sociology of Education, 17(1), 39–52.
JAKOA. (2011). Development strategic planning for the Orang Asli 2011-2015. Kuala Lumpur
Department of Orang Asli Development, Malaysia.
Kana'iaupuni, S. M., Kawai'ae'a, K. K. C. (2008). E Lauhoe Mai Na Wa'a: Toward a Hawaiian
indigenous education teaching framework. Multidisciplinary Research on Hawaiian Well-
Being, 5, 67-90
Krishnasamy, H.N., & Mohd. Sharani, D. (2019). The influence of cultural capital and initiatives
towards improving the indigenous pupils’ English literacy performance. Pan – Commonwealth
Forum, September 2019, Edinburgh Scotland.
Maina, F. (1997). Culturally relevant pedagogy: First Nations education in Canada. The Canadian
Journal of Native Studies, 17, 293-314.
Madden, B. (2015). Pedagogical pathways for Indigenous education with/in teacher education.
Teaching and Teacher Education, 51, 1–15. doi:10.1016/j.tate.2015.05.005
Maddin, E. (2012). Introducing TPCK to pre-service teachers through digital storytelling. In P. Resta
(Ed.), Proceedings of SITE 2012--Society for Information Technology & Teacher Education
International Conference (pp. 1400-1406). Retrieved from
https://www.learntechlib.org/p/39777.
Malin, M. (2003). Is schooling good for Indigenous children’s health? Casuarina: The Cooperative
Research Centre for Aboriginal and Tropical Health.
McLellan, H. (2006). Digital storytelling in higher education. Journal of Computing in Higher
Education, 19(1), 65-79.
Mellor, S & Corrigan, M. (2004). The case for change: A review of contemporary research on
indigenous education outcomes. Camberwell: ACER Press.
Ministry of Education, Malaysia (2013). Kurikulum standard sekolah rendah: Dokumen standard
kurikulum dan pentaksiran Bahasa Inggeris SK Tahun 4. Putrajaya: Curriculum Development
Centre.
Morcom, L. A. (2017). Self-esteem and cultural identity in aboriginal language immersion
kindergarteners. Journal of Language, Identity & Education, 16(6), 365-
380. doi: 10.1080/15348458.2017.1366271
363
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Nordin, R., Hassan @ Yahya, M. S. & Danjuma, I. (2018). Orang Asli student icons: An innovative
teaching method for Orang Asli students. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities,
26(1), 219-238.
Razak Ahmad et al. (2011). Education and career directions of the Orang Asli students Pahang. Bangi:
Malaysia National University (Research Report).
Renganathan, S. (2013). ‘A pet rabbit, bunny’: Teaching English to Orang Asli children, an indigenous
community in Malaysia. International Proceedings of Economics Development and Research,
68(25), 145–151. doi: 10.7763/ IPEDR
Wahab, N. R., Mustapha, R. B., & Ahamd, A. R. (2016). The roles of administrators in aboriginal
schools: A case study in a Malaysian state. International Journal of Social Science and
Humanity, 6(5), 370–374.
Yee, B.C., Kee, L.L., Rafidah, N., & Shamsuddin, S.Z. (2017). Using digital story to improve primary
school pupils' understanding of poem. In Basikin, et al. (Eds.) Selected Papers: The 15th Asia
TEFL and 64th TEFLIN International Conference. Yogyakarta: UNY Press.
Zulkefli, A., Abdul Ghafar, D., & Mohd Isa, N.I. (2019). Education development program to orang asli
by the Ministry of Education Malaysia (MOE). Jurnal Hal Ehwal Islam dan Warisan Selangor,
4(1), 1-11.
364
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
IMPAK DAN CABARAN PELAKSANAAN COACHING DALAM KALANGAN
PEMIMPIN SEKOLAH PROGRAM TS25 DI SABAH DAN
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Azizah binti Sharif ([email protected])
Rostina Apok ([email protected])
Robit Yusie Fus Han ([email protected])
Bernadette John ([email protected])
Institut Aminuddin Baki
ABSTRAK
Kecemerlangan sekolah banyak bergantung kepada amalan kepimpinan dan budaya kerja
pemimpinnya dalam usaha untuk membangunkan profesionalisme guru dan seterusnya meningkatkan
prestasi sekolah. Bagi tujuan membangunkan barisan pemimpin pertengahan dan guru, pemimpin
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) menggunakan kaedah coaching kerana ia didapati sesuai
dan berkesan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka impak dan cabaran
pelaksanaan coaching dalam kalangan pemimpin sekolah program TS25 di Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan protokol temubual sebagai
panduan kepada pengkaji mendapat maklumat daripada informan. Protokol temubual yang dibina bagi
menjawab persoalan kajian telah disemak oleh tiga orang pakar. Persampelan bertujuan digunakan
dalam kajian ini dengan Informan kajian terdiri daripada pengetua atau guru besar (PGB) sebagai
coach dan ketua bidang atau ketua panitia sebagai coachee. Sebanyak tujuh buah sekolah Program
TS25 terlibat dalam kajian ini. Analisis data adalah menggunakan Analysis Grounded Theory. Hasil
daripada analisis data menunjukkan cabaran dan impak masing-masing dibahagikan kepada tiga.
Cabaran pelaksanaan coaching oleh pemimpin sekolah TS25 merangkumi pengurusan, kemahiran dan
sikap. Manakala impak coaching kepada pemimpin sekolah, guru dan murid dan akhirnya memberi
kesan positif kepada sekolah. Bimbingan yang diterima oleh guru selain coaching adalah termasuk
mentoring, Profesional Learning Community (PLC) dan dengan cara pemimpin turun padang. Impak
yang dinyatakan di atas memberi manfaat kepada murid dan menjadikan sekolah berkualiti bagi
mencapai matlamat program Transformasi Sekolah 2025.
Kata kunci : Impak, Cabaran, Coaching, Program TS25
PENGENALAN
Organisasi yang berjaya sering dikaitkan dengan kualiti kepimpinan pengurusannya. Pemimpin
merupakan agen perubahan yang penting dalam menyatupadukan warganya untuk mencapai wawasan
sesebuah organisasi. Kecemerlangan organisasi sekolah banyak bergantung kepada amalan kepimpinan
dan budaya kerja pemimpinnya dalam usaha untuk membangunkan profesionalisme guru-guru dan
seterusnya meningkatkan prestasi sekolahnya. Hal ini kerana, pengetua dan guru besar merupakan
pemimpin organisasi pendidikan yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan matlamat
pembangunan sekolah iaitu ke arah mewujudkan sekolah yang cemerlang secara holistik. Namun
demikian, peranan kepimpinan yang seringkali diabaikan tetapi memberi impak yang besar terhadap
pembangunan organisasi sekolah adalah aspek pembangunan sumber manusia, (Amin, 2018). Oleh itu,
bagi tujuan membangunkan barisan pemimpin pertengahan dan guru-guru, pemimpin sekolah program
TS25 menggunakan kaedah coaching kerana ia didapati sesuai dan berkesan. Di negara-negara barat,
coaching merupakan satu mekanisma pembangunan individu yang sangat popular. Menurut Neufeld
dan Roper (2003), coaching yang dilaksanakan melalui kerjasama secara profesional merupakan satu
model pembangunan profesional yang dilakukan secara on-site dengan tumpuan diberi terhadap isu-isu
365
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
dan kebimbangan berkaitan pengurusan, kepimpinan dan instruksional. Kajian oleh Burk (2010) di
Jackson, Mississippi mendapati bahawa pelaksanaan school-based coaching telah memberi impak
terhadap kapasiti kepimpinan instruksional pemimpin pertengahan di sekolah dan seterusnya terhadap
guru-guru dan program penambahbaikan sekolah.
PERNYATAAN MASALAH
Kajian ini adalah bagi meneroka impak dan cabaran pelaksanaan coaching di sekolah Program
Transformasi Sekolah (TS25) terutama kepada pemimpin pertengahan dan guru-guru bagi
meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah yang berkualiti tinggi agar selaras dengan keperluan
semasa pendidikan negara. Ia sejajar dengan pengaplikasian amalan terbaik dalam pelaksanaan
pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc), malah
setiap sekolah tanpa mengira lokasi, saiz atau jenis, dengan menyediakan pendidikan yang baik dan
holistik kepada murid seperti yang ditekankan dalam Anjakan ke enam dalam Pelan Pembanguna
Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Kajian ini adalah terhadap kepimpinan sekolah TS25 iaitu
pengetua, guru besar dan penolong kanan (Senior Leader Team) serta pengupayaan pemimpin
pertengahan (Middle Leader Team) di mana ia dilihat sebagai agenda TS25 dalam proses melahirkan
sekolah berkualiti (Amin, 2018).
Objektif Program Transformasi Sekolah 2025 yang perlu dicapai oleh semua sekolah, iaitu
memantapkan kepimpinan guru, memaksimumkan kemampuan tenaga pengajar dalam PdPc dan
mengukuhkan penglibatan ibu bapa dan komuniti dalam sekolah. Perlu diakui bahawa Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam melahirkan murid yang berkualiti tinggi dalam bidang pendidikan dan lain-lain. Maka dengan
pelaksanaan coaching bagi sekolah Program Transformasi Sekolah 2025 ini adalah untuk mengukur
kebolehcapaian hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia apabila ukuran itu dilihat dari segi impak
program tersebut kepada sekolah dan cabaran-cabaran yang dihadapi semasa pelaksanaan program
tesebut di sekolah. Dengan ini kajian yang dilakukan penyelidik akan dapat menjawab pelbagai
persoalan berkaitan impak dan cabaran tersebut. Maka atas dasar tersebut kajian ini juga berusaha
meninjau sejauh mana pelaksanaan coaching dan bimbingan lain dilaksanakan oleh Pengetua, Guru
Besar dan Penolong Kanan (Senior Leader Team) dan pemimpin pertengahan (Middle Leader Team)
sekolah-sekolah TS25 di Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat tiga objektif dalam kajian ini iaitu:
a. Meneroka impak pelaksanaan coaching di sekolah program TS25.
b. Mengenalpasti cabaran dalam pelaksanaan coaching di sekolah program TS25.
c. Mengenalpasti bimbingan selain coaching yang biasa diguna pakai di sekolah program TS25.
PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan objektif yang dinyatakan, berikut adalah tiga persoalan kajian yang akan dijawab dalam
kajian ini iaitu:
a. Apakah impak pelaksanaan coaching di sekolah program TS25?
b. Apakah cabaran dalam pelaksanaan coaching di sekolah program TS25?
c. Apakah bimbingan selain coaching yang biasa diguna pakai di sekolah program TS25?
366
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
TINJAUAN LITERATUR
Pendekatan coaching digunakan dalam organisasi di pelbagai industri termasuklah sektor pendidikan.
Sehubungan itu, coaching yang dilaksanakan melalui kerjasama secara profesional merupakan satu
model pembangunan profesional yang dilakukan secara on-site dengan tumpuan diberi terhadap isu-isu
dan kebimbangan berkaitan pengurusan dan kepimpinan bagi pasukan pemimpin dan dalam bidang
instruksional bagi guru-guru. Menurut Siti Wahidah (2017), penerapan coaching dapat meningkatkan
kompetensi pengetua sekolah dalam penyeliaan akademik pada sekolah binaan di Kota Banda Aceh.
Berdasar hasil dari penelitian tindakan sekolah ini, dapat diambil kesimpulan bahawa
penerapan coaching kepada pengetua sekolah berimpak positif. Pengetua sekolah dapat meningkatkan
kemampuannya dalam menyelesaikan dokumen perancangan dan melaksanakan penyeliaan akademik
secara efektif dan efisien sesuai dengan jadual yang sudah ditentukan bersama. Setelah itu, pengetua
sekolah juga mampu menganalisis data dari hasil penyeliaan akademik.
Lochmiller dan Silver dalam Shamsudin (2018) menjelaskan bahawa peranan coaching dalam
Rivitalisasi Pendidikan Abad Ke-21 telah membuktikan bahawa coaching berupaya untuk
membangunkan kepimpinan pemimpin sekolah dan pemimpin pertengahan terutama dari aspek
penetapan hala tuju, pemilihan strategi dan pembangunan aktiviti dan program-program instruksional.
Sementara itu, kajian oleh Meddaugh (2014) dalam Shamsudin Haron 2018, di sekolah-sekolah
berprestasi rendah mendapati bahawa pendekatan coaching berupaya meningkatkan keupayaan
pengetua, pemimpin pertengahan dan guru dalam aspek penetapan matlamat sekolah,
membangunkan professional learning communities (PLC), perkongsian kepimpinan dan mewujudkan
budaya yang kondusif untuk pembelajaran murid.
Kajian yang dijalankan oleh Southworth dan Doughty (2006) di England membuktikan
bahawa coaching merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan pencapaian murid
di sekolah. Kajian tersebut turut mengenal pasti bahawa terdapat keperluan yang agak mendesak agar
coaching diberikan kepada pemimpin pertengahan dan guru-guru di sekolah. Dapatan kajian Wise dan
Hammack (2011) pula membuktikan bahawa coaching berupaya membantu pasukan pemimpin sekolah
kekal memberi fokus terhadap pencapaian matlamat organisasi, penyelesaian masalah secara strategik
dan pengurusan proses perubahan secara berkesan. Kajian tersebut juga mendapati
bahawa coaching yang dilaksanakan memberi penekanan terhadap proses penambahbaikan sekolah
secara berterusan dan pembangunan profesional pemimpin pertengahan dan guru terutama dari aspek
bina upaya, meningkatkan kualiti instruksional dan meningkatkan pencapaian murid.
Kajian oleh Noriha dan Roveena (2019) mendapati dengan kaedah Coaching dan Mentoring murid telah
menunjukkan kesan peningkatan prestasi dalam topik Algebra. Minat murid terhadap matematik
semakin bertambah dan murid berpuashati dengan kaedah Mentoring dan Coaching ini kerana dapat
meningkatkan kefahaman dan prestasi dalam matematik. Oleh itu, impak coaching dapat dilihat iaitu
membangunkan pasukan pemimpin dan guru serta murid di sekolah sehingga lebih berkeupayaan untuk
melestarikan proses penambahbaikan sekolah yang dilaksanakan.
Model coaching yang paling baik dan bersesuaian dengan kehendak coach kerana tiada satu model
coaching yang benar-benar sesuai untuk setiap sesi coaching yang dijalankan. Ini disokong oleh Cross
dalam Chia (2015) yang menyatakan bahawa tiada satu model coaching yang paling baik dalam amalan
coaching. Maka penyelidik memilih GROW sebagai model coaching dalam kajian ini kerana model
ini telah didedahkan semasa latihan coaching kepada pengetua dan guru besar atau penolong kanan
(SLT). Model GROW adalah suatu model yang ringkas, praktikal, senang difahami, mudah digunakan
dan fleksibel berbanding dengan model-model yang lain. Menurut Allison dan Harbour (2009), model
GROW merupakan salah satu model coaching yang paling terkenal dan paling banyak digunakan dalam
bidang pendidikan.
367
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Pemimpin sekolah, iaitu pengetua atau guru besar (PGB) perlu menggunakan coaching untuk memberi
bimbingan, panduan, maklum balas dan pendedahan berkaitan tugas kepada pemimpin pertengahan
seperti Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dan Ketua Panitia (KP) serta guru-guru
dan Anggota Kakitangan Pelaksana (AKP) mengikut keperluan, secara jelas, profesional, menyeluruh
dan terancang dari semasa ke semasa. Pemimpin merupakan agen perubahan yang bertindak
mempengaruhi orang lain, oleh itu sangat penting untuk mengetahui pendekatan teori yang sesuai dalam
pelaksanaan coaching.
Kepimpinan PGB berbeza-beza walaupun dalam lingkungan umur atau tahap pendidikan yang sama
tetapi ada yang mengaitkan dengan faktor persekitaran sosial dan budaya keluarga serta masyarakat
setempat. Konsep kempimpinan merupakan komponen asas di dalam sesebuah organisasi. Pengertian
kepemimpinan sebagai ciri-ciri seseorang terutama yang dikaitkan dengan pemimpin seperti yang
dikemukakan oleh Gibson, Ivancevich dan Donnelly (2000) bahawa “Leadership are agents of change,
person whose act affect other people more than other people’s acts affect them”, atau pemimpin
merupakan agen perubahan, orang yang bertindak mempengaruhi orang lain lebih dari orang lain
mempengaruhi dirinya. Coaching merupakan salah satu inisiatif sesebuah organisasi dalam
meningkatkan prestasi kerja mereka. Oleh itu coaching sangat penting dilaksanakan oleh para
pemimpin di sekolah terhadap pemimpin pertengahan dan guru-guru di sekolah
Amalan kepimpinan transformasi, sebagaimana yang dirumuskan oleh Leithwood, adalah "seragam
positif." Beliau memetik dua penemuan dari kajian beliau sendiri:
a. amalan-amalan kepimpinan transformasi mempunyai pengaruh yang agak besar ke atas kerjasama
guru, dan;
b. hubungan yang signifikan wujud di antara aspek-aspek kepimpinan transformasi dan laporan guru
sendiri berkenaan perubahan dalam kedua-dua aspek iaitu sikap ke arah penambahbaikan sekolah
dan berubah tingkah-laku pengajaran.
Salah satu model yang amat luas digunakan untuk mengkaji tingkah laku dalam pelbagai bidang ialah
Theory of Planned Behavior (TPB) atau Teori Tingkah laku Terancang (Ajzen, 1991). Menurut teori
ini, sebarang tingkah laku yang dikehendaki seperti melakukan perubahan adalah dipengaruhi atau
dimulakan oleh niat seseorang. Niat ini tercetus berdasarkan kepada sikap, norma subjektif dan
tanggapan tingkah laku terkawal (perceived behavioural control atau PBC). Dalam erti kata lainnya,
ketiga-tiga faktor tersebut dihipotesiskan untuk menentukan niat dalam melakukan tingkah laku yang
dikehendaki (Ajzen, 1991). Sebagai contoh, kajian Siti Hawa dan Mohamed Idris (2009) untuk
menentukan sama ada pelajar tahun akhir di bidang kejuruteraan di Institut Pengajian Tinggi awam
(IHL) mempunyai niat untuk menjadi usahawan setelah tamat pengajian menunjukkan bahawa terdapat
hubungan positif dan signifikan antara pendedahan kursus keusahawanan dengan niat keusahawanan.
Juga didapati bahawa terdapat hubungan positif dan signifikan antara daya tarikan peribadi, norma
subjektif, kawalan tingkah laku. Dari kajian tersebut, didapati bahawa pelajar sarjana kejuruteraan
secara keseluruhan mempunyai niat untuk menuju keusahawanan.
METODOLOGI
Daripada tujuan, objektif dan persoalan kajian, penyelidik telah menjalankan reka bentuk kajian
kualitatif dengan mengadakan sesi temubual. Dalam kajian ini, pensampelan adalah secara
pensampelan bertujuan (purposive sampling) di mana informan kajian terdiri daripada pengetua atau
guru besar (Coach), ketua bidang atau ketua panitia (Coachee) program TS25 kohort 1, kohort 2, Kohort
3 dan kohort 4 iaitu melibatkan 7 buah sekolah program TS25 di Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP.)
Labuan. Dalam memilih informan, penyelidik mengambil kira kriteria-kriteria berikut:
368
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
a. Informan adalah terdiri daripada pengetua, guru besar atau penolong kanan (SLT) dan ketua bidang
atau ketua panitia (MLT) sekolah program TS25 di Sabah dan WP. Labuan.
b. Informan adalah SLT dan MLT yang telah menghadiri kursus TS25.
c. Informan bersetuju dan secara sukarela terlibat dalam kajian serta bersedia untuk temubual
dirakam, dibuat transkrip dan dianalisis.
d. Sekolah Informan dipilih oleh penyelaras TS25, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah dan
WP. Labuan.
Dalam kajian ini, penyelidik menyenaraikan langkah-langkah pengumpulan data sebagai kerangka
kerja lapangan. Dengan tatacara kajian ini, ia dapat memudahkan penyelidik menjalankan kerja
lapangan serta memastikan kelancaran kajian ini. Langkah-langkah prosedur pengumpulan data adalah
seperti berikut:
a. Mendapat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan sekolah-sekolah terlibat.
b. Menentukan informan dan tempat kajian.
c. Menjalankan rintis (secara maya).
d. Mengadakan temubual dengan informan secara maya atau bersemuka.
e. Menulis transkirp bagi temubual.
f. Mendapatkan pengesahan maklumat transkrip yang disediakan daripada informan kajian (member
checking).
g. Menganalisis temubual. (Analysis Grounded Theory)
Menurut Noraini (2010) penyelidik perlu bertanggungjawab untuk memastikan kajian mereka
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi supaya kajian tersebut adalah berkualiti dan
boleh dipercayai. Dari segi kesahan, penyelidik membuat kesahan kandungan dan kesahan muka bagi
protokol temubual tersebut daripada penyemakan oleh tiga orang pakar. Tujuannya adalah untuk
mengesahkan setiap item dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur. Selain daripada itu untuk
memastikan kesesuaian penggunaan ayat dan bahasa yang digunakan. Seramai dua orang pakar dalam
bidang kajian kualitatif dan seorang dalam bidang coaching telah dilantik iaitu Pensyarah Kanan,
Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah dan seorang mantan Pensyarah Kanan
Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands yang memiliki sijil Certified Profesional Coach.
Kajian rintis telah dilaksanakan sebelum kajian sebenar dijalankan secara dalam talian dan bersemuka.
Setelah sesi temubual dilaksanakan penyelidik akan menyediakan transkrip verbatim dan melaksanakan
member checking dengan memohon informan untuk menyemak semula transkrip tersebut dan jika ada
perkara tidak dipersetujui oleh informan, penyelidik akan buat pembetulan. Member checking ini perlu
dilaksanakan untuk meningkatkan kesahan kajian ini. Salah satu cara penyelidik untuk mencapai
kebolehpercayaan yang tinggi terhadap temu bual yang adalah melalui trangulasi data antara temu bual
kelompok informan yang terdiri daripada temubual bersama PGB atau penolong kanan (SLT) dan ketua
bidang atau ketua panitia (MLT).
369
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
DAPATAN KAJIAN
Melalui analisis data temubual yang dibuat, didapati cabaran dan impak dalam pelaksanaan coaching
dalam kalangan pemimpin sekolah TS25 boleh diringkaskan melalui gambar rajah di bawah:
CABARAN SEKOLAH IMPAK
COACHING PROGRAM COACHING
*Pengurusan *Pemimpin
*Kemahiran TS25
* Coaching *Guru
*Sikap i*. Mentoring *Murid
* PLC
* Turun Padang
Rajah 1: Kerangka Dapatan Kajian
Cabaran coaching akan dibincangkan dalam aspek pengurusan, kemahiran dan sikap manakala impak
pelaksanaan coaching dibahagikan kepada impak kepada pemimpin sekolah, guru dan murid.
Manakala bimbingan lain selain coaching yang diguna pakai di sekolah program TS25 adalah
mentoring, PLC dan pendekatan pemimpin sekolah turun padang.
Cabaran Coaching
a. Pengurusan
Melalui analisis data temubual yang dibuat didapati cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan coaching
oleh pemimpin sekolah TS25 boleh dibahagikan tiga bentuk cabaran iaitu pengurusan, kemahiran dan
sikap. Daripada maklumbalas informan, kebanyakan membangkit tentang pengurusan masa. Sesi
coaching yang dijadualkan tidak dapat dilaksanakan di atas kesibukan dan komitmen kerja masing-
masing. Contohnya, informan ada menyatakan:
Bila buat sesi coaching, saya dapati cabaran saya ialah kekangan masa dengan
kesibukan melaksanakan PdP dan program sekolah
(H06)
Kalau saya cabaran yang utama ialah dari segi masa lah sebab masing-masing ada
jadual masing-masing jadi macam untuk kita mengadakan sesi coaching itu
ruangnya itu agak susah kita mau cari.
(H07)
Puan macam masa, kita mau jumpa tapi sangat sibuk bah pengetua tu sehingga jam
6.00 masih di sekolah… mau jumpa ada keperluan tapi sudah ada jadual dengan guru
lain yang terjadual, jadi itu masih diberi keutamaan untuk berjumpa atau buat sesi
coaching dengan pengetua, padahal waktu itu saya juga ada yang betul-betul perlu
dan penting untuk bincang, nanti tangguh lain kali tapi saya pula ada hal lain masa
itu, ini saya rasa cabaran yang saya hadapi.
(E01)
b. Kemahiran
Dalam menjalankan sesi coaching kemahiran mengendalikan sesi tersebut perlu ada dan diasah dengan
melaksanakan coaching yang kerap. Penguasaan kemahiran coach dalam mengendalikan sesi coaching
370
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
yang dibangkitkan oleh informan merangkumi kemahiran mendengar. Kemahiran coaching bukan
setakat perlu didedah kepada pemimpun sekolah tetapi juga kepada semua guru. Antara lain yang
dibangkitkan oleh informan adalah seperti berikut:
saya sangat mengharapkan agar dapat dijalankan lagi kursus, latihan coaching di
sekolah ini agar dari atas hingga kepada pemimpin bawah mendapat ilmu yang tepat
tentang coaching.
(H02)
saya sendiri bermasalah dari segi kemahiran menyoal itu. Itu cabaran untuk saya
Puan, dan saya pun sekarang ni memang ingin study lah untuk kemahiran menyoal ni.
(H01)
ya puan, saya rasa kurang ilmu tentang coaching ini pun cabaran juga puan, saya lupa-
lupa sudah bah yang kena ajar tu.
(H05)
c. Sikap
Sikap coach atau coachee yang melaksanakan sesi coaching menjadi penentu kepada kejayaan sesi
tersebut. Sikap coach atau coachee yang diselubungi oleh perasaan segan, tidak ada kepercayaan dan
takut menyinggung perasaan antara sikap yang ada dalam diri coach atau coachee yang boleh menjadi
penghalang kepada kejayaan sesi coaching tersebut. Seperti yang dinyatakan oleh informan tentang
sikap:
Dia bergantung kepada coach sekiranya GB atau PK yang jadi coach mesti ada rasa
segan la, tapi kalau misalnya ketua Panitia agak selesa la.
(E02)
Sebagai cochee kan, kadang kadang ada rasa tak puas hati itu mahu diluahkan takut
juga menyinggung sama yang lain walaupun antara guru saya takut terkeluar benda
tu.
(E03)
Impak Coaching
a. Pemimpin Sekolah
Kepimpinan sekolah program TS25 berubah kepada yang lebih berkesan dan ini dapat dilihat berlaku
di sekolah-sekolah informan. Maklumat daripada informan menunjukkan bahawa terdapat sekolah yang
telah diberi kepercayaan penuh oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam mengendalikan sesuatu
program di peringkat daerah. Informan menyatakan sebelum sekolah terlibat dalam program TS25,
kurang tumpuan diberikan oleh pihak PPD dalam mana-mana program peringkat Daerah, namun
selepas itu, kepercayaan kerana kualiti pengurusan sekolah telah terbukti.
Impak itu yang berlaku di sekolah ini kan…mungkin ah...apa-apa sahaja program…
Biasanya program yang melibatkan sama ada pihak PPD atau pun JPN,
sekolah diberi kepercayaan oleh pihak PPD untuk melaksanakannya ini kerana
371
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
memang kualiti pengurusan sekolah ini tinggilah sehingga kepercayaan pihak PPD
untuk meletakkan dan mengutamakan sekolah ini.
(H02)
b. Guru
Manakala dari sudut dalaman sekolah pula, perubahan tingkah laku berlaku apabila guru-guru sudah
tidak tertanya-tanya lagi berkenaan tugasan yang diberikan kepada mereka. Informan menyatakan
bahawa guru-guru seolah-olah menjadi autopilot dalam melaksanakan tugasan yang di beri. Bertitik
tolak dari pada itu, maka dilihat keupayaan guru itu sendiri dalam melaksanakan tugas menjadi norma
berikutan sesi coaching daripada pemimpin sekolah itu sendiri.
Perubahan ketara berlaku kepada guru-guru sejak sekolah berada dalam program TS25. Beberapa
informan mendakwa bahawa impak sesi coaching telah menyebabkan guru-guru menjadi sangat
bermotivasi dan bersemangat seperti yang berlaku di sekolah-sekolah informan
Mendapat keyakinan diri dan dapat merancang apa akan dibuat seterusnya dan
melakukan tindakan la.
(E05)
Mereka ini macam sudah tahu apa yang perlu dibuat. Jadi dia tahu saya punya kelas
kita kena jaga dia sudah tahu bila ada guru mesyuarat dia sudah tahu itu relief.
(E03)
tidak perlu saya minta datang hujung minggu tiba-tiba saya nampak guru-guru
bersama ibubapa melaksanakan tugas
(H06)
Selain itu, budaya kerja sepasukan dalam kalangan guru dapat dipupuk, terutama apabila mengendali
mana-mana tugasan yang diberikan kepada mereka. Malah informan juga menyatakan bahawa terdapat
perubahan yang ketara pada guru berdasarkan kerja yang di lakukan oleh guru di mana ia dilihat lebih
berfokus dan membudayakan sikap berkerjasama dan bertoleransi sesama guru.
Hubungan di antara guru itu kalau dulu sebelum ini banyak pengisian yang
memerlukan guru berkerja dalam unit saya nampak dari itu sebelum ini guru yang
duduk di meja pun nampak dia beri kerjasama tidak lagi di meja masing masing
sekarang satu pasukan banyak program yang mereka tambah.
(H04)
Informan turut menyatakan bahawa impak yang sangat ketara apabila wujud rasa kepunyaan yang tinggi
terhadap mana-mana program yang dijalankan di sekolah mereka. Pelaksanaan coaching ini memberi
impak yang positif kepada semua informan yang di temubual.
c. Murid
Antara pencapaian yang dilihat memenuhi matlamat Transformasi Sekolah 2025 adalah apabila impak
terhadap kemenjadian murid itu sendiri. Kemenjadian murid ini dilihat melalui pencapaian murid yang
sangat ketara seperti yang dinyatakan oleh informan yang di temubual. Informan telah menyatakan
bahawa apabila program yang diaksanakan di sekolah, keupayaan murid tersebut memberi penerangan
berkenaan program tersebut, tanpa bantuan daripada guru, mampu ditonjolkan.
372
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Contohnya apabila murid mengikuti program Sains peringkat daerah, apabila guru
atau juri lalu ke booth murid, murid itu mampu memberi penerangan berkenaan projek
mereka tanpa bantuan guru
(H02)
Manakala sekolah-sekolah yang lain telah menyatakan peningkatan penglibatan murid dalam mana-
mana aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah juga amat memberansangkan. Ada antara informan
menyatakan bahawa penglibatan sukan, tarian, SUMUR dan Choral Speaking telah melonjak tahap
penglibatannya sehingga ke peringkat kebangsaan.
Kita laksana di peringkat daerah dan negeri alhamdullilah akhir 2018 kita mendapat
anugerah SUMUR negeri, 2019 kita diberi pengiktirafan kebangsaan, menyebabkan
pihak Kementerian Pendidikan dan unit pendidikan Islam turun dan memberi
pengiktirafan kebangsaan.
(H03)
Begitu juga di peringkat sekolah itu sendiri, penglibatan dan kejayaan murid dalam aktiviti-aktiviti
dalaman juga meningkat dengan keterlibatan lapisan murid yang tinggi peratusannya. Untuk itu,
penghargaan turut diberikan oleh informan terhadap pelaksanaan sesi coaching di sekolah-sekolah
informan.
Bimbingan Selain Coaching
a. Mentoring
Melalui temubual bersama dengan informan berkenaan bimbingan selain coaching yang biasa
digunakan di sekolah, terdapat SLT yang yang melaksanakan bimbingan pementoran dan memberi
tunjuk ajar kepada MLT mahupun guru. Informan rasa selesa memberi nasihat dan tunjuk ajar secara
langsung apabila berjumpa, ataupun terserempak dengan guru ketika sesi persekolahan. Melalui
pendekatan ini, informan percaya bahawa ia lebih khusus dalam cuba menyelesaikan sesuatu masalah
yang timbul pada ketika itu.
kadang-kadang tu kami buat sesi macam santailah, iaitu berbincang dan menunjuk
ajar pada guru supaya guru merasa lebih selesa ketika meluahkan atau memohon
tunjuk ajar.
(H04)
b. Profesional Learning Community (PLC)
Terdapat coachee memberi makluman bahawa bimbingan lain yang diberikan adalah bimbingan
pembangunan profesionalisme diri dengan mengadakan Profesional Learning Community (PLC) dalam
kalangan guru. Informan menyatakan bahawa dia perlu melihat keupayaan gurunya di sekolah agar
boleh bersama-sama memajukan sekolah.
Program selalunya saya merujuk kepada PLC, itu kita laksanakan dan banyak dibawa
PLC …macam yang kita buat macam video critique, jadi kita turut serta untuk
berbincang, kalau dalam kalangan guru pula kita kena pastikan kita dijemput bersama.
(H03)
373
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
c. Turun Padang
Terdapat juga informan yang mengambil pendekatan secara turun padang dan melihat secara terus
masalah ataupun keperluan yang dihadapi guru di sekolah.
seperti di sekolah ini, saya suka untuk turun padang dan melihat sendiri apa keperluan
guru-guru, macam panitia di sekolah, kadang-kadang ketika mereka ada masalah,
mereka hanya ingin berkongsi jika saya membuat rondaan dalam kelas atau bilik guru
(H04)
kena banyak macam bertindak selaku mentor ah. Jadi bila mentor saya kena turun
padang. Usaha kita turun padang kita kena lihat bahawa apa kita selaku pentadbir
boleh laksanakan
(H06)
PERBINCANGAN
Cabaran Coaching
Cabaran coaching yang dihadapi dalam pelaksanaan coaching oleh pemimpin sekolah TS25 yang
dinyatakan oleh informan boleh dibahagikan tiga iaitu pengurusan, kemahiran dan sikap ada disentuh
oleh Berh Amknect Miller (2016). Menurut beliau, dalam Leader Development, terdapat tujuh cabaran
dalam melaksanakan sesi coaching yang perlu dihadapi oleh seorang coach untuk mendapatkan
kepuasan dalam sesi coaching iaitu membangun hubungan saling mempercayai, Penguasaan terhadap
kemahiran menyoal, Coachee minta coach menyelesaikan masalah, coachee menganggap diri serba
tahu dan tidak memerlukan coach, coachee sukar melihat tingkahlaku yang perlu dia ubah, Coachee
tidak komitmed untuk ambil tindakan, coachee tidak dapat mengawal emosinya. Sekiranya coachee
tidak melihat keperluan untuk berubah, maka dia tidak akan berubah. Oleh itu kesedaran dalam
kalangan guru sangat penting bagi memastikan setiap perubahan mencapai matlamatnya (Shariffah,
2019). Untuk membimbing ke arah perubahan, ini merupakan cabaran yang besar (Fullan dalam
Shariffah, 2019). Menurut Alderman (2010) penggunaan masa yang lama dalam sesi coaching juga
mejadi cabaran dan halangan kepada pengurus.
Cabaran menguasai kemahiran coaching, seperti kemahiran mendengar adalah antara kompetensi yang
perlu dikuasai oleh seseorang coach dalam membantu coacheenya. Kemahiran mendengar merujuk
kepada aktiviti memberi tumpuan kepada sesuatu maklumat yang didengar, difahami, ditafsir dan
memberikan tindak balas yang teratur samada dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Seseorang coach
akan menjadi pendengar yang baik jika beliau berupaya mendengar, memahami dan menilai maklumat
dari coachee semasa perbincangan profesional berlaku (Shaker, 2012). Dapatan kajian oleh Azizah et
al. (2020) mendapati bahawa pemimpin yang memiliki kemahiran coaching yang tinggi dapat
melaksanakan sesi coaching dengan lebih kerap dan menurut Shariffah et al. (2019) latihan yang
dihadiri oleh pengetua dan guru besar telah berjaya meningkatkan keyakinan dan pemahaman mereka
untuk mencapai matlamat program TS25.
Impak Coaching
Beberapa impak khusus kepada pencapaian murid, guru malah pemimpin sekolah itu sendiri dapat
dicungkil. Impak yang diberikan oleh informan merangkumi perubahan tingkah laku yang berlaku
dalam institusi sekolah itu. Penekanan berkaitan perubahan tingkah laku itu juga turut dihuraikan oleh
Ajzen and Fischbein (1980) melalui pengenalan dua teori mereka iaitu The Theory of Planned
Behaviour dan The Theory of Reasoned Action. Melalui kedua-dua teori ini, perubahan tingkah laku
374
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
dinyatakan dalam bentuk perubahan sikap kepada suatu keadaan yang baru dan menjadi norma yang
diamalkan mengikut kesesuaian persekitaran semasa. Kajian oleh Burk (2010) di Jackson, Mississippi
mendapati bahawa pelaksanaan school-based coaching telah memberi impak terhadap kapasiti
kepimpinan instruksional pemimpin pertengahan di sekolah dan seterusnya terhadap guru-guru dan
program penambahbaikan sekolah. Kajian ini selari dengan dapatan kajian oleh Burk (2010) yang
merumuskan impak dapat dirasai oleh murid, guru dan pemimpin sekolah. Wise and Hammack (2011)
pula membuktikan bahawa coaching berupaya membantu pasukan pemimpin sekolah kekal memberi
fokus terhadap pencapaian matlamat organisasi, penyelesaian masalah secara strategik dan pengurusan
proses perubahan secara berkesan. Kajian tersebut juga mendapati bahawa coaching yang
dilaksanakan memberi penekanan terhadap proses penambahbaikan sekolah secara berterusan dan
pembangunan profesional pemimpin pertengahan dan guru terutama dari aspek bina upaya,
meningkatkan kualiti instruksional dan meningkatkan pencapaian murid.
Hasrat yang diingini bila mana sekolah TS25 melaksanakan coaching dalam pentadbiran sekolah adalah
dengan mengharapkan suatu perubahan ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya. Perubahan yang
lebih dominan dilihat adalah melalui perubahan tingkahlaku mahupun sikap. Walaupun terdapat jurang
di antara hasrat yang ingin dicapai dengan keadaan sebenar, namun melalui Teori Tingkah Laku
Terancang (Theory of Planned Behaviour), ia akan sangat dipengaruhi oleh sikap seseorang, norma
yang subjektif, kemampuan untuk menjangkakan kesan tidak baik, perubahan aras moral dan juga
kawalan tingkah laku itu sendiri. Maka berdasarkan teori ini, kita dapat mengintepretasikan perubahan
tingkah laku yang berlaku di sekolah TS25 ini telah memberi perubahan yang baik apabila ia
diperlihatkan dengan pencapaian pemimpin sekolah, guru dan yang terpenting kemenjadian murid.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa penerapan Teori Tingkah Laku Terancang dalam impak
pelaksanaan coaching dilihat dari sikap pemimpin itu sendiri terhadap pelaksanaan coaching dan juga
kesediaan peribadi hasil daripada latihan yang telah mereka terima.
Bimbingan Selain Coaching
Pengetua atau guru besar yang memiliki kemahiran insaniah akan bijak menilai kelebihan para guru
untuk menjayakan program organisasi yang dipimpinnya. Selain itu, pengetua yang mahir
berkomunikasi, bijak berkolaboratif serta mempunyai kemahiran dalam perancangan dan pengelolaan
dapat menggerakkan ahli organisasi sekolah untuk mencapai visi dan misi yang dihasratkan (Tang &
Zainab, 2014). Dapatan daripada informan ini juga menunjukkan bahawa mereka bersikap lebih
proaktif di mana mereka mengambil tindakan atas inisiatif sendiri tanpa menunggu arahan daripada
pihak atasan. Ini selari dengan apa yang di nyatakan seperti seorang pemimpin mesti bijaksana dalam
membuat keputusan iaitu mengambil tindakan yang betul pada masa yang tepat (Davies et al. 2005
dalam Roselina & Mohd. Izham, 2015). Pemimpin juga mesti bersedia berkorban iaitu sanggup
mengorbankan masa dan tenaga. Didapati pemimpin yang sedia berkorban adalah pemimpin yang tidak
berkira; yang akan menjadi contoh kepada orang lain. Pemimpin mesti bersedia turun padang untuk
melihat sendiri keadaan sebenar agar lebih memahami situasi yang berlaku. Dengan turun padang,
pemimpin secara tidak langsung dapat mengenali staf dengan lebih dekat lagi. Pemimpin disarankan
dapat berkomunikasi secara terus dengan staf supaya dapat mengenali sendiri potensi staf (Roselina &
Mohd. Izham, 2015).
RUMUSAN
Cabaran pelaksaaan coaching dalam kalangan pemimpin sekolah TS25 dapat dibahagikan kepada tiga
iaitu pengurusan, kemahiran dan sikap. Pengurusan masa banyak dibangkitkan oleh informan sebagai
cabaran terbesar untuk melaksanakan sesi coaching. Kemahiran menyoal pula adalah kemahiran
coaching yang dianggap kritikal bagi memastikan soalan tersebut adalah sesuai dan akhirnya dapat
375
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
mencungkil potensi diri coachee. Manakala sikap yang negatif selalunya menjadi penghalang kepada
pelaksanaan coaching yang berkesan dan berjaya.
Pelaksanaan coaching dalam kalangan pemimpin sekolah program TS25 telah memberi implikasi yang
baik kepada warga sekolah itu sendiri walaupun perlu menghadapi cabaran yang ada. Terdapat tiga
pencapaian iaitu pencapaian pemimpin sekolah, guru dan murid. Transformasi Sekolah 2025 dalam
elemen kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dilihat dapat dan sedang diamalkan di sekolah-
sekolah. Ini merupakan kesan daripada pelaksanaan coaching di sekolah sebagai elemen penting dalam
memberi bimbingan. Dalam kajian ini didapati bahawa penerapan Teori Tingkah Laku Terancang
dalam kajian ini menunjukkan bahawa impak pelaksanaan coaching dilihat dari sikap pemimpin itu
sendiri terhadap pelaksanaan coaching dan juga kesediaan peribadi hasil daripada latihan yang telah
mereka terima.
Selain coaching, SLT masih selesa memberi bimbingan dalam bentuk mentoring kerana dianggap tidak
menggunakan masa yang lama dan boleh dibuat secara santai. Pelaksanaan Profesional Learning
Community (PLC) dalam kalangan guru melalui panitia juga digalakkan bagi membangun kapasiti guru
terutama guru baharu. Pendekatan turun padang bagi menonjol keperihatinan PGB dilihat perlu bagi
menaikkan motivasi dan komitmen guru. Impak yang dinyatakan di atas nyata memberi manfaat kepada
murid dan menjadikan sekolah berkualiti bagi mencapai matlamat program Transformasi Sekolah 2025.
RUJUKAN
Amin Senin (2018).Melangkah ke hadapan: Fokus dan gerak kerja profesional KPM 2018: Dimuat
turun daripada https://www.moe.gov.my/menumedia/mediacetak/penerbitan /rujukan-
akademik/1438-melangkah-ke-hadapan-pdf/file
Alderman, W. (2010). Managers Coaching In The Workplace. Dimuat turun daripada
https://ezinearticles.com/?Managers-Coaching-in-the-Workplace&id=4412305
Ajzen I. (1991). Theory of Planned Behavior. Organizational Behavior and Human Decision Processes
50(1991), 179-211
Azizah Sharif, Rostina Apok, Kasmah Abdullah, Melati Jilon & Bernadette John. (2020). Pengaruh
Kemahiran Coaching dan Sikap Terhadap Pelaksanaan Coaching Dalam Kalangan Pemimpin
Pertengahan Sekolah Program TS 25. Prosiding Kolokium Scholarly Activities (2019), 112-
121.
Chia Swee Yee. (2015). Coaching Melalui Model GROW Untuk Mendorong Guru
Melaksanakan Kajian Tindakan di Sekolah. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Fullan, M. (2007). The New Meaning of Educational Change (Fourth Edition). Kuala Lumpur: ITNM
(Edisi Terjemahan)
Leithwood, Kenneth A, Poplin & Mary S. (1992). Research Library the Move Toward Transformational
Leadership. Educational Leadership; Feb 1992; 49, 5
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur. McGraw Hill (Malaysia).
Norihan binti Mahmood dan Roveena Herleen binti Hussain Meah (2019). Kesan Pendekatan
Mentoring & Coaching Terhadap Pencapaian Topik Algebra Bagi Kursus Engineering
Mathematics 1. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Special Issue.
376
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
Roselina Mansor & Mohd. Izham Mohd. Hamzah (2015). Kepimpinan Berkualiti: Perspektif mengenai
Kompetensi yang Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan (Quality leadership: Perspective
on Competencies Needed to Lead Effectively), Jurnal Pengurusan 45(2015) 143 - 154
Shamsudin Haron (2018). Peranan Coaching Dalam Rivitalisasi Pendidikan Abad Ke-21(Bahagian 2).
Dimuat turun daripada http://www.jprisma.com/v1/index.php/penulisan/2
uncategorised/45peranancoaching-dalam revitalisasi pendidikan Abad ke-21.
Shaker Mustafa (2012). Mudahnya Coaching & Mentoring. Kuala Lumpur.Inteam Publishing.
Shariffah Sebran Jamilah Syed Imam, Rosnarizah Abdul Halim, Nurhayu Kamarudin, Mohamad Nuri
Hussein, Shaharizan Shamsuddin & Mohd Sykri Zainol (2019). Kesediaan dan
CabaranTransformasi Sekolah: Kajian Pengetua dan Guru Besar TS25 Kohort 3, e-Prosiding
Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-26, 586-610.
Siti Hawa & Mohamed Idris (2009) Kecenderungan Keusahawanan di Kalangan Pelajar Bidang
Kejuruteraan di Institusi Pengajian Tinggi Awam di Kawasan Utara Semenanjung Malaysia.
Tesis Sarjana, Universiti Utara Malaysia.
Siti Wahidah (2017). Pelaksanaan Supervisi Pengajaran Oleh Kepala Sekolah Dalam Meningkatkan
Kinerja Guru Di SMK Negeri 1 Banda Aceh. Jurnal Magister Administrasi Pendidikan (2015),
3(3), 50-57
Tang Keow Ngang & ZaInab Ali (2014). Kepemimpinan Kemahiran Insaniah dan Pengurusan
Kurikulum Pengetua di Sekolah Berprestasi Tinggi. Jurnal Pendidikan Malaysia 39 (1) (2014),
77-82.
Wise, D & Hammack, M. (2011). Leadership Coaching: Coaching competencies and best practices,
Journal of School Leadership. 21(3), 449-447.
377
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
TAHAP PEMBELAJARAN PELAJAR DALAM TALIAN SEMASA SITUASI
PANDEMIK DARIPADA PERSPEKTIF PENSYARAH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Norsita binti Ali, PhD1 ([email protected])
Mohd Nasrudin bin Basar, PhD2 ([email protected])
Siti Hendon binti Sheikh Abdullah, PhD3 ([email protected])
Norhannan binti Ramli, PhD4 ([email protected])
Azahar bin Aziz, PhD5 ([email protected])
Shamsazila binti Sa’aban, PhD6 ([email protected])
Institut Pendidikan Guru Malaysia1,2,4,5,6
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa3
ABSTRAK
COVID-19 telah diisytiharkan sebagai pandemik, iaitu wabak penyakit yang tersebar dengan begitu
meluas merentasi sempadan di seluruh dunia. Berikutan itu, Malaysia telah menguatkuasakan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020. Bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di semua kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) berjalan lancar, PdP dalam
talian menjadi pilihan yang utama. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap pembelajaran
pelajar IPG dalam talian daripada perspektif pensyarah. Seterusnya meneroka sokongan yang
diperlukan oleh pensyarah ketika melaksanakan PdP dalam talian. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif dan disokong oleh dapatan kualitatif. Sampel kajian adalah seramai 806 orang
pensyarah IPG. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik berbentuk item aneka pilihan skala likert
5 mata dan soal selidik soalan terbuka. Dapatan kajian menunjukkan tahap pembelajaran pelajar
adalah tinggi dengan skor min melebihi 4.0 bagi semua item. Skor min tertinggi didapati pada item
semua pelajar menghadiri kelas dalam talian (min = 4.49, SP=0.77). Hasil dapatan kualitatif yang
dianalisis secara tematik terhadap soal selidik soalan terbuka, menunjukkan bahawa pensyarah
memerlukan sokongan daripada aspek capaian internet, bimbingan, latihan, teknikal dan sokongan
moral. Hasil kajian memberi implikasi kepada semua pihak yang berkepentingan untuk berusaha
melengkapkan diri dengan situasi baharu ini bagi memastikan PdP dalam talian dapat dijalankan
dengan lancar dan berkesan.
Kata kunci: Perintah Kawalan Pergerakan, Situasi Pandemik, Pembelajaran Pelajar, Pengajaran
Pembelajaran dalam Talian, Sokongan yang diperlukan.
PENGENALAN
World Health Organisation (WHO, 2020) telah mengisytiharkan Covid-19 sebagai satu pandemik pada
11 Mac 2020. Susulan daripada itu, pada 18 Mac 2020 kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak ini daripada merebak. Semasa PKP,
semua rakyat Malaysia dilarang keluar rumah termasuklah untuk pergi ke sekolah, kuliah, keluar
bekerja atau menjalankan semua aktiviti harian di luar rumah, sebaliknya perlu sentiasa berada di tempat
tinggal masing-masing. Semua proses pengurusan termasuklah aspek pengajaran dan pembelajaran
(PdP) di semua institusi pendidikan termasuk di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang selalunya
dijalankan secara bersemuka perlu dihentikan. Walau bagaimanapun, sebagai peneraju kecemerlangan
pendidikan guru, IPG sentiasa berusaha bagi memastikan proses PdP dapat dilaksanakan dengan lancar.
Ekoran daripada itu, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) sebagai badan induk yang menjaga 27
kampus IPG telah mengeluarkan arahan agar pensyarah melaksanakan PdP dalam talian sepenuhnya.
378
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
PENYATAAN MASALAH
Penularan wabak COVID-19 yang merupakan krisis global telah mengakibatkan proses PdP secara
konvensional atau bersemuka tidak dapat dilaksanakan seperti biasa. Ini menjadikan tugasan
guru/pensyarah serta para pelajar semakin mencabar kerana mereka perlu menyesuaikan diri dengan
norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses PdP dilaksanakan dalam talian.
Menurut Hodges, Moore, Lockee, Trust & Bond (2020), PdP semasa situasi pandemik menimbulkan
kegusaran dalam kalangan pensyarah yang kurang mahir dari aspek penggunaan teknologi kerana
mereka memerlukan masa yang lebih lama untuk menguasai media penyampaian yang berasaskan
komputer, telefon pintar dan internet. Selain itu, transisi dari mod bersemuka kepada mod pembelajaran
dalam talian juga memerlukan perubahan budaya belajar dalam kalangan pelajar (Basilaia, G., &
Kvavadze, D, 2020).
Jika sebelum ini pembelajaran dalam talian hanyalah satu pilihan, tetapi dengan penguatkuasaan PKP,
ia menjadi suatu keperluan. Semua universiti mempunyai platform pembelajaran dalam talian namun
isu utama yang dihadapi ialah capaian internet dalam kalangan pelajar (Anuar, 2020). Ini selaras dengan
dapatan kajian Norazilawati Abdullah, Noraini Mohd Noh, Nik Azmah Nik Yusuf (2013) yang
menunjukkan bahawa capaian internet merupakan antara halangan terbesar terutamanya kepada
sekolah-sekolah di pedalaman dan luar bandar kerana capaian internet adalah terhad sehingga
menghalang penggunaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Mohamad Shatar
(2020), juga menyatakan bahawa pembelajaran dalam talian di peringkat universiti belum lagi sampai
ke tahap maksimum. Ini memandangkan kaedah bersemuka dengan pelajar tetap menjadi pilihan.
Situasi ini memerlukan pensyarah bersedia dengan bahan mengajar sebelum melaksanakan
pembelajaran dalam talian dan harus meningkatkan kemahiran dalam teknologi maklumat, pedagogi
dan penilaian dalam talian.
Pensyarah dan pelajar di IPG juga menghadapi cabaran apabila kelaziman menjalani PdP secara
bersemuka dan tidak bersemuka mengikut Rancangan Maklumat Kursus dan Maklumat Kursus yang
telah disediakan berubah kepada pembelajaran dalam talian sepenuhnya semasa pandemik. Dengan
bermulanya PKP semua IPG Kampus (IPGK) telah ditutup dan sebilangan besar pelajar telah pulang
ke rumah masing-masing. Memandangkan ketika itu adalah minggu ke 13 daripada semester 2
sesi 2019/2020, di mana kuliah masih berterusan bagi semua program, maka PdP perlu diteruskan
seperti yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Semester. Semua pensyarah dan pelajar perlu
akur dengan tuntutan pendidikan semasa dengan melaksanakan PdP dalam talian secara rasmi dengan
menggunakan platform yang paling sesuai bagi kedua-dua pihak pensyarah dan pelajar.
PdP dalam talian ketika situasi pandemik ini merupakan satu pengalaman baharu yang perlu ditempuh
bersama-sama dan bagi melaksanakan PdP dalam talian dengan berkesan, pelbagai aspek perlu dikuasai
antaranya, penggunaan pelantar yang bersesuaian, gaya komunikasi dalam talian, bimbingan pelajar
dan pentaksiran dalam talian. Oleh kerana pelaksanaan PdP dalam talian bukanlah satu norma bagi PdP
di IPG, beberapa isu mungkin timbul dalam perlaksanaannya. Maka kajian berkaitan pembelajaran
pelajar dalam talian semasa situasi pandemik ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu
mewujudkan ekosistem pembelajaran yang berkualiti dan bukan bertujuan membandingkan prestasi
pembelajaran sebelum dan semasa pandemik (Hodges, Moore, Lockee, Trust & Bond, 2020).
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap corak pembelajaran pelajar ketika menjalani PdP dalam
talian. Seterusnya untuk meneroka sokongan yang diperlukan oleh pensyarah bagi menjayakan PdP
dalam talian. Adalah diharapkan hasil kajian ini dapat mengisi kelompongan yang ada tentang
379
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
pembelajaran pelajar dalam talian agar PdP dalam talian dapat dilaksanakan secara optimum pada masa-
masa yang akan datang.
TINJAUAN LITERATUR
Pelaksanaan pembelajaran dalam talian telah lama dipraktikkan di negara-negara maju kerana ia
dipercayai mampu memberi pelbagai manfaat dan kebaikan. Melalui kajian yang dilakukan oleh
Vanderbilt University di Amerika Syarikat pada tahun 2015 mendapati bahawa hampir 92% responden
yang terdiri daripada pelajar pelbagai bidang dan fakulti bersetuju bahawa pembelajaran dalam talian
adalah lebih efektif dan berkesan berbanding PdP secara konvensional. Manakala hampir 3% daripada
bilangan keseluruhan responden masih memerlukan kaedah PdP secara bersemuka, dan baki hampir
5% responden adalah neutral. Ini menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran dalam talian adalah
pilihan terbaik pelajar masa kini terutama dalam situasi pandemik ini. Pusat-pusat pengajian tinggi
awam dan swasta termasuk IPG tiada pilihan selain menggunakan kaedah PdP dalam talian bagi
memastikan sukatan PdP dapat disampaikan dengan sebaik mungkin dan sesi pembelajaran tidak
tergendala.
Menurut kajian, Norfarahi Zulkifli, Mohd Isa Hamzah, Khadijah Abdul Razak (2020), di Politeknik zon
selatan mendapati bahawa komitmen pelajar dari segi masa dan peruntukan masa dalam penyelesaian
tugasan menjadi satu cabaran. Penyelesaian tugasan dalam talian mengambil masa yang lama dan
komitmen pelajar juga memainkan peranan yang besar dan penting (Bralic dan Divjak, 2018). Hazwani
Mohd Najib., Noor Raudhiah Abu Bakar., & Norziah Othman (2016), menyatakan bahawa
pembelajaran dalam talian adalah mod pembelajaran sepanjang hayat dan pelajar didapati sukar kerana
ia juga melibatkan aspek waktu dan tempat belajar. Selain daripada itu, kualiti PdP menjadi salah satu
isu dalam penggunaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar dan pendidik. Ramai tenaga
pengajar/pendidik tidak tahu cara untuk mengesan dan mengetahui keberkesanan PdP dalam talian.
Perubahan persekitaran pembelajaran melalui PdP dalam talian menjadikan pelajar merasakan lebih
terganggu dari aspek memberikan tumpuan dan fokus terhadap pembelajaran, perasaan sunyi dan
kecewa di samping rasa terpencil kerana belajar dalam keadaan isolasi. Dengan kata lain, pelajar yang
menjalani PdP dalam talian adalah berkecenderungan untuk menjadi lebih keliru dalam pembelajaran
dan merasa terpencil seterusnya menyebabkan keberkesanan pembelajaran dan kepuasan belajar
mereka menurun (Zaborova & Markova, 2016).
Namun begitu, ada kalangan penyelidik yang menyokong pembelajaran dalam talian dan menyatakan
bahawa pembelajaran jarak jauh adalah berkesan dan boleh dijadikan lebih berkesan daripada corak
pembelajaran secara bersemuka (Shachar & Neumann, 2003). Ini telah dilaporkan dalam kajian mereka
di mana cara penyampaian kandungan instruksional tidak mungkin mempunyai impak yang tinggi
terhadap Hasil Pembelajaran (Learning Outcome), manakala kandungan, cara dan teknik pengajaran,
komunikasi dan sokongan pembelajaran (learning support) adalah lebih penting untuk kepuasan
pelajar. Satu instrumen indikator perlu digunakan/dihasilkan di mana tenaga pengajar boleh mengesan
tahap pembelajaran dan pemahaman pelajar agar pembelajaran dalam talian (secara maya) ini menjadi
berkesan.
Garland (2007) telah mengenal pasti beberapa cabaran dalam konteks situasi “situational” di mana
wujudnya persekitaran pembelajaran yang kurang memuaskan di rumah dan isu masa. Persekitaran
pembelajaran di rumah adalah berbeza jika dibandingkan dengan sekolah di mana situasi pembelajaran
di sekolah adalah lebih formal berbanding dengan di rumah. Pembelajaran di sekolah juga dapat
mewujudkan pembelajaran yang lebih bermakna dan efektif. Manakala isu masa pula memperlihatkan
masalah yang dihadapi oleh pelajar yang merasakan satu-satu subjek atau kursus yang tertentu
mengambil masa yang lebih dari yang dijangkakan terutamanya dari segi membuat latihan dan tugasan.
Ini menunjukkan kegagalan pelajar dalam memperuntukkan masa yang diperlukan untuk menghabiskan
latihan atau tugasan. Yusup Hashim (2012), menegaskan bahawa guru perlu ada tiga elemen untuk
380
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
menjalankan PdP yang berkesan iaitu elemen teknologi, pedagogi dan kandungan yang perlu
diintegrasikan dalam amalan pengajaran.
Pelibatan pembelajaran dalam talian oleh pelajar dilihat sebagai pasif. Tanpa persekitaran yang
memberangsangkan seperti di sekolah, dalam suasana dan situasi bilik darjah, juga tanpa rakan sebaya,
pembelajaran di rumah adalah tidak menyeronokkan dan dijalankan secara isolasi atau lebih sunyi dan
menyendiri (lonely). Perasaan sunyi dan rasa terpencil dan dipinggirkan menyebabkan pelajar tidak
mempunyai motivasi untuk meneruskan pembelajaran dan ini juga menyebabkan kemerosotan dalam
memberikan tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam talian. Salah satu faktor
negatif mengenai pembelajaran dalam talian adalah kelas yang dijalankan mempunyai kekangan
terutama dari segi perhubungan peribadi dan bersemuka antara pendidik dan pelajar. Terdapat beberapa
dapatan kajian yang melaporkan bahawa pelajar mempunyai perasaan isolasi dan sunyi bila disarankan
melakukan pembelajaran dalam talian dengan menggunakan komputer (Rosenberg, 2001).
Ada pelajar yang mengambil mudah tentang pembelajaran secara dalam talian. Ada yang tidak
mengikuti kelas pada masa yang ditetapkan dan ada juga yang masuk untuk mengikuti kelas tetapi tidak
memberikan respons terhadap soalan-soalan yang dikemukakan dan juga tidak aktif semasa aktiviti
perbincangan dijalankan. Perlakuan negatif pelajar terhadap pembelajaran dalam talian telah
dikenalpasti dan dikaitkan dengan pengetahuan dan kemahiran komputer pada tahap rendah,
kebimbangan terhadap teknologi digital dan masalah perkakasan komputer, kemahiran pembelajaran
yang rendah, motivasi rendah dan ketidakupayaaan untuk melakukan sesuatu dengan sendiri tanpa
sebarang bantuan (Rosenberg, 2001).
Ruang untuk berkomunikasi secara bersemuka sedikit sebanyak ada perbezaan dengan berkomunikasi
atas talian. Walaupun pembelajaran dalam talian memerlukan komunikasi tetapi ada segelintir pelajar
yang merasakan ianya tidak dapat dijalankan secara efektif kerana ada masa di mana talian internet
adalah tidak memuaskan dan komunikasi secara video conferencing tidak lancar dan suara yang
tersekat-sekat. Komunikasi yang baik adalah penting untuk menjamin pembelajaran yang efektif dan
berkesan. Ini jelas dinyatakan dalam satu kajian yang menjelaskan bahawa komunikasi adalah penting
untuk PdP yang berkesan (Halias, Ismail & Baharudin, 2017). Komunikasi antara pensyarah dan pelajar
agak terbatas sehingga boleh menghilangkan perasaan hubungan antara pensyarah dan pelajar (Wang
& Newlin, 2001). Pensyarah dan pelajar hanya akan berkomunikasi bila ada masa dan perlu tunggu
untuk maklum balas dari pihak yang lain.
Kesimpulannya, berdasarkan perbincangan di atas, didapati terdapat permasalahan dalam proses PdP
dalam talian yang menggunakan internet. Oleh itu kajian ini amat perlu dilakukan untuk meninjau tahap
pembelajaran pelajar dalam talian daripada perspektif pensyarah serta meninjau sokongan yang
diperlukan oleh pensyarah semasa menjalankan PdP dalam talian yang berkesan semasa situasi
pandemik.
METODOLOGI
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kajian yang baik
biasanya menggabungkan kedua-dua pendekatan kuantitatif dan kualitatif kerana kedua-duanya saling
berkait di antara satu sama lain (Cresswell, 2012). Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka
bentuk tinjauan hirisan rentas (cross sectional) melalui soal selidik yang diedarkan dalam talian. Kajian
tinjauan dipilih kerana ia sangat berguna apabila pengkaji hendak mengumpul data berhubung
fenomena yang tidak dapat diperhatikan secara langsung dan maklumat yang tepat dapat diperoleh
berkenaan kumpulan yang besar dengan menggunakan sampel yang kecil.
Seramai 806 orang responden yang telah menjawab soal selidik secara dalam talian kajian ini bagi
mewakili keseluruhan populasi pensyarah IPG seramai 2,648 orang. Pelantar Google Forms digunakan
381
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
untuk membangunkan instrumen soal selidik tersebut. Soal selidik ini terdiri daripada bahagian profil
responden, pembelajaran pelajar dalam talian dan sokongan yang diperlukan oleh pensyarah dalam
melaksanakan PdP dalam talian. Data kuantitatif yang diperolehi daripada soal selidik telah dianalisis
secara deskriptif (frekuensi dan peratusan) bagi menjawab objektif kajian tentang tahap pemboleh ubah
yang dikaji berdasarkan demografi. Manakala data kualitatif telah dianalisis secara manual
menggunakan kaedah tematik. Dapatan kajian dilaporkan dalam bentuk bilangan dan peratus serta
paparan menggunakan jadual dan graf.
DAPATAN KAJIAN
Demografi Responden
Jadual 1 menunjukkan maklumat profil 806 orang pensyarah IPG yang terlibat sebagai responden
dalam kajian ini. Hasil daripada pentadbiran soal selidik dalam talian yang dijalankan dari segi jantina,
responden lelaki dan perempuan adalah hampir sama iaitu seramai 403 orang (50.0%) responden
pensyarah adalah lelaki dan 401 orang (49.8%) perempuan.
Bilangan tertinggi responden dalam kajian ini adalah yang berumur antara 51-60 tahun iaitu seramai
542 orang (67.2%). Ini diikuti oleh responden yang berumur antara 41-50 tahun seramai 238 orang
(29.5%) dan paling sedikit yang berumur antara 31-40 tahun iaitu seramai 26 orang (3.2%). Bagi latar
kelayakan akademik, responden berkelulusan peringkat sarjana merupakan bilangan tertinggi iaitu
seramai 559 orang (69.4%). Responden yang berkelulusan Doktor Falsafah adalah seramai 215 orang
(26.7%) dan yang paling sedikit berkelulusan sarjana muda iaitu seramai 31 orang (3.8%).
Jadual 1: Profil Responden Kajian
Latar Belakang Lelaki Kekerapan (n) Peratus, %
Jantina Perempuan 403 50.0
Missing value 401 49.8
2 0.2
Jumlah 806 100.0
Umur 31-40 26 3.2
41-50 238 29.5
51-60 542 67.2
Jumlah 806 100.0
Kelayakan Akademik Doktor Falsafah 215 26.7
Sarjana 559 69.4
31 3.8
Sarjana Muda 1 0.1
Missing value 806 100.0
Jumlah
Hasil Kajian
Analisis dapatan kajian ini bertujuan untuk menjawab objektif seperti berikut:
Objektif Kajian 1: Mengenal pasti tahap corak pembelajaran pelajar ketika menjalani PdP
dalam talian daripada perspektif pensyarah.
Analisis tahap pemboleh ubah kajian melibatkan analisis secara deskriptif iaitu min, peratus, sisihan
piawai dan tahap keseluruhan. Aspek pembelajaran pelajar dalam talian diperolehi melalui soal selidik
yang dijawab oleh responden dalam talian. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang
382
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
lebih jelas tentang aspek pembelajaran pelajar daripada perspektif pensyarah. Tahap pembelajaran
pelajar ditunjukkan dalam Jadual 2 berdasarkan cut off point bagi skor min pemboleh ubah
pembelajaran pelajar dalam talian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan semua aspek pembelajaran pelajar adalah pada
tahap tinggi. Skor min paling tinggi ialah bagi item semua pelajar menghadiri kelas dalam talian (min
= 4.49, SP=0.77). Diikuti oleh pelajar mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi dalam talian
(min=4.48, SP=0.63), mahir mencari maklumat dalam talian (min= 4.47, SP=0.67) dan paling rendah
ialah hadir tepat pada waktu yang ditetapkan (min =4.12, SP=0.90).
Jadual 2: Pembelajaran Pelajar dalam Talian
Aspek Min SP Tahap
1 Semua pelajar menghadiri kelas dalam talian 4.49 0.77 Tinggi
2 Pelajar menghadiri kelas dalam talian tepat pada waktu 4.12 0.90 Tinggi
yang ditetapkan
3 Pelajar dapat menyesuaikan diri dalam menghadapi 4.33 0.76 Tinggi
perubahan semasa pelaksanaan PdP.
4 Pelajar melibatkan diri secara aktif semasa sesi PdP 4.17 0.81 Tinggi
dalam talian.
5 Pelajar mempunyai kemahiran untuk mencari maklumat 4.47 0.67 Tinggi
dalam talian.
6 Pensyarah dapat membimbing pelajar untuk
melaksanakan tugasan yang diberi melalui sesi PdP 4.4 0.67 Tinggi
dalam talian
7 Pelajar mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi 4.48 0.63 Tinggi
dalam talian
8 Pelajar bermotivasi untuk melibatkan diri dalam sesi 4.32 0.73 Tinggi
PdP yang dilaksanakan
Berdasarkan jadual di atas, dapatan menunjukkan bahawa pelajar mengikuti PdP yang dijalankan oleh
pensyarah dengan baik. Menurut pensyarah, semua pelajar menghadiri kelas pada masa yang
ditetapkan. Dapatan ini bertentangan dengan dapatan kajian terdahulu (Rosenberg, 2001) yang
mengatakan bahawa ada pelajar yang mengambil mudah tentang pembelajaran secara dalam talian dan
tidak mengikuti kelas pada masa yang ditetapkan. Secara tidak langsung memberi gambaran bahawa
IPG berjaya menyediakan pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka.
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pelajar dapat menyesuaikan diri dalam menghadapi perubahan
semasa PKP dan melibatkan diri secara aktif semasa PdP dalam talian. Pelajar juga didapati bermotivasi
untuk melibatkan diri dalam sesi PdP yang dilaksanakan. Dapatan ini juga bertentangan dengan dapatan
kajian terdahulu yang mengatakan bahawa pelibatan pembelajaran dalam talian oleh pelajar dilihat
sebagai pasif. Tanpa persekitaran yang memberangsangkan seperti di sekolah, dalam suasana dan
situasi bilik darjah, juga tanpa rakan sebaya, pembelajaran di rumah adalah tidak menyeronokkan dan
dijalankan secara isolasi atau lebih sunyi dan menyendiri (lonely) menyebabkan pelajar tidak
mempunyai motivasi untuk meneruskan pembelajaran dan ini juga menyebabkan kemerosotan dalam
memberikan tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan atas talian (Rosenberg, 2001).
Kesimpulannya, walaupun ruang untuk berkomunikasi secara bersemuka berbeza dengan
berkomunikasi dalam talian, hasil kajian menunjukkan bahawa pensyarah IPG bersetuju bahawa pelajar
IPG mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi semasa PdP dalam talian dijalankan. Namun dapatan
kajian Halias, Ismail & Baharudin (2017), mendapati ada segelintir pelajar yang merasakan komunikasi
383
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
tidak dapat dijalankan secara efektif disebabkan oleh talian internet yang tidak memuaskan telah
menyebabkan komunikasi secara video conferencing tidak lancar dan suara tersekat-sekat. Komunikasi
yang baik adalah penting untuk menjamin PdP yang efektif dan berkesan. Komunikasi antara pensyarah
dan pelajar agak terbatas sehingga boleh menghilangkan perasaan hubungan antara pensyarah dan
pelajar (Wang & Newlin, 2001). Pensyarah dan pelajar hanya akan berkomunikasi bila ada masa dan
perlu menunggu untuk mendapatkan maklum balas antara satu sama lain.
Objektif Kajian 2: Meneroka sokongan yang diperlukan oleh pensyarah bagi menjayakan PdP
dalam talian
Bahagian ini mengemukakan dan menghuraikan dapatan kajian untuk menjawab objektif kajian
kualitatif iaitu meneroka jenis sokongan yang diperlukan oleh pensyarah dalam melaksanakan PdP
dalam talian. Daripada 806 orang pensyarah yang menjawab soal selidik yang diedarkan, seramai 487
orang pensyarah telah memberi respon bagi soalan terbuka. Respon soalan terbuka ini telah dikod dan
kategorikan seperti Jadual 3 di bawah.
Jadual 3: Sokongan yang diperlukan oleh Pensyarah ketika
Melaksanakan PdP dalam Talian
Kategori Bilangan n Peratus
%
1. Kemudahan internet 208 42.7
2. Perkongsian /Bimbingan 150 30.8
3. Pentaksiran 6 1.2
4. Bahan PdP 37 7.6
5. Platform 21 4.3
6. Teknikal 24 4.9
7. Perkakasan 17 3.5
8. Sokongan moral 24 4.9
JUMLAH 487 100.0
Kemudahan internet
Dapatan kajian menunjukkan bahawa semasa menjalankan PdP: pensyarah paling memerlukan
sokongan daripada aspek kemudahan internet iaitu seramai 208 orang (42.7%) dan perkongsian atau
bimbingan menjalankan PdP dalam talian seramai 150 orang (30.8%). Selain itu, seramai 37 orang
(7.6%) memerlukan sokongan daripada aspek bahan-bahan PdP, seramai 24 orang (4.9%) memerlukan
sokongan teknikal dan sokongan moral, seramai 21 orang (4.3%) memerlukan sokongan
platform/pelantar yang sesuai dan seramai 17 orang (3.5%) memerlukan sokongan perkakasan.
Manakala sokongan yang paling sedikit diperlukan oleh pensyarah adalah sokongan melaksanakan
pentaksiran iaitu seramai 6 orang (12%).
Hasil kajian menunjukkan bahawa sokongan yang paling diperlukan oleh pensyarah adalah daripada
aspek capaian internet, sama ada untuk diri sendiri atau untuk pelajar mereka. Hal ini kerana PdP dalam
talian hanya akan dapat dijalankan dengan lancar sekiranya mempunyai capaian internet yang baik bagi
kedua-dua pihak. Untuk membolehkan pensyarah berinteraksi dengan baik dengan semua pelajar
serentak melalui Google Classroom dan Google Meet, data yang banyak amat diperlukan dengan GB
yang lebih besar. Hal ini jelas dipaparkan dalam jawapan soalan terbuka responden kajian di bawah;
“Kerajaan perlu sediakan kelajuan internet yang lebih besar....terutama
di kawasan luar bandar yang terpencil”.
384
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
“Capaian internet yang lebih stabil untuk saya guna Google Classroom
dengan semua siswa guru saya”.
“Talian internet yang lebih baik diperlukan, penyediaan bahan yang
pelbagai agar dapat memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai dari
segi tahap pencapaian dan kemahiran”.
“Capaian internet dan GB yang lebih besar diperlukan kerana Google
Classroom dan Google Meet memerlukan data yang banyak terutama
apabila kesemua 24 pelajar perlu berinteraksi secara serentak”.
Keratan jawapan soalan terbuka di atas menjelaskan bahawa aspek yang perlu ditambahbaik adalah
capaian internet, kekuatan, kestabilan dan data internet yang mencukupi terutamanya untuk pelajar
mereka. Pensyarah menyedari pelajar yang tinggal di kawasan yang capaian internet kurang baik, tidak
kuat dan stabil mengalami masalah untuk mengikuti PdP dalam talian dengan berkesan, terutamanya
yang dijalankan segerak seperti Google Meet, Zoom dan Skype. Oleh itu, pelajar dan pensyarah
memerlukan data internet yang besar, stabil dan laju untuk sesi tersebut berjalan dengan lancar.
Perkongsian /Bimbingan
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pensyarah memerlukan bimbingan dan latihan dalam
menjalankan PdP dalam talian. Oleh kerana kelas dilaksanakan dalam talian, penyampaian PdP harus
dipelbagaikan agar menarik, bermakna dan dapat mencapai objektif kursus. Dalam hal ini, pensyarah
memerlukan sokongan untuk menggunakan pelantar-pelantar yang sesuai bagi mempelbagaikan aktiviti
dalam talian seperti digambarkan dalam keratan jawapan soal selidik terbuka di bawah;
“Kursus menggunakan e-pembelajaran secara bersiri dan sistematik
serta pendedahan tentang penggunaan pelbagai media teknologi terkini
amat diperlukan”.
“Langkah-langkah pengajaran atas talian. perlukan banyak kursus
tentang pengendalian digital tool”.
“Saya perlukan latihan PdP bersemuka dalam talian seperti kursus
Google Classroom pada tahap lanjutan”.
“Bimbingan dalam kongsi bahan PdP seperti video dan yang lebih
advance seperti kuizizz, kahoot dan mentimeter sangat diperlukan”.
Responden menyatakan bahawa mereka bukan sahaja memerlukan latihan atau kursus
tetapi perlukan bimbingan latihan yang berterusan agar proses PdP mereka menjadi
menarik dan mencapai objektif yang maksimum. Hal ini dinyatakan sendiri oleh
pensyarah seperti dalam keratan jawapan soal selidik terbuka di bawah;
“pensyarah perlukan latihan yang berterusan dalam menjalankan PdP
dalam talian, seperti menggunakan Google Classroom atau alat-alat
digital yang sesuai agar dapat menguasai penggunaan aplikasi atau
pelantar dalam talian”.
“Saya perlukan bimbingan yang berterusan daripada mereka yang
pakar”.
385
Prosiding Kolokium Aktiviti Kesarjanaan 2020
Vol. 1
ISBN: 978-967-2432-02-9
© 2020 #112 Dana Penyelidikan
“Saya perlukan nasihat kepakaran tentang penggunaan aplikasi yang
saya kurang mahir”.
“Saya perlukan bantuan dari rakan sekerja untuk PdP dan perkongsian
maklumat”.
Bahan PdP dan Platform
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pensyarah juga memerlukan sokongan daripada aspek bahan-
bahan PdP untuk melancarkan perlaksanaan PdP dalam talian seperti modul penggunaan aplikasi yang
bersifat interaktif untuk PdP, reka bentuk PdP dalam talian yang kreatif dan menarik dan mudah
mengakses e-journal dari universiti tempatan dan luar negara. Pensyarah juga perlukan bimbingan
tentang cara-cara mengurus bahan digital yang pelbagai. Selain menggunakan Google Classroom yang
disarankan IPGM, pensyarah juga memerlukan sokongan supaya diberi kebebasan memilih pelantar dan
aplikasi yang lebih sesuai untuk mereka menjalankan PdP dalam talian. Pelantar yang lebih sesuai atau
mesra pelajar juga diperlukan sebagai alternatif sekiranya pelajar mempunyai masalah capaian internet.
Ini jelas digambarkan dalam keratan jawapan soal selidik terbuka di bawah;
“Saya perlu mencari perantara yang mesra pelajar dan pensyarah serta
rangkaian internet di luar bandar Sabah dan Sarawak dikaji dari aspek
kelemahan internet provider. Pelajar complained internet terputus-
putus dan adakala amat rendah”.
“Saya perlu bantuan tentang penggunaan platform digital yang sesuai
untuk PdP”.
“Tak kira medium apa yang digunakan untuk PdP, biar ada pilihan dan
jangan paksa guna satu medium sahaja”.
Petikan di atas jelas menunjukkan bahawa pensyarah memerlukan kebebasan untuk menggunakan
pelantar yang mereka suka dan selesa semasa menyampaikan PdP.
Sokongan Moral
Selain itu, pensyarah memerlukan sokongan moral daripada pentadbir, pelajar dan keluarga termasuk
sokongan dari segi emosi dan mental. Hal ini dinyatakan dalam keratan jawapan soal selidik terbuka di
bawah;
“Tidak terlalu dibebani dengan tugas yang lain sebab penyediaan PdP
mengambil masa yang agak panjang di samping ambil masa untuk
mempelajari aplikasi atas talian yang baharu”.
“Sokongan moral daripada pentadbir kerana kelas secara OLL agak
meletihkan”.
“Kerjasama agar tidak memberi tekanan kerana kadang kala gangguan
teknikal internet yang kurang baik”.
“Saya perlukan masa kerja yang lebih fleksibel”.
Teknikal dan Perkakasan
Pensyarah juga memerlukan sokongan teknikal dalam melaksanakan PdP dalam talian memandangkan
masalah teknikal akan mempengaruhi perjalanan proses PdP, terutamanya ketika proses pentaksiran
sedang dijalankan. Selain daripada itu, perkakasan yang digunakan untuk PdP juga merupakan bahan
sokongan yang diperlukan oleh pensyarah memandangkan penggunaaan platform atau apllikasi yang
386